The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi Inovasi dan Kajian Tindakan Guru-Guru SMK Kidurong, Bintulu 2020-2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMAD TAUFIQ BIN YAHYA KPM-Guru, 2024-06-06 09:19:12

Nenganyet Guru'

Kompilasi Inovasi dan Kajian Tindakan Guru-Guru SMK Kidurong, Bintulu 2020-2022

Keywords: Kompilasi,Inovasi,Kajian Tindakan,Nenganyet Guru',SMK Kidurong

NENGANYET GURU' KOMPILASI INOVASI & KAJIAN TINDAKAN GURU-GURU SMK KIDURONG, BINTULU 2020-2022


NENGANYET GURU' KOMPILASI INOVASI & KAJIAN TINDAKAN GURU-GURU SMK KIDURONG, BINTULU 2020-2022 PUSAT SUMBER SMK KIDURONG


Diterbitkan oleh: Pusat Sumber SMK Kidurong 97000 Bintulu Sarawak e-ISBN: 978-629-99577-1-3 Cetakan Pertama @Hakcipta Pusat Sumber SMK Kidurong Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, ataupun cara lain selain mendapat izin bertulis daripada pihak penulis terlebih dahulu. Penerbitan ini adalah secara dua tahun sekali. Tel: 086-254225 Faks: 086-254228 Emel: [email protected]


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur kami ucapkan kehadrat Ilahi atas segala rahmat-Nya sehingga buku ini dapat di selesaikan dengann jayanya. Kami mengucapkan terima kasih kepada pengetua, Cikgu Mordiana binti Nawi yang telah memberi bimbingan dalam penghasilan buku Nenganyet Guru’: Kompilasi Inovasi dan Kajian Tindakan dari guru-guru SMK Kidurong ini. Tidak lupa juga kami berterima kasih kepada guru-guru SMK Kidurong yang telah kongsikan inovasi dan kajian tindakan mereka. Inovasi dan Kajian Tindakan merupakan suatu idea untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah. Kajian Tindakan bukan sahaja dijalankan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, tetapi juga digunakan bagi memperkukuhkan pengurusan di sekolah. Selain itu, Inovasi dan Kajian Tindakan sesuai diaplikasikan dalam konteks pendidikan kerana dapat menambahbaik dan memantapkan proses membuat keputusan bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan guru di sekolah. Kami berharap semoga buku Nenganyet Guru’: Kompilasi Inovasi dan Kajian Tindakan daripada guru-guru SMK Kidurong ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan memberi inspirasi kepada guru-guru diluar sana dalam melaksanakan PdP. Moga penyediaan buku ini dapat memantapkan proses pengajaran dan pengurusan diri pembaca dalam dunia pendidikan. Cikgu Chan Lain Jy Cikgu Muhamad Taufiq bin Yahya Cikgu Nur Syafina Amira binti Elkwan PRAKATA


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada guru-guru baharu lantikan 15 Jun 2023 atas kerjasama dalam menghasilkan buku kompilasi Kajian Tindakan SMK Kidurong Edisi Pertama. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada guru-guru yang telah berkongsi Kajian Tindakan mereka dan kakitangan SMK Kidurong yang telah membantu kumpulan guru baharu ini dalam proses penghasilan `Nenganyet Guru’: Kompilasi Inovasi dan Kajian Tindakan. Inovasi dan Kajian Tindakan merupakan bukti komitmen yang tinggi daripada semua guru yang sentiasa berusaha memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah demi memartabatkan Pendidikan anak bangsa. Semoga Kompilasi Inovasi dan Kajian Tindakan guru-guru KidSS ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada pembaca untuk terus berusaha memantapkan penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran melalui proses kajian tindakan. Sekian, terima kasih. Puan Mordiana Binti Nawi Pengetua SMK Kidurong KATA ALUAN PENGETUA


K A N D U N G A N II. KATA ALU-ALUAN Pengetua III. KOMPILASI INOVASI GURU-GURU KIDSS 2020-2022 Aplikasi Kad Nombor Dalam Perwakilan Data Bagi Nombor Asas Lapan Dalam Mata Pelajaran Asas Sains Komputer Conceptual Framework - Cikgu Afizah binti Noh Kaedah Penyampaian Secara Efektif Menggunakan Transformasi Bekas Telur Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Bagi Murid Aras Rendah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) - Cikgu Jemira anak Sigan, Cikgu Cheminda anak Gani Aplikasi Bekas Telur Dalam Penghasilan Arca Oleh Murid Berkeperluan Khas -Jemira anak Sigan Kaedah OB45 bagi Membantu Proses Lakaran Murid dalam Mata Pelajaran RBT - Cikgu Michael Lody anak Jonep N E N G A N YET G U R U ’ 2 12 52 76 I. PRAKATA Cikgu Chan Lain Jy, Cikgu Muhamad Taufiq bin Yahya, Cikgu Nur Syafina Amira binti Elkwan K O M P I L A S I I N O V A S I & K A J I A N T I N D A K A N G U R U - G U R U S M K K I D U R O N G


K A N D U N G A N Alat Bantu Jangkauan Melunjur - Cikgu Muhamad Taufiq bin Yahya Penggunaan Kit Montessori dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Bagi Murid Aras Rendah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran - Cikgu Shirling Wong, Cikgu Simaa Audadi binti Yusup Penggunaan Permainan Stacking Cup dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Konsep Operasi Tambah bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) - Cikgu Shirling Wong, Cikgu Joyner Laleng Methew Penggunaan Kunci Memori “15 Keys to Success” Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Biologi Dalam Mata Pelajaran Biologi - Cikgu Yong Tiong Ping N E N G A N YET G U R U ’ K O M P I L A S I I N O V A S I & K A J I A N T I N D A K A N G U R U - G U R U S M K K I D U R O N G 82 90 127 150


K A N D U N G A N N E N G A N YET G U R U ’ IV. KOMPILASI KAJIAN TINDAKAN GURU-GURU KIDSS 2020-2023 Program Intervensi Nilam Berfokus PINberFokus Meningkatkan Purata Bacaan Individu Murid Kelas 1DLP - Cikgu Medylen Pait, Cikgu Huon Seu Ling Mengatasi Kekeliruan Penyaringan Idea Perlaksanaan Kerja Projek RBT Tingkatan Tiga dengan Menggunakan Kaedah TRIZ - Cikgu Muhamad Taufiq bin Yahya 161 183 192 K O M P I L A S I I N O V A S I & K A J I A N T I N D A K A N G U R U - G U R U S M K K I D U R O N G V. SIDANG PENGARANG NENGANYET GURU’


