The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORSHALINA BT MOHD SHAHAR KPM-Guru, 2023-02-23 03:43:34

Kompilasi catatan kajian tindaka SKBT

40 catatan kajian tindakan

KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 93 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan 7 daripada 9 murid dapat menguasai sifir. Hal ini dapat dikukuhkan dengan dapatan dari perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan. Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam mempelajari sifir. Penggunaan Sifir Gigi menjadikan guru sedar bahawa guru perlu mempelbagaikan kaedah dan BBM bagi membantu murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran, bersesuaian dengan murid yang pelbagai aras kecerdasan dan kepelbagaian gaya pembelajaran.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 94 NAMA :NURDIANA ELINA BINTI NURDIN MATA PELAJARAN: MATEMATIK TOPIK/KEMAHIRAN:MENCONGAK FAKTA ASAS MATEMATIK ISU : Terdapat 24 orang murid Tahun 3 Carnation sangat lambat dalam menaakul dan menyelesaikan soalan tambah yang mudah. 1.0 PEMERHATIAN 1. Murid menghadapi masalah dalam menambah nombor- nombor mudah. 2. Murid dilihat sukar dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan soalan yang diberi guru. 3. Terdapat segelintir murid melukis garis untuk menambah walaupun soalan yang mudah. 4. Terdapat juga murid menggunakan jari untuk menambah namun mereka mengambil masa yang sangat lama untuk menambah menggunakan jari walaupun bagi soalan yang mudah. 5. Terdapat juga segelintir murid menunjukkan kurang minat semasa pembelajaran Matematik berlaku terutama bagi topik tambah akibat sukar untuk mengira seterusnya mengambilmasa yang lama untuk melengkapkan tugasan 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid-murid ini merupakan murid aliran perdana dan mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana. Mereka mempunyai potensi yang besar untuk cemerlang dalam Matematik sekiranya diberikan peluang dan kaedah yang lebih sesuai dengan mereka. 2. Salah satu sebab utama ialah murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa ayat matematik tambah yang mudah.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 95 3. Murid kurang melakukan pengiraan dalam kehidupan seharian mereka terutamanya sewaktu di rumah di mana mereka kurang diterapkan atau dibiasakan dengan pengiraan nombor-nombor mudah 4. Selain itu, faktor terlalu terlalu lama berada di rumah semasa PDPR semasa pandemik Covid 19 turut menyebabkan kemahiran murid mengira dan menaakul ayat matematik mudah dilihat semakin menurun akibat kurang penekanan untuk mengira semasa rumah seterusnya mengakibatkan kemahiran mengira mereka lemah dan mengambil masa yang sangat lama untuk menyelesaikan satu soalan matematik yang mudah. 5. Kaedah pengajaran saya yang lebih kepada tradisional juga turut menyebabkan murid semakin kurang berminat dengan pembelajaran Matematik. 6. Saya perlu menghasilkan kaedah mengira yang menjurus kepada permainan untuk meningkatkan kualiti pengiraan mereka untuk mengira secara mental terutama bagi nombor- nombor mudah seterusnya menarik minat mereka dalam pembelajaran matematik 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran Murid Tahun 3 Carnation 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran mengira secara mental dan pantas dalam menambah nombor mudah. ii)Meningkatkan keyakinan serta motivasi dalam pembelajaran Matematik. iii)Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid untuk mengira dengan lebih seronok. 3. Alat atau intervensi Teknik Mental & Maintenance Matematik merupakan teknik yang menggalakkan murid mengira sambil bermain dan


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 96 dilakukan secara berterusan untuk mengatasi kelemahan mudah lupa yang sering dialami oleh murid. Teknik ini pada secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan serta keupayaan murid mengira secara mental. Terdapat dua jenis permainan yang diterapkan dalam teknik Mental & Maintenance ini iaitu Osom! dan Baling Dadu. Permainan Osom! merupakan permainan secara berpasangan. Murid akan menyebut Osom! dan mengeluarkan jari mereka. Kemudian, mereka akan menyebut ayat matematik tambah berdasarkan bilangan jari yang mereka ditunjukkan. Permainan Baling Dadu juga merupakan permainan secara berpasangan. Setiap murid diberikan dadu dan mereka akan membaling dadu serentak. Murid akan menyebut ayat matematiktambah berdasarkan bilangan yang ditunjukkan oleh dadu. Teknik Mental & Maintenance Matematik ini dibina berdasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi memudahkan pembelajaran mengira dengan pantas di samping menggalakkan mereka mencongak tambah secara mental terutama bagi nombor-nombor mudah. Teknik Mental & Maintenance Matematik ini memfokuskan murid untuk mengira secara mental terutama menambah nombor mudah dengan cara yang seronok tanpa paksaan. 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Ujian Pra di ambil bagi melihat tahap penguasaan tambah murid serta masa yang diambil untuk mengira dan menyelesaikan soalan berkaitan tambah. Langkah 2 Murid diperkenalkan Permainan Osom! Murid akan melakukan


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 97 pengiraan tambah berdasarkan bilangan jari secara berpasangan. Murid akan melaksanakan permainan ini setiap hari selama dua minggu. Langkah 3 Murid diperkenalkan dengan Permainan Baling Dadu. Murid akan melakukan pengiraan tambah berdasarkan bilangan yang terdapat pada dadu secara berpasangan. Murid akan melaksanakan permainan ini setiap hari selama dua minggu. Langkah 4 Ujian Pos diambil bagi meihat tahap penguasaan tambah murid serta masa yang diambil mereka untuk menyelesaikan soalan berkaitan tambah. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan Teknik Mental & Maintenance sangat membantu murid dalam meningkatkan tahap penguasaan tambah mereka. Murid kelihatan sangat seronok dan bersemangat semasa melaksanakan aktiviti permainan. Respon yang diberikan murid semasa menjalankan permainan sangat memberangsangkan dan meningkat dari semasa ke semasa di mana kecekapan murid menambah semakin meningkat.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 98 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan bilangan markah murid daripada ujian pra kepada ujian pos meningkat serta masa yang diambil murid untuk menjawab juga semakin singkat. Selain itu, murid dilihat lebih bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam pembelajaran Matematik selepas diperkenalkan Teknik Mental & Maintenance Matematik. Contoh hasil dapatan markah Ujian Pra dan Ujian Pos salah seorang murid Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos berdasarkan markah dan masa yang diambil


