The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohamad Safwandi, 2019-09-13 12:31:19

Makalah Seminar SMSIDS2

Makalah Seminar SMSIDS2

Keywords: Sejarah Islam Sarawak,Seminar Islam Sarawak,Sarawak,Islam Sarawak,ABIM Sarawak

dr

14 SEPTEMBER 2019
AUDITORIUM DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA, KUCHING,

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
NEGERI SARAWAK

2

ISI KANDUNGAN

JADUAL TRANSLITERASI 4
5
MAKLUMAT SEMINAR 10
32
Ucapan Penegasan Yang Dipertua PERKEPIS 57
“Menggerak Generasi Bitara: Merintis Arus Perubahan 75
dalam Keutuhan Gerakan pada Abad Ke-21”
Muhammad Zhariff Azhari 89

Ucapan Penegasan Yang Dipertua ABIM Sarawak
“Misi Mengangkat Martabat Umat:
Kesiapsiagaan Belia dalam Melakar Masa Depan Sarawak”
Muhammad Hazim Azhari

Makalah Seminar 1
Diaspora Arab Hadrami Di Sarawak: Sejarah Awal Golongan Bukan Sayyid
di Kuching Berdasarkan Sumber Lokal
Wan Ariffin Wan Yon

Makalah Seminar 2
Kearifan Lokal Melayu:
Pemakmuran Sarawak dari Aspek Governans dan Kebudayaan”
Samsol Morshidi Bujang

Makalah Seminar 3
Jaringan Transmisi Pembaharuan:
Shaykh „Uthman Sarawak, Angkatan „Ulama
dan Gerakan Umat dalam Babak Kebangkitan Nasionalisme
Mohammad Fazril Mohd Saleh

3

JADUAL TRANSLITERASI

Arab Latin Arab Latin
‫ء‬/‫ا‬ ‟a ‫ض‬ ḍ
‫ب‬ b ‫ط‬ ṭ
‫ت‬ t ‫ظ‬ ẓ
‫ث‬ th ‫ع‬ „a
‫ج‬ j ‫غ‬ gh
‫ح‬ ḥ ‫ف‬
‫خ‬ kh ‫ق‬ f
‫د‬ d ‫ك‬ q
‫ذ‬ dh ‫ل‬ k
‫ر‬ r ‫م‬ l
‫ز‬ z ‫ن‬
‫س‬ s ‫ه‬ m
‫ش‬ sh ‫و‬ n
‫ص‬ ṣ ‫ي‬ h
w

y

Vokal panjang Vokal pendek

‫ ﺁ‬Ā/ā ‫ ﹷ‬a

‫ و‬Ū/ū ‫ ﹹ‬u
‫ﹻ‬

‫ ي‬Ī/ī i

4

SEMINAR MENYINGKAP SEJARAH ISLAM DI SARAWAK (2)
“HISTORIOGRAFI ISLAM SARAWAK DALAM NUANSA MASYARAKAT SKRIPTORIA”

14 September 2019M
Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sarawak, Kuching

PENGENALAN

Kertas konsep ini disediakan sebagai garis panduan bagi pernyataan cadangan konsep
dan pelaksanaan Seminar Menyingkap Sejarah Islam Sarawak dengan tema
“Historiografi Islam Sarawak dalam Nuansa Masyarakat Skriptoria”.

Sejarah merupakan suatu disiplin ilmu yang meneliti – secara sistematik – peristiwa-
peristiwa signifikan pada masa lalu, dengan suatu keyakinan bahawa terdapatnya
kelangsungan dan keterkaitan antara peristiwa-peristiwa masa lalu, masa kini dan
masa akan datang melalui pengajaran dan iktibar daripadanya. Kegiatan menulis
sejarah, menurut Arthur Marwick adalah “... kegiatan sosial yang fungsional telah
bermula sejak bermulanya masyarakat manusia lagi” (Marwick, A., 1985).
Kuntowijoyo memperihalkan kepentingan sejarah sebagai salah suatu prioriti
masyarakat bertamadun sepanjang zaman: “Orang tidak akan belajar sejarah kalau
tidak ada gunanya, di semua peradaban dan sepanjang waktu, sebenarnya cukup
menjadi bukti bahwa sejarah itu perlu.”

Penulisan sejarah Sarawak yang giat dijalankan pada era pemerintahan Dinasti Rajah
Putih Brooke dapat dianggap sebagai suatu wawasan berpandangan jauh yang
menjadi khazanah penting dalam wacana historiografi Sarawak hari ini dan akan
datang. Terlepas daripada mempolemikkan motif atau niat penulisan sejarah era-
Brooke itu, hakikat yang tidak tersangkalkan adalah karya-karya sejarah tersebut
menjadi rujukan atas faktor keterlestariannya melalui pendokumentasian yang baik.

Kecemerlangan ini dilanjutkan oleh institusi-institusi kerajaan yang ditugaskan secara
khusus seperti Muzium Sarawak, pusat respiratori negeri, arkib dan sebagainya.
Sehingga ke hari ini, kegiatan ini diteruskan oleh pelbagai pihak dan kesemuanya
menyumbang secara konstruktif.

Tanpa memperpanjang perbahasan tentang isu metodologi dan aliran falsafah dalam
pengkajian sejarah, seminar ini merupakan suatu percubaan mengungkap peristiwa-
peristiwa penting dalam sejarah masyarakat Islam di Sarawak untuk tujuan
pengumpulan data, penyuburan wacana dan pendokumentasian dapatan kajian.
Setakat penelitian terhadap literatur berkaitan Sarawak yang ditemukan, kesemuanya
mengakui peranan komuniti Melayu dan Muslim dalam membentuk lanskap
masyarakat Sarawak. Walau bagaimanapun, wacana tentangnya dapatlah dianggap
sebagai tidak begitu rancak, takut-takut diyakini sebagai tidak signifikan.

5

Melanjutkan usaha pihak-pihak tertentu dalam mewacana sejarah Islam di Sarawak,
di samping menyumbang ke arah pengkayaan maklumat-maklumat berkaitan, seminar
ini adalah usaha awal di peringkat pertubuhan masyarakat sivil seperti ABIM Negeri
Sarawak mengangkat wacana dan merancakkan kegiatan keintelektualan.

Seminar yang dicadangkan ini merupakan lanjutan daripada Seminar Menyingkap
Sejarah Islam di Sarawak yang telah dilangsungkan tahun lalu pada 04 Ogos 2019
bertempat di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Negeri Sarawak.
Seminar tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada khalayak termasuk para
peneliti Islam dan sejarah Borneo dalam dan luar negara.

Kertas kerja konsep ini merangkumi cadangan-cadangan seperti butiran program,
objektif program, konsep dan modus operandi, implikasi belanjawan dan penutup.

BUTIRAN PROGRAM

PROGRAM
Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak (2)

TEMA
Historiografi Islam Sarawak dalam Nuansa Masyarakat Skriptoria

TARIKH
14 September 2019 (Hari Sabtu)\

LOKASI
Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara, Bukit Siol, Kuching, Sarawak

ANJURAN
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak, Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM), Regional Islamic Da’wah Council of Southeast Asia and the
Pacific (RISEAP), Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)

OBJEKTIF PROGRAM

1. Membangkitkan semula wacana sejarah Islam di Sarawak;
2. Mengumpulkan maklumat-maklumat sedia ada tentang sejarah Islam Sarawak

untuk kajian lanjut pada masa depan;
3. Membina rangkaian jaringan para pengkaji Islam di Sarawak;
4. Memperkenalkan beberapa aspek sejarah Islam di Sarawak kepada khalayak;
5. Melanjutkan langkah seterusnya untuk pengkajian dan pendokumentasian

sejarah Islam di Sarawak.

6

KEGIATAN DAN MODUS OPERANDI

1. Pembentangan Kertas Kajian;
2. Forum Sejarah;
3. Pameran Arked Islam di Sarawak.

TOPIK WACANA & PEMBENTANG

1. “Islam di Alam Melayu: Pembentukan Masyarakat Skriptoria Melalui Jalur
Keilmuan Islam”
Hj. Mohamad Raimi Ab Rahim (Presiden ABIM/ Ahli Lembaga Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia)

2. “Diaspora Arab dan Hadrami di Sarawak: Tradisi dan Legasi Berdasarkan
Sumber Lokal”
Encik Syed Rusydi bin Wan Yusop (ANSAB Sarawak)

3. “Kearifan Lokal Melayu: Pemakmuran Sarawak dari Aspek Governans dan
Kebudayaan”
Encik Samsol bin Morshidi Bujang (Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak)

4. “Angkatan Ulama Sarawak: Transmisi Pembaharuan dalam Jaringan
Keilmuan Global”
Encik Mohammad Fazril bin Mohd Saleh (ABIM Negeri Sarawak)

RESOLUSI SEMINAR TAHUN LALU

SEMINAR MENYINGKAP SEJARAH ISLAM DI SARAWAK
RESOLUSI SEMINAR | 04 OGOS 2018 | DBP SARAWAK

„Islam‟ tidak harus terpinggir dalam wacana dan perbincangan sejarah khususnya
di Negeri Sarawak. Malah, mauduk ini wajar terus diangkat dan dipopularkan
sehingga muncul gerakan sosial yang bersifat konsisten dalam kalangan
masyarakat yang peduli dan sedar. Oleh itu, Seminar Menyingkap Sejarah Islam
di Sarawak pada 04 Ogos 2018 menyarankan supaya:

1. kelompok akademia dan masyarakat sedar sejarah terus-menerus meraikan
pelbagai aktiviti wacana, sarana sumbang saran dan kegiatan termasuklah
wacana-wacana sejarah yang positif dengan cara berperanserta dalam
kegiatan tersebut dan menyebarkan manfaatnya kepada khalayak;

2. kelompok masyarakat Islam di Sarawak wajar mempunyai suatu wadah atau
forum bagi membincangkan isu-isu semasa terkait sejarah Islam Sarawak

7

secara konsisten bagi terus menyemarakkan kepedulian masyarakat terhadap
sejarah anak-bangsa sendiri;

3. menggiatkan gerakan pengumpulan manuskrip dan sumber-sumber lama
berkaitan Melayu dan Islam di Sarawak, seterusnya menkatelog dan
memperihalkan/ mendiskripsikan kandungan bahan-bahan tersebut;

4. memperbanyak penerbitan terkait sejarah Islam di Sarawak secara intensif
dan menggiatkan pengedarannya;

5. menterjemah atau mengalihbahasa kajian-kajian tentang Melayu-Islam di
Sarawak ke dalam bahasa Inggeris bagi menyebarkan maklumat kepada
khalayak yang lebih besar.

6. menanam rasa minat kepada golongan muda untuk peduli sejarah bagi
mewujudkan kesinambungan kelompok peduli-sejarah dalam kalangan
masyarakat Sarawak.

Oleh yang demikian, sekretariat Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak
khususnya ABIM Negeri Sarawak mengaharapkan resolusi yang dicadangkan ini
dapat dibahaskan dan diperhalusi khususnya oleh para peserta seminar. Sekian.

Disediakan oleh:

Sekretariat Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak
ABIM Negeri Sarawak

MASA JADUAL ATURCARA
SABTU (14 September 2019) | Auditorium DBKU, Kuching

ACARA

8:00 pg Kehadiran tetamu & Pendaftaran

8:30 pg Aluan Pengacara Majlis
Alunan Nasyid Asma ul-Husna
Nyanyian lagu Negaraku & Lagu Perjuangan

08:50 pg Ucapan Alu-aluan Pengerusi Jawatankuasa Program
Majlis dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Syura Negeri.

9:00 pg UCAPAN PENEGASAN

Ucapan YDP PERKEPIS, Sdr.Muhammad Zhariff Azhari
Ucapan Pengerusi WADAH Sarawak, Tuan Haji Raslie Saharan
Ucapan YDP ABIM Sarawak, Encik Muhammad Hazim Azhari

9:30 pg UCAPTAMA
“Islam di Alam Melayu: Pembentukan Masyarakat Skriptoria Melalui
Jalur Keilmuan Islam” oleh Tuan Haji Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM

10:00 pg Ucapan Aluan Pengarah Seminar

8

10:10 pg UCAPAN PERASMIAN SEMINAR
Ustaz Haji Zolkarnain Abidin (Timbalan Yang Dipertua YADIM)

10:45 pg SESI 1
“DIASPORA ARAB HADRAMI DI SARAWAK: SEJARAH AWAL GOLONGAN
BUKAN SAYYID DI KUCHING BERDASARKAN SUMBER LOKAL”
Encik Syed Rusydi bin Wan Yusop (ANSAB Sarawak)

11:15 pg SESI 2
11:45 pg “KEARIFAN LOKAL MELAYU: PEMAKMURAN SARAWAK DARI ASPEK
GOVERNANS DAN KEBUDAYAAN”
Encik Samsol Morshidi bin Bujang (Ikatan Graduan Melayu Sarawak)
SESI 3
“JARINGAN TRANSMISI PEMBAHARUAN: SHAYKH „UTHMAN SARAWAK,
ANGKATAN „ULAMA DAN GERAKAN UMAT DALAM BABAK KEBANGKITAN
NASIONALISME
Encik Mohammad Fazril bin Mohd Saleh (ABIM Negeri Sarawak)

12:15 SESI 4 (FORUM)
tgh “DAMPAK ISLAM DALAM TATANAN KETAMADUNAN ALAM MELAYU DAN
BORNEO: SUATU TINJAUAN”
01:00 Penelis: Kesemua panelis
ptg
Resolusi & Penutupan
Bersurai / Makan tengahari & Solat Zohor

9

Ucapan Penegasan Yang Dipertua PERKEPIS
Muhammad Zhariff Azhari

MENGGERAK GENERASI BITARA :
MERINTIS ARUS PERUBAHAN DALAM KEUTUHAN GERAKAN PADA

ABAD KE-21

Mukadimah

Setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Allah S.W.T yang telah melimpahkan rahmat
dan inayah-Nya untuk seluruh warga Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak
(PERKEPIS) dalam Ijtimak Haraki ke-3 bersama-sama warga ABIM Negeri Sarawak
dan WADAH Negeri Sarawak. Adalah menjadi suatu tradisi untuk gerakan Islam
seperti PERKEPIS untuk menganjurkan perhimpunan kepada ahli-ahlinya yang terdiri
daripada pelajar dan mahasiswa Islam secara tahunan. Perhimpunan ini tidak lain
tidak bukan hanyalah untuk memuhasabahkan diri dan gerakan yang telah bergerak
dalam satu tahun sekaligus mengorak langkah dan strategi untuk tahun yang
mendatang.

Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran kira-kira bermaksud :

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebaikan (mengembangkan Islam), dan menyeru berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang
bersifat dimikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah ali-Imran 3 : 104)

Alhamdulillah. PERKEPIS telah ditubuhkan pada tahun 1997 dengan nama asalnya
‘Benign’ oleh sekumpulan pelajar Fakulti Perubatan Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS) dan didaftar secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
(ROS) Malaysia pada 13 Jun 2005. Walaupun pertubuhan PERKEPIS baharu
mencapai usia 22 tahun pada tahun ini, namun gerakan pelajar Islam ini telah melalui
pelbagai rintangan dan cabaran dalam memastikan keperluan pelajar dan mahasiswa

10

terus terbela. Masyarakat Sarawak mengenali PERKEPIS sebagai sebuah persatuan
yang berpotensi untuk menjadi ‘problem solver’ kepada krisis akhlak dan masalah
akademik pelajar. Inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh seluruh ahli gerakan ini.
Jaringan yang telah dibina dengan sekolah-sekolah, institut pengajian tinggi dan
agensi kerajaan mahupun swasta seharusnya diperluas dan dimanfaatkan dengan
sebaik-baiknya demi kepentingan masyarakat Islam di Negeri Sarawak.

Pada setiap bulan Januari, tahun ini merupakan tahun ke-3 PERKEPIS telah
menganjurkan Perkampungan Menara Gading (PMG) Peringkat Daerah Sarawak
yang bermula daripada Daerah Kuching dan berakhir di Daerah Miri. Program satu
hari di satu daerah ini, tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi ruang dan
pencerahan awal kepada para pelajar dari kawasan pedalaman yang bakal merangkul
gelaran mahasiswa untuk mengenali dunia universiti dengan lebih dekat sekaligus
menggiatkan proses kaderisasi di setiap daerah. Ini merupakan keunikan PERKEPIS
yang mempunyai PMG di peringkat daerah berbanding dengan negeri-negeri yang
lain. Pada peringkat kemuncaknya, PERKEPIS akan menghimpunkan peserta di
peringkat daerah ini pada program PMG Peringkat Negeri Sarawak yang akan
berlangsung di Kuching/Samarahan sekitar bulan Februari.

Dengan bentuk muka bumi dan saiz Negeri Sarawak yang hampir setanding dengan
Semenanjung Malaysia, sudah pasti PERKEPIS mempunyai keunikan dan cabaran
yang tersendiri berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Sekitar bulan April saban
tahun, PERKEPIS yang merupakan salah sebuah Badan Gabungan Negeri (BGN)
bagi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan mendapat
jemputan bagi menghantar wakil delegasi Sarawak ke PMG Peringkat Kebangsaan
yang akan dianjurkan di sekitar Lembah Klang. PERKEPIS yakin bahawa PMG
bukanlah satu-satunya pintu kaderisasi yang ada, namun sekiranya setiap aktiviti dan
program di susun dengan lebih teratur dan rapi, sudah pasti ianya boleh menjadi pintu
kaderisasi bagi setiap lapisan pelajar. Kaderisasi bagi sudut pandang PERKEPIS
bukan hanya tertumpu kepada penambahan bilangan ahli semata-mata, namun sejauh
mana para pimpinan PERKEPIS mempersiapkan kader-kader dahwah ini untuk
menggantikan posisi mereka dalam pentadbiran organisasi pada masa akan datang.
Ya, mantan pimpinan bukan bererti mantan daripada perjuangan.

11

Towards The Real Mission : Misi Membangun Generasi Bitara

Gagasan ‘Generasi Bitara’ telah diinspirasikan oleh Saudara Mohamad Fazril bin
Mohd Saleh (mantan Presiden PKPIM yang ke-31; 2014/2016) bagi memastikan
keberlangsungan pemuda Muslim yang berkualiti tinggi. Beliau telah mendefinisikan
istilah tersebut dengan : “Secara etimologi, kata ‘Bitara’ itu bermaksud ‘tiada
tandingan’: ‘bi’ adalah kata imbuhan pinjaman Bahasa Parsi yang mengindikasikan
kalimah penafian (cth: tidak, tiada, tanpa dll), manakala kata ‘tara’ bermaksud
‘had’, ‘takat’ atau ‘tahap’. Oleh yang demikian, cantuman dua perkataan ini , ‘bi’
dan juga ‘tara’ membawa maksud ‘tiada had’, ‘tiada takat’, ‘unlimited’. Dalam erti
kata lain, ‘Generasi Bitara’ bermaksud generasi yang hebat dan unggul. Istilah
‘bitara’ ini sendiri melambangkan khairiyyah – suatu keunggulan dengan
pengiktirafan Tuhan, ‘kuntum khayra ummatin ukhrijat li ‘n-nas.’ ” (Saleh, Mohamad
Fazril, 2015:4)

Dalam ucapan dasar beliau yang pertama bertajuk ‘Membangun Generasi Bitara :
Terampil dan Berkemajuan, Menuntas Misi Pencerahan’, beliau telah mengupas
sebuah konsep ‘Generasi Bitara’ dengan menghidangkan ramuan kelestarian pemuda
mengikut tuntutan zaman. Setiap zaman mempunyai cabaran yang tersendiri dalam
membentuk keperibadian pemuda yang jitu. Pemuda pada abad ini mempunyai
pendekatan yang berbeza khususnya dalam mengajak mereka kepada sesuatu perkara.
Beliau menegaskan “Generasi kami adalah generasi yang mahu bebas, tidak suka
dikongkong. Generasi kami adalah golongan yang cenderung untuk mengatakan
‘tidak’ berbanding berkata ‘ya’. Inilah generasi Facebook, Twitter dan WhatsApp.”
(Saleh, Mohamad Fazril, 2015:5)

Sekiranya pada zaman ibu dan ayah kita dahulu (baby boomers generation),
pendekatan yang digunakan oleh datuk dan nenek kita (silent generation) bagi
mengarah mereka membuat sesuatu perkara akan dimulakan dengan ayat “Bolehkah
saya … ?” (May I have … ?). Namun berbeza dengan pendekatan zaman sekarang
seiring dengan arus berubahan (millennials generation & generation Z). Pendekatan
yang paling efektif bagi mengarah pemuda pada abad ke-21 adalah dengan memberi
mereka pilihan yang ringkas ‘Ya’ ataupun ‘Tidak’ dalam arahan kita. Hal ini kerana
pemuda abad ini telah dikuasai dengan pemikiran ‘Fast Action, Fast Result’ seperti

12

contoh ‘Copy-Paste’, ‘On-Off’, ‘Try-Error’ disebabkan faktor sekeliling (teknologi)
yang menginginkan sesuatu arahan yang ringkas tetapi mempunyai impak yang tinggi
dan cepat. Benarlah apa yang telah dikatakan oleh Tom Hierck, seorang pendidik
yang juga penulis buku daripada Amerika Utara, “21st century kids are being taught
by 20th century adults using 19th century curriculum and techniques on an 18th century
calendar.”.

Mantan Presiden Negara Kesatuan Republik Indonesia iaitu Seokarno pernah berkata,
“Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak
dapat berdiri sebagai suatu bangsa yang merdeka.”. Seorang Muslim yang benar-
benar memahami peranannya sebagai seorang khalifah akan menjayakan misi dua
objektif utama dalam kehidupannya iaitu mengabdikan diri kepada Allah (ibadah)
dengan mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya serta
misi untuk memakmurkan dan membangunkan dunia dengan sebaik-baiknya. Menteri
Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik pernah menulis dalam bukunya berjudul
‘Risalah Pemuda Muslim’, “Seorang Muslim yang sebenar dan juga pemegang panji
tauhid merupakan seorang yang mampu berdikari tanpa bergantung harap kepada
orang lain. Terlalu bergantung kepada orang lain di dalam urusam kehidupan
bukanlah sikap seorang Mukmin.” (Malik, Maszlee, 2014:271).

Penyakit yang diderita oleh dunia Islam sekarang ini ialah puas dengan kehidupan
duniawi dan berasa tenang dengannya, bahkan puas dengan cara-cara hidup yang
rosak, berfoya-foya, tidak sedih hatinya melihat segala macam kerosakan, tidak
mengejutkannya penyelewengan-penyelewengan dan tidak marah melihat
kemungkaran. Malah, ada yang berbangga apabila membuat kemaksiatan lalu
ditularkan kepada masyarakat untuk meraih popularity. Inilah yang kita khuatir,
adakah kita ingin melahirkan pemuda yang akan mewariskan kepimpinan negara pada
masa akan datang?

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda semasa menggali batu untuk membina tembok
dalam Perang Khandaq, “Akan dibebaskan Kota Konstantinopel (Istanbul). Sebaik-
baik Raja, itulah Rajanya. Sebaik-baik tentera, itulah tenteranya.” Hadis Nabi ini
menjadi kenyataan 800 tahun kemudian apabila Sultan Muhammad al-Fateh Berjaya
untuk membebaskan Kota Konstantinopel daripada cengkaman Rom Byzantine.

13

Malah, sejarah telah mencatatkan bahawa selepas Rasulullah berkata demikian,
sebanyak 12 percubaan besar-besaran yang dilaksanakan oleh pemimpin Islam pada
zaman pemerintahan para sahabat sehingga zaman kerajaan Umaiyyah dan kerajaan
Abassiyah untuk membebaskan kota tersebut agar merekalah yang dimaksudkan oleh
Rasulullah sebaik sebaik raja dan tentera. Namun, Allah telah memilih Sultan
Muhammad al-Fateh sebagai insan yang merealisasikan hadis Nabi tersebut.

Ini membawa satu petanda bahawa Rasulullah meletakkan sebuah gagasan dan
wawasan yang tinggi kepada umat yang akan datang untuk terus berjihad di jalan
Allah. Ini selari dengan slogan ‘Hidup Mulia atau Mari Syahid’ yang dipegang oleh
para pendokong agama Islam. Ini terbukti lagi kepimpinan Sultan Muhammad al-
Fateh yang dilantik sebagai khalifah Turki Uthmaniah ketika berusia 24 tahun,
memang sudah dipersiapkan oleh orang tuanya untuk memimpin sebuah kerajaan
yang besar pada masa akan datang. Kepimpinan yang dilatih dalam sebuah organisasi,
aktivis PERKEPIS haruslah mengambil kesempatan untuk mengembangkan potensi
diri dan mencari kemahiran yang tersembunyi. Hadirnya tiga asas rukun jamaah
dalam gerakan kita ini bertunjangkan kepada usrah (wihdatul-qalb, kesatuan hati),
tamrin (wihdatul-fikr, kesatuan pemikiran) dan muktamar (wihdtul-amal, kesatuan
amalan). Allah S.W.T telah berfirman di dalam al-Quran, “Dan janganlah kamu
menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datangnya
keterangan yang jelas kepada mereka … “ (Surah ali-‘Imran : ayat 105).

Kita tentu yakin bahawa Wahdatul-Qalb mestilah ditemani oleh Wahdatul-Fikr dan
Wahdatul-Amal. Kita juga hendaklah mengetahui bahawa di sana ada perasaan hasad
dengki, tamak haloba, anaiyyah, wahan (cinta dunia), hubbub ri’asah dan lain-lain
penyakit yang boleh merosakkan amalan baik kita. Firman Allah S.W.T.,
“Sesunggunya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan
yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”
(Surah as-Saff : ayat 4). InsyaAllah dengan kita berpegang kepada Allah dan Rasul,
dan memperkuatkan barisan kepimpinan gerakan Islam ini, insyaAllah kita mampu
untuk membina generasi yang bitara

Saudaraku sekalian,

14

Pendidikan Kewarganegaraan : Mahasiswa Harus Cakna

Gabernur Provensi DKI Jakarta (Indonesia), Dr. Anies Rasyid Baswedan pernah
berkata di dalam pidatonya sewaktu memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan
dan Kebudayaan, “Anak muda memang kekurangan pengalaman. Maka dari itu
mereka tidak menawarkan masa lalu. Akan tetapi mereka menawarkan masa hadapan
untuk anak bangsa.” (Baswedan, Anies Rasyid : 2014). Baru-baru ini terdapat usul di
Dewan Rakyat yang di bawa oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Syed
Saddiq bin Syed Abdul Rahman untuk pindaan perlembagaan persekutuan bagi
menurunkan had umur pengundi pilihanraya umum (PRU) diturunkan dari umur 21
tahun kepada 18 tahun. Namun, muktahir ini YB Menteri telah menarik balik deraf
tersebut untuk penambahbaikan selepas berbincang dengan blok pembangkang di
Dewan Rakyat. Deraf baharu yang akan datang menyatakan umur 18 tahun telah
dibenarkan untuk daftar mengundi dan umur 21 tahun pendaftaran secara automatik.

