The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dunmmkps, 2021-08-22 03:27:09

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

kejuruteraan. Hanya terdapat dua kursus dalam bidang pertanian di Perlis dan kursus ini
ditawarkan oleh UiTM (Jadual 1.24).

Walaupun institusi-institusi ini menghasilkan lebih daripada 8,000 graduan setiap tahun,
peluang pekerjaan berkemahiran tinggi masih kurang di negeri Perlis. Disebabkan oleh
faktor ini, ramai graduan meninggalkan Perlis dan berpindah ke negeri-negeri lain yang
mempunyai lebih banyak peluang pekerjaan, seperti Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Ketersediaan pekerja-pekerja mahir di Perlis juga tidak dimanfaatkan sepenuhnya dalam
rancangan-rancangan pembangunan sebelum ini.

Jadual 1.24: Bilangan Kursus mengikut Kategori Pendidikan dan Bidang Kursus

Kursus Sijil Diploma Ijazah
No. % No. % No. %

Kejururawatan 1 2.3 1 1.4 - -

Automotif 8 18.2 0 - - -

Elektrik 7 15.9 2 2.9 - -

Elektronik 3 6.8 6 8.7 - -

Mekanikal 8 18.2 3 4.3 - -

Perubatan - - 1 1.4 1 2.1

Fabrikasi Logam 2 4.5 - -0-

Pendidikan - - 6 8.7 5 10.4

Fesyen dan Reka Cipta 2 4.5 - - - -

Pemprosesan Makanan 1 2.3 - - - -
dan Pengawalan Kualiti 5 11.4 - - - -

Lukisan Seni Bina

Kimia - - 3 4.3 5 10.4

Pengurusan Perniagaan 1 2.3 9 13.0 7 14.6

Perakaunan - - 3 4.3 1 2.1

Kejuruteraan - - 10 14.5 22 45.8

Kursus Sains yang lain* - - 4 5.8 3 6.3

ICT 3 6.8 9 13.0 3 6.3

Pertanian** - - 1 1.4 1 2.1

Perkhidmatan 3 6.8 8 11.6 - -

Seni Reka - - 3 4.3 - -

Jumlah 44 100 69 100 48 100

Nota: * Bidang kursus yang termasuk dalam kategori ini adalah Sains, Kimia Perindustrian, Teknologi Polimer,
Sains Kimia, Sains Kimia Gunaan, Sains Fizik, Sains Biologi, Teknologi Marin, Pengurusan Industri Penanaman
dan Teknologi & Pengurusan Perladangan Sains.
** Kursus yang ditawarkan oleh UiTM
Sumber: Kajian Institusi Awam dan Swasta, 2011, PE Research

26

Bab 1-Penilaian Jurang dan Cabaran Pembangunan

1.9 GUNA TANAH

Perlis masih merupakan negeri “hijau”. Analisa penggunaan tanah yang sedia ada
menunjukkan bahawa bidang pertanian menyumbang 54,560ha atau 67% dari kawasan
tanah. Kebanyakan tanah pertanian di negeri Perlis digunakan bagi penanaman padi, getah
dan tebu. Kawasan binaan didominasi oleh kegunaan institusi dan perumahan. Penggunaan
tanah yang lain termasuk hutan, tanah kosong, saliran air dan jalan raya (Jadual 1.25 dan
Rajah 1.7).

Berdasarkan Rancangan Tempatan Kangar, jumlah kawasan binaan di negeri Perlis
dianggar akan meningkat daripada 9,799.5ha atau 12% pada tahun 2008 kepada
15,816.3ha atau 19.3% menjelang tahun 2020. Peningkatan dalam kawasan binaan
disebabkan oleh transformasi tanah pertanian kepada pembangunan bandar, seperti
kediaman, komersial, industri, kemudahan institusi dan masyarakat (Rajah 1.8).

Jadual 1.25: Perubahan Guna Tanah di Perlis (2008-2020)

Guna Tanah Sedia Ada (2008) Masa Hadapan (2020)

Kawasan (ha) % Kawasan (ha) %

Kediaman 3,039.92 3.71 5,434.38 6.63

Komersial 197.37 0.24 711.76 0.87

Industri 282.63 0.34 1,214.79 1.48

Kemudahan Institusi dan 2,281.88 2.79 3,281.81 4.01
Masyarakat

Sukan dan Rekreasi 810.95 0.99 1,272.78 1.55

Infrastruktur dan Utiliti 87.82 0.11 90.29 0.11

Jalan Raya 3,098.93 3.78 3,810.5 4.65

Jumlah Keluasan Kawasan 9,799.50 11.96 15,816.31 19.30
Terbina

Pertanian 54,560.10 66.59 50,011.1 61.04

Perhutanan 12,179.10 14.87 12,776.2 15.59

Tanah Kosong 1,429.08 1.74 --

Saliran Air 3,963.43 4.84 3327.59 4.06

Jumlah Keluasan Kawasan 72,131.71 88.04 66,114.89 80.70
Bukan Terbina

Jumlah Keluasan Kawasan 81,931.21 100.00 81,931.2 100.00

Sumber: Diadaptasi daripada Rancangan Tempatan Kangar, 2009-2020 (Pencetakan Ogos, 2011)

Perubahan guna tanah mengikut kategori guna tanah di Perlis ditunjukkan di Jadual 1.25.
Salah satu isu utama adalah kebanyakan pembangunan Perlis berada di atas tanah rizab
(air, hutan, jalan dll), jelapang padi atau Tanah Rizab Melayu. Ini telah menyekat
penggunaan tanah bagi pembangunan lain yang lebih bernilai tinggi. Jika Perlis ingin
dimajukan lagi, masalah ini harus ditangani.

27

Ke Satun Thailand

Ke Satun Thailand

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Rajah 1.7: Kegunaan Semasa Tanah, Perlis Ke Padang Besar Thailand
Ke Padang Besar Thailand

Ke Satun Thailand

Ke Padang Besar Thailand

Ke Changloon/
Lebuh RaKyae Changloon/
Utara SelaLetabnuh Raya

Utara Selatan
Ke Changloon/

Ke KodianKge Lebuh Raya

KodiangUtara Selatan

Ke Kodiang

Legenda
Legenda

Badan Air
Badan Air
Hutan
Hutan
Industri
Industri

Utiliti dan Kemudahan
Utiliti dan Kemudahan

Institusi dan KemuIndsatihtuasni dAawnaKmemudahan Awam

Kediaman Kediaman

Pengangkutan Pengangkutan

Komersil Komersil Keretapi Keretapi

Pertanian Pertanian Jalan Negeri Jalan Negeri
Jalan PersekutuaJnalan Persekutuan
Ternakan dan AkuTaekrnualtkuarn dan Akuakultur
Jalan Lain Jalan Lain

Ke Alor SetaKre AlKoerASleortSaertar Tanah Kosong Tanah Kosong Sempadan PerlisSempadan Perlis

Rekreasi Sempadan ThailaSnemd padan Thailand

Rekreasi Sempadan NegeSriempadan Negeri

Sumber: Rancangan Tempatan Kangar 2009-2020

28

Bab 1K-PeeniPlaaiadnaJnurganBgedsaanrCTabhaarailnaPnedmbangunan
Ke Padang Besar Thailand

Rajah 1.8: Zon Guna Tanah pada Masa Hadapan Perlis, 2020

Ke Satun Thailand

Ke Padang Besar Thailand

Ke Changloon/
Lebuh RaKyeaChangloon/
Utara SelLaetbaunh Raya

Utara Selatan

Ke KodianKge Ke Changloon/

KodiangLebuh Raya
Utara Selatan

Legenda Legenda Ke Kodiang

Badan Air Badan Air

Hutan Legenda BHaduatnanAir

Industri HIuntdaunstri

Utiliti dan KemuIdnUdatuhilsiattrinidan Kemudahan

Institusi dan KemUItunilsdittaiitdhuaasninKdAeamwnuaKdmeamhaundahan Awam

Kediaman InKsetidtuiasmi daann Kemudahan Awam

Pengangkutan Kediaman
Pengangkutan
Pengangkutan
Komersil KKoommeresiraslil Keretapi Keretapi
JalanKeNreetgapeiri Jalan Negeri
Pertanian PPeertratnainanian
Jalan Negeri
JalanJaPlaenrPseerkseuktuutJuaaanlnan Persekutuan
Ternakan dan AkTuTeeranrkanukaalktnuadnradnaAnkuAakkuualtkuur ltur JalanJaLlaaninLain Jalan Lain
Ke Alor SetaKre Alor Setar Tanah Kosong TTaananhahKoKsosnogng
SemSpeamdpaandaPnePrelriSsliesmpadan Perlis
Ke
Alor Setar Rekreasi SemSpeamdpaandaTnhTahiaSlaielanmnddpadan Thailand

RReekrkeraesai si SemSpeamdpaandaNn eNgeeSgereirmi padan Negeri

Sumber: Rancangan Tempatan Kangar 2009-2020

29

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

1.10 PELANCONGAN

Perlis merupakan pintu masuk yang menghubungkan Malaysia dengan selatan Thailand
melalui pintu masuk darat di Padang Besar dan Wang Kelian, serta melalui jeti di Kuala
Perlis. Pada tahun 2008, sebanyak 695,681 orang pelancong tiba di negeri Perlis melalui
semua pintu masuk di mana Padang Besar merupakan pintu masuk yang paling popular,
terutamanya bagi pengunjung dari selatan Thailand. Sebahagian besar pelancong
antarabangsa adalah dari selatan Thailand (77.69%) dan juga dari UK, Jerman dan Amerika
Syarikat. Kebanyakannya adalah backpackers dan masuk ke Malaysia melalui jalan darat
yang berhubung dengan selatan Thailand (Jadual 1.26).

Jadual 1.26: Lawatan Pelancong Utama di Perlis mengikut Negara Kediaman, 2008

Lawatan Pelancong Berdasarkan Pintu Masuk

Negara Kediaman Padang KTM Kuala Perlis Wang Jumlah
Singapura Besar Kelian

941 508 0 214 1,663

Australia 1,200 721 36 344 2,301

New Zealand 697 741 30 737 2,205

Kanada 987 1,217 21 1,171 3,396

United Kingdom 2,327 1,934 85 3,874 8,220

Amerika Syarikat 1,777 1,832 0 1,500 5,109

Jerman 2,028 1,851 18 3,417 7,314

Perancis 1,100 311 5 988 2,404

Thailand 470,810 5,075 7,826 56,771 540,482

Jepun 314 755 0 84 1,153

Negara-negara 89,244 11,291 2,461 18,438 121,434
lain

Jumlah 571,425 26,236 10,482 87,538 695,681
Keseluruhan

Sumber: Analisis dan Penemuan Laporan Rancangan Tempatan Kangar, Kajian Sektor Pelancongan, 2009

1.10.1 Penginapan

Data daripada Kementerian Pelancongan menunjukkan bahawa kadar penginapan hotel
pada tahun 2010 adalah 40.9% bagi 15 hotel yang terdapat di Perlis (638 bilik). Sejak 2007,
kadar penginapan telah menurun (Jadual 1.27). Bilangan pengunjung hotel khususnya
pelancong dari luar negara berkurangan secara mendadak, mencatatkan kadar
pertumbuhan tahunan purata (KPPT) yang negatif sebanyak 19%. Prestasi yang kurang baik

30

Bab 1-Penilaian Jurang dan Cabaran Pembangunan

ini disebabkan oleh kurangnya pembangunan produk, pengurusan destinasi dan fokus
pemasaran.

Jadual 1.27: Purata Kadar Penginapan Hotel dan Pengunjung Hotel di Perlis, 2005-
2010

Pengunjung Hotel

Tahun Harga Bilangan Bilangan Warga Warga
Malaysia Negara
Penginapan Hotel Bilik Asing Jumlah

2005 59.5 12 546 76,917 13,230 90,147

2006 61.7 13 540 83,934 14,469 98,403

2007 63.8 13 540 90,972 15,166 106,138

2008 62.0 15 630 58,907 10,678 69,585

2009 45.9 15 630 86,872 15,675 102,547

2010 40.9 15 630 74,227 4,542 78,769

Sumber: http://corporate.tourism.gov.my/research.asp?page=facts_figures

Antara 15 hotel tersebut hanya sebuah hotel mempunyai penarafan 4 bintang dan
kebanyakan hotel di Perlis tidak mempunyai sebarang penarafan bintang. Ini menunjukkan
bahawa Perlis harus lebih berusaha untuk meningkatkan kualiti dan perkhidmatan hotel bagi
menarik lebih ramai pelancong.

Jadual 1.28: Bilangan Hotel dan Bilik mengikut Penarafan Bintang, 2010

Gred Hotel Hotel Bilik
4-bintang 1 145

3-bintang --
2-bintang --
1-bintang 1 24

3-orkid --
2-orkid 2 75

1-orkid 1 22

Tiada Taraf 10 362

Jumlah 15 638

Sumber: Jadual Stok Harta Riadah, Q1 2011, Laporan Stok Harta, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta,
Kementerian Kewangan
Nota: Penarafan orkid adalah penarafan bagi hotel bajet

31

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Selain itu, berdasarkan Analisa dan Penemuan Laporan Rancangan Tempatan Kangar
(RTMPK), terdapat 29 buah penginapan yang membekalkan sebanyak 1,013 buah bilik di
negeri Perlis. Penginapan-penginapan ini merangkumi asrama, homestay, chalet, hotel bajet
dan juga hotel 4-bintang. Tempat penginapan bajet di Kuala Perlis terkenal bagi pelancong-
pelancong transit, manakala urus niaga hotel 3-bintang dan ke atas adalah amat bergantung
kepada pakej Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran. Pada tahun 2009, purata
kadar penginapan bagi 29 buah penginapan ini adalah 65%. Kadar ini agak berbeza dengan
hasil laporan yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia kerana
perkhidmatan penginapan yang kecil seperti homestay dan asrama tidak diambil kira oleh
Kementerian. Temubual dengan pengusaha hotel mendedahkan bahawa bilangan hotel di
negeri Perlis, khususnya mereka yang mempunyai penarafan 3-bintang dan ke atas, tidak
mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran, terutamanya semasa cuti umum, cuti
sekolah dan majlis konvokesyen universiti. Ini menyebabkan pengunjung-pengunjung
terpaksa menginap di hotel-hotel di Alor Setar. Walau bagaimanapun, kemudahan
penginapan yang disediakan adalah mencukupi pada hari-hari biasa.

