Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Sebutkan empat sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w.
2. Apakah maksud al-Amin?
3. Nabi Muhamamad s.a.w. seorang yang bertimbang rasa terhadap
keluarga. Buktikan.
4. Di manakah tempat Nabi Muhammad s.a.w. mengasingkan diri?
5. Bilakah Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama?
Jawapan:
1. Siddiq, Amanah, Tabliq, dan Fatanah.
2. Sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong.
3. Baginda sering membantu isterinya memasak, menampalkan pakaian
yang koyak, melayan anak, dan membersihkan rumah.
4. Gua Hira yang terletak di puncak Bukit Thur.
5. 6 Ogos 610 M bersamaan 17 Ramadhan.
4.3 Nota Ringkas: Kerasulan Nabi Muhammad SAW
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah tujuan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w.?.
2. Apakah kepentingan membaca menurut pandangan Islam?
Sejarah Form 4 Revision Notes
3. Apakah tujuan wahyu kedua diturunkan?
4. Apakah penekanan Nabi Muhammad s.a.w. di awal penyebaran Islam?
Jawapan:
1. Memerintah umat Islam supaya membaca.
2. Dapat menambah ilmu pengetahuan, kajian terhadap sesuatu perkara
dapat dilakukan, bangsa akan mencapai kecermerlangan, dan ilmu dapat
dituntut untuk kebaikan masyarakat.
3. Mengisytiharkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul atau pesuruh
Allah.
4. Nabi Muhammad s.a.w. mula menanam keimanan/keyakinan terhadap
Allah Yang Maha Esa iaitu menyakinkan manusia Allah itu adalah Tuhan
yang satu. Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w. menggesa masyarakat
meninggalkan amalan yang keji seperti menindas sesama manusia,
membunuh, dan amalan suka mencuri.
4.4 Nota Ringkas: Penyebaran Islam Di Makkah
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Kepada siapakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara rahsia?
2. Siapakah tokoh sahabat terawal memeluk agama Islam?
3. Sebaik sahaja menerima Islam, Abu Bakar al-Siddiq berjaya
mengislamkan tiga orang sahabatnya iaitu?
Sejarah Form 4 Revision Notes
4. Di manakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara terbuka peringkat
pertama?
5. Di manakah ceramah kedua diadakan oleh Nabi Muhammad s.a.w?
6. Siapakah tokoh Quraisy yang mengganggu Nabi Muhammad s.a.w.
berceramah?
Jawapan:
1. kepada keluarga dan sahabat yang terdekat.
2. Abu Bakar al-Siddiq.
3. Uthman bin Affan, Zubair bin Awam, dan al-Arqam bin Abu Arqam.
4. Di rumah sepupu Nabi Muhammad s.a.w., Ali bin Abu Talib.
5. Di Bukit Safa.
6. Bapa Saudara Nabi Muhammad s.a.w., Abu Lahab.
4.5 Nota Ringkas: Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam
Bahagian 1
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Berikan 3 contoh pendekatan dakwah yang digunakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w.
2. Apakah kepercayaan masyarakat Quraisy sebelum kedatangan Islam?
3. Dari segi politik, mengapakah masyarakat Quraisy menentang dakwah
Nabi Muhammad s.a.w.?
Sejarah Form 4 Revision Notes
4. Dari segi ekonomi, mengapakah mereka menentang dakwah Nabi
Muhammad s.a.w.?
Jawapan:
1. Menjelaskan bahawa Islam memberi layanan yang sama kepada semua
manusia, berdakwah dengan cara lemah lembut dan berhemah, dan tidak
memaksa tetapi memujuk mereka dengan menggunakan akal yang
dianugerahi Allah.
2. Menyembah berhala dan kepercayaan Animisme.
3. Mereka beranggapan bahawa menerima/memeluk agama Islam sama
seperti mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin Makkah dan
ini akan menggugat peluang mereka untuk menjadi pemimpin.
4. Ajaran Islam melarang penyembahan patung berhala dan ini akan
menggugat perniagaan patung mereka.
4.5 Nota Ringkas: Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam
Bahagian 2
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Di peringkat masyarakat, siapakah golongan awal yang menerima Islam?
2. Mengapakah golongan bawahan mudah menerima Islam?
3. Sebaik sahaja menerima Islam, dengan cara apakah Bilal b. Rabah
diseksa oleh tuannya?
