The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by razlien, 2021-06-01 21:33:28

KOLEKSI SERAM HOSPITAL

KOLEKSI SERAM HOSPITAL

Aku tak sedar dah apa dah jadi kat aku malam tu,
tapi aku tidur atas lantai. Demam aku beb! Kawan aku
bawa aku pergi jumpa ustaz sebab aku tak boleh tidur
malam akibat diganggu. Katanya, aku terkena badi
mayat India tu.

Ish, tak mahulah cerita pasal hantu India ni dah.
Tiba-tiba bulu roma menegak nih! Ni last aku cerita sebab
yang ni paling aku seram.

146

HOSPITAL KEMAMAN 1960

(Zaynizah Mohd Yusoff)

Hospital Kemaman, 1960an, seorang makcik
baru dimasukkan ke dalam wad. Badan sihat tak tahu
sakit apa. Malam-malam berikutnya, pesakit-pesakit lain
tak boleh tidur. Macam ada yang mengganggu tidur
mereka.

Memandangkan makcik tu kelihatan pelik sahaja,
mata melilau, bercakap tak berani bertentang mata,
maka pesakit-pesakit lain berpakat untuk memberitahu
dan berbincang dengan staf wad berkenaan makcik itu.

Esoknya dia dah dibenarkan keluar wad tapi dia
tak mahu balik. Seorang pesakit telah berpesan pada
saudaranya yang datang melawat untuk membawa duri
mengkuang. Curi-curi diletakkan duri itu di bawah tilam
makcik yang berkelakuan pelik tu.

Petang itu, makcik itu gelisah serba tak kena.
Akhirnya petang itu juga minta keluar dari wad. Orang
kata dia ada PELESIT. Kalau lelaki, POLONG.

147

WAD MEDIKAL PEREMPUAN

(Umikhaziah Khalid)

Tahun 2003:
▪ Hospital Selayang
▪ Wad Medikal Perempuan
▪ Malam kedua
▪ 2 SN(staff nurse)
▪ 1 JM(aku)

Aku ni mulut main cakap lepas. Kerja pula dengan
geng Terengganu belaka malam tu. Suka sangat sebut
“beruk” “kera” “kuba(kerbau)” kalau borak-borak.

Malam tu aku pergi pantri nak buat teh-O. Keluar
sahaja pantri, gelak-gelak dan mata aku terpandang
lembaga hitam besar serupa beruk besar yang mata
merah duduk atas lokar pesakit katil 25.

Masa tu tak ada pesakit dekat katil tu. Aku terkedu
kaku sekejap. Tak boleh nak bercakap. Masa tu geng aku
dah perasan aku pucat lesi.

Sudahnya malam tu pergi mana-mana bertiga
tak berpisah. Malam terakhir kerja malam pun berkepit ja.
Lagi haru pergi bilik air pun mesti kawan kena hulur kaki,
nak pastikan kawan tak tinggalkan aku dekat bilik air
seorang diri. Huhuuu.

148

Lepas tu malam giliran staf lain kerja malam,
pesakit yang baru masuk wad dan ditempatkan di katil 25
tu, tak boleh tidur. Kena ganggu katanya.

149

WAD ORTOPEDIK PEREMPUAN

(Nurarina Shapii)

Pada 2011 saya dimasukkan ke wad ortopedik
perempuan kerana masalah tulang belakang.

Akibat sakit yang teramat, saya mengalami
peristiwa pelik di mana pada suatu hari sekitar waktu
maghrib, dalam menahan kesakitan yang teramat, saya
seolah-olah terlihat seseorang yang sedang merangkak
di dinding sehingga ke atas siling dengan berbaju seperti
pesakit di wad.

Setelah saya khabarkan perkara itu kepada ibu
yang menjaga saya pada ketika itu, dengan segera ibu
saya membaca al-fatihah dan ayatul kursi dan meminta
saya mengalihkan pandangan, tetapi saya tetap
memandang dengan penuh kehairanan.

Begitulah, kisah misteri saya di wad ortopedik
perempuan, HSA.

150

WAD KANAK-KANAK

(Khairul Anuar Ab Rahman)

Pukul 2.00 pagi di wad kanak-kanak, ada seorang
ayah membawa anaknya masuk ke bilik rawatan,
kemudian dia keluar dari bilik tersebut dan terus ke katil
wad. Dia kemudiannya tertidur ketika menunggu anak
beliau keluar dari bilik rawatan.

Tiba-tiba terdengar jeritan seseorang "siapa yang
tinggal anak dalam bilik rawatan ni?"

Ayah tadi terpinga-pinga melulu ke arah wanita
tersebut yang merupakan ketua jururawat di wad
tersebut.

Si ayah menjawab "Tadi ada dua orang jururawat
yang panggil, dan saya tinggalkan anak saya dengan dia
orang."

Ketua jururawat menjadi hairan, dan segera
menyuruh beliau mengambil anaknya semula yang tadi
hanya terbaring seorang diri di dalam bilik tersebut tanpa
diawasi sesiapa.

