Modul Latihan Kor Kadet Polis 56 iv. Belakang dan terus ke Pusat Titik Tenangan (PTT) di sasaran. v. Pipi tidak di ubah-ubah. vi. Senjata tidak di sengetkan ke kiri atau ke kanan. PUSAT TITIK TENANGAN (PTT) PEJERA HADAPAN PEJERA BELAKANG
Modul Latihan Kor Kadet Polis 57 3. KAWALAN PICU Mengawal picu semasa menembak adalah perkara yang penting, pengawalan picu yang tidak mengikut ciri-ciri tertentu akan mengakibatkan kurang mutu tembakan seseorang itu, maka beberapa prinsip untuk tujuan ini menjadi amalan kepada setiap penembak. 3.1 Prinsip Kawalan Picu i. Senjata dipegang dengan kemas dan jari telunjuk kepada picu. ii. Picu diramas bukan direntap. iii. Tahan nafas dan ramas picu perlahan-lahan hingga terjadi letupan tanpa mengubah kedudukan dan tenangan. iv. Lepaskan picu perlahan-lahan ke hadapan. 4. KAWALAN NAFAS Menarik nafas adalah perkara semula jadi di mana ianya boleh memberi pergerakan kepada badan, kawalan nafas semasa menembak adalah perlu diambil kira. 4.1 Prinsip Kawalan Nafas i. Menahan nafas adalah baik semasa melepaskan nafas kerana tiada paksaan berlaku. ii. Tarik nafas panjang dua atau tiga kali sebelum menenang. iii. Tembakan yang berkesan ialah antara saat yang ke empat hingga saat yang ke enam. iv. Jangan tahan nafas lebih dari tujuh saat, kerana akan menjadi gangguan kepada penembak. 5. KEDUDUKAN MENEMBAK Terdapat beberapa kedudukkan semasa menembak bagi senjata ini:
Modul Latihan Kor Kadet Polis 58 5.1 Berdiri i. Kaki selangkah ke hadapan. (kedudukan selesa ) ii. Kaki kiri ke arah sasaran (bagi penembak kidal adalah sebaliknya). Badan tegak dan menyerong sedikit. iii. Pegangan adalah sama. 5.2 Melutut i. Badan menyerong sedikit ke arah sasaran. ii. Lutut kaki tegak, punggung di atas tumit, kaki kanan, siku tangan kiri di atas lutut kaki kiri (bagi penembak kidal adalah disebaliknya). iii. Pegangan adalah sama.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 59 5.3 Berlutut i. Kedua-dua lutut di atas bumi. ii. Punggung di atas kedua-dua tumit, badan menyerong sedikit ke sasaran. iii. Pegangan adalah sama. 5.4 Duduk i. Dalam keadaan duduk bersila atau lutut tegak. ii. Alaskan kedua-dua siku di atas lutut, badan menyerong sedikit ke sasaran. iii. Pegangan adalah sama. 5.5 Meniarap i. Meniarap serta kaki dibuka dalam keadaan selesa. ii. Kaki kanan lurus ke belakang, kaki kiri pada kedudukan jam 8. (Bagi penembak kidal adalah sebaliknya) iii. Gunakan siku sebagai kaki dua. iv. Pegangan adalah sama.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 60 5.6 Baring mengiring i. Dalam keadaan baring, arahkan badan 90 darjah ke sasaran dan badan mengiring. ii. Kaki bersilang, kaki kanan di atas kaki kiri dalam keadaan selesa. iii. Kepala di angkat sedikit dan lengan kiri dialaskan di tanah dalam keadaan selesa. iv. Pegangan adalah sama.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 61 PELAJARAN 4 1. TINDAKAN SERTA MERTA (TSM) 1.1 Tindakan serta merta ialah satu tindakan yang mesti dikendalikan dengan pantas dan serta merta yang mana hentian yang berlaku tanpa diketahui sebab-sebabnya. 1.2 Hentian adalah sebarang kegagalan atau gangguan yang berlaku pada senjata semasa menembak. 1.3 Jenis-jenis hentian. i. Kelopak kosong ii. Peluru tidak meletup iii. Kelopak tidak rapat iv. Halangan dalam badan 2. KELOPAK KOSONG 2.1 Perbuatan i. Pastikan kunci selamat pada “SAFE” ii. Sengetkan kedudukan senjata ke kiri, lihat dalam kurung. iii. Jika didapati kelopak kosong, tanggalkan kelopak dan gantikan dengan kelopak yang penuh. iv. Lepaskan bahagian kerja. v. Buka kunci selamat. vi. Jalankan tembak. 3. PELURU TIDAK MELETUP 3.1 Cekah, sangkut dan lepaskan semula bahagian kerja (peluru yang tidak meletup akan terkeluar apabila senjata dicekah) 3.2 Terus jalankan tembak (Tidak perlu kunci selamat sebab picu telah diramas).
Modul Latihan Kor Kadet Polis 62 4. KELOPAK TIDAK RAPAT 4.1 Perbuatan i. Rapatkan kelopak. ii. Cekah senjata dan terus jalankan tembak (Tidak perlu kunci selamat sebab picu telah diramas). 5. HALANGAN DALAM BADAN 5.1 Perbuatan i. Kunci selamat pada “SAFE”. (Sekiranya senjata telah dicekah dan picu belum diramas). ii. Tanggalkan kelopak. iii. Buang halangan yang terdapat pada senjata. iv. Masukkan semula kelopak. v. Lepaskan bahagian kerja. vi. Jalankan tembak. 6. LAIN-LAIN HENTIAN Lain-lain hentian adalah merupakan kegagalan atau gangguan yang berlaku kepada senjata semasa menembak di mana pengendalianya akan memakan masa yang lama dan memerlukan tindakan lanjut dari Bengkel Senjata. Contoh hentian yang berlaku adalah seperti berikut: 6.1 Pin peletup patah 6.2 Pencengkam rosak (Extractor) 6.3 Penolak rosak (Ejector) 6.4 Susah cekah 6.5 Cekah dan sangkut
Modul Latihan Kor Kadet Polis 63 PELAJARAN 4 1. ACARA MENEMBAK 1: 1.1 Tembak Kumpulan – (Masa Sendiri) Kedudukan Meniarap – 1 kelopak (5 butir) 1.2 Tembak Permintaan – (Masa Sendiri) Kedudukan Meniarap – 1 kelopak (5 butir) 2. ACARA MENEMBAK 2 2.1 Tembak Kumpulan – (Masa Sendiri) Kedudukan Meniarap – 1 kelopak (5 butir) 2.2 Tembak Permintaan – (Masa Sendiri) Kedudukan Meniarap – 1 kelopak (5 butir) Kedudukan Melutut – 1 kelopak (5 butir) 3. ACARA MENEMBAK 3 3.1 Tembak Kumpulan – (Masa Sendiri) Kedudukan Meniarap – 1 kelopak (5 butir) 3.2 Tembak Permintaan – (Masa Sendiri) Kedudukan Berdiri – 1 kelopak (5 butir) Kedudukan Meniarap – 1 kelopak (5 butir) Kedudukan Melutut – 1 kelopak (5 butir)
Modul Latihan Kor Kadet Polis 64 REVOLVER .38 INC SPECIAL PELAJARAN 1 1. LANGKAH KESELAMATAN Tujuan langkah keselamatan ialah untuk memastikan sebarang senjata yang akan digunakan sama ada untuk tujuan latihan atau sebaliknya berada dalam keadaan yang selamat iaitu tiada peluru dalam kurung dengan menggunakan cara-cara dan kaedah yang tertentu. Bahagianbahagian yang terlibat dengan langkah keselamatan. Penggenggam Picu Pengunci silinder Pengetuk Silinder Penolak 1.1 Kata Perintah: “Untuk keselamatan….....kosongkan senjata” Perbuatan: i. Kedudukan senang diri. ii. Tangan kanan keluarkan senjata daripada sarung dan laras menjunam 45 darjah ke bawah. iii. Untuk latihan tembak operasi asas, senjata hendaklah di bawa ke hadapan dada dan laras hendaklah sentiasa menghala ke hadapan. iv. Ibu jari tangan kanan tolak pengunci silinder ke hadapan dan tangan kiri (gunakan jari hantu dan jari manis) keluarkan silinder dari rumah silinder dengan cara menolak dari kanan ke kiri melalui bawah senjata. v. Baringkan senjata di atas tapak tangan kiri dengan jari hantu dan jari manis berada di dalam lubang rumah silinder. vi. Lihat dalam lubang silinder (pastikan kosong) dan sebut “KOSONG”. vii. Dengan menggunakan ibu jari tangan kiri, rapatkan semula silinder ke rumah silinder.