KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 43 NAMA: RAHAYU WASTEE A/P DANIEL EMMANUEL RAJA MATA PELAJARAN:BAHASA MELAYU TOPIK/KEMAHIRAN: MEMBATANGKAN PERKATAAN GABUNGAN DUA ATAU TIGA SUKU KATA ISU : Terdapat 10 orang murid Tahun 2 Carnation tidak menguasai kemahiran/topik membatangkan perkataan gabungan dua atau tiga suku kata. 1.0 PEMERHATIAN 1.Murid menghadapi masalah membatangkan perkataan gabungan dua atau tiga suku kata. 2. Murid sukar membatangkan gabungan suku kata yang terdapat dalam perkataan. 3. Terdapat murid mengalami masalah menulis perkataan gabungan dua atau tiga suku kata. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa gabungan suku kata yang dibatangkan. 2. Murid mengalami kekeliruaan untuk membatangkan dua atau tiga suku kata yang membentuk perkataan. 3. Kaedah pengajaran saya meneroka BBB maujud. 4. Saya perlu menghasilkan teknik atau menggunakan BBB yang bersifat maujud bagi memudahkan murid mengecam, membatangkan gabungan dua atau tiga suku kata dalam perkataan. 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran : Murid Tahun 2 Carnation 2. Objektif: I. Meningkatkan kemahiran membaca perkataan. II. Mengurangkan kesalahan membatangkan gabungan dua
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 44 atau tiga suku kata dalam perkataan. III. Meningkatkan keyakinan serta motivasi dalam bacaan. 3.Alat atau intervensi i. (Kit perkataan)-Digunakan untuk menarik minat murid dan memantapkan bacaan murid. ii. Kit perkataan dibina bedasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi memudahkan pembelajaran bacaan perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata. iii. (Kit perkataan) memfokuskan murid yang lemah dalam membatangkan perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata. 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Murid diberi bimbingan mengeja dan menyebut perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata. Langkah 2 Murid dalam kumpulan mengeja dan menyebut perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata. Langkah 3 Murid secara individu diuji mengeja dan menyebut perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dan proses memantapkan bacaan murid. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan kit perkataan sangat membantu murid memantapkan bacaan perkataan. Murid kelihatan berminat kerana kit perkataan ada grafik, mudah dibawa dan mudah diteroka. Respon murid baik sepanjang aktiviti dijalankan. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan murid mempunyai keyakinan membatangkan pelbagai perkataan termasuk perkataan pinjaman. Kit perkataan dapat meningkatkan motivasi dan minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam bacaan.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 45 NAMA: AHMAD AIZAT BIN KHAIRI MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU TOPIK/KEMAHIRAN: MENULIS DENGAN KEMAS DAN TERATUR ISU : Terdapat 23 orang murid Tahun 5 Iris tidak menguasai kemahiran menulis dengan kemas dan teratur. 1.0 PEMERHATIAN 1.Murid menghadapi masalah menulis dengan kemas 2. Murid sukar menulis dengan menggunakan cara yang betul 3. Terdapat murid mengalami masalah menulis tidak mengikut cara yang betul. 4. Setelah sekolah dibuka dan selepas berlangsungnya PDPR semasa pandemik Covid 19, penulisan murid semakin tidak teratur. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid-murid ini sebahagiannya ialah murid pemulihan. 2. Murid tidak dapat menulis dengan kemas. 3. Murid mengalami kekeliruan menulis dengan huruf ‘d’ dan ‘b’ 4. Terlalu terlalu lama berada di rumah semasa PDPR (cuti disebabkan pandemik Covid 19, murid kurang menulis dan sementara itu tidak membuat latihan yang diberikan oleh guru. Kaedah pengajaran saya menggunakan aktiviti untuk memperbaiki motor halus murid. 5. Saya perlu menghasilkan teknik atau menggunakan BBB yang bersifat maujud contohnya menggunakan alatan yang memberi rangsangan kepada jari-jari murid. 3.0 1. Sasaran
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 46 PERANCANGAN Murid Tahun 5 Iris 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran menulis dengan betul dan kemas. ii)Meningkatkan keyakinan dan menjadikan tulisan murid dengan kemas. 3. Alat atau intervensi 1. (Murid membuat aktiviti rangsangan motor halus jari dengan menggunakan penyepit baju. Murid menggunakan penyepit baju untuk membiasakan jari-jari dengan latihan menulis. 2. (Menulis semula dengan menggunakan latihan menulis mengikut garisan) 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Murid diberikan alat yang merangsang motor halus murid seperti penyepit baju. Murid diberikan peluang untuk meneroka terlebih dahulu dengan aktiviti memindahkan penyepit baju dari sekeping kertas ke kertas yang lain. Langkah 2 Murid kemudian menjalankan aktiviti permainan memindahkan penyepit baju dengan bimbigan daripada guru. Murid menjalankan aktiviti dengan pengawasan guru dan secara berterusan. Langkah 3 Murid seterusnya membuat aktiviti menulis dengan mengikut garisan dot titik halus. Murid membuat aktiviti dengan mengikut tulisan dengan kemas dan teratur. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan alat bantu seperti penyepit baju sangat membantu murid kerana dapat merangsang motor halus murid. Murid kelihatan lebih berminat dengan aktiviti yang dirancang oleh guru. Respon murid sangat positif dan memudahkan guru merancang aktiviti lain yang sesuai.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA MELAYU 47 6.0 REFLEKSI SEMULA BEDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan terdapat sedikit perkembangan dalam penulisan murid walaupun tidak kemeas sepenuhnya. Hal ini dapat dikukuhkan dengan cara murid menulis iaitu murid dapat menulis dengan menggunakan tulisan yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam mempelajari ilmu baharu dengan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap mereka. Penggunaan alat bimbingan dapat menjadikan guru lebih bersedia dengan tingkah laku murid. Guru dapat lebih memehami kehendak murid dengan memastikan keperluan murid dapat disediakan dengan menggunakan bahan yang sesuai. Aktiviti atau kaedah yang digunakan hanya memberi sedikit perubahan kepada tulisan murid. Saya berharap akan terus mencari idea lain untuk memperbaiki kelamaham murid kelas 5 Iris dalam penulisan mereka. LAMPIRAN: Latihan menulis peringkat awal. Ketika ini tulisan murid sangat tidak memuaskan. Aktiviti memindahkan penyepit baju untuk memperbaiki motor halus murid. Aktiviti menulis untuk melihat perkembangan murid setelah melakukan aktiviti yang Dirancang
