Sejarah Form 4 Revision Notes
3. Enam nama yang dicalonkan.
6.2 Nota Ringkas: Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Siapakah nama sebenar Khalifah Abu Bakar al-Siddiq?
2. Apakah maksud al-Siddiq?
3. Siapakah yang dimaksudkan dengan golongan al-Riddah?
4. Bagi melicinkan pentadbiran, apakah pembaharuan yang dilakukan oleh
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq?
5. Bagaimanakah cara Khalifah Abu Bakar al-Siddiq membayar gaji tentera?
Sejarah Form 4 Revision Notes
6. Siapakah yang diperintahkan untuk mengumpul semula tulisan al-Quran?
Jawapan:
1. Nama sebenar Khalifah Abu Bakar al-Siddiq ialah Abdullah b. Abu
Quhafah.
2. Maksud al-Siddiq ialah yang membenarkan.
3. Golongan al-Riddah ialah golongan nabi palsu, golongan murtad dan
golongan yang enggan membayar zakat.
4. Pembaharuan yang dilakukan ialah membahagikan tanah Arab kepada 10
wilayah.
5. Cara beliau membayar gaji tentera ialah melalui hasil harta rampasan
perang.
6. Zaid b. Thabit telah diperintahkan untuk mengumpul semula tulisan
al-Quran.
Sejarah Form 4 Revision Notes
6.3 Nota Ringkas: Khalifah Umar al-Khatab
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
Sejarah Form 4 Revision Notes
1. Siapakah anggota Majlis Syura yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar
al-Khatab?
2. Setiap wilayah diketuai oleh wali atau gabenor. Apakah tugas wali atau
gabenor?
3. Berikan beberapa contoh jabatan yang ditubuhkan oleh Khalifah Umar
bagi memantapkan pentadbiran.
4. Bagaimanakah cara Khalifah Umar mengelakkan salahlaku hakim?
5. Apakah tindakan Khalifah Umar untuk mengembangkan ajaran al-Quran?
6. Bagi meningkatkan pertanian, Khalifah Umar telah membina terusan.
Nyatakan contoh terusan yang terkenal pada ketika itu.
Jawapan:
1. Anggota Majlis Syura yang diperkenalkan ialah golongan Muhaijirin dan
Ansar.
2. Tugas wali atau gabenor ialah memikul jawatan pentadbir awam dan
panglima tentera.
3. Beberapa contoh jabatan yang ditubuhkan bagi memantapkan pentadbiran
ialah Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan
Perbendaharaan Negara.
4. Khalifah Umar mengelakkan salahlaku hakim dengan memberi hakim gaji
yang tinggi.
5. Tindakan Khalifah Umar untuk mengembangkan ajaran al-Quran adalah
dengan menyediakan tempat belajar di persekitaran masjid dan
menghantar guru agama ke pedalaman.
Sejarah Form 4 Revision Notes
6. Antara terusan yang terkenal ialah Terusan Amirulmukminin.
6.4 Nota Ringkas: Khalifah Uthman Bin al-Affan
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Khalifah Uthman dikenali sebagai ‘Zun Nurain’. Apa maksud Zun Nurain?
2. Mengapakah beliau digelar ‘Zun Nurain”?
3. Apakah sikap Khalifah Uthman yang terkenal?
4. Berikan contoh empayar Islam yang terkenal pada zaman Khalifah
Uthman.
5. Sumbangan terbesar Khalifah Uthman ialah menyelaraskan bacaan
al-Quran dengan cara…?
Sejarah Form 4 Revision Notes
6. Apakah kemudahan yang disediakan oleh Khalifah Uthman kepada para
pengembara?
Jawapan:
1. Maksud Zun Nurain ialah mempunyai dua cahaya.
2. Beliau digelar Zun Nurain kerana beliau berkahwin dengan dua orang
puteri Nabi Muhammad s.a.w setelah seorang darinya meninggal dunia.