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 65 viii. Masukan semula senjata ke dalam sarung dan sebut “HOLSTER” kemudian pandang ke hadapan semula. 2. TATACARA PENGGUNAAN SENJATA; 2.1 Tidak acukan senjata kepada sesiapa walaupun dengan niat bergurau. 2.2 Pastikan silinder kosong semasa buat selamat. 2.3 Buat selamat semasa menerima atau menyerahkan senjata di stor atau kepada sesiapa. 2.4 Semasa latihan, tidak gunakan manusia sebagai sasaran. 2.5 Tidak gunakan peluru yang telah ditembak untuk latihan senjata. 2.6 Apabila membawa senjata, tentukan bersarung dan bertali. 2.7 Buat selamat sebelum dan selepas buka pasang. 3. MENGENAL BENTUK RUPA Boleh diisi dengan 5 butir peluru bagi laras 2 inci (50.8mm) dan 3 inci (76.2mm) dan 6 butir peluru bagi laras 4 inci (101.6mm)
Modul Latihan Kor Kadet Polis 66 3.1 Sifat Kelakuan i. Menggunakan silinder boleh diisi dengan 5 dan 6 butir peluru yang berpusing dari kanan ke kiri. ii. Boleh ditembak dengan cara cekah (single action) dan tanpa cekah (double action). iii. Keputusan menembak ke sasaran mengejut dan bergerak di jarak dekat (sesuai digunakan untuk pertempuran jarak dekat). iv. Pejera jenis tetap tanpa boleh digerakkan atau dilaras. v. Ringan dan mudah disembunyikan. vi. Boleh dipercayai dari segi keselamatan, hentian yang jarang berlaku (jika berlaku disebabkan peluru habis). 3.2 Membuka dan memasang Bagi senjata ini tiada peraturan untuk membuka dan memasang, jika ada hanya tindakan bengkel senjata (AMRA). 3.3 Mencuci Sungguhpun senjata ini tidak banyak pengendalian dari segi membuka dan memasang, tetapi untuk menjaga kebersihan dan mutu tembakan yang baik perlulah dicuci sebagaimana peraturan mencuci senjata lain. 3.4 Alat Cucian i. Batang pencuci ii. Berus laras iii. Kain pencuci iv. Minyak senjata 3.5 Jenis Cucian Cuci harian – Dilakukan untuk menjaga senjata supaya sentiasa dalam keadaan yang baik dan bersih. Tempat yang perlu dicuci ialah di mana tempat yang terdapat besi di bahagian luar dan dalam laras.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 67 PELAJARAN 2 1. ISI / KELUARKAN PELURU Keselamatan Peluru • Tentukan ukuran / saiz peluru yang betul digunakan. • Tentukan peluru bersih dan tidak berminyak. • Tidak digunakan peluru yang telah rosak, kemek atau berkarat. • Tidak diletakkan peluru di tempat yang panas untuk mengelakkan dari mengembang. 1.1 Isi peluru Kata Perintah: “Detail…..6 butir isi…peluru” Perbuatan: i. Keluarkan senjata dari holster, laras menghala 45 darjah ke bumi. ii. Ibu jari tangan kanan tolak pengunci silinder, tangan kiri keluarkan silinder melalui bawah senjata. iii. Tangan kanan si peluru dalam silinder. iv. Simpan semula senjata dalam holster.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 68 1.2 Cekah i. Perbuatan mencekah ini dilakukan apabila kata perintah “Sasaran Hadapan / tiupan wisel” diberi. ii. Cara mencekah Tangan yang memegang senjata diluruskan ke hadapan, ibu jari di atas pengetuk, jari telunjuk lurus di luar picu. Sengetkan senjata ke kiri / kanan, ibu jari tarik pengetuk ke belakang hingga terjadi cekah, kemudian luruskan senjata ke sasaran. 1.3 Lepaskan cekah Apabila terjadinya cekah, tetapi tidak mahu menembak hendaklah dibuat lepaskan cekah dan slip round. 1.3.1 Cara-cara melepaskan cekah: i. Dengan ibu jari tangan kanan / kiri tekan dan tahan pengetuk, jari telunjuk ramas picu dalam masa yang sama lepaskan pengetuk perlahan-lahan sehingga rapat semula ke tempat asalnya. ii. Melepaskan pengetuk dengan kuat boleh terjadinya tembakan (peluru meletup) tindakan melepaskan cekah ini mestilah dilakukan dengan penuh cermat dan berhati-hati dan laras sentiasa menghala ke sasaran. 1.3.2 Slip round i. Apabila senjata sudah dicekah, silinder akan turut berpusing, oleh itu apabila sudah melepaskan cekah, silinder hendaklah dibuka dan pusingkan semula silinder kedudukan asalnya (Sekiranya tembakan telah dijalankan). ii. Tentukan kedudukan peluru yang akan ditembak berada di kanan senjata (kedudukan jam 2). 2. KELUARKAN PELURU Kata perintah: “Tak jadi menembak…… Keluarkan peluru” Perbuatan:
Modul Latihan Kor Kadet Polis 69 2.1. Kedudukkan senang diri, bawa senjata laras 45 darjah ke bumi. 2.2. Ibu jari kanan tolak pengunci silinder, tangan kiri tolak selinder keluar melalui 2.3. bawah senjata. 2.4. Angkat laras 90 darjah ke atas, ibu jari tangan kiri tolak penolak ke bawah. 2.5. Tangan kanan pegang pengenggam dan tangan kiri rapatkan silinder semula. 2.6. Holster. ** Adalah wajib untuk menekan / menolak penolak @ ejector ke bawah untuk memastikan ke semua peluru atau kelongsong peluru dikeluarkan daripada silinder. 3. BUAT SELAMAT 3.1 Buat selamat adalah bertujuan berhenti tembak atau tidak jadi menembak ini memerlukan tindakan berhati-hati oleh penembak. Kebiasaanya situasi ini boleh berlaku dalam 3 keadaan iaitu; i. Halangan di benteng sasar ii. Bergerak ke tempat baru iii. Merempuh halangan 3.2 Bagi penembak yang telah membuat cekahan kepada pengetuk, penembak HENDAKLAH melepaskan pengetuk dengan cara melepaskan cekah terlebih dahulu melalui cara; i. Ibu jari tangan kanan / kiri tekan dan tahan pengetuk, jari telunjuk ramas picu dalam masa yang sama lepaskan pengetuk perlahan-lahan sehingga rapat semula ke tempat asal.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 70 ii. Melepaskan pengetuk dengan kuat boleh menyebabkan berlakunya tembakan (peluru meletup). Tindakan melepaskan cekah ini mestilah dilakukan dengan penuh cermat dan berhati-hati dan laras sentiasa menghalakan ke sasaran. iii. Bagi penembak yang tidak / belum membuat cekahan kepada pengetuk akan membuat tindakan seterusnya. iv. Holster.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 71 PELAJARAN 3 1. MEMEGANG / PEGANGAN Memegang merupakan satu factor yang penting semasa menembak. Tanpa pegangan yang baik dan kemas hasil tembakan tidak akan diperolehi dengan baik dan memuaskan. Terdapat dua cara pegangan iaitu; 1.1 Sebelah tangan Senjata di pegang dengan tiga jari iaitu jari hantu, jari kelingking dan jari manis serta himpitan perut ibu jari dan jari telunjuk lurus ke sasaran. 1.2 Dua tangan Untuk menembak menggunakan dua tangan, asakkan jari tangan kiri / kanan ke tangan kanan / kiri. Bagi penembak kidal, pegangan adalah sebaliknya. 