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 48 NAMA: YUSLINDA BINTI YUSOF MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS TOPIK/KEMAHIRAN: DAYS OF THE WEEK. ISU : Terdapat 15 orang murid Tahun 2 Carnation tidak menguasai kemahiran/topik Days of the Week. 1.0 PEMERHATIAN 1.Murid menghadapi masalah mengingat hari dalam seminggu. 2. Murid sukar membezakan hari-hari tertentu dalam seminggu 3. Terdapat murid mengalami masalah menyusun hari dalam seminggu mengikut urutan. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid-murid ini merupakan murid tahun 2 Carnation yang mempunyai masalah mengingati hari dalam seminggu. 2. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa hari dalam seminggu. 3. Murid mengalami kekeliruan membezakan hari-hari tertentu dalam seminggu. ( Saturday, Sunday) 4. Kaedah pengajaran saya tidak menarik kerana menggunakan teknik hafalan sahaja. 5.Saya perlu menghasilkan atau menggunakan BBB yang bersifat maujud bagi memudahkan murid mengecam, mengingat dan menyusun hari dalam seminggu dengan betul. 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran 15 orang murid tahun 2 Carnation. 2. Objektif : i) Mengurangkan kesalahan dalam menyusun dan menyebut hari dalam seminggu.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 49 ii) Meningkatkan kemahiran dan ingatan murid bagi mengecam, mengingat dan menyusun hari dalam seminggu. iii) Meningkatkan keyakinan serta motivasi murid dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. iv) Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid mempelajari topik/kemahiran Days of The Week. 3. Alat atau intervensi i. Templat tapak tangan. ii. Kad hari dalam seminggu. 4.0 TINDAKAN Set Induksi Menyebut hari dalam seminggu ( lengkap 7 hari seminggu walaupun tidak mengikut susunan ) Langkah 1 Murid melekatkan kad hari dalam seminggu pada templat tapak tangan walaupun tidak mengikut susunan. Langkah 2 Murid diminta menyusun kad hari dalam seminggu dan melekatkan pada templat tapak tangan . Langkah 3 Murid diminta menyusun kad hari dalam seminggu mengikut susunan hari yang betul dan melekatkan pada tempat tapak tangan. Langkah 4 Murid melakukan latih tubi bersama guru dan rakan. Guru menyebut hari dan murid melekatkan pada templat tapak
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 50 tangan. Murid akan menyemak diantara mereka sekiranya terdapat kesilapan. Murid akan membetulkan kesalahan mengikut kitaran hari yang telah ditunjukkan guru. Penutup Murid menunjukkan hasil susunan hari dalam seminggu pada templat tapak tangan masing-masing. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan bahan maujud membuatkan murid lebih fokus dengan pdpc.Murid kelihatan tertarik dan seronok melakukan aktiviti.Murid bersaing untuk mengingat dan menyusun hari dengan betul. Respon daripada murid juga sangat baik sepanjang aktiviti dilaksanakan.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 51 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan penggunaan templat tapak tangan kad huruf berwarna dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan murid mengenal, mengecam dan menyusun hari dalam seminggu dengan betul. Penggunaan templat tapak tangan yang murid boleh kaitkan dengan tapak tangan mereka sendiri meningkatkan motivasi dan minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pdpc. Murid juga dapat mengaplikasikan hasil pembelajaran pada tapak tangan masing-masing. Guru boleh lebih kreatif dan menambah baik amalan dalam pengajaran untuk menjadikan pdpc lebih menarik ,berkesan dan menyeronokkan murid. Berdasarkan daripada templat tangan yang dihasilkan guru boleh melaksanakan ansur maju dan mengaplikasikan pada topik yang lain.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 52 NAMA: NUR SILMI BINTI MD SHAFIE MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS TOPIK/KEMAHIRAN: PRONUNCIATION DIGRAPHS PHONICS (/CH/, /SH/ AND /TH/). ISU : Terdapat 6 orang murid Tahun 5 Iris tidak menguasai kemahiran/topik Phonics 1.0 PEMERHATIAN 1.Murid menghadapi masalah membaca dan menyebut perkataan mudah dalam Bahasa Inggeris. 2. Murid sukar menyebut perkataan mudah terutama yang bermula dengan phonics /ch/, /sh/ dan /th/. 3. Terdapat murid mengalami masalah membezakan sebutan dan kedudukan lidah untuk perkataan phonics /th/ antara berbunyi atau tidak berbunyi (voiced dental fricative /ð/ (this) and the voiceless dental fricative /θ/ (thing). 2.0 REFLEKS) (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid-murid ini merupakan murid tahun 5 Iris yang mempunyai masalah membaca dan menyebut perkataan mudah dalam Bahasa Inggeris. 2. Murid tidak dapat menyebut dengan betul perkataan yang dipelajari. 3. Murid mengalami kesukaran membezakan sebutan /th/ antara /ð/ atau /θ/. 4. Kaedah pengajaran saya tidak menarik kerana menggunakan teknik sebutan dan hafalan sahaja. 5.Saya perlu menghasilkan atau menggunakan Bahan Bantu Belajar (BBB) yang bersifat nampak iaitu wordcards dan picture flashcards bagi memudahkan murid mengenal maksud perkataan (meaning), membaca dan menyebut perkataan
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 53 (phonemes) serta menambah pengetahuan perkataan (vocabulary). 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran 6 orang murid tahun 5 Iris 2. Objektif : i) Menunjukkan dengan jelas kedudukan lidah bagi phonemes /sh/, /ch/ dan /th/. ii) Membantu murid membezakan sebutan /th/ antara /ð/ atau /θ/. iii) Memastikan murid dapat menyebut perkataan daripada phonics /sh/, /ch/ dan /th/. iv) Mewujudkan peluang kepada murid dalam menghubungkan bunyi dan perkataan yang hampir sama (ship – shop). 3. Alat atau intervensi i. Gambar kedudukan lidah
