PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : i
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : ii PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN Disunting oleh Nurul Fadly Habidin Tuan Waheda Tuan Chik Ummu Aiman Muhamad Sharon Yong Yee Ong Penerbit Kaizentrenovation Sdn Bhd Tanjung Malim 2020
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : iii Cetakan Pertama Oktober 2020 Hakcipta © 2020 Nurul Fadly Habidin, Tuan Waheda Tuan Chik, Ummu Aiman Muhamad & Sharon Ong Yong Yee Penerbit : Kaizentrenovation Sdn Bhd (1167478-D) Alamat : No A10-1 & A10-2, Gemilang Avenue, Jalan Pulai 1, Proton City, 35900 Tg Malim, Perak Emel : [email protected] Laman Web : https://kaizentrenovationpublishing.com Facebook : Kaizentrenovation Bookstore Tel : 017-5716705 Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan menyalin mana-mana bahagian e-book, ilustrasi dan isi kandungan e-book ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekali pun sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit dan penulis. eISBN 978-967-18546-0-0
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : iv ISI KANDUNGAN Halaman Prakata KEBERKESANAN PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT TERHADAP INTEGRITI BELIA DAN SOSIOEKONOMI NEGARA Nurul Fadly Habidin, Tuan Waheda Tuan Chik, Ummu Aiman Muhamad dan Sharon Ong Yong Yee 1 KERANGKA KONSEP FAKTOR PEMBELIAN TAKAFUL DI KALANGAN KAKITANGAN POLITEKNIK KOTA KINABALU Nirazmilah Sulaiman 6 LITERASI E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PENSYARAH JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK KOTA KINABALU: SATU ANALISIS KONSEPTUAL Norzila Salim dan Darvina Omar 11 KEMAHIRAN PENGURUSAN KEWANGAN DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR TVET KOTA KINABALU Ramdan Ali dan Apidah Amin 18 TREND PENYELIDIKAN BERKAITAN AR-RAHNU DI PERINGKAT GLOBAL Salimah Yahaya, Che Khadijah Hamid, Sakinatul Raadiyah Abdullah, Farahdina Fazial dan Surita Hartini Mat Hassan 23 KERANGKA KONSEP FAKTOR PENENTU PEMILIHAN POLITEKNIK SEBAGAI INSTITUSI PENGAJIAN PERTAMA DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK KOTA KINABALU SABAH Rosmalaily Zainul Abidin dan Noranazizi Abdullah 29 TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP KUALITI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK) BAGI TAHUN 2019 Tuan Rakiza Tuan Mahmud dan Mardinah Haris 34 COVID-19: KESEDIAAN PELAJAR POLITEKNIK SABAH UNTUK KEMBALI KE KAMPUS Aliudin Aziz dan Zulkifli Md Yunus 42
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : v PERSEPSI KESEDIAAN PENGGUNAAN E-LEARNING PELAJAR KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH SESI JUN 2020 : KAJIAN RINTIS Haslina Hashim, Nur Liyana Nasarudin dan Mohd Fitri Ab Rasid 49 PERSEPSI PELAJAR PEKAK POLITEKNIK KOTA KINABALU UNTUK MENJALANI LATIHAN INDUSTRI. SATU TINJAUAN Mohd Redzuan Husaini , Nurhidayati Hassan dan Khasmawaty Morshidi 56 KAJIAN ANALISIS KEPERLUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERHIDMATAN MAKANAN DI POLITEKNIK TAWAU, SABAH Nor Asyikeen Mohammad Amrin dan Tshin Lip Vui 60 KERANGKA KONSEP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN USAHAWAN BUMIPUTERA DALAM SEKTOR PERNIAGAAN DI SABAH Barbara Belinda James, Noor Hazimah Harun dan Norshuhada Norazahar 72 KERANGKA KONSEP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN STRATEGI PEMASARAN PERNIAGAAN SEMPENA PANDEMIK (COVID19) DI MALAYSIA Cherrycia Yoag dan Doreen Sualin 77 KERANGKA KONSEP FAKTOR PENENTU TAHAP PEMAHAMAN KONSEP PEMASARAN DALAM KALANGAN PELAJAR DIPLOMA POLITEKNIK Doreen Sualin dan Cherrycia Yoag 83 KESEDARAN KEPENTINGAN STRATEGI PEMASARAN DALAM KALANGAN PENTERNAK AYAM PEDAGING Doreen Sualin dan Canter S.Bando 88 PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN IR 4.0 : CADANGAN KAJIAN DI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Nor Rafidah Abdul Rahman dan Fauzan Ab. Rahman 93 TAHAP KEPUASAN PELAJAR PERAKAUNAN TERHADAP PEMBELAJARAN TERADUN: SATU CADANGAN KAJIAN DI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS) Fauzan Ab. Rahman dan Nor Rafidah Abdul Rahman 98
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : vi ANALISIS TAHAP KESUKARAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI JUN 2019 BAGI KURSUS ELEKTRONIK DIGITAL Jumriani Nongkang dan Safari Nongkang 103 KERANGKA KONSEP FAKTOR PENENTU PEMBANGUNAN IoT DI POLITEKNIK KOTA KINABALU Jumriani Nongkang dan Safari Nongkang FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN PENSYARAH DALAM PERNIAGAAN ONLINE: SATU PANDANGAN IDEA Bernard Fredrerine dan Azli Syam Awang 108 115 KESEDIAAN PENGETAHUAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK KOTA KINABALU Muzaffar Mohamed Sidin, Mohd Farid Alias dan Noor Intan Tahir 120 PENETAPAN KADAR UPAH SIMPAN DALAM SKIM PAJAK GADAI ISLAM DI INSTITUSI KEWANGAN TERPILIH DI MALAYSIA: SATU KEPERLUAN DALAM MEMBANGUN EKONOMI MASYARAKAT. Anisah Nasib, Siti Nadiah Mohd Sadali @Salim dan Muhammad Solihin Yaakub 127 PENETAPAN KADAR UPAH SIMPAN DALAM SKIM AR-RAHNU DI INSTITUSI KEWANGAN TERPILIH DI MALAYSIA Anisah Nasib 138 KERANGKA KONSEP FAKTOR PENENTU PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DI KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH Norinah Garangon dan Alester G Jakuil 145 FAKTOR PEMILIHAN KURSUS ELEKTIF PELAJAR DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM POLITEKNIK MENURUT PERSPEKTIF PELAJAR Nur Syamsinar Fadhilah Mohamad Jaya, Norhaniza Mohd Noor dan Khairul Azam Elias 150 KECENDERUNGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Sazila Yusof dan Azli Syam Awang KERANGKA KONSEP FAKTOR PENENTU YANG MEMPENGARUHI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR POLITEKNIK Normala Ahmad, Koo Kean Eng dan Norimah Jaludin 161 166
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : vii PRAKATA Artikel dalam ebook ini disumbangkan oleh penyelidik-penyelidik yang telah menjalankan penyelidikan berkaitan Persepsi, Konsep dan Analisis dalam Pengurusan dan Perniagaan. Artikel-artikel adalah berkaitan dengan isu yang merangkumi kepentingan program tanggungjawab sosial korporat terhadap integriti dan sosioekonomi negara, kerangka konsep faktor pembelian takaful di kalangan kakitangan Politeknik Kota Kinabalu, literasi epembelajaran dalam kalangan pensyarah jabatan perdagangan politeknik kota kinabalu: satu analisis konseptual, kemahiran pengurusan kewangan dikalangan pelajar-pelajar TVET Kota Kinabalu, trend penyelidikan berkaitan ar-rahnu di peringkat global, kerangka konsep faktor penentu pemilihan politeknik sebagai institusi pengajian pertama di kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah, tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti kemudahan dan perkhidmatan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) bagi tahun 2019, Covid-19: kesediaan pelajar Politeknik Sabah untuk kembali ke kampus, persepsi kesediaan penggunaan e-learning pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah sesi Jun 2020 : kajian rintis, persepsi pelajar pekak Politeknik Kota Kinabalu untuk menjalani latihan industri. satu tinjauan, kajian analisis keperluan program diploma pengurusan perhidmatan makanan di politeknik Tawau, Sabah, kerangka konsep faktor yang mempengaruhi penglibatan usahawan bumiputera dalam sektor perniagaan di Sabah, kerangka konsep faktor yang mempengaruhi perubahan strategi pemasaran perniagaan sempena pandemik (Covid19) di Malaysia, kerangka konsep faktor penentu tahap pemahaman konsep pemasaran dalam kalangan pelajar diploma politeknik, kesedaran kepentingan strategi pemasaran dalam kalangan penternak ayam pedaging, pengetahuan dan kesediaan pensyarah terhadap pengajaran dan pembelajaran berdasarkan ir 4.0 : cadangan kajian di Politeknik Sultan Azlan Shah, tahap kepuasan pelajar perakaunan terhadap pembelajaran teradun: satu cadangan kajian di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), analisis tahap kesukaran soalan peperiksaan akhir sesi jun 2019 bagi kursus elektronik digital, kerangka konsep faktor penentu pembangunan IoT di Politeknik Kota Kinabalu, kesediaan pengetahuan revolusi industri 4.0 dalam kalangan pensyarah Politeknik Kota Kinabalu, penetapan kadar upah simpan dalam skim pajak gadai Islam di institusi kewangan terpilih di Malaysia: satu keperluan dalam membangun ekonomi masyarakat, penetapan kadar upah simpan dalam skim ar-rahnu di institusi kewangan terpilih di Malaysia, faktor yang mempengaruhi penglibatan pensyarah dalam perniagaan online: satu pandangan idea, kerangka konsep faktor penentu pembudayaan kemahiran keusahawanan di kalangan pelajar kejuruteraan elektrik di politeknik Kota Kinabalu, Sabah, faktor pemilihan kursus elektif pelajar diploma kejuruteraan awam politeknik menurut perspektif pelajar dan kerangka konsep faktor penentu yang mempengaruhi tahap kemahiran generik pelajar politeknik Penyusunan artikel dalam "Persepsi, Konsep dan Analisis dalam Pengurusan dan Perniagaan" dapat menyumbang kepada literatur berkenaan pengurusan serta perniagaan. Daripada Penyunting
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 1 KEBERKESANAN PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT TERHADAP INTEGRITI BELIA DAN SOSIOEKONOMI NEGARA Nurul Fadly Habidin, Tuan Waheda Tuan Chik, Ummu Aiman Muhamad dan Sharon Ong Yong Yee Abstrak Kajian ini adalah berkenaan keberkesanan aktiviti tanggungjawab sosial korporat Tanggungjawab sosial korporat atau lebih dikenali dengan secara umumnya telah diintegrasikan dalam strategi organisasi sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan hubungan dengan masyarakat. Tanggungjawab sosial korporat adalah salah suatu bentuk inisiatif dan strategi yang boleh dilaksanakan oleh organisasi bagi usaha meningkatkan pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan komuniti. Kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan program tanggungjawab sosial korporat terhadap integriti belia dan sosioekonomi negara. Kajian ini akan menggunakan kaedah kuantitatif. Borang soal selidik akan digunakan untuk mendapatkan respon daripada belia. Dapatan kajian dianalisis menggunakan SPSS bagi mengenalpasti keberkesanan program tanggungjawab sosial korporat terhadap integriti belia dan sosioekonomi negara. Kata Kunci: Tanggungjawab Sosial Korporat, Belia, Sosioekonomi Negara Pengenalan Konsep tanggungjawab sosial korporat atau lebih dikenali dengan secara umumnya telah diintegrasikan dalam strategi organisasi sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan hubungan dengan masyarakat. Tanggungjawab sosial korporat adalah salah suatu bentuk inisiatif dan strategi yang boleh dilaksanakan oleh organisasi bagi usaha meningkatkan pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan komuniti. Berdasarkan Sum, Bustami dan Gapor (2012), tanggungjawab sosial korporat boleh meningkatkan sumbangan kepada komuniti termasuk kerajaan, NGO dan masyarakat yang boleh menjana integriti dan sosio-ekonomi negara. Selain itu, para belia perlu ditekankan dengan amalan tanggungjawab sosial korporat dari segi persekitaran, komuniti dan masyarakat, hak asasi pengguna dan penglibatan belia terhadap sosial, alam sekitar dan ekonomi. Dalam usaha untuk menambah elemen pembangunan ke dalam amalan tanggungjawab sosial korporat, para belia perlu diberi penekanan terhadap isu-isu yang melibatkan persekitaran dan masyarakat (Williams, 2007). Dengan adanya amalan tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan oleh para belia memberi impak kepada pembangunan komuniti untuk memberi perhatian kepada usahapembangunan keupayaan kepada masyarakat. Amalan tanggungjawab sosial korporat memberi impak yang positif terhadap para belia kerana belia sebagai agen sosial yang boleh membawa perubahan dalam memajukan masyarakat dan negara (Nwachukwu, 2007). Oleh itu, amalan tanggungjawab sosial korporat memainkan peranan yang penting kepada para belia untuk meningkatkan integriti dan sosio-ekonomi negara dan secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi sosial, alam sekitar dan ekonomi negara. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia merupakan agensi kerajaan yang menguruskan program pembangunan belia bagi memastikan para belia mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab sosial dalam masyarakat. Selain melihat dari aspek masyarakat, para belia hendaklah bertanggungjawab dari segi alam sekitar, sosial dan persekitaran. Dengan itu, amalan
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 2 tanggungjawab sosial korporat merupakan usaha yang boleh diterapkan dalam kalangan para belia bagi menjana integriti dan sosio-ekonomi negara. Tanggungjawab sosial korporat merupakan amalan yang perlu diterapkan oleh para belia bagi meningkatkan kesedaran tanggungjawab sosial terhadap pembangunan negara. Dalam amalan tanggungjawab sosial korporat, dapat meningkatkan hubungan antara masyarakat, persekitaran dan alam sekitar serta sumbangan para belia dalam pembangunan negara. Oleh itu, banyak program boleh dilaksanakan oleh para belia bagi meningkatkan tanggungjawab sosial korporat dalam usaha untuk mencapai peningkatan terhadap sosial, alam sekitar dan ekonomi bagi pembangunan negara. Salah satu tanggungjawab sosial korporat yang boleh dilaksanakan oleh para belia bagimenjalankan program pembangunan belia seperti Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Urusetia Rukun Tetangga dan kebajikan sosial dalam usaha membolehkan program pembangunan belia dilaksanakandengan berkesan. Usaha ini juga selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti yang menggalakkan penglibatan komuniti dalam meningkatkan pembangunan belia (Rahim, 2007). Dengan pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat dapat menggalakkan para belia ke arah kebaikan seperti meningkatkan kebajikan sosial, memperbaiki hubungan masyarakat dan nilai-nilai murni terhadap alam sekitar dan sosial. Di samping itu, tanggungjawab sosial korporat menerapkan budaya etika, nilai-nilai murni dan integriti dalam masyarakat (Salleh, 2013). Berdasarkan Institut Integrasi Malaysia (IIM), para belia digalakkan untuk menggerakkan integriti dan menerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat dengan menjalankan pelbagai program latihan peningkatan integriti seperti seminar, bengkel, ceramah, dan forum bagi memupuk nilai-nilai murni terhadap tanggungjawab sosial korporat. Sebagaicontoh, amalan yang boleh diterapkan dalam tanggungjawab sosial korporat termasuk memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, meningkatkan tadbir urus korporat, memantapkan institusi keluarga dan komuniti dan meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Dengan itu, amalan tanggungjawab sosial korporat membawa kesan positif kepada sosial, alam sekitar dan ekonomi negara. Pertubuhan belia perlu bertindak sebagai agen sosial dalam masyarakat. Ini kerana ia dapat mewujudkan suasana harmoni dan gaya hidup sihat dalam kalangan para belia. Belia merupakan harapan bangsa dan negara. Belia masa kini adalah penyambung warisan kepimpinan dan kecemerlangan negara di masa akan datang. Di samping itu, para belia juga harus berperanan sebagai agen yang mampu untuk membimbing masyarakat ke arah kebaikan dan kesejahteraan. Oleh itu, para belia perlu diterapkan dengan amalan tanggungjawab sosial korporat bagi meningkatkan kesejahteraaan masyarakat dari segi aspek persekitaran, alam sekitar dan komuniti. Tanggungjawab sosial korporat membawa maksud penglibatan secara aktif sektor swasta melalui penyertaan atau sumbangan kepada komuniti yang bertujuan untuk menambah baik kesejahteraan masyarakat. Dalam hal ini sektor korporat boleh memainkan peranan dalam pelbagai bidang merangkumi aspek pendidikan, kesihatan, sosial, alam sekitar dan ekonomi (Suandi et al., 2005). Secara ringkasnya, tanggungjawab ini sekiranya direalisasikan dengan niat murni dan adil pastinya memberi seribu satu manfaat kepada masyarakat terutama kepada para belia. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan program tanggungjawab sosial korporat terhadap integriti belia dan sosioekonomi negara.