The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengembara Masa telah mengembara ke dalam dimensi masa yang berbeza menggunakan mesin mengembara masa ciptaannya. Tiba pada tahun 802,701, dia telah menemui dua dunia yang berbeza. Dunia Bawah dan Dunia Atas. Dengan kerakusan ancaman daripada makhluk digelar Morlock berserta peneman pengembaraannya, Weena, Pengembara Masa memulakan misinya untuk mendapatkan kembali mesin masanya yang telah disembunyikan di satu tempat dalam dunia itu. Tetamu-tetamu yang hadir ke rumahnya mempersoalkan cerita pengembaraan masanya yang mungkin benar atau tidak.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitisabirah95, 2022-01-18 04:46:11

Mesin Pengembara Masa

Pengembara Masa telah mengembara ke dalam dimensi masa yang berbeza menggunakan mesin mengembara masa ciptaannya. Tiba pada tahun 802,701, dia telah menemui dua dunia yang berbeza. Dunia Bawah dan Dunia Atas. Dengan kerakusan ancaman daripada makhluk digelar Morlock berserta peneman pengembaraannya, Weena, Pengembara Masa memulakan misinya untuk mendapatkan kembali mesin masanya yang telah disembunyikan di satu tempat dalam dunia itu. Tetamu-tetamu yang hadir ke rumahnya mempersoalkan cerita pengembaraan masanya yang mungkin benar atau tidak.

Keywords: Mystery

Terbenamnya Umat Manusia

pokok yang cantik, mungkin jelatang tetapi diwarnakan dengan
warna keperang-perangan seperti daun dan tidak mampu me-
nyengat. Jelas sekali, pagoda itu merupakan tinggalan yang terbiar
daripada struktur yang besar yang aku juga tidak pasti. Di sinilah,
aku ditakdirkan untuk mengalami pengalaman yang pelik—
intimasi pertama yang aku rasa ia merupakan penemuan yang pe-
lik tetapi aku akan ceritakan hal itu pada tempatnya yang sesuai.

“Tiba-tiba, aku terfikirkan sesuatu sambil melihat kawasan
sekeliling dari teres, tempatku berehat. Tiada langsung rumah
kecil yang dapat dilihat di kawasan ini. Rupa-rupanya, rumah un-
tuk orang bujang dan juga rumah untuk orang yang sudah
berkeluarga tiada di dunia ini. Antara semua kehijauan yang ada,
terdapat bangunan sebesar istana tetapi rumah dan pondok yang
pada asalnya mengikut ciri-ciri landskap Inggeris juga sudah len-
yap.

“Komunisme,” kataku dalam diam.

“Pada hal yang sama, tiba-tiba aku memikirkan sesuatu.
Aku melihat ke arah figura-figura kecil ini yang mengikuti aku.
Kemudian, dalam sekelip mata, aku dapati semua orang pada wak-
tu itu memakai jenis baju yang sama, mempunyai wajah yang lem-
but tetapi tiada rambut dan anggota badan seperti gadis. Ia mung-
kin kelihatan agak pelik, mungkin aku tidak pernah perasan akan
hal ini sebelum ini. Tetapi sekarang, kesemuanya kelihatan pelik.

51

Terbenamnya Umat Manusia

Sekarang, aku sudah dapat melihat dengan jelas. Melalui baju dan
perbezaan tekstur dan satu perawakan yang menandakan
sesebuah jantina seseorang itu dan aku perasan yang orang di ma-
sa hadapan ini serupa. Pada pandangan aku pula, kanak-kanak
kelihatan serupa dengan ibu bapa mereka. Aku menilai yang kanak
-kanak ini nampak seperti orang dewasa, sekurang-kurangnya dari
segi fizikal dan selepas mengesahkan semula pendapat yang ber-
main di fikiran, rupa-rupanya begitulah alkisahnya.

“Melihat pada kemudahan dan keselamatan masyarakat ini
hidup, aku dapat rasakan yang persamaan antara jantina merupa-
kan perkara yang seseorang dapat agak kerana kekuatan seorang
lelaki dan kelembutan seorang wanita, institusi kekeluargaan dan
perbezaan pekerjaan hanyalah semata-mata keperluan militan da-
lam zaman yang mementingkan kuasa fizikal. Apabila populasi su-
dah seimbang dan melimpah ruah, isu melahirkan anak pula men-
jadi duri dan bukannya berkat kepada sesebuah negara itu, yang
mana keganasan hadir tetapi jarang dan anak-anak juga akan men-
jadi lebih selamat, keperluan kurang diperlukan, sememangnya
keperluan tidak diperlukan langsung untuk keluarga yang efisien
dan keistimewaan tugas lelaki dan perempuan untuk memberi
segala keperluan yang diperlukan oleh anak juga akan hilang. Kita
melihat beberapa permulaan isu-isu ini walau dalam zaman kita
sekalipun. Kemudian, aku harus menghargai bahawa isu ini bukan-
lah satu realiti untukku.

52

Terbenamnya Umat Manusia

“Ketika perkara ini bermain di fikiranku, aku tertarik
dengan struktur kecil yang cantik seakan-akan perigi di bawah se-
buah kubah. Buat seketika, aku berasa pelik apabila pada zaman
ini, telaga masih lagi wujud pada zaman ini dan aku terus
menyambung semula spekulasiku. Bangunan besar tidak dibina
dalam perjalanan ke puncak bukit dan sementara kakiku mula ma-
hu membuat kerja, buat pertama kalinya, aku ditinggalkan sendiri-
an. Dengan kebebasan dan pengembaraan yang agak pelik ini, aku
pun memulakan langkah pengembaraanku ke puncak bukit itu.

“Di sana, aku terjumpa tempat duduk yang diperbuat da-
ripada logam dan berwarna kuning yang aku tidak kenali, berkarat
di beberapa tempat dengan sejenis karat yang berwarna merah
jambu sedikit dan separuh daripada karat itu diselaputi lumut
lembut, tempat merehatkan tangan dilemparkan ke tepi dan ben-
tuknya sudah seperti kepala griffin (makhluk yang badan dan
kepala seperti singa dan bersayap). Aku duduk di atas kerusi terse-
but dan meninjau pemandanganku yang luas terhadap dunia lama
kita di bawah matahari yang terbenam selepas hari yang panjang.
Pandangan yang aku lihat sekarang merupakan pemandangan
yang manis dan sama seperti pemandangan yang aku pernah lihat
sebelum ini. matahari sudah terbenam di bawah ufuk dan warna
emas yang bernyala berada di bahagian barat disentuh pula
dengan beberapa garisan melintang berwarna keunguan dan
kemerahan. Di bawah pula, terdapat Sungai Thames yang mana
sungai itu terbentang seperti sebuah jalur keluli yang digilap. Aku

53

Terbenamnya Umat Manusia

telah bercakap tentang istana-istana besar yang diselimuti oleh
sumber hijau dengan warna yang pelbagai, terdapat istana yang
sudah menjadi runtuhan dan ada juga istana yang menjadi tempat
tinggal. Terdapat figura yang putih atau keperakan muncul di pel-
bagai tempat di taman sisa dalam bumi ini. Terdapat satu tiang
menegak seperti kubah dan batu obelisk berada di mana-mana sa-
haja. Tiada pokok renek, tiada tanda hak milik, tiada bukti bahawa
tanah itu ialah tanah pertanian. Jadi, seluruh bumi sudah menjadi
taman.

“Jadi, aku pun melihat, aku mula membuat interpretasiku
sendiri terhadap benda-benda yang aku lihat dan menunjukkan
setiap bentuk yang dapat aku lihat petang itu dan begini, aku
menginterpretasi setiap bentuk (Selepas itu, hanya separuh sahaja
yang betul atau satu aspek sahaja yang betul.)

“Nampaknya, aku berada pada zaman yang mana umat
manusia semakin berkurangan. Matahari yang sudah terbenam,
berwarna kemerah-merahan, membuatkan aku terfikir akan terbe-
namnya umat manusia. Buat pertama kalinya, aku mula menyedari
kesan pelik apabila usaha sosial dilakukan pada masa ini. Namun,
jika difikirkan semula, ia adalah kesan yang lebih logik. Kekuatan
adalah hasil daripada keperluan kita; keselamatan menetapkan
tahap yang paling tinggi pada kelemahan. Kerja membaiki keadaan
hidup iaitu proses membina kehidupan yang lebih terjamin telah
berterusan sehingga ke klimaks. Apabila kejayaan terhadap alam

54

Terbenamnya Umat Manusia

sekitar berlaku disebabkan umat manusia bersatu, maka kejayaan
lain juga akan menyusul. Perkara yang pada mulanya hanyalah
mimpi semata-mata telah menjadi sebuah projek yang sengaja di-
pegang dan dibawa ke depan. Hasil tuaian daripada projek-projek
itu ialah perkara yang aku lihat sekarang ini.

“Lagipun, sektor kebersihan dan pertanian masih berada di
peringkat asas. Pada zaman kita, sains telah berusaha dalam mem-
bendung pelbagai penyakit yang dihidap oleh manusia, walau
bagaimanapun, penyebaran operasi dilakukan dengan sangat man-
tap dan berterusan. Sektor agrikultur dan hortikultur telah
memusnahkan rumpai tetapi kita mungkin dapat menanam se-
bilangan besar tumbuhan yang lebih sihat, meninggalkan jumlah
yang besar untuk melawan keseimbangan yang berlaku selagi
boleh. Kita menambah baik tumbuh-tumbuhan dan haiwan kege-
maran dan beberapa sahaja, beransur-ansur pembiakan terpilih
dilakukan. Oleh itu, sekarang ada buah pic baru yang lebih baik,
sekarang ada anggur yang tiada biji, ada bunga yang lebih cantik
dan besar. Sekarang, ada baka lembu yang lebih baik. Kita mem-
perbaiki secara beransur-ansur kerana cita-cita kita adalah kabur
dan bersifat sementara dan pengetahuan kita sangat terhad kerana
Alam Sekitar juga malu dan bergerak lambat dalam tangan kita
yang cemerkap ini. Suatu hari nanti, semua ini akan menjadi lebih
teratur dan lebih baik. Itulah hanyutan arus yang akan berlaku wa-
laupun dalam keadaan berolak. Seluruh dunia akan menjadi bijak,
berpelajaran dan bekerjasama. Pelbagai benda akan bergerak laju

55

Terbenamnya Umat Manusia

dan lebih laju menuju kepada penaklukan Alam. Akhir sekali, kita
perlulah pandai menyelaraskan keseimbangan antara haiwan dan
tumbuh-tumbuhan dengan bijak dan berhati-hati sesuai mengikut
keperluan hidup manusia.

