The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syahrul Affendi, 2024-05-13 00:17:29

Modul Latihan Kadet Polis

Modul Latihan Kadet Polis

Modul Latihan Kor Kadet Polis 106 4.1.2 Pengawasan Kejiranan Meningkatkan kesedaran dan keupayaan penduduk untuk membuat kawalan di persekitaran mereka dan menyedarkan penjenayah bahawa wujudnya kesedaran kejiranan yang kukuh dengan menubuhkan Skim Pengawasan Kejiranan (Neighbourhood Watch Scheme) 4.1.3 Aktiviti Sistem Keadilan Jenayah Kehadiran pihak polis dapat memberi kesan yang baik bagi mengurangkan jenayah, memberi kegerunan dan ketakutan kepada penjenayah. 4.2 Pencegahan Jenayah Sekunder Pencegahan tahap ini ialah dengan memusatkan kepada kebolehan masyarakat dan sistem keadilan jenayah untuk mengenali orang-orang yang berpontensi menjadi atau bakal penjenayah. Berupaya mengenal pasti kawasan yang akan berlakunya pelanggaran undang-undang dan jenayah pada kadar atau peratusan yang tinggi serta kawasan yang menjadi sarang dan memberi perlindungan kepada aktiviti jenayah. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:- 4.2.1 Mengenal pasti masalah yang mendorong kepada aktiviti jenayah dari meningkat dan faktor-faktor yang menyebabkannya serta memantau tingkah laku yang menyimpang. 4.2.2 Sebahagian besar pencegahan jenayah tahap kedua ini berhubung rapat dengan memfokuskan kepada masalah remaja dan meganjurkan program yang disusun rapi untuk menyedarkan golongan remaja mengenai jenayah. Memfokuskan juga terhadap kesalahan penggunaan dadah adalah termasuk dalam kaedah pencegahan jenayah sekunder. 4.2.3 Institusi pendidikan, sekolah-sekolah memainkan peranan penting dalam pencegahan jenayah tahap sekunder. Masalah remaja perlu dikenal pasti 4.2.4 dan program-program perlu diatur untuk mengatasi masalah tersebut.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 107 4.3 Pencegahan Jenayah Tertiari Ia melibatkan keseluruhan jentera pencegahan jenayah dalam semua agensi penguatkuasaan yang ada dalam sistem tersebut yang bersandarkan kepada sistem keadilan jenayah seperti serbuan, tangkapan, pendakwaan dan hukuman pemenjaraan, denda dan pemulihan. 5. STRATEGI PENCEGAHAN JENAYAH OLEH PDRM Pencegahan jenayah sentiasa diberikan perhatian dan tumpuan oleh PDRM dalam usaha untuk membasmi dan mengurangkan kadar jenayah seluruh negara. Program pencegahan jenayah PDRM bukan sahaja melibatkan jentera PDRM tetapi melibatkan penglibatan masyarakat, lain-lain agensi kerajaan, NGO, pihak swasta dan media massa. Di antara strategi dan langkah pencegahan jenayah yang dilaksanakan oleh PDRM ialah:- 5.1 Perundangan Langkah ini dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai kuasa yang diberikan oleh undang-undang dengan bertindak tegas membawa penjenayah ke muka pengadilan. Peningkatan kadar penyelesaian kes menyebabkan lebih ramai penjenayah dihukum dan menidakkan mereka daripada melakukan jenayah. Ini dapat mendatangkan kegerunan kepada orang lain untuk melakukan jenayah. Selain itu undang-undang pencegahan turut digunakan untuk membendung kegiatan jenayah terancang, pertubuhan rahsia dan aktiviti keganasan melalui Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 (POCA-Prevention Of Crime Act) 5.2 Meningkatkan Kehadiran Polis Kehadiran polis “Omnipresence” amat penting untuk menggerun dan menghalang jenayah daripada berlaku. Di antara langkah yang dijalankan oleh PDRM untuk menunjukkan kehadiran polis ialah dengan menjalankan rondaan bit dan patrol, rondaan bermotorsikal, rondaan kereta peronda (MPV), sekatan jalanraya dan operasi bersepadu melibatkan semua cawangan dan unit.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 108 5.3 Kepolisan Masyarakat Penglibatan masyarakat dalam pencegahan jenayah telah lama wujud. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, pertubuhan dan agensi swasta telah lama berfungsi membantu polis mendidik masyarakat cara-cara mencegah jenayah. Di peringkat kumpulan masyarakat seperti ketua-ketua masyarakat, RELA, Rukun Tetangga, Persatuan Belia dan Badan Beruniform juga berganding bahu dengan PDRM untuk mencegah jenayah. 5.4 Pendidikan Pencegahan Jenayah Masyarakat dididik supaya mereka komited menjaga keselamatan diri, harta benda, nyawa, premis perniagaan dan kawasan kejiranan atau kampung masing-masing. Antara konsep yang ditekankan dalam pendidikan ini ialah meningkatkan kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab untuk mencegah jenayah dan menggalakkan konsep kejiranan supaya jiran-jiran turut menjaga keselamatan jiran masing-masing dan cara bagaimana untuk menghindar daripada menjadi mangsa jenayah. Pendidikan ini dilaksanakan dengan; 5.4.1 Menyebarkan maklumat melalui media massa,; 5.4.2 Menerbitkan buku, risalah, poster, memberikan ceramah; dan 5.4.3 Menganjurkan pameran-pameran dan ceramah berkaitan pencegahan jenayah di kompleks perniagaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, dan pertubuhan-pertubuhan. 5.5 Program Kepolisan Sekolah Program ini bertujuan untuk membendung dan mencegah pelbagai masalah jenayah dan gejala sosial yang berlaku di sekolah-sekolah. Ianya juga untuk membina jatidiri untuk menghindarkan murid sekolah daripada terjerumus ke kancah jenayah dan penyalahgunaan dadah. Di antara program yang dijalankan ialah:- 5.5.1 Kadet Polis 5.5.2 Kelab Pencegahan Jenayah 5.5.3 Pegawai Perhubungan Sekolah.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 109 5.6 Kerjasama Dengan Agensi Lain PDRM sentiasa menjalankan kerjasama dengan agensi lain. PDRM turut bersamasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam merancang program dan membina infrastuktur yang boleh mengelak jenayah daripada berlaku. Selain itu, PDRM sentiasa bekerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penjara dan Jabatan Pendaftaran Negara. 5.7 Penglibatan Pihak Swasta dan NGO PDRM turut menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam membantu untuk mencegah jenayah. Antara bantuan yang diberikan oleh pihak swasta ialah dengan membiayai program/projek pencegahan jenayah seperti pameran, risalah, buku dan membantu membina balai dan pondok polis. Selain itu pihak swasta juga dikehendaki memantapkan kawalan keselamatan di premis masing-masing dengan mewujudkan sistem kawalan yang canggih dan rapi seperti penggunaan CCTV. Strategi dan langkah-langkah pencegahan jenayah yang dirangka oleh Polis Diraja Malaysia tidak akan berjaya dan berkesan sekiranya tanpa bantuan serta kerjasama masyarakat dan juga agensi kerajaan lain dan pihak berkuasa tempatan. Peranan mereka perlu dilibatkan secara bersepadu dalam segala strategi dan langkah-langkah pencegahan jenayah yang dilaksanakan demi memastikan keadaan jenayah adalah terkawal. Tugas mencegah jenayah bukan hanya terletak di bahu pihak polis semata-mata tetapi ia memerlukan gabungan tenaga bersepadu yang melibatkan masyarakat dan kepimpinan negara pada peringkat nasional, negeri dan daerah serta agensi kerajaan lain.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 110 LAMPIRAN D1 MODUL 4 KEPIMPINAN MODUL 4.1 – IKHTIAR HIDUP (FASA 1) ASAS IKHTIAR HIDUP 1. PENDAHULUAN Sesuatu kejadian yang berlaku tanpa dirancang sama ada berlaku terhadap individu atau kumpulan akan menimbulkan banyak masalah dan tekanan perasaan. Ini terutama berlaku didalam keadaan tidak bersedia. Pengetahuan ikhtiar hidup adalah penting untuk kita hidup di dalam keadaan terpencil dan kekurangan makanan. Pengetahuan tentang teknik-teknik ikhtiar hidup dapat membantu di dalam situasi begini. 2. TUJUAN Tujuan pelajaran ini untuk memberi pendedahan, pengetahuan serta teknik-teknik berikhtiar hidup. 3. SEBAB-SEBAB BERIKHTIAR HIDUP Keadaan-keadaan semasa berikhtiar hidup boleh berlaku disebabkan oleh perkara-perkara berikut:- 3.1 Individu / Kumpulan Tersesat / Putus Bekalan Situasi ini selalu terjadi didalam menjalankan tugas rondaan sebagai pasukan separa militari. Kita tidak dapat lari dari melakukan tugas rondaan untuk membanteras pengganas. Kemungkinan di dalam menjalankan rondaan, kita tersesat dan tidak dapat balik kepengkalan. Disebabkan bekalan makanan yang dibawa terhad dan masa tersesat yang lama seseorang itu terpaksa berikhtiar hidup sebelum bantuan sampai.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 111 3.2 Musuh menyekat bekalan Apabila musuh menyekat bekalan makanan akan menimbulkan masalah kekurangan makanan. Oleh itu seseorang individu atau kumpulan terpaksa berikhtiar hidup untuk mendapat makanan di kawasan berhampiran. Tanpa pengetahuan seseorang itu tidak dapat untuk berikhtiar hidup bagi mengatasi masalah ini. Ini akan menimbulkan kelaparan dan kemungkinan menyebabkan kematian. 3.3 Lari Dari Tahanan Musuh Apabila seseorang berjaya melepaskan / melarikan dari dari tahanan musuh, berkeadaan sehelai sepinggang, ianya tidak mempunyai bekalan makanan dan keperluan-keperluan yang mencukupi. Seseorang itu cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan diri dari ditawan musuh. Untuk terus hidup dalam keadaan yang serba kekurangan, pengetahuan berikhtiar hidup adalah penting untuk terus hidup disepanjang menyelamatkan diri dari ditangkap musuh. 3.4 Mengelak Dari Ditawan Musuh Setelah berjaya melarikan diri dengan keadaan sehelai sepinggang seseorang itu akan cuba mengelakkan diri dari ditangkap musuh. Keadaan yang serba kekurangan tanpa bekalan makanan dan bantuan dari luar, terpaksa hidup dikawasan berkenaan sebelum berjaya keluar untuk mneyelematkan diri. Tanpa adanya pengetahuan berikhtiar hidup seseorang itu tidak mengetahui sumbersumber makanan yang boleh dimakan. 4. UNDANG-UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP Di dalam undang-undang asas ini adalah penting sewaktu kita berikhtiar hidup/terpencil. Dengan mengetahui kesemuanya undang-undang asas ini seseorang individu boleh berikhtiar hidup tanpa bebanan yang berat. Undang-undang Asas Ikhtiar Hidup ialah:-


