The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohamad Safwandi, 2019-09-13 12:31:19

Makalah Seminar SMSIDS2

Makalah Seminar SMSIDS2

Keywords: Sejarah Islam Sarawak,Seminar Islam Sarawak,Sarawak,Islam Sarawak,ABIM Sarawak

kepada pelajaran. Tanpa mereka sedari anak-anak ini juga mungkin terdedah kepada
masalah-masalah sosial melalui pengaruh negatif rakan-rakan yang datang dari
pelbagai latar belakang. Seharusnya anak-anak ini perlu didorong untuk terlibat aktif
dalam aktiviti pembangunan sosial melalui gerakan islam. Adakah kita sanggup
membiarkan anak-anak ini mempunyai inner circle rakan-rakan yang bermasalah?

Banyak manfaat yang boleh perolehi dengan menyertai gerakan islam. Mereka boleh
melihat dengan lebih jelas nasib yang menimpa umat hari ini yang memerlukan
bantuan. Ia akan menguatkan lagi nilai empati dalam diri seseorang yang melihat
saudaranya dalam kesusahan. Ia merupakan satu bentuk tarbiah yang baik untuk
memupuk sifat kepimpinan dalam diri anak muda. Bak kata Pak Natsir mantan
Perdana Menteri Indonesia,

‚Tiada percetakan yang bisa mencetak pemimpin. Pemimpin tidak lahir di
bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di
tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan
seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.‛

Tidak ada individu yang mampu memikul cita-cita besar untuk mengubah masyarakat
secara bersendirian. Individu-individu yang berjiwa besar ini haruslah bekerjasama
mengembleng tenaga bersama dengan yang lain dalam misi pelaksanaannya. Idea
falsafah Confucius tidak akan berkembang sekiranya tidak disambut oleh para
pengikutnya dan begitulah juga ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan kita
Rasulullah SAW yang dibantu oleh para sahabat dan para salafus soleh. Gerakan
Islam menjadi wadah atau platform wahdatul fikr (kesatuan fikir) dan wahdatul amal
(kesatuan amal) dalam menggerakkan misi membina tamadun khayra umah.

PENDIDIKAN DEMOKRASI DAN KENEGARAAN

1. Kepentingan Ilmu Literasi Politik dan Demokrasi

Pak Natsir pernah berkata,

51

‚Kalau memang saudara-saudara merasa tidak perlu sertai politik, biarlah
tidak usah berpolitik. Tetapi saudara-saudara jangan buta politik. Kalau
saudara-saudara buta politik, maka saudara-saudara akan dimakan oleh
politik.‛

Begitulah kata-kata daripada seorang mantan Perdana Menteri Indonesia yang berjaya
membentuk lanskap politik islam di Indonesia. Kita tidak boleh kata bahawa politik
itu kotor dan busuk. Yang kotor dan busuk itu adalah individunya. Malah kita boleh
meneladani kepimpinan junjungan kita Nabi Muhammad SAW dalam arena politk
dengan menjunjung Keluhuran Perlembagaan Madinah yang menjamin hak-hak dan
kebersamaan semua lapisan masyarakat yang berada di Madinah. Prinsip keadilan
sosial yang melangkaui batasan kaum menjadi tunjang asas kepimpinan baginda
Rasulullah SAW.

Politik dan demokrasi amatlah berkaitan dan tidak mungkin boleh dipisahkan.
Demokrasi bukan hanya semata-mata proses untuk memilih pemimpin 5 tahun sekali.
Bahkan lebih dari itu. Demokrasi hanya akan hidup subur sekiranya pengundi
memperolehi pendidikan kerakyatan yang mencerdaskan dan dapat membina effective
citizen iaitu masyarakat yang peduli, sedar dan kritis. Strategi pembodohan rakyat
haruslah dilawan dengan gerakan pencerdasan dengan objektif utamanya untuk
membina kemampuan berfikir dan kesedaran tentang maruah. Justeru orang yang
berfikir tidak akan rela diperbodoh dan orang yang bermaruah akan malu ditipu oleh
demokrasi yang palsu.

Dalam era Malaysia baharu, kemunculan beberapa badan-badan Civil Society
Organization (CSO) yang telah memainkan peranan sebagai pendesak untuk
memastikan kerajaan baharu menunaikan janji manifesto untuk melakukan reformasi
sistem dan institusi. Rakyat Malaysia juga mampu menjadi third force factor di dalam
sistem semak dan imbang (check and balance) dalam meneliti setiap polisi dan
tindakan pihak kerajaan haruslah dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat dan tidak
hanya menguntungkan sekerat pihak sahaja.

52

Untuk menjadi bangsa yang maju, masyarakat harus dididik dan dibimbing untuk
mencapai daya fikir yang sempurna dan berupaya menentukan nasib sendiri. Kata
Buya Hamka,

‚Ilmu pengetahuan bukan lagi menjadi alat si pandai menekan si bodoh
dan sekali-kali bukan pula alat penjajahan. Melainkan saranan
pembimbing yang lemah untuk mencapai kejayaan sehingga manfaatnya
dirasai seramai-ramai orang.‛

2. Pindaan Had Umur Pengundi

Pada Julai yang lalu, satu sejarah telah berjaya dilakarkan dalam negara kita yang
mengamalkan prinsip demokrasi. Parlimen telah meluluskan Rang Undang-undang
(RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi kepada
18 tahun, pendaftaran pengundi automatik pada usia 18 tahun, dan menurunkan umur
calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun lulus dengan sokongan 2/3 Dewan
Rakyat. Ini bermakna jumlah pengundi pada 2023 akan meningkat lebih daripada
50% menjadikan jumlah pengundi sekitar 22.7 juta, berbanding 14.9 juta pada PRU14
2018.

Kebanyakan negara maju di Eropah dan Amerika Syarikat sudah lama menurunkan
had umur pengundi kepada 18 tahun. India dan Pakistan juga tidak ketinggalan. Sudah
tentu tindakan ini perlu disertakan dengan langkah untuk mendidik para belia bukan
sahaja tentang sistem pilihanraya dan prinsip demokrasi, bahkan tentang
tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang pemimpin ke atas rakyat yang
telah memilih mereka. Langkah ini harus didukung oleh semua pihak dalam
memastikan para belia ini terus celik tentang ilmu demokrasi dan ciri-ciri kepimpinan
yang harus ada pada individu dalam memilih seorang pemimpin bagi mengelakkan
mereka terpedaya dengan politik wang yang bisa mengaburi sanubari manusia.

53

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum
di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya
Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada
kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

(Surah An-Nisaa’ : 58)

3. Model Kepimpinan

Bangsa Melayu sangat kaya dengan kesusteraan dan cerita-cerita hikayat yang boleh
diambil pedoman. Antaranya adalah Hikayat Iskandar Zulkarnain. Hikayat ini juga
terdapat penceritaan nya di dalam Al-Quran namun begitu nama yang disebut dalam
Al-Quran hanyalah Raja Zulqarnain. Prof Dr Dato’ Siddiq Fadhil pernah
menghuraikan tentang kepimpinan melalui model Zulqarnain. Namun begitu
masyarakat kita hanya didedahkan tentang kekuasaan yang ada pada Zulqarnain
kerana kemampuan beliau menguasai timur dan barat. Apa yang kita terlepas pandang
adalah beliau merupakan seorang pemimpin yang mengangkat keupayaan rakyatnya
(human empowerment). Kebolehan beliau menguasai banyak bahasa menjadikan
beliau seorang pemimpin yang sentiasa mendengar keluh kesah rakyat jelata. Berikut
merupakan sifat-sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Raja Zuqarnain :

1. Penguasaan banyak bahasa - Kelebihan ini memudahkan beliau berkomunikasi
secara terus dengan rakyatnya yang merentasi kepelbagaian kaum dan budaya.

2. Pendengar yang baik - Beliau bukan sahaja seorang komunikator yang baik,
bahkan beliau juga sentiasa mendengar rintihan rakyatnya sebagai contoh
berusaha untuk memahami percakapan kaum yang tertindas tersebut.

54

3. Ikhlas dan hanya mengharapkan redha Allah - Beliau menolak pemberian kaum
yang meminta pertolongan daripadanya. Apa yang Allah kurniakan kepadanya
sudah lebih dari cukup.

4. Berusaha untuk memberdaya rakyatnya - Beliau memberi keyakinan kepada
kaum yang lemah serta tidak mampu berkomunikasi tersebut bahawa mereka juga
mempunyai keupayaan dan kekuatan seperti orang lain.

Boleh sahaja Zulqarnain mengarahkan askar-askar nya yang gagah perkasa untuk
membina tembok tersebut. Apabila seorang Raja yang berkuasa meminta bantuan
daripada rakyatnya yang kerdil dan lemah, ia memberi keyakinan kepada sesuatu
kaum bahawa mereka juga mempunyai kekuatan dan keupayaan dalam membangun
bangsa. Untuk menyelusuri kepimpinan cara Islam, kita juga boleh pelajari beberapa
contoh yang ditunjukkan melalui Al-Quran, kisah para pemimpin Khulafa Ar-
Rasyiddin dan juga sejarah khalifah Islam bagi mengangkat gagasan Muslim
Demokrat.

Akhir sekali sebelum mengundurkan diri. Izinkan saya mengucapkan jutaan terima
kasih kepada penggerak Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak 2 yang telah
bertungkus lumus menyiapkan keperluan seminar. Tidak dilupakan juga kepada
barisan Saf Kepimpinan dan ahli-ahli ABIM Negeri Sarawak yang telah bekerjasama
dalam melaksanakan visi dan misi memartabatkan umat. Kepada ayahanda dan bonda
WADAH jutaan terima kasih yang tak terhingga atas nasihat, pedoman dan dorongan
yang sentiasa dihulurkan kepada kami semua. Tidak dilupakan penghargaan kepada
barisan kepimpinan dan ahli-ahli PERKEPIS yang merupakan pintu gerbang
kaderisasi jemaah kita yang senantiasa menyokong dan membantu dalam setiap
pelaksanaan program-program besar jemaah. Semoga Allah membalas jasa dan budi
baik kalian semua.

Selamat bermuktamar.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

“SEJAHTERAKAN SARAWAK”

55

RUJUKAN
Anwar Ibrahim. 1997. “Gelombang Kebangkitan Asia‛. Dewan Bahasa dan Pustaka
Don Tapscott. 1995. ‚The Digital Economy, Rethinking Promise And Peril In The Age Of
Networked Intelligence‛. Mc Graw Hill Education.
Fathi Yakan. 1983. ‚Apa Ertinya Saya Menganut Islam‛. Pustaka Salam.
HAMKA. “Peribadi”. PTS Media Group.
James Canton. 2015. ‚Future Smart, Managing the Game-Changing Trends That Will

Transform Your World‛. Da Capo Press.
Dr Muhammed Abdul Khalid. 2017. ‚Antara Dua Darjat: Agihan Pendapatan di

Malaysia‛. Dubook Press.
Dr Muhammed Abdul Khalid. 2018. ‚Kemiskinan Bandar: Antara Fakta Dan Auta‛.

ABIM.
Siddiq Fadhil. 2018. ‚Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian : Islam Dan Budaya Damai‛ :
Universiti Kebangsaan Malaysia
Siddiq Fadhil. 2018. ‚Politik Islam Dan Demokrasi : Memahami Aspirasi Muslim

Demokrat‛. Institut Darul Ehsan.
Siddiq Fadhil. 2019. ‚Siri Pertama Wacana Sri Satria‛. Institut Darul Ehsan.
Yuval Noah Hariari. 2018. ‚21 Lessons For The 21st Century‛. Jonathan Cape.
Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri. 2018. ‚Bayan Linnas Siri Ke-155 : Fiqh Al-
Ta’ayush : Isu Di Malaysia Dan Penyelesaiannya‛. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

56

Makalah Seminar 1
Wan Ariffin Wan Yon

DIASPORA ARAB HADRAMI DI SARAWAK: SEJARAH AWAL GOLONGAN
BUKAN SAYYID DI KUCHING BERDASARKAN SUMBER LOKAL
Wan Ariffin Wan Yon
Abstrak

Masyarakat Arab Hadrami merupakan sebahagian dari penduduk Islam di Kepulauan Borneo
yang memainkan peranan penting pada awal penyebaran dan pengukuhan agama Islam
khususnya di Sarawak. Kelompok ini terbahagi kepada Arab Hadrami Sayyid dari keturunan
Sayyid Ahmad bin Isa al Muhajir dan Arab Hadrami bukan Sayyid yang sebahagiannya bergelar
Syaikh. Peranan yang menonjol dikalangan Arab Sayyid secara tidak lansung menutup
keberadaan Arab bukan Sayyid yang sebenarnya memainkan peranan penting khususnya dalam
penyebaran agama Islam. Antara perkara yang dibincangkan adalah seputar kedatangan awal,
sejarah dan budaya yang dikongsi bersama kelompok Sayyid dan bukan Sayyid ini berdasarkan
sumber lokal yang masih disimpan rapi keturunan mereka.
Kata Kunci: Arab Hadrami, Kuching, Syaikh, Sejarah, Budaya, Lokal.

57

Pendahuluan

Gelombang kedatangan Hadharim atau orang Arab Hadrami ke nusantara sudah berlansung sejak
abad ke 12M lagi. Pada waktu itu mereka sudah masuk ke istana dan masyarakat di mana
kedatangan mereka diterima dengan tangan terbuka bahkan mendapat tempat istimewa di dalam
masyarakat, seperti ditulis Van Den Berg. Orang Arab Hadrami pada waktu itu sudah berhasil
menanamkan fikiran baru tentang Islam kepada masyarakat di Nusantara yang kemudian hari
diteruskan oleh keturunanya secara berkesinambungan. Rombongan pelayaran para Hadharim ini
melibatkan kelompok yang sedia kita maklumi, iaitu para saadah Alawiyyin dan juga bukan
Sayyid yang secara tidak kita sedari peranan besar yang dimainkan juga oleh golongan ini.

Mengenal dan Mengidentifikasi Arab Hadrami

Berdasarkan Tempat Kelahiran

Seperti dipetik Clearns Smith, Sayyid Hamid bin Hussein al Muhdhor mengatakan di dalam
buku biografi ayahnya bahawa orang Hadramaut menyebut mereka yang dilahirkan di di daerah
pedalaman seperti Wadi Hadramaut, Wadi Du’an, Wadi al Ain, Wadi al Amud dan lain-lain
sebagai wilayati yang berubah pengucapannya di Nusantara sebagai Walayti. Hal ini juga
terhadap peranakkan yang lahir di sana. Sementara itu, yang lahir di pesisir pantai termasuk
peranakkannya seperti di Mukalla, asy Syihr, Balhaf, al Qarn al Dish disebut sebagai as Sahel.

Berdasarkan Pekerjaan

Selain penggolongan berdasarkan tempat, strata sosial Arab Hadrami juga ditentukan dan
melahirkan tata krama pergaulan di lingkungan mereka. Ada pendapat menyatakan bahawa
pengasas kepada sistem stratifikasi sosial ini adalah seorang ulama’ keturunan Sayyid bernama
Syaikh Abu Bakar bin Salim, ulama’ berasal dari kota Inat yang wafat pada 1584M/ 992H.

Golongan pertama adalah para ulama’ dan Sayyid. Mereka yang dimaksudkan secara khusus
adalah Bani Alawi dari keturunan Sayyidina Ahmad al Muhajir yang berpindah dari kota

58

Baghdad ke Hadramaut. Mereka dikenal sebagai golongan yang paham tentang Islam sehingga
banyak menjadi guru, mubaligh, da’i yang berpengaruh dan dihormati masyarakat. Sebahagian
mereka kemudian hari keluar dari kota Hadramaut melakukan perjalanan ke India, Asia
Tenggara, Afrika dan pelbagai tempat bagi menyampaikan risalah agama Islam. Mereka adalah
dari keluarga yang banyak dari keturunan al Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali bin
Muhammad Sahib Mirbath seperti Assegaf, Benyahya, al Attas, al Qadry, al Aydrus, dan lain-
lain. Manakala dari Ammul Faqih Alwi bin Muhammad Sahib Mirbath pula adalah dari keluarga
al Haddad, Binsmait, Bafaqih dan lain-lain.

