Nota Penterjemah
Kami, pelajar kelas HBT 305, amat berbesar hati
menterjemah buku Mesin Penggembara Masa oleh H.G. Wells
yang diterbitkan pada tahun 1895.
Terima kasih kepada penyelia kami Dr Anis Shahirah
kerana telah banyak membantu kami dalam melakukan
terjemahan novel ini.
Buku ini banyak menceritakan nilai-nilai murni, ideologi,
pendapat dan pandangan pengarang terhadap sesuatu isu sama
ada melibatkan isu sosial, ekonomi dan alam sekitar.
Pengarang juga banyak memberikan pandangannya
terhadap kehidupan yang harmoni yang masih boleh diguna
pakai oleh masyarakat sekarang. Buku ini membuatkan pembaca
lebih berfikiran kritis dengan nasihat dan pendapat yang
pengarang cuba sampaikan.Kami pilih untuk menterjemah
gelaran-gelaran yang diberikan untuk setiap watak dalam buku
ini. Penterjemahan laras bahasa sains juga dilakukan secara
literal agar makna ayat tersebut tidak terpesong. Bagi perkataan
yang memerlukan penerangan lebih, kami telah meletakkan
penerangan lebih lanjut dalam kurungan untuk memudahkan
pembaca memahami sesuatu perkataan itu.
Kami berharap penterjemahan buku ini mampu
menyampaikan maklumat-maklumat yang sepatutnya kepada
pembaca sekali gus membuatkan pembaca lebih berfikiran jauh
dan imaginatif.
Bab M/S
Pengenalan 4
Mesin Menggembara Masa 14
Sekembalinya Pengembara Masa 19
Pengembaraan Masa 30
Zaman Keemasan 42
Terbenamnya Umat Manusia 49
Kejutan Tiba-tiba 60
Penerangan 70
Morlock 87
Bila Malam Menjelma 94
Istana Porselin Hijau 104
Dalam Kegelapan 117
Perangkap Sfinks Putih 130
Perjalanan Seterusnya 136
Kepulangan Pengembara Masa 142
Selepas Kisahnya 145
Epilog 154
Pengenalan
PENGEMBARA Masa, iaitu gelaran yang diberikan kepada
lelaki itu, telah menjelaskan perkara yang sukar kita fahami.
Matanya yang berwarna kelabu lembut bersinar dan berkelip-
kelip dengan muka pucatnya yang kemerah-merahan dan gembira.
Api membakar kayu api dengan marak sekali, cahaya daripada ce-
lahan lampu yang berbentuk seperti bunga kiambang membias
lembut buih-buih pada air dalam gelas kami. Kerusi yang kami
duduk ini merupakan kajiannya tersendiri dan ia memilih untuk
membuat kerusi tersebut mampu menyelimuti dan membelai
seseorang daripada menjadikannya seperti kerusi biasa. Keadaan
sekeliling yang sunyi selepas makan menyebabkan minda mula
terawang-awang memikirkan sesuatu, bebas daripada realiti
dunia. Kemudian, dia mula menerangkan dengan menanda titik-
titik dengan jari telunjuknya yang langsing sambil kami duduk
dengan malasnya dan berasa kagum dengan kesungguhannya da-
4
Pengenalan
lam menerangkan pada tanggapan kami, sebuah paradoks baharu
dan intelektualnya.
“Kalian perlu dengar betul-betul. Aku akan mula memper-
tikaikan satu atau dua idea yang sudah diguna pakai oleh hampir
seluruh dunia. Contohnya, subjek geografi, perkara yang diajar
oleh guru mengenai geografi adalah berdasarkan tanggapan yang
salah.”
“Bukankah, isu ini agak besar untuk pembelajaran kita ber-
mula?” tanya Filby, seorang lelaki yang berambut merah dan
berani menampilkan hujahnya.
“Aku tidak bermaksud untuk menanya kalian sesuatu yang
tiada fakta yang kukuh. Kalian akan mula terima sama seperti yang
aku terima. Semestinya, kalian sudah tahu barisan dalam ma-
tematik, barisan yang setebal nil tidak mempunyai sebarang mak-
na. Mereka mengajar kalian mengenai ini? Sama juga dengan satah
dalam matematik. Semua perkara ini hanyalah abstrak semata-
mata.”
“Semua benda itu betul,” kata Ahli Psikologi.
“Sama juga, kubus hanya wujud dengan sebenar-benarnya
apabila mempunyai panjang, lebar dan tebal.”
“Aku tidak setuju,” kata Filby. “Sudah pasti, bentuk pepejal
wujud. Semua benda hidup----“
5
Pengenalan
“Itu yang ramai orang sangkal selama ini. Tetapi, cuba fikir
sejenak. Bolehkah kubus yang ‘bergerak pantas’ wujud?”
“Saya tidak faham,” kata Filby.
“Bolehkah kubus yang memang tidak akan bertahan lama
ini ada kewujudannya yang tersendiri?”
Filby pun termenung. “Memang betul,” sambung Pengem-
bara Masa, “apa-apa benda hidup mesti ada sambungan dalam em-
pat sisi: panjang, keluasan, ketebalan dan masa. Tetapi, kalau kita
lihat kelemahan semula jadi sesuatu benda hidup itu yang saya
akan terang sekejap lagi, kita selalunya akan terlepas pandang fak-
ta ini. Terdapat empat dimensi, tiga daripadanya dipanggil sebagai
tiga satah daripada ruang dan yang keempat ialah Masa. Se-
baliknya, ada satu kecenderungan untuk melukis satu perbezaan
yang sukar digambarkan antara ketiga-tiga dimensi dengan di-
mensi yang keempat kerana perkara ini berlaku disebabkan logik
akal fikiran kita yang bergerak selang-seli dalam satu arah bersa-
ma-sama dengan empat dimensi tersebut dari mula sehingga ke
penghujung hidup kita.”
“Idea itu,” kata seorang lelaki yang tengah bersusah payah
untuk menyalakan semula cerutnya walaupun tempat itu berlam-
pu; “idea tersebut… sangat jelas sekali.”
“Sekarang, idea itu menakjubkan sekali sehingga ia telah
diabaikan secara meluas,” sambung Pengembara Masa dengan na-
da yang ceria sekali. “Benarlah, inilah perkara yang dimaksudkan
dengan dimensi yang keempat, walaupun ramai yang berbincang
6
Pengenalan
mengenai Dimensi Keempat tidak tahu benda itu benar belaka. Ia
hanyalah satu cara lain untuk melihat Masa. Sebenarnya, tiada
perbezaan antara Masa dengan ketiga-tiga dimensi daripada ruang
kecuali kesedaran kita untuk bergerak sekali bersama-sama. Teta-
pi, ada juga beberapa manusia bodoh ingin memegang pendapat
yang salah daripada idea tersebut. Kalian dah dengar perkara yang
diwar-warkan mengenai Dimensi Keempat ini?”
“Aku belum dengar,” kata Datuk Bandar Wilayah.
“Macam ini. Ruang macam yang dikatakan oleh ahli ma-
tematik kita ialah ruang ini mempunyai tiga dimensi iaitu Panjang,
Luas, dan Tebal. Ketiga-tiga dimensi ini boleh didefinisikan sebagai
satu rujukan terhadap tiga satah, setiap satu daripadanya bersudut
tepat antara satu sama lain. Tetapi, ada sesetengah ahli-ahli falsa-
fah berura-ura dengan pendapat bahawa ‘mengapa tiga dimensi ini
juga? — dan pernahkah ada orang mencuba untuk membina satu
geometri empat dimensi. Profesor Simon Newcomb pernah men-
erangkan isu ini pada Persatuan Matematik New York sekurang-
kurangnya sebulan yang lepas. Kalian tahu kan yang permukaan
yang rata mempunyai dua dimensi tetapi kita masih mampu mem-
bentuk satu figura pepejal yang mempunyai tiga dimensi, dan
mereka juga percaya bahawa model yang mempunyai tiga dimensi
juga mampu membentuk satu daripada empat itu jika mereka
dapat menguasai perspektif benda itu. Nampak tak?”
7
Pengenalan
“Rasanya,” kata Datuk Bandar Wilayah dengan perlahan.
Dia mula mengerutkan dahi dan masih cuba untuk membayangkan
perkara yang dikatakan. Sejurus selepas itu, sebagai seorang yang
suka bercakap, perkara pelik mula menggerakkan mulutnya. “Ya,
saya rasa saya boleh bayangkan sekarang,” dia mula berkata
selepas beberapa minit dengan wajah yang kelihatan ceria buat
seketika.
“Jadi, aku tidak kisah kalau aku kongsikan perkara yang aku
tengah kaji buat masa sekarang ini tentang geometri Empat Di-
mensi. Beberapa hasil yang aku dapat membuatkan aku tertanya-
tanya. Contohnya, ini ialah satu potret seorang lelaki yang beru-
mur lapan puluh tahun, satu lagi berumur lima belas tahun, tujuh
belas tahun, dua puluh tiga tahun dan seterusnya. Kesemuanya
menunjukkan bahagian yang jelas iaitu perwakilan Tiga Dimensi
dalam bentuk Empat Dimensi yang tetap dan tidak boleh diubah.
“Pakar saintifik,” sambung Pengembara Masa selepas ber-
henti buat seketika dan mencuba untuk membuat asimilasi dengan
betul, “sudah tahu dengan lebih lanjut yang Masa hanyalah satu
jenis Ruang. Ini ialah satu rajah saintifik, satu rekod cuaca. Satu
garisan yang aku ikut dengan jari aku ini merupakan pergerakan
barometer. Semalam, paras merkuri dalam barometer ini naik
agak tinggi dan malam semalam, ia turun kemudian pagi tadi paras
ini naik semula dan ia naik sedikit sehingga paras ini. Memang
merkuri ini tidak dapat menjejak paras-paras ini dalam mana-
mana dimensi dalam Ruang dikenali secara umum? Tetapi, yang
pasti merkuri itu telah mengesan satu garisan dan kita dapat me-
8
Pengenalan
nyimpulkan bahawa garisan ini telah bergerak bersama-sama
dengan Dimensi Masa.
