The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jba6038.skssd, 2022-06-24 13:12:42

MODUL KRMJ

modul krmj

Kandungan Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Kandungan i
iv
Isi Kandungan
Prakata vi
Kata Alu-aluan : viii
• Menteri Besar Johor
• Pengerusi Pendidikan, Penerangan, x
xii
Warisan dan Budaya Negeri Johor xxi
• Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor xxvii
Sejarah Kesultanan Johor
Pengenalan Modul
Strategi Pelaksanaan Modul

Bab 1 Keterampilan Murid Johor 1
Bab 2 Pengenalan 2
Bab 3 Aktiviti 1 - Keseragaman Kemeja-T KrMJ 11
Aktiviti 2 - Budaya Bersalam 16
Aktiviti 3 - Doa Perhimpunan 22
Aktiviti 4 - Rambut Ala Johor

Semangat Patriotik Johor 27
Pengenalan 29
31
Aktiviti 1 - Lagu Bangsa Johor
36
Aktiviti 2 - Johor Negeriku, Tanjung Puteri dan 38
Pulanglah
43
Aktiviti 3 - Lagu Yaladan

Aktiviti 4 - Selat Tebrau, Tanjung Puteri dan
Sri Muar

Aktiviti 5 - Ale Ale Ale Luaskan Kuasamu Johor

Budaya Kesantunan 50
Pengenalan 52
Aktiviti 1 - Tak Serupa Tapi Sama 56
Aktiviti 2 - Memori Indah

i

Kandungan Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Bab 4 Aktiviti 3 - Salam Hormat 60
Bab 5 Aktiviti 4 - Tunduk Hormat 64
Aktiviti 5 - Saree Oh Saree! 67
Aktiviti 6 - Wah, Wanginya! 69
Aktiviti 7 - Saya Kenal Kawan Saya 71
Aktiviti 8 - Sirih Junjung 79
Aktiviti 9 - Inilah Johor 82

Pemupukan Seni Budaya Johor 84
Pengenalan 86
Aktiviti 1 - Permainan Sepak Raga 89
Aktiviti 2 - Permainan Gasing 92
Aktiviti 3 - Permainan Konda Kondi 95
Aktiviti 4 - Pertunjukan Fesyen 98
Aktiviti 5 - Makanan Tradisional Johor 102
Aktiviti 6 - Chef Muda 105
Aktiviti 7 - Langkah Tari 108
Aktiviti 8 - Sanggar Tari 111
Aktiviti 9 - Persembahan Ghazal Johor 114
Aktiviti 10 - Inilah Ghazal 117
Aktiviti 11 - Senaman J-Robik 120
Aktiviti 12 - Jawi Exchange
126
Kepimpinan Murid
Pengenalan 128
Modul 1 - Program Kepimpinan Murid 130

(SLB/JSLC) 134
Aktiviti 1 - Komunikasi Spontan 138
Aktiviti 2 - Tiru Macam saya 141
Modul 2 - Program Kendalian Murid 144
Aktiviti 1 - Kawad Sederap 147
Aktiviti 2 - Wish Your Love
Aktiviti 3 - Sentuhan Rohani
Aktiviti 4 - Bersamamu
Aktiviti 5 - Kau Inspirasiku

ii

Kandungan Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Soal Selidik Aktiviti
Penutup 150
Komentar 173
Rujukan 175
Biodata Penulis 176
179

iii

Prakata Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

PRAKATA

Modul ini merupakan satu garis panduan kepada sekolah-sekolah untuk
melaksanakan aktiviti pembentukan Karakter Murid Johor (KrMJ). Ia
merupakan satu inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Johor ke arah
merealisasikan matlamat utama pembangunan KrMJ iaitu murid Johor
mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan
dikenali sehingga ke peringkat dunia.

Dengan berpaksikan slogan ‘Melahirkan Akhlak Terpuji’, modul
ini telah mengetengahkan lima inisiatif yang menjadi titik fokus utama
iaitu :

1. Keterampilan Murid Johor
2. Semangat Patriotik Johor
3. Budaya Kesantunan
4. Pemupukan Seni Budaya Johor
5. Kepimpinan Murid.

Segala aktiviti yang terkandung di dalam modul ini merupakan
himpunan amalan murni Bangsa Johor yang kaya dengan sejarah,
warisan tradisi budaya, bahasa dan persuratannya yang tersendiri.
Amalan murni ini perlu disemarakkan secara berterusan agar murid-murid
berasa bangga menjadi murid Johor.

Dalam memastikan keberkesanan modul, penulis turut membina
soal selidik kebolehpercayaan dan keberkesanan bagi mengukur tahap
kefahaman murid untuk diamalkan.

iv

Prakata Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Secara keseluruhannya, KrMJ yang ingin disemarakkan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri Johor ini sejajar dan memenuhi hasrat enam
Aspirasi Murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Bagi merealisasikan anjakan kedua dan
ketiga dalam PPM 2013-2025, iaitu memastikan setiap murid fasih dalam
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang mempunyai penghayatan nilai yang tinggi.

v

Kata Alu-aluan Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Sebait Kata Seuntai Bicara

MENTERI BESAR JOHOR

v

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Pendidikan merupakan medium paling utama untuk mewujudkan modal
insan yang mampu menyumbang kepakaran untuk pembangunan
negara. Pada masa yang sama, pendidikan juga sangat penting untuk
memanusiakan manusia tanpa meminggirkan jati diri dan kebudayaan
sebagai warganegara Malaysia secara amnya dan rakyat Negeri Johor
secara khususnya. Oleh itu, inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Johor
melaksanakan Modul Karakter Murid Johor (KrMJ) merupakan usaha
yang signifikan untuk melahirkan generasi muda yang berbudaya Johor
walau di mana mereka berada.

vi

Kata Alu-aluan Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Ledakan arus teknologi komunikasi yang merancakkan
perkembangan dunia globalisasi telah menyaksikan penularan budaya
dari luar yang bersifat urban. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan
anak-anak di Johor tidak ralit dengan keracunan budaya tersebut, usaha
Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan merangka Modul KrMJ
merupakan usaha yang wajar dipuji. Hal ini dikatakan demikian kerana
murid-murid akan dibimbing secara profesional oleh pendidik di sekolah
dengan garis panduan yang tekal.