2. MENENANG Untuk mendapatkan hasil tembakan yang baik, seseorang itu mestilah tahu cara menenang yang betul dan berperaturan. Oleh yang demikian prinsip ini HARUS dipraktikkan dengan sempurna. 2.1 Prinsip menenang 2.1.1 Pejam mata tidak digunakan, Tujuan menembak menggunakan kedua-dua mata, kedua-dua mata angkat senjata dan tentukan kedudukan pejera berada di tengah antara ke dua-dua mata. 2.1.2 Lihat pejera hadapan melalui lurah pejera belakang dan terus ke sasaran.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 72 2.1.3 Letakkan mata pejera hadapan di tengah-tengah lurah pejera belakang dan terus ke Pusat Titik Tenangan (PTT) di sasaran. 2.1.4 Paraskan hujung mata pejera hadapan bersama kedua-dua hujung lurah pejera belakang. 2.1.5 Senjata tidak disengetkan ke kiri / ke kanan.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 73 2.2 Kesalahan semasa menenang Mata penjera hadapan tinggi daripada hujung lurah pejera belakang Mata pejera hadapan rendah daripada hujung lurah pejera belakang. Mata pejera hadapan rapat ke kiri di hujung lurah pejera belakang Mata pejera hadapan rapat ke kanan di hujung lurah pejera di belakang.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 74 3. MENGAWAL PICU Mengawal picu semasa menembak adalah perkara yang penting. Pengawalan picu yang tidak mengikut ciri-ciri tertentu akan menyebabkan tembakan tersasar, maka beberapa prinsip kawalan picu perlu menjadi amalan kepada setiap penembak. 3.1 Prinsip Kawalan Picu 3.1.1 Senjata dipegang dengan kemas dan jari telunjuk kepada picu. 3.1.2 Picu diramas bukan direntap. 3.1.3 Ambil ramasan pertama pada picu sebelum menenang. 3.1.4 Tahan nafas dan ramas picu perlahan-lahan hingga terjadi letupan tanpa mengubah kedudukan dan tenangan. 3.1.5 Buka kedua-dua mata dan tahan sebentar. 3.1.6 Lepaskan picu perlahan-lahan ke hadapan. 3.2 Kawalan Nafas Menarik nafas adalah perkara semula jadi, ianya boleh memberi pergerakan kepada badan. Kawalan nafas semasa menembak adalah penting. 3.2.1 Prinsip Kawalan Nafas i. Menahan nafas adalah baik semasa melepaskan nafas kerana tiada paksaan berlaku. ii. Tarik nafas panjang dua atau tiga kali sebelum menenang. iii. Tembakan yang berkesan ialah antara saat yang ke empat hingga saat yang ke enam. iv. Jangan tahan nafas lebih dari tujuh saat, kerana ini akan menjadi gangguan kepada penembak. 3.3 Kesalahan-kesalahan semasa meramas picu dan mengawal nafas 3.3.1 Kebiasaannya, semasa ramasan dibuat dengan tenangan, penembak tidak memastikan kedudukan mata pejera hadapan sentiasa berada di tengah-
Modul Latihan Kor Kadet Polis 75 tengah dan separas dengan kedua-dua hujung lurah pejera belakang sehingga peluru meletup. 3.3.2 Penembak merentap picu. 3.3.3 Menutup kedua-dua mata pada akhir ramasan dan semasa berlakunya letupan. 3.3.4 Tidak mengunci pergelangan tangan. 3.3.5 Menahan nafas terlalu lama untuk menembak sebutir peluru. Perbuatan ini akan menyebabkan kedudukan penembak tidak stabil dan penglihatan menjadi kabur. 3.3.6 Penembak menetapkan bila peluru akan meletup dengan memaksa tembakan. Ini akan menyebabkan tumpuan tenangan akan terganggu dan merosakkan pegangan. 3.3.7 Tidak mengikut prinsip menenang yang betul. 4. CARA TEMBAK – RAMASAN RINGAN (SINGLE ACTION) Dengan mencekah pengetuk ke belakang sebelum menembak adalah dipanggil RAMASAN RINGAN. Ini bertujuan bagi meringankan ramasan picu kerana pengetuk yang dicekah ke belakang akan menjadikan picu membuat separuh perjalanan ke belakang. 4.1 Ramasan Berat (Double Action) 4.1.1 Menembak tanpa mencekah adalah dipanggil RAMASAN BERAT, kerana akan tercekah melalui tolakan picu yang diramas dari kedudukan asalnya.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 76 4.1.2 Ramasan berat dibuat kepada tindakan yang memerlukan kepantasan dan sasaran yang bergerak dan tidak memerlukan tenangan. 4.2 Kedudukan menembak Terdapat beberapa kedudukan semasa menembak bagi senjata ini. 4.2.1 Berdiri sebelah tangan i. Tangan kanan pegang senjata menghala ke sasaran, tangan kiri letak didada kanan dalam keadaan tapak tangan terbuka. ii. Dalam keadaan badan menghadap ke sasaran, buka kedua kaki seluas bahu (selesa). iii. Dalam keadaan badan mengereng, kaki kanan bawa ke hadapan sedikit (selesa). 4.2.2 Berdiri dua tangan (Combat Stand) i. Berhadapan secara bertentangan dengan ancaman.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 77 ii. Kaki dibuka seluas bahu. iii. Tangan dihunus lurus ke hadapan. iv. Siku boleh diluruskan atau di bengkokkan sedikit. 4.2.3 Weaver Stand i. Berhadapan dengan badan serong 30 ke 45 darjah dari sasaran. ii. Kaki dibuka seluas bahu, hujung kaki dan tangan sokongan ke arah sasaran. iii. Hujung kaki utama 45 darjah dari sasaran. iv. Tangan utama dihunus ke hadapan. v. Siku tangan sokongan bengkok dengan hujung siku menunjuk ke permukaan.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 78 4.2.4 Melutut i. Badan menyerong sedikit ke arah sasaran. ii. Lutut kaki kiri tegak, punggung di atas tumit kaki kanan, siku tangan kiri di atas lutut kaki kiri. (Bagi penembak kidal adalah sebaliknya) iii. Pegangan adalah sama. 4.2.5 Berlutut i. Kedua-dua lutut di atas bumi. ii. Punggung di atas kedua-dua tumit, badan menyerong sedikit ke sasaran. iii. Pegangan adalah sama. Melutut Berlutut 4.2.6 Meniarap i. Meniarap serta kaki dibuka dalam keadaan selesa. ii. Kaki kanan lurus ke belakang, kaki kiri pada kedudukan jam 8. (bagi penembak kidal adalah sebaliknya). iii. Gunakan siku sebagai kaki dua. iv. Pegangan adalah sama.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 79 PELAJARAN 4 1. TINDAKAN SERTA MERTA (T.S.M) Tindakan serta merta ialah satu tindakan yang mesti dikendalikan dengan pantas dan serta merta apabila berlaku hentian pada senjata tanpa mengetahui puncanya. Jenis Hentian T.S.M Peluru tidak meletup Cekah sekali lagi dan jalankan tembak. Peluru habis Keluarkan silinder dan gantikan peluru yang lain. Rapatkan semula silinder dan jalankan tembak. Silinder tidak berpusing Keluarkan silinder. Cuba pusingkan silinder kemudian rapatkan semula silinder dan jalankan tembak. 2. LAIN-LAIN HENTIAN Sebab Hentian Tindakan Pin peletup patah Hantar ke stor senjata (AMRA) Penolak rosak Hantar ke stor senjata (AMRA) Silinder kotor Cuci senjata dengan bersih dan jalankan tembak. 3. LATIHAN MENEMBAK Jumlah Peluru 22 Butir Peluru 2 Butir untuk panas laras 20 Butir untuk tembak permintaan Jarak 10 Meter 3.1 Acara Menembak 1 3.1.1 Menembak berdiri (Masa sendiri) i. Sebelah tangan - 5 butir ii. Dua tangan - 5 butir