“Tapi,” kata Ahli Perubatan, merenung tajam ke arah arang
dalam api, “jika Masa sememangnya satu daripada dimensi dalam
Ruang, jadi mengapa ia masih dianggap sebagai satu benda lain?
Mengapa kita tidak dapat bergerak dalam Masa sama seperti kita
dapat bergerak dalam dimensi Ruang yang lain?
Pengembara Masa pun senyum. “Kau pasti yang kita dapat
bergerak dengan bebas dalam Ruang? Kita dapat bergerak kiri dan
kanan, ke belakang dan ke depan pun kita dapat pergi dan manusia
memang bergerak seperti itu. Aku tahu yang kita dapat bergerak
dalam dua dimensi ini. Tetapi macam mana dengan atas dan
bawah? Graviti mengehadkan pergerakan kita ke atas dan ke
bawah.”
“Tak semestinya,” kata Ahli Perubatan. “Belon kan ada.”
“Tetapi sebelum belon, selain pergerakan seperti melompat
dan permukaan yang tidak rata, manusia tidak mempunyai
kebebasan untuk bergerak secara menegak.” balas Pengembara
Masa.
“Sekurang-kurangnya, mereka masih boleh bergerak sedikit
ke atas dan ke bawah,” kata Ahli Perubatan.
“Mudah, lebih mudah untuk bergerak ke bawah dari ke
atas.” jawab Pengembara Masa.
9
Pengenalan
“Kau tidak boleh bergerak langsung dalam Masa, lagi-lagi
bergerak dalam masa sekarang ini.” Ahli Perubatan membalas.
“Rakan-rakan sekalian, pendapat itu adalah salah sama
sekali. Pendapat itu yang membuatkan semua orang dalam dunia
ini salah. Kita selalu ingin melarikan diri daripada masa kini.
Kewujudan mental kita yang tidak dak relevan dan tidak mempu-
nyai sebarang dimensi tengah melalui Dimensi Masa dengan halaju
yang seragam dari ketika kita berada di dalam buaian sehingga ke
liang lahad. Sama seperti kita perlu bergerak ke bawah jika kita
mula wujud lima puluh batu atas permukaan bumi.” terang
Pengembara Masa.
“Tetapi kesukaran yang paling besar ialah…,” celah Ahli
Psikologi. “Kita boleh bergerak-gerak dalam semua arah dalam Ru-
ang tetapi kita tidak boleh bergerak-gerak dalam Masa.”
“Itu adalah satu titik hitam dalam penemuan hebat aku ini.
Tetapi kau salah apabila kau menyatakan bahawa kita tidak boleh
bergerak dalam Masa. Contohnya, jika aku ingat dengan betul satu
insiden ini, insiden tersebut akan terlintas dalam fikiranku. Dalam
erti kata lain, aku akan kelihatan seperti orang yang pelupa dan
lalai seperti yang kalian katakan. Aku melompat semula pada saat
itu. Memang, kita tidak berhasrat untuk tinggal lama-lama di wak-
tu itu, sedangkan manusia yang tidak bertamadun dan haiwan
yang ketinggiannya enam kaki juga tidak mahu tinggal lama. Teta-
pi, manusia yang beradab lagi bagus daripada orang yang tidak
bertamadun. Dia boleh melawan tarikan graviti jika dia berada di
10
Pengenalan
dalam belon, dan mengapa dia sepatutnya tidak berharap yang dia
mampu untuk berhenti atau terus maju ke depan bersama-sama
dengan Dimensi Masa atau dia boleh berpatah balik dan melen-
cong ke arah lain?”
“Oh, ini,” Filby mula berkata, “semua—”
“Kenapa pula?” kata Pengembara Masa.
“Perkara ini macam tak masuk akal,” kata Filby.
“Tak masuk akal?” tanya Pengembara Masa.
“Kau boleh kata yang hitam itu putih,” kata Filby, “tetapi kau
tidak akan dapat meyakinkan aku.”
“Mungkin tidak,” kata Pengembara Masa. “Tetapi sekarang
kalian sudah lihat objek untuk kajian aku tentang geometri Empat
Dimensi. Dulu, aku ada satu firasat yang samar-samar tentang satu
mesin—”
“Mesin untuk mengembara Masa!” seru Lelaki Sangat Muda.
“Mesin yang boleh mengembara sesuka hati dalam pelbagai
arah dalam Ruang dan Masa, mengikut arah tujuan pemandu itu
sendiri.
Filby gelak terbahak-bahak dengan pernyataan itu.
“Tetapi aku ada pengesahan percubaan untuk kajian ini,” ka-
ta Pengembara Masa.
11
Pengenalan
“Perkara ini akan memudahkan kerja para sejarawan,” ca-
dang Ahli Psikologi. “seseorang dapat mengembara ke masa lam-
pau untuk mengesahkan peristiwa sejarah yang berlaku dahulu
seperti Perang Hastings!”
“Kau tidak rasa yang kau akan menarik perhatian ramai
dengan kajian ini?” tanya Ahli Perubatan. “Nenek moyang kita
mesti takkan bertoleransi dengan isu anakronisme seperti ini.”
“Kita mungkin akan dapat mendengar bahasa Greek yang
sebenar-benarnya daripada mulut Homer dan Plato sendiri.” fikir
Lelaki Sangat Muda.
“Dalam hal ini, mereka pasti berpusu-pusu menanyakan
pelbagai soalan untuk ujian kemasukan Oxford nanti.
Sememangnya cendekiawan Jerman ini memang selalu menambah
baik subjek Greek mereka.”
“Kemudian, masa hadapan pula,” kata Lelaki Sangat Muda.
“Cuba fikir! Seseorang pasti akan melabur semua wangnya dan
tinggalkan sahaja sehingga ia terkumpul dengan faedah dan pergi
sahaja!”
“Menemukan sebuah masyarakat,” kata aku, “yang didiri-
kan atas dasar komunis yang tegas.”
“Antara semua teori yang berlebih-lebihan!” Ahli Psikologi
berkata.
12
Pengenalan
“Memang, aku juga nampak begitu. Sebab itu aku tidak
pernah bercakap perihal ini sehingga—”
“Pengesahan percubaan kajian!” jerit aku. “Kau nak
mengesahkan kajian itu?”
“Eksperimen itu!” jerit Filby, yang sedang kepenatan
dengan maklumat baru yang diterima.
“Walau bagaimanapun, mari tengok eksperimen kau,” kata
Ahli Psikologi, “walaupun ia nampak macam tipu, kau tahu kan.”
Pengembara Masa senyum kepada kami semua. Kemudian,
dengan senyuman kecil masih menghiasi mulutnya dan dengan
tangannya yang diletakkan dalam poket seluarnya. Dia berjalan
perlahan-lahan keluar dari bilik dan kami mendengar bunyi
seliparnya berkeletak-keletuk sepanjang laluan yang panjang ke
makmalnya.
Ahli Psikologi melihat ke arah kami. “Aku tertanya-tanya
apa yang dia ada?”
“Mungkin beberapa muslihat silap mata atau yang lain,” ka-
ta Ahli Perubatan. Filby pula bercerita tentang ahli silap mata yang
dia jumpa di Burslem tetapi sebelum dia memulakan ceritanya,
Pengembara Masa keluar semula dan cerita menarik Filby pula
menjadi hambar.
13
Mesin Mengembara
Masa
BARANG yang dipegang oleh Pengembara Masa ialah rangka
logam yang berkilat, lebih besar dari jam kecil dan dibuat dengan
teliti. Terdapat gading di dalamnya dan sedikit bahan kristal lutsi-
nar. Sekarang aku sedar bagi menjadikan benda ini berjaya-
melainkan penerangannya dapat diterima-merupakan sesuatu
perkara yang sangat tidak bertanggungjawab. Dia mengambil sa-
lah satu meja kecil berbentuk oktagon yang banyak di bilik dan
meletakkan kaki meja di hadapan api dan atas karpet. Di atas meja
itu, dia meletakkan barang itu. Kemudian , dia mengambil kerusi
dan duduk. Satu-satunya barang yang ada di atas meja ialah lampu
kecil yang gelap, diterangi cahaya yang jatuh ke lampu itu. Ter-
dapat juga dalam lingkungan sedozen lilin,dua batang lilin di tem-
pat unggun api dan beberapa di lampu dinding supaya bilik itu ter-
ang. Aku duduk di kerusi berlengan rendah berdekatan api, dan
aku menarik barang ini ke depan supaya rapat di antara Pengem-
bara Masa dan kawasan unggun api. Filby duduk dibelakangnya,
melihat disebalik bahunya. Ahli Perubatan dan Datuk Bandar Wila-
yah melihat profil dirinya dari kanan manakala Ahli Psikologi dari
kiri. Lelaki Sangat Muda berdiri di belakang Ahli Psikologi. Kami
14
Mesin Mengembara Masa
semua berhati-hati. Aku melihat helah itu dengan kagum
tetapi bayangkan helah itu dilakukan dengan halus dan cerdik, ka-
mi boleh dipermainkan dalam keadaan- keadaan begini.
Pengembara Masa melihat ke arah kami dan ke arah mesin
itu. “Jadi?” kata Ahli Psikologi.
“Perkara kecil sahaja,” kata Time Traveller, merehatkan
sikunya di atas meja dan menekan kedua tangannya di atas barang
itu, “ini hanyalah model. Inilah pelan aku untuk mesin bagi
mengembara melalui masa. Kau akan perasan mesin ini tidak sta-
bil dan terdapat kelipan yang pelik di pemegang ini, seperti perka-
ra ini tidak boleh dipercayai.” Dia menuding jari ke arah bahagian
itu. “Juga, di sini ialah laras kecil putih, dan di sini juga suatu la-
ras.”