Lantaran itu, peradaban Negeri Johor yang terkenal oleh
keluhuran pekertinya dapat disemai secara langsung dan tidak langsung
melalui pembudayaan KrMJ seterusnya mewujudkan Bangsa Johor yang
sejati dan berhemah tinggi.

Akhir kalam, pembinaan Modul KrMJ diharapkan dapat
diaplikasikan secara menyeluruh selaras dengan aspirasi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh itu, seluruh warga pendidik perlu
bergerak sederap dalam usaha untuk menyemarakkan peradaban Negeri
Johor melalui pengaplikasian modul ini.

Sekian, terima kasih.

………………………………………………………..............
(YAB DATUK IR. HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMMAD)

vii

Kata Alu-aluan Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Seulas Rasa Seindah Bahasa

PENGERUSI
JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN,

WARISAN DAN BUDAYA,
NEGERI JOHOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
“Jika aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapat
menggegarkan dunia”. Retorik yang penuh puitis ini menjadi satu
manifestasi dalam usaha membangunkan golongan belia dan generasi
muda. Hal ini jelas menunjukkan bahawa anak-anak kita merupakan
tulang belakang atau nadi kepada negara dalam meletakkan kita sebaris
dengan negara-negara maju persis mutiara kata duduk sehamparan,
tegak sepermatang pada masa akan datang. Belakangan ini, kita telah
menyaksikan kerencaman persaingan ekonomi global telah

viii

Kata Alu-aluan Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

menyebabkan kita lebih cakna terhadap pembangunan pendidikan hari
ini. Pada masa yang sama, kita mahu nilai-nilai murni dan budaya Bangsa
Johor turut dikendong bersama dalam mengharungi perkembangan dunia
semasa.

Bagi merealisasikan hasrat ini, murid-murid perlu dibimbing dari
semasa ke semasa dan diterapkan dengan pelbagai nilai sebagai Bangsa
Johor yang kaya dengan peradaban dan budi pekerti. Pembinaan Modul
Karakter Murid Johor (KrMJ) adalah sangat signifikan yang dapat
dijadikan rujukan dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, naskhah
Modul KrMJ wajar dijadikan panduan untuk menyemai budaya Bangsa
Johor dalam kalangan generasi muda.

Tambahan pula, penggunaan modul yang lengkap dengan aktiviti
dapat membimbing para pelajar ke arah penghayatan nilai-nilai Bangsa
Johor yang sebenar tanpa mengenal bangsa, etnik dan agama. Bukan itu
sahaja, tidak keterlaluan dikatakan jika murid-murid Johor akan menjadi
duta kecil bagi mempromosikan Negeri Johor sama ada di negeri lain
ataupun di luar negara.

Sebagai konklusinya, diharapkan agar penggunaan modul ini
sentiasa disebarluaskan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

………………………………………………..
(YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG)

ix

Kata Alu-aluan Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Seindah Bahasa Secangkir Bicara

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Karakter Murid Johor (KrMJ) merupakan inisiatif dan Show Case Jabatan
Pendidikan Negeri Johor dalam usaha melahirkan murid-murid Johor
yang memiliki karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan
dikenali.

Tahun 2019 menyaksikan KrMJ berada pada kemuncaknya
setelah diperkenalkan sejak 2017 yang lalu dengan penekanan kepada
lima objektif utama. Lima objektif tersebut adalah untuk melahirkan murid
yang berimej dan beridentiti Johor, membina murid Johor yang
berkebolehan dan berperadaban tinggi, membangunkan gaya
kepimpinan murid Johor yang berkualiti, menjalinkan kerjasama,
perpaduan dan muafakat dalam kalangan murid Johor dan memupuk

x

Kata Alu-aluan Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

kesedaran murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai seni
budaya tempatan.

Umum mengetahui bahawa Negeri Johor kaya dengan khazanah
dan warisan sejarah, warisan tradisi budaya, bahasa dan persuratan.
Hari ini kita berbangga Johor dikenali di seluruh negara sebagai negeri
yang mempertahankan jati diri bangsa dan budaya secara berterusan.

Dengan slogan ‘Melahirkan Akhlak Terpuji’, KrMJ diharapkan
dapat terus disemarakkan bagi memenuhi hasrat dan harapan yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan menepati enam
Aspirasi Murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025).

Sekian, terima kasih.

….……………………………………..
(HAJI SHAHARUDDIN BIN SAARI)

xi

Sejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

SEJARAH KESULTANAN JOHOR

Sekilas Sejarah Kesultanan Johor

Negeri Johor Darul Ta’zim adalah negeri yang masih mendaulatkan
institusi Diraja. Institusi Diraja Johor mempunyai keunikan dan
keistimewaan tersendiri dari sudut sejarahnya sejak awal penubuhan
Johor. Ini menjadikan institusi Diraja Johor sangat berbeza dengan
negeri-negeri di seluruh Malaysia dan mempunyai nilai sejarah yang
tinggi. Sebagai rakyat Johor khususnya, kita perlu peka dan mempunyai
semangat ingin tahu yang tinggi untuk mendalami dan menghargai
sejarah asal usul Kesultanan Johor. Segmen ini akan menerangkan
secara ringkas kronologi tampuk pemerintahan Kesultanan Johor yang
melalui tiga tampuk pemerintahan berbeza sejak awal penubuhannya.
Semoga penerangan ringkas ini dapat menyuntik perasaan cinta akan
nilai sejarah negeri tempat kita berteduh.

