The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatini, 2024-02-20 11:54:51

Buku Kenegaraan A231 BM H9_unlocked

Buku Kenegaraan A231 BM H9_unlocked

201 Objektif Khusus i) Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi, ii) Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat, iii) Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial, iv) Menjana sinergi multisektor. Dasar-Dasar Awam : Dasar Sains Dasar Sains dan Teknologi Negara Malaysia diharap menjadi negara maju pada tahun 2020. Berdasarkan Wawasan 2020 kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) merupakan cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang digariskan. Kemajuan dalam S&T penting bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif dan masyarakatnya berdaya cipta, berpandangan jauh dan menyumbang kepada peradaban S&T pada masa depan. Dalam merealisasikan sasaran ini, integrasi sains dan teknologi dengan perindustrian adalah penting. Justeru itu, segala masalah dan cabaran dalam bidang perindustrian di negara Malaysia perlu dikenalpasti. Dasar Sains dan Teknologi telah diperkenalkan pada bulan April 1986. Objektif i) Meningkatkan keupayaan S&T berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu ekonomi yang cekap teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih, ii) Menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk membangun ekonomi ke arah kesejahteraan dan kedaulatan negara. iii) Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk membangun ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat. iv) Memperluaskan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi khususnya dalam sektor ekonomi dan pendidikan. Strategi dan Pelaksanaan i) Pembangunan, keselamatan dan kesejahteraan sosial dipertingkatkan untuk menjamin kesejahteraan rakyat, ii) Pengintegrasian S&T dalam Rancangan Pembangunan dengan memberi keutamaan yang wajar, iii) Peningkatan Perkhidmatan Saintifik dalam beberapa perkhidmatan teknik sokongan untuk menyumbang ke arah kejayaan pembangunan negara,


202 iv) Berdikari dalam usaha membangunkan kemahiran S &T bagi mengelak ketergantungan dengan S&T negara-negara maju,, v) Pembangunan tenaga manusia dalam jangka panjang yang saintifik dan teknikal digubal untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian yang kian berkembang, vi) Peranan sektor swasta yang digalakkan bekerjasama dengan jentera S&T sektor awam dalam Penyelidikan dan Pembangunan, vii) Pemindahan teknologi digalakkan disokong dengan latihan, perjanjian kerjasama, usaha Penyelidikan dan Pembangunan, viii) Usaha untuk meningkatkan penggunaan komputer dalam pelajaran dan industri, ix) Menubuhkan Akademi Sains untuk mengawasi kemajuan S&T seperti dalam bidang kejuruteraan genetik, bioteknologi, komunikasi, x) Satu pelan tindakan akan digubal untuk melaksanakan semua strategistrategi tersebut. Dasar Antarabangsa : Dasar Luar Negara Dasar Luar Malaysia adalah berkenaan matlamat, rancangan dan tindakan dalam sebuah negara yang menjalinkan hubungan antarabangsa atau dengan negara luar. Dasar ini dibentuk berasaskan kepada keperluan, keutamaan dan matlamat nasional. Ini termasuk juga dengan mengambil kira faktor mukabumi dan geopolitik negara Malaysia yang agak kecil dan mempunyai ketenteraan yang terhad. Faktor ekonomi, sosial, teknologi dan keselamatan adalah penting dalam menjalinkan hubungan sesama negara terutama dengan negara-negara maju. Dasar luar Malaysia turut mengalami perubahan mengikut keadaan dan kehendak semasa. Ini bermaksud bahawa dasar luar adalah tidak statik kerana ia sentiasa berubah mengikut perkembangan-perkembangan yang berlaku di luar negara contohnya pengubahsuaian senario politik antarabangsa akan mengubah teras dalam dasar luar negara Malaysia. Setiap dasar luar negara Malaysia diberi tumpuan sepenuhnya pada perubahan-perubahan dalam memelihara kepentingan di rantau Asia Tenggara dan juga antarabangsa. (Malaysia Kita, 2002) Pada asasnya, Malaysia mengamalkan dasar berkecuali iaitu mengadakan hubungan yang baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Keutamaan dasar luar Malaysia adalah berpandukan kepada hubungan yang erat dengan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), negara-negara Islam (Pertubuhan Persidangan Islam iaitu OIC), negara-negara berkecuali dan negara-negara Komanwel. Namun semua ini adalah bergantung kepada pendirian dasar luar yang ditentukan oleh pemimpin bagi sesebuah negara. Di Malaysia dasar luar negaranya adalah mengikut ketetapan yang dibuat oleh Perdana Menteri pada zaman kepimpinannya. Tugas untuk melaksanakan dasar luar ini adalah dinyatakan oleh Menteri Luar yang berperanan menjelaskan dasar-dasar kerajaan yang mencerminkan pandangan Perdana Menteri. Jadi perlaksanaan dasar


203 luar semestinya mengikut rentak Perdana Menteri negara pada sesuatu masa dan kenyataan Menteri Luar perlu berhati-hati dan selari dengan pandangan Perdana Menteri. Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan, negara ini telah diterajui oleh enam orang Perdana Menteri yang sedikit sebanyak dasar luar negara Malaysia akan berpandu pada setiap pendirian Perdana Menteri sewaktu zaman pemerintahannya. (http://syedhamidalbar.net/jambatanbengkok.htm, 5 Januari 2010). Objektif i) Melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia, ii) Menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat global, iii) Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia, iv) Menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalam negara lain, v) Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di pentas dunia, vi) Memupuk hubungan baik serta mengeratkan kerjasama dengan negarnegara lain, vii) Mempertahankan pendirian serta kepentingan negara-negara membangun di peringkat antarabangsa. Strategi dalam Pembentukan Dasar Luar Malaysia i) Kepentingan nasional ii) Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu iii) Kedudukan Geografi iv) Islam v) Bekas Jajahan British vi) Dasar Berkecuali vii) Prinsip Hidup Bersama Pencapaian Dasar Luar Malaysia Dasar Luar Malaysia – Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Sewaktu zaman pemerintahan Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah memilih dasar yang bercorak pro-Barat, pro negara-negara Komanwel dan anti komunis (Abdullah Ahmad, 1985). Penetapan dasar luar Tanah Melayu (kemudian Malaysia kini) adalah mengamalkan sikap berkecuali dan tidak memihak pada mana-mana negara kuasa besar dunia. Malaysia membuat pendirian tegas tidak memihak pada Republik China atau Rusia. Malaysia berpendapat ancaman yang paling serius adalah keselamatan dalam negeri dan komunis (Mohd. Noor. Yazid, 2008). Pendirian Tunku Abdul Rahman ini adalah berdasarkan pada ketika itu dunia


