B. UKIRAN BUNGA TIMBUL
Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada
perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata.
Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.
C. UKIRAN ARCA
Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak
nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.
101
D. LARIK
Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat
dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada
ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.
D. UKIRAN KAYU HANYUT
Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia.
Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian
tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu
atau akar yang terdapat dalam sungai.
102
TOKOH-TOKOH UKIRAN
1.Encik Latiff bin Long
Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir ukiran kayu yang
mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada keluarga yang mempunyai enam keturunan
tukang kayu yang handal. Bapa Latiff juga terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih
tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah menerima
pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi
pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah. Pada tahun 1971 beliau memenangi
tempat pertama dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat dalam Pameran Ukiran Kayu
berlangsung di Balai Seni Lukis Negara. Kini Latiff Long adalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan
membuka bengkelnya di Pasir Tumbuh Kelantan dan banyak menerima tempahan dari dalam dan
luar negara.
2. Tuan Haji Wan Su bin Othman
Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di daerah Besut Terengganu. Ukirannya
sangat halus dan mempunyai unsur tradisi. Wan Su cukup mahir dengan motif-motif ukiran kayu.
Sehingga kini beliau telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi uki ran
kayu. Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel beliau terletak
di Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.
103
PROSES PENGHASILAN UKIRAN KAYU
PERALATAN UKIRAN KAYU SERTA FUNGSINYA
104
JENIS PERALATAN
1. Pahat -menebuk, membentuk corak atau membuang bahagian yang tak diperlukan
2. ketam kayu- melicin dan meratakan permukaan kayu
3. Cetar- membentuk asas kayu secara kasar
4. tukul kayu- mengetuk pahat dalam proses mengukir
5. gergaji kecil- memotong bahagian kayu yang tidak diperlukan
6. Kikir Pari- meratakan corak yang dilukis
7. daun mempelas atau kertas pasir- melicinkan permukaan corak yang telah diukir
8. Gergaji berhalang- memotong dan membentuk bahagian lengkung pada ukiran
9. Pisau wali- mengukir corak yang dikehendaki
10. Gergaji kecil (jigsaw)- memotong mengikut lengkung yang dikehendaki
11. Mesin gerudi- Menebuk lubang
12. Sesiku- mendapatkan ketepatan sudut
13. Pengapit- memegang atau mengapit kayu.
105
BENTUK SILAT
a. Silat leper
b. Silat belah rotan
c. silat serong
d. Silat Minang kabau
e. Silat dada tuna
106
POLA CORAK:
-corak yang dipilih mengikut kesesuaian fungsi ukiran
- Tiga jenis pola iaitu Pola Bujang, Pola Pemidang dan Pola lengkap
107
BAB 16 : SENI TEKAT
PENDAHULUAN
1. Seni tekat merupakan hiasan sulaman benang emas atau perak yang dijahit pada kain
dasar baldu .
2. Seni tekat juga dipanggil tuji tumbul, suji timbulan, tekat bersuji dan tekatan.
3. Barang yang biasanya di tekat ialah alas tempat tidur, muka kasut pengantin, kipas
pengantin, baju pengantin, tudung saji, bekas barang kemas dan bekas perhiasan
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan
kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada
awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka . Kesan penggunaan
sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka . Mereka
menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.
Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri
Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali
mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan
oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat
perada.tekat digunakan semasa upacara perkahwinan
FUNGSI TEKAT
Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan
perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya.
Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian.
Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan
bahan mewah.
Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan
yang rapi apabila digunakan.
PERANAN INSTITUSI DAN ISTANA
Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai pandai-
pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat
benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai
tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah
menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,
perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru,
galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil
mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah
mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan.
Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni
tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.
108
TOKOH TEKAT
1. khadijah bt. Hasim
Khadijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan
Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat.
Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh
tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah
daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.
2. Hajah Azizah bt. Mohd Yusof
Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran
menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau
menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang
jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab
saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi menekat.
109
JENIS-JENIS TEKAT.
1. TEKAT TIMBUL BUNGA EMAS
Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah
kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi
mempulur di atas kain baldu.
2. TEKAT GUBAH
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya
menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan
corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain
biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah,
penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.
110
PROSES MENEKAT
1. Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari
jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam)
yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman timbul.
2. Proses pertama ialah membentuk mempulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas
yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan
diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter.
Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak
yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau
catur.
3.Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan
berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap
seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu
pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini.
Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai
pemidang. Oleh itu, baldu akan menjadi tegang.
4.Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang
sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada
kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih
mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat
supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur
dan kemas.