Golongan kedua adalah Golongan Mashayikh. Golongan ini merupakan orang-orang yang
mempunyai keahlian dalam ilmu pengetahuan, khususnya dalam bidang keagamaan. Gelar ini
(Syaikh) sering dipakai oleh golongan masyarakat di Hadhramaut yang menganggap dirinya
masih keturunan orang-orang yang berilmu. Gelar ini dijadikan gelar turun temurun di kalangan
masyarakat Hadhramaut. Asalnya merekalah yang memegang peranan dalam bidang keagamaan
sebelum kemudian setelah keberadaan golongan Sayyid di Hadramaut, perkara ini dimonopoli
oleh golongan berkenaan. Malah, sebahagian mereka adalah guru antara satu dengan yang lain.
Antara qabilah (suku) golongan ini dikenal dengan gelar Al-Khatib, Al-Bafadhal, AlBawazir, Al-
Amudi, Al-Iskhak, Al-Bajabir, Al-Sakhak, Bin Afif, Al-Bagis, Al-Barras, Al-Basharahil, As-
Salimi, dan lain-lain yang berhak menyandang gelar Syaikh.

Golongan ketiga adalah golongan Qabail yang merupakan penduduk asli Hadhramaut, dan setiap
harinya mengikut budaya mereka apabila bepergian selalu membawa senjata, baik berupa belati,
pedang, pistol, mahupun senapang, sehingga dalam pengertian sehari-hari mereka yang
membawa senjata. Golongan ini terbagi-bagi dalam beberapa keluarga besar yang terbagi lagi
dalam cabang keluarga. Setiap keluarga, baik besar maupun kecil dipimpin oleh seorang abu, dan
setiap qabilah (suku) dipimpin oleh seorang muqaddam atau malik yang dipilih para abu.
Biasanya abu dari keluarga yang paling tua atau dari keluarga yang paling besar, kuat dan
dominan akan terpilih menjadi muqaddam untuk seluruh suku. Namun tak jarang muqaddam
dipilih berdasarkan kepribadiannya, karena mempunyai sifat-sifat berani, bijaksana, adil,
pemurah dan bersifat membimbing anggota sukunya, walaupun mereka bukan dari keluarga
besar atau kuat. Selain itu mereka juga harus bertanggung jawab atas keamanan dan keselamatan

59

anggota sukunya, serta harta benda mereka. Yang termasuk dalam golongan ini adalah kesatuan-
kesatuan kerabatan, Al-Katsiri, Bin Tolib, Bin Mahri, Bin Mar’ee, Al-Makarim, Bin Harahap,
Bin Hadar, Hadrami, dan lain-lain. Manakala yang dikenal pasti ada di Sarawak adalah keluarga
Al Mar’ee dan Bin Tolib.

Golongan keempat adalah da’fa (da’if) dan golongan masakin, yaitu penduduk yang umumnya
terdiri dari para petani, pengrajin, pedagang yang kadang-kadang berkecukupan tetapi tidak
begitu terpandang. Mereka terdiri dari golongan pedagang (qarwi), pengrajin (ahl as-sanai),
petani (qirstan), pekerja kasar (ja’il) dan pembantu (khuddam). Umumnya golongan da’fa lebih
banyak dibebani kewajiban dan sedikit sekali menikmati kebebasan haknya. Hanya para
pedagang yang mungkin dapat menjalankan pekerjaannya tanpa terikat dengan majikan. Lapisan
masyarakat ini dinamakan golongan al-Qerwan, berasal dari kata qarya yang berarti desa (orang
desa) atau rakyat biasa. Di antara golongan ini adalah Bin Sungkar, Ba Salamah, Ba Masmus,
Audah, Faqih, Makki, Baswedan, Argubi dan lain-lain. Qirtsan (petani) pula merupakan lapisan
selanjutnya disebut Al-Khertan atau Fallah yaitu para petani. Khertan berasal dari kata khiratan
yang berarti tanaman. Fallah berasal dari kata falakha yang berarti bertani. Termasuk dalam
golongan ini antara lain Ainen, Khasan, Badres, Basadi, Bakhartan, Basalem, bin Musallam, dan
lain-lain.

Golongan yang pertama adalah Arab Hadrami Sayyid, manakala tiga golongan yang lainnya
termasuk dari Arab Hadrami bukan Sayyid. Adapun profesi dan pekerjaan yang dimainkan ini
tidaklah berkekalan seperti di atas sahaja, malahan banyak juga dikalangan golongan tiga dan
empat mendapat penghidupan yang baik khuusnya di Nusantara menjadi pedagang yang berjaya,
termasuk juga menjadi agamawan dan pegawai tinggi kerajaan setelah berhijrah ke luar
Hadramaut.

Berdasarkan Asal Keturunan (Genealogi)

Garis keturunan juga menentukan kelompok masyarakat Arab Hadrami. Golongan pertama
adalah Arab Aribah. Golongan ini mengaku sebagai orang Arab asli kerana merekalah yang
pertama sekali menggunakan Bahasa Arab. Mereka adalah anak keturunan Qahthan bin ‘Abir bin

60

Syalekh bin Arfakhsyad bin Sham bin Nuh bin Lamak bin Matuslakh bin Akhnukh bin Alyarad
bin Mahlanil bin Qinan bin Anusy bin Syits bin Adam alaihissalam. Mereka juga disebut Arab
Qahthani atau Qahthaniyyah. Di Hadramaut mereka hidup dalam ikatan suku-suku atau qabalah,
Qabail atau menurut lidah orang Arab disebut Ghabili.

Golongan berdasarkan keturunan kedua adalah goloangan Arab Musta’ribah yang bermaksud
dianggap Arab. Mereka juga digelar Arab Adnaniyyah atau Bani Adnan. Merek adalah keturuna
Nabi Ismail alaihissalam lahir dan hidup di Makkah 4 generasi setelah Qahthan bin ‘Abir.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah dari kelompok ini keran baginda dari suku
Quraish keturunan Adnan yang berasal dari NAbi Ismail alaihissalam. Demikian juga sahabat
baginda Sayyidina Abu Bakar as Shiddiq radiyallahuanhu yang berasal dariBani Tamim
keturunan Kulaib.

Kedatangan Kaum Arab Hadrami Ke Borneo

Kedatangan Kaum Arab Hadrami ke Kalimantan, Sabah dan Sarawak

Peranan masyarakat Arab Hadrami dalam aktiviti penyebaran dan pengukuhan agama Islam
dalam kalangan masyarakat tempatan di negeri Sarawak khususnya pada gelombang kedua
kedatangan mereka ke nusantara sekitar abad ke 18M dan 19M adalah begitu ketara. Jika dikutip
dari sebahagian penulisan, tidak kurang dari 10 orang pemimpin masyarakat sebelum kedatangan
James Brooke pada tahun 1839 adalah dari kalangan Hadharim khususnya para Sayyid dan
Syarif. Mereka direkodkan sebahagian bukanlah wulayti (Arab totok/ Arab asal dari Hadramaut)
melainkan muwallad (Arab peranakkan) yang menunjukkan mereka adalah generasi kedua
ataupun ketiga semenjak kedatangan leluhurnya dari Hadramaut.

Berdasarkan cacatan sejarah, kepulauan Borneo tidak sunyi dari kedatangan orang-orang Arab
Hadrami khususnya para Sayyid yang mengembangkan ajaran Islam selain mengusahakan
dagangan sebagai sambilan. Antaranya Syarif Hussein bin Ahmad al Qadry mufti Mempawah,
yang kelak anakanda beliau al Habib Syarif Abdurrahman bin Hussein al Qadry mendirikan
Kesultanan Kota Pontianak. Begitu juga al Habib Syarif Aydrus bin Abdurrahman al Aydrus

61

yang mendirikan Kesultanan Kubu Idrussiah. Terkemudian cucu beliau bernama Syarif Ali bin
Abdurrahman bin Aydrus al Aydrus yang mengepalai kerajaan Sebamban di Kalimantan Selatan.
Bonda Syarif Ali al Aydrus ini tidak lain melainkan anakanda kepada Sultan Syarif
Abdurrahman bin Hussein al Qadry bernama Syarifah Aisyah bin Syarif Abdurrahman al Qadry.

Di Sabah pula, pernah dicatatkan sekitar 1790M ada seorang Sayyid dari bangsa Assegaf
berdakwah ke Asia Tenggara. Sayyid ini dikenal dengan nama Sayyid Hassan Tembaga. Beliau
berasal dari Seiwun, Hadramaut. Beliau bersama saudaranay Habib Toha Assegaf, sempat
singgah di Solo, Jawa Tengah untuk beberapa ketika. Kemudian mereka ke Banjarmasin dibawa
bapa saudaranya bernama Abdurrahman Assegaf. Beliau berdagang dan berdakwah di Brunei
dan Sulu di Filipina. Terakhir beliau masuk ke Sabah tepatnya di Sandakan di Sungai Nangoh,
Kuala Sapi bersama anaknya Abdul Qodir.

Begitu juga di Sarawak, sekitar kurun ke 17M atau 18M tercatat di dalam Manuskrip Banting,
ada seorang Sayyid bernama Tuanku Akil yang membuka kerajaan Banting di Lingga.
Dipercayai, beliau adalah Sayyidus Syarif, Aqil (Akil) bin Yaasin bin Aqil Benyahya, anakanda
kepada Gabenor Bukit Puteri sekaligus menantu Sultan Zainal Abidin I di Terengganu, Habib
Yaasin bin Aqil Benyahya. Kerajaan ini bertahan begitu lama sekitar 150 tahun lebih sebelum
kedatangan Brooke yang mengakhirinya dengan pemberontakkan Syarif Jaafar (Jaafar bin
Muhammad bin Aqil Benyahya) di Lingga. Undang-undang Islam ditegakkan oleh kerajaan
Banting dibuktikan melalui mansukrip Undang-Undang Banting (UUB) yang masih tersimpan
sehingga saat ini. Tidak termasuk Syarif Syahab, Syarif Mullah/ Mahlar, Syarif Masahor, Syarif
Maulana, Syarif Abu Bakar, Syarif Amal, Syarif Long, Syarif Osman yang kemudian ke Marudu
di Sabah di mana mereka kelak dari kumpulan nasionalis yang konsisten melawan kolonialisme
dan imperialisme.

Kedatangan Hadharim Sayyid ini ke Nusantara bukanlah seorang diri melainkan didampingi oleh
para pengikut yang setia diantaranya adalah golongan Arab Hadrami bukan Sayyid, yang
sebenarnya tidak terdata serapi pendataan keluarga Sayyid. Peranan yang dimainkan oleh
golongan Arab Hadrami bukan Sayyid ini juga terkira besar kerana mereka menumpahkan

62

khidmah setia terhadap ketua mereka dan menebar keturunannya ke Nusantara sebagaimana
yang berlaku terhadap golongan Arab Hadrami Sayyid.

Nasab dan Sejarah Keluarga Arab Hadrami Bukan Sayyid Di Kuching Sarawak

Keluarga Syaikh Ahmad bin Abdul Qodir bin Muhammad Faqih al Makki

Berdasarkan catatan tangan Syaikh Ahmad Faqih al Makki, beliau secara jelas menuliskan
susunan nama sehingga ke datuknya yang pertama sahaja bernama Muhammad Faqih dengan
gelar ‘al Makki’. Di sebahagian tempat pula tercatat ‘al Makki as Sufi’. Melalui catatan di dalam
surat pembelian kayu perkakas membuat rumah, beliau menamakan dirinya dengan nama Syaikh
Ahmad Faqih. Dipercayai laqab ‘al Makki’ adalah merujuk kepada tempat kelahiran beliau di
Makkah al Mukarramah. Sedangkan marga atau keluarga Syaikh Ahmad ini adalah al Faqih
berdasarakan tatanan nama yang beliau tuliskan di banyak tempat di dalam kitab-kitab
tinggalannya.

Adapun bangsa al Faqih/Faqih jika merujuk kepada nasab orang Arab Hadrami ada disebutkan
baik pada bangsa Arab Aribah mahupun Arab Musta’ribah. Pada nasab Arab Aribah, keluarga al
Faqih adalah bahagian dari nasab Bani Kindah yang merupakan keturunan Tsuro bin al Harist
bin Mart bin Adad bin Zayid bin Amr bin Aryab bin Kahlan bin Saba’ bin Yasjub bin Ya’rub bin
Qahthan. Manakala pada nasab Arab Musta’ribah, al Faqih adalah cabang dari bangsa al Amudi
(disebut juga Bani Isa) dari Bani Umaiyah yang merupakan keturunan Umaiyah bin Abd asy-
Syam bin Abd al Manf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luay bin Ghalib bin
Quraisy (ataupun disebut Fihir).

Belum ditemukan adanya riwayat yang jelas berkenaan susunan nasab beliau kecuali satu catatan
yang ditulis oleh cucu beliau bernama Sayyid Haji Anuar bin Hashim al Aydrus, seorang Arab
Hadrami Sayyid. Ayah kepada Sayyid Anuar bernama Sayyid Hashim bin Alwi al Aydrus
bernikah dengan Wan Aminah binti Syaikh Ahmad Faqih al Makki, sekaligus adalah menantu
Syaikh Ahmad Faqih al Makki. Catatan Sayyid Anuar al Aydrus ini pula agak bercampur dan
diragui susunannya kerana ada terdapat nama ulama’ besar yang bukan bangsa Sayyid dan juga

63

bangsa Sayyid yang sepatutnya tidak bersambung antara satu dengan yang lain tetapi disatukan
di dalamnya. Catatan ini tidak dapat dipastikan keabsahannya sebagai catatan nasab keturunan
melainkan kemungkinan hanyalah sanad keilmuan atau tariqah. Catatan ini bersambung kepada
Saydatina Fatimah binti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dari atas ke bawah dan
diletakkan dibelakang nama Syaikh Ahmad Faqih al Makki dengan laqab al Makawi al Husaini
di nama terakhir sekali seperti berikut:

‘Haaza silsilah aammah bijami’i riwayah qutbil majiid as Sayyid Ahmad Faqih al Makki al
Hussaini…. bin as Sayyid Syaikh Muhammad Faqih bin as Sayyid Syaikh Ahmad Faqih bin
as Sayyid Syaikh Abdul Qodir Faqih bin as Sayyid Syaikh Ahmad Faqih al Makawi al
Husaini…‛

Walaubagaimanapun, secara jelasnya adalah Syaikh Ahmad al Makki sendiri membahasakan diri
dengan gelar ‘Syaikh’ dan bukan ‘Sayyid’ di dalam setiap tulisan beliau di dalam kitabnya.
Selain itu, beliau menamakan anak-anaknya baik yang lelaki mahupun perempuan dengan
prediket ‘Wan’. Sedangkan bangsa Arab Sayyid menggunakan gelar ‘Sayyid/Syed/ Wan’ untuk
lelaki dan ‘Syarifah’ untuk perempuan dan sudah menjadi kelaziman juga di Sarawak bangsa
Arab bukan Sayyid menggunakan prediket ‘Wan’ untuk lelaki dan perempuan. Hal ini
menunjukkan, beliau berkemungkinan besar bukan dari bangsa Arab Sayyid.

Syaikh Ahmad bin Abdul Qadir bin Muhammad Faqih al Makki dipercayai masuk ke Kuching
sekitar awal atau pertengahan kurun ke 19M. Ini didasari dengan catatan tarikh-tarikh yang
beliau nukilkan di dalam kitab-kitabnya. Beliau adalah seorang pedagang dan penda’wah yang
sangat ‘alim jika dilihat dari tinggalan kitab-kitab agama tulisan tangan beliau yang masih
disimpan warisnya. Melalui lisan cicit beliau, Wan Teridi bin Wan Abdul Hadi bin Wan Abdul
Halik bin Syaikh Ahmad Faqih al Makki, rumah asal Syaikh Ahmad Faqih al Makki masih
wujud di Kampung Gersik dan surat pembelian kayu perkakas rumah masih disimpan bertarikh
bulan Dzulhijjah 1302 Hijriah (sekitar tahun 1885 Masihi).

