The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatini, 2024-02-20 11:54:51

Buku Kenegaraan A231 BM H9_unlocked

Buku Kenegaraan A231 BM H9_unlocked

101 Dalam keadaan yang tertekan kerana kurangnya bantuan dan sokongan serta Arahan Oktober 1951 (October Directive) yang mengarahkan tidak melakukan keganasan telah menyebabkan kegiatan mereka semakin berkurangan. Operasi di kawasan selatan Tanah Melayu terus berkurangan dan diberhentikan. Keadaan ini membolehkan kerajaan dan pasukan keselamatan membuat penumpuan kepada kawasan tertentu setelah adanya kawasan yang diisytiharkan sebagai “Kawasan Putih”. Melaka telah diisytiharkan sebagai kawasan pertama mendapat taraf Kawasan Putih bagi seluruh negerinya pada 3 September 1953. Oleh itu, pasukan keselamatan telah dapat memberi tumpuan kepada kawasan di bawah pemerintahan Setiausaha Agung PKM Chin Peng dan Jawatankuasa Pusatnya. Gerakan besar-besar yang dilancarkan di negeri Pahang, telah memaksa Chin Peng dan kumpulan serta pasukan di bawahnya yang berpusat di Mentakab melarikan diri ke sempadan Tanah Melayu-Thailand di kawasan Kroh-Betong. Pengunduran diri ini dituruti sama oleh rejimen lain termasuklah Rejimen Kesepuluh. 3) Pengiktirafan Politik dan Pentadbiran Kerajaan juga melihat ideologi dan perjuangan komunis mesti diatasi dengan cara politik, selain daripada operasi ketenteraan dan jentera pentadbiran. Pada masa ini sentimen perkauman begitu meluas. Rasa marah orang Melayu terhadap orang Cina dan komunis begitu menebal. Keadaannya seolah-olah disebutkan Cina sahaja tergambarlah kekejaman komunis dan disebut pula komunis, itulah orang Cina. Keadaan begini jika dibiarkan akan menambahkan lagi kerenggangan perhubungan antara kaum. Untuk itu kaum imigran mesti ditarik perhatian mereka supaya merasakan Tanah Melayu ialah negara mereka. Bagi menjayakan rancangan ini, beberapa program dilaksanakan yang antaranya ialah (i) Melalui penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, hak kewarganegaraan telah diperluaskan kepada kaum imigran yang telah tinggal berterusan selama lapan tahun dan boleh berbahasa Melayu atau Inggeris serta sanggup memberi ketaatan kepada Tanah Melayu. (ii) Orang bukan Melayu digalakkan menubuhkan parti politik mereka sendiri. Melalui sokongan kerajaan, parti bagi orang Cina ditubuhkan dengan diberi nama Malayan Cinese Association (MCA) pada bulan Februari 1949. Manakala orang India telah menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) terlebih awal lagi. (iii) Tanah Melayu akan diberi taraf bekerajaan sendiri sebelum mencapai kemerdekaan. Justeru itu beberapa langkah awal telah dibuat seperti menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Kaum (Communities Liaison Committee) pada tahun 1949, memperkenalkan Sistem Ahli (Membership System) pada tahun 1951, memperkenalkan pilihanraya peringkat bandaran di negeri-negeri dan memerdekakan Tanah Melayu dalam masa yang terdekat


102 4) Sistem Kad Pengenalan Dalam Kerajaan British mengenal pasti identiti pengganas-pengganas komunis kerajaan British memperkenalkan satu sistem pengenlan khusus iaitu sistem kad pengenalan. Tujuan sistem kad pengenalan ini adalah untuk mengasingkan rakyat daripada pengganas-pengganas komunis. Kad pengenalan ini mengandungi identiti seseorang rakyat. Gerakan ini merupakan kesinambungan kepada gerakan kelaparan yang dianjurkan British. Melalui sistem ini, semua penduduk berumur lebih dari 12 tahun diwajibkan untuk mendaftar diri sebagai penduduk negara ini. Sebagai bukti pengenalan mereka akan diberikan kad pendaftaran pengenalan. Kerajaan dapat mengenalkan identiti seseorang pengganas komunis apabila pengganas tersebut tidak dapat menunjukkan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada rakyat. Sistem ini juga memudahkan pasukan keselamatan dalam mengelakkan pengganas daripada mengancam keselamatan di sesuatu tempat kediaman. Oleh sebab itu, setiap rakyat yang berumur 12 tahun dan ke atas diwajibkan mempunyai kad pengenalan dan harus dibawa bersama. Sesiapa yang tidak berpengenalan akan dianggap sebagai pengganas komunis dan mengalami risiko dalam operasi pemburuan yang menangkap pengganas-pengganas komunis. Sistem kad pengenalan ini telah memainkan peranan yang amat penting dalam membanteraskan kegiatan keganasan ahli-ahli PKM. Sistem ini telah memutuskan perhubungan pengganas-pengganas komunis dengan orang ramai untuk mendapat bekalan makanan dan maklumat yang diingini. Sistem kad pengenalan ini juga merupakan asas kepada sistem kad pengenalan pada masa kini. Kad pengenalan begitu penting sehingga keselamatan dan keharmonian masyarakat juga dipengaruhinya. Penjenayah-penjenayah kini dapat dikenalpastikan tanpa kad pengenalan. (Rohani, 2008) 5) Perang Psikologi Semenjak ketibaan Templer sebagai Pesuruhjaya Tinggi yang baru, rakyat Tanah Melayu secara berterusan diperingatkan tentang betapa peperangan ini akan dimenangi dengan sokongan rakyat sepenuhnya. Berdasarkan fakta itulah maka Mr A.D.C Peterson, dilantik sebagai Ketua Pengarah Penerangan untuk menyelaras semua aktiviti dipelbagai jabatan kerajaan dan juga penyebaran maklumat yang perlu sebagai memulakan perang psikologi terhadap pihak komunis (Miller: 1972). Templer berharapan kepada beliau akan dapat memenangi hati rakyat dengan program yang dapat memberi kefahaman kepada rakyat sebelum rakyat akan sama sama berjuang disisi kerajaan (Miller:1972). Peperangan untuk memenangi hati dan pemikiran rakyat memberi makna ia merupakan satu tugasan yang amat besar dan bagi memastikan kelancaran dan kejayaan kempennya, Templer berhasrat menjadikan perang terhadap anasir komunis


103 sebagai tanggungjawab setiap rakyat Tanah Melayu. Beliau menyusun strateginya meliputi semua aspek sosial, ekonomi dan politik. Dari sudut sosial, beliau menekankan akan kepentingan kesatuan rakyat Tanah Melayu yang memberi makna warganegara yang sama kepada semua kaum. Ini kemudiannya menghasilkan projek pemberian kerakyatan kepada semua orang asing yang lahir di Tanah Melayu. Templer juga cuba mewujudkan kerjasama diantara orang Melayu dan Cina. Selain itu Templer juga tidak lupa untuk bertindak atas saranan Lyttleton berhubung kepentingan pendidikan. Oleh kerana itu Templer menyusun semula program pendidikan dan pembinaan sekolah-sekolah di kampungkampung Baru selain projek-projek pembangunan di kampung-kampung baru. Dari sudut ketenteraan beliau cuba menekankan kepentingan untuk “MeMalayakan” angkatan tentera dengan penubuhan Tentera Persekutuan disamping Rejimen Askar Melayu (RAM). Beliau mahukan masyarakat Cina lebih melibatkan diri dalam kempen kerajaan menentang ancaman komunis sebagai satu cara meningkatkan kepercayaan orang Melayu. Ini kerana secara praktikalnya hampir keseluruhan anggota dalam pasukan keselamatan Tanah Melayu adalah terdiri dari orang Melayu terutamanya RAM sebanyak 5 batalion. Maka oleh itu adalah penting dalam usahanya ini untuk mewujudkan Rejimen Persekutuan yang terdiri dari pelbagai kaum. Ia kemudiannya dilancarkan pada Disember 1952 di Taiping tetapi mendapat sambutan yang sangat mengecewakan dimana hanya beberapa orang bukan Melayu menghadirkan diri berbanding majoritinya terdiri dari orang Melayu. Manakala, dari sudut ekonomi Templer telah berusaha meningkatkan taraf hidup di kampung-kampung dan meningkat kemudahan dan fasiliti awam. Projek-projek ekonomi berskil kecil seperti pembangunan kilang beras, skim bantuan pertanian serta bekalan air bersih dan elektrik telah dilaksanakan (O’Balance:1966) Semua projek pembangunan dan infrastruktur ini amat penting kepada orang Melayu kerana ianya telah lebih awal dinikmati oleh masyarakat Cina di kampung-kampung baru. Ini amat penting dalam usaha kerajaan memenangi hati dan pemikiran orang Melayu seperti mana mereka lakukan kepada orang Cina di kampung-kampung baru. Disamping itu, dari sudut politik, Templer berusaha menyediakan negara ini kearah berkerajaan sendiri selain dari berusaha menghapuskan ancaman komunis. Langkah pertama yang dilakukannnya ialah dengan meneruskan idea Gurney untuk mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan yang telah tertangguh. Beliau cuba mewujudkan kerjasama antara kaum terutamanya orang Melayu dan Cina. Ini cuba dilakukan menerusi UMNO dan MCA. Hasrat beliau kemudiannya menjadi kenyataan apabila UMNO dan MCA telah membuat kerjasama pada pilihanraya majlis tempatan Kualan Lumpur 1952, dimana mereka telah menang dengan majoriti besar. Ini kemudiannya diikuti dengan langkah pilihanraya seterusnya iaitu Pilihanraya Persekutuan untuk memilih anggota majlis perundangan yang mewakili negeri-negeri di Tanah Melayu. Majlis Perundangan itu sendiri merupakan gambaran awal kearah berkerajaan sendiri bagi Tanah Melayu.


104 Selain itu, Kerajaan British menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan kepada sesiapa yang memberi maklumat untuk membolehkan kerajaan menangkap atau memburu pengganas-pengganas komunis. Taktik ini mula berkuatkuasa pada bulan April 1952. Hadian wang tunai sebanyak $250,000 ditawarkan bagi penangkapan atau pembunuhan Chin Peng (Setiausaha Agung PKM yang juga merupakan salah seorang pemimpin tertinggi PKM). Selepas penawaran hadian wang tunai ini kepada rakyat, PKM sekali lagi menerima pukulan yang hebat. Tahap moral ahli-ahli PKM telah merosot dengan ketaranya akibat kecurigaan yang tertimbul antara ahli-ahli dan juga pemimpin-pemimpin PKM. Setiap ahli PKM bimbang akan dikhianati oleh ahliahli lain. Pada pertengahan tahun 1953, General Sir Gerald Templer menjalankan operasi kawasan putih (kawasan-kawasan yang mana Komunis dikalahkan, kawasan putih yang pertama diisytiharkan di Melaka pada 1953) dan kawasan hitam (kawasankawasan yang mana anasir-anasir Komunis sangat giat, kawasan ini dikawal rapi dengan penambahan pasukan keselamatan). Oleh sebab kawasan putih dibebaskan dari perintah berkurung, maka keadaan ini akan menggalakkan penduduk setempat berkerjasama dengan kerajaan untuk memerangi komunis. Akibatnya, keganasan yang dicetuskan oleh PKM semakin berkurangan mulai tahun 1953; demikian juga dengan bilangan nyawa orang awam yang terkorban.(Brimmell: 1959). 6) Rundingan Baling Akibat tekanan daripada pelbagai penjuru oleh kerajaan, PKM merasakan corak dan cara perjuangan harus disesuaikan kembali pada tahun 1955. Perjuangan bersenjata dan kekerasan tidak lagi praktikal kerana pasukan keselamatan telah diperbesar dan diperlengkapkan, para penyokong dan yang memberi simpati telah dikawal serta sebahagian besar rakyat telahpun selesa dengan sistem dan peraturan yang kerajaan laksanakan. Lagipun, pada peringkat negara sekeliling dan antarabangsa telah memperlihatkan satu kompromi atau usaha damai antara perjuangan komunis dengan demokrasi. Misalnya di Indochina dan di Korea telah diadakan gencatan senjata pada tahun 1951 dan 1953 lagi. Perjuangan pemberontakan Huk di Filipina telah ditewaskan pada tahun 1954, dan pemimpin utama komunis Russia Khruschev telah menyarankan supaya diwujudkan suasana aman damai (peaceful coexistence), dan komunis China telah menyuarakan tidak akan membantu lagi perjuangan PKM semasa Sidang Bandung tahun 1955. Semua ini telah mempengaruhi arah tuju dan perjuangan PKM. Satu lagi peristiwa dalam negeri yang mengubahkan pendirian mereka ialah Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu pada Julai 1955. Bagi menyelamatkan maruah daripada gagal dalam perjuangan bersenjata, PKM merasakan perlu bagi mereka untuk turut serta dalam pilihanraya tersebut. Dengan ini mereka telah menawarkan untuk mengadakan perundingan dengan pemimpinpemimpin politik. Dalam keadaan kesibukan mengadakan pilihanraya, tidak dapat diaturkan sebarang pertemuan. Lagipun, setiap pertemuan dengan PKM harus mendapat kelulusan pihak kerajaan. Setelah Tunku Abdul Rahman (Tunku) dilantik


105 menjadi Ketua Menteri pada 31 Julai 1955, beliau telah mendapat kebenaran kerajaan bagi memberi pengampunan kepada PKM yang menyerahkan diri mulai 9 September 1955. Namun tawaran ini tidak menarik perhatian anggota PKM yang mana mereka mahu keluar dari hutan dengan cara yang lebih terhormat. Sehubungan itu, satu perundingan yang dikenali sebagai Rundingan Baling telah berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Disember 1955. Rundingan ini telah diadakan di Dewan Persidangan di pekan Baling, Kedah. Persidangan pertama berlangsung pada jam 1415. Wakil kerajaan diketuai oleh Tunku dengan ditemani oleh David Marshall (Ketua Menteri Singapura) dan Tan Cheng Lok. Manakala PKM diketuai oleh Chin Peng dan dibantu oleh Chen Tien (menjadi penghubung PKM dalam menjayakan pertemuan perundingan) dan Abdul Rashid Maidin. Dari apa yang digambarkan oleh Tunku bahawa Chin Peng tidak bersedia menerima syarat menyerah diri dan meletakkan senjata. Meskipun Tunku memberinya peluang untuk tidak tergesa-gesa memberi jawapan, namun beliau terus bertegas tidak dapat menerima tawaran tersebut dalam pertemuan kedua pada esoknya. Bagi pihak Tunku pula, beliau tidak dapat menerima tuntutan PKM untuk menyerah diri dan meletakkan senjata tanpa syarat dan dibenarkan partinya bergerak sebagai parti politik yang sah. Oleh kerana terdapat perbezaan matlamat dan cita-cita perjuangan, maka perundingan itu berakhir dengan tidak mendapat sebarang keputusan yang jelas dan dianggap gagal. Bagi Tunku, pengampunan yang diberi sebagai jalan penyelesaian kepada perjuangan PKM yang menakut-nakutkan dan keganasan pada rakyat bukannya cara terbaik untuk menghalau penjajah. Ini disebabkan penjajah telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan dan beliau dalam tempoh yang terdekat akan berangkat ke London bagi merundingkan tarikh dan syarat kemerdekaan. Kebebasan bergerak bermakna memudahkan PKM mendampingi rakyat bagi mengembangkan ideologi komunis yang telah ditolak oleh hampir keseluruhan rakyat. Chin Peng pula melihatkan pengampunan sebagai satu kegagalan dalam perjuangannya menghalau penjajah yang selama ini diperjuangkannya. Mereka lebih mengharapkan perundingan ini untuk mendapatkan kerjasama pemimpin politik bagi sama-sama menghalau penjajah. Mereka mempunyai hasrat atau matlamat yang tersembunyi, iaitu setelah berjaya menghalau penjajah, mudahlah bagi mereka mengambil semula negara ini kerana mereka mempunyai kekuatan ketenteraan dan para pendokong perjuangan. Semasa perundingan berlangsung, kawalan keselamatan diperketatkan bagi menjamin tidak berlakunya sebarang kejadian buruk. Pihak keselamatan dan PKM telah bersetuju mengadakan genjatan senjata bagi membolehkan pihak PKM keluar mengiring dan memerhati perkembangan perbincangan. Apa yang menariknya perbincangan ini telah berjalan dengan suasana tenteram tanpa sebarang gangguan. Pihak PKM yang mengiringi wakil mereka telah dibenarkan berjalan-jalan di pekan Baling dan membeli keperluan makanan di pasar. Ini kerana Chin Peng meminta penyediaan makanan untuk mereka disediakan sendiri selain daripada makanan dalam tin kegunaan tentera yang disediakan untuk mereka.