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 54 ii. Wordcards. iii. Picture Flashcards 4.0 TINDAKAN Set Induksi Murid meneka perkataan berdasarkan perbuatan guru. (Guru mengaitkan perkataan dengan phonics akan dipelajari). Langkah 1 Guru dan murid menyanyikan lagu sebutan phonics dan menunjukkan kedudukan lidah. Langkah 2 Murid melekatkan wordcards berdasarkan kad imbasan bergambar disediakan di papan putih. (Perkataan dibawah gambar ditutup). Langkah 3 Guru dan murid menyebut perkataan dengan perbuatan. Langkah 4 Murid bermain permainan : I. Ghost Whisperer (berbisik perkataan kepada rakan), II. Spelling Bee (mengeja perkataan). III. Poison Music Box (murid terpilih perlu menyebut perkataan dipilih), IV. Guess the Words (meneka perkataan berdasarkan perbuatan). V. Bingo (menyebut perkataan yang diingini sehingga dapat Bingo!) Penutup Murid menyebut dan mengeja perkataan phonics yang dipelajari.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 55 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan kad imbasan bergambar serta gambar dan contoh jelas kedudukan lidah ketika menyebut atau membunyikan /sh/, /ch/ dan /th/ membuatkan murid lebih fokus dengan pdpc. Murid dapat menyebut dengan betul serta mampu membaca perkataan tersebut dengan mudah apabila guru hanya menunjukkan wordcards sahaja. Murid juga berasa lebih aktif dan seronok ketika bermain dan mereka akan bersaing sesama rakan untuk menyebut dan mengeja perkataan dipelajari. Respon daripada murid juga sangat baik sepanjang aktiviti dilaksanakan.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 56 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan penggunaan kad imbasan bergambar dapat membantu murid dalam menyebut phonics dipelajari dengan betul. Penerapan kaedah didik hibur dengan bermain dapat meningkatkan keyakinan dan minat murid untuk mencuba menyebut dan belajar perkataan dalam Bahasa Inggeris. Murid juga dapat mengingati sebutan perkataan yang betul apabila membuat pergerakan berkaitan perkataan tersebut. Guru boleh menambah baik amalan dalam pengajaran untuk menjadikan pdpc lebih menarik,berkesan dan menyeronokkan dengan penggunaan bahan maujud pula. Berdasarkan daripada pembelajaran perkataan phonics /sh/, /ch/ dan /th/, guru boleh melaksanakan ansur maju dalam kemahiran membaca ayat mudah.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 57 NAMA: MUHAMMAD SYAFIQ BIN MAT YATIM MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS TOPIK/KEMAHIRAN: MENDENGAR ISU: Terdapat 8 orang murid di kelas 6 CAMELIA (Tahun 6) yang tidak dapat menguasai kemahiran mendengar terutama sekali semasa melakukan sesi imlak. 1.0 PEMERHATIAN Sebelum imlak dijalankan, guru telah memberi 5 ayat yang berkaitan dengan topik yang dipelajari pada minggu itu. Sehari sebelum imlak, guru akan membuat latihan membaca dan mengeja kelima-lima ayat tersebut dengan harapan murid dapat mengingati stuktur ayat, penggunakan tatabahasa, ejaan dan kosa kata dalam setiap ayat yang diberi. Semasa imlak, murid perlu menulis ayat-ayat tersebut apabila guru membacanya dengan kuat dan dalam urutan. Namun terdapat 8 orang murid di kelas itu yang masih tidak dapat menulis walaupun satu ayat dengan betul. Mereka selalunya tidak ingat ejaan yang telah dihafal, tidak tahu mengeja perkataan yang didengari atau keliru dalam penggunaan bunyi dan huruf dalam Bahasa Inggeris yang berbeza dengan Bahasa Melayu. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa ejaan untuk perkataan-perkatan yang selalu diulang. 2. Murid mengalami kekeliruan dengan cara ejaan perkataan dalam Bahasa Inggeris yang menggunakan teknik fonetik. 3. Murid hanya dapat mengingati satu atau dua perkataan dalam satu ayat sahaja. 4. Murid tidak dapat membuat hubungkait bunyi perkataan yang disebut dengan huruf yang perlu ditulis.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 58 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran Murid Tahun 6 Camelia 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran mendengar :– a) membezakan bunyi dengan huruf b) mengenal pasti perbezaan bunyi antara suku kata c) memadankan bunyi dengan perkataan yang betul. 3. Alat atau intervensi Saya menggunakan permainan Bingo untuk menguji tahap pendengaran murid dengan bunyi-bunyi fonetik Bahasa Inggeris. Ini adalah supaya murid tahu huruf apa yang perlu ditulis apabila mereka mendengari bunyi dalam perkataan yang disebut oleh guru. Permainan ini terbahagi kepada 3 bahagian. i. Bingo yang pertama, menguji perbezaan antara bunyi dengan huruf. ii. Bingo yang kedua menguji perbezaan dalam bunyi-bunyi dalam suku kata Bahasa Inggeris. iii. Bingo yang ketiga menguji sama ada murid boleh mengenali pasti perkataan berdasarkan bunyi fonetik yang didengari. 4.0 TINDAKAN Langkah 1 I. Murid dibahagikan dalam kumpulan seramai 4 - 5 orang satu keumpulan. II. 8 orang murid tersebut dibahagikan kepada setiap kumpulan untuk memastikan rakan mereka dapat membantu mereka. III. Pada Bingo yang pertama, guru menulis beberapa huruf di papan putih. Kemudian guru meminta murid untuk membunyikan huruf tersebut. IV. Kemudian guru minta setiap murid memilih 6 huruf secara rawak dan tuliskan nya pada kertas A4 masing-masing.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 59 V. Kemudian guru membuat bunyi huruf secara rawak. Murid perlu kenal pasti bunyi yang guru buat dan bulatkan huruf pada kertas jika ada huruf yang sama seperti mereka pilih. VI. Murid yang mempunyai kesemua huruf yang guru bunyikan perlu melaungkan BINGO. Langkah 2 I. Pada Bingo yang kedua, guru menulis beberapa suku kata seperti “ch”, “at”, “th” di papan putih. II. Kemudian guru meminta murid untuk membunyikan suku kata tersebut. III. Kemudian guru minta setiap murid berpasangan dengan rakan sebelah dan pilih 6 suku kata dan tuliskan nya pada kertas 4A masing-masing. IV. Kemudian guru membunyikan suku kata secara rawak. Murid perlu kenal pasti bunyi yang guru buat dan bulatkan suku kata pada kertas A4 jika ada yang sama seperti mereka pilih. V. Pasangan yang mempunyai kesemua suku kata yang guru bunyikan, mereka perlu melaungkan BINGO. Langkah 3 I. Pada Bingo yang ketiga, guru menulis beberapa perkataan di papan putih. II. Kemudian guru meminta murid untuk bunyikan fonetik perkataan berdasarkan suku kata dan sebut perkataan tersebut dengan betul. III. Dalam kumpulan, murid perlu memlih 6 perkataan di depan dan tuliskan nya pada papan putih kecil kumpulan masing-masing. IV. Kemudian guru membunyikan gabungan suku kata pada perkataan secara rawak. Murid perlu bekerjasama menentukan perkataan mana yang mempunyai gabungan bunyi yang didengari.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 60 V. Jika mereka mempunyai kesemua perkataan yang cikgu bunyikan, kumpulan itu perlu melaungkan BINGO. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan permainan Bingo sangat membantu murid merangsang kemahiran mendengar murid. Oleh kerana murid perlu mendengar bunyi fonetik dengan tepat untuk menang, mereka berusaha lebih keras dalam mendengar sebutan perkataan. Permainan Bingo yang pertama, semua murid menguasai kemahiran ini. Tiada murid yang tidak dapat menguasai bunyi huruf sahaja. Permainan kedua, 3 daripada 8 orang murid ini mempunyai masalah dalam membezakan bunyi suku kata yang mempunyai satu huruf vokal dan satu huruf kosonant. Terutama sekali suku kata yang mempunyai bunyi yang lebih kurang sama seperti “ut” dan “at” atau “id” dan “ed”. Mereka dengan jelas dengan perbezaan bunyi konsonant tetapi mempunyai masalah bila huruf vokal mempunyai bunyi yang hampir sama. Permainan Bingo ketiga, kesemua 8 orang murid ini menunjukan masalah dalam mengenali gabungan bunyi suku kata dengan huruf untuk membentuk perkataan. Apabila giliran mereka untuk membulatkan perkataan, mereka perlukan bantuan rakan-rakan yang lain. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan bahawa 8 orang murid ini mempunyai masalah mengenali gabungan bunyi huruf dan suku kata. Mereka dapat kenal bunyi huruf, kenal bunyi suku kata tetapi bila bunyi tersebut digabungankan untuk membunyi perkataan, mereka mempunyai masalah. Ini terutamanya jelas dengan bunyi perkataan yang lebih kurang sama seperti “bed dan “bat”. Hal ini dapat dikukuhkan dengan menggunakan gambar untuk memastikan murid tahu bukan sahaja bunyi malah konteks
