51
52
53
54
55
BAB 8 : KALIGRAFI, TIPOGRAFI, REKA BENTUK
GRAFIK DAN PENGIKLANAN
1. KALIGRAFI
a. Berasal daripada perkataan Greek ’kallos grapha’ yang bermaksud tulisan cantik
b. Seni tulisan yang berkerawang dan berbunga, sama ada tulisan rumi / khat /
jawi
c. Semua dokumen bertulis dipanggil manuskrip yang bermaksud tulisan tangan
d. Jenis-jenis kaligrafi seperti tulisan Italik, Roman dan Gothik.
e. Biasanya di tulis menggunakan pen manuskrip, bulu burung dan berus
Khat Kufi Khat Nasakh Khat Farisi
Khat Thuluth Khat Diwani
2. TIPOGRAFI
a. Seni menyusun atur huruf dan muka taip
b. Reka bentuk muka taip mesti sesuai dengan dengan tajuk, saiz, dan reka letak
c. Kategori muka taip
i. Muka taip peraga – untuk peragaan / paparan seperti iklan & bilbod
ii. Muka taip teks – huruf yang kecil untuk bacaan umum seperti akhbar dan
majalah
d. Jenis muka taip
56
i. Serif – mempunyai serif (ekor) / corak pada bahagian atas dan bawah.
ii. Sans serif – tidak mempunyai serif (ekor)
iii. Kursif – berbentuk tulisan tangan seperti ABCDEFG (Monotype Corsiva)
iv. Dekoratif – bergaya & mempunyai hiasan seperti ABCDEFG (Jokerman)
3. ILUSTRASI
a. Ilustrasi ialah gambar lukisan / catan untuk menyampaikan mesej dengan
lebih lebih jelas dan singkat
b. Biasanya hadir bersama artikel / akhbar & majalah
c. Jenis-jenis ilistrasi
i. Ilistrasi alam – contoh proses percambahan biji benih
ii. Ilistrasi fesyen – fesyen pakaian
iii. Ilustrasi perubatan – organ manusia
57
iv. Ilustrasi seni bina – pelan bangunan
v. Ilustrasi maklumat – carta / graf
vi. Ilustrasi penerbitan – buku, kad ucapan, majalah dan sebagainya
d. Ciri-ciri ilustrasi yang baik
i. Sesuai dengan tajuk
ii. Seimbang
iii. Dapat menarik perhatian
iv. Mudah dibaca
58
4. POSTER
a. Komunikasi perhubungan atau pengiklanan
b. Melibatkan tipografi, kaligrafi dan ilustrasi
c. Berfungsi untuk memberi maklumat, peringatan, berkomunikasi dan promosi
d. Ciri-ciri poster yang baik
i. Menarik perhatian
ii. Dapat menyampaikan mesej dengan berkesan
iii. Muka taip dan ilustrasi yang jelas
5. GRAFIK PERSEKITARAN / PENGIKLANAN
a. Jenis-jenis pengiklanan
i. Papan iklan / Bilbod ( amat popular pada masa kini )
ii. Iklan persimpangan ( terletak di persimpangan dan laluan strategik )
59
iii. Iklan Transit ( iklan yang dilekat pada kenderaan seperti teksi / bas )
iv. Tanda jalan
b. Aspek penting dalam grafik persekitaran
i. Keterbacaan – mudah dibaca, muka taip yang jelas
ii. Ilustrasi / gambar yang jelas dan sesuai
iii. Saiz iklan mengikut tempat / lokasi
iv. Keaslian dan kreativiti
v. Reka letak yang teratur
60
BAB 9 : MULTIMEDIA
1. ELEMEN MULTIMEDIA
a. Multimedia bermaksud banyak media, antaranya ialah:
i. Teks – tulisan
ii. Grafik – gambar / ilustrasi
iii. Audio – bunyi
iv. Video – gambar sebenar yang bergerak
v. Animasi – gambar bukan sebenar yang bergerak
b. Penggunaan multimedia amat penting bagi menarik minat dan menyampaikan
menyampaikan maksud dengan lebih berkesan.
2. GRAFIK DAN PERISIA N GRAFIK
PERISIAN GRAFIK TERDIRI DARIPADA:
a. Program Persembahan
i. Microsoft PowerPoint
b. Program Lukisan / Catan
i. Adobe Illustrator, Corel Draw, Free Hand, Meta Creations Painter
ADOBE ILUSTRTOR COREL DRAW
61
c. Program Carta / Graf
i. Microsoft Excel
d. Program Edit Foto ( biasanya ada perkataan ‘photo’ ) ‘super imposed’
i. - Adobe Photoshop, Adobe Photo Deluxe, Corel Photo Paint, Microsoft PhotoDraw
ADOBE PHOTOSHOP COREL PHOTO PAINT
e. Program ‘Dekstop Publishing’ Penerbitan atas meja
i. Broderbund, Print Shop Premier, Page Maker, Quark Express, Microsoft Publisher
QUARK EXPRESS
f. Program Laman Web
i. Micrisoft FrontPage, Adobe PageMill, Macromedia Dreamweaver
62
g. Program Multimedia
i. Authorware, Macromedia Director, Asymetrix ToolBook
h. Program 3D dan Animasi
i. Auto CAD, Xres, 3D studio Max, Macromedia Director
AUTO CAD
3. LAMAN WEB
a. Laman web ialah dokumen elektronik yang mengandunggi teks, grafik, audio, video
dan animasi yang mempunyai hubungan (link) dengan laman web yang lain.
