The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORSHALINA BT MOHD SHAHAR KPM-Guru, 2023-02-23 03:43:34

Kompilasi catatan kajian tindaka SKBT

40 catatan kajian tindakan

KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SEJARAH 143 NAMA:SHAVATHRI VIJAYAKUMAR MATA PELAJARAN: SEJARAH TOPIK/KEMAHIRAN: MENYENARAIKAN ZAMAN PRASEJARAH DENGAN MENGHAFAL SUKUKATA ISU : Terdapat 5 orang murid dari Kelas 4 Azalea mengalami kesulitan dalam menyenaraikan Zaman Prasejarah mengikut kronologi. 1.0 PEMERHATIAN 1. Murid menghadapi masalah semasa menyenaraikan Zaman 2. Prasejarah mengikut kronologi. 3. (Pemerhatian 1) Contoh: 2.0 REFLEKSI 1. Lima orang murid yang dipilh adalah merupakan murid yang mempunyai masalah dalam penghafalan maklumat. 2. Murid-murid tersebut dapat mengeja nama Zaman Prasejarah tetapi tidak dapat menyusunnya mengikut kronologi. 3. Kaedah pengajaran saya pada mulanya adalah dengan menggunakan soalan kuiz yang tidak mampu dijawab oleh murid- murid tersebut. 4. Apa yang perlu saya buat ialah menghasilkan satu kaedah menjawab yang berbeza mengikut aras murid-murid ini.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SEJARAH 144 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran : 5 orang Murid Tahun 4 Azalea. 2. Objektif : i. Meningkatkan ingatan murid dengan menghafal suku kata pertama pada setiap Zaman Prasejarah. (Pa Me Ne Za) ii. Meningkatkan ingatan murid dengan menyebut berulang kali.. iii. Meningkatkan ingatan murid terhadap nama-nama Zaman Prasejarah. iv. Meningkatkan keyakinan murid dalam pembelajaran. 3. Alat atau intervensi i. Menyediakan ‘suku kata pertama Zaman Prasejarah’di sisi soalan. Senaraikan Zaman Prasejarah mengikut kronologi. PA ME NE ZA 1.__________________ 2.__________________ 3.__________________ 4.__________________ ii. Menyalin terlebih dahulu semua keempat Zaman Prasejarah sebelum menyenaraikan zaman tersebut mengikut kronologi. 4.0 TINDAKAN Induksi 1. Murid disoal nama Zaman Prasejarah terlebih dahulu.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SEJARAH 145 2. Murid menyebut suka kata pertama nama Zaman Prasejarah berulang kali. (Pa Me Ne Za) 3. Murid diminta menyenaraikan Zaman Prasejarah mengikut kronologi. 4. Murid menjawab menggunakan suku kata (Pa Me Ne Za). Langkah 1 Murid diberikan soalan. Murid membaca soalan. Langkah 2 Murid diminta untuk semua keempat-empat nama Zaman Prasejarah yang mereka ketahui. Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik Zaman Neolitik Zaman Logam Langkah 3 Dalam soalan, murid dikehendaki menyusun semula Zaman Prasejarah mengikut kronologi. Senaraikan Zaman Prasejarah mengikut kronologi. PA ME NE ZA 1.__________________ 2.__________________ 3.__________________ 4.__________________ Langkah 4 Murid menggunakan suku kata pertama Zaman Prasejarah yang mereka hafal untuk menyenaraikan


