The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi Inovasi dan Kajian Tindakan Guru-Guru SMK Kidurong, Bintulu 2020-2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMAD TAUFIQ BIN YAHYA KPM-Guru, 2024-06-06 09:19:12

Nenganyet Guru'

Kompilasi Inovasi dan Kajian Tindakan Guru-Guru SMK Kidurong, Bintulu 2020-2022

Keywords: Kompilasi,Inovasi,Kajian Tindakan,Nenganyet Guru',SMK Kidurong

8. Pisau kertas 1 bilah RM 5.40 Rm 5.40 9. Gam 1 batang RM 4.60 RM 4.60 10. selotap RM 2.30 RM 2.30 Jumlah keseluruhan : RM 19.80 Jadual 7 Kos dan bahan penghasilan inovasi 143


Keberkesanan Inovasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran Permainan Stacking Cup telah membantu meningkatkan penguasaan MBPK kefungsian rendah dalam konsep operasi tambah melalui pendekatan Belajar melalui Bermain (BMB). Permainan Stacking Cup telah terbukti sebagai intervensi yang berkesan dalam membantu perkembangan dan mengukuhkan penguasaan MBPK dalam kemahiran menyelesaikan soalan melibatkan operasi tambah (hasil tambah dalam lingkungan 10). Melalui intervensi Permainan Stacking Cup, MBPK kefungsian rendah juga menikmati keseronokan dan kepuasan dalam aktiviti PdP dengan menggunakan Permainan Stacking Cup secara tidak langsung. Di samping itu, koordinasi mata tangan MBPK kefungsian rendah turut dapat ditingkatkan semasa menjalankan intervensi Permainan Stacking Cup. Hal ini dapat dibuktikan semasa MBPK kefungsian rendah menggunakan minda dan koordinasi mata – tangan apabila bermain Permainan Stacking Cup. Pelbagai kemahiran telah digunakan oleh MBPK kefungsian rendah semasa berinteraksi dengan Permainan Stacking Cup, iaitu kemahiran membaca soalan Matematik, menulis nombor pada papan erasable, memadankan cawan Stacking Cup berpandukan soalan pada papan erasable dan mengira jumlah titik pada cawan Stacking Cup. Sebelum inovasi Stacking Cup dijalankan, pencapaian MBPK kefungsian rendah adalah kurang memuaskan dengan menggunakan kaedah PdP konvensional. Dalam hal ini adalah didapati kebanyakan MBPK kefungsian rendah sering melakukan kecuaian semasa mengira hasil tambah dengan kaedah melukis batang lidi ataupun finger counting. Selain itu, mereka juga mudah hilang tumpuan dan berasa bosan semasa pembelajaran Matematik dijalankan. Oleh itu, mereka mengambil mudah dan tidak menyiapkan tugasan atau latihan pengukuhan yang diberikan. Intervensi yang dirancang dalam projek Inovasi Permainan Stacking Cup, iaitu bermula dari tinjauan awal, ujian pra sebelum penggunaan inovasi sehingga ujian pasca selepas penggunaan inovasi telah membantu MBPK kefungsian rendah dalam penguasaan konsep operasi tambah. Intervensi yang dijalankan secara berulang telah membantu MBPK mengira hasil tambah dua nombor dengan lebih berkesan. 144


Berikut merupakan perbandingan prestasi MBPK kefungsian rendah sebelum dan selepas penggunaan inovasi. Bil Peserta Kelas Skor Sebelum penggunaan Markah Selepas penggunaan 1 Murid 1 PK3T 100% 100% 2 Murid 2 PK3T 70% 100% 3 Murid 3 PK3T 100% 100% 4 Murid 4 PK3T 30% 100% 5 Murid 5 PK3T 30% 100% Purata skor 66% 100% Jadual 8 Tahap penguasaan konsep operasi tambah Graf 1 Perbandingan Prestasi murid Sebelum dan Selepas Penggunaan Inovasi Sebelum Penggunaan Selepas Penggunaan 1 2 3 4 5 0% 20% 40% 60% 80% 100% 120% Perbandingan Prestasi murid Sebelum dan SelepasPenggunaan Inovasi 145


Graf 1 dan Jadual 8 telah menunjukkan peningkatan kepada tahap penguasaan konsep operasi tambah dalam kalangan MBPK. Secara purata, penggunaan Permainan Stacking Cup telah meningkatkan skor MBPK dari 66% kepada 100%, iaitu sebanyak 34.0%. Murid 4 dan 5 telah menunjukkan peningkatan yang mendadak, iaitu dari skor 30% kepada 100% semasa menggunakan inovasi Permainan Stacking Cup. Murid 1, Murid 2 dan Murid 3 yang menggunakan kaedah konvensional iaitu melukis batang lidi untuk menjawab soalan operasi tambah juga menunjukkan peningkatan dari segi kecuaian dan penggunaan masa semasa menjawabsoalan. Potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain Perkongsian inovasi merupakan satu perkara yang wajib dilaksanakan bagi memastikan lebih ramai MBPK dapat manfaat melalui pelaksanaan inovasi. Oleh itu, beberapa perkongsian diadakan sebagai langkah penyebaran maklumat serta perkongsian projek inovasidalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam kalangan guru dan juga komuniti. Berikut merupakan beberapa perkongsian yang telah diadakan bagi inovasi Permainan Stacking Cup ini: Perkongsian Amalan Terbaik kepada warga sekolah Pelaksanaan projek inovasi merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS 25). Oleh hal yang demikian, inovasi Permainan Stacking Cup yang berkonsepkan terapi bermain merupakan suatu langkah menjayakan matlamat program TS 25 tersebut. Inovasi ini telah dikongsikan melalui perkongsian amalan terbaik dalam kalangan guru Pendidikan Khas di mana demonstrasi penggunaan inovasi dan pengaplikasian dalam PdPR telah dilaksanakan untuk memberikan idea bagi pelaksanaan PdPc yang lebih berkesan kepada MBPK Kefungsian rendah. Perkongsian ini turut diadakan sebagai langkah penyebaran kepada komuniti khususnya ibu bapa MBPK memandangkan cara penyediaan bahan adalah sangat mudah dan jimat kos di samping meningkatkan penguasaan MBPK melalui pendekatan Belajar melalui Bermain (BMB). Pelaksanaan Oleh Guru Matematik dan Guru Bahasa Dalam memastikan keberkesanan bagi inovasi terapi Permainan Stacking Cup tersebut, penyebaran inovasi Permainan Stacking Cup telah diintegrasikan dalam topik guru yang mengajar dalam Bidang Matematik MBPK kefungsian rendah. Guru juga dapat menjadikan Permainan Stacking Cup tersebut sebagai suatu bentuk pentaksiran bilik darjah (PBD) dalam menilai penguasaan MBPK dengan lebih berkesan. Selain itu, Guru Bahasa juga dapat mengaplikasikan penggunaan permainan ini melalui Elemen Merentas Kurikulum bagi tajuk yang berkaitan serta boleh merangka aktiviti Bahasa dan Matematik yang lebih kreatif dan berkesan bersama-sama dengan rakan guru yang lain. 146


Media Sosial KidSS dan Tiktok Penyebaran pelaksanaan inovasi juga dilakukan melalui muat naik video demonstrasi Permainan Stacking Cup di laman sosial Facebook PPKI. Maklumat dalam bentuk pernyataan bertulis, gambar dan video yang dimuatnaik dalam laman media sosial Facebook PPKI bukan sahaja akan dikongsi oleh seluruh warga KidSS termasuk murid, guru dan barisan pengurusan tetapi juga followers fan page tersebut adalah guru PPKI dari sekolah atau daerah lain. Dengan itu, penggunaan terapi Permainan Stacking Cup akan dapat disebar dengan meluas secara tidak langsung. FAEDAH PELAKSANAAN INOVASI i. Kos Penghasilan inovasi ini amatlah mudah dan memerlukan kos yang minimum. Bahan kitar semula atau bahan sedia ada di rumah boleh digunakan untuk menghasilkan inovasi ini. Bahan yang diperlukan adalah cawan kertas atau plastik, kertas warna, kotak kasut terbuang dan marker untuk melabel cawan tersebut. ii. Penjimatan Masa Inovasi Permainan Stacking Cup ini mengambil masa yang singkat dan tidak membebankan masa MBPK dan ibu bapa untuk menyediakannya. Mereka hanya perlu melakukan aktiviti mudah seperti menggunting dan melabel cawan kertas atau plastik yang disediakan. iii. Peningkatan Hasil Kerja MBPK MBPK akan berasa lebih seronok dan berminat untuk belajar dengan adanya bahan manipulatif seperti Stacking Cup. Mereka dapat menguasai konsep operasi tambah dengan lebih mudah malahan sekiranya mereka selalu mengulangi aktiviti ini, mereka akan dapat mengaplikasikan cara pengiraan hasil tambah apabila mempunyai asas mengira yang kukuh. iv. Meningkatkan Psikomotor Permainan Stacking Cup ini dapat membantu meningkatkan perkembangan psikomotor dan koordinasi mata-tangan MBPK. Selain aktiviti menulis dan mewarna, aktiviti Stacking ini dapat membantu mencapai tahap perkembangan psikomotor halus dan kasar yang optimum melalui pergerakan asas MBPK semasa melakukan aktiviti inovasi ini. 147


KESIMPULAN Secara keseluruhannya, hasil kajian inovasi menunjukkan bahawa pelaksanaan inovasi Permainan Stacking Cup dalam penguasaan konsep operasi tambah dalam kalangan MBPK menggunakan pendekatan Belajar melalui Bermain (BMB) telah diterapkan dengan efektif dan menunjukkan hasil yang baik serta positif. Penggunaan bahan manipulatif yang mudah seperti ini mampu mewujudkan suatu pembelajaran yang berstruktur dan menyeluruh. Modifikasi aktiviti inovasi ini juga membolehkan pelaksanaannya disesuaikan dan dipelbagaikan mengikut tahap dan peringkat pembelajaran murid khususnya golongan MBPK. Projek inovasi Permainan Stacking Cup ini telah memberikan impak yang positif kepada murid, ibu bapa dan guru. Objektif pembelajaran yang ditetapkan bagi melaksanakan inovasi ini juga dapat dicapai dengan kerjasama dan penglibatan aktif MBPK dan ibu bapa yang turut mengambil berat pembelajaran anak mereka. Inovasi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal tentang konsep operasi tambah melalui bahan maujud dengan cara yang lebih menarik dan interaktif. Di samping itu, inovasi ini dilihat mampu membantu MBPK menumpukan perhatian dan meningkatkan koordinasi mata-tangan mereka. Dengan ini diharapkan inovasi ini dapat disebar luas dan menjadi manfaat kepada MBPK yang mengalami masalah pembelajaran yang sama dengan pengubahsuaian yang lebih kreatif dan sesuai untuk mereka. Sesungguhnya, golongan MBPK juga mempunyai potensi pendidikan yang harus diterokai dan diperkembangkan dengan kerjasama guru, ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti dengan lebih giat lagi. 148


