PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 44 Jadual 1 Item Kajian __________________________________________________________________________ Kesediaan pelajar politeknik untuk kembali ke kampus 1. Saya berasa telah bersedia untuk memulakan pengajian di Politeknik. 2. Saya bersedia untuk datang ke kelas seperti biasa. 3. Saya telah membuat persiapan fizikal untuk datang ke Politeknik. 4. Saya telah membuat persiapan mental untuk datang ke Politeknik. 5. Saya tidak sabar untuk memulakan aktiviti pembelajaran di Politeknik. __________________________________________________________________________ Item-item kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Jawapan responden akan dinilai berdasarkan skala likat seperti berikut: 1: Sangat tidak setuju 2: Tidak setuju 3: Tidak pasti 4: Setuju 5: Sangat setuju Hasil Kajian Analisis Demografi Seramai 40 pelajar telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Seramai 70 peratus responden adalah daripada semester satu yang akan memasuki semester dua apabila semester baru di buka, diikuti oleh semester tiga iaitu seramai 12.5 peratus. Berdasarkan kepada kategori jantina seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2, bilangan responden daripada pelajar lelaki adalah lebih tinggi (52.5 peratus) berbanding pelajar perempuan iaitu 47.5 peratus. Sementara itu, sekiranya di lihat daripada Rajah 3, majoriti responden (3.67 – 4.00) adalah yang mempunyai keputusan yang cemerlang iaitu sebanyak 40 peratus, diikuti oleh pelajar yang mempunyai CGPA antara 3.00 – 3.67 iaitu sebanyak 45 peratus, dan selebihnya adalah yang mempunyai CGPA di antara 2.00 – 2.99. Rajah 3. Item 1- kesediaan untuk memulakan pengajian
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 45 Rajah 3 menunjukkan kesediaan responden untuk memulakan pengajian seperti biasa di Politeknik. Majoriti pelajar iaitu sebanyak 40 peratus masih tidak pasti tentang kesediaan mereka untuk memulakan pengajian, diikuti oleh sangat setuju (27.5%) dan setuju (25%). Namun begitu, terdapat juga segelintir responden masih tidak bersedia untuk kembali semula ke Politeknik iaitu sangat tidak setuju (2.5 peratus) dan tidak setuju sebanyak 5 peratus. Rajah 4. Item-2 kesediaan untuk belajar seperti biasa di kelas Rajah 4 menunjukkan kesediaan responden untuk memulakan pengajian seperti biasa di Kelas. Dapatan ini adalah selari dapatan pada Rajah 3 di mana majoriti pelajar iaitu sebanyak 40 peratus masih tidak pasti tentang kesediaan mereka untuk memulakan pengajian di dalam kelas, diikuti oleh sangat setuju (30%) dan setuju (17.5%). Namun begitu, terdapat juga segelintir responden masih tidak bersedia untuk kembali semula ke kelas iaitu sangat tidak setuju (5 peratus) dan tidak setuju iaitu sebanyak 7.5 peratus. Rajah 5. Item-3 Persiapan fizikal Rajah 5 menunjukkan persiapan fizikal responden untuk datang ke Politeknik. Dapatan ini juga adalah selari dapatan pada Rajah 4 dan 5 di mana majoriti pelajar masih memberikan jawapan tidak pasti iaitu sebanyak 37.5 peratus, diikuti oleh setuju (25%) dan sangat setuju
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 46 (22.5%). Terdapat juga segelintir responden masih tidak membuat persiapan untuk kembali semula ke kelas. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada jawapan responden iaitu sangat tidak setuju (2.5 peratus) dan tidak setuju iaitu sebanyak 12.5 peratus. Rajah 6. Item-4 Persiapan mental Sementara itu, bagi persiapan mental pelajar, dapatan adalah selari dengan persiapan fizikal responden untuk datang ke Politeknik. Dapatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6 mendapati majoriti pelajar masih memberikan jawapan tidak pasti iaitu sebanyak 45% peratus, diikuti oleh sangat setuju (27.5%) dan sangat setuju (15.5%). Terdapat juga segelintir responden masih tidak membuat persiapan mental untuk kembali semula ke Politeknik (sangat tidak setuju adalah 5% manakala tidak setuju adalah sebanyak 7.5 peratus. Rajah 7. Item-5 Tidak sabar untuk memulakan aktiviti pembelajaran Secara keseluruhannya, Rajah 7 dapat menjelaskan tahap kesediaan pelajar untuk kembali semula ke kampus dan belajar seperti sedia kala. Hasil yang ditunjukkan mendapati jawapan responden bagi item adalah konsisten seperti jawapan dalam item 1 hingga item 4, majoriti pelajar masih memberikan jawapan tidak pasti iaitu sebanyak 42.5% peratus, diikuti
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 47 oleh sangat setuju (32.5%) dan sangat setuju (17.5%). Jumlah yang tidak setuju hanya menyumbangkan kepada peratusan yang kecil iaitu sangat tidak setuju (adalah 2.5%) manakala tidak setuju adalah sebanyak 5 peratus. Perbincangan Dan Kesimpulan Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kesediaan pelajar Politeknik Kota Kinabalu untuk datang semula ke kampus untuk belajar seperti biasa di kala keadaan COVID-19 dilihat sudah mula reda. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan majoriti pelajar mempunyai keyakinan bahawa keadaan situasi juga semakin baik. Kebenaran daripada kerajaan terhadap pembukaan semula institusi pengajian menunjukkan situasi keadaan adalah terkawal dan pihak kerajaan telah pun membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum arahan dikeluarkan. Bagi kesediaan untuk belajar ke kelas seperti biasa, majoriti juga bersetuju untuk kembali belajar secara bersemuka di dalam kelas. Ini kerana mereka merasakan belajar secara bersemuka dengan pensyarah lebih mudah berbanding belajar dari jarak yang jauh walaupun adanya kemudahan teknologi untuk memudahkan pembelajaran menggunakan online. Di samping itu, mereka yang tidak bersetuju untuk mungkin merasakan lebih sesuai diadakan pembelajaran secara online sehingga keadaan benar-benar putih seperti asal. Ini kerana terdapat banyak kaedah pengajaran interaktif (Abykanova et al. 2016) yang boleh dijalankan seperti penggunaan kahoot! secara online (Yusoff, Mahpol & Saad, 2019) Berdasarkan kepada persiapan fizikal, responden bukan sahaja perlu membuat persiapan seperti menyusun keperluan-keperluan yang perlu dibawa ke kampus, tetapi juga perlu bersedia dari aspek mental seperti sentiasa tenang dan tidak mudah gelagah apabila sebarang kejadian yang tidak diingini apabila kembali semula ke kampus. Responden dalam kajian ini telah memberikan jawapan yang konsisten bermula daripada item 1 hingga item 5. Walaupun bilangan sampel yang digunakan adalah terhad, dapatan kajian ini dapat membantu untuk meramal tahap kesediaan pelajar secara keseluruhannya. Rujukan Abykanova, B., Nugumanova, S., Yelezhanova, S., Kabylkhamit, Z., & Sabirova, Z. (2016). The Use of Interactive Learning Technology in Institutions of Higher Learning. International Journal of Environmental and Science Education, 11(18), 12528-12539. Delvira, M., & Nelvirita, N. (2013). Pengaruh Risiko Sistematik, Leverage Dan Persistensi Laba Terhadap Earnings Response Coefficient (ERC). Wahana Riset Akuntansi, 1(1). Natarsyah, S. (2000). Analisis Pengaruh Beberapa Faktor Fundamental dan Risiko Sistematik Terhadap Harga Saham Kasus Industri Barang Konsumsi yang Go-Publik di Pasar Modal Indonesia. Journal of Indonesian Economy and Business, 15(3), 294-312. See, K. C., Liew, S. M., Ng, D. C., Chew, E. L., Khoo, E. M., Sam, C. H., & Tan, L. P. (2020). COVID-19: four paediatric cases in Malaysia. International Journal of Infectious Diseases. Syed Jaymal Zahiid. (2020). Ismail Sabri: NSC allowing universities and colleges to reopen soon as Covid-19 cases plunge. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/07/01/ismail-sabri-nsc-allowinguniversities-and-colleges-to-reopen-as-soon-as-co/1880506 UNESCO (2020). Covid-19 Impact on Education Data. COVID-19 Education Disruption and Response. The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, UNESCO. Paris, France. Wijiyanti, I., Anastasia, N., & Gunawan, Y. W. (2003). Analisis faktor fundamental dan risiko sistematik terhadap harga saham properti di BEJ. Jurnal Akuntansi dan Keuangan, 5(2), 123-132. Yusi, M. S. (2011). Faktor Fundamental dan Risiko Sistematik Implikasinya Terhadap Harga Saham. Jurnal Keuangan dan Perbankan, 15(1). Yusoff, M. S. A., Mahpol, S., & Saad, M. L. M. (2019). Kesediaan Pelajar Terhadap Penggunaan Aplikasi Kahoot! Dalam Pembelajaran Bahasa Arab. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2(2), 35-50. Zamira Hyseni Duraku & Linda Hoxha. (2020). The impact of COVID-19 on education and on the well-being of teachers, parents, and students: Challenges related to remote (online) learning and opportunities for advancing the quality of education.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 48 https://www.researchgate.net/publication/341297812_The_impact_of_COVID-19_on_ education_and_on_ the_well being_of_teachers_parents_and_students_Challenges_related_to_remote_online_learning_and_opportunitie s_for_advancing_the_quality_of_education
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 49 PERSEPSI KESEDIAAN PENGGUNAAN E-LEARNING PELAJAR KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH SESI JUN 2020 : KAJIAN RINTIS Haslina Hashim, Nur Liyana Nasarudin dan Mohd Fitri Ab Rasid Abstrak Penularan wabak COVID-19 pada tahun 2020 menyebabkan pelajar dan pengajar menjadi peka dan bersiap sedia dengan keperluan pembelajaran dan pengajaran maya. Kajian rintis ini adalah untuk mengesahkan dan mengukur kebolehpercayaan instrumen untuk kajian ini. Kajian deskriptif ini juga bertujuan untuk meninjau kesediaan penggunaan e-learning di kalangan pelajar sijil Kolej Komuniti Masjid Tanah dari segi tahap pengetahuan,sikap pelajar dan tahap motivasi. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang diubahsuai daripada Noraffandy Yahaya & Ling Ning Ning (2011). Keputusan kajian ini dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS. Statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini untuk melihat frekuensi, peratusan dan min. Dapatan analisis kajian rintis mendapati, nilai kebolehpercayaan yang merujuk kepada nilai Alpha Cronbach ialah 0.901. Ini menunjukkan instrumen berada dalam keadaan sangat baik dan efektif dengan tahap konsisten yang tinggi sekaligus boleh digunakan dalam penyelidikan sebenar. Nilai skor min bagi tiga struktur yang diperoleh adalah berada pada aras persetujuan setuju iaitu di antara 2.67 hingga 3.66 dan mencerminkan bahawa domain-domain ini adalah diperlukan. Kesimpulan berdasarkan keputusan yang diperolehi nilai kebolehpercayaan dan skor min, kajian yang sebenar dan lebih besar sampel boleh dilakukan Kajian ini memberi gambaran yang lebih jelas kepada pihak pengurusan dan pensyarah tentang kesediaan dan tahap penggunaan e-learning oleh pelajarpelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah. Selain itu, kajian ini juga memberi maklumat kepada pihak pengurusan untuk lebih peka kepada isu yang diketengahkan dalam kajian ini serta cadangan penambahbaikan yang boleh di ambil untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kata Kunci: E-Learning, Kesediaan Pelajar, Kolej Komuniti Masjid Tanah Pengenalan Sistem pendidikan tinggi Malaysia telah berkembang pesat dan semakin kukuh sejak beberapa dekad lalu. Kementerian Pendidikan telah meyenaraikan 10 lonjakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang akan memacu Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Salah satu lonjakan ialah lonjakan 9 pembelajaran dalam talian tahap global. Penularan wabak COVID-19 pada tahun 2020 menyebabkan pelajar dan pengajar menjadi peka dan bersiap sedia dengan keperluan pembelajaran dan pengajaran maya. Sinar Harian pada 17 April 2020 menyatakan Malaysia merekodkan carian frasa ‘Google Classroom’ tertinggi di dunia membuktikan impak terhadap usaha golongan pendidik di negara ini menggunakan medium pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika krisis wabak Covid-19. Ini membuktikan keperluan e-pembelajaraan di Malaysia sedang menuju ke arah global. Dalam pendidikan, penggunaan internet bukan sahaja tertumpu kepada pencarian maklumat sahaja tetapi juga sebagai medium penyampaian bahan pengajaran serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkesan (Noraffandy dan Wan Salihin, 1999). Penularan wabak pandemik covid-19 ini, pelajar latihan Teknik dan Vokasional (TVET) antara yang paling terkesan. Kemahiran praktikal yang seharusnya diperoleh menerusi
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 50 pembelajaran secara hands-on tidak dapat dilakukan disebabkan langkah-langkah pencegahan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan iaitu penjarakkan sosial dan perhimpunan yang ramai dalam tempat yang sempit dan kecil hendaklah dielakkan. Muhammad Sukri et al. (2007) menyatakan e-pembelajaran merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan juga berinteraksi melaluinya. Dengan perkembangan yang cepat dan kaedah e-pembelajaran yang menjadi keperluan, sejauh mana tahap kesediaan dan keberkesanan pelajar-pelajar TVET terhadap kaedah e-pembelajaran hendaklah dikaji supaya objektif dan hasil pembelajaran dapat dicapai. Hasil pembelajaran yang tercapai menjadikan lulusan TVET pemacu utama dalam usaha kerajaan melahirkan tenaga mahir tempatan yang mempunyai kemahiran tinggi, sekali gus mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga kerja asing Penyataan Masalah Penularan pandemik COVID-19 telah membuka lembaran dan cabaran baharu kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Malaysia termasuk sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Kolej Komuniti. Para pensyarah dan pelajar terpaksa mengharungi kebiasaan baharu ‘new normal’ dalam proses pembelajaran. E-pembelajaran atau ‘e-learning’ bukan lagi pilihan, tetapi sudah menjadi keperluan. Sistem pembelajaran secara bersemuka dan ‘hands on’ dikurangkan dan beberapa program dan kursus perlu di laksanakan secara atas talian. Realitinya, situasi e-pembelajaran sangat berbeza berbanding kebiasaan. Ramai pelajar dan pensyarah masih bergelut dengan kaedah e-pembelajaran. Objektif kajian ini ialah mengukur kebolehpercayaan instrumen untuk kajian ini dan mengenalpasti kesediaan pelajar di Kolej Komuniti Masjid Tanah dari segi pengetahuan,sikap dan motivasi menggunakan e-learning. Kajian Literatur Seiring dengan perkembangan global yang semakin pesat, teknologi informasi dan komunikasi amat diperlukan terhadap kaedah pembelajaran dan pengajaran menjuruskan ke arah digital dan internet. Pembelajaran elektronik atau e-learning adalah merupakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memudahcara pembelajaran. Dunia berada di hujung jari, ini adalah istilah yang menyifatkan pelajar telah dilingkari oleh arus globalisasi kecanggihan siber dan teknologi maklumat (Mohd Erfy at el, 2018). Secara tidak langsung e-pembelajaran ini telah mencipta proses transformasi pendidikan konvensional ke dalam bentuk digital. Pada 2018, peratusan individu di Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas yang menggunakan Internet adalah 81.2 peratus, meningkat 1.1 mata peratus berbanding 80.1 peratus pada 2017 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2018). Ini menunjukkan individu di Malaysia sudah terdedah dengan digital dan internet pada masa muda lagi. Mohd Erfy at el, 2018 menyatakan pelaksanaan e-learning di kalangan di institusi pendidikan merupakan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif sejajar dengan pengajaran yang relevan dan sesuai terhadap perkembangan semasa. Penguasaan terhadap penggunaan internet adalah penting bagi seseorang pelajar menguasai kemahiran asas menggunakan e-pembelajaran kerana mereka yang tidak mempunyai kemahiran asas berhubung dengan internet tidak mungkin dapat menggunakan e-pembelajaran dengan baik. Menurut Mohd Yusri 2007, kemahiran asas penggunaan komputer adalah sangat penting dalam memudahkan penggunaan e-pembelajaran dan Musa (1992) menyatakan kesediaan dalam pembelajaran bermaksud keupayaan dan kerelaan untuk belajar iaitu sekiranya pelajar mempunyai aras keupayaan yang tinggi maka pembelajaran akan dapat diperolehi atau difahami
