PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 144 semua institusi-institusi pajak gadai Islam di Malaysia. Setiap institusi juga perlu memantapkan perkhidmatan yang diberikan kepada para pelanggan dan melakukan penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatannya. Rujukan ‘Abd al-Rahman al-Jazari (1970), Kitab Fiqh ‘ala al-Madhahib al-Arba’ah. Kaherah: Maktabah al-Tijariyyah alKubra. Al-Bukhari (1981), Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Fikr. Che Mohd Yusri Che Hashim (1995), Pelopor Sistem Gadaian Islam. Kuala Lumpur: Dewan Ekonomi. Ibn Hanbal (1978), Musnad al-Imam Ahmad Ibn Hanbal. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Jawad ‘Ali (1971), Al-Mufassal fi Tarikh Al-‘Arab Qabl Al-Islam. Beirut: Dar al-Qalam li al-Malayin. Mohd Sharif Baharudin (2002), Skim Ar-Rahnu: Ke arah Pengukuhan Kerjasama Serantau. Kuala Lumpur: Konvensyen Pajak Gadai Islam (Al-Rahnu) Serantau, 27-28 Oktober 2002. Mustafa Dakian (2005), Sistem Kewangan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Rozmi Ismail (2013), Metodologi Penyelidikan: Teori dan Praktis. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sabitha Marican (2009), Penyelidikan Sains Sosial; Pendekatan Pragmatik. Batu Caves: Edusystem Sdn. Bhd., h.224. Salahuddin Abdullah etal. (2009), Tafsir Mubin Juzuk 3. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Shamsiah Mohamad (2008), Upah Simpan Barang dalam Skim Ar-Rahnu: Satu Penilaian Semula, Jurnal Syariah Fiqh Vol. 5. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h.48. Sheikh Abdullah Basmeih (2007), Tafsir Ar-Rahman. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Strauss, A. & Corbin, J. (1990), Basics of Qualitative Research: Graunded Theory Procedures and Techniques. Newbury Park, CA: Sage Publications, Inc. Syaikh Abdullah Ibn Abdurrahman Al-Bassam (1992), Taisir Al-Alam Syarh Umdah Al-Ahkam, c.vii. Jedaah: Maktabah As-Sawady Li al-Tauzi’. Syams al-Din Muhammad Muhammad al-Syabini al-Khatib (1958), Mughni al-Munhaj. Kaherah: Syarikah Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih. Temubual bersama Mohd Rozaidi Hamat (13 November 2014), Timbalan Pengurus Besar Ar-Rahnu YaPEIM. Temubual bersama Mohd Rusdy Mohammad Afandi (23 Disember 2014), Kerani Pentadbiran Pembiayaan Bank Rakyat, Cawangan Tanjung Malim, Perak. Temubual bersama Nurwadia Mohd Yusop (23 Disember 2014), Pegawai Ar-Rahnu 1 @POS, Cawangan Pos Malaysia Tanjung Malim, Perak. Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Peraturan-peraturan Pemegang Pajak Gadai (Pindaan) 1982.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 145 KERANGKA KONSEP FAKTOR PENENTU PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DI KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH Norinah Garangon dan Alester G Jakuil . Abstrak Penekanan kepada pembangunan usahawan yang mengambil kira pembinaan sahsiah individu akan melahirkan usahawan yang akan menjadi model kepada generasi usahawan alaf baru. Pengiktirafan dan penekanan serius pihak kerajaan terhadap program pendidikan dan latihan keusahawanan adalah selepas tahun 1995 iaitu sejajar dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan (KPU) yang bertujuan membangunkan minat keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah, universiti dan masyarakat keseluruhan. Namun senario semasa menunjukkan bahawa pelajar menghadapi masalah untuk mengadaptasi ilmu keusahawanan semasa belajar dan selepas pengajian kerana lebih berminat untuk berkerja. Justeru objektif kajian ini adalah untuk membina satu kerangka konsep faktor penentu Pembudayaan Kemahiran Keusahawanan di kalangan pelajar politeknik. Kajian ini akan membantu menyumbangkan pengetahuan baru dalam mengenalpasti faktor-faktor yang menentukan penglibatan usahawan yang telah dibincangkan oleh pengkajisebelum ini. Disamping itu, pihak pengurusan dapat menyediakan fasiliti dan mengenal pasti pendekatan terbaik bagi menerapkan ilmu keusahawanan di kalangan pelajar. Kata Kunci: Keusahawanan, Kerangka Konsep, Pelajar Politeknik. Pengenalan Kajian yang dijalankan oleh Manaf (2012), menyarankan agar program pembangunan usahawan memberi fokus kepada empat faktor kritikal kejayaan berkenaan selain memberi tumpuan ke atas faktor-faktor kejayaan yang lain. Program pembangunan usahawan kepada Para usahawan dan bakal usahawan juga perlu diberi ilmu melalui pelbagai strategi dan kempen yang berkesan. Sikap usahawan dapat dilihat dalam dua jenis; pertama, yang mempunyai sikap efektif dan beretika iaitu tidak bergantung kepada pihak kerajaan dan pihakpihak lain (Tunggak & Salamon, 2014). Berdasarkan kajian Muhammad (2016) menunjukkan bahawa faktor Sikap dan Pengetahuan mempunyai hubungan dengan kejayaan usahawan PKS dan faktor yang mempunyai kesan yang signifikan terhadap kejayaan usahawan PKS adalah faktor Sikap menegaskan bahawa seorang usahawan perlu mempunyai minat, sikap yang berdikari dan tidak mudah mengalah apabila menghadapi sebarang cabaran dalam dunia perniagaan. Perkara yang sama juga boleh berlaku kepada pelajar yang baru berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Penyelidikan Israr dan Saleem (2018) mendapati beberapa penemuan menarik bahawa pelajar yang mempunyai usia pendidikan yang lebih muda dan rendah sebelumnya cenderung untuk bekerja sendiri. Kajian ini selari dengan sifat orang muda cenderung mengambil risiko tinggi yang dianggap sebagai salah satu sifat keusahawanan yang penting. Individu kreatif juga sering dikaitkan dengan pencapaian rendah atau berhenti sekolah. Kajian ini juga menunjukkan pelajar yang ibunya bekerja sebagai usahawan menunjukkan pelajar akan cenderung untuk bekerja sendiri.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 146 Hasil kajian Costa, Soares & Bonfim (2009) pula menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap minat yang sederhana terhadap kemungkinan menjadi usahawan. Pelajar menerima sokongan yang baik dari rakan dan keluarga dan mempunyai penguasaan kemahiran yang diperlukan untuk mencipta dan mengekalkan perniagaan baru. Hasil ini dapat difahami kerana potensi yang ditawarkan kursus untuk keusahawanan melalui pengembangan teknologi dan produk inovatif. Berdasarkan kepada perbincangan di atas, pembudayaan ilmu keusahawanan adalah penting bagi mengurangkan kebergantungan pelajar kepada peluang pekerjaan semata- mata. Pada masa yang sama mewujudkan dan mencipta peluang pekerjaan kepada diri sendiri dan orang lain dengan menjadi usahawan. Namun begitu, berdasarkan kepada tinjauan oleh pihak pengurusan Politeknik, hanya segelintir sahaja yang telah menceburkan diri dalam usahawan. Ini kemungkinan disebabkan oleh masalah yang mereka hadapi untuk mengadaptasi ilmu keusahawanan semasa belajar dan selepas pengajian kerana lebih berminat untuk berkerja. Justeru kajian perlu dijalankan mengenal pasti apakah punca-punca yang menyumbangkan kepada senario di atas. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membina satu kerangka konsep faktor penentu kepada Pembudayaan Kemahiran Keusahawanan di kalangan pelajar politeknik. Sorotan Kajian Jantina Kecenderungan keusahawanan lelaki lebih tinggi berbanding perempuan ditunjukkan dalam kajian yang dibuat oleh Mutalib (2013). Ini menunjukkan bahawa lelaki lebih cenderung meminati dan terlibat dalam bidang keusahawanan di bandingkan dengan perempuan. Namun terdapat kajian lain seperti kajian Nasharudin dan Harun (2010) menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara minat terhadap kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar yang berlainan jantina tetapi terdapat perbezaan yang signifikan antara minat terhadap kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar yang berlainan jurusan pengajian, bangsa dan pelajar yang mempunyai ahli keluarga peniaga. Minat Pelajar yang suka terhadap aktiviti jual beli dan menghasilkan pendapatan meningkatkan minat terhadap ilmu keusahawanan. Kajian Nasharudin & Harun (2010) menunjukkan Faktor penentu utama pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan adalah faktor berorientasikan keuntungan dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Minat tentang ilmu keusahawanan ini tidak dipaksa walaupun pengetahuan telah ada. Kajian Ibrahim, et al. (2014) menunjukkan belia pelajar pertanian masih belum mempunyai tekad keusahawanan tani yang tinggi walaupun mereka merupakan pelajar yang terdedah dengan ilmu keusahawanan semasa di peringkat menengah rendah. Keluarga dari golongan peniaga Dari hasil dapatan kajian ini didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor latar belakang pekerjaan ibu bapa dengan minat pelajar dalam bidang keusahawanan. Dapatan ini selari dengan hasil kajian lepas yang mendapati faktor latar belakang pekerjaan ibu bapa tidak dapat membantu memupuk minat pelajar ke arah bidang keusahawanan (Rosni et al (2009)). Kajian Miaat (2014) dan Mutalib (2013) juga menunjukkan dapatan yang sama iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara latar belakang keluarga dengan kemahiran