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 3 Manfaat Tanggungjawab Sosial Korporat Tanggungjawab sosial korporat juga merujuk kepada kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi. Tanggungjawab sosial korporat juga merupakan komitmen bagi mempertingkatkan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan imej organisasi (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, 2015). Ia mampu memberikan satu laluan yang kondusif dan efektif kepada para belia untuk mengamalkan tanggungjawab sosial korporat. Menerusi program-program yang boleh dilaksanakan oleh para belia adalah penganjuran aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti program penajaan, khidmat masyarakat, gotong-royong, kesedaran alam sekitar, gaya hidup sihat dan kebajikan sosial. Dengan itu, para belia dapat diterapkan dengan nilai-nilai murni dan membawa ke arah gaya hidup sihat dalam kehidupan mereka. Manfaat tanggungjawab sosial korporat ini tidak hanya tertumpu kepada aspek masyarakat sahaja tetapi penekanan terhadap penjagaan alam sekitar seharusnya tidak disisihkan (Hashim, 2011). Persekitaran yang bersih dan selesa mencerminkan asas kehidupan rakyat sesebuah negara. Oleh yang demikian, para belia perlu terlibat secara langsung terhadap persekitaran untuk lebih sensitif dalam kehidupan mereka. Pelaksanaan polisi-polisi yang berkaitan dengan alam sekitar boleh diwujudkan bagimengurangkan berlaku masalah pencemaran alam sekitar memandangkan isu ini dilihat begitu serius dalam kerancakan pembangunan negara untuk menuju ke arah negara yang lebih moden dan berteknologi tinggi. Para belia juga perluditekankan dengankesedaran penjagaan alam sekitar bagi mengurangkan isu-isu pencemaran (Sparkes, 2014). Sebagai contoh, mengurangkan pembaziran, mengurangkan penggunaan karbon dioksida, mengamalkan kitar semula dan pembuangan sisa toksik. Oleh itu, para belia perlu menganjurkan program-program yang berkaitan dengan kesedaran alam sekitar supaya masyarakat dapat mengamalkan persekitaran yang baik dalam kehidupan seharian mereka. Dengan itu, para belia bukan sahaja akan dapat menikmati kehidupan di dalam persekitaran yang baik malah akan melahirkan masyarakat yang lebih sihat dan positif. Justeru itu, aktiviti-aktiviti seumpama ini akan dapat mendidik masyarakat untuk lebih bersikap mengambil berat terhadap alam sekitar dan merealisasikan impian membentuk sebuah negara maju berkonsepkan bumi hijau akan terlaksana bagi meningkatkan sosioekonomi negara. Dengan adanya usaha para belia menjalankan tanggungjawab sosial korporat, usaha ini dapat menjana integriti dan sosio-ekonomi. Amalan tanggungjawab sosial korporat amat digalakkan untuk pembangunan negara kerana dapat meningkatkan prestasi alam sekitar, sosial dan ekonomi (Sabri & Yong, 2006). Aktiviti tanggungjawab sosial korporat memberi tumpuan terhadap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau untuk kelestarian alam sekitar. Dengan adanya kesedaran alam sekitar, negara dapat mengurangkan masalah alam sekitar, penjimatan kos alam sekitar, menggalakkan kitar semula dan pemeliharaan alam sekitar. Oleh itu, para belia memainkan peranan penting untuk melaksanakan kesedaran alam sekitar dan amalan penggunaan hijau dalam usaha untuk meningkatkan prestasi alam sekitar dan secara tidak langsung dapat menjana pembangunan negara. Dari aspek sosial, tanggungjawab sosial korporat menitikberat tentang kebajikan sosial terhadap masyarakat. Berdasarkan Williams (2007), tanggungjawab sosial korporat menekankan obligasi polisi, pembuatan keputusan dan memberi kebaikan sosial kepada masyarakat. Dengan penekanan sosial, para belia dapat ditekankan dengan nilai-nilai murni seperti menjaga hubungan dengan masyarakat, mengamalkan gaya hidup sihat, mengelak berlaku jenayah, menjaga kebajikan sosial, mengurangkan kos sosial dan dapat menggalakkan hak sosial dalam kalangan para belia. Amalan tanggungjawab sosial korporat dapat
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 4 menyumbangkan kepada peningkatan prestasi sosial terutama dalam pembangunan negara kerana dapat mengelakkan berlakunya rusuhan, jenayah, rasuah dan kesan negatif kepada para belia. Amalan ini perlu diterapkan oleh para belia supaya dapat meningkatkan kehidupan yang lebih baik terhadap tanggungjawab sosial korporat. Di samping itu, dari aspek ekonomi, tanggungjawab sosial korporat dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara. Pembangunan para belia terhadap pelaksanaan amalan tanggungjawab sosial korporat dapat menjana integriti dan secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi ekonomi (Sum et al., 2012). Sebagai contoh, para belia diberi peluang pekerjaan yang besar dengan mengadakan seminar, bengkel, ceramah, latihan dan kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan supaya dapat dapat mengurangkan masalah pengangguran. Dengan adanya tanggungjawab sosial korporat, usaha ini dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi dalam masa yang sama dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara. Selain itu, amalan tanggungjawab sosial korporat perlu ditekankan dalam semua lapisan masyarakat terutama kepada para belia bagi menjana integriti dan sosio-ekonomi malah dapat meningkatkan prestasi alam sekitar, sosial dan ekonomi ke arah pembangunan ekonomi negara (Wisdom, 2012). Para belia memainkan peranan yang penting untuk melaksanakan amalan tanggungjawab sosial korporat bagi merealisasikan nilai-nilai murni dan etika yang baik supaya kehidupan masyarakat lebih baik dengan adanya amalan gaya hidup sihat oleh para belia. Oleh itu, amalan tanggungjawab sosial korporat dapat membantu para belia menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dari segi persekitaran, alam sekitar, komuniti dan masyarakat, penglibatan para belia dan dapat membantu meningkatkan kebajikan sosial dalam kalangan masyarakat. Secara kesimpulannya, pembangunan belia terhadap tanggungjawab sosial korporat dapat menggalakkan belia untuk cinta kepada tanggungjawab sosial korporat dan pada masa yang sama dapat membantu mereka menerapkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan mereka supaya dapat mengurangkan masalah-masalah sosial atau gejala yang tidak baik seperti jenayah, penyalahgunaan dadah dan rasuah. Bagi mengurangkan masalah gejala yang tidak baik, kerajaan perlu memperbanyakkan program-program yang bermanfaat seperti kempen kesedaran, program belia prihatin, latihan dan kemahiran dan program rakan muda kepada pada belia bagi meningkatkan tanggungjawab terhadap usaha membanteras gejala sosial. Dengan itu, kajian ini dapat membantu para belia untuk melaksanakan amalan tanggungjawab sosial korporat dengan mengamalkan usaha tanggungjawab sosial yang dapat menjana integriti dan sosio-ekonomi negara dalam masa yang sama dapat meningkatkan lagi prestasi alam sekitar, sosial dan ekonomi supaya pembangunan negara dapat ditingkatkan lagi. Kaedah Kajian Kajian ini akan menggunakan kaedah kuantitatif. Borang soal selidik akan digunakan untuk mendapatkan respon daripada belia. Dapatan kajian akan dianalisis menggunakan SPSS bagi menganalisis keberkesanan program tanggungjawab sosial korporat terhadap integriti belia dan sosioekonomi negara. Hasil kajian ini akan digunakan untuk membangunkan model program tanggungjawab sosial korporat bagi belia di Malaysia.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 5 Kerangka Konsep Rajah 1 di bawah menunjukkan kerangka konsep keberkesanan program tanggungjawab sosial korporat terhadap integriti belia dan sosioekonomi negara. Rajah 1. Kerangka konsep Kesimpulan Golongan belia merupakan golongan utama yang mencorak ke arah kemajuan dan pembangunan negara.Golongan belia perlu menpunyai nilai-nilai murni dalam usaha menyumbangkan pembangunan negara dan merealisasikan hasrat negara untuk mencapai Wawasan 2020. Dengan adanya pembangunan belia, para belia perlu diterapkan dengan amalan tanggungjawab sosial korporat bagi meningkatkan pengukuran prestasi sosial, alam sekitar danjuga ekonomi. Para belia juga perlu didedahkan dengan amalan tanggungjawab sosial korporat bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar, kebajikan sosial dan kemasyarakatan dalam kehidupan harian. Di samping itu, pendedahan tanggungjawab sosial korporat dapat melahirkan para beliayang beretika dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka terutama kepada masyarakat. Oleh itu, amalan tanggungjawab sosial korporat memainkan peranan yang penting kepada para belia untuk meningkatkan integriti dan sosio-ekonomi negara dan secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi sosial, alam sekitar dan ekonomi negara. Rujukan Hair, J.F., Ringle, C.M., & Sarstedt, M. (2011). PLS-SEM: indeed a silver bullet. Journal of Marketing Theory and Practice, 19(2), 139-151. Hashim, C.N.M. (2011). Kebajikan masyarakat. Jurnal Kebajikan Masyarakat, 37. http://www.jkm.gov.my Jain, P.M., & Shandliya, V.K. (2013). A survey paper on comparative study between principal component analysis (PCA) and exploratory factor analysis (EFA). International Journal of Computer Science and Applications, 6(2), 373-375. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. (2015). www.nre.gov.my/ Nwachukwu, C.C. (2007). Management theory and practice. Onitsha:Africana-First Publishers. Rahim, S.A. (2007). Media dan identiti budaya: Cabaran media terhadap masyarakat Malaysia di alaf ke-21. Kertaskerja di Sirnposium Kebangsaan Masyarakat Malaysia Isu dan Cabaran Abad Ke 21, Universiti Malaya. Sabri, M.F., & Yong, T.Y. (2006). Tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau pengguna di Petaling Jaya, Selangor.Pertanika J. Soc. Sci. & Hum, 14(2), 95-109. Salleh, M.T. (2013). Membudayakan etika, nilai-nilai murni dan integriti dalam masyarakat Malaysia. Sparkes, S. (2014). Corporate social responsibility: Benefits for youth in hydropower development in Laos. Int Rev Educ, 60, 261-277. doi: 10.1007/s11159-014-9401-9 Suandi, T., Hamzah, A., Tamam, E., Shah, W.M.A., Yaacob, Z., Hamzah, R., & Dahalan, D. (2005). Indeks budaya belia kontemporari dan implikasinya terhadap pembangunan negara. Ringkasan Penyelidikan Universiti Putra Malaysia. Sum, S.M., Bustami, R., & Gapor, S.A. (2012). Usaha tanggung jawab sosial korporat (CSR) dalam meningkatkan keupayaan komuniti: Kajian kes peladangan cili di Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan. Malaysia Journal of Society and Space, 8(5), 1-13. Williams, C. (2007). Management: International students edition, South Western, U.S.A: Thomson Higher Education. Wisdom, S.C. (2012). Corporate social responsibility and youth’s restiveness in oil richniger delta region of Nigeria. Kuwait Chapter of Arabian Journal of Business and Management Review, 1(7), 58-67. Keberkesanan Program Tanggungjawab Sosial Korporat Integriti Belia dan Sosioekonomi Negara H 1
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 6 KERANGKA KONSEP FAKTOR PEMBELIAN TAKAFUL DI KALANGAN KAKITANGAN POLITEKNIK KOTA KINABALU Nirazmilah Sulaiman Abstrak Pada masa kini, masyarakat terdedah dengan pelbagai risiko dalam menjalani kehidupan mereka samada risiko yang dijangka mahu pun tidak dijangka. Islam menyarankan agar umatnya mengambil langkah berjaga-jaga ataupun ikhtiar untuk mengurangkan sebarang risiko. Takaful adalah salah satu konsep insurans yang berlandaskan syariah yang menyediakan pelan perlindungan dan simpanan jangka panjang kepada pelanggannya. Berikutan penularan pandemik Covid-19, pemegang polisi takaful didapati memperolehi pelbagai manfaat bantuan dan perlindungan daripada firma takaful. Sehingga kini, tidak dinafikan terdapat peningkatan permintaan dalam pasaran industri takaful namun masih ramai tidak mempunyai perlindungan takaful. Justeru itu kajian perlu dibuat untuk melihat faktor penentu pemilikan takaful di kalangan masyarakat tempatan selepas penularan wabak Covid-19. Kerangka konsep ini adalah penting untuk mengenal pasti pemboleh ubah-pemboleh ubah yang sesuai untuk kajian di lapangan ini. Kata Kunci: Kerangka Konsep, Takaful, Penjawat Awam. Pendahuluan Industri takaful mula bertapak di Malaysia pada tahun 1980. Industri ini berkembang berikutan keperluan masyarakat islam terhadap insurans yang yang patuh syariah yang mana tidak mempunyai unsur gharar, riba dan maisir. Walaupun industri ini sudah bertapak hampir 40 tahun di Malaysia, namun pemilikan pelan takaful di kalangan masyarakat masih di tahap yang rendah. Laporan Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia mendapati bahawa hanya 15% penduduk Malaysia mempunyai pelan perlindungan insurans dan takaful pada tahun 2019. Kadar ini adalah rendah berbanding sasaran 40% yang ditetapkan. Di dalam sektor awam, kajian mendapati ramai penjawat awam tidak memiliki pelan perlindungan takaful ataupun insurans walaupun mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kepentingannya. Kajian Norunnajjah dan Mohd Safari (2016) mendapati kesedaran terhadap takaful di kalangan penjawat adalah tinggi. Penjawat awam mengetahui kepentingan takaful dan mengakui takaful adalah satu perkara yang terbaik dan wajar dimiliki oleh setiap individu. Namun hasil kajian Norunnajjah dan Mohd Safari (2016) mendapati tidak semua penjawat awam memiliki pelan perlindungan takaful mahupun insurans walaupun mereka sedar tentang kepentingannya. Walau bagaimanapun, gaya hidup dan persekitaran kerja mahupun tempat tinggal masyarakat pada masa kini mendedahkan mereka kepada pelbagai risiko yang tidak dijangka yang boleh mengakibatkan kerugian dari segi kewangan. Salah satu mekanisme kewangan yang dilihat dapat membantu mengurangkan risiko adalah perlindungan takaful. Perlindungan takaful dilihat dapat membantu pelanggan dan warisnya dalam isu pembiayaan seperti penjagaan kesihatan, kematian, dan kehilangan harta benda yang sering memerlukan pembiayaan yang lebih tinggi yang tidak mampu dibiayai oleh simpanan biasa (Mohd Hafizuddin et al., 2019). Susulan penularan Covid-19, kesedaran masyarakat Malaysia dalam pemilikan pelan takaful berkaitan kesihatan dijangka akan meningkat. Masyarakat dijangka lebih cakna dan menghargai pentingnya pelan perlindungan takaful dalam memberikan perlindungan pada masa hadapan. Firma takaful turut menawarkan pelbagai pelan perlindungan dan manfaat tambahan
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 7 bagi membantu pemegang polisi takaful. Selain ini, pihak bank negara juga menawarkan polisi perlindungan takaful yang mampu milik agar semua golongan dapat memperolehi manfaat perlindungan yang terbaik. Namun, di sebalik peningkatan kesedaran kesihatan di kalangan masyarakat pasca Covid 19 dan pelbagai manfaat perlindungan yang ditawarkan, masih ramai lagi individu yang tidak memiliki pelan takaful terutama penjawat awam. Justeru itu kajian perlu dibuat untuk melihat faktor penentu pemilikan takaful di kalangan penjawat awam terutamanya kakitangan di politeknik Kota Kinabalu. Sorotan Kajian Pengetahuan Terhadap Konsep Takaful Tahap pengetahuan pelanggan terhadap produk merupakan salah satu faktor penyumbang dalam pembelian sesuatu produk. Di dalam industri takaful, pelanggan yang mempunyai kefahaman yang jelas berkaitan konsep yang ditawarkan oleh firma takaful lebih mudah menerima produk takaful berbanding pelan insurans yang konvensional. Tahap pengetahuan dan pemahaman dapat ditingkatkan melalui penerbitan buku ataupun brosur berkaitan produk dan perkhidmatan takaful (Masood et al., 2014). Selain itu kempen kesedaran dan promosi dari pelbagai agensi berkaitan seperti firma takaful dan badan kerajaan dapat memberi kesan terhadap pemahaman masyarakat berkaitan produk takaful (Hussin & Maisaroh, 2010). Kefahaman konsep yang jelas berkaitan takaful dan syarat-syarat pematuhan syariah oleh pelanggan mempengaruhi niat pelanggan untuk memiliki pelan perlindungan takaful (Naail dan Norsham, 2014). Dapatan kajian Nor Aini et al. (2016) menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelanggan mempunyai hubungan dengan niat untuk memiliki pelan perlindungan takaful. Ini selari dengan kajian Yussyafiqah et al. (2010) yang mendapati tahap pengetahuan pengguna terhadap pelan perlindungan takaful memberi pengaruh kepada niat untuk memiliki pelan takaful. Yussyafiqah et al. (2010) turut mencadangkan agar agen takaful memainkan peranan dalam memberi penerangan yang tepat dan jelas kepada pengguna tentang konsep dan pelan takaful yang ditawarkan. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H1: Tahap pengetahuan mempunyai hubungan positif dengan pemilikan takaful di kalangan penjawat awam. Tahap Kewangan dan Ekonomi Tahap ekonomi dan sumber pendapatan yang tetap adalah antara faktor lazim yang mempengaruhi pembelian produk. Menurut Hussin dan Maisaroh (2010), individu yang mempunyai pendapatan yang rendah dan tidak stabil tidak berminat untuk membeli pelan takaful walaupun mempunyai kesedaran untuk memilikinya. Ini kerana pendapatan yang diperolehi hanya cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan keperluan hidup yang lain. Premium dan jumlah bayaran tinggi turut memberi kesukaran kepada individu memiliki perlindungan takaful. Kos yang tinggi menyebabkan penjawat awam tidak berminat untuk membeli pelan takaful (Mohd Hafizuddin et al., 2019) Kajian Nor Aini et al. (2016) mendapati bahawa apabila ekonomi dan pendapatan masyarakat berada pada tahap yang baik, maka kebarangkalian mereka untuk membeli pelan takaful adalah tinggi. Dapatan kajian ini turut disokong oleh kajian Nurulhayah et al. (2019) yang membuktikan bahawa tahap kewangan mempunyai hubungan yang positif dengan kesedaran penjawat awam dalam kalangan belia terhadap kepentingan takaful. Justeru itu, kajian ini mencadangkan hipotesis berikut:
