The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syahrul Affendi, 2024-05-13 00:17:29

Modul Latihan Kadet Polis

Modul Latihan Kadet Polis

MODUL LATIHAN KOR KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI POLIS DIRAJA MALAYSIA 2023


Modul Latihan Kor Kadet Polis ii SEKAPUR SIRIH KETUA POLIS NEGARA Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, Modul Latihan Kor Kadet Polis berjaya direalisasikan sebagaimana yang telah dirancang. Penubuhan Kor Kadet Polis di peringkat sekolah menengah sejak 1970 telah banyak meninggalkan impak positif ke arah mendisiplinkan para pelajar serta menanam minat dalam kalangan mereka untuk menceburi bidang kepolisan sebagai pilihan kerjaya. Tidak dapat dinafikan, dalam usaha pembentukan kadet polis yang cemerlang dari segi integriti dan sahsiah diri, sebuah modul yang komprehensif serta seiring dengan perkembangan semasa perlu digunapakai. Justeru, adalah diharapkan modul baharu bagi Kor Kadet Polis ini menjadi panduan berguna kepada tenaga pengajar serta para jurulatih yang telah dilantik. Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah dizahirkan kepada seluruh jawatankuasa kerja yang terlibat dalam penghasilan modul ini terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Semoga momentum kerjasama dan permuafakatan sebegini dapat dikekalkan bagi kemaslahatan masyarakat dan negara, insya-Allah. Sekian, terima kasih. (TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSAIN) IG Ketua Polis Negara


Modul Latihan Kor Kadet Polis iii SEULAS PINANG PENGARAH JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Kor Kadet Polis merupakan salah aktiviti satu badan uniform yang dijalankan di sekolahsekolah di seluruh Malaysia. Penglibatan dalam pasukan Kor Kadet Polis dapat membangunkan potensi diri ke arah melahirkan insan yang seimbang jasmani, rohani, emosi dan intelek dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Satu usaha telah dilaksanakan bagi membentuk satu modul yang lengkap sebagai rujukan, panduan yang jelas dan seragam kepada guru-guru dan jurulatih Kor Kadet Polis melaksanakan tugas dengan berkesan melalui aktiviti dan program yang telah ditetapkan. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Modul kerana telah memberikan komitmen yang tinggi sehingga berjaya menghasilkan Modul Latihan Kor Kadet Polis. Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua ahli jawatankuasa modul amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. ( DATO’ SRI AIDI BIN ISMAIL ) Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti POLIS DIRAJA MALAYSIA


Modul Latihan Kor Kadet Polis iv SENARAI JAWATANKUASA PENYEDIAAN MODUL LATIHAN KOR KADET POLIS 1. Penasihat : YDH CP Dato’ Sri Aidi Bin Ismail Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti 2. Pengerusi : YDH DCP Datuk Mazli Bin Mazlan Ketua Polis Terengganu 3. Timbalan Pengerusi : SAC Azhan Bin Abdul Halim KPP Koordinasi Sumber Sokongan Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti 4. Ahli Jawatankuasa Kerja : ACP Dr. Parusuraman A/L Subramanian PP Koordinasi Sumber Sokongan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti : Supt. Rahiman Bin Abdullah Supt. SSPDRM/SUKSIS/Kor Kadet, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti : DSP Syahrul Nizam Bin Abu Bakar Pegawai Latihan, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti : DSP Filus Bin Abd Kadir DSP Kor SUKSIS, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti : DSP Nor Hamizat Bin Ngadimin Pegawai Turus Persenjataan (Operasi Ordnan) Jabatan Logistik Bukit Aman. : ASP Mariam Jamillah Binti Azami ASP Sukarelawan Simpanan Polis, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti : ASP Mohd Helmi Bin Uda Asp Asas Pembangunan Strategik/Analisa Pasukan Gerakan Am, Jabatan KDNKA : Insp Siti Zuraidah Binti Ismail Insp Sukarelawan Simpanan Polis, JPJKK IPK Kuala Lumpur : Insp Suganthan A/L Suparmaniam Insp Sukarelawan Simpanan Polis, JPJKK IPK Selangor : Insp Mohd Hanif Bin Shukor Ketua Guru Kawad , Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur


Modul Latihan Kor Kadet Polis v : Puan Dalizwa Deena Binti Salihin Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kesenian Dan Kokurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia : DSP/K Che Zulkipli Bin Che Ahmad SMK Sultan Ismail, Jalan Telipot, Kota Bharu Kelantan : DSP/K Mohd Khairuddin Bin Md Lazim SMK Teriang 3, Teriang Pahang. : DSP/K Suhaimi Bin Abu Seman SMK Perlis, Jalan Raja Syed Alwi Kangar. : ASP/K Azira Binti Ismail SMK Dato’ Perdana, Bachok, Kelantan : ASP/K Wan Adura Bin Wan Hashim SMK Zon R1 Wangsa Maju, Kuala Lumpur : En. Hairieyl Azieyman Bin Azmi Ketua Penolong Pengarah (Kepimpinan) Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA) : Puan Noorsyamila Afwa Binti Roslan Ketua Penolong Pengarah (Akademik) Majlis Amanah Rakyat (MARA) : Puan Noor Adlin Binti Mohd Saroni MRSM Kuala Kubu Bharu 5. Urus Setia : Insp Anis Binti Awang@ Mustafa Insp Kor Kadet Polis, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti : SM Rafizah Binti Abdul Wahab SM Kor Kadet Polis, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti : Sjn Hasnorkairul Bin Hashim Sjn Kor Kadet Polis, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti : Kpl Nuzul Helmi Bin Muhamad Zaffri Kpl Kor Suksis, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti. : Kpl Mohd Saiful Aswadi Bin Ab Kadir Kpl Sukarelawan Simpanan Polis, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti


Modul Latihan Kor Kadet Polis vi JADUAL PELAKSANAAN MODUL LATIHAN KOR KADET POLIS PERJUMPAAN LATIHAN /AKTIVITI TINDAKAN Pertama a. Pengambilan anggota baru. b. Mesyuarat Agong dan Pentadbiran c. Sesi Suai Kenal Guru Sekolah/ Jurulatih Kedua a. Modul 1 - Kepolisan Am b. Modul 3 - Undang-undang dan Pencegahan Jenayah Guru Sekolah/ Jurulatih Ketiga a. Modul 2 - Latihan Luar (Latihan Kawad) b. Modul 2 - Latihan Jasmani Guru Sekolah/ Jurulatih Keempat a. Modul 2 - Latihan Luar (Latihan Kawad) b. Modul 2 - Latihan Jasmani Guru Sekolah/ Jurulatih Kelima a. Modul 2 - Latihan Luar (Pengenalan Senjata Api) b. Modul 2 – Latihan Tembak Guru Sekolah/ Jurulatih Keenam a. Modul 4 - Kepimpinan (Ikhtiar HidupFasa 1) Guru Sekolah/ Jurulatih Ketujuh a. Modul 4 - Kepimpinan (Ikhtiar Hidup – Fasa 2) b. Modul 4 - Perkhemahan Guru Sekolah/ Jurulatih Kelapan a. Modul 4 - Kepimpinan (Ronda Pandu Arah) Guru Sekolah/ Jurulatih


Modul Latihan Kor Kadet Polis vii PERJUMPAAN LATIHAN /AKTIVITI TINDAKAN Kesembilan a. Modul 5 – Bantuan Kecemasan dan Keselamatan Kebakaran GuruSekolah/ Jurulatih / Penceramah Jemputan Kesepuluh a. Modul 2 - Latihan luar (Latihan Kawad) b. Modul 2 - Latihan luar(latihan Jasmani) Guru Sekolah/ Jurulatih Kesebelas a. Modul 4 - Kepimpinan (Kerja Kursus) b. Modul 5.3 – Khidmat Masyarakat Guru Sekolah Nota :- * Modul 1, Modul 3 dan Modul 5 Pemilihan modul 1.1, 1.2, 1.3, 3.1, 3.2, 3.3, 5.1 dan 5.2 dibuat secara silih berganti dari tahun ke tahun.


Modul Latihan Kor Kadet Polis viii KANDUNGAN Halaman SEKAPUR SIREH KETUA POLIS NEGARA ii SEULAS PINANG PENGARAH JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI iii SENARAI AHLI JAWATANKUASA iv JADUAL PELAKSANAAN MODUL vi SENARAI KANDUNGAN viii MODUL 1 KEPOLISAN AM 1.1 Kor Kadet Polis 1 1.2 Polis Diraja Malaysia 3 1.3 Peranan Jabatan-Jabatan Polis Diraja Malaysia 6 MODUL 2 LATIHAN LUAR 2.1 Latihan Kawad 8 2.2 Pengenalan Kepada Senjata Api 10 2.3 Latihan Jasmani 13 MODUL 3 UNDANG-UNDANG DAN PENCEGAHAN JENAYAH 3.1 Pengenalan Kepada Undang-Undang 15 3.2 Undang-Undang Jenayah 17 3.3 Pencegahan Jenayah 19 MODUL 4 KEMPIMPINAN 4.1 Ikhtiar Hidup (Fasa 1) 21 4.2 Ikhtiar Hidup (Fasa 2) 23


Modul Latihan Kor Kadet Polis ix 4.3 Ronda Pandu Arah 25 4.4 Kerja Kursus 27 MODUL 5 PERTOLONGAN CEMAS DAN KHIDMAT MASYARAKAT 5.1 Bantuan Kecemasan (Teori dan Praktikal) 29 5.2 Keselamatan Kebakaran 31 5.3 Khidmat Masyarakat 33 LAMPIRAN MODUL 1 A1 Modul 1.1 – Kor Kadet Polis 1 A2 Modul 1.2 –Polis Diraja Malaysia 5 A3 Modul 1.3 – Peranan Jabatan-Jabatan Polis Diraja Malaysia 15 MODUL 2 B1 Modul 2.1 – Latihan Kawad 25 B2 Modul 2.2 – Pengenalan Kepada Senjata Api 42 B3 Modul 2.3 – Latihan Jasmani 82 MODUL 3 C1 Modul 3.1 – Pengenalan Kepada Undang-Undang 93 C2 Modul 3.2 – Undang-Undang Jenayah 98 C3 Modul 3.3 – Pencegahan Jenayah 103 MODUL 4 D1 Modul 4.1 – Ikhtiar Hidup (Fasa 1) 110 D2 Modul 4.2 – Ikhtiar Hidup (Fasa 2) 132 D3 Modul 4.3 – Ronda Pandu Arah 147 D4 Modul 4.4 – Kerja Kursus 156


Modul Latihan Kor Kadet Polis x MODUL 5 E1 Modul 5.1 – Bantuan Kecemasan (Teori dan Praktikal) 158 E2 Modul 5.2 – Keselamatan Kebakaran 159 E3 Modul 5.3 – Khidmat Masyarakat 160 RUJUKAN 161