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 147 keusahawanan atau berdasarkan faktor latar belakang keluarga. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tanpa pengaruh dari keluarga, seseorang individu masih mempunyai kecenderungan untuk menjadi usahawan. Malahan wujud hubungan negatif antara minat terhadap kerjaya keusahawanan dan pelajar yang mempunyai ahli keluarga peniaga sepertimana dalam kajian Nasharudin & Harun (2010) Keyakinan diri Hisrich et al. (2008) dan Nor Aishah (2012) percaya bahawa individu yang mempunyai kecenderungan yang kuat untuk melakukan sesuatu perkara, mereka akan memperlihatkan kemungkinan yang positif ke atas tindakan yang dikehendaki. Malahan Pelajar menunjukkan ciri keusahawanan seperti bertenaga, bertanggung jawab, berkeyakinan diri, berpandangan jauh, komited kepada kerja, kreatif dan inovatif serta mempunyai fokus kawalan dalaman dalam kalangan pelajar adalah tinggi Nasharudin & Harun (2010) Kajian Abd Rahman et al. (2015) mendapati bahawa apabila pelajar diberi tugasan ataupun amanah, mahasiswa akan menjalankan tugasan tersebut dengan penuh komited dan bertanggung jawab. Walaubagaimanapun, mahasiswa mempunyai kelemahan dari segi meyakinkan orang lain. Kajian ini mencadangkan agar pelajar dilatih agar mempunyai tahap keyakinan yang tinggi terhadap keupayaan diri sendiri terlebih dahulu. Apabila seseorang pelajar tidak mempunyai keyakinan dan tidak menguasai ilmu keusahawanan, maka mereka tidak akan dapat melihat kepentingan aspek ini dalam membantu mereka bersaing dalam pasaran kerja (Azrain Nasyrah, 2004) Menerusi dapatan kajian dan analisa yang dibuat Yatim & Rahim (2017). didapati tahap kesediaan pelajar dalam bidang keusahawanan adalah pada tahap sederhana. Dapatan ini menunjukkan petanda yang positif bahawa terdapat perkara yang mampu menggerakkan mereka menceburi bidang keusahawanan ditambah dengan keyakinan pelajar yang tinggi terhadap kemahiran di dalam bidang yang mereka ceburi. Ilmu Kajian Mohamad, Buang & Hussin (2014). mendapati lebih separuh daripada bekas pelajar pendidikan keusahawanan secara hands-on menjadi usahawan dalam tempoh 5 tahun selepas tamat pengajian. Program ini menunjukkan ilmu dan praktikal adalah penting dalam membudayakan ilmu keusahawanan. Pelajar dapat belajar daripada pengalaman membuat jualan dan pemasaran. Kajian Esa et al. (2012) mendapati bahawa bahawa Teras Keusahawanan yang merangkumi beberapa kursus berbentuk keusahawanan telah berjaya menimbulkan kesedaran dan mengubah sikap serta persepsi pelajar kepada lebih positif terhadap bidang keusahawanan. Kemahiran Keusahawanan, Kemahiran Komunikasi, Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Kerja Berpasukan merupakan amalan terbaik aplikasi kemahiran insaniah dalam teras keusahawanan. Kajian Ispawi (2008) menunjukkan pelajar berminat untuk mengaplikasikan apa yang mereka pelajari ke dalam bidang keusahawanan. Mereka juga berminat untuk mengaplikasikan subjek teknikal yang mereka pelajari untuk menjadi servis atau produk perniagaan mereka kelak.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 148 Jantina PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN PELAJAR Ilmu Globalisasi Kajian Othman, et. al. (2012) mendapati bahawa Globalisasi mewujudkan peluang bekerja sendiri menerusi perniagaan atas talian. Kajian ini selari dengan Model Bird (1989) yang telah menjangka bahawa kewujudan teknologi merupakan salah satu faktor penting kepada seseorang untuk menceburi bidang keusahawanan. Globalisasi telah mengubah sistem, capaian dan cara kita mengendalikan perniagaan. Perkara ini perlu diambil kira dalam membudayakan ilmu keusahawanan kepada pelajar di pengajian tinggi. Cadangan Kerangka Konsep Rajah 1: Kerangka Konsep penyelidikan Berdasarkan kepada perbincangan kajian literatur dan isu semasa, kajian faktor penentu pembudayaan ilmu keusahawanan di kalangan pelajar perlu dijalankan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan empat pemboleh ubah perlu diuji bagi menentukan manakah pemboleh ubah yang menjadi faktor penentu kepada pembudayaan ilmu keusahawanan adalah ideal. Model bagi kerangka konsep yang dicadangkan adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. Kesimpulan Kajian ini dijalankan untuk membina satu kerangka konsep faktor penentu kepada Pembudayaan Kemahiran Keusahawanan di kalangan pelajar politeknik. Kajian ini berjaya mengenal pasti beberapa perkara yang dianggap sebagai faktor yang mempengaruhi pembudayaan kemahiran usahawan dalam kalangan pelajar. Secara kesimpulannya penekanan tentang pembudayaan ilmu keusahawanan di kalangan pelajar politeknik menjadi salah satu KPI di peringkat pengurusan bagi melahirkan graduan yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan sendiri dan orang lain. Namun terdapat cabaran untuk merealisasikan matlamat ini di kalangan pelajar. Kajian ini mencadangkan, sokongan penuh daripada pihak pengurusan bagi menggalakkan pembudayaan keusahawanan dikalangan pelajar selain membuka peluang experimental learning di dalam kampus kepada pelajar semasa dan graduan. Pelajar juga akan dapat mengaplikasi ilmu kemahiran ini sebagai bekalan pada masa hadapan sepertimana yang disarankan oleh menteri pendidikan dalam Utusan Harian (2017). Seiring dengan arus globalisasi, pelajar memerlukan pendidikan keusahawanan yang lebih efisien berbanding dengan pengajaran dalam bilik kuliah. Pembelajaran melalui pengalaman atau experiental learning merupakan kaedah paling berkesan dalam membudayakan ilmu keusahawanan di kalangan pelajar. Pelajar dapat merasai sendiri pengalaman dan pendedahan awal sebagai usahawan dengan menjalankan jualan kecil- kecilan di kampus atau luar kampus selain dapat menjana pendapatan sampingan. Keyakinan Globalisasi diri Minat Keluarga Peniaga
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 149 Rujukan Abd Rahman, S. S., Muhammad Sabri, M. F., & Nadzri, S. (2015). Kompetensi keusahawanan diri dalam kalangan mahasiswa yang mengambil kursus keusahawanan di universiti. In Proceeding of the 2nd International Conference on Management and Muamalah (No. 2ndICoMM). Azrain Nasyrah, M. (2004). Pengaruh Jaringan Terhadap Sikap, Keyakinan dan Kecenderungan Keusahawanan di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia: Kajian Kes di UUM dan UiTM Perlis (Doctoral dissertation, Universiti Utara Malaysia). Ab Rashid, A. H., Mupit, D. S., & Rahim, M. A. (2018). Kecenderungan Pelajar terhadap Keusahawanan di Kolej Komuniti Segamat 2. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 1(3), 31-42. Bird, B.J. (1989). Entrepreneurial Behavior. Glenview, Illinois: Scott, Foresman and Company binti Tunggak, B., & bin Salamon, H. (2014). Perubahan Sikap Keusahawanan Usahawan Melayu Di Malaysia (Changing Entrepreneurship Attitudes Malay Entreprenuers In Malaysia). e-Bangi, 11(1). Costa, F. J. D., Soares, A. A. C., & Bonfim, D. G. (2009). Factors of influence on the entrepreneurial interest: an analysis with students of information technology related courses. JISTEM-Journal of Information Systems and Technology Management, 6(2), 227-246. Esa, A., Alwi, M. F., Khalid, K., & Jusoh, N. (2012). Keusahawanan membangunkan kemahiran insaniah. Harian, B. (2017). Pelajar IPT perlu suntikan ilmu keusahawanan. Israr, M., & Saleem, M. (2018). Entrepreneurial intentions among university students in Italy. Journal of Global Entrepreneurship Research, 8(1), 20. Ispawi, D. I. (2008). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Bidang keusahawanan Sebagai Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar pendidikan Teknikal Dan Vokasional(Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia). Ibrahim, M. Z., Hamzah, R., & Nazri, M. I. (2014). Tekad Keusahawanan Tani dalam Kalangan Pelajar Sains Pertanian Sekolah Menengah. Sains Humanika, 2(4). Mutalib, S. (2013). Tinjauan kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Journal of Techno Social, 5(1). Manaf, A. A., Omar, N. H., & Yee, L. K. (2012). Faktor kritikal kejayaan usahawan dalam perniagaan. e-BANGI, 7(1), 34-45. Muhammad, N., & Abu, M. H. (2016). Faktor yang Mendorong Kejayaan Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) MARA di Daerah Melaka Tengah. Journal of Business Innovation, 1(2), 31. Miaat, E. A. (2014). Faktor yang mendorong kecenderungan pelajar kolej vokasional ke arah bidang keusahawanan (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Mohamad, A., Buang, N. A., & Hussin, M. (2014). Memformulasikan pelajar institusi pengajian tinggi ke arah kerjaya usahawan. Prosiding PERKEM Ke-9, 9, 433. Nasharudin, N., & Harun, H. (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Malaysian Journal of Education (0126-6020), 35(1). Othman, N., Othman, N. H., Poo, B. T., & Ismail, R. (2012). Impak globalisasi dan tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti. Prosiding Perkem Vii, 1(2012), 435-445. Yatim, N. M., & Rahim, N. A. (2017, March). Kesediaan Pelajar Program Pemasangan Elektrik Kolej Komuniti Bukit Beruang Untuk Menceburi Keusahawanan Bidang Elektrik. In e- Proceedings iCompEx17 Academic Paper.