KATA ALUAN GURU BESAR SK BATU TUJUH i KATA ALUAN PENASIHAT SEKOLAH AMANAH ii JAWATANKUASA PENERBITAN iii BIL TAJUK PENULIS 1. MEMBACA SUKU KATA KVKV ZAITUL AZIMA BINTI RIPN 1-3 2. MENULIS HURUF KECIL DENGAN CARA YANG BETUL FARIDATUL FARHAH BT KHUSHAIRI 4-9 3. MENGENAL HURUF KECIL DAN SUKU KATA KV MENGGUNAKAN KIT TPC NORSHALINA BINTI MOHD SHAHAR 10-14 4. MENGENAL DAN MENYEBUT ABJAD KECIL a-z NURUL ASIKIN BINTI LONG DERIS 15-18 5. MENULIS TANDA BACA DENGAN BETUL MENGGUNAKAN KIT TABA NORHASHIMAH BINTI AZIZ 19-21 6. MEMBUNYIKAN LIMA HURUF VOKAL DENGAN BETUL MARWIYAH BINTI MD NOR 22-24 7. MENGENAL PERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP (KV+KVK) HAFAWATI SALWA BINTI RAZEMAN 25-28 8. MENGENAL FUNGSI HURUF SALIMAH BINTI MAT 29-32 10. MEMBACA PERKATAAN DENGAN LANCAR DAN JELAS NASYIFA’BINTI BORHAN 33-36 11. MENULIS DENGAN KAEDAH YANG BETUL SITI AISHAH BINTI MOHD YUNUS 37 - 39 SENARAI KANDUNGAN BAHASA MELAYU
12. MEMBATANGKAN PERKATAAN KV+KVK AJYAH LOUISIANA NAPITUPULU 40-42 13. MEMBATANGKAN PERKATAAN GABUNGAN DUA ATAU TIGA SUKUKATA RAHAYU WASTEE A/P DANIEL EMMANUEL RAJA 43-44 14. MENULIS DENGAN KEMAS DAN TERATUR AHMAD AIZAT BIN KHAIRI 45-47 15. DAYS OF THE WEEK YUSLINDA BINTI YUSOF 48-51 16. PRONOUCIATION DIGRAPHS PHONICS (/CH/SH/AND /TH/) NUR SILMI BINTI MD SHAFIE 52-56 17. KEMAHIRAN MENDENGAR MOHD SYAFIQ B. MAT YATIM 57-61 18. MENULIS HURUF MENGGUNAKAN TEKNIK SENSORI AQILAH IZZATI BINTI NORZAIDI 62 - 65 19. MEMBUNYIKAN PERKATAAN TIGA HURUF DENGAN SEBUTAN FONIK SARASWATHY A/P SUBARAYAN 66-68 20. FOOD AND HEALTH/ SPELLING DEVANDRAN A/L RANGASAMY 69-72 21 KEMAHIRAN MEMBINA DAN MENGHAFAL SIFIR MOHAMED FUAD BIN ABDUL BASAR 73-75 22. MENYAMAKAN PENYEBUT DALAM OPERASI TAMBAH PECAHAN MOHD SHAHRIL BIN MOHD BAHARUM 76-80 BAHASA INGGERIS MATEMATIK
23. MENGUASAI KEMAHIRAN OPERASI ASAS MENGGUNAKAN SMART RULER NORSHALINA BINTI MOHD SHAHAR 81-89 24. OPERASI ASAS (DARAB DALAM LINGKUNGAN FAKTA ASAS) SHAFARINA BINTI SHAHIDAN 90-93 25. MENCONGAK FAKTA ASAS MATEMATIK NURDIANA ELINA BINTI NURDIN 94-98 26. MENDARAB SESUATU ANGKA DENGAN ANGKA 9 NIK MOHD ROSDI BIN RAJA MAHMO0D 99-102 27. MENYELESAIKAN OPERASI DARAB DUA NOMBOR TOMMI A/L JIMI 103-106 28. OPERASI ASAS TAMBAH DAN TOLAK KUMPUL SEMULA NORSHALINA BINTI MOHD SHAHAR 107-113 29. FUNGSI GIGI MANUSIA RAJAKUMAR A/L SUNDARAM 114-116 30. KEMAHIRAN PROSES SAINS (MEMBEZAKAN BENDA HIDUP DAN BUKAN HIDUP) SHAFIQAH BINTI AZIZAN 117-120 31. TUJUAN PENYIASATAN AMAR A/L APA 121-124 32. KEMAHIRAN MENULIS MOHD FERADUS BIN MOHD SAAD 125-128 33. MEMBACA HURUF HIJAIYYAH TUNGGAL NURUL AFIFAH RASYADA BT MOHD SHUKRI 129-132 SAINS PENDIDIKAN ISLAM
34. MENGENAL DAN MEMBEZAKAN EMPAT HURUF JAWI ج,ح,خ ,DAN چ MOHD HISAN BIN DERAMAN 133-135 35. MENGENALI HURUF JAWI TIDAK BOLEH BERSAMBUNG MOHD HALIM BIN MUSA 136-138 36. MENGENAL FAKTA SEJARAH MENGGUNAKAN MYBOBBBI JULIANA ZASZIRA BINTI ISMAIL 139-142 37 MENYENARAIKAN ZAMAN PRASEJARAH DENGAN MENGHAFAL SUKUKATA SHAVATHRI VIJAYAKUMAT 143-146 38. MENGENALPASTI WARNA SEJUK DAN WARNA PANAS MOHD LUKHMAN BIN HASHIM 147- 149 39. MEMBACA PERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP DENGAN BETUL BAH GOLI A/L BAH ALOK 150-152 40. PENINGKATAN DISIPLIN MURID NORAINI BINTI ABU BAKAR 153-156 SEJARAH PENDIDIKAN SENI BAHASA SEMAI PENGURUSAN
i Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh, Dan Salam Sejahtera Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi , kerana dengan izin-Nya , SK Batu tujuh , Tapah telah merealisasikan dengan jayanya catatan kajian tindakan edisi sulung 2022-2023. Catatan ini menggambarkan kecekalan pendidk khususnya di SK Batu Tujuh dalam melaksanakan kajian bagi memastikan keberkesanan Pendidikan di SK Batu Tujuh ke mercu kecemerlangan. Penyelidikan melalui kajian Tindakan ini adalah asas kepada proses penambahbaikan supaya agenda mempertingkatkan keberkesanan Pendidikan dapat direalisasikan berdasarkan data dan fakta. Diharap semua guru SK Batu Tujuh terus bersemangat menghasilkan kajian Tindakan bagi mencari satu kaedah, mencari kekuatan dan kelemahan dalam merencana keberkesanan proses Pendidikan di SK Batu Tujuh. Dikesempatan ini , saya merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua guru yang terlibat menjayakan Kajian Tindakan ini. Tidak lupa juga kepada Pn. Geetha Acuthan selaku penasihat akademik Program Sekolah Amanah 2.0 dan Cik Norshalina Binti Mohd Shahar selaku Jurulatih Utama dalam menjayakan program dan merealisasi penerbitan jurnal ini. Saya berharap usaha ini tidak terhenti pada edisi sulung ini , sesuatu yang baik dan bermanfaat perlu diteruskan agar kecemerlangan Pendidikan khususnya di SK Batu Tujuh dapat dilonjakkan. Sekian , terima kasih MA’AROF MOHD BULDAN Guru Besar SK Batu Tujuh KATA ALUAN GURU BESAR SK BATU TUJUH
ii Salam sejahtera. Syabas diucapkan kepada warga SK BT 7 kerana berjaya menghasil dan membentangkan 40 kajian tindakan yang julung sekali dijalankan dengan jayanya. Hasil Inisiatif sekolah serta bimbingan Cikgu Norshalina maka terbitnya jurnal catatan kajian tindakan guru-guru ini. Sangat membanggakan melihat kesungguhan guru-guru mencari jalan penyelesaian dengan idea-idea kreatif mereka untuk meningkatkan tahap Literasi dan Numerasi murid-murid. Menyahut cabaran Pn.Geeta, penasihat LeapEd untuk memulakan kajian tindakan dan disokong oleh Guru Besar serta Pentadbir berjaya mendapat 10 inovasi terbaik untuk menyertai pertandingan kategori inovasi pada peringkat negeri nanti. Diharap kajian tindakan ini terus memberi impak dalam pembelajaran murid-murid. Semoga insiatif ini dibudayakan agar lebih banyak idea guru-guru dapat diketengahkan untuk kemenjadian murid serta menjadi rujukan sekolah- sekolah lain kelak nanti. Tahniah sekali lagi dan terus maju ke depan SKBT 7 sebagai Sekolah Amanah TSP2.0. Hemalatha Education Lead TSP 2.0 Tapah LeapEd Services KATA ALUAN PENASIHAT AKADEMIK PROGRAM SEKOLAH AMANAH
iii JAWATANKUASA PENERBITAN BUKU KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENASIHAT EN. MA’AROF BIN MOHD BULDAN GURU BESAR SK BATU TUJUH PENGERUSI PN. NORIDAH BINTI MUHAMAD PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK BATU TUJUH TIMBALAN PENGERUSI PN. NORHASIMAH BINTI AZIZ PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK BATU TUJUH EN. AMAR A/L APA PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK BATU TUJUH SIDANG EDITOR CIK NORSHALINA BINTI MOHD SHAHAR CIK ZAITUL AZIMA BINTI RIPIN EN. MOHD FERADUS B. MOHD SAAD EN. RAJAKUMAR A/L SUNDARAM PN. FARIDATUL FARHAH BINTI KHUSHAIRI PN. NASYIFA BINTI BORHAN EN. MOHD SYAFIQ B. MAT YATIM EN. MOHAMED FUAD B. ABDUL BASAR EN. MOHD SHAHRIL B. MOHD BAHAROM