1.10.2 Aset Pelancongan di Perlis

Perkembangan industri pelancongan juga dianggap sebagai penyumbang utama bagi
pembangunan ekonomi di negeri Perlis. Perlis mempunyai pelbagai aset pelancongan sama
ada yang sedia ada atau yang baharu, dan setiap satunya mempunyai ciri-ciri yang unik.

Padang Besar, Wang Kelian dan Kuala Perlis mempunyai potensi untuk dibangunkan
sebagai pusat-pusat pelancongan yang kompetitif dan bukannya sekadar menjadi tempat
persinggahan sementara. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti promosi yang sewajarnya
harus dimulakan bagi mempromosikan aset pelancongan ini.

Tambahan pula, tarikan-tarikan pelancongan ini diuruskan secara berasingan oleh agensi-
agensi yang kurang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pelancongan.
Penyelenggaraan yang tidak berkesan, kurang pemahaman dan promosi yang tidak selaras
menyebabkan Perlis tidak dapat memberi pengalaman pelancongan yang memuaskan.
Selain daripada itu, pelaksanaan yang lemah juga menyebabkan bantuan kewangan
daripada Kementerian Pelancongan Malaysia dihentikan buat sementara.

Pengendali industri pelancongan di negeri Perlis pada masa ini tidak mempunyai kapasiti
untuk mengendalikan pelancongan dalam negeri. Kebanyakan pusat peranginan mewah di
Langkawi membawa pengunjung mereka ke pusat eko-pelancongan seperti Tasik Kenyir
dan Royal Belum, tetapi bukannya ke Perlis. Pelancongan di sempadan bandar juga telah
dihadkan hampir kepada aliran sehala, di mana pelancong-pelancong tempatan berkunjung
ke selatan Thailand untuk membeli barangan yang lebih murah.

Daya tarikan eko-pelancongan di Perlis, terutamanya Taman Negeri Perlis, tidak mampu
bersaing dengan tarikan-tarikan eko-pelancongan di negeri-negeri lain seperti Taman
Negara (Pahang), Royal Belum (Perak), atau Tasik Kenyir (Terengganu). Jumlah lawatan
pelancong ke Taman Negeri Perlis pada tahun 2010 adalah sangat kurang, iaitu 1,978

32

Bab 1-Penilaian Jurang dan Cabaran Pembangunan

lawatan. Walaupun pada tahun 2011, bilangan lawatan telah meningkat kepada 2,917
lawatan, tetapi angka ini masih terlalu rendah bagi sebuah tarikan eko-pelancongan.

Jadual 1.29: Ketibaan Pelancong ke Taman Negeri Perlis dan Gua Kelam pada Tahun
2010 dan 2011

Gua Kelam Jumlah Taman Negeri Perlis Jumlah
98,617 1,978
Domestik Antarabangsa Domestik Antarabangsa

2010 98,485 2010 132 2010 1,884 2010 94

2011 133,842 2011 102 133,944 2011 2,776 2011 141 2,917

Sumber: Jabatan Perhutanan Perlis, 2012

Tambahan pula, Perlis tidak mempunyai acara khusus bagi menarik pelancong selain
daripada beberapa ciri yang unik seperti bulan Disember yang lebih dingin dan dinamakan
‘Musim sejuk Perlis', masakan tempatan dan produk pelancongan pertanian yang popular.
Walau bagaimanapun, Perlis mempunyai sejenis buah bermusim, mangga Harumanis yang
menarik minat para pelancong.

Antara halangan-halangan yang wujud dalam industri ini ialah:

 Perlis bukan merupakan aliran utama pelancongan, kekurangan promosi serta tidak
mempunyai imej pelancongan yang menarik. Walaupun Perlis merupakan pintu masuk
utara ke Malaysia, tetapi ia hanya menarik pelancong yang berbelanja rendah dari
selatan Thailand dan pelancong backpacker.

 Walaupun Perlis dianugerah dengan keindahan alam semula jadi dan sumber
pelancongan desa yang unik, tetapi sumber-sumber ini tidak digunakan secara berkesan.

 Pelaksanaan pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan yang kurang berkesan
menyebabkan bantuan kewangan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia
dihentikan buat sementara.

 Beberapa tarikan pelancongan di Sungai Batu Pahat didapati di bawah pengurusan
agensi-agensi kerajaan yang berlainan. Agensi-agensi ini kurang berpengetahuan dan
berkemahiran dalam pengurusan pelancongan. Penyelenggaraan yang tidak berkesan,
kurang pemahaman dan promosi yang tidak selaras menyebabkan Perlis tidak dapat
memberi pengalaman pelancongan yang memuaskan kepada para pelancong.

 Taman Negeri Perlis tidak dimasukkan ke dalam senarai tempat eko-pelancongan di
bawah Hub Mega Biodiversiti Malaysia (MMBH), satu inisiatif Program Transformasi
Ekonomi untuk memajukan dan memasarkan tapak eko-pelancongan utama di negara
ini.

 Pelancongan bandar sempadan juga telah dihadkan kepada aliran sehala, iaitu hanya
pelancong-pelancong Malaysia yang berkunjung ke selatan Thailand. Lawatan
pelancong ke Wang Kelian yang dahulunya sering dikunjungi oleh 70 buah bas
pelancongan setiap hujung minggu kini sudah berkurangan.

33

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

 Sistem jalan raya yang kurang memuaskan menyebabkan kesesakan jalan raya dan
aliran trafik yang perlahan di Kuala Perlis, khususnya pada hujung minggu dan pada
musim cuti sekolah.

 Industri pelancongan di Perlis pada masa ini tidak mempunyai kapasiti atau kualiti
perkhidmatan dalam mengendali pelancongan yang bermutu. Ketidakcekapan
pengendali pelancongan di Perlis juga menjadi punca pelancong-pelancong sekadar
melalui Perlis tetapi tidak melawatinya.

 Didapati juga kini kebanyakan pemandu pelancong yang berdaftar di Perlis bertapak di
Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Langkawi memandangkan Perlis kurang
menganjurkan aktiviti atau program yang unik bagi menarik minat pelancong. Walaupun
Perlis mempunyai kulinari yang unik dan kepelbagaian produk agro-pelancongan tetapi
ianya tidak dipromosikan secara meluas.

 Rancangan transformasi Pulau Langkawi kepada salah satu daripada sepuluh destinasi
pulau dan eko-pelancongan utama di Malaysia dapat memberi impak yang positif
kepada industri pelancongan Perlis.

1.11 PELABURAN (FDI/DDI)

Pertumbuhan ekonomi Malaysia secara berterusan adalah untuk mencapai misi menjadi
sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 berdasarkan keupayaan untuk
menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI). Di bawah
Program Transformasi Ekonomi, pelaburan swasta adalah salah satu pemangkin utama bagi
pertumbuhan ekonomi. Sasaran sebanyak 92% daripada jumlah pelaburan RM1.4 trilion
yang diperlukan telah dikenal pasti akan diperolehi daripada sumber-sumber swasta. Dalam
usaha untuk mencapai tahap ini, pelaburan sebanyak RM120 bilion diperlukan setiap tahun.

Berdasarkan beberapa inisiatif berprofil tinggi yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
pada tahun 2011, iaitu dalam Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia ke-
10 (RMKe-10), jumlah pelaburan yang diluluskan meningkat kepada RM148.6 bilion.

Rajah 1.9: Jumlah Pelaburan yang Diluluskan dalam Ekonomi Malaysia, 2011

Perkhidmatan , Pembuatan , 56.1,
64.4, 43% 38%

(RM Billion) Primer, 28.1, 19%
Sumber: MIDA

34

Bab 1-Penilaian Jurang dan Cabaran Pembangunan

Angka-angka ini menunjukkan bahawa ekonomi negara melebihi sasaran RM120 bilion
setahun sebanyak 24% bagi tahun 2011 dan memastikan negara berada di landasan seiring
dengan objektif Program Transformasi Ekonomi 2020.

Dari segi projek di sektor pembuatan yang diluluskan bagi lima koridor ekonomi bagi tahun
2010 dan 2011, jumlah pelaburan modal meningkat sebanyak 38% daripada tahun 2010.
Wilayah Ekonomi Koridor Utara mempunyai modal pelaburan tertinggi, iaitu RM15.27 bilion
bagi tahun 2011 manakala Koridor Pembangunan Sabah adalah terendah sebanyak
RM921.4 juta. Jadual 1.30 meringkaskan bilangan projek dan pelaburan yang diluluskan
bagi setiap koridor ekonomi dalam tahun 2010 dan 2011.

Jadual 1.30: Jumlah Pelaburan Modal mengikut Koridor Ekonomi

2010 2011
Jumlah
Koridor Ekonomi Bilangan Bilangan Jumlah
Projek Pelaburan Projek Pelaburan
Wilayah Ekonomi Koridor 178 Modal
Utara 27 Modal
Wilayah Ekonomi Pantai 39 14,230,034,975
Timur 27 154 15,265,343,555
Koridor Pembangunan 112 3,536,224,111
Sabah 45 4,559,259,165
Koridor Tenaga 1,325,610,877
Diperbaharui Sarawak 27 921,423,709
Iskandar Malaysia 3,033,466,969
26 8,230,586,462
2,905,687,484
124 5,678,632,914

Jumlah 383 25,031,024,416 376 34,655,245,805

Sumber: http://www.mida.gov.my/env3/uploads/PerformanceReport/2011/Report.pdf, Page A11

Antara tahun 2006 dan 2010, pelaburan domestik dalam sektor pembuatan Wilayah
Ekonomi Koridor Utara adalah sebanyak RM36.1 bilion. Pada tahun 2010, Pulau Pinang
telah menarik 50% daripada pelaburan domestik di sektor pembuatan daripada negeri-negeri
Wilayah Ekonomi Koridor Utara yang berjumlah RM1.7 bilion. Sepanjang tempoh 5 tahun ini,
Perlis hanya berjaya menarik RM102 juta pelaburan di sektor pembuatan. Berdasarkan
jumlah pelaburan yang dibuat, ia hanya mewakili 0.3% daripada jumlah aliran masuk sektor
pembuatan ke negeri Perlis. Pelaburan domestik ke dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara
telah merosot sebanyak 185% sejak tahun 2006 (Rajah 1.10).

Walau bagaimanapun, dalam tempoh yang sama, pelaburan asing ke dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara telah meningkat sebanyak 118%, kebanyakannya bertumpu di Pulau
Pinang. Perlis hanya berjaya mendapatkan RM167 juta atau 0.4% daripada jumlah
pelaburan di sektor pembuatan serantau antara tahun 2006 dan 2010. Secara keseluruhan,
aliran masuk pelaburan terbesar adalah ke Pulau Pinang (RM24 bilion), diikuti Kedah dan
Perlis sebanyak RM12.8 bilion dan RM6.3 bilion masing-masing.

35

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Rajah 1.10: Statistik Pelaburan Domestik: Projek Pembuatan yang Diluluskan
mengikut Negeri dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara 2006-2010 (RM
juta)

Kedah Perak Penang Perlis JumTlaothal
PeInlvaebstumreannts
(RM(RM'ju’mtial))

2010 360 1,393 1,787 31 3,571

2009 449 494 717 - 1,660

2008 288 697 5,069 63 6,116

2007 7,857 652 1,625 7 10,140
2006 8,050 10,188
706 1,432 0.4

Sumber: MIDA

Berdasarkan angka-angka yang diperolehi daripada MIDA, Perlis menduduki tempat terakhir
dalam bidang pelaburan antara semua negeri di Malaysia pada tahun 2010 dan 2011
(masing-masing RM31.4 juta dan RM23.3 juta). Perlis gagal mengekalkan pelaburan pada
tahun 2009 dan gagal menarik pelaburan asing dalam sektor pembuatan pada tahun 2010.

Rajah 1.11: Statistik Pelaburan Asing: Projek Pembuatan yang Diluluskan mengikut
Negeri dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara 2006-2010 (RM juta)

Kedah Perak Penang Perlis JumlTaohtal

PeInlavebstumreannts
(RM(RM'ju’mtial))

2010 1,601 1,647 10,451 13,698

2009 1,047 400 1,448 - 2,895

2008 2,279 2,433 5,088 107 9,907

2007 6,134 1,383 3,143 - 10,659

2006 1,830 476 3,918 61 6,284

Sumber: MIDA

36

Bab 1-Penilaian Jurang dan Cabaran Pembangunan

Pada masa ini, Perlis menduduki tempat kedua terakhir antara semua negeri dan wilayah di
Malaysia bagi jumlah pelaburan modal pada tahun 2011 (Jadual 1.31). Pulau Pinang
mendahului senarai dengan RM9,106 juta. Perlis akan dapat menarik lebih banyak
pelaburan dan meningkatkan aliran FDI/DDI jika pembentukan kluster nilai tambah tinggi di
sektor pembuatan diberi keutamaan. Salah satu sebab utama bagi prestasi suram FDI/DDI
di Perlis adalah kekurangan pelaburan swasta.

