151
152
BAB 20 : PERKEMBANGAN SENI DALAM BUDAYA
KEBANGSAAN
BAHAGIAN II: PERALATAN
Senjata Tradisional Melayu
Pengenalan
Orang-orang Melayu telah membuat dan menggunakan senjata semenjak sekurang-kurangnya lima
ratus tahun dahulu dan mereka juga telah menempah beberapa jenis alat -alat senjata lain seperti
parang, pisau, badik, karambit, lembing dan sebagainya. Sehingga awal abad kedua puluh,
kebanyakkan senjata Melayu telah ditempah untuk kegunaan pertarungan ataupun untuk pertahanan
diri mahupun serangan.
Menurut penelitian para ahli penyelidik yang bijaksana senjata seperti ini hanyalah terdapat di Asia
Tenggara, khususnya di Kepulauan Nusantara. Walau bagaimanapun, keadaan Kepulauan Nusantara
yang terpisah di antara satu sama lain menyebabkan senjata-senjata tadi telah mengalami
perkembangan yang berbeza-beza.
Selaras dengan perkembangan kebudayaan dan sistem sosial, fungsi senjata telah mengalami
perkembangan dan perubahan. Walaupun begitu senjata-senjata ini tetap menyerupai senjata-senjat a
pertarungan dengan segala keasliannya dan tetap halus buatannya. Tetapi kini fungsinya telah bertukar
menjadi barang keramat yang mempunyai kuasa yang harus dihormati, barang yang dipuja, lambang
ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat dan kuasa, barang mewah dan akhirnya dianggap sebagai
karya seni.
Senjata-senjata ini telah melalui masa perkembangan yang cukup lama sebelum mempunyai bentuk
dan fungsi seperti sekarang. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis senjata sesuai dengan seni serantau.
153
KERAMBIT
Kerambit ialah salah satu senjata tempur jarak rapat yang kini menjadi senjata seni beladiri yang paling
popular di dunia. Senjata ini dipilih oleh pelbagai ejensi ‘sekuriti, pengawal peribadi dan kumpulan
gerak khas ketenteraan’ di barat sebagai salah satu senjata tempur jarak rapat yang eksklusif. Kini
senjata sulit Srikandi Melayu sudah keperingkat antarabangsa dan dinobatkan sebagai senjata seni
beladiri yang tersohor alaf ini.
Kerambit
BADIK
Badik merupakan senjata Melayu yang bermula dari Sulawesi yang terdapat dalam dua jenis iaitu
mempunyai mata yang lurus dan yang berkeluk seperti keris. Bentuknya menyerupai Tumbuk
Lada tetapi panjang matanya di antara 18 - 20sm. dan lebar 2sm.
Badik
Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya. Hulu dan
sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat.
Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada
segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.
Badik misalnya, cukup popular selepas Kerajaan Inggeris/Belanda mengharamkan penggunaan keris.
Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala ulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta
dihiasi dengan logam emas dan perak. Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga
menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan.
154
LEMBING
Lembing ialah sejenis senjata, yang digunakan untuk memburu dan berperang semenjak zaman kuno
lagi. Ia terdiri daripada hulu atau pemegang, biasanya diperbuat daripada kayu dan mempunyai hujung
yang tajam dipanggil kepala. Hujung yang tajam itu mungkin juga adalah dari hujung kayu itu sendiri
(contohnya lembing buluh) atau diikatkan bersama bahan yang lain kepada hulu tersebut. Lembing
yang paling biasa dibuat ialah lembing yang mempunyai kepala yang diperbuat daripada besi,
berbentuk seperti pisau pendek dan digunakan untuk tikaman.
Lembing
Lembing merupakan senjata yang banyak kegunaannya, yang boleh digunakan dalam pertempuran
dan memburu, dan dalam pergelutan dan sebagai senjata dibaling. Di kawasan yang mempunyai
sumber terhad, ini merupakan punca kenapa lembing cenderung digunakan: alat yang boleh
digunakan bagi memburu, juga untuk membunuh haiwan yang mengancam ternakan dan tanaman,
dan turut juga merupakan senjata yang berkesan dalam perperangan. Ia mempunyai jarak berkesan
melebihi senjata tangan yang dipegang lain seperti keris, pedang, dsb. dan juga boleh dilontar bagi
meningkatkan jarak keberkesanannya lagi
TUMBUK LADA
Tumbuk Lada ialah sejenis senjata Melayu tradisional dari daerah Sumatera, Kepulauan
Riau dan Semenanjung Tanah Melayu. Bentuk bilah senjata ini seakan badik dari Sulawesi tetapi
bentuk sarungnya berbeza. Pada pangkal sarung Tumbuk Lada terdapat bonjolan bundar yang
selalunya dihias dengan ukiran yang dipahat. Sarung senjata ini selalunya dilapis dengan kepingan
perak yang diukir dengan pola-pola rumit.