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH SEJARAH 146 Zaman Prasejarah tersebut mengikut kronologi. Penutup Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan cara penghafalan suku kata pertama setiap perkataan membuatkan murid lebih faham dengan tajuk yang diajar. Murid lebih tertarik dan seronok melakukan aktiviti. Di samping itu, murid juga mempraktikkan teknik ini untuk meghafal perkataan bagi subjek lain yang difikirkan perlu.Respon daripada murid sangat memuaskan sepanjang aktiviti dilaksanakan dan mereka berasa bangga apabila dapat menjawab semua soalan dengan betul. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan penggunaan teknik menghafal suku kata pertama perkataan dapat membantu murid menjawab soalan-soalan berkaitan dengan penyusunan semula sesuatu maklumat dengan mudah. Penggunaan teknik ini juga secara tidak langsung menambah minat murid dalam subjek Sejarah di samping mendorong murid untuk bergiat aktif dalam proses pdpc terutamanya bagi tajuk ini.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN SENI 147 NAMA: MOHD LUKHMAN BIN HASHIM MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SENI VISUAL TOPIK/KEMAHIRAN: MENGENALPASTI WARNA PANAS DAN WARNA SEJUK ISU : Terdapat 4 orang murid dari Kelas 4 Camelia mengalami kesulitan dalam mengenal warna panas dan sejuk dalam penghasilan karya. 1.0 PEMERHATIAN 1. Murid Murid menghadapi masalah semasa menghasilkan karya. 2. (Pemerhatian 1) Contoh: 3. Murid Murid tidak dapat membezakan warna panas dan sejuk . (Pemerhatian 2) Contoh: 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. 4 murid dalam kelas 4 camelia merupakan murid yang kurang pendedahan mengenai warna-warna dalam penghasilan karya seni 2. Kaedah pengajaran saya tidak menunjukkan perbezaan mengenai warna panas dan sejuk dalam pdp.. 3. Apa yang perlu saya buat ialah menunjukkan contoh mudah bagi murid untuk membezakan warna panas dan sejuk.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN SENI 148 3.0 PERANCANGAN Sasaran : 4 orang Murid Tahun 4 Camelia Objektif : i. Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis warna panas dan sejuk dalam roda warna. ii. Pelajar dapat mengetahui pengggunaan warna panas dan sejuk, warna sewarna, warna harmoni. iii. Pelajar dapat menyedari bahawa warna mempunyai nilai estetik dan fungsi. Alat atau intervensi i. Menyediakan warna mengikut turutan warna panas dan sejuk( kotak warna crayon)


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENDIDIKAN SENI 149 4.0 TINDAKAN 1. Murid diberikan tugasan menghasilkan kek cawan mengunakan teknik mozek 2. Murid dikehendaki menggunakan kertas warna panas dan sejuk dalam menghasilkan teknik mozek. 3. Murid diberikan kotak warna crayon yang dibahagikan mengikut warna panas dan sejuk. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan kotak warna crayon membuatkan murid lebih faham dengan perbezaan warna panas dan sejuk. Murid akan lebih mudah menghasilkan karya dan seronok dalam menghasilkan karya. Respon daripada murid juga sangat baik sepanjang aktiviti menghasilkan mozek mengikut tema warna panas dan sejuk dilaksanakan. 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan penggunaan kotak warna crayon/pastel dapat membantu murid membezakan warna panas dan warna sejuk. Susunan warna panas dan sejuk yang telah disusun di dalam kotak tersebut memudahkan murid mengenalpasti mana warna panas dan warna sejuk. Penghasilan karya murid lebih mudah berbanding sebelumnya yang mana murid menghadapi kekangan dalam mengenal warna panas dan warna sejuk.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA SEMAI 150 NAMA: BAH GOLI A/L BAH ALOK MATA PELAJARAN: BAHASASEMAI TOPIK/KEMAHIRAN: MEMBACA PERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP DENGAN BETUL ISU : Terdapat 3 orang murid dari Kelas 3 Alamanda mengalami kesulitan dalam menyebut perkataan yang mempunyai sebutan KVK 1.0 PEMERHATIAN 1. Murid 2. MuridMurid menghadapi masalah semasa menyebut perkataan KVK 3. (Pemerhatian 1) Contoh: 4. Murid Murid tidak dapat menyebut dan membunyikan huruf KVK apabila memP membaca perkataan. 5. (Pemerhatian 2) Contoh:


