Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Bagaimanakah negara kota terbentuk?
2. Apakah maksud acropolis?
3. Apakah maksud agora?
4. Apakah peranan raja dalam tamadun Yunani?
5. Apakah maksud pemerintahan oligarki?
6. Apakah maksud pemerintahan tirani?
2.2 Nota Ringkas: Tamadun Rom
Pembentukan Tamadun Rom
● Lahir di kawasan Bukit Palatine di bawah pemerintahan Romulus.
● Telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.
● Majlis perbandaran menjalankan pentadbiran tanpa gangguan pusat
pentadbiran Rom.
● Majlis perbandaran telah melahirkan bandar terancang:
● kemudahan bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas,
tempat berdialog, rumah mandi awam dan istana.
● Contoh bandar: Pompei
○ Terdapat: pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan,
rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan colleseum.
○ Jumlah penduduk seramai 50,000 orang.
Sejarah Form 4 Revision Notes
○ Terdapat sistem saliran air bawah tanah yang menyalurkan air paip
sejauh 165km.
○ Membekalkan air kepada penduduk semasa aman dan perang.
Pemerintahan dan Pentadbiran
● Bermula dengan sistem beraja: diperintah secara mutlak oleh raja-raja
berketurunan Etruscan (yang bukan berasal daripada masyarakat Latin
tempatan).
● Rakyat latin tempatan memberontak dan membentuk sebuah republik.
● Republik: Negara yang ditadbir oleh wakil rakyat yang dipilih semasa
pilihan raya dan diketuai oleh presiden.
● Tiada pemerintah berkuasa mutlak.
● Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul (yang bertujuan untuk
mengimbangi kuasa) yang dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu
tempoh.
● Di bawah dua orang konsul, terdapat dua dewan:
1) Dewan Senat
Sejarah Form 4 Revision Notes
○ Konsul dipilih daripada ahli Dewan Senat dan dilantik oleh Dewan
Senat. Sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik menjadi
konsul, beliau mestilah seorang praeotor (pemerintah tentera).
○ Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan berperanan
membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka
perundangan.
2) Dewan Perhimpunan
○ Diwakili oleh rakyat Rom berperanan meluluskan semua keputusan
yang dibuat oleh Dewan Senat.
● Pemerintah republik berakhir apabila Rom berada di bawah pemerintahan
Julius Caesar.
● Beliau menggunakan pemerintahan bercorakkan empayar kerana berjaya
meluaskan pengaruh kuasa dan menjadi d iktator (dengan menggunakan
gelaran maharaja) dengan menguasai angkatan tentera dan Senat .
● Diktator: Pemerintah berkuasa mutlak dan tidak mempunyai kuasa yang
tidak terhad.
● Gelaran maharaja diteruskan oleh A ugustus dan di bawah
pemerintahannya, empayar Rom menjadi aman selama 200 tahun. Zaman
kegemilangan ini digelar zaman Pax Romana.
Perundangan
Sejarah Form 4 Revision Notes
● Dalam tamadun awal: menggunakan undang-undang bertulis iaitu Hukum
Kanun 12.
● Hukum Kanun 12:
○ Dipahat pada kayu yang dikenali sebagai Papan 12 dan diletakkan
di tempat awam untuk tatapan rakyat.
● Maharaja Justinian telah mengumpulkan, menyatukan dan membukukan
undang-undang yang banyak dan rumit ini menjadi Kod Undang-undang
Rom y ang juga dikenali sebagai Undang-undang Justinian yang masih
diguna pakai sehingga ke hari ini.
● Kandungan Undang-undang Rom:
○ Undang-undang sivil, rakyat dan natural.
● Prinsip:
○ Semua manusia adalah sama di sisi undang-undang.
○ Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
○ Keadilan terhadap setiap individu.
○ Hukuman berasaskan bukti yang cukup.
Perluasan Kuasa
● Berlaku pada zaman pemerintahan Augustus Caesar.
● Berjaya mewujudkan sistem pemerintahan yang berbeza (dengan sistem
republik) iaitu sistem pemerintahan warisan.
● Berjaya meluaskan empayar Rom.
Sejarah Form 4 Revision Notes
Peningkatan ekonomi
● Pada zaman G raeco-Rom, ramai rakyat Yunani berpindah ke empayar
Rom kerana kesan kenaikan harga barang.
● Zaman Graeco-Rom dikenali juga sebagai zaman Hellenistik.
● Zaman ini merujuk kepada penyerapan budaya Greek ke dalam
masyarakat Rom.
Peningkatan Sosial
1. Pendidikan
● Menekankan ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom - ini
menyebabkan Rom terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan
kemudahan awam untuk kesenangan rakyat mereka.