b. Tapak web dipanggil ’home page’ , muka surat pertama web dinamakan dengan
’index’ dan nama panggilan web dipanggil ’domain name’.
c. Ciri-ciri laman web yang menarik ialah ia mudah dibaca, mesra pengguna, tidak
terlalu banyak gambar, animasi dan bunyi.
d. Pengarangan laman web hendaklah sesuai dengan fungsinya.
e. Penggumaan grafik yang banyak akan menyebabkan laman web akan susah untuk dilayari.
f. Antara Program yang biasa diguna untuk pengarangan Laman Web ialah:
Micrisoft FrontPage, Adobe PageMill, Macromedia Dreamweaver
63
BAB 10 : REKA BENTUK INDUSTRI
1. PENGENALAN
a. Seni reka bentuk industri melibatkan proses reka bentuk barangan elektrik dan elektronik,
perabot, kenderaan dan sebagainya.
b. Revolusi Perusahaan di Eropah yang muncul pada abad ke-17 telah menjadikan
perkembangan pesat industri reka bentuk.
2. MEMBUAT KEPUTUSA N
a) Perkara-perkara yang perlu diambilkira semasa proses membuat keputusan ialah:
i. Keperluan – adakah produk baru ini dapat memenuhi keperluan pengguna
ii. Bentuk dan fungsi – setiap produk yang dicipta perlu mempunyai bentuk yang menarik tetapi
reka bentuk tersebut hendaklah sesuai dengan fungsinya pula.
iii. Bahan – bahan yang diguna mestilah sesuai, tahan lasak, jimat kos, mudah didapati
dan menarik. Antara bahan yang boleh digunakan ialah kayu, kaca, logam, plastik, tembikar dan
bahan campuran.
3. PROSES REKA BENTUK
a) Mengenal pasti masalah yang dihadapi dan keperluan yang diperlukan untuk memudahkan
sesuatu urusan.
b) Mengumpul maklumat mengenai barangan yang akan direka dari pelbagai sumber.
c) Membuat kajian dan penyelidikan dengan membuat lakaran barangan yang akan dicipta.
d) Memperkembangkan idea dengan melakar dalam bentuk lukisan 2D dan 3D beberapa
model.
e) Mengadakan persembahan dan perbincangan dengan rakan dan orang lain untuk mendapat
maklum balas/komen.
f) Menyempurnakan semula reka bentuk hasil dari perbincangan di atas untuk membuat
prototaip.
g) Membuat prototaip iaitu reka bentuk sebenar ciptaan mengikut spesifikasi yang betul.
h) Membuat promosi terhadap produk baru yang dihasilkan kepada umum melalui media.
64
CONTOH REKA BENTUK INDUSTRI :
PERABOT BARANGAN ELEKTRIK
KENDERAAN PERABOT
KENAPA PENTINGNYA ERGONOMIK DALAM REKABENTUK INDUSTRI?
Ergonomik merupakan salah satu cabang yang penting kepada industri. Ini kerana,tempat kerja disusun atur berdasarkan pada
pergeraka n produk yang efisien atau tempat yang sesuai untuk menempatkan mesin tanpa mengambil kira keadaan
pekerja. Lazimnya, pekerja terpaksa menyesuaikan diri dalam apa jua bentuk penyusunan di tempat kerja tanpa menyedari risiko kesihatan yang bakal
dialami. Malangnya, tubuh manusia tidak dapat disesuaikan dengan semua keadaan. Ketidakserasian antara keupayaan pekerja dan kapisiti yang dituntut di
tempat kerja disamping tuntutan kerja itu sendiriankan membawa kepada ketidakcekapan dalam produksi, penurunan kualiti kerja,peningkatan kadar kesilapan,
kemalangan dan peralihan kerja. Ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu “ergon” yang bermaksud kerja sementara
“nomos” membawa maksud peraturan. Menurut International Labour Organization (ILO) pula, ergonomik ialah aplikasi sains
biologi manusia berhubung dengan sains kejuruteraan di antara pekerja dengan persekitarannya.