ALAT DAN BAHAN TEKAT
1. CUBAN
2. MEMPULUR
111
3. BENANG EMAS / PERAK
4. PEMIDANG KAYU
5. KAIN BALDU
112
PROSES PENGHASILAN TEKAT
113
BAB 17 : SENI BATIK
PENGENALAN
a. Batik ialah hasil kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain
b. Batik terkenal di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei
c. Ragam hias batik Malaysia dipengaruhi ragam hias batik Indonesia
d. Perusahaan batik di Malaysia bermula di Kelantan dan Terengganu
2. MOTIF-MOTIF BATIK
a. Motif flora – motif akar menjalar, buah pala, bunga raya, daun keladi, daun menjalar bunga
teratai dll
b. Motif fauna – motif burung, ayam jantan, ayam betina, kala jengking, siput, rama-rama dll
c. Motif geometri – motif parang rosak, kisi-kisi, swastika, jalur, pilin berganda ‘S’ dll
d. Motif isen – motif ada-ada, centel, penutupan, sisik, mata dara, sabut kelapa dll
3. JENIS-JENIS BATIK
a. Batik tulis / lukis – menggunakan canting untuk menerap lilin
b. Batik terap / blok – menggunakan blok / sarang untuk menerap lilin
c. Batik skrin – menggunakan pemidang skrin dan sekuji
114
d. Batik pelangi – menggunakan teknik ikat dan celup, tidak menggunakan lilin
e. Batik pelbagai jenis – menggunakan pelbagai teknik
115
4. PROSES MEMBUAT BATIK
a. BATIK TULIS / LUKIS (TEKNIK CANTING)
ALATAN
Canting/ tjanting - Alat yang diperbuat daripada tembaga yang menjadi bekas lilin yang
digunakan untuk melakar corak pada kain
Pemidang - Digunakan untuk meregang kain supaya kain tidak melendut semasa mencanting
Berus lembut - Digunakan untuk menyapu bahan pewarna pada kain dan lilin cair
Periuk - Untuk memasak bahan campuran lilin
Kuali atau bekas - Untuk mencelup, merendam dan merebus kain
Dapur - Tempat meletakkan periuk dan memanaskan campuran lilin
BAHAN:
Kain putih - Jenis sutera dan cotton
Campuran lilin - Lilin putih (paraffin)
Lilin lebah - supaya lilin kenyal dan tidak mudah patah
Damar - supaya lilin cepat lekat pada kain
Minyak kelapa/ masak- supaya lilin cepat cair dan licin pada kain
Bahan pewarna - Remazol atau primazin
Bahan fixer - Pemati warna sodium / natrium silikat : untuk mengekalkan warna pada kain
Debu soda /soda ash - Untuk menanggalkan lilin
116
PROSES:
Basuh kain putih -> regangkan pada pemidang kain -> buat lorekan corak dengan pensel ->
panaskan campuran lilin,damar dan minyak kelapa -> cedok lilin dengan canting -> lukis ikut
lakaran pensel -> warnakan -> keringkan -> sapu sodium silikat (untuk mematikan warna) ->
biarkan 8 hingga 12 jam -> rebus kain dengan air panas campuran soda ash -> rendam dan basuh
dengan air biasa keringkan.
117
b. BATIK TERAP / BLOK
Batik ini berbeza dengan batik tulis/ lukis kerana batik ini mempunyai corak yang sama. Corak
dibuat secara perulangan pada kain putih kerana corak yang diterap itu adalah berasaskan
blok kayu / tembaga yang sama
Tumpuan penghasilan batik ini lebih kepada kain sarung atau kain untuk pakaian seragam
JENIS KAIN BATIK BLOK/TERAP
(i) Kain batik lepas- kain ini lebih panjang daripada kain batik sarung, digunakan dalam upacara
pengkebumian masyarakat Melayu kerana saiznya yang panjang dan tidak perlu dijahit.Coraknya
seragam dan tidak mempunyai corak kepala kain.Ia juga dikenali sebagai kain batik solo, batik belit
atau batik panjang
(ii) Batik ela – dihasilkan dalam bentuk yang panjang dan dijual dalam ukuran meter mengikut
kehendak pembeli.Batik ini menjadi pilihan pertubuhan dan badan tertentu untuk dijadikan pakaian
seragam atau pakaian untuk majlis formal
ALATAN DAN FUNGSI
Sarang / blok bunga - diperbuat daripada logam / tembaga yang dibentuk dan dipateri mengikut
rekaan corak.Digunakan untuk mengecap corak di atas kain dengan menggunakan lilin
Meja pengecap - meja ini dilapisi dengan span, kain guni dan kelopak batang pisang yang telah