● Pada peringkat awal, Rom menyerap unsur dari Yunani.
● Pusat pendidikan mereka berjaya melahirkan ramai jurutera dan ahli
falsafah yang terkenal.
Sejarah Form 4 Revision Notes
2. Falsafah
● Banyak mengambil falsafah daripada Yunani.
● Contoh:
○ Falsafah Rom diasaskan daripada falsafah stoik atau stoisisme
seorang ahli falsafah Yunani iaitu Zeno.
○ Mengajar manusia bahawa kebahagiaan hidup dan nasib seseorang
bergantung kepada hubungannya dengan alam.
3. Sains dan Teknologi
Boethius: Ahli Matematik Rom
Asasnya diambil dari Yunani kemudian beliau mengaitkan matematik dengan
muzik, geometri dan astronomi.
4. Seni Bina
● Contoh:
Sejarah Form 4 Revision Notes
● aqueduct
○ Tujuan : Saluran air sebagai bekalan air untuk masyarakat Rom.
Bekalan dibawa dari gunung.
● colleseum
○ Tujuan: tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater.
5. Bahasa dan Kesusasteraan
Contoh:
Penyair dan penyajak : Cicero dan Virgil
Tujuan: meningkatkan semangat patriotisme.
6. Sistem Sosial
Sejarah Form 4 Revision Notes
Terbahagi kepada: warganegara Rom, bukan warganegara dan hamba.
Soalan
1. Apakah tujuan kerajaan Rom memperkenalkan jawatan dua konsul?
2. Bagaimana cara perlantikan konsul dilakukan?
3. Apakah peranan Dewan Senat?
Sejarah Form 4 Revision Notes
4. Mengapa undang-undang tamadun Rom dikenali sebagai Papan Dua
Belas?
5. Siapakah tokoh yang membukukan undang-undang Rom?
6. Sebutkan jenis undang-undang yang terdapat dalam tamadun Rom?
Jawapan:
1. Untuk mengelakkan salah seorang daripada konsul mempunyai pengaruh
yang lebih kuat.
2. Dilantik oleh Dewan Senat.
3. Melantik konsul, membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan
merangka perundangan.
4. Undang-undang dipahat pada kayu dan ditempatkan di tempat awam
untuk bacaan rakyat.
5. Maharaja Justinian.
6. Undang-undang sivil, undang-undang rakyat dan undang-undang natural.
2.3 Nota Ringkas: Tamadun India (Bahagian 1)
Pembentukan Tamadun India
Latar belakang
Sejarah Form 4 Revision Notes
● Kemunculan tamadun India bermula selepas kejatuhan tamadun Indus
disebabkan serangan orang Aryan.
● Orang Aryan menduduki Lembah Indus dan membawa satu budaya dan
tahap baru kepada masyarakat lembah Indus - yang dipanggil Zaman
Vedik.
○ Zaman Vedik : permulaan kehidupan beragama dengan lahirnya
agama Hindu.
Perkembangan
● Masyarakat beralih ke Lembah Ganges pada abad ke-7.
● Dua jenis kerajaan telah terbentuk iaitu:
○ kerajaan J anapada (kerajaan kecil).
○ kerajaan M ahajanapada ( kerajaan besar).
Penyatuan dan kegemilangan
Sejarah Form 4 Revision Notes
● Chandragupta Maurya telah menyatukan kerajaan-kerajaan kecil
membentuk Empayar Maurya.
● Empayar Maurya telah mencapai zaman kegemilangan semasa zaman
pemerintahan Maharaja Asoka dengan menakluk negeri Kalinga.
Kejayaan Dinasti Maurya dalam pembinaan Empayar
1. Chandragupta Maurya
Perluasan empayar bermula.
Kekuatan pasukan tentera yang besar: 600 ekor gajah, 1000 tentera berkuda
dan 10,000 orang infantri.
Berjaya menguasai seluruh India Utara hingga ke Punjab.
Berjaya menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria
dan kawasan India Barat.
Sejarah Form 4 Revision Notes
2. Bindasura ( Anak Chandragupta Maurya)
Berjaya meluaskan empayar ke Mysore di bahagian selatan India.
3. Asoka ( Anak Bindasura)
Berjaya menakluki Kalinga.
Perang Kalinga ini telah mengorbankan 100,000 orang dan mencederakan
150,000 orang.
Ini menyedarkan Asoka tentang penderitaan dan kesan peperangan.
Asoka m emeluk agama Buddha dan mengembangkan ajaran tersebut. Beliau
mula meluaskan kuasanya dengan cara yang lembut dan m enekankan
kedamaian d an k emajuan sosial.
