Modul Latihan Kor Kadet Polis 6 2.4 Peringkat Balai Peringkat Balai dikenali sebagai Balai Polis. Setiap Balai Polis diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB). 3. MISI DAN VISI PDRM 3.1 Visi Peneraju keselamatan bagi mengekalkan Malaysia selamat dan aman. 3.2 Misi Memberi perkhidmatan kepolisan yang professional, berkualiti dan berintegriti ke arah keselamatan dan ketenteraman awam. 4. MOTO Moto PDRM adalah ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’. Moto ini dijadikan sebagai pegangan bagi membuktikan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sentiasa mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling dalam apa jua keadaan dan situasi. 5. LOGO DAN BENDERA 5.1 Logo PDRM Logo PDRM mempunyai maksud yang tersendiri bagi setiap lakaran yang ditunjukkan di bawah ini. Berikut adalah penjelasan dan maksud lakaran tersebut:- Bulan Bintang Bulan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi. Kalimah Allah dan Muhammad Kalimah Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah SAW sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan unsur keimanan sebagai wadah kedaulatan Agama Islam.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 7 Mahkota Mahkota melambangkan pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di atas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Keris dan Parang Keris melambangkan Semenanjung Malaysia manakala Parang melambangkan negeri Sabah dan Sarawak. Kedua-dua senjata ini digunakan oleh pahlawan dan pendekar pada zaman dahulu. Kepala Harimau Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan PDRM dalam menghadapi segala ancaman musuh. Bunga Padi Bunga Padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran negara. Logo PDRM
Modul Latihan Kor Kadet Polis 8 5.2 Bendera PDRM Bendera PDRM dikenali sebagai Sang Saka Biru. Bendera ini telah diperkenalkan pada 16 Mei 1994 dan digunakan sehingga sekarang. Ia melambangkan keunggulan dan kemegahan bagi PDRM. Warna biru telah dipilih kerana diterima sebagai warna sejagat dan digunakan oleh kebanyakan polis di seluruh dunia. Warna Biru melambangkan keamanan, kesejahteraan, dan ketenteraman yang menjadi teras perjuangan pasukan polis. Bendera polis dikibarkan setiap hari dari jam 6.30 pagi sehingga 6.00 petang dengan tatacara dan penghormatan tertentu. Bendera Sang Saka Biru 6. PANGKAT-PANGKAT DALAM PDRM Pangkat Polis Diraja Malaysia terbahagi kepada 2 kategori iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel. Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM:- 6.1 Pegawai Kanan Polis a. Inspektor Jeneral Polis (IG) b. Deputi Inspektor Jeneral Polis (DIG)
Modul Latihan Kor Kadet Polis 9 c. Komisioner Polis (CP) d. Deputi Komisioner Polis (DCP) e. Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) f. Asisten Komisioner Polis (ACP) g. Superintenden Polis (Supt.) h. Deputi Superintenden Polis (DSP) i Asistan Superintenden Polis (ASP) j. Inspektor (Insp) k. Inspektor Percubaan (P/I) 6.2 Pegawai Rendah Polis a. Sub-Inspektor (SI) b. Sarjan Mejar (SM) c. Sarjan (Sjn) d. Koperal (Kpl) e. Lans Koperal (L/Kpl) f. Konstabel (Konst) Gambarajah bagi pangkat-pangkat tersebut boleh rujuk di dalam Buku Panduan Dan Latihan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia. 7. PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA PDRM 7.1 Pakaian Seragam PDRM Pakaian Seragam Utama PDRM dikategorikan seperti berikut:- 7.1.1 Pakaian Seragam No.1 (Pakaian Seragam Istiadat);
Modul Latihan Kor Kadet Polis 10 7.1.2 Pakaian Seragam No.2 (Pakaian Seragam Mess - Pegawai Kanan Polis Sahaja); 7.1.3 Pakaian Seragam No.3 (Pakaian Seragam Review Order - Pegawai Kanan Polis sahaja); 7.1.4 Pakaian Seragam No.4 (Pakaian Seragam Kawad); 7.1.5 Pakaian Seragam No.5 (Pakaian Seragam Kerja - Bush Jacket); 7.1.6 Pakaian Seragam No.6 (Pakaian Seragam Kerja - Tuck-in); 7.1.7 Pakaian Seragam No.7 (Pakaian Seragam Kerja - Hamil); dan 7.1.8 Pakaian Seragam No.8 (Pakaian Seragam Operasi Tugas Am). Gambarajah Pakaian Seragam PDRM boleh di rujuk kepada Buku Panduan Pakaian Seragam Utama Polis Diraja Malaysia. 7.2 Lencana PDRM Terdapat 2 lencana yang dipakai oleh Pegawai dan Anggota PDRM iaitu: 7.2.1 Lencana Integriti Amalan Kita Lencana Integriti Setiap lakaran dalam lencana ini mempunyai maksud yang tersendiri iaitu:
Modul Latihan Kor Kadet Polis 11 i Tulisan ‘Integriti Amalan Kita’ merupakan moto yang menjadi tunjang perjuangan PDRM. ii Bentuk bintang 5 melambangkan 5 prinsip dalam PDRM, Rukun Negara dan Rukun Islam. iii Bentuk bunga raya melambangkan kemesraan dan semangat patriotism. iv Latarbelakang biru membawa maksud keharmonian dan warna bendera Sang Saka Biru 7.2.1 Lencana Sedia Berkhidmat Lencana Sedia Berkhidmat Maksud lakaran dalam lencana ini adalah seperti berikut: i. Bunga padi bermaksud kemakmuran negara. Ia juga melambangkan masyarakat majmuk negara yang bersatu padu dalam satu ikatan, kecemerlangan perkhidmatan polis dan hubungan mesra polis dan masyarakat. ii. Bunga Raya melambangkan Bunga Kebangsaan serta penyimpul ikatan semangat kekitaan dan perpaduan. iii. Tangan bersalaman bermaksud hubungan dan kerjasama erat polis dan masyarakat. iv. Latar belakang warna biru bermaksud keamanan, kesejahteraan dan amalan mesra perkhidmatan polis.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 12 8. TATACARA TABIK HORMAT Tabik hormat adalah amalan memberi hormat yang biasa dilakukan dalam pasukan polis. Ianya merupakan prinsip asas disiplin di mana anggota pangkat rendah dan konstabel memberi tabik hormat kepada pegawai-pegawai polis yang berhak menerima tabik hormat, dan pegawaipegawai tersebut pula memberi tabik hormat kepada pegawai-pegawai yang lebih kanan pangkat daripada mereka. 