Secara khusus, kesepaduan aspek-aspek seperti pengurusan diri, pengurusan tingkah laku, sosioemosi, kemahiran psikomotor, kemahiran bersosialisasi dan kemahiran akademik berfungsi ditekankan dalam kurikulum ini. Bagi mencapai keperluan pembelajaran mereka, pelbagai kaedah telah digunakan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran yang bermakna bagi mereka khususnya murid-murid bermasalah pembelajaran yang berada dalam kelas aras rendah. Murid-murid kelas aras rendah mempunyai kekangan dalam proses pembelajaran seperti proses mengingat jangka pendek, kekurangan fizikal, kekurangan perkembangan psikomotor dan koordinasi mata-tangan serta kurang fokus dan sukar memberikan perhatian dalam sesuatu pembelajaran untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, pemilihan kaedah dan aktiviti yang dijalankan adalah lebih kepada penggunaan pelbagai deria iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa dalam pengajaran mereka. Kaedah Montessori dilihat sebagai kaedah yang dapat membantu murid menguatkan daya ingatan dan memupuk pemikiran abstrak untuk memenuhi keperluan kanak-kanak terutamanya dari segi potensi, emosi, fizikal dan intelek (Lee Gutek, 2004). Kaedah Montessori memfokuskan murid, guru dan persekitaran. Salah satu peranan guru dalam kaedah ini adalah untuk membimbing murid dalam suasana persekitaran yang dapat merangsang pembelajaran mereka. Dalam merealisasikan kaedah ini, dua aspek yang perlu dititikberatkan adalah bahan pembelajaran dan panduan penggunaannya serta suasana pembelajaran yang dapat menggalakkan dan menarik minat murid terhadap bahan pembelajaran yang disediakan justeru dapat menarik perhatian mereka untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran (Marshall, 2017). Bahan yang digunakan dalam kaedah ini adalah terdiri daripada bahan-bahan manipulatif yang dapat merangsang perkembangan motor halus dan motor kasar serta mampu membantu murid untuk meningkatkan keyakinan dalam pembelajaran mereka melalui interaksi dan fokus yang dilatih sepanjang pembelajaran mereka (Kristiyani, 2018). Guru bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing kepada murid boleh menimbulkan persoalan melalui bahan-bahan yang digunakan mengikut tahap kefungsian mereka. Pada masa yang sama, guru dapat melatih daya ingatan murid dan menggalakkan “self-correcting’ yang secara langsung dapat membantu mewujudkan minat dan tanggungjawab murid terhadap pembelajaran mereka sendiri. Kaedah ini menekankan “Sensory Teaching and Learning” yang membolehkan MBK menggunakan deria terutamanya sentuhan serta melatih tahap fokus dan koordinasi mata-tangan mereka dengan cekap dan sesuai dengan persekitaran pembelajaran. Inovasi Kit Montessori yang direka ini adalah berasaskan teknik “Flip Flap and Hidden Pictures”. Penggunaan inovasi ini memberikan peluang kepada MBK untuk meningkatkan latihan deria yang berkesan semasa pembelajaran mereka. Kebanyakan MBK kelas aras rendah mengalami kesukaran dalam menulis 93
dan membaca. Dengan cara ini, guru dapat melihat perkembangan rutin pembelajaran mereka melalui koordinasi motor secara visual di mana guru dapat membuat pemerhatian tentang perkembangan koordinasi mata-tangan mereka melalui aktiviti yang dijalankan selain aktiviti menulis. Inovasi ini juga dilihat dapat merangsang interaksi antara guru dan MBK. Pembelajaran secara tidak langsung ini mampu meningkatkan keyakinan komunikasi MBK dalam kehidupan seharian. Teknik Flap ini dapat dipelbagaikan oleh guru dan boleh dimodifikasikan mengikut tajuk yang akan diajar oleh mereka. Elemen KBAT juga dapat ditimbulkan mengikut kreativiti guru. Bagi MBK kelas aras rendah, mereka lebih didedahkan pada peringkat mengenal dan mengingat isi pembelajaran yang disampaikan. Pengalaman secara “hands-on” ini dapat menarik minat MBK berbanding teknik pembelajaran biasa dalam mencapai tahap pembelajaran yang optimum. Piaget menekankan bahawa murid memperoleh pengetahuan melalui interaksi dengan persekitaran di sekeliling mereka (Charlesworth, 2012). Hal ini secara langsung dapat merangsang pemikiran dan minda MBK. Gordon dan Browne (2017) menyatakan pembelajaran berlaku apabila murid diberi idea dan perkataan serta soalan yang akan membawa kepada penerokaan dalam kalangan mereka. Apa yang dimuridi oleh MBK di sekolah lebih tertumpu kepada kualiti pembelajaran berbanding kuantiti. Untuk mengukuhkan pemahaman dan pemikiran mereka lagi, aktiviti handson seperti ini amat membantu kerana murid khususnya MBK dapat mengekspresikan apa yang didengar dan dilihat oleh mereka melalui kit pembelajaran ini. Dengan adanya Kit Montessori ini, MBK mendapat manfaat melalui penglibatan mereka dalam pembelajaran. Objektif Projek Inovasi Projek Inovasi Kit Montessori ini dilaksanakan untuk menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran secara “Sensory Teaching and Learning”. i. menggalakkan pembelajaran abad ke -21 ii. mempertingkatkan kemahiran psikomotor kasar dan halus iii. menarik minat murid untuk menguasai kemahiran melukis secara beransuransur melalui aktiviti hands-on. iv. mengasah kemahiran insaniah murid serta meningkatkan keyakinan diri pada diri murid v. membina kit pembelajaran yang mengandungi koleksi aktiviti untuk dilaksanakan di dalam atau di luar bilik darjah bagi mengukuhkan penguasaan psikomotor dan koordinasi mata-tangan melalui deria sentuhan. vi. memurnikan kandungan aktiviti yang dibina ini agar dapat mengasah pelbagai kemahiran murid seperti kemahiran kepimpinan, kemahiran interpersonal dan kemahiran berkomunikasi. 94
Kedudukan Murid Sebelum Inovasi Dilaksanakan Pelaksanaan Projek Inovasi Kit Montessori yang menekankan “Sensory Teaching and Learning” dijalankan semasa kelas Bahasa Melayu, Pengurusan Diri dan Matematik kelas aras rendah. Murid diajar melalui kaedah tradisional, iaitu menggunakan kad imbasan (Flashcards). Kebanyakan murid kelas aras rendah mempunyai masalah lembab, masalah tingkah laku dan masalah penglihatan tahap sederhana. Maklumat murid yang terlibat dalam projek Inovasi Kit Montessori adalah seperti berikut: Murid-murid ini telah melibatkan diri secara langsung dalam program dan aktiviti yang dianjurkan berkaitan dengan Projek Inovasi Kit Montessori sepanjang sebulan. Tahap penguasaan dikaji melalui soal jawab dan respon murid terhadap bahan yang digunakan berdasarkan tajuk-tajuk yang dipilih. Bil. Nama Murid Kelas Masalah Tahap Penguasaan Bahasa Melayu (Tajuk: Haiwan) Tahap Penguasaan Pengurusan Diri (Tajuk: Peralatan di Bilik Mandi) Tahap Penguasaan Matematik (Nombor 1-10) 1. Aiyatt Alwi bin Junaidi PK2T Masalah Pembelajaran Lemah Lemah Sangat lemah 2. Angela Priscilla anak Mambang PK2T Masalah Pembelajaran Sederhana Sederhana Lemah 3. Afif Alfean bin Mohd. Aimaduddin Aie PK2T Masalah Pembelajaran Sangat lemah Lemah Sangat lemah 4. Awang Harith Aqmar bin Awang Yusop PK2T Masalah Pembelajaran Lemah Lemah Sangat lemah 5. Davidson Frinkley anak Agoh PK2T Masalah Pembelajaran Sangat lemah Lemah Sangat lemah 6. Louis Sebuang Ludan PK2T Masalah Pembelajaran Lemah Lemah Sangat lemah 7. Yong Cheng Feng PK2T Autisme Sederhana Sederhana Sederhana 95