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 8 H2: Tahap kewangan dan ekonomi mempunyai hubungan positif dengan pemilikan takaful di kalangan penjawat awam. Kualiti Produk dan Perkhidmatan Firma Takaful Tahap kualiti produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh firma takaful merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pemilikan takaful di kalangan masyarakat. Kajian Lee dan Nooriza (2014) mendapati bahawa faktor perkhidmatan merupakan faktor utama yang mendorong pengguna membeli insurans perubatan dan kesihatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Justeru, produk takaful perlu berkualiti, kompetitif dan berinovasi mengikut kehendak pelanggan (Rubayah et al. 2016). Firma takaful perlu menitik berat dan mempertingkatkan perkhidmatan yang disediakan bagi menarik lebih ramai pengguna untuk membeli takaful perubatan dan kesihatan. Polisi takaful yang ditawarkan oleh pelbagai pengendali takaful mungkin tidak mempunyai perbezaan yang ketara daripada segi sumbangan, manfaat dan barisan polisi yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, kualiti perkhidmatan sebelum dan selepas jualan sesebuah pengendali takaful akan membezakannya dengan yang lain. Oleh sebab itu, pengendali takaful perlu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan sama ada perkhidmatan sebelum atau selepas jualan (Mohd Hafizuddin et al., 2019) Inovasi produk takaful juga perlu sentiasa dijalankan bagi memenuhi tuntutan keperluan masyarakat yang semakin kompleks dan pelbagai (Juliana et al. 2017). Juliana et al. (2017) juga menyatakan bahawa inovasi produk dan perkhidmatan yang berterusan perlu untuk dilaksanakan oleh firma takaful bagi mencipta peluang pasaran baru mahupun menngembangkan pasaran takaful yang sedia ada. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H3: Kualiti produk dan perkhidmatan mempunyai hubungan positif dengan pemilikan takaful di kalangan penjawat awam. Cadangan Kerangka Konsep Berdasarkan kepada perbincangan kajian literatur dan isu semasa, kajian mengenai pemilikan takaful di kalangan penjawat awam perlu dilaksanakan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan tiga pemboleh ubah tidak bersandar dan satu pemboleh ubah bersandar untuk menguji faktor penentu kepada pemilikan takaful di kalangan penjawat awam. Model bagi kerangka konsep yang dicadangkan adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 9 Rajah 1. Kerangka Konsep Kajian Kesimpulan Walaupun terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pembelian pelan takaful, tiga pemboleh ubah yang dibincangkan merupakan antara faktor penting yang mempengaruhi pemilikan pelan takaful. Kajian ini dirasakan perlu kerana kadar pemilikan pelan perlindungan takaful adalah rendah di kalangan penjawat awam (Nuronnajah dan Mohd Safari, 2014). Dapatan kajian ini membantu pengendali takaful untuk mengenalpasti bagaimanakah pemboleh ubah yang dikaji mempengaruhi tindakan penjawat awam dalam membuat keputusan untuk membeli pelan takaful. Selain itu, hasil kajian ini dijangka membantu pengendali takaful mencari inisiatif yang berkesan untuk mempromosikan takaful mereka selari dengan keperluan dan kehendak pelanggan. Berpandukan kerangka yang dicadangkan, institusi takaful boleh menjalankan segmentasi pasaran. Hal ini juga secara tidak langsung dapat membantu institusi insurans dalam memahami tingkah laku pengguna dalam membuat keputusan pembelian takaful. Rujukan Abdullah, M. H. S. B., Yakob, R., & Ruslee, A. A. (2019). Penentu Pemilikan Takaful Mikro Dalam Kalangan Kumpulan Berpendapatan Rendah. Journal of Nusantara Studies, 4(2), 101-125. Ahmat, N., & Sarodin, M. S. (2016). Tahap Kesedaran Penjawat Awam Islam Terhadap Kepentingan Takaful Hayat (The Level Of Understanding Among The Muslim Governnment Sector Employee On The Importance Of Takaful). Journal of Human Capital Development (JHCD), 9(2), 135-148. Arifin, J., Yazid, A. S., & Hussin, M. R. (2014). Demand of family takaful in Malaysia: critical determinant factors examined. International Review of Management and Business Research, 3(2), 982. Aziz, S., Md Husin, M., & Hussin, N. (2017). Conceptual framework of factors determining intentions towards the adoption of family takaful-An extension of decomposed theory of planned behaviour. International Journal of Organizational Leadership, 6, 385-399. Kamil, N. M., & Nor, N. B. M (2014). Factors influencing the choice of "takaful" [Islamic insurance] over conventional insurance: The case of Malaysia, Journal of Islamic Finance, 3 (2), 1-14. Lee, M. Y., & Majid, N. (2014). Faktor yang mempengaruhi pembelian insurans perubatan dan kesihatan di Kuala Lumpur. Journal of Quality Measurement and Analysis, 10(1), 49-58.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 10 Mohamad Idham M. R., Siti Hawa K., Raihan M. G., Paramasivan S. & John P. D. M., Geraldine. 2014. An overview of demand of life insurance in Malaysia. International Journal of Humanities and Social Science 4(4): 244-250 Muhamad, N., Hamid, T. H. A., Hussin, N. L., & Zainon, R. (2019). Kesedaran Penjawat Awam Terhadap Kepentingan Takaful Dalam Kalangan Belia Di Hospital. Journal of Business Innovation, 4(2), 63. Nasir, M. S., Zainuddin, N., & Sahrir, M. S. (2017). Persepsi Pelajar Bukan Muslim terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Islamiyyat: International Journal of Islamic Studies, 39(1). Nurul Syuhadah Yakath Ali (2018). Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Pembelian Takaful Keluarga Dalam Kalangan Penduduk Di Luar Bandar: Kajian Kes Di Kuala Ketil, Kedah. Salamon, Hussin, & Maisaroh Mat Saad. Persepsi Ejen Takaful Terhadap Penyertaan Masyarakat Melayu Dalam Takaful Hayat. Unpublished Thesis. Universiti Teknologi Malaysia (2010). Salman Masood, Sumaira Rahman & Chaudhry Abdul Rehman. 2014. Cognizing Customer Awareness and Perception of Islamic Banking Products in Pakistan. International Journal of Operations and Logistics Management, 3(4), 322-336. Sherif, M. & Azlina Shaairi, N. (2013). Determinants of demand on family Takaful in Malaysia. Journal of Islamic Accounting and Business Research, 4(1), 26-50. Yakob. R., Hamid, S. S. S. & Bunasir. M. A. (2016). Kerangka Konsep: Pemilikan Terhadap Perlindungan Takaful Keluarga. Jurnal Muamalat, 9, 89-105. Yazid, A. S., Ariffin, J., Awang, Z., Daud, W. N. W., Zainol, F. A., Salleh, F., & Hamid, N. A. (2017). Does Education Moderates the Relationship Between Decision Factors and Purchase Decision of Family Takaful Protection in Malaysia. World Applied Sciences Journal, 35(9), 1849-1863. Yunus, Yussyafiqah & Abd. Rahim, Husniyah. (2010). Pengetahuan Dan Persepsi Terhadap Perlindungan Takaful Keluarga. Jurnal Pengguna Malaysia, 15, 65 - 76.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 11 LITERASI E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PENSYARAH JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK KOTA KINABALU: SATU ANALISIS KONSEPTUAL Norzila Salim dan Darvina Omar Abstrak E-pembelajaran pada peringkat pendidikan tinggi menjadi kaedah pembelajaran pada masa hadapan. Ia berupaya mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lebih efektif. Penerimaan e-pembelajaran bukan sahaja untuk menukarkan modul tradisional, kos program dan bilik darjah dalam versi atas talian, bahkan penggunaan teknologi e-pembelajaran boleh menyumbang kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel. Namun, senario semasa mendapati e-pembelajaran belum dilaksankan sepenuhnya dalam kalangan pensyarah Politeknik Kota Kinabalu. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap literasi e-pembelajaran dalam kalangan pensyarah Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Kinabalu. Kajian ini penting bagi merangka pelan aktiviti dan latihan bagi memantapkan lagi kefahaman dalam kalangan pensyarah Politeknik Kota Kinabalu. Kata Kunci: e-pembelajaran, literasi, pengajaran dan pembelajaran Pengenalan Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, keperluan konsep dan mekanisma PdP berasakan teknologi maklumat tidak dapat dinafikan lagi. Konsep ini dikenali sebagai pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran. Kaedah ini merupakan proses transformasi pendidikan konvensional ke dalam bentuk digital samada isi pembelajaran atau sistemnya. Institusi pengajian tinggi di Malaysia tidak ketinggalan dalam mengguna pakai pembelajaran elektronik sebagai sumber proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel sama ada di dalam kelas atau di luar kelas dalam mengadaptasi perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kemunculan gadget dan perkembangan teknologi yang berterusan menjadikan aktiviti pembelajaran menjadi lebih dinamik. Pembelajaran elektronik, atau e-learning, disebut sebagai kaedah PdP yang menggunakan pelbagai aplikasi yang tersedia secara atas talian. Aplikasi ini di rekabentuk dan disesuaikan mengikut model pembelajaran melalui komputer, multimedia, komunikasi jaringan dan teknologi mobil untuk meningkatkan pembelajaran, serta untuk membuat pendidikan dan maklumat lebih mudah diakses oleh semua orang. E-pembelajaran dapat dilihat sebagai gabungan, pelaksanaan dan hubungan aktiviti untuk pembelajaran dan pengajaran melalui media elektronik yang berbeza seperti pembelajaran jarak jauh dan terbuka, dan lain-lain (Tuparova, Tuparov, Karastranova dan Peneva, 2006). Istilah e-learning adalah merangkumi semua aktiviti pendidikan secara segerak (synchronous) atau tidak segerak (asynchoronous) melalui komputer atau alat elektronik lain (Naidu, 2006). E-pembelajaran tidak segerak (asynchoronous) berlaku apabila peserta (pensyarah dan pelajar) tidak dapat dalam talian pada masa yang sama. Sementara itu, epembelajaran segerak (synchronous) yang disokong oleh media dalam talian, oleh itu para peserta mempunyai interaksi dalam masa nyata (Hrastinski, 2008). Selain itu, bahan pembelajaran e-pembelajaran juga mempunyai ciri multimedia seperti audio, visual dan interaktif serta mempunyai capaian bagi bimbingan dan juga perbincangan atas talian. Ianya memberi kemudahan tanpa sempadan kepada pelajar dalam mengikuti proses
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 12 pembelajaran, di samping memupuk etika pembelajaran tinggi apabila belajar tanpa guru, dengan bantuan teknologi. Disamping itu, melalui kaedah e-pembelajaran didapati tenaga pengajar adalah berperanan sebagai moderator iaitu pemudahcara proses PdP agar semua pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam sesi PdP. Rentetan ini, paradigma tenaga pengajar berubah daripada penekanan terhadap aspek pengajaran (teaching) kepada aspek pembelajaran (learning). Namun begitu, menurut Marlia Puteh (2014), Universiti awam Malaysia mempunyai beberapa masalah dalam melaksanakan strategi pengajaran e-pembelajaran antaranya persekitaran kerja yang kurang dorongan dan sokongan, kerisauan terhadap cetak rompak intelektual, latihan teknikal yang tidak mencukupi, peralatan yang tidak mencukupi dan tidak ada insentif untuk inovasi. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap literasi e-pembelajaran dalam kalangan pensyarah Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Kinabalu. Sorotan Kajian Kelebihan dan kelemahan atau cabaran kepada e-pembelajaran Pendekatan PdP melalui e-pembelajaran adalah satu revolusi dalam kaedah penyampaian PdP dan ianya dilihat sebagai satu kaedah pembelajaran alternatif ataupun satu bentuk pembelajaran sokongan kepada pembelajaran tradisional. Perubahan ini seiring dengan perkembangan serta pendedahan teknologi baik kepada pengajar mahupun pelajar. Perlaksanaan e-pembelajaran dalam pendidikan mampu membantu dalam menyediakan ilmu berterusan kerana ilmu dapat disampaikan tanpa had ruang masa serta batas geografi fizikal. Namun begitu, adalah perlu untuk dibincangkan kelebihan dan kelemahan pendekatan e-pembelajaran bagi membolehkan semua pihak yang terlibat baik pengajar ataupun pihak institusi menjadikan ianya sebagai input untuk penambahbaikan e-pembelajaran secara berterusan supaya e-pembelajaran dapat digunakan secara optimum. Antara kebaikan e-pembelajaran yang di bincangkan dalam kajian lepas oleh Foltynek & Motycka (2009) dan Goodson et al. (2016) ialah e-pembelajaran dikatakan dapat mengubah fokus daripada pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Seperti yang diamalkan dalam kaedah pengajaran tradisional kaedah pembelajaran tersebut lebih kepada berpusatkan guru atau pengajar. Ini kerana kebanyakan bahan PdP telah disediakan oleh guru begitu juga jadual mengajar juga telah ditetapkan pelajar hanya perlu hadir ke kelas dan mendengar selain kaedah capaian maklumat juga adalah terhad. Namun bagi epembelajaran perkara sebaliknya akan berlaku kerana penglibatan aktif pelajar diperlukan bagi kaedah ini. Ini kerana dalam melaksanakan dan mengikuti e-pembelajaran pelajar perlu aktif disebabkan proses pembelajaran boleh berlaku di mana-mana serta pelajar juga perlu bijak dalam mengurus masa dalam mengikuti kelas secara atas talian terutama sekali bagi kelas epembelajaran yang dilaksanakan secara “synchronous” atau segerak. Seterusnya kelebihan lain yang dilihat dalam pelaksanaan kaedah e-pembelajaran ini ialah pengajar dikatakan mampu menjadi fasilitator yang lebih efektif kerana e-pembelajaran mewujudkan suasana pembelajaran arahan kendiri yang tinggi sekaligus akan membuka peluang dan ruang kepada pelajar terlibat secara aktif dalam perbincangan PdP (Rubiah & Jamilah, 2009). Oleh itu, peranan pengajar sebagai fasilitator sangat diperlukan dalam proses epembelajaran untuk memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai dan berkesan. Pembelajaran arahan kendiri melalui e-pembelajaran juga memberi kelebihan kepada pelajar. Ini kerana e-pembelajaran melalui kaedah “asynchoronous” iaitu tidak segerak akan memberikan peluang kepada pelajar untuk melaksanakan pembelajaran kendiri iaitu di mana
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 13 pelajar dapat memilih dan menyesuaikan waktu belajar, memilih topik atau isi kandungan pelajaran serta berpeluang untuk mengulang semula topik-topik yang tidak di fahami secara berulang kali sehingga pelajar benar-benar menguasai sesuatu topik atau perkara. (Zahiah & Abdul Razaq, 2010 dan Jaya Kumar, 2001). Disamping itu, menurut Menurut Mohd Zaidil et al. (2002) e-pembelajaran juga mampu meningkatkan pemikiran kritis serta kreatif pelajar dengan berkesan. Ini kerana pelajar akan berusaha untuk mencari maklumat lanjut tentang sesuatu perkara untuk lebih memahami dan membina pengetahuan baru mengenai sesuatu konsep. Perbincangan bersama rakan melalui platform e-learning juga akan menjadikan pembelajaran lebih efektif dan aktif. Namun begitu, e-pembelajaran juga didapati mempunyai kelemahan atau halanganhalangan yang perlu diatasi dan difikirkan baik oleh pengajar mahupun pihak institusi. Antara kelemahan atau halangan kepada pelaksanaan e-pembelajaran yang dibincangkan oleh pengkaji lepas ialah perlunya penguasaan atau pengetahuan dalam penggunaan teknologi. Penguasan dan pengetahuan dalam teknologi penting untuk menghasilkan bahan PdP lebih menarik dan pelbagai dan ia memerlukan kemahiran seperti memuatnaik bahan PdP ke laman web epembelajaran dari masa ke semasa. Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan dalam menghasilkan bahan PdP secara elektronik adalah sangat penting dan perkara ini akan membebankan pendidik yang kurang mahir dalam menggunakan teknologi (Mohamed Noor, 2001) yang akhirnya akan menjadi kekangan kepada pelaksanaan e-pembelajaran. Oleh itu, adalah perlu untuk pengajar didedahkan kepada penggunaan teknologi dalam PdP dengan menyertai pelbagai bengkel atau seminar berkenaan dengan pendedahan teknologi dalam PdP bagi meningkatkan keyakinan pengajar untuk melaksanakan PdP dalam e-pembelajaran. Disamping itu juga kemahiran dalam penyediaan PdP seperti rekabentuk bahan pengajaran e-pembelajaran contohnya seperti kualiti bahan pembelajaran misalnya kandungan e-pembelajaran juga perlu dititikberatkan oleh pengajar. Ini kerana faktor seperti informasi berlebihan, kualiti maklumat dan seumpamanya dalam bahan PdP dikatakan akan menjadi halangan kepada e-pembelajaran dalam kalangan pelajar (Barone & Hawkins, 2001; Schilke, 2001 dan Muhammad et al. 2004). Seterusnya kekangan atau kelemahan lain yang juga perlu diatasi adalah berkaitan dengan infrastruktur dan kemudahan capaian internet. Ini kerana e-pembelajaran bergantung sepenuhnya kepada keupayaan capaian internet. Pendidik sebagai pihak yang menyediakan bahan PdP juga memerlukan capaian internet yang baik bagi membolehkan kerja-kerja penyediaan bahan PdP serta proses memuat naik bahan ke dalam platform e-pembelajaran dilaksanakan. Sokongan capaian internet yang lemah akan menganggu proses e-pembelajaran (Mohamed Noor, 2001). Maka dengan itu, kelengkapan kemudahan yang disediakan oleh institusi terhadap infrastruktur seperti capaian internet adalah menjadi satu perkara asas yang sangat penting dan menjadi sokongan dalam pelaksanaan e-pembelajaran. Capaian internet cekap bukan sahaja menjadi keperluan kepada pengajar sebagai penyedia kepada PdP dalam e-pembelajaran namun ianya juga adalah faktor yang sangat penting kepada pelajar kerana ia akan mempengaruhi kekerapan dan keupayaan pelajar mengekses e-pembelajaran seperti yang dibuktikan dalam kajian oleh Muhammad et al. (2004). Ini kerana pelaksanaan e-pembelajaran sepenuhnya bergantung kepada kecekapan dan keupayaan kepada capaian internet yang maksimum. Dapatan kajian oleh Muhammad et al. (2004) yang menggunakan sampel pelajar IPT di Johor mendapati bahawa 56.5% daripada respondan mempunyai halangan untuk mengekses internet dan didapati bahawa keupayaan pelajar untuk mengekses internet adalah sangat terhad iaitu kurang daripada 5 kali sebulan. Keupayaan dan kebolehan mengekses internet oleh pelajar akan mempengaruhi kekerapan dan kebolehan mengekses e-pembelajaran. (Muhammad et al. 2004).