“Sememangnya, pelarasan ini mesti sudah dibuat dengan
baik sekali dan dilakukan sepanjang Masa dalam ruang Masa se-
hingga mesinku mampu melompat ke zaman ini. Udara juga bebas
daripada agas, bumi bebas daripada rumput atau kulat, buah dan
bunga yang cantik berada di mana-mana sahaja, rama-rama yang
bijak terbang sana sini. Cita-cita untuk membuat ubat untuk
mencegah penyakit juga dapat dicapai. Penyakit sudah dibuang.
Aku tidak melihat sebarang bukti penyakit yang berjangkit sepan-

jang aku tinggal di sini langsung. Aku juga perlu beritahu bahawa

proses pembusukan dan pereputan telah terjejas dengan ketara
disebabkan perubahan ini.

“Kejayaan sosial juga telah terkesan. Aku melihat umat
manusia tinggal di rumah yang selesa, berpakaian mewah dan aku
belum lagi jumpa golongan yang susah. Tiada langsung tanda-
tanda kesusahan dari segi sosial mahupun ekonomi. Kedai, iklan,
trafik dan perdagangan yang membentuk dunia kita sebelum ini
juga sudah hilang. Wajar untuk aku menikmati petang keemasan
ini dengan melihat pada idea syurga sosial. Aku rasa peningkatan
populasi sukar, dan populasi telah berhenti meningkat pada masa
ini.

56

Terbenamnya Umat Manusia

“Tetapi dengan perubahan keadaan ini, adaptasi terhadap
perubahan memerlukan penyesuaian. Apakah punca kecerdasan
minda dan tenaga manusia, melainkan sains biologi ialah bidang
yang mempunyai banyak kesilapan? Kesusahan dan kebebasan,
keadaan yang mana orang yang aktif, kuat dan licik mampu ber-
tahan dan bagi orang yang lemah, pergilah menghadap dinding.
Keadaan yang memberikan keutamaan kepada pakatan manusia
yang berkebolehan dan setia atas kekangan diri, kesabaran dan
keputusan yang dilakukan. Institusi kekeluargaan dan emosi yang
timbul, kecemburuan yang melampau, kelembutan terhadap ke-
turunan, kasih sayang ibu bapa, semuanya menjumpai justifikasi
dan sokongan yang akan berlaku kepada anak-anak muda.
Sekarang, di manakah bahaya yang tidak dapat dielakkan ini? Ter-
dapat sentimen yang timbul dan ia akan membesar, menentang
sebarang kecemburuan dalam rumah tangga, menentang kega-
nasan untuk menjadi seorang ibu, menentang segala jenis nafsu
atau perkara yang tidak diperlukan sekarang dan perkara yang
membuatkan kita tidak selesa, kehidupan yang ganas dan perse-
lisihan dalam kehidupan yang halus dan menyenangkan.

“Aku terfikir tentang kelemahan fizikal dan kecerdasan
mereka yang kurang dan runtuhan besar yang berlaku dan perka-
ra ini menguatkan lagi kepercayaan aku untuk menakluk Alam
Semula Jadi yang sempurna kerana selepas peperangan pasti
Tenang akan muncul. Manusia telah menjadi kuat, bertenaga, bijak
dan telah menggunakan semua sumber hidup yang melimpah ruah

57

Terbenamnya Umat Manusia

untuk mengubah keadaan kehidupan manusia. Kini, reaksi untuk
perubahan juga akan muncul.

“Dengan keadaan baharu yang penuh dengan keselesaan
dan keselamatan yang sempurna, tenaga yang resah iaitu kekuatan
akan menjadi kelemahan. Walaupun dalam masa kita sendiri, ke-
cenderungan dan keinginan tertentu akan diperlukan sekurang-
kurangnya sekali untuk terus hidup dan jika diperlukan secara
berterusan, ia akan menjadi punca kepada kegagalan. Sebagai con-
toh, keberanian fizikal dan kesukaan untuk berperang tidak dapat
memberi pertolongan yang besar. Ia juga mungkin akan menjadi
penghalang kepada seorang lelaki yang beradab. Dalam keadaan
keseimbangan fizikal, keselamatan, kuasa, intelek dan juga fizikal
tidak akan mempunyai tempat bersama-sama dengan aspek lain.
Selama bertahun-tahun, aku menilai bahawa tiada bahaya akibat
daripada peperangan atau keganasan bersendirian, tidak akan ada
bahaya daripada haiwan buas, tiada penyakit yang disia-siakan
untuk memerlukan kekuatan perlembagaan, tidak memerlukan
kerja keras. Bagi kehidupan sebegitu, orang yang kita panggil
lemah sudah dilengkapi dengan kekuatan, mereka sememangnya
tidak lagi lemah. Mereka sudah dilengkapi dengan pelbagai
kelengkapan, kerana orang yang kuat akan resah kerana mereka
tiada saluran tenaga. Tidak syak lagi, keindahan bangunan-
bangunan yang dibina sangat cantik merupakan satu-satunya hasil
daripada lonjakan terakhir tenaga manusia yang kini tidak
mempunyai tujuan dan hanya menetap dalam keharmonian yang

58

Terbenamnya Umat Manusia

sempurna bawah syarat-syarat tertentu seperti mana mereka
hidup sekarang ini. Kemewahan daripada kejayaan yang digapai
itu memberikan kedamaian agung yang terakhir. Perkara ini
pernah menjadi nasib tenaga dalam keselamatan, ia mengambil
tenaga untuk melakar seni dan erotisisme.Kemudian, datang pula
kelesuan dan pereputan.

“Malah dorongan seni ini akhirnya akan berakhir jua,
sebenarnya ia hampir berakhir Masa yang pernah aku lihat.
Menghiasi diri mereka dengan bunga untuk menari dan menyanyi
di bawah cahaya matahari. Begitu banyak sisa daripada semangat
seni yang kemudiannya tiada lagi. Malah, semangat seni akan
pudar dan menjadi aktiviti yang sudah tidak memberi keserono-
kan. Kita akan sentiasa berminat pada batu giling kesakitan dan
keperluan, dan nampaknya, di sinilah batu giling penuh dengan api
kebencian akan pecah juga akhirnya.

“Ketika aku berdiri dalam kegelapan, aku terfikir bahawa
dalam penjelasan mudah ini sahaja, aku dapat menguasai masalah
dunia dan rahsia komuniti di sini. Kemungkinan semakan yang
mereka lakukan untuk meningkatkan populasi telah dilakukan
dengan terlampau baik sehinggakan bilangan mereka semakin
berkurangan daripada tidak bergerak langsung. Ini dapat men-
jelaskan runtuhan-runtuhan yang ditinggalkan di sini. Penjelasan
aku mudah dan masuk akal—seperti kebanyakan teori yang
sebenarnya salah!

59

Kejutan Tiba-tiba

“KETIKA aku berdiri di sana memikirkan kejayaan manu-

sia yang terlalu sempurna, bulan purnama, kuning dan berombak
muncul dari limpahan cahaya perak dari timur laut. Makhluk-
makhluk kecil yang terang itu berhenti bergerak di bawah, seekor
burung hantu yang tidak berbunyi melintas dan aku menggigil aki-
bat kesejukan malam. Aku berazam untuk turun dan cari tempat
yang aku boleh tidur.

“Aku mencari bangunan yang aku kenali. Kemudian, mata
aku terlihat tugu Sfinks Putih yang beralaskan gangsa semakin
jelas diterangi cahaya bulan yang jelas. Aku nampak pokok birch
di sebalik tugu itu. Terdapat belukar pokok bunga rhododendron,
kegelapan di sebalik cahaya malap serta halaman rumput kecil.
Aku lihat pada halaman itu lagi. Keraguan memenuhi perasaan
aku. ‘Tidak,’ kata ku dengan tegas kepada diri sendiri, ‘itu bukan
halaman rumput’.

60

Kejutan Tiba-tiba

“Tetapi itulah halaman rumput tersebut kerana muka tugu
sfinks berhadapan dengan halaman itu. Boleh kalian bayangkan
apa yang aku rasa apabila keyakinan ini hadir? Tetapi kalian tidak
boleh bayangkannya. Mesin mengembara masa telah hilang!

“Dengan tiba-tiba perasaan terpana itu datang mengenai
kemungkinan umurku bertambah dan dibiar tidak berdaya di
dunia baru yang pelik ini. Fikiran ini sememangnya satu sensasi
fizikal. Aku boleh rasakan sensasi ini hingga ke tekakku dan me-
nyesakkan nafasku. Sekejap aku rasa takut dan sekejap aku
bernafas dengan laju seperti baru lepas berlari. Sekali, aku jatuh
dan mukaku luka. Tanpa membazir sebarang masa aku menahan
darah yang menitik di pipi dan dagu. Sepanjang masa aku berlari
sambil berkata kepada diri sendiri, “Mereka sudah mengalihkan
sedikit dan menolaknya ke belukar.’ Namun, aku tetap berlari
dengan sekuat hatiku. Sepanjang masa, dengan keyakinan yang
kadangkala datang dengan ketakutan melampau, aku tahu jaminan
itu adalah kebodohan, aku tahu menggunakan naluri yang mesin
itu telah dialihkan dari jangkauanku. Aku bernafas dalam
kesakitan. Aku menganggarkan yang aku sudah berjalan jarak da-
lam lingkungan tiga kilometer mungkin dalam masa sepuluh minit
dari bukit ke halaman kecil. Aku bukanlah orang muda. Aku men-
carut dengan kuat sambil berlari dengan keyakinan bodohku yang
meninggalkan mesin, sekaligus membazirkan pernafasanku. Aku
menangis dengan kuat dan tidak ada yang menjawab. Tidak ada
satu makhluk yang berada di dalam dunia diterangi cahaya bulan
itu.

61

Kejutan Tiba-tiba

“Apabila aku sampai di halaman, perkara yang paling aku
takuti sudah berlaku. Tidak ada sedikit pun kesan barang yang
dapat dilihat. Aku berasa terkedu dan sejuk apabila melihat ru-
angan kosong di antara belukar hitam. Aku berlari mengelilinginya
dengan marah seolah-olah benda itu menyorok di satu sudut.
Kemudian, aku berhenti dengan tiba-tiba sambil tanganku me-
megang rambutku. Tinggi daripada aku, berdiri tugu sfinks yang
beralaskan gangsa, putih, bersinar dan kotor yang diterangi lampu
bulan. Tugu itu kelihatan seperti sedang senyum mengejek kepada
aku.

Aku mungkin sudah memujuk diri sendiri dengan memba-
yangkan orang-orang kecil yang telah meletakkan mekanisme di
tempat berehat untukku sekiranya aku tidak berasa yakin dengan
kekurangan fizikal dan intelek mereka. Itulah yang mengec-
ewakanku, perasaan yang tidak diduga oleh sesuatu kuasa yang
mana campur tangannya telah menyebabkan kehilangan cip-
taanku. Tetapi, entah kenapa aku merasa yakin yang mesin itu tid-
ak akan boleh mengembara masa melainkan zaman lain telah ada
mencipta mesin yang serupa dengannya. Tuas yang disangkut, aku
akan tunjuk caranya nanti, telah mengelakkan daripada sesiapa
mengusik mesin itu apabila dialihkan. Ia telah bergerak dan diso-
rokkan di angkasa tetapi dimanakah mesin itu disorokkan?