Ergonomi (atau faktor manusia) adalah disiplin ilmu yang bersangkutan dengan dan
pemahaman interaksi antara manusia dan elemen lain dari sistem, dan profesi yang
menerapkan teori, prinsip, data dan kaedah untuk sistem kesejahteraan
65
mengoptimumkan keseluruhan manusia prestasi.Ergonomi digunakan untuk memenuhi dua tujuan kesihatan dan produktiviti. H
al ini adalah, relevan dalam desain hal-hal seperti perabot yang selamat dan mudah digunakan antara muka dengan mesin.
Di luar disiplin itu sendiri, 'ergonomi istilah umumnya digunakan untuk merujuk kepada ergonomi fizikal yang
berkaitan dengan tempat kerja (seperti dalam contoh untuk kerusi ergonomik dan keyboard) . Ergonomi di tempat kerja
harus dilakukan sebahagian besar dengan keselamatan pekerja, baik jangka masa panjang dan jangka masa pendek.Ergonomi dapat
membantu mengurangkan kos dengan meningkatkan keselamatan.Hal ini akan mengurangkan wang yang dibayar sebagai pampasan
pekerja. Sebagai contoh, lebih daripada lima juta pekerja mengalami kecederaan overextension pada setahun. Melalui ergonomi, tempat
kerja dapat menawarkan sehingga pekerja tidak perlu mengulur-ulur diri mereka sendiri dan industri perkilangan boleh menjimatkan
berbilion-bilion pampasan pekerja.
Tempat kerja baik dapat mengambil pendekatan reaktif atau proaktif ketika melaksanakan amalan-amalan
ergonomik. ergonomi reaktif adalah ketika sesuatu yang perlu diperbaiki, dan tindakan korektif diambil. ergonomi Proaktif adalah proses
untuk mencari kawasan yang boleh dipertingkatkan dan memperbaiki masalah sebelum mereka menjadi masalah besar. Masalah mungkin
sudah ditetapkan melalui desain peralatan, rekabentuk tugas, atau desain persekitaran. Peralatan perubahan desain, peranti sebenar
fizikal yang digunakan oleh orang-orang. perubahan desain Tugas apa yang dilakukan orang dengan peralatan. Persekitaran perubahan
desain persekitaran di mana orang bekerja, tetapi bukan peralatan fizikal yang mereka gunakan.
FAEDAH ERGONOMIK
Ergonomik memberi banyak faedah yang positif kepada industri kerana aplikasi ergonomik dapat menyesuaikan kerja terhadap
pekerja bukan menyesuaikan pekerja dengan kerja (MacLeod, 1995; Wynn, 2003). Hasil daripada beberapa kajian menunjukkan pelbagai
faedah boleh diperolehi dengan mengamalkan prinsip-prinsip ergonomik dalam merekabentuk sistem kerja dan menjalankan program-
program ergonomik. Antaranya, pekerja mempunyai keupayaan untuk mengawal kerja mereka, dapat mewujudkan
kepuasan ketika bekerja (Maciel, 1998) serta meningkatkan prestasi pekerja (Wynn, 2003). Aplikasi ergonomik juga dapat
membantu meningkatkan kesedaran pekerja mengenai hal keselamatan dan kesihatan (Springer, 1993). Secara tidak
langsung ia dapat membantu mengurangkan risiko kesakitan akibat pekerjaan, meningkatkan tahap kesihatan
pekerja (Cooper dan Kleiner, 2001; Morgan, 2003) dan mengurangkan kos perubatan pekerja (Pile, 2001). Selain itu, aplikasi
ergonomik dapat meningkatkan produktiviti (Kogi et al., 2003; Morgan, 2003; Springer, 1993) dan keuntungan pada organisasi
(Cooper dan Kleiner, 2001; Morgan,
2003).