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 61 maksud perkataan tersebut. Selain itu, untuk kajian akan datang, saya akan menumpukan pada pembentukan suku kata kepada perkataan sahaja, memandangkan murid telah pun menguasai bunyi bagi huruf. Tindakan yang seterusnya akan melibatkan gabungan 2 suku kata dan 2 suku kata dengan 3/4 suku kata seperti “wh” + “en” = “when” dan “po” + “lish” = “polish. Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam mempelajari apabila saya mengajar fonetik dalam bentuk permainan. Mereka lebih bermotivasi dalam mendengar serta berbincang dengan rakan tentang bunyi yang telah didengari. Lampiran
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 62 NAMA:AQILAH IZZATI BINTI NORZAIDI MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS TOPIK/KEMAHIRAN: MENULIS HURUF MENGGUNAKAN TEKNIK SENSORI ISU : Terdapat 5 orang murid dari Kelas 2 Ixora mengalami kekeliruan dalam menulis huruf besar dan huruf kecil. 1.0 PEMERHATIAN 1. Murid 2. Murid menghadapi masalah semasa menulis huruf J/j, Q/q, B/b, I/i. 3. (Pra ujian) 4. Murid 2.0 REFLEKSI 1. Lima orang murid yang dipilh adalah merupakan murid yang mempunyai masalah dalam penghafalan bentuk huruf (j/q/b/l) 2. Murid-murid tersebut dapat menyebut semua huruf tetapi tidak dapat menulis huruf dengan betul terutamanya 4 huruf tersebut. Kesilapan huruf tersebut berlaku secara berkala. 3. Kaedah pengajaran saya pada mulanya adalah dengan menggunakan kaedah drilling serta air-writing tetapi masih lagi kesilapan yang sama dilakukan oleh murid-murid tersebut. 4. Seterusnya, saya pilih untuk mengadaptasi satu kaedah menulis dengan menggunakan sensori bagi mereka mengingat bentuk huruf tersebut.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 63 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran : 5 orang Murid Tahun 2 Ixora. 2. Objektif : i. Meningkatkan ingatan murid dengan menggunakan sensori pada jari mereka. ii. Meningkatkan ingatan murid dengan menulis berulang kali.. iii. Meningkatkan ingatan murid terhadap bentuk huruf tersebut. iv. Meningkatkan keyakinan murid dalam pembelajaran. 3. Alat atau intervensi i. Menyediakan ‘Sensory Writing Tray’. Menurut daripada kajian Thayer, M. (2022), beliau menyatakan ‘multisensory experiences helps a child in learning letters’. Kaedah ini setelah dilakukan secara kerap (repetitive behaviour/action) akan merangsang daya ingatan murid. ii. Sensory writing tray ini menggunakan tepung sebagai bahan utama dalam merangsang sensori pada jari murid untuk menulis huruf. iii. Murid menulis menggunakan jari mereka dalam sensory tray yang disediakan dan bukan dengan pensel untuk merangsang sensori pada jari mereka untuk mengingat bentuk huruf.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 64 4.0 TINDAKAN Induksi 1 . Murid menyanyi lagu huruf abjad (alphabet song). 2 . Murid menyebut semua huruf abjad. Langkah 1 Murid diberikan kertas pre-test. Murid mengisi huruf abjad yang hilang. Langkah 2 Murid diminta untuk mengisi empat huruf abjad. Langkah 3 Dalam soalan, murid dikehendaki mengisi huruf besar dan huruf kecil. Langkah 4 Murid menggunakan Sensory Writing Tray bagi merangsang daya ingatan mereka untuk menhafal bentuk huruf.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 65 Penutup Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing (posttest result). Hasil daripada penggunaan Sensory Writing Tray, murid menunjukkan peningkatan dalam mengingat bentuk huruf (j/q/b/i). 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan kaedah latihan menulis menggunakan sensori membuatkan murid lebih ingat untuk menulis bentuk huruf. Murid lebih tertarik dan seronok melakukan aktiviti. Di samping itu, murid juga mempraktikkan teknik ini untuk meghafal huruf huruf lain juga.Respon daripada murid sangat memuaskan sepanjang aktiviti dilaksanakan dan mereka berasa bangga apabila dapat menjawab semua soalan dengan betul. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan penggunaan kaedah sensory writing tray dapat membantu murid mengingat bentuk huruf dengan lebih mudah. Penggunaan teknik ini juga secara tidak langsung menambah minat murid dalam subjek Bahasa Inggeris di samping membantu murid untuk menulis huruf dengan betul.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 66 ISU : Terdapat 5 orang murid Tahun 3 Alamanda tidak menguasai kemahiran/topik membunyikan huruf-huruf berdasarkan sebutan phonics. NAMA : SARASWATHY A/P SUBARAYAN \MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS TOPIK/KEMAHIRAN :MEMBUNYIKAN PERKATAAN TIGA HURUF DENGAN SEBUTAN FONIK 1.0 PEMERHATIAN 1. Murid menghadapi masalah menyebut perkataan mudah. 2. Murid sukar membunyikan perkataan kerana tidak tahu bunyi huruf. 3. Murid sering terpengaruh dengan bunyi sebutanBahasa Melayu. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid sering keliru dan mudah lupa setiap kali membaca beberapa perkataan tertentu. 2. Saya perlu menghasilkan teknik dan BBM yang efektif bagi membolehkan murid menyebut perkataan dengan betul berdasarkan sebutan phonics apabila sesuautu huruf ditunjukkan oleh guru. 3.0 PERANCANGAN Sasaran 5 orang murid Tahun 3 Alamanda Objektif I. Meningkatkan kemahiran membaca berdasarkan sebutan phonics. II. Meminimakan kesalahan sebutan akibat kekeliruan dan mudah lupa. III. Meningkatkan keyakinan diri murid apabila aktiviti membaca