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA SEMAI 151 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid 1 dan murid 2 merupakan murid yang mempunyai masalah dalam membaca. Murid 3 masih tidak menguasai huruf dengan baik. 2. Murid 1, murid 2 dan murid 3 tidak menguasai huruf danmembatang huruf.. (murid-murid ini dapat membaca jika dibimbing oleh guru) 3. Kaedah pengajaran saya mungkin kurang menarik kerana menggunakan tidak melalkukan aktiviti latihan yang menarik minat murid. 4. Apa yang perlu saya buat ialah menghasilkan satu kaedah membaca yang yang sesuai mengikut aras murid-murid ini. 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran : 3 orang Murid Tahun 3 Azalea (Murid 1, Murid 2 dan Murid 3). 2. Objektif : i. Meningkatkan ingatan murid untuk menyebut KV+V ii. Meningkatkan ingatan murid kepada huruf KVK iii. Meningkatkan dan dapat menyebut serta membunyikan KVK iv. Menyebut huruf KV dahulu baru huruf V 3. Alat atau intervensi i. Menyediakan kad huruf KVK MAP PAP LAT LAM SAM TAM SAM PAM BOL SOL SAT TAP RAM DAM KAM LAU SAU DAU ii. Menyebut huruf KVK seperti kad huruf.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH BAHASA SEMAI 152 4.0 TINDAKAN Induksi 1. Murid di soal cara membunyikan suku kata KV 2. Murid menyebut Suku kata KV +V 3. Murid diminta membaca dengan bunyi KVK Langkah 1 Murid diminta menyebut huruh vokal dan konsonan A B C KAU LAU Langkah 2 Murid diminta membaca perkataan yang memnpunyai KVK BACAK JARUP KENON CERUK JARUT Langkah 3 Murid diminta membaca suku kata KVK secara membunyikan KV dahulu kemudian V dihujung Langkah 4 Murid membaca KVK BACAK =CAK =CA+K JARUP =RUP=RU+P CERUK=RUK=RU+K Langkah 5 Murid membaca kad perkataan yang ditunjukan oleh guru. Penutup Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan intervensi ini didapati dapat membantu murid membaca perkataan KVK dengan cara yang lebih mudah dan seronok.Murid dengan yakin dapat membaca perkataan dengan betul tanpa merasa persaan takut salah. 6.0 REFLEKSI SEMULA BEDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan penggunaan kad perkataan atau KVK ini dapat membantu murid membunyikan perkataan dengan betul. Penggunaan kad perkataan juga dapat mrlatih murid supaya lebih yakin dan berminat untuk membaca.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENGURUSAN 153 NAMA: NOR AINI BINTI ABU BAKAR MATA PELAJARAN: BIMBINGAN DAN KAUNSELING TOPIK/KEMAHIRAN: PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID ISU : 1. Sekolah menghadapi isu kemerosotan kehadiran . Terdapat murid kurang berminat untuk hadir ke sekolah setelah berasa agak selesa tinggal dan bermain di rumah sepanjang tempoh PDPR berlangsung. 2 Terdapat sebahagian murid yang hadir ke sekolah terlalu awal . Keadaan ini menyebabkan keadaan disiplin murid agak tidak terkawal kerana murid tidak menggunakan masa terluang mereka dengan aktiviti yang berfaedah 1.0 PEMERHATIAN 1.Analisa kehadiran pada hari Jumaat adalah sangat rendah. 2 Disiplin murid sukar dikawal kerana ramai murid hadir terlalu awal ke sekolah/ 3. Murid-murid tahap 1 kurang daya tumpuan Ketika belajar. 2.0 REFLEKSI (Penyebab kepada masalah yang dihadapi) 1. Murid – murid Orang Asli merupakan murid yang aktif dan sukakan pergerakan 2.Murid sampai awal ke sekolah ( kenderaan pertama 6.30 pagi) 3. Persekitaran sekolah berbukit boleh membahayakan keselamatan murid erana murid suka bergerak sekitar sekolah. 4. Terlalu terlalu lama berada di rumah semasa PDPR (cuti disebabkan pandemik Covid 19 menyebabkan murid lebih selesa bermain di rumah 5. Saya perlu menghasilkan satu program yang bersifat rekreasi ilmu (belajar sambil bermain) yang mana kaedah ini bersesuaian dengan naluri murid sekolah rendah iaitu suka bergerak, suka bermain


