The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohamad Safwandi, 2019-09-13 12:31:19

Makalah Seminar SMSIDS2

Makalah Seminar SMSIDS2

Keywords: Sejarah Islam Sarawak,Seminar Islam Sarawak,Sarawak,Islam Sarawak,ABIM Sarawak

Ataellah Zainuddin sewaktu menjalankan proses pengumpulan data di Kuching pada sekitar
tahun 1988. Oleh yang demikian, besar kemungkinan makalah berjudul “Ketokohan dan
Pemikiran Syeikh Othman Sarawak” dikarang oleh Haji Ataellah Zainuddin yang merupakan
anak kepada pengarang kitab Nafahat al-Ridwan merangkap cucu Shaykh „Uthman Sarawak.

Sementara itu, pada 30 Ogos 1985, seorang sarjana ahli antropologi bernama Allen R. Maxwell24
telah diundang untuk membentangkan hasil penyelidikannya terhadap kitab Nafahat al-Ridwan
ini. Belia merupakan salah seorang antropologis Amerika yang paling awal berminat dalam
kajian masyarakat Borneo. Pembentangan yang diberi tajuk “Manfaat Pengajian Cetera Syekh
Othman di Sarawak” tersebut telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, cawangan Negeri
Sarawak, Kuching. Manakala pada 04 September tahun yang sama, beliau sekali lagi diundang
oleh Unit Bahasa Malaysia Pejabat Ketua Menteri Sarawak di Petra Jaya, Kuching untuk
membentangkan penelitian beliau berjudul “Perutusan kepada Ketua Pejabat Kerajaan
Sarawak, Tentang Bahasa Malaysia di Amerika, Faedah Tulisan Lama, dan Penyelidikan Cetera
Syekh Othman” (Fanselow, F., Hussainmiya, B.A., Brown and Donald E., 2012). Kedua-dua
pembentangan tersebut menekankan kepentingan salasilah susur galur keluarga dalam
membangunkan kajian etnohistory. Maxwell memfokuskan penelitiannya kepada pembinaan
hubungan antara nenek moyang Shaykh „Uthman (sebagaimana maklumat yang diperoleh dalam
teks tersebut) dengan asal-usul golongan keluarga aristokrat Melayu „Perabangan‟ Sarawak.

Tiga tahun kemudian, pada tahun 1988, seangkatan penyelidik daripada Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi telah menjalankan penyelidikan tentang „ulama‟
silam di Sarawak. Kajian tersebut dijalankan dengan cara mendapatkan sumber dan menganalisa
dokumen-dokumen berkaitan termasuklah periodikal kerajaan Sarawak Gazette, kitab Manaqib
al-Marhum Sheikh Othman Sarawak [sic. Nafaḥāt al-Riḍwān fī Manāqib Shaykh ‘Uthmān] atau
Tarjumah al-Marhum al-Sheikh Othman [sic.] dan juga melalui temubual dengan individu-
individu yang mempunyai hubungan dengan tokoh-tokoh yang dikaji. Hasil kajian
dipersembahkan dalam seminar Majlis Memperingati Tokoh Ulama Silam ke-12, anjuran UKM
and Majlis Islam Sarawak yang bertempat di Kuching. Dapatan kajian tersebut disusun dalam

24 Kesemua nota, kertas dan bahan kajian termasuk kaset rakaman milik kini diarkibkan di Pusat Manuskrip dan Arkib Perpustakaan
Universiti Yale, Amerika Syarikat. Bahan-bahan tersebut telah dikatelogkan oleh Richard Richie, Andrew Caruthers dan Matthew Gorham
dengan judul Guide to Allen R.Maxwell Papers (MS 2017) (March 2015).

103

lima makalah yang dijilidkan dalam bentuk buku dan diberi judul Islam dan Peranan Ulama-
ulama Sarawak (1988). Selain membincangkan secara ringkas sejarah kedatangan Islam ke
Sarawak, buku tersebut juga membahaskan peranan para ‟ulama‟ tempatan dalam usaha
mengukuhkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat Muslim. Tiga „ulama‟ utama yang
difokuskan dalam penulisan tersebut adalah Datuk Hakim Hj. Abdul Rahman bin Haji Berahim,
Sheikh Othman Hj. Ab. Wahab [sic.] dan Datuk Hakim Imam Haji Morshidi bin Hj. Nuruddin.
Dalam kajian tersebut, terdapat dua makalah yang secara khusus membincangkan riwayat
kehidupan intelektual-keagamaan Shaykh „Uthmān Sarawak: satu disediakan oleh Ismail Ab
Rahman (1988) manakala satu lagi ditulis oleh Sabri Abdul Rahman (1988). Kedua-dua
penulisan ini memanfaatkan karya hagiografi Nafahat al-Ridwan sebagai sumber utama mereka.
Sabri Abdul Rahman (1988) turut melampirkan sebuah carta pohon geneologi Shaykh „Uthman
dan mendapati bahawa beliau merupakan jurai keturunan keluarga aristokrat Melayu Sarawak
dikenali sebagai „Perabangan‟ yang mendakwa sebagai waris keturunan Merpati Jepang, tokoh
legenda yang dikatakan mewarisi darah diraja Jawa dan Minangkabau. Kajian mutakhir
berkaitan kesejarahan legenda Datuk Merpati oleh Samsol Morshidi (2017: 128) mengakui
bahawa Shaykh „Uthman Sarawak merupakan waris keturunan „Perabangan‟ Sarawak.
Dipercayai bahawa carta geneologi yang dilampirkan tersebut sebenarnya disusun oleh sarjana
antropologi Allen R. Maxwell sebagai dapatan kajiannya berkaitan etnohistory masyarakat
Melayu Sarawak, tiga tahun sebelum pasukan penyelidik daripada UKM dilakukan, sebagaimana
yang telah disentuh sebelum ini.

Buku berjudul Islam dan Peranan Ulama-ulama Sarawak yang dijilid oleh pasukan penyelidik
UKM pada tahun 1988 ini kemudiannya menjadi sumber rujukan penting bagi kajian tentang
Islam dan „ulama‟ di Sarawak. Artikel yang ditulis oleh Sabri Abdul Rahman (1988)
kemudiannya dimuatkan dalam Ismail Mat (ed.) Ulama Silam dalam Kenangan (1992), terbitan
Universiti Kebangsaan Malaysia dan dimasukkan dalam Anwar Fakhri Omar, Ezad Azraai
Jamsari and Jaffary Awang (eds.) Islam di Sarawak dan Sabah (2003) terbitan Fakulti Pengajian
Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Husini Bakir dalam skripsi Sarjana Muda
bertajuk Peranan Ulama dalam Konteks Sejarah Perkembangan Agama Islam di Sarawak
Sebelum Merdeka Kajian Khusus di Kuching (1991) dilihat sangat bergantung kepada sumber
yang disebutkan tadi. Sementara itu, beberapa sarjana mutakhir juga diketahui menyentuh

104

sejarah atau riwayat hidup Shaykh „Uthman Sarawak – sama ada secara ringkas ataupun secara
terperinci – antaranya Nordi Archie (2001: 16-18), Muda @ Ismail Ab. Rahman and Farah
Salwani Ismail (2003), Suffian Mansor (2003), Zulkiple Abdul Ghani and Juanda Jaya (2003),
Ismail Mat (2003), Norhani Aba Rahim and Mohamad Salleh Hamdin (2010), Noranizah Yusuf,
Wan Kamal Mujani and Ezad Azraai Jamsari (2011), and Ahmad Nasir (2016). Walau
bagaimanapun, boleh dikatakan tiada sebarang informasi baharu diperoleh daripada tulisan
mereka memandangkan rujukan mereka rata-rata berlegar pada sumber sekunder yang sama,
yang dikutip secara kurang kritis serta kurangnya usaha untuk mengembangkannya. Dalam erti
kata lain, para penulis tersebut tidak meneliti sumber primer Nafahat al-Ridwan dalam
penyediaan makalah mahupun kertas kajian mereka. Sabri Abdul Rahman (1988, 1992, and
2003) dikenalpasti sebagai sumber sekunder yang dirujuk oleh para sarjana mutakhir yang
menyusun maklumat kajian khususnya tentang Shaykh „Uthman Sarawak.

Walau bagaimanapun, artikel yang ditulis oleh Wan Mohd Saghir (2003) merupakan suatu
kekecualian. Mujurnya, beliau mendapat akses kepada sumber rujukan primer yakni kitab
Nafahat al-Ridwan sendiri. Tidak seperti penulis yang lain, rujukan langsung kepada sumber
primer adalah suatu langkah penting, di mana dengan berbuat demikian, beliau mampu
mengulanglihat dan mengembangkan informasi yang terkumpul daripada penelitian lepas.
Pendekatan Wan Mohd Saghir dalam memperkenalkan tokoh-tokoh yang terkait dengan
kehidupan keintelektualan Shaykh „Uthman seperti para masha’ikh di Timur Tengah tidak
pernah dilakukan dalam penulisan Sabri Abdul Rahman (1988, 1992, and 2003) yang kerap kali
dirujuk oleh penulis mutakhir itu. Beliau juga cuba memberikan gambaran yang lebih luas dalam
konteks jaringan keilmuan Shaykh „Uthman dengan mengembang dan mengaitkan maklumat
daripada silsilah dalam tradisi tariqat Sufi iaitu tariqah Qadiriyah wa Naqshabandiyah, di mana
Shaykh „Uthman juga berafiliasi dengan tariqat tersebut. Malah, Wan Mohd Saghir juga
menemukan surat tulisan tangan yang dikarang Shaykh „Uthman untuk tujuan penjualan tanah
dusun miliknya di Pulau Midai25 (Wan Mohd Saghir, 2009a: 26)

Oleh yang demikian, berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa penumpuan
terhadap sumber primer kitab Nafahat Ridwan adalah sangat utama dan penting dalam konteks

25 Pulau Midai hari ini terletak dalam kawasan Kepulauan Natuna, Provinsi Kepulauan Riau, Republik Indonesia.

105

menggali lebih banyak informasi dan bukti daripada teks. Pemerihalan atau pendeskripsian
kandungan Nafahat al-Ridwan boleh dilihat dalam makalah kami berjudul “Pemerihalan Kitab
Nafahat al-Ridwan fi Manaqib Shaykh ‘Uthman sebagai Pengungkapan Historiografi Islam di
Sarawak” yang dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Borneo Research Council kali
ke-14, pada 05-07 Ogos 2018 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak. Baru-baru ini juga,
pada awal Ogos 2018, kami telah menyelenggarakan penerbitan semula dokumen ini dengan
transliterasi penuh teks dan sedikit pengenalan ringkas26. Ia merupakan langkah awal bagi
merintis kemungkinan agar ditemukan lebih banyak informasi berhubung kehidupan dan
kegiatan Shaykh „Uthman di samping memperoleh gambaran tentang kehidupan masyarakat
khususnya golongan terpelajar pada awal abad ke-20. Ini seterusnya membawa kepada
pengumpulan biografi Shaykh „Uthman yang lebih lengkap dan menyeluruh. Malah, dengan
analisa terhadap kitab Nafahat al-Ridwan juga, akan kita temukan jaringan dan perhubungan
yang lebih luas dalam kalangan ilmuwan Muslim di Nusantara.