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 67 Alat atau intervensi I. Alat yang digunakan ialah CVC Flip Book. Saya memilih kaedah ini kerana dapat melatih tubi murid - murid bagi mengingkati bunyi-bunyi phonics huruf. 4.0 TINDAKAN Saya perlu menghasilkan teknik dan BBM yang efektif bagi membolehkan murid menyebut perkataan dengan betul berdasarkan sebutan phonics apabila sesuatu huruf ditunjukkan oleh guru. Langkah 1 Murid diberi bimbingan mengenal huruf A-Z Langkah 2 Murid dibimbing membunyikan A-Z mengikut sebutan (phonics) Langkah 3 Murid mencantum tiga huruf dengan sebutan phonics dengan bantuan CVC Flip Book Langkah 4 Murid diminta mengabungkan tiga huruf dengan sebutan phonics dan membunyikan perkataan. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA I. Penggunaan kaedah ini dapat membantu murid mengingati sebutan phonics dan mengaplikasi sebutan phonics ketika aktiviti membaca dijalankan. II. Murid dapat menguasai cara membunyikan setiap huruf dan mencantumnya mengikut sebutan phonics. III. Murid memberikan respon yang baik
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 68 apabila CVC Flip Book diberi kepada mereka untuk bacaan. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN. Hasil dapatan menunjukkan murid mudah untuk ingat bunyi huruf-huruf a-z apabila mereka biasa membunyikan phonics. Ini jelas terbukti dengan latih tubi menyebut huruf-huruf dengan sebutan phonics melalui CVC Flip Book. Selain daripada itu, murid juga menunjukkan minat dan perkembangan yang cukup memberangsangkan ketika mempelajari phonics dengan berjaya mengabungkan ketiga-tiga huruf dengan sebutan phonics. Penggunaan CVC Flip Book juga dapat membantu murid mengingati ejaan perkataan pendek dengan mudah.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 69 NAMA : DEVANDRAN A/L RANGASAMY MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS TOPIK/KEMAHIRAN : FOOD AND HEALTH / SPELLING ISU: Terdapat 7 orang murid Tahun 5 CAMELIA yang mengalami kesukaran mengeja perkataan berkaitan makanan bagi topik pembelajaran ‘Food and Health’. 1.0 PEMERHATIAN 1. Murid tidak tahu mengeja perkataan dengan betul dalam bahasa Inggeris. 2. Selepas PDPC, mereka mengalami kesukaran untuk mengeja perkataan bahasa Inggeris dengan betul. 3. Mereka kelihatan mudah lupa kosa kata yang dipelajari. 4. Mereka cenderung membuat kesilapan apabila mereka menulis perkataan bahasa Inggeris kerana perkataan atau ejaan tidak konsisten dalam bahasa tersebut. 5. Bahasa ibunda mereka mempengaruhi proses pembelajaran bahasa Inggeris mereka. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid menghadapi masalah mengeja perkataan bahasa Inggeris selepas sesi pembelajaran. 2. Mereka mudah lupa perkataan. 3. Disebabkan oleh ejaan bahasa Inggeris yang tidak konsisten dengan bunyi dan ejaannya, murid kurang berminat dalam pelajaran Bahasa Inggeris dan sering membuat kesilapan ejaan. 4. Kaedah pengajaran yang digunakan kurang berkesan dan sukatan pelajaran dianggap ‘top notched’ bagi sesetengah murid dalam kelas tersebut.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 70 5. Guru menyedari bahawa pengajaran harus disusun berdasarkan budaya dan minat murid. 6. Murid-murid mempunyai kecenderungan untuk belajar menggunakan permainan (didik hibur). 7. Guru mencipta instrumen menggunakan permainan papan untuk mengajar ejaan. 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran murid Tahun 5 Camelia 2. Objektif: Meningkatkan kebolehan mengeja murid menggunakan permainan papan dengan gabungan beberapa elemen yang dapat menarik minat murid. 3. Alat atau Intervensi: Guru menggunakan permainan papan sedia ada yang telah diubah suai (Snakes and Ladders game + Spelling Bee) Permainan ini direka menggunakan Microsoft Word dan dicetak sebagai sepanduk yang berukuran panjang 5 kaki dan lebar 4 kaki. Murid menggunakan: i. Dadu ii. Permainan papan (platform / medium permainan) iii. Sampul surat (mengandungi ejaan perkataan makanan beserta ilustrasi) 4.0 TINDAKAN Langkah 1 I. Murid memilih seorang yang bertindak sebagai pin bergerak mereka. II. Murid dalam kumpulan mengambil giliran dan membaling dadu. III. ‘Pin’ berjalan ke petak mengikut bilangan titik yang menghadap ke atas pada dadu apabila ia berhenti bergolek.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 71 Langkah 2 I. Jika murid-murid berada di petak soalan buah petai, dan mereka mendapat ejaan yang betul, mereka boleh memanjat buah petai ke petak di bahagian atasnya. II. Jika mereka berada di petak soalan harimau dan mendapat ejaan yang betul, mereka kekal di tempat mereka berada. III. Jika mereka berada di petak soalan buah petai, dan mereka telah salah ejaan, mereka kekal di tempat mereka berada. IV. Jika mereka berada di petak soalan harimau, dan mereka mengeja secara salah, mereka meluncur turun melalui harimau sehingga ke kaki hadapan harimau. Langkah 3 I. Murid diletakkan dalam kumpulan. II. Murid mengambil sampul yang mengandungi gambar makanan. III. Murid berbincang dalam kumpulan. Masa yang diberikan adalah 10 saat dan kemudian mengeja perkataan tersebut bersama-sama. Kumpulan pertama yang mencapai kotak penamat bergambar durian memenangi permainan. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Sebilangan besar termasuk 7 orang murid yang terpilih merasakan mereka seronok dengan permainan ini sambil mempelajari ejaan Bahasa Inggeris kerana mempunyai unsur interaktif dan menyeronokkan. Tindak balas pelajar terhadap permainan mereka adalah positif kerana pelaksanaan elemen permainan dan grafik yang menarik minat murid. Murid juga merasakan bahawa menggunakan permainan papan adalah pilihan yang tepat untuk mempelajari ejaan kerana permainan ini mengandungi unsur komunikasi, memberi motivasi dan memberi pendedahan kepada murid mempelajari ejaan bahasa kedua
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA INGGERUS 72 dengan cara yang unik dan mneyeronokkan. Kesimpulannya, penggunaan permainan papan boleh menjadi alat bantu mengajar yang berkesan untuk digunakan oleh guru dalam mengajar ejaan Bahasa Inggeris kerana ia telah terbukti dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pemahaman mereka tentang ejaan yang dipelajari semasa pembelajaran.. 6.0 REFLEKSI SEMULA BErDASARKAN PEMERHATIAN Sebahagian besar murid menunjukkan respon yang positif bahawa permainan papan itu diterima baik oleh murid-murid yang dilihat seronok bermain permainan papan yang telah diubahsuai sambil mempelajari ejaan bahasa Inggeris. Kajian ini menunjukkan integrasi permainan papan dalam pembelajaran dan potensi yang mesti diterapkan dan digunakan dalam pelajaran Bahasa Inggeris. Murid sangat teruja mengeja perkataan. Aspek ejaan adalah sangat penting dalam pembelajaran bahasa Inggeris yang mengaitkan empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran membaca, menulis, bertutur dan mendengar. LAMPIRAN BOARD GAME DESIGN