KOMPILASI INOVASI GURU-GURU KidSS 2020-2022 N E N G A N Y E T G U R U ' 1


Aplikasi Kad Nombor Dalam Perwakilan Data Bagi Nombor Asas Lapan Dalam Mata Pelajaran Asas Sains Komputer Afizah Binti Noh SMK Kidurong, Bintulu, Sarawak [email protected] (+6016 9141051) SINOPSIS Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Asas Sains Komputer (ASK) adalah satu mata pelajaran yang diperkenalkan kepada murid di peringkat menengah rendah. ASK merupakan kesinambungan mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang telah diperkenalkan kepada murid di sekolah rendah dan menggantikan program Information and Communication Technology Literacy (ICTL) sekolah menengah. Selaras dengan hasrat untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), subjek ASK diperkenalkan agar murid diajar tentang prinsip-prinsip asas dan konsep pembinaan teknologi digital supaya menjadi individu yang mempunyai pemikiran komputasional serta memahami bahawa teknologi digital pada hari ini mampu menyelesaikan masalah masa hadapan. Oleh itu, salah satu bidang yang menarik dalam mata pelajaran ini ialah bidang Perwakilan Data. Bidang ini diperkenalkan kepada murid untuk menunjukkan data diwakili dalam bentuk sistem nombor dan skema pengekodan bagi membolehkan manusia berinteraksi dengan komputer. Walau bagaimanapun, sistem nombor adalah salah satu tajuk yang murid sering kali lupa apabila berganjak ke tajuk yang baharu. Justeru itu, aplikasi kad nombor dalam perwakilan data bagi nombor asas lapan digunakan sepanjang pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sebagai langkah bagi murid untuk memahami konsep nombor asas. Aplikasi kad nombor ini juga boleh dijadikan salah satu kaedah permainan yang boleh menarik minat murid sepanjang belajar tajuk ini. Satu set kad adalah terdiri daripada lapan keping nombor yang merupakan nilai digit bagi setiap kuasa lapan. Kad akan digunakan untuk menukar nombor asas sepuluh kepada nombor asas lapan dan sebaliknya. Kad ini juga boleh digunakan dalam pembelajaran mata pelajaran matematik sehingga murid itu sendiri berjaya memahami konsep asas nombor dengan sendiri. Hasil daripada aplikasi ini, murid dapat menyelesaikan masalah nombor asas lapan dan menunjukkan hasil kerja yang lebih baik serta teratur. Tambahan pula, aplikasi kad ini boleh digunakan sepanjang zaman kerana melibatkan pelbagai cabang pendidikan yang saling berkaitan. 2


Kata Kunci: KSSM, Asas Sains Komputer (ASK), Asas Nombor Lapan, Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) OBJEKTIF INOVASI Mempelbagaikan penggunaan bahan inovasi bantu mengajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Memupuk minat murid dalam konsep matematik mudah dalam permainan kad. Membantu meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Asas Sains Komputer. Mendedahkan murid kepada soalan penyelesaian masalah yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Mempelbagaikan bahan bantu mengajar (BBM) bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer. KUMPULAN SASARAN a. Pelajar Tingkatan 2 yang mengambil mata pelajaran Asas Sains Komputer b. Guru mata pelajaran Asas Sains Komputer. LATAR BELAKANG INOVASI Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Asas Sains Komputer (ASK) adalah satu mata pelajaran yang diperkenalkan kepada murid di peringkat menengah rendah. ASK merupakan kesinambungan mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang telah diperkenalkan kepada murid di sekolah rendah dan menggantikan program Information and Communication Technology Literacy (ICTL) sekolah menengah. Dalam Abad Ke-21, murid bukan hanya bertindak sebagai pengguna teknologi yang berpengetahuan malah menyediakan mereka ke arah pencipta teknologi dan pencetus idea baharu. Selaras dengan hasrat untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), subjek ASK diperkenalkan agar murid diajar tentang prinsip-prinsip asas dan konsep pembinaan teknologi digital supaya menjadi individu yang mempunyai pemikiran komputasional serta memahami bahawa teknologi digital pada hari ini mampu menyelesaikan masalah masa hadapan. Oleh itu, aplikasi kad nombor ini salah satu inovasi yang boleh diguna pakai sepanjang mempelajari topik dalam Asas Sains Komputer. Dari segi pengetahuan, murid gemar sekali lupa apabila mengaplikasi kefahaman semasa menjawab soalan yang diberi oleh guru. Justeru itu, kad ini sesuai digunakan semasa fasa imbas kembali kefahaman konsep semaasa menjawab soalan. 3


Berdasarkan teori Taksonomi Bloom (1999), terdapat tiga tahap yang mampu dikuasai murid sepanjang menggunakan kad nombor ini semasa PdPc. Antaranya ialah tahap Pengetahuan, Pemahaman dan Aplikasi. Murid mampu menyelesaikan masalah menggunakan prinsip yang betul semasa pentaksiran di bilik darjah. Bahkan, murid berjaya memanipulasi data menggunakan kemahiran aritmetik (tambah, tolak, darab, bahagi) serta menguasai kemahiran menaakul, berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi dalam kemahiran abad ke-21. Kad nombor ini terhasil atas dasar usaha guru untuk menarik minat murid menjawab soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Oleh kerana ramai murid yang mendapat markah rendah juga turut memperolehi markah lebih baik, maka kad nombor ini digunakan sebagai bahan bantu mengajar sepanjang PdPR. Selain itu, belajar agak menyeronokkan apabila belajar sambal bermain. Murid akan lebih kreatif dan aktif sepanjang PdPR bersama guru, malah apabila belajar sambal bermain kad nombor ini banyak memberi perubahan prestasi murid semasa pentaksiran. Menurut Nurhadi (2003) semua metode pembelajaran adalah disebabkan dengan adanya struktur tugas, struktur tujuan dan struktur penghargaan. Carta Alir Prosedur Pembangunan Kad Nombor 4


ISU/MASALAH YANG DITANGANI INOVASI Pelaksanaan kad nombor dalam perwakilan data bagi nombor asas lapan dalam mata pelajaran Asas Sains Komputert dapat menangani beberapa isu atau masalah seperti : Meningkatkan Minat Murid Terhadap Penyelesaian Masalah Perwakilan Data Terdahulu, murid mudah meninggalkan beberapa soalan yang berkaitan dengan nombor asas tetapi selepas mengaplikasikan kad nombor asas lapan ini dalam PdPc, murid lebih suka menjawab soalan bagi topik Perwakilan Data. Dalam PT3 juga, soalan dari topik Perwakilan Data merupakan salah satu topik yang popular untuk diuji. Oleh itu, secara tidak langsung prestasi murid dalam topik ini agak memuaskan. Kepelbagaian Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Mata Pelajaran ASK Seperti yang sedia maklum, mata pelajaran Asas Sains Komputer merupakan mata pelajaran yang minoriti di ambil oleh mana-mana sekolah, maka bahan untuk penyediaan PdPc agak terhad. Oleh itu, aplikasi kad nombor ini merupakan salah satu kaedah atau metod yang sesuai di gunakan di dalam kelas mahupun di dalam alam maya. Ianya boleh memudahkan guru menggalakkan murid untuk menerokanya mengikut kreativiti murid masing-masing. Penglibatan Murid Secara Menyeluruh dalam PdPR & PdPc Sesungguhnya, belajar dengan bermain merupakan salah satu metod pembelajaran yang lebih menyeronokkan oleh murid. Oleh itu, aplikasi kad nombor ini juga merupakan salah satu kaedah permainan sambil belajar. Murid belajar sambil bermain menggunakan kad yang di cipta mengikut kreativiti murid dan menjawab soalan sedaya upaya sehingga betul. Murid lebih cenderung melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan mereka bergerak bebas semasa belajar, oleh itu wajar sekali aplikasi kad nombor ini membuktikan bahawa murid majoriti aktif semasa sesi pembelajaran bersama guru. 5