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 99 NAMA: NIK MOHD ROSDI BIN RAJA MAHMOOD MATA PELAJARAN: MATEMATIK TOPIK/KEMAHIRAN: MENDARAB SESUATU ANGKA DENGAN ANGKA 9 ISU : Terdapat 2 orang murid dari Kelas 4 Camelia mengalami kesulitan dalam menyelesaikan soalan operasi darab sesuatu angka dengan angka sembilan. 1.0 PEMERHATIAN 1. Kedua-dua murid (murid 1 dan murid 2) perlu merujuk sifir untuk menyelesaikan operasi darab sesuatu angka dengan angka sembilan. Contoh hasil kerja murid 1: Contoh hasil kerja murid 2: Kesalahan mendarab angka 5 dengan angka 9. Kesalahan mendarab angka 8 dengan angka 9.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 100 2.0 REFLEKS) (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid 1 dan murid 2 masih tidak menguasai huruf dengan baik. Mereka mempunyai masalah membaca. 2. Murid 1 dan murid 2 tidak menguasai sifir dengan baik. 3. Kaedah pengajaran saya kurang menarik kerana menggunakan teknik hafalan sahaja. 4. Saya perlu menghasilkan satu solusi mengikut aras murid-murid ini. 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran : 2 orang Murid Tahun 4 Camelia (Murid 1 dan Murid 2). 2. Objektif : i. Memudahkan murid menjawab soalan mendarab dua angka yang melibatkan sesuatu angka dengan angka 9. ii. Meningkatkan ingatan murid terhadap sifir terutamanya sifir 9. iii. Meningkatkan keyakinan murid dalam pembelajaran. 3. Alat atau intervensi i. Menulis sifir di sisi soalan tanpa merujuk kepada petak sifir dengan menggunakan kaedah ‘turun9 naik9’ sebelum menjawab soalan. 4.0 TINDAKAN Murid diterangkan langkah demi langkah mengikut intervensi yang dilaksanakan. Induksi 1. Murid di soal cara mendarab dua angka. 2. Murid menyebut bina sifir. 3. Murid di soal cara menyamakan penyebut. 4. Murid menjawab menggunakan sifir berulang kali. Langkah 1 Murid diberikan soalan. Murid membaca soalan.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 101 Langkah 2 Murid diminta untuk menulis angka 0 hingga 9 dalam turutan menurun di sisi soalan. Langkah 3 Murid di minta menulis angka 0 hingga 9 dalam turutan menaik (angka 0 ditulis bermula dari bawah) di sisi susunan angka yang ditulis pada langkah 2. Langkah 4 Murid menyelesaikan soalan dengan merujuk sifir 9 yang baru sahaja mereka bina.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 102 Penutup Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan intervensi berfokus membuatkan murid lebih faham dengan tajuk yang diajar. Murid akan lebih tertarik dan seronok melakukan aktiviti. Murid akan berasa lebih dihargai kerana walaupun mempunyai kekurangan, mereka masih mampu menjawab soalan- soalan yang seiras dengan rakan-rakan sekelas mereka. Respon daripada murid juga sangat baik sepanjang aktiviti dilaksanakan. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan penggunaan kaedah ‘turun9 naik9’ dapat membantu murid menyelesaikan soalan-soalan mendarab dua angka yang melibatkan sesuatu angka dengan angka 9


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 103 NAMA: TOMMI A/L JIMI MATA PELAJARAN: MATEMATIK TOPIK/KEMAHIRAN: MENYELESAIKAN OPERASI DARAB DUA NOMBOR ISU : Terdapat 3 orang murid dari Kelas 6 Azalea mengalami kesulitan dalam menyelesaikan operasi darab 2 nombor . 1.0 PEMERHATIAN 4. Murid Murid menghadapi masalah semasa mendarab .2 nombor. 5. (Pemerhatian 1) Contoh: 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid 1 dan murid 2 merupakan murid yang mempunyai masalah dalam membaca. Murid 1 masih tidak menguasai huruf dengan baik. 2. Murid 1, murid 2 dan murid 3 tidak menguasai sifir dengan baik. (murid-murid ini dapat mendarab jika berpandukan sifir) 3. Kaedah pengajaran saya tidak menarik kerana menggunakan teknik hafalan sahaja. 4. Apa yang perlu saya buat ialah menghasilkan satu kaedah menjawab yang berbeza mengikut aras murid-murid ini.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 104 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran : 3 orang Murid Tahun 6 Azalea (Murid 1, Murid 2 dan Murid 3). 2. Objektif : i. Meningkatkan ingatan murid untuk menyelesaikan soalan darab 2 nombor. ii. Meningkatkan ingatan murid terhadap sifir. iii. Meningkatkan keyakinan murid dalam pembelajaran. 3. Alat atau intervensi i. Menyediakan kotak di sisi soalan. ii. Menyalin sifir sebelum menjawab soalan. Murid diterangkan langkah demi langkah mengikut intervensi yang dilaksanakan. Induksi 1. Murid di soal cara mendarab kaedah kekisi. 2. Murid menyebut samakan penyebut berulang kali. 3. Murid di soal cara menyediakan kotak. 4. Murid menjawab menggunakan sifir berulang kali. Langkah 1 Murid diberikan soalan. Murid membaca soalan. Langkah 2 Murid diminta untuk melukis kotak . Disebakan terdapat 3 digit dengan 2 digit, buat kotak seperti ini. . Dalam soalan, murid perlu melukis diagonais untuk setiap kotak. ini akan mengandungi produk separa.. (Untuk permulaan, murid boleh merujuk petak sifir 6 dan 3 ).


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 105 Langkah 3 Murid di minta mulakan darab 6x9=54. tulis dalam petak sepadan seperti yang ditunjukkan Langkah 4 Murid teruskan mendarab nombor lain 6x4=24 .Perhatikan jika ia adalah jawapan satu digit. anda menulis 09(3x3). Langkah 5 Murid menyelesaikan soalan. Sekarang tambah diagonais. Jika anda perlu membawa nombor tambahkannya ke kumpulan diagonais seterusnya Penutup Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 106 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan intervensi berfokus membuatkan murid lebih faham dengan tajuk yang diajar. Murid akan lebih tertarik dan seronok melakukan aktiviti. Perasaan ‘sense of belonging’ akan lahir dalam jiwa mereka kerana walaupun mempunyai kekurangan, mereka masih mampu menjawab soalan-soalan yang seiras dengan rakanrakan sekelas mereka. Respon daripada murid juga sangat baik sepanjang aktiviti dilaksanakan. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan penggunaan darab kekisi dapat membantu murid menyelesaikan soalan-soalan mendarab dua nombor yang sukar. Penggunaan darab kekisi akan digunakan apabila murid-murid ini mahir menggunakan menghafal sifir . Penggunaan darab kekisi meningkatkan motivasi dan minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam tajuk ini. Contoh soalan : 349 x 63