Jadual 1.31: Pelaburan Swasta Mengikut Negeri, 2010 dan 2011

Negeri Baru 2010 Jumlah Baru 2011 Jumlah
No. Jumlah Pengembangan Jumlah No. Jumlah Pengembangan No. Jumlah
No. Jumlah
(RMmil) No. (RMmil) No. Jumlah (RMmil)
(RMmil) (RMmil) (RMmil)

Penang 64 2,846.0 64 9,392.0 128 12,238.0 61 4,487.2 48 4,618.8 109 9,106.0
6,286.9 325 10,641.8 171 4,383.8 92 4,357.4 263 8,741.1
Selangor 207 4,354.9 118 8,172.0 14 281.3 43 8,453.4
456.3 43 3,945.0 29 2,854.9 84 3,729.7 188 6,584.6
Sarawak 26 3,488.8 17 1,905.5 172 7,464.9 104 4,696.1 19 1,439.9 42 6,136.0
1,668.9 49 1,960.6 23
Johor 94 5,559.5 78

Kedah 28 291.7 21

Negeri 17 593.5 18 699.1 35 1,292.6 24 4,610.8 14 1,294.6 38 5,905.4
Sembilan

Melaka 16 885.6 21 745.5 37 1,631.1 22 639.9 17 3,723.9 39 4,363.7
58.8 13 1,038.7 11 1,220.8 14 1,817.2 25 3,038.0
Pahang 7 979.9 6 2,327.9 7 8 1,335.7 15 1,392.7
1,665.0 9 3,039.7 20 57.0 10 141.6 30 984.9
Terengganu 7 662.9 2 275.3 49 1,325.6 20 843.3 7 75.6 27 921.4
98.4 39 845.8
Perak 33 2,764.4 16

Sabah 29 1,227.2 10

Kuala 4 55.0 - -4 55.0 15 174.7 4 133.0 19 307.6
Lumpur

Kelantan 3 139.0 2 30.6 5 169.6 1 80.0 4 48.6 5 128.6
-- 3 23.3
Perlis 1 31.4 - -1 31.4 3 23.3 -- --
335 22,997.3 846 56,086.8
Labuan 1 14.9 - -1 14.9 - -

Jumlah 537 23,894.7 373 23,282.3 910 47,177.0 511 33,089.5

Sumber: MIDA

1.12 PKS dan MPPB

1.12.1 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Definisi umum bagi perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor pembuatan, perkhidmatan
berkaitan pembuatan dan industri berasaskan pertanian adalah perusahaan yang
mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang atau dengan perolehan jualan
tahunan tidak melebihi RM25 juta. Pada tahun 2009 terdapat sejumlah 194 buah PKS dalam
sektor pembuatan di negeri Perlis dengan jumlah output kasar sebanyak RM309 juta. Nilai
tambah dalam PKS pembuatan berjumlah RM51 juta, manakala nilai aset tetap adalah
RM50.6 juta. PKS di sektor pembuatan mengupah kira-kira 1,394 orang pekerja di Perlis
pada tahun 2009.

37

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Banci Pertubuhan dan Perusahaan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa terdapat
sejumlah 5,920 buah firma PKS di Perlis yang menyediakan peluang pekerjaan kepada
sejumlah 19,268 orang. Majoriti PKS ini terdiri daripada sektor perkhidmatan (59.4%) dengan
output kasar terbesar (RM582 juta), nilai tambah (RM270 juta), aset tetap (RM1,536 juta)
dan peluang pekerjaan (12,660 orang). Ini diikuti oleh sektor pertanian (35.2%) dan sektor
pembuatan (5.5%) (Jadual 1.32).

Saiz purata PKS di Perlis adalah 3.3 orang pekerja bagi setiap firma. Dari segi produktiviti,
negeri Perlis berjaya mencapai RM49,000 output kasar dan RM20,100 nilai tambah bagi
setiap pekerja. Aset tetap bagi setiap pekerja bernilai RM90,100 dan gaji yang dibayar
kepada setiap pekerja ialah RM6,300 setahun. Di samping itu, aset tetap bagi setiap pekerja
menunjukkan bahawa intensiti modal bagi sektor perkhidmatan (RM121,300) adalah jauh
lebih tinggi daripada sektor pembuatan (RM24,600) dan sektor pertanian (RM36,000).
Dengan melihat kos buruh seunit, PKS dalam sektor pertanian mempunyai kos yang lebih
rendah pada 0.05 berbanding sektor pembuatan (0.12) dan sektor perkhidmatan (0.14).

Sektor pembuatan dikuasai khususnya oleh industri tekstil dan pakaian (34.1%), diikuti oleh
industri produk makanan dan minuman (21.5%) dan industri logam dan produk logam
(20.1%).

Jadual 1.32: Perlis: Profil PKS mengikut Sektor

Perlis
Pembuatan Perkhidmatan Pertanian Jumlah

Bilangan PKS 323 3,514 2,083 5,920
(5.5%) (59.4%) (35.2%) (100.0%)

Output (RM juta) 269 582 94 945
(28.5%) (61.6%) (9.9%) (100.0%)

Nilai tambah (RM juta) 87 270 31 388
(22.4%) (69.6%) (8.0%) (100.0%)

Bilangan pekerja 3,248 12,660 3,360 19,268
(16.9%) (65.7%) (17.4%) (100.0%)

Upah (RM juta) 33 84 5 122
(27.0%) (68.9%) (4.1%) (100.0%)

Nilai Aset (RM juta) 80 1,536 121 1,737
(4.6%) (88.4%) (7.0%) (100.0%)

Pekerja/ Firma 10.1 3.6 1.6 3.3
Output Kasar / Pekerja (RM’000) 82.8
Nilai Tambah / Pekerja (RM’000) 26.8 46.0 28.0 49.0

21.3 9.2 20.1

38

Bab 1-Penilaian Jurang dan Cabaran Pembangunan

Perlis

Pembuatan Perkhidmatan Pertanian Jumlah
90.1
Aset Tetap / Pekerja (RM’000) 24.6 121.3 36.0

Upah yang Dibayar / Pekerja 10.2 6.6 1.5 6.3
(RM’000) 0.13

Kos Buruh Seunit 0.12 0.14 0.05

Sumber: Banci Pertubuhan dan Perusahaan, 2005 oleh Jabatan Perangkaan (Tahun Rujukan 2003)

Bilangan PKS dalam sektor pembuatan telah menurun sejak beberapa tahun lalu. Pada
tahun 2005, Banci Industri dan Perusahaan menunjukkan terdapat 323 buah PKS di Perlis.
Menjelang tahun 2009, bilangan ini menurun sebanyak 40% kepada hanya 194 buah PKS.
Produktiviti telah meningkat dengan ketara dengan output kasar bagi setiap pekerja
meningkat sebanyak 168% dan kos buruh seunit berkurangan. Walaupun bilangan institusi
berkurangan, peningkatan dalam produktiviti menunjukkan kemungkinan penyatuan sektor di
mana institusi dapat beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan (Jadual 1.33).

Terdapat kira-kira 20 buah PKS yang terlibat dalam industri kraftangan sehingga Mei 2011 di
mana enam daripadanya terlibat dalam produk hasil hutan, lima buah PKS dalam
pembuatan kraftangan berasaskan tekstil dan sembilan buah PKS menghasilkan pelbagai
jenis kraf. Walau bagaimanapun, industri kraftangan adalah agak kecil di Perlis.

Dalam sektor perkhidmatan, lebih daripada 80% daripada 3,514 buah PKS dalam Banci
Pertubuhan dan Perusahaan terlibat dalam perdagangan pengedaran (perdagangan borong
dan runcit) dan perniagaan restoran. Walau bagaimanapun, tiada data yang dikemaskini
bagi membolehkan analisis dibuat. Berdasarkan data pada tahun 2011 yang diambil
daripada Perbadanan PKS menunjukkan bahawa di kalangan 119 buah PKS yang
mendaftar dengan agensi mereka, 41.2% terlibat dalam perdagangan pengedaran dan
26.9% dalam industri makanan dan minuman. Perkongsian kedua-dua aktiviti perniagaan
utama ini adalah selaras dengan data daripada banci.

Bagi sektor pertanian, aktiviti utama adalah pertanian sara hidup, perladangan, dan industri
hortikultur (93%), diikuti oleh perikanan dan perkhidmatan yang menyokong aktiviti perikanan
(6.2%).

39

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Jadual 1.33: Profil PKS di Perlis dalam Sektor Pembuatan

Industri Bilangan %
PKS
Tekstil dan Pakaian 34.1
110 21.5
20.1
Produk Makanan dan Minuman 69 5.6
4.0
Logam dan Barangan Logam 65 3.1
3.1
Perabot 18 2.2
1.5
Kayu dan Produk Kayu 13 1.5
0.9
Penerbitan, Percetakan & Penerbitan Semula Media Dirakam 10 0.9

Jentera dan Peralatan 10 0.6
0.6
Kimia dan Produk Kimia 7 0.3
100.0
Keluaran Galian Bukan Logam 5

Produk Tembakau 5

Elektrik dan Elektronik 3

Pembuatan yang tidak dikelaskan di mana-mana tempat yang 3
lain 2

Getah dan Plastik

Kertas dan Produk Kertas 2

Barangan Kulit 1

Jumlah PKS 323

Sumber: Banci Pertubuhan dan Perusahaan, 2005 oleh DOSM (Tahun Rujukan 2003)

PKS di Malaysia boleh memohon bantuan kewangan melalui Skim Geran Pemadanan dan
Pinjaman Mudah, Program Peningkatan Kemahiran dan Program Baharu di bawah
Perbadanan PKS Malaysia. Pada tahun 2011, sebanyak 29,700 geran, pinjaman mudah dan
program-program baharu telah diluluskan dengan pelaburan berjumlah RM1,942 juta di
Malaysia. Bagi PKS di Perlis, sebanyak 86 permohonan telah diterima oleh Skim Geran
Pemadanan, di mana 45 buah syarikat telah diberikan geran berjumlah kira-kira RM2 juta. Ini
menyumbang kepada peratusan yang kecil (4.28%) daripada jumlah pelaburan yang
diluluskan di bawah skim geran pemadanan. Hubungan antara PKS/MPPB dan industri
besar adalah agak lemah dan ini menyebabkan PKS kurang mendapat manfaat daripada
pemain industri yang lebih besar.

40

Bab 1-Penilaian Jurang dan Cabaran Pembangunan

1.12.2 Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)

Memandangkan kira-kira 86% daripada penduduk di Perlis adalah bumiputera, kerajaan
terlibat secara aktif dalam mempromosikan skim Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB). Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015 (RMKe-10),
telah menekankan bahawa bumiputera harus memanfaatkan kebolehan mereka untuk
mengambil bahagian dalam ekonomi dengan cara yang lebih holistik, berkesan dan
mampan. Keutamaan dan tumpuan akan diberikan kepada pembangunan perusahaan
bumiputera yang berdaya saing dan meningkatkan penyertaan bumiputera di peringkat
pengurusan kanan1.

Berdasarkan perniagaan yang berdaftar di Perlis dan masih lagi aktif, kira-kira 77% dimiliki
oleh bumiputera. Pada tahun 2010, bumiputera memiliki unit komersial bernilai RM58 juta,
berbanding dengan RM225 juta dan RM65 juta yang dimiliki oleh syarikat Cina dan syarikat
berdaftar. Mereka juga memiliki majoriti gerai yang terletak di dalam bangunan, termasuk
medan selera yang bernilai RM4.83 juta atau 69% daripada nilai semua gerai di negeri
Perlis.

Inisiatif MPPB di Perlis adalah bertujuan untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan
usahawan Bumiputera. Oleh itu, usaha ini perlu dipertingkatkan agar dapat memenuhi
keperluan PKS di Perlis, terutamanya dalam bidang pemasaran dan inovasi.

Perlis mempunyai bilangan peserta yang paling kurang di negara ini dalam program
pembangunan ekonomi untuk bumiputera. Temu bual dengan institusi-institusi MPPB utama
mendedahkan bahawa terdapat permintaan yang semakin meningkat bagi program MPPB di
Perlis termasuk kursus mengenai keusahawanan, skim yang menawarkan bantuan
kewangan dan penyediaan premis perniagaan.

1.13 PEMBANGUNAN DI KAWASAN-KAWASAN JIRAN

Potensi ekonomi bagi negeri-negeri utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) dalam sektor-
sektor seperti pelancongan, pertanian, perdagangan dan perkhidmatan, pembuatan dan
pemprosesan, dan sebagainya disokong oleh Rangka Tindakan Sosioekonomi Wilayah
Ekonomi Koridor Utara.

Perlis adalah sebuah negeri yang dikelilingi oleh Kedah, Langkawi, Pulau Pinang serta
wilayah Satun dan Songkhla di Thailand. Dari segi aktiviti ekonomi, Perlis mempunyai
hubungan yang kuat dengan negeri jirannya dan wilayah-wilayah selatan Thailand. Bandar-
bandar yang berhampiran dengan Kangar, Perlis termasuk Changlun (38 km), Alor Setar
(67km), Lapangan Terbang Alor Setar (60km), Bukit Kayu Hitam (45km), Langkawi (60km,
satu jam perjalanan menggunakan feri), Hat Yai / Songkhla (90 km) dan Satun (65km)
(Rajah 1.12).

1 Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015, muka surat 19

41

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Rajah 1.12: Lokasi Perlis dengan Negeri /Wilayah Jiran

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

Pada tahun 2010, wilayah Satun mempunyai 297,000 orang penduduk manakala Songkhla
mempunyai 1,357,000 orang penduduk (Rajah 1.13). Bilangan penduduk di kedua-dua
tempat adalah terdiri daripada penduduk sementara memandangkan ia merupakan destinasi
pelancongan yang popular.

Rajah 1.13: Perbandingan Populasi antara Perlis, Satun dan Songkhla 2010

1,600 1,357
1,400

1,200

1,000

TRihbouuasnands 800

600

400 232 297
200

0 Satun Songkhla
Perlis

Sumber:
1) Perlis: Taburan Penduduk dan Ciri-Pcoirpi uAlasatisonD2e0m1o0grafi, Jabatan Perangkaan
2) Satun: Bahagian Pentadbiran Wilayah, Kementerian dalam Negeri, Thailand
3) Songkhla: Bahagian Pentadbiran Wilayah, Kementerian dalam Negeri, Thailand

42

Bab 1-Penilaian Jurang dan Cabaran Pembangunan

Pengeluaran hasil sumber-sumber utama adalah satu lagi aktiviti ekonomi yang penting bagi
Satun manakala Songkhla pula merupakan pengeluar getah utama di Thailand. Kedua-dua
wilayah Thailand ini merupakan kawasan pedalaman yang berpotensi bagi pembangunan
ekonomi Perlis. Penduduk bagi ketiga-tiga kawasan ini terdiri daripada mereka yang berumur
dalam lingkungan 15-64 tahun yang berpotensi untuk menyokong rancangan pertumbuhan
sosioekonomi Perlis pada masa depan. Kumpulan umur bekerja ini meliputi 67% daripada
populasi penduduk Satun dan 68% populasi penduduk Songkhla (Rajah 1.14).