Modul Latihan Kor Kadet Polis 80 3.1.2 Melutut (Masa sendiri) i. Dua tangan - 5 butir 3.1.3 Meniarap (Masa sendiri) i. Dua tangan - 5 butir 3.2 Acara Menembak 2 3.2.1 Berdiri (Masa sendiri) i. Dua tangan - 10 butir 3.2.2 Melutut (masa sendiri) i. Dua tangan - 10 butir 4. CONTOH PELAKSANAAN ACARA MENEMBAK 2 4.1 Kata perintah: “Detail…6 butir isi peluru” Perbuatan: 4.1.1 Keluarkan senjata dari holster dan buat perbuatan “Isi Peluru”. Setelah penuh 6 butir, sebut “PENUH”. 4.1.2 Senjata berada di hadapan dada, jari telunjuk diluar picu. Tunggu arahan seterusnya. 4.2 Kata perintah: “Detail...tembak dalam 2 kedudukan...tukar peluru tanpa perintah. Sasaran hadapan...siap…(tiupan wisel)” Perbuatan: 4.2.1 Apabila mendapat kata perintah “sasaran hadapan”, hunus senjata ke hadapan dan cekah senjata. Rangkumkan prinsip pegangan, tenangan, kawalan picu, dan kawalan nafas untuk menghasilkan satu tembakan.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 81 4.2.2 Rangkuman prinsip pegangan, tenangan, kawalan picu, dan nafas ini perlu diamalkan pada setiap tembakan untuk mendapatkan hasil tembakan yang baik. 4.2.3 Setelah 6 butir peluru pertama habis (berdiri sebelah tangan), keluarkan peluru dan isi semula 6 butir yang kedua (berdiri dua tangan). 4.2.4 Setelah isi, terus jalankan tembak sehingga 6 butir yang kedua habis. 4.2.5 Seterusnya, keluarkan peluru dan isi semula 5 butir peluru (melutut / berlutut) – pastikan slip round berada ditempat yang betul. Kemudian ambil kedudukan melutut / berlutut dan jalankan tembak sehingga habis 5 butir. 4.2.6 Setelah habis 5 butir yang pertama, keluarkan peluru (dalam keadaan melutut/berlutut) dan isi semula 5 butir yang terakhir dan terus jalankan tembak sehingga selesai. 4.2.7 Setelah selesai, buat langkah keselamatan (melutut/berdiri). Kemudian holster. 4.2.8 Berdiri undur 1 langkah ke belakang dan tunggu arahan selanjutnya.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 82 LAMPIRAN B3 MODUL 2 LATIHAN LUAR MODUL 2.3 – LATIHAN JASMANI LATIHAN JASMANI – MARA LASAK 1. PENDAHULUAN Kekuatan fizikal dan mental merupakan elemen penting yang perlu ada bagi setiap Kor Kadet Polis. Latihan Mara Lasak merupakan salah satu latihan yang dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan fizikal dan mental Kor Kadet Polis. 2. OBJEKTIF LATIHAN 2.1 Meningkatkan kekuatan dan ketahanan mental dan fizikal serta menguatkan moral Kor Kadet Polis. 2.2 Memupuk semangat setiakawan dan kerjasama supaya dapat menghabiskan latihan dalam satu kumpulan. 2.3 Meningkatkan keazaman dan semangat jati diri 2.4 Mewujudkan persaingan dikalangan Kor Kadet Polis ataupun platun / kumpulan untuk berjaya. 3. JARAK / PEMILIHAN LALUAN 3.1 Jarak laluan 3.1.1 Lelaki - Jarak 5 km 3.1.2 Wanita - Jarak 3 km
Modul Latihan Kor Kadet Polis 83 3.2 Guru Kadet / jurulatih perlu merancang, menilai dan memilih laluan latihan berdasarkan faktor-faktor berikut :- 3.2.1 Keselamatan dan kesibukan jalanraya. 3.2.2 Kemudahan mengawal latihan. 3.2.3 Tempat berkumpul yang selamat dan bersesuaian 4. MASA LATIHAN Mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan oleh pengurusan sekolah. 5. PENGENDALIAN Latihan ini dikendalikan oleh Guru Kadet / jurulatih dari tempat permulaan hinggalah ke garisan penamat. Guru Kadet / jurulatih dikehendaki berjalan bersama-sama Kor Kadet Polis sepanjang masa latihan dijalankan. Guru Kadet / jurulatih adalah bertanggungjawab dalam hal-hal keselamatan keseluruhannya dan penyelarasan tertentu. 6. PERLAKSANAAN LATIHAN 6.1. Anggota Kor Kadet Polis berkumpul di kawasan yang telah ditetapkan dan taklimat perlaksanaan latihan dan keselamatan akan disampaikan oleh Guru Kadet / jurulatih. 6.2. Selesai penyampaian taklimat, semua bergerak ke tempat permulaan pelepasan mara lasak mengikut platun / kumpulan masing-masing. ( 15 orang – 20 orang bagi setiap platun / kumpulan ) 6.3. Senaman regangan perlu dibuat sebelum memulakan latihan mara lasak. 6.4. Permulaan dan jarak masa pelepasan antara platun/kumpulan bergantung pada jumlah keseluruhan platun/kumpulan. Jarak masa pelepasan setiap platun/kumpulan yang sesuai adalah 5 minit. 6.5. Anggota Kor Kadet Polis dibenarkan membantu anggota yang lemah di dalam platun/kumpulan. 6.6. Platun/kumpulan dikehendaki berjalan / berlari di bahu kiri jalan.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 84 6.7. Tidak dibenarkan berhenti rehat sama ada secara individu atau berkumpulan kecuali atas sebab-sebab keselamatan atau kebenaran oleh Guru Kadet / jurulatih. 6.8. Catatan masa diambil setelah individu terakhir dalam platun / kumpulan sampai ke garisan penamat. 6.9. Semua Kor Kadet Polis hendaklah menjaga disiplin sepanjang latihan dijalankan. 6.10. Guru Kadet / jurulatih dikehendaki mengawal lalu lintas untuk menentukan keselamatan Kor Kadet Polis terjamin. 7. PAKAIAN DAN KELENGKAPAN 7.1 Pakaian anggota Kor Kadet Polis adalah seperti berikut :- 7.1.1 T-Shirt 7.1.2 Seluar Tracksuit 7.1.3 Kasut Sukan 7.2 Lain-lain kelengkapan 7.2.1 Jam Randik 7.2.2 Wisel 8. KLASIFIKASI Jarak Masa Dikehendaki 5 Km 40 Minit 3 Km 25 Minit
Modul Latihan Kor Kadet Polis 85 LATIHAN JASMANI (RENTAS HALANGAN) 1. PENDAHULUAN Kekuatan fizikal dan mental merupakan elemen penting yang perlu ada bagi setiap Kor Kadet Polis. Latihan Rentas Halangan merupakan salah satu latihan yang dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan fizikal dan mental Kor Kadet Polis. 2. OBJEKTIF LATIHAN 2.1 Menguji kemampuan dan kekuatan jasmani anggota Kor Kadet Polis. 2.2 Memupuk semangat setiakawan dan kerjasama dalam satu kumpulan. 2.3 Membina keyakinan kepada diri dalam merentas halangan yang sukar. 2.4 Meningkatkan keazaman dan semangat jati diri. 3. PEMILIHAN HALANGAN 3.1 Guru Kadet/jurulatih perlu memilih kesesuaian halangan bagi perlaksanaan latihan ini. 3.2 Mampu dilaksanakan oleh Kor Kadet Polis 3.3 Halangan yang tidak berisiko dan tidak mendatangkan kecederaan kepada Kor Kadet Polis. 4. MASA LATIHAN Mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. 5. PENGENDALIAN Latihan ini adalah dikendalikan oleh Guru Kadet/jurulatih yang bertanggungjawab dalam hal-hal keselamatan keseluruhannya dan penyelarasan tertentu. 6. PERLAKSANAAN LATIHAN 6.1 Anggota Kor Kadet Polis ditaklimat berkenaan perlaksanaan latihan dan keselamatan yang akan disampaikan oleh Guru Kadet / jurulatih.