Antara penulisan awal yang ada menyebut tentang seorang ulama di Sarawak, dipercayai Syaikh
Ahmad Faqih al Makki adalah artikel tulisan Tuan Muhammad Haji Md. Daud, Pensyarah

64

Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertajuk ‘Dato’
Hakim Haji Abdul Rahman’ di dalam buku Islam dan Peranan Ulama-Ulama Sarawak
(mukasurat 51). Makalah ini diterbitkan 3 April 1988. Di dalam artikel tersebut ada
menyebutkan tentang seorang peniaga bangsa Arab yang datang dari Hijaz bernama ‘Al-Syeikh
Makkawi’ yang tiada lain merupakan guru utama kepada Datuk Hakim Haji Abdul Rahman bin
Haji Abang Berahim (1839-1890M) ataupun lebih dikenal dengan nama ‘Datuk Hakim Keramat’
yang bertanggungjawab menghantar beliau ke Makkah untuk melanjutkan pelajarannya. Laqab
‘al Makkawi’ di dalam artikel ini dipercayai dirujuk dari catatan Sayyid Anuar bin Hashim al
Aydrus cucu kepada Syaikh Ahmad Faqih al Makki.

Tarikh kewafatan beliau belum pernah ditemui pada mana-mana catatan termasuk di makam
beliau. Makam Syaikh Ahmad Faqih al Makki dahulunya ada dibina sebuah qubah. Namun
menurut Wan Teridi, lama-kelamaan tempat pemakaman beliau tidak terpelihara selama
beberapa puluh tahun dan menyebabkan tanda-tanda asal makam beliau tidak dapat ditemui lagi.
Walaubagaimanapun, nisan besar masih lagi wujud sehingga sekarang di tanah perkuburan
Kampung Gersik, tebingan Sungai Sarawak, Kuching.

Keluarga al Khatib

Bangsa al Khatib adalah termasuk dari golongan Arab Aribah kerana suku al Aus dan al Khazraj
yang disebut Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai golongan Anshor (penolong)
adalah bersambung nasabnya kepada Qahthan yang hijrah ke Yatsrib (Madinah) sekitar abad ke-
5 Masihi. Mereka adalah keturunan dari Haritsah bin Tsa’labah bin Amr bin Maziqi bin Ammar
Ma’lam bin Haritsah bin al-Ghatrif bin Amr al Qais bin Tsa’labah Mazan bin al Azad bin al
Ghoust bin Nabat bin Malak bin Zaid bin Kahlan bin Saba’ bin Yasjub bin Ya’rub bin Qahthan

Keluarga al Khatib sangat dikenali baik di alam Melayu lebih-lebih lagi di kota Hadramaut di
Yaman. Antara keluarga al Khatib yang terkenal mutaakhir adalah Syaikh Umar bin Abdullah al
Khatib yang menjadi panutan ummat khususnya di Singapura. Beliau masuk ke Singapura dari
Hadramaut, Yaman Selatan pada tahun 1935. Keluarga al Khatib di Hadramaut adalah dari

65

keturunan Abbad bin Bishr al Ausi al Ansori Radiyallahuanhu, salah seorang sahabat baginda
Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang wafat di Lisik, Hadramaut, Yaman.

Tentang sejarah yang tepat tentang bila masuknya keluarga al Khatib ke Kuching tidaklah
dijelaskan secara terperinci. Hanya sahaja yang diketahui berdasarkan lisan anak cucu yang
masih ada adalah Syaikh Abu Bakar bin Abdullah bin Muhammad bin Abdullah bin Ali al
Khatib yang pertama masuk ke Kuching Sarawak dari Batu Pahat, Johor. Sebahagian maklumat
menyebut beliau mempunyai beberapa orang isteri. Antaranya bernama Siti yang berasal dari
Singapura. Perkongsian hidup mereka mendapat enam orang anak. Kemudian Mariam yang
berasal dari Indonesia. Tidak dapat dipastikan apakah mempunyai anak atau tidak. Seorang lagi
isteri beliau bangsa Arab Hadrami marga Bajrai dikaruniai seorang anak perempuan.

Di Kuching Sarawak, Syaikh Abu Bakar al Khatib menikahi anak perempuan Syaikh Ahmad bin
Abdul Qadir Faqih al Makki yang bernama Wan Nor binti Syaikh Ahmad Faqih al Makki. Beliau
menetap di Kampung Gersik, Kuching sebelum kemudian hari sebahagian anak cucu beliau
pindah ke Leboh Jawa atau Kampung Jawa di Bandar Kuching. Melalui perkahwinan ini, Syaikh
Abu Bakar al Khatib mendapat dua orang anak bernama Wan Salmah binti Abu Bakar al Khatib
dan Wan Abdullah bin Abu Bakar al Khatib. Wan Salmah al Khatib ini kemudian hari menjadi
isteri kepada Syaikh Salleh bin Bador bin Tolib, seorang pedagang dan wulayti (Arab totok) dari
Mukalla di Hadramaut dan melanjutkan keturunan keluarga bin Tolib di Sarawak.

Wan Abdullah al Khatib pula tercatat dengan jelas nasab beliau di dalam naskah keluarga al
Khatib yang tersambung nasabnya kepada sohibul Jauharus Shaffaf, Abdurrahman bin
Muhammad bin Abdurrahman al Khatib, seorang ulama’ besar di Hadramaut sehingga ke Abbad
bin Bishr al Ausi al Ansori Radiyallahuanhu. Secara tepat melalui catatan ini ditulis tarikh
kelahiran beliau adalah pada 14 Sya’ban 1292 Hijriah, sekitar 140 tahun yang lalu. Berdasarkan
tarikh ini, bolehlah dianggarkan masuknya keluarga al Khatib ini melalui ayah Wan Abdullah
bernama Syaikh Abu Bakar bin Abdullah al Khatib adalah sekitar pertengahan atau pengakhiran
kurun ke 19M.

66

Keturunan dari bangsa al Khatib di Sarawak tidaklah asing, antaranya adalah penulis asal lirik
lagu patriotik ‘Sarawak Ibu Pertiwiku’ menjadi lagu rasmi Sarawak pada tahun 1988, iaitu Dato’
Haji Wan Osman bin Wan Hamid bin Wan Abdullah bin Syaikh Abu Bakar al Khatib.

Keluarga bin Tolib

Bangsa bin Tolib adalah bahagian dari Bani Kahlan keturunan Arab Aribah yang ada di
Hadramaut, Yaman. Keluarga bin Tolib adalah pecahan kecil Bani Kahlan dari keluarga Bani
Katsir (dikenal dengan al Katsiri). Bani Katsir merupakan keturunan Muhammad bin Sanafir bin
Muhammad bin Zaid bin Thariq dan bersambung sampai ke Ya’rub bin Qahthan. Keluarga al
Katsir ini terpecah menjadi al Katsiri Bait ad Daulah (al Katsiri Keluarga Sultan), al Katsiri al
Sanafir, al Ali bin Katsir, al Fadli, al Katsiri dan lain-lain. Bin Tolib pula dari pecahan al Katsir
al Sanafir dari Umar bin Amar bin Badr bin Muhammad asy Syanfiri al Katsiri.

Syaikh Salleh bin Bador bin Tolib lahir pada tahun 1866 di Mukalla, Hadramaut, Yaman
Selatan. Pada awalnya beliau masuk ke Singapura sekitar tahun 1926. Syaikh Salleh mempunyai
saudara bernama Syaikh Jaafar bin Bador bin Tolib. Bekenaan masuknya ke Kuching, Syaikh
Salleh bin Bador bin Tolib dipercayai ke sana tidak lama setelah sampai di Singapura.
Berdasarkan lisan waris beliau, Syaikh Salleh bin Tolib membawa masuk juga anak saudara
beliau bernama Syaikh Salim bin Jaafar bin Bador bin Tolib setelah beberapa waktu, apabila
mendapat khabar anak saudaranya ada di Indonesia pada waktu itu.

Di Kuching, Syaikh Salleh bin Tolib menjalankan perniagaanya di Lebuh India (India Street)
Kuching. Perniagaan ini kelak diwarisi anak beliau bernama Ahmad bin Syaikh Salleh bin Tolib
dan adiknya Abdurrahman bin Syaikh Salleh bin Tolib. Memandangkan Syaikh Salleh
mempunyai tempat di Lebuh India, maka anak saudaranya Salim bin Jaafar bin Tolib yang
datang dari Indonesia dibenarkan untuk tinggal di tempat pamannya. Akhirnya Syaikh Salim bin
Jaafar berpindah pula ke Sibu dan melahirkan anak-cucunya di sana yang mengembangkan
keluaga Arab Hadrami bukan Sayyid marga bin Tolib di Sibu pula.

67

Berkenaan nasab keluarga ini, hanya diketahui sampai ke Badar bin Tolib sahaja. Iaitu ayah
kepada Syaikh Salleh. Namun demikian, marga bin Tolib digunakan secara konsisten dan
mereka yaqin mereka adalah bangsa bin Tolib dari Hadramaut seperti yang dicerakahkan. Beliau
bernikah dengan Wan Salmah bin Syaikh Abu Bakar al Khatib, sekaligus cucu menantu kepada
Syaikh Ahmad Faqih al Makki juga.

Keluarga al Mar’ee

Marga al Mar’ee adalah jalur yang sama seperti bin Tolib iaitu dari Bani Katsir pecahan al
Katsiri al Sanafir. Hanya sahaja al Mar’ee adalah dari keluarga al Said (bin Said) al Fakhaid.
Seperti keluarga bin Tolib, suku ini merupakan pendukung utama Kesultanan al Katsiri sejak
awal sampai akhirnya kesultanan pada tahun 1967.

Sejarah masuknya keluarga ini ke Sarawak adalah dari Syaikh Abdul Karim bin Salmin bin Said
bin Hezam al Mar’ee, seorang pedagang yang berasal dari Bandung, Jawa Barat, Indonesia.
Tidak begitu banyak maklumat tentang Syaikh Abdul Karim bin Salmin al Mar’ee yang
diketahui melainkan beliau banyak melakukan perjalanan keluar masuk Sarawak-Indonesia pada
waktu tersebut. Setelah mengahwini Wan Sahrum binti Wan Abdullah bin Syaikh Abu Bakar al
Khatib, Syaikh Abdul Karim al Mar’ee pulang ke Bandung dan tidak didapati perkhabaran
darinya lagi. Satu-satunya anak lelaki beliau bersama Wan Sahrum al Khatib bernama Ibrahim al
Mar’ee tumbuh membesar lalu mengambil keputusan untuk ke Indonesia mencari ayahnya.
Ibrahim al Mar’ee telah bertemu ayahnya dan beberapa orang adik beradik beliau dari ibu yang
lain dan akhirnya menetap di sana agak lama. Ibrahim al Mar’ee bernikah dengan sepupu beliau
bernama Saadiah al Mar’ee di Bandung. Ayahnya, Syaikh Abdul Karim al Mar’ee pula wafat
pada tahun 1951.

Selama di Indonesia, Ibrahim bin Abdul Karim al Mar’ee sempat menjadi perajurit pada waktu
proklamasi merdeka Indonesia pada tahun 1945 sehingga 1950 dengan pangkat Sarjan (Sersan).
Setelah agak lama di sana, beliau mendapat perkhabaran yang kesihatan bondanya Wan Sahrum
al Khatib semakin menurun. Ibrahim al Mar’ee mengambil keputusan untuk terus menetap di
Kuching, tepatnya di Kampung Jawa baru yang sekrang dikenal dengan nama Kampung Pinang

68

Jawa, Gita Kuching. Setelah berlakunya konfrantasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1963, beliau
sudah tidak boleh berulang alik ke Bandung dan akhirnya mendapat kerakyatan Malaysia
bersama anak-anaknya setelah isterinya wafat di Indonesia sebelum beliau mengambil keputusan
untuk balik ke Kuching. Hasil perkongsian hidup dengan Saadiah al Mar’ee, mereka dikaruniai
dua orang anak bernama Yusuf bin Ibrahim al Mar’ee dan Noraini binti Ibrahim al Mar’ee iaitu
isteri kepada Wan Teridi bin Abdul Hadi cicit kepada Syaikh Ahmad Faqih al Makki.

Nasab Syaikh Abdul Karim bin Salmin al Mar’ee seperti yang tercatat di dalam simpanan Wan
Teridi dan isterinya Noraini al Mar’ee adalah seperti berikut:

Abdul Karim bin Salmin bin Said bin Hezam bin Umar bin Jaafar bin Badar bin Abdullah
bin Marie /Mar’ee bin Said bin Umar…

Ibrahim bin Abdul Karim al Mar’ee atau lebih dikenal dengan panggilan ‘Ammi Aim’ wafat
pada 17 Disember 2004 dan dimakamkan di perkuburan Kampung Pinang Jawa, Kuching. Satu-
satunya anak lelaki beliau, Yusuf bin Ibrahim al Mar’ee menjadi penerus nasab keluarga al
Mar’ee di Sarawak.

Tradisi Dan Budaya Keluarga Arab Hadrami di Sarawak

Gelaran Nama Keturunan

Predikat nama ataupun frasa yang menerangkan sesuatu terkait gelaran keturunan bapa di
Malaysia menunjukkan garis keturunan seseorang itu seperti gelaran Raja, Megat, Syed, Sayyid,
Syarifah, Nik, Sheikh, Wan dan sebagainya. Berbeza di Indonesia, khususnya di Kepulauan
Jawa, gelaran nama mengikut garis bapa ini tidak dibenar untuk diletakkan di dalam kad
pengenalan diri (atau Kartu Tanda Penduduk) kerana dikhuatiri menghakis semangat bangsa
yang dipegang oleh mereka semenjak sekian lama.

Bagi keluarga Arab Hadrami di Sarawak, ada dua kelompok yang mudah dikenal berdasarkan
gelaran nama keturunan ini. Kelompok yang pertama adalah Arab Hadrami Sayyid. Mereka
secara turun temurun menggunakan gelar Tuanku, Wan, Syed ataupun Syarif bagi lelaki dan

69

Syarifah untuk perempuan sebagai gelaran panggilan yang khusus. Hal ini mungkin sedikit
berbeza dengan gelaran panggilan asal mereka di Hadramaut yang biasa dipanggil Habib atau
Sayyid untuk lelaki dan Hubabah atau Syarifah untuk perempuan.

Penggunaa ‘Tuanku’ sebagai contoh, merupakan terjemahan kepada kata ‘Sayyidi’ yang
bermaksud ‘Tuan Saya’ atau ‘Tuan Aku’ yang dipendekkan menjadi ‘Tuanku’. Antara golongan
ini yang dikenali adalah Gabenor Sarawak yang kedua iaitu Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji
Bujang bin Tuanku Osman al Aydrus. Penggunaan gelaran ini juga untuk lelaki adalah mengikut
senioriti atau umur lelaki tersebut. Jika masih muda dan kecil dipanggil dengan gelaran ‘Wan’.
Setelah meningkat dewasa dan dituakan di dalam kelompok keluarga, maka mereka layak
mendapat gelaran ‘Tuanku’ pula. Hal ini berlaku hanya di Sarawak sahaja. Berdasarkan catatan
silsilah pula kebanyakkan mereka menulis dengan gelar panggilan ‘Tuanku Sayyidus Syarif’.
Namun demikian, tidak terdapat perbezaan yang ketara dengan penggunaan Syarifah oleh pihak
perempuan kecuali ejaan yang terkadang tidak konsisten seperti ‘Sheripa’, ‘Seripah’ ataupun
‘Sharifah’.

