PERKONGSIAN INOVASI Dalam pelaksanaan inovasi yang berkesan kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK), adalah suatu perkara yang wajib untuk berkongsi ilmu yang ada sebagai suatu langkah koperatif dalam memastikan kemenjadian MBK secara khusus. Oleh itu, beberapa perkongsian diadakan sebagai langkah penyebaran maklumat serta pengaplikasi projek inovasi dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam kalangan guru dan juga komuniti. Berikut merupakan beberapa perkongsian yang telah diadakan bagi inovasi bekas telur ini: i. Latihan Dalam Kumpulan (LDP) Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) Seperti murid aliran perdana, kelas KPKP juga tidak diketepikan dari melaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS 25). Oleh yang demikian, inovasi bekas telur ini merupakan suatu langkah dalam menjayakan matlamat program TS 25 tersebut. Beberapa LDP telah diadakan dalam kalangan guru KPKP sebagai langkah penyediaan bahan, pengagihan tugas dan juga pelaksanaan projek di dalam PdPc. LDP ini turut diadakan sebagai langkah penyebaran kepada komuniti khususnya ibu bapa MBK. Dengan adanya LDP ini, akan ada cadangan serta idea baru dalam mentransformasikan bekas telur agar menjadi lebih menarik dan dapat diubahsuai mengikut MBK kelas masing-masing. ii. Pelaksanaan Oleh Guru Bahasa dan Matematik Dalam memastikan matlamat bagi inovasi bekas telur tersebut, setiap guru yang mengajar MBK aras rendah dibekalkan bahan yang sama mengikut bidang masing-masing. Bahan tersebut diletakkan di dalam kelas aras rendah bagi memudahkan guru menggunakan bahan tersebut semasa PdPc berlangsung. Malah, guru-guru lain juga dapat menjadikan bekas telur tersebut sebagai suatu bentuk pertandingan jika guru subjek tidak berada di kelas. Maksudnya, semua guru mahir mengguna dan mengaplikasikan bekas telur tersebut walaupun tidak mengajar komponen tersebut. iii. Anjung Penemu KPKP Selain daripada diletakkan di dalam kelas, bahan-bahan bekas telur ini juga turut diletakkan di Anjung Penemu KPKP, iaitu Pusat Sumber KPKP. Malah beberapa lawatan telah diadakan ke Anjung Penemu KPKP yang juga merupakan salah satu tempat yang digunakan oleh guru bagi aktiviti luar bilik darjah. Dengan itu, murid aliran perdana serta komuniti yang datang melawat juga boleh mempelajari cara penggunaan serta mempraktikkannya di tempat mereka. Pendedahan tentang inovasi bekas telur ini bukan hanya melibatkan MBK sahaja,malah turut dikongsikan dengan seluruh warga sekolah apabila diletakkan di Anjung Penemu KPKP tersebut. Selain pengisian aktiviti senggang warga sekolah, mereka boleh menghilangkan tekanan juga apabila mata dan tangan mereka tertumpu kepada bekas telur tersebut. Perkara ini secara tidak langsung memberi kesan positif terhadap kesihatan pengunjung. 43
iv. Pameran Inovasi KPKP Semasa karnival pada 6 Oktober 2019 dan Lawatan Penanda Aras dari SMK Dato Pemaisuri, Miri, pada 16 Oktober 2019, KPKP turut dilibatkan dalam pameran dan penerangan beberapa inovasi yang telah dilaksanakan. Pameran bahan dari bekas telur yang ditunjukkan merupakan satu perkongsian bukan sahaja kepada warga sekolah, malah juga melibatkan luar daerah juga. Melalui pameran ini, perkongsian yang dilakukan adalah lebih efektif kerana berlaku penyebaran ilmu secara tidak langsung serta mungkin dapat membantu MBK di daerah berkenaan. Rajah 30 MBK Down Sindrom dapat menyeimbangkan tangan untuk menghayun dan menulis nombor yang diperolehi 44
FAEDAH – FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN Setiap perkara yang diwujudkan atau yang hendak dilaksanakan mempunyai peranan dan faedah tersendiri dengan kaedah yang pelbagai mengikut kemapuan, kefahaman dan kepakaran seseorang dalam mengendalikan perkara tersebut. Begitu juga dengan Inovasi dari Transformasi Bekas Telur yang dilakukan ini adalah berdasarkan pelbagai pertimbangan dari segi kemampuan Murid Berkeperluan Khas (MBK), kesesuaian dengan kandungan pelajaran, keselesaan cara penggunaan kepada MBK dan yang utama adalah tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Berikut merupakan faedah – faedah yang diperolehi daripada inovasi yang telah dijalankan ini: i. Kos Dalam inovasi bekas telur ini tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak kerana semua peralatan dan bahan yang digunakan adalah bahan terbuang, terpakai dan sedia ada di sekolah. Wujudnya idea untuk mentransformasikan bekas telur ini menjadi bahan bantu mengajar yang efektif kepada MBK adalah untuk mempelbagaikan medium pengajaran daripada berpusatkan latih tubi yang menggunakan kertas sebagai penilaian kepada inovasi bekas telur yang lebih menyeronokkan dalam bentuk permainan. Penggunaan bekas telur ini adalah jimat kerana boleh digunakan tanpa had atau tempoh masa dan boleh diubahsuai mengikut keadaan fizikal atau kemampuan MBK untuk menggunakan bahan tersebut. Jika sebelum ini guru perlu menyediakan latih tubi yang berulang dan banyak atas faktor MBK yang tidak dapat menyiapkan latihan yang diberikan atau belum menguasai perkara yang disampaikan oleh guru. Dengan penggunaan bekas telur ini, guru tidak perlu menyediakan bekas tersebut untuk semua MBK sebaliknya membuat permainan tersebut secara bergilir – gilir agar lebih fokus dan memudahkan guru membuat penilaian. ii. Penjimatan Masa Melalui inovasi bekas telur ini, guru boleh menjimatkan masa dari segi penyediaan bahan bantu mengajar dan kertas penilaian. Hal ini kerana, guru tidak perlu memikirkan alternatif latih tubi yang berbeza bagi perkara yang sama, sebaliknya melakukan pengulangan menggunakan inovasi dari bekas telur tersebut dengan penyediaan satu borang penilaian bagi abjad, nombor, warna atau pengurusan diri yang telah dapat dicapai oleh MBK tersebut. MBK aras rendah akan lebih mudah mengingat dan mengecam apabila melakukan pengulangan bagi suatu perkara yang sama. Sementara menunggu penggiliran, guru boleh mengadakan pembelajaran secara individu dengan MBK yang mempunyai masalah dalam pertuturan dan pengecaman. Aktiviti PdPc juga menjadi lebih menyeronokkan apabila MBK dapat melakukan perkara tersebut dengan pantas dan betul. Dengan cara ini, guru tidak perlu menyediakan kertas penilaian selepas selesai suatu kandungan pelajaran sebaliknya boleh membuat penilaian terus semasa aktiviti sedang dijalankan. 45
iii. Peningkatan Hasil Kerja Semasa perlaksanaan aktiviti menggunakan bekas telur dilakukan, guru akan meminta MBK menyebut dan mengecam perkara yang dilihat pada bekas telur tersebut dan ditulis pada papan putih atau dalam buku latihan. Bagi permulaan, guru membimbing MBK untuk mengecam dan menyebut atau memberi contoh kepada aktiviti yang akan dilakukan. Dengan cara ini, MBK akan mulai dapat menumpukan perhatian ke atas perkara yang ditunjukkan oleh guru sekali gus meniru perkara tersebut. Keadaan ini sekaligus dapat meningkatkan tahap penguasaan MBK kepada perkara berkenaan dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti hasil kerja MBK yang lebih kemas dan betul. Perkara utama yang memuaskan adalah apabila MBK telah dapat mengecam dan menyebut kandungan pelajaran tersebut sebelum menguasai kemahiran menulis dengan betul tanpa bimbingan tulisan bersambung lagi. iv. Tahap Kepuasan Hati Pelanggan Dalam inovasi ini, pelanggan bagi guru KPKP adalah MBK yang dengan pelbagai tahap serta kelainan upaya. MBK aras rendah mempunyai beberapa orang murid yang mengalami masalah fizikal sehingga menyukarkan mereka untuk melakukan pergerakkan. Dengan menggunakan inovasi bekas telur ini, semua MBK akan terlibat kerana struktur bekas telur yang direka adalah lembut dan mesra pengguna. Hal ini kerana, guru akan berkolaborasi dengan ibu bapa atau penjaga MBK untuk menyediakan bahan seperti yang digunakan di rumah. Dengan ini, MBK tidak akan ada had masa untuk menggunakan bekas telur tersebut baik di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Sebagai contoh, MBK boleh bermain bekas telur yang telah diubahsuai tersebut ketika di dalam kereta atau ketika berada di rumah pada waktu senggang. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menghadkan masa MBK yang mungkin dibiasakan dengan gajet di rumah sebagai faktor untuk menarik perhatian mereka agar dapat bertenang sebaiknya di rumah. v. Meningkatkan Psikomotor Ketika menjalankan aktiviti yang melibatkan bekas telur ini, MBK memerlukan penggunaan psikomotor halus dalam menghasilkan kerja yang kemas, betul dan mengikut contoh yang diberi oleh guru. Selain itu, psikomotor kasar MBK juga dapat digunakan sebaiknya ketika keberlangsungan aktiviti tersebut. Dengan itu, MBK yang mengalami masalah fizikal juga dapat melakukan pergerakkan sesuai dengan kemampuan mereka. Perkara ini umumnya akan meningkatkan psikomotor halus dan psikomotor kasar MBK. Sebagai contohnya, semasa menghayunkan bola untuk dimasukkan dalam bekas telur yang mengandungi abjad atau nombor, melakukan aktiviti ikatan tali kasut dan juga mewarna bekas telur. Perkara ini mudah untuk dilakukan oleh murid biasa tetapi bagi MBK mereka memerlukan seluruh tenaga dan tumpuan bagi memastikan perkara yang diterang dan ditunjukkan oleh guru dapat dilakukan oleh mereka dengan sebaiknya tanpa bimbingan. 46