204 sedang mengalami Perang Dingin antara Blok Barat iaitu Amerika Syarikat dan Blok Komunis iaitu Kesatuan Soviet. Pada masa yang sama Malaysia masih berada dalam keadaan darurat akibat dari keganasan komunis. Dasar pro-Barat oleh Tunku Abdul Rahman ini dilihat apabila beliau telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (Anglo-Malaya Defence Agreement) pada tahun 1957 yang menyatakan jaminan kerajaan British untuk menghantar bantuan ketenteraan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana negara. Sementara pendirian beliau yang anti-komunis pula dilihat apabila Tunku Abdul Rahman memberi sokongan kepada Amerika Syarikat yang menangani perluasan pengaruh komunis di Vietnam Selatan. Beliau juga tidak mengiktiraf Republik Rakyat China sebagai sebuah kerajaan komunis (M. Rajendran, tanpa tahun). Dasar Luar Malaysia – Almarhum Tun Abdul Razak Sewaktu zaman Tun Razak, beliau telah mengubah hala cara Tunku Abdul Rahman yang pro-Barat kepada prinsip dasar luar yang berkecuali dan bersahabat dengan mana-mana negara tanpa mengira ideologi, politik mahupun agama (Rozeman Abu Hassan, 2003). Ketegasan beliau dinyatakan sewaktu Tun Razak menghadiri Persidangan Negara-negara Berkecuali di Lusaka, Zambia di mana Tun Razak mengisytiharkan Malaysia tidak akan memihak kepada mana-mana blok negara. Pada tahun 1971 Malaysia telah mengundi supaya negara China diterima masuk sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (J. Saravanamutthu, 1982). Ketegasan Tun Razak terhadap pendiriannya dalam dasar luar Malaysia adalah dijelaskan seperti berikut: ‘adalah menjadi asas dasar luar Malaysia yang utama untuk menjalinkan persahabatan dengan semua negara-negara yang menghormati kita dan yang ingin bersahabat dengan kita tanpa mengira ideologi politik mereka atau corak sistem sosial mereka. Kita di Malaysia akan terus mengikut dasar luar berkecuali kita dan dasar persahabatan kita dengan semua negara di samping membuat pengukuran bebas sendiri dalam semua perkara’. Tun Razak juga menekankan bahawa Malaysia telah membuat usul di mana kawasan serantau harus dikecualikan dari pengaruh kuasa-kuasa Besar melalui konsep neutralization. Kuasa-kuasa besar harus mengiktiraf dan menerima konsep perlaksanaan berkecuali Malaysia. Mereka harus mengiktiraf dan menghormati kawasan serantau Asia Tenggara sebagai sebuah zon aman, bebas dan berkecuali (Zone Of Peace, Freedom And Neutrality – ZOPFAN).


205 Dasar Luar Malaysia – Almarhum Tun Hussein Onn Dasar yang dibentuk Malaysia adalah berasaskan persahabatan dan saling hormat menghormati, tidak campur tangan dan mengekalkan prinsip kewilayahan serantau. Malaysia mempunyai hubungan yang erat dengan semua negara di Asia Tenggara dan menjalin tali persahabatan dengan negara-negara Indochina terutamanya Republik Demokratik Vietnam. Tun Hussein Onn juga telah mengeratkan hubungan dengan negara-negara Islam dan Dunia Ketiga. Dasar Luar Malaysia – Tun Dr. Mahathir Mohamad Dasar luar sewaktu zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah bersifat tidak proBarat, bebas dan terbuka. Beliau dilihat amat berani dan lantang mengkritik Barat menerusi dasar-dasar pada zamannya yang bersifat ‘buy British last’ dan ‘Look East Policy’ (Mohd. Noor Yazid, 2008). Dasar Pandang ke Timur merupakan salah satu dasar yang membuktikan bagaimana Tun Dr. Mahathir Mohamad mengalihkan perhatian negara dari menjadikan barat sebagaimana rujukan tetapi memilih Jepun dan Korea Selatan sebagai negara untuk contoh terbaik dalam etika bekerja. Tun Dr. Mahathir juga telah mengadakan hubungan yang baik dalam kerjasama serantau, hubungan dengan negara-negara Islam, Dunia Ketiga dan negara-negara Komanwel. Tumpuan keutamaan Tun Mahathir pada dasar luar adalah dalam aspek hubungan ekonomi berbanding hubungan politik. Contohnya beliau memberi pandangan yang berwibawa dan tegas terhadap sikap negara-negara maju yang mengadakan sekatan perdagangan terhadap barangan dari negara Dunia Ketiga. Beliau juga memberikan perhatian terhadap kerjasama Selatan-selatan bagi meningkatkan hubungan dalam pelbagai bidang di kalangan negara Dunia Ketiga. Dalam menangani masalah kegawatan ekonomi dunia pada tahun 1997, beliau dengan tegas tidak mempercayai Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dalam mengatasi kegawatan tetapi beliau dengan berani melonggarkan bekalan wang, menurunkan faedah dan memperkenalkan tambatan ringgit dengan dolar Amerika. Kaedah Tun Dr. Mahathir ini dalam menyelesaikan kegawatan ekonomi ini telah mendapat tentangan dan cemuhan oleh pelbagai badan antarabangsa serta pakar terkenal. Namun sebaliknya tindakan beliau ini, kini sudah menjadi sejarah apabila ia menjadi contoh model ekonomi beberapa negara. Dasar Luar Malaysia – Tun Abdullah Ahmad Badawi Pada zaman pemerintahannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi bertindak dengan memperhalusi dan meneruskan kesinambungan dasar luar dari zaman Tun Mahathir. Beliau mencadangkan Dasar Tidak Campurtangan negera-negara serantau ASEAN perlu diperhalusi dan diperkemaskan kembali. Beliau juga meneruskan komitmen Malaysia dalam memperjuangkan isu Palestin. Perhatian pada zaman beliau terhadap