SHAYKH ‘UTHMAN SARAWAK: RIWAYAT HIDUP, JARINGAN RELIGIO-
INTELEKTUAL DAN TRANSMISI IDE PEMBAHARUAN

„Ulama tumpuan bagi penelitian ini adalah Shaykh „Uthman Sarawak. Walaupun telah ada
beberapa penulisan sebelumnya yang mengungkap kehidupan dan riwayat hidup Shaykh
„Uthman, namun keterbasan sumber rujukan dalam penulisan sebelumnya menyebabkan
perlunya penulisan baharu dengan rujukan yang lebih meluas dan komprehensif agar kebesaran
tokoh ini diangkat sebagaimana selayaknya, dan khalayak akademik mahupun awam
memperoleh informasi lanjut berhubung „ulama Sarawak yang kita bahaskan ini.27 Seterusnya

26 Rujuk Zayn al-Dīn ‘Uthmān al-Sarawāqī (2018). Nafahāt al-Riḍwān: Riwayat Hidup Shaykh ‘Uthman Sarawak. Transliterasi, Suntingan
dan Pengenalan oleh Fazril Saleh. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
27 Dalam penyelidikan kami, dan pencarian maklumat berkaitan Shaykh ‘Uthman Sarawak, kami mendapati khalayak di Sarawak sendiri,
termasuklah badan otoriti agama Islam dan tokoh-tokoh asatizah tidak begitu mengenali tokoh besar kelahiran Sarawak ini. Khalayak
awam rata-rata pernah mendengar nama Shaykh ‘Uthman daripada nama sebuah sekolah agama yang terletak di Matang (kini berpindah
lokasi ke Matang Jaya), Kuching – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW). Antara punca dan
penyebab kepada berlakunya perkara ini adalah ketiadaan akses kepada sumber primer Nafahat al-Ridwan yang mampu
mengungkapkan kelompongan informasi ini. Lebih menyedihkan lagi apabila ada yang mempersoalkan kebenaran Shaykh ‘Uthman
sebagai guru di Masjid al-Haram – siapakah Shaykh ‘Uthman Abdul Wahhab? Apakah pemakaian gelaran ‘Shaykh’ pada pangkal namanya
menunjukkan beliau berketurunan Arab? Atau ‘Shaykh’ itu merujuk kepada ‘shaykh haji’? Ternyata telahan sepertinya adalah suatu
tindakan yang tidak wajar bagi seseorang bermartabat sepertimana Shaykh ‘Uthman Sarawak ini. Namun, dapat difahami telahan
tersebut berlaku disebabkan kekurangan maklumat, apatah lagi penerbitan khusus bagi menerangkannya. Mudah-mudahan dengan
penerbitan semula kitab Nafahat al-Ridwan baru-baru ini dapat menyusutkan jurang maklumat yang terjadi. Rujuk Muhammad Zayn al-

106

akan dibahaskan secara lanjut pembentukan jaringan religio-intelektual sebagaimana yang
diharungi oleh para‟ ulama di Haramayn. Kemudian, perkaitan antara Shaykh „Uthman dengan
babak perjuangan nasionalisme Sarawak akan dibincangkan menerusi pemaparan legasi beliau
yang berkesinambungan melalui keluarga dan anak didiknya.

Latar Belakang Shaykh ‘Uthman Sarawak

Shaykh Haji „Uthman bin Haji „Abd al-Wahhab al-Sarawaqi atau juga dikenali sebagai Shaykh
„Uthman Sarawak adalah ulama besar kelahiran Sarawak yang dilahirkan pada 10 atau 11
Muharram 1281H (bersamaan 15/16 Jun 1864M) di Kampung Sinjan, Sarawak. Kampung Sinjan
terletak di pesisir Sungai Sarawak dan merupakan antara perkampungan yang didiami golongan
Melayu-Muslim sampai ke hari ini. Kelahiran Shaykh „Uthmān Sarawak adalah pada zaman
Sarawak di bawah pemerintahan Rajah Putih pertama Dinasti Brooke, Rajah James Brooke yang
memerintah dari tahun 1841 ehingga 1868. Kampung Sinjan masih kekal sampai ke hari ini. Kini
ia dikelompokkan di bawah kawasan Petra Jaya, Kuching. Beliau wafat pada 23 Dhulqa‟idah
1339H (bersamaan 29 Julai 1921M) di Makkah al-Mukarramah dalam usia sekitar 57 tahun.
Ketika hayatnya beliau adalah guru (mudarris) dan „shaykh‟ yang ditauliahkan untuk mengajar
di Masjid al-Ḥarām, Makkah al-Mukarramah. Ini secara jelas diungkapkan dalam Nafahat al-
Ridwan bahawa beliau merupakan seorang guru (mudarris) di Masjid al-Haram, Makkah al-
Musharrafah (Muhammad Zayn al-Din, 2018: 108).

Shaykh „Uthmān Sarawak dilahirkan dalam kalangan keluarga pemimpin Melayu Perabangan
Sarawak. Jalur keturunannya dapat dijejak sampai kepada Merpati Jipang iaitu daripada susur
galur kerabat diraja Tanah Jawa: “Maka namanya Shaykh Haji ‘Uthman anak Almarhum Haji
‘Abd al-Wahhab anak Ahmad anak ‘Abd Allah anak Patinggi Amir anak Datu Akbar anak Datu
Kaim anak Datu Patinggi Betung anak Bandar Tanduk anak Patinggi Kantum anak Patih
Malang anak Patih Mengadai anak Merpati Jipang orang Sarawak turun daripada Raja Jawa”
(Muḥammad Zayn al-Dīn, 1922: 28)28. Merpati Jipang adalah anakanda kepada Datu Merpati
Raden Gusti iaitu anak kepada Perbaita Sari dari Jawa. Bonda Merpati Jipang adalah Dayang

din ‘Uthman al-Sarawaqi (2018). Nafahat al-Ridwan: Riwayat Hidup Shaykh ‘Uthman Sarawak, Transliterasi, Suntingan dan Pengenalan
oleh Fazril Saleh. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
28 Sila rujuk juga carta geneologi keturunan Shaykh ‘Uthman Sarawak dalam Lampiran

107

Suri, anakanda kepada Datu Undi (Raja Jarom dari Johor). Merpati Jipang inilah yang datang ke
Sarawak dan berkahwin dengan Dayang Murdiah, anak kepada Abang Adi di Santubong
(“Cetera”, t.t: 235).

Menurut kisah, semasa dalam kandungan, ibunya yang sedang sarat mengandung telah bermimpi
minum air daripada Sungai Sarawak sehingga sungai menjadi kering. Lalu ibunya bertanyakan
perihal mimpi tersebut kepada Datu Hakim Keramat, seraya ditakwilkan mimpi tersebut oleh
Datu Hakim Keramat bahawa anak yang bakal dilahirkan itu akan menjadi orang yang soleh
(Sabri Abdul Rahman, 1988: 62)29. Setelah tiga hari dilahirkan (pada tahun 1864), ibunda
Shaykh „Uthman meninggal dunia. Bapa saudaranya, Datu Imām „Abd al-Karim telah
mengangkat dan memelihara beliau. Shaykh „Uthman disusukan oleh isteri kepada „ulama‟
utama Sarawak waktu itu, Datu Ḥakim „Abd Rahman. Beliau juga terkenal dalam kalangan
masyarakat tempatan sebagai Datu Hakim Keramat. Istilah „Keramat‟ yang dinisbahkan kepada
beliau adalah berasal daripada perkataan bahasa Arab „karamah‟ bererti kemuliaan atau lebih
difahami dalam kalangan orang Melayu sebagai penampakan supernatural yang mengujakan
yang dilakukan oleh para wali atau orang-orang soleh, dengan izin Allah SWT. Kedua-dua
mereka, Datu Imam „Abd al-Karim and Datu Ḥakim „Abd Rahman adalah pemimpin Melayu
yang dilantik sebagai jentera birokrasi di bawah Kerajaan Dinasti Brooke. Jawatan mereka
adalah dikhususkan untuk pertanggungjawaban atas urusan kerajaan menyangkut hal ehwal
komuniti Melayu-Muslim. Datu Imam adalah ketua agama bagi komuniti Melayu manakala Datu
Hakim adalah qadi atau hakim utama (Sabihah, 1983: 30). Jawatan Datu Imam lebih tinggi dari
segi strata birokrasi berbanding Datu Hakim.

Waktu kecilnya, Shaykh „Uthman menerima pendidikan awal khususnya dalam bidang
pembacaan al-Qur‟an, adab (akhlaq) dan fardu ayn di bawah bimbingan Datu Hakim „Abd al-
Rahman (Datu Hakim Keramat). Zaman remajanya, Shaykh „Uthman didedahkan dengan selok-
belok perniagaan melalui bapa saudaranya Ḥaji Zaman, yang membawa beliau bersama pergi
berdagang. Setelah dua tahun keluar berdagang, beliau pulang ke kampung halamannya dan
mulai menumpukan perhatiannya dalam pengajian agama dengan mengkhusus dalam beberapa

29 Kisah ini diperoleh bersumberkan wawancara Sabri Abdul Rahman dengan Haji Ataellah Zainuddin di Pejabat Majlis Islam Sarawak,
pada tahun 1988. Haji Ataellah Zainuddin adalah cucu kepada Shaykh ‘Uthman Sarawak dan anak kepada Shaykh Zayn al-din al-
Sarawaqi, pengarang kitab Nafahat al-Ridwan.

108

disiplin ilmu seperti tatabahasa Arab (nahw), morfologi (saraf), kesusasteraan Arab,
perundangan Islam, fekah (fiqh), dan hukum perwarisan (fara‟id) dengan bimbingan daripada
Datu Hakim Keramat. Lebih kurang dua tahun setelah itu iaitu pada tahun 1299H (sekitar tahun
1881 atau 1882 Masihi), pada ketika usianya 18 tahun, Shaykh „Uthman dihantar ke Makkah al-
Mukarramah bersama dua orang saudara susuannya, Shaykh Ash„ari bin Datu Hakim „Abd al-
Rahman dan Shaykh Azhari bin Datu Hakim „Abd al-Rahman, yang kedua-duanya merupakan
anakanda Datu Hakim Keramat, untuk memperdalam ilmu di bawah bimbingan para masha’ik di
sana. Pada ketika itu, telahpun nyata pada diri Shaykh „Uthman kemampuannya menghafal al-
Qur‟an dan matan-matan penting dalam tradisi pengajian Islam, malah beliau juga mempunyai
keupayaan untuk memahami pelajaran yang ditekuninya (Muhammad Zayn al-Din, 1922: 25).

Beliau menekuni pengajiannya dengan begitu cemerlang dan telah diangkat sebagai guru di
Masjid al-Haram pada usia 33 tahun. Dari segi akhlak dan keperibadian, Shaykh „Uthmān
Sarawak adalah seorang insan yang berperibadi tinggi dan berakhlak terpuji. Beliau seorang
yang penyayang, pemaaf dan sentiasa menyantuni. Beliau seorang yang tersangat murah hati dan
suka menderma; selalu membantu golongan yang lemah dan memerlukan dalam masyarakat
seperti fakir miskin, anak-anak yatim dan para penuntut ilmu sepenuh masa. Shaykh „Uthmān
Sarawak sentiasa bermanis muka, tidak menghina orang lain, bercakap dengan nada suara yang
lembut dan sedap didengar, tidak memaki dan menyumpah orang, serta tidak gemar bergaduh.
Beliau adalah seorang „ulamā‟ yang tinggi ilmu dan martabatnya, dihormati dan disanjungi
masyarakat, namun itu tidak menjadikannya seorang yang meninggi diri, melainkan beliau
seorang yang sentiasa tawadu‟ dan merendahkan hatinya di depan manusia lain. Malah dalam
mengerjakan amal ibadah, beliau melakukannya dengan ikhlāṣ dan sungguh-sungguh hanya
mengharap riḍa Allāh semata-mata tanpa meminta pujian makhluk. Beliau juga tidak gemar
bergaul dengan orang-orang pendusta, orang-orang fāsiq, dan orang-orang yang suka berbuat
perkara bid„ah. Oleh sebab wara„nya, maka sentiasa beliau menjaga dirinya daripada dosa dan
ma„siat walaupun kecil.