Kelompok yang kedua pula adalah Arab Hadrami bukan Sayyid. Sebahagian menyebut mereka
dengan kelompok ‘Bangsa Wan’ ataupun tepatnya keluarga Syaikh Arab. Bagi membezakan
gelaran panggilan Wan kelompok ini terhadap kelompok yang pertama, maka gelar Wan ini
digunakan juga bagi pihak perempuan. Sebagai contoh, anak-anak perempuan Syaikh Ahmad bin
Abdul Qodir Faqih al Makki, seperti Wan Nor binti Syaikh Ahmad Faqih al Makki (isteri Syaikh
Abu Bakar bin Abdullah al Khatib) dan Wan Aminah binti Syaikh Ahmad Faqih al Makki (isteri
Sayyid Hashim bin Alwi al Aydrus). Begitu juga keluarga al Khatib iaitu Wan Sahrum binti Wan
Abdullah al Khatib (isteri Syaikh Abdul Karim al Mar’ee) dan Wan Salmah binti Syaikh Abu
Bakar al Khatib (isteri Sayikh Salleh bin Bador bin Tolib) dan ramai lagi di Kuching khususnya
dan di seluruh pelusuk negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, kerana terdapat sedikit persamaan
dengan penggunaan ‘Wan’ bagi pihak lelaki, tidak sedikit masalah yang timbul dikemudian hari
apabila keluarga ‘Bangsa Wan’ atau Arab Syaikh ini terkadang terkeliru sehingga meletakkan
gelaran Sayyid untuk anak lelaki dan Syarifah untuk anak perempuan.

70

Panggilan Keluarga

Orang Hadramaut, sekalipun sudah hidup jauh dari negerinya bahkan sudah bergenerasi-generasi
hidup di negeri orang, secara umumnya masih tetap mempertahankan kebiasaannya terutama
dalam pergaulan di lingkungan keluarga atau dengan sesamanya. Panggilan terhadap anggota
keluarga dan famili masih banyak yang tetap menggunakan bahasa Arab. Bapa atau ayah biasa
dipanggil Abah, Walid, Abi, Abuya. Ibu pula dipanggil Ummi, ayah saudara dari pihak bapa
dipanggil Ammi atau Amah (Ammati) untuk ibu saudara. Ayah saudara dari pihak ibu dipanggil
Khali atau Khala untuk ibu saudara. Datuk dipanggil Jiddi, nenek dipanggil Jiddah. Ana untuk
saya, Anta untuk anda, Antum untuk kalian atau sebagai tanda hormat kepada lawan bicara dan
sebagainya.

Namun demikian, panggilan ini berbeza juga mengikut tempat kerana sedikit sebanyak terdapat
asimilasi terhadap budaya masyarakat setempat. Di Sarawak, hampir tidak kedengaran lagi
penggunaan Ana dan Anta melainkan kebiasaan menggunakan Ulun untuk saya atau Ripun
(Dirik mpun) untuk awak. ‘Ulun’ di sini bukanlah seperti penggunaan yang dimaksudkan dalam
bahasa Melayu Sarawak atau Iban yang bermaksud hamba abdi (yang mengikut telunjuk), tetapi
pinjaman dari Bahasa Banjar (Kalimantan) yang bermaksud patik sebagai penghormatan
terhadap orang yang lebih tua. Panggilan bagi ibu saudara adalah Ibu baik dari pihak bapa
ataupun ibu/ emak, kakak dipanggil Embok. Selain itu, penggunaan Ammi untuk bapa saudara
dari pihak bapa mahupun ibu dan Abah untuk bapa adalah sama seperti kebiasaan di tempat lain.
Baik keluarga Arab Hadrami Sayyid ataupun bukan Sayyid panggilan ini tidak banyak berbeza
di Sarawak.

Perkahwinan Sekufu (Kafaah Nasab)

Antara budaya atau kebiasaan lain yang cukup menonjol adalah kebiasaan membawa status
sosial sewaktu di negeri asal yang masih diamalkan sehingga sekarang khususnya tentang
pernikahan. Dalam perkara ini, keluarga Arab Hadrami Sayyid sangat ghirrah dan cemburu
terhadap kelansungan keturunan mereka dikhuatiri terputus dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa

71

Sallam sehingga boleh dikatakan hampir mustahil bukan Sayyid dapat mempersunting wanita
dari golongan Sayyid sehingga tahun 1960-an. Orang tua para syaraif lebih memilih untuk anak
perempuan mereka tidak menikah seumur hidup daripada harus bernikah dengan bukan Sayyid.
Hal ini disinggung oleh Ranee Margaret (1913) di dalam bukunya My Life in Sarawak
mukasurat 31;

‘Seripa Madjena’s husband was also a Serip, for female descendants of Prophet may not
marry out of their rank, although Serips may marry whom they please’

Tidak terikat kepada Hadrami Sayyid, Arab Hadrami bukan Sayyid juga begitu menjaga
keturunan mereka dan lebih cenderung untuk mencari pasangan sesama sendiri. Sungguhpun
demikian, dikarenakan pada awal kedatangan wulayti (Arab totok) sulit untuk menemukan
pasangan sekufu nasabnya, mereka juga menikahi wanita tempatan dan melahirkan muwallad
(Arab peranakkan) yang seterusnya membawa jalur keturunan mereka sehingga sekarang.

Penutup

Kajian di atas adalah sebahagian kecil yang telah dikhususkan untuk masyarakat Arab Hadrami
bukan Sayyid. Sumber penulisan seperti catatan-catatan lama masih belum sepenuhnya diteliti
bagi mendapatkan lebih banyak maklumat tentang golongan ini dan peranan mereka di dalam
penyebaran Islam. Kitab-kitab dan catatan tulisan tangan yang nadhir ini berusia antara 100 ke
200 tahun mengandungi pelbagai ilmu yang kelak boleh dijadikan asas dan dikembangkan
kepada kajian pensejarahan Islam khususnya di Sarawak.

72

Rujukan

Buku, Jurnal dan Artikel

Al-Abdali, A.F Hadiyat, az Zaman fi Akhbar Muluk Lahaj wa Adan (History of Kings of Lahaj & Aden).
(A)

Al-Alawi, S.H., Tarikh Hadramawt (History of Hadramawt). (A) 2 vols. 1968

Al-Amri, H.A. Mi’at ‘am min Tarikh al Yaman al Hadith (History of Yemen 17 & 1800’s). (A)’84
Al-Amri, Husayn, Yemen in The 18th and 19th Centuries, 1985

Al-Asybal, Badr ad-Din Abu, Mukhtashar Kitab ad-Dur wa al Yaqut fi Ma’rifah Buyutat Arab al Mihjar
wa Hadramaut (Bani Kindah), (Syirkah Kunuz al Ma’rifah, 2001 M./1421.H)

Abang Mohd. Atei Medaan. (2006). Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, 40 Kemusykilan Agama Siri Ke
Dua. Sarawak: Jabatan Agama Islam Sarawak.

Habib Abdurrahman bin Muhammad al Masyhur. (t.t). Kitab Syamsuz Dzahirah.

H. Abdul Malik Karim Amrullah HAMKA. (1974). Panji Masyarakat.

H.M.H Al Hamid Al Husaini. (1998). Keagungan Rasulullah SAW dan Keutamaan Ahlulbait. Bandung:
Pustaka Hidayah.

Sabine Baring-Gould, C.A Bampfylde. (1909). A History of Sarawak Under Its Two White Rajahs 1839-
1908. London: Henry Sothen & Co

Arai, Kazuhiro (2004). Arabs who traversed the Indian Ocean: The history of the al -'Attas family in
Hadramawt and Southeast Asia, c. 1600--c. 1960. Michigan: University of Michigan

Cresswell, John W.(1994). Research Design: Qalitative and Quantitative Approaches. Singapore: Sage
Publication

Mahayudin Yahaya (1984). Sejarah Orang Syed di Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhammad Naquib, Al Attas (2011). Historical Fact and Fiction. Johor Bahru: UTM Press

Sabine Baring-Gould, C.A Bampfylde. (1909). A History Of Sarawak Under Its Two White Rajahs 1839-
1908. London: Henry Sothen & Co

Sanib Said. (1991). Yang Dikehendaki: Biografi Yang Di-pertua Negri Sarawak Tun Ahmad Zaidi Adruce
Mohd. Noor. Kuching: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak

__________. (2012). Sejarah Awal Kepulauan Melayu: Lima Buah Negeri Warisan Sarawak Yang
Hilang. Jurnal CREAM-Current Research in Malaysia, Vol.1, No.1

73

Sulaiman, Haji Mohd. Hasbie (1989). Perjuangan Anti-Cession Sarawak. Kuching: Persatuan
Kebangsaaan Melayu Sarawak.

Thomas Stamford Raffles. (2010). History of Java. London: Cambridge University Press.
W. Ariffin Y. & S. Anom O. (2006). Islam dan Pengaruhnya di Brunei Darussalam. dalam

Perkembangan Islam di Nusantara. Shah Alam: UPENA UiTM
Sir Spenser St. John (1879) Life of Rajah Brooke:William Blackwood and Sons
Awang Asbol Awang Mail. (2014). Persejarahan Brunei, Unsur dan Faktor Persejarahan

Brunei:PTS Akademia
__________. (2016). Kesultanan Melayu Brunei dalam Konflik Mukah pada Abad ke-19, Satu

Perbandingan antara Perspektif Sumber Barat dan Tempatan: Universiti Brunei Darussalam
Ib Larsen (2012). The First Sultan of Sarawak and His Links to Brunei and The Sambas Dynasty, 1599-

1826: A Little-Known Pre-Brooke History.
Al-Atas, Syed Faris, Hadhramaut and Hadrami Diaspora
Al-bab.com, Ancient History of Yemen,
Al-Gadri, Mr. Hamid, Mengarungi Indonesia.
Al-Kaf, S.A., Hadramat Through 14 Ceturies. (A) 1990
Al-Katsiri, Hasan Abdullah al-Barqi, Mukadimmah fi Ansab wa Asy’ar Qobailah al-Katsiri al-

Hamdaniyah, (2008 M./1429 H)
Madjid Hasan Bahafdullah, H.A. (2010). Dari Nabi Nuh alaihissalam Sampai Orang Hadramaut di

Indonesia: Bania Pulishing
Catatan-catatan, mansukrip lama keluarga al Khatib & Syaikh Ahmad Faqih al Makki

Temubual
Haji Wan Teridi bin Wan Hadi (2019)
Hajjah Noraini bin Ibrahim al Mar’ee (2019)

74

Makalah Seminar 2
Samsol Morshidi Bujang

KEARIFAN LOKAL MELAYU:
PEMAKMURAN SARAWAK DARI ASPEK GOVERNANS DAN KEBUDAYAAN

Samsol Bin Morshidi Bujang**

Abstrak
Kajian Manuskrip di Sarawak agak baru. Kajian terhadap manuskrip secara berfokus bermula
pada awal abad ke-21 atau lebih tepatnya lagi pada tahun 2005 selepas Muzium Sarawak
menerbitkan sebuah kajian tentang dua manuskrip dari Sarawak oleh Allen Maxwell dan Sanib
Said dalam Malay historical writings: Two manuscripts from the Sarawak Museum kajiannya
tertumpu kepada sumber manuskrip dan manfaatnya terhadap bidang Sejarah. Masyarakat
Melayu mempunyai kebudayaan menulis yang agak lama berbanding dengan pribumi lainnya.
Dalam abad ke-16 Pengaruh Brunei dalam sistem politik di Sarawak agak jelas dengan
pelantikan sistem pembesar yang kemudiannya diadaptasi pada zaman moden. Terdapat
beberapa naskah manuskrip tempatan yang dikaji mutakhir ini oleh sejarahwan dan pelajar
sejarah dari Sarawak. Manuskrip-manukrip ini bertulisan Jawi seperti Syair Tarsilah Cetera
Abang Godam Dangan Temenggong Qadir Negeri Saribas (1900) , Hikayat Datuk Merpati
(1936), Syair Datuk Merpati (1868), dan Sejarah Banting (1900 ). Kesemua manuskrip ini
adalah warisan Melayu Sarawak yang sangat bernilai dalam memperkenalkan pensejarahan
Sarawak dan pandang alam Melayu Sarawak. Namun yang paling awal ialah Syair Datuk
Merpati yang menceritakan tentang kehadiran seorang putera dari Jawa yang bernama Merpati
dan melahirkan zuriat keturunan perabangan di Sarawak yang sehingga sekarang mendominasi
kelompok pentadbir di Sarawak. Oleh kerana itulah kajian ini akan merangkumkan peranan

** Siswazah Institut Pengajian Borneo, Universiti Malaysia, Sarawak. Menjawat jawatan sebagai Penolong
Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Tajuk Kajian Sarjananya ialah Historiografi Melayu Sarawak dalam
Hikayat Datuk Merpati. Penulis boleh dihubungi melalui emel: [email protected]

75

manuskrip-manuskrip berbentuk sejarah di Sarawak khususnya Syair Datuk Merpati dalam
membentuk kerangka pentadbiran dan politik orang-orang Melayu di Sarawak.

Kata Kunci : Pensejarahan Melayu , manuskrip ,warisan, perabangan , pentadbiran, Melayu
Sarawak

Pengenalan

Kajian terhadap sumber manuskrip di Sarawak bermula agak lewat. Begitu juga dengan
pensejarahannya terutama sekali dalam konteks kajian manuskrip. Manuskrip sangat penting
dalam pensejarahan sesuatu bangsa. Kerana catatan yang dicatatkan merupakan bukti terhadap
banyak aspek kebudayaan mereka. Catatan ini bukan sahaja menggambarkan sejarah, namun
merangkumi aspek politik, budaya, sosial, agama dan interaksi masyarakat yang berada dalam
lingkungan manuskrip itu ditulis.

Manuskrip juga bukanlah sesuatu yang bersifat budaya mahupun cerita semata. Selain syair dan
hikayat, ia meluas kepada surat-menyurat, hukum dan undang-undang, salinan preskripsi, kitab
agama, teori atau rumus perubatan, dan sebagainya yang ditulis oleh pakar dalam bidang mereka.
Perkara yang paling mustahak dalam penulisan manuskrip ialah ia ditulis menggunakan tulisan
Jawi mahupun tulisan Rencong dan Sanskrit. (Zakaria, 2012)
Di Sarawak mahupun Malaysia amnya, pengkajian manuskrip Melayu merupakan tunjang utama
kepada pensejarahan kebangsaan. Kesedaran terhadap kajian manuskrip di Malaysia bukan
sahaja terbatas terhadap penyelidik akademik malahan merangkumi kelompok masyarakat yang
prihatin terhadap pensejarahan.

Selayang Pandang Masyarakat Melayu di Sarawak

Masyarakat Melayu di Sarawak membentuk 24 peratus daripada jumlah populasi penduduk di
Sarawak. Orang Melayu Sarawak mendiami kawasan pesisiran pantai dan bandar-bandar utama
di Sarawak termasuklah di kawasan pedalaman seperti Song, Belaga dan Baram. Interaksi

76

kehidupan mereka menjadikan mereka begitu dinamik dengan masyarakat bumiputera dan bukan
bumiputera yang lain. Kehidupan ini menjadikan masyarakat Melayu di Sarawak sebagai
kelompok bangsa yang boleh dipercayai dan dihormati kerana sikap penerimaan mereka
terhadap bangsa atau etnik lain selain daripada mereka. Masyarakat Melayu Sarawak juga terdiri
daripada dua tiga kelompok iaitu digelar Melayu Asal atau Jati, Melayu Datang atau Dagang dan
orang yang memeluk Islam dan berasimilasi dengan orang Melayu sehingga menganggap diri
mereka sebagai orang Melayu Sarawak. (Jeniri, 2014)

Melayu Jati Sarawak dikatakan berasal daripada keturunan Raja Jarom yang memerintah
Santubong pada abad ke-14 Masihi. Anak-anak Raja Jarom ialah Datu Sabtu, Datu Kembali,
Datu Permaisuri, Datu Trawoh, Datu Makam, Datu Lenggang dan Datu Pengetahuan. (Achie,
2009) Anaknya yang bernama Datu Permaisuri yang tinggal di Serawak menikahi seorang anak
raja Jawa bernama Merpati Mereka inilah yang mewujudkan satu bentuk pentadbiran di negeri
Sarawak yang kemudiannya digelar Perabangan.1 Keduanya mereka yang bersama-sama
mengikuti perjalanan Sultan Tengah semasa menjadi Sultan di Sarawak Asal dan menetap di
Sarawak sehingga mempunyai keturunan dan zuriat mereka. Mereka ini banyak menetap di
Kuching dan Samarahan.