9.0 RUJUKAN Kamarulzaman Kamaruddin (2003). Psikologi perkembangan teori dan konsep. Perak:Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kamarulzaman Kamaruddin (2011). Psikologi perkembangan untuk panduan guru. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohamed, J. K. (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. PTS Professional. Mohd. Sharani Ahmad (2008). Intervensi anak istimewa bermasalah pembelajaran. Sabah: Universiti Malaysia Sabah. Muhammad Naim Basir (2019). Keberkesanan strategi pengajaran berpusatkan bahan dalam PdPc Bahasa Melayu. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris, diperolehi pada 15 September 2022 daripada https://www.academia.edu/39831895/KEBERKESANAN_STRATEGI_PENGAJARAN_BER PUSATKAN_BAHAN_DALAM_PDPC_BAHASA_MELAYU 149


PENGGUNAAN KUNCI MEMORI “15 KEYS TO SUCCESS” MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ESEI BIOLOGI DALAM MATA PELAJARAN BIOLOGI PELAJAR TINGKATAN ENAM YONG TIONG PING SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KIDURONG, PETI SURAT 2078, 97011 BINTULU, SARAWAK SINOPSIS Matlamat kajian ini adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran pelajar Tingkatan Enam dalam penulisan esei Biologi. Keputusan Peperiksaan Percubaan Penggal Satu menunjukkan pelajar tidak dapat mengenalpasti kata-kata kunci dalam suatu esei dan tidak boleh menghafal urutan-urutan proses. Maka penghasilan dan penggunaan Kunci Memori “15 Keys to Success” telah diperkenalkan kepada pelajar bagi mengatasi masalah pembelajaran ini. Sampel dalam kajian ini melibatkan 3 orang pelajar Tingkatan Enam Kelas 6SNSEM2 yang mengambil mata pelajaran Biologi. Tajuk esei yang diuji ialah “Mechanism of muscle contraction according to the sliding filament hypothesis”. Melalui kaedah kuantitatif, perbandingan markah praujian dan pascaujian menunjukkan Kunci Memori “15 Keys to Success” telah meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan esei Biologi. Kata kunci: esei Biologi, Kunci Memori “15 Keys to Success”. OBJEKTIF Objektif Umum Membantu meningkatkan kemahiran pelajar Tingkatan Enam dalam penulisan esei Biologi dengan penghasilan dan penggunaan Kunci Memori “15 Keys to Success”. Objektif Khusus i. Mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dalam penulisan esei sebelum penggunaan Kunci Memori “15 Keys to Success” melalui praujian. ii. Memperkenalkan langkah-langkah penghasilan dan penggunaan Kunci Memori “15 Keys to Success” kepada pelajar. iii. Menguji keberkesanan penggunaan Kunci Memori “15 Keys to Success” melalui perbandingan praujian dan pascaujian. 150


KUMPULAN SASARAN Kajian tersebut dilaksanakan ke atas sampel yang sedikit iaitu 3 orang pelajar Kelas 6SNSEM2 yang mengambil mata pelajaran Biologi. LATAR BELAKANG Penulisan esei Biologi merupakan satu cabaran untuk pelajar Tingkatan Enam. Menurut kajian Atilla Cimer (2012), masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Biologi ialah terlalu banyak kata saintifik, fakta dan urutan-urutan proses Biologi yang perlu difahami dan dihafal. Menurut beliau juga, penghafalan merupakan strategi pembelajaran yang paling banyak digunakan di kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran Biologi. Namun, kebanyakan pelajar menghadapi masalah dalam penulisan esei Biologi terutamanya esei yang menglibatkan urutan proses yang banyak. Kemahiran menulis esei sangat penting bagi pelajar Tingkatan Enam dalam mencapai keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan penggal. Ini kerana markah esei dalam Bahagian C merangkumi 50% daripada keseluruhan markah peperiksaan. Berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan Biologi STPM Penggal Satu (Jadual 1), purata markah yang diperoleh oleh pelajar Kelas 6SNSEM2 hanya 26%. Peratusan kelulusan yang rendah ini disebabkan oleh pelajar tidak menjawab esei dalam Bahagian C dengan baik. Purata markah bagi kedua-dua esei yang dijawab oleh pelajar dalam Kelas 6SNSEM2 adalah kurang daripada 5 markah (Markah penuh satu esei ialah 15 markah). Jadual 1 Keputusan Peperiksaan Percubaan Biologi STPM Penggal Satu Bil Nama Pelajar Markah / % 1 Ngae Hui Yan 35 2 Nurul Afiqah Binti Saini 17 3 Nurul Atiqah Binti Saini 25 Purata Markah 26 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI 151


Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penulisan esei Biologi adalah seperti yang berikut: i. Pembelajaran matapelajaran Biologi SPM adalah dalam Bahasa Melayu. Pelajar biasa dengan penulisan esei dalam Bahasa Melayu. Istilah Biologi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah berbeza. Maksudnya pelajar perlu belajar semula segala istilah Biologi dalam Bahasa Inggeris. Ini secara tidak langsung telah menjejaskan penulisan esei Biologi STPM. Kesilapan ejaan istilah-istilah Biologi menyebabkan pelajar kehilangan markah dalam penulisan esei. ii. Pelajar tidak dapat menulis esei Biologi mengikut urutan yang betul. Kebanyakan esei Biologi menglibatkan urutan proses yang banyak. Murid keliru dengan urutan-urutan proses tersebut. iii. Pelajar tidak dapat mengenalpasti kata-kata kunci dalam suatu esei Biologi. Maka penulisan esei yang panjang tetapi tidak ada isi penting menyebabkan pembaziran masa dan kehilangan markah. HURAIAN INOVASI Kunci Memori “15 Keys to Success” diperkenalkan untuk membantu pelajar menguasai penulisan esei Biologi yang mempunyai banyak langkah proses. “15 Keys” merujuk kepada 15 kata-kata kunci dalam suatu esei. Mengikut Sultanto Windura (2015), kaedah mencari dan menanda kata kunci boleh membantu meningkatkan daya ingatan dan kefahaman dalam suatu esei. Konsep penghasilan dan penggunaan Kunci Memori “15 Keys to Success” adalah seperti berikut: i. Kunci Memori boleh dihasilkan dalam tempoh masa yang pendek dan tidak membebankan pelajar. ii. Bahan untuk menghasilkan Kunci Memori hanya kertas A4 sahaja. iii. Kunci Memori adalah kecil, mudah disimpan dan boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah. Dengan itu, pelajar boleh membuat ulangkaji tanpa batasan dari segi masa dan tempat. iv. Kunci Memori adalah berwarna-warni dan dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk menggunakannya. 152


Kata-kata kunci yang perlu dicari dan ditandakan hanya 15 atau kurang daripadanya. Ini kerana markah penuh satu esei adalah 15 markah. Kata kunci yang terlalu banyak akan membebankan pelajar untuk menghafalnya. BAHAN DAN KOS Bahan dan kos bahan untuk satu set Kunci Memori “15 Keys to Success” adalah seperti berikut (Jadual 2): Jadual 2 Senarai bahan dan kos Kunci Memori “15 Keys to Success BIL BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT / RM JUMLAH / RM 1 Kertas A4, 100gsm 1 0.20 0.20 2 Gelang besi 1 0.50 0.50 3 Gunting 1 Percuma 4 Penebuk lubang 1 Percuma 5 Pensel warna 1 Percuma JUMLAH 0.70 CARA INOVASI DIGUNAKAN Melalui pembelajaran pelajar dalam Penggal Satu, didapati pelajar mengalami masalah pembelajaran dalam menghafal urutan-urutan proses Biologi. Maka satu praujian telah diadakan untuk meninjau tahap kemahiran pelajar dalam penulisan esei. Tajuk esei yang diuji ialah “Mechanism of muscle contraction according to the sliding filament hypothesis”. Selepas pembelajaran topik ini, pelajar diberi tempoh masa dua hari untuk membuat ulangkaji sebelum praujian (Lampiran 1) diberikan. Jadual 3 Keputusan Praujian Bil Nama Pelajar Markah / % 1 Ngae Hui Yan 7 2 Nurul Afiqah Binti Saini 47 3 Nurul Atiqah Binti Saini 73 Purata Markah 42.3 153


Berdasarkan keputusan praujian (Jadual 3), didapati hanya seorang pelajar yang dapat menguasai penulisan esei ini iaitu memperoleh 73%. Manakala 2 orang pelajar lagi memperoleh markah kurang daripada 50%. Purata markah keseluruhan hanya 42.3%. Masalah pelajar dalam penulisan esei ini adalah seperti berikut: i. Pelajar tidak dapat mengenalpasti kata-kata kunci dalam esei ini. ii. Pelajar tidak dapat menulis esei mengikut urutan-urutan secara tepat. Selepas mengenalpasti masalah-masalah pembelajaran pelajar melalui praujian, pelajar didedahkan dengan penghasilan Kunci Memori “15 Keys to Success”. Lembaran kerja (Lampiran 2) telah disediakan untuk membantu pelajar menghasilkan Kunci Memori “15 Keys to Success”. Langkah penghasilan Kunci Memori “15 Keys to Success” adalah seperti yang berikut: (Huaraian terperinci bagi setiap langkah boleh merujuk kepada Lampiran 3) i. Pilih satu esei yang perlu dihafal mengikut urutan. ii. Buat ringkasan esei dengan membina 10 – 15 ayat sahaja. Menurut Oliver Anderson (2018), kaedah meringkaskan esei dalam ayat-ayat pendek membantu seseorang itu menghafal dengan baik. Glenda thorne (2006) menyatakan cara menghafal esei ialah menulis ringkasan mengikut nombor. iii. Kenalpasti maksimum 15 kata kunci daripada ayat-ayat tersebut. iv. Kata kunci ditulis pada gigi kunci. Tajuk esei pula ditulis pada pemegang kunci. v. Warnakan gigi kunci. Menurut Mariam dan Muhammad Faiz (2013), warna boleh meningkatkan keupayaan menghafal suatu esei. Sekiranya ada 2 kata kunci dalam satu ayat, maka kedua-dua gigi kunci akan diwarnakan dengan warna yang sama. vi. Guntingkan setiap gigi kunci dan pemegang kunci. vii. Tepuk lubang pada garisan bulatan yang berputus-putus. viii. Masukkan pemegang kunci dan gigi kunci dalam gelang. 154


Selepas itu, pelajar diberi tempoh masa dua hari untuk menghafal esei tersebut dengan menggunakan Kunci Memori “15 Keys to Success” (Rajah 1). Pascaujian diberikan untuk menguji tahap penguasaan pelajar dalam penulisan esei yang sama. Rajah 1 Penghasilan Kunci Memori “15 Keys to Success” oleh pelajar 155


