The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatini, 2024-02-20 11:54:51

Buku Kenegaraan A231 BM H9_unlocked

Buku Kenegaraan A231 BM H9_unlocked

51 rantau ini. Ini menyebabkan mereka terus menumpukan perhatian kepada Tanah Melayu bagi mendapatkan hasil yang diperlukan. 2. Faktor Ancaman dan Persaingan Pengaruh Asing Akibat revolusi industri dan keperluan kepada bijih timah, maka Tanah Melayu menjadi harta paling berharga buat British. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama kuasa-kuasa lain turut berminat dan mengintai peluang untuk melibatkan diri dalam pergolakan politik yang ada. Keadaan ini disedari British lebih-lebih lagi apabila mereka menyedari penguasaan penuh Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina. Selain itu, British turut menyedari kepentingan Tanah Melayu sebagai jalan perdagangan dunia, di mana Selat Melaka menjadi penghubung di antara kawasan timur dan barat. Tidak dapat dinafikan persaingan imperialisme di kalangan negara-negara besar, terutamanya dari Eropah untuk membuka tanah jajahan juga membuat British memikirkan keperluan lebih awal campur tangan di Tanah Melayu sebelum kuasa penjajah yang lain berbuat terlebih dahulu. 3. Pergolakan Politik di Tanah Melayu Di sekitar tahun 1860an hingga 1880, suasana di Tanah Melayu terutamanya di negeri-negeri pantai barat berada dalam keadaan huru hara akibat pergolakan politik yang melibatkan perebutan takhta dan perang saudara. Suasana bertambah buruk apabila setiap pergolakan melibatkan kawasan-kawasan perlombongan dan membabitkan buruh imigran Cina yang dibawa masuk oleh British. Kebimbangan British dapat dijangka kerana kepentingan British dalam sektor perlombongan bijih timah adalah besar dan dibimbangi akan terjejas dengan teruk. Perlombongan tidak dapat dijalankan kerana penglibatan buruh-buruh Cina yang menganggotai kumpulan kongsi-kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San dalam pergolakan politik. Peralatan perlombongan musnah akibat pergaduhan dan peperangan. Suasana tidak tenteram tidak memungkinkan pekerjaan di lombong dapat dibuat kerana ketakutan akibat peperangan. Situasi ini mendatangkan kerugian dan dibimbangi akan memusnahkan industri perlombongan bijih timah. Selain itu, pergolakan yang berlaku akan merebak dari satu kawasan ke kawasan atau negeri yang lain, sebagai contoh perang saudara di Larut Perak dibimbangi akan merebak ke Pulau Pinang yang juga mempunyai ramai imigran Cina. 4. Perubahan Pucuk Pimpinan di Britain Parti Konservatif yang diketuai oleh Disraeli telah memenangi pilihan raya di Britain pada tahun 1873. Mereka telah mengambil alih kuasa dari Parti Liberal yang memerintah. Di antara dasar baru yang di ambil oleh Parti Konservatif selepas memenangi pilihan raya ialah dengan mengubah dasar Pejabat Tanah Jajahan untuk masuk campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu.


52 Tindakan ini mengakhiri dasar Parti Liberal yang tidak berminat untuk campur tangan kerana berpegangkan matlamat dasar penjajahan kolonialisme untuk mengaut keuntungan sahaja tanpa mengambil sebarang risiko untuk bertanggungjawab terhadap apa-apa yang terjadi di negeri yang mereka jajahi. Perubahan ini di lihat jelas dipengaruhi oleh perkembangan semasa pada masa tersebut, di mana bentuk penjajahan berbentuk imperialisme yang ditunjangi oleh kemegahan nasionalisme dan jingoisme. Bagi memastikan Britain tidak ketinggalan dari segi pengiktirafan antarabangsa sebagai satu kuasa empayar yang kuat, kerajaan Konservatif di bawah Disraeli bersedia menanggung sebarang risiko dan tanggungjawab untuk campur tangan dan menguruskan tanah jajahan yang ada. Mereka bersedia mengaut sebanyak-banyak keuntungan dari negeri-negeri yang dijajah dan bersedia memikul beban tanggungjawab dan mengatasi sebarang masalah sewaktu proses mendapatkan keuntungan tersebut. Dasar-Dasar Penjajahan British di Tanah Melayu Sewaktu tempoh penjajahan, British telah membuat dan melaksanakan pelbagai dasar yang meliputi aspek sosial, ekonomi, dan politik. Dalam melaksanakan dasardasar penjajahan, secara langsung ataupun tidak langsung telah mengubah wajah asal Tanah Melayu. Justeru itu, pada bahagian ini saya akan membincangkan dasar-dasar yang dilaksanakan British sehingga mengubah sistem kehidupan masyarakat Melayu yang sedia ada. Hakikatnya, semua dasar yang dilaksanakan oleh British adalah berasaskan dasar ‘pecah dan perintah’. Walau bagaimanapun, berbeza dengan negara-negara lain, dasar pecah dan perintah yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu bukan melalui paksaan. Ia dilakukan secara berhati-hati dan perlahan-lahan seolah-olah ianya berlaku secara semula jadi. Oleh kerana dasar-dasar yang dilaksanakan British di Tanah Melayu terlalu banyak, saya hanya menumpukan kepada beberapa dasar penting yang mempunyai kesan yang besar dan meliputi faktor-faktor penting kepada proses perubahan di Tanah Melayu seperti dasar pelajaran, ekonomi, dan pentadbiran. Pembahagian ini dibuat bagi memudahkan para pelajar untuk menghubungkaitkan dasar-dasar yang ada dengan dampak proses penjajahan yang dibuat berasaskan dasar utama tersebut. Sebelum perbincangan ini pergi lebih jauh, apa yang harus anda ingati ialah, perbincangan ini akan hanya meliputi beberapa dasar British yang penting sahaja, dan tidak meliputi semua dasar British yang telah dilaksanakan oleh mereka sepanjang tempoh penjajahan. Selain itu, saya harap anda semua mengimbas kembali ingatan anda kepada apa yang telah anda pelajari dalam bab yang lepas berkenaan Masyarakat Melayu Tradisi (MMT). Ini adalah perlu untuk membantu anda membuat perbandingan dan juga membantu memberi gambaran yang lebih jelas kepada apa yang akan kita bincangkan dalam topik ini dan topik berikutnya iaitu dasar-dasar penjajahan dan dampak-dampaknya dari segi sosial, ekonomi, dan politik.


53 1. Sosial Dasar paling utama yang telah dilaksanakan oleh British ialah kemasukan imigran asing dari China dan India ke Tanah Melayu. Mereka yang didatangkan sebagai buruh-buruh di lombong dan ladang telah dibawa masuk tanpa had. Ini dilakukan oleh British bagi memenuhi matlamat penjajahan mereka yang ingin mengaut sebanyak-banyak keuntungan dari Tanah Melayu tanpa memperdulikan keadaan masyarakat Melayu pada masa tersebut. Jumlah migrasi yang ada pada suatu ketika telah hampir mengatasi jumlah penduduk asal negara ini. Kemasukan buruh-buruh asing yang dibawa khusus kerana tujuan melombong dan menoreh getah kemudiannya telah membentuk masyarakat baru dalam negara ini. Mereka juga telah diletakkan di kawasan-kawasan yang terpisah daripada kaumkaum lain. Interaksi sememangnya tidak berlaku kerana masing-masing bergerak dalam kawasan yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi masing-masing. Ini adalah penting bagi British yang berusaha menghalang kewujudan perpaduan antara kaum. British amat menyedari jika perpaduan antara kaum dapat dilaksanakan, boleh menyukarkan pentadbiran mereka. Ini jelas merupakan gambaran pada tonggak dasar kolonialisme British sendiri iaitu dasar pecah dan perintah. Di samping itu, antara dasar lain yang harus di beri perhatian ialah dasar pendidikan British. Dasar ini perlu ditekankan kerana pendidikan akan membentuk keadaan sosial masyarakat. Sistem pendidikan British pada umumnya dilaksanakan berdasar sistem vernakular yang mana pendidikan dibuat berdasarkan kaum masing-masing. Ini bermaksud sistem pendidikan tersebut adalah bergantung sepenuhnya kepada bahasa dan sukatan pelajaran kaum masing-masing. Justeru itu, wujud banyak sekolah yang berasaskan kaum, iaitu Sekolah Cina, Sekolah Tamil, Sekolah British dan Sekolah Melayu. Sekolah-sekolah Cina dan Tamil menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar dan sukatan pelajaran yang diambil terus daripada negara asal mereka. Sementara Sekolah British pula banyak dijalankan oleh mubaligh Kristian dan berasaskan pendidikan British yang diambil daripada negara Britain sepenuhnya. Manakala sekolah Melayu pula masih berasaskan pelajaran agama dan bercampur sedikit dengan pendidikan akademik yang mempunyai pengaruh British. Dasar ini secara umumnya ialah untuk memenuhi matlamat dasar penjajahan British yang cuba memastikan taraf pendidikan di sekolah-sekolah sedia ada tidak akan seragam dan sekaligus memastikan taraf pendidikan yang diterima oleh rakyat terutamanya orang-orang Melayu adalah di tahap yang rendah. Ini bagi memastikan masyarakat Melayu terus ketinggalan dan memudahkan British memberi alasan bahawa Tanah Melayu belum mampu untuk bebas dan mentadbir negara bersendirian.


54 Bagi memenuhi tujuan tersebut, ukuran rendah atau tinggi taraf pendidikan orang Melayu sering di sukat bersama taraf pendidikan di negara Britain. Walaupun pada hakikatnya masyarakat Melayu adalah rajin berasaskan pekerjaan dalam sistem ekonomi tradisi tetapi British sering menanamkan kata-kata bahawa masyarakat Melayu adalah malas dan mudah berpuas hati. Sedangkan pada masa yang sama, adalah jelas orang Melayu tidak diberi kesempatan mendapat pendidikan yang terbaik. Keadaan menjadi semakin parah lagi apabila British membawa imigran-imigran asing terutamanya dari India untuk bekerja sebagai pendidik di Tanah Melayu. Secara umumnya, jelas memberi gambaran bahawa taraf pendidikan di Tanah Melayu terutamanya kepada masyarakat Melayu akan terus kekal tidak dapat melebihi taraf pendidikan Inggeris yang sebenar kerana mereka hanya dididik oleh pendidik dari negara yang terjajah juga. Situasi di atas jelas menonjolkan ketidakikhlasan British dalam memajukan pendidikan orang-orang yang mereka jajahi. 2. Ekonomi Dari aspek ekonomi, jelas menunjukkan penjajahan British telah mengubah hala tuju ekonomi tradisi di Tanah Melayu yang pada asalnya berasaskan ekonomi sara diri kepada bentuk ekonomi moden yang lebih bersifat komersial atau perdagangan dan keuntungan. Perkembangan ekonomi moden bermula dengan kewujudan hasil bijih timah di Perak yang menghasilkan Perjanjian Pangkor 1874. Apa yang menarik, perlaksanaan ekonomi moden ini dilakukan oleh British secara berhati-hati bagi memastikan tujuan asal dasar kolonialisme British untuk mengenepikan masyarakat Melayu daripada sebarang kemajuan akan tercapai. Ini perlu kerana masyarakat Melayu yang maju di lihat sebagai ancaman kepada pentadbiran penjajahan. Justeru itu, orang-orang Melayu di sisih dengan tidak diajak atau digalakkan sama sekali untuk terlibat dalam sektor perlombongan ini. Mereka yang dapat melibatkan diri hanyalah golongan pembesar yang mempunyai pengaruh ke atas sesuatu kawasan. Ini dilakukan oleh British dengan menghebohkan propaganda mereka yang kononnya menghormati sistem ekonomi tradisi masyarakat Melayu yang lebih tertumpu kepada penanaman padi, penangkapan ikan dan penternakan selain mencari hasil hutan. Sebaliknya bagi memastikan sektor perlombongan ini terlaksana dengan lebih pesat, pihak British telah membawa buruh-buruh asing dari negara China. British mengambil peluang mendapatkan buruh-buruh yang murah dari negara China yang sedang menghadapi pelbagai masalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, dan kebuluran. Begitu jugalah apabila sektor perladangan getah meningkat dengan pesatnya di Tanah Melayu, pihak British terus mengenepikan orang-orang Melayu dengan membawa masuk secara besar besaran.buruh-buruh dari India.


55 Semua ini dilakukan oleh pihak British dengan matlamat supaya masyarakat Melayu terus kekal dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang tidak menguntungkan, dan pada masa yang sama pihak British dapat juga mempergunakan orang-orang Melayu bagi menghasilkan barang keperluan makanan kepada British dan buruh-buruh asing yang di bawa masuk. Ini dilakukan dengan menggalakkan penanaman padi oleh orang Melayu yang sekaligus membantu menyediakan makanan untuk penduduk di Tanah Melayu yang semakin bertambah dengan kemasukan buruh asing yang tiada batasan. Walau bagaimanapun, apabila segalanya telah diperolehi, konsep kolonialisme awal telah bertukar menjadi lebih agresif hasil daripada sikap tamak untuk menguasai segala-galanya di Tanah Melayu. Konsep imperialisme yang lebih campurtangan dan menguasai segalanya di tanah jajahan dilaksanakan. Ini berdasarkan keperluan semasa di mana negara Eropah yang lain turut berlumba bukan sekadar mendapatkan hasil tetapi menguasai negara dan rakyat di sesuatu tanah jajahan sebagai lambang pengaruh dan kemegahan. 3. Politik Dari segi politik, dasar penjajahan British cuba memastikan raja-raja Melayu atau sultan-sultan akan berada di bawah telunjuk mereka. Ini dilakukan British atas kesedaran bahawa pengaruh raja dan sultan ke atas rakyat jelata. Mereka bimbang seandainya raja dan sultan tidak di bawah kawalan mereka, akan berlaku kekecohan yang akhirnya mendorong raja dan sultan bersama rakyat menentang penguasaan mereka ke atas tanah Melayu. Anda boleh lihat dengan jelas apabila sistem residen British mula perkenalkan di Perak, dan bagaimana Raja Abdullah yang merupakan salah seorang waris raja yang berkuasa di negeri Perak bersama pembesar dan rakyat bangkit membunuh Residen J.W.W. Birch yang dilantik kerana tidak berpuas hati. Berasaskan kesedaran inilah, apabila British memulakan campur tangan mereka selepas Perjanjian Pangkor 1874, mereka telah memperkenalkan sistem residen. Sistem residen yang merupakan sistem penasihatan oleh British dalam urusan pentadbiran negeri Melayu telah dilaksanakan di negeri-negeri yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu—Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Di dalam sistem ini, nasihat residen dalam hal-hal selain agama Islam dan adat istiadat orang Melayu haruslah diikuti raja-raja.26 Walau bagaimanapun, sebenarnya langkah campur tangan dan penasihatan ke atas negeri Melayu telah lebih awal di buat di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Di negeri-negeri ini, British memerintah secara terus dari Pejabat Tanah Jajahan di London. Hanya dalam konteks negeri-negeri Selat, British berkuasa penuh terhadap negeri-negeri tersebut kerana sama ada ianya dijajah atau dipajak sepenuhnya dan ianya di tadbir oleh seorang gabenor bagi negeri-negeri Selat.


56 Langkah penasihatan yang terakhir ialah sistem Penasihat Negeri di negeri-negeri Melayu yang lain iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Johor—dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Di dalam negeri-negeri ini, Penasihat British akan membantu pentadbiran raja-raja dan sultan-sultan Melayu melainkan dalam hal-hal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Sistem pentadbiran kemudiannya telah berubah terus mengikut arus pemodenan yang di bawa penjajah dan lebih mirip kepada suasana pemerintahan di negara asal mereka. Apabila semua negeri-negeri Melayu telah dapat dikuasai British menerusi sistem Residen dan Penasihat, kemudiannya telah mewujudkan persekutuan atau sistem kerajaan berpusat. Bermula dengan cadangan Malayan Union dan kemudiannya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu diikuti pula sistem kabinet dan menteri diperkenalkan. Selepas pilihanraya 1952 dan 1955 sistem kerajaan berketua Menteri dan kabinet untuk pentadbiran telah dilaksanakan. Menerusi peringkat yang telah anda lihat, secara sedikit demi sedikit raja-raja disisihkan dari rakyat dan tanggungjawab pemerintahan. Kesan Kolonialisme Barat di Tanah Melayu Tanah Melayu akhirnya telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Setelah lebih kurang 400 tahun di bawah cengkaman penjajah barat, Tanah Melayu akhirnya bebas dan merdeka. Biarpun telah mencapai kemerdekaan, Tanah Melayu pada hakikatnya tidak dapat lari daripada kenyataan bahawa Tanah Melayu yang ada setelah merdeka dan Tanah Melayu yang wujud sebelum era penjajahan kuasa barat adalah dua suasana yang amat berbeza. Kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kepada negara ini bukanlah sedikit dan meliputi pelbagai sudut kehidupan termasuk ekonomi, politik dan sosial masyarakat di Tanah Melayu. Hasil penerapan dasardasar kolonialisme dan imperialisme barat yang dijalankan, corak pemerintahan, kegiatan ekonomi juga cara bersosial masyarakat di Tanah Melayu telah jauh berbeza. Hasil daripada itu dapatlah kita lihat dan gariskan tiga kesan utama yang wujud dalam masyarakat di Tanah Melayu dari segi sosial, ekonomi, dan politik. 1. Sosial Perubahan terbesar hasil dasar sosial British ialah kewujudan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. Masyarakat ini yang juga kita kenali sebagai masyarakat majmuk adalah sebagai memenuhi aspirasi dasar kolonialisme. British telah mewujudkan satu masyarakat baru di Tanah Melayu. Tanah Melayu yang asalnya di diami masyarakat Melayu sahaja kemudiannya telah dipaksa menerima kedatangan imigran asing bagi memenuhi hasrat British untuk mengaut sebanyak-banyak keuntungan di Tanah Melayu. Imigran dari China dan India ini didatangkan khusus bagi memenuhi keperluan buruh untuk ditempatkan di lombong-lombong bijih timah dan di ladang-ladang getah. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat majmuk telah lama wujud sewaktu kewujudan Empayar Melayu Melaka yang menjadi pusat perdagangan terkenal pada