“Aku ingat yang aku seperti gila, berlari ke hulu hilir antara
halaman belukar di keliling sfinks dan terlihat sejenis haiwan
putih di sebalik cahaya kelam, yang aku sangka rusa kecil. Aku juga
ingat pada lewat malam itu aku telah menumbuk belukar dengan

62

Kejutan Tiba-tiba

buku limaku sehingga buku jari aku luka dan berdarah terkena
ranting yang patah. Kemudian, aku menangis dan meracau dalam
fikiranku. Aku turun ke bangunan batu. Dewan yang besar itu
gelap, sunyi dan kosong. Aku tergelincir di atas lantai yang tidak
rata dan jatuh ke meja batu malachite sehingga tulang kakiku ham-
pir patah. Aku nyalakan mancis dan melewati langsir yang berha-
buk yang telah aku ceritakan pada kalian tadi.

“Di sana, aku menjumpai dewan besar kedua yang dilitupi
dengan kusyen yang mungkin menjadi tempat orang- orang kecil
tidur. Aku tidak musykil yang mereka merasa pelik dengan penam-
pilanku yang datang secara tiba-tiba dari dalam kegelapan tanpa
sebarang bunyi dan hanya menggunakan api dari mancis kerana
mereka sudah lupa mengenai mancis itu. Aku bertanya “Di manak-
ah mesin mengembara masa aku?” Aku mula teriak seperti
seorang kanak-kanak yang marah sambil menggoncangkan mere-
ka menggunakan tanganku. Mereka pasti berasa sangat aneh
dengan keadaan itu. Sesetengah daripada mereka ketawa, seseten-
gah lagi nampak takut. Apabila aku lihat mereka mengelilingiku,
aku sedar yang aku sedang melakukan perkara bodoh semata-
mata kerana perasaan takutku. Melihatkan perangai mereka ketika
waktu pagi, aku sangka ketakutan sudah dilupakan.

“Tiba-tiba aku berlari melulu menuju ke arena itu dan me-
langgar beberapa orang itu semasa berlari dan tersilap arah me-
lalui dewan makan besar lagi lalu keluar di bawah cahaya bulan.
Aku mendengar tangisan ketakutan dan kaki kecil mereka berlari
dan tersadung di pelbagai tempat. Aku tidak ingat langsung apa

63

Kejutan Tiba-tiba

yang aku lakukan melainkan bulan di langit. Aku sangka sifat ke-
hilanganku yang telah membuatku marah. Aku rasa putus asa
kerana terpisah daripada spesies aku sendiri bagai satu makhluk
pelik di dunia yang tidak diketahui. Aku meracau ke sana dan sini
sambil menjerit dan menangis kepada Tuhan dan takdir. Aku ingat
yang aku berasa sangat penat. Malam yang sangat panjang
menghilang dan aku melihat pada tempat yang tidak masuk akal
ini, teraba-raba dalam kehancuran yang diterangi cahaya bulan
dan menyentuh makhluk-makhluk aneh dalam kegelapan. Akhir
sekali, aku berbaring di atas tanah berdekatan sfinks dan me-
nangis dengan kesedihan yang amat dan juga kemarahan yang ter-
lepas daripada kekuatanku terhadap kebodohan aku meninggal-
kan mesin itu. Hanya tinggal kesengsaraan bersamaku. Kemudian,
aku tidur dan apabila aku bangun sudah seharian. Beberapa ekor
burung pipit melompat di kawasan berbukit berdekatan
denganku.

“Aku duduk dalam kesegaran pagi, cuba mengingati cara
aku sampai ke situ dan sebab aku mempunyai perasaan ditinggal-
kan dan sengsara yang sangat kuat. Kemudian, otak aku berfikir
dengan jelas. Dengan cahaya pagi yang cerah, aku dapat melihat
suasana dengan jelas.

Aku teringat tentang kegilaanku semalam dan aku menya-
kinkan diri sendiri. ‘Jika aku andaikan perkara yang paling teruk?’
kataku. ‘Katakan mesin itu memang hilang, mungkin dihancurkan?
Ini mengajar aku tenang dan sabar, untuk belajar tentang perangai
orang di sini ,untuk mendapatkan idea yang jelas tentang ke-

64

Kejutan Tiba-tiba

hilangan itu dan mencari barang serta alatan untuk membina me-
sin baru.’ Itu mungkin satu-satunya harapan aku, mungkin hanya
satu harapan yang sedikit tetapi lebih baik dari putus asa.Lagipun,
tempat ini merupakan satu dunia yang cantik dan unik.

“Tetapi,mungkin juga mesin itu telah diambil. Aku perlu
tenang dan sabar, cari tempat mesin tersorok dan mengambilnya
semula sama ada secara paksa atau taktik licik. Kemudian, aku
bergegas bangun dan melihat sekeliling untuk mencari tempat un-
tuk mandi. Aku berasa penat, lenguh dan kotor. Kesegaran pagi
membuatkan aku ingin mencari kesegaran yang serupa. Aku sudah
penat dengan emosiku. Sememangnya, sambil aku menyegarkan
diri, aku berfikir tentang sifat teruja diriku semalam. Aku membu-
at pemeriksaan yang teliti di tanah pada halaman rumput kecil itu.
Aku membazir sedikit masaku dan menjawab persoalan dengan
menyampaikan perasaanku kepada orang-orang kecil yang datang.
Mereka semua tidak dapat memahami gerak isyaratku. Seseten-
gahnya terdiam dan sesetengah yang lain menganggap itu hanya
gurauan dan mentertawakanku. Aku mempunyai kerja yang paling
susah di dunia untuk memastikan aku tidak menaikkan tanganku
ke muka mereka yang sedang ketawa. Itu adalah satu pemikiran
yang bodoh tetapi perangai yang lahir dari ketakutan dan kema-
rahan melampau masih ingin mengambil kesempatan daripada
kebingunganku. Bukit itu menarik perhatianku. Aku jumpa alur
yang terkoyak di tengah jalan antara pejalan kaki dekat sfinks dan
kesan kaki aku yang bergelut dengan mesin yang terbalik sewaktu
aku tiba di sini sebelum ini. Terdapat tanda-tanda lain yang

65

Kejutan Tiba-tiba

menunjukkan berlakunya pengalihan dengan tapak kaki yang pelik
yang aku agak kelihatan seperti seekor sloth. Perkara ini menarik
perhatian aku kepada sebuah tapak di situ. Tapak itu rasanya di-
perbuat daripada gangsa. Ia bukan blok semata-mata tetapi dihiasi
dengan panel berbingkai di kedua-dua sisi. Aku pergi dan
mengetuk barang itu. Tapak itu kosong di dalam. Memeriksa panel
dengan hati-hati, aku dapati panelnya berasingan dari bingkai. Tid-
ak ada pemegang atau lubang kunci tetapi mungkin panel itu sep-
erti pintu yang aku agak, boleh dibuka dari dalam.Satu benda yang
jelas di mindaku. Tidak sukar untuk aku membuat kesimpulan
yang mesin mengembara masaku berada dalam tapak itu. Tetapi,
cara mesin itu masuk ke dalam merupakan masalah yang berbeza.

“Aku pernah nampak dua orang yang berbaju jingga datang
dari semak dan di bawah pokok epal yang dilitupi bunga berhada-
pan aku. Aku menoleh dengan senyuman kepada mereka dan
memberi isyarat memanggil mereka. Mereka datang dan menun-
juk ke arah tapak gangsa. Aku cuba menyatakan hasrat untuk
membuka tapak itu. Tetapi, mereka memandang aneh kepadaku.
Aku tidak tahu cara untuk mentafsir riak muka mereka kepada kal-
ian. Bayangkan kau menggunakan isyarat-isyarat yang tidak elok
kepada seorang wanita yang lemah lembut, begitulah rupa mereka.
Mereka beredar seolah-olah menerima hinaan yang teruk. Aku cu-
ba sekali lagi kepada seorang budak lelaki yang manis selepas itu,
namun sama sahaja reaksinya. Entah kenapa perangainya membu-
atkan aku rasa malu dengan diri sendiri. Tetapi seperti yang kalian

66

Kejutan Tiba-tiba

tahu, aku inginkan mesin mengembara masa dan aku cuba sekali
lagi. Selepas dia lari seperti yang lain, kemarahan aku datang. Da-
lam tiga langkah, aku mengejarnya dan menarik bahagian longgar
kolar jubahnya dan mengheret ke arah sfinks. Kemudian, aku nam-
pak mukanya yang ketakutan dan kebencian dan secara tiba-tiba
aku melepaskan dia.

“Tetapi, aku tidak penat lagi. Aku menumbuk panel gangsa
itu menggunakan tanganku. Aku sangka aku dengar benda berge-
rak di dalam. Dengan lebih jelas lagi,, aku sangka aku dengar suara
seperti gelak tetapi mungkin aku tersilap. Kemudian, aku
mengambil batu besar dari sungai dan mengetuk sehingga perhia-
san gegelung di situ menjadi rata dan karat menjadi serbuk karat.
Orang-orang kecil yang lembut mesti terdengar aku yang
mengetuk dengan berani dalam anggaran satu kilometer jauh
menggunakan kedua-dua tangan, Tetapi, tidak ada hasil. Aku nam-
pak sekumpulan daripada mereka dari atas cerun melihat aku
dengan sembunyi-sembunyi. Akhirnya, panas dan penat , aku pun
duduk dan melihat sekeliling. Tetapi, aku terlalu risau untuk
melihat dengan lama. Aku boleh selesaikan satu masalah untuk
bertahun lamanya tetapi untuk duduk diam selama dua puluh em-
pat jam adalah perkara yang berbeza.

“Aku bangun selepas seketika dan mula berjalan tanpa hala
melalui belukar menuju ke bukit lagi. ‘Sabar,’ kataku pada diri
sendiri. ‘Jika kau mahu mesin kau semula, kau mesti biarkan
sfinks itu. Jika mereka betul-betul mahu ambil mesin kau, lebih
baik jika kau rosakkan panel gangsa mereka dan jika sebaliknya,

67

Kejutan Tiba-tiba

kau akan dapat mesin kau balik secepat yang mungkin jika kau
minta. Untuk duduk di antara semua kehidupan yang tidak
diketahui itu seperti teka teki yang tidak ada jawapannya. Dengan
itu wujudnya monomia. Hadapi dunia ini. Pelajari caranya, perhati
dan berhati-hati dalam meneka maknanya. Akhirnya, akan jumpa
jawapan kepada semuanya. Kemudian, kelucuan situasi tersebut
datang ke minda aku. Aku berfikir tentang tahun-tahun yang aku
habiskan dengan belajar dengan tungkus lumus untuk masa depan
dan sekarang semangat kerisauanku untuk lari daripadanya. Aku
telah memberi diriku sebuah perangkap yang paling rumit dan tid-
ak berharapan yang boleh dicipta oleh seorang manusia.Walaupun
situasi ini disebabkan oleh diriku sendiri , aku tidak dapat
mengawal diriku. Aku ketawa dengan kuat.

