The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengembara Masa telah mengembara ke dalam dimensi masa yang berbeza menggunakan mesin mengembara masa ciptaannya. Tiba pada tahun 802,701, dia telah menemui dua dunia yang berbeza. Dunia Bawah dan Dunia Atas. Dengan kerakusan ancaman daripada makhluk digelar Morlock berserta peneman pengembaraannya, Weena, Pengembara Masa memulakan misinya untuk mendapatkan kembali mesin masanya yang telah disembunyikan di satu tempat dalam dunia itu. Tetamu-tetamu yang hadir ke rumahnya mempersoalkan cerita pengembaraan masanya yang mungkin benar atau tidak.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitisabirah95, 2022-01-18 04:46:11

Mesin Pengembara Masa

Pengembara Masa telah mengembara ke dalam dimensi masa yang berbeza menggunakan mesin mengembara masa ciptaannya. Tiba pada tahun 802,701, dia telah menemui dua dunia yang berbeza. Dunia Bawah dan Dunia Atas. Dengan kerakusan ancaman daripada makhluk digelar Morlock berserta peneman pengembaraannya, Weena, Pengembara Masa memulakan misinya untuk mendapatkan kembali mesin masanya yang telah disembunyikan di satu tempat dalam dunia itu. Tetamu-tetamu yang hadir ke rumahnya mempersoalkan cerita pengembaraan masanya yang mungkin benar atau tidak.

Keywords: Mystery

Selepas Kisahnya

itu. Ada beberapa majalah di sini. Jika kau singgah untuk makan
tengah hari, aku akan buktikan kali ini dengan mengembara untuk
senjata, spesimen dan semuanyalah jika kau boleh maafkan aku
yang perlu meninggalkan kau sekarang?”

Aku benarkan, hampir tidak memahami kepentingan kata -
katanya ketika itu dan dia pun mengangguk dan berlalu ke arah
koridor. Aku dengar bunyi pintu makmal terhempas dan aku pun
duduk di atas kerusi serta mengambil satu surat khabar harian.
Apa yang aku hendak lakukan sebelum waktu makan tengah hari?
Kemudian, aku teringatkan janjiku oleh sebuah iklan dalam surat
khabar itu untuk bertemu penerbit, Richardson pada pukul dua.
Aku melihat jam tanganku dan menyedari yang aku masih mempu-
nyai sedikit masa untuk menyelamatkan pertemuan itu. Aku
bangun dan turun melalui laluan koridor itu untuk memberitahu
Pengembara Masa.

Saat aku memegang tombol pintu, aku terdengar satu
teriakan yang terputus aneh sekali pada hujungnya serta satu bun-
yi klik dan dentuman. Satu tiupan udara berpusing mengelilingiku
sambil aku membuka pintu itu dan dari dalam, kedengaran bunyi
kaca yang pecah jatuh ke lantai. Pengambara Masa tiada di situ.
Aku dapat melihat satu susuk yang tidak jelas kelihatan seperti
hantu sedang duduk dalam sebuah jisim yang berpusar- pusar
berwarna hitam dan keperang-perangan dan buat seketika, susuk
itu terlihat sangat lut sinar sehinggakan bangku di belakangnya

151

Selepas Kisahnya

dengan helaian lukisan kelihatan jelas sepenuhnya. Namun, susuk
ini hilang sebaik sahaja aku menggosok mataku. Mesin mengem-
bara masa telah hilang. Melainkan satu pergerakan habuk yang
kian mereda, hujung jauh di dalam makmal itu sudah kosong. Satu
tingkap jendela langit yang ada nampaknya telah tertiup jatuh.

Aku merasakan satu kekaguman yang tidak masuk akal.
Aku tahu sesuatu yang aneh telah berlaku dan ketika itu aku tidak
dapat mengetahui hakikat yang sebenarnya perkara aneh itu.
Sambil aku berdiri dan merenung keadaan itu, pintu untuk ke ta-
man terbuka dan orang gaji lelaki Pengembara Masa muncul.

Kami memandang antara satu sama lain. Kemudian, idea-
idea mula timbul. “Adakah Encik --- telah keluar ke sana?” tanya-
ku.

“Tidak, Tuan. Tiada siapa yang telah keluar dari arah sini.
Saya menjangkakan untuk menjumpai beliau di sini.”

Tatkala itu, aku pun faham. Dengan risiko mengecewakan
Richardson, aku kekal di situ menunggu Pengembara Masa dan
menunggu cerita yang kedua yang mungkin lebih aneh serta
spesimen-spesimen dan gambar-gambar yang akan dibawanya
bersama. Tetapi, sekarang aku mula takutkan yang aku mungkin
perlu menunggu untuk seumur hidup. Pengembara Masa pernah

152

Selepas Kisahnya
hilang tiga tahun lepas dan seperti yang semua orang tahu
sekarang, dia tidak pernah pulang.

153

Epilog

SESEORANG tidak boleh kalau tidak berasa tertanya-
tanya. Adakah dia akan kembali? Mungkin dia sudah dibawa ke
masa silam dan jatuh antara orang- orang tidak bertamadun ber-
bulu yang liar dan meminum darah pada zaman batu dahulu, atau
ke dalam jurang-jurang lautan dalam usia Kapur dahulu, atau ber-
sama kumpulan organisma Sauria iaitu binatang-binatang reptilia
besar pada zaman dinasour dahulu yang mengerikan. Sekarang,
dia mungkin juga--- jika aku ingin gunakan frasa ini, sedang
merayau dekat mana-mana terumbu karang Oolitic yang dihuni
reptilia plesiosaurus, atau di tepi lautan masin zaman Trias. Dia
mungkin juga mengembara ke hadapan ke dalam salah satu za-
man yang berdekatan yang mana manusia masih lagi manusia
tetapi dengan persoalan dalam zaman kita yang sudah terjawab
dan masalah-masalahnya yang memenatkan sudah diselesaikan
dan masuk ke dalam kemuncak peradaban ini. Hal ini kerana aku
berpendapat yang eksperimen lemah pada hari-hari kemudiann-

154

Epilog

ya, teori fragmen, dan konflik bersama adalah sememangnya
bukan zaman kemuncak manusia! Aku katakan ini untuk kepent-
inganku. Aku tahu kerana persoalan ini sudah pernah dibin-
cangkan antara kami sebelum ini yang dia sudah berfikir dengan
suram mengenai kemajuan manusia dan melihat ke dalam
longgokan peradaban yang makin besar yang hanya menunjukkan
bahawa perkara yang tidak dapat dielakkan iaitu timbunan tidak
bijak di antara timbunan-timbunan inilah yang akan menimpa
semula dan menghancurkan pembuatnya pada akhir sekali. Jika ini
terjadi, tinggallah kita untuk hidup seperti ia tidak pernah terjadi.
Namun bagiku, masa hadapan masihlah gelap dan kosong seperti
kejahilan yang luas yang dapat menyala di beberapa tempat santai
disebabkan oleh memori ceritanya. Buat keselesaanku, aku ada
dua bunga aneh yang sekarang sudah kecut, perang, rata, dan
rapuh untuk menyaksikan yang walaupun minda dan kekuatan
sudah hilang, kesyukuran dan kelembutan bersama masih hidup
dalam hati manusia.

155


Click to View FlipBook Version