66
67
68
BAB 11 : SENI REKA HIASAN DALAMAN
PENGENALAN
Seni reka hiasan dalaman ialah seni menyusun dan mereka bahagian dalaman bilik supaya ia lebih
selesa, harmoni dan sesuai dengan cita rasa pemiliknya
PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM PENGHASILAN REKAAN HIASAN
DALAMAN
i. Fungsi bilik
Sama ada bilik tersebut digunakan sebagai bilik pejabat, bilik tamu, bilik tidur dan sebagainya
hiasan dan perabot bergantung kepada jenis ruang dan kegunaannya
ii. Saiz bilik
Luas dan tinggi bilik perlu diketahui bagi menentukan jenis perhiasan dan jenis perabot yang akan
digunakan
iii. Bentuk bilik
Bentuk segi empat sama atau segi empat tepat dan sebagainya
iv. Lokasi bilik
Lokasi bilik adalah penting untuk mengetahui arah pencahayaan dan pengudaraan dalam bilik
tersebut
ELEMEN-ELEMEN HIASAN DALAMAN
i. Elemen semulajadi
seperti tumbuh-tumbuhan kecil yang digunakan, kolam air, akuarium, elemen haiwan seperti ikan
hiasan dan batu-batan
elemen semulajadi seperti tumbuhan, ikan dan air dijadikan hiasan agar hiasan tidak kelihatan kaku
disamping menambah oksigen
69
ii. Elemen buatan manusia
seperti perabot dan kabinet, barangan hiasan seperti lukisan, arca, jenis bahan yang digunakan
seperti simen, marmar atau kayu dan jenis kain yang digunakan
elemen buatan manusia seperti lampu, hiasan dinding, kabinet, hiasan seramik dan fabrik dapat
menambahkan suasana keindahan hiasan dalaman
ESPEK YANG PENTING DALAM SENI REKA HIASAN DALAMAN
i. Ruang
Rekaan yang baik dapat memberi keselesaan dalam bilik di mana ruang yang kecil akan kelihatan
lebih besar dan selesa
ii. Peredaran udara
Arah pergerakan angin dan udara harus diketahui
tingkap dapat memberi peredaran angin ke dalam dan luar sesebuah bilik
70
tingkap akan menghasilkan pengaliran udara yang baik dalam sesebuah ruang
iii. Pencahayaan
Saiz dan kedudukan pintu atau tingkap akan menentukan keadaan pencahayaan dalam bilik.
pintu dan tingkap dapat beri kesan pencahayaan kepada sesuatu ruang
iv. Saiz perabot
Perabot yang terlalu besar tidak sesuai untuk bilik yang kecil dan sebaliknya. Susunan perabot akan
menentukan ruang dalam bilik.
susunan dan pemilihan perabot hendaklah bersesuaian bagi memastikan bilik yang kecil kelihatan
luas
71
v. Warna
Warna dinding dan lantai haruslah harmoni dengan warna perabot. Untuk menonjolkan bahagian-
bahagian tertentu dalam bilik, warna yang kontra dengan warna dinding atau lantai digunakan. Warna
yang cerah menyebabkan bilik kelihatan terang.
warna yang terang menambahkan keluasan sesebuah bilik dan sebaliknya
5. Lukisan Perspektif
Reka bantuk hiasan dalaman boleh dihasilkan dengan menggunakan lukisan perspektif 1 titik lenyap
dan 2 titik lenyap.
PROSES REKA BENTUK HIASAN DALAMAN
1. Menentukan tema dan tajuk
Mengetahui tujuan sesuatu rekaan dihasilkan
2. Persoalan mengenai keperluan dan senarai catatan harian pengguna
i. saiz ruang
ii. jenis ruang
iii. jenis perabot dan hiasan
iv siapa penggunanya - orang dewasa, kanak-kanak, lelaki atau perempuan.
v. jumlah penggunanya
hiasan dalaman sesebuah bilik bergantung kepada kepada kegiatan penggunanya sama ada
pengguna dewasa, kanak-kanak, remaja lelaki atau perempuan dan sebagainya
3. Membuat lakaran idea (sketsa)
4. Melukis pelan tapak (berdasarkan skala)
72
contoh-contoh pelan tapak
5. Melukis lukisan perspektif
contoh lukisan perspektif
73
contoh lukisan perspektif ruang tamu
contoh lukisan perspektif ruang dapur
6. Proses membina model (hendaklah dibuat berdasarkan skala)
i. membina pelan lantai
ii. menyediakan tapak
iii. menegakkan dinding dan membahagi ruang di samping menentukan kedudukan puntu dan
tingkap.
iv. Melengkapkan model dengan model perabot dan hiasan
pembinaan model dengan menggunakan kad bod tebal / maunting bod
74
antara contoh-contoh model hiasan dalaman
1. KATEGORI REKA BENTUK
Ruang
a ) Ruang Kediaman
- ruang tamu
- ruang makan
75
- ruang kerja / bilik bacaan
- bilik tidur
- ruang dapur
76
- bilik air
- anjung
b) Ruang awam atau komersil
- ruang pejabat
77
- restoran
- bank
- bilik pameran
78
BAB 12 : SENI REKA LANDSKAP DAN
PERSEKITARAN
PENDAHULUAN
Landskap merupakan hiasan reka letak di luar rumah samada secara semulajadi seperti
tumbuhan, bukit, gunung, tasik dan buatan manusia seperti bangunan, pergola dan gazebo.