Sekiranya kita meneliti susun atur pilihanraya di Negeri Sarawak secara terperinci,
Negeri Sarawak mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding dengan negeri-
negeri yang lain dalam pemilihan wakil rakyat peringkat Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN). Pilihanraya Umum (PRU) dan Pilihanraya Negeri (PRN)
dari sisi Negeri Sarawak tidak diadakan secara serentak, malah jarak antara kedua-dua
pilihanraya ini adalah selama 2-3 tahun. Justeru, sejauh manakah pelajar dan
mahasiswa Sarawak cakna terhadap senario politik negara? Adakah penurunan umur
mengundi kepada 18 tahun akan mendatangkan implikasi kepada mahasiswa di
Sarawak? Adakah penurunan umur mengundi ini adalah salah satu agenda parti
politik untuk meraih undi golongan pemuda?

Di dalam 9 orentasi gerakan PERKEPIS dan PKPIM, telah dinyatakan secara jelas
bahawa gerakan pelajar ini sama sekali tidak menyertai mana-mana parti politik (non-
partisan). Namun, ini tidak bermakna PERKEPIS tidak mengambil bahagian dalam
isu-isu yang melibatkan polisi pentadbiran negeri dan negara. Bahkan, gerakan pelajar
ini mendokong untuk mewujudkan kempen ‘Mahasiswa dan Politik Kenegaraan’ dan
bukannya ‘Mahasiswa dan Politik Kepartian’. PERKEPIS tidak mahu sebarang
keterikatan dengan mana-mana dengan parti politik dan bersedia untuk bekerjasama

15

dengan mana-mana agensi kerajaan, kementerian yang mempunyai matlamat yang
sama dengan halatuju PERKEPIS.

Menteri Luar Negeri Malaysia merangkap mantan Timbalan Menteri Pengajian
Tinggi Malaysia iaitu YB Datuk Saifuddin Abdullah yang juga pernah menjawat
jawatan sebagai Timbalan Presiden PKPIM pernah berkata di dalam bukunya ‘Politik
Baru, Mematangkan Demokrasi Malaysia’, “Kita perlu menghayati tiga ciri idealism
politik iaitu (i) politik ilmu, bukannya politik ampu; (ii) politik hikmah, bukannya
politik fitnah dan (iii) politik bakti, bukannya politik undi.” (Saifuddin Abdullah, 2008
: 9). Para pemuda hari ini sudah muak dengan senario politik yang penuh dengan
kekotoran, rasuah dan budaya fitnah yang semakin berleluasa. Sudah tiba masanya
kita menanamkan sifat patriotik ke dalam hati dan sanubari mahasiswa Sarawak ke
arah yang lebih kukuh. Pemuda hari ini bukan lagi pemimpin pada masa akan datang,
akan tetapi mereka adalah pemimpin pada masa sekarang. Mereklah kini bukan lagi
pengguna, tetapi juga penentu dasar bagi kehidupan mereka sendiri. Tanpa
melaksanakan amanah tersebut, identiti keislaman seseorang itu belum lagi menjamin
beliau untuk mendapatkan kemuliaan dan dijamin berada dalam hidayah Sang
Pencipta.

Teman-teman yang budiman,

Kemahiran Abad Ke-21 : Sejauh Mana Persediaan Mahasiswa Sarawak ?

Seorang ahli pengkaji masa hadapan daripada USA, Alvin Toffler pernah berkata,
“The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but
those who cannot learn, unlearn and relearn.”. Kenyataan ini juga selari dengan misi
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meletakkan gagasan 7
budaya PKPIM yang mana salah satunya adalah ‘Bersedia Untuk Belajar, Mengajar
dan Diajar’ (Budaya ke-2). Maka, PERKEPIS sebagai gerakan pelajar Islam
seharusnya menekankan sesi pembelajaran luar kuliah tanpa meninggalkan
pendidikan formal. Hal ini kerana ilmu teori yang anda belajar di dalam kuliah adalah
jauh berbeza dengan ilmu praktikal di dunia nyata.

16

Renungkanlah kembali kata-kata daripada Robert T. Kiyosaki, seorang ahli
perniagaan terkemuka dunia di dalam bukunya yang berjudul ‘If You Want To Be
Rich & Happy …’ pernah menulis, “My biggest complaint about the education system
is that students are not taught how to learn from mistakes. They are conditioned to
believe mistakes are bad. In real learning, however mistakes are essential. A person
rarely has the right answers at first time around, so leaning is accomplished through
trial and error.” Robert T. Kiyosaki (Selangor, 2010:29). Oleh yang demikian, kami
menggariskan tiga literasi dan kemahiran yang seharusnya dikuasai oleh pemuda abad
ke-21 khususnya kepada pemuda di Negeri Sarawak.

(i) Literasi Teknologi : Perang perdagangan (trade war) antara negara Kesatuan
Amerika Serikat (USA) dan negara China masih sukar untuk diramalkan. China telah
menyekat aplikasi Google ke atas negaranya manakala USA juga menyekat telefon
pintar Huawei ke atas rakyatnya. Tujuan mereka hanyalah satu iaitu berlumba-lumba
untuk menjadi jaguh dalam gelanggang ekonomi dunia. Dalam pada masa yang sama,
negara Rusia dan Jepun juga tidak ketinggalan dalam arena persaingan ekonomi
serantau ini. Malah, USA mengambil kesempatan atas perpecahan Korea Utara dan
Korea Selatan untuk mengekalkan pengaruhnya di rantau Asia agar kuasa-kuasa besar
di Asia tidak terlalu dominan dalam menguasai ekonomi dunia. “Kuasa-kuasa besar
di sekeliling dua Korea (Jepun, China, Russia dan USA) menjadikan bangsa Korea
bernasib malang. Oleh kerana keadaan korea yang berpecah lebih menguntungankan
mereka, maka mereka mahu melambat-lambatkan proses penyatuan semula Korea.”
(Wong, Ayman Rashdan, 2017).

Arena politik antarabangsa sangat unik formulanya. Keadaan konflik dan pergolakan
adalah normal, akan tetapi keadaan aman adalah sesuatu yang abnormal. Keamanan
selalunya adalah fasa persediaan bagi konflik seterusnya ‘a period of gathering
storm’. Kebanyakkan syarikat-syarikat gergasi yang mengawal ekonomi dunia
mempunyai keunikan yang tersendiri dalam menarik pelanggan. James Canton
menulis di dalam bukunya yang berjudul ‘Future Smart’ berkata, “If in the future,
every product and service is a commodity due to technology and production
efficiencies, then the social issues of purpose that a company embraces may be the
only ways a company can competitively distinguish itself in the mind of the
Empowered Customers.” James Canton (USA, Da Capo Press, 2015:49)

17

Tahukah anda ? Syarikat yang menjual kesemua barangan yang ada di seluruh dunia,
akan tetapi tidak mempunyai inventori adalah dimiliki oleh syarikat AliBaba Group
(China). Tahukah anda ? Syarikat taxi yang terbesar di dunia, akan tetapi tidak
mempunyai kereta untuk membawa penumpang adalah dimiliki oleh syarikat Uber
Technologies Inc (USA). Tahukah anda ? Syarikat perhotelan yang mempunyai di
seluruh negara, akan tetapi tidak mempunyai sebarang hartanah dimiliki oleh syarikat
Airbnb Inc (USA). Tahukah anda ? syarikat yang tayangan filem yang terbesar di
dunia, akan tetapi tidak mempunyai sebarang siaran TV dimiliki oleh syarikat Netflix
(USA). Tahukah anda ? Simpanan data yang menyimpan seluruh maklumat yang ada
di dunia, akan tetapi tidak mempunyai buku secara fizikal adalah syarikat Wikipedia.
Dengan hadirnya syarikat-syarikat gergasi perniagaan ini, sememangnya akan
mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada warga dunia.

Jika dahulu siaran langsung (live streaming) daripada telivisyen hanya dikuasai oleh
golongan-golongan elit semata-mata, namun hari ini sesiapa sahaja boleh membuat
liputan khas siaran langsung hanya menekan butang ‘Go Live’ yang terdapat laman
sosial Facebook dan Instagram. Malah kedua-dua aplikasi ini menjanjikan papan
kenyataan yang tanpa sempadan (boarderless) bagi mempromosikan produk penjaja
ke pasaran yang lebih luas daripada papan kenyataan yang berada di bahu jalan raya.
Dalam keadaan ekonomi dunia yang penuh mencabar dan ketidaktentuan, banyak
syarikat-syarikat gergasi yang tumbuh hasil daripada masalah yang sama yang di
hadapi serata dunia. Hari ini dunia perniagaan tidak lagi hanya berlegar di sekitar
kampung dan daerah sahaja. Dengan kecanggihan teknologi dan inovasi idea seiring
dengan perkembangan ilmu manusia yang semakin luas, maka dunia pemasaran juga
semakin canggih dan mendapat saingan yang tinggi dalam perniagaan khususnya
dalam era Revolusi Industri 4.0 .

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji
Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah menggagaskan idea
‘Digital Economy’ sebagai tunjang utama beliau sebagai ketua pemerintah kerajaan di
Negeri Sarawak sewaktu menggantikan posisi Allahyarham Tan Sri Datuk Patinggi
(Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem pada Januari 2016. Sudah pasti dengan sifir dari
idea ‘Digital Economy’, pekerjaan yang telah wujud pada masa lalu sudah tidak

18

relevan lagi dengan masa sekarang. Malah, pekerjaan yang ada pada hari ini belum
tentu dapat jaminan adakah masih relevan pada masa akan datang. Mungkin pada
masa akan datang, pekerjaan yang memerlukan tangan-tangan manusia telah
digantikan dengan sistem robot yang lebih efektif dalam membuat tugasan. Harus
mengapa syarikat perlu membayar gaji buruh dan pekerja setiap bulan yang belum
tentu cekap dan tangkas dalam membuat kerja sedangkan boleh membeli mesin dan
robot untuk menggantikan posisi mereka? Mesin dan robot mempunyai fizikal yang
kuat, tenaga yang banyak dan menurut perintah daripada Tuan, sedangkan manusia
mempunyai tenaga yang terhad dan mudah merunggut apabila diberi tugasan lebihan.
“If the industrial economy created mass product, the new economy is creating mass
customization – mass product of customized goods and services including data.”
(Tapscott, Don, 2015:375)

Harus dimanakah posisi kita sebagai seorang manusia pada masa akan datang?
Adakah kita harus bersaing (competitive) dengan mesin dan robot untuk merebut
peluang pekerjaan ataupun kita seharusnya bekerjasama (colloborative) dengan
mereka bagi meningkatkan lagi kualiti keluaran produk?
Dr. Michio Kaku, seorang pengkaji masa hadapan daripada USA telah bertandang ke
Sarawak pada 08 Julai 2019 bagi menghadirkan diri ke seminar ‘International Digital
Economy Conference Sarawak (IDECS 2019)’ berkata, “Job of the future will be
those jobs which robots cannot performed, such as (i) semi-skilled manual labour
(carpenter, plumber), (ii) jobs involving human interactions (lawyer, counselor) and
(iii) intellectual capitalist (analyst, scientist, artist).” (Kaku, Michio, 2019). Beliau
juga menyatakan pada masa akan datang emosi, perasaan dan daya ingatan akan
dihantarkan pada laman sesawang (internet) yang akan dinamakan sebagai ‘Brain
Net’.

“Will this Smart Machine have the values that we humans think important – moral
reason, compassion, kindness and emotional intelligence ?” (Canton, James,
2015:194). Itulah keistimewaan yang telah Allah S.W.T. kurniakan kepada hambanya
yang bernama manusia (insan) iaitu keistimewaan deria rasa belas ihsan (empaty) dan
melahirkan sifat perikemanusiaan (humanitarian) yang mana secanggih mana pun
sebuah mesin atau robot itu dicipta, sudah pasti tidak mempunyai ciri-ciri yang ada
pada manusia. Justeru, pemuda pada abad ke-21 khususnya di Negeri Sarawak

19

haruslah celik teknologi terkini dalam memastikan kita tidak ketinggalan jauh dengan
negara-negara maju. Sudah tibanya kita menjadi seorang pencipta (creator) dalam
sesuatu perkara baharu dan bukannya lagi pengguna terakhir (end users).

(ii) Literasi Informasi: Seorang ahli sastera daripada USA, George Orwell pernah
berkata, “In time of universal deceit, telling the truth will be a revolutionary act.”
(Orwell, George, 1950). Hari ini kita hidup era baharu dan amat menakutkan iaitu
masyarakat pasca-kebenaran (post-truth society) di mana kebenaran bukan lagi suatu
yang penting dalam masyarakat. Masyarakat yang hidup pada pasca-kebenaran adalah
produk baharu yang lahir daripada rahim pasca-moden (post-modern) di mana
kebenaran dan kebohongan sudah tidak dapat dibezakan lagi dan terlalu berleluasa.
Malah mereka dengan sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu itu tanpa
membuat sebarang penyelidikan semata-mata untuk meraih populariti di mata
masyarakat. Lebih malang lagi apabila berita palsu yang disebarkan itu, masyarakat
mengambil maklumat itu secara bulat-bulat tanpa ragu-ragu lalu disebarkan kepada
golongan ketiga (third party).

Sejarah telah mencatatkan bahawa pada Zaman Renaissance sekitar abad ke-15 turut
berlaku penyebaran berita palsu (fake news) dalam kalangan masyarakat apabila
hanya golongan elit dan agamawan sahaja dibenarkan untuk memasuki ke dalam
perpustakaan untuk belajar ilmu dan diberi ruang membaca kitab agama. Mereka yang
bernasib malang seperti rakyat biasa yang bukan daripada kalangan elit dan
agamawan hanya diperintahkan untuk mengikut secara membuta tuli setiap arahan
yang diberikan oleh golongan atasan. Malah golongan atasan menggunakan dalil
daripada Tuhan mereka untuk mengekalkan kekuasaan dalam kasta masyarakat dan
membiarkan rakyat bawahan dalam keadaan bodoh. Sekiranya rakyat bawahan
didedahkan kepada ilmu pengetahuan, sudah pasti mereka akan bangkit melawan
golongan atasan.