“Melalui istana yang besar, aku lihat orang-orang kecil sep-
erti mengelak daripadaku. Ini mungkin disebabkan gayaku atau
ada kena mengena dengan ketukanku di pagar gangsa. Tetapi, aku
masih boleh bertahan dengan perkara itu. Aku berhati-hati untuk
tidak mengambil kisah dan bertahan daripada mengejar mereka
dan selepas sehari dua perkara kembali seperti sebelumnya. Aku
membuat kemajuan dalam bahasa dan membuat penerokaan di
semua tempat. Sama ada aku terlepas sesuatu atau bahasa mereka
sebenarnya sangat mudah – tatabahasa mereka kebanyakannya
menggunakan kata kerja. Hanya ada sedikit sahaja istilah yang ab-
strak dan penggunaan bahasa figuratif. Ayat mereka kebiasaannya
mudah dan menggunakan dua perkataan dan aku tidak berjaya
menyampaikan atau memahami apa-apa kecuali cadangan yang

68

Kejutan Tiba-tiba
mudah. Aku berazam untuk meletakkan pemikiranku tentang me-
sin mengembara dan misteri pintu gangsa di bawah sfinks ke da-
lam sudut memoriku sehinggalah peningkatan pengetahuan aku
dapat membawa aku dekat dengan mereka. Namun, satu sudut da-
lam hati yang kalian mungkin faham membuat aku berpusing da-
lam bulatan beberapa meter jauh dari tempat aku tiba.

69

Penerangan

“SEJAUH yang aku dapat lihat, semua dunia menunjukkan
kecantikkan yang sama seperti Lembah Thames. Pada setiap bukit
yang aku daki, aku nampak banyak bangunan yang megah, pel-
bagai bentuk dan gaya, belukar hijau yang sama, pokok bunga dan
pokok paku pakis. Sini dan sana ada air yang bersinar, tanah yang
dipenuhi bunga ros di bukit biru dan pudar kepada langit yang
tenang. Satu ciri unik yang menarik perhatian aku adalah satu tela-
ga bulat yang aku lihat seperti sangat dalam. Satu demi satu di
sepanjang jalan ke bukit yang aku lalui semasa aku mula jalan di
sini. Seperti yang sebelum ini, ia dipenuhi gangsa yang diperbuat
dengan rasa ingin tahu dan dilindungi bumbung daripada hujan.
Duduk di tepi telaga ini dan melihat ke arah kegelapan, aku tidak
dapat melihat air atau pantulan mancis yang menyala.Tetapi, di
dalam kesemuanya aku mendengar sedikit bunyi dentuman-
dentuman seperti bunyi enjin besar dan aku dapati daripada caha-
ya mancisku terdapat arus udara di bawah. Aku terus mencampak
tentang Syarikat Penghantaran Bungkusan, pesanan pos dan lain-

70

Penerangan

sehelai kertas ke lubang itu dan ia tidak terbang dengan
perlahan tetapi bagai ditiup dengan laju dari pemandanganku.

“Selepas itu, aku datang untuk menyambungkan hubungan
antara telaga ini dengan bangunan tinggi yang ada di sini dan sana
berdekatan cerun keran di atas cerun itu selalunya terdapat si-
lauan di udara seperti yang selalu dilihat pada hari yang panas di
tepi pantai di bawah terik matahari. Meletakkan semua ini bersa-
ma, aku sampai ke cadangan yang kuat tentang sistem pen-
gudaraan bawah tanah yang luas yang sukar dibayangkan dari
mana ia diambil. Pada mulanya, aku mengaitkan dengan peralatan
kebersihan makhluk ini. Ini adalah kesimpulan yang terang tetapi
rupanya salah.

“Di sini aku mesti mengaku yang aku belajar sedikit tentang per-
paritan, loceng, cara pengangkutan dan kemudahan yang
digunakan dalam masa aku di masa depan yang sebenar ini. Di da-
lam minda ini, ada Utopia dan masa akan datang yang aku baca
yang mempunyai banyak maklumat teliti tentang bangunan, kelas
sosial dan lain-lain. Tetapi sementara, ketelitian ini amat senang
untuk dapat apabila seluruh dunia digabungkan dalam satu imagi-
nasi, semua ketelitian ini secara bersama tidak dapat diakses oleh
pengembara sebenar dalam realiti yang aku jumpa di sini. Ba-
yangkan cerita tentang London yang dibawa seorang berkulit
hitam dari Afrika Tengah kepada kaumnya. Apa yang dia tahu ten-
tang syarikat kereta api, pergerakan sosial, telefon dan telegraf,

71

Penerangan

lain? Namun, sepatutnya kita mahu menerangkan benda ini kepa-
da dia! Walaupun dia tahu, sebanyak mana yang dia tahu sehingga
dia mampu membuat kawannya percaya? Kemudian, fikir macam
mana mahu mendekatkan jurang antara orang berkulit hitam dan
kulit putih pada masa kita dan betapa besar jurang antara diriku
dan zaman kegemilangan! Aku sedar tentang banyak benda yang
tidak dapatku lihat tetapi aku simpannya untuk tanggapan kepada
organisasi automatik. Aku takut aku hanya boleh sampaikan sedi-
kit sahaja perbezaan ini kepada minda kalian.

“Contohnya dalam soal kubur, aku tidak nampak tanda
krematoria atau tanda-tanda kubur. Tetapi, aku terfikir yang
mungkin terdapat tanah kubur (atau crematoria) di sesuatu tem-
pat yang berada di luar jangkauan aku. Ini merupakan persoalan
yang sering aku tanya kepada diri sendiri dan sifat ingin tahu aku
yang pada mulanya hilang. Perkara yang memeningkan aku dan
apabila aku membuat kenyataan, lagi aku pening iaitu orang tua
dan lemah yang ada dalam kalangan ini tidak wujud.

“Aku mesti mengaku bahawa aku puas dengan teori pertama
berkaitan tamadun automatik dan kemanusiaan yang tidak ber-
tahan lama. Namun, aku tidak dapat fikir tentang perkara lain. Biar
aku terangkan kesusahan aku. Terdapat beberapa istana besar
yang telah aku teroka hanyalah tempat- tempat tinggal, dewan-
dewan makan yang besar dan bilik-bilik tidur. Aku tidak jumpa
mesin atau apa-apa jenis peralatan. Namun, orang yang memakai

72

Penerangan

pakaian yang menarik kadang-kadang memerlukan pembaharuan
dan sandal mereka walaupun tidak dihias tetapi mempunyai tapak
besi yang sangat kompleks. Entah macam mana barangan itu dibu-
at dan orang-orang kecil tidak menunjukkan minda yang kreatif.
Tidak ada kedai, bengkel dan tanda-tanda import di kalangan
mereka. Mereka menghabiskan semua masa mereka dengan ber-
main dan bermandi-manda di sungai, bercinta dengan bermain-
main, makan buah dan tidur. Aku tidak dapat faham bagaimana
keadaan itu berterusan.

“Kemudian lagi tentang mesin mengembara masa, aku tidak
tahu apa yang telah membawa mesin itu ke atas tapak Sfinks Putih.
Kenapa? Seluruh hidup aku, aku tidak dapat bayangkan. Perigi tid-
ak berair itu dan tiang berlampu yang berkelip-kelip itu. Aku rasa
aku kekurangan bukti. Aku rasa, bagaimana nak terangkan? Ka-
takan kau jumpa surat dengan ayat di sana dan sini dalam bahasa
Inggeris dan turut ada perkataan lain yang tidak diketahui oleh
kau? Jadi pada hari ketiga aku melawat, itulah yang di-
persembahkan kepada aku oleh dunia Lapan Ratus Ribu dan Dua
Ribu Tujuh Ratus Satu!

“Hari itu, aku mendapat seorang rakan, agaknyalah. Per-
sahabatan ini berlaku tatkala aku melihat sebahagian orang-orang
kecil mandi di kawasan air cetek. Salah seorang daripada mereka
kekejangan dan mula hanyut ke hilir. Aliran air mengalir dengan
laju tetapi tidaklah terlalu deras bagi seorang perenang yang agak

73

Penerangan

mahir. Keadaan ini akan memberikan kalian idea, mengenai keku-
rangan aneh makhluk ini kerana tidak ada seorang pun yang cuba
menyelamatkan makhluk kecil itu yang menangis dengan lemah
dan hampir lemas di depan mata mereka. Apabila aku perasan
situasi ini, aku dengan cepat membuka semua pakaian aku lalu
pergi ke kawasan yang rendah di bawah dan aku menangkap ma-
khluk malang itu dan membawanya ke tempat yang selamat. Aku
menggosok badannya sedikit untuk menyedarkan dia dan aku ber-
puas hati apabila melihat dia baik-baik sahaja sebelum aku
meninggalkan dia. Aku tidak mengharapkan apa-apa dengan kaum
dia kerana aku memandang rendah kepada mereka. Namun, rupa-
rupanya aku salah.

“Situasi ini berlaku pada waktu pagi. Pada tengah har,i aku
menjumpai perempuan kecil aku yang aku percaya semasa aku ba-
ru pulang kepada pusat mesi ku selepas eksplorasi. Dia menyam-
butku dengan tangisan kegembiraan dan memberikan aku satu
kalungan bunga yang besar. Nampaknya, kalungan bunga itu digu-
bah untukku dan hanya untuk aku seorang. Kalungan bunga itu
menyedarkan aku daripada imaginasiku. Mungkin aku berasa san-
gat sunyi. Namun, aku menunjukkan penghargaan setinggi yang
boleh terhadap hadiah itu. Kami duduk bersama di kerusi batu dan
berbual sambil tersenyum. Makhluk itu sangat mesra sehingga
memberikan kesan kepada aku sama seperti kesan kepada
seorang budak-budak. Kami bertukar bunga dan dia mencium tan-
ganku. Aku buat benda yang sama kepada dia. Kemudian, aku cuba

74

Penerangan

bercakap dan mengetahui bahawa nama dia ialah Weena, aku tid-
ak tahu makna namanya tetapi ia satu nama yang elok. Itulah per-
mulaan kepada persahabatan yang bertahan selama seminggu dan
berakhir akibat perkara yang aku akan cerita nanti!

“Dia seperti seorang budak. Dia nak berkepit denganku pa-
da setiap masa. Dia cuba mengikutku ke mana-mana sahaja dan
pada perjalanan seterusnya, aku cuba memenatkan dia dan
meninggalkan dia. Akhirnya dia penat dan memanggil aku dengan
lemah. Tetapi, masalah dunia perlu dihadapi. Aku bercakap dengan
diriku, aku tidak datang ke masa depan untuk mengorat orang.
Tetapi dia stres, kesan aku meninggalkan dia sangat hebat.
Reaksinya terhadap perpisahan sangat cemas dan aku terfikir
yang aku sebenarnya rasa sudah dengan kesetiaannya. Tetapi, dia
sebenarnya agak menyenangkan kepadaku. Aku sangka perangai
budak-budaknya yang menyebabkan dia ingin melekat denganku.
Seinggalah aku terlambat, aku tidak sedar kesan yang aku berikan
kepada dia apabila aku meninggalkan dia. Sehinggalah terlampau
lambat, aku sedar dengan jelas apa makna dia kepada aku. Dengan
hanya menunjukkan suka kepada aku dan menunjukkan kasihnya
kepadaku dengan cara dirinya yang lemah, memberikan patung
kecil sebagai hadiah selepas aku pulang dari kejiranan Sfinks Putih
membuatkan aku rasa hampir sama dengan perasaan pulang ke
rumah dan aku akan melihat badan kecilnya yang berwarna putih
dan emas sebaik sahaja aku sampai ke bukit di situ.