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 150 FAKTOR PEMILIHAN KURSUS ELEKTIF PELAJAR DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM POLITEKNIK MENURUT PERSPEKTIF PELAJAR Nur Syamsinar Fadhilah Mohamad Jaya, Norhaniza Mohd Noor dan Khairul Azam Elias Abstrak Sepanjang pengajian di Politeknik, pelajar Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) diwajibkan mengambil 2 kursus elektif dari 7 kursus yang di senaraikan dalam struktur program. Jabatan dikehendaki menawarkan sekurang-kurang 3 kursus agar pelajar boleh memilih 2 daripadanya. Oleh kerana kursus elektif adalah kursus pilihan, pelajar diberi tanggungjawab dan kebebasan untuk memilih kursus-kursus elektif yang terbaik buat mereka. Pemilihan bukanlah suatu yang boleh dianggap remeh, oleh itu jabatan perlulah menyediakan informasi yang betul dan secukupnya bagi memandu arah pelajar untuk membuat pilihan yang tepat. Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor pemilihan kursus elektif dikalangan pelajar DKA dan kursus permintaan untuk sesi Disember 2016 dan Jun 2017. Seramai 132 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam yang mengambil kursus-kursus elektif telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian adalah berbentuk deskriftif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Data yang diperolehi dianalisa menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science). Justfikasi yang diberikan pelajar dalam memilih kursus elektif adalah kerana faktor Relevant Module Career (mean = 3.268), meningkatkan pencapaian (mean = 3.336), faktor minat (mean = 3.401) , faktor ciri-ciri kursus (mean = 3.207) dan faktor Penasihat Akademik (PA) (mean = 3.061). Faktor rakan bukanlah faktor utama dalam memilih kursus elektif. Selain itu, dari pemilihan kursus selama 2 sesi mendapati bahawa, Green Construction dan Building Services merupakan kursus pilihan ataupun kursus permintaan dikalangan pelajar. Kajian ini diharap dapat membantu jabatan memberikan informasi betul kepada para pelajar dalam membuat pilihan yang tepat dan seterusnya membantu pelajar memperolehi pencapaian yang baik. Kata Kunci: Faktor, pemilihan kursus elektif Pengenalan Pembangunan kurikulum untuk suatu program bukanlah suatu yang boleh dipandang remeh memandangkan matlamat pendidikan sendiri adalah untuk melahirkan sumber manusia yang berdaya saing sejajar dengan teras kedua misi nasional 2006-2020. Berdasarkan Kod Amalan Akreditasi (2010) yang digariskan oleh Malaysian Qualification Industri (MQA), satu persekitaran pengajaran-pembelajaran akan hanya berkesan sekiranya kandungan kurikulum dan struktur program dalam persekitaran tersebut terus menerus dipastikan selari dengan perkembangan terkini bidang pengajian bagi menyediakan graduan yang berdaya saing dan memenuhi kehendak industri. Di politeknik, kursus yang ditawarkan dalam program Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) adalah mengandungi 92 jam kredit kursus teras dan 4 jam kredit kursus elektif (Student Study Guide, 2016). Kursus teras adalah kursus telah ditetapkan di dalam struktur program DKA dan wajib diambil oleh para pelajar sementara kursus elektif adalah kursus yang memboleh pelajar membuat pilihan dari beberapa kursus yang ditawarkan di jabatan. Di Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), justifikasi penawaran 4 dari 7 kursus elektif adalah berdasarkan kepakaran pengajar sediaada, faktor nilai tambah kursus itu untuk diri pelajar dalam kerjaya kelak dan meningkatkan kelebihan dan potensi dalam diri pelajar. Oleh itu, 4 kursus yang dipilih untuk
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 151 ditawarkan kepada pelajar adalah Environment, Polution and Control (DCC6232), Basic Building Services (DCC6242), Introduction To Green Construction (DCC6252) dan Steel Structure Design (DCC6262). Kursus elektif adalah suatu kursus yang boleh dipilih oleh pelajar untuk menyokong bidang pengajian programnya atau memenuhi minat dan potensi masing-masing (UMT, 2011). Namun tidak ramai pelajar mengetahui mengapa mereka memilih kursus yang ditawarkan dan apakah justifikasi mereka. Ini kerana Mary (2016) menyatakan bahawa, kebenaran yang tidak boleh dinafikan adalah kebanyakan ahli akademik menegaskan, pemilihan kursus secara serius boleh memberi kesan kepada rangkaian kerja para graduan. Menurut Ameelia Akma (2017), salah satu enam faktor graduan gagal dalam temuduga adalah apabila calon tidak dapat meyakinkan penemuduga kelebihan, kebolehan dan potensi dimiliki. Walaupun skop kursus elektif dilihat kecil, namun secara holistik ia mampu menjadi perkara yang dapat menonjolkan potensi dan kelebihan dalam diri pelajar. Oleh itu kursus elektif yang dipilih tepat boleh memberikan perbezaan kepada final qualification, kebolehkerjaan malah memberi kelainan dalam set skil dan curiculum vitae. Pelajar tidak boleh memilih modul terbaik untuk mereka jika mereka diberikan tidak mencukupi, sebahagian atau tidak betul maklumat (Roper, 1994). Pelajar diberi kuasa untuk memilih dan mereka sepatutnya memilih atas pertimbangan yang betul. Oleh itu adalah penting pihak jabatan memberikan informasi untuk meningkatkan pengetahuan tentang rasional suatu kursus elektif itu dipilih. Objektif kajian ini adalah untuk: i) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus elektif di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam ii) Mengenalpasti kursus permintaan atau Subject Demand bagi kursus elektif DKA di PSMZA iii) Mengenalpasi samaada terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor-faktor pemilihan kursus dengan jantina pelajar. Kajian Literatur Pengertian elektif merujuk kepada kamus dewan bermaksud suatu yang bersifat pilihan (Kamus Dewan, 2002). Dalam kontek kursus atau matapelajaran, ia berkenaan pilihan terhadap suatu kursus atau matapelajaran yang ditawarkan. Ini bermaksud, penawaran kursus mestilah melebihi nilai pilihan supaya adanya kuasa memilih disitu. Ia bukanlah suatu yang dikatakan sebagai pilihan sekiranya kursus elektif yang ditawarkan adalah dua dan pelajar wajib memilih dua. Menurut Abdullah Sani Yahaya (2007), bimbingan berdasarkan tingkahlaku menyatakan bahawa salah satu faktor penting dalam konsep kebebasan adalah kuasa memilih. Dengan adanya kuasa memilih, seorang itu akan lebih bertanggungjawab terhadap dirinya dan suatu perkara. Pemilihan bukanlah suatu perkara yang mudah dan seseorang pelajar itu lazimnya akan dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran dan dalaman. Mary (2016) menyatakan, pelajar yang mempunyai motivasi dalaman akan belajar dengan ‘deep’ atau ‘meaning oriented’. Selain itu, trend penyelidikan dalam pelbagai disiplin ilmu mengaplikasikan analisis kandungan dan analisis trend secara meluas (Fatin Nabilah, 2016). Justeru, analisis kandungan dan analisis trend akan membantu kajian ini melihat dengan lebih dekat tentang kepelbagaian faktor diambikira untuk memilih kursus elektif. Kajian ini telah mengambilkira beberapa faktor merujuk kepada kajian-kajian berkaitan sebelum ini. Minat merupakan dorongan intrinsik yang tidak semestinya dibentuk oleh faktor luaran. Ini menjadikannya salah satu faktor yang boleh digunapakai oleh seseorang pelajar,
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 152 terutamanya semasa fasa refleksi kendiri dalam proses membuat pilihan. Howorth (2001) mencadangkan, apabila pelajar memilih yang diminati, mereka akan jadi lebih belajar, lebih seronok dan sebagai bonus mereka akan memperolehi gred yang tinggi kerana lebih memahami modul yang dipelajari. Koceic (2010) mendapati bahawa sekurang-kurangnya 10 peratus pelajar telah bersetuju untuk kenyataan berikut “I choose the elective that I liked the most”. Menurut Rhys Davies (2003), sebab sesuatu kursus pengajian dipilih ialah minat terhadap subjek tersebut. Kefahaman diri kerana remaja masa kini menganggap rakan sebaya sebagai role model kepada diri masing-masing (Azizi Yahaya 2016). Berdasarkan kenyataan Zuraidah (2006) pula, ketika seseorang remaja mengalami proses tumbesaran, mereka lebih banyak bergantung kepada rakan sebaya dalam membentuk sahsiah keperibadian diri masing-masing. Penasihat Akademik (PA) adalah individu yang paling hampir dengan pelajar semasa di institusi. Penasihat akademik merupakan seorang penasihat yang efektif di mana peranan dan fungsinya sebagai sumber maklumat yang berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum, polisi institusi dan prosedur pentadbiran serta sebagai golongan yang dapat membantu pelajar menangani permasalahan dari aspek pembangunan akademik pelajar, sahsiah, kerjaya dan kesediaan diri pelajar (Said, Hamdan, 2012). Berdasarkan Garispanduan Sistem Penasihatan Akademik (2016), peranan PA adalah membantu, membimbing pelajar dalam akademik, pembangunan diri dan laluan kerjaya. Kursus elektif yang ditawarkan kepada pelajar mempunyai ciri-ciri dan latarbelakang yang berbeza atau setara. Ciri-ciri atau latarbelakang yang dimaksudkan adalah seperti jenis penilaian kerja kursus (PKK), bilangan PKK, mengandungi peperiksaan akhir atau tidak dan mengandungi silibus teori atau pengiraan. Berdasarkan pengalaman belajar selama beberapa semester sebelum ini, pelajar sendiri boleh menilai sejauhmana suatu kursus tersebut boleh ditangani berdasarkan latarbelakang atau ciri-ciri kursus. Kelebihan dan kelemahan inilah yang menjadi kayu pengukur untuk memilih kursus elektif. Sepertimana menurut Mary (2016) menyatakan “a student who believes they have poor mathematical skills would choose a course of study that does not require much maths and then prefer modules within that are writing based than quantitatively based”. Dalam artikel Why