PERNYATAAN MASALAH Terdapat pelbagai masalah dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kemahiran komunikasi (Bahasa dan Matematik) dan Pengurusan Diri Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran. Masalah yang kerap dihadapi oleh guru Pendidikan Khas telah disimpulkan seperti di bawah. i. Gangguan emosi dan tingkah laku murid yang susah dikawal mengehadkan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). ii. Masalah kesediaan murid dalam kemahiran menulis dan mengira disebabkan masalah psikomotor kasar dan halus turut membawa kekangan untuk melancarkan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). iii. Masalah memahami dan mengikut arahan terutamanya murid yang mengalami masalah lembab iv. Gagal menghabiskan tugasan menulis dan mengira dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam kelas. v. Cepat hilang tumpuan dan cepat rasa bosan terutamanya murid kelas aras rendah vi. Komposisi murid terdiri daripada pelbagai kategori mengekangkan guru untuk mengaplikasi strategi pengajaran yang sama terhadap murid yang berlainan keupayaan. vii. Nisbah bilangan murid kepada guru Pendidikan Khas adalah tujuh orang murid kepada seorang guru. Namun, nisbah murid kepada guru adalah melebihi disebabkan kekurangan tenaga pengajar di sekolah. viii. Sebilangan ibu bapa yang kurang prihatin dan bekerjasama dalam membantu serta memantau perkembangan psikomotor dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran. Contohnya, ibu bapa tidak memantau kerja rumah murid yang belum siap disebabkan sibuk bekerja dan terlupa menyediakan bahan yang diperlukan oleh murid. 96
POTENSI PASARAN Aspek Pasaran i. Sasaran Kit Pembelajaran Kit pembelajaran ini adalah untuk kegunaan para guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu, Matematik, Pengurusan Diri serta mata muridan yang berkaitan dalam membantu memantapkan penguasaan psikomotor halus dan psikomotor kasar murid melalui aktiviti yang disediakan. Bukan itu sahaja, kit ini juga boleh dijadikan sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Selain itu, kit ini adalah untuk kegunaan murid aras rendah dan sederhana sahaja. Penggunaan kit ini diutamakan untuk para guru sahaja manakala murid akan melaksanakan aktiviti yang terdapat pada kit ini berdasarkan tajuk dan panduan guru. Guru boleh memodifikasikan tajuk dan bahan yang digunakan. ii. Sasaran Pasaran Modul pembelajaran ini mempunyai nilai komersial yang tinggi terutamanya dalam baik kepada guru mahupun kepada ibu bapa, iaitu: i. Guru dapat mempelbagaikan tajuk dan soalan berdasarkan kit pembelajaran ini. Aktiviti juga dapat dirangka berdasarkan kreativiti guru melalui konsep “Flap dan Hidden Pictures” terutamanya dalam bidang komunikasi dan kemahiran. Kit ini dapat membantu guru dari segi perancangan pembelajaran dan pengawalan masa dan tingkah laku MBK selain dapat memberikan idea kepada guru untuk melakukan aktiviti peneguhan bersama dengan murid. Selain itu, kit ini boleh digunakan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Kit ini juga dibina bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21 yang dapat melahirkan produk murid seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ii. Ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, inovasi ini dapat dipasarkan kepada ibu bapa bagi membantu mereka untuk menjalankan pembelajaran bersama anak-anak MBK di rumah. Secara langsung, mereka dapat melatih anak-anak MBK untuk terlibat sama melalui panduan pembelajaran kit ini yang disediakan oleh guru. 97
PELAN PELAKSANAAN PROJEK Aktiviti / Minggu M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 - M1 6 M17 M18 M19 M20 Analisis Strategi Bahan Kertas Kerja Kajian Rintis Penilaian Analisis Data Produk Laporan Akhir Prosedur Projek Dalam proses membina Projek Inovasi Penggunaan Kit Monterssori dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Khas memerlukan beberapa prosedur. Prosedur pertama yang diambil adalah dengan melakukan analisis terhadap skop projek, latar belakang masalah dan analisis masalah. Prosedur ini dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang sering dialami oleh murid Pendidikan Khas di sekolah menengah. Projek inovasi ini juga bertujuan untuk membantu guru Pendidikan Khas dalam mempelbagaikan aktiviti pembelajaran PdPc di sekolah di samping menarik minat murid Pendidikan Khas secara hands on melalui koordinasi mata dan tangan supaya menjadi pembelajar yang aktif terutama murid Pendidikan Khas dalam kelas tahap rendah. Masalah-masalah yang sering dialami sama ada dari kalangan murid atau guru adalah pembelajaran yang membosankan, murid kurang tumpuan serta masalah ingatan jangka masa pendek serta kekurangan media bahan bantu mengajar yang merangsangkan minda dan minat murid untuk belajar. Segala aspek tersebut diambil kira dalam menghasilkan modul ini kerana modul ini adalah sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti PdPc di dalam bilik darjah, dan murid yang menjadi pemudahcaraan yang melaksanakan segala aktiviti PdPc . Prosedur kedua adalah mengenal pasti hasil pembelajaran bagi murid kelas tahap kefungsian rendah. Hasil pembelajaran ini penting sebagai asas kepada pencetusan idea aktiviti dan strategi pembelajaran yang sesuai digunakan. Strategi pembelajaran yang dipilih adalah strategi-strategi yang bersifat pembelajaran aktif seperti pembelajaran kendiri, pembelajaran inkuiri dan pembelajaran penerokaan. Strategi-strategi ini juga dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran mengenal dan membaca serta meningkatkan tumpuan dan minat murid melalui aktiviti interaktif dengan inovasi Kit Montessori. Prosedur seterusnya adalah kajian rintis yang akan dijalankan ke atas modul 98
yang telah dihasilkan. Kajian soal selidik dalam bentuk google form akan dilakukan kepada guru subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Pengurusan Diri yang mengajar di sekolah menengah manakala temubual pula akan dilakukan untuk kumpulan murid Pendidikan Khas tahap kefungsian rendah. Kajian Soal selidik yang dijalankan ini bertujuan bagi memastikan kesesuaian tempoh masa dan penerimaan guru terhadap aktiviti-aktiviti yang terkandung di dalam modul tersebut. Kajian ini juga adalah bagi memastikan keberhasilan dalam mencapai objektif utama penghasilan modul ini, iaitu bagi mewujudkan pembelajaran aktif . Hasil kajian soal selidik akan dianalisis bagi meningkatkan mutu modul ini. Segala perubahan akan dilakukan mengikut saranan dan komen yang diberikan oleh guru-guru mata muridan Bahasa Melayu, Matematik dan Pengurusan Diri. Temu bual terhadap murid pula adalah untuk mengenal pasti penerimaan dan keterujaan mereka apabila menjalankan proses PdPc di luar bilik darjah. Murid Pendidikan Khas tahap kefungsian tahap rendah digunakan kerana mereka merupakan pihak yang terlibat dalam projek rintis tersebut dan dapat memberikan komen yang wajar berdasarkan pengalaman yang lalu. Prosedur terakhir adalah penghasilan modul yang terbaru / terbaharu setelah dinaik taraf berdasarkan penilaian dan analisis data yang dilakukan. 99
