The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ABDUL SHUKOR ASHRAF BIN ABD SAMAD
SMK KAYU ARA PASONG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdulshukorashraf, 2023-07-26 14:23:55

E-PORTFOLIO LATIHAN MENGAJAR

ABDUL SHUKOR ASHRAF BIN ABD SAMAD
SMK KAYU ARA PASONG

Keywords: PORTFOLIO

JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 22 Mac 2023 TAJUK : Minggu Pertama PERISTIWA : 1. Lapor diri 2. Sukan neka 3. Menanam pokok 4. Program ihya Ramadhan REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan BISIKAN HATI Pertama sekali, sebagai guru pelatih merasakan teruja buat kali pertama melapor diri di SMK KAP. Pada hari pertama, guru pelatih sudah menyertai perhimpunan rasmi yang agak meriah dan bersemangat. Pada minggu pertama ini guru pelatih mengamalkan suai kenal antara guru-guru lain dan pelajar- pelajar. Guru-guru lain dan pelajar-pelajarmemberikan maklumbalas yang baik. MENGANALISIS/MENILAI Sebagai guru pelatih juga dapat mengenalpasti gelagat pelajar-pelajar SMKKAP. Selain itu di sekolah ini terdapat beberapa cabaran untunk melangsungkan aktiviti PdP. Sebagai contoh, perkakasan komputer yang mempunyai masalah. KESEDARAN BARU Keadaan ini akan memberikan kesedaran baharu, bahawa setiap penempatan sekolah mengajar mempunyai cabaran dan risikonya yang tersendiri. CADANGAN/TINDAKAN Oleh itu, guru pelatih haruslah bersiap sedia dengan perancangan yang terbaik untuk diaplikasikan untuk mencegah atau mengurangkan permasalahan yang akan berlaku SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :


JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 31 Mac 2023 TAJUK : Minggu Kedua PERISTIWA : 1. Taklimat hari pertama kelas Reka Bentuk Grafik Digital 2. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di jalankan 3. Menggantikan guru yang tidak hadir ke sekolah 4. Menjalankan mesyuarat agong kokorikulum pelajar kelab peratuan STEM. 5. Menyertai bacaan yasin di surau sekolah REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan BISIKAN HATI Pada 27 Mac 2023 hingga 30 Mac 2023 saya menghadiri ke sekolah setiap hari. Ini merupakan minggu kedua saya melapor diri di SMK Kayu Ara Pasong. Sepanjang minggu tersebut saya merasakan amat teruja apabila dapat berkomunikasi dengan ramah bersama pelajar-pelajar dan guru-guru di perkarangan sekolah ini. MENGANALISIS/MENILAI Sepanjang minggu kedua ini, saya mendapati bahawa semasa sesi PdP berlangsung bahawa terdapat beberapa orang pelajar masih dibelenggu dengan ketakutan atau kekok untuk menjawab soalan spontan yang diberikan oleh saya. KESEDARAN BARU Sepajang sesi PdP terdapat pelbagai gelagat pelajar yang berada di dalam bilik darjah. Antaranya, pendiam, takut untuk menjawab soalan, bersemangat dan mempunyai keberanian yang tinggi. Hal ini demikian kerana, pada minggu kedua ini merupakan minggu pertama bagi pelajar-pelajar RGD untuk membiasakan diri memperoleh ilmu pengetahuan baharu. CADANGAN/TINDAKAN Oleh itu, saya perlu memberikan ruang dan waktu yang mencukupi kepada pelajar-pelajar saya supaya membiasakan diri di bilik darjah dan subjek RGD. Selain itu, saya perlu memberikan semangat yang bermotivasi tinggi dan mewujudkan komunikasi dua hala bersama pelajar secara berkesan. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING


STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :


JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 6 April 2023 TAJUK : Minggu Ketiga PERISTIWA : 1. Menyertai perhimpunan rasmi sekolah. 2. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di jalankan 3. Menggantikan guru yang tidak hadir ke sekolah 4. Menjalankan mesyuarat agong kokorikulum sukan dan permainan bola sepak 5. Menyertai bacaan yasin di surau sekolah REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan BISIKAN HATI Sepanjang minggu ketiga berlangsung, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah direncanakan. Semua guru-guru dan pelajar-pelajar memberikan komunikasi yang baik dan saling horrmat menghormati antara satu sama lain. MENGANALISIS Setelah dua minggu sesi pengajaran dan pembelajaran di jalankan, kepadatan jadual sebanyak 12 masa seminggu mengakibatkan saya perlu menyediakan alat bahan bantu mengajar dengan lebih kerap dan banyak. Sebagai contoh, slide, latihan pengukuhan dan lain-lain lagi. KESEDARAN BARU Saya mendapati bahawa, sesi PdP dalam subjek Reka Bentuk Digital perlu menggunakan slide yang lebih berkesan. Sebagai contoh, kandungan slide mempunyai contoh-contoh gambar merujuk objektif pembelajaran. CADANGAN Setelah melihat dari segi menilai dan memperoleh kesedaran baharu pada minggu ini, saya akan mencuba menyediakan alat bahan bantu mengajar lebih awal dan menyediakan perancangan yang sistematik. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :


JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 13 April 2023 TAJUK : Minggu Keempat PERISTIWA : 1. Menyertai perhimpunan rasmi sekolah. 2. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di jalankan 3. Menggantikan guru yang tidak hadir ke sekolah 4. Menjalankan mesyuarat agong kokorikulum pelajar rumah sukan 5. Menyertai bacaan yasin di surau sekolah 6. Merangka dan menghasilkan buku program penutup ihya Ramadhan REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan BISIKAN HATI Sepanjang minggu ini keberadaan di sekolah amat baik walaupun di bulan Ramadhan. Pada minggu ini aktiviti-aktiviti log harian berjalan lancar walaupun dalam keadaan keletihan kerana dibekalkan semangat juang dan tanggunggjawab yang telah diberikan. MENGANALISIS/MENILAI Setelah membuat pemerhatian semasa PdP berlangsung, saya mendapati bahawa pelajar-pelajar saya kini telah berani memberikan jawapan jika saya memberikan soalan spontan. Bukan itu sahaja, di dalam bilik darjah juga pelajar-pelajar tidak merasa kekok dan takut. KESEDARAN BARU Saya dapat mengenalpasti terdapat masalah dan cabaran yang berlaku pada minggu ini. Antaranya, untuk membuat tugasan kerja hakiki dan kerja tambahan mempunyai kesukaran dari segi kekurangan masa. Sebagai contoh kerja hakiki perlu melaksanakan RPH dan bahan mengajar. Manakala kerja tambahan pula perlu mengecat bangunan sekolah. CADANGAN/TINDAKAN Oleh itu, saya cuba untuk menguruskan masa dengan sebaiknya dan merancang mengikut kesesuaian masa yang ada. Bukan itu sahaja, saya perlu membiasakan diri oleh kerana inilah perjalanan hidup bagi seorang pendidik walaupun terbeban. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING


STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :


JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 18 aPRIL 2023 TAJUK : Minggu Kelima PERISTIWA : 1. Menyertai perhimpunan rasmi sekolah. 2. Menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran. 3. Menggantikan guru yang tidak dapat hadir ke sekolah. 4. Membantu guru-guru menjalankan program penutu[ ihya ramadhan dan khatam Al-quran. REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan BISIKAN HATI Sepanjang minggu ini keberadaan di sekolah amat meriah memandangkan untuk menyambut hari perayaan yang akan menjelang. Pada minggu ini juga kehadiran sekolah hanya pada hari Ahad hingga Isnin sahaja. Hal ini kerana , warga pendidikmendapat cuti khas dan cuti hari raya Aidilfitri. MENGANALISIS/MENILAI Setelah membuat pemerhatian pada minggu ini segala aktiviti log harian berjalan dengan lancar dari segi persiapan program ihya ramadhan. Saya mendapati bahawa setiap guru-guru mempunyai skop kerja yang tersendiri untuk menjayakan progam. Sebagai contoh, saya diberikan tugas untuk menyediakan phamplet untuk kegunaan program. Bukan itu sahaja saya juga ditugaskan untuk merewang bagi persiapan bubur lambuk. Ini merupakan pengalaman yang menakjubkan. KESEDARAN BARU Saya dapat mengenalpasti bahawa, nilai murni tolong-menolong dan bersatu padu merupakan elemen penting untuk melangsungkan sesuatu majlis yang melibatkan pelajar dan guru CADANGAN/TINDAKAN Oleh itu, saya cuba sebaik yang mungkin dengan kudrat dan minda yang ada untuk membantu pihak sekolah. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING


STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :


JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 3 MEI 2023 TAJUK : Minggu Keenam PERISTIWA : 1. Pengajaran dan Pembelajaran subjek RGD 2. Mesyurat kejohanan merentas desa, olahraga, sukan tahunan, majlis sambutan hari raya dan hari guru REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. BISIKAN HATI Pada minggu ini, hanya dua hari sahaja berlangsungnya sesi Pengajaran dan Pembelajaran iaitu pada hari selasa dan rabu. Sebelum hadir ke sekolah lagi, saya merasa seronok untuk mengajar walaupun masih dalam minggu hari raya. 2. MENGANALISIS / MENILAI Setelah menganalisis, saya mendapati bahawa pihak pentadbir sekolah telah membuat persiapan awal untuk mengadakan mesyuarat berkenaan kejohanan merentas desa, olahraga, sukan tahunan, majlis sambutan hari raya dan hari guru. Setiap guru-guru terlibat dalam mesyuarat ini dan telah dibahagikan skop kerja yang ditetapkan. 3. KESEDARAN BARU Saya telah mendapat kesedaran baharu bahawa guru yang melaksanakkan latihan mengajar perlu mengambil peluang sebaiknya untuk menjadi ahli jawatankuasa bagi setiap program-progam yang akan berlangsung di SMK Kayu Ara Pasong. 4. CADANGAN / TINDAKAN Saya akan mencuba sebaik mungkin untuk memberikan komitmen yang baik untuk program-program yang akan diadakan di sekolah ini. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :


JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 13 MEI 2023 TAJUK : Minggu Ketujuh PERISTIWA : 1. Menyertai perhimpunan rasmi. 2. Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran. 3. Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. 4. Menggantikan guru yang tidak dapat hadir ke sekolah 5. Menjalankan tugas AJK sukan dan permainan 6. Menyertai perjumpaan kokurikulum Persatuan Bulan Sabit Merah 7. Melakukan latihan persembahan di bilik muzik bersama guru-guru latihan mengajar dan guru-guru my step REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan BISIKAN HATI Pada minggu ini, merupakan minggu yang ke tujuh saya menjalankan latihan mengajar di SMK Kayu Ara Pasong. Minggu ini pelbagai peristiwa yang berlaku dari segi dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Kesemuanya peristiwa tersebut berjalan lancar. MENGANALISIS / MENILAI Pada minggu ini, saya mendapati bahawa pelbagai aktiviti yang akan dijalankan di sekolah pada minggu akan datang. Hal ini demikian, terdapat gerak kerja mengikut Ahli Jawatankuasa telah menjalankan persiapan mengikut skop kerja masing-masing sebagai guru. Antaranya, majlis yang akan berlangsung di sekolah ini seperti majlis hari raya, majlis hari guru dan sukan olahraga. KESEDARAN BARU Kesedaran baru yang saya peroleh pada minggu ini, setiap guru perlu memainkan peranan yang penting dari segi pengurusan dalam bilik darjah dan aktiviti di luar bilik darjah. Hal ini kerana, supaya segala kegiatan antara guru dan pelajar berjalan lancar. CADANGAN / TINDAKAN Selepas ini saya perlu mempunyai tindakan yang agresif, sistematik dan terancancang dari segi pengurusan dalam bilik darjah dan aktiviti di luar bilik darjah. Hal ini akan memudahkan dan melancarkan terutama aktiviti/majlis yang akan dijalankan oleh pihak sekolah. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING


STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :


JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 18 MEI 2023 TAJUK : Minggu Kelapan PERISTIWA : 1. Perhimpunan rasmi 2. Persiapan majlis hari guru dan hari raya 3. Berlangsungnya majlis hari guru dan hari raya 4. Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran 5. Mengantikan guru yang tidak dapat hadir di dalam kelas. 6. Membantu guru untuk mengecat dinding sekolah. REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan BISIKAN HATI Pada minggu ini, saya merasakan sangat gembira. Hal ini demikian peristiwa yang saya alami merupakan pengalaman pertama seperti sambutan hari guru MENGANALISIS / MENILAI Setelah membuat pemerhatian, saya mendapati bahawa semua pelajar memberikan refleks yang positif dan memberikan kerjasama antara guru sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah KESEDARAN BARU Kesedaran baharu yang saya peroleh adalah setiap pembahagian kerja perlu dilaksanakan dengan telus dan baik oleh guru-guru. Sebagai contoh majlis hari guru dan hari raya setiap guru mempunyai skop kerja atau ahli jawatankuasa yang tersendiri. CADANGAN / TINDAKAN Selepas ini saya akan memperbaiki tahap komitmen saya dalam ahli jawatankuasa dalam apa jua program atau aktiviti supaya dapat menyumbang pada pihak sekolah dan membantu guru-guru yang lain. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :


JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 25 Mei 2023 TAJUK : Minggu Kesembilan PERISTIWA : 1. Menyertai perhimpunan rasmi. 2. Menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran 3. Menggantikan guru yang tidak hadir 4. Mengecat dinding sekolah 5. Mengelola perjumpaan kokurikulum sukan dan permainan 6. Membuat persiapan Photobooth sempena majlis penyerahan slip SPM 7. Menyertai bacaan yasin di surau sekolah. REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan BISIKAN HATI Pada minggu ini saya merasakan sangat berpuas hati terhadap komitmen dan kerjasama pelajar-pelajar sepanjang saya menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran. MENGANALISIS/MENILAI Setelah membuat pemerhatian, pada minggu ini beberapa orang murid sering tidak hadir ke sekolah disebabkan mempunyai masalah kesihatan. Hal ini demikian kerana, cuaca di Pontian yang tidak menentu yang menyebabkan kondisi kesihatan pelajar terjejas. KESEDARAN BARU Kesedaran baru yang saya dapat adalah, setiap kehadiran murid amat memainkan peranan penting bagi menjalankan pengajaran dan Pembelajaran. Hal ini, apabila murid tidak hadir ia akan memberikan kesan terhadap pembelajaran pelajar. CADANGAN/TINDAKAN Tindakan yang saya laksanakan adalah saya menyarankan pelajar untuk menjaga kesihatan sebaiknya dan mengamalkan gaya hidup sihat yang baik. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :


JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 10 Jun 2023 TAJUK : Minggu Sepuluh PERISTIWA : 1. Menyertai perhimpunan rasmi. 2. Menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran 3. Menggantikan guru yang tidak hadir 4. Mengecat dinding sekolah 5. Mengelola perjumpaan kokurikulum kelab dan persatuan STEM 6. Menjalankan tugas ahli jawatankuasa sesi pengambaran semasa majlis penyerahan slip keputusan SPM. 7. Menyertai bacaan yasin di surau sekolah. 8. Menjalankan dan mengelola bengkel menggunakan perisian canva. REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. BISIKAN HATI Sepanjang minggu 10 ini, saya merasakan sangat bersyukur oleh kerana terdapat pelbagai pengalaman saya terokai sejak minggu pertama hingga saat ini. Minggu ini merupakan minggu persiapan menjalankan majlis penyerahan slip SPM dan menjalankan program. Kesemua aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar. 2. MENGANALISIS / MENILAI Sepanjang menjalankan bengkel canva, pelajar-pelajar memberikan maklum balas yang baik. Mereka juga menjalankan tugas yang sebaiknya mengikut arahan yang telah diberikan oleh penceramah. 3. KESEDARAN BARU. Kesedaran baru yang saya peroleh pada minggu ini adalah setiap majlis atau program perlu membuat persiapan perancangan dan perlu merencanakan strategi yang berkesan supaya berjalan dengan lancar. 4. CADANGAN / TINDAKAN Selepas ini saya akan melibatkan diri dengan program sekolah supaya saya boleh meraih pengalaman yang luas. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING


STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :


JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 15 Jun 2023 TAJUK : Minggu kesebelas PERISTIWA : 1. Pengajran dan Pembelajaran dilaksanakan. 2. Menyertai perhimpunan rasmi hari ahad. 3. Menggantikan guru yang tidak hadir. 4. Mengelola perjumpaan kokurikulum badan beruniform 5. Membantu tadbir urus kejohanan merentas desa peringkat sekolah 2023. REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan BISIKAN HATI Pada minggu ini , saya merasakan agak kelihatan oleh kerana kepadatan jadual dan tugasan lain. Walaubagaimanapun, dengan semangat juang yang ada pada diri sebagai seorang guru saya teruskan semangat. MENGANALISIS / MENILAI Setelah membuat pemerhatian, saya dapat menilai bahawa kerjasama antara guruguru dan pentadbir amat baik dari segi komunikasi, perbincangan, penyelesaian masalah dan lain-lain lagi. KESEDARAN BARU Kesedaran yang saya peroleh pada minggu ini adalah setiap kejohanan ataupun majlis memiliki AJK yang menggalas tanggungjawab tersendiri. Setiap AJK perlu melaksanakan dengan amanah dan terbaik untuk melancarkan atur cara sesuatu program itu sendiri. CADANGAN / TINDAKAN Oleh itu, saya akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan komitmen yang baik pada pihak sekolah. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :


JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 24 JUN 2023 TAJUK : Minggu Keduabelas PERISTIWA : 1. Perhimpunan rasmi. 2. Peperiksaan pentaksiran 1 3. Persiapan mesyuarat agung PIBG kali ke -29 dan hari apresiasi kecemerlangan akademik 2022. 4. Berlangsungnya mesyuarat agung PIBG kali ke -29 dan hari apresiasi kecemerlangan akademik 2022.. REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. BISIKAN HATI. Pada minggu ini merupakan minggu peperiksaan bagi semua tingkatan. Ini merupakan pengalaman baharu yang saya hadapi dari segi mengelola dan memantau sewaktu peperiksaan. Saya merasakan amat teruja memandangkan ini pengalaman pertama saya. 2. MENGANALISIS/MENILAI Setelah membuat pemerhatian, saya melihat peperiksaan pentaksiran 1 ini memberikan pengujian terhadap pelajar-pelajar. Hal ini untuk menilai tahap kefahaman dan penguasaan pelajar-pelajar. 3. KESEDARAN BARU Kesedaran yang saya peroleh pada minggu ini adalah segelintir pelajar mencuba untuk membincang, meniru dan membuat bising sewaktu peperiksaan. 4. CADANGAN/TINDAKAN Oleh itu, saya akan menjalankan tugas dengan lebih tegas untuk memantau pelajar-pelajar. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :


JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 27 Jun 2023 TAJUK : Minggu ketiga belas PERISTIWA : 1. Perhimpunan rasmi 2. Persiapan sukan tara 3. Latihan bola sepak 4. Latihan sorakan rumah sukan REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. BISIKAN HATI Sepanjang minggu ini merupakan minggu sukan tara. Walaubagaimanapun, sukan tara tidak dapat dilaksanakan disebabkan cuaca yang kurang baik. Ini memberikan perasaan hampa kepada pelatih kerana hari sukan tara hari yang memberikan keseronokkan kepada guru-guru. 2. MENGANALISIS/MENILAI Setelah membuat analisis saya mendapati bahawa apabila sekolah menganjurkan sukantara terdapat pelajar-pelajar tidak ingin ke sekolah. 3. KESEDARAN BARU Hal ini demikian kerana, mungkin memberikan bebanan kepada murid-murid itu sendiri untuk melibatkan diri dalam acara sukan. 4. CADANGAN/TINDAKAN Tindakan yang dilaksanakan oleh guru adalah menolak mata merit sahsiah pelajar apabila pelajar tidak hadir ke sekolah untuk menyertai sukantara melainkan mempunyai masalah kesihatan atau kecemasan. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :


JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 6 JULAI 2023 TAJUK : Minggu empat belas PERISTIWA : 1. Perhimpunan rasmi 2. Sesi pengajaran dan pembelajaran 3. Relief 4. Latihan rumah sukan 5. Latihan bola sepak 6. Latihan sorakan rumah sukan 7. Menyertai bacaan yasin REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. BISIKAN HATI Pada minggu ini merupakan minggu persiapan sukan olahraga tahunan. Minggu ini memberikan pendedahan baharu kepada saya dari segi aspek pengelolaan rumah sukan. 2. MENGANALISIS/MENILAI Setelah membuat pemerhatian saya mendapati bahawa semua guru di sekolah menjalankan gerak kerja yang baik dan bertanggungjawab. 3.KESEDARAN BARU Kesedaran yang saya perolehi adalah, setiap ahli jawatankuasa sukan perlu kerjasama antara satu sama lain supaya segala aspek berjalan lancar. 4. CADANGAN/TINDAKAN Tindakan yang saya lakukan adalah memberikan komitmen yang baik dan membantu guru-guru apabila mempunyai peluang untuk memudahkan pihak sekolah. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :


BAHAN MENGAJAR DAN ABBM


Modul 1 Asas Grafik Digital 28 Mac 2023 Pelajar dapat Menerangkan maksud reka bentuk grafik dengan berkesan Pelajar dapat menjelaskan contoh karya grafik, penggunaan dan sumbangan dalam bidang reka bentuk grafik Pelajar dapat menghasilkan portfolio kerjaya dalam bidang reka bentuk grafik 01 Pelajar dapat mengenalpasti peluang dan peranan kerjaya dalam bidang reka bentuk grafik 02 03 04 Hasil Pembelajaran 27 Mac 2023


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics and images by Freepik Maksud Reka Bentuk Grafik Grafik ialah persembahan visual yang meng ambil kira idea, konsep dan susun atur imej serta teks yang dipersembahkan dengan menarik melalui media cetak (kertas) ataupun media elektronik(skrin komputer). Grafik digunakan ole hampir semua orang yang ingin membuat rekaan, terutamanya sebagai penyampaian maklumat secara visual (menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan ringkas) kepada audiens.


Ciri-ciri reka bentuk grafik yang baik Mudah dan jelas dibaca serta difaham Maklumat yang terdapat dalam visual dapat ditafsir dengan mudah Mampu mendorong interaksi yang aktif antara pereka dengan audiens Maklumat disampaikan secara kreatif dan menarik 1 2 3 4 Jenis karya grafik, pengggunaan dan sumbangan dalam bidang reka bentuk grafik Dalam kehidupan seharian, terdapat banyak sumbangan bidang karya reka bentuk grafik. Beberapa contoh hasil karya reka bentuk grafik yang boleh dicetak ialah poster, risalah, buku, dan majalah. Bukanitu sahaja, hasil karya grafik juga turut melibatkan penggunaan saiz yang besar seperti yang dilihat di tepi jalan atau lebuh raya iaitu pereka grafik terlibat dalam kerja menyampaikan maklumat secara visual dengan mengaplikasikan elemen dan prinsip dalam rekaan, papan iklan sama ada yang melibatkan media elektronik atau tidak. 1. Pengiklanan 2. Identiti korporat 3. Pembungkusan 4. Ilustrasi 5. Penerbitan meja 6. Antara muka pengguna 7. Infografik 8. Media baharu


Manakah ciri-ciri reka bentuk grafik yang baik CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics and images by Freepik


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics and images by Freepik CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics and images by Freepik


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics and images by Freepik CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics and images by Freepik


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics and images by Freepik CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics and images by Freepik


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics and images by Freepik Aktiviti Kumpulan Pelajar perlu menentukan peluang dan peranan kerjaya dalam bidang reka bentuk grafik berdasarkan gambar yang telah diberikan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.


Aktiviti Kumpulan (JAWAPAN) Pelajar perlu menentukan peluang dan peranan kerjaya dalam bidang reka bentuk grafik berdasarkan gambar yang telah diberikan 1. Identiti Koprat 2. Infografik 3. Pembungkusan 4. Pengiklanan 5. Pengiklanan 6. Ilustrasi 7. Infografik 8. Pembungkusan


Peluang dan peranan kerjaya dalam bidang reka bentuk grafik Terdapat banyak institusi pendidikan dan pusat latihan yang menawarkan bidang reka bentuk grafik. Antara pusat latihan grafik terutama tersebut ialah GIATMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), pengguna dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), politeknik serta universiti amat digalakka awam dan swasta. Penghasilan portfolio kerjaya dalam bidang reka bentuk grafik Portfolio ialah koleksi karya terbaik seorang pereka grafik yang digunakan untuk menunjukkan kemampuan dan bakat kepada audiens. Keberkesanan portfolio bergantung pada kreativiti dan ketelitian pemilihan karya. Portfolio berfungsi sebagai satu platform untuk mempromosikan diri pereka grafik bagi memastikan kerjayanya berkembang. Portfolio diperlukan oleh majikan untuk melihat dan menilai bakat yang mereka ada. Jika kita ingin menjalankan perniagaan reka bentuk grafik sendiri, portfolio perlu disediakan agar pelanggan dapat membuat perbandingan sebelum memilih pereka yang dapat memenuhi kehendak mereka.