KEBERKESANAN INOVASI Jadual 4 Keputusan Pascaujian Bil Nama Pelajar Markah Pascaujian 1 Ngae Hui Yan 80 2 Nurul Afiqah Binti Saini 93 3 Nurul Atiqah Binti Saini 100 Purata 91.0 Keputusan Pascaujian (Jadual 4) menunjukkan pelajar berjaya mencapai kecemerlangan dalam penulisan esei yang diuji dengan purata markah 91%. Semua pelajar dapat menggunakan kata-kata kunci dalam Kunci Memori untuk membuat huraian esei mengikut urutan yang betul. 156


Rajah 2 Perbandingan Keputusan Praujian dan Pascaujian Berdasarkan perbandingan keputusan praujian dan pascaujian (Rajah 2), didapati setiap pelajar telah menunjukkan peningkatan markah yang sangat tinggi dalam penulisan esei terutama pelajar bernama Ngae Hui Yan. Rajah 3 Perbandingan sampel praujian dan pascaujian 7 47 73 80 93 100 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 NGAE N. AFIQAH N. ATIQAH Praujian Pascaujian 157


Berdasarkan Rajah 3, pelajar bernama Ngae Hui Yan yang pada mulanya mendapat 7% dalam praujian berjaya mendapat 80% dalam pascaujian. Walaupun pelajar ini ada masalah pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, tetapi penggunaan Kunci Memori telah membantunya mengenalpasti kata-kata kunci dalam suatu esei dan seterusnya menggunakan kata-kata kunci tersebut untuk menghasilkan ayat yang lengkap. Secara keseluruhan, penggunaan Kunci Memori dapat memberi keberkesanan dalam meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan esei. Sehubungan itu, pelajar-pelajar menyuarakan hasrat untuk terus menggunakan Kunci Memori ini bagi esei yang lain. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya terhad kepada penguasaan pelajar dalam penulisan satu esei sahaja. Keputusan kajian mungkin akan berlainan jika pelajar diuji dengan 2 atau lebih soalan esei. Selain itu, dapatan kajian dalam tempoh masa dua minggu ini tidak dapat mengukur tahap penguasaan pelajar dalam penulisan esei yang sama dalam jangka masa panjang. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Kunci Memori “15 Keys to Success” bukan sahaja boleh digunakan dalam mata pelajaran Biologi tetapi juga boleh digunakan dalam mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Sains Teras dan Pengajian Am. Cara penghasilan dan penggunaan Kunci memori ini adalah sama bagi mata pelajaran lain. Walau bagaimanapun bilangan kata kunci tidak terhad kepada 15 sahaja. Bagi pelajar yang mempunyai tahap peguasaan yang tinggi, bilangan kata kunci yang perlu dikenalpasti boleh dikurangkan iaitu 8 – 10 kata kunci sahaja. Manakala bagi pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang rendah, lebih banyak kata kunci diperlukan untuk membantu mereka dalam penulisan esei. 158


RUJUKAN Atilla, C. (2012). What makes biology learning difficult and effective: Students’ views. Dimuat turun dari https://academicjournals.org/article/article1379665422_Cimer.pdf Sultanto, W. (2015). Be An Absolute Genius – Page 109 – Google Books Result. Dimuat turun dari https://books.google.com.my/books?id=CzwpBgAAQBAJ&pg=PA109&lpg=PA109&d q=kata+kunci+membantu+menghafal&source=bl&ots=FjIFVC6B5B&sig=ACfU3U0x maLbkopkG1jfZwBS_fSf-7U0TQ&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjwuoLTg- _oAhXCF3IKHYS8DzgQ6AEwEHoECAwQMw#v=onepage&q=kata%20kunci%20me mbantu%20menghafal&f=false Oliver, A. (2018). How to memorise an essay? Dimuat turun dari https://www.allassignmenthelp.com/blog/how-to-memorise-an-essay/ Thorne, G. (2006). 10 Strategies to Enhance Students’ Memory. Metarie, LA: Center for Development and Learning. Retrieved Dec. 7,2009. Dimuat turun dari https://www.readingrockets.org/article/10-strategies-enhance-students-memory Mariam, A. D. & Muhd. Faiz, M..(2013). The Influence of Colour on Memory Performance: A Review. Malays J Med Sci. 2013 Mar; 20(2): 3–9. Dimuat turun dari https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3743993/ 159


GURU-GURU KidSS 2020-2023 KOMPILASI KAJIAN TINDAKAN NENGANYET GURU' 160


KAJIAN TINDAKAN PROGRAM INTERVENSI NILAM BERFOKUS PINberFokus MENINGKATKAN PURATA BACAAN INDIVIDU MURID KELAS 1DLP MEDYLEN PAIT GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) SMK KIDURONG, BINTULU [email protected] HUON SEU LING GURU PERPUSTAKAAN SMK KIDURONG, BINTULU [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong untuk memastikan peningkatan Purata Bacaan Individu murid 1DLP (Dual Language Program) dan penglibatan 100% dalam Program NILAM. Selain itu, meningkatkan Purata Bacaan Individu dari 2.03 bahan bacaan kepada paling minimum 10 bahan bacaan selepas tempoh 7 hari melalui Program Intervensi NILAM Berfokus: PINberFokus. Kajian Tindakan ini juga membantu mencapai Key Performance Index (KPI) Program NILAM yang mensasarkan bacaan buku ≥ 3 buku Bahasa Melayu (BM) dan 3 buku Bahasa Inggeris (BI) sehingga 18 Ogos 2022. Kajian ini melibatkan 35 orang murid 1DLP yang menunjukkan Purata Bacaan Individu 2.03 bahan per murid. Kaedah PINberFokus dengan mengaplikasikan konsep Bacaan Ekstensif, diharap berjaya menanam tabiat membaca sehingga tabiat ini menjadi amalan. Akhirnya, murid 1DLP boleh menjadi ‘influencer’ atau suri teladan dalam membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid di sekolah ini. Berdasarkan data sistem NiPSS (Nilam Pusat Sumber Sekolah), didapati hanya 66.87% murid SMK Kidurong yang terlibat dalam Program NILAM sehingga akhir bulan Julai 2022. Antara kelas penyumbang utama peratusan ini adalah kelas 1DLP. Walaupun setelah 2 bulan Pembugaran Program NILAM dilancarkan, statistik dari Sistem NiPSS masih sangat rendah. Kata kunci: PINberFokus, Purata Bacaan Individu, Bacaan Ekstensif, Influencer, Sistem NiPSS ABSTRACT This research is conducted at Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong to ensure the increment of the students from 1DLP on their Average Individual Reading (Purata Bacaan Individu) and 100% of their participation in the NILAM Program. Apart from that, this research is driven to increase the students’ Average Individual Reading (Purata Bacaan Individu) from 2.03 reading materials to at a minimum of 10 reading materials after a 7-days period through Program Intervensi Nilam Berfokus: PINberFokus. This Action Research aims to assist in achieving the Key Performance Index (KPI) of NILAM Program targeting ≥ 3 books of Bahasa Melayu (BM) and 3 books of Bahasa Inggeris (BI) up until 18th August 2022. This research consists of 35 students of 1DLP with their Average Individual Reading (Purata Bacaan Individu) of 2.03 reading materials per student. The method of PINberFokus applies the concept of Extensive Reading, in hope to cultivate the habit of reading so that it becomes a practice. Lastly, the students of 1DLP are able to become influencers or an example in cultivating the habit of 161


reading among the students in the school. According to the data in the NiPSS system, it is indicated that only 66.87% of the students in SMK Kidurong have been participating in the NILAM Program as of July 2022. Among the primary class’ contributors is 1DLP. Despite 2 months of the Pembugaran Program NILAM being launched, the statistics from the NiPSS system showed that it is still low. Keywords: PINberFokus, Average Individual Reading, Extensive Reading, Influencer, NiPSS system 1.0 REFLEKSI PENGURUSAN PUSAT SUMBER YANG LALU Statistik dari Sistem NiPSS (Nilam Pusat Sumber Sekolah) menunjukkan Penglibatan Murid dalam NILAM sehingga 31 Julai 2022 adalah sangat rendah iaitu 66.79%. Sebagai seorang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) yang memikul tanggungjawab menjadi Penyelaras Program NILAM, maka pengkaji teruja ingin mencari sebab mengapa penglibatan murid dalam Program NILAM dan Purata Bacaan Individu murid 1DLP (Dual Language Program) yang rendah. Tabiat membaca belum menjadi amalan dalam kalangan kebanyakan pelajar di sekolah pengkaji. Keadaan ini mungkin semakin teruk akibat impak tempoh PdPR yang agak lama. Budaya membaca dapat membina generasi baru yang berilmu dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang dan sangat bergantung kepada buku bagi tujuan komunikasi (Griswold, 2000). Membaca adalah asas penting kepada penjanaan budaya ilmu dan pembinaan tamadun manusia. Dengan membaca, pelajar bagaikan mempunyai kunci untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Lord Bacon, seorang ahli falsafah Inggeris pernah berkata “reading maketh a full man” yang membawa maksud membaca menjadikan seseorang itu berisi. Minat membaca juga peramal kepada pencapaian akademik para pelajar (Husai et al., 2012) Bagi memupuk amalan membaca sejak di bangku sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mencari pendekatan baharu bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Hasilnya, program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) telah diperkenalkan pada tahun 1998 melalui Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998 yang dikeluarkan pada 22 Mei 1998. Pengkaji merasa sedih apabila menganalisis data daripada Sistem NiPSS sehingga 31 Julai 2022, yang menunjukkan Penglibatan Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong (SMK Kidurong) dalam Program NILAM masih pada tahap yang sangat rendah. Amalan membaca dalam kalangan pelajar di sekolah pengkaji masih belum mencapai objektifnya. Namun kejayaan Calon Negeri Sarawak menjadi JOHAN Berkumpulan Kategori Bahasa Inggeris dalam Pertandingan Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan 2022 telah memberi suntikan semangat kepada pengkaji. Institusi sekolah yang dianggap sebagai gedung ilmu perlu mengutamakan budaya membaca, budaya mencatat, budaya berdiskusi, budaya penerokaan dan budaya berpikir dalam diri setiap pelajar secara optimum (Wok Awang & Teh, 2009). Bagi mengekalkan rekod kejayaan cemerlang ini adalah sangat penting untuk pengkaji mencari punca-punca yang menyebabkan Pencapaian Keseluruhan Program NILAM yang masih rendah ini. Menurut Mahat (1999), salah satu daripada fungsi Pusat Sumber Sekolah terutama pada era digital ialah untuk menggalakkan tabiat membaca dan memperkembangkan minat serta kemahiran membaca dan membina sikap apresiasi sastera, membina suatu masyarakat yang membaca, seterusnya ke arah budaya ilmu. Maka, Jawatankuasa Program NILAM setiap tahun telah membuat Pembugaran Program NILAM di peringkat sekolah untuk menyemarakkan tabiat membaca dalam kalangan pelajar. Tahun ini, Pembugaran NILAM di SMK Kidurong telah dilancarkan pada 25 Mei 2022 namun sedihnya, penglibatan murid dan purata bacaan masih menunjukkan statistik yang sangat rendah. Maka dengan itu, Pengkaji bersama Guru Perpustakaan SMK Kidurong menjalankan kajian tindakan terhadap 35 orang pelajar dari kelas 1DLP, SMK Kidurong. 162