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 1 NAMA: ZAITUL AZIMA BINTI RIPIN MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU TOPIK/KEMAHIRAN: MEMBACA SUKU KATA KVKV ISU : Terdapat 2 orang murid Tahun 4 Azalea dan 4 orang murid 4 Iris tidak menguasai kemahiran/topic: Membaca dan menulis suku kata KVKV 1.0 PEMERHATIAN 1.Murid menghadapi masalah Mengingat dan menguasai suku kata KVKV 2. Murid sukar mengingat dan menyebut suku kata KVKV 3. Terdapat murid mengalami masalah penteng sekolah, dan bermain semasa belajar. 4. Setelah sekolah dibuka dan selepas berlangsungnya PDPR semasa pandemik Covid 19 murid lupa dengan apa yang telah dipelajari. 5.Murid menunjukkan kurang minat semasa belajar membaca. Murid tidak menguasai kemahiran KVKV. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa. 2. Terlalu terlalu lama berada di rumah semasa PDPR (cuti disebabkan pandemik Covid 19) 3. Saya perlu menghasilkan teknik atau menggunakan BBB yang bersifat maujud contohnya penggunaan kad suku kata. 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran : Murid Tahun 4 Azalea (2 orang) dan 4 Iris (4 orang) 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran membaca dan menulis perkataan suku kata KVKV
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 2 ii)Meningkatkan keyakinan serta motivasi murid ketika berada di dalam kelas. iii)Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid mempelajari topik/kemahiran KVKV 3. Alat atau intervensi Papan suku kata dan kad suku kata KVKV. SBT (susun, baca, tulis) dibina bedasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi memudahkan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran menyebut suku kata KVKV. SBT memfokuskan kepada kemahiran membina perkataan KVKV dalam Bahasa Melayu. Murid juga boleh meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Langkah 1 Murid berada di dalam kumpulan. Setiap murid akan mengambil 5 kad suku kata KVKV. Langkah 2 Murid A akan membina perkataan KVKV (dua kad suku kata)di atas papan suku kata dan menulis suku kata yang dibina di atas kertas. Langkah 3 Murid B akan membina perkataan baru (gunakan satu kad sukukata KV) berdasarkan perkataan yang pertama. Setelah selesai murid B menulis perkataan yang dibina di atas kertas. Langkah 4 Setelah semua selesai. Murid membaca semula perkataan yang dibina.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 3 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan papan suku kata sangat membantu murid membina perkataan KVKV. Murid kelihatan berminat dan berlumba untuk membina perkataan berdasarkan kad suku kata yang dimiliki. Respon murid sangat menggalakan dan murid dapat menambahkan kosa kata KVKV. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan murid boleh menguasai kemahiran membaca dan menulis suku kata KVKV dengan cepat. Hal ini dapat dikukuhkan dengan Kemahiran menulis dan membaca. Murid lebih mudah mengingat apa yang telah dipelajari. Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam mempelajari pembinaan perkataan dua suku kata KVKV Penggunaan papan suku kata ini menjadikan guru lebih bersemangat untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis suku kata KVKV untuk murid yang terlibat. LAMPIRAN AKTIVITI:
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 4 NAMA: FARIDATUL FARHAH BINTI KHUSHAIRI MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU PRA SEKOLAH TOPIK/KEMAHIRAN: MENULIS HURUF KECIL DENGAN CARA YANG BETUL ISU : Terdapat EMPAT (4) orang murid Prasekolah Dinamik tidak menguasai kemahiran BM 3.2.1 Menulis huruf kecil dengan cara yang betul 1.0 PEMERHATIAN 1.Murid menghadapi masalah untuk menulis huruf di atas garisan dengan betul. 2. Murid tidak dapat membezakan huruf yang panjang, pendek 3. Murid tidak menulis huruf dengan cara yang betul. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid-murid ini merupakan murid Prasekolah Dinamik yang berumur 5 tahun. Kemahiran menulis huruf ini merupakan kemahiran yang sepatutnya dikuasai semasa mereka berumur 4 tahun 2. Kemahiran menulis memerlukan pemerhatian secara bersemuka supaya guru dapat melihat cara murid menulis dengan betul. Pandemik Covid 19 dan PdPR telah menyebabkan murid-murid ini tidak dapat diajar cara menulis huruf dengan betul. Sekembalinya mereka ke sekolah pada tahun 2022 kebanyakan murid telah tahu menulis huruf namun dengan cara masing-masing dan tidak mengikut cara yang betul 3. Saya perlu menghasilkan teknik atau menggunakan BBB yang bersifat maujud supaya murid jelas tentang kedudukan huruf di atas garisan, dapat membezakan panjang pendek huruf dan dapat menulis dengan cara yang betul.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 5 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran : 4 orang murid Prasekolah Dinamik 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran menulis dengan cara yang betul ii)Meningkatkan keyakinan serta motivasi murid untuk menulis dengan kemas dan betul. 3. Alat atau intervensi Garis Tiga Berwarna Garis tiga berwarna menggunakan tiga warna untuk memudahkan murid untuk membezakan saiz huruf. 1. Garisan berwarna ungu dibahagian atas sekali merupakan garisan langit. 2. Garisan putus-putus di bahagian tengah merupakan garisan awan (seperti awan yang berkepul-kepul) 3. Garisan di bawah berwarna hijau merupakan garisan rumput. 4. Di bawah rumput adalah tanah
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 6 Struktur Garis Tiga Berwarna dibina supaya dapat membantu murid memvisualkan garisan untuk membezakan saiz dan kedudukan huruf dengan betul berdasarkan pemahaman mereka dengan persekitaran. Huruf yang tinggi perlu berada di garisan langit (kerana langit tinggi) Huruf yang rendah perlu ditulis bermula di garisan awan Huruf yang berakar perlu ditulis sehingga ke kawasan tanah (kerana semua akar berada di dalam tanah) Murid yang menulis huruf dari bawah ke atas akan diberitahu bahawa semua huruf turun dari langit dan bukannya tumbuh dari bawah seperti pokok.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 7 Murid yang menulis huruf seperti “popcorn” (ke atas dan ke bawah tidak mengikut garisan) akan diberitahu bahawa semua huruf perlu ‘memijak’ rumput kerana huruf-huruf ini bukannya hantu yang berterbangan. Huruf-huruf bulat seperti a, c, e, d, g sering ditulis terlalu nipis. Murid diingatkan supaya setiap huruf perlu menyentuh 2 awan sebelum membuat lengkungan.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 8 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Murid diperkenalkan dengan garisan dan jenis huruf Langkah 2 Murid cuba menulis huruf mengikut garisan pada papan putih dengan bimbingan guru. Langkah 3 Murid menulis dalam lembaran kerja yang menggunakan garis 3 berwarna. Tulisan Murid 1 Tulisan Murid 2 Tulisan Murid 3