Rajah 1.14: Perbandingan Kumpulan Umur Bekerja antara Perlis, Satun dan Songkhla

LainO-ltahienrs 23,760
1,924
0

KumpulAgaenGrUoupmur 108,462
75+ 19,943

16,866

926,183

15-64 200,679
156,240

298,618

0-14 74,617
58,435

0 100,000 200,000 300,000 400,000 500,000 600,000 700,000 800,000 900,000 1,000,000

PopuPloapsuliat(ioNn o(Nmumbbeor)r)

Songkhla Satun Perlis

Sumber:
1) Perlis: Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Jabatan Perangkaan
2) Satun: Bahagian Pentadbiran Wilayah, Kementerian dalam Negeri
3) Songkhla: Bahagian Pentadbiran Wilayah, Kementerian dalam Negeri

Walaupun Satun dan Songkhla mempunyai bilangan bekerja yang lebih ramai, iaitu masing-
masing 166,000 dan 825,000 orang, tetapi wilayah-wilayah ini mempunyai kadar
pengangguran yang lebih rendah apabila dibandingkan dengan Perlis. Perlis mungkin dapat
menarik pekerja dari negara jiran kerana ia mempunyai KDNK per kapita yang lebih tinggi.
Purata gaji pekerja tahunan yang lebih tinggi menyumbang kepada KDNK yang tinggi.

43

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Jadual 1.34: Perbandingan Tenaga Kerja antara Perlis, Satun dan Songkha

Jumlah populasi yang bekerja Perlis (2010) Satun Songkhla
80,500 (2011 Q1) (2011 Q1)

166,373 825,794

Jumlah Tenaga Kerja 83,300 168,300 835,214

Jumlah Penganggur 2,800 1,927 9,420

Kadar Pengangguran (%) 3.36 1.14 1.13

Nota:Satun: Data biasa daripada Q1 kepada Q4 pada tahun 2010
Sumber:
1) Perlis: Laporan Kajian Tenaga Kerja Malaysia, 2010, Jabatan Perangkaan
2) Satun: Jadual statistik, Penyiasatan Tenaga Buruh: 2011, Peringkat Daerah, Pejabat Statistik Kebangsaan
3) Songkhla: Jadual statistik, Penyiasatan Tenaga Buruh: 2011, Peringkat Daerah, Pejabat Statistik Kebangsaan

Populasi yang bekerja di ketiga-tiga kawasan ini mengikut pekerjaan ditunjukkan dalam
Rajah 1.15 dan 1.16. Pengagihan tenaga kerja di Perlis adalah sekata bagi tahun 2010,
melalui penambahan pekerja-pekerja di sektor perkhidmatan, kedai dan pemasaran (20.7%),
12.3% yang lain adalah pekerja mahir dalam bidang pertanian dan perikanan. Sebagai
perbandingan, terdapat lebih ramai pekerja perkhidmatan di Satun dan Songkhla, iaitu
masing-masing 19.3% dan 24.9%. Sektor pertanian merupakan sektor terbesar, di mana
51% daripada tenaga kerja di Satun dan 31% daripada tenaga kerja di Songkhla terlibat
dalam sektor ini.

Rajah 1.15: Perbandingan Tenaga Kerja antara Perlis dan Satun

9.1 1.2 4.3 2.5 Pengubal undang-
2.9 2.9 Leugnisdlaatnogrs,,PSeegnaiowr aOifkfiacinaalsnand
MdaannagPeerns gurus
6.8 11.9 7.1 19.3 PProrfoefsessioionnalasl-profesional
8.4
TJeucrhuntiecikannsikadndanAPssroocfieasteional
8.2 PBroefresseskiountauls

Perlis LF 11.5 CPleerkicearljaWPoerkrkeersranian

11.0 = 83,300 SPeervkiecerjWa Poerkrkehrsi,dSmhoaptannd,
MJuarrkuejut Saalles Workers
8.9 SPkiellkeedrAjagrMicaulhtuirraPlearntdanFisahnery
WdoarnkePresrikanan
12.3 CPreakftearnjad KRrealaftdeadnTrPaedkeerja
Wbeorrkkearitsan Perdagangan Kraf
20.7 PPlaenmt aansdanMgadchaineOOppeerarattoorr-s
aonpdeArsasetomrbMleerssin dan Loji
51.0 Satun LF
= 168,300

Sumber:
1) Perlis: Laporan Kajian Tenaga Kerja Malaysia, 2010, Jabatan Perangkaan
2) Satun: Jadual statistik, Penyiasatan Tenaga Buruh: 2011, Peringkat Daerah, Pejabat Statistik Kebangsaan

44

Bab 1-Penilaian Jurang dan Cabaran Pembangunan

Rajah 1.16: Perbandingan Tenaga Kerja antara Perlis dan Songkhla

11.1 2.6 5.9 LMPPPePPPaeeegeeenignnsnngaalggagaggwuutewuuobrrarbrusaauisasi,klsklSuauaennnnndaiadonanarndnOdgagaf-nf-uniucninaddlasanannggd,,
PPrPororfoefesfessisiooinonanalsal-lp-prorofefessioionnaal l
4.7 11.9 7.1 5.0
10.4 8.2 4.5 TJeuJcurhurnutietceikaknnniskiakdnddaanAnPsPsroorocfiefaestseioionnaal l
PBrBoeefresrsesekiokuuntautuls
11.0 Perlis LF 8.4 CPlePerekieckaerljraWjaPoPererkkerekresraranniaiann
= 83,300
11.5 SPePerevkkiecerejraWjaPoPererkkrekhrhsi,diSdmhmoaaptataannnd, ,
12.3 MJuJaurrurkuejujtuaSaal lles Workers
8.9 SPkPeileklekederjArajgaMrMicauahlthiurirrPaPel eartnratdanFniiasiahnnery
24.9 WddaoanrknPePeresrirkikaannaann
CPPreeakfkteearrjnjaadKKRreraalfaftddeadannTPrPaeedkkeeerrjjaa
20.7 WbbeoerrrkkkaeairitstaannPPeerrddaaggaannggaannKKrraaff
PPPlaeenmmt aaanssdaannMggaddchaainnneOOOpppeeerraaratttooorrr--s
31.0 Songkhla LF aoonpdpeeArrsaasettoomrrbMMleeersssiinn ddaann LLoojjii
= 835,214

Sumber:
1) Perlis: Laporan Kajian Tenaga Kerja Malaysia, 2010, Jabatan Perangkaan
2)Songkhla: Jadual statistik, Penyiasatan Tenaga Buruh: 2011, Peringkat Daerah, Pejabat Statistik Kebangsaan

1.14 RUMUSAN CABARAN-CABARAN UTAMA

Berikut adalah ringkasan bagi cabaran-cabaran utama yang dibincangkan dalam bab ini:

 Tanah dengan kekangan seperti Tanah Rizab Melayu, kawasan jelapang padi, dan
sebagainya adalah penghalang kepada pembangunan;

 Kekurangan penggunaan teknologi dalam pengeluaran pertanian huluan telah
menyebabkan hasil yang lebih rendah;

 Jaringan industri yang lemah dalam rantaian nilai;
 Kekurangan pelaburan (domestik atau asing) dan penyertaan sektor swasta untuk

mentransformasikan ekonomi Perlis;
 Sumbangan terhad PKS dan MPPB kepada ekonomi Perlis kerana hubungan yang

lemah antara PKS / MPPB dan industri besar;
 Kurang kesedaran mengenai kemahiran sedia ada di Perlis;
 Promosi produk-produk dan destinasi-destinasi pelancongan yang lemah serta

kekurangan perkhidmatan dan kemudahan pelancongan
 Sistem penyampaian yang tidak cekap disebabkan kekurangan kapasiti pelaksanaan

daripada pihak kerajaan; dan
 Kekurangan akses utama ke Perlis, terutamanya infrastruktur rangkaian jalan raya yang

baik.

45



BAB 2

RANGKA KERJA PEMBANGUNAN
STRATEGIK: WAWASAN,

HALA TUJU STRATEGIK, TONGGAK
EKONOMI DAN STRATEGI SERANTAU

Bab 2- Rangka Kerja Pembangunan Strategik: Wawasan,
Hala Tuju Strategik, Tonggak Ekonomi Dan Strategi Serantau

2. RANGKA KERJA PEMBANGUNAN STRATEGIK:
WAWASAN, HALA TUJU STRATEGIK, TONGGAK
EKONOMI DAN STRATEGI SERANTAU

2.1 PENGENALAN

Pelan Strategik Pembangunan Perlis ini menggariskan wawasan pembangunan bagi negeri
Perlis. PSPP disediakan berdasarkan pemahaman yang terperinci tentang kehendak,
keperluan, kekangan dan cabaran terhadap negeri Perlis. Pelan ini bertujuan untuk
membangunkan pendekatan yang boleh mencapai matlamat yang diingini dalam tempoh
masa yang ditetapkan.

Jadual 2.1: Cabaran-Cabaran Utama dan Hala Tuju Strategik

Cabaran-cabaran Utama Hala Tuju Strategik

a. Status tanah yang menghalang pelan a. Tumpuan terhadap sektor yang berimpak
pembangunan tinggi dengan menggunakan pendekatan
bersepadu dan menaikkan rantaian nilai
b. Penggunaan teknologi rendah dalam
pengeluaran pertanian huluan b. Menggalakkan penggunaan dan penyebaran
teknologi yang dinamik
c. Jaringan industri yang lemah dalam
rantaian nilai c. Mewujudkan kluster tempatan yang berdaya
saing untuk menghadapi cabaran-cabaran
d. Kekurangan pelaburan (tempatan atau ekonomi global
asing) dan penyertaan sektor swasta
dalam mentransformasikan ekonomi Perlis d. Pengukuhan penyertaan PKS dan MPPB
melalui pendekatan kluster dan pengurusan
e. Sumbangan terhad PKS dan MPPB rantaian bekalan
kepada ekonomi Perlis
e. Mengoptimumkan pendidikan dan asas
f. Kurang kesedaran mengenai kemahiran keusahawanan inovasi yang sedia ada untuk
sedia ada di Perlis pembaharuan

g. Promosi produk-produk dan destinasi- f. Menarik penyertaan sektor swasta bagi
destinasi pelancongan yang lemah serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi
kekurangan perkhidmatan dan kemudahan
pelancongan g. Membangunkan persekitaran kehidupan
bandar yang berkualiti di Perlis
h. Sistem penyampaian yang hanya sesuai
untuk pelaburan sektor swasta bagi projek h. Memanfaatkan penyertaan kerjasama
pembangunan berskala besar serantau

i. Kekurangan akses utama ke Perlis, i. Meningkatkan keupayaan kerajaan dan
terutamanya infrastruktur rangkaian jalan kecekapan dalam sistem penyampaian
raya
j. Pelaburan sektor awam yang strategik dalam
Sumber: infrastruktur untuk meningkatkan kualiti hidup
(1) Rancangan Struktur Perlis 2030
(2) Penemuan bengkel 2012

47

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Hala tuju strategik adalah penting dalam memacu transformasi ekonomi Perlis, selaras
dengan prinsip-prinsip yang digariskan oleh kerajaan negeri. Ringkasan cabaran-cabaran
utama dan hala tuju strategik untuk Perlis ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

2.2 WAWASAN UNTUK PERLIS

Wawasan yang dicadangkan untuk Perlis adalah "Meneraju Transformasi Ekonomi Perlis
Sebagai Negeri Bandaraya dan Berpendapatan Tinggi pada 2030".

Wawasan ini dijangka akan dilaksanakan dalam dua fasa. Menjelang 2015, majoriti
penduduk Perlis akan tinggal di kawasan bandar mengikut pelan Rancangan Perlis Maju
2015.

Menjelang 2020, tahap pembandaran di Perlis akan menyumbang secara ketara terhadap
pertumbuhan ekonomi negeri ini. Terdapat hubungan positif yang kukuh antara tahap
pembangunan manusia dan urbanisasi kerana bandar-bandar ini akan menerajui
pembangunan ekonomi negeri. Pada masa itu Perlis sudah memperoleh proses
pembangunan yang mampan. Menjelang 2030, Perlis akan menjadi negeri yang mempunyai
purata pendapatan isi rumah yang tinggi.

Rajah 2.1: Kadar Pembandaran di Perlis

80.0% 75.0%
70.0%
60.0% 71.0%

61.8% 63.2%

50.0% 50.7% 51.4%
40.0%
30.0% 34.2% 33.8% Malaysia
20.0% Perlis
FMutausraeDepan

28.4% 26.6%

10.0% 8.9%
0.0%
0.0%
1980 1991 2000 2010 2020 2030
1970

Sumber: Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030 dan Laporan Pelan Strategik
Pembangunan Perlis, 2012

Sebanyak 60% daripada penduduk Perlis dijangka akan tinggal di kawasan bandar
menjelang 2020. Pusat-pusat bandar berikut dijangka akan mempunyai penduduk sebanyak
5,000 orang atau lebih seperti: Kangar (81,300), Padang Besar (24,500), Kuala Perlis

48

Bab 2- Rangka Kerja Pembangunan Strategik: Wawasan,
Hala Tuju Strategik, Tonggak Ekonomi Dan Strategi Serantau

(19,500), Beseri (13,500), Arau (12,000), dan Pauh Putra (7,200). Menjelang 2030, Simpang
Empat juga akan menyertai senarai pusat-pusat bandar ini. Rajah 2.1 menunjukkan arah
aliran dan kadar pembandaran di Perlis.

Sepanjang tempoh lima tahun yang lepas, ekonomi Perlis berkembang pada kadar yang
sangat perlahan iaitu 2.8% setahun. Melalui pelaksanaan strategi-strategi yang terkandung
dalam PSPP, pembangunan ekonomi Perlis dijangka akan berkembang pada kadar yang
lebih pesat iaitu 6% setahun antara tahun 2010 hingga 2020 dan 8% setahun antara tahun
2020 hingga 2030. (Rajah 2.2).

Rajah 2.2: Kadar Pertumbuhan per Kapita, 2010-2030

80,000 PSP Disasarkan: Pertumbuhan
70,000 6%, 2020; Malaysia
60,000 8%, 2030 pada 4.5%
50,000
KDNK/Kapita (RM) RM45,000

40,000 RM36,000 Rancangan Struktur
30,000 Perlis: KDNK disasarkan
20,000 2030-RM22,050
10,000
Pertumbuhan Perlis
0 seperti biasa: 2.8%

2010 2015 2020 2025 2030 2035 2040

Perlis BAU Malaysia DDeisairseadrkan PeRralniscSatnrugactnuSrterPulkatnur2P0e3r0lis 2030

Sumber:
(1) Rancangan Fizikal Negara 2005
(2) Rancangan Struktur Perlis 2030
(3) Anggaran Pasukan Perunding
Nota: BAU merujuk kepada keadaan seperti biasa

Bagi mencapai matlamat atau wawasan seperti yang dinyatakan, hala tuju strategik dan
pendekatan pembangunan perlu diusahakan. Wawasan yang didorong oleh hala tuju
strategik ini perlu disokong oleh tonggak ekonomi utama dengan sumber-sumber sedia ada
serta cadangan projek-projek baharu yang berimpak tinggi dan inisiatif yang akan
meningkatkan pembangunan ekonomi.