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 51 dengan mudah manakala jika pelajar mempunyai aras keupayaan yang rendah adalah sukar untuk menerima segala pembelajaran yang dipelajari. Oleh itu, pelajar perlu bersedia untuk menuntut ilmu melalui e-pembelajaran bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam sistem TVET, pembelajaran amali atau praktikal menjadi tunggak utama institusi vokasional mahupun akademik, maka proses P&P masih dikekalkan secara bersemuka namun disebabkan pandemik Covid-19, teori akan dijalankan secara atas talian. Menurut Bakar, Latif, & Ya’acob, (2010) menyatakan bidang kemahiran merupakan bidang yang penting terutamanya bagi negara-negara membangun untuk mempersiapkan diri menuju abad ke-21. Sikap atau minat terhadap P&P dapat membudayakan amalan literasi digital bagi semua warga akademik institusi supaya mendukung konsep e-learning sebagai kaedah pembelajaran yang efektif ( Zainal,2014). Menurut Noraffandy & Ling (2011) menyatakan kesediaan pelajar dari segi tahap pengetahuan, sikap dan tahap motivasi menggunakan e-learning telah tercapai. Dapatan itu selari dengan Handayani (2005) menyatakan minat mereka lebih cenderung dan ghairah dalam penggunaan teknologi seperti melayari internet di telefon pintar mahupun komputer. Proses pembelajaran program sijil kolej komuniti lebih menumpukan kepada kemahiran pelajar membuat amali dan kebolehan pelajar menyelesaikan sesuatu tugasan amali dengan tepat dan cepat. Oleh itu, e-pembelajaran lebih tertumpu kepada simulasi dan video interaktif bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ini berdasarkan Mohd Erfy at el, 2018 menyatakan analisis terhadap konstruk literasi komputer, motivasi dan minat terhadap penggunaan MOOC yang dibuat telah mendapat maklum balas dari responden, pelajar bidang Teknologi Kimpalan di Kolej Vokasional, bahawa penggunaan MOOC amat baik dan sesuai bagi proses pembelajaran. Batasan Kajian Kajian rintis ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti kesediaan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah terhadap e-pembelajaran. Data diperolehi melalui soal selidik yang dilengkapkan oleh 25 pelajar semester 3 program sijil teknologi elektrik di Kolej Komuniti Masjid Tanah. Pengumpulan data dilakukan secara atas talian ‘google form’ selama satu minggu. Data kajian yang dikumpul dianalisis menggunakan program “The Statistical Packages for the Social Sciences” (SPSS). Metodologi Populasi dalam kajian ini melibatkan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah yang mengambil program Sijil Landskap Dan Pengurusan Nurseri, Sijil Sistem Komputer Dan Sokongan, Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan) dan Sijil Teknologi Maklumat. Kajian ini melibatkan seramai 25 orang responden terdiri lelaki dan wanita dan pelbagai latar belakang. Instrumen kajian ialah soal selidik yang telah diubahsuai dan dibina ini mengandungi empat (4) bahagian, iaitu: i) Bahagian A (Latar Belakang Pelajar) Bahagian ini mengandungi 3 pernyataan bagi mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden iaitu umur, jantina dan bangsa. ii) Bahagian B (Tahap Pengetahuan e-learning) Bahagian ini terdiri daripada 13 pernyataan yang bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar dalam penggunaan e-learning. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 52 borang soal selidik adalah berdasarkan kepada skala lima Likert iaitu sangat setuju (SS), setuju (S), tidak pasti (TP), tidak setuju (TS) dan sangat tidak setuju (STS). iii) Bahagian C (sikap pelajar terhadap penggunaan e-learning) Bahagian ini terdiri daripada 12 pernyataan yang menguji sikap pelajar menggunakan elearning. Di dalam bahagian ini juga responden dikehendaki menjawab soalan-soalan berdasarkan skala Likert iaitu sangat setuju (SS), setuju (S), tidak pasti (TP), tidak setuju (TS) dan sangat tidak setuju (STS). iv) Bahagian D (motivasi pelajar terhadap penggunaan e-learning) Bahagian ini terdiri daripada 18 item yang menguji motivasi pelajar menggunakan elearning. Di dalam bahagian ini juga responden dikehendaki menjawab soalan-soalan berdasarkan skala Likert iaitu sangat setuju (SS), setuju (S), tidak pasti (TP), tidak setuju (TS) dan sangat tidak setuju (STS). Rajah 1. Carta Alir Prosedur Kajian Analisis Data dan Keputusan Daripada analisis yang dijalankan nilai kebolehpercayaan instrumen untuk kajian ini yang merujuk kepada nilai Alpha Cronbach ialah 0.901 seperti dalam jadual 1. Daripada Jadual 2 Jadual Interpretasi Skor Alpha Cronbach (Bond & Fox, 2015) menunjukkan instrumen berada dalam keadaan sangat baik dan efektif dengan tahap konsisten yang tinggi sekaligus boleh digunakan dalam penyelidikan sebenar.dan mengenalpasti
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 53 kesediaan pelajar di Kolej Komuniti Masjid Tanah dari segi pengetahuan,sikap dan motivasi menggunakan e-learning. Jadual 1 Statistik kebolehpercayaan Jadual 2 Jadual Interpretasi Skor Alpha Cronbach (Bond & Fox, 2015) Bagi objektif 2 pula, data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu daripada nilai skor min yang diperoleh. Hasil analisis data yang dijalankan mendapati nilai min bagi persepsi kesediaan pelajar di Kolej Komuniti Masjid Tanah dari segi pengetahuan ialah 3.01 , min yang didapati dari segi sikap ialah 2.79 manakala min dari segi motivasi pula ialah 3.15 seperti dalam jadual 3. Merujuk kepada Jadual 4 Skala Skor Min dan Interpretasi yang diterangkan oleh Jamil Ahmad (2002) medapati kesemua min yang diperolehi daripada analisis data kajian adalah paras sederhana iaitu di antara 2.67 hingga 3.66 terutamanya dari segi motivasi pelajar iaitu 3.14. Daripada hasil data yang diperolehi kesemua pelajar bersetuju terhadap kesediaan pelajar dalam penggunaan e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran pada Sesi Jun 2020 dari segi pengetahuan, sikap dan motivasi. Ini selari dengan dapatan kajian-kajian yang lepas. Jadual 3 Statistik deskriptif
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 54 Jadual 4 Skala Skor Min dan Interpretasi (Jamil Ahmad,2002) Kesimpulan Daripada dapatan analisis data dan keputusan mendapati, nilai kebolehpercayaan yang merujuk kepada nilai Alpha Cronbach ialah 0.901 seperti dalam analisis data. Ini menunjukkan instrumen berada dalam keadaan sangat baik dan efektif dengan tahap konsisten yang tinggi sekaligus boleh digunakan dalam penyelidikan sebenar. Nilai skor min bagi tiga struktur yang diperoleh adalah berada pada aras persetujuan setuju (Sederhana) iaitu di antara 2.34 hingga 3.66 dan mencerminkan bahawa domain-domain ini adalah diperlukan. Kesimpulan berdasarkan keputusan yang diperolehi nilai kebolehpercayaan dan skor min, kajian yang sebenar dan lebih besar sampel boleh dilakukan. Hasil dapatan ini diharapkan memberi gambaran yang lebih jelas kepada pihak pengurusan dan pensyarah tentang kesediaan dan tahap penggunaan e-learning oleh pelajar-pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah. Selain itu diharpkan juga memberi maklumat terhadap isu yang diketengahkan dalam kajian ini serta cadangan penambahbaikan yang boleh di ambil untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Rujukan Ahmad, J. (2002) Pemupukan Budaya Penyelidikan Dikalangan Guru di Sekolah: Satu Penilaian. Ph.D. Thesis, Fakulti Pendidikan Universiti, Kebangsaan Malaysia, Bangi. Bakar, N.A., Latif, H., & Ya’acob, A. (2010). ESL Students feedback on the use of blogs for language learning. Language, Linguistics, Literature, 16(1), 120-141. Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in the Human Sciences (3rd ed.). Mahwah, NJ: L. Erlbaum Handayani, R. (2005). Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi minat pemanfaatan sistem informasi dan penggunaan sistem informasi. Retrieved from http://eprints.undip.ac.id/18864/ Kementerian Pendidkan Malaysia. (2016). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) . Kementerian Pendidkan Malaysia Malaysia Jabatan Perangkaan Malaysia. (2018). Siaran Akhbar Laporan Penyiasatan Penggunaan Dan Capaian Ict Oleh Individu Dan Isi Rumah, Malaysia, 2018. Putrajaya. Diambil daripada https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=Ui9PT3h0Vm5HK0pEWnpKQzlnUjNwQT 09 Mohd Erfy I. & at el. (2018). Penggunaan massive open online course (mooc) dalam kalangan pelajar vokasional [the use of massive open online course (mooc) among vocational students]. Journal of Nusantara Studies, 3(1) 30-41 Mohd Yusri Yahya Ariff (2007). Kajian penggunaan E-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (KH) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi Pendidikan, Skudai Johor, UTM. Musa Daia (1992). Kaedah dan teknik pengajaran. Kuala Lumpur: Badan Bookstore Sdn. Bhd Noraffandy Yahaya & Ling Ning Ning. (2011). Kesediaan Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia - Satu Tinjauan . Jurnal of Educational Social Science, volume 1 Mac 2011, Pages 121-140 / ISSN: 2231-7333
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 55 Noraffandy Yahaya & Wan Salihin Wong Abdullah (1999). Model Persekitaran Pembelajaran Melalui Web: Suatu Cadangan. Mera-era Joint Conference 1999. Cetury Mahkota Hotel, Melaka, 1-3 Dec 1999 Nurhidayah Hairom .(17 April 2020). Carian 'Google Classroom' di Malaysia tertinggi di dunia. Sinar Harian. Retrieved 24 Jun 2020, from URL. https://www.sinarharian.com.my/article/79328/BERITA/Nasional/Carian-Google-Classroom-di-Malaysiatertinggi-di-dunia Zainal, A. (2014). Garis panduan amalan terbaik konsep pembelajaran teradun bagi politeknikpoliteknik Malaysia. Retrieved from http://www.poliku.edu.my/images/doc_susun/panduan/Bleanded_learning.pdf
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 56 PERSEPSI PELAJAR PEKAK POLITEKNIK KOTA KINABALU UNTUK MENJALANI LATIHAN INDUSTRI. SATU TINJAUAN Mohd Redzuan Husaini, Nurhidayati Hassan dan Khasmawaty Morshidi Abstrak Latihan industri merupakan satu daripada kursus kurikulum yang wajib diambil oleh pelajar pekak Politeknik Kota Kinabalu pada semester 4 sebelum mereka menamatkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Hotel dan Katering. Banyak manfaat yang dapat diperolehi oleh pelajar pekak hasil daripada latihan industri, akan tetapi terdapat juga pelbagai maklumbalas yang negatif diberikan oleh pihak industri terhadap pelajar pekak. Kajian perlu dijalankan untuk melihat tahap kesediaan pelajar sebelum mereka menjalani latihan industri. Kata Kunci: Kesediaan, Pelajar Pekak, Latihan Industr Pengenalan Dalam menghadapi persaingan mendapatkan perkerjaan pelajar perlu mempunyai kompetensi dan kemahiran untuk berdaya saing di pasaran perkerjaan. Dengan memiliki kelulusan daripada institusi pengajian tinggi sahaja tidak menjamin keboleh pasaran. Para graduan harus mempunyai pengetahuan yang relevan dan terkini, pengalaman praktikal, kemahiran insaniah serta sikap yang positif untuk melengkapkan mereka sebelum berdepan dengan cabaran dunia sebenar Jamil (2016) Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di luar atau pun di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (KPT 2010). Pembelajaran berasaskan kerja juga dikenali sebagai latihan industri (LI) merupakan suatu pendekatan pembelajaran yang kini menjadi salah satu strategi pendidikan utama di dunia Hasan (2015). Dengan adanya latihan industri pelajar didedahkan dengan keadaan perkerjaan yang sebenar dan pelajar dapat mempraktikan ilmu yang telah dipelajari. Pengalaman yang diperoleh pada saat melakukan latihan industri secara tidak langsung dapat mempercepat pemindahan para pelajar dari peringkat universiti ke dunia pekerjaan, Jamil (2016) Tujuan latihan industri menurut Hasanefendic (2016) adalah untuk mewujudkan sinergi antara pengetahuan, bekerja dan belajar dan aplikasi pengetahuan praktikal dalam situasi kerja sebenar. Latihan juga akan mempercepatkan pelajar mengenal pasti kelemahan dan keupayaan masing-masing bagi mengurangkan jurang antara keadaan sedia ada dengan jangkaan kerja seperti yang ditetapkan oleh organisasi Halizawati (2017) Politeknik Kota Kinabalu merupakaan salah satu institusi pendidikan tinggi yang memberi peluang kepada pelajar pekak untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sijil dalam bidang hotel dan katering. syarat bagi kemasukan dalam program ini ialah pelajar hendaklah warga negara malaysia, mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) cacat pendengaran dan tamat tingkatan 5. Program ini ditawarkan selama 2 tahun atau 4 semester. Di semester 4, pelajar wajib menjalani latihan industri untuk membolehkan pelajar menghabiskan pembelajaran di politeknik.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 57 Sorotan Kajian Dalam menghadapi persaingan mendapatkan perkerjaan, pelajar pekak perlu mempunyai kompetensi dan kemahiran untuk berdaya saing di pasaran industri. Memiliki kelulusan daripada institusi pengajian tinggi sahaja tidak menjamin kebolehpasaran para graduan. Setiap graduan perlu mempunyai pengetahuan yang relevan dan terkini, pengalaman praktikal, kemahiran insaniah serta sikap yang positif untuk melengkapkan mereka sebelum berdepan dengan cabaran dunia sebenar (Jamil, 2016). Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih sama ada di luar atau pun di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (Kementeian Pengajian Tinggi, 2010). Pembelajaran berasaskan kerja juga dikenali sebagai latihan industri (LI) merupakan suatu pendekatan pembelajaran yang kini menjadi salah satu strategi pendidikan utama di dunia (Hasan, 2015). Dengan adanya latihan industri, pelajar didedahkan dengan keadaan perkerjaan yang sebenar dan pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari di institusi pengajian. Pengalaman yang diperoleh ketika menjalani latihan industri secara tidak langsung dapat mempercepatkan pemindahan para pelajar dari peringkat universiti ke dunia pekerjaan (Jamil, 2016). Menurut Hasanefendic (2016), tujuan latihan industri adalah untuk mewujudkan sinergi antara pengetahuan, bekerja dan belajar dan aplikasi pengetahuan praktikal dalam situasi kerja sebenar. Latihan juga akan mempercepatkan pelajar mengenalpasti kelemahan dan keupayaan masing-masing bagi mengurangkan jurang antara keadaan sedia ada dengan jangkaan kerja seperti yang ditetapkan oleh organisasi (Halizawati, 2017). Politeknik Kota Kinabalu merupakaan salah satu institusi pendidikan tinggi yang memberi peluang kepada pelajar pekak untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sijil dalam bidang hotel dan katering. Syarat kemasukan bagi program ini adalah, pelajar mestilah warganegara Malaysia, mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) cacat pendengaran dan tamat tingkatan lima (5). Program ini ditawarkan selama dua (2) tahun atau empat (4) semester. Ketika pelajar berada di semester empat (4), mereka wajib menjalani latihan industri untuk bergraduat serta menamatkan pembelajaran di Politeknik. Pengetahuan adalah suatu peringkat dalam bentuk kebenaran, prinsip dan maklumat. Ia berasal daripada pengalaman lampau dan pengalaman baru sama ada diketahui sendiri atau melalui sumber lain dan digunakan bagi mencapai matlamat yang belum terlaksana (A. Hamid, 2004). Pengetahuan memberi sumbangan besar dalam menghasilkan pelajar yang bermutu untuk memenuhi permintaan tenaga kerja di dalam negara. Pelajar perlu menbuat persediaan awal untuk berhadapan dengan dunia perkerjaan yang semakin mencabar. Bagi pelajar pekak, peluang untuk mendapat tawaran perkerjaan sangat rendah. Ini disebabkan oleh kebanyakan pihak majikan merasakan kekurangan yang ada pada pelajar ini menjadi halangan kepada majikan. Dapatan kajian Sairi (2017), menunjukkan tahap penerimaan industri hospitaliti terhadap golongan pekerja berkeperluan khas (masalah pendengaran) berada pada tahap sederhana. Pelajar pekak perlu mempunyai kesedian diri untuk menjalani latihan industri. Menurut Kandar (2010), kesediaan diri bermaksud, seseorang individu mesti bersedia dari segi mental, kognitif, emosi dan fizikal sebelum dia dapat menerima proses pembelajaran dengan berkesan. Oleh itu, satu tindakan perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap kesediaan pelajar dari segi pengetahuan. Kemahiran dalam bidang sangat diperlukan oleh pihak industri dan pelajar perlu melengkapkan diri dengan kemahiran sebelum menjalani latihan industri. Menurut Lau (2018), kemahiran dan latihan yang lebih komprehensif memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar dalam menyediakan mereka dalam kesediaan kerjaya. Oleh yang demikian, dengan adanya kemahiran dan latihan yang lebih komprehensif, ianya
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 58 dapat memberi keyakinan kepada pelajar vokasional dan teknikal untuk menceburi dunia pekerjaan. Kerangka Konsep Penyelidikan Perbincangan kajian literatur mengenai persepsi pelajar pekak untuk menjalani latihan industri dianggap penting. Kajian ini akan memberi maklumat yang dapat membantu pihak Politeknik memperbaiki kelemahan yang ada supaya dapat membantu pelajar. Di dalam kajian ini, dua pembolehubah perlu diuji bagi menentukan faktor pembolehubah yang menjadi faktor dominan kepada kesediaan pelajar. Model kerangka konsep yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1. Rajah 1. Model kerangka konsep Kesimpulan Kajian konseptual terhadap kepentingan pengetahuan dan kemahiran dalam membantu persepsi pelajar menjalani latihan industri sangat penting dalam membantu pelajar lebih bersedia untuk menjalani latihan industri. Kajian imparikal kepada pelajar perlu dijalankan bagi menjelaskan faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada persepsi pelajar, Dengan adanya maklumbalas daripada kajian yang telah dijalankan, ianya dapat menjadi panduan kepada Jabatan Pendidikan Politeknik untuk menggubal kurikulum yang bersesuaian dalam membantu pelajar pekak melengkapkan diri sebelum menjalani latihan industri. Seterusnya menghasilkan graduan lebih berkualiti.disamping dapat mempertingkatkan peratusan kebolehpasaran graduan Politeknik Rujukan Abdul Hamid, M. A. (2004). Andargogi: Mengajarorang Dewisa. Pahang: PTS Publication and Distributors Sdn. Bhd. Arsat, Mahyuddin & Rasid, Nor Azura (2010) Faktor Kesediaan Pelajar Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Dalam Pembentukan Kerjaya. Faktor Kesediaan Pelajar Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Dalam Pembentukan Kerjaya Giek, N. S. (2017). Penilaian Prestasi Pelajar Latihan Industri Semester Akhir (Lisa) Dari Persepsi Industri. Halizawati, & Irni Norsuhana. (2017). Latihan Industri: Keberkesanan Terhadap Peningkatan Kemahiran Pelajar Fesyen dan Pakaian di Politeknik Ibrahim Sultan. In e-Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017, 20–30. Hasan, A., Yasin, S. N. T. M., & Yunus, M. F. M. (2015). A Conceptual Framework for Mechatronics Curriculum Using Stufflebeam CIPP Evaluation Model. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 195, 844–849. Hasanefendic, S., Heitor, M., & Horta, H. (2016). Training students for new jobs: The role of technical and vocational higher education and implications for science policy in Portugal. Technological Forecasting and Social Change, 113, 328–340. Kesediaan Pelajar Menjalani Latihan Industri Kemahiran Pengetahuan nn