Faedah – faedah ini dapat dilihat melalui beberapa perkara seperti : a. Pemerhatian Bagi pelaksanaan inovasi ini, kaedah pemerhatian sering digunakan kerana MBK yang berada di dalam kelas berkenaan mempunyai pelbagai kelainan upaya yang menyebabkan pelaksanaan dan penyediaan bahan serta aturan masa adalah bergantung kepada keupayaan mereka. Berbeza dengan murid aliran perdana, masa memainkan peranan utama dalam memastikan kandungan pelajaran dan aktiviti yang dijalankan adalah mengikut objektif yang ditetapkan. Oleh yang demikian, pemerhatian bagi pelaksanaan inovasi bekas telur ini mengambil masa yang lama dan tidak boleh dilakukan dalam tempoh masa sehari sahaja. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, guru dapat mengawal keseluruhan kelas dengan baik kerana semua MBK mengambil perhatian ke atas aktiviti yang dilakukan oleh rakan di hadapan kelas. Semua murid juga terlibat secara aktif dan kelihatan saling membantu rakan untuk mengecam dan menyebut atau melakukan aktiviti tersebut secara individu. Guru juga dapat mempelbagai kaedah pengajaran sama ada secara individu, kumpulan, kuiz atau dalam bentuk pertandingan. Dengan cara itu, guru secara tidak langsung mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif. b. Temu ramah Seperti mana juga cara penilaian keberkesanan pelaksanaan projek inovasi bekas telur ini, beberapa temu ramah diadakan dalam kalangan murid dan juga guru yang telah menggunakan bekas telur tersebut sebagai bahan bantu mengajar. Hasil temu ramah bersama MBK berkenaan penggunaan bekas telur tersebut dalam PdPc, mereka menyatakan rasa seronok dan berminat untuk terus melakukan aktiviti berkenaan. MBK juga menyatakan rasa suka terhadap aktiviti seperti mewarna menggunakan cat air yang tidak pernah dilakukan kecuali melakukan catan. Keadaan ini dilihat bukan sahaja dapat membantu menaikkan semangat MBK untuk belajar, malah dapat meningkatkan minat meneroka dan sifat ingin tahu dalam diri mereka juga. Bagi guru pula, mereka menyatakan rasa kepuasan hati kerana tidak perlu sentiasa memikirkan latih tubi yang sama seperti nombor 1 hingga 5 atau huruf vokal dengan pelbagai kreasi sepanjang tahun atas faktor MBK yang belum menguasai perkara tersebut. Guru juga melalui inovasi ini dapat mempelbagai aktiviti kumpulan dan individu menggunakan bahan yang sama tetapi kaedah penilaian yang sama menggunakan hanya satu borang penilaian yang merangkumi tahap kemampuan semua MBK kelas berkenaan. Hasil temu ramah juga, guru menyatakan bahawa mereka bebas mereka corak bagi bekas telur dengan warna yang pelbagai dalam menarik minat MBK secara menyeluruh dan bukan pada satu kumpulan saja. Penggunaan kertas juga adalah berkurang kerana proses pengulangan dilakukan dengan bekas telur yang sama sahaja. Jadi, guru tidak perlu menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar dan hanya mengubahsuai bekas telur kepada bentuk yang berbeza. Malah, MBK diberi ruang untuk mewarna warna kesukaan mereka pada bekas telur yang boleh didapati secara percuma tanpa perlu mengeluarkan kos. 47
REFLEKSI PENGGUNAAN INOVASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) PENDIDIKAN KHAS (SOAL SELIDIK) 1. Adakah anda akan menggunakan inovasi bekas telur dalam PdPc Murid Berkeperluan Khas (MBK) Aras Rendah dalam pengajaran? 2. Saya akan menggunakan inovasi bekas telur ini untuk mengajar Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam subjek 3. Saya mengetahui tentang inovasi bekas telur dalam PdPc melalui 48
4. Penggunaan inovasi bekas telur adalah sangat membantu dalam menarik minta Murid Berkeperluan Khas (MBK) Aras Rendah semasa sesi PdPc. 5. Inovasi bekas telur ini dapat digunakan dalam beberapa bidang dalam Pendidikan Khas, iaitu 6. Saya suka menggunakan inovasi bekas telur ini dalam sesi PdPc kerana 7. Penggunaan inovasi bekas telur ini kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Atas Rendah dapat membantu 49
8. Adakah anda akan sentiasa menggunakan dan mengaplikasikan inovasi bekas telur ini bagi subjek yang berkenaan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) Aras Rendah di mana-mana sekolah. 9. Adakah anda merasakan inovasi bekas telur ini sangat sesuai dan mempunyai potensi yang luas untuk disebarkan penggunaannya pada masa akan datang? 10. Adakah anda rasa bahawa inovasi ini juga sesuai digunakan untuk bahan bantu mengajar bagi murid Aliran Perdana dalam subjek tertentu? 50
RUJUKAN https://moe.gov.my/index.php/my/soalan-lazim/pendidikan-khas-faq https://www.slideshare.net/izimasha/ciriciri-murid-berkeperluan-khas https://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/pengenalanpendidikan- khas?next_slideshow=1 http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH%203%20Kenal%20pasti%20mu rid%20khas%20RPI%20dan%20Peranan%20guru.pdf http://www.cikgushare.com/2017/11/pengertian-definisi-program.html https://www.scribd.com/document/144547899/KULIAH-1-Pendidikan-Untuk-MuridBerkeperluan-Khas http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2016/11/program-pendidikan-khas.html https://sekelipmata.wordpress.com/about/jenis-kanak-kanak-berkeperluan-khas/ Jabatan Pendidikan Khas (1998). Hala Tuju Pendidikan Khas. Kuala Lumpur : Kertas yang tidak diterbitkan. Jabatan Pendidikan Johor(1998). Pelaksanaan Program Pendidikan Murid dan Pelajar Dengan Keperluan Khas. Unit Pendidikan Khas. Kertas yang tidak diterbitkan. Malaysia, Kementerian Pendidikan. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Khas. Pekeliling Kewangan Bil. 2/91-KP 1573/17/Jld. 8(78) bertarikh 11 Februari 1991. Pekeliling Kewangan Bil. 3/1995 bertarikh 11 Januari 1995. Peraturan-Peraturan Pendidikan (PENDIDIKAN KHAS) 1997, [KP(PUU) S 10075/07/I/ Jld. II, PN (PU2) 569] Sang, M.S., (2000). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Undang-Undang Malaysia,(1999). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & PeraturanPeraturan Terpilih. International Law Book Services : Kuala Lumpur. 51
Aplikasi Bekas Telur Dalam Penghasilan Arca Oleh Murid Berkeperluan Khas Jemira anak Sigan SMK Kidurong, Bintulu, Sarawak [email protected] & 013-8134113 SINOPSIS Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013; Pendidikan Khas bermaksud pendidikan bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) di suatu sekolah khas, atau di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Program Pendidikan Inklusif pada peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah atau pendidikan lepas menengah. Sealiran dengan era pendidikan masa ini, Pendidikan Khas Kelas Pembelajaran tidak ketinggalan dalam mengikut rentak pembelajaran yang mempunyai pelbagai kriteria dalam penilaian mereka. Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan salah satu subjek yang dinilai dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan para guru mencari alternatif kepada bahan yang bersifat selamat, mesra pengguna, mesra alam dan juga mudah didapati untuk melaksanakan aplikasi seni yang dipelajari oleh MBK. Perkara ini amatlah penting bagi MBK Berkefungsian Sederhana yang mempunyai kombinasi ketidakupayaan kognitif satu atau lebih ketidakupayaan yang melibatkan bahasa dan komunikasi, sosioemosi, tingkah laku, dan psikomotor. Berdasarkan pemerhatian sepanjang saya mengajar subjek PSV bagi MBK kefungsian sederhana, pengaplikasian bahan maujud atau transformasi daripada bahan yang telah digunakan dalam pengajaran membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta dapat melibatkan murid secara aktif kerana penggunaan bahan yang luar dari kebiasaan kehidupan seharian mereka. Penggunaan beberapa bahan untuk melaksanakan aplikasi seni dilihat dapat mendatangkan perkara yang tidak diingini kepada MBK khususnya ketika menjalankan aktiviti kerana alergik atau kecuaian yang tidak disengajakan. Justeru itu, satu kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menggunakan transformasi bekas telur dijadikan alternatif bagi membantu MBK menghasilkan Arca dalam subjek PSV bagi menggantikan Plaster Of Paris. Bekas telur yang ditransformasi bagi membentuk arca mampu memperkembangkan daya pemikiran MBK dalam pengajaran sekaligus dijadikan bahan terapi. Bekas telur ini dapat merangsang deria serta minat MBK apabila diubahsuai dengan menjadikannya satu Arca Bentuk yang bermakna dan alat bantu mengajar (ABM). Harapan saya dengan adanya transformasi bekas telur kepada penghasilan arca serta bahan terapi ini dalam proses pengajaran akan membantu guru PSV khususnya dan MBK dalam mengubahsuai cara pengajaran mengikut kehendak pembelajaran abad ke – 21. Semua MBK dan guru akan terlibat tanpa mengira aspek kekurangan kerana setiap transformasi yang dilakukan adalah mengikut kesesuaian MBK. Kata Kunci : Murid Berkeperluan Khas (MBK), Bekas Telur, Arca 52