49

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

2.3 RANGKA KERJA PERANCANGAN

Rangka kerja perancangan untuk PSPP dipandu oleh beberapa parameter penting seperti
KDNK, populasi dan saiz tenaga buruh serta kadar pembandaran yang boleh dicapai oleh
Perlis menjelang 2030.

Jika pertumbuhan PSPP meningkat, maka ia boleh menarik penghijrahan masuk penduduk.
Tarikan sosioekonomi merupakan antara faktor penghijrahan penduduk ke negeri-negeri
yang lebih maju, dan jika ini berlaku maka jumlah penduduk Perlis dijangka boleh mencapai
sehingga 265,000 orang menjelang 2020 dan 317,000 orang pada tahun 2030.

Jadual 2.2: Unjuran Populasi, 2010-2030

Tahun Unjuran (Trend lepas) Unjuran dengan Pelaksanaan
2010 231,5411 PSPP

231,541

2020 261,0612 265,000

2030 294,3462 317,000

Sumber:
1. Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia
2. Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

Pelaksanaan PSPP dijangka dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan
gaji yang tinggi serta peningkatan KPTB kepada kira-kira 60.5% menjelang 2030. Sebanyak
44,500 pekerjaan baharu yang dihasilkan dijangka dapat meningkatkan guna tenaga
daripada 80,500 kepada 125,000 di antara tahun 2010 ke 2030.

Jadual 2.3: Unjuran Tenaga Kerja, 2010-2030

2010 2020 2030

KPTB 55.5% 55.5% 60.5%

Kadar Pengangguran 3.4% 3.4% 3.4%

Populasi 15-64 (‘000) 156.2 178.8 213.9

Tenaga Kerja (‘000) 83.3 99.2 129.4

Populasi Bekerja (‘000) 80.5 95.9 125.0

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012 , (dengan pemalar anggaran tahap-tahap 2010)

Menjelang tahun 2030, Perlis akan menjadi negeri berpendapatan tinggi dan maju, dengan
kadar pembandaran yang disasarkan sebanyak 75%. Kadar ini adalah hampir dua kali
ganda kadar pembandaran yang disasarkan dalam Rancangan Struktur Negeri Perlis (39%).

50

Bab 2- Rangka Kerja Pembangunan Strategik: Wawasan,
Hala Tuju Strategik, Tonggak Ekonomi Dan Strategi Serantau

Jadual 2.4: Unjuran Pembandaran di Malaysia dan Perlis

Tahun 2010 2020 2030
Bandar Malaysia
20,124,970

Luar Bandar 8,209,165 - -
Jumlah Populasi 28,334,135

Kadar Pembandaran 71.0%

Bandar Negeri Perlis 166,950 237,750
118,978

Luar Bandar 112,563 98,050 79,250

Jumlah Populasi 231,541 265,000 317,000

Kadar Pembandaran 51.4% 63% 75%

Nota: * Anggaran kadar pembandaran bagi Rancangan Struktur Negeri Perlis ialah 36% pada tahun 2008
(sebelum Banci 2010)

Terdapat tujuh pusat bandar yang dikenal pasti dalam Rancangan Struktur Perlis yang akan
menampung sehingga 75% daripada jumlah penduduk negeri menjelang 2030, iaitu Kangar,
Padang Besar, Kuala Perlis, Pauh Putra, Beseri, Arau dan Simpang Empat. Jadual 2.5
menunjukkan perinciannya.

Jadual 2.5: Anggaran Jumlah Penduduk mengikut Pusat Bandar Utama, 2010-2030

2010 2015 2020 2025 2030 KPPT
Bil % Bil % Bil % (2010-
Pusat-pusat Bil % Bil % 81,300 30.7 90,100 31.1 99,900 31.5 2030)
Kangar
66,200 28.6 73,400 29.6 2.1

Padang Besar 12,600 5.4 17,600 7.1 24,500 9.2 34,300 11.8 47,800 15.1 6.9

Kuala Perlis 13,400 5.8 16,200 6.5 19,500 7.4 23,500 8.1 28,300 8.9 3.8

Pauh Putra 2,100 0.9 3,900 1.6 7,200 2.7 13,300 4.6 24,600 7.8 13.1

Beseri 10,500 4.5 11,900 4.8 13,600 5.1 15,500 5.3 17,600 5.6 2.6

Arau 10,500 4.5 11,200 4.5 12,000 4.5 12,800 4.4 13,700 4.3 1.3

Simpang Empat 3,700 1.6 4,100 1.7 4,600 1.7 5,200 1.8 5,800 1.8 2.3

Pusat Bandar 119,000 51.4 138,300 55.8 162,700 61.4 194,700 67.2 237,700 75.0 3.5
Utama

Pusat/Kawasan 112,500 48.6 109,400 44.2 102,300 38.6 95,100 32.8 79,300 25.0 -1.7
Luar Bandar lain 100.0 289,800 100.0 317,000 100.0 1.6

Negeri 231,500 100.0 247,700 100.0 265,000

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

51

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Pada tahun 2030, antara tujuh bandar utama, Kangar sebagai ibu negeri akan mempunyai
bilangan penduduk yang paling ramai iaitu kira-kira 100,000 orang manakala Simpang
Empat yang terletak di tengah-tengah rizab jelapang padi akan mempunyai jumlah penduduk
kira-kira 5,800 orang.

Dari segi pertumbuhan penduduk, pusat bandar baru Pauh Putra dianggarkan akan
mempunyai Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan tertinggi pada 13.1%, manakala Arau dan
Simpang Empat akan mempunyai pertumbuhan terendah dengan KPPT pada 1.3% dan
2.3% masing-masing. Pertumbuhan penduduk masa depan di Arau akan tertumpu di Pauh
Putra seperti yang dirancang dalam Rancangan Tempatan.

Rajah 2.3: Populasi Bandar dan Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan oleh Pusat-
pusat Bandar, 2010-2030

Pusat Bandar

Simpang Empat 2.3%

Arau 1.3% 2010
Beseri 2.6% 2020
Pauh Putra 13.1% 2025
Kuala Perlis 3.8% 2030

Padang Besar 6.9%

Kangar 2.1%

0 20 40 60 80 100

Populasi (Ribu)

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

Jadual 2.6: Petunjuk Utama bagi Rangka Kerja Perancangan Perlis

KDNK (RM juta) 2010 2020 2030
2,946 5,000 11,400

Pertumbuhan KDNK - 6% 8%

KDNK per kapita (RM) 12,275 19,000 36,000

Populasi 231,541 265,000 317,000

Tenaga Kerja 83,300 99,200 129,400

Pekerjaan 80,500 95,900 125,000

Kadar Pembandaran 51.4% 63% 75%

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

52

Bab 2- Rangka Kerja Pembangunan Strategik: Wawasan,
Hala Tuju Strategik, Tonggak Ekonomi Dan Strategi Serantau

KDNK bagi Perlis dijangka akan meningkat daripada RM2,946 juta pada tahun 2010 kepada
RM11,400 juta pada 2030, manakala KDNK per kapita dijangka akan meningkat daripada
RM12,275 (2010) kepada RM36,000 (2030) iaitu peningkatan sebanyak RM23,725 dalam
tempoh dua puluh tahun yang akan datang. Jadual 2.6 meringkaskan parameter utama
dalam pembangunan Perlis di bawah PSPP.

2.4 STRATEGI PEMBANGUNAN PERLIS

Strategi pembangunan Perlis berasaskan empat objektif seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.4.

Rajah 2.4: Strategi Pembangunan Perlis

Meningkatkan • Meningkatkan hasil pertanian dan pendapatan petani
Asas Sosio- • Program MPPB
Ekonomi
• Pembangunan PKS
• Program Pembangunan Perumahan Mampan

Menyediakan • Menarik pelaburan lebih besar
Sistem • Kerjasama Awam-Swasta

Penyampaian • Menyelesaikan sekatan tanah
• Kerajaan yang mesra perniagaan
Memanfaatkan
daripada • Meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan

Peluang Serantau • Strategi Pembangunan Serantau
• Hab Pendidikan
Sasaran
Pertumbuhan Projek-projek: Kawasan pembangunan utama:
Ekonomi dan - Agro-makanan - Bandar Pintar Kangar Maya

Perniagaan - Pembuatan - Perlis ZEK (Bandar bersempadan

- Perdagangan dan Padang Besar, Bandar Baharu
Chuping)
perkhidmatan
- Bandar Pendidikan Pauh-Putra
- Pendidikan
- Terminal Maritim Kuala Perlis
- Pelancongan

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

Demi mencapai objektif pembangunan, PSPP akan mengguna pakai pendekatan berikut.

53

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Objektif Pendekatan
Pembangunan
Mengukuhkan PKS Melalui Pembangunan Kluster
Meningkatkan Asas  Menarik pelaburan teknologi
Sosio-Ekonomi  Mencari pelabur berpotensi di Pulau Pinang dan pusat-pusat

teknologi yang lain

Menyediakan Sistem Mengukuhkan PKS Melalui Pengurusan Rantaian Bekalan
Penyampaian
 Mengguna pakai konsep rantaian bekalan dalam
membangunkan PKS

 Meluaskan rantaian bekalan ekonomi kepada isi rumah
pertanian di luar bandar

Menarik Penyertaan Sektor Swasta yang Lebih Besar untuk
Meningkatkan Pertumbuhan Ekonomi

 Institusi perlu mempromosikan Perlis kepada pelaburan swasta
dan syarikat berkaitan kerajaan

Manfaat Daripada Meningkatkan kapasiti bagi keberkesanan sistem
Peluang Serantau penyampaian

 Meningkatkan tahap kapasiti kerajaan dan agensi-agensi
berkaitan

 Menaikkan tahap kewangan kerajaan negeri ke satu tahap
yang mampan

 Mengeratkan hubungan dengan universiti-universiti dan
institusi-institusi penyelidikan tempatan untuk mengetahui dan
mengikuti perkembangan dan trend baru yang berterusan

 Memantau kemajuan kesemua inisiatif pembangunan dan
menilai pencapaiannya

 Meningkatkan peranan dan keupayaan kerajaan melalui
program berterusan agar strategi pembangunan dan matlamat
dapat dilaksanakan

Mengoptimumkan Asas Pendidikan dan Keusahawanan Sedia
Ada untuk Pembaharuan

 Menggalakkan kreativiti, inovasi dan keusahawanan

Memanfaatkan daripada Kerjasama Serantau

 Mengeratkan hubungan dengan negara jiran melalui IMT-GT
dan GMSR

54

Bab 2- Rangka Kerja Pembangunan Strategik: Wawasan,
Hala Tuju Strategik, Tonggak Ekonomi Dan Strategi Serantau

Objektif Pendekatan
Pembangunan

Sasaran Pertumbuhan Memberi tumpuan kepada Sektor yang Berimpak Tinggi

Ekonomi Dan  16 projek perdana yang mempunyai impak yang tinggi
Perniagaan terhadap peluang pekerjaan, hasil ekonomi dan pelaburan

Penggunaan dan Penyebaran Teknologi Dinamik

 Meningkatkan asas pengetahuan firma melalui pengukuhan
hubungan dengan institusi penyelidikan/universiti yang terdapat
di Perlis

 Universiti-universiti tempatan perlu menggalakkan penyelidikan
dan penyebaran teknologi

 Membangunkan kumpulan penyelidikan di Koridor Utara

Mewujudkan Kluster Tempatan yang Berdaya Saing

 Mentransformasi dan menaik taraf kluster tradisi. Sebagai
contoh meningkatkan aktiviti yang bernilai tambah terhadap
asas pengeluaran tradisi di sektor pertanian

 Kluster tenusu, kluster padi, kluster buah-buahan, kluster
herbal dan kluster cendawan

 Menghubungkan sektor pembuatan dan pemprosesan,
melengkapkan rantaian nilai dari hulu ke pertengahan ke hilir

Mewujudkan Persekitaran Kehidupan Bandar yang Moden

 Menaik taraf kemudahan-kemudahan untuk menyelesaikan
masalah setinggan, kemiskinan dan isu-isu sosial lain

 Bandar sejahtera

Pelaburan Infrastruktur Strategik untuk Meningkatkan Kualiti
Hidup dan Memperkukuhkan Hubungkait Ekonomi

 Membuat pelaburan ke atas infrastruktur untuk meningkatkan
perhubungan dan akses ke Perlis

 Pelaburan ke atas infrastruktur (skim tebatan banjir, sistem
pembetungan berpusat dan menaik taraf sistem bekalan air)
untuk mewujudkan persekitaran yang dapat menarik pelabur
membuka perniagaan di Perlis.

55

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

2.4.1 Tonggak Ekonomi Strategik dan Keutamaan Industri bagi Perlis

PSPP disokong oleh enam pendorong ekonomi, antaranya ialah agro-makanan, pembuatan
dan pemprosesan, perdagangan dan perkhidmatan, pelancongan, pendidikan serta latihan
dan pembangunan bandar.

Rajah 2.5 memberikan gambaran keseluruhan tonggak dan keutamaan projek-projek.
Secara ringkasnya, terdapat 64 buah projek strategik. Setiap projek ini disasarkan untuk
menangani satu atau lebih daripada isu-isu tertentu, merentasi sektor-sektor manakala satu
pelan strategik dicadangkan untuk mencapai wawasan negeri.

Projek-projek strategik, tanpa pelaksanaan yang wajar akan kekal sekadar idea-idea yang
hebat. PSPP telah mencadangkan strategi pelaksanaan yang akan memacu setiap projek,
supaya projek-projek ini dapat membantu dalam mempercepatkan transformasi ekonomi
Perlis.