Dengan kehadiran agama Islam dan dakwah yang disebarkan oleh para kaum
Muslimin ke Eropah, maka segala amalan-amalan jahiliah yang menindas golongan
bawahan dihapuskan serta merta. Zaman Renaissance bertukar wajah kepada Zaman
Enlightment di mana agama Islam menggalakkan umatnya untuk belajar bagi
meningkatkan ilmu pengetahuan. Rakyat bawahan sebelum ini yang di anggap

20

sebagai ‘Pak Turut’ sudah berani untuk menyatakan kebenaran dan mereka juga
memerangi berita palsu yang telah didoktrin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ternyata dengan hadirnya Islam dalam hati sanubari, maka akan terbitlah cahaya yang
akan menerangi jalan yang gelap. “Bangsa ini akan luar biasa jika pusakanya adalah
perpustakaannya.” (Baswedan, Anies Rasyid, 2014:106).

Kerajaan Malaysia yang telah dipimpin oleh parti pemerintah Barisan Nasional
sebelum PRU-14 telah meluluskan Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Hadirnya Rang
Undang-undang ini adalah untuk mendidik ahli politik, rakyat dan mana-mana pihak
pun supaya lebih bertanggungjawab setiap apa yang diucapkan dan disebarkan
terutamanya dalam media sosial. Ini adalah salah satu langkah diambil bagi
mengurangkan penyebaran berita palsu yang boleh menggugat keharmonian negara.
Tindakan keras atas penyebaran gambar, video atau aksi yang bersifat ‘fake news’
boleh diambil tindakan jika disabit kesalahan. Dari sudut pandangan oposisi pula,
RUU ini dilihat seolah-olah satu langkah yang berasaskan kepentingan politik
kepartian semata-mata. Malah ia dispekulasikan sebagai satu lagi undang-undang
kuku besi atau draconian yang menindas rakyat dengan menutup ruang untuk
bersuara. Lebih dahsyat dari itu adalah RUU ini bertujuan untuk menutup beberapa
skandal besar yang berlaku sekarang.

Jadi, harus bagaimanakah kita ingin memastikan bahawa berita yang kita dapat adalah
betul-betul benar? Bagaimana dengan penggunaan gadjet yang semakin canggih selari
dengan aplikasi dan portal yang menyajikan berita semasa? Adakah kita sekarang
hidup di dalam dunia yang paradox (kelabu) yang tidak juga benar (putih) dan tidak
juga dusta (hitam)? Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meluangkan masa dan
usaha dalam mencari maklumat yang benar. Maka PERKEPIS menyatakan tiga cara
untuk mengatasi masalah yang melanda para pemuda abad ke-21 ini.

Yang pertama, aktivis PERKEPIS haruslah membuat kaji selidik apabila datangnya
sebuah berita yang tidak pasti. Buka beberapa laman portal dan buatlah perbandingan
kenyataan yang dikeluarkan oleh setiap portal adakah maklumat yang didapati itu
bercanggah atau selari? Yang kedua, aktivis PERKEPIS haruslah meningkatkan
kualiti pembacaan buku agar ilmu yang diperoleh itu dapat membezakan berita benar
ataupun palsu. Yang ketiga, pihak kerajaan haruslah menggerakkan kempen

21

kesedaran serta menyatakan kesan buruk berita palsu kepada masyarakat. Inisiatif
kerajaan mewujudkan laman sesawang sebenarnya.com adalah suatu yang baik agar
boleh memperjelaskan maklumat sebenarnya mengenai sesuatu berita palsu itu.

(iii) Literasi Kewangan: Isu jurang kekayaan bukanlah suatu topik yang baharu. Ahli
falsafah silam seperti Plato dan Ibnu Khaldun mahupun pakar ekonomi seperti Adam
Smith dan Joseph Stiglitz telah membincangkan topik ini secara panjang lebar dan
mendalam. Lebih 2,000 tahun dahulu, buku Republik yang ditulis oleh Plato telah
mengingatkan kita tentang kesan buruk jurang kekayaan kepada sesebuah masyarakat.
Sesebuah masyarakat tidak boleh mempunyai golongan yang terlampau kaya dan
golongan yang terlampau miskin. Jika tidak, pasti akan berlaku perpecahan dan
kekacauan dalam masyarakat tersebut. Adam Smith di dalam karya agungnya ‘The
Wealth of Nations’ pernah berkata “Kecenderungan untuk menjulang dan menyembah
mereka yang kaya dan berkuasa dan mengabaikan mereka yang miskin adalah punca
utama keruntuhan moral.” (Smith, Adam, 1776).

World Population Data telah menyatakan populasi dunia pada hari ini (2019) adalah
sebanyak 7.7 billion manusia. Separuh harta kekayaan dunia hanya dikuasai oleh 1%
populasi dunia (77 juta) manakala separuh yang berbaki dikongsi pada 99% yang lain
(7.62 bilion). Ini belum lagi kita meneropong secara terperinci jurang ekonomi di
Malaysia khususnya di Negeri Sarawak. “Pada tahun 1971, kerajaan di bawah
pentadbiran Tun Abdul Razak melaksanakan dasar afirmatif yang komprehensif
dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mengecilkan jurang kekayaan
yang ada pada rakyat Malaysia ketika itu.” (Khalid, Muhammed Abdul, 2017) Pada
tahun 1990, iaitu tahun berakhirnya DEB (secara rasmi) , kadar kemiskinan
berkurangan dengan mendadak dan jurang antara kaum, dan antara bandar dan luar
bandar telah berjaya dikurangkan. Penglibatan Bumiputera dalam sektor perniagaan
juga meningkat dan ramai anak-anak Melayu berjaya ke Menara gading serta menjadi
golongan profesional.

Statistik daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dibawah
kendalian Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyatakan bahawa sebanyak 24%
golongan yang berumur 25 hingga 34 tahun disahkan bankrupt pada tahuun 2018
sahaja. Negeri Sarawak telah menduduki tangga yang ke-5 di seluruh Malaysia

22

sebanyak 961 orang diikuti tangga tertinggi Selangor (4,189), Johor (2,278), Wilayah
Persekutuan (1,665) dan Pulau Pinang (1,002). Ini belum lagi kebankrapan diadili
mengikut bangsa dan agama untuk setiap negeri dan daerah. Kebanyakkan
kebankrapan di usia ini adalah berpunca daripada hutang kereta dan hutang pinjaman
peribadi sekaligus gagal untuk mengurus kewangan dengan baik.

Kita sering mempunyai stigma yang negatif kepada golongan yang kaya raya dan
beranggapan golongan kaya seorang yang kedekut dan menindas masyarakat
bawahan. Malah, ada yang berpendapan bahawa cukuplah menjadi orang pertengahan
dan hidup sedarhana dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat dan hutang
keliling pinggang. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, sabda Rasulullah S.A.W.,
“Hampir sahaja kefakiran (miskin) membawa kepada kekufuran. Dan hampir sahaja
sifat hasad (dengki) mengalahkan ketetapan qadar (Allah)”. Jadi salahkah seorang
Mukmin yang beriman menjadi seorang jutawan? Harus bagaimanakah kita ingin
melahirkan Muslim yang kaya dan dermawan ? Robert T.Kiyosaki pernah menulis di
dalam bukunya yang terlaris ‘Rich Dad Poor Dad’ pernah berkata, “The poor and the
middle class work for money. The rich have money work for them.” (Kiyosaki, Robert
T., 1998).

Kebanyakkan para pelajar menamatkan pengajian mereka tanpa mempelajari
kemahiran kewangan, jutaan orang berpendidikan yang berjaya dalam kerjaya
mendapati mereka akhirnya terjerat dengan masalah kewangan. Ramai orang tidak
tahu mereka mengalami masalah kewangan kerana mereka tidak memahami aliran
tunai. Golongan ini selalunya bekerja keras berbanding sepatutnya kerana mereka
diajar bekerja keras demi wang, bukan berusaha membuat wang bekerja untuk
mereka. Persoalannya bukan berapa banyak wang yang kita dapat. Tetapi
persoalannya adalah berapa banyak wang yang kita simpan.

Solusinya, PERKEPIS juga bercadang kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) agar mewujudkan satu silibus baharu iaitu subjek ‘Pendidikan Kewangan’
sejak bangku sekolah rendah lagi. Subjek ini haruslah dilengkapi dengan cara
menjana kewangan dengan halal, pengurusan kewangan yang betul dan nilai tambah
menjadi seorang yang berada berbanding sederhana. Tidakkah kita mahu mengikuti
sifat dermawan yang ada pada sahabat Rasulullah S.A.W. seperti Abu Bakar as-

23

Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf yang mana
mereka menggunakan keseluruhan harta kekayaannya untuk berjuang di jalan Allah
dan Rasul. Dengan dunia yang serba canggih ini, ada pelbagai cara dan perniagaan
yang boleh diusahakan untuk menjana pendapatan sekaligus membuka peluang
pekerjaan kepada masyarakat setempat. Marilah para aktivis PERKEPIS sama-sama
kita pertekadkan azam dan perkuatkan iman dalam berlumba-lumba menjadi ‘Mukmin
Jutawan’ untuk membantu agama Allah.

Muktamirin dan Muktamirat Yang Dikasihi,

Menghadapi Arus Perubahan

Telah menjadi suatu kenyataan bahawa dunia sentiasa berubah dan menjadi semakin
kecil. Namun kita kurang menyedari akan hakikat ini. Pada masa ini, kadar perubahan
itu sendiri masih berubah pada kadar yang semakin pantas. Di samping itu, telah
berlaku pula perubahan-perubahan yang penting pada sifat-sifat perubahan itu sendiri.
Perubahan yang berlaku pada masa ini mempunyai ciri-ciri yang sejagat, kompleks
serta memperlihatkan unsur-unsur yang saling berhubungkait di antara satu perubahan
dengan perubahan yang lain.

Menghadapi arus perubahan yang semakin pesat merupakan tugas yang amat berat.
Akan tetapi tugas ini akan menjadi semakin sulit kerana di dorong oleh faktor-faktor
yang lain. Seiring dengan arus perubahan tersebut, maka manusia juga harus berubah
mengikut keadaan setempat (waqi’iah). Tidak syak lagi bahawa kemampuan ilmu
yang telah di anugerahkan oleh Allah kepada manusia yang luar biasa hebatnya ini
telah menhasilkan beberapa kemajuan yang besar dalam bidang pertanian, teknologi
dan perhubungan, sekaligus meningkatkan mutu kehidupan sejumlah besar manusia.
Kesan positif sumbangan pemikiran manusia ini terlalu ketara, sementara akibat dan
kesan negatifnya pula semakin nyata juga.

Amatlah mengecewakan kita bahawa manusia hari ini terjebak oleh daya intelek
mereka sendiri. Di suatu sisi, perhubungan yang berasaskan kelajuan supersonic,
ledakan nuklear dan pemusnahan hutan belantara tetap membawa perubahan, tetapi
ternyata berakhir dengan kemusnahan yang dahsyat kepada bumi kita ini. Di sudut

24

yang lain pula, perkembangan budaya pengguna membawa kemungkinan negatif
kepada martabat manusia. Bagaimanakah kita sepatutnya bertindakbalas terhadap
fenomena moden yang dicetuskan oleh perubahan yang cepat dan kompleks atas hasil
daripada tangan diri kita sendiri ini?

Benarlah firman Allah di dalam Surah ar-Rum ayat ke-41 kira-kira bermaksud “Telah
Nampak kerosakkan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan
manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat)
perbuatan mereka, agar mereka kembali kepada jalan yang benar.”. Dalam keadaan
arus perubahan yang tidak menentu, mahasiswa Sarawak haruslah mempersiapkan
diri mereka dengan 5 teras utama jati diri iaitu akhlak (attitude), kemahiran (skill),
pengetahuan (knowledge), ketahanan (endurance) dan keupayaan (capability):

(i) Akhlak (Attitude)

“If you don’t have skills, it can be required. If you don’t have knowledge, it
can be gained. But if you don’t have attitude, you are in trouble.”. Kata-kata
ini menegaskan teras utama dalam pendidikan abad ke-21 adalah akhlak. Di
dalam subtopic ini, akhlak terbahagi kepada dua bahagian iaitu ‘Akhlak Moral’
dan ‘Akhlak Kerja’. Akhlak moral yang dimaksudkan adalah iman, takwa,
jujur manakala akhlak kerja adalah tidak tangguh apabila diberi tugasan,
mampu bekerja dalam berkumpulan, mampu untuk berdikari. Jadi, adakalah
kita ingin melahirkan pemuda yang jujur tetapi malas? Seorang yang beriman
tetapi berbohong dalam berbicara? Justeru apabila tiba sahaja dalam
perbincangan akhlak, maka kedua-dua moral dan kerja harus seimbang.

Sehebat mana pun seseorang dan setinggi manapun ilmunya, akan tetapi
sekiranya mempunyai akhlak yang biadap, maka ianya tidak berguna. Pernah
suatu ketika selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, seorang sahabat
pernah bertanya kepada Saidatina Aisyah binti Abu Bakar berkenaan dengan
akhlak Rasulullah, maka beliau pun berkata, “Sesungguhnya akhlak baginda
Rasulullah adalah al-Quran.” Segala perintah daripada Allah dan larangan
daripada-Nya, baginda Rasul mematuhinya tanpa sebarang keraguan.