Shaykh „Uthman Sarawak mempunyai rutin pergi menziarahi makam RasululLah s.a.w di
Madinah al-Munawwarah pada setiap tahun. Beliau tidak akan terlepas menziarahi Madinah
kecuali jika ada halangan atau keberatan yang tidak mengizinkannya. Beliau sangat peka, peduli

109

dan bersungguh-sungguh untuk mengamalkan sunnah-sunnah Nabi s.a.w dalam pelbagai aspek
kehidupannya kerana kecintaannya yang mendalam kepada RasululLah s.a.w. Malah, beliau
memuliakan para sayyid dan sharif iaitu golongan berketurunan RasululLah s.a.w dan mencintai
guru-gurunya serta orang-orang soleh sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal
dunia.

Shaykh „Uthman Sarawak sangat menjaga adabnya terhadap ilmu dan guru. Oleh sebab menjaga
adabnya, maka beliau pun terdorong untuk bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sehingga
menjadi seorang yang pintar dan „ālim. Setelah ditauliahkan menjadi guru dan shaykh, beliau
sangat berwaspada dan berhati-hati dalam menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya,
sehingga diriwayatkan bahawa sangat teliti dan cermatnya beliau menyampaikan ilmu adalah
lebih cermat daripada manusia mengendalikan emas dan perak yang berharga. Shaykh „Uthman
Sarawak merupakan seorang insan yang tinggi adabnya terhadap ilmu dan ulama. Beliau juga
membesarkan dan memuliakan para penuntut ilmu. Walaupun beliau seorang „ulama‟ besar yang
luas ilmunya dan tinggi martabatnya, beliau tidak berasa malu untuk memuliakan para penuntut
ilmu hatta anak-anak kecil yang baharu belajar, kerana beliau tahu benar dan meyakini bahawa
dengan menuntut ilmu, manusia akan menjadi mulia.

Sepanjang hayat beliau, beliau juga sering melakukan rihlah dengan tujuan menuntut ilmu,
berdakwah dan berziarah. Selepas peristiwa kebakaran rumahnya di Makkah pada Muḥarram
1338 (1920), beliau berkunjung-ziarah ke Tanah Airnya, Sarawak untuk beberapa bulan.
Kemudian beliau pulang semula ke Makkah dan tidak lama setelah itu iaitu pada bulan Rajab
1339H, beliau berziarah ke Madinah buat kali terakhir. Beliau sampai ke Makkah dari Madīnah
pada bulan Sha„ban dan berada dalam keadaan sihat. Walau bagaimanapun, pada bulan Shawwāl
tahun 1339H, Shaykh „Uthman mula mendapat penyakit felon (kelurut) yang menyebabkan
bengkak pada hujung jarinya. Tidak lama selepas itu, beliau pun kembali ke rahmatulLah.
Shaykh „Uthman bin „Abd al-Wahhab al-Sarawaqi telah menghembuskan nafas terakhirnya pada
malam Juma„at, 23 Dhulqa„idah 1339H (bersamaan 29 Julai 1921) di Tanah Suci Makkah al-
Mukarramah. Jenazahnya yang mulia disembahyangkan di Masjid al-Ḥarām dengan dipimpin
oleh Shaykh Sa„id al-Yamani dan diringi oleh jama„ah yang sangat ramai (Muḥammad Zayn al-
din, 1922: 8). Ketika saat pemergiannya ke raḥmatulLah, dan pada waktu beliau dikebumikan,

110

anakandanya yang juga seorang guru dan ulama di Masjid al-Haram, Shaykh Zayn al-din
„Uthman al-Sarawaqi tidak berada di Tanah Suci. Beliau ketika itu berada di Ampenan, Lombok.
Lalu beliau mengarang kitāb biografi dan manaqib sebagai dedikasi buat Shaykh „Uthman yang
diberi judul Nafahat al-Ridwan fi Manaqibi Shaykh ‘Uthman

Kehidupan Religo-Intelektual Shaykh ‘Uthman Sarawak dan Jaringan Haramayn

Di Masjid al-Haram Makkah al-Mukarramah, Shaykh „Uthman mempelajarai dan menekuni
pelbagai disiplin ilmu-ilmu agama seperti ulūm al-Qur’an, „ulūm al-ḥadith, fiqh,’usul al-din,
akhlāq, taṣawwuf. Selain itu, beliau turut menguasai disiplin ilmu alat yang utama seperti adab,
nahw, saraf, ma‘ani, badi‘, bayan, falsafah, riyadiyat, handasah, mantiq, jiyografiya dan falak
(Muhammad Zayn al-din, 1922: 29). Subjek-subjek ini dapat dikelompokkan ke dalam tiga jenis:
ilmu spesifik (‘ulūm al-juz‘iyyah), ilmu alat (‘ulum al-āliyah) dan ilmu tinggi (‘ulūm al-‘aliyah).
Subjek-subjek yang tergolong dalam ilmu spesifik (‘ulium al-juz‘iyyah) adalah seperti matematik
(riyadiyat), trigonometri (handasah), astronomi (falak), falsafah (ḥikmah) and geografi
(jiyografiya). Manakala matapelajaran dalam kategori ilmu alat (‘ulum al-aliyah) pula adalah
teologi skolastik (kalam), kesusasteraan Arab (adab), tatabahasa Arab (nahw), morfologi (saraf),
ekspresi retorika (ma‘ani), metafora (badi‘), and retorika (bayan). Subjek-subjek yang
digolongkan dalam kategori ilmu tinggi (‘ulūm al-‘aliyah) pula adalah tafsir, hadith, metodologi
hadith, (usul al-Hadith), perundangan (fiqh) and methodology perundangan (uṣūl al-fiqh) (Idriz,
M. and al-Attas, S.T.A, 7-8).

Jadual 3 Jenis Subjek yang Diajarkan di Masjid al-Haram Makkah pada abad ke-19

Jenis Subjek-subjek
Ilmu spesifik (‘ulum al- matematik (riyadiyat), trigonometri (handasah), astronomi (falak),
juz‘iyyah), falsafah (ḥikmah) and geografi (jiyografiya).

Ilmu alat (‘ulum al-aliyah) teologi skolastik (kalam), kesusasteraan Arab (adab), tatabahasa
Arab (nahw), morfologi (saraf), ekspresi retorika (ma‘ani),
Ilmu tinggi (‘ulum al- metafora (badi‘), and retorika (bayan).
‘aliyah).
tafsir, hadith, metodologi hadith, (usul al-Hadith), perundangan
(fiqh) and methodology perundangan (usul al-fiqh)

111

Shaykh „Uthman menekuni pelajaran dan disiplin ilmu yang pelbagai daripada begitu ramai guru
yang merupakan „ulama yang „alim dan pakar dalam bidang masing-masing. Para guru ini datang
dari serata pelusuk dunia dan tinggal menetap di Haramayn untuk mengembangkan ilmu
(Makkah and Madinah). Kedua-dua kota suci Makkah dan Madinah pada ketika itu merupakan
lokus dan pusat pengajian dan pendidikan Islam yang mana telah menarik para ilmuwan, ulama
dan penuntut ilmu dari seluruh benua untuk berkunjung ke sana dan bermastatutin untuk
mendalami ilmu-ilmu Islam. Dilaporkan, antara para „ulama masha’ikh kepada Shaykh „Uthman
adalah: Sayyid Abū Bakar Muḥammad Zayn al-„Ābidīn Shaṭṭā‟ (w. 1892); Shaykh „Umar bin
Barakāt al-Shāmī al-Baqā„ī (w. 1896); Quṭb Rabbānī Sayyid Ḥussayn bin Muḥammad al-Habshī
(w. 1912); Sayyid Fāliḥ bin Sayyid Muḥammad al-Ẓāhirī al-Madanī (w. 1904); Al-Ḥabīb al-
Shaykh Muḥammad „Alī bin Ẓāhir al-Witrī; Shaykh Sayyid Amīn Riḍwān al-Madanī; Shaykh
Muḥammad Sa„id Babṣayl al-Haḍramī (w. 1911); Shaykh Muḥammad bin Sulaymān Ḥasabullāh
as-Shafi„ī al-Makkī (w. 1917); Shaykh Muṣṭafā bin Muḥammad bin Sulaymān al-„Afīfī; Shaykh
„Abd al-Karīm al-Dāghastānī (w. 1920); Shaykh „Abd al-Hamīd al-Dāghastānī; Shaykh
Muḥammad al-Minshāwī al-Muqrī (w. 1896); Shaykh Muḥammad Sharbīnī al-Miṣrī al-Dimyaṭī;
Shaykh „Umār Bājunāyd; Shaykh Zayn al-dīn al-Badawī al-Sumbawā (w. 1894); Shaykh Aḥmad
bin Muḥammad Yūnus Linqā; Shaykh „Abd al-Karīm al-Bantanī (w. 1897); Shaykh Ḥaji „Abd
al-Laṭīf bin „Abd al-Qadīr al-Sarawāqī; Shaykh Wān Aḥmad bin Muḥammad Zayn al-Faṭanī;
Shaykh Sa„īd bin Muḥammad al-Yamānī; Shaykh Sayyid Aḥmad bin Zaynī Daḥlān (1816-1886);
dan Shaykh Sayyid Aḥmad bin Sayyid „Abd al-Rahmān al-Naḥrāwī.

Para masha’ikh di Haramayn terdiri daripada pelbagai „kewarganegaraan‟. Antara mereka ada
yang memang merupakan penduduk asal Haramayn, manakala yang selainnya adalah „grand
immigrants‟, iaitu para „ulama yang datang dari luar Kota Makkah dan Madinah, kemudiannya
datang dan bermastautin di sana dan diberikan izin atau kebenaran untuk mengajar ilmu di
bawah seliaan jawatankuasa otoriti akademik. Keadaan ini menampilkan citra kosmopolitanisme
Makkah yang masih bertahan sehingga abad ke-19 yang mana kondisi sepertinya menciptakan
jaringan antarabangsa dalam kalangan ilmuwan dan „ulama Islam.