Kesultanan Johor pada 1528 sehingga 1699

Dinasti Kesultanan Johor bermula pada tahun 1528 yang dinaungi
oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564) dari keturunan
Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini bertapak di Johor Lama. Sultan
dibantu oleh Majlis Orang Kaya yang terdiri daripada Bendahara,
Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja.

Seterusnya, Pekan Tua merupakan permulaan bagi pemerintahan
Johor. Kota Kara adalah sebuah kubu pertahanan yang dibina oleh
baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II di tepi Sungai Johor. Pada tahun

xii

Sejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

1535, Johor telah diserang oleh Portugis. Dek kerana tidak dapat
bertahan, Sultan serta pengikut baginda Pekan Tua dan membina
kediaman di tempat bernama Sayong.

Seterusnya, pemerintahan Johor telah diwariskan kepada Sultan
Muzaffar Shah II bermula pada (1564-1570). Dari Johor Lama, Sultan
Muzaffar Syah serta orang-orang besar baginda bersemayam di Bukit
Seluyut. Sejak itu, Seluyut mula didiami ramai orang dan menjadi pusat
pemerintahan kerajaan Johor. Pemerintahan Johor seterusnya di warisi
oleh Sultan Abdul Jalil Shah I (1570-1571).

Namun begitu, pemerintahan Johor beralih pula di Batu Sawar
pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah II (1571-1597). Bandar
ini didiami ramai orang dan menjadi kediaman raja serta pembesar.

Pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Ri’ayat Shah III (1597-
1615), takhta pemerintahan dan pentadbiran negeri telah diserahkan
kepada Sultan Abdullah Ma’ayat Shah (1615-1623) dan Tun Sri Lanang.
Ini menyebabkan terjadinya peralihan pusat pemerintahan Johor. Pada
tahun 1618 baginda bersemayam di Pulau Lingga. Sejak itu, Lingga pula
menjadi pusat pemerintahan dan aktiviti perdagangan menjadi hasil
utama bagi Kerajaan Johor. Baginda telah menjalinkan hubungan
perniagaan dengan Melaka (Portugis) serta mengenakan bayaran cukai
bagi kapal-kapal pedagang yang melalui perairan Johor.

Setelah kemangkatan Sultan Abdullah Ma’ayat Shah, Sultan
Abdul Jalil Shah III (1623-1677) telah dilantik sebagai Sultan. Pada tahun
1641, kapal Diraja dari Lingga telah berlabuh di Makam Tauhid dan
menjadikannya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Johor yang baru.

xiii

Sejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Setelah itu, kerajaan Johor diwarisi oleh Sultan Ibrahim Shah I
(1677-1685). Pada tahun 1678, Sultan Ibrahim menjadikan Riau sebagai
pusat pemerintahan Johor yang baru. Orang-orang Belanda mula
mengadakan hubungan perniagaan dengan Pulau Riau.

Setelah kemangkatan Sultan Ibrahim Shah I pada tahun 1685,
Raja Mahmud Shah telah dilantik menjadi Sultan Johor-Pahang (1685-
1699). Pada tahun 1688, Sultan Mahmud telah bersemayam di Kota
Tinggi. Namun begitu, pemerintahan kesultanan Melayu Melaka berakhir
di Tahun 1699, setelah kemangkatan Sultan Mahmud. Oleh kerana Sultan
Mahmud Shah tidak mempunyai waris, pentadbiran Johor telah berganti
kepada pemerintahan Bendahara.

Kesultanan Johor di Bawah Pemerintahan Bendahara (1699-1855)
dan Temenggong (1855 – 1862)

Sepanjang pemerintahan kesultanan Johor, Kepulauan Riau
adalah destinasi terakhir yang dipilih sebagai ibu negeri Johor pada ketika
itu. Pada tahun 1761, Sultan Mahmud III telah diangkat sebagai Sultan
Johor Riau. Selepas itu, pengurusan dan pentadbiran Johor telah bertukar
kepada pemerintahan Temenggong. Pemerintahan Temenggong
bermula apabila Inggeris mengiktiraf Temenggong Abdul Rahman Ibni
Temenggong Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor-Singapura. Pada
tahun 1819, Sultan Husain Shah telah diangkat sebagai Sultan Johor-
Singapura. Seterusnya pada tahun 1825 Temenggong Daeng yang
merupakan anakanda kepada Temenggong Abdul Rahman telah
diangkat sebagai Temenggong Johor setelah kemangkatan
ayahandanya. Pada 10 Mac 1855 Sultan Ali Iskandar telah menyerahkan

xiv

Sejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

keseluruhan kerajaan dan negeri Johor kecuali jajahan Kesang kepada
Temenggong Ibrahim. Pemerintahan bendahara tamat setelah
kemangkatan Sultan Ali pada 20 Jun 1877. Bermula tahun 1855,
Temenggong Daeng Ibrahim telah membuka Bandar Iskandar Puteri yang
terletak di Tanjung Puteri.

Kesultanan Johor Moden pada 1862 sehingga kini

Pada 10 Mac 1855 British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor
telah menandatangani perjanjian kuasa memerintah Johor diberikan
kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan Muar masih lagi di
bawah pemerintahan sultan. Namun pada 1877, Muar kemudiannya telah
diserahkan kepada Temenggong Ibrahim.