your Module Choices Matter More Then You Think menulis bahawa, pelajar perlu ambil masa untuk melihat setiap struktur kursus yang ditawarkan dan bagaimana ia dinilai. Sebahagiannya kemungkinan exam-based, sebahagian fokus kepada kerja kursus, salah satu atau kedua-duanya. Oleh itu kenalpasti bagaimana kaedah pembelajaran yang dikehendaki. Kursus yang dirangka dan dinyatakan dalam Struktur Program DKA adalah mengambilkira dari segi kerelevanan dengan kerjaya dan industri. Semua kursus elektif yang ditawarkan adalah tidak terkecuali. Walaupun kursus elektif dilihat hanya sebahagian kecil dalam pengajian pelajar, namun bagi sesetengah syarikat atau agensi, kursus elektif yang dinyatakan dalam transrip atau curriculum vitae, menjadi kayu pengukuran kelebihan dan potensi pelajar. Green Tecnology In Construction merupakan suatu bidang baru dan semakin mendapat tempat dalam pembinaan. Oleh itu adalah tepat JKA menawarkan kursus ini kepada pelajar, melihat kepada pembinaan yang berkonsepkan teknologi hijau semakin mendapat perhatian. Selain itu kursus Steel Structure Design yang ditawarkan adalah releven bagi syarikat perunding yang menyediakan rekabentuk pembinaan dalam skop kerja kejuruteraan awam. Metodologi Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah bersifat ekspos fakto yang mana rekabentuk kajian ini adalah untuk mencari sebab. Sampel ditentukan dengan menggunakan Jadual Persampelan Krejcie and Morgan (1970) iaitu seramai 132 responden dipilih dari 320 populasi pelajar Diploma
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 153 Kejuruteraan Awam PSMZA yang mengambil kursus elektif Sesi Disember 2016 dan Jun 2017. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah soal selidik. Kaedah instrumen kajian soal selidik merupakan kaedah yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden. Soal Selidik dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A mengandungi soalan untuk demografi responden dan Bahagian B adalah soalan faktor-faktor pemilihan kursus elektif. Soalan di Bahagian A adalah berbentuk aneka pilihan dan Bahagian B berbentuk Skala Likert. Jadual 1 menunjukkan bilangan item setiap bahagian dalam soal selidik. Jadual 1 Keterangan item dalam soal selidik Bahagian Item Bentuk Item Bilangan Item Bahagian A (Demografi Responden) Jantina Aneka Pilihan 1 Hpnm pelajar 1 Bahagian B (Faktor pemilihan) Minat Skala Likert 6 Rakan 6 Penasihat Akademik (PA) 6 Latarbelakang/ciri-ciri kursus 7 Module Relevant Career 6 Meningkatkan Pencapaian 5 Skala Likert adalah kaedah yang terbaik digunakan dalam kajian kerana berupaya mengeluarkan tindakbalas yang berkaitan dengan objek, peristiwa atau orang yang dikaji (Sekaran 2003). Skala Likert yang digunakan adalah Skala Likert empat mata seperti yang ditunjukkan di Jadual 2 di bawah. Jadual 2 Skala Likert 4 mata Peringkat Singkatan Skor Sangat Tidak Setuju STS 1 Tidak Setuju TS 2 Setuju S 3 Sangat Setuju SS 4 Kajian rintis telah dijalankan kepada 30 orang responden untuk mendapatkan kebolehpercayaan soal selidik. Jadual 3 dibawah menunjukkan nilai Alpha Cronbach yang diperolehi untuk itemitem faktor pemilihan. Kebolehpercayaan bagi sesuatu instumen dikenalpasti dengan menggunakan nilai Alpha Cronbach. Nilai Alpha Cronbach yang menjadi rujukan ialah 0.600 hingga 1.000. Jadual 3 Nilai Alpha Cronbach berdasarkan item faktor Bahagian Item Nilai Alpha Cronbach Bahagian B (Faktor Minat 0.895 Rakan 0.923
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 154 Pemilihan) Penasihat Akademik (PA) 0.938 Latarbelakang/ciri-ciri kursus 0.802 Module Relevant Career 0.918 Meningkatkan Pencapaian 0.850 Nilai Alpha Cronbach bagi semua bahagian adalah melebihi 0.6 (Rahayah, 2003). Oleh itu, semua item dikekalkan untuk kajian sebenar. Keputusan dan Perbincangan Beberapa metod telah digunakan untuk menganalisa data kajian berdasarkan objektif. Data dianalisa dan diintepretasi menggunakan perisian SPSS versi 16. Untuk menjawab objektif 1 dan 2 analisa peratusan dan min digunakan, manakala Ujian-t digunakan bagi menjawab objektif 3. Bagi penilaian min, jawapan dirujuk berdasarkan Skala Likert yang dibahagi kepada 2 skala mata iaitu skala 1 dan 2 yang diklasifikasikan sebagai Tidak Setuju/Rendah dan Setuju/Tinggi seperti Jadual 4. Jadual 4 Gabungan Skala Likert 2 mata Peringkat Skor Tidak Setuju/Rendah 1.00 – 2.99 Setuju/Tinggi 3.00 – 4.00 i) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus elektif dikalangan pelajar DKA. Beberapa faktor pemilihan telah dinilai berdasarkan persepsi pelajar. Faktor tersebut adalah faktor minat, rakan, Module Relevant Career, Penasihat Akademik, latarbelakang kursus dan meningkatkan pencapaian keputusan. Jadual 5 di bawah berikut menunjukkan nilai min bagi 6 faktor pemilihan dengan 4 kursus elektif yang ditawarkan dan dipilih oleh pelajar. Jadual 5 Min faktor-faktor mengikut 4 kursus elektif Kursus Elektif Min Faktor Pemilihan Minat Rakan PA Latarbelakang Kursus Module Relevant Career Tingkatkan Pencapaian DCC6232 – Environment Pollution & Control 3.452 3.111 3.133 3.250 3.146 3.333 DCC6242 – Basic 3.601 2.941 2.920 3.073 3.133 3.126
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 155 Building Services DCC6252 – Intro. To Green Construction 3.283 2.933 3.182 3.279 3.282 3.404 DCC6262 – Steel Structure Design 3.268 2.967 3.007 3.224 3.515 3.479 Purata Min 3.401 2.988 3.061 3.207 3.268 3.336 Secara keseluruhannya, faktor utama yang diambilkira oleh pelajar memilih 4 kursus elektif adalah minat dengan min 3.401, untuk meningkatkan pencapaian keputusan dengan min 3.336 dan Module Relevant Career (3.268). Kemudian latarbelakang kursus juga mempengaruhi dengan min 3.207 dan Penasihat Akademik memperolehi min 3.061. Dapatan ini membuktikan bahawa dengan adanya rasa minat terhadap kursus yang diambil, pelajar akan lebih seronok belajar, tidak jemu, sentiasa bersemangat untuk belajar dan sentiasa ingin tahu. Sebab sesuatu kursus pengajian dipilih ialah minat terhadap subjek tersebut (Rhys Davies, 2003). Selain itu pelajar percaya bahawa mereka boleh score dalam kursus elektif yang dipilih untuk meningkatkan keputusan pada semester tersebut. Data juga membuktikan bahawa kursus yang dipilih oleh pelajar merupakan nilai tambah (value added) dalam diri pelajar untuk kerjaya kelak (Module Relevant Career) dan pelajar mempunyai kelebihan. Dengan tercatat kursus ini dalam resume, ia akan lebih mengagumkan dan pelajar yakin untuk mendapatkan kerja yang dikehendaki (Mary, 2016). Latarbelakang atau ciri-ciri suatu kursus juga adalah penting kerana pelajar akan lebih faham bagaimana kaedah belajar mereka diuruskan dan masa yang diperuntukkan. Selain itu, PA sebagai pemudahcara akademik kepada pelajar juga merupakan salah satu faktor untuk pelajar memilih kursus elektif. Sebagai individu yang arif tentang pembelajaran, pelajar akan mendapatkan nasihat dan panduan dari PA agar pilihan yang dibuat adalah tepat. Namun rakan bukanlah menjadi faktor utama pelajar dalam memilih kursus elektif dengan min yang diperolehi adalah terendah iaitu 2.988. Sebagai pelajar yang semakin meningkat usia dan matang, pelajar mampu untuk membuat keputusan sendiri dalam membuat pilihan belajar dan kerjaya di masa hadapan. ii) Mengenalpasti kursus permintaan atau Subject Demand bagi kursus elektif DKA di PSMZA Pemilihan kursus elektif adalah dilihat untuk dua sesi iaitu Sesi Disember 2016 dan Jun 2017. Kursus elektif yang terlibat adalah Environment Pollution & Control, Basic Building Services, Green Construction dan Steel Structure. Jadual 6 di bawah menunjukkan peratusan pemilihan kursus elektif di kalangan pelajar JKA.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 156 Jadual 6 Peratusan pemilihan kursus mengikut sesi Kursus Pemilihan Kusus Peratus Sesi Disember Keseluruhan 2016 Sesi Jun 2017 Bilangan Peratus (%) Bilangan Peratus (%) Environment Pollution & Control 138 28.57 44 11.40 20.94 Basic Building Services 126 26.09 112 29.02 27.39 Green Construction 172 35.61 100 25.91 31.30 Steel Structure 47 9.73 130 33.68 20.37 Jumlah 100 100 100 Data peratusan di Jadual 6 menunjukkan, pada Sesi Disember 2016 kursus Green Construction merupakan kursus pilihan tertinggi pelajar iaitu 172 orang memilih iaitu 35.61%. Pilihan terendah adalah kursus Design of Steel Structure iaitu 47 orang memilih (9.73%). Pada Sesi Jun 2017 pula, pilihan tertinggi adalah kursus Design of Steel Structure iaitu 130 orang memilih (33.68%) dan terendah adalah kursus Enviroment Pollution & Control iaitu 44 pelajar memilih (11.40%). Sepanjang dua semester iaitu Disember 2016 dan Jun 2017, kursus Basic Building Services boleh dilihat mengekalkan peratusan pemiilihan pelajar untuk kursus ini iaitu 26.09% dan 29.02%. Begitu juga dengan kursus Introduction to Green Construction. Walaupun mengalami sedikit penurunan peratus pilihan pelajar iaitu sebanyak -9.7% dari 35.61% kepada 25.91%. Kursus Design of Steel Structure mengalami peningkaran yang ketara dari Sesi Disember 2016 ke Sesi Jun 2017 iaitu sebanyak +23.95% dari 9.73% kepada 33.68%. Namun, kursus Environment Pollution and Control menunjukkan penurunan yang ketara pemilihan kursus oleh pelajar iaitu -17.17% dari 28.57% kepada 11.40%. Dalam tinjauan yang dilakukan kepada 15 industri mendapati bahawa, Most Relevant Module for Civil Engineering Career mengikut turutan adalah sepertimana Jadual 7 berikut : Jadual 7 The Most Relevant Module for Civil Engineering Career Turutan Kursus Peratus 1 Steel Structure 93.3 2 Green Construction 86.7 3 Environment Pollution & Control 80 4 Basic Building Services 66.7 Pihak industri berpendapat bahawa, kursus yang paling relevan di industri adalah Steel Structure. Kemudian diikuti dengan Green Construction, Environment Pollution & Control dan Basic Building Services.