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 86 6.2 Selesai penyampaian taklimat, anggota Kor Kadet Polis bergerak ke kawasan latihan rentas halangan untuk melihat demonstrasi perlaksanaan di setiap halangan. 6.3 Anggota Kor Kadet Polis akan melaksanakan senaman regangan sebelum bermula latihan rentas halangan. 6.4 Latihan rentas halangan dilaksanakan secara berkumpulan ( 5 hingga 7 orang bagi setiap kumpulan ) 6.5 Setiap kumpulan akan dilepaskan di permulaan dan akan melaksanakan setiap halangan yang ada hingga ke garisan penamat. Contoh perlaksanaan halangan seperti di Lampiran. 6.6 Anggota Kor Kadet Polis dibenarkan membantu anggota yang lemah di dalam kumpulan masing-masing. 6.7 Catatan masa diambil setelah individu terakhir kumpulan sampai ke garisan penamat. 7. PAKAIAN DAN KELENGKAPAN 7.1 Pakaian Kor Kadet Polis adalah seperti berikut :- 7.1.1. T-Shirt 7.1.2. Seluar Tracksuit 7.1.3. Kasut Sukan 7.2 Lain-lain kelengkapan 7.1.1. Jam Randik 7.1.2. Wisel 8. KLASIFIKASI Klasifikasi catatan masa bergantung kepada litar rentas halangan yang digunakan. Terdapat beberapa contoh perlaksanaan latihan rentas halangan seperti berikut:
Modul Latihan Kor Kadet Polis 87 8.1 Halangan 1 - Tangga Kambing 8.1.1. Menaiki bahagian hadapan tangga dan kemudian turun di bahagian belakang. Peserta dikehendaki melepasi halangan ini dengan memijak anak tangga hingga melepasi anak tangga terakhir. 8.1.2. Peserta boleh melangkau lebih dari satu anak tangga tetapi tidak dibenarkan memegang anak tangga. 8.1.3. Peserta dikehendaki mengulangi semula jika terjatuh Halangan Tangga Kambing 8.2 Halangan 2 – Tembok 8.2.1. Peserta perlu naik ke atas tembok melalui bahagian hadapan dan turun di sebelah belakang tembok. 8.2.2. Peserta dibenarkan membantu rakan-rakan sepasukan semasa memanjat tembok halangan ini Halangan Tembok
Modul Latihan Kor Kadet Polis 88 8.3 Halangan 3 – Bergayut 8.3.1. Peserta hendaklah bergayut pada palang besi untuk membolehkan mereka bergerak ke hadapan (boleh melangkau lebih dari satu palang besi). 8.3.2. Peserta dikehendaki menghayun badan bergayut dari satu palang kayu ke satu palang kayu hingga ke hujung. Halangan Bergayut 8.4 Halangan 4 – Mendaki Bukit 8.4.1. Peserta dikehendaki mendaki bukit sehingga ke point yang ditetapkan 8.4.2. Tali ada disediakan, peserta boleh mengguna atau tidak menggunakan tali tersebut. Halangan Bergayut
Modul Latihan Kor Kadet Polis 89 8.5 Halangan 5 – Titi Sebatang 8.5.1 Peserta dikehendaki melepasi halangan ini dengan meniti di atas titi sebatang dan turun di hujung yang lain. Halangan Titi Sebatang 8.6 Halangan 6 – Titi Gantung 8.6.1 Peserta dikehendaki melepasi halangan ini dengan memijak kayu di halangan dari mula hingga ke hujung. 8.6.2 Sekiranya terjatuh, peserta dikehendaki mengulangi semula Halangan Titi Gantung
Modul Latihan Kor Kadet Polis 90 LATIHAN JASMANI -LATIHAN LITAR 1. PENDAHULUAN Kekuatan fizikal dan mental merupakan elemen penting yang perlu ada bagi setiap anggota Kor Kadet Polis. Latihan litar merupakan salah satu latihan yang dapat menguji kekuatan fizikal anggota Kor Kadet Polis. 2. OBJEKTIF LATIHAN 2.1 Meningkatkan kekuatan fizikal Kor Kadet Polis 2.2 Menguji dan menilai kekuatan fizikal 2.3 Menggerakkan semua otot-otot keseluruhan badan supaya menjadi sihat dan kuat. 3. KAWASAN LATIHAN Latihan litar ini boleh dilaksanakan di kawasan lapang seperti di padang bola, gelanggang futsal, padang kawad dan lain-lain kawasan yang sesuai. 4. MASA LATIHAN Mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. 5. PENGENDALIAN Latihan ini akan dikendalikan oleh Guru Kadet / jurulatih. Latihan ini hendaklah dikendalikan mengikut peraturan seperti berikut:- 5.1 Seorang Guru Kadet / jurulatih berada di tengah-tengah kawasan latihan untuk memberi arahan dan kawalan bagi menentukan masa latihan di litar / point yang telah ditetapkan. 5.1 Seorang Guru Kadet / jurulatih akan mengawasi dan menentukan latihan dilaksanakan dengan betul dan mengikut peraturan.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 91 6. PERLAKSANAAN LATIHAN 6.1 Anggota Kor Kadet Polis berkumpul di kawasan yang telah ditetapkan dan taklimat perlaksanaan latihan akan disampaikan oleh Guru Kadet / Jurulatih. 6.2 Guru Kadet / jurulatih akan menunjukkan cara perlaksanaan latihan ini dijalankan dengan betul dan berperaturan. 6.3 Jenis-jenis latihan litar 6.3.1 Latihan Litar No.1 – Tekan Tubi Buat perbuatan tekan tubi. Naikkan badan ke atas dan turun semula dikirakan 1. 6.3.2 Latihan Litar No.2 – Kangkang Katup ( Separuh ) Buat perbuatan kangkang katup. Kaki rapat kedua tangan disisi. Kedua kaki buka kedua tangan didepa separas bahu. 6.3.3 Latihan Litar No.3 – Bangkit Tubi (Sit-Up) Kedudukan duduk kedua kaki bengkok, kedua tangan berada di belakang kepala. Turunkan badan ke bawah dan naik semula dikirakan 1. 6.3.4 Latihan Litar No.4 – Burpees Dari kedudukan berdiri, ambil kedudukan siap tekan tubi dan berdiri tegak semula dikirakan 1. 6.3.5 Latihan Litar No.5 – Lari ulang alik (jarak 4 meter) Lari ulang alik ke jarak yang telah ditetapkan ( Jarak 4 meter ). Larian jarak 4 meter dikirakan 1.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 92 6.3.6 Latihan Litar No.6 – Plank Jumping Jack Kedudukan tekan tubi, buka kedua kaki dan rapat semula dikirakan 1. 6.4. Anggota Kor Kadet Polis akan melaksanakan senaman regangan sebelum bermula latihan litar. 6.5. Setiap litar akan ditempatkan Kor Kadet Polis secara berpasangan. 1 Kor Kadet Polis melaksanakan latihan dan 1 Kor Kadet Polis sebagai pencatat markah (berpasangan). 6.6. Guru Kadet / jurulatih akan meniup wisel yang pertama bermulanya ujian latihan litar (20 saat perlaksanaan latihan bagi setiap litar), tiupan wisel kedua menandakan ‘BERHENTI’. Dalam masa 5 saat Kor Kadet Polis berlari ke litar seterusnya. Latihan ini akan berjalan terus tanpa berhenti rehat sehingga selesai melakukan semua senaman di litar terakhir. 7. PAKAIAN DAN KELENGKAPAN 7.1 Pakaian Kor Kadet Polis adalah seperti berikut :- 7.1.1. T-Shirt 7.1.2. Seluar Tracksuit 7.1.3. Kasut Sukan 7.2 Lain-lain kelengkapan 7.2.1. Jam Randik 7.2.2. Wisel 7.2.3. Kon 8. KLASIFIKASI Jantina Jumlah Dikehendaki Lelaki 85 wanita 75