2.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN Setelah hampir 8 minggu Pembugaran Program NILAM SMK Kidurong dilancarkan semula, statistik Penglibatan Keseluruhan Murid daripada sistem NiPSS menunjukkan hanya 66.87% (1645 orang) pelajar terlibat dalam Program NILAM (Data Sistem NiPSS: 31 Julai 2022). Dasar Galakan Membaca Negara telah digubal oleh kerajaan pada tahun 1987 bagi menggalakkan dan menanam sifat gemar membaca dengan menyasarkan 100% rakyat Malaysia membaca pada tahun 2000. Demikian juga Kementerian Pendidikan Malaysia mensasarkan 100% penglibatan murid dalam Program NILAM. Data dari Sistem NiPSS juga menunjukkan Purata Bacaan Individu kumpulan sasaran 35 orang pelajar dari kelas 1DLP yang sangat rendah iaitu 2.03 bahan per individu. Sasaran bagi Purata Bacaan Individu bagi sekolah dalam Daerah Bintulu ialah 43 bahan. Keadaan ini sangat membimbangkan pengkaji sebagai Guru Penyelaras Program NILAM yang bertanggungjawab dalam memastikan penglibatan 100% sasaran Program NILAM. Intervensi kepada isu ini diharap dapat Meningkatkan Purata Bacaan Individu sekaligus Penglibatan Keseluruhan Pelajar dalam Program NILAM. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan pengkaji dalam pengurusan dan pelaksanaan Program NILAM, serta melaksanakan intervensi kepada masalah 35 orang pelajar 1DLP yang masih menunjukkan Purata Bacaan Individu 2.03 bahan per individu. Diharapkan dengan intervensi yang dijalankan nanti dapat membantu kumpulan sasaran meningkat dari 2 bahan ke 10 bahan dalam masa 7 hari dan mencapai sasaran 43 bahan Purata Bacaan Individu dalam tahun semasa. Kegagalan 35 orang pelajar ini untuk mencapai sasaran 43 bahan bacaan tahunan, ini akan menyebabkan statistik keseluruhan pelajar juga sukar untuk dicapai. Oleh itu, melalui intervensi yang dilakukan, akan ada kaedah-kaedah penyelesaian yang berfokus dalam mengatasi masalah Purata Bacaan Murid 1DLP yang rendah ini. Walaupun aktiviti dan program membaca yang telah dijalankan dilihat kurang berkesan, namun usaha-usaha tetap dijalankan secara berterusan melalui Program Galakan Membaca iaitu melalui program Dekad Membaca Kebangsaan (Berita Harian, 2022). Menurut Kim dan Paris (2011) membaca adalah salah satu bidang teras yang termasuk dalam antara kemahiran-kemahiran penting dalam abad ke-21. Justeru Guru Perpustakaan dan Media perlu mengambil tindakan susulan bagi mengatasi isu ini. 3.1 OBJEKTIF UMUM Untuk menambahbaik amalan kendiri pengkaji dalam Pengurusan dan Pelaksanaan Program NILAM. 3.2 OBJEKTIF KHUSUS (i) Meningkatkan 10% Penglibatan Keseluruhan Murid dalam Program NILAM dari 66.87% kepada 76.87%. (ii) Meningkatkan Purata Bacaan Individu Murid 1DLP dari 2.03 bahan kepada 10 bahan per Murid. 3.3 PERSOALAN KAJIAN Kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan berikut : (i) Adakah semua pelajar telah diberi taklimat Tatacara Pelaksanaan Nilam dan menggunakan Sistem NiPSS? (ii) Adakah pelajar 1DLP memberi perhatian semasa Majlis Pembugaran dan Pelancaran Program NILAM? (iii) Adakah pelajar 1DLP rajin membaca tetapi malas mengisi rekod bacaan NILAM? (iv) Adakah pelajar mempunyai bahan bacaan di rumah? 163


(v) Adakah pelajar 1DLP menghadapi masalah capai internet untuk mengisi rekod bacaan NILAM? (vi) Tahukah murid mengakses bahan bacaan Digital di e-Platform Perpustakaan Maya SMK Kidurong? 3.4 KEPENTINGAN DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini diharapkan dapat menyelesaikan isu Penglibatan Keseluruhan Murid dalam Program NILAM yang masih rendah namun terdapat batasannya kerana peratus penglibatan ini bukan hanya datang dari kelas 1DLP namun 67 kelas lain. Kejayaan kajian ini juga dapat membantu dalam mengenalpasti kaedah yang sesuai dalam Pelaksanaan Program NILAM dengan lebih berkesan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran Kajian Tindakan ini terdiri daripada 35 orang pelajar dari kelas 1DLP, Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong, Bintulu. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Untuk menangani isu yang dihadapi, saya melaksanakan kajian tindakan berdasarkan model Kemmis dan McTaggart (1988) yang telah diadaptasikan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Berdasarkan model ini, proses kajian tindakan bermula dengan saya membuat pemerhatian awal melalui refleksi kendiri, kemudian merancang, dan melakukan tindakan dalam kitaran pertama. Kitaran kedua akan dilakukan dengan memerhati dan refleksi semula. Jika masalah masih tidak dapat diatasi, saya melakukan penambahbaikan atau tindakan intervensi selanjutnya sehingga masalah itu selesai. Model ini membantu saya merancang dan bertindak dalam menyempurnakan kajian tindakan saya. Rajah 1. Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) Yang Telah Diadaptasikan. 164


5.1 TINJAUAN AWAL MASALAH/PEMERHATIAN Sebagai Guru Penyelaras Program NILAM saya perlu pemantauan perkembangan dan pencapaian Program NILAM agar bagi memastikan objektifnya tercapai. Sebelum ini pelaksanaan Program NILAM di sekolah kami, murid menggunakan Buku Rekod untuk merekod bacaan mereka. Mulai tahun 2022, semua sekolah dalam PPD Bintulu, menggunakan Sistem NiPSS sebagai tapak untuk merekod bacaan NILAM. Sistem NiPSS adalah platform yang dibangunkan oleh Puan Callie Chen dari USTP dengan kepakaran Cikgu Puvaneswaran A/L Vikness Baran, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Baru, Bintulu sebagai pembangunnya. Sistem NiPSS beroperasi secara dalam talian atau luar talian. Jawatankuasa NILAM SMK Kidurong telah memutuskan untuk memilih kaedah dalam talian untuk pelaksanaan Program NILAM sekolah kami. Setelah sebulan penggunaannya secara rasmi saya meneliti data dalam Sistem NiPSS dan mendapati Statistik Laporan Penglibatan Keseluruhan Murid dalam Program NILAM (rujuk Jadual 1) masih rendah iaitu 66.87% (1645 orang) daripada 2460 pelajar. Manakala Jadual 2 pula menunjukkan Purata Bacaan Individu Murid 1DLP yang rendah iaitu 2.03 bahan. Purata ini masih jauh daripada sasaran Purata Bacaan Tahunan murid setahun iaitu 43 bahan. Ibarat kata orang, “Sistem Sudah Canggih tapi Data untuk SMK Kidurong pula kurang memuaskan. Apakah Sistem yang bermasalah?” Bukan, Sistem NiPSS telah membantu meringankan tugas GPM, guru bahasa malah semua guru di sekolah. Yang paling utama adalah pengguna sistem ini iaitu murid. Hasil soal selidik dalam Borang Google Form untuk kelas 1DLP, 100% murid mengatakan bahawa Sistem NiPSS sangat baik dan memudahkan mereka. Namun sedihnya, Statistik yang memaparkan Peratus dan purata yang rendah ini mendesak satu tindakan intervensi diadakan segera bagi menyemarakkan lagi Program NILAM. Ayob (2017) menyatakan bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah menengah sering menjadi topik utama dalam bidang pendidikan, maka perancangan dan pelan pendidikan yang berkesan perlu untuk menempuh cabaran secara global (Ajmain @ Jima’ain et al., 2019). Jadual 1. Laporan Keseluruhan Data NILAM SMK Kidurong. 165


Jadual 2. Analisis Bacaan NILAM. DATA SISTEM NIPSS SMK KIDURONG (31 JULAI 2022) Majlis Pembugaran NILAM dan Pelancaran Sistem NiPSS telah dilancarkan sejak bulan Mei (rujuk Foto 1 dalam lampiran). Meskipun setelah hampir 8 minggu Pembugaran NILAM dan Perasmian Sistem NiPSS diadakan, namun tidak banyak peningkatan pada status penglibatan murid. Oleh itu, Guru Perpustakaan dan Media perlu memastikan pemupukan tabiat membaca dalam kalangan pelajar terus berlaku. Mengekalkan momentum kejayaan dalam merangkul pencapaian tertinggi iaitu Perinkat Kebangsaan memerlukan strategi pelaksanaan Program NILAM yang mantap dan komprehensif (rujuk Foto 2 dan Foto 3 dalam lampiran). Program NILAM merupakan program pembacaan pelajar yang berterusan sehingga pelajar mencapai objektif untuk melahirkan golongan ‘avid reader’ iaitu pembaca yang bersemangat dan paling banyak seperti yang tertera dalam Laporan Kajian Penilaian Program NILAM 2004 (Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Malaysia, 2005). 5.2 ANALISIS TINJAUAN AWAL MASALAH Kajian ini adalah kajian tindakan yang mengikuti langkah yang sistematik iaitu: pemerhatian (isu), refleksi, perancangan, tindakan, pemerhatian semula dan refleksi semula seperti pada Rajah 2. Rajah 2. Langkah Sistematik yang Digunakan dalam Kajian. Pemerhatian telah dibuat ke atas data NILAM dimana 35 orang pelajar kelas 1DLP Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong dari aspek pencapaian Purata Bacaan Individu dalam Program NILAM. Sesi perbincangan dengan rakan pengkaji serta guru bahasa kelas 1DLP dibuat untuk memperkenalkan satu kaedah PINberFokus (Program Intervensi NILAM Berfokus) bagi membantu murid kelas 1DLP meningkatkan Purata Bacaan Individu dalam Program NILAM. Murid boleh membaca di mana-mana atau bila-bila di dalam atau luar kawasan sekolah. Ini sejajar dengan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/1967), pelaksanaan kegiatan secara ekstensif di sekolah perlu dijalankan secara berterusan dan diinovasikan menggunakan pendekatan yang sesuai bagi memperoleh hasil yang lebih baik untuk dijadikan amalan 166