Sejarah Form 4 Revision Notes
2.3 Nota Ringkas: Tamadun India (Bahagian 2)
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah nama kitab perundangan dalam tamadun India?
Sejarah Form 4 Revision Notes
2. Apakah itu Tiang Asoka?
3. Apakah matlamat persatuan pedagang diwujudkan?
4. Apakah hasil perusahaan yang terkenal semasa Tamadun India?
5. Mengapakah cukai dipungut?
Jawapan:
1. Kitab Dharma Sutra.
2. Tiang batu yang diukir titah perintah maharaja Asoka dan ditempatkan di
tepi jalan untuk dibaca oleh rakyat.
3. Untuk mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja.
4. Tekstil, kain kapas, sutera, barangan emas, batu permata dan mutiara.
5. Untuk menyara raja, para pentadbir dan ahli tentera.
2.4 Nota Ringkas: Tamadun China (Bahagian 1)
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan zaman empayar?
2. Apakah prinsip undang-undang tamadun China?
Sejarah Form 4 Revision Notes
3. Siapakah tokoh Han Fei Tzu?
4. Apakah kata-kata Han Fei Tzu dalam bidang perundangan?
5. Apakah kegunaan kolar kuda?
Jawapan:
1. Zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa. Jajahan
takluk yang luas dapat disatukan dibawah sebuah pentadbiran pusat.
2. Prinsip hukuman berat dan bercorak kolektif.
3. Ahli falsafah yang menggubal dan memperkenalkan undang-undang pada
zaman Dinasti Chin.
4. Undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia.
Undang-undang dilaksanakan tanpa rasa belas kasihan. Raja memiliki
kuasa yang utuh untuk menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira
apa juga keadaan. Ini bertujuan untuk membendung tindakan liar manusia.
5. Untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda dan kereta
sorong beroda, serta penyisir tanah.
2.4 Nota Ringkas: Tamadun China (Bahagian 2)
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah tujuan pendidikan diperkenalkan?
2. Apakah tumpuan pendidikan peringkat rendah?
Sejarah Form 4 Revision Notes
3. Bagaimanakah peperiksaan dijalankan?
4. Bilakah peperiksaan dijalankan?
5. Apakah tujuan Tembok Besar China dibina dan apakah ciri-cirinya?
Jawapan:
1. Untuk lulus dalam peperiksaan awam kerajaan.
2. Untuk mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan 9 buah buku suci
tanpa memahami maknanya.
3. Peperiksaan dikendalikan dengan ketat. Jika didapati sesiapa yang
meniru, hukuman mati akan dikenakan. Calon ditempatkan di dalam bilik
dengan disediakan makanan dan dikurung selama 3 hari untuk menulis
jawapan. Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.
4. Peperiksaan tahap pertama diadakan 2 kali dalam tempoh 3 tahun
manakala peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan sekali setiap 3
tahun.
5. Dibina oleh Shih Huang Ti untuk mempertahankan wilayah China daripada
serangan orang Hun (nomad); panjangnya kira-kira 5,000 km dan lebarnya
antara 4.5m hingga 9m dan ketinggiannya 7.5m.
2.6 Nota Ringkas: Agama dan Kepercayaan Utama Dunia
(Bahagian 1)
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan 'Hukum Karma'?
2. Nyatakan empat asas ajaran Buddha.
Sejarah Form 4 Revision Notes
Jawapan:
1. Hukum yang berkaitan dengan kelakuan manusia semasa hidup dan
kelahiran semula selepas mati.
2. Dukka (penderitaan), Samudaya (sebab penderitaan), Nirodha (nafsu yang
membawa penderitaan) dan Marga (cara memadamkan nafsu dan
keinginan).
2.6 Nota Ringkas: Agama dan Kepercayaan Utama Dunia
(Bahagian 2)
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Bagaimanakah agama Kristian boleh berkembang di Eropah?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan 'pagan'?
3. Dimanakah Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama?
4. Apakah yang dimaksudkan dengan 'syariah'?
5. Apakah konsep yang ditekankan oleh konsep confucianisme?
Jawapan:
Sejarah Form 4 Revision Notes
1. Agama Kristian mula bertapak di Eropah pada zaman Rom, iaitu semasa
pemerintahan Constantine. Beliau mengiktiraf agama Kristian sebagai satu
ajaran yang bebas dipraktikkan oleh masyarakat Rom.
2. Orang yang tidak mempercayai atau menganut sebarang agama utama
dunia.
3. Di Gua Hira.
4. Undang-undang yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah (hadis).
5. Prinsip moral yang tinggi termasuk perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li)
dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao).