direndam di dalam air garam selama 12 jam, untuk mengecap kain. Tujuan kelopak batang pisang
digunakan untuk mempercepatkan penyejukan lilin
Kuali leper - Digunakan untuik memasak bahan campuran lilin
Kuali kawah - Digunakan untuk mendiidihkan air bagi proses menanggalkan lilin melalui cara
merebus kain
118
BAHAN
1. kain putih bergantung kepada kesesuaian jenis cotton / kapas
2. campuran lilin
a. lilin putih (paraffin)
b. campuran rosin(damar)
c. lemak binatang
d. minyak kelapa
3. bahan pewarna – napthol
4. debu soda (soda ash)
5. kanji – untuk mengilatkan kain batik
PROSES:
1. basuh kain untuk menghilangkan kanji kemudian keringkan
2. bentang kain di atas meja pengecap, pastikan kain rata dan tegang untuk membolehkan
proses penerapan lancar dan kemas
3. panaskan campuran lilin di dalam kuali leper sehingga cair
4. celup blok / sarang ke dalam lilin dan terapkan lilin ke atas permukaan kain .Pastilkan blok
yang digunakan adalah betul mengikut corak kerana untuk sehelai kain batik sarung, corak badan
kain dan kepala dan bahagian kain berbeza.untuk menghasilkan sehelai kain
5. Celup kain dalam pewarna napthol. Warna yang berbeza digunakan dimulai dengan warna
cerah diikuti dengan warna gelap
119
6. proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulangkali untruk mendapatkan beraneka
corak dan warna
7. untuk mendapatkan kesan ‘retak seribu’ lilin hendaklah disapu pada seluruh permukaan
kain kemudian direnyukkan
8. kemudian masukkan kain ke dalam air panas dicampurkan debu soda
9. basuh dan jemurkan kain
10. kadang kala kain dikanji terutama kain batik sarung supaya kain kelihatan lebih berkilat dan
berseri
CIRI-CIRI KHAS BATIK BLOK
1. kain yang lembut kerana direbus banyak kali
2. mempunyai corak ‘retak seribu’
3. dapat menghasilkan kain dalam bentuk bandela
KEKEMASAN DAN PERSEMBAHAN
1. capan lilin sama jelas,sambungan corak tidak kelihatan
2. warna tidak bertelar-telar dan tidak luntur walaupun banyak kali dibasuh
3. susunan motif utama dan isen berharmoni
4. bentuk kain sarung yang lengkap,kaki dan gigi kainnya kemas
PEMELIHARAAN DAN PENJAGAAN
1. petua membasuh:
-campurkan air dengan cuka
-cucian dengan air teh untuk mengelakkan luntur warna
2. tidak boleh direndam terlalu lama masa mencuci
3. elakkan daripada jemuran di bawah matahari terik
120
c. BATIK PELANGI
(TEKNIK IKAT & CELUP)
Batik pelangi ialah batik yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin dan diperkenalkan oleh Che
Minah Pelangi dari Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793 – 1808)
• Ia disebut juga sebagai kain ‘rawa’
• Digunakan sebagai tudung / selendang serta menjadi pelengkap atau eksesori pakaian
terutama inang dan dayang di istana
• Ia dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat dan celup
• Kain diikat beberapa kali dengan menggunakan lilin atau apa sahaja u ntuk menghalang
penyerapan warna. Bilangan ikatan dan celupan warna menentukan corak dan warna pada kain
BATIK PELBAGAI JENIS
1. Batik lasem kelantan – batik yang direbus dua kali dan menggunakan motif pucuk rebung pada
bahagian kepala kain
2. Batik perkalongan Kelantan – bercirikan motif bunga pada kepala kain dan badan kain .Warna
motif tidak dicelupkan sebaliknya mencalit warna menggunakan berus halus
3. batik selapis- menggunakan satu warna sahaja dengan menggunakan ragam hias yang bebas
4. Batik solo kelantan – dikenali juga batik belit, batik lepas, dan batik panjang.Penggunaan
warnanya terhad pada tiga warna sahaja iaitu hitam, biru dan kuning
121
PROSES PENGHASILAN:
Ikat kain dengan ikatan yang sesuai -> bancuh air dengan pewarna -> celup beberapa kali ke dalam
pewarna -> cuci kain dan keringkan (untuk mendapat kesan beraneka warna, kain perlu diikat dan
dicelup beberapa kali)
122
d. BATIK SKRIN
PENGENALAN