57 sekitar kurun 13 - 15 Masihi. Namun begitu, pentafsiran masyarakat majmuk di zaman Empayar Melayu Melaka adalah jelas berbeza dengan masyarakat majmuk yang diwujudkan selepas kedatangan penjajah barat. Ini kerana masyarakat majmuk yang wujud di waktu kerajaan Melayu Melaka adalah jelas bersifat sementara kerana kebanyakan mereka adalah pedagang-pedagang asing yang datang untuk memperniagakan hasil mereka sahaja. Biarpun wujud sebilangan daripada mereka yang kekal tinggal dan bermastautin atas sebab perkahwinan atau sebagainya, jumlah mereka adalah kecil dan tidak mengubah suasana asal masyarakat terutamanya disegi perubahan strukur politik, ekonomi, dan sosial. Ini terutamanya disebabkan kesediaan mereka pada kebiasaannya untuk mengasimilasikan diri mereka ke dalam kebudayaan dan adat resam masyarakat Melayu. Masyarakat majmuk di Tanah Melayu selepas kedatangan kuasa barat dan imigran asing pula telah mengubah hampir keseluruhan sistem masyarakat di Tanah Melayu. Di samping itu kedatangan masyarakat imigran juga telah mengubah komposisi kaum yang selama ini dikuasai sepenuhnya oleh orang Melayu. Jumlah kedatangan imigran yang tiada had telah hampir-hampir mengakibatkan jumlah orang Melayu di atasi oleh imigran-imgran asing. Suasana ini jelas amat merbahaya kepada kedudukan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Dari segi pendidikan pula sistem vernakular yang dilaksanakan oleh British telah mengakibatkan perpecahan ketara di antara penduduk berbilang kaum. Anda sendiri boleh fahami apabila melihat bagaimana sukatan pelajaran dan bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah vernakular yang tidak sedikit pun melambangkan suasana negara ini. Ini kerana dasar British tidak merangsang berlakunya perpaduan di antara kaum. Selain itu, sistem pendidikan yang wujud jelas telah mengenepikan orang-orang Melayu daripada mencapai kemajuan. Pendidik bertaraf rendah dan sikap British yang tidak berhasrat membantu kemajuan orang Melayu dalam pendidikan mengakibatkan orang-orang Melayu menjadi kaum yang paling ketinggalan pada masa tersebut. Ini harus difahami kerana hasrat British sendiri yang tidak mahu keupayaan orang-orang Melayu dalam pendidikan menjadi masalah kepada mereka apabila kesedaran telah diterima. 2. Ekonomi Umumnya, dasar penjajahan British terhadap Tanah Melayu telah mengubah sistem ekonomi tradisi yang sedia wujud di Tanah Melayu. Masihkah anda semua ingat lagi, apakah sistem ekonomi tradisi? Sistem ekonomi tradisi, ialah sistem yang berasaskan ekonomi sara diri dan bertumpu kepada penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang. Sistem ini telah berubah apabila British menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan. Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan


58 Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Kegiatan ekonomi telah memisahkan setiap kaum mengikut kegiatan ekonomi dan sekaligus setiap kaum dikenali melalui kegiatan ekonomi mereka, sebagai contoh orang India dikenali sebagai penoreh getah, orang Melayu sebagai nelayan atau penanam padi, manakala orang-orang Cina sebagai pelombong. Hasil daripada pembahagian kaum mengikut kegiatan ekonomi, masyarakat yang wujud di Tanah Melayu turut terasing mengikut lokaliti atau kawasan kegiatan ekonomi masing-masing. Keadaan ini telah mengurangkan interaksi kaum dan akhirnya telah mewujudkan masalah perpaduan dikalangan kaum-kaum di negara ini. 3. Politik Dari segi politik, sistem masyarakat yang pada asalnya taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah berubah sama sekali. Kekuasaan raja dan sultan Melayu telah dikurangkan ke peringkat hanya menjadi lambang kepada negeri atau negara. Sistem pemerintahan yang dianjurkan oleh penjajah terutama oleh British jelas condong dan mirip kepada corak pemerintahan di negara mereka. Bermula dengan pengenalan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pengenalan kepada kedua-dua sistem ini telah mula mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan juga pembesarnya, dan menyebabkan satu perubahan besar kepada corak pentadbiran Melayu Tradisi. Fungsi residen dan penasihat British ini telah mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui cukai. Selain itu, pada masa pemerintahan Melayu Tradisi segala kerja pentadbiran dijalankan oleh masyarakat Melayu, tetapi setelah kedatangan kaum imigran asing proses pentadbiran telah turut melibatkan mereka. Biarpun jumlah orang Melayu lebih ramai yang terlibat dalam proses pentadbiran, tetapi penglibatan imigran asing dalam proses pentadbiran adalah satu dimensi baru dalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Apa yang jelas, sedikit demi sedikit proses penjajahan telah mengubah wajah asal sistem pentadbiran di Tanah Melayu, lebih-lebih lagi apabila sistem pilihanraya diperkenalkan dan kuasa perdana menteri dan kabinet juga pegawai daerah mula mengambil alih segala tugasan pentadbir Melayu Tradisi, iaitu sultan dan pembesar. Kesimpulan Berdasarkan perbincangan bab ini, bolehlah kita membuat beberapa rumusan berkenaan apa yang kita kenali sebagai penjajahan. Sebuah masyarakat yang tunggal iaitu masyarakat Melayu tradisi yang mengamalkan ekonomi tradisi, sara diri juga sistem pemerintahan bertunjangkan sistem beraja dan pembesar dan telah berjaya


59 mengharungi kehidupan ratusan tahun akhirnya hilang sedikit demi sedikit. Akhirnya satu masyarakat baru muncul iaitu masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa, satu sistem ekonomi moden yang mementingkan keuntungan dan mengamalkan sistem pentadbiran berpusat yang menggantikan kuasa raja dan pembesar-pembesar. Berdasarkan semua fakta-fakta tersebut, jelas gabungan dasar-dasar kolonialisme dan imperialisme yang diamalkan British dalam gerakan penjajahannya di negara ini akhirnya telah mewujudkan Tanah Melayu sebagai negara baru dengan rakyat dan sistem kehidupan yang baru.


60 TOPIK 4 NASIONALISME Pendahuluan Tahukah anda nasionalisme atau faham kebangsaan sangat penting dalam usaha pembentukan negara bangsa dalam sesebuah negara. Umumnya hampir setiap sejarah pembentukan negara dan bangsa di dunia ini bermula dengan gerakan perjuangan rakyat iaitu nasionalisme. Begitu juga dengan negara kita Malaysia. Nasionalisme dan semangat negara bangsa telah bermula di Eropah pada abad ke-18, khususnya selepas berlaku Revolusi Perancis pada tahun 1789. Menurut Hans Kohn, nasionalisme merupakan gerakan untuk menciptakan masyarakat yang lebih terbuka dan untuk mendapatkan kebahagiaan perseorangan, bagi menjamin kemerdekaan warganegara dan membebaskan akal dan fikiran. Dengan kata lain, nasionalisme itu adalah satu semangat. Oleh itu, kebudayaan seperti agama, bahasa dan lain-lain boleh menimbulkan semangat nasionalisme. Melalui elemen-elemen tersebut juga, diharapkan mampu mewujudkan semangat yang dapat melahirkan satu identiti yang baru bagi negara yang dijajah. Semangat nasionalisme juga dapat melahirkan perasaan bersatu padu di antara rakyat yang dijajah. R. S. Chavan pula mentafsirkan nasionalisme sebagai sentiment, loyalty of symmpathy. 2 Nasionalisme merupakan pemikiran dan tindakan yang menunjukkan cinta kepada bangsa dan negara. Elemen penting yang terkandung dalam nasionalisme ialah patriotisme iaitu perasaan cinta kepada tanah air. Nasionalisme juga merangkumi gerakan yang dilancarkan bagi menjamin ataupun mengembalikan kebaikan golongan majoriti iaitu selalunya rakyat bagi meruntuhkan status quo yang sekian lama seperti gerakan revolusi yang telah berlaku dalam Revolusi Perancis. Dalam konteks Asia Tenggara, semangat nasionalisme wujud dengan serius dalam abad ke-20. Manakala dalam konteks orang Melayu pula, nasionalisme merujuk kepada perjuangan mereka untuk mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negaranya sendiri, iaitu sebelum kedatangan penjajah. Secara keseluruhannya, nasionalisme adalah bertujuan untuk membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing. Namun begitu pengertian nasionalisme dalam konteks lepas merdeka pula lebih merupakan sebagai satu perjuangan bagi mempertahankan maruah dan mempertinggikan martabat serta kedaulatan negara. Perkembangan Nasionalisme Secara umum, sarjana yang melihat perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu dari sudut masyarakat peribumi (Melayu) dan masyarakat imigran. Dari sudut masyarakat peribumi, kita boleh klasifikasikan kepada dua bentuk perkembangan


61 ataupun gerakan iaitu gerakan radikal (bersenjata), dan sederhana iaitu gerakan yang dijalankan melalui pertubuhan dan desakan media massa. Walau bagaimana pun pengkelasan ini hanya untuk memudahkan pengkaji-pengkaji menerokai perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu. Bagi skop dan pendekatan pelajaran ini, saya akan membahagikan pergerakan nasionalisme kepada dua iaitu pergerakan bersenjata dan tidak bersenjata. Gerakan Nasionalisme Bersenjata Jika kita kaitkan pengertian semangat nasionalisme dengan sebarang penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa asing, maka perkembangan semangat nasionalisme di Malaysia boleh dikatakan bermula apabila orang Melayu Melaka menentang kuasa-kuasa asing yang cuba menjajah mereka seperti kuasa Portugis dan Belanda, dan juga di Kedah yang menentang penguasaan Siam. Terdapat beberapa sebab utama mengapa masyarakat tempatan melancarkan pemberontakan terhadap penjajah Inggeris, antaranya ialah faktor sosioekonomi, agama dan adat resam, serta kepimpinan. Aspek sosioekonomi boleh dikatakan sebagai sebab utama terhadap kewujudan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin dan penduduk tempatan. Ini kerana penguasaan British terhadap Tanah Melayu telah menyebabkan wujud perubahan sosial dan ekonomi dalam masyarakat tempatan. Pembaharuan-pembaharuan yang dijalankan oleh British tidak boleh diterima oleh masyarakat tempatan pada masa itu. Contohnya dalam soal pengutipan cukai. Sebelum kedatangan British, pembesarpembesar Melayu mempunyai autoriti dalam aktiviti ekonomi ini. Namun demikian, berikutan dengan penjajahan British, mereka telah mengambil alih kuasa pemungutan cukai ini dan telah turut mengenakan beberapa cukai yang lain ke atas penduduk tempatan. Perkara ini telah membangkitkan kemarahan di kalangan rakyat di Tanah Melayu pada masa itu. Dari segi kepimpinan pula, penguasaan British di Tanah Melayu di lihat sebagai mencabar kewibawaan pembesar Melayu sebagai pemimpin tradisi tempatan. Sikap pihak British yang cuba campur tangan dalam hal ehwal agama dan adat-adat Melayu juga telah turut menimbulkan kemarahan masyarakat tempatan. Sehubungan dengan itu tercetus usaha dan percubaan untuk membebaskan diri daripada cengkaman British seperti percubaan Sultan Kedah untuk menduduki kembali Pulau Pinang pada tahun 1789, pemberontakan Dol Said di Naning (1895), peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch (1875), pemberontakan Datuk Bahaman di Pahang (1895), pemberontakan Tok Janggut di Pasir Putih (1915), dan penentangan yang dilancarkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu pada tahun 1928. Penentangan masyarakat tempatan terhadap pihak Inggeris bermula akibat tindakan British sendiri yang disifatkan sebagai cuba campur tangan dalam urusan pentadbiran Naning yang ditadbirkan oleh Dol Said. Tindakan British yang cuba menghalang


62 Penghulu Dol Said menyelesaikan kes-kes jenayah di Naning serta penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan ke atas Melaka turut dijalankan di Naning telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan. Selain itu British juga cuba menghalang hubungan yang telah sedia wujud antara Dol Said dan Belanda. Halangan ini jelas apabila mereka cuba menyekat Dol Said daripada menghantar hasil tahunan Naning kepada Belanda sebagai tanda persahabatan. Akibat tindakan British ini, Dol Said telah melancarkan pemberontakan terhadap penjajah British. Siri pemberontakan ini berlangsung dalam tempoh dua tahun, iaitu dalam tempoh 1831 sehingga 1833. Dol Said kemudiannya telah dikalahkan oleh tentera British dan menyerah diri pada 4 Februari 1833. 3 Rata-rata pergerakan menentang Inggeris pada masa tersebut merupakan gerakangerakan kecil dan bersifat gerakan tani (peasent movement). Contohnya, penentangan yang dilakukan oleh Tok Janggut di Pasir Putih, Kelantan. Pemberontakan yang dipimpin oleh Haji Mat Hassan atau dikenali sebagai Tok Janggut telah mengejutkan British apabila Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya bertindak membakar Pejabat Daerah, kebun-kebun, dan kediaman milik pegawai-pegawai British. Bagi menumpaskan penentangan ini, Penasihat British Kelantan telah meminta bantuan pasukan polis dari Singapura dan bantuan polis tambahan. Peristiwa ini dikenali sebagai Perang Tok Janggut. Pertempuran telah berlaku di antara Tuk Janggut dan pengikut-pengikutnya dengan tentera-tentera British. Beliau kemudiannya telah dibunuh oleh British dan mayatnya diarak di Pasir Putih dan Kota Bharu serta digantung di Padang Merdeka selama beberapa ketika sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.4 Tindakan British terhadap mayat Tok Janggut ini merupakan satu penghinaan besar yang telah dilakukan oleh British ke atas umat Islam. Namun demikian, ia bermaksud untuk memberikan pengajaran kepada orang Melayu supaya tidak menentang mereka. Pada umumnya, dari segi gerakan-gerakan nasionalisme awal dalam bentuk bersenjata ini dapat di lihat sebagai berbentuk menyeluruh, iaitu berlaku di hampir kebanyakan negeri di Tanah Melayu dan juga di Sabah. Daripada segi motif pemberontakan, kita dapat rumuskan bahawa hampir kesemuanya mempunyai persamaan, iaitu bertujuan untuk menghalau penjajah dan mengembalikan nilai-nilai murni dalam kehidupan lama serta menegakkan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Walaupun gerakan nasionalisme peringkat awal yang berbentuk gerakan bersenjata, namun hampir kesemuanya telah gagal mencapai matlamat perjuangan. Tahukah anda mengapakan gerakan-gerakan ini gagal mencapai matlamatnya? Kegagalan gerakan-gerakan ini adalah kerana tidak wujud jaringan yang kukuh di kalangan penduduk di Tanah Melayu dalam menentang penjajah. Secara umumnya, gerakan ini hanya berbentuk setempat dan tidak menampakkan satu bentuk gerakan


63 massa. Selain itu, ia juga hanya berbentuk sementara dan bergerak secara kecilkecilan, serta boleh dikategorikan sebagai gerakan tani sahaja. Sementara itu, dalam masa yang sama, penyatuan dari segi semangat kebangsaan di kalangan penduduk di Tanah Melayu pada akhir tahun 1890-an dan awal tahun 1900- an sukar di laksanakan kerana tidak wujud perpaduan dan rasa kekitaan di kalangan penduduk. Menurut J.M. Gullick, penduduk Tanah Melayu yang tinggal di negerinegeri berlainan masing-masing mempunyai perasaan benci-membenci dan curigamencurigai antara satu sama lain. Contohnya orang Perak benci dan cemburu terhadap orang luar Perak, manakala orang Selangor menganggap orang Kedah yang menetap di Selangor sebagai hina dan asing. Sementara itu orang Pahang tidak suka terhadap polis-polis yang bukan dari negeri mereka.5 Gerakan Nasionalisme Bukan Bersenjata Semangat kebangsaan bukan bersenjata lebih berupa semangat kebangsaan yang digerakkan oleh tokoh-tokoh intelektual tempatan yang berusaha membawa perubahan pemikiran dalam masyarakat. Selain itu, ia juga meliputi perkembangan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bersifat bukan politik, separa politik dan yang bersifat politik. Perkembangan nasionalisme ini juga lebih disebabkan oleh pendedahan dan peluang-peluang yang diperoleh oleh masyarakat terhadap ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka terhadap perkembangan politik luar negeri. Ia dikategorikan sebagai nasionalisme bukan bersenjata kerana pendekatan yang digunakan oleh para tokoh pada masa tersebut adalah secara ilmuan iaitu menggunakan media massa, madrasah-madrasah juga sekolah-sekolah dan pusatpusat pengajian. Mereka juga banyak melahirkan cita-cita mengenai pembaharuan, aspirasi ke arah kemajuan ekonomi, politik dan sosial melalui tulisan-tulisan dan pandangan mereka yang dimuatkan dalam akhbar-akhbar dan majalah zaman itu. Nasionalisme bukan bersenjata ini juga turut meliputi perkembangan pertubuhanpertubuhan yang mempunyai kaitan langsung dengan kaum-kaum bukan Melayu, khususnya Cina dan India sama ada yang bersifat bukan politik mahupun politik. Corak dan perkembangan nasionalisme di kalangan mereka juga sama dengan perkembangan nasionalisme di kalangan penduduk peribumi. A) Golongan Agama Kesedaran nasionalisme Melayu moden di Tanah Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan pembaharuan ataupun islah Islam yang sedang berkembang di Asia Barat pada masa itu. Gerakan ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Syed Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, dan Rashid Ridha. Idea pembaharuan mereka banyak dimuatkan dalam media massa seperti majalahmajalah yang diterbitkan oleh mereka iaitu antara lainnya ialah Al-Manar dan AlUrwatuk Wuthqa.