Modul Latihan Kor Kadet Polis 1 MODUL 1 KEPOLISAN AM MODUL 1.1 - KOR KADET POLIS Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 1. Kor Kadet Polis 1. Penubuhan Kor Kadet Polis. 2. Matlamat Dan Objektif Penubuhan. 3. Organisasi Kor Kadet Polis: 3.1 Pegawai Kor Kadet Polis / Guru. 3.2 Anggota. 3.3 Platun. 3.4 Kompeni. 4. Pakaian Seragam (Uniform) Kor Kadet Polis: 4.1 Pegawai Kanan Kor Kadet Polis (Lelaki). 4.2 Pegawai Kanan Kor Kadet Polis (Wanita). 4.3 Anggota Kor Kadet Polis (Lelaki). 4.4 Anggota Kor Kadet Polis (Wanita). 5. Akuan jawatan dan Sijil Pengakuan Kor Kadet Polis. 6. Tanggungjawab anggota Kor Kadet Polis Lampiran A1 Buku Panduan dan Latihan Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 2 Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 2. Objektif Pembelajaran 1. Memberi pendedahan mengenai sejarah dan objektif penubuhan Kor Kadet Polis. 2. Mempelajari tentang tanggungjawab dan peranan sebagai seorang anggota Kor Kadet Polis. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 3. Tempoh Masa Ditetapkan oleh pengurusan sekolah. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 4. Aktiviti/ Pelaksanaan 1. Sesi syarahan oleh Guru Kor Kadet Polis. 2. Praktikal cara pakaian Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 5. Hasil Pembelajaran 1. Memahami fungsi dan peranan sebagai seorang anggota Kor Kadet Polis. 2. Memberikan sepenuh komitmen dan taat setia kepada pasukan Kor Kadet Polis. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 6. Penilaian Penilaian berterusan sepanjang tahun. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 3 MODUL 1 KEPOLISAN AM MODUL 1.2 – POLIS DIRAJA MALAYSIA Bil . Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 1. Pengenalan Polis Diraja Malaysia 1. Pendahuluan. 2. Struktur Organisasi: 2.1 Peringkat Bukit Aman 2.2 Peringkat Kontinjen 2.3 Peringkat Daerah 2.4 Peringkat Balai 3. Misi dan Visi. 4. Moto dan slogan. 5. Logo dan bendera PDRM: 5.1 Logo 5.2 Bendera Sang Saka Biru 6. Pangkat-pangkat dalam PDRM: 6.1 Pegawai Kanan Polis 6.2 Pegawai Rendah Polis 7. Pakaian Seragam dan lencana. Lampiran A2 Guru / Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 4 Bil . Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 8. Tatacara tabik hormat. 9. Lagu PDRM: 9.1 Sang Saka Biru. 9.2 Sedia Berkhidmat 2. Objektif Pembelajaran 1. Memberi pendedahan berkaitan peranan Polis Diraja Malaysia dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam 2. Memberi pendedahan berkaitan struktur organisasi, moto, logo, dan bendera. 3. Meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai pangkat-pangkat dalam PDRM uniform dan lencana PDRM. 4. Mempelajari dan memahami tatacara tabik hormat dan lagu PDRM. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 3. Tempoh Masa Ditetapkan oleh pengurusan sekolah. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 4. Aktiviti/ Pelaksanaan 1. Sesi syarahan. 2. Praktikal nyanyian lagu Sang Saka Biru dan Sedia Berkhidmat 3. Praktikal Latihan Tabik Hormat Guru / Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 5 Bil . Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 5. Hasil Pembelajaran 1. Memahami peranan PDRM dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam 2. Mengetahui dan memahami berkaitan struktur organisasi, moto, logo, dan bendera PDRM 3. Meningkatkan pemahaman mengenai pangkat-pangkat dalam PDRM, pemakaian uniform dan maksud lencana PDRM. 4. Memahami lebih mendalam mengenai tatacara tabik hormat dan lagu PDRM. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 6. Penilaian Penilaian berterusan sepanjang tahun. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 6 MODUL 1 KEPOLISAN AM MODUL 1.3 – PERANAN JABATAN-JABATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA Bil Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 1. Peranan JabatanJabatan Polis Diraja Malaysia 1. Jabatan-jabatan dalam PDRM dan fungsi / peranan: 1.1. Jabatan Pengurusan. 1.2. Cawangan Khas. 1.3. Jabatan Siasatan Jenayah. 1.4. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam. 1.5. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. 1.6. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. 1.7. Jabatan Logistik Dan Teknologi. 1.8. Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard. 1.9. Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti. 1.10. Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik. Lampiran A3 Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 2. Objektif Pembelajaran 1. Meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai peranan jabatan-jabatan dalam PDRM. 2. Mendedahkan peranan dan fungsi setiap jabatan dalam PDRM Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih


Modul Latihan Kor Kadet Polis 7 Bil Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 3. Tempoh Masa Ditetapkan oleh pengurusan sekolah. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 4. Aktiviti/ Pelaksanaan 1. Pengajaran oleh Guru/ Pegawai Kor Kadet Polis. 2. Sesi soalan kuiz Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 5. Hasil Pembelajaran 1. Memahami peranan dan fungsi setiap jabatan dalam PDRM. 2. Memudahkan untuk berurusan dengan jabatan-jabatan berdasarkan kepada peranan dan fungsi jabatan. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih 6. Penilaian Penilaian berterusan sepanjang tahun. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 8 MODUL 2 LATIHAN LUAR MODUL 2.1 – LATIHAN KAWAD Bil. Tajuk Perkara / Maklumat Tindakan/ Rujukan 1. Latihan Kawad Kawad Lampiran B1 2. Objektif Pembelajaran 1. Memberi pendedahan berkaitan pergerakan kawad. 2. Mengetahui serta melaksanakan pergerakan kawad berdasarkan kepada kata perintah yang diterima. 3. Melatih sebagai seorang pemimpin dalam mengendalikan skuad. Jurulatih dan Pegawai Kor Kadet Polis. 3. Tempoh Masa Ditetapkan oleh pengurusan sekolah dijalankan secara ansur maju. Jurulatih dan Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 9 Bil. Tajuk Perkara / Maklumat Tindakan/ Rujukan 4. Aktiviti 1. Pengenalan silibus dan kata-kata perintah kawad. 2. Penerangan dan demo dari jurulatih 3. Latihan kawad 3.1 Secara individu 3.2 Kumpulan kecil (platun) 3.3 Skala besar (detachment) 4. Latihan praktikal mengikut kata perintah. Jurulatih dan Pegawai Kor Kadet Polis. 5. Hasil pembelajaran 1. Meningkatkan disiplin, sahsiah, serta jati diri. 2. Memupuk nilai kepimpinan serta kemampuan untuk memberi arahan dan mengikut arahan. 3. Membina kekuatan dan keyakinan diri. Jurulatih dan Pegawai Kor Kadet Polis. 6. Penilaian Penilaian berterusan sepanjang tahun. Jurulatih dan Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 10 MODUL 2 LATIHAN LUAR MODUL 2.2 – PENGENALAN KEPADA SENJATA API Bil. Tajuk Perkara / Maklumat Tindakan/ Rujukan 1. Pengenalan Kepada Senjata Api 1. Pengenalan Senjata Api: 1.1 Jenis-jenis senjata api. 1.2 Undang-undang senjata api. 2. Tatacara Pengendalian Senjata Api: 2.1 Teknik memegang. 2.2 Keselamatan peluru, mengisi peluru, mengeluar peluru. 2.3 Teknik: 2.3.1 Pegangan. 2.3.2 Ramasan. 2.3.3 Menenang. 3. Buka & pasang Rifle M16 A1 5.56 mm & Revolver .38 inc.Special. 3.1 Cucian: 3.1.1 Sebelum menembak. 3.1.2 Selepas menembak. 3.2 Latihan amali. 3.3 Buka & pasang. Lampiran B2 Jurulatih dan Pegawai Kor Kadet Polis


Modul Latihan Kor Kadet Polis 11 Bil. Tajuk Perkara / Maklumat Tindakan/ Rujukan 4. Latihan Menembak – Rifle M16 A1 5.56 mm & Revolver .38 Inc. Special: 4.1 Undang-undang lapang sasar. 4.2 Pengendalian Tatacara penggunaan Senjata. 4.3 Latihan Menembak: 4.3.1 Kedudukan. 4.3.2 Cara menembak. 4.3.3 Kata Perintah. 2. Objektif Pembelajaran 1. Memberi pendedahan tentang senjata api dan undang-undang senjata api 2. Mengamalkan tatacara pengendalian senjata api yang betul. 3. Mempraktikkan cara buka dan pasang senjata Rifle M16 A1 5.56 mm & Revolver .38 Inc. Special dengan cara yang betul. 4. Melakukan latihan menembak Rifle M16 A1 5.56 mm & Revolver .38 Inc. Special dengan selamat dan mengenai sasaran. Tertakluk kepada kelulusan PDRM 3. Tempoh Masa Tertakluk kepada pengurusan sekolah. Jurulatih dan Pegawai Kor Kadet Polis


Modul Latihan Kor Kadet Polis 12 Bil. Tajuk Perkara / Maklumat Tindakan/ Rujukan 4. Aktiviti dan Pelaksanaan 1. Sesi syarahan berkaitan senjata api. 2. Demo membuka pasang, mencuci dan menggunakan secara selamat senjata api. 3. Latihan Tembak – (tertakluk kepada kelulusan jabatan) Jurulatih dan Pegawai Kor Kadet Polis 5. Hasil Pembelajaran 1. Memahami berkaitan dengan undangundang senjata api. 2. Mengamalkan tatacara pengendalian senjata api yang betul. 3. Mempraktikkan cara buka dan pasang senjata dengan cara yang betul. 4. Melakukan latihan menembak dengan selamat dan mengenai sasaran. Jurulatih dan Pegawai Kor Kadet Polis 6. Penilaian Ujian kemahiran buka dan pasang dan latihan tembak. Jurulatih dan Pegawai Kor Kadet Polis