HURAIAN INOVASI Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi kad nombor ialah seperti yang berikut : Bil Nama Gambar 1. Kertas A4 2. Pen Marker 3. Gunting Cara Inovasi Digunakan Guru menerangkan bahawa setiap nombor yang kita taip dalam komputer merupakan nombor perpuluhan. Komputer akan menukar nombor perpuluhan kepada nombor perduaan kerana komputer hanya boleh berkomunikasi dalam nombor perduaan. Selain daripada nombor perpuluhan dan nombor perduaan, nombor perlapanan juga digunakan sebagai sistem nombor oktal. Dalam pengkomputeran, sistem nombor perlapanan adalah penting kerana merupakan 6


salah satu sistem nombor yang digunabn untuk mewakili nombor perduaan yang bertindak sebagai bahasa mesin. Guru menerangkan cara menukar nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan. Guru menunjukkan semula set kad berikut: Guru menguji semula murid secara lisan mengenai hubungan antara kad yang ditunjukkan. (Guru menunggu jawapan murid) Guru menerangkan semula hubungan antara kad seperti gambarajah berikut: 83 82 81 80 512 64 8 1 Kad seterusnya akan menunjukkan 84 = 409610. Kad selepas itu akan menunjukkan 85 = 3276810. Guru menunjukkan cara menukarkan nombor perlapanan 3268 kepada nombor perpuluhan. Langkah 1 : Bina satu jadual nilai tempat nombor perlapanan. Bermula dari lajur kanan ke kiri, isikan nombor perlapanan 3268 dengan bermula daripada digit paling kanan ke dalam jadual yang di bina. Langkah 2 : Dapatkan hasil darab baris kedua dan baris ketiga, iaitu digit dalam nombor perlapanan dan nilai tempatnya. 82 81 80 64 8 1 3 2 6 3 × 64 = 192 2 × 8 = 16 6 × 1 = 6 512 64 8 1 7


Langkah 3 : Jumlahkan hasil darab yang dilakukan dalam Langkah 2. 192 + 16 + 6 = 214. Maka, nombor perpuluhan bagi nombor perlapanan 3268 ialah 21410. Kos Keberkesanan Inovasi Semua murid yang terlibat telah menunjukkan prestasi positif dalam menjayakan kajian tindakan. Kebanyakan murid lebih mudah memahami sekiranya ada panduan disediakan semasa aktiviti penjanaan idea dilaksanakan. Tinjauan dilaksanakan dengan menggunakan Google Form. Pemahaman sebelum menggunakan kad nombor adalah seperti berikut : BIL BAHAN KOS SEUNIT UNIT JUMLAH 1 Kertas A4 RM0.20 1 RM0.20 2 Marker Pen RM3.50 1 RM3.50 3 Gunting RM2.50 1 RM2.50 JUMLAH KESELURUHAN RM6.20 Pemahaman Sebelum Penggunaan Kad Nombor Stella Yeo Irwan Ruyani Ikmal Aminuddin Stevens William Nur Iman Izzumi Irdina Salsabila Einstein Aealarry Avrilna Miyah Anngelyn Anak Jubang Sufarman Bin Husain 0 1 2 3 4 5 6 Tidak Faham Langsung Kurang Faham Faham 8


Pemahaman selepas menggunakan kad nombor adalah seperti berikut : Graf di atas menunjukkan peningkatan dari sudut beberapa aspek berbanding sebelum penggunaan kad nombor dilaksanakan dan ini juga dapat membuktikan keberkesanan awal inovasi ini dapat membantu murid-murid untuk mudah memahami konsep asas nombor dengan lebih baik. Selain itu, murid menunjukkan bahawa bermain menggunakan kad nombor lebih menarik daripada belajar menggunakan buku teks sepenuhnya di dalam kelas. Tahap Keseronokan Bermain Kad Nombor Stella Yeo Irwan Ruyani Ikmal Aminuddin Stevens William Nur Iman Izzumi Irdina Salsabila Einstein Aealarry Avrilna Miyah Anngelyn Anak Jubang Sufarman Bin Husain 0 1 2 3 4 5 6 Sederhana Bosan Seronok Pemahaman Selepas Penggunaan Kad Nombor Stella Yeo Irwan Ruyani Ikmal Aminuddin Stevens William Nur Iman Izzumi Irdina Salsabila Einstein Aealarry Avrilna Miyah Anngelyn Anak Jubang Sufarman Bin Husain 0 1 2 3 4 5 6 Tidak Faham Langsung Kurang Faham Faham 9


Potensi Untuk Disebarluaskan Kepada Pihak Lain Inovasi produk yang dihasilkan amat relevan bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer, juga boleh digunakan untuk mata pelajaran Matematik serta mata pelajaran Vokasional dan Teknikal (VOTEK) yang lain seperti subjek Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Selain itu, inovasi ini juga sesuai digunakan untuk peringkat menengah rendah dan menengah atas dalam pelbagai aspek seperti inovasi, reka cipta mahupun dalam pengurusan, bersesuaian dengan kehendak KSSM dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin melahirkan murid yang lebih kreatif, kritis dan inovatif. Disamping itu, kos bagi menghasilkan produk ini adalah mampu milik dan bahan-bahannya mudah untuk didapati. Kesimpulannya, inovasi untuk mengaplikasikan kad nombor yang mengetengahkan belajar sambil bermain dalam pendidikan ini mampu memberikan nilai keberkesanan dalam PdPc serta impak yang positif kepada guru dan juga murid khususnya. Kesimpulan Tuntasnya, pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan akan dapat memberikan impak yang positif kepada muri-murid. Melalui penggunaan produk inovasi yang sesuai dan kreatif akan dapat meningkatkan potensi murid dalam menghasilkan penulisan karangan yang kreatif dan kritis bersesuaian dengan kehendak KSSM dan pembelajaran abad ke-21. Dengan adanya pengunaan produk inovasi dalam proses PdPc secara tidak langsung akan dapat membantu murid untuk meningkatkan ilmu dan pemahaman mereka terhadap tajuk yang diajar. Hasil daripada aplikasi kad nombor dalam PdPc ini, besar harapan kami dalam panitia Asas Sains Komputer untuk mewujudkan lebih banyak kad nombor yang lebih banyak seperti nombor asas dua, asas sepuluh dan asas enam belas. Semoga dengan adanya inovasi ini, sesi pembelajaran dan pelajaran murid dalam kelas akan lebih produktif dan boleh menumpukan seluruh perhatian semasa sesi PdPc di dalam dan di luar bilik darjah dilaksanakan. Inovasi ini juga boleh diperkembangkan bukan sahaja dalam kalangan guru-guru tetapi juga seluruh warga sekolah sekaligus komuniti setempat. Semoga inovasi ini menjadi inspirasi dalam kalangan pendidik dan mendapat perhatian masyarakat secara umumnya untuk disebarluaskan.


SUMBER RUJUKAN Sahara, Delta Elfini. (2017). Pengaruh Metode Learning By Game Terhadap Hasil Belajar Matematika Peserta Didik Kelas III Min 10 Bandar Lampung. Indonesia : Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung Wini Rosarian, Ananda., & Putri Sepdikasari Dirgantoro, Kurnia. Upaya Guru Dalam Membangun Interaksi Siswa Melalui Metode Belajar Sambil Bermain [Teacher's Efforts In Building Student Interaction Using A Game Based Learning Method]. Yogyakarta, Indonesia: Pustaka Belajar. 11


