The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dunmmkps, 2021-08-22 03:27:09

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

BAB 5

STRATEGI PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI:
MENINGKATKAN KUALITI HIDUP

Bab 5: Strategi Pembangunan Sosioekonomi:
Meningkatkan Kualiti Hidup

5. STRATEGI PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI:
MENINGKATKAN KUALITI HIDUP

5.1 PENGENALAN

Setiap rancangan pembangunan mestilah membangunkan modal insan sebagaimana ia
membangunkan ekonomi. Pelan ini akan memberi tumpuan kepada isu-isu sosioekonomi
yang penting iaitu membasmi kemiskinan luar bandar, meningkatkan produktiviti pertanian,
meningkatkan tahap daya saing PKS dan peniaga bumiputera, meminimumkan kerosakan
akibat banjir, dan menangani halangan dalam proses pembangunan. Sementara yang lain
adalah usaha untuk mempertingkatkan aspek-aspek kepentingan program pembangunan
atau meningkatkan impak dalam semua kumpulan sosioekonomi yang disasarkan.
Pilihan program adalah berdasarkan tahap impak, iaitu lebih besar tahap atau liputannya,
maka lebih besar kesannya. Walaupun hanya beberapa program yang dicadangkan, tetapi
manfaatnya akan merangkumi liputan yang luas bagi kumpulan sosioekonomi yang lebih
rendah di Perlis.
Program sosioekonomi ini akan membantu sektor-sektor/ kumpulan-kumpulan berikut:
 Isi rumah miskin: 1,327 isi rumah (587 miskin tegar)
 Program Perumahan Mampu Milik: 2,000 unit (1,832 setinggan)
 Program MPPB/PKS: kira-kira 6,000 orang (5,920 orang usahawan)
 Produktiviti padi: 8,000 orang petani (manfaat daripada program EPP di Perlis)
 Tebatan banjir: anggaran 500 isi rumah
Secara keseluruhan, program-program sosioekonomi PSPP akan memanfaatkan kira-kira
17,000-18,000 orang, iaitu kira-kira satu per empat daripada isi rumah di Perlis berdasarkan
jumlah isi rumah seramai 53,000 orang pada tahun 2010. (Jadual 5.1)

173

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Jadual 5.1: Program-program Sosioekonomi untuk Perlis

Program-program Sosioekonomi

Pembasmian Peningkatan Pembangunan MPPB Program Tebatan Banjir
Kemiskinan Produktiviti dan PKS Perumahan

Padi

 Tiga  Peningkatan  Mengembangkan  Koperasi  Kelulusan
pembinaan
pendekatan intensiti program Program Terusan
Lencongan
bagi sasaran pengairan  Meningkatkan saiz Perumahan Banjir Barat
akan
golongan  Pengestetan dana 1Malaysia mengurangkan
masalah banjir
 miskin  tanah padi  Menambah bilangan  (PR1MA) untuk pada masa
berdasarkan   ‘Sahabat’ membina sekarang
sektor, tahap Penggunaan   perumahan
isi rumah dan teknologi, Memperluaskan  awam  Terusan
individu contohnya,  perkhidmatan- Lencongan
benih hibrid, perkhidmatan lain 2,000 unit Banjir Timur
Mencari punca Sistem perumahan perlu dibina
kemiskinan Pengeluaran Logistik, pemasaran, dibina dalam
yang melanda Clearfield sokongan teknologi, tempoh 5 tahun  Lencongan
sebahagian jalinan dengan atau 400 unit terusan boleh
besar isi Peningkatan institusi penyelidikan setahun dilengkapkan
rumah, produktiviti dari dan universiti dengan ciri-ciri
menyemak 4-5 tan metrik Harga jualan tambahan
semua /ha kepada 8- Perkembangan pada RM35,000 termasuk fungsi
sumber dan 10 tan metrik perniagaan berstatus seunit pengairan,
kakitangan /ha mikro kepada aktiviti
yang sedia pengurusan firma Sewa beli akuakultur dan
ada, program yang lebih besar RM550 sebulan rekreasi
untuk 10 tahun

pemantauan  Sewa beli

dan penilaian RM350 sebulan

untuk 15 tahun

Program sosioekonomi akan membantu sektor-sektor/ kumpulan-kumpulan berikut di Perlis:

1,327 isi rumah 8,000 petani 6,000 usahawan 2,000 unit 500 isi rumah

Nota: Sahabat merujuk kepada Peminjam Mikro-kredit
Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

5.2 PEMBASMIAN KEMISKINAN

Walaupun kadar kemiskinan menunjukkan penurunan, namun bilangan isi rumah yang
miskin telah meningkat dari 3,000 buah isi rumah pada tahun 2004 kepada 3,200 buah isi
rumah pada tahun 2009 disebabkan oleh peningkatan jumlah penduduk.

Perlis mempunyai purata pendapatan isi rumah yang kedua terendah di Semenanjung
Malaysia selepas Kelantan. Purata pendapatan isi rumah adalah RM2,617 pada tahun 2009,
dengan peningkatan sebanyak 21.8% dalam tempoh lima tahun. Walaupun purata
pendapatan isi rumah di Perlis meningkat lebih daripada purata bagi Semenanjung Malaysia
antara tahun 2004 dan 2009, tetapi ini tidak mengurangkan kadar kemiskinan secara ketara.