1. PERANAN TUMBUHAN LANDSKAP
a) Mengawal hakisan tanah
b) Memberi perlindungan dan teduhan
c) Merendahkan suhu persekitaran
d) Mengawal pencemaran udara dan bunyi
e) Menjadi pelindung bagi pemandangan kurang menarik
f) Sebagai penghalang dan mengarah pergerakan
g) Memelihara flora dan fauna
2. JENIS-JENIS LANDSKAP
a) Landskap lembut – terdiri daripada tumbuh-tumbuhan
b) Landskap keras / kejur – terdiri daripada bahan buatan manusia seperti
PERGOLA GAZEBO
79
BANGKU SIMEN LALUAN PEJALAN KAKI
3. ELEMEN PENTING LANDSKAP
a) Tumbuhan – pemilihan dari segi saiz, bentuk, warna dan fungsi
b) Bentuk mika bumi / topografi – seperti bukit-bukau, tasik, sungai dan tanah rata
c) Ruang – dapat menimbulkan keselesaan
d) Air – bina sistem pengaliran dan pastikan air tidak bertakung. Air juga dapat memberi kesan sejuk
dan bunyi air membawa ketenangan
e) Cahaya – pastikan cahaya mengcukupi dan pokok-pokok tidak menghalang cahaya. Penggunaan
lampu taman dapat memberikan cahaya waktu malam
f) Angin – pastikan peredaran angin berlaku di sekitar kediaman
4. JENIS TUMBUHAN
a) Tumbuhan tutup bumi – tinggi antara 15cm hingga 30cm seperti kemunting cina, ros jepun dan
pentas
b) Tumbuhan melilit – sesuai ditanam di pergola dan pagar seperti pokok bunga kertas, bunga
corong dan ara jalar
80
c) Pokok renek – tumbuhan kecil dan rendah ditanam secara berkelompok sebagai pagar hiasan
pejalan kaki dan sebagai pembahagi ruang
d) Pokok palma – berbatang tegak dan lurus, daun mempunyai pelepah dan membiak melalui
pembahagian rumpun seperti pinang raja, pokok serdang dan palma raya
5. HIASAN LANDSKAP
a) Perabot – bahan binaan daripada kayu, batu, konkrit, plastik seperti bangku, meja, dan arca
b) Kolam
c) Air terjun dan air pancut
d) Bekas bunga
e) Pergola
f) Gazebo
g) Laluan pejalan kaki
h) Lampu hiasan
6. PROSES REKA BENTUK LANDSKAP
Sebelum membuat reka bentuk landskap prinsip-prinsip rekaan seperti kesatuan, penegasan,
kepelbagaian, dan keseimbangan perlu diberi perhatian.
a) Menentukan tema dan fungsi landskap
b) Mengkaji keadaan fizikal bentuk muka bumi/topografi
c) Membuat lakaran tapak landskap
d) Membuat pelan awal dan pelan induk mengikut skala yang sesuai
e) Membuat lukisan perspektif pelbagai sudut
f) Membuat model 3 dimensi bagi projek besar
g) Membuat kemasan dengan meletakkan tajuk, arah mata angin, dan skala
81
BAB 13 : SENI TEMBIKAR
PENGENALAN
•Tembikar ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat
•Ia dikeringkan dengan cara mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar secara
dedah atau dalam tanur
•Seni tembikar wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu
•Bukti penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di
Perlis, Ulu Tembeling di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak
•Tembikar digunakan dalam upacara perubatan atau upacara pertabalan Sultan, alat pengebumian
di Sarawak dan Sabah selain daripada kegunaan harian
•Tembikar Sayong, Tembikar Mambong dan tembikar Sarawak merupakan tembikar tradisional
yang paling terkenal
KAWASAN PERUSAHAAN TEMBIKAR ;
1. Sayong, Kuala Kangsar, Perak
2. Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan
3. Pulau Tiga, Parit, Perak
4. Kg.Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang
5. Kuching, Sarawak
6. Sunagi Dua, Seberang Prai, P.Pinang
Jenis-jenis Tembikar
82
Tembikar Mambong
• Terkenal di Kelantan
• Dihasilkan untuk kegunaan harian
• Menggunakan tanah liat yang dicampur dengan sedikt pasir halus dalam proses pembuatannya
• Tembikar yang dikeringkan akan berwarna kelabu dan apabila dibakar ia bertukar menjadi
kemerahan-merahan
• Ia tidak mempunyai corak kecuali tulang ikan, pucuk rebung dan siku keluang
Terenang
• Kendi air bertutup yang diperbuat daripada tanah liat
• Diusahakan di Kg.Pasir Durian, Pahang
• Bahan utama pembuatannya ialah tanah padi berwarna kuning, keras dan berketul yang didapati
di celah-celah tanah dan batu
• Hasil terenang berwarna coklat kekuningan
Bekas Perasapan