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 59 Jamil, M. Z. A. M., Othman, N. K., Rahman, I. A., & Zainuddin, F. M. D. Z. (2016). Keberkesanan Pelaksanaan Sistem Latihan Amali/Industri Dalam Pengurusan Penempatan Latihan Industri bagiPelajar Pusat Pengajian Fizik Gunaan. Jurnal Personalia Pelajar, 19, 52-64. KPT. 2010. Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi. Lau, P. L., Muhamad, A. S. B., Ee, G. T., & Abdullah, H. S. L. (2018). Kesediaan Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Vokasional dan Teknikal. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(2), 32-41. Giek, N. S. (2017). Penilaian Prestasi Pelajar Latihan Industri Semester Akhir (Lisa) Dari Persepsi Industri. Sairi, N. A. (2017). Persepsi industri hospitaliti terhadap golongan pekerja berkeperluan khas (masalah pendengaran) (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 60 KAJIAN ANALISIS KEPERLUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERHIDMATAN MAKANAN DI POLITEKNIK TAWAU, SABAH Nor Asyikeen Mohammad Amrin dan Tshin Lip Vui Abstrak Menurut (Nuzul Akhtar, Siti Nor Afini, Suhaila dan Nor Fadilah, 2016) perkhidmatan makanan merujuk kepada sesuatu institusi, kedai makan, restoran atau pihak-pihak tertentu yang menawarkan khidmat penghidangan makanan dan minuman yang telah siap untuk dipesan dan dimakan (atau minum) di premis atau diluar premis. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar sekolah menengah terhadap penawaran bidang pengurusan perkhidmatan makanan di Politeknik Tawau. Selain itu ia bertujuan untuk mengkaji sejauh mana pengetahuan dan minat pelajar terhadap bidang pengurusan perkhidmatan makanan serta kepentingan bidang ini kepada perkembangan kerjaya dan keperluan industri di masa hadapan. Kajian ini memberi tumpuan kepada responden dari kalangan pelajar sekolah menengah dari sekolah sekitar negeri Sabah dan juga wakil industri, ibu bapa dan wakil setempat. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan analisis dokumen dan temubual serta instrumen kajian yang menggunakan 5 skala likert. Data akan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 23 dan dilaporkan dalam bentuk deskriptif berbentuk kekerapan, peratus dan min sahaja. Hasil dari analisis data akan menjawab kepada persoalan kajian sekaligus memberi maklumat sekiranya bidang pengurusan perkhidmatan makanan sesuai ditawarkan di Politeknik Tawau. Kata Kunci: Bidang Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Persepsi Pelajar, Pelajar Sekolah Menengah, Politeknik Tawau Pengenalan Politeknik merupakan institusi peneraju TVET yang berperanan melahirkan dan membekal modal insan berdaya saing yang menepati kehendak industri. Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan Pengajian Politeknik dan politeknik telah berusaha melaksana agenda kritikal bagi mendukung teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi dalam melahirkan insan yang seimbang melalui sistem pendidikan yang mampu menggarap dan membina potensi akal, jasmani, emosi dan rohani pelajar secara holistik. Bertepatan dengan hasrat ini, penambahan politeknik dipertingkatkan selari dengan perubahan globalisasi masa kini dalam memenuhi permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja dalam bidang berkaitan teknik dan vokasional. Berdasarkan bajet 2017 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Razak pada 21 Oktober 2016, sebanyak sembilan buah kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) akan diubahsuai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional. Empat buah kampus itu akan menjadi politeknik manakala empat lagi kolej vokasional dan sebuah lagi sebagai Pusat Latihan Jurulatih Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kapasiti pendidikan TVET akan diperkasakan dengan peruntukan RM4.6 bilion kepada institusi-institusi TVET. Sehubungan dengan itu, pertukaran IPG Tawau ke Politeknik Tawau dilihat akan dapat memberi lebih banyak peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan TVET. Bandar Tawau dikenal pasti sebagai salah sebuah daerah yang mendapat perhatian kerajaan negeri Sabah untuk dibangunkan. Oleh itu, sebagai sebuah bandar yang akan membangun, pendidikan TVET difikirkan amat perlu disemai dalam kalangan masyarakat
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 61 sekitar. Selaras dengan idea ini, penubuhan Politeknik Tawau dilihat sebagai satu cadangan yang bersesuaian bagi menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, beberapa perkara penting perlu difikirkan antarannya ialah penawaran program yang bersesuaian di Politeknik Tawau selaras dengan perancangan kerajaan dan kesediaan industri serta kemudahan fasiliti bagi menampung penawaran program yang dicadangkan. Pemilihan bidang yang bersesuaian juga perlu melihat kepada implikasi pelaksanaan program tersebut sekiranya ditawarkan. Kajian Literatur Bab ini membincangkan tentang konsep-konsep dan teori yang mendasari kajian serta meninjau kajian-kajian berkaitan yang ada hubungan dengan pembangunan sistem pendidikan dan pencapaiannya. Topik-topik ini menyediakan latar belakang penting terhadap penyataan masalah, pembentukan soalan penyelidikan, objektif kajian dan kerangka konseptual kajian. Untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang mampu berdaya saing, cekap, tahan lasak dan fleksibel apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam pekerjaan, maka penekanan aspek kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar perlu ditingkatkan (Ahmad Anuar & Esa, 2010). Dalam dunia pekerjaan pada hari ini, kemahiran teknikal bukan sahaja aspek tunggal yang ditekankan oleh majikan dalam menilai dan mengambil pekerja malah kemahiran insaniah kini semakin diperlukan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran dan persediaan pelajar menghadapi dunia pekerjaan. Minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman. Kenworthy (dalam Noraini 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Quek (2005) pula berpendapat skop pendidikan institusi pengajian tinggi di beberapa buah negara di Amerika, Eropah dan Asia-Pasifik termasuk Malaysia dikatakan terlalu menekankan soal pencapaian akademik pelajar dan kurikulum yang tidak menepati keperluan kerjaya dan kursus-kursus yang ditawarkan kurang memberi penekanan terhadap aspek latihan yang dapat memenuhi keperluan pekerjaan. Soo Wee Leng dan Juma‘ayah (1997) mendapati kurikulum yang ditawarkan oleh institusi vokasional tidak mengikut permintaan pasaran industri yang mengakibatkan kemahiran lepasan vokasional tidak memenuhi keperluan pihak industri. Ini bermakna institusi pendidikan vokasional tidak menjurus kepada pasaran kerja. Maka timbul masalah di kalangan pelajar-pelajar yang tidak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan keperluan pekerjaannya dan tidak dapat menyesuaikan diri di alam pekerjaan baru. Oleh yang demikian program WBL diwujudkan bagi memenuhi kurikulum yang memenuhi keperluan kerjaya dan pihak industri. Politeknik Malaysia juga mempunyai kerangka Body of Knowledge (BOK) untuk setiap program yang ditawarkan. Ia adalah set lengkap yang mengandungi konsep, terma dan aktiviti yang membentuk satu domain profesional, seperti yang ditakrifkan oleh masyarakat berpendidikan ataupun badan dan persatuan professional. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merupakan badan tertinggi di Malaysia yang berperanan untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara. Bagi bidang pengurusan perkhidmatan makanan, bidang ini merupakan salah satu disiplin dalam sektor hospitaliti dan pelancongan. Ini boleh dirujuk pada rajah 2.1 teras utama program pengajian.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 62 Rajah 1. Teras Utama Program Pengajian Gunatenaga dan kadar pengangguran semasa merupakan dua indikator penting berhubung dengan penawaran sesebuah program di politeknik. Kajian ini cuba mengetengahkan isu-isu sedemikian agar ia boleh dijadikan panduan yang lebih tepat dalam membuat keputusan. Lokasi penubuhan politeknik juga merupakan salah satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan. Ini kerana pembangunan setempat dan permintaan pasaran sedia ada menentukan maju mundur sesuatu projek itu. Metodologi Bab ini menghuraikan tentang metodologi kajian yang merangkumi aspek-aspek seperti rekabentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis dan aspek kesahan dan kebolehpercayaan. Ia turut membincangkan cara penganalisisan data kajian yang berbeza iaitu kajian kualitatif dan kajian kuantitatif yang digunakan untuk menjawab soalan kajian dan mencapai objektif kajian Kajian keperluan ke atas program ini dilakukan melalui dua (2) sumber penyelidikan data primer dan sekunder. Dalam bab ini juga diperbincangkan tentang kaedah-kaedah yang digunapakai untuk menjalankan kajian iaitu melibatkan proses pengumpulan data dan analisa awal. Seperti penyataan diatas, kaji selidik ini dijalankan dengan menggunakan dua kaedah iaitu melaui soalan kaji selidik dan temu bual berdasarkan objektif kajian. Responden kajian ini terdiri dari 437 orang pelajar sekolah menengah sekitar Sabah dan 50 responden mewakili industri, wakil setempat dan penjaga. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah reka bentuk Penumpuan Selari. Reka bentuk penumpuan selari ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dan kuantitatif secara serentak. Populasi kajian ini adalah terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan lima di seluruh Sabah. Sejumlah 12 buah bilangan sekolah yang terlibat dalam pengumpulan data yang meliputi sekolah di seluruh Sabah. Pemilihan tersebut adalah untuk melihat sambutan masyarakat Sabah terhadap penawaran program Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau. Setelah menentukan populasi kajian, langkah seterusnya ialah untuk menentukan kaedah pensampelan. Dalam kajian ini, kaedah pensampelan rawak berstrata dipilih. Untuk memastikan bilangan sampel guru dan pelajar adalah mencukupi, saiz sampel kajian ditentukan menggunakan
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 63 persampelan rawak berstrata mengikut saiz populasi dengan bantuan jadual Kerjie dan Morgan (1970). Terdapat dua jenis instrumen yang digunakan di dalam kajian ini iaitu kajian kuantitatif berbentuk pengedaran borang soal selidik dan kajian kualitatif berbentuk protokol temu bual kumpulan sasaran. Alat pengukur untuk menjawab soalan kajian bagi kaedah kuantitatif adalah dengan menggunakan borang soal selidik. Jawapan kepada soalan dalam borang soal selidik ini menjurus kepada soalan-soalan berkenaan dengan penawaran program di Politeknik Tawau. Kaedah soal selidik digunakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat dengan cara menyoal responden melalui soalan-soalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik. Menurut Creswell dan Plano (2011), soalan kajian kuantitatif dan hipotesis mendalami isu kajian melalui soalan-soalan kajian yang dipersembahkan dalam bentuk borang soal selidik untuk melihat kaitan antara pemboleh ubah atau hipotesis. Philips (1971) menyatakan bahawa pengumpulan maklumat daripada sampel rawak melalui soal selidik merupakan kaedah yang paling berkesan serta mudah bagi memperolehi data yang piawai. Dalam kajian ini, borang soal selidik dibahagikan kepada dua set. Set pertama untuk dijawab oleh wakil industri, ibu bapa dan wakil setempat manakala set kedua dijawab oleh pelajar. Kedua-dua borang soal selidik menggunakan skala jenis likert untuk mengukur skor item-item bagi setiap soalan yang dikemukakan.bagi instrument kajian kualitatif, temu bual kumpulan sasaran telah dilaksanakan. Instrumen berbentuk protokol digunakan untuk tujuan ini. Kaedah ini digunakan bagi membolehkan pengkaji mendapat pandangan kumpulan sasaran mengenai penerimaan penduduk Sabah terhadap penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau. Temu bual melibatkan pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta sekolah-sekolah yang dipilih. Melalui temu bual ini pengkaji percaya maklumat yang diperoleh adalah lebih telus kerana soalan dijawab secara berdepan dengan responden. Responden turut diminta untuk memberikan pandangan mengenai cadangan terhadap penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau.Sampel kajian difokuskan kepada pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan kerajaan dan swasta terlibat secara langsung dengan perancangan sosio ekonomi dan pendidikan di Sabah. Temu bual dijalankan secara individu dan teknik yang digunakan ialah Temu Bual Protokol. Untuk analisis data kuantitatif, hanya borang soal selidik yang lengkap sahaja akan dianalisis. Oleh itu, sebelum penganalisisan dibuat, penyemakan bagi setiap instrumen dijalankan bagi memastikan semua soalan-soalan dijawab dengan lengkap. Sampel yang tidak lengkap dikecualikan dari proses analisis. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 23.0. Dalam kajian ini analisis statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan secara menyeluruh tentang profil subjek kajian seperti demografi dan item-item sambutan serta persepsi terhadap penawaran program Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau. Jadual 3.1 menunjukkan interpretasi skor min menurut Creswell (2011). Skor min 1.00 hingga 1.80 menunjukkan tahap sambutan penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan adalah sangat rendah, nilai skor min 1.81 hingga 2.60 pula menunjukkan tahap sambutan penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan berada pada tahap rendah. Diikuti 2.61 hingga 3.40 pada tahap sederhana, dan 3.41 hingga 4.20 adalah pada tahap tinggi. Tahap sambutan sangat tinggi apabila skor min berada antara 4.21 hingga 5.00.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 64 Jadual 1 Interpretasi Skor Min Data daripada bahagian dua kajian yang berbentuk temu bual dianalisis secara kualitatif. Data ini digunakan untuk menjawab soalan kajian pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kaedah analisis ini melibatkan proses transkripsi data secara ‘kata demi kata’ (verbatim), reduksi atau saringan data, pembinaan tema-tema, pengkodan tema dan paparan hasil. Proses trnskripsi data ‘kata demi kata’ (verbatim) dilakukan dengan bantuan komputer. Perbualan yang didengar dari perakam audio ditranskripsi terus ke dalam perisian Microsoft word. Setelah proses transkripsi selesai, pengkaji menumpukan kepada perkara-perkara yang ditekankan semasa perbualan bersama peserta. Pengkaji turut memberikan perhatian kepada perkara-perkara baru yang ditemui dalam perbincangan dan mencatatkannya di dalam transkripsi. Setelah selesai, pengkaji membaca keseluruhan catatan yang telah dibuat. Catatan dibaca secara berhati-hati, barisan demi barisan. Perkara yang kerap kali diutarakan peserta, direkod untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang tahap kecenderungan maklumat tersebut dalam keperluan kajian. Setelah selesai proses transkripsi, pembacaan secara menyeluruh dibuat sekali lagi untuk mendapat gambaran keseluruhan dapatan kajian. Bagi tujuan pengkodan, pengkaji membaca setiap frasa transkripsi kumpulan sasaran. Mana-mana frasa yang memberi makna yang sama direkodkan kepada nod tertentu pada nod pokok. Proses reduksi atau penyaringan data ini dijalankan pada semua transkripsi temu bual kumpulan sasaran. Data-data yang dikenal pasti dikelompokkan mengikut tema yang ditentukan pengkaji. Data-data tersebut disusun dalam gambar rajah pokok yang menggambarkan perkaitan dan perbezaan antara kelompok data. Dapatan Kajian Kajian ini melibatkan responden seramai 437 orang pelajar, 50 orang terdiri dari industri yang merupakan wakil industri, ibu bapa dan wakil setempat di sekitar Sabah. Penyelidik telah memilih dua belas (12) buah Sekolah Menengah arus perdana mewakili 437 orang responden yang terdiri daripada Pelajar Tingkatan 5. Dapatan kajian ini akan dilaporkan dalam bentuk laporan deskriptif dalam min dan peratusan. Penentuan tahap sambutan penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan berdasarkan Creswell (2011). Analisis sampel pelajar: Bilangan soalan kaji selidik yang dikeluarkan adalah sebanyak 437 keping kertas kaji selidik yang dihantar kepada tiga buah sekolah untuk diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 bagi sekolah masing-masing dan sejumlah 437 keping kertas kaji selidik yang telah dikembalikan. Penyelidik telah menggunakan pendekatan secara bersemuka dengan wakil pihak sekolah bagi memastikan tiada berlakunya kehilangan data maklumbalas berlaku. Skor Min Interpretasi 1.00 – 1.80 Sangat Rendah 1.81 – 2.60 Rendah 2.61 – 3.40 Sederhana 3.41 – 4.20 Tinggi 4.21 – 5.00 Sangat Tinggi