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 107 NAMA:NORSHALINA BINTI MOHD SHAHAR MATA PELAJARAN: MATEMATIK TOPIK/KEMAHIRAN: OPERASI ASAS TAMBAH DAN TOLAK DENGAN MENGUMPUL SEMULA ISU : Terdapat tujuh orang murid pemulihan tahun 3 masih belum dapat menguasai kemahiran operasi asas tambah dan tolak dengan kumpul semula 1.0 PEMERHATIAN Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan didapati : i. Murid tidak memahami konsep kumpul semula ii. Murid sering melakukan kesilapan seperti lupa menambah di rumah puluh, iii. Murid juga tidak dapat memindahkan nombor mengikut nilai tempat dengan betul iv. Murid tidak memahami kenapa perlu melakukan proses kumpul semula ketika menyelesaikan soalan melibatkan kumpul semula 2.0 REFLEKS) (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) Murid tidak faham konsep pengumpulan semula dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan operasi tambah dan tolak melibatkan kumpul semula.. Murid salah ketika memindahkan jumlah tambah di rumah sa dan sering tertinggal proses tambah melibatkan kumpul semula di rumah puluh. Murid dapat menolak satu digit nombor dengan satu digit nombor dengan baik. Walaubagaimanapun apabila menolak melibatkan dua digit nombor murid tidak dapat menyelesaikannya Murid tidak memahami proses kumpul semula sewaktu


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 108 menyelesaikan operasi tolak melibatkan kumpul semula. Selain itu, masalah penguasaan murid juga mungkin berpunca daripada kelemahan saya sendiri sebagai guru seperti: Saya menganggap semua murid mempunyai kemahiran dan tahap pemahaman yang sama. Saya beranggapan semua murid mampu mengira secara congak. Saya beranggapan murid telah memahami apa yang saya ajar kerana tiada murid bertanya selepas satu sesi pembelajaran. Saya juga beranggapan murid boleh memahami konsep kumpul semula menggunakan kaedah biasa dengan baik. Saya hanya mengajar dengan matlamat murid dapat melepasi ujian saringan kelas pemulihan tanpa mengambil kira tahap pemahaman murid. 3.0 PERANCANGAN 3. Sasaran Tujuh orang murid pemulihan Tahun 3 4. Objektif: i. Membantu murid pemulihan Orang Asli tahun 3 menyelesaikan operasi tambah dan tolak melibatkan kumpul semula dengan betul ii. Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran operasi asas tambah dan tolak. iii. Menjadikan operasi asas tambah dan tolak mudah dan seronok dipelajari. 3 Alat atau intervensi Kit Smart Board ini dibina bagi membantu murid pemulihan khas menguasai operasi tambah dan tolak kumpul semula dengan lebih mudah. Kit ini dibina berasaskan keupayaan


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 109 kognitif dan keperluan murid. Melalui penggunaan kit ini dapat meningkatkan kefahaman dan menarik minta murid untuk mempelajari topik yang diajarkan. Kos penghasilan Kit juga diambil kira bagi memastikan semua murid dapat memiliki kit ini secara individu. 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Smart Board Tambah Langkah – Langkah (menambah dua digit nombor dengan satu digit nombor) 1. Murid mengubah ayat matematik ke dalam bentuk lazim mengikut petak. 2. Murid menambah mengikut nilai tempat bermula dengan sa 3. Murid mengenalpasti hasil tambah di rumah sa,jumlahnya satu nombor atau dua nombor. Sekiranya dua nombor murid perlu mengisi nombor ke dalam kotak dan Smart Board tambah dan tolak


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 110 memindahkan nombor mengikut anak panah dan kotak berwarna. 4. Murid meneruskan pula proses menambah di rumah puluh pula. Langkah – Langkah (menambah dua digit nombor dengan dua digit nombor) 1. Murid mengubah ayat matematik ke dalam bentuk lazim mengikut petak. 2. Murid menambah mengikut nilai tempat bermula dengan sa 3. Murid mengenalpasti hasil tambah di rumah sa,jumlahnya satu nombor atau dua nombor. Sekiranya dua nombor murid perlu mengisi nombor ke dalam kotak dan memindahkan nombor mengikut anak panah dan kotak berwarna. 4. Murid meneruskan proses menambah di rumah puluh pula, mengikut kotak dan anak panah. Langkah 2 Smart Board Tolak Langkah – Langkah (menolak dua digit nombor dengan satu digit nombor) 1. Murid mengubah ayat matematik kepada dalam bentuk lazim mengikut petak.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 111 2. Murid menolak mengikut nilai tempat bermula dengan sa 3. Murid mengelpasti nombor diatas lebih besar atau kecil sekiranya nombor diatas lebih kecil proses pinjam perlu dilakukan. 4. Murid melakukan proses pinjam dengan memotong nombor di rumah puluh dan meletakkan nombor 10 di dalam kotak di atas rumah sa. 5. Murid mula menolak daripada nombor di bawah yang lebih besar kepada nombor di atas yang lebih kecil mengikut anak panah dan meletakkan baki jawapan di dalam kotak berwarna kuning . 6. Kemudian murid menolak baki di kotak kuning menggunakan nombor 10 atas kotak rumah sa. Dan mengisi baki di dalam kotak jawapan. 7. Murid meneruskan proses menolak seperti biasa di rumah puluh. Langkah – Langkah (menolak dua digit nombor dengan dua digit nombor) 1. Murid mengubah ayat matematik kepada dalam bentuk lazim mengikut petak. 2. Murid menolak mengikut nilai tempat bermula dengan sa 3. Murid mengelpasti nombor diatas lebih besar atau kecil sekiranya nombor diatas lebih kecil proses pinjam perlu dilakukan. 4. Murid melakukan proses pinjam dengan memotong nombor di rumah puluh dan meletakkan nombor 10 di dalam kotak