106 Kegagalan rundingan ini telah diduga. Pihak kerajaan sebenarnya tidak begitu merestui rancangan Tunku memberi pengampunan dan mengadakan perundingan. Atas usaha yang telah dibuat, Tunku berjaya mendapat kebenaran mengadakan perbincangan itu bagi sekurang-kurangnya untuk melihat dan menilai perjuangan sebenar PKM. Selain pihak kerajaan, akhbar-akhbar diseluruh dunia turut tidak yakin dengan hasil perundingan itu nanti. Bagi mereka Tunku seperti memperjudikan nasib negara dan masa depan politiknya apabila mengadakan perundingan tersebut. Memang tepatlah seperti apa yang diduga. PKM tidak berputus asa. Ada usaha untuk mengadakan rundingan kedua setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Usaha ini ditolak oleh Tunku kerana yakin negara akan dapat mengatasi masalah komunis. Setelah gagal dengan usaha ini, bermakna untuk meneruskan perjuangan melalui saluran politik yang sah telah tertutup. Untuk meneruskan perjuangan dengan kekerasan pula telah tidak berkemampuan setelah ramai anggota terkorban dan kurangnya sokongan daripada rakyat. Dengan itu, Chin Peng telah mengarahkan para anggota dan penyokongnya di hutan supaya mengelakkan diri daripada bertembung dan bertempur dengan pasukan keselamatan. Tujuannya bagi mengelakkan anggota yang terlatih daripada terkorban dan dalam masa yang sama dapat menyusun strategi dan mempertingkatkan lagi latihan. Dalam masa yang sama PKM berusaha untuk memanjangkan lagi suasana darurat yang boleh melambatkan proses pembangunan dan menyusahkan rakyat setelah banyak peruntukan disalurkan kepada pasukan keselamatan. Bagi komunis, apabila negara menjadi lemah dan mundur, mudahlah rancangan jangka panjang mereka dapat dilaksanakan melalui kaedah pengeksploitasian isu semasa10 Kesan Darurat Kepada Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu terus mengalami perkembangan politik dan juga perjuangan komunis. Pejuang kemerdekaan melalui saluran politik berusaha meyakinkan pihak pemerintah yang rakyat negeri ini telah mula bersatu melalui permuafakatan. Bagi PKM pula, percubaan untuk menghalang proses kemerdekaan melalui keganasan telah tidak berjaya. Namun ikhtiar masih diteruskan dengan menumpang dan mengembangkan pengaruh ideologi politik melalui parti politik berhaluan kiri seperti Parti Front Sosialis, Parti Rakyat, Parti Buruh, Parti Progresif Rakyat dan Parti Pemuda Sosialis. Dengan ini dapat di lihat PKM dan darurat telah menjadi penghalang kepada kelancaran proses kemerdekaan dan dalam masa yang sama telah memperkuatkan usaha untuk mendapatkan kemerdekaan tersebut. Banyak kesan yang dapat di lihat daripada peristiwa pemberontakan PKM dan perlaksanaan darurat. Antaranya ialah 1. Ketegangan Hubungan antara Kaum Peristiwa darurat telah melukakan kembali hati dan perasaan penduduk yang berbilang bangsa di Tanah Melayu yang mulai pulih selepas penjajahan Jepun. Ini


107 disebabkan berlakunya beberapa peristiwa yang sengaja atau tidak dapat dielakkan daripada berlaku sepanjang masa darurat tersebut. Antaranya ialah: (a) Prasangka Perkauman Memuncak Keadaan ini memperlihatkan satu suasana tegang antara orang Cina dengan orang Melayu. Kejadian pertama telah berlaku semasa zaman kekosongan dan diikuti pula peristiwa pemberontakan komunis ini. Sekali lagi dua bangsa yang mempunyai sejarah “pergaduhan” dihadapkan oleh suasana baru. Walaupun perjuangan komunis untuk memerdekakan Tanah Melayu, tetapi mereka terpaksa berhadapan dengan pasukan keselamatan penjajah yang terdiri daripada kalangan orang Melayu yang menganggapkan kerja mereka sebagai perjuangan mempertahankan tanah air daripada jatuh ke tangan komunis. Maka berjuanglah dua bangsa ini bagi matlamat yang berlainan, meskipun pada akhirnya menuju cita-cita yang satu, iaitu kedaulatan tanah air. Dalam perjuangan ini, daripada apa yang telah direkodkan, PKM telah kehilangan nyawa seramai 6,710 orang, tercedera dalam pertempuran seramai 2,819 orang, ditawan seramai 1,286 orang dan kehilangan anggota yang menyerah diri seramai 2,702 orang. Dari jumlah ini sebahagian besarnya ialah orang Cina. Di pihak pasukan keselamatan pula, anggota pasukan polis biasa yang terkorban dalam pertempuran ialah 511 orang manakala 701 orang lagi tercedera; Polis Khas: terkorban seramai 593 dan cedera 746 orang; Pasukan Polis Tambahan: terkorban seramai 242 orang dan cedera 154 orang. Pasukan Angkatan Tentera pula kehilangan nyawa dalam pertempuran atau diserang hendap seramai 519 orang dan 959 orang lagi tercedera. Hampir keseluruhan mereka yang terlibat ialah orang Melayu. Di samping kedua-dua pihak yang terlibat secara terus, ada pihak lain yang mengalami nasib sama, iaitu orang awam atau rakyat jelata. Seramai 2,473 orang telah terkorban, 1,385 orang tercedera, dan 818 orang lagi dilaporkan hilang tanpa dikesan akibat kekejaman dan keganasan komunis. Mereka menerima nasib malang ini akibat daripada tidak memberi kerjasama atau tidak mampu lagi untuk bekerjasama dengan PKM. (b) Petempatan yang Berasingan Sejarah telah menyaksikan penjajah telah mengasing penduduk di sini. Peristiwa darurat sekali lagi menyaksikan kejadian yang sama apabila konsep kampung baru diperkenalkan. Dari jumlah 600 petempatan kampung baru tersebut, hanya sembilan peratus sahaja petempatan untuk orang Melayu dan empat peratus untuk orang India serta satu peratus untuk lain-lain kaum. Apa yang menebalkan permusuhan ini ialah dari segi kemudahan asas dan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan. Penduduk kampung baru yang hampir 500 petempatannya didiami oleh orang orang Cina mendapat semua kemudahan yang diperlukan. Manakala kampung Melayu tradisi yang berhampiran diabaikan oleh kerajaan. Ini menyebabkan orang Melayu terasa pihak mereka yang sentiasa memberi sokongan dan berkorban membantu kerajaan dalam menangani komunis diabaikan, sedangkan pihak yang membantu ataupun menjadi tali barut komunis diberi layanan yang baik. Ini belum mengambil kira


108 perasaan mereka yang kehilangan keluarga yang terkorban dalam tugas pasukan keselamatan atau dibunuh oleh komunis. Semua ini telah menebalkan perasaan perkauman orang Melayu. (c) Ketaatsetiaan yang Dipertikaikan Rasa marah dan kecewa orang Melayu terhadap orang Cina ditambah lagi akibat sikap yang ditunjukkan oleh belia-belia Cina dan India yang tidak menyahut seruan kerajaan dalam menentang komunis melalui Skim Kerahan Tenaga yang dilancarkan pada 21 November 1950. Skim ini telah mewajibkan penduduk yang berusia 20-30 tahun mendaftarkan diri menjadi anggota pasukan keselamatan. Apa yang berlaku antara bulan Februari hingga Ogos 1951 telah menyaksikan tidak kurang dari 10,000 pemuda dan belia Cina telah melarikan diri ke negeri China dan tidak kurang juga yang masuk hutan menyertai PKM. Hal yang sama dapat di lihat kepada pemuda India apabila dalam tempuh yang sama jumlah penumpang kapal ke India sentiasa meningkat. Hal inilah yang menimbulkan rasa kecewa orang Melayu dan juga kerajaan terhadap sikap mereka ke atas sikap mereka terhadap negeri ini yang hanya sekadar tempat untuk mencari kekayaan semata-mata. Walau bagaimanapun, ada juga pemuda Cina yang berjiwa patriotik apabila seramai 200 orang telah menyahut seruan berkhidmat dalam pasukan keselamatan, terutamanya pasukan polis. Angka ini adalah dari akhir tahun 1949 hingga tahun 1951. (d) Hak Kewarganegaraan dan Berpolitik Kewarganegaraan merupakan isu yang sensitif. Ia adalah hak mutlak rakyat asal atau pribumi sesebuah negeri. Memberi kerakyatan yang membawa kepada persamaan taraf terhadap kaum imigran, merupakan satu pengorbanan yang semestinya diberi timbal balas. Setelah orang Cina diberikan hak kewarganegaraan, sekali lagi kerajaan menunjukkan sikap kasih kepada mereka dengan mendorongkan penubuhan MCA bagi menghilangkan prasangka atau prejudis “Cina itu Komunis, dan Komunis itu Cina”. Setelah kedua-dua ini diberi, rasa kasih mereka terhadap negeri ini masih lagi berbelah bagi sebagaimana yang diterangkan pada perenggan di atas. Rasa kecewa orang Melayu sekali lagi terasa setelah adanya orang-orang Cina di Pulau Pinang dan Melaka yang mahu terus menjadi warganegara Kerajaan Queen dan tidak mahu mencapai kemerdekaan bersama. Walau bagaimanapun, kelahiran MCA telah membawa satu kesan baik kemudiannya apabila pemimpin parti ini dapat duduk bersama dengan pemimpin nasionalis Melayu dalam Komiti Perhubungan Kaum yang akhirnya dapat menubuhkan gabungan parti-parti dalam PERIKATAN. 2. Peruntukan Keselamatan yang Meningkat Darurat telah menyaksikan kerajaan membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar bagi menangani pemberontakan komunis. Antara perkara yang ditumpukan ialah pembesaran dan menambah kekuatan pasukan keselamatan. Dalam tempoh darurat, jumlah anggota Pasukan polis diperkuatkan menjadi sejumlah 75,281 anggota dengan 31,164 orang pasukan Polis Biasa dan 44,117 orang Polis Khas. Seramai


109 86,000 orang lagi berkhidmat sebagai Polis Bantuan. Manakala Angkatan Tentera juga diperbesarkan dari empat kepada enam batalion Askar Melayu. Kerajaan juga telah menambah kekuatan menjadi dua batalion Tentera British, lima batalion Tentera Gurka dan penambahan satu skuadron Tentera Udara. Kekuatan pasukan keselamatan diperkuatkan lagi apabila kerajaan membawa masuk tentera Komanwel dari Australia, New Zealand dan Fiji. Kerajaan dikatakan pernah berbelanja antara $250,000.00 ke $300,000.00 sehari bagi tujuan keselamatan memerangi komunis. Untuk tujuan pertahanan, dianggarkan sebanyak $136,239,000.00 telah dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini tidak mengambil kira lagi perbelanjaan membina petempatan di kampung baru dan lain-lain perbelanjaan yang ditanggung oleh pelbagai jabatan dan agensi yang sama-sama turut membantu melumpuhkan kegiatan komunis setelah operasi keselamatan bukanlah satu-satunya jalan muktamad menghancurkan gerakan komunis. Secara keseluruhan, kira-kira $721.9 juta yang dibelanjakan telah merugikan kerajaan dan negara dalam dalam usaha mencapai kemerdekaan. 3. Ekonomi Negara Hampir Lumpuh Keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh gerila komunis serta tindak balas pasukan keselamatan menjejaskan ekonomi negara. Akibat daripada ancaman dan gangguan komunis, banyak ladang getah dan lombong tidak dapat beroperasi dengan sempurna kerana pekerja menjadi takut. Komunis juga mengganggu mereka yang bercucuk tanam di tepi kampung atau pinggir hutan. Ini juga menjejaskan hasil sayuran dan tanaman. Apabila kerajaan melancarkan tindak balas memburu mereka, perintah berkurung terpaksa dilaksanakan. Sekali lagi para pekerja dan petani tidak dapat bekerja. Dengan ini hasil negara kian merosot dan kekurangan barang makanan kian meningkat. Bukan sahaja negara mengalami defisit, misalnya pada tahun 1953 sebanyak $1.46 juta malahan catuan makanan terpaksa dilakukan. Catuan ini berpunca daripada kekurangan beras apabila orang Melayu tidak dapat mengusahakan sawah padi dan berhuma dipinggir hutan. Misalnya pada tahun 1948, kawasan tanaman padi ialah seluas 95,757 ekar. Keadaan ini telah berkurangan menjadi 67,465 ekar pada tahun 1951. Begitu juga dengan tanaman sayuran dan hasil pertanian lain tidak dapat ditambah atau dikeluarkan apabila petempatan berpindah ke kampung baru. Mereka terpaksa meninggalkan tanaman yang diusahakan kerana berpindah. Keadaan yang sama terjadi kepada usaha penternakan. Bagi orang Melayu, bersawah padi sering beriringan dengan memelihara kerbau ataupun lembu. Pada zaman ini penternakan turut juga terjejas setelah penduduk lebih mengutamakan keselamatan diri dan keluarga daripada menambahkan pendapatan sampingan. 4. Hubungan Baik Rahmat tersembunyi di sebalik keganasan komunis ialah wujudnya perhubungan yang baik antara para pekerja dan majikan. Para majikan mula merasakan kesan darurat ialah penguasaan pihak kominis terhadap kesatuan sekerja. Hal ini terjadi


110 kerana sikap mereka yang mengabai dan tidak prihatin kepada pekerja yang telah memberi sumbangan kepada industri mereka dan juga ekonomi negara. Akibat seringnya berlaku krisis dan pemogokan pekerja, akhirnya mereka juga yang mengalami kerugian. Keadaan semakin tertekan setelah ramai pekerja hilang pekerjaan setelah ditangkap kerana terlibat dan bersimpati dengan komunis. Pekerja juga sering tidak dapat hadir bekerja kerana gangguan atau perintah berkurung. Kehilangan dan ketidakhadiran pekerja mahir tentu sahaja merugikan para majikan. Dengan itu, apabila suasana darurat telah beransur pulih, hubungan antara majikanpekerja juga turut pulih sama. Majikan amat mengharapkan suasana baik ini supaya pekerja tidak lagi diresapi oleh anasir-anasir komunis. Selain pekerja-majikan mendapat rahmat, parti politik yang bersemangat nasionalis kanan juga mendapat keuntungan setelah diwujudkan usaha menyatukan kaum-kaum yang ada. Misalnya, UMNO begitu lantang memperjuangkan kebajikan orang Melayu dan mengajak mereka bersatu bagi menentang komunis dan berusaha untuk mencapai kemerdekaan. Antara yang diperjuangkan ialah supaya lebih ramai pegawai-pegawai Melayu dilantik ke jawatan dan pangkat yang sewajarnya bagi menggantikan pegawai Inggeris yang telah tamat perkhidmatan. Turut sama diperjuangkan ialah menuntut supaya Kerajaan British memberi bantuan peruntukan sebanyak 10,000,000 juta pound atau kira-kira $85 juta bagi memajukan bidang pertanian dan ekonomi orang Melayu dalam tempoh lima ke sepuluh tahun. Walau bagaimanapun perkara ini tidak disentuh dengan mendalam dalam ruang ini kerana telah dibincangkan dengan ringkas di atas dan juga dalan perbincangan tajuk lain. Namun begitu, harus juga diingatkan, bagi parti yang bersifat nasionalis kiri11, pada musim ini menghadapi nasib yang hampir sama dengan PKM setelah pergerakan serta aktiviti disekat dan pemimpinnya pula dipenjarakan atas alasan mengancam keselamatan negara. Satu lagi perkara yang tidak kurang penting ialah terujinya kefahaman tentang Islam kepada orang Melayu. Orang Melayu yang sinonim dengan Islam telah berjaya mempertahankan akidah mereka apabila menolak bulat-bulat fahaman komunis yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh komunis seperti menyamar diri sebagai orang Islam oleh Chong Yin Nam dengan nama Haji Hashim untuk mempengaruhi orang Melayu, namun masih tidak berjaya memikat hati nurani mereka supaya berpihak kepada komunis. Sebaliknya beliau turut terbunuh kemudiannya. Begitu juga dengan penonjolan tiga tokoh komunis Melayu iaitu Abdullah C.D., Rashid Maidin dan Musa Ahmad tidak banyak membawa kesan. Mereka ini sendiri dikatakan lebih mengamalkan prinsip “Islam didahului, barulah Komunis”, sekurang-kurang pada perkara yang melibatkan hal makan dan minum. Kesimpulan Darurat membuktikan bahawa keselamatan negara pernah diancam oleh satu pihak luar. Negara kita juga terperangkap dalam satu persaingan ideologi Komunis dan bukan Komunis yang didominasikan oleh dua pihak kuasa super dalam politik antarabangsa. Adalah sangat penting bagi generasi Malaysia hari ini yang tidak


111 mempunyai pengalaman langsung mengenai peristiwa ini mengetahui tentang Darurat. Secara umumnya sepanjang 12 tahun pihak British telah menggunakan pelbagai strategi dari aspek perang konvensional dan juga perang saraf terhadap Revolusi PKM. Justeru, keadaan sangat genting pada ketika itu bagi kedua-dua belah pihak. Kedatangan Sir Henry Gurney selama tiga tahun di Tanah Melayu telah membawa satu perubahan yang besar kepada sosial,politik dan ekonomi di Tanah Melayu. Kegiatan PKM juga dapat ditumpaskan sedikit demi sedikit. Walaubagaimanapun Gurney telah dibunuh oleh PKM semasa pulang dari Bukit Fraser dan beliau telah digantikan oleh Sir Gerald Templer. Secara umumnya, kebanyakan usaha Gurney amat bermakna kepada keseluruhan usaha penentangan terhadap PKM dan Gurney seharusnya diakui amat berjasa membuka jalan kepada penamatan darurat di Tanah Melayu. Rancangan Penempatan Semula pada hakikatnya biarpun agak perlahan dari segi kemajuannya tetapi apabila ianya membuahkan hasil, pihak PKM amat terhimpit dan tertekan. Maka oleh itu biarpun Gurney tidak berkesempatan melihat kemajuan usahanya, beliau telah berjaya menuyumbang jalan kepada kekalahan PKM. Sementara itu, biarpun diangggap sebagai karektor yang kontroversi, kepimpinan Templer telah membuktikan banyak perubahan telah dilakukan terhadap situasi darurat di Tanah Melayu. Tetapi tidak dapat tidak untuk kita menerima yang usaha dan cara yang dilaksanakan Templer bersama-sama akibat polisi baru PKM berkongsi kepentingan yang besar dalam mengurangkan ancaman PKM kepada Tanah Melayu sekaligus membuka jalan kepada kerajaan untuk menumpukan perhatian yang lebih kepada usaha-usaha pembangunan politik, ekonomi dan sosial di negara ini yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan. Akhir kata, iktibar utama daripada peristiwa Darurat 1948- 1960 ialah kemerdekaan negara pernah digugat oleh anasir luar dan adalah menjadi tanggungjawab kita generasi hari ini untuk terus mempertahankan kemerdekaan ini.


