PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 94 kaedah pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan keperluan cabaran era baru ini (Lai, Chundra & Lee, 2020). Penyataan Masalah Shahroom dan Hussin (2018) menyatakan bahawa generasi pada era ini lebih tertarik dengan penggunaan telefon pintar dan aplikasi. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran tidak boleh terhad di dalam bilik kuliah sahaja. Para pensyarah perlulah lebih kreatif dalam menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang ingin digunakan di dalam bilik kuliah. Kaedah gabungan pembelajaran secara tradisional dan secara atas talian perlu ditingkatkan. Proses pengajaran dan pembelajaran harus mengintegrasikan elemen IR 4.0 seperti Internet of Things (IoT) yang merangkaikan pelbagai peranti, perisian dan peralatan serta Augmented Reality (AR) iaitu pengalaman interaktif persekitaran dunia nyata di mana objek yang berada di dunia nyata ditingkatkan dengan maklumat persepsi yang dihasilkan oleh komputer (Shahroom & Hussin, 2018). Walau bagaimanapun, pengintegrasian elemen IR 4.0 ke dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada tahap pengetahuan, kesediaan, kemahiran dan sikap pensyarah terhadap IR 4.0. Berdasarkan Mohd Sani (2017) dalam artikelnya bertajuk R&D Universiti Katalis Revolusi Industri 4.0, pemahaman pensyarah mengenai konteks IR 4.0 masih belum jelas. Di samping itu, pensyarah juga kurang yakin untuk menerapkan konsep IR 4.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka dan menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan pembaharuan pendidikan baru. Para pensyarah perlu bersedia untuk menghadapi IR 4.0 dari segi kefahaman dan pengetahuan mengenai IR 4.0. Oleh yang demikian, kajian ini dibuat untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kesediaan para pensyarah di Politeknik Sultan Azlan Shah ke arah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan Revolusi Industri 4.0. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah: 1. Mengenalpasti tahap pengetahuan pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah terhadap Revolusi Industri 4.0. 2. Mengenalpasti tahap kesediaan pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah untuk menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0. Persoalan Kajian 1. Apakah tahap pengetahuan terhadap Revolusi Industri 4.0 di kalangan pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah? 2. Apakah tahap kesediaan untuk menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 di kalangan pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah? Sorotan Kajian Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), revolusi bermaksud perubahan yang menyeluruh dan mendadak yang berlaku kepada kehidupan harian manusia serta cara berfikir manusia. Sebelum wujudnya Revolusi Industri 4.0 ini telah berlaku tiga revolusi dalam arus perindustrian. Revolusi Industri 1.0 ini telah memperkenalkan penciptaan enjin stim yang bertujuan untuk memudahkan pekerjaan dan seterusnya meningkatkan produktiviti. Seterusnya Revolusi Industri 2.0 telah muncul yang mana penggunaan kuasa eletrik dalam perindustrian telah diperkenalkan sebagai satu sumber yang murah dan cepat. Seterusnya penggunaan komputer dan teknologi maklumat telah menguasai perindustrian dan ia telah membawa kepada Revolusi Industri 3.0. Di akhir Revolusi Industri
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 95 3.0 teknologi telah mula berkembang tanpa melibatkan tenaga manusia. Di era Revolusi Industri 4.0 pula telah berlaku kepesatan penggunaan robot dan mesin dalam perindustrian. Ini telah mengubah corak perindustrian secara klasik kearah corak perindustrian yang lebih berteknologi dan berautomasi (Khan, Wu, Xu & Dou, 2017). Revolusi pendidikan juga bergerak seiring dengan Revolusi Industri. Ia bermula dengan kaedah pengajaran yang berbentuk pasif di dalam kelas sehinggalah berubah kepada kaedah pengajaran yang lebih berteknologi dan interaktif (Harkins, 2008). Jadual 1 Revolusi Pendidikan 1.0 hingga 4.0 (Harkins, 2008) Revolusi Pendidikan Kaedah Teknologi Pendidikan 1.0 Pemindahan maklumat secara langsung Tidak dibenarkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan 2.0 Mula menggunakan internet Capaian terhad Pendidikan 3.0 Konstruktivisma, menghasilkan pengetahuan Medium utama menghasilkan dan memindahkan pengetahuan. Pendidikan 4.0 Menghasilkan inovasi, menggantikan bilik kuliah Sentiasa berubah dan pendidik mesti berupaya untuk menggunakan teknologi baru. Pendidikan 4.0 adalah era pendidikan yang memenuhi keperluan masyarakat dalam era Revolusi Industri 4.0 ini. Pengurusan pembelajaran dalam Pendidikan 4.0 ini mestilah boleh membantu para pensyarah untuk menggunakan teknologi baru dalam mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif. Ia berdasarkan kepada perubahan tingkah laku dengan ciri khas paralelisme, konektivisme dan visualisasi (Goldie, 2016). Sistem pendidikan pada era ini adalah sistem pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pelajar mengaplikasikan semua pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk meneruskan hidup mereka. Ia bukan seperti pendidikan tradisional yang hanya menekankan perpindahan ilmu dari pensyarah kepada pelajar. Pendidikan abad ini mestilah sentiasa respon kepada perubahan sosial dan perubahan ekonomi bagi melahirkan graduan yang kompetitif dan memenuhi kehendak pasaran kerja (Puncreobutr, 2016). Oleh itu, Pendidikan 4.0 akan lebih daripada sekadar pendidikan. Ini adalah cabaran yang perlu di pikul oleh semua para pendidik khususnya pensyarah-pensyarah di Politeknik Sultan Azlan Shah untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan teknologi bagi menyahut cabaran di era Revolusi Industri 4.0. Jelas di sini, bagi menyahut cabaran Revolusi Industri 4.0 ini, pendidik di Institusi Pengajian Tinggi perlu bersiap sedia untuk meningkatkan pengtahuan dan kesediaan mereka bagi menangani cabaran Pendidikan 4.0 (Ali & Ibrahim (2018). Walaubagaimana pun, tahap pengetahuan dan kesediaan para pensyarah di Intitusi Pengajian Tinggi adalah pada tahap membimbangkan. Ini berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan oleh Romy, Mohd Asri, Mohd Ali & Normah (2019), Ilias & Ladin (2018), Lai, Chundra & Lee (2020). Kajian yang dijalankan di beberapa Institusi Pengajian Tinggi telah menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kesediaan para pensyarah adalah pada tahap sederhana. Metodologi Reka bentuk kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan dan kesediaan para pensyarah di Politeknik Sultan Azlan Shah terhadap Revolusi Industri 4.0. Menurut Zukarnain dan Hishamuddin (2001), analisis deskriptif digunakan untuk melihat tahap sesuatu
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 96 pembolehubah. Soal selidik ialah salah satu cara yang digunakan dalam kajian deskriptif bagi tujuan untuk mendapat maklumbalas daripada responden. Sampel Dalam kajian ini, sampel yang akan diambil sebagai responden ialah semua staf akademik Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Jumlah staf akademik di PSAS ialah seramai 317 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 122 orang ialah lelaki dan seramai 195 orang adalah perempuan. Instrumen Menurut Mohd Najib (2004) dan Sabitha (2005), instrument kajian ialah medium atau alat yang dibina khas untuk mengumpul data. Soal selidik ini di adaptasi dari Romy, Aliyas, Shanmugam, Ruba’ie & Halimatun (2020). Dalam soal selidik ini, borang soal selidik dibahagi kepada tiga bahagian iaitu maklumat responden, tahap pengetahuan terhadap IR 4.0 dan tahap kesediaan terhadap IR 4.0. Kajian rintis akan dijalankan sebelum pengumpulan data bagi mengesahkan kebolehpercayaan soal selidik serta memperbaiki susunan ayat dan kata. Kesimpulan Perkembangan automasi yang semakin pesat memberi amaran bahawa bidang pendidikan perlu beradaptasi dan berintegrasi dengan elemen-elemen Revolusi Industri 4.0 bagi meningkatkan kaedah pengajaraan dan pembelajaran (Halili, 2019). Ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang kekal kompeten dan bersedia menempuhi arus Revolusi Industri 4.0 yang serba mencabar ini. Peranan para pensyarah khususnya pensyarah di Politeknik Sultan Azlan Shah menjadi lebih penting di era Revolusi Industri 4.0 ini. Para pensyarah perlu meningkatkan tahap pengetahuan dan tahap kesediaan mereka dalam usaha untuk mengintegrasikan elemen-elemen Revolusi Industri 4.0 dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka. Pendedahan yang meluas kepada para pensyarah berkenaan Revolusi Industri 4.0 ini akan mampu meningkatkan tahap pengetahuan dan tahap kesediaan para pensyarah terhadap gelombang pendidikan di era Revolusi Industri 4.0. Penghargaan Pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam penyediaan kertas kajian ini samada secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih kepada Politeknik Sultan Azlan Shah atas kerjasama dan kemudahan yang diberikan dalam penyediaan kertas kajian ini. Pengarang Nor Rafidah Binti Abdul Rahman Politeknik Sultan Azlan Shah 35950 Behrang, Perak Malaysia e-mail address : [email protected] Fauzan Binti Ab. Rahman Politeknik Sultan Azlan Shah 35950 Behrang, Perak Malaysia e-mail address : [email protected]
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 97 Rujukan Ali, R. N. A. B. R., & Ibrahim, M. B. (2018). Preparation of Politechnic Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Lecturers in Facing The Industrial Revolution Flow 4.0. Jurnal Kaunseling dan Pendidikan, 6(3), 181 190. Abd Kadir, R. B., Aziz, M. A. B. A., Hassan, M. K. B., Rahman, N. B. A., & Sidek, M. A. B. (2020). Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT) Terhadap Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, (Jilid XXI). Goldie, J. G. S. (2016). Connectivism: A knowledge learning theory for the digital age?. Medical teacher, 38(10), 1064-1069. Halili, S. H. (2019). Technological advancements in education 4.0. The Online Journal of Distance Education and E-Learning, 7(1), 63-69. Harkins, A. M. (2008). Leapfrog principles and practices: Core components of education 3.0 and 4.0. Futures Research Quarterly, 24(1), 19-31. Ilias, K., & Ladin, C. A. (2018). Pengetahuan dan kesediaan Revolusi Industri 4.0 dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 6(2), 18-26. Kadira, R. B. A., Aliyas Saidb, T. S. A., & Thangaveluc, L. IR 4.0 Knowledge and Readiness of Lecturers at the Teachers’ Education Institute, Technical Education Campus, Malaysia. Khan, M., Wu, X., Xu, X., & Dou, W. (2017, May). Big data challenges and opportunities in the hype of Industry 4.0. In 2017 IEEE International Conference on Communications (ICC) (pp. 1-6). IEEE. Lai, C. S., Chundra, U., & Lee, M. F. (2020, April). Teaching and Learning Based on IR 4.0: Readiness of Attitude among Polytechnics Lecturers. In Journal of Physics: Conference Series (Vol. 1529, No. 3, p. 032105). IOP Publishing. Maria, M., Shahbodin, F., & Pee, N. C. (2018, September). Malaysian higher education system towards industry 4.0–current trends overview. In AIP Conference Proceedings (Vol. 2016, No. 1, p. 020081). AIP Publishing LLC. Mohd Sani, M.A (2017). R&D Universiti Katalis Revolusi Industri 4.0.Berita Harian Online di capai dari https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/07/306706/rd-universiti-katalis-revolusi-industri 40 Puncreobutr, V. (2016). Education 4.0: New challenge of learning. St. Theresa Journal of Humanities and Social Sciences, 2(2). Shahroom, A. A., & Hussin, N. (2018). Industrial revolution 4.0 and education. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(9), 314-319. Schwab, K. (2017). The fourth industrial revolution. Currency. Schwab, K. (2017). The Fourth Industrial Revolution: what it means, how to respond. 2016. In World Economic Forum.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 98 TAHAP KEPUASAN PELAJAR PERAKAUNAN TERHADAP PEMBELAJARAN TERADUN: SATU CADANGAN KAJIAN DI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS) Fauzan Ab. Rahman dan Nor Rafidah Abdul Rahman Abstrak Perkembangan teknologi maklumat pada era globalisasi kini telah memberikan kesan yang signifikan terhadap dunia pendidikan. Pembelajaran teradun yang merupakan satu gabungan kaedah pembelajaran dalam talian dan bersemuka telah menjadi satu platform yang fleksibel dan berkesan terutamanya di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kajian ini akan meninjau tahap kepuasan pelajar perakaunan Politeknik Sultan Azlan Shah terhadap pembelajaran teradun berdasarkan lima domain kepuasan iaitu interaksi, instruksional, pengajar, pengurusan kursus dan teknologi. Maklumat akan dikumpul menggunakan borang soal selidik melalui pautan di Google Form dan akan dianalisa menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian diharap dapat membantu pihak politeknik menambahbaik sistem pembelajaran teradun yang dilaksanakan di politeknik demi memastikan matlamat melahirkan pelajar yang seimbang tercapai. Kata Kunci: Pembelajaran Teradun, Kepuasan Pelajar. Pendahuluan Bidang teknologi komunikasi yang berkembang pesat telah membawa perubahan corak pembelajaran kepada pembelajaran elektronik (e-pembelajaran). Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) juga telah berkembang pesat sejajar dengan kemajuan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). IR 4.0 telah membawa impak yang besar, bukan sahaja kepada sektor perindustrian, malah turut mencorak sektor pendidikan ke arah yang lebih maju dan terkini (Ahmad Zaki, Zulazhan & Nurkhamimi, 2020). Perkembangan ini telah membawa kepada penubuhan Dasar e-pembelajaran Negara Institusi Pengajian Tinggi 2011 (DePAN) yang menggariskan lima fasa e-pembelajaran dari tahun 2011 hingga 2015, dan seterusnya DePAN 2.0 dengan agenda Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau singkatannya PPPM 2015-2025 (PT). Lonjakan ke-9 di dalam PPPM 2015-2025 (PT), menekankan penggunaan Learning Management System (LMS) (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), 2015). Pelancaran Curriculum Information Document Online System (CIDOS) di peringkat Politeknik dan Kolej Komuniti telah diadakan pada Mac 2008. CIDOS digunakan di semua Politeknik dan kolej komuniti di Malaysia mulai Julai 2008. Di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), CIDOS merupakan salah satu platform yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran yang menyokong kepada pembelajaran teradun dan ia telah digunakan secara meluas. Konsep pembelajaran teradun telah diamalkan di Politeknik Malaysia yang menggabungkan pembelajaran bersemuka dan pembelajaran secara atas talian. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran amat bersesuaian memandangkan teknologi maklumat dan multimedia kini amat berkesan sebagai satu alat yang boleh membantu pengurusan masa, kerja dan urusan seharian individu.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 99 Walaubagaimanapun, keberkesanan sistem pembelajaran teradun perlu dinilai untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai. Menurut Arbaugh (2014), salah satu cara untuk menilai keberkesanan pembelajaran teradun adalah melalui kepuasan penggunanya. Penerimaan pelajar terhadap pembelajaran teradun mungkin berbeza disebabkan pelbagai faktor. Walaupun banyak kajian telah dilaksanakan berkaitan pembelajaran secara atas talian, kajian terhadap keberkesanan pembelajaran teradun masih kurang terutamanya dalam kalangan pelajar perakaunan. Pembelajaran teradun adalah relevan kepada pendidikan perakaunan kerana pembelajaran bersemuka dan pembelajaran atas talian adalah sama penting untuk menyiapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal. Maka kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar perakaunan Politeknik Sultan Azlan Shah terhadap pembelajaran teradun. Penilaian kepuasan pelajar ini menggunakan lima domain kepuasan iaitu interaksi, instruksional, pengajar, pengurusan kursus dan teknologi. Kajian Literatur Pembelajaran teradun merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang sama ada menggabungkan kaedah pengajaran, kaedah penyampaian, format media atau kombinasi semua kaedah ini. Ia juga merujuk kepada gabungan pembelajaran dalam talian dan bersemuka. Dalam yang kata lain, pembelajaran teradun adalah kombinasi e-pembelajaran dan pembelajaran tradisional. Amrien Hamila dan Mohamed Amin (2016) mendefinisikan pembelajaran teradun sebagai satu pendekatan yang mengintegrasikan kaedah pembelajaran dan pengajaran berasaskan laman sesawang dengan interaksi bersemuka. Pembelajaran teradun melibatkan peralihan dari gaya pembelajaran berpusatkan guru semata-mata kepada gaya yang lebih berpusatkan pelajar. Pembelajaran teradun telah ditambahbaik untuk meningkatkan komunikasi di antara pelajar dan pensyarah di dalam dan di luar bilik kuliah. Pembelajaran teradun juga melibatkan bahan pembelajaran yang yang boleh membantu pelahar memahami kursus yang dipelajari dengan lebih baik. Ini kerana pelajar berpeluang untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dan interaktif, seterusnya menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna. Kepuasan pelajar terhadap pembelajaran teradun ditakrifkan sebagai jumlah perasaan dan sikap pelajar yang terhasil daripada pengumpulan semua faedah yang diharapkan dapat diterima oleh pelajar (Wu, Tennyson dan Hsia, 2010). Oleh itu, penilaian keberkesanan pembelajaran menerusi kepuasan pelajar dianggap relevan (Wu dan Liu, 2013). Owston, York dan Murtha (2013) mendapati kombinasi pembelajaran secara bersemuka dan persekitaran pembelajaran secara atas talian menerusi pembelajaran teradun ini memberi manafaat kepada pelajar. Pelajar mempunyai masa yang lebih banyak dan fleksibel, akses kepada bahan pembelajaran yang luas dan tahap autonomi yang lebih tinggi dalam mengatur proses pembelajaran mereka. Pembelajaran teradun membolehkan pelajar berinteraksi menggunakan teknologi samada semasa berada di dalam kelas formal, malah juga semasa berada di luar bilik kuliah formal. Melalui pembelajaran teradun, pelajar-pelajar boleh melakukan perbincangan dan berkomunikasi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Menurut Hiralaal (2012), pembelajaran teradun telah memberikan saluran komunikasi yang efektif untuk pelajar-pelajar pendidikan perakaunan berinteraksi dengan pensyarah dan pelajar-pelajar lain secara atas talian untuk membincangkan isu-isu berkaitan pendidikan perakaunan. Terdapat banyak perbezaan di antara instruksional secara pembelajaran teradun dan instruksional secara tradisional. Proses instruksional menerusi pembelajaran teradun dikatakan lebih berkesan berbanding kaedah tradisional. Menurut Harandi (2015), seiring dengan perkembangan teknologi, instruksional menjadi lebih menarik untuk pelajar kerana ia boleh