Selain itu, Melayu jati juga terdapat di Samarahan yang berasal dari leluhur keturunan Datu
Trawoh yang kemudiannya menyebar melalui anaknya Datuk Bukar Timang Serin yang menetap
di hulu Batang Samarahan. Begitu juga di Saribas, orang Melayunya berasal dari leluhur Abang
Godam yang berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau. Kumpulan Melayu ini membentuk
kumpulan terbesar Melayu pesisiran. Ada juga Melayu dari Brunei, Kapuas dan Sambas yang
mendiami Sarawak sejak zaman Kesultanan Brunei dan bilangan mereka agak kecil yang
merupakan Melayu jati atas faktor penglibatan mereka dalam urusan pentadbiran di Sarawak
Lama khususnya di Kawasan Sadong Hulu, Lundu, Saribas, Bintulu, Baram, Limbang, Lawas
mereka ini dikenali sebagai Perabangan dan Pangeran.

11 Golongan Perabangan merupakan keturunan daripada Datuk Merpati Jepang yang bernikah dengan Dayang
Murdiah Binti Abang Adi seorang penguasa di Santubong. Golongan ini memainkan peranan utama dalam politik
Sarawak sejak era Kesultanan Melayu Brunei hingga penjajahan Kolonial British di Sarawak pada 1 Julai 1946.

77

Golongan kedua orang-orang Melayu ialah mereka yang datang ke Sarawak atas faktor merantau
kerana berdagang atau berpindah dari satu wilayah dalam Dunia Melayu atau di pedagang dari
Negara Arab dan Selatan Asia dan kemudiannya menetap di Sarawak pada atau sebelum zaman
pemerintahan Rajah-rajah Putih. Generasi sesudah mereka ini terkenal dalam bidang perniagaan,
pendidikan, keagamaan dan juga pekerja kerajaan . Wilayah-wilayah asal mereka termasuklah
dari Sumatera, Singapura, Tanah Melayu, Kepulauan-kepulauan Riau, Kalimantan, Jawa dan
Sulawesi. Gelombang kehadiran mereka ini menguatkan lagi pengaruh orang-orang Melayu
termasuklah menambah kerencaman budaya Melayu di Sarawak. Antara mereka yang terkenal
ialah Muhammad Syawal, Muhammad Rakawi Yusuf, Johari Anang, Rosli Dhoby dan
sebagainya.

Golongan ketiga ialah mereka yang menganut agama Islam dan berasimilasi dengan orang-orang
Melayu sehingga menerima budaya Melayu seperti Seru, Pego dan Jati Miriek. Semasa
kehadiran Brooke lagi, mereka menyifatkan diri mereka sebagai orang Melayu Golongan ketiga
ini tidak sama dengan kaum yang menganut Islam dan berada dalam ruang lingkup kebudayaan
Melayu atau mualaf. Golongan mualaf kebanyakannya tidak menerima 100 peratus kebudayaan
Melayu. Malah mereka mempertahankan kebudayaan mereka selagi mana tidak bertentangan
dengan ajaran agama Islam.

Kesimpulannya masyarakat Melayu di Sarawak dapat digolongkan kepada tiga golongan iaitu
Jati, Dagang dan melalui asimilasi kebudayaan kelompok minoriri kepada budaya Melayu.

Pensejarahan Melayu di Sarawak

Pensejarahan Sarawak sebenarnya tidak terhenti kepada kajian bersifat umum. Ia seharusnya
dikaji secara lebih terperinci mengikut latar zaman dan kebudayaan setempat yang bermula
daripada era perdagangan di Alam Melayu sehinggalah kepada tahun-tahun terakhir Penjajahan
Brooke di Sarawak pada tahun 1941. Penulisan yang bermula pada 1867 dalam Hikayat
Panglima Nikosa merupakan rantaian filologi yang dikaji bagi mengkaji pensejarahan Sarawak
ditambah dengan maklumat-maklumat yang terdapat dalam penulisan selain daripadanya.

78

Dalam mengkaji untaian ini, maka naskah-naskah yang lain ditemukan merangkumi cerita-cerita
hikayat, lagenda,mitos mahupun epik yang membentuk pensejarahan sesuatu peradaban. Naskah-
naskah inilah menjadi subjek bagi kajian bagi merungkai satu persatu keadaan yang berlaku
seperti apa yang tertulis. Kemudian ia dipadankan dengan fakta-fakta yang sudah dibuktikan
oleh penulisan yang lepas.

Melalui kajian yang dibuat, Borneo Literature Bureau pernah menerbitkan sejarah oral dalam
bentuk penulisan antara penulisan yang menarik yang pernah diterbitkan ialah Kisah Datuk Pata
(KDP) yang ditulis oleh Abang Abd. Razak Bin Abang Medaan, yang juga penulis Kisah Datuk
Merpati (KDM). Penulisan-penulisan sebegini merupakan sumber pengetahuan orang-orang
Melayu Sarawak dalam mengukuh jati diri dan semangat cintakan sejarah bangsa mereka.

Dalam mengkaji pensejarahan di Sarawak khususnya pensejarahan Melayu, perkara pertama
yang dilakukan ialah mencari tema yang mampu mengangkat kajian itu menjadi sesuatu yang
bermakna dan berwibawa. Tema yang dipilih merangkumi tema sosial dan budaya politik pada
masa itu yang mementingkan keakraban dalam kelompok bangsawan.

Kajian manuskrip Melayu di Sarawak agak terkebelakang jika dibandingkan dengan wilayah-
wilayah lain di Alam Melayu. Bahkan di Semenanjung Malaysia, penyelidikan manuskrip
Melayu adalah rutin bagi setiap penyelidik sastera mahupun sejarah yang inginkan kepastian
mengenai pensejarahan bangsa dan kebudayaan mereka. Nilai manuskrip Melayu yang diselidik
oleh pengkaji di segenap pelusok dunia merangkumi pelbagai bidang termasuklah bidang
perubatan seperti yang terdapat dalam Kitab Tayyib al-Ihsan fi Tibb Al- Insan karya Sheikh
Ahmad al- Fatani. (Faisal, 2007)

Pada tahun 2005, seorang pengkaji etnik dari Amerika bernama Allen Maxwell telah mengkaji
dua naskah manuskrip di Muzium Sarawak iaitu Manuskrip Rangau dan Manuskrip Salsilah
kedua-duanya disalin oleh seorang bernama Haji Yusuf masing-masing pada tahun 1948 dan
1949.2 Kedua-dua manuskrip ini mempunyai kaitan dengan pentadbiran awal Kesultanan Brunei

2 Sanib Said mengatakan bahawa Haji Yusuf ialah Mohammed Yusuf Shibli yang merupakan penyusun kepada
Salasilah Perabangan di Muzium Sarawak pada awal zaman selepas Perang Dunia Kedua.

79

pada abad ke-14 Masihi yang diketuai oleh Awang Alak Batatar dan 13 lagi saudaranya.3 (Allen
Maxwell, 2005)

Penulisan manuskrip Melayu bertulisan Jawi di Borneo bermula sejak awal kemunculan Brunei.
Penulisan ini lebih kepada penulisan warkah istana kepada Sultan-sultan yang akrab dengan
kerajaan Kesultanan Melayu di Brunei dan Surat Sultan kepada kepada Sepanyol yang sudah
menguasai Manila seperti yang berlaku antara surat Sultan Jaliul Akbar kepada Don Francissco
Tello 1599 yang memperakukan hubungan diplomatik antara Brunei dan Sepanyol di Manila.
Tradisi ini berkembang pesat memandangkan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun
1511 meninggalkan tradisi penulisan Melayu-Jawi dan Bahasa Melayu yang masih lagi dianggap
sebagai lingua-franca Alam Melayu walaupun dihimpit oleh masalah penaklukan dunia Barat ke
atas Alam Melayu sehingga abad ke-19 Masihi.

Sanib Said membahagikan Zon Penulisan Manuskrip Jawi di Borneo kepada tiga Zon Budaya
iaitu, Zon Budaya Kalimantan, Zon Budaya Utara Borneo dan Zon Budaya Filipina . Sarawak
secara terangkum berada di kedudukan yang yang bersamaan dengan Brunei di Zon Budaya
Utara Borneo. (Sanib, 2014)

Berbeza dengan Brunei yang telahpun terdapat manuskrip dan pensejarahannya merupakan satu
pensejarahan yang sangat panjang bermula pada awal abad ke-15 lagi. Sarawak agak ketinggalan
iaitu kurang lebih 300 tahun selepas itu. Penulisan manuskrip pula melibatkan dua pengaruh
penulisan iaitu, penulisan Barat yang bertulisan rumi dan penulisan tempatan yang bertulisan
Jawi.

Penulisan manuskrip amat penting dalam memperkatakan tentang pensejarahan sesuatu kawasan.
Walau bagaimanapun kaedah konservasi yang diamalkan oleh para pentadbir Inggeris di
Semenanjung Malaysia tidak berlaku di Sarawak. Sebaliknya di Sarawak konservasi terhadap
hidupan liar dan botani lebih diberi tumpuan khususnya oleh Charles Brooke pada kurun ke-19
Masihi. Di Brunei, Sweeny dalam menghasilkan Silsilah Raja-Raja Berunai (SRB) juga agak

3 Saudara-saudara Awang Alak Batatar ialah Awang Semaun, Patih Merbai, Patih Mambang, Patih Tuba, PATIH
Sangkuna, Patih Menggarun, Patih Malakai, Patih Pahit, Demang Sari, Patih Sindayung, Damar Lebar Daun, Hapu
Awang, dan Patih Laila Langgung.

80

jauh terkebalakang iaitu pada tahun 1968. Tetapi ledakan historiografi Brunei sepanjang tahun-
tahun tersebut sehingga mutakhir mengambil tempat dalam pensejarahan Brunei pada kurun ke-
20 dan ke-21 Masihi yang kemudiannya diteruskan oleh anak-anak Brunei sendiri seperti Pehin
Dr Jamil Al-Safri yang menghasilkan Tarsilah Brunei iaitu rangkuman sejarah Brunei dari masa
awal pemerintahannya sehinggalah kepada zaman kedatangan James Brooke ke Sarawak pada
tahun 1841.

Secara tuntasnya, penulisan manuskrip Melayu di Sarawak masih lagi dipengaruhi oleh
peradaban Melayu Brunei dan berpaksi kepada negara tersebut. Walau bagaimanapun,
segolongan terpelajar di Sarawak akhrnya boleh menterjemahkan sejarah orang Melayu Sarawak
mengikut acuan tempatan dan sudut pandang mereka berfokus kepada pensejarahan tempatan
yang didasari dengan penceritaan turun-temurun melalui sumber lisan dan sumber utama
daripada naskah manuskrip yang disimpan secara turun-temurun oleh generasi pemerintah lokal.

Sistem Pentadbiran Melayu di Sarawak Berdasarkan Manuskrip-manuskrip Melayu
Sarawak

Sebelum kehadiran James Brooke ke Sarawak, sudah wujud sistem pentadbiran yang tersusun di
negeri Sarawak. Di Sarawak Asal, yang kini dikenali sebagai Bahagian Kuching, tiga orang
pembesar mengikut aliran sungai Sarawak sepanjang lebih 200 Kilometer. Mereka mengetuai
suku-suku mendiami sepanjang tebing sungai tersebut seperti yang dinukilkan oleh James
Brooke,

The Orang Bunsi are governed by the Patingi
The Awang-awang are governed by Bandar
The Hamba Rajah are governed by the Temenggong
The right hand as well as the left hand rivers, and the various
Dyak tribes residing in them with the exception of Ningy on
the right hand, and Li Nankan and Thana on the left, are

governed by the Patingi.
Lingey, a Dyak tribe, on the right hand river; and Li Nankan

81

and Thama, Dyak tribes, on the left hand river, are governed
by the Bandar. Towards the sea, and Dyak tribes are residing ,

are governed by the Tumangong. (Templer, 1853)

Malahan, sehingga kepada pemerintahan James Brooke pentadbiran tradisional ini dikekalkan
dan diterima oleh penguasa tersebut dan menyerahkan hak kepimpinan orang-orang Melayu di
bawah kekuasaan Patinggi, Temenggung dan Bandar.4

Sarawak merupakan sebuah wilayah dalam Kesultanan Brunei dan digelar sebagai kerajaan dan
setaraf dengan kerajaan-kerajaan lainnya seperti Kalaka, Saribas, Sikarong (Sekrang?),
Samarahan dan Mukah seperti yang ditulis dalam Silsilah Raja-raja Brunei. (Sweeney, Amin,
1998) Begitu juga sistem pentadbirannya yang berkiblatkan Brunei dan menerima pelantikan
daripada Sultan yang bertahta di Brunei Darussalam. Pelantikan Menteri-menteri Pedalaman di
Sarawak melicinkan pentadbiran Brunei di Sarawak dengan pemberian ufti dijalankan dengan
penuh istiadat di Kalaka. Di Kalaka, Sultan akan bertahta dan menerima ufti daripada Kerajaan-
kerajaan yang dipayungi oleh baginda sebagai simbol taat dan penerimaan kedaulatan Brunei.

Di dalam Negarakretagama, Serawak dikenali sebagai Sawaku merupakan sebuah wilayah di
Nusantara yang menjadi „idaman‟ raja-raja Majapahit terutamanya Hayam Wuruk dan
Mahapatih Gadjah Mada dalam mencapai hasrat Sumpah Palapa mereka. Begitu juga Sarawak
pernah disebut dalam pelbagai catatan Barat dan Timur dengan pelbagai nama seperti Kin-li-pi-
che (Girivijaya), Vijayapura, Puchavarao, Fu Che Pu Lo, Pu Lo Chong, Java Minor dan Iabidao
merupakan toponim yang berdasarkan kedudukan geografinya dan sumber bahan galian yang
kaya dan kemudiannya menjadi sumber ekonomi negara kota yang memanipulasikannya sebagai
sumber kekayaan.

Kekuasaan Kesultanan Melayu Brunei di Sarawak adalah bersistem. Sistem yang menaungi
sebuah kerajaan berdasarkan kosmologi alam Melayu yang berpusatkan Kesultanan. Setiap

4 Pelaksanaan Sistem Pemerintahan Tradisional di Sarawak era Brooke masih diketuai oleh kelompok Siniawan
yang dipimpin oleh Datuk Patinggi Ali. Pada 1867, Council Negri ataupun Majlis Negeri ditubuhkan bagi
meningkatkan penyertaan semua kaum dalam pelaksanaan pentadbiran negeri.

82

tahun, Sultan akan ke sebuah negerinya bernama Kalaka5 untuk menerima persembahan hasil
memupu dan cukai daripada kerajaan-kerajaan yang berada di bawah naungannya. Tradisi ini
sendiri dirakamkan oleh Datuk Imam Yaakub dan Datuk Perdana Menteri Haji Abdul Latif di
atas perintah Sultan Muhiuddin, Sultan Kamaluddin dan Sultan Muhammad Tajuddin untuk
menulis sebuah karya sejarah yang digelar sebagai Silsilah Raja-raja Berunai pada tahun-tahun
1735 hingga tahun 1807.

James Brooke pernah menulis dalam jurnal dan suratnya tentang pelaksanaan Undang-undang
Jenayah Masyarakat Melayu di Siniawan adalah berteraskan kepada Undang-undang Adat.
Walaupun tidak disebut sebagai hudud dan takzir, namun perlaksanaannya sesuai dengan
undang-undang Islam tersebut seperti contoh, sekiranya orang merdeka membunuh seorang yang
merdeka, maka hukumanya ialah bunuh, manakala mencederakan seseorang pula dikudungkan
tangan kanannya sekiranya tidak membayar sebanyak 60 riyal dan 6 suku dalam masa empat hari
selepas tarikh hukuman. Undang-undang ini kemudiannya diwariskan kepada pemerintahan
James Brooke namun tidak pernah digunakannya melainkan dengan penambah baikan dengan
undang-undang Kolonial yang lainnya terutamanya hukuman sebat yang menggantikan hukuman
potong tangan.