Kaedah Penyampaian Secara Efektif Menggunakan Transformasi Bekas Telur Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Bagi Murid Aras Rendah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) Jemira anak Sigan Cheminda anak Gani SMK Kidurong, Bintulu, Sarawak [email protected] & 013-8134113 [email protected] & 019 – 8664979 SINOPSIS Menurut WHO (World Health Organisation), Orang Kurang Upaya didefinisikan sebagai “Kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi, pelajaran dan vokasional”. Penyampaian kandungan pelajaran yang efektif kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) ini memerlukan pelbagai kaedah sama ada berbentuk lisan atau dengan penggunaan bahan maujud yang bersifat mesra alam sekitar. Kekangan seperti proses mengingat yang singkat, kekurangan dari segi fizikal, motor kasar dan juga motor halus menyebabkan mereka mengalami halangan untuk memahami pembelajaran yang disampaikan dan menulis mengikut titik yang disediakan dengan betul. Mengikut kepada pemerhatian sepanjang mendidik MBK ini, kepelbagaian aktiviti dan penggunaan bahan maujud adalah lebih efektif berbanding dengan penggunaan latihan pengukuhan. Pengaplikasian bahan maujud atau transformasi dari bahan yang telah digunakan dalam pengajaran membantu dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, MBK ini juga melibatkan diri secara menyeluruh di sepanjang sesi pembelajaran berlangsung atau dalam erti kata lain, MBK bertindak balas secara aktif. Justeru itu, satu kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menggunakan transformasi bekas telur dijadikan alternatif bagi membantu MBK mengenal dan mengingat abjad atau nombor yang disampaikan mengikut ansur maju yang ditetapkan bagi MBK berkenaan. Bekas telur yang ditransformasi dalam bentuk permainan seperti litar lumba, teka dan sebut, bola bermadu dalam lain-lain lagi dalam bentuk abjad atau nombor. Keadaan ini juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif dan mampu memperkembangkan daya pemikiran MBK dalam PdPc yang sekaligus dijadikan bahan terapi yang dapat merangsang deria serta minat MBK apabila diubahsuai dengan menjadikannya satu permainan dan alat bantu mengajar (ABM). Harapan saya dengan adanya transformasi bekas telur ini dalam PdPc akan membantu guru dan MBK dalam mengubahsuai cara pembejalaran mengikut kehendak pembelajaran abad ke – 21. Semua MBK dan guru akan terlibat tanpa mengira aspek kekurangan kerana setiap transformasi yang dilakukan adalah mengikut kesesuaian MBK. Kata Kunci : Murid Berkeperluan Khas (MBK), Transformasi Bekas Telur, Abjad, Nombor dan Pengurusan Kehidupan 12


OBJEKTIF Menggalakkan pembelajaran berteraskan abad ke – 21 dalam kalangan Murid Berkeperluan Khas. Menggalakkan pembelajaran secara koperatif dan efektif dari segi pengecaman, sebutan, penulisan dan bunyi huruf vokal, konsonan atau nombor satu digit yang diberikan secara berkala bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK). Menggalakkan penerokaan pembelajaran dalam bidang pengurusan kehidupan, sosial, riadah dan kreativiti Murid Berkeperluan Khas (MBK). Membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan melibatkan semua pergerakkan anggota badan MBK secara menyeluruh. Membantu menggalakkan pemikiran MBK secara efektif dalam mencapai sasaran yang ditetapkan bagi setiap murid Bermasalah Pembelajaran Aras Rendah Pendidikan Khas dalam Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Mempelbagaikan medium pengajaran dan pemudahcaraan mengikut kreativiti guru dalam mentransformasikan bekas telur mengikut kemampuan semua MBK secara menyeluruh di dalam dan di luar bilik darjah. Mengurangkan penggunaan media kertas bagi tujuan latihan pengukuhan dan penilaian murid yang perlu diulang mengikut kemampuan MBK ini. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi MBK Aras Rendah bagi menggalakkan pemikiran secara kritis dan kreatif. 13


KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) disediakan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. SMK Kidurong merupakan salah satu sekolah menengah yang menawarkan KPKP Bermasalah Pembelajaran di Bahagian Bintulu, Sarawak. KPKP di sekolah ini mula ditubuhkan sejak tahun 2001 dengan kapasiti murid kurang daripada 20 orang dan sehingga tahun 2019 kini, seramai hampir 100 orang murid telah didaftarkan pada awal tahun dan data terkini pada Oktober 2019 bilangan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah ini adalah seramai 84 orang. Sebanyak 11 buah kelas KPKP ditubuhkan dengan tiga daripada kelas ini adalah KPKP Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas, Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 yang dilaksanakan sejak tahun 2017. MBK KSSM ini mempunyai Kurikulum khusus mengikut bidang dengan kandungan pelajaran yang perlu dinilai bagi setiap topik. Menurut Friend (2005), Pendidikan Khas ini adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kekurangan upaya. Pengajaran yang dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain mungkin memerlukan bahan atau peralatan yang khusus dalam menyampaikan setiap kandungan pelajaran tersebut. Justeru itu, satu Kurikulum Alternatif disediakan sebagai panduan kepada guru untuk membentuk kemenjadian MBK secara ansur maju. Oleh yang demikian, penempatan kelas MBK di sekolah ini adalah mengikut kemampuan murid dalam menjawab soalan dalam Ujian Diagnostik bagi penempatan pertama ke sekolah menengah dan Ujian Saringan untuk MBK yang telah ditempatkan pada tahun sebelumnya. Ujian yang dijalankan adalah seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Psikomotor Halus. Berikutan dengan kepelbagaian kelainan upaya MBK yang didaftarkan setiap tahun, Panitia KPKP telah memansuhkan Peperiksaan dan diganti dengan Penilaian mengikut keupayaan MBK yang diajar oleh guru masing-masing. Perkara ini dipersetujui oleh semua Panitia atas pertimbangan beberapa faktor yang dilihat pada MBK Aras Rendah seperti: i. MBK mempunyai keupayaan mengingat dalam jangka masa pendek yang menyukarkan mereka mengingat dan menyimpan kandungan pelajaran yang telah disampaikan dalam jangka masa yang panjang. Contohnya, bulan Januari sehingga Mei. ii. MBK belum menguasai Bidang Akademik Berfungsi dan juga Bidang Pengurusan Kehidupan dengan betul tanpa bimbingan guru. iii. Peperiksaan yang dijalankan adalah atas bimbingan guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) kerana murid tidak mengenal huruf atau nombor bagi soalan berkenaan dan ini menyukarkan MBK memahami arahan yang diberikan. iv. MBK kurang kemampuan dalam memahami dan meneliti soalan ujian yang diberikan walaupun ulangkaji yang dijalankan adalah soalan peperiksaan yang sebenar diberikan (dijalankan seminggu sebelum peperiksaan sebenar). v. MBK belum menguasai kemahiran psikomotor kasar dan psikomotor halus seperti memegang pensel, menulis dan mewarna dengan betul. 14


Pelaksanaan inovasi bagi beberapa subjek yang dijalankan bukanlah suatu perkara untuk mempertikaikan cara pengajaran sebelum ini, sebaliknya sebagai satu langkah dalam mewujudkan kemenjadian MBK secara efektif. Sebelum inovasi dari transformasi bekas telur dijalankan untuk diaplikasikan dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), berikut merupakan situasi dan kedudukan yang berlaku: i. Peperiksaan dijalankan dua kali setahun bagi tujuan penentuan kedudukan MBK di dalam kelas. ii. Penggunaan kertas sebagai latihan pengukuhan bagi MBK aras rendah adalah secara berlebihan kerana kepelbagaian tahap mereka menyebabkan guru perlu menyediakan bahan yang berlainan saiz bagi memudahkan setiap murid. iii. Latih tubi yang dijalankan tidak dapat disiapkan lebih dari tiga muka surat oleh MBK kerana mereka mudah bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian selepas PdPc berjalan lebih dari 30 minit ke 1 jam. iv. Kelainan upaya MBK menyebabkan berlakunya kekangan dalam melaksanakan tugas yang diberi jika tanpa bimbingan guru. v. Aktiviti mewarna rupa atau bentuk yang disediakan tidak dapat disiapkan dengan kemas dan betul mengikut warna yang telah ditunjukkan oleh guru kerana MBK belum menguasai kemahiran mengenal warna. vi. MBK tidak dapat melukis dan mempelbagaikan media warna yang atas faktor kekemasan dan ketidakmampuan menggunakan media warna yang lain kecuali pensel warna. vii. MBK yang mengalami kelainan upaya dari aspek psikomotor kasar yang agak lemah seperti sukar untuk menulis menyebabkan mereka lambat untuk membuat latihan atau lukisan yang diberikan. viii. Aktiviti tayangan video dalam membantu mengukuhkan kefahaman MBK dan sebagai contoh kepada kandungan pelajaran yang disampaikan tidak dapat menarik minat MBK secara menyeluruh kerana mereka mempunyai media tersebut di rumah. ix. MBK sukar untuk berkomunikasi dan mengurus diri dengan betul atas faktor kurang keupayaan intelektual diri menyebabkan suasana PdPc yang berlangsung kurang efektif x. Pengulangan kandungan pelajaran yang sama sepanjang tempoh MBK berada di sekolah (sehingga tamat pengajian sekolah menengah) atas sebab belum menguasai Bidang Akademik Berfungsi yang melibatkan abjad atau nombor dan Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti seperti Komponen Pendidikan Seni. 15