OBJEKTIF INOVASI Menggalakkan pemikiran MBK secara efektif dalam menghasilkan karyaArca menggunakan bahan terbuang. Mencungkil bakat MBK dalam penghasilan karya Arca dengan menggunakan bahanterbuang. Menggalakkan pembelajaran berteraskan abad ke – 21 bagi subjek Pendidikan Seni Visual dalam kalangan Murid Berkeperluan Khas. Membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan melibatkan semua psikomotor MBK secara menyeluruh dalam Pendidikan Seni Visual. KUMPULAN SASARAN ➢ Murid Berkeperluan Khas a. Kelas Pembelajaran b. Kelas Pendengaran c. Kelas Penglihatan d. MBK Pintar Cerdas LATAR BELAKANG INOVASI SMK Kidurong merupakan salah satu daripada 3 buah sekolah menengah yang menawarkan PPKI bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Bahagian Bintulu, Sarawak. PPKI di sekolah ini mula ditubuhkan sejak tahun 2001 dengan kapasiti murid kurang daripada 20 orang dan sehingga tahun 2021 kini, seramai 106 orang murid telah didaftarkan pada awal tahun dan data terkini pada September 2021. Sebanyak 11 buah kelas PPKI ditubuhkan dengan tiga daripada kelas ini adalah PPKI Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas, Tingkatan 1, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang dilaksanakan sejak tahun 2017. MBK KSSM ini mempunyai Kurikulum khusus mengikut bidang dan kandungan pelajaran yang dinilai bagi setiap topik. PSV merupakan salah satu subjek yang ditawarkan dalam KSSM Pendidikan Khas. Dalam era moden ini, seni juga melibatkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Pendidikan Seni Visual merupakan bidang yang berupaya untuk penghasilan dan penciptaan sesuatu karya dan ciptaan untuk manusia semata-mata untuk keindahan ataupun sesuatu fungsi kegunaan yang tertentu. Seni juga terhasil daripada industri yang bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang berorientasikan keuntungan dan bercirikan komersil melalui penciptaan barang yang berguna dalam kehidupan harian. Arca merupakan salah satu karya seni yang perlu dihasilkan oleh MBK sebagai salah satu penilaian. Penghasilan arca biasanya menggunakan bahan yang sukar didapati atau kurang selamat digunakan kerana mempunyai kandungan bahan kimia oleh MBK menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan aplikasi seni yang sepatutnya. Menurut Friend (2005), Pendidikan Khas ini adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kekurangan upaya. Pengajaran yang dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau di institusi lain mungkin memerlukan bahan atau peralatan yang khusus dalam menyampaikan setiap kandungan pelajaran tersebut. Justeru itu, PSV, KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 3 disediakan sebagai panduan kepada guru untuk membentuk kemenjadian MBK secara ansur maju. 53
Oleh hal yang demikian, satu inovasi berbentuk terapi yang sesuai serta melibatkan semua MBK Berkefungsian Sederhana sama ada yang mengalami masalah fizikal, komunikasi atau sosialisasi diwujudkan dalam aplikasi seni secara berterusan. Pelaksanaan inovasi ini adalah memfokuskan penghasilan arca bentuk secara eksklusif sebagai satu langkah dalam mewujudkan kemenjadian MBK dalam bentuk terapi secara efektif. Inovasi ini direka dengan menggunakan bekas telur dan mengambil kira keadaan MBK secara keseluruhan bagi menggantikan bahan-bahan asal untuk membuat arca. Penggunaan bekas telur yang tidak rata, kasar, halus serta pelbagai bentuk adalah satu cara mewujudkan rasa ingin tahu dan keterlibatan semua MBK secara tidak langsung dalam aktiviti yang diwujudkan tanpa paksaan. Struktur bekas telur juga diambil kira kerana bekas telur ini mudah dibentuk oleh MBK mengikut arca yang ingin dicipta atau dihasilkan. Hal ini demikian kerana MBK menggunakan bekas telur luar dari rutin mereka dalam kehidupan seharian. Dengan itu, rasa keterujaan dalam mengikuti permainan terapi menggunakan bekas telur ini akan wujud secara semulajadi dalam diri sanubari MBK. Penghasilan arca daripada bekas telur ini diwujudkan dengan mengambil kira aspekaspek keselamatan, kebolehgunaan bahan kepada MBK, bentuk, sumber yang mudah diperoleh, ringan, senang disusun dan mudah dibawa ke mana-mana. Pemilihan bekas telur sebagai bahan utama dalam inovasi ini adalah perkara penting dalam memastikan kebolehcapain objektif terhadap MBK dalam menghasilkan arca secara ansur maju. Murid akan bermain sambil belajar secara interaktif kerana melibatkan pergerakan anggota badan secara menyeluruh melalui arca yang direka daripada bekas telur tersebut. Penghasilan arca ini juga memerlukan MBK berfikir di luar kotak bagi menghasilkan arca secara kreatif dengan menyambung bekas-bekas telur untuk menjadi suatu bentuk. Berikut merupakan jenis-jenis arca yang dipelajari oleh MBK, KSSM : Sumber : Buku Teks Pendidikan Seni Visual (Pendidikan Khas Tingkatan 3) 54
ISU / MASALAH YANG DITANGANI INOVASI Pelaksanaan inovasi penghasilan arca menggunakan bekas telur oleh MBK Berkefungsian Sederhana dilihat dapat menangani beberapa isu atau masalah seperti : a. Meningkatkan Kreativiti MBK dalam penghasilan karya Bekas telur mempunyai tekstur yang selamat dan mudah dibentuk. Perkara ini memudahkan MBK untuk menghasilkan arca dengan pelbagai bentuk lain selainyang diberikan oleh guru. Dengan ini, MBK akan meneliti dan cuba untuk mencipta arca menggunakan bekas telur kepada suatu bentuk bermakna. MBK akan mulai menggunakan bekas telur yang pelbagai tekstur untuk menghasilkan karya arca seperti arca dinding, arca mobail atau arca assemblaj. MBK mempunyai daya pemikiran yang lebih kreatif apabila menghasilkan bentuk yangdiingini. b. Penglibatan MBK Secara Menyeluruh Melalui penggunaan bekas telur untuk menghasilkan arca ini, MBK akan terlibat secara keseluruhan kerana perasaan ingin mencuba sesuatu yang luar dari kebiasaan. Penghasilan arca daripada bekas telur ini boleh dilakukan oleh MBK yang kurang berkeupayaan dalam fizikal, kulit yang sensitif, sosialisasi dan juga masalah tingkah laku. Apabila penghasilan arca beransur maju, maka MBK secara tidak langsung akan berusaha untuk mengikuti dan mendapat sesuatu dengan usaha diri sendiri tanpa bantuan ahli keluarga yang lain. Dengan ini wujudlah sifat persaingan yang sihat antara mereka tanpa mengira faktor kekurangan diri. c. Penggunaan Psikomotor Kasar dan Psikomotor Halus Secara Aktif Penghasilan arca daripada bekas telur mempunyai sifat tersendiri dari segi struktur bahan dan cara penggunaan. Murid akan menggunakan psikomotor kasar dan psikomotor halus secara tidak langsung apabila melakukan aktiviti seperti memegang, mewarna, mencantum dan mengubah bekas telur menjadi bentuk arca yang diingini. Murid akan melibatkan motor halus dalam memasukkan tali ke lubang yang telah ditebuk bagi tujuan mencantum bekas telur menjadi arca. Malah, melalui penghasilan arca daripada bekas telur ini, kelainan pada permukaan bekas telur yang kasar, pelbagai bentuk dan selamat merangsang psikomotor MBK secara aktif. d. Kepelbagaian Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam sesi pembelajaran PSV, BBM arca untuk menghasilkan arca adalah berteraskan simen, Plaster of Paris, besi terbuang atau ranting kayu. Dengan adanya bekas telur ini, guru dapat mempelbagaikan bahan pengajaran dengan mengubahsuai bekas telur mengikut kreativiti masing-masing untuk menghasilkan arca atas sifatnya yang mudah dibentuk.. Guru boleh mengaplikasikan dam mengubahsuai bahan bagi subjek lain dengan menggunakan arca bekas telur ini. Guru boleh menukar corak bekas telur dengan menekan sehingga leper selain mengekalkan bentuk asal, bentuk misi (bentuk kepada abjad, nombor atau alat), dan juga melakar sesuatu pada bekas telur. e. Mengurangkan risiko keselamatan MBK Bekas telur merupakan suatu bahan maujud yang selamat dan mudah digunakan oleh MBK yang mempunyai pelbagai tahap kesihatan dan sudah semestinya sangat sensitif kepada persekitaran atau bahan yang digunakan dalam subjek PSV. Dengan penggunaan bekas telur ini, guru dapat mengurangkan risiko kepada murid yang mempunyai alahan, sikap cuai atau gelabah semasa aktiviti dijalankan. Aspek keselamatan menjadi faktor utama dalam pemilihan bahan menghasilkan karya arca untuk MBK ini. 55