Bab 03: Tamadun Awal Asia Tenggara
3.1 Nota Ringkas: Kerajaan Agraria
Ciri-ciri kerajaan Agraria
Maksud: Kerajaan yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan
hasil hutan dan sungai.
Pembentukan: bermula di petempatan kekal yang berkembang menjadi bandar
dan kerajaan.
Sejarah Form 4 Revision Notes
Kedudukan: Kawasan subur seperti lembah sungai, kawasan bukit dan lereng
gunung berapi.
Kegiatan utama:
● penanaman padi sawah di kawasan rendah yang memerlukan sumber air.
● penanaman padi huma di lereng bukit yang kurang mendapatkan sumber
air (contoh: teres dan relong).
Kegiatan sampingan:
● tanaman seperti jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran.
● menghasilkan rempah seperti cengkih dan lada hitam.
● mengumpul hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading,
damar, kayu cendana dan buah-buahan.
● mengutip sarang burung.
● aktiviti perikanan di sawah, paya dan sungai
● mengutip cengkerang kura-kura.
● penternakan binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.
● perdagangan dilakukan untuk lebihan hasil.
Faktor perkembangan:
● sistem pengairan yang baik seperti di Funan dan Angkor
Sejarah Form 4 Revision Notes
● penglibatan raja dan kerajaan (contoh: Raja Indravarman I telah membina
sistem pengairan dan baray (tempat takungan air buatan manusia).
● kedudukan kerajaan yang baik - contohnya kerajaan Angkor yang terletak
berhampiran dengan Tasik Tonle Sap yang mampu membekalkan bekalan
ikan air tawar yang banyak).
Faktor yang menyebabkan Kerajaan Angkor menjadi Kerajaan Agraria yang
terkenal.
1. Sistem pengairan
1. mempunyai sistem pengairan yang baik dari Sg Mekong dan Tasek.
2. Peranan raja
1. Bertanggujawab dalam pengurusan sistem pengairan yang baik.
2. contoh: Raja Indravarnam I telah membina sistem pengairan yang
baik dan baray (takungan air) yang mempu mengairi tanah padi
pada musim kemarau.
3. Kesuburan tanah
1. tasik Tonle Sap dan Lembah Sungai Mekong berperanan untuk
menyuburkan tanah. Terutamanya selepas musim banjir dan
menghasilkan lumpur yang menyuburkan lagi tanah.
4. Iklim
1. Panas dan lembab sepanjang tahun iaitu sangat sesuai untuk
tanaman padi.
5. Perhubungan
Sejarah Form 4 Revision Notes
1. Sungai Mekong menjadi alat perhubungan dan pengangkutan
dengan kawasan luar.
3.2 Nota Ringkas: Kerajaan Maritim
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan maritim?
2. Dimanakah kedudukan kerajaan maritim?
3. Sebutkan jenis-jenis pelabuhan kerajaan maritim.
4. Apakah kemudahan pelabuhan yang boleh mempengaruhi perkembangan
kerajaan maritim?
5. Apakah jenis barang yang diperdagangkan?
Jawapan:
1. Kerajaan yang menjalankan kegiatan perdagangan.
2. Kawasan persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan.
3. Pelabuhan, pembekal, pelabuhan kerajaan dan pelabuhan entrepot.
4. Membaiki kapal, penyimpanan barang, penginapan, tempat berdagang,
bekalan air dan makanan.
5. Rempah ratus, damar, rotan, beras, emas dan bijih timah.
3.3 Nota Ringkas: Pengaruh Hindu dan Buddha dalam
Bidang Pentadbiran
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah peranan Brahmin dalam menjaga kedudukan raja?
2. Dalam sistem pentadbiran Srivijaya, raja dibantu oleh empat kumpulan
anak raja iaitu?
3. Apakah tugas parvanda atau senapati?
4. Siapakah pegawai yang membantu Parvanda?
5. Jawatan di peringkat daerah diketuai oleh datu yang terdiri dari dua
golongan iaitu?
6. Di manakah datu yang dilantik perlu mengangkat sumpah jawatan?
Sejarah Form 4 Revision Notes
Jawapan:
1. Meyakinkan rakyat bahawa raja adalah bayangan
tuhan.
2. Yuvaraja, Pratiyuvaraja, Raja Kumara dan Raja
Putra.
3. Ketua pentadbir pusat.
4. Hakim, Temenggung dan penghulu.
5. Telaga Batu di Palembang.
3.4 Nota Ringkas: Pengaruh Hindu dan Buddha dalam
Bahasa dan Kesusasteraan
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah yang tercatat pada batu bersurat yang dijumpai di Lembah
Bujang?