Digunakan untuk membakar kemenyan dalam upacara pengubatan dan kematian
83
Labu
Bekas air berbentuk buah labu banyak terdapat di Perak mempunyai corak –alam sekeliling dan
geometri
Jambangan
Badan berbentuk labu yang ditinggikan seperti tempayan atau buyung berkaki digunakan untuk
meletak Bunga
Buyung
Bekas air mempunyai leher dan badan bersaiz besar dan bahagian badan berbentuk bulat penuh
serta mempunyai permukaan yang licin tanpa hiasan
Geluk
Bekas air mempunyai ragam hias bermotif kecil dan ringkas
84
Tembikar Sarawak
• Berasal dari China dan diusahakann oleh kaum Cina
• Berbentuk tempayan beraneka jenis dan diukir dengan hiasan kepala naga
• Banyak digunakan oleh kaum Kelabit di Sarawak untuk menyimpan barang berharga,atau
mengisi arak
• Menggunakan mesin pemutar/ lempar alin dan acuan
Labu Sayong
• Tembikar ini diusahakan di Sayong, K.Kangsar, Perak
• Bentuknya diilhamkan daripada buah labu air
• Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil dan menyimpan air
• Air yang disimpan dalam labu sayong ini dikatakan dingin, nyaman dan mempunyai khasiat yang
tertentu
• Ia dihasilkan oleh kaum wanita ,menggunakan teknik picitan dan lingkaran
• Corak hiasannya berdasarkan alam sekeliling dan rupa geometri
Bahan :
1.Tanah liat :
• Bahan utama untuk membuat tembikar • Pelbagai jenis tanah liat : tanah liat drpd tanah busut ,
tanah berhampiran sungai / di sungai, tanah sawah , berwarna kelabu dan kuning kemerah-
merahan
2.Damar
85
• Bahan kemasan tembikar yang berupa getah keras yang digunakan sebagai bahan kalis air •
Diperolehi daripada jenis pokok damar laut, dan damar batu
ALATAN:
86
Ayak - Alat ini mempunyai jaring halus yang digunakan untuk menapis serbuk tanah liat dan sepuh
(gerlis).
Dawai pemotong - Alat ini untuk memotong tanah liat semasa menguli untuk memastikan tiada liang
udara.
Pinggan-Tempat membentuk tanah liat yang berfungsi sebagai meja.
Penggelek/Papan gelek/pengukur -Papan gelek – papan untuk menggelek tanah liat dalam proses
membentuk. Ia juga dipanggil papan rata. Kayu pengukur digunakan untuk mendapatkan ketebalan
yang dikehendaki, terutama bentuk tapak.
Batu sungai -Digunakan untuk melicinkan dan mengilatkan permukaan tembikar yang telah
siap.Alat ini juga dipanggil sebagai batu licin, batu kali atau batu luru.
Pengukir kayu/Kayu tera-Kayu kecil yang keduadua hujungnya bermotif, digunakan untuk
membentuk corak dengan menekannya pada tembikar yang tidak begitu keras dan tidak begitu
lembut.
Span-Alat untuk mengemas dan melicinkan permukaan tembikar.
Tong-Bekas untuk menyimpan tanah liat yang telah diproses.Tong perlu ditutup supaya tanah liat
tidak mudah kering.
Pengukir besi/Penepik kayu berukir/Pengukir dawai
-Alat yang digunakan untuk menghias permukaan tembikar dengan cara tekanan ,turisan, menakik
atau mengguris .
87
TEKNIK DAN PROSES MEMBUAT LABU SAYONG
• Tanah liat dikeringkan dan ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki
• Tepung tanah liat direndam dalam air kemudian ditapis
• Tanah liat dikeringkan semula kemudian dicampur dengan air dan diuli hingga lembut, liut
dan liat serta tidak mengandungi liang-liang udara
• Teknik picitan dan lingkaran digunakan untuk membentuk
• Membentuk labu sayong perlu melalui beberapa peringkat:
- Membina badan labu
- Membuat tapak
- Menyambung kan tapak dengan badan labu
- Membuat muncung
- Menyambungkan bahagian leher dan muncung
- Menyambungkan bahagian badan dengan leher dan muncung
• Keringkan tembikar yang telah siap di tempat yang redup selama beberapa hari
• Licinkan permukaan labu dengan batu sungai
• Hiaskan permukaan labu dengan ragam hias yang sesuai menggunakan penepik kayu
• berukir, pengukir besi atau kayu tera
PROSES PENYEDIAAN TANAH LIAT
1. Tanah liat dijemur untuk dikeringkan. Asingkan tanah liat dengan bahan-bahan asing seperti
sampah, batu , serpihan akar kayu supaya tembikar tidak pecah apabila dibakar
2. Kemudian ditumbuk menjadi tepung dengan menggunakan lesung kaki lalu diayak