Rajah 2.5: Tonggak Ekonomi dan Penggerak

VISI

“Meneraju Transformasi

Ekonomi Perlis Menjadi Sebuah Negeri
Bandaraya dan Berpendapatan Tinggi pada 2030”

HALA TUJU YANG STRATEGIK

AGRO-MAKANAN PEMBUATAN & PEMACU EKONOMI PELANCONGAN PENDIDIKAN &
PEMPROSESAN LATIHAN
PERDAGANGAN &
PERKHIDMATAN

Padi Huluan Taman Makanan Halal Zon Industri Bebas Pelancongan Semula Universiti
Kluster Buah-buahan Jadi Antarabangsa
Pemprosesan Bio- Tapak Membina &
Kluster Herba Teknologi Membaiki bot Agro -Pelancongan Akademia Industri
Penanaman Cendawan
Pemprosesan Gula Pelancongan Kesihatan Pembangunan
Kluster Tenusu Mentah Sumber Insan
Akuakultur Pelancongan Transit
Pemprosesan Getah Institusi/ Fakulti
Perikanan Laut Dalam Ladang Solar Pelancongan Antara Agro Teknologi
Ternakan Tenusu Sempadan
Mineral/Perlombongan
Perlis ZEK Rekreasi Memancing

Pemprosesan Sarang Sesiaran Sungai Perlis
Burung Walit

PPEEMMBABNAGNUGNUANNABNABNADNARDAR

Terminal Maritim Bandar Pintar Maya Bandar Pendidikan Bandar Sempadan
Kuala Perlis Pauh Putra
Kangar Wang Kelian

PENGGERAK

Lebuh raya Jalan raya Landasan Kereta api Pelabuhan
Telekomunikasi
Pembetungan Elektrik Air
Bajet
Insentif Petunjuk Prestasi Mekanisma

PELAKSANAAN

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

56

Bab 2- Rangka Kerja Pembangunan Strategik: Wawasan,
Hala Tuju Strategik, Tonggak Ekonomi Dan Strategi Serantau

2.4.2 Projek Perdana

Projek-projek perdana adalah satu kumpulan atau kluster projek-projek yang dilaksanakan
bersama dan mempunyai kesan yang tinggi terhadap ekonomi tempatan dari segi peluang
pekerjaan dan pengeluaran. Ia dikumpulkan bersama kerana sifat bersepadu dan
pelengkapnya. Sesetengah projek utama terdiri daripada satu projek sahaja tetapi dijangka
dapat memberikan impak yang besar dan menyelesaikan beberapa isu lama. Projek-projek
perdana perlu dikumpulkan sebagai satu kumpulan projek supaya hasil gabungan kesemua
projek adalah melebihi hasil untuk setiap projek secara individu. Oleh itu, projek-projek
perdana boleh mencapai impak yang lebih besar dalam memperbaiki dan meningkatkan
hasil. Jadual 2.7 menunjukkan semua projek perdana yang telah dibangunkan sebagai
sebahagian daripada PSPP.
Jadual 2.7: Projek-projek Perdana

Bil. Projek-projek Perdana
1 Transformasi Industri Padi di Perlis
2 Penerapan Projek Pengeluaran Huluan Agro-Makanan yang Baharu
3 Taman Bioteknologi Pertanian yang Bernilai Tinggi
4 Zon Pengeluaran Intensif Akuakultur dan Benih Ikan
5 Pusat Pemprosesan Halal Bernilai Tinggi
6 Pembangunan Taman Perindustrian yang Sedia-Pelabur
7 Inisiatif-inisiatif Teknologi Mesra Alam dan Tenaga Boleh Diperbaharui
8 Kluster Perindustrian Pemprosesan Getah Pertama di Malaysia (RPIC)
9 Zon Ekonomi Khas (ZEK) Merentasi Sempadan Perlis
10 Bandar Pendidikan Pauh-Putra
11 Penggalakan Pelancong Transit ke negeri Perlis
12 Inisiatif-inisiatif Perikanan Kuala Perlis
13 Bandar Pintar Kangar Maya
14 Perangsangan Pertumbuhan Ekonomi Melalui Pengangkutan
15 Sesiaran Air Perlis
16 Program-program Kemudahan Awam yang Mampan

Sumber : Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

57

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

2.4.2.1. Huraian Projek-projek Perdana

1. Transformasi Industri Padi di Perlis

Perlis mempunyai peranan penting dalam sekuriti makanan negara. Terdapat 26,503 ha
kawasan penanaman padi di kawasan-kawasan MADA dan bukan MADA yang
menghasilkan 120,000 tan metrik padi setahun dengan nilai kasar sebanyak RM120 juta.
Projek perdana ini bertumpu ke atas peningkatan hasil padi iaitu peningkatan produktiviti
penanaman padi serta pengeluaran benih padi yang bernilai tinggi seperti padi hibrid dan
beras wangi di kawasan bukan jelapang padi. Selain daripada tumpuan terhadap hasil dan
produktiviti, ia juga bertujuan untuk meningkatkan pendapatan petani di Perlis. Kebanyakan
projek ini sejajar dengan wawasan Program Transformasi Ekonomi negara bagi menyokong
keselamatan makanan di Malaysia. Terdapat empat projek di bawah projek perdana iaitu
AG1 (memperluas dan mengukuhkan pertanian padi), AG2 (meningkatkan pendapatan
ladang di luar kawasan MADA), AG3 (pengeluaran padi beras wangi) dan AG4 (pengeluaran
benih padi sah).

2. Kepelbagaian untuk Menambah Pendapatan Petani

ETP telah mengakui bahawa pendapatan di sektor pertanian perlu ditambah dengan
pendapatan dari sumber-sumber lain. Petani boleh menambah pendapatan mereka melalui
aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pertanian dan mempunyai nilai tambah yang lebih
tinggi. Projek-projek ini selaras dengan penekanan Entry Point Project (EPP) ke atas aktiviti-
aktiviti nilai tambah yang berasaskan pertanian. Terdapat empat projek di bawah Projek
Perdana 2 iaitu AG5 (kluster buah-buahan), AG6 (kluster tenusu), AG8 (pembiakan baka
ayam kampung) dan AG9 (kluster herba).

3. Taman Bioteknologi Pertanian yang Bernilai Tinggi

Satu Taman Bioteknologi Pertanian dicadangkan untuk menempatkan EPP yang
berunsurkan bioteknologi sama ada melalui penanaman atau industri pembuatan produk
bernilai tinggi. Ini termasuk pertanian dalam persekitaran yang terkawal, proses bioteknologi
dan pertanian secara intensif yang boleh mengeluarkan hasil yang tinggi dalam jangka masa
yang singkat. Proses dan produk industri pembuatan bioteknologi yang lain seperti bio-
plastik dan bio-kimia juga boleh dimanfaat. Projek-projek perdana ini bertujuan untuk
meningkatkan rantaian nilai pemprosesan produk bernilai tinggi melalui penggunaan
teknologi dalam sektor agro-makanan. Terdapat lima projek di bawah Projek Perdana 3 iaitu
HT1 (Taman Bioteknologi Pertanian- Fasa 1 dan 2), HT2 (cendawan), HT3 (spirulina), HT4
(Burung Walit) dan HT5 (loji bioteknologi).

4. Zon Pengeluaran Intensif Akuakultur dan Benih Ikan

Projek perdana ini meliputi aktiviti-aktiviti perikanan akuakultur dengan menambah keluasan
kawasan dan meningkatkan jumlah pengeluaran. Projek-projek akuakultur termasuklah Zon
Perindustrian Akuakultur yang seiring dengan cadangan terusan lencongan dapat membantu
mengatasi masalah pengurangan dalam pengeluaran perikanan dan membantu mengatasi

58

Bab 2- Rangka Kerja Pembangunan Strategik: Wawasan,
Hala Tuju Strategik, Tonggak Ekonomi Dan Strategi Serantau

masalah penurunan daya pemprosesan perikanan. Terdapat tiga projek iaitu AG7 (AIZ),
AG10 (akuakultur ikan laut) dan AG11 (akuakultur udang laut).

5. Pusat Pemprosesan Halal Bernilai Tinggi

Malaysia telah diiktiraf sebagai pusat Halal terkemuka di dunia dan Perlis pula bersempadan
dengan negara-negara jiran yang sentiasa memerlukan produk Halal. Pembinaan satu
Pusat Halal bernilai tinggi disasarkan untuk menghasilkan produk yang disahkan Halal.
Berdasarkan sumber bekalan yang berpotensi daripada zon-zon pengeluaran makanan,
produk-produk Halal ini bakal memenuhi permintaan global yang tinggi. Terdapat lima projek
iaitu HM1 (pusat makanan Halal), HM2 (minuman Halal), HM3 (makanan snek dan sos),
HM4 (gelatin) dan HM5 (daging Halal).

6. Pembangunan Pusat Perindustrian yang Sedia-Pelabur

Permintaan yang berterusan terhadap pusat perindustrian daripada para pelabur tempatan
dan asing meningkatkan pembangunan pusat-pusat perindustrian. Perlis mempunyai
kelebihan dengan lokasi yang strategik di antara negeri-negeri jirannya telah menyediakan
persekitaran yang kondusif bagi pelabur-pelabur menjalankan aktiviti perindustrian. Pusat
perindustrian untuk projek perdana ini memerlukan infrastruktur yang lengkap dan dipakej
dengan pelbagai insentif. Pusat ini bertujuan untuk menempatkan industri teknologi yang
intensif, industri pembuatan peralatan kejituan tinggi (precision parts) dan sektor-sektor
industri lain yang memerlukan tapak perindustrian yang sedia untuk beroperasi. Terdapat
dua projek iaitu IP1 (Taman Teknologi Pauh-Putra) dan IP6 (Teknologi plastik kepada bahan
api).

7. Inisiatif-inisiatif Teknologi Mesra Alam dan Tenaga Boleh Diperbaharui

Pembangunan teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui amat diperlukan. Walaupun
bidang ini adalah satu bidang baharu namun ia dapat dilaksanakan memandangkan Perlis
adalah negeri yang kaya dengan sumber asli. Kerajaan telah meluluskan insentif untuk
menggalakkan firma-firma melabur dalam bidang ini. Projek perdana ini akan tertumpu
kepada sumber-sumber asli dan galian mineral. Terdapat beberapa projek berpotensi
termasuk satu kajian kemungkinan untuk mengeksploitasi produk-produk galian bukan
logam (contohnya dolomit) dan tenaga (IP2 ladang solar). Projek ketiga yang telah dijelaskan
(HM3) adalah pemprosesan cendawan hiliran dengan penggunaan sisa kayu sebagai asas
penanaman.

8. Kluster Perindustrian Pemprosesan Getah Pertama di Malaysia

Perlis masih mempunyai kira-kira 14,000 hektar ladang getah. Jika ladang-ladang getah
yang terletak di selatan Thailand dan Kedah diambil kira, maka Kluster Perindustrian
Pemprosesan Getah dapat dilaksanakan. Perlis adalah titik pemunggahan produk-produk
getah untuk Pelabuhan Pulau Pinang dan lain-lain firma industri yang berasaskan getah
yang terletak di Pulau Pinang. Oleh itu, cadangan penubuhan kluster getah berhampiran
dengan Padang Besar diusulkan supaya berdekatan dengan sumber bahan mentah (susu

59

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

getah, kayu, dll). Projek kluster getah yang mesra alam tidak pernah dicuba sebelum ini.
Oleh itu, konsep ini merupakan satu cabaran bagi peserta industri sedia ada.

9. Zon Ekonomi Khas (ZEK) Sempadan Perlis

Sebagai negeri sempadan, Perlis merupakan pintu masuk ke Thailand, Myanmar dan
selanjutnya. Satu Zon Ekonomi Khas yang mengendalikan kluster aktiviti-aktiviti ekonomi
daripada penanaman bernilai tinggi sehingga industri pembuatan barang-barang bernilai
tinggi akan mendapat faedah FDI di rantau ini. ZEK yang dicadangkan akan membolehkan
kerajaan negeri melobi untuk insentif yang menarik kepada pelabur-pelabur. Adalah penting
untuk mengambil perhatian bahawa ZEK yang terdapat di Lembah Chuping merupakan satu
inisiatif sasaran Program Transformasi Luar Bandar. Program ini bertujuan untuk mengubah
kawasan luar bandar kepada kawasan yang sesuai untuk didiami. Gabungan pembandaran
baharu ini dengan ZEK akan mewujudkan satu pusat tumpuan untuk memastikan bahawa
kekuatan semua projek ini dimanfaatkan dalam mengubah ekonomi kawasan luar bandar.
Terdapat enam projek iaitu TS1 (FIZ di Padang Besar), TS2 (pengembangan ICD), TS3 (Zon
borong dan runcit), UD2 (bandar sempadan di Padang Besar), ED4 (Fakulti Agro-Teknologi)
dan UD3 (Bandar Baru Chuping).

10. Bandar Pendidikan Pauh-Putra

Status Perlis sebagai "Negeri IImu" memberikan Perlis kelebihan untuk menyediakan
pendidikan berkualiti dan bertindak sebagai hab pendidikan. Hab ini akan menempatkan
institusi-institusi pendidikan pengajian tinggi antarabangsa dan tempatan yang mana
kemahiran-kemahiran tertentu akan dihubungkan dengan aktiviti-aktiviti industri pembuatan
di Perlis. Dalam projek perdana ini, EPP yang terlibat menyedari kepentingan pengekalan
kemahiran dan bakat dalam menyokong aktiviti ekonomi dan meningkatkannya ke tahap
yang tinggi pada masa depan. Setakat ini, seramai 8,000 graduan telah tamat pengajian
mereka daripada pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) di Perlis. Ini adalah tenaga kerja
berkemahiran tinggi yang boleh disalurkan ke dalam sektor perindustrian di Perlis. Terdapat
tiga projek iaitu ED1 (Hab Pendidikan), ED2 (Industri-akademia) dan ED3 (Bandar
Pendidikan Pauh-Putra).