Aktiviti dan Tugasan Projek Inovasi Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan berpandukan projek inovasi Kit Montessori adalah seperti berikut: a. Aktiviti Pembelajaran Dan Pemudahcaraan dengan penggunaan Inovasi Kit Montessori Bil Subjek Tajuk Aktiviti Tujuan 1. Matematik Nombor (1 hingga 10) Murid mengenal nombor dengan deria sentuhan dan penglihatan serta mengira bilangan bahan maujud dalam montenssori kit. • memberikan peluang kepada MBK untuk mendapat pengalaman dan latihan deria yang berkesan khususnya perkembangan motor halus dan koordinasi mata-tangan dalam kalangan mereka. • membolehkan murid mengeksplorasi dunia matematik dengan deria sentuhan serta bahan maujud. • membolehkan murid belajar mengikut kemampuan diri masing- masing. • memberi maklumat balik terhadap jawapan murid dan self correcting sertamerta melalui konsep flap dan hidden pictures 2. Bahasa Melayu Haiwan di zoo Murid mengenal haiwan di zoo dalam dan mengecam ciriciri haiwan dari segi bentuk badan dan rupa fizikal • membolehkan murid mengenal haiwan di zoo melalui gambar dan seterusnya menamakan haiwan. • menggalakkan murid membuat pemerhatian terhadap ciri-ciri fizikal pada haiwan dan mencari haiwan dalam gambar (konsep hidden picture) • menggalakkan koordinasi 100
motor mata - tangan dengan membuka flap dalam Kit Montessori. • memberi peneguhan terhadap respon murid melalui flap dengan konsep self correcting • Pengulangan dan peneguhan dibenarkan supaya murid dapat lebih mudah menguasai topik melalui visual dan sensori. 3. Pengurusan Diri Alat Kebersihan Diri • Murid mengenal alat kebersihan diri dan fungsi alatan kebersihan diri. • Murid menamakan alat kebersihan diri • membolehkan murid mengecam alat kebersihan diri dan fungsinya. • menerapkan unsur KBAT di mana murid dapat menyatakan alat kebersihan diri yang sesuai untuk sesuatu andaian situasi KOS PROJEK Perbelanjaan Penghasilan Kit Montessori bil BAHAN / ALAT harga seuni t KUANTITI KOS 1. PVC Foam Board Bahan kitar semula 1 - 2. Zip zap tape RM 6.00 1 kotak RM 6.00 3. S Hook Bahan kitar semula) 2 - 4. Kertas A3 Bahan kitar semula 10 - 5. Kertas A4 Bahan kitar semula 10 - 6. UHU Glue RM 6.50 1 RM 6.50 7. magic pen RM 5.40 1 RM 5.40 8. Colourful Felt A4 Bahan kitar semula - - 9. Kertas pasir Bahan kitar semula 1 RM 1.20 11. Pom pom balls Bahan kitar semula 1 - 12. Span basuh pinggan RM 0.50 1 RM 0.50 101
13. Loceng Bahan kitar semula 1 - 14. Plastisine Bahan kitar semula 1 - 15. Laminating film A3 RM 1.00 10 RM 10.00 16. Kertas warna Bahan kitar semula 10 - Jumlah RM 29.60 JUMLAH KOS PROJEK : RM 29.60 STRATEGI PELAKSANAAN INOVASI PROSES PELAKSANAAN PROJEK Proses pelaksanaan projek melibatkan melibatkan 3 fasa, iaitu fasa 1, fasa 2 dan fasa 3. Jadual di bawah menunjukkan 3 fasa yang dilalui untuk menghasilkan projek inovasi Kit Montensori. PROSES PELAKSANAAN PROJEK FASA PERKARA TINDAKAN / BULAN FASA 1 Pemilihan Masalah Guru Projek Inovasi/ Mac • Guru memaklumkan bahawa projek inovasi ingin dijalankan adalah bagi mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid Pendidikan Khas Pembelajaran Kefungsian rendah • Pemilihan nama, konsep dan rancangan aktiviti yang bersesuaian dengan projek inovasi • Penghantaran sinopsis FASA 2 Pembinaan Projek Guru Projek Inovasi / April hingga Mei • Guru menyediakan bahan dan alatan yang digunakan untuk menghasilkan kit montenssori. • Guru berbincang untuk pelaksanaan projek inovasi montenssori kit dalam PdPc kelas kefungsian rendah serta subjek yang ingin dipilih. Perkongsian idea 102
• Guru projek inovasi berkongsi idea untuk pelaksanaan inovasi Kit Montessori dengan guru subjek yang berkaitan. • Guru projek membuat demonstrasi tentang cara penggunaan Kit Montessori dalam PdPc kelas. Guru Projek Inovasi / Jun • Pelaksanaan PdPc dengan Penggunaaan Kit Montessori Guru Subjek / Julai hingga Ogos FASA 3 • Penilaian tentang keberkesanan projek dilakukan oleh guru subjek dan murid yang terlibat melalui kajian soal selidik dalam bentuk google form dan temu bual • Guru melakukan pengubahsuaian projek inovasi dengan mengambil kira cadangan dan masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan. • Guru menyediakan laporan projek inovasi yang lengkap Murid dan Guru / Ogos Guru Projek Inovasi / September Guru Projek Inovasi / September Penghantaran laporan lengkap Guru projek inovasi Persediaan perbentangan tentang projek inovasi. Guru projek inovasi 103
Mula Diterima Pembinaan Projek Tamat Perbentangan projek inovasi Penghantaran laporan projek inovasi Penyerahan projek dan penyediaan laporan Pelaksanaan Projek Penghantaran Sinopsis Pemilihan Tajuk, Konsep dan Rancangan Aktiviti Pemilihan Permasalahan CARTA ALIR PROSES PELAKSANAAN PROJEK INOVASI MONTESSORI KIT Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru 104
PROSES KERJA LANGKAH 1: Pemilihan permasalahan dan penetapan tajuk, konsep dan rancangan aktiviti projek inovasi yang sejajar dengan TS25 serta mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21. Rajah 1 Rangka Projek Inovasi Kit Montessori. 105
LANGKAH 2: Pemilihan dan penyediaan bahan serta alat yang sesuai untuk aktiviti PdPc. Rajah 2 Alat dan Bahan Projek Inovasi Kit Montessori. foamboard zip zap tack kertas A4 clear holder A3 kain felt kertas pasir kertas A3 loceng plastisin pom pom ball S hook span basuh pinggan 106
Rajah 3 Alat dan Bahan Projek Inovasi Kit Montessori. kertas warna gam UHU magic pen 107
LANGKAH 3: Penyediaan bahan bantu mengajar yang digunakan dalam inovasi Kit Montenssori Rajah 4 Penyediaan bahan bantu mengajar dalam Kit Montessori oleh guru projek inovasi. LANGKAH 4: Perkongsian idea dan pendedahan guru subjek tentang pelaksanaan PdPc dengan penggunaan inovasi Kit Montessori. Rajah 5 Perkongsian idea dan pendedahan guru subjek tentang pelaksanaan inovasi Kit Rajah 6 Koleksi bahan bantu mengajar (subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Pengurusan Diri dalam inovasi Kit Montessori. 108
LANGKAH 5: Pelaksanaan PdPc di kelas Pendidikan Khas kefungsian rendah dengan penggunaan inovasi Kit Montessori. Rajah 7 Sesi Pembelajaran dan pemudahcaraan dengan penggunaan inovasi Kit Montessori. 109