Dalam Silsilah Raja-raja Berunai, setiap kerajaan mempunyai pentadbiran yang tersendiri.
Kerajaan – kerajaan ini mempunyai sistem pemerintahan dan pembesar yang berkuasa ke atas
rakyat mereka masing-masing. Kerajaan-kerajaan ini ialah Kalaka, Saribas, Serawak, Sabangan,
Sadong, Melanau, Sebuyau, Batang Lupar, Mukah dan Sikarong (Sekrang ?). Cukai-cukai
pelbagai merupakan hasil dan sumber ekonomi kerajaan-kerajaan yang disebutkan di atas.
Manakala diberitakan akan tanggungjawab setiap Menteri yang menjaga kerajaan-kerajaan ini
terhadap Duli Yang Dipertuan atau Sultan.

Senaskah manuskrip Melayu yang dijumpai pada tahun 2017 iaitu Syair Datuk Merpati
menceritakan tentang salasilah Perabangan. Manuskrip ini ditulis dalam tahun 1886 dan ditulis

5 Kalaka yang dimaksudkan dalam Silsilah Raja-raja Barunai terletak tidak jauh dari Kabong, semasa kajian dibuat,
kedudukan kota-kota awal Melayu yang digelar oleh Sanib sebagai “Negeri-negeri Melayu yang Hilang” terletak di
hilir Sungai atau muara besar sehingga pedalaman seperti yang disebut oleh Datuk Merpati kepada Datuk Kuali dan
Datuk Kuli “supaya dapat diketahui, kita membuat negeri ada di hulu dan di kuala sungai” lihat Muhammad Tahir
(1989) dalam Hikayat Datuk Merpati.

83

dalam bentuk syair. Selain daripada menceritakan tentang Salasilah Perabangan yang berakhir
dengan Patinggi Amir dan asal-usul perabangan yang diasas oleh Abang Kuli dan Abang Kuali
di Simboh.6 Namun begitu, Syair Datuk Merpati bukanlah manuskrip pertama yang pernah
ditulis mengaitkan tentang kisah pemerintahan golongan Perabangan. Munuskrip yang tertua
setakat ini dinamakan sebagai “Malay Scribe” yang dijumpai pada penghujung abad ke-19
Masihi. Manuskrip ini pertama kali dikaji pada awal abad ke-20 namun telah ditulis pada tahun
1870 (mungkin seawal 1868). Ia dimiliki oleh seorang daripada ahli keluarga Perabangan dan
diusahakan oleh Harold H. Everett dan John Hewit pada tahun 1909 di dalam Journal of the
Straits Branch of the Royal Asiatic Society adalah karya utama dalam pengkajian masyarakat
Perabangan sebelum abad ke-21.7 Karya ini akhirnya menjadi rujukan terpenting dalam mengkaji
peranan Perabangan di Sarawak dalam sistem politik orang-orang Melayu di Sarawak. Kedua-
dua manuskrip ini salin tak tumpah dalam memperkatakan tentang golongan Perabangan,
tambahan menjelaskan asal-usul keturunan mereka yang bermula daripada Datuk Merpati dari
Tanah Jawa. (J.H, 2006)

Pensejarahan orang-orang Melayu Sarawak bukan sahaja tertumpu di Sarawak Asal, namun di
setiap bahagiannya pensejarahan orang-orang Melayu dinukilkan dalam bentuk manuskrip yang
sangat berharga. Seperti orang-orang Melayu Saribas yang diceritakan dalam Manuskrip Syair
Tarsilah Cetera Abang Gudam Dengan Temenggong Kadir Negeri Saribas. Dalam Syair ini,
diterangkan tentang kehadiran Abang Gudam yang membantu Temenggong Kadir yang
menguasai Saribas dalam usaha mendapatkan anaknya kembali daripada menjadi salah seoang
isteri Sultan di Brunei. Selain itu juga,diceritakan juga tentang pemerintahan Kerajaan jiran
Saribas iaitu Kalaka yang diperintah oleh dua orang Raja Perempuan seperti yang disebutkan

6 Syair Datuk Merpati ditulis pada 23 Jamadil Awal tahun 1303 Hijrah iaitu pada 26 Februari 1886. Syair ini
mempunyai 41 fasal dan menerangkan salasilah keturunan Datuk Merpati sehingga Imam Kamat anak kepada Datuk
Kebar.

7 Malay Scribe merupakan sebuah manuskrip utama dalam pensejarahan Melayu di Sarawak. Ia dipercayai ditulis
pada tahun 1868 atau 1870. Penulis berpendapat ia ditulis oleh keluarga Patinggi Ali. Fenomena penulisan salasilah
dalam kalangan keturunan perabangan pada abad ke-19 berkait dengan situasi politik Charles Brooke yang mula
mengurangkan peranan golongan perabangan di Kuching dalam pentadbiran kerajaan. Ia berkait dengan pelantikan
Council Negri (1867) yang terdiri daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira kebangsawanan seseorang. Malah
pelantikan Pegawai Bumiputera (Native Officer) juga tidak lagi terhad kepada golongan perabangan asal, malah
pelantikan juga melibatkan pegawai-pegawai anak negeri yang cukup kelayakan dari segi akademik tanpa melihat
keturunannya. Penulisan salasilah dalam bentuk prosa ini juga bertujuan untuk membentuk jati diri golongan
perabangan dan juga menggambarkan bahawa keturunan mereka adalah leluhur daripada Datuk Merpati.

84

Terhenti dulu kisah itu
Tersebutlah pula habar suatu
Di Negeri Kalaka’ habarnya tentu
Dayang Hubu’ Dayangnya Ruku8

Seperti yang dinukilkan di dalam Silsilah Raja-raja Barunai, peranan kedua-dua kerajaan
Saribas dan Kalaka dalam pensejarahan Sarawak dan Brunei sangat signifikan kerana kedua-dua
kerajaan ini adalah tiang seri bagi Brunei kerana menjadi tuan rumah kepada kerajaan-kerajaan
lainnya setiap tahun dalam menghadap Sultan-sultan Brunei yang bersemayam di Kalaka.9
Senaskah Manuskrip dijumpai di Samarahan pada tahun 2015 menceritakan tentang susur galur
golongan perabangan di Samarahan yang bermula dengan anak Datuk Andi bernama Datu
Traoh. Manuskrip ini uniknya bertulisan Rumi dan bertaip. Manuskrip ini bertajuk Menurut
Sejarah Orang yang Memerintah Kota Samarahan. Manuskrip ini diceritakan oleh Haji Pandi
Bin Osman pada awal tahun 1970.10 Permulaan Dato Traoh membuka negeri pada tahun 1541
Masihi di negeri Samarahan. Keturunannya mewarisi kepimpinannya sehingga tahun 1755.
Kemudiannya tampuk pemerintahan diserahkan kepada anak-anak Sheikh Abdullah yang
kemungkinan besar pendakwah di Samarahan pada tahun 1750 an. Pada tahun 1832, kepimpinan
di Samarahan diketuai oleh seorang berketurunan Minangkabau yang bernama Pengarah Sukor
sehinggalah jawatan tersebut diserahkan kepada Pegawai Bumiputera yang berkhidmat dengan
kerajaan Brooke. Kedudukan manuskrip ini masih baharu dan boleh dibahaskan dengan lebih
mendalam dari segi kronologi dan kesahihan cerita di dalamnya. Namun, nama-nama yang
disebutkan sangat bertepatan dengan Salasilah Perabangan dan penemuan beberapa perkuburan

8 Lihat Sanib Said Tesis PhD UM 2013. Syair Tarsilah Abang Gudam Dengan Temenggong Kadir Negeri Saribas.
Hlm 55.

9 Lihat Sweeney Rangkap 25, Teks A dalam Silsilah Raja-raja Berunai, menceritakan keadaan semasa
keberangkatan Sultan untuk menerima hasil pupuan (ufti) semua Kerajaan mempunyai tanggungjawab masing-
masing. Teks B menceritakan tentang kedatangan Radin Bilam, iaitu cucu Sultan Tengah ke Brunei untuk menerima
Sarawak sebagai wilayah kekuasaan Sambas dilaksanakan adat istiadatnya di Kalaka sebelum dipuspakan di Brunei.
Lihat Teks B Perenggan 29. Seolah-olah Kalaka menjadi pusat pertemuan Brunei (penaung) dan kerajaan-kerajaan.

10 Manuskrip ini diserahkan kepada penulis pada 16 Jun 2015 oleh salah seorang waris Penghulu Haji Sidek Haji
Osman yang pernah mentadbir Muara Tuang, Samarahan pada tahun 1953.

85

milik keluarga Dato Traoh di Samarahan dan Kuching. Kisah ini juga berkait rapat dengan etnik
Bidayuh di Ulu Sadong dan Ulu Samarahan yang menyanjung Dato Traoh sebagai warisan
leluhur mereka.11 (Denison, 1879)

Oleh yang demikian, manuskrip Melayu Sarawak bukan sahaja memperlihatkan sudut pandang
keperkasaan sesuatu subjek (heroism), malahan ia melambangkan peradaban dan kebudayaan
tinggi yang ditonjolkan dalam pensejarahan orang Melayu di Sarawak melalui sistem
pentadbiran dan politik orang Melayu pada tahun-tahun sebelum penjajahan. Ditambah dengan
peranan yang dimainkan oleh orang Melayu Sarawak dalam pentadbiran negeri Sarawak dan
kerajaan-kerajaan sekitarnya yang digelar Sungai Kerajaan atau Kerajaan, ia melambangkan
hegemoni politik orang Melayu ke atas wilayah mereka dan menunjukkan sifat kepimpinan
orang Melayu di Sarawak sudah wujud sejak ratusan tahun dahulu.

Penutup

Pengetahuan tentang hubungan serantau yang berlaku di Sarawak dan negeri-negeri Borneo di
Hulu Kapuas serta hubungannya dengan Brunei dan negeri-negeri yang dipusakai Brunei
daripada Majapahit dan seterusnya kerajaan Melayu Johor seperti Kalaka, Sadong, Sebangan
Sikarung dan Saribas adalah yang sangat baru dalam kajian sejarah. Sungguhpun negeri-negeri
ini pernah wujud pada abad sebelum Brooke dan kewujudannya bermula pada zaman Hindu
Majapahit, kehadiran Datuk Merpati di Tanjung Datu pada abad ke-15 Masihi merupakan salah
satu daripada bukti kewujudan kebudayaan Majapahit yang mendominasi Alam Melayu sebelum
kehadiran agama Islam.12

11 Sejarah Lisan masyarakat Bidayuh atau Land Dayak sering berhubung kait dengan sejarah lisan orang-orang
Melayu Sarawak khususnya di Ulu Sarawak. Lihat Denison dalam Jotting Made During a Tour Amongst the Land
Dyak of Upper Sarawak. Hlm. 68. Kisah Asal-usul Masyarakat Sennah (Bidayuh Senah) tentang seorang Panglima
mereka bernama Trau yang akhirnya memancarkan zuriat keturunan mereka di Ulu Sarawak khususnya kawasan
yang dinamakan Padawan.
12 Kemasukan orang-orang Majapahit antara awal kurun ke-14 hingga ke-16 Masihi ke wilayah-wilayah Borneo
memang berlaku kerana desakan politik akibat daripada perang saudara dan pemberontakan. Lihat Samsol Morshidi,
Tesis M.Soc. Sci UNIMAS, 2017 Historografi Melayu Sarawak dalam Hikayat Datuk Merpati. Hlm. 7-14. Dalam
Salasilah Melayu dan Bugis, oleh Raja Ali Haji menyatakan bahawa raja-raja Melayu di Kapuas dan Matan
berpunca daripada Brawijaya, seorang Raja Majapahit yang terakhir. Cicitnya bernama Raden Lekar menikahi
seorang bangsawan perempuan di Kapuas bernama Utin Periuk. Anak-anak mereka kemudiannya menjadi raja-raja

86

Dalam kajian ini tidak mudah jika tidak menggunakan ilmu bantu dan juga bahan-bahan kajian
terdahulu yang sememangnya perlu untuk sebuah kajian yang berautoriti serta mampu memberi
kefahaman terdahap pembaca. Apatah lagi dalam era sumber maklumat yang pelbagai ini,
banyak maklumat yang bercanggah boleh diakses sehingga perkara yang sukar untuk dibuktikan
boleh dijadikan sumber rujukan setara dengan sumber asli yang jauh lebih autentik dan
berautoriti. Sikap pengguna yang mengambil tanpa menyelidik serta menyebarkan semula dalam
pelbagai bentuk menyukarkan para penyelidik untuk menerangkan perkara sebenar dalam masa
yang singkat.
Perkara ini berlaku dalam tradisi lisan di Sarawak yang jaraknya amat jauh dengan masyarakat
menulis (scribal) pada kurun ke-19 Masihi memperlihatkan tradisi menulis ini hanya berlaku
pada pertengahan kurun ke-19 sahaja. Namun, apa yang membanggakan ialah sejarah orang
Melayu di Sarawak boleh diselusuri sekitar abad ke-19 dengan penulisan sebegini. Walaupun
tempohnya agak singkat, kewibawaan penulisan ini tidak dapat direndahkan dan dimanipulasi
kerana sudah dianggap sebagai otoriti dalam pensejarahan.

di Kapuas dengan menggunakan gelaran Abang. Keturunan Perabangan Sanggau ini ada juga yang menetap di Hulu
Sadong, Sarawak.

87

Rujukan

Achie, N. (2009). Hikayat Sarawak. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Allen Maxwell, Sanib. S. (2005). Malay Historical Writings. Kuching: Jabatan Muzium Sarawak.

Helwana, F. F. (2007). Manuskrip Perubatan Melayu- islam di Fatani: Ulasan Terhadap Manuskrip

Kitab Tayyib al-Ihsan fi Tibb al-Insan Karya Syeikh Ahmad Al-Fatani. Al-Tamaddun Volume 3 Issue 1 ,
110-127.

J.H, W. (2006). From Po-li to Rajah Brooke: Culture, Power and the Contest for Sarawak. Journal of
Borneo- Kalimantan Vol. 2 , 5-13.

Jeniri, A. (2014). Asal-usul Melayu Sarawak: Menjejaki Titik Tak Pasti. Melayu: Jurnal Antarabangsa
Dunia Melayu Jilid 8 Bil 1 , 1-15.

Mohd Yusof. M.Nor (2016). Salasilah Melayu dan Bugis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

N, D. (1879). Jotting Made During a Tour Amongst the Land Dyaks of Upper Sarawak Borneo, During
the Year 1874. Singapore: Mission Press.
Planning, U. S. (2015). Sarawak Facts and Figures 2015. Kuching: Chief Minister's Department.

Sanib, S. (2014). Melayu Sarawak Sejarah yang Hilang. Kuching: Penerbitan UNIMAS.

Sweeney, Amin. (1998). Silsilah Raja-raja Berunai . Journal Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society 41(2) , 46-127.

Templer, J. C. (1853). Private Letters of Sir James Brooke, K.C.B. Rajah of Sarawak Narrating Events of
His Life from 1838 to the Present Time. London: Richard Bentley.