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 9 Langkah 4 Murid dilatih berulang-ulang kali semasa tunjang Bahasa Melayu supaya dapat mengingat cara menulis huruf dengan betul. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan Garis 3 Berwarna sangat membantu murid untuk menulis dengan lebih kemas dan dengan cara yang betul. Murid kelihatan lebih fokus semasa menulis huruf untuk memastikan tulisan ditulis dengan cara yang betul. Respon murid sangat positif. Semua murid sentiasa bersaing untuk menulis dengan cara yang betul. Murid juga sering membetulkan kesalahan rakan-rakan yang lain sekiranya mereka menulis dengan cara yang salah 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan penggunaan Garis Tiga Berwarna dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan murid untuk menulis huruf dengan cara yang betul. Penggunaan garis visual yang mempunyai kaitan rapat dengan persekitaran murid membantu murid untuk lebih mudah memahami cara menulis dengan betul. Penggunaan Garis 3 Berwarna menjadikan pengajaran guru lebih mudah. Murid mempunyai keyakinan diri dalam menulis kerana mereka tahu cara meletakkan huruf pada garisan dengan betul.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 10 NAMA :NORSHALINA BINTI MOHD SHAHAR MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU PEMULIHAN KHAS TOPIK/KEMAHIRAN: MENGENAL HURUF KECIL DAN SUKU KATA KV MENGGUNAKAN KIT TPC ISU : Terdapat 8 orang murid pemulihan Orang Asli Tahun 3 belum menguasai kemahiran mengenal huruf dan suku kata KV 1.0 PEMERHATIAN Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan sewaktu aktiviti PdPc murid didapati 1. Murid tidak fokus di dalam kelas 2. Murid memerlukan bahan dalam bentuk maujud. 3. Murid keliru antara bentuk, nama dan bunyi huruf seperti b ,p dan d, m dan n, g dan j , c dan s dan huruf - huruf lain lagi 4. Murid boleh sebut huruf tetapi tidak dapat membunyikan suku kata dengan betul . 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) I. Murid tidak dapat mengenal huruf kerana murid sukar mengingati nama, dan bentuk huruf. Murid menganggap 26 huruf adalah terlalu banyak untuk diingati. Selain itu bentuk huruf yang hampir sama juga menyebabkan murid keliru II. Murid dapat menyebut huruf secara tunggal tetapi tidak dapat membunyikan cantuman dua huruf Konsonan(K) dan Vokal (V) iaitu suku kata kv. III. Daya ingatan yang singkat di kalangan murid Orang Asli menjadi cabaran utama kepada guru. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar biasanya perlu diulang berkali-kali dan memerlukan latih tubi yang mantap. Kaedah atau Teknik PdPc juga perlu dipelbagaikan IV. Kehadiran murid yang agak megecewakan juga menjadi penyumbang kepada masalah pemulihan di sekolah. Adakalanya murid tidak hadir untuk tempoh masa yang lama dan diselang seli sama ada hadir atau tidak hadir dalam
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 11 seminggu. Walaupun Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah berbincang dengan keluarga namun tidak mendapat galakan dan sokongan daripada ibu bapa atau keluarga masing-masing. Selain itu,masalah penguasaan murid juga mungkin berpunca daripada kaedah pengajaran saya sendiri seperti: I. Saya menganggap semua murid boleh menggunakan bahan yang sama untuk menguasai sesuatu kemahiran. II. Saya beranggapan murid telah menguasai kemahiran kerana murid boleh menjawab secara lisan sedangkan murid sebenarnya hanya menghafal huruf dan suku kata mengikut turutan dan tidak boleh menyebut apabila ditanya secara rawak. III. Oleh itu saya perlu menghasilkan satu bahan yang dapat membantu murid menguasai kemahiran mengenal huruf dan suku kata. 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran Lapan orang murid pemulihan tahun 3 2. Objektif: i. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf dan suku kata. ii. Membantu murid mengenal huruf dan suku kata dengan lebih mudah dan menarik. iii. Menghasil dan mempelbagaikan Bahan Bantu Belajar (BBM) yang murah dan menarik bagi memudahkan guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan. 3. Alat atau intervensi Kit TPC dihasilkan bagi memudahkan murid untuk mengenal huruf dan menyebut suku kata KV. Setiap murid akan dibekalkan kit TPC yang mengandungi kad huruf berbentuk objek, rumah besar (huruf konsonan) rumah kecil (huruf vokal) , kad tulis huruf ikut bentuk, sepasang tapak tangan, dan carta
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 12 suku kata KV yang dibina berdasarkan kaedah tepuk tangan. Kad huruf dibina berdasarkan bentuk objek kerana murid pemulihan Orang Asli sukar untuk mengingat huruf tanpa objek. Murid lebih mudah mengingati huruf apabila setiap huruf diwakili oleh objek seperti a- ayam b- baju, c-cawan. Kaedah tepuk tangan sewaktu menyebut suku kata pula diperkenalkan supaya murid pemulihan Orang Asli mudah tahu untuk bezakan antara sebutan huruf dan bunyi suku kata. 4.0 TINDAKAN Kit TPC digunakan sewaktu aktiviti Pdpc. Aktiviti dilaksanakan secara berpusatkan bahan dan berpusatkan murid. Setiap murid yang terlibat akan dibekalkan dengan satu set Kit TPC ini. Langkah 1 Murid akan diberikan kad huruf , rumah besar dan rumah kecil. Murid akan menyusun dahulu kad mengikut rumah iaitu rumah kecil untuk lima huruf vokal dan rumah besar untuk huruf konsonan. Kemudian murid akan menyebut huruf mengikut bentuk objek contoh baju -b. ayam -a dan sebaliknya. Murid juga akan diminta mengambil huruf berdasarkan objek dan sebaliknya yang disebut guru atau rakan . Langkah 2 Setelah murid kenal huruf murid akan diberikan kad tulis huruf berdasarkan bentuk. Murid akan di uji untuk menulis semula huruf yang telah dipelajari . Murid boleh diminta menulis huruf
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 13 secara rawak dan secara turutan. Guru boleh meminta murid untuk menulis huruf di dalam objek seperti tulis huruf untuk kucing. Langkah 3 Murid akan diberikan tapak tangan berwarna. Murid akan memilih kad yang disebut guru dan meletak di tapak tangan. Bagi membaca suku kata murid akan meletakkan huruf konsonan di salah satu tapak tangan dan huruf vokal di tapak tangan sebelah lagi. Langkah 4 Kemudian murid juga akan menggunakan tapak tangan untuk membaca suku kata dengan menggunakan kaedah tepuk tangan. Murid akan melekat satu huruf konsonan dan satu huruf vokal murid akan sebut huruf sewaktu tangan di buka dan membunyikan suku kata ketika tepuk tangan. Murid dibekalkan carta suku kata yang disusun mengikut kaedah tepuk pecah cantum Contoh :