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 112 di atas rumah sa. 5. Murid mula menolak daripada nombor di bawah yang lebih besar kepada nombor di atas yang lebih kecil mengikut anak panah dan meletakkan baki jawapan di dalam kotak berwarna kuning . 6. Kemudian murid menolak baki di kotak kuning menggunakan nombor 10 atas kotak rumah sa. Dan mengisi baki di dalam kotak jawapan. 7. Murid meneruskan proses menolak dirumah puluh. Murid akan menolak mengikut kotak berwarna dahulu sebelum menulis baki di dalam kotak jawapan. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan selepas menggunakan Smart Board didapati murid i. Murid lebih mudah faham konsep dan dapat menyelesaikan operasi asas tambah dan tolak melibatkan kumpul semula dengan lebih cepat dan betul. ii. Murid dapat memahami proses kumpul semula dengan lebih mudah melalui penggunaan kotak dan anak panah. iii. Murid mudah memindahkan jumlah tambah di rumah sa dengan bantuan kotak dan anak panah iv. Murid juga tidak lupa menyelesaikan proses tambah di rumah puluh. v. Murid juga mudah untuk menolak dengan kumpul semula apabila nombor dipisahkan dengan kotak dan anak panah. vi. Kaedah juga lebih mudah di rumah sa kerana proses menolak kumpul semula dipecahkan kepada 2 peringkat menggunakan kotak dan anak panah. vii. Murid juga tidak lupa menyelesaikan proses menolak di rumah puluh.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 113 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Secara keseluruhannya penghasilan Smart Board ini sangat membantu guru untuk mengajar murid pemulihan orang asli mengenai operasi tambah dan tolak melibatkan kumpul semula dengan lebih mudah kerana murid dapat memahami proses kumpul semula dengan cepat berdasarkan anak panah dan kotak berwarna. Murid lebih berminat dan seronok mempelajari Matematik, murid dapat membina keyakinan kendiri untuk menyelesaikan operasi tambah dan tolak di luar pengawasan guru. Kemahiran kritis dapat dibentuk kerana murid boleh mencipta soalan dalam kumpulan masing-masing kemudian saling bertukar-tukar soalan. Penyelesaiannya adalah dengan menggunakan Smart Board. Malahan Smart Board ini juga boleh digunakan oleh murid tahap satu yang berada di aliran perdana.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SAINS 114 NAMA: RAJA KUMAR A/L SUNDARAM MATA PELAJARAN: SAINS TOPIK/KEMAHIRAN: FUNGSI GIGI MANUSIA ISU : Terdapat 10 orang murid Tahun 3 Carnation tidak menguasai kemahiran/topik Gigi Manusia 1.0 PEMERHATIAN 1.Murid menghadapi masalah untuk membezakan fungsi gigi kacip, gigi geraham dan gigi taring dengan jelas. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid mengalami kekeliruan fungsi gigi kacip, gigi geraham dan gigi taring dengan jelas.Kaedah pengajaran saya hanya menggunakan buku teks dan penjelasan dengan cara verbal. 2. Saya perlu menghasilkan teknik atau menggunakan BBB yang bersifat maujud seperti sayur sawi yang bertindak sebagai makanan manakala bahan seperti pensil (gigi taring), botol air (gigi geraham) dan pembaris (gigi kacip). 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran 10 orang murid Tahun 3 Carnation 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran murid dalam memahami fungsi gigi kacip,gigi geraham dan gigi taring dengan jelas. 3. Alat atau intervensi: Saya menggunakan sayur sawi yang bertindak sebagai makanan manakala bahan seperti pensil (gigi taring), botol air (gigi geraham) dan pembaris (gigi kacip). Bahan ini mudah diperoleh dan tidak membebankan murid. Setiap murid yang tidak menguasai topik diberikan dengan 3 helai sawi.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SAINS 115 Mereka akan menggunakan i. pensil (koyakkan sayur sawi) ii. pembaris (potong sayur sawi) iii. botol air (menghancurkan sayur sawi) 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Murid dibekalkan dengan 3 helai sayur sawi. Murid akan mengeluarkan pensil, pembaris dan botol air. Langkah 2 Dengan menggunakan ketiga-tiga alat tersebut, murid akan melaksanakan satu eksperimen mudah. Murid akan mengoyakkan sayur sawi dengan pensil. Kemudian, sayur sawi dipotong menggunakan pembaris. Akhir sekali, sayur sawi akan akan dihancurkan menggunakan botol air. Langkah 3 Murid akan meneliti keadaan sayur sawi setelah menggunakan pensil, pembaris dan botol air. Maka, mereka dapat mengenali fungsi setiap alat tersebut yang mewakili ketiga-tiga gigi manusia. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan kaedah ini sangat membantu murid memahami fungsi setiap gigi manusia. Murid kelihatan teruja belajar dengan cara ini kerana mereka melakukan aktiviti hands on.Respon murid sangat positif dimana mereka dapat menyatakan fungsi gigi dengan baik. Mereka berjaya mengaitkan alat-alat dalam aktiviti dengan gigi sebenar manusia iaitu pembaris sebagai gigi kacip untuk memotong makanan, pensil sebagai gigi taring yang bertindak dalam mengoyakkan makanan dan botol air sebagai gigi geraham yang membantu menghancurkan makanan di dalam mulut manusia.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SAINS 116 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam mempelajari topik gigi yang pada awalnya mereka kurang jelas. Murid dapat menyatakan fungsi setiap gigi manusia dengan baik. Kaedah intervensi ini telah membantu murid dalam merungkai masalah pemahaman fungsi setiap gigi manusia. LAMPIRAN