75

Penerangan

“Daripada dia juga, aku belajar yang ketakutan yang masih
tidak lenyap dari dunia ini. Dia cukup berani pada waktu siang dan
dia mempunyai keyakinan terhadap aku. Ada sekali, pada masa
yang bodoh, aku membuat muka mengancam kepadanya dan dia
hanya tertawa melihat mukaku. Tetapi, dia takut dengan kegela-
pan, bayang-bayang dan benda-benda hitam. Kegelapan kepada
dia adalah satu benda yang menyeramkan. Ini adalah emosi yang
kuat dan membuatkan aku berfikir dan memerhati dia. Aku dapat
tahu, selain perkara-perkara lain, mahkluk-makhluk kecil ini akan
berkumpul di rumah agam mereka pada waktu malam dan tidur
beramai-ramai. Untuk melawat mereka tanpa lampu adalah seper-
ti meletakkan mereka dalam kegelisahan dan ketakutan. Aku tidak
pernah jumpa seorang pun di luar atau tidur berseorangan di da-
lam selepas waktu malam. Namun, aku bodoh kerana tidak me-
mahami ketakutan mereka itu walaupun Weena tertekan, aku
masih berkeras untuk tidur jauh dari orang ramai.

“Ini merisaukan dia tetapi akhirnya kasih sayang dia kepa-
da aku berjaya membuatkan kami tidur bersama-sama selama li-
ma hari termasuklah malam terakhir apabila dia tidur berbantal-
kan lengan aku. Tetapi, aku terlepas bercerita tentang kisahku
kepadanya. Ini mesti malam sebelum dia diselamatkan oleh aku
yang mana aku telah terjaga pada waktu subuh. Aku gelisah,
bermimpi yang aku lemas dan anemone laut berada di sekeliling
muka aku dengan sesungut lembut mereka. Aku terbangun pada
awalnya dan merasakan ada haiwan kelabu baru sahaja keluar

76

Penerangan

dari tempat tidur aku. Aku cuba melelapkan mata lagi tetapi aku
rasa tidak selesa dan tidak tenang. Malam yang kelabu itulah
selalunya benda-benda akan muncul dari kegelapan apabila
semuanya tidak berwarna tetapi sangat jelas. Aku bangun dan
turun bawah ke dewan besar dan pergi ke turapan batu di depan
istana. Aku berniat untuk melihat matahari terbit.

“Bulan terbenam dan cahaya bulan yang malap bercampur
dengan fajar bersama lampu yang juga malap. Belukar itu
berwarna gelap, tanah kelabu dan langit tidak berwarna. Di sebalik
bukit, aku sangka aku terlihat hantu. Beberapa kali, apabila aku
melihat cerun aku ternampak makhluk putih. Kali kedua, aku
melihat makhluk putih seperti beruk berlari dengan laju ke arah
bukit dan aku nampak mereka mengangkat badan berwarna
hitam. Mereka bergerak dengan laju. Aku tidak nampak mereka.
Nampaknya, mereka menghilang di sebalik belukar. Matahari
masih belum terbit, kalian mesti faham suasana itu. Aku merasa-
kan sejuk serta perasaan ketidakpastian yang mungkin kalian ta-
hu sering berlaku pada waktu pagi. Aku meragui pandangan mata
aku.

“Ketika langit semakin cerah dan cahaya mula muncul
dengan warnanya yang menerangi dunia sekali lagi, aku melihat
pemandangan itu dengan teliti tetapi aku tidak nampak makhluk
putih itu. Mereka hanyalah makhluk separuh bercahaya. ‘Mereka
mungkin hantu.’ Kataku. ‘Dari manalah datangnya mereka’. Tang-

77

Penerangan

gapan pelik tentang Grant Allen datang ke kepalaku dan menghi-
burkan aku. Jika setiap generasi mati dan meninggalkan hantu, ka-
ta Allen, dunia pasti akan dipenuhi dengan hantu. Menggunakan
teori ini, mereka akan semakin banyak sehingga 800 000 tahun
dan tidak hairanlah boleh terlihat empat sekaligus. Tetapi,
perasaan aku tidak puas hati dan aku terfikir tentang makhluk ini
sepanjang pagi sehinggalah kemunculan Weena membuang mere-
ka daripada fikiranku. Aku mengaitkan mereka dengan haiwan
putih yang aku terjumpa semasa aku mencari mesin mengembara
masa tetapi Weena ialah pengganti yang seronok. Pada masa yang
sama, pemikiran itu semakin memenuhi minda aku.

“Aku fikir aku ada beritahu betapa panasnya dunia kita da-
ripada cuaca di dunia kegemilangan ini. Aku tidak boleh mengam-
bil kira, mungkin matahari lebih panas atau bumi lebih dekat
dengan matahari. Biasanya, kita boleh agak matahari akan sejuk
pada masa akan datang. Tetapi, manusia tidak biasa dengan speku-
lasi ini seperti Darwin yang mudah lupa yang planet akan jatuh
satu demi satu kepada badan utama. Apabila malapetaka ini berla-
ku, matahari akan bersinar dengan tenaga baru dan mungkin se-
setengah planet akan terkesan. Sebab apa pun, fakta menyatakan
matahari lebih panas daripada yang kita ketahui.

“Pada suatu pagi yang panas, pagi yang keempat mungkin,
tatkala aku mencari tempat berteduh dari panas dan silau berdek-
atan dengan rumah besar tempat aku tidur dan makan, berlakunya

78

Penerangan

satu perkara aneh ini. Memanjat di antara batu bata, aku men-
jumpai galeri kecil dengan hujung dan tingkapnya ditutup oleh
timbunan batu. Berbeza dengan luarannya yang cantik, dalamann-
ya sangat gelap bagiku. Aku masuk sambil meraba, perubahan dari
terang ke gelap menghasilkan tompok warna di depan aku. Tiba-
tiba, aku terhenti. Aku lihat ada sepasang mata yang bersinar
tanpa pantulan matahari melihat aku dalam kegelapan.

“Naluri takut dengan haiwan buas datang kepadaku. Aku
menggenggam tangan dan melihat dengan berani terhadap mata
yang bersinar itu. Aku takut untuk berpatah balik dan pemikiran
tentang keselamatan manusia yang selama ini telah diperoleh tiba-
tiba muncul di minda aku. Kemudian, aku teringat ketakutan da-
lam gelap. Mengatasi ketakutan aku serba sedikit, aku maju se-
langkah dan bercakap. Aku mengaku yang suara aku tegas dan tid-
ak terkawal. Aku menghulurkan tangan aku dan tersentuh sesuatu
yang lembut. Serentak matanya bergerak ke tepi dan sesuatu
berwarna putih melintasi aku. Aku menoleh dengan takut dan
melihat susuk tubuh seperti beruk yang aneh, kepalanya pelik dan
berlari melintasi ruang yang bercahaya di belakang aku. Benda itu
terlanggar batu, terhuyung-hayang dan dengan sekelip mata terso-
rok di sebalik kegelapan dalam timbunan batu yang lain.

“Tanggapan aku adalah sudah pastinya kurang sempurna
tetapi aku tahu ia berwarna putih dan mempunyai mata merah ke-

79

Penerangan

labu yang besar. Terdapat juga segumpal rambut di belakang
kepala dan belakangnya. Tetapi seperti yang aku cakap, makhluk
itu bergerak terlampau laju untuk aku lihat dengan teliti. Aku tidak
boleh mengenal pasti sama ada haiwan itu berlari menggunakan
empat kaki atau dua tangannya rendah. Selepas diam seketika, aku
mengikuti jejaknya ke timbunan batu kedua. Pada mulanya, aku
tidak dapat menjumpai makhluk itu tetapi selepas beberapa minit,
aku nampak seperti bukaan ruang yang kelihatan seperti sebuah
telaga yang telah aku ceritakan kepada kalian tadi yang ditutupi
separuh tiang yang jatuh. Terlintas di fikiranku secara tiba-tiba.
Adakah benda ini hilang disebalik ruang itu? Aku menyalakan lam-
pu dan memandang ke bawah, Aku nampak makhluk kecil dan
putih yang sedang bergerak dengan mata besar yang terang me-
mandang aku seperti ingin lari. Haiwan itu membuatkan aku
menggigil. Haiwan itu seperti manusia labah-labah! Haiwan itu
memanjat dinding dan sekarang aku lihat buat kali pertamanya,
makhluk itu mempunyai kaki besi dan tangannya membentuk
tangga yang turun ke luar daripada bukaan itu. Kemudian, api
terkena jariku dan terjatuh dari tanganku lalu terpadam dan apa-
bila aku nyalakan sekali lagi, raksasa itu sudah hilang.

“Aku tidak tahu berapa lama aku duduk. Aku mengambil
masa sedikit sebelum berjaya memujuk diri aku yang benda yang
aku lihat itu manusia. Tetapi sebenarnya, kebenaran menyedarkan
aku, Manusia itu bukan hanya satu spesies tetapi terbahagi kepada
dua spesies haiwan, anak-anak aku daripada dunia Atas bukannya

80

Penerangan

satu-satunya keturunan generasi kita tetapi makhluk yang pelik
itu juga merupakan pewaris kepada semua zaman yang pernah
ada.

“Aku terfikir tentang tiang yang berlampu dan teori aku
tentang lubang udara di bawah tanah. Aku mula syak tentang ked-
atangan teknologi ini yang sebenar. Aku tertanya-tanya, adakah ini
perancangan Lemur dalam skema organisasi stabil aku. Bagaimana
ia berkaitan dengan Dunia Atas yang cantik? Apa yang tersorok di
bawah sana dalam bukaan itu? Aku duduk di tepi telaga dan mem-
beritahu diri sendiri yang walau apa pun, tidak ada apa-apa yang
perlu ditakuti dan aku perlu mencari cara untuk menyelesaikan
masalahku. Disebabkan itu, aku sangat takut untuk pergi! Disebab-
kan aku teragak-agak, dua orang cantik dari Dunia Atas datang
berlari bagai sukan merentasi cahaya dalam bayang-bayang. Lelaki
mengejar wanita, menghulurkan bunga kepada dia sambil berlari.