8.1 Cara Memberi Tabik Hormat Tatacara memberi tabik hormat adalah seperti berikut: 8.1.1 Tangan kanan diangkat dengan tapak tangan terbuka ke depan, menandakan tiada sebarang senjata berbahaya di bawa dan di mana senjata di bawa mengarah ke hadapan, menandakan tiada sebarang tujuan untuk bertindak secara bahaya; 8.1.2 Tabik hormat hendaklah diberikan dan dibalas kembali hanya apabila seseorang pegawai atau pegawai rendah pangkat darinya berpakaian seragam lengkap dengan penutup kepala; 8.1.3 Apabila tidak memakai pakaian seragam, pegawai lebih rendah pangkatnya hendaklah berdiri sedia dan memberi kata ucap yang sesuai, sebagai tanda memberi hormat kepada pegawai yang lebih kanan pangkatnya; dan 8.1.4 Walau bagaimanapun, apabila memakai baju kebangsaan lengkap dengan samping dan bersongkok, tabik hormat akan diberikan dan juga dibalas. 8.2 Kepada Siapa Tabik Hormat Patut Diberikan Tabik hormat hendaklah diberikan kepada pegawai yang layak seperti berikut: 8.2.1 Semua pegawai polis berpangkat bawah daripada Sub-Inspektor dikehendaki memberi tabik hormat kepada Pegawai-Pegawai Kanan Polis dan Sub-Inspektor. 8.2.2 Sub-Inspektor dikehendaki memberi tabik hormat kepada PegawaiPegawai Kanan Polis.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 13 8.2.3 Pegawai-Pegawai Kanan Polis dikehendaki memberi tabik hormat kepada pegawai-pegawai yang lebih kanan pangkatnya. 8.2.4 Semua Pegawai Kanan Polis apabila berpakaian seragam hendaklah memberi tabik hormat kepada:- i. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. ii. Raja/ Sultan bagi setiap negeri dan Permaisuri Raja/ Sultan. iii. Undang Sungai Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol, Undang Rembau dan Tunku Besar Tampin di Negeri Sembilan. iv. Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. v. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. vi. Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Malaya, Sabah dan Sarawak. vii. Semua Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri dan MenteriMenteri Kabinet Sabah dan Sarawak. viii. Hakim-Hakim dan Majistret-Majistret di dalam lingkungan mahkamah-mahkamah mereka. 9. LAGU PDRM Terdapat dua buah lagu yang wajib dipelajari oleh pegawai dan anggota Kor Kadet Polis iaitu Sang Saka Biru dan Sedia Berkhidmat. Lirik kedua-dua buah lagu adalah seperti berikut: 9.1 Sang Saka Biru Berkibar Sang Saka Biru Gagah Sentiasa Pusaka Polis Di Raja Inilah Azimat Kita
Modul Latihan Kor Kadet Polis 14 Lakar Biru Warna Mulia Lambang Setia Kepada Negara Obor Bakti Penggerak Jiwa Nusa Bangsa Di jaga Sang Saka Biru Bendera Kita Berkibar Megah Setiap Masa Bersatu Semua Aman Jaya Negara 9.2 Sedia Berkhidmat Polis sedia berkhidmat Kerna negeri dan rakyat Hidup berbahagia aman sentosa Polis sedia berkhidmat Polis sedia berkhidmat Kerna negeri dan rakyat Hidup berbahagia aman sentosa Polis sedia berkhidmat [Chorus] Tanda lekat di lengan Polis dengan pereman Tangan bersalaman Alamat persahabatan Polis sedia berkhidmat Kerna negeri dan rakyat Hidup berbahagia aman sentosa Polis sedia berkhidmat
Modul Latihan Kor Kadet Polis 15 LAMPIRAN A3 MODUL 1 KEPOLISAN AM MODUL 1.3 – PERANAN JABATAN-JABATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA 1. PENDAHULUAN Jabatan adalah sebahagian atau cabang dari suatu organisasi yang besar yang mempunyai tanggungjawab dan fungsi yang spesifik. Setiap jabatan di dalam PDRM mempunyai fungsi dan peranan yang berbeza-beza. Secara amnya, setiap jabatan bertanggungjawab menggerakkan berbagai proses penting dalam organisasi seperti perancangan, membuat keputusan sama ada keputusan strategik atau operasional, kawalan belanjawan dan sebagainya. Untuk menjadikan suatu jabatan lebih produktif dan berfungsi, beberapa tindakan proaktif boleh dilaksanakan seperti menyediakan latihan kepada pegawai dan anggota PDRM mengikut bidang dan kepakaran kerja mereka, menerapkan nilai-nilai yang baik seperti kejujuran, integriti, akauntabiliti, bertanggungjawab, berdisiplin, semangat bekerja secara berpasukan, keikhlasan dan amanah. Disamping itu, memberi motivasi dan pengiktirafan terhadap kecemerlangan hasil kerja yang dipamerkan. 2. JABATAN-JABATAN DALAM PDRM Setiap organisasi mempunyai jabatan yang menjadi tunjang kepada organisasi dalam melaksanakan matlamat dan hala tuju. Jabatan-jabatan di dalam PDRM adalah seperti berikut: 2.1 Jabatan Pengurusan 2.2 Jabatan Cawangan Khas 2.3 Jabatan Siasatan Jenayah 2.4 Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam 2.5 Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Modul Latihan Kor Kadet Polis 16 2.6 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik 2.7 Jabatan Logistik Dan Teknologi 2.8 Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard 2.9 Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti 2.10 Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik 3. FUNGSI / PERANAN SETIAP JABATAN. Bagi mencapai matlamat dan tujuan PDRM, setiap jabatan mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri. Berikut adalah fungsi dan peranan jabatan di dalam PDRM:- 3.1 Jabatan Pengurusan Jabatan Pengurusan diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis yang berperanan untuk membangunkan modal insan yang dinamik serta kompeten dalam memberi perkhidmatan yang profesional dan berkualiti kepada masyarakat. Jabatan ini memberi dan menyediakan latihan merangkumi kursus dan latihan dalam perkhidmatan, menguruskan hal ehwal pentadbiran am, mengendalikan perkhidmatan dan perjawatan merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan, kenaikan pangkat, pertukaran, gaji / elaun dan persaraan. Jabatan ini juga merangka dasar sumber manusia berkaitan pembangunan dan dasar pentadbiran PDRM. 3.2 Jabatan Cawangan Khas Jabatan Cawangan Khas diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan jabatan ini bertanggungjawab mengumpul dan memproses risikan keselamatan untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam serta mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 17 3.3 Jabatan Siasatan Jenayah Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh seorang Pengarah yang berpangkat Komisioner Polis dan jabatan ini bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas pasukan polis iaitu mencegah, mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah sepertimana yang tercatat di dalam Seksyen 3(3) Akta Polis 1967. Jabatan Siasatan Jenayah mempunyai bahagian/unit seperti berikut:- i. Bahagian D1 (Kepolisan Kawalan Dalaman) ii. Bahagian D2 (Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia & Singapura) iii. Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) iv. Bahagian D4 (Risikan / Operasi / Rekod Jenayah ) v. Bahagian D5 (Pendakwaan / Undang-Undang) vi. Bahagian D6 (Bantuan Teknik) vii. Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) viii. Bahagian D8 (Operasi Khas) ix. Bahagian D9 (Siasatan Khas) x. Bahagian D10 (Forensik) xi. Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) xii. Bahagian D12 (Interpol) xiii. Bahagian D13 (Data Bank / DNA) xiv. Bahagian D14 (Jenayah Terancang) 3.4 Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan jabatan ini merupakan peneraju keselamatan dan ketenteraman Negara dengan memelihara kedaulatan undang-undang di Malaysia untuk kesejahteraan awam dan keamanan negara.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 18 Fungsi utama jabatan ini adalah seperti berikut:- i. Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara; ii. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penguatkuasaan, mutu siasatan serta kelancaran lalulintas; iii. Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan bagi menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam; iv. Meningkatkan tahap keselamatan daratan dan perairan negara; v. Meningkatkan keberkesanan tindakan menumpas keganasan; dan vi. Meningkatkan pengurusan keselamatan dan ketenteraman awam. Cawangan / Unit di bawah jabatan ini seperti berikut:- a. Pasukan Gerakan AM (PGA) b. Pasukan Gerakan Khas (PGK) c. Pasukan Polis Marin (PPM) d. Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) e. Pasukan Gerakan Udara (PGU) f. Wildlife Crime Bureau/Perisikan dan Siasatan Khas g. Cawangan Gerakan KDNKA 3.5 Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Jabatan Siasatan Jenayah Komersil diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan fungsi utama adalah menangkap, menjalankan penyiasatan dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber dan lain-lain lagi sama ada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang perseorangan mahupun secara bersindiket.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 19 Objektif dan peranan jabatan ini dalam menangani semua bentuk jenayah komersil dan peka terhadap perubahan persekitaran yang boleh mewujudkan bentuk jenayah komersil yang baru. Mempercepatkan siasatan dan menghasilkan kualiti siasatan yang bermutu, mengumpul seberapa banyak data mengenai kesalahan jenayah komersil masa kini, dan menjamin ketelusan penyiasatan di samping menggunakan semua kepakaran sumber manusia yang khusus secara optimum. Cawangan / unit di bawah jabatan ini seperti berikut:- i Siasatan Forensik Accounting. ii Siasatan Kewangan. iii Siasatan Koperat. iv Siasatan Lain-lain Pemalsuan. v Siasatan Jenayah Siber & Multimedia. vi Operasi/Bantuan Teknik. vii Pentadbiran/Kerjasama Antarabangsa. viii Penyelidikan/Risikan. ix Naziran. x Perundangan. xi Bahagian Urus Setia 3.6 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menjadi peneraju utama penguatkuasaan dalam membanteras penyalahgunaan dadah. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis. Matlamat utama Jabatan Narkotik ialah untuk mencapai perkhidmatan yang cekap dan cemerlang dalam menangani masalah dadah negara. Bagi memastikan penguatkuasaan yang berkesan dan profesional ke arah membanteras penyalahgunaan dadah, jabatan ini berperanan dan mempunyai fungsi seperti berikut:
Modul Latihan Kor Kadet Polis 20 i Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah ii Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah iii Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah iv Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah. v Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah vi Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negara vii Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah viii Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah ix Menyediakan latihan kepada pegawai / anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sama ada di dalam dan luar negara x Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah sama ada di dalam dan di luar Negara. Cawangan / unit di bawah jabatan ini seperti berikut:- a Siasatan Khas b Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa c Pentadbiran d Tahanan e Perlucuthakan Harta f Soalsiasat g Pakar/Bantuan Teknik h Rekod/Perangkaan i Pendaftaran j Logistik
Modul Latihan Kor Kadet Polis 21 3.7 Jabatan Logistik Dan Teknologi Jabatan Logistik dan Teknologi mempunyai misi ke arah kecemerlangan sumber strategik dalam memelihara keselamatan dan ketenteraman negara disamping menyediakan keperluan logistik yang berkualiti sesuai dengan misi PDRM untuk masa kini dan masa hadapan. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis. Bagi mencapai matlamat ke arah kecemerlangan, jabatan ini mempunyai fungsi dan peranan seperti berikut:- i Mengendalikan belanjawan, mengurus dan pembangunan PDRM ii Merancang, mengurus, mengendali dan menyenggara semua aspek komunikasi, teknologi maklumat, pengangkutan dan persenjataan iii Mengurus projek dan menyenggara bangunan serta hartanah iv Menguruskan perolehan dan pembekalan kelengkapan am / teknikal PDRM v Mengurus aset PDRM Cawangan / bahagian di bawah jabatan ini seperti berikut:- a. Bahagian Pengangkutan b. Bahagian Teknologi Maklumat c. Bahagian Komunikasi d. Bahagian Bekalan Polis e. Bahagian Perolehan f. Bahagian Kewangan g. Bahagian Persenjataan h. Bahagian Pembangunan / Penyelenggaraan i. Bahagian Kepolisan Am j. Bahagian Pengurusan Aset