112

Sebahagian daripada „ulama Melayu yang seangkatan dengan beliau ketika menuntut ilmu di
Haramayn, malah ada dalam kalangan mereka menjadi guru di sana juga, adalah: Shaykh „Abd
Allāh bin Shaykh Ibrāhim/ Shaykh „Abdullāh Fāhim (1869-1961); Shaykh Muḥammad Sa„id bin
Ḥaji Jamāl al-dīn al-Linggī al-Jāwī (1875 -1926); Shaykh Aḥmad Khaṭib bin „Abd al-Laṭīf al-
Minangkabawī (1860 – 1916); Shaykh „Abd al-Qadīr bin Ṣābir al-Mandahiling (w. 1934M);
Shaykh Muḥammad Mukhtār bin „Aṭārid al-Buqurī al-Jāwī (1903-1930M); Shaykh Ḥaji Wān
„Abd al-Raḥmān bin Wān Abū Bakar Bunguran (w. 1926M); Imām Shaykh Ḥaji „Abd al-
Raḥmān bin Muḥammad Nūr Ambon (w. 1936M); Shaykh „Abd al-Raḥman Ṣiddiq al-Banjarī
(1867-1939M); Shaykh Muḥammad Maḥfuẓ bin „Abdullāh at-Tarmasī (1868-1965 M); Shaykh
Ṭāhir Jalāl al-dīn al-Minangkabawī (1869-1956M); Kiyaī Ḥaji Hāshim „Ash„arī (1871-1947 M);
Shaykh Muḥammad Yūsuf bin Aḥmad/ Tok Kenalī Kelantan (1871-1933M); Shaykh Ḥussayn
bin Muḥammad Nasir/ Tuan Ḥussayn Kedah al-Banjarī (1863-1936M); Shaykh Ḥaji Abū Bakar
bin Ḥaji Ḥasan Muar (1875-1938H) dan banyak lagi. Mereka merupakan antara pelengkap
jaringan „ulama Timur Tengah dengan „ulama Nusantara yang membawa impak kepada
masyarakat di Tanah Air masing-masing.

Lima belas tahun bermastautin di Haramayn, Shaykh „Uthman Sarawak telah mencapai suatu
tahap kompetensi dan keterampilan yang tinggi. Beliau kemudiannya dipilih sebagai „guru‟
(mudarris) yang diberi keizinan mengajar di Masjid al-Haram dan membuka halaqah beliau
sendiri. Pemilihan tersebut dilakukan oleh jawatankuasa akademik Masjid al-Haram yang terdiri
daripada para „ulama senior dan pentadbir seperti Qadi al-Quddah (ketua Hakim) dan Shaykh al-
‘Ulama’ yang berperanan untuk menguji and mengenalpasti keupayaan dan kompetensi calon-
calon. Setiap calon harus menunjukkan kelayakan mereka sebagai prasyarat untuk dipilih sebagai
guru di Masjid al-Haram, melalui ijāzah yang mengandungi isnad atau silsilah (Azyumardi Azra,
2013: 79). Ijazah secara umumnya merujuk kepada „permit mengajar‟. Ia merupakan suatu sijil
perakuan yang disahkan oleh para guru kepada muridnya yang telah menamatkan sesuatu
pelajaran atau syarahan dengan jayanya dan sampai kepada tahap ke‟puas-hati‟annya. Dalam erti
kata lain, murid tersebut telah diperakui sebagai layak untuk menyampaikan matapelajaran yang
sama kepada murid beliau pula (Idriz, M. and al-Attas, S.A.T, 2007).

113

Ijazah yang terdiri daripada silsilah atau isnad secara amnya merangkumi isnad ‘ilmiyyah
(rantaian penyampaian ilmu-ilmu Islam) dan silsilah tariqah (rantaian penyampaian ilmu
tasawuf dan amalan) yang mana disampaikan oleh „ulama yang lebih tinggi martabatnya sebagai
tanda perakuan kelayakan dan juga dengan tujuan beroleh keberkatan. Para penguji kemudiannya
akan menyemak ijazah calon-calon guru dan bertanyakan persoalan-persoalan berkaitan aspek-
aspek terkait disiplin ilmu Islam yang pelbagai. Sekiranya para calon mampu membuktikan
kelayakan mereka menerusi ijazah dan berjaya menjawab pelbagai persoalan yang dikemukakan,
mereka akan dianugerahi dengan ijazah istimewa yang memberikan mereka keizinan untuk
mengajar di Masjid al-Haram and Masjid al-Nabawi (Hurgronje, 1931: 174-175). Sesi pemilihan
ini diadakan sekali atau dua kali dalam tempoh setahun. Selepas selesai proses pemilihan, nama-
nama calon yang berjaya akan diumumkan segera kepada khalayak agar para murid boleh
memulakan pengajian dalam halaqah di bawah bimbingan guru yang baharu (Azyumardi Azra,
2013: 81).

Sebagai seorang „ulama yang ditauliahkan sebagai guru di Masjid al-Haram yang merupakan
pusat keilmuan Islam sedunia pada zamannya, sememangnya Shaykh „Uthman Sarawak
menguasai dengan sangat baik pelbagai disiplin ilmu-ilmu Islam seperti al-Qur‟an, hadith,
usuluddin, fiqh, dan tasawwuf. Shaykh „Uthman terkenal sebagai seorang yang pakar dalam
disiplin ilmu Bahasa Arab dan Kesusasteraan Arab. Beliau juga menguasai disiplin ilmu yang
lain seperti tatabahasa Arab (nahw), merfologi (saraf), ekspresi retorik (ma‘ani), metafora
(badi‘), retorika (bayān), logik (mantiq), matematik (riyadiyat), trigonometri (handasah),
geografi (jiyografiya) and astronomi (falak).

114

Jadual 4 Antara Disiplin Ilmu yang Dikuasai Shaykh „Uthman

Disiplin Ilmu Cuplikan daripada Sumber

Bahasa Arab, … hingga mashhūrlah namanya dan tinggilah sebutannya. Istimewa
pula pada bangsa-bangsa Melayu. Kerana barang yang telah
Kesusasteraan ketunggalan ia dengan dia daripada menetap akan cakapan mereka
itu dan segala jalanan rencana mereka itu maka masuklah ia menabur
Arab (adab), akan segala ilmu dan pengetahuan dan menghambur akan segala
mutiara ilmu yang elok-elok… (Muḥammad Zayn al-dīn, 1922: 4-5)
Tatabahasa
Dan menghimpun dan mendapat ia pada sekalian ilmu adāb yakni
(nahw), merfologi ilmu naḥu dan ilmu ṣaraf dan ilmu ma‘ānī dan ilmu bayān dan ilmu
(ṣaraf), ekspresi badi‘ dan ilmu seumpamanya akan tempat yang terlebih tinggi…
retorik (ma‘ānī), (Muḥammad Zayn al-dīn, 1922: 29)
metafora (badī‘),
retorika (bayān),

Logik (manṭiq) Dan berikat pinggang ia dengan ilmu manṭiq dan ilmu adāb
(Muḥammad Zayn al-dīn, 1922: 28)

Perundangan Dan mencapai ia daripada ilmu fiqh akan setinggi-tinggi martabat
Islam dan fikh (Muḥammad Zayn al-dīn, 1922: 28)
(fiqh)

matematik Dan untung ia daripada segala ilmu riyāḍiyah seperti geografi dan
(riyāḍiyāt),
trigonometri ilmu handasah dan ilmu falak dan sebagainya dengan bahagian yang
(handasah), lebih tinggi… (Muḥammad Zayn al-dīn, 1922: 29)
geografi
(jiyografiya) and
astronomi (falak)

Teologi skolastik Kemudian berpindah hamba kepada negeri yang mulia Mekah al-
(kalām) Musyarrafah mengambil ilmu ushuluddin kepada Syeikhina al-
Allamah asy-Syeikh Utsman ibnu Abdul Wahhab Sarawak, dan
kepada Syeikhina al-Alim al-Allamah al-Arif al-Muhaqqiq...
(Muhammad Zayn Nur al-din, 1923: 20)

Oleh yang demikian, halaqah yang dikendalikan oleh Shaykh „Uthman dihadiri oleh begitu
ramai murid, sama ada dalam kalangan orang-orang Kepulauan Melayu mahupun daripada
bangsa-bangsa lain. Bahasa Arab ternyata mempunyai banyak cabang dan sub-cabang seperti
nahw, saraf, badi‘, ma‘ani dan bayan, adalah dianggap sebagai suatu disiplin ilmu terpenting

115

bagi setiap murid yang ingin mendalami ilmu-ilmu Islam. Seperti yang telah dibahaskan, Bahasa
Arab dan cabang-cabang berkaitan dikelompokkan di bawah kategori ilmu alat. Memandangkan
kebanyakan buku dan rujukan dalam ilmu-ilmu Islam dewasa itu ditulis dalam Bahasa Arab,
maka penguasaan bahasa itu sendiri merupakan suatu keutamaan bagi memboleh para murid
mempelajari ilmu. Lebih-lebih lagi, banyak dalam kalangan para masha’ikh yang menyampaikan
pengajaran mereka dalam Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar, justeru Bahasa Arab adalah
subjek yang tidak dapat dielakkan. Memandangkan Shaykh „Uthman dikenali dengan kepakaran
dalam bidang Bahasa dan Kesusateraan Arab, sudah pasti beliau didatangi oleh anak murid yang
sangat ramai. Sebahagian daripada para pelajar beliau adalah Shaykh Zayn al-dīn bin Shaykh
„Uthmān al-Sarawāqī; Datu Imām Abang Ḥaji Morshidī bin Abang Haji Naruddīn al-Sarawāqī;
Shaykh Kiyai Haji Aḥmad Marzuqī bin Mirṣad al-Batawi (1293H-1352H); Dato‟ Mursyid Diraja
Haji „Abd al-Raḥmān bin Haji „Abd Allāh al-Qadahī (Haji Abdul Rahman Merbok); Ḥaji „Abdul
Karīm AmrulLāh al-Minankabawī (Haji Rasul); dan Shaykh Muḥammad Zayn Nur al-dīn bin
Shaykh al-Imām „Abbas al-Khalidī Batu Bara.

Shaykh „Uthman, sebagaimana kelaziman para masha’ikh lainnya, mengarang buku-buku
akademik dalam pelbagai disiplin khasnya dalam subjek yang beliau kuasai, sama ada dalam
Bahasa Melayu (skrip Jawi) ataupun dalam Bahasa Arab. Diketahui bahawa Shaykh „Uthman
sendiri mempraktikkan rutin harian yang sangat ketat. Beliau akan memanfaatkan waktu
siangnya untuk mengajar dan berfikir, manakala memperuntukkan waktu malamnya untuk
membaca, mengarang dan bermunajat (Muhammad Zayn al-din, 1922: 46). Sebahagian kitab
karangannya ada dinyatakan dalam Nafahat al-Ridwan, antaranya hashiyah bagi Kitab al-
Minhaj; terjemahan kamus Bahasa Arab al-Misbaḥ; Urjuzah (atau puisi) tentang akidah Islam
dan koleksi sha‟ir tentang tasawwuf (Muhammad Zayn al-dīn, 1922: 7-8). Walau bagaimapun,
kitab-kitab karangan beliau tidak dapat ditemukan lagi memandangkan kesemua buku tersebut
telah hangus dijilat api dalam peritiwa kebakaran rumahnya di Makkah yang berlaku pada 08
Muharram 1338H (bersamaan 03 Oktober 1919M), kira-kira setahun lebih sebelum beliau
meninggal dunia. Hashiyah bagi Kitab al-Minhaj berkemungkinan besar merupakan hashiyah
atau komentar bagi kitab berjudul Minhaj al-Talibin wa Umdat al-Muftin karya al-Imam Abu
Zakariya Muhyiddin al-Nawawi. Buku tersebut membincangkan perihal fiqh dan perundangan
Islam, dan isi kandungan buku tersebut dihurai dan dikomentari oleh Shaykh „Uthman dalam

116

hashiyah yang dikarang dalam Bahasa Melayu. Manakala, terjemahan Kitab Arab al-Misbah
boleh jadi terjemahan daripada Bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu kitab tesaurus yang
terkenal karangan Shaykh Aḥmad bin Muhammad al-Muqri al-Fayumi berjudul Misbah al-
Munir.