TINJAUAN / KAJIAN LITERATUR Kanak-kanak dengan keperluan khas, seperti pembelajaran atau kecacatan fizikal, sering berkembang dalam suasana Montessori. Bahan yang digunakan dalam pengaturan Montessori melibatkan semua deria. Murid bebas bergerak di bilik darjah, yang merupakan kelebihan untuk kanak-kanak yang memerlukan banyak aktiviti fizikal. Setiap kanak-kanak belajar mengikut kadar mereka sendiri dan tidak ada tekanan untuk memenuhi piawaian rasmi dengan masa yang ditetapkan. Menurut Dr Maria Montessori, minda kanak- kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Pernyataan Montessori ini telah disokong oleh Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mastura Badriz (2002) dalam Zul Azri (2009), iaitu beliau melihat pendidikan sebagai satu proses yang berkembang serentak dengan perkembangan seorang kanak-kanak yang belajar melalui persekitaran dan mengaplikasikannya dalam konteks kehidupan sehariannya sebagai persediaan untuk kehidupan dimasa hadapan. Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak- kanak dari persekitarannya merupakan satu pendidikan tidak formal kepadanya. Pendidikan ini telah diasaskan oleh Maria Montessori pada tahun 1906. Pada awalnya pendidikan ini hanyalah untuk pelajar yang terencat namun perubahan telah berlaku apabila pendidikan ini didapati telah mampu membantu perkembangan minda pelajar. Profesor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub dalam Zaidatul mendapati unsur dan elemen yang digunakan dalam model Montessori mengandungi kelas pelbagai umur dan bahan pengajaran yang khusus serta tiada gred atau markah. Elemen yang diterapkan dalam pembelajaran ini juga adalah belajar secara individu atau kumpulan kecil untuk membolehkan kanak-kanak lebih berdikari dalam melakukan sesuatu aktiviti yang disediakan. Persekitaran pembelajaran yang selamat, menarik dan mempunyai kebebasan untuk melakukan sebarang aktiviti juga merupakan unsur pembelajaran yang terdapat dalam pembelajaran ini yang membolehkan kanakkanak menggunakan deria mereka dengan cekap dan sesuai dengan persekitaran yang telah disediakan. Montessori menekankan kepada: 110
1. Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Bahan bantu mengajar yang disediakan mempunyai sifat-sifat khas supaya kanakkanak boleh menggunakan deria mereka sepenuhnya. 2. Lebih menekankan kepada ‘Sensory teaching and learning’. Kaedah ini lebih tertumpu kepada latihan daya penglihatan, pendengaran, dan sentuhan yang bermatlamat agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan deria yangcekap. 3. Tingkah laku kanak-kanak merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka.‘The part to intellectual development is through the hand’ merupakan tema penting dalam kaedah montessori. Secara ringkasnya gabungan antara Montessori dan Flaps mewujudkan persekitaran permainan yang baharu secara tidak langsung mewujudkan perasaan ingin tahu murid ketika melaksanakan aktiviti yang berunsurkan pembelajaran terutama bagi murid berkeperluan khas kerana mereka dapat menggunakan deria mereka secara cekap dan membentuk pengalaman yang menarik yang memberikan kesan kepada aktiviti pembelajaran murid. Cara Membuat Kit Montessori menggunakan teknik Flap dan Hidden Picture Penghasilan Kit Montessori yang menggunakan teknik Flip Flap memerlukan beberapa bahan iaitu PVC foam board, laminating film, kain felt, kertas A3, kertas warna, pita zip zap, gam UHU, dan bahan yang sesuai untuk penghasilan deria sensori bagi sentuhan. Langkah 1 : Mengubah suai gambar mengikut saiz yang dikehendaki Sebelum memasang buku, anda perlu membuat dua cetakan untuk setiap halaman. Semasa langkah 2, anda akan memotong lapisan atas untuk membuat kepak yang akan menunjukkan seseorang (atau sesuatu) pada lapisan di bawahnya. Langkah 2 Potong PVC Foamboard mengikut saiz. Potong PVC foamboard mengikut saiz A3. Dua buah PVC foamboard diperlukan untuk menghasilkan Kit Montessori. Kemudian potong PVC foamboard dengan saiz agar sesuai dengan cetakan. Anda boleh menggunakan pisau cutter untuk memotong satu halaman pada satu masa. Sebanyak 2 buah PVC foamboard diperlukan untuk menghasilkan Kit Montessori. 111
Langkah 3 Penghasilan Kepak (Flap) Ini adalah bahagian paling sukar dalam projek ini. Ambil cutter pisau dan potong dengan hati-hati tiga sisi pintu dan tingkap anda untuk membuat kepak. Pastikan anda mempunyai pisau tajam dan gunakan pembaris logam untuk membantu aktiviti pemotongan bagi menghasilkan garisan lurus yang cantik Langkah 4 Lekatkan Cetakan di PVC foamboard Setelah memotong semua kepak, anda boleh mula melekatkan cetakan pada halaman PVC foamboard mengikut kesesuaian yang dikehendaki. Langkah 5 Kemasan Langkah terakhir yang paling penting adalah biarkan buku terbuka dengan semua kepak terbuka semalaman sehingga kering sepenuhnya. Penambahbaikan Yang Dilakukan Melalui perlaksanaan Kit Montessori dengan menggunakan teknik flip flaps secara tidak langsung memberikan ruang kepada murid untuk menggunakan segala deria yang mereka ada bagi melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan selamat. 112
Rajah 8 Pelaksanaan PdPC menggunakan kad imbasan atau kad bergambar sebelum pelaksanaan inovasi Kit Montessori Rajah 9 Pelaksanaan PdPC menggunakan kaedah tradisional, iaitu chalk and talk 113
Sebelum pelaksanaan Kit Montessori dengan menggunakan teknik flaps dan kaedah Montessori, antara pilihan guru untuk menyampaikan aktiviti PdPc adalah dua kaedah di atas, iaitu menggunakan kad bergambar atau hanya menggunakan chalk and talk. Namun hasil pemerhatian daripada guru menunjukkan tahap keberkesanan kad imbasan dan penggunanan papan tulis bagi murid aras rendah adalah tidak sesuai. Oleh itu, guru telah menghasilkan Kit Montessori dengan menggunakan teknik flaps. Secara tidak langsung merangsang deria serta mengembangkan idea murid yang akan memberikan pengalaman yang berbeza serterusnya meninggalkan kesan lebih lama semasa aktiviti pembelajaran dilaksanakan. Penggunaan Kit Montessori antara salah satu kaedah yang digunakan sebagai kaedah bermain secara belajar. Guru akan memberikan penerangan cara penggunaan Kit Montessori selain membimbing dan mengawasi murid. Menurut Morrison (2000) dan Spodek (1973) melalui Fauziah (2010), bemain adalah salah satu aktiviti semula jadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana dapat meningkatkan daya imaginasi mereka. Dengan itu, saya telah menfokuskan permainan hidden pictures dan penglibatan sensori. Aplikasi hidden pictures dapat membentuk imaginasi dan bahasa untuk menyatakan idea, konsep dan keinginan. Mereka juga berupaya untuk mengubah idea menjadi daya imaginasi secara kreatif. Penglibatan sensori dapat mengekalkan ingatan murid untuk memahami serta mengingat kerana memberikan kesan terhadap sensori murid. Rajah 10 Pelaksanaan PdPC dengan menggunakan inovasi Kit Montessori. 114
Rajah 11 Pelaksanaan PdPC dengan menggunakan inovasi Kit Montessori. Rajah 12 Pelaksanaan inovasi Kit Montessori dalam PdPc menggalakkan penggunaan dan perkembangan sensori MBK 115
Selain sebagai set induksi untuk aktiviti PdPc, Kit Montessori ini juga boleh diguna pakai sebagai aktiviti pengukuhan atau kuiz bagi menguji tahap keberkesanaan murid terutama bagi tajuk yang dipelajari. Rajah 13 Cara penggunaan inovasi kit dalam PdPc kelas kefungsian rendah bagi subjek Bahasa Melayu yang memfokuskan topik haiwan di zoo. Rajah 14 Pelaksanaan inovasi Kit Montessori dalam PdPc menerapkan konsep hidden pictures dan murid boleh mencari pembayang di atas flap berpandukan gambar dan menyemak jawapan di bawah flap (self-correcting) 116