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 65 Aliran Pengajian: Jadual 2 Taburan Pelajar Mengikut Aliran Pengajian Aliran Pengajian Kekerapan Peratusan (%) Sains 110 25.2 Sastera 62 14.2 Teknik & Vokasional 54 12.4 Perdagangan & Ekonomi 100 22.9 Lain-lain 111 25.4 Total 437 100 Jadual 2 menunjukkan bilangan pelajar mengikut aliran masing-masing yang menunjukkan dapatan tertinggi sebanyak 25.4% (n = 111) adalah daripada lain-lain aliran pengajian. Aliran kedua tertinggi adalah mewakili 25.2% (n = 110) adalah pelajar daripada aliran sains diikulti sebanyak 22.9% (n = 100) pelajar daripada aliran Perdagangan dan Ekonomi. Terdapat 14.2% (n = 62) pelajar daripada aliran Sastera dan 12.4% (n = 54) orang pelajar adalah daripada aliran Teknik & Vokasional. Pengetahuan Dalam Bidang Pengurusan Pengurusan Perkhidmatan Makanan Jadual 3 Taburan Pengetahuan Pelajar Terhadap Bidang Pengurusan Perkhidmatan Makanan Pengetahuan Bidang Kekerapan Peratusan (%) Tidak tahu 84 19.2 Sedikit 143 32.7 Sederhana 154 35.2 Banyak 56 12.8 Total 437 100 Melalui kaji selidik yang dijalankan, pengetahuan pelajar dalam bidang pengurusan perkhidmatan makanan menunjukkan sebanyak, 56% (n = 56) pelajar mempunyai pengetahuan yang banyak terhadap bidang tersebut. Walau bagaimanapun, sebanyak 35.2% (n = 154) pelajar mempunyai pengetahuan tentang bidang ini pada tahap yang sederhana, diikuti sebanyak 32.7% (n = 143) pelajar mempunyai pengetahuan yang sedikit terhadap program pengurusan perkhidmatan makanan. Manakala berbaki 19.2% (n = 84) pelajar tidak mempunyai gambaran dan pengetahuan terhadap pengurusan perkhidmatan makanan. Analisis Sambutan Pelajar Terhadap Penawaran Program Berdasarkan analisis yang dijalankan, terdapat 44.6% (n = 195) daripada responden bersetuju akan melanjutkan pelajaran ke Politeknik Malaysia selepas menamatkan pengajian peringkat SPM diikuti seramai 10.1% (n = 44) daripada pelajar sangat bersetuju dan sebanyak 29.5% (n = 129) yang kurang bersetuju untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi. Seramai 38.4% (n = 168) bilangan pelajar bersetuju bahawa penawaran Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan adalah sesuai dengan minat mereka diikuti dengan sejumlah 25.9% (n = 113) pelajar yang kurang bersetuju dan 13% (n = 57) bilangan belajar yang sangat setuju dengan penawaran program tersebut. 36.8% (n = 161) dan 16.7% (n = 73) merupakan jumlah pelajar yang
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 66 bersetuju dan sangat bersetuju bahawa Program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dapat menyumbang kepada pembangunan kerjaya mereka dan 28.6% (n = 125) daripadanya kurang bersetuju. Seramai 44.9% (n = 196) bilangan pelajar yang bersetuju bahawa penawaran Program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau dapat memenuhi keperluan industri perkhidmatan makanan pada masa akan datang. Ianya diikuti dengan 22.4% (n = 98) bilangan pelajar yang sangat bersetuju manakala 18.5% (n = 81) bilangan pelajar yang kurang bersetuju dengan pendekatan tersebut. Bagi persetujuan penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau pula, seramai 34.1% (n = 149) bilangan pelajar yang sangat bersetuju, 39.1% (n = 171) bilangan pelajar yang bersetuju dan hanya 16% (n = 70) bilangan pelajar sahaja yang kurang bersetuju. Selain itu, penyelidik juga mendapatkan hasil analisis kajian melalui nilai skor min. Jadual 4.3 menunjukkan skor min terhadap minat pelajar Sekolah Menengah sekitar Sabah terhadap penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau pada tahap persetujuan yang tinggi. Jadual 4. Skor Min bagi sambutan Pelajar terhadap penawaran Program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan No Item Skor Min Tahap Kesediaan 1. Saya akan melanjutkan pelajaran ke Politeknik Malaysia selepas SPM. 3.55 Tinggi 2. Saya berpendapat penawaran program Diploma Penyediaan Makanan adalah sesuai dengan minat saya. 3.33 Sederhana 3. Program Diploma Penyediaan Makanan berikut mampu menyumbang kepada perkembangan kerjaya saya di masa hadapan. 3.44 Tinggi 4. Saya berpendapat bahawa program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dapat memenuhi keperluan industri/agensi di masa hadapan.. 3.69 Tinggi 5. Saya bersetuju sekiranya program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dapat ditawarkan di Politeknik Tawau. 3.91 Tinggi Analisis Sambutan Industri Terhadap Penawaran Program Berdasarkan analisis yang dijalankan, terdapat 52.0% (n = 26) orang daripada responden sangat bersetuju untuk memberi galakan kepada bakal pekerja, anak-anak mereka dan komuniti untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik Malaysia selepas menamatkan pengajian peringkat SPM diikuti seramai 44.0% (n = 22) daripada responden bersetuju dan hanya 2.0% (n = 1) yang tidak bersetuju untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi. Sebanyak 46.0% (n = 23) bilangan industri, ibu bapa dan wakil setempat bersetuju bahawa penawaran Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan adalah sesuai dengan minat mereka diikuti dengan sejumlah 6.0% (n = 3) tidak bersetuju dengan penawaran program tersebut. Sebanyak 56.0% (n = 28) bersetuju bahawa dengan penawaran program ini akan dapat menyumbang kepada pembangunan karier
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 67 pelajar tersebut. Hanya 4.0% (n = 2) responden yang kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut.. Seramai 50.0% (n = 25) bilangan responden yang sangat bersetuju bahawa penawaran Program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau dapat memenuhi keperluan industri perkhidmatan makanan pada masa akan datang. Ianya diikuti dengan 48.0% (n = 24) bilangan bilangan industri, ibu bapa dan wakil setempat yang bersetuju manakala hanya 2.0% (n = 1) bilangan pelajar yang sangat bersetuju dengan pendekatan tersebut. Bagi persetujuan penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau pula, seramai 60.0% (n = 30) responden sangat bersetuju jika program ini ditawarkan di Politeknik Tawau, 38.0% (n = 19) bilangan pelajar yang bersetuju dan hanya 2.0% (n = 1) bilangan yang kurang bersetuju. Selain itu, penyelidik juga mendapatkan hasil analisis kajian melalui nilai skor min. Jadual 4.4 menunjukkan skor min kehendak industri, ibu bapa dan wakil setempat sekitar Sabah terhadap penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau pada tahap persetujuan yang tinggi. Penyelidik juga mendapatkan hasil analisis kajian melalui nilai skor min. Jadual 5 Skor Min bagi Jangkaan Penawaran Program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan No Item Skor Min Tahap Jangkaan 1 Saya akan menggalakkan bakal pekerja/anak/komuniti melanjutkan pelajaran ke Politeknik Malaysia selepas SPM. 4.46 Sangat Tinggi 2 Saya berpendapat penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan adalah bersesuaian dengan minat pelajar 4.30 Sangat Tinggi 3 Saya berpendapat program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan mampu menyumbang kepada perkembangan kerjaya bakal pekerja/anak/komuniti di masa hadapan. 4.36 Sangat Tinggi 4 Saya berpendapat bahawa program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dapat memenuhi keperluan industri/agensi di masa hadapan. 4.44 Sangat Tinggi
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 68 Analisis Data Kualitatif Data kualitatif telah dikumpulkan melalui kaedah temu bual kumpulan sasaran. Hasil temubual dengan beberapa pihak telah turut membawa kepada beberapa cadangan berhubung dengan program-program yang boleh ditawarkan. Kesimpulan Kajian kebolehlaksanaan penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau di daerah Tawau secara majoriti mendapat sokongan dari kedua-dua aspek kuantitatif mahupun kualitatif. Responden memberikan keputusan bahawa penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau adalah boleh dilaksanakan. Malah mereka berpendapat ia akan mendatangkan kesan positif yang banyak berbanding kesan negatif. Isu yang perlu diketengahkan di sini adalah ia bukan sekadar penawaran program itu sahaja, malah ia perlu mendapat sokongan dari kalangan pemain-pemain industri bagi menyediakan peluang pekerjaan untuk bakal graduan ini.Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempergiatkan dan memperkasakan lagi bidang TVET, maka penawaran program ini dikatakan dapat menyediakan tenaga kerja mahir dalam bidang perkhidmatan makanan yang seiring dengan matlamat ini. Perkembangan yang rancak dalam industri pelancongan dan hospitaliti masa kini secara tidak langsung akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan permintaan yang tinggi untuk industri perkhidmatan makanan. Hubungkait diantara Persoalan Kajian 1 dan Objektif Kajian 1: PK1: Adakah terdapat permintaan terhadap program Diploma? OK1: Mengenal pasti permintaan terhadap program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan. Berdasarkan analisis yang dijalankan melalui kajian ini, pelaksanaan bagi penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau dilihat adalah dalam keadaan yang positif serta menerima sokongan daripada industri, ibu bapa dan juga penduduk setempat. Walaubagaimanapun, masih terdapat ruang yang perlu dilihat bagi memastikan pencapaian dari segi pengetahuan pelajar peringkat SPM ataupun Pelajar Tingkatan Lima yang menjadi sasaran utama bagi kemasukan ke Politeknik Tawau terhadap program Pengurusan Perkhidmatan Makanan pada tahap yang baik. Merujuk kepada maklumbalas yang di terima berkaitan pengetahuan terhadap bidang Pengurusan Perkhidmatan Makanan, terdapat pelajar yang tidak tahu tentang kewujudan bidang pengurusan perkhidmatan makanan. Dengan peratusan yang hampir sama diantara sedikit dan sederhana memberikan maklumbalas kepada penyelidik untuk mengadakan sesi taklimat berkaitan program yang bakal ditawarkan kepada pelajar sasaran ini. Pendekatan seperti ini perlu dilakukan dengan kekerapan yang padat jika dilihat kepada minat pelajar terhadap bidang pengurusan perkhidmatan makanan. Peratusan pelajar yang minat terhadap bidang ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan peratusan yang tidak berminat. Ini menunjukkan bahawa 5 Saya sangat bersetuju sekiranya program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dapat ditawarkan di Politeknik Tawau. 4.58 Sangat Tinggi
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 69 peluang bagi pelaksanaan program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan adalah wajar dan bakal mempunyai permintaan bagi pelajar sekitar Sabah. Hubungkait diantara Persoalan Kajian 2 dan Objektif Kajian 2: PK1: Mengapakah Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan diperlukan? OK2: Mengenal pasti keperluan program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan. Bagi persoalan dan objektif kajian kedua ini, maklumbalas daripada pihak industri perlu dijadikan rujukan. Berdasarkan maklumat yang diberikan, Zon Tawau menawarkan lokasilokasi tarikan pelancong dari semasa ke semasa. Hal ini dibuktikan dengan kedatangan pelancong ke daerah Semporna bagi menikmati kehidupan laut yang dapat menjana ekonomi penduduk setempat secara khasnya dan secara tidak langsung dapat menjana ekonomi negeri Sabah secara keseluruhannya. Pihak industri juga percaya bahawa dengan penawaran pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perkhidmatan Makanan di kawasan Zon Tawau ini juga dapat membekalkan industri dengan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas tentang industri ini. Dengan perkembangan pesat industri pelancongan di Sabah masa ini juga, secara tidak langsung memberi ruang dan peluang kepada bidang pengurusan perkhidmatan makanan berkembang. Kerana ianya saling berkait rapat. Selain daripada itu, kerjasama yang dapat dilihat daripada pihak industri dalam memberikan sokongan serta sumbangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar juga dilihat mampu menghasilkan pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi melalui penerapan pengalaman secara terus daripada industri. Dari segi latihan industri juga, dilihat terdapat industri yang masih belum pernah mendapat permohonan daripada mana-mana institusi bagi menghantar pelajar untuk menjalani latihan industri dalam organisasi mereka walaupun mereka boleh mempertimbangkanya malah sangat memerlukannya kumpulan pelajar ini. Melalui penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau adalah dilihat dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta kerjaya penduduk setempat. Hubungkait diantara Persoalan Kajian 3 dan Objektif Kajian 3: PK3: Apakah implikasi sekiranya Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan ditawarkan? OK3: Mengenal pasti implikasi pelaksanaan program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan. Secara asasnya, pelaksanaan program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau memerlukan keperluan fizikal seperti makmal (komputer dan dapur) dan bangunan yang berteknologi tinggi. Untuk makluman, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) sudah sedia ditawarkan di beberapa politeknik di Malaysia. Walau bagaimanapun, bidang yang ditawarkan lebih fokus kepada amalan halal manakala cadangan penawaran Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan tidak. Berlandaskan penawaran Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) yang telah dilaksanakan, perancangan dan anggaran tentang ruang, kemudahan dan peralatan yang diunjurkan boleh dirujuk pada jadual
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 70 Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan sokongan padu ke atas penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan.Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dipohon bersetuju dengan penawaran program baharu Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau Sabah (PTS), di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Penghargaan Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan Kajian Analisis Keperluan Program Diploma Pengurusan Perhidmatan Makanan di Politeknik Tawau, Sabah. Sepanjang menjalankan kajian ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman yang amat berharga dan bermakna. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan kajian ini. Terutamanya kepada responden kami yang terdiri dari pelajar sekolah menengah sekitar Sabah, para ibu bapa, pihak industri dan wakil setempat. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan pihak Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) atas peluang dan sumber kewangan dalam menyelesaikan kajian ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada Ketua Jabatan dan rakan-rakan pensyarah atas bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan kajian ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai. Rujukan Baharudin,N.A.,Hashim,S.N.A.,Nadzri,S., & Ahmad, N.W. (2016). Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Makanan Di Kafetaria Kuis,978-967-0850-61-0 Creswell, J.W & Miller,D. (2002). Determining Validity in Qualitative Inquiry.Theory into Practice. Journal of Mixed Methods Research . 39(3), 124-130. Creswell, J.W & Plano Clark, V.L . (2011). Designing and Conducting Mixed methods Research. Edisi kedua. Thousand Oakes, California: Sage Publication Inc. Creswell, J.W. (1994). Research Design:Qualitative and Quantitative Approaches. Thousand Oakes, California: Sage Publication Inc. Creswell, J.W. (2007). Qualitative Inquiry and Research Design:Choosing Among Five Traditions. Edisi kedua. Thousand Oakes, California: Sage Publication Inc. Handicapping Strategies. Journal of Early Adoloscene. 15, 389-411. Jabatan Perangkaan Statistik Malaysia. Cawangan Sabah. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2016) Jabatan Pengajian Politeknik, Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2008 dan 2009 Jabatan Pengajian Politeknik (2014) Work Based Learning, Pelaksanaan di Politeknik Malaysia, EdisiPengenalan Kaplan D. (2000). Structural Equation Modeling: Foundations and Extentions. Education Group. Inc. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. Krueger, R.A. (1994). Focus Group:A Practical Guide Foe Applied Research. Edisi ke dua. Thousand Oaks: Sage Publications. Lincoln, Y.S & Guba, E.G. (1985). Naturalistic Inquiry. Beverly Hills CA: Sage Publications. Midgley, C., & Urdan,T. (1995). Predictor Of Middle School Students’ Use Of SelfNorusis, M.J. (1999). SPPS 9.0 guide to data analysis. New Jersey: Prentice Hall. Patton, M.Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. Edisi kedua. London:Sage Publication Ltd. Sekaran U. (2000). Research Method for Business. Edisi ketiga. New York: John Wiley dan Sons Inc. There’s A Reason: Predictors Of Adolescents’ Use Of Academic Self-Handicapping Strategies. Journal of Educational Psychology. 88, 423-434.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 71 Standard Program: Hospitaliti dan Pelancongan 2013. Diakses pada 20 Mac 2018 daripada laman sesawang http://www.mqa.gov.my. Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia (2016) Unit Perancangan Ekonomi. Cawangan Sabah Uma Sekaran & Roger Bougie. 2010. Reseach Methods For Business. A Skill Building Approach. 5th edi. John wiley & sons Ltd. Uma Sekaran. (1992). Research Methods for Business:A Skill Building Approach. Edisi kedua. Canada: John Wiley and Sons Inc. Yin, R.k. (1994). Case Study Research:Design and Methods. Edisi ke dua. London: Sage Publication Ltd.