Modul Latihan Kor Kadet Polis 112 4.1 Simpanan Kekuatan Kekuatan yang dimaksudkan ialah tenaga yang ada pada seseorang individu. Tanpa tenaga yang ada pada seseorang dalam keadaan terpencil, adalah mustahak untuk mendapatkan makanan dan melarikan diri dari ditangkap semula oleh musuh. Tanpa tenaga kita tidak berupaya melakukan sesuatu untuk terus hidup, apa lagi tanpa makanan yang cukup. 4.2 Jauhi kerja – kerja berat Sepanjang masa berikhtiar hidup untuk mneyelamatkan diri, jauhi kerja-kerja yang berlebihan. Kerja-kerja yang menggunakan banyak tenaga akan memenatkan badan. Sedangkan tenaga seseorang itu sememangnya berkurangan disebabkan ketiadaan makanan yang mencukupi dan berzat. Oleh itu, lakukan kerja-kerja yang ringan dan penting sahaja. 4.3 Tidur yang cukup Badan kita memerlukan masa tidur yang cukup. Ini dapat mengembalikan tenaga dan kesegaran badan. Tanpa tidur yang cukup, badan akan lesu dan tidak bermaya untuk melakukan sesuatu kerja. Ini terutama sekali didalam keadaan berikhtiar hidup. Tidur yang cukup dapat menjamin kesihatan dan menghadamkan makanan didalam perut. Ini akan membolehkan kita melakukan kerja-kerja pada keesokkan harinya. 4.4 Jangan susah hati Apabila berlaku keadaan terpencil / tersesat jangan susah hati. Keadaan ini akan menimbulkan berbagai tekanan perasaan. Tekanan perasaan yang dialami menyebabkan seseorang tidak boleh berfikir dengan waras. Didalam keadaan berikhtiar hidup terutama sekali melarikan diri dari ditawan musuh, seseorang itu hendaklah tabah dan sabar. Dimana seseorang itu terpaksa menyelamatkan diri dan mendapatkan makanan dikawasan sekitar. Keadaan rungsing yang dialami tidak dapat melakukan sesuatu kerja dengan baik dan berfikir dengan bijak.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 113 4.5 Berhenti awal hari untuk membuat khemah Seseorang yang terpencil atau berikhtiar hidup hendaklah berhenti di awal hari untuk membuat khemah/tempat tidur. Seseorang itu memerlukan tempat tidur yang selesa untuk mendapatkan rehat secukupnya. Tujuan di awal hari adalah untuk membuat perancangan tempat yang sesuai supaya tidak dilihat oleh musuh dan ancaman binatang buas. 5. ALAT-ALAT IKHTIAR HIDUP Semua anggota mesti tahu alat-alatan ikhtiar hidup. Alatan ini adalah mustahak, memberi kemudahan apabila terpencil. Alatan seperti berikut:- 5.1 Tali pancing secukupnya. 5.2 Mata pancing 3 - 4 jenis. 5.3 Satu kotak mancis. 5.4 Parang. 5.5 Satu paket garam. 5.6 Pembalut luka (Field Dressing). 6. PENUTUP Ilmu atau kepakaran teknik ikhtiar hidup pada seseorang adalah sangat berguna. Khasnya pada pasukan keselamatan dan amnya pada seseorang ketua. Perkara ini perlu untuk tidak melemahkan semangat anggota dibawah jagaan, sekiranya berlaku dan terpaksa berikhtiar hidup.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 114 MENGENAL TUMBUH-TUMBUHAN 1. PENDAHULUAN Tumbuh-tumbuhan hutan boleh dijadikan makanan dan ubat-ubatan semasa kita kehabisan bekalan makanan dan ubat didalam hutan. Walaupun begitu, kita perlu mengenali dan mengetahui jenis tumbuhan yang boleh dimakan atau sebaliknya. Oleh itu, pengetahuan dan pengalaman yang banyak dapat membantu kita untuk mengenali jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat disekeliling kita. 2. TUJUAN Pelajaran ini adalah untuk memperkenalkan kepada anggota jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan dan dijadikan ubat. 3. UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN Bagi menentukan tumbuhan itu boleh dimakan atau dibuat ubat, ia hendaklah diuji terlebih dahulu, walaupun kita tidak mengetahui nama jenis tumbuhan tersebut. Ujian yang berasingan perlu dibuat kepada bahagian daun, akar, buah, umbut, ubi dan pucuk yang hendak dimakan. Ujian ini bertujuan untuk mengelakkan diri dari termakan tumbuh-tumbuhan yang beracun, memabukkan dan sebagainya. Terdapat 5 peringkat ujian yang mesti diikuti tanpa meninggalkan salah satu dari 5 ujian tersebut. 3.1 Cium / Hidu Ambil sebahagian dari tumbuh-tumbuhan yang hendak dimakan dan hancurkan bahagian tersebut. Cium dan hidu jika ia berbau busuk atau maung, kemungkinan tumbuhan tersebut mengandungi racun atau boleh memabukkan. Elakkan dari memakannya. 3.2 Gatal-Gatal Kulit Sebahagian dari tumbuhan yang sama tadi, disapukan / gosok pada bahagian kulit yang lembut. Sekiranya terasa gatal-gatal atau pedih pada kulit hendaklah elakkan dari memakannya.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 115 3.3 Bibir, Lidah dan Mulut Sapukan tumbuhan yang hendak dimakan pada bibir, rasa dihujung lidah dan mengunyahnya didalam mulut. Jika bibir, lidah dan didalam mulut terasa gatalgatal, merah dan rasa pahit atau maung elakkan dari memakannya. 3.4 Menelan Sebaik-baiknya untuk menjalankan ujian keempat ini, sebahagian dari tumbuhan yang hendak ditelan, direbus terlebih dahulu. Ini adalah bertujuan jika tumbuhan tersebut mengandungi racun ia akan menjadi tawar sedikit. Selepas menelan tumbuhan tersebut selama 4 jam diperlukan untuk mengujinya. Jika tumbuhan itu tidak boleh dimakan tanda-tanda berikut mungkin berlaku semasa ujian ini dijalankan:- 3.4.1 Gatal atau pedih pada bibir, lidah, mulut dan kerongkong; 3.4.2 Loya dan berludah selalu; 3.4.3 Pening kepala atau demam; 3.4.4 Sakit perut (memulas); dan 3.4.5 Pedih hulu hati. Semasa menunggu selama 4 jam, perlu dielakkan daripada memakan makanan yang lain. Ini untuk menentukan tumbuhan yang sedang diuji tidak bercampur. 3.5. Memakan Jika tiada terdapat tanda-tanda atau kesan pada keempat-empat ujian yang telah dijalankan, maka tumbuhan tersebut boleh dimakan. 