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 73 NAMA: MOHAMED FUAD BIN ABDUL BASAR MATA PELAJARAN: MATEMATIK TOPIK/KEMAHIRAN: KEMAHIRAN MEMBINA DAN MENGHAFAL SIFIR ISU : Terdapat 10 murid tahun 3 Alamanda yang sukar untuk menghafal sifir matematik 1.0 PEMERHATIAN Murid - murid ini didapati kurang fokus di dalam kelas memerlukan bahan maujud dan praktikal tidak dapat menyatakan konsep asas darab sebagai penambahan yang berulang 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) Sebelum pembelajaran dan pengajaran di jalankan, pra ujian ringkas telah diadakan untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid. Guru mendapati murid- murid permasalahan seperti berikut: 1. Tidak dapat menjawab sifir dapat diatasi dengan Kit stick sifir ini dengan berkesan 2. Murid tidak yakin dengan jawapan diberikan, dengan menggunakan kit stick sifir murid begitu yakin dengan jawapan yang diberikan kerana murid merangka dahulu asas sifri dan mengira dalam penambahan yang berulang. 3. Mood murid dalam belajar matematik khususnya dalam menjawab sifir menjadi lebih seronok.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 74 3.0 PERANCANGAN 1. Murid didedahkan dahulu asas darab merupakan penambahan yang berulang 2. Murid didedahkan bahawa darab juga adalah hasil darab kumpulan terhadap ahlinya 3. Murid diminta membina set kit stick sifir secara berkumpulan 4. Guru membimbing dan memantau aktiviti murid dalam melaksanakan inovasi 4.0 TINDAKAN Kit stick sifir digunakan di dalam kelas matematik sewaktu aktiviti pengajaran danpembelajaran subjek matematik khususnya dalam aktiviti latih tubi menguasai sifir.kan. Setiap kumpulan akan diberikan kit. Guru mengadakan sesi soal jawab bersama murid secara lisan bagi menggalakkan murid berfikir secara spontan. Murid boleh menggunakan SRB KIT bagi menjawab sifir secara lisan mahupun dalam menyelesaikan lembaran kerja yang melibatkan sifir. Data dikumpul perdasarkan ujian pra dan ujian pos yang dilaksanakan. Data menunjukkan prestasi murid. Bil Sampel Pre post 1. Murid 1 X / 2. Murid 2 X / 3. Murid 3 X / 4. Murid 4 X / 5. Murid 5 X / 6. Murid 6 X / 7. Murid 7 / / 8. Murid 8 X / 9. Murid 9 X X 10. Murid 10 X X Petunjuk X dapat menjawab sebarang soalan sifir 2 sehingga sifir 4 / dapat menjawab sebarang sifir 2 sehingga sifir 4
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 75 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Kit stick sifir berpotensi untuk disebarluaskan sebagai satu alat Bantu Mengajar (BBM) yang boleh membantu murid - murid menguasai asas sifir. Ia juga sangat praktikal untuk digunapakai dalam sesebuah kelas kerana kos yang rendah dan kaedah penyediaan yang mudah membolehkan bahan dibina untuk setiap murid di dalam kelas 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Secara keseluruhannya, Pembinaan kit stick sifir ini secara tidak langsung mengubah tradisi mengira dengan melukis gambar dan sekaligus memudahkan murid untuk mempelajari tentang operasi asas. Selain itu, kos pembinaan bahan yang mudah juga menyebabkan semua murid mampu memiliki bahan tersebut. Selain itu penggunaan bahan yang mudah dan berwarna warni juga mampu menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 76 NAMA:MOHD SHAHRIL BIN MOHD BAHARUM MATA PELAJARAN: MATEMATIK TOPIK/KEMAHIRAN: MENYAMAKAN PENYEBUT DALAM OPERASI MENAMBAH PECAHAN ISU : Terdapat 3 orang murid dari Kelas 4 Azalea mengalami kesulitan dalam menyamakan penyebut semasa menyelesaikan operasi tambah pecahan 1.0 PEMERHATIAN 1. Murid Murid menghadapi masalah semasa menyamakan penyebut. 2. (Pemerhatian 1) Contoh: 3. Murid Murid tidak menggunakan nombor yang sama untuk mendarab pedan penyebut dan pengangka. (Pemerhatian 2) Contoh: 2.0 1. Murid 1 dan murid 2 merupakan murid yang mempunyai masalah
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 77 REFLEKS dalam membaca. Murid 1 masih tidak menguasai huruf dengan baik. 2. Murid 1, murid 2 dan murid 3 tidak menguasai sifir dengan baik. (murid-murid ini dapat mendarab jika berpandukan sifir) 3. Kaedah pengajaran saya tidak menarik kerana menggunakan teknik hafalan sahaja. 4. Apa yang perlu saya buat ialah menghasilkan satu kaedah menjawab yang berbeza mengikut aras murid-murid ini. 3.0 PERANCANGAN Sasaran : 3 orang Murid Tahun 4 Azalea (Murid 1, Murid 2 dan Murid 3). Objektif : i. Meningkatkan ingatan murid untuk menyamakan penyebut sesuatu pecahan agar sama dengan penyebut pecahan yang ingin di tambah. ii. Meningkatkan ingatan murid agar nombor yang di darab pada penyebut adalah sama dengan yang di darab pada pengangka. iii. Meningkatkan ingatan murid terhadap sifir. iv. Meningkatkan keyakinan murid dalam pembelajaran. Alat atau intervensi i. Menyediakan ‘Kotak 10’ dan ‘Kotak 20’di sisi soalan. Ii. Menyalin sifir di Kotak 10 atau Kotak 20 sebelum menjawab
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 78 soalan. 4.0 TINDAKAN) Murid diterangkan langkah demi langkah mengikut intervensi yang dilaksanakan. Induksi 1. Murid di soal cara menambah dua pecahan yang tidak mempunyai penyebut yang sama. 2. Murid menyebut samakan penyebut berulang kali. 3. Murid di soal cara menyamakan penyebut. 4. Murid menjawab menggunakan sifir berulang kali. Langkah 1 Murid diberikan soalan. Murid membaca soalan. Langkah 2 Murid diminta untuk menulis sifir di dalam kotak 10 mengikut angka penyebut pecahan yang pertama. Dalam soalan, penyebut pecahan pertama ialah 2, maka murid perlu menulis sifir 2 di dalam kotak 10. (Untuk permulaan, murid boleh merujuk petak sifir untuk mengisi Kotak 10). Langkah 3 Murid di minta mencari angka penyebut pecahan
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 79 kedua dalam sifir yang di tulis dalam kotak 10. Langkah 4 Murid membilang kotak dari atas sehingga berhenti di angka penyebut pecahan kedua. Bilangan kotak merujuk kepada nilai yang perlu didarabkan dengan penyebut dan pengangka pada pecahan pertama. Langkah 5 Murid menyelesaikan soalan. Penutup Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing. 5.0 Penggunaan intervensi berfokus membuatkan murid lebih faham
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 80 PEMERHATIAN SEMULA dengan tajuk yang diajar. Murid akan lebih tertarik dan seronok melakukan aktiviti. Perasaan ‘sense of belonging’ akan lahir dalam jiwa mereka kerana walaupun mempunyai kekurangan, mereka masih mampu menjawab soalan-soalan yang seiras dengan rakan-rakan sekelas mereka. Respon daripada murid juga sangat baik sepanjang aktiviti dilaksanakan. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan penggunaan kotak 10 dan kotak 20 dapat membantu murid menyelesaikan soalan-soalan menambah dua pecahan yang mempunyai penyebut yang tidak sama. Penggunaan Kotak 20 akan digunakan apabila murid-murid ini mahir menggunakan Kotak 10. Kerana kotak 20 memerlukan murid-murid menulis sifir yang merujuk kepada kedua-dua penyebut pecahan yang ingin ditambah. Penggunaan kotak 10 dan kotak 20 meningkatkan motivasi dan minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam tajuk ini. Contoh soalan : 1 2 + 1 5 =