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 100 disampaikan dengan pelbagai media seperti video, audio dan teks. Penyampaian akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Pengajar merupakan salah satu domain yang digunakan untuk mengukur kepuasan pelajar terhadap pembelajaran teradun. Penilaian terhadap pengajar adalah berdasarkan kepada bagaimana sesorang pengajar itu menyampaikan isi kandungan ilmu pengetahuan, menyediakan bimbingan kepada pelajar, menjelaskan kemusykilan dan meningkatkan motivasi pelajar (So dan Brush, 2008). Untuk memastikan penyampaian dan perkongsian isi kandungan kursus, terdapat pelbagai kaedah yang digunakan di dalam pembelajaran teradun seperti tutorial dan perbincangan secara atas talian (So dan Brush, 2008). Kaedah-kaedah seperti e-mail, sesi ‘live chat’ forum, kuiz dan tugasan juga boleh digunakan di dalam persekitaran pembelajaran teradun. Naaj, Nachouki, & Ankit (2012) berpendapat pengurusan kelas yang baik memberikan kepuasan yang tinggi terhadap pembelajaran teradun. Menurut Abdul Rahman, Hussein, dan Aluwi (2015), pembelajaran teradun meningkatkan kualiti pembelajaran kerana ia dapat menarik minat pelajar dan memberikan mereka pendedahan yang lebih baik. Teknologi juga memainkan peranan di dalam kepuasan pelajar terhadap pembelajaran teradun. Semakin banyak pengalaman pelajar menggunakan teknologi, semakin positif sikap mereka terhadap pembelajaran teradun (Smart dan Cappel, 2006). Pengalaman yang baik dengan teknologi membawa kepada kepuasan pelajar terhadap pembelajaran teradun. Walaubagaimanapun masalah dengan teknologi boleh melemahkan system pengurusan kursus (Giannousi M. et al., 2005). Metodologi Kajian yang akan dijalankan ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik. Maklumat akan dikumpul menggunakan soal selidik melalui pautan di Google Form. Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar semester dua hingga enam Diploma Akauntansi, Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Azlan Shah. Pelajar-pelajar tersebut telah mengikuti pembelajaran secara teradun terutamanya melalui penggunaan CIDOS dan diharap dapat memberikan respon yang boleh membantu kepada pencapaian objektif kajian. Soal selidik yang digunakan diadaptasi daripada kajian oleh Ramly, Mohd Yunus, Yusuf, Abdul Rahman, Aziz Fadzillah, dan Md Sarif (2019) akan melalui proses kajian rintis untuk menilai tahap kebolehpercayaan instrumen tersebut. Soal selidik ini mempunyai enam bahagian iaitu Bahagian A, B, C, D dan F. Pada Bahagian A, maklumat demografi responden diminta berdasarkan maklumat jantina, umur, program, semester, dan waktu yang dihabiskan menggunakan pembelajaran teradun (dalam sebulan). Bahagian B, C, D, E dan F mengajukan soalan pada lima domain yang mewakili pembolehubah tidak bersandar kajian ini iaitu interaksi, instruksional, pengajar, pengurusan kursus dan teknologi. Untuk bahagian B sehingga F ini, responden dikehendaki menjawab berdasarkan Skala Likert 5 mata, bermula dari 1 = Sangat Tidak Setuju hingga 5 = Sangat Setuju. Dan bahagian terakhir yang merupakan bahagian G adalah soalan mengenai cadangan pelajar mengenai pembelajaran teradun dan kepuasan keseluruhan responden terhadap pelaksanaan pembelajaran teradun. Untuk kepuasan keseluruhan, responden dikehendaki menjawab berdasarkan Skala Likert 10 mata, bermula dari 1 = Sangat Tidak Puas Hati hingga 10 = Sangat Puas Hati. Maklumat yang diperolehi akan dianalisa menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Analisis yang digunakan dalam kajian ini melibatkan analisis deskriptif yang akan mencari nilai min bagi menentukan tahap kepuasan responden terhadap pembelajaran teradun.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 101 Kesimpulan Kesimpulannya kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada literatur berkaitan kepuasan pelajar perakaunan terhadap pembelajaran teradun. Ia juga diharap dapat memberi maklumat kepada pihak politeknik dan institusi pengajian tinggi yang lain untuk menambahbaik sistem pembelajaran teradun di institusi masing-masing dan seteruskan dapat memberikan pelajar persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna. Penghargaan Pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan kertas kajian ini samada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih kepada Politeknik Sultan Azlan Shah atas kerjasama dan kemudahan yang diberikan dalam penyediaan kertas kajian ini. Pengarang Fauzan bt Ab. Rahman Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak. Email: [email protected] Nor Rafidah bt Abdul Rahman Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak. Email: [email protected] Rujukan Amiruddin, A. Z., Halim, Z. A., & Zainuddin, N. (2020). Kesediaan Pelajar Generasi Z di Universiti Malaysia Kelantan dalam Pembelajaran Teradun Bahasa Arab dalam Era IR4. 0. AL 'ABQARI: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, 86-95. Amrien Hamila, M., & Mohamed Amin, E. (2016). Implementation of blended learning in higher learning institutions: A review of literature. International Education Studies, 9(3), 41–52. https://doi.org/10.5539/ies.v9n3p41. Arbaugh, J. B. (2014). What Might Online Delivery Teach Us About Blended Management Education? Prior Perspectives and Future Directions. Journal of Management Education, 38(6), 784-817. Ramly, S., Yunus, S. Y. M., Yusof, R., Rahman, N. A., Aziz, N. A., & Fadzillah, S. M. S. Students’ Satisfaction Towards the Implementation of Blended Learning: A Case Study in UiTM Negeri Sembilan. Giannousi, M., Vernadakis, N., Derri, V., Michalopoulos, M., & Kioumourtzoglou, E. (2009). Students’ satisfaction from blended learning instruction. In Proc. Technology, Colleges, and Community (TCC) Worldwide Online Conference (pp. 61-69). Harandi, S. R. (2015). Effects of e-learning on Students’ Motivation. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 181, 423-430. Hiralaal, A. (2012). Students' experiences of blended learning in accounting education at the Durban University of Technology. South African Journal of Higher Education, 26(2), 316-328. Rahman, N. A. A., Hussein, N., & Aluwi, A. H. (2015). Satisfaction on blended learning in a public higher education institution: What factors matter?. Procedia-social and behavioral sciences, 211, 768-775. Owston, R., York, D., & Murtha, S. (2013). Student perceptions and achievement in a university blended learning strategic initiative. The Internet and Higher Education, 18, 38-46. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). (2015). In Kementerian Pendidikan Malaysia. Smart, K. L., & Cappel, J. J. (2006). Students’ perceptions of online learning: A comparative study. Journal of Information Technology Education: Research, 5(1), 201-219. So, H. J., & Brush, T. A. (2008). Student perceptions of collaborative learning, social presence and satisfaction in a blended learning environment: Relationships and critical factors. Computers & Education, 51(1), 318-336. Wu, H., Tennyson, R. D., & Hsia, T. (2010). A study of student satisfaction in a blended e-learning system environment. Computers and Education, 55, 155-164.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 102 Wu, J., & Liu, W. (2013). An Empirical Investigation of the Critical Factors Affecting Students’ Satisfaction in EFL Blended Learning, 4(1), 3-3.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 103 ANALISIS TAHAP KESUKARAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI JUN 2019 BAGI KURSUS ELEKTRONIK DIGITAL Jumriani Nongkang dan Safari Nongkang Abstrak Kursus Elektronik Digital (DEE20033) merupakan salah satu kursus wajib bagi pelajar Semester 2, Program diploma di Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) di Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi. Kursus ini mengandungi lima topik utama dan sub-topik. Bagi keputusan Penilaian Akhir sesi Jun 2019 dalam kursus ini bagi semester Jun 2019 menunjukkan bahawa bagi ketiga-tiga program diploma di JKE, markah peperiksaan akhir adalah sangat rendah berbanding markah penilaian kerja kursus. Keputusan ini dapat dilihat daripada analisis CLO kursus DEE20033 dimana CLO1 (Penilaian Kognitif) adalah sangat rendah berbanding CLO2 (penilaian Psikomotor) dan CLO3 (Penilaian Afektif). Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesukaran bagi setiap soalan yang terkandung di dalam kertas peperiksaan akhir kursus berkenaan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan terhadap skrip jawapan peperiksaan akhir pelajar. Sampel kajian melibatkan pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik kelas DEE2B, seramai 33 orang. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan frekuensi dan peratusan. Hasil kajian ini mendapati bahawa Soalan Nombor 5,dalam topik 4 (Pembilang) merupakan soalan peperiksaan dan topik yang sukar untuk difahami dan dikuasai oleh pelajar. Hasil kajian ini turut dipersetujui oleh tiga orang pensyarah yang mengajar kursus ini melalui temu bual. Dapatan ini boleh membantu pensyarah untuk memberi penekanan bagi topik ini semasa mengendalikan proses pembelajaran dan pengajaran kursus DEE20033. Kata Kunci: Kursus Elektronik Digital, Semester 2, Peperiksaan Akhir. Pengenalan Kursus Elektronik Digital, Kod Kursus DEE20033 dan secara umumnya kursus wajib bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Singkatannya DEE, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), DTK dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), DEP Ditawarkan Kepada Pelajar Semester 2 dan merupakan kursus wajib lulus kerana menjadi kursus prasyarat bagi kursus semester 5, DEC50143 - CMOS Integrated Circuit Design And Fabrication. Kursus DEE20033, mempunyai tiga CLO (Course Learning Outcome) yang perlu dicapai di akhir semester. CLO1 : apply the knowledge of logic operations using Boolean Algebra or Karnaugh Map in digital logic circuit (C3, PLO 1) CLO2 : construct the logic diagrams, truth tables and timing diagrams using logic gates and flip-flop (P4, PLO 5) CLO3 : demonstrate ability to work in team to complete assigned task during practical work sessions (A3, PLO 9) Daripada keputusan rasmi bagi sesi Jun 2019, DEE20033 merekodkan masing-masing bagi ketiga-tiga program diploma adalah seperti berikut, pencapaian CLO1 adalah dibawah 50%.:
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 104 Program\ CLO DEE DTK DEP CLO1 42.2% 38.3% 44.8% Kajian Literatur Kursus Elektronik Digital, kod kursus DEE20033 yang ditawarkan setiap semester bagi semester dua, mempunyai jam kredit 3 jam, kursus yang mempunyai 5 Topik utama dan penilaian kerja kursus bagi kursus ini adalah sebanyak 60% masing-masing untuk kuiz 5%, ujian10%, kerja amali 25%, kerja amali (GSA) 5%, ujian amali 5%, dan End of Chapter 10%. Manakala bagi baki 40% markah penilaian adalah peperiksaan akhir (kurikulum DEE20033, effective June2019). Politeknik Kota Kinabalu merupakan salah satu institusi pengajian tinggi yang melahirkan ramai graduan yang berjaya dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Jabatan Kejuruteraan Elektrik merupakan jabatan yang telah berjaya melahirkan ramai graduan cemerlang setiap semester. Untuk berjaya dengan cemerlang, adalah tidak cukup sekadar cemerlang dalam penilaian kerja kursus sahaja tetapi termasuk cemerlang semasa menjawab soalan peperiksaan akhir. Kajian mendapati secara umumnya pandangan pensyarah dan pelajar mempunyai persamaan terhadap topik yang lebih sukar dipelajari. Pelajar juga menghadapi masalah mempelajari tajuk-tajuk yang diajar pada akhir semester berbanding tajuktajuk yang diajar pada awal semester. Ini disebabkan kekangan masa bagi membolehkan pelajar mendalami tajuk dan kurangnya peluang bagi pensyarah menilai penguasaan pelajar untuk tajuk berkenaan melalui peperiksaan akhir. Dapatan kajian turut mendapati pelajar merasakan mereka kurang memahami konsep-konsep diajar di samping mendapati kecenderungan pelajar belajar secara hafalan dan penekanan kepada pembelajaran system nombor dan kod. . Ini boleh memberikan kesan negatif kepada pembelajaran konsep yang penting bagi membentuk asas pengetahuan untuk pengajian pada peringkat lebih tinggi. Metodologi Kajian ini merupakan satu kajian awal bagi mengenal pasti tahap kesukaran soalan peperiksaan akhir berdasarkan topik yang terkandung dalam kursus Elektronik Digital. Reka bentuk kajian adalah melalui kaedah tinjauan yang dilakukan terhadap 33 orang pelajar yang sudah mengikuti kursus DEE20033. Menurut Chua (2006) kaedah tinjauan merupakan satu kaedah penyelidikan yang terkenal kerana penggunaanya lebih menyeluruh, cara pengendaliannya lebih mesra dan dapat digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat. Oleh yang demikian, kajian awal dapat membantu pengkaji dalam mengenal pasti topik yang sukar untuk difahami oleh pelajar ketika sesi PnP berjalan. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesukaran jadi teknik persampelan digunakan bagi memilih responden kajian ini. Permilihan responden dilakukan bagi memastikan bahawa responden tersebut sudah mengikuti kursus tersebut pada semester sebelum ini. Daripada tiga program Diploma semester 2, DEE, DTK dan DEP, sampel dipilih adalah daripada program DEE kelas DEE2B. Sebanyak 33 sampel dari kelas DEE2B peperiksaan akhir sesi Jun 2019 dalam kajian ini. Data tinjauan yang diperoleh direkodkan mengikut pengukuran seperti dalam Jadual 1, dianalisis menggunakan frekuensi dan peratusan, kemudian dipersembahkan dalam bentuk jadual. Jadual 1 RENDAH MEMUASKAN BAIK CEMERLANG 0 - 5 6 - 10 11 - 15 16 - 20
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 105 Walau bagaimana pun, untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian yang diperoleh daripada markah pelajar ini, tiga orang pensyarah yang pernah mengajar kursus ini telah ditemu bual. Kaedah temu bual digunakan untuk mendapatkan persepsi pensyarah terhadap tahap kesukaran setiap topik dalam kursus DEE20033 dan ketiga-tiga pensyarah bersetuju dengan dapatan berdasarkan kertas peperiksaan akhir sesi Jun 2019 kelas-kelas lain (DEE2A, DEP2A, DEP2B) serta pengalaman pensyarah mengajar pelajar-pelajar di dalam kelas, topik 4, Pembilang (Counter) paling sukar difahami dan dikuasai oleh pelajar. Dapatan Kajian Kursus DEE20033 terbahagi kepada 5 topik utama dan setiap topik tersebut mempunyai beberapa subtopik yang berlainan. Jadual 2 menunjukkan topik utama yang terdapat dalam kursus DEE20033 dan mengikut turutan dalam format kertas soalan peperiksaan akhir Sesi Jun 2019. Jadual 2 Senarai Topik bagi Kursus Elektronik Digital Soalan Peperiksaan Akhir sesi Jun 2019 Markah Penuh Bab Topik Nombor Soalan 1 20 1 Sistem Nombor & Kod Nombor Soalan 2 20 2 Operasi Boolean Nombor Soalan 3 20 3 Flip-Flops Nombor Soalan 4 20 5 Daftar Nombor Soalan 5 20 4 Pembilang Jadual 3 menunjukkan dapatan kajian daripada hasil analisis data yang dikumpul. Hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa majoriti responden pelajar mempunyai markah peperiksaan akhir yang rendah bagi Topik 4 kursus DEE20033 iaitu Pembilang (Counter). Topik ini merupakan topik yang sukar untuk dikuasai, iaitu seramai 24 daripada 32 orang pelajar dengan peratusan sebanyak 75% dapat menjawab dengan markah antara 0 hingga 5 markah sahaja. Manakala, topik yang boleh dikuasai dengan baik oleh pelajar adalah topik pertama, iaitu Sistem Nombor dan Kod, dengan frekuensi 19 dan peratusan 59% mendapat markah antara 16-20 manakala frekuensi 11 dengan peratusan 34% markah antara 11-15. Berdasarkan data tersebut, responden sukar menjawab soalan peperiksaan akhir dengan baik bagi topik 4, subtopik konsep Karnaugh Map dalam membina Synchronous Counter. Kursus Elektronik Digital merupakan satu kursus yang melibatkan pelbagai teori dan formula yang perlu dikuasai oleh pelajar. Melalui maklum balas yang diterima ketika sesi temu bual dilakukan terhadap pensyarah – pensyarah yang penah mengajar kursus TE2, mereka menyatakan bahawa pelbagai faktor yang menyebabkan subtopik tersebut menjadi subtopik yang sukar untuk difahami dalam kalangan pelajar. Antara komen-komen pensyarah terhadap masalah pelajar gagal menguasai subtopik tersebut adalah :- (i) Pelajar masih tidak dapat memahami dan kuasai konsep berkaitan Karnaugh Map dan Jadual Tujahan. (ii) Pelajar seringkali keliru dan terlupa terhadap langkah-langkah jalan penyelesaian dalam membina samada Synchronous Counter atau Asynchronous Counter ketika menjawab peperiksaan. (iii) Pelajar kurang memberi fokus ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah. (iv) Pelajar tidak mengingati formula dan konsep yang berkaitan dengan soalan yang diberikan.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 106 Jadual 3 Pencapaian Pelajar Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2019 bagi Kursus DEE20033, sampel dari kelas DEE2B, seramai 32 pelajar. Bil (Soalan) Item (Topik Kursus) 0 – 5 markah 6 – 10 markah 11 – 15 markah 16 -20 markah Rendah Memuaskan Baik Cemerlang f % f % f % f % 1 1 2 6.25 - - 11 34.38 19 59.38 2 2 12 3.75 6 18.75 6 18.75 8 25 3 3 13 40.63 8 25 5 15.63 6 18.75 4 5 14 43.75 8 25 4 12.5 6 18.75 5 4 24 75 3 9.38 1 3.13 4 12.5 (f = kekerapan & % peratusan) Perbincangan Dalam kajian ini, didapati bahawa tahap kesukaran kursus DEE20033 menggambarkan pelajar tidak dapat menguasai topik yang padat dengan konsep dan jalan langkah penyelesaian untuk membina litar yang lebih kompleks daripada pengetahuan sediada topik kursus sebelum topik berkenaan. Semakin banyak teori dan formula yang digunakan dalam sesuatu subtopik tersebut menunjukkan semakin sukar untuk difahami dan dipelajari. Hal ini kerana berdasarkan sesi temubual bersama pensyarah menyatakan bahawa kebanyakkan pelajar seringkali berasa keliru jika diberikan soalan yang melibatkan gabungan litar serta pelajar masih tidak dapat menyiapkan litar yang berkaitan dengan lengkap. Daripada Jadual 3, jelas menunjukkan bahawa para pelajar tidak dapat menjawab topik 4 iaitu soalan membina litar pembilang segerak, para pelajar tidak dapat kuasai dan memahami dengan lebih baik. Namun begitu, banyak faktor yang mempengaruhi pelajar dalam menguasai dan memahami sesuatu topik atau subtopik. Antara faktor – faktor yang mampu mempengaruhi pelajar dalam menguasai sesuatu topik tersebut adalah seperti gaya pembelajaran yang diguna pakai, peruntukan masa pembelajaran yang terhad dan kurang pendedahan yang diberikan kepada para pelajar. Menurut Faizal (2004) Untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang pelbagai perkara perlu diambil perhatian. Faktor-faktor seperti gaya pembelajaran dan kaedah pengajaran yang diaplikasikan guru merupakan antara faktor terpenting kejayaan seseorang pelajar itu. Kertas soalan peperiksaan DEE20033 mengandungi 5 soalan subjektif / esei di mana tiap-tiap soalan mempunyai 20 markah dan perlu disiapkan dalam masa 2jam. Ini bermakna pelajar perlu mengurus masa dengan baik dengan memastikan soalan 1 hingga soalan 5 disiapkan masingmasing dalam 23 minit, dan baki masa 5 minit digunakan untuk menyemak jawapan dan lainlain. Sekitar 20 minit untuk menyiapkan litar lengkap amatlah padat dan mempengaruhi emosi dan pemikiran pelajar dan boleh menyebabkan pelajar akan mengambil masa untuk berfikir dengan baik semasa menjawab atau tidak dapat menyiapkan jawapan. Melalui kajian ini, agar topik yang susah dijawab oleh pelajar perlu diberi perhatian oleh Pensyarah dan kaedah pengajaran dan pembelajaran kelas kursus DEE20033 ditambahbaik untuk menarik minat dan motivasi pelajar terutamanya untuk kursus berkenaan. Kesimpulan Secara keseluruhannya, kajian ini dapat mengenal pasti tahap kesukaran subtopik atau topik yang terkandung dalam kursus Elektronik Digital, Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Di akhir kajian ini, objektif kajian ini dapat dicapai, subtopik yang sukar untuk dikuasai oleh para pelajar dapat dikenalpasti. Tajuk-tajuk sukar dan punca kesukaran pada pandangan pensyarah dan
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 107 daripada jawapan pelajar untuk kertas peperiksaan akhir pelajar telah dikenalpasti. Oleh yang demikian, guru perlu memperbaiki penyampaian pengajaran supaya pelajar mudah menguasai konsep dan tidak cenderung belajar secara hafalan. Modul kursus yang lebih baik khusus untuk topik 1 hingga topik 5 kursus DEE20033 perlu dihasilkan. Kajian juga mendapati tajuk kecil Karnaugh Map untuk kaedah meringkaskan litar dan dalam membina litar pembilang kerap disebut secara khusus sebagai tajuk kecil yang sukar dan wajar diberi perhatian dalam kajian akan datang dan penambahbaikan dalam pengajaran. Pengetahuan sedia ada pelajar perlu lebih diberikan perhatian, andaian “ini sepatutnya telah dipelajari di sekolah” dan sikap tidak menangani masalah pembelajaran pada peringkat awal akan membawa pelajar belajar secara hafalan. Di harap selepas ini, dengan penambahbaikan yang bakal dibuat membolehkan Pelajarpelajar masih belum dapat menguasai dan memahami prinsip karnaugh Map dan membina litar Pembilang Segerak dengan betul dalam soalan peperiksaan akhir dapat dicapai. Selain itu, komen–komen yang diberikan oleh para pensyarah yang mengajar kursus ini juga perlu diberi perhatian. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi para pelajar dalam menguasai subtopik tersebut. Rujukan Abdul Fatah Hassan. (1995). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran Keseluruhan Otak Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd. Chua, Y.P. (2006). Kaedah Penyelidikan : Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw – Hill Education. Mohd Faizal Abd Rahman. (2004). “Gaya Belajar Pelajar Tingkatan Lima Aliran Perdagangan Di Lima Buah Sekolah Menengah Teknik: Suatu Kajian”. KUiTTHO: Tesis Sarjana PTV. Sharif, M. Z., & Foong, L. M. (2018). Analisis tahap kesukaran bagi topik dalam Kursus Teknologi Elektrik 2 dari perspektif pelajar. Online Journal for TVET Practitioners, 3(1). www. Politkk.edu.my/ http://spmp.polikk.edu.my/uexam