4. PENAWAR Apabila didapati tanda-tanda seperti dipara 3.4.1. hingga 3.4.5. di atas, ubat penawar yang paling mudah sekali untuk mengurangkan atau menghilangkannya adalah dengan meminum air masak yang banyak dan muntahkan balik segala makanan yang diuji makan tadi.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 116 5. PERINGATAN 5.1 Jangan sesekali memendekkan ujian kerana ini akan membahayakan pada orang yang memakannya. 5.2 Jangan menganggap sebarang benda yang dimakan oleh burung, manusia juga boleh memakannya. 5.3 Jika sesuatu tumbuhan itu diragukan, elakkan dari memakannya. 5.4 Semua benda yang dimakan oleh monyet, manusia juga boleh memakannya. 5.5 Ujian tumbuh-tumbuhan hendaklah diikuti dan dipraktikkan dengan mengikut peringkatnya yang betul. 6. MAKANAN DARI TUMBUH-TUMBUHAN Banyak sumber makanan dari tumbuh-tumbuhan hutan yang dapat kita perolehi untuk memberikan kita tenaga. Bahan makanan ini biasanya direbus dahulu sebelum kita memakannya. 6.1 Pucuk 6.1.1 Paku Gajah. 6.1.2 Paku Merah / Maidin. 6.1.3 Paku Rawan. 6.1.4 Paku Kelidang. 6.1.5 Sanglang. 6.1.6 Cemperai. 6.1.7 Putat. 6.1.8 Mata Itek. 6.1.9 Mata Pelandok. 6.1.10 Terap.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 117 6.2 Umbut 6.2.1 Bayas. 6.2.2 Langkap. 6.2.3 Bertam. 6.2.4 Tukas/Muding. 6.2.5 Buluh (Rebung). 6.2.6 Rumbia. 6.2.7 Rotan. 6.2.8 Palas. Peringatan Ikan seluang jangan dicampurkan dengan umbut pinang hutan kerana ia akan memudaratkan pada orang yang memakannya (Petua). 6.3 Buah 6.3.1 Tampoi. 6.3.2 Bakong. 6.3.3 Kadam / Terua. 6.3.4 Jering. 6.3.5 Kerdas. 6.3.6 Kasai. 6.3.7 Lemba. 6.3.8 Nipah. 6.3.9 Keranji. 6.3.10 Beruas.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 118 6.4 Ubi 6.4.1 Ubi Gadong. 6.4.2 Garam / Ubi Orang Asli. 6.4.3 Kertas / Sekupang / Siti Zubaidah. 6.5 Cendawan / Kulat 6.5.1 Kukur. 6.5.2 Telinga Kera. 6.5.3 Busut. 6.5.4 Kelememer. 6.5 Mendapatkan Gula 6.5.1 Nira Nipah. 6.5.2 Nira Kelapa. 6.5.3 Nira Nau / Kabong. 6.5.6 Madu Lebah. 7. TUMBUH-TUMBUHAN UNTUK UBAT-UBATAN Disamping menjadi bahan makanan terdapat banyak jenis tumbuh-tumbuhan yang dapat digunakan sebagai ubat. Bahan yang digunakan sebagai ubat diambil dari daun, akar, kulit atau buah-buahnya. Diantara jenis tumbuh-tumbuhan yang sesuai dijadikan ubat / campuran ubat diantaranya ialah:- 7.1. Sakit Perut 7.1.1 Sula Lalang. 7.1.2 Pokok Buas-Buas. 7.1.3 Anak Pisang Hutan.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 119 7.2. Kurap / Panau 7.2.1 Batang Lengkuas 7.2.2 Daun Gelinggang. 7.3 Ubat Luka 7.3.1 Daun Pokok Malialam. 7.3.2 Daun Senduduk. 7.3.3 Umbut Lemba. 8. JENIS AKAR CAMPURAN UBAT Didalam ubatan tradisional terdapat berbagai jenis akar kayu yang digunakan. Campuran ubat ini untuk menyihatkan tubuh badan dan menghilangkan / menyembuhkan penyakit. Jenis akar kayu ini dikhususkan pada lelaki atau perempuan. Berikut adalah jenis akar kayu yang biasa digunakan dan dimasukkan dalam campuran ubatan:- 8.1 Tongkat Ali. 8.2 Tongkat Ali Samat. 8.3 Misai Ali. 8.4 Pandan Serani. 8.5 Kacip Fatimah. 8.6 Bunga Pakma. 8.7 Kulat Siti Fatimah. 9. PENUTUP Dengan mengetahui, mengenal tumbuh-tumbuhan dan bahan-bahan tersebut, anda akan dapat menghadapi sesuatu keadaan dengan tenang. Juga dapat bertahan dan bersabar sehingga bantuan sampai. Dan juga meneruskan tugas seterusnya hingga mencapai kejayaan. Diingatkan disini terdapat tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan, dari itu pengalaman, pengetahuan seseorang itu sahaja yang dapat membantu bagi keyakinan dan kepercayaan penuh terhadap bahan-bahan tersebut sama ada boleh digunakan atau tidak.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 120 MEMBUAT JERAT PERANGKAP 1. PENDAHULUAN Binatang adalah salah satu sumber makanan selain daripada tumbuh – tumbuhan dan ikan yang boleh dimakan. Apa yang ditekankan disini adalah jenis hidupan binatang liar yang terbahagi kepada beberapa jenis, seperti jenis terbang, merayap dan memanjat. Binatang –binatang ini boleh kita perolehi dengan cara membuat jerat / perangkap. 2. TUJUAN Tujuan pelajaran ini adalah untuk mengenalkan anggota kepada beberapa jenis jerat / perangkap dan kegunaannya. Disamping menambahkan pengetahuan juga untuk memahirkan penuntut–penuntut dalam membuat Jerat / Perangkap. 3. JERAT / PERANGKAP Jerat / Perangkap terbahagi kepada dua jenis, iaitu dengan menggunakan umpan dan tidak menggunakan umpan. 1.1 Jika ianya menggunakan umpan, umpan–umpan tersebut biasanya adalah seperti berikut:- 3.1.1 Buah – buah yang masak atau berwarna terang; 3.1.2 Benda yang telah busuk (Bangkai); dan 3.1.3 Denak (Binatang peliharaan yang telah dijinakkan). 4. JENIS JERAT / PERANGKAP Terdapat beberapa jenis jerat / perangkap yang biasa dibuat untuk mendapatkan binatang (makanan) semasa berikhtiar hidup. 4.1 Jerat Bidas Jerat jenis ini boleh diletakkan umpan atau sebaliknya. Dipasang pada tempat binatang – binatang kecil mencari makan dan dilorong – lorong yang selalu dilaluinya. Hasil yang diperolehi dengan menggunakan jerat ini biasanya seperti Ayam Hutan, Pelanduk /Kancil dan juga Musang. Pesawat jerat ini akan berfungsi apabila binatang tadi terpijak lantai pesawat jerat yang dipasang.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 121 Jerat Bidas 4.2 Jerat Tupai Jerat ini dipasang bertujuan untuk menangkap tupai. Buah – buahan diletakkan dibelakang pesawat sebagai umpan. Ini akan menarik perhatian tupai untuk mendapatkan umpan tersebut. Tupai akan terjerat apabila melanggar atau terpijak kayu alang yang dipasang pada pesawat. Jerat tupai (menggunakan buluh dan mestilah ada umpan)