Shaykh ‘Uthman dan Jaringan Transmisi Pembaharuan di Sarawak

Dari Haramayn, ide-ide pembaharuan dalam konteks aspirasi dan hasrat memperbaik keadaan
umat di Tanah Air masing-masing tersebar. Sudah pasti yang difahami sebagai ide pembaharuan
dalam penelitian ini tidak seperti kesimpulan yang lazim dikemukakan oleh para sarjana seolah-
olah ide pembaharuan milik mutlak golongan „reformis salafi ala Aghani-Abduh‟ ataupun
„golongan Kaum Muda‟. Memakai kerangka Azyumardi Azra dalam bukunya The Origin of
Islamic Reformism in Southeast Asia: Networks of Malay-Indonesian and Middle Eastern Ulama
in the 17th and 18th century (2004), penelitian ini cuba mengaitkan Shaykh „Uthman Sarawak
dengan transmisi ide-ide pembaharuan di Sarawak melalui jaringan „ulama. Voll (1988) telah
menganalisa dinamika proses transmisi atau penyebaran ilmu-ilmu Islam dari Timur Tengah ke
Selatan Asia dalam abad ke-17 dan ke-18 Masihi. Beliau mengenalpasti penyebaran ilmu-ilmu
Islam dapat diketahui melalui tradisi ijazah melalui pemberian silsilah atau isnād. Sebagaimana
yang telah dibahaskan sebelumnya, Ijazah yang terdiri daripada silsilah atau isnad secara amnya
merangkumi isnad ‘ilmiyyah (rantaian penyampaian ilmu-ilmu Islam) dan silsilah tariqah
(rantaian penyampaian ilmu tasawuf dan amalan) yang mana disampaikan oleh „ulama yang
lebih tinggi martabatnya sebagai tanda perakuan kelayakan dan juga dengan tujuan beroleh
keberkatan. Hubungan guru-murid yang diikat melalui tradisi isnād menciptakan jaringan para
„ulama atau ilmuwan. Bersetuju dengan pandangan Voll itu, Azyumardi, dengan menggunapakai
kerangka Voll tersebut bagi tujuan kajian di Alam Melayu menjelaskan: “These scholarly
networks involved a number of prominent Middle Eastern ‘ulamā’ teaching in Mecca and
Medina. They constituted a cosmopolitan scholarly community linked together in a relatively
solid fashion by way of their studies, particularly of ḥadith and their involvement in the ṣūfī
ṭariqahs. Contacts and interactions between these scholars and students from distant places of
the Muslim world resulted in further expansion of the international networks of the ‘ulamā’.
There were several Malay-Indonesian students involved in such networks in the seventeenth and

117

eighteenth centuries. Having studied in the Ḥaramayn with its leading scholars, most of them
returned to the archipelago, and thus became essential transmitters of the Islamic tradition in
the centres of Islamic learning in the Middle East to the Malay-Indonesian world” (Azyumardi,
2004: 3).

Penghujung abad ke-19 dan permulaan abad ke-20 Masihi merupakan tempoh yang cukup
signifikan bagi perkembangan jaringan ulama Melayu di Haramayn memandangkan begitu ramai
para penuntut ilmu dalam kalangan bangsa-bangsa rumpun Melayu yang bermastautin untuk
menuntut ilmu di sana, malah juga ramai sekali para guru dalam kalangan bangsa Melayu,
termasuk Shaykh „Uthman. Makkah khasnya dewasa itu menjadi pusat kegiatan keilmuan
terpenting di dunia memandangkan statusnya sebagai Tanah Haram dan tempat di mana umat
Islam menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Ditambah lagi dengan pengangkutan yang lebih
moden saat itu, membolehkan berlakunya peningkatan jamaah Haji dalam kalangan masyarakat
Kepulauan Melayu (Mohammad Redzuan, 2005: 64). Di samping itu juga, para ulama Melayu
yang bermastautin di Haramayn dan menjadi „grand immigrant‟ juga menjadi faktor pendorong
kepada bangsa-bangsa Melayu untuk bermastautin di sana dan menuntut ilmu di bawah
bimbingan ulama sebangsa (Azyumardi, 2004: 24).

Bagi memperoleh gambaran yang lebih jelas tentang citra kependidikan di Makkah dewasa itu,
khasnya dalam kalangan masyarakat bangsa Melayu, memoir Snouck Hurgronje pastinya
memberikan suatu gambaran yang menarik. Mekka in the Latter Part of 19th Century: Daily
Life, Custom and Learning. The Moslims of East-Indian Archipelago (1931) memaparkan
pengalaman langsung beliau ketika menziarahi Kota Suci Makkah selama beberapa bulan pada
tahun 1884 hingga 1885. Beliau telah menziarahi para masha’ikh di sana, bermuamalah dengan
komuniti Jawah (Melayu), menghadiri halaqah di Masjid al-Haram dan juga di rumah para
masha’ikh, berkesempatan berbual dengan para masha’ikh Melayu yang ternama, dan juga
merakamkan pemandangan Makkah dan masyarakat globalnya dengan menggunakan kamera.
Bab terakhir bukunya memerihalkan secara terperinci komuniti Jawah (Melayu) di Makkah
khasnya dalam aspek pendidikan dan pembelajaran ilmu-ilmu Islam. Tempoh waktu kunjungan
beliau ke Makkah adalah sama dengan waktu Shaykh „Uthman bermastautin di sana, walaupun
begitu tidak ditemukan sebarang peristiwa dalam catatannya yang terkait secara langsung dengan

118

Shaykh „Uthman Sarawak. Walau bagaimanapun, catatan tersebut dapat membantu memberikan
pedoman dan gambaran berhubung dengan situasi di Makkah pada ketika hayat Shaykh „Uthman
Sarawak di sana.

Di Sarawak juga, sebelum Shaykh „Uthman dilahirkan, dikenalpasti bahawa bapa susuan
merangkap gurunya yang awal iaitu Datu Hakim Abd al-Rahman atau lebih dikenali sebagai
Datu Hakim Keramat (w. 1890M) merupakan indiviu terawal yang membangun jaringan ulama
antara Haramayn dengan Sarawak. Beliau adalah seorang ulama yang lahir dalam kalangan
keluarga Perabangan Melayu Sarawak daripada leluhur keluarga Temenggong iaitu dari turunan
Patih Sengkona anak Merpati Jipang (“Cetera”, t.t)30. Beliau telah berangkat ke Makkah bagi
menunaikan ibadah Haji bersama bapanya pada awal tahun 1840-an. Ketika itu usianya sekitar
12 tahun. Pemergiannya ke Makkah untuk menuntut ilmu juga didorong oleh seorang lelaki
berketurunan Arab yang dikenali sebagai Shaykh Ahmad Faqih al-Makawi yang berasal dari
Hijjaz. Shaykh Ahmad Faqih al-Makawi berkemungkinan besar seorang pedagang dan juga
„syeikh Haji‟ yang sering berulang alik dari Timur Tengah ke Kepulauan Melayu (Asia
Tenggara) termasuk Sarawak31. Datu Hakim Keramat menjalani kehidupan religio-intelektual di
Haramayn selama hampir satu dekad. Beliau hanya pulang ke Sarawak setelah dimaklumkan
oleh Datu Patinggi Ghapur ketika menunaikan ibadah Haji bahawa Tanah Airnya telah
diperintah oleh „orang putih‟. Beliau pulang ke Sarawak pada tahun 1850 dalam usia sekitar 21
tahun dengan hasrat mahu menjaga dan memelihara akidah umat Islam walaupun dipimpin oleh
orang kafir (Sabri Ab Rahman, 1988: 30-33).

Datu Hakim Keramat menyanggupi untuk memegang jawatan Tuan Hakim pada tahun 1870 dan
jawatan Datu Hakim yang pertama pada tahun 1886. Kedua-dua jawatan ini adalah di bawah
pentadbiran birokrasi kerajaan Dinasti Brooke. Bagi mengendalikan urusan-urusan kehakiman,
beliau menubuhkan sebuah surau di Kampung Bandarsah. Di surau tersebut juga beliau mengajar
pelajaran ilmu-ilmu Islam kepada anak-anak muridnya dan juga masyarakat awam (Sabri Ab
Rahman, 1988: 32). Kesanggupannya memegang jawatan tersebut adalah semata-mata
memikirkan keperluan dan maslahah menjaga akidah dan hal-ehwal umat Islam. Beliau

3030 Salasilah keturunannya: Datu Hakim Abd al-Rahman bin Haji Ibrahim bin Tuk Ambil bin Datu Qalil@Qandil bin Datu Gudang Silan bin
Temenggung Buni bin Temenggung Matang bin Datu Temenggung Alil bin Abang Kertang bin Patih Sengkona bin Merpati Jipang.
31 Shaykh Ahmad Faqih al-Makawi berkemungkinan besar menetap dan berkahwin di Sarawak. Keturunan beliau yang tinggal di
Kampung Pinang Jawa, Kuching masih menyimpan beberapa barangan berupa kitab milik beliau.

119

dikatakan bersikap dingin dengan para pegawai Brooke dan jarang bergaul dengan mereka
(Muhammad Md. Daud, 1988: 54). Datu Hakim Keramat merupakan individu yang
bertanggungjawab merekrut para pemuda berkebolehan untuk melanjutkan pengajian ke Makkah
dan Haramayn sekaligus menyambung jaringan religio-intelektual ulama Sarawak dengan Timur
Tengah dan Alam Melayu yang telah beliau rintis. Sebagai contoh pada tahun 1882, beliau telah
menghantar Shaykh „Uthman bersama dua orang anak kandungnya bernama Shaykh Azhari dan
Shaykh Ash‟ari untuk melanjutkan pengajian di Makkah. Anak didiknya menjadi para „ulama
dan pentadbir hal ehwal Islam selepas kewafatannya.

Shaykh „Uthman merupakan seorang yang sering melakukan pengembaraan atau rihlah bagi
tujuan menuntut ilmu, berdakwah dan berziarah. Sejak berangkat ke Tanah Suci Makkah dalam
usia lapan belas tahun untuk melanjutkan pengajiannya, Shaykh „Uthmān Sarawak banyak
mengembara ke serata dunia. Selain ke Madinah al-Munawwarah untuk menuntut ilmu dan
menziarahi makam RasululLah s.a.w., beliau juga pernah mengembara ke Baytu„l-Maqdis
(Palestin) dan Damshiq (Syria). Di sana beliau berkesempatan menziarahi makam para Nabī
‘alayhim al-salatu wa al-salam dan para auliya‟. Beliau juga pernah sampai ke Kaherah dan
Bahnasa‟ (Oxyrhynchos) serta beberapa tempat yang lain di Mesir. Di sana beliau menziarahi
maqam Imam al-Shafi„i, Sayyidah Nafīsah, Sayyidina Mustafa al-Bakri, Sidi Ahmad Badawi,
Sidi al-Qutb al-Dusuqi dan Imam Abu al-Hassan al-Shadhuli serta makam para wali lainnya.