HURAIAN INOVASI Bahan Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Inovasi Bil. Nama Bahan Gambar 1. Bekas Telur 2. Warna Air 3. Berus Warna Air 4. Gunting 5. Tali rafia daripada ikatan telur yang dibeli 56
Cara Inovasi Digunakan LANGKAH PENGHASILAN INOVASI PENERANGAN / GAMBAR RAJAH 1. Kumpul bekas telur sebanyak 10 papan dan tali rafia untuk mengikat telur 2. Warnakan bekas telur satu per satu 3. Hasilkan lakaran bentuk yang ingin dibuat. Bentuk seperti sebuah permata yang diletakkan pada bekas segi empat. 4. Tebuk lubang pada setiap bucu atau sudut bekas telur dengan menggunakan pensel satu per satu untuk 10 papan bekas telur tadi. 5. Masukkan tali rafia pada lubang yang ditebuk tadi dan gabungkan dengan bekas telur yang lain. 57
6. Masukkan tali rafia pada bekas telur yang lain lagi untuk dicantumkan. 7. Ikat kedua-dua bekas telur tadi supaya bercantum dengan kukuh. 8. Cantumkan keenam-enam papan telur tadi sehingga menjadi bentuk segi empat. 9. Letakkan bekas telur yang telah siap dicantum tadi secara menegak pada 4 papan telur yang digabungkan. 58
Kos Bagi Menghasilkan Inovasi Dalam menghasilkan inovasi ini, kos keseluruhan adalah sebanyak RM 15.50 untuk dapat menghasilkan sekurang-kurangnya 2 jenis arca bentuk ini. Hal ini demikian kerana bahan utama adalah bekas telur, tali rafia diperoleh secara percuma, manakala bahan- bahan sampingan yang lain seperti warna air, gunting dan berus warna air telah diguna semula bagi menghasilkan set yang lain. Secara puratanya, bagi menghasilkan 1 set inovasi ini adalah RM7.75. Jelaslah disini, Izharlah bahawa kos penghasilan inovasi ini adalah sangat murah, mampu milik dan mempunyai jangka hayat yang panjang. Bil. Nama Bahan Gambar Harga Seunit (RM) Jumlah Keseluruha n (RM) 1. Bekas Telur Percum a 0.00 2. Warna Air 15.50 15.50 3. Berus Warn a Air Guna sedia ada 0.00 4. Gunting Guna sedia ada 0.00 5. Tali rafia daripada ikatan telur yang dibeli Percum a 0.00 Jumlah Keseluruhan (RM) 15.50 59
Keberkesanan Inovasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Penggunaan bekas telur untuk menghasilkan arca adalah salah satu alternatif untuk menggantikan bahan utama seperti plaster of paris atau bancuhan simen. Dengan mengambil kira faktor keselamatan, kos penghasilan dan sumber bahan yang terhad, maka pengubahsuaian bekas telur dapat dijadikan alternatif untuk menghasilkan arca . Berikut merupakan kesan penggunaan bekas telur dalam menghasilkan karya arca oleh MBK. i. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok Penggunaan bekas telur dalam subjek Pendidikan Seni Visual merupakan suatu pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalinkan pelbagai unsur seni penggunaan bekas telur ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih interaktif dan hal ini ternyata berbeza dengan kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat. Penggunaan bekas telur ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Proses penerokaan berlaku apabila MBK menggunakan bekas telur untuk menghasilkan karya seni seperti arca. Secara tidak langsung, guru dapat mewujudkan persoalan dan mengembangkan idea MBK secara aktif dan efektif. Apabila pelbagai persoalan berlaku di dalam diri timbul dalam benak MBK, maka sesi pembelajaran akan menjadi lebih interaktif dan menyebabkan MBK dapat belajar dalan suasana yang menyeronokkan. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami tajuk yangdiajar. ii. Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Penggunaan bekas telur untuk menghasilkan arca dilihat dapat mewujudkan pengalaman meneroka dalam situasi pembelajaran. Meneroka Kaedah penerokaan dengan cara menggunakan, mencantum dan membentuk bekas telur dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta melalui pelbagai idea. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori, iaitu alat dan bahan, cara pengolahan, manipulasi idea dan isi kandungan. iii. Memenuhi keperluan sosial yang asas Apabila semua murid khas berpeluang menyertai aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial, iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Sesungguhnya, murid-murid memang mengharapkan dirinya diterima sebagai anggota sebuah dalam sesebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam penghasilan arca seni yang menggunakan bekas telur ini, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberikan sebaik sahaja mereka mempersembahkan arca masingmasing yang menarik. Perhubungan mesra antara guru dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan menyebabkan murid merasakan dirinya diutamakan dan mendapat keprihatinan daripada guru dan rakan-rakannya bahawa guru dan rakan- rakan prihatin terhadap dirinya dan .Seterusnya, mereka akan berasa menghargai bakat yang dimilikinya dihargai oleh semua pihak. 60
iv. Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada mereka bersedia atau tidak. Guru boleh mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Dengan penggunaan bekas telur untuk menghasilkan arca, murid akan tertarik dan mula menyertai aktiviti-aktiviti yang boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang m tentang pandangan orang lain terhadap karya seni arca yang dihasilkan. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. Berikut merupakan beberapa tinjauan atau soal selidik yang diberikan kepada ibu bapa tentang penggunaan Plaster of Paris atau bekas telur untuk menghasilkan karya arca oleh MBK sebelum inovasi dilakukan: 61
Berdasarkan kepada maklum balas daripada ibu bapa berkenaan pemilihan Plaster Of Paris atau bekas telur untuk membuat arca, secara purata ibu bapa sangat setuju anak-anak mereka menggunakan bekas telur berbanding Plaster Of Paris. Ibu bapa mengambil kira faktor kesihatan anak masing-masing seperti asma, alahan kepada serbuk, dan juga masalah kesihatan dalaman yang lain. Ibu bapa juga mengambil kira faktor keselamatan sekiranya penghasilan arca menggunakan Plaster Of Paris ini diteruskan tanpa ada alternative lain seperti bekas telur. Berikut merupakan hasil soal selidik semasa dan selepas proses pelaksanaan inovasi dilakukan oleh MBK Pendidikan Khas Tingkatan 3: 62
Berdasarkan kepada grafik tentang penggunaan bekas telur dalam menghasilkan karya arca oleh murid Pendidikan Khas Tingkatan 3, tahun 2021, purata skala yang diberikan oleh murid adalah skala 4 iaitu setuju dengan perkara yang dinyatakan dalam setiap soalan. Antara perkara yang ditanya dalam soal selidik untuk menghasilkan arca daripada bekas telur adalah sepertiberikut: Saya suka mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kerana membantu saya memperkembangkan seni kreatif dalam diri saya. Bagi kenyataan ini, purata skala yang diberi adalah 4.2 iaitu pada skala setuju. Saya tahu tentang penghasilkan karya arca dalam folio Pendidikan Seni Visual. Bagi pernyataan ini, murid secara purata menilai pada skala 4, iaitu setuju. Saya suka membuat arca menggunakan bekas telur kerana mesra pengguna berbanding menggunakan bancuhan Plaster of Paris. Murid pada pernyataan secara purata pada skala 3.8, iaitu 3 daripada 5 orang murid pada skala setuju dan 2 orang murid lagi kurang setuju. Saya dapat menghasilkan arca mengikut kreativiti sendiri berpandukan contoh yang diberi oleh guru. Bagi pernyataan ini, secara purata murid berada pada skala 3.4 iaitu kurang setuju kerana kebanyakkan perkara yang dilakukan dibimbing oleh ibu bapa dari segi menggunting dan mengikat bagi tujuan mencantum. Saya suka menggunakan bekas telur untuk membuat arca kerana ringan, percuma dan senang didapati. Murid pada pernyataan ini secara purata bersetuju dengan purata skala 4.2. 63