4. Bagaimanakah cara masyarakat Arab Quraisy mengganggu Nabi
Muhammad s.a.w. beribadat?
5. Apakah tawaran yang diberi kepada Nabi Muhammad s.a.w. sekiranya
berhenti berdakwah?
Sejarah Form 4 Revision Notes
6. Bagaimanakah cara mereka melakukan pemulauan?
Jawapan:
1. Golongan hamba.
2. Islam memberi layanan yang sama kepada semua manusia.
3. Dijerut leher dengan tali, dijemur, diselar dengan bes ipanas, dan ditindih
dadanya dengan batu
4. Mereka meletakka nbenda-benda kotor di atas tengkuk baginda.
5. Kedudukan yang tinggi seperti ketua, perempuan cantik, dan harta.
6. Menghebahkan melalui tulisan yang digantung pada Kaabah.
4.5 Nota Ringkas: Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam
Bahagian 3
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
Sejarah Form 4 Revision Notes
1. Mengapakah ancaman terhadap Nabi Muhammad s.a.w. semakin
meningkat?
2. Untuk mengurangkan tekanan terhadap penganut Islam, Nabi Muhammad
s.a.w membenarkan mereka berhijrah ke…?
3. Nabi Muhammad s.a.w. dan anak angkatnya Zaid b. Harith berhijrah ke…?
4. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya berpindah ke
Madinah?
5. Mengapakah perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul dianggap
satu rahmat kepada masyarakat?
Jawapan:
1. Kerana kematian bapa saudaranya Abu Talib da nisterinya Siti Khadijah.
2. Habsyah.
3. Taif.
4. Nabi Muhammad s.a.w. telah menerima wahyu Allah untu kberhijrah ke
Madinah. Tambahan pula, masyarakat Madinah telah menjemput Nabi
Muhammad s.a.w. ke negeri mereka.
5. Nabi Muhammad s.a.w. telah mencorakkan tamadun Islam kepada
masyarakat Arab Jahiliah. Lebih-lebih lagi, baginda telah menguba hcara
hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada kehidupan yang lebih teratur.
Tambahan pula, baginda telah menerapkan nilai-nilai murni seperti sikap
bekerjasama antara satu sama lain. Akhir sekali, baginda telah membawa
kepada perubahan politik, ekonomi, dan sosial kepada masyarakat Arab
Jahiliah.
Sejarah Form 4 Revision Notes
Bab 05: Kerajaan Islam di Madinah
5.1 Nota Ringkas: Perjanjian Aqabah
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Sebutkan isi kandungan perjanjian Aqabah I.
2. Apakah maksud hijrah dalam konteks Islam?
3. Apakah maksud hijrah dalam konteks yang lebih luas?
4. Beri satu contoh sebab utama Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke
Madinah.
5. Mengapakah masyarakat Madinah menjemput Nabi Muhammad s.a.w.?
Sejarah Form 4 Revision Notes
6. Senaraikan lima sebab Nabi Muhamamd s.a.w. berhijrah ke Madinah.
Jawapan:
1. Suku Aus dan Khazraj berjanji akan beriman dengan Allah dan Rasul,
membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w., dan tidak akan melakukan
amalan seperti mencuri, minum arak, dan membunuh bayi perempuan.
2. Hijrah merupakan perpindahan orang Islam dari Kota Mekah ke Kota
Madinah dalam usaha untuk memperkukuhkan Islam serta strategi baru
untuk menyebarkan Islam.
3. Hijrah merupakan perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan
meninggalkan keburukan dan kejahatan. Hijrah boleh dilambangkan
dengan semangat ingin berubah seperti perubahan sikap, cara berfikir,
dan tingkah laku.
4. Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu dari Allah dalam surah al-Anfal.
5. Madinah menghadapi masalah kepimpinan kerana perebutan jawatan
antara suku Aus dan Khazraj.
6. Wahyu Allah, ancaman orang Quraisy, jemputan masyarakat Madinah,
strategi untuk menyebarkan Islam, mewujudkan masyarakat Islam yang
bersatu dan sempurna.
5.2 Nota Ringkas: Hijrah
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah tujuan Nabi Muhammad s.a.w. pergi ke rumah Abu Bakar
al-Siddiq?
2. Berapa lamakah Nabi Muhammad s.a.w. bersembunyi dalam Gua Thur?
3. Sebaik sahaja sampai ke Madinah, apakah yang telah dilakukan oleh Nabi
Muhammad s.a.w.?