Modul Latihan Kor Kadet Polis 13 MODUL 2 LATIHAN LUAR MODUL 2.3 – LATIHAN JASMANI Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 1. Ketahanan Diri 1. Latihan Jasmani (Mara Lasak). 2. Latihan Jasmani (Rentas Halangan) 3. Latihan Jasmani (Latihan Litar) Lampiran B3 2. Objektif Pembelajaran 1. Penglibatkan anggota Kor Kadet Polis dalam aktiviti latihan jasmani 2. Memberi pendedahan berkaitan dengan semangat kerjasama berpasukan. 3. Untuk memantapkan kekuatan fizikal dan mental. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih 3. Tempoh Masa Ditetapkan oleh pengurusan sekolah Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih. 4. Aktiviti/ Pelaksanaan 1. Taklimat dan demostrasi perlaksanaan latihan oleh Guru Kor Kadet Polis dan jurulatih. 2. Latihan praktikal secara individu dan berkumpulan Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 14 Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 5. Hasil Pembelajaran 1. Meningkatkan kekuatan dan ketahanan mental. 2. Memantapkan kekuatan fizikal anggota Kor Kadet Polis. 3. Memupuk semangat setiakawan dan kerjasama dalam satu kumpulan Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih 6. Penilaian Penilaian berterusan sepanjang tahun. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 15 MODUL 3 UNDANG-UNDANG DAN PENCEGAHAN JENAYAH MODUL 3.1 – PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 1. Pengenalan Kepada UndangUndang 1. Maksud Undang-Undang 2. Tujuan Penggubalan Undang-Undang Dan Kewajaran 3. Sumber Undang-Undang 3.1 Undang-Undang Bertulis 3.2 Undang-Undang Tidak Bertulis 4. Demokrasi Berparlimen Dan Raja Berperlembagaan Lampiran C1 2. Objektif Pembelajaran 1. Memberi pendedahan berkaitan undangundang. 2. Memberi kefahaman mengenai sumbersumber undang-undang. 3. Memberi penerangan berkaitan Konsep Demokrasi Berparlimen Dan Raja Berpelembagaan Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 3. Tempoh Masa Ditetapkan oleh pengurusan sekolah Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 4. Aktiviti/ Pelaksanaan 1. Syarahan 2. Soal jawab 3. Kuiz Guru / Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 16 Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 5. Hasil Pembelajaran 1. Memahami peranan undang-undang dalam memberi keadilan dalam masyarakat. 2. Memahami sumber undang-undang bertulis dan tidak bertulis. 3. Memahami konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 6. Penilaian Penilaian berterusan sepanjang tahun. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 17 MODUL 3 UNDANG-UNDANG DAN PENCEGAHAN JENAYAH MODUL 3.2 – UNDANG-UNDANG JENAYAH Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 1. Undang-Undang Jenayah 1. Maksud Jenayah 2. Maksud Penjenayah 3. Elemen Jenayah 4. Undang-Undang Jenayah 5. Kategori Jenayah 6. Kesalahan-kesalahan Akta Pengangkutan Jalan 1987 Lampiran C2 2. Objektif Pembelajaran 1. Memberi pendedahan berkaitan apa yang dikatakan jenayah dan penjenayah. 2. Menerangkan berkaitan elemen niat dan perbuatan dalam melakukan jenayah 3. Memberi pendedahan berkaitan undangundang dan kesalahan jenayah. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih 3. Tempoh Masa Ditetapkan oleh pengurusan sekolah Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 4. Aktiviti/ Pelaksanaan 1. Syarahan 2. Soal Jawab 3. Kuiz Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih


Modul Latihan Kor Kadet Polis 18 Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 5. Hasil Pembelajaran 1. Memahami maksud jenayah dan penjenayah. 2. Memahami berkaitan elemen niat dan perbuatan dalam melakukan jenayah. 3. Mengetahui dengan jelas kesalahankesalahan jenayah dan mengelakkan diri dari melakukan jenayah Guru / Pegawai Kor Kadet Polis/ Jurulatih 6. Penilaian Penilaian berterusan sepanjang tahun. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 19 MODUL 3 UNDANG-UNDANG DAN PENCEGAHAN JENAYAH MODUL 3.3 – PENCEGAHAN JENAYAH Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 1. Pencegahan Jenayah 1. Maksud Pencegahan Jenayah 2. Tanggungjawab Mencegah Jenayah 3. Pendekatan Pencegahan Jenayah 4. Strategi Pencegahan Jenayah Oleh PDRM. Lampiran C3 2. Objektif Pembelajaran 1. Menambah ilmu pengetahuan mengenai pencegahan jenayah 2. Memberi pendedahan berkaitan strategi pencegahan jenayah oleh PDRM 3. Memberi kesedaran mengenai kepentingan pencegahan jenayah. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih 3. Tempoh Masa Ditetapkan oleh pengurusan sekolah Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 4. Aktiviti/ Pelaksanaan 1. Syarahan 2. Pameran 3. Kuiz Guru / Pegawai Kor Kadet Poli / Jurulatih 5. Hasil Pembelajaran 1. Memberi kesedaran mengenai tanggungjawab mencegah jenayah. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 20 Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 2. Melibatkan diri dalam aktiviti pencegahan jenayah di sekolah sebagai mata dan telinga pihak Pentadbir sekolah dan PDRM. 6. Penilaian Penilaian berterusan sepanjang tahun. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 21 MODUL 4 MODUL KEPIMPINAN MODUL 4.1 – IKHTIAR HIDUP (FASA 1) Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 1. Ikhtiar Hidup 1. Asas ikhtiar hidup. 2. Mengenal tumbuh-tumbuhan. 3. Membuat jerat perangkap. 4. Membuat api. Lampiran D1 2. Objektif Pembelajaran 1. Memberi pengetahuan asas konsep ikhtiar hidup dan mengenal tumbuhtumbuhan yang boleh dijadikan ubat serta sumber makanan dalam hutan. 2. Mempelajari cara membuat api secara semulajadi/primitive dan teknik-teknik semasa berikhtiar hidup. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih 3. Tempoh Masa Ditetapkan oleh pengurusan sekolah Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 4. Aktiviti/ Pelaksanaan 1. Sesi syarahan 2. Sesi latihan praktikal 3. Perkhemahan Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih


Modul Latihan Kor Kadet Polis 22 Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 5. Hasil Pembelajaran 1. Meningkatkan kemahiran ikhtiar hidup. 2. Meningkatkan daya tahan serta membentuk sifat kepimpinan Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih 6. Penilaian Penilaian berterusan sepanjang tahun oleh Guru/Pegawai Kor Kadet Polis. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih


Modul Latihan Kor Kadet Polis 23 MODUL 4 MODUL KEPIMPINAN MODUL 4.2 – IKHTIAR HIDUP (FASA 2) Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 1. Ikhtiar Hidup 1. Membuat pondok. 2. Perkhemahan. 3. Menghadapi ancaman binatang liar di hutan. 4. Persiapan dan masakan. Lampiran D2 2. Objektif Pembelajaran 1. Memberi pengetahuan cara membuat pondok dan mendirikan khemah. 2. Mempelajari cara menghadapi ancaman binatang liar dan ikhtiar hidup di hutan. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih 3. Tempoh Masa Ditetapkan oleh pengurusan sekolah Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 4. Aktiviti/ Pelaksanaan 1. Perkhemahan 2. Sesi syarahan dan latihan amali Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih


Modul Latihan Kor Kadet Polis 24 Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 5. Hasil Pembelajaran 1. Meningkatkan kemahiran ikhtiar hidup. 2. Meningkatkan daya tahan serta membentuk sifat kepimpinan Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih 6. Penilaian Penilaian berterusan sepanjang tahun oleh Pegawai Kor Kadet Polis. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih


Modul Latihan Kor Kadet Polis 25 MODUL 4 MODUL KEPIMPINAN MODUL 4.3 – RONDA PANDU ARAH Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 1. Ronda Pandu Arah 1. Mengenal kompas prismatik. 2. Membaca peta maklumat jidar dan topografi. Lampiran D3 2. Objektif Pembelajaran 1. Memberi pendedahan penggunaan kompas prismatik 2. Memberi pendedahan konsep asas membaca peta dan penggunaan kompas. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih 3. Tempoh Masa Ditetapkan oleh pengurusan sekolah Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 4. Aktiviti/ Pelaksanaan 1. Syarahan 2. Latihan Amali Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jurulatih 5. Hasil Pembelajaran 1. Berkemahiran dalam pandu arah dan cekap membaca peta. 2. Membina sikap setiakawan, bertanggungjawab, cekal, tabah dan bertimbangrasa. Pegawai / Guru Kor Kadet Polis / Jurulatih


Modul Latihan Kor Kadet Polis 26 Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 3. Meningkatkan pembentukan sifat kepimpinan. 6. Penilaian Penilaian berterusan sepanjang tahun oleh Pegawai Kor Kadet Polis. Pegawai / Guru Kor Kadet Polis / Jurulatih


Modul Latihan Kor Kadet Polis 27 MODUL 4 MODUL KEPIMPINAN MODUL 4.4 – KERJA KURSUS Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 1. Kerja Kursus 1. Tugasan projek berkaitan 1.1. Perwira Negara 1.2. Fungsi Dan Peranan PDRM 1.3. Undang-Undang 1.4. Pencegahan Jenayah 1.5. Hobi dan minat 1.6. Model atau replika 1.7. Gubahan Lampiran D4 2. Objektif Pembelajaran 1. Memberi pendedahan berkaitan tokoh perwira negara, fungsi serta peranan PDRM dan mengetahui pelaksanaan undang-undang. 2. Melaksanakan pembelajaran berasaskan tugasan untuk memahami dan menjelaskan berkaitan tugasan tersebut. 3. Membina sifat sifat kepimpinan dalam melaksanakan tugasan. Guru/Pegawai Kor Kadet Polis. 3. Tempoh Masa Ditetapkan oleh pengurusan sekolah Guru/Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 28 Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan/ Rujukan 4. Aktiviti/ Pelaksanaan 1. Pemberian tugas oleh Guru Kor Kadet Polis kepada setiap kumpulan mengikut tempoh yang ditetapkan. 2. Penyediaan projek atau tugasan. 3. Sesi pembentangan kumpulan mengikut kreativiti masing-masing. 4. Penilaian oleh Guru/Pegawai Kor Kadet Polis. Guru/Pegawai Kor Kadet Polis. 5. Hasil Pembelajaran 1. Meningkatkan keyakinan diri melalui pengucapan awam. 2. Memupuk serta membina semangat berkerja secara berkumpulan dan setiakawan. 3. Membentuk pembinaan diri, kreativiti dan memupuk nilai-nilai kepimpinan. Guru/Pegawai Kor Kadet Polis. 6. Penilaian Penilaian berterusan sepanjang tahun. Guru/Pegawai Kor Kadet Polis


Modul Latihan Kor Kadet Polis 29 MODUL 5 MODUL PERTOLONGAN CEMAS DAN KHIDMAT MASYARAKAT MODUL 5.1 – BANTUAN KECEMASAN (TEORI DAN PRAKTIKAL) Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan / Rujukan 1. Bantuan Kecemasan (Teori Dan Praktikal) 1. Kit bantuan kecemasan 2. Pendarahan 3. Keretakan/kepatahan tulang 4. Luka kebakaran dan kelecuran 5. Sawan 6. Strok 7. Terseliuh 8. Tercekik Pemulihan Kardiopulmonari (CPR) Pengenalan kepada anduh dan ikatan Lampiran E1 2. Objektif Pembelajaran 1. Memberi pendedahan tentang asas pertolongan cemas. 2. Mendedahkan tatacara memberikan pertolongan cemas dengan betul 3. Memberi tunjuk ajar penggunaan anduh dan alatan pertolongan cemas dengan baik dan betul Guru / Pegawai Kor Kadet Polis


Modul Latihan Kor Kadet Polis 30 Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan / Rujukan 3. Tempoh Masa Ditetapkan oleh pengurusan sekolah. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis 4. Aktiviti/ Pelaksanaan 1. Jemputan ceramah kepada agensi Jabatan Kesihatan. 2. Dilaksanakan secara berkelompok dengan pasukan beruniform lain. 3. Latihan mencegah kebakaran dan memadam kebakaran. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis /Jabatan Kesihatan / 5. Hasil Pembelajaran 1. Menambah pengetahuan tentang pertolongan cemas yang boleh diberikan sekiranya diperlukan. 2. Mengamalkan tatacara pertolongan cemas yang betul. 3. Mempraktikkan cara memberikan pertolongan cemas. 4. Mendisiplinkan diri pada tahap yang tinggi untuk keselamatan terutama apabila berada di lapangan. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis 6. Penilaian Penilaian berterusan sepanjang tahun. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 31 MODUL 5 MODUL PERTOLONGAN CEMAS DAN KHIDMAT MASYARAKAT MODUL 5.2 – KESELAMATAN KEBAKARAN Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan / Rujukan 1. Keselamatan Kebakaran 1. Panduan am tentang keselamatan kebakaran 2. Gas petroleum cair (LPG) 3. Kebocoran gas 4. Alat pengesan asap 5. Bahaya kebakaran di tempat-tempat awam 6. Tindakan apabila berlaku kebakaran 7. Jenis-jenis alat pemadam api 8. Titik panggilan manual dan gelendong hos 9. Cara menyelamatkan diri menembusi asap 10. Terperangkap dalam kebakaran 11. Tindakan jika pakaian terbakar Lampiran E2 2. Objektif Pembelajaran 1. Memberi pendedahan tentang asas pertolongan cemas semasa berlakunya kebakaran. 2. Memberi pendedahan tatacara memberikan pertolongan cemas dengan betul. 3. Memberi tunjuk ajar bagaimana memberikan pertolongan sekiranya diperlukan. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jabatan Bomba dan Penyelamat