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 72 KERANGKA KONSEP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN USAHAWAN BUMIPUTERA DALAM SEKTOR PERNIAGAAN DI SABAH Barbara Belinda James, Noor Hazimah Harun dan Norshuhada Norazahar Abstrak Usahawan dan aktiviti keusahawanan merupakan salah satu faktor terpenting dalam pertumbuhan ekonomi negara kerana aktiviti ini dapat membantu Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih tinggi berbanding jumlah eksport dari negara luar. Pelbagai insentif dan usaha diadakan oleh pihak kerajaan bagi membantu usahawan di kalangan bumiputera bagi turut membantu negara dengan mewujudkan barangan atau perkhidmatan yang baru yang berasal dari sumber-sumber tempatan untuk keperluan masyarakat. Namun begitu, statistik yang dilaporkan oleh banyak media mendapati penglibatan usahawan bumiputera masih kurang memberangsangkan. Ini dibuktikan dengan melihat pada jumlah syarikat yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), hanya 40 peratus dimiliki oleh usahawan bumiputera. Senario ini menimbul persoalan, apakah sebenarnya yang dapat mendorong lebih ramai usahawan bumiputera untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi membincangkan beberapa faktor yang dianggap sebagai faktor yang mempengaruhi penglibatan usahawan bumiputera Sabah dalam sektor perniagaan. Perbincangan dalam kajian ini perlu dijalankan untuk membentuk satu kerangka konsep faktor penentu yang mempengaruhi penglibatan mereka dalam bidang usahawan dan merangka jenis bantuan kewangan dan sokongan yang diperlukan. Kata Kunci: Kerangka, Faktor Penentu, Penglibatan Usahawan Pengenalan Golongan usahawan adalah mereka yang memainkan peranan penting dalam menjalankan perniagaan bagi menjana ekonomi negara. Menurut Amalina & Halimah (2017), faktor-faktor motivasi usahawan dan kejayaan usahawan bumiputera jelas menunjukkan hubungan yang signifikan. Jika banyak perniagaan yang berjaya, pastinya akan dapat menarik lebih ramai orang untuk menjadi usahawan. Kajian oleh Azmi et al. (2012) mendapati bahawa pengalaman pengurusan, pengalaman industri, keadaan ekonomi dan kemahiran perancangan amat penting dalam memastikan seseorang usahawan itu berjaya dalam perniagaan yang diceburinya. Mereka juga mencadangkan agar para usahawan yang berminat menceburi bidang perniagaan supaya dapat mempelajari situasi semasa dan kemahiran-kemahiran tersebut bagi menjamin perniagaan yang lebih menguntungkan. Dapatan daripada kajian oleh Azmi et al. (2012) ini juga turut disokong oleh Rohailin et al. (2019) yang mendapati bahawa faktor mengurus, kepimpinan dan persekitaran akan mempengaruhi kejayaan seorang usahawan dalam bidang perniagaan. Jika usahawan itu mempunyai pengetahuan tersebut lebih awal, mereka akan merasa lebih yakin untuk menjalankan perniagaan. Namun, kajian yang dijalankan oleh Shahrin & Goh (2010) mendapati bahawa kriteria yang perlu ada pada seseorang usahawan bumiputera menjadi masalah kerana mereka menyatakan setiap usahawan perlu memperoleh terlebih dahulu kebanyakan kriteria yang diperlukan sebelum memulakan perniagaannya, yang mana ramai yang tidak ingin melibatkan diri dalam bidang keusahawanan kerana memikirkan diri tidak mempunyai kriteria yang diperlukan. Antara masalah lain yang didapati dalam kajian ini adalah usahawan susah untuk mendapatkan modal dan terdapat banyak persaingan dalam dan luar negera sehingga
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 73 membantutkan perniagaan usahawan bumiputera. Kajian oleh Ummi et al. (2017) juga mendapati terdapat hubungan yang kuat antara faktor modal kewangan dan motivasi serta matlamat. Oleh itu, bantuan kewangan juga penting bagi usahawan yang kurang berkemampuan tetapi berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan sokongan moral dan motivasi dari keluarga, kerajaan dan persekitaran juga akan dapat menyumbang kepada penglibatan usahawan dalam perniagaan. Melihat pada keperluan bantuan kewangan ini, insentif dan bantuan kewangan ditawarkan oleh pelbagai agensi di Malaysia seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tekun Nasional, SME Bank serta agensi-agensi lain di bawah kerajaan Negeri yang lain. PUNB diwujudkan bagi meningkatkan penyertaan dan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan, di mana peluang diberikan kepada usahawan bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat. MARA pula berperanan dalam mengendalikan perogram-program latihan keusahawanan, dengan tujuan untuk membudaya, mewujud, meningkat dan mengukuhkan usahawan bumiputera melalui latihan, galakan perniagaan, khidmat nasihat dan kerjasama strategik. Pelbagai inisiatif juga telah dilakukan bagi melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera melalui program ‘outreach’, bimbingan dan latihan, serta mempromosi keusahawanan sebagai kerjaya pilihan (Mohamad Fazrul, 2019) termasuk bagi pelajar-pelajar. Meskipun terdapat pelbagai insentif dan bantuan yang disediakan khusus bagi bumiputera, hanya 40 peratus daripada syarikat yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menjadi milik usahawan Melayu dan bumiputera (Bernama, 8 Julai 2019). Menurut Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, merujuk pada jumlah pendaftaran itu, menunjukkan bahawa penglibatan bumiputera masih kurang dalam bidang keusahawanan. Beliau menyatakan, ini mungkin disebabkan oleh kurang latihan dan kemahiran, kurang dorongan dan minat untuk meneroka peluang baru, serta masalah sumber kewangan sehingga hanya sedikit penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan. Menurut Mohamad Fazrul (2019), Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengatakan faktor sikap menjadi pemisah di antara bumiputera dan kaum-kaum lain di era serba moden ini, dan masih ramai golongan bumiputera yang suka berada di zon selesa sendiri sahaja dan tidak berani untuk mencuba benda baru seperti perniagaan. Oleh itu, satu langkah yang berkesan diperlukan bagi membantu lebih ramai golongan bumiputera untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, di samping membantu menjana ekonomi negara. Sorotan Kajian Pengurusan Kewangan Menurut Yasmin & Anuar (2017), pengurusan kewangan adalah satu pengetahuan yang sangat penting pada zaman ini kerana setiap perkara yang dilakukan akan melibatkan wang. Wang adalah satu aset bagi memenuhi hampir seluruh keperluan manusia bagi menghadapi keadaan ekonomi yang semakin mencabar pada zaman ini (Aisyah & Wajeeha, 2016). Dalam seluruh kehidupan manusia, tidak mengira umur dan tempat, wang akan memainkan peranan penting untuk memudahkan semua transaksi ekonomi dan memnuhi segala keperluan masyarakat pada masa kini. Oleh itu, amat penting bagi segenap lapisan masyarakat untuk memperoleh pengetahuan tentang pengurusan kewangan.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 74 Rajah 1. Statistik Kes Kebankrapan Mengikut Sebab bagi tahun 2017 dan 2018 (sumber dari Jabatan Insolvensi Malaysia) Melihat pada statistik yang disediakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (2019), kes kebankrapan masih terjadi dalam masyarakat Malaysia dan sebab yang paling tinggi adalah kerana hutang peribadi. Keadaan ini terjadi kerana kurangnya pengetahuan, sikap materialistik, gaya hidup mewah dan pengaruh persekitaran yang menyebabkan amalan pengurusan kewangan yang kurang bijaksana sehingga menyebabkan kebankrapan (Nuraini et al., 2013). Oleh itu, pengetahuan pengurusan kewangan penting bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan kerana jika hanya mempunyai sumber kewangan, tetapi tanpa pengurusan kewangan yang baik, perniagaan seseorang itu tidak akan berjalan dengan baik. Hipotesis yang dicadangkan adalah: H1: Pengurusan kewangan terhadap penglibatan usahawan dalam sektor perniagaan adalah berhubung secara positif. Kemahiran Pengurusan Perniagaan Menurut kajian yang dilakukan oleh Suraiya et al. (2018), pembelajaran awal dapat membentuk ilmu yang dikehendaki dalam diri seseorang. Pembelajaran yang berkaitan dengan perniagaan dan mengurus perniagaan yang diterapkan melalui aktiviti di sekolah atau institut pengajian tinggi telah memberi kesan yang baik kepada pengetahuan pelajar. Hal ini adalah sesuatu yang berguna bukan sahaja semasa belajar tetapi dalam menerapkan semangat keusahawanan dalam diri pelajar. Dapatan daripada kajian Nazrolnizah & Muhammad Nubli (2017) juga menyatakan bahawa usahawan yang memiliki kemahiran keusahawanan yang tinggi akan memperoleh keuntungan yang lebih baik berbanding usahawan yang kurang berkemahiran. Dengan adanya kemahiran perngurusan perniagaan, seseorang individu akan lebih yakin untuk menjalankan perniagaannya sendiri. Oleh sebab itu, ini menunjukkan bahawa usahawan yang mempunyai pengetahuan pengurusan perniagaan penting bagi membolehkan usahawan untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih jauh. Hipotesis yang dicadangkan adalah: H2: Kemahiran pengurusan perniagaan terhadap penglibatan usahawan dalam sektor perniagaan adalah berhubung secara positif. 2018 2017
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 75 Pengaruh Persekitaran Khairul & Salina (2018) dalam kajiannya menyatakan bahawa. Beberapa pengaruh persekitaran sangat memainkan peranan dalam pemilihan kerjaya dalam kalangan mahasiswa seperti faktor keluarga, peranan kaunselor kerjaya atau pendidik, serta peranan rakan sebaya. Jika seseorang tinggal atau bergaul dengan mereka yang berjaya sebagai usahawan, sedikit sebanyak hal ini akan dapat mempengaruhi individu itu untuk turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Kajian oleh Shuhymee et al. (2017), juga mendapati persekitaran luaran, iaitu dinamik, persaingan sengit dan mesra perniagaan mempunyai hubungan positif dengan prestasi perniagaan. Ini menunjukkan bahawa persekitaran juag memainkan peranan dalam memastikan keberhasilan sesuatu perniagaan kerana usahawan yang berdaya saing pasti akan cuba untuk memperbaiki perniagaan dari masa ke semasa supaya tidak tertinggal di belakang pesaingpesaing yang ada di sekitarnya. Justeru itu, pengaruh persekitaran akan turut mempengaruhi penglibatan usahawan dalam sektor perniagaan. Hipotesis yang dicadangkan adalah: H3: Pengaruh persekitaran yang berbudaya keusahawanan terhadap penglibatan usahawan dalam sektor perniagaan adalah berhubung secara positif. Cadangan Kerangka Konsep Penyelidikan Berdasarkan kepada perbincangan sorotan kajian dan isu semasa, kajian tentang penglibatan usahawan bumiputera ini perlu dijalankan bagi membantu pihak yang berwewenang merancang program yang sesuai. Oleh itu, kajian ini mencadangkan 3 pemboleh ubah yang perlu diuji bagi menentukan pemboleh ubah yang manakah menjadi faktor penentu kepada penglibatan usahawan-usahawan dalam sektor perniagaan. Model bagi kerangka konsep yang dicadangkan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Rajah 2. Kerangka Konsep Penyelidikan Kesimpulan Tiga pemboleh ubah yang dibincangkan adalah antara faktor penting yang mempengaruhi penglibatan usahawan dalam sektor perniagaan. Usahawan adalah mereka yang akan membantu
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 76 negara dalam meningkatkan ekonomi dan malah menambahkan peluang pekerjaan dalam negara. Pelbagai insentif dan usaha yang diberikan oleh kerajaan akan menjadi sia-sia jika penyebab dan motivasi bagi usahawan menjalankan perniagaan tidak dikenalpasti. Ketiga-tiga faktor ini amat mempengaruhi penglibatan usahawan dan perlu diperbaiki pelakasanaannya untuk memberikan impak positif kepada penglibatan usahawan dalam sektor perniagaan. Oleh itu, diharapkan agar kajian yang lebih menyeluruh ke atas faktor-faktor ini dapat dilakukan agar lebih banyak program boleh dirancang selaras dengan keinginan kerajaan untuk meningkatkan bilangan usahawan di negara ini. Rujukan Aisyah Abdul Rahman & Wajeeha Zulkifly. (2016). Faktor Penentu Pengurusan Kewangan: Kes Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 19(2), 85-94. Amalina Asmaa Ismail & Hajah Halimah Harun. (2017). Pendorong Motivasi Usahawan Bumiputera. Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar & Lee Kuan Yee. 2012. Faktor Kritikal Kejayaan Usahawan Dalam Perniagaan. Journal of Social Sciences and Humanities, 7 (1), 034-045. Bernama, 8 Julai 2019. Hanya 40 Peratus Syarikat Dimiliki Usahawan Melayu. Sinar Harian Khairul Syafiq Jalalludin & Salina Mohammed Rashid. (2018). Pengaruh Faktor Persekitaran Terhadap Pemilihan Kerjaya dalam Kalangan Mahasiswa di Fakulti Pengurusan dan Muamalah, KUIS. Proceeding of the 5th International Conference on Management and Muamalah 2018, 399-406. Mohamad Fazrul Abdul Majid. (2019). Pentingnya Galak Bumiputera Terjun ke Bidang Perniagan. Melaka Kini. Nazrolnizah Mohamad Noorzeli & Muhammad Nubli Abdul Wahab. 2017. Keupayaan Usahawan Kecil Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan Menggunakan Kaedah HRV Biofeedback. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 2(1), 66-77. Nuraini Abdullah, Mohamad Fazli Sabri, Husniyah Abdul Rahim, Mohd. Amim Othman, Afida Mastura Muhammad Arif & Nurul Farhana Zakaria. (2013). Pengurusan Kewangan Dalam Kalangan Pekerja Muda. Jurnal Pengguna Malaysia 21(Dis), 16-32. Rohailin Zainon, Mohamad Afdhaluddin Azahar & Nurulhayah Muhamad. (2019). Faktor- faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Bumiputera Di Kuala Rompin, Pahang. Jurnal Inovasi Perniagaan, 4(2), 79-90. Shahrin Hashim & Goh Lay Kim. (2010). Penglibatan Usahawan Bumiputera Dalam Sektor Pelancongan : Satu Kajian Kes Di Kawasan Bandar Hilir, Melaka. https://www.researchgate.net/publication/46143973 Shuhymee Ahmad, Abdullah Abd Ghani & Rosli Mohd Saad. (2017). Pengaruh Persekitaran Luaran ke atas Prestasi Perniagaan PKS. Sains Humanika 9:1 (2017) 1-7. Suraiya Ishak, Ahmad Raflis Che Omar, Fahruddin Mustafa Al Bakri & Lokhman Hakim Osman. (2018) Amalan Pembelajaran dan Kesannya Terhadap Pembentukan Pengetahuan Serta Kemahiran Perniagaan Dalam Kalangan Generasi Z. Geografia Online Malaysian Jurnal of Society and Space14(1), 15-28. Ummi Munirah Syuhada Mohamad Zan, Aidatul Najwa Harun Arrosyid, Mohammed Rizki Moi, Wan Suraya Wan Hassin & Wan Shahzlinda Shah Shahar. 2017. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Wanita Tekun : Satu Kajian di Daerah Hulu Langat. Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017. 398-407. Yasmin Huzaimah Aladdin & Anuar Ahmad. (2017). Tahap Literasi Kewangan di Kalangan Mahasiswa. International Conference on Global Education V “Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”. 2373-2387. Laman Utama, Web Rasmi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Dipetik dalam https://www.punb.com.my/ms/mengenai-kami Sektor Keusahawanan, Web Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dipetik dalam https://www.mara.gov.my/bm/sektor-keusahawanan/ Statistik Kes Kebankrapan Mengikut SebabKebankrapan Tahun 2014-2018. Dipetik dalam http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/statistik-kes-kebankrapan-mengikut-sebab kebankrapan/resource/18f5003f-98cb-4660-9e12-3f4cacc3a6d2
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 77 KERANGKA KONSEP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN STRATEGI PEMASARAN PERNIAGAAN SEMPENA PANDEMIK (COVID19) DI MALAYSIA Cherrycia Yoag dan Doreen Sualin Abstrak Penularan global pandemik COVID-19 telah memberi impak besar terhadap ekonomi semua negara. Malah senario pandemik COVID-19 ini turut meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada semua golongan masyarakat termasuklah mereka yang berpendapatan rendah, golongan yang bekerja sendiri dan juga turut dirasai oleh usahawan-usahawan dari sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kesan penularan pandemik COVID-19 ke atas sektor PKS dapat dilihat dari sudut aspek pemasaran perniagaan. Dalam menghadapi krisis yang sukar ini, usahawan perlu melakukan anjakan dan perubahan dalam perniagaan mereka terutamanya dalam aspek pemasaran. Strategi dalam aspek pemasaran dan gaya hidup pengguna sudah tentu menuntut usahawan untuk lebih proaktif dalam merangka strategi perniagaan mereka. Landskap pemasaran perlu diubah selari dengan peraturan dan arahan pihak berkuasa. Strategi baharu perlu dirangka bagi menangani kemerosotan jualan dan pendapatan peniaga dan usahawan kecil. Justeru, kajian ini dijalankan bagi membincangkan beberapa faktor yang dianggap akan mempengaruhi perubahan strategi pemasaran. Perbincangan dalam kajian ini perlu dijalankan untuk membentuk satu kerangka konsep faktor penentu yang mempengaruhi perubahan strategi pemasaran. Kata Kunci: COVID-19, Perubahan Strategi Pemasaran, Faktor Penentu Pendahuluan Pemasaran memainkan peranan penting dalam menjana keuntungan sesebuah perniagaan. Pemasaran diakui sebagai nadi kepada sesebuah perniagaan untuk terus berkembang dan berdaya saing (Gruber, 2004; Morris et al. 2002). Sehingga kini, pelbagai teori dan kajian telah dibangunkan bagi membuktikan peranan strategik pemasaran dalam meningkatkan prestasi perniagaan. Namun kebanyakan kajian sebelum ini lebih menumpuhkan kepada organisasi yang berskala besar. Sebaliknya tidak banyak kajian mengenai praktis pemasaran dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (Simpson et al. 2011). Masyarakat dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak COVID-19 yang juga dikenali sebagai pandemik koronavirus pada tahun 2020 merupakan pandemik penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global. Berdasarkan data Wikipedia ia berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Sehingga 18 Julai 2020, lebih daripada 14.1 juta kes COVID‑ 19 telah dilaporkan di lebih daripada 188 negara dan wilayah, mengakibatkan lebih dari 602.000 kematian; lebih daripada 7.89 juta orang telah pulih. Pandemik COVID-19 telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada kehidupan semua lapisan masyarakat. Di Malaysia misalnya, antara sektor ekonomi yang terkesan secara langsung akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) COVID-19 adalah sektor pemprosesan makanan dan minuman, sektor pertanian, peruncitan, pengangkutan dan pembinaan, dan sektor pelancongan (Saari, 2020; Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020). Situasi ini juga sangat dirasai oleh peniaga yang berada dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kesan pandemik COVID-19 ke atas ekonomi negara telah menyebabkan pendapatan peniaga, pengusaha dan usahawan merosot dan jatuh teruk berbanding sebelum berlakunya