Ahli Perubatan bangun dari kerusi dan meninjau ke arah
barang itu. “Barang ini dibuat dengan cantik,” kata dia.
“Barang ini mengambil masa dua tahun untuk dibina,” kata
Pengembara Masa. Kemudian, apabila kami meniru aksi Medical
Man, kata dia : “Sekarang, aku mahu kalian faham dengan betul
tentang turas ini ditekan dan menghantar mesin ke masa depan,
dan tarik untuk kembali ke dunia sebenar. Pelana ini merupakan
tempat duduk Time Traveller. Sekarang aku akan tekan turas ini
dan mesin ini akan bergerak. Mesin ini akan hilang dan bergerak
ke masa depan dan menghilang. Lihat dengan teliti barang itu.
Tengok pada meja juga dan puaskan dirimu kerana tidak ada tipu
helah. Aku tidak mahu membazir model ini dan diberitahu yang
aku bodoh.”
15
Mesin Mengembara Masa
Terdapat kesunyian selama seminit mungkin. Ahli Psikologi
seperti mahu bercakap dengan aku, tetapi mengubah fikirannya.
Kemudian, Pengembara Masa meletakkan jarinya pada tuas itu.
“Tidak,” katanya secara tiba-tiba. “Pinjamkan tangan kau.” dan ber-
pusing ke arah Ahli Psokologi, dia mengambil tangan orang itu dan
memegangnya dan menyuruh dia mengeluarkan jari telunjuknya.
Jadi, Ahli Psikologi sendiri yang menggerakkan mesin sepanjang
perjalanannya. Kami semua nampak tuas itu berpusing. Aku amat
pasti tidak ada tipu helah. Terdapat hembusan angin dan nyalaan
lampu. Salah satu lilin di mantel terpadam dan mesin kecil berpus-
ing menghilang dilihat seperti hantu dalam sekelip mata mungkin,
kemudian kelihatan samar-samar loyang berkilat dan gading,
kemudiannya hilang, lesap! Meja itu kosong tanpa lampu.
Semua terdiam buat sementara waktu. Kemudian, Filby
berkata yang dia terkedu.
Ahli Psikologi tersedar dari pengsan dan tiba-tiba melihat
ke bawah meja. Ketika itu, Pengembara Masa ketawa dengan ceria.
“Jadi?” dia kata sambil teringat tentang Ahli Psikologi.
Kemudian, dia bangun dan pergi ke arah bekas tembakau pada
mantel dan membelakangi kami, mula mengisi rokok paipnya.
Kami memandang satu sama lain. “Lihat sini,” kata Ahli Pe-
rubatan.“Adakah kau serius tentang perkara ini? Kau betul -betul
percaya yang mesin ini boleh mengembara masa?”
“Sudah tentu,” kata Pengembara Masa, membongkok ke
arah api . Kemudian, dia berpusing sambil menyalakan paipnya,
memandang ke arah muka Ahli Psikologi. (Reaksi mukanya tidak
berubah sambil menghisap cerut dan cuba menyalakan cerut-
nya.)“Apatah lagi aku mempunyai mesin yang hampir siap di da-
lam”- dia menyatakan makmalnya-“ dan bila kesemuanya dican-
tumkan, aku akan mengembara sendiri.
16
Mesin Mengembara Masa
“Maksud kau, mesin tu dah mengembara ke masa hada-
pan?” kata Filby.
“Ke masa hadapan atau masa lampau, aku tidak pasti yang
mana satu.”
Selepas sedikit masa, Ahli Psikologi mendapat inspirasi.
Dia berkata “barang itu sudah ke masa lampau atau ke mana-
mana,”.
“Kenapa?” kata Pengembara Masa.
“Kerana aku anggap barang itu berada di angkasa dan jika
mengembara ke masa hadapan, barang itu akan ada di sini selama
ini kerana telah mengembara masa.
“Tetapi,” kataku, “Kalau ia sudah ke masa lampau, mesti ba-
rang itu dapat dilihat semasa kita masuk ke dalam bilik ini dan
khamis lepas, semasa kita di sini serta khamis sebelum itu dan se-
terusnya!”
“Aku bantah,” kata Datuk Bandar Wilayah dengan aura tid-
ak berat sebelah, menoleh kepada Pengembara Masa.
Kata Pengembara Masa “Sikit pun tidak,” dan kepada Ahli
Psikologi: “Kau fikir kau boleh terangkan perkara itu. Pemben-
tangan di bawah ambang, kau tahu, pembentangan itu senang.”
“Sudah tentu,” kata Ahli Psikologi demi menyakinkan kami.
“Perkara itu merupakan benda senang dalam psikologi. Aku
sepatutnya terfikir tentang perkara itu. Ini cukup jelas dan mem-
bantu paradoks dengan bahagia. Kita tidak dapat melihat atau
menghargai mesin ini, seperti kita bercakap tentang roda berpus-
ing atau peluru tembak ke udara. Jika mesin ini mengembara masa
lima puluh kali atau seratus kali lebih pantas daripada kita, sudah
pasti mesin akan sampai dahulu. Kesan yang disampaikan sudah
semestinya hanya satu per lima puluh atau satu per seratus da-
ripada perkara yang akan berlaku jika tidak mengembara masa. Itu
17
Mesin Mengembara Masa
sudah cukup jelas.” Dia meletakkan tangan di ruang yang mesin itu
ada sebelum ini. “Kau nampak? dia berkata sambil tergelak.
Kami duduk dan melihat meja yang kosong untuk seminit
dua. Kemudian, Pengembara Masa bertanya tentang pendapat ka-
mi tentang perkara ini.
“Kedengaran masuk akal,” kata Ahli Perubatan; “tetapi
tunggu sehingga esok. Tunggu sehingga masuk akal.”
“Adakah kau mahu melihat mesin pengembara itu?” tanya
Pengembara Masa. Selepas itu, dia mengambil lampu dan memba-
wa kami kepada lorong koridor kepada makmalnya. Aku ingat
dengan samar, lampu berkelip-kelip, bayangan dirinya yang ber-
jalan, kami semua mengikutnya, pelik tetapi tidak percaya dan
keadaan di dalam makmal itu yang mempunyai barang kecil yang
hilang di depan mata kami. Sebahagiannya nikel, sebahagiannya
gading dan sebahagian lagi dipotong menggunakan batu kristal.
Secara umumnya barang sudah siap tetapi bar kristal yang belum
siap terletak di atas bangku disebelah beberapa lukisan dan aku
melihat dengan teliti. Benda itu nampak seperti kuarza.
“Lihat sini,” kata Ahli Perubatan, “Adakah kau betul-betul
serius? Atau ini hanya sebuah penipuan- seperti hantu yang kau
tunjuk kepada kami Hari Natal yang lepas?”
“Menggunakan mesin itu.” kata Pengembara Masa sambil
memegang lampu ,“Aku ingin mengembara masa. Adakah itu mem-
bosankan? Aku tidak pernah serius seperti ini dalam hidupku.”
Tidak ada di antara kami yang tahu cara mengambilnya.
Aku menangkap pandangan Filby di sebalik bahu Ahli Peru-
batan dan dia mengenyitkan mata kepadaku dengan serius.
18
Sekembalinya
Pengembara Masa
AKU rasa pada masa ini tiada sesiapa antara kami yang
percaya tentang mesin masa ini. Kenyataannya ialah Pengembara
Masa ini merupakan salah seorang yang terlalu pandai untuk
dipercayai,kau tidak akan dapat lihat dirinya secara keseluruhan,
kau mesti akan mengesyaki beberapa perkara yang dia masih
simpan serta kepandaiannya yang dia sembunyikan di sebalik
kejujurannya yang sangat jelas. Sekiranya, Filby menunjukkan
model dan menerangkan perihal ini dengan perkataan daripada
Pengembara Masa sendiri, kita tidak sepatutnya menunjukkan
keraguan kepada Pengembara Masa. Kita sepatutnya faham
motifnya, penjual daging pun boleh faham Filby. Tetapi,
Pengembara Masa bukan seseorang yang meninggalkan
elemennya begitu sahaja tanpa melakukan kajian yang lebih
mendalam dahulu dan kita tidak mempercayainya. Perkara yang
membuatkan orang yang kurang pandai untuk mendapatkan
19
Sekembalinya Pengembara Masa
kemasyhuran terlihat seperti satu muslihat untuk dia. Ia
merupakan satu kesalahan untuk melakukan sesuatu dengan
sangat mudah. Orang-orang yang mempercayainya dengan serius,
semuanya masih ragu-ragu dengan perangainya. Mereka semua
tahu bahawa mempercayai Pengembara Masa ini dengan reputasi
mereka dalam menilai seperti meletakkan tembikar cina dalam
bilik kanak-kanak. Jadi, aku rasa tiada sesiapa antara kami yang
bercakap banyak tentang pengembaraan masa antara hari
Khamis sehingga hari Khamis seterusnya, walaupun perkara ini
pelik tapi ia masih mempunyai potensi tetapi yang pasti dalam
fikiran kami ialah kebolehpercayaan, praktikaliti mesin tersebut
yang luar biasa, kemungkinan anakronisme yang aneh dan
cadangannya yang mengelirukan. Bagi aku, reka bentuk model itu
membuatkan aku tertanya-tanya. Aku teringat yang aku ada
berbincang dengan Ahli Perubatan pada hari Jumaat lepas di
Linnæan. Dia berkata yang dia ada melihat perkara yang sama di
Tubingen dan dia berasa tertekan dan ingin melampiaskan
tekanannya dengan meniup lilin. Tetapi, dia tidak dapat
menerangkan cara muslihat itu dijalankan.
Pada Khamis berikutnya, aku pergi semula ke Richmond.
