Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah faktor datangnya ramai pedagang Islam ke Melaka?
2. Apakah bukti yang menunjukkan ramai pedagang luar datang ke Melaka?
3. Apakah yang perlu dilakukan oleh pedagang sebelum memulakan
kegiatan perdagangan di Melaka?
4. Orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak…?
5. Orang kaya pula dikehendaki membayar zakat harta dan hasil yang
disimpan di…?
Sejarah Form 4 Revision Notes
Jawapan:
1. Kedudukan Melaka yang strategik.
2. Terdapat 84 jenis bahasa yang dipertuturkan, menunjukkan kepesatan
perdagangan.
3. Semua pedagang diwajibkan membayar cukai terlebih dahulu sebelum
barang diperdagangkan.
4. 3%.
5. Dalam baitulmal.
Bab 09: Perkembangan di Eropah
9.1 Nota Ringkas: Zaman Gelap Eropah (Zaman Feudal)
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah peranan raja pada Zaman Gelap Eropah?
2. Apabila raja melindungi baron, maka sebagai balasan baron dikehendaki
untuk…?
3. Baron bertanggungjawab untuk melindungi petani, maka sebagai balasan
petani dikehendaki untuk…?
4. Apakah akan berlaku kepada petani sekiranya gagal membayar cukai
kepada baron?
5. Bagaimanakah sikap gereja pada zaman gelap?
6. Kegiatan perdagangan tidak meluas kerana sering diganggu. Nyatakan
pihak yang mengganggu kegiatan perdagangan.
Jawapan:
1. Raja menduduki tempat yang tertinggi dan boleh menyerahkan wilayah
untuk ditadbir oleh baron dan memberi perlindungan kepada baron.
2. Memberi khidmat atau membayar cukai kepada raja.
3. Memberi khidmat dan membayar cukai yang tinggi kepada baron.
4. Terpaksa menyerahkan tanah kepada baron atau menjadi hamba.
5. Gereja Katolik amat berkuasa dan menitikberatkan kegiatan amalan
agama dan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja. Oleh itu, Gereja Katolik
dianggap mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.
Sejarah Form 4 Revision Notes
6. Orang gasar seperti orang Viking dan Magyar.
9.2 Nota Ringkas: Zaman Kemuncak Pertengahan
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah peranan gereja pada zaman kemuncak pertengahan?
2. Pada zaman kemuncak pertengahan telah munculnya beberapa bandar
seperti...?
3. Bagaimanakah status sosial masyarakat pada zaman kemuncak
pertengahan?
4. Apakah peranan parlimen?
5. Apakah kesan daripada kewujudan parlimen?
Jawapan:
1. Gereja bertindak sebagai ejen penyatuan dan tidak lagi mementingkan
ilmu keakhiratan sahaja. Ahli gereja menasihati pembesar dan Baron
supaya tidak lagi mengenakan cukai-cukai yang tinggi terhadap petani.
2. Venice, Milan dan Florence.
3. Kedudukan sosial seseorang berasaskan kekayaan dan tidak lagi
berasaskan pemilikan tanah.
4. Untuk membolehkan rakyat menyuarakan pandangan mereka apabila
rakyat mula melibatkan diri dalam bidang politik.
5. Rakyat diberi hak politik dan menyebabkan hubungan terjalin antara
pemimpin dengan rakyat.
Sejarah Form 4 Revision Notes
9.3 Nota Ringkas: Zaman Gerakan Reformasi
Soalan
Sejarah Form 4 Revision Notes
1. Apakah yang dimaksudkan dengan reformation?
2. Siapakah tokoh gerakan ini?
3. Di manakah gerakan reformation berkembang?
4. Apakah faktor utama berlakunya gerakan reformation?
5. Berikan contoh penyelewengan yang dilakukan oleh pihak gereja.
6. Siapakah tokoh yang memperkenalkan mesin cetak?
7. Kesan perpecahan agama Kristian telah membawa kepada perang 30
tahun yang melibatkan negara?
Jawapan:
1. Melaksanakan perubahan untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau
yang lebih baik.
2. Martin Luther, Zwingli, John Calvin.
3. Sweden, Denmark, Norway, England.
4. Perasaan tidak puas hati terhadap kepincangan dalam pentadbiran dan
amalan gereja.
5. penjualan Sijil Indulgences iaitu surat pengampunan dosa.
6. Johann Gutenberg
7. Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark & Sweden.
Sejarah Form 4 Revision Notes
9.4 Nota Ringkas: Zaman Penjelajahan dan Penerokaan
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Antara faktor kedatangan orang Eropah ke Timur ialah untuk mandapat
bahan mentah seperti…?