Modul Latihan Kor Kadet Polis 22 3.8 Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard adalah peneraju dalam penguatkuasaan, pengukuhan dan membudayakan integriti warga PDRM berteraskan peraturan dan undang-undang. Jabatan ini mempunyai misi iaitu progresif dan dinamik dalam memperkasakan pengukuhan integriti dan modal insan serta pemantapan integriti warga PDRM. Jabatan ini telah ditubuhkan secara rasminya oleh Ketua Polis Negara pada 25 Julai 2014 dan sebagai jabatan yang ke-9 di dalam PDRM dan diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis. Jabatan integriti mempunyai dua bahagian utama iaitu tatatertib dan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA). Secara khususnya, jabatan ini menguruskan Tadbir /Kepolisan Am, Pengurusan Aduan, Pematuhan, Risikan Operasi dan Siasatan / Perundangan / Kajian Kes. 3.9 Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti mempunyai objektif tersendiri iaitu merangka strategi, melaksanakan inisiatif-inisiatif dengan objektif untuk mengurangkan jenayah dan meningkatkan persepsi keselamatan. Jabatan ini peneraju utama pencegahan jenayah bagi mengekalkan Malaysia aman dan sejahtera dan diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis Bagi mencegah jenayah secara holistik ke arah pengwujudan komuniti sejahtera jabatan ini mempunyai fungsi dan peranan seperti berikut:- i Mencegah jenayah - Pendekatan proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah. ii Menghapus peluang jenayah - Menghapuskan peluang melakukan jenayah, mengesan dan menangkap untuk mengekang dari perlakuan jenayah. iii Menghapus niat jenayah - Menghapuskan hasrat untuk melakukan jenayah.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 23 iv Memperkasa komuniti serta membudayakan masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah. v Menangani persepsi negatif masyarakat. - Menangani dan mengurangkan persepsi masyarakat tentang isu keselamatan. vi Penasihat komuniti - Memainkan peranan konsultatif kepada komuniti, institusi pendidikan, institusi perniagaan, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan. Cawangan / unit di bawah jabatan ini seperti berikut:- a. Bahagian Pengurusan Dasar / Sumber mengendalikan hal ehwal pentadbiran, perjawatan, kewangan, sokongan logistic dan juga latihan. b. Bahagian Operasi Darat mengendalikan Mobile Patrol Vehicle (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Bit Rondaan, dan Unit Polis Pelancong. c. Bahagian Koordinasi Sumber Sokongan menguruskan Polis Bantuan, Sukarelawan Simpanan Polis, Kor Suksis dan Kor Kadet Polis. d. Bahagian Kepolisan Komuniti menguruskan Kolaborasi Bersepadu, Kepolisan Masyarakat, Koordinasi Persatuan / Sekolah, Komuniti Perniagaan dan AMANITA. e. Bahagian Pendataan / Analisis menguruskan Analisis Data Jenayah, Pendataan, dan Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS). 3.10 Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Jabatan ini merupakan agensi peneraju penguatkuasaan lalu lintas dalam menentukan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya disamping memberi perkhidmatan yang cekap, profesional dan berkualiti dalam melindungi serta menjamin persekitaran yang selamat kepada pengguna jalan raya. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis. Teras utama perkhidmatan jabatan ini adalah Siasatan dan Perundangan, Penguatkuasaan, Kawalan Lalulintas dan Pengurusan Saman.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 24 Bahagian dalam jabatan ini adalah seperti berikut:- i Kepolisan Am ii Penguatkuasaan iii Siasatan/ Perundangan iv Pengurusan Saman, v Urusetia/ Kawalan Lalulintas vi Perolehan/ Pembangunan/ Kewangan
Modul Latihan Kor Kadet Polis 25 LAMPIRAN B1 MODUL 2 LATIHAN LUAR MODUL 2.1 – LATIHAN KAWAD 1. FORMAT LATIHAN KAWAD Kawad adalah sesuatu pergerakan yang dilakukan secara individu dan kumpulan dengan satu pergerakan dalam satu kata perintah bagi tujuan penyeragaman iaitu kawad tangan dan kawad senjata semasa tempoh latihan Kor Kadet Polis. 1.1 Format Semasa Latihan 1.2 Kata Perintah – Kawad Statik 1.2.1 Sedia 1.2.2 Senang diri / rehatkan diri 1.2.3 Luruskan barisan 1.1.1 Latihan secara individu dan berkumpulan 1. Penerangan dan Pelajaran 2. Keperluan dan Kegunaan 3. Latihan Suara dan Kata Perintah 4. Perbuatan Penuh 1.1.2 Kata Perintah 1.1.3 Latihan suara 1.1.4 Mengendalikan skuad 1.1.5 Gaya rupa
Modul Latihan Kor Kadet Polis 26 1.2.4 Ke kanan lurus / pandang depan 1.2.5 Langkah ke hadapan. 1.2.6 Langkah ke belakang 1.2.7 Langkah ke kanan 1.2.8 Langkah ke kiri 1.2.9 Hentak kaki cepat dan berhenti 1.2.10 Hentak kaki perlahan dan berhenti 1.2.11 Hentak kaki berlari dan berhenti 1.2.12 Berpusing ke kanan 1.2.13 Berpusing ke kiri 1.2.14 Berpusing separuh kanan 1.2.15 Berpusing separuh kiri 1.2.16 Berpusing ke belakang 1.2.17 Keluar baris 1.3 Kata Perintah – Pergerakan Kawad / Tangan 1.3.1 Jalan dan berhenti (cepat / perlahan) 1.3.2 Menghadap ke hadapan, belakang pusing ( cepat / perlahan ) 1.3.3 Menghadap ke belakang, belakang pusing ( cepat / perlahan) 1.3.4 Bergerak ke kanan, belakang pusing ( cepat/perlahan ) 1.3.5 Bergerak ke kiri, belakang pusing ( cepat/perlahan )
Modul Latihan Kor Kadet Polis 27 1.3.6 Tukar langkah semasa berjalan ( cepat / perlahan ) 1.3.7 Hentak kaki dan maju ( cepat / perlahan ) 1.3.8 Bergerak ke kanan, kanan pusing ( cepat / perlahan ) 1.3.9 Bergerak ke kiri, kiri pusing ( cepat / perlahan ) 1.3.10 Menghadap ke hadapan – kiri/kanan pusing ( cepat/perlahan ) 1.3.11 Menghadap ke belakang – kiri/kanan pusing (cepat/perlahan ) 1.3.12 Tukar langkah cepat ke perlahan jalan 1.3.13 Tukar langkah perlahan ke cepat jalan 1.4 Pergerakan Hormat Statik dan Berjalan 1.4.1 Hormat ke hadapan 1.4.2 Hormat ke kanan 1.4.3 Hormat ke kiri 1.4.4 Selaku terima sijil 1.5 Kata Perintah – Pergerakan Kawad / Senjata 1.5.1 Sedia 1.5.2 Senang diri / rehatkan diri 1.5.3 Rusuk senjata daripada kedudukan turun senjata 1.5.4 Turun senjata daripada kedudukan rusuk senjata 1.5.5 Julang senjata / rusuk senjata
Modul Latihan Kor Kadet Polis 28 1.5.6 Julang senjata / turun senjata 1.5.7 Kalih senjata dan sedia statik untuk doa dan ikrar 1.5.8 Baring senjata / angkat senjata 1.5.9 Hormat senjata daripada rusuk 1.5.10 Hormat pengadang tangan 2. TATACARA PAKAIAN Perserta dikehendaki berketerampilan kemas mengikut peraturan pemakaian uniform Kor Kadet Polis yang betul dan lengkap. Pemakaian seragam dan lencana adalah seperti gambar rajah di bawah: 2.1 Pakaian Asas 2.1.1 Beret dengan pelapik biru muda 2.1.2 Lencana beret (multi badges besi)