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 14 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan KIT TPC didapati dapat membantu murid mempelajari dan menguasai kemahiran mengenal huruf dan suku kata dengan lebih baik. Murid juga lebih fokus sewaktu membaca suku kata. Penggunaan kad huruf berbentuk objek memudahkan murid untuk mengenal huruf. Selain itu, kaedah tepuk tangan yang diperkenalkan untuk murid membaca suku kata memudahkan murid untuk membezakan antara sebutan huruf dan suku kata. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Dapatan kajian menunjukkan setelah Kit TPC digunakan tahap penguasaan murid telah meningkat dalam kemahiran mengenal huruf dan suku kata. Ini boleh dilihat melalui ujian pra dan ujian pos yang dijalankan. . Hasil kajian ini juga dilihat memberi perubahan positif terhadap tingkah laku murid di dalam kelas kerana murid didapati lebih fokus, lebih berdaya saing, sentiasa mahu mencuba untuk menjawab soalan. Malah suasana Pdpc juga lebih ceria dan menyeronokkan. Walaupun masih terdapat murid yang agak lambat namun murid menunjukkan peningkatan penguasaan. Bilangan huruf yang murid kenal meningkat daripada 5 huruf kepada lebih banyak huruf setelah menggunakan kad huruf berbentuk. Penggunaan Kit TPC juga memudahkan guru kerana bahan tersebut boleh digunakan untuk mengajar dua kemahiran iaitu huruf dan suku kata. Malahan kit tersebut juga boleh diubah suai untuk murid mempelajari perkataan sewaktu PdPc yang seterusnya. Selain itu, kos pembinaan bahan yang mudah juga membolehkan semua murid mampu memiliki bahan tersebut. Selain itu penggunaan bahan yang mudah dan berwarna warni juga mampu menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 15 NAMA: NURUL ASIKIN BT LONG DERIS MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU TOPIK/KEMAHIRAN: MENGENAL DAN MENYEBUT ABJAD KECIL a-z ISU : Terdapat empat orang murid tahun 1 ixora tidak menguasai kemahiran mengenal dan menyebut abjad a hingga z. 1.0 PEMERHATIAN 1. Berdasarkan pemerhatian yang di jalankan, terdapat beberapa orang murid menghadapi masalah untuk menyebut abjad yang di tunjuk oleh guru. Selain itu, murid-murd tersebut juga masih tidak mengenal bentuk abjad a hingga z. Melalui aktiviti imlak, murid-murid tersebut menulis abjad dan bentuk lain untuk mengambarkan abjad yang mereka dengar. 2.0 REFLEKSI 1. Berdasarkan tinjauan dan temu bual dengan guru kelas, murid-murid ini merupakan murid yang tidak pernah mengikuti prasekolah atau tadika sebelum masuk ke tahun1. Selain itu, mereka juga mempunyai daya ingatan yang lemah dan penguasaan yang lemah dalam bahasa Melayu kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kedua mereka. 2. Untuk membantu mengatasi masalah pembelajaran ini, saya menggunakan kaedah nyanyian dan padankan abjad dengan gambar yang betul. Untuk menggunakan kaedah di atas, saya perlu menghasilkan teknik atau menggunakan bahan bantu mengajar yang bersifat maujud. Di mana murid boleh melihat, menyentuh dan bermain dengan bahan bantu mengajar tersebut.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 16 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran 4 orang murid tahun 1 Ixora 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran mengenal dan menyebut abjad a hingga z ii)Meningkatkan keyakinan serta motivasi diri murid untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan yang lain. iii)Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid mempelajari kemahiran mengenal dan mnyebut abjad a-z. 3.Alat atau intervensi - PAPAN SUAI ABJAD Bahan bantu mengajar yang dibina adalah berbentuk maujud dan boleh disentuh dan dirasa oleh murid. Selain itu murid - murid juga boleh bermain dengan papan suai abjad tersebut. Papan suai abjad ini terdiri daripada kad abjad kecil dan kad gambar, di mana murid murid perlu suaikan abjad kecil dengan gambar yang betul. Papan suai abjad dibina berdasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi memudahkan pembelajaran untuk mengenal dan menyebut abjad kecil a hingga z dengan sebutan yang betul. Selain itu, papan suai abjad ini juga memfokuskan murid untuk mengenal dan menyebut abjad kecil dengan betul. 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Guru menerangkan penggunaan papan suai abjad kepada murid. Seterusnya guru memperkenalkan abjad kecil a hingga z kepada murid dan membimbing murid untuk menyebut abjad
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 17 kecil tersebut dengan sebutan yang betul menggunakan papan suai abjad. Seterusnya, guru menyuaikan abjad dengan gambar yang mewakili abjad tersebut. Aktiviti di ulang sehingga murid boleh menyebut abjad dengan gambar yang betul. Langkah 2 Pada Langkah yang kedua, setelah mengenal dan menyebut huruf berdasarkan gambar. Murid -murid secara berpasangan diminta untuk menyesuaikan abjad dengan gambar yang betul dengan bimbingan guru. Selain itu murid perlu menyebut dan mengingat abjad abjad yang disesuaikan. Aktiviti dilaksanakan sehingga murid secara berpasangan dapat melengkap suaian abjad dengan gambar sehingga huruf terakhir. Langkah 3 Pada langkah ketiga, murid secara berpasangan diminta untuk saling berkomunikasi dan berkerjasama untuk suaikan abjad dengan gambar yang betul tanpa bimbingan guru. Aktiviti dijalankan sehingga murid menyuai semua abjad. Kemudian murid bersama dengan guru akan menyemak hasil jawapan setiap pasangan. Murid akan membetulkan suaian yang salah dengan bimbingan guru. Kemudian aktiviti diulang semula