Aku rasa aku adalah antara orang yang selalu mengunjungi
Pengembara Masa dan apabila aku sampai agak lewat ke rumah
Pengembara Masa, terdapat empat ke lima orang sudah
berkumpul di bilik lukisan Pengembara Masa. Ahli Perubatan
tengah berdiri di hadapan pendiangan api sambil memegang
20
Sekembalinya Pengembara Masa
kertas di sebelah tangan dan jam di sebelah lagi. Aku melihat
sekeliling mencari kelibat Pengembara Masa, dan—“sudah pukul
tujuh setengah sekarang,” kata Ahli Perubatan. “Saya rasa kita
patut pergi makan terlebih dahulu?”
“Mana——?” tanya aku, menyebut nama tuan rumah.
“Kau baru sampai? Ia agak ganjil. Kemungkinan,
penahanannya tidak dapat dielakkan. Dia ada tulis dalam surat
menyuruh aku untuk mulakan dengan makan malam pada pukul
tujuh jika dia tidak balik lagi. Katanya, dia akan terangkan apabila
dia balik nanti.”
“Membazir pula jika kita biarkan saja makan malam ini,”
kata Penyunting sebuah akhbar harian yang terkenal dan selepas
itu, Doktor terus membunyikan loceng.
Selain Doktor dan aku, Ahli Psikologi merupakan seorang
lagi yang menghadiri makan malam di sini sebelum ini. Lelaki
yang lain yang hadir ialah Blank, Penyunting yang disebut tadi,
seorang wartawan dan seorang lagi—lelaki yang pendiam, malu
dan berjanggut—seseorang yang tidak aku kenali dan seseorang
yang pada pendapat aku, tidak membuka mulut langsung pada
petang itu. Terdapat beberapa spekulasi yang dibincangkan di
meja makan tentang ketiadaan Pengembara Masa dan dengan
kelakarnya saya menyuarakan pendapat yang kemungkinan dia
21
Sekembalinya Pengembara Masa
sedang mengembara masa. Penyunting mahukan penjelasan dan
Ahli Psikologi menawarkan diri untuk menjelaskan kesemua
perkara termasuklah perkara “paradoks dan penuh dengan
muslihat yang bijak” yang kami telah saksikan minggu itu. Dia
sedang menjelaskan eksposisinya apabila pintu di bahagian
koridor terbuka dengan perlahan tanpa sebarang bunyi. Aku yang
pertama melihat dahulu kerana aku duduk berhadapan dengan
pintu. “Hallo!” kata aku. “Akhirnya!” Kemudian, pintu itu terbuka
dengan luas dan Pengembara Masa tengah berdiri hadapan kami.
Aku menjerit terkejut. “Kau! Apa yang terjadi?” jerit Ahli Perubatan
yang melihat dia selepas aku dan menyebabkan semua orang
memusing kepala dan melihat ke arah pintu.
Dia kelihatan seperti seorang yang telah menghadapi
situasi yang sangat sukar. Kotnya kelihatan berhabuk dan kotor.
Lengan bajunya juga kotor dengan calitan hijau. Rambutnya kusut
dan kelihatan terlebih kelabu, sama ada disebabkan habuk dan
kotoran atau sebenarnya warna rambutnya sudah pudar. Mukanya
kelihatan pucat-lesi. Terdapat luka yang berwarna perang di
dagunya dan kelihatan sudah hampir sembuh. Raut mukanya
kelihatan lesu dan seperti dalam keadaan yang terseksa sekali.
Pada ketika itu, dia teragak-agak di muka pintu, seolah-olah
matanya silau disebabkan lampu. Kemudian, dia masuk ke dalam
bilik. Dia berjalan terdengkot-dengkot seakan-akan orang sakit
kaki berjalan. Dalam diam, kami merenungnya dan berharap yang
dia akan mulakan dahulu perbualan.
22
Sekembalinya Pengembara Masa
Dia tidak bercakap sepatah perkataan tetapi dia berjalan
terjengket-jengket ke meja, dan membuat gerakan ke arah wain
itu. Penyunting mengisi segelas wain dan memberikan
kepadanya. Dia minum wain itu dengan rakus sekali dan
nampaknya dia kelihatan lebih baik kerana dia melihat sekeliling
meja dan kelihatan senyuman tipis mula terpancar di wajahnya.
“Apa yang kau tengah buat sekarang?” tanya Doktor. Persoalan
Doktor dibiarkan sepi, kemungkinan Pengembara Masa tidak
mendengarnya. “Jangan biarkan aku kacau kalian,” katanya
dengan teragak-agak. “Aku tidak apa-apa.” Dia berhenti dan
menghulurkan gelasnya untuk menambah wain dan minumnya
seperti orang yang dahaga. “Baguslah begitu.” Katanya. Matanya
semakin bersinar dan pipinya samar-samar mengeluarkan
warna. Dia memandang wajah kami silih berganti sambil
mengangguk bosan dan kemudian memusing sekeliling bilik
yang hangat dan selesa itu. Kemudian, dia mula bercakap seperti
cuba untuk mencari perkataan yang sesuai untuk dikeluarkan.
“Aku pergi bersihkan diri dan tukar baju dahulu, nanti selepas
aku turun, aku akan jelaskan semuanya… Tinggalkan sedikit
daging kambing itu. Aku teringin nak makan daging sikit.”
Dia melihat ke arah Penyunting yang merupakan tetamu
yang jarang hadir dan berharap yang dia baik -baik sahaja.
Penyunting itu mula menanyakan soalan. “Aku cakap terus-
terang,” kata Pengembara Masa. “Aku seorang yang—lawak!
Kejap nanti aku akan baik-baik sahaja.”
23
Sekembalinya Pengembara Masa
Dia meletakkan gelas dan terus pergi ke arah pintu
tangga. Sekali lagi, aku perasaan akan ketempangannya dan
bunyi halus tapak kakinya. Kemudian, aku berdiri di tempat aku
sambil melihat kakinya ketika dia keluar. Dia tidak memakai apa -
apa selain sarung kakinya yang koyak -rabak dan mempunyai
kesan darah. Kemudian, pintu tertutup selepas dia keluar. Aku
berura-ura untuk bertanya tentang perihal tersebut sehingga aku
teringat yang dia tidak suka akan sebarang kekecohan
disebabkan oleh dirinya sendiri. Buat seketika, minda aku ligat
memikirkan perkara lain. Selepas itu, kedengaran “Perangai Luar
Biasa Saintis Terkemuka,” Aku terdengar Penyunting berkata,
memikirkan (selepas melakukan kebiasaannya) dalam tajuk
utama isu ini membawa semula perhatian aku ke meja makan
yang meriah.
“Apa yang berlaku?” tanya Wartawan. “Adakah dia tengah
menjadi seorang Pengecek Amatur? Aku tidak faham?” Aku
bertemu mata dengan Ahli Psikologi dan cuba untuk membaca
raut wajahnya menggunakan interpretasi aku sendiri. Aku
teringat bahawa Pengembara Masa berjalan terdengkot -dengkot
kesakitan naik ke atas. Aku merasakan yang tiada sesiapa yang
perasan akan ketempangannya.
Orang pertama yang tersedar daripada kejutan itu ialah
Ahli Perubatan yang membunyikan loceng. Pengembara Masa
tidak suka jikalau orang suruhannya menunggu ketika mereka
24
Sekembalinya Pengembara Masa
sedang makan malam, meminta sepinggan makanan panas.
Selepas itu, Penyunting melihat ke arah pisau dan garpu di
tangannya sambil merengus, Lelaki Senyap juga turut sama
melakukannya. Makan malam bersambung semula. Buat seketika,
perbualan mereka penuh dengan bunyi terkejut diselit dengan
keterujaan; dan kemudian Penyunting bersemangat untuk
melampiaskan perasaan ingin tahunya. “Adakah kawan kau
kekurangan wang sehinggakan dia bekerja sebagai tukang sapu
jalan? Atau dia berada dalam fasa ingin mabuk sahaja?” dia tanya.”
Aku yakin itu adalah urusan Pengembara Masa sendiri.” Kataku
dan mengambil maklum perkara yang dikatakan oleh Ahli
Psikologi ketika makan malam sebelum ini. Tetamu baru itu terus
terang menunjukkan ketidakpercayaannya terhadap hal itu.
Penyunting mula membantah. “Kali ini, bila pula yang dia pergi
mengembara masa? Seseorang tidak akan menyelubungi dirinya
dengan habuk, atau dia terpaksa berguling dalam paradoks?”
Selepas itu, sementara idea itu muncul dalam mindanya, dia cuba
pula melukis karikatur. Adakah berus fabrik tiada di masa
hadapan? Wartawan yang juga tidak percaya akan perkara
tersebut juga turut serta membuat perkara mudah dengan
memberi cemuhan yang menimbun terhadap kesemua perkara.
Mereka merupakan jenis wartawan yang terbaru —mudah
gembira dan lelaki yang tidak sopan. “Wartawan Khas dalam
rancangan Lusa melaporkan,” Wartawan tengah bercakap atau
dalam erti kata lain tengah menjerit apabila Pengembara Masa
datang kembali. Dia memakai baju malam biasa dan tiada yang
25
Sekembalinya Pengembara Masa
istimewa kecuali mukanya yang lesu masih sama dan tiada
perbezaan langsung mengejutkan aku.
“Aku cakap,” kata Penyunting sambil tergelak-gelak,
“Mereka kata yang kau mengembara masa ke pertengahan minggu
hadapan! Beritahu kami sedikit tentang si kecil Rosebery (nama
panggilan untuk Perdana Menteri British) boleh? Ganjaran apa
yang kau mahu?”
Pengembara Masa pergi ke tempat yang sudah disediakan
untuknya tanpa bersuara. Dia hanya senyum tipis sahaja terhadap
pernyataan itu. “Di mana daging kambingku?” tanya dia.
“Nikmatnya, aku dapat makan daging lagi!”
“Ceritalah sekarang!” jerit Penyunting.
