SMK BUKIT MENDI
28320 TRIANG PAHANG
NOTA
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TINGKATAN 5
(SPM)
TAHUN 2020
BAB 1 : ASAS SENI REKA
(UNSUR SENI)
A. UNSUR SENI
PENGENALAN GARISAN
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi
sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam
menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala
seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki
dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam
2
3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.
i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:
Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan
sebagainya.
garisan pada anyaman tikar garisan pada bangunan
ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:
Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat -urat daun, ombak di lautan, titis-titis
hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya
garisan pada titisan hujan garisan pada urat daun garisan pada kulit harimau
Jenis-jenis Garisan
1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut-sudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbiji
10. Garisan berbulu
11. Garisan putus-putus
12. Garisan berduri
3
jenis-jenis garisan
Fungsi Garisan
1. Garisan menimbulkan rupa.
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
garisan menghasilkan rupa garisan menghasilkan bentuk
garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan baying garisan menghasilkan jalinan
4
garisan yang mencipta corak garisan yang mencipta corak
Garisan, Ton dan Ruang
1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat -rapat menimbulkan ton yang
gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang
yang hadapan.
penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan
perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap
semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz
pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah
/ kecil dengan tekanan yang lebih perlahan
5
Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni
1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj
6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)
Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya
penggunaan garisan dalam karya lukisan
Teknik Catan oleh Yusuf Ghani, Siri Topeng
6
karya teknik resis / ikat dan celup jelas memperlihatkan kesan-kesan garisan
aplikasi garisan dalam seni arca
2. RUPA
A. Pengenalan
Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa
7
rupa
B. Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa
yang bersudut.
dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu
rupa geometri
rupa geometri
2. Rupa Organik
Rupa organik merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang,
rupa ikan dan sebagainya.
8
Dihasilkan secara sepontan
rupa organic rupa organik
C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
rupa positif rupa negative
D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak
Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan (
pengurangan ).
Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan
tertentu.
Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.
9
contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak
Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak
1. susunan selang-seli
2. Susunan turun separa
3. Susunan batu-bata
4. Susunan orgee
5. susunan cerminan
6. Susunan sisik ikan
10
E. Rupa dan Lambang / logo
Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.
Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun
logo simbol daripada rupa mata
logo daripada huruf
jenis logo huruf
F. Rupa dan Muka Taip
Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).
perbezaan rupa muka taip serif dan san serif
11
MUKA TAIP SERIF MUKA TAIP SAN SERIF
MUKA TAIP HIASAN CONTOH-CONTOH REKAAN RUPA MUKA TAIP
CONTOH-CONTOH REKAAN RUPA MUKA TAIP
12
3. BENTUK
Contoh-contoh Bentuk
penghasilan bentuk melalui teknik lukisan
bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan
1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga
dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa,
ruang dan warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
Ciri-ciri bentuk
1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna
3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan
4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang
13
Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
bentuk konkrit – meja bentuk konkrit - bola
B. Bentuk Ilusi
1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan
dan lain-lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat
dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan
faktor terpenting.
bentuk ilusi teknik komputer grafik bentuk ilusi teknik catan
Vincent Van Gogh 'Still Life"
14
Membina Bentuk Konkrit
Bentuk boleh dihasilkan melalui :-
1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)
2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plast er of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan
sebagainya.
penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit
penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk
lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit
15
4. JALINAN
APA ITU JALINAN
1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit
durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.