3. Sikap Khalifah Uthman yang terkenal ialah hartawan yang bersikap
dermawan, lemah lembut, bertolak ansur dan mudah simpati.
4. Contoh-contoh empayar Islam yang terkenal pada zaman Khalifah Uthman
ialah Afghanistan, Samarkhan, Cyprus dan Tripoli.
5. Khalifah Uthman menyelaraskan bacaan al-Quran dengan cara
mengistiharkan naskah al-Quran yang dikenali sebagai “Mushaf Uthmani”.
6. Kemudahan yang disediakan oleh Khalifah Uthman kepada para
pengembara ialah rumah rehat.
Sejarah Form 4 Revision Notes
6.5 Nota Ringkas: Khalifah Ali Bin Abu Talib
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Bagaimanakah cara pelantikan Ali bin Abu Talib sebagai khalifah?
2. Apakah tindakan Khalifah Ali untuk memperkukuhkan keselamatan
negara?
3. Khalifah Ali dikatakan sangat mementingkan keharmornian negara.
Buktikan kenyataan ini.
4. Siapakah tokoh yang dihantar oleh Khalifah Ali untuk memungut jizyah
kepada golongan zimmi?
Sejarah Form 4 Revision Notes
Jawapan:
1. Cara pelantikan Ali bin Abu Talib sebagai khalifah adalah dengan
cadangan dari sekelompok masyarakat.
2. Tindakan Khalifah Ali untuk memperkukuhkan keselamatan negara ialah
memperkuatkan tentera islam.
3. Buktinya, dalam peristiwa Perang Siffin, tenteranya hampir menang, tetapi
pihak lawan mengangkat al-Quran untuk berdamai dan beliau bersetuju.
4. Tokoh yang dihantar oleh Khalifah Ali ialah Gabenor Mausli.
6.6 Nota Ringkas: Kerajaan Bani Umaiyah (Bahagian 1)
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah tugas wazir dalam sistem pentadbiran Bani Umaiyyah?
2. Siapakah yang mengetuai pentadbiran wilayah?
3. Sistem hijabah diperkenalkan dan diketuai oleh seorang pegawai. Apakah
tugas hijabah?
Sejarah Form 4 Revision Notes
4. Jabatan ketenteraan pula diperkukuhkan dan diperkemaskan dengan
penubuhan…?
5. Sistem perundangan Islam dilaksanakan. Hakim menjatuhkan hukuman
berdasarkan…?
6. Sistem pentadbiran dibahagi kepada beberapa bahagian yang diketuai
oleh pegawai utama. Berikan contoh.
7. Untuk meningkatkan pentadbiran, beberapa jabatan diwujudkan. Apakah
jabatan-jabatan tersebut?
Jawapan:
1. Mengetuai pentadbiran pusat.
2. Gabenor yang mengetuai pentadbiran wilayah.
3. Tugas hijabah ialah memeriksa orang yang ingin menemui khalifah,
mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah.
4. Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan).
5. Al- Quran, hadis, ijmak dan ijtihad.
6. Bahagian surat menyurat, cukai, ketenteraan, polis, kehakiman dan
pegawai pengurusan.
7. Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan
Urusan Cop Mohor Perintah.
6.6 Nota Ringkas: Kerajaan Bani Umaiyah(Bahagian 2)
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Di manakah pusat pengajian tinggi didirikan di Sepanyol oleh Khalifah
Abdul Rahman III?
2. Apakah sumbangan Khalifah al-Hakam II dalam bidang ilmu
pengetahuan?
3. Dalam bidang senibina, masjid yang terkenal ialah Masjid Cordova.
Sebutkan ciri-ciri senibina masjid tersebut.
Sejarah Form 4 Revision Notes
4. Dari segi ekonomi, apakah tujuan baitulmal didirikan?
5. Bidang perusahaan yang terkenal ialah...
6. Dari manakah pendapatan baitulmal diperolehi?
Jawapan:
1. Pusat pengajian tinggi yang didirikan di Sepanyol oleh Khalifah Abdul
Rahman III berada di Cordova.