Pagi buta macam ni jarang ada jururawat panggil
masuk bilik rawatan. Betul ke yang suruh tu jururawat?

151

KATARAK

Dr Khairy Malik

4.00 pagi waktu tu aku ambil darah pesakit untuk
penilaian hari esok (coming morning). Time nak ambil
darah pesakit yang ada bilateral cataract (kedua-dua
mata tak boleh melihat dengan jelas, dia cuma nampak
samar-samar sahaja), tiba-tiba pakcik tu cakap.

"Doktor, ada perempuan merangkak kat siling
atas doktor. Sekarang benda tu merangkak dekat
dinding..."

Aku dah cuak. "Dahlah pakcik tak payah cakap
benda bukan-bukan," kata aku sambil sedut darah
pesakit ke dalam picagari.

"Oh, sekarang perempuan tu ada belakang
doktor."

Sumpah, sejak hari tu aku berhati-hati dengan
orang yang mata ada katarak ni. Dia tak boleh melihat
dengan jelas, tapi dia boleh nampak "benda" lain.

152

SYIF MALAM HUJUNG MINGGU

(Farah CJ)

Rutin syif malam pada hujung minggu, sedikit
sibuk. Stok ubatan perlu diperiksa. Usai pemeriksaan
stok ubatan, jururawat kembali ke meja kerja untuk kerja-
kerja dokumentasi pula.

Jam dah pukul 12.00 tengah malam. Beberapa
orang pesakit masih belum tidur. Kemudian terdengar
bunyi suara orang menangis.

"Siapa pulalah yang menangis malam-malam
buta ni?" keluh hati seorang jururawat.

Seorang lagi jururawat pandang jururawat yang
mengeluh itu. Tak berani bertanya.

Jururawat yang mengeluh itu lihat ada seorang
pesakit yang masih belum tidur. "Ah Wan, kenapa
menangis? Tidur lah," katanya

Si Ah Wan membalas, "bukan saya la misi. Itu
olang dalam itu yang nangis," sambil menunjuk ke dalam
stor yang hanya dipisahkan oleh separuh dinding dan
separuh lagi jaring-jaring besi.

153

WAD ONKOLOGI

(Umy Nadirah Ahmad)
Baru nak sandar dekat kerusi lepas siapkan
laporan pesakit, sekali lampu komputer menyala-----
Dekat Microsoft Word terpapar, "........pinjam
guna komputer sekejap."
Hahaha seram tak? Tapi memang serius
meremang segala bulu. Terus tachycardia(jantung
berdegup laju)!

154

LALUAN KE RADIOTERAPI

(Imeza Hafez)

Saya menghantar makcik bulan lepas untuk
melakukan rawatan radioterapi. Saya terpaksa naik ke
tingkat atas untuk pendaftaran dan dalam perjalanan
untuk menaiki lif, saya terpandang di kiri kanan laluan
saya dipenuhi dengan garam dan lada hitam.

Saya perasan cleaner yang kebetulan sedang
menyapu di situ, tidak membersihkan taburan garam dan
lada hitam tersebut.

Apabila saya tanyakan pada cleaner tersebut
mengenai taburan tersebut, dia hanya mengatakan tidak
tahu.

Saya cuba ikut taburan itu, rupanya ia menuju ke
bahagian forensik dan laluan ke forensik(rumah mayat)
memang agak panjang dan sayup. Serta merta
meremang.

155

PEMBEDAHAN CYST

(Raihana Nraihana)

Dulu hampir setiap kali cuti semester, jika ada ahli
keluarga yang sakit, akulah yg kena teman. Cuti
semester tu opah menjalani pembedahan buang cyst.
Sembilan hari jugalah aku di hospital.

Malam ketiga lepas pembedahan, opah berjalan-
jalan keliling wad, kata dia nak balik rumah tapi tak jumpa
pintu. Puas aku pujuk suruh dia rehat, tapi dia berdegil
nak balik rumah.

“Rumah opah jauh, nanti opah sihat kita balik ya.”
'”ku nak balik rumah aku dekat situ tapi aku tak
jumpa pintu.”
“Rumah yang mana?”
“Tu ...” dia tunjuk arah tandas.

Padanlah bertenaga semacam dia berjalan.

156

SYIF MALAM

(Nur Fatin Fatihah)

Syif pada malam itu dimulakan seperti biasa,
ambil laporan, tengok pesakit, buat laporan.

Bila dah selesai semua, aku terpaksa masuk
dalam bilik rawatan seorang diri sebab nak periksa stok
IV drip, dan semua lagi peralatan lain.

Tiba-tiba, "Arghhhhhhhhhh" kedengaran nyaring
suara seorang wanita menjerit.

Aku ingatkan pesakit. Aku pun bergegas keluar
dari bilik rawatan dan tanya staf yang lain. Dia orang
cakap mana ada bunyi pesakit menjerit.