pelajar diminta menghasilkan lakaran ringkas portfolio kerjaya secara individu Modul 1 Asas Grafik Digital 29 Mac 2023


Tamat 28 mac 2023 5 Soalan Subjektif yang akan diberikan pada hujung waktu kelas oleh guru perlu di lakukan oleh pelajar di rumah. CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics and images by Freepik


Pelajar dapat menyenaraikan sumber pemerolehan bahan grafik Pelajar dapat mencadangkan jenis perisian grafik yang sesuai digunakan dalam penghasilan karya grafik berserta contoh perisian 01 Pelajar dapat menjelaskan fungsi dan spesifikasi perkakasan grafik digital 02 03 Hasil Pembelajaran 28 Mac 2023 Sumber Bahan Pemerolehan Bahan Grafik merakam imej atau visual yang dikehendaki dengan menggunakan kamera digital. Memuat turun imej atau visual daripada laman web yang dibenarkan Mengimbas imej atau visual sedia ada daripada bahan bercetak Melakar imej atau visual yang diperlukan 1 2 3 4


Perkakasan dan Perisian Grafik Digital Grafik digital melibatkan proses pembuatan dan manipulasi visual daripada perkakasan, perisian dan aplikasi digital tertentu menggunakan medium komputer bagi menggantikan peralatan dan bahan konvensional seperti pen, berus dan cat air. Ringkasnya, perkakasan merujuk peralatan fizikal manakala perisian atau aplikasi ialah program digital yang diguna pakai sepanjang proses penghasilan reka bentuk grafik digital.


Fungsi & Spesifikasi Perkakasan Grafik Digital


Tamat 29 mac 2023 1. Pelajar dapat menyenaraikan sumber pemerolehan bahan grafik 2. Pelajar dapat menjelaskan fungsi dan spesifikasi perkakasan grafik digital 3. Pelajar dapat mencadangkan jenis perisian grafik yang sesuai digunakan dalam penghasilan karya grafik berserta contoh perisian


3 April 2023


Senarai Kandungan Membezakan kualiti imej berdasarkan perbezaan resolusi warna Menentukan kesesuaian penggunaan mod warna RGB,CMYK dan grayscale Mencadangkan format fail grafik berdasarkan fungsi penggunaanya 1.3.3 1.3.4 1.3.5 Kualiti imej merujuk kepada kejelasan, kecerahan, ketajaman, ketepatan warna, dan kehalusan suatu gambar atau foto. Kualiti imej juga merujuk kepada sejauh mana gambar tersebut dapat diubah tanpa kehilangan kualiti asalnya. Kualiti imej biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti resolusi gambar, jenis kamera atau peralatan fotografi yang digunakan, serta kualiti penyimpanan atau penggunaan format file yang tepat. 1.3.3 Perbezakan kualiti imej berdasarkan perbezaan resolusi warna


Kualiti Imej Grafik Resolusi Dimensi Kedalaman Bit RESOLUSI! Resolusi merujuk kepada jumlah piksel yang membentuk gambar. Semakin tinggi resolusi gambar, semakin banyak piksel yang digunakan untuk membentuk gambar, dan semakin jelas dan terperinci gambar tersebut. Oleh itu, semakin tinggi resolusi gambar, semakin baik kualiti imej grafik.


RESOLUSI! Resolusi merujuk kepada jumlah piksel yang membentuk gambar. Semakin tinggi resolusi gambar, semakin banyak piksel yang digunakan untuk membentuk gambar, dan semakin jelas dan terperinci gambar tersebut. Oleh itu, semakin tinggi resolusi gambar, semakin baik kualiti imej grafik. RESOLUSI! Resolusi merujuk kepada jumlah piksel yang membentuk gambar. Semakin tinggi resolusi gambar, semakin banyak piksel yang digunakan untuk membentuk gambar, dan semakin jelas dan terperinci gambar tersebut. Oleh itu, semakin tinggi resolusi gambar, semakin baik kualiti imej grafik.


Mod Warna RGB! • Mod warna RGB terdiri daripada R = Red (Merah), G = Green (Hijau) dan B = Blue (Biru) sebagai warna asas. • RGB berfungsi sebagai persembahan atau paparan visual pada skrin elektronik seperti komputer, telefon pintar dan televisyen kerana warna latar belakang skrin ialah hitam. • Berfungsi untuk bertindak balas dengan cahaya bagi mencerahkan warna latar belakang skrin paparan yang gelap (hitam).