sepanjang hayat (Mikeladze, 2014; Wan Ali et al., 2005). Membaca, kegiatan membaca secara ekstensif melalui modul bacaan ekstensif dilihat sebagai satu usaha yang sangat sesuai. Kegiatan membaca secara ekstensif menepati matlamat SDG4 iaitu pembelajaran sepanjang hayat melalui pendidikan inkulsif, berkualiti dan saksama bagi semua lapisan masyarakat (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2015). Pengkaji menekan kaedah Membaca Ekstensif yang merangkumi pelbagai bahan seperti buku fiksyen, buku bukan fiksyen, bahan bukan buku dan bahan digital. Modul bacaan ekstensif menjadi panduan dan rujukan kepada murid untuk menjalankan kegiatan membaca di luar bilik darjah serta dilaksanakan oleh murid mengikut keinginan dan dan gaya mereka sendiri (Krahnke & Krashen, 2009). Murid akan memilih bahan bacaan yang disukai sehingga menjadikan aktiviti membaca memperoleh kesan yang positif (Krashen, 2016). Pendapat Krashen disokong oleh Collett (2018) yang mengatakan bahawa buku-buku yang menarik perlu disediakan ketika kegiatan membaca untuk menarik minat murid dan menjadikan aktiviti membaca lebih berkesan. Kesannya, pembaca berupaya mengaplikasi pengetahuan melalui bacaan dalam setiap aktiviti yang dilakukan oleh mereka apabila mereka seronok membaca bahan yang digemari (Tuma & Pratt, 1982). Maka dalam pendekatan PINberFokus ini, pengkaji menekankan Modul Bacaan Ekstensif dengan memperkenalkan bahan bacaan digital yang boleh diakses oleh semua murid sekolah ini. Terdapat tiga indikator yang digunakan bagi menilai kejayaan PINberFokus iaitu: i. Peningkatan 10% penglibatan murid dalam Program NILAM kepada 76.87%. ii. Peningkatan Purata Bacaan dari 2.03 bahan kepada 10 bahan. iii. 65% murid berjaya mencapai bacaan buku fizikal: ≥ 3 BM dan 3 BI. DAPATAN KAJIAN Berdasarkan isu yang diperhatikan, saya telah membina inkuiri kendiri dan catatan dapatan refleksi seperti yang dinyatakan di Jadual 3. Jadual 3 Inkuiri Kendiri dan Dapatan Refleksi. Pemerhatian Inkuiri Kendiri Refleksi 66% (1645) orang Adakah murid Banyak kelas telah diberi pelajar terlibat dalam telah diberi taklimat pendedahan cara pelaksanaan Program NILAM Tatacara Pelaksanaan Program NILAM tetapi kelas (Data Sistem NiPSS) NILAM dan Sistem 1DLP tiada dalam senarai. 31 Julai 2022. NiPSS? Oleh itu, pelajar 1DLP masih belum paham cara merekod bacaan NILAM dalam Sistem NiPSS. Adakah pelajar 5 orang pelajar 1DLP mengatakan memberi perhatian bahawa mereka tidak memberi semasa Majlis Pembugaran perhatian dengan isi maklumat dan Pelancaran Program yang disampaikan semasa sesi NILAM 25 Mei 2022? perhimpunan rasmi sekolah. Purata Bacaan Individu Adakah pelajar 1DLP 40% (14 orang) murid menjawab pelajar 1DLP hanya rajin membaca tetapi malas ‘Ya’ dalam Google Form. 2.03 bahan per murid. mengisi rekod bacaan NILAM? 167


Adakah pelajar 1DLP 20% (7 orang) orang menjawab ‘Ya’. Sering lupa ID Pengguna Dan Kata laluan Sistem NiPSS? Adakah pelajar 1DLP 28.6% (10 orang) orang menghadapi hadapi masalah capai masalah capaian internet. internet untuk merekod bacaan NILAM dalam Sistem NiPSS? Belum ada pelajar 1DLP Adakah pelajar mempunyai 80% (28 orang) orang mempunyai bahan mencapai bacaan bahan bacaan di rumah? bacaan di rumah. ≥ 3 buah buku BM dan 3 buah buku BI. Beri komen kamu tentang “I now know how to go in the bahan bacaan digital di e-Platform where I can read books e-Platform atau Rak Maya. digitally which I like more then reading book. So, I would be reading more books digitally.” Saya sekarang tahu bagaimana untuk masuk ke e-Platform dimana saya dapat membaca buku secara digital, yang saya lebih suka berbanding membaca buku. Jadi, saya kana membaca lebih banyak buku digital. Program ini membuat saya mengetahui cara untuk merekod NILAM secara online. Saya berasa senang hati kerana saya tidak perlu membeli buku NILAM untuk merekod NILAM saya lagi. 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Berdasarkan refleksi di atas, kami membuat perancangan untuk menangani isu yang dihadapi oleh pelajar kelas 1DLP yang merekod Purata Bacaan Individu masih rendah. Pengkaji memperkenalkan PINberFokus bagi meningkatkan Purata Bacaan Individu Murid 1DLP dalam Program NILAM. PINberFokus adalah akronim untuk Program Intervensi NILAM berfokus yang dirancang khas untuk Meningkatkan Purata Bacaan Murid 1DLP. Terdapat lima langkah yang dirancang bagi menjalankan Kajian Tindakan ini. (a) Langkah 1: Kenali Murid dan Proses Peminjaman Buku di Perpustakaan dan isi Borang. (b) Langkah 2: Tutorial Cara Pelaksanaan NILAM dan Pengisian dalam Sistem NiPSS. (c) Langkah 3: Kolaborasi dengan guru Subjek BM dan Pengenalan Bahan Digital. (d) Langkah 4: Kolaborasi dengan guru Subjek BI dan Pengenalan e-Platform. (e) Langkah 5: Sesi Refleksi Murid selepas PINberFokus. 168


5.4 PELAKSANAAN KAJIAN Intervensi ini menjurus kepada Sesi Memberi Bimbingan berfokus tentang Cara-cara Mengisi Rekod NILAM, Cara Mengakses Sistem NiPSS dan Mengakses e-Platform (Perpustakaan Digital dan Rak Maya). Jadual 4: Carta Perbatuan Program Intervensi NILAM Berfokus PINberFokus. Ogos 2022 Aktiviti/Tarikh 6-7 8-9 10-11 12 13-14 15 16 17 18 19-20 20-23 Pemerhatian Merefleksi Merancang Melaksana PINberFokus Pemerhatian Semula Refleksi semula Sesi bersemuka pengkaji dengan kumpulan sasaran dan guru bahasa diadakan sebanyak 3 kali. Kumpulan sasaran membuat Bacaan Ekstensif di rumah atau di sekolah mengikut minat murid. Langkah 1: Kenali Murid dan Proses Peminjaman Buku di Perpustakaan dan isi Borang. Pada langkah ini murid dibawa ke Perpustakaan. Pengkaji memaparkan Data NILAM kelas 1DLP menggunakan SMART TV. Pengkaji menanya soalan secara lisan untuk mendapat jawapan daripada kumpulan sasaran, “Adakah anda masih ingat perkara yang disampaikan oleh pengkaji semasa Majlis Pembugaran dan Perasmian Sistem NiPSS 25 Mei 2022?”, dimana respons 5 orang murid mengatakan bahawa mereka lupa tentang apa yang disampaikan. Seterusnya, pengkaji memberi taklimat kepada pelajar bagaimana PINberFokus dilaksanakan. Murid diberi pinjaman buku secara manual sebanyak 6 buah (3 buku BM dan 3 buku BI) Terdapat murid yang menolak untuk meminjam kerana mereka mempunyai buku di rumah. 77% (27 orang) murid dari kelas 1DLP telah meminjam buku. Seterusnya, pengkaji juga meminta murid untuk mengisi borang permohonan membawa peranti untuk kegunaan pada 15 dan 16 Ogos 2022 (rujuk Foto 4 dalam lampiran). 77% (27 orang) murid telah mengisi nama (rujuk Foto 5 dalam lampiran). 8 orang lagi tidak menulis nama kerana mereka memilih untuk menggunakan tablet yang dibekalkan oleh Perpustakaan. Pengkaji menunjukkan cara menggunakan Sistem NiPSS. Semua pelajar 1DLP telah mendapat ID Pengguna dan Kata Laluan untuk Sistem NiPSS. Pelajar cuba Log-Masuk menggunakan 7 buah tablet di Perpustakaan. Pelajar 1DLP juga digalakkan untuk mula mengisi dengan konsisten bahan bacaan mereka (rujuk Foto 6 dalam lampiran). Wan Ah et al. (2004) mengatakan bahawa ini adalah kerana program NILAM berupaya melahirkan pembaca tegar, 169


walaupun dapatan Mansor (2017) menunjukkan bahawa tabiat membaca dalam kalangan murid menerusi program NILAM adalah sangat membimbangkan serta berada pada tahap yang rendah. Langkah 2: Tutorial Cara Pelaksanaan NILAM dan Pengisian dalam Sistem NiPSS. Pengkaji memberi tutorial cara mengisi rekod NILAM dan Pengisian dalam Sistem NiPSS (rujuk Foto 7 dalam lampiran). Pengkaji menerangkan KPI bahan bacaan NILAM. Pelajar boleh tekan pautan untuk ke Sistem NiPSS melalui laman sesawang, https://ustpbintulu.com/nipss/index.php dan mengisi ruangan pada paparan Borang Perekodan Bacaan NILAM. Langkah 3: Kolaborasi dengan guru Subjek Bahasa Melayu dan Pengenalan tentang Bahan bacaan Digital. Pengkaji berkolaborasi dengan guru BM untuk membimbing murid mengisi maklumat bacaan dengan betul (rujuk Foto 8 dalam lampiran). Selain itu memperkenalkan bahan bacaan digital yang boleh di akses di https://kidss.rakmaya.com/ (rujuk Foto 9 dan Foto 10 dalam lampiran). Kajian pembangunan modul bacaan ekstensif telah menekankan penggunaan teknologi dalam kegiatan membaca. Modul bacaan ekstensif membantu murid menggunakan teknologi dan media dalam kegiatan membaca kerana penggunaan teknologi serta kegiatan membaca secara atas talian memudahkan perkongsian maklumat dengan lebih cepat, memudahkan komunikasi dan perkongsian serta menjimatkan kos (Tanjung et al., 2017). Program NILAM ditambahbaik mensasarkan kualiti pembacaan melalui pelbagai jenis bahan sama ada bahan bukan buku atau pun e-book. Bahan e-book yang terdapat di rak maya ini merupakan bahan bacaan mudah dan santai. Langkah 4: Kolaborasi dengan guru Subjek BI dan Pengenalan e-Platform. Pendedahan terhadap pelbagai bahan bacaan selain bahan bercetak boleh membantu murid mempertingkat kemahiran membaca, menambah pengetahuan serta meningkatkan tabiat membaca (rujuk Foto 11 dalam lampiran). Dengan PINberFokus ini, pengkaji dan guru Bahasa Inggeris dapat memberi pendedahan tentang cara mengakses e-Platform, ID Pengguna dan Kata Laluan Yang betul. Murid hanya perlu mengimbas kod untuk mengakses Perpustakaan Digital yang telah dilanggan oleh Pusat Sumber SMK Kidurong (rujuk Foto 12 dalam lampiran). Hasil dapatan kajian yang dibuat oleh Arsad dan Janan (2022) menunjukkan bahawa 98% jumlah buku yang menjadi pilihan murid-murid sebagai bahan bacaan adalah terdiri daripada buku fiksyen. Hanya 2% sahaja bahan terdiri daripada buku bukan fiksyen iaitu lima buah buku berkaitan Sains. Bahan bukan buku dan bahan digital langsung tidak dijadikan pilihan sebagai bahan bacaan oleh murid. Hal ini adalah kerana murid-murid masih kurang pendedahan terhadap bahan bacaan selain bahan buku. Mereka tidak mempunyai maklumat tentang bahan bacaan selain buku fiksyen dan buku bukan fiksyen. Dapatan ini secara tidak langsung menyokong pembangunan modul bacaan ekstensif yang menggalakkan murid membaca bahan selain buku fiksyen. Daripada pemerhatian pengkaji , terdapat seorang murid yang masih keliru menggunakan ID pengguna dan kata laluan e-Platform untuk mengakses Sistem NiPSS. Dengan memberi bimbingan secara berfokus, murid 1DLP tidak akan keliru lagi pada masa akan datang. 170