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 157 Jadual 8 Min faktor-faktor pemilihan bagi kursus Steel Structure Kursus Elektif Min Faktor Pemilihan Minat Rakan PA Latarbelakang Kursus Module Relevant Career Tingkatkan Pencapaian DCC6262 – Steel Structure Design 3.268 2.967 3.007 3.224 3.515 3.479 Berdasarkan jadual min faktor-faktor pemilihan kursus Steel Structure menunjukkan bahawa pelajar-pelajar memilih kursus ini adalah disebabkan oleh ia sebagai Module Relevan for Career dengan min tertinggi 3.515. Alasan ini adalah amat bertepatan dengan pendapat industri di Jadual 8 yang menunjukkan bahawa Steel Structure adalah kursus yang paling relevan dalam kerjaya Kejuruteraan Awam. iii) Mengenalpasi sama ada terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor-faktor pemilihan kursus dengan jantina pelajar. Bagi menjawab objektif ketiga, ujian-t yang dilakukan. Hipotesis kajian adalah seperti berikut : H1: Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor minat dengan jantina pelajar. H2: Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor rakan dengan jantina pelajar H3: Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor pengaruh PA dengan jantina pelajar H4: Terdapat perbezaan signifikan diantara faktor latarbelakang kursus dengan jantina pelajar H5: Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor Module Relevant Career dengan jantina pelajar H6: Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor meningkatkan pencapaian dengan jantina pelajar. Jadual 9 Dapatan Ujian-t Item Jantina Nilai min Sig. Sig. (2- tailed) Minat Lelaki 3.28 0.006 0.153 Perempuan 3.19 Rakan Lelaki 2.97 0.09 0.061 Perempuan 2.78 Penasihat Akademik (PA) Lelaki 2.99 0.724 0.977 Perempuan 2.99 Latarbelakang/ciri-ciri kursus Lelaki 3.19 0.383 0.922 Perempuan 3.18 Module Relevant Career Lelaki 3.31 0.013 0.535 Perempuan 3.26 Meningkat Keputusan Lelaki 3.28 0.241 0.977 Perempuan 3.29
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 158 Berdasarkan Jadual 9, nilai Sig. (2-tailed) adalah 0.153 (>0.05) bagi item minat. Oleh itu, hipotesis 1 ditolak iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara lelaki dan perempuan dengan minat. Merujuk kepada nilai min pula, dapat dilihat tidak terdapat perbezaan yang ketara iaitu 3.28 bagi pelajar lelaki dan 3.19 bagi pelajar perempuan. Ini bermakna pelajar lelaki dan perempuan sama berpendapat minat adalah faktor utama. Nilai Sig. (2-tailed) bagi item Module Relevant Career pula adalah 0.535 (>0.05) yang jelas menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jantina lelaki dan perempuan dengan faktor Module Relevant Career. Pelajar lelaki dan perempuan sependapat faktor Module Relevant Career merupakan justifikasi yang digunakan untuk memilih kursus elektif berdasarkan min yang hampir sama iaitu 3.31 dan 3.26. Begitu juga bagi item meningkatkan keputusan yang mana hipotesis adalah ditolak berdasarkan nilai Sig. (2-tailed) adalah 0.977 (>0.05). Pelajar lelaki dan perempuan adalah sependapat bahawa faktor meningkatkan keputusan juga diambilkira semasa memilih kursus elektif dengan min 3.28 dan 3.29. Hipotesis latarbelakang atau ciri-ciri kursus juga ditolak kerana nilai Sig. (2-tailed) >0.05 iaitu 0.922. Nilai min lelaki dan perempuan juga tidak mempunyai perbezaan ketara iaitu 3.19 (lelaki) dan 3.18 (perempuan) kerana mereka sependapat latarbelakang kursus adalah faktor yang diambilkira memilih kursus elektif. Hipotesis 5 juga ditolak kerana nilai Sig (2-tailed) adalah >0.05 iaitu 0.061. Namun lelaki dan perempuan mempunyai sedikit perbezaan min iaitu 2.97 dan 2.78. Pelajar lelaki lebih menyokong bahawa rakan bukanlah faktor mempengaruhi pemilihan kursus elektif berbanding perempuan. Dapatan ini juga bertepatan dengan nilai min keseluruhan di Jadual 8 yang mana rakan bukanlah faktor utama dalam pemilihan. Begitu juga dengan item Penasihat Akademik (PA). Hipotesis adalah ditolak berikutan nilai Sig (2 tailed) iaitu 0.977 (>0.05). Ia juga bukanlah faktor utama dalam pemilihan kursus elektif kerana nilai min diperolehi <3.00. Namun lelaki dan perempuan adalah sependapat berdasarkan nilai min yang sama iaitu 2.99. Kesimpulan Dapatan kajian menunjukkan bahawa, untuk 2 sesi iaitu Sesi Disember 2016 dan Jun 2017 mendapati, Basic Building Services dan Introduction to Green Construction merupakan kursus permintaan pelajar. Sementara pada Sesi Jun 2017, kursus Steel Structure Design mendapat pilihan tertinggi dikalangan pelajar. Oleh itu, dengan dapatan ini, pihak jabatan boleh membuat jangkaan keperluan pensyarah bagi kursus-kursus di atas sebagai persediaan untuk penawaran kursus akan datang. Dari dapatan faktor pemilihan kursus elektif yang diperolehi, faktor-faktor utama yang diambilkira oleh pelajar untuk memilih adalah minat terhadap kursus, Module Relevant Career sebagai nilai tambah kepada pelajar, untuk tingkatkan pencapaian keputusan dan faktor Penasihat Akademik. Minat adalah faktor yang tertinggi sekali berbanding faktor utama lain. Dapatan juga mendapati bahawa, pelajar memilih kursus Design of Steel Structure kerana ia adalah Module Relevant Career dengan min tertinggi iaitu 3.515. Ia bertepatan dengan dapatan dari tinjauan dengan pihak indutri bahawa sememangnya kursus ini adalah sangat releven dalam kerjaya mereka kelak. Dari analisis inferen pula mendapati, semua hipotesis adalah ditolak berdasarkan nilai Sig (2 tailed) yang diperolehi adalah >0.05. Ini bermakna tidak terdapat hubungan yang signikan antara faktor utama iaitu minat, Module Relevant Career, latarbelakang atau ciri-ciri
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 159 kursus, untuk meningkatkan pencapaian dan Penasihat Akademik dengan jantina. Nilai min jantina lelaki dan perempuan juga tiada perbezaan iaitu adalah sependapat. Pelajar lelaki lebih berpendapat bahawa faktor rakan tidak mempengaruhi dalam pemilihan kursus elektif berbanding perempuan berdasarkan nilai min yang yang terdapat sedikit perbezaan. Nilai Sig (2 tailed) juga adalah 2.988 (<0.05). Oleh itu adalah amat penting, jabatan menyediakan dan memberikan info yang tepat dalam membantu pelajar membuat pilihan kursus elektif yang tepat. Dengan pilihan yang tepat, pelajar akan dapat belajar lebih terancang dan mengurus pembelajaran dengan baik. Sebenarnya ada banyak lagi faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi pelajar dalam membuat pilihan. Adakah pelajar mengambilkira Himpunan Ninai Mata (HPNM) mereka untuk memilih kursus elektif menjadi persoalan. Selain itu, jabatan perlu lebih banyak memberikan informasi supaya pelajar lebih terarah membuat keputusan dan dapat menonjolkan potensi dalam diri pelajar. Rujukan Abdullah Sani Yahaya, Abdul Rashid Mohamed, Abd. Ghani Abdullah (2007), Guru Sebagai Pemimpin, Kuala lumpur: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Ameelia Akma (2017), Artikel - Temuduga : Ramai Biadap Tin Kosong, Retreived from http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/temuduga-ramai-biadab-tin-kosong-1.732132 Azizi Yahaya, Norhashimah, (2016), Faktor-Faktor Pemilihan Kursus Dan Masalah-Masalah Pembelajaran Dalam Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan 4 Aliran Teknikal Di Tiga Buah Sekolah,Menengah Teknik Di Negeri Sembilan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan (2006).Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala lumpur: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Fatin Nabilah Abdul Wahid, Rohani Abdul Aziz, Ruslina Ibrahim, Helmi Norman, & Norazah Nordin (2016). Kajian Tinjauan Sistematik Mooc Bagi Kajian Terpilih Tahun 2013-2016, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia Howorth, C. A. (2001). An empirical examination of undergraduate students module choices. International Journal of Management Education, 2(1), 19-30. Kamus Dewan (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kod Amalan Akreditasi Program (2010), Code of Practice for Programme Accreditation, Edisi Pertama, ISBN 978-983-44015-3-5 © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia. Krejcie, R.V., & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement. Koceic, A., Mestrovic, A., Vrdoljak, L., Vukojevic, K., Barac-Latas, V., Drenjancevic-Peric, I., Biocina-Lukenda, D., Sapunar, D. & Puljak, L. (2010). Analysis of the Elective Curriculum in Undergraduate Medical Education in Croatia, Medical Education, 44(4): 387-395. Mary R Hedges, Gail, Don, (2016), What Determines Students Choices of elective Modules?, Centre for Longitudinal Research, University of Aucklang, New Zealand. Roper, B. (1994). Capability and the Future of Modularity: An Institutional Perspective. In A. Jenkins, & L. Walker (Eds.), Developing Student Capability Through Modular Courses (pp. 143-158). London: Kogan page. Said, Hamdan (2012) Peranan penasihat akademik dalam melestarikan pendidikan berkualiti. In: Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012, 19-20 September 2012, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang Retreived from http://ipgktb.edu.my/lestari/kertas_lestari2012/Ha... Sekaran, Umar (2003). Research Method For Business – A Skill Building Approch. New York: John Wiley and Sons, Inc. Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, konsep & amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik UKM. Student Study Guide (2016), Diploma in Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Jabatan Pengajian Politeknik, Dungun,Terengganu. UMT (2011). Polisi, Dasar dan Peraturan-Peraturan Akademik UMT. Bahagian Akademik, Universiti Malaysia Terengganu Retrieved from https://www.umt.edu.my/doc/Peraturan_Akademik_UMT.pdf