3. Tepung tanah liat itu diperam dalam pasu berair selama 3 hari sehingga tanah mendap ke dasar
pasu
4. Air dibuang dan mendapan tanah liat yang liut dan lembut dibiarkan pada permukaan keping
plaster paris selama beberapa hari 5.Tanah liat diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan liat
5. Tanah liat yang telah diproses disimpan dalam tempayan bertutup atau beg plastik untuk
kegunaan kelak
6. Sebelum membentuk tembikar, tanah liat hendaklah diuli beberapa kali supaya tiada
gelembung udara dan batu kecil yang akan meretakkan tembikat ketika dibakar / pecah
88
TEKNIK MEMBENTUK TEMBIKAR
1. Teknik picit
• dengan cara menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.Teknik ini
merupakan teknik yang paling mudah
2.Teknik lingkaran
• bahagian tapak disediakan terlebih dahulu
• kemudian tanah liat digelek dengan tangan sehingga menjadi lingkaran panjang seperti
silinder dan dilingkar membentuk sebuah tembikar
3.Teknik kepingan
• dihasilkan dengan cara mencantumkan kepingan tanah liat yang dipotong mengikut saiz
tertentu
• bahagian tepi hujung kepingan tanah liat dipotong secara menyerong 45 darjah bagi tujuan
penyambungan
• bahagian hujung kepingan disapu atau dicelup dengan slip(Lumpur tanah liat yang berfungsi
sebagai pelekat / gam )
89
4.Teknik lempar alin/ putaran
• menggunakan mesin pemutar / roda pemutar
• Tembikar dibentuk semasa melakukan putaran
• Bentuk tembikar terhad kepada bentuk bulat dan selinder sahaja
5.Teknik acuan
• dilakukan dengan menekan ke dalam acuan kayu atau logam
• bagi acuan plaster paris, slip ( tanah liat cair) dituang ke dalam acuan
• digunakan untuk perusahaan komersial
KAEDAH PEMBAKARAN TEMBIKAR
1.KAEDAH TRADISIONAL
• TANUR DEDAH menggunakan bahan api seperti sabut, bulu kering,pelepah pokok kelapa, kayu
dsb
90
• TEKNIK PEMBAKARAN PULAU TIGA
- tembikar didiangkan pada unggun api sehingga benar-benar kering
- kemudian dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna kehitaman
- sapu damar pada bahagian bawah tembikar yang masih panas supaya kalis air
• Teknik pembakaran Sayong
- tembikar disalai di atas para dengan mulut menghala kearah api
-kemudian tembikar dimasukkan ke dalam api
91
-tembikar yang telah dibakar dimasukkan serta merta ke dalam sekam padi untuk
menghitamkannya
-bahagian bawah tembikar disapu dengan damar untuk menggelakkannya daripada
telap air
2. Kaedah pembakaran moden
TANUR KAYU TANUR RAKU TANUR GAS TANUR ELEKTRIK
PROSES PENGERINGAN DAN PEMBAKARAN
•keringkan tembikar sama rata
•elakkan tembikar yang sudah kering daripada terkena air
•bakar tembikar sehingga kering secukupnya supaya tembikar menjadi pejal, keras dan tidak telap
air
TEKNIK MENGHIAS TEMBIKAR
•labu dihias sewaktu permukaan tembikar masih dalam keadaan lembut
•menggunakan motif geometri dan organic
•alat yang digunakan terdiri daripada pengukir kayu atau besi
•teknik menghias tembikar:
92
1. teknik menekan
2. teknik kelar / guris
3.teknik mengikis dan mengukir
KEMASAN & PERSEMBAHAN
1. bentuk tembikar seimbang, rata dan kukuh
2. muncung tembikar halus dan tidak serpih
3. tapak tembikar sempurna dan tidak serpih
4. leher tembikar kemas dan bentuknya sesuai serta seimbang
5. ragam hias
• garisan dan lorek terang dan tersusun
• ukiran jelas
• kesan tekanan nyata dan teratur
• panai dibentuk sekata dan kemas
• sambungan tampalan corak bunga timbul sesuai dengan keseluruhan bentuk
PEMELIHARAAN & PENJAGAAN
•pastikan tembikar benar-benar kering sebelum disimpan
•tembikar hendaklah diletakkan di tempat yang rata dan selamat sewaktu digunakan •cara
mengilap tembikar hendaklah dilakukan secara cermat kerana tembikar mudah pecah
TOKOH TEMBIKAR
1. Pn. Hasnah Adnan (perak)
2. Pn. Sofia (Perak)
3. Pn. Hawa Bt Ngah Salam ( Perak )
4. Hajjah Rogayah bt Salleh (Perak)
5. Ng. Lee Huat (Sarawak)
TEMBIKAR DIMENSI BARU
1.Fungsi
– perhiasan diri dan hiasan rumah serta pejabat
2.Alatan & bahan
- menggunakan alatan moden seperti mesin pemutar, tanur elektrik dan tanur gas. -Menggabungkan
kraf lain seperti anyaman, ukiran dll.