Modul Latihan Kor Kadet Polis 122 4.3 Perangkap Leher Monyet Perangkap ini mempunyai tali penjerat leher dan pinggang. Tujuannya untuk menangkap Monyet, Kera, Lotong dan Beruk. Dengan menggunakan umpan yang dipasang dihujung perangkap untuk menarik perhatian binatang tersebut. Perangkap leher monyet (Pandangan dari atas) Perangkap leher monyet (pandangan dari tepi)


Modul Latihan Kor Kadet Polis 123 4.4 Perangkap Hempap Hanya menggunakan dua batang kayu yang besar dan berat untuk mendapatkan hasil tangkapan seperti Ular, Biawak dan juga Musang. Umpannya adalah seperti benda-benda yang busuk / bangkai, akan digunakan untuk menarik perhatian binatang tersebut. Kebiasaannya binatang yang terkena perangkap ini akan mati. Perangkap hempap 4.5 Perangkap Hidup – Penjara Perangkap ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan hasil tangkapan hidup. Berbentuk seperti penjara, mempunyai pintu perangkap dan dibuat mengikut saiz kesesuaian jenis binatang. Umpan diletakkan didalam perangkap dan pesawat akan berfungsi apabila umpan dimakan / ditarik oleh binatang. Dengan itu pintu perangkap akan jatuh dan tertutup. Perangkap hidup penjara


Modul Latihan Kor Kadet Polis 124 5. PENUTUP Pengetahuan tentang menangkap binatang dengan membuat jerat / perangkap adalah sangat mustahak kepada setiap kumpulan semasa Berikhtiar Hidup. Perlu diingatkan kaedah – kaedah memasang Jerat / Perangkap hendaklah difahami dan diikuti. Tanpa pengetahuan ini segala usaha kita akan gagal.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 125 MEMBUAT API 1. PENDAHULUAN Di dalam kehidupan harian, api merupakan sumber keperluan asas manusia yang diperlukan bagi tujuan memasak makanan, membakar, memanaskan badan, isyarat pertolongan kecemasan, menghalau binatang buas dan lain – lain kegunaan serta tujuan. 2. TUJUAN Memberikan pengetahuan dan pengenalan kepada bahan-bahan yang mudah didapati di dalam hutan untuk membuat / mendapatkan api secara tradisonal (Kuno), sekiranya bekalan mancis yang kita bawa telah kehabisan. Inilah masanya untuk kita menggunakan segala pengalaman, pengetahuan dan peralatan untuk membuat api secara praktikal. 3. CARA MEMBUAT API Terdapat empat cara untuk mendapatkan api secara tradisonal iaitu:- 3.1 Geseran buluh dengan buluh ( Api Siol ), 3.2 Panah Busir, 3.3 Batu dengan besi / Batu dengan batu, 3.4 Pembalik cahaya lampu suluh / Kanta dengan matahari. 4. BAHAN UNTUK MELEKATKAN API Sebagai persiapan awal sebelum membuat api, bahan – bahan untuk melekatkan api adalah perlu disediakan terlebih dahulu. Bahan – bahan tersebut adalah seperti berikut:- 4.1 Rabok (Tinder) Rabok ini didapati dicelah – celah sebelah dalam pelepah pokok muding (mudor / tukas / dudok / meding). Kikis rabok tersebut dan dijemur sehingga betul – betul kering dan dicampur dengan abu bakaran untuk mendapatkan rabok yang lebih baik mutu bakarnya. Rabok ini digunakan untuk melekatkan api setelah sumber asli didapati dengan cara – cara seperti dipara 3.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 126 Rabok 4.2 Janggut Pokok Langkap Ambil janggut tersebut dan dijemur sehingga betul – betul kering sebelum digunakan. Janggut langkap digunakan untuk menyalakan api setelah sumber api melekat pada rabok. Janggut Pokok Langkap 5. MEMBUAT API Setelah persiapan awal untuk mendapatkan api telah disediakan, barulah kita membuat api dengan cara – cara berikut:- 5.1 Geseran buluh dengan buluh ( Api Siol ) Dapatkan tiga bilah buluh yang telah dikeringkan. Dua bilah buluh hendaklah dibelah sama panjangnya berukuran 30 cm x 5 cm lebar. 1 bilah lagi berukuran 60 cm x 7 cm.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 127 5.1.1 Cara menggunakannya:- i. Untuk mendapatkan api, dua bilah buluh yang sama ukurannya diisikan rabok ditengah-tengah lurah sebelah dalam. Cantumkan rapat- rapat dan diletakan ditempat yang rata. ii. Ambil bilah buluh yang ditajamkan tepinya tadi dan melintang di atas bilah bulu yang dicantumkan mengandungi rabok tadi. iii. Gesek perlahan-lahan dari arah hadapan dan belakang dan dipercepatkan setelah mendapat tekniknya. iv. Bilah buluh yang digesekan akan menjadi panas. Sumber api akan melekat pada rabok dan seterusnya membakarnya. Cara mengetahui api telah ada, adalah dengan melihat banyaknya asap keluar dari gesekan tersebut. Geseran Buluh Dengan Buluh Geseran Buluh Dengan Buluh ( 1 buluh ditebuk untuk lurah/tapak)