2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
jalinan pada keratan rentas batang pokok jalinan pada kulit harimau belang
jalinan pada kulit siput
16
Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi
rekahan pada tanah
jalinan kasar pada permukaan batu
jalinan berduri pada kulit durian
Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia
jalinan pada langit-langit rumah
17
JENIS-JENIS JALINAN
1. Jalinan Sentuh
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit
kerang
b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan
dan sebagainya
Jalinan Sentuh - kulit kerang
Jalinan Sentuh - tayar motorsikal
2. Jalinan Tampak
merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama -rama,
kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
Jalinan Tampak - kertas dinding Jalinan Tampak - kulit tembikai
18
Fungsi Jalinan
1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang
jalinan pada kuda belang jalinan pada sesumpah
2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut
tapak kasut
3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding
Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak
gosokan
teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan
di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau
pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
19
capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti
daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.
ikat dan celup
menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin
diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut
warna yang dikehendaki
pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat
minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
20
batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya
lukisan dan catan
menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan
Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh
anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya
tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh
21
5. RUANG
- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.
-Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan
sebenar)
LUKISAN PERSPEKTIF
Ruang dan Perspektif
1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh.
2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan
pelukis.
4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara
a. Perspektif 1 titik lenyap
b. Perspektif 2 titik lenyap
c. Perspektif 3 titik lenyap
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap
Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan menjadi besar apabila
hampir dengan kita.
22
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap
Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian
terdekat atau paling hadapan.
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 3 titik lenyap
Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan bangunan-bangunan yang tinggi
23
6. WARNA
-Tindakbalas cahaya ke atas sesuatu
Permukaan
- Terdapat 4 jenis warna iaitu:
Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain)
Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning +
Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’)
Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder
Warna Neutral – iaitu warna kelabu-hitam-putih
TERDAPAT 3 GUBAHAN WARNA IAITU:
Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan
seimbang)
Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan
segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan)
Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang
kepada gelap)
TERDAPAT 2 SUHU WARNA IAITU:
a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan
bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)
a- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan
tenang
24
BAB 2 : ASAS SENI REKA
(PRINSIP REKAAN)
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni
visual
1. HARMONI
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
2. KONTRA
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
25
3. PENEGASAN
- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan
4. IMBANGAN
- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di
tengah-tengah pembahagian tersebut)
b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang
menimbulkan kesan keseimbangan
26
5. IRAMA DAN PERGERAKAN
- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
- Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan
- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb
6. KEPELBAGAIAN
- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui
penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
7. KESATUAN
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
27
BAB 3 : SENI HALUS
( LUKISAN )
PENGENALAN
1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks,
seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.
2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya.
Penggunaan warna amat terhad.
3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan
lukisan dalam kajian figura mereka.
Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan
1. LAKARAN – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.
2. LUKISAN – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya,
ruang dan komposisi.
3. CATAN – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang
memerlukan bahantara air dan minyak.
4. Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, kra yon, pastel, pen dan dakwat.
Teknik Melukis
1. Teknik garisan,
28
2. Teknik garisan pangkah,
3. Teknik titik,
4. Teknik lorekan (SHADING)
5. Teknik campuran.
29
BAB 4 : SENI HALUS ( CATAN )
CATAN ialah hasil seni visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dengan menggunakan media basah.
Penggunaan warna dan berus ditekankan dalam hasilan ini.
FUNGSI CATAN
Menyampaikan mesej
Menyampaikan hasrat diri
Meluahkan perasaan
Merakam sejarah
BAHAN-BAHAN
TEKNIK DALAM CATAN
1.Teknik Titik (Pointilistic)
-Titikan warna dikenakan pada permukaan untuk membentuk tindanan titik -titik warna. Jika dilihat dari jarak yang jauh,
titik-titik warna akan bergabung dan menghasilkan warna baharu. Kesan ini terhasil daripada campuran warna secara
optikal.
30
2.Teknik Glazing
Teknik ini menunjukkan kesan seolah-olah kilauan berkaca yang lut sinar. Teknik ini memberikan kesan warna pada
catan dengan cara menindih lapisan warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah yang telah kering.