MASALAH – MASALAH YANG DIHADAPI Pelaksanaan Kurikulum Alternatif dalam Bidang Akademik Berfungsi seperti Komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik, Bidang Pengurusan Kehidupan seperti Komponen Pengurusan Diri, dan Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti seperti Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani bagi MBK Aras Rendah adalah kurang efektif atas kepelbagaian ketidakupayaan MBK sendiri. Kebanyakkan Panitia Pendidikan Khas di sekolah ini tidak dapat menghabiskan kandungan pelajaran yang dijadikan panduan oleh guru dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) terutama bagi MBK Aras Rendah atas masalah – masalah seperti berikut: i. MBK mempunyai tahap keupayaan dan kelainan upaya yang berbeza di dalam satu kelas dan memerlukan bimbingan secara telus seorang demi seorang semasa PdPc berlangsung. ii. Kekangan masa bagi penyediaan pelbagai bahan yang berbeza dalam Bidang Akademik Berfungsi menyebabkan kandungan PdPc yang disampaikan tidak cukup masa kerana setiap MBK mempunyai tahap penguasaan yang berbeza. iii. Penilaian yang dijalankan adalah penting bagi menentukan kedudukan MBK di dalam kelas walaupun kualiti tahap pemahaman murid adalah lebih kurang sama dan hanya dapat menyiapkan penilaian yang dibuat melalui bimbingan guru secara menyeluruh. iv. Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang telah dirancang oleh guru mempunyai komponen tersendiri tidak dapat dilaksanakan walaupun dalam tempoh setahun. v. Kehadiran MBK ke sekolah tidak dapat dijangka atas faktor kesihatan dan kehidupan mereka sendiri. vi. Pengurusan Kehidupan MBK yang masih belum dapat dilakukan sebaiknya seperti mengurus diri untuk ke tandas, penggunaan lampin pakai buang, penggunaan pakaian yang betul dan tatacara makan yang beradab. vii. Penilaian terhadap Panitia adalah berdasarkan kepada prestasi MBK yang sukar untuk dilakukan atas faktor ketidakhadiran murid ketika penilaian dalam jangka masa yang panjang. viii. MBK mempunyai keseimbangan emosi dan tingkah laku yang pelbagai sehingga memerlukan jangka masa yang panjang dalam memastikan murid melakukan aktiviti dalam PdPc yang berlangsung. ix. Komitmen komuniti terutama ibu bapa adalah masih kurang dalam memastikan program yang dirancang bagi MBK berkenaan untuk diterap atau diamalkan di rumah. x. Kekurangan kemudahan dan sokongan lain bagi MBK dalam Pdpc juga menghadkan aktiviti yang pelbagai mengikut kelainan upaya murid. 16


INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN Pengalaman mengajar Murid Berkeperluan Khas (MBK) Aras Rendah, Bermasalah Pembelajaran memberikan pelbagai idea atau daya pemikiran bagi mewujudkan alternatif lain selain penggunaan kaedah chalk and talk atau latih tubi kertas latihan dan buku. Pendidikan Khas atau Kanak-kanak Istimewa ini mempunyai tahap keupayaan dan kelebihan atau keunikan mereka tersendiri dalam menghadapi situasi duniawi yang berubah mengikut perubahan semasa. Daya kreativiti dan kepelbagaian inovasi dalam pelaksanaan dan penyampaian kandungan pelajaran kepada MBK bermasalah pembelajaran ini adalah penting dalam memenuhi keperluan Pendidikan Abad Ke – 21. Selaras dengan SMK Kidurong yang telah dipilih sebagai satu sekolah Transformasi Sekolah 2025 (TS 25), Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) juga tidak ketinggalan dalam mengutarakan pandangan dan idea yang menjurus kepada pelaksanaan TS 25 ini. Program Transformasi Sekolah merupakan satu program di bawah usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25, sekolah yang terlibat diharapkan berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Konsep TS25 dalam melahirkan modal insan unggul melalui 5 teras berikut : i. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan ii. Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna iii. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan iv. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi v. Komitmen komuniti yang padu Justeru itu, satu inovasi dari transformasi bekas telur bagi PdPc MBK Aras Rendah diwujudkan bagi pelaksanaan pengajaran yang melibatkan abjad, nombor, pengurusan kehidupan dan kreativiti murid secara menyeluruh. Inovasi ini bertepatan dengan objektif Program Transformasi Sekolah 2025 yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua sekolah yang terlibat iaitu : i. Memantapkan kepimpinan sekolah ii. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran iii. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid Inovasi yang dijalankan telah dibahagikan kepada 3 bidang utama mengikut komponen yang disampaikan di sekolah. Komponen yang dipilih adalah mengikut kepada kemudahan sedia ada dan juga kemampuan MBK dalam melaksanakan komponen tersebut. Komponen yang dipilih juga adalah salah satu perkara yang merujuk kepada kemenjadian MBK selepas tamat persekolahan nanti. 17


Berikut adalah antara inovasi yang telah dilaksanakan: a. Mengenal huruf vokal melalui: i. Permainan lambung bola pada bekas telur dan tulis saya ii. Permainan menyusun dan meneka huruf vokal pada bekas telur b. Mengenal nombor melalui: i. Permainan menghayun bola pada bekas telur ii. Bermain dam meneka nombor iii. Mari kira dan lekatkan saya c. Pengurusan diri melalui: i. Alat dandanan diri ii. Ikatan tali iii. Tong sampah mini iv. Lampu permata d. Riadah, sosial dan kreativiti i. Bekas warna ii. Mari teka warna saya iii. Mari mewarna 3 warna iv. Mari bentuk saya Dengan adanya inovasi transformasi bekas telur ini bukan sahaja dapat melibatkan MBK malah ibu bapa, komuniti setempat dan pihak berkepentingan juga dapat dilibatkan secara langsung dalam membantu kelancaran pelaksanaan dari pelbagai aspek seperti penyediaan bahan dan pengaplikasian aktiviti di rumah. Melalui inovasi ini, ibu bapa MBK khususnya lebih peka dengan perkembangan anak di sekolah dan mulai bekerjasama dalam membantu guru mengaplikasikan pembelajaran yang telah berlangsung di luar bilik darjah atau rumah. Hal ini kerana, inovasi yang dibentuk ini adalah mesra pengguna dan sangat mudah didapati dalam kehidupan seharian MBK sendiri. 18