112 TOPIK 7 PENUBUHAN MALAYSIA Pendahuluan Penubuhan Malaysia merupakan satu sejarah yang penting dalam perkembangan pembinaan bangsa dan negara. Sekali imbas penubuhan Malaysia menampakkan kepada kita mengenai kewujudan konsep federalisme sebagaimana yang ditakrifkan oleh Wheare (1964), iaitu terdapat dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing masing yang terhad. Manakala Finer (1949) pula menyatakan bahawa kerajaan persekutuan merupakan susunan kuasa yang terbahagi kepada dua peringkat iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kedua-dua kerajaan ini tidak boleh mengambil hak yang telah diberikan di antara satu sama lain. Ini jelas jika ditelitikan pandangan Shaikh Mohd Noor Alam (1988) yang berpandangan meskipun begitu kerajaan pusat mempunyai kuasa kuasa tertentu terhadap kerajaan negeri namun secara keseluruhannya ia merupakan satu bentuk sistem pemerintahan dan pentadbiran yang tidak melibatkan campurtangan dalam beberapa perkara yang telah dipersetujui bersama antara kedua dua kerajaan tersebut. Oleh yang demikian, kewujudan konsep federalisme lebih menjurus kepada pembentukan sistem urus tadbir yang lebih baik dalam sesebuah negara. Dalam konteks negara kita sistem federasi yang wujud melalui penubuhan Malaysia telah memberikan ruang dan masa depan untuk bernegara secara demokrasi bagi seluruh rakyat. Latarbelakang Sebenarnya penggabungan Tanah Melayu (Malaysia) dengan wilayah-wilayah sekitar bukan merupakan suatu perkara yang baru. Ia merupakan satu nation of intent atau bangsa idaman yang diperjuangkan oleh ramai tokoh nasionalis Nusantara seperti Ibrahim Yaakub, Sukarno, Jose Rizal dan lain-lain lagi. Walaupun kesatuan wilayah yang dicita-citakan itu yang meliputi Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina dikenali dengan nama yang berbeza iaitu ”Malaysia Irrendenta” di Filipina, ”Indonesia Raya” di Indonesia dan ”Melayu Raya” di Malaysia, kesemuanya mempunyai satu maksud iaitu gagasan bagi pembentukan kelompok-kelompok dalam rumpun Melayu dengan matlamat untuk menjadi sebuah negara-bangsa besar di Nusantara (Abdul Rahman, 2000). Malah jika ditinjau dari segi sejarah kerajaankerajaan Melayu di Nusantara ini, kerajaan-kerajaan seperti Seriwijaya, Majapahit dan kerajaan Melayu Melaka merupakan kerajaan-kerajaan agung yang mempunyai jajahan takluk yang luas yang merangkumi sebahagian besar dari kawasan Kepulauan Melayu atau Malay Archipelago. Namun begitu penggabungan ini akhirnya telah terpecah berikutan dengan keruntuhan kerajaan-kerajaan Melayu seperti kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. Malaysia dan Indonesia kemudiannya


113 terbahagi kepada dua entiti politik yang berbeza apabila termetrainya Perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824. Perjanjian ini secara rasminya memperakukan bahawa kuasa British diberikan hak untuk menguasai Tanah Melayu manakala Belanda menguasai Indonesia. Sebelum penubuhan Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura serta Tanah Melayu berada dalam sistem pentadbiran yang berbeza. Melayu merupakan wilayah yang paling awal mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun 1957. Manakala Singapura pula sejak tahun 1955 telah dibenarkan untuk menjalankan pemerintahan sendiri tetapi masih belum mencapai kemerdekaan. Sementara itu bagi Sabah, bermula pada tahun 1881 wilayah ini menjadi unit politik yang tersendiri dan berada di bawah naungan British dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British atau The British North Borneo Chartered Company (Sabihah, 1985). Syarikat ini telah diberikan kuasa untuk mentadbir wilayah ini. Selepas Perang Dunia Kedua (PD II), Borneo Utara telah menjadi Tanah Jajahan British (British Crown Colony) secara langsung apabila Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak mampu untuk memulihkan kemusnahan akibat PD II di wilayah itu. Bagi Sarawak pula, wilayah itu dikuasai oleh Raja Brooke yang telah berjaya mendapatkan jajahan tersebut dari Kesultanan Brunei. Raja Brooke berkuasa dalam hal ehwal dalaman dan menerima nasihat Inggeris dalam hal ehwal luar negara. Selepas PD II, ia telah ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia. Pada tahun 1946, Brooke telah menyerahkan kedaulatan takhta pemerintahan Brooke kepada British. Manakala Brunei merupakan sebuah negeri Melayu yang tersendiri tetapi bersetuju menerima nasihat-nasihat dari Residen British kecuali dalam soal-soal agama dan adat istiadat dan raja Brunei mempunyai kuasa kawalan secara langsung dalam pemerintahan negara itu. Idea ke arah penggabungan wilayah-wilayah jajahan British di sekitar Tanah Melayu sebenarnya telah lama muncul. Pada tahun 1892, Lord Brasey iaitu Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada masa itu mencadangkan percantuman wilayah Borneo Utara dengan Tanah Melayu atas kepentingan ekonomi dan pentadbiran penjajah British. Baginya penyatuan wilayah-wilayah Borneo dengan Tanah Melayu yang pada masa itu lebih dikenali dengan nama Negeri-Negeri Selat dan beberapa buah negeri naungan yang lain seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Pahang akan dapat mempermudahkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan pengurusan. Namun, cadangan beliau telah tidak direstui oleh para pemegang saham syarikat tersebut pada tahun 1894 (Milne dan Mauzy, 1992). Selepas PD II, wujud keinginan pihak British untuk mencantumkan wilayah-wilayah di Tanah Melayu di bawah skim Malayan Union tetapi telah telah gagal kerana ia ditolak oleh penduduk Melayu di Tanah Melayu. Keinginan tersebut menjadi lebih besar menjelang tahun-tahun 1949 dan 1950. Hasrat ini disuarakan oleh PesuruhJaya Jeneral British di Asia Tenggara yang menggelarkan idea pencantuman ini sebagai Grand Design. Menurut beliau pencantuman tersebut perlu meliputi British Malayan dan wilayah Borneo. (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970). Mac Donald


114 yang menggesa London supaya bersetuju dengan cadangannya menyatakan bahawa Grand Design merupakan projek utama bagi British di rantau Asia Tenggara. Namun cadangan tersebut dianggap oleh pihak Pejabat Jajahan (Colonial Office) sebagai terlalu awal kerana Tanah Melayu masih sibuk dengan persoalan pembentukan perlembagaan menjelang kemerdekaan manakala Sabah dan Sarawak pula memerlukan masa yang lebih lama untuk mencapai kemajuan politik, ekonomi dan pendidikan sebelum wilayah-wilayah tersebut bersedia untuk bergabung dengan Tanah Melayu (Easter, 2004). Sebenarnya idea penggabungan ini bukan sahaja lahir dari kalangan pentadbir British sahaja kerana pada tahun 1954, seorang anak tempatan iaitu Ghazali Shafie telah mengemukakan idea yang hampir sama. Dalam memoir beliau, Ghazali Shafie (1998) menyatakan; ”It was while as a student of law at the University Collage of Wales, Aberystwyth that I began to think of a greater union comprising the States of the Federation of Malaya, Singapore, Sarawak, Brunei and North Borneo”. Di kalangan pemimpin politik tempatan, cadangan penggabungan ini telah juga dikemukakan. Misalnya Tunku Abdul Rahman Putra telah memperkatakan tentang percantuman Persekutuan Tanah Melayu dengan Pulau Singapura. Perkara ini telah disebut dalam Perhimpunan Agung Tahunan UMNO pada tahun 1955. Namun pada masa ini Tunku tidak menunjukkan minat ke arah penggabungan Tanah Melayu dan Singapura kerana bimbangkan soal imbangan kaum di antara bangsa Melayu dan Cina. Malah idea untuk menggabungkan Singapura dengan Tanah Melayu pada masa ini begitu ditentang oleh tokoh-tokoh UMNO yang disifatkan oleh Tunku sebagai ultras. Mereka menolak sebarang keadaan yang akan membolehkan kedudukan masyarakat Cina di Tanah Melayu menjadi semakin kuat termasuklah melalui penggabungan Tanah Melayu dan Singapura. Namun begitu dalam satu perbincangan antara Tunku dengan Malcolm MacDonald pada tahun 1958, beliau menyatakan kesediaan untuk bergabung dengan Singapura sekiranya dalam masa yang sama tiga wilayah Borneo Utara bergabung dengan Tanah Melayu. Perkara ini juga dinyatakan oleh Tunku kepada Pesuruh Jaya Tinggi British pada masa itu iaitu Sir Geofroy Tory (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970). Soal penggabungan Sabah dan Sarawak menjadi sangat penting bagi mengimbangi komposisi penduduk Melayu dan pribumi dengan penduduk berbangsa Cina. Situasi Sebelum Percantuman Sebenarnya telah wujud beberapa keadaan di Singapura dan wilayah Borneo serta Brunei yang boleh dijadikan gambaran awal terhadap minat mereka dalam soal federasi dengan Tanah Melayu. Bagi Singapura bermula pada tahun 1960, negara itu telah mengalami peningkatan masalah ekonomi kerana peningkatan populasi penduduk yang mendadak. Dalam masa yang sama perdagangan entrepot tradisional mereka menghadapi penurunan apabila Indonesia dan Malaysia mula mengurangkan pergantungan urusan perdagangan mereka dengan negara itu. Keadaan ini telah mempengaruhi minat pelabur-pelabur ke atas Singapura. Selain dari itu, bagi pemimpin Singapura, penggabungan Singapura dengan Malaysia dilihat akan berjaya


115 mengalihkan perhatian perdagangan Borneo Utara yang sebelum ini tertumpu kepada Hong Kong ke Singapura. Bagi wilayah Borneo pula, tidak dapat dinafikan bahawa dalam sekitar tahun 1960- an pencapaian ekonomi dan politik mereka masih ketinggalan. Walaupun wilayah ini mempunyai beberapa hasil galian yang berharga namun soal kekurangan tenaga buruh menjadi masalah utama untuk meningkatkan pengeluaran. Sementara itu kesedaran politik di wilayah Borneo juga lebih lambat berkembang berbanding dengan wilayah-wilayah jiran. Walau bagaimanapun beberapa pertubuhan yang bersifat politik yang telah muncul seperti Clandestine Communist Organization (CCO) dan pada tahun 1959, Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau Sarawak United People’s Party (SUPP) telah ditubuhkan dicurigai oleh British. Ini kerana pihak British mendakwa sebahagian dari anggota SUPP mempunyai hubungan dengan CCO. Ia telah mewujudkan satu ancaman keselamatan terhadap wilayah itu dan kawasan-kawasan sekitar walaupun pada masa itu CCO masih belum berjaya menyusup ke Borneo Utara. Oleh demikian, soal ancaman komunis ini menjadi persoalan besar bagi keselamatan Sarawak dan turut dibimbangi oleh pihak British. Manakala di Brunei pula pada 29 September 1959, Sultan Brunei telah menandatangani satu perjanjian baru dengan British yang memberikan hak kepada British untuk mengawal hal ehwal luar dan pertahanan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan dalaman negara itu. Selain dari itu Pesuruh Jaya Tinggi British juga diberikan kuasa dalam menentukan sesuatu perlantikan jawatan tertinggi dalam kerajaan Brunei. Dalam masa yang sama Sultan Brunei akan menerima nasihat dari Pesuruh Jaya Tinggi British dalam kebanyakan hal ehwal pentadbiran kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Pada masa itu juga terdapat sebahagian dari pegawai-pegawai dari Tanah Melayu yang bertugas di negeri itu walaupun perkara ini menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat Brunei yang mendakwa pegawai-pegawai yang dihantar merupakan mereka yang kurang cekap. Soal percantuman dengan wilayah jiran juga turut menjadi satu agenda bagi Parti Ra’ayat Brunei iaitu parti yang paling dominan di negara itu. Pada April 1957, pemimpin parti tersebut iaitu Sheikh A.M. Azahari telah mengadakan satu kongres yang dihadiri oleh wakil-wakil dari SUPP dan Parti Islam Se Malaysia (PAS). Perwakilan yang menghadiri kongres ini secara dasarnya bersetuju dengan cadangan bagi ”penyatuan Borneo” dan diikuti oleh ”persekutuan seluruh Malaya” dan PAS bersetuju supaya persekutuan tersebut turut meliputi Indonesia. Walaupun terdapat beberapa kecenderungan yang wujud di wilayah Borneo terhadap penyatuan wilayah dengan Tanah Melayu namun pada masa ini ia bukan merupakan satu perkara yang popular. Menurut Tunku (1977) pada peringkat awal, Sultan Sir Omar Ali Saifuddin begitu beriya-iya mahukan percantuman ini. Kesungguhan baginda ditunjukkan dengan kekerapan datang untuk berbincang dengan Tunku. Di samping itu juga baginda telah membina sebuah istana persinggahan di Kuala Lumpur. Kadangkala kesungguhan baginda itu kelihatan begitu mendesak-desak


116 agar baginda dapat turut serta bersama Raja-Raja Melayu lain dalam Persekutuan. Di Borneo Utara dan Sarawak pula sebilangan rakyat tempatan beranggapan bahawa sekiranya berlaku penyatuan, peluang-peluang mereka untuk memegang jawatanjawatan dalam kerajaan akan berkurangan berbanding dengan tempoh sebelum wujudnya penyatuan dengan Tanah Melayu. Sementara itu bagi British pula mereka memikirkan untuk perlahan-lahan keluar dari tanggungjawab politik dan pertahanan di tanah jajahan mereka di seluruh dunia dan dalam masa yang sama mengekalkan world role atau peranan sejagat yang dimainkan oleh kuasa itu dalam dunia antarabangsa. Perubahan dasar luar British disebabkan oleh beban kewangan yang ditanggung oleh kuasa itu di samping gerakan dekolonisasi yang sedang melanda seluruh dunia pada masa itu. Dalam masa yang sama Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1960 meluluskan Perkara 1514 (XV) yang menyarankan pemberian hak kemerdekaan dan peluang untuk menentukan masa depan dan ekonomi bagi setiap negara yang masih dijajah oleh rakyat negara itu sendiri. Faktor-Faktor Pendorong Penubuhan Malaysia Terdapat empat faktor utama yang mendorong penubuhan Malaysia, iaitu imbangan kaum, kemerdekaan bagi negara-negara baru, meningkatkan taraf hidup bumiputera Sabah dan Sarawak, dan mengeratkan hubungan yang sedia ada. 1) Imbangan Kaum Rancangan penubuhan Malaysia telah menimbulkan pelbagai reaksi dari banyak pihak. Antara perkara yang paling diperdebatkan ialah mengenai kemasukan Singapura ke dalam Malaysia. Dalam soal ini, parti UMNO tidak bersetuju kerana mempertimbangkan mengenai soal imbangan kaum iaitu antara kaum Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu. Selain itu, pemimpin-pemimpin UMNO juga merasa ragu-ragu mengenai keadaan politik di Singapura pada masa itu yang agak kekirian kerana ia telah dipengaruhi oleh parti Barisan Sosialis. Oleh demikian, penggabungan dengan Singapura merupakan sesuatu yang agak bertentangan dengan dasar kerajaan Tanah Melayu yang bersifat sangat anti-Komunis dan pro-Barat. Namun demikian, senario tersebut telah berubah berikutan dengan kajian yang dijalankan oleh Nordin Sopiee mengenai kebaikan-kebaikan sekiranya penggabungan Tanah Melayu dengan Borneo berjaya dilakukan. Ia telah semakin mendapat sambutan dan sokongan berikutan dengan wujudnya pandangan oleh Dato’ Senu Abdul Rahman, Duta Tanah Melayu ke Indonesia. Beliau menyatakan bahawa penduduk Bumiputera di Sabah dan Sarawak boleh dikelaskan sebagai Melayu. Oleh yang demikian, kemasukan negeri-negeri tersebut tidak akan menggugat kedudukan orang Melayu sebagai majoriti. Tambahan pula, sememangnya wujud persamaan dari segi ras dan kebudayaan di kalangan penduduk di wilayah Borneo dengan Tanah Melayu yang merupakan sebahagian dari rumpun Melayu yang mendiami Nusantara.