• ia di bawa dari negeri Thai dan diperkenalkan di Kelantan pada awal kurun ke 20
• ia giat berkembang kerana mempunyai pasaran yang luas dan teknik pembuatannya yang
lebih ringkas
• teknik ini mirip kepada kaedah cetakan sutera saring hanya corak yang digunakan adalah
corak tradisional
ALATAN
1. Skrin
– diperbuat daripada bingkai kayu yang biasanya berukuran sebesar kain batik sarung
– kain nipis yang dikenali sebagai sutera saring / organdi digunakan sebagai kain pemidang
– setiap skrin digunakan untuk menyapu satu warna sahaja
2. sekuji (squeegee)
– diperbuat daripada kayu pada bahagian atas dan getah di bahagian bawahnya
-- panjang sekuji biasanya sama dengan lebar pemidang
– digunakan untuk menyapu bahan pewarna dengan rata di atas permukaan skrin
3. kelongsong stensil (funnel pen)
– alat yang berfungsi sebagai pen yang berbentuk kelongsong
– diisi dengan bahan lacquer / laker yang bertindak sebagai lilin
– digunakan untuk melukis corak dan motif di atas permukaan skrin
4. meja pengecap – meja yang cukup memuatkan pemidang skrin untuk proses mencetak
5. kuali dan bekas – untuk merendam dan membersihkan kain
6. pengukus – untuk proses pengewapan bagi mengekalkan warna pada kain
123
BAHAN
1. kain putih- jenis kapas yang berukuran sama dengan saiz pemidang
2. bahan pewarna – jenis reactive dan pigmen dye
3. bahan lacquer / laker
– sejenis campuran bahan tinner dan emulsion yang dimasukkan ke dalam kelongsong stensil
untuk melukis corak pada skrin
– bertindak sebagai lilin yang menghalang bahan pewarna daripada meresap ke bahagian-
bahagian yang telah ditutup
dengan lacquer
PROSES
1. Merancang dan menyediakan corak pada kertas termasuk merancang warna yang perlu
digunakan .Bilangan pemidang skrin yang akan digunakan bergantung pada bilangan warna
2. Lukis corak di atas skrin yang telah dipasang dengan sutera saring dengan menggunakan
kelongsong stensil yang berisi lacquer
3. kain putih yang hendak dicetak mestilah direbus , dibilas dan dijemur sehingga kering
4. kain tersebut diregang dan diletakkan di atas meja pengecap.Letakkan pemidang skrin di
atas permukaan kain
5. tuang warna di bahagian hujung skrin dan sapukan warna dengan rata menggunakan
sekuji. Ulang semula proses ini mengikut bilangan warna dan corak yang ditetapkan neggunakan
pemidang skrin yang berbeza
6. kain dijemur sehingga kering sebelum dikukus dalam proses pengewapan. Pengewapan ini
dilakukan untuk memastikan warna kain tidak luntur
124
7. Rendam kain dalam air suam yang dicampur dengan bahan pelembut bagi melembutkan
kain serta membuang lebihan pewarna
8. kain dijemur sehingga kering
CIRI-CIRI BATIK SKRIN
1. amat popular kerana harganya yang sederhana dan coraknya yang menarik
2. proses pembuatannya menjimatkan masa dan memberikan hasil sepuluh kali ganda lebih cepat
daripada teknik blok
3. warnanya juga lebih tahan lama dan tidak mudah luntur
KEKEMASAN DAN PERSEMBAHAN
1. ketepatan dalam reka bentuk imejnya
2. kejituan pembuatan yang tinggi dengan sambungan garisan yang tidak ketara dan petak -petak
warna yang kemas
3. warna yang tidak bertelar-telar dan tidak luntur
FUNGSI SODA ASH - membuang lilin batik pada kain
FUNGSI SODIUM SILIKAT - untuk mematikan warna
125
BAB 18 : SENI TENUNAN
1. PENGENALAN
a) Tenunan ialah proses menjalin helaian benang sehingga menjadi sebidang kain.
b) Tenunan songket terkenal di pantai timur manakala tenunan pua terkenal di sabah
dan sarawak
2. JENIS TENUNAN SEPERTI:
- tenunan Pahang
- tenunan songket(benang emas)
- tenunan pua (Sarawak).
TENUNAN PAHANG:
a. berasal dari Riau, Sulawesi
b. menggunakan benang kapas dan sutera
c. menggunakan bahan pewarna semulajadi iaitu daun terung( biru), kunyit( kuning),
dan air perahan belimbing untuk mematikan warna.
d. di Kelantan dikenali sebagai tenunan balas atau setuli benang.