Modul Latihan Kor Kadet Polis 29 2.1.3 Baju dan seluar uniform biru hitam Kor Kadet Polis 2.1.4 Tanda nama, latar hitam dengan tulisan putih dipakai di atas poket baju sebelah kanan 2.1.5 Boot / Kasut Kawad Kulit / PVC bertali warna hitam dan bertumit serta bersarung kaki hitam 2.1.6 Tali pinggang kain (putih) buckle silver berkilat/ tudung wanita (Blue Black) 2.1.7 Lencana bahu kain bersulam “KADET POLIS” 2.1.8 Butang plastik (Blue Black) 2.1.9 Lencana poket tangan bersalaman 2.1.10 Wisel dan rantai 2.1.11 Anklet kain pembebat putih 2.2 Kekemasan Diri / Pakaian 2.2.1 Beret kemas / pemakaian betul 2.2.2 Tudung berwarna biru hitam / bersanggul (wanita) 2.2.3 Pakaian bergosok / tiada benang lebihan 2.2.4 Kaki seluar diikat pada boot kawad – kemas (lelaki) bersama anklet 2.2.5 Boot / kasut berkilat / tali kemas 2.2.6 Kasut kawad wanita hitam / berkilat berladam 2.2.7 Rambut hendaklah pendek bagi lelaki dan bersanggul jaring hitam bagi wanita yang tidak memakai tudung. 2.2.8 Misai dan Janggut tidak dibenarkan
Modul Latihan Kor Kadet Polis 30 2.3 Aksesori Tambahan 2.3.1 Jambul ( hackel ) 2.3.2 Mafla 2.3.3 Sarung tangan putih 2.3.4 Selempang putih (lelaki sahaja) 2.3.5 Selempang warna biru untuk sarjan lelaki. 2.4 Pakaian Semasa Menjalani Latihan Kawad:- Anggota Kor kadet hendaklah memakai pakaian half uniform lengkap dengan memakai t-shirt berkolar Kor Kadet Polis dan seluar uniform warna blue black, beret, tali pinggang biru nylon, kasut kawad lelaki dan wanita. 3. PERTANDINGAN KAWAD Syarat-syarat bagi pertandingan kawad kaki adalah seperti berikut: 3.1 Pertandingan kawad ini terbahagi kepada dua kategori iaitu individu dan berkumpulan. Had umur penyertaan bagi ahli Kor Kadet Polis lelaki dan wanita adalah (14) tahun ke atas. 3.2 Setiap kontinjen dikehendaki menghantar (2) orang peserta kawad kategori individu lelaki dan wanita dan satu platun lelaki dan wanita bagi kategori berkumpulan. 3.3 Setiap platun dikehendaki menghantar (16) perserta lelaki dan (16) perserta wanita termasuk ketua platun. 3.4 Semasa ujian kawad, peserta pertandingan dikehendaki berpakaian uniform kor Kadet Polis yang lengkap seperti tatacara pemakaian para (B) di atas.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 31 3.5 Perserta individu hendaklah memberi kata perintah dan membuat pergerakan secara individu tidak melebihi (5) minit seperti pergerakan yang ditetapkan seperti Lampiran. 3.6 Bagi kategori kumpulan ketua platun dikehendaki memberi kata perintah mengikut susunan pergerakan kawad yang ditetapkan. Hukuman dan perbuatan kawad yang tidak mengikut susunan yang ditetapkan, tiada permarkahan bagi pergerakan tersebut. 3.7 Setiap pasukan dikehendaki membuat pergerakan kawad seperti pergerakan yang ditetapkan tidak melebihi (10) minit dan tiada markah diberi bagi perbuatan yang melebihi masa tersebut. 3.8 Masa dikira semasa skuad leader lapor kepada pemeriksa dan masa berakhir semasa skuad leader lapor selesai ujian. 3.9 Kawad terbaik individu dan kumpulan dinilai dari segi gaya rupa, keterampilan, kata perintah, kesegakan dan kekemasan pergerakan kawad. 3.10 Format melapor > Mula “Assalamualaikum/selamat pagi/ tuan, encik/ saya sjn kadet… (nama)... Daripada kontinjen/platun….melaporkan kekuatan anggota seramai (jumlah) termasuk saya siap sedia untuk di uji kawad tuan, encik. Terima kasih tuan/encik’’. > Selesai “Assalamualaikum/selamat pagi/ tuan, encik/ saya sjn kadet …(nama)... Daripada kontinjen/platun … selesai menjalani ujian kawad mohon izin menjalankan tuga-tugas lain. Terima kasih tuan/encik’’. 3.11 Pergerakan pertandingan kawad yang digunakan adalah yang terbaharu seperti di bawah. 3.11.1 Pergerakan Masuk Padang dan Melapor i. Berjalan masuk padang ii. Berhenti
Modul Latihan Kor Kadet Polis 32 iii. Menghadap ke hadapan iv. Buka barisan v. Ke kanan lurus dan pandang depan vi. Dari kanan nombor vii. Lapor 3.11.2 Kawad Statik. i. Langkah ke hadapan ii. Langkah ke belakang iii. Langkah ke kanan iv. Langkah ke kiri v. Kanan pusing vi. Belakang pusing vii. Menghadap ke belakang kiri pusing viii. Menghadap ke hadapan belakang pusing ix. Pusing separuh kanan x. Ke hadapan hormat xi. Pusing separuh kiri xii. Ke kanan lurus, pandang depan 3.11.3 Kawad Dinamik i. Pusing ke kanan ii. Cepat jalan iii. Hormat ke hadapan iv. Hormat ke kanan v. Tukar langkah semasa berjalan ( cepat jalan )
Modul Latihan Kor Kadet Polis 33 vi. Bergerak ke kanan, belakang pusing vii. Menghadap ke belakang, kanan pusing viii. Hentak kaki ix. Skuad maju x. Menghadap ke hadapan, belakang pusing xi. Berhenti xii. Bergerak ke kiri xiii. Cepat jalan xiv. Selaku terima sijil ke hadapan hormat xv. Hormat ke kiri hormat xvi. Bergerak ke kiri, belakang pusing xvii. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan xviii. Bergerak ke kanan, belakang pusing xix. Tukar langkah masa berjalan / dalam perlahan jalan xx. Meghadap ke belakang kanan pusing xxi. Bergerak ke kanan, kanan pusing xxii. Menghadap ke hadapan, kanan pusing xxiii. Dari kanan pandang kanan / pandang depan xxiv. Berhenti xxv. Kiri pusing xxvi. Perlahan jalan xxvii. Tukar langkah cepat jalan xxviii. Bergerak ke kanan belakang pusing xxix. Berhenti (tempat asal dihadapan skuad leader)
Modul Latihan Kor Kadet Polis 34 xxx. Menghadap ke hadapan, kiri pusing xxxi. Tutup barisan xxxii. Ke kanan lurus / pandang depan xxxiii. Senang diri dan sedia xxxiv. Lapor selesai 3.11.4 Pergerakan Keluar Padang i. Bergerak ke kiri/kanan ii. Cepat jalan
Modul Latihan Kor Kadet Polis 35 BAHAGIAN A BIL PERKARA PEMARKAHAN JUMLAH 0 1 2 3 4 5 1. 1Pakaian 2. 2Keterampilan 3. 3Ketepatan masa JUMLAH BAHAGIAN B BIL PERKARA PEMARKAHAN JUMLAH 0 1 2 3 4 5 1 Berjalan masuk dalam cepat jalan. 2 Berhenti pada kedudukan yang ditetapkan. 3 Menghadap ke hadapan. Kiri / Kanan pusing. 4 Lapor untuk ujian kawad. 5 Dua langkah ke hadapan.....gerak 6 Dua langkah ke belakang....gerak 7 Dua langkah ke kanan.....gerak 8 Dua langkah ke kiri......gerak 9 Bergerak ke kanan, kanan... sing. 10 Bergerak ke kiri, belakang.... sing. 11 Menghadap ke belakang kiri ....sing. 12 Menghadap ke hadapanbelakang.... sing. 17 Hentak kaki... cepat, Skuad....ti NOMBOR GILIRAN : TEMPOH MASA : BORANG UJIAN KAWAD INDIVIDU