ra Rajah 15 Murid yang lemah menguasai aktiviti menghitung 1-5, namun setelah menggunakan Kit Montessori dan pengulangan dilaksanakan murid memahami konsep bilangan. KEJAYAAN SELEPAS PROJEK INOVASI Perubahan Pada Murid Pendidikan Khas Penilaian penguasaan murid berkaitan subjek telah dibuat sebelum dan selepas PdPc dan aktiviti pelaksanaan inovasi dilakukan dan didapati kemajuan murid telah diperlihatkan melalui hasil kerja murid. Perbezaan yang amat ketara adalah murid bermasalah pembelajaran. Bukan sahaja hasil kerja pelajar menunjukkan kemajuan yang baik tetapi dari segi emosi dan tingkah laku turut menunjukkan peningkatan. . Rajah 16 Bahan yang boleh diguna pakai mengikut kesesuaian dan aras murid. 117
Perbandingan peningkatan penguasaan kemahiran bahasa murid untuk topik haiwan dalam subjek Bahasa Melayu selepas pelaksanaan Projek Inovasi Kit Montessori dengan menggunakan teknik flaps dirumuskan seperti berikut: Bil Nama Pelajar Kelas Masalah Skor Markah Tahap Penguasaan Kemahiran Bahasa (Topik Haiwan) sebelum inovasi Selepas inovasi 1. Aiyatt Alwi bin Junaidi PK2T Masalah pembelajaran 27 % 67 % 2. Angela Priscilla anak Mambang PK2T 40 % 83 % 3. Afif Alfean bin Mohd. Aimaduddin Aie PK2T 10 % 53 % 4. Awang Harith Aqmar bin Awang Yusop PK2T 33 % 93 % 5. Davidson Frinkley anak Agoh PK2T 3 % 43 % 6. Louis Sebuang Ludan PK2T 17 % 67 % 7. Yong Cheng Feng PK2T 43 % 93% Penilaian perkembangan penguasaan murid dilakukan dengan menggunakan kaedah senarai semak di mana skor adalah berdasarkan komponen seperti yang dinyatakan dalam senarai semak di lampiran 1 hingga 4. Melalui kaedah senarai semak, analisis dapatan tentang tahap penguasaan kemahiran bahasa Subjek Bahasa Melayu yang berfokuskan Topik Haiwan di Zoo Bagi Murid Kelas PK2T (Kelas Kefungsian Rendah) adalah seperti berikut: Skala Markah Tahap Penguasaan Sebelum Inovasi Selepas Inovasi 0 – 20 Sangat Lemah 3 0 21-39 Lemah 2 0 41–59 Sederhana 2 2 60 – 79 Baik 0 2 80 – 100 Sangat Baik 0 3 Didapati sebelum pelaksanaan inovasi Kit Montessori, kebanyakan murid mempunyai tahap penguasaan kemahiran Bahasa yang sangat lemah dan lemah di mana ramai di antara mereka lebih mahir untuk mengecam gambar daripada perkataan terutama murid yang bernama Afif dan Louis. Mereka dapat mengenal haiwan dengan gambar tetapi lemah dalam mengenal perkataan. Ada di antara pula langsung tidak dapat mengenal haiwan dan perlu bimbingan guru yang maksimum 118
semasa aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan. Ada juga murid (murid autisme iaitu Yong Cheng Feng) yang boleh mengenal tetapi kurang yakin dengan jawapan sendiri. Ini juga mengambil masa murid untuk memadankan gambar dengan nama haiwan. Apabila pelaksanaan inovasi Kit Montessori dikendalikan dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan, didapati tahap penguasaan murid telah meningkat dengan mendadak di mana 2 orang murid telah mencecah tahap penguasaan sederhana manakala 2 orang menguasai topik dengan baik dan 3 orang murid telah menguasai topik ini dengan sangat baik. Ini boleh diperlihatkan melalui keputusan murid. Kit Montessori telah memberi keberkesanan yang menakjubkan di mana ia menggalakkan proses pembelajaran kendiri dan murid berasa seronok kerana mereka boleh belajar sambil bermain. Suasana pembelajaran telah menjadi lebih ceria dan murid turut dapat belajar mengikut kemampuan diri. Guru hanya menjadi fasilitator dan membuat demonstrasi untuk cara penggunaan pada permulaan aktiviti pembelajaran. Murid yang akan mengeksplorasi kit tersebut dan membuat pengulangan melalui teknik flap. Teknik flap yang menerapkan konsep selfcorrecting di mana murid dapat mendapat maklum balas serta-merta dan peneguhan terhadap jawapan sendiri. Murid akan berasa teruja dan keyakinan diri meningkat apabila murid mendapati pilhan jawapannya adalah betul apabila murid membuka flap untuk menyemak jawapan. Jika murid masih tidak dapat mengenal haiwan tersebut, murid boleh membuat pengulangan aktiviti dengan kit montessori. Murid tidak akan rasa tertekan dalam aktiviti pembelajaran dengan penggunaan kit montessori kerana kit ini menggalakkan pembelajaran yang berunsur permainan. Tumpuan murid turut dapat ditingkatkan kerana murid perlu fokus untuk mencari jawapan dengan merujuk kepada pembayang dan hidden pictures dalam kit. Rajah 17 Murid membuka flap untuk menyemak jawapan di mana flap ini menerapkan konsep self-correcting dan peneguhan yang memberi maklum balas serta-merta terhadap jawapan murid. 119
Impak kepada pelajar biasa dan Pendidikan Khas Pelaksanaan Projek Inovasi Kit Montessori turut menggalakkan interaksi antara murid Pendidikan Khas dan murid aliran biasa khusunya murid dari kelas pemulihan. Kit Montessori ini amat sesuai digunakan sebagai set induksi dan disesuaikan mengikut topik yang ingin diajar. Minat murid juga dapat ditingkatkan dengan menerapkan unsur aktiviti permainan apabila menggunakan Kit Montessori. Guru boleh mempelbagaikan aktiviti berpandukan minat murid dengan mengadakan aktiviti permainan berbentuk kumpulan dan aktiviti hands-on seperti pembuatan model. PERKONGSIAN INOVASI Implementasi dalam pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Inovasi Kit Montessori yang menggunakan teknik Flap dan Hidden Pictures serta kaedah montessori dan sensori telah diimplementasikan dalam PdPc kelas MBK yang kefungsian rendah dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Pengurusan Diri. Inovasi ini mengetengahkan pembelajaran penerokaan dan aktiviti PdPc yang berkonsepkan permainan. Didapati murid memberikan respon yang lebih baik serta penglibatan murid yang tinggi apabila aktiviti pembelajaran melibatkan hands on dan interaksi dua hala. Guru subjek kelas kefungsian rendah telah memaklumkan bahawa pelaksaanaan inovasi ini telah menarik tumpuan apabila murid berinteraktif dengan inovasi Kit Montessori ini. 120
Rajah 17 Pelaksanaan Kit Montessori yang bertajuk nombor dalam kelas subjek Matematik Rajah 18 Pelaksanaan Kit Montessori yang bertajuk Haiwan di Zoo dalam kelas subjek Bahasa Melayu 121
Pameran Inovasi Inovasi Kit Montessori boleh dikongsi kepada sekolah lain melalui pameran inovasi semasa lawatan penanda aras sekolah lain dan pameran inovasi sempena hari guru peringkat daerah. Penyertaan dalam International Conference Educational Technology (ICET) juga memberi peluang untuk guru inovasi untuk berkongsi idea dengan guru sekolah dari negeri lain atau luar negara. Rajah 19 Pelaksanaan Kit Montessori yang bertajukAlat Kebersihan Diri dalam kelas subjek Pengurusan Diri Rajah 20 Murid telah memberikan tumpuan dan minat yang tinggi semasa PdPc. 122