206 dasar luar adalah meneruskan dasar-dasar luar sedia ada dan membuat pembaharuan terhadap dasar berkenaan. Sewaktu memegang teraju pemerintahan negara Tun Abdullah telah mengadakan kunjungan ke negara-negara ASEAN untuk menjaga keharmonian hubungan bilateral dan perdagangan sesama mereka. Beliau juga telah mengadakan lawatan ke negara Jepun dan Korea untuk mengukuhkan lagi hubungan dalam bidang perindustrian berat dan perkilangan. Tun Abdullah mempunyai pengalaman sebagai Menteri Luar dan penglibatannya dalam rundingan serta diplomasi banyak mengubah hala tuju dasar luar Malaysia. Contohnya dalam perhubungan dengan Singapura dan Australia, beliau menggunakan pendekatan dialog dan kompromi. Beliau juga mengukuhkan hubungan dengan negara-negara OIC. Tun Abdullah telah juga mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat, Perancis dan Britain yang dilihat untuk mengukuhkan peranannya sebagai Perdana Menteri dan pengerusi Negara-negara Berkecuali (NAM). Beliau juga menegaskan tentang pendiriannya terhadap masalah dan kepincangan penyelesaian yang berlaku di Iraq dan Palestin. Cabaran dasar luar Malaysia sewaktu kepimpinan Tun Abdullah adalah dalam hubungan bilateral dengan negara China, hubungan dengan negara ASEAN contohnya konflik selatan Thailand, perubahan kepimpinan di Indonesia dan Singapura begitu juga apabila kemenangan kembali George Bush sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua. Dasar Luar Malaysia – Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Dalam pemerintahan 100 hari selepas Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri beliau telah mempamerkan kesinambungan Kuala Lumpur dengan meneruskan dasar luar yang mesra, dinamik dan progresif yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Hal ini adalah selaras dengan dasar luar Malaysia yang telah diimplementasikan sekian lama iaitu tiada campur tangan dalam sebarang hal ehwal negara lain dan menghormati geopolitik negara antarabangsa. Beliau telah memberi komitmen yang sungguh dalam ASEAN yang berpandukan pada asas Kesatuan Eropah terhadap negara-negara Asia Tenggara contohnya beliau mengadakan lawatan ke negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Brunei, Singapura serta lawatan yang dianggap ‘amat berhasil’ adalah ke negara China dengan memberi ucapan di Great Hall of the People selepas pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU). Dalam tempoh 100 hari pemerintahan, Datuk Seri Najib pernah menerima kunjungan lawatan dari Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd. Beliau juga telah mengukuhkan hubungan yang baik dengan negara barat seperti Amerika Syarikat. Ini terbukti apabila beliau telah melakukan lawatan ke Amerika Syarikat dengan menemui Presiden Barrack Obama serta pernah mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Presiden Amerika Syarikat ini yang berkisar tentang isu dua hala dan antarabangsa terutama isu Amerika Syarikat dengan Korea Utara, Afghanistan dan Iran. Beliau telah menyatakan penegasannya terhadap junta Myanmar untuk memulihkan demokrasi, kesanggupan Malaysia untuk memulihkan pembangunan di


207 Afghanistan. Malaysia dan memainkan peranan penting dalam proses keamanan di Mindanao. Kesimpulan Dasar-dasar kerajaan adalah aspek utama dalam rancangan pembangunan sesebuah negara tidak kira samada di negara maju, negara membangun atau negara mundur demi menjamin kedaulatan negara serta kesejahteraan rakyat. Dasar merupakan kerangka, pelan atau rancangan yang menjadi asas kepada pemerintah, atau kerajaan yang merujuk kepada ideologi, prinsip, sikap, pandangan secara menyeluruh dan bersepadu dalam mencapai sesuatu matlamat terhadap sesuatu keadaan. Dalam dasar biasanya merangkumi objektif, kepentingan, strategi dan langkah perlaksanaan untuk meraih keberhasilan bagi semua pihak yang terlibat iaitu kerajaan dan rakyat. Dasar yang disusun dengan teliti membantu pembangunan negara dalam mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Namun dasar sahaja tidak akan menjadi kenyataan jika sekiranya tidak ada perpaduan di kalangan rakyat dan hubungan rapat bersama kerajaan demi memastikan kedudukan sosio-ekonomi negara pada tahap yang membanggakan samada dalam negara mahupun di peringkat global.


208 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR ARAHAN Jawab SEMUA soalan (100 Markah) 1. Negara adalah satu unit politik yang mempunyai A kedaulatan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri. B kedaulatan dan wilayah yang tersendiri serta kuasa untuk membuat undang-undang. C sekumpulan manusia yang mampu untuk memerintah tanpa campurtangan kuasa luar. D sekumpulan manusia yang mempunyai ketua untuk mentadbir kawasan dan masyarakat. 2. Pembentukan wilayah selalunya berlandaskan kepada A daratan seperti tanaman dan hasil galian juga lautan yang meliputi pulau-pulau. B alam semulajadi seperti keadaan bentuk muka bumi dan iklim, tumbuhan dan galian. C bentuk muka bumi seperti gurun dan pamah, hasil bumi dan galian serta hutan simpanan. D geografi yang berasaskan keadaan alam seperti bukit bukau, gunung-ganang, sungai, lembah atau laut. 3. Bangsa diertikan sebagai kewujudan kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri yang sama seperti unsur A jasmani, politik dan kebudayaan. B rohani, sejarah dan kesefahaman. C bahasa, kebudayaan dan etnik yang sama. D politik, sosial dan pentadbiran yang menjamin kemakmuran. 4. Faktor pemangkin pembinaan negara bangsa ialah integrasi, nasionaliti, nasionalisme, patriotisme dan A agama. B integriti. C demokrasi. D undang-undang.