2. Sumbangan Khalifah al- Hakam II dalam bidang ilmu pengetahuan ialah
pembinaan pusat pengajian tinggi dan perpustakaan.
3. Ciri- ciri senibina masjid tersebut ialah mempunyai menara, kubah
beralaskan kayu berukir dan tiang dibuat dari batu marmar.
4. Dari segi ekonomi, tujuan baitumal didirikan adalah untuk mengimbangi
pendapatan dan perbelanjaan negara.
5. Bidang perusahaan yang terkenal ialah perusahaan tembikar, perhiasan
dari emas dan perak, memproses kulit dan membuat senjata.
6. Pendapatan baitulmal diperolehi dari pungutan khazraj, zakat, usyur dan
ghanimah.
6.7 Nota Ringkas: Kerajaan Bani Abbasiyah (Bahagian 1)
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Nama Abbasiyah diambil sempena nama…?
2. Bagaimanakah cara Bani Abbasiyah mencari sokongan masyarakat?
3. Dimanakah pusat gerakan mereka?
4. Gerakan Bani Abbasiyah semakin kukuh dengan penyertaan dua orang
tokoh pahlawan iaitu...?
5. Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid, mereka telah mendirikan
baitulhikmah. Apakah itu baitulhikmah?
6. Untuk memperbanyakkan sumber ilmu pengetahuan, kegiatan penulisan
dilakukan melalui tiga cara, iaitu…
Sejarah Form 4 Revision Notes
7. Ulama memainkan peranan dalam penulisan kitab agama seperti…?
Jawapan:
1. Nama Abbasiyah diambil sempena nama al-Abbas iaitu bapa saudara
Nabi Muhammad s.a.w.
2. Cara Bani Abbasiyah mencari sokongan masyarakat ialah berkempen atas
nama Ahlul Bait iaitu keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
3. Pusat gerakan mereka berada di Khufah, Khurasan dan Humaimah.
4. Abu Salamah al-Khalal dan Abu Muslim al-Khurasani.
5. Baitulhikmah ialah pusat atau institusi keilmuan.
6. Mencatat idea atau percakapan, mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w
di dalam sebuah buku dan mengarang dan disusun mengikut bab.
7. Peranan ulama dalam penulisan kitab agama seperti menyusun hadis,
fikah, tafsir dan sejarah.
6.7 Nota Ringkas: Kerajaan Bani Abbasiyah (Bahagian 2)
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Salah satu sebab kejatuhan Bani Umaiyah kepada gerakan Bani
Abbasiyah adalah kerana dasar diskriminasi kepada golongan mawali.
Buktikan.
Sejarah Form 4 Revision Notes
2. Perlantikan jawatan khalifah Bani Umaiyah dilakukan secara warisan telah
menimbulkan penentangan dari golongan...?
3. Kemenangan gerakan Abbasiyah di tangan Bani Umaiyah adalah kerana
mereka berkempen atas nama…?
Jawapan:
1. Golongan mawali tidak diberi hak mendapat jawatan yang dianggap layak
dan dikenakan cukai yang lebih tinggi dari orang Islam Arab.
2. Syiah dan Khuwarij.
3. Ahlul Bait iaitu keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
6.8 Nota Ringkas: Kerajaan Turki Uthmaniah
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Antara faktor kejayaan Turki meluaskan empayar adalah kerana
tenteranya mempunyai semangat gazi. Apakah yang dimaksudkan dengan
semangat gazi?
2. Kekuatan tentera Turki juga adalah kerana mereka boleh menguasai Laut
Mediterranean. Ini adalah disebabkan tentera Turki mempunyai…?
Sejarah Form 4 Revision Notes
3. Apakah yang dimaksudkan dengan kumpulan Janissari?
4. Kejayaan Turki menyebarkan Islam di Eropah disebabkan tumbangnya
sebuah kerajaan Eropah yang kuat iaitu...?