KAITAN DENGAN PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) ATAU PENYELIDIKAN Falsafah Pendidikan Khas menyatakan bahawa "Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan”. Pendidikan Khas dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak – kanak yang mengalami pelbagai kelainan upaya yang merangkumi aspek – aspek pengajaran dan pemudahcaraan, latihan jasmani dan juga pendidikan berteraskan rumah, hospital dan institusi. Oleh yang demikian, kurikulum untuk pendidikan khas ini telah diubahsuai mengikut keperluan khas murid yang mempunyai pelbagai jenis kelainan upaya. Justeru itu, suatu inovasi menggunakan bekas telur diubahsuai dan ditransformasikan mengikut keperluan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Aras Rendah yang belum menguasai abjad, nombor, pengurusan diri dan juga kemahiran Pendidikan Seni. Selaras dengan kehendak pendidikan yang menuju ke arah Pendidikan Abad Ke – 21, MBK di sekolah ini juga turut diberi peluang dalam mengikuti dan mengaplikasikan kemahiran tersebut mengikut kesesuaian serta aras kemampuan mereka. Suatu inovasi direka khusus bagi mempelbagaikan kaedah pembelajaran yang bukan hanya berpaksikan kertas semata – mata sebagai penilaian atau latih tubi, sebaliknya mentransformasikan suatu bahan terbuang yang mudah dicari dan sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian kita seperti bekas telur. Jika sebelum ini, kaedah penyampaian atau pengenalan kepada abjad, nombor, warna atau cara mengurus diri adalah lebih kepada bahan – bahan seperti kad bergambar, latih tubi pelbagai kreasi, buku latihan bergambar, tayangan video dan penggunaan slaid. Maka dengan itu, sedikit inovasi diberikan kepada transformasi bekas telur mengikut kreativiti guru sama ada dari segi penggunaan jumlah bekas telur, susunan bekas telur, bentuk yang boleh dicorak mengikut citarasa masing- masing atau pengagihan bekas telur mengikut keselesaan MBK yang dicadangkan. Oleh kerana projek ini berfokus kepada MBK aras rendah, iaitu yang belum menguasai sebarang abjad, nombor, warna dan cara pengurusan diri yang betul, maka sasaran ditetapkan kepada MBK di kelas yang berkenaan mengikut kelainan upaya mereka sama ada dari segi fizikal mahupun aras pemikiran. Secara kebiasaannya, bekas telur yang terdapat di rumah kita akan dibuang, dijadikan bahan api atau digunakan untuk menanam bawang. Dengan sedikit inovasi, kita dapat mentransformasikan bekas telur kepada beberapa kaedah penyampaian Bidang Akademik Berfungsi, Bidang Pengurusan Kehidupan dan Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti yang melibatkan seperti perkara berikut: a) Bidang Akademik Berfungsi b) Bidang Pengurusan Kehidupan c) Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti 19


a) Bidang Akademik Berfungsi merangkumi 3 komponen iaitu : 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Matematik Dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Murid Berkeperluan Khas (MBK) Aras Rendah ini memerlukan tempoh masa yang panjang untuk membantu murid mengenal, mengecam dan menyebut asas dalam bahasa atau pun nombor iaitu huruf vokal dan nombor satu hingga dua digit. Secara kebiasaanya, guru Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) lebih kerap menggunakan media seperti kad bergambar, video, nyanyian atau latih tubi berulang kali. Berikut merupakan Inovasi Transformasi Bekas Telur yang melibatkan bidang ini: i. Mengenal Huruf Vokal . Rajah 1 Permainan Menghayun Bola Pada Bekas Telur Rajah 2 Permainan Menyusun dan Meneka Huruf Vokal Pada Bola Dalam inovasi ini pula, Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan bekas telur disusun mengikut pelbagai bentuk yang hanya mengandungi 5 abjad iaitu a, e, i, o dan u. Sebiji bola akan diikat pada kayu yang disambung dengan bekas telur tersebut. Murid akan bermain sambil mengenal, mengecam dan menyebut huruf yang diperolehi semasa permainan dilakukan. Proses pengulangan yang berlaku semasa permainan mengenal huruf berlaku, keadaan ini akan membantu meningkatkan psikomotor dan tahap penumpuan MBK terhadap perkara yang sedang dilakukan. 20


ii. Mengenal nombor 1 hingga 2 digit Rajah 3 Permainan Menghayun Bola Pada Bekas Telur Rajah 4 Mari Kira dan Lekatkan Saya Rajah 5 Permainan Dam Meneka Nombor Bagi Rajah 3, Rajah 4 dan Rajah 5 pula menunjukkan inovasi yang melibatkan nombor pula memerlukan MBK untuk melambung bola yang diikat pada tali ke dalam dalam lubang pada bekas telur yang mengandungi sebarang nombor 1 hingga 2 digit secara rawak. Bagi inovasi mengenal nombor yang kedua pula melibatkan MBK mengecam dan meletakkan bekas telur yang disediakan di atas nombor yang disebut oleh guru secara rawak. MBK juga boleh mengira jumlah bekas telur yang diberi untuk dilekatkan pada kad manila mengikut nombor yang ditunjukkan. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu dan juga berkumpulan serta melibatkan MBK secara menyeluruh. 21


b) Bidang Pengurusan Kehidupan merangkumi kompenen seperti: 1. Pengurusan Diri Dalam bidang ini pula melibatkan MBK yang belum menguasai kemahiran seperti aspek memakai pakaian sendiri, mengurus diri ke tandas, mengenal alat dandanan diri, pengurusan pakaian seragam yang lengkap dan juga pengurusan diri dalam perubahan fizikal serta cara penjagaan kebersihan. Berikut merupakan beberapa inovasi menggunakan transformasi bekas telur dalam membantu kelancaran sesi PdPc yang berlangsung: i. Latihan Ikatan Tali Kasut Rajah 6 Ikatan Tali Kasut Rajah 6 menunjukkan inovasi latihan ikatan tali kasut, yang mana MBK akan ditunjukkan beberapa contoh cara mengikat tali kasut menggunakan kad bergambar dan juga video. MBK akan melalukan aktiviti ini secara individu dan berkumpulan secara bergilir-gilir. Dalam aktiviti ini memerlukan MBK untuk menumpukan perhatian kepada jenis ikatan yang dipilih dan cara bagi menghasilkan ikatan berkenaan. Dengan ini, MBK akan rasa teruja dan sentiasa ingin mencuba melakukan ikatan tersebut sebaiknya. ii. Alat penjagaan kebersihan (Mini Tong Sampah) Rajah 7 Tong Sampah Mini Rajah 7 adalah tong sampah mini daripada bekas telur ini direka bagi membantu dalam membimbing MBK yang menghadapi masalah fizikal melakukan pergerakkan secara bebas untuk membuang sampah ketika perlu. Oleh itu, satu inovasi transformasi bekas telur dalam bentuk mini tong sampah dibuat agar MBK ini dapat dilatih berdikari dan mengetahui cara yang betul untuk menjaga kebersihan persekitaran mereka. Seperti tong sampah yang bersaiz kecil, mini tong sampah ini boleh direka mengikut saiz yang sesuai dan boleh diletakkan di bawah meja MBK sendiri tanpa perlu kerap melakukan pergerakkan ketika sesi PdPc berlangsung. 22