4. Siapakah tokoh yang menjadikan tarikh hijrah sebagai kalendar orang
Islam?
5. Nabi Muhammad s.a.w. telah menukarkan nama Yatrib kepada Madinah
al-Munawwarah. Apakah maksud nama Madinah al-Munawwarah?
Jawapan:
1. Nabi Muhammad s.a.w. ke rumah Abu Bakar al-Siddiq memberitahu beliau
tentang wahyu Allah memerintahkan baginda supaya berhijrah.
2. Selama tiga malam.
3. Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan Masjid al-Nabawi, mempersaudarakan
golongan Muhajirin dan Ansar serta membentuk Piagam Madinah.
4. Khalifah Umar al-Khatab.
5. Kota Bercahaya.
Sejarah Form 4 Revision Notes
5.3 Nota Ringkas: Piagam Madinah
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Bagaimanakah Piagam Madinah dibentukkan?
Sejarah Form 4 Revision Notes
2. Apakah yang tercatat dalam Piagam Madinah?
3. Apakah peranan Nabi Muhammad s.a.w. menurut Piagam Madinah?
4. Apakah maksud masyarakat dianggap sebagai satu ummah?
5. Apakah bentuk kegiatan ekonomi yang tidak dibenarkan dalam Piagam
Madinah?
6. Bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam menurut Piagam Madinah?
7. Mengapakah Piagam Madinah dikatakan model kerajaan Islam yang
unggul?
Jawapan:
1. Piagam Madinah dirangka dan ditulis oleh Nabi Muhammad s.a.w.
berpandukan wahyu Allah.
2. Piagam Madinah mencatat tentang peraturan dan tanggungjawab ketua
negara dan rakyatnya.
3. Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin Madinah dan baginda juga
sebagai hakim yang akan menyelesaikan masalah orang Islam dan bukan
Islam.
4. Maksudnya masyarakat Madinah mempunyai tanggungjawab yang sama
terhadap negara.
5. Penipuan dan riba.
6. Mereka dijamin keselamatan selagi mereka mematuhi Piagam Madinah.
7. Ia merupakan perlembagaan yang lengkap, dan diterima pakai oleh semua
masyarakat.
Sejarah Form 4 Revision Notes
5.4 Nota Ringkas: Perang Menurut Islam
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Sebutkan nama perang yang pertama antara Makkah dengan Madinah.
2. Perang Khandak atau Perang Parit berlaku pada tahun 627M/3H,
mengapakah ia dinamakan Perang Khandak atau Perang Parit?
3. Mengapakah pihak Islam memperolehi kemenangan dalam Perang
Khandak?
Sejarah Form 4 Revision Notes
4. Apakah tujuan perang yang dibenarkan oleh Islam?
5. Berikan contoh larangan terhadap orang Islam semasa berperang.
Jawapan:
1. Perang Badar.
2. Tentera Madinah menggunakan taktik menggali parit dalam perang
tersebut. “Parit” adalah “Khandak” dalam Bahasa Arab.
3. Kerana tentera pihak Islam mempunyai kesabaran dan ketahanan diri
yang tinggi.
4. Demi mempertahankan agama, maruah diri, dan negara.
5. Tentera orang Islam dilarang membunuh orang yang lemah seperti orang
tua, kanak-kanak, wanita, orang yang sakit, dan orang yang menyerah diri.
Mereka juga dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan, tanaman dan
binatang ternakan, serta merobohkan tempat ibadat musuh.
5.5 Nota Ringkas: Perjanjian Hudaibiyah
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah tujuan orang Islam ingin ke Makkah?
2. Siapakah yang dihantar oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menerangkan
tujuan kedatangan mereka ke Makkah?
3. Apakah maksud Baiah al-Ridwan?
4. Siapakah yang mewakili pemimpin Makkah untuk bertemu Nabi
Muhammad s.a.w. sehingga termeterainya Perjanjian Hudaibiyah?
5. Berapa lamakah gencatan senjata yang dipersetujui antara Makkah
dengan Madinah?
Sejarah Form 4 Revision Notes
6. Beri contoh kesan penting Perjanjian Hudaibiyah terhadap agama Islam.
7. Siapakah tokoh Quraisy yang memeluk Islam selepas Perjanjian
Hudaibiyah?