117 Menjelang tahun 1961, satu perkembangan baru telah berlaku dalam politik Singapura yang memperlihatkan parti pemerintah, People’s Action Party (Parti Tindakan Rakyat - PAP) telah terancam kedudukannya apabila mengalami kekalahan di kawasan Hong Lim yang sebelum ini merupakan kubu kuat parti tersebut. Kekalahan ini berpunca akibat dari perpecahan yang berlaku di kalangan ahli PAP yang sayap kirinya diketuai oleh Ong Eng Guan yang telah membentuk Barisan Sosialis yang di katakan telah dipengaruhi oleh komunis. Perkembangan ini sangat membimbangkan Tunku Abdul Rahman yang menyifatkan sekiranya Singapura jatuh ke tangan komunis maka akan wujud “Cuba 3 ¼ batu” ataupun "Cuba Kedua" dari Tanah Melayu.5 Namun begitu, pada awalnya Tunku merasakan kemasukan Singapura adalah sesuatu yang merbahaya jika dinilai dari sudut nisbah penduduk Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu. Tunku telah dipujuk oleh Lee Kuan Yew yang menyatakan bahawa adalah lebih merbahaya sekiranya Singapura dibiarkan berada di luar Tanah Melayu. Oleh yang demikian, penyatuan kedua-dua negeri difikirkan perlu bagi mengawal keselamatan Singapura dan juga untuk kepentingan ekonomi bersama. Walaupun begitu Tunku masih mempertimbangkan soal kemasukan Singapura dari aspek kesannya kepada komposisi penduduk di negara ini. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, maka Sabah dan Sarawak perlu diajak untuk sama-sama menganggotai Malaysia. Ini kerana dengan kemasukan Singapura akan mewujudkan ketidakseimbangan dari segi komposisi kaum di negara ini nanti. 2) Kemerdekaan Bagi Negara-Negara Baru Penubuhan Malaysia juga di lihat sebagai mampu untuk membantu negara-negara yang masih dijajah untuk mencapai kemerdekaan. Ia selaras dengan prinsip dasar luar Tanah Melayu yang ingin menolong negara-negara yang sedang dijajah bagi mencapai kemerdekaan. Prinsip ini adalah selaras dengan Resolusi 1514 Persidangan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah diluluskan pada tahun 1960. 3) Meningkatkan Taraf Bumiputera Sabah dan Sarawak Keadaan golongan bumiputera Sabah dan Sarawak adalah jauh ketinggalan berbanding dengan kedudukan golongan yang sama di Semenanjung Malaysia. Semasa pentadbiran British, sektor ekonomi dan sosial di wilayah itu telah dimonopoli oleh golongan pendatang. Oleh kerana mereka mendapat lebih banyak peluang daripada British, maka golongan pendatang tersebut merupakan mereka yang berjaya dalam pendidikan dan menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran negeri. Selain itu, pentadbiran negeri Sabah dan Sarawak dikuasai oleh pegawaipegawai British. Bagi golongan bumiputera pula, mereka merupakan golongan yang terbiar di tanah air mereka sendiri. Oleh yang demikian, terdapat mereka yang berjaya dalam Tanah


118 Melayu yang berhasrat untuk membantu penduduk-penduduk Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang pada masa tersebut kedudukan mereka cukup merosot dan tidak ada hak keistimewaan sebagai penduduk Melayu dan Bumiputera tempatan. Sungguhpun kebanyakan penduduk Borneo tidak beragama Islam dan bukan Melayu, namun masyarakat Melayu di Tanah Melayu menganggap mereka sebagai “saudara” dan berkemungkinan mampu dipujuk untuk menyokong penubuhan Malaysia dan Parti Perikatan.6 4) Mengeratkan Hubungan yang Sedia Ada Pencantuman wilayah-wilayah Borneo dangan Tanah Melayu juga dilihat sebagai lebih mengeratkan hubungan baik yang telah sedia terjalin. Ramai para pegawai, pentadbir, guru, serta hakim telah dihantar untuk mendapatkan latihan di Kuala Lumpur. Sementara itu, penggunaan satu mata wang yang sama memang telah wujud di antara Tanah Melayu dan Sabah serta Sarawak. Reaksi-Reaksi Awal Penubuhan Malaysia Pada masa awal penubuhan Malaysia, terdapat beberapa reaksi daripada pelbagai pihak seperti dari parti-parti politik dan pemimpin-pemimpin barat. Kita akan teliti reaksi golongan-golongan ini dengan lebih teliti lagi. a) Parti-Parti Politik Cadangan penubuhan Malaysia telah mendapat reaksi yang berbagai-bagai dari banyak pihak. Parti Rakyat Singapura telah menentang gagasan ini dan menuduh ia sebagai bersifat neo-kolonialisme. Manakala di Sarawak pula, Donald Stephen, pengarang Borneo Times telah mengecam Tunku Abdul Rahman. Sementara itu di Sarawak, semua parti politik telah menentang idea penyatuan ini dan penentangan ini diketuai oleh Stephen Yong. Brunei juga telah menentang gagasan ini. Antara pihak yang menentang ialah Parti Rakyat Brunei yang diketuai oleh Hafiz Laksamana. Beberapa orang dari tokoh yang menentang ini telah membentuk satu Barisan Bersatu (United Front) pada Julai 1961 yang bertujuan mencabar Malaysia. Barisan ini telah dianggotai oleh Ong Kee Hui, Pengerusi SUPP, A.M. Azahari dari Parti Rakyat Brunei, dan Donald Stephens yang kemudiannya menubuhkan United National Kadazan Organization (UNKO). Pembentukan Barisan Bersatu lebih didorong oleh kebangkitan semangat kesedaran kebangsaan mereka sendiri yang ingin merdeka secara bersendirian tanpa Tanah Melayu. Selain itu, tentangan tersebut adalah disebabkan oleh tanggapan bahawa penubuhan Malaysia adalah sebagai satu jalan bagi Tanah Melayu untuk meluaskan kuasa.7 b) Pemimpin-Pemimpin Barat Di peringkat antarabangsa pula, terdapat negara-negara yang menyokong cadangan penubuhan Malaysia. Contohnya, Australia telah menyokong langkah Tunku Abdul


119 Rahman, manakala Britain dan Amerika Syarikat pula tidak menyatakan sokongan mereka lebih awal kerana bimbangkan tuduhan bahawa rancangan penubuhan Malaysia adalah lebih merupakan idea dari mereka dan bersifat neo-kolonialisme. Namun begitu, pada Jun 1961, Perdana Menteri Britain, Mc Millan telah menyatakan pandangannya bahawa idea penubuhan Malaysia merupakan sesuatu yang menarik. Langkah-Langkah Penubuhan Malaysia i) Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (Malaysian Solidarity Council Commitee - JPPM) JPPM ditubuhkan bertujuan untuk menerangkan kepada rakyat mengenai gagasan pembentukan Malaysia dengan lebih jelas lagi. Walaupun pada peringkat awal Sabah dan Sarawak serta sesetengah pihak di Singapura menentang penubuhan Malaysia, namun sikap ini telah agak berubah apabila wakil Tanah Melayu yang hadir di Persidangan Komanwel di Singapura yang diketuai oleh Kapten Dr. Abdul Hamid Khan, dan berpeluang menerangkan tentang gagasan penubuhan Malaysia. Hasilnya satu jawapan positif telah diterima dan selanjutnya Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah dibentuk pada 23 Julai 1961 yang telah dipengerusikan oleh Donald Stephen. Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam usaha untuk mendapatkan persetujuan dari pemimpin-pemimpin Singapura, Sabah, dan Sarawak dan juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan-pandangan yang berkesan mengenai penubuhan Malaysia. Pembentukan JPPM merupakan satu kejayaan diplomasi yang besar dan merupakan pembuka jalan kepada rundingan-rundingan selanjutnya. Usaha-usaha yang lebih giat telah dijalankan oleh jawatankuasa ini melalui empat rundingan yang telah dijalankan, iaitu i) 21 Ogos 1961 di Jeselton; ii) 18 Disember 1961 di Kucing; iii) 6 Januari 1962 di Kuala Lumpur; dan iv) 1 Februari 1962 di Singapura. Dalam ke empat-empat rundingan ini, Brunei tidak menghantar wakil dan pada tahun 1962 mereka telah menyatakan pendirian bahawa mereka tidak berminat terhadap rancangan ini. Dalam perjumpaan-perjumpaan ini, wakil-wakil dari Tanah Melayu seperti Ismail Yusof dan Datuk Ong Yoke Lim serta Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew telah memainkan peranan yang penting dalam memberikan maklumat kepada pemimpin Sabah dan Sarawak tentang kebaikan menyertai penubuhan Malaysia. Di samping itu, mereka telah diundang dalam lawatan-lawatan muhibah ke Kuala Lumpur dan diberikan penerangan mengenai kemajuan-kemajuan yang telah dicapai oleh Tanah Melayu sepanjang tempoh kemerdekaannya.


120 Suruhanjaya Cobbold Lanjutan daripada persetujuan yang telah dicapai dalam JPPM dan keputusan kerajaan Britain menyokong gagasan penubuhan Malaysia, satu suruhanjaya telah dibentuk dengan untuk tujuan meninjau dan mengkaji pandangan penduduk Sabah dan Sarawak pada 16 Januari 1962. Ia telah dipengerusikan oleh Lord Cobbold, manakala ahli-ahli yang dilantik oleh Britain ialah Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Selain dari itu jawatankuasa ini juga turut dianggotai oleh ahli-ahli yang dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Ghazali Shafie dan Datuk Wong Pow Nee. Hasil dari tinjauan yang telah dilakukan oleh jawatankuasa ini menunjukkan bahawa 81 peratus dari penduduk Sabah dan Sarawak menyokong dan mahu menyertai Malaysia. Pada perkiraan rakyat negeri itu dengan menyertai Malaysia, maka Sabah dan Sarawak akan dapat mencapai kemerdekaan lebih awal dari Britain. Selain itu, mereka juga bimbangkan ancaman komunis yang semakin merbahaya. Sekiranya Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, ancaman komunis lebih mudah diatasi dengan bantuan Kuala Lumpur nanti. Selain dari faktor kemajuan dan kemakmuran yang telah dicapai oleh Persekutuan Tanah Melayu sejak mencapai kemerdekaan, penampilan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri dan ketegasan kerajaan Persekutuan terhadap komunis telah menarik sokongan penduduk Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia. Jumlah peratusan ini meliputi satu per tiga dari penduduk di negeri-negeri ini yang menyokong, satu per tiga tidak menentang, tetapi mensyaratkan hak-hak mereka dijamin terlebih dahulu, manakala satu per tiga lagi tidak bersetuju dan mahukan kemerdekaan secara berasingan. Kebanyakan kumpulan yang menentang merupakan golongan minoriti dan golongan bukan Bumiputera. Mereka bimbang akan kehilangan hak-hak mereka juga takut akan didiskriminasikan oleh kerajaan yang bakal terbentuk nanti. Di samping itu, juga mereka bimbangkan soal dominasi Melayu. Singapura pula telah menghantar referendum menyokong penubuhan Malaysia. Setelah meninjau pandangan rakyat serta para pemimpin Sabah dan Sarawak, maka satu persetujuan telah dicapai oleh suruhanjaya tersebut. Persetujuan tersebut ialah i) Perlembagaan yang bakal di tubuh hendaklah berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. ii) Malaysia adalah nama persekutuan yang bakal dibentuk. iii) Persetujuan dalam soal penghijrahan baik luar negeri mahupun dari Semenanjung dan Singapura, di mana kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa dalam menentukan kemasukan orang luar. iv) Majlis Undangan Sabah dan Majlis Negeri Sarawak diberi hak untuk menentukan hal-ehwal yang berkaitan dengan agama. v) Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan di kedua-dua negeri.


121 Pungutan Suara Singapura Oleh kerana Singapura merupakan negeri yang telah mencapai taraf berkerajaan sendiri, maka ia tidak termasuk dalam bidang penyiasatan Suruhanjaya Cobbold. Walaupun barisan pemimpin Singapura mengalu-alukan rancangan penubuhan Malaysia dan mengatakan kesediaan mereka untuk bergabung, namun banyak pihak di Singapura menentang hebat rancangan ini. Antaranya ialah kumpulan kiri dan Parti Barisan Sosialis. Bagi membuktikan bahawa tidak ada sebarang paksaan dalam menyertai Malaysia oleh pihak Singapura ke atas rakyatnya, maka satu pungutan suara telah dibuat dan mendapati bahawa 71 peratus penduduk Singapura memilih untuk menyertai Malaysia. Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK) Setelah persetujuan telah dicapai di kalangan pemimpin dan penduduk, satu usaha telah dijalankan bagi merangka serta membentuk syarat pembentukan kerajaan Persekutuan yang terperinci. Sehubungan itu, pada Ogos 1962 Jawatankuasa Antara Kerajaan telah dibentuk. Ia telah dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan dianggotai oleh Tun Abdul Razak, Donald Stephen, Abang Haji Mustapha, Temenggung Jugah, dan seorang wakil dari Britain, serta seorang wakil dari Persekutuan Tanah Melayu. Dalam jawatankuasa ini, pemimpin-pemimpin Parti Perikatan Sabah mahukan kepentingan dan masalah rakyat Sabah yang dikemukakan dan Tuntutan 20 dipertimbangkan. Tuntutan tersebut antara lain mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, pendidikan, imigresen, bahasa, dan perwakilan ke Parlimen. JAK telah menubuhkan lima jawankuasa kecil bagi mengkaji dan meneliti aspekaspek perlembagaan, kewangan, perundangan, kehakiman, dan organisasi jabatan. Setelah bersidang beberapa kali dan mengambil kira semua perkara yang berkait dengan tuntutan rakyat dari negeri yang akan bergabung dengan Tanah Melayu, maka satu laporan telah dikeluarkan dan menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia. Penubuhan Persekutuan Malaysia kemudiannya diisytiharkan di Stadium Negara pada 16 September 1963. Reaksi-Reaksi Penubuhan Malaysia Walaupun telah diisytiharkan penubuhan Malaysia, namun terdapat juga reaksireaksi negatif daripada beberapa pihak. Antaranya, tentangan-tentangan dari dalam negara sendiri, Kerajaan Brunei, Kerajaan Filipina, dan Kerajaan Indonesia. Kita akan teliti dengan lebih lanjut reaksi-reaksi tersebut. a) Tentangan Dalaman Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 telah berjaya dilaksanakan walaupun mendapat tentangan dari beberapa pihak, sama ada dari dalam ataupun luar negeri.


122 Tentangan dari dalam negeri telah diterima dari kerajaan Kelantan, iaitu Parti PAS yang telah mengambil tindakan mahkamah dan mendakwa penubuhan Malaysia sebagai tidak sah ke atas Kelantan. Saman yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan yang bertarikh 10 September 1963. Walau bagaimanapun, tuntutan saman tersebut telah gagal. b) Kerajaan Brunei Reaksi penentangan juga datang dari Brunei yang pada peringkat awalnya menyokong malah menunjukkan minatnya untuk bersama-sama Sabah dan Sarawak, serta Singapura untuk menyertai Malaysia. Persetujuan ini lahir dari pertimbangan Sultan Brunei, Sultan Ali Sarifuddin yang memikirkan bahawa negara Brunei adalah sebuah negara yang kecil dan memerlukan perlindungan. Namun, Brunei akhirnya menolak pelawaan penggabungan ini atas beberapa faktor seperti tentangan rakyat Brunei yang diwakili oleh Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari. Tentangan kuat yang diberikan oleh Parti Rakyat Brunei ini juga mendapat sokongan dari Partai Komunis Indonesia. Parti Rakyat Brunei telah melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan Brunei dan mencadangkan penubuhan Kerajaan Borneo Utara bagi menggantikan penubuhan Malaysia. Pada pandangan pemerintah Brunei, sekiranya menyertai Malaysia dibimbangi pemberontakan akan lebih merebak. Walau bagaimanapun, pemberontakan akhirnya berjaya ditumpaskan oleh kerajaan Brunei dengan bantuan Britain. Faktor lain ialah keengganan Sultan Brunei untuk membayar cukai ke atas pendapatannya hasil dari petroleum seperti yang dicadangkan oleh kerajaan Persekutuan, iaitu Brunei hanya berhak sepenuhnya ke atas pendapatan petroleum untuk jangka masa sepuluh tahun. Sebaliknya, kerajaan Brunei menuntut untuk menguasai sepenuhnya hasil petroleum tersebut. Selanjutnya, Sultan Brunei menolak kedudukannya dalam senarai raja-raja yang akan menjadi Yang Di Pertuan Agong. Baginda mahukan kedudukan yang lebih tinggi dan tempoh pemerintahan yang lebih lama, iaitu sejak pemerintahannya di Brunei dan bukannya sejak Brunei menyertai Malaysia. c) Kerajaan Filipina Selain dari Brunei negara jiran yang lain yang menentang penubuhan Malaysia ialah Filipina. Tentangan yang telah ditunjukkan oleh negara ini adalah dengan cara mengemukakan tuntutan ke atas Sabah. Tuntutan ini bermula dari idea Filipina, iaitu Presiden Machapagal yang merupakan seorang tokoh yang sememangnya berminat dalam soal-soal kewilayahan. Subjek utama beliau ialah Sabah yang di dakwa sebagai sebahagian dari wilayah Filipina. Filipina juga menuntut Sabah bagi pihak keluarga Sultan Sulu yang pada masa dahulu merupakan penguasa ke atas negeri ini. Walau bagaimanapun, Sabah telah diserahkan kepada pedagang Austria dan kemudiannya telah berpindah milik kepada British. Dalam soal ini juga, Sultan Sulu dan kemudian pewaris-pewarisnya telah menerima bayaran $5,000,000 setahun. Pada pandangan kerajaan Malaysia isu ini telah selesai.