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 18 sehingga murid dapat menyuaikan abjad dengan gambar yang betul. Pasangan yang betul suaian abjad dan gambarnya akan diberi ganjaran. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan papan suai abjad sangat membantu murid untuk mengenal dan menyebut abjad dengan betul. Berdasarkan permerhatian semula, murid kelihatan memberi respon yang positif dan mula melibatkan diri dalam aktiviti secara berpasangan. Respon murid menunjukan minat untuk belajar mengenal dan menyebut abjad dengan betul. Selain itu ia juga mula menunjukkan komunikasi bersama kawan- kawannya serta memberi kerjasama yang baik untuk menyelesaikan suai abjad dengan gambar. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan murid -murid sudah mulai mengenal dan menyebut beberapa abjad dengan betul. Selain itu, murid- murid juga boleh menyuaikan abjad dengan gambar yang betul sambil menyebut nama abjad dengan gambar. Hal ini dapat dikukuhkan dengan sesi bersoal jawab dengan murid dengan menunjukkan kad abjad dan meminta murid untuk menyebut abjad tersebut. Selain itu melalui suaian abjad dan gambar yang betul juga membantu menunjukkan murid mulai mengenal dan menyebut abjad dengan baik. Selain itu, penggunaan papan suai abjad ini telah membantu murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam mempelajari untuk mengenal dan menyebut abjad dengan betul. Di samping itu, penggunaan papan suai abjad dalam pdpc ini juga membantu memotivasikan guru untuk bersemangat dan tidak putus asa mengajar murid. Penggunaan bahan bantu mengajar tersebut membantu guru mengajar murid mengenal dan menyebut abjad dengan berkesan.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 19 NAMA: NORHASHIMAH BINTI AZIZ MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU TOPIK/KEMAHIRAN: MENULIS TANDA BACA DENGAN BETUL MENGGUNAKAN KIT TABA ISU : Terdapat 8 orang murid tahun 5 Camelia tidak menguasai kemahiran/topik menulis tanda baca yang betul. 1.0 PEMERHATIAN 1.Murid menghadapi masalah penulisan dengan penggunaan huruf besar di awal perkataan dalam ayat. 2. Murid sering meninggalkan tanda nokhtah di akhir ayat. 3. Murid juga kurang mahir dalam penggunaan tanda koma(,) semasa menulis ayat. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid kurang membaca naskah ilmu seperti buku cerita, surat khabar. 2. Penggunaan media sosial sangat mempengaruhi kemahiran membaca dan menulis. 3. Murid mengambil sikap sambal lewa. 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran 8 orang murid Tahun Camelia. 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran menulis dengan tanda bacaan yang betul. ii)Meningkatkan keyakinan dalam penulisan . iii) Memudahkan murid untuk menguasai kemahiran menulis dengan tanda baca yang betul. iii)Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 20 murid mempelajari dengan KIT TABA 3. Alat atau intervensi KIT TABA Penggunaan 5 jari yang mewakili 5 tanda baca KIT TABA dibina bedasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi memudahkan pembelajaran dalam kemahiran menulis. KIT TABA memfokuskan kepada kemahiran asas dalam penulisan ayat dan petikan atau karangan dalam kalangan murid sekolah rendah. Murid perlu menguasai penggunaan tanda baca untuk tujuan penulisan berbentuk ilmiah. 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Pemerhatian guru terhadap hasil kerja murid iaitu latihan menulis ayat dan petikan pendek. Terdapat kesalahan yang sama diulangi beberapa kali. Langkah 2 Guru mencari idea untuk membantu murid untuk lebih berhati- hati dalam penulisan mereka. Tanda baca yang sering digunakan adalah tanda nokhtah, tanda koma, tanda soal dan tanda seruan. Langkah 3 Guru menggunakan anggota badan (tangan dengan 5 jari untuk mewakili tanda bacaan yang biasa ditemui dalam bahan bacaan.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 21 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan KIT TABA dilihat dapat membantu murid lebih berhati-hati dan fokus dalam latihan penulisan. Kurang kesalahan dalam penulisan yang asas. Murid sentiasa merujuk KIT TABA tapak tangan untuk mengurangkan kesalahan tanda baca. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan KIT TABA dapat meningkatkan hasil penulisan yang betul dari aspek tanda baca. Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam mempelajari penggunaan tanda bacaan. Murid juga dapat membantu rakan-rakan yang kurang fokus atau lalai dalam penggunaan tanda baca. KIT TABA akan dikongsikan dengan rakan guru yang lain agar ia dapat dijadikan amalan dalam asas penulisan di sekolah rendah. LAMPIRAN.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 22 NAMA:MARWIYAH BT MD NOR MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU TOPIK/KEMAHIRAN: MEMBUNYIKAN LIMA HURUF VOKAL DENGAN BETUL ISU : Terdapat 5 orang murid Pra Kreatif Tahun 2022 tidak menguasai kemahiran/topik membunyikan huruf-huruf vokal 1.0 PEMERHATIAN 1. Murid menghadapi masalah membunyikan huruf-huruf vokal a, e, I, o, u. 2. Terdapat murid mengalami masalah untuk mengingati bunyi huruf-huruf vokal. 2.0 REFLEKS) (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid-murid ini merupakan murid Pra Kreatif yang kerap lupa bunyi huruf vokal. 2. Murid mengalami kekeliruan membezakan bunyi-bunyi huruf vokal. Kaedah pengajaran saya ialah membunyikan satu persatu huruf vokal sambil membuat gerakan yang sesuai: - a - aaaa mulut di buka luas seolah-olah sedang menjerit terkejut - e - seperti bunyi sendawa - seperti bunyi menangis - i - iiiii kotornya - o - oooo begitu caranya - u - uuuu bunyi angin bertiup 2. Saya perlu menggunakan tenik sebut dan gerak serentak supaya dapat menarik perhatian murid dan lebih mudah untuk mengingati setiap bunyi huruf vokal.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 23 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran : 5 Murid Prasekolah 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran menyebut huruf vokal ii) Meningkatkan keyakinan murid untuk belajar iii)Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid mempelajari kemahiran menyebut huruf vokal. 3. Alat atau intervensi kad huruf vokal a, e, i, o dan u. Kaedah ini digunakan memandangkan ia dapat membantu murid mengingati bunyi huruf vokal. 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Perkenalkan 5 huruf vokal Langkah 2 Murid hanya membunyikan huruf vokal tanpa menyebut nama huruf Langkah 3 Murid membunyikan huruf vokal sambil membuat gerakan yang sesuai.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 24 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan kaedah ini sangat membantu murid mengenalpasti setiap bunyi huruf vokal dengan lebih mudah. Murid dapat menguasai kemahiran dan membezakan bunyi setiap huruf vokal. Murid memberi respon yang positif dalam menjalankan aktiviti. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan murid mudah untuk mengingat bunyi huruf vokal apabila murid membunyikan sambil membuat gerakan yang sesuai. Hal ini dapat dikukuhkan dengan membuat latih tubi sebelum aktiviti pembelajaran berlangsung. Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam mempelajari bunyi huruf vokal. Penggunaan kad huruf vokal menjadikan guru mudah untuk mengajar dan memperkenalkan bunyi huruf vokal.