Dah tu, suara siapa yang aku dengar malam tu?
Masih menjadi tanya sampai sekarang.

Dari apa yang senior aku cakap, kawasan ni
memang ramai "kawan-kawan" baru. Reda sahajalah!

157

JABATAN KECEMASAN

(Mohd Adib Mohd Zainudin)

Zon Merah. Syif Malam. Staf yang bertugas:
doktor, aku(MA), dan 2 orang 2 jururawat.

Dalam pukul 3.00 pagi, aku ke pantri. Habis
makan, jururawat telefon kata dia orang pula nak makan,
jadi minta aku masuk ke zon merah.

Aku masuk, tiada orang. Sunyi. Keempat-empat
katil penuh. Pesakit dah stabil. Katil pediatrik kosong.
Katil hujung tu biasanya letak pengusung, tapi langsir dia
tertutup.

Ingat-ingat balik, loceng resuscitation tak bunyi
tadi. Bermakna tiada pesakit baru.

Tiba-tiba... kedengaran bunyi mesin dari katil
hujung tu. Nak cakap ventilator atau CPAP (continuous
positive airway pressure) pun bukan. Aku cuba ke sana.
Meremang bulu roma.

Bila selak langsir, terkejut bukan main bila dengar
suara perempuan menjerit. Rupanya doktor tengah pam
susu pakai mesin pengepam susu. Serius seram.
Padahal bunyi mesin pengepam susu.

158

WAD BIASA HOSPITAL KUANTAN

(Qairawani Azhar)
10/02/2015 selepas Zohor.

Nenek koma, sebab tekanan darah tinggi.
Saya tinggalkan nenek sekejap untuk tunaikan solat. Bila
saya balik, pesakit di katil depan beritahu tadi ada 2
orang pelawat berpakaian putih datang.

Bila saya tanya, orang tu ada cakap tak dia siapa,
pesakit tu kata, pelawat tu cuma jawab, dia saudara jauh
nenek.

Setahu saya, nenek dah tak ada saudara.
Bila telefon ustaz, dia suruh kami baca yasin, nenek dah
tak lama.

Sedih, pilu, sayu… tak tercapai dek akal
memikirkan siapa gerangan pelawat tadi.

159

STOR KAD

Thaivanai Aripitri

Syif malam di wad kami, cuma kerja berdua
sahaja sebab wad ni pesakitnya stabil dan sedikit. Lepas
buat kerja biasa, saya ke stor untuk kemaskini kad.

Tengah mencangkung seorang diri sambil kira
barang, tiba-tiba terasa ada lembaga besar dan hitam di
belakang saya. Saya menoleh, terjerit sehingga terduduk
di lantai.

Rupa-rupanya kawan saya yang sedang
memakai jaket hitam. Orangnya kecil sahaja, tapi dalam
keadaan saya mencangkung, terasa tinggi di belakang
saya.

Saya yang terkejut ni OK sahaja, kawan saya
pula yang menangis sebab rasa bersalah. Pesakit yang
dengar jeritan pula yang mengadu sakit dada dan kena
periksa ECG(electrocardiogram). Nasib baik pesakit tak
ada apa-apa.

160

HOSPITAL BESAR MELAKA

(Norazmi Hussin)

Kisah aku tak seram tapi aku tak nak lalui kali
kedua. Harap-harap tidak kena lagi.

Kisah aku mula bila isteri aku nak melahirkan
anak ketiga di Hospital Besar Melaka. Masuk dewan
bersalin pukul 8.30 malam dan alhamdulillah aku jadi
peneman.

Setelah selesai bersalin lebih kurang pukul 9.00
malam lebih, aku tunggulah di ruang menunggu di luar,
selepas aku azankan anak aku. Tunggu punya tunggu
punya tunggu, isteri aku tak keluar-keluar dari dewan
bersalin.

Tunggu lagi dan lagi dan lagi.. jam menunjukkan
pukul 12.00 tengah malam. Aku tanya pada jururawat.
Rupanya katil tak yang ada kosong. Wad baru penuh
sampai melimpah. Akhirnya hampir pukul 1.00 pagi baru
isteri aku disorong ke wad lama, jauh nun di sana. OKlah
aku dan jururawat tu tolak isteri aku ke tingkat 3. Mak aii,
dia punya lif pun gigil nak masuk.

Tiba di wad. Aku kemaskan dan bantu basuh
darah-darah isteri serta apa yang patut. Dalam pukul

161

2.30 pagi aku bawa uri balik dan aku baru tersedar aku
kena lalu lorong dari wad lama ke wad baru seorang diri
sejauh hampir 100 meter.

Bawa uri mentah. Pukul 2.30 pagi. Masa aku
keluar dari wad. Rasa macam nak suruh pengawal
keselamatan tu teman, tapi pengawal tu macam
gelakkan aku sebab kena jalan seorang diri.