Bekas telur dapat menghasilkan pelbagai jenis arca kerana mempunyai struktur yang mudah dibentuk dan lembut untuk saya. Untuk pernyataan ini pula, murid secara purata member skala 4.4 iaitu bersetuju dengan pernyataan diberi. Saya dapat berfikir secara kreatif apabila menghasilkan arca daripada bekas telur yang lain dari kebiasaan kehidupan harian saya. Berdasarkan hasil yang ditunjukkan oleh murid, purata skala yang diberi juga pada skala setuju kerana murid bebas menghasilkan arca sendiri melalui pengamalan. Karya arca daripada bekas telur ini menjadikan saya berfikir di luar kotak untuk menggabungkannya menjadi arca yang bermakna. Murid secara purata memberi skala 4 bagi pernyataan ini kerana telah mendapat gambaran awal dari hasil arca yang pertama. Saya sangat seronok menghasilkan karya arca menggunakan bekas telur kerana ianya melibatkan pelbagai aktiviti selain daripada menggabungjalinkan dan mewarna. Bagi pernyataan ini pula murid bersetuju bahawa mereka seronok melakukan karya arca ini menggunakan bekas telur dengan skala purata 4.2. Saya akan mengikuti pertandingan menghasilkan arca menggunakan bekas telur jika ada diadakan di sekolah. Apabila murid sudah mempunyai pengalaman dan panduan, secara tidak langsung dapat membimbing murid untuk yakin pada diri sendiri. Murid secara purata bersetuju untuk mengikuti pertandingan yang diadakan. Disini jelas menunjukkan keberkesanan inovasi ini kepada murid secara keseluruhan. Pengubahsuaian ini bukan sahaja member pandangan baru, idea baru bahkan juga meningkatkan keyakinan mereka melakukan sesuatu atau mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira pengalaman dari penerokaan semasa proses pembelajaran dan penghasilan arca ini dilakukan. Berikut merupakan hasil tinjauan selepas inovasi penggunaan bekas telur dalam menghasilkan arca oleh ibu bapa atau penjaga MBK Pendidikan Khas Tingkatan 3: 64
Mengikut kepada skala yang diberikan oleh ibu bapa terhadap keberkesanan penggunaan bekas telur untuk menghasilkan arca oleh anak masing-masing, ibu bapa setuju dengan alternatif menghasilkan arca sebagai ganti Plaster Of Paris. Ibu bapa melihat penggunaan bekas telur ini untuk menghasilkan arca adalah sangat baik dari segi penyampaian maklumat dan peningkatan kefahaman murid tentang konsep arca. Di sini jelas memperlihatkan bahawa penggunaan bekas telur ini untuk menghasilkan arca mendapat sokongan dan galakan daripada ibu bapa sebaiknya. Bekas telur yang percuma, mesra pengguna, mempunyai struktur yang pelbagai serta mudah dibentuk menjadi salah satu sebab ibu bapa bersetuju dengan penggunaannya berbanding Plaster Of Paris. 65
Berikut merupakan refleksi dan pandangan guru Pendidikan Seni Visual, Program Pendidikan Khas Integrasi tentang penggunaan bekas telur dalam menghasilkan arca: RESPONDEN 1 RESPONDEN 3 RESPONDEN 2 66
Berikut merupakan refleksi dan pandangan guru Pendidikan Seni Visual, aliran perdana tentang penggunaan bekas telur dalam menghasilkan arca: RESPONDEN 1 RESPONDEN 2 RESPONDEN 2 67
Potensi Untuk Disebarluaskan Kepada Pihak Lain Dalam pelaksanaan inovasi yang berkesan kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK), adalah suatu perkara yang wajib untuk berkongsi ilmu yang ada sebagai suatu langkah koperatif dalam memastikan kemenjadian MBK secara khusus. Oleh itu, beberapa perkongsian diadakan sebagai langkah penyebaran maklumat serta pengaplikasian projek inovasi dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam kalangan guru dan juga komuniti. Berikut merupakan beberapa perkongsian yang telah diadakan bagi inovasi penghasilan arca daripada bekas telur ini: Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kepada sekolah Seperti murid aliran perdana, kelas PPKI juga tidak diketepikan daripada melaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS 25). Oleh hal yang demikian, inovasi bekas telur untuk menghasilkan arca ini merupakan suatu langkah dalam menjayakan matlamat program TS 25 tersebut. Beberapa LDP telah diadakan dalam kalangan guru PPKI sebagai langkah penyediaan bahan, pengagihan tugas, pelaksanaan projek dan pengaplikasian dalam PdPR. LDP ini turut diadakan sebagai langkah penyebaran kepada komuniti khususnya ibu bapa MBK. Dengan adanya LDP ini, akan ada cadangan serta idea baharu dalam mentransformasikan bekas telur agar menjadi lebih menarik dan dapat diubahsuai mengikut keperluan MBK kelas masing-masing. Pelaksanaan Oleh Guru PPKI dan Perdana Dalam memastikan matlamat bagi inovasi penghasilan arca menggunakan bekas telur tersebut, guru yang mengajar dalam Bidang Komunikasi Visual MBK KSSM dan aras rendah digalakkan menggunakan bahan yang yang disediakan secara bergilir-gilir. Bahan dan cara penghasilan arca bekas telur ini ditunjukkan dengan menggunakan gambar rajah secara ansur maju kepada guru yang lain. Guru juga dapat menjadikan penghasilan arca daripada bekas telur tersebut sebagai bahan terapi dan dijadikan suatu bentuk pertandingan sebagai langkah menggalakkan penglibatan MBK secara aktif. Pameran Inovasi PPKI Inovasi penghasilan arca menggunakan bekas telur ini juga boleh disebarkan melalui pameran yang diadakan oleh pihak sekolah dan jemputan luar sama ada di dalam atau di luar daerah. Berikutan dengan keadaan sekarang, penyertaan pameran juga boleh diadakan secara alam maya. Secara umumnya, pameran inovasi sering dilakukan jika terdapat lawatan atau program di sekolah. Melalui pameran ini, perkongsian yang dilakukan adalah lebih efektif kerana berlaku penyebaran ilmu secara tidak langsung serta mungkin dapat membantu MBK di daerah-daerah lain yang berkenaan. 68
Media Sosial KidSS KidSS Media merupakan salah satu saluran alam maya yang aktif di SMK Kidurong. Kebiasaannya KidSS Media dijadikan medium untuk penyaluran maklumat dan informasi terkini yang berlaku di sekolah serta pencapaian oleh seluruh warga sekolah. Selain itu, pelaksanaan aktiviti yang berlangsung di sekolah akan diletakkan di Facebook PPKI. Ini merupakan salah satu cara untuk menyebarkan maklumat berkenaan inovasi ini secara tidak langsung. Maklumat dalam bentuk pernyataan bertulis, gambar dan video yangdimuatnaik dalam laman sosial KidSS Media dan Facebook PPKI akan dikongsi oleh seluruh warga KidSS termasuk murid, guru dan barisan pengurusan. Dengan itu, inovasi ini telah disebarkan secara meluas. Keterangan Yang Berkaitan Inovasi pengubahsuaian bekas telur untuk menghasilkan arca ini dilakukan adalah berdasarkan pelbagai pertimbangan dari segi kemampuan Murid Berkeperluan Khas (MBK), kesesuaian dengan kandungan pelajaran, keselesaan cara penggunaan kepada MBK dan yang utama adalah tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Berikut merupakan faedah-faedah yang diperoleh daripada inovasi yang telah dijalankan ini: Kos Dalam inovasi bekas telur ini tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak kerana semua peralatan dan bahan yang digunakan adalah bahan terbuang, terpakai dan sedia ada di sekolah. Wujudnya idea untuk mentransformasikan bekas telur ini menjadi bahan bantu mengajar yang efektif kepada MBK adalah untuk mempelbagaikan medium pengajaran daripada berpusatkan latih tubi yang menggunakan kertas sebagai penilaian kepada inovasi bekas telur yang lebih menyeronokkan dalam penghasilan karya arca. Penggunaan bekas telur ini adalah berkonsepkan jimat kerana boleh digunakan tanpa had atau tempoh masa dan boleh diubahsuai mengikut keadaan fizikal atau kemampuan MBK untuk berkarya dengan bahan tersebut. Penjimatan Masa Melalui inovasi bekas telur ini, guru boleh menjimatkan masa dari segi penyediaan bahan bantu mengajar dan kertas projek. Hal ini demikian kerana guru tidak perlu memikirkan alternatif bahan terbuang yang berbeza bagi perkara yang sama, sebaliknya melakukan pengulangan menggunakan inovasi daripada bekas telur tersebut dengan menghasilkan karya arca yang pelbagai. Aktiviti PdPc juga menjadi lebih menyeronokkan apabila MBK dapat melakukan perkara tersebut dengan kerap dan berterusan. Dengan cara ini, guru tidak perlu menyediakan bahan lain selepas menyempurnakan sukatan pelajaran ini sebaliknya meminta murid menghasilkan karya arca dengan cara yang berbeza sahaja. 69