2. Berikan contoh perkataan Sanskrit yang telah mengalami perubahan
dalam bahasa Melayu.
3. Apakah epik tempatan yang dihasilkan oleh Epik Mahabrata?
4. Apakah epik tempatan yang dihasilkan oleh Epik Ramayana?
5. Pengaruh kesusasteraan ini juga mempengaruhi puisi dan prosa Jawa
seperti?
Sejarah Form 4 Revision Notes
Jawapan:
1. Arahan dan pemberitahuan yang ditunjukan oleh pemerintah
kepada rakyat.
2. Dosa, duka, derhaka, manusia, rupa, pahala, sengsara dan huruf.
3. Seperti Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Samba.
4. Hikayat Seri Rama.
5. Negarakertagamam Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkana.
3.5 Nota Ringkas: Pengaruh Hindu dan Buddha dalam
Senibina
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan monumen?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan orde kosmos?
3. Siapakah yang membina candi Angkor Wat?
4. Apakah cerita yang diukir pada dinding candi Angkor Wat?
5. Apakah yang dimaksudkan dengan nirwana?
Sejarah Form 4 Revision Notes
6. Stupa candi Borobudur terbahagi kepada tiga tingkat yang
melambangkan?
Jawapan:
1. Bangunan yang diperbuat daripada batu untuk memperingati orang
atau peristiwa yang penting.
2. Raja dan ibu kota sebagai pusat alam.
3. Raja Suryavarnam II .
4. Epik Ramayana dan Mahabrata.
5. Tahap manusia bebas dari nafsu.
6. Sila (moral), Samadhi (penumpuan) dan Panna (kebijaksanaan).
Bab 04: Kemunculan Tamadun Islam
dan Perkembangannya di Makkah
4.1 Nota Ringkas: Masyarakat Arab Jahiliah Bahagian 1
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Nyatakan dua golongan masyarakat Arab Zaman Jahiliah.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Assabiyah?
3. Siapakah orang Khafilah?
4. Mengapakah masyarakat zaman Arab Jahiliah menanam anak bayi
perempuan?
Sejarah Form 4 Revision Notes
5. Nyatakan agama dan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah.
6. Apakah yang dimaksudkan dengan Khurafat?
Jawapan:
1. Masyaraka tBadwi dan Masyarakat Hadari.
2. Semangat kesukuan yang amat tebal ataupun melampau di kalangan
masyarakat.
3. Orang yang melalui padang pasi rsama ada bertujuan untuk berniaga
ataupun berpindah.
4. Kerana bayi perempuan dianggap menjatuhkan maruah keluarga.
5. Agama Watani, Animisme, Agama Samawi, dan Agama Hanif.
6. 6)Mempercayai perkara-perkara yang tidak logikseperti menilik nasib, sihir,
dan mempercayai roh orang mati menjadi burung.
4.1 Nota Ringkas: Masyarakat Arab Jahiliah Bahagian 2
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
Sejarah Form 4 Revision Notes
1. Apakah gelaran yang diberikan kepada ketua Kabilah?
2. Apakah syarat-syarat untuk menjadi ketua Kabilah?
3. Bagaimanakah semangat Assabiyah boleh terbentuk dalam kehidupan
masyarakat Arab Jahiliah?
Jawapan:
1. Syeikh. Syeikh merupakan lambing perpaduan bagi ahli Kabilahnya.
2. Mestilah disukai oleh ahli Kabilah, dilantik atas persetujuan orang ramai,
berfikira nmatang, dan bersifat gagah.
3. Mereka hidup berasaskan keturunan, tinggal dalam kelompok
masing-masing, sering berkerjasama untuk menyelesaikan masalah,
sering membua tperancangan apabila mereka ingin berperang, dan
ditanamkan sikap taksub terhadap Kabilah oleh ketua Kabilah itu sendiri.
4.2 Nota Ringkas: Kehidupan Nabi Muhammad SAW
Sebelum Dilantik Menjadi Rasul Bahagian 1
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Di manakah tempat Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan?
2. Siapakah nama ibu susuan Nabi Muhammad s.a.w.?
Sejarah Form 4 Revision Notes
3. Siapakah yang memelihara Nabi Muhammad s.a.w. setelah ibunya
meninggal dunia?
4. Ketika berusia 12 tahun, dimanakah Nabi Muhammad pergi berniaga?
Jawapan:
1. Rumah datuknya.
2. Halimatus Saadiah.
3. Datuknya, Abdul Muttalib.
4. Syam.
4.2 Nota Ringkas: Kehidupan Nabi Muhammad SAW
Sebelum Dilantik Menjadi Rasul Bahagian 2