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 78 pandemik ini. Laporan yang disiarkan oleh Harian Metro (Murnaena, 2020) menunjukkan hasil jualan daripada aktiviti perniagaan mengalami kemerosotan. Persaingan sengit dan cabaran pengendalian perniagaan semasa pandemik COVID-19 ini telah memaksa para usahawan dan peniaga mengambil langkah drastik dengan mengubah strategi permasaran dalam memastikan kelangsungan perniagaan mereka. Ada diantara usahawan mula mengambil pendekatan alternatif dalam operasi perniagaan bagi memastikan kelangsungan pendapatan. Antaranya, beralih kepada jualan atas talian melalui media sosial dan aplikasi mudah alih, seperti Facebook dan Whatsapp, menjalankan penghantaran persendirian (private runner), serta penjimatan kos operasi melalui pengecilan skala perniagaan (Halim, 2020). Merujuk Prof Madya Dr Mohammad Ismail (Bernama.com, 2020), anjakan dalam aspek pemasaran dan gaya hidup pengguna menuntut para peniaga dan usahawan untuk lebih bersikap proaktif dalam merangka strategi perniagaan mereka. Melihat kepada keadaan semasa, suka atau tidak, para peniaga atau usahawan perlu mengikut tren peredaran perniagaan global dengan mengubah strategi serta landskap pemasaran untuk memastikan perniagaan mampu bertahan dalam keadaan sukar ini. Namun tidak dinafikan, ramai peniaga, pengusaha dan usahawan kecil masih menggunakan cara pemasaran secara konvensional. Kegagalan meneruskan operasi perniagaan tanpa memerlukan premis perniagaan dibuka menyebabkan ramai peniaga kehilangan sumber pendapatan dan jualan jatuh merudum. Berdasarkan kepada senario ini, kajian lanjut perlu dijalankan untuk melihat apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan strategi pemasaran perniagaan dalam krisis ini. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk membina satu kerangka konsep iaitu apakah pemboleh ubah yang dilihat relevan yang mempengaruhi perubahan strategi pemasaran perniagaan sempena pandemik COVID-19 di Malaysia. Sorotan Kajian Permintaan Pembelian Atas Talian Pembelian secara atas talian merupakan satu tren masyarakat masa kini semenjak penggunaan internet meningkat dalam tempoh 10 tahun yang lepas. Menurut Laporan Ekonomi Malaysian (2013/2014), peningkatan jumlah pengguna internet dan pembeli dalam talian menggambarkan potensi pasaran yang luas untuk perniagaan dalam talian. Perniagaan atas talian menjadi alternatif yang sangat penting dan pelengkap kepada perniagaan tradisional yang mana ianya tidak memerlukan kos sewaan tempat untuk memulakan perniagaan. (Coker et al., 2011; Celik, 2011). Menurut Marzieh dan Laily (2013) turut mendapati pembelian secara atas talian dapat menjimatkan masa dan usaha pembeli untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang diingini. Nur Farahiah dan Lew (2014) serta Kweek, Tan dan Lau (2010), pembelian secara atas talian digemari kerana memberikan lebih keselesaan kepada pengguna berbanding dengan membuat pembelian di premis perniagaan. Abidatul Shakira (2013) serta Forsythe et al. (2006), iaitu mereka juga menyatakan bahawa kepelbagaian barangan dan perkhidmatan yang dijual secara atas talian membolehkan pengguna membuat pilihan dan kebebasan daripada gangguan sosial yang tidak diingini dapat meningkatkan kawalan serta kepuasan dalam pembelian secara atas talian. Membeli-belah melalui Internet memenuhi beberapa keperluan pengguna dengan lebih cekap dan berkesan daripada membeli-belah secara konvensional (Grewaletal, 2002; Chen & Leteney, 2000). Menurut Mujiyana dan Ingge Elissa (2014) berbelanja atas talian sangat mudah, jimat masa dan jimat kos jika dibandingkan dengan berbelanja luar talian. Justeru, permintaan pembelian atas talian adalah sangat perlu dalam perubahan strategi pemasaran semasa pandemik COVID-19. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H1: Permintaan pembelian atas talian terhadap perubahan strategi pemasaran semasa pandemik COVID-19 adalah berhubung secara positif.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 79 Keupayaan Inovasi dan Kreativiti Aspek pemasaran yang bersifat kreatif dan unik merupakan pemangkin kejayaan penjualan produk usahawan yang berjaya (Halim et al. 2012). Keupayaan inovasi adalah keupayaan untuk menyerap, menerima dan mengubah teknologi yang dibekalkan ke dalam operasi khusus dan rutin pengurusan syarikat yang pada akhirnya akan meningkatkan keuntungan syarikat (Reichert et al. 2011). Menurut Lawson dan Samson (2001), keupayaan inovasi ditakrifkan sebagai kebolehan syarikat untuk mengubah idea dan pengetahuan ke dalam produk, proses dan sistem yang baharu secara berterusan untuk kepentingan syarikat dan pihak yang berkepentingan. Seorang usahawan juga perlu berfikiran dan bertindak kreatif dalam menghasilkan idea-idea yang unik bagi produk mereka. Ini merangkumi sumber aset fizikal dan bukan fizikal (Nurdin et al. 2014). Oleh itu, keupayaan inovasi dan kreativti usahawan dan peniaga adalah penting dalam perubahan strategi pemasaran semasa menghadapi situasi sukar ini. Justeru itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H2: Keupayaan inovasi dan kreativiti terhadap perubahan strategi pemasaran semasa pandemik COVID-19 adalah berhubung secara positif. Kemahiran e-Pemasaran Pemasaran secara elektronik dengan menggunakan teknologi dan internet turut berperanan dalam membantu meningkatkan prestasi perniagaan usahawan. Merujuk kepada Strauss dan Frost (2014), strategi pemasaran yang menggunakan teknologi maklumat untuk aktiviti pemasaran, dan proses membina, berkomunikasi, menyampaikan dan menawarkan penukaran yang mempunyai nilai kepada pelanggan, rakan kongsi dan masyarakat secara meluas adalah salah satu strategi pemasaran yang praktikal. Manakala menurut Rothschild (2011), pendekatan komunikasi media sosial terdiri daripada beberapa kaedah termasuk forum di internet, blog sosial, microblogging, wikis, podcast, gambar, video, penilaian undian pengguna dan sosial bookmarking. Ciri laman web adalah salah satu daripada perkara penting yang boleh mempengaruhi pengguna untuk membeli produk dalam talian. Sebagai contoh, peniaga dalam talian boleh menggunakan teknologi tinggi untuk meningkatkan laman web mereka untuk mempengaruhi persepsi pengguna laman web (Prasad & Aryasri, 2009). Justeru itu, sekiranya usahawan dan peniaga menganggap bahawa kemahiran e-pemasaran itu adalah penting dalam perniagaan, maka mereka akan lebih cenderung untuk mempertimbangkan kemahiran epemasaran adalah salah satu perubahan strategi pemasaran yang perlu diberi perhatian dalam situasi pandemik ini. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H3: Kemahiran e-pemasaran terhadap perubahan strategi pemasaran semasa pandemik COVID19 adalah berhubung secara positif. Kepuasan Pengguna Kepuasan pengguna juga merupakan faktor kepada penyumbang kejayaan sesebuah perniagaan. Kepuasan pengguna ialah penilaian selepas pembelian dan penggunaan. (Sweeney & Soutar 2001). Menurut Pudji Utomo et al., (2011), pembelian adalah fungsi daripada faktor untuk berbelanja dan pengaruh persekitaran atau individu berbelanja bermaksud mempunyai rancangan untuk membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan tertentu. Menurut Zeithaml et al. (2002), mempunyai produk dalam stok, menyampaikan produk dalam masa tempoh masa yang dijanjikan dan ketepatan janji perkhidmatan adalah sifat-sifat faktor memenuhi kepuasan pelanggan dan mereka menambah bahawa kelewatan penghantaran mungkin mempunyai kesan negatif ke atas kepuasan. Hal ini bermakna peniaga menepati tempoh penghantaran barangan
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 80 seperti yang telah dijanjikan semasa iklan dibuat. Penghantaran lambat atau lewat misalnya, membuat pelanggan menjauhkan diri daripada membeli-belah dalam talian (Comegys et al., 2009). Christodoulides dan Michaelidou (2011) menyatakan bahawa peniaga yang menawarkan perkhidmatan jualan secara atas talian kemungkinan besar akan meningkatkan kepuasan pengguna dan menambah nilai kepada pengalaman membeli-belah mereka. Maka tidak keterlaluan dikatakan tindakan yang pantas untuk melakukan perubahan terhadap polisi dan strategi akan memberi kepuasan dan keyakinan kepada pengguna. Ini menunjukkan bahawa sekiranya kepuasan pengguna terhadap perubahan strategi pemasaran semasa pandemik adalah positif, maka usahawan dan peniaga cenderung untuk mempertimbangkan kepuasan pengguna berkait rapat dengan perubahan strategi pemasaran yang perlu diambil perhatian semasa pandemik ini. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H4: Kepuasan pengguna terhadap perubahan strategi pemasaran semasa pandemik COVID-19 adalah berhubung secara positif. Cadangan Framework Penyelidikan Berdasarkan kepada perbincangan sorotan kajian dan isu semasa, kajian mengenai faktor yang mempengaruhi perubahan strategi pemasaran perniagaan sempena pandemik COVID-19 perlu dilaksanakan. Kajian ini mencadangkan empat pembolehubah yang perlu diuji bagi menentukan pemboleh ubah manakah yang menjadi faktor penentu kepada perubahan strategi pemasaran perniagaan sempena pandemik COVID-19 di Malaysia adalah releven. Model bagi kerangka konsep yang dicadangkan adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. Rajah 1. Model kerangka konsep Kesimpulan Empat pemboleh ubah yang dibincangkan merupakan antara faktor penting yang mempengaruhi perubahan strategi pemasaran perniagaan sempena pandemik COVID-19 di Malaysia. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, banyak premis perniagaan ditutup dan tidak beroperasi. Keadaan mula beransur pulih apabila PKPP dilaksanakan dan beberapa kelonggaran diberi kepada semua industri perniagaan untuk beroperasi semula. Namun tidak dinafikan, kesan pandemik ini terdapat beberapa premis
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 81 perniagaan termasuk perhotelan telah menutup operasi perniagaan mereka sepenuhnya. Justeru itu, model yang ditunjukkan dalam Rajah 1 adalah dilihat relevan untuk dikaji bagi menentukan faktor penentu perubahan strategi pemasaran perniagaan. Hasil analisis yang akan dijalankan, diharapkan dapat membantu kelangsungan perniagaan para usahawan dan peniaga dalam keadaan pandemik ini. Rujukan Ahmad Syahrul Haniff Mohd Rawi, S. Z. (2011). Tahap Hubungan Antara Pelbagai Faktor Terpilih Dengan Keinginan Menggunakan E-Dagang Dalam Kalangan Pengguna Internet. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 13(2), 11-28. Christodoulides, G. & Michaelidou, N. (2011). Shopping motives as antecedents of e-satisfaction and e-loyalty. Journal of Marketing Management, 27(1-2), 181-197. Coker, B. L. (2011). Freedom to Surf: The Positive Effects of Workplace Internet Leisure Browsing. New Technology, Work and Employment 26(3), 238-247 Comegys, C., Hannula, M., & Váisánen, J. (2009). Effects of consumer trust and risk on online purchase decisionmaking: a comparison of Finnish and 76 Jurnal Pengguna Malaysia United States students. International Journal of Management, 26(2), 295–308. Farhan Mat Arisah, Shamsul Azahari Zainal Badari & Ahmad Hariza Hashim. (2016), Amalan PembelianSecara Atas Talian dan Faktor-Faktor Mempengaruhi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) Volume 1, Issue 3, June 2016 Forsythe, S., Liu, C., Shannon, D., & Gardner, L.C. (2006). Development of a scale to measure the perceived benefits and risks of online shopping. Journal of Interactive Marketing, 20(2), 55-75. Grewal, D., Iyer, G.R., & Levy, M. (2002). Internet retailing: enablers, limiters and market consequences. Journal of Business Research, 57(7), 703-713. Gruber, M. 2004.Marketing in new ventures: theory and empirical evidence. Schmalenbach Business Review, 56 (April), 164–199. Halim, M. F. (2020). Usahawan PKS ubah pendekatan berniaga ketika PKP, 11 April 2020, Malaysia Kini, retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/520015?utm_source=dlvr.it&utm_medium=faceb ook&fbclid=IwAR2eWxT9CqrCrIutQETc7Zi_bvbHO-LdnECMAdKY25nKEDSNBeiooiVZJM Halim, H. A., Said, J., & Yusuf, S. N. S. (2012). Individual characteristics of the successful asnaf entrepreneurs: Opportunities and solutions for zakat organization in Malaysia. International Business and Management, 4(2), 41-49. Kwek, C.L., Tan, H.P., & Lau, T.C. (2010). Investigating the shopping orientations on online purchase intention in the e-commerce environment: A Malaysian study. Journal of Internet Banking and Commerce, 15(2), 1-22. Laporan Penyiasatan Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isi Rumah di Malaysia, 2013. (2013). Dimuat turun pada 20 Oktober 2014 dari laman web http://www.statistic.gov.my Lawson B. & Samson D. 2001. Developing innovation capability in organisations: A Dynamic capabilities approach. International Journal of Innovation Management 5(3): 377–400. Marzieh, Z. & Laily, P. (2013). Predicting consumer attitude to use on-line shopping: Context of Malaysia. Life Science Journal, 10(2), 497-501. Mujiyana, Ingge Elissa. 2014. Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Keputusan Pembelian Via Internet Pada Toko Online. FE Universitas Gunadarma. Semarang. Murnaena Muhammad Nasir (2020). Covid-19: Perniagaan terjejas. retrieved from https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/551783/covid-19-perniagaan-terjejas Nur Farahiah, A. & Lew, W.P. (2014). Factors influencing the intention for online purchasing: A study among university students in Malaysia. International Journal of Management Sciences, 4(2), 69-74. Nurdin, G., Chan, G. K., Selvadurai, S., &Ishak, S. (2014). Hubungan sosial dan perniagaan kecil-kecilan di Malaysia-Tingkah laku inovatif usahawan wanita atas talian. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 10(6), 206-218. Prasad, C. & Aryasri, A. (2009). Determinants of shopper behavior in etailing: an empirical analysis. Paradigm, 13(1), 73–83. Pudji Utomo, Endang Lestarininggih & Yohanes Suhari (2011). Kepercayaan Terhadap Internet Serta Pengaruhnya Pada Pencaria Informasi dan Keinginan Membeli Secara Online. Jurnal Dinamika Informatika, 3(1). Reichert F.M., Beltrame R.S., Corso K.B., Trevisan M. & Zawislak P.A. 2011. Technological capability’spredictor variables. Journal of Technology Management & Innovation 6(1), 14–25.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 82 Rothschild, P. C. (2011). Social media use in sports and entertainment venues. International Journal of Event and Festival Management, Vol. 2 (No. 2), pp. 139-150. Saari, M. Y. (2020). Fahami cara covid-19 beri impak kepada rakyat dan ekonomi, Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, UPM, retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/fahami cara-covid-19-beri-impak-kepada-rakyat-dan-ekonomi-235835 Simpson, M., Taylor, N., & Padmore, J. 2011. Marketing in SMEs. In S. Nwankwo & A. Gbadamosi (Eds.), Entrepreneurship Marketing: Principles and Practice of SME Marketing (pp. 1–12). New York: Routledge Strauss, J & Frost, R, (2014). E-marketing. 7th edition. Routledge, Taylor and Francis Group. Sweeney, J.C. & Soutar, G.N. (2001). Consumer perceived value: The development of a multiple item scale. Journal of Retailing, 77(2), 203-220. Zeithaml, L., Berry L, & Parasuraman, A. (2002). An empirical examination of the service quality-value-loyalty chain in an electronic channel. Working Paper. University of North Carolina.