209 5. Globalisme adalah salah satu faktor yang menjadi ancaman terhadap A pembinaan negara bangsa. B perpecahan kaum dan rusuhan etnik. C pembentukan sahsiah dan rohani manusia. D kecanggihan teknologi dan jaringan antarabangsa. 6. Impak dari pluralisme ialah hasil daripada proses penjajahan yang dikenali sebagai ‘Pecah dan Perintah’ iaitu A menyatukan tiga kaum utama dari segi penempatan dan lokasi pekerjaan iaitu di bandar, kampung dan estet. B memberikan pembahagian dalam aspek kebudayaan, agama, ideologi politik dan ideologi politik yang berbeza. C mewujudkan kelompok elit dan birokrat, rakyat dan golongan bawahan dalam aspek politik dan ekonomi. D mewujudkan pembahagian kaum dari aspek penempatan, ekonomi dan jenis pekerjaan serta politik perkauman. 7. Berikut adalah kelompok Melayu-Proto KECUALI A Temiar. B Semai C Jakun. D Orang Ulu. 8. Susunan hukum dan adat dalam Adat Perpatih dikenali sebagai A Ketua Adat. B Ketua Adat Resam. C Ketua Hukum Syarak. D Ketua Pembilang Adat. 9. Berikut adalah bahagian-bahagian yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka KECUALI A Undang-undang Islam. B Undang-undang Johor. C Undang-undang Negeri. D Undang-undang Perkahwinan Muslim.


210 10. Terdapat tiga unsur dalam golongan pemerintah iaitu I kerabat diraja II kerabat am III rakyat IV pembesar A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja 11. Temenggung bertanggungjawab dalam A menjaga perbendaharaan negara. B hal ehwal keselamatan dalam negeri. C mengawal sempadan dan perairan negara. D mengepalai angkatan tentera dalam peperangan. 12. Kepulauan Melayu terkenal dengan gelaran Golden Chersonese atau Semenanjung Emas kerana A hasil hutan dan kayu kayan. B perdagangan antarabangsa. C hasil tangkapan hidupan laut. D bahan galian seperti emas dan bijih timah. 13. Kerajaan Melayu Melaka berkembang menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan terkenal pada abad ke-15 kerana I kedudukan yang strategik iaitu berada di tengah jalan perdagangan Timur dan Barat. II mempunyai bahan asli yang banyak seperti bijih timah, lada hitam dan gading. III menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kerajaan China. IV mempunyai sistem pentadbiran yang cekap dan tersusun. A I dan II sahaja B I, II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 14. Setelah memeluk Islam, Parameswara bergelar sebagai A Sultan Muzaffar Syah. B Sultan Iskandar Syah. C Sultan Mahmud Syah. D Sultan Mansur Syah.


211 15. Apakah yang dimaksudkan dengan colony menurut kamus Collins? A Satu sistem pentadbiran yang berasaskan koloni. B Sebuah negara yang kuat menguasai negara yang lemah. C Sebuah negara yang dikuasai oleh sesebuah negara yang lebih berkuasa. D Satu kelompok masyarakat yang lemah dikuasai oleh masyarakat yang lebih kuat. 16. Kuasa Eropah yang dominan dan mempunyai empayar yang paling luas di Asia Tenggara ialah A Britain. B Belanda. C Portugal. D Perancis. 17. Siapakah yang telah merancang untuk melancarkan Perang Salib ke atas orang Islam di seluruh dunia semasa gerakan Salibiyah? A Alfonso D’ Albuquerque B Lopez de Squiera C Camillo Portion D Putera Henry 18. Konsep Pan-Asia yang dilancarkan oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua dalam masyarakat Asia juga dikenali sebagai A Wilayah Kegemilangan Asia Tenggara. B Daerah Kemakmuran Asia Timur. C Lokasi Sasaran Asia untuk Asia. D Kawasan Pembangunan Asia. Soalan 19 merujuk kepada penyataan di bawah. • Satu kepercayaan yang meyakinkan bahawa bangsa sendiri lebih mulia daripada bangsa lain. • Kepercayaan ini menggalakkan sifat yang memandang rendah kepada bangsa lain sebagai lemah, tidak bertamadun dan tidak bermaruah. 19. Penyataan di atas merujuk kepada konsep A Jingoisme B Pluralisme C Liberalisme D Etnosentrisme


212 20. Berikut adalah masalah-masalah yang berlaku semasa pemerintahan Belanda di Melaka. I Kegagalan Belanda untuk memonopoli perdagangan tempatan dan ancaman kuasa Bugis. II Wujud peperangan antara Belanda dengan Aceh, Perak dan Johor yang menggugat keselamatan mereka. III Belanda terpaksa berhadapan dengan musuh tradisinya iaitu Perancis. IV Pihak Inggeris membuka pangkalan di Pulau Pinang dan Johor yang menyebabkan Melaka semakin mundur. A I dan II sahaja B I, II dan IV sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 21. Berikut adalah kesan kolonialisasi British ke atas Tanah Melayu KECUALI A wujud masyarakat majmuk. B masyarakat Melayu mendapat layanan sama rata. C permintaan terhadap guna tenaga telah meningkat. D sistem pemerintahan sekular diperkenalkan dalam pentadbiran. 22. “Negara Malaysia ialah tanah tumpah darah saya”. Kenyataan tersebut merujuk kepada A etnosentrisme B nasionalisme C patriotisme D jingoisme 23. Soalan berikut merujuk kepada lirik lagu di bawah ini.