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 25 NAMA: HAFAWATI SALWA BINTI RAZEMAN MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU KEMAHIRAN: MENGENAL PERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP (KV+KVK) ISU : Terdapat empat orang murid Tahun 3 Alamanda yang tidak menguasai kemahiran KV+KVK. 1.0 PEMERHATIAN 1. Murid menghadapi masalah mengeja dan menyebut perkataan KV+KVK. 2. Murid sukar mengeja dengan huruf konsonan di belakang. 3. Terdapat murid mengalami masalah untuk menyebut semula perkataan yang dieja. 4. Murid kurang berkomunikasi dengan kawan dan guru. 5. Setelah sekolah dibuka dan selepas berlangsungnya PDPR semasa pandemik Covid 19 murid menunjukkan kurang minat semasa belajar. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid-murid ini merupakan murid yang lemah di dalam kelas dan masih belum lancar untuk membaca. 2. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa bunyi sebutan perkataan yang telah dieja. 3. Murid mengalami kekeliruan cara mengeja KV+KVK. 4. Semasa cuti disebabkan pandemic Covid murid tidak melakukan aktiviti membaca di rumah. 5. Saya perlu menghasilkan dan menggunakan BBB yang bersifat maujud bagi menunjukkan cara serta memudahkan murid mengeja, menyebut dan membaca KV+KVK dengan baik dan lebih mudah faham.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 26 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran Empat orang murid Tahun 3 Alamanda. 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran mengeja dan menyebut perkataan KV+KVK dengan baik. ii) Meningkatkan keyakinan serta motivasi murid untuk membaca dengan lancar. iii) Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid untuk mahir kemahiran KV+KVK. 3. Alat atau intervensi intervensi yang digunakan adalah bahan bantu belajar yag diperbuat daripada kad yang mengandungi beberapa perkataan KV+KVK. Kad Roda yang dibina berdasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi memudahkan pembelajaran cara mengeja dan menyebut KV+KVK dengan lebih mudah. Kad Roda memfokuskan untuk melatih murid untuk cepat mengeja dan menyebut perkataan KV+KVK. 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Murid yang terlibat dikumpulkan dalam satu kumpulan. Setiap murid diberikan enam keping Kad Roda sebagai permulaan. Kad Roda di susun mengikut urutan. Guru akan menulis perkataan KV+KVK di papan putih mini atau menunjukkan gambar. Murid perlu mencari perkataan atau gambar itu pada Kad Roda tersebut dengan melihat huruf KVK di bahagian belakang.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 27 Langkah 2 Murid perlu mengeja, menyebut dan menulis perkataan yang di cari di papan putih mini. Langkah ini di ulang sehingga murid cepat mencari perkataan yang diminta.Guru memanggil murid secara bergilir untuk membaca Kad Roda dengan melatih menyebut KVK di bahagian belakang. Langkah 3 Guru menunjukkan gambar yang ditutup perkataan dan murid perlu mencari dan mengeja perkataan tersebut. Setelah murid mahir mengeja, guru memberikan enam keping Kad Roda yang baru kepada murid.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 28 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan Kad Roda sangat membantu dan memudahkan murid mengeja, menyebut dan membaca KV+KVK dengan lebih cepat. Murid dapat dilatih dengan menyebut KVK di bahagian belakang dengan pelbagai perkataan yang lain. Murid kelihatan seronok dan memberikan tumpuan yang baik dalam semasa aktiviti dijalankan menggunakan Kad Roda. Respon murid sangat baik dan menggalakkan serta bersemangat untuk mahir mengeja, menyebut dan membaca. Murid menunjukkan minat dengan mengeja menggunakan Kad Roda tersebut. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan murid dapat mengeja, menyebut dan membaca dengan mudah dan cepat perkataan KV+KVK. Murid dapat mencari perkataan yang dikehendaki dan mengeja dengan lebih baik. Hal ini dapat dikukuhkan dengan hasil tugasan yang diberikan kepada murid. Murid diberikan tugasan untuk mengeja dan menyebut perkataan KV+KVK. Murid turut dapat membaca dengan lebih baik semasa PdPc dijalankan. Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam mempelajari kaedah membaca. Mereka seronok dapat mengeja dan menyebut perkataan dengan lebih lancar. Penggunaan Kad Roda dapat memberikan idea kepada guru bagi mudah mengajar murid untuk mahir membaca. Guru perlu lebih kreatif dan mengenal pasti masalah murid dan menambah baik amalan semasa PdPc dijalankan.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 29 NAMA: SALIMAH BINTI MAT MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU TOPIK/KEMAHIRAN: MENGENAL FUNGSI HURUF ISU : Terdapat lima orang murid dari Tahun 1 Carnation tidak menguasai kemahiran mengenal huruf. 1.0 PEMERHATIAN 1.Murid menghadapi masalah untuk mengenal huruf. 2. Murid sukar membezakan huruf b,d,p,q,m,n 3. Terdapat murid mengalami masalah lambat mengingat dan menyebut huruf berdasarkan bentuk huruf. 4. Setelah sekolah dibuka dan selepas berlangsungnya PDPR semasa pandemik Covid 19, murid yang tidak mengenal huruf bertambah kerana tidak mempunyai ilmu asas dan tidak mengikuti pembelajaran formal sebelum tahun 1. 5.Murid menunjukkan kurang minat semasa belajar topik mengenal huruf dan membatangkan suku kata dalam membentuk perkataan. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid-murid ini merupakan murid tahun 1. 2. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa huruf vokal dan konsonan. 3. Murid mengalami kekeliruan berkenaan bentuk huruf dan bunyi. 4. Terlalu terlalu lama berada di rumah semasa PDPR (cuti disebabkan pandemik Covid 19 telah menyebabkan mereka tercicir dan lambat kesedaran untuk mengenal huruf dan suku kata. Kaedah pengajaran saya adalah menyediakan ABM ABC yang menarik dari bahan terbuang.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 30 4. Saya perlu menghasilkan teknik atau menggunakan BBB yang bersifat maujud,tahan lama serta boleh digunakan lama. 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran 5 Orang Murid Tahun 1 Carnation 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran membaca dengan mengenal huruf terlebih dahulu. ii)Meningkatkan keyakinan serta motivasi murid terhadap kebolehan diri mengenal huruf dan membatangkan suku kata. iii)Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid mempelajari topik/kemahiran membaca dengan mengenal huruf dan membatangkan suku kata. 3. Alat atau intervensi (Contoh “ pingabc.)-Pengenalan ringkas tentang bahan atau alat yang dicipta. (PINGABC) dibina bedasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi memudahkan pembelajaran membentuk perkataan dan suku kata. PINGABC memfokuskan terhadap pengenalan huruf kepada murid yang mengalami masalah lemah ingatan terhadap huruf dan bunyi serta fungsi huruf.PING adalah singkatan kepada perkataan “ pinggan ” manakala ABC terdiri daripada huruf ABC sehingga Z.Ia ditulis pada permukaan kertas dan ditampal pada permukaan pinggan plastik.PINGABC digunakan dalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. PINGABC digunakan semasa melakukan beberapa aktiviti seperti pengenalan bentuk huruf,bunyi huruf,membentuk suku kata dan perkataan. Seterusnya murid menggunakan perkataan yang dibina untuk membina ayat mudah. Ia sesuai digunakan kepada murid tahun 1 sehingga tahun 6 yang masih tidak dapat menguasai kemahiran mengenal huruf dan membatangkan suku