Pereka grafik perlu mahir dalam memahami mod warna ketika menghasilkan karya. Mod warna menentukan komponen warna seperti mod warna merah, hijau,biru (RGB), biru, ungu, kuning, hitam (CMYK) dan s kala kelabu (grayscale). 1.3.4 Kesesuaian penggunaan mod warna RGB,CMYK dan grayscale Mod Warna CMYK! • Warna yang diguna pakai dalam proses rekaan untuk percetakan. C=Cyan(Biru), M=Magenta (Ungu), Y=Yellow (Kuning) dan K=Key (Black), • Warna mod CMYK digunakan untuk tampil seimbang dalam latar belakang putih daripada bahan cetak seperti kertas dan bahan lain seperti kanvas. • G a b u n g a n Cy a n , M a g e n t a d a n Y e l l o w a k a n menghasilkan warna seakan-akan hitam, namun sebenarnya warna yang terhasil ialah warna perang gelap.


Mod Warna Skala Kelabu (Grayscale) • Mod warna skala kelabu (grayscale) ialah ciri-ciri warna yang menggunakan komponen warna H = Hue, S = Saturation dan L = Lightness. • Hue ialah nilai pigmen warna yang diukur dengan darjah, iaitu daripada 0 darjah hingga 360 darjah. Saturation pula ialah nilai kecerahan sesuatu warna sama ada gelap atau cerah. Lightness diterjemahkan sebagai nilai gelap dan terangnya sesuatu warna yang menggunakan peratusan daripada 0 peratus hingga 100 peratus. Antara fail grafik digital yang selalu digunakan ialah Tagged Image File Format (TIFF), Joint Photographic Experts Group (JPEG), Graphics Interchange Format (GIF), Encapsulated Post Script (EPS) dan Photoshop Document (PSD). 1.3.5 Cadangan format fail grafik berdasarkan fungsi penggunaanya


)! Aktiviti! Warnakan ruang tersebut menggunakan mod warna yang bersesuaian 1. Tagged Image Fule (TIFF) Kualiti imej asal tetap kekal walaupun diubah, disalin atau disimpan banyak kali Imej yang berasakan raster Bersaiz besar Format TIFF sering digunakan dalam industri fotografi dan pencetakan, serta di dalam dokumen media dan pengolahan gambar.


Sesuai untuk cetakan papan iklan yang besar kerana resolusi imejnya yang tinggi. Boleh digunakan untuk paparan skrin atau untuk percetakan yang memaparkan warna yang dinamik.


2. Joint Photographic Experts Group (JPEG) Format standard bagi hasil imej oleh kebanyakan kamera digital dan telefon pintar. Boleh juga dirujuk sebagai format JPG. Mampu memaparkan berjuta-juta campuran warna dalam sesuatu imej. Kualiti imej akan merosot apabila dimampatkan (compress), disunting banyak kali dan dipindahkan kepada format lain. 3. Graphics Interchange Format (GIF) Saiz fail lebih rendah daripada format JPEG. Imej jenis format bitmap. Kualiti imej tidak terganggu jika dimampatkan (compress) atau disunting. Bukan pilihan yang baik untuk imej dengan variasi warna yang banyak.


Mampu menampilkan imej yang bergerak untuk kegunaan animasi ringkas dan dalam laman web interaktif. Boleh digunakan untuk paparan skrin atau untuk percetakan.


4. Encapsulated Post Script (EPS) Boleh menyimpan pelbagai mod warna yang meliputi RGB, CMYK, grayscale dan bitmap. Imej yang berasaskan vektor. Boleh diedit dan disimpan sebagai imej raster. Bitmap adalah format gambar yang terdiri dari kumpulan piksel (pixel) yang tersusun secara grid atau jaringan. 5. Photoshop Document (PSD) Boleh diedit kembali. Format asli (native format) yang digunakan dalam perisian Adobe Photoshop untuk menyimpan gambar secara berlapis (layers). Saiz fail sangat besar mengikut saiz asal. Format file PSD dapat menyimpan informasi tentang setiap elemen gambar seperti filter, efek, dan penyesuaian warna. Ini memungkinkan pengguna untuk dengan mudah memodifikasi gambar dan membuat perubahan tanpa harus memulai dari awal.


Click to View FlipBook Version