Aku tabahkan hati. Doa-doa supaya pintu lif tak
buka tingkat 2 dan tingkat 1. Bukan apa, risau lif buka dan
'dia' tengah tunggu di luar. Allahuakbar.

Aku pun tak duduk dalam lif belah tengah. Berdiri
tepi saja. Habis surah dah aku baca. Kadang-kadang
habis bercampur dia punya ayat. Tajwid jangan ceritalah.
Aku rasa nak azan saja sepanjang aku jalan tu.

Pintu lif buka ja, aku tengok dah sampai di tingkat
bawah. Selamat satu dugaan. Aku pun cepatkan langkah
tanpa lihat kiri kanan. Jangan kata bulu roma. Rambut
aku pun dah tegak

100 meter rasa macam jauh gila. Aku rasa kalau
pengawal tadi panggil aku balik pun, aku tak percaya.
Aku tetap lari balik. Aku doa janganlah ikut aku balik
sebab ada uri tu.

162

Kesannya, tiba di rumah, lampu dari luar anjung
sampai ke belakang rumah, habis aku nyalakan. Tak ada
satu pun lampu aku tak nyalakan. Semua bilik, semua
bilik air, bilik stor pun aku nyalakan dari pukul 3 pagi
sampai subuh.

Uri aku letak dalam peti ais. Tolak ketat-ketat.
Aduh, macam-macam bayangan muncul sepanjang
tempoh tu. Alhamdulillah tak ada apa-apa. Itu sahaja
fobia aku dekat Hospital Besar Melaka.

163

WAD PSIKIATRI

(Mariani Ramli)
Kerja syif malam, malam pertama, pukul 3.00
pagi, dalam CCTV bilik pesakit di wad psikiatri nampak
susuk badan putih sedang duduk atas kepala pesakit.
10 minit pesakit menggelepar, lepas tu lembaga
tu lompat pergi duduk atas pesakit lain. Kemudian, tak
tau pergi dia mana dah. Bila rewind balik, tak ada
lembaga tu tapi rakaman pesakit tengah menggelepar tu
ada.
Malam kedua, pukul 3.00 pagi juga, nampak ada
orang botak kulit hitam tengah berlari di luar tingkap. Wad
psikiatri ni di aras 7, luar tingkap tak ada koridor. Pastilah
tak ada tempat nak lari. Pening fikir macam mana dia
boleh lari atas angin tu. Haihh!

164

KIRAAN WAD

(Farah CJ)

Macam biasa, rondaan malam dilakukan oleh
petugas malam. 2 orang jururawat dan 2 orang PPK
(pembantu perawatan kesihatan) yang bertugas pada
malam tu.

Jam lebih kurang 1.00 pagi, masing-masing sibuk
periksa pesakit sedang tidur. Ada yang tolong selimutkan
pesakit. Sambil-sambil selimutkan pesakit, memang rutin
petugas tarik selimut pesakit yang tidur dengan gaya
berkelubung. Almaklumlah pesakit tua-tua belaka. Takut
lemas pula.

Seorang jururawat tengah kira bilangan pesakit
pada malam tersebut. Aneh, terlebih pula bilangan
pesakit. Salah kira barangkali. Kiraan kali kedua. Sama
bilangan. Masih lebih.

Belum sempat nak beritahu yang lain, seorang
PPK ke katil seorang pesakit yang elok berbungkus
dengan selimut. Ditarik selimut tersebut. Kaku mereka
lihat wajah pesakit tersebut. Lintang pukang masing-
masing berlari. Sempat pula mata nakal lihat ke luar wad.
2 bungkus lagi temannya menunggu di luar.

165

WAD MEDIKAL, HOSPITAL PANTAI
TIMUR

(Zalikha Zhao)

Kisah ni berlaku sekitar 6 tahun lepas di sebuah
wad medikal di sebuah hospital di pantai timur.

Detik 12.00 malam, ada seorang pesakit berumur
50-an dimasukkan ke dalam wad kerana bacaan gula
dalam darah yang tinggi di samping masalah buah
pinggang.

Nak dijadikan cerita, keadaan makcik ni dari hari
ke hari semakin tenat, dan pada malam tu tiba-tiba
makcik meracau sebelum tidak sedarkan diri.

Antara perbualan yang masih diingati.

“Makcik, kenapa pandang atas, makcik tengok
siapa?”

“Makcik nak ikut dia!”

“Ikut pergi mana, makcik?”

“Pergi karak!” sambil matanya membuntang
kemerahan.

166

Selepas perbualan tamat, makcik pun kembali ke
rahmatullah. Innalillah. Al-fatihah. Serius tak akan lupa
sebab makcik ni baik.

167

JURURAWAT UBAT

(Muchii Aramystalyn Nur Julyza)

Syif malam, malam kedua, sebagai medication
nurse(jururawat ubat). Lepas bagi ubat kepada semua
pesakit, aku pergi depan kaunter jururawat.

“Doktor, mana carta ubat untuk pesakit kimoterapi
di katil 19 tu?”