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 160 Why Your Module Choices Matter More Than You Think (2016), London, United Kingdom Retreived from https://Www.Studenthut.Com/Articles/Why-Your-Module-Choices-Matter-More-You-Think Zuraidah, A. (2006). Faktor-Faktor Yang Mendorong Pelajar Dalam Lukisan Kejuruteraan Di Sekolah: Satu Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Kuala Terengganu, Terengganu. Tesis Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 161 KECENDERUNGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Sazila Yusof dan Azli Syam Awang Abstrak Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ataupun pembelajaran sepanjang umur bermaksud aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khususnya orang dewasa. PSH dianggap bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan. Setiap individu perlu berusaha untuk memajukan diri sendiri tanpa mengira had umur seperti yang galakkan oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha menyemai pembelajaran sepanjang hayat menggalakkan tenaga pengajar menggalakkan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sama ada sarjana atau ijazah kedoktoran kerana ingin setiap individu melihat ke hadapan dan bersedia menghadapi cabaran sektor pendidikan abad ke-21. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kecenderungan atau keinginan rakyat Sabah untuk mengikuti program PSH yang ditawarkan oleh pelbagai institusi. Seramai 68 sampel telah digunakan dalam penyelidikan ini. Dapatan kajian ini akan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS Versi 15. Hasil analisis mendapati majoriti responden mempunyai niat dan keinginan untuk mengikuti program PSH. Dapatan kajian ini akan membantu pihak institusi pendidikan merangka pelan pembangunan pendidikan yang lebih efektif agar program PSH lebih mendapat sambutan oleh masyarakat Malaysia. Kata Kunci: Kecenderungan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Institusi Pendidikan Pendahuluan Perbincangan mengenai Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah dibincangkan dalam banyak kajian. Menurut kajian yang jalankan oleh Laal dan Salamati (2012), terdapat banyak kelebihan yang akan diperoleh apabila mengikuti program PSH. Pertama, PSH dapat membantu kita untuk menyesuaikan diri dengan perubahan semasa. Seorang pelajar yang mengikuti pengajian sepanjang hayat akan mengikuti perkembangan masyarakat dengan terus mengetahui dan mempelajari perubahan dalam pelbagai bidang seperti teknologi, berita terkini, trend politik, masalah kewangan, isu negara, hiburan, sosial dan lain-lain perkembangan. Manfaat daripada PSH dapat dicurahkan kepada anak-anak kita, supaya mereka juga dapat menyesuaikan diri dan berkembang maju dengan mengikuti teknologi terkini. Dengan mengikuti pembelajaran sepanjang hayat, individu dapat mencari peluang untuk merangkul teknologi baru. Selain daripada itu, dengan mengikuti program PSH, ia akan dapat memperkaya dan memenuhi kehidupan (Laal & Salamati, 2012). Bagi orang yang melanjutkan mereka dapat mengharapkan kehidupan yang aktif dan bermakna tanpa membiarkan sisa umur berlalu begitu sahaja. Setiap orang mempunyai mata pelajaran yang mereka minati dan mereka boleh menggunakan peluang untuk meneroka topik-topik ini yang mereka anggap menarik untuk mengurangkan tekanan pada tubuh, di rumah, atau perkahwinan. Berdasarkan kepada manfaat yang akan diperoleh, kajian perlu dijalankan untuk melihat sejauh mana keinginan atau niat orang ramai untuk mengikuti program PSH.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 162 Sorotan Kajian Menurut Dunn (2003), PSH dapat membimbing seseorang orang untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu, seperti mengambil bahagian secara aktif dalam kehidupan sivik, menjalani gaya hidup yang lebih lestari, dan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Ia juga memberi manfaat kepada masyarakat, dengan mengurangkan jenayah dan mendorong penglibatan dalam kegiatan masyarakat. Kebaikan seterusnya yang diterangkan oleh Laal dan Salamati (2012) adalah PSH dapat meningkatkan pendapatan seseorang dengan menerima kenaikan gaji yang lebih besar berbanding sebelumnya. Ini kerana, promosi kenaikan pangkat dalam pekerjaan diberikan kepada pekerja yang mahir dan berpendidikan dalam bidang pekerjaan mereka. Pekerjaan dan jawatan baru dicipta sepanjang masa. Begitu juga dengan peluang kerjaya baru yang dibuka sepanjang masa. Pemohon atau pekerja yang layak adalah orang yang mempunyai perakuan dan telah menghabiskan pengajian dengan memperoleh sijil pendidikan seperti diploma hinggalah ke sarjana. Oleh yang demikian, seorang pelajar PSH yang mahir dalam bidang tertentu, sentiasa dalam keadaan bersedia dan hanya menanti peluang yang datang untuk mereka penuhi. Untuk melihat sejauh mana kecenderungan rakyat di negara ini untuk mengikuti PSH, kajian berkaitan niat untuk melaksanakan gelagat perlu dijalankan. Fishbein dan Ajzen (1975) menegaskan bahawa niat akan menunjukkan usaha yang akan dilakukan oleh individu dalam melakukan tingkah laku dan kesediaan mencuba untuk melaksanakannya. Menurut Ajzen (1985) dalam Teori Tindakan Beralasan, teori tersebut mempunyai tanggapan bahawa setiap manusia biasanya akan bersikap wajar; dengan mengambil kira maklumat yang ada dan secara implisit atau eksplisit akan mempertimbangkan implikasi tindakan mereka. Teori ini menyatakan bahawa niat seseorang untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu tingkah laku adalah penentu langsung tindakan tersebut. Tanpa mengira kejadian yang tidak dijangka, orang biasanya akan bertindak sesuai dengan niat mereka. Menurut Balau (2018) Dalam percubaan untuk meramalkan atau mempengaruhi perubahan dalam tingkah laku manusia, niat merupakan dan mewakili satu elemen penting dan dianggap sebagai proksi yang dekat dengan tingkah laku itu sendiri. Justeru itu, ramalan penglibatan untuk mengikuti PSH pada masa hadapan dapat dilihat pada niat seseorang. Ini kerana, semakin kuat niat seseorang individu, semakin tinggi kebarangkalian untuk melaksanakan tingkah laku tersebut. Metodologi Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif berbentuk tinjauan. Seramai 68 responden terlibat dalam kajian ini. Kaedah pungutan data adalah menggunakan teknik pensampelan random. Instrumen yang digunakan untuk memungut data adalah borang soal selidik. Item-item pemboleh ubah niat dalam borang selidik adalah adaptasi dari Ajzen (2006) yang diukur menggunakan skala likat (iaitu nilai 1: Sangat tidak setuju, 2: Tidak setuju, 3: Tidak pasti, 4: Setuju, 5: Sangat setuju). Kajian ini menggunakan Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk menjalankan analisis deskriptif dan skor min.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 163 Hasil Kajian a) Analisis demografi Rajah 1. Umur responden Rajah 2. Tahap pendidikan responden Berdasar kepada data yang diperoleh, seramai 51.5 % sampel daripada kalangan lelaki dan selebihnya adalah perempuan sebanyak 48.5 %. Daripada responden tersebut 52.9 % adalah bujang dan 47.1 % adalah berkahwin. Daripada tinjauan umur yang dapat diperhatikan dalam Rajah 1, di mana 38.2 % responden adalah berumur kurang daripada 25 tahun. Sementara itu sebanyak 22.1 % adalah mereka yang berumur antara 36 hingga 40 tahun. Terdapat juga responden yang berumur melebihi 60 tahun iaitu sebanyak 1.5 %. Sekiranya diperhatikan tahap pendidikan responden seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2, majoriti responden adalah mereka yang mempunyai diploma iaitu sebanyak 57.4 %.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 164 b) Analisis Item Rajah 3. Analisis data hilang Sebelum analisis deskriptif dijalankan, analisis data hilang dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat data yang hilang. Rajah 2 menunjukkan nilai peratus adalah 0% (cases) yang menunjukkan tiada data yang hilang. Oleh itu, analisis selanjutnya adalah sesuai untuk dijalankan. Jadual 1 Analisis deskriptif SPSS Item Mean Std. Deviation Skewness Kurtosis 1. Saya berhasrat untuk menghadiri Program Pembelajaran Sepanjang Hayat. 4.0882 0.92616 -0.76 0.259 2. Saya berhasrat untuk mendaftar dalam program Pembelajaran Sepanjang Hayat. 4.0441 0.95314 -0.623 -0.163 3. Saya berhasrat untuk menghadiri seminar dan bengkel yang menawarkan program pembelajaran berterusan. 