Tumbuk Lada
Senjata ini tergolong dalam jenis senjata pendek dengan mata pada sebelah bilah sahaja dan boleh
diguna secara tunggal ataupun berpasangan.
Panjang bilah tumbuk lada sekitar 27cm hingga 29cm. Lebar bilahnya sekitar 3.5cm hingga 4cm. Dari
tengah bilah sampai ke pangkalnya terdapat alur yang dalam yang kadang-kala disapu racun berbisa.
Tumbuk Lada digunakan secara menikam, menghiris dan menjajah dalam pertempuran jarak dekat. Ia
boleh dipegang dengan dua jenis genggaman iaitu dengan mata keatas ataupun mata ke bawah.
155
Seorang yang ahli dalam permainan tumbuk lada mampu menukar genggaman senjata ini ketika
bertemput bagi mengelirukan musuh.
KERIS SUNDANG
Keris sundang dianggap sebagai Raja bagi segala senjata Melayu. Di percayai berasal dari pulau
Sulawesi , digunakan olih pahlawan Bugis dan masyarakat Moro Filipinah . Mula diperkenalkan di
Tanah Melayu pada abad ke 17 . Ia digunakan sebagai senjata untuk menetak, memancung , dan
melibas , jarang sekali digunakan untuk menikam.
Keris Sundang
Mata sundang terbahagi kepada dua, ia itu berbentuk lurus dan berlok . Sundang amat sesuai
digunakan didalam pertarungan cara berapat rapat. Mata sundang diberbuat dari besi waja, agar ia
tahan lama dan sentiasa tajam tak perlu diasah dan bolih memotong paku.
PARANG
Parang didefinasikan sebagai Pisau Melayu yang besar. Parang merupakan sejenis alat seakan pisau
yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya Nusantara. Ia digunakan untuk memotong kayu yang
lebih keras, dengan mata yang lebih keras dan pusat pukulan yang jauh ke hadapan tangkai. Matanya
juga lebih cekah serong supaya tidak tersekat dalam potongan.
Mata parang biasanya 30 sentimeters (12 in) panjang dan jisimnya tidak lebih 0.75 kilograms (1.7 lb).
Mata yang lengkung membolehkan penggunaan daya maksimum ketika memotong kayu balak, maka
mata sampai sebelum buku jari demi perlindungan pada buku jari. Parang mempunyai tiga mata, iaitu
mata depan amat tajam dan digunakan untuk mengupas, mata tengah yang lebih lebar dan digunak an
untuk mencantas, dan mata belakang (dekat tangkai) yang amat halus dan digunakan untuk mengukir
156
BAHAGIAN III : ALAT PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek
moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu
ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai
permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya
diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh
kanak-kanak sehingga hari ini.
Di antara permainan itu termasuklah:
Congkak
Wau
Batu seremban
Sepak raga
Gasing
CONGKAK
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang
di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.
LATAR BELAKANG CONGKAK
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana
yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh
Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari
bertarikh semenjak 5000SM hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-
pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan
pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa
Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan
India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana
melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia,
congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang
berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang
di dalam tanah.
CONTOH GAMBAR CONGKAK
157
WAU
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh
penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan
dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
CARA PERMAINAN WAU
•Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan
seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik
melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di
udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.
Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-
layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tem patan dan juga
antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang
berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali.
Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama
ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
JENIS-JENIS WAU
Wau bulan
Wau jala budi
Wau kucing
Wau kenyalang
Wau barat
Wau daun
Wau burung
BAHAGIAN BADAN WAU
158
PROSES PENGHASILAN WAU
1. Memilih buluh
2. Meraut buluh
3. Membuat rangka
4. Menampal rangka
5. Membuat corak
6. Menampal corak
7. Memasang teraju
BATU SEREMBAN
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak
perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan
seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk
bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek -objek ini
dikenali sebagai buah.
Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana
sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain
hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.
Menentukan Giliran
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi
mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama,
kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di
atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang
tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.
Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang
berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang
dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas
dinamakan buah tujuh.
Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah
itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu
hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada
diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut
buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah
lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilam bung
dan disambut.
Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan
dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.
Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah
dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak
159
Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah
menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.
Buah Lima
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji
buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas
lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.
Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah
dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu
hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.
Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di
dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah di kutip. Buah
ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah
kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.
Menimbang
Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan
mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan
menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika
buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari
jumlah biji buah yang dapat disambutnya.
Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata,
maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan set erusnya sehingga
mati.
Mati Permainan
Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji
buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah
dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan
akan diserahkan kepada pemain seterusnya.
SEPAK RAGA
Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud sejak 600
tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji
kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan
160
menghalangnya daripada jatuh ke tanah.
Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan,
manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, menggunakan
gelanggang seperti dalam permainan badminton. Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain
sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam.
GASING
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada
satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya
dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang
dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu berbaru,kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang Kayu tersebut
akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon.
Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter
panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
CARA BERMAIN GASING
Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970,
permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang
lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem
permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai
kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.
Melilit tali
Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking.
Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak
terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan
memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat
membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia
tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada
tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain
selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan
jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan
dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan.
Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan
menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk
memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan
161
meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan,
kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau
tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.
Melilit gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu
kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain
gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih
kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan
bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja
meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca.
Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian
bahu gasing.
Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk
melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah
melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga
hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke
bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang
tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua
orang.
Memusing gasing
Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan
menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini,
langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring,
meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan
sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara
mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di
hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa
menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah
gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak
jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan
gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.
Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain
memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat
tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran
dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing
terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika
tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu
sebelum dilepaskan
Memangkah gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan
hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak
dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga
pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.
Pangk ah totok
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing
mestilah di paras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada
bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan
keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang
162
sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.
Pangk ah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak
atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah
sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada
kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh
memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis
gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper.
Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.
Pangk ah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan
memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan
kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran
selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk
gasing.
Pangk ah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan
pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah
tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah
ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan
gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.
Mengangkat gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk
menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran,
kesabaran dan kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan
kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah
bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu
ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat
gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang
berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam
keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang
digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan
dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.
163
BAHAGIAN IV : SENI BINA
RUMAH TRADISIONAL MELAYU
Pengenalan
1. Rumah Tradisional Melayu dikenali sebagai ‘Rumah Berpanggung’ iaitu bertiang bulat dan
berlantai tinggi.
2. Bahan binaan mengunakan alam semulajadi dan terdapat dipersekitaran .
3. Atapnya dibuat dari daun nipah, daun rumbia .
4. Tiang rumah dibina dari batang nibung, lantai dari buluh atau batang pinang.
5. Bentuk bumbung dikenali sebagai bumbung ‘lipat kajang’ atau bentuk ‘V’ terbalik.
6. Sebelah sisi bumbung dipasang tebar layar atau tubing layar (Kelantan) sebagai penutup sisi
bumbung.
7. Rumah terawal ialah rumah bumbung panjang atau dipanggil ‘dangau’ atau ‘teratak’
8. Rumah dangau hanya mempunyai satu rumah ibu yang dikenali sebagai ‘rumah bujang’.
Faktor Yang Mempengaruhi Senibina Rumah Tradisional Melayu.
1. Iklim
- Lantai rumah dibina tinggi dari permukaan tanah untuk mengelakkan banjir dimusim tengkujuh
dan mengelakkan ancaman binatang buas dan berbisa.
- Atap di buat dari daun nipah dan rumbia agar ruang rumah tidak panas akibat bahang matahari.
- Ruang-ruang udara di bina di atas tingkap untuk memudahkan aliran udara didalam rumah.
2. Pengaruh Kebudayaan
- Dipengaruhi pengaruh Riau, Aceh,
Minangkabau, Bugis, Jawa dan Bajau.