“Hah? Pesakit katil 9? Engkau biar betul!”

“Ya lah. Ada nak di beri ubat pada pesakit tu tak?
Pesakit ada baring dekat sana tu.”

“Pesakit mana ni?” kata doktor sambil berjalan ke
katil 19. Tak lama lepas tu, doktor pun balik ke kaunter
di hadapan.

”Kak ni biar betul! Mana ada pesakit dekat sana.
Katil tu mana ada orang.

Siapa yang baring di sana tu pakai baju hospital?
Aku pun abaikan. entah siapalah tu yang menumpang
tidur.

168

JABATAN KECEMASAN

Thaivanai Aripitri

MA(medical assistant / penolong pegawai
perubatan) junior pergi ke bilik pemantauan untuk
mendapatkan keputusan darah pesakit. Mesin untuk
ujian full blood count segera ada di dalam bilik
pemantauan ni.

Kelihatan seorang nenek sedang duduk di sofa di
bilik tersebut senyum kepada MA berkenaan. Dalam
bahasa Iban nenek itu bertanya, “Lama lagi ke dia perlu
tunggu.”

MA memberitahu nenek tersebut yang dia akan
periksa dengan jururawat yang bertugas di bilik
pemantauan. Bila dia ke zon kuning, dan tanya jururawat
tersebut, jururawat berkata, "Dik, zon kuning pun
lengang, mana ada pesakit dekat belakang(bilik
pemantauan)"

169

RONDAAN SERAH TUGAS

Hasmah Azali
Macam biasa, setiap kali pass over(serah tugas),
kami akan buat sekali rondaan bilik pesakit. Dalam wad
aku ni, ada geng yang ada deria ke enam. Kalau ada
yang tak kena, mesti dia beritahu atau pesan.
Malam ni, aku kerja dengan dia. Periksa satu bilik
ni. Tiba-tiba dia kata "Reza, kau jangan pandang. Jalan
pergi depan terus. Dia tengah bersiap sikat rambut tu."
Erkk! Terkedu kot dengar dia kata begitu sebab
bilik tu kosong sebenarnya. Aduh, dalam hati aku berdoa
“Ya Allah, mudahkan urusan kami. Kami bekerja kerana
Allah.”

170

HOSTEL JURURAWAT

(Munira Musa)

Kejadian ni berlaku sewaktu saya masih pelajar
kejururawatan. Pada hari saya kerja petang dan
kebetulan saya baru nak balik ke hostel, saya
bertembung dengan kawan saya

Saya panggil banyak kali tapi dia tak menoleh.
Jika diikutkan hati, saya nak ikut belakang dia sebab nak
ajak dia balik sekali. Namun, disebabkan dah lewat, dah
dekat pukul 10 malam, maka saya balik dulu sahajalah.

Elok sampai hostel, rakan sebilik beritahu kawan
yang saya tegur tadi tu sedang ditahan di wad kerana
disyaki mengalami appendicitis.

Hai biar betul? Saya memang nampak kawan
saya tu lalu pergi nak tukar baju biasa sebelum balik
hostel. Habis saya yang tegur tu, dari sisi belakang
memang menyerupai kawan saya. Cuma bila saya
panggil, kawan tu tak toleh.

Kalau saya ikut dia ke bilik persalinan, alamat
memang saya demam lah jawabnya. Seram betul bila
difikir balik.

171

UNIT RAWATAN RAPI

(Kira Shakiera)
Sewaktu syif malam di ICU, ada seorang pesakit
lelaki enggan tidur dan nampak agak resah. Saya minta
dia berehat kerana dijangka esok pagi, doktor akan
extubate(cabut tiub pernafasan) kerana keadaannya dah
semakin pulih..
Kami berkomunikasi melalui cara menulis pada
kertas. Antara permintaan pesakit adalah:
"Misi tolonglah suruh dua benda dekat tingkap
atas tu supaya pergi. Satu besar, satu kecil. Kadang-
kadang dia turun ke katil, kadang-kadang dia bertenggek
semula di tingkap."

172

JABATAN KECEMASAN

(Thaivanai Aripitri)

KJ(ketua jururawat) yang oncall tengah buat
rondaan waktu senja. Punyalah dia marah sebab ada
pesakit ditinggalkan keseorangan di bilik pemerhatian
dengan IV drip. Pesakit pula duduk menghadap dinding.

KJ terus ke zon kuning dan memarahi jururawat
kerana meninggalkan pesakit sendirian di belakang.
Jururawat terpinga-pinga dan berpandangan sesama
sendiri.

Kalau zon kuning lengang, pesakit tidak akan
dihantar ke bilik pemerhatian. KJ tidak percaya lalu
membawa jururawat ke bilik pemerhatian. Tiada pesakit
di situ dan katil tersebut dalam keadaan kemas. Bilik air
pun kosong.

Wajah KJ kelihatan pucat.