213 Lirik lagu di atas membawa pengertian A etnosentrisme B nasionalisme C patriotisme D jingoisme 24. Perasaan kebangsaan Melayu di Malaysia signifikan sebelum A Perang Dunia Kedua. B Perang Dunia Pertama. C pembebasan Tanah Melayu. D penentangan penjajahan Jepun. 25. Susun peristiwa-peristiwa di bawah mengikut urutan masa. I Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis II Perjanjian Pangkor III Perjanjian Inggeris-Belanda IV Pendudukan Jepun di Tanah Melayu A I, II, III dan IV B I, III, II dan IV C II, III, I dan IV D III, IV, I dan II 26. Penentangan Sultan Mahmud terhadap Portugis dikaitkan dengan A penjajahan awal. B nasionalisme awal. C penentangan awal. D perjuangan bersenjata 27. Yamtuan Tunku Antah dikaitkan dengan penentangan terhadap British di A Negeri Sembilan. B Selangor. C Pahang. D Perak.


214 28. Isu utama yang menyebabkan berlakunya penentangan orang Melayu terhadap British di Terengganu ialah A tanah B agama C budaya D hamba abdi 29. Idea pembaharuan golongan reformis disuarakan melalui A pemulauan golongan Kaum Tua. B pengenalan kurikulum baru. C kesedaran revolusi mental. D desakan oleh pihak British. 30. Berikut merupakan tokoh-tokoh nasionalis di Malaysia. I Rentap II Dato’ Maharaja Lela III Yamtuan Antah IV Mohd Hatta A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV 31. Elemen __________ menjadi tunjang kepada kemerdekaan negara Malaysia. A konflik B desakan C tolak ansur D bersenjata 32. Nasionalisme keintelektualan dipelopori oleh tokoh aliran pendidikan yang berbeza iaitu I aliran pertengahan. II aliran Inggeris. III aliran agama. IV aliran Melayu. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja


215 33. Kesedaran nasionalisme di Malaysia I berlandaskan kerjasama dan kompromi dari kaum-kaum lain. II berasaskan penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). III dicetuskan oleh orang Melayu atas kepentingan bangsa dan tanah air. IV bermula dengan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). A I dan III sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV 34. Berikut adalah elemen perkembangan nasionalisme yang disumbangkan melalui media persuratan KECUALI A politik. B ideologi. C ekonomi. D dasar penjajah. 35. Tindakan awal British bagi mengawal Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) daripada pengaruh nasionalisme Melayu pada tahun 1931 ialah I menamatkan perkhidmatan O.T. Dussek. II memindahkan Harun Aminurrashid ke Brunei. III menukarkan Abdul Hadi Hassan ke Kelantan. IV menghantar Za’ba ke Singapura. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV 36. Merdeka bermaksud I menghalang seseorang daripada melakukan perkara yang mereka ingini. II bebas melakukan apa sahaja yang diingini. III tidak melanggar hak asasi individu. IV bergantung kepada diri sendiri. A II dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV


216 37. Tujuan sebenar Dato’ Onn mencadangkan supaya keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu adalah untuk I mewujudkan sebuah pertubuhan politik mewakili semua kaum. II mengurangkan perselisihan kaum dan memelihara kerjasama di antara kaum Melayu dan bukan Melayu. III mengeratkankan perpaduan kaum khususnya bagi memenuhi syarat Inggeris untuk mencapai kemerdekaan. IV memastikan orang bukan Melayu tidak berpihak kepada PKM. A I dan II sahaja B I,II dan III sahaja C I dan IV sahaja D I, II, III dan IV 38. Asas kewujudan nasionalisme di Eropah adalah berikutan A Revolusi Perancis. B kolonialisme kuasa barat. C penindasan golongan tuan tanah. D pentadbiran dan kezaliman gereja. Soalan 39 hingga 40 merujuk kepada penyataan di bawah. 39. Apakah yang dimaksudkan dengan dasar pendidikan bersifat dualistik dalam era penjajahan Inggeris? A Orang Melayu tidak dibenarkan memasuki sekolah-sekolah yang berpendidikan Inggeris. B Sistem pendidikan Inggeris menjadi keutamaan kepada penduduk di Tanah Melayu. C Sistem pendidikan Inggeris diwajibkan kepada masyarakat bukan Melayu. D Hanya dikhaskan kepada golongan elit dan bangsawan sahaja. “Sistem pendidikan pada zaman penjajahan Inggeris berbentuk dasar pendidikan bersifat dualistic”


217 40. Jelaskan kesan kepada kewujudan dasar pendidikan bersifat dualistik ini? I Jurang pekerjaan semakin meluas. II Interaksi antara kaum semakin rumit. III Orang Melayu dan bukan Melayu mempunyai pandangan yang berbeza. IV Pekerjaan dalam bidang pentadbiran dikhaskan kepada golongan elit dan bangsawan sahaja. A I dan II sahaja B I, II dan III sahaja C II dan IV sahaja D I, II, III dan IV Soalan 41 merujuk kepada penyataan di atas. 41. Pilih jawapan yang paling TEPAT dengan merujuk kepada penyataan di atas. I Kaum Cina menentang cadangan ini. II Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan sukar dilaksanakan. III Sentimen untuk mempertahankan bahasa vernakular sangat tinggi. IV Perpaduan kurang berkesan kerana pelaksanaan sistem pendidikan yang berbeza sejak zaman Inggeris. A I dan II sahaja B I dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV 42. Apakah Pakatan Murni? A Manifesto Parti Perikatan pilihan raya umum 1955. B Syarat kerajaan British semasa Rundingan London 1956. C Konsep yang menerangkan pakatan UMNO, MCA dan MIC. D Perjanjian antara kerajaan British dengan raja Melayu berhubung isu kerakyatan penduduk Tanah Melayu. Laporan Barnes menganjurkan agar sekolah vernakular dimansuhkan dan digantikan dengan sistem pelajaran kebangsaan sekolah dan wajib menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Manakala di peringkat menengah, bahasa Inggeris kekal digunakan sebagai bahasa penghantar