64 Gagasan pembaharuan yang diutarakan oleh mereka telah berjaya mempengaruhi sebilangan besar pelajar-pelajar Melayu dari Tanah Melayu yang melanjutkan pengajian mereka di Timur Tengah seperti di Universiti Al-Azhar. Mereka telah menubuhkan persatuan kebajikan yang dinamakan Al Jamiah Al Khariah yang berperanan menjaga kebajikan pelajar-pelajar dan menyatukan mereka. Selain itu, pelajar-pelajar tersebut telah menerbitkan akhbar Seruan Azhar dengan kerjasama daripada pelajar-pelajar Islam dari Indonesia. Mereka juga telah membentuk sebuah persatuan, iaitu Perkumpulan Pemuda Indonesia-Malaya (PERPINDO) bagi dijadikan landasan utama dalam menyalurkan idea-idea mereka. Kerjasama yang diwujudkan antara pelajar dari kedua-dua buah negara ini didorong oleh persamaanpersamaan yang wujud dalam sejarah negara dan perjuangan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia. Selain itu, persamaan dari segi rumpun bangsa, agama dan bahasa serta keturunan juga telah mengeratkan hubungan sesama pelajar. Idea reformasi (islah) yang sedang berkembang di Asia Barat itu telah dibawa ke Tanah Melayu oleh para pelajar lepasan universiti di Timur Tengah seperti Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin, Haji Abas Mohammad Taha, dan Syed Syeikh Al-Hadi. Tokoh-tokoh ini merupakan individu yang memainkan peranan yang sangat besar dalam pergerakan nasionalisme pada zaman tersebut. Pusat pergerakan mereka ialah di Singapura, Pulau Pinang, dan beberapa tempat lagi. Mereka bertugas sebagai guru agama, mubaligh, pengarang, dan juga peniaga. Pembaharuan yang disarankan oleh golongan islah ini banyak dimuatkan dalam akhbar-akhbar dan majalah yang diterbitkan oleh mereka. Antara majalah dan akhbar yang telah diterbitkan ialah Majalah Al-Iman (1906) dan Al-Ikhwan (1926) di Singapura, manakala di Pulau Pinang pula mereka menerbitkan akhbar Idaran Zaman (1925) dan akhbar Saudara (1928). Akhbar dan majalah ini antara lainnya memuatkan pandangan-pandangan golongan reformis terhadap perlunya bangsa Melayu bangkit seiring dengan bangsa lain untuk sama-sama bersaing mengejar kemajuan. Di samping itu, mereka juga menanamkan cita-cita untuk membawa bangsa Melayu dalam persaingan dengan bangsa-bangsa lain untuk sama-sama dikenali. Contohnya dalam akhbar Chahaya Pulau Pinang menyatakan, antara tujuan penerbitannya ialah “…bagi kita Melayu ini mencari kepandaian dan perkhabaran yang baik-baik seperti orang yang di bahagian atas angin itu; oleh itu, telah dikeluarkan akhbar yang beriwayatkan perkhabaran yang di bahagian atas angin dan di bawah angin supaya hidup nama Melayu ini di dalam dunia…”6 Mereka juga telah menggunakan media sebagai alat untuk mengkritik bangsa Melayu yang masih mengamalkan adat-adat lama yang disifatkan sebagai kolot serta bertentangan dengan ajaran Islam. Menurut akhbar tersebut, telah tiba masanya bagi orang-orang Melayu untuk mengorak langkah ke arah sesuatu yang lebih berani untuk mendapatkan kemajuan. Mereka telah mengambil contoh bagaimana tindakan


65 Jepun yang telah menyerang China yang di lihat sebagai perjuangan yang cukup berani kerana China jauh lebih besar dan kuat berbanding dengan Jepun. Golongan reformis yang dikenali sebagai Kaum Muda, muncul sebagai tenaga sosial yang baru yang kemudiannya telah menyebabkan berlakunya pertentangan nilai di antara mereka dengan golongan yang sedia ada dalam masyarakat Melayu pada masa itu, iaitu Kaum Tua. Kaum Tua merupakan pemimpin pendapat bagi masyarakat Melayu pada masa tersebut. Dalam konteks perbezaan pandangan, Kaum Muda di lihat sebagai golongan anti-establishment dan membawakan gerakan pembaharuan Islam. Mereka menentang pandangan dan pendapat yang dibawakan oleh Kaum Tua. Kaum Muda telah menjadikan madrasah-madrasah sebagai pusat kegiatan mereka, manakala Kaum Tua telah menjadikan pondok sebagai institusi mereka Pada umumnya, golongan reformis Islam terdiri daripada golongan yang tidak puas hati dengan keadaan masyarakat Islam pada masa itu. Bagi mereka dalam perlumbaan dengan tamadun Barat, penganut Islam telah jauh ketinggalan. Implikasinya, kebudayaan Islam dianggap sebagai tidak mengikut arus perubahan zaman terutama apabila menghadapi gelombang tamadun Barat. Mereka juga berpandangan bahawa Islam bukanlah faktor yang telah melemahkan umat Islam tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan hadis. Menurut W.R. Roff, kebangkitan kesedaran diri (self-consciousness) dan ketegasan diri (self-assertiveness) pada dekad-dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua lebih diakibatkan oleh ancaman-ancaman terhadap hak dan kepentingan orang Melayu dan juga faktor-faktor ekonomi. Selain itu, kelahiran gerakan ini juga berkait rapat dengan kebimbangan terhadap arus sekularisme dan imperialisme Barat yang sedang melanda Tanah Melayu khususnya dan di seluruh dunia amnya. Walau bagaimanapun, terdapat banyak perkara yang berkait dengan idea-idea dan unsurunsur yang telah berjaya memajukan Barat dan selaras dengan ajaran Islam yang wajar dicontohi. Menurut Roff, dalam perspektif ini Kaum Muda adalah penghubung antara pure-tradisionalisme dan pure-sekularism. Dalam persoalan memartabatkan bangsa Melayu, Kaum Muda melihat ilmu sains dan sistem pendidikan Barat lebih efisien untuk kehidupan moden berbanding dengan sekolah-sekolah pondok yang dipelopori oleh Kaum Tua. Pada umumnya juga sekolah-sekolah pondok tradisional kebanyakannya menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan pengajaran yang bersifat penghafalan dan pengucapan semata-mata dan tidak bersifat aplikasi. Sebagai satu platform terhadap usaha-usaha dan cita-cita mereka dalam memajukan masyarakat Melayu pada masa itu, Kaum Muda telah menubuhkan Pertubuhan Melayo-Muslim dan mengasaskan lebih banyak sekolah-sekolah moden yang dikenali sebagai madrasah bagi menandingi sekolahsekolah aliran Inggeris. Beberapa tahun selepas itu madrasah telah menjadi begitu popular sehingga sebahagian daripada sekolah-sekolah pondok telah menukar nama mereka kepada madrasah.


66 Dari segi kurikulum, madrasah telah memperuntukkan mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, asas-asas matematik dan mata pelajaran mantik (logik) serta mata pelajaran ekonomi dan perdagangan. Pembaharuan dari segi kurikulum yang diadakan dalam sistem pendidikan yang diajar di madrasah-madrasah pada masa itu bertujuan untuk menyaingi sistem pendidikan di sekolah-sekolah aliran Inggeris. Di sekolah Inggeris, tidak ada mata pelajaran ekonomi dan perdagangan tetapi terdapat mata pelajaran simpan kira. Sebuah sekolah agama yang agak mendahului zaman pada masa tersebut ialah Sekolah Al-Diniah di Kampung Lalang, Sungai Rengas, Perak yang di asaskan pada tahun 1924. Ia telah diasaskan oleh Syeikh Al-Junid yang berasal dari Sumatera. Di sekolah ini, murid-murid didedahkan dengan mata pelajaran perdagangan bukan sahaja dari segi teori tetapi juga dari segi praktikal. Sehubungan dengan itu, muridmurid telah diberikan pendedahan tentang selok-belok perniagaan dengan mengadakan amali di kedai-kedai menjual getah dan kedai-kedai runcit. Apa yang lebih menarik lagi, madrasah ini juga telah mengadakan inisiatif ke arah melahirkan pengusaha-pengusaha Muslim dengan mengeluarkan barangan harian seperti kicap dan sabun.8 Sementara itu pada tahun 1929, Haji Wan Mahmud bin Haji Wan Daud iaitu salah seorang pengasas Madrasah Muhammadiah di Kota Bharu telah menulis buku Siasah Perniagaan. Ia merupakan tulisan yang pertama dalam bidang perdagangan yang ditulis dalam bahasa Melayu.9 Isu kemelesetan ekonomi yang sedang dialami oleh kebanyakan negara di dunia pada masa itu juga telah mendorong para pejuang nasionalis Melayu untuk turut menekankan objektif perjuangan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu. Perjuangan pada peringkat ini juga banyak menggunakan akhbar sebagai medium dalam menyampaikan idea-idea semangat kebangsaan dan seruan ke arah kemajuan serta pembangunan. Antaranya ialah akhbar Idaran Zaman yang pada masa itu dipimpin oleh Muhammad Yunus Abdul Hamid, iaitu kawan rapat kepada Syed Syeikh Al-Hadi. Antara perkara yang sering menjadi pokok perbincangan dalam akhbar ini ialah mengenai sikap masyarakat Melayu yang dikatakan tidak mahu berusaha dan lambat berubah. Selain itu, penulis juga mengkritik sikap masyarakat Melayu pada masa itu yang tidak mahu merebut peluang-peluang yang ada di negara sendiri. B) Golongan Menengah Melayu MPSI yang telah ditubuhkan pada tahun 1922, merupakan institusi terulung atau institusi induk dalam melahirkan pemikir-pemikir Melayu yang kemudiannya merupakan pelopor kepada gerakan kebangsaan tanah air. Tokoh-tokoh lepasan MPSI seperti Harun Amminurashid, Abdul Hadi Husin, Ibrahim Yaakub, Abdul Ghafar Baba, Senu Ab. Rahman, Syed Nasir, Pak Sako, Buyong Adil, dan ramai lagi pelatih-pelatih perguruan di maktab ini merupakan mereka yang mempunyai kesedaran yang cukup tinggi mengenai nasib dan masa depan bangsa dan tanah air.


67 Guru-guru dari MPSI telah mendapat banyak idea perjuangan daripada perkembangan semangat kebangsaan yang berlaku di Indonesia—sedang menentang penjajahan Belanda. Majalah-majalah dan buku-buku terbitan Indonesia menjadi bahan bacaan utama mereka. Perjuangan tokoh-tokoh pertubuhan Indonesia seperti Boedi Utomo, Sarekat Islam, Partai Komunis Indonesia, Muhammadiah, Partai Nasional Indonesia, dan lain-lain telah mempengaruhi pemikiran mereka. Perjuangan rakyat Indonesia dalam menentang kuasa penjajah telah memberikan ilham kepada mereka untuk bangkit menentang British di Tanah Melayu. Bagi mengembeleng tenaga ke arah pembentukan semangat kebangsaan yang lebih menyeluruh dan mantap, tokoh-tokoh MPSI seperti Zainal Abidin Ahmad, Buyong Adil, Ibrahim Yaakub dan lain-lain lagi telah menubuhkan dua buah persatuan, iaitu (i) Ikatan Pemuda Semenanjung (1929) (ii) Ikatan Semenanjung Borneo (1930) Ikatan Semenanjung Borneo dan Ikatan Pemuda Pelajar ditubuhkan secara sulit dan bekerjasama dengan beberapa pertubuhan politik Indonesia seperti Partai Nasional Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno. Walaupun MPSI pada masa itu berada di bawah pentadbiran pengetua O.T. Dussek, seorang pegawai British, tetapi beliau banyak memberikan dorongan kepada pelajarpelajar mengenai kepentingan kemajuan dan pendidikan. Sehubungan dengan kesedaran dan rasa prihatinnya terhadap kemunduran bangsa Melayu pada masa itu. Beliau juga telah memberikan kelonggaran kepada guru-guru di maktab untuk mengembangkan idea-idea politik. Sehubungan itu semangat kebangsaan di kalangan pelatih-pelatih perguruan Melayu ini telah berkembang dengan pesatnya. Sikap O.T. Dussek itu didorong oleh hubungan peribadi yang rapat beliau dengan guru-guru di maktab tersebut. Selain itu, beliau sangat berminat dan cenderung terhadap kebudayaan dan bahasa Melayu. Minat dan kecenderungan ini timbul sejak O.T. Dussek mula berkhidmat sebagai pegawai kolonial British di negara ini. Beliau juga sangat menyedari tentang kemunduran yang dialami oleh penduduk Melayu terutamanya dalam pendidikan. Faktor-faktor ini menyebabkan timbul simpati beliau terhadap cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh bangsa Melayu. Namun begitu, perkembangan gerakan nasionalisme di MPSI tidak berkekalan apabila kerajaan British bertindak menempatkan tokoh-tokoh pendidik muda ke kawasan yang berlainan dan sukar untuk berhubung antara satu sama lain. Langkah ini merupakan antara strategi penjajah yang bimbangkan perkembangan semangat kebangsaan akan terus merebak di kalangan cerdik pandai Melayu itu dan seterusnya dapat mempengaruhi rakyat. Ini jelas apabila pada tahun 1927, Abdul Hadi Hasan telah ditukarkan ke Kelantan dan diberikan jawatan sebagai Nazir. Pada tahun 1936, O.T. Dussek telah dipencenkan dan kembali ke England, manakala pada tahun 1939, Harun Aminurrashid telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pelajaran Melayu dan ditugaskan ke Brunei.


68 Tokoh-tokoh MPSI telah menggunakan media massa iaitu akhbar-akhbar seperti Warta Malaya dan Majlis untuk menyebarkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat. Pada tahun 1938, mereka telah menubuhkan sebuah parti politik Melayu yang pertama, iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang diasaskan oleh Ibrahim Yaakub. Oleh kerana parti ini merupakan parti yang agak kuat menentang penjajah dan enggan bekerjasama dengan Inggeris, ia dilabelkan sebagai radikal oleh kerajaan British dan dianggap sebagai parti berhaluan kiri. Antara agenda besar yang diperjuangkan oleh KMM ialah menuntut kemerdekaan dari Inggeris dan menubuhkan Kesatuan Malaya Raya, iaitu menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia. Mereka terus mengadakan usaha-usaha bagi menguatkan lagi perpaduan dan mempertingkatkan kesedaran semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. Pada bulan Ogos 1939, semua persatuan Melayu telah mengadakan Kongres Melayu di Kuala Lumpur Hasil daripada kongres ini telah melahirkan sebuah persatuan Melayu yang bersifat kebangsaan iaitu Persatuan Melayu SeMalaya. Ia merupakan langkah pertama dalam menyatukan semua orang Melayu. Dalam masa dua tahun, KMM telah berkembang dengan begitu pesat dan banyak cawangannya ditubuhkan di seluruh Tanah Melayu. Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan di pihak kerajaan British. Akibatnya, KMM telah diharamkan oleh pihak British pada tahun 1940. Selain itu, British juga mengesyaki bahawa ahli-ahli KMM telah bekerjasama dengan Jepun. Sehubungan itu juga pemimpin utama KMM seperti Ibrahim Yaakub dan 150 ahli KMM yang lain telah ditangkap dan KMM di labelkan sebagai parti radikal oleh pihak berkuasa British. C) Golongan Bangsawan Melayu Selain MPSI, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang telah ditubuhkan pada tahun 1905 juga merupakan sebuah institusi pendidikan yang turut memainkan peranan besar dalam perkembangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Maktab ini dibina khusus bagi menempatkan anak-anak pembesar-pembesar Melayu di negara ini bagi menerima pendidikan. Ia telah mengambil contoh sebuah sekolah lelaki yang terkenal di England iaitu Sekolah Eton. Tujuan utama penubuhan maktab ini ialah sebagai sebuah pusat untuk memberikan latihan kepada anak-anak golongan bangsawan Melayu yang berjaya dalam pelajaran bagi mengisi jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran Inggeris. Selain melahirkan tenaga birokrat Melayu yang akan melaksanakan dasar-dasar British, MCKK juga merupakan simbol kebanggaan bagi mereka yang menuntut di sini. Sebagai sebuah institusi pengajian yang bersifat elit, ia telah menjadi tumpuan dan simbol status bagi pembesar-pembesar Melayu. Dalam masa yang sama maktab ini telah berkembang dengan baik dan telah mencapai hasrat pihak British dalam mendapatkan tenaga pelapis Melayu bagi mengisi jawatan-jawatan tinggi dalam pentadbiran Inggeris di negara ini. Sementara itu, pihak penjajah Inggeris pula lebih


69 cenderung untuk bekerjasama dengan mereka yang di lihat oleh Inggeris sebagai mempunyai pendirian politik beraliran sederhana. Antara tokoh penting yang mendapat pendidikan di MCKK ialah Dato’ Onn Ja’afar, Raja Chulan Raja Abdullah dan Muhammad Eunos Abdullah. Kumpulan ini merupakan golongan yang menyokong British dan mempunyai arah pemikiran yang lebih terbuka dan di lihat oleh British sebagai lebih liberal, agak sederhana dan boleh dibawa berunding. Walaupun pergerakan mereka bersifat lebih pro kepada British, namun mereka turut mengemukakan banyak tuntutan terhadap kerajaan British mengenai beberapa perkara penting yang berkait dengan nasib dan masa depan masyarakat Melayu. Antara tuntutan mereka ialah menyarankan pihak Inggeris supaya mengambil lebih banyak langkah untuk memperbaiki taraf hidup orang Melayu, memberikan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada orang Melayu di dalam jabatan-jabatan kerajaan juga melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti termasuk ke Oxford dan Cambrigde. Selain itu, kumpulan cerdik pandai Melayu ini juga turut mengemukakan kritikan kepada pihak penjajah mengenai kemasukan masyarakat imigran secara berleluasa ke Tanah Melayu. Bantahan ini adalah didorong oleh kesedaran bahawa keadaan ini akan mengancam peluang-peluang yang sepatutnya dikecapi oleh orang Melayu. Kritikan-kritikan terhadap pihak berkuasa pada masa ini disalurkan melalui akhbar-akhbar seperti Warta Malaya. 11 Pada tahun 1926, Kesatuan Melayu Singapura (KMS) iaitu sebuah pertubuhan yang agak bersifat politik telah ditubuhkan oleh Eunos Abdullah. KMS bertujuan membimbing masyarakat Melayu Singapura untuk memajukan diri dalam lapangan politik, ekonomi, pendidikan, dan kemasyarakatan. Tahun-tahun berikutnya terutamanya dalam lingkungan 1930-an, memperlihatkan penubuhan beberapa parti politik Melayu yang bersifat kenegerian. Pada tahun 1935, Kesatuan Melayu Selangor yang diasaskan oleh Raja Sir Uda dan Tengku Ismail telah ditubuhkan. Negeri-negeri lain seperti Pahang, Perak, Negeri Sembilan, dan lain-lain masingmasing menubuhkan parti politik. Namun demikian, sifat parti-parti politik yang wujud pada masa ini masih kurang jelas dan lebih menunjukkan satu pertubuhan yang bersifat elit dari segi keanggotaannya dan tidak menyeluruh. Sebuah pertubuhan yang bersifat kebangsaan yang julung-julung kalinya telah ditubuhkan ialah Persatuan Sahabat Pena. Pada tahun 1939, Persatuan Sahabat Pena telah menganjurkan satu kongres di Singapura bagi mengumpulkan seluruh tenaga politik Melayu. Beberapa persidangan susulan telah diadakan pada tahun-tahun yang berikutnya, namun cita-cita ke arah kewujudan satu kesatuan yang lebih mantap tidak berjaya dilaksanakan berikutan dengan serangan Jepun ke atas Tanah Melayu pada tahun 1941. Perkembangan setakat ini menunjukkan bahawa nasionalisme yang diperjuangkan oleh golongan atasan Melayu lebih bersifat sederhana dan mendapat perhatian dan sokongan dari pihak penjajah berbanding dengan perjuangan yang dibawakan oleh kumpulan berhaluan kiri seperti KMM. Pada keseluruhannya, perkembangan nasionalisme sebelum Perang Dunia Kedua memperlihatkan tiga aliran yang paling dominan, iaitu