Sultan Abu Bakar (1862-1895)

Setelah itu, Temenggong Ibrahim kemudiannya digantikan oleh
anakandanya, Sultan Abu Bakar pada tahun 1862. Sultan Abu Bakar
adalah pemerintah yang bijaksana hingga sangat dihormati oleh
pedagang dan British. dan digelar sebagai bapa Johor Moden. Baginda
telah membangunkan kerajaan Johor dan membuat hubungan diplomasi
dengan kerajaan Riau-Lingga. Baginda telah menukar nama Tanjung
Puteri kepada Johor Bahru sebagai pusat pentadbiran kerajaan Johor.
Pada tahun 1886, Sultan Abu Bakar telah dimahkotakan. Dalam istiadat
itu, baginda menzahirkan Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota Johor yang
menjadikan Johor sebagai negeri pertama yang mempunyai istiadat
sedemikian.

xv

Sejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Sultan Ibrahim (1895-1959)

Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895 setelah
kemangkatan ayahandanya, Sultan Abu Bakar. Sultan Ibrahim
mengekalkan kebebasan dan kedaulatan Johor. Pada tahun 1908, jalan
kereta api merentasi Negeri Johor dapat disiapkan sementara Tambak
Johor yang menghubungkan Johor Bahru - Singapura telah siap dibina
pada tahun 1924. Baginda juga telah menjadi penaung kepada Pakatan
Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor. Selain itu, pendidikan
Agama Islam turut diperkukuh dengan pembinaan sekolah-sekolah
agama dan masjid. Lagu ‘Bangsa Johor’ telah dijadikan sebagai lagu
rasmi negeri dan dinyanyikan dalam setiap majlis rasmi dan perhimpunan
di sekolah.

Sultan Ismail (1959-1981)

Sultan Ismail telah menggantikan ayahandanya pada tahun 1959
- 1981. Baginda telah dimahkotakan sebagai Sultan Johor di Istana Besar,
Johor Bahru pada 10 Febuari 1960. Negeri Johor berada dalam keadaan
maju dan makmur semasa pemerintahan baginda. Baginda sangat
memberi perhatian terhadap pembangunan Negeri Johor. Pembinaan
Lapangan Terbang Senai yang mula beroperasi pada tahun 1971. Majlis
Agama Islam juga ditubuhkan bertujuan memajukan lagi Agama Islam.

xvi

Sejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Sultan Iskandar (1981-2010)

Sultan Iskandar telah mewarisi takhta setelah kemangkatan
ayahandanya Sultan Ismail pada tahun 1981. Sultan Iskandar juga
merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan bermula pada
26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda telah memerintah kerajaan
Johor selama 29 tahun sehingga tahun 2010. Sepanjang pemerintahan
baginda, kerajaan Johor juga menjalin hubungan erat dengan Singapura
dan Brunei.

Sultan Ibrahim (2010-kini)

Setelah kemangkatan Sultan Islandar, kerajaan Johor telah
diwarisi oleh Sultan Ibrahim pada tahun 2010 sehingga kini. Ketika
almarhum ayahandanya dilantik sebagai YDPA, Sultan Ibrahim telah
menjadi pemangku sultan Johor pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989.
Tuanku mengikuti jejak langkah kesultanan sebelum baginda dengan
melibatkan diri dalam aktiviti ketenteraan, pengurusan dan pentadbiran
yang dijadikan asas untuk membina semangat juang, disiplin, kepimpinan
dan perwatakan. Setelah tamat persekolah, baginda pernah dilantik
sebagai platun komander ketika menjalani latihan ketenteraan di Pusat
Latihan Tentera Darat di Kota Tinggi. Tuanku pernah berkhidmat dengan
Kerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di beberapa jabatan dan sektor
berbeza untuk mempelajari selok belok pengurusan dan pentadbiran
negeri. Pada 23 Januari 2010, Tuan Mahkota Tunku Ibrahim telah
dimasyhurkan sebagai Sultan Johor setelah kemangkatan Duli Yang
Maha Mulia Sultan Iskandar.

xvii

Sejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim mempunyai banyak
keistimewaan dan pencapaian yang membanggakan. Baginda juga
seorang Sultan yang berjiwa rakyat. Baginda sangat sinonim dengan
program yang berteraskan kerja sosial dan mendekati rakyat jelata.

Ketika menjadi Tuanku Mahkota Johor, baginda merupakan
pengasas utama kepada acara jelajah bermotosikal iaitu Kembara
Mahkota Johor. Kembara Mahkota pertama yang diadakan adalah pada
2 hingga 4 Julai 2001 yang merupakan penjelajahan tiga hari dua malam
yang telah diiringi oleh 28 buah motosikal berkuasa tinggi. Kembara ini
telah menyusuri setiap pelosok negeri merangkumi semua daerah di
negeri Johor. Kembara Mahkota Johor telah dijadikan sebagai acara
tahunan sekaligus menjalankan misi kebajikan bagi golongan yang
kurang bernasib baik di setiap daerah. Tujuan kembara ini dijalankan
untuk mempromosikan industri pelancongan dan memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri Johor.

Selain itu DYMM Sultan Ibrahim juga menunjukkan minat yang
tinggi di dalam bidang sukan khususnya polo. Baginda pernah menyertai
kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa. Baginda turut terlibat
dalam bidang sukan tenis, luncur tayar, menembak, memandu dan
payung terjun. Tuanku telah mencipta sejarah apabila memperolehi lesen
memandu kereta api kelas 26. Tuanku juga telah menerima pengiktirafan
daripada Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama memandu
kereta api secara rasmi.

Secara keseluruhannya Kesultanan Johor mempunyai sejarah yang
sangat unik. Sepanjang pemerintahan, Kesultanan Johor telah dinaungi
oleh tiga dinasti utama bermula abad ke-16. Kesultanan Johor telah

xviii

Sejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

bermula daripada pemerintahan keturunan Kesultanan Melaka sejak
1528 hingga 1699 dan kemudiannya telah diambil alih oleh Bendahara.
Pada tahun 1855, Dinasti Kesultanan Johor telah diambil oleh Dinasti
Temenggong sehinggalah terbentuknya Kesultanan Johor Moden yang
memerintah sehingga kini.