Media Sosial KidSS Inovasi Kit Montessori turut boleh disebar luas melalui media sosial KidSS seperti fan page facebook sekolah dan PPKI SMK Kidurong. Media ini adalah saluran yang baik dan dapat dicapai oleh orang ramai. Video pelaksanaan Kit Montessori boleh juga disebar melalui aplikasi seperti Youtube dan Tik Tok di mana remaja dan pemuda merupakan golongan yang banyak menggunakan aplikasi ini. Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Inovasi Kit Montessori amat sesuai untuk diguna dalam Pusat Pemulihan Dalam Komuniti kerana kit ini menggalakkan pengajaran dan pembelajaran sensori di mana ia memanfaatkan murid yang kurang sensori untuk mengeksplorasi dunia pembelajaran dengan tangan dan sensori di samping menjalankan terapi sensori. Murid yang tidak dapat belajar di sekolah dapat berpeluang untuk belajar dengan kemampuan diri melalui interaktif dengan Kit Montessori. Inovasi Kit Montessori ini didapati dapat merangsang pelbagai deria murid termasuk penglihatan dan sentuhan di samping menerapkan konsep flap dan hidden pictures. Inovasi ini mengetengahkan pembelajaran kendiri di mana murid boleh belajar mengikut tahap kemampuan diri dan pembelajaran penerokaan yang membolehkan MBK untuk belajar secara hands on. Contohnya, murid berkeperluan khas memerhatikan gambar haiwan di zoo dan mencari pembayang yang disebut oleh guru. Seterusnya murid boleh menggunakan teknik Flap untuk mencari jawapan dan mnyemak jawapan sendiri dalam flap. Konsep self-correcting dapat meningkatkan keyakinan murid apabila MBK menjawab soalan dengan betul dan peneguhan dilakukan serta-merta jikalau jawapan MBK salah. Hal ini telah menguatkan daya ingatan murid dan memudahkan kefahaman murid terhadap pembelajaran mereka. Rajah 21 Murid memerhatikan gambar dan mencari ciri-ciri fizikal haiwan pada pembayang 123
FAEDAH-FAEDAH DARIPADA PELAKSANAAN INOVASI Antara faedah-faedah yang diperoleh melalui pelaksanaan inovasi adalah: i) Murid a. Peningkatan tumpuan, kemahiran memerhati murid dalam proses PdPc dalam kelas. b. Menguatkan daya ingatan dan memupuk pemikiran abstrak murid apabila teknik Flap dan Hidden Pictures digunakan. c. Murid mendapat pengalaman hands on dan meningkatkan koordinasi mata tangan serta motor halus melalui teknik Flap dan Hidden Pictures. d. Membangunkan pelbagai deria murid berkeperluan khas termasuk penglihatan dan sentuhan. e. Menggalakkan pembelajaran penerokaan di mana MBK boleh meneroka Kit Montessori untuk mencari maklumat dan menimba ilmu serta pengalaman. f. Pengurangan masalah tingkah laku murid berkeperluan khas semasa PdPc kerana murid dapat belajar sambil bermain. g. Perkembangan kemahiran interpersonal murid apabila murid berinteraksi dengan guru atau rakan dalam aktiviti Kit Montessori. ii. Guru a. Menjimatkan masa guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar kerana Kit Montessori telah menyediakan koleksi bahan bantu mengajar yang menarik di mana ia bukan sahaja dapat digunakan dalam set induksi, set perkembangan, penutup, malah dapat juga menjadi pengukuhan untuk menilai tahap penguasaan murid selepas aktiviti pembelajaran. b. Menjimatkan masa pengendalian guru dalam melekatkan kad imbasan pada papan putih dengan penggunaan tack it berulang-kali. c. Melancarkan aktiviti PdPc di mana guru dapat mengajar dengan kit tersebut sepanjang sesi PdPc dengan kreativiti guru sendiri dan pengubahsuaian Rajah 22 Murid menggunakan teknik flap untuk menyemak jawapan sebagai peneguhan. 124
bahan mengikut kesesuaian topik. d. Menggalakkan pembelajaran abad ke-21 di mana murid menjadi domain dalam aktiviti PdPc dan guru hanya berperanan sebagai fasilitator. e. Meningkatkan keyakinan mengajar guru terutama guru novis kerana penilaian tahap penguasaaan murid dapat dilakukan mengikut tahap kemampuan murid melalui penggunaan Kit Montessori. KESIMPULAN Projek inovasi Kit Montessori merupakan satu alat bahan bantu mengajar yang komprehensif di mana ia bertujuan untuk membantu murid berkeperluan khas menumpukan perhatian dan meningkatkan koordinasi mata-tangan. Di samping itu, Kit Montessori juga dapat menguatkan daya ingatan terutama ingatan jangka masa panjang kerana teknik Flap dan Hidden Pictures dapat memberi peneguhan dan konsep self-correcting selain membenarkan pengulangan sekiranya murid masih gagal menguasai topik tersebut. Hal ini secara tidak langsung juga dapat meningkatkan keyakinan dan kepuasan murid apabila mereka dapat menguasai pengajaran yang disampaikan oleh guru. Projek inovasi Kit Montessori juga diharapkan menggalakkan sikap pembelajaran kendiri murid dalam PdPc berbanding dengan pengajaran tradisional. Di samping itu, projek inovasi ini turut diharapkan dapat mengurangkan masalah tingkah laku dan emosi murid semasa PdPc. Selain itu, aktiviti projek inovasi juga meningkatkan kemahiran interpersonal dan sahsiah murid melalui interaksi murid dengan rakan atau guru. Inovasi Kit Montessori diharapkan juga dapat membantu semua guru pendidikan khas dalam melaksanakan PdPc mengikut keperluan murid dan topik yang sesuai. 125
RUJUKAN Aznan Che Ahmad dan Mohd Zuri Ghani. (2011). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Badruddin. (2009). Penggunaan Konsep Ruang Melalui Permainan Bintang Beralih. Fakulti Pendidikan Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor dan Haliza. (2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Pelajar Pelajar. Universiti di Fakulti Pendidikan. Fakulti Pendidikan, 10 Charlesworth, R. (2012). Experiences in math for young children. USA: Wadsworth, Cengage Learning. Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gordon, A. dan Browne, K. (2017). Beginning and beyond: foundations in early childhood education. USA: CENGAGE Learning. Kristiani, C. (2017). Materials and Language Learning Environment Based on Montessori Concepts. Indonesia: Sanarta Dharma University, Yogyakarta Lee Gutek, G. (2004). The Montessori Method. USA: Rowman & Littlefield Publishers, Inc. Marshall, C. (2017). Montessori Education: A review of the Evidence Base. Australia: The University of Queensland diperoleh daripada www.nature.com/npjscilearn Samsilah Roslan dan Sheila Devaraj. (2006). Apa itu Disleksia? Panduan untuk Ibu Bapa dan Guru. Selangor: PTS Professional Publishing Zaidatul Ameera Zakaria. (2003 ). Pendidikan Montessori dan pengaplikasiannya kepada pendidikan awal kanak-kanak. Diperoleh semula daripada http://www.ukm.my/monline/pendidikan-montessori-dan-pengaplikasiannya-kepadapendidikan-awal-kanak-kanak.html 126
Penggunaan Permainan Stacking Cup dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Konsep Operasi Tambah bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Shirling Wong [email protected] Joyner Laleng Methew [email protected] SINOPSIS Permainan Stacking Cup merupakan kesinambungan projek inovasi mengenal nilai nombor bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Permainan ini diperkembangkan bagi membantu MBPK menguasai tajuk konsep operasi tambah dua nombor dalam lingkungan 10. Kajian inovasi ini bertujuan untuk membantu MBPK menyelesaikan soalan asas operasi tambah dua nombor dalam lingkungan 10. Tinjauan awal telah dijalankan melalui semakan hasil kerja MBPK kelas aras rendah bagi tajuk Konsep Operasi Tambah bagi subjek Matematik Kefungsian Rendah. Hasil tinjauan ini menunjukkan terdapat lima (5) orang murid yang belum menguasai asas konsep operasi tambah sepenuhnya. Antara punca permasalahan ini adalah kecuaian, daya ingatan yang lemah serta cepat bosan dengan pengiraan menggunakan kaedah konvensional dan rutin pengiraan seperti finger counting dan stick counting serta peruntukan lebih masa yang diambil untuk menyelesaikan setiap soalan operasi tambah. Penggunaan bahan manipulatif iaitu set Permainan Stacking Cup yang mudah dapat disediakan oleh MBPK serta dapat membantu mereka untuk mengira hasil tambah dua nombor dalam lingkungan 10. Ujian Pra dan Pos dijalankan menggunakan instrumen kajian dalam bentuk lembaran kerja. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan Permainan Stacking Cup merupakan bahan bantu mengajar yang berkesan bagi menyelesaikan soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 dalam kalangan MBPK. Inovasi ini juga dilihat sebagai satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk self-correcting dalam kalangan MBPK dalam penguasaan konsep operasi tambah. Melalui aktiviti hands-on ini juga, MBPK dapat melibatkan diri secara aktif serta melatih tahap fokus dan kemahiran psikomotor mereka dengan lebih baik dan cekap. Kata Kunci: Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), Permainan Stacking Cup, hands-on, selfcorrecting, psikomotor, bahan manipulatif 127
OBJEKTIF INOVASI i. Objektif Umum • Membantu MBPK menyelesaikan operasi tambah dua nombor dalam lingkungan 10 ii. Objektif Khusus • Membantu MBPK mengira hasil tambah dua nombor dalam lingkungan 10 dengan menggunakan Permainan Stacking Cup • Membantu MBPK mengingat konsep operasi tambah dengan menggunakan Permainan Stacking Cup • Memupuk pembelajaran aktif dalam kalangan MBPK dengan menggunakan Permainan Stacking Cup KUMPULAN SASARAN Perkara Keterangan Bilangan sasaran 5 orang Kelas PK3T (MASALAH PEMBELAJARAN) Jantina Lelaki dan Perempuan Pernyataan Masalah MBPK tidak dapat menyelesaikan soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 sepenuhnya Jadual 1 Kumpulan Sasaran Inovasi LATAR BELAKANG INOVASI Kajian inovasi ini merupakan satu usaha untuk membantu MBPK mengenal dan menguasai konsep operasi tambah dengan menggunakan strategi pemusatan bahan. Melalui strategi ini, PdPc dapat dijalankan dengan lebih mudah, menarik dan berkesan selain memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid (Naim Basir, 2019). Inovasi permainan Stacking Cup ini tercetus apabila beberapa MBPK kelas kefungsian rendah menyertai Pertandingan e-Sport Stacking Cup di mana mereka diminta menyusun cawan mengikut kategori yang dipertandingkan. Melihat kepada minat mereka yang mendalam dalam permainan ini, pengkaji memperkembangkan dan menerapkan Permainan Stacking Cup ini dalam pembelajaran mereka secara kreatif. 128
Pengkaji menghasilkan set permainan ini dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula dan bahan-bahan sedia ada yang mudah diperoleh. Pada penggal lepas, pengkaji menyediakan panduan mudah bagi MBPK untuk menghasilkan set Permainan Stacking Cup mereka sendiri dengan bimbingan ibu bapa semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dijalankan pada musim pandemik Covid-19. Inovasi ini membantu MBPK kefungsian rendah untuk mengenal nilai nombor 1- 10 berpandukan beberapa aktiviti mudah yang dirangka serta boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti guru dan kemampuan MBPK. Inovasi siri pertama ini memberikan impak yang positif dan memberangsangkan kepada MBPK khususnya untuk menguasai kemahiran mengenal nilai nombor 1-10. Pengkaji memperkembangkan permainan ini bagi membantu MBPK untuk menguasai konsep operasi tambah dalam lingkungan 10. MBPK perlu menguasai kemahiran asas ini bagi memudahkan mereka untuk mengira kuantiti barang serta jumlah wang yang diperoleh semasa menjalankan kelas kemahiran yang amat penting untuk masa depan mereka. Merujuk kepada DSKP Kefungsian Rendah Komunikasi bagi subjek Matematik, terdapat beberapa penekanan yang diberikan terutamanya tajuk nombor dan operasi asas. MBPK perlu dapat menguasai kemahiran mengenal nilai nombor dan konsep operasi tambah sebelum aplikasi pengiraan menggunakan kalkulator diajarkan kepada mereka. Menyedari hal ini, pengkaji memikirkan jalan yang mudah difahami agar MBPK dapat mengaplikasikan konsep operasi tambah menggunakan permainan mudah yang dapat dihasilkan oleh MBPK sendiri dengan bimbingan jika perlu. Jadual 2 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Nombor dan Operasi Asas 129
Jadual 3 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menggunakan Kalkulator Terdapat beberapa masalah yang dikesan sepanjang menjalankan PdPc konsep operasi tambah bersama MBPK kefungsian rendah. Pertama, mereka selalu membuat kecuaian dalam pengiraan konsep asas operasi tambah dua nombor dalam lingkungan 10 apabila menggunakan Stick Counting atau Finger Counting. Sikap ketidaktelitian ini juga perlu dibendung melalui pembelajaran subjek teras seperti ini agar mereka tidak melakukan kesilapan kecil dalam pengiraan asas. Rajah 1 Kecuaian pengiraan menggunakan kaedah melukis batang lidi 130
Kedua, MBPK kefungsian rendah berasa cepat bosan dengan kaedah pembelajaran konvensional. Mereka mudah hilang tumpuan dan tidak dapat menyiapkan latihan yang diberikan sepenuhnya. Rajah 2 Hasil Kerja yang tidak disiapkan kerana MBPK mudah hilang tumpuan Ketiga, MBPK kefungsian rendah mempunyai daya ingatan yang lemah dan cepat lupa dalam pembelajaran mereka. Pengkaji mendapati mereka perlu membuat bimbingan secara berterusan untuk mengingat isi pelajaran yang disampaikan, Justeru, pengkaji merancang satu set bahan bantu mengajar yang dapat membantu MBPK menguasai konsep operasi tambah bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah. Pada masa yang sama, bahan inovasi yang dirangka dapat memupuk selfcorrecting dalam pembelajaran kendiri MBPK. Mereka boleh melakukan latihan konsep operasi tambah di rumah sehingga mereka menguasai sepenuhnya dan tidak melakukan kesilapan dalam pengiraan akibat kecuaian mereka. 131
Rajah 3 Proses Penghasilan Inovasi Mengikut Kronologi Menyediakan lembaran kerja sebagai pengukuhan kepada MBPK Menjalankan PdPc tajuk konsep operasi tambah dalam lingkungan 10 Merancang isi pelajaran yang ingin diajar kepada murid Merancang bahan bantu mengajar yang mudah disediakan Memberi ujian pra kepada murid yang belum atau tidak menguasai konsep operasi tambah Membuat refleksi pengajaran untuk mengesan jumlah MBPK yang belum menguasai konsep operasi tambah Memberi panduan mudah cara-cara menghasilkan Permainan StackingCup Menunjukkan cara menggunakan Permainan StackingCup Memberi ujian pasca dengan menggunakan set PermainanStacking Cup 132
ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI Penghasilan inovasi ini memberi impak yang positif dalam pembelajaran dan penguasaan konsep operasi tambah dalam kalangan MBPK kefungsian rendah. Beberapa isu atau masalah yang dapat ditangani melalui aplikasi pengggunaan Permainan Stacking Cup ini adalah seperti berikut. i. Membantu MBPK mengira hasil tambah dua nombor dalam lingkungan 10 dengan menggunakan Permainan Stacking Cup MBPK boleh menyusun cawan pada papan erasable dan menulis ayat matematik pada ruangan yang disediakan. Dengan penggunaan inovasi ini, MBPK dapat mengambil dan mengira titik pada label Stacking Cup serta menulis jawapan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan. Guru boleh memantau dan membimbing MBPK untuk mengira semula sekiranya ada kesilapan berlaku. Selain itu, guru juga boleh meminta MBPK untuk mengira ulang jumlah titik bagi memastikan jawapan yang ditulis adalah tepat. Hal demikian dapat memupuk pembelajaran kendiri MBPK untuk menguasai konsep operasi tambah dengan lebih mudah dan berkesan. Rajah 4 MBPK menggunakan Permainan Stacking Cup untuk mengira hasil tambah 2 nombor dalam lingkungan 10 133