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 81 NAMA:NORSHALINA BINTI MOHD SHAHAR MATA PELAJARAN: MATEMATIK TOPIK/KEMAHIRAN:MENGUASAI KEMAHIRAN OPERASI ASAS MENGGUNAKAN SMART RULER ISU : Terdapat tujuh orang murid pemulihan Orang Asli tahun 3 masih belum dapat menguasai kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi. 1.0 PEMERHATIAN Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku didapati terdapat lima orang murid pemulihan masih belum menguasai kemahiran asas matematik. Keadaaan ini menyebabkan murid sukar untuk menguasai matapelajaran matematik secara keseluruhannya. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) Murid sukar mengira mengikut arah berlainan seperti mengira secara menaik atau menurun menyebabkan murid tidak dapat mengira operasi tambah dan tolak dengan baik. Murid tidak dapat mengira secara congak kerana murid tidak dapat menggambarkan bilangan nombor secara ingatan menyebabkan murid sukar untuk menyelesaikan operasi asas. Murid melakukan kesilapan ketika melukis objek (lidi, bulatan) dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan satu soalan operasi menyebabkan murid
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 82 rasa bosan. Murid mengalami kesukaran untuk menghafal sifir menyebabkan murid tidak dapat menguasai operasi darab dan bahagi. Murid tidak faham konsep operasi asas menyebabkan murid hilang minat dan menganggap matematik adalah subjek yang sukar. Selain itu, masalah penguasaan murid juga mungkin berpunca daripada kelemahan saya sendiri sebagai guru seperti: Saya menganggap semua murid mempunyai kemahiran dan tahap pemahaman yang sama. Saya beranggapan semua murid mampu mengira secara congak. Saya beranggapan murid telah memahami apa yang saya ajar kerana tiada murid bertanya selepas satu sesi pembelajaran. Saya juga beranggapan murid mampu mengira mengikut tertib menaik dan menurun dengan baik. Saya hanya mengajar dengan matlamat murid dapat melepasi ujian saringan kelas pemulihan tanpa mengambil kira tahap pemahaman murid. 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran Tujuh orang murid pemulihan Tahun 3 2. Objektif: i. Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi asas matematik tambah, tolak, darab dan bahagi menggunakan smart ruler.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 83 ii. Murid dapat menyelesaikan operasi asas tambah, tolak darab dan bahagi dengan betul. iii. Murid dapat mempelajari operasi asas dengan lebih mudah dan menarik. iv. Guru dapat melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan lebih baik. 3 Alat atau intervensi Kit Smart Ruler ini dibina bagi membantu murid pemulihan khas menguasai operasi asas dengan lebih mudah. Kit ini dibina berasaskan keupayaan kognitif dan keperluan murid. Melalui penggunaan kit ini dapat meningkatkan kefahaman dan menarik minta murid untuk mempelajari topik yang diajarkan. Kos penghasilan Kit juga diambil kira bagi memastikan semua murid dapat memiliki kit ini secara individu. 4.0 TINDAKAN Smart Ruler digunakan sewaktu aktiviti Pdpc. Aktiviti dilaksanakan secara berpusatkan bahan dan berpusatkan murid. Setiap murid yang terlibat akan dibekalkan dengan satu set Smart Ruler ini. Langkah 1 Guru membina Kit Smart Ruler berdasarkan konsep garis nombor. Kit dibina mengikut bilangan murid supaya setiap
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 84 murid dapat memiiki dan menggunakan kit sepanjang waktu Pdpc. Murid diperkenalkan dengan Kit Smart Ruler. Guru menerangkan ciri - ciri Smart Ruler dan cara penggunaannya. Kit mengandungi satu Smart Ruler, 2 klip kosong dan 12 klip bernombor. Pembaris dibahagi kepada dua bahagian bewarna iaitu merah jambu ( tambah dan darab) di label bermula dari nombor 0 - 100 hijau (tolak dan bahagi) di label bermula daripada 100 - 0 Bintang berwarna di atas pembaris mewakili sifir tertentu seperti bintang biru - sifir 2, bintang merah - sifir 3 dan seterusnya. Penggunaan Smart Ruler akan bergerak kearah yang sama keran murid pemulihan Orang Asli sukar untuk mengira arah berbeza ( menaik dan menurun). Langkah 2 - Operasi Tambah Guru menerangkan cara menggunakan Smart Ruler bagi menyelesaikan operasi tambah. Kit Smart Ruler
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 85 Murid hanya menggunakan satu klip kosong dan Smart Ruler. Murid akan menggunakan Smart Ruler yang berwarna merah jambu. Murid akan menutup satu nombor di hadapan mengunakan penanda mengikut keselesaan murid. Murid akan menggerakkan jari bermula dari penanda mengikut nombor yang kedua berdasarkan soalan. Sebagai contoh soalan 6 + 5 = 11 Murid akan meletakkan penanda di nombor 6 dan menggerakkan jari sebanyak 5 tempat mengikut nombor di soalan. Jawapan adalah berdasarkan tempat terakhir jari berhenti iaitu 11 Guru memulakan sesi soal jawab dengan murid mengenai operasi tambah, setelah murid mahir menggunakan pembaris menjawab soalan secara lisan, murid akan diberikan lembaran kerja operasi tambah. Langkah 3 - Operasi Tolak Bagi operasi tolak murid akan menggunakan pembaris di bahagian berwarna hijau. Hal ini kerana segelintir murid pemulihan Orang Asli sukar untuk mengira arah yang berlainan, oleh itu pembaris bewarna hijau dibina daripada nombor besar kepada nombor kecil (100 - 0) Sama seperti operasi tambah murid hanya menggunakan satu klip kosong dan smart ruler.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 86 Murid akan menutup satu nombor di hadapan mengunakan penanda mengikut keselesaan murid. Murid akan menggerakkan jari bermula dari penanda mengikut nombor yang kedua berdasarkan soalan. Sebagai contoh soalan 9 - 4 = 5 Guru memulakan sesi soal jawab dengan murid mengenai operasi tolak, setelah murid mahir menggunakan pembaris menjawab soalan secara lisan, murid akan diberikan lembaran kerja operasi tolak Langkah 4 - Operasi darab Bagi operasi darab murid akan dibekalkan dengan Smart ruler, 12 klip bernombor dan klip kosong. Murid menggunakan pembaris berwarna merah jambu Guru menerangkan bahawa diatas smart ruler terdapat bintang kecil berwarna yang mewakili sifir - sifir tertentu seperti bintang biru = sifir 2, bintang merah= sifir tiga, bintang hijau = sifir empat dan seterusnya. Murid akan mengira bilangan bintang bewarna mengikut soalan yang diberikan Sebagai contoh 3x4 =12 Murid akan mengira bintang hijau sebanyak 3 kali bermula daripada bintang hijau di petak nombor 3. Jawapan adalah 12