Kronologi pemerintahan Kesultanan Johor
Dinasti Kesultanan Melayu Melaka (Johor Lama)
1. Sultan Alaudin Ri’ayat Shah II (1528-1564)
2. Sultan Muzaffar Shah II (1564-1570)
3. Sultan Abdul Jalil Shah I (1570-1571)
4. Sultan Abdul Jalil Shah II (1571-1597)
5. Sultan Alaudin Ri’ayat Shah III (1597-1615)
6. Sultan Abdullah Ma’ayat Shah (1615-1623)
7. Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677)
8. Sultan Ibrahim Shah I (1677-1685)
9. Sultan Mahmud Shah (1685-1699)

Dinasti Bendahara (Johor Lama-Riau-Singapura)
1. Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah IV (1699-1718)
2. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (1718-1722)
3. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760)
4. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah (1760-1761)
5. Sultan Ahmad Ri’ayat Shah (1760-1761)
6. Sultan Mahmud Shah III (1761-1812)
7. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (1812-1819)
8. Sultan Husain Shah (1819-1835)
9. Sultan Ali Iskandar Shah (1835-1855)

xix

Sejarah Kesultanan Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Dinasti Temenggong (Singapura-Johor)
1. Temenggong Daing Ibrahim (1855-1862)
2. Sultan Abu Bakar (1862-1895)
3. Sultan Ibrahim (1895-1959)
4. Sultan Ismail (1959-1981)
5. Sultan Iskandar (1981-2010)
6. Sultan Ibrahim (2010-kini)

Gambar-gambar sejarah Kesultanan Johor

Temenggong Sultan Abu Bakar Sultan Ibrahim
Daing Ibrahim

Sultan Ismail Sultan Iskandar Sultan Ibrahim
xx

Pengenalan Modul Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

PENGENALAN MODUL
KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ)

MATLAMAT

Murid Johor mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang
tinggi dan dikenali.

OBJEKTIF

a. Melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Johor.
b. Membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban tinggi.
c. Membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti
d. Menjalinkan kerjasama, perpaduan dan muafakat dalam kalangan

murid Johor.
e. Memupuk kesedaran murid Johor agar memahami sejarah dan

menghargai seni budaya tempatan

SASARAN

• Murid sekolah rendah dan menengah di negeri Johor.
CADANGAN AKTIVITI

• Program KrMJ dilaksanakan di sekolah-sekolah mengikut beberapa
fasa:

xxi

Pengenalan Modul Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Fasa 1 : Keseragaman kemeja-T KrMJ,
budaya salam, amalan doa dan lagu
patriotik Johor.

1. Keseragaman Kemeja-T
- Pakaian kemeja-T yang direka khas ini boleh digunakan
semasa aktiviti Pendidikan Jasmani, kokurikulum, program-
program luar bilik darjah, pertandingan peringkat MSSD,
MSSJ dan MSSM.
- Keseragaman bergambar gaya bebas - Gaya Zapin Johor.

2. Budaya Salam
a. Budaya bersalam dan mencium tangan guru hanya
dipraktikkan kepada murid-murid Melayu sahaja. Murid-murid
bukan Melayu hanya perlu menundukkan kepala sebagai
tanda hormat. Adalah tidak menjadi halangan kepada murid-
murid bukan Melayu untuk bersalam seperti amalan murid
Melayu.
b. Amalan pengucapan salam ‘Salam Muafakat Johor’
digalakkan dalam majlis-majlis tertentu yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.

3. Amalan Doa
a. Teks doa yang seragam disediakan untuk semua sekolah di
Johor.
b. Kedudukan tangan semasa berdoa adalah dengan menandah
tangan. Cara ini hanya untuk murid Islam sahaja.

xxii

Pengenalan Modul Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

c. Bagi murid bukan Islam, mereka hanya perlu berdiri tegak
seperti bertafakur sambil menundukkan kepala. Kedua-dua
tangan berada di bawah dengan bersilang. Tangan kanan
berada di atas tangan kiri.

4. Lagu Patriotik Johor
a. Lagu Bangsa Johor - dinyanyikan dalam acara-acara rasmi.
b. Lagu Ale Ale Ale Luaskan Kuasa Mu - dinyanyikan dalam
pertandingan seperti sukan dan lain-lain.
c. Lagu Muafakat Johor - dinyanyikan dan diperdengarkan
secara selingan dalam majlis.
d. War cry “Muafakat Johor” - Digunakan sebagai
membangkitkan semangat juang.

Fasa 2 : Budaya kesantunan, memupuk budaya
Johor dan gaya rambut kemas

1. Budaya Kesantunan
a. Menghormati dan menyayangi orang yang lebih tua, guru dan
rakan-rakan sebaya.
b. Budaya melayan dan meraikan tetamu.
c. Budaya memberi penghargaan kepada guru dan warga
sekolah dengan ucapan ‘Terima kasih’.
d. Budaya meraikan kejayaan rakan.
e. Menonjolkan penampilan / keterampilan terpuji (pakaian yang
kemas, tidak ketat, tidak mencolok mata, tingkah laku yang
baik, perangai yang sopan dan lain-lain.

xxiii

Pengenalan Modul Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

2. Memupuk Budaya Johor
a. Memupuk nilai, tatasusila dan kesantunan dalam kalangan
warga sekolah.
b. Membudayakan aktiviti J-Robik dan muzik Johor seperti
keroncong, ghazal, zapin, gendang 24 musim dan kabaddi
atau lain-lain yang sesuai.
c. Mengenali, menggalakkan dan mengamalkan seni budaya
marhaban dan berzanji dalam Panitia Pendidikan Islam.
d. Mengenali dan menghargai makanan tradisi Johor seperti
laksa Johor, lontong, mi rebus, mee bandung, burasak, asam
pedas, asam rebus dan Lain-lain.
e. Menggalakkan apresiasi tulisan Jawi.
f. Menggalakkan pemakaian baju Melayu Teluk Belanga dan
pakaian tradisi kaum lain.