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 108 KERANGKA KONSEP FAKTOR PENENTU PEMBANGUNAN IOT DI POLITEKNIK KOTA KINABALU Jumriani Nongkang dan Safari Nongkang Abstrak Perkembangan teknologi informasi mendorong perubahan zaman yang semakin pesat. Pada era revolusi industri 4.0, Internet of Things (IoT) atau dikenali sebagai Internet Saling Berhubung ini semakin sering diperkatakan. IoT juga disinonimkan dengan internet of Everthing merupakan teknologi masa depan yang harus diberi perhatian. Ia adalah alatan fizikal yang dapat dimonitor dan dikendalikan dari jarak jauh menggunakan internet dan merupakan satu paradigma baru dalam bidang teknologi melalui rangkaian antara mesin dan peranti global yang mampu berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. IoT berkemampuan untuk memindahkan data melalui jaringan, tanpa memerlukan interaksi daripada manusia kepada manusia atau dari manusia kepada peringkat komputer. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan teknologi pembelajaran dan pengajaran di Politeknik Kota Kinabalu. Justeru, kajian ini dijalankan bagi membina satu kerangka konsep faktor penentu pembangunan Iot di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Pembinaan kerangka konsep ini penting bagi mengenal pasti pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dianggap penting yang telah dibincangkan dalam kajian literatur, sebelum kajian lapangan dijalankan. Kata Kunci: IoT, Kerangka Konsep, Politeknik Kota Kinabalu. Pengenalan Kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi telah mencetuskan penggunaan media dalam bidang pendidikan bagi membantu para pendidik dan pelajar dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Pengunaan media teknologi amat penting pada era moden kini kerana ia memberi manfaat kepada pendidikan Negara dan membentuk modal insan yang pengetahuan. Hal demikian, dalam konteks pendidikan di IPTA, penggunaan media teknologi dalam pendidikan adalah perlu dilakukan bagi menambahbaik kaedah dan pendekatan yang sedia ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik dan efisien. Penggunaan media teknologi dalam P&P ini amat digalakkan kepada warga pendidik dan para pelajar sebagai satu usaha memudahkan P&P bagi membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan (Yusof & Tahir 2018). Penemuan Internet of Things adalah satu pencapaian yang terbesar bagi pakar-pakar teknologi di dunia. Ia melihatkan evolusi internet kepada IoT menjadikan proses kerja menjadi semakin mudah dan singkat. Angka output semakin bertambah dan kualiti sesuatu pengeluaran menjadi semakin meningkat adalah diantara kebaikan yang terhasil dari teknologi IoT ini. IoT seterusnya dipelbagaikan penggunaannya didalam sektor pembinaan, perubatan, keselamatan, pertanian dan juga dunia pendidikan. Secara tidak langsung atas faktor kelebihan dan kebaikan teknologi Internet of Things ini telah menjadikan ia salah satu elemen penting yang memberi impak positif dalam kepenggunaan kerja seharian pada masa kini. Seiring dengan perkembangan konsep Industri 4.0 di peringkat global, penyelidikan dengan kaedah terapan dan empirik diramalkan semakin berkembang untuk menjawab cabaran kesedaran Teknologi perindustrian 4.0. (Prasetyo & Sutopo 2018). Pada tahun 2018 IoT dijangka melebihi jumlah peranti mudah alih yang merangkumi kereta, jentera, alat pakai dan elektronik pengguna lain yang bersambung. Antara 2016 dan 2022, Peranti IoT dianggarkan meningkat sebanyak 21% yang
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 109 didorong oleh penggunaan baru. Pada akhir tahun 2016, mencatatkan 400 juta IoT telah dihubungkan dengan telefon bimbit dan jumlah itu diunjurkan mencapai 1.5 bilion peranti menjelang 2022 atau sekitar 70 peratus kategori kawasan luas. Pertumbuhan ini dijangkakan dengan meningkatkan tumpuan pada industri dan standardisasi Teknologi Input selular (I / O) 3GPP. Sambungan I / O selular mendapat faedah meningkatkan penyediaan, pengurusan peranti, pemerkasaan perkhidmatan dan keselamatan (Wilianto & Kurniawan 2018). Peluncuran IPv6 pada tahun 2011 telah memicu pertumbuhan besar dalam bidang Internet of Things ini, perkembangan ini adalah di kalangan perusahaan besar seperti Cisco, IBM, Ericson mengambil inisiatif banyak dari pendidikan dan komersial dengan IOT teknologi dapat hanya dijelaskan sebagai hubungan antara manusia dan komputer. Perkembangan Internet of Things, semua peralatan yang kita gunakan dalam kehidupan kita sehari-hari dapat dikendalikan dan dipantau menggunakan IOT (Cahyono 2016). Diharap perkembangan teknologi IoT ini dan kelebihan aplikasi ini dapat digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Kajian Literatur Internet of Things atau lebih dikenali dengan singkatan nama IoT adalah sebuah konsep dimana ia dibangunkan bagi tujuan memperluaskan lagi penggunaan dan manfaat penyambungan internet secara terus menerus. IoT menurut Wikipedia adalah rangkaian peranti fizikal, kenderaan, dan barangan lain yang dibenamkan dengan elektronik, perisian, sensor, penggerak, dan sambungan rangkaian yang membolehkan objek-objek ini untuk mengumpul dan menukar data. IoT itu sendiri dapat ditafsirkan sebagai aktiviti antara manusia dan benda, objek dan objek, seperti sensor, robot, platform, dan awan yang dihubungkan melalui protokol komunikasi standard untuk menerima atau menghantar maklumat untuk membolehkan proses kerja tertentu menjadi lebih efisien. Menurut Sulaiman & Widarma (2017) Sistem Internet of Things (IoT) merupakan segala bentuk aktifitas yang dilakukan dengan menggunakan media akses. Dengan adanya IoT segala bentuk aktifitas kampus menjadi mudah serta dengan adanya cloud membuat sistem IoT menjadi semakin efisien. Data dari semua aktifitas kampus di simpan dalam cloud sehingga mudah diambil kapan saja dan dimana saja serta keamanannya yang terjamin. Dengan menggunakan sistem ini pasti akan mengurangkan pekerjaan manual dan berbentuk fizikal dan juga akan mengurangkan penggunaan kertas. Untuk menjalankan IoT yang terintegrasi cloud computing harus memenuhi akses bandwidth yang cukup serta storage yang besar. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau faktor-faktor berikut dalam mempengaruhi perkembangan aplikasi IoT di PKK iaitu kebersediaan pensyarah dalam mengintegrasikan teknologi IoT yang telah dirancang ke dalam system pengajaran dan pembelajaran, keselamatan siber, sikap pelajar dan penerimaan mereka terhadap aplikasi IoT dan penyediaan pangkalan data yang kukuh dan penyediaan perisian teknologi maklumat yang sempurna bagi sistem pengajaran & pembelajaran. Berdasarkan kepada perbincangan kajian literatur dan isu semasa, kajian mengenai factor-faktor penentu pembangunan IoT di PKK perlu dijalankan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan empat pembolehubah perlu dikaji bagi menentukan manakah pemboleh ubah yang menjadi faktor penentu kepada pembangunan IoT dalam P&P di PKK. Model bagi kerangka konsep yang dicadangkan adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 110 Cadangan Kerangka Konsep Rajah 1. Kerangka konsep penyelidikan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) PKK adalah salah sebuah dari Institusi Pendidikan Awam Malaysia yang berada di bawah kelolaan JPPKK, yang menawarkan kursus-kursus sepenuh masa dan separuh masa dalam bidang latihan dan kemahiran. PKK ditubuhkan pada 1 Mac 1996, dan merupakan Politeknik yang pertama di Sabah dan yang ketujuh di Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Bermula dengan kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Likas, Kota Kinabalu, yang menempatkan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Unit Pentadbiran dan Unit Perpustakaan. Pada tahun 1999, PKK telah membuka kampus cawangan dengan menyewa rumah kedai di Inanam dan menempatkan Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Unit Peperiksaan dan Unit Latihan Industri. Pengambilan sulung pelajar Politeknik Kota Kinabalu seramai 83 orang bermula pada Sesi 1996/1997 pada bulan Jun 1996. Pada 01 September 2003, PKK telah beroperasi sepenuhnya secara rasmi di kampus tetap yang mempunyai keluasan 43 hektar (108 ekar) dan terletak di
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 111 dalam kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Sabah, lebih kurang 22km atau 35 minit perjalanan dari pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Kebersediaan Pensyarah Dalam Mengintegrasikan Teknologi IoT Yang Telah Dirancang Ke Dalam System Pengajaran Dan Pembelajaran Pensyarah terdiri dari golongan profesional dengan latarbelakang pendidikan tinggi. Oleh itu keperluan golongan profesional ini dilatih untuk menjadi pendidik profesional adalah merupakan hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak. Pendidikan yang baik ditentukan oleh baiknya guru-guru dalam bekerja atau mengajar. Guru yang baik memiliki bekal pengetahuan atau keterampilan yang baik pula yang sudah dia dapatkan dari hasil belajarnya. Dalam hal ini, berarti pula bahwa apa yang dilakukan oleh guru atau calon guru dalam belajar akan mentukan apa yang akan dia lakukan dalam mengajar, termasuk kesungguhan, dan budaya kerja dalam mengajarnya (Komaro, 2015). Masyarakat meletakkan pendidikan sebagai penentu kualiti pendidikan. Peranan dan tanggungjawab pensyarah sebagai pendidik adalah kompleks dan ini bermakna pensyarah perlu memiliki keupayaan atau kecekapan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan. Pensyarah PKK adalah terdiri daripada golongan profesional yang mengajar mengikut bidang yang diajar. Selain itu, kepimpinan pensyarah dilihat mempunyai pengaruh terhadap kecemerlangan dan kegagalan akademik serta sahsiah pelajar di PKK. Menurut Komaro (2015), kompetensi guru sebagai agen pembelajaran meliputi: kompetensi pedagogik, kepribadian, profesional, dan sosial. Dalam hal keterampilan, seorang guru harus menguasai keterampilan mengajar, yaitu: membuka dan menutup pelajaran, bertanya, memberi penguatan, dan mengadakan variasi mengajar. Semakin banyak pengalaman yang dilalui semakin tinggi kualiti proses belajar yang diperolehi. Selain itu, seorang pendidik atau pensyarah tidak boleh berasa selesa hanya dengan memiliki satu kemahiran sahaja, bahkan perlu mendapatkan kemahiran-kemahiran yang lain seperti berbahasa, Information and Communication Technology (ICT), komunikasi, mengurus, menulis, merawat, dan kemahiran seni. Pensyarah perlu diberi pendedahan teknologi IoT dengan mengikuti latihan dan kursus yang berkaitan dengan IoT. Pensyarah perlu menerapkan nilai kendiri tentang pentingnya sikap berusaha dan menjadi pensyarah yang mengambil inisiatif untuk mengambil tahu dan mempelajari bidang teknologi dan IoT. Keselamatan Siber Kebimbangan mengenai tahap keselamatan dan kerahsiaan merupakan faktor-faktor utama yang mengekang pertumbuhan industri IoT. Merujuk maksud dari Wikipedia, Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Dengan penggunaan IoT di PKK, PKK perlu bersedia dalam keselamatan siber untuk menangani jenayah siber. Menurut Pitchan & Omar (2019), dalam konteks internet, undang-undang siber dicipta bagi memastikan netizen menggunakan ruang siber dengan baik dan berhemah. Antara langkah yang baik dalam menangani isu ancaman siber adalah melalui penguatkuasaan undang-undang siber. Menurut kajian mereka berkaitan keselamatan siber, mendapati terdapat beberapa undangundang tradisional dan sedia ada yang boleh diguna pakai untuk mengawal ancaman keselamatan siber di Malaysia. Antara undang-undangnya ialah seperti Akta Komunikasi dan
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 112 Multimedia 1998 di bawah Seksyen 211 dan 233. Selain itu, Akta Jenayah Komputer 1997 juga boleh diguna pakai di bawah Seksyen 3(1). Kewujudan Akta Perdagangan Elektronik 2006 turut membantu kerajaan dalam mengurangkan jenayah siber di Malaysia. Seterusnya, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah dilaksanakan di Malaysia bagi melindungi data peribadi yang digunakan secara komersial oleh pihak-pihak tertentu. Di bawah akta ini terdapat beberapa peruntukan Seksyen yang mengawal penyalahgunaan data peribadi seperti Seksyen 43(1)(2)(3) serta Seksyen 129 (5). Di samping itu pelaksanaan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Pindaan 2010) turut melindungi pengguna Internet dari segi kekeliruan iklan dan maklumat mengenai sesuatu perniagaan melalui peruntukan Seksyen 9, 10 dan 25 akta berkenaan. Sikap Pelajar Dan Penerimaan Mereka Terhadap Aplikasi IoT Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dan pendidik untuk meneroka maklumat dan pengetahuan. Perkembangan teknologi maklumat ini juga telah menyebabkan pengaruh media sosial digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di peringkat sekolah mahupun di IPTA. Teknologi kini mempunyai manfaat motivasi yang berupaya untuk menarik golongan pendidik dan pelajar agar turut aktif dalam P&P. Penggunaan media teknologi turut mendorong minat para pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan mereka akan lebih terdedah dengan pembelajaran kendiri. Pembelajaran interaktif dengan IoT adalah pembelajaran kendiri pelajar. Pensyarah percaya dengan menggunakan teknologi IoT ini akan menarik minat pelajar terhadap sesi pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana pelajar masa kini dibesarkan dalam dunia yang dikelilingi peralatan yang canggih. Perkara ini menjadikan sistem atau corak pembelajaran yang berkonsepkan teknologi mudah diterima pelajar pada masa kini secara tidak langsung menarik minat untuk belajar (Nor Aziah & Mohd Taufik, 2016). Pembelajaran digital juga membolehkan pelajar meneroka sediri ilmu pengetahuan tanpa sempadan dan pensyarah hanya bertindak sebagai mentor ataupun fasilitator sahaja. Para pelajar dapat mengakses bahan-bahan sedia ada, maklumat terkini dan berkongsi info bersama rakan juga pendidik dengan mudah dan pantas (Yusof & Tahir, 2018). Sikap pelajar masa kini yang berminat dengan penggunaan teknologi seperti telefon pintar dan kecekapan pelajar menggunakannya menjadikan mudah memperkenalkan aplikasi IoT dalam pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya boleh berkembang dengan baik di politeknik. Penyediaan Pangkalan Data Yang Kukuh Dan Penyediaan Perisian Teknologi Maklumat Yang Sempurna Bagi Sistem Pengajaran & Pembelajaran Bagi memastikan penggunaan teknologi yang optimum, kemudahan prasarana yang lengkap perlu disediakan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran secara digital. Keadaan prasarana teknologi yang baik dapat menyokong pembangunan sistem e-Pembelajaran (Venkatesh et al., 2003). Aspek prasarana yang perlu ditambah baik bagi menyokong keperluan dan penggunaan pelajar harus dipandang berat oleh pihak pengurusan kerana ini merupakan kunci utama dalam pembangunan IoT. PKK juga perlu bersedia dengan pangkalan data yang mantap bagi memastikan teknologi IoT dapat dilaksanakan sepenuhnya. Capaian data yang baik mengalakkan perkembangan aplikasi berkenaan dan meningkatkan motivasi pengguna untuk menggunakan teknologi IoT dalam pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang dihadapi adalah capaian internet yang kurang menyeluruh dengan kelajuan jalur lebar yang tidak memuaskan menjadi punca pensyarah kurang menggunakan kaedah Pembelajaran digital sebagai medium utama pengajaran dan pembelajaran. Faktor ini secara tidak langsung akan membantutkan usaha pensyarah untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran pensyarah. Meraka mula beranggapan perkara ini membuang masa dan membantutkan minat untuk mengaplikasikan e-Pembelajaran sedangkan pensyarah mempunyai beban kerja lain yang lebih penting untuk disiapkan (Razali et al., 2017). Pihak Pengurusan seharusnya lebih prihatin dengan perkara ini.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 113 Kesimpulan Objektif kajian ini adalah membina satu kerangka konsep faktor penentu pembangunan Iot di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Berdasarkan kepada tinjauan literatur, kajian ini berjaya mengenal pasti empat elemen yang perlu diberi perhatian bagi menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan IoT di Politeknik Kota Kinabalu. Dalam era industri 4.0, dengan kepelbagaian aplikasi IoT yang pesat pada masa ini, seharusnya ekosistem IoT yang kondusif perlu diwujudkan di PKK untuk merangsang pelaksanaan teknologi IoT dengan lancar. Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi sangat pesat, khususnya perkembangan internet. Oleh karena itu dunia pendidikan pun tidak lepas dari perkembangan internet, dan seharusnya dalam pengajaran dan pembelajaran perlu adanya media belajar iaitu internet. Dengan berkembangnya Internet of Things (IoT), maka internet turut boleh dimanfaatkan untuk keperluan lain yang mendukung pembelajaran, diantaranya iaitu dengan memanfaatkan internet tersebut untuk kegiatan pembelajaran teori dan praktikal atau mini projek. Sokongan daripada kalangan pensyarah, pelajar dan Pengurusan PKK adalah amat perlu bagi pembangunan aplikasi dan perkhidmatan yang berteraskan teknologi IoT ini di PKK. Pembangunan kemahiran dan latihan pensyarah perlu dipertingkatkan lagi bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah menggunakan teknologi IoT. Peranan pihak pengurusan dan Bahagian Pendidikan dan Latihan Lanjutan dalam menyediakan sumber latihan kepada pensyarah bagi meningkatkan motivasi dan dorongan agar aplikasi IoT ini dapat digunakan secara menyeluruh. Usaha berterusan adalah perlu dengan mewujudkan program peningkatan keupayaan dan kebolehan PKK melalui pendedahan kepada teknologi IoT, sesi percambahan pengetahuan dan sesi perkongsian ilmu di kalangan Pensyarah, Pengurusan dan komuniti industri. Diharap kerjasama semua warga PKK sentiasa berusaha mendukung pembangunan IoT di PKK. Rujukan Abrar, A., & Armin, A. (2018). Rancang Bangun Modul dan Alat Belajar Internet of Things (IoT) Sebagai Prototype Implementasi Revolusi Industri 4.0. Prosiding Snitt Poltekba, 3(1), 148-151. Apri, J. (2015). Internet of Things, Sejarah, Teknologi dan Penerapannya: Review. Ilmiah Teknologi Informasi Terapan, 1. Cahyono, G. H. (2016). Internet of Things (Sejarah, Teknologi dan Penerapannya). Swara Patra, 6(3). Komaro, M. (2015). Multimedia Animasi (Mma) Dalam Meningkatkan Penguasaan Konsep Bidang Geser Atom Penentu Sifat Mekanik Material. Edusentris, 2(2), 146-155. Nor Aziah Abdul Aziz, & Mohd Taufik Hj Ahmed. (2016). E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di Ipg Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 11, 116–130. https://doi.org/10.1145/3060403.3060449 Pitchan, M. A., & Omar, S. Z. (2019). Dasar keselamatan siber Malaysia: Tinjauan terhadap kesedaran netizen dan undang-undang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(1). Prasetyo, H., & Sutopo, W. (2018). Industri 4.0: Telaah Klasifikasi aspek dan arah perkembangan riset. J@ ti Undip: Jurnal Teknik Industri, 13(1), 17-26. Razali, N. Z., Bahador, Z., & Saidon, M. K. (2017). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Vle Frog Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah. Proceedings of the ICECRS, 1(1), 1023–1032. https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.645 Sulaiman, O. K., & Widarma, A. (2017). Sistem Internet of Things (IoT) Berbasis Cloud Computing Dalam Campus Area Network. Venkatesh, V., Morris, M. G., Davis, G. B., & Davis, F. D. (2003). User Acceptance Of Information Technology: Toward A Unified View. MIS Quarterly, 27(3), 425–478. https://doi.org/10.1006/mvre.1994.1019 Wahab, N. H. A., Ismail, M. Z., & Zawawi, Z. M., (2018).Tahap Kesediaan Pensyarah Terhadap Pelaksanaan Program Certificate In Industrial Internet Of Things Di Kolej Komuniti Seberang Jaya. 4th National Conference On Research And Education (Narec'17), 998-996 Wilianto, W., & Kurniawan, A. (2018). Sejarah, cara kerja dan manfaat internet of things. Matrix: Jurnal Manajemen Teknologi dan Informatika, 8(2), 36-41.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 114 Yusof, M. N. M., & Tahir, Z. (2018). Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan Ipta (Importance of Information Technology-Driven Social Media in Public Institutes of Higher Education). e-Bangi, 14(3).