Modul Latihan Kor Kadet Polis 93 LAMPIRAN C1 MODUL 3 UNDANG-UNDANG DAN PENCEGAHAN JENAYAH MODUL 3.1 – PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG 1. PENDAHULUAN Undang-undang dan peraturan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Hampir setiap tindakan manusia melibatkan pengaruh undang-undang dan peraturan. Fitrah kemanusian yang tidak boleh hidup bersendirian tetapi memerlukan kepada hubungan kemasyarakatan. Keperluan manusia kian meningkat dan tidak sekadar berkaitan dengan makanan pakaian dan perlindungan. Tuntutan hidup manusia ini meliputi, pendidikan, rekreasi dan taraf hidup yang lebih baik. Kehidupan bermasyarakat semestinya melibatkan interaksi sosial dan ini semestinya mewujudkan nilai-nilai yang boleh diterima dan yang tidak boleh diterima. Pertikaian antara kepentingan pula memerlukan kepada jalan penyelesaian. Perkembangan ini telah mewujudkan adat dan amalan yang berfungsi untuk mengawal aktiviti masyarakat. Beberapa adat dan amalan ini telah diberikan status undang-undang melalui proses tertentu yang diiktiraf oleh sesebuah masyarakat. 2. MAKSUD UNDANG-UNDANG Undang-undang merupakan satu peraturan atau kaedah yang dibuat oleh suatu badan perundangan yang dikenakan ke atas rakyat negara berkenaan atau sekumpulan orang dan dikuatkuasakan melalui badan penguatkuasaan tertentu dan keengganan mematuhi undangundang berkenaan akan membawa kepada hukuman.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 94 3. TUJUAN PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG DAN KEWAJARANNYA. Pelaksanaan undang-undang bertujuan untuk mencapai keadilan, keharmonian dan ketenteraman dalam kehidupan masyarakat. Walau apa jua undang-undang yang dilaksanakan di sesebuah negara, matlamatnya adalah untuk mewujudkan keadilan. Secara umumnya terdapat tiga tujuan utama undang-undang diwujudkan. 3.1 Untuk memberi dan mengiktiraf hak kepada seseorang. 3.2 Untuk melindungi hak tersebut. 3.3 Memberi ketenteraman dan keharmonian masyarakat. 4. SUMBER UNDANG- UNDANG 4.1 Undang-Undang Bertulis Undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri 4.1.1 Perlembagaan Persekutuan Merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. Mana-mana yang dibuat tidak selari atau bertentangan dengannya dianggap tidak sah. Terdapat 183 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan raja-raja Melayu dan hak orang Melayu, soal bahasa Melayu, agama, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya. 4.1.2 Perlembagaan Negeri Hasil daripada perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia. Perkara 71 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan persekutuan menjamin hak raja untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan negeri mengikut Perlembagaan negeri tersebut. Apa-apa pertikaian tentang hak untuk mewarisi seorang Raja bagi mana-mana negeri hendaklah diputuskan oleh mana-mana pihak berkuasa sahaja dan hanya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 95 4.1.3 Akta Akta adalah undang-undang yang diperbuat oleh Parlimen Malaysia iaitu badan perundangan negara di peringkat Persekutuan. Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan menerima perkenan Diraja (Royal Assent) dikenali sebagai Akta bermula daripada 10 September 1959 sehinggalah sekarang. 4.1.4 Enakmen Enakmen adalah undang-undang yang diperbuat oleh badan perundangan negeri yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri bagi semua negerinegeri di Malaysia kecuali Sarawak. Sabah mula menamakan undangundang negeri sebagai Enakmen selepas 16 September 1963 iaitu selepas Fasal 26 (2) Perlembagaan Negeri dipinda dengan menamakan undangundang diperbuat oleh Dewan Undangan Negeri sebagai “Enakmen”. 4.1.5 Ordinan Ordinan bermaksud sebarang undang-undang yang digubal, dipinda, dan dibahas yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, serta Sabah pada sebelum kemerdekaan. 4.1.6 Undang-Undang Subsidiari Perundangan subsidiari adalah undang-undang yang dibuat dan diluluskan pihak-pihak dan badan-badan tertentu seperti menteri/pihak berkuasa tempatan di bawah kuasa yang diberi padanya oleh Akta-Akta Parlimen dan Enakmen. Kuasa undang-undang diturunkan kepada satu badan tertentu untuk mencipta, memansuh, melaksanakan undang-undang kepada situasinya.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 96 4.2 Undang-Undang Tidak Bertulis Undang-undang selain daripada sumber undang-undang bertulis. Merupakan gabungan tradisi, undang-undang biasa badan legislatif, keputusan-keputusan mahkamah serta amalan-amalan yang dianggap teras oleh rakyat. Perlembagaan bukan bertulis boleh dipinda dengan undi majoriti mudah bagi badan legislatif negara berkenaan. Contoh-contoh undang-undang tidak bertulis: 4.2.1 Undang-undang Inggeris Pada asalnya dan dari segi sejarah Common Law merangkumi undangundang adat lama England yang melalui usaha hakim-hakim, telah terpakai bersama di seluruh England dan oleh kerana itu menjadi undangundang kebangsaan, dibezakan dengan adat tempatan. Kemudiannya undang undang yang berasal dari adat bersama di England itu telah diperkembang, diubahsuai dan dimajukan oleh hakim-hakim di dalam keputusan-keputusan mereka, termasuk kaedah undang-undang yang telah dimajukan di Mahkamah Common Law (common law khusus) dan Chancery di England (ekuiti). 4.2.2 Keputusan-Keputusan Mahkamah Penerimaan sebagai sumber tidak bertulis hanya terhad kepada keputusan yang dibuat oleh hakim di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Perlu diingatkan bukan semua keputusan yang dibuat hakim di mahkamah di atas akan menjadi undang-undang dengan sewenang-wenangnya. Mereka tertakluk dan dipandu oleh prinsip undang-undang yang diterima pakai oleh pendahulu atau presiden (Doktrin Duluan Mengikat @ Doktrin Kehakiman Mengikat @ Stare Decisis). Menurut Dokrin ini, sekiranya tidak terdapat peruntukan undang-undang bertulis mengenai sesuatu perkara, mahkamah hendaklah memakai keputusan mahkamah yang lebih tinggi kedudukannya sebagai prinsip undang-undang terpakai.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 97 4.2.3 Undang-Undang Adat Adat Perpatih - dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau dari Palembang, Sumatera pada abad ke-16. Diwarisi secara lisan. Tidak menggalakkan perkahwinan antara sepupu. Hukuman yang dikenankan bersifat mencegah. Pembahagian harta lebih mengutamakan nasab keturunan sebelah ibu. Adat Temenggung - dibawa masuk dari Palembang, Sumatera. Adat ini menggalakkan perkahwinan antara sepupu. Dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Islam. Hukuman di bawah Adat Temenggung jauh lebih berat daripada Adat Perpatih dan bersifat pembalasan. Pembahagian harta lebih mengutamakan nasab keturunan sebelah bapa. 5. DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPELEMBANGAAN Demokrasi ialah rakyat berhak menentukan undang-undang dan struktur kerajaan yang dibentuk oleh kerajaan. Dalam sistem demokrasi, terdapat dua kaedah iaitu ditentukan oleh rakyat atau melalui perwakilan iaitu wakil yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Negara yang mengamalkan demokrasi dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik. Ringkasnya, sebuah negara yang melaksanakan sistem demokrasi adalah negara yang memperjuangkan kedaulatan rakyat. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Ketua Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau jemaah menteri. Raja-Raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat MenteriMenteri Besar atau Ketua-ketua Menteri