11. Penggalakan Pelancong Transit ke Negeri Perlis

Projek perdana ini meliputi semua projek pelancongan yang bertujuan untuk menarik
pelancong transit dengan meningkatkan minat mereka ke atas aktiviti-aktiviti pelancongan
yang berkaitan dengan alam semula jadi. Perlis mempunyai banyak produk pelancongan
tetapi disebabkan pengurusan yang tidak cekap, kebanyakan pelancong (hampir 700,000
setiap tahun) hanya melepasi Perlis. Perlis juga terletak berhampiran dengan banyak
kawasan pelancongan antarabangsa seperti Pulau Pinang dan Langkawi. Oleh itu, projek-
projek perdana ini bertujuan untuk merapatkan jurang tersebut dan memanfaatkan peluang
yang ada. Terdapat 10 projek iaitu TM1 (Transformasi Sungai Batu Pahat), TM2 (Koridor
agro-pelancongan), TM3 (kraftangan), TM4 (Bandar Sempadan Wang Kelian), TM5
(Kompleks Pelancongan Kuala Perlis), TM6 (Taman Negeri Perlis), TM7 (rekreasi

60

Bab 2- Rangka Kerja Pembangunan Strategik: Wawasan,
Hala Tuju Strategik, Tonggak Ekonomi Dan Strategi Serantau

perikanan), TM8 (resort dan spa di lereng bukit Perlis), TM9 (acara bina semangat
berpasukan) dan TM10 (sesiaran sungai).

12. Inisiatif Maritim Kuala Perlis

Projek perdana ini bertumpu kepada industri-industri yang berkaitan dengan maritim di Kuala
Perlis sebagai pusat pendaratan ikan serta aktiviti-aktiviti pembinaan bot sedia ada.
Pendaratan ikan di Perlis dianggarkan sebanyak 180,000 tan metrik setahun dengan nilai
kasar melebihi RM1 bilion (andaian RM6 sekilogram). Satu pusat pendaratan ikan di Kuala
Perlis akan memberikan nilai tambah yang lebih besar kepada industri perikanan jika ia
dapat menjamin pengeluaran ikan yang segar. Industri perikanan akan dapat
mempertingkatkan sekuriti makanan di negara ini. Aktiviti pembinaan bot juga merupakan
industri penting yang semakin berkembang pada setiap tahun. Tambahan pula terdapat 2
juta penumpang dianggarkan melalui Terminal Kuala Perlis ke Langkawi dan destinasi-
destinasi lain di Thailand. Inisiatif-inisiatif Maritim Kuala Perlis akan membolehkan
perkhidmatan maritim yang lain dilancarkan serta membuka peluang perdagangan dan
aktiviti-aktiviti ekonomi yang lebih besar melalui Kuala Perlis. Terdapat tiga projek iaitu UD5
(terminal perikanan serbaguna), MT1 (tapak pendaratan ikan) dan MT2 (pembinaan bot).

13. Bandar Pintar Kangar Maya

Kangar memainkan peranan penting sebagai ibu negeri Perlis dan sedia dibangunkan
sebagai sebuah bandar raya lengkap dengan aktiviti-aktiviti pembandaran, seperti
menyediakan pusat membeli-belah dan perkhidmatan internet jalur lebar yang dapat
memenuhi keperluan institusi-institusi di sekitarnya. Terdapat tiga projek iaitu UD1 (Kangar
Maya), IT1 (Perlis EduNet) dan IT2 (Program Pembangunan ICT)

14. Perangsangan Pertumbuhan Ekonomi Melalui Pengangkutan

Pengangkutan mempunyai peranan penting dalam menyokong pembangunan industri
ekonomi. Ia menyediakan rangkaian antara kawasan-kawasan pengeluaran dengan
pasaran-pasarannya iaitu bandaraya dan kawasan bandar. Satu sistem pengangkutan yang
cekap dan kos pengangkutan yang rendah adalah sangat penting kepada industri yang
berada di kawasan luar bandar. Sama ada ia merupakan pengangkutan awam atau lebuh
raya, sokongan ini akan membantu pembangunan aktiviti-aktiviti ekonomi dan
menghubungkan satu tempat ke tempat lain dengan cekap. Komponen-komponen seperti
infrastruktur dan perkhidmatan juga perlu dibangunkan. Terdapat enam projek iaitu HW1
(Lebuh raya Alor Setar- Padang Besar), HW2 (Kuala Perlis-Satun), UT1 (Bas Transit), UT2
(Jalan Lingkaran Kangar), UT3 (ITT), dan UT4 (Kaki Bukit-Wang Kelian).

15. Sesiaran Air Perlis

Pembinaan terusan lencongan barat bukan sahaja untuk mengurangkan banjir tetapi ia juga
boleh bertindak sebagai tarikan pelancongan di mana pelancong-pelancong boleh menikmati
aktiviti-aktiviti rekreasi dan pemandangan indah jika terusan tersebut digunakan sebagai
jalan air. Projek EU1 (Skim Tebatan Banjir) dan Projek Sesiaran Sungai (TM10) boleh

61

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

membangunkan semula kawasan-kawasan sungai demi menyediakan satu sistem sungai
berkualiti tinggi yang boleh menyokong ekonomi perkhidmatan (seperti Sistem Pemulihan
Sungai Melaka). Pada masa yang sama, ia juga boleh merangsang pembangunan semula
kawasan setinggan dan menyokong pelancongan. Jalan air boleh dilancarkan bersama
dengan projek akuakultur ikan (AG7 – AIZ).
16. Program-program Kemudahan Awam yang Mampan
Projek perdana ini menempatkan kesemua program kemudahan awam Perlis seperti
bekalan air, perkhidmatan bekalan gas dan perkhidmatan bekalan elektrik. Ini adalah
penggerak yang akan menyokong pelbagai industri yang dijalankan di Perlis di mana
infrastruktur dan kemudahan adalah penting bagi memastikan kelancaran proses
penyampaian kepada industri-industri yang berlainan. Terdapat lima projek iaitu EU2
(pembetungan), EU3 (sisa pepejal), EU4 (perkhidmatan gas asli), EU5 (bekalan air) dan EU6
(pengagihan elektrik).

62

BAB 3

STRATEGI PEMBANGUNAN SEKTOR:
INISIATIF DAN PROJEK

YANG BERIMPAK TINGGI

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

3. STRATEGI PEMBANGUNAN SEKTOR: INISIATIF
DAN PROJEK YANG BERIMPAK TINGGI

Bab ini dibahagikan kepada dua bahagian: Bahagian 1: Pemacu Ekonomi dan Bahagian 2:
Faktor Penggerak. Pemacu ekonomi adalah projek-projek di bawah PSPP untuk mendorong
Perlis menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030. Ini termasuk projek-
projek dalam sektor agro-makanan, industri pembuatan, perdagangan dan perkhidmatan,
pelancongan dan pendidikan.

Maklumat latar belakang utama disediakan bagi setiap sektor. Ini diikuti dengan
perbincangan isu-isu utama dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap sektor.
Strategi-strategi bagi setiap sektor kemudiannya dicadangkan. Bagi setiap projek, ciri-ciri
utamanya dinyatakan dan petunjuk disediakan, antaranya seperti mewujudkan peluang
pekerjaan, keperluan pelaburan dan saiz projek yang dicadangkan.

Faktor-faktor penggerak yang menyokong pertumbuhan ekonomi ini terkandung di dalam
Bahagian 2. Terdapat ringkasan mengenai kapasiti jenis-jenis infrastruktur yang sedia ada
dan pelaburan yang diperlukan bagi menyokong objektif-objektif yang terkandung di dalam
PSPP. Terdapat sebanyak 64 buah projek yang dicadangkan seperti dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Senarai Projek-projek PSPP

Kod Nama Projek
AG
AG1 Agro-makanan
Mempertingkatkan dan mengukuhkan produktiviti penanaman padi di kawasan
AG2 MADA
Meningkatkan pendapatan pesawah padi di kawasan bukan MADA melalui
AG3 tanaman pelbagai luar musim dengan penekanan kepada tembikai dan jagung
AG4 manis
AG5
AG6 Penanaman padi beras wangi di kawasan bukan jelapang padi
AG7
AG8 Pengeluaran benih padi sah di jelapang padi mini di Perlis

Membina satu Pusat Pembangunan Benih Tropika dan pembangunan kluster
buah-buahan dengan penekanan kepada mangga dan nangka

Pembangunan kluster tenusu

Penubuhan Zon Perindustrian Akuakultur di Terusan Lencongan Barat

Ladang pembiakan baka ayam kampung

63

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Kod Nama Projek
AG9 Pembangunan kluster herba dengan tumpuan kepada jenis herba tertentu
AG10 Penubuhan zon pengeluaran benih ikan laut
AG 11 Penubuhan zon pengeluaran udang laut
HT Tanaman Makanan Bioteknologi Pertanian (Taman Bioteknologi Pertanian)
HT Taman Bioteknologi Pertanian
HT1a Taman Bioteknologi Pertanian Fasa 1
HT1b Taman Bioteknologi Pertanian Fasa 2
HT2 Penanaman cendawan hiliran untuk pemprosesan halal yang mempunyai nilai

tambah tinggi
HT3 Penubuhan ladang spirulina
HT4 Pusat Pemprosesan Bersepadu EBN dengan Program Rumah Burung Walit
HM Pembuatan Produk Halal Bernilai Tinggi (Pusat Halal)
HM1 Pusat Makanan Halal
HM2 Minuman Kesihatan, Makanan Fungsian, Pemprosesan Susu dan Jus
HM3 Pemprosesan Makanan Snek dan Sos Halal
HM4 Industri Pembuatan Gelatin Halal
HM5 Pemprosesan Daging Halal
IP Pusat Pembangunan Industri
IP1 Taman Teknologi Pauh-Putra
IP1a Taman Teknologi Pauh-Putra Fasa 1
IP1b Taman Teknologi Pauh-Putra Fasa 2
IP2 Tenaga yang diperbaharui: Ladang solar
IP3 Loji pemprosesan bioteknologi daripada bahan mentah huluan
IP4 Pembangunan Perindustrian Pemprosesan Getah Berkelompok
IP5 Mineral dan sumber-sumber perlombongan
IP6 Teknologi plastik kepada bahan api
TS Perdagangan dan Perkhidmatan
TS1 Zon perindustrian bebas
TS2 ICD dan pengembangan di masa depan
TS3 Zon borong dan runcit

64

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

Kod Nama Projek

MT Terminal Maritim Serbaguna
MT1
MT2 Menaik taraf tapak pendaratan ikan di Kuala Perlis untuk menjadi pusat
pemunggahan perikanan

Tapak pembinaan dan pembaikan bot

TM Pemanfaatan Pelancongan

TM1 Mengubah Sungai Batu Pahat menjadi destinasi pelancongan utama yang
menyeronokkan terutama untuk keluarga dan menswastakan kemudahan-
TM2 kemudahan yang sedia ada
TM3
TM4 Membangunkan koridor agro-pelancongan sebagai laluan yang mempunyai
pemandangan indah

Menubuhkan perusahaan-perusahaan dan inkubator pelancongan yang
berskala kecil untuk menghasilkan kraftangan bagi pasaran pelancongan
Langkawi

Membangunkan Bandar Pelancongan Wang Kelian

TM5 Menubuhkan Kompleks Pelancongan Kuala Perlis

TM6 Menaik taraf kemudahan-kemudahan pelancong di Taman Negeri Perlis dan
TM7 Gua Kelam untuk aktiviti-aktiviti berkumpulan

Pembangunan pusat rekreasi perikanan

TM8 Pembangunan resort lereng bukit yang mewah, spa dan kampung abad ke-21
TM9 (Kajian Kemungkinan)

Pengendalian acara-acara khas pelancongan yang bertaraf antarabangsa

TM10 Pembangunan Sesiaran Sungai Perlis

UD Pembangunan Bandar

UD1 Bandar Pintar Kangar Maya

UD2 Bandar Sempadan Padang Besar

UD3 Bandar Baru Chuping

UD4 Bandar Pendidikan Pauh-Putra

UD5 Terminal Maritim Kuala Perlis

ED Pendidikan dan Latihan
ED1 Mewujudkan cawangan universiti antarabangsa yang terkenal

ED2 Mengukuhkan kerjasama industri-akademia untuk faedah sosioekonomi

ED3 Latihan dan pembangunan sumber manusia

ED4 Mewujudkan satu fakulti cawangan kampus Universiti Agro-Teknologi

65

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Kod Nama Projek
EU Persekitaran dan Utiliti
EU1 Skim Tebatan Banjir
EU2 Sistem Pembetungan Berpusat
EU3 Kemudahan pelupusan sisa pepejal
EU4 Meluaskan kawasan perkhidmatan gas asli
EU5 Sistem Bekalan Air
EU6 Sistem Pengagihan Elektrik
UT Pengangkutan Bandar
UT1 Menaik taraf pengangkutan awam melalui Bas Transit (Arau – Kuala Perlis –
Kangar)
UT2 Jalan Lingkaran untuk Kangar
UT3 Terminal Pengangkutan Bersepadu (Kangar Sentral)
UT4 Menaik taraf jalan dari Kaki Bukit ke Wang Kelian (R15)
Teknologi Maklumat
IT MSC Jalur Lebar Pendidikan Perlis (MSC EduNet)
IT1 Program Pembangunan Teknologi MSC / ICT Perlis
IT2 Rangkaian Lebuhraya
HW Lebuh raya baharu (Alor Setar-Kangar-Padang Besar)
HW1 Lebuh raya baharu (Kuala Perlis-Satun)
HW2

66

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

BAHAGIAN 1: PEMACU EKONOMI

3.1 MAKANAN BERASASKAN PERTANIAN

3.1.1 Pengenalan
Sektor agro-makanan2 adalah penting kepada ekonomi negeri Perlis. Pada tahun 2009,
sektor pertanian negeri menyumbang sebanyak 26.8% kepada KDNK dan kira-kira 14%
daripada tenaga buruh. Dari segi keluasan tanah, pada tahun 2008, kira-kira 48,127ha atau
58.7% daripada jumlah kawasan pertanian digunakan untuk tanaman padi. Kebanyakan
petani di Perlis adalah individu yang mengusahakan penanaman padi secara kecil-kecilan.
Pada tahun 2010, pendaratan ikan dari Perlis berjumlah 162,046 tan metrik. Sebahagian
besar industri berasaskan perikanan di Perlis dikendalikan oleh PKS mikro. Produk utama
industri ini adalah belacan dan pekasam.
Pada tahun 2009, hasil pengeluaran akuakultur dari air payau adalah sebanyak 362 tan
metrik (bernilai RM4.85 juta), 99% daripada hasil pengeluaran berasal dari ternakan kolam.
Pengeluaran akuakultur air tawar ialah 531 tan metrik (bernilai RM1.76 juta) yang terdiri
daripada ternakan kolam air tawar (81%), diikuti dengan tangki simen (19%) dan sangkar air
tawar (0.1%). Industri ternakan di Perlis adalah kecil dan diurus secara sambilan.