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 115 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN PENSYARAH DALAM PERNIAGAAN ONLINE: SATU PANDANGAN IDEA Bernard Fredrerine dan Azli Syam Awang Abstrak Pensyarah merupakan tenaga pengajar di Institut Pengajian Tinggi. Mereka adalah pakar dalam merancang, mengembangkan, dan menyampaikan bahan pembelajaran menggunakan pelbagai kaedah dan platform. Selain sibuk dengan tugas hakiki, mereka juga terlibat dalam membuat bahan kursus, rancangan pelajaran, dan kurikulum, melakukan penyelidikan dan kerja lapangan, terlibat dengan pelajar, membantu memproses aplikasi, dan juga menghadiri wawancara, konferensi, dan mesyuarat. Namun senario mendapati, terdapat segelintir daripada pensyarah mempunyai kelapangan masa untuk berniaga khususnya melibatkan diri dengan perniagaan online setelah menghabiskan banyak waktu di pejabat dan di bilik kuliah. Kajian perlu dijalankan untuk mengkaji apakah faktor yang mendorong mereka melibatkan diri dalam perniagaan online. Justeru, kajian ini dijalankan untuk membina kerangka konsep faktor-faktor yang mempengaruhi pensyarah di Politeknik Kota Kinabalu Sabah untuk melibatkan diri dalam perniagaan online. Perbincangan dalam penyelidikan ini dapat menyumbangkan pengetahuan baru dalam bidang perniagaan online. Kata Kunci: Faktor Pendorong, Pensyarah, Perniagaan Online Pendahuluan Perniagaan dan keusahawanan adalah faktor penting kerana ia menyumbang kepada pembangunan sebuah negara (Achmad, Saputro & Handayani, 2016). Banyak kajian-kajian dijalankan mendapati terdapat pelbagai faktor yang menyumbangkan kepada penglibatan seseorang terhadap usahawan. Walau bagaimanapun, untuk menjalankan sesebuah perniagaan, bukan suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan kerana terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan (Othman, Anuar & Husin, 2009). Menurut, Alstete, (2002), banyak perkara tidak dapat dinafikan menjadi faktor halangan dan cabaran dalam menjalankan perniagaan dan untuk menjadi seorang usahawan. Akhir-akhir ini banyak usahawan muncul seperti cendawan tumbuh lepas hujan. Senario ini menunjukkan internet bukan sahaja untuk pencarian maklumat tetapi telah digunakan secara meluas. Sejak wujudnya kepesatan rangkaian global melalui internet untuk berkongsi dan menyampaikan maklumat, internet telah muncul sebagai alat pemasaran yang berguna untuk berfungsi sebagai platform untuk menjalankan transaksi dan perniagaan domestik dan juga antarabangsa. Kajian yang dijalankan oleh Lim et al. (2016) telah membincangkan kepentingan dan kesan perniagaan online. Menurut A.T. Kearney (2015), e-dagang runcit telah meningkat hampir menjadi AS $ 840 bilion pada tahun 2014 melebihi penjualan AS $ 695 bilion pada tahun 2013 dan dianggarkan meningkat menjadi US $ 1506 bilion pada tahun 2018. Kenaikan penjualan berterusan menunjukkan bahawa e-dagang mempunyai potensi pasaran yang sangat besar. Operasi dan kejayaan perniagaan online seperti Alibaba, Tenecent, Amazon dan Groupon telah menjadikan contoh bagi syarikat-syarikat lain untuk mengubah model perniagaan mereka daripada offline kepada online. Tanpa menghiraukan e-dagang yang berkembang pesat dalam skala global, Malaysia telah tersingkir dari kedudukan ke-30 dalam ranking E-Dagang Runcit Global ke-30 Terbaik pada tahun 2015 (A.T. Kearney, 2013).
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 116 Kajian yang dijalankan oleh Sin, Nor & Al-Agaga (2012) mendapati kemunculan teknologi maklumat (IT) di dunia telah membawa perubahan besar dalam aspek struktur pasaran secara global. Teknologi maklumat telah mewujudkan platform untuk ekonomi digital di mana kemunculan perdagangan elektronik (e-commerce) telah berlaku. Peluang telah diberikan kepada hampir semua orang kerana internet membolehkan organisasi menjalankan perniagaan di dunia maya, atau menghubungkan orang di seluruh dunia tanpa batasan geografi tidak seperti kedai perdagangan tradisional. Sejak diperkenalkannya Internet, pertumbuhan ecommerce sangat pesat sehingga tragedi dotcom crash pada tahun 2000. Tragedi ini memberi implikasi kepada sebahagian besar perniagaan bahawa e-commerce mempunyai potensi risiko dan faedah yang perlu diukur dan dipertimbangkan sebelum mereka memulakan perniagaan berasaskan Internet. Berdasarkan perbincangan literatur di atas, perniagaan online sudah lama diterima oleh dunia dan peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan secara online telah pun mengaut keuntungan yang besar. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktorfaktor yang menjadi pemangkin kepada penglibatan seseorang kepada perniagaan online. Faktor-faktor yang dicadangkan ini akan membentuk kerangka konsep penyelidikan. Sorotan Kajian Sikap terhadap perniagaan online Menurut Ajzen (1985), kecenderungan seseorang untuk melakukan gelagat dapat dilihat daripada sikapnya terhadap seseuatu perkara. Sikap merujuk kepada sejauh mana seseorang mempunyai penilaian iaitu sama ada penilaian positif atau negatif terhadap sesuatu perkara (Yoo & Lee, 2009). Teori Perilaku yang menganggap bahawa sikap individu merupakan peramal penting terhadap keinginan seseorang untuk melibatkan diri dalam sesuatu perkara (Ajzen & Fishbein, 1980). Menurut Muhamad, Adnan & Mohamed (2017), sikap dianggap sebagai faktor penting dalam meramalkan niat seseorang dan hubungan antara sikap terhadap tingkah laku dan penglibatan seseorang telah dijalankan secara meluas dalam penyelidikan sains sosial. Ini menunjukkan bahawa sekiranya sikap seseorang terhadap perniagaan adalah positif, maka seseorang itu akan lebih cenderung untuk mempertimbangkan untuk melibatkan dan meneruskan aktiviti perniagaan mereka secara online. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H1: Sikap terhadap perniagaan online mempengaruhi penglibatan pensyarah Politeknik Kota Kinabalu menceburkan diri dalam perniagaan online. Galakan kenalan rapat terhadap perniagaan online Hubungan seseorang dengan individu lain dapat mempengaruhi tingkah laku seseorang yang lebih dikenali sebagai norma subjektif. Norma subjektif adalah persepsi atau anggapan seseorang tentang jangkaan orang lain tentang perilaku tertentu yang akan atau tidak akan dilakukan seseorang Huda et al. (2012). Oleh kerana persepsi ini bersifat subjektif, dimensi ini dirujuk sebagai norma subjektif. Sikap yang sama terhadap tingkah laku, norma subjektif juga dipengaruhi oleh kepercayaan. Kedua-duanya adalah berbeza. Sikap terhadap tingkah laku adalah fungsi kepercayaan terhadap tingkah laku (kepercayaan perilaku) yang akan dilakukan, sementara norma subjektif adalah fungsi kepercayaan seseorang yang dibentuk oleh orang lain dalam kehidupan seseorang (Hanno & Violette, 1996). Justeru, dalam situasi ini sekiranya individu tersebut menganggap bahawa orang yang mereka anggap penting merasakan peniaga tersebut patut menjalankan perniagaan mereka secara online, maka mereka akan lebih cenderung untuk mempertimbangkan untuk melibatkan dan terus aktif dalam perniagaan online. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah:
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 117 H2: Galakan kenalan rapat terhadap perniagaan online mempengaruhi penglibatan pensyarah Politeknik Kota Kinabalu menceburkan diri dalam perniagaan online. Pembinaan platform perniagaan online yang mudah Kemahiran asas dalam menggunakan teknologi digital penting dalam perniagaan online. Ini kerana kemahiran ini akan membantu mereka membina rangkaian dan platform perniagaan mereka secara online. Teknologi digital memainkan peranan yang penting dalam era industri dan perniagaan pada masa kini. Persaingan dan internet pada era media digital memberi peluang kepada pembangunan daya saing yang tinggi (Reuber & Fischer, 2011). Daya saing adalah penting untuk bersaing dalam pasaran, justeru supaya inovasi sentiasa diperlukan. Menurut Achmad et al. (2016), etos keusahawanan tidak hanya merujuk kepada nilai produk, tetapi juga produk dan inovasi pasaran. Akibat daripada permintaan yang tinggi dalam inovasi perniagaan, model pemasaran luar talian tradisional (offline) perlu diganti menjadi model transaksi dalam talian. Kajian yang dijalankan oleh Harn, Khatibi & Ismail (2006) mendapati era e-niaga telah pun berkembang maju selari dengan perkembangan komputer dan internet setiap tahun. Kajian tersebut juga memetik kajian Nua (2001) pada tahun 2005 yang menyatakan 25 peratus daripada penduduk Malaysia mempunyai akses internet. Oleh itu, kemahiran dalam teknologi digital perlu adalah untuk terlibat dalam perniagaan online. Justeru hipotesis yang dicadangkan adalah: H3: Pembinaan platform perniagaan online yang mudah mempengaruhi penglibatan pensyarah Politeknik Kota Kinabalu menceburkan diri dalam perniagaan online. Potensi Ramai Pembeli Online Membeli-belah melalui internet adalah fenomena yang berkembang pesat pada masa kini. Keadaan ini membuka peluang yang sangat besar kepada pasaran untuk perniagaan secara online atau e-dagang. Kemudahan membeli-belah dalam talian menjadikannya trend yang muncul di kalangan pengguna, terutama Gen Y (Lim et al., 2016). Kelaziman membeli-belah dalam talian telah meningkatkan minat peruncit dan ramai orang untuk fokus pada bidang ini. Kajian yang dijalankan oleh Sin, Nor & Al-Agaga (2012) terhadap gelagat berbelanja secara online di Malaysia mendapati, gelagat membeli-belah dalam talian telah berkembang pesat sejak tahun 2011, yang mencatat transaksi runcit dalam talian bernilai RM1.8 bilion, peningkatan 70% berbanding tahun sebelumnya (Marketing Interactive.com, 2011). Statistik yang dipetik dalam kajian Sin, Nor & Al-Agaga (2012) menunjukkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM, 2015) menjangkakan bahawa angka penjualan runcit dalam talian Malaysia akan melebihi unjuran 6.1% (RM22.6 bilion) oleh Frost dan Sullivan pada tahun 2020. Peningkatan statistik ini adalah disebabkan oleh peningkatan penggunaan internet yang meningkat dan peningkatan pendapatan rakyat Malaysia. Penggunaan internet generasi masa kini (Gen Y) merupakan golongan pengguna internet yang tertinggi di negara ini yang menyumbangkan kepada 40% daripada populasi di negara ini. Walau bagaimanapun penggunaan internet adalah daripada Gen Y tetapi kajian yang dijalankan oleh Lim, Omar dan Thurasamy (2015) mendapati generasi masa kini bukanlah merupakan golongan yang aktif pembelian atas talian. Ini menunjukkan pembelian atas talian masih di tinggi dalam kumpulan Gen X, di mana Gen Y hanya menyumbang 21.2% pada tahun 2011. Keadaan ini membuka peluang dan potensi besar kepada sesiapa saja yang ini menceburkan diri dalam perniagaan online ini. Justeru Hipotesis yang dicadangkan adalah: H4: Potensi ramai pembeli online mempengaruhi penglibatan pensyarah Politeknik Kota Kinabalu menceburkan diri dalam perniagaan online.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 118 Cadangan Kerangka Konsep Rajah 1. Kerangka konsep penyelidikan Berdasarkan kepada perbincangan kajian literatur dan isu semasa, kajian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pensyarah dalam aktiviti perniagaan online perlu dijalankan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan empat pemboleh ubah perlu diuji bagi menentukan manakah pemboleh ubah yang menjadi faktor penentu kepada penglibatan pensyarah Politeknik Kota Kinabalu, Sabah dalam perniagaan online. Model bagi kerangka konsep yang dicadangkan adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. Kesimpulan Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk membina kerangka konsep faktor-faktor yang mempengaruhi pensyarah di Politeknik Kota Kinabalu Sabah untuk melibatkan diri dalam perniagaan online. Melalui tinjauan literatur, empat pemboleh ubah yang telah dibincangkan merupakan antara faktor penting yang mempengaruhi penglibatan seseorang untuk terlibat
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 119 dalam perniagaan online. Berikutan dengan kepesatan internet dan kos internet yang tidak mahal dan mudah diakses, banyak pembeli-pembeli tidak lagi pergi membelah beli di kedaikedai. Keadaan ini sangat sukar bagi peniaga-peniaga yang bergantung pada hasil kepada perniagaan secara traditional. Walaupun begitu, dengan adanya teknologi digital dan telefon pintas, banyak peniaga telah membuat inovasi penjualan dan pemasaran agar perniagaan masih boleh beroperasi walaupun atas talian. Baru-baru ini COVID 19 telah melonjakkan lagi perniagaan online disebabkan perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan. Ini disokong oleh laporan berita harian9 bertarikh 13 April 2020 yang menyatakan pembelian online melonjak walaupun dalam situasi sukar. Justeru model yang ditunjukkan dalam Rajah 1 adalah dilihat relevan untuk dikaji bagi menentukan faktor penentu penglibatan peniaga dalam e-niaga. Hasil analisis yang akan dijalankan, akan membantu mencari kekuatan dan kelemahan penjawat awam dalam e-niaga bagi membantu kumpulan-kumpulan ini menambahkan pendapatan walaupun dalam situasi sukar. Rujukan A.T. Kearney. & A.T. Kearney. (2015). The 2015 Global Retail E-Commerce Index: Global Retail E-Commerce Keeps On Clicking. Chicago: A.T. Kearney. A.T. Kearney (2013). Online Retail is Front and Center in the Quest for Growth. Chicago: Achmad, N., Saputro, E. P., & Handayani, S. (2016). Entrepreneurship in the Digital Era. Dinamika Pendidikan, 11(2), 102-107. Ajzen, I. & Fishbein, M. (1980). Understanding Attitudes and Predicting Social Behavior. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Ajzen, I. (1985). From intention to actions: a theory of planned behaviour. In J. Kuhl & J. Beckmann (Ed.), Action Control: From Cognition to Behaviour (11-39). Berlin, New York: Springer Alstete, J.W. (2002). On Becoming Entrepreneur: An Envolving Typology. International Journal of Entreprenurial Behaviour & Research. 8 (4):222-234. Collins, L., Hannon, P. D. & Smith, A. (2004). Enacting Entrepreneurial Intent: The Gaps Between Student Needs And Higher Education Capability. Education and Training. 46(8/9): 454-463 Harn, A. C. P., Khatibi, A., & Ismail, H. B. (2006). E-Commerce: A study on online shopping in Malaysia. Journal of Social Sciences, 13(3), 231-242. Harn, A. C. P., Khatibi, A., & Ismail, H. B. (2006). E-Commerce: A study on online shopping in Malaysia. Journal of Social Sciences, 13(3), 231-242. Lim, Y. S., Omar, A., & Thurasamy, R. (2015). Online purchase: a study of generation Y in Malaysia. International Journal of Business and Management, Vol. 10, No. 6, pp. 1-7 Lim, Y. J., Osman, A., Salahuddin, S. N., Romle, A. R., & Abdullah, S. (2016). Factors influencing online shopping behavior: the mediating role of purchase intention. Procedia economics and finance, 35(5), 401- 410. Marketing Interactive.com. ((2011). Retrieved from http://marketing-interactive.com/news/25946 Muhamad, A., Adnan, M. N., & Mohamed, M. A. (2017). Pembelian Produk Tiruan di Malaysia: Pengaruh Sikap Dan Niat Pengguna. International Journal of Accounting, Finance and Business. 2 (5), 152-162. Othman, N., Anuar, A., & Husin, M. (2009). Kekangan dalam Menjalankan Perniagaan dalam Kalangan Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. MALAYSIAN JOURNAL ON STUDENT ADVANCEMENT, (12). Reuber, A. R. & Fischer, E. (2011). International entrepreneurship in internet-enabled markets. Journal of Business Venturing. 26(6), 660-679. Sin, S. S., Nor, K. M., & Al-Agaga, A. M. (2012). Factors Affecting Malaysian young consumers’ online purchase intention in social media websites. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 40, 326-333. 9 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/557138/covid-19-pembelian-online-melonjak
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 120 KESEDIAAN PENGETAHUAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK KOTA KINABALU Muzaffar Mohamed Sidin, Mohd Farid Alias dan Noor Intan Tahir Abstrak Gaya pengajaran dan pembelajaran telah berubah, pensyarah perlu mempersiapkan pelajar untuk menghadapi Revolusi industri 4.0. Mereka harus bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai pendidikan abad ke-21, mahir menggunakan teknologi, celik digital dan menguasai kaedah pengajaran dan pembelajaran moden. Namun, terdapat segelintir pensyarah yang tidak cakna dalam menguasai pengetahuan dan kemahiran seiring kehendak Revolusi Industri 4.0. Justeru, satu kajian untuk menilai kesediaan pengetahuan IR 4.0 telah dijalankan dengan penglibatan 135 orang kakitangan akademik Politeknik. Kajian berbentuk analisis deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan pensyarah berada pada tahap sederhana. Responden memberikan penilaian yang rendah kepada item kekerapan menghadiri kursus persediaan IR 4.0. Penyelidik mencadangkan agar pihak pengurusan politeknik menggiatkan usaha untuk mengubah lanskap pemikiran pensyarah politeknik dalam mendepani cabaran IR 4.0 dengan mengadakan kursuskursus pendek berkaitan dengan teknologi dalam bidang kepakaran mereka, menambah peluang menyertai program sangkutan industri, menggalakkan pembelajaran arahan kendiri, memperbaiki dan menambah prasarana seiring perkembangan teknologi IR 4.0 untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran pensyarah. Kata Kunci: Kesediaan, Pengetahuan, Pensyarah, Revolusi Industri 4.0 Pengenalan Dalam usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, teknologi merupakan aset yang amat penting untuk diterokai bagi menghadapi pelbagai kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang. Perubahan teknologi yang sedang dihadapi kini terdapat di dalam Revolusi Industri 4.0. Ia merangkumi pelbagai jenis teknologi canggih seperti Artificial Intelligent (AI), Robotik Autonomi (Autonemous Robot), Digital Twin, Teknologi Awan (Cloud Computing), Industri Teknologi Peranti Pintar (Internet of Things - IOT), Integrasi Sistem, Sekuriti Siber (Cyber Security), Pembuatan Additif (Percetakan Reality), Realiti Maya (Augmented Reality) dan Analisi data Besar (Big Data). Industri Revolusi 4.0 merupakan integrasi dan inovasi di dalam kehidupan masyarakat dunia pada hari ini (Pereira, Barreto, & Amaral, 2017). Sektor pendidikan juga mengalami perubahan besar akibat Revolusi Industri 4.0. Perancangan kurikulum perlu berada dalam lanskap Industri Revolusi 4.0 bagi memenuhi keperluan industri (Ahmad, Johari, Mohd & Senawi (2019). Setuasi ini turut memberi impak kepada kesediaan pengetahuan Revolusi Industri 4.0 pensyarah supaya ia seiring dengan perubahan akibat Revolusi Industri 4.0. Ramli, Mustapha & Abd Rahman (2018) menegaskan bahawa, peranan pensyarah dan kaunselor sangat penting dalam situasi ini bagi memastikan pelajar-pelajar memperoleh maklumat berkaitan kerjaya dan Revolusi Industri 4.0. Ilias & Ladin (2018) dalam kajian mereka menunjukkan tahap pengetahuan pelajar mengenai Revolusi Industri 4.0 dan kesediaan mereka dalam menempuh cabaran Revolusi Industri 4.0 adalah pada tahap sederhana. Selain memperolehi pengetahuan tentang perubahan industri semasa, pensyarah juga perlu sentiasa menyediakan diri dengan perubahan-perubahan dan pembaharuan yang bakal berlaku dalam kurikulum (Ahmad, Jalani