173

WAD BERSALIN

(Ayu Marlina Easa)

Aku dimasukkan ke dewan bersalin tepat jam
1.00 pagi. Ada seorang misi bertugas di dewan bersalin
itu. Saya dipasangkan CTG (cardiotocograph / alat
pengesan kadar denyutan jantung bayi), diperiksa
tekanan darah. Kemudian, misi tu berlalu dan keluar dari
bilik.

Tiba-tiba saya terdengar suara mengilai seperti di
sebelah tingkap bilik. 3 kali bunyinya. Terus terkumat-
kamit mulutku baca apa yang patut. Meremang bulu
roma. Kenapalah tak ada rasa contraction(rahim
mengeras) masa ni?

Misi tu kembali bersama borang-borang. Dia soal
aku tentang detail kelahiran lepas. Tiba-tiba bunyi lagi
hilaian itu. Terang dan jelas.

Kata misi, "Anak yang ke-4 kan, kak? Bacalah
apa yang patut. Yang terdengar apa-apa tu, abaikanlah
ya, anggap tak ada apa-apa."

Fuh! Rupanya bukan aku seorang la yang dengar
suara tu.

174

UNIT RAWATAN RAPI

(Kira Shakiera)
Syif malam di ICU, jaga seorang pesakit
perempuan yang sedikit mamai (di bawah pengaruh ubat
pelali). Puas pujuk suruh tidur tapi dia tetap tak mahu.
Subuh baru dia lelapkan mata.
Masa sesi serah tugas pada jururawat syif pagi,
pesakit tanya, “Misi, kenapa budak kecil tu asyik duduk
sebelah makcik aja malam tadi? Malam sebelum ni pun
macam tu.”

175

LIF PARKIR

(Erni Fadzil Saharudin)

Sewaktu hendak turun ke kawasan parkir hospital
usai melawat saudara yang sakit, saya turun
menggunakan lif.

Saya tekan butang aras G(ground), di mana
kereta saya diparkir. Tapi lif tidak berhenti di aras G, tapi
langsung ke LG(lower ground).

“Ah, sudah,” bentak hati. Sudahlah malam, mahu
pulang awal.

TING! Pintu lif terbuka, dan saya berada di aras
bilik mayat. Lantas meremang bulu roma dan dengan
rakus menekan butang tutup dengan segera. Pintu lif pun
tertutup.

Lif perlahan-lahan naik ke aras G semula

Huhuhuhu.. Lega tak terkata.

176

TABUNG DARAH

(Chuad Steady)
Erni kena syif malam lagi. Letih tak terkata malam
ni. Di tangannya penuh sampel darah yang perlu dihantar
ke makmal. Pintu lif terbuka namun tiada sesiapa di
hadapan pintu lif. Sebaik sahaja pintu lif tertutup Erni
terdengar bunyi "Slurppp! Slurppp!"
Erni abaikan saja bunyi tersebut mungkin
disebabkan keletihan, jadi dia terdengar bunyi yang
bukan-bukan.
Sebaik saja pintu lif terbuka di tingkat makmal
darah, Erni mencuri pandang ke dalam lif dan terlihat
seseorang berdiri sambil memandang ke arah sampel
darah yang dibawanya. Erni melajukan langkah kaki
tanpa menoleh lagi.

177

UNIT RAWATAN RAPI

(Kira Shakiera)

Masa syif malam di ICU, kami terima satu kes
ginekologi pada pukul 1.00 pagi. Staf yang hantar pesakit
beritahu pada kami bahawa suami pesakit telah
diberitahu yang isterinya sudah dipindahkan ke ICU.

Kami jangka suami pesakit akan sampai pada
bila-bila masa sahaja memandangkan selepas pesakit
jalani pembedahan, suaminya belum sempat berjumpa
dengannya..

Masa saya sedang susun fail, kedengaran suara
seorang lelaki yang jelas memberi salam. Saya
menjawab salam itu dan dengan pantas bangun untuk
buka pintu kerana menyangka suami pesakit telah
sampai.

Setelah terbuka luas pintu ICU, saya toleh kiri dan
kanan. Aras itu sunyi sepi sahaja. Saya dan kawan saling
berpandangan. Kami tak buka mulut hingga esok pagi
selepas serah tugas pada jururawat syif pagi.

178

KATIL NOMBOR 17

(Nurul Azleen Mohamad)

Malam itu, aku bertugas sebagai
houseman(pegawai perubatan latihan siswazah) di wad
bersama dua orang jururawat.

Semasa syif malam, rutin jururawat untuk
mencatat tanda vital pesakit.. Jururawat itu pun pergi ke
katil 17 dan di situ ada susuk tubuh seorang wanita yang
wajahnya terlindung.

Jururawat tu berasa pelik. Tadi semasa lakukan
passover (serah tugas), jururawat syif sebelum ini kata
katil ini kosong. Tapi, mungkin juga ada pesakit baru
yang dimasukkan ke wad.