“Pergi mampuslah dengan cerita itu!” kata Pengembara
Masa. “Aku nak makan. Aku tidak akan cakap apa-apa pun selagi
protein pepton tidak masuk dalam arteri aku. Terima kasih. Tolong
berikan aku garam sekali.”
“Satu perkataan sahaja,” kata aku. “Kau pergi mengembara
masakah?”
26
Sekembalinya Pengembara Masa
“Ya,” kata Pengembara Masa sambil mengangguk dengan
mulut penuh.
“Aku akan berikan kau satu syiling untuk setiap baris ayat
yang kau akan ceritakan ini,” kata Penyunting. Pengembara Masa
menolak gelasnya ke arah Lelaki Senyap sambil mengetuk
kukunya pada gelas wain menyuruh Lelaki Senyap yang
merenungnya, terketar-ketar menambah wain ke dalam gelasnya.
Suasana makan malam selepas pernyataan itu mula bertukar
janggal. Bagi aku pula, terdapat banyak soalan yang bermain di
fikiran untuk aku keluarkan dan aku yakin bahawa semua orang
juga mengalami perkara sama. Wartawan cuba untuk meredakan
ketegangannya dengan menceritakan anekdot Hettie Potter.
Pengembara Masa memberikan sepenuh perhatiannya terhadap
makan malamnya dan menunjukkan selera seperti orang
gelandangan. Ahli Perubatan merokok sambil melirik ke arah
Pengembara Masa. Lelaki Senyap kelihatan lebih cemerkap
daripada selalu dan minum champagne dalam kadar yang teratur
dan keazaman kerana dia terlalu gementar. Akhirnya,
Pengembara Masa menolak pinggannya ke tepi dan melihat
wajah kami semua. “Aku rasa aku patut minta maaf,” katanya.
“Aku terlalu lapar tadi. Aku mengalami masa yang menakjubkan
tadi.” Dia menghulurkan tangannya untuk mencapai cerut dan
seterusnya memotong hujung cerut tersebut. “Tetapi, mari kita
masuk ke dalam bilik merokok. Cerita aku terlalu panjang untuk
diceritakan di hadapan pinggan-pinggan kotor ini.” Lalu dia
27
Sekembalinya Pengembara Masa
membunyikan loceng sambil membawa kami ke bilik
bersebelahan bilik makan.
“Kau dah beritahu Blank, Dash dan Chose tentang ubat
itu?” tanya dia kepada aku sambil sandar pada kerusi malasnya
dan menamakan ketiga-tiga tetamu baru itu.
“Tetapi, perkara itu semata-mata paradoks sahaja,” kata
Penyunting.
“Aku tidak dapat membalas hujah itu malam ini. Aku tidak
kisah untuk bercerita, tetapi aku tidak dapat berhujah. Aku
akan,” sambungnya lagi, “bercerita tentang perkara yang berlaku
pada aku. Kalau boleh, tahanlah diri itu daripada mencelah. Aku
nak sangat bercerita pada kalian. Kebanyakan cerita ini akan
kedengaran seperti sebuah penipuan. Biarlah! Semuanya benar
belaka, semua perkataan yang keluar adalah benar belaka. Aku
berada di makmal aku tadi pukul 4 petang dan sejak dari itu …
Aku hidup selama lapan hari…lapan hari yang tiada manusia
yang pernah melalui hari-hari tersebut sebelum ini! Aku penat
sangat sekarang ini, tetapi aku tidak akan tidur selagi aku tidak
ceritakan kepada kalian. Kemudian, aku akan pergi tidur. Tetapi,
janji yang kalian tidak akan mencelah. Boleh begitu?”
“Janji,” kata Penyunting dan yang lain juga menyahut
perkataan yang sama “Janji.” Selepas itu, Pengembara Masa
28
Sekembalinya Pengembara Masa
memulakan ceritanya sementara aku mula menyediakan alat
tulisku. Pada mulanya, dia sandar pada kerusinya dan bercakap
seperti orang yang kepenatan. Selepas itu, dia menjadi lebih
semangat bercerita. Apabila aku menulis, aku rasakan yang pen
dan dakwat tidak cukup untuk mencirikan cerita itu dan bukan
itu sahaja, aku juga berasa kekurangan dengan diriku sendiri
dalam menyampaikan kualiti ceritanya. Kau baca, aku juga yakin
yang kau akan baca dengan penuh perhatian tetapi kau tidak
dapat melihat muka pencerita yang putih dan ikhlasnya dia
apabila bercerita melalui bulatan cahaya daripada lampu kecil
mahupun intonasi yang dia gunakan untuk bercerita. Kau tidak
akan tahu ekspresi mukanya diikuti dengan pelbagai selok-belok
dalam ceritanya! Kebanyakan daripada kita berada dalam
bayangan kerana lilin dalam bilik merokok tidak dinyalakan dan
hanya muka Wartawan dan kaki Lelaki Senyap dari bahagian
lutut hingga ke bawah sahaja yang diterangi oleh cahaya lilin.
Pada mulanya, kami hanya memandang sekilas antara satu sama
lain. Lama-kelamaan, kami berhenti berbuat demikian, sebaliknya
kami hanya memandang muka Pengembara Masa sahaja.
29
Pengembaraan Masa
“KHAMIS lepas, aku ada beritahu kalian tentang prinsip-
prinsip Mesin Masa dan aku juga sudah tunjukkan mesin sebenar
yang masih tidak siap lagi dalam bengkel. Beginilah ia sekarang,
kelihatan seperti barang yang sememangnya sudah dipakai lama
dan salah satu batang yang berwarna putih sudah retak dan susur
tembaga juga sudah bengkok tetapi selain daripada itu, semuanya
kelihatan baik-baik sahaja. Aku berharap yang mesin ini dapat dis-
iapkan pada hari Jumaat; tapi, pada hari Jumaat pula, apabila
penggabungan sudah hampir selesai, aku kenal pasti bahawa salah
satu daripada batang nikel itu pendek sebanyak satu inci daripada
batang-batang yang lain. Jadi, aku perlu buat semula. Maka, mesin
itu tidak siap sehinggalah keesokan paginya. Jam menunjukkan
pukul sepuluh pagi dan ia merupakan pertama kali un-
tuk Pengembara Masa memulakan kariernya. Aku berikan
ketukan buat kali terakhir, memeriksa kesemua skru, menitiskan
minyak pada rod kuarza dan aku duduk di pelana. Aku rasa orang
30
Pengembaraan Masa
yang ingin membunuh diri dengan memacukan pistol di
kepala juga mempunyai perasaan sama seperti aku, memikirkan
perkara yang akan terjadi selepas ini. Aku memegang tuil permu-
laan dengan satu tangan dan tuil untuk berhenti pada satu tangan
lagi, menekan butang pertama dan hampir serta-merta menekan
yang kedua pula. Aku seakan-akan sedang tergelincir, aku merasa-
kan yang aku berada dalam mimpi ngeri dan sensasi apabila jatuh
dan aku melihat keadaan sekeliling, aku nampak yang makmal ini
seperti sebelum ini. Ada sesuatu terjadikah? Buat seketika, aku
merasakan yang akal fikiranku menipu aku. Kemudian, aku
melihat ke arah jam. Sebelum ini, seolah-olah jam menunjukkan
pukul sepuluh satu minit atau lebih tetapi sekarang jam sudah
menunjukkan pukul tiga setengah!
“Aku menarik nafas dalam-dalam, menegaskan diriku untuk
bertenang, mencengkam tuil permulaan dengan kedua-dua belah
tangan dan pergi dengan bunyi dentuman. Makmal kelihatan ka-
bur dan menjadi gelap. Puan Watchett masuk dan berjalan terus ke
pintu taman. Nampaknya, dia tidak dapat melihat aku. Kemung-
kinan, dia mengambil masa skurang-kurangnya satu minit untuk
merentasi bilik itu tetapi bagi aku, dia kelihatan seperti meluncur
seperti roket apabila merentasi bilik tersebut. Aku menolak tuil itu
pada kedudukan yang maksima. Malam itu seperti lampu yang
terpadam dan buat seketika, hari esok sudah tiba. Makmal itu
menjadi samar dan kabur, kemudian keadaan sekeliling menjadi
pudar dan lebih pudar. Malam keesokan harinya berubah gelap,
31
Pengembaraan Masa
kemudian siang lagi, malam lagi, siang lagi, dan semakin cepat dan
cepat ia berubah. Satu rungutan yang berolak memenuhi ruang
telingaku dan fikiran aku mula dipenuhi dengan kebingungan yang
aku kira aneh dan bodoh.
“Aku takut jika aku tidak dapat untuk menyampaikan sen-
sasi pelik apabila mengembara masa ini. Perasaan ini membuatkan
aku tidak selesa. Terdapat satu perasaan ini seperti seseorang rasa
apabila naik dan turun bukit secara mendadak, bagai orang yang
terhuyung-hayang! Hati aku kuat mengatakan bahawa sesuatu
perkara buruk pasti akan berlaku, perasaan ini juga seakan-akan
remukan yang akan berlaku. Ketika aku mempercepatkan
langkahku, keadaan apabila malam diikuti pula oleh siang seakan-
akan pergerakan mengepak milik burung hitam. Cadangan yang
tidak ketara daripada makmal seolah-olah menjauhi aku dan aku
melihat matahari melompat dengan pantas sekali dari satu langit
ke langit yang lain setiap minit, dan setiap minit tersebut menan-
dakan satu hari. Aku rasa makmal sudah dimusnahkan dan aku
perlu keluar untuk mendapatkan udara segar. Aku mempunyai
tanggapan yang kelam mengenai perancah tetapi aku sudah terlalu
laju berjalan sehingga aku sudah tidak sedar akan sebarang benda
yang bergerak. Siput yang merangkak paling lambat juga kelihatan
seperti sesuatu yang berdesup laju merangkak bagi aku. Peng-
gantian yang berturutan antara gelap dan cerah sangat menyakit-
kan mataku. Kemudian, dalam kegelapan yang sekejap-sekejap ini,
aku ternampak bulan sedang berputar dengan pantas melalui fasa-
32
Pengembaraan Masa
fasanya daripada anak bulan hingga bulan purnama dan dapat juga
memandang sekilas bintang-bintang yang seakan-akan berpusing
di langit. Pada masa ini, ketika aku masih lagi mengembara, masih
mendapat halaju yang konsisten, debaran malam dan siang yang
bergabung menjadi satu warna kelabu yang berterusan. Kecanti-
kan warna biru pekat pada langit malam, keindahan warna senja-
kala yang bercahaya, matahari yang mencanak naik menjadi satu
jalur api, lengkungan yang terang di ruang angkasa; jaluran bulan
yang turun naik dan aku tidak dapat melihat bintang, selain da-
ripada satu bulatan terang yang berkelip-kelip di langit biru.