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 121 dan Hasmori, 2015). Pensyarah bertanggungjawab di dalam menyediakan pelajar dengan kemahiran bagi menangani cabaran arus teknologi Revolusi Industri 4.0 yang terdedah kepada pelbagai intepretasi yang mencabar pemikiran mereka. Seperti yang ditegaskan oleh Shahroom & Hussin (2018), advanced education pioneers should abuse the potential open doors carried by the IR 4.0 with much obligation and astuteness, by giving computerized administration to their foundations. Perkembangan pendidikan juga tidak dapat lari dari tempias dan kebergantungan kepada teknologi maklumat khususnya internet, komputer dan peranti mudah alih. Dengan teknologi M-learning, pelbagai aktiviti dapat diterokai dengan meluas di samping memperolehi pengetahuan secara kolaboratif dan konvensional di mana sahaja seperti di bilik darjah, rumah atau di pinggir jalan (Rahim, 2013). Banyak manfaat penggunaan teknologi boleh diperolehi seperti menjadi medium penyebaran maklumat yang lebih cepat dan berkesan, mendapatkan fakta-fakta bahan pengajaran, membuat perbincangan dengan pelajar, menyertai forum di dalam talian, membentang kertas kerja dan sebagainya. Pendidikan teknologi sebegini perlu dikuasai oleh pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Muhali (2018) menganjurkan, pembelajaran berpusatkan murid akan membentuk pelajar yang berdikari. Mereka perlu berketerampilan, mempunyai pemikiran kritis, kreatif dan pandai menyelesaikan masalah sebagai bekalan menghadapi arus kemajuan teknologi IR 4.0. Oleh itu, pihak institusi pendidikan perlu bersedia dengan re-skill supaya graduan IPTA terus dapat memberi sumbangan kepada negara (Ilias & Ladin, 2018). Pensyarah bertanggungjawab mencipta iklim pembelajaran yang berkualiti dan bermaklumat, menentukan bahan pengajaran yang terkini, mencipta pengetahuan baru, menilai tahap pencapaian dan pengetahuan pelajar serta menggalakkan mengeksplorasi jawapan melalui penemuan kendiri di dalam isi pelajaran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kesediaan pengetahuan Revolusi Industri 4.0 pensyarah Politeknik Kota Kinabalu dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini sangat penting untuk menjadi penanda aras dan panduan kepada pihak pengurusan politeknik dalam meningkatkan keupayaan politeknik dalam menyumbang tenaga kerja berilmu dan berkemahiran seiring dengan perkembangan teknologi moden. Sorotan Literatur Aspek kesediaan sektor pendidikan dalam IR 4.0 adalah penting untuk memastikan bahawa ia memenuhi keperluan industri global yang sentiasa berubah (Ahmad et. Al, 2019). Ini memerlukan asas yang tepat untuk menjamin kesediaan mereka dalam menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Oleh itu, pensyarah harus mengikuti perkembangan teknologi yang bergerak pantas dan menyesuaikan diri dengan pendidikan abad ke-21 (Rajanthran, & Zainul, 2020). Mohamad, Che Razali dan Abd Jalil (2009), turut menyatakan kritikan terhadap tenaga pengajar yang kurang mengikuti perkembangan semasa dan kurang pengalaman atau pengetahuan industri yang berkaitan. Baini, Mohamad Pon dan Ghazali (2018) & Ibrahim, Baharudin dan Baharom (2018), mendapati, tahap kesedaran pensyarah politeknik terhadap IR 4.0 masih berada pada tahap yang sederhana. Politeknik perlu menyediakan tenaga pengajar yang kompeten dalam menghasilkan graduan yang kritis, kreatif dan berinovasi untuk disumbangkan kepada industri. Belajar di era IR 4.0 ini menyokong setiap individu untuk melengkapkan diri dengan kemampuan terbaik mereka (Lai, Chundra, & Lee, (2020). Peranan dan tugas pensyarah telah berubah kerana mereka tidak lagi sekadar mengajar tetapi memikul tanggungjawab utama sebagai kurator pengetahuan teras pelajar mereka (Zulnaidi, & Majid, 2020) Azmi, Che Ahmad, Kayat, Abdullah dan Ahmad Zubir (2018) berpendapat, pendedahan pensyarah terhadap pengetahuan Revolusi Industri 4.0 masih rendah walaupun ia merupakan fenomena yang
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 122 sedang berkembang pada masa kini. Mereka juga dilihat sebagai golongan yang tidak biasa dengan had kemajuan teknologi dan cara kerja di industri pada masa kini. Latihan dan kemahiran tenaga pengajar teknikal dalam bidang kemahiran teknikal di industri perlu diperkasakan untuk meningktkan kualiti graduan bidang teknikal (Mohamad et. al, 2009). Latihan dan pendidikan kepada tenaga pengajar politeknik penting kerana mereka perlu menghadapai arus perubahan teknologi yang berlaku. Mariani dan Ismail (2013), menyarankan agar pensyarah politeknik meningkatkan pengetahuan Information Technology (IT) dan mengikuti latihan untuk meningkatkan kompetensi pensyarah di dalam bidang masingmasing agar dapat melahirkan graduan yang berdaya saing dan maju di dalam industri setelah mereka meninggalkan sistem politeknik kelak. Abd Kadir, Aziz, Hassan, Rahman, & Sidek (2020) mencadangkan pihak institusi pendidikan mengadakan kursus, bengkel, bimbingan, kempen kesedaran, kemudahan dan membangunkan kurikulum berkaitan IR 4.0. Galakan membaca bahan bacaan berkaitan teknologi dan menekankan pemikiran komputasional dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 juga perlu berubah kepada pelbagai teknik pengajaran seperti penggunaan modul multimedia, model robotik, drone dan pelbagai lagi. Keberkesanan pembaharuan sistem atau pelaksanaan program dalam pendidikan sangat bergantung pada sikap ahli akademik. Lai et. al (2020). Oleh sebab itu, mereka perlu pantas berubah untuk berdepan dengan cabaran pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini. Ini menuntut kepada kesediaan pengetahuan dan kemahiran pensyarah bidangbidang akademik perlu seiring dengan kehendak industri. Menurut Ibrahim et al. (2018) sektor pendidikan memerlukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing. Tenaga pengajar di sektor pendidikan perlu mengikut arus pemodenan supaya mereka tidak hanya terikat dengan teknik berceramah atau berpusatkan pensyarah semata-mata. Pengajaran yang pasif tanpa menggunakan kaedah, strategi, pendekatan dan teknik yang menarik akan menjurus kepada kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran yang turut menyumbang kepada penurunan preatasi pelajar. Baini et al. (2018) menyatakan, pensyarah perlu mengemaskini pengetahuan mereka. Pihak jabatan dan kementerian perlu menyebarluaskan dasar dan polisi supaya pensyarah mendapat input terkini. Pihak pengurusan tertinggi politeknik perlu memberikan latihan yang secukupnya untuk mengukuhkan kemahiran pensyarah supaya mereka dapat beradapatasi dengan keperluan industri. Azmi et al. (2018) pula menambah, penerapan active learning style di samping soft skills dan decision making ability, juga diperlukan oleh pensyarah pada era ini. Di dalam kajian Dr Muhali (2018) beliau menganjurkan, agar guru menerapkan pengajaran kemahiran kolaborasi, komunikasi, pemikiran kritis dan kreatif serta pemikiran komputasional, bagi menyiapkan graduan menghadapi arus permodenan globalisasi. Penerapan model pembelajaran inovatif dan kritis berpusat kepada pelajar serta mengintegrasikan pembelajaran (blended learning) bagi memantapkan pembelajaran kendiri pelajar. Ibrahim et al. (2018) mencadangkan, penambahbaikan polisi pelaksanaan, latihan serta infrastruktur peralatan adalah diperlukan bagi memperkasakan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan graduan yang holistic, berciri keusahawanan dan seimbang. Faktor ini amat penting bagi memantapkan pengetahuan dan kesediaan pensyarah supaya ia seiring dengan perkembangan teknologi terkini. Selaras dengan hujah ini, kajian perlu dilakukan untuk menilai tahap kesediaan pengetahuan pensyarah politeknik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan IR 4.0. Pensyarah Politeknik Kota Kinabalu menjadi tumpuan kajian ini kerana mereka terlibat dalam memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga kerja mahir ke pelbagai sektor industri di Malaysia.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 123 Metodologi Kajian Kajian penyelidikan dijalankan dalam bentuk deskriptif. Berbagai literatur dari penyelidik terdahulu telah dikaji untuk meneroka aspek kesediaan dalam sektor pendidikan. Kajian ini merupakan kajian rintis sebelum kajian secara menyuluruhkan dijalankan. Kajian rintis juga bertujuan untuk menguji soalan kaji selidik. Seramai 176 orang responden telah mengembalikan kertas soal selidik tersebut. Namun hanya 135 borang soal selidik layak dijadikan sebagai sampel kajian setelah proses normaliti data dijalankan. Jumlah populasi untuk kajian rintis dicadangkan antara 30 hingga 50 orang adalah bilangan yang munasabah (Isaac & Michael, 1995; Sekaran; 2000, Connelly; 2008, Treece & Treece; 2005, Fah et al., 2016), mencadangkan saiz sampel untuk kajian rintis adalah antara 10 hingga 30 responden. Namun di dalam kajian ini, saiz sampel kajian adalah melebihi dari sasaran sebenar bagi kajian rintis. Jumlah edaran kertas soal selidik dilebihkan bagi mendapatkan gambaran lebih luas tentang maklumbalas kakitangan setiap jabatan akademik di politeknik. Data diproses menggunakan perisian komputer SPSS (statistical Package for Social Science) versi 25.0. Disebabkan masa kajian yang singkat, fokus hasil kajian hanya ditumpukan kepada dua (2) aspek iaitu tahap kesediaan dan pengetahuan Revolusi Industri 4.0. Dapatan Kajian Seramai 135 orang responden telah mengambil bahagian dalam kajian yang dijalankan. Bilangan responden lelaki 49.6% dan perempuan50.4 hanya berbeza 0.4 % iaitu seorang sahaja. Ini menggambarkan penyertaan kakitangan lelaki dan perempuan hampir sama ramai dari sudut jumlah bilangan populasi kajian. Manakala penyertaan jumlah sampel kajian dari kakitangan bidang kejuruteraan ialah 54.8% berbanding dengan kakitangan bukan kejuruteraan sebanyak 45.2%. Jumlah ini kerana kakiktangan kejuruteraan sememangnya melebihi jumlah kakitangan bukan kejuruteraan. Oleh itu, sampel ini menunujukkan realiti sebenar jumlah populasi responden kajian di politeknik. Jumlah kakitangan yang mempunyai kelayakan akademik bertaraf diploma 2.2, sarjana muda 46.7%, sarjana 47.4%, Doktor Falsafah 3.7%. Kakitangan yang mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan bertaraf sijil perguruan 3%, Diploma Pendidikan 31.9%, Sarjana Muda Pendidikan 8.9%, Sarjana Pendidikan 22.2% dan lain-lain 34.1%. Sampel populasi mengikut tempoh perkhidmatan ialah setahun 4.2%, 2 tahun 3%, 5 tahun 23.7%, 6 tahun 13.2%, 8 tahun 5.9%, 9 tahun 13.4%, 10 tahun 41.6%, 11 tahun 8.1%, 14 tahun 10.4% dan 15 tahun 11.1%. Taburan data di atas menggambarkan penyertaan semua responden tanpa mengira tempoh waktu perkhidmatan mereka. Penyertaan semua peringkat tempoh perkhidmatan ini dijangka akan memberi gambaran sebenar kefahaman mereka terhadap kesedaran dan kesediaan mereka dalam menempuh cabaran penguasaan pengetahuan Revolusi Industri 4.0 kelak. Jadual 1 Intepretasi Skor Mean Jadual 1: Intepretasi Skor Mean Mean score Level 1.00 – 1.99 2.00 – 2.99 3.00 – 3.99 4.00 – 5.00 Lemah Rendah Sederhana Tinggi
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 124 Jadual 1: merupakan rujukan intepretasi skor mean bagi kajian ini. Ia diukur dalam 4 darjah ukuran iaitu lemah, rendah, sederhana dan tinggi. Ia selaras dengan ukuran soalan yang menggunakan 5 tahap pengukuran skala Likert. Jadual 2 Item Statistics Jadual 2: Item Statistics Item Mean Std. Deviation Level B1 : Selalu mengikuti kursus berkaitan IR 4.0 2.54 1.098 Rendah B2 : Selalu menambah kemahiran teknologi berkaitan IR 4.0 3.21 .970 Sederhana B3 : Selalu menambah pengetahuan berkaitan IR 4.0 3.22 .952 Sederhana B4 : Selalu mengikuti perkembangan IR 4.0 3.29 .913 Sederhana B5 : Bersikap positif terhadap PdP era IR 4.0 3.83 .617 Sederhana B6 : Bertanggungjawab mencari pengetahuan seiring dengan kehendak IR 4.0 3.76 .604 Sederhana B7 : Mempunyai pengetahuan kaedah PdP sesuai dengan IR 4.0 3.29 .854 Sederhana B8 : Dapat mengaitkan IR 4.0 dengan kandungan kurikulum 3.38 .771 Sederhana B9 : Mempunyai kemahiran memilih bahan pengajaran sesuai dengan IR 4.0 3.28 .843 Sederhana B10 : Mempunyai kemahiran strategi pengajaran sesuai dengan perubahan IR 4.0 3.23 .846 Sederhana B11 : Mempunyai kemahiran amalan PdP seiring IR 4.0 3.22 .835 Sederhana B12 : Mampu meningkatkan prestasi kursus yang diajar dengan teknologi IR 4.0 3.54 .799 Sederhana B13 : Mempunyai kemahiran menggunakan perisian berkaitan PdP IR 4.0 3.15 .918 Sederhana B14 : Mempunyai kemahiran menggunakan teknologi PdP berkaitan IR 4.0 3.14 .907 Sederhana Jadual 2, menunjukkan persepsi responden terhadap item kesediaan pengetahuan IR 4.0. Koefisien kebolehpercayaan Alfa Cronbach bagi soal selidik kesediaan pengetahuan IR 4.0 adalah .944. Tiga belas (13) item soalan menunjukkan nilai min yang sederhana dengan nilai mean di antara 3.14 - 3.83 dan sisihan piawainya .604 - .970 dan satu (1) item soalan menunjukkan respon yang rendah dengan nilai mean 2.54 serta sisihan piawai 1.098. Keputusan maklumbalas menunjukkan tahap kesediaan yang sederhana dikalangan pensyarah politeknik bagi majoriti item kesediaan pengetahuan IR 4.0 dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi item B1, responden memberikan respon yang rendah. Ini menunjukkan mereka tidak mendapat latihan yang secukupnya sebagai persediaan untuk menghadapi pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perkembangan IR 4.0. Perbincangan dan Cadangan Kajian ini menunjukkan bahawa pensyarah politeknik masih belum cukup bersedia dan memahami perubahan yang berlaku. Ia seiring dengan dapatan kajian Ibrahim et al & Baini et al., (2018) yang menyatakan pengetahuan dan kesediaan tenaga pengajar politeknik berada pada tahap yang sederhana. Gaya pengajaran dan pembelajaran telah berubah di mana ia menuntut kepada celik teknologi di kalangan pensyarah. Mereka perlu menyesuaikan diri dengan