70 i) Kumpulan yang berorientasikan gagasan pembaharuan Islam—dipelopori oleh kumpulan yang boleh dikelompokkan sebagai kumpulan elit agama. ii) Golongan menengah Melayu berlatarbelakangkan pendidikan Melayu— membawa pemikiran politik yang agak radikal. iii) Golongan atasan yang berpendidikan Inggeris—mempelopori gerakan politik yang berhaluan sederhana. Secara umumnya, boleh dikatakan bahawa semangat kebangsaan pada peringkat ini adalah bersifat Pan-Malayan. Ia adalah satu pertubuhan yang mampu melengkapi orang-orang Melayu bagi mengharungi dunia moden. Perkembangan Nasionalisme Di Era Pendudukan Jepun Pendudukan Jepun selama lebih tiga tahun (1942-1945) telah meninggalkan banyak kesan ke atas kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Layanan berbeza-beza yang diberikan kepada kaum-kaum di negara ini telah melahirkan bentuk semangat nasionalisme yang berbeza di kalangan mereka. Bagi orang-orang Melayu, era pendudukan Jepun telah memberikan erti yang besar dalam perkembangan semangat kebangsaan. Dalam erti kata lain, pendudukan Jepun telah menyuburkan kesedaran orang Melayu dalam perkara ini. Faktor utama yang mendorong kepada perkembangan ini ialah langkah Jepun yang telah memberikan peluang kepada anakanak Melayu menceburi dalam bidang pentadbiran telah memberikan keyakinan kepada mereka mengenai keupayaan untuk mentadbir tanah air sendiri. Peluangpeluang ini merupakan perkara yang tidak mereka perolehi semasa pemerintahan Inggeris dahulu.12 Di samping itu juga, kemenangan Jepun dalam Perang Pasifik telah menjatuhkan imej British sebagai sebuah kuasa besar dan empayar Barat di rantau ini. Perkara ini menjadi satu propoganda yang begitu hebat dalam meniupkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat pada ketika itu. Berikutan dengan pendudukan Jepun, ahli-ahli KMM yang telah ditahan oleh British telah dibebaskan. KMM berperanan besar dalam membantu Jepun bagi mendapatkan maklumat mengenai Tanah Melayu sebelum kemasukan mereka ke negara ini. Ibrahim Yaakub kemudiannya telah dilantik sebagai ketua KMM dan diberikan jawatan penting dalam pentadbiran. Konsep Melayu Raya iaitu cuba menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia yang diperjuangkan oleh KMM juga telah menimbulkan kebimbangan pihak Jepun. Memandangkan kepada tuntutan pengabungan dan kemerdekaan Tanah Melayu dengan Indonesia begitu kuat dan mengetahui hubungan KMM dengan Malayan People Anti-Japanase Army (MPAJA), Jepun telah bertindak mengharamkan KMM. Tindakan ini sangat mengecewakan pejuang-pejuang Melayu yang selama ini kagum


71 dan menyokong Jepun. Ia juga sebenarnya telah menampakkan niat Jepun yang sebenarnya bahawa mereka tidak jujur terhadap orang-orang Melayu yang menyokong mereka selama ini. Pejuang Melayu pada masa itu juga mula sedar bahawa mereka tersilap langkah kerana penyokong Jepun. Perkembangan semangat kebangsaan kaum Cina dan India sebelum perang lebih banyak tertumpu kepada suasana politik di tanah asal mereka. Bagi masyarakat Cina, perkembangan faham komunis di negara China telah turut mencorakkan arah semangat kebangsaan mereka di negara ini. Namun demikian, pada peringkat awal mereka kurang berminat untuk bergiat cergas dalam perkembangan politik tempatan ketika itu kerana motif utama penghijrahan mereka ke negara ini ialah atas kepentingan ekonomi. Selain itu, kumpulan imigran ini tidak bercadang untuk menetap di Tanah Melayu. Namun demikian, perkembangan politik masyarakat Cina memperlihatkan minat mereka terhadap faham komunis semakin meluas. Fenomena ini disebabkan oleh hubungan yang kuat di antara mereka dengan negara asal mereka iaitu China. Ini telah mendatang kesulitan kepada pentadbiran British apabila mereka enggan patuh kepada institusi tempatan dengan menubuhkan kongsi-kongsi gelap dan parti-parti politik seperti Kuomintang dan Parti Komunis yang sealiran dengan perkembangan politik di China sendiri. Tokoh yang memainkan peranan penting dan bertanggungjawab dalam menapakkan kegiatan komunis di Tanah melayu ialah Alimin, iaitu seorang pemimpin komunis Indonesia. Beliau telah singgah di Singapura dalam perjalanannya ke Canton bagi menghadiri Persidangan Buruh Seluruh Pasifik pada tahun 1924.13 Beberapa tahun selepas dari peristiwa ini pergerakan komunis telah berjaya melatih penduduk tempatan sebagai kader-kader komunis. Fahaman komunis di Tanah Melayu telah terbentuk hasil daripada pengaruh secara langsung dari Parti Komunis China (Communist Party of China – CPC) dan mendapat arahan dari Biro Komunis Antarabangsa Bagi Timur Jauh (Comintern). Fahaman komunis di Tanah Melayu bergerak selari dengan Parti Komunis China. Ia bermula sejak tahun 1923 dan disebarkan di sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu. Mulai tahun 1926, usaha-usaha untuk menyusun organisasi komunis telah dijalankan oleh masyarakat Cina di Tanah Melayu. Peranan ini dimainkan oleh Main School (Sekolah Utama) yang ditubuhkan di sekitar tahun-tahun 1926 hingga 1927— merupakan badan eksekutif terpenting dalam perkembangan ideologi komunis di Tanah Melayu. Sambutan yang diberikan oleh masyarakat Cina terhadap ideologi komunis antara lain menunjukkan semangat kenegerian mereka terhadap negara asal iaitu China. Pada bulan Mac 1930, Parti Komunis Malaya telah ditubuhkan hasil gabungan daripada dua pertubuhan Cina yang terkenal di Tanah Melayu, iaitu Parti Komunis Nanyang dan Kesatuan Sekerja Nanyang (Nanyang General Labour Union).


72 Sehubungan itu, perkembangan parti komunis di Tanah Melayu telah dikendalikan secara langsung oleh Comintern dan bukan lagi oleh China. Sokongan yang kuat yang diberikan oleh masyarakat Cina terhadap PKM ialah kerana didorong oleh rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan pada masa itu. Dalam soal ini juga masyarakat Cina sering beranggapan bahawa mereka perlu mendapat peluang lebih daripada apa yang mereka telah perolehi. Oleh yang demikian, mereka mengharapkan akan mendapat lebih keutamaan sekiranya PKM memerintah negara ini. Bagi memperkemaskan lagi jentera organisasi, pada 30 April 1930, Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan. Antara cita-cita besar PKM ialah menegakkan sebuah Kerajaan Republik Soviet Malaya hasil koordinasi proletar dan petani. PKM kemudiannya telah melancarkan pemberontakan bersenjata berikutan dengan penolakan British terhadap Perlembagaan Rakyat yang dikemukakan oleh barisan parti politik kiri yang diwakili oleh All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang di dalangi oleh PKM. Peristiwa Darurat 1948 merupakan titik tolak penting dalam perkembangan politik masyarakat Cina di Tanah Melayu. Peristiwa itu dan perkembangan ideologi komunis di Tanah Melayu berkait secara langsung dengan soal perkauman. Bagi mengatasi masalah ini, Jawatan Kuasa Perhubungan Kaum telah ditubuhkan. Bagi mengalihkan tumpuan dan sokongan masyarakat Cina terhadap PKM yang disifatkan sebagai parti orang Cina, British telah menggalakkan pemimpin-pemimpin Cina menubuhkan parti politik Cina yang sah. Pada bulan Februari 1949, Malayan Chinese Association (MCA) telah ditubuhkan dan diketuai oleh Tan Cheng Lock. MCA merupakan sebuah parti alternatif bagi orang Cina bagi mengurangkan sokongan masyarakat ini terhadap PKM. Manakala bagi pihak orang Cina pula, ia satu saluran bagi mengemukakan tuntutan dan kepentingan mereka terhadap British. Bagi masyarakat India pula, pola perkembangan semangat nasionalisme mereka juga mirip kepada perkembangan semangat nasionalisme orang-orang Cina, iaitu mengikut arus dan pergerakan politik di negara asal mereka iaitu India. Gerakangerakan dan perjuangan menuntut kemerdekaan oleh pemimpin-pemimpin mereka seperti Mahatma Ghandhi telah banyak mempengaruhi pemikiran masyarakat India di Tanah Melayu terutamanya mereka yang agak berpelajaran. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu mereka telah menubuhkan Indian National Army (INA) hasil daripada pakatan dan kerjasama Jepun dengan Subhas Chandra Bose. Pihak Jepun juga telah membenarkan Tanah Melayu dijadikan pusat gerakan bagi INA.15 Kerjasama ini lebih berupa sokongan kuat Jepun terhadap rakyat India untuk membebaskan negara mereka daripada penjajahan British. Sehubungan dengan itu, pihak Jepun telah mengeksploitasi dan memperalatkan pemimpinpemimpin India untuk bekerjasama dengan mereka. Subhas Chandra Bose iaitu pemimpin kaum India di Tanah Melayu telah melaungkan slogan kebebasan untuk semua terutama kepada buruh-buruh yang tertindas dan menekankan bahawa tujuan


73 utama gerakan INA adalah untuk membebaskan India daripada penjajahan British. Beliau mencadangkan pemakaian cogankata “Chalo Delhi” (Pergi ke Delhi) untuk menaikkan semangat nasionalisme di kalangan buruh India. Bagi mencapai matlamat perjuangan, INA dengan kerjasama Indian Independence Leagua telah membentuk kerajaan sementara. Di samping itu, sukarelawan INA telah mencapai jumlah 16,000 orang. Beberapa usaha lain juga diadakan seperti penubuhan pasukan tentera wanita India iaitu The Rani of Jhenshi.16 Setelah tamat Perang Dunia Kedua, kaum India terus memperjuangkan kepentingan politik mereka selari dengan perkembangan politik di India yang sedang menuntut kemerdekaan dari British. Perjuangan mereka di Tanah Melayu antara lain bermatlamatkan kemenangan bagi perjuangan kebangsaan di India dan menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu. Di samping itu, mereka juga turut bersama-sama memperjuangkan kepentingan politik dengan kaum-kaum lain di negara ini. Bagi memantapkan lagi perjuangan mereka serta sokongan dan dorongan daripada pemimpin-pemimpin di India sendiri, pada bulan Ogos 1949, Kongres India Tanah Melayu atau Malayan Indian Congress (MIC) telah ditubuhkan. John A. Thivy telah dilantik sebagai Yang Dipertua Kongres yang pertama. Penubuhan Parti Pertubuhan Melayu Bersatu (Umno) Berbalik kepada perkembangan semangat nasionalisme orang Melayu, aspirasi untuk mencapai kemerdekaan terus bersemarak apabila British kembali memerintah Tanah Melayu apabila tamat Perang Dunia Kedua. Penyatuan seluruh orang Melayu dalam semangat kebangsaan buat pertama kalinya telah terbentuk berikutan dengan langkah British mengemukakan cadangan Malayan Union pada tahun 1945. Walaupun orang Melayu menentang Malayan Union sejak dari awal lagi namun, pada peringkat permulaannya usaha mereka tidak begitu padu. Sehubungan itu beberapa pandangan telah dikemukakan dalam akhbar-akhbar supaya masyarakat Melayu bergabung tenaga agar penentangan tersebut lebih berkesan. Pada 1 Mac 1946, satu persidangan bagi pertubuhan Melayu telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Persidangan yang berlangsung selama tiga hari ini dihadiri oleh semua persatuan di tanah air termasuklah Persatuan Orang Asli. Wakilwakil persatuan ke persidangan ini akhirnya bersetuju menggabungkan semua persatuan ke dalam satu badan induk yang dinamakan sebagai Kongres Melayu SeMalaya yang dipengerusikan oleh Dato’ Onn bin Jaafar. Kongres ini juga telah mengambil kata putus untuk menubuhkan sebuah parti politik Melayu. Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau ringkasnya PEKEMBAR telah ditubuhkan. Ia dikenali sebagai UMNO iaitu ringkasan daripada terjemahan pertubuhan tersebut dalam bahasa Inggeris—United Malays National Organisation.17


74 Kesimpulan Secara keseluruhannya, semangat nasionalisme di Tanah Melayu agak perlahan berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Ini kerana keadaan penduduk di negara ini yang pelbagai bangsa, agama, dan adat resam. Faktor tersebut telah menyebabkan proses pembentukan dan penyatuan kesedaran politik lambat berlaku. Dinamika nasionalisme di negara kita bergerak ke arah yang lebih mantap dan tersusun berikutan dengan wujudnya badan politik seperti KMM yang mempunyai jaringan yang agak kuat dengan pergerakan nasionalisme luar negeri. Walaupun KMM telah mendapat sokongan yang agak besar daripada kalangan cerdik pandai Melayu, namun parti ini tidak mampu bertahan lama akibat tekanan yang diberikan oleh pihak berkuasa British. Perkembangan nasionalisma di negara kita memperlihatkan UMNO telah berjaya menyatukan orang Melayu dan terus kekal berpanjangan hasil daripada bentuk perjuangan mereka yang lebih sederhana dan sedia bekerjasama dengan Inggeris dan parti-parti bukan Melayu. Secara umum, dapat disimpulkan bahawa nasionalisme merupakan satu proses yang perlu dilalui oleh setiap bangsa dalam usaha untuk membentuk dan memperkukuhkan identiti mereka sebagai sebuah negara dan bangsa yang bebas merdeka. Perkara ini perlu dihayati untuk membolehkan kita menghargai segala pergorbanan generasi terdahulu. Kita kini mungkin telah bahagia tetapi kita sering lupa bagai manakah segala kebahagiaan yang kita nikmati hari ini bermula.


75 TOPIK 5 KEMERDEKAAN Pendahuluan Merdeka bukanlah satu perkataan yang asing bagi kebanyakan orang. Hampir semua orang biasa menyebut perkataan ini terutama apabila tiba masa untuk menyambut hari kemerdekaan negara yang diadakan setiap tahun. Namun makna merdeka berbeza bagi setiap orang, ia bergantung kepada siapa yang mentafsirkannya. Secara umum merdeka sering dikait dengan kebebasan. Bebas bagi seorang individu boleh melakukan apa saja yang diinginkan tanpa halangan dan sekatan terutama apabila ia berkait dengan prinsip asas hidup seperti memilih tempat tinggal, pekerjaan dan mengamalkan budaya serta kepercayaan. Sebarang usaha yang dikenakan untuk menghalang atau apa jua bentuk tindakan yang boleh dianggap sebagai gangguan sering ditafsir sebagai melanggar hak asasi seseorang individu yang merdeka. Merdeka bagi sebuah negara pula sering dikaitkan dengan bebas dari cengkaman penjajah. Fenomena ini lazim berlaku bagi kebanyakkan negara terutama yang terletak di benua Asia. Situasi ini berlaku selepas tercetusnya Revolusi Perushaan di Eropah dimana kuasa besar berlumba-lumba mencari tanah jajahan untuk melebarkan pengaruh serta kuasa masing-masing. Perlumbaan kuasa besar yang bermotifkan 3G (God, Glory dan Gold) ini telah menjadikan hampir semua negara dalam dunia pernah merasai pengalaman dijajah, kecuali beberapa negara seperti Thailand. Negara-negara itu bukan sahaja pernah dijajah malah ada yang dijajah beberapa kuasa asing silih berganti untuk jangka masa yang panjang hingga beberapa abad lamanya. Malaysia sebagai contoh, merupakan sebuah negara yang pernah dijajah kuasa tersebut: Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris semula sebelum mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Gerakan Menebus Kedaulatan Tanah Air dan Maruah Bangsa Perjuangan menghalau penjajah keluar dari tanah air adalah usaha murni untuk mengembalikan kedaulatan negara dan maruah bangsa. Gerakkan ini telah lama berlaku. Ia mengambil masa yang panjang, tenaga yang banyak malah ramai pejuang yang terkorban semasa bertempur dengan penjajah. Supah payah dan pengorbanan mereka akhirnya dapat dinimati oleh generasi hari ini apabila kemerdekaan negara diistiharkan pada tahun 1957.