3.1.2 Isu-isu dan Cabaran
Pada masa ini, sektor pertanian di Perlis mempunyai beberapa kekangan yang
mempengaruhi tahap kecekapan, produktiviti dan daya saing. Ini termasuk:
 Saiz ladang yang tidak menguntungkan, produktiviti dan pendapatan yang rendah;
 Perolehan teknologi dan modal adalah terhad;
 Kekurangan kemahiran pengurusan dan keusahawanan; dan
 Kekurangan hubungan rantaian bekalan dengan pasaran.

2Laporan Sektor untuk Tonggak Pembangunan Strategik 1: Agro-makanan boleh didapati di Lampiran 1, 2 dan 3.

67

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

3.1.3 Hala Tuju Strategik: Pertanian

Sektor agro-makanan boleh dimodenkan dengan menjalankan penyusunan semula terutama
dari segi struktur pengeluaran bagi pekebun kecil. Penyusunan semula itu akan
mengandungi unsur-unsur berikut:
 penyatuan kebun kecil untuk menjadi entiti estet mini yang lebih besar atau estet

nukleus;
 ladang-ladang yang digabungkan diuruskan secara profesional;
 penubuhan hubungan pemasaran dengan sektor swasta melalui rantaian bekalan

makanan; dan
 mempertingkatkan peranan sektor swasta sebagai syarikat peneraju.

Hala tuju strategik bagi pembangunan kelompok tanaman di Perlis termasuk:
 pembangunan kluster agro-makanan yang berpotensi;
 meningkatkan kecekapan dan produktiviti melalui penggunaan teknologi dan inovasi;
 meningkatkan produktiviti tanah melalui tanaman pelbagai;
 tumpuan pembangunan tanaman tertentu di zon yang dikenal pasti;
 penyertaan sektor swasta sebagai peneraju di sepanjang rantaian nilai;
 mempertingkatkan keselamatan dan kualiti makanan;
 memperbaiki sistem pemasaran; dan
 memperkukuh perkhidmatan sokongan institusi.

Kedudukan Kuala Perlis yang strategik menjadikannya sebagai titik tumpuan bagi
perdagangan perikanan serantau. Pada masa ini, kemudahan-kemudahan yang sedia ada
di pelabuhan perikanan Kuala Perlis adalah terbatas. Oleh itu, strategi yang lebih baik bagi
perdagangan perikanan amat diperlukan. Hasil yang diperolehi dalam industri berasaskan
perikanan boleh dipertingkatkan melalui bekalan bahan mentah yang lebih baik. Peningkatan
kualiti bahan mentah dijangka dapat menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana
yang terlibat dalam pemprosesan makanan untuk pasaran makanan ringan dan pengeluaran
produk industri yang berasaskan ikan.

3.1.4 Senarai Projek

Berdasarkan inisiatif-inisiatif strategik di atas, projek-projek berikut adalah dicadangkan:
 AG1: Mempertingkatkan dan mengukuhkan produktiviti tanaman padi di kawasan

MADA

68

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

 AG2: Meningkatkan pendapatan pesawah padi di kawasan bukan MADA melalui
tanaman pelbagai luar musim dengan penekanan kepada tembikai dan jagung
manis

 AG3: Penanaman padi beras wangi di kawasan bukan jelapang padi
 AG4: Pengeluaran benih padi sah di jelapang padi mini di Perlis
 AG5: Membina satu Pusat Pembangunan Benih Tropika dan pembangunan kluster

buah-buahan dengan penekanan kepada mangga dan nangka
 AG6: Pembangunan kluster tenusu
 AG7: Penubuhan Zon Perindustrian Akuakultur di Terusan Lencongan Barat
 AG8: Ladang pembiakan baka ayam kampung
 AG9: Pembangunan kluster herba dengan tumpuan kepada jenis herba tertentu
 AG10: Penubuhan zon pengeluaran benih ikan laut
 AG11: Penubuhan zon pengeluaran udang laut
 HT2: Mempromosikan penanaman cendawan huluan untuk pemprosesan halal yang

mempunyai nilai tambah tinggi
 HT3: Penubuhan ladang spirulina

3.1.5 Huraian Projek

a) AG1: Mempertingkatkan dan mengukuhkan produktiviti tanaman padi di
kawasan MADA

Projek ini mempunyai tiga komponen:

 Peningkatan intensiti pengairan di MADA dari 18 meter/ha kepada 30 meter/ha
pada kadar 800 ha/tahun. Jumlah kawasan untuk 10 tahun adalah 8,000 ha (50%
daripada MADA Perlis);

 Penubuhan estet mini bagi padi melalui penyatuan ladang di MADA Perlis; kira-kira
8,000 ha menjelang 2020; dan

 Penggunaan teknologi baharu seperti penggunaan benih hibrid dan sah, dan
penggunaan Sistem Penanaman Clearfield untuk menghapuskan padi angin.

Pekerjaan3 Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
-3,000 250 16,158

3 Pengurangan pekerjaan untuk projek-projek padi adalah akibat daripada proses perladangan di kawasan padi
yang tidak dapat dielakkan di bawah EPP10. Ini adalah untuk penggunaan buruh dan penjenteraan yang lebih
baik di bawah projek ini. Oleh kerana kebanyakan petani adalah dalam kumpulan populasi yang lebih tua, ini
adalah salah satu cara bagi memajukan lagi sektor penanaman padi di masa hadapan.

69

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

b) AG2: Meningkatkan pendapatan pesawah padi di kawasan bukan MADA
melalui tanaman pelbagai luar musim dengan penekanan kepada
tembikai dan jagung manis

Projek ini dapat menambah pendapatan pesawah melalui penanaman tanaman pelbagai
luar musim dengan tumpuan kepada tembikai dan jagung manis. Rantaian bekalan
khusus yang melibatkan syarikat-syarikat peneraju akan diwujudkan untuk memastikan
kemampanan projek dan sistem pemasaran yang lebih baik. Jangkaan keluasan
kawasan pengeluaran pada tahun 2030 adalah 3,000 ha untuk tembikai dan 1,000 ha
untuk jagung manis.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
2,180 33.3 6,587

c) AG3: Penanaman padi beras wangi di kawasan bukan jelapang padi

Projek ini berpotensi meningkatkan pendapatan petani di kawasan tadah hujan yang
bukan jelapang padi dengan keluasan kira-kira 6,587 ha melalui pengeluaran padi beras
wangi (MRQ 76) dan gabungan tanaman luar musim. Kawasan yang terlibat termasuk:

 Skim Pengairan Kecil (Skim JPS Kecil): 3,656 ha.
 Lain-lain (pengairan hujan): 2,931 ha

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
-2,000 32.8 5,000

d) AG4: Pengeluaran benih padi sah di jelapang padi mini di Perlis

Objektif utama projek ini adalah untuk menghasilkan kira-kira 10,000 tan metrik benih
setiap musim (20,000 tan metrik/ tahun) untuk memenuhi keperluan pesawah padi di
Kedah dan Perlis. Projek ini akan melibatkan kawasan seluas 2,500 ha di kawasan
jelapang padi mini di Perlis.

Projek ini mempunyai tiga komponen:

 Peningkatan intensiti pengairan dalam kawasan jelapang padi mini (kawasan
pengairan): 2,500 ha

 Penukaran kawasan jelapang padi mini kepada kawasan pengeluaran benih padi
 Penubuhan kilang memproses benih padi sah

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
-1,000 25.3 2,500

70

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

e) AG5: Membina satu Pusat Pembangunan Benih Tropika dan pembangunan
kluster buah-buahan dengan penekanan kepada mangga dan nangka

Pusat Pembangunan Benih Tropika adalah sebuah pusat penyelidikan khusus dalam
pembiakan benih buah-buahan tropika hibrid berkualiti tinggi dan penambahbaikan
produk pertanian. Ini termasuk pembangunan benih tropika, sub-tropika, sub-sederhana
dan sederhana germplasma yang bernilai tinggi, pendaraban stok benih, pengeluaran
dan pendaraban benih hibrid, pengedaran benih serta aktiviti pembiak baka. Projek ini
akan dibangunkan di Taman Bioteknologi Pertanian, seluas 50ha.

Projek kluster buah-buahan melibatkan perluasan kawasan penanaman mangga
Harumanis, mangga Sala dan nangka (J32). Projek ini juga melibatkan pembangunan
penanaman mangga Harumanis di bawah persekitaran terkawal di Taman Bioteknologi
Pertanian di Lembah Chuping.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
5,000 56.3 2,500

f) AG6: Pembangunan Kluster Tenusu (Kajian Kemungkinan)

Ini adalah satu kajian kemungkinan untuk menubuhkan nukleus tenusu komersial yang
besar di atas tanah bersaiz 500 ha di wilayah Felda-Chuping. Sokongan teknikal,
latihan dan pemasaran akan disediakan untuk usahawan tenusu satelit di kawasan
kluster yang akan membekalkan lembu dan susu segar kepada rantaian nilai dan
membangunkan lagi industri tenusu di negeri ini.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)

- 0.5 500

Kajian kemungkinan akan memberi tumpuan kepada isu-isu ini: ketersediaan tanah untuk projek-projek
ternakan; stok baka; kepakaran dan kakitangan mahir untuk projek-projek; pengendalian dan kemudahan
fasiliti pengedaran; pengeluaran pembiakan baka-baka tenusu dan mempromosikan penyertaan rantaian
nilai.

g) AG7: Penubuhan Zon Perindustrian Akuakultur di Terusan Lencongan Banjir
Barat

Penubuhan kultur sangkar air tawar di Terusan Lencongan Banjir Barat akan
menggunakan konsep Zon Perindustrian Akuakultur (AIZ). Dalam AIZ, infrastruktur
yang diperlukan seperti kemudahan tambatan, laluan pejalan kaki dan kemudahan asas
(elektrik, air dan telekomunikasi) akan disediakan. Pelabur-pelabur individu akan
membuka ladang dan menggunakan kemudahan-kemudahan infrastruktur ini.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
398 22.7 180

71

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

h) AG8: Ladang pembiakan baka ayam kampung

Ladang ternakan besar bagi pembiakan baka ayam kampung untuk penghasilan anak-
anak ayam (Day-Old-Chicks) bagi penternak yang semakin bertambah di Perlis
dicadangkan. Ladang ini perlu dibina jauh dari kawasan kediaman. Ini akan
membolehkan petani tempatan melibatkan diri secara sepenuh masa atau separuh
masa dalam penternakan ayam kampung di Perlis. Inisiatif yang dicadangkan adalah
Model Operator Peneraju di mana pengendali menjalankan penternakan secara kontrak.
Syarikat peneraju akan membangunkan pasaran, dengan itu ia mengekalkan
keuntungan bagi petani tempatan. Latihan kaedah penternakan ayam kampung juga
turut disediakan. Sistem operasi yang bersepadu akan menjadikan rantau ini sebagai
zon pengeluaran ayam kampung utama di negara ini.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
128 29.3 50

i) AG9: Pembangunan kluster herba dengan tumpuan kepada jenis herba tertentu

Projek akan melibatkan penanaman herba misai kucing, pegaga dan lada sebagai
produk herba utama. Penanaman herba ini akan bertumpu di kawasan tumpuan yang
disasarkan. Menjelang tahun 2030, kawasan sasaran bagi misai kucing akan menjadi
100 ha, pegaga 100 ha manakala lada hitam 200 ha. Di luar musim, petani akan
menanam herba tertentu sebagai tanaman tunggal di kawasan padi atau tanaman
selingan di kawasan getah dan menjana lebihan nilai kontrak kepada syarikat peneraju.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
2,000 9.3 400

j) AG10: Penubuhan Zon Pengeluaran Benih Ikan Laut

Zon Perindustrian Akuakultur yang dicadangkan untuk zon pengeluaran benih ikan laut
meliputi kawasan seluas 10 ha di Kg. Tanah Timbol, Kuala Sanglang. Tapak cadangan
kini dikelilingi oleh kawasan hutan bakau. Penilaian ciri-ciri bio-teknikal perlu dilakukan
untuk memastikan kesesuaian tapak. Di samping itu, semua infrastruktur yang
diperlukan untuk AIZ seperti tapak penetasan, makmal, kawasan pembungkusan, jalan
raya, kemudahan awam (misalnya elektrik, air, telekomunikasi dan bahan api) dan
rawatan sisa air buangan perlu disediakan.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
86 5.8 10

72

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

k) AG11: Penubuhan Zon Pengeluaran Udang Laut

Penubuhan Zon Perindustrian Akuakultur Udang akan berdasarkan konsep AIZ yang
seakan-akan serupa dengan estet perindustrian. Lokasi projek yang dicadangkan ialah
di Kuala Perlis dan meliputi kawasan seluas 40 ha. Penternak udang akan disediakan
dengan infrastruktur yang diperlukan seperti makmal, kemudahan penyimpanan, alat
pengudaraan, janakuasa, pam air, jalan raya, kemudahan asas dan rawatan sisa air
buangan. Seterusnya, infrastruktur-infrastruktur lain yang berkaitan boleh disediakan
seperti restoran.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
65 12.8 40

l) HT2: Penamanan cendawan huluan untuk pemprosesan halal yang mempunyai
nilai tambah tinggi

Projek melibatkan tanaman cendawan berintensiti tinggi seperti cendawan shiitake,
cendawan tiram dan cendawan ganoderma di Taman Bioteknologi Pertanian, Lembah
Chuping. Kira-kira 30 buah rumah tanaman cendawan akan ditubuhkan oleh satu
syarikat peneraju di Chuping. Petani juga akan digalakkan untuk menjadi penanam
kontrak dengan syarikat peneraju.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
50 227.1 25

m) HT3: Penubuhan ladang spirulina

Cadangan penubuhan sebuah ladang spirulina yang terletak di Taman Bioteknologi
Pertanian, Chuping memerlukan kawasan seluas 10 ha. Infrastruktur yang diperlukan
ialah rumah hijau, bio-reaktor kaca termateri, tangki lutsinar untuk penanaman, peralatan
penapisan penuaian dan sebuah makmal. Penanaman makanan alga akan dikawal oleh
sistem penanaman bio-reaktor modular kerana ia menyediakan persekitaran terkawal
untuk pertumbuhan alga. Selain itu, sistem ini juga boleh menghasilkan alga bernilai
tinggi.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
50 91 10

73


Click to View FlipBook Version