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 125 pengajaran dan pembelajaran M-learning dan M-learning. Walau bagaimana pun, pensyarah tetap menunjukkan komitmen mereka kesanggupan mereka untuk mempelajari pengetahuan dan kemahiran baru seiring IR 4.0 selaras dengan kehendak misi dan visi politeknik. Pihak pengurusan Politeknik Kota Kinabalu perlu menyediakan prasarana dan kemudahan digital yang mencukupi kepada pensyarah bagi persediaan dalam menghadapi generasi Z. Peranan lebih aktif dalam memberikan siri bengkel dan kursus yang berorientasikan pengetahuan dan kemahiran IR 4.0 yang berkaitan bidang akademik pensyarah politeknik perlu dilakukan. Penguasaan ilmu dan kemahiran IoT, Big Data, Robotic dan teknologi IR 4.0 yang lain perlu dipertingkatkan. Prasarana dan kemudahan digital perlu disediakan dengan baik dan cukup untuk menampung keperluan pensyarah sedia ada di politeknik. Ini akan menjadi pemangkin kepada kesediaan pensyarah dalam menguasai ilmu pengetahuan yang selaras dengan kehendak industri semasa. Bagi jabatan bukan kejuruteraan perisian-perisian pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk IR 4.0 perlu disediakan. Kemahiran e-learning dan m-learning seperti Gamification in Education perlu diterapkan kepada mereka agar pelaksanaan PdP di dalam bilik kuliah dan bengkel akan sentiasa segar dan malar hijau. Penguasaan pembelajaran abad ke-21 perlu sentiasa dititikberatkan kepada pensyarah. Teknik dan pendekatan terkini dalam PdP perlu mereka kuasai agar tidak ketinggalan dengan kehendak industri atau sekurang-kurangnya boleh menyaingi teknologi IR 4.0. Kesimpulan Dalam menempuh cabaran Revolusi Industri 4.0, seluruh pensyarah di Politeknik Kota Kinabalu perlu sentiasa bersiap siaga dengan ilmu dan kemahiran yang jitu. Mereka perlu berfikiran kreatif dan kritis dalam menangani permasalahan seperti kekurangan prasarana, peralatan yang usang, perubahan silibus, dan corak pemikiran generasi Z yang agak kompleks. Konsep pembelajaran sepanjang hayat perlu diterapkan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi pensyarah politeknik sama ada secara formal atau tidak formal. Mereka perlu memantapkan kemahiran melalui kursus-kursus pendek berkaitan dengan bidang kepakaran, mengikuti Program Sangkutan Industri (SIP) untuk mengetahui perkembangan teknologi dan mengadaptasikan pembelajaran arahan kendiri dalam membantu pensyarah meneroka dan menguasai sesuatu kemahiran dan pengetahuan. Justeru, pihak pengurusan Politeknik Kota Kinabalu perlu sentiasa prihatin keperluan para pensyarah bagi memastikan kesinambungan penyampaian ilmu yang mapan dan berdaya saing diperingkat nasional. Penghargaan Terima kasih yang tidak terhingga atas segala kerjasama yang diberikan oleh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penghasilan artikel ini. Rujukan Abd Kadir, R. B., Aziz, M. A. B. A., Hassan, M. K. B., Rahman, N. B. A., & Sidek, M. A. B. (2020). Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT) Terhadap Revolusi Industri 4.0 (Ir 4.0). Jurnal Penyelidikan Teknokrat Ii, (Jilid Xxi). A. Azmi, N. Che Ahmad, K. Kayat, D. Abdullah & H. Ahmad Zubir, ”Industry 4.0: Teaching Preferences, Perceptions, and Challenges Among Tourism and Hospitality Academicians,” International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences, pp. 50-364, 2018. A. Mariani & Z. Ismail, “Pengaruh Kompetensi Guru Matematik Ke atas Amlanan Pengajaran Kreatif”, Proceeding 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013), pp. 181 187, 2013. A Rahim, N. (2013). Penggunaan Mobile Learning (m-Learning) untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan UTHM (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 126 L.Y. Fah, K. C. Hoon & L.C.Moy, “Pengenalan Kepada Analisis Data Dengan IBM SPSS STATISTICS 19 Dalam Penyelidikan Sains Sosial”, Universiti Malaysia Sabah, 2016. Johari, N., Mohd, T., & Senawi, A. (2019). Readiness aspects in education sector to succeed in Industry 4.0 (IR 4.0): a review/ Nurulanis Ahmad@ Mohamed...[et al.]. ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities, 3, 38-47. Lai, C. S., Chundra, U., & Lee, M. F. (2020, April). Teaching and Learning Based on IR 4.0: Readiness of Attitude among Polytechnics Lecturers. In Journal of Physics: Conference Series (Vol. 1529, No. 3, p. 032105). IOP Publishing. Ishak, R., & Mansor, M. (2020). The Relationship between Knowledge Management and Organizational Learning with Academic Staff Readiness for Education 4.0. Eurasian Journal of Educational Research, 85, 169-184. Ilias, K., & Ladin, C. A. (2018). Pengetahuan dan kesediaan Revolusi Industri 4.0 dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 6(2), 18-26. R. Ibrahim, S. Baharudin, & H. Baharom (2018). “Memperkasa TVET: Tahap Kesediaan Pensyarah Politeknik di dalam Transformasi Pendidikan Negara abad ke-21 Seiring Revolusi Industri 4.0”. 8th National Conference in Education - Technical & Vocational Edication and Training (CiE-TVET) 2018, pp. 261-270, 2018. M. M. Mohamad, C. M. Che Razali & S. Abd Jalil, “The Need of Lifelong Learning for Instruction in Vocational Training Institutions”. International Conference on Teaching & Learning in Higher Education 2009 (ICTHE09), pp. 1 – 14, 2009. Muhali, M. (2018, September). Arah Pengembangan Pendidikan Masa Kini Menurut Perspektif Revolusi Industri 4.0. In Prosiding Seminar Nasional Lembaga Penelitian dan Pendidikan (LPP) Mandala. N. Baini, N. Mohamad Pon & J. A. Ghazali, “Kajian Kesedaran Pensyarah Politeknik Kuching Sarawak Berkenaan Revolusi Industri 4.0”, Jurnal Penyelidikan dan Kajian, pp. 290-300, 2018. Pereira, T., Barreto, L., & Amaral, A. (2017). Network and information security challenges within Industry 4.0 paradigm. Procedia Manufacturing, 13, 1253–1260 https://doi.org/10.1016/j.promfg.2017.09.047 R. N. A. Raja Ali, & M. Ibrahim. (2018) “Persediaan Tenaga Pengajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Di Dalam Mengharungi Arus Revolusi Industri 4.0”, Jurnal Konseling dan Pendidikan, pp. 181- 190,. Ramli, M. A., Mustapha, R., & Abd Rahman, R. (2018). Hubungan Kemahiran Kebolehkerjaan Pelajar Kolej Vokasional Pertanian Dengan Kesediaan Menghadapi Revolusi Industri 4.0. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, 2(1), 1-15. R. Omar & J. Ahmad (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan E-Pembelajaran Dalam Kalangan Ahli Akademik, Jurnal Pendidikan Malaysia, 155 -172. Shahroom, A. A., & Hussin, N. (2018). Industrial revolution 4.0 and education. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(9), 314-319. Y. Ibrahim & A. Amin (2014). Model Kepimpinan Pengajaran Pengetua dan Kompetensi Pengajaran Guru”, Jurnal Kurikulum & Pengejaran Asia Pasifik (JUKU), pp. 11-25. Zubaidah, S. (2018). Mengenal 4C: Learning and innovation skills untuk menghadapi era revolusi industri 4.0. In 2nd Science Education National Conference (pp. 1-18). Zubaidah, S. (2018). Mengenal 4C: Learning and innovation skills untuk menghadapi era revolusi industri 4.0. In 2nd Science Education National Conference (pp. 1-18). Zulnaidi, H., & Majid, M. Z. A. (2020). Readiness and understanding of technical vocational education and training (TVET) lecturers in the integration of industrial revolution 4.0. International Journal of Innovation, Creativity and Change,
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 127 PENETAPAN KADAR UPAH SIMPAN DALAM SKIM PAJAK GADAI ISLAM DI INSTITUSI KEWANGAN TERPILIH DI MALAYSIA: SATU KEPERLUAN DALAM MEMBANGUN EKONOMI MASYARAKAT. Anisah Nasib, Siti Nadiah Mohd Sadali @Salim dan Muhammad Solihin Yaakub Abstrak Kajian ini bertujuan menganalisa penetapan kadar upah simpan dalam skim pajak gadai Islam di institusi kewangan terpilih di Malaysia dalam membangun ekonomi umat Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunapakai tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan bukti dokumen. Data dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti pajak gadai Islam di Malaysia menggunakan tiga instrumen utama dalam pelaksanaannya iaitu ar-rahnu, al-qard dan al-wadi’ah yad dhamanah. Manakala pengambilan caj upah simpan yang dikenakan kepada para penggadai adalah berdasarkan prinsip al-wadi’ah yad dhamanah. Namun kadar upah simpan ini adalah berbeza-beza bagi setiap institusi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengambilan caj upah simpan dalam skim ini boleh dilaksanakan dengan syarat tidak melebihi satu peratus daripada setiap RM100 nilai marhun. Kesimpulannya, pajak gadai Islam yang dilaksanakan di Malaysia adalah sangat baik dalam membantu membangunkan ekonomi masyarakat di Malaysia dan mendapat sambutan ramai sama ada dalam kalangan masyarakat Islam ataupun bukan Islam kerana caj upahnya yang sangat berpatutan. Antara implikasi kajian ini ialah pihak terlibat perlu mewujudkan akta khas berkaitan skim pajak gadai Islam kerana sehingga kini pelaksanaannya hanya berdasarkan Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Kata Kunci: Kadar Upah Simpan, Pajak Gadai Islam, Institusi Kewangan Terpilih Pendahuluan Sejak zaman jahiliah lagi, amalan gadaian telah wujud dalam masyarakat pada ketika itu. Mengikut amalan masyarakat Arab jahiliah, sesuatu barang yang telah digadai akan menjadi milik pemegang gadai sekiranya penggadai gagal menjelaskan hutang yang ditanggungnya dalam tempoh yang telah ditetapkan (Jawad ‘Ali, 1971). Amalan gadaian ini terus diiktiraf selepas kedatangan Islam sebagai salah satu cara untuk menguatkan jaminan pembayaran balik hutang yang dipinjam oleh pihak penggadai. Rasulullah SAW juga pernah menggadaikan baju besi baginda sebagai jaminan hutang semasa hayat baginda dan hal ini membuktikan bahawa perjanjian gadaian sudah diajarkan sejak awal Islam lagi. Sebagaimana dalam hadis berikut: عن عائشة رضي هللا عنها: أن النبي اشترى من يهودي طعاما إلى أجل ورهنه درعه من حديد Maksudnya: “Daripada Aisyah r.a, katanya: Bahawa Rasulullah SAW telah membeli makanan daripada orang Yahudi secara hutang dan baginda telah menggadai baju besi kepadanya.” Menerusi hadis di atas, dapat dibuktikan bahawa Rasulullah SAW adalah seorang yang zuhud dalam kehidupan dunia baginda. Lazimnya baginda tidak menyimpan makanan beberapa hari untuk dirinya dan keluarganya. Oleh yang demikian, ada ketikanya baginda terpaksa menggadai baju besinya kepada orang Yahudi untuk mendapatkan makanan. Walhal baju besi
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 128 tersebut sangat bernilai kepada baginda untuk berjihad fi sabilillah bagi melindungi diri daripada senjata musuh (Al-Bukhari, 1981). Islam mengharuskan gadaian (ar-rahnu) sebagai salah satu instrumen penyelesaian masalah kewangan yang dihadapi oleh umatnya. Amalan meminjam wang dengan jaminan dalam bentuk harta (ar-rahnu) adalah satu cara peminjaman wang yang dibenarkan oleh syarak sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran: بُو َضةٌ ِرهَا ٌن َّمقْ َكاتِبًا فَ ْ ِجُدوا ْم تَ ٍر َولَ ْم َعلَى َسفَ ِن ُكنتُ َوإ (Surah Al-Baqarah: Ayat 283) Maksudnya: “Dan jika kamu beradab dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang).” Menerusi ayat di atas, Allah SWT menegaskan bahawa setiap urusan pinjam-meminjam hendaklah dilakukan secara bersaksi dan bertulis dalam apa jua keadaan sekalipun. Namun, dalam keadaan darurat ianya boleh terkecuali. Dalam keadaan bermusafir, seseorang yang membuat pinjaman hendaklah menyerahkan suatu barang gadaian sebagai cagaran terhadap hutangnya (Salahuddin Abdullah, 2009). Skim pajak gadaian Islam telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1992 lagi sebagai alternatif kepada skim pajak gadaian konvensional yang telah bertapak sekian lama. Penggunaan sistem gadaian konvensional adalah diharamkan dalam Islam kerana terdapat unsur riba dalam transaksinya, sekali gus boleh menindas golongan susah dan miskin yang melakukan kontrak gadaian tersebut. Hal ini kerana berdasarkan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (akta gadaian konvensional) membenarkan kedai-kedai pajak gadai mengenakan faedah sebanyak dua peratus sebulan atas pinjaman yang diberikan (Peraturan-peraturan Pemegang Pajak Gadai (Pindaan), 1982). Setelah skim pajak gadai Islam diperkenalkan di Malaysia, masyarakat Islam telah beralih dari sistem konvensional ke arah sistem Islam yang lebih selamat dan menguntungkan kedua-dua pihak yang berkontrak. Majoriti institusi gadaian Islam di negara ini hanya mengenakan caj upah simpan terhadap barang gadaian yang rendah kepada para penggadai. Walau bagaimanapun, terdapat juga satu institusi pajak gadai Islam yang tidak mengenakan apa-apa bayaran atau caj kepada penggadai iaitu pajak gadai Muassasah Gadaian Islam Terengganu (Shamsiah, 2008). Asas pengambilan upah terhadap barang gadaian yang dikenakan kepada penggadai juga menepati syariat Islam. Selain itu, kadar upah simpan yang rendah pula membantu mengurangkan bebanan para penggadai yang memerlukan kewangan. Skim ini juga telah mendapat sambutan positif dalam kalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, beberapa institusi kewangan dan perbankan telah mengaplikasikan skim pajak gadai Islam sebagai salah satu produk institusi mereka seperti pajak gadai Islam Bank Rakyat, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Bank Islam, Agro Bank dan yang terkini Pos Malaysia. Permasalahan Kajian Di Malaysia, sistem pajak gadai Islam dipelopori oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang melancarkan secara rasmi Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) pada 23 Januari 1992 yang berkonsepkan ar-rahnu dan al-qard al-hasan (Azila Abdul Razak, 2011). Seterusnya, Permodalan Kelantan Berhad menubuhkan Kedai Ar-Rahnu yang memperkenalkan konsep upah simpan dalam pajak gadai Islam pada 12 Mac 1992. Seterusnya pada 27 Oktober 1993, Bank Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 129 turut memperkenalkan skim skim pajak gadai Islam yang juga mengenakan caj upah simpan (Azizah Othman, Norashidah Hashim & Syahrina Abdullah, 2012). Upah yang dikenakan ke atas dasar barang gadaian dikira sebagai wadi’ah sebagaimana jelas dinyatakan dalam pamplet skim pajak gadai Islam oleh institusi-institusi berkenaan. Skim ini dilaksanakan berdasarkan kepada tiga prinsip utama iaitu al-qard al-hasan, ar-rahnu dan alwadi’ah yad dhamanah. Permasalahan yang timbul ialah apakah faktor yang diambil kira dalam menentukan kadar upah simpan dalam skim gadaian Islam di institusi-institusi pajak gadai Islam di Malaysia dan apakah skim ini dapat membantu dalam membangunkan ekonomi masyarakat Malaysia? Oleh yang demikian, permasalahan yang menjadi tumpuan dalam kajian ini ialah tentang penetapan kadar upah simpan ditetapkan dalam skim pajak gadai Islam di institusi kewangan terpilih di Malaysia menepati kehendak syariah dan keperluannya dalam membangun ekonomi masyarakat Malaysia. Persoalan Kajian Persoalan kajian ini adalah: 1. Bagaimanakah penetapan kadar upah simpan ditetapkan dalam skim pajak gadai Islam di institusi kewangan terpilih di Malaysia? 2. Adakah skim pajak gadai Islam di Malaysia mampu membangun ekonomi masyarakat? Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah: 1. Menganalisa penetapan kadar upah simpan dalam skim pajak gadai Islam di institusi kewangan terpilih di Malaysia. 2. Mengenalpasti skim pajak gadai Islam di Malaysia mampu membangun ekonomi masyarakat di Malaysia atau sebaliknya. Soroton Kajian Lepas Berdasarkan tajuk kajian; ”Penetapan Kadar Upah Simpan dalam Skim Pajak Gadai Islam di Institusi Kewangan Terpilih di Malaysia: Satu Keperluan dalam Membangun Ekonomi Masyarakat”, pengkaji telah membuat soroton kajian-kajian lepas tentang skim pajak gadai Islam (ar-rahnu). Pajak gadai Islam atau ar-rahnu bermaksud menjadikan sesuatu barang atau harta sebagai cagaran terhadap hutang yang dipinjam (Mustofa Al-Khin, 2005). Jika hutang itu tidak dapat dijelaskan, barangan yang dijadikan cagaran hutang tersebut boleh digunakan sebagai bayaran kepada hutang si penggadai (Abdullah Alwi Hj Hassan, 2007). Amalan ini merupakan satu amalan yang diharuskan oleh syarak sebagaimana jual beli yang diharuskan dalam Islam. Di Malaysia, skim pajak gadai Islam diperkenalkan pada tahun 1992 sebagai alternatif kepada sistem gadaian konvensional. Masyarakat Islam semakin menerima skim ini dari tahun ke tahun kerana ianya jauh lebih baik daripada skim pajak gadai konvensional (Nur Hayati Rasmin & Ruzian Markom, 2014). Selain itu, skim ini adalah satu instrumen kewangan yang memberikan kemudahan dan bantuan kepada masyarakat untuk mendapatkan pinjaman tunai dengan mudah dan cepat berlandaskan hukum syarak. Ianya juga merupakan salah satu kontrak kewangan yang lebih selamat dan menguntungkan kedua-dua belah pihak yang berkontrak (Abdul Halim El-Muhammady, 2012). Pajak gadai Islam lebih memberikan keuntungan kepada para peminjam kerana kebanyakkan institusi gadaian Islam di negara ini hanya mengenakan caj upah simpan barang
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 130 gadaian sahaja. Terdapat juga institusi pajak gadai Islam yang tidak mengenakan sebarang apaapa bayaran atau caj iaitu pajak gadai Muassasah Gadaian Islam Terengganu (S.Hisham et.al., 2013). Hal ini lebih menarik perhatian para pelanggan untuk menggunakan skim ini kerana ia hanya mengenakan kadar upah simpan yang rendah. Pajak gadai Islam tidak boleh mengenakan caj upah simpan melebihi satu peratus dari nilai marhun berbanding dengan pajak gadai konvensional yang mengenakan faedah sebanyak dua peratus dari nilai pinjaman (Shamsiah Mohamad, 2008; Peraturan-peraturan Pemegang Pajak Gadai (Pindaan), 1982). Di samping itu, instrumen kewangan ini tidak hanya diterima di negara ini sahaja, malahan negara-negara lain juga menerima pakai pelaksanaannya sebagaimana dalam kajian Sapeing Masae (2011) dan kajian Akhmad Hanafi Dain Yunta (2007). Kedua-dua kajian ini, masing-masing dijalankan di Thailand dan Sulawesi Selatan. Sapaeing Masae menjelaskan bahawa terdapat tiga bentuk gadaian yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam Pattani, Thailand iaitu sistem pajak gadai tradisional, sistem pajak gadai konvensional dan sistem pajak gadai Islam (ar-rahnu). Berdasarkan ketiga-tiga bentuk gadaian tersebut, sistem gadaian Islamlah yang mendapat sambutan masyarakat kerana tidak berlaku riba dan penipuan dalam transaksinya. Begitu juga dalam kajian Akhmad Hanafi Dain Yunta yang menyatakan masyarakat di situ semakin menerima pakai skim pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional meskipun terdapat perdebatan dari sudut hukum pemanfaatan harta gadaian. Metodologi Kajian Secara umumnya, kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kualitatif secara deskriptif. Kaedah kualitatif didefinisikan sebagai kajian yang tidak melibatkan pengukuran atau teknik statistik dan juga penyelidikan yang melalui prosedur statistik (Strauss, A. & Corbin, J., 1990). Penyelidikan kualitatif boleh dirujuk sebagai suatu pendekatan penyelidikan yang memberi penekanan kepada deskriptif, induktif, pembinaan asas teori dan kajian ke atas bagaimana manusia memberi makna kepada kehidupan mereka (Rozmi Ismail, 2013). Kajian ini dijalankan menggunakan metode pemerhatian, metode temubual, metode deskriptif dan juga metode bukti dokumen dalam pengumpulan data. Secara gambaran umum penggunaan metode-metode ini kelak adalah seperti berikut: a) Metode pemerhatian Pemerhatian merupakan teknik berkesan digunakan dalam pengumpulan data bagi mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam kajian,. Dalam kaedah ini pengkaji akan melihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk memahami apa yang berlaku dalam situasi dan keadaan yang realistik. Pengkaji akan melibatkan diri dengan cara yang tidak mengganggu proses kajian. Kaedah pengumpulan data yang digunakan berdasarkan metode ini adalah bentuk pemerhatian turut serta (Sabitha Marican, 2009). b) Metode temubual Temubual merupakan satu kaedah yang akan diguna pakai dalam kajian ini yang melibatkan perbualan antara pengkaji dengan subjek temubual bagi tujuan mendapatkan maklumat yang releven dengan kajian. Melalui kaedah temubual ini, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuhkan dan diperlengkapkan. Hal ini bermaksud ianya sebagai triangulasi yang bertujuan untuk mengesahkan data atau maklumat yang diperoleh. Kaedah temubual yang digunakan adalah berdasarkan temubual tidak berstruktur (Rozmi Ismail, 2013).