Modul Latihan Kor Kadet Polis 32 Bil. Tajuk Perkara/Maklumat Tindakan / Rujukan 3. Tempoh Masa Ditetapkan oleh pengurusan sekolah. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 4. Aktiviti/ Pelaksanaan 1. Jemputan ceramah kepada agensi Jabatan Bomba dan Penyelamat. 2. Dilaksanakan secara berkelompok dengan pasukan beruniform lain. 3. Latihan mencegah kebakaran dan memadam kebakaran. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis / Jabatan Bomba dan Penyelamat 5. Hasil Pembelajaran 1. Menambah pengetahuan tentang pertolongan cemas kebakaran yang boleh diberikan sekiranya diperlukan. 2. Mengamalkan tatacara pertolongan cemas kebakaran yang betul sebagaimana yang ditunjukkan oleh pegawai yang bertauliah. 3. Mempraktikkan cara memberikan pertolongan cemas kebakaran. 4. Mendisiplinkan diri pada tahap yang tinggi untuk keselamatan terutama apabila berada di lapangan. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis 6. Penilaian Penilaian berterusan sepanjang tahun. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis


Modul Latihan Kor Kadet Polis 33 MODUL 5 MODUL PERTOLONGAN CEMAS DAN KHIDMAT MASYARAKAT MODUL 5.3 – KHIDMAT MASYARAKAT Bil Tajuk Perkara/ Maklumat Tindakan/ Rujukan 1. Khidmat Masyarakat Melaksanakan program khidmat masyarakat secara pilihan seperti: 1. Gotong-royong atau majlis keraian dalam kejiranan dan komuniti setempat. 2. Program alam sekitar seperti Bumi Hijau. 3. Bantuan bencana alam seperti banjir, kebakaran dan tanah runtuh. 4. Kebudayaan dan kesenian seperti sukan dan rekreasi dan persembahan kesenian. 5. Mengadakan pameran, bengkel seperti pencegahan jenayah dadah dan anti buli. Lampiran E3 2. Objektif Pembelajaran 1. Memberi pendedahan berkaitan aktiviti kemasyarakatan. 2. Memupuk dan membudayakan nilainilai murni dalam bermasyarakat. 3. Memberikan bantuan kepada yang memerlukan dalam masyarakat sekitar. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis


Modul Latihan Kor Kadet Polis 34 Bil Tajuk Perkara/ Maklumat Tindakan/ Rujukan 4. Menerapkan slogan polis dan masyarakat berpisah tiada. 3. Tempoh Masa Ditetapkan oleh pengurusan sekolah. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 4. Aktiviti/ Pelaksanaan 1. Pemilihan program oleh Guru/Pegawai Kor Kadet berdasarkan kesesuaian setempat. 2. Penyediaan cadangan program untuk kelulusan sekolah. 3. Taklimat oleh Guru/Pegawai Kor Kadet berkaitan perancangan dan pelaksanaan program. 4. Pelaksanaan program dengan pemantauan rapi Guru/Pegawai Kor Kadet Polis. 5. Penyediaan laporan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan 6. Penilaian program Guru / Pegawai Kor Kadet Polis. 5. Hasil Pembelajaran 1. Menambah pengetahuan tentang keperluan membantu masyarakat. 2. Menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat sekeliling. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 35 Bil Tajuk Perkara/ Maklumat Tindakan/ Rujukan 3. Melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan bepekerti yang baik – suka menolong. 4. Memupuk dan membudayakan nilainilai murni 6. Penilaian Penilaian berterusan sepanjang tahun. Guru / Pegawai Kor Kadet Polis.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 1 LAMPIRAN A1 MODUL 1 KEPOLISAN AM MODUL 1.1 - KOR KADET POLIS 1. PENDAHULUAN Kor Kadet Polis merupakan satu pasukan seragam yang ditubuhkan di bawah seksyen 68 Akta Polis 1967. Kor Kadet Polis ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah sebagai satu aktiviti kokurikulum dalam kategori Pasukan Pakaian Seragam. 2. MATLAMAT PENUBUHAN Matlamat utama penubuhan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia (KKPDRM) adalah untuk: 2.1 Mewujudkan suasana yang seimbang di antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, rohani dan jasmani murid-murid. 2.2 Mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah supaya murid-murid boleh mengisi masa lapang mereka dengan gerak kerja yang bermanfaat dan boleh menggelakkan murid-murid terjebak dengan gejala tidak sihat seperti ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, membuang masa di pusat-pusat membeli belah dan sebagainya. 2.3 Memperkukuhkan lagi interaksi dan integrasi di antara murid-murid berbilang kaum di sekolah. 2.4 Memupuk bakat dan minat murid-murid daripada pelajaran di bilik darjah, memupuk semangat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja dan semangat berkhidmat, menyemai dan memperkukuhkan sifat-sifat berdisiplin dan patuh kepada undang-undang, serta lain-lain nilai dan tabiat yang baik yang dikehendaki supaya murid-murid dapat diasuh menjadi warganegara yang baik dan berguna.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 2 2.5 Mewujudkan suasana dan tradisi sekolah yang dapat dibanggakan oleh muridmurid dan masyarakat. 3. PUNCA KUASA 3.1 Seksyen 68 - 73 Akta Polis 1967 3.2 Kaedah-Kaedah Pasukan Kor Kadet Polis 3.3 Perintah Tetap Ketua Polis Negara H604 4. OBJEKTIF Objektif penubuhan Kor Kadet Polis adalah untuk: 4.1 Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang; 4.2 Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dalam hal-hal keselamatan dan ketenteraman awam; 4.3 Membangunkan murid-murid sekolah yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, sahsiah diri, moral, mental dan fizikal; 4.4 Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan; 4.5 Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinaan serta kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan 4.6 Peranan Belia di dalam Nation Building: Pendidikan kokurikulum ditekankan secara mendalam melalui konsep bersepadu pendidikan iaitu unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai. Aktiviti kokurikulum berperanan sebagai pengimbang yang dapat mengembangkan potensi, bakat dan minat pelajar ke arah melahirkan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan sosial.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 3 5. ORGANISASI KOR KADET POLIS Kor Kadet Polis mengikut seksyen 68 (2) Akta Polis hendaklah ditubuhkan mengikut bahagian, sub-bahagian, dan unit sebagaimana ditetapkan dari masa ke semasa. Kor Kadet Polis dibahagi kepada Kompeni dan Platun. Setiap platun itu mengandungi:- 5.1 Keanggotaan ahli Kor Kadet Polis hendaklah terdiri dari kalangan pelajar di sebuah sekolah yang sama sahaja. Satu platun lelaki ataupun satu platun perempuan; 5.2 Satu platun adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk seorang Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor / Kadet (Insp/K), seorang Sarjan / Kadet, 3 orang Koperal / Kadet dan 30 ahli Kadet. Satu Kompeni mengandungi empat (4) Platun atau lebih dan diketuai oleh seorang Komander Kompeni berpangkat Assistan Superintendant Polis Kor Kadet. Jawatan ini boleh dipegang oleh seorang Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah atau Guru Sekolah. Komander Kompeni adalah dibantu oleh seorang Ajutan berpangkat Inspektor Kadet, Sub Inspektor Kadet dan dua (2) Sarjan Mejar Kadet. Ibu Pejabat Kompeni Kadet ini terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah di mana Kor Kadet Polis ini berada. 6 PEMAKAIAN SERAGAM KOR KADET POLIS Pegawai dan Anggota KKPDRM hendaklah memakai pakaian seragam yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara. Pakaian seragam bagi Pegawai Kanan Kor Kadet Polis (Lelaki), Pegawai Kanan Kor Kadet Polis (Wanita), Anggota Kor Kadet Polis (Lelaki) dan Anggota Kor Kadet Polis (Wanita) adalah seperti di tetapkan sebagaimana dijelaskan dalam Buku Panduan Dan Latihan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia. 7. PERANAN ANGGOTA KOR KADET POLIS Semua anggota Kor Kadet Polis bertanggungjawab dalam apa jua aktiviti yang dijalankan dan membantu pihak sekolah dalam perkara-perkara seperti berikut: 7.1 Kawalan orang ramai semasa sukan atau majlis keramaian sekolah;


Modul Latihan Kor Kadet Polis 4 7.2 Kawalan trafik di dalam kawasan sekolah; 7.2 Bantuan mengekalkan disiplin dan tatatertib di sekolah; 7.3 Bantuan kepada anggota polis yang bertugas di sekolah dalam acara tertentu; 7.4 Memberi maklumat kepada pihak pentadbiran sekolah jika terdapat atau mengetahui sebarang kegiatan salah laku oleh murid dan pihak luar di dalam premis sekolah; 7.5 Mengambil bahagian dalam aktiviti perkhemahan, perhimpunan, perbarisan dan pertunjukan di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa; dan 7.6 Penglibatan aktiviti di luar kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada pegawai pemerintah, pihak sekolah dan ibu bapa/ penjaga. Komander Platun hadir sebagai pengiring. (Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Buku Panduan Dan Latihan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia yang dikeluarkan oleh Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.)


Modul Latihan Kor Kadet Polis 5 LAMPIRAN A2 MODUL 1 KEPOLISAN AM MODUL 1.2 – POLIS DIRAJA MALAYSIA 1. PENDAHULUAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan satu agensi penguatkuasaan undang-undang, bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam dan mengawal keselamatan negara. Selain itu juga, PDRM berusaha untuk mengawal dan membanteras jenayah dan ancaman dadah. Tugas dan tanggungjawab utama PDRM adalah untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan negara, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah serta mengumpul risikan keselamatan. 2. STRUKTUR ORGANISASI PDRM mempunyai 4 susun lapis struktur organisasi iaitu:- 2.1 Peringkat Pusat Peringkat Pusat dikenali sebagai Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman (Bukit Aman). Ianya merupakan pusat pentadbiran PDRM seluruh negara. Di sinilah terletaknya pejabat Ketua Polis Negara dan lain-lain pucuk pimpinan PDRM. 2.2 Peringkat Kontinjen (Negeri) Peringkat Kontinjen dikenali sebagai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) yang diketuai oleh Pesuruhjaya Polis bagi Kontinjen Sabah dan Sarawak dan Ketua Polis Negeri bagi lain-lain kontinjen. 2.3 Peringkat Daerah Peringkat Daerah dikenali sebagai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang diketuai oleh seorang Ketua Polis Daerah (KPD).


Click to View FlipBook Version