Sejarah Form 4 Revision Notes
2. Apakah nama perjanjian yang telah menghasilkan pembahagian laluan ke
Timur antara Portugis dengan Sepanyol?
3. Apakah tujuan orang Eropah datang ke Timur selain daripada untuk
mendapatkan bahan mentah?
4. Apakah kesan ekonomi kepada orang Eropah dengan penjelajahan
mereka ke Timur?
5. Apakah kesan sosial kepada masyarakat Amerika Latin dengan
kedatangan orang Sepanyol?
Jawapan:
1. Emas, sutera dan rempah ratus.
2. Perjaniian Tordesillas.
3. Orang Eropah ingin menyebarkan agama Kristian seperti yang ditekankan
oleh pengusaha gereja.
4. Penjelajahan orang Eropah ke Timur telah memperkayakan ekonomi
negara Eropah.
5. Para pemodal Sepanyol mengeksplotasi buruh peribumi untuk bekerja di
lombang dan di ladang mereka untuk mendapat perak dan emas.
Sejarah Form 4 Revision Notes
9.5 Nota Ringkas: Revolusi Pertanian
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah kesan daripada penambahan penduduk yang berlaku di Britain?
2. Apakah kesan apabila parlimen British meluluskan Akta Pemagaran Tanah
Awam kepada petani miskin?
3. Apakah yang berlaku akibat penciptaan peralatan menggali dan menugal
oleh Jetro Tull?
4. Pengenalan sistem tanaman bergilir telah menyebabkan tanah sentiasa
subur. Ini disebabkan oleh…?
5. Apakah kesan peningkatan kuantiti dan kualiti hasil?
Jawapan:
1. Peningkatan permintaan makanan dan menyebabkan harga gandum
meningkat.
2. Petani kecil yang tidak mampu menanggung kos pemagaran tanah
terpaksa menjual tanah mereka kepada orang kaya dan orang kaya
menggunakan kos yang rendah untuk membeli tanah petani kecil.
3. Penciptaan alat menggali dan menugal oleh Jetro Tul telah membolehkan
banyak lubang digali secara serentak dan penanaman bijih benih menjadi
lebih pantas.
4. Sistem ini melibatkan penggunaan nutrien yang berbeza.
Sejarah Form 4 Revision Notes
5. Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil telah membawa kepada lebihan
makanan dan lebihan ini kemudiannya diperdagangkan dan akhirnya
pertanian menjadi punca ekonomi negara.
9.6 Nota Ringkas: Revolusi Perindustrian
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah maksud Revolusi Perindustrian?
2. Terangkan faktor yang mendorong berlakunya Revolusi Perindustrian di
Britain.
Sejarah Form 4 Revision Notes
Jawapan:
1. Pengeluaran barang yang dihasilkan secara besar-besaran, pengeluaran
barang melebih paras keperluan pengusaha, dihasilkan dengan
perantaraan mesin & hasil keluaran dikomersilkan.
2. Sumbangan Revolusi Pertanian, semangat keusahawanan peladang kaya,
bekalan makanan yang mencukupi, penggunaan teknologi, skala
pengeluaran yang besar, wujudnya pengkhususan kerja, dan penggunaan
mesin berkuasa wap.
9.7 Nota Ringkas: Imperialisme Barat di Asia
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah maksud Imperialisme Baru?
2. Bagaimanakah penciptaan kapal wap membantu kuasa Eropah mendapat
tanah jajahan di Asia?
3. Apakah faktor-faktor yang mendorong kedatangan Penjajah Barat ke
Asia?
Jawapan:
1. Penjajahan pada Zaman Revolusi Perindustrian.
2. Perjalanan menggunakan kapal wap adalah cepat, lebih selamat dan kos
rendah. Ini dapat memudahkan perhubungan dan mencepatkan
perjalanan.
3. Mereka ingin mendapatkan bahan mentah, ingin memasarkan hasil
industri mereka, penciptaan kapal wap, tindakan Amerika yang
mengenakan kadar tarif kepada Britain, ingin menyebarkan agama
Kristian, wujudnya semangat perlumbaan untuk meningkatkan status &
untuk meningkatkan tamadun dunia.
9.7 Nota Ringkas: Kesan Imperialisme Barat di Asia
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
Sejarah Form 4 Revision Notes
1. Nyatakan 3 kesan imperialisme Barat dari segi politik
2. Apakah kegiatan ekonomi yang dikomersialkan di Tanah Melayu untuk
memenuhi keperluan industri di Britain?
3. Mengapakah sistem pendidikan Inggeris diperkenalkan di kawasan
bandar?