Modul Latihan Kor Kadet Polis 98 LAMPIRAN C2 MODUL 3 UNDANG-UNDANG DAN PENCEGAHAN JENAYAH MODUL 3.2 – UNDANG-UNDANG JENAYAH 1. PENDAHULUAN Jenayah adalah satu fenomena sosial yang wujud sejak wujudnya manusia. Jenayah merupakan satu kesalahan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan dengan niat hendak melakukan kesalahan itu. Jenayah adalah perkara yang melanggar sesuatu peraturan yang telah ditetapkan. Sesuatu perbuatan atau kesalahan jenayah adalah dilakukan dengan niat salah. 2. MAKSUD JENAYAH Jenayah di definisikan sebagai tindakan dan perlakuan atau perbuatan jahat yang menyalahi undang-undang yang sedia ada. Ini termasuklah tingkah laku yang menyimpang, menyeleweng dan dianggap tidak betul dan tidak diterima oleh masyarakat atau komuniti kerana bercanggah dengan nilai-nilai hidup dan kebudayaan masyarakat tersebut. Terdapat pelbagai definisi jenayah yang dikemukakan. Menurut Tappan (1960: 10) dalam buku Crime Justice And Correction di definisikan sebagai; “Crime is an intention act or omission in violation of criminal law (statutory and case law), committed without defense or justification, and sanctioned by the state as a felony or misdemeanor.” Menurut Sutherland (1974: 4) dalam buku Criminology; “criminal behaviour is behavior in violation of the criminal law. No matter what the degree of immorality, reprehensibility, or indecency of an act, it is not a crime unless it is prohibited by the criminal law.”
Modul Latihan Kor Kadet Polis 99 Secara umumnya jenayah adalah merupakan perbuatan atau ketinggalan berniat yang menyalahi undang-undang jenayah yang dilakukan tanpa sebarang alasan atau justifikasi dan diluluskan oleh negara sebagai hukuman kesalahan besar atau ringan. 3. MAKSUD PENJENAYAH Secara umumnya penjenayah merupakan seseorang yang melakukan kesalahan. Dari segi prinsip perundangan seseorang itu tidaklah menjadi penjenayah sehinggalah ianya disabitkan kesalahan oleh mahkamah. Menurut Tappan (1960: 21) penjenayah ialah “one who violates the criminal law, whether or not he is discovered or convicted”. Secara umumnya, penjenayah merupakan seseorang yang telah melakukan perbuatan jenayah tanpa mengira sama ada ianya telah ditangkap atau disabitkan kesalahan oleh mahkamah. 4. ELEMEN JENAYAH 4.1 Niat (Mens Rea) 4.2 Perbuatan (Actus Rea) Dalam menentukan sama ada seseorang itu mempunyai niat dalam melakukan sesuatu jenayah ianya harus diteliti dalam beberapa perkara. Ini adalah kerana kita tidak mengetahui atau nampak niat seseorang itu. Namun begitu elemen niat dapat di perhatikan melalui perkaraperkara berikut: i. Perancangan saspek dalam melakukan jenayah ii. Persedian saspek sebelum melakukan jenayah iii. Perbuatan saspek sebelum kejadian iv. Tindak-tanduk saspek semasa kejadian v. Kecederaan yang dialami mangsa vi. Objek atau senjata yang digunakan oleh saspek
Modul Latihan Kor Kadet Polis 100 5. UNDANG- UNDANG JENAYAH Sumber utama undang-undang jenayah di Malaysia ialah Kanun Keseksaan (Penal Code) yang memperuntukkan kesalahan dan hukuman jenayah. Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code) adalah satu peruntukan perundangan yang menjadi panduan kepada prosedur perundangan yang perlu dipatuhi untuk membawa pesalah ke muka pengadilan. Selain daripada Kanun Keseksaan terdapat yang memperuntukkan kesalahan-kesalahan jenayah iaitu:- 5.1 Akta Senjata 1960 5.2 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 5.3 Akta Bahan Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 5.4 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 5.5 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil 1955 5.6 Akta Bahan Letupan 19957 5.7 Akta Rumah Judi Terbuka 1953 5.8 Akta Pertaruhan 1953 6. KATEGORI JENAYAH Jenayah juga dikelaskan mengikut kategori berikut: 6.1 Jenayah Kekerasan Jenayah kekerasan yang seringkali berlaku seperti berikut:-. 6.1.1. Bunuh 6.1.2. Cuba Bunuh 6.1.3. Rogol 6.1.4. Cabul Kehormatan 6.1.5. Samun Berkawan Bersenjata Api 6.1.6. Samun Berkawan Tanpa Senjata Api 6.1.7. Samun Bersenjata Api 6.1.8. Samun Tanpa Senjata Api 6.1.9. Pemerasan
Modul Latihan Kor Kadet Polis 101 6.1.10. Ugutan Jenayah 6.1.11. Merusuh 6.1.12. Mencederakan (seksyen 323 Kanun Keseksaan) 6.1.13. Mencederakan (seksyen 324-326 Kanun Keseksaan) 6.2 Jenayah Harta Benda Jenayah harta benda yang seringkali berlaku adalah seperti berikut:- 6.2.1. Curi 6.2.2. Curi Motorlori/Van/Jentera Berat 6.2.3. Curi Motorkar 6.2.4. Curi Motorsikal 6.2.5. Ragut 6.2.6. Pecah Rumah Siang Hari 6.2.7. Pecah Rumah Malam Hari 6.3 Jenayah Komersil 6.3.1. Tipu (seksyen 420 Kanun Keseksaan) 6.3.2. Pecah Amanah Jenayah (seksyen 406-409 Kanun Keseksaan 6.3.3. Jenayah Komputer (seksyen 232 & 235 Akta Komunikasi Dan Multimedia dan seksyen 4 & 5(A) Akta Jenayah Komputer) 6.4 Jenayah Narkotik 6.4.1 Mengedar Dadah Berbahaya (seksyen 39B & 39A(2) Akta Dadah Berbahaya) 6.4.2 Memiliki Dadah Berbahaya (seksyen 39A(1), 12(3), 9 & 6 Akta Dadah Berbahaya) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) adalah undang-undang yang digunakan di Malaysia untuk mengawal pengedaran, penjualan, dan penggunaan dadah berbahaya seperti heroin, kokain, dan