- Penggunaan bahan campuran lain seperti kulit siput, daun kering, fabrik dll
3.Reka bentuk
- dikomersialkan dengan mengambil kira keperluan dan aliran semasa Reka corak
- kesesuaian dengan bentuk dan penampilan semasa
5.Kemasan & persembahan
- kemas dan kukuh seperti menyepuh dengan gerlis
93
BAB 14 : SENI ANYAMAN
DEFINISI
-ANYAMAN ialah proses menjalin helaian daun mengkuang, pandan, buluh, bertam atau
bemban.
-terkenal di negeri Terengganu, Kedah, Perak, dan Melaka .
JENIS ANYAMAN
-anyaman kelarai
-anyaman biasa
-anyaman sulaman
Motif Anyaman Kelarai
KELARAI
Kelarai ialah corak atau motif pada sesuatu anyaman. Biasanya kelarai yang terdapat apada
anyaman adalah berasaskan flora, fauna, geometri, abstrak, nama tempat dan nama pereka.
HASIL ANYAMAN TRADISIONAL
Tikar, bakul, nyiru, dulang, pengayak, tudung saji, penapis, kipas,beg dan sebagainya.
Hasil dimensi baru:
bekas surat, hiasan dinding,topi, beg duit, alas pinggan ,bekas tisu, kipas tangan, terendak dan
sebagainya.
94
FUNGSI DAN KEGUNAAN TIKAR
a. Tikar biasa-saiz lebar dan luas digunakan sebagai pelapik lantai.
b. Tikar sembahyang-digunakan oleh orang Islam ketika bersembahyang.
c. Tikar parudan-bersaiz kecil dan digunakan semasa memarut kelapa
d. Tikar alas nikah-guna sebagai tempat duduk pengantin lelaki semasa ucapacara akad nikah.
e. Tikar jemuran-bentuk dan corak agak kasar dan sesuai digunakan di luar rumah khas untuk
menjemur padi.
BAHAGIAN TIKAR
a. Badan
b. kepala tikar
c. Bucu tikar
d. Tepi tikar
KEMASAN PADA TIKAR
a. penyambung tikar rapi dan kemas
b. anyaman sama tegang dan rapi
c. ketelitian pemati
d. corak tersusun
e. kombinasi warna yang menarik
PENJAGAAN DAN PEMELIHARAAN
a. Tikar perlu digulung dan tidak boleh dilipat
b. Elakkan dari dedahan matahari dan hujan
95
PENJAGAAN BARANGAN DIMENSI BARU
-Lekar
-Plastik overlay
-Bingkai
PROSES PENYEDIAAN DAUN
a. Memilih daun-potong dan buang duri
b. Melayur daun-atas bara api hingga kekuningan
c. Menjangka-membelah daun menjadi lebih kecil
d. Melurut- bagi melembutkan daun
e. Merendam-melunturkan warna hijau daun selama 3 hari 3 malam
f. Menjemur-daun dicuci dan dijemur hingga kering
g. Mewarna-guna warna tradisional atau moden
96
PROSES MENGANYAM
1.Lagang-sebagai tulang anyaman dan dimulakan dari tengah tikar.
2. Menganyam-bermula dari melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi.
3. Pepeh- mematikan anyaman pada tikar
4. Sisip- lebihan jaluran disisip untuk mengelakkan anyaman dari terburai.
5. Karat-memotong lebihan jaluran agar nampak kemas dan cantik.
Teknik Tampal cantum-teknik yang digunakan bagi anyaman dimensi baru.
97
SENARAI ALATAN YANG DIGUNAKAN :
i. Parang – untuk menetak pangkal daun
ii. Pisau – membuang empulur dan duri
iii. Pelurut – dibuat daripada buluh untuk melembutkan daun
iv. Tempayan – untuk merendam daun
v. Bekas besar – untuk mencuci
vi. Periuk – untuk merebus
vii. Dapur - diguna dalam proses mewarna
viii. Jangka – untuk membelah daun menjadi helaian yang dikehendaki
ix. Penyisip – untuk menyisip lebihan helaian daun supaya tidak terburai
98
BAB 15 : SENI UKIRAN KAYU
PENGENALAN
Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga
ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan s ebuah karya seni ukir memerlukan
kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah
mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.
SEJARAH PERKEMBANGAN UKIRAN KAYU
Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian catatan
sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-
pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang,
kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui
setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri
Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana
Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir
indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai ‘Istana Hawa Nafsu’. Seni ukir di negara ini telah pun
berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya.
Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu
digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala
Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).
Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir
dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran
negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah
berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan
seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah
didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.
BENTUK-BENTUK UKIRAN
A. UKIRAN TEBUK TEMBUS
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan
menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk -bentuk bunga atau corak.
Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.
99
Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur,
dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan
simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan
bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah
istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga
ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.
100