“Mereka seperti terkejut melihat aku. Lengan aku bersan-
dar pada tiang yang terbalik dan aku melihat ke telaga. Rupa-
rupanya, ini dikategori sebagai biadap untuk meletakkan tangan di
lubang itu kerana apabila aku menuding jari kepada lubang itu dan
cuba bertanya soalan mengenainya dalam bahasa mereka, mereka
seperti tertekan dan melarikan diri. Tetapi, mereka tertarik
dengan mancisku dan aku menyalakan satu untuk tunjuk kepada
mereka. Aku cuba lagi bertanya tentang telaga itu dan sekali lagi,
aku gagal. Jadi, aku beredar kerana ingin pergi ke Weena dan

81

Penerangan

melihat perkara yang aku boleh dapat dari dia. Tetapi, mindaku
berada dalam revolusi. Tekaan dan tanggapanku lari dan mengu-
bah ke pembaharuan. Aku sekarang ada petunjuk cara tentang
kedatangan telaga ini dengan menara pengudaraan, tentang mis-
teri hantu-hantu, tentang keputusan untuk berdiam diri mengenai
petunjuk makna pintu gangsa dan nasib mesin mengembara masa!
Dengan sedikit samar-samar, muncul satu cadangan dalam me-
nyelesaikan masalah ekonomi yang memeningkan aku itu.

“Inilah pemandangan baru. Jelas sekali, spesies kedua ini
adalah asalnya dari bawah tanah. Terdapat tiga keadaan khusus
yang membuatkan aku fikir bahawa kemunculannya di Dunia Atas
yang jarang berlaku adalah disebabkan oleh tabiatnya di Dunia
bawah. Pada mulanya, ada warna luntur yang selalu dilihat pada
haiwan yang kebiasaannya hidup dalam gelap, contohnya ikan
putih di gua Kentucky . Kemudian, mata besar itu yang boleh me-
mantulkan cahaya adalah salah satu ciri umum pada haiwan waktu
malam seperti burung hantu dan kucing. Akhir sekali, pen-
erbangannya yang laju tetapi tidak stabil ke dalam kegelapan
disebabkan oleh kekeliruannya di bawah sinaran matahari dan
kepala gerabak menghala ke cahaya—semuanya menguatkan teori
mengenai sensitiviti mata yang melampau.

Di bawah kaki aku dan bumi ini, pasti ada terowong besar
yang menjadi tempat tinggal Kaum Baru. Kewujudan ruang pen-
gudaraan dan telaga di sepanjang lereng bukit dan di semua tem-

82

Penerangan

pat kecuali di sepanjang lembah sungai menunjukkan kesannya
yang universal. Jadi, perkara yang semula jadi untuk diandaikan
ialah Dunia Bawah membuat kerja yang diperlukan untuk
keselesaan Dunia Atas? Tanggapan ini sangat betul sehingga aku
boleh mempercayainya dan membuat andaian tentang pembahagi-
an spesies manusia ini. Aku berani cakap yang kalian akan menanti
teori aku walaupun untuk aku sendiri, aku rasa yang ia akan jauh
daripada kebenaran.

“Pada mulanya, punca dari masalah dunia kita sendiri. Su-
dah terang lagi jelas kepadaku yang jarak dunia sekarang hanya
sementara dan jurang sosial antara Kapitalis dan Buruh adalah
kunci kepada seluruh kedudukan.Tidak pelik kalau ini kelihatan
sangat jijik kepada kalian dan juga sangat hebat! Sekarang, ada
keadaan yang nampak seperti itu. Terdapat kecenderungan untuk
menggunakan ruang bawah tanah untuk tujuan yang tidak berapa
elok untuk kepentingan peradaban. Terdapat Laluan Kereta Api
Metropolitan di London, contohnya ada laluan kereta api elektrik,
kereta api bawah tanah, bengkel bawah tanah serta restoran dan
ini semakin meningkat dan bertambah. Jelas sekali, aku fikir yang
benda ini akan meningkat sehingga industri kehilangan hak asal di
langit. Aku maksudkan ia akan hilang dalam dan lebih mendalam
ke ruangan kilang bawah tanah yang besar dan menghabiskan ma-
sa di dalam hingga akhirnya! Sekarang pun, bukankah pekerja di
Timur hidup dalam suasana tiruan yang boleh dipisahkan da-
ripada permukaan semula jadi bumi?

83

Penerangan

“Sekali lagi, orang kaya lebih cenderung dalam kepentingan
mereka untuk menutup ruangan tanah pada bahagian atas. Mung-
kin kecenderungan ini adalah disebabkan oleh pendidikan mereka
dan jurang yang semakin luas serta kebiadaban orang miskin
membawa kepada penutupan itu. Tentang London contohnya,
mungkin separuh negara yang cantik akan ditutup akibat pencero-
bohan. Jurang yang semakin luas ini juga disebabkan oleh per-
belanjaan proses pendidikan tinggi dan peningkatan kemudahan
dan godaan gaya hidup orang kaya akan menyebabkan berlaku
pertukaran kelas sosial. Perkahwinan campur akan merapatkan
spesies melalui stratifikasi sosial dengan kurang kerap. Pada
akhirnya, Dunia Atas mesti mempunyai kemewahan, mengejar
keseronokan, keselesaan dan kecantikan dan Dunia Bawah pula,
buruhnya perlu biasakan dengan suasana buruh. Apabila mereka
di sana, mereka terpaksa membayar sewa bukan sedikit tetapi
demi pengudaraan ruang mereka dan jika mereka menolak, mere-
ka akan kelaparan atau sesak nafas. Sesetengah daripada mereka
akan sengsara hingga mati dan akhirnya, selebihnya akan kekal.
Mereka yang hidup akan sesuaikan diri dengan syarat hidup di
Dunia Bawah dan bahagia dengan gaya mereka sendiri seperti
mereka adalah warga Dunia Atas. Seperti yang aku rasa, kecanti-
kan akan hilang dengan sendirinya.

84

Penerangan

“Kejayaan besar manusia yang aku bayangkan berbeza da-
lam minda aku. Tidak ada pendidikan moral dan kerjasama awam
seperti yang aku bayangkan. Sebaliknya, aku lihat golongan bang-
sawan, mempunyai ilmu sains dan bekerja untuk mencapai
keadaan sistem industri sekarang. Kemenangan bukan sekadar ke-
menangan atas alam tetapi kemenangan melebihi alam dan sesa-
ma manusia. Ini, aku ingin ingatkan hanyalah teori aku ketika itu.
Aku tidak ada penunjuk yang mudah tentang corak dalam buku
Utopia. Penjelasan aku mungkin silap. Aku masih fikir ini yang pal-
ing munasabah. Tetapi, walaupun ini sepatutnya andaian yang
seimbang tentang tamadun yang lepas, masa yang agak lama telah
berlalu sejak kemuncaknya dan sekarang sudah jatuh ke bawah.
Keselamatan Dunia Atas yang sempurna menyebabkan mereka
merosot dengan perlahan, melibatkan umum dalam saiz, kekuatan
dan kepandaian. Itu aku dapat lihat dengan jelas. Perkara yang
berlaku kepada golongan Dunia Bawah, aku tidak suspek apa-apa
tetapi daripada yang aku lihat dari Morlock iaitu nama gelaran ma-
khluk itu – Aku dapat bayangkan modifikasi manusia yang lebih
meluas dari ‘Eloi’ kaum yang cantik yang diketahui aku.

“Kemudian, datang keraguan yang menyerabutkan. Kenapa
Morlock mengambil mesin mengembara masa aku? Aku yakin
mereka yang mengambilnya. Kenapa, jika Eloi ialah pakar,
bukankah mereka boleh membaiki mesin itu untuk aku ? Kenapa
mereka sangat takut dengan kegelapan? Aku mulakan seperti yang
aku cakap, menanyakan Weena tentang Dunia Bawah tetapi sekali

85

Penerangan

lagi aku kecewa. Pada mulanya, dia tidak memahami soalanku dan
dia tidak mahu menjawabnya. Dia menggigil seperti topik itu tidak
dapat ditahan. Apabila aku memaksanya, mungkin sedikit kasar,
dia menangis. Itulah tangisan yang aku pernah nampak yang
bukannya tangisanku sepanjang masaku di dalam zaman keema-
san itu. Apabila aku melihat mereka, aku tiba-tiba berhenti da-
ripada memikirkan mengenai Morlock dan hanya risau tentang
cara untuk menghilangkan tanda warisan manusia daripada mata
Weena. Tidak berapa lama kemudian, dia tersenyum dan menepuk
tangannya manakala aku membakar mancis dengan sungguh-
sungguh.

86

Morlock

“MUNGKIN perkara ini agak aneh bagi kalian tetapi ia ber-
laku dua hari sebelum aku dapat melihat semula klu-klu yang baru
dijumpai itu dengan betul. Aku dapat rasakan badan yang pucat itu
mengecut dengan begitu cepat. Bila aku sentuh mereka, sejuk sep-
erti sudah beku!

“Aku tidak dapat tidur dengan lena keesokan malamnya.
Badan aku rasa tidak sedap. Perasaan aku gelisah dan tidak
menentu. Sekali-sekala perasaan takut menyelubungi diri aku. Aku
teringat satu malam aku berjalan perlahan-lahan ke ruangan de-
wan besar. Terdapat makhluk-makhluk itu sedang tidur nyenyak
di bawah sinaran bulan. Termasuklah Weena. Perasaan takut yang
menyelubungi terus hilang. Semakin hari, malam semakin gelap.
Sinaran bulan tidak tembus ke kawasan dewan kerana dilitupi
awan. Morlock-morlock itu semakin berani menampakkan diri
mereka. Rupa mereka seperti monyet-monyet besar yang
berwarna putih. Katanya, mereka baru lagi muncul di kawasan ini.

87

Morlock

Sebelum ini, terdapat beberapa lagi spesies makhluk pemusnah
mendiami kawasan ini. Sejak kebelakangan ini, perasaan gundah-
gulana muncul kembali. Aku dapat rasakan satu-satunya cara un-
tuk mendapatkan kembali mesin mengembara masa itu adalah
dengan keluar dari tempat yang penuh misteri ini. Tapi, aku tidak
sanggup menghadap semua ini seorang diri. Kalaulah aku ada
peneman yang sanggup bersama-samaku untuk keluar dari tempat
ini. Tiada siapa faham perasaan aku. Di sini, aku tidak pernah rasa
selamat.

“Perasaan gelisah dan gundah-gulana inilah yang me-
nyebabkan aku tidak lagi bersemangat untuk pergi menjelajah
tempat ini. Teringat aku ketika aku meneroka suatu kawasan di
selatan tempat ini iaitu Combe Wood. Aku terlihat suatu istana
berwarna hijau tersegam indah di kawasan itu. Istana itu tidak
seperti istana yang biasa aku lihat. Istana itu lebih besar daripada
istana lain. Istana itu bercirikan gaya Oriental, berwarna biru kehi-
jauan, seperti sebuah pinggan seramik dari China. Perasaan ingin
menceroboh masuk ke istana itu membuak-buak. Tetapi me-
mandangkan hari semakin gelap, aku terpaksa menangguhkan
rancangan aku ke hari esok. Aku pulang ke pangkuan si kecil
Weena. Keesokan harinya, perasaan ingin pergi ke istana yang aku
gelar Istana Porselin Hijau itu semakin membuak. Tanpa membu-
ang masa, sebelum matahari terbit lagi aku sudah memulakan
langkah ke Istana Porselin Hijau itu. Kami bergerak ke arah sebuah
perigi yang berdekatan.