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 14 Seterusnya kelemahan lain yang akan menjadi cabaran dalam e-pembelajaran ialah seperti halangan persekitaran atau situasi. Menurut Schilke (2001) halangan situasi dikaitkan dengan persekitaran seseorang itu berada. Halangan situasi diterangkan sebagai halangan dengan kerja lain, kekurangan masa belajar atas talian dan juga halangan pengurusan masa (Berge, 2001). Dapatan kajian oleh Muhammad et al. (2004) selari dengan dapatan kajian oleh Berge (2001) yang juga mendapati bahawa faktor seperti pelajar kekurangan masa belajar disebabkan oleh gangguan kerja lain semasa dirumah adalah faktor yang perlu diambil perhatian kerana ianya merupakan halangan situasi yang tertinggi dalam e-pembelajaran dalam kalangan pelajar IPT. Oleh itu, adalah perlu untuk pelajar lebih berdisplin serta cekap dalam pengurusan masa bagi mengatasi halangan situasi yang dibincangkan oleh Schilke (2001) bagi memastikan keberkesanan e-pembelajaran. Dapatan Kajian Lepas E-pembelajaran adalah evolusi pembelajaran yang memudahkan proses pembelajaran sepanjang hayat. Ini kerana e-pembelajaran yang memfokuskan kepada arahan kendiri memberikan kelebihan kepada pembelajaran secara jarak jauh dan ianya didapati lebih relevan, fleksibel dan memberi kebebasan kepada pelajar untuk memulakan pembelajaran pada bila-bila masa berdasarkan keperluan peribadi serta kesesuaian dengan komitmen terhadap keluarga, kerja dan kehidupan sosial mereka (Zoraini Wati, 2008). Mohd Nihra et al. (2007) menyatakan bahawa peranan pensyarah amat penting dalam meningkatkan keberkesanan penggunaan e-pembelajaran. Pelajar mendapati bahan pengajaran yang di muat naik di dalam e-pembelajaran oleh pensyarah membantu mereka mempelajari sesuatu kursus secara kendiri dan menjimatkan kos apabila melaksanakan sesuatu penilaian. Menurut Noraffandy dan Ling (2011) antara kesan lain yang dapat dilihat hasil pelaksanaan epembelajaran termasuklah kepelbagaian inovasi PdP dapat dihasilkan secara langsung menambah keyakinan kepada tenaga pengajar untuk tujuan penyampaian sukatan kursus yang ditetapkan. Menurut Amirudin Mohd et al. (2018) dalam kajian tahap kesedaran pensyarah Politeknik Merlimau berkaitan kaedah e-pembelajaran mendapati e-pembelajaran merupakan salah satu alat bantu mengajar disamping bahan alat bantu mengajar yang lain. Penerimaan positif oleh para pensyarah dibuktikan dengan menghasilkan inovasi pembelajaran secara atas talian seperti penggunaan laman-laman sosial, aplikasi mudah alih dan lain-lain lagi sebagai medium pengantara. Platform CIDOS yang dibangunkan adalah kaedah e-pembelajaran yang dibangunkan khusus bagi kegunaan para pensyarah bagi semua politeknik yang ada di Malaysia ini. Pengkaji tidak menolak CIDOS merupakan sebahagian daripada proses e-pembelajaran dan sedar terdapat banyak lagi produk e-pembelajaran yang boleh diguna pakai selain daripada CIDOS. Analisis dari kajian ini juga mendapati PdP secara atas talian ini dapat memberi kesan positif antaranya proses PdP dapat dijalankan dengan lebih pantas seperti agihan nota rujukan, komunikasi dua hala, latihan dan penilaian serta pelbagai yang lain dapat dijalankan dengan mudah. Para pensyarah dapat menerima elemen terkini pendidikan dengan penghasilan pelbagai inovasi serta impak yang amat mendalam hasil pelaksanaan e-pembelajaran ini. Mohamed Noor (2001) menegaskan, untuk merealisasikan program e-pembelajaran ini, ahli akademik perlu memahami tentang peranan yang harus dimainkan dalam melaksanakan epembelajaran. Menurut Rubiah dan Jamilah (2009), ahli akademik perlu mempunyai kemahiran dalam bidang ICT dan perkomputeran serta perlu menghadiri kursus dan latihan mengenai ICT. Ini kerana konsep sistem e-pembelajaran ialah mengintegrasikan ICT dalam
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 15 sistem pembelajaran. Pelaksanaan e-pembelajaran bukan hanya bergantung kepada alat-alat teknologi baru seperti komputer. Malah perlaksanaannya juga memerlukan kemahiran dalam bidang ICT sepertimana yang didefinisikan oleh Hall dan Snider (2000) iaitu e-pembelajaran sebagai satu proses pembelajaran melalui komputer, Internet dan Intranet. Proses epembelajaran lebih memberi kesan yang positif sekiranya diaplikasikan dalam bentuk latihan dalam talian. Ini menunjukkan kepentingan ahli akademik mengikuti latihan dan meluangkan masa mereka mempelajari bidang ICT jika mereka ingin maju dalam era teknologi. Kajian ini juga menyatakan penggunaan teknologi baru sebagai alat dalam pelaksanaan e-pembelajaran adalah untuk menyediakan keupayaan kepada ahli akademik menjadi fasilitator pembelajaran yang efektif. Ia juga mewujudkan suasana yang menggalakkan pelajar lebih inovatif dan kreatif dalam pembelajaran. Universiti maya perlu mengekalkan kualiti dan legitimasi program akademik yang ditawarkan. Maka cabaran kepada pendidik adalah untuk menyediakan ruang siber bagi menjayakan transformasi pengalaman pembelajaran dari persekitaran sebenar kepada persekitaran pembelajaran secara maya (Zahiah & Abdul Razaq, 2010). Dalam kajian tersebut juga menyatakan salah satu prinsip teori pembelajaran adalah peranan pensyarah membantu pelajar untuk mampu berdikari dan mempunyai arahan kendiri supaya bertanggung jawab berhadap pembelajaran mereka sendiri. Namun begitu pembelajaran kendiri tetap mempunyai masalah seperti sekiranya pensyarah lewat memberi maklum balas terhadap pertanyaan pelajar, boleh menyebabkan pembelajaran tidak mempunyai haluan yang kukuh serta pelajar tidak maju dalam pembelajaran mereka. Ini kerana pensyarah masih lagi merupakan orang yang pakar dan berautomi dari segi bahan kursus pembelajaran. Maka, pensyarah perlu mereka bentuk bahan dan aktiviti pembelajaran yang benar-benar dapat membimbing pelajar kepada situasi pembelajaran persendirian secara atas talian. Selain itu konsep pembelajaran kendiri dan berautonomi bukan bermakna individu belajar secara terasing malahan konsep pembelajaran ini memberi kuasa kepada individu untuk bertanggung jawab terhadap pembelajaran mereka bersendirian dan pada masa sama terlibat secara aktif dengan tenaga pengajar dan pelajar lain. PdP secara online boleh diancam oleh masalah pelajar yang tidak aktif dan kehilangan minat. Keadaan ini boleh disebabkan oleh isu bahawa transmisi maklumat secara maya menyebabkan kehilangan konteks personal antara individu yang terlibat. Menurut Zahiah dan Abdul Razaq, 2010) globalisasi dan teknologi internet telah berjaya mewujudkan senario pembelajaran berterusan. Namun begitu, internet hanyalah teknologi yang memudahkan proses pencarian ilmu pengetahuan dan kemahiran, jika individu tidak menunjukkan minat, maka ia akan gagal meningkatkan kualiti pembelajaran itu sendiri. Penggunaan internet bukan sahaja menjana pengetahuan, idea dan kemahiran baru malah pengupayaan telekomunikasi seperti e-mel, e-chat, sidang video, telesidang dan kebolehan akses kepada pangkalan data telah merevolusi e-pengurusan tanpa kertas. Dari aspek sosioemosi, pembelajaran secara online terutamanya secara tidak serentak(asynchoronous) bukan sahaja mengubah peranan guru, tetapi sangat berfaedah kepada golongan pelajar yang pendiam dan pemalu. Orang yang pendiam dan pemalu mungkin tidak berpeluang untuk memberi pendapat di bilik darjah tradisional, sebaliknya mereka boleh turut serta secara aktif dalam forum perbincangan maya. Kajian oleh Zahiah dan Abdul Razaq (2010) yang mengkaji sistem ‘E-Learning’ yang dibangunkan di Kolej Komuniti mendapati bahawa masalah teknikal seperti teknofobia dan kekurangan latar belakang teknikal perlu diatasi sebelum memulakan program pembelajaran berasaskan teknologi. Apabila kompetensi baik, maka lebih selesa dan mudah menyesuaikan diri dengan e-pembelajaran. Selain itu, pensyarah hendaklah menyediakan pelbagai strategi dan
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 16 mengambil kira tahap pembelajaran yang boleh disesuaikan dengan kepelbagaian latar belakang dan tahap kompetensi sedia ada pelajar. Menurut Azliza et al. (2018) e-pembelajaran sebagai salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran adalah amat bersesuaian bagi menepati kehendak pengajaran dan pembelajaran. Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada sistem ‘E-Learning’ yang dibangunkan serta minat pelajar terhadap fungsi-fungsi di dalamnya, maka sudah tiba masanya ianya digunakan dengan meluas bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Jika pelajar dapat dibimbing untuk menggunakan dengan cara berfaedah maka ianya akan dapat membantu mengurangkan penggunaan elemen negatif yang lain. Penghasilan bahan PdP yang baik dan berkesan perlu dilaksanakan oleh pensyarah untuk mencari bahan yang sesuai yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar bagi mengelakkan kerugian atau mendapat bahan yang tidak bermutu serta tidak mencapai kehendak pembelajaran. Kesimpulan Keupayaan e-pembelajaran yang dinamik kerana boleh diekses tanpa had masa dan batasan geografi fizikal menjadikan e-pembelajaran satu kaedah yang sangat praktis dilaksanakan dengan adanya kemampuan teknologi yang semakin cekap pada masa kini. Namun begitu, bagi memastikan e-pembelajaran dapat dilaksanakan secara menyeluruh adalah penting untuk semua pihak memastikan keperluan ataupun sokongan ke arah pelaksanaan kaedah e-pembelajaran adalah dipenuhi. Faktor penting yang menjadi tunggak kepada pelaksanaan e-pembelajaran baik kepada pihak pengajar mahupun pelajar adalah faktor seperti keupayaan capaian internet. Maka adalah penting bagi intitusi pendidikan menyediakan kemudahan internet serta memastikan bahawa kemudahan capaian internet adalah berada pada tahap maksimum. Selain itu, kesediaan pihak pengajar seperti kemahiran dan pengetahuan kepada teknologi juga adalah menjadi asas penting kepada e-pembelajaran kerana ianya akan membantu pihak pengajar mengendalikan PdP melalui e-pembelajaran dengan lebih yakin serta pihak pengajar juga dapat menyediakan bahan PdP yang kreatif, padat serta berinfomasi serta dapat menyesuaikan PdP dengan kepelbagaian latar belakang dan tahap kompetensi sedia ada pelajar. Oleh itu, kemahiran serta pengetahuan dalam teknologi boleh di tingkatkan dengan adanya latihan secara berterusan yang disediakan oleh pihak intitusi. Selain itu, fungsi pengajar sebagai fasilitator dalam epembelajaran juga penting di samping mereka bentuk bahan dan aktiviti pembelajaran yang benar-benar dapat membimbing pelajar kepada situasi pembelajaran kendiri secara atas talian. Rujukan Azliza Yusop & Normilawati Hassan (2018). Kajian Persepsi Pensyarah Terhadap Aplikasi E-Learning’ Sebagai Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kolej Komuniti Kuantan. Amirudin Mohd, Mohd Rakime Shaffa, & Md Hidayat Abd. Jalil. (2018). Kesedaran, Penerimaan, Keberkesanan Dan Hubungkaitnya Terhadap Perlaksanaan E-Pembelajaran Dalam Kalangan Pensyarah Politeknik Merlimau. Ahmad,M.F.B.,Rashid,K.A.A.,& Elias,M.S."Kesediaan Dan Kesedaran P&P Berasaskan Cidos Di Politeknik." Presented at Prosiding Seminar Kebangsaan Transformasi Pendidikan Teknikal (MyTEDT10,HotelEmerald Puteri, Sungai Petani,Kedah. Barone, O.D. & Hawkins, C.A. (2001). Distributed Education And Its Challenges: An Overview. American Council on Education and EDUCAUSE. Berge, Z.L. (2001). Sustaining Distance Training: Integrating Learning Technologies Into The Fabric Of The Enterprise. Foltynek, T & Motycka, A. 2018. Time Management in E-Learning. https://www.researchgate.net/publication/237226458. Goodson, C.E., Miertschin, S.L. & Stewart, B.L., 2016. Time Management Skills And Student Performance In Online Courses. Computers in Education Journal: 37-48. Hall, B. & Snider, A. (2000). Glossary: The Hottest Buzz Word in the Industry. Learning, 44(4), 85-104.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 17 Hrastinski, S. (2008). A Study of Asynchronous and Synchronous E-Learning Methods Discovered That Each Supports Different Purposes. Educause Quarterly, 4, 51-55. Jaya Kumar C. Koran. (2001). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia Cadangan Pelaksanaan Pada Senario Masa Kini. Kertas Kerja. Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Marlia Puteh. (2014). E-Learning In Malaysian Public Universities: Case Studies Of Universiti Kebangsaan Malaysia And Universiti Teknologi Malaysia. Mohamed Noor, H. (2001). Cabaran Pembelajaran Melalui IT: e-learning dalam Ahmad Zaharudin Idrus. Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Transformasi dan Cabaran UTM, Skudai, Johor. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. Johor. Mohd. Zaidil et al. (2002). Agen Pedagogi Sebagai Tutor: Pemantapan Pemahaman Pelajar Di Dalam EPembelajaran. Prosiding Seminar ICT 2002. Universiti Utara Malaysia, Sintok. Kertas Kerja: 218-224. Muhammad et al. (2004). Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) Di Kalanagan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor. Ist International Malaysian Education Technology Convention: 1123-1128. Naidu, S. (2006). E-Learning A Guidebook of Principles, Procedures and Practices. New Delhi, Commonwealth Educational Media Center for Asia (CEMCA). Nihra, M.H, Norazean, H.J (2007). "Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajarandi kalangan Pelajar Akhir Tahun Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia."Presented at 1st International Malaysian Educational Technology Convention. Noraffandy Yahaya & Ling Ning Ning (2011). Kesediaan Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia -Satu Tinjauan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor, Malaysia. Rubiah Omar,Jamilah Ahmad. (2009) Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik. Jurnal Pendidikan 34,(1), 155-172. Schilke, R.A. (2001). A Case Study of Attrition In Web - Based Instruction For Adults: Updating Garland’s Model of Barriers To Persistence In Distance Educational. Tuparova, D. Tuparov, G. Ivanov, S. Karastranova, E., and Pevena, J. (2006). Teachers ‘attitude towards e-learning courses in Bulgarian universities. Current Developments in Technology-Assisted Education (2006). http://www.formatex.org/micte2006/pdf/1755-1759.pd. Zahiah Kassim & Abdul Razaq Ahmad. (2010). E-Pembelajaran: Evolusi Internet Dalam pembelajaran Sepanjang Hayat. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Zoraini Wati Abas. (2008). Globalisation of education through open distance learning. Dlm Sarjit Kaur, Morshidi Sirat & Norzaini Azman (pnyt.).Globalisation and Internationalisation of Higher Education in Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 18 KEMAHIRAN PENGURUSAN KEWANGAN DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR TVET KOTA KINABALU Ramdan Ali dan Apidah Amin Abstrak Keadaan ekonomi dunia amnya dan ekonomi Malaysia khasnya pasca COVID 19 yang tidak menentu memberikan kesan yang mendalam kepada individu yang bernama tenaga kerja. Kepada para pelajar IPTA dan IPTS serta pelajar-pelajar aliran TVET, mereka memerlukan kemahiran dan keupayaan asas di dalam menguruskan sumber kewangan individu masing-masing. Kekurangan pengetahuan dan kemahiran asas di dalam menguruskan kewangan peribadi memberi kesan kepada kehidupan pelajar-pelajar aliran TVET. Pengurusan kewangan yang tidak efektif akan menyebabkan berlakunya krisis kewangan yang meruncing kepada sesebuah negara dan kepada individu itu sendiri. Tanpa wang yang mencukupi, amatlah sukar kepada kita untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang diperlukan dan dikehendaki oleh kita. Pengurusan merupakan satu praktis sedar dan berterusan bagi membentuk organisasi atau individu ke arah mencapai matlamatnya. Manakala pengurusan kewangan pelajar pula melibatkan aktiviti bagaimana seseorang pelajar itu mendapatkan wang dari pihak yang berkaitan dan membelanjakan semula untuk mencapai matlamat sendiri. Justeru kajian mengenai kemahiran pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar perlu dijalankan. Oleh itu objektif kajian ini mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar-pelajar TVET kawasan Kota Kinabalu. Kajian ini penting untuk membantu seseorang pelajar menguruskan kewangan peribadi dengan baik dan tanpa adanya gangguan kewangan yang boleh menjejaskan proses pembelajaran mereka. Dalam masa yang sama pihak institusi khasnya aliran TVET boleh merangka pelan-pelan tindakan yang dapat membantu pelajar mereka apabila berhadapan krisis kewangan peribadi. Kata Kunci: Pengurusan Kewangan, Rakan Sebaya, Peranan Keluarga, Pengetahuan Kewangan, Kawalan Diri Pengenalan Kemahiran pengurusan kewangan bukanlah isu baru dalam dunia kehidupan seseorang pelajar, malah memang telah lama diberi perhatian oleh pihak yang berkaitan. Ini boleh kita lihat di mana aspek pengurusan kewangan semakin ditekankan di peringkat awal persekolahan malah di peringkat institusi pengajian tinggi dan tidak ketinggalan juga pelajar-pelajar aliran TVET. Salah satu sebab mengapa perkara ini terjadi adalah disebabkan saban hari kes-kes kemuflisan di kalangan belia masih tidak lagi mampu untuk dibendung walaupun adanya usahausaha yang telah dan akan dijalankan oleh pihak yang berkenaan seperti agensi AKPK. Setiap individu akan berasa gerun apabila mendengar istilah “muflis”. Begitu juga golongan belia amnya dan golongan pelajar-pelajar TVET khasnya tidak terkecuali akan berasa takut apabila bakal berhadapan dengan kemuflisan kelak. Lantaran itu aspek kemahiran pengurusan kewangan merupakan salah satu sudut yang penting dan perlu dikuasai oleh semua individu terutama pelajar-pelajar IPTA, IPTS dan lulusan kolej-kolej kemahiran aliran TVET. Ini bertepatan dengan salah satu jurnal yang bertajuk “ Pengurusan Kewangan : Kemahiran untuk semua orang” dalam keluaran Ringgit pada bulan September 2014. Ianya juga disokong oleh kenyataan pengkaji-pengkaji seperti Mohd Mahyuddin (2004) dan Zuriana & Rosniyati (2012). Mereka ini sependapat mengatakan