Peningkatan Hasil Kerja Semasa proses penghasilan karya arca menggunakan bekas telur dilakukan, guru akan meminta MBK merangka dan merancang jenis arca yang ingin dibuat. Pada peringkat permulaan, guru membimbing MBK untuk menghasilkan suatu arca yang boleh dicantum dan menjadi suatu bentuk tanpa perlu digunting. Dengan cara ini, MBK akan mulai dapat menumpukan perhatian pada perkara yang ditunjukkan oleh guru sekali gus memikirkan bentuk arca yang berlainan untuk menghasilkan jenis arca lain. Keadaan ini sekaligus dapat meningkatkan tahap penguasaan MBK dalam memahami konsep arca kerana mereka melalui pengalaman yang berbeza untuk arca yang berlainan. Tahap Kepuasan Hati Pelanggan Dalam inovasi ini, pelanggan bagi guru PPKI ialah MBK yang terdiri daripada pelbagai tahap serta kelainan upaya. MBK aras rendah mempunyai beberapa orang murid yang mengalami masalah fizikal sehingga menyukarkan mereka untuk melakukan pergerakan. Dengan menggunakan inovasi bekas telur ini, semua MBK akan terlibat kerana struktur bekas telur yang direka adalah lembut dan mesra pengguna. Hal ini demikian kerana guru akan berkolaborasi dengan ibu bapa atau penjaga MBK untuk menyediakan bahan seperti yang digunakan di rumah. Dengan ini, MBK tidak akan ada had masa untuk menggunakan bekas telur tersebut baik di dalam bilik darjah mahupun di rumah. Sebagai contoh, MBK boleh menghasilkan arca dinding di rumah dengan bekas telur tanpa bimbingan guru tetapi melalui aplikasi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengehadkan masa MBK yang mungkin dibiasakan dengan gajet di rumah sebagai faktor untuk menarik perhatian mereka agar dapat bertenang sebaik- baiknya di rumah. Meningkatkan Psikomotor Ketika menjalankan aktiviti yang menggunakan bekas telur ini, MBK memerlukan penggunaan psikomotor halus dalam menghasilkan kerja yang kemas, betul dan mengikut contoh yang diberikan oleh guru. Selain itu, psikomotor kasar MBK juga dapat digunakan sebaik-baiknya ketika menghasilkan karya arca dalam aktiviti tersebut. Dengan itu, MBK yang mengalami masalah fizikal juga dapat melakukan pergerakan sesuai dengan kemampuan mereka seperti menekan atau mencantum bekas telur untuk menjadi arca. Perkara ini umumnya akan meningkatkan psikomotor halus dan psikomotor kasar MBK. MBK mereka memerlukan seluruh tenaga dan tumpuan bagi memastikan perkara yang diterang dan ditunjukkan oleh guru dapat dilakukan oleh mereka dengan baik tanpa bimbingan. 70
Kesimpulan Secara keseluruhannya, inovasi penghasilan arca melalui pengubahsuaian bekas telur ini bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada MBK dari segi akademik tetapi juga dari sudut kokurikulum. Hal ini demikian kerana, inovasi ini tidak terbatas kepada kesenian sahaja tetapi melibatkan pengenalan bentuk, pengiraan dan yang utama penglibatan anggota badan secara menyeluruh dalam melakukan karya arca ini. Selain itu, inovasi ini merupakan suatu kelainan daripada kebiasaan MBK dalam kehidupan seharian kerana karya yang direka dan dihasilkan adalah secara keseluruhannya menggunakan bekas telur yang selama ini dibuang, dijadikan alas, untuk menyemai tanaman atau digunakan bagi tujuan menghidupkan api. Harapan kami semoga dengan adanya inovasi ini, MBK akan lebih produktif, kreatif, berinovatif dan boleh menumpukan seluruh perhatian semasa sesi PdPc di dalam dan di luar bilik darjah dilaksanakan. Inovasi ini juga boleh diperkembang bukan sahaja dalam kalangan guru-guru PPKI tetapi juga seluruh warga sekolah sekaligus komuniti setempat. Semoga inovasi ini menjadi inspirasi dalam kalangan pendidik dan mendapat perhatian masyarakat secara umumnya untuk disebarluaskan. Sesungguhnya penciptaan arca menggunakan bahan terbuang seperti bekas telur merupakan salah satu cara kita menyemai sifat cinta akan alam sekitar secara tidak langsung dalam diri MBK juga. 71
RUJUKAN https://moe.gov.my/index.php/my/soalan-lazim/pendidikan-khas-faq https://www.slideshare.net/izimasha/ciriciri-murid-berkeperluan-khas https://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/pengenalanpendidikan- khas?next_slideshow=1 http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH%203%20Kenal%20pasti%20mu rid%20khas%20RPI%20dan%20Peranan%20guru.pdf http://www.cikgushare.com/2017/11/pengertian-definisi-program.html https://www.scribd.com/document/144547899/KULIAH-1-Pendidikan-Untuk-MuridBerkeperluan-Khas http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2016/11/program-pendidikan-khas.html https://sekelipmata.wordpress.com/about/jenis-kanak-kanak-berkeperluan-khas/ Jabatan Pendidikan Khas (1998). Hala Tuju Pendidikan Khas. Kuala Lumpur : Kertas yang tidak diterbitkan. Jabatan Pendidikan Johor(1998). Pelaksanaan Program Pendidikan Murid dan Pelajar Dengan Keperluan Khas. Unit Pendidikan Khas. Kertas yang tidak diterbitkan. Malaysia, Kementerian Pendidikan. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Khas. Pekeliling Kewangan Bil. 2/91-KP 1573/17/Jld. 8(78) bertarikh 11 Februari 1991. Pekeliling Kewangan Bil. 3/1995 bertarikh 11 Januari 1995. Peraturan-Peraturan Pendidikan (PENDIDIKAN KHAS) 1997, [KP(PUU) S 10075/07/I/ Jld. II, PN (PU2) 569] Sang, M.S., (2000). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Undang-Undang Malaysia,(1999). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & PeraturanPeraturan Terpilih. International Law Book Services : Kuala Lumpur. Buku Teks Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas Tingkatan 3, Norlaili binti Nordin@Jamaludin, Rozalawati binti Abd. Samad 72
LAMPIRAN INOVASI 73
• PENDIDIKAN KHAS TINGKATAN3 • PENDIDIKAN KHAS TINGKATAN3 74
0$01:ZO• ll e .... 1(( 11-.Clllf. l " I --!!!.- (SgiPlenyerlaJln CMklSTf:HlY NI I.IP JUITIN 060830• ll • 020$ CSlbYl CAMMTllA • 12.. 10..T .... 75
Kaedah OB45 bagi Membantu Proses Lakaran Murid dalam Mata Pelajaran RBT Michael Lody Anak Jonep SMK Kidurong, Bintulu, Sarawak [email protected] 019 - 4837181 SINOPSIS Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan mata pelajaran elektif yang berbentuk teknikal yang memberikan penekanan pada mereka bentuk dalam penghasilan produk berasaskan teknologi. RBT bertujuan untuk melahirkan murid yang boleh berkarya dalam menghasilkan produk yang mudah dan bermakna. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) RBT KSSM digubal untuk selama tiga tahun persekolahan, iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Dalam DSKP tersebut merangkumi bidang awam, elektrik, elektronik, mekanikal, sains rumah tangga, sains pertanian dan pengurusan kewangan. Salah satu Standard Kandungan di dalam RBT adalah Lakaran. Lakaran terdiri daripada Oblik, Isometrik dan Perspektif. Lakaran Oblik ialah lakaran berbentuk 3D. Prinsip yang perlu diamalkan ketika melakar Oblik adalah lakaran dilakar berpandukan tiga paksi asas, iaitu paksi mendatar, paksi menegak dan paksi surut di mana paksi surutnya cenderung kepada paksi mendatar dan sudutnya ialah 45°. Salah satu cabaran dalam mengajar topik lakaran ini adalah murid sukar untuk mengingati sudut bagi paksi surut Lakaran Oblik dan keliru dengan paksi bagi Lakaran Isometrik. Permasalahan yang wujud ini telah mendorong guru untuk memikirkan salah satu cara yang mudah bagi membolehkan murid mengingat sudut paksi surut bagi Lakaran Oblik dengan memperkenalkan kaedah “OB45”. Kaedah ini sangat mudah, iaitu dengan menulis OBLIK kepada OB45 di mana OB adalah sinonim kepada Oblik dan 45 pula merupakan darjah sudut bagi paksi surut/paksi Z yang bersudut 45 darjah/45° bagi membezakannya dengan darjah sudut bagi paksi Z untuk Lakaran Isometrik. Harapan saya dengan adanya kaedah OB45 ini dalam PdPc akan membantu guru untuk membolehkan murid mengingat dan murid dapat mengingat sudut bagi paksi surut bagi lakaran Oblik dengan mudah dan dapat membantu murid dalam membina dan melakar objek dengan kaedah lakaran Oblik dengan lebih mudah dan tepat. Kata Kunci : Lakaran Oblik, 45°, paksi surut/paksi Z 76
OBJEKTIF INOVASI i. Membantu memudahkan murid untuk mengingat sudut paksi surut bagi lakaran Oblik. ii. Memudahkan guru untuk menerangkan darjah sudut bagi paksi surut/Z bagi lakaran Oblik. KUMPULAN SASARAN Murid Tingkatan 1, 2 dan 3 Guru Mata Pelajaran RBT LATAR BELAKANG (PENJELASAN TENTANG PROSES PENGHASILAN INOVASI MENGIKUT KRONOLOGI) Inovasi ini bermula dari satu masalah, iaitu murid sukar untuk mengingat sudut paksi surut bagi lakaran Oblik. Murid juga sering keliru dengan sudut paksi surut bagi lakaran Oblik (45°) dengan lakaran Isometrik (30°). Dari permasalahan itu, maka tercetuslah idea guru untuk mencipta inovasi, iaitu menghasilkan simbol bagi tulisan Oblik ini dengan menulis OB45 bagi membantu memudahkan murid mengingat sudut paksi surut bagi lakaran Oblik, iaitu bersudut 45 darjah. ISU/MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI Pelaksanaan inovasi “OB45” ini dalam mengingat sudut paksi Surut oleh murid dilihat dapat menangani masalah kekeliruan murid dan tidak ingat murid tentang sudut paksi surut/Z dalam lakaran Oblik. HURAIAN INOVASI Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi Bil Bahan Gambar 1 Papan tulis putih 77
2 White board marker 3 Kertas putih A3 4 Laminating Film Cara inovasi digunakan Menulis ejaan OBLIK dengan cara menulis seperti ini. OB45 78