- Bahan pembinaan dan rekabentuk rumah mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.
164
Fungsi Rumah Tradisi
1. Sebagai tempat berlindung dari hujan, panas dan angin disamping sebagai tempat aktiviti individu
dan kemasyarakatan.
2. Dari segi psikologi, rumah memberi rasa aman, tenteram dan harmoni.
3. Tempat mengasihani dan mententeramkan jiwa.
Jenis-jenis Rumah Tradisional
1. Rumah Bumbung Panjang - Senibina rumah tradisi paling tua.
- Berbumbung lipat kajang/’V’ terbalik.
2. Rumah Bumbung Limas - Mempunyai pengaruh Belanda.
- Perkataan ‘limas’ bermaksud satu bentuk timba atau takir.
3. Rumah Bujang - Dikenali sebagai rumah janda. - Dindingnya dibuat dari buluh.
165
BAHAGIAN V : KENDERAAN
166
BAHAGIA VI : PAKAIAN TRADISIONAL
167
BAHAGIAN VII : PERHIASAN TRADISIONAL MELAYU
PENGENALAN
Barang perhiasan merupakan pelengkap dan penyeri kepada si pemakai tidak kira lelaki mahupun
wanita. Barang perhiasan bagi lelaki adalah seperti tali pinggang besar (seperti tali pinggang jemaah
haji), jam gantung, tongkat, cincin dan lain-lain. Manakala bagi wanita pula, barangan perhiasannya
kebanyakan diperbuat daripada emas ataupun perak seperti gelang, cincin, rantai, subang, cucuk
sanggul, kerongsang dan sebagainya
Sejak zaman pemerintahan Melayu lama lagi, pakaian dan perhiasan diri dianggap sebagai lambang
atau kedudukan di dalam sesebuah masyarakat Melayu. Namun pada hari ini, tanggapan tentang
lambang atau kekuasaan seseorang tidak lagi diambil kira kerana semua golongan mampu untuk
memiliki barang perhiasan diri mengikut citarasa dan perkembangan terkini. Barang perhias an
kerapkali dipakai oleh wanita ketika menghadiri majlis -majlis yang tertentu seperti majlis perkahwinan
dan sebagainya
BARANG HIASAN
Barang perhiasan yang sering dikaitkan dengan wanita lazimnya diperbuat daripada emas atau perak.
Selain itu, terdapat juga barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga. Terdapat pelbagai reka
bentuk dan corak yang menghiasi barang perhiasan tersebut. Pada zaman dahulu tukang emas atau
perak biasanya memilih corak yang berunsur flora dan fauna (motif tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan
dan binatang). Masyarakat pada zaman dahulu sangat akrab dengan alam semula jadi maka dengan
itu, kebanyakan bentuk dan corak yang terdapat pada barang perhiasan wanita memiliki ciri-ciri alam.
Reka bentuk dan corak untuk menghasilkan barang perhiasan adalah sangat penting. Hal ini kerana
ukiran tersebut melambangkan nilai dan maksud yang tertentu. Tukang emas/perak/tembaga Melayu
pada zaman dahulu lebih gemar memilih motif bunga-bungaan tumbuh-tumbuhan. Hal ini kerana reka
bentuk dan corak pada barang perhiasan secara tidak langsung dapat membezakan hasil pertukangan
masyarakat Melayu dengan masyarakat yang lain. Di samping itu ukiran ini juga dapat menerangk an
sejarah dan perkembangan seni pembuatannya.
168
PENDING
Pending
Pending ialah pengancing tali pinggang atau kepala tali pinggang yang direka dan dihias indah dengan
berbagai-bagai motif. Pending biasanya dipakai oleh kaum lelaki dan wanita Melayu sebagai pakaian
istiadat. Kaum lelaki menggunakannya untuk mengikat kain dan samping manakala kaum wanita pula,
terutamanya di Kelantan, memakai pakaian yang popular Cik Siti Wan Kembang, seorang pemerint ah
wanita yang terkenal dalam kurun ke-15 yang turut memakai pending. Boleh dikatakan kebanyakan
daripada pending yang ditemui pada masa ini adalah yang berbentuk bujur seperti mata manusia, bulat,
segi empat dan sebagainya. Pending yang dipakai oleh pembesar-pembesar Melayu dan raja yang
memerintah dibentuk dengan menggunakan emas atau suasa. Namun demikian ada juga yang
diperbuat daripada perak sahaja atau tembaga yang bercutam.