iii. Alat Dandadan Diri Rajah 8 Bekas Alat Dandanan Diri Rajah 9 Alat Dandanan Diri Bagi alat dandanan diri menggunakan bekas telur pada Rajah 8 dan Rajah 9 ini pula, MBK perlu melukis alat dandanan diri yang asas seperti sikat, minyak rambut, wangi badan dan cermin untuk dilekatkan pada bekas telur masing – masing. Dengan itu, murid akan lebih seronok apabila hasil lukisan yang telah siap dan digunting dilekatkan pada bekas telur tersebut seperti sebuah bingkai gambar. MBK bebas untuk melekatkan hasil lukisan alat dandadan masing – masing berpandukan contoh yang diberi oleh guru. Dengan cara ini, guru secara tidak langsung menggalakkan daya pemikiran secara kreatif dan sikap berani menghasilkan bekas alat dandanan sendiri menggunakan bekas telur tersebut. iv. Lampu Permata Rajah 10 Lampu Permata Lampu permata pada Rajah 10 yang dibuat daripada bekas telur ini merupakan salah satu lampu terapi yang kebiasaannya digunakan untuk menenangkan MBK hiperaktif atau yang kurang dapat menumpukan perhatian dalam sesi PdPc yang berlangsung atau ketika berada di rumah. KPKP biasanya digalakkan mempunyai satu bilik Snoezelen yang mempunyai lampu, muzik serta peralatan lain yang mampu merangsang pelbagai deria MBK. Atas kekangan kekurangan ruang bagi membuat bilik terapi ini, melalui pengubahsuaian bekas telur untuk dijadikan lampu terapi dapat digunakan dan mudah dibawa oleh guru sebagai suatu cara mendapatkan perhatian MBK yang mengalami masalah hiperaktif atau yang mungkin menimbulkan gangguan kepada rakan yang lain. Cahaya yang keluar melalui lubang pada bekas telur tersebut memberikan suatu tarikan kepada MBK untuk mengalihkan perhatian mereka sekaligus menfokuskan diri kepada cahaya tersebut. Perkara ini secara tidak langsung dapat melatih MBK tersebut untuk mengawal emosi dan tingkah laku mereka. 23


c) Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti merangkumi kompenen seperti: 1. Pendidikan Seni Bidang ini menekankan kreativiti MBK dalam menghasilkan rupa yang akan menimbulkan pelbagai bentuk. Bagi MBK aras rendah, mereka kebiasaannya diberikan kertas lukisan yang telah sedia ada mempunyai rupa untuk diwarna. Pengaplikasian warna pada gambar rajah yang diberi juga adalah masih perlu dibimbing seorang demi seorang atas faktor MBK belum menguasai kemahiran mengenal jenis warna. Justeru itu, beberapa inovasi menggunakan bekas telur dihasilkan dalam membantu MBK mengenal warna asas dan cara mewarna yang betul menggunakan pelbagai medium. i. Mari Mengenal Warna dan Bentuk . Rajah 11 Mari Membentuk Saya Rajah 12 Bekas Warna Saya Bagi aktiviti pada Rajah 11 dan Rajah 12 ini, MBK aras rendah yang belum mengenal warna lagi adalah amat sesuai untuk mereka diberikan tiga bekas telur untuk diwarna menggunakan warna air dengan bimbingan guru secara individu. MBK juga boleh melakukan aktiviti pengecaman warna dan bentuk yang diletakkan guru di atas bekas telur tersebut. Guru boleh mempelbagaikan bentuk bekas telur yang hendak diberikan kepada MBK mengikut citarasa masing – masing. Pengubahsuaian bekas telur kepada bekas menyimpan warna dan penggunaan tack it untuk membuat bentuk juga adalah salah satu cara MBK melatih diri untuk mengingat sekaligus menjaga warna yang dibekalkan oleh ibu bapa mereka. 24


Rajah 13 Penyediaan Bekas Telur Untuk Digunting Kepada 3 Bahagian Rajah 14 Mari Mewarna 3 Warna Asas Menggunakan Medium Cat Air Bagi MBK yang mengalami masalah fizikal pada tangan pula, mereka akan menggunakan medium seperti warna air untuk mewarna bekas telur yang diberi mengikut warna yang disebut oleh guru. Dengan demikian, MBK akan lebih mudah mengingat warna dan nama bagi warna berkenaan kerana proses mewarna memerlukan masa yang lama tetapi menyeronokkan kerana medium warna yang digunakan adalah tidak terhad. 25


DESKRIPSI INOVASI Murid Berkeperluan Khas (MBK), ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan. Bagi Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran Bermasalah Pembelajaran mempunyai pelbagai kelainan upaya seperti: a. Sindrom Down b. Perkembangan Lewat (Slow Learner) c. Disleksia d. Hiperaktif e. Cerebral Palsy f. Autisme MBK sememangnya mempunyai tahap pemikiran yang berlainan atas kelainan upaya yang mereka alami. Keadaan ini menyebabkan mereka sukar untuk memahami, mengenal, mengecam, menyebut dan menulis perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka seperti abjad, nombor, warna dan mengurus diri. Perkara ini kebiasaannya melibatkan MBK aras rendah. Oleh yang demikian, MBK ini mempunyai Kurikulum Alternatif yang perlu diikuti dan diubahsuai oleh guru mengikut kemampuan MBK yang dibimbing. MBK akan mengambil tempoh masa yang panjang dalam memahami dan mengingat kandungan pelajaran yang disampaikan, malahan sehingga tamat tempoh persekolahanMBK belum menguasai sepenuhnya asas abjad, nombor atau warna sebaiknya. Justeru itu, inovasi menggunakan pengubahsuaian atau transformasi bekas telur ini dilihat sebagai salah satu medium bahan bantu mengajar yang sesuai, mudah didapati dan mesra pengguna untuk menyampaikan kefahaman MBK terhadap abjad, nombor, warna dan aspek pengurusan diri yang betul. Jika sebelum ini bekas telur sering digunakan untuk menanam bawang, sebagai hiasan atau sebagai bahan untuk menghalau nyamuk melalui asap yang dihasilkan dari bekas telur yang dibakar dan paling tidak akan dibuang terus ke dalam tong sampah. Oleh yang demikian, pengubahsuaian bekas telur tersebut kepada pelbagai medium seperti bentuk bunga, bulat, segi empat, bentuk hati yang mempunyai huruf vokal atau nombor, bekas telur segi empat pelbagai warna yang diisi dengan bebola huruf, nombor atau bola berwarna merupakan suatu alternatif terbaik dalam mempelbagaikan ragam dalam kaedah PdPc. Melalui bekas telur ini, kita dapat menghasilkan lampu terapi, bingkai alat dandanan diri, bekas menyimpan warna, bongkah permainan petak nombor atau sebagai bahan pengganti guli dalam permainan congkak serta dapat ditransformasikan menjadi mini tong sampah. Dengan adanya pengubahsuaian bekas telur ini, PdPc akan menjadi lebih menyeronokkan kerana MBK tidak hanya menerima pembelajaran melalui kertas, video atau papan putih sahaja, tetapi juga melalui pengecaman transformasi bekas telur tersebut. Guru juga bebas dalam menghasilkan sebarang bentuk menggunakan bekas telur tersebut mengikut kreativiti dan warna yang dirasakan sesuai dengan topik atau kandungan pelajaran yang hendak disampaikan. Penggunaan bekas telur ini juga adalah mesra pengguna kerana dapat digunakan dengan kelas yang berlainan bagi tujuan yang sama. Dengan itu, guru tidak perlu menyediakan latih tubi yang berulang setiap kali sesi PdPc berlangsung, sebaliknya boleh diselang seli menggunakan aktiviti bekas telur berkenaan. 26