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENGURUSAN 154 3.0 PERANCANGAN 1. Sasaran Semua murid Tahap 1 2.Objektif: i) Menarik minat murid hadir ke sekolah pada hari Jumaat dengan pelbagai aktiviti rekreasi menarik ii) Membudayakan murid dengan cara hidup cergas ii) Memupuk Minda Sihat dan Emosi Sejahtera iv) Melatih daya fokus /tumpuan murid v) Memupuk bakat kepimpinan murid vi) Mengembangkan bakat dan potensi murid 3. Alat atau intervensi Program Sinar Pagi dijalankan bagi mengisi kelompongan masa awal pagi murid-murid bagi mengelakan isu disipilin serta kecederaan murid. Fun Box diwujudkan sebagai salah satu daya usaha saya bagi menarik minat murid hadir ke sekolah serta murid dapat mengisi masa lapang di awal pagi dengan aktiviti berfaedah. Disamping itu aktiviti ini juga dapat melatih kemahiran daya fokus(memberi tumpuan ) di kalangan murid Fun Box memfokuskan kepada beberapa jenis permainan yang mudah tetapi menarik serta bersesuaian dengan umur murid- murid tahap 1. 4.0 TINDAKAN Langkah 1 Saya menyediakan 9 kotak lutsinar untuk diletakkan 6 jenis permainan mudah di dalamnya. Langkah 2 Saya memilih kotak lutsinar kerana kotak ini ringan dan mudah dibawa ke kelas oleh SVG yang bertugas. Kotak lutsinar ini juga membolehkan murid melihat kandungan di dalam kotak tersebut sebagai daya tarikan.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENGURUSAN 155 Langkah 3 Saya membeli beberapa jenis permainan mudah menggunakan wang Bimbingan dan Kaunseling; Langkah 4 Saya memilih alat permainan yang mudah, ringan serta dapat meningkatkan kemahiran belajar murid iaitu kemahiran daya tumpuan, kemahiran daya ingatan dan kemahiran mengira. Permainan yang dsediakan: - Mainan Balingan bola ‘dart’ berpelakat - Balingan Gelung - Menyusun ‘Puzzle’ - Dam - Menyusun manik bernombor - Sepak raga bulatan Langkah 5 Saya melantik dan melatih SVG bertugas (2 orang SVG bagi setiap kelas tahap 1) . Langkah 6 SVG akan membawa Fun Box ke kelas masing-masing setiap Hari Jumaat sebelum waktu pembelajaran bermula. 5.0 PEMERHATIAN SEMULA Penggunaan Fun Box ini berjaya menarik minat hadir ke sekolah Peratus kehadiran murid Tahap 1 mula menunjukkan peningkatan. Penggunakan Fun Box juga dapat mengurangkan bilangan murid Tahap 1yang berjalan-jalan(berkeliaran) di sekitar sekolah pada waktu awal pagi


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN SK BATU TUJUH PENGURUSAN 156 6.0 REFLEKSI SEMULA BERDASARKAN PEMERHATIAN Hasil dapatan menunjukkan peratus kehadiran mula meningkat dan keadaan pergerakan murid lebih terkawal. Hal ini dapat dikukuhkan dengan data dan Analisa kehadiran murid (apdm sekolah). Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi untuk hadir ke sekolah Murid kini lebih berminat untuk memenuhi waktu lapang awal pagi dengan aktiviti rekreasi . Penggunaan Fun Box menjadikan guru -guru lebih mudah mengawal persekitaran dan disiplin murid sebelum waktu persekolahan bermula.


BUKU KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN INI DIHASILKAN BAGI IMENGHIMPUNKAN CATATAN KAJIAN TINDAKAN YANG TELAH DIHASILKAN OLEH GURU - GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BATU TUJUH. BUKU INI MENGANDUNGI 40 CATATAN KAJIAN YANG DIBAHAGIKAN KEPADA KATEGORI MENGIKUT MATAPELAJARAN IAITU BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK, SAINS, PENDIDIKAN ISLAM, SEJARAH, PENDIDIKAN SENI, BAHASA SEMAI DAN PENGURUSAN. JUSTERU DIHARAPKAN PENERBITAN BUKU INI DAPAT MEMBANTU GURU - GURU UNTUK MELAKUKAN PENAMBAHBAIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH.


Click to View FlipBook Version