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 31 kata. 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 3-4 orang murid Langkah 2 Setiap murid diberikan 3 keping PINGABC dan guru membimbing murid mengenal huruf yang dipegang dengan mengulang sebutan bunyi huruf tersebut. Langkah 3 Murid meniru ejaan perkataan di papan putih menggunakan PINGABC dengan bimbingan guru. Langkah 4 Murid membatangkan suku kata/perkataan yang disebut oleh guru. Lampiran Bergambar 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan PINGABC sangat membantu murid dalam mengenal huruf,fungsi huruf dan membatangkan suku kata dalam membentuk perkataan bermakna. 1. Murid kelihatan ceria dan berminat semasa sesi pembelajaran. 2. Murid lemah dapat memberi respon positif sekurang- kurangnya meneka huruf ABC dengan tepat. 3. Murid menukar huruf sesama sendiri untuk mengelakkan kebosanan. 4. Selain itu guru boleh kreatif mempelbagaikan aktiviti semasa menggunakan PIBGABC.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 32 Lampiran bergambar 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan murid yang lemah mengingat ABC lebih berfokus dan dapat dibimbing untuk mengenal huruf.Murid sederhana lebih bersemangat untuk membatangkan suku kata. Murid aras tinggi boleh membentuk perkataan dengan lebih berkesan dengan bimbingan guru. Saiz huruf yang besar dapat membantu murid mengenal huruf dengan lebih berkesan. Walaubagaimanapun murid perlu dilatih berulangkali supaya dapat meningkatkan kemahiran mengeja. Hal ini dapat dikukuhkan dengan menggunakan PINGABC ini setiap kali latihan membatangkan sukukata dan membentuk perkataan. Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam mempelajari huruf,suku kata dan perkataan dengan bimbingan guru secara berkumpulan mahupun secara individu. Penggunaan PINGABC menjadikan guru lebih mudah mengawal kelas kerana ia lebih menarik dan menaikkan minat murid untuk belajar sambil bermain. Lampiran bergambar.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 33 NAMA: NURUL NASYIFA’ BINTI BORHAN MATA PELAJARAN:BAHASA MELAYU TOPIK/KEMAHIRAN: MEMBACA PERKATAAN DENGAN LANCAR DAN JELAS ISU : Terdapat lapan orang murid dari Tahun 4 Carnation tidak menguasai kemahiran membaca perkataan dengan lancar dan jelas. 1.0 PEMERHATIAN 1.Murid menghadapi masalah untuk mengenal pasti dan membaca perkataan dengan lancar. 2. Murid sukar mengenali bunyi huruf. 3. Terdapat murid mengalami masalah mengenal pasti suku kata terbuka dan tertutup. 4. Setelah sekolah dibuka dan selepas berlangsungnya PDPR semasa pandemik Covid 19, murid berhadapan dengan kesukaran untuk mengenal suku kata dan membaca dengan lancar. 5.Murid kurang berminat semasa belajar topik penulisan ayat kerana menghadapi kesukaran untuk membaca dan mengeja perkataan. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa suku kata kv. 2. Murid mengalami kekeliruan bunyi huruf fonik. 3. Terlalu lama berada di rumah semasa PDPR dan murid tidak mengikuti kelas atas talian yang di jalankan. Kaedah pengajaran saya menggunakan teknik fonik dimana murid mengabungkan bunyi huruf fonik. 4. Saya perlu menghasilkan teknik dengan menggunakan jari agar murid dapat mengabungkan bunyi fonik dengan baik dan membentuk perkataan yang ingin dibaca.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 34 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran Murid Tahun 4 Carnation 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran membaca dan mengenal perkataan. ii)Meningkatkan keyakinan serta motivasi murid untuk membaca dengan lancar. iii)Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid mempelajari kemahiran membaca. 3. Alat atau Intervensi Intervensi yang digunakan adalah kaedah fonik menggunakan kad imbasan dan jari. Teknik “Jari Bercakap” bedasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi memudahkan pembelajaran mengenal bunyi fonik dan mengabungkaan bunyi fonik. Jari Bercakap memfokuskan murid mengabung suku kata terbuka atau tertutup untuk menghasilkan satu perkataan. Kad imbasan digunakan agar murid dapat mengenal pasti suku kata. 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Kumpulan kecil dibentuk dan murid diberi pengenalan bunyi fonik bagi setiap huruf. Kad imbasan huruf tunggal ditunjuk dan murid akan menyebut bunyi fonik bagi huruf tersebut. Langkah ini diulang sehingga murid dapat mengenal bunyi fonik bagi setiap huruf.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 35 Langkah 2 Kad imbasan suku kata digunakan untuk murid mengenal pasti bunyi suku kata. Murid diberi kad imbasan suku kata secara rawak untuk menyebut bunyi suku kata yang diberi. Murid akan menekan satu jari untuk setiap bunyi fonik huruf. Murid akan menggabungkan bunyi fonik untuk membaca suku kata yang diberi. Langkah 3 Murid diberi perkataan yang mempunyai suku kata. Murid perlu mengabungkan bunyi suku kata menggunakan kaedah “ Jari Bercakap ” .Murid akan menekan jari bagi setiap bunyi suku kata dan mengabungkan bunyi untuk membaca perkataan yang diberi. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan kad imbasan dan teknik “Jari Bercakap” sangat membantu murid mengenal suku kata dan mengabungkannya untuk membentuk perkataan. Murid kelihatan memberikan tumpuan yang baik dan