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 87 Selain itu, bagi memudahkan murid mengingati sifir murid akan menggunakan12 klip penanda untuk menanda bintang mengikut sifir yang ingin dibaca. Sebagai contoh murid ingin membaca sifir 2 jadi murid akan menanda dahulu 12 bintang biru diatas Smart ruler menggunakan klip berwarna. Sebagai permulaan murid akan menyebut 1 bintang biru = 2, 2 bintang biru = 4 kemudian apabila murid mahir proses menukar sebutan bintang kepada sifir akan dijalankan. Aktiviti ini dijalankan selama 5 minit sebelum kelas bermula atau sebelum kelas berakhir. Guru memulakan sesi soal jawab dengan murid mengenai operasi darab, setelah murid mahir menggunakan pembaris menjawab soalan secara lisan, murid akan diberikan lembaran kerja operasi darab. Langkah 5 - Operasi bahagi Bagi operasi bahagi murid akan menggunakan dua klip penanda dan smart ruler. Murid menggunakan pembaris berwarna hijau. Murid akan menanda mengikut warna bintang berdasarkan 1 2 3
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 88 soalan yang ditanyakan seperti bahagi sifir dua makak murid akan menanda di bintang biru. Murid akan menanda menggunakan klip berdasarkan soalan yang di tanya, kemudian murid akan mengira bilangan bintang yang terdapat di dalam kawasan bertanda termasuk klip penanda. Sebagai contoh soalan 12 ÷ 3 = 4 Murid akan meletakkan penanda di nombor 12 dan nombor 3. Kemudian murid akan mengira bilang bintang berwarna merah yang mewakili sifir 3 yang terdapat di dalam kawasan bertanda. Jawapannya ialah 4 Guru memulakan sesi soal jawab dengan murid mengenai operasi bahagi, setelah murid mahir menggunakan pembaris menjawab soalan secara lisan, murid akan diberikan lembaran kerja operasi bahagi. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan sepanjang tempoh kajian penggunaan smart ruler didapati: 1. Tahap penguasaan murid dalam operasi asas telah meningkat 2. Murid lebih memberi tumpuan sewaktu aktiviti pdpc 1 2 3 4
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 89 3. Murid lebih aktif mencuba dan bersaing bersama rakan sebaya untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru. 4. Murid mengambil masa yang lebih singkat untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru berbanding sebelum menggunakan pembaris. 5. Murid mula memberi respon terhadap soalan yang ditanyakan secara lisan ataupun bertulis. 6. Murid mula mengambil inisiatif untuk mengingati sifir. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Berdasarkan pemerhatian melalui aktiviti PdPc seperti penggunaan lembaran kerja, analisis ujian pos saya dapati penggunaan Kit Smart Ruler merupakan satu kaedah yang sesuai dengan tahap kebolehan murid untuk menguasai kemahiran operasi asas. Smart ruler dilihat dapat membantu murid untuk lebih memahami dan menguasai operasi asas. Hasil kajian ini juga dilihat memberi perubahan positif terhadap tingkah laku murid di dalam kelas kerana murid didapati lebih fokus, lebih berdaya saing, sentiasa mahu mencuba untuk menjawab soalan. Malah suasana Pdpc juga lebih ceria dan menyeronokkan. Walaupun masih ada murid yang mengambil masa untuk menyesuaikan diri menggunakan smart ruler tetapi murid tidak menunjukkan ciri - ciri putus asa sebaliknya murid terus mencuba sehingga berjaya menyelesaikan soalan yang diberi. Selain itu murid yang mahir menggunakan smart ruler juga sudah mampu mengira secara congak. Hasil daripada kajian tindakan ini memberikan kepuasan kepada saya apabila melihat murid seronok dan dapat mengikuti Pdpc dengan lebih baik. Malah saya juga percaya murid pemulihan ini mempunyai potensi untuk diperkembangkan sekiranya menggunakan kaedah pengajaran yang betul.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 90 ISU : Terdapat 9 dari 13 orang murid Tahun 2 Ixora.tidak menguasai kemahiran/topik darab dalam lingkungan fakta asas iaitu Sifir 2 hingga Sifir 9. NAMA: SHAFARINA BINTI SHAHIDAN MATA PELAJARAN : MATEMATIK TOPIK/KEMAHIRAN: OPERASI ASAS (DARAB DALAM LINGKUNGAN FAKTA ASAS) 1.0 PEMERHATIAN 1. Murid menghadapi masalah membina sifir asas iaitu Sifir 2 hingga Sifir 9. 2. Murid sukar menghafal sifir asas. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Tiga daripada sembilan orang murid yang tidak menguasai merupakan murid PlaN. 2. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa sifir. Kaedah pengajaran saya Saya perlu menghasilkan teknik atau menggunakan BBB yang bersifat maujud bagi membantu murid menguasai sifir fakta asas dengan mudah. Ini kerana murid mempunyai masalah menghafal dan ingatan jangka pendek. 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran 9 orang murid Tahun 2 Ixora 2.Objektif: i) Meningkatkan kemahiran membina dan menguasai sifir fakta asas.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 91 ii)Meningkatkan keyakinan serta motivasi murid lemah untuk membina sifir fakta asas. iii)Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid mempelajari topik/kemahiran sifir. 3. Alat atau intervensi Pengenalan ringkas tentang bahan atau alat yang dicipta. BBM ini dinamakan Sifir Gigi. BBM ini dibina dalam bentuk maujud, namun boleh digunakan dalam bentuk gambarajah juga. Sifir Gigi ini membantu murid membina sendiri sifir menggunakan kaedah tambah berulang. Selain peneguhan konsep, Sifir Gigi ini juga menarik kerana gabungjalin dengan matapelajaran PSV. Sifir Gigi ini dibina berdasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi memudahkan pembelajaran berkaitan sifir. Ini kerana sifir merupakan operasi asas yang sangat penting yang perlu dikuasai oleh murid. Sifir Gigi ini memfokuskan pembinaan sifir dengan betul. 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Ujian pra melibatan sifir 2 yang mana murid dikehendaki menjawab dalam masa yang ditetapkan. Namun hanya 3 orang murid yang boleh menjawab sifir 2 dengan betul melalui Teknik hafalan. Langkah 2 Memperkenalkan Sifir Gigi. Murid membina sendiri Sifir Gigi.
KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH MATEMATIK 92 Langkah 3 Ujian pos menggunakan set soalan yang sama dengan Ujian Pra. 7 dari 9 orang murid dapat menjawab dalam masa yang ditetapkan dengan betul. (Merujuk Sifir Gigi yang dibina sendiri) Langkah 4 Kaedah Sifir Gigi diteruskan sehingga murid boleh membina Sifir 2 hingga sifir 9. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan Sifir Gigi sangat membantu murid yang tidak boleh menghafal sifir fakta asas. Murid kelihatan gembira kerana boleh membina sendiri sifir dan menyelesaikan soalan berkaitan sifir.