Beliau juga pulang berziarah ke Tanah Airnya, Sarawak dan tempat-tempat lain di dunia Melayu
untuk berdakwah dan berziarah. Dicatatkan bahawa beliau turun ke Tanah Airnya sebanyak tiga
kali iaitu pada sekitar tahun 1894M (1312H), 1916M (1335H) dan 1920M (1338H). Beliau turun
ke Sarawak pertama kali pada sekitar tahun 1894 (1312H) dan tinggal selama lebih kurang satu
tahun setengah, sebelum berangkat pulang ke Tanah Suci Makkah. Kali kedua beliau turun ke
Tanah Airnya pada sekitar tahun 1916M (1335H) iaitu ketika tercetusnya peperangan „Arab
Revolt‟ di Hijjaz, Semenanjung Tanah „Arab. Beliau tinggal selama setahun dan berkeliling ke
banyak tempat di „Benua Jawi‟ (Alam Melayu) seperti Sambas, Bunguran (Pulau Natuna),
Semenanjung Tanah Melayu dan lain-lain, bagi menaburkan ilmu dan berdakwah. Kepulangan
beliau kali terakhir ke Sarawak adalah pada tahun 1920 (1338H), setelah berlakunya peristiwa
kebakaran rumahnya di Makkah yang telah menghanguskan kesemua barang-barang di dalamnya

120

termasuklah kitab-kitab karangannya. Kali ini beliau hanya tinggal beberapa bulan sahaja dengan
kepulangannya itu bertujuan untuk menziarahi keluarga, sanak saudara, kaum kerabat dan murid-
muridnya. Setelah itu, beliau pulang ke Tanah Suci dan tiba di Makkah pada hujung tahun
tersebut (1338H/ 1920M). Ketika pulang beliau ke Tanah Airnya, maka ramailah umat yang
mendatangi majlis-majlis ilmunya, meminta pencerahan atas permasalahan isu-isu semasa dalam
kehidupan beragama, dan memohon bimbingan kerohanian.

Dalam interaksi sepertinya ini, sudah pasti transmisi atau penyebaran ide-ide pembaharuan dapat
berlaku, dan hubungan tersebut dapat dilihat menerusi isnad dan silsilah. Strategi utama yang
termanifestasi daripada penyebaran ide pembaharuan itu adalah peningkatan nyalarasa dan
kebangkitan agama dalam kalangan masyarakat. Ditemukan juga ijazah tariqah Qadiriyah wa
Naqshabandiyah yang diijazahkan oleh Shaykh „Uthman kepada anak-anak muridnya di
Sarawak32. Latihan rohani melalui amalan tariqat dapat membantu masyarakat untuk terus peka
dan peduli terhadap amalan keagamaan di samping menjaga diri daripada melakukan
kemaksiatan dan kefasadan. Strategi sama juga terlihat pada tindakan guru kepada Shaykh
„Uthman yang merupakan guru tariqatnya, Shaykh Abd al-Karim Bantani. Pada tahun 1872,
Shaykh Abd al-Karim Bantani pulang ke kampung halaman beliau di Lampuyang, Banten dan
mendirikan pusat pendidikan atau pondok madrasah. Dengan begitu cepat, pondok beliau
menjadi tumpuan kerana ketinggian martabatnya sebagai seorang Shaykh di Masjid al-Haram.
Beliau mula berkunjung dan berziarah ke desa-desa lainnya sehingga mendapat sambutan yang
luar biasa. Kuliah dan khutbah yang beliau sampaikan memberi impak yang mendalam kepada
masyarakat seterusnya meningkatkan nyalasa beragama. Sesuai dengan zaman di mana negeri-
negeri di Alam Melayu dibelenggu dengan penjajahan colonial Eropah, maka peningkatan tahap
keberagamaan dalam kalangan rakyat membawa kepada peningkatan tahap kebencian kepada
penjajah. Shaykh Abd al-Karim kembali ke Makkah pada awal tahun 1876 dan sempat
menitipkan pesanan kepada anak-anak muridnya yang terdekat di Banten bahawa beliau tidak
akan pernah menjejak kaki ke Banten lagi sekiranya masih dikuasai orang asing dan hanya di
bumi Islam yang murni sahaja ia akan menjejak (Sartono, 2015: 196-199). Legasi Shaykh „Abd
al-Karim Bantani ini diteruskan oleh anak-anak didik terdekatnya yang memimpin gerakan
„Pemberontakan Petani Banten‟ menentang kolonial Belanda pada tahun 1988. Sikap yang sama

32 Ditemukan suatu helaian silsilah ringkas Tariqat Qadiriyah wa Naqshabandiyah yang memuatkan nama Shaykh ‘Uthman dalam
rantaian ‘pentalkin’ tariqat tersebut, disimpan salinannya oleh seorang bekas pegawai kerajaan negeri yang tinggal di Kuching.

121

ditunjukkan oleh Shaykh „Uthman Sarawak dalam konteks rihlahnya dan memberikan pedoman-
pedoman kepada anak didiknya di Tanah Air.

Angkatan „ulama di Sarawak terdiri dalam kalangan anak didik Shaykh „Uthman dan para
penerus legasinya dalam perjuangan keilmuan dan kebaktian. Antara nama-nama yang
dikenalpasti adalah Shaykh Zayn al-dīn bin Shaykh „Uthmān al-Sarawāqī; Datu Imām Abang
Ḥaji Morshidī bin Abang Haji Naruddīn; Datu Patinggi Abang Ḥaji „Abdillāh; Ḥaji Shiblī „Abd
al-Raḥmān; Datu Imām Abang Ḥaji Suhailī; Datu Ḥākim Abang Ḥaji Moaslī bin „Abd al-
Raḥmān; Datu Ḥākim Abang Ḥaji Mohidīn bin Abang Ḥaji Moaslī; Abang Ḥaji Bahauddīn;
Abang Ḥaji Hipni; Datu Imām Abang Muḥammad Amīn bin Metaim; Ḥaji Su„ut bin „Abd al-
Wahhāb; Ḥaji Daud bin „Abd al-Ghanī; Ḥaji Ṣalleh „Arīf; Abang Ḥaji Julaihi bin Datu
Temenggong Abang Ḥaji „Alī; Abang Ḥaji Bokharī; Ḥaji Yūsuf „Abd al-Ghanī; dan ramai lagi.
Dalam kalangan mereka, individu yang paling berwibawa dan memainkan peranan sebagai
pemimpin adalah Datu Imam Abang Morshidi bin Abang Narudin. Beliau berkhidmat dalam
kerajaan Dinasti Brooke sebagai pembesar yang menjaga hal ehwal komuniti Melayu-Muslim
dan juga merupakan pelopor bagi penubuhan madrasah atau sekolah agama secara formal.
Dilahirkan pada tahun 1877, beliau juga dibesarkan dalam kalangan keluarga Perabangan
Melayu Sarawak33. Beliau melanjutkan pengajian ke Makkah al-Mukarramah dan bermastautin
di sana selama lima ke lapan tahun dan sempat menerima bimbingan di bawah telunjuk Shaykh
„Uthman bin Abd al-Wahhab al-Sarawaqi (Idris Zakaria, 1988: 80). Setelah pulang daripada
Makkah, beliau pernah bekerja sebagai kelasi kapal dan ikut mengembara ke merata tempat.
Setelah itu, beliau dilantik sebagai imam dan khatib di Masjid India iaitu pada sekitar tahun
1915. Di masjid tersebut beliau mula memfokus dan menyibukkan diri dengan membimbing
pengajian bagi anak-anak Melayu-Muslim. Beliau cuba membawa kaedah pengajian
sebagaimana lazimnya yang beliau ikuti dalam halaqah-halaqah di Haramayn.

Pada tahun 1917, beliau mengasaskan sebuah sekolah di masjid tersebut yang dikenali sebagai
Madrasah Murshidiyah, yang kemudian ditukar nama oleh beliau sendiri kepada Madrasah
Islamiyah, sebuah institusi pendidikan agama bersifat formal yang pertama di Sarawak, terletak

33 Salasilah keturunan: Datu Imam Abang Haji Morshidi bin Abang Haji Narudin bin Datu Bandar Buahassan bin Patinggi Ali bin Abang
Mir bin Patinggi Mir Datu Akbar bin Datu Kaim bin Patinggi Betong bin Bandar Tanduk bin Patinggi Kantum bin Patih Malang bin Patih
Mengadai bin Merpati Jipang (sintesis daripada “citera” dan Nafahat Ridwan)

122

di Jalan Gambir, Kuching34. Objektif penubuhan madrasah ini adalah „untuk mendidik, mengajar
seterusnya membimbing orang-orang Islam Sarawak dengan pelbagai ilmu agama dan
seterusnya berkhidmat kepada agama, bangsa dan Tanah Air‟ (Idris Zakaria, 1988: 86). Zulkiple
Abdul Ghani dan Juanda Jaya (2003) berpandangan bahawa Shaykh „Uthman Sarawak telah
mengarahkan secara langsung kepada Datu Imam Abang Morshidi untuk penubuhan sekolah
agama yang memfokus peranannya sebagai benteng pertahanan akidah umat. Beliau juga telah
merencana bersama Datu Patinggi Abang Haji Abdillah dan Abang Haji Bolhassan akan
penubuhan madrasah untuk golongan perempuan yang dikenali sebagai Sekolah Kajang yang
membimbing golongan wanita secara formal dalam aspek ilmu-ilmu bacaan al-Qur‟an dan fardu
ayn.

Beliau telah berkhidmat dalam jentera birokrasi Dinasti Brooke dalam jangka waktu yang lama.
Beliau mula dilantik menjawat jawatan sebagai Datu Hakim pada 25 Februari 1925. Walaupun
berat untuk menerima jawatan ini, namun demi maslahah umat beliau gagahi jua.35 Setelah itu
beliau dilantik sebagai ahli Supreme Council dan Council Negri, selanjutnya diangkat sebagai
Datu Imam pada 01 Julai 1932. Pada 01 Ogos 1933 beliau dilantik pula sebagai Pengadil Darjah
yang Keempat dan setelahnya beliau dilantik sebagai Ahli jawatan Lembaga Peperiksaan bagi
pegawai tinggi dalam kerajaan. Akhir sekali, beliau menerima anugerah “Long Service
Decoration” pada 26 September 1936 (Idris Zakaria, 1988: 98-102).

Murid-murid beliau dalam kalangan warga Sarawak sangat ramai, dan dalam kalangan mereka
juga mengamalkan konsep „berfaqir‟ dalam berdakwah dan menyampaikan ilmu. Mereka akan
pergi „berfaqir‟ dengan menaiki perahu ke kampung-kampung yang jauh dari bandar selama
beberapa hari, kemudian akan tinggal di kampong tersebut untuk mengajar ilmu-ilmu agama dan
asas fardu ayn. Kegiatan berfaqir ini akan menyelesaikan tiga permasalahan penduduk kampung:
pengajian ilmu asas membaca al-Quran dan asas ibadat fardu ayn; mendapat jawapan atas

34 Pada awalnya, Madrasah Islamiyah dinamakan Madrasah Murshidiyah, tetapi kemudiannya ditukar nama. Walaupun Madrasah
Islamiyah dianggap sebagai institusi pendidikan Islam bersifat formal yang pertama diketahui kewujudannya di Sarawak, sebelumnya
telah wujud institusi pendidikan Islam non-formal yang dibina oleh Datu Hakim Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Datu Hakim
Keramat, bertempat di Kampung Madrasah. Lokasi kawasan tersebut masih wujud hari ini iaitu di Jalan Bandarsah, Kuching.
35 Beliau berat menerima jawatan sehingga terbawa ke dalam mimpi – beliau bermimpi pada suatu masa dibawa oleh seseorang kesuatu
tempat dan ditunjukkan suatu lubang yang besar, luas dan dalam. Kemudian orang itu mengambil sebiji anak batu dan melemparkannya
ke dalamlubang tersebut. Kisah mimpi ini diceritakan oleh anakandanya sendiri, Abang Zainurin. Rujuk Idris Zakaria (1988: 100).