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 19 peri pentingnya pengurusan kewangan dalam sesebuah organisasi mahupun dalam perniagaan. Antara kebaikan kemahiran pengurusan kewangan kepada seseorang ialah ia akan membolehkan seseorang berupaya untuk mengendalikan dan menguruskan perbelanjaan harian serta dapat membendung daripada berlakunya kebankrapan. Terdapat banyak kajian-kajian lepas yang menjurus kepada pengurusan kewangan di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi sama ada aliran biasa atau aliran TVET. Kajian Abdul Rahman (2016) menjelaskan bahawa literasi kewangan seseorang adalah penentu utama kepada pengurusan kewangan yang efektif bagi seseorang mahasiswa UKM yang berada pada tahap prasiswazah mahupun pascasiswazah. Selain itu, aspek sumber pembiayaan dan pengurusan perbelanjaan yang berkesan juga membantu mempengaruhi amalan pengurusan kewangan yang baik bagi mahasiswa pascasiswazah UKM. Kajian Abdul Rahman (2016) juga dapat membantu mahasiswa di institusi pengajian tinggi dalam mengenal pasti faktor-faktor yang dapat menggerakkan mereka untuk sentiasa peka dalam menguruskan sumber kewangan mereka dengan baik tanpa berlaku sebarang pembaziran. Dalam masa yang sama juga, hasil kajian ini juga diharap dapat membantu pihak universiti dengan kerjasama Kementerian Pelajaran tinggi Malaysia (KPTM) untuk memasukkan sukatan pelajaran berkaitan literasi kewangan dalam sukatan pelajaran lagi setiap bidang pengajian yang ditawarkan di setiap fakulti dalam setiap universiti awam mahupun swasta di Malaysia. Sementara itu, Mansor et al. (2013) mencadangkan agar pihak kerajaan turut serta memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran terhadap pengurusan hutang. Pendedahan mengenai kewangan wajar diberikan kepada golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan. Kaunseling di tempat kerja juga dilihat dapat memberikan maklum balas yang positif terhadap kemahiran menguruskan hutang. Di samping itu, pendidikan kewangan dari akar umbi amat diperlukan. Modul-modul kemahiran kewangan perlu diterapkan terutamanya di peringkat sekolah, universiti, kolej dan institusi pendidikan yang lain. Kesimpulannya, kajian berhubung pengurusan hutang ini dilihat sebagai satu kajian yang dapat memberi manfaat terutamanya kepada pekerja muda. Pekerja muda sering menganggap hutang sebagai perkara yang membebankan, namun jika hutang yang dimiliki mereka dapat diuruskan dengan baik maka senario muflis seperti yang dilihat pada masa ini dapat dihindari. Berdasarkan kepada perbincangan kajian-kajian di atas, pengurusan kewangan yang baik dapat membantu mengurangkan tekanan kewangan seseorang. Walau bagaimanapun kajian perlu dijalankan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar aliran TVET. Ini kerana terdapat kajian mendapati pelajar-pelajar menggunakan wang mereka untuk perbelanjaan bagi aktiviti yang kurang menguntungkan. Sorotan Kajian Lepas (a) Rakan Sebaya Tidak dapat dinafikan pengaruh rakan sebaya memainkan peranan penting di dalam proses membuat keputusan yang berkaitan dengan aspek kewangan. Ini dibuktikan melalui dapatan kajian Dahlia, Rabitah, dan Zuraidah (2009). Dalam kajian Henry, Weber dan Yarbrough (2001) mereka mendapati faktor rakan sebaya merupakan sumber rujukan penting di kalangan remaja ketika dalam proses pemilihan dan pembelian sesuatu produk atau barangan yang hendak dibeli. Kita sedia maklum bahawa komunikasi dua hala di antara rakan sebaya adalah lebih lama berbanding interaksi atau komunikasi dengan ibu bapa pada peringkat awal usia (Brigham et al., 2014). Kita tidak dapat menafikan bahawa pengaruh rakan sebaya itu lebih mendorong pengaruhnya kepada seseorang di dalam membuat keputusan seperti dalam pengurusan kewangan peribadi.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 20 H1: Rakan sebaya mempengaruhi kemahiran pengurusan kewangan (b) Peranan Keluarga Tidak dapat disangkal peranan ibu bapa dalam mempengaruhi kemahiran pengurusan kewangan seseorang remaja pada masa kini. Umum mengetahui bahawa sumber kewangan seseorang kanak-kanak atau remaja itu kebanyakannya berasal daripada ibu bapa mereka. Ini disokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji Dahlia et all.(2009). Kajian lepas oleh Chen dan Volpe (1998) mendapati didikan ibu bapa memberikan kesan kepada tingkah laku pelajar dalam pengurusan kewangan mereka. Faktor didikan keluarga dapat memberi kesan kepada tahap pembangunan kewangan individu dalam sesebuah keluarga. Ini disokong oleh dapatan kajian Mokhtar et all.(2013). H2: Peranan keluarga mempengaruhi kemahiran pengurusan kewangan (c) Pengetahuan aspek kewangan Menurut Bernheim, B., Douglas, D., dan Garrett, M. (2003), pengetahuan tentang pengurusan kewangan boleh mempengaruhi pembuatan keputusan kewangan penting termasuklah pengurusan pembiayaan. Pengetahuan pengurusan kewangan ialah pengetahuan yang mencukupi tentang fakta mengenai kewangan untuk pengurusan kewangan peribadi (Jorgensen, B.L. & Savla, J., 2010) yang berjaya. Pada masa yang sama, ia juga bermaksud keupayaan untuk membaca, menganalisis, mengurus dan berkomunikasi tentang peribadi keadaan kewangan yang memberi kesan bahan kesejahteraan (Ahsan, 2013). Kajian yang dijalankan oleh Rosle et al. (2013) mendapati pengetahuan kewangan oleh seseorang individu mempengaruhi amalan perbelanjaan dalam pendapatan bagi menghadapi senario persaraan. Beliau mendapati bahawa individu yang berpengetahuan berkaitan kewangan dan persaraan memiliki dan menyediakan diri dengan pelbagai pelan kewangan seperti harta tanah, pelaburan dan tabungan. H3: Pengetahuan aspek kewangan mempengaruhi kemahiran pengurusan kewangan (d) Kawalan Diri Kawalan diri adalah keupayaan untuk mengenal pasti dan mengawal emosi serta keinginan seseorang. Ia memenuhi kehendak dan kemahuan, disiplin diri dan keupayaan untuk berbelanja (Beal & Delpachitra, 2003). Tingkah laku dan sikap pengguna dalam kalangan remaja sebenarnya mencerminkan tingkah laku pengguna pada masa hadapan (Mien Nguyen Thi Ngoc & Thao Thran Puong, 2015). Selaras dengan peningkatan kualiti dan taraf hidup masyarakat Malaysia kini, remaja diberikan kebebasan oleh ibu bapa untuk membuat keputusan dalam pembelian bagi memenuhi keperluan mereka sendiri. Akibatnya, kuasa membeli dalam kalangan remaja semakin meningkat dan membeli-belah telah menjadi salah satu hobi bagi mengisi masa lapang (Mandell, 2008). H4: Kawalan diri mempengaruhi kemahiran pengurusan kewangan Cadangan Kerangka Konsep Berdasarkan kepada dapatan-dapatan daripada pengkaji-pengkaji lepas, dapat diwujudkan cadangan kerangka konsep kajian di mana setiap pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dinyatakan adalah adaptasi daripada pengkaji-pengkaji lepas dan disesuaikan mengikut objektif penulisan jurnal kajian ini.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 21 Rakan Sebaya Peranan Keluarga Pengetahuan aspek kewangan Kawalan Diri Kemahiran Pengurusan Kewangan Rajah 1. Kerangka Konsep Kemahiran Pengurusan Kewangan Pelajar TVET Kota Kinabalu Penulis mengemukakan empat pemboleh ubah bersandar dan satu pemboleh ubah tidak bersandar dalam penulisan ini. Pemboleh ubah bersandar pertama dan kedua diadaptasi daripada pengkaji Dahlia, Rabitah, dan Zuraidah (2009). Pemboleh ubah bersandar ketiga diadaptasi daripada pengkaji Bernheim, B., Douglas, D., dan Garrett, M. (2003) manakala pemboleh ubah bersandar kawalan diri diadaptasi daripada Beal & Delpachitra, (2003). Kesimpulan Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kemahiran pengurusan kewangan seseorang individu khususnya pelajar IPTS, IPTS serta pelajar-pelajar aliran TVET.. Banyak tinjauan sorotan kajian yang telah diteliti dan kebanyakannya menunjukkan kepentingan untuk mempunyai kemahiran pengurusan kewangan yang baik agar masalah kewangan dapat dikurangkan dan dalam masa yang sama masalah kebankrapan di kalangan warga pelajar apabila mereka tamat pengajian dan mendapat kerja nanti dapat dielakkan. Dari sudut pengurusan biasiswa pelajar yang berkait rapat dengan pengurusan kewangan, cadangan oleh Abdul Rahman (2016) perlu diambil kira memandangkan sumber pembiayaan memainkan peranan penting kepada mahasiswa pascasiswazah. Diharap institusi- institusi dan kementerian yang terlibat memberikan biasiswa mahupun pembiayaan pendidikan mengambil kira faktor ini ketika merangka strategi, terutamanya berkaitan jumlah pemberian biasiswa kepada mahasiswa pascasiswazah. Di samping itu juga , agensi kerajaan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Kementerian Kewangan Malaysia juga diharapkan untuk turun padang dalam mempromosikan pengurusan kredit dan perbelanjaan di kalangan mahasiswa universiti, terutamanya mahasiswa pascasiswazah serta pelajar-pelajar aliran TVET khasnya di kawasan Kota Kinabalu dan Malaysia amnya.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 22 Rujukan Abdul Rahman, A., & Zulkifly, W. (2016). Faktor Penentu Pengurusan Kewangan: Kes Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (2), 85-94. Ahmad, M. M. 2005. Kajian Pola Pengurusan Kewangan di Kalangan Pelajar yang Menerima Pinjaman Kewangan Perbadanan Tabung Tinggi Nasional (PTPTN) di Universiti Putra Malaysia (UPM) Beal, D., & Delpachitra, S. (2003). Financial literacy among Australian university students. Economic Papers: A journal of applied economics and policy, 22(1), 65-78. Bernheim, B. D., & Garrett, D. M. (2003). The effects of financial education in the workplace: Evidence from a survey of households. Journal of public Economics, 87(7-8), 1487-1519. Brigham, E. F., Houston, J. F., Jun-Ming, H., Yoon Kee, K., & Bany-Ariffin, A.N. 2014. Essentials of Financial Management. 3rd Edition. Cengage learning. Singapore. Chen, H., & Volpe, R. P. (1998). An analysis of personal financial literacy among college students. Financial services review, 7(2), 107-128. Dahlia, I., Rabitah, H. & Zuraidah. 2009. A study on Financial Literacy of Malaysia Degree Students. Cross Cultural Communication 5(4): 51-59. Henry, R.A, Weber, J.G., dan Yarbrough, D. (2001). Money management practices of college students. College Student Journal. 35 (2), 230 -244. Jorgensen, B. L., & Savla, J. (2010). Financial literacy of young adults: The importance of parental socialization. Family relations, 59(4), 465-478. Mansor, M. R., Sapuan, S. M., Zainudin, E. S., Nuraini, A. A., & Hambali, A. (2013). Hybrid natural and glass fibers reinforced polymer composites material selection using Analytical Hierarchy Process for automotive brake lever design. Materials & Design, 51, 484-492. Mohd Mahyuddin Ismail. 2004. Persepsi mahasiswa terhadap pengurusan wang. Kajian kes di kalangan mahasiswa tahun 3 dan 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian Islam). Universiti Teknologi Malaysia. Mohidin, Rosle., Jamal, A. A. A., Geetha, C., Sang, L. T., Karim, M. R. A., & Abdul Karim, M. (2013). Revisiting the relationship between attitudes and retirement planning behavior: A study on personal financial planning. International Journal of Multidisciplinary Thought, 3(2), 449-461. Mokhtar, N.A.A., Sabri, M.F., Hashim, A.H., Rahim, H.A. & Othman, M.A. (2013). Tingkah laku, sosialisasi, tingkah laku dan kompetensi kewangan dalam kalangan kanak-kanak. Jurnal Pengguna Malaysia 21(Disember): 1-15. Zuriana Mohamed & Rosniyati Abd Razak. (2012). Kajian persepsi pelajar terhadap impak kursus pengurusan kewangan peribadi jabatan perdagangan politeknik port dickson. Politeknik Port Dickson.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 23 TREND PENYELIDIKAN BERKAITAN AR-RAHNU DI PERINGKAT GLOBAL Salimah Yahaya, Che Khadijah Hamid, Sakinatul Raadiyah Abdullah, Farahdina Fazial dan Surita Hartini Mat Hassan Abstrak Ahli akademik, pengamal dan pihak berkepentingan percaya bahawa Ar-Rahnu atau pajak gadai Islam sebagai salah satu alat pembiayaan mikro bagi umat Islam. Keperluan yang semakin meningkat untuk mendapatkan perkhidmatan Ar-Rahnu dipengaruhi oleh kesedaran umat Islam mengenai faedah yang diperoleh melalui penggunaan perkhidmatan Ar-Rahnu. Sejajar dengan perkembangan ini, ahli akademik semakin berminat untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang kewangan mikro ini. Bagaimana sebenarnya keadaan perkhidmatan Ar-Rahnu di luar Negara kerana Ar-Rahnu tidak begitu dikenali di luar Negara. Adakah Ar-Rahnu hanya beroperasi di Malaysia? Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengkaji kajian yang diterbitkan berkaitan produk kewangan mikro ini pada peringkat global. Artikel ini dilakukan untuk mengenal pasti trend penulisan atau pengkajian Ar-Rahnu secara global. Ulasan ini adalah yang pertama dilakukan untuk memberi manfaat kepada para sarjana Ar-Rahnu sekarang dan yang akan datang untuk mengenal pasti peluang penyelidikan pada masa hadapan berkaitan bidang ini. Secara khusus masih belum terdapat literatur yang boleh menjelaskan mengenai fenomena tersebut. Oleh itu, satu kajian khas perlu dilakukan untuk mengetahui secara mendalam tentang pasaran Ar-Rahnu di luar Negara. Kata Kunci: Trend, Ar-Rahnu, Pajak Gadai Islam, Pembiayaan Mikro, Global Pengenalan Terdapat banyak kajian yang diketengahkan berkaitan Ar-Rahnu. Namun, tema-tema yang diperbincangkan dalam bahagian kajian lepas masih terhad terutama kajian tentang Ar-Rahnu dari luar Negara secara global. Dalam makalah ini, kajian-kajian berkaitan Ar-Rahnu dari luar negara diselidiki untuk melihat trend pengkajian terkini berkaitan Ar-Rahnu, namun agak sukar untuk mendapatkan kajian mengenai Ar-Rahnu secara global. Hal ini berbeza dengan rujukan bagi kajian-kajian berkaitan pajak gadai konvensional kerana tidak sukar untuk mendapatkan kajian-kajian berkaitan ini, sementelah pajak gadai konvensional telah menjadi institusi kewangan tertua bagi tamadun manusia. Pengkajian tentang ini misalnya telah dilakukan oleh banyak pengkaji sama ada di Negara-negara Barat mahupun di Negara-negara Asia. Sedikit penjelasan dilakukan tentang ini bagi menonjolkan bahawa kepelbagaian kajian tentang pajak gadai konvensional telah banyak dilakukan di pelbagai negara di dunia. Banyak pengkaji Barat menjalankan penyelidikan tentang pajak gadai konvensional dari aspek konseptual dengan melihat kepada operasi, kelebihan dan kepentingan pajak gadai konvensional kepada masyarakat mereka, isu dan cabaran yang dihadapi, kajian perbandingan serta penyelidikan dari prespektif undang-undang. Kajian oleh Comeau dan Klofas (2012) misalnya melihat pajak gadai konvensional dari perspektif undang-undang untuk mewujudkan keseragaman penggunaan perundangan pajak gadai di seluruh kawasan New York. Begitu pula dengan Alegria dan Rempillo (2016) yang mengkaji perundangan pajak gadai konvensional di Filipina dari segi pembayaran cukai oleh pajak gadai yang beroperasi kepada kerajaannya. Sementara itu, Huian (2009) meneliti perundangan pajak gadai konvensional, kewangan dan perakaunan di Romania. Menurutnya, pajak gadai konvensional mendapat keuntungan daripada kadar faedah dan keuntungan daripada penjualan barang gadaian yang tidak dituntut oleh
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 24 peminjam. Berbeza pula dengan Zhou (2010) yang menerangkan kepentingan pajak gadai konvensional dalam membantu usahawan mendapatkan modal bagi menjalankan aktiviti keusahawanan kecil di China, manakala Lao (2005) mengkaji tentang diskriminasi harga yang apabila pajak gadai konvensional di Las Vegas memajak harga berdasarkan nilai cagaran. Terdapat pelbagai penyelidikan yang telah dilakukan mengenai pajak gadai konvensional dan dibincangkan dari pelbagai perspektif. Kebanyakan pengkaji percaya bahawa pajak gadai konvensional membantu masyarakat yang mengalami masalah kewangan dan yang tidak layak mendapat pinjaman bank. Namun begitu isu-isu yang ditimbulkan dalam kajian pajak gadai konvensional banyak menjurus kepada undang-undang yang diguna pakai, selain tidak menyentuh langsung tentang aspek syariah. Kajian-kajian pajak gadai secara globalnya menekankan aspek kadar faedah, kecurian barang gadaian, walaupun tidak menafikan bahawa pajak gadai konvensional membantu masyarakat mendapat pinjaman tunai dengan mudah. Namun, kajian berkaitan trend penyelidikan berkaitan Ar-Rahnu diperingkat global belum ditemui setakat ini. Oleh sebab itu kajian ini dijalankan bagi mengetengahkan kajian-kajian arRahnu diperingkat global secara lebih khusus dan mendalam. Kajian Ar-Rahnu Di Peringkat Global Kajian Ar-Rahnu di peringkat global secara keseluruhannya masih lagi rendah. Hal ini disebabkan hanya beberapa negara sahaja yang melaksanakan Ar-Rahnu. Dalam pada itu ArRahnu merupakan produk kewangan Islam yang masih baru dan belum diperluaskan secara global. Lantas, belum terdapat sebarang petanda bahawa negara-negara Barat terutamanya di Eropah telah mula memperkenalkan Ar-Rahnu kerana tidak ditemui sebarang kajian tentang ini. Jika ada sekalipun hanya beberapa kajian dari India, Negara Arab dan Indonesia. Kajian pelaksanaan Ar-Rahnu di Negara India India Utara merupakan antara negara yang telah melaksanakan Ar-Rahnu walaupun masyarakat Islam hanyalah golongan minoriti. Hal ini dibuktikan melalui kajian Khan dan Nisar (2004). Menurut mereka, operasi Ar-Rahnu di Utara India terdapat lima buah institusi dana Islam yang telah menawarkan perkhidmatan ar-Rahnu kepada masyarakat di India iaitu Muslim Fund Najibabad, Muslim Fund Deoband, Muslim Fund Nehtaur, Muslim Fund Kiratpur dan Muslim Fund Sherkot. Kelima-lima institusi tersebut bertanggungjawab menyediakan bantuan kewangan kepada golongan miskin sama ada masyarakat Islam mahupun bukan Islam berdasarkan cagaran dalam bentuk barang perhiasan. Jika dilihat dari segi operasinya, tidak berbeza dengan Ar-Rahnu di Malaysia yang juga diwujudkan untuk membantu masyarakat Islam dan mengambil cagaran dalam bentuk barang kemas. Kajian pelaksanaan Ar-Rahnu di Negara Arab Selain itu, negara Arab juga telah lama melaksanakan ar-Rahnu. Namun kajian berkaitan pelaksanaan di negara tersebut agak kurang. McMillen (2000) telah mengkaji pelaksanaan ArRahnu di Negara Arab dari perspektif pengoperasian. Berdasarkan kajian beliau Ar-Rahnu di negara Arab membolehkan individu atau syarikat besar menggunakan aset alih seperti cagaran peralatan besar untuk pelbagai urus niaga. Kaedah pembiayaan bercagar seupama ini juga diguna pakai di Malaysia, namun cagarannya adalah dalam bentuk aset yang berasaskan pelaburan yang lebih besar dan dalam tempoh pinjaman yang lebih lama.