Modul Latihan Kor Kadet Polis 36 18 Hentak kaki... perlahan, Skuad...ti 19 Bergerak Ke Kanan, kanan…Sing 20 Da....ri kiri, Cepat Jalan 21 Hormat Ke Hadapan... hormat 22 Hormat Ke Kanan... hormat 23 Tukar langkah masa berjalan, tukar langkah. (2x) 24 Bergerak ke kanan, belakang...sing 25 Menghadap ke belakang, kanan....sing 26 Hentak... kaki 27 Skuad... maju 28 Menghadap ke hadapan, belakang....sing 29 Skuad…..ti 30 Bergerak ke kiri, kiri…. sing 31 Da...ri kanan... cepat, jalan 32 Selaku terima sijil kehadapan... hormat 33 Hormat ke kiri... .hormat 34 Bergerak ke kiri, belakang… sing 36 Tukar langkah perlahan, perlahan... jalan 37 Bergerak ke kanan, belakang...sing 38 Tukar langkah masa berjalan, tukar langkah (2x) 39 Meghadap ke belakang, kanan... sing 40 Bergerak ke kanan, kanan...sing 41 Menghadap ke hadapan, kanan... sing 42 Da....ri kanan pandang... kanan / pandang... depan 43 Skuad…. ti
Modul Latihan Kor Kadet Polis 37 44 Bergerak ke kiri, kiri… sing 45 Da....ri kanan, Perlahan….jalan 46 Tukar langkah cepat, cepat Jalan.. 47 Bergerak ke kanan belakang... sing 48 Skuad…. ti 49 Menghadap ke hadapan, kiri….sing 50 Senang... diri dan sedia 51 Lapor selesai JUMLAH PENALTI 1. Aksesori / Alatan Terjatuh atau tidak berada di kedudukan asal. 2. Kata perintah tidak mengikut susunan pergerakan. 3. Penalti lebih masa JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN ( A+ B ) Penilaian Berdasarkan Kepada Beberapa Perkara Berikut : 1. Kejituan Langkah. 2. Keseragaman Pergerakan 3. Pergerakan Dinamik. 4. Pengendalian Platun Dan Kata Perintah Tandatangan Pengadil. Tandatangan Ketua Pengadil ……………………………… ……………………………… Pangkat / Nama: Pangkat / Nama : Tarikh : Tarikh :
Modul Latihan Kor Kadet Polis 38 BAHAGIAN A BIL PERKARA PEMARKAHAN JUMLAH 0 1 2 3 4 5 1 Pakaian 2 Keterampilan 3 Ketepatan masa JUMLAH BAHAGIAN B BIL PERKARA PEMARKAHAN JUMLAH 0 1 2 3 4 5 1 Berjalan masuk dalam cepat jalan. 2 Berhenti pada kedudukan yang ditetapkan. 3 Menghadap ke hadapan. Kiri / Kanan pusing. 4 Buka Barisan...gerak 5 Ke kanan.. Lurus dan pandang.. depan. 6 Pengenalan Squad 7 Lapor untuk ujian kawad. 8 Dua langkah ke hadapan.....gerak 9 Dua langkah ke belakang....gerak 10 Dua langkah ke kanan.....gerak TEMPOH MASA : BORANG UJIAN KAWAD KUMPULAN NOMBOR GILIRAN :
Modul Latihan Kor Kadet Polis 39 11 Dua langkah ke kiri......gerak 12 Bergerak ke kanan, kanan... sing. 13 Bergerak ke kiri, belakang.... sing. 14 Menghadap ke belakang kiri ....sing. 15 Menghadap kehadapan belakang....sing. 16 Hentak kaki.... cepat, Skuad....ti 17 Hentak kaki... perlahan, Skuad... ti 18 Bergerak Ke Kanan, kanan…Sing 19 Da....ri kiri, Cepat Jalan 20 Hormat Ke Hadapan... hormat 21 Hormat Ke Kanan... hormat 22 Tukar langkah masa berjalan, tukar langkah. (2x) 23 Bergerak ke kanan, belakang...sing 24 Menghadap ke belakang, kanan....sing 25 Hentak... kaki 26 Skuad... maju 27 Menghadap ke hadapan, belakang...sing 28 Skuad…..ti 29 Bergerak ke kiri, kiri… sing 30 Da...ri kanan, cepat, jalan 31 Selaku terima sijil kehadapan... hormat 32 Hormat ke kiri... hormat
Modul Latihan Kor Kadet Polis 40 33 Bergerak ke kiri, belakang… sing 34 Tukar langkah perlahan, perlahan... jalan 35 Bergerak ke kanan, belakang...sing 36 Tukar langkah masa berjalan, tukar… langkah (2x) 37 Menghadap ke belakang, kanan... sing 38 Bergerak ke kanan, kanan...sing 39 Menghadap ke hadapan, kanan... sing 40 Da....ri kanan pandang... kanan / pandang... depan 41 Skuad…. Ti 42 Bergerak ke kiri, kiri… sing 43 Dari kanan, Perlahan….jalan 44 Tukar langkah cepat, cepat Jalan.. 45 Bergerak ke kanan belakang... sing 46 Skuad…. ti (tempat asal dihadapan skuad leader) 47 Menghadap ke hadapan, kiri….sing 48 Tutup barisan… Gerak 49 Ke kanan... lurus / pandang... depan 50 Senang... diri dan sedia 51 Lapor selesai JUMLAH
Modul Latihan Kor Kadet Polis 41 PENALTI 1 Aksesori / Alatan terjatuh atau tidak berada di kedudukan asal. 2 Kata perintah tidak mengikut susunan pergerakan. 3 Penalti lebih masa JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN (A + B ) Penilaian Berdasarkan Kepada Beberapa Perkara Berikut : 1. Kejituan Langkah. 2. Keseragaman Pergerakan 3. Pergerakan Dinamik. 4. Pengendalian Platun Dan Kata Perintah Tandatangan Pengadil. Tandatangan Ketua Pengadil ……………………………… …………..……….............. Pangkat / Nama: Pangkat / Nama : Tarikh : Tarikh :
Modul Latihan Kor Kadet Polis 42 LAMPIRAN B2 MODUL 2 LATIHAN LUAR MODUL 2.2 – PENGENALAN KEPADA SENJATA API 1. MAKSUD SENJATA API Apa-apa jenis senjata maut berlaras yang daripadanya sesuatu letusan, peluru atau bedilan lain boleh dilepaskan dengan alat cas letupan dan termasuklah sesuatu bom atau grenad yang mengandungi cas letupan- Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. 2. JENIS SENJATA API 2.1 Pistol / revolver 2.2 Shortgun / pumpgun 2.3 Rifle 2.4 Fire launcher 2.5 Pistol Pelepas 2.6 Spare barrel 2.7 Air taser 3. UNDANG-UNDANG SENJATA API 3.1 Akta Senjata 1960 (Akta 206) 3.2 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971
Modul Latihan Kor Kadet Polis 43 4. LANGKAH KESELAMATAN Tujuan langkah keselamatan adalah untuk memastikan senjata yang akan atau selepas digunakan sama ada untuk latihan atau sebaliknya berada dalam keadaan selamat, tiada peluru dalam kurung dengan cara-cara yang tertentu. Bahagian-bahagian yang terlibat dengan perbuatan langkah keselamatan ini ialah: • Kunci selamat • Pencekah • Pengadang tangan • Pengunci pelepas bol • Penggenggam • Kurung • Udi • Picu • Pengunci kelopak • Laras • Kelopak