Jawapan:
1. Hilangnya kepentingan sistem pentadbiran tradisional, banyak kawasan di
Asia Tenggara telah diperintah oleh imperialisme Barat secara langsung,
yang telah mengantikan sistem pemerintahan tempatan dengan sistem
birokrasi barat yang dikuasai oleh Imperialis & pemerintah tempatan
terpaksa menerima penasihat dan juga pentadbir dari Barat.
2. Penanaman getah dan perlombongan bijih timah.
3. Untuk memberikan pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir
rendah bagi keperluan British sahaja.
9.8 Nota Ringkas: Zaman Renaissance
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Bab 10: Dasar British dan Kesannya
terhadap Ekonomi Negara
10.1 Nota Ringkas: Maksud Ekonomi Tradisional dan
Maksud Ekonomi Dagang
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi tradisional?
2. Berikan contoh kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional.
3. Apakah jenis tanaman utama yang diusahakan?
4. Di bidang pertanian, antara peralatan yang digunakan adalah seperti…?
5. Ikan ditangkap di kawasan apa?
6. Apakah maksud ekonomi dagangan?
7. Dari manakah tenaga buruh diambil oleh British untuk memajukan
ekonomi dagang?
Sejarah Form 4 Revision Notes
Jawapan:
1. Ekonomi sara diri yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.
2. Contoh adalah seperti melombong, bercucuk tanam, memungut hasil
hutan, menternak dan menangkap ikan.
3. Tanaman utama yang diusahakan ialah padi, pisang, ubi dan kelapa.
4. Alat yang digunakan dalam bidang pertanian ialah tajak, cangkul, tugal
dan tenggal.
5. Kawasan tangkapan ikan ialah di sungai, tasik, sawah dan pinggir pantai.
6. Ekonomi dagangan ialah aktiviti yang menjalankan kegiatan pertanian dan
perlombongan secara besar-besaran.
7. Dari China dan India.
10.2 Nota Ringkas: Kegiatan Perlombongan Bijih Timah
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Berikan contoh tokoh pembesar tempatan yang mempunyai lombong bijih
timah di Tanah Melayu.
2. Bagaimanakah cara orang Melayu melombong bijih timah?
3. Bagaimanakah cara pengusaha Cina melibatkan diri dalam perlombongan
bijih timah?
4. Berikan 2 contoh tindakan British untuk memonopoli perusahaan bijih
timah.
5. Apakah kesan perusahaan bijih timah dengan kedatangan British?
Jawapan:
1. Long Jaafar, Ngah Ibrahim, Raja Jumaat, Datuk Kelana dan Datuk Bandar.
2. Bijih timah dilombong dengan menggunakan teknik mendulang di kawasan
sungai yang berhampiran.
3. Pengusaha dari China dikehendaki mendapat kebenaran daripada
pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan kerana kegiatan
perlombongan dipantau oleh pembesar Melayu.
4. British memperkenalkan enakmen dan memperkenalkan kapal korek bagi
memonopoli perusahaan bijih timah.
5. Perusahaan bijih timah mula berubah daripada insentif buruh kepada
insentif modal.
Sejarah Form 4 Revision Notes
10.3 Nota Ringkas: Perusahaan Getah Bahagian 1 & 2
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Mengapakah permintaan getah begitu tinggi di Eropah pada abad ke-20?
2. Siapakah tokoh H.N. Ridley?
3. Berikan contoh tindakan H.N. Ridley untuk menggalakkan penanaman
getah.
Sejarah Form 4 Revision Notes
4. Perkembangan penanaman getah juga berlaku dengan kedatangan
pelabur-pelabur Eropah seperti…?
5. Bagaimanakah cara kerajaan menggalakkan pelabur-pelabur Eropah
membuka ladang getah di Tanah Melayu?
6. Apakah tujuan utama Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan?
7. Mengapakah British memperkenalkan sistem kupon kepada penoreh
getah?
8. Berikan 1 contoh tindakan British di bawah Rancangan Peraturan Getah
Antarabangsa.
9. Apakah tindakan British untuk menghalang pekebun kecil menanam
getah?
Jawapan:
1. Permintaan getah begitu tinggi di Eropah kerana revolusi perindustrian dan
perkembangan industri pembuatan barang seperti kasut getah, tayar
basikal dan peralatan elektrik.
2. H.N. Ridley ialah Pengarah Botanical Garden di Singapura dan beliau
berperanan menyakinkan peladang mengenai masa depan getah.
3. Beliau mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah secara
percuma. Beliau juga memperkenalkan teknik torehan untuk menoreh
getah.
4. Perkembangan penanaman getah juga berlaku dengan kedatangan
pelabur-pelabur Eropah seperti syarikat Crosfield, Sime Darby & Boustead
Buttery Estate Agency.