218 43. Apakah pengajaran UTAMA dari pembentukan Pakatan Murni. A Generasi muda harus menghargai kemerdekaan yang diperoleh hasil toleransi semua kaum di Malaysia. B Orang bukan Melayu patut menghargai toleransi yang diberikan oleh orang Melayu. C Kerajaan British tidak ikhlas untuk memerdekakan Tanah Melayu. D Konsep Raja Berperlembagaan akan diteruskan. Soalan 44 merujuk kepada penyataan di bawah. 44. Pilih jawapan yang BENAR tentang konsep ‘Malaysian Malaysia’. I Kempen ‘Malaysian Malaysia’ telah memecahbelahkan perpaduan masyarakat Cina di Malaysia. II Konsep ‘Malaysian Malaysia’ akan memperjuangkan hak untuk semua rakyat dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. III Pemimpin UMNO dan orang Melayu menyifatkan konsep tersebut bertentangan dengan konsep perpaduan yang dibawakan oleh UMNO dan kerajaan Malaysia. IV Singapura disingkirkan dari Persekutuan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman akibat tindakan Lee Kuan Yew ini. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 45. Jus Soli bermaksud kerakyatan A mengikut tempat lahir. B berdasarkan keetnikan. C berdasarkan darah bapa. D mengikut undian dan calon pilihan raya. 46. Tempoh masa kerajaan menggubal polisi darurat sehingga pembunuhan Sir Henry Gurney merujuk kepada peringkat A propaganda. B Build up period. C Rundingan Baling. D Mopping up period. Ramalan dan kebimbangan Tunku ini ternyata benar apabila Lee Kuan Yew mula memainkan isu yang berbentuk perkauman melalui konsep “Malaysian Malaysia” (Zulhilmi Paidi et.al, 2018).


219 47. Parti Kuomintang Malaya dikenali sebagai A Bintang Tiga B Bintang Satu. C Majlis Kebangsaan. D Majlis Perundingan. 48. Kesatuan Soviet (Soviet Union) telah mengarahkan Comintern dan pergerakan Komunis seluruh dunia mengubah taktik perjuangan mereka yang dikenali sebagai A Bintang Tiga. B Perang Gerila. C Barisan Popular. D Barisan Bersatu Pergerakan Pembebasan Nasional. 49. Pada 7 Julai 1948, kerajaan telah meluluskan satu undang-undang untuk mengatasi pemberontakan Revolusi Bersenjata Parti Komunis Malaya iaitu A Undang-undang British. B Undang-undang Darurat. C Undang-undang Tertinggi. D Undang-undang Tanah Melayu. 50. Berikut merupakan langkah yang diambil oleh British bagi menentang pemberontakan PKM dari sudut ketenteraan I Penambahan anggota keselamatan. II Undang-undang darurat. III Pembentukan Jawatankuasa Eksekutif Perang. IV Penubuhan. A I dan II sahaja. B I, II dan III sahaja. C I, III dan IV sahaja. D I, II, III dan IV,


220 Soalan 51 merujuk kepada penyataan di bawah 51. Penyataan di atas merujuk kepada A Kempen Ganyang Malaysia. B Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat. C Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan. D Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM). 52. Pasukan Polis Hutan pada awal penubuhannya dikenali sebagai A Perisik. B Jungle Squad. C Jungle Company. D Pasukan Home Guard. 53. Program Dapur Pusat diperkenalkan untuk A berbaik-baik dengan Orang Asli untuk mendapatkan bekalan makanan. B membuat keputusan mengenai dapur tempat memasak nasi dan stok simpanan beras dalam sesebuah kawasan. C memusnahkan sumber bekalan untuk Jawatankuasa PKM Wilayah Johor Utara dan Biro Selatan Malaya. D mengatasi kekurangan bekalan makanan yang semakin mendesak dan mengelakkan dari anggotanya daripada kebuluran. 54. Perjuangan bersenjata PKM berakhir dengan perjanjian yang ditandatangani antara Malaysia-PKM-Thailand dikenali sebagai A Perjanjian Baling. B Perjanjian Bangkok. C Perjanjian Haadyai. D Perjanjian Pangkor. 55. Penempatan semula setinggan dalam usaha membanteras ancaman PKM dikenali sebagai A Rancangan Reid. B Rancangan Briggs. C Rancangan Cobbold. D Rancangan Mc Michael. Satu gerakan sukarela yang melibatkan semua lapisan masyarakat dan mereka sebagai sukarelawan biasa dalam usaha membanteras komunis (Zulhilmi Paidi et al, 2018).


221 56. Tiga faktor kejayaan British dalam aktiviti pembanterasan ancaman PKM ialah I Perang Saraf. II Perang Psikologi. III sokongan Raja-raja Melayu kepada British. IV kurangnya sokongan orang Melayu kepada PKM. A I, II dan III sahaja B I, II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 57. Selain dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British,Templer juga berperanan sebagai A Residen. B Pengarah Operasi. C Pesuruhjaya Polis. D Penasihat Majlis Raja-raja. 58. Darurat memberi implikasi berikut iaitu I sentimen perkauman. II masalah dalaman PKM. III demokrasi hampir terancam. IV peningkatan kos perbelanjaan. A I, II dan III sahaja B I, III dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 59. Langkah berikut diambil oleh kerajaan untuk memulihkan keamanan di Tanah Melayu semasa darurat KECUALI A mengadakan sistem kad pengenalan. B mengisytiharkan perang terhadap PKM. C memperkenalkan rancangan penempatan semula. D mengenalpasti kawasan hitam dan kawasan putih.