25

(ii) Kemahiran (Skill)

Filem drama ‘3 Idiots’ lakonan bintang Bollywood terkenal Amir Khan telah
mencatat kutipan yang tinggi sebanyak RM2.7 bilion serata dunia. Filem ini
mengkritik sekumpulan masyarakat yang memandang tinggi kepada profesion
seorang doktor dan jurutera sehingga meremehkan bidang-bidang yang lain.
Ibu bapa akan mempersiapkan anak mereka lelaki sebagai seorang jurutera
manakala wanita sebagai seorang doktor perubatan walaupun anak-anak
mereka enggan untuk berbuat demikian. Justeru, anak-anak mereka terasa diri
mereka rasa terpaksa untuk menuntut ilmu dan mula untuk menyalahkan
kedua orang tua atas kegagalan mereka dalam peperiksaan.

Sebagai seorang Muslim, kita haruslah mempercayai bahawa setiap makhluk
penciptaan oleh Allah mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri.
Maka dengan kekuatan yang mereka ada, dapatlah mereka saling lengkap
melengkapi umpama permainan ‘missing puzzle’ di mana sekiranya sebuah
gambar yang cantik itu kehilangan hanya satu puzzle, pemandangan sesebuah
gambar itu tetap nampak cacat. Satu daripada beribu manusia juga memberi
makna yang besar dalam sesebuah organisasi. Sekiranya kesemua kader-kader
dakwah menggunakan segala kemahiran yang mereka ada untuk menyebarkan
kebaikan, maka akan lahirlah umat yang bersatu padu dan saling melengkapi.

Justeru, seorang Mukmin haruslah bersyukur atas segala apa kelebihan yang
telah Allah kurniakan kepadanya. Beruntungnya menjadi seorang Mukmin.
Apabila dia mendapat rezeki lalu dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan
baginya. Sekiranya dia mendapat mala petaka lalu dia bersabar, maka itu
adalah kebaikan baginya.

(iii) Pengetahuan (Knowledge)

Pada bulan Mei 2019 yang lepas, Malaysia dikhabarkan dengan berita yang
menyedihkan akan kes seorang remaja berusia 16 tahun (tingkatan 4) yang
membunuh diri. Lebih menyedihkan lagi, remaja tersebut berasal daripada
Batu Kawa, Kuching (Sarawak) di mana beliau telah membuat pengundian

26

secara dalam talian (online) iaitu ‘Death’ (mati) ataupun ‘Life’ (hidup).
Peratusan akhir telah menunjukkan 67% daripada rakan pengikutnya di laman
sosial Instagram mengundi beliau untuk membunuh diri. Atas desakan
daripada keputusan tersebut, maka pelajar itu membunuh diri dengan terjun
daripada rumah pangsanya. Mungkin rakannya hanyalah bergurau atas apa
yang beliau cadangkan, namun remaja tersebut berada paras otak separuh
sedar dan mengambil yang kurang waras. Hasil kajian, pihak pakar mendapati
bahawa remaja tersebut berada dalam keadaan tertekan (stress) dan
kemurungan (depression).

Cuba kita renung kembali puji-pujian yang telah Allah berikan sempena
dengan penciptaan manusia di dalam Surah at-Tinn, ayat ke-4 “Sesungguhnya
kami telah menciptakan kamu wahai manusia dengan sebaik-baik
penciptaan”. Sekiranya seorang manusia mengetahui visi dan misi hidupnya
dengan lebih jelas, nescaya mereka tidak akan mengsia-siakan peluang yang
ada. Justeru, visi dan misi Rahmatan’ Lil Alamin haruslah bersandarkan
kepada asas ilmu pengetahuan yang kukuh. Bak kata pepatah, sebebas-bebas
layang-layang berterbangan di langit, tali tersebut juga digunakan untuk
berpaut pada tempat asal. Jangan sesekali kita terjerumus dalam lebah
kehinaan seperti mana Allah berfirman dalam ayat seterusnya “Kemudian
kami kembalikan mereka ke tempat serendah-rendahnya (neraka).” (Surah at-
Tinn, ayat ke-5)

Pemuda pada abad ke-21 haruslah mempersiapkan ilmu pengetahuan yang jitu
dalam menghadapi masa hadapan yang penuh mencabar. Adakah anda ingin
menjadi seorang yang pakar dalam satu-satu bidang (specialist) sahaja ataupun
seorang yang mengetahui pelbagai bidang (generalist) tetapi hanya secara
dasar? Sekiranya anda mampu untuk menguasai sesuatu bidang tersebut
dengan lebih baik, maka teruskanlah dengan menguasainya secara mendalam
(specialist). Dalam pada masa yang sama, berusahalah untuk meningkatkan
ilmu-ilmu semasa kerana bidang yang anda ambil semasa kuliah, belum tentu
lagi anda akan mengerjakannya sewaktu alam pekerjaan. Akan tetapi
kemampuan untuk belajar di pelbagai bidang akan mengajar anda untuk
menjadi seorang pelajar sepanjang masa. Imam as-Syafie pernah berkata,

27

“Sekiranya kalian inginkan dunia, perlulah ilmu. Sekiranya kalian inginkan
akhirat, maka perlulah ilmu.”

(iv) Ketahanan (Endurance)

Pepatah Melayu ada menyatakan, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas.”yang membawa maksud, walau apa pun cabaran, godaan dan halangan
yang bakal menimpa, seseorang itu masih lagi berdiri teguh dengan penuh
pendirian tetap. Jalan dakwah tidaklah seindah yang kita sangkakan dengan
penuh bunga dan wangian, namun jalan ini menjanjikan perit dan onak duri
yang mana penghujungnya yang penuh nikmat. Maka, barang siapa yang
mudah tersungkur lalu berpatah balik pada jalan tersebut, maka mereka
terjerumus pada golongan yang rugi.

Seorang sahabat Rasulullah yang bernama Ayyub al-Ansari sangat tinggi daya
jihadnya. Walaupun beliau berada di ambang senja (84 tahun), namun apabila
semboyan jihad ditiup untuk membebaskan Kota Konstantinopel, beliau tidak
teragak-agak untuk mengikuti rombongan jihad tersebut. Malah sebelum
beliau wafat, beliau mewasiatkan agar jenazahnya ditanam berdekatan dengan
tembok Kota Konstantinopel itu agar beliau dapat mendengar bunyi telapak
kaki yang Rasulullah sebutkan sebaik-baik Raja dan sebaik-baik tentera.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah bersabda,
“Sesungguhnya Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih Allah S.W.T daripada
Mukmin yang lemah.”.

Apalah sangat dengan masalah hati yang tidak berkesudahan sehingga
sanggup untuk memutuskan ikatan persahabatan? Ternyata seorang kader
dakwah yang membawa nama Islam haruslah mempunyai jiwa yang besar dan
matlamat yang jelas dengan bertanya ‘Mengapa aku di sini?’ dan ‘Harus apa
yang aku patut lakukan buat umat ini?’. Marilah kita sama-sama mengamati
kata-kata daripada tokoh pendiri Indonesia Mengajar, Dr. Anies Rasyid
Baswedan, “Jadi pemimpin harus kuat. Apabila dipuji, dia tidak terbang.
Apabila dikeji, dia tidak tumbang.” (Baswedan, Anies Rasyid : 2013).

28

(v) Keupayaan (Capability)

Sesiapa yang lahir sekitar tahun 1990-an sudah pasti sanggat mengenali
dengan syarikat gergasi telefon bimbit Nokia. Apabila berbicara tentang Nokia
3310, sudah pasti semua orang pernah memilikinya. Tahukah anda ? Telefon
Nokia 3310 merupakan telefon yang terlaris sepanjang zaman yang mana tidak
ada satu telefon pun daripada syarikat telefon pintar pada hari ini yang mampu
menandingi jumlah jualan telefon tersebut.
Malah telefon yang paling canggih pada hari ini seperti iPhone Xs dan
Samsung Note 10 yang harganya melebihi RM5,000 masih belum mampu
menandingi Nokia 3310. Walaupun Nokia pernah mengalami zaman
kegemilangan, namun kesilapan syarikat telefon itu hanya satu, iaitu tidak ada
keupayaan untuk mengikuti arus perubahan.

Zaman semakin canggih, namun pendekatan yang digunakan masih lapuk.
Begitu juga dengan kamera Kodak yang pernah terkenal suatu masa dahulu
dan banyak lagi syarikat-syarikat yang tidak mampu untuk menyesuaikan diri
dengan perubahan zaman. Seorang pendakwah haruslah mempunyai
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan. Sekiranya tidak, maka
dirinya tidak lagi relevan dan potensinya akan ditelan zaman.

Khatimah

Demikianlah penjelasan dan penegasan kita tentang cabaran, potensi dan harapan
kepada generasi abad ke-21. Pada masa akan datang, tiada siapa yang tahu. Namun
dengan sedikit ilmu dan analisa semasa dibuat juga mampu untuk meramalkan
sesuatu uang bakal berlaku pada masa akan datang. Kita hanya merancang dan Allah
yang akan menentukan. Dasar dan praktiknya dalam mengisi pengabdian kepada Ilahi
yakinlah bahawa hanya Islam sahaja satu-satunya alternatif kepada kebahagian di
dunia dan akhirat. Kita tidak perlu lagi mencari erti pemodenan dengan memandang
kepada barat dan melihat kebudayaan pada timur. Cukuplah kita memperkuatkan
amalan dengan kembali kepada al-Quran dan Sunnahnya. Ini adalah sebaik-baik
petunjuk kepada kaum Muslimin.

29

Sudah tibanya masa kita untuk merapatkan saf dan memperkasakan ukhwah dalam
membentuk generasi yang bitara. Manfaatkan ruang dan peluang yang ada untuk kita
menggilap potensi kepimpinan agar kita bersedia untuk memimpin umat pada masa
akan datang. Renunglah kata-kata daripada mantan Presiden PKPIM yang ke-31,
“Kita harus sedar, intima’ kita dengan PKPIM bukan sekadar berkegiatan dan
berpersatuan dalam masa-masa menjadi pelajar dan mahasiswa, tetapi ia adalah
latihan membangun peribadi terampil dan berkemajuan, dalam memenuhi keperluan
mencerahkan umat. Saatnya nanti, apabila kita diperlukan untuk memimpin , kita
sudah punya kesediaan dan keberanian melangkah sebagai pimpinan yang kompeten,
dan mampu memenuhi kehendak dan aspirasi umat. Oleh itu, pupuk keberanian jiwa,
mula untuk berani berfikir, merencana dan bertindak.” (Saleh, Fazril, 2015).
Kami juga tidak lupa untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada
Jawatankuasa Seminar Kepimpinan Pelajar Islam Sarawak dan semua pihak yang
telah memberikan saham dan mengusahakan keberhasilan muktamar ini. Semoga
Allah mencatatkan segala penat Lelah saudara-saudari sekalian sebagai amal soleh.
Selamat bermuktamar dan selamat berjihad !
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

“BERJASA KEPADA MASYARAKAT”

30

Rujukan

Abdullah, Saifuddin, “Politik Baru, Mematangkan Demokrasi Malaysia”, (Kuala Lumpur,
ITBM, 2008)
Aizid, Rizem, “Melawan Stres & Depresi”, (Yogyakarta, Saufa, 2015)
Basri, Syafiq, “Anies : Tentang Anak Muda, Impian, Dan Indinesia”, (Jakarta, Mizan Publika,
2016)
Canton, James, “Future Smart, Managing the Game-Changing Trends That Will Transform
Your World”, (Boston, Da Capo Press, 2015)
Esposito, John L., “Islam and Democracy”, (New York, Oxford University Press, 1996)
Hariari, Yuval Noah, “21 Lessons for the 21st Century”, (London, Jonathan Cape, 2018)
Ibrahim, Anwar, “Menangani Perubahan” (Kuala Lumpur, Berita Publishing Sdn. Bhd, 1989)
Malik, Dr. Maszlee, “Risalah Pemuda Muslim”, (Kuala Lumpur, Telaga Biru, 2014)
Khalid, Muhammed Abdul, “Antara Dua Darjat, Agihan Pendapatan di Malaysia”, (Selangor,
Dubook, 2017)
Saleh, Fazril, “Membangun Generasi Bitara : Terampil dan Berkemajuan, Menuntas Misi
Pencerahan”, Ucapan Dasar PKPIM dalam MPAT-54, 19 September 2015
Saleh, Fazril, “Paradigma Islah & Kesedaran Kepemudaan : Melestari Generasi Bitara Dalam
Keteguhan Gerakan”, Ucapan Dasar PKPIM dalam MPAT-55,
Tapscott, Don, “The Digital Economy, Rethinking Promise and Peril in the Age of Networked
Intelligence”, (USA, Mc Graw Hill Education, 1995)
Wong, Ayman Rashdan, “Dunia Tanpa Tembok”, (Ampang, Patriot Publications, 2017)

31

Ucapan Penegasan Yang Dipertua ABIM Sarawak
Muhammad Hazim Azhari

MISI MENGANGKAT MARTABAT UMAT:
KESIAPSIAGAAN BELIA DALAM MELAKAR MASA DEPAN SARAWAK

MUKADIMAH

Alhamdulillah, pertama dan selamanya marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama berkumpul di hari yang mulia
ini bagi meneruskan tradisi jemaah kita yang sudah pun menjadi rukun dan wajib
harakiy untuk kita berhimpun buat kesekian kalinya. Selawat dan salam buat
junjungan tercinta, penghulu para anbiya Nabi Muhammad SAW, para sahabat
baginda serta seluruh para pelanjut risalah Al-Islam yang telah pergi mendahului kita.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah ditubuhkan pada 12
April 1978 di Kuching, Sarawak hasil beberapa pertemuan generasi pengasas ketika
itu. Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah Almarhum Ustaz Awang Pon Awang
Sebon. Kini usia gerakan kita telah pun mencapai 41 tahun. Saban tahun kita
melaksanakan muktamar iaitu perhimpunan besar-besaran jemaah tujuannya adalah
untuk kita bermuhasabah setelah setahun kepimpinan yang dilantik bergerak
menjalankan amanah.