Modul Latihan Kor Kadet Polis 44 Kata Perintah: “Untuk keselamatan...kosongkan senjata” 4.1 Perbuatan: 4.2 Lambung senjata 60 darjah ke atas. 4.3 Tangan kiri pada penghadang tangan, tangan kanan pada pengenggam, jari telunjuk diluar picu dan udi di ari-ari kanan di masa yang sama kaki kiri selangkah ke hadapan 4.4 Jari telunjuk tangan kanan tekan pengunci kelopak, tangan kiri tanggalkan kelopak dan simpan dalam pouches. 4.5 Tangan kanan cekah senjata, ibu jari tangan kiri tekan pengunci bahagian kerja. 4.6 Angkat senjata 45 darjah ke atas, sengetkan senjata kekiri, lihat dalam kurung, tentukan kosong dan sebut “KOSONG”. Kemudian letakkan semula tapak udi diari-ari kanan. 4.7 Tangan kiri tampar pengunci pelepas bol, tangan kanan cekah senjata dua atau tiga kali, jari telunjuk tangan kanan ramas picu. 4.8 Ambil kelopak kosong (pastikan kosong) dan sebut “KOSONG”. Pasangkan semula pada senjata. **sekiranya senjata tanpa kelopak, terus cekah dan sangkut, lihat dalam kurung, cekah dua tiga kali, dan ramas picu. 5. TATACARA PENGGUNAAN SENJATA API; 5.1 Tidak acukan senjata kepada sesiapa walaupun dengan niat bergurau. 5.2 Pastikan kurung “kosong” semasa buat selamat. 5.3 Buat selamat semasa menerima atau menyerahkan senjata di stor atau kepada sesiapa. 5.4 Semasa latihan, tidak gunakan manusia sebagai sasaran.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 45 5.5 Pastikan kunci selamat pada “safe” jika senjata berisi peluru (sedia) atau telah dicekah. 5.6 Tidak gunakan peluru yang telah kemek, rosak atau telah digunakan untuk tujuan latihan. 5.7 Buat selamat sebelum dan selepas buka pasang. 5.8 Buat selamat semasa terima atau serah senjata. 6. MENGENAL BENTUK RUPA SIFAT KELAKUAN 6.1 Bekerja dengan kuasa gas dan disejukkan oleh udara 6.2 Ianya jenis ditembak dari bahu dan boleh ditembak sebutir-butir dan semburan 6.3 Kelopak boleh diisi dengan 20 dan 30 butir peluru yang diperbuat dari aluminium 6.4 Ringan dan mudah dijaga serta mempunyai locking system yang baik 6.5 Keistimewaannya boleh dipasangkan pelancar grenade M203 dan boleh menembak rifle grenade. 7. BUKA PASANG Senjata ini terbahagi kepada 4 kumpulan besar apabila dibuka, iaitu: 7.1 Kelopak 7.2 Kumpulan kerja 7.3 Kumpulan bahagian atas 7.4 Kumpulan bahagian bawah 8. BUKA Kata perintah: “Detail…jalankan buka” Perbuatan:
Modul Latihan Kor Kadet Polis 46 8.1 Buat langkah keselamatan 8.2 Kedudukan melutut, tanggalkan banet jika ada 8.3 Tanggalkan tali sling jika ada 8.4 Tanggalkan kelopak ceraikan jika perlu 8.5 Sengetkan senjata ke kiri, tekan pengunci badan dan patahkan senjata 8.6 Keluarkan bahagian kerja dan ceraikan 8.7 Pisahkan bahagian atas dan bahagian bawah 8.8 Tanggalkan pengadang jika perlu 8.9 Keluarkan buffer dan spring 8.10 Susun komponen yang dibuka dahulu dari kiri ke kanan 8.11 Bangun, lapor senjata selesai dibuka dan senang diri 9. PASANG Kata perintah: “Detail…jalankan pasang” Perbuatan: 9.1 Kedudukan melutut 9.2 Apabila memasang, komponen yang dibuka kemudian di dahulukan dan yang dahulu di kemudiankan 9.3 Sebelum memasang kelopak pada senjata, uji senjata terlebih dahulu untuk memastikan senjata ini boleh digunakan atau tidak 9.4 Bangun, lapor senjata selesai dipasang dan senang diri 10. MENCUCI Mencuci senjata merupakan tanggungjawab kepada semua peringkat anggota untuk menentukan senjata dalam keadaan yang bersih dan boleh digunakan.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 47 10.1 Alatan Mencuci 10.1.1 Batang pencuci 5 kerat 10.1.2 Berus lurus 10.1.3 Berus kurung 10.1.4 Tiub minyak senjata 10.2 Jenis Cucian 10.2.1 Cuci Harian Dilakukan untuk menjaga senjata agar dalam keadaan baik dan bersih.Tempat yang perlu dicuci ialah seperti di bahagian kerja dan kawasan besi yang mudah berkarat. 10.2.2 Cuci Sebelum Menembak Dilakukan sebelum menembak jalankan latihan tembak supaya semua bahagian senjata dikeringkan daripada minyak terutamanya di bahagian dalam laras, di bahagian kerja senjata, bahagian picu dan di bahagian luar senjata yang terdapat minyak. Ini akan mengelakkan daripada gangguan semasa menembak dan mengelakkan dari sebarang kotoran yang akan melekat pada senjata. 10.2.3 Cuci Selepas Tembak Dilakukan untuk membersihkan senjata dari kotoran yang ditinggalkan semasa menembak, seperti di bahagian laras, kurung, bahagian kerja dan di tempat lain yang difikirkan perlu. 11. SELENGGARA SEPENUH Dilakukan kepada senjata yang terkena hujan, pasir, dan lain-lain dimana boleh mengakibatkan mutu tembakan berkurangan. Cucian ini dilakukan dengan menumpukan kepada semua bahagian senjata. Kebiasaannya akan dilakukan oleh pihak Bengkel Senjata.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 48 PELAJARAN 2 1. PERSEDIAAN SENJATA 1.1 Isi / Keluarkan Peluru Keselamatan Peluru i. Tentukan ukuran peluru yang betul digunakan. ii. Tentukan peluru bersih dan tidak berminyak. iii. Jangan gunakan peluru yang rosak. iv. Jangan letakkan peluru di tempat yang panas untuk mengelak dari peluru mengembang. 1 2 Keselamatan kelopak i. Tentukan badan dan bibir kelopak tidak kemek atau berkarat. ii. Tentukan spring kelopak boleh berfungsi dengan baik. iii. Tentukan kelopak tidak berminyak. iv. Tentukan kelopak yang betul digunakan. 1.3 Isi peluru dalam kelopak i. Tangan kiri pegang kelopak. (ibu jari di atas muka kelopak, 4 jari pegang badan kelopak) ii. Bahagian lekuk kelopak menyerong kearah badan. iii. Tangan kanan ambil peluru dan masukkan ke dalam kelopak, tekan sehingga rapat dan melekat di tempatnya. (tentukan buntut peluru rapat ke belakang) iv. Teruskan mengisi sehingga jumlah yang dikehendaki. (jangan melebihi jumlah maksimum kelopak)