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 36 sepenuhnya ketika aktiviti dijalankan. Respon murid memberangsangkan dan murid mempaparkan minat untuk membaca. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan murid dapat mengenalpasti bunyi suku kata dan menggabungkannya untuk membentuk perkataan. Murid membaca perkataan menggunakan kaedah fonik dan ” Jari Bercakap”. Hal ini dapat dikukuhkan dengan hasil pemerhatian di dalam sesi PdPc dimana murid dapat mengeja perktaan yang diberi tanpa bantuan guru. Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam membina ayat kerana murid dapat mengeja dan membaca perkataan dengan baik. Penggunaan kad imbasan dan teknik “ Jari Bercakap ” menjadikan guru mudah mengajar murid penulisan ayat. Murid menjadi semakin mahir dalam pembinaan ayat yang mudah kerana dapat membaca dan mengeja perkataan dengan betul.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 37 NAMA: SITI AISHAH BINTI MOHD YUNUS MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU TOPIK/KEMAHIRAN: MENULIS DENGAN KAEDAH YANG BETUL ISU : Terdapat 3 orang murid Tahun 2 Alamanda tidak menguasai kemahiran menulis dengan kemas. 1.0 PEMERHATIAN 1.Murid menghadapi masalah menulis dengan kemas dan betul 2. Murid mengalami masalah tidak menjarak perkataan antara satu sama lain semasa menulis ayat 3. Terdapat murid mengalami masalah menulis dengan tidak tepat mengikut garisan yang terdapat di buku. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid-murid ini merupakan murid yang boleh menulis tanpa bimbingan 2. Murid kurang berminat untuk menulis 3. Murid menunjukkan sikap malas untuk menulis. 4. Kurang pendedahan tentang huruf-huruf tinggi dan berekor Kaedah pengajaran saya ialah menghasilkan teknik atau menggunakan BBB yang bersifat maujud seperti pelekap pembaris 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran Murid Tahun 2 Alamanda 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran teknik dan cara penulisan yang kemas ii) Meningkatkan keyakinan serta motivasi diri murid untuk
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 38 menghasilkan tulisan yang kemas dan betul iii) Membangunkan pendekatan penggunaan bahan yang menjadikan murid minat untuk menghasilkan tulisan yang kemas. 3. Alat atau intervensi Pembaris pelekap merupakan alat yang dibina bedasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi meningkatkan kekemasan tulisan murid di dalam buku. Pembaris pelekap memfokuskan kepada 1. Jarak antara perkataan di dalam sebuah ayat 2. Huruf-huruf yang tinggi dan berekor (t,l,f,k,h,b,p,q,j,y,) 4.0 TINDAKAN Langkah 1 1. Murid diperkenalkan dengan huruf-huruf tinggi dan berekor 2. Murid mengelaskan huruf-huruf tinggi dan berekor Langkah 2 1. Murid diperkenalkan dengan pembaris pelekap 2. Murid ditunjukkan contoh penggunaan untuk menjarakkan perkataan semasa menulis ayat 3. Murid menggunakan pembaris pelekap yang diletakkan di belakang muka surat buku tulis.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 39 Langkah 3 1. Murid melengkapkan petikan ringkas dengan menggunakan pelekap pembaris 2. Murid menggunakan alat berulang kali 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan pelekap pembaris ini membantu murid perkemaskan cara menulis. Murid dapat menjarakkan perkataan disetiap ayat. Murid kelihatan bersemangat dan rajin untuk menulis. Respon murid menyalin petikan sehingga habis. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan murid dapat mengelaskan huruf- huruf tinggi dan berekor serta menghasilkan tulisan yang mempunyai jarak yang betul antara perkataan. Murid bermotivasi serta seronok dan menunjukkan minat untuk terus menghasilkan tulisan yang kemas. Penggunaan pelekap pembaris perlu digunakan berterusan dalam jangka masa panjang untuk terus meningkatkan keupayaan murid menghasilkan tulisan yang kemas.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 40 NAMA:AJYAH LOUISIANA NAPITUPULU MATA PELAJARAN:BAHASA MELAYU TOPIK/KEMAHIRAN: MEMBATANGKAN PERKATAAN KV+KVK ISU : Terdapat 6 orang murid Tahun 2 Ixora tidak menguasai kemahiran/topik membatangkan suku kata KV+KVK 1.0 PEMERHATIAN 1.Murid menghadapi masalah menyebut perkataan KV+KVK 2. Murid sukar membatangkan suku kata yang terdapat dalam perkataan KV+KVK. 3. Terdapat murid mengalami masalah menulis perkataan KV+KVK. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) I. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa pembahagian suku kata antara KV+KVK. II. Murid mengalami kekeliruaan untuk membezakan suku kata antara KV+KVK. III. Kaedah pengajaran saya tidak menarik kerana menggunakan kaedah hafalan. IV. Saya perlu menghasilkan teknik atau menggunakan BBB yang bersifat maujud bagi membolehkan murid mengecam, membatangkan suku kata KV+KVK dan menulis suku kata KV+KVK. 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran Murid Tahun 2 Ixora 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KVK. ii) Mengurangkan kesalahan membatangkan suku kata KV+KVK. iii) Meningkatkan keyakinan serta motivasi dalam bacaan.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 41 3.Alat atau intervensi i) (Kit suku kata) KV+KVK-Digunakan untuk mencerakinkan perkataan kepada suku kata KV+KVK. ii) Kit suku kata KV+KVK dibina bedasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi memudahkan pembelajaran perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK. iii) (Kit suku kata KV+KVK/mencerakinkan) memfokuskan murid yang lemah dalam membatangkan suku kata KV+KVK. 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Murid diberi bimbingan mengeja dan menyebut perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK. Langkah 2 Murid diminta mengeja dan menyebut perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK. Langkah 3 Murid diminta mengecam dan mencerakinkan suku kata KV+KVK yang terdapat dalam perkataan.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 42 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan kit suku kata KV+KVK sangat membantu murid mengecam dan dapat mencerakinkan suku kata KV+KVK. Murid kelihatan seronok menggunakan teknik mencerakinkan suku kata KV+KVK. Murid dapat mengecam, mengeja dan boleh menyebut perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK dengan betul. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan murid dapat mengecam dan mencerakinkan perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV. Kit tersebut membantu murid untuk mengeja dan menyebut dengan betul Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam mempelajari kemahiran membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK dengan betul. Penggunaan kit suku kata KV+KVK memudahkan guru untuk mengajar murid mengecam,mengeja dan menyebut.Murid juga berasa serok semasa melaksanakan aktiviti juga dapat meningkatkan tahap kefahaman murid.