Setelah empat dekad kita bertapak di bumi Sarawak, kita telah menunjukkan
komitmen dalam usaha dakwah bagi mendidik dan membimbing masyarakat awam.
Taski dan Tahfiz ABIM cukup dikenali oleh warga Sarawak kerana kejayaan modul
dan pembelajarannya dalam membentuk karakter anak-anak seawal usia 4 tahun. Saya
diberitahu oleh seorang sahabat, anak mereka yang belajar di Taski ABIM telah
berjaya mendidik mereka untuk solat berjemaah di rumah. Begitulah penangan Taski
ABIM. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada warga Taski dan Tahfiz ABIM.

32

Pada Mei yang lalu mantan Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak merangkap
Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi Sri Madani Sarawak Berhad, Encik Wan Azizan
bin Wan Zainal Abidin telah dipilih sebagai Pengerusi Pertubuhan Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) Negeri Sarawak. Kejayaan ini melakar sejarah
baharu gerakan koperasi di Malaysia apabila menyaksikan seorang belia yang di
bawah umur 40 tahun menerajui ANGKASA Negeri. Insyaallah gagasan dan idea
baru yang segar yang dibawa oleh beliau akan berjaya membantu mengatasi masalah
ekomomi yang meruncing.

Pada awal tahun ini ABIM Negeri Sarawak telah berjaya merangkul Anugerah
Perdana Belia Negara (APBN) 2019 peringkat Negeri Sarawak bagi kategori
pertubuhan. Manakala bagi peringkat kebangsaan pula kita telah berjaya meraih
tempat ketiga yang telah diumumkan di Putrajaya. Ini merupakan satu pengiktirafan
yang telah diberikan oleh masyarakat awam atas usaha-usaha jemaah kita selama 41
tahun ini. Saya mewakili generasi ABIM yang terkini ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada ayahanda-ayahanda kita yang bersusah payah dan bertungkus
lumus dalam menyediakan dan menyempurnakan wadah ini. Bak kata pepatah, bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

PENGHARGAAN TERHADAP SEJARAH DAN TRADISI

Kita tidak lahir ke dunia ini dengan begitu sahaja. Tentu sahaja kita mempunyai waris
dan leluhur yang membuatkan diri kita mampu untuk berdiri di sini pada hari ini.
Begitulah juga dengan sejarah dan tradisi masyarakat melayu dan muslim kita yang
mempunyai susur galur yang tersendiri yang harus kita pelajari. Sejarah tentang Islam
di Sarawak mungkin kurang mendapat perhatian. Namun begitu ia tetap memberi
kesan yang signifikan terhadap pembangunan masyarakat masa kini. Setakat
penelitian terhadap literatur berkaitan Sarawak yang ditemukan, kesemuanya
mengakui peranan komuniti Melayu dan Muslim dalam membentuk lanskap
masyarakat Sarawak. Ia merupakan khazanah sejarah yang perlu digali untuk
dijadikan sebagai pedoman kepada generasi kini dan akan datang.

Apa pentingnya sejarah? Sebagai contoh semasa memandu kereta. Semasa memandu
sudah pastinya destinasi kita berada di hadapan. Namun begitu tetap juga kita perlu

33

untuk melihat cermin pandang belakang. Supaya kita sentiasa berhati-hati di
sepanjang perjalanan. Sejarah merupakan suatu disiplin ilmu yang meneliti secara
sistematik peristiwa-peristiwa signifikan pada masa lalu, dengan suatu keyakinan
bahawa terdapatnya kelangsungan dan keterkaitan antara peristiwa-peristiwa masa
lalu, masa kini dan masa akan datang melalui pengajaran dan iktibar daripadanya.
Sebagai contoh Sirah Nabawiyah dan sunnah baginda tetap menjadi pedoman dan
rujukan yang kekal relevan hingga masa kini.

Oleh sebab yang demikian, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak
mengambil inisiatif untuk menganjurkan Seminar Menyingkap Sejarah Islam di
Sarawak 2 dengan bertemakan “Historiografi Islam Sarawak Dalam Nuansa
Masyarakat Skriptoria”. Seminar ini merupakan lanjutan daripada Seminar
Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak pada tahun lalu. Usaha ini walaupun kecil
tetapi telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada khalayak yang hadir ini
termasuklah para peneliti Islam dan sejarah Borneo dalam dan luar negara. Buku
“Nafahat Al-Ridhwan : Riwayat Hidup Sheikh Uthman Sarawak” yang diluncurkan
pada tahun lalu telah mendapat pengiktirafan setelah memenangi Anugerah Buku
Negara Buku Umum Terbaik (Kategori Terjemahan). Naskhah tersebut telah
diterbitkan oleh Saudara Mohammad Fazril Saleh dengan kerjasama ABIM Press.
Semoga usaha tersebut akan memperkenalkan kepada anak-anak muda kita kepada
jaringan ulama tempatan yang turut mempunyai sumbangan yang besar bukan sahaja
kepada masyarakat di negeri kita bahkan di seluruh Nusantara barangkali.

REVOLUSI INDUSTRI 4.0: SARAWAK KE ARAH EKONOMI DIGITAL

Sebelum kita pergi lebih jauh, kita kena cakna dahulu apa yang dimaksudkan dengan
perkataan ‘revolusi’ dan ‘industri’. Menurut Aristotle, revolusi bermaksud perubahan
lengkap daripada satu perlembagaan kepada satu perlembagaan yang lain. Manakala
maksud industri adalah penghasilan barangan atau perkhidmatan dan merupakan
ekonomi yang memproses bahan mentah menjadi barang siap atau menyediakan
perkhidmatan. Justeru, yang dimaksudkan dengan revolusi industri adalah perubahan
lengkap sesuatu bahan mentah menjadi barang siap mengikut teknologi semasa sesuai
dengan peredaran zaman.

34

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji
Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah menggagaskan idea
‘Digital Economy’ sebagai tunjang utama beliau sebagai ketua pemerintah kerajaan di
Negeri Sarawak sewaktu menggantikan posisi Allahyarham Tan Sri Datuk Patinggi
(Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem pada Januari 2017. Ini sudah pasti akan memberi
kesan terhadap pembangunan negeri Sarawak pada masa akan datang. Mari kita
menyelusuri terlebih dahulu setiap perubahan revolusi industrI.

i) Revolusi Industri 1.0 (IR 1.0) : Revolusi Industri 1.0 berlaku sekitar tahun 1750
sehingga 1870 yang mana ditandai dengan tenaga manusia digantikan oleh kehadiran
mesin. Revolusi Industri ini melahirkan sejarah ketika tenaga manusia dan haiwan
digantikan oleh kehadiran mesin. Salah satunya adalah dengan penemuan dan
tersebarnya kapal wap dan kereta api di Inggeris. Justeru, pembukaan Terusan Suez
pada tahun 1869 yang terletak di antara negara Mesir dan Semenanjung Tanah Arab
mengiatkan lagi pertumbuhan revolusi ini sehingga tersebar ke seluruh dunia.

Revolusi Industri ini juga ditandai dengan adanya perubahan secara besar-besaran di
bidang pertanian, pengangkutan, pembuatan dan teknologi. Perubahan yang terjadi
pada manusia dalam melakukan proses pembuatan memiliki impak yang mendalam
terhadap kondisi ekonomi, sosial dan budaya di dunia. Revolusi ini dicatat oleh
sejarah berhasil meningkatkan perekonomian secara drastik yang mana selama dua
abad setelah Revolusi Industri terjadinya peningkatan rata-rata pendapatan per kapita
negara-negara di dunia melonjak enam kali ganda.

ii) Revolusi Industri 2.0 (IR 2.0): Revolusi Industri 2.0 berlaku sekitar tahun 1871
sehingga 1960 yang juga dikenali sebagai Revolusi Teknologi. Revolusi Industri 2.0
merupakan kesinambungan daripada Revolusi Industri 1.0 yang mana perkembangan
revolusi yang sangat pesat terutamanya di Inggeris, Jerman, Amerika Serikat,
Perancis dan Jepun. Revolusi Industri ini ditandai dengan kemunculan penemuan
tenaga elektrik oleh Nikola Tesla, sahabat karib kepada Thomas Edison dan zaman ini
juga terciptanya telefon pertama di dunia oleh Alexander Graham Bell. Selain itu,
syarikat pengeluaran kenderaan juga giat berkembang seperti Toyota dari Jepun, Ford
dari Amerika Serikat dan Ferrari dari German. Tidak ketinggalan juga penemuan

35

pesawat terbang oleh The Wright Brothers sehingga tercetusnya Perang Dunia
Pertama (1914 - 1918) dan Perang Dunia Kedua (1939 - 1945).

Tidak ketinggalan juga dengan penciptaan mesin pemprosesan kertas yang pertama
oleh Henry Fourdrinier dari London yang mana beliau menggunakan bahan kimia
dalam proses pembuatan kertas. Sebelum ini, para penulis buku dan journal
mempunyai suatu masalah yang besar dalam mencetakkan hasil karya mereka kerana
mereka perlu menulis di atas kulit kayu dan haiwan yang tinggi kos percetakkannya.
Dengan semakin murahnya harga kertas, maka buku sekolah, buku bacaan dan surat
khabar mula muncul sekitar awal 1900-an dan penyebaran ilmu melalui penulisan giat
aktif dijalankan.

iii) Revolusi Industri 3.0 (IR 3.0): Kemunculan teknologi digital telefon pintar dan
internet menandakan bermulanya Revolusi Industri 3.0 yang berlaku sekitar tahun
1960 sehingga 2010. Revolusi ini akan mengubah pola pemikiran dan komunikasi
masyarakat semasa dengan mendadak. Mana tidak nya, peranan manusia sebagai
pekerja buruh telah digantikan dengan mesin-mesin yang canggih. Bahkan, kos
membuat mesin lebih berpatutan berbanding dengan pembayaran gaji untuk pekerja.
Antara syarikat gergasi yang lahir di zaman ini adalah seperti Microsoft oleh Bill
Gates, Apple oleh Steve Job dan Alibaba oleh Jack Ma.

iv) Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0): Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus
Schwab dalam bukunya ‘The Forth Industrial Revolution’ merupakan kemuncak
kepada segala revolusi yang kita hadapi sekarang. Ianya bermula sekitar tahun 2010
yang ditandai dengan inovasi robot, artificial intelligence (AI), biotechnology, big
data, blockchain, internet of things (IoT) dan driveless vehicle. Tenaga pekerja
manusia akan gantikan dengan robot pintar yang lebih efisyen dalam membuat kerja.
Segala transaksi kewangan akan dilaksanakan dalam atas talian.

Hari ini sesiapa sahaja boleh menembusi angkasaraya dengan menyertai program
Space X yang diasaskan oleh Elon Musk. Di usia yang muda, beliau juga menemukan
sistem pengangkutan kereta yang menggunakan 100% kuasa elektrik dengan
mendirikan jenama kereta Tesla. Tahukah anda, syarikat teksi yang terbesar di dunia
tetapi tidak mempunyai kereta dimiliki oleh syarikat Uber. Tahukah anda, syarikat

36

perhotelan yang terbesar di dunia tetapi tidak mempunyai hartanah dimiliki oleh
syarikat Airbnb. Tahukah anda, syarikat telekomunikasi yang terbesar tetapi tidak
mempunyai telco dimiliki oleh syarikat Skype. Tahukah anda, syarikat yang banyak
menjual barangan di seluruh dunia tetapi tidak mempunyai stok dimiliki oleh syarikat
Alibaba. Tahukah anda, tempat yang paling ramai penduduk selepas China (1.379
billion) dan India (1.324 billion) ialah Facebook (1.1 billion). Tahukah anda, syarikat
wayang yang mempunyai kesemua drama adalah Netflix.

Setiap kali ada perubahan, kita tidak akan dapat lari dengan sisi kebaikan dan
keburukan sesuatu perubahan tersebut. Malah menjadi kebijaksanaan kita untuk
menilai dan merangka strategi dalam menghadapi arus perubahan agar kita kekal
relevan. Antara cabaran yang akan dihadapi oleh generasi belia sekarang adalah :

a) Cabaran yang paling ketara yang akan dihadapi oleh generasi belia adalah
pekerjaan semakin terhad dan sukar untuk dicari. Hal ini kerana segala syarikat yang
berasaskan bahan mentah akan mengambil mesin sebagai tenaga buruh berbanding
manusia. Syarikat tersebut tidak perlu memikir untuk membayar gaji bulanan untuk
membayar pekerja, bahkan kualiti yang dihasilkan oleh mesin lebih berkualiti
berbanding dengan tangan manusia. Kadangkala, produksi bahan mentah mengikut
perasaan manusia, sekiranya baik, maka baguslah kualiti. Sekiranya buruk, maka
menurunlah kualiti. Namun, syarikat hanya perlu menjaga kualiti mesin dengan hanya
membayar kos penyelenggaraan, barangkali lebih murah daripada membayar gaji
pekerja.

b) Yang kedua adalah kehilangan sifat kemanusiaan merupakan natijah yang amat
buruk sekali kerana ia ternyata menjauhkan lagi manusia daripada fitrahnya yang asal
sebagai ‘hamba dan khalifah’ di muka bumi dan menjadikan manusia hanya sekadar
narcissist, pencinta teknologi dan diri sendiri. Gejala kerosakan dalam masyarakat
Islam ini telah lama dijelaskan oleh seorang pemikir muslim yang terkemuka iaitu
Malik Bennabi, sebagai gejala al-fakr al-mayyit (pemikiran dan nilai positif yang
mati) yang akhirnya menyebabkan kemandulan mentality umat yang siap untuk
dijajah (colonizability). Cendiakawan Mesir, Fahmi Huwaidi menyifatkan perkara ini
sebagai penjajahan yang terselubung; sebuah penjajahan minda dan jiwa anak-anak
muda tanpa perlunya penjajahan fizikal.