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 83 KERANGKA KONSEP FAKTOR PENENTU TAHAP PEMAHAMAN KONSEP PEMASARAN DALAM KALANGAN PELAJAR DIPLOMA POLITEKNIK Doreen Sualin dan Cherrycia Yoag Abstrak Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, peletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya. Keputusankeputusan ini adalah berkaitan dengan aspek-aspek pemasaran yang akan kita pelajari dalam pelajaran-pelajaran yang akan datang. Kursus berkaitan pemasaran merupakan kursus yang wajib diambil oleh pelajar Diploma Pemasaran di Politeknik. Kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti tahap kefahaman mereka mengenai konsep pemasaran yang sebenar. Justeru itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada tahap kefahaman mereka terhadap konsep pemasaran. Kajian ini penting bagi membantu pihak institusi memantapkan lagi kursus ini untuk menyiapkan pelajar menghadapi dunia pemasaran yang sebenar. Kata Kunci: Konsep Pemasaran, Pelajar Diploma Pemasaran, Politeknik Pendahuluan Kelemahan pelajar Diploma Pemasaran menguasai kursus teras adalah disebabkan oleh tahap pemahaman mereka masih rendah terhadap konsep pemasaran. Ini dapat dilihat melalui pencapaian pelajar dalam penilaian berterusan atau peperiksaan akhir. Oleh itu, pensyarah perlu mengambil tindakan segera untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar. Hal ini disokong dalam kajian Siti, Azizah dan Norhaliza (2017) yang mendapati pensyarah perlu memberi tumpuan kepada konsep yang dianggap sukar untuk dikuasai oleh pelajar dengan memastikan perancangan sebelum mengajar disediakan dengan terperinci, kreatif dan menerapkan konsep Outcome Based Education (OBE) iaitu teori pendidikan yang menekankan pencapaian matlamat selepas setiap sesi pembelajaran. Konsep OBE juga akan menggalakkan pelajar yang pasif dan hanya sekadar menerima input dari pensyarah sahaja (Nor Amanina, 2013). Kajian tersebut juga mencadangkan pihak pensyarah boleh meningkatkan tahap kefahaman pelajar dengan menambah baik kaedah pengajaran kepada cara yang lebih terkini, berasaskan teknologi dan lebih interaktif untuk menarik minat pelajar. Melalui usaha yang berterusan oleh pensyarah dan pelajar, konsep pemasaran akan tersemai dalam jiwa pelajar itu sendiri. Perkara ini disokong oleh Gagne (1970) yang mendapati sukar untuk membentuk konsep pada minda pelajar dan jika ia telah berlaku maka mudahlah pembelajaran itu dilakukan. Sementara itu, Faridah dan Afham (2018) juga mendapati bahawa, terdapat hubungan di antara kelas dan pensyarah. Pelajar yang mempunyai kurang kefahaman akan mendorong mereka kurang memberi tumpuan dan minat di dalam kelas. Menurut Fazlina dan Aniza Suriati (2017), pelajar kurang berminat apabila kursus yang diajar adalah teori dan kurang mencabar. Oleh itu, kaedah pembelajaran interaktif sangat membantu di dalam meningkatkan kefahaman dan minat pelajar di dalam kelas (Rafiza, 2013). Menurut Chow (1986), minat merupakan penggerak yang mendorong seseorang supaya memberi perhatian kepada sesuatu perkara atau kegiatan. Oleh itu, suasana pembelajaran yang menarik dan wujudnya interaksi dua hala antara pensyarah dan pelajar, dapat menarik minat, motivasi serta kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 84 Peranan pensyarah sangat penting dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar. Ilmu yang disampaikan harus diuji untuk mengetahui tahap penerimaan pelajar. Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), seseorang guru yang mengajar pelajar harus mengetahui konsep-konsep pengujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan sebelum memahami penilaian secara holistik. Bagi pelajar Diploma Pemasaran, pelajar harus memahami konsep yang betul supaya pelajar tidak keliru untuk mempelajari kursus-kursus pemasaran yang lain. Menurut Azizi dan Elanggovan (2010), kesilapan kepada tafsiran dalam konsep akan memberikan gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar. Kelemahan kefahaman konsep ini bukan sahaja berlaku kepada pelajar-pelajar yang lemah malahan ia juga berlaku pada pelajar-pelajar yang bijak. Kesilapan-kesilapan pelajar biasanya berkaitan dengan pemahaman dan kaedah penyelesaian. Dalam konteks pemasaran, terdapat banyak konsep yang menggambarkan situasi sesuatu keadaan di dalam pemasaran. Contohnya dalam konsep pengeluaran, ia menitik berat tentang kuantiti pengeluaran. Konsep jualan mengutamakan aktiviti promosi, konsep produk pula menitik berat tentang kualiti produk dan konsep pemasaran lebih fokus kepada memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Di samping itu, konsep dalam campuran pemasaran juga harus dikuasai oleh pelajar Diploma Pemasaran. Berdasarkan kepada kajian Shaokun et a. (2017); Maryam (2017) dan Art dan Donovan (2016), campuran pemasaran adalah penting di dalam memberi kelebihan daya saing dan pasaran kepada usahawan untuk berada di dalam pasaran. Justeru itu, adalah sangat penting para pelajar menguasai konsep pemasaran dengan betul. Pemahaman konsep yang betul, memudahkan pelajar mengingati dan mengikut proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik. Menurut Azizi et al (2020) juga, pemahaman konsep yang berkesan dapat meningkatkan daya ingatan seseorang pelajar. Bagi mengelak pelajar tercicir akibat ketidakfahaman konsep semasa pengajaran dan pembelajaran, pelbagai kaedah dan inovasi dilakukan oleh tenaga pengajar bagi memantapkan dan mewujudkan suasana yang menarik dalam kelas. Oleh itu, kajian lanjut perlu dilakukan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar Diploma Pemasaran mengenai konsep pemasaran yang sebenar. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada tahap kefahaman pelajar terhadap konsep pemasaran untuk membantu pihak institusi memantapkan lagi kursus ini untuk menyiapkan pelajar menghadapi dunia pemasaran yang sebenar. Soroton Kajian Penilaian Penilaian merupakan satu proses yang dilakukan untuk mengetahui keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus peringkat sekolah. Penilaian terbahagi kepada dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian ini dijalankan oleh para guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tujuan penilaian formatif ialah untuk mendapat maklumat tentang kemajuan pelajar dan mengukur penguasaan pelajar terhadap topik atau unit tertentu. Ujian ini boleh dilakukan dengan kuiz dan ujian-ujian unit. Walau bagaimanapun, menurut Kathy dan Winifred (2003), Siti Rahiyah (2008) dan Abu Bakar et al. (2008), jika pelajar belum menguasai, pengubahsuaian pengajaran perlu dilakukan. Ini menunjukkan bahawa melalui penilaian, penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran pensyarah juga dapat dilakukan supaya kaedah yang digunakan lebih menarik minat pelajar supaya pelajar mudah memahami sesuatu topik yang dipelajari. Penilaian yang dibuat terhadap seseorang pelajar adalah penting untuk menentukan kualiti pelajar yang dilahirkan hasil pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat pengajian. Hasil penilaian juga sangat bergantung kepada jenis-jenis ujian yang dikendalikan di samping aspek kesahan dan kebolehpercayaan ujian (Arsaythamby Veloo, 2011). Ini menunjukkan bahawa, penilaian
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 85 adalah sangat penting untuk mengetahui dan mengukur tahap pemahaman pelajar dalam konsep pemasaran. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H1: Penilaian terhadap tahap pemahaman konsep pemasaran dalam kalangan pelajar Diploma Pemasaran Politeknik Kota Kinabalu adalah berhubung secara positif. Perbincangan belajar bersama Menurut Kamus Pelajar edisi kedua, perbincangan bermaksud perbuatan atau hal berbincang. Teknik belajar bersama telah diperkenalkan dalam pembelajaran koperatif yang dinyatakan oleh Abdul Kadir (2002), iaitu matlamat seseorang pelajar hanya dicapai sekiranya matlamat tersebut dicapai oleh pelajar lain. Kelebihan teknik ini adalah dalam aspek penyelesaian konflik dan pemprosesan secara kumpulan. Kaedah perbincangan merupakan satu strategi pengajaran yang melibatkan satu aktiviti perbualan yang melibatkan di antara pelajar dengan guru di dalam sesebuah kelas. Dalam sesi perbincangan, guru lazimnya menjadi penyelia kepada sesi perbincangan. Pelajar pula memainkan peranan yang aktif dalam sesi perbincangan tersebut. Slavin (1995) menyatakan interaksi dalam kalangan pelajar menggalakkan pencapaian matlamat pembelajaran dengan jayanya daripada belajar sendiri. Setiap ahli kumpulan perlu berkongsi sumber dan saling bantu-membantu, menyokong, menggalakkan dan menghargai usaha yang dicapai oleh setiap ahli kumpulan yang lain. Menurut Abu Hassan (2006), dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang, guru perlu melibatkan pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan pemikiran kritis, analitis dan inovatif. Kajian yang dilakukan oleh Johnson (1989), mendapati bahawa di antara kesan interaksi bersemuka ialah ia dapat mempengaruhi usaha setiap ahli kumpulan untuk mencapai matlamat bersama, memotivasikan setiap ahli kumpulan untuk mencapai matlamat bersama serta dapat mengurangkan rasa bimbang dan tekanan. Justeru, perbincangan bersama pelajar dapat membantu meningkatkan tahap pemahaman pelajar di samping dapat mengenal pasti tahap pemahaman pelajar terhadap konsep pemasaran melalui idea dan pendapat pelajar semasa sesi perbincangan berlangsung. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H2: Perbincangan : belajar bersama terhadap tahap pemahaman konsep pemasaran dalam kalangan pelajar Diploma Pemasaran Politeknik Kota Kinabalu adalah berhubung secara positif. Kajian lapangan Kajian lapangan ialah satu kaedah inkuiri sains yang sesuai dengan pengajaran topik-topik persekitaran dalam sains. Selain itu, kajian lapangan juga merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan eksperimen. Seseorang yang ingin memahami sesuatu konsep, kajian lapangan merupakan sumber terpenting untuk mendapatkan maklumat baru dengan lebih jelas. Ia membolehkan seseorang memahami fenomena yang dikaji itu dengan sedalam mungkin. Pengenalan kajian lapangan merupakan pengalaman pertama tentang persekitaran melalui kerja amali yang didorong oleh perasaan ingin tahu dan penemuan (Acher & Dalton, 1970). Kerja lapangan menyediakan peluang yang baik untuk menunjukkan proses-proses fizikal; mendorong penjelasan sebab dan akibat; merangsang pelajar untuk melawat atau mengembara dan melihat (Jones, 1968). Kerja lapangan memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi peserta yang aktif dalam memperoleh pengetahuan di samping dapat meningkatkan perasaan ingin tahu pelajar. Melalui kajian lapangan, pelajar dapat mengaplikasikan dan mengaitkan konsep-konsep yang dipelajari dalam kelas dengan situasi sebenar yang dikaji. Ini dapat mendedahkan pelajar tentang penggunaan sesuatu konsep tersebut dengan betul. Justeru itu,
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 86 Penilaian (+) Perbincangan: Belajar Bersama (+) Kajian Lapangan (+) Kerangka Konsep Faktor Penentu Tahap Pemahaman Konsep Pemasaran Dalam Kalangan Pelajar Diploma Politeknik. (+) melalui kajian lapangan ia dapat membantu mengenal pasti tahap pemahaman pelajar terhadap konsep-konsep pemasaran. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H3: Kajian lapangan terhadap tahap pemahaman konsep pemasaran dalam kalangan pelajar Diploma Pemasaran Politeknik Kota Kinabalu adalah berhubung secara positif. Cadangan Kerangka Konsep Rajah 1. Kerangka konsep penyelidikan Berdasarkan kepada perbincangan kajian literatur, kajian mengenai tahap pemahaman konsep pemasaran dalam kalangan pelajar Diploma Pemasaran Politeknik Kota Kinabalu perlu dijalankan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan tiga pemboleh ubah yang perlu diuji bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada tahap kefahaman pelajar terhadap konsep pemasaran. Model bagi kerangka konsep yang dicadangkan adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. Kesimpulan Penguasaan konsep dalam pemasaran akan membantu pelajar memahami dengan lebih mudah kursus-kursus yang berkaitan dengan pemasaran. Di samping itu, pelajar juga mudah mengaitkan konsep dengan situasi sebenar dalam aktiviti pemasaran. Secara tidak langsung, ia membantu pelajar menjawab soalan-soalan penilaian dengan lebih mudah. Pelajar Diploma Pemasaran perlu mempunyai asas yang kukuh sebelum memasuki fasa dalam alam pekerjaan yang sebenar. Perancangan strategi pemasaran memerlukan seseorang yang cekap dan teliti kerana ia menentukan kejayaan sesebuah syarikat dalam perniagaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengkaji tahap pemahaman pelajar dalam konsep pemasaran. Tiga pembolehubah yang dicadangkan adalah releven untuk dikaji bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada tahap kefahaman pelajar terhadap konsep pemasaran. Rujukan Abdul Kadir, S. (2002). Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap Prestasi, Atribusi Pencapaian, Konsep Kendiri Akademik dan Hubungan Sosial dalam Pendidikan Perakaunan. Universiti Putra Malaysia: Tesis Doktor Falsafah. Arsaythamby Veloo. (2011). Keupayaan Teori dan Pelaksanaan Pentaksiran dalam Pembelajaran, Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, JGD – Journal of Governance and Development 8 Vol.7, 2011: 8-15 Che In, Faridah & Ahmad, Afham. (2018). Effectiveness Study of Interactive Learning Based on Kahoot Applications A Case Study of the Principles of Marketing Course.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 87 Fazlina Abd Rahiman & Aniza Suriati Abdul Shukor. (2017). Hubungan Minat Dan Sikap Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Kursus DPA3043. National Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompEx’17). Gagne.R. (1985). The Conditions of Learning. NewYork. Holt, Rinehart and Winston. Ismail, Ahmad & Ayop, Shahrul Kadri. (2016). Tahap Kefahaman dan Salah Konsep Terhadap Konsep Daya Dan Gerakan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Jurnal Fizik Malaysia. 37: 1090-1101. Johnson, D. W., & Roger, T. J. (1989). Cooperation and Competition: Theory and Research. Edina, Minn.: Interaction Book Co. Jones, P. Alun. (1968). Field work in geography. Longmans, London. Muhammad Rizal Che Din, Muhammad Khalilizul Syahmie Nordin@Nordey, Rozaini Zulkiffle, Sahibul Amin Wardi. (2011). Kajian Lapangan https://www.scribd.com/doc/61624771/KAJIAN-LAPANGAN Nor Amanina Izyan. (2013). Pelaksanaan Outcomes Based Education (OBE) Dalam Kalangan Pensyarah Di Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Johor. KUiTTHO Nor Hasliza Mohamed. (2012). Penglibatan Pelajar Dalam Pembelajaran Koperatif di Sekolah Menengah Vokasional, Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Rafiza Abdul Razak. (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 1(3): 34 Siti Zaimar Wahid, Azizah Safie & Norhaliza Idris. (2017). Tinjauan Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap Konsep Asas Dalam Bahasa Pengaturcaraan Java di Politeknik Balik Pulau. Slavin, R. E. (1995). Coorperative Learning. Needhem Height, MA: Allyn & Bacon. Yahaya, Azizi & M. Savarimuthu, Elanggovan. (2010). Bab 2: Kepentingan kefahaman konsep dalam matematik. In: Sains Sosial. Universiti Teknologi Malaysia, pp. 1-6.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 88 KESEDARAN KEPENTINGAN STRATEGI PEMASARAN DALAM KALANGAN PENTERNAK AYAM PEDAGING Doreen Sualin dan Canter S.Bando Abstrak Pemasaran merupakan satu proses penyasaran untuk mengenali dan memenuhi kehendak dan keperluan pengguna di dalam mengekalkan keuntungan aktiviti yang dijalankan. Pemasaran juga bertindak sebagai fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mencipta, mengembangkan dan mengekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan perkhidmatan melalui strategi pemasaran yang dirancang. Namun begitu, kebanyakan penternak ayam pedaging di daerah Kota Belud kurang menitikberatkan kepentingan dalam strategi pemasaran. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk membincangkan kepentingan strategi pemasaran bagi membantu penternak ayam pedaging di daerah Kota Belud dalam merancang strategi pemasaran. Kajian ini penting dalam merangka pelan untuk membantu para penternak ayam pedaging memahami kepentingan strategi pemasaran supaya tidak bergantung kepada syarikat Integrator. Kata Kunci: Strategi Pemasaran, Penternak Ayam Pedaging, Kota Belud Pendahuluan Menurut Philip Kotler (1997), pemasaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses sosial yang mengarahkan pengaliran keluaran dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi daripada pihak pengeluar kepada pengguna dan dalam masa yang sama mampu memenuhi permintaan pengguna dan menyempurnakan matlamat organisasi serta masyarakat. Walau bagaimanapun, terdapat kesepakatan takrif yang sering digunakan oleh kebanyakan pihak di dalam menyatakan maksud pemasaran secara menyeluruh, iaitu suatu proses perancangan dan perlaksanaan pembangunan, penentuan harga, promosi dan pengagihan barangan serta perkhidmatan (Malcolm, 1992). Pengertian strategi pemasaran pula menurut Kotler dan Armstrong (2008), adalah logik pemasaran di mana unit perniagaan berharap dapat menghasilkan nilai dan manfaat dari hubungannya dengan pengguna. Hal ini disokong oleh Kurtz (2008), di mana pengertian strategi pemasaran adalah program keseluruhan syarikat dalam menentukan pasaran sasaran dan memuaskan pengguna dengan membina gabungan unsur-unsur dari campuran pemasaran iaitu produk, pengedaran, promosi dan harga. Menurut, Hendry, Karyana dan Marshelia (2012), sebilangan responden menganggap penting untuk menggunakan strategi pemasaran di syarikat agar syarikat dapat berkembang dan berjalan dengan baik sesuai dengan teknologi terkini. Ini kerana dengan menggunakan strategi pemasaran, syarikat dapat meningkatkan penjualan sekarang dan pada masa hadapan. Penggunaan 4P (Produk, Harga, Tempat, dan Promosi) dan STP (segmentasi, penyasaran, perletakan) adalah sangat penting dalam strategi pemasaran untuk menentukan bahagian pasaran dan dapat mencapai sasaran serta dapat mengenal pasti sasaran pengguna. Di samping itu, ia juga dapat mengetahui produk dalam perniagaan termasuk jenama, kepelbagaian produk, jenis, ciri, dan kualiti, saluran yang tepat dalam pengedaran, harga yang tepat, dan promosi yang tepat dalam memasarkannya. Sementara itu, Anim Hosnan (2011) mendapati industri ayam merupakan industri yang besar dijalankan di Malaysia iaitu sebanyak 225,789,620 ekor diternak pada tahun 2010.