5. Berikan contoh cara orang Turki menyebarkan Islam di Eropah.
6. Sebaik sahaja Sultan Selim menguasai Kota Mekah, beliau digelarkan
sebagai?
7. Apakah keistimewaan Kanun Suleiman?
8. Sheikhul Islam adalah ketua ulama. Beliau berkuasa untuk...?
9. Apakah peranan penting bandar Istanbul?
10. Dalam bidang pendidikan, apakah yang telah diperkenalkan oleh
kerajaan Turki Uthmaniah?
Jawapan:
1. Semangat gazi ialah semangat kepahlawanan yang sangat tinggi.
2. 300 buah kapal.
3. Kumpulan Janissari bermaksud kumpulan tentera elit yang sangat terlatih
dimana mereka telah diberi latihan sejak zaman kanak- kanak lagi.
4. Kerajaan Byzantine.
5. Penghijrahan orang Turki termasuk pendakwah telah menarik ramai orang
Kristian memeluk Islam.
6. Pelindung umat Islam seluruh dunia.
7. Membela nyawa, harta, kehormatan setiap individu tanpa mengira bangsa
dan agama.
Sejarah Form 4 Revision Notes
8. Mengeluarkan fatwa berkaitan agama, sains dan undang-undang.
9. Menjadi pusat perdagangan antara dunia Islam dan bukan Islam serta
antara timur dan barat.
10. Sistem madrasah, sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera,
maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.
6.9 Nota Ringkas: Pertembungan Tamadun Islam Dengan
Tamadun Lain Di Dunia (Bahagian 1)
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain berlaku melalui
perdagangan dengan negara…?
2. Melalui cara diplomatik, tamadun Islam bertembung dengan tamadun…?
3. Kemasukan Islam ke Sepanyol menyebabkan lahirnya golongan mozarab.
Siapakah golongan mozarab?
4. Pertembungan tamadun Islam juga berlaku melalui cara intelektual.
Apakah kesan dari pertembungan tersebut?
Jawapan:
1. Parsi, Rom dan China.
2. Sepanyol.
3. Golongan mozarab ialah orang tempatan yang beragama Kristian tetapi
mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.
4. Ilmuan Islam mendalami keilmuan tamadun Eropah dan
memperkembangkan keilmuan tersebut menurut pandangan Islam.
6.9 Nota Ringkas: Pertembungan Tamadun Islam Dengan
Tamadun Lain Di Dunia (Bahagian 2)
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Kehidupan penganut Islam di bawah jajahan takluk berpegang kepada
aqidah apa?
2. Apakah golongan mudegar di Sepanyol?
Sejarah Form 4 Revision Notes
3. Apakah kesan penubuhan baitulhikmah?
Jawapan:
1. Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa.
2. Orang bukan Islam mengamalkan cara hidup orang Islam.
3. Kesan penubuhan baitulhikmah ialah penterjemahan karya asing
dihasilkan.
Bab 08: Pembaharuan dan Pengaruh
Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan
Barat
8.0 Nota Ringkas: Soalan KBKK Kepentingan Perundangan
Sejarah Form 4 Revision Notes
8.1 Nota Ringkas: Pengaruh Islam Terhadap Sistem
Pemerintahan Dan Pentadbiran
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah maksud gelaran Sultan yang terdapat di awal nama pemerintah
Islam?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan “Khalifatul Mukminin”?
3. Selepas kedatangan Islam, nasab keturunan sultan dirujuk kepada…?
Sejarah Form 4 Revision Notes
4. Berikan 3 contoh ulamak terkenal yang pernah menjadi penasihat kepada
sultan.
Jawapan:
1. Bayangan Allah di muka bumi.
2. Nasab keturunan sultan dirujuk kepada Iskandar Zulkarnain yang sebelum
ini dikatakan darititisan dewa.
3. Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, dan Maulana Sadar
Jahan.
4. Maksudnya pemimpin orang mukmin.
8.2 Nota Ringkas: Undang-undang Tidak Bertulis (Adat
Perpatih & Adat Temenggung)
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Siapakah yang mengasaskan Adat Perpatih?
2. Siapakah yang mengasaskan Adat Temenggung?
3. Di Tanah Melayu, dimanakah Adat Perpatih diamalkan?
4. Bagaimanakah cara pembahagian harta menurut Adat Perpatih?
5. Bagaimanakah cara pembahagian harta menurut Adat Temenggung?
Sejarah Form 4 Revision Notes
Jawapan:
1. Datuk Perpatih Nan Sebatang.
2. Datuk Ketemenggungan.
3. Negeri Sembilan dan Naning.
4. Memberi keutamaan kepada anak perempuan.
5. Memberi keutamaan kepada anak lelaki bertepatan dengan hukum syarak.
8.3 Nota Ringkas: Undang-undang Bertulis
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah tujuan undang-undang dicipta?
2. Mengapakah undang-undang perlu ditulis atau dibukukan?
3. Apakah kebaikan terciptanya undang-undang?
Sejarah Form 4 Revision Notes
4. Berikan contoh perkara yang terdapat dalam Undang-undang Laut Melaka.
Jawapan:
1. Untuk menjaga keadilan dalam masyarakat.
2. Kerana buku undang-undang menjadi panduan kepada perjalanan
pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
3. Kehidupan masyarakat lebih tersusun kerana segala perlakuan,
tanggungjawab, serta hukuman tentang kesalahan yang dilakukan telah
ditentukan.
4. Seseorang nakhoda (kapten) dalam sesebuah kapal diertikan sebagai
imam dan anak buahnya sebagai makmum.
8.4 Nota Ringkas: Pengaruh Islam Dalam Bidang Kesenian
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Berikan contoh apakah yang terdapat dalam senibina istana.
2. Apakah hiasan yang mula digunakan oleh masyarakat Melayu selepas
kedatangan Islam?
3. Dimanakan seni khat kaligrafi kebiasaanya digunakan sebagai hiasan?
4. Seni muzik dabus terkenal di negeri Perak. Apakah yang cuba
disampaikan melalui muzik ini?
5. Di manakah persembahan Mak Inang dipersembahkan?
6. Apakah tujuan seni kata dalam Ghazal (sejenis puisi Arab)?
7. Apakah yang disampaikan didalam Nazam?
Jawapan:
1. Balairung, tempat bersemayam raja dan balai istiadat.
2. Ukiran bermotifkan tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan geometri.
3. Di masjid, madrasah, batu nisan, barangan tembikar, mata wang &
pakaian.
4. Kepahlawanan Saidina Ali.
5. Istana Melaka.
6. Memuji-muji kebesaran Islam.
7. Riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat.
Sejarah Form 4 Revision Notes
8.5 Nota Ringkas: Pengaruh Islam Dalam Pendidikan Tidak
Formal
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal?
2. Berikan 1 contoh pendidikan tidak formal.
3. Bagaimanakah nilai-nilai murni diterapkan kepada kanak-kanak?
4. Bagaimanakah kanak-kanak diajar menghormati orang tua?
Jawapan:
1. Maksudnya pendidikan awal yang melibatkan institusi kekeluargaan.
2. Pemerhatian dan latihan.
3. Cerita binatang dan cerita jenaka.
4. Kanak-kanak dinasihatkan supaya tunduk sambil menghulurkan tangan
apabila lalu di hadapan orang tua.
8.6 Nota Ringkas: Pengaruh Islam Dalam Bidang
Pendidikan Formal
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah pembelajaran yang diajar kepada kanak-kanakdi masjid atau
surau?
2. Pendidikan di Madrasah terbahagi kepada 3 tahap iaitu…?
3. Apakah matlamat pendidikan pondok diperkenalkan dan berapa lamakah
tempoh pembelajaran?