76 Gerakan menentang penjajah telah bermula dalam beberapa siri serangan yang dilancarkan oleh Sultan Mahmud untuk merampas semula Melaka. Semua usaha gigih disebalik kesungguhan Sultan Mahmud dan orang-orang Melayu sia-sia saja disebabkan oleh senjata canggih yang dimiliki oleh Portugis dan pembinaan benteng pertahanan A Farmosa yang dibina di tengah bandar Melaka (Hj. Buyong, 1985). Semangat tinggi yang terus marak untuk mencapai matlamat menghalau Portugis menyebabkan mereka meneruskan serangan dari Johor, namun semuanya gagal kerana alasan yang sama iaitu kecanggihan teknologi yang penjajah miliki. Berbekalkan semangat kental yang mereka miliki dan tidak mudah putus asa, orang Melayu berganding bahu dengan Belanda untuk melancarkan beberapa siri serangan ke atas Portugis di Melaka. Akhirnya dengan bantuan Belanda, orang Melayu telah berjaya mengusir Portugis dari Melaka pada tahun 1643. Namun, kejayaan mengusir Portugis dari Melaka tidak menamatkan usaha dan perjuangan orang Melayu menentang penjajah. Mereka terpaksa berdepan dengan musuh baru pula iaitu Belanda yang pernah menjadi kawan ketika mengalahkan Portugis dan mengusir mereka dari Melaka. Banyak masa dan tenaga telah digunakan untuk melancarkan beberapa siri serangan ke atas Portugis, namun penjajah tetap meneruskan cengkamannya di Melaka dengan Belanda pula mengambil alih tampuk kuasa dari Portugis. Kuasa Belanda kekal lama di Melaka, Orang Melayu hanya dapat memadam nama dan kuasa Belanda dipadam dari peta Melaka setelah perjanjian Inggeris-Belanda ditanda tangani pada tahun 1824. Melalui perjanjian itu Belanda bersetuju menyerahkan Melaka kepada lnggeris sebagai ganti kepada Bangkahulu yang diserahkan oleh Inggeris. Bagi orang Melayu perjanjian ini tidak menamatkan episod pcnjajahan yang berlaku di Melaka, malah ia telah menguatkan lagi kedudukan kedua-dua kuasa penjajah tersebut. Mereka menjadi lebih kuat dan selamat setelah berjaya menetapkan kedudukan dan pengaruh melalui garis sempadan baru yang mereka miliki. Inggeris yang merasa lebih selamat dan selesa tanpa kehadiran Belanda mula mengubah dasar kepada melebarkan pengaruhnya di Semananjung Tanah Melayu. Mereka menuntut Naning sebagai sebahagian dari Melaka lantas perlu patuh kepada segala arahan yang datang dari Melaka seperti membayar cukai. Dol Said Penghulu Naning bertegas mempertahankan kedaulatan wilayah Naning sebagai sebuah wilayah yang merdeka hingga akhirnya meletus perang Naning pada tahun 1830 dan 1832 (Winstedt, 1969). Peperangan ini menyebabkan pengaruh Inggeris semakin kuat dan usaha membebaskan kedaulatan dan negara semakin panjang dan sukar. Inggeris terus melebar pengaruh dengan menukar strategi perluasan kuasa kepada berunding dan menggunakan tipu muslihat pula. Mereka memihak kepada satu kumpulan yang bertelagah dan sehagai balasan Inggeris mendapat seorang Residen yang tugasnya ialah menasihati Sultan dalam segala hal-ehwal pentadbiran kecuali


77 adat istiadat dan agama Islam. Sultan dalam menjalankan segala urusan pentadbiran negeri perlu merujuk untuk mendapatkan nasihat daripada Residen sebelum sesuatu perkara diputus dan dilaksanakan. Tipu muslihat Inggeris itu berjaya dihidu dan dikesan dengan jelas oleh orang Melayu, pembesar dan Sultan. Mereka sekarang bukan sahaja kehilangan maruah tetapi kuasa dan pendapatan yang menjadi alat untuk menentukan kedudukan mereka dalam politik negeri. Kehadiran Residen menyebabkan Sultan tidak lagi bebas memerintah dan kuasa mutlak Sultan tercalar kerana dipaksa akur menerima nasihat Residen sebelum sebarang perintah dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, kuasa dan maruah Sultan Perak tercalar kerana dipaksa akur menerima nasihat Residen J. W.W. Birch (Khoo Kay kim , 1984). Beliau telah mengungut akan melucutkan tahta jika Sultan tidak mendengar nasihat dalam hal memungut cukai. Hal ini menyebabkan mereka marah dan meneruskan kebangkitan menentang penjajah. Kedudukan pembesar semakin parah apabila Residen tidak lagi membenarkan mereka memungut cukai. Secara tradisi pembesar memungut cukai untuk membiyayai keperluan diri dan pengikutnya. Cukai akan digunakan untuk memberi makanan, tempat tinggal, perlindungan dan pakaian kepada pengikut sebagai ganti kepada taat setia yang harus diberikan. Cukai sangat penting kepada pembesar kerana ia akan rnenjadi penentu kepada pengaruh dan kuasa pembesar kerana semakin banyak cukai yang berjaya dipungut maka semakin kuatlah pengaruh pembesar itu. Pembesar kehilangan sumber pendapatan dan kuasa namun lebih malang lagi pembesar tertakluk pula untuk membayar cukai sebagai seorang rakyat. Pembaharuan yang dibawa oleh Inggeris dalam pentadbiran dan undang-undang serta kehakiman telah menggugat kehidupan harian orang Melayu yang bertentangan dengan kebiasaan dalam adat dan budaya mereka. Golongan agama melihat fenomena ini sebagai bukan sahaja bertentangan dengan nilai-nilai adat dan budaya tetapi juga bertentangan dengan hukum Islam (Abdul, 1994). Peraturan dan undang-undang yang dibawa oleh Inggeris tidak wajib dipatuhi kerana ia bukan undang-undang Islam. Pemaksaan undang-undang baru dan perbezaan fahaman ini menyebabkan mereka terus bangun menentang untuk mempertahankan hak dan kepercayaan mereka. Penjajahan yang membawa bersama perubahan dan budaya baru yang banyak bertentangan dengan amalan penduduk tempatan akhirnya telah menimbulkan beberapa siri penentangan terhadap penjajah seperti yang dilakukan oleh Dato Maharaja Lela di Perak, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Dato Bahaman di Pahang, Dol Said di Naning, Sharif Mashor di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah. Semua siri penentangan di atas adalah manifestasi dari rasa tidak puas hati Sultan, pembesar dan orang Melayu kepada budaya baru yang dibawa dan diperkenalkan oleh penjajah (Abdullah Zakaria; Khoo Kay Kim, 1984).


78 Namun semua kebangkitan itu gagal kerana kelemahan senjata yang mereka miliki berbanding dengan kelebihan yang dimiliki oleh pihak penjajah. Mereka memiliki senapang, pistol dan meriam sedangkan pahlawan Melayu hanya miliki keris, tombak, perang dan lembing. Disamping itu penjajah mempunyai strategi lebih tersusun dengan kewujudan bala tentera dan polis sedangkan pahlawan Melayu hanya diketuai oleh pembesar dan pengikutnya secara terasing dan terpisah tanpa penglibatan dan bantuan seluruh pahlawan Melayu. Semasa Perang Dunia Kedua, negara kita dijajah Jepun. Mereka menyebarkan dakyah kemakmuran dengan slongan "Asia Untuk Asia". Kebanyakan penduduk negara ini terutamanya orang Melayu berharap Jepun akan menjadi penyelamat untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah Barat (Kennedy, 1993). Namun hakikatnya apabila Jepun berkuasa, penduduk tempatan terus tertipu dengan janji manis Jepun dan terpaksa meneruskan agenda membebaskan kedaulatan negara dan maruah bangsa. Penduduk menderita kekurangan makanan, penyebaran penyakit dan keadaan ekonomi yang semakin merosot menyebabkan penduduk tempatan menubuhkan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) bagi bukan Melayu dan Wataniah untuk orang Melayu, dan ada juga orang Melayu menyertai Force 136. Semua pertubuhan tersebut dibantu oleh Inggeris dari segi latihan dan peralatan perang. Apabila Jepun berjaya dikalahkan, Tanah Melayu masih juga tidak mendapat kebebasan. Pentadbiran negara diambil-alih semula oleh Inggeris melalui British Military Administration (BMA) (Cheah Boon Kheng, 1983). Pemangkin Kemerdekaan Jepun sama sahaja seperti penjajah lain yang tujuan utama kedatangan mereka ialah mencari tanah jajahan adalah untuk mendapat 3G. Pentadbiran tentera Jepun lebih kejam, ramai penduduk disiksa jika tidak mengikut kehendak mereka. Sentimen perkauman menjadi semakin tebal kerana dasar Jepun yang memusuhi Cina lanjutan daripada peristiwa Perang Manchuria pada tahun 1937. Sebaliknya memberi peluang kepada segelintir orang Melayu terlibat dalam tentera dan polis sering telah ditafsir sebagai anti-Cina, pro-Melayu. Walaupun Jepun menjalankan dakyah ”Asia untuk Asia”, namun ia hanyalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya sahaja bukan untuk kepentingan penduduk tempatan. Namun disebalik dakyah dan kesusahan dan keperitaan yang dialami semasa Jepun, ia memberi rahmat kepada perjuangan mencapai kemerdekaan. Kejayaan Jepun mengalahkan Inggeris telah memberi pengajaran bahawa penjajah Inggeris bukan kebal, mereka boleh dikalahkan. Inggeris tidak boleh diharap untuk melindungi penduduk di negara ini. Apabila Jepun berjaya dikalahkan dengan bantuan orang Melayu dan bukan Melayu terutamanya Cina, Inggeris kembali berkuasa. Mereka menubuhkan Malayan Union (MU) pada tahun 1946 (Stockwell, A.J, 1979). MU telah mengubah corak


79 perjuangan orang Melayu menentang penjajah. Malayan Union lebih mirip kepada usaha Inggeris menghukum orang Melayu kerana sebahagian dari mereka pernah bekerjasama dengan Jepun. Pada kaum bukan Melayu, Malayan Union merupakan satu hadiah kerana telah menentang Jepun yang menjadi musuh Inggeris semasa perang dahulu. Perjuangan orang Melayu menentang penjajah Inggeris kembali aktif apabila rancangan Malayan Union cuba dilaksanakan. Orang Melayu tidak dapat menerima Malayan Union kerana ia telah mencabar maruah raja-raja Melayu. Rancangan ini juga akan merampas hak orang Melayu melalui pengenalan sistem kerakyatan secara bebas untuk seluruh penduduk di negara ini. Malayan Union juga mengubah taraf Tanah Melayu dari sebuah negeri naungan kepada jajahan sepenuhnya. Ini kerana sebelum ini Inggeris hanya bertapak di negeri-negeri Melayu rnelalui sistem Residen. Melalui perjanjian yang ditandatangani antara sultan dengan pihak Inggeris seorang penasihat Inggeris akan dilantik untuk menasihati sultan dalam segala hal ehwal pentadbiran negeri kecuali adat istiadat dan agama Islam. Ini bermakna seseorang sultan atau raja masih berkuasa untuk memerintah negerinya. Walau bagaimanapun melalui perlembagaan Malayan Union kesemua negeri-negeri ini disatukan dalam satu bentuk pentadbiran kesatuan yang akan diketuai oleh seorang Gabenor. Kehadiran Gabenor sebagai ketua pentadbiran sekaligus telah mengambilalih kuasa yang dimiliki oleh sultan secara mutlak sebelum ini. Sultan akan diberi peranan baru yang taraf dan kuasanya lebih rendah daripada Gahenor. Misalnya sultan hanya duduk dalam Majlis Penasihat Melayu yang akan berkuasa ke atas hal ehwal adat dan agama Islam sahaja. Semua ahli jawatankuasa ini dilantik oleh Gabenor dan beliau sendiri akan menjadi pengerusi kepada majlis itu (Stockwell, 1979). Orang Melayu juga tidak boleh menerima hakikat bahawa tanahair yang mereka miliki secara tunggal akan dikongsi bersama dengan kaum pendatang apabila Inggeris bercadang untuk memberi kerakyatan secara longgar yang dikenali sebagai Jus Soli. Kaum pendatang boleh menjadi warganegara jika mereka telah tinggal selama 10 daripada 15 tahun dan sanggup memberi taat setia kepada negara ini. Orang Melayu bimbang selain terpaksa berkongsi tanahair dengan kaum pendatang mereka turut bimbang terhadap persaingan yang bakal mereka hadapi seperti pertambahan penduduk bukan Melayu, kuasa politik dan tambahan pula mereka memang sudah mendominasi bidang ekonomi. Orang Melayu juga tidak dapat menerima Malayan Union kerana ia lebih mirip kepada usaha Inggeris untuk menghukum orang Melayu kerana sebahagian dari mereka pada awal pendudukan Jepun telah bekerjasama dengannya. Pada satu pihak lagi iaitu kaum bukan Melayu, Malayan Union seolah-olah merupakan satu hadiah kerana telah menentang Jepun yang menjadi musuh Inggeris di Tanah Melayu semasa perang dahulu. Maruah dan kuasa sultan serta masa depan orang Melayu telah dicabar oleh Inggeris jika penubuhan Malayan Union menjadi kenyataan.


80 Rancangan Malayan Union telah membawakan angin perubahan yang besar dalam pola perjuangan orang Melayu untuk menentang penjajah. Perjuangan kali ini berbeza dengan perjuangan yang terdahulu. Bertitik tolak dari pemikiran terhadap kegagalan lalu perjuangan politik kini berada dalam paradigma baru. Ia ditambah pula kepimpinan para cendikiawan Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar. Sehubungan itu, corak perjuangan telah berubah dan kebangkitan menggunakan senjata serta kekerasan kepada rundingan dan kerjasama. Melalui kepimpinan para cendikiawan dan kesedaran politik serta kepentingan masa depan yang lebih luas, orang Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah dapat bersatu di hawah satu bumbung politik yang dipanggil United Malays National Organization (UMNO) untuk menentang penubuhan Malayan Union. Melalui beberapa siri rundingan, bantahan, tunjuk perasaan dan upacara berkabung yang diadakan maka akhirnya Inggeris akur dengan tuntutan orang Melayu agar Malayan Union dimansuhkan. Penentangan ini mengejutkan British yang menganggap bangsa Melayu sebagai pasif dan mereka tidak menjangkakan penentangan yang menyeluruh serta besar~besaran oleh orang Melayu. Sehubungan itu, Malayan Union gagal dilaksanakan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Kuasa sultan telah dikembalikan dan taraf kerakyatan telah diketatkan melalui Perlembagaan Persekutuan 1948 yang dikemukakan oleh UMNO. Namun di sebalik kemenangan yang seolah-olah memihak kepada orang Melayu ini telah dilihat pula oleh kumpulan sayap kiri yang dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai satu kekalahan. Mereka tidak puas hati kerana pihak British telah menolak cadangan Perlembagaan Rakyat (Peoples’ Proposal) yang dikemukakan PUTERA-AMCJA pada tahun 1947. Penolakan oleh lnggeris kerana ia dikemukakan oleh kumpulan radikal. Kegagalan golongan kiri ini telah memberikan peluang kepada PKM untuk melancarkan pemberontakan hersenjata melalui propaganda untuk menentang penjajahan. Sehubungan itu, Darurat telah diisytiharkan di seluruh negara pada tahun 1948. Disebalik kesusahan dan keburukan yang berlaku, Darurat turut membawa rahmat yang tersembunyi kepada perjuangan mencapai kemerdekaan. Untuk membendung Darurat, Inggeris telah mengorak langkah untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Dengan cara la berharap dapat mengekang penyebaran pengaruh PKM di kalangan orang Melayu dan berharap orang Cina meninggalkan PKM dan sebagai ganti digalakan rnenubuhkan persatuan politik sendiri menyebabkan tertubuhnya Malayan Chinese Association (MCA). British tidak akan memberi kemerdekaan kepada mana-mana kaum di negara ini, tidak juga kepada PKM ataupun kepada mana-mana parti yang bersifat perkauman. Pemerintahan sendiri yang diterajui oleh pihak yang disebutkan di atas tidak dapat diterima oleh Inggeris kecuali pihak yang mengambil alih teraju pemerintahan itu mendapat sokongan seluruh rakyat negara ini melalui perkongsian kuasa.