3. Gaya Rambut
a. Ukuran guntingan rambut ialah tapak dua dan tiga atau tapak
dua dengan bahagian atas rambut tidak melebihi 8 cm
panjang.
b. Gaya rambut yang pendek dan fesyen yang tidak keterlaluan.
c. ‘Qaza’ adalah tidak dibenarkan.
d. Gaya rambut yang kemas mengikut peraturan yang ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia..

xxiv

Pengenalan Modul Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Fasa 3 : Program Kepimpinan dan Program Kendalian
Murid

1. PROGRAM KEPIMPINAN
a. Sekolah menjalankan program-program berbentuk
kepimpinan seperti kelab dan persatuan, unit-unit pemimpin
murid dan lain-lain dengan tujuan memberi peluang kepada
murid-murid untuk menjadi pemimpin.
b. Mewujudkan Student Leaders Board (SLB) di peringkat
sekolah dengan tujuan menyediakan mereka ke peringkat
District Student Leaders Board (DSLB) & Johor Student
Leaders Council (JSLC).
c. Contoh program yang boleh dilaksanakan seperti:
• Program Team Building.
• Pembimbing Rakan Sebaya
• Kursus Pembangunan Sahsiah.
• Kem Bina Semangat.
d. Pertandingan-pertandingan bagi meningkatkan keyakinan
diri pelajar seperti berpidato, perbahasan, pengucapan awam
dan lain-lain.

2. PROGRAM KENDALIAN MURID
1. Murid dilatih untuk mengendalikan beberapa progam di
sekolah seperti:
• Perhimpunan sekolah.
• Majlis Hari Guru.
• Mengendalikan solat 5 waktu dan solat-solat sunat.

xxv

Pengenalan Modul Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

• Menguruskan Hari Sukan sekolah – Kejohanan
Olahraga.

• Perkhemahan, lawatan dan lain-lain.
• Guru hanya sebagai fasilitator sahaja.

IMPAK

• Membentuk karakter kepimpinan berkualiti dan holistik.
HARAPAN

• Jabatan Pendidikan Negeri Johor menaruh harapan agar murid Johor
mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan
mudah dikenali.

xxvi

Strategi Pelaksanaan Modul Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

STRATEGI PELAKSANAAN
KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ)
1. Mengadakan taklimat tentang konsep, objektif dan kepentingan
pelaksanaan modul kepada guru dan komuniti.
2. Bimbingan dan pemantauan berterusan daripada pihak pentadbir.
3. Penilaian implikasi pelaksanaan program mengikut keperluan.
4. Tindak susul dan cadangan penambahbaikan (jika perlu).

Modul KrMJ ini juga boleh diaplikasikan dan dilaksanakan dalam semua
program dan aktiviti di dalam atau di luar sekolah seperti :

1. Perhimpunan rasmi dan harian sekolah
2. Perhimpunan dan perjumpaan kokurikulum
3. Program pembangunan insan
4. Program kem dan aktiviti luar
5. Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
6. Program 1Murid 1Sukan
7. Program NILAM
8. Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
9. Program Bulan Kebangsaan

Modul KrMJ ini juga boleh digunakan bukan sahaja dalam kalangan murid
sekolah rendah dan menengah, tetapi juga digunakan di peringkat
institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sama ada di dalam atau di
luar negara.

xxvii



Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

BAB 1 : KETERAMPILAN MURID JOHOR

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), keterampilan
merupakan keadaan atau sifat terampil yang mempunyai
kecekapan dan kemampuan yang tinggi. Keterampilan diri
merupakan cara kita melihat diri sendiri. Hal ini meliputi
kepercayaan, pemikiran dan perasaan. Pada masa yang sama,
keterampilan merangkumi cara kita berhubung dengan diri sendiri
dan orang lain. Komponen keterampilan diri termasuklah
penampilan secara fizikal, pandangan terhadap diri sendiri dan
orang lain serta perasaan nilai dan keyakinan diri.

Objektif utama keterampilan murid Johor adalah untuk
melahirkan murid yang berkebolehan dan berperadaban tinggi.
Keterampilan juga dapat memupuk perpaduan, jati diri dan
seterusnya melahirkan murid yang beridentiti. Situasi ini akan
membentuk imej murid Johor sejak di bangku sekolah lagi. Murid
Johor yang mempunyai karakter yang terserlah, disanjungi dan
dipandang tinggi.

1

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
AKTIVITI 1 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

KESERAGAMAN KEMEJA-T KrMJ

TEMA Keterampilan
MASA 40 minit
BAHAN 1. Ilustrasi gambar rekaan Kemeja-T KrMJ

KAEDAH 1. Memperagakan pakaian
PENYAMPAIAN 2. Taklimat Modul KrMJ

OBJEKTIF Melalui aktiviti ini, murid dapat :

1. Memperkasakan jati diri sebagai murid
Johor.

2. Mewujudkan identiti Johor dalam
kalangan murid yang bersekolah di
Johor.

3. Memupuk perpaduan dan bersatu hati
sebagai murid Johor yang merupakan
pewaris bangsa Johor.

LANGKAH- Memperagakan Kemeja-T KrMJ :
LANGKAH 1. Fasilitator menerangkan tatacara

pemakaian Kemeja-T KrMJ dengan
memperagakan Kemeja-T KrMJ kepada
murid.
Tayangan video :
1. Fasilitator menayangkan tayangan
video spesifikasi Kemeja-T KrMJ.

2

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

FALSAFAH 2. Pemakaian Kemeja-T KrMJ yang direka
NILAI MURNI khas berpandukan warna bendera
Johor semasa aktiviti Pendidikan
LAMPIRAN Jasmani, Kokurikulum, program-
program di luar bilik darjah,
pertandingan peringkat MSSD, MSSJ,
dan MSSM.