Modul Latihan Kor Kadet Polis 49 1.4 Keluarkan peluru dari kelopak i. Pegang kelopak sepertimana isi peluru tetapi bahagian lekuk menghala ke bawah. ii. Keluarkan dahulu sebutir peluru yang di atas sekali. iii. Dengan menggunakan sebutir peluru yang telah dikeluarkan tadi, tekan anak peluru pada peluru yang kedua di dalam kelopak, teruskan perbuatan sehingga peluru habis. 1.5 Isi Peluru i. Definisi – Kelopak penuh berisi peluru terpasang pada senjata, dalam kurung kosong. ii. Perbuatan isi peluru boleh dilakukan dalam keadaan berdiri, melutut, atau meniarap. 2. KEDUDUKAN SENJATA 2.1 Berdiri i. Lambung senjata 60 darjah kehadapan. ii. Lambung senjata 60 darjah kehadapan. iii. Tangan kiri tangkap pengadang tangan, tangan kanan pada penggenggam tangan, jari jari telunjuk di luar picu, udi pada ari-ari sebelah kanan dan dalam masa yang sama kaki kiri selangkah ke hadapan. iv. Pastikan laras sentiasa menghala 60 darjah ke hadapan. v. Tangan kiri ambil kelopak penuh lihat dan sebut “PENUH” pasang pada rumah kelopak (pastikan kelopak terpasang rapat) vi. Tangan kiri kembali ke pengadang tangan.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 50 2.2 Melutut i. Ambil kedudukan melutut, angkat senjata, laras lebih kurang 60 darjah ke hadapan dan letakkan di bahagian atas ari-ari kanan. ii. Pastikan laras sentiasa menghala kehadapan. iii. Tangan kiri ambil kelopak penuh berisi peluru, lihat dan sebut “PENUH” kemudian masukkan ke dalam rumah kelopak. (pastikan kelopak terpasang rapat). iv. Tangan kiri kembali ke pangadang tangan. 2.3 Meniarap i. Ambil kedudukan meniarap. Tangan kanan ambil senjata dan pusingkan ke kiri (lubang rumah kelopak ke kiri) pastikan laras sentiasa menghala ke hadapan. ii. Tangan kiri ambil kelopak yang berisi peluru, lihat dan sebut “PENUH” kemudian masukkan ke dalam rumah kelopak. (pastikan kelopak terpasang rapat pada senjata). iii. Pusingkan semula senjata ke kanan. (kelopak menghala ke kanan @ liang buang ke atas) iv. Letakkan pengadang tangan di atas tapak tangan kiri. 2.4 Kata Perintah: “Detail…satu kelopak isi peluru” dan Perbuatan i. Lambung senjata 60 darjah ke hadapan. ii. Tangan kiri tangkap pengadang tangan, tangan kanan pada penggenggam tangan, jari jari telunjuk di luar picu, udi pada ari-ari sebelah kanan dan dalam masa yang sama kaki kiri selangkah ke hadapan. iii. Tangan kiri buka pouches. iv. Telunjuk tangan kanan tekan pengunci kelopak.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 51 v. Tangan kiri tanggalkan kelopak, dan kepit ditangan kanan. vi. Tangan kiri ambil kelopak penuh lihat dan sebut “PENUH” pasang pada rumah kelopak. ( pastikan kelopak terpasang rapat pada senjata). vii. Tangan kiri ambil kelopak kosong, yang berada di tangan kanan masukan ke dalam pouches dan tutup pouches. viii. Tangan kiri kembali pada pengadang tangan. **Perbuatan sekiranya kelopak kosong terpasang pada senjata. **Sekiranya tiada kelopak, ambil kedudukan dan terus masukkan kelopak yang berisi peluru. **Perbuatan juga bergantung pada kedudukan untuk menembak (berdiri, melutut, atau meniarap) 3. KELUARKAN PELURU DARI SENJATA 3.1 Definisi Mengeluarkan kelopak yang berisi peluru dari senjata dan masukkan semula kelopak kosong pada senjata. 1.2 Perbuatan Buat perbuatan seperti kosongkan senjata **sekiranya tiada kelopak kosong, tidak perlu pasangkan kelopak. 4. SEDIA 4.1 Definisi Kelopak penuh berisi peluru terpasang pada senjata sebutir peluru berada dalam kurung. Sedia adalah satu perbuatan untuk memasukkan sebutir peluru dalam kurung.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 52 4.2 Kata perintah: “Detail…sedia” Pastikan laras sentiasa menghala ke hadapan 4.3 Perbuatan i. Pastikan laras sentiasa ke hadapan ii. Tarik tangkai cekah sepenuhnya ke belakang dan dilepaskan tanpa bantuan. iii. Sekiranya senjata telah dicekah, tampar bahagian kunci selepas bolt menggunakan pepejal tapak kiri untuk melepaskan bahagian kerja ke hadapan. iv. Pastikan kunci selamat pada “SAFE”. v. Tangan kiri kembali ke pengadang tangan. ** Sekiranya kelopak kosong, bahagian kerja tidak akan terlepas ke hadapan. ** Sekiranya kelopak tidak rapat, bahagian kerja tetap akan terlepas ke hadapan TETAPI sebutir peluru tidak akan ke dalam kurung. Kedudukan Jari Di Bahagian Pencekah (Charging Handle)
Modul Latihan Kor Kadet Polis 53 Sebelum Selepas 5. BUAT SELAMAT 5.1 Definisi i. Memasukkan kelopak penuh pada senjata setelah dikeluarkan peluru di atas tujuan tertentu. ii. Buat selamat adalah lanjutan daripada perbuatan keluarkan peluru tetapi setelah keluarkan peluru, kelopak yang sama di pasang semula pada senjata kurung kosong. iii. Buat selamat di lakukan di dalam situasi: Halangan di benteng sasar. Bergerak ke tempat baru. Merempuh halangan.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 54 5.2 Kata Perintah: “Tak Jadi Tembak….Buat Selamat” dan Perbuatan i. Buat seperti perbuatan keluar peluru. ii. Masukkan kelopak yang sama pada senjata, kurung kosong. iii. Bila dapat kata perintah ‘Sedia’ cekah senjata dan kunci selamat. iv. Tunggu arahan selanjutnya. 5.3 Halangan di Benteng Sasar Kata Perintah: “Halangan di Benteng Sasar…..Buat Selamat” dan Perbuatan i. Buat seperti perbuatan keluar peluru. ii. Masukkan kelopak yang sama pada senjata, kurung kosong. iii. Tunggu arahan selanjutnya.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 55 PELAJARAN 3 1. MEMEGANG Memegang merupakan satu faktor yang penting semasa menembak, tanpa pegangan yang baik dan kemas hasil tembakan tidak akan diperolehi dengan baik dan memuaskan. 1.1 Prinsip Pegangan i. Tangan kiri / kanan pada pengadang tangan, letakkan pengadang tangan di atas tulang tapak tangan dan tapak tangan menyerong sedikit. ii. Pegangan jangan terlalu kuat hanya sekadar mengawal bahagian hadapan senjata. iii. Tangan kanan / kiri pada pengenggam. Jari telunjuk diluar picu, pegangan hendaklah kemas dan udi di asak ke bahu. iv. Di dalam kedudukan merusuk pegangan adalah serupa cuma udi dikepit di lengan kanan / kiri, tangan kiri / kanan pada pengadang tangan dalam keadaan lurus atau di bengkokkan sedikit. v. Dalam kedudukan meniarap pegangan adalah serupa. Gunakan siku sebagai kaki dua. 2. MENENANG Untuk mendapatkan hasil tembakan yang baik, seseorang penembak mesti tahu cara-cara menenang yang betul. Untuk tujuan menembak pada jarak 300 meter ke bawah gunakan pejera belakang yang berlubang kecil. Manakala, bagi jarak 300 meter ke atas hendaklah menggunakan lubang yang besar. 2.1 Prinsip Menenang i. Pejam mata yang tidak digunakan. ii. Lihat pejera hadapan melalui lubang pejera belakang dan terus ke sasaran. iii. Letakkan hujung mata pejera hadapan di tengah-tengah lubang pejera