TENUNAN SONGKET:
a) menggunakan benang emas dan perak
b) terdapat dua jenis songket iaitu tekat 3 dan tekat 5
c) Songket berasal daripada perkataan ‘sungkit’ iaitu kegiatan menyungkit dengan lidi
buluh dan nibung.
d) Pada masa dahulu songket ditenum dengan benang sutera dan kini ia ditenum dengan
benang kapas atau kedua-duanya sekali.
e) Kain songket dipakai oleh golongan bangsawan dan pakaian diraja pada majlis rasmi.
f) Bahan yang biasa diguna ialah benang loseng yang berfungsi sebagai kain dasar dan
benang pakan sebagai benang sisip untuk membentuk motif.
g) Alatan untuk membuat songket ialah jentera, cuban, belira, torak, loseng, peleting,
sumbi, rahak, kek tangan dan kek kaki.
h) Motif yang biasa diguna ialah motif flora, fauna, geometri, makanan, benda, dan awan
larat.
i) Proses tenunan songket:
i. Mewarna benang dengan bahan pewarna asli seperti kunyit
ii. Menerai benang iaitu memasukkan benang ke dalam rahak untuk diputar pada peleting
iii. Menganing iaitu proses menyusun dan menentukan ukuran benang
iv. Menggulung benang ke papan gulung yang dipanggil benang loseng
126
v. Menyampuk iaitu memasukkan benang loseng ke gigi jentera
vi. Mengarat iaitu proses pembentukkan dua lapisan benang loseng
vii. Menyolek dilakukan dengan menyusun lidi buluh untuk membentuk motif
viii. Menenum dilakukan dengan alat yang dipanggil kek iaitu proses menyilang benang
loseng dan benang pakan sehingga menjadi kain
TENUNAN PUA / PUA KUMBU
a) Popular di kalangan kaum Iban di sarawak
b) Diguna sebagai kain dastar (tengkolok), hiasan kepala atau pakaian lengkap ketika
upacara tertentu
c) Menggunakan warna cerah seperti merah, kuning, biru, ungu dan latar hitam
d) Motif yang diguna ialah flora dan fauna serta geometri yang berunsur ritual
e) Menurut kepercayaan penenun mesti mendapat kebenaran nenek moyang terlebih
dahulu sebelum menenum
a. menggunakan teknik nikat dan celup ke dalam warna
.
JENIS TENUNAN:
a. kain sarung- mempunyai bahagian kepala, badan dan kaki , dan dipakai oleh kaum wanita .
b. kain bukang/samping - lebih kecil daripada kain sarung dan ke dua-dua hujung disambung untuk
jadikan kain samping.
c. kain selendang- kainnya panjang dan mempunyai kepala di kedua-dua hujungnya. Dijadikan
127
selendang.
d. kain destar/tanjak/tenggolok-kain dilipat dan diikat serta dijadikan perhiasan kepala.
e, kain lepas- tenunan tanpa corak-lebih kecil dari kain bujang
f. kain kampuh- menjadi kain kelubung atau kain sarung-selempang bahu untuk lelaki.
MOTIF TENUNAN
-fauna
-flora
-geometri
-banda
-makanan
-awan larat
Corak tenunan
PROSES TENUNAN
Bahan-benang kapas, sutera dan linen
-pewarna dari sumber asli
Alatan-kek lantai atau kek injak kaki, kektangan,, jentera, sikat jentera, rahak, anak geliging, lidi
buluh, torak, cuban, pelenting, pasong dan papan gulung.
PROSES MENENUN
a. Melerai benang-gunakan rahak dan pelenting-benang bewarna dimasukkan ke dalam rahak dan
128
putar pada pelenting
b. Menganing-untuk mendapatkan ukuran panjang benang
c. Menggulung benang loseng-menggulung benang pada papan gulung
d. Menyapuk-benang loseng dimasukkan dalam gigi jentera
e. Mengarat-pembentukan dua lapisan benang loseng.
f. Menyolek-menyusun lidi-lidi buluh pada benang berasaskan corak
g. Menenun-menggunakan alat dipanggil kek tumpah atau kek injak -tenunan dilakukan dengan
menjalin benang secara berselang seli antara benang loseng dengan benang pakan.
Struktur ragam hias songket:
Menenun:
KEK TENUN BIASA
KEK TUMPAH(TENUNAN KAIN PUA )
129
MOTIF TENUNAN KAIN PUA
a. Tempat duduk
b. kayu pesa
c. tali gantung karat
d. kayu pijak karat
e. belira
f. anak kayu
g. pasung
h. jentera (sikat)
130
BAB 19 : SUMBANGAN ORGANISASI,
INSTITUSI, DAN INDIVIDU TERHADAP
SENI VISUAL
131
132
133
134
135
136
137
138
139
140
141
MAKTAB PERGURUAN ILMU KHAS :
142
143
144
145
146
147
148
149
150