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SAINS 117 NAMA: SHAFIQAH BINTI AZIZAN MATA PELAJARAN: SAINS TOPIK/KEMAHIRAN: KEMAHIRAN PROSES SAINS (MEMBEZAKAN BENDA HIDUP DAN BUKAN HIDUP) ISU : Terdapat 3 orang murid tahun 1 Ixora tidak dapat membezakan benda hidup dan bukan hidup dengan tepat 1.0 PEMERHATIAN 1. Murid menghadapi masalah untuk membezakan benda hidup dan benda bukan hidup 2. Murid menghadapi kekeliruan untuk menentukan sama ada benda yang bergerak itu benda hidup atau tidak. 3. Murid menyatakan benda bergerak seperti kereta dan robot sebagai benda hidup manakala tumbuh-tumbuhan sebagai objek tidak hidup 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid- murid ini mempunyai masa fokus yang rendah semasa dalam kelas. 2. Murid sukar mengingati ciri- ciri benda hidup. 3. Murid mengalami kekeliruan dan salah faham benda yang bergerak sebagai benda yang hidup. 4. Kaedah pengajaran saya kurang menarik kerana menggunakan teknik hafalan dan soal jawab secara lisan. 5. Saya perlu menghasilkan teknik atau menggunakan BBM yang bersifat maujud bagi mengukuhkan ingatan dan kefahaman murid. 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran 3 orang murid tahun 1 Ixora yang terdiri daripada 2 orang murid perempuan dan seorang murid lelaki.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SAINS 118 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran murid untuk membezakan benda hidup dan benda bukan hidup. ii) Meningkatkan keupayaan murid untuk melakukan pengelasan tanpa perlu menghafal. iii) Mengecilkan ruang skop perbezaan benda hidup dan bukan hidup. iv)Meningkatkan keyakinan serta minat murid dalam pembelajaran. 3. Alat atau intervensi i) Kanta BH (Kad yang dipotong bentuk pokok, manusia dan haiwan) Kanta kad BH direka bagi memudahkan murid mengelaskan terlebih dahulu objek- objek yang dilihat. Murid perlu fokus untuk mencari gambar atau objek yang berkaitan dengan kanta BH. Kanta kad BH dapat dilihat sebagai medium yang berupaya untuk menyerlahkan potensi murid dalam subjek kajian. Pemilihan kad yang mempunyai warna dan bentuk mampu menjadi komunikasi grafik untuk menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat dan berkesan. 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Guru memperkenalkan alat kanta kad BH yang akan digunakan kepada murid. Guru menerangkan 3 simbol yang terdapat pada setiap kanta tersebut sebagai mewakili benda hidup. Terdapat 3 jenis kanta yang disediakan iaitu i- Kanta tumbuh- tumbuhan ii- Kanta manusia iii- Kanta haiwan)


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SAINS 119 Langkah 2 Murid diminta menggunakan kanta BH tumbuh- tumbuhan dan mencari objek dalam kategori tersebut. Langkah diulang dengan menggunakan kanta BH Manusia dan kanta BH Haiwan. Langkah 3 Murid diberi lembaran kerja. Murid perlu menandakan objek yang merupakan Benda Hidup dan Bukan Benda Hidup. Langkah 4 Murid membuat perbandingan hasil kerja dengan rakan. Penutup : Guru memberi maklum balas terhadap aktiviti murid 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan kad BH semasa pembelajaran topik benda hidup dan benda bukan hidup dilihat sangat membantu murid saya untuk mengenalpasti objek atau benda hidup dengan cepat dan betul. Semasa menjalankan aktiviti menggunakan alat BBM tersebut Murid kelihatan sangat teruja dan melibatkan diri dengan penuh minat. Murid dilihat dapat menggunakan alat tersebut dengan mudah dan seronok Murid menunjukkan respon yang sangat positif terhadap penggunaan alat BBM kanta kad BH tersebut sepan


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SAINS 120 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan penggunaan alat BBM kanta BH ini mampu memperbaiki kemahiran murid yang lemah untuk lebih fokus dalam menyelesaikan tugasan justeru membuat pembezaan antara objek yang merupakan Benda Hidup dan Bukan Benda Hidup. Penggunaan bahan maujud yang mempunyai gambar, bentuk dan pelbagai warna dapat menarik minat murid untuk lebih fokus dan seterusnya mudah memahami mesej yang ingin disampaikan. Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam mempelajari topik- topik seterusnya Guru pula perlulah lebih kreatif dalam menghasilkan BBM yang menarik dan sesuai supaya proses pdp dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SAINS 121 NAMA: AMAR A/L APA MATA PELAJARAN: SAINS TOPIK/KEMAHIRAN: TUJUAN PENYIASATAN ISU : Murid tidak dapat mengaitkan pembolehubah dimanipulasi dan bergerakbalas untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan tujuan penyiasatan. 1.0 (PEMERHATIAN) 1. Murid menghadapi masalah dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan tujuan penyiasatan. 2. A – pembolehubah dimanipulasi B – pembolehubah bergerakbalas 2.0 (REFLEKSI) (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid kurang mahir dalam mengenalpasti pembolehubah. 2. Murid tidak boleh membezakan antara pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas. 3. Bahan yang digunakan oleh guru kurang sesuai dengan murid 4. Teknik penyampaian yang digunakan oleh guru adalah kurang sesuai dengan murid 3.0 (PERANCANGAN) 1. Sasaran : Murid kelas tahun 5 dan 6 2. Objektif : i. Murid mengenalpasti perbezaan antara pembolehubah dimalarkan, dimanipulasi dan bergerakbalas. ii. Murid bolah mengaitkan pembolehubah dimanipulasi dan bergerakbalas untuk menjawab soalan yang Untuk menyiasat hubungan diantara ....................A....................... dengan ....................B..............................


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SAINS 122 berkaitan dengan tujuan penyiasatan. iii. Murid boleh mengenali pembolehubah berdasarkan gambar, petikan dan jadual yang terdapat dalam soalan. 4.0 (TINDAKAN) Intervensi i. Menyediakan soalan berfokus: - Soalan yang menggunakan bahan ransangan seperti gambar dan jadual. - Soalan yang diberikan hanya berkaitan dengan soalan kemahiran pembolehubah sahaja. Set induksi 1. Murid diberikan beberapa objek 2. Murid menyebut nama objek. Murid dikaitkan dengan cara menyebut dengan menggunakan parameter Langkah 1 Murid berada secara berpasangan Murid menganalisis soalan Langkah 2 1. Murid cuba mengenalpasti pembolehubah berdasarkan soalan dengan merujuk gambar dan jadual - Dimalarkan (yang sama/tidak diubah)


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SAINS 123 - Dimanipulasi (diubah/berlainan) - Bergerakbalas (hasil aktiviti) Setelah murid mengenalpasti pembolehubah, murid cuba mengunakan parameter untuk menyatakan pembolehubah. Langkah 3 1. Murid menulis pembolehubah : - Dimalarkan : jenis makanan - Dimanipulasi : bilangan renjisan air - Bergerakbalas : keadaan nasi selepas 5 hari Langkah 4 1. Murid menggunakan pembolehubah yang telah dikenalpasti untuk menjawab soalan tujuan penyiasatan. - Untuk menyiasat hubungan diantara bilangan renjisan dengan keadaan nasi selepas 5 hari. Langkah 5 1. Murid cuba menjawab soalan yang lain yang berkaitan dengan tujuan penyiasatan. 2. Murid berbincang dengan guru. 3. Murid mengulangi proses yang sama untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan tujuan penyiasatan. Penutup Murid menerangkan cara menjawab soalan yang berkaitan dengan tujuan penyiasatan Penggunaan bahan yang berkaitan dan berfokus ini dapat