222 60. Unit khas bagi peperangan di hutan yang diketuai oleh bekas pegawai Force 136 dikenali sebagai A Grenadier. B Coldstream. C Ferret Force. D Scots Guards. 61. Kesan Darurat (1948–1960) yang PALING signifikan dari aspek sosial ialah A anarki dan kemerosotan ekonomi. B jurang perkauman yang semakin ketara. C kemunculan parti-parti politik perkauman. D campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 62. Berikut merupakan antara ‘Tuntutan 20 Perkara’ KECUALI A peruntukan kerusi Parlimen. B tiada agama rasmi di Sabah. C Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. D imigresen di bawah kuasa kerajaan Persekutuan. 63. Kenyataan yang BENAR tentang faktor pembentukan Malaysia ialah A pencerobohan asing dari negara jiran. B mempercepatkan proses kemerdekaan negeri Borneo. C wujud polarisasi antara kaum kesan peninggalan British. D mengekalkan kestabilan politik setelah menentang komunis. 64. Parti yang menolak cadangan pembentukan Malaysia di Sarawak ialah A PAP (People Action Party) B SUPP (Sarawak United People Party) C USNO (United Sabah National Organization) D SNAP (Sarawak National Party) 65. Berikut merupakan maklumat tentang Jawatankuasa Antara Kerajaan KECUALI A membentuk Suruhanjaya Cobbold. B menghasilkan tuntutan 20 Perkara Sabah dan Sarawak. C membincangkan hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak serta Brunei. D membincangkan perkara yang perlu dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia.


223 66. Apakah matlamat penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia? A Menghasilkan Referendum Singapura. B Membuat tinjauan mengenai pandangan rakyat terhadap pembentukan Malaysia. C Merangka syarat-syarat pembentukan sebuah negara persekutuan secara terperinci. D Memberi penerangan kepada pemimpin negeri-negeri yang terlibat terutamanya Sabah dan Sarawak. Soalan 67 merujuk kepada penyataan di bawah. 67. Penyataan di atas merujuk kepada konsep A Perpaduan. B Konfrontasi. C Kontrak sosial. D “Malaysian Malaysia”. 68. Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi merangka syarat-syarat pembentukan sebuah negara persekutuan secara lebih terperinci dikenali sebagai A Jawatankuasa Kerja Bersama. B Jawatankuasa Antara Kerajaan. C Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum. D Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. 69. Mengapa cadangan awal Lee Kuan Yew untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu ditolak oleh Tunku Abdul Rahman? A Berlaku rusuhan kaum. B Penentangan dari Parti Perikatan. C Penyebaran fahaman komunisme. D Kewujudan ketidakseimbangan kaum. Berasaskan konsep ini, pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) menuntut hak yang sama bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum (Zulhilmi Paidi et al, 2018).


224 70. Apakah tindakan Malaysia untuk membalas serangan Indonesia dalam konfrontasi Indonesia pada tahun 1963? I Menghantar tentera ke sempadan Kalimantan. II Menyebarkan propaganda melalui siaran radio. III Mengemukakan usul bantahan di Perhimpunan Agung BangsaBangsa Bersatu (PBB). IV Menghantar surat kepada U-Thant Setiausaha Agung PBB. A I dan II sahaja B I, II dan IV sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 71. Undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan akan terbatal kerana perlembagaan adalah A mudah dipinda. B bersifat kurang kebal. C undang-undang tertinggi. D tidak relevan dengan kehendak semasa. 72. Yang manakah antara berikut merupakan peruntukan umum dalam perlembagaan? A Agama. B Populasi. C Kesukarelawanan. D Pendatang Tanpa Izin (PATI). 73. Perlembagaan moden di Malaysia bermula semenjak dari A Perjanjian Pangkor. B Perlembagaan Malayan Union. C Pentadbiran Tentara British (BMA). D pengenalan Undang-undang Darurat. 74. Fungsi utama penubuhan Suruhanjaya Reid adalah untuk pembentukan perlembagaan A Malayan Union. B Negeri-negeri Selat. C Persekutuan Malaysia. D Persekutuan Tanah Melayu.


225 75. Kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah tertakluk kepada perlembagaan menunjukkan Malaysia mengamalkan konsep A demokrasi. B federalisme. C pengasingan kuasa. D ketinggian perlembagaan. 76. Yang manakah antara berikut BUKAN peruntukan perlembagaan yang memerlukan pindaan dari Majlis Raja-raja? A Agama Islam B Bahasa Melayu C Hak istimewa orang Melayu D Kepentingan khas Sabah dan Sarawak 77. Tujuan perlembagaan Malaysia adalah untuk A membangkitkan isu-isu sensitif. B mewujudkan ketegangan kaum. C melicinkan hubungan dengan kolonial British. D menjadi sumber rujukan penyelesaian masalah. 78. Unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia bermaksud unsur? A tempatan. B tahyul dan animisme. C campuran tradisi pelbagai kaum. D pengaruh dari Common Law British. 79. Kedudukan istimewa orang Melayu diseimbangkan dalam perlembagaan dengan aspek A budaya. B penduduk. C warna kulit. D kewarganegaraan. 80. Yang manakah BUKAN tujuan pindaan perlembagaan Malaysia? A Menjaga keselamatan negara. B Melicinkan pentadbiran negara. C Supaya relevan dengan kehendak pentadbiran baru. D Supaya perkara sensitif dapat dipersoalkan secara terbuka.


226 81. Menteri dipilih mengikut keperluan dan kepentingan negara iaitu dilantik dari A Ahli Dewan Rakyat sahaja. B Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. C Ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Parlimen. D Ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri (ADUN). 82. Berikut adalah perkara-perkara yang meliputi bidang kuasa kerajaan Persekutuan iaitu dalam Senarai Persekutuan KECUALI A Kewangan. B Syarikat koperasi. C Hiburan (pawagam dan pusat karaoke). D Pengeluaran bekalan kuasa air dan elektrik. 83. Pelantikan Yang di-Pertuan Agong boleh dibatalkan jika I didapati tidak waras II masih mentah atau tidak cukup umur. III baginda mengakui tidak mempunyai keyakinan diri untuk memerintah. IV Majlis Raja-raja (MRR) berjaya mendapat lima undian sulit daripada ahli MRR untuk menolak raja yang dianggap tidak sesuai untuk memerintah. A I dan II sahaja B I, II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV 84. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) merupakan badan yang berperanan A memberi nasihat dan membantu kerajaan merumus perundangan. B memberi nasihat dan mengawal perjalanan undang-undang negara. C mencadangkan kerajaan mengambil bahagian dalam triti antarabangsa. D mencadangkan kerajaan menghukum orang yang melanggar hak asasi manusia. 85. Manakah antara berikut merupakan badan berkanun di Malaysia. A Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS). B Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). C Syarikat Industri Makanan Malaysia (FIMA). D Syarikat Perkapalan Antarabangsa Berhad (MISC).