Keesokkan hari, jururawat itu pun passover kes
kepada jururawat syif pagi. Sampai ke katil 17, tiba-tiba
dia terdiam. Tiada nota di dalam komputer. Tiada pesakit
yang didaftarkan di katil itu.

Jururawat syif malam tadi terdiam. Berpeluh.
Siapa di katil 17 malam tadi? Secara spontan, kami
bertiga melihat ke katil 17.

179

Jika katil itu kosong, pasti dah seram. Tetapi
ternyata di atas katil itu ada sesusuk tubuh yang
berkelubung dengan selimut hingga ke kepala. Ini lagi
seram. Siapa yang berkelubung ni?

Bila saya sentuh tubuh yang berkelubung itu,
terus selimut itu meleper, seolah-olah orang di dalamnya
tiba-tiba lenyap.

Bertempiaran kami lari.

180

PENGURUS JENAZAH

(Chuad Steady)

Pukul 3.00 pagi, kedengaran petanda pesakit katil
3 menghembuskan nafas terakhir. Setelah mayat siap
dibungkus untuk dibawa pulang, suami pesakit katil 3
mengiringi mayat berbungkus isteri tercinta ke bilik mayat
bagi proses menghantar pulang.

Di lorong gelap-gelita disuluh cahaya lampu
kecemasan yang malap, hanya ada suami arwah,
jenazah dan pengurus mayat. Kelihatan pengurus mayat
yang berjalan di hadapan melangkah dengan perlahan
dan mengheret kakinya.

Kelihatan pengurus mayat tu seperti terbeban
dengan sesuatu. Mukanya pun berkerut-kerut. Melihat
keadaan itu, dan tambahan suasana sejuk, ia
membuatkan bulu roma si suami meremang.

Tiba-tiba si pengurus mayat berhenti dan
menoleh ke belakang. Kemudian dia berkata, "Encik,
maaf la kaki saya gout, tak boleh jalan laju"

181

PELAWAT

(Lela Layla)

Pukul 1.00 pagi, baru nak terlelap, tiba-tiba
terdengar bunyi tapak kaki berjalan laju ke arah katil.
jururawat nak periksa tanda vital agaknya.

Nak bangun tak boleh. Muka rasa bengkak,
panas. Bergelut nak bangun akhirnya dapat kekuatan
istighfar sekuat hati.

Bila berjaya buka mata, terlihat ada kelibat hitam
mendengus "hah" dan terus hilang. Bayi saya seraya
menjerit menangis.

Saya terus angkat bayi saya, buka pintu bilik,
mainkan surah yasin, dan terus bayi saya ke kaunter wad
dengan tergopoh-gapah.

Jururawat tanya "Kenapa mak?"

"Kena kacau," aku jawab.

"Bilik berapa mak?"

"Bilik isolasi."

182

"OOooo biasalah hospital. Tak apa tu. Mak pergi
baring katil mana-mana dulu," jawab jururawat dengan
tenang.

Maka saya pun menumpang katil depan kaunter
jururawat sampai pagi esoknya.

183

SYIF MALAM

(Kak Long AszNira)

Kisah ini berlaku 2011. Ketika itu saya kerja
malam. Hanya 2 orang jururawat sahaja yang bekerja
dan seorang PPK(pembantu perawatan kesihatan.

Nak dijadikan kisah, malam itu rakan saya
terpaksa hantar kes ke hospital daerah yang lain. Tinggal
lah saya seorang menjaga 18 pesakit.

Katil hujung di tepi tingkap, kosong tiada pesakit.
Tepat jam 2.00 pagi, di situ tiba-tiba ada bauan mawar,
Skrin katil hujung tu kerap bunyi pagar dinaikkan dan
diturunkan. Langsir dimain serta digoyangkan.

Ahhh sudah. Menggigil keseorangan saya waktu
tu. Apa lagi saya pun buka mp3 surah yassin. Teruskan
kerja yang ada hingga rakan saya balik dari menghantar
kes.

184

JURURAWAT SENIOR

(Nur Diana)
Kerja malam. Tengah layan pesakit, rasa macam
ada orang lalu dekat belakang. Toleh, nampak kakak
senior lalu keluar dari wad tapi muka dia masam ja. Tak
tegur.. terus pergi kaunter jururawat, nampak kakak
senior yang baru lalu keluar wad tadi ada duduk dekat
kaunter jururawat. Lepas tu tanya dia, “Akak keluar wad
ke tadi?”
Dia jawab, “tak ada!”

185

FARMASI BEKALAN WAD

(Neijie Chibi)

Saya nak kongsi kisah seram dekat farmasi
bekalan wad (FBW) HTAA.

Saya sempat kerja syif malam di farmasi bekalan
wad (sekarang syif malam di jabatan kecemasan). Syif
ni cuma berdua sahaja, seorang pegawai farmasi dan
seorang PRP (HO farmasi), yang akan saring slip ubat
bersama-sama di meja saringan.