3. Fasilitator membuat rumusan :
• Kemeja-T KrMJ menjadi lambang
identiti dan perpaduan murid Johor.
• Kejelekitan dapat dipupuk dalam
kalangan murid Johor untuk
memperkasakan identiti murid
Johor.

Murid Johor berketerampilan dan disegani.

1. Semangat kerjasama
2. Bermuafakat

1. Ilustrasi Kemeja-T KrMJ
2. Surat Siaran Karakter Murid Johor

(JPNJ HEM(36)/100-19/2JLD.6(36))

3

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Surat siaran Karakter Murid Johor
4

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Ilustrasi kemeja-T KrMJ
5

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Keseragaman kemeja-T KrMJ
melambangkan muafakat murid Johor

Keseragaman kemeja-T KrMJ
melambangkan perpaduan murid Johor

6

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Tudung putih uniform sekolah boleh dipadankan
dengan kemeja-T KrMJ bagi murid perempuan Islam

Murid Johor mempunyai semangat kerjasama yang jitu
7

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Tudung hitam juga boleh dipadankan dengan kemeja-T KrMJ
bagi murid perempuan Islam

Murid Johor sentiasa kelihatan kemas dan berdisiplin
8

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

PELAJAR LELAKI

Pandangan hadapan Pandangan belakang

PELAJAR PEREMPUAN ISLAM
I

Pandangan hadapan Pandangan belakang

9

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

PELAJAR PEREMPUAN
BUKAN ISLAM

Pandangan hadapan Pandangan belakang

Murid Johor modal insan harapan negara
10

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
AKTIVITI 2 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

BUDAYA BERSALAM

TEMA Hormat-menghormati

MASA 40 Minit

BAHAN 1. Video

https://www.youtube.com/channel/UC43y
RHGWHakJrPTzPqIDjtg

2. Ilustrasi Tatacara Bersalam

KAEDAH 1. Simulasi

PENYAMPAIAN 2. Tayangan video

OBJEKTIF Melalui aktiviti ini murid dapat :
1. Memupuk budaya kesantunan murid

Johor.
2. Melahirkan murid yang berwatak dan

beridentiti Johor.
3. Menerapkan nilai hormat-menghormati

dan kasih sayang sebagai amalan baik
murid Johor.

LANGKAH- Simulasi :
LANGKAH 1. Fasilitator melaksanakan simulasi cara

bersalaman yang betul mengikut cara
kaum Melayu, Cina dan India.
2. Fasilitator menerangkan budaya bersalam
kepada murid dan mencium tangan guru
hanya dipraktikkan untuk murid-murid
Islam sahaja.

11

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

3. Fasilitator memaklumkan murid-murid
bukan Melayu hanya perlu menundukkan
kepala sebagai tanda hormat. Namun
begitu, tidak menjadi halangan kepada
mereka untuk bersalam seperti amalan
murid Melayu.

Tayangan Video :
i. Fasilitator membuat tayangan video

tatacara bersalaman mengikut spesifikasi
yang telah ditetapkan.
ii. Fasilitator melatih murid-murid untuk
mengikut cara bersalam seperti yang
telah ditayangkan.
iii. Fasilitator menggalakkan amalan ini
sebagai budaya yang perlu diterapkan
dalam kehidupan seharian.

4. Fasilitator membuat rumusan :
• Budaya bersalaman merupakan teras
permuafakatan antara murid Johor.
• Budaya bersalaman melambangkan
kesantunan murid Johor yang
seterusnya menjadi imej dan identiti
Johor.

FALSAFAH Bersatu teguh, bercerai roboh.
NILAI MURNI
LAMPIRAN 1. Hormat-menghormati
2. Kasih sayang
3. Amalan baik

1. Video
2. Ilustrasi tatacara bersalam

12

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Lampiran : Tatacara Bersalam Murid Islam

GURU MURID MURID GURU

TATACARA BERSALAM ANTARA
MURID ISLAM DENGAN GURU

GURU MURID

13

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

MURID GURU MURID GURU

TATACARA BERSALAM ANTARA
MURID BUKAN ISLAM DENGAN GURU

MURID GURU

14

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Di dahi Tidak mencium tangan

TATACARA BERSALAM YANG TIDAK MEMATUHI
CARA BERSALAMAN MURID JOHOR

Di pipi Di dahi

15

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

AKTIVITI 3

DOA PERHIMPUNAN

TEMA Doa

MASA 40 Minit

BAHAN 1. Teks Doa
2. Video
3. Ilustrasi Tatacara Berdoa

KAEDAH 1. Simulasi
PENYAMPAIAN 2. Tayangan video

https://www.youtube.com/channel/UC4
3yRHGWHakJrPTzPqIDjtg

OBJEKTIF Melalui aktiviti ini murid dapat :
1. Memimpin bacaan doa mengikut

spesifikasi yang telah ditetapkan.
2. Memupuk nilai hormat-menghormati

sesama kaum.
3. Menerapkan nilai murni dan kasih

sayang.

LANGKAH- Simulasi
LANGKAH 1. Fasilitator melatih murid memimpin

bacaan teks doa perhimpunan rasmi
sekolah Negeri Johor.
2. Seorang wakil murid akan memimpin
bacaan doa dan diikuti oleh murid lain.

Tayangan video
1. Fasilitator menerangkan tatacara

spesifikasi bacaan doa seperti berikut :

16

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

FALSAFAH i. Kedudukan tangan semasa
NILAI MURNI berdoa adalah dengan menadah
LAMPIRAN tangan di paras dada. Cara ini
hanya untuk murid Islam sahaja.

ii. Bagi murid bukan Islam, mereka
hanya perlu berdiri tegak seperti
bertafakur sambil menundukkan
kepala. Kedua-dua tangan berada
di bawah dalam keadaan bersilang
di mana tangan kanan berada di
atas tangan kiri.