Modul Latihan Kor Kadet Polis 128 5.2 Panah Busir Dalam teknik membuat api cara ini, alat – alatnya dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama panah dan kedua pelapik. 5.2.1 Cara menggunakannya:- i. Setelah semuanya siap, kayu pengejut dan piring pengimbang dipasang pada panah. ii. Tali pengejut dipasang pada hujung panah melalui lubang dan diikat di kiri kanan kayu pengejut. Lilitkan / pusingkan panah. iii. Letakkan hujung panah bahagian bawah ke lubang kayu pelapik di sebelah atas yang diletakkan Rabok di bawahnya yang dikapit dengan kayu pelapik bawah. iv. Pegang sebelah kiri dan kanan kayu pengejut dengan kedua – dua belah tangan. Pusingkan panah dan dihenjut supaya panah terus berpusing. Henjut berulang-ulang kali dengan perlahan-lahan dan apabila telah mendapat tekniknya barulah henjut dengan cepat. v. Geseran hujung panah di dalam lubang kayu pelapik akan panas. Sumber akan melekat pada rabok dengan mengeluarkan asap dan terus membakar. Panah Busir


Modul Latihan Kor Kadet Polis 129 5.3 Batu dengan besi. Dapatkan batu yang keras, biasanya terdapat di kawasan sungai di atas bukit dan batunya berbintik-bintik putih. Guna besi (Parang) untuk mengetuk batu tersebut dengan cara melayangkan parang kepada batu. Letakan Rabok di atas alas di tempat yang rata. 5.3.1 Cara menggunakanya:- i. Pegang batu yang sudah kering dengan tangan kiri. ii. Pegang parang dengan tangan kanan. Bawa batu di atas hamparan Rabok setinggi lebih kurang 4-5 cm. Ketuk batu tadi dengan hujung parang dengan cara layangkan pada batu. Percikkan bunga api akan terjadi dan akan jatuh di atas hamparan rabok. iii. Apabila api sudah membakar rabok, ambil punca api tersebut letakkan dalam jangut langkap dan ditiup dengan perlahan dan hembusan panjang. iv. Cara ini adalah yang paling senang, mudah dan cepat untuk mendapatkan api. Batu Dengan Besi


Modul Latihan Kor Kadet Polis 130 5.4 Pembalik cahaya lampu suluh/kanta dengan matahari. Cara ini boleh dikatakan cara alternatif untuk mendapatkan api. Proses ini cuma berfungsi apabila waktu panas terik. 5.4.1 Cara menggunakanya:- i. Arahkan pembalik lampu suluh yang diletakkan rabok tadi ke matahari yang panas terik, iaitu di antara jam 1100 hrs hingga 1500 hrs (tidak hujan). ii. Cari pusat tumpuan matahari yang tajam yang telah dibalikkan oleh pembalik cahaya tadi dan diletakkan di atas tengah-tengah rabok. Rabok akan mula terbakar dalam masa ½ - 1 minit. iii. Lepas itu ambil rabok yang terbakar tadi dan tiup dengan janggut langkap yang sedia ada. Api yang besar akan terjadi. iv. Proses dengan menggunakan kanta pun lebih kurang sama. Cuma kita letakkan rabok dibawah dan angkat kanta di atas rabok menghala ke matahari. Cari pusat tumpuannya yang tajam dan letakkan di atas Rabok. Rabok akan terbakar dalam beberapa saat sahaja. Proses ini lagi cepat. Buat seperti dengan pembalik cahaya di atas. Corong Pembalikkan Lampu Suluh


Modul Latihan Kor Kadet Polis 131 Cermin Mata Berkanta Kanta 6. PENUTUP Dengan mengetahui cara mendapatkan api ini, maka mudahlah bagi individu / kumpulan itu berikhtiar hidup untuk menyediakan makanan, panaskan badan, menghalau binatang buas, isyarat kecemasan dan lain-lain.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 132 LAMPIRAN D2 MODUL 4 KEPIMPINAN MODUL 4.2 – IKHTIAR HIDUP (FASA 2) MEMBUAT PONDOK 1. PENDAHULUAN Di samping kita berusaha mendapatkan makanan untuk terus hidup, kita juga memerlukan rehat yang cukup. Dengan menggunakan sumber alam semula jadi dapat kita mendirikan tempat rehat atau bermalam yang berupa pondok mengikut bentuk yang sesuai di tempat-tempat tersebut. 2. TUJUAN Memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada anggota untuk membuat tempat rehat atau tempat bermalam. 3. PONDOK Sebagai kumpulan ikhtiar hidup, pondok yang didirikan adalah untuk sementara sahaja. Oleh itu semasa mendirikan pondok kita harus mengkaji dari segi keselamatan dan jumlah anggota yang akan mendudukinya. Terdapat beberapa jenis pondok dan kesesuaiannya. 3.1 Pondok Pelindung Angin 3.2 Pondok Satu Minggu 3.3 Pondok Atas Paya 4. MEMBUAT PONDOK Dalam persediaan untuk membuat pondok, perkara-perkara seperti bahan-bahan yang mudah diperolehi, keadaan bentuk muka bumi, jenis pondok dan jumlah anggota yang akan mendudukinya harus diambil kira.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 133 4.1. Pondok Pelindung Angin Pondok ini didirikan dengan rangka bumbungnya berbentuk ‘V‘ terbalik. Bumbung ditongkat oleh 2 batang tiang. Atapnya boleh dibuat dari apa juga jenis daun yang lebar seperti daun palas gajah, teronok/viruk dan lain- lain jenis daun yang sesuai. Faedah / Kebaikan Sesuai didirikan di kawasan lereng bukit, permatang yang sempit, tanah lapang dan dikawasan angin yang bertiup kencang. Pondok Pelindung Angin 4.2 Pondok Satu Minggu Didirikan dengan empat batang tiang. Mempunyai tangga di hadapan, lantai dan berdinding separuh di sekeliling pondok. Bumbung dan cucur atapnya sama seperti pondok yang lain. Faedah / Kebaikan Pondok ini amat sesuai kerana boleh didirikan dalam apa juga keadaan bentuk muka bumi. Biasanya pondok ini digunakan dalam masa satu minggu dan dapat menghindarkan dari gangguan binatang buas.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 134 Pondok Satu Minggu 4.3 Pondok Atas Paya Pondok jenis ini sama sahaja bentuknya seperti pondok satu minggu. Perbezaannya cuma pondok ini didirikan di kawasan paya atau kawasan berair. Mempunyai tiang yang tinggi melebihi tinggi seseorang apabila berdiri dari tanah hingga ke lantai bawah pondok. Di bahagian bawah pondok disediakan gelegar untuk tempat memasak. Faedah/Kebaikan Pondok ini memang baik di kawasan paya. Tujuannya bagi mengelak dari binatang berbisa seperti ular dan sebagainya yang terdapat dikawasan yang berair. Pondok Atas Paya


Modul Latihan Kor Kadet Polis 135 4. PENUTUP Memberikan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat tempat rehat/bermalam. Dengan adanya pengetahuan ini dapat menilai dan membuat pondok dengan mengikut keperluan dan kesesuaian tempat.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 136 KHEMAH PERSENDIRIAN 1. PENDAHULUAN. Salah satu aspek dalam ilmu medan perang, di mana tiap-tiap anggota mesti mengetahui cara membuat ‘khemah persendirian”. Pengetahuan dan kemahiran diri sedikit sebanyak dapat membantu seseorang itu membuat penilaian terhadap kemahiran yang dimiliki mentafsir situasi yang dihadapi. 2. TUJUAN MEMBUAT KHEMAH. Tujuan utama ialah untuk dijadikan tempat berehat sementara semasa di dalam hutan atau menjalankan tugas gerakan. 3. JENIS - JENIS KHEMAH. 3.1 Single Base 3.2 Double Base 3.3 Single Ground Base 3.4 Double Ground Base 3.5 Pisang Sikat 4. CARA MEMBUAT KHEMAH DAN PERALATAN YANG DIPERLUKAN 4.1. Single Base: 4.1.1. 1 X Poncho 4.1.2. 1 X Hammock 4.1.3. 2 Batang kayu hammock untuk kanan & kiri 4.1.4. 2 Batang kayu hammock untuk bahagian kepala & kaki 4.1.5. 4 Batang kayu untuk tiang 4.1.6. 2 batang kayu untuk palang bumbung 4.1.7. 1 batang kayu palang 4.1.8. Tali guni untuk pengikat kayu