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 25 Kajian pelaksanaan Ar-Rahnu di Negara Indonesia Indonesia merupakan negara Asia Tenggara yang agak kedepan dalam melaksanakan ArRahnu. Organisasi Ar-Rahnu di Indonesia lebih maju dalam mengamalkan Ar-Rahnu. Hal ini terbukti dengan banyaknya kajian berkaitan ar-Rahnu di Indonesia ditemui. Antara isu yang sering difokuskan dalam beberapa kajian Ar-Rahnu di Indonesia adalah isu operasi dan pelaksanaan Ar-Rahnu, isu hukum dan pandangan ulama terhadap pelaksanaan Ar-Rahnu dan isu penerimaan pengguna terhadap Ar-Rahnu di Indonesia. Isu berkenaan operasi dan pelaksanaan Ar-Rahnu di Indonesia dibincangkan dalam beberapa kajian, antaranya Rinatamin (2011) mengatakan, pengurusan Ar-Rahnu di Indonesia merangkumi empat aspek iaitu perencanaan, pengorganisasian, pelaksanaan dan pengawasan. Beliau mendapati, ArRahnu dijalankan dengan cukup baik walaupun terdapat kekurangan pada struktur organisasinya. Susilowati (2008) mendapati Ar-Rahnu di Semarang, Indonesia dilaksanakan mengikut syariat yang digariskan Islam apabila pengguna hanya perlu membayar upah simpan sebagai jaminan untuk memelihara barang gadaian. Selari dengan pandangan Natalia (2009) yang turut bersetuju bahawa Ar-Rahnu mengamalkan prinsip-prinsip Islam sebagai agama yang dianuti oleh majority masyarakat Indonesia. Menurut Dahlina (2005) operasi gadaian di Bank Negara Indonesia (BNI) Unit Syariah Cawangan Medan juga dilaksanakan mengikut landasan Islam. Namun, Bank Muamalat Cawangan Medan masih belum melaksanakan Ar-Rahnu sepertimana Bank Muamalat Indonesia Pusat yang telah melaksanakan Ar-Rahnu. Beliau merumuskan bahawa sistem gadaian yang mengikut syariah di Indonesia masih belum dilaksanakan sepenuhnya, walaupun penduduk di Indonesia majoritinya beragama Islam. Operasi Ar-Rahnu di Indonesia terbahagi kepada tiga jenis produk iaitu pertama, penyaluran pembiayaan secara gadaian emas biasa. Kedua, pembiayaan untuk kegiatan keusahawanan kecil yang dikenali sebagai pembiayaan ARRUM (Ar-Rahnu untuk Usaha Mikro Kecil). Ketiga, pembiayaan murabahah iaitu penjualan emas oleh Ar-Rahnu kepada masyarakat secara ansuran atau tunai dalam tempoh tertentu. Produk ini dinamakan sebagai MULIA (Murabahat Logam Mulia untuk Pelaburan Abadi). Pembiayaan MULIA dengan akad murabahah dan rahn di Ar-Rahnu sesuai dengan hukum Islam (Mukhlas, 2010). Namun, menurut Natalia (2009) prinsip mudarabah dalam Ar-Rahnu masih tidak dapat dipastikan sama ada pembiayaan tersebut sesuai dengan prinsip syariah atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, beliau tetap mengatakan bahawa Ar-Rahnu masih mengamalkan prinsip-prinsip syariat Islam sebagai agama yang dianuti oleh majoriti masyarakat Indonesia. Kenyataan ini disokong oleh Salamon (2009), tentang masyarakat Indonesia yang majoritinya beragama Islam sangat memerlukan Ar-Rahnu yang menerapkan prinsip-prinsip Islam. Beliau mendapati 97 peratus masyarakat bersetuju mengenai aspek halal menjadi pertimbangan utama mereka untuk memilih sesuatu produk. Justeru, aspek halal menjadi faktor utama dalam menentukan pemilihan masyarakat yang mahukan kehidupan yang berlandaskan syariah Islam. Keadaan ini dilihat bahawa kebanyakan kajian-kajian lepas mengenai Ar-Rahnu di Indonesia memfokuskan perbincangan tentang aspek pertimbangan halal dan haram pelaksanaan Ar-Rahnu. Selain itu, terdapat kajian yang mendedahkan tentang isu hukum dan pandangan para ulama berkenaan masalah penggunaan barang gadaian (al-marhun). Kajian yang dijalankan di Ar-Rahnu Makasar, Sulawesi Selatan oleh Yunta (2007) mengemukakan tentang perselisihan pendapat oleh para ulama tentang masalah pemanfaatan harta gadaian sama ada oleh al-rahin (peminjam) atau al-murtahin (pemberi pinjaman). Menurut kajian tersebut, sebahagian ulama membolehkan pemanfaatan harta gadaian oleh al-rahin kerana al-rahin merupakan pemilik harta tersebut, manakala al-murtahin tidak dibenarkan memanfaatkan harta gadaian melainkan harta gadaian tersebut terdiri daripada haiwan yang boleh ditunggangi atau diperah susunya
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 26 mengikut jumlah kos yang dikeluarkan oleh almurtahin. Namun, kenyataan tersebut disangkal oleh Maulidia (2003) tentang pendapat oleh Imam Ahmad Ibn. Hanbal bahawa al-murtahin boleh mendapatkan manfaat daripada objek yang dicagarkan walaupun tidak mendapat kebenaran daripada al-rahin. Walau bagaimanapun ia hanya khusus kepada objek gadaian yang boleh ditunggang dan diperah susunya seperti haiwan ternakan. Menurut Maharani (2009), persaingan dalam perniagaan pajak gadai sangat tinggi di Indonesia dengan munculnya banyak pesaing. Justeru, penting kepada institusi Ar-Rahnu menjaga reputasi mereka dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Kajian Muis (2008) berpendapat, penting kepada ArRahnu meningkatkan strategi promosi akibat daripada persaingan yang semakin meningkat daripada pelbagai institusi Ar-Rahnu termasuk pajak gadai konvensional. Beliau bersetuju bahawa strategi promosi melalui jualan sendiri dengan menyebarkan brosur kepada masyarakat adalah lebih efektif dan berjaya. Khoiriyah (2010) mengatakan, kunci utama untuk berjaya dalam persaingan adalah dengan meningkatkan penerimaan pengguna melalui penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna. Penemuan kajian tersebut bersetuju bahawa kualiti layanan kakitangan Ar-Rahnu berpengaruh terhadap peningkatan jumlah pengguna. Kajian Wakhyudin dan Rais (2009) juga bersetuju tentang pentingnya faktor layanan kakitangan yang baik apabila masyarakat bukan Islam menggunakan Ar-Rahnu kerana faktor layanan yang baik dan bukan disebabkan oleh pengaruh agama. Kajian oleh Hasanah (2010) pula menentukan tahap kepuasan pengguna menggunakan enam model dimensi kualiti perkhidmatan iaitu kepatuhan, jaminan, kebolehpercayaan, ketara, empati dan responsif. Hasilnya, beliau mendapati pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan Ar-Rahnu. Masyarakat juga dikatakan mempunyai penerimaan yang baik terhadap Ar-Rahnu. Misalnya kajian oleh Yulisia (2010) mengatakan, responden rata-rata bersetuju bahawa ArRahnu memberi kemudahan kepada pengguna kerana hanya perlu membayar jumlah pinjaman yang diambil berserta dengan upah simpan. Beliau mendapati, 62 peratus responden bersetuju untuk menggunakan Ar-Rahnu bagi mendapatkan sumber kewangan dengan cepat, manakala 92 peratus reponden bersetuju untuk menjauhi riba, gharar dan maysir. Keadaan ini menunjukkan responden mempunyai pengetahuan dan kepercayaan untuk memilih Ar-Rahnu. Kajian ini disokong dengan kajian Thaker et. al., (2020) bahawa peratus penerimaan masyarakat terhadap pelaksanaan ar-Rahnu sangat tinggi pada masa kini. Keadaan ini membuktikan ar-Rahnu telah mendapat tempat dihati masyarakat terutamanya masyarakat Islam di Nusantara. Selain itu, Pradhanawati (2011) juga merujuk kepada isu yang sama iaitu tentang penerimaan pengguna terhadap Ar-Rahnu. Menurut kajian tersebut, faktor utama pengguna memilih Ar-Rahnu cawangan Kota Semarang, Indonesia disebabkan faktor agama iaitu operasinya yang bebas daripada riba dengan peratusan sebanyak 38 peratus. Turut dinyatakan dalam kajian tersebut mengenai 72 peratus responden memahami syarat, prosedur dan proses gadaian, manakala 54 peratus responden bersetuju bahawa masyarakat mempercayai institusi kewangan berlandaskan agama. Hal ini dilihat selari dengan pandangan Shabbir (2020) bahawa ar-Rahnu merupakan produk kewangan Islam yang bebas riba dan boleh memotivasikan masyarakat supaya tidak membebankan diri dengan kadar bunga yang tinggi. Kepercayaan masyarakat terhadap produk kewangan Islam ini semakin meningkat dan ini secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah pembiayaan yang dapat disalurkan kepada masyarakat. Selari dengan pandangan Purnomo (2012) bahawa pendapatan Ar-Rahnu dan jumlah pengguna mempengaruhi secara signifikan terhadap pengagihan pembiayaan oleh ArRahnu. Rentetan itu, Maharani (2009) mencadangkan agar lebih banyak cawangan Ar-Rahnu dibuka di kawasan-kawasan perumahan, pasar-pasar dan daerah-daerah yang strategik bagi mendekatkan lagi Ar-Rahnu kepada masyarakat. Usaha ini dapat memaksimumkan pemasaran
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 27 terutamanya penyaluran pembiayaan kepada aktiviti keusahawanan kecil dan seterusnya dapat bersaing dalam perniagaan pajak gadai. Kesimpulan Kesimpulannya, penyelidikan dan perbincangan mengenai instrumen kewangan Islam ini masih terhad di peringkat global. Namun begitu, di Indonesia kajian-kajian berkaitan ar-Rahnu agak banyak. Hal ini menggambarkan Indonesia lebih maju dan terkehadapan dalam melaksanakan pembiayaan mikro berjangka pendek ini. Berdasarkan kajian tentang Ar-Rahnu di Indonesia, kebanyakan pengkaji Ar-Rahnu di Indonesia membincangkan isu-isu yang hanya terhad kepada isu operasi dan pelaksanaan Ar-Rahnu yang diteliti dari perspektif hukum. Masih banyak ruang untuk dibincang dan dikaji seperti faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan pengguna dan masyarakat terhadap pelaksanaan Ar-Rahnu, cabaran dan halangan pelaksanaan dan sebagainya. Jika ada pun hanya terhad kepada satu atau dua kajian sahaja. Tidak banyak diketahui tentang pendedahan Ar-Rahnu dari Negara-negara luar. Kewujudan Ar-Rahnu di Negara-negara Arab juga tidak diketahui akibat kajian literatur dari wilayah tersebut tidak ditemui. Galakan untuk pengkaji-pengkaji luar secara global untuk menerbitkan makalah berkaitan Ar-Rahnu perlu dilakukan agar instrumen kewangan Islam ini mampu diperkembangkan ke serata Negara dan mampu memberi manfaat kepada dunia sejagat. Oleh itu, kajian ini dapat dijadikan panduan kepada kepada penyelidik baru untuk meneroka kelompangan kajian berkaitan ar-Rahnu diperingkat global mahupun pengkhususan di negaranegara tertentu. Rujukan Alegria, J. P. R., & Rempillo, M. G. (2016). Taxation of Pawnshop in the Philippines and in the ASEAN Region. NTRC Tax Research Journal, 28 (2), 1-33. Comeau, M., & Klofas, J. (2012). An Analysis of Pawn Shops: Legislation Series: Overview of Article 5 of the General Business Law. Criminal Justice. Center for Public Safety Initiatives. Diakses darihttps://www.rit.edu/cla/ criminaljustice/ sites/ rit.edu.cla. criminaljustice/ files/ docs/ Working Papers /2012/2012-12.pdf pada 3 April 2017. Dahlina, R. (2005). Kedudukan Lembaga Gadai Syariah (Ar-Rahn) Dalam Sistem PerekonomianIslam: Study Di Bank Muamalat Indonesia Cabang Medan Dan BNI Unit Syariah Cabang Medan. Tesis Sarjana, Universitas Sumatera Utara, Medan. Hasanah, M. (2010). The Influence Of Service Quality Towards Pegadaian Syariah Customer Satisfaction. Kertas Projek Sarjana Sains (pengurusan), Universiti Utara Malaysia. Huian, M. C. (2009). Some Considerations on Accounting for Pawnshops in Romania. Kertas prosiding dibentangkan di Munich Personal RePEc Archive (MPRA), Munich. Khan, J., A. & Nisar, S. (2004). Collateral (Al-Rahn) as Practiced by Muslim Funds of North India. Journal Islamic Economic, 17(1), 17-34. Khoiriyah, M. (2010). Analisis Pelayanan Perum Pegadaian Syariah Terhadap Loyalitas Konsumen (Studi Pada Pegadaian Syariah Di Cabang Malang). Tesis Sarjana Ekonomi Fakulti Ekonomi (Pengurusan), Universitas Islam Negeri (UIN), Malang, Indonesia. Lao, J. (2005). Unexplained Pawn Pricing Behavior: A Study of Las Vegas Pawnshops. Michigan Journal of Economics, 19(1), 63-80. Maharani, R. A. (2009). Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Transformasional dengan Stres Kerja Pada Karyawan di Kantor Wilayah Perum Pegadaian. Tesis Sarjana Psikologi, Universitas Islam Indonesia,Yogyakarta. Maulidia. L. R. (2003). The Optimizing of Rahn Service for the Development of IslamicBanking in Indonesia. Journal of Islamic Economics, 4(2), 169-179. McMillen, M. J. T. (2000). A Rahn-Adl Collateral Security Structure for Project and Secured Financings. Paper presented at The Third Harvard University Forum on Islamic Finance: Local Challenges, Global Opportunities Boston: Center for Middle Eastern Studies, Harvard Islamic Finance Information Program, Harvard University. Muis, B. (2008). Implementasi Strategi Pemasaran Pada Perum Pegadaian Cabang Kepanjen Malang. Tesis Sarjana Ekonomi, Universitas Islam Negeri (UIN) Malang, Indonesia.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 28 Mukhlas. (2010). Implementasi Gadai Syariah dengan Akad Murabahah dan Rahn (Studi di Pegadaian Syariah Cabang Mlati Sleman Yogyakarta). Ijazah Sarjana. Ilmu Hukum, Universiti Sebelas Maret, Surakarta, Indonesia. Natalia, D. (2009). Pegadaian Syariah: Teori dan Aplikasinya pada Perum Pegadaian di Indonesia.Tugasan Akhir Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Institut Pertanian Bogor, Indonesia. Pradhanawati, A. (2011). Potensi dan Preferensi Terhadap Perilaku Memilih Pegadaian Syariah. Jurnal Bisnis dan Manajemen, XII(1), 1-7. Purnomo, A. (2012). Pengaruh Pendapatan Pegadaian, Jumlah Nasabah, dan Tingkat Inflasi TerhadapPenyaluran Kredit Pada Perum Pegadaian Syariah Cabang Dewi Sartika Periode 2004-2008. Diakses daripada http://www. gunadarma .ac.id/ library / article/ graduate/ economy/ 2009/ Artikel _20205019. pdf pada 16 Januari 2013. Rinatamin, C., P. (2011). Aplikasi Manajemen Kredit Dalam Menjaga Efektifitas Penyaluran Kredit Pada Pegadaian Syariah: Studi Pada Pegadaian Syariah Cabang Kediri. Tesis Sarjana Ekonomi, Universitas Islam Negeri (UIN), Malang, Indonesia. Salamon, S. (2009). Sistem Pegadaian Konvensional dan Syariah dalam Memberikan Pelayanan Pembiayaan MasyarakatKotaPalu.Diakses daripada http://www.badilag. net/data/ ARTIKEL /Sutrisno%20Salomon ,%20WKPA%20Bungku.pdf pada 16 Januari 2013. Shabbir, M. S. (2020). Informal shariah pawnshop in the traditional markets of Surakarta. Journal of Islamic Marketing, 11(2), 269-281. Emerald Publishing Limited 1759-0833. DOI 10.1108/JIMA-09-2017-0097. Susilowati, T. P. (2008). Pelaksanaan gadai dengan sistem syariah di Perum Pegadaian Semarang (Tesis Sarjana, Semarang, Indonesia). Thaker, H. M. T., Khaliq, A.,Thaker, M. A. M. T., Pitchay, A. A., & Sakaran, K. C. (2020). Drivers of Ar-Rahnu (pawn) acceptance: Malaysian evidence. Journal of Islamic Marketing. Emerald Publishing Limited 1759-0833 DOI 10.1108/JIMA-08-2019-0161. Wakhyudin, & Rais, S. (2009). Pengembangan Pegadaian Syariah di Indonesia dengan Analisis SWOT. Jurnal Pengembangan Bisnis dan Manajemen, IX(14). Yulisia, C. S. A (2010). Examination the Demand of Ar-Rahnu / Islamic Pawn Broking Services in Indonesia. Kertas kerja dibentangkan di International Conference on Business and Economics (ICBE). Yunta, A. H. D. (2007). Hukum Pemanfaatan Harta Gadaian (al- Marhun) dan Aplikasinya dalam Pegadaian Syariah di Makassar Sulawesi Selatan. Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zhou, L. (2010). Pawn Financing: One of Viable Financing Channels For SMEs in China. Sei of Blue Mountain. Orient Academic forum. Diakses dari http://www.seiofbluemountain.com/upload/product/201012/4- Z12.pdf pada 3 April 2017.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 29 KERANGKA KONSEP FAKTOR PENENTU PEMILIHAN POLITEKNIK SEBAGAI INSTITUSI PENGAJIAN PERTAMA DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK KOTA KINABALU SABAH Rosmalaily Zainul Abidin dan Noranazizi Abdullah Abstrak Di Malaysia, penubuhan institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta semakin banyak memberi peluang yang luas kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf dengannya. Program-program yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi pada masa kini lebih menjurus kepada permintaan pasaran semasa dan juga permintaan daripada pihak industri. Banyak institusi awam tidak lagi menjadi pilihan pertama pemohon. Senario ini dapat dilihat apabila banyak institusi pengajian seperti kolej swasta banyak dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan, seolah-olah bidang yang mereka tawarkan lebih memenuhi permintaan pekerjaan masa kini. Namun, statistik kemasukan ke Politeknik Malaysia dilihat masih tinggi sehingga melebihi kuota pengambilan. Timbul persoalan, apakah sebenarnya yang mendorong mereka berminat untuk menyambung pengajian di Politeknik. Justeru, kajian ini dijalankan bagi membincangkan beberapa faktor yang dianggap sebagai faktor yang mempengaruhi pemilihan politeknik sebagai institusi pengajian pertama di kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah. Kajian ini dapat membantu dan memberi gambaran sebenar kepada pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam mencapai visi dan misi Pelan Strategik Politeknik Dan Kolej Komuniti 2018-2025. Kata Kunci: Politeknik, Pemilihan, Pilihan Pertama, Faktor Penentu, Institusi Pengajian Tinggi Pengenalan Pendidikan tinggi di Malaysia semakin berkembang dengan pesat di mana dengan adanya pertambahan bilangan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Ini telah memberikan banyak pilihan kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf dengannya untuk memilih mana-mana IPT yang sesuai dengan kehendak mereka. Menurut Nurzatil Ismah et al (2015), pemilihan tempat untuk melanjutkan pelajaran merupakan suatu perkara yang penting. Ia akan memberi kesan jangka panjang kepada pelajar. Pelajar akan menghabiskan masa yang lama dalam tempoh pengajian, menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Pemilihan tempat yang tepat berdasarkan keperluan semasa, minat pelajar dan taraf sesuatu universiti amat penting dalam membantu pembelajaran dan melakar kejayaan dalam bidang yang diceburi. Dalam kajian M.H.Norhidayah et al. (2017) menjelaskan bahawa pemilihan tempat untuk pengajian peringkat tertiary merupakan suatu perkara yang sangat penting. Ia akan memberi kesan jangka panjang kepada pelajar berkenaan. Pelajar sekaligus akan meluangkan masa yang sangat panjang bagi sesuatu tempoh pengajian pengkhususan, proses penyesuaikan diri dengan pesekitaran IPT dan kos pengajian yang telah ditetapkan. Pemilihan tempat yang tepat berdasarkan keperluan pasaran, minat serta dorongan keluarga dan rakan sangat penting dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran dalam melakar sesebuah kejayaan.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 30 Bagi IPTA khususnya politeknik yang merupakan salah satu institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) menyediakan pelbagai program pengajian dan ditawarkan kepada semua warganegara Malaysia yang layak. Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan Politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1969. TVET diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985–1995).1 Statistik pemilihan politeknik sebagai tempat pilihan pengajian tinggi pelajar dapat dilihat dalam Statistik Pendidikan Tinggi dari Kementerian Pendidikan Malaysia di mana jumlah kemasukan tahun 2017 adalah seramai 34,193 orang pelajar dan pada tahun 2018 telah meningkat kepada 34,249 orang pelajar.2 Dalam pemilihan IPTA mahupun IPTS, pelbagai faktor penentu yang menentukan pemilihan pelajar ke atas institusi yang menjadi pilihan mereka. Pelajar-pelajar akan membuat keputusan dengan megambilkira pelbagai faktor dan seterusnya membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan mereka. Dengan itu, kajian lanjut perlu dilaksanakan untuk melihat faktor penentu yang mempengaruhi pemilihan politeknik sebagai institusi pengajian pertama di kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah. Maka dalam kajian ini, objektif kajian adalah untuk membina satu kerangka konsep apakah pemboleh ubah yang sesuai bagi pemilihan politeknik sebagai institusi pengajian pertama di kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah. Sorotan Kajian Kehendak Pasaran/Peluang Kerjaya Kajian yang dijalankan oleh Aishah Bee & Sivachandralingam (2019) menyatakan bahawa pelaburan sektor swasta dalam pendidikan pada ketika ini sangat penting berikutan permintaan tinggi terhadap tenaga kerja profesional dan mahir untuk sektor perindustrian menjelang tahun 2020. Sejurus selepas pelaksanaan dasar pengkorporatan, institusi pendidikan swasta mula menawarkan kursus-kursus berorientasi pekerjaan dan yang tidak terdapat di institusi pendidikan tinggi awam. Menurut Nurdzifazura & Emyzatul Najlaa’ (2015) faktor terbesar yang dapat dilihat mendorong responden memilih kursus kulinari adalah faktor kerjaya. Peluang pekerjaan yang terhad pada masa kini, mendorong responden memilih program kulinari kerana program ini memberi persediaan yang cukup kepada responden sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Selain dari itu, program ini juga membuka peluang kepada responden yang berminat menjadi usahawan dalam bidang makanan serta minuman. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H1: Kehendak pasaran atau peluang kerjaya mempengaruhi pemilihan politeknik sebagai institusi pengajian pertama di kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah adalah berhubung secara positif. 1 https://www.mypolycc.edu.my/index.php/korporat/pengenalan 2 https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/pendidikan-tinggi/buku-perangkaan/2018-10/2405- statistik-pendidikan-tinggi-2018-bab-4-pdf/file