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 89 Sebagai perbandingan jumlah ternakan ayam ini cuma sebanyak 174.7 juta pada tahun 2005 telah meningkat kepada 179.2 juta ekor (2006), 188.83 juta ekor (2007), 192.69 juta ekor (2008) dan sebanyak 208.33 juta ekor pada tahun 2009. Anim Hosnan (2011) juga mendapati tahap jumlah pengeluaran daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,295 ,000 metrik tan yang bernilai sebanyak RM 5.776 billion. Penggunaan daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,103,000 metrik tan setahun. Daging ayam merupakan jenis daging putih yang banyak diambil oleh rakyat Malaysia seharian. Secara keseluruhannya tahap pengeluaran perkapita ayam pedaging di negara ini masih rendah jika dibandingkan Thailand dan Indonesia8 (Alias Abd Rani, 2017). Secara perbandingan, Thailand dan Indonesia masing-masing mampu mengeluarkan sebanyak 11.6 kilogram (kg) dan enam kg berbanding Malaysia. Justeru itu, kilang dan penternak perlu memainkan peranan supaya pengeluaran mencapai tahap yang baik. Dalam pada itu, jumlah pengeluaran ayam di negara direkodkan sebanyak 1.5 juta ekor sehari namun hanya tujuh peratus dieksport. Penternak atau pengusaha perlu membuat dalam skala besar termasuk mempunyai perancangan jangka panjang supaya pengeluaran mencapai sasaran 30 peratus pada 2030. Bagi meningkatkan pengeluaran ayam pedaging, strategi pemasaran perlu dirancang dengan teliti supaya pasaran dapat diperluaskan dan secara tidak langsung jualan dapat dipertingkatkan. Kesedaran para penternak ayam pedaging terhadap kepentingan dalam strategi pemasaran adalah nadi kepada jangka hayat syarikat dalam perniagaan. Oleh itu, kajian lanjut perlu dijalankan untuk membincangkan kepentingan strategi pemasaran bagi membantu penternak ayam pedaging di daerah Kota Belud dalam merancang strategi pemasaran. Kajian ini penting dalam merangka pelan untuk membantu para penternak ayam pedaging memahami kepentingan strategi pemasaran supaya tidak bergantung kepada syarikat Integrator. Soroton Kajian Meningkatkan daya saing Menurut Kamus Dewan edisi keempat, daya saing bermaksud kemampuan untuk bersaing. Daya saing juga merupakan satu kriteria untuk menentukan kejayaan dan pencapaian matlamat yang lebih baik oleh sesebuah negara dalam meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi (Tri Weda Rahardjo, 2018). Menurut Thamrin, Hartini dan Nor Azila (2010), kemampuan bersaing difahami sebagai kemampuan perusahaan untuk membuat pengguna memilih dan menggunakan produk mereka berbanding produk pesaing, atau kemampuan perusahaan secara berterusan memperkenalkan produk mereka ke atas pasaran. Kemampuan bersaing dalam pandangan pengguna iaitu dengan mempertimbangkan kos/harga, kecepatan, dan fleksibiliti (Anatan, 2008). Ini menunjukkan bahawa, kesedaran kepentingan strategi pemasaran adalah sangat penting dalam meningkatkan daya saing penternak supaya kemampuan bersaing dapat ditingkatkan dalam memenangi hati pengguna untuk memilih syarikat sebagai pembekal ayam pedaging. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H1: Terdapat hubungan yang signifikan pemboleh ubah meningkatkan daya saing terhadap kesedaran kepentingan strategi pemasaran dalam kalangan penternak ayam pedaging. Penembusan pasaran baru Menurut Kotler Philip (2013), penembusan pasaran merupakan satu strategi pertumbuhan syarikat melalui jualan produk sedia ada dalam segmen pasaran lama tanpa melakukan sebarang perubahan terhadap produk tersebut. Strategi pemasaran yang berkesan dapat meluaskan 8 Laporan yang disiarkan oleh harian Metro bertarikh 23 November 2017 Mengulas ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 90 pasaran dan secara tidak langsung dapat meningkatkan jualan. Selain itu, penembusan pasaran sering digunakan untuk menentukan sama ada produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat mampu menguasai peratusan tetap tertentu dalam pasaran. Walaupun strategi penembusan pasaran tidak membuat sebarang perubahan radikal terhadap strategi pemasaran korporat firma, ia mempunyai potensi yang luar biasa untuk meningkatkan keuntungan dan pendapatan (Taqi, 2018). Jika perniagaan merancang untuk meningkatkan penembusan pasaran, penting untuk melaksanakan taktik dan strategi tertentu yang akan meningkatkan jualan dan mengurangkan pesaing. Terdapat empat pilihan output dalam Ansoff Matrix, iaitu yang pertama adalah penembusan pasaran. Ini adalah pilihan strategik bagi organisasi yang ingin memperluas pasaran yang sedia ada, dengan produk yang ada. Mercer (1996) menyatakan bahawa strategi pertumbuhan yang wujud dalam pilihan penembusan pasaran adalah untuk organisasi yang ingin mengekalkan atau meningkatkan bahagian produknya yang ada di pasaran, memperoleh kepemimpinan pasaran, mengubah proses yang kompetitif dalam pasaran yang matang, atau meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna yang ada. Justeru, dalam situasi ini sekiranya penternak sedar kepentingan strategi pemasaran dalam meningkatkan keuntungan, penternak ayam pedaging akan memperluas pasaran dengan menembusi pasaran baru. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H2: Terdapat hubungan yang signifikan pemboleh ubah penembusan pasaran baru terhadap kesedaran kepentingan strategi pemasaran dalam kalangan penternak ayam pedaging. Meningkatkan reputasi syarikat Syarikat yang mempunyai nama yang besar atau reputasi yang tinggi bakal menarik perhatian orang ramai dan secara tidak langsung meningkatkan penjualan sesebuah syarikat (Insken, 2017). Menurut Rahimah Abd. Samad (2016), produk dan perkhidmatan sesebuah perniagaan memberi kesan ke atas reputasi syarikat terutamanya dari aspek kualiti. Dapatan tersebut disokong oleh Luis Cabral (2000), yang menyatakan reputasi syarikat akan memberi kesan kepada tanggapan kepada kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Rahimah (2016), juga berpendapat bahawa pelanggan akan lebih mempercayai perniagaan yang sentiasa menjaga dan menambah baik kualiti produk dan perkhidmatan, memberikan nilai yang tinggi dan sentiasa berinovasi. Malahan, apa yang lebih penting adalah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan memberi kepuasan kepada pelanggan dan pengguna. Menurut Mohd Sofian (2014), imej korporat adalah aset bernilai yang perlu diurus oleh sesebuah organisasi kerana imej yang disukai ramai boleh meningkatkan hasil jualan produk atau perkhidmatan dan seterusnya meningkatkan kepuasan dan kesetian para pelanggan di samping menarik para pelabur dan kakitangan pada masa akan datang. Justeru, kesedaran kepentingan strategi pemasaran dalam kalangan penternak ayam pedaging adalah sangat penting dalam mengekalkan dan meningkatkan kualiti produk supaya tidak menjejaskan imej syarikat malah dapat meningkatkan reputasi syarikat. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H3: Terdapat hubungan yang signifikan pemboleh ubah meningkatkan reputasi syarikat terhadap kesedaran kepentingan strategi pemasaran dalam kalangan penternak ayam pedaging. Menghadapi landskap pemasaran baru Impak perubahan teknologi maklumat ke atas pemasaran industri akan memberikan pelbagai jalan atau alternatif baru dalam usaha mempelbagaikan aktiviti pemasaran yang sebelum ini tidak pernah difikirkan (Nor Pujawati & Md Said, 2002). Ledakan maklumat telah menyebabkan wujudnya e-dagang iaitu proses pembelian dan penjualan yang disokong oleh kaedah elektronik. Urusniaga berlaku dalam “pasaran elektronik”. Pertumbuhan perniagaan melalui e-dagang ini telah menggalakkan organisasi di seluruh dunia mengintegrasikan sistem
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 91 ini ke dalam sistem perdagangan mereka sama ada secara dalaman dan luaran (Chan & Swatman, 2000). Menurut Mohammad Ismail (2020), landskap pemasaran juga turut berubah daripada konvensional kepada digital setelah pandemik COVID-19 yang telah melanda secara global. Senario ini dijangka akan berterusan dalam jangka masa panjang. Ini menunjukkan, kesedaran kepentingan strategi pemasaran dalam kalangan penternak ayam pedaging adalah sangat penting dalam menghadapi landskap pemasaran baru untuk merancang strategi syarikat supaya tidak ketinggalan dengan arus kemajuan teknologi. Oleh itu, hipotesis yang dicadangkan adalah: H4: Terdapat hubungan yang signifikan pemboleh ubah menghadapi landskap pemasaran baru terhadap kesedaran kepentingan strategi pemasaran dalam kalangan penternak ayam pedaging. Cadangan Kerangka konsep Rajah 1. Kerangka konsep penyelidikan Berdasarkan kepada perbincangan kajian literatur, kajian mengenai kesedaran kepentingan strategi pemasaran dalam kalangan penternak ayam pedaging perlu dijalankan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan empat pemboleh ubah perlu diuji bagi menentukan kesedaran kepentingan strategi pemasaran dalam kalangan penternak ayam pedaging. Model bagi kerangka konsep yang dicadangkan adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. Kesimpulan Strategi pemasaran adalah sangat penting dalam menentukan pertumbuhan dan perkembangan syarikat. Oleh itu kesedaran kepentingan strategi pemasaran dalam kalangan penternak ayam pedaging perlu dipupuk supaya mereka dapat merangka pelan strategi untuk meningkatkan daya saing dan meluaskan pasaran. Melalui perbincangan ini, terdapat empat pemboleh ubah dalam kepentingan strategi pemasaran yang dicadangkan untuk dibuat kajian lebih lanjut. Hasil analisis empirikal perlu dijalankan, bagi membantu para penternak ayam pedaging memahami kepentingan strategi pemasaran supaya tidak bergantung kepada syarikat Integrator dan mampu bergerak sendiri apabila tempoh kontrak tamat. Penembusan pasaran baru (+) Meningkatkan reputasi syarikat (+) Kesedaran kepentingan strategi pemasaran dalam kalangan penternak ayam pedaging (+) Menghadapi landskap pemasaran baru (+) Meningkatkan daya saing (+)
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 92 Rujukan Alias Abd Rani. (2017). Pengeluaran Ayam Pedaging Malaysia Rendah dipetik pada 23 Jun 2020 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/286707/pengeluaran-ayam-pedaging-malaysia-rendah Chan, C & Swatman, P. (2000). Firm EDI to internet commerce: the BHL Steel Experience. Internet Research: Electronic Networking Applications and Policy. 10 (1), 72-82. Mohd Anim Hosnan. (2011). Ayam - Industri Ternakan Ayam dipetik pada 24 Jun 2020 dari http://animhosnan.blogspot.com/2011/06/ternakan-ayam-di-malaysia.html Mercer David. (1996). Marketing;Blackwell Business; Wiley, 1996 Hendry Hartono; Karyana Hutomo; Marshelia Mayangsari. (2012). Pengaruh Strategi Pemasaran Terhadap Peningkatan Penjualan Pada Perusahaan Dengan menetapkan alumni dan mahasiswa universitas bina nusantara sebagai objek penelitian Binus Business Review. Vol. 3 No. 2: 882-897 Rahimah Abd. Samad. (2016). Membentuk dan Menilai Reputasi Koperasi, DIMENSIKOOP bil. 48 Januari 2016 Insken. (2017). 5 Kepentingan Pemasaran Bagi Meningkatkan Penjualan Dalam Sesebuah Bisnes dipetik pada 24 Jun 2020 dari https://www.thevocket.com/marketing-summit/ Kotler, P, Armstrong, G. (2008). Principles of Marketing. (1th ed). Malaysia: Prentice Hall. Kurtz, David L. (2008). Contemporary business 2007; Australia: Thomson/South-Western. Luis Cabral. (2000). R&D Cooperation and Product Market Competition. International Journal of Industrial Organization. 18(7., 1033-1047. Md Said, Nor Pujawati. (2002). Perubahan pengurusan dalam pemasaran industri. Jelapang, 3 (1). pp. 11-17. Mohd Sofian Muhammad. (2014). Persepsi terhadap imej korporat:Satu kajian kes di uni.asia lifeassurance berhad. Universiti Utara Malaysia dipetik pada 23 Jun 2020 dari https://www.academia.edu/8237739/PERSEPSI_TERHADAP_IMEJ_KORPORAT_SATU_KAJIAN_KES _DI_UNI.ASIA_LIFE_ASSURANCE_BERHAD Mohammad Ismail. (2020). Anjakan Pemasaran Dan Gaya Hidup Pengguna Dalam Norma Baharu. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1852380 Nor Pujawati & Md Said. (2002). Perubahan Pengurusan Dalam Pemasaran Industri. http://repo.uum.edu.my/390/1/Nor_Pujawati_Md_Said.pdf Tri Weda Rahardjo. (2018). Strategi Pemasaran dan penguatan daya saing produk baru. UKM, Jakad Publishing Surabaya. Thamrin Husen; Hartini Ahmad; Nor Azila Mohd Noor. (2010). faktor pendorong prestasi dan kemampuan bersaing berterusan perusahaan kecil dan sederhana dalam konteks persekitaran pasaran dinamik, Prosiding Perkem 5(2), 114 – 120
PERSEPSI, KONSEP DAN ANALISIS DALAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN : 93 PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN IR 4.0 : CADANGAN KAJIAN DI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Nor Rafidah Abdul Rahman dan Fauzan Ab. Rahman Abstrak Munculnya Revolusi Industri 4.0 telah menyebabkan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Ia telah mengubah gaya hidup manusia serta memberi cabaran baru kepada manusia untuk menyesuaikan diri serta menyelaraskan tugas secara automatik. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kesediaan pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah berdasarkan Revolusi Industri 4.0. Kajian ini akan dijalankan terhadap 317 orang pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah. Rekabentuk kajian berbentuk deskriptif yang menggunakan instrument soal selidik melalui pendekatan kuantitatif. Kajian ini akan menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi dari Romy, Aliyas, Shanmugam, Ruba’ie & Halimatun (2020). Melalaui kajian ini akan dapat mengenalpasti tahap pengetahuan dan kesediaan pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah berdasarkan Revolusi Industri 4.0 dan seterusnya cadangan dan kesimpulan akan dibuat berdasarkan dapatan yang akan diperolehi nanti. Kata Kunci: Revolusi Industri 4.0, Pengetahuan, Kesediaan, Pengajaran, Pembelajaran. Pengenalan Revolusi Industri 4.0 merupakan fenomena yang menggabungkan teknologi cyber dan teknologi mesin. Konsep penerapannya berpusat pada konsep mesin yang dilakukan oleh teknologi tanpa memerlukan tenaga kerja manusia dalam proses pengaplikasiannya. Kemunculan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dapat memungkinkan penyebaran robot kesemua jenis aktiviti manusia seperti aktiviti pertanian, perniagaan, perindustrian, pembuatan serta pendidikan. Di era Revolusi Industri 4.0 ini pelbagai robot telah direka khas untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia. Berdasarkan Klaus Schwab (2016), menerusi bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri 4.0 boleh mengubah cara manusia bekerja dan menjalankan kehidupan harian. Ia melibatkan teknologi automasi dan secara tidak langsung memberi cabaran baru kepada semua bidang di negara ini termasuklah bidang pendidikan. Bagi menyahut cabaran era baru ini, Pendidikan 4.0 telah diperkenalkan untuk menjadikan masa depan pendidikan yang memenuhi keperluan Industri 4.0. Sektor pendidikan mesti dipersiapkan dengan baik untuk mendidik dan melatih para pelajar terutama di peringkat yang lebih tinggi untuk bersedia menghadapi era Revolusi Industri 4.0 ini (Maria, Shahbodin & Pee, 2018). Sejajar dengan itu, bagi menyahut cabaran Revolusi Industri 4.0, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah merangka satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau singkatannya , PPM (PT) 2015-2025 yang menggariskan 10 lonjakan yang perlu dicapai. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi harus bersedia untuk mengaplikasikan pendekatan kaedah pengajaran terkini yang sesuai dengan perkembangan semasa menjelang IR 4.0 (Romy, Aliyas, Shanmugan, Ruba’ie, Halimatun & Ali, 2020). Pensyarah-pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi, memainkan peranan penting dalam melatih dan menghasilkan graduan yang berkualiti tinggi dan berupaya meningkatkan kemampuan graduan untuk bersaing di era Revolusi Industri 4.0 dengan mempelbagaikan