Modul Latihan Kor Kadet Polis 137 Single Base 4.2. Double Base : 4.2.1 2 X Poncho 4.2.2 2 X Hammock 4.2.3 4 Batang kayu hammock untuk kanan & kiri 4.2.4 2 Batang kayu hammock untuk bahagian kepala & kaki 4.2.5 8 Batang kayu untuk tiang 4.2.6 4 Batang kayu untuk palang bumbung 4.2.7 2 Batang kayu palang 4.2.8 Tali guni untuk pengikat kayu Double Base


Modul Latihan Kor Kadet Polis 138 4.3 Single Ground Base: 4.3.1 1 X Poncho 4.3.2 1 X Hammock 4.3.3 2 Batang tiang 4.3.4 1 Batang kayu untuk palang bumbung 4.3.5 Tali guni untuk pengikat Single Ground Base 4.4 Double Ground Base: 4.4.1 2 X Poncho 4.4.2 2 X Hammock 4.4.3 2 Batang Tiang 4.4.4 1 Batang Kayu Untuk Palang Bumbung 4.4.5 Tali Guni Untuk Pengikat Double Ground Base


Modul Latihan Kor Kadet Polis 139 4.5 Base Gantung: 4.5.1. 1 X Poncho 4.5.2. 1 X Hammock 4.5.3. 2 Batang Kayu Hammock Untuk N Kiri & Kanan 4.5.4. 2 Batang Kayu Untuk Bahagian Kepala & Kaki 4.5.5 1 Batang Kayu Alang Untuk Bumbung 4.5.6. Dapatkan 2 Batang Pokok Yang Bersesuaian Jaraknya Base Gantung


Modul Latihan Kor Kadet Polis 140 MENGATASI ANCAMAN BINATANG LIAR DI DALAM HUTAN 1. PENDAHULUAN Terdapat sebilangan kecil binatang liar di hutan yang mengancam keselamatan kepada manusia yang boleh menyebabkan kecederaan dan kematian. Manusia seringkali terserempak atau bertembung dengan binatang ini semasa di dalam hutan. Beberapa langkah di bawah boleh dijadikan panduan untuk kita mengelak dan menghindari dari jika bertemu dengan binatang tersebut. 2. TUJUAN Untuk mengenalpasti, memahami dan mengatasi sebilangan binatang-binatang buas dan berbisa. 3. CARA-CARA MENGATASI BINATANG SEPERTI : 3.1. Gajah 3.1.1 Pergerakan gajah biasanya dalam satu kumpulan yang terdiri dari gajah jantan dan betina. Kehadiran gajah dapat dikesan atau dikenal pasti melalui bekas tapak kakinya, najis, tempat makan, lorong laluan dan bunyi. Gajah menyerang dengan meluru ke arah mangsanya. Ia akan berpatah balik untuk menyerang bagi kali kedua. 3.1.2 Tindakan bagi melindungi diri daripada serangan gajah segeralah mencari pokok besar dan bersembunyi di pangkal pokok tersebut. Jangan memanjat pokok kerana ini akan lebih mudah bagi gajah itu untuk mendapatkan mangsa. Jika terpaksa melarikan diri, tentukan anda berlari mengelilingi bukit atau menurun bukit secara menegak. Di waktu malam api hendaklah dinyalakan bagi mengelak dari gajah menghampiri kawasan anda. 3.2 Harimau belang 3.2.1 Harimau suka bergerak secara sendirian kecuali jika ia mempunyai anak kecil. Kehadiran harimau belang dapat dikesan melalui tapak kaki terutama di kawasan berpasir atau di atas tanah yang lembut, najis, bau


Modul Latihan Kor Kadet Polis 141 dan bunyi. Harimau menyerang biasanya dengan menerkam dari hadapan atau belakang mangsa. Sasaran mangsa harimau adalah di bahagian tengkuk yang mudah dipatahkan. 3.2.2 Tindakan bagi melindungi diri dari diserang oleh harimau, kita jangan sekali-kali menghala belakang kita ke arahnya. Bergeraklah dengan cara mengundur ke belakang perlahan-lahan ke tempat yang lebih selamat. Jika waktu malam nyalakan lampu suluh dan tinggalkan lampu sulu di situ. Nyalakan api di khemah anda bagi menghalau harimau dari menghampiri kawasan anda kerana harimau amat benci pada api dan asap bakaran. 3.3 Babi Hutan 3.3.1 Binatang ini mempunyai rupa yang hodoh dengan hidung yang berbentuk tumpul dan mempunyai taring yang tajam (siung). Kehadirannya dapat dikesan apabila terdapat bekas tanah yang baru dikorek hancur. Babi hutan memakan cacing tanah. Jenis yang amat berbahaya adalah babi tunggal yang suka bergerak bersendirian dan akan mengganas apabila ia cedera atau melindungi kumpulan babi yang lain. Babi tunggal menyerang dengan cara melanggar mangsa dan mencederakan mangsanya dengan taring. 3.3.2 Tindakan jika terserempak dengan babi, segeralah lari secara bengkang bengkok atau memanjat pokok kerana babi hutan akan mengejar secara lurus mengikut laluannya. 3.4. Ular 3.4.1 Ular berbisa mengancam keselamatan manusia akibat patukkannya yang boleh membawa maut kerana ia akan memasukkan bisanya ke dalam tubuh mangsa melalui lubang yang terjadi di bahagian yang dipatuk itu. Patukkan ular yang tidak berbisa hanyalah mengakibatkan rasa sakit dan luka sahaja. Pada kebiasaanya ular mematuk di bahagian kaki jika dalam keadaaan terdesak. Jarang berlaku ular yang sengaja mencari atau mengejar atau mematuk mangsa kecuali sebagai makanannya. Ular tedung selar adalah spesis yang amat berbahaya di Malaysia yang boleh