81 Syarat ini adalah satu strategi Inggeris untuk terus kekal di negara ini dan pada masa yang sama dapat menghapuskan PKM. Kerjasama antara kaum bukan mudah untuk dilaksanakan kerana pada hakikatnya perpaduan dan integrasi kaum merupakan satu masalah yang sangat rumit. Perasaan perkauman telah secara sengaja dibiarkan berlaku begitu lama melalui dasar pecah dan perintah (Emerson, R, 1966). Inggeris memang mahu semua kaum yang tinggal di Tanah Melayu terus dipisah dan dibezakan dalam semua aspek seperti penempatan, pendidikan, peluang dan jenis pekerjaan supaya menjadi penghalang kepada proses integrasi antara kaum. Perbezaan ini nampak begitu sukar untuk diselesaikan, malah ia menjadi semakin rumit apabila tidak terdapat sebarang usaha yang konkrit dilakukan untuk mengatasinya lantas menjadi duri dalam daging kepada perhubungan kaum di Malaysia. Perkara ini ditambah lagi dengan kepelbagaian budaya yang dimiliki oleh penduduk negara ini telah menyebabkan sikap prejudis dan prasangka terus menebal lantas menghalang interaksi antara kaum secara lebih berkesan. Sistem pendidikan mengikut kaum yang diamalkan turut menyumbang ke arah perpecahan. Sekolah Melayu hanya menekankan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sekolah pondok pula didirikan untuk memenuhi keperluan pengajian agama Islam pada peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula mengkiblatkan muka mereka ke arah negeri asal masing-masing. Buku teks dan guru guru juga didatangkan dari negeri China dan India. Sementara sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati pelajar yang tinggal di bandar-bandar sahaja terutama kaum Cina dan India. Perbezaan latar belakang pendidikan ini telah menyebabkan penduduk di Tanah Melayu mempunyai pandangan berbeza lantas berjaya mengukuhkan lagi keperibadian etnik yang sedia ada. Ketiadaan bahasa pengantar dan kurikulum yang tunggal telah menyulitkan lagi proses perpaduan kaum di negara ini. Penempatan yang berbeza kerana dasar pembahagian ekonomi yang dijalankan oleh Inggeris menyebabkan orang Melayu meneruskan kerja tradisi mereka sebagai petani dan nelayan cukup hidup. Orang Cina menjalankan kegiatan lombong bijih timah dan berniaga di bandar, sementara orang India pula bekerja sebagai buruh di ladang getah. Pengasingan sektor ekonomi ini telah menyebabkan pengenalan kaum mengikut sektor ekonomi. Perbezaan fungsi ekonomi ini juga menyebabkan ketidakseimbangan pengagihan pendapatan yang ketara antara kaum dan menyebabkan orang Melayu menjadi kumpulan yang paling miskin. Mereka terus dibiarkan untuk memastikan tiada percampuran antara kaum berlaku. Ketidakseimbangan dalam banyak hal ini telah menimbulkan syak wasangka dan perasaan tidak puas hati antara kaum terus berlaku. Dasar Jepun terhadap kaum di negara ini merumitkan lagi masalah yang sedia ada dan menjadikan permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina terus menebal. Jepun mengambil ramai orang Melayu menjadi polis dan tentera, sementara orang Cina pula telah lari ke dalam hutan dan melancarkan serangan gerila. Masalah perhubungan kaum ini akhirnya menjadikan konflik Melayu-Cina lebih terbuka dan


82 menjadi lebih buruk semasa berlaku kekosongan kuasa setelah Jepun menyerah diri kepada Inggeris (Comber, L, 1983). Akhbar dan persatuan yang ditubuhkan berdasarkan kepada etnik menggunakan bahasa ibunda sendiri dan terlalu memberi penekanan kepada kegiatan kumpulan etnik masing-masing. Persatuan politik, sosial dan ekonomi yang ditubuhkan juga berteraskan kepada etnik telah menguatkan lagi keperibadian etnik, kebencian dan prasangka antara satu sama lain. Usaha ke Arah Perpaduan Menyedari peri pentingnya perpaduan sebagai syarat untuk mencapai kemerdekaan, Dato' Onn telah mencadangkan supaya rakyat di Tanah Melayu membentuk sebuah pertubuhan yang boleh mewakili semua kaum supaya mereka boleh bekerjasama, bertolak ansur dan hidup dalam aman dan damai. Dato' Onn bersama beberapa orang pemimpin seperti Tan Cheng Lock, E. Thuraisingam, Malcom MacDonald dan Ronald Braddel membentuk sebuah Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum. Pada tahun 1949, jawatankuasa ini telah mengadakan mesyuarat di Pulau Pinang yang diwakili oleh Dato' Onn, Haji Abdul Wahab (Dato' Panglima Bukit Gantang), Salleh Hakim, Dr.Mustafa Osman dan Zainal Abidin, Haji Abas, Tan Cheng Lock, Lee Tiang Keng dan Yong Shook Lin adalah wakil orang Cina dan mesyuarat ini telah di pengerusikan E. Thuraisinggam. Kepentingan untuk mewujudkan perpaduan antara kaum telah mendorong. Dato' Onn mengambil langkah yang berani. Beliau mencadangkan supaya keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu, namun usul ini telah ditolak dan beliau telah meninggalkan UMNO. Pada tahun 1951, Dato' Onn telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), namun IMP mendapat sokongan dalam pilihanraya Majlis Tempatan di Kuala Lumpur pada tahun 1952. Sangkaan Inggeris ternyata meleset, usaha untuk rnewujudkan perpaduan yang diusahakan oleh UMNO dan MCA menampakkan kejayaan. Kemenangan besar dalam pilihanraya itu telah mendorong mereka memperluaskan kerjasama sehingga ke peringkat kebangsaan. Kerjasama ini menjadi lebih mantap apabila Malayan Indian Congress (MIC) menyertai UMNO dan MCA lalu membentu Perikatan. Penubuhan Perikatan telah menjadi bukti bahawa rakyat negara ini sanggup untuk bekerjasama dan mewujudkan perpaduan telah menjadi pemangkin ke arah mempercepatkan lagi proses kernerdekaan. Selain itu, usaha melalui pendidikan juga menyumbang ke arah perpaduan kaum. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 1950 untuk mengkaji sistem pendidikan yang boleh mewujudkan perpaduan yang diketuai oleh L. J. Barnes. Jawatankuasa ini telah memperakukan bahawa hanya satu jenis sekolah sahaja perlu diwujudkan untuk semua pelajar dengan menekankan kurikulum yang sama di semua sekolah dan menggunakan bahasa pengantar yang sama iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Bagaimanapun kaum lain terutamanya kaum Cina telah menentang cadangan ini dan sehubungan dengan itu sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Fenn-Wu telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan Cina. Manakala kaum India pula turut tersinggung kerana usul mereka untuk mengkaji


83 sistem pendidikan India ditolak (Haris, 1990). Perbalahan mengenai sistem pendidikan dan bahasa ini terus berlanjutan hingga akhirnya Perikatan bersetuju untuk menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Langkah Awal Menuju Kemerdekaan Hasrat Inggeris untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1950-an seperti pengenalan Sistem Ahli dan Pilihanraya Majlis Tempatan. Sistem Ahli 1951 Langkah pertama dibuat pada bulan Mac 1950. Ia bermula di London apabila Pejabat Tanah Jajahan mula memikirkan cadangan untuk mengadakan ‘Sistem Bermenteri’ (Ministries System). Pada tahun 1951, Sistem Ahli diperkenalkan ke dalam Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Persekutuan dengan beberapa orang ahli Majlis Mesyuarat Undangan dan ahli tidak rasmi yang dilantik diberi tugas memegang jawatan yang bertaraf menteri. Pada April 1951 buat pertama kali dalam sejarah, orang Malaya dilantik mengetuai jabatan dan bertanggungjawab penuh terhadap jawatan masingmasing. Mereka ini dilantik oleh Pesuruhjaya tinggi dan bertanggungjawab ke atas jabatan masing-masing. ANGGOTA-ANGGOTA SISTEM AHLI 1951 AHLI / MENTERI JAWATAN 1) DATO' ONN BIN JAAFAR AHLI HAL-EHWAL DALAM NEGERI 2) E.E.C THURAISINGGAM AHLI PELAJARAN 3) TUNKU YAAKOB AHLI PERTANIAN DAN PERHUTANAN 4) LEE TIAN KENG AHLI KESIHATAN 5) DATO' MAHMUD MAT AHLI TANAH, PERLOMBONGAN DAN PERHUBUNGAN 6) J.D. MEAD AHLI KERJA RAYA DAN PERUMAHAN 7) J.D HODGKINSON AHLI PERINDUSTRIAN DAN PERHUBUNGAN SOSIAL 8) O.A SPENCER AHLI HAL-EHWAL EKONOMI


84 Pilihanraya Majlis Tempatan 1951-1952 Tindakan yang telah diambil oleh lnggeris ini dapat dianggap sebagai langkah permulaan menuju demokrasi dan kebebasan kerana ia melatih orang tempatan untuk mentadbir di bawah pengawasan dan pertolongan British sebagai usaha ke arah berkerajaan sendiri. Proses ke arah berkerajaan sendiri diterusnya dengan pilihanraya Majlis Tempatan yang pertama di Pulau Pinang pada tahun 1951 dan Kuala Lumpur pada tahun 1952. Dalam pilihanraya Majlis Tempatan di Kuala Lumpur UMNO dan MCA secara tidak rasminya telah bekerjasama untuk menghadapi Parti Kemerdekaan (IMP) yang dipimpin oleh Dato’ Onn. Strategi yang digunakan untuk memenangi pilihanraya ini ialah UMNO meletakkan calon di kawasan ramai pengundi Melayu manakala MCA pula bertanding di kawasan ramai pengundi Cina. Formula ini menampakkan kejayaan apabila gabungan UMNO-MCA telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Kejayaan ini akhirnya telah diperkukuhkan lagi hingga membawa kepada kerjasama yang lebih luas di dalam pilihanraya umum yang pertama pada tahun 1955. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan telah mendapat kejayaan besar yang telah menambah keyakinan mereka untuk mencapai kemerdekaan dengan segera. Perkembangan Parti Politik 1951-55 United Malays National Organization (UMNO) UMNO merupakan parti politik yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Penubuhannya adalah akibat daripada tindakan British yang cuba mengubah kedudukan Tanah Melayu dari sebuah negeri naungan kepada sebuah negeri jajahan. Ini telah menyebabkan orang-orang Melayu bangkit dan menubuhkan persatuan-persatuan politik di Tanah Melayu. Perkumpulan orang-orang Melayu telah bergabung di dalam satu kongres yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya. Perhimpunan pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Mac, 1946. Pada 11 Mei, 1946 satu persidangan rasmi telah diadakan di Istana Sultan Ibrahim, Johor Bahru yang disertai oleh 40 buah persatuan Melayu termasuk sebuah persatuan orang asli. Hasil perhimpunan telah menghasilkan sebuah parti politik baru yang dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu (PERKEMBAR) atau United Malays National Organization (UMNO). Dato’ Onn Jaafar dilantik sebagai presiden yang pertama. Justeru itu, Kongres Melayu Se-Malaya telah dibubarkan secara rasmi. Tujuan utama UMNO ditubuhkan adalah untuk mengadakan rapat umum dan menentang Malayan Union. Kegiatan pemimpin UMNO mendapat sambutan daripada orang-orang Melayu. Penubuhan UMNO menggerakan tumpuan perhatian orang Melayu untuk bersatupadu.


85 Malayan Chinese Association (MCA) Pada Januari 1949, Tan Cheng Lock telah mengumumkan rancangan penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) berasaskan memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Tanah Melayu. Tujuan beliau adalah untuk melahirkan kesedaran baru di kalangan kaum Cina dan menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air dan tempat mencurahkan taat setia mereka. Di samping itu, Leong Yew Koh iaitu seorang pemimpin Cina yang menetap di Perak telah mengutarakan hasratnya untuk menyatupadukan seluruh kaum Cina di Tanah Melayu dalam satu pertubuhan bersifat kebajikan. Buah fikiran Tan Cheng Lock dan Leong Yew Koh mennjadi kenyataan dalam jamuan yang diadakan di rumah Yoong Shok Lin bagi merayakan perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya Tinggi Inggeris. Turut hadir sama adalah Kolonel H.S.Lee, Khoo Teik Ee dan Tan Siew Sin. Cadangan penubuhan sebuah parti politik bagi kaum Cina disambut baik oleh Sir Henry Gurney. Hasilnya pada 27 Februari 1949, Persatuan Cina Malaya (MCA) telah berjaya ditubuhkan dan Tan Cheng Lock telah dipilih sebagai presiden yang pertama. Di antara tujuan penubuhan MCA adalah untuk mengawal kaum-kaum Cina daripada pengaruh komunis dan Tan Cheng Lock menyeru agar orang-orang Cina membantu British menentang Parti Komunis Malaya. MCA berperanan penting dalam usaha menentang Parti Komunis Malaya, umpamanya, pihak MCA telah memberikan sokongan padu terhadap penempatan semula penduduk setinggan Cina ke kawasan kampung baru melalui Rancangan Briggs. Parti Perikatan UMNO-MCA telah berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya Majlis Bandran Kual Lumpur yang diadakan pada 16 Februari 1952. Malayan Indian Congress (MIC) Parti politik Kongres India Malaysia (MIC) telah ditubuhkan pada Ogos 1946 di Tanah Melayu. Ia ditubuhkan atas keperluan komuniti India selepas zaman pemerintahan British selain untuk mewakili kaum India dalam arus pembangunan negara selepas zaman peperangan. Penubuhan Malayan Union pada April 1946 telah menyedarkan mereka agar bersiap sedia menghadapi sebarang kesulitan di Tanah Melayu. Penentangan orang-orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union serta hal-hal kerakyatan mendorong kaum India menubuhkan sebuah parti politik bagi mengemukakan pandangan kaum India tentang soal kerakyatan kepada kerajaan. Di samping itu, lawatan Jawaharlal Nehru, pemimpin Kongres Kebangsaan India pada Mac, 1946 ke Tanah Melayu turut mempengaruhi kepada penubuhan parti politik masyarakat India di Tanah Melayu. Beliau turut menyarankan agar menubuhkan sebuah pertubuhan politik bagi melindungi kepentingan-kepentingan kaum India di Tanah Melayu. Signifikasinya membawa kepada penubuhan Kongres India Malaya yang direalisasikan pada 8 Ogos 1946. Presiden yang pertama ialah John Thivy.


86 Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (Independence of Malaya Party) Selepas meninggalkan UMNO, Dato’Onn telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP) pada 16 Sepatember, 1951. IMP merupakan sebuah parti pelbagai kaum yang pertama di Tanah Melayu. Matlamat utama IMP adalah untuk : a) mendapat kemerdekaan bagi Tanah Melayu dalam tempoh 10 tahun. b) Menuntut pilihanraya berunsurkan demokrasi bagi majlis-majlis tempatan menjelang 1953 dan bagi Dewan Perundangan Pusat menjelang 1955. c) Menubuhkan Perkhidmatan Awam di bawah penguasaan orang tempatan. d) Pelajaran asas yang percuma bagi kanak-kanak sekolah rendah menjelang tahun 1955. e) Membaiki sistem sosial di luar bandar dan sistem feudal di negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, pihak IMP tidak mendapat sokongan daripada MCA dan MIC kerana mereka lebih suka berjuang mencapai kemerdekaan melalui parti politik kaum sendiri. Pada tahun 1953, Dato’Onn telah membubarkan IMP selepas tewas dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur pada 1952. Oleh hal demikian, Dato’ Onn menubuhkan Parti Negara dalam bulan Februari 1954. Parti Negara turut dijadikan sebagai parti kebangsaan. Dalam Pilihanraya Persekutuan 1955,Parti Negara telah meletakan 30 orang calon tetapi ia gagal dalam memenangi sebarang kerusi dalam pilihanraya tersebut. Parti Negara mulai merosot selepes kematian Dato’ Onn pada 1964. Kejayaan Pilihanraya Perbandaran 1951-52 meyakinkan British dan pimpinan tempatan akan keupayaan penduduk Tanah Melayu berdikari. Secara umumnya, pilihanraya Persekutuan 1955 menandakan amalan demokrasi berparlimen diimplimentasikan dengan baik berdasarkan penyertaan parti-parti politik dalam pilihanraya. Di samping itu, kempen-kempen pilihanraya dijalankan oleh parti-parti bagi mendapat sokongan masyarakat terhadap menifesto dan perjuangan mereka. Amalan demokrasi permuafakatan turut dilaksanakan khususnya parti Perikatan memandangkan wujud gesaan daripada Tunku Abdul Rahman terhadap para pengundi orang Melayu agar menyokong mana-mana wakil calon komponen Perikatan seperti MCA. Kemenangan yang dicatatkan oleh pihak Perikatan disokong dengan menifesto pilihanraya “The Road To Independence” dan diedarkan kepada orang ramai. Selain dari itu, pihak Perikatan meletakan beberapa janji pilihanraya , antaranya: Manifesto Parti Perikatan Pilihanraya Umum 1955 i) Pemerintahan berdasarkan demokrasi berparlimen ii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan iii) Agama Islam sebagai agama rasmi iv) Melindungi dan mengekalkan institusi beraja Melayu


87 v) Mengubahsuai undang-undang kerakyatan vi) Menjalinkan hubungan antarabangsa vii) Peningkatan taraf ekonomi masyarakat Melayu viii) Hak asasi manusia ix) Sistem pendidikan kebangsaan x) Kemerdekaan diperolehi dalam empat tahun Kemenangan pihak Perikatan dengan majoriti yang besar telah memeranjatkan pihak pemimpin politik serta kerajaan British. Demi menjaga kepentingan masa depan British di Tanah Melayu, kerajaan tidak mahu dominasi oleh sesuatu parti. Tunku Abdul Rahman selaku Yang Dipertua UMNO dan Pengerusi Perikatan telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Di samping itu, Tunku turut memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan dibantu oleh 10 orang menteri yang lain. Tunku telah menetapkan 6 orang menteri yang terdiri daripada UMNO, 3 orang wakil dari parti MCA dan seorang dari wakil parti MIC. Sementara itu, portfolio yang lain seperti Hal Ehwal Luar dan Pertahanan masih dipegang oleh pihak Inggeris. Kemenangan ini memberi hak majoriti yang jelas kepada Perikatan di dalam majlis dan merangka pelan untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Tunku Abdul Rahman sebagai Presiden Parti Perikatan akan menjawat jawatan Perdana Menteri dalam kerajaan baru. Ia perlu membicarakan tentang sistem perundangan dengan Setiausaha Pejabat Penjajah yang melawat Tanah Melayu pada Ogos 1955 dan beliau telah bersetuju untuk mengadakan satu persidangan di London pada awal 1956 untuk membicarakan hubungan Tanah Melayu dan Britain. Bagi barisan Perikatan pula, laungan kemerdekaan semakin hampir untuk menikmati sebuah negara yang merdeka. Pilihan Raya Umum 1955 Pilihanraya umum yang pertama Tanah Melayu telah diadakan pada bulan Julai 1955. Strategi yang digunakan oleh Perikatan untuk berjaya dalam pilihanraya umum 1955 ialah melalui tolak ansur antara kaum. UMNO sanggup berkorban untuk menyerahkan I5 dan 2 kerusi yang dipertandingkan kepada MCA dan MIC walaupun pada dasarnya UMNO boleh untuk tidak bekerjasama dengan mereka kerana majoriti penduduk dan pengundi adalah Melayu. Kesediaan untuk bertolak ansur ini merupakan satu pengorbanan yang besar oleh orang Melayu (Zainal Abidin, et al, 1992). Peratusan pengundi mengikut kaum pada tahun 1955 ialah 84% adalah Melayu, 11% Cina dan diikuti oleh India sehanyak 5%. UMNO meletakkan bilangan calon yang kecil iaitu sebanyak 35 kerusi yang bersamaan dengan 65%, MCA mengambil 15 kerusi yang bersamaan 28% dan diikuti oleh MIC sebanyak 2 kerusi iaitu 3%. Inilah pengorbanan paling besar orang Melayu dalam sejarah negara apabila sanggup berkongsi kuasa untuk mentadbir bersama dengan kaum bukan Melayu.