KOS Anggaran kos bahan adalah seperti berikut: Bil. Bahan Kuantiti Kos Seunit (RM) Jumlah (RM) 1. Bekas Telur Bergantung kepada jumlah barangan yang hendak dihasilkan. 25 tray bagi menghasilka n 2 item bagi 1 jenis inovasi Percuma Tiada 2. Warna Air 5 kotak Percuma Tiada 3. Warna Pelaka 3 warna Percuma Tiada 4. Berus Warna Air 1 set Percuma Tiada 5. Gam Pistol 10 batang Percuma Tiada 6. Tali 1 gulung Percuma Tiada 27


7. Kayu (20 cm) 2 Percuma Tiada 8. Bola Plastik 17 biji Percuma Tiada 9. Kain rentang terpakai (Banner) 1 Percuma Tiada 10. Tack It 1 Percuma Tiada 11. Mounting Board 2 Percuma Tiada 12. Gunting 5 Percuma Tiada 13. SDI Cutter Knife 5 Percuma Tiada Jadual menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi transformasi bekas telur yang dapat membantu dalam keberkesanan PdPc yang berlangsung. Semua bahan yang digunakan adalah bahan kitar semula dan juga yang telah diguna pakai dari projek di sekolah. Oleh sebab itu, semua bahan adalah sedia ada dan percuma tanpa mengeluarkan sebarang kos. Bekas telur juga disumbangkan oleh rakan-rakan guru yang telah dikumpul dan diubahsuai mengikut perancangan. Semua keperluan adalah mudah didapati dan tidak memerlukan sebarang kos penghantaran yang melibatkan pengeluaran wang berlaku. 28


Anggaran Kos bahan sebenar bagi menghasilkan 15 item dari inovasi bekas telur adalah seperti berikut: Bil. Bahan Kuantiti Kos Seunit (RM) Jumlah (RM) 1. Bekas Telur Bergantung kepada jumlah barangan yang hendak dihasilkan. 25 tray bagi menghasilka n 2 item bagi 1 jenis inovasi Percuma Tiada 2. Warna Air 5 kotak 15.50 77.50 3. Warna Pelaka (1KG) 3 warna 17.80 53.40 4. Berus Warna Air 1 set 5.50 5.50 5. Gam Pistol 10 batang 0.50 5.00 6. Tali 1 gulung 6.00 6.00 29


7. Kayu (20 cm) 2 Percuma Tiada 8. Bola Plastik 1 bungkus (25 biji) 12.00 12.00 9. Kain rentang terpakai (Banner) 1 Percuma Tiada 10. Tack It 1 4.10 4.10 11. Mounting Board 2 3.90 7.80 12. Gunting 6.25’ 5 2.90 14.50 13. SDI Cutter Knife 5 1.50 7.50 14. Marker 1 batang 2.50 2.50 JUMLAH KESELURUHAN 195.80 30


Rajah 15 Proses Menggunting dan Mewarna Bekas Telur Mengikut Keperluan STRATEGI PENGGUNAAN INOVASI Sebelum pelaksanaan inovasi bekas telur dilakukan, beberapa proses kerja dijalankan seperti rajah di bawah : 1. Bekas telur dipotong satu per satu atau mengikut keperluan komponen dalam bidang tersebut. 2. Bekas telur akan diwarna mengikut citarasa dan menggunakan warna yang terang. 3. Bekas telur yang telah diwarna akan dibentuk mengikut kesesuaian komponen yang dipilih dan diubahsuai mengikut kemampuan MBK. 4. Bekas telur tersebut akan dilekatkan dengan gam pada papan pelekap hitam atau putih bagi Bidang Akademik Berfungsi sahaja, manakala bagi dua bidang yang lain hanya perlu ditebuk lubang pada bekas telur sahaja. 5. Setelah bekas telur dilekatkan pada papan pelekap, kayu yang telah dipotong akan dilekatkan pada papan pelekap atau bekas telur tersebut. 6. Tali akan diikat bersama-sama bola pada kayu tersebut (abjad dan nombor), manakala bekas telur yang lain tidak memerlukan bola. 31


Rajah 16 Penyediaan Bekas Telur Mengikut Komponen Yang Dipilih 32


Rajah 17 Penyediaan Bahan Mengikut Kesesuaian Komponen 33


Berikut pula merupakan beberapa kaedah penggunaan inovasi dari transformasi bekas telur dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan mengikut 3 Bidang Utama Kurikulum Alternatif Murid Berkeperluan Khas (MBK) Bermasalah Pembelajaran : 1. Bidang Akademik Berfungsi Komponen ini menekankan tentang Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Dalam transformasi bekas telur ini pula menekankan penggunaan inovasi kepada MBK aras rendah yang belum menguasai abjad dan nombor. Rajah 18 Pengaplikasian Bekas Telur Oleh Guru Matematik 34


Rajah 19 Pengaplikasian Bekas Telur Oleh Guru Bahasa dan Matematik 35


Rajah 20 Pengaplikasian Bekas Telur Oleh Guru Bahasa Melayu secara Individu dan Kumpulan 36


2. Bidang Pengurusan Kehidupan Komponen ini menekankan tentang pengurusan diri MBK yang mempraktikkan tentang kekemasan diri, kebersihan diri dan alat dandanan diri. Rajah di bawah menunjukkan beberapa contoh kaedah penggunaan inovasi bekas telur tersebut: Rajah 21 Pengaplikasian Bekas Telur Oleh Pengurusan Diri Latihan Ikatan Tali Kasut 37


Rajah 22 Pengaplikasian Bekas Telur Untuk Alat Dandanan Diri Rajah 23 Lampu Permata di Anjung Penemu Rajah 24 Mini Tong Sampah di Anjung Penemu 38


Rajah 25 Pengaplikasian Inovasi Untuk Subjek Pendidikan Moral Penghasilan Bendera Malaysia dan Sarawak Menggunakan Bekas Telur 39


3. Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti Komponen ini menekankan tentang Pendidikan Seni. Rajah di bawah menunjukkan beberapa contoh kaedah penggunaan inovasi bekas telur tersebut: Rajah 26 Pengaplikasian Inovasi Untuk Subjek Pendidikan Seni 40


KEADAAN SELEPAS INOVASI / KEJAYAAN INOVASI Bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) bermasalah pembelajaran, boleh mengenal, mengecam dan menyebut bunyi satu abjad atau satu nombor dalam tempoh mungkin tiga atau enam bulan dan juga mungkin setahun merupakan suatu kejayaan yang terbaik buat guru dan MBK berkenaan. Berdasarkan pelaksanaan inovasi dari bekas telur tersebut, terdapat beberapa orang MBK mula menunjukkan minat dan peningkatan dalam medium berlainan untuk membantu Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lebih efektif. Rajah 26 dan Rajah 27 di bawah menunjukkan beberapa keadaan yang berlaku kepada MBK sepanjang proses pelaksanaan penggunaan inovasi dari transformasi bekas telur sebagai salah satu medium Bahan Bantu Mengajar (BBM). Terdapat MBK yang telah mencapai matlamat dan ada juga yang masih dalam proses mengimbangkan koordinasi mata dan tangan semasa proses mengecam dilakukan: 1. Mengenal, mengecam, menyebut dan menulis Rajah 27 Murid boleh menghayun bola ke dalam bekas telur dan menulis nombor yang diperolehi Rajah 28 MBK Down Sindrom dapat menyeimbangkan tangan untuk menghayun dan menulis nombor yang diperolehi 41


2. Mengenal, menyebut dan mewarna Rajah 29 MBK dapat mewarna sendiri bekas telur mengikut warna asas menggunakan warna air 42


Click to View FlipBook Version