123 Sebagai tindak balas kepada sikap Filipina, kerajaan Malaysia telah tinjauan dari rakyat Sabah dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan didapati bahawa majoriti rakyat negeri itu memilih untuk berada di bawah kerajaan Malaysia. Namun, kerajaan Filipina telah menolak hasil laporan tersebut. d) Kerajaan Indonesia Tentangan yang paling hebat yang diterima oleh Malaysia berhubung dengan penubuhan Malaysia ialah dari Indonesia yang telah melancarkan konfrontasi dari tahun 1963 hingga 1966. Pada peringkat awal, Indonesia tidak mahu campurtangan dalam soal penubuhan Malaysia kerana ia tidak melibatkan wilayah negara itu. Pada 20 November 1961, kerajaan Indonesia yang diwakili oleh Menteri Luar, Dr. Subandrio pernah mendoakan selamat maju jaya kepada usaha-usaha kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia dalam satu ucapannya di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Tetapi pendirian ini telah bertukar kemudiannya, dan Indonesia telah mengecam penubuhan Malaysia dan menganggap ia sebagai neo-kolonialisme atau satu bentuk penjajahan baru. Parti Komunis Indonesia memainkan peranan yang penting dalam penentangan dan kecaman terhadap pembentukan Malaysia. Sokongan pihak Indonesia terhadap pemberontakan Parti Rakyat Brunei merupakan susulan kecaman Indonesia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Tuduh menuduh antara pemimpin-pemimpin Malaysia dan Indonesia telah dilemparkan dalam akhbar-akhbar di negara masing-masing. Hubungan Malaysia dengan Indonesia menjadi semakin tegang dan pada 20 Januari 1963 Menteri Luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio telah mengumumkan konfrontasi ke atas Malaysia dengan melancarkan kempen “Ganyang Malaysia!”. Konfrontasi ialah satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan penentangan. Presiden Sukarno memilih istilah ini untuk menunjukkan tentangannya terhadap Malaysia. Indonesia telah melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia dalam aspek kemasyarakatan dan ekonomi. Walaupun pada asalnya Indonesia menyatakan tidak akan melancarkan konfrontasi ala-tentera tetapi keadaan menjadi semakin genting apabila tentera-tentera Indonesia telah menyusup masuk ke wilayah-wilayah Malaysia, seperti di pantai Pontian dan pantai Muar di Johor. Terdapat beberapa usaha yang telah dijalankan bagi menamatkan konfrontasi Indonesia dan Malaysia serta memperbaiki hubungan Malaysia dan Filipina. Ia termasuklah usaha Tunku menubuhkan gagasan Maphilindo dalam satu Sidang Puncak yang di adakan di Manila pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963, tetapi pertubuhan ini berkubur di tengah jalan. Selain itu, perundingan antara ketiga-tiga ketua pemimpin negara ini juga turut diadakan di Tokyo pada 20 Jun 1964. Perundingan ini juga menemui jalan buntu. Konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia akhirnya tamat berikutan dengan kejatuhan Sukarno akibat kegagalan cubaan coupde-tet yang telah dilancarkan oleh Parti Komunis Indonesia pada 30 September 1965 dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai G30S/PKI. Rundingan perdamaian dan


124 pemulihan hubungan Indonesia dengan Malaysia telah diadakan di Bangkok pada tahun 1966. Perjanjian dan Pengisytiharan Malaysia Perjanjian penubuhan Malaysia telah ditandatangani di antara kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura pada 9 Julai 1963 di Malborough House London (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970). Pihak Kerajaan Britain diwakili oleh Sir Harold MacMillan, Sir Duncan Sandys dan Sir Landsdowne. Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Haji Abdul Razak Hussain, Tun Tan Siew Sin, Tun V.T. Sambanthan. Tan Sri Omar Yoke Lin dan S.A. Lim. Borneo Utara diwakili oleh Datu Mustapha Datu Harun, Donald A. Stephens, W.K.H. Jones, Khoo Siak Choo, W.S. Holley dan G.S. Sundang. Sarawak pula diwakili oleh P.E.H. Pike, Temenggong Jugah anak Barieng, Dato’ Bandar Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Dato’ Abang Haji Openg. Akhir sekali ialah Singapura yang diwakili oleh Lee Kuan Yew dan Goh Keng Swee. Perjanjian ini mengesahkan peralihan kuasa negeri jajahan dan naungan British kepada Persekutuan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Ia telah disahkan oleh Parlimen British pada 31 Julai, Dewan Undangan Singapura pada 2 Ogos, Majlis Undangan Sabah pada Ogos dan Majlis Undangan Sarawak pada bulan yang sama. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk pindaan Perlembagaan pada 26 Ogos untuk diguna pakai pada 31 Ogos 1963. Penubuhan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963 serentak di seluruh negara iaitu di Kuala Lumpur, Singapura, Kuching dan Jesselton. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan Malaysia telah dilakukan di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail dan Raja-Raja Melayu. Sementara itu di Sabah dilakukan oleh Ketua Menteri iaitu Donald Stephen. Ia turut disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri iaitu Datu Mustapha Datu Harun dan wakil kerajaan Persekutuan iaitu Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein dan di Sarawak pula pengisytiharan dibuat oleh wakil kerajaan Persekutuan iaitu Khir Johari dan dihadiri oleh para kenamaan negeri tersebut. Kesimpulan Penubuhan Malaysia jelas menunjukkan keinginan rakyat Sabah, Sarawak, dan Singapura, malah Brunei sendiri untuk mencapaian kemerdekaan melalui Malaysia. Ia juga menunjukkan hasil dari satu persetujuan yang telah diterima oleh pihak yang terlibat. Walaupun usaha-usaha untuk menubuhkan Malaysia terpaksa menghadapi banyak halangan, satu perkara penting yang dapat diperhatikan bahawa penggabungan wilayah-wilayah ini adalah dibentuk secara demokratik, iaitu melalui pungutan suara dan tidak ada unsur ugutan dari mana-mana pihak. Oleh yang demikian, kita dapati apabila Singapura kemudiannya menimbulkan pelbagai masalah kepada kerajaan pusat, negara itu akhirnya diizinkan keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.


125 TOPIK 8 JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA Pendahuluan Jentera pentadbiran kerajaan telah mula menjadi fokus dalam memperkatakan tentang proses representasi dan amalan “good governance” oleh sektor kerajaan. Begitu juga dengan amalan federalisme atau persekutuan yang melibatkan hubungan di antarakerajaan pusat dan negeri.Sistem federalisme adalah satu evolusi yang panjang yang bermula dari pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Walaupun ianya tidak semoden sistem pemerintahan hari ini. Landskap pentadbiran negara kita kemudiannya dicorakkan oleh rentetan penjajahan dan evolusi dan pengadaptasian sistem pentadbiran British dengan masyarakat kita. Pentadbiran awam menggambarkan institusi birokrasi awam di dalam negara iaitu struktur organisasi yang membentuk prinsip dan pelaksanaannya; proses di mana perkhidmatan awam dilaksanakan.Pentadbiran (awam) atau birokrasi merupakan jentera yang paling penting yang digunakan oleh manamana kerajaan di seluruh dunia bagi mencapai matlamat untuk memajukan negai-a. Ia juga merupakan alat yang paling berkesan yang digunakan secara langsung dalam memberikan keberkesanan kepada manamana sistem pemerintahan (K. Ratmanathan, 1993). Sistem pentadbiran di Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan dipengaruhi kuat oleh sistem pemerintahan dan pentadbiran Inggeris yang telah menjajah negara kita sejak sekian lama. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sedia ada di Malaysia semasa kerajaan Melayu tradisi juga merupakan asas penting kepada apa yang wujud kini. Sistem Pentadbiran Zaman Tradisi Kerajaan Melayu Melaka pada suatu masa dahulu menguasai sebahagian besar Semenanjung Tanah Melayu. Setiap kawasan atau wilayah yang dikuasainya pula mempunyai institusi pentadbiran dan adat budayanya sendiri. Pengagihan autonomi ke atas jentera pentadbiran dan autoriti yang dimiliki oleh setiap peringkat telah diwariskan kepada pentadbiran hari ini. Kerajaan Melayu Melaka dijadikan model kepada sistem politik pada masa itu kerana ia menjadi ikutan kepada semua kerajaan-kerajaan Melayu selepasnya. Pada masa itu istilah kerajaan dan negeri (negara) membawa pengertian yang sama iaitu pemerintahan seorang raja yang memerintah secara mutlak. Sebab itulah kita sering melihat sesebuah kerajaan itu lebih dikenali dengan panggilan Kesultanan Melayu Melaka pada masa itu contohnya lebih dikenali sebagai Kesultanan Melayu Melaka. Begitu juga dengan kerajaan lain bagi menggambarkan satu pemerintahan di negeri tersebut. Sesebuah pemerintahan diketuai oleh seorang raja


126 yang lebih dikenali dengan panggilan sultan. Baginda dibantu oleh para pembesar di istana dan juga di kawasan. Secara tidak langsung seorang sultan akan dibantu sama oleh kaum kerabat yang terdiri dari kalangan permaisuri, adik-beradik dan juga bapa saudaranya. Seseorang sultan dilantik dan ditabalkan menjadi pemerintah setelah memenuhi beberapa syarat yang diadatkan saperti anak lelaki sulung dan sebolehbolehnya anak gahara . Selain sultan, penggerak sesebuah kerajaan itu ialah para pembesar. Mereka dilantik oleh sultan untuk mentadbir sesuatu kawasan dan menjadi penghubung antara raja dengan rakyat. Meskipun tidak menjadi syarat anak menggantikan jawatan bapa terutamanya bagi jawatan pembesar istana namun anak seseorang pembesar itu telah dilatih untuk memegang jawatan pembesar atau ketua mengikut taraf bapanya. Pada kebiasaannya perlantikan seseorang pembesar bersandarkan kepada faktor-faktor seperti asal-usul keturunannya yang baik lagi berjasa, kesetiaannya dan pengiktirafan dari sultan, kekayaan dan kekuasaannya serta warisan dari keturunannya. Gabungan peranan raja dan pembesar serta sokongan rakyat jelata merupakan penentu utama kepada kebangkitan dan kegemilangan sesebuah kerajaan Melayu. Contohnya kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka adalah disebabkan oleh kebijaksanaan Sultan Mansur Syah dan Bendahara Tun Perak dan kepatuhan rakyat Melaka sendiri. Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Zaman Penjajahan Pentadbiran bersifat kewilayahan menjadi semakin jelas dengan kedatangan British. Bermula dengan Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, British memperkenalkan sistem Residen dan perundangan Barat. Sebuah demi sebuah Kerajaan Melayu yang diperintah secara mutlak dan mengikut hukum Islam beralih kepada sistem pemerintahan yang dibawa oleh penjajah. Ini tidaklah bermakna pentadbiran secara Barat baru bermula. Sebenarnya bagi masyarakat orang Melayu di Melaka, Pulau Pinang, Johor dan Singapura telah lama terdedah dengan sistem politik dan Pentadbiran Barat. Melalui sistem Residen dan peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan oleh Barat, sultan telah menyerahkan hampir seluruh tugas dan kuasa pentadbirannya kepada Residen. Sehubungan dengan peruntukan yang diberikan kepada Residen, para pembesar tidak lagi mempunyai autoriti dalam pentadbiran negeri dan tempat mereka telah digantikan dengan pegawai tadbir British ataupun pemimpin tempatan yang dipilih oleh pemerintah Inggeris yang dibayar gaji oleh pihak British. Kekuasaan tidak lagi secara mutlak tetapi telah diperlembagakan secara bertulis dan upacara mengadap dan sembah hormat telah bertukar menjadi mesyuarat. Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk menggerakkan jentera pemerintahan yang dipengcrusikan oleh Residen. Sesuai dengan kepentingan penjajah ke sini kerana kepentingan ekonomi mereka, maka penguatkuasaan peraturan menjadi agenda utama. Tentera dan polis dibawa daripada Eropah dan ada yang ditubuhkan di Tanah Melayu secara langsung menyebabkan fungsi dan peranan pengawal yang dilaksanakan oleh hulubalang dan pahlawan Melayu sebelum ini telah lenyap. Mahkamah dan hakim diwujudkan bagi menggantikan hukuman yang dijatuhkan oleh sultan di Balai


127 Penghadapan. Cukai-cukai lama dikekalkan dan cukai-cukai baru diperkenalkan saperti cukai tanah, pintu, buah-buahan, perahu, dagangan, daun dan sebagainya yang tidak pernah wujud sebelum ini. Pembesar yang sebelum ini memungut cukai bagi wilayah atau jajahan mereka telah diambilalih oleh pegawai dan pejabat daerah. Jawatan pembesar terus wujud. Pada zaman ini pusat pemerintahan juga telah bertukar dari tepi-tepi sungai ke bandar-bandar baru yang diwujudkan oleh British kerana kepentingan ekonomi. Dasar pecah dan perintah oleh kerajaan British diwujudkan untuk mencari keseragaman dalam pentadbiran negeri-negeri jajahan pada masa itu. British mengembangkan lagi sistem pemerintahan dan pcntadbiran mereka di sini dengan menggabungkan kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu kepada satu pemerintahan yang lebih besar dan luas. Pada tahun 1826, tanah jajahan mereka di Pulau Pinang, Singapura, Melaka dan Dinding telah dicantumkan dalam satu pemerintahan berpusat yang dikenali dengan nama Negeri-Negeri Selat dan Pulau Pinang dijadikan sebagai pusat pemerintahan. Pusat pentadbiran Negeri-Negeri Selat kemudiannya bertukar ke Singapura kerana kemajuan dan kedudukannya. Bagi negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang pula, is telah digabungkan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang ditadbir oleh Residen General di Kuala Lumpur. Manakala jawatan Residen di setiap negeri dikekalkan. Apabila British berjaya mendapatkan empat buah negeri Melayu yang dinaungi oleh Siam melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, negeri-negeri ini dikenali dengan nama Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang kemudiannya diikuti oleh Johor. Kerajaan British cuba untuk menggabungkan semua negeri-negeri Melayu di bawah rancangan Malayan Union pada tahun 1946 tetapi gagal. Walau bagaimana pun Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 melalui kompromi telah berjaya diwujudkan (Emerson, 1993). Sebelum dari itu British telah juga membuat penyatuan di kalangan raja-raja Melayu dengan mengadakan Persidangan RajaRaja Melayu atau Durbar. Persidangan pertama telah diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1896 atas dokongan kuat Sultan Idris Murshidul A'zam Syah. Persidangan inilah kemudiannya berterusan menjadi Majlis Raja-Raja apabila negara kita mencapai kemerdekaan. Bagi tujuan pentadbiran kawasan bandar dan pekan, British turut mengembangkan sistem pentabdiran di Britain dengan mewujudkan kerajaan tempatan berasaskan keluasan dan kemajuan kawasan seperti Majlis Tempatan (Local Council) untuk pekan-pekan kecil, Lembaga Bandaran ( Town Board) untuk pekan daerah dan Perbandaran (Municipality) untuk ibu negeri. Sejajar dengan perkembangan semasa, British turut membawa jabatan-jabatan lain bagi membantu pentadbiran negeri dan daerah seperti muzium, kerja raya, pendidikan, pertanian, kesihatan, galian, kastam, imigresen, pos, telekom, eletrik, perparitan dan sebagainya. Dalam melaksanakan setiap polisi yang ditetapkan British dibantu oleh penjawat-penjawat awam yang digajikan iaitu perkhidmatan Malayan Civil Servants (M.C.S) dan Malay


128 Administrative Service (M.A.S) yang telah diasaskan sejak selepas pembukaan Pulau Pinang oleh penjajah lagi (Heussler, 1981). Walaupun pada awalnya pentadbiran dan pemerintahan negara dimonopoli oleh mereka yang berbangsa Inggeris, Sistem Ahli dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1951 merupakan satu peluang pertama rakyat tempatan dalam usaha untuk sama-sama berperanan dalam mentadbir negara ini. Seramai sembilan orang ahli Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan yang dilantik telah dipilih bagi mengetuai beberapa jabatan kerajaan: a . Hal- Ehwal Ekonomi b. Hal-Ehwal Dalam Negeri c. Hal-Ehwal Pertanian Dan Perhutanan d . Hal-Ehwal Kesihatan e. Hal-Ehwal Pelajaran f. Hal-Ehwal Industri Dan Perhubungan Sosial g. Hal-Ehwal Tanah, Galian Dan Perhubungan h. Hal-Ehwal Kerjaraya Dan Perumahan i. .Hal-Ehwal Kereta Api Dan Pos Kedudukan mereka ini sama seperti menteri kabinet pada hari ini, tetapi mereka tidak mempunyai bidang kuasa sebagaimana menteri. Namun ini telah memberi ruang dan peluang untuk belajar mentadbir negara. Pada tahun 1952, kesemua anggota Sistem Ahli telah dipilih untuk menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan (Executive CouncilEXCO) sebuah badan yang mentadbir negara. Pada tahun 1953, seorang speaker telah dilantik bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi dalam mempengerusikan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan (Asnarulkhadi et al, 1997). Perubahan pemerintahan seterusnya ialah Pilihanraya Persekutuan 1955 yang, merupakan pilihanraya yang pertama dalam sejarah negara. Sebelum itu beberapa piliharaya di peringkat kerajaan tempatan telah diadakan iaitu piliharaya Majlis Bandaran Pulau Pinang pada akhir tahun 1951 dan diikuti oleh Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada awal tahun 1952 kemudiannya. Seterusnya dilaksanakan Majlis Bandaran yang lain seperti Ipoh, Johor Baharu, Seremban dan sebagainya. Pilihanraya Persekutuan pada 27 Julai 1955 telah menyaksikan pertandingan merebut kerusi di 52 kawasan yang mana Parti Perikatan berjaya memenangi 51 kerusi. Sebuah lagi kawasan dimenangi oleh PAS di kawasan Krian, di utara Perak. Kejayaan dari pilihanraya ini telah membolehkan parti yang menang majoriti menubuhkan sebuah kerajaan melalui keanggotaan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan. Tunku Abdul Rahman Putra telah mengetuai kerajaan ini bersama 5 wakil dari UMNO, 3 wakil MCA dan seorang wakil MIC. Ahli lain ialah Pesuruhjaya Tinggi yang menjadi pengerusi dan 3 ahli dipilih kerana jawatan: Setiausaha Kewangan, Pertahanan dan Hal-Ehwal Ekonomi. Dua orang ahli lain dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi (Tunku Abdul Rahman, 1977).