4. Dari siapakah Sultan Mansur Syah menerima pengajaran Islam?
5. Apakah bukti yang menyatakan pemerintah Melaka amat berminat dalam
bidang ilmu pengetahuan?
Sejarah Form 4 Revision Notes
6. Istana juga dikatakan tempat menyimpan buku-buku hikayat seperti…?
Jawapan:
1. Kanak-kanak diajar pelajaran tajwid, fikah, cara sembahyang dan bacaan
dalam sembahyang.
2. Permulaan, pertengahan, pengkhususan.
3. Tujuannya adalah untuk menyediakan guru agama. Pelajar akan
menamatkan pelajaran selama 10 tahun.
4. Dari Maulana Abu Bakar.
5. Kitab al-Dur al-Manzum karangan Maulana Abu Bakar, telah diarak hingga
ke balairungseri istana Melaka.
6. Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
8.7 Nota Ringkas: Pengaruh Islam Terhadap Bahasa Dan
Kesusasteraan
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Berikan contoh istilah bahasa Arab yang dijadikan bahasa Melayu oleh
orang Melayu.
2. Berikan contoh istilah Arab yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan.
3. Terdapat kesusasteraan Melayu tradisional yang berunsur jenaka
seperti…?
4. Berikan satu contoh cerita dongeng yang berunsur pengajaran.
5. Apakah peranan sastera Melayu selepas kedatangan Islam?
6. Berikan contoh hikayat yang berunsur pengajaran.
7. Terdapat juga karya berbentuk puisi seperti...?
Jawapan:
1. Adat, adil, daulat, hakim, hukum.
2. Fikah, tauhid, tafsir.
3. Pak Kadok dan Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang dan Si Luncai.
4. Batu Belah Batu Bertangkup.
5. Peranan sastera Melayu telah berubah dari tujuan berhibur kepada tujuan
mengkritik dan berunsur pengajaran.
6. Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah.
7. Syair Dahulu Kala.
Sejarah Form 4 Revision Notes
8.8 Nota Ringkas: Pengaruh Islam Terhadap Gaya Hidup
Soalan
1. Berikan contoh cara memanggil orang yang lebih tua.
2. Bagaimanakah cara kita bercakap dengan orang tua?
3. Bagaimanakah cara masyarakat Melayu melayan tetamu?
Sejarah Form 4 Revision Notes
4. Apakah yang perlu dilakukan sebelum makan atau minum?
5. Dalam masyarakat Melayu tradisional, sikap bergotong-royong menjadi
amalan mereka seperti majlis…?
6. Ahli masyarakat sering berpegang kepada peribahasa seperti…?
Jawapan:
1. Pak long, Mak long.
2. Dengan merendahkan suara.
3. Tetamu dilayan dengan hormat dan hendaklah dihidang dengan makanan
dan minuman.
4. Bacaan bismillah (dengannama Allah).
5. Majlis perkahwinan, majlis berkhatan, dan majlis tamat membaca
al-Quran.
6. “Seikat seperti sirih”, “serumpun seperti serai”, “sedincing seperti besi”.
8.9 Nota Ringkas: Pengaruh Islam Terhadap Matawang
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
Sejarah Form 4 Revision Notes
1. Apakah ciri-ciri matawang tradisional di negeri Melaka?
2. Apakah ciri-ciri matawang negeri Johor?
3. Bagaimanakah bentuk matawang negeri Kedah?
Jawapan:
1. Matawang timah tercatat nama Sultan yang memerintah dan tarikh Islam
dan juga berbentuk bulat.
2. Berbentuk bulat atau segi enam dan mempunyai tulisan jawi.
3. Berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap diatas beberapa cincin, dan
boleh dipatah dan diguna secara berasingan.
8.10 Nota Ringkas: Pengaruh Islam Terhadap Kegiatan
Perdagangan
Sejarah Form 4 Revision Notes