Di tepi meja saringan slip ubat tu, ada satu singki
(sekarang dah tutup dah singki tu). Lebih kurang pukul
3.00 pagi, paip air singki tu terbuka dengan sendiri. (paip
jenis tolak kiri kanan). Saya dan PRP memang nampak
jelas paip tu bergerak sendiri ke kanan dan aliran air
terbuka.

Saya siap cakap dengan PRP "Adoi, siapalah
main air tepi kita ni?"

Kami senyap ja lepas tu, dan kemudian tutup
paip. Dengar dari staf senior, FBW tu dulu rumah mayat.
Biasa juga dengar staf lain cakap "benda ni suka main
air."

186

Ada juga staf dengar bunyi benda main keyboard
PC dekat bahagian manufacturing di belakang. Ada juga
staf yang cakap nampak "ramai orang" pada waktu
tengah malam dalam clean room (bilik untuk kami
sediakan total parenteral nutrition + ubat kimoterapi).
Trivia: total parenteral nutrition (TPN) adalah nutrisi yang
disediakan dalam bentuk cecair untuk dimasukkan ke
dalam salur darah pesakit yang tidak boleh makan. TPN
perlu dibancuh spesifik mengikut keperluan seseorang
pesakit. Bancuhan perlu disedualan di dalam bilik yang
steril untuk mengelakkan keracunan dan jangkitan.

187

KORIDOR TINGKAT 3

(Norizwan Azlan)

Aku baru ja lepas bagi makanan dekat isteri di
hospital. Dia kena tinggal dekat hospital sebab nak jaga
anak aku yang masuk wad sebab demam panas.

Sebelum tu aku dekat rumah. Sekali tiba-tiba
isteri aku telefon, dia kata dia lapar. Pukul 10 malam, aku
gagahkan diri juga keluar hantar makanan kepada isteri.

Lepas hantar makanan dekat wad kanak-kanak di
tingkat 3, aku pun terus balik. Masa tunggu lif nak turun,
tiba-tiba ekor mata aku dapat menangkap pergerakan
seseorang. Aku pun toleh ke arah kiri dan nampak
seseorang berpakaian seperti pesakit hospital.

Aku cuma nampak belakang dia. Kalau tengok
kepala, macam orang lelaki. Dia berjalan menuju ke
tembok. Mungkin nak tengok pemandangan luar pada
waktu malam agaknya. Yalah, mungkin dia rimas duduk
dalam wad.

Tapi, tiba-tiba, tak semena-mena, aku tengok
pesakit tu tiba-tiba panjat tembok. Aku dah berdebar dah
masa ni. Jantung pun berdegup kencang. Dah kenapa
pula pesakit ni nak panjat tembok malam-malam ni?

188

Kemudian, tanpa disangka-sangka, pesakit yang
dah panjat tembok tu tiba-tiba terjun ke bawah. Respon
spontan aku, terus menjeritlah masa tu, "Woi!"

Aku berlari ke arah tembok yang mana pesakit tu
panjat dan lompat. Bila sampai situ, aku pun terus tengok
ke bawah. Masa tu, aku dah mula rasa pelik dan bulu
roma meremang.

Aku tengok kat bawah, tak ada orang pun atas
tanah. Tingkat 3 weh! Kalau orang terjun, kalau tak mati
sekalipun, mesti dia cedera punya. Mesti tak dapat nak
bangun punya disebabkan kesakitan.

Mata aku melilau tengok kiri kanan di bawah,
mencari-cari ke manakah menghilangnya pesakit yang
aku nampak melompat dari tingkat 3 ni.

"Encik, kenapa menjerit malam-malam ni? Inikan
kawasan hospital, mana boleh buat bising," kata seorang
pengawal keselamatan.

"Saya bukan jerit saja-saja. Tadi saya nampak
ada orang terjun dari tembok ni. Itu yang saya jerit tu,"
kata aku dengan cemas.

189

Bila dengar jawapan aku, muka pengawal
keselamatan tu berubah. Dari muka ketat, dia tersenyum
nipis.

"Hurm. Encik dah kena kacaulah tu. Memang
selalu dah orang jumpa, nampak macam ada pesakit
terjun dari tingkat ni. Tapi bila tengok bawah, tak ada
orang pun. Sebenarnya, memang ada kes bunuh diri di
hospital ni. Pesakit tu terjun dari tingkat ni lah. Jadi, ada
lah benda-benda yang dah menyerupai pesakit tu untuk
menakutkan orang-orang kat sini," kata pengawal
keselamatan tu panjang lebar.

Aduhai! Tak sangka pula aku boleh terkena
gangguan macam ni. Selama ni ada dengar cerita jelah
pasal gangguan di hospital ni. Tengok-tengok, kali ni, aku
sendiri yang kena.

190

191

Jika anda ingin lebih banyak kisah-kisah seram,
ikuti Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
klik → www.facebook.com/chaku

192

193


Click to View FlipBook Version