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SAINS 124 5.0 (PEMERHATIAN SEMULA) membantu murid mengenalpasti kemahiran mengawal pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas. Walaupun murid masih belum boleh menjawap soalan yang berkaitan dengan tujuan penyiasatan, namun sebahagian langkah untuk menjawab soalan yang tujuan penyiasatan murid dapat kuasai iaitu, murid dapat mengenalasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas. 6.0 REFLEKSI SEMULA BEDASARKAN PEMERHATIAN Murid boleh mencari kemahiran pembolehubah dimanipulasi dan bergerakbalas. Murid dalam proses mengaitkan pembolehubah dengan teknik menjawab soalan yang berkaitan dengan tujuan penyiasatan. Jadual Penggunaan bahan ransangan seperti gambar dan jadual adalah baik untuk membantu meransang murid dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan tujuan penyiasatan


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN ISLAM 125 NAMA : MOHD FERADUS BIN MOHD SAAD MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN ISLAM TOPIK/KEMAHIRAN: KEMAHIRAN MENULIS ISU : Terdapat 5 orang murid Islam Tahun 4 Camelia tidak menguasai kemahiran/topik menulis tulisan jawi dengan betul 1.0 PEMERHATIAN 1. Murid menghadapi masalah untuk menulis jawi dari segi bentuk dan cara sambungan huruf dengan betul. 2. Murid sukar mengenal pasti huruf jawi yang boleh disambung dan berubah bentuk setelah disambungkan dalam penulisan perkataan atau ayat 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid tidak dapat mengingati dalam jangka panjang dan mudah lupa dengan isi pelajaran yang telah dipelajari. 2. Murid mengalami kekeliruan kerana terdapat huruf yang hamper sama dan belum menguasai kaedah menulis jawi dengan baik. 3. Kaedah pengajaran saya perlu di tambah baik dengan menggunakan pelbagai Bahan Bantu yang boleh menarik minat murid. 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran Murid Islam tahun 4 Camelia. 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran menulis jawi dengan tulisan yang betul. ii) Meningkatkan keyakinan serta motivasi murid dalam menulis


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN ISLAM 126 huruf jawi 3. Alat atau intervensi (Teknik huruf sombong) memfokuskan huruf-huruf jawi yang tidak boleh disambungkan dalam penulisan perkataan. 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf sombong dalam tulisan jawi. Murid diperkenalkan dengan cara mudah untuk mengingat huruf-huruf sombong tersebut. Gambaran seperti wajah manusia supaya lebih mudah mengingat huruf-huruf sombong yang mewakili (Rambut, telinga, mata, mulut) Langkah 2 Guru memberikan beberapa perkataan yang mengandungi huruf-huruf tunggal. Murid perlu mengenal pasti huruf sombong dalam perkataan yang diberikan dan perlu meletakkan tanda


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN ISLAM 127 tolak (-) seleps huruf tersebut. Bagi huruf lain murid akan meletakkan tanda tambah (+) selepasnya. Langkah 3 Murid menulis perkataan dengan kaedah menyambung huruf yang betul setelah selesai mengenal pasti huruf sombong yang terdapat dalam perkataan. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan Teknik huruf sombong ini sangat membantu murid dalam menyambung huruf dengan betul. Walaupun tulisan mereka agak kurang kemas, murid kelihatan gembira kerana dapat menulis dengan sambungan yang betul dan tepat. Sebelum menggunakan Teknik huruf sombong