123

permasalah harian menyangkut hal ibadat dan kehidupan; dan membayar zakat hasil dan
tanaman (Adlan, 2018).36

Dalam konteks keluarga, Shaykh „Uthman pernah berkahwin dengan sembilan orang perempuan
sepanjang hayatnya (dalam waktu yang berbeza-beza, bercerai dan meninggal) dan melahirkan
14 orang cahaya mata yang terdiri daripada 11 orang putera dan tiga puteri. Walaupun begitu,
ketika saat kewafatannya, hanya dua daripada isterinya yang masih hidup dan hanya tujuh orang
anaknya yang diketahui: Shaykh Zayn al-din, Shaykh Shadhalī (Sazali) dan Ḥajjah Maymunah
adalah cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan seorang wanita Arab yang berasal dari
Madinah bernama Hajjah Fatimah; Haji „Abd al-Wahhab and Haji „Abd al-Karim pula ada dua
orang putera hasil pernikahan dengan seorang wanita berketurunan Patani bernama Hajjah
Fatimah binti Muhammad Zayn di Sungkai, Perak; Haji Sharqawi (Sharkawi) and Haji Nawawi
adalah putera-puteranya hasil perkahwinan dengan seorang wanita berketurunan Melayu Sambas
bernama, Zainab binti Khatib Haji Ikram (Muhammad Zayn al-din, 1922: 9). Anak-anak beliau
kesemuanya menjadi orang-orang yang alim dan mahir dalam ilmu agama. Malah dalam
kalangan mereka juga ada yang menjadi ulama besar.

Shaykh Zayn al-din mengikut jejak langkah bapanya sebagai guru di Masjid al-Haram, Makkah.
Beliau juga merupakan pengarang kitab manaqib-biografi Shaykh „Uthmān Sarawak berjudul
Nafaḥāt al-Ridwan fi Manaqibi Shaykh ‘Uthman. Shaykh Muhammad Zayn al-dīn bin Shaykh
„Uthman al-Sarawaqi adalah seorang tokoh „ulamā‟ berwibawa yang ditauliahkan sebagai tenaga
pengajar (mudarris) di Masjid al-Ḥarām, Makkah al-Mukarramah. Beliau diasuh secara
intelektual dan kerohanian di bawah bimbingan bapanya, Shaykh „Uthman Sarawak serta para
masha‟ikh dan „ulam‟ seangkatan bapanya da nada dalam kalangan mereka juga merupakan
guru-guru kepada bapanya di Haramayn. Antara guru-guru beliau: Shaykh „Uthmān bin „Abd al-
Wahhāb al-Sarawāqī; Shaykh Sayyid Muḥammad Amīn Riḍwān; Shaykh Muḥammad Ḥussāyn
al-Khayyaṭ; Shaykh Abd al-Raḥmān Daḥḥān; Shaykh Muḥammad Ḥāmid; Shaykh „Abd al-
Karīm al-Dāghastānī; Shaykh Aḥmad Khaṭib Minangkabawī; Shaykh Ṣāliḥ Bafādāyl; Shaykh
„Alī Balkhiyūr; Shaykh „Alī Mālikī; Shaykh „Umār Bājunāyd; Shaykh Sa„īd al-Yamānī dan
ramai lagi (Muhammad Zayn al-din, 1922: 16).

36 Wawancara dengan Ustaz Haji Adlan bin Abang, seorang peguam shari’i di Kuching Sarawak. Bapa beliau adalah salah seorang anak
murid kepada Datu Imam Abang Morshidi.

124

Dikisahkan bahawa Shaykh „Uthmān Sarawak pulang ke Sarawak dan alam Melayu sebanyak
tiga kali dan dalam salah satu daripada ziarahnya itu (berkemungkinan ziarah terakhir iaitu pada
tahun 1920M), Shaykh Zayn al-dīn ikut bersama ayahnya. Pada waktu itu beliau telah
dinikahkan di Sarawak dengan seorang wanita berketurunan Melayu Sambas bernama Fatimah
Abdul Hamid. Semasa majlis, setelah dinikahkan, imam meminta beliau membaca lafaz ta„liq
iaitu suatu bentuk lafaz menggantungkan cerai/ talaq kepada suatu kondisi tertentu sama ada
masa atau perbuatan. Namun begitu, Shaykh Zayn al-dīn enggan melafaẓkan ta„liq tersebut.
Setelah itu, Shaykh „Uthmān Sarawak mencelah dengan memberikan pandangan beliau berkaitan
keharusan amalan tersebut dan maqṣud masāliḥ al-mursalah dalam praktiknya. Mengikut cerita,
zaman itu banyak sekali pernikahan berlaku antara wanita tempatan dengan para saudagar
khususnya saudagar India Muslim yang datang berdagang ke Sarawak. Disebabkan para
saudagar ini sering berkelana dan kadang kala lama meninggalkan isteri sehingga tiada khabar
berita langsung, menyebabkan berlakunya masalah khususnya berkaitan dengan kebajikan isteri
dan keluarganya. Justeru, para ulama dan fuqaha Sarawak waktu itu berijtihād demi menjaga
maslahah dan mengelakkan mafsadah, diperkenalkan lafaz ta‘liq untuk suami setelah akad nikah
berlaku. Persetujuan Shaykh „Uthman terhadap amalan lafaz ta’liq ini merupakan suatu contoh
keterbukaan dan keluasaan pemahaman fiqh Shaykh „Uthman Sarawak.

Hasil pernikahan Shaykh Zayn al-din dengan Hajjah Fatimah „Abd al-Hamid (Sambas)
dikurniakan enam orang cahaya mata yang rata-rata dalamkalangan mereka juga menjadi
pejuang agama, bangsa dan Tanah Air: Haji Attaellah (mantan ahli majlis Penasihat Haji Tabung
Haji Malaysia; anggota pengasas Persatuan Melayu Miri dan Persatuan Kebajikan Islam
Sarawak (PERKIS); beliau antara orang yang memelihara dan menyimpan salinan Kitāb Nafaḥāt
al-Riḍwān); Ḥajjah Ruqayyah (Rokaiah) (masih hidup, tinggal di Kampung Tanjung Selatan,
Kuching); Dato‟ Seri Setia Abang Ḥaji Razali (mantan qādi Daerah Kuala Belait, Negara Brunei
Darussalam yang berteman rapat dengan Baginda Begawan Sultan Sir Omar Ali Saifuddin III
dan membantu Brunei mengalakkan semula nyalarasa keberagamaan); Hajjah Ramlah (mengikut
Ḥaji Razali pindah ke Brunei); Ḥajjah Mordiah; dan Haji Reduan. Shaykh Zayn al-dīn juga ada
berkahwin dengan seorang wanita asal Lombok bernama Hajjah Salimah dan dikurniakan
seorang cahaya mata perempuan dan seorang cahaya mata lelaki. Puteranya itu diberi nama

125

„Uthman (Othman) sempena nama Shaykh „Uthman. Beliau ini lebih dikenali dengan panggilan
Cikgu Othman Zainuddin, merupakan antara tokoh penting dalam kumpulan Barisan 338 iaitu
peristiwa peletakan jawatan hampir 400 orang penjawat awam di Sarawak kerana membantah
Pekeliling no.9 yang dikeluarkan oleh Kerajaan kolonial British di Sarawak yang menegah
sebarang penglibatan penjawat awam dalam gerakan anti-serahan (anti-cesion movement). Beliau
juga merupakan guru besar pertama Sekolah Rakyat yang ditubuhkan pada tahun 1947.
Dikhabarkan juga Shaykh Zayn al-dīn berkahwin dengan Ḥajjah Noor Reyah dan dikurniakan
beberapa orang cahaya mata termasuklah antaranya Datuk Ḥaji „Abdillah, Hajjah Zakiah dan
Ḥajjah Hairiah.

Satu kisah menarik tentang kebesaran dan ketinggian martabat Shaykh Zayn al-din, bahawa
seorang „ulama‟ dari Lombok bernama Haji „Abd al-Madjid berasa kagum dan tertambat hatinya
dengan akhlak, perwatakan dan wibawa Shaykh MuÍammad Zayn al-dīn „Uthman al-Sarawaqi.
Justeru, setelah anakanda beliau naik haji, sebagaimana adat kebiasaan masyarakat Islām ketika
itu, beliau menukarkan nama anakandanya yang bernama Muḥammad Saggaf bin „Abd al-
Madjid kepada Muḥammad Zayn al-din bin „Abd al-Madjid, sempena nama Shaykh Muḥammad
Zayn al-din „Uthman al-Sarawaqi. Anak ini membesar sehingga menjadi seorang yang „alim.
Shaykh Muḥammad Zayn al-din bin „Abd al-Madjid yang juga digelar Tuan Guru Pancor dan
Abu al-Masajid wa al-Madaris (bapa masjid-masjid dan madrasah-madrasah) merupakan
seorang tokoh „ulamā‟ besar yang banyak berjasa khususnya bagi komuniti Lombok (kini
berlokasi di provinsi Nusa Tenggara Barat, Republik Indonesia). Beliau adalah pengasas
organisasi Nahdlatul Watan yang diasaskannya pada tahun 1936M setelah pulang dari Makkah.
Kini, Nahdlatul Watan mempunyai rangkaian madrasah, organisasi sayap dan para „ulamā‟ dan
murid yang cukup meluas di seluruh Indonesia.37

Shaykh Muḥammad Zayn al-din juga mempunyai kebiasaan sebagaimana ayahandanya iaitu
melakukan rihlah ke merata-rata tempat bagi tujuan menuntut ilmu, berdakwah dan berziarah.
Pada ketika ayahandanya meninggal dunia di Makkah, beliau sedang berkelana dan berada di
Ampenan, Lombok. Walaupun dilahirkan di Tanah Suci Makkah, beliau tetap memakai laqab
atau julukan „al-Sarawaqi‟ pada namanya kerana mengikut dan menyanjung tinggi ayahandanya

37 Kisah ini sangat mashhur dalam kalangan para pengikut Nahdlatul Watan. Kisah ini juga diulang-ulang pada setiap kali penganjuran
Majlis Haul Shaykh Muhammad Zayn al-din Panchor saban tahun.

126

yang juga merupakan guru yang beliau kasihi. Malah, beliau menghembuskan nafas terakhirnya
pada tahun 1933M dan dimakamkan di Surabaya ketika sedang berkelana dan berdakwah di
sana.