129 Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Moden Kemerdekaan negara telah menyaksikan peralihan pemerintahan dari penjajah kepada anak negeri semula. Disebabkan kekurangan dalam tenaga perkhidmatan, hanya aspek pemerintahan dan politik dipegang sepenuhnya oleh rakyat tempatan manakala aspek pentadbiran sebahagian besarnya dikuasai oleh pegawai-pegawai pcnjajah atas dasar peralihan kuasa. Negara kita juga menerima pakai semua sistem dan peraturan pada zaman pcnjajah dengan berpandukan perlembagaan negara. Setelah selesai zaman peralihan, rakyat tempatan mengambil alih sepenuhnya jawatan-jawatan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Dalam sistem politik moden, Malaysia mengamalkan: a) Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan; bilamana kepentingan rakyat dibuat melalui perwakilan yang dipilih menerusi parti-parti politik yang memenagi pilihanraya. Manakala Raja pula memerintah mengikut Perlembagaan yang digubal di Parlimen melalui wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat. b) Kedaulatan rakyat diperakui dengan membenarkan mereka menubuh atau menyertai mana-mana parti politik yang akan menyertai pilihanraya bagi menubuhkan kerajaan dan menjalankan pemerintahan apabila mencapai kejayaan majoriti. c) Rakyat dibenarkan menubuhkan pertubuhan atau perkumpulan yang mewakili mereka dalam saluran bukan politik yang dinamakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non Governmental Organi zation) bagi tujuan check and balance. d) Kerajaan yang ditubuhkan akan memerintah negara melalui konsep Pengasingan Kuasa(Separation of Power) dengan ketiga-tiga badan iaitu eksekutif, legislatif dan judisiari mempunyai fungsi dan peranan masingmasing tanpa campurtangan antara satu sama lain. Sejajar dengan konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan maka satu proses perlu diadakan bagi kerajaan menjalankan pemerintahan. Pembentukan sebuah kerajaan berlaku setelah adanya parti (partiparti) yang menang majoriti dalam pilihanraya. Melalui pilihanraya, rakyat diberi hak untuk membuat pilihan parti mana yang bakal mewakili mereka dan rakyat dalam pemerintahan yang baik. Mandat bagi menubuhkan kerajaan dan menjalankan pemerintahan diberi dalam tempoh lima tahun bagi setiap kali pilihanraya. Untuk melicinkan proses pemilihan dalam pilihanraya (umum atau kecil), sebuah badan pentadbir pilihanraya ditubuhkan. Mengikut Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan, badan


130 bebas ini dikenali dengan nama Suruhanjaya Pilihanraya dengan pengerusi dan ahliahlinya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong (YDPA) dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi yang tulen bilamana rakyat bebas memilih parti dan wakil-wakil mereka dengan bebas tanpa sebarang paksaan. Pemilihan dibuat dalam bentuk undian yang sulit setelah setiap parti yang bertanding mengadakan kempen masing-masing mengikut lunas undangundang iaitu Ordinan Kesalahan Pilihanraya, 1954 dan prinsip-prinsip demokrasi. Setelah selesai pengiraan undi, mana-mana parti politik (atau gabungan parti-parti) yang mendapat kemenangan majoriti akan menubuhkan kerajaan. Semenjak tahun 1955, kerajaan yang sama terus berkuasa bagi setiap kali pilihanraya umum di adakan di peringkat Persekutuan (Dewan Rakyat) dari Parti Perikatan yang kemudiannya bertukar nama kepada Barisan Nasional. Di peringkat negeri (Dewan Undangan Negeri), bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Sabah ada berlaku perubahan kepada kerajaan atau pemerintah setelah diidakan pilihanraya. Ini memberi satu gambaran bahawa proses pilihanraya telah dapat berjalan dengan lancar dan rakyat dapat membuat pemilihan dengan bebas dan sempurna. Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan telah menetapkan bahawa ketua negara ialah YDPA dan ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Di peringkat negeri pula, Ketua Negeri ialah Raja-Raja Melayu bagi sembilan buah negeri beraja dan Tuan Yang Terutama atau Yang Dipertua Negeri bagi negeri lainnya. Ketua kerajaan pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri. Proses pemilihan ketua kerajaan ialah melalui pilihanraya, manakala pemilihan YDPA dibuat oleh Majlis Raja-Raja. Inilah yang telah membentuk istilah Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sebagai satu lambang dan sistem pemerintahan negara ini. Kedua-dua institusi ini saling melengkapi dalam fungsi dan peranannya dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara (Malaysia Kita, 1991). Majlis Raja-Raja Majlis Raja-raja sudah wujud pada masa Negeri-negeri Melayu Bersekutu lagi tetapi tidak berjalan rapi seperti sekarang. Majlis ini diperuntukkan juga dalam Perlembagaan Malayan Union (1946) dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1948 tetapi kuasa majlis ini tidak luas seperti sekarang kerana majlis itu hanya berkuasa mengenai hal ehwal adat resam orang-orang Melayu dan agama Islam sahaja (Tun Mohd. Salleh, 1989). Bermula dengan Durbar pada tahun 1897, Raja-Raja Melayu bagi Negeri Melayu Bersekutu telah dapat mengadakan pertemuan dan perbincangan sesama mereka (Ahmad Fawzi Basri, 1996) dan pertemuan dan perbincangan dengan Pesuruhjaya Tinggi secara rasmi ataupun tidak dan secara tidak berkala. Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan, Majlis Raja-Raja Melayu juga dibentukkan sama. Di majlis inilah seluruh Raja-Raja Melayu dapat berkumpul dan bertemu


131 bagi membincangkan kepentingan mereka, orang Melayu dan juga negara. Mengikut Tun Mohamad Suffian bin Hashim, walaupun ia tidak mempunyai kuasa untuk membuat undangundang atau mengenakan cukai atau meluluskan perbelanjaan negara, tetapi majlis ini amat berpengaruh. Ia mengadakan hubungan yang rapat di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan Negeri di peringkat tertinggi. Majlis ini memberi peluang kepada mereka untuk membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama iaitu perkara-perkara yang memusykilkan mana-mana pihak antara mereka. Oleh kerana perbincangan dijalankan secara tertutup, mereka dapat berunding secara berterus terang dan penuh sopan santun. Bagi Perdana Menteri pula, beliau berpeluang dalam forum ini untuk menerangkan dasar-dasar persekutuan yang telah diputuskan dan juga yang akan diputuskan (Tun Mohd Suffian, 1987). Majlis Raja-Raja mempunyai sebuah urusetia bagi menjalankan pentadbiran majlis dan juga pengendalian mesyuarat. Ia dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan ketua pentadbir yang menjawat jawatan di urusetia. Majlis Raja-Raja akan mengadakan persidangan sebanyak 3 hingga 4 kali untuk selama tiga hari pada setiap tahun. Bagi setiap kali persidangan akan dipengerusikan oleh seorang Raja Melayu secara bergilir-gilir. Pada hari kedua, ia akan dihadiri oleh YDPA dengan diiringi oleh Perdana Menteri. Selain daripada mengadakan persidangan secara berkala, majlis juga boleh mengadakan mesyuarat apabila dikehendaki oleh YDPA atau diminta oleh sekurang-kurangnya tiga ahli Majlis. Mesyuarat juga boleh dipanggil bagi membuat perlantikan YDPA baru dan timbalannya tidak kurang dari empat minggu sebelum tamat tempoh perkhidmatan ataupun berlaku kemangkatan pemegang jawatan. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (YDPA) Institusi raja berpelembagaan di Malaysia di ketuai oleh Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 32(1) yang menyebut “beliau adalah ketua utama negara yang mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan (Malaysia Kita, 1984)”. Gelaran rasmi yang penuh bagi baginda adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Yang di-Pertuan Agong memegang jawatan selama lima tahun dan dibantu oleh Timbalan Yang diPertuan Agong. Pemilihan dibuat daripada mana-mana raja daripada sembilan buah negeri beraja di Malaysia. Pemilihan tidak akan dibuat sekiranya raja tersebut tidak cukup umur, tidak mahu dipilih ataupun difikirkan oleh Majlis Raja-raja tidak layak menjadi Yang di-Pertuan Agong atas sebab kelemahan fizikal atau fikiran atau sebab-sebab lain. Kefahaman terhadap Majlis Raja-Raja akan lebih jelas apabila melihat kepada fungsi dan peranan YDPA dalam sistem pemerintahan. Jika dinilai dari ikrar semasa mengangkat sumpah memegang jawatannya di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara, ternyatalah baginda mestilah bertanggungjawab menjalankan pemerintahan berpandukan perlembagaan dan nasihat dari Perdana Menteri dan jemaah kabinetnya.


132 Sungguhpun begitu, sebagai Ketua Negara, baginda berhak mendapat maklumat terhadap urusan pemerintahan negara. Mengikut tradisinya, Perdana Menteri akan mengadap YDPA sebelum mengadakan mesyuarat kabinet bagi memaklumkan kepada baginda sebarang perkembangan negara. Selaku Ketua Negara, baginda juga menjadi lambang kepada perpaduan negara dan menjadi pemerintah tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sebagai Raja Berperlembagaan, baginda tertakluk kepada beberapa peraturan seperti: a) Tidak boleh menjalankan apa-apa kuasa raja di negerinya kecuali: i. Sebagai Ketua Agama Islam ii. Meminda Perlembagaan Negeri iii. Melantik pemangku raja atau ahli jemaah pemangku raja b) Tidak boleh terlibat dalam perniagaan secara aktif c) Tidak boleh menerima emolumen dari kerajaan negeri baginda d) Tidak boleh ke luar negara melebihi 15 hari tanpa persetujuan Majlis Raja- Raja kecuali atas urusan lawatan rasmi negara. e) Permaisuri Agong tidak boleh memegang jawatan kerajaan. f) Timbalan YDPA juga tidak boleh melakukan perkara yang sama saperti di atas apabila baginda menjalankan tugas YDPA melebihi dari 15 hari. Fungsi dan peranan YDPA di peringkat Persekutuan adalah sama dengan kedudukan raja-raja Melayu di peringkat negeri. Meskipun terikat dengan peraturan dan bertindak mengikut nasihat namun YDPA dan Raja-Raja Melayu masih mempunyai kuasa tertentu yang dipanggil kuasa ”budi bicara" terhadap perkaraperkara berikut: a) Tidak memperkenankan permohonan untuk membubarkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang pada pandangan baginda boleh merugikan rakyat dan negara (negeri). b) Tidak memperkenankan nama calon yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar. Baginda boleh meminta bakal kerajaan yang ditubuhkan memilih calon lain yang mendapat sokongan partinya (gabungan parti-parti) supaya dapat disahkan. Raja-raja Melayu juga mempunyai peranan dalam majlis untuk dirundingi oleh kerajaan bagi mendapatkan persetujuan jika mahu menyentuh perkara berikut dalam pemerintahan:


133 a) Merubah taraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. b) Mengubah kedudukan taraf istimewa orang Melayu dan Bumiputera. c) Hak Kewarganegaraan d) Menentukan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu itu sendiri. Pengekalan sistem beraja yang diinstitusikan dan memilih demokrasi berparlimen telah menjadikan negara kita dapat mengekalkan tradisi dan meneruskan pemerintahan sejak berzaman yang menjadi identiti Melayu. Dalam masa yang sama menjadikan institusi beraja itu sebagai tempat perlindungan kepada masyarakat bukan Melayu. Selain dari menjadi simbol dan lambang kepada negara, raja-raja Melayu menjadi tempat terakhir untuk mencari keadilan. Suruhanjaya Suruhanjaya di Malaysia adalah satu agensi yang bergerak bebas, adil, berkecuali dan tidak dipengaruhi oleh kawalan politik. Anggota- anggota suruhanjaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perundingan dengan Majlis Raja-raja. Terdapat dua jenis suruhanjaya secara amnya di Malaysia iaitu a) Suruhanjaya Tetap – Suruhanjaya Pilihanraya & Suruhanjaya Perkhidmatan b) Suruhanjaya Sementara – Biasanya diwujudkan untuk mengkaji perkaraperkara dan membuat perakuan untuk penyelesaian masalah atau perkara tersebut. Terdapat empat jenis suruhanjaya secara khasnya di Malaysia iaitu: i) Suruhanjaya Pilihanraya Suruhanjaya Pilihanraya ditubuhkan mengikut perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan dianggotai oleh seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan 5 orang ahli. Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:- a) membuat kajian dan persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihanraya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu


134 b) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih c) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan. ii) Suruhanjaya Perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan bertujuan memastikan kesaksamaan hal ehwal pentadbiran awam, seperti perlantikan, pengesahan jawatan, mengawal disiplin, dan kenaikan pangkat kakitangan awam. Sehingga sekarang terdapat lima buah suruhanjaya perkhidmatan iaitu: i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ii) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan iii) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang iv) Suruhanjaya Pasukan Polis v) Majlis Angkatan Tentera. iii) Suruhanjaya Khas Suruhanjaya Khas ditubuhkan oleh kerajaan secara sementara untuk tujuan tertentu seperti menghadapi bencana alam, masalah salahguna kuasa dan penyelewengan dan lain-lain. iv) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Suruhanjaya ini ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Ianya bertujuan untuk kesedaran mengenai hak asasi manusia. “Untuk membolehkan Suruhanjaya menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan, beberapa kumpulan kerja yang khusus telah dibentuk, merangkumi pendidikan dan promosi, pembaharuan undang-undang serta perjanjian dan suratcara antarabangsa, hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, dan aduan dan siasatan Sistem Persekutuan Kelancaran pentadbiran kerajaan memerlukan satu sistem pentadbiran yang teratur dan menyeluruh bagi membolehkan rancangan-rancangan kerajaan dilaksanakan. Kerajaan Malaysia mengamalkan satu sistem pentadbiran berperingkat yang dinamakan persekutuan atau federalisme. Pendapat yang boleh dianggap ulung sekali ialah yang disarankan oleh K.C Wheare yang mana mengatakan apa yang penting bagi prinsip federalisme, antara lain, ialah wujudnya dua peringkat kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan negeri (S.M Noor, 1984).Dengan kata lain ia adalah satu sistem pemerintahan dengan negeri-negeri disatukan untuk kepentingan bersama di bawah satu negara.


135 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 menandakan bermula sistem Persekutuan bagi negeri-negeri Melayu. Namun demikian kerajaan penjajah telah mewujudkan sistem yang sama dalam bentuk yang lebih longgar dan lebih mirip kepada sistem "Kesatuan" apabila terbentuknya Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895 dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1909. Percubaan mencantumkan ketiga-tiga kelompok Negeri-negeri Melayu ini dibuat melalui Malayan Union berakhir dengan kegagalan. Ia kemudiannya digantikan dengan PersekutuanTanah Melayu. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, sebuah Perlembagaan negara telah dirangka. Ia dikemaskinikan apabila penubuhan Malaysia pula pada 16 September 1963. Perlembagaan telah menetapkan pembahagian bidang kuasa yang jelas antara kerajaan-kerajaan yang terdapat dalam sistem ini. Perlembagaan juga menetapkan bidang kuasa bersama antara kerajaan Pusat dan Negeri. Pembahagian bidang kuasa sedemikian bertujuan untuk membolehkan setiap kerajaan dapat memainkan peranan masing-masing dan bagi mengelakkan berlaku pertembungan atau pertindihan tanggungjawab yang memungkinkan berlakunya permasalahan atau pertelingkahan. Secara keseluruhannya terdapat empat bidang utama dalam pembahagian ini iaitu; a . Bidang Kuasa Perundangan. b .Bidang Kuasa Pemerintahan. c. Bidang Kuasa Hal Ehwal Tanah. d.Bidang Kuasa Kewangan (Tun Mohd Sufian bin Hashim, 1987). Bidang Kuasa Perundangan Mengikut Jadual 9: Senarai Perundangan; Senarai 1 iaitu Senarai Persekutuan meliputi hal ehwal berikut: a. Hal ehwal luar negeri. b. Pertahanan negara. c. Hal ehwal keselamatan dalam negeri. d. Undang- undang dan kehakiman. e . Kewarganegaran. f. Jentera perkhidmatan persekutuan. g. Kewangan. h. Tred, perdagangan dan perusahaan. i. Perkapalan, pelayaran dan perikanan. j. Perhubungan dan pengangkutan. k. Kerja-kerja persekutuan dan kuasa (tenaga). 1. . Tinjauan, siasatan dan penyelidikan. m . Pelajaran. n. Ubatan dan kesihatan. o. Buruh dan keselamatan social. p. Kebajikan orang asli. q. Pekerjaan-pekerjaan profesional.


136 r. Hari kelepasan persekutuan dan piawaian. s. Pertubuhan yang tidak diperbadankan. t. Kawalan musuh tanaman, mencegah penyakit pokok. u. Akhbar, penerbitan dan percetakan. v. Penapisan filem. w . Panggung wayang dan tempat hiburan. x. Syarikat kerjasama. y. Perkhidmatan bomba dan penyelamat. z. Wilayah-Wilayah Persekutuan; Kuala Lumpur, Labuan dan Putra Jaya. Bagi Senarai 2 iaitu Senarai Negeri ialah: a . Hukum Syarak. b. Hal Ehwal Tanah. c. Pertanian dan Perhutanan. d. Kerajaan Tempatan (PBT). e. Perkhidmatan Bercorak Tempatan. f. Kerja-kerja Negeri dan Kerja Air. g. Jentera Kerajaan Negeri. h. Hari Kelepasan. Negeri. i. Tindakan Kesalahan. j. Siasatan Untuk Negeri. k.. Lepasan Tanggungan. 1.l Penyu dan Menangkap Ikan di Sungai. m. Undang-undang dan Adat Istiadat Bumiputera. n. Perbadanan Milik Negeri. o. Port dan Pelabuhan Milik Negeri. p. Ukuran dan Kadastera. q. Keretapi Sabah. Bagi Senarai 3 iaitu Senarai Bersama ialah: a. Hal Ehwal Kebajikan Masyarakat; termasuk dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak, orang perempuan dan orang muda. b . Biasiswa. c. Perlindungan Kehidupan Liar; Taman Negara. d. Ternakan Haiwan, Mencegah Penganiayaa.n dan Kuarantin. e. Perancang Bandar dan Kampung (kecuali Wilayah Persekutuan). f. Kawalan Penjaja, Kuturayau dan Peminta Sedekah. g. Kebersihan Awam dan Pencegahan Penyakit. h. Pengairan dan Saliran. i. Pemulihan Tanah Lombong dan Kesan Hakisan. j. Undang-undang Keluarga. k. Pencemaran Barang Makanan dan Barangan Lain. l. lPerkapalan yang Kurang dari 5 Tan dan Membawa Penumpang, Barang- Barang dan Menangkap Ikan di Muara atau Laut.