88

Morlock

“Si kecil Weena berlari bersama aku. Kami menari sepan-
jang jalan. Sebaik sahaja kami sampai di perigi itu, aku men-
dekatkan mukaku ke arah Weena. Aku berikan ciuman di pipinya
dan mengucapkan selamat tinggal sebelum memanjat masuk ke
dalam perigi itu. Kecut perut aku dibuatnya. Perigi itu sangat da-
lam. Weena mula menangis teresak-esak. Dia cuba menarik aku ke
atas. Gelagat dia membuatkan aku berfikir dua kali sama ada mahu
turun atau tidak. Aku menolak dia dengan agak kuat. Aku kembali
turun ke bawah. Sedar-sedar aku sudah berada di tengah-tengah
perigi itu. Aku lihat ke atas. Muka Weena yang resah gelisah jelas
kelihatan dari bawah. Aku berikan senyuman terhadapnya supaya
dia tenang. Kemudian aku lihat ke tempat aku berpijak. Memang
tidak kukuh.

“Aku kembali meneruskan perjalanan aku ke bawah. Aku
kira, lebih kurang dua ratus meter juga kedalaman perigi ini. Dind-
ing perigi itu ditutupi besi-besi untuk kegunaan makhluk -makhluk
kecil itu dan bukan untuk kegunaan orang sebesar aku. Semakin
aku menurun ke bawah, semakin penat dibuatnya. Badan aku juga
terasa lenguh. Yang menakutkan lagi, aku hampir terjatuh ke da-
lam perigi tanpa penghujung itu disebabkan besi di dinding itu su-
dah mahu patah disebabkan berat aku. Nasib baik aku sempat ber-
paut kepada besi yang lain. Aku tidak berani lagi untuk berhenti
berehat. Walaupun tangan aku tersangat sakit, aku teruskan per-
jalanan dengan secepat mungkin. Melihat ke atas, di pembukaan
perigi itu, kelihatan kepala Weena seperti kelibat hitam. Tiba-tiba

89

Morlock

terdengar bunyi yang sangat kuat datang dari bawah. Suasana
menjadi gelap. Aku melihat ke atas. Tiada lagi kelibat Weena.

“Aku semakin tidak selesa. Mahu saja aku mendaki naik ke
atas semula dan tinggalkan Dunia Bawah ini seorang diri. Namun
begitu, lagi banyak aku fikir, lagi laju aku turun ke bawah. Akhirn-
ya, aku nampak kelibat cahaya di sebelah dinding kanan perigi ini.
Sebuah lubang. Terus aku masuk ke dalam lubang itu untuk bere-
hat. Sedang aku enak meluruskan badan, tiba-tiba terdapat satu
tolakan yang membuatkan aku terjatuh ke dalam lubah tanpa
penghujung iu. Mata aku semakin kelabu. Udara pula semakin
menipis. Aku melelapkan mata aku sambil terus terjatuh ke bawah.

“Aku tidak tahu berapa lama aku tidak menyedarkan diri.
Tetapi aku tersedar disebabkan ada sentuhan yang membelai
muka aku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Suasana gelap
gelita. Aku mencapai mancis lalu menyalakannya. Terus aku nam-
pak tiga kelibat makhluk putih. Sama seperti makhluk-makhluk di
atas sana. Sebaik sahaja aku menyalakan mancis itu, mereka ber-
lari menyorok. Disebabkan mereka hidup di dalam gelap, mata
mereka menjadi sangatlah besar dan sensitif seperti mata ikan.
Mereka dapat melihat aku walaupun suasana sangat gelap. Mereka
langsung tidak menunjukkan perasaan takut terhadapku. Mereka
hanya takutkan api pada mancis yang aku nyalakan itu.

“Aku cuba untuk memanggil mereka tetapi bahasa yang
mereka gunakan berbeza dengan bahasa Dunia Atas. Jadi, usaha
aku memanggil mereka hanyalah sia-sia. Aku teruskan berjalan di

90

Morlock

dalam terowong itu sehingga terdengar suatu bunyi yang sangat
kuat. Aku terus berjalan sehingga ruang terowong itu membesar.
Aku menyalakan satu lagi mancis dan menghalanya ke arah ru-
angan gelap di hadapan. Aku sudah masuk ke suatu ruangan yang
sangat besar dan gelap.

“Dalam cahaya yang samar-samar itu, kelihatan kelibat se-
buah mesin. Di sebalik bayang-bayang mesin yang gelap itu,
kelihatan Morlock-morlock sedang berlindung dari cahaya mancis.
Suasana di udara berbau darah. Darah baharu. Aku memandang ke
arah satu meja yang berada di tengah-tengah ruangan itu. Bangkai!
Tidak pasti sama ada itu bangkai haiwan atau sebaliknya. Pastinya,
makhluk-makhluk berbadan besar ini bersifat karnivor! Mangsa
mereka juga mesti berbadan besar. Suasana di situ sangat samar-
samar. Hanya terlihat kelibat makhluk berbau, berwarna merah
menyorok di dalam cahaya. Mereka hanya menunggu masa mancis
di tangan aku ini terpadam. Malangnya, apa yang aku fikirkan
menjadi kenyataan. Mancis terpadam lalu jatuh ke lantai.

“Aku rasakan pengembaraan aku ke tempat ini serba-serbi
tidak kena dan tidak cukup. Aku langsung tidak menyiapkan diri
aku dengan sebarang alatan perlindungan diri kerana menyangka-
kan orang pada masa hadapan canggih-canggih belaka. Datang
tanpa ubat, tanpa senjata, dan paling penting, rokok. Aku sangat
perlukan rokok! Kalaulah aku bawa sekali kamera Kodak, sudah
tentu aku akan tangkap gambar tempat ini dan melihatnya pada
masa lapangku. Namun begitu, cakap banyak pun tak guna, aku

91

Morlock

bergantung harap dengan kekuatan diriku dan empat batang man-
cisku sahaja.

“Cahaya kecil yang datang dari mesin itu menyedarkan aku
betapa sedikitnya baki mancis yang tinggal di tanganku. Sebelum
ini aku bazirkan hampir keseluruhan mancis-mancis itu untuk ber-
lagak dengan penduduk Dunia Atas di atas. Di sana, api dianggap
benda ajaib. Aku dapat rasakan sentuhan di tangan aku. Bau busuk
semakin menghampiri tempat aku berdiri. Aku dapat rasakan
mereka ada banyak. Kerana hembusan nafas mereka datang dari
banyak sudut. Kotak mancis di tangan aku hampir dirampas. Satu
tangan menarik baju aku. Makhluk-makhluk ini sedang meneliti
aku. Aku menjerit sekuat hati. Mereka mula bergerak ke belakang.
Tetapi hanya seketika. Mereka kembali hampir. Mereka memegang
aku dengan sangat kuat dan berbisik sesama sendiri. Aku
menggeletar. Aku menjerit sekali lagi. Kali ini agak lemah. Mereka
langsung tidak takut malah mereka ketawa. Aku berasa sangat-
sangat takut ketika ini. Aku nyalakan satu lagi mancis lalu melari-
kan diri. Nasib aku malang. Mancis itu terpadam. Morlock-morlock
itu dengan pantasnya berlari mengejar aku.

“Saat ini aku dipegang oleh beberapa tangan. Tidak salah
lagi, mereka cuba untuk menarik-narik aku seperti berebut yang
mana antara mereka yang mahu makan aku dahulu. Aku menya-
lakan satu lagi mancis dan menyuluh ke arah muka mereka.
Terserlah muka hodoh mereka seperti makhluk-makhluk hodoh
yang kita biasa lihat dalam filem. Pucat, tiada dagu, dan mata yang
tidak berkelopak! Mereka merenung tepat ke arah aku. Sangat me-

92

Morlock

nyeramkan! Aku tak berani untuk melihat lama-lama. Aku berlari
ke belakang. Sebaik sahaja mancis ini semakin terpadam, aku nya-
lakan satu lagi terus berlari. Mereka menarik-narik kaki aku. Aku
tendang sekuat hati. Aku nyalakan mancis terakhir aku. Sekelip
mata ia terpadam. Tapi nasib menyebelahi aku. Aku sempat
memaut kepada besi di dinding. Aku panjat ke atas dan terus
menendang sekuat hati. Sebaik sahaja mereka lepaskan aku
dengan pantas aku panjat ke atas. Tiada seekor pun mengejar aku
ke atas.

“Pendakian aku ke atas cukup menyeksakan. Aku rasa loya
yang teramat. Aku teruskan pendakian walaupun terasa seperti
mahu pitam. Aku gagahkan diri walaupun graviti seperti ingin
menarikku jatuh ke bawah semula. Akhirnya, aku sampai di mulut
perigi itu. Aku panjat keluar dan terus rebah ke atas tanah. Sua-
sana terasa aman damai. Kemudian, aku dapat ingat Weena yang
mencium tangan dan telingaku. Aku terlena.

93

Bila Malam Menjelma

“SEMEMANGNYA sekarang, keadaan bertambah teruk da-
ripada sebelum ini kecuali pada suatu malam ketika mesin
mengembara masa aku hilang. Itu antara detik yang paling ma-
lang. Perasaan aku untuk melarikan diri mencanak-canak. Tetapi
terbantut apabila aku menemui banyak penemuan baharu. Aku
rasakan aku telah diperdaya oleh makhluk-makhluk kecil yang
berperangai kanak-kanak ini dan suatu spesies yang menjengkel-
kan iaitu Morlock. Mereka itu sangat menjijikkan dan tidak ber-
perikemanusiaan. Sememangnya aku benci makhluk Morlock ini.
Sebelum ini, aku merasakan diriku seperti seorang lelaki yang ter-
jatuh jauh ke dalam sebuah lubang yang dalam, mencari-cari ru-
ang dan peluang untuk melepaskan diri daripada nasib malang ini.
Namun begitu, sekarang aku seperti haiwan liar yang ter-
perangkap di dalam sebuah perangkap yang semakin dihampiri
oleh musuh.