88 Pengorbanan orang Melayu melalui UMNO seterusnya dapat dilihat apabila mereka sekali lagi sanggup bertolak ansur dengan menerima kerakyatan mengikut prinsip Jus so/i yang ditentang hebat oleh semasa Malayan Union diperkenalkan dahulu. Bagaimanapun sebagai balasan, MCA dan MIC telah bersetuju untuk menerima kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai bahasa rasmi dan agama persekutuan serta hak istimewa orang Melayu. Kerjasama dan tolak ansur ketiga-tiga kaum ini dapat digambarkan melalui manifesto Perikatan yang antara lain menetapkan; mendapatkan kemerdekaan dalam masa 4 tahun, bahasa Melayu akan menjadi bahasa rasmi dan penggunaan bahasa Inggenis akan dilanjutkan penggunaannya selama 10 tahun, kedudukan raja-raja Melayu dikekalkan, kerakyaran mengikut prinsip Jus Soli dan memberi keampunan beramai-ramai kepada komunis. Hasil daripada kerjasama dan tolak ansur antara kaum itu, Perikatan telah menang besar dengan memenangi sebanyak 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan menewaskan semua calon yang bertanding kecuali 1 kerusi dimenangi oleh PAS di Kerian, Perak. Dato’ Onn yang memimpin Parti Negara dan parti-parti lain seperti Parti Bunuh Se-Malaya, Ikatan Melayu Perak, Parti Progresif Rakyat dan semua calon bebas telah dapat dikalahkan. Kejayaan besar yang diperoleh Perikatan ini telah membuktikan kepada British bahawa majoriti penduduk di Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa untuk mcwujudkan masyarakat yang bersatu padu dan dapat hidup aman dan damai dalam satu pemerintahan sendiri. Oleh itu, British haruslah menunaikan janji untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Langkah pertam yang diambil ialah penubuhan kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman Al-Haj. KABINET PERTAMA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU MENTERI KEMENTERIAN 1) TUNKU ABDUL RAHMAN KETUA MENTERI DAN MENTERI HAL-EHWAL DALAM NEGERI 2) DATO' ABDUL RAZAK HUSSEIN MENTERI PELAJARAN 3) DR. ISMAIL ABDUL RAHMAN MENTERI HASIL BUMI 4) KOLONEL H. S. LEE MENTERI PENGANGKUTAN 5) ABDUL AZIZ ISHAK MENTERI TANAM TANAMAN


89 6) LEONG YEW KOH MENTERI KESIHATAN 7) V.T. SAMBANTHAN MENTERI BURUH 8) SARDON JUBIR MENTERI KERJA RAYA 9) SULAIMAN ABDUL RAHMAN MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN 10) ONG YOKE LING MENTERI PERHUBUNGAN, POS DAN TELEKOM Rundingan Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan yang terdiri dari empat wakil raja-raja Melayu dan ernpat wakil Perikatan ke London untuk memulakan rundingan pada tahun 1956 yang telah dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd, Setiusaha Tanah Jajahan British. Hasil rundingan, Inggeris bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 23 0gos l957 dengan dua perkara penting telah dipersetujui untuk diambil tindakan sebelum pengisytiharan kemerdekaan boleh dibuat. Pertama, Pesuruhjaya Tinggi British akan terus menjalankan tugasnya selaras dengan nasihat Majlis Kerja Persekutuan kecuali dalam hal ehwal luar dan pertahanan. Kedua, sebuah suruhanjaya bebas akan dibentuk untuk mengkaji dan mencadangkan sebuah Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka dalam Komanwel British. Suruhanjaya Reid ditubuhkan dengan dipengerusikan Lord Reid. Ahli-ahli lain terdiri daripada Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mc Kell (Australia), Tuan Malik (Hakim India) dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Pakistan). Suruhanjaya ini telah meninjau pendapat penduduk termasuk orang perseorangan dan parti politik di Tanah Melayu mengenai cadangan perlembagaan yang akan dibentuk. Suruhanjaya ini telah menerima 131 buah memorandum bertulis daripada orang ramai, raja-raja Melayu dan parti Perikatan. Setelah bersidang sebanyak 118 kali, suruhanjaya ini telah mencadangkan satu bentuk Perlembangaan Tanah Melayu untuk dikaji semula oleh jawatankuasa kerja yang terdiri daripada 4 wakil kerajaan Perikatan, 4 wakil Raja-raja Melayu, Pesuruhjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha Negara dan Peguam Negara pada bulan Februari 1957. Perlembagaan ini akhirnya telah diluluskan oleh Majlis Perundangan dan dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957.


90 Pengisytiharan Kemerdekaan Raja-raja Melayu bersama wakil kerajaan Inggeris telah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 15 Ogos 1957. Kemerdekaan Tanah Melayu telah dimulakan dengan upacara menurunkan bendera Union Jack dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dilakukan tepat pukul dua belas tengah malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor yang terletak bertentangan dengan bangunan Sultan Abdul Samad. Pada sebelah pagi 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu di Stadium Merdeka. Dalam upacara itu Piagam Kemerdekaan telah diserahkan oleh Duke Glougester yang mewakill Queen Elizabeth kepadaTunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri sementara Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Yamtuan Muhamad telah ditabal sebagai Yang DiPertuan Agong yang pertama. Pada tahun yang sama Tanah Melayu telah menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang ke lapan puluh dua. Mempertahankan Kemerdekaan Secara umum kesedaran terhadap penjajahan dan semangat untuk mempertahankan tanah air telah lama wujud dan dipikul oleh rakyat dan raja-raja Melayu bermula sejak kurun ke lima belas lagi apabila Melaka buat pertama kalinya dijajah oleh Portugis. Kedatangan penjajah secara kekerasan telah dibalas dengan kekerasan juga walaupun senjata yang digunakan tidak setaraf. Masa yang panjang digunakan untuk mencapai cita-cita itu dan banyak harta benda dikorbankan hatta tidak kurang juga nyawa yang melayang demi mencapai kebebasan nusa yang tercinta. la tidak membataskan kemampuan mereka untuk bangkit membebaskan kedaulatan tanah air dari cengkaman penjajah yang datang silih berganti untuk mengusai hasil bumi yang kaya. Sebagai generasi baru yang tidak pernah ikut serta berjuang menuntut kemerdekaan maka adalah menjadi tugas kita untuk menghargai pengorbanan mereka yang telah bersusah payah untuk mendapatkannya. la bukan mudah, perjuangan itu menuntut pengorbanan yang tinggi seperti harta benda, masa, tenaga dan nyawa khususnya dalam perjuangan peringkat awal. Tolak ansur pemimpin dan kesanggupan kaum-kaum terbesar memberi dan menerima hak dan keistimewaan masing-masing demi untuk mengwujudkan perpaduan patut disanjung tinggi dan dihargai. Sayugia generasi muda hari ini tidak patut memandang ringan kepada kemerdekaan yang diperolehi. Jangan ambil sikap sambil lewa kerana jika kita lalai dan leka, tidak mustahil kedaulatan negara boleh terlepas semula sama ada secara langsung atau tidak langsung. Musuh negara dari dalam atau luar sentiasa menunggu masa untuk mengambil peluang. Fenomena dunia tanpa sempadan sekarang akibat dari perkembangan


91 teknologi komunikasi menyenangkan lagi penjajahan berlaku dalam pelbagai bentuk samada secara langsung atau tidak. Kita boleh dikuasai dengan mudah melalui fikiran, budaya, ekonomi, teknologi, kepercayaan dan sebagainya. Tambah pula komposisi rakyat yang tinggal di negara kita adalah majmuk sifatnya, maka peluang kita terdedah kepada ancaman lebih tinggi. Generasi muda hari ini perlu bersedia untuk mempertahankan diri dan negara setiap masa dengan mengelak diri dari melakukan perkara yang boleh memecah-belahkan perpaduan dan mendatangkan kemudaratan kepada negara. Disinilah perlunya jatidiri yang kuat sebagai kubu pertahanan dari sebarang ancaman tersebut. Namun jatidiri hanya akan wujud apabila kita mengetahui dan memahami sejarah dan budaya diri, keluarga dan negara sendiri melalui pembelajaran sejarah negara. Seseorang yang mempunyai jatidiri yang kuat turut mempunyai kekuatan rohani dan mental, bangga dan sayang pada diri, keluarga dan negara sendiri. Perasaan sayang pula akan mendorong seseorang itu untuk sanggup berkorban mempertahankan apa yang mereka sayang termasuk kedaulatan negara. Disamping kesedaran kepada generasi hari ini tentang keperluan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi terus kekal, mereka mesti terus berusaha untuk mengisi kemerdekaan itu supaya ia lebih bermakna. Tidak guna jika negara merdeka tetapi rakyat yang tinggal di dalamnya terus miskin dan menderita akibat kekurangan makanan, mundur dan tidak berpendidikan. Rakyatnya sentiasa hidup dalam konflik. Masa dan tenaga yang banyak hanya dibazirkan menangani masalah perhubungan kaum, bukan bagaimana untuk berusaha memajukan diri dan negara. Jika fenomena ini berterusan berlaku maka sekali lagi rakyat dan negara akan terdedah kepada segala tipu muslihat dan penindasan yang dilakukan musuh secara halus dan akhirnya negara sekali lagi dijajah. Generasi hari ini mempunyai tanggung jawab besar untuk memajukan diri dengan menuntut ilmu seberapa tinggi yang boleh, memilih dan mengutamakan bidang ilmu yang penting yang boleh memajukan negara disamping tidak mengabaikan prinsip moral. Mereka tidak seharusnya membuang masa dan mengamalkan aktiviti negatif yang merugikan diri sendiri, keluarga dan negara. Dipihak lain khususnya kerajaan, peluang dan kemudahan yang luas perlu diberi sebagai galakkan kepada mereka yang berusaha keras mencapai wawasan tersebut. Budaya menuntut ilmu, usaha untuk mencipta dan berfikiran kreatif patut digalakkan di kalangan rakyat dan penghargaan yang sesuai patut diberi supaya akhirnya satu hari nanti kita akan menjadi bangsa pencipta bukan pengguna. Selagi kita menjadi bangsa pengguna maka selagi itulah kita akan terus bergantung kepada mereka. Apalah yang ada pada merdeka menang sorak kampung tergadai kerana bumi dipijak milik orang. Kesimpulan Malaysia menjadi tumpuan bagi kuasa-kuasa besar sejak zaman dahulu lagi kerana ia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber galian dan bahan mentah, disamping terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara timur dan barat.


92 Perlumbaan kuasa-kuasa besar mencari tanah jajahan untuk menguasai segala kekayaan tersebut menyebabkan Malaysia sering menjadi sasaran mereka. Malaysia pernah dijajah silih berganti oleh beberapa kuasa penjajah hinggalah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kesedaran untuk nengembalikan kedaulatan negara dan maruah bangsa telah lama berlaku, seawal pendudukan Portugis di Melaka. Penentangan orang Melayu terhadap penjajah dilakukan dengan pelbagai cara, namun kaedah tolak ansur dan perbincangan politik akhirnya telah membawa kejayaan mengembalikan kedaulatan negara dan maruah bangsa. Setelah mencapai kemerdekaan semua rakyat yang cintakan negara ini perlu memenuhi tanggung jawab masing-masing untuk menjadi warganegara yang baik. Mereka bertanggung jawab untuk terus mempertahankan kedaulatan negara dengan tidak melakukan perkara negatif yang boleh mengundang musibah ke nagara. Mereka juga perlu berusaha mengisi kemerdekaan negara dengan perkara yang positif dan berfaedah supaya negara menjadi maju dan makmur. Kompromi politik yang diamalkan semasa menuntut kemerdekaan patut terus dihormati dan dihayati supaya perpaduan terus wujud kerana ia sangat penting kepada negara sebagai prasayarat untuk menjadi negara yang maju makmur dan berdaulat.


93 TOPIK 6 DARURAT Pengenalan Kemerdekaan negara ini telah diusahakan menerusi pelbagai cara dan melalui jalan yang panjang. Di dalam tempoh tersebut pelbagai peristiwa dan halangan telah dihadapi oleh penduduk negara ini. Di antara halangan paling mencabar dan paling pahit dilalui ialah pemberontakan atau revolusi bersenjata yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Revolusi tersebut dilakukan atas alasan memerdekakan negara ini dari cengkaman penjajahan British. Pada masa mereka melakukan pemberontakan itu pelbagai kekejaman telah dilakukan dan merupakan halangan terbesar kepada usaha memerdekakan negara ini. Usaha perpaduan yang cuba dibentuk benar-benar teruji pada waktu revolusi PKM ini berlangsung. Kepercayaan diantara rakyat dan kepercayaan kepada pentadbiran British menghadapi ancaman. Peristiwa revolusi ini telah mengambil masa yang panjang dan hampir menjadikan kemerdekaan sesuatu yang mustahil kepada negara. Walau bagaimanapun atas usaha semua pihak samada kerajaan ataupun rakyat telah memungkinkan kemerdekaan dicapai pada 31 ogos 1957. Kemerdekaan dicapai setelah pelbagai usaha dilakukan bagi menangani pemberontakan yang berlaku. Selama 12 tahun darurat diisytiharkan bermula tahun 1948 hinggalah 1960, banyak pihak telah berperanan dalam usaha menamatkan pemberontakan pihak PKM. Sepanjang tempoh itu empat orang Pesuruhjaya Tinggi British telah mengetuai usaha tersebut, sebelum diakhiri oleh pemimpin dari negara ini sendiri. Diantara usaha yang paling ketara memberi kesan kepada pemberontakan bersenjata yang dilakukan oleh PKM ialah propaganda dan strategi perang saraf yang telah dimainkan oleh British di bawah pimpinan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir Gerald Templer. Begitu juga peranan Program Penempatan Semula yang dibuat oleh Sir Henry Gurney dan Harold Briggs. Begitu juga usaha demokrasi yang membawa kepada kemerdekaan yang diusahakan bersama Malcolm MacDonald dan Donald MacGillivray. Definisi Satu pengisytiharan oleh kerajaan, dimana kuasa tersebut diperuntukkan oleh perlembagaan bagi mengawal keadaan huru hara yang wujud. mengikut fasal 1 perkara 150 perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu “satu darurat besar yang mengancam keselamatan atau kehilangan ekonomi persekutuan atau mana-mana bahagiannya.” Peruntukan undang-undang mengenai Darurat dinyatakan dalam Perkara 149-151, perlembagaan Persekutuan Malaysia Bahagian II iaitu Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat. Hanya Yang


94 Dipertuan Agong (YDPA) sahaja mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan Darurat selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri. Walaubagaimanapun sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pengisytiharan Darurat dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu. Darurat yang akan dibincangkan pada topik ini ialah darurat 18 Jun 1948 iaitu darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu akibat dari ancaman pemberontakan PKM. Menurut Gullick, dan juga Barber. Darurat sebenarnya adalah merujuk kepada peperangan. Biarpun begitu perkataan peperangan tidak pernah digunakan sebagai melindungi kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu. Ekonomi Tanah Melayu perlu dilindungi insuran yang menyebabkan peperangan tidak pernah diisytiharkan. Parti Komunis Malaya Di Tanah Melayu, pengaruh Komunis dibawa masuk menerusi Singapura. Ini tidaklah menjadi kehairanan kerana beberapa faktor penting yang menjadikan Singapura sebagai tempat awal pengaruh komunis ini tersebar. Diantara faktor yang menjadi pilihan kepada agen-agen komunis dalam memilih Singapura ialah : a) Singapura pada ketika itu merupakan sebuah pusat perdagangan utama. Kebanjiran imigran dan pedagang dari luar memudahkan kemasukan pengaruh komunis ini. Ini ditambah pula dengan kewujudan kesatuan-kesatuan sekerja di Singapura. Seperti yang dimaklumi gerakan awal komunis ini banyak dilakukan menerusi kesatuan-kesatuan sekerja. Tokoh komunis Indonesia telah tiba di Singapura sejak 1921 apabila Darsono dan dua agen Belanda, Baars dan Sneevliet singgah di Singapura dalam perjalanan mereka ke Shanghai (Ruth McVey : 1965 : 449). Semaun juga telah berada di Singapura sewaktu melarikan diri dari polis Indonesia (Khoo Kay Kim: 1984). Walau bagaimanapun kempen yang lebih mantap hanya berlangsung bermula 1924. Ini penubuhan sel-sel dalam kesatuan sekerja, kilang, bengkel dan apa jua gerakan buruh untuk menyusup masuk anasir komunis. b) Singapura pada tahun 1920an telah menjadi tumpuan ramai tokoh komunis Indonesia yang berkumpul dan berselindung dengan Syeikh-syeikh haji Indonesia yang menetap di Singapura (C.O. 273/534, MBPI, No.36 Feb.1926). Penggunaan syeikh haji ini bagi mengelakkan pergerakan mereka di kesan oleh Belanda di Indonesia. Syeikh-Syeikh haji ini bukan hanya memberi perlindungan kepada tokoh komunis tersebut malahan mereka turut membantu pergerakan Komunis tersebut, sebagai contoh Sutan Perpatih yang berselindung di rumah Haji Ali telah menubuhkan kelab di Province Wellesley dan berusaha mengumpul wang demi menyebarkan ideologi komunis dikalangan orang Melayu dan Jawa di Pulau Pinang, Kedah dan Perak. (C.O. 273/534, MBPI, No.38 April 1926). Penggunaan Syeikh haji dan tokoh agama ini dilihat sebagai seiring dengan perkembangan di Indonesia di mana anasir komunis cuba menyusup masuk dan mempengaruhi golongan agama di Sarekat Islam. Penggunaan Islam sebagai topeng untuk menarik perhatian