137 m. Bekalan Air dan Letrik dari Kuasa Air. n. Penyelidikan Pertanian dan Perhutanan. o. . Khairat, Amanah dan Yayasan Khairat Negeri. p. Panggung Wayang dan Tempat Hiburan. q. Pilihanraya DUN yang tidak diadakan serentak. r . Ubatan dan Kesihatan. Sistem Pentadbiran Kerajaan Negeri Corak dan struktur jentera pentadbiran peringkat negeri di Malaysia masih mengekalkan corak pentadbiran British dimana bekas Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu meletakkan kuasa eksekutif kepada Raja atau Sultan, manakala bagi negeri bekas Negeri Selat, kuasa ini dipegang oleh Yang di-Pertua Negeri. Perlantikan Menteri Besar atau Ketua Menteri adalah berdasarkan keputusan pilihanraya umum, biasanya mereka ialah ketua parti yang memenangi pilihanraya dan mendapat sokongan dalam Dewan Undangan Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Semenanjung) (MMK), Kabinet (Sabah) dan Majlis Tertinggi (Sarawak) menyerupai Kabinet diperingkat Persekutuan. Majlis ini diketuai oleh Ketua Menteri atau Menteri Besar dan dianggotai oleh ahli Dewan Undangan Negeri yang memenangi pilihanraya dan bilangannya boleh berubah mengikut keperluan dari empat hingga dua belas orang. Tiga orang pegawai kerajaan negeri seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri juga menjadi ahli MMK. Ini bertujuan untuk menyelaraskan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan membuat dasar-dasar kerajaan negeri, menggubal undang-undang yang disenaraikan dalam Senarai Negeri Perlembagaan Malaysia, menguruskan hal-hal tanah rizab orang Melayu, permit dan lesen perlombangan, pindah milik tanah dan harta yang ditemui, hal-hal pertanian, pembalakan,kemudahan asas mengikut keperluan dan lesen menangkap ikan atau menjalankan tempat hiburan. Terdapat tiga jawatankuasa penyelarasan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk menyelaraskan pentadbiran kerajaan negeri iaitu Majlis Pembangunan Negeri yang melaksanakan program kerajaan negeri, Majlis Perancangan Negeri yang merancang pembangunan ekonomi negeri dan Majlis Keselamatan Negeri yang mentadbir keselamatan dalam negeri. Setiausaha Kerajaan Negeri yang berada di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri adalah pegawai pentadbir utama negeri. Di bawah pejabat setiausaha terdapat jabatan-jabatan yang melancarkan pentadbiran kerajaan negeri seperti Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri, Jabatan Kemajuan Negeri dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Pejabat Penjawatan Negeri.


138 Kerajaan-kerajaan Negeri juga mempunyai perbadanan-perbadanan awam yang merangkumi badan-badan berkanun dan tidak berkanun. Contoh badan berkanun yang terdapat di setiap negeri ialah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. Contoh badan-badan tidak berkanun negeri ialah Amanah Saham Pahang Berhad dan Labuan Wood Product Sdn Bhd (Ranjit Singh Mahli, 1988).Tujuan penubuhan perbadanan awam ialah untuk melibatkan kerajaan negeri secara langsung dalam bidang sosioekonomi. Peringkat pentadbiran negeri adalah berbeza antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia pentadbiran dikelaskan kepada daerah atau jajahan (Kelantan) yang diketuai oleh Pejabat Daerah dan Tanah dan diketuai oleh Pegawai Daerah. Pejabat ini memantau mukim-mukim yang diketuai oleh Penghulu atau Penggawa. Mukim pula terdiri daripada kampung atau taman yang diketuai oleh penghulu atau ketua kampung. Di Sabah, daerah diketuai oleh Pegawai Daerah yang memantau kampung-kampung yang diketuai oleh ketua kampung. Manakala di Sarawak, peringkat pentadbiran dipecahkan kepada Bahagian yang diketuai oleh Residen yang memantau daerahdaerah yang ditadbir oleh Pegawai Daerah. Terdapat juga Daerah Kecil yang diketuai oleh Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan peringkat yang terkecil adalah peringkat kampung atau taman. Pentadbiran bersifat persekutuan yang dijalankan oleh Malaysia memerlukan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Perlembagaan Persekutuan menamakan badan-badan penyelaras seperti Majlis Raja-raja (Perkara 38), Majlis Tanah Negara (Perkara 91), majlis Kewangan Negara (Perkara 108) dan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (Perkara 95A). Disamping itu terdapat badan-badan penyelaras yang lain seperti Majlis Perhutanan Negara, Majlis Perumahan Negara dan Majlis Air Negara. Sistem Pentadbiran Kerajaan Tempatan Sebuah lagi kerajaan yang terkandung dalam negara yang mengamalkan sistem Persekutuan ialah kerajaan tempatan. Ia juga biasa dikenali dengan panggilan penguasa tempatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT). Dari segi hirarkinya, ia merupakan kerajaan yang terkecil dalam sistem ini. Dari segi strata kedudukannya, Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan tanggungjawab mentadbirkan kerajaan tempatan ini kepada kerajaan negeri. Namun begitu, kerajaan pusat ada juga bidang kuasanya dan peranannya terhadap kerajaan tempatan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Secara ringkasnya setelah melalui banyak perkembangan dan perubahan sejak pertama kali diperkenalkan, kerajaan Tempatan yang ada di negara kita terdiri dalam beberapa kategori mengikut undang-undang tertentu saperti: a. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. b .Majlis Perbandaran.


139 c. Majlis Bandaran. d.Lembaga Bandaran. e. Majlis Tempatan. f. Majlis Luar Bandar. Keenam-enam kategori ini telah disusun semula melalui beberapa pindaan terhadap Akta Kerajaan Tempatan. Daripada Akta Kerajaan Tempatan 1976, penguasa bagi kerajaan tempatan telah dikurangkan kepada dua jenis sahaja iaitu: Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah (Phang Siew Nooi, 1996) Fungsi dan Peranan Secara ringkasnya bidang tugas kerajaan tempatan ialah: a. Menyediakan kemudahan infrastruktur kepada penduduk seperti jalan setempat, lampu jalan, sistem perparitan, bangunan serbaguna bagi tujuan mengadakan majlis dan sukan dalaman dan menyediakan bangunan perhentian serta tempat menunggu pengangkutan awam bas dan teksi. b. Memastikan rutin pemungutan sampah yang sistematik dan berkesan. c. Menyusun atur struktur bandar agar lebih praktikal dan kondusif. d. Menyediakan projek pembangunan bercorak ekonomi termasuk penyediaan gerai, pasar, bangunan kedai dan kompleks perniagaan. e. Menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi, taman permainan, taman hiburan dan kawasan lapang. f. Menjaga kebersihan, kesihatan, keselamatan dan kekacauan di kalangan penduduk. g. Menyediakan tempat pembuangan sampah dan sisa pepejal. h. Menguatkuasa Undang-undang Kecil yang diperuntukkan oleh Perlembagaan i. Menambah sumber kewangan dari punca yang dibenarkan oleh Akta 171 dan lain-lain sumber.


140 Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini kerajaan tempatan dibekalkan dengan beberapa Akta seperti: a. Akta Kerajaan Tempatan, 1976. b . Akta Jalan, Perparitan dan Bangunan, 1974. c. Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976. d. Akta-akta di atas akan menggubal undang-undang kecil yang akan digunapakai oleh sesebuah kerajaan tempatan mengikut kesesuaiannya. Di samping itu, setiap kerajaan tempatan juga melalui majlis boleh menggubal undang-undang kecil lain bagi menjalankan tugas, fungsi dan peranan kepada masyarakat di bawah pentadbirannya. Pembahagian Kawasan Terdapat beberapa kriteria yang ditetapkan bagi menentukan status sesebuah kerajaan tempatan. Bagi sebuah bandaraya samada majlis bandaraya atau dewan bandaraya perlu menepati perkara-perkara berikut: a. Hasil dan pendapatan melebihi RM80 juta. b. Jumlah penduduknya melebihi satu juta orang. c. Mempunyai pusat pengajian tinggi awam sebagi lambang tarafpendidikan penduduknya tinggi. Sesebuah bandaraya ditadbirkan oleh seorang ketua yang dipanggil Datuk Bandar yang dilantik oleh kerajaan dari kalangan ahli politik atau kakitangan perkhidmatan awam yang setaraf. Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, ia ditetapkan di bawah kerajaan Pusat manakala Majlis Bandaraya yang lain seperti Ipoh, Johor Baharu, Kuching, Kota Kinabalu, Shah Alam dan yang terbaru Alor Star di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Bagi majlis perbandaran pula, ia diketuai oleh Yang Dipertua Majlis dari kalangan kakitangan perkhidmatan awam atau ahli politik yang berkhidmat sepenuh masa. Bagi mencapai status perbandaran, sesebuah kawasan itu mestilah mempunyai: a. Hasil dan pendapatan melebihi RM 5 juta. b. Jumlah penduduk melebihi dari 100,000 orang. Bagi kategori ini, kebanyakannya ialah ibu negeri yang masih belum mencapai status bandaraya dan juga bandar-bandar utama dan perindustrian bagi negeri tersebut. Misalnya di Perak ialah di Taiping, Kedah ialah Sungai Petani, Selangor di Petaling Jaya dan Kiang. Bagi Sabah dan Sarawak ialah di Tawau, Sandakan, Miri dan Sibu. Untuk kategori majlis daerah pula, ia diketuai oleh seorang pengerusi iaitu pegawai daerah yang merangkap tugas ini sebagai tanggungjawab tambahan. Perkhidmatan beliau lebih tertumpu kepada perancangan dasar dan mempengerusikan mesyuarat dan persidangan. Tugas beliau di jabatan ini dibayar dalam bentuk elaun. Dari segi bidang kuasa juga,


141 majlis daerah bertanggung jawab mentadbir bandar-bandar daerah dan pekan-pekan kecil dalam daerah tersebut. Pihak Berkuasa dan Pentadbiran Kerajaan tempatan juga mempunyai struktur yang hampir sama dengan kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Apa yang berbeza, kedua-dua kerajaan utama dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya bagi mewakili mereka dalam pemerintahan. Kerajaan Tempatan adalah dipilih oleh kerajaan negeri yang dinamakan sebagai ahli majlis yang bertindak sebagai penasihat. Kedua-dua kategori ini memainkan peranan yang sama dalam memberi nasihat, perbincangan dan perundingan. Kelebihan bagi kelompok ahli majlis yang berwibawa, ia diberi kuasa untuk membuat keputusan dan mengarahkan kakitangan kerajaan tempatan menyempurnakan tugas setelah diputuskan dalam mesyuarat secara konsensus. Kelompok ini kebanyakannya berada dalam kategori kerajaan tempatan bertaraf perbandaran ke bawah. Mereka ini dipilih oleh kerajaan negeri dari kalangan tokoh tempatan yang bergiat dalam politik, perniagaan, pertubuhan kemasyarakatan setempat dan juga orang perseorangan yang berwibawa. Jumlah bilangan keahlian majlis sesebuah kerajaan tempatan berbeza-beta. Ini kerana Akta Kerajaan Tempatan 1976 membenarkan jumlah ahli antara 8 ke 24 orang. Secara kebiasaannya mengikut purata, banyak kerajaan tempatan melantik seramai 21 orang ahli majlis pada sesuatu penggal perkhidmatan. Antara bidang tugas ahli majlis ialah untuk mengetuai dan menjadi ahli utama dalam jawatankuasa yang ditubuhkan oleh setiap kerajaan tempatan itu. Antara jawatankuasa yang utama ialah: a . Kewangan. b . Tender dan Sebutharga. c . Perlesenan dan Perniagaan. d . Perancangan dan Bangunan. e . Lalu-lintas dan Kerja-Kerja Awam. f . Disiplin dan Kenaikan Pangkat Kakitangan. g . Perkhidmatan, Pelancongan dan Penerangan. h . Keindahan Bandar, Kebersihan dan Alam Sekitar Setiap jawatankuasa ini ada fungsi dan peranannya. Secara umum, semua jawatankuasa berperanan dalam merancang pembangunan, membincangkan isu dan masalah serta membuat cadangan dan keputusan. Jawatankuasa juga bertanggungjawab menyediakan kertas kerja tentang aktiviti bagi dipertimbangkan oleh mesyuarat di peringkat ahli majlis yang biasanya diadakan setiap bulan. Urusetia bagi jawatankuasa ini ialah jabatan-jabatan yang berkenaan dalam setiap kerajaan tempatan tersebut. Maju dan berkembangnya sesebuah kerajaan tempatan itu banyak bergantung kepada keaktifan ahli majlisnya.


142 Pengasingan Kuasa Konsep Raja Berperlembagaan pada asalnya terbit daripada perjanjian ‘Magna Carta’ antara Raja Inggeris dan pembesar-pembesar mereka. Ia merintis kepada liberalisme politik yang menekankan perjanjian sosial antara rakyat dan pemerintah yang mana rakyat merangka undang-undang dan bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut. Konsep demokrasi berparlimen pula diubahsuai mengikut demokrasi ala Westminster yang diamalkan dikebanyakan negara-negara bekas tanah jajahan British. Konsep ini memberi mandat kepada ketua parti politik yang memenangi pilihanraya umum untuk membentuk kerajaan. Sebagai sebuah negara persekutuan, Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen mengagih-agihkan kuasa pentadbiran pusat kepada kerajaan negeri masing-masing dan juga ketiga-tiga komponen yang terdapat dalam sesebuah negara, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman (Nazaruddin M. Jali, 1993). Dalam bahagian ini perbincangan akan tertumpu kepada doktrin yang membahagikan bidang kuasa dalam badan pemerintahan Malaysia. Terdapat tiga badan yang dianggap bebas dan mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam menjalankan peranan mereka di negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Ketiga-tiga badan tersebut ialah: a . Badan Eksekutif. b . Badan Perundangan. c. Badan Kehakiman. Konsep ini telah diperkenalkan oleh Charles Montesquie dalam bukunya The Spirit of Law (Tun Mohd Salleh, 1997). Hasil dari konsep yang diperkenalkannya telah berjaya merubah satu sistem pemerintahan pada masa itu melalui Revolusi Perancis. Dalam tulisannya, beliau mengingatkan adalah terlalu merbahaya apabila kuasa peme:intahan berada pada satu badan atau pada satu orang sahaja. Pengagihan dibuat kepada tiga badan di atas bilamana Badan Perundangan (Legislative) akan membuat undang-undang, Badan Eksekutifmenguatkuasakannya dan Badan Kehakiman (Judiciary) akan membuat pentafsiran dari segi sah atau tidaknya undang-undang tersebut. Secara jelasnya sistem pengasingan kuasa ini mula kelihatan apabila terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Dalam Persekutuan ini, pemerintah diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan (Federal Executive Council) dan Majlis Undangan Persekutuan (Federal Legislative Council). Di peringkat negeri pula diwujudkan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh sultan dan Majlis Perundangan Negeri yang berkuasa dalam hal ehwal Agama Islam dan Adat-Istiadat Melayu. Kedua-dua majlis ini menjalankan kuasa perundangan yang terhad dan banyak bergantung kepada kuasa


143 Kerajaan Persekutuan. Majlis Perundangan Negeri diganti dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak lagi terbatas dalam hal ehwal keagamaan dan adat-istadat sahaja (Tun Mohd Suffian, 1987). Badan Perundangan (Parlimen) Badan ini mempunyai tiga elemen: a. Yang Dipertuan Agong. b . Dewan Rakyat. c. Dewan Negara. Dewan Rakyat Dewan Rakyat ialah dewan yang paling berkuasa di Parlimen kerana ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Keahlian dalam dewan ini mencerminkan keahlian yang mewakili rakyat di kawasan ahli itu terpilih. Ahli-ahli dewan ini dikenali sebagai ahli Parlimen atau wakil rakyat. Dewan Rakyat mempunyai seramai 219 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun atau sehingga Parlimen dibubarkan, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. Kelayakan menjadi ahli adalah warga negara Malaysia, tidak kurang dari 21 tahun, waras, bukan seorang muflis dan tidak mempunyai rekod jenayah. Seseorang ahli dewan yang terpilih akan berada dalam dewan ini selagi beliau tidak dipecat atau mengundurkan diri (meletak jawatan) sebagai wakil rakyat ataupun tamatnya tempoh sidang dewan itu bagi setiap penggal pilihanraya dalam tempoh lima tahun. Permulaan sebagai ahli dewan bermula dengan mengangkat sumpah jawatan dihadapan ketua dewan iaitu Speaker atau Yang Dipertua Dewan. Dewan Negara Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli Dewan Negeri yang terbahagi kepada dua kategori seperti berikut (www.parlimen.gov.my):- • 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli). • 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.