4.1324 0.82687 -0.417 -0.964 Berdasarkan kepada nilai skewness dan kurtosis, kesemua item adalah normal kerana berada di dalam julat ± 3.00 di mana jika nilai yang diperoleh adalah > 3 atau < -3 maka item tersebut berada di dalam taburan normal (Kline 2005). Jadual 1 menunjukkan hasil analisis skor min bagi 3 item. Item 3 iaitu “Saya berhasrat untuk menghadiri seminar dan bengkel yang menawarkan program pembelajaran berterusan” menyumbangkan kepada skor min yang tertinggi iaitu 4.1324, diikuti oleh Item 1 (4.0882). Sementara itu, Item 2 memperoleh skor min terendah iaitu 4.0441. Secara kesimpulannya kesemua item melebihi nilai 4 iaitu setuju.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 165 Kesimpulan Objektif kajian adalah untuk menilai tahap kecenderungan orang ramai untuk mengikuti program pembelajaran Sepanjang Hayat yang diukur melalui niat. Hasil analisis menunjukkan kecenderungan adalah positif iaitu majoriti mempunyai kecenderungan untuk mengikuti program-program PSH. Walaupun terdapat responden yang mempunyai umur melebihi 40 tahun tetapi masih mempunyai niat untuk terus memperoleh ilmu pengetahuan yang berterusan. Corak pendidikan telah mengalami perubahan seiring dengan perkembangan dunia semasa. Dahulunya pendidikan hanya tertumpu di dalam kelas mengikut masa yang telah ditetapkan oleh institusi dan majoriti pelajarnya adalah daripada golongan muda remaja. Namun kini, permintaan terhadap suasana pendidikan yang lebih fleksibel telah meningkat dengan adanya program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) iaitu sistem pembelajaran berterusan yang dilihat dapat memenuhi keperluan bagi hampir semua lapisan dalam masyarakat yang turut berubah mengikut perubahan global (Chen, 2003). Pada abad ini, setiap individu harus mengikuti program pembelajaran sepanjang hayat. Senario yang kita perhatikan pada hari ini, terlalu banyak cabaran untuk terus hidup sehinggakan setiap individu perlu berusaha untuk memajukan diri dan perlu bersaing bagi mengelakkan diri kita ketinggalan. Menurut (Eggelmeyer, 2010) setiap individu perlu terus meningkatkan kemahiran dan sentiasa terkini sehingga kita mempunyai kelebihan dalam semua yang kita lakukan. Justeru itu, kajian ini mencadangkan supaya institusi pendidikan di Malaysia mengambil peranan bagi menyediakan platform-platform dan menyediakan kursus-kursus yang sesuai bagi warga Malaysia yang telah berumur dan sibuk dengan rutin pekerjaan untuk terus menjana ilmu pengetahuan. Rujukan Ajzen, I. (1985). From intentions to actions: A theory of planned behavior. In Action control ,11-39, Springer, Berlin, Heidelberg. Ajzen, I. (2006). Constructing a theory of planned behavior questionnaire. Balau, M. (2018). Exploring the link between intention and behavior in consumer research. EIRP Proceedings, 13. Chen, T. (2003). Recommendations for creating and maintaining effective networked learning communities: a review of the literature, International Journal of Instructional Media, 30(1), 35-44. Dunn, E. (2003). Life Through Learning; Learning Through Life, The Lifelong Learning Strategy for Scotland: Summary (p. 3). The Scottish Eggelmeyer, S. (2010, November 11). What are the benefits of lifelong learning? Expert Answer. Retrieved 2011 Sep. 30, from: http://continuing-education.yoexpert.com/lifelong-learning/what-are-the-benefits-of-lifelonglearning-445.html. Fishbein, M. & Ajzen, I. (1975). Belief, attitude, intention and behavior. Reading, MA: Addison-Wesley. Government, Retrieved 2011 Sep. 30, from: http://www.scotland.gov.uk/Resource/Doc/47032/0028820.pdf. Kline, R. B. (2005). Principles and Practice of Structural Equation Modelling. 2nd Edn. New York: Guilford Press. Laal, M., & Salamati, P. (2012). Lifelong learning; why do we need it? Procedia-Social and Behavioral Sciences, 31, 399-403.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 166 KERANGKA KONSEP FAKTOR PENENTU YANG MEMPENGARUHI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR POLITEKNIK Normala Ahmad, Koo Kean Eng dan Norimah Jaludin Abstrak Kemahiran generik adalah kemahiran umum yang boleh digunakan dalam banyak pekerjaan dan tidak khusus kepada satu-satu pekerjaan atau industri sahaja iaitu dari tahap rendah hinggalah ke tahap yang lebih tinggi. Kemahiran ini juga boleh diguna pakai merentasi pelbagai pekerjaan. Ia termasuk kemahiran kompetensi tapi menjangkaui lebih lagi termasuk kognitif, kemahiran personal dan interpersonal yang relevan dengan kebolehpasaran kerja. Cabaran utama yang perlu dihadapi ialah untuk terus menyumbang dalam ekonomi sejagat dimana individu perlu mempunyai kemahiran teknikal begitu juga dengan kemahiran generik yang memberi kesan kepada tahap fleksibiliti dan kebolehsuaian serta kebolehan untuk bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan. Namun begitu modal insan yang dilahirkan perlu mempunyai kemahiran generik untuk berdaya saing selaras dengan kehendak industri. Justeru objektif kajian ini adalah untuk membangunkan satu kerangka konsep faktor penentu yang mempengaruhi tahap Kemahiran Generik Pelajar di Politeknik. Kajian ini akan dapat membantu menerapkan kemahiran generik dalam kalangan pelajar di Politeknik melalui faktor penentu yang berkesan. Kata Kunci: Faktor penentu, Kemahiran Generik dan Pelajar Politeknik Pengenalan Pembangunan modal insan adalah begitu dititikberatkan seperti yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Modal insan yang diharapkan haruslah mempunyai kemahiran agar dapat meningkatkan pembangunan sesebuah negara iaitu negara kita Malaysia khususnya. Kemahiran insaniah atau dikenali sebagai kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang individu bagi menjadikannya modal insan yang berguna. The Conference Board of Canada (1996), ada menyatakan bahawa kemahiran generik adalah penting dan diperlukan oleh tenaga kerja sebelum memasuki alam pekerjaan. Noor et al. (2014), mendapati bahawa adalah jelas kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada dalam diri pelajar di mana ianya juga penting apabila mereka telah bekerja. Kebanyakan majikan masa kini memerlukan pekerja yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal tetapi juga memerlukan kemahiran generik untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan berdaya saing. Pekerja yang mempunyai kemahiran generik tersebut akan dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan bersifat serba boleh. Oleh itu usaha untuk menerapkan kemahiran generik perlulah diperluaskan di institusi pengajian agar pelajar lebih bersedia memasuki dunia pekerjaan. Menurut Mokhtar et al. (2010), Kemahiran generik amat penting dalam menentukan pembangunan lestari. Juruteknik dan Pembantu Teknikal yang bakal dilahirkan di politeknik perlu mempunyai kemahiran generik yang menepati kehendak industri dan dapat mengadaptasikan diri dengan elemen sosial, ekonomi dan persekitaran di alam pekerjaan. Ekonomi persekitaran dan sosial yang berubah dan mencabar memerlukan kemahiran bukan teknikal untuk menanganinya. Oleh itu kurikulum di politeknik perlu peka dengan elemen ini untuk bersaing dengan graduan dari IPTA yang lain dan yang lebih penting melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran generik. Kajian ini diharap mampu untuk membangunkan
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 167 kemahiran generik dalam kalangan pelajar politeknik melalui faktor persekitaran pembelajaran dan pendekatan pembelajaran kerana kesemua faktor ini boleh dikawal supaya ia cenderung kepada pembangunan kemahiran generik pelajar. Kajian oleh Siti Rahayah et al. (2008), pula menunjukkan kemahiran generik perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek dan perlu didedahkan dari awal kemasukan pelajar di semester satu pengajian. Pensyarah perlu lebih sensitif dengan kekuatan dan kelemahan pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat diterapkan mengikut kebolehan pelajar. Berdasarkan kepada perbincangan di atas, kemahiran generik pelajar adalah sangat penting untuk diterapkan kepada pelajar di Politeknik untuk menghadapi cabaran industri di alam pekerjaan. Juruteknik dan Pembantu Teknikal yang bakal dilahirkan di politeknik perlu mempersiapkan diri dengan menguasai kemahiran generik selaras dengan kehendak industri. Pengaruh faktor pendekatan PdP yang dilihat sebagai medium dapat mempengaruhi tahap kemahiran generik pelajar politeknik. Pelajar, pensyarah dan institusi pengajian, memainkan peranan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang bukan sahaja mampu menerapkan kemahiran teknikal malah dapat juga membangunkan kemahiran generik. Oleh itu kajian ini adalah untuk membangunkan satu kerangka konsep faktor penentu yang mempengaruhi tahap Kemahiran Generik Pelajar di Politeknik. Sorotan Kajian Kajian-kajian terdahulu telah mencerminkan bahawa kemahiran generik merujuk kepada pelbagai elemen seperti struktur dan kandungan kurikulum yang dirangka, kaedah pengajaran yang dilaksanakan serta penilaian pelajar. Di samping itu, Kemahiran generik didapati dapat ditentukan melalui pencapaian generik dengan mengkaji hasil objektif pembelajaran yang telah dilaksanakan. Oleh itu, sorotan kajian telah dilaksanakan akan menjurus kepada ikatan atau perkaitan elemen-elemen struktur dan kandungan kurikulum, kaedah pendekatan