3.Teknik Scambling
Dalam teknik ini, warna disapu secara opaque ke atas lapisan yang sebelumnya yang mana boleh disapu secara rata,
lut sinar, atau impasto. Ciri penting dalam teknik ini dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza. Teknik
Scumbling boleh diperoleh dengan cara menyapu warna terang atas permukaan gelap atau gelap atas permukaan
terang. Ia boleh dilapiskan dengan menggunakan berus atau tompokan dengan kain buruk atau jari. Ia menggunakan
berus yang terkawal, menggunakan lapisan warna.
4.Teknik Alla Prima ( Direct painting)
Teknik ini merujuk cara di mana artis perlu mewarna secara tepat dan spontan dengan sapuan warna terus dari tiub.
Teknik ini sesuai untuk artis yang menghasilkan catan di luar bangunan kerana tekniknya terus dan spontan. Setiap
31
palitan warna perlu tepat kerana dalam teknik ini, taida lapisan kedua.
5.Teknik Impasto
Teknik ini mengaplikasikan penggunaan warna tebal dan banyak yang mana ia kontra dengan teknik glazing atau teknik
scumbling. Warna yang tebal mengekalkan kesan sapuan berus atau palitan pisau palet (palette knife). Teknik impasto
sering digunakan dalam catan alla prima apabila cat yang sapuan tebal dan sapuan berus yang cepat membenarkan
catan itu disiapkan dengan cepat.
6.Teknik Hard Edge
Ia merupakan teknik yang menggunakan ‘masking tape’ untuk memisahkan warna yang mana hasilnya menampakkan
catan seperti dipotong-potong.
32
ALIRAN-ALIRAN SENI VISUAL
1. KLASIK
Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula.
Figura sebagai pemusatan tumpuan karya.
Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.
Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni.
Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan.
Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.
2. BARROQUE
Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi.
Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah.
Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya .
Latar belakang karya berwarna gelap.
Karya tertumpu kepada objek.
33
3. ROMANTICISME
Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18.
Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada
zaman itu.
Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan.
Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura
Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik.
Penggunaan garisan luar yang terang.
Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan
beraja.
Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam.
Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu.
Hildegard’s Vision
4. IMPRESSIONISME
Aliran muncul pada abad ke-19.
Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.
Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.
Warna bertindih-tindih.
Tidak melukis secara detail.
Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam.
Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam.
Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.
Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.
34
Tajuk : Bumi Yang Bahagia (1960) Tajuk :Membakar Semut (1967)
Pelukis : Abdullah Ariff Pelukis :Dzulkifli Buyong
5. POST-IMPRESSIONISME
Realiti itu sentiasa baru dan tegas.
Bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk.
Bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.
Melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi
yang berkait rapat.
Melukis sebagai pernyataan dan simbol diri.
Perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.
Warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.
Tajuk :Starry Night
Pelukis : Vincent Van Gogh
6. EKSPRESSIONISME
Menolak ciri-ciri tradisi klasik
Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.
Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.
Penggunaan warna yang dramatik
Tidak ada imej yang jelas.
Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.
35
Semangat Bumi dan Udara (1958) Latif Mohideen
Patrick Ng Onn
7. KUBISME
Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.
Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.
Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.
Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri.
Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.
Warna yang bertenaga.
Tajuk : The weeping woman Tajuk : ‘little cubes
Pelukis : Pablo Picasso Pelukis : Georges Braque
8. SUREALISME
Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda
pelukis.
Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.
36
Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.
Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri.
Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.
The Persistence of Memory (1931)
Salvado Dali
9. SENI POP
Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya
New York dan London.
Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti.
Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.
Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist.
Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar.
Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.
Tajuk : Marilyn Monroe Tajuk : Duchamp
Pelukis : Andy Warho Pengkarya : Marchel Duchamp
37
BAB 5 : SENI HALUS
( ARCA )
PENGENALAN
1. Arca ‘sculpere’ berasal dari perkataan Yunani bermaksud ukir, tebuk, potong, larik.
2. Hasil karya seni 3D yang mementingkan ruang dan bentuk.
3. Arca banyak dihasilkan di zaman tamadun Greek. Hasil peninggalan karya arca pada masa itu menjadi bahan
kajian sejarah gaya hidup masa lampau.