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 31 Pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007. Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.3 Pengiktirafan dari agensi ini merupakan salah satu faktor penting yang perlu diambilkira dalam membuat pilihan IPT. Menurut Siti Normazila dan Nadia (2016) perakuan akreditasi adalah penting kerana ia membawa kepada peningkatan kerjasama dan moral di kalangan staf. Selain itu, perakuan akreditasi ini juga memberikan maklumbalas yang tinggi terhadap kualiti pengurusan di kolej dan kualiti akademik yang seiring dengan standard yang telah ditetapkan oleh MQA. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H1: Pengiktirafan mempengaruhi pemilihan politeknik sebagai institusi pengajian pertama di kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah adalah berhubung secara positif. Keluarga Keluarga merupakan individu yang paling dekat dan rapat dengan pelajar dan ini juga akan mempengaruhi pelajar dalam membuat apa-apa keputusan termasuk pilihan IPT yang akan menjadi tempat mereka menimba ilmu. Dalam analisis dapatan kajian oleh Suhaila et al (2015), pengkaji dapat merumuskan bahawa faktor pengaruh dari keluarga yang paling mempengaruhi kerjaya yang diceburi oleh Alumni BBAEC dan BHRM KUIS ini berbanding dua faktor yang lain yang dikaji. Dalam kajian ini, ia menunjukkan bahawa keluarga memberi pengaruh yang besar dalam pembuatan keputusan pelajar. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H3: Keluarga mempengaruhi pemilihan politeknik sebagai institusi pengajian pertama di kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah adalah berhubung secara positif. Minat Penawaran program atau kursus yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS juga adalah salah satu perkara yang diambilberat oleh pelajar di mana mereka akan memilih kursus atau program yang mereka minati. Menurut Noraznida & Siti Zubaidah (2018), faktor minat, keluarga dan pasaran atau peluang kerjaya merupakan faktor yang mempengaruhi pelajar Fakulti Pengurusan dan Muamalah, KUIS dalam memilih program pengajian di KUIS. Hasil kajian mendapati pelajar membuat keputusan dalam pemilihan program pengajian dengan menilai faktor pasaran/peluang kerjaya dan faktor minat sebelum membuat keputusan. Manakala dalam kajian Nurdzifazura & Emyzatul Najlaa’ (2015), pemilihan program pengajian yang tepat berdasarkan keperluan semasa, minat serta tempat pengajian amat penting bagi membantu pembelajaran dan melakar kejayaan dalam bidang yang diceburi. Hasil kajian yang telah dijalankan secara keseluruhannya menunjukkan faktor minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan faktor kerjaya telah mendorong responden dalam pemilihan program industri. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H4: Minat mempengaruhi pemilihan politeknik sebagai institusi pengajian pertama di kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah adalah berhubung secara positif. Pengaruh Rakan Sebaya Rakan sebaya juga adalah salah satu individu yang rapat dengan pelajar dan ia turut mempengaruhi pelajar dalam membuat keputusan mereka dalam menentukan tempat pengajian 3 https://www.mqa.gov.my/pv4/bm/profil_MQA.cfm
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 32 pilihan mereka. Ini disokong dengan kajian yang dijalankan oleh Prof. Madya Dr. Azizi & Norhashimah (2008), bahawa berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan ini, majoriti responden bersetuju bahawa faktor utama dalam mempengaruhi pemilihan kursus mereka adalah disebabkan oleh faktor pengaruh rakan sebaya. Dalam dapatan kajian mereka telah menunjukkan faktor rakan sebaya adalah faktor yang paling tinggi dalam mempengaruhi pemilihan kursus pelajar. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H5: Pengaruh rakan sebaya mempengaruhi pemilihan politeknik sebagai institusi pengajian pertama di kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah adalah berhubung secara positif. Kedudukan Dan Reputasi IPT Kedudukan dan reputasi IPT merupakan salah satu faktor yang akan dipertimbangkan oleh pelajar sebelum memilih IPT sebagai tempat mereka menyambung pengajian mereka. Ini disokong dengan kajian Abdul Hair et al. (2012) yang membuktikan bahawa faktor reputasi akademik serta kesesuaian program dan kursus yang ditawarkan menjadi daya tarikan utama bagi para pelajar pasca siswazah luar negara. Manakala menurut Hasnizam, Tengku Aroal, Ab Wahab (2013) pengurusan reputasi jenama universiti amat penting bagi menarik lebih ramai pelajar dan tenaga pengajar yang cemerlang untuk memasuki sesebuah universiti. Di samping itu, tahap persaingan yang sengit telah memaksa universiti berusaha meningkatkan reputasi universiti masing-masing dengan pelbagai strategi. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H6: Kedudukan dan reputasi IPT mempengaruhi pemilihan politeknik sebagai institusi pengajian pertama di kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah adalah berhubung secara positif. Cadangan Kerangka Konsep Rajah 1. Kerangka konsep penyelidikan Rajah 1 di atas menunjukkan kerangka konsep penyelidikan yang dicadangakn dan berdasarkan kepada perbincangan sorotan kajian di atas, kajian faktor penentu pemilihan politeknik sebagai
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 33 institusi pengajian pertama di kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah perlu dijalankan. Oleh itu, kerangka konsep ini mencadangkan enam pemboleh ubah perlu diuji bagi menentukan manakah pemboleh ubah yang menjadi faktor penentu kepada pemilihan politeknik sebagai institusi pengajian pertama di kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah yang paling utama. Kesimpulan Pemilihan institusi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menjadi pilihan pelajar amat penting dalam menentukan masa depan pelajar dan juga kerjaya mereka kelak. Politeknik Malaysia merupakan salah sebuah IPTA yang menjadi pilihan pelajar dalam menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan berlaku peningkatan kemasukan jumlah pelajar pada tahun 2018 berbanding tahun sebelumnya di mana ia berdasarkan kepada statistik dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Maka, sebanyak enam pembolehubah yang dibincangkan merupakan senarai faktor penentu dalam pemilihan politeknik sebagai institusi pengajian pertama di kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah. Berdasarkan kepada sorotan kajian yang dibincangkan dalam penyelidikan ini, kerangka konsep yang telah bentuk akan menyumbang dan membantu pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam mencapai visi dan misi Pelan Strategik Politeknik Dan Kolej Komuniti 2018-2025 dan seterusnya membantu dalam membuat keputusan dan juga merangka perancangan pada masa akan datang. Rujukan Abd Hair Awang, Z. R., & Ibrahim, I. (2012). Faktor tarikan pelajar siswazah antarabangsa ke universiti penyelidikan di Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space, 8, 32-41. Azizan, N. I., Dimon, Z., Ismail, N., & Abu Bakar, S. (2015, March). Faktor-faktor yang mendorong pemilihan institusi pengajian tinggi di kalangan pelajar. In E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization (pp. 9-10). Hasan, H., Tengku Ahmad, T. A. H. D., & Mat, A. W. (2013). Pengurusan reputasi jenama: Pengaruh pengalaman jenama pengguna terhadap pengurusan reputasi universiti. M.H.Norhidayah, H.Y. Ahmad Mujahideen, W.S.W.A Najmuddin. (2017). Selection factors influenced choosing course in the higher academic institution- a review. Journal of Humanities, Language, Culture and Business, 1(5), 139-145. Noraznida Husin & Siti Zubaidah Md Nor(2018). Faktor yang mempengaruhi pemilihan program pengajian di IPTS: Kajian di Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor. Proceeding of the 5th International Conference on Management and Muamalah 2018 (ICoMM 2018) Nurdzifazura Dziyauddin & Emyzatul Najlaa’ Roslin. (2015). Faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tbal, Pulau Pinang. Seminar Penyelidikan Koleh Komuniti Zon Utara 2015. Azizi Yahaya & Norhashimah Ismail. (2008). Faktor-faktor pemilihan kursus dan masalah-masalah pembelajaran dalam mempengaruhi pancapaian akademik pelajar Tingkatan Empat Aliran Teknikal di tiga buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan. Siti Normazila Abdul Aziz & Nadia Hairi (2016). Kajian terhadap perakuan akreditasi MQA bagi program sijil kolej komuniti. Seminar Pentaksiran dan Penilaian Kolej Komuniti 2016. Suhaila Nadzri, Nor Ayuni Rosli, Nor Suhaily Bakar, & Nuzul Akhtar Baharudin. (2015). Faktor keluarga, ganjaran, dan kesukaran memperolehi pekerjaan mempengaruhi kerjaya yang diceburi alumni kuis. In Proceeding of the 2nd International Conference on Management and Muamalah. Tajudeen, A. B. A., & Raja, S. S. (2019). Perkembangan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Di Malaysia, 1957-1992. SEJARAH: Journal of the Department of History, 28(1).
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 34 TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP KUALITI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK) BAGI TAHUN 2019 Tuan Rakiza Tuan Mahmud dan Mardinah Haris Abstrak Kepuasan pelanggan merupakan isu yang penting dan kritikal bagi menjamin keselesaan pelanggan dalam sesebuah organisasi. Pelajar bertindak sebagai pelanggan kepada sesebuah institusi pendidikan mempunyai kehendak masing-masing yang perlu dipenuhi oleh pihak pengurusan institusi. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi dari aspek kemudahan prasarana. Sampel kajian adalah semua pelajar Sesi Jun 2019 iaitu seramai 385 orang responden. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kes berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Borang kaji selidik digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan skor min dengan menggunakan Microsoft Excel. Hasil daripada analisis data kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan prasarana adalah pada tahap sederhana. Hasil dapatan kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan untuk membuat penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan prasarana yang disediakan kepada pelajar. Kata Kunci: Maklumbalas Pelanggan, Tahap Kepuasan, Kemudahan, Perkhidmatan Pengenalan Kepuasan pengguna merupakan satu elemen penting dalam menentukan mutu produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah organisasi. Penekanan terhadap kepuasan pengguna amat penting bagi mendapatkan kepercayaan pengguna terhadap produk dan servis yang disediakan (Johnson and Fornell 1991). Oleh itu, untuk memastikan peningkatan terhadap kualiti sesuatu produk atau servis yang diberikan, sesebuah organisasi perlu mengambil kira keperluan pengguna sebagai kunci kejayaan dalam sesuatu perniagaan. Dalam usaha untuk memartabatkan politeknik sebagai sebuah institusi pendidikan yang terulung, tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti pendidikan, kemudahan prasarana dan perkhidmatan yang disediakan di politeknik haruslah berada dalam keadaan yang memuaskan kerana ini adalah pemangkin kepada persekitaran yang positif dan berkesan dalam melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing selaras dengan aspirasi visi & misi politeknik. Dalam konteks ini, para pelajar dan golongan pendidik didefinisikan sebagai pelanggan atau stakeholders yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menggunakan kemudahan prasarana dan servis perkhidmatan yang disediakan di sesebuah institusi pendidikan. Menurut Ashraf dan Ibrahim (2009), kualiti pendidikan adalah sukar untuk diukur dan didefinisikan di mana ia merangkumi hasil pembelajaran yang diterima oleh pelajar dari para pendidik dan juga keadaan persekitaran institusi itu sendiri. Oleh kerana itu, penilaian pelanggan terhadap kualiti pengajian tinggi adalah secara menyeluruh dalam organisasi institusi (Haque, 2004) dan tidak hanya tertumpu kepada bahagian tertentu sahaja. Kajian Literatur Menurut A. Kahar, (2008), kepuasan pelanggan atau Customer Satisfaction merupakan salah satu istilah perniagaan yang bermaksud mengukur sejauh mana sesuatu produk atau
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 35 perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi tersebut memenuhi jangkaan pelanggan iaitu Customer Expectation atau dengan erti kata lain kepuasan pelanggan adalah bahagian yang menunjukkan kehendak, keperluan dan jangkaan pelanggan yang perlu dicapai atau dipenuhi untuk mewujudkan kesetiaan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh yang demikian, amalan dan sistem pengurusan yang cemerlang umpamanya amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (PKM) dan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) siri ISO atau lebih biasa dikenali dalam versi Inggerisnya sebagai Total Quality Management (TQM) dan Quality Management System (QMS), secara umumnya dipercayai boleh membantu organisasi memiliki kelebihan bersaing dari segi kualiti dan dapat memenuhi kepuasan pelanggan (Gotzami dan Tsiotras, 2002). Persepsi pelanggan terhadap produktiviti dan perkhidmatan organisai perlu dikaji secara berterusan supaya maklum balas tentang prestasi organisasi dapat diperolehi untuk membolehkan institusi mencari jalan menambah baik prestasinya. Pelanggan perkhidmatan dan pelanggan produk merupakan pengguna perkhidmatan sesebuah organisasi. Sejauh mana organisasi dapat mencapai piawai-piawai kualiti adalah bergantung kepada persepsi pelanggan perkhidmatan mahu pun pelanggan produk tentang kualiti yang disarankan (Toh, 2005). Perkaitan antara perkhidmatan yang disediakan oleh institusi pendidikan dan kepuasan pelajar telah diolah melalui Model Kesetiaan Pelanggan (PDI, 2001). Terdapat beberapa aspek yang menyumbang kepada kesetiaan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah organisasi. Aspek-aspek ini boleh dibahagikan seperti berikut: i) Ciri-ciri Produk Dan Perkhidmatan – ciri-ciri merujuk kepada aspek prestasi tertentu dalam produk atau perkhidmatan. Ciri-ciri ini amat berbeza bergantung kepada keadaan produk atau perkhidmatan. ii) Sistem Dan Struktur – sistem dan struktur mentafsir keupayaan organisasi untuk menyokong komitmen mereka dan memberi pelanggan apa yang mereka mahukan (keselesaan, maklumat tepat, dan fleksibiliti dalam pesanan). iii) Hubungan Pelanggan – hubungan kemanusiaan yang berbeza-beza boleh memberi perbezaan dalam kesetiaan pelanggan. Wakil yang cekap memahami apa yang berlaku dan apa yang tidak berlaku serta dapat membentuk ikatan kepercayaan dan kehormatan dengan pelanggan, lazimnya akan membentuk satu hubungan pelanggan jangka panjang termasuklah rakan kongsi tidak formal. iv) Harapan Pelanggan – berdasarkan maklumat yang diperolehi pelanggan, perbualan dengan wakil jualan dan kontrak yang telah ditandatangani, pelanggan mempunyai harapan terhadap apa yang telah dibeli oleh mereka. v) Penyelesaian Masalah – kesilapan yang berlaku jika ditangani dengan cepat dan betul, ia akan mempunyai kesan yang minimum terhadap kepuasan pelanggan. Namun begitu, pengkaji pasaran mencadangkan bahawa penyelesaian masalah yang utama boleh mengukuhkan kesetiaan pelanggan dengan memperbaiki keyakinan pelanggan terhadap keupayaan organisasi untuk menyediakan apa yang telah dijanjikan atau memperbetulkannya dengan cepat. vi) Kepuasan Pelanggan – pelanggan akan membandingkan pengalaman mereka kepada norma industri yang dirasai iaitu sejauh mana pelanggan menjangkakan pesaing lain dalam industri ini memberi layanan kepada mereka. Organisasi yang menepati jangkaan industri ini akan memberi pelanggan mereka nilai yang diharapkan. Ini menggambarkan prestasi purata industri – paras asas kepada kepuasan pelanggan. vii) Kesetiaan Pelanggan – kesetiaan dibina dengan menyediakan lebih daripada pelanggan harapkan. Organisasi yang membina kesetiaan pelanggan sentiasa mengakuinya sebagai punca kepada kelebihan bersaing yang berterusan