Jawapan:
1. Tujuan mereka adalah untuk menunaikan umrah.
2. Uthman bin Affan.
3. Bersumpah setia beramai-ramai.
4. Suhail b. Amru.
5. 10 tahun.
6. Orang Islam berpeluang menunaikan ibadat haji pada tahun berikutnya
iaitu tahun 629M, orang Islam bebas memasuki Kota Mekah and beribadat
di Kaabah, dan agama Islam berkembang dengan pesat terutama selapas
2 tahun Perjanjian Hudaibiyah.
7. Khalid b. Al-Walid, Amru b. Al-As, Uthman b. Talha
5.6 Nota Ringkas: Pembukaan Kota Mekah – Part 1
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah sebab serta-merta Nabi Muhammad s.a.w. membuka Kota
Makkah?
2. Apakah bentuk pelanggaran perjanjian Hudaibiyah oleh pihak Quraisy
Makkah?
3. Siapakah yang dibunuh oleh pihak Quraisy Makkah?
4. Berapa ramaikah tentera Madinah yang mengepung Kota Makkah?
5. Sebutkan nama 4 orang ketua pasukan tentera Madinah ketika
mengepung Kota Makkah.
Sejarah Form 4 Revision Notes
6. Siapakah tokoh Quraisy yang memeluk Islam ketika Kota Makkah
dikepung?
7. Apakah faktor utama kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. menawan Kota
Makkah?
Jawapan:
1. Pihak Quraisy telah melanggar Perjanjian Hudaibiyah.
2. Pihak Quraisy menyekat hak kebebasan yang dipersetujui.
3. Beberapa orang Bani Khuzaah.
4. Empat pasukan tentera yang dianggotai 10,000 orang.
5. Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah, dan Zubair
b. al-Awwam.
6. Abu Sufiandan Abas.
7. Nabi Muhammad s.a.w. telah memberi jaminan keselamatan kepada
mereka yang terkepung sekiranya mereka menyerah diri.
5.6 Nota Ringkas: Pembukaan Kota Mekah – Part 2
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah tindakan pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
setelah membuka Kota Mekah?
2. Bagaimanakah kedudukan kaabah setelah pembukaan Kota Makkah?
3. Apakah kesan pembukaan Kota Makkah oleh Nabi Muhammad s.a.w.?
Sejarah Form 4 Revision Notes
Jawapan:
1. Nabi Muhammad s.a.w. bertawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi kaabah.
2. Pembukaan Kota Mekah menyebabkan kaabah terpelihara dari
unsur-unsur jahiliah.
3. Kota Mekah menjadi kota suci umat Islam seluruh dunia kerana
terdapatnya kaabah.
Bab 06: Pembentukan Kerajaan Islam
dan Sumbangannya
6.1 Nota Ringkas: Kerajaan Khulafah al-Rashidin Bahagian
1
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah maksud Khalifah dalam konteks Islam?
2. Berikan 3 contoh tugas khalifah daripada segi politik.
3. Apakah tugas Khalifah daripada segi ekonomi?
4. Berikan 3 contoh syarat untuk menjadi Khalifah.
Jawapan:
1. Maksud khalifah dalam konteks Islam ialah tanggungjawab memelihara
kemurnian agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Sejarah Form 4 Revision Notes
2. Memastikan kelicinan pentadbiran, mempertahankan agama dan negara
Islam, dan melantik pegawai pentadbir negara.
3. Tugas khalifah daripada segi ekonomi ialah menguruskan kewangan,
perbendaharaan negara dan baitulmal.
4. 3 contoh syarat-syarat untuk menjadi khalifah ialah menjadi lelaki yang
merdeka, beragama Islam dan bersifat adil.
6.1 Nota Ringkas: Kerajaan Khulafah al-Rashidin Bahagian
2
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Bagaimanakah cara Abu Bakar al-Siddiq memperoleh jawatan Khalifah?
2. Siapakah yang mencadangkah Umar al-Khatab sebagai Khalifah?
3. Perlantikan Uthman b. al-Affan sebagai Khalifah melalui pencalonan
beberapa nama. Berapa namakah yang dicalonkan?
Jawapan:
1. Abu Bakar al-Siddiq memperoleh jawatan khalifah dengan cara
musyawarah/mesyuarat.
2. Khalifah Abu Bakar yang mencadangkan Umar al-Khatab sebagai khalifah