Langkah 5: Analisis Data selepas PINberFokus. Setelah 7 hari PINberFokus dilaksanakan, pengkaji meneliti semula data daripada Sistem NiPSS (rujuk Jadual 4 dan Jadual 5). Statistik dari Sistem NiPSS menunjukkan Objektif Khusus Kajian Tindakan: (i) dan (ii) berjaya dicapai, manakala objektif yang ke (iii) gagal dicapai: (i) Peratusan Penglibatan Keseluruhan Murid dalam NILAM dari 66.87 meningkat sebanyak 11.54% melebihi sasaran 10% Kajian Tindakan ini (rujuk Jadual 4). (ii) Purata Bacaan Individu Murid 1DLP dalam Program Nilam meningkat dari 2.03 bahan kepada 12.97 bahan (rujuk Jadual 5). (iii) Peratusan murid yang mencapai sasaran KPI buku bacaan ≥ 3 buah BM dan 3 buah buku BI hanya 45% berbanding sasaran adalah 65%. Jadual 4. Laporan Keseluruhan Data Nilam SMK Kidurong. 171


Jadual 5. Analisis Bacaan NILAM 1DLP. 5.5 REFLEKSI AKHIR Pengkaji membuat refleksi akhir kajian ini dengan merujuk balik kepada indikator kejayaan yang telah ditetapkan sebelum PINberFokus dilaksanakan. (i) Peningkatan 10% Penglibatan Keseluruhan Murid dalam Program NILAM. Objektif ini tercapai kerana kumpulan sasaran dibimbing bagaimana cara-cara merekod bacaan NILAM dalam Sistem NiPSS. Murid 1DLP juga telah mendapat kebenaran membawa peranti ke sekolah.Ini memudahkan mereka merekod bacaan secara dalam talian. (ii) Peningkatan Purata Bacaan Individu dari 2.03 kepada 12.97 bahan. Objektif ini dapat dicapai sekiranya segala keperluan seperti peranti dan capai internet tidak bermasalah. Berdasarkan Borang Soal selidik yang diberikan kepada murid 1DLP, 45.7% (16 orang) murid menghadapi masalah capai internet (rujuk Foto 13 dalam lampiran). (iii) Kegagalan dalam mencapai objektif (iii) dalam meningkatkan 65% bacaan (buku fizikal) ≥ 3 buku BM dan 3 buah buku BI mujrid 1DLP. Ini mungkin gagal dicapai kerana kumpulan sasaran lebih berminat dalam bahan bacaan berbentuk bukan buku atau bahan digital. Ini dapat dilihat daripada respon mereka dalam Borang Google Form berikut: 172


(iv) Pengkaji juga meminta murid 1DLP untuk melaporkan status Pencapaian mereka dalam PINberFokus dengan mengisi Borang Google Form di pautan https://forms.gle/MQrAnYka32Ev4js28. Data daripada Google Form diatas menunjukkan 62.9% (22 orang) murid 1DLP telah mencapai sasaran Purata Bahan Bacaan kepada 10 bahan. Tindakan susulan oleh pengkaji adalah memaklumkan guru bahasa mereka agar terus menggalakkan murid 1DLP merekod bacaan NILAM (rujuk Foto 14 dalam lampiran). Menunjukkan 45.7% (16 orang) murid telah mencapai KPI bahan bacaan bacaan ≥ 3 buah BM dan 3 buah buku BI. (vi) Secara keseluruhannya kumpulan sasaran kajian ini mengatakan mereka sangat suka dengan Program Intervensi NILAM Berfokus: PINberFokus telah memberi pendedahan kepada mereka dalam melaksanakan Program NILAM seperti yang disampaikan melalui video pendek berikut: https://youtu.be/8HWE8fxWfL4. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Setelah membuat refleksi semula terhadap dapatan kajian ini, pengkaji menyarankan 3 cadangan penting untuk kajian seterusnya. (i) Program Intervensi NILAM Berfokus: PINberFokus perlu diperluas kepada kelas yang belum: a. mencapai Penglibatan 100% dalam Program NILAM b. Masih rendah Purata Bacaan Individu c. Masih belum mencapai sasaran KPI buku bacaan ≥ 3 buah BM dan 3 buah buku (ii) Keperluan peranti dan capai internet adalah faktor penting yang menentukan kejayaan Program NILAM kerana Sistem NiPSS adalah berasaskan pengisian data secara dalam talian. Oleh itu, pengkaji selaku Guru Perpustakaan & Media harus mencadangkan kepada pihak pengurusan agar ditambah jumlah peranti sesuai dengan kapasiti murid yang berjumlah 2460 orang. (iii) Bagi mengatasi isu murid sering lupa ID Pengguna dan Kata Laluan untuk Sistem NiPSS dan E-Platform, dicadangkan agar maklumat ini dicetak dalam Tag Nama Murid. Ini kerana sekiranya murid lupa akan ID Pengguna dan Kata laluan, mereka gagal merekod bacaan dalam Sistem NiPSS. 173


RUJUKAN Ajmain, M. T., Hehsan, A., & Mohamad, A. M. (2019). Learning and Facilitation (PdPc) Islamic Education in Industrial Revolution 4.0. Journal of Research in Psychology, 1(3), 13–17. Retrieved from https://doi.org/10.31580/jrp.v1i3.975. Ayob, A. (2017). Interaktif Berasaskan Laman Web Terhadap Kefahaman Membaca Kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 2017, 1–17. Collett, P. (2018). A Comparison of Two Online Systems for Extensive Reading. Journal of Extensive Reading, 6(3). Griswold, W. (2000). Bearing witness: Readers, writers, and the novel in Nigeria. Princeton Studies in Cultural Sociology. Princeton University Press. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2015). Sustainable Development Goals (SDG) & Smart City, 25. Krahnke, K. J., & Krashen, S. D. (2009). Principles and Practice in Second Language Acquisition. JSTOR. Retrieved from https://doi.org/10.2307/3586656. Krashen, S. (2016). The Purpose of Education, Free Voluntary Reading, and Dealing with the Impact of Poverty. School Libraries Worldwide, 22(1), 1. Mahat, A. R. (1999). “PSS dalam Era Digital” Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Pusat Sumber Sekolah. Mansor, N. (2017). Exploring Perceptions on ESL Students Reading Habits. Journal of Business and Social Development, 5(2), 19–24. Mikeladze, T. (2014). Extensive Reading Vol. 1968. Tanjung, F. Z., Ridwan, R., & Gultom, U. (2017). Reading Habits in Digital Era: a Research on the Students in Borneo University. LLT Journal: A Journal on Language and Language Teaching, 20(2), 147–157. Retrieved from https://doi.org/10.24071/llt.2017.200209. Tuma, J. M., & Pratt, J. M. (1982). Clinical Child Psychology Practice and Training: A survey. Journal of Clinical Child Psychology, 11(1), 27–34. Wan Ah, W. Z. et al. (2005). Kesan Program NILAM Terhadap Tabiat Membaca Menurut Pandangan Murid dan Guru. Jurnal Pendidikan 2005, 39-55. Wan Ali, W. Z., Fatimah Hashim, Ismail Sheikh Ahmad, Tamby Subhan Mohd Meerah, Siti Zaliha Mustapha, Fattawi Mokhtar, & Mohd Sohaimi Hashim. (2005). Kesan Program NILAM Terhadap Tabiat Membaca Menurut Pandangan Murid dan Guru. Jurnal Pendidikan, 39–55. Wok Awang, H., & Teh, N. (2009). Sekolah Sebagai Pembangunan Modal Insan. PTS Professional Publishing. 174


LAMPIRAN Foto 1. Majlis Pembugaran NILAM & Pelancaran Sistem NiPSS. Foto 2. Tokoh NILAM sekolah yang telah berjaya mendapat JOHAN Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan Kategori Bahasa Inggeris (Berkumpulan) tahun 2022. 175


Foto 3. Tokoh NILAM sekolah yang telah berjaya mendapat JOHAN Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan Kategori Bahasa Inggeris (Berkumpulan) tahun 2022. Foto 4. Borang Kebenaran Membawa Peranti ke Sekolah bagi tujuan Merekod NILAM. 176


Foto 5. Borang Kebenaran Membawa Peranti ke Sekolah bagi tujuan Merekod NILAM. Foto 6. Borang Rekod peminjaman Buku di Library secara pinjaman pukal. 177


178


Foto 7. Paparan Borang Perekodan NILAM untuk mengisi maklumat bahan bacaan. Foto 8. Pelajar menunjukkan Kad Pelajar yang mengandungi QR Code untuk Perpustakaan Digital e-Platform dan Rak Maya. 179


Foto 9. Pelajar Mengisi dalam Sistem NiPSS. Foto 10. Paparan Rak Maya e-Book Bahasa Melayu SMK Kidurong. 180


Foto 11. Pelajar 1DLP Memegang Poster QR Kod Untuk ke e-Platform Dan Rak Maya. Foto 12. Paparan e-Platform SMK Kidurong. Foto 13. Respon murid 1DLP dalam Borang Google Form. 181


Foto 14. Respon murid 1DLP dalam Borang Google Form. Foto 15. Respon murid 1DLP dalam Borang Google Form. 182