pengajaran, penilaian pelajar serta hasil objektif pembelajaran terhadap kemahiran generik yang diperolehi oleh pelajar. Struktur dan Kandungan Kurikulum Kemahiran generik telah dibangunkan dan diaplikasikan oleh banyak negara antaranya Amerika, Canada, United Kingdom, Australia dan lain-lain. Terdapat pelbagai perubahan dalam menentukan kemahiran generik bagi mengikut perubahan masa dan era teknologi maklumat. Kemahiran generik juga diberikan perbagai nama mengikut negara seperti ‘core skill’ (United Kingdom), ‘key competencies’ (Australia), ‘employability skill’ (Canada), ‘essential skill’ (New Zealand), ‘workplace know-how’(United States) and ‘critical enabling skills’ (Singapura). (Mokhtar et al., 2011). Kajian pengesanan graduan (tracer study) (2004), graduan mendapati bahawa kurikulum di politeknik kurang membantu mereka dalam kebolehan menguasai bahasa dan mengunakan teknologi. Mereka juga berpendapat bahawa kandungan program yang diikuti adalah sederhana relevan dengan kemahiran yang diperlukan di tempat kerja. Kenyataan ini juga didapati sama untuk tahun 2001, 2002 dan 2003 (Mohamed Rashid & Mohd Rashahidi, 2005) dalam Baharuddin (2014), yang mana graduan berpendapat bahawa kandungan program yang diikuti kurang relevan dengan kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerja. H1: Struktur dan kandungan Kurikulum haruslah relevan dengan kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerja.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 168 Kaedah Pendekatan OBE Menurut Arifin (2013) menerangkan bahawa kaedah ‘Outcomes Based Education’ (OBE) merupakan satu pendekatan yang terbaik untuk melihat pencapaian pelajar di dalam mengaplikasikan pengetahuan pembelajaran dan pelbagai aspek kemahiran boleh diterapkan. Selain itu melalui pengukuran kepada pencapaian pelajar yang dapat diukur melalui ujian dan peperiksaan, kadar masa pelajar menyelesaikan masalah seperti pasaran kerja juga diambil kira. Pelajar juga dapat menguasai pembelajaran dan disiplin seperti menyelesaikan masalah, bijak berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan yang akan wujud dalam sebarang situasi yang timbul. Dalam masa yang panjang, perkara ini boleh diaplikasikan dalam kerjaya mereka ke arah menjadi seorang pekerja yang produktif. Justeru itu, model pembelajaran OBE dianalisis daripada kajian sorotan yang dijalankan untuk mengenalpasti pengaruh faktor pendekatan pengajaran dan pembelajaran terhadap tahap Kemahiran Generik Pelajar di Politeknik. H2: Kaedah Pendekatan OBE dapat melahirkan pelajar yang mengusai kemahiran generik yang boleh diaplikasikan dalam kerjaya mereka ke arah menjadi seorang pekerja yang produktif. Penilaian Pelajar Menurut Rasul et al. (2009), pertambahan bilangan lulusan teknikal yang tidak mendapat pekerjaan adalah merupakan satu masalah. Faktor pengangguran ini bukan hanya disebabkan masalah kekurangan pekerjaan tetapi adalah juga disebabkan wujudnya ketidaksepadanan antara kemahiran yang diperlukan oleh pasaran buruh dan kemahiran yang dimiliki (skill mismatch). Faktor lulusan yang tiada kemahiran seperti yang dikehendaki oleh majikan menyebabkan majikan mencari pekerja yang lebih kompeten dari luar negara. Lulusan banyak bergantung kepada kelayakan akademik untuk mendapat pekerjaan dan mereka kurang kompetensi dalam kemahiran “non-technical” yang diperlukan majikan. Pelbagai kajian berkaitan kemahiran ‘employability’ telah dijalankan di dalam dan luar negara, dan rata-rata menyatakan lulusan teknikal kini menghadapi masalah dalam kemahiran ‘employability’ mereka. Selain itu, menurut Mokhtar et al. (2011) hasil kajian jelas menjurus kepada permintaan kemahiran generik dalam kalangan pekerja untuk terus bertahan dalam arus globalisasi. Tenaga kerja yang fleksibel, berkemahiran teknikal dan kemahiran generik yang tinggi seperti pemikiran kreatif, menyelesaikan masalah dan kemahiran analitikal akan mendapat tempat di industri bagi memenuhi cabaran yang dihadapi dalam perniagaan. Manakala Robinson (2006) dan Godwin (2006) menyatakan bahawa kemahiran generik amat penting untuk alam pekerjaan. H3: Penilaian terhadap pelajar bukan sahaja dari segi kognitif tetapi mengambil kira kemahiran “non-technical” yang diperlukan majikan. Hasil Objektif Pembelajaran Menurut Kadir et al. (2009) bahawa pengukuran yang bermakna bagi keberkesanan pengajaran, pembelajaran dan hasil pembelajaran dalam pendidikan kejuruteraaaan adalah satu tugas yang kompleks dan memerlukan pelbagai jenis pendekatan pengukuran. Kajian ini dapat membentuk proses pengukuran yang dapat mengukur pencapaian hasil pembelajaran yang diinginkan dan mengenengahkan amalan terbaik yang patut diikuti serta mengenal pasti bahagian bahagian yang perlu dilakukan peningkatan ke atasnya secara keseluruhan
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 169 Kerangka Konseptual Kajian Berdasarkan kepada perbincangan sorotan kajian dan isu semasa berkaitan kemahiran generik dan OBE, kajian ini mencadangkan tiga pembolehubah yang akan menyumbang kepada hasil objektif pembelajaran yang dapat menerapkan kemahiran generik pelajar. Kerangka konsep penyelidikan adalah seperti Rajah 1. Kerangka ini dibina berdasarkan kepada kenyataan bahawa kemahiran generik adalah salah satu hasil pembelajaran dalam proses pendidikan, dan dengan itu menjadi pembolehubah penting dalam hasil pembelajaran pelajar. Pendekatan PdP OBE pelajar dikatakan dapat menghasikan pelajar yang menguasai kemahiran generik (Cawelti 1994). Rajah 1: Kerangka konsep penyelidikan Sumber: Adaptasi dari Model OBE Kesimpulan Secara keseluruhan, kajian ini dapat membangunkan satu kerangka konsep faktor penentu yang mempengaruhi tahap kemahiran generik pelajar di Politeknik. Kajian ini akan dapat membantu menerapkan kemahiran generik dalam kalangan pelajar di Politeknik melalui faktor-faktor penentu yang berkesan. Melalui kerangka konsep penyelidikan yang dicadangkan dapat mencerminkan penyelidikan ini menjurus kepada ikatan atau perkaitan elemen-elemen antara struktur dan kandungan kurikulum, kaedah pendekatan pengajaran dan penilaian pelajar yang membuahkan hasil objektif pembelajaran terhadap kemahiran generik yang diperolehi oleh pelajar. Dijangkakan, kerangka konsep ini dapat membantu dalam membina sebahagian ciri-ciri modal insan bakal graduan yang berkualiti yang selaras dengan kehendak Lonjakan pertama di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang serta lonjakan ke empat iaitu graduan TVET berkualiti. Kemahiran generik ini akan memberikan satu pandangan baru dalam mempertingkatkan kualiti modal insan pelajar politeknik untuk memenuhi keperluan pekerjaan. Selain itu kebolehan modal insan mengadaptasikan diri dengan lebih cepat dari segi elemen sosial, ekonomi dan persekitaran yang semakin mencabar. Sejajar dengan agenda dan matlamat trasnformasi nasional, kerangka ini juga dapat memberikan satu pandangan serta kaedah yang
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 170 baru dalam menghasilkan satu kajian menjuruskan kepada kemahiran generik terhadap pembelajaran berasaskan hasil kepada warga pendidikan tinggi. Begitu juga dengan akademik TVET dan komuniti akademik yang mengikuti perubahan serta kajian baru terhadap pembelajaran yang berkesan. Lanjutan daripada terhasilnya kerangka ini, satu kajian yang berterusan perlu dijalankan di kalangan majikan untuk mendapatkan data yang lebih kukuh berkenaan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kemahiran generik daripada persepsi majikan terhadap para pelajar Politeknik. Rujukan Arifin, N. A. I. (2013). Pelaksanaan Outcomes Based Education (OBE) dalam kalangan pensyarah di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Ariffin, S. R., Ishak, N. M., Ahmad, A. G., Idris, R., & Najmuddin, N. A. (2008, April). Communication, leadership, and teamwork skills as core competencies among higher education students. In Proceeding ASAIHL International Conference (pp. 7-10) Cawelti, G. (1994). High School Restructuring: A National Study. ERS Report. Baharuddin, A. (2014). Amalan penyeliaan pensyarah pembimbing terhadap pelaksanaan latihan industri di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Kadir, A. A., Salleh, M. Z., Kadir, M. A. A., & ALI, K. A. M. (2009). Menilai perhubungan di antara hasil pembelajaran kursus (HPK) dan hasil pembelajaran program (HPP) dari persepsi pelajar. Sains Humanika, 51(1). Mokhtar, S. B., Rahman, S., & HUSAIN, M. Y. (2011). Pengesahan Instrumen Kemahiran Generik: Analisis Faktor Pengesahan. Education and Training, 49(2), 126-137. Mokhtar, S. B., & Mustapha, R. (2010). Pengaruh Faktor Persekitaran Pembelajaran Terhadap Tahap Kemahiran Generik Dari Perspektif Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Penyelidikan Siswazah. 43–54. Noor, N. M., & Sahimin, S. (2014). Penerapan kemahiran generik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Kolej Yayasan Sabah. Rasul, M. S., Ismail, M. Y., Ismail, N., Rajuddin, R., & Rauf, R. A. (2009). Aspek Kemahiran ‘Employability’yang Dikehendaki Majikan Industri Pembuatan Masa Kini (Aspects of Employability Skills Needed by the Manufacturing Industries Employers). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 34(2), 67-79.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 1