4. Arcawan terkenal Greek : Donatello (1385-1466) dan Michealangelo (1417-1564).
5. Arca yang dihasilkan pada zaman Tamadun Greek banyak kepada figura manusia.
SEJARAH ARCA DI MALAYSIA
1. Di Malaysia bermula sejak zaman pemerintahan Sriwijaya sekitar kurun ke-7 – 13Masehi. Buktinya sejarah
penemuan patung gangsa di Lembah Cemur, Perak.
2. Penemuan kepingan patung Buddha Mahayana di Kg. Kurung Batang, Kangar Perlis.
3. Batu Pedang (batu nisan) dari Keramat Sg. Udang NS.
4. Penghasilan arca berupa patung dari kaum Jah Hut di Pahang dan Mah Meri di Selangor.
5. Ukiran arca dari suku-suku kaum di Sarawak.
6. Penghasilan Seni arca moden oleh pelukis moden Malaysia seperti Anthony Lau, Syed Ahmad Jamal, Budi Utomo,
Redza Pydasa.
JENIS-JENIS ARCA
1. Arca dihasilkan secara Realistik dan abstrak.
Arca realistik menggambarkan objek sebenar
arca abstrak bersifat konseptual dan imaginasi tinggi.
2. Kategori arca terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
a) Arca Estetik - Dihasilkan untuk tujuan menikmati estetikanya sahaja dan tiada fungsi tertentu.
Cth: Tugu Negara.
b) Arca Berfungsi – Dihasilkan mempunyai nilai estetik dan fungsi tertentu.
Cth : binaan permainan kanak-kanak.
TEKNIK-TEKNI K ARCA DAN BAHAN
38
1. ARCA LUAKAN
- menggunakan teknik luakan, pemotongan, larik, ukir, pahat dan kikis.
- bahan : plaster of paris, lilin, bongkah kayu, tanah liat.
2. ARCA BINAAN
- dibina menggunakan teknik kerangka atau tidak berkerangka.
- bahan : logam, simen, kayu, batu.
3. ARCA TIMBULAN
- berupa timbulan atau relief 3D yang tersembul keuar dari permukaan yang rata.
- bahan : kayu, paper mache
ARCA BERGERAK/MOBILE/ KINETIK
4.
39
- dipelopori oleh Alexender Calder (1898-1976) yang juga merupakan jurutera Amerika.
- arca ini boleh bergerak dan terawang-awang.
- bahan : kepingan logam atau bahan binaan yang ringan.
5. ARCA ASEMBLAJ
- Dihasilkan dari cantuman bahan terpakai. - Bahan : bahan terpakai/buangan.
6. ARCA INSTALASI
-Arca yang dipasang khas di sesuatu tempat seperti di Balai Seni Negara
7. ARCA DINDING
40
8. ARCA ACUAN
PERTIMBANGAN DALAM PENGHASILAN SENI ARCA
1. Penekanan kepada unsur Bentuk dan ruang hendaklah seimbang .
2. Pembinaan menampakkan 3D
3. Pemilihan bahan hendaklah disesuaikan dengan jenis arca yang akan dihasilkan
4. Mampu menzahirkan kesan emosi penonton dan mampu ditafsir oleh penonton maksud yang tersirat disebalik
rekaan itu.
41
TOKOH ARCAWAN MALAYSIA DAN KARYANYA
1. Anthony Lau – “Rimba”
2. Budi Utomo – “Bujang Senang”
3. Mad Anuar Ismail – “Pemain Rebab No.1”
4. Raja Shariman Raja Azziddin – “Semangat Besi No.34”
42
TOKOH ARCAWAN BARAT DAN KARYANYA
1. Hendry Matisse – “Back
2. Alberto giacometti 'Woman with Throat Cut'
3. Henry Moore – “Reclining figure”
4. Michelangelo – “Moses
43
BAB 6 : SENI HALUS
( CETAKAN )
PENGENALAN CETAKAN
Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.
Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang
serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.
Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil.
Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15.
Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.
44
JENIS-JENIS CETAKAN
1. CETAKAN TIMBULAN:
Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu
disapu dengan dakwat atau pewarna.
Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-
sayuran.
2. CETAKAN BENAM:
Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.
Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.
Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.
45
3. CETAKAN PLANOGRAF:
Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar.
Dikenali juga sebagai litografi.
Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air.
Menggunakan blok batu kapur.
Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.
4.CETAKAN STENCIL (SARIGRAFI):
Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang.
Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi.
Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.
SEKUJI
SKRIN PEMIDANG
46
BAB 7 : SENI GRAFIK, REKA BENTUK
PENERBITAN, DAN IDENTITI KORPORAT.
SENI GRAFIK
REKA BENTUK GRAFIK
1. SENI GRAFIK
a. Grafik bermaksud gambaran bukan fotografi yang berbentuk 2 dimensi
b. Grafik meliputi lukisan, catan, carta, graf, poster dan kartun
c. Grafik diguna untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan ringkas
d. Gambar foto yang diubahsuai, dimasukkan gambar lain, muka taip, logo dan
lain-lain adalah sebagai grafik
e. Contoh grafik boleh dilihat pada bilbod, kain rentang, papan tanda, akhbar,
majalah, pembungkusan, digital dan sebagainya.
2. RISALAH
a. Risalah berfungsi sebagai promosi, penerangan, pengiklanan dan memberi
maklumat
b. Terdapat pelbagai bentuk risalah seperti sehelai kertas berlipat dia atau tiga,
beberapa lipatan dan seperti buku
c. Unsur reka letak sesebuah risalah mengutamakan ilistrasi, kaligrafi, tipografi,
simbol dan logo
d. Antara corak yang popular ialah Mondrian, Tingkap Gambar, Bingkai,
Multipanel, dan Sarkis
Contoh risalah :
47
3. PEMBUNGKUSAN
a. Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi barangan semasa dihantar,
disimpan dan dipamer
b. Jenis pembungkusan ialah pembungkusan kertas, plastik, botol, tin, kotak
kayu dll
c. Fungsi pembungkusan ialah untuk:
i. Melindungi barangan
ii. Memudahkan kerja menyimpan dan penghantaran
iii. Menyampaikan meklumat dan mempromosi
d. Ciri-ciri pembungkusan yang baik mengandunggi
i. Jenama
ii. Keterangan
iii. Gambar / ilustrasi
iv. Logo, nama dan syarikat
Contoh pembungkusan:
48
4. LOGO
a. Merupakan tanda sesuatu syarikat, pertubuhan, institusi, kempen,
perkhidmatan dan sebagainya
b. Setiap benda, perkara, warna, dan lambang yang ada pada logo mempunyai
maksud tertentu seperti keris lambang keberanian & padi lambang muafakat
c. Sumber logo biasanya daripada sumber huruf, angka, geometri, flora, fauna,
campuran dan sebagainya
5. SIMBOL
a. Merupakan tanda sesuatu benda atau perkara
b. Merupakan tanda yang dapat dikenal di peringkat antarabangsa
c. Menggunakan rupa mudah ( rupa positif / rupa negatif )
d. Rupa yang biasa diguna seperti rupa geometri, huruf, dan alam semulajadi
e. Biasanya kurang menggunakan teks / tulisan
f. Mudah difahami seperti tanda tandas, surau, hospital dan sebagainya.
49
6. MASKOT
a. Sebagai lambang sesuatu acara rasmi syarikat atau sukan
b. Dapat menarik minat terutama kanak-kanak
c. Kostum yang dipakai oleh manusia – memerlukan fabrik yang tidak panas
d. Menampilkan identiti tempatan dan asli
e. Sumber maskot diambil daripada haiwan liar atau haiwan peliharaan seperti
tupai, panda, lebah dan sebagainya.
50