Kos bagi menghasilkan inovasi Bil Bahan Kuantiti Kos Seunit Kos Sebenar 1 Laminating film 4 keping 1.20 4.80 2 Kertas A3 putih 4 keping 0,50 2.00 Jumlah 6.80 Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran Kaedah pengujian soalan secara lisan kepada empat orang murid secara serentak Pra ujian Guru : Apakah sudut bagi paksi Z untuk lakaran Oblik? Murid : 30 Post ujian Guru : Apakah sudut bagi paksi Z untuk lakaran Oblik? Murid : 45 Kaedah menguji secara praktikal kaedah lakaran Oblik Sebelum Selepas Aksi Murid Melakar Murid A 79
Murid B Murid C Murid D 80
POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Inovasi ini sangat berkesan digunakan bagi memudahkan guru unuk memudahkan pelajar mengingati darjah sudut bagi paksi Z lakaran Oblik kerana sifatnya yang sangat ringkas dan mudah untuk murid fahami. Perkongsian tentang inovasi ini telah saya lakukan kepada rakan-rakan sejawat saya di dalam pertemuan secara PLC atau semasa berhenti berehat makan dan semasa waktu petang semasa bersembang berkaitan tugas di sekolah dan sempat berkongsi tentang teknik dan inovasi tersebut. KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN Inovasi OB45 ini tercetus daripada masalah kekeliluan dan tidak ingat murid tentang darjah sudut bagi paksi Z. Idea ini telah dapat memudahkan murid untuk mengingat dan membantu guru untuk menerangkan tajuk pembelajaran dengan lebih berkesan dan lancar. PENUTUP Dengan terhasilnya inovasi ini, hasil dari permasalahan kesukaran murid untuk mengingati sudut bagi paksi Z lakaran Oblik dan masalah kekeliruan di antara sudut lakaran Oblik dengan lakaran Isometrik, berharap akan lebih ramai lagi murid yang dapat mengingat dan tidak akan keliru lagi dengan sudut Oblik dengan Isometrik. RUJUKAN 1. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran RBT Tingkatan 1 2. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran RBT Tingkatan 2 3. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran RBT Tingkatan 3 4. Buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 5. Buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2 6. Buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3 81
Alat Bantu Jangkauan Melunjur Muhamad Taufiq bin Yahya SMK Kidurong, Bintulu, Sarawak [email protected] (+601125182940) SINOPSIS Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Komponen kecergasan dalam segak terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan sekolah menengah. SEGAK mula dilaksanakan kepada murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 mulai tahun 2008. SEGAK dilaksanakan secara pentaksiran sekolah dan skor murid direkodkan. Oleh itu, salah satu ujian yang perlu dilaksanakan oleh murid adalah Ujian 5: Jangkauan Melunjur. Tujuan Ujian Jangkauan melunjur adalah untuk mengukur fleksibiliti bahagian belakang badan, peha dan sendi pinggul. Alat Bantu Jangkauan Melunjur ini adalah satu produk yang boleh membantu murid untuk membuat pergerakan jangkauan melunjur dengan baik serta mendapatkan bacaan yang tepat. Kata Kunci: SEGAK, Pendidikan Jasmani OBJEKTIF INOVASI Mempelbagaikan penggunaan bahan inovasi bantu mengajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Memupuk minat murid melaksanakan aktiviti dengan betul dan baik. Memudahkan murid untuk membuat aktiviti dan mendapatkan bacaan yang tepat. KUMPULAN SASARAN Murid Tingkatan 3 yang melaksanakan SEGAK. Guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. 82
LATAR BELAKANG INOVASI Tercetusnya idea untuk menghasilkan inovasi Alat Bantu Jangkauan Melunjur ini kerana wujud satu situasi di mana murid tingkatan 3 keliru dengan bacaan jangkauan mereka apabila mereka beralih kepada posisi rehat. Murid menggunakan kertas, pembaris, pen serta tag nama sebagai alat bantu untuk mereka mendapatkan bacaan Ujian Jangkauan Melunjur. Oleh itu, idea menggunakan Alat Bantu Jangkauan Melunjur ini digunakan semasa perlaksanaan SEGAK untuk membantu murid mendapatkan bacaan yang betul. Berdasarkan Norma SEGAK sekolah menengah bagi murid tingkatan 3 untuk Ujian 5: Jangkauan Melunjur, murid perlulah mencapai sekurang-kurangnya 27 sentimeter hingga 36 sentimeter untuk murid lelaki manakala untuk murid perempuan adalah 27 sentimeter hingga 33 sentimeter iaitu skor 3 (bacaan yang baik). Merujuk Panduan Perlaksanaan SEGAK untuk Ujian 5, Murid diberi tiga kali percubaan berturut-turut. Jangkauan terbaik diambil kira sebagai skor. Skor tidak akan dikira jika lutut difleksi semasa melakukan jangkauan. Bacaan dikira pada sentimeter terhampir (tidak perlu merekodkan dalam titik perpuluhan). Rajah 1: Panduan Perlaksanaan SEGAK, Ujian 5: Jangkauan Melunjur Oleh itu, terhasil akhirnya satu produk yang boleh membantu murid mendapatkan ketepatan bacaan semasa perlaksanaan Ujian 5; Jangkauan Melunjur. 83
ISU/MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI Sebelum wujudnya inovasi ini, terdapat beberapa masalah yang ingin ditangani oleh guru sepanjang proses perlaksanaan SEGAK Ujian 5: Jangkauan Melunjur, antaranyaialah : Bahan bantu ukuran murid beralih posisi semasa murid menolak ke hadapan dan juga apabila mereka beralih ke posisi rehat Murid menggunakan pelbagai bahan untuk membantu mereka mendapatkan bacaan perlaksanaan Ujian 5: Jangkauan Melunjur Murid tidak mampu menahan lebih dari 2 saat (Data bacaan memerlukan murid kekal dalam posisi selama 3 saat) Oleh itu, sepanjang proses perlaksanaan SEGAK, guru menggunakan inovasi produk alat bantu ini bagi memudahkan proses dapatan bacaan jangkauan murid. Berikut merupakan langkah dan cara yang digunakan oleh guru bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan menggunakan inovasi Alat Bantu Jangkauan Melunjur. Masalah Cara Mengatasi Bahan bantu ukuran murid beralih posisi semasa murid menolak ke hadapan dan juga apabila mereka beralih ke posisi rehat Produk yang dihasilkan tebal dan mempunyai satu bahagian penanda bagi alat jangkauan melunjur yang mempunyai lubang di tengah dan boleh diterbalikkan bagi penggunaan alat jangkauan melunjur yang tidak berlubang. Murid menggunakan pelbagai bahan untuk membantu mereka mendapatkan bacaan perlaksanaan Ujian 5: Jangkauan Melunjur Murid pada sebelumnya menggunakan pelbagai jenis alat bantu jangkauan melunjur seperti pembaris, kertas, tag nama dan sebagainya. Alat Bantu Jangkauan Melunjur yang dicipta ini lebih universal dan standard untuk semua murid. Murid tidak mampu menahan lebih dari 2 saat (Data bacaan memerlukan murid kekal dalam posisi selama 3 saat) Ada dikalangan murid yang tidak mampu menahan lebih dari 2 saat. Alat ini juga membantu murid untuk bertahan lebih lama disebabkan mempunyai bahagian yang boleh dirasai dan menambah cengkaman kulit untuk membantu mereka bertahan lebih lama. Jadual 1: Isu dan masalah yang ditangani oleh inovasi 84
HURAIAN INOVASI BAHAN DAN KOS INOVASI Bahan-bahan yang digunakan oleh murid dan guru semasa menghasilkan Alat Bantu Jangkauan Melunjur. Bahan yang digunakan merupakan filamen pencetak 3 dimensi dan alatan yang digunakan untuk mencipta Alat Bantu Jangkauan Melunjur adalah Pencetak 3 Dimensi dan komputer riba serta capaian internet. Bil Nama Contoh Gambar Bahan Kos Seunit 1. Filamen Pencetak 3 Dimensi RM45.00 Jumlah Kos RM45.00 Jadual 2: Bahan inovasi dan kos yang digunakan untuk Alat Bantu Jangkauan Melunjur 85
A. LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN INOVASI Alat Bantu Jangkauan Melunjur adalah satu produk yang dicipta berasas bentuk poligon. Murid akan menggunakan alatan ini mengikut kesesuaian alat jangkauan melunjur dan keadaan ketahanan mereka. Berikut merupakan langkah-langkah bagi menghasilkan produk Alat Bantu Jangkauan Melunjur. Langkah 1 : Murid mendapatkan ukuran dan mencadangkan reka bentuk alat bantu jangkauan melunjur menggunakan aplikasi TinkerCAD Langkah 2 : Guru mengatur aturan sebelum mencetak. Langkah 3 : Guru mencetak model 3D yang telah dicadangkan menggunakan Pencetak 3D 86
Jadual 3 : Langkah-langkah menghasilkan inovasi CARA MENGGUNAKAN INOVASI Alat Bantu Jangkauan Melunjur merupakan produk yang universal, sesuai digunakan pada pelbagai jenis alat jangkauan melunjur. Berikut merupakan cara menggunakan Alat Bantu Jangkauan Melunjur. Rajah 2 : Contoh penggunaan Alat Bantu Jangkauan Melunjur Langkah 4 : Guru menguji prototaip produk pada alat jangkauan melunjur untuk memastikan kesesuaian penggunaan alat bantu jangkauan melunjur. Didapati ianya sesuai digunakan dan siap. 87