174

Bab 5: Strategi Pembangunan Sosioekonomi:
Meningkatkan Kualiti Hidup

Pada tahun 2008, Perlis mencatat tahap kekurangan nutrisi paling tinggi di kalangan kanak-
kanak berumur di bawah lima tahun. Sebanyak 9.9% daripada kanak-kanak ini mengalami
kekurangan nutrisi (tahap sederhana) berbanding dengan 5.8% di seluruh negara. Bagi
kekurangan nutrisi (tahap serius), sebanyak 0.9% melibatkan kanak-kanak di bawah umur
lima tahun berbanding dengan 0.5% di seluruh Malaysia.

Menurut takrifan e-kasih terhadap kemiskinan sebanyak 2,912 buah isi rumah tergolong di
bawah paras purata PGK isi rumah iaitu sebanyak RM760, manakala sebanyak 521 buah isi
rumah tergolong di bawah paras purata PGK isi rumah sebanyak RM460. Majoriti isi rumah
yang berpendapatan rendah mempunyai saiz isi rumah yang besar. Kira-kira 46%
daripadanya mempunyai lima hingga tujuh orang ahli keluarga. Kira-kira 78.5% daripada isi
rumah tersebut diketuai oleh ahli isi rumah yang berumur antara 16 hingga 65 tahun. Secara
umumnya, tahap pendidikan ketua isi rumah adalah rendah. Terdapat 38% daripada ketua
isi rumah tidak berkemahiran dan 16% berkemahiran dalam bidang pertanian. Bagi 16%
yang lain pula mahir dalam kerja membaiki dan menyelenggara rumah. Selebihnya terlibat
dalam pelbagai pekerjaan: perikanan, penyediaan makanan, pembinaan, dan mekanik
motor. Lebih separuh daripada ketua isi rumah tersebut merupakan pekerja bergaji, dan 29%
bekerja sendiri. Kira-kira 12.9% yang lain tidak bekerja.

E-kasih melaporkan kira-kira 353 buah program membasmi kemiskinan di Perlis ditunjukkan
dalam Jadual 5.2.

Jadual 5.2: Program Membasmi Kemiskinan di Perlis

Jenis Program Bilangan Program
Ekonomi 196

Kebajikan sosial 41

Latihan kemahiran insaniah 42

Sokongan pendidikan 39

Keperluan asas 26

Pembangunan tanah dan pertanian 9

Jumlah 353

Sumber: https://www.ekasih.gov.my/Semakan/Pages/CarianProfailBantuan.aspx

175

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

17. Cadangan
Terdapat tiga pendekatan yang disasarkan untuk golongan miskin:

Sasaran sektor Sasaran peringkat individu

Sasaran peringkat isi rumah
Nota: Sektor sasaran merujuk kepada sektor pertanian dan pertukangan rumah

Berdasarkan pendekatan yang disasarkan, tindakan-tindakan berikut telah dicadangkan:

 Meningkatkan kualiti tahap pendidikan dan kuantiti latihan dan pembangunan kemahiran,
meningkatkan produktiviti, kuantiti perumahan dan pembangunan keusahawanan bagi
golongan miskin;

 Kerajaan harus mengkaji semua sumber dan kakitangan yang sedia ada bagi membantu
menyasarkan golongan miskin dan seterusnya membantu mereka secara langsung; dan

 Program pemantauan dan penilaian yang menyeluruh dan juga pendekatan
pembangunan yang berasaskan penglibatan komuniti harus dilaksanakan.

Jadual 5.3: Langkah-langkah/ Program bagi Setiap Peringkat Sasaran

Peringkat Sektor Isi rumah Individu
Sasaran
 Dikaitkan
Program  Mewujudkan peluang  Program dengan
pekerjaan dan Perumahan Mampu sumbangan
kebajikan
pelaburan dalam Milik
 Program PKS
 agro-makanan,  dibuka kepada seperti AIM

 pembuatan, keluarga miskin
 pelancongan,
 perdagangan,  pembayaran balik
 perkhidmatan dan dirangka dengan
 pendidikan cara selenggara-
diri dan
berpatutan
dengan adanya
penglibatan
kerajaan.

 Skim pertanian

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

176

Bab 5: Strategi Pembangunan Sosioekonomi:
Meningkatkan Kualiti Hidup

5.3 MENINGKATKAN PRODUKTIVITI PADI

Perlis merupakan sebuah negeri pertanian dan penggunaan tanah pertanian mencatatkan
60% daripada jumlah keluasan kawasan (Rajah 5.1). Terdapat dua jenis tanaman utama di
Perlis iaitu padi dan tebu. Peningkatan produktiviti bagi kedua-dua jenis tanaman ini akan
meningkatkan jumlah hasil pengeluarannya.
Antara tahun 1982 dan 2000, bilangan petani berkurangan dari 23,400 orang kepada 16,000
orang, dan terus berkurangan antara tahun 2001 dan 2010, dari 15,300 orang kepada
10,300 orang. Ini merupakan pengurangan jangka masa panjang dan berterusan dalam
tempoh masa 10 tahun.
Kira-kira 8,000 orang petani terlibat dalam sektor penanaman padi di Perlis dengan
penggunaan tanah kira-kira 16,000 hektar atau purata 2 hektar bagi setiap petani. Anggaran
pendapatan dari kawasan penanaman padi adalah kira-kira RM10,000 setiap tahun dengan
menggunakan purata saiz