37

1. Apakah yang patut dilakukan oleh anak muda sekarang untuk
menghadapi ‘Revolusi Industri 4.0’ ?

a). Seorang pengkaji masa hadapan, Alvin Tofler dalam bukunya ‘The 21st Century
Skills’ pernah berkata “The illiterate society in the 21st century is not those who
cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn and relearn.”. Justeru,
ada tiga komponen utama untuk Projek Pembangunan Insan Abad ke-21. Pertama,
kita haruslah mempersiapkan diri kita dari segi karakter ataupun akhlak. Ini diakui
oleh seluruh dunia. Dalam aspek karakter terbahagi kepada dua bahagian iaitu
‘karakter moral’ dan ‘karakter kinerja’. Karakter moral adalah seperti iman, taqwa,
jujur, amanah dan bertanggungjawab. Manakala karakter kinerja adalah seperti tidak
berputus asa, tidak bertangguh, rajin berusaha. Adakah kita nak jadi orang yang jujur,
tetapi malas? Adakah kita nak jadi orang amanah, tetapi cepat berputus asa? Alangkah
baiknya sekiranya kita mempunyai kedua-dua karakter.

b). Yang kedua adalah kompetensi. Kompetensi terbahagi kepada empat cabang iaitu
berfikir kritis, berfikir kreatif, kemahiran komunikasi, kemahiran bekerjasama.
Generasi muda haruslah mempunyai daya fikir yang kritis dalam membahas sesuatu
isu. Selain itu, generasi muda haruslah berfikir secara kreatif dalam mengembangkan
ilmu yang sedia ada kepada sesuatu yang baharu. Bak kata pepatah, ‘Before you
thinking out of the box, you must know what in the box first.’ Generasi muda haruslah
mahir dalam komunikasi dengan baik lebih-lebih lagi dalam penguasaan bahasa asing.
Akhir sekali, generasi muda haruslah mampu untuk bekerjasama dengan rakan
sepasukan yang lain, dan bukannya membuat sesuatu perkara berseorangan.

c). Yang ketiga adalah literasi. Literasi terbahagi kepada 5 cabang iaitu literasi baca,
literasi budaya, literasi manusia, literasi teknologi dan literasi kewangan. Literasi baca
adalah menggalakkan budaya membaca buku dari bangku sekolah lagi. Literasi
budaya adalah menerapkan cinta akan tanah air dan jadi diri kepada anak muda
walaupun sejauh mana dia merantau. Literasi manusia adalah menggalakkan anak
muda menyertai badan pertubuhan organisasi dalam memimpin manusia. Literasi
teknologi adalah suatu kempen kepada anak muda untuk bergiat dalam mencipta
sesuatu teknologi baharu dalam memudahkan kerja seharian manusia. Literasi

38

kewangan adalah memupuk generasi muda dalam bijak mengurus kewangan lagi-lagi
dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

2. Adakah wujudnya ‘Revolusi Industri 5.0’ pada masa akan datang ?

a). Ya. Sudah pasti. Seperti yang kita ketahui, jarak di antara setiap revolusi semakin
pendek dan semakin pendek. Tidak mustahil ‘Revolusi Industri 5.0’ akan hadir dalam
masa beberapa tahun sahaja lagi. Hal ini kerana ianya dipengaruhi oleh penemuan
penciptaan sesuatu yang baharu oleh ahli pengkaji dalam memudahkan urusan
seharian manusia. Saya berpendapat bahawa ‘Revolusi Industri 5.0’ akan mengangkat
tema ‘Smart Society’ sebagai tunjang utama mereka. Ianya akan datang juga dalam
keadaan kita bersedia ataupun tidak. Namun, sejauh mana kita mempersiapkan diri
kita untuk menghadapinya. Adakah diri kita hadir hanya sebagai pengguna ataupun
golongan yang mencetuskan revolusi industri?

KEPELBAGAIAN DALAM BINGKAI KESATUAN

Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Bukan sahaja pada keluasan
geografinya, bahkan kita juga memiliki etnik yang teramai berbanding negeri-negeri
lain. Kepelbagaian budaya dan adat resam membuatkan negeri kita begitu unik di
mata orang luar kerana dapat duduk sekali semeja tanpa ada diskriminasi dan
prejudis. Prof Dr Dato’ Siddiq Fadhil pernah membentangkan formula untuk
melahirkan masyarakat majmuk yang harmoni dengan menekuni 2 Fiqh kontemporari
iaitu Fiqh Al-Ta’ayush (Co-existence) dan Fiqh Al-Muwatanah (Citizenship) melalui
Pidato Umum beliau yang bertajuk “Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian : Islam Dan
Budaya Damai”.

1. Fiqh Al-Ta’ayush (Co-existence)
Dalam pengertian kata Fiqh Hidup Bersama atau hidup berdampingan dengan damai
dalam kalangan warga masyarakat pelbagai kaum. Sheikh Abdullah bin Bayyah yang
merupakan seorang tokoh ulama terkemuka zaman kini menyatakan bahawa untuk
menangani masalah kepelbagaian dan plurality perlu ada sikap menghormati dan
menyenangi kepelbagaian. Kepelbagaian adalah kekayaan dan keindahan sebahagian
daripada ayat-ayat Allah dalam erti penyerlahan ciptaan Tuhan serta penjelmaan

39

keindahan nikmat kurnianya. Sekiranya kepelbagaian ini diurus dengan bijaksana
maka ia akan menghasilkan kesalingan yang produktif, saling memperkaya dan saling
memperkasa.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan
amalan kamu).

(Surah Al-Hujurat : 13)

Pengertian kata Lita’arafu bukanlah hanya membawa maksud berkenalan semata-
mata. Akan tetapi ia juga membawa pengertian untuk kita saling mengenali dan saling
berinteraksi hidup bersama secara harmoni. Bahkan saling bekerjasama dan saling
memanfaatkan. Usaha-usaha tersebut boleh diangkat melalui dialog kerana dialog
merupakan kewajiban keagamaan dan keperluan manusia. Berdialog ertinya kita
bersedia untuk menerima orang lain yang berbeza.

Kita dituntut untuk melayani orang bukan islam seperti yang dianjurkan di dalam al-
quran iaitu berbuat baik kepada mereka dan melaksanakan keadilan kepada mereka.
Prinsip Kemuliaan Insan (Karamah Insaniah) harus menjadi tunjang kepada semangat
kebersamaan tersebut yang menjadikan ciri khas agama islam sebagai ‘Rahmatan
Lil’alameen’

2. Fiqh Al-Muwatanah (Citizenship)
Membina kerukunan hidup dalam kepelbagaian tidak hanya dengan nilai-nilai moral
asas, bahkan perlu didukung oleh nilai-nilai kewarganegaraan. Nilai mengakui dan
menghormati perbezaan, persamaan hak dan tanggungjawab, persamaan dihadapan

40

undang-undang dan lain-lain lagi yang mengatasi kaum dan golongan. Akan tetapi
nilai-nilai tersebut tetap menghormati jati diri setiap kaum. Ianya haruslah disatukan
dengan prinsip keadilan dan kesamaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan
negara.

Syeikh Ali Jumu’ah berkata: “Rasulullah SAW telah menjadiklan Piagam Madinah
sebagai undang-undang yang dianggap perlembagaan pertama di dunia sebagai
perlembagaan Madinah. Ia menentukan ciri dan imej sebuah daulah Islam yang
baharu, yang tidak mendiskriminasikan antara warganegaranya daripada aspek agama,
genetik, dan jantina. Pastinya, setiap sudut perjanjian itu pula bagi warga Madinah
adalah nilai pertolongan, nasihat, saling memperbaiki, dan tolong-menolong pada
perkara bukan maksiat. Piagam itu juga meletakkan bahawa tanggungjawab
memelihara negara itu adalah tanggungjawab semua, supaya merealisasikan semangat
kesamarataan, keadilan, tolong-menolong, kehidupan bersama sesama ahlinya.”

S.S Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan juga
pernah mengupas isu ini melalui penulisan beliau “Bayan Linnas Siri Ke-155 : Fiqh
Al-Ta’ayush : Isu Di Malaysia Dan Penyelesaiannya”. Beliau menyatakan bahawa
kita perlu sedar bahawa hubungan dan kesatuan antara kita sesama manusia adalah
juga bertaut pada semangat kemanusiaan (insaniyyah/humanity) dan bukannya hanya
pada faham creedal nation (al-ummah al-‘aqidiyyah). Fitrah kemanusiaan yang
menginginkan keamanan, kebersamaan dan keadilan inilah yang boleh memandu kita
dalam menghargai fiqh kewujudan bersama dalam kepelbagaian ini. Adalah menjadi
satu keperluan bagi seluruh manusia untuk sedar bahawa sejauh mana perbezaan
warna kulit, bangsa, politik dan agama, mereka adalah tetap bersaudara.

Secara asasnya, fiqh al-ta’ayush dan muwatanah terbina di atas prinsip dan dasar
Islam yang menyeru kepada kesejahteraan dan keamanan. Keadilan dan berlaku baik
kepada golongan bukan Islam selagi mana mereka tidak memerangi agama Islam
adalah suatu yang telah termaktub dalam nas al-Quran :

41

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-
orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan
kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang berlaku adil.

(Surah Al-Mumtahanah: 8)
Dalam konteks memahami fiqh kewujudan bersama, beliau menekankan beberapa
garis panduan penting perlu dikemukakan supaya menjadi garis panduan kepada
masyarakat.

1. Tiada kompromi dalam soal akidah umat Islam
2. Pergaulan hendaklah dalam suatu yang ma’ruf bukan mungkar
3. Mengelakkan perkara yang memudaratkan orang Islam
4. Tidak melakukan suatu perbuatan yang haram secara qat’ie

Fiqh Ta’ayush (Fiqh Hidup Bersama) dan Fiqh Muwatanah (Fiqh Kewarganegaraan)
haruslah realistik dan berorientasikan ke-Malaysiaan. Malah, ia juga harus mampu
menjawab persoalan tentang hubungan muslim dengan bukan muslim dan sekaligus
mendorong ke arah pembentukan bangsa Malaysia berasaskan formula “Kepelbagaian
Dalam Bingkai Kesatuan”.

EKONOMI UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT

1. Menangani Jurang Kekayaan

Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus
ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku pertama tahun ini, lebih tinggi
berbanding unjuran pasaran 4.3 peratus. Pertumbuhan itu bagaimanapun lebih

42

perlahan berbanding pertumbuhan 4.7 peratus yang dicatatkan pada suku keempat
2018 dan 5.3 peratus pada suku pertama 2018. Persoalannya berapa ramaikah rakyat
Malaysia yang menikmati pertumbuhan ekonomi negara? Masalah kos sara hidup dan
peningkatan harga barangan keperluan asas masih lagi menjadi perbualan utama
rakyat marhaen. Pengagihan kekayaan yang tidak seimbang menjadi salah satu punca
permasalahan tersebut.

Menurut kenyataan Dr Muhammed Abdul Khalid melalui buku yang dikarang beliau
“Antara Dua Darjat : Agihan Pendapatan Di Malaysia” beliau mengatakan bahawa
jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin masih lagi tinggi. Walaupun
pendapatan isi rumah bagi segenap lapisan masyarakat telah meningkat, jurang
pendapatan bulanan isi rumah antara golongan 20% teratas (kaya) dengan 40%
terbawah (miskin) makin melebar dan kini perbezaan pendapatan bulanan antara
golongan ini meningkat kepada RM13,240 pada tahun 2016.

Baru-baru ini seluruh negara tersentak dengan kenyataan Pelapor Khas Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Philip Alston. Menurut beliau kadar kemiskinan
sebenar di Malaysia adalah jauh lebih tinggi iaitu pada kadar kira-kira 15%. Kadar
0.4% yang diperoleh sebelum ini tidak menunjukkan realiti di peringkat akar umbi.
Walaupun tidak dapat dinafikan Malaysia mencapai pertumbuhan yang
mengagumkan dalam mengurangkan kemiskinan dalam tempoh 50 tahun yang lalu,
namun dakwaan rasmi bahawa kemiskinan sudah dibasmi atau hanya wujud dalam
kelompok kecil di kawasan luar bandar adalah tidak tepat.

Menurut Professor Nazari Ismail, pensyarah kanan di Universiti Malaya berkata
kaedah yang digunakan oleh kerajaan Malaysia adalah tidak wajar kerana
berpandukan kepada garisan kemiskinan yang tidak realistik iaitu RM980 sebulan
bagi satu keluarga yang mempunyai 4 ahli. Dengan formula tersebut kadar
kemiskinan di Malaysia dilaporkan hanya 0.4% sedangkan negara-negara Eropah,
Jepun bahkan Amerika Syarikat masih terbelenggu dengan masalah kemiskinan.
Kebanyakan negara lain menggunakan kaedah ‘kemiskinan relatif’ (relative poverty)
di mana sesuatu keluarga dikatakan miskin jika pendapatan adalah kurang dari jumlah
60% dari pendapatan median di dalam negara tersebut. Sekiranya menggunakan
kaedah di atas dengan mengambil kira pendapatan median rakyat di negara ini adalah

43

RM5228 (pada tahun 2016), 60% daripada jumlah tersebut adalah RM3136 yang
merupakan garis kemiskinan yang sebenar. Sudah tentu ramai rakyat Malaysia yang
berpendapatan bawah dari RM3136.