Modul Latihan Kor Kadet Polis 142 memancutkan bisanya dengan tepat ke arah mangsa selain dari menyerang secara mematuk. 3.4.2 Beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil jika terserempak dengan ular yang tidak dikenali. i. Jika anda melihat ular mengangkat kepalanya ke atas, segeralah beredar dari situ kerana ular tersebut berada dalam keadaan bersedia untuk bertindak. ii. Jika anda dikejar ular, tanggalkan baju di badan anda dan lontarkan kepada ular tersebut. Apabila ini dilakukan, ular tersebut akan mengalihkan serangannya kepada baju tersebut. Gunakan kesempatan yang ada untuk anda beredar ke tempat yang lebih selamat. iii. Jika anda terpaksa melangkah ular, lakukan dengan perlahan-lahan. Jangan sekali-kali melakukan pergerakan yang mengejut kerana ini akan menyebabkan ular itu menjadi agresif. Mungkin baik juga jika anda mematikan langkah supaya ular itu mempunyai masa dan ruang untuk beredar dari situ. iv. Bagi melepaskan diri daripada belitan ular sawa, elakkan perbuatan meronta-ronta kerana ini akan menyebabkan ular itu akan membelit dengan lebih kuat lagi. 4. PENUTUP Apabila seseorang itu mengenalpasti, memahami dan boleh mengatasi sebilangan sifat-sifat binatang buas dan berbisa maka dapatlah individu itu melarikan diri dan beredar dengan selamat untuk meneruskan perjalanan keluar dari terperangkap dengan maut.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 143 PERSIAPAN DAN MASAKAN 1. PENDAHULUAN Di dalam hutan banyak terdapat sumber-sumber yang boleh diperolehi untuk dimakan. Berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang. Dalam keadaan seseorang itu terpencil / berikhtiar hidup, makanan amatlah diperlukan. Sehubungan dengan itu, kebersihan sumber atau pun bahan diperolehi di dalam hutan yang boleh dimakan perlulah diambil kira. Persediaan masakan ini amat perlu kerana bahan-bahan yang diperolehi dari sumber alam tidak semestinya bersih atau mengandungi kotoran. Persiapan masakan hendaklah diutamakan sebelum memakannya. 2. TUJUAN. Untuk mengajar dan mendedahkan kepada persiapan dan masakan semasa di dalam keadaan terpencil / berikhtiar hidup. 3. MASAKAN Ada beberapa kaedah / jenis-jenis memasak yang mudah semasa berada di dalam hutan iaitu di dalam keadaan terpencil / berikhtiar hidup ialah:- 3.1. Rebus; 3.2. Panggang; dan 3.3. Pais. 4. CARA MEMASAK 4.1 Rebus Dengan menggunakan bekas, kebiasaanya menggunakan ruas buluh. Buluh dibasuh bersih di bahagian dalam untuk menghilangkan habuk / debu. Masukkan bahan-bahan yang hendak dimasak serta air dan garam. Dipermukaan buluh hendaklah disumbat dengan daun-daun yang sesuai supaya air tidak melimpah keluar apabila mendidih, setelah siap barulah dibakar dengan menggunakan api yang sederhana. Cara ini kurang membazir kerana zat dan lain-lain tidak hilang.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 144 Cara Rebus Dalam Buluh Batang Buluh Bunga Kantan/Serai Kayu Ayam untuk direbus dalam buluh Nasi rebus dalam buluh 4.2 Panggang Masak cara memanggang adalah mudah sama ada dipacak menggunakan kayu ataupun diletakkan di atas longgokan bara api. Caranya ialah ikan atau daging dipotong kecil, dibasuh bersih kemudian dicucukkan kepada pencucuk atau pun diaturkan di atas palang-palang kayu yang disusun menggunakan tungku. Setelah siap barulah dibakar dengan api yang sederhana (seelok-eloknya hidupkan api dahulu untuk mendapatkan bara). Hasil masakan cara ini memang enak walau bagaimanapun ada pembazirannya disebabkan lemak dan sebagainya hilang semasa ianya menitis. Cara Panggang


Modul Latihan Kor Kadet Polis 145 4.3. Pais Cara ini melazatkan makanan kerana baunya harum. Biasanya menggunakan daun lebar seperti daun pisang hutan, daun pembalik angin dan daun simpuh air. Caranya ikan atau daging dibasuh bersih dan diletakan di atas daun yang telah disediakan serta bungkus / lipat erat (kemas) bahan-bahan tadi kemudian letakkan di atas bara. Hendaklah diterbalikkan bahagian atas dan bawah dengan kerap agar masakan sama rata. (Elakkan menggunakan daun yang kita was-was untuk menggunakannya). Cara Pais (Ayam / Ikan) Cara Pais Cara Pais yang telah masak (Ayam / Ikan)


Modul Latihan Kor Kadet Polis 146 5. JENIS-JENIS PENYAKIT Jenis-jenis penyakit yang boleh didapati sekiranya memakan makanan yang tidak bersih ialah:- 5.1. Demam panas; 5.2. Muntah-muntah (Loya); 5.3. Sakit perut memulas; 5.4. Cirit birit; 5.5. Badan rasa gatal-gatal; 5.6. Taun; dan 5.7. Muntah Berdarah. 6. PENUTUP Dengan mengetahui langkah-langkah perlu di dalam persiapan dan masakan maka dapatlah kita menyediakan makanan yang bersih serta enak dan terhindar dari sebarang penyakit. Di dalam berikhtiar hidup amat perlu dititik beratkan dari segi kesihatan selain dari air yang perlu dimasak sebelum diminum bahan-bahan makanan juga perlu dimasak. Oleh itu segala pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna bagi kita khasnya apabila di dalam keadaan berikhtiar hidup.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 147 LAMPIRAN D3 MODUL 4 KEPIMPINAN MODUL 4.3 – RONDA PANDU ARAH MENGENAL KOMPAS PRISMITIK 1. ARAH MATA ANGIN 1.1. 4 mata angin utama:- 1.1.1. Utara ( 0 / 6400 Mils ) 1.1.2. Selatan ( 3200 Mils ) 1.1.3 Timur ( 1600 Mils ) 1.1.4. Barat ( 4800 Mils ) 1.2. Daripada 4 mata angin utama dipecahkan lagi kepada 4 mata angin:- 1.2.1. Timur Laut ( 800 Mils ) 1.2.2. Tenggara ( 2400 Mils ) 1.2.3. Barat Daya ( 4000 Mils ) 1.2.4. Barat Laut ( 5600 Mils ) 1.3. Daripada 8 mata angin dipecahkan lagi kepada 8 mata angin:- 1.3.1. Utara Timur Laut ( 400 Mils ) 1.3.2. Timur Timur Laut ( 1200 Mils ) 1.3.3. Timur Tenggara ( 2000 Mils ) 1.3.4. Selatan Tenggara ( 2800 Mils ) 1.3.5. Selatan Barat Daya ( 3600 Mils )


Modul Latihan Kor Kadet Polis 148 1.3.6. Barat Barat Daya ( 4400 Mils ) 1.3.7. Barat Barat Laut ( 5200 Mils ) 1.3.8. Utara Barat Laut ( 6000 Mils ) 2. BENTUK RUPA 2.1. Tudung ( Lid ) 2.1.1. Tingkap Cermin ( Glass Window ) Terdapat garisan rerambut digunakan bersama prizem untuk menenang bagi mendapatkan bearing / arah. 2.2. Selepah Tembaga ( Brass Box ) 2.2.1. Prizem i. Mempunyai kanta pembesar. ii. Kegunaannya untuk mencari bearing secara menenang objek. iii. Boleh digerakkan ke atas dan ke bawah. 2.2.2. Kelengkang ( Thumb Ring ) i. Berbentuk cincin dan terdapat kelaran di bahagian bawah dan sebaris dengan paksi Kompas. ii. Masukkan ibu jari di dalam kelengkang semasa Kompas di tenang. iii. Kelaran pada kelengkang digunakan bersama lekukan ( Notch ) untuk mengorientasi peta. 2.3. Kad kompas ( Compass Card ) 2.3.1. Diperbuat daripada kulit siput ibu mutiara:- i. Tanda Luminus ialah Utara. ii. ‘S’ ( South ) Selatan. iii. ‘W’ ( West ) Barat. iv. ‘E’ ( East ) Timur.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 149 2.3.2. Terdapat sukatan Mils dibahagian luar:- i. Dibahagian luar angka di tulis terbalik dari angka 2 hingga angka 64. ii. Angka 64 terletak di Selatan dan angka 32 di Utara. iii. Angka ini menjadi betul bila dilihat melalui Prizem. iv. Diantara angka-angka tersebut terdapat satu garisan panjang di tengan lapan garisan pendek. v. Setiap satu garisan ialah 20 Mils. 2.3.3. Kad ini berputar di atas:- i. Paku besi waja yang tahan lasak. ii. Di isi penuh dengan sejenis cecair yang tidak boleh beku ( ISO Prophol Alcohol). iii. Membantu untuk mengimbangi kompas dan menghentikan putaran kompas dengan cepat. 3. KEGUNAAN KOMPAS 3.1. Kompas digunakan untuk:- 3.1.1. Mengambil bearing ( Mils ). 3.1.2. Mencari arah mata angin. 3.1.3. Mengorientasi dan menentukan keutaraan kedudukan peta. 4. CARA MENGGUNA 4.1. Masukkan ibu jari ke dalam kelengkang ( Thumb Ring ). 4.2. Buka tudung. 4.3. Naikkan Prizem. 4.4. Tenang melalui Prizem. 4.5. Tentukan objek bersetentangan dengan garisan rerambut ( Hair Line ). 4.6. Baca angka dalam Kad Kompas.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 150 MEMBACA PETA - MAKLUMAT JIDAR 1. DEFINISI Penerangan-penerangan dan panduan yang dicetak disekeliling bahagian luar muka peta (Frame Peta) dipanggil sebagai Maklumat Jidar. 2. KATEGORI MAKLUMAT JIDAR 2.1. Nama Lembar 2.1.1. Contoh: Sungai Siput Utara 2.2. Petak Pengenalan Lembar 2.2.1. Contoh: Siri L 7030 Edisi 1-PPNM Sheet 3563 2.3. Nota Skala Dan Negara 2.3.1. Contoh: Malaysia (Semenanjung) 1 : 50 000 2.4. Nota Pengenalan Grid 2.4.1. Contoh: Grid BBST (Meter) 2.5. Nota Penerbitan Cetakan Dan Hak Cipta 2.5.1. Contoh: Diterbitkan oleh Pengarah Pemetaan Negara Malaysia 1989. 2.5.2. Contoh: Hakcipta Kerajaan Terpelihara, Kebenaran Pengarah Pemetaan Negara Malaysia, wajib didapati sebelum peta ini atau sebahagian daripadanya ditulis 2.6. Nota Kesilapan 2.6.1. Contoh: Pengguna yang menjumpai sebarang kesilapan atau omitan di atas peta ini adalah diminta memajukannya kepada Pengarah Pemetaan Negara Malaysia