DOKOH
Dokoh
Dokoh merupakan salah satu daripada aksesori tradisional wanita yang dipakai di leher yang
mempunyai tiga atau lebih plat yang diperbuat daripada timah, tembaga atau logam.
Pada suatu ketika dahulu, dokoh selalu digayakan dengan pemakaian baju kebaya. Dokoh juga
sering digunakan menjadi alat perhiasan pasangan pengantin sejak zaman dahulu lagi. Kini,
penggunaannya tidak lagi terhad. Pada masa kini, penggayaannya bersama baju kurung telah
menjadi salah satu daripada fesyen pada masa kini.
169
CUCUK SANGGUL
Cucuk Sanggul
Cucuk sanggul berjurai
Pada masa lalu, kebanyakan wanita Melayu memiliki rambut panjang, dianggap mempunyai sifat
yang feminin. Cucuk sanggul telah digunakan untuk memegang sehingga rambut panjang mereka
dalam sanggul di belakang kepala mereka. Biasanya cucuk sanggul diperbuat daripada emas atau
perak,Penyemat atau cucuk sanggul inibiasanya dipakai dalam set tiga, lima atau tujuh oleh
pengantin perempuan dan penari tradisional.
170
CAPING
Caping
Caping merupakan hiasan tubuh bagi kanak-kanak. Caping biasanya diperbuat daripada logam yang
berbentuk daun ara tanpa ukiran. Bagaimanapun terdapat bukti dan rekod yang menunjukkan
bahawa caping diperbuat daripada berbagai-bagai bahan seperti emas, perak, tembaga kuning dan
merah, kulit kerang, tempurung, kayu dan kadangkala berbagai-bagai bahan yang dijalin, ditempah
atau dipaterikan.
Caping dipercayai telah diperkenalkan di negara ini oleh orang India sejak zaman Seriwijaya iaitu
sekitar kurun ketujuh hingga ke-13 Masihi. Ia digunakan dengan meluas oleh kanak-kanak perempuan
di utara dan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Penggunaan caping di negeri-negeri lain tidaklah
begitu meluas. Memang ada bukti yang menunjukkan bahawa caping turut digunakan di daerah-daerah
lain di dunia tetapi setakat ini tidak ada dokumentasi untuk menjadi bukti atau rujukan yang benar
tentang perkara ini.
HIASAN TELINGA
Hiasan Telinga atau Anting-anting
Terdapat beberapa jenis hiasan telinga dalam tinggalan orang yang terdahulu. Antaranya Sunting
Malar iaitu satu-satunya hiasan yang digantung di telinga. Ia dibentuk dengan menggunakan
kepingan perak ataupun emas. Sunting malar biasanya dipakai oleh penari-penari di istana raja dan
pernah dikatakan berasal dari Thailand, yang dibawa masuk oleh orang Melayu Patani, dan juga dari
India. Barang kemas ini masih lagi popular di kalangan wanita Kelantan terutama sekali penari -
penari dan sewaktu mengandamkan pengantin perempuan yang akan bersanding di atas pelamin.
171
GELANG KAKI
Gelang Kaki
Semenjak beberapa kurun yang lalu memakai gelang kaki sebagai perhiasan diriserta menjadi
keistimewaan masyarakat Melayu khususnya kaum wanita.Besar kemungkinan kemasyhuran ini
bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi.
Gelang kaki biasanya dipakai oleh wanita Melayu, India dan Nyonya. Di Melaka, pengantin
perempuan yang berpakaian tradisional berasa tidak lengkap sekiranya tidak memakai gelang kaki
apabila menaiki pelamin
Pada mulanya gelang-gelang dibentuk dengan menggunakan dawai-dawai kasar yang dipintal bulat
dan dicelup atau disadur emas. Namun yang demikian terdapat juga gelang-gelang yang diperbuat
daripada plastik yang tidak kurang cantiknya. Bagi mereka yang berada atau yang kaya, gelang-
gelang mereka ditempah khas, biasanya diperbuat daripada emas atau perak.