94

Bila Malam Menjelma

“Musuh yang aku sangat-sangat bencikan itu mungkin akan
membuatkan kalian bingung dan tertanya-tanya. Kegelapan. Kege-
lapan berlaku disebabkan peralihan fasa bulan daripada bulan
purnama ke anak bulan. Weena berkali-kali ingatkan aku betapa
bahayanya saat itu. Setiap malam, kegelapannya bertambah lama.
Aku sangat memahami sebab orang-orang di Dunia Atas ini sangat
takut akan kegelapan. Mereka takutkan kegelapan kerana pada
waktu malam yang tiada sinaran bulan inilah Morlock-morlock
akan mengganas. Aku tertanya-tanya apakah yang Morlock-
morlock ini mampu lakukan ketika bulan tidak bersinar? Sepan-
jang aku berada di sini, aku ada menghasilkan beberapa teori
berkenaan dunia pelik ini. Tetapi jangan pula percaya bulat-bulat
akan teori ini. Pada zaman dahulu, penduduk Dunia Atas ini mung-
kin menggunakan sistem aristokrasi di dalam kehidupan mereka.
Morlock-morlock ini pula dijadikan sebagai hamba pada zaman itu.
Tetapi perkara ini sudah lama berakhir. Kedua-dua spesies ini
merupakan keturunan daripada manusia-manusia yang datang
dari atas. Eloi, seperti raja-raja pada dinasti Carolingian, sudah
berevolusi menjadi makhluk yang cantik tetapi tidak berguna.
Mereka masih lagi mempunyai sifat-sifat manusia biasa walaupun
sedikit. Morlock pula, mereka sudah lama menghuni dunia bawah
ini. Oleh itu, mereka fobia dengan sebarang cahaya. Setahu aku,
Morlock-morlock ini menghasilkan baju mereka sendiri. Mereka
menghasilkan baju yang sesuai untuk habitat dan ketahanan mere-
ka untuk memburu dan perkara lasak lain yang dilakukan untuk
meneruskan hidup mereka. Namun, keadaan sekarang sudah

95

Bila Malam Menjelma

terbalik. Beribu tahun yang lalu, seorang lelaki menolak adiknya
jatuh ke dalam perigi. Hilang daripada keindahan cahaya matahari.
Tetapi sekarang, adiknya datang kembali membalas dendam. Keti-
ka kacau bilau melanda dunia ini, barulah Eloi-eloi ini sedar akan
kesilapan nenek moyang mereka yang lalu. Mereka tinggal dalam
ketakutan. Kemudian, aku teringat berkenaan bangkai yang aku
nampak dekat bawah perigi tempoh hari. Aku tidak pasti bangkai
itu milik spesis yang mana. Penglihatan aku samar-samar ketika
itu. Rasa seperti aku pernah lihat tetapi kurang pasti.

“Walaupun begitu, seberapa takut pun makhluk -makhluk ini
terhadap Morlock, aku tidaklah takut seperti mereka. Mungkin
kerana aku datang dari zaman di mana manusia tidak takut akan
sebarang misteri dan ketidaktentuan. Sekurang-kurangnya aku
boleh mempertahankan diri aku sendiri daripada ancaman Mor-
lock. Tanpa berlengah lagi, aku tidur berbantalkan lengan. Aku
tidur beralaskan lantai. Aku yakin dengan keadaan aku yang
begini, aku boleh melawan ancaman mereka. Aku masih teringat
ketika aku sedang tidur lena di atas katil tempoh hari. Morlock-
morlock itu pecah masuk dan meneliti aku. Aku rasa aku tidak
akan pulang ke katilku selagi aku yakin mereka sudah tiada di tem-
pat itu.

“Pada suatu petang, aku bersiar-siar di lembah Thames. Na-
mun begitu, aku tidak jumpa benda yang aku mahukan. Kesemua
bangunan dan pokok-pokok seperti mudah dimusnahkan oleh ma-
khluk Morlock yang besar itu. Terus aku teringatkan tiang-tiang
tinggi di Istana Porselin Hijau yang aku pergi bersama Weena tem-

96

Bila Malam Menjelma

poh hari. Aku mendukung Weena di atas bahuku, sambil mendaki
ke suatu bukit kecil di arah selatan barat. Jaraknya, aku rasa lebih
kurang sebelas ke dua belas kilometer tapi mungkin dalam dua
puluh lapan kilometer. Buat pertama kali, aku melihat tempat itu
ketika petang yang bergerimis. Aku lihat jaraknya semakin berku-
rangan. Tapak kasutku semakin haus sampai terkeluar jari-jari ka-
ki. Kasut ini kasut yang aku gunakan di dalam rumah, sangat
selesa. Langit bertukar oren. Aku sudah semakin menghampiri
istana itu. Kelihatan kelibat istana itu berlatarbelakangkan langit
senja.

“Weena sangat suka apabila aku mendukung dia di atas bahu
aku. Tetapi setelah sekian lama dia menyuruh aku menurunkan
dia ke bawah supaya dia boleh berlari di sisiku. Kadang-kadang dia
berhenti memetik bunga-bunga di sekitar dan memasukkan ke da-
lam poketku. Weena seakan-akan pelik dengan poket aku. Mung-
kin pada dia, poket aku itu kegunaannya seperti pasu bunga.
Bercakap tentang bunga dalam poket, aku rasa bunga itu masih
berada dalam poket jaket aku.”

Pengembara Masa berhenti seketika, meramas-ramas
poketnya. Dia keluarkan dua kuntum bunga yang sudah layu ke
atas meja kecil itu. Kemudian, dia menyambung ceritanya.

“Suasana semakin gelap. Kami teruskan perjalanan ke arah
Wimbledon yang berada di sebalik bukit itu. Weena sudah berkali-
kali mengajak aku pulang kerana dia sudah penat. Tetapi aku
memberitahu dia yang Istana Porselin Hijau itu sudah semakin

97

Bila Malam Menjelma

dekat. Aku memberitahu yang kita perlu segera sampai ke istana
itu untuk berlindung daripada Morlock. Aku melihat suasana ber-
tambah gelap. Angin sepoi-sepoi pun sudah berhenti meniup, ma-
tahari semakin tenggelam. Aku semakin bimbang. Aku dapat lihat
Morlock-morlock itu semakin dekat dengan kami. Hanya
menunggu hari gelap. Walaupun aku bimbang, tetapi perasaan
teruja pula membuak-buak. Mungkin sebab aku dan Weena datang
menceroboh ke kawasan mereka akan membuatkan mereka se-
makin marah? Mereka juga telah merampas mesin mengembara
masa aku.

“Kami meneruskan perjalanan dengan perlahan. Senja beru-
bah ke malam. Langit yang sebelum ini biru sudah menunjukkan
bintang-bintangnya. Kawasan sekitar sudah kehilangan bayang-
bayangnya. Weena bertambah takut dan penat. Aku men-
dukungnya erat. Semakin gelap, semakin kuat pelukan Weena. Dia
memeluk leherku, meletakkan mukanya di bahuku dan memejam
matanya. Kami menuruni lembah itu. Aku hampir termasuk ke da-
lam sungai disebabkan cahaya semakin kurang. Aku meneruskan
perjalanan melepasi rumah-rumah yang sudah gelap dan sebuah
patung iaitu patung Faun yang merupakan setengah manusia
setengah kambing yang tidak berkepala. Terdapat juga pokok
Akasia yang besar. Setakat ini, aku langsung tidak nampak kelibat
Morlock-morlock itu. Mungkin kerana malam masih muda dan ma-
sa yang betul-betul gelap belum tiba lagi.

“Dekat hujung bukit itu, aku nampak sebuah hutan yang san-
gat tebal dan luas. Aku langsung tidak nampak penghujungnya.

98

Bila Malam Menjelma

Aku sudah sangat keletihan. Kakiku mula pedih. Dengan perlahan,
aku menurunkan Weena dari bahuku. Aku rehat sebentar di atas
padang rumput itu. Kelibat Istana Porselin Hijau sudah hilang. Aku
ragu-ragu dengan arah yang aku tuju ini. Aku lihat ke arah hutan
tebal itu. Apa agaknya yang tersembunyi di sebalik hutan itu? Jika
aku dan Weena memasuki hutan itu, bolehkah kami keluar semu-
la? Walaupun Morlock-morlock itu mungkin tidak akan
bersembunyi di situ, banyak lagi perkara bahaya seperti tersadung
akar-akar pokok, dan terhantuk dahan-dahan kayu besar yang
tumbuh merendah. Aku tidak sanggup mengambil risiko. Lagipun
kesemua tenaga aku hilang disebabkan perjalanan pagi tadi. Aku
berkeputusan untuk rehat di atas bukit yang lapang itu sahaja.

“Weena tidur nyenyak di sebelahku. Aku menyelimuti ba-
dannya dengan jaketku. Lereng bukit ini sangat sunyi. Tiada satu
kelibat pun kelihatan. Tetapi aku dapat rasakan terdapat hidupan
misteri yang tinggal di dalam hutan yang gelap dan tebal itu. Bin-
tang-bintang berkelipan pada malam itu. Tiada suatu awan pun.
Aku berasa sangat tenang melihat bintang-bintang yang tersusun
membentuk buruj-buruj. Buruj-buruj pada zaman ini sangat ber-
beza dengan zaman aku. Tetapi aku rasa Bima Sakti pada zaman
ini masih lagi dipenuhi bintang-bintang yang berserakan di
angkasa. Di sebelah selatan (kalau tidak salah aku), terdapat se-
buah bintang baharu yang berwarna merah terang. Mungkin bin-
tang ini lebih cantik daripada bintang Sirius kita. Saat aku sedang
asyik meneliti kesemua bintang-bintang itu, aku ternampak se-

99

Bila Malam Menjelma

buah planet yang bersinar dengan terang. Keadaan ini meng-
ingatkan aku kepada zaman asalku.

“Apabila aku lihat bintang-bintang ini, seakan terbantut
kesemua masalah yang aku fikirkan. Perkara yang berada di dalam
fikiran aku ketika ini adalah mengenai angkasa lepas dan keba-
rangkalian kewujudan organisma lain. Aku bayangkan betapa jau-
hnya jarak mereka, seperti tiada penghujung. Tiada seorang pun
yang benar-benar mengetahui masa lampau mereka dan masa
hadapan mereka. Begitu hebat alam ciptaan Tuhan. Semuanya te-
lah diatur dengan rapi. Sepanjang empat puluh kali revolusi sen-
yap ini berlaku, aku dapat perhatikan banyak tradisi, bangsa, or-
ganisasi, bahasa, kesusasteraan, dan aspirasi mereka musnah. Ma-
khluk-makhluk kecil ini sudah lupa akan keturunan mereka ter-
dahulu. Ketakutan makhluk Dunia Atas terhadap Morlock telah
membutakan mereka terhadap sejarah mereka. Aku teringat akan
bangkai aku jumpa di dalam perigi itu. Sungguh menjijikan dan
menakutkan! Aku lihat si kecil Weena sedang tidur nyenyak di
sebelahku, mukanya yang putih bersinar di bawah sinaran bintang
membuatkan aku terlupa akan perkara menakutkan itu.

“Sepanjang malam yang panjang itu, aku sedaya upaya mem-
buang jauh-jauh fikiran mengenai Morlock dengan melihat bintang
-bintang dan mencari buruj-buruj. Langit malam itu sangat terang.
Kecuali ada sekali-sekala awan lalu di permukaan langit. Aku
berkali-kali terlena. Kali terakhir aku terjaga, bulan sudah semakin
tenggelam. Suasana semakin cerah. Langit berwarna biru keema-
san. Syukur, tiada seekor Morlock pun yang datang menyerang le-

100


Click to View FlipBook Version