Modul Latihan Kor Kadet Polis 102 methamphetamine. Di bawah Akta ini, seseorang yang didapati bersalah boleh dihukum dengan hukuman mati, penjara seumur hidup, atau hukuman denda. Selain itu terdapat undang-undang lain berkaitan dadah iaitu:- i. Akta Racun 1952 ii. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 iii. Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan), 1983 Pindaan1998) iv. Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988 7. KESALAHAN DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 telah memperuntukan beberapa kesalahan berkaitan penggunaan kenderaan bermotor:- 7.1 Memandu kenderaan bermotor tanpa lessen memandu- seksyen 26 APJ 7.2 Sekatan ke atas pemanduan oleh orang muda yang berumur kurang dari 16 tahunseksyen 36 APJ 7.3 Memandu melebihi had laju- seksyen 40 APJ 7.4 Menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya-seksyen 41 APJ 7.5 Memandu secara melulu dan merbahaya - sekyen 42 APJ 7.6 Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa - seksyen 43 APJ. 7.7 Memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman memabukkan atau dadah.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 103 LAMPIRAN C3 MODUL 3 UNDANG-UNDANG DAN PENCEGAHAN JENAYAH MODUL 3.3 – PENCEGAHAN JENAYAH 1. PENDAHULUAN Pencegahan jenayah adalah merupakan teras atau core business pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ia merupakan tanggungjawab asas seperti mana termaktub di dalam seksyen 3(3) Akta Polis 1967. Kejayaan pasukan polis diukur daripada keupayaan dan keberkesanan mengawal dan mencegah jenayah daripada berlaku dan berulang di satu-satu kawasan tertentu. Turun naiknya kejadian jenayah akan dikaitkan dengan kemampuan sebenar pihak polis memberikan khidmatnya kepada masyarakat. Pelbagai strategi dan aktiviti pencegahan telah diambil oleh PDRM dalam usaha membendung dan mengawal kejadian jenayah. Strategi dan aktiviti pencegahan jenayah telah dilaksanakan berdasarkan kepada keadaan jenayah setempat dengan memberi keutamaan kepada usaha pengurangan jenayah berdasarkan kepada kategori jenayah yang sering berlaku. Fungsi dan tugas pasukan polis di dalam aktiviti pencegahan jenayah adalah berlainan bagi setiap negeri dan daerah di sebabkan oleh faktor-faktor seperti ekonomi yang berkait rapat dengan tahap kemiskinan, taraf hidup, sifat dan kemajuan perindustrian, kepadatan penduduk, tabiat serta perangai, tradisi masyarakat, komposisi masyarakat, pelbagai etnik dan kebudayaan. 2. MAKSUD PENCEGAHAN JENAYAH Menurut C.R. Jeffery (1977: 7) dalam buku Crime Prevention Through Enviromental Design pencegahan jenayah ialah sebarang aktiviti yang diambil sebelum jenayah dilaksanakan bagi mengurangkan atau menghapuskan kejadian jenayah tersebut. Mengikut Edward Eldefenso (1983: 282) dalam buku Law Enforcement And The Youthful Offender, pencegahan jenayah merupakan langkah yang diambil sebelum sesuatu jenayah itu berjaya dilaksanakan bagi tujuan menghalang perbuatan tersebut.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 104 Pencegahan Jenayah memberi maksud iaitu teknik untuk mengelak berlakunya jenayah atau potensi-potensi yang boleh membawa kepada berlakunya jenayah. Secara ringkasnya ia adalah apa jua rancangan dan tindakan yang diambil bagi menghalang jenayah dari terus berlaku, mengawal pelaku jenayah untuk tidak mempunyai motivasi, mencegah sasaran, mengurangkan peluang melakukan jenayah, menyisih sesiapa sahaja supaya tidak dapat melakukan jenayah dan menghapuskan keinginan untuk melakukan jenayah. 3. TANGGUNGJAWAB MENCEGAH JENAYAH MENURUT UNDANGUNDANG Dari sudut perundangan tanggungjawab pencegahan jenayah telah dinyatakan di dalam seksyen 3(3) Akta Polis 1967. PDRM sebagai sebuah agensi penguatkuasaan dipertanggungjawabkan untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman, menjaga keamanan dan keselamatan, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah dan mengumpul maklumat risikan. Di dalam Kanun Prosedur Jenayah telah diperuntukan peruntukan mengenai tindakan pencegahan oleh polis:- 3.1 Seksyen 103 - Polis hendaklah mencegah kesalahan boleh tangkap Tiap-tiap pegawai polis boleh menghalang bagi maksud mencegah dan hendaklah mengikut kesanggupannya menggunakan cara yang sah bagi mencegah berlakunya apa-apa kesalahan boleh tangkap. 3.2 Seksyen 104- Maklumat mengenai rancangan melakukan kesalahan boleh tangkap. Tiap-tiap pegawai polis yang mendapat maklumat tentang rancangan hendak melakukan sebarang kesalahan yang boleh ditangkap, hendaklah menyampaikan maklumat itu kepada ketuanya dan kepada mana-mana pegawai yang menjadi tugasnya mencegah dan menjalankan tindakan terhadap kesalahan itu. 3.3 Seksyen 105 - Tangkapan bagi mencegah kesalahan boleh tangkap. Mana-mana juga pegawai polis yang mendapat tahu seorang hendak melakukan kesalahan yang boleh tangkap, bolehlah menangkap orang yang merancang itu tanpa menantikan hukuman daripada majistret dan tanpa berwaran, jika nampaknya tidak boleh dicegah berlakunya kesalahan itu dengan jalan-jalan lain.
Modul Latihan Kor Kadet Polis 105 3.4 Seksyen 106 - Mencegah kerosakan kepada harta awam. Seorang pegawai polis boleh dengan kuasanya sendiri, mencegah daripada berlakunya sebarang kerosakan yang cuba dilakukan terhadap mana-mana harta awam dalam permandangannya, sama ada harta itu boleh alih atau tidak alih, atau pun terhadap pemindahan atau kerosakan terhadap tanda-tanda di awan atau boya atau pun lain-lain tanda pelayaran. 4. PENDEKATAN PENCEGAHAN JENAYAH Banyak kajian dan penyelidikan telah dibuat oleh para sarjana dan ahli kriminologi khususnya tentang tingkah laku penjenayah dan kaedah pencegahan jenayah yang lebih berkesan. Tiga pendekatan utama telah digariskan Brantingham and Faust (dalam S.P. Lab 1992: 11) dalam merancang langkah-langkah pencegahan jenayah iaitu:- 4.1 Pencegahan Jenayah Primer Model pencegahan primer ini mengenali keadaan fizikal dan persekitaran sosial yang memberi kesempatan atau mengambil bahagian dalam perlakuan jenayah. Pendekatan pencegahan jenayah yang digolongkan di sini mengambil kira pelbagai corak dan langkah yang ditetapkan di dalam bentuk organisasi sosial seperti:- 4.1.1 Reka bentuk persekitaran Satu teknik pencegahan yang luas dengan tumpuan sasaran untuk memberi kesulitan kepada penjenayah dan memberi perlindungan kepada masyarakat supaya mereka berasa berada dalam suasana yang selamat. Teknik ini menjurus kepada pembinaan infrastuktur yang boleh mewujudkan persekitaran yang selamat yang tidak memberikan peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah seperti pembinaan bangunan mempunyai reka bentuk yang sesuai dan selamat digunakan serta mempunyai sistem keselamatan yang sesuai, menyediakan kunci tambahan, pemasangan “railing” di tepi-tepi jalan, pemasangan lampu di tempat-tempat gelap serta persekitaran yang bersih dan terjaga.