Zakaria, R. M. (2012, Disember 7). Utusan Malaysia. Retrieved Disember 22, 2017, from Utusan

Malaysia: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121207/ba_01/Kenali-Manuskrip-

Melayu?t=123

88

Makalah Seminar 3
Mohammad Fazril Mohd Saleh

JARINGAN TRANSMISI PEMBAHARUAN:
SHAYKH ‘UTHMAN SARAWAK, ANGKATAN ‘ULAMA DAN GERAKAN UMAT

DALAM BABAK KEBANGKITAN NASIONALISME

Mohammad Fazril Mohd Saleh

Abstrak
Kurun ke-20 menyaksikan gelombang kebangkitan nasionalisme membadai Asia Tenggara,
sebagai kesan limpahan kebangkitan global. Negeri Sarawak juga tidak terkecuali daripada
dibadai arus ini. Sudah pasti setiap lokasi yang berbeza mempunyai kisah perjuangan yang unik
dan tersendiri. Walaupun telah banyak penelitian dan penulisan menyinggung peristiwa
kebangkitan nasionalisme Sarawak khususnya pada pertengahan abad ke-20, namun agak kurang
penelitian yang memfokus kepada keterkaitan antara peranan „ulama Islam Sarawak dengan
transmisi jaringan pembaharuan yang memunculkan gerakan umat yang menjadi aktor dalam
kancah kebangkitan nasionalisme di negeri ini. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan
memerihalkan seterusnya menganalisis komposisi angkatan „ulama Sarawak yang dikenalpasti
memainkan peranan signifikan dalam membangun gerakan rakyat yang bersifat sosio-reform
pada pertengahan abad ke-20, dan seterusnya menghubungkaitkan jaringan religio-intelektual
dalam kalangan para „ulama dan ilmuwan dengan transmisi ide pembaharuan yang
memungkinkan kebangkitan tersebut berlaku. Pendekatan historikal diaplikasikan sebagai
kerangka kajian, dengan pengaplikasian teknik analisis dokumen dengan sokongan data daripada
wawancara untuk proses pengumpulan data. Implikasi wacana religio-intelelektual menerusi
intipati ajaran keagamaan dilihat sebagai suatu pola yang mempengaruhi transmisi ide
pembaharuan di banyak lokasi lain seluruh dunia. Oleh yang demikian, kerangka teori „wacana
religio-intelektual‟ dan „jaringan ulama‟ menjadi pedoman dalam menginterpretasi peristiwa-
peristiwa kebangkitan nasionalisme di Sarawak. Penelitian mengenalpasti terdapatnya elemen

89

„ustaz‟ („ulama) yang memainkan peranan utama dalam babak-babak kebangkitan nasionalisme
di Sarawak khususnya dalam gerakan anti-serahan dan kumpulan 338. Elemen „ustaz‟ atau
angkatan „ulama ini terdiri daripada anak-anak dan murid-murid kepada seorang tokoh „ulama
besar, Shaykh Haji „Uthman bin Haji Abd al-Wahhab al-Sarawaqi, anak kelahiran Sarawak yang
mencipta kemasyhuran sebagai „shaykh‟ di Masjid al-Haram pada awal abad ke-20. Punca
jaringan „ulama ini ditelusuri sehingga ditemukan beberapa lokasi pusat penyebaran ide
pembaharuan yang menyerap masuk ke Sarawak termasuklah Makkah. Penelitian ini penting
dalam memperkenalkan peribadi para ilmuwan Islam dan menonjolkan peranan ilmuwan Islam
(„ulama) dalam mempengaruhi gerakan sosio-reform di Sarawak, di samping merancakkan
wacana historiografi Islam di Sarawak.

Kata kunci: Angkatan ‘Ulama’ Sarawak, Jaringan ‘Ulama, Religio-intelektual, Shaykh
‘Uthman Sarawak, Nasionalisme

PENGENALAN

Kebangkitan nasionalisme di Negeri Sarawak ditandai dengan kebangkitan rakyat menentang
penyerahan Sarawak oleh Kerajaan Dinasti Brooke kepada Kerajaan Kolonial British pada tahun
1946. Peristiwa kebangkitan sepertinya bukanlah asing dalam kalangan negeri-negeri Melayu
dan negara-negara Asia Tenggara, memandangkan kebangkitan rakyat tempatan menolak dan
menentang penjajahan asing menjadi suatu fenomena global yang tidak terelakkan. Sudah pasti
setiap lokasi yang berbeza mempunyai kisah perjuangan yang unik dan tersendiri. Walaupun
telah banyak penelitian dan penulisan menyinggung peristiwa kebangkitan nasionalisme
Sarawak khususnya pada pertengahan abad ke-20, namun agak kurang penelitian yang
memfokus kepada keterkaitan antara peranan „ulama Islam Sarawak dengan transmisi jaringan
pembaharuan yang memunculkan gerakan umat yang menjadi aktor dalam kancah kebangkitan
nasionalisme di negeri ini.

90

Menyingkap babak-babak kebangkitan nasionalisme di Sarawak khususnya dalam era pasca-
perang, Robert Reece mendakwa bahawa tiada sebarang petanda kebangkitan ini terkait dengan
reformisme Islam memandangkan tidak terlihat sebarang polemik Kaum Muda-Kaum Tua
sebagaimana yang berlaku secara intensif di Semenanjung Malaya dewasa itu, yakni sejak awal
1920-an (Reece, Robert H.W: 378). Walau bagaimanapun, penelitian ini cuba mencari
hubungkaitan antara aktor-aktor dalam kebangkitan rakyat khususnya yang terlihat dalam
peristiwa anti-serahan dengan jaringan transmisi pembaharuan yang lebih luas walaupun sifatnya
longgar. Sudah semestinya pengaruh-pengaruh pembaharuan dalam penelitian „jaringan ulama‟
oleh Azyumardi Azra (2003) dapat dijadikan pedoman dalam mencari perkaitan antara pengaruh
„ulama dengan kebangkitan gerakan umat.

Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan memerihalkan seterusnya menganalisis komposisi
angkatan „ulama Sarawak yang dikenalpasti memainkan peranan signifikan dalam membangun
gerakan rakyat yang bersifat sosio-reform pada pertengahan abad ke-20, seterusnya
menghubungkaitkan jaringan religio-intelektual dalam kalangan para „ulama dan ilmuwan
dengan transmisi ide pembaharuan yang memungkinkan kebangkitan tersebut berlaku. Penelitian
ini juga cuba mengaitkan peranan seorang „ulama besar kelahiran negeri Sarawak, Shaykh Haji
„Uthman bin Haji Abd al-Wahhab al-Sarawaqi13 dengan rangkaian gerakan sosio-reform di
Sarawak yang termanifestasi dalam gerakan umat dalam babak kebangkitan nasionalisme di
Sarawak.

Pendekatan historikal diaplikasikan sebagai kerangka kajian, dengan pengaplikasian teknik
analisis dokumen dengan sokongan data daripada wawancara untuk proses pengumpulan data.
Implikasi wacana religio-intelelektual menerusi intipati ajaran keagamaan dilihat sebagai suatu
pola yang mempengaruhi transmisi ide pembaharuan di banyak lokasi lain seluruh dunia. Oleh
yang demikian, kerangka teori „wacana religio-intelektual‟ dan „jaringan ulama‟ menjadi
pedoman dalam menginterpretasi peristiwa-peristiwa kebangkitan nasionalisme di Sarawak.

13 Dalam beberapa penulisan dan kajian lepas, nama Shaykh ‘Uthman bin Abdul Wahhab juga dieja dalam skrip roman dengan ejaan
‘Othman’, ‘Utsman’ atau Osman. Dalam penulisan ini kami menggunapakai sistem ejaan transliterasi Arab-Rumi Akademi Kajian
Ketamadunan dan American Library of Congress. Walaupun begitu, untuk penulisan makalah ini, kami telah membuang kesemua tanda
diakritik bagi alih aksara skrip Arab kepada Rumi bagi mengelak sebarang masalah format ketika makalah ini dicetak (kecuali beberapa
nama tokoh ‘ulama). Sila rujuk buku terbaharu yang kami selenggarakan dan diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia, Nafahat al-
Ridwan: Riwayat Hidup Shaykh ‘Uthman Sarawak (Ogos, 2018).

91

SUMBER DAN METODOLOGI KAJIAN

Penelitian berkaitan kebangkitan gerakan sosio-politik di Sarawak era anti-serahan sudah banyak
dilakukan. Para pengkaji mengakui bahawa keterbatasan maklumat khususnya dokumen bertulis
menghambat mereka daripada menyelidik lebih jauh dan mendalam, malah berkemungkinan
juga penelitian mereka mengetepikan beberapa dimensi dalam babak sejarah tersebut. Antara
faktor keterbatasan dokumen bertulis adalah penghapusan dokumen-dokumen tersebut oleh
kumpulan anti-serahan sebagai suatu kaedah penghapusan bukti dan rampasan oleh pihak
Kolonial British dalam serbuan-serbuan terhadap markaz gerakan anti-serahan (Reece, Robert
H.W: ii-iv). Dalam perkembangan yang sama, tokoh-tokoh yang terlibat dalam peristiwa anti-
serahan dan terselamat daripada tangkapan rata-rata masih dalam kondisi trauma dan lebih
memilih untuk ber‟tapok‟ atau mendiamkan diri daripada mengungkap semula kisah-kisah
perjuangan.

Walaupun begitu, kajian-kajian lepas dapat dimanfaatkan bagi merekonstruksi dimensi-dimensi
lain dalam babak perjuangan nasionalisme Sarawak ini. Fokus penelitian ini adalah untuk
mencari keterkaitan antara peranan dan pengaruh angkatan „ulama Sarawak dengan gerakan
umat dalam babak kebangkitan nasionalisme. Oleh yang demikian, penelitian ini
mengaplikasikan pendekatan historikal secara kualitatif, dengan teknik analisis dokumen
digunapakai untuk menggali data yang lebih lengkap dan tepat berhubung para „ulama Sarawak
yang pernah muncul dalam sejarah. Manakala, analisis sekunder diaplikasikan dalam konteks
penekunan terhadap kajian lepas, khususnya bagi meneroka fakta-fakta terkait babak perjuangan
anti-serahan di Sarawak. Wawancara atau temu bual dengan individu tertentu dijalankan sebagai
pelengkap kepada perumusan peristiwa yang diungkapkan dalam penelitian ini.

Bagi tujuan penulisan ini, sebuah dokumen biografi berjudul Nafahat al-Ridwan fi Manaqibi
Shaykh ‘Uthman (Nafahat al-Ridwan) diteliti. Karya ini ditulis sebagai suatu bentuk apresiasi
terhadap seorang tokoh yang berjasa kelahiran Negeri Sarawak yang mencipta kemasyhuran
sebagai „ulama besar Nusantara yang menjadi guru di Masjid al-Haram, Makkah al-Musharrafah
iaitu Shaykh Haji „Uthman bin Haji Abd al-Wahhab al-Sarawaqi. Dokumen ini memaparkan

92

riwayat hidup tokoh tersebut dengan pujian atas kelebihan dan kebaikannya. Dalam konteks
karya sepertinya, ia bukanlah suatu kepengarangan yang asing dalam tradisi ketamadunan Islam.
Genre karya sepertinya dikategorikan sebagai karya manaqib atau karya „hagiografi‟ Islam (Paul,
Jurgen, 2002). Dalam tradisi keilmuan Islam, karya hagiografi terdiri daripada beberapa bentuk
kepengarangan termasuklah manaqib (geneologi orang-orang mulia dan riwayat kebaikan dan
ke‟keramat‟an mereka), fadail (pemerihalan sifat-sifat terpuji dalam kalangan orang-orang
tertentu), khasais (penceritaan kelebihan para Nabi dan sahabat), sirah (biografi Nabi
Muhammad dan para wali), dan tabaqat atau tadhkirah (biografi kolektif para „ulama‟ yang
disusun sama ada mengikut lokasi rantau, jangka waktu, aliran pemikiran mahupun keturunan
yang tertentu) (Oxford Dictionary of Islam, 2018).

Dalam meneliti teks hagiografi ini, penilaian kritikal adalah diperlukan. Keaslian karya dinilai
dengan membandingkan aspek kesejarahan dengan latarbelakang penulisan karya. Tiga salinan
teks diperoleh daripada narasumber yang berbeza dan didapati tiada sebarang perbezaan dalam
ketiga-tiga versi salinan yang diperoleh. Satu salinan teks tersebut diterima daripada cicit Shaykh
„Uthman Sarawak yang menetap di Jerudong, Negara Brunei Darussalam; satu salinan teks yang
lain diperoleh daripada seorang peguam yang juga peneliti kitab Melayu lama di Kuching;
manakala satu lagi salinan diperoleh daripada seorang kenalan di Kuching. Setelah ditelusuri,
dapat dikenalpasti bahawa ketiga-tiga salinan ini asalnya diperoleh daripada salah seorang cucu
Shaykh „Uthman Sarawak bernama Ataellah Zainuddin, yang juga merupakan anak kepada
pengarang hagiografi ini.

Ditulis dalam bahasa Arab dengan disertakan terjemahan Bahasa Melayunya, kitab ini dikarang
oleh Shaykh Shaykh Muhammad Zayn al-din bin Shaykh „Uthman al-Sarawaqi dalam abjad
Arab dan abjad Jawi. Teks setebal 74 halaman ini telah diterbitkan oleh Matba„ah Ahmadiyah,
Singapura pada tahun 1340 Hijrah (1922) dengan menggunakan cetakan jenis typography. Teks
dokumen ini juga menyatakan dengan jelas bahawa kedua-dua pengarang kitab dan insan yang
didedikasikan kepengarangan kitab ini adalah „guru‟ di Masjid al-Haram, Makkah. Disertakan
juga lima halaman taqriz atau pujian daripada lima orang „ulama‟ besar di Makkah dewasa itu
yang memberikan pengiktirafan atas kualiti penulisan kitab tersebut dan penghargaan kepada
Shaykh „Uthman Sarawak (insan yang didedikasikan kepengarangan kitab itu) atas kemulian

93

peribadinya dan kualiti keilmuannya. Walau bagaimanapun, taqriz oleh para „ulama Haramayn
menunjukkan tahun yang lebih terkemudian daripada tarikh penerbitan kitab ini. Shaykh Sa„id
bin Muhammad al-Yamani menuliskan taqriznya pada 02 Muharram 1343H; Shaykh Umar bin
Abu Bakar Bajunayd pada 06 Muharram 1343H; Shaykh Muhammad „Ali bin Hussayn al-Maliki
al-Makki pada 28 Dhulhijjah 1342H; Shaykh Muhammad Mukhtar bin „Atarid al-Jawi al-Batawi
al-Buqari pada 03 Muharram 1343H; Shaykh „Abd al-Qadir bin Sabir al-Mandili pada 29
Dhulhijjah 1342H. Ini bermakna, berkemungkinan besar kitab ini telah diterbitkan pada tahun
1340 Hijrah, tetapi kemudiannya halaman taqriz itu dimasukkan bersama lampiran halaman
pembetulan dalam teks (errata).

Cetakan jenis typography digunakan dalam penerbitan kitab ini. Jenis cetakan tersebut
menggunakan mesin berteknologi baharu yang digunapakai di Singapura pada ketika itu (awal
abad ke-20). Sebelumnya, cetakan huruf bagi penerbitan media cetak menggunakan kaedah
cetakan piktografi dan litografi. Berkemungkinan besar penerbitan Nafahat al-Ridwan oleh
Matbaah Ahmadiyah merupakan antara penerbitan awal yang menggunapakai kaedah cetakan
typography. Walau bagaimanapun, dalam senarai pengumpulan penerbitan awal Melayu yang
diusahakan oleh Proudfoot (1993), naskah Nafahat Ridwan tidak beliau temukan. Keseluruhan
teks ini memperihalkan biografi atau sejarah hidup Shaykh „Uthman Sarawak merangkumi latar
belakang keluarga dan salasilah keturunannya, kembara keilmuannya di Makkah dan Timur
Tengah, isnad ‘ilmiyah ataupun ijazah pengiktirafan perolehan ilmu, dan rihlah atau lawatan
beliau semasa hayatnya ke beberapa tempat di dunia termasuk kunjungan ke Tanah Airnya
sendiri, iaitu Negeri Sarawak.