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN ISLAM 128 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan terdapat peningkatan dalam tahap penguasaan murid dalam menulis tulisan jawi dengan betul. Hal ini dapat dikukuhkan dengan menggalakkan dan memperbanyak latih tubi dalam kemahiran menulis tulisan jawi. Penggunaan Teknik huruf sombong ini menjadikan guru lebih bersemangat dan murid dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam kaedah penulisan jawi yang betul.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN ISLAM 129 NAMA: NURUL AFIFAH RASYADA BT MOHD SHUKRI MATA PELAJARAN: BAHASA ARAB TOPIK/KEMAHIRAN: MEMBACA HURUF HIJAIYYAH TUNGGAL ISU : Terdapat 4 orang murid Tahun 3 Carnation tidak menguasai kemahiran membaca huruf hijaiyyah tunggal dalam pelbagai baris. 1.0 PEMERHATIAN 1.Murid menghadapi masalah membaca huruf hijaiyyah tunggal pelbagai baris 2. Murid sukar membezakan huruf hijaiyyah yang sama bentuk 3. Terdapat murid mengalami masalah mengingati nama huruf. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid-murid ini merupakan murid yang lemah dalam pelajaran. 2. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa nama huruf hijaiyyah 3. Murid mengalami kekeliruan antara huruf yang sama bentuk. 4. Kaedah pengajaran saya tidak menarik kerana hanya menggunakan teknik hafalan sahaja. 5. Saya perlu menghasilkan teknik atau menggunakan BBB yang bersifat maujud bagi memudahkan murid membezakan dan membaca huruf hijaiyyah sama bentuk dalam pelbagai baris.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN ISLAM 130 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran 4 orang murid Tahun 3 Carnation. 2.Objektif: i) Meningkatkan ingatan murid tentang perbezaan antara huruf yang sama bentuk. ii)Meningkatkan keyakinan serta motivasi murid dalam pembelajaran Bahasa arab. iii)Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid mempelajari kemahiran membaca huruf hijaiyyah tunggal. 3. Alat atau intervensi ‘The Moving Hijaiyyah’ i – Token huruf hijaiyyah tunggal ii – Jadual baris satu diatas, dibawah dan didepan. The Moving Hijaiyyah ’ ini dibina berdasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi memudahkan pembelajaran ‘The Moving Hijaiyyah’ ini memfokuskan kepada mengenal dan membaca huruf tunggal berbaris satu yang sama.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN ISLAM 131 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Murid mengambil token huruf tunggal. Murid diminta menyebut ciri-ciri huruf dalam token kemudian guru akan memberitahu nama huruf tersebut. Langkah 2 Murid diberikan jadual yang mengandungi baris satu diatas, dibawah dan didepan. Murid diminta untuk mengulang ayat yang diucap oleh guru iaitu “ baris ada 3 jenis iaitu atas, bawah, depan” sambil jari menunjuk pada jadual mengikut kedudukan setiap baris . Langkah 3 Murid diminta untuk meletakkan token huruf di atas jadual. Guru akan membaca huruf mengikut baris dalam jadual tersebut dan murid akan ikut bacaan guru sambil jari menggerakkan token dari satu petak ke satu petak. Langkah 4 Murid menggerakkan token dari petak ke petak dan membaca huruf mengikut baris dalam setiap petak. Guru akan perbetulkan bacaan murid yang salah.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN ISLAM 132 Langkah 5 Guru menyebut huruf dengan sebutan pelbagai baris secara rawak dan murid akan menggerakkan token huruf ke petak baris yang dibaca oleh guru. Langkah 6 Murid diminta melakukan latih tubi membaca huruf hijaiyyah tunggal dengan cara mengulang kaedah gerakkan token dan baca ikut baris dalam jadual. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan ‘The Moving Hijaiyyah’ sangat membantu murid untuk fokus semasa pdpc. Murid kelihatan seronok semasa melakukan aktiviti. Murid saling bersaing dengan bertanding siapa paling pantas membaca huruf yang digerakkan dengan bacaan baris yang betul. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan ‘The Moving Hijaiyyah’ membantu murid mengingat nama huruf dan dapat membaca setiap baris dengan betul. Murid bermotivasi dan melibatkan diri secara aktif dalam pdpc. Penggunaan BBM yang menarik dapat menjadikan murid lebih seronok untuk belajar.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN ISLAM 133 NAMA :MOHD HISAN BIN DERAMAN MATA PELAJARAN:PENDIDIKAN ISLAM TOPIK/KEMAHIRAN: MENGENAL DAN MEMBEZAKAN چ DAN, خ,ح,ج JAWI HURUF EMPAT ISU : Terdapat 2 orang murid dari Kelas 1 Carnation mengalami kesulitan dalam membezakan huruf-huruf jawi ج,ح,خ ,dan چ .1.0 PEMERHATIAN Kedua-dua murid (murid 1 dan murid 2) keliru dengan kedudukan dan bilangan titik huruf-huruf jawi ج,ح,خ ,dan چ .Contoh hasil kerja murid 1: Contoh hasil kerja murid 2: 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid 1 dan murid 2 mempunyai masalah dalam mengingat huruf-huruf jawi. 2. Murid 1 dan murid 2 tidak menguasai huruf-huruf jawi dengan baik. 3. Kaedah pengajaran saya kurang menarik kerana menggunakan teknik hafalan sahaja. Saya perlu menghasilkan satu solusi yang menarik mengikut aras murid- murid ini.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN ISLAM 134 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran : 2 orang Murid Tahun 4 Camelia (Murid 1 dan Murid 2). 2. Objektif : • Memudahkan murid menulis huruf-huruf jawi ج,ح,خ ,dan چ dengan betul. • Meningkatkan ingatan murid terhadap keempat-empat huruf jawi ج,ح,خ ,dan چ ini. • Meningkatkan keyakinan murid dalam pembelajaran. 3. Alat atau intervensi • Menggunakan lagu pendek ‘4 saudara’ sebelum menjawab soalan. Lirik lagu 4 Saudara: “ح tiada titik, ج titik tengah, خ titik atas, چ titik tiga” Lagu 4 saudara: 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Guru menulis lirik lagu 4 saudara Guru menyanyikan lagu 4 saudara dan murid mendengar lirik lagu dengan teliti Murid menyanyikan semula lagu 4 saudara Guru mendengar dan membetulkan nyanyian murid jika terdapat kesalahan dalam melafaz lirik lagu. Scan QRC di sebelah untuk akses lagu 4 saudara.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN ISLAM 135 Langkah 2 Murid diberikan soalan dan membaca soalan Langkah 3 Murid diminta menyanyikan lagu 4 saudara Langkah 4 Sambil menyanyikan lagu, murid mengisi ruangan jawapan degan huruf yang betul Langkah 5 Murid menunjukkan hasil kerja masing - masing 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan intervensi berfokus dan menarik membuatkan murid lebih faham dengan tajuk yang diajar. Murid akan lebih tertarik dan seronok semasa menjawab soalan-soalan. Mereka juga akan berasa lebih dihargai kerana disamping kekurangan yang dimiliki, mereka masih mampu bersaing dengan rakanrakan sekelas mereka. Respon daripada murid juga sangat baik sepanjang aktiviti dilaksanakan. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan penggunaan lagu ‘4 Saudara’ dapat membantu murid mengenal dan membezakan huruf-huruf jawi .چ dan, خ,ح,ج


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN ISLAM 136 NAMA:MOHD HALIM BIN MUSA MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN ISLAM TOPIK/KEMAHIRAN: MENGENALI HURUF JAWI TIDAK BOLEH BERSAMBUNG ISU : Terdapat 9 orang murid termasuk seorang murid muallaf yang tidak menguasai kemahiran mengenal huruf jawi yang boleh bersambung dan tidak boleh bersambung 1.0 PEMERHATIAN 1.Murid menghadapi masalah : menyambung huruf 2. Murid sukar : mengingati huruf yang tidak boleh bersambung 3. Terdapat murid mengalami masalah : mengenal huruf dan mengingati huruf secara tekal 4. Setelah sekolah dibuka dan selepas berlangsungnya PDPR semasa pandemik Covid 19 : kebanyakan murid lupa dan keliru nama huruf-huruf tunggal jawi 5.Murid menunjukkan kurang minat semasa belajar topik JAWI : kerana mereka tidak boleh membaca kerana mereka tiada kemahiran memahami, membaca dan menulis. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid-murid ini merupakan murid pemulihan/lemah menguasai 39 huruf tunggal JAWI 2. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa kerana penggunaan harian huruf jawi dan huruf hijaiyyah sangat kurang 3. Murid mengalami kekeliruan kerana terdapat bentuk dan sukukata bunyi huruf JAWI yang hampir sama 4. Terlalu lama berada di rumah semasa PDPR (cuti disebabkan pandemik Covid 19) menjadi salah satu faktor murid lupa dan keliru


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN ISLAM 137 Kaedah pengajaran saya : menghasilkan BBM yang menarik dan mudah difahami serta diingati oleh murid 1. Saya perlu menghasilkan teknik atau menggunakan BBB yang bersifat maujud Bernama : TAJ 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran Murid Tahap 2 ( Tahun 4,5,& 6) 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran menulis JAWI ii)Meningkatkan keyakinan serta motivasi murid supaya lebih yakin dengan ingatan mereka. iii)Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid mempelajari topik/kemahiran menulis JAWI dengan betul 3. Alat atau intervensi TAJ / تاج dalam bahasa Arab bermaksud “Mahkota”. Mahkota kedudukannya terletak di atas kepala. TAJ menjadi sumber inspirasi sebagai akronim (T – Tunjuk , A – Ajar , J – Jawi). Sebuah alat berbentuk bulat yang boleh berpusing dimana terdapat huruf-huruf yang tidak boleh bersambung serta akronim bermakna untuk membantu murid ingat dengan mudah sebagai formula. TAJ . dibina bedasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi memudahkan pembelajaran murid-murid mengingati huruf yang boleh disambungkan tetapi tidak boleh menyambung TAJ dipersembahkan kepada murid berbentuk gendola yang boleh berpusing seperti RODA memfokuskan huruf-huruf jawi yang tidak boleh bersambung. Selepas murid menguasai (mengenal / mengingat) mereka akan diberi latihan untuk menyambung huruf tunggal menjadi sebuah perkataan. Pada Roda TAJ juga terdapat Tunjuk Asas Jawi kepada murid tahap 1 atau permulihan .