Mengatasi Kekeliruan Penyaringan Idea Perlaksanaan Kerja Projek RBT Tingkatan Tiga dengan Menggunakan Kaedah TRIZ Muhamad Taufiq bin Yahya SMK Kidurong, Bintulu [email protected] ABSTRAK Teoriya Resheniya Izobreatatelskikh Zadatch (TRIZ) atau Teori Penyelesaian Masalah secara Inventif, merupakan kaedah penyelesaian masalah yang dapat menambah baik daya berfikir dan terbukti telah memberi kesan yang signifikan kepada dunia inovasi dan reka cipta. Pendekatan TRIZ merupakan komponen penting yang perlu diterapkan dalam pembelajaran kemahiran abad ke-21 terutamanya kemahiran menyelesaikan masalah dan berfikiran kritis. Modul Asas TRIZ dibangunkan untuk kegunaan guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) topik Penghasilan Produk bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) tingkatan tiga di sekolah menengah. Kajian tindakan ini bertujuan untuk menguji kesan penggunaan modul asas TRIZ ke atas pemahaman murid dari segi konsep penyelesaian masalah secara inventif. Seramai 10 orang murid tingkatan tiga dari sebuah sekolah menengah di bahagian Bintulu telah terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan pemerhatian dan analisis terhadap hasil kerja murid, telah menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak 70% berbanding sebelumnya. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa murid dapat mengenal pasti komponen yang bermasalah dan menyusun komponen yang berkaitan dalam sesebuah produk. Implikasi penggunaan modul asas TRIZ dalam PdPc topik Penghasilan Produk ialah murid dapat menjana satu atau lebih idea realistik; dan dapat membina prototaip idea yang baharu. Sebagai kesimpulannya, modul asas TRIZ berkesan dalam menambahbaik pemahaman murid tentang konsep penyelesaian masalah secara inventif, sekaligus dapat membimbing murid untuk menghasilkan produk yang lebih baik. Kata Kunci: TRIZ, Inovasi dan Reka Cipta, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Penghasilan Produk ABSTRACT Teoriya Resheniya Izobreatatelskikh Zadatch (TRIZ) or Inventive Problem Solving Theory, is a problem-solving method that can improve thinking and has been proven to have a significant impact on the world of innovation and design. The TRIZ approach is an important component that needs to be applied in the learning of 21st century skills especially problem solving and critical thinking skills. The TRIZ module was developed for the use of teachers in the learning and facilitation of Product Production topics for the subject of Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) form three in secondary schools. This case study aimed to test the effect of the use of the TRIZ basic module on students’ understanding in terms of inventive problem-solving concepts. A total of 10 form three students from a secondary school in Bintulu were involved in this study. Based on observation and analysis of student work, has shown a significant increase of 70% compared to before. Findings also show that students can identify problematic components and arrange the relevant components in a product. The implication of using the TRIZ basic module in the teaching of the Product Production topic is that students are able to generate one or more realistic ideas; and be able to build prototypes of new ideas. In conclusion, the basic module of TRIZ is effective in improving students' understanding of the concept of inventive problem solving, while being able to guide students to produce better products. Keywords: TRIZ, Innovation and Invention, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Product Production 183


Pengenalan Penyelesaian masalah merupakan salah satu kemahiran yang penting di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Mustapha & Abdul Rahim, 2008). Maka tidak hairanlah para guru menggunakan strategi ini dalam kelas termasuklah dalam PdP Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Penyelesaian masalah sangat penting dalam mata pelajaran RBT kerana kebanyakan tugasan adalah berasaskan projek ataupun amali. Tambahan, semasa berada di Tingkatan 3, penghasilan produk yang maujud adalah jangkaan di akhir pembelajaran di dalam bab 2 iaitu topik Pembangunan Produk (DSKP Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3). Menurut Tee (2017), bukanlah penghasilan produk yang paling penting tetapi proses ketika penghasilan produk yang menjadi keutamaan. Hal ini kerana ketika proses penghasilan produk murid akan cuba menyelesaikan masalah yang wujud. Proses ini yang akan memandu murid untuk menganalisis, menilai dan membuat kesimpulan. Pada masa yang sama, murid akan menggunakan daya kreativiti mereka (Mohd Radzi, 2010). Murid yang mengalami proses dari awal hingga akhir ketika menyelesaikan masalah akan mudah mengingat pengalaman tersebut dan berkebolehan untuk mengaplikasikan pengetahuan ini untuk penyelesaian masalah pada masa akan datang. Menurut Yeoh et al. (2009), TRIZ atau dalam bahasa Rusianya Teoriya Recheniya Izobreatatelskikh Zadatch yang ditemukan oleh Genrich Altshuller merupakan satu teori yang telah digunakan secara meluas dalam bidang industri. Syarikat-syarikat pengeluar produk gergasi seperti Samsung, Siemens, Intel, LG, Motorola, Christian Dior, Whirlpool, Delphi Automotive, Boeing, dan Procter & Gamble telah pun berjaya mengaplikasikan teori ini dan mengaut keuntungan yang besar. Refleksi Pengajaran dan Pemudahcaraan Berdasarkan pengalaman yang lalu, pengkaji mendapati bahawa murid lebih cenderung menggunakan kaedah tradisional iaitu brainstorming untuk datang dengan idea penghasilan produk mereka. Mata pelajaran RBT melibatkan pendekatan intelektual untuk mencari masalah, mengenalpasti punca masalah, menyelesaikan masalah yang berfokus kepada kognitif aras tinggi (Lewis, 2009). Namun, sorotan kajian lepas menunjukkan terdapat masalah membangun, mengaplikasi Kemahiran Berfikir secara Kreatif (KBK) dalam PdP (Mhlolo, 2017). Walaubagaimanapun, dapatan kajian awal mendapati guru menghadapi kesukaran untuk memupuk kreativiti pelajar ketika proses PdPc (Bereczki & Kárpáti, 2018). Dapatan awal kajian yang dikumpul melalui temubual secara informal antara pengkaji dengan murid menunjukkan bahawa kesemua murid kurang memahami konsep TRIZ. Berdasarkan pemerhatian awal oleh pengkaji, murid turut menghadapi masalah dalam menterjemahkan borang kajian keperluan pelanggan manakala hasil kerja murid yang dikumpul melalui bukti dokumen menunjukkan bahawa murid cenderung untuk membuat idea mereka sendiri berbanding dengan aspek pengumpulan data yang telah mereka dapati melalui borang kajian keperluan pelanggan. Seterusnya murid tidak tahu membezakan simbol inventif untuk membezakan komponen, objek dan supersistem di dalam sesebuah sistem ataupun produk. Tambahan pula, murid gagal memberikan justifikasi garisan interaksi dalam membina sesebuah model fungsi dan seterusnya, gagal memberikan analisis penambahbaikan atau di dalam kajian ini sebagai analisis model fungsi untuk menjustifikasikan penambahbaikan kepada produk sedia ada. Fokus kajian Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah menggantikan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) semenjak tahun 2017. Apabila murid naik ke tingkatan 3 pada tahun 2019, kumpulan pertama RBT yang menduduki PT3, mempunyai masalah dalam melaksanakan kerja projek RBT Tingkatan 3 dan masalah ini berulang sehingga ke hari ini. Ketika menggunakan lembaran kerja, pengkaji mendapati murid tidak mengikuti apa yang mereka dapati di dalam borang kajian keperluan pelanggan, bahkan mereka sendiri menentukan apakah penambahbaikan ke atas produk sedia ada yang mereka dikehendaki melakukan pengubahsuaian berdasarkan borang kajian keperluan pelanggan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1. 184


Murid 1 Murid 2 Rajah 1: Hasil kerja murid 1 dan murid 2 Penyelesaian masalah merupakan salah satu kemahiran yang penting di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Mustapha & Abdul Rahim, 2008). Oleh hal yang demikian, pengkaji berpendapat bahawa masalah seperti ini perlu diambil perhatian dan memerlukan tindakan supaya tidak berlanjutan demi masa depan murid. Oleh itu, pengkaji telah mengambil langkah iaitu menggunakan modul TRIZ yang lebih berfokus dan berfasa dalam membantu meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan idea dengan betul dan seterusnya menggalakkan pemikiran kreatif dalam menghasilkan produk yang menyelesaikan masalah pelanggan seperti yang dinyatakan di dalam borang kajian keperluan pelanggan. Objektif kajian 1. Mengenal pasti pemahaman murid dari segi konsep penyelesaian masalah secara inventif dalam mata pelajaran RBT. 2. Menilai keberkesanan pendekatan TRIZ bagi membantu murid menyiapkan kerja projek RBT Tingkatan 3. Peserta kajian Seramai 10 orang murid Tingkatan 3KRK2 yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan dari sebuah sekolah menengah di bahagian Bintulu telah terlibat dalam kajian kes ini. Peserta kajian terdiri daripada pelbagai kaum iaitu 3 orang berbangsa Melayu, 5 orang berbangsa Iban dan 2 orang berbangsa Cina. 185


PELAKSANAAN TINDAKAN Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan model kajian yang dikemukakan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946 sebagai panduan untuk melaksanakan tindakan. Berikut merupakan proses pelaksanaan tindakan berdasarkan kitaran kajian:- Rajah 2: Perlaksanaan kitaran kajian Perancangan Dalam langkah perancangan, pengkaji menjalankan semakan terhadap hasil kerja murid untuk mengenal pasti punca kelemahan murid. Pengkaji bercadang untuk membantu murid menggunakan lembaran kerja berdasarkan modul TRIZ dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran berfikir secara kritis. Selain daripada itu, pengkaji juga merujuk kepada pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) murid yang dijadikan sampel semasa mereka berada di tingkatan 2 dalam Bab 1: Penyelesaian Masalah secara Inventif. Pengkaji turut berbincang dengan guru mata pelajaran RBT yang lain sebelum melaksanakan tindakan ini untuk membincangkan lebih terperinci kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan untuk murid. 186


Tindakan Penyelidikan Tindakan dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan RBT. Pengkaji telah melaksanakan satu kitaran kajian sahaja memandangkan penemuan telah dikenal pasti sebelum penggunaan modul TRIZ yang berfokus. Kitaran kajian telah dilaksanakan selama 4 minggu proses PdP berbentuk kelas bimbingan. Berikut merupakan pelaksanaan kitaran kajian. Pada mulanya pengkaji merencanakan empat fasa seperti yang dicadangkan oleh Tee et al. (2018), tetapi, selepas meneliti kepada permasalahan sebenar, pengkaji menetapkan untuk menggunakan fasa pertama sahaja. Minggu Aktiviti Bahan-Bahan Digunakan Instrumen Pengumpulan Data Minggu 1 1. Rujuk semula borang kajian keperluan pelanggan Menggariskan kelemahan Mengeluarkan isi penambahbaikan yang dinginkan oleh pelanggan i. Lembaran kerja Nota lapangan Temu bual Minggu 2 2. Penerangan Model Fungsi Demonstrasi cara menganalisis produk asal menggunakan model fungsi Latih tubi dengan menggunakan contoh yang diberikan di dalam kelas i. Jamboard ii. Digital Drawing Pad Nota lapangan Bukti dokumen Temu bual Minggu 3 1. Penghasilan model fungsi mengikut produk asal yang ingin diubahsuai mengikut kehendak pelanggan i. Lembaran kerja Bukti dokumen Nota lapangan Temu bual Minggu 4 1. Melengkapkan lembaran kerja 2. Membuat analisis komponen dan analisis penambahbaikan yang perlu i. Lembaran kerja. Bukti dokumen Nota lapangan Temu bual Jadual 1: Perlaksanaan Kitaran Kajian Pemerhatian Sepanjang pelaksanaan tindakan kitaran kajian ini, pengkaji telah membuat pemerhatian dengan menggunakan nota lapangan terhadap kefahaman murid. Hasil daripada pemerhatian tersebut disimpan untuk dianalisis. Mereflek Peringkat yang terakhir ialah melakukan refleksi. Pengkaji melakukan refleksi bagi setiap langkah yang telah dilaksanakan. Hasil pemerolehan data melalui pelaksanaan kitaran kajian ini dianalisis dan diinterprestasi bagi tujuan kesimpulan. Ia juga digunakan untuk menilai keberhasilan pelaksanaan tindakan ini dalam membantu murid meningkatkan kefahaman mereka serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif secara latih tubi. 187