Sejarah Form 4 Revision Notes
5. Kerajaan menggalakkan pelabur Eropah membuka ladang getah di Tanah
Melayu dengan cara-cara seperti dengan menyediakan kadar sewa tanah
dan tarif cukai yang rendah.
6. Untuk menghadkan pengeluaran getah.
7. Untuk menghadkan jumlah hari menoreh getah.
8. British memperkenalkan kuota yang rendah kepada pekebun kecil getah.
9. Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di atas tanah sawah.
10.4 Nota Ringkas: Kemasukan Imigran Cina dan India ke
Tanah Melayu (Bahagian 1)
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah faktor utama kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu?
2. Mengapakah British menggalakkan kemasukan buruh Cina dan India ke
Tanah Melayu?
3. Bagaimanakah cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu?
Sejarah Form 4 Revision Notes
4. Jelaskan cara kemasukan buruh Cina melalui sistem pengambilan
kakitangan.
Jawapan:
1. Faktor utama kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu ialah
kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan secara
besar-besara oleh British dan tindakan tersebut memerlukan tenaga buruh
yang banyak.
2. Pada tahap awal masyarakat Melayu tidak mempunyai minat dalam bidang
penanaman getah dan perlombongan dan lebih berminat dalam bidang
pertanian. Oleh itu British menggalakkan buruh Cina dan buruh India ke
Tanah Melayu untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka dalam Tanah
Melayu.
3. Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu ialah melalui sistem tiket
kredit, sistem pengambilan kaki tangan dan sistem pengambilan rumah
kongsi.
4. Majikan akan menghantar pegawai ke China untuk mendapatkan buruh
Cina dan segala perbelanjaan pegawai akan dibayar oleh majikan
sehingga buruh sampai ke tempat majikan.
Sejarah Form 4 Revision Notes
10.4 Nota Ringkas: Kemasukan Imigran Cina dan India ke
Tanah Melayu (Bahagian 2)
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Bagaimanakah cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu?
Sejarah Form 4 Revision Notes
2. Apakah maksud kedatangan buruh India melalui sistem buruh bebas?
3. Sistem kontrak merupakan satu sistem di mana majikan membiayai
tambang buruh ke Tanah Melayu di mana buruh tersebut dikehendaki…?
4. Berapakah bayaran gaji yang diterima oleh buruh yang datang melalui
sistem kontrak?
5. Apakah yang dimaksudkan dengan Kangani?
6. Berikan 2 contoh kesan sosial kemasukan imigran Cina dan India ke
Tanah Melayu.
Jawapan:
1. Melalui sistem buruh bebas, sistem Kontrak dan sistem Kangani.
2. Mereka datang ke Tanah Melayu dengan perbelanjaan sendiri. Oleh itu
mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki di
Tanah Melayu.
3. Buruh dikehendaki bekerja dengan majikan dalam tempoh tertentu.
4. Bayaran gaji antara 9 – 13 sen sehari.
5. Kangani adalah ketua yang dihantar pulang ke India oleh majikan untuk
mencari buruh apabila majikan memerlukan buruh tambahan.
6. Wujudnya masyarakat Majmuk dan perbezaan budaya dan cara hidup.
Sejarah Form 4 Revision Notes
10.5 Nota Ringkas: Perkembangan Mata Wang
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah mata wang yang digunakan di negeri-negeri Tanah Melayu?
2. Apakah peranan utama institusi kewangan?
3. Nyatakan bank pertama di Tanah Melayu.
4. Apakah fungsi Insurans Maritim?
Sejarah Form 4 Revision Notes
Jawapan:
1. Kelantan -dinar emas, Terengganu-kupang emas, Pahang- jongkong
tampang.
2. Peranan utama institusi kewangan ialah menyediakan kemudahan
pinjaman kepada pelabur yang kemudiannya memajukan industri bijih
timah dan getah.
3. Mercantile Bank.
4. Untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang.
10.6 Nota Ringkas: Perkhidmatan Insurans
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Soalan
1. Apakah mata wang yang digunakan di negeri-negeri Tanah Melayu?
2. Apakah peranan utama institusi kewangan?
3. Nyatakan bank pertama di Tanah Melayu.
4. Apakah fungsi Insurans Maritim?
Jawapan:
1. Kelantan -dinar emas, Terengganu-kupang emas, Pahang- jongkong
tampang.
2. Peranan utama institusi kewangan ialah menyediakan kemudahan
pinjaman kepada pelabur yang kemudiannya memajukan industri bijih
timah dan getah.
3. Mercantile Bank.
4. Untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang
10.7 Nota Ringkas: Akta Tanah
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes
Sejarah Form 4 Revision Notes