144 Ahli Dewan Negara bergelar senator. Jawatan ini boleh disandang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung satu penggal lagi sama ada dilantik pada peringkat persekutuan atau negeri. Seseorang itu layak untuk dicalonkan sebagai senator jika dia ialah warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 30 tahun, waras, bukan seorang muflis dan tidak mempunyai rekod jenayah. Seorang Senator juga boleh dilantik menjadi Menteri Kabinet dan menghadiri persidangan Dewan Rakyat. Ahli-ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong terdiri daripada orang-orang yang telah membuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam, atau orang yangn ternama dalam profesionnya atau dalam lapangan perniagaan, perusahaan, pertanian, seni atau kebajikan awam, atau orang yang mewakili sesuatu kaum kecil (minoriti) atau orang yang boleh mewakili kepentingan orang-orang asli ( Tun Mohd Salleh, 1989). Pembubaran Parlimen tidak akan menjejaskan tempoh jawatan seorang senator kerana beliau tidak dipilih melalui pilihanraya oleh itu senator masih boleh memegang jawatannya dalam tempoh Parlimen dibubarkan. Dewan Negara mempunyai bidang kuasa membahaskan hal rakyat, membincangkan dasar-dasar kerajaan dan membahaskan atau menangguhkan atau meluluskan rang undang-undang, pindaan akta atau pindaan Perlembagaan.Tugas utama ahli Dewan Negara ialah membahaskan Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Di sini Rang Undang-Undang itu akan dibahaskan lagi dengan teliti oleh ahlinya yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang masing-masing. Satu perkara yang harus diingatkan Dewan Rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menahan sesuatu Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi boleh menangguhkannya untuk dibahaskan semula dalam tempoh setahun. Bagi Rang Undang-Undang kewangan, dewan hanya dibenarkan untuk membuat penangguhan bagi tempoh sebulan sahaja. Semua ini harus menepati syarat-syarat tertentu sebagaimana ketetapan dalam Perlembagaan. Bagi Rang Undang-Undang yang telah dibahas dan diluluskan oleh kedua-dua dewan di atas, ia akan dipersembahkan kepada YDPA bagi mendapatkan perkenan baginda. Mengikut pindaan Perlembagaan pada tahun 1983, YDPA dalam tempoh tiga puluh hari hendaklah memberikan perkenan kepada Rang Undang-Undang Wang. Jika Rang Undang -Undang lain, baginda boleh mengembalikannya kepada Majlis Parlimen bersama-sarna sebab bantahan untuk dibahaskan semula. Setelah dipersembahkan semula Rang Undang-Undang itu dalam tempoh tiga puluh hari, jika tidak mendapat perkenan juga, ia akan dianggap sah sebagaimana telah diperkenankan oleh baginda. Parlimen dalam menjalankan tugasnya mempunyai kalendar yang disebut penggal, mesyuarat dan persidangan. Penggal itu ialah tempoh bagi setiap satu tahun. Mesyuarat pula ialah bagi tempoh Parlimen mengadakan mesyuaratnya pada setiap tahun itu. Parlimen tidak mengadakan mesyuarat setiap hari bagi sepanjang penggal. Dalam satu penggal, menurut kebiasaannya akan ada mesyuarat sebanyak empat kali. Persidangan pula ialah hari-hari yang diadakan mesyuarat bagi setiap penggal itu. Bagi


145 Parlimen ada dua mesyuarat yang penting. Pertama ialah pembukaan rasmi persidangan dewan pada setiap awal penggal. Persidangan ini untuk kerajaaan menerang dan memperincikan dasar-dasar yang akan dilaksanakannya. Mesyuarat kedua penting ialah Mesyuarat Belanjawan Tahunan yang diadakan pada hujung penggal. Dalam setiap mesyuarat inilah ahli Parlimen akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membuat pertanyaan pelbagai persoalan dalam ruang masa pertanyaan (Question Time) dan juga masa bahas tangguh (Adjournment Debate). Badan Eksekutif Kabinet atau Jemaah Menteri telah wujud sebelum merdeka lagi. Ia dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan. Kabinet pra-merdeka itu dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British ( Nazarudin, 1993). Kabinet dianggotai oleh Perdana Menteri sebagai ketua dan menteri-menteri lain yang menjalankan kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan atas nama Yang di-Pertuan Agong. Ianya ialah badan penggubal dasar Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen. Secara ringkasnya kabinet mentadbir Kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa yang terdapat dalam Senarai Persekutuan, menggubal dasar kerajaan, memperincikan dasar-dasar yang akan diluluskan dan menangani masalah yang muncul yang melibatkan negara dan rakyat. Secara teori dan amalannya pula, selepas sesuatu pilihanraya umum, mana-mana parti atau gabungan parti-parti yang menang majoriti dalam pilihanraya tersebut berhak membentuk kerajaan. Bagi Malaysia, Parti Perikatan dan kemudiannya bernama Barisan Nasional berterusan berjaya membentuk kerajaan di peringkat pusat. Mengikut kelazimannya Presiden UMNO yang menjadi Pengerusi (ketua) Parti Perikatan atau Barisan Nasional diundang oleh YDPA bagi membentuk kerajaan. Beliau akan dilantik menjadi Perdana Menteri dan berhak menentukan ahli kabinet kerajaannya yang boleh dilantik daripada kalangan Ahli Parlimen atau Senator. Perdana Menteri dan Menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan YDPA setelah diperkenan. Mereka semua akan membentuk kabinet atau dipanggil Jemaah Menteri bagi menjalankan tugas kerajaan bagi pihak negara dan rakyat. Selain daripada Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen juga dilantik bagi menjalankan tugas kerajaan di peringkat kementerian atau di Jabatan Perdana Menteri. Mereka ini bukan ahli kabinet dan boleh dilantik dari kalangan ahli Parlimen atau Senator. Mengikut kebiasaan, apabila seseorang menteri berada di luar negara atau tidak dapat menjalankan tugasnya, kementerian tersebut akan dipangku oleh seorang menteri lain. Dengan ini Timbalan Menteri tidak menjadi ahli kabinet meskipun menterinya tidak hadir. Walau bagaimana pun Timbalan Menteri kerap juga hadir dalam mesyuarat kabinet atas jemputan Perdana Menteri kerana kepentingan sesuatu mesyuarat yang melibatkan kabinet perlu untuk mendapatkan keputusan segera. Sudah menjadi lazim bagi negara Malaysia yang seseorang menteri itu memegang lebih dari satu portfolio. Misalnya


146 Perdana Menteri sendiri pernah memegang jawatan Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri ataupun sekarang ini Menteri Kewangan. Perlembagaan negara tidak pernah menghadkan jumlah menteri dan juga kementerian. Ini dapat kita lihat perkembangannya daripada sembilan pada masa selepas pilihanraya tahun 1955 telah berkembang menjadi dua puluh lapan pada masa sekarang. Kementerian : 1. Jabatan Perdana Menteri 2. Kementerian Belia & Sukan 3. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 4. Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Warisan 5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah 6. Kementerian Kerja Raya 7. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri 8. Kementerian Kesihatan 9. Kementerian Kewangan 10. Kementerian Luar Negeri 11. Kementerian Pelajaran 12. Kementerian Pelancongan 13. Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi 14. Kementerian Pembangun Wanita, Keluarga & Masyarakat 15. Kementerian Penerangan 16. Kementerian Pengajian Tinggi 17. Kementerian Pengangkutan 18. Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri 19. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna 20. Kementerian Pertahanan 21. Kementerian Pertanian & Asas Tani 22. Kementerian Permahan & Kerajaan Tempatan 23. Kementerian Perusahaan Perdagangan & Komoditi 24. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi 25. Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar 26. Kementerian Sumber Manusia 27. Kementerian Tenaga Air & Komunikasi 28. Kementerian Wilayah Persekutuan Pada zaman awal, mesyuarat kabinet dibuat pada hari Selasa dan sekarang pada hari Rabu. Walau bagaimanapun ada kalanya mesyuarat tidak diadakan dan kadang-kadang dibuat kerap kali. Secara umumnya mesyuarat dibuat bagi setiap minggu. Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat dan setiausaha kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN).


147 Adalah menjadi amalan bagi Perdana Menteri mengadap YDPA bagi memaklumkam kepada baginda apa yang akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet. Namun sekarang ini tidak lagi menjadi kemestian kerana kadang kola YDPA berada di luar Kuala Lumpur. Kabinet ditadbirkan sebuah Sekretariat yang akan menetapkan agenda dan perjalanan mesyarat. Kabinet juga berhak untuk mengadakan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kabinet bagi mengkaji sesuatu perkara yang mustahak atau khas. Ia sama ada berbentuk Jawatankuasa Khas atau Jawatankuasa Tetap Kabinet. Setakat ini terdapat beberapa jawatankuasa seperti Jawatankuasa Perjawatan dan Jawatankuasa Kewarganegaraan. Contoh Jawatankuasa Tetap ialah Jawatankuasa Peraturanperaturan Mesyuarat dan Jawatankuasa Dewan. Contoh Jawatankuasa Khas ialah Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan dan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam. Secara umumnya mesyuarat Kabinet berlaku dalam suasana tidak formal. Setiap ahli sebelum bermesyuarat telah membaca terlebih dahulu kertas-kertas kabinet. Bagi sesuatu perkara yang perlukan perbahasan yang mendalam, is akan diberikan perhatian oleh Jawatankuasa Kabinet. Kabinet akan membincangkan perkara-perkara dasar kementerian dan juga kerajaan yang dimuatkan dalam Kertas-Kertas Kabinet. Semua ahli kabinet mempunyai tanggungjawab bersama secara kolektif. Sesuatu yang telah diputuskan mesti dipertahankan sebagai sebuah keputusan walaupun dalam perbincangan itu beliau tidak bersetuju. Seperkara lagi semua perbincangan dalam kabinet adalah dianggap rahsia. Dalam menjalankan tugasnya kabinet juga boleh mendapatkan keputusan ahli tanpa bermesyuarat. Ia dilakukan dengan membuat edaran bagi Kertas Kabinet. Keadaan ini adalah bagi perkara yang tidak banyak menimbulkan perbahasan. Dalam keadaan yang sama juga kabinet boleh menjemput pegawaipegawai tertinggi selain daripada KSN menghadiri mesyuaratnya. Mereka ini biasanya terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) atau orang yang ditakrifkan sebagai pakar bidang bagi kabinet mendengar nasihat atau pandangan mereka. Bagi mana-mana keputusan yang telah dipersetujui oleh mesyuarat, maka menjadi tanggungjawab kementerian berkenaan untuk melaksanakannya. Pihak sekretariat akan membuat rekod tentang semua perkara yang telah diputuskan. Di peringkat kementerian, tugas menteri, timbalannya dan setiausaha Parlimen akan dilaksanakan oleh kakitangan Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh KSU. Mereka menjadi pelaksana dasar kementerian dan juga kerajaan yang memerintah untuk manfaat rakyat jelata (K. Ramanathan, 1993). Di peringkat negeri pula setiap kementerian mempunyai jabatan-jabatan yang akan melaksanakan dasar tersebut kepada peringkat rakyat setempat. Tidak semua kementerian ada jabatan di peringkat negeri dan daerah. Keadaan ini sejajar dengan perbincangan awal di atas kerana sesetengah perkara itu ada bidang kuasa kerajaan yang telah ditetapkan.


148 Jabatan merupakan agensi-agensi pelaksana bagi sesebuah kementerian. Ia adalah jentera atau badan penggerak bagi melaksanakan polisi dan program-program yang telah diputuskan oleh kementerian masing-masing (Nazarudin M. Jali, 1993).Sesebuah jabatan diketuai oleh seorang pegawai tadbir utama yang dipanggil Ketua Pengarah, bagi jabatan di peringkat negeri dan daerah, pegawai tadbir dipanggil Pengarah Negeri atau Pengarah Daerah.Contoh-contoh jabatan penting dalam kementerian ialah Jabatan Penjara di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Kerja Raya di bawah Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Manakala Perbadanan Awam adalah agensi separa kerajaan yang melaksanakan perkara-perkara yang pernah dilakukan oleh jabatan kerajaan ataupun untuk melaksanakan perkara baru seperti FELDA dan Lembaga Urusan Tabung Haji.Dari segi taraf undang-undang, perbadanan-perbadanan awam yang ada di Negara ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Badan-badan Berkanun dan Badan-badan Tidak Berkanun (Malaysia Kita, 1984). Badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri contohnya MARDI dan MARA.Manakala Badan Tidak Berkanun ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan dimiliki oleh kerajaan seperti Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Badan Kehakiman Badan ketiga yang menentukan corak pemerintahan dan pentadbiran negara ialah badan Kehakiman. Secara umumnya, Parlimen berkuasa menggubal undang-undang. Badan Eksekutif melaksanakan undangundang tersebut. Badan Kehakiman pula akan membuat pentafsiran tentang perlaksanaan undang-undang tersebut. Badan ini telah diperuntukkan oleh Perlembagaan negara bagi melakukan tugas membicara dan menyelesaikan pertikaian serta membicara dan menghukum para pesalah yang berada dalam bidang kuasanya. Hal ini dijelaskan dalam Perkara 121 (1) Perlembagaan Malaysia. Tempat bagi badan ini melaksanakan kuasanya ialah di mahkamah. Secara ringkasnya negara Malaysia mempunyai dua mahkamah tinggi dan beberapa buah mahkamah rendah. Mahkamah Tinggi ialah Mahkamah Tinggi Malaya bagi negeri-negeri di Semenanjung dan Mahkamah Tinggi Borneo bagi negeri Sabah dan Sarawak. Mahkamah yang tertinggi sekali ialah Mahkamah Agong yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara. Bagi Mahkamah Rendah pula dinamakan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, Mahkamah Sesyen dikenali dengan nama Mahkamah Daerah. Bidang kuasa mahkamah adalah besar dalam perihal perundangan dan juga eksekutif. Ia bukan sahaja mentafsir perundangan malahan membuat pengistiharan sesuatu perundangan yang telah diluluskan oleh Parlimen atau DUN sesebuah negeri itu tidak sah dan terbatal. Mahkamah juga boleh memutuskan sesuatu tindakan yang


149 dilaksanakan oleh kerajaan itu sebagai tidak sah ataupun sesuatu yang dibenarkan oleh undang-undang. Dengan ini mahkamah menjalankan fungsi keadilannya kepada semua pihak di negara ini. Bagi membolehkan penggerak mahkamah menjalankan fungsi keadilan tanpa ada suasana "takut atau kasih" (fear or favour) maka Perlembagaan telah memperuntukkan bahawa para hakim adalah dikecualikan dari tertakluk dalam peraturan am Perkara 132 (2) (a), yang memperuntukkan kakitangan Perkhidmatan Awam berkhidmat sehingga umur persaraan pada usia 55 tahun atau selagi diperkenan oleh YDPA. Malahan sebaliknya hakim boleh berkhidmat sehingga berusia 65 tahun dan boleh dilanjutkan selama enam bulan lagi. Kebebasan kehakiman juga terjamin melalui kekebalan jawatannya. Seseorang hakim tidak boleh dilucutkan jawatannya kecuali dengan alasan tidak berkelakuan baik dan masalah kesihatan yang boleh menghalangnya dari melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Proses pemberhentian ini mestilah melalui syor yang dibuat oleh sebuah badan pengadilan atau tribunal yang dilantik oleh YDPA. Sementara proses siasatan dan menunggu laporan tersebut, YDPA bolehlah menggantung hakim tersebut daripada melaksanakan tanggungjawabnya. Keanggotan tribunal ini hendaklah terdiri dafi tiga ke lima orang hakim atau bekas hakim (bersara) yang berkhidmat di negara Malaysia atau dari negara-negara Komanwel. Dalam hal kelakuan atau salah laku seseorang hakim, ia tidak boleh dibahaskan dalam Parlimen selagi tidak dibuat dengan usul yang telah diberi notis oleh tidak kurang daripada satu per tiga ahli dewan. Manakala DUN tidak dibenarkan sama sekali untuk membahaskan perkara ini. Perkara lain dalam bidang kehakiman ialah peranan pendakwaan. Pendakwa Raya bagi Kerajaan Persekutuan ialah Peguam Negara dengan dibantu oleh pegawai-pegawainya dalam Jabatan Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang. Mereka ini dikenali dengan jawatan Timbalan Pendakwa Raya. Secara pentadbirannya, Pejabat Peguam Negara (Jabatan Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang) bukan terletak dalam Badan Kehakiman. Ia adalah satu dari cawangan pemerintah dalam Badan Eksekutif. Namun begitu dari segi perlaksanaan tugasnya, pegawai-pegawai dalam Pejabat Peguam Negara boleh bertukar-tukar dengan pertugas di Mahkamah Rendah yang menjalankan tugas penghakiman atau majistret. Mereka ini juga ada yang dipinjamkan ke kementerian atau kerajaan Negeri bagi menjalankan tugas Penasihat Undang-Undang. Untuk negeri Sabah dan Sarawak, ia dikenali dengan gelaran Peguam Besar Negeri dan merupakan jawatan pegawai negeri. Proses perkhidmatan yang sedemikian rupa adalah untuk membolehkan para pegawai tersebut menimba dan mendapatkan pengalaman perbicaraan di Mahkamah Rendah, pengalaman dalam pendakwaan dan penasihatan perundangan. Dengan ini apabila dilantik menjadi hakim di Mahkamah Tinggi kemudiannya, mereka telah terdedah dengan banyak pengalaman dan pengetahuan. Bagi Peguam Negara pula, beliau mempunyai bidang kuasa budibicara dalam menentukan sesuatv kes itu samada mahu dijalankan perbicaraan atau tidak. Beliau juga berkuasa untuk memberhentikan


150 sesuatu perbicaraan yang sedang dijalankan, kecuali perbicaraan di Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri (Bumiputera) bagi Sabah dan Sarawak dan juga Mahkamah Tentera. Perkhidmatan Awam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan Perkhidmatan Awam merupakan jentera penggerak pentadbiran dan dasar-dasar negara. Ia terdiri daripada: 1 . Angkatan Tentera. 2. Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang. 3 . Perkhidmatan Awam Persekutuan. 4 . Pasukan Polis. 5. Perkhidmtan Keretapi (Dipotong oleh Akta A885. Ertinya tidak lagi menjadi sebahagian daripada Perkhidmatan Awam mengikut Perlembagaan). 6. Perkhidmtan Awam Bcrsama yang tersebut dalam Perkara 133. 7 . Perkhidmtan Awam tiap -tiap negeri. 8. Perkhidmatan Pelajaran (Perkara 132: hal. 180-181). Penjawat jawatan dalam perkhidmatan awam ini dikenali dengan sebagai kakitangan perkhidmtan awam atau kakitangan kerajaan yang dilantik berasaskan keupayaan dan kelulusan (merit) dan satu lagi bentuk kakitangan kerajaan yang perlantikannya dibuat berdasarkan kepada kehendak dan keperluan politik semasa. Perlantikan kakitangan perkhidmatan awam adalah dibuat oleh suruhanjaya-suruhanjaya berikut: 1. Majlis Angkatan Tentera. 2. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. 3. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 4. Suruhanjaya Polis. 5. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga bertanggungjawab terhadap perlantikan bagi perkhidmatan awam bagi negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan juga Perlis. Bagi negeri-negeri lain, mereka mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri sendiri seperti di Perak, Selangor, johor dan lainlainnya termasuklah di Sabah dan Sarawak. Kesemua kakitangan yang dilantik oleh suruhanjayasuruhanjaya di atas ditadbir oleh sebuah badan yang merupakan institusi atau organisasi tertinggi. Organisasi ini dikenali dengan nama Jabatan Pcrkhidmatan Awam (JPA) yang diwujudkan pada tahun 1970. JPA adalah pengganti kepada Pejabat Perjawatan Persekutuan (Federal Establishment Office) yang tugas utamanya mengendalikan pengurusan personel dan juga dasar-dasar perkhidmatan (Malaysia Kita, 1991). Kesimpulan Sistem pemerintahan Malaysia yang bersifat federalisme atau persekutuan telah diamalkan sejak sebelum kemerdekaan lagi. Perkembangan jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah melalui proses evolusi yang pesat dan komplek seiring


Click to View FlipBook Version