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 131 c) Metode Bukti Dokumen Di samping teknik pemerhatian dan temubual, bukti dokumen juga akan digunakan dalam kajian ini. Kaedah ini melibatkan analisis data yang diperoleh daripada dokumen yang digunakan pengkaji untuk melihat bentuk, pola dan trend yang berlaku serta menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan kredibiliti teknik temubual dan pemerhatian. Teknik pengambilan dan pengumpulan maklumat daripada dokumen ini juga memberi peluang kepada pengkaji untuk menambah, membanding dan memperkukuhkan lagi data kajian (Sabitha Marican, 2009). Keperluan Pajak Gadai Islam Dalam Menjana Pembangunan Ekonomi Masyarakat di Malaysia Keperluan pajak gadai Islam merupakan salah satu instrumen penting dalam membangunkan ekonomi masyarakat terutamanya masyarakat setempat. Hal ini dapat dilihat dari tiga aspek iaitu sumber modal kepada pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), pinjaman pendidikan serta perkhidmatan komuniti (Mohd Ali, 2005). Tiga aspek ini akan dapat menerangkan dengan jelas bagaimana pajak gadai Islam mampu membangunkan ekonomi masyarakat di Malaysia. a) Sumber modal kepada pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Menurut Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp. Malaysia), definisi baharu PKS yang merangkumi semua sektor iaitu perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan dan perlombongan & pengkuarian. Jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa adalah dua kriteria yang digunakan bagi menentukan definisi dengan menggunakan asas “ATAU” seperti berikut: Bagi sektor pembuatan, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang. Bagi sektor perkhidmatan dan sektor lain, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang. Di Malaysia, terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk PKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan. Kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha PKS. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan. PKS biasanya sukar mendapatkan pinjaman modal daripada institusi kewangan. Hal ini kerana pengeluaran PKS adalah berskala kecil dan terhad. Institusi kewangan seperti bank kurang berminat memberi pinjaman kerana PKS yang tiada cagaran. Usahawan PKS juga sukar mendapatkan bekalan secara kredit daripada pembekal oleh itu mereka akan menghadapi masalah pusingan modal. Kebanyakan sumber modal PKS adalah daripada tabungan pengusaha sendiri, sumbangan ataupun pinjaman daripada saudara-mara dan kawan-kawan. Masalah kekurangan modal dialami oleh kebanyakan pengusaha kecil. Walaupun banyak bank dan agensi kewangan menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman namun yang menjadi penghalang ialah tiadanya cagaran atau penjamin yang sesuai dan tiadanya rekod perniagaan kerana sistem pengurusan yang lemah hingga permohonan pinjaman mereka ditolak (Moha Asri, 1999). Institusi kewangan juga didapati sukar memberi pinjaman kepada usahawan kecil kerana mereka tidak yakin akan kemampuan usahawan kecil untuk membayar semula pinjaman dalam jangka masa yang ditetapkan. Lantaran itu, skim pajak gadai Islam menyediakan kemudahan ini sebagaimana ArRahnu YaPEIM yang menyediakan kemudahan mikro kredit secara mudah, cepat dan amanah kepada masyarakat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk kegunaan sebagai
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 132 modal perniagaan secara kecil-kecilan dan lain-lain aktiviti yang produktif bagi membangun sosioekonomi ummah telah berjaya menarik minat ramai usahawan PKS memilih pajak sebagai sumber modal perniagaan mereka. Terdapat kajian mendapati ramai usahawan PKS terutama dari golongan wanita di Kelantan memilih kaedah pajak gadai Islam ini kerana mereka memerlukan wang yang cepat sebagai modal, membeli stok perniagaan dan sebagainya (Azizah Othman etal., 2012). b) Pinjaman pendidikan Pendidikan merupakan aset yang utama dalam perlaksanaan pembangunan negara Malaysia. Mengabaikan kepentingan pendidikan ini bererti mengekang pencapaian negara dan menyekat keperluan individu sama ada untuk kepentingan peribadi mahupun masyarakat. Kepentingan dalam pendidikan ini dapat dilihat dengan jelas apabila peruntukkan terhadap perbelanjaan dalam bidang pendidikan mencatatkan jumlah yang tinggi dan tindakan berani kerajaan dalam mengambil risiko asalkan dapat menghasilkan modal insan yang berguna pada masa hadapan. Dalam pembentangan Touchpoints Bajet 2018 yang disampaikan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia iaitu YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada 27 Oktober 2017 yang lalu, pendidikan menjadi Pe-Tunjang Ketiga iaitu mengungguli pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat. Dalam Pe-Tunjang Ketiga ini juga Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM45.9 bilion kepada Kementerian Pendidikan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang mana ini termasuk bagi menyediakan bantuan persekolahan kepada lebih 5.2 juta murid di seluruh Negara. Peruntukkan yang besar ini menunjukkan kerajaan serius dan sangat mementingkan pendidikan sebagai salah satu elemen penting terhadap kemajuan dan pembangunan negara. Selain daripada itu, tanpa pendidikan pula masyarakat kita akan menjadi mundur dan ketinggalan dalam arus modenisasi pembangunan yang sedang rancak dijalankan di negara luar. Namun tidak dinafikan kos sara hidup yang tinggi pada hari ini mengakibatkan selain golongan komuniti berpendapatan rendah, golongan pertengahan yang rata-rata adalah majoriti masyarakat Malaysia turut merasai impaknya. Ini termasuk kos-kos melibatkan kos perbelanjaan persekolahan mahupun ke pengajian tinggi iaitu termasuk kos kelengkapan barang keperluan, yuran, tempat tinggal dan sebagainya. Justeru, pajak gadai Islam dapat mengatasi masalah kepada golongan yang memerlukan ini dengan menggunakan kemudahan ini untuk membiayai keperluan rumah dan kecemasan seperti membiayai pendidikan (Abdul Ghafar dan Nor Zakiah, 1997). Pajak gadai Islam tidak seperti institusi kewangan yang mana ia tidak akan bertanya tujuan pinjaman dibuat. Sebagai contoh sekiranya pinjaman ingin dibuat di institusi kewangan, maka ia tidak lari daripada memerlukan maklumat, unjuran penyata pendapatan (jika untuk tujuan perniagaan), penjamin dan banyak lagi lain-lain keperluan yang ketat. Berbeza dengan pajak gadai Islam yang mana ia tidak menetapkan sekatan atau ketetapan mengenai cara di mana dana tersebut akan digunakan. Tambahan pula, proses mendapatkan kewangan itu serta-merta kerana sebaik sahaja barangbarang cagaran tersebut disahkan, wang akan diberikan kepada peminjam dan kebiasaanya tempoh menunggu adalah kurang dari 30 minit (Calvin W. H. Cheong el al, 2012) Maka, pinjaman kewangan yang disediakan oleh pajak gadai Islam ini dapat membantu golongan ini bagi membiayai kos melibatkan pendidikan kerana selain cepat, kos upah simpan yang dikenakan juga berpatutan. Justeru hasrat negara untuk membekalkan tenaga kerja progresif, berintegriti dan mempunyai tahap kognitif yang tinggi akan dapat dilahirkan hasil daripada kemudahan kewangan yang disediakan oleh salah satu badan kewangan seperti pajak gadai Islam.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 133 c) Penting dalam perkhidmatan komuniti Di Malaysia pelbagai usaha dijalankan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk membangunkan kehidupan mereka. Mereka yang memerlukan bantuan kewangan akan pergi ke institusi-institusi kewangan untuk membuat pinjaman tetapi terikat dengan syaratsyarat dan peraturan-peraturan yang terlalu ketat untuk mendapatkan pinjaman. Kekosongan ini perlu di atasi dengan skim mikro kredit dan pajak gadai Islam adalah alternatif terbaik untuk mengisi kekosongan tersebut. Pelanggan pajak gadai Islam diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu suri rumah, pekerja swasta dan kakitangan penjawat awam (Rugayah Mohamed, 1986). Golongan ini cenderung memilih pajak gadai Islam kerana taraf pendidikan yang rendah juga kerana tidak layak memohon pinjaman kerana tidak memenuhi syarat yang ketat di institusi perbankan. Ada juga yang berpendapat bahawa pelanggan pajak gadai Islam termasuk perusahaan kecil menggunakan pinjaman ini sebagai pusingan modal perniagaan (Selamah et al. 2006). Manakala kajian yang disasarkan kepada golongan bukan Islam di negara ini menyatakan pajak gadai Islam benar-benar berbeza daripada skim pajak gadai konvensional yang berasaskan kadar faedah. Mereka mencagarkan barang kemas mereka di al-rahnu kerana faktor jaminan keselamatan, kos pinjaman dan ciri perkhidmatan al-rahnu itu sendiri. Secara umumnya, pajak gadai Islam yang terdapat di Malaysia ini masing-masing secara keseluruhannya berusaha menjalankan tanggunggjawab sosial kepada komuniti khususnya dalam memberikan perkhidmatan berupa bantuan kewangan dengan tidak membebankan komuniti dan caj perkhidmatan yang rendah. Ini berbeza dengan pajak gadai konvensional adalah lebih cenderung untuk meletakkan beban kepada golongan berpendapatan rendah dan ini adalah bertentangan dengan amalan syariat Islamiah (Azila Abdul Razak, 2004) Dapatan Dan Perbincangan Institut-institut pajak gadai Islam di Malaysia perlu mematuhi GP25: Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu). Antara syarat utama pelaksanaan pajak gadai Islam di Malaysia adalah dengan mengguna pakai beberapa konsep fiqh dalam skimnya iaitu al-rahn, al-qard dan al-wadi’ah yad dhamanah. Gadaian Islam merujuk kepada suatu barang berharga yang dijadikan sandaran kepada hutang (pinjaman) atau dengan kata lain sebagai cagaran hutang dan boleh dibayar dengannya sekiranya hutang si penggadai tidak dapat dijelaskan. Al-Wadi’ah Yad Dhamah pula merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan seperti emas dan setiap simpanan akan dikenakan caj upah simpan. Manakala al-Qard merujuk kepada pinjaman yang diberikan sejumlah peratusan tertentu daripada nilai marhun dan upah simpan dikenakan tidak berasaskan jumlah pinjaman yang dikeluarkan (Shamsiah, 2008; Fatimah Murni Jusuh, 2003). Berdasarkan GP25: Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu), kadar upah simpan yang ditetapkan bagi setiap institusi gadaian Islam di Malaysia adalah tidak boleh melebihi satu peratus dari setiap RM100 nilai marhun. Dalam kajian yang dijalankan ini, terdapat tiga perbandingan institusi pajak gadai Islam yang dilaksanakan iaitu Ar-Rahnu Pos Malaysia Berhad, Ar-Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malasyia (YaPEIM) dan Ar-Rahnu Agro Bank. Ketiga-tiga institusi ini didapati mematuhi GP25: Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu). Namun masih terdapat beberapa perbezaan seperti dari aspek kadar upah simpan, margin kadar pembiayaan maksimum, dan tempoh pembiayaan. Perbandingan adalah lebih jelas seperti dalam jadual di bawah (Nurwadia binti Mohd Yusop, 2014; Mohd Rozaidi Hamat, 2014; Mohd Rusdy bin Mohammad Afandi, 2014).
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 134 Jadual 1 Perbezaan Pelaksanaan Skim Pajak Gadai Islam di antara Institusi Pos Malaysia Berhad, YaPEIM dan Agro Bank BIL. PERBEZAAN PERKARA POS MALAYSIA YaPEIM AGRO BANK 1 Kadar Upah Simpan RM 0.85 / RM 100 marhun RM 0.80 / RM 100 marhun RM 100 ke RM 2000: RM 0.50/ RM 100 marhun RM 2001 ke RM 5000: RM 0.60 / RM 100 marhun RM 5001 ke atas: RM 0.75 / RM 100 marhun 2 Margin Pembiayaan 75% dari nilai marhun 70% dari nilai marhun 70% dari nilai marhun 3 Pembiayaan Maksimum RM 100,000.00 RM 75,000.00 RM 150,000.00 4 Tempoh Pembiayaan 6 bulan + 6 bulan 6 bulan + 2 bulan + 2 bulan 6 bulan + 6 bulan Menerusi jadual di atas, dapat dilihat bahawa kadar upah simpan yang paling rendah di antara ketiga-tiga institusi ini adalah dalam skim Ar-Rahnu Agro Bank berbanding dengan ArRahnu YaPEIM dan Ar-Rahnu Pos Malaysia. Manakala dari sudut margin pembiayaan pula margin yang paling tinggi adalah Ar-Rahnu Pos Malaysia iaitu sebanyak 75% dan diikuti oleh Ar-Rahnu Agro Bank dan Ar-Rahnu YaPEIM iaitu sebanyak 70% untuk kedua-duanya. Seterusnya dari aspek pembiayaan maksimum tertinggi adalah dalam Ar-Rahnu Agro Bank iaitu sebanyak RM150,000.00 diikuti oleh Ar-Rahnu Pos Malaysia sebanyak RM100,000.00 dan akhir sekali sebanyak RM75,000.00 iaitu dalam Ar-Rahnu YaPEIM. Seterusnya dalam aspek tempoh pembiyaan pula, tempoh pembiayaan yang paling rendah adalah dalam Ar-Rahnu YaPEIM dan seterusnya tempoh pembiayaan yang paling lama adalah selama 12 bulan iaitu dalam Ar-Rahnu Pos Malaysia dan Ar-Rahnu Agro Bank. Jadual 2 Perbezaan Kadar Upah Simpan Pos Malaysia Berhad, YaPEIM dan Agro Bank Situasi: “Seorang penggadai ingin membuat gadaian emas dengan nilai barang gadaiannya (nilai marhun) berjumlah RM715 dan beliau ingin membuat pinjaman sebanyak RM 500 sahaja daripada nilai marhun. Penggadai tersebut ingin menggadai barangan tersebut sehingga enam bulan.” INSTITUSI KADAR UPAH SIMPAN = Nilai Marhun x Kadar/100 x Tempoh Gadaian Pos Malaysia YaPEIM Agro Bank PENGIRAAN = RM 500 x RM 0.85 / 100 x 6 = RM 500 x RM 0.80 / 100 x 6 = RM 500 x RM 0.50 / 100 x 6
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 135 = RM 25.50 = RM 24.00 = RM 15.00 Berdasarkan pengiraan kadar upah simpan dalam jadual 2 di atas, dapat dilihat perbezaan kadar upah simpan dalam ketiga-tiga institusi sekiranya penggadai meminjam sejumlah RM500 sahaja daripada nilai marhun. Jika gadaian sehingga enam bulan sahaja, kadar upah simpan yang paling murah adalah di Ar-Rahnu Agro Bank iaitu sebanyak RM15.00. Nilai tersebut berbeza sebanyak RM9.00 jika dibandingkan dengan gadaian di Ar-Rahnu YaEPIM. Manakala kadar upah simpan yang paling tinggi adalah di Ar-Rahnu Pos Melaysia Berhad iaitu sebanyak RM25.50, berbeza RM10.50 dari kadar upah simpan di Ar-Rahnu Agro Bank. Kadar upah simpan ini juga akan semakin meningkat jika tempoh gadaian semakin bertambah. Justeru, kajian yang dijalankan ini mendapati bahawa sememangnya skim pajak gadai Islam ini memberikan impak yang besar dalam membangunkan ekonomi masyarakat di Malaysia. Sistemnya yang mudah dan cepat mampu menarik minat masyarakat untuk memilih skim ini sebagai sumber bagi mendapatkan wang dengan kadar segera. Transaksinya yang patuh syariah juga membuatkan masyarakat tidak ragu-ragu untuk meninggalkan skim pajak gadai konvensional yang telah bertapak sekian lama. Kesimpulan Kajian ini telah mendapati bahawa majoriti institusi pajak gadai Islam di Malaysia sememangnya mengenakan kadar upah simpan atas barang gadaian kepada para pelanggan. Namun kadar tersebut berbeza-beza mengikut institusi sebagaimana yang dijelaskan dalam ruangan dapatan kajian. Kelebihan kadar upah simpan yang berbeza ini boleh memberikan pilihan kepada para pelanggan, institusi mana yang mereka ingin gunakan perkhidmatannya. Namun perbezaan kadar ini juga boleh mendatangkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat. Justeru pelarasan perlu dibuat bagi pelaksanaan skim pajak gadai Islam di institusi-institusi pajak gadai Islam di negara ini. Selain itu, pelaksanaan skim gadaian Islam di Malaysia juga adalah berdasarkan GP25: Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) sahaja. Belum ada akta khas yang diguna pakai sebagaimana dalam pajak gadai konvensional yang menggunakan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Justeru pihak berkuasa perlu mewujudkan akta khas untuk diguna pakai selaras oleh semua institusi-institusi pajak gadai Islam di Malaysia. Setiap institusi juga perlu memantapkan perkhidmatan yang diberikan kepada para pelanggan dan melakukan penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatannya. Konklusinya, penetapan upah simpan dalam pajak gadai Islam ini tidak membebankan masyarakat yang memerlukan, malahan ia akan memberikan banyak faedah kepada masyarakat seterusnya dapat memajukan ekonomi mereka. Masyarakat mudah menerima skim ini kerana proses mendapatkan kewangan yang cepat dan mudah, pinjaman segera dan dapat mengelakkan diri mereka dari meminjam dengan sumber pemberi pinjaman tidak sah seperti peminjam wang tidak berlesen. Berasaskan kepada tanggunggjawab ini, maka tidak dapat dinafikan lagi bahawa institusi pajak gadai Islam memberikan impak yang besar kepada pembangunan masyarakat dan seterusnya dalam menyumbangkan pertumbuhan ekonomi negara. Pengarang: 1. Anisah Binti Nasib Pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Azlan Shah. e-mail: [email protected]
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 136 2. Siti Nadiah Binti Mohd Sadali @Salim Pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Azlan Shah. e-mail: [email protected] 3. Muhammad Solihin Bin Yaakub Pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Azlan Shah. e-mail: [email protected] Rujukan Abdullah Alwi Hj Hassan (2007), Sales and Contracts in Early Islamic Commercial Law. Kuala Lumpur: The Other Press. Abdul Halim El-Muhammady (2012), Undang-undang Muamalat dan Aplikasinya Kepada Produk-produk Perbankan Islam. Selangor: Aras Mega Sdn Bhd. Akhmad Hanafi Dain Yunta (2007), Hukum Pemanfaatan Harta Gadaian (al-Marhun): Aplikasinya dalam Penggadaian Syariah di Makassar Sulawesi Selatan. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Ghafar Ismail & Nor Zakiah Ahmad (1997). Pawnshop as an instrument of microenterprise credit in. Malaysia, International Journal of Social Economics, Vol. 24 Iss: 11 hlm. 1343-1352. Al-Bukhari (1981), Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Fikr. Azila Abdul Razak (2011), Economic and Religious Significance of the Islamic and Conventional Pawnbroking in Malaysia: Behavioural and Perception Analysis. United Kingdom: Durham E-Thesis. Azizah Othman, Norashidah Hashim & Syahrina Abdullah (2013), Perkembangan Ar-Rahnu di Terengganu: Kajian Kes Terhadap Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Prosiding Perkam VIII, Jilid 2 (2013) 951-959. Azizah Othman, Norashidah Hashim & Shahrina Abdullah, (2012). Customer Satisfaction Levels of Service Quality At Ar-Rahnu, Kelantan. 3 rd International Conference on Business and Economic Research (3rd ICBER 2012) Proceeding; ISBN: 978-967-5705-05-2. Cheong, Calvin & Sinnakkannu, Jothee, (2012). Ar- Rahnu: Opportunities and Challenges in Malaysia (January 27, 2012). Available at SSRN: https://ssrn.com/abstract=2112809 or http://dx.doi.org/10.2139/ssrn.2112809 Jawad ‘Ali (1971), Al-Mufassal fi Tarikh Al-‘Arab Qabl Al-Islam. Beirut: Dar al-Qalam li al-Malayin. Mohd Asri Abdullah. (1999). Industri Kecil di Malaysia: Pembangunan dan Masa Depan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Mohd Ali, B, (2005). A New Era in Microfinance in Malaysia. Available from: http:// www.pptserach.net/tag/srRahnu-a-new-era-in-microfinance-in-Malaysia. [dicapai pada 25 February 2018] Mustafa Dakian (2005), Sistem Kewangan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mustofa al-Khin etal.; penterjemahan Solehan Ayub (2004), Al-Fiqh al-Manhaj al-Syafi’i. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Nur Hayati Rasmin & Ruzian Markom (2014), Ar-Rahnu Governance Laws in Malaysia: an Analysis in Banks and Non-Banks Financial Institutions. Bangi: International Conference of Global Islamic Studies 2014. Rozmi Ismail (2013), Metodologi Penyelidikan: Teori dan Praktis. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Rugayah Mohamed. (1986). Hak dan Implikasi Perundangan Sistem Pajak Gadai di Malaysia. S. Hisham, S. Abdul Shukor, A.B Ummi Salwa & Kamarulzaman (2013), The Concept and Challenges of Islamic Pawn Broking (Ar-Rahnu). Middle-East Journal of Scientific Research 13 (Research in Contemporary Islamic Finance and Wealth Management): 98-102, 2013; ISSN 1990-9233. Sabitha Marican (2009), Penyelidikan Sains Sosial; Pendekatan Pragmatik. Batu Caves: Edusystem Sdn. Bhd., h.224. Salahuddin Abdullah et al. (2009), Tafsir Mubin Juzuk 3. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Sapaeing Masae (2011), Amalan Pajak Gadai dalam Masyarakat Islam Pattani, Thailand Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Selamah Maamor & Abdul Ghafar Ismail, (2006). Micro-Credit Program: Pawnshop vs Ar-Rahn Working Paper in Islamic Economic and Finance No 0609 Presented at The Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam. Kolej Islam Pahang. Kuantan 8-9 August 2006. Shamsiah Mohamad (2008), Upah Simpan Barang dalam Skim Ar-Rahnu: Satu Penilaian Semula, Jurnal Syariah Fiqh Vol. 5. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h.48.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 137 Sheikh Abdullah Basmeih (2007), Tafsir Ar-Rahman. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Strauss, A. & Corbin, J. (1990), Basics of Qualitative Research: Graunded Theory Procedures and Techniques. Newbury Park, CA: Sage Publications, Inc. Temubual bersama Mohd Rozaidi Hamat (13 November 2017), Timbalan Pengurus Besar Ar-Rahnu YaPEIM. Temubual bersama Mohd Rusdy Mohammad Afandi (23 Disember 2017), Kerani Pentadbiran Pembiayaan Agro Bank, Cawangan Tanjung Malim, Perak. Temubual bersama Nurwadia Mohd Yusop (23 Disember 2017), Pegawai Ar-Rahnu 1 @POS, Cawangan Pos Malaysia Tanjung Malim, Perak. Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Pembentangan Bajet 2018 dibentangkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 27 Oktober 2017 di Parlimen. Peraturan-peraturan Pemegang Pajak Gadai (Pindaan) 1982. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). http:// www.smecorp.gov.my
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 138 PENETAPAN KADAR UPAH SIMPAN DALAM SKIM AR-RAHNU DI INSTITUSI KEWANGAN TERPILIH DI MALAYSIA Anisah Nasib Abstrak Kajian ini bertujuan menganalisa penetapan kadar upah simpan dalam Skim Ar-Rahnu di institusi kewangan terpilih di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunapakai tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan bukti dokumen. Data dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti skim arrahnu di Malaysia menggunakan tiga instrumen utama dalam pelaksanaannya iaitu ar-rahnu, al-qard dan al-wadi’ah yad dhamanah. Manakala pengambilan caj upah simpan yang dikenakan kepada para penggadai adalah berdasarkan prinsip al-wadi’ah yad dhamanah. Namun kadar upah simpan ini adalah berbeza-beza bagi setiap institusi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengambilan caj upah simpan dalam skim ini boleh dilaksanakan dengan syarat tidak melebihi satu peratus daripada setiap RM100 nilai marhun. Kesimpulannya, skim ar-Rahnu yang dilaksanakan di Malaysia adalah sangat baik dalam membantu membangunkan ekonomi masyarakat di Malaysia dan mendapat sambutan ramai sama ada dalam kalangan masyarakat Islam ataupun bukan Islam kerana caj upahnya yang sangat berpatutan. Antara implikasi kajian ini ialah pihak terlibat perlu mewujudkan akta khas berkaitan skim ar-Rahnu kerana sehingga kini pelaksanaannya hanya berdasarkan Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Kata Kunci: Kadar Upah Simpan, Skim Ar-Rahnu, Institusi Kewangan Terpilih Pendahuluan Amalan gadaian dalam kalangan masyarakat telah wujud sejak zaman jahiliah lagi. Mengikut amalan masyarakat Arab jahiliah, sesuatu barang yang telah digadai akan menjadi milik pemegang gadai sekiranya penggadai gagal menjelaskan hutang yang ditanggungnya dalam tempoh yang telah ditetapkan (Jawad ‘Ali, 1971). Amalan gadaian juga terus diiktiraf sebagai salah satu cara untuk menguatkan jaminan pembayaran balik hutang yang dipinjam oleh pihak penggadai selepas kedatangan Islam. Nabi Muhammad SAW juga pernah menggadaikan baju besinya sebagai jaminan hutang yang dibuat olehnya semasa hayat baginda dan sekali gus membuktikan bahawa perjanjian gadaian sudah diajarkan dalam Islam. Sebagaimana dalam hadis berikut: عن عائشة رضي هللا عنها: أن النبي اشترى من يهودي طعاما إلى أجل ورهنه درعه من حديد Maksudnya: “Daripada Aisyah r.a, katanya: Bahawa Rasulullah SAW telah membeli makanan daripada orang Yahudi secara hutang dan baginda telah menggadai baju besi kepadanya.” Berdasarkan hadis di atas, dapat dibuktikan bahawa Rasulullah SAW adalah seorang yang zuhud dalam kehidupan dunia. Lazimnya baginda tidak menyimpan makanan untuk beberapa hari kepada dirinya dan keluarganya. Oleh yang demikian, adakalanya baginda terpaksa menggadai baju besinya kepada orang Yahudi untuk mendapatkan makanan. Walhal baju besi tersebut sangat berguna kepada baginda untuk berjihad fi sabilillah bagi melindungi diri daripada senjata musuh (Al-Bukhari, 1981).