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 36 Metodologi Kajian yang dilaksanakan ini adalah berbentuk kajian kuantitatif yang bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan prasarana yang disediakan di PKK bagi sesi Jun 2019. Data yang diperolehi dikategorikan sebagai jenis kuantitatif kerana penganalisaan data adalah menggunakan skor min. Kaedah penyelidikan yang dijalankan untuk kajian ini adalah kaedah penyelidikan deskriptif tinjauan sampel. Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku seperti yang dinyatakan oleh Mohd Majid Konting (2000). Kajian tinjauan sampel adalah tinjauan yang dilakukan terhadap sebahagian populasi yang dikaji dan sampel rawak berstrata digunakan bagi mewakili populasi yang dikaji. Skop Dan Batasan Kajian Kajian ini telah dilaksanakan terhadap 385 orang responden sebagai sampel dan saiz sampel ini merupakan 100% daripada populasi pelajar yang ada di PKK pada sesi Jun 2019. Penyelidik juga membuat andaian bahawa pelajar-pelajar tersebut memberi kerjasama dan respon yang baik serta jujur mengenai tahap kepuasan mereka terhadap kemudahan prasarana yang disediakan. Jadual 1 menunjukkan pecahan responden dari setiap jabatan akademik yang terlibat dalam kajian ini. Jadual 1 Pecahan Responden Mengikut Jabatan Jabatan Akademik Jumlah Responden Peratusan Jabatan Kejuruteraan Awam 56 14.5 Jabatan Kejuruteraan Elektrik 32 11.2 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal 42 10.9 Jabatan Perdagangan 119 30.9 Jabatan Pelancongan & Hospitaliti 100 26.0 Jabatan Matematik, Sains & Komputer 25 6.5 JUMLAH Instrumen Kajian Borang soal selidik yang diedarkan kepada semua responden yang terlibat mengandungi dua (2) bahagian utama iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A merupakan soalan yang merangkumi data demografi serta maklumat-maklumat asas dan maklumat pengajian sampel manakala bahagian B pula mengandungi soalan yang berkaitan dengan tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti kemudahan prasarana yang disediakan di PKK. Bahagian B dipecahkan kepada lapan (8) item utama yang terdiri daripada : i. Item 1 : Bilik kuliah/ Dewan Kuliah/ Makmal/ Bengkel ii. Item 2 : Perpustakaan. iii. Item 3 : Hal Ehwal Pelajar. iv. Item 4 : Sukan dan Kokurikulum. v. Item 5 : Gerai Makan. vi. Item 6 : Kafeteria. vii. Item 7 : Kemudahan Umum Politeknik.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 37 viii. Item 8 : Kolej Kediaman. Skala Likert biasanya dibina dalam bentuk skala berperingkat dan digunakan secara meluas dalam kajian yang menggunakan skala persetujuan. Ia mengandungi lima peringkat iaitu sangat setuju, tidak setuju, sangat tidak setuju, setuju dan tidak pasti. Dengan beranggapan bahawa maklumbalas kepada setiap pernyataan mempunyai kaitan, pengkaji boleh meletakkan nilai skala iaitu 1 hingga 5 (Majid, 2000). Soal selidik Soal selidik diedarkan kepada responden melalui QR Code yang mengandungi pautan google form tersebut. Kaedah pengumpulan data dilakukan dengan pengumpulan secara terus daripada responden atau sampel kajian setelah mereka selesai menjawab di pautan yang diberikan. Analisis dan Dapatan Analisis Bagi melihat kepuasan pelajar terhadap kemudahan prasarana 8 item diselidiki. Lima skor Skala Likert telah ditetapkan seperti Jadual 2. Skor ini dipecahkan kepada dua penunjuk iaitu jawapan yang positif dan juga jawapan yang negatif. Jadual 2 Skor Skala Likert Semasa analisis, min dan sisihan piawai bagi setiap item diambil. Oleh itu skor min dibahagikan kepada tiga aras seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3. Jadual 3 Pembahagian Skor mengikut tahap Min Tahap 1 hingga < 2.33 Rendah 2.33 hingga < 3.66 Sederhana 3.66 hingga <=5.00 Tinggi Bilik kuliah/ Dewan Kuliah/ Makmal/ Bengkel. Secara keseluruhan kemudahan di bilik kuliah, dewan kuliah, makmal dan bengkel menunjukkan responden berpuas hati dengan perkhidmatan secara keseluruhan. PKK dibekalkan dengan kelengkapan yang lengkap untuk bilik kuliah adalah punca responden berpuas hati dengan persekitaran di bilik kuliah, dewan kuliah dan bengkel Jadual 4 Skor min keseluruhan Bilik kuliah/ Dewan Kuliah/ Makmal/ Bengkel Bil Item Nilai Min 1. Peralatan kerusi, meja dan papan putih adalah mencukupi untuk keperluan pembelajaran 3.78 Skor Skala Petunjuk 1 Sangat tidak setuju Negatif 2 Tidak setuju 3 Kurang setuju Positif 4 Setuju 5 Sangat setuju
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 38 2. Peralatan amali/ bengkel/ makmal/ studio cukup dan beroperasi 3.51 3. Bilik kuliah/ Dewan kuliah/ Makmal/ Bengkel bersih dan selesa 3.71 4. Tahap kebersihan Bilik kuliah/ Dewan kuliah/ Bengkel adalah baik 3.73 Purata 3.68 Perpustakaan Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa perpustakaan mempunyai ruang belajar yang selesa dan kondusif di mana sub skala menunjukkan skor min 4.27. Perpustakaan PKK dilengkapi dengan kemudahan pendingin hawa, tempat belajar yang bersih dan tenang juga tempat menyimpan beg memudahkan pelajar berasa selesa untuk mengulangkaji dan membuat perbincangan. Jumlah sumber dan bahan rujukan mendapat skor 3.72 iaitu pada skor sederhana. Bahan dan sumber rujukan masih dalam proses memasang tag dan pembelian menyebabkan pelajar tidak mendapat semua sumber yang diperlukan sepenuhnya. Secara keseluruhan kemudahan di perpustakaan menunjukkan pelajar berpuas hati dengan perkhidmatan perpustakaan dengan skor min 3.89 iaitu pada tahap tinggi. Manakala sisihan piawai juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang nyata antara Jadual 5 Skor min keseluruhan Perpustakaan Bil Item Nilai Min 1. Koleksi bahan rujukan di perpustakaan adalah mencukupi dan memenuhi keperluan 3.72 2. Proses capaian maklumat dan bahan rujukan di perpustakaan adalah tersusun dan mudah diperolehi 3.72 3. Proses perkhidmatan kaunter peminjaman dan pemulangan adalah cepat dan cekap 3.86 4. Layanan helpdesk di kaunter perpustakaan adalah mesra dan baik 3.78 5. Waktu operasi perpustakaan adalah bersesuaian 3.81 6. Persekitaran di perpustakaan adalah bersih dan selesa 4.27 7. Kemudahan bilik perbincangan dan ruang bacaan di perpustakaan adalah mencukupi dan selesa 4.05 Purata 3.89 Hal Ehwal Pelajar Secara keseluruhan responden berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan skor min keseluruhan 3.80 iaitu pada tahap tinggi. Jadual 6 Skor min keseluruhan Hal Ehwal Pelajar Bil Item Nilai Min 1. Layanan helpdesk di kaunter Hal Ehwal pelajar mesra 3.83 2. Urusan di kaunter adalah mesra dan cekap 3.79 3. Maklumat berkaitan Hal Ehwal pelajar mudah diperolehi 3.82 4. Maklumat diterima cepat dan tepat 3.72 5. Ruang menunggu selesa dan cukup 3.86 Purata 3.80
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 39 Sukan Dan Kokurikulum Dapatan kajian bagi setiap sub item yang dinilai skor min memberi bacaan tahap sederhana dengan nilai purata min 3.58. Secara keseluruhan kemudahan sukan dan rekreasi di PKK adalah pada tahap baik. Jadual 7 Skor min keseluruhan Sukan dan kokurikulum Bil Item Nilai Min 1. Kemudahan sukan dan ko-kurikulum adalah baik dan cukup 3.56 2. Peralatan sukan (gimnasium, dewan, padang, dll) mudah digunakan 3.58 3. Prasarana tempat riadah/ rekreasi cukup dan memuaskan 3.56 Purata 3.58 Gerai Makan Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa layanan di gerai makan adalah mesra dengan mendapat skor min 3.47. Walaubagaimanapun purataskor min adalah 3.27, ini menunjukkan bahawa kemudahan di gerai makan menunjukkan responden berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Jadual 8 Skor min keseluruhan Gerai Makan Bil Item Nilai Min 1. Kualiti makanan gerai memuaskan 3.30 2. Kuantiti menu makanan gerai memuaskan 3.39 3. Makanan dijual di gerai bersih 3.09 4. Makanan dijual di gerai dengan harga berpatutan 3.46 5. Kemudahan di gerai mencukupi 3.17 6. Tahap kebersihan gerai memuaskan 2.85 7. Harga makanan digerai sama seperti dipamerkan 3.40 8. Layanan di gerai adalah mesra 3.47 Purata 3.27 Kafeteria Daripada hasil kajian yang diperolehi majoriti responden berpuas hati dengan harga yang ditawarkan oleh pihak kafeteria dan mendapat skor min sebanyak 3.28. Responden juga memberikan skor yang terendah iaitu 2.78 bagi item 4 dan ini menunjukkan harga makanan yang dijual adalah tidak berpatutan. Jadual 9 Skor min keseluruhan Kafeteria Bil Item Nilai Min 1. Kualiti makanan di kafeteria memuaskan 3.12 2. Kuantiti Menu makanan kafeteria memuaskan 3.10 3. Makanan di jual di kafeteria bersih 3.19 4. Makanan yang di jual berpatutuan dengan harga 2.78 5. Kemudahan di kafeteria cukup 3.15
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 40 6. Tahap kebersihan kafeteria memuaskan 3.10 7. Harga makanan dipamerkan di kafeteria sama dengan di jual 3.28 8. Layanan di kafeteria adalah mesra 3.26 Purata 3.27 Kemudahan Umum Politeknik Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa tempat letak kenderaan adalah mencukupi di mana sub skala menunjukkan skor min 3.59 pada tahap sederhana. Secara keseluruhan responden berpuas hati dengan keselamatan kampus serta kemudahan yang disediakan PKK. Jadual 10 Skor Min Keseluruhan Kemudahan Umum Politeknik Bil Item Nilai Min 1. Prasarana dan ruang rehat di Politeknik cukup dan memuaskan 3.51 2. Tandas di Politeknik bersih dan selesa 3.24 3. Tempat letak kereta pelajar di Politeknik cukup 3.59 4. Keselamatan di Politeknik terkawal 3.65 5. Internet dan wifi di Politeknik cukup 2.63 6. Kedai fotostat dan alat tulis cukup 3.18 7. Koperasi dan bahan keperluan cukup 3.38 8. Harga di koperasi berpatutan 3.31 Purata 3.31 Kolej Kediaman Berdasarkan dapatan kajian, kepuasan pelajar terhadap layanan Felo Kolej kediaman kerana mereka sentiasa dibantu oleh felo dan skor min adalah 3.69. Majoriti responden berpuas hati terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman dari aspek kemudahan dan perkhidmatan. Jadual 11 Skor Min Keseluruhan Kolej Kediaman Bil Item Nilai Min 1. Kemudahan di kolej kediaman (katil, lampu, kerusi dan meja) cukup 3.25 2. Penyelia asrama sentiasa membantu 3.58 3. Felo kolej kediaman sentiasa membantu 3.69 4. Urusan di pejabat kolej kediaman mudah 3.40 5. Tandas di kolej kediaman memuaskan 2.67 6. Kebersihan blok kolej kediaman memuaskan 3.33 7. Tempat riadah/ rekreasi di kolej kediaman cukup 3.23 Purata 3.31 Kesimpulan Secara keseluruhan kemudahan prasarana di PKK berada pada tahap sederhana. Di dapati kemudahan perpustakaan dan bilik kuliah (dewan kuliah, makmal dan bengkel) dan hal ehwal pelajar berada pada tahap tinggi. Kemudahan kafeteria berada pada tahap sederhana tetapi secara relatif rendah berbanding item lain. Ini kerana item bagi harga, kualiti makanan dan
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 41 tahap kebersihan tidak memuaskan responden. Namun PKK sentiasa menambahbaik perkhidmatan kafeteria dengan menggunakan kaedah pemantauan berkala dari pihak Jawatankuasa Pemantauan PKK. Rujukan A.Ashraf, M. & Ibrahim, Y. (2009). Quality Education Management at Private Universities in Bangladesh. An Exploratory Study. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 24, 17–32. Abdul Latif (2001). Pengaruh penginapan ke atas disiplin pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Abu Hassan (2010). Kepuasan Mahasiswi Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej Datin Seri Endon (Kdse) Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Castaldi Basil (2013). Kriteria Reka Bentuk Persekitaran Kampus Yang Kondusif Bagi Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia. Gotzami, K. D. & Tsiotras G. D.. (2002). The True Motives behind ISO 9000 Certification: Their Effect on the Overall Certification Benefits and the Long Term Contribution Towards TQM. International Journal of Quality & Reliability Management. 19(2),151-169. Jamaludin (2010). Kepuasan Mahasiswi Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej Datin Seri Endon (Kdse) Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Kessler, S. (1996). Measuring And Managing Customer Satisfaction. Going For The Gold. Wisconsin: ASQC Quality Press. Knirk (2014). Kriteria Reka Bentuk Persekitaran Kampus Yang Kondusif Bagi Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia. Krejie & Morgan (1970). Kepuasan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik Dan Jentera) Terhadap Kemudahan Bengkel Di Fakulti. Manja Mohd. Ludin (1990). Psikologi, Sosial dan Falsafah Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Oliver, R. (1997). Satisfaction. Quality Assurance in Education, MCB University Press, Vol. 6( No.4), pp.197204.New York: McGraw Hill
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 42 COVID-19: KESEDIAAN PELAJAR POLITEKNIK SABAH UNTUK KEMBALI KE KAMPUS Aliudin Aziz dan Zulkifli Md Yunus Abstrak Berikutan dengan penularan pandemik COVID-19, banyak aktiviti terjejas disebabkan oleh kawalan pergerakan daripada kerajaan. Kesan daripada ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi juga turut terjejas. Setelah beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, keadaan dilihat semakin baik di mana bilangan kes baru semakin menurut dan bilangan pesakit sembuh daripada jangkitan COVID-19 juga semakin bertambah. Namun begitu, walaupun hampir semua aktiviti seperti perniagaan, sukan dan institusi pendidikan dan lain-lain aktiviti dibuka semula dan terdapat kelonggaran pergerakan, masih terdapat segelintir individu yang masih takut dan risau untuk bergerak ke tempat-tempat yang ramai seperti tempat membeli belah termasuklah pelajar yang masih takut untuk kembali belajar ke kampus. Justeru itu kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kesediaan pelajar institusi pendidikan untuk kembali ke kampus mereka dalam tempoh PKP Pemulihan. Responden kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 40 pelajar telah mengambil bahagian dalam penyelidikan ini. Data yang diperoleh akan dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan majoriti responden bersetuju untuk kembali semula ke kampus. Namun begitu masih ramai yang menjawab tidak pasti dan hanya segelintir yang tidak bersetuju. Cadangan dan implikasi dasar turut dibincangkan dalam kajian ini. Kata Kunci: Covid-19, Kesediaan Pelajar, Kembali Ke Kampus Pendahuluan Isu hangat yang berkaitan risiko sistematik pada tahun 2020 adalah merujuk kepada penularan wabak yang dikenali sebagai Covid-19. Dipetik dalam Wikipedia, pandemik COVID-19 2019- 20, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus 2019–2020 ialah wabak penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global berpunca daripada sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2).4 Sehingga 20 Mac, lebih daripada 246,000 kes COVID-19 telah dilaporkan dalam sekurang-kurangnya 180 negara dan wilayah, menyebabkan lebih daripada 10,000 kematian dan 87,000 pulih.5 Pandemik ini telah membawa kepada gangguan kewangan dan perbankan (Yusi, 2011; Natarsyah, 2000).), pendapatan syarikat (Wijiyanti et al., 2010; Delvira & Nelvirita, 2013). Sosioekonomi global6 dan ketakutan yang meluas dalam kekurangan bekalan yang telah mendorong pembelian panik.7 Senario wabak ini turun menjejaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Malaysia. Sebilangan besar kerajaan 4 "Coronavirus Disease (COVID-19) – events as they happen". who.int. "Undiagnosed pneumonia - China (HU) (01): wildlife sales, market closed, RFI Archive Number: 20200102.6866757". Pro-MED-mail. International Society for Infectious Diseases. 5 "Coronavirus Update (Live): 246,000 Cases and 10,024 Deaths from COVID-19 Virus Outbreak - Worldometer" 6 "Here Comes the Coronavirus Pandemic: Now, after many fire drills, the world may be facing a real fire". Editorial. The New York Times. 7 Scipioni, Jade (18 March 2020). "Why there will soon be tons of toilet paper, and what food may be scarce, according to supply chain experts". CNBC. "The Coronavirus Outbreak Could Disrupt the U.S. Drug Supply". Council on Foreign Relations.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 43 di seluruh dunia mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup sementara semua aktiviti yang normal dijalankan termasuklah institusi pendidikan dalam usaha untuk menahan penyebaran wabak COVID-19. Penutupan di seluruh negara ini memberi kesan kepada lebih daripada 60% populasi pelajar dunia telah memberi kesan kepada berjuta-juta pelajar. Bagi mengelakkan dunia pendidikan terjejas lebih teruk, pelbagai inovasi pengajaran dijalankan semasa tempoh kawalan pergerakan. Antara alternatif yang ada bagi meneruskan aktiviti PdP adalah melalui penggunaan digital di mana ia dijalankan di atas talian. Persoalan yang timbul adalah, sekiranya PdP boleh dijalankan melalui online dan lebih selamat tanpa perlu mengambil risiko akibat wabak yang masih lagi aktif, adakah perlu kembali semula kampus? Justeru kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kesediaan pelajar Politeknik Kota Kinabalu untuk pulang semula ke kampus bagi menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar secara fizikal. Dapatan kajian ini dapat membantu pihak kerajaan khususnya pihak pentadbir di institusi untuk mengkaji semula dasar pendidikan dan menetapkan SOP tertentu bagi memastikan keselamatan pelajar dan juga komuniti institusi terjamin. Sorotan Kajian Pandemik COVID-19 atau koronavirus merupakan satu musibah bagi semua negara-negara di dunia. COVID-19 yang pertama kali dikesan di Wuhan pada bulan Disember 2019, kini telah merebak dengan cepat ke lebih dari 30 negara yang menjangkiti lebih dari 70000 orang. Di Malaysia, sehingga akhir Februari 2020, terdapat empat kes pediatrik COVID-19 dengan usia antara 20 bulan hingga 11 tahun. Keempat-empat kes itu mungkin dijangkiti virus di China (See et al., 2020). Kesan daripada itu, hampir semua pembelajaran secara kelas di semua institusi di seluruh dunia khususnya di Malaysia ditangguhkan untuk sementara waktu. Lebih daripada 1 bilion pelajar di sekitar 188 negara di seluruh dunia dilaporkan terjejas oleh penutupan sekolah dan universiti kerana langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh negara-negara terhadap penyebaran COVID-19 (UNESCO, 2020). Penutupan institusi pendidikan telah mempengaruhi sistem pendidikan, kesejahteraan, dan fungsi semua pihak yang terlibat. Menurut (Zamira Hyseni Duraku & Linda Hoxha, 2020), walaupun proses mengubah sistem pembelajaran secara dalam talian telah menjadi sebahagian daripada alternatif yang telah banyak dilaksanakan oleh institusi pendidikan di serata dunia, beberapa faktor yang berkaitan dengan kualiti institusi pendidikan, tenaga pengajar, ibu bapa dan pelajar, serta perubahan keadaan emosi mereka dianggap sebagai faktor penyumbang yang boleh mempengaruhi kualiti pembelajaran jarak jauh atau dalam talian, prestasi pengajar, pengetahuan dan kemahiran pelajar. Oleh yang demikian belajar secara online masih dianggap baru dan belum dapat diterima sepenuhnya dalam dunia pendidikan. Memandangkan senario semasa semakin pulih di mana jumlah kes baru kekal dalam satu digit selama hampir dua minggu, dan tidak ada kematian yang dilaporkan dalam tempoh yang sama, kerajaan telah memberi kebenaran supaya institusi pendidikan dibuka semula mengikut SOP yang ditetapkan (Syed Jaymal Zahiid, 2020) Metodologi Kajian Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan. Kajian ini di jalankan di salah satu Institusi Pengajian Tinggi di Sabah iaitu Politeknik Kota Kinabalu. Lokasi kajian ini adalah di kawasan Sepangar. Seramai 40 pelajar Politeknik terlibat dalam kajian ini. Kaedah pungutan data adalah menggunakan teknik pensampelan random. Instrumen yang digunakan untuk memungut data adalah borang soal selidik.