95 masyarakat adalah penting memandangkan Islam adalah agama ikutan majoriti penduduk Indonesia dan Tanah Melayu (M.C. Ricklefs : 2001). Dari segi sejarahnya, gerakan komunis di Tanah Melayu bermula sejak kehadiran pengaruh Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun-tahun 1924 – 1930. Pengaruh ini disebarkan oleh agen-agen mereka seperti Darsono, Alimin, dan Tan Melaka menerusi kesatuan-kesatuan sekerja yang ada di Singapura. (Kunaseelan a/l Muniandy, 1996; 33). Seterusnya sejak tahun 1931 - 1938, kegiatan ini telah diperhebatkan oleh Comintern tetapi masih dengan kerjasama tokoh-tokoh PKI. Menurut Hanrahan tokoh komunis dari Indonesia merupakan antara mereka yang pertama memperkenalkan komunisme di Singapura (Hanrahan : 1971). Pada tahun 1924 Alimin seorang anggota PKI telah dipercayai melakukan aktiviti awalnya di Singapura pada ketika beliau di dalam perjalanan ke Persidangan Buruh Seluruh Pasifik. Tindakan awalnya membuahkan sedikit hasil dengan perekrutan beberapa orang rekrut. Ini kemudiannya diikuti dengan kehadiran seorang lagi ejen PKI Tan Malaka pada tahun 1925. Tan Malaka yang berasal dari Sumatera telah mencadangkan kepada Parti Komunis China (PKC) agar menyebarkan pengaruh ke Singapura dengan menyusup masuk anasir radikal (Khoo Kay Kim : 1984). Selepas berlakunya perpecahan Parti Nasionalis dan Parti Komunis di negeri China di antara bulan November 1927 dan Januari 1928, lima orang agen PKC tiba di Singapura untuk menubuhkan Nan-yang-kung-ch’an-tang (South Seas Communist Party). Parti ini akhirnya dibubarkan oleh Kongres Perwakilan Ketiga South Seas Communist Party pada April 1930 dan digantikan oleh penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM). PKM dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kehadiran Jepun pada Disember 1941, memberi rahmat tersembunyi kepada PKM, kerana pihak British memberi bantuan dan membolehkan PKM mengukuhkan lagi kedudukannya. Semasa kemaraan Jepun, kerajaan Inggeris yang sedang berhadapan dengan krisis, terpaksa menerima tawaran PKM untuk menentang Jepun melalui perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940. Kerajaan Inggeris bersetuju dengan permintaan PKM supaya dibebaskan semua anggotanya yang ditahan pada 15 Disember 1941. Di samping itu, British juga bersetuju untuk melatih rekrut komunis yang akan berjuang menentang Jepun. Sejajar dengan persetujuan yang dicapai dengan British,PKM mula merekrut sebanyak 200 pemuda Cina yang terpilih. Mereka inilah yang menjadi inti (nucleus) Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (Malayan Peoples Anti-Japanese Army), yang lebih dikenali sebagai MPAJA, yang dibentuk oleh PKM. MPAJA yang dikuasai dan di bawah kepimpinan PKM semakin membesar dan kuat dalam tempoh tiga tahun, jumlah tenteranya dianggarkan sebanyak 7,000 anggota. Pada bulan Mei 1943, British mendaratkan pasukan Gerila 136 dengan kapal selam di Tanah Melayu. Pasukan yang dipimpin oleh Kolonel John Davis masuk ke dalam


96 hutan melancarkan gerakan penentangan terhadap Jepun. Pasukan 136 ditugaskan menghubungi gerila MPAJA, membuat laporan melalui radio kepada Calcutta mengenai kedudukan Jepun di Tanah Melayu, mengatur penyaluran bantuan senjata api dan bekalan lojistik kepada MPAJA serta melatih gerila tersebut. Dalam hal ini, Kolonel John Davis mengadakan beberapa rundingan dengan Loi Teck, Setiausaha Agung PKM dan Chin Peng, yang pada masa itu pemimpin PKM negeri Perak. British juga bersetuju memberi bantuan makanan sebanyak RM 3,000 sebulan kepada MPAJA. Pemerintah British Asia Tenggara (The British South East Asia Command SEAC) yang berpusat di Calcutta merancang untuk menduduki semula Tanah Melayu menjelang November 1945 menerusi operasi yang dinamakan ZIPPER. Tindakan Amerika Syarikat meledakkan bom atom di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945 memaksa Jepun menyerah diri sekaligus mengembalikan kekuasaan British di tanah Melayu. Semasa pendudukan Jepun, PKM menerusi MPAJA melancarkan perang gerila terhadap Jepun dengan kerjasama British melalui Force 136. Jika dilihat dari kepentingan jangka panjang perjuangannya, PKM lebih beruntung dengan pendudukan Jepun itu kerana dengan bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan yang diberi oleh British, ia berjaya memperkuat gerilagerilanya untuk dipergunakan menentang kembali British sekembalinya mereka ke Tanah Melayu kelak. Menerusi MPAJA juga, PKM berjaya memperluas pengaruhnya di kalangan rakyat. Rakyat yang bencikan keganasan, kekejaman dan penderitaan akibat kedatangan Jepun mudah dieksploitasi untuk menyokong perjuangan MPAJA kerana ia bertindak sebagai penggerak utama menentang Jepun di negara ini. Justeru ini, apabila British kembali ke Tanah Melayu, mereka mendapati PKM semakin mantap dan lebih kuat dalam semua segi jika dibandingkan dengan masa sebelum perang. Kemaraan PKM Pihak PKM menyedari kekecewaan kaedah sederhana dan hakikat bahawa perjuangan mereka tidak akan berjaya dengan hanya melakukan sabotaj industri dan ekonomi sahaja. Kepimpinan PKM mula menyedari keperluan kepada corak aktiviti yang lebih agresif bagi membantu memenuhi matlamat perjuangan mereka untuk menubuhkan Republik Soviet Malaya. Mereka mula beralih kepada kegiatan bersenjata dan bercorak perang gerila. Setiausaha Agong PKM yang baru, Chin Peng telah mengambil langkah berani dengan mengisytiharkan perang gerila secara besarbesaran terhadap pentadbiran Inggeris di Malaya. Menjelang Jun 1948 keadaan semakin gawat dan tegang. Kerajaan tidak mampu mengawal keadaan dengan cara biasa kerana adanya kegelisahan dan pemogokan di beberapa tempat. Terdapat banyak faktor yang telah mendorong PKM melancarkan


97 pemberontakan terhadap kerajaan British. Ia meliputi faktor yang sedang berlaku di Tanah Melayu pada masa itu dan faktor perkembangan komunisme antarabangsa. Ternyata faktor dalaman dan faktor luaran mempunyai hubungan dalam mencetuskan Darurat di negara ini. Dalam masa yang sama, keadaan politik di Malaysia pada masa itu iaitu merebaknya fahaman dan pengaruh komunis terutamanya di kalangan orang Cina dan kesatuan-kesatuan buruh yang telah bergabung dan membentuk Pan –Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU) memainkan peranan yang lebih penting sebagai faktor penyebab utama dalam mencetuskan pemberontakan tersebut. Memandangkan persidangan tersebut diadakan pada tahun 1948, ia berlaku serentak dengan keadaan politik Malaysia pada masa itu yang jelas menunjukkan terdapat hubung kait antara faktor-faktor luaran dan dalaman negara (Rohani, 2002). Menjelang pertengahan tahun 1948, pihak PKM semakin mempergiatkan usahausaha bagi mencetuskan kacau bilau di Tanah Melayu. Keadaan keselamatan semakin serius dan dalam sidang akhbarnya pada 13 Jun 1948, Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi, menjelaskan sekurang-kurangnya 13 kejadian serius telah tercetus di beberapa tempat di seluruh negara, termasuk 10 kes pembunuhan dan 3 kejadian serangan ke atas pengurus-pengurus estet getah. Jenayah kekerasan ini tercetus hasil agitasi anasir ekstremis yang mencabar kekuasaan kerajaan. Tiga hari selepas sidang akhbar tersebut 3 orang peladang Inggeris terbunuh di Sungai Siput, Perak oleh sekumpulan orang bersenjata. Akibat dari itu peristiwa tersebut Perisytiharan Darurat secara umumnya telah dibuat bermula pada 16 Jun 1948 di Sungai Siput dan Ipoh di Perak. Ia kemudiannya telah diikuti beberapa kawasan di Johor, antaranya Kluang, Muar, Kulai dan Plentong. Keesokan harinya pada 17 Jun 1948, perisytiharan pemerintahan darurat telah dibuat meliputi seluruh negeri Perak dan Johor. Akhirnya pada 18 Jun 1948, “Perisytiharan Pemerintahan Darurat” telah dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Edward Gent meliputi seluruh Tanah Melayu. Perisytiharan darurat di Singapura telah dibuat pada 24 Jun 1948. ”Counterinsurgency” British 1948-1957 Dalam tempoh masa dari 1948 hingga 1960 kerajaan telah berusaha untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh PKM. Strategi yang diambil oleh kerajaan dalam usaha membanteraskan kegiatan keganasan PKM sebenarnya boleh dikajikan dalam pelbagai bentuk. Antara bentuk kajian yang biasa dilihat ialah menerusi pentadbiran Pesuruhjaya Tinggi British yang dipertanggungjawabkan sepanjang tempoh darurat di negara ini. Ini secara keseluruhannya meliputi 4 orang Pesuruhjya Tiungi British bermula 1948 hinggalah kemerdekaan negara pada 1957. 1. Memperkuatkan Pasukan Keselamatan Keganasan yang dilakukan oleh PKM perlu dibendung bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Pasukan keselamatan perlu diperkemas dan ditambah keanggotaan


98 serta peralatannya. Ini sejajar dengan dasar keselamatan pada masa itu sebagai dasar bertahan kerana masalah kekurangan kekuatan anggota, kelengkapan logistik dan persenjataan. Bagi menambahkan kemampuan, kecekapan dan moral anggota polis yang seramai kira-kira 10,000 orang pada masa itu, mereka hanya dikerah menjalankan tugas untuk mempertahankan kawasan bandar atau kampung sahaja daripada diserang oleh komunis. Manakala pasukan tentera infantri yang sebanyak 10 batalion ditugaskan memburu musuh di pinggir atau dalam hutan. Ini bertujuan untuk menyekat jaringan perhubungan dan komunikasi serta memusnahkan pangkalan yang telah diwujudkan. Dalam masa yang sama untuk menghalang kewujudan pangkalan baru. Bagi memenuhi keperluan tugas ini, kerajaan telah menambahkan kekuatan pasukan polis dan juga tentera. Pada akhir tahun 1949, kekuatan polis telah meningkat menjadi seramai 47,000 orang. Dari jumlah tersebut seramai 17,000 adalah anggota polis biasa (termasuk 3500 EPC) manakala baki 30,000 adalah pasukan Polis Khas (Special Constable – SC) yang dibentuk pada 26 Jun 1948. Pasukan tentera juga ditambah dan diperbesarkan kekuatan. Sebanyak tiga batalion Pasukan Pengawal telah dibawa dari England untuk memperkuatkan kawalan keselamatan. Sehingga pada tahun 1950, dianggarkan seramai 32,000 orang tentera telah ditugaskan di Tanah Melayu dan Singapura bagi tujuan tersebut. Satu lagi perkara penting dalam mempertingkatkan kekuatan pasukan keselamatan ialah terbentuknya Pasukan Sempadan (Frontier Force) yang bertugas bagi mengawal sempadan Tanah Melayu-Thailand. Tugas utama pasukan ini ialah untuk mengawal sempadan daripada menjadi tempat penyeludupan senjata dan mengawal penduduk daripada memberi kerjasama dengan komunis. Sebagai tindakan susulan, kerajaan telah mengadakan perjanjian dengan kerajaan Thailand bagi kerjasama menentang musuh bersama komunis. Kedua-dua kerajaan telah bersetuju membenarkan pasukan polis masuk ke kawasan jiran bagi tujuan memburu komunis sehingga ke tempat yang dihadkan. 2. Rancangan Briggs Leftenan General Sir Harold Briggs ialah Pengarah Gerakan Tanah Melayu yang dilantik pada bulan April 1950. Beliau berpendapat bahawa komunis tidak boleh dihapuskan selagi adanya sokongan rakyat kerana gerakan PKM melibatkan ideologi dan kepercayaan. Baginya gerakan ketenteraan semata-mata tidak akan mampu mengatasi keganasan selagi mereka mendapat sokongan rakyat dari segi tenaga, makanan, logistik dan maklumat pergerakan pasukan keselamatan. Untuk itu beliau telah memperkenalkannya Rancangan Briggs bagi mengawal sokongan massa dan memutuskan hubungan mereka dengan komunis. Rancangan ini merupakan satu usaha bersepadu pasukan keselamatan meneruskan pemburuan dan memusnahkan komunis dan dalam masa yang sama rakyat “dimenangi hati dan perasaan” mereka (to win the hearts and minds of the people) untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada kerajaan. Untuk itu beberapa langkah yang telah dilaksanakan


99 seperti memperkenalkan rancangan kampung baru, memperkukuhkan bidang perisikan dan beberapa rancangan lain yang akan dibincangkan seterusnya. (a) Memperkenalkan Rancangan Kampung Baru Konsep ini ialah menempatkan penduduk Cina yang tinggal bertaburan di pinggirpinggir hutan atau perkampungan ke satu kawasan yang boleh dikawal. Ia dilaksanakan melalui undang-undang penempatan dalam Peraturan Darurat (Emergency Regulations). Pemindahan dan penempatan semula ini telah dilakukan secara besar-besaran dan segera di seluruh negara. Penempatan semula ini melibatkan lebih 650,000 penduduk dengan ditempatkan ke 600 petempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Baru. Petempatan ini telah memakan masa selama empat tahun dengan belanja AS$44.3 juta. Selain diberi kawalan, kampung ini diberi kemudahan asas kawasan perumahan dan kemudahan sosial yang diperlukan. Selain daripada mengumpulkan penduduk yang bertaburan di pinggir hutan, kerajaan juga mengumpulkan pekerja ladang dan lombong yang berselerak di kawasan baru yang mudah diberi kawalan atau perlindungan di tempat mereka bekerja. Misalnya, di kawasan ladang, mereka dikumpulkan dekat dengan kawasan jalan laluan utama masuk ke ladang dan tidak jauh dari kawasan pentadbiran. Manakala pekerja lombong pula mereka di tempatkan dekat dengan bandar atau pekan yang tidak jauh dari kawasaan lombong mereka. Dengan petempatan yang sebegini, menyebabkan perhubungan antara mereka dengan ejen, penyokong atau komunis sendiri dapat dikurangkan dan akhirnya terputus sama sekali kemudiannya. (b) Memperkukuhkan Bidang Perisikan Dalam situasi berperang atau melawan gerila, perisikan merupakan alat terpenting bagi menangani musuh. Pada awal zaman darurat, badan perisikan Malayan Security Service (MSS) amat kecil dan kekurangan kakitangan. Ia juga sering bercanggah peranan dengan Jabatan Siasatan Jenayah (CID). Dengan itu, badan ini telah dibubarkan kemudiannya. Semua tugas perisikan dan siasatan diserahkan kepada CID. Namun CID lebih banyak memberi tumpuan kepada tugas siasatan dan membasmi jenayah. Bagi menangani masalah ini, Pengarah Gerakan telah melantik Guy C. Madoc mengetuai badan perisikan yang dinamakan Cawangan Khas (Special Branch – SB). Badan ini telah dijadikan sebahagian daripada pasukan polis yang tugasnya mengumpul, mengklasifikasikan, menilai dan menyebarkan maklumat komunis dan hal-hal keselamatan kepada pihak berkenaan. (c) Menubuhkan Pasukan Kawalan Keselamatan Tambahan Selain daripada menubuhkan pasukan SC, kerajaan juga telah menubuhkan Pasukan Kawalan Kampong (Home Guard). Pasukan yang diletakkan dibawah kawalan Angkatan Tentera ini berperanan menjaga keselamatan penduduk dan harta benda di kampung daripada pencerobohan dan gangguan komunis. Dengan cara ini sesebuah kampung akan mempunyai pasukan yang akan mempertahankan penduduknya dari


100 gangguan atau serangan komunis sementara menanti bantuan dari balai polis berdekatan atau ketibaan pasukan tentera. Kerajaan juga menubuhkan satu sistem kawalan khas yang dinamakan Jawatankuasa Eksekutif Perang (War Executive Committees) yang melibatkan banyak jabatan kerajaan dari peringkat pusat sehingga ke peringkat daerah. Penempatan jawatankuasa ini sehingga ke peringkat yang terendah bagi memudahkan menempatkan pasukan keselamatan di sesuatu tempat dan kawasan. Jawatankuasa ini juga dapat mengintegrasikan pelbagai jabatan awam dengan tentera dan polis bagi membendung dan memerangai komunis. (d) Mengisytiharkan “Kawasan Hitam atau Putih” Penempatan penduduk ke kampung-kampung baru dan gerakan ketenteraan yang berterusan telah memutuskan perhubungan antara PKM dengan para penyokongnya. Dengan ini PKM telah mengubah strategi operasi atau corak perjuangan mereka. Mulai daripada bulan Ogos 1950 mereka telah mengurangkan tindakan mengganggu penduduk dan serangan ke atas pasukan keselamatan. PKM juga telah menyusun kembali gerakan mereka setelah bertambahnya ahli baru. Kejadian ini berpunca daripada ramainya pemuda Cina melarikan diri ke dalam hutan kerana tidak mahu turut serta dalam program kerahan tenaga setelah kerajaan melancarkan Skim Kerahan Tenaga pada 21 November 1950. Ada juga yang melarikan diri balik ke negeri China. Bagi PKM, kehadiran anggota baru sedikit sebanyak telah memberi tambahan kekuatan tenaga, tetapi mereka masih lagi kekurangan peralatan dan persenjataan. Sebagai satu usaha, PKM telah melancarkan sekali lagi serangan besar-besaran bagi menggagalkan Rancangan Briggs, terutamanya petempatan Kampung Baru. Serangan ini dilakukan pada bulan Februari hingga Ogos 1951. Tumpuan mereka ialah orang kampung, balai dan pondok polis terpencil serta pasukan tentera yang membuat rondaan. Tindakan serangan hendap dan keganasan terhadap rakyat menambahkan lagi jurang antara mereka dengan penduduk. PKM mula merasa kecewa setelah orang Cina sendiri semakin merenggangkan diri daripada memberi sokongan dan bantuan. Seterusnya PKM telah mengaturkan strategi baru dengan mendekatkan diri kepada masyarakat Orang Asli dan hanya mengganggu pasukan keselamatan sahaja. Tindakan ini juga tidak berapa berjaya kerana tidak banyak bantuan yang dapat diberikan oleh Orang Asli, dan kerajaan juga telah bertindak pantas memintas perhubungan mereka dengan Orang Asli. Pasukan keselamatan juga telah ditempatkan di perkampungan Orang Asli bagi memberi perlindungan dan mengambil hati mereka. Meskipun pada tempuh ini merupakan musim ‘menurun’ dalam perjuangan, namun PKM telah mencapai kemenangan moral setelah berjaya membuat satu serangan hendap dan dapat membunuh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Bukit Frazer pada 6 Oktober 1951. Kejadian ini juga sebaliknya menjadikan mereka mendapat tekanan lebih besar lagi daripada pasukan keselamatan.


Click to View FlipBook Version