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 139 Islam mengharuskan gadaian (ar-rahnu) sebagai salah satu instrumen penyelesaian masalah kesempitan wang yang dihadapi oleh umatnya. Amalan meminjam wang dengan jaminan dalam bentuk harta (ar-rahnu) adalah satu cara peminjaman wang yang dibenarkan oleh syarak sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran: بُو َضةٌ ِهَا ٌن َّمقْ َكاتِبًا فَر ْ ِجُدوا ْم تَ ٍر َولَ ْم َعلَى َسفَ ِن ُكنتُ َوإ (Surah Al-Baqarah: Ayat 283) Maksudnya: “Dan jika kamu beradab dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang).” Menerusi ayat di atas, Allah SWT menegaskan bahawa setiap urusan pinjam-meminjam hendaklah dilakukan secara bersaksi dan bertulis dalam apa keadaan sekalipun. Namun, dalam keadaan darurat ianya boleh terkecuali. Dalam keadaan bermusafir, seseorang yang membuat pinjaman hendaklah menyerahkan suatu barang gadaian sebagai cagaran terhadap hutangnya (Salahuddin Abdullah, 2009). Sistem ar-rahnu atau gadaian Islam telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1992 lagi sebagai alternatif kepada sistem gadaian konvensional yang telah bertapak sekian lama. Penggunaan sistem gadaian konvensional adalah diharamkan dalam Islam kerana terdapat unsur riba dalam transaksinya, sekali gus menindas golongan susah dan miskin yang melakukan kontrak gadaian. Hal ini kerana berdasarkan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (akta gadaian konvensional) membenarkan kedai-kedai pajak gadai mengenakan faedah sebanyak dua peratus sebulan atas pinjaman yang diberikan (Peraturan-peraturan Pemegang Pajak Gadai (Pindaan), 1982). Masyarakat Islam di Malaysia dapat beralih dari sistem konvensional ke arah sistem Islam yang lebih selamat dan menguntungkan kedua-dua pihak yang berkontrak setelah skim ar-rahnu diperkenalkan di Malaysia. Majoriti institusi-institusi gadaian Islam di negara ini hanya mengenakan caj upah simpan barang gadaian yang rendah kepada para penggadai. Namun, terdapat juga satu institusi ar-rahnu yang tidak mengenakan apa-apa bayaran atau caj kepada penggadai iaitu pajak gadai Muassasah Gadaian Islam Terengganu (Shamsiah, 2008). Asas pengambilan upah terhadap barang gadaian yang dikenakan kepada penggadai juga menepati syariat Islam. Selain itu, kadar upah simpan yang rendah juga membantu mengurangkan bebanan para penggadai yang memerlukan kewangan. Skim ini juga telah mendapat sambutan positif dalam kalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, beberapa institusi kewangan dan perbankan telah mengaplikasikan skim ar-rahnu sebagai salah satu produk institusi mereka seperti Ar-Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Bank Rakyat, Agro Bank, Bank Islam dan yang terkini Ar-Rahnu Pos Malaysia. Permasalahan Kajian Di Malaysia, sistem pajak gadai Islam dipelopori oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang melancarkan secara rasmi Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) pada 23 Januari 1992 yang berkonsepkan ar-rahnu dan al-qard al-hasan (Che Mohd Yusri Che Hashim, 1995). Seterusnya, Permodalan Kelantan Berhad menubuhkan Kedai Ar-Rahnu yang memperkenalkan konsep upah simpan dalam pajak gadai Islam pada 12 Mac 1992. Seterusnya pada 27 Oktober 1993, Bank Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) turut memperkenalkan skim ar-rahnu yang juga mengenakan caj upah simpan (Mohd Sharif Baharudin, 2002).
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 140 Upah yang dikenakan ke atas dasar barang gadaian dikira sebagai wadi’ah sebagaimana jelas dinyatakan dalam pamplet skim ar-rahnu oleh institusi-institusi berkenaan. Skim ini dilaksanakan berdasarkan kepada tiga prinsip utama iaitu al-qard al-hasan, ar-rahnu dan alwadi’ah yad dhamanah. Permasalahan yang timbul ialah apakah faktor yang diambil kira dalam menentukan kadar upah simpan dalam Skim Ar-Rahnu di institusi-institusi ar-rahnu di Malaysia dan apakah garis panduan yang digunapakai dalam melaksanakan skim ini? Oleh yang demikian, permasalahan yang menjadi tumpuan dalam kajian ini ialah tentang penetapan kadar upah simpan ditetapkan dalam Skim Ar-Rahnu di institusi kewangan terpilih di Malaysia menepati kehendak syariah. Persoalan Kajian Persoalan kajian ini adalah: 3. Bagaimanakah penetapan kadar upah simpan ditetapkan dalam Skim Ar-Rahnu di institusi kewangan terpilih di Malaysia? Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah: 3. Menganalisa penetapan kadar upah simpan dalam Skim Ar-Rahnu di institusi kewangan terpilih di Malaysia. Soroton Kajian Lepas Berdasarkan tajuk kajian; ”Penetapan kadar upah simpan dalam skim ar-rahnu di institusi kewangan terpilih di Malaysia”, pengkaji telah membuat soroton kajian-kajian lepas tentang skim ar-rahnu (gadaian Islam). Ar-rahnu bermaksud menjadikan sesuatu barang atau harta sebagai cagaran terhadap hutang yang dipinjam. Barangan yang dijadikan cagaran hutang tersebut boleh digunakan sebagai bayaran kepada hutang si penggadai, jika hutang itu tidak dapat dijelaskan (Syams al-Din Muhammad, 1958). Amalan ini merupakan satu amalan yang diharuskan oleh syarak sebagaimana jual beli yang diharuskan dalam Islam (Abd al-Rahman alJazari, 1970). Sistem ar-rahnu atau gadaian Islam diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1992 sebagai alternatif kepada sistem gadaian konvensional. Masyarakat Islam juga dapat semakin menerima sistem ini dari tahun ke tahun kerana ianya jauh lebih baik daripada skim pajak gadai konvensional. Selain itu, skim ini merupakan satu bentuk instrumen kewangan yang memberikan kemudahan dan bantuan kepada umat Islam untuk mendapatkan pinjaman tunai dengan mudah dan cepat berlandaskan hukum syarak. Ianya juga dalah salah satu kontrak kewangan yang lebih selamat dan menguntungkan kedua-dua pihak yang berkontrak (Muhammad Saiful Islami, 2006; Safinar, 2005). Institut-institut gadaian Islam atau ar-rahnu di negara ini hanya mengenakan caj upah simpan barang kepada para penggadai. Namun begitu, terdapat juga institusi ar-rahnu yang tidak mengenakan sebarang apa-apa bayaran atau caj iaitu pajak gadai Muassasah Gadaian Islam Terengganu. Hal ini lebih menarik perhatian para pelanggan untuk menggunakan skim ini kerana ia hanya mengenakan kadar upah simpan yang rendah iaitu tidak boleh melebihi satu peratus dari nilai marhun berbanding dengan pajak gadai konvensional yang mengenakan faedah sebanyak dua peratus dari nilai pinjaman (Shamsiah Mohamad, 2008; Noor Mohamed Yakcop, 1996; Peraturan-peraturan Pemegang Pajak Gadai (Pindaan), 1982).
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 141 Di samping itu, instrumen kewangan ini tidak hanya diterima di negara ini sahaja, malahan negara-negara lain juga menerima pakai pelaksanaannya sebagaimana dalam kajian Sapeing Masae (2011) dan kajian Akhmad Hanafi Dain Yunta (2007). Kedua-dua kajian ini, masing-masing dijalankan di Thailand dan Sulawesi Selatan. Dalam kajian Sapaeing Masae menjelaskan bahawa terdapat tiga bentuk gadaian yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam Pattani, Thailand iaitu sistem pajak gadai tradisional, sistem pajak gadai konvensional dan sistem pajak gadai Islam (ar-rahnu). Berdasarkan ketiga-tiga bentuk gadaian tersebut, sistem gadaian Islamlah yang mendapat sambutan masyarakat kerana tidak berlaku riba dan penipuan dalam transaksinya. Begitu juga dalam kajian Akhmad Hanafi Dain Yunta yang menyatakan masyarakat di situ semakin menerima pakai skim ar-rahnu berbanding pajak gadai konvensional meskipun terdapat perdebatan dari sudut hukum pemanfaatan harta gadaian. Metodologi Kajian Secara umumnya, kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kualitatif secara deskriptif. Kaedah kualitatif didefinisikan sebagai kajian yang tidak melibatkan pengukuran atau teknik statistik dan juga penyelidikan yang melalui prosedur statistik (Strauss, A. & Corbin, J., 1990). Penyelidikan kualitatif boleh dirujuk sebagai suatu pendekatan penyelidikan yang memberi penekanan kepada deskriptif, induktif, pembinaan asas teori dan kajian ke atas bagaimana manusia memberi makna kepada kehidupan mereka (Rozmi Ismail, 2013). Kajian ini yang akan dijalankan ini akan menggunakan metode pemerhatian, metode temubual, metode deskriptif dan juga metode bukti dokumen dalam pengumpulan data. Secara gambaran umum penggunaan metode-metode ini kelak adalah seperti berikut: d) Metode pemerhatian Pemerhatian merupakan teknik berkesan digunakan dalam pengumpulan data bagi mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam kajian,. Dalam kaedah ini pengkaji akan melihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk memahami apa yang berlaku dalam situasi dan keadaan yang realistik. Pengkaji akan melibatkan diri dengan cara yang tidak mengganggu proses kajian. Kaedah pengumpulan data yang digunakan berdasarkan metode ini adalah bentuk pemerhatian turut serta (Sabitha Marican, 2009). e) Metode temubual Temubual merupakan satu kaedah yang akan diguna pakai dalam kajian ini yang melibatkan perbualan antara pengkaji dengan subjek temubual bagi tujuan mendapatkan maklumat yang releven dengan kajian. Melalui kaedah temubual ini, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuhkan dan diperlengkapkan. Hal ini bermaksud ianya sebagai triangulasi yang bertujuan untuk mengesahkan data atau maklumat yang diperoleh. Kaedah temubual yang digunakan adalah berdasarkan temubual tidak berstruktur (Rozmi Ismail, 2013). f) Metode Bukti Dokumen Di samping teknik pemerhatian dan temubual, bukti dokumen juga akan digunakan dalam kajian ini. Kaedah ini melibatkan analisis data yang diperoleh daripada dokumen yang digunakan pengkaji untuk melihat bentuk, pola dan trend yang berlaku serta menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan kredibiliti teknik temubual dan pemerhatian. Teknik pengambilan dan pengumpulan maklumat daripada dokumen ini juga memberi peluang kepada pengkaji untuk menambah, membanding dan memperkukuhkan lagi data kajian (Sabitha Marican, 2009).
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 142 Dapatan Dan Perbincangan Institut-institut pajak gadai Islam di Malaysia perlu mematuhi GP25: Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu). Antara syarat utama pelaksanaan ar-rahnu di Malaysia adalah dengan mengguna pakai beberapa konsep fiqh dalam skimnya iaitu al-rahn, al-qard dan alwadi’ah yad dhamanah. Ar-rahnu merujuk kepada suatu barang berharga yang dijadikan sandaran kepada hutang (pinjaman) atau dengan kata lain sebagai cagaran hutang dan boleh dibayar dengannya sekiranya hutang si penggadai tidak dapat dijelaskan. Al-Wadi’ah Yad Dhamah pula merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan seperti emas dan setiap simpanan akan dikenakan caj upah simpan. Manakala al-Qard merujuk kepada pinjaman yang diberikan sejumlah peratusan tertentu daripada nilai marhun dan upah simpan dikenakan tidak berasaskan jumlah pinjaman yang dikeluarkan (Shamsiah, 2008; Fatimah Murni Jusuh, 2003). Berdasarkan GP25: Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu), kadar upah simpan yang ditetapkan bagi setiap institusi ar-rahnu di Malaysia adalah tidak boleh melebihi satu peratus dari setiap RM100 nilai marhun. Dalam kajian yang dijalankan ini, terdapat tiga perbandingan institusi pajak gadai Islam yang dilaksanakan iaitu Ar-Rahnu Pos Malaysia Berhad, Ar-Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malasyia (YaPEIM) dan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Ketiga-tiga institusi ini didapati mematuhi GP25: Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu). Namun masih terdapat beberapa perbezaan seperti dari aspek kadar upah simpan, margin kadar pembiayaan maksimum, dan tempoh pembiayaan. Perbandingan adalah lebih jelas seperti dalam jadual di bawah (Nurwadia binti Mohd Yusop, 2014; Mohd Rozaidi Hamat, 2014; Mohd Rusdy bin Mohammad Afandi, 2014). Jadual 1 Perbezaan Pelaksanaan Skim Ar-Rahnu di antara Institusi Pos Malaysia Berhad, YaPEIM dan Bank Rakyat BIL. PERBEZAAN PERKARA POS MALAYSIA YaPEIM BANK RAKYAT 1 Kadar Upah Simpan RM 0.85 / RM 100 marhun RM 0.80 / RM 100 marhun RM 1000 ke bawah: RM 0.65 / RM 100 marhun RM 1000 ke atas: RM 0.75 / RM 100 marhun 2 Margin Pembiayaan 75% dari nilai marhun 70% dari nilai marhun 70% dari nilai marhun 3 Pembiayaan Maksimum RM 100,000.00 RM 75,000.00 RM 50,000.00 4 Tempoh Pembiayaan 6 bulan + 6 bulan 6 bulan + 2 bulan + 2 bulan 6 bulan + 6 bulan Menerusi jadual di atas, dapat dilihat bahawa kadar upah simpan yang paling rendah di antara ketiga-tiga institusi ini adalah dalam skim Ar-Rahnu Bank Rakyat berbanding dengan Ar-Rahnu YaPEIM dan Ar-Rahnu Pos Malaysia. Manakala dari sudut margin pembiayaan pula
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 143 margin yang paling tinggi adalah Ar-Rahnu Pos Malaysia iaitu sebanyak 70% dan diikuti oleh Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu YaPEIM iaitu sebanyak 70% untuk kedua-duanya. Seterusnya dari aspek pembiayaan maksimum tertinggi adalah dalam Ar-Rahnu Pos Malaysia sebanyak RM100,000.00 diikuti oleh Ar-Rahnu YaPEIM sebanyak RM75,000.00 dan akhir sekali sebanyak RM50,000.00 iaitu dalam Ar-Rahnu Bank Rakyat. Seterusnya dalam aspek tempoh pembiyaan pula, tempoh pembiayaan yang paling rendah adalah dalam Ar-Rahnu YaPEIM dan seterusnya tempoh pembiayaan yang paling lama adalah selama 12 bulan iaitu dalam Ar-Rahnu Pos Malaysia dan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Jadual 2 Perbezaan Kadar Upah Simpan Pos Malaysia Berhad, YaPEIM dan Bank Rakyat Situasi: “Seorang penggadai ingin membuat gadaian emas dengan nilai barang gadaiannya (nilai marhun) berjumlah RM715 dan beliau ingin membuat pinjaman sebanyak RM 500 sahaja daripada nilai marhun. Penggadai tersebut ingin menggadai barangan tersebut sehingga enam bulan.” INSTITUSI KADAR UPAH SIMPAN = Nilai Marhun x Kadar/100 x Tempoh Gadaian Pos Malaysia YaPEIM Bank Rakyat PENGIRAAN = RM 500 x RM 0.85 / 100 x 6 = RM 25.50 = RM 500 x RM 0.80 / 100 x 6 = RM 24 = RM 500 x RM 0.65 / 100 x 6 = RM 19.50 Berdasarkan pengiraan kadar upah simpan dalam jadual 2 di atas, dapat dilihat perbezaan kadar upah simpan dalam ketiga-tiga institusi sekiranya penggadai meminjam sejumlah RM500 sahaja daripada nilai marhun. Jika gadaian sehingga enam bulan sahaja, kadar upah simpan yang paling murah adalah di Ar-Rahnu Bank Rakyat iaitu sebanyak RM19.50. Nilai tersebut berbeza sebanyak RM4.50 jika dibandingkan dengan gadaian di Ar-Rahnu YaEPIM. Manakala kadar upah simpan yang paling tinggi adalah di Ar-Rahnu Pos Melaysia Berhad iaitu sebanyak RM25.50, berbeza RM6 dari kadar upah simpan di Ar-Rahnu Bank Rakyat. Kadar upah simpan ini juga akan semakin meningkat jika tempoh gadaian semakin bertambah. Kesimpulan Kajian ini telah mendapati bahawa majoriti institusi ar-rahnu di Malaysia sememangnya mengenakan kadar upah simpan atas barang gadaian kepada para pelanggan. Namun kadar tersebut berbeza-beza mengikut institusi sebagaimana yang dijelaskan dalam ruangan dapatan kajian. Kelebihan kadar upah simpan yang berbeza ini boleh memberikan pilihan kepada para pelanggan, institusi mana yang mereka ingin gunakan perkhidmatannya. Namun kekurangannya adalah boleh mendatangkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat. Justeru pelarasan perlu dibuat bagi pelaksanaan skim ar-rahnu di institusi-institusi pajak gadai Islam di negara ini. Selain itu, pelaksanaan skim ar-rahnu di Malaysia juga adalah berdasarkan GP25: Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) sahaja. Belum ada akta khas yang diguna pakai sebagaimana dalam pajak gadai konvensional yang menggunakan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Justeru pihak berkuasa perlu mewujudkan akta khas untuk diguna pakai selaras oleh