Berdasarkan gambar pada rajah 2, dapat dilihat Alat Bantu Jangkauan Melunjur membantu murid yang mempunyai masalah untuk bertahan lebih dari 2 saat untuk bertahan selama 3 saat semasa perlaksanaan Ujian 5: Jangkauan Melunjur disebabkan tekstur yang kasar untuk murid mempunyai daya cengkaman yang lebih untuk bertahan. KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PDPC Perubahan ketara dapat dilihat apabila murid berjaya mendapatkan bacaan yang lebih tepat tanpa perlu berasa ragu kerana Alat Bantu Jangkauan Melunjur tidak akan beralih posisi semasa ujian dilaksanakan atau apabila murid beralih ke posisi rehat. Murid tingkatan 3 yang melaksanakan SEGAK menjadi lebih yakin dengan adanya Alat Bantu Jangkauan Melunjur. Berikut merupakan keputusan pra ujian (tanpa Alat Bantu Jangkauan Melunjur) dan pos ujian (penggunaan Alat Bantu Jangkauan Melunjur) kepada murid di kalangan tingkatan 3 sebagai percubaan Alat Bantu Jangkauan Melunjur. Murid A, B dan C adalah murid lelaki manakala D dan E murid perempuan. Bil Murid Pra Ujian (Markah) Pos Ujian (Markah) 1. A 26 27 2. B 33 33 3. C 28 32 4. D 30 30 5. E 31 33 Jadual 5 : Data Pra Ujian dan Pos Ujian POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Bahan inovasi ini sangat berpotensi untuk dijadikan bahan bantu perlaksanaan Ujian SEGAK. Selain dapat mendapat bacaan yang tepat, ianya juga berfungsi untuk pelbagai jenis alat jangkauan melunjur. Saya bercadang untuk menyebarluaskan inovasi ini kepada rakan guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan untuk bersama-sama gunakan Alat Bantu Jangkauan Melunjur dalam membantu murid mendapatkan bacaan yang tepat semasa perlaksanaan Ujian 5: Jangkauan Melunjur. 88
PENUTUP Kesimpulannya, guru berharap suatu hari murid dan guru mempunyai suasana pembelajaran yang efektif dengan wujudnya pelbagai jenis inovasi dalam ABM yang dihasilkan oleh guru. 89
Penggunaan Kit Montessori dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Bagi Murid Aras Rendah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran Shirling Wong Simaa Audadi Binti Yusup SMK Kidurong, Bintulu, Sarawak [email protected] , 0128537331 [email protected], 0174580308 SINOPSIS Pendidikan khas merupakan satu program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) dalam Aznan Che Ahmad dan Mohd Zuri Ghani (2011), Pendidikan Khas merupakan satu program pendidikan yang dirancang khas untuk murid-murid istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Murid berkeperluan khas dibahagikan kepada tiga kategori utama, iaitu murid bermasalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran. Murid berkeperluan khas terutama murid bermasalah pembelajaran sering menghadapi pelbagai kekangan dalam proses pembelajaran seperti masalah ingatan jangka pendek, kekurangan fizikal, iaitu dari segi psikomotor kasar atau halus serta kurang tumpuan. Berdasarkan pengalaman mengajar dan pemerhatian sepanjang mendidik Murid Berkeperluan Khas (MBK), kebanyakan MBK yang aras rendah gagal memegang pensel baik untuk menulis mahupun untuk menyurih perkataan atau membaca walaupun dengan bimbingan guru secara individu. Pelaksanaan PdPc yang menekankan latihan pengukuhan secara bertulis kurang berkesan dan memberikan impak yang kurang memuaskan kepada MBK kelas aras rendah. Pelaksanaan kurikulum yang mengandungi unsur dan elemen hands on serta berbentuk permainan lebih menarik perhatian MBK untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi PdPc. Justeru itu, kaedah Montessori yang menekankan aktiviti hands on dan berpusatkan murid telah digunakan. Inovasi Kit Montessori telah mengetengahkan tema "the part to intellectual development is through the hand" di mana tingkah laku kanak-kanak adalah satu usaha untuk muridi mengenali persekitaran dengan menggunakan tangan. 90
Inovasi Kit Montessori ini turut menekankan kaedah “Sensory Teaching and Learning” agar MBK menimba ilmu dan pengalaman serta latihan deria yang berkesan khususnya membantu mereka dalam meningkatkan perkembangan otak kanan dan psikomotor halus Kaedah tersebut amat menggalakkan meta kognitif dan membolehkan MBK menggunakan deria terutamanya sentuhan serta melatih mereka untuk memberikan tumpuan dan meningkatkan koordinasi mata mereka dengan cekap dan sesuai dengan persekitaran pembelajaran. Inovasi Kit Montessori telah menggunakan konsep Flap and Hidden Pictures yang berbentuk self-correcting di mana MBK akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Guru subjek yang menggunakan inovasi Kit Montessori boleh melakukan modifikasi mengikut kesesuaian tajuk dan kemampuan MBK berdasarkan bahan bantu mengajar yang terdapat dalam kit. Dengan ini diharapkan penggunaan Kit Montessori dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dapat memanfaatkan pembelajaran murid aras rendah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran dan melicinkan pengendalian proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) para pendidik. Semua MBK dan guru akan terlibat tanpa mengira aspek kekurangan kerana setiap inovasi dan penambahbaikan yang dilakukan adalah mengikut kesesuaian MBK dan kehendak pembelajaran abad ke-21. Kata Kunci: Murid Berkeperluan Khas (MBK), Montessori, sentuhan, meta kognitif, Kit Montessori, psikomotor halus, Flap dan Hidden Pictures Latar Belakang Projek Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) dalam Aznan Che Ahmad dan Mohd Zuri Ghani (2011), Pendidikan Khas merupakan satu program yang dirancang khas untuk membantu murid-murid istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, emosi atau sosial. Murid Berkeperluan Khas (MBK) merupakan kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa (Samsilah Roslan dan Sheila Devaraj, 2006). MBK dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu murid bermasalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran. Dalam kajian inovasi ini, MBK yang difokuskan adalah murid yang menghadapi masalah pembelajaran kelas aras rendah. 91
Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong telah menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermasalah pembelajaran di mana program ini bertujuan untuk mendidik murid yang mempunyai masalah pembelajaran, yakni mereka yang belum menguasai kemahiran 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul dan lewat perkembangan kognitifnya. Namun, mereka mendapat manfaat daripada pendidikan normal melalui kelas khas yang diwujudkan iaitu dengan menggunakan pelbagai kaedah yang dipilih dan dianggap sesuai dengan tahap dan kategori kefungsian mereka bagi membantu perkembangan minda dan kognitif mereka. Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran merupakan program integrasi kelas-kelas khas bermasalah pembelajaran yang diwujudkan di sekolahsekolah arus perdana. Murid-murid ini telah disaring dan disahkan oleh doktor perubatan dan dirujuk sebagai mempunyai masalah pembelajaran dan ditempatkan dalam kelas khas yang disediakan. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) meliputi kelas khas bermasalah pembelajaran yang diwujudkan dalam sekolah arus perdana yang sedia ada. Kelaskelas ini terletak di bawah tanggungjawab pentadbiran sekolah terbabit. Kelas khas bermasalah pembelajaran ini diketuai oleh seorang Penolong Kanan dan dibantu oleh Penyelaras dan ketua-ketua unit. Selain terlibat dalam aktiviti sekolah, guru-guru kelas khas bermasalah pembelajaran juga terlibat dalam aktiviti peringkat daerah dan aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas negeri masing-masing apabila diperlukan. Kelas khas ini turut mempunyai aktiviti kokurikulum sendiri selain pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (Pendidikan Khas). Secara amnya, kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) berkongsi iklim persekitaran persekolahan yang sama, berkongsi kemudahan fizikal yang sama dan terlibat dalam aktiviti sekolah yang dikehendaki oleh pihak pentadbir sekolah. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong adalah bersaiz besar di mana enrolmen murid pada tahun 2020 berjumlah 90 orang murid, iaitu 89 orang (kelas khas) dan seorang murid inklusif penuh. Kurikulum yang ditawarkan bagi kelas Pendidikan Khas terbahagi kepada dua kurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas Kefungsian Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas Kefungsian Sederhana. Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Keterampilan Diri, Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Sains dan Teknologi. KSSMPK Kefungsian Rendah secara umum memberikan fokus untuk melahirkan MBK yang boleh berdikari dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna. 92