Kedudukan Sebelum dan Selepas Inovasi dijalankan Murid Jenis OKU Sebelum Selepas Catatan Murid 1 Kurang Upaya Intelektual Sebelum inovasi, MBPK menggunakan kaedah konvensional dan dibimbing untuk mengira semula setelah melakukan kecuaian dalam pengiraan. Selepas inovasi, MBPK dapat melakukan pengiraan menggunakan Permainan Stacking Cup berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru dengan bimbingan minimum. Murid 2 Masalah Pembelajaran (Disleksia, Diskalkulia, Disgrafia) Sebelum inovasi, MBPK menggunakan kaedah konvensional dan dibimbing untuk mengira semula setelah melakukan kecuaian dalam pengiraan. Selepas inovasi, MBPK dapat melakukan pengiraan menggunakan Permainan Stacking Cup berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru dengan bimbingan minimum. . . Murid 3 Kurang Upaya Intelektual Sebelum inovasi, MBPK menggunakan kaedah konvensional dan dibimbing untuk mengira semula setelah melakukan kecuaian dalam pengiraan. Selepas inovasi, MBPK dapat melakukan pengiraan menggunakan Permainan Stacking Cup berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru dengan bimbingan minimum. . 134
Murid 4 Autisme Sebelum inovasi, MBPK hanya menulis jawapan dan tidak melakukan pengiraan untuk setiap soalan. Selepas inovasi, MBPK dapat melakukan pengiraan menggunakan Permainan Stacking Cup berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru dengan bimbingan minimum. . Murid 5 Autisme Sebelum inovasi, MBPK hanya menulis jawapan dan tidak melakukan pengiraan untuk setiap soalan. Selepas inovasi, MBPK dapat melakukan pengiraan menggunakan Permainan Stacking Cup berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru dengan bimbingan minimum. Jadual 4 Hasil Kerja MBPK sebelum dan selepas penggunaan Permainan Stacking Cup ii. Membantu MBPK mengingat konsep operasi tambah dengan menggunakan Permainan Stacking Cup Inovasi ini boleh dijadikan koleksi bahan bantu mengajar (BBM) yang boleh diletakkan di Sudut Matematik dalam kelas. MBPK boleh menggunakan permainan ini semasa PdPc atau semasa mereka mempunyai masa terluang selepas menyiapkan latihan atau tugasan di dalam kelas. Selain itu, MBPK juga dapat mempelajari konsep operasi tambah menggunakan permainan Stacking Cup di rumah dengan bimbingan ibu bapa jika perlu. Menurut Teori Gagne (1972), proses pembelajaran dapat merangsang ingatan dan membantu MBPK mengingat konsep asas operasi tambah dua nombor dalam lingkungan 10 dengan lebih efektif. Guru boleh menjadikan permainan ini sebagai salah satu penilaian berdasarkan pemerhatian dan skor MBPK bagi tajuk konsep operasi tambah. Melalui pengukuhan seperti ini, MBPK dapat mempelajari asas operasi tambah ke peringkat yang seterusnya dan membina asas yang kukuh dalam pembelajaran Matematik mereka. Kemahiran mengingat dan mengira amat penting bagi subjek teras dan kemahiran bagi memenuhi keperluan pembelajaran MBPK. 135
iii. Memupuk pembelajaran aktif dalam kalangan MBPK dengan menggunakan Permainan Stacking Cup Permainan Stacking Cup ini dapat merangsang pembelajaran aktif dalam kalangan MBPK. Guru boleh menjadikan permainan Stacking Cup ini dalam bentuk kuiz atau permainan Matematik. Penglibatan aktif MBPK melalui pendekatan Belajar Melalui Bermain (BMB) dapat membantu mereka mempunyai pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna dan menyeronokkan. Konsep operasi tambah merupakan suatu pembelajaran yang abstrak dan penggunaan bahan manipulatif seperti permainan ini dapat membantu MBPK yang pasif untuk terlibat sama dalam pembelajaran secara langsung dan aktif. Penghasilan inovasi ini juga dapat dijadikan sebagai salah satu aktiviti pembelajaran melibatkan MBPK secara menyeluruh. Dengan ini, mereka akan belajar untuk bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka dan menjaga bahan bantu mengajar mereka sendiri. Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 136
Murid 5 Rajah 5 Pembelajaran aktif yang berlaku di dalam kelas Matematik kefungsian rendah dengan aplikasi Permainan Stacking Cup 137
HURAIAN INOVASI Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi Berikut merupakan bahan-bahan yang digunakan dan langkah-langkah penghasilan bahan: BIL BAHAN LANGKAH PENGHASILAN INOVASI 1. Cawan kertas terpakai 10 biji cawan kertas terpakai digunakan sebagai bahan utama Permainan Stacking Cup. 2. Kertas warna terpakai 4 keping kertas warna terpakai digunakan untuk melabel cawan kertas terpakai. 3. Cawan Permainan Stacking Cup Cawan kertas terpakai dilabel dengan nombor 1 hingga 10, nombor dalam perkataan dan jumlah titik ikut nombor dengan urutan cawan 1 hingga 10. 4. Kotak kasut Kotak kasut terpakai digunakan sebagai penghasilan papan erasable. 138
5. Penutup kotak kasut Penutup kotak kasut digunting jadi papan kertas berbentuk segi empat tepat. 6. Papan kertas Papan kertas segi empat tepat dilabelkan cara kerja operasi tambah denganpermanent marker. 7. Papan erasable Papan kertas dibalutkan dengan selotap lutsinar supaya boleh berfungsi seperti papan putih mini yang ekonomik atau lebih dikenali sebagai papan erasable. 8. Permainan Stacking Cup Kit Permainan Stacking Cup telah dihasilkan dan boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam PdP Matematik dan membantu murid menguasai konsep operasi tambah dengan lebih berkesan. Jadual 5 Bahan-bahan yang digunakan dan langkah-langkah penghasilan bahan 139
Cara Inovasi Digunakan Berikut merupakan cara dan langkah-langkah penggunaan Permainan Stacking Cup dalam PdP konsep Matematik. Langkah Cara Pengendalian Langkah 1 MBPK menghitung jumlah titik yang dilabel pada cawan Stacking Cup secara beransur maju. Langkah 2 MBPK dikehendaki membaca soalan dan menyalin soalan pada papan erasable. Langkah 3 MBPK dikehendaki mencari cawan Stacking Cup yang berlabel nombor 5 dan 2. 140
Langkah 4 MBPK dikehendaki mengira jumlah titik pada dua cawan Stacking Cup dan menulis jawapan pada ruang jawapan papan erasable. Langkah 5 MBPK boleh menyemak semula jawapan dengan merujuk kepada jumlah titik pada cawan Stacking Cup sebagai self-correcting dan ulangan. Jadual 6 Langkah-langkah penggunaan Permainan Stacking Cup 141
Kos bagi menghasilkan inovasi Bil. Nama Bahan Gambar Harga Seunit Jumlah 1. Cawan kertas (terpakai) 10 biji Percuma (Kitar semula) Tiada 2. Pen marker 1 batang RM 3.00 (reusable) RM 3.00 3. Kertas warna terpakai 4 keping Percuma (Kitar semula) Tiada 4. Kotak kasut terpakai 1 kotak Percuma (Kitar semula) Tiada 7. Gunting 1 bilah RM 4.50 RM 4.50 142