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN ISLAM 138 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Memberi soal selidik kepada 21 murid-murid terpilih tahap 2 sebagai sampel. 1/21 murid mendapat keputusan 100%. Langkah 2 Selepas disemak, terdapat 9/21 orang murid yang belum menguasai Langkah 3 9 orang Murid akan diberi pemulihan 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan Roda TAJ sangat membantu murid. Murid Kelihatan seronok belajar menggunakan gelung roda Respon murid mereka mudah faham bila ada simbol n gambar yang membantu 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan terdapat 3/9 murid masih belum menguasai . Hal ini dapat dikukuhkan dengan mereka dibimbing semula dengan TAJ ( Tunjuk Asas Jawi ) Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam mempelajari huruf jawi , huruf RODA n asas-asas jawi mudah Penggunaan Tunjuk Ajar Jawi menjadikan guru mudah mengesan murid yang mengusai dan belum menguasai serta mudah untuk dibimbing semula dengan Tunjuk Asas Jawi


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SEJARAH 139 NAMA: JULIANA ZASZIRA BINTI ISMAIL MATA PELAJARAN : SEJARAH TOPIK/KEMAHIRAN: MENGENAL PASTI FAKTA SEJARAH MENGGUNAKAN MYBOBBBI ISU : Terdapat 4 orang murid daripada Tahun 5 Iris tidak menguasai kemahiran mengenal pasti fakta sejarah. 1.0 PEMERHATIAN 1. Murid menghadapi masalah untuk menulis fakta sejarah secara ringkas. 2. Murid beranggapan bahawa penerangan setiap tajuk dalam buku teks adalah fakta. 3. Murid tidak menguasai Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah iaitu melihat sebab dan akibat dalam peristiwa sejarah. 4. Murid menunjukkan kurang minat semasa belajar sejarah. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid-murid ini merupakan murid yang masih lemah dalam pembacaan. 2. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa tentang topik pembelajaran yang diajar. 3. Murid tidak menguasai Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (sebab dan akibat dalam peristiwa sejarah). 4. Kaedah pengajaran saya kurang menarik kerana menggunakan teknik hafalan sahaja. 5. Waktu pengajaran sebanyak 2 waktu seminggu tidak mencukupi. 6. Saya perlu menggunakan BBM yang bersifat maujud bagi memudahkan murid mengingat dan menulis fakta sejarah dengan betul.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SEJARAH 140 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran 4 orang Murid Tahun 5 Iris. 2. Objektif : i) Meningkatkan penguasaan murid dalam menguasai Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (sebab dan akibat dalam peristiwa sejarah). ii) Meningkatkan keyakinan serta motivasi murid dalam pembelajaran mata pelajaran sejarah. iii) Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid untuk mempelajari Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah. 3. Alat atau intervensi Pokok Sejarah: MYBOBBBI dibina berdasarkan keupayaan dan keperluan murid (Orang Asli) bagi memudahkan mereka memahami pembelajaran Sejarah secara ringkas dan mudah. Bahan ini dihasilkan dengan menggunakan kad manila, kertas warna, kertas A4, plastik laminate dan gambar. Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan yang mudah didapati. Bahan ini sesuai digunakan bagi murid-murid (Orang Asli Semai) dalam memahami dan mempelajari fakta sejarah kerana bahan ini diterjemahkan dalam bahasa Semai. Di samping itu, bahan ini mempunyai ciri-ciri seperti ringan, mudah alih, boleh digunakan berulang kali dan kos penghasilan yang murah. Pokok Sejarah: MYBOBBBI berfokus kepada meningkatkan kefahaman murid-murid (Orang Asli) terhadap fakta sejarah secara ringkas dan mudah.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SEJARAH 141 4.0 TINDAKAN Set induksi Murid melihat video peristiwa sejarah kemerdekaan. Langkah 1 Murid diperkenalkan dengan Pokok Sejarah: MYBOBBBI. Murid membaca petikan berkaitan peristiwa sejarah kemerdekaan. Murid mencari enam fakta sejarah berdasarkan persoalan pada Pokok Sejarah: MYBOBBBI iaitu apa, kenapa, siapa, bagaimana, bila dan dimana. Langkah 2 Murid menulis enam fakta sejarah yang diperoleh pada setiap kad warna-warni dengan merujuk kepada persoalan pada Pokok Sejarah: MYBOBBBI. Langkah 3 Murid menampal fakta sejarah yang ditulis atas kad warna-warni pada papan Pokok Sejarah: MYBOBBBI mengikut warna bagi setiap persoalan. Murid menerangkan fakta sejarah secara ringkas. Penutup Murid menceritakan peristiwa sejarah yang dipelajari dengan mudah dan ringkas.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SEJARAH 142 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan Pokok Sejarah: MYBOBBBI sangat membantu murid dalam memahami dan mengenal pasti fakta-fakta sejarah setiap peristiwa dengan mudah dan ringkas. Murid kelihatan seronok dan Tertarik melakukan aktiviti. Respon murid sangat baik sepanjang aktiviti dijalankan. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan penggunaan papan Pokok Sejarah: MYBOBBBI dapat membantu meningkatkan kefahaman dan ingatan murid untuk mengenal pasti fakta-fakta sejarah secara ringkas dan mudah. Hal ini dapat dinilai dengan hasil kerja murid setelah aktiviti disiapkan serta pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan bahan maujud meningkatkan motivasi dan minat murid untuk mempelajari kemahiran mencari dan mengenal pasti fakta sejarah secara rigkas dan mudah. Penggunaan Pokok Sejarah: MYBOBBBI juga menjadikan guru lebih kreatif dan dapat menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih menyeronokkan. Murid juga dilihat semakin menunjukkan perkembangan yang positif.


Click to View FlipBook Version