Dr Muhammed Abdul Khalid pernah mengupas isu tersebut melalui forum anjuran
ABIM Pusat yang bertajuk “Kemiskinan Bandar : Antara Fakta Dan Auta”. Kadar
kemiskinan di seluruh negara menurut statistik Jabatan Perangkaan Negara berada
pada paras bawah 1%. Namun begitu, ramai di kalangan rakyat Malaysia terdedah
kepada kemiskinan kerana tidak mempunyai simpanan. Menurut kajian Bank Negara,
daripada 100 orang rakyat Malaysia hanya 8 orang sahaja yang mempunyai simpanan
yang cukup melepasi 6 bulan gaji. Ini menunjukkan bahawa walaupun tidak miskin,
kita juga dengan mudah berisiko untuk jatuh miskin sekiranya berhadapan dengan
masalah kewangan. Sebagai contoh untuk membiayai kos perubatan ahli keluarga
yang sakit, membaiki kereta yang rosak, membaik pulih kediaman dan yang paling
kronik sekiranya diberhentikan kerja. Menurut beliau lagi daripada tahun 2009 hingga
tahun 2016 kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah adalah lebih rendah daripada
kadar pertumbuhan perbelanjaan isi rumah.

Memandangkan pendapatan median rakyat di negara kita sudah meningkat, adalah
wajar bagi pihak kerajaan untuk menimbang semula struktur gaji mininum
berdasarkan keperluan semasa. Gaji mininum RM1000 tidak lagi realistik apatah lagi
rakyat Sabah & Sarawak hanya menerima gaji minimum sebanyak RM920 sebulan
sedangkan harga barangan runcit dan keperluan asas di sini kebiasaannya lebih tinggi
dari Semenanjung.

2. Ekonomi Manusiawi

Jika berbicara tentang ekonomi ia bukanlah hanya percakapan tentang cukai dan
barang dagangan semata-mata, bahkan ia perlu menangani persoalan kehidupan
manusia yang rumit dalam mengangkat martabat manusia. Dalam usaha untuk
membasmi kemiskinan, pihak kerajaan perlu memberi penekanan yang serius dalam
meningkatkan kualiti manusia melalui pendidikan dan latihan. Mana mungkin

44

ekonomi sesebuah tempat akan berkembang pesat tanpa manusia. Ini ditegaskan oleh
ahli ekonomi T.W. Schultz dalam syarahan Hadiah Nobelnya:

“Ruang, tenaga dan tanah pertanian bukan faktor pengeluaran yang menjadi
penentu kepada perbaikan mutu kehidupan manusia. Faktor penentunya ialah
kualiti manusia”.

Perkara ini pernah dibahaskan oleh Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim melalui buku
“Gelombang Kebangkitan Asia”. Kebijakan ekonomi semestinya menjurus ke arah
mengangkat martabat manusia. Dengan kata lain, ekonomi yang manusiawi adalah
falsafah keadilan dan ihsan. Keadilan antara lain membawa makna keseimbangan,
kesaksamaan, dan memberikan seseorang haknya. Sementara ihsan membawa makna
kebaikan yang unggul, keindahan, sifat penyayang serta mulia. Maka pembangunan
yang manusiawi bersifat menyeluruh, mengutamakan keseimbangan, dibimbing oleh
prinsip akhlak dan semangat ihsan dalam menangani permasalahan manusia yang
bersifat kemasyarakatan seperti yang terkandung di dalam nas al-quran yang selalu
kita dengari dalam khutbah Jumaat:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi
bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-
perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan
suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

(Surah Al-Nahl : 90)

Beliau turut mengambil contoh yang berlaku ke atas British dan Jepun setelah
tamatnya Perang Dunia Kedua. British mengabaikan pelaburan sumber daya manusia
iaitu sumber kepada daya pengeluaran lalu akibatnya ekonomi mereka merosot.
Sebeliknya Jepun yang kalah dalam perang dunia pula kuat melabur dalam
pembangunan tenaga pakar, kajian dan rancangan lain untuk meningkatkan daya

45

pengeluaran dan kualiti manusia disebabkan tidak mempunyai sumber asli. Hasilnya,
produktiviti Jepun bertambah sebanyak 7% setahun sedangkan British hanya 1.5%.

Di dalam buku tersebut juga turut dinyatakan tentang Laporan Pembangunan Manusia
1996 yang bagi saya masih lagi relevan untuk masa kini. Laporan tersebut
menjelaskan bentuk pertumbuhan ekonomi yang membawa kesan buruk yang harus
dihindari.

1. Pertumbuhan dengan pengangguran. Ekonomi berkembang tetapi tidak memberi
lowongan kepada orang untuk bekerja.

2. Pertumbuhan tanpa keadilan. Hasil pertumbuhan ekonomi hanya dinikmati oleh
orang kaya, membiarkan sekaligus jutaan jiwa hidup dalam kemiskinan yang kian
parah.

3. Pertumbuhan yang bisu. Pertumbuhan yang tidak memperkasakan rakyat dan
yang membisukan suara yang berlainan pendapat.

4. Pertumbuhan tanpa akar yang menyebabkan rakyat kehilangan identitinya.

5. Pertumbuhan tanpa masa depan. Generasi kini mengebas habis-habisan sumber
yang diperlukan generasi nanti.

Baru-baru ini Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan kerajaan
meningkatkan had umur persaraan mandatori kepada 65 tahun. Cadangan tersebut
disokong oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran dan Kongres Kesatuan
Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Menurut Presiden CUEPACS
cadangan itu adalah wajar, lebih-lebih lagi dalam keadaan beban sara hidup tidak
menunjukkan penurunan dan keperluan untuk meneruskan kehidupan berkeluarga
semakin berat. Cadangan tersebut dibidas oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq
Syed Abdul Rahman, yang menyatakan langkah melanjutkan usia persaraan itu akan
menghalang golongan belia mengisi jawatan bersesuaian dalam sektor pekerjaan.

3. Keusahawanan Sosial (Social Entrepreneurship)

Pada pandangan saya adalah baiknya sekiranya para belia dan graduan memiliki
mentaliti untuk mencipta peluang pekerjaan. Antara bidang yang disarankan adalah
social entrepreneurship ataupun keusahawanan sosial. Keusahawanan sosial bukanlah

46

hanya mementingkan hasil pulangan lumayan semata-mata. Bahkan keusahawanan
sosial menitikberatkan bagaimana untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat
awam di sekitar. Ada 2 mekanisma yang menggerakkan keusahawanan sosial. Yang
pertama, suatu perniagaan yang mewujudkan peluang pekerjaan yang boleh
membantu mengatasi masalah pengangguran manakala sebahagian hasil keuntungan
daripada perniagaan tersebut digunakan untuk melakukan aktiviti kebajikan. Yang
kedua, aktiviti melalui hasil idea dan usaha kreatif individu atau berkumpulan bagi
mengatasi masalah yang dihadapi masyarakat setempat. Satu contoh keusahawanan
sosial yang paling berjaya adalah Bank Grameen di Bangladesh yang diusahakan oleh
Muhammad Yunus. Beliau memberikan pinjaman wang kepada orang-orang miskin
tanpa cagaran untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Projek ini memfokuskan
kepada wanita miskin untuk memperbaiki dan mempertingkatkan taraf kehidupan
mereka.

Impak secara tidak langsung melalui keusahawan sosial ini akan membantu
penciptaan produk atau sistem yang kreatif bagi membangun masyarakat setempat
melalui inovatif sosial. Perkara ini telahpun terbukti apabila sekumpulan siswazah
Pengurusan Perniagaan (MBA) UKM, Graduate School of Business (UKM-GSB)
membantu masyarakat Orang Asli Kampung Donglai Baru, Hulu Langat, Selangor
membina sebuah empangan kecil Januari lalu untuk menakung dan menyalirkan air
bagi kegunaan mereka. Air yang ditakung disalirkan menggunakan saluran paip ke
empat buah tangki besar di kampung itu. Air dari tangki itu pula akan disalurkan ke
rumah penduduk. Takungan yang dibina akan memastikan bekalan berterusan untuk
penduduk kampung termasuk semasa musim kering atau kemarau.

Dari Abdullah bin Umar r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda,

“Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak menganiaya dan tidak akan
dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa yang menyampaikan hajat saudaranya,
Allah akan menyampaikan hajatnya. Dan siapa yang melapangkan kesusahan
seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari qiamat kelak.
Dan siapa yang menutup aurat seorang muslim maka Allah akan menutupinya di hari
qiamat.” - Riwayat Bukhari, Muslim

47

Negeri Sarawak amat terkenal dengan pelbagai produk makanan mahupun kraf tangan
tempatan yang kebanyakannya dihasilkan oleh penduduk yang berada di pesisir
bandar. Kebanyakan daripada mereka kemungkinan besar mempunyai masalah untuk
memasarkan produk mereka. Alangkah baiknya sekiranya ada diantara kita dapat
membina applikasi dan juga website bagi mengumpulkan dan memasarkan produk-
produk berkenaan secara khusus untuk membantu usahawan-usahawan kecil dari
pesisir bandar.

Dalam erti kata lain, pihak kerajaan mahupun masyarakat awam masing-masing harus
memainkan peranan yang penting dalam memastikan ekonomi negara mahupun
negeri terus berkembang pesat bagi memastikan seluruh lapisan masyarakat merasai
nikmat dan manfaatnya. Gabungan usaha pihak kerajaan yang mendahulukan
kepentingan dan keperluan rakyat serta kepedulian masyarakat awam yang prihatin
tentang permasalahan umat di sekitarnya sudah pasti akan membantu meningkatkan
taraf hidup rakyat di negeri ini.

MEMBENTUK KEPERIBADIAN PEMUDA ISLAM

1. Memperkukuh Institusi Keluarga

Institusi keluarga merupakan asas kepada pembentukan generasi khayra ummah.
Untuk melahirkan masyarakat yang mendukung aspirasi Islam, ianya harus bermula
dari keluarga. Keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah adalah istilah sekaligus
doa yang sering kali dipanjatkan dan diharapkan oleh para muslim yang telah
membina keluarga. Keluarga sakinah, mawaddah, dan rahmah tentunya bukan hanya
sekadar slogan belaka dalam ajaran islam. Hal ini menjadi tujuan dari pernikahan
sekaligus nikmat yang Allah berikan bagi mereka yang mampu membina
keluarganya.

48

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

(Surah Ar-Ruum : 21)

Dalam ayat diatas, Allah menyampaikan bahawa manusia diciptakan berpasangan
antara isteri dan suaminya untuk mendapatkan ketenangan, ketenteraman, dan kasih
sayang. Namun begitu, tanggungjawab yang harus dipikul oleh kedua-dua pasangan
setelah berkahwin janganlah diambil enteng. Kegagalan tersebut bukan sahaja akan
menyebabkan keadaan rumah tangga tidak damai, bahkan ia juga mampu
mengakibatkan kerosakan kepada sistem masyarakat sosial. Rumah tangga yang
sudah hilang nilai kasih sayang telah menjadi punca anak-anak muda mencari
‘ketenangan’ di luar. Akibatnya mereka ini mudah terjebak kepada gejala sosial yang
merisaukan.

Pada tahun 2018, bilangan kes remaja hamil di negeri Sarawak direkodkan sebanyak
2153 kes iaitu peningkatan sebanyak 23 kes (1.08 %) berbanding 2017. Angka ini
amat membimbangkan apatah lagi sebahagiannya melibatkan remaja muslimah.
Perkara ini juga telah menyumbang kepada kes pembuangan bayi. Selain daripada itu,
gejala penyalahgunaan dadah di kalangan remaja dan belia di negeri kita ini juga amat
membimbangkan. Pada Januari lepas Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah mendedahkan bahawa pelajar sekolah
menengah yang positif dadah di Sarawak setakat Okt 2018 mencatatkan jumlah yang
tertinggi di Malaysia. Hasil daripada pemeriksaan saringan air kencing di 191 buah
sekolah di kawasan berisiko tinggi, sejumlah 301 pelajar didapati positif dadah.
Kawasan berisiko itu adalah Gita, Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan
Miri.

Bagi mengatasi masalah kes remaja hamil, kerajaan Negeri Sarawak telah
melancarkan One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC) di bawah anjuran

49

Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan
Pembangunan Kanak-Kanak. Usaha ini harus disokong oleh semua pihak dalam
memastikan gejala ini dapat ditangani dengan baik. Pihak ABIM juga telah
memperkenalkan modul Diriku Permata Berharga (DERMAGA) untuk menimbulkan
kesedaran tentang pendidikan reproduktif di kalangan remaja. Mereka juga
didedahkan tentang bagaimana kebiasaannya remaja perempuan di pancing oleh lelaki
yang tidak dikenali melalui sosial media dan applikasi telefon pintar.

Namun begitu, usaha untuk membasmi gejala-gejala sosial yang kian membunuh
generasi kita tidak akan berjaya tanpa sokongan dan peranan penting ibu bapa. Tugas
mendidik anak-anak tidak seharusnya diserah bulat-bulat kepada guru-guru di
sekolah. Walaupun sibuk dengan urusan seharian, jangan sesekali pernah lupa untuk
mendidik keluarga untuk menghayati gaya hidup islami yang dianjurkan al-quran
melalui nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya iaitu :

1. Jangan melakukan syirik.
2. Berbuat baik kepada ibubapa.
3. Menjaga sekecil-kecil perlakuan.
4. Menunaikan solat.
5. Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
6. Jauhi sifat dusta.
7. Bersabar terhadap ujian dan bencana.
8. Jangan sombong.

2. Penglibatan Sebagai Aktivis Gerakan

Menurut buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” yang dikarang oleh Ustaz Fathi
Yakan, tanggungjawab kita sebagai seorang muslim adalah memelihara diri kita
dengan mempamerkan akhlak yang baik, membina institusi keluarga yang patuh
kepada ajaran islam, menginfakkan diri kepada gerakan islam, membangun
masyarakat yang menghayati amal islami dan mewujudkan sebuah daulah Islamiah.
Apa yang menyedihkan adalah tidak ramai daripada ibu bapa yang menyokong atau
mendorong anak-anak mereka kepada gerakan islam. Malah ada juga yang dilarang
terus untuk menyertai mana-mana jemaah supaya anak-anak mereka hanya fokus

50


Click to View FlipBook Version