172
BAHAGIAN VIII : PERHIASAN TRADISIONAL KAUM ETNIK
BAJU TRADISIONAL KAUM IBAN
Sirat
Sirat ini senang di sebut sebagai ‘ kain cawat ‘ seperti mana orang semenanjung mudah fahami.
Sesetengah kain sirat ini pada bahagian hujung kainnya dihiasi bulu bulu, manik manik atau juga kulit
siput untuk menampak kan lebih cantik. Disamping itu juga ianya dihiasi sulaman dan tenunan yang
begitu unik.
173
Ketapu
Ketapu ini adalah sebuah topi yang dipakai di atas kepala , selalunya dipakai oleh kaum iban lelaki
sahaja. Seperti apa yang diketahui ketapu ini diperbuat dari rotan dan di anyam menjadi bentuk yang
diiginankan oleh masing masing. Setelah itu ianya dicat sebelum memasang bulu burung kenyalang
atasnya. Jika diletakkan lagi banyak bulu burung, maka ketapu akan nampak lebih gah dan cantik.
Baju gagong
Baju gagung ataupun juga dikenali sebagai baju burung sejenis baju yang tebal dan keras ianya
diperbuat dari kulit haiwan kulit beruang., tetapi dihujung baju tersebut tidak dijahit, pada kiri dan
kanannya. Baju Burung adalah pakaian tradisional lelaki suku kaum Iban. Asal usul baju burung
dipercayai digunakan oleh lelaki Iban yang kuat dan berani. Lelaki yang menggunakan pakaian ini
akan dipanggil ‘Keling’. Keling adalah lambang kepada kaum Iban yang membawa maksud seorang
lelaki yang kaut, gagah dan kacak. Baju burung ini ada juga beberapa jenis juga seperti baju burung
begagong dan juga baju burong skrang
174
Baju traditional kaum wanita iban dipanggil ngepan iban. Uniknya baju wanita hampir seluruh
bajunya di tenun dan ianya penuh dengan corak corak yang sangat menarik bahkan unik.
Tango
Tango atau marek empang ini adalah yang diperbuat daripada manik dan dihiasi bebola kain bagi
tujuan menutup dada atau baju kecil dan juga kemban. Gubahan Marik Empang telah menjadi
warisan turun temurun dikalangan masyarakat Iban di Sarawak. Corak tango ini dihiasi corak corak
mengikut kemahuan masing masing. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya
dapat membezakan etnik Iban dari etnik lain dengan mudah. Ianya juga nampak seperti rantai yang
besar menutupi dada dan dipakai pada leher.
175
Sugu Tinggi
Sugu tinggi ini dipakai di kepala , ianya juga dikenali “talls combs” iaitu perhiasan yang berwarna
perak atau silver yang memberi keunikan sendiri dan kilauan yang menarik. Sugu tinggi ialah
kraftangan yang diperbuat dari corak berbunga bungaan.
Pada zaman dahulu, sugu tinggi ini diperbuat betul dari perak , tapi sekarang sugu tinggi diperbuat
daripada aluminium yang bersalut perak. Dalam pada masa yang sama, Ensuga tisir ialah perhiasan
yang diletakkan bersama dengan sugu tinggi dengan bercorakkan bunga bungaan.
Selain itu Sugu tinggi ini juga disokong oleh Sugu Pupung supaya tidak longgar yang menyebabkan
jatuh dari kepala si pemakai.
Sementing ringgit
Sementing ringgit merupakan lingkaran tali pinggang atau juga dikenali sebagai gobeng. Ianya
berjuraian ibarat tali pinggang wang. Duit syiling tersebut dicantumkan penuh dan dirapatkan.Pada
bahagian atas sekali , duit syiling 50 sen akan dicantum rapat dengan duit syiling yang lain.
176
PAKAIAN ETNIK KADAZAN
kadazan
Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar
souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek
sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.
PAKAIAN SUKU KAUM RUNGUS
Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung
hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut
tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik -manik
berwarna-warni disebut pinakol dan togkol,
suku kaum rungus
PAKAIAN SUKU KAUM MURUT
Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang
dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu.
Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik
berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.
suku kaum murut
177
PAKAIAN SUKU KAUM BAJAU
Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki
dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun
dan tali pinggang.
suku kaum bajau
PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN MELANAU
BAJU BABAN
baju baban
Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek
warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan
perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul
178