227 86. Berikut merupakan kes-kes sivil yang dibicarakan oleh Mahkamah Syariah KECUALI A Wakaf atau harta pusaka. B Mempunyai isteri lebih daripada empat. C Kes melibatkan pasangan (pertunangan, perkahwinan, penceraian dan fasakh). D Wasiat dan hal berkaitan hak penjagaan anak dan pengambilan anak angkat. 87. Mahkamah Tentera mengendalikan kes-kes yang melibatkan I semua tentera dalam angkatan tentera. II orang awam yang ditugaskan secara bergaji oleh Angkatan Tentera. III orang awam yang berada dalam kapal laut atau atas kapal terbang tentera. IV orang awam yang menjalankan operasi ketenteraan bersama askar dan Askar Wataniah dan askar simpanan yang berkhidmat dengan tentera. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 88. Sistem demokrasi merupakan satu sistem pentadbiran yang dianggap adil kerana I sistem undian melalui pilihanraya dijalankan. II rakyat diberi peluang untuk memilih pemimpin sendiri. III pemimpin yang dipilih adalah daripada kalangan rakyat negara berkenaan. IV perlembagaan dijadikan sebagai rujukan utama dalam sistem pentadbiran. A I dan II sahaja B I, II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV


228 89. Istilah ‘value for money’ dalam tadbir urus setiap jabatan dan kementerian kerajaan bertujuan untuk A Memastikan kakitangan kerajaan mengamalkan kejujuran, akauntabiliti dan integrasi. B Mampu menyampaikan prestasi perkhidmatan secara cekap dan berkesan kepada para pelanggan. C Kakitangan kerajaan dapat mengekalkan profesionalisme dalam perkhidmatan dan menjana potensi modal insan. D Mengurangkan pembaziran sumber atau dana dan mematuhi undang-undang, peraturan dan piawaian sedia ada. Soalan 90 berdasarkan penyataan di bawah. 90. X merujuk kepada A Dasar Ekonomi Baru. B Dasar Wawasan Negara. C Dasar Pelan Induk Pertanian. D Dasar Penerapan Nilai Islam. 91. Kerajaan Malaysia memberi tumpuan utama kepada isu kedaulatan negara kerana A menjaga kepentingan strategik pertahanan dalam kawasan serantau yang sentiasa berkonflik. B memastikan urusan negara dengan kuasa besar lebih mudah untuk dijalankan. C memastikan keselamatan negara dipertahankan daripada ancaman musuh. D menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara ASEAN dan serantau. 92. Berikut merupakan dasar yang dilaksanakan dalam tempoh fasa kedua pelaksanaan sesuatu dasar di Malaysia. A Wawasan 2020. B Rancangan Malaysia. C Dasar Ekonomi Baru. D Transformasi Nasional. • Mengekalkan institusi kewangan dan korporat • Meningkatkan daya saingan dalam kalangan masyarakat untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi (Zulhilmi Paidi et al, 2018). X


229 93. Tujuan melaksanakan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) adalah A meningkatkan harga pasaran saham. B menyusun semula masyarakat di Sabah dan Sarawak. C menyediakan rangka rancangan ekonomi untuk mencapai Dasar Ekonomi Baru. D meningkatkan pembangunan pesat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) Soalan 94 berdasarkan penyataan di bawah. 94. Penyataan ini menjelaskan bahawa A negara akan menjadi maju melalui perlaksanaan dasar. B terdapatnya kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta. C hubungan kerajaan dan rakyat dapat menentukan pembentukan dasar. D kemajuan ekonomi negara adalah berdasarkan kepada pembentukan dasar kerajaan. 95. Berikut yang manakah merupakan objektif Dasar Pandang ke Timur ? I Menjalin hubungan dagangan. II Memajukan program melicinkan pentadbiran. III Mengeratkan hubungan dengan semua negara Asia Tengah. IV Meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan negara. A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja 96. Ciri-ciri Integrasi Nasional negara Malaysia adalah I menyatu padukan masyarakat. II melahirkan masyarakat progresif. III menyeragamkan sukatan pelajaran. IV mencipta satu corak hidup demokratik. A I dan IV sahaja B I, II dan IV sahaja C II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja … the term policy designates the behavior of some actors or set of actors….(Anderson dalam Zulhilmi Paidi et al, 2018). [ Z lhi i t l (2018) K M l i 399]


230 Soalan 97 berdasarkan penyataan berikut. 97. Penyataan di atas merujuk kepada A Dasar Sosial Negara. B Dasar Penswastaan. C Dasar Perindustrian Berat. D Dasar Pembangunan Industri Ringan. 98. Yang mana BENAR mengenai dasar luar yang diamalkan oleh Tunku Abdul Rahman? I Mengadakan hubungan dengan Negara China. II Mengadakan rancangan untuk mencontohi Jepun dan Korea. III Mengadakan hubungan dengan British dalam aspek pentadbiran. IV Memeterai Persetujuan Anglo-Malayan Defence Agreement (AMDA). A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 99. Berikut merupakan program yang dilaksanakan di bawah Dasar Belia Negara iaitu I Malaysia Yakin. II Malaysia Aman. III Malaysia Prihatin. IV Malaysia Berbudaya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 100. Faktor utama dalam pembuatan dasar negara adalah A kerajaan. B kekuasaan. C struktur sosial. D pembentukan rangka rancangan. • Mengeluarkan jentera perindustrian • Mewujudkan pekerja mahir dalam kejuruteraan (Zulhilmi Paidi et al, 2018).


Click to View FlipBook Version