Begitu juga halnya dengan Shaykh Shadhali (Sazali) yang menjadi pengelola dan guru di Masjid
Sultan, Singapura. Beliau juga berteman rapat dengan Burhanuddin al-Helmi, intelektual dan
nasionalis Tanah Melayu yang terkenal, sewaktu mereka sama-sama di Singapura. Perbincangan
mereka banyak berkisar perjuangan pembebasan Tanah Air daripada penjajahan dengan bahan
rujukan dan literatur yang pelbagai, antaranya daripada Mesir dan Benua Kecil India38. Selain
menjadi pusat pentadbiran dan perdagangan utama rantau Asia Tenggara, Singapura ketika itu
juga menjadi pusat kegiatan keintelektualan di samping lokus penyebaran idea-idea nasionalisme
serantau. Beliau meninggal dunia di Singapura pada tahun 1957 (Jahidin, 2018). Hajjah
Maymunah juga merupakan seorang yang mahir dalam ilmu agama. Beliau adalah antara anak
Sarawak yang mahir dalam ilmu al-Qur‟an dan merupakan seorang hafizah. Beliau meninggal
dunia di Kuching ketika masih dara (belum bernikah) dan dikebumikan di perkuburan dalam
kawasan Masjid Bandaraya Kuching.

Ḥaji „Abd al-Wahhāb dan Ḥaji Abd al-Karīm pula menjalankan kegiatan keagamaan khususnya
di negeri Perak. Haji Abd al-Karim merupakan penulis bagi Kitab Suluh Kemajuan yang
membicarakan perihal kebangkitan Bangsa Melayu bagi mencapai kemerdekaan. Ḥaji „Abd al-
Wahhab meninggal dunia pada tahun 1956, dan Ḥaji Abd al-Karim menyusulinya dua tahun
kemudian (1958). Kedua-duanya meninggal dan dimakamkan di Sungkai, Perak Darul Ridzuan.

Ḥaji Sharkawi pula merupakan seorang aktivis yang berperanan menjadi tulang belakang kepada
kebangkitan umat dalam babak perjuangan nasionalisme di Sarawak. Beliau merupakan
pimpinan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) dan Barisan Pemuda Sarawak (PBS)
serta salah seorang pengatur strategi gerakan anti-serahan (anti-cession movement). Beliau
mendapat pendidikan di Madrasah Aljunid di Singapura, dan di sana beliau berkesempatan
bergaul dengan tokoh-tokoh nasionalis Tanah Melayu seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy. Beliau

38 Menurut temubual dengan Haji Raslie Saharan dan Ustaz Haji Jahidin Abang Abdul Latif, mereka pernah dimaklumkan oleh anak
Shaykh Sazali bernama Hajjah Khadijah (lahir tahun 1924) bahawa rumah merekasering dikunjungi oleh Burhanuddin al-Helmi dan
mereka sering membahaskan hal ehwal politik, sosio-ekonomi dan perkara berkaitan falsafah.

127

kemudiannya berkhidmat sebagai guru di Madrasatul Islamiah in Kuching dari tahun 1940
hingga 1942, dan kemudiannya pada 1946 (Sabihah, 1983: 266). Sabihah (1983: 269)
menggambarkan beliau sebagai seorang orator yang hebat dan mampu mempengaruhi
pendengarnya. Mohd. Hasbie (2004: 179) merakamkan peristiwa di mana Haji Sharkawi
menyampaikan pidato „yang bersemangat dan menyayat hati‟ seramai lebih 4,000 orang
khalayak yang menghadiri penghormatan terakhir kepada Datu Patinggi Abang Haji Abdillah,
seorang pemimpin agung Melayu dan juga seorang „ulama yang digelar bapa kemerdekaan
Sarawak atas jasanya mempertahankan negeri daripada diserahkan kepada British. Pada 11
Disember 1946, Pekeliling No.9 telah dikeluarkan oleh Kerajaan Kolonial British dengan hasrat
menyekat perjuangan gerakan anti-serahan. Pekeliling berbaur ugutan oleh kerajaan colonial itu
dikeluarkan bagi menakut-nakutkan pegawai kerajaan yang menyokong gerakan anti-serahan
supaya tidak lagi terlibat dengan kegiatan tersebut. Ternyata sebaliknya berlaku apabila lebih
400 penjawat awam daripada 22 jabatan kerajaan meletakkan jawatan mereka daripada
perkhidmatan awam. Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab menamakan
kelompok pegawai kerajaan yang istiqamah dalam perjuangan mereka sebagai benteng „Barisan
338‟. Menurut Mohd Hasbie (2004: 179), angka 338 diambil sempena bilangan para tentera
pejuang Rasulullah di medan Badar, walaupun bilangan sedikit, tetapi akan membawa
Rasulullah kepada kemenangan yang gemilang. Nama ini diberikan pada atau setelah 02 April
1947, iaitu setelah tamat notis tiga bulan untuk berfikir semula berkenaan perletakan jawatan
mereka. Dalam BPS, selain dilantik sebagai Naib Presiden, beliau juga diberi kepercayaan
sebagai pengerusi bagi suatu pertemuan atau seminar berkala yang berlaku setiap dua minggu,
dikenali sebagai „Pustaka‟. „Pustaka‟ adalah suatu medan perbincangan dan pertukaran pendapat,
debat tentang isu politik, budaya, agama dan kesusasteraan (Sabihah, 1983: 274)39. Barisan
Pemuda Sarawak, yang berperanan sebagai organisasi pengatur strategi menganggap „Pustaka‟
sebagai organ utama dalam penyebaran informasi dan propaganda. Setelah gerakan anti-serahan
ditekan British pasca-pembunuhan Gabenor Duncan Steward dan orang Melayu mula berhenti
melawan, beliau berhijrah ke Timur Tengah. Beliau pernah berkhidmat dengan Jabatan Pelajaran
Arab Saudi sebagai pegawai kanan. Ḥaji Nawawī juga merupakan seorang guru agama. Beliau
merupakan salah seorang penjawat awam yang menyertai Barisan 338 dan meletakkan jawatan

39 Antara bahan-bahan bacaan dan rujukan dalam sesi ‘Pustaka’ adalah literatur bersifat Haraki seperti lazimnya ditulis dan dibahaskan
oleh tokoh-tokoh Gerakan Ikhwan al-Muslimin di Timur Tengah (wawancara dengan Ustaz Haji Jahidin bin Abang Abdul Latif dan Haji
Raslie bin Saharan)

128

dalam perkhidmatan awam kerajaan sebagai langkah protes dan bantahan terhadap Pekeliling
No.9 dalam babak perjuangan gerakan anti-serahan. Beliau adalah anak Shaykh „Uthmān yang
paling akhir meninggal dunia iaitu lebih kurang pada tahun 2016 yang lalu.40

KESIMPULAN

Sarawak tidak terkecuali daripada dibadai arus gelombang kebangkitan nasionalisme abad ke-20.
Kebangkitan ini ditandai dengan bantahan penyerahan Negeri Sarawak oleh Dinasti Brooke
kepada Kerajaan Kolonial British, yang kemudiannya memuncak dengan kemunculan gerakan
anti-serahan yang menggiatkan aksi-aksi bantahan yang tidak terjangka. Kajian ini cuba
menghubungjalinkan peranan „ulama Islam Sarawak dengan transmisi jaringan pembaharuan
yang memunculkan gerakan umat yang menjadi aktor dalam kancah kebangkitan nasionalisme di
Negeri Sarawak. Justeru, dengan memfokus kepada peribadi „ulama paling terkenal kelahiran
Sarawak, Shaykh „Uthman bin Abd al-Wahhab al-Sarawaqi, peneliti menelusuri legasi tinggalan
beliau yang dapat membuktikan pengaruhnya angkatan „ulama dalam babak kebangkitan
nasionalisme.

Penelitian mengenalpasti kepentingan kajian riwayat hidup Shaykh „Uthman dilakukan dengan
rujukan ke atas sumber primer seperti kitab biografinya yang berjudul Nafahat al-Ridwan fi
Manaqib Shaykh ‘Uthman. Rujukan yang tidak kritis terhadap sumber sekunder bukan sahaja
mengundang pengulangan kesilapan yang mungkin dilakukan oleh pengkaji awal, malah akan
menyempitkan kefahaman kita terhadap hakikat sebenar tokoh yang dikaji ini. Kajian ini juga
mendapati bahawa sejarah dan riwayat hidup Shaykh „Uthman Sarawak dapat direkonstruksi
secara lebih komprehensif dengan rujukan silang terhadap sejarah dan latar suasana zaman dan
tempat di mana beliau hidup dan melaksanakan kegiatannya. Jaringan religio-intellektual Shaykh
„Uthman dengan para „ulama sedunia yang berpusat di Haramayn ditelusuri walaupun
tidaksecara terperinci bagi memberikan gambaran kemungkinan jaringan sepertinya terbentuk.
Elemen „ustaz‟ („ulama) yang memainkan peranan utama dalam babak-babak kebangkitan
nasionalisme di Sarawak khususnya dalam gerakan anti-serahan dan kumpulan 338 juga

40 Untuk perbincangan lanjut, sila rujuk Muhammad Zayn al-din ‘Uthman al-Sarawaqi (2018). Nafahat al-Ridwan: Riwayat Hidup Shaykh
‘Uthman Sarawak, Transliterasi, Suntingan dan Pengenalan oleh Fazril Saleh. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

129

diperhalusi. Elemen „ustaz‟ atau angkatan „ulama ini terdiri daripada anak-anak dan murid-murid
kepada seorang tokoh „ulama besar, Shaykh Haji „Uthman bin Haji Abdul Wahhab al-Sarawaqi,
anak kelahiran Sarawak yang mencipta kemasyhuran sebagai „shaykh‟ di Masjid al-Haram pada
awal abad ke-20.

Walau bagaimanapun, penelitian ini masih boleh dikembangkan pada masa depan dengan
pemfokusan kepada kandungan ijazah dan salingkaitan jaringan religio-intelektual dalam
kalangan para „ulama. Begitu juga dengan pemerincian terhadap pemikiran pembaharuan Shaykh
„Uthman dan para „ulama Sarawak yang masih belum diperhalusi dengan selengkapnya.

RUJUKAN

Abdul Kadir Hassan (1982). Tokoh dan Pokok Pemikiran Syeikh Haji Osman. In Proceeding
from the Bengkel Kepimpinan dan Kebudayaan Negeri Sarawak. Organized by Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, 5-9 Oktober 1982, Kuching, Sarawak.

Adlan bin Abang (2018, Ogos 15). Wawancara Peribadi.
Ahmad Nasir Mohd Yusoff (2016). Islam Di Sarawak: Sejarah Awal dan Faktor-Faktor

Perkembangan Islam di Sarawak. Jurnal AL-ANWAR. Persatuan Bekas Mahasiswa Islam
Timur Tengah (PBMITT), Vol. 1(1), June 2016, 1-19.
Anwar Fakhri Omar, Ezad Azraai Jamsari and Jaffary Awang (eds.) (2003). Islam di Sarawak
dan Sabah. Bangi: Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Azyumardi Azra (2003). Jaringan Ulama Jawi: Sejarah Wacana Religio-Inteletual Islam
Nusantara. In Farid Mat Zaini, Izziah Suryani Mat Resad (eds.) Prosiding Nadwah Ulama
Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo. (pp. 92-112). Bangi: Fakulti
Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azyumardi Azra (2004). The Origins of Islamic Reformism in Southeast Asia: Networks of
Malay-Indonesian and Middle Eastern ‘Ulama’ in the Seventeenth and Eighteenth Centuries.
Canberra, Australia: Allen & Unwin.

130












Click to View FlipBook Version