Dapatan Kajian Temu Bual Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan di dalam kelas sebelum kelas bimbingan dilaksanakan, secara purata, 80% murid didapati masih belum menguasai konsep penyelesaian masalah secara inventif. Ini menguatkan lagi tindakan guru untuk melaksanakan kelas bimbingan secara intensif kepada murid untuk membantu mereka menguasai TRIZ ini dengan lebih baik. Hasil temu bual dianalisis dengan menggunakan kaedah pengekodan. Berikut merupakan soalan yang diajukan kepada murid:- Bil Soalan 1. Adakah kalian faham cara untuk menganalisis borang kajian keperluan pelanggan? 2. Apakah kalian mampu menjustifikasikan sesebuah sistem produk sedia ada? 3. Bolehkah kalian mengeluarkan kelemahan serta idea penambahbaikan yang disarankan oleh pelanggan? 4. Adakah kalian dapat menghasilkan model fungsi dan membezakan setiap item menggunakan simbol inventif dan garisan interaksi yang betul? 5. Adakah kalian dapat membuat analisis selepas berjaya membentuk sebuah model fungsi? Jadual 2: Soalan Temu Bual Yang Diajukan Kepada Murid Graf 1: Analisis Temu Bual bersama murid Pemerhatian Pengkaji telah menganalisis dapatan berkaitan dengan kefahaman murid berkaitan dengan hasil lakaran idea murid yang di rangka melalui dapatan mereka berdasarkan borang kajian keperluan pelanggan berdasarkan dua item seperti berikut:- ITEM 1 Adakah murid merancang idea penambahbaikan berdasarkan borang kajian keperluan pelanggan? ITEM 2 Adakah murid merancang idea penambahbaikan berdasarkan mengikut pandangan mereka sendiri? Jadual 3: Item Analisis Penjanaan Idea Murid 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Analisis Temu Bual Ya Tidak Pasti Tidak 188


Pengkaji menganalisis pemerhatian tersebut berdasarkan kefahaman murid semasa pelaksanaan aktiviti pada semakan lembaran kerja mereka. Sekiranya murid menunjukkan lakaran idea berdasarkan borang kajian keperluan pelanggan yang telah disenaraikan melalui item pada jadual 3, maka mereka mendapat (/) iaitu satu mata. Jika mereka menunjukkan lakaran yang sebaliknya, maka mereka mendapat (x) iaitu tiada mata. Berikut merupakan hasil dapatan kefahaman murid berdasarkan skor yang telah dianalisis secara sebelum penambahbaikan dan selepas penambahbaikan dilaksanakan ke atas pemahaman mereka:- Graf 2: Analisis Penjanaan Idea Murid Kesimpulannya, setelah hasil pelaksanaan aktiviti selepas pemerhatian dan penambahbaikan, murid boleh menghasilkan idea mereka berpandukan borang kajian keperluan pelanggan. Penambahbaikan selepas pemerhatian membolehkan murid merancang idea dengan lebih baik dan mengikut keperluan pelanggan. Malah ia turut meningkatkan tahap minat murid dalam aktiviti berfikir secara kritis dan kreatif pada lembaran kerja yang telah diberikan oleh guru di mana mereka semakin bersemangat untuk melaksanakan projek dan menghantar lembaran kerja pada waktu yang telah ditetapkan oleh guru. Oleh itu, hasil dapatan pemerhatian telah berjaya menjawab persoalan kajian. Bukti Dokumen Dapatan bukti dokumen telah dianalisis berdasarkan rubrik pemarkahan yang dibina bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid sepanjang pelaksanaan kajian ini. Berikut merupakan rubrik pemarkahan bagi analisis bukti dokumen:- Gred Peringkat Justifikasi A Cemerlang 1. Mengenalpasti sesebuah sistem sesuatu produk dengan cemerlang 2. Menghasilkan model fungsi dengan cemerlang 3. Membuat analisis model fungsi dengan cemerlang B Baik 1. Mengenalpasti sesebuah sistem sesuatu produk dengan baik 2. Menghasilkan model fungsi dengan baik 3. Membuat analisis model fungsi dengan baik C Memuaskan 1. Mengenalpasti sesebuah sistem sesuatu produk tetapi kurang jelas 2. Menghasilkan model fungsi tetapi kurang jelas 3. Membuat analisis model fungsi tetapi kurang jelas D Gagal 1. Gagal mengenalpasti sesebuah sistem sesuatu produk dengan baik 2. Gagal menghasilkan model fungsi dengan baik 3. Gagal membuat analisis model fungsi dengan baik Jadual 4: Rubrik Pemarkahan Analisis Dokumen Murid 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Sebelum Selepas Analisis Penjanaan Idea Murid Item 1 Item 2 189


Merujuk kepada rubrik ini, pengkaji telah membuat penganalisian data terhadap aktiviti murid pada lembaran kerja murid. Berikut merupakan hasil dapatan analisis dokumen kesemua murid yang menjadi peserta kajian, merujuk kepada rubrik pemarkahan: Graf 3: Analisis Bukti Dokumen Murid Refleksi Antara penambahbaikan atau intervensi yang boleh dijadikan refleksi melalui dapatan kajian ini adalah pengkaji pada masa akan datang boleh menyediakan panduan untuk murid melaksanakan kerja projek dengan lebih berstruktur. Ini adalah berdasarkan jawapan murid sewaktu kelas bimbingan di mana, mereka mengakui apabila belajar semasa Tingkatan 2, apabila guru mengubah produk yang diterangkan, murid mula buntu dan tidak dapat membezakan mana satu objek, supersistem dan komponen. Pengkaji mendapati perkara inilah yang menjadi permasalah kepada murid apabila guru meminta idea produk daripada murid, di mana murid masih belum mampu membezakan objek, supersistem dan komponen serta menyusun model fungsi dengan betul. Secara keseluruhannya, melalui kajian ini, didapati murid sebenarnya memerlukan penelitian dan bimbingan secara menyeluruh sebelum melaksanakan kerja projek mereka. Ini adalah kerana murid agak mudah keliru sekiranya mereka diarahkan untuk melaksanakan sesuatu yang berbeza daripada apa yang mereka pernah alami. Pengkaji juga mendapati bahawa berdasarkan temu bual bersama murid di dalam kelas melalu soal jawab secara spontan, mereka lebih gemar sekiranya ada panduan yang umum untuk mereka rujuk ke atas setiap aplikasi teknologi yang mereka telah pelajari untu membantu mereka melihat lebih dalam lagi kepada satu-satu cara percambahan idea. Diharapkan kajian sebegini mampu membantu pengkaji-pengkaji lain mendalami dan memahami apa yang diinginkan oleh murid apabila mempelajari satu-satu aplikasi teknologi dan mengaplikasikan Penyelesaian Masalah secara Inventif untuk mereka melakukan ubah suai atau inovasi kepada permasalahan produk sedia ada. Sebagai refleksi, pengkaji mendapati keadah pendekatan sebegini dapat membantu pemahaman murid dalam menyelesaikan masalah yang mereka kenal pasti melalui borang kajian keperluan pelanggan yang mereka telah laksanakan, pembinaan model fungsi dan analisis model fungsi yang telah dibimbing oleh pengkaji semasa kelas bimbingan. Cadangan Kajian Seterusnya Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, pengkaji merasakan ianya adalah suatu perkara yang perlu dilanjutkan dalam kajian seterusnya. Antara kajian seterusnya yang boleh dicadangkan adalah kajian penuh menggunakan keempat-empat fasa utama di dalam Penyelesaian Masalah secara Inventif. Ini adalah kerana pengkaji dan juga pengamal TRIZ serta guru-guru RBT ingin melihat keberkesanan sekiranya fasa-fasa ini dilaksanakan secara berterusan. Sekiranya memberikan peningkatan yang baik, penggunaan fasa-fasa utama dalam TRIZ ini mungkin boleh dijadikan modul untuk murid melaksanakan kerja projek mereka. 0 1 2 3 4 5 6 7 Sebelum Selepas Analisis Bukti Dokumen Murid A B C D 190


Seterusnya adalah menggunakan fasa pertama sebagai aspek pemodelan bagi setiap aplikasi teknologi yang telah dipelajari oleh murid bermula daripada tingkatan 2 sehingga tingkatan 3. Ini adalah untuk membantu murid untuk melihat secara lebih jelas tentang cadangan-cadangan atau contoh-contoh idea untuk membantu mereka melaksanakan projek dengan lebih baik lagi. Ini adalah kerana mereka masih berada di bangku sekolah dan masih memerlukan bimbingan secara komprehensif dalam melaksanakan kerja projek mereka. Rujukan Bereczki, E. O., & Kárpáti, A. (2018). Teachers’ Beliefs About Creativity And Its Nurture: A Systematic Review Of The Recent Research Literature. Educational Research Review, 23(November 2017), 25–56. https://doi.org/10.1016/j.edurev.2017.10.003 Lewis, T. (2009). Creativity in Technology Education: Providing Children with Glimpses of Their Inventive Potential. International Journal of Technology and Design Education, 19(3), 255–268. https://doi.org/10.1007/s10798-008-9051-y Mhlolo, M. K. (2017). Regular classroom teachers’ recognition and support of the creative potential of mildly gifted mathematics learners. ZDM - Mathematics Education, 49(1), 81–94. https://doi.org/10.1007/s11858-016-0824-6 Mohd Radzi, M. S. (2010). Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah. Tesis PhD. Universiti Teknologi Malaysia Mustapha, R., & Abdul Rahim, Z. L. (2008). Pembelajaran Berasaskan Masalah Bagi Mata Pelajaran Elektronik: Satu Kajian Tindakan Di Sekolah Menengah Teknik. Jurnal Teknologi, UTM, 49, 109–127 Tee, T. K., Saien, S., Yee, M. H., & Mohamad, M. M. (2017). TRIZ : An Alternate Way to Solve Problem for Student. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(2), 486–492. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v7-i2/2658 Tee, Tze & Yunos, Jailani & Yee, Heong & M.N.A, Azman & Hanapi, Zaliza. (2018). Teori Penyelesaian Masalah Inventif (TRIZ) Bagi Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi. 1-6. Yeoh, T. S., Yeoh, T. J. & Song, C. L. (2009), TRIZ Systematic Innovation in Manufacturing, Firstfruit Publishing 191


Sidang Kompilasi Nenganyet Guru’ Penaung Puan Mordiana binti Nawi Pengetua SMK Kidurong Penyelaras Puan Medylen anak Pait Guru Sumber dan Media Editor Encik Muhamad Taufiq bin Yahya Cik Nur Syafina Amira binti Elkwan Reka Bentuk Cik Chan Lain Jy


Click to View FlipBook Version