94

Jadual 1 Maklumat Latar Belakang Nafahat al-Ridwan fi Manaqib Shaykh ‘Uthman

Perkara Perincian

Judul Dokumen Nafahat al-Ridwan fi Manaqib Shaykh ‘Uthman
Tahun Penerbitan 1340 Hijrah (1922 Masihi)
Pengarang Shaykh Muhammad Zayn al-din bin Shaykh „Uthman
Penerbit Matba„ah Ahmadiyah, Singapura
Jumlah Halaman 74 muka surat (termasuk kaver muka depan, lima
halaman taqriz dan maklumat kesalahan cetakan
Jenis Cetakan Typography
Warna Ink Hitam
Bahasa Arab dengan terjemahan Bahasa Melayu
Penterjemah Datu Imam Abang Morshidi bin Abang Naruddin,
Khatib Muhammad Nawawi dan Haji Daud bin
Skrip Tulisan Abdul Ghani
Abjad Arab dan abjad Jawi

‘ULAMA DAN GERAKAN UMAT DI SARAWAK: BEBERAPA TELAHAN AWAL

Pelbagai kajian telah dilakukan khusus dalam mengaitkan peranan „ulama dengan mobilisasi
masyarakat tempatan dalam memandu gerakan sosial yang efektif yang mana mensasarkan
perubahan signifikan dalam aspek politik, ekonomi, dan sistem sosial negara masing-masing.
Antaranya Hamka (2009), Ahmad Mansur Suryanegara (2009, 2010), Ishak Saat (2011) and
Farid Mat Zain, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad dan Mohd Fazmie Deraman (2016).

Hamka (2009) dalam Dari Perbendaharaan Lama merekonstruksi sejarah perjuangan rakyat
menentang penembusan awal bangsa penjajah Eropah ke bumi „Indonesia‟ yang dikepalai oleh
para „ulama dewasa itu. Ahmad Mansur Suryanegara dalam dua jilid Api Sejarah (2009, 2010)
mengemukakan bukti-bukti sejarah tentang hakikat kemerdekaan Indonesia yang merupakan
„bekas tangan‟ para „ulama. Beliau menganalisa peranan signifikan Islam dalam membangun
nusa, dan sumbangan „ulama dalam konteks menyampaikan Islam ke rantau ini, emansipasi

95

masyarakat tempatan daripada kejahilan, dan perlawanan menuntut semula kemerdekaan demi
maruah umat. Manakala Ishak Saat dalam bukunya Radikalisme Melayu Perak 1945-1970
memaparkan para intelektual dan „ulama khususnya dari Negeri Perak yang mengajak dan
menyeru orang-orang Melayu di Tanah Melayu untuk mengubah sikap mereka supaya lebih
kritikal terhadap budaya politik feudal demi mengembalikan maruah dan tanah air sendiri. Di
samping itu, dalam konteks peranan „ulama dalam kemerdekaan negara Malaysia, Farid Mat
Zain, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad dan Mohd Fazmie Deraman (2016) mengemukan
suatu senarai penulisan-penulisan lepas seterusnya menyimpulkan bahawa kehadiran „ulama di
tengah-tengah umat telah membangun kesedaran kependidikan khususnya sepanjang abad ke-19
dan ke-20, selanjutnya membangkitkan nyalarasa nasionalisme dengan penyaluran ide-ide
kemerdekaan dalam kalangan populasi tempatan.

Keupayaan „ulama atau elit agamawan khususnya dalam memanfaatkan sentimen keagamaan
untuk memobilisasi khalayak adalah antara factor terpenting yang menyumbang kepada
pembentukan gerakan sosial sebagaimana dikemukakan oleh Sartono (2015: 18). Beliau
merumuskan bahawa gerakan keagamaan pada realitinya merupakan sebuah gerakan sosial yang
mana boleh ditanggapi dengan ciri-ciri tertentu dalam nuansa terkait kelas sosial, keadaan sosio-
ekonomi dan etika budaya. Dalam penelitiannya terhadap „pemberontakan petani‟ di Banten
pada tahun 1888, beliau memfokuskan peranan instrumental yang dimainkan oleh golongan elit
agamawan dalam menghalakan kebangkitan rakyat menentang rejim kolonial yang „kafir‟. Para
elit agamawan menjadi aktor penting dalam mempropagandakan ide revolusiner di Banten.
Mereka merupakan golongan yang mendapat pendidikan di Makkah dan Timur Tengah,
antaranya Shaykh Abd al-Karim al-Bantani, seorang „ulama dan „shaykh‟ tarekat, yang dianggap
sebagai seorang wali. Beliau yang merupakan seorang ulama kelahiran Melayu, adalah guru
utama bagi tarekat sufi aliran Qadiriah wa Naqshabandiyah, yang menggantikan mahaguru dan
pengasas aliran tersebut, Shaykh Aḥmad Khatib Sambas, selepas pemergiannya ke RahmatulLah
(Hurgronje, 1931: 276-281; Sartono, 2015: 194-209). Penggunaan doktrin teologi dan
penyebaran kesedaran agama dalam kalangan populasi tempatan yang dipandu oleh elit
agamawan yang dihormati telah menjadi suatu kendera yang penting dalam menggerakkan
khalayak awam untuk memenuhi sasaran politik mereka.

96

Berbalik kepada fenomena kebangkitan di Sarawak, fokus penelitian ini menumpu kepada tokoh
ulama kelahiran Sarawak „paling terkenal‟ bernama Shaykh „Uthman bin Abdul Wahhab al-
Sarawaqi atau juga dikenali sebagai Shaykh „Uthman Sarawak yang mencipta kemasyhuran
sebagai seorang „shaykh‟ dan guru di Masjid al-Haram, Makkah. Sabri Ab Rahman (1988)
berpandangan bahawa Shaykh „Uthmān Sarawak merupakan insan yang bertanggungjawab
mengkader atau merekrut sekumpulan masyarakat Sarawak ke dalam kelompok „ulama tempatan
khususnya mereka yang berpeluang menunaikan ibadat Haji di Mekah dan mendedikasikan
waktu untuk bermastautin dan menuntut ilmu di sana.

Anak murid beliau yang paling terkenal dan berwibawa adalah Datu Imam Abang Morshidi bin
Abang Narudin. Beliau merupakan salah seorang pembesar yang pernah dilantik oleh Kerajaan
Dinasti Brooke sebagai Datu Hakim dan Datu Imam, jawatan penting dalam birokrasi kerajaan
bagi pengurusan hal ehwal Islam di Sarawak. Beliau merupakan pengasas Madrasah Islamiyah,
sebuah institusi pendidikan agama bersifat formal yang pertama di Sarawak, terletak di Jalan
Gambir, Kuching14. Penubuhan madrasah tersebut adalah dengan tujuan melahirkan generasi
ilmuwan dan ulama tempatan (Idris, 1988). Dengan reputasi Shaykh „Uthman Sarawak sebagai
seorang „Shaykh‟ di Makkah, beliau amat dihormati dan disegani oleh masyarakat, justeru
ucapan malah arahannya akan diambil berat oleh para pengikutnya. Zulkiple Abdul Ghani dan
Juanda Jaya (2003) berpandangan bahawa Shaykh „Uthman Sarawak telah mengarahkan secara
langsung kepada Datu Imam Abang Morshidi untuk penubuhan sekolah agama yang memfokus
peranannya sebagai benteng pertahanan akidah umat.

Juga menarik untuk diutarakan tentang perihal pengungkapan Hamka, seorang tokoh „ulama,
pendakwah dan sasterawan Indonesia, tentang Shaykh „Uthman Sarawak sebagai salah seorang
guru ayahnya Haji Rasul atau juga dikenali sebagai Shaykh Abdul Karim Amrullah, semasa
ayahnya menuntut ilmu di Makkah selama tujuh tahun (Hamka, 2010: 83), Dalam bukunya
berjudul Ayahku itu, Hamka menyenaraikan hanya beberapa orang daripada ratusan guru

14 Pada awalnya, Madrasah Islamiyah dinamakan Madrasah Murshidiyah, tetapi kemudiannya ditukar nama. Walaupun Madrasah
Islamiyah dianggap sebagai institusi pendidikan Islam bersifat formal yang pertama diketahui kewujudannya di Sarawak, sebelumnya
telah wujud institusi pendidikan Islam non-formal yang dibina oleh Datu Hakim Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Datu Hakim
Keramat, bertempat di Kampung Madrasah. Lokasi kawasan tersebut masih wujud hari ini iaitu di Jalan Bandarsah, Kuching.

97

ayahnya15, dan Shaykh „Uthman Sarawak adalah salah seorang yang disenaraikan Hamka, sudah
pasti mempunyai hubungan signifikan dengan ayahnya sehingga memungkinkan ayahnya
menyebut nama tersebut kepada Hamka ataupun nama itu terakam dalam mana-mana catatan
ayahnya yang ditemukan.16 Haji Rasul atau Shaykh Abdul Karim Amrullah adalah salah seorang
pemuka gerakan reform „Kaum Muda‟ di ranah Minangkabau dan Sumatera Barat.17

Dalam senario Sarawak, kegiatan bersifat aktivisme politik moden termanifestasi dengan
kewujudan gerakan anti-serahan (anti-cession movement) pada tahun 1946 yang menurut
Sabihah Osman “erupted when the third Rajah, Vyner Brooke, broke his promise in the 1941
constitution to grant eventual self-rule to the people” (Sabihah, 1983: 2). Kajian dan penelitian
berkenaan kebangkitan politik orang Melayu di Sarawak dapat ditemukan dalam pelbagai
tulisan, antara lain dalam Sanib Said (1960), Ahmad J. Jaafar (1974), Reece (1977), Sabihah
Osman (1983), Mohd. Hasbie (2004) dan Hashim Fauzy (2014). Kesemua penelitian tersebut
menyimpulkan bahawa orang Melayu melalui pertubuhan-pertubuhan seperti Persatuan
Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) bertanggungjawab mengemudi sentimen anti-serahan
dalam kalangan masyarakat tempatan di samping juga mengatur strategi bantahan dan unjuk-rasa
menentang rejim Kolonial British. Kebangkitan yang tidak dijangka yang bermula pada tahun
1946 ini ditanggapi para pengkaji sebagai suatu peristiwa yang berlaku dengan „tiba-tiba‟ atau
„mengejut‟ memandangkan sebelum Februari 1946 iaitu sebelum pengumuman penyerahan oleh
Rajah Vyner dilakukan, tidak ada sebarang tanda-tanda awal kebangkitan malah tiada suara-
suara menuntut kemerdekaan mutlak (Hashim Fauzy, 2014: 138).

15 Dalam mengisahkan riḥlah ‘ilmiah ayahnya yang menuntut ilmu di Tanah Suci Makkah, ada dinyatakan bahawa Shaykh ‘Uthmān
Sarawak adalah salah seorang guru ayahnya ketika di sana. Menariknya, hanya beberapa nama mashaykh dan guru ayahnya di Makkah
yang disenaraikan – antaranya Shaykh Aḥmad Khaṭib al-Minangkabawī, Shaykh Ṭāhir Jalāl al-dīn, Shaykh Muḥammad Djamil Djambek,
Shaykh ‘Abd al-Ḥamīd, Shaykh ‘Umār Bājunāyd, Shaykh Ṣāliḥ Bafaḍayl, Shaykh Ḥamid Jeddah, Shaykh Sa‘īd Yamānī, dan juga Shaykh
‘Uthmān Sarawak termasuk dalam senarai ini. Ini mengindikasikan bahawa senarai ‘ulamā’ yang tersebut ini adalah antara ‘ulamā’ yang
berpengaruh kepada diri ayahnya, yang diingati dan disebutkan kepada khalayak sehinggakan Buya Hamka mengingati nama-nama
‘ulamā’ tersebut sebagai guru ayahnya. (Walaupun dalam beberapa perkara, Shaykh ‘Abd al-Karīm Amrullāh juga berseberangan
pendapat dengan para mashaykhnya).
16 Hamka menerbitkan buku berjudul Ayahku buat pertama kali pada tahun 1950. Dalam penerbitan edisi cetakan kedua pada tahun
1957, beliau melakukan beberapa pembetulan dan juga penambahan daripada edisi cetakan pertama. Dinyatakan oleh Hamka,
sebahagian maklumat tentang Shaykh Abdul Karim Amrullah diperoleh daripada catatan atau diari ayahnya, manakala sebahagian lagi
diterima daripada sahabat-sahabat ayahnya yang masih hidup. Sila rujuk Hamka (2010: 5-7).
17 ‘Kaum Muda’ di Minangkabau pada era Haji Rasul tidak seperti yang difahami sebagai Kaum Muda yang muncul di Tanah Melayu sejak
era 1920-an. Meskipun Gerakan Kaum Muda di rantau Asia Tenggara mengambil nama atau gelar ini daripada gerakan Kaum Muda di
ranah Minangkabau dan Sumatera Barat, kesemua gerakan ini bervariasi. Sebagai contoh, Haji Rasul sendiri yang merupakan seorang
pemuka Kaum Muda, tetapi dalam konteks rujukan fiqh, mereka tetap mempertahankan Mazhab Shafi‘i. Malah madrasah yang
dibangunkan oleh beliau juga menggunapakai silibus daripada rujukan-rujukan ulama Shafi‘iyah. Mungkin beliau mempunyai pendirian
yang keras terhadap ajaran golongan tariqat tasawuf. Haji Rasul sendiri pernah menulis sebuah risalah mempertahankan bacaan doa
qunut dalam solat Subuh. Sila rujuk kitab beliau: Shaykh Haji Karim Amrullah (1938). Al-Shir‘ah fi al-Radd ‘ala man qal al-Qunut fi salat
al-Subh bida‘h wa inna al-Jahr bi al-Basmalah bida‘h aidan. Bukit Tinggi: Matbaah Thamarat al-Ikhwan.

98

Ternyata, dalam kalangan kepemimpinan PKMS sendiri, berlakunya keretakan akibat
percanggahan pendapat dalam menangani isu anti-serahan ini. Kelompok yang lebih berusia
lebih cenderung untuk penyelesaian melalui desakan secara diplomasi seperti perbincangan,
perundingan, serta penghantaran surat dan memorandum bantahan kepada pihak-pihak tertentu.
Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan aristokrat Melayu yang dikenali sebagai
perabangan. Manakala, satu kelompok lagi yang terdiri dalam kalangan orang-orang yang lebih
muda mengambil pendirian untuk melakukan aksi-aksi bantahan dan desakan secara lebih
terbuka dan lantang termasuk melalui advokasi politik seperti unjuk-rasa (demonstrasi) dan
perhimpunan besar-besar dengan membawa bersama sepanduk-sepanduk yang mengandungi
mesej-mesej anti-serahan. Lebih mengejutkan, tindakan mereka ini kemudiannya sampai kepada
suatu tahap yang tidak tersangka iaitu kempen peletakkan jawatan daripada perkhidmatan awam
kerajaan secara beramai-ramai yang melibatkan seramai 409 orang kakitangan awam daripada 22
buah jabatan kerajaan terlibat sebagai tanda protes. Golongan muda ini juga menggelar diri
mereka sebagai „golongan dalam‟ (the inner circle) (Mohd. Hasbie, 2004: 182-200).

Sabihah Osman (1983) dan Mohd. Hasbie (2004) menyedari peranan utama kelompok „golongan
dalam‟ (inner circle) dalam PKMS yang terdiri daripada orang-orang muda yang energetik dan
terpelajar. Mereka adalah golongan yang bertanggungjawab mengatur gerakan tersusun dan
efektif dalam membantah dan mendesak serahan Sarawak daripada Dinasti Brooke kepada
Kerajaan British. Antara tokoh-tokoh „golongan dalam‟ adalah Ma‟amon Mohd. Nor, Johari
Bojeng, Suaut Tahir, Suhaily Matlayier and Sharkawi Haji Osman (Sabihah, 1983: 264-266).
Mereka adalah pengatur dan penggerak gerakan anti-serahan kepada suatu tahap yang
mengejutkan. Dalam tempoh masa kurang setahun, bermula penghujung tahun 1946 sehingga
awal 1947, gerakan ini berupaya mengumpulkan sebanayak 52 organisasi seluruh Sarawak untuk
menyertai perjuangan mereka (Sanib, 2015: 83). Walau bagaimanapun, akibat perselisihan yang
tidak lagi dapat dibendung dengan golongan lebih berusia dan konservatif dalam PKMS,
„golongan dalam‟ mengambil keputusan untuk berpisah daripada PKMS dan menubuhkan
Barisan Pemuda Sarawak (BPS).

99


Click to View FlipBook Version