Fasilitator membuat rumusan :
• Kepercayaan kepada Tuhan dengan
cara berdoa dapat melahirkan
akhlak murid Johor yang terpuji.
• Doa sebagai salah satu cara
melahirkan rasa syukur, ikhlas dan
reda dalam menjalani kehidupan
seharian.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya.

1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Keikhlasan diri
3. Kesyukuran dan keredaan

1. Teks Doa
2. Video
3. Ilustrasi Tatacara Berdoa

17

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

DOA PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH
NEGERI JOHOR

‫ِب ْس ِم الل ِه ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬
‫ َو َعلَى آ ِل ِه َو َص ْحبِ ِه‬،‫ َوال َّصلاَةُ َوال َّسلاَ ُم َعلَى أَ ْش َر ِف الأَ ْن ِبيَا ِء وال ُم ْر َس ِل ْي َن‬،‫اَ ْل َح ْم ُد ِلل ِه َر ِب العَا َل ِم ْي َن‬

‫أَ ْج َم ِع ْي َن‬
‫ َيا ذَا ا ْل َجلاَ ِل َوال ِإ ْك َرا ِم‬،‫ال َّل ُه َّم يَا بَ ِد ْي َع ال َّس َم َوا ِت َوالأَ ْر ِض‬
‫ َو ِل َج ِم ْي ِع ا ْل ُم ْس ِل ِم ْي َن‬،‫ َو ِل ُمعَ ِل ِم ْينَا‬،‫ َوا ْر َح ْم ُه ْم َك َما َر َّب ْونَا ِص َغا َرا‬،‫ َو ِل َوا ِل ِد ْي َنا‬،‫ال ّلَ ُه َّم ا ْغ ِف ْر َلنَا ذُنُ ْو َب َنا‬

‫ َوا ْل ُم ْؤ ِم ِن ْي َن َو‬،‫َوا ْل ُم ْس ِل َما ِت‬
.‫ برحمتك يا أرحم الراحمين‬.‫ الأَ ْحيَا ِء ِم ْن ُه ْم َوالأَ ْم َوا ِت‬،‫ا ْل ُم ْؤ ِمنَا ِت‬

‫اللهم يا رحمن ويا رحيم‬
Dengan keberkatan majlis perhimpunan ini, kami mohon taufik dan
hidayah-Mu. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa
bersyukur di atas segala nikmat kurniaan-Mu yang melimpah ruah.
Anugerahkan kepada kami kesihatan yang sempurna, akal yang
cerdas, hati yang terang, daya ingatan yang kuat untuk menerima
ilmu pengetahuan serta bimbingan para guru yang kami kasihi.

‫اللهم يا فتاح ويا عليم‬
Ya Allah, berikan kekuatan dan ketabahan kepada kami dalam
menghadapi cabaran menimba ilmu pengetahuan, himpunkanlah
kami dalam kalangan mereka yang cemerlang dan gemilang di

18

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

dunia dan akhirat. Bantulah kami untuk menjadi insan mulia yang
baik akhlak dan budi pekertinya. Bukakanlah kepada kami segala
pintu hikmah-Mu, dan kurniakanlah kepada kami segala rahmat-
Mu.

‫اللهم يا ذاالجود والرحمة‬
Ya Allah, anugerahkan apalah kiranya kepada Duli Yang Maha
Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang
Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim akan
keselamatan dan keafiatan serta penjagaan dan perlindungan yang
berterusan. Kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti
Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor. Kepada Duli Yang
Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
dan Yang Mulia Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam, putera-
putera dan puterinya, kerabat-kerabat diraja. Juga kepada para
pemimpin, ibu bapa kami, guru-guru kami dan seluruh rakyat Negeri
Johor Darul Ta’zim akan kesejahteraan, keamanan dan kedamaian,
seterusnya, jadikanlah negeri kami sebuah negeri yang mendapat
limpahan rahmat dan nikmat disisi-Mu agar agama, bangsa dan
Negeri Johor Darul Ta’zim akan terus menjadi sebuah negeri yang
bermaruah, berdaulat, kukuh dan mampu menghadapi segala
cabaran.

.‫ َوتَ َف ُّرقَ َنا ِم ْن َب ْع ِد ِه تَ َف ُّرقًا َم ْع ُص ْو ًما‬،‫اللَّ ُه َّم ا ْج َع ْل َج ْم َع َنا َه َذا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬
.‫ ِإ ّنَ َك أَ ْن َت ا ْل َو َّها ُب‬،ً‫ َو َه ْب َلنَا ِم ْن َل ُد ْن َك َر ْح َمة‬،‫َر َّب َنا لاَ تُ ِز ْغ قُ ُل ْو َبنَا َب ْع َد إِ ْذ َه َد ْيتَ َنا‬

.‫ َوقِنَا َع َذا َب ال َّن ِار‬،‫ َو ِفى الآ ِخ َر ِة َح َسنَ ًة‬،ً‫َر َّب َنا آتِنَا فِي ال ُّد ْن َيا َح َسنَة‬
.‫ َوا ْل َح ْم ُد ِلل َه ِِ َر ِب ال َعا َل ِم ْي َن‬،‫ َو َع َلى آ ِل ِه َو َص ْحبِ ِه َو َس َلّ ْم‬،‫َو َصلَّى اللهُ َع َلى َسيِ ِدنَا ُم َح َّم ٍد‬

19

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

TATACARA BERDOA
BAGI YANG BERAGAMA ISLAM
DENGAN MENADAH TANGAN PARAS DADA

20

Bab 1 : Keterampilan Murid Johor Modul KrMJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

TATACARA DOA
MURID BUKAN ISLAM

21


Click to View FlipBook Version