Modul Latihan Kor Kadet Polis 151 2.7. Nota Susunan 2.7.1. Contoh: Lembar ini disediakan daripada bahan-bahan asal seperti berikut:- i. Disusun daripada Fotograf Udara ii. Maklumat asas diperolehi daripada peta-peta topografi iii. Maklumat-maklumat tambah daripada kerja luar (Survey) 2.8. Indeks Lembar Bersebelahan 2.8.1. Contoh: Peta Indeks menunjukkan lembar-lembar bersebelahan 2.9. Nota Penafian Kuasa Sempadan 2.9.1. Contoh: Peta ini bukanlah bagi penentuan sempadan 2.10. Skala Angka Dan Grafik 2.10.1. Contoh: Skala (Scale) 1 : 50 000 2.11. Nota Jarak Kontur Dan Data Ketinggian 2.11.1. Contoh: Jarak Kontur 20 Meter 2.11.2. Contoh: Ukur tinggi dari aras purata laut dalam meter 2.12. Simbol Atau Tanda Lazim Dan Singkatan 2.12.1. Contoh: B.P. – Balai Polis 2.13. Nota Unjuran Dan Grid 2.13.1. Contoh: Peta ini disusun di atas Unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati Malaya 2.13.2. Contoh: Grid Bentuk Benar Serong Ditepati (Meter)


Modul Latihan Kor Kadet Polis 152 2.14. Petak Rujukan Grid 2.14.1. Contoh : QY 2.15. Rajah Sudutistiwa 2.15.1. Contoh : Peta Pusat Lembar Sudutistiwa Magnet 1991 Pertukaran Tahunan 06’ 35” ke Barat 3. MENJAGA PETA 3.1. Bekalan Terhad. 3.2. Lipat peta dengan betul. 3.3. Peta jangan ditanda-tandakan. 3.4. Gunakan plastik atau map case yang jernih. 3.5. Jangan buka terus dikawasan lapang, koyak kecil lekas merebak.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 153 MEMBACA PETA - MAKLUMAT TOPOGRAFI 1. TUJUAN 1.1. Memilih jalan dan cara terbaik untuk diikuti. 1.2. Mengenal bentuk mukabumi yang akan dilalui. 1.3. Mengetahui jalan terbaik bagi kesenangan pergerakan dan masa. 2. KATEGORI MAKLUMAT TOPOGRAFI 2.1. Batu Aras 2.1.1. Tanda-tanda yang ditanam di sepanjang jalan raya / jalan keretapi untuk memberi maklumat tetap ketinggian dari aras laut. 2.2. Stesen Trigonometri 2.2.1. Tanda yang ditanam dipermukaan bumi bertujuan untuk mengadakan kawalan mendatar (Horizontal Control) yang baik di atas peta ditunjukkan dengan simbol, nama stesen dan nilai ketinggian kepada meter yang hampir. 2.3. Lereng Bukit 2.3.1. Menggunakan warna perang untuk menggambarkan bentuk mukabumi. 2.3.2. Warna gelap, padat dan tebal menandakan lereng / cerun yang curam. 2.3.3. Kawasan yang kurang tebal dan cerah menandakan kawasan landai. 2.4. Kontur 2.4.1. Garisan bayangan yang dilukis di dalam peta untuk menghubungkan tempat-tempat yang sama tingginya dari aras laut. 2.4.2. Garisan kontur bukan saja menunjukkan ketinggian bagi tempat yang berlainan, tetapi juga menggambarkan bentuk mukabumi seperti cerun landau, cerun curam dan jenis-jenis cerun yang lain.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 154 2.4.3. Sifat-sifat Kontur: i. 2.4.3.1. Bermula dari aras purat laut. ii. 2.4.3.2. Dilukis pada jarak kontur yang tertentu. Setiap garisan kelima akan ditebalkan dan dikenali sebagai Kontur Indeks. Peta siri L 7030 perbezaan kontur ialah 20 meter. iii. 2.4.3.3. Nilai ketinggian garisan kontur ditulis menghala ke puncak bukit. 2.4.4. Bentuk V Terbalik i. Didalam lurah yang kecil berbentuk V terbalik menghala ke ulu sungai. 2.4.5. Bentuk U i. Menunjukkan permatang yang menuruni susuh bukit. 2.5. Cerun Landai Sekata 2.5.1. Garisan kontur renggang dan berjarak sama. 2.6. Cerun Curam Sekata 2.6.1. Garisan kontur yang rapat dan sama jarak. 2.7. Cerun Cekung 2.7.1. Cerun yang curam atau garisan kontur yang rapat di bahagian atas dan cerun yang landai atau garisan kontur renggang di bahagian bawah. 2.8. Cerun Cembung 2.8.1. Cerun yang landai atau garisan kontur renggang di bahagian atas dan cerun yang curam atau garisan kontur yang rapat di bahagian bawah. 2.9. Permatang 2.9.1. Sebahagian tanah tinggi yang menyambung dari bukit ke bukit atau gunung ke gunung.


Modul Latihan Kor Kadet Polis 155 2.10. Puncak 2.10.1. Tanah yang tertinggi daripada kawasan disekeliling. 2.11. Anak Bukit / Knoll 2.11.1. Bukit yang rendah dan kecil yang berasingan / terpisah. 2.12. Susuh Bukit / Spurs 2.12.1. Tanah yang menganjur keluar daripada tanah tinggi ke tanah rendah. 2.13. Genting Air / Kancing Sungai 2.13.1. Lekukan rendah dan sempit di antara dua bukit, terdapat sebatang anak sungai melaluinya. 2.14. Genting Angin / Kancing Angin 2.14.1. Lekukan dalam di antara dua kemuncak yang tidak dilalui sungai. 2.15. Genting Laluan 2.15.1. Lekukan rendah dan sempit di antara dua bukit yang terdapat laluan, jalanraya, trek dan lain-lain. 2.16. Lurah 2.16.1. Satu lekukan yang panjang di antara dua bukit di mana sungai mengalir (kontur berbentuk V terbalik).


Click to View FlipBook Version