“Landskap itu kelihatan berkabus dan samar-samar. Aku
berada di lereng bukit yang mana sebuah rumah didirikan di sini
sekarang dan bahagian atasnya naik, kelihatan kelabu dan samar -
samar sahaja. Aku melihat pokok membesar dan bertukar seperti
hembusan wap, sekarang perang, sekarang hijau. Ia membesar,
merampak, daun luruh dan mati. Aku melihat bangunan besar
terbina kelihatan samar-samar dan indah, dan berlalu bagai mim-
pi. Seluruh permukaan bumi seakan-akan berubah bagai mencair
dan mengalir di bawah mataku. Tangan kecilku yang diletakkan di
atas butang-butang yang mencatatkan kelajuanku, mengembara
dengan lebih laju lagi. Pada masa ini, aku perasan seakan-akan ma-
tahari yang bergoyang atas bawah, dari satu solstis ke solstis yang
lain dalam masa satu minit atau kurang dan disebabkan hal ini, ka-
dar kelajuanku bergerak setahun dalam masa satu minit. Setiap
minit yang berjalan menunjukkan salji putih terlintas di selur
33
Pengembaraan Masa
merasakan yang aku berada dalam mimpi ngeri dan sensasi
apabila jatuh dan aku melihat keadaan sekeliling, aku nampak
yang makmal ini seperti sebelum ini. Ada sesuatu terjadikah? Buat
seketika, aku merasakan yang akal fikiranku menipu aku. Kemudi-
an, aku melihat ke arah jam. Sebelum ini, seolah-olah jam menun-
jukkan pukul sepuluh satu minit atau lebih tetapi sekarang jam su-
dah menunjukkan pukul tiga setengah!
“Aku menarik nafas dalam -dalam, menegaskan diriku untuk
bertenang, mencengkam tuil permulaan dengan kedua-dua belah
tangan dan pergi dengan bunyi dentuman. Makmal kelihatan ka-
bur dan menjadi gelap. Puan Watchett masuk dan berjalan terus ke
pintu taman. Nampaknya, dia tidak dapat melihat aku. Kemung-
kinan, dia mengambil masa skurang-kurangnya satu minit untuk
merentasi bilik itu tetapi bagi aku, dia kelihatan seperti meluncur
seperti roket apabila merentasi bilik tersebut. Aku menolak tuil itu
pada kedudukan yang maksima. Malam itu seperti lampu yang
terpadam dan buat seketika, hari esok sudah tiba. Makmal itu
menjadi samar dan kabur, kemudian keadaan sekeliling menjadi
pudar dan lebih pudar. Malam keesokan harinya berubah gelap,
kemudian siang lagi, malam lagi, siang lagi, dan semakin cepat dan
cepat ia berubah. Satu rungutan yang berolak memenuhi ruang
telingaku dan fikiran aku mula dipenuhi dengan kebingungan yang
aku kira aneh dan bodoh.
“Aku takut jika aku tidak dapat untuk menyampaikan sensasi pelik
34
Pengembaraan Masa
apabila mengembara masa ini. Perasaan ini membuatkan aku tidak
selesa. Terdapat satu perasaan ini seperti seseorang rasa apabila
naik dan turun bukit secara mendadak, bagai orang yang ter-
huyung-hayang! Hati aku kuat mengatakan bahawa sesuatu perka-
ra buruk pasti akan berlaku, perasaan ini juga seakan-akan
remukan yang akan berlaku. Ketika aku mempercepatkan
langkahku, keadaan apabila malam diikuti pula oleh siang seakan-
akan pergerakan mengepak milik burung hitam. Cadangan yang
tidak ketara daripada makmal seolah-olah menjauhi aku dan aku
melihat matahari melompat dengan pantas sekali dari satu langit
ke langit yang lain setiap minit, dan setiap minit tersebut menan-
dakan dunia dan hilang begitu sahaja diikuti pula dengan kehi-
jauan musim bunga.
“Sensasi yang tidak menyenangkan pada awal ekspedisi ini
sudah tidak memilukan sekarang. Mereka bergabung jua akhirnya
dan membentuk satu keseronokan yang luar biasa. Sememangnya,
aku perasan bahawa goyangan mesin ini agak pelik dan aku tidak
dapat fikirkan asbabnya. Tetapi, mindaku masih terlalu bingung
untuk memikirkan hal itu, jadi dalam keadaan aku yang masih
teruja, aku melemparkan diriku ke masa hadapan. Pada awalnya,
aku teragak-agak untuk berhenti pergi ke hadapan, fikiran ku han-
ya memikirkan sensasi baru yang dirasai ini.
Tetapi, buat masa sekarang, pelbagai tanggapan berlari da-
lam fikiranku— perasaan ingin tahu dan juga perasaan takut se-
hingga perasaan-perasaan ini menguasaiku sepenuhnya.
35
Pengembaraan Masa
Alangkah peliknya perkembangan manusia dan alangkah
indahnya kemajuan yang berlaku terhadap tamadun asas kita, aku
berfikir sejenak, kemungkinan isu ini tidak akan muncul apabila
aku melihat dunia samar-samar berlumba-lumba dan naik turun di
hadapanku yang sukar aku fahami! Aku melihat pelbagai pem-
bangunan yang gah dan indah terbina di hadapanku, lebih besar
daripada bangunan dari masa kita dan masih lagi terbina daripada
kilauan dan kabus. Aku juga dapat melihat terdapat banyak sum-
ber hijau di lereng bukit dan tetap kekal di situ tanpa gangguan
musim sejuk. Walau melalui pandanganku yang masih lagi ragu,
bumi terlihat indah dan mindaku giat menyuruhku untuk berhenti.
“Risiko pelik terletak pada kemungkinan yang aku akan
menemui beberapa bahan daripada ruang ini yang aku, atau mesin
ini duduki. Selagi aku boleh mengembara masa dalam halaju yang
tinggi melalui masa, perkara ini seakan-akan tidak penting. Aku,
seperti yang aku ingin cakapkan, lemah—tergelincir seperti wap
melalui celahan bahan-bahan yang mengganggu! Tetapi, untuk
berhenti aku perlu menyesakkan diriku, molekul demi molekul, ke
dalam apa-apa sahaja yang menghalang laluanku, maksudnya aku
perlu membawa atom-atomku untuk berinteraksi bersama-sama
dengan cabaran yang semestinya ada iaitu tindak balas kimia yang
mendalam. Kemungkinan satu letupan jauh akan berlaku yang
boleh menyebabkan dan meletupkan diriku dan alatku juga da-
ripada mana-mana dimensi dan masuk ke dalam tempat yang Tid-
ak Diketahui. Kemungkinan ini pasti akan berlaku padaku berkali-
36
Pengembaraan Masa
kali ketika aku membina mesin mengembara masa tetapi aku
terima sahaja dengan suka hati yang ia merupakan risiko yang tid-
ak dapat dielakkan. Satu risiko yang seorang manusia perlu hada-
pi! Sekarang risiko ini tidak dapat dielakkan lagi, aku tidak dapat
melihat isu ini dengan keterujaan yang sama seperti sebelum ini.
Sebenarnya, perkara yang tidak masuk akalnya ialah perasaan pe-
lik yang aku hadapi seperti bunyi nyaring dan mesin yang kerap
bergoyang-goyang dan perasaan jatuh yang berpanjangan, benar-
benar mengganggu saraf aku. Aku memberitahu diriku bahawa
aku tidak akan pernah berhenti dan dengan kemarahan yang
meningkat dalam diriku, aku membuat keputusan untuk berhenti.
Seperti seorang yang tidak mempunyai kesabaran, aku menyeret
tuil itu dan secara tidak sengaja, benda itu bergoyang dan aku ter-
pelanting ke belakang ke udara.
“Terdapat bunyi dentuman guruh di telingaku. Aku mung-
kin terpegun buat seketika. Hujan batu turun di sekelilingku
mengeluarkan bunyi dentingan, dan aku duduk atas kawasan
rumput yang lembut di hadapan mesin overset itu. Kesemuanya
kelihatan kelabu, tetapi pada saat ini, aku terperasan bunyi
dengungan di telingaku sudah hilang. Aku melihat sekelilingku.
Aku berada di kawasan yang kelihatan seperti halaman rumput
dalam taman, dikelilingi oleh bunga azalea dan aku juga perasan
bahawa bunga ungu muda dan ungu berguguran jatuh di bawah
hujan batu ini. hujan batu yang melantun dan menari-nari
kelihatan seperti tergantung pada awan di atas mesin masa dan
37
Pengembaraan Masa
jatuh di atas tanah seperti asap. Selepas itu, hujan mulai turun dan
bajuku basah lecun. ‘Baiknya layanan yang diberikan’ kataku,
‘untuk lelaki yang sudah mengembara banyak tahun sampai tidak
terkira berapa tahun untuk menemu kalian.’
“Sekarang ini, aku terfikir betapa bodohnya aku apabila aku
basah lecun begini. Aku berdiri sambil melihat sekelilingku. Satu
figura yang sangat besar, sepertinya diukir pada batu putih, men-
julang tinggi, samar-samar terlihat di sebalik bunga azalea melalui
hujan yang turun dengan sangat lebat. Tetapi, kesemua perkara di
dunia pada ketika itu seperti tidak kelihatan.
“Sensasiku mungkin agak sukar untuk difahami. Apabila
tiang batu kelihatan agak kecil, aku dapat melihat dengan jelas fig-
ura putih itu. Figura itu sangat besar, untuk pokok birch perak me-
nyentuh bahunya. Ia merupakan marmar putih dalam bentuk
sfinks yang mempunyai sayap, tetapi sayap itu, bukannya diukir
secara menegak di sisinya sebaliknya sayap itu dilebarkan seperti
sedang melegar sesuatu. Kekaki itu sepertinya dibuat daripada
gangsadan tebal dengan Verdigris. Kebetulan mukanya melihat ke
arahku; matanya yang tidak dapat melihat, seolah-olah memerhati
setiap gerak geriku; patung itu kelihatan seperti tersenyum tipis
muncul pada bibirnya. Ia seperti sudah mengharungi pelbagai
cuaca dengan keadaan patung itu dan memaparkan pelbagai jenis
penyakit yang tidak menyenangkan. Aku melihatnya kerana aku
inginkan ruang sedikit, mungkin setengah minit atau setengah jam.
38
Pengembaraan Masa
Ia seolah-olah maju dan berundur ke belakang apabila hujan batu
turun sebelum hujan tersebut menjadi lebih padat atau lebih nipis.
Akhirnya, aku mengalihkan mataku daripada patung tersebut buat
seketika dan melihat bahawa hujan sudah berhenti dan langit su-
dah cerah dengan kehadiran matahari.
“Aku lihat semula patung putih yang tengah membongkok
dan keberanianku untuk berlayar sehingga ke penghujungnya tiba
-tiba datang kepadaku. Apa yang akan muncul apabila tirai keka-
buran itu ditarik? Apa perkara yang mungkin tidak berlaku kepada
manusia? Bagaimana jika kekejaman itu sudah menjadi resam
manusia? Bagaimana jika dalam selang masa ini, perlumbaan ini
akan hilang unsur kemanusiaannya dan telah berkembang men-
jadi perlumbaan yang tidak berperikemanusiaan, tiada simpati
dan sangat berkuasa? Aku mungkin kelihatan seperti haiwan buas
daripada dunia lama tetapi lebih mengerikan dan menjijikkan apa-
bila kita mempunyai persamaan — membunuh makhluk busuk
secara tidak terkawal.
“Aku sudah melihat bentuk lain yang luas, bangunan yang
besar dengan corak dinding cucur atap yang agak rumit dan tiang
tinggi, dengan lereng bukit yang berhutan samar-samar menjalar
atasku melaluiribut yang semakin berkurangan. Aku dilanda
ketakutan dan panik. Aku tergesa-gesa berpusing ke arah meesin
pengembara masa dan berusaha keras untuk menambah baik
fungsinya. Semasa aku tengah cuba untuk membaiki mesin terse-
39
Pengembaraan Masa
but, matahari mula terpancar melalui guruh yang masih berden-
tum. Langit yang berwarna kelabu, mencurahkan hujan sudah len-
yap pakaian hantu. Kebiruan langit pada musim panas ini, ada
sedikit lebihan awan yang berwarna perang berputar sehingga
hilang. Bangunan-bangunan besar di sekeliling aku terserlah
dengan lebih jelas dan berbeza, bersinar-sinar selepas hujan lebat
sebentar tadi, dan warna putih merupakan warna yang paling
terserlah selepas hujan batu yang tidak cair dan bertimbun-
timbun di laluan mereka. Aku berasa seperti terlalu terdedah
dengan dunia pelik ini. Aku berasa seperti burung-burung yang
bebas untuk terbang dang menghirup udara segar tetapi tahu ba-
hawa helang juga terbang dan menghirup udara yang sama dengan
mereka. Aku bertambah takut. Aku mengambil ruang untuk
bernafas, tidak berputus asa dan sekali lagi bergelut tangan dan
lutut dengan mesin ini. pada mulanya ia merupakan tindakan yang
terdesak dan bertukar. Daguku terkena hentakan dengan kuat.
Sebelah tangan, aku memegang pelana, dan sebelah tangan lagi
aku memegang tuil, aku berdiri tercungap-cungap memasang
semula bahagian-bahagian dalam mesin tersebut.
“Tetapi, lihat betapa cepatnya aku pulih, keberanianku da-
tang kembali. Aku lihat sesuatu dengan perasaan ingin tahu lebih
lagi dan kurang takut akan perkara yang berlaku di masa hadapan
yang penuh dengan tanda tanya. Terdapat bukaan bulat pada dind-
ing rumah yang berhampiran dengan tempatku, aku ternampak
sekumpulan figura yang memakai jubah yang lembut dan
40
Pengembaraan Masa
kelihatan seperti mahal. Mereka telah melihat aku dan muka mere-
ka semuanya memandang ke arahku.
“Kemudian, aku mendengar suara menghampiriku. Suara
tersebut datang dari semak belukar sebelah Sfinks Putih iaitu han-
ya kepala dan bahu yang kelihatan berlari-lari. Salah seorang da-
ripada mereka muncul di laluan yang menghala ke arah halaman
rumput yang agak kecil, tempat aku berdiri dengan mesin masaku.
Dia merupakan makhluk yang agak kecil, mungkin tinggi empat
kaki, berpakaian jubah berwarna ungu dengan tali pinggang di
pinggangnya. Sandal atau buskin—aku tidak dapat membezakan
keduan-duanya yang dia pakai di kakinya. Dia tidak memakai
seluar panjang dan dia juga tidak memakai topi. Sedar akan hal itu,
aku perhatikan buat pertama kali, betapa hangatnya udara pada
masa ini.
“Dia kelihatan bagai satu makhluk yang cantik dan anggun
padaku tetapi lemah tidak terkata. Wajahnya yang kemerah-
merahan mengingatkan aku kepada pesakit yang menghidap batuk
kering tetapi lebih cantik lagi—kecantikan serabut yang selalu kita
dengar. Apabila aku melihatnya, tiba-tiba aku kembali yakin. Aku
melepaskan tanganku daripada mesin masa tersebut.
41
Zaman Keemasan
“KAMI bertentangan mata. Dia mendekati aku lalu ketawa
di depan mukaku. Aku agak terkejut kerana lelaki ini langsung
tidak menunjukkan sebarang perasaan takut terhadapku. Sifatnya
amat bersahaja. Lelaki itu kemudian beralih pandangan kepada
dua orang yang asyik mengekorinya dari tadi dan bercakap kepa-
da mereka dengan cara yang agak pelik.
“Ada lagi yang datang ke sini, dalam lapan ke sepuluh ma-
khluk menakjubkan ini yang mengejar aku. Seorang daripada
mereka menegur aku. Aku rasa, mungkin suaraku terlalu garau
untuk mereka. Jadi, aku hanya menggeleng kepala dan menarik
sedikit telingaku menandakan yang aku tidak dengar. Salah
seorang daripada mereka menghampiri aku dengan perlahan-
lahan lalu menyentuh tangan aku. Kemudian, aku dapat rasakan
satu lagi sentuhan di belakang dan bahu aku. Mereka mahu me-
42
Zaman Keemasan
mastikan bahawa aku benar-benar manusia dan bukannya musuh.
Aku dapat rasakan mereka ini tidaklah berbahaya, bahkan manis
seperti anak-anak kecil. Mereka juga kelihatan agak lemah dan
kecil. Seakan-akan patung. Namun begitu, sebaik sahaja aku nam-
pak mereka mendekatkan tangan mereka ke arah mesin mengem-
bara masa itu, aku terus bergerak dengan cepat supaya mereka
terkejut. Sebelum perkara buruk terjadi, aku sempat mencabut tu-
as-tuas mesin mengembara masa itu supaya ia tidak dapat di-
gerakkan lalu menyimpannya ke dalam poket aku. Aku beralih
kembali ke arah mereka untuk cuba berkomunikasi dengan mere-
ka.
“Aku memberi renungan tajam kepada mereka. Baru aku
tersedar, walaupun mereka kelihatan agak cantik dengan kulit
putih dan mulus seperti pinggan seramik China, mereka kelihatan
agak pelik. Rambut mereka semuanya kerinting dan hujung ram-
but mereka kelihatan agak tajam sehingga mencucuk leher dan pi-
pi mereka. Telinga mereka pun seakan-akan sama. Mulut-mulut
mereka berwarna merah terang dan kecil serta dagu mereka juga
tajam. Mata-mata mereka ada yang bersaiz sederhana dan besar.
Walaupun aku seperti tidak berminat untuk melihat mereka, tetapi
hakikatnya tidak.
“Mereka hanya berdiri tercegat di sekeliling aku.
Tersenyum-senyum dan mengeluarkan bunyi yang sangat perla-
han untuk bersembang antara mereka. Mereka langsung tidak cu-
43
Zaman Keemasan
ba untuk berkomunikasi dengan aku. Aku cuba berkomunikasi
menggunakan bahasa tubuh. Aku menunjuk ke arah mesin
mengembara masa itu dan ke arahku. Kemudian, aku berhenti
seketika dan memikirkan cara untuk menunjukkan ekspresi masa.
Aku tunjuk ke arah matahari. Dengan tidak semena-mena, ter-
pancar warna putih dan ungu dari badan salah seorang makhluk
pelik itu. Makhluk itu meniru gerak-geri aku lalu membuat bunyi
seperti guruh.
“Terkejut aku dibuatnya. Walaupun sudah sah-sah dia tidak
faham akan maksud aku. Aku terfikir, makhluk-makhluk ini tidak
berapa bijak agaknya? Bukankah kita selalu membayangkan ma-
khluk-makhluk dari masa akan datang ini akan jauh ke hadapan
dalam semua perkara berbanding kita? Maksud aku, jauh lebih bi-
jak daripada kita semua kerana teknologi mereka mesti sudah
lebih maju. Tak begitu? Selepas itu, tiba-tiba seorang daripada
mereka bertanyakan soalan yang lagi menunjukkan betapa tidak
bijaknya mereka. Mungkin kanak-kanak berumur 5 tahun pun
akan tanya soalan yang lebih bijak. Dia bertanya, adakah aku da-
tang dari matahari ketika cuaca sedang ribut petir? Punah semua
harapan yang aku letakkan terhadap makhluk-makhluk pelik ini.
Aku rasa kecewa yang teramat sangat. Rasa bagaikan mesin cip-
taan aku ini hanya satu usaha yang sia-sia.
“Aku mengangguk dan menunjuk ke arah matahari. Aku
membuat mimikan bunyi petir yang sangat kuat sehingga mereka
44
Zaman Keemasan
terkejut. Mereka semua bergerak setapak dan mula tunduk. Tiba-
tiba seorang dari mereka datang mendekati aku sambil ketawa.
Dia membawa kalungan bunga dan sarungkan ke leher aku. Ma-
khluk-makhluk yang lain bertepuk tangan gembira. Kesemua
mereka berlari-lari anak mengambil bunga di sekitar itu untuk
diberi kepadaku. Bunga-bunga yang dibawa oleh mereka dari ma-
sa hadapan itu sangat harum dan cantik. Kemudian, salah seorang
daripada mereka mencadangkan bahawa karya mereka harus
dipamerkan di bangunan sebelah. Jadi, aku dibawa ke bangunan
itu. Aku melintasi sebuah patung Sfinks Putih yang dibuat da-
ripada batu marmar. Patung tersebut tersenyum melihat aku yang
sedang terpinga-pinga. Aku dibawa ke arah sebuah bangunan yang
dibuat daripada batu-batu berwarna kelabu. Aku dapat merasakan
yang mereka ini tidaklah tidak bijak seperti yang aku sangkakan.
“Bangunan itu mempunyai pintu masuk yang sangat besar.
Aku rasa seperti berada di dimensi yang sangat luas. Aku lihat se-
makin ramai makhluk-makhluk itu berkumpul di ruangan itu. Di
atas aku ada sebuah portal besar yang sangat misteri. Aku dapat
lihat sebuah tempat yang penuh dengan belukar dan bunga-bunga
serta taman yang seperti telah ditinggalkan lama tetapi kelihatan
bersih. Terdapat juga bunga-bunga putih tumbuh melingkari tiang-
tiang yang berada di taman itu. Taman itu kelihatan sedikit tidak
terurus tetapi suasananya aman. Aku tidaklah perhatikan tempat
itu terlalu mendalam. Mesin mengembara masa dibiarkan di atas
padang rumput yang dikelilingi bunga-bunga.
45
Zaman Keemasan
“Gerbang pintu itu diukir dengan sangat kemas. Aku dapat
kenal pasti mereka menggunakan perhiasan ala Phoenician di ka-
wasan itu tetapi kebanyakannya sudah rosak dan buruk. Beberapa
orang berpakaian cerah melihat aku sebaik sahaja aku melepasi
pintu dengan berpakaian seperti kurun ke-19 dan dipenuhi
dengan bunga-bunga yang makhluk-makhluk tadi beri. Aku dikeli-
lingi oleh makhluk-makhluk yang berpakaian jubah cerah. Mereka
seperti mengeluarkan bunyi-bunyi ketawa.
“Pintu masuk yang besar itu dibuka ke arah sebuah ruang
dewan yang sangat besar. Bumbung dewan itu meredupkan ru-
angan itu dan tingkap-tingkapnya diperbuat daripada kaca-kaca
berwarna-warni. Lantainya seolah-olah diperbuat daripada besi
putih yang sangat keras. Lantainya terdapat kesan-kesan seperti
sudah lama digunakan. Mungkin mereka tidak pernah mengubah
lantai ini sejak beberapa generasi. Terdapat beberapa meja yang
diperbuat daripada batu yang digilap. Ketinggiannya lebih kurang
1 kaki dari lantai. Di atasnya terdapat aneka buah-buahan. Ada
buah-buahan yang aku kenal seperti strawberi dan oren tetapi ke-
banyakannya ialah buah-buahan yang agak aneh.
“Di antara meja-meja ini terdapat kusyen-kusyen yang
empuk. Orang-orang yang membawa aku telah melabuhkan
punggung mereka di atas kusyen itu dan mengajak aku untuk turut
duduk. Mereka dengan lajunya terus melahap satu persatu ma-
kanan yang ada di atas meja itu. Aku tanpa segan silu meniru per-
46
Zaman Keemasan
buatan mereka kerana aku pun lapar dan dahaga. Sambil aku
makan dengan senang hatinya, mata aku melilau sekeliling.
“Baru aku sedar bahawa tempat ini kelihatan sangat usang.
Tingkap-tingkap berwarna-warninya juga banyak yang telah
pecah. Langsir yang mereka gunakan penuh dengan habuk. Hujung
meja ini juga telah retak. Walaupun begitu, dewan ini memang
kelihatan gah dan mewah. Aku dapat anggarkan lebih kurang 200
orang sedang makan di dalam dewan ini dan semuanya seperti
mahu duduk dekat denganku sambil melihat aku makan.
“Aku rasakan buah-buahan merupakan makanan kegema-
ran mereka. Mungkin juga mereka semua ini adalah vegetarian.
Aku juga dapat tahu bahawa kuda, lembu, kambing biri-biri, anjing,
dan Ichthyosaurus telah pupus belaka. Satu perkara lagi yang aneh,
aku rasakan sepanjang hari di sini adalah musim buah-buahan.
Aku amat gemar dengan satu jenis buah ini. Walaupun aku tidak
tahu namanya apa, tetapi rasanya yang manis membuatkan aku
mahu memakannya setiap hari. Memang tempat ini aneh tetapi
lama-kelamaan aku sudah biasa.
“Aku rasa semakin hari aku telah berubah menjadi seperti
mereka. Cumanya aku masih lagi tidak mampu memahami apa
yang mereka tuturkan. Mungkin aku perlu betul-betul mahir
mempelajari bahasa mereka. Aku pernah cuba untuk berkomu-
nikasi dengan mereka, tetapi akhirnya aku diketawakan atau
47
Zaman Keemasan
dipandang dengan pandangan tajam. Aku cuba keluarkan bunyi-
bunyi mereka bercakap tetapi gagal. Sama ada mereka akan keta-
wa atau rasa pelik dengan cubaan aku. Walau bagaimanapun, se-
makin hari aku belajar banyak perkataan daripada mereka. Sedikit
demi sedikit, mereka mula memahami aku. Tetapi proses aku agak
perlahan. Makhluk-makhluk ini seperti sudah bosan dengan ce-
lotehku. Oleh itu, aku hanya akan belajar daripada mereka apabila
mereka rasa mahu ajar sahaja. Aku tidak pernah menjumpai ma-
khluk yang mudah rasa bosan seperti mereka.
48
Terbenamnya Umat
Manusia
PERKARA pelik yang aku temui serta-merta tentang orang-
orang kecil ini yang menerima aku sebagai tetamu mereka ini ialah
mereka kurang berminat untuk bertanya apa-apa sahaja. Mereka
akan datang kepada aku sambil menjerit tergamam seperti budak.
Tetapi, seperti budak-budak jugala mereka akan berhenti me-
meriksa aku dan pergi merayau ke tempat lain selepas bermain
beberapa permainan. Makan malamku dan perbualan pertamaku
berakhir, aku perasan buat pertama kali yang sebentar tadi semua
orang yang mengelilingiku sudah hilang. Agak pelik juga betapa
cepatnya aku berhenti menghiraukan orang-orang kecil ini. Aku
keluar melalui portal yang disinari matahari sebaik sahaja perutku
sudah diisi. Aku terus-menerus bertemu dengan lebih ramai
manusia daripada masa hadapan ini yang berjalan bersama-
samaku untuk bersembang dan bergelak ketawa bersama-sama.
Selepas itu, mereka memberikan senyuman dan membuat gerakan
49
Terbenamnya Umat Manusia
dengan cara yang mesra untuk aku sambung memperbaiki peran-
tiku.
“Ketika aku keluar daripada dewan besar, cuaca pada
petang itu tenang sekali dan pemandangan pada ketika itu diter-
angi oleh kehangatan cahaya matahari terbenam. Pada mulanya,
segalanya pada masa itu mengelirukanku. Semua perkara adalah
berbeza daripada dunia yang aku ketahui — bunga juga berbeza.
Bangunan besar yang aku tinggalkan pula terletak di lereng lem-
bah sungai yang sangat luas, tetapi Sungai Thames mungkin beru-
bah sebanyak satu batu daripada kedudukan asalnya. Aku memu-
tuskan untuk mendaki puncak yang tertinggi di situ, mungkin satu
batu setengah daripada tempat aku duduki sekarang. puncak yang
aku ingin daki ini mampu memberikan pandangan yang lebih luas
terhadap bumi kita pada tahun lapan ratus dua ribu tujuh ratus
satu, A.D. Aku akan jelaskan, tarikh yang aku sebutkan ialah tarikh
yang tercatat pada dial di mesin mengembara masaku.
“Sementara aku bersiar-siar, aku memerhati setiap kesan
buruk yang mungkin dapat membantu aku dalam menjelaskan
kerosakan yang besar yang dihadapi dunia sekarang kerana ia
merosakkan kehidupan di dunia ini. Misalnya, dalam perjalanan ke
bukit, terdapat timbunan granit yang besar, diikat bersama dengan
aluminium yang agak banyak, labirin dinding terjal yang besar dan
timbunan yang sudah renyuk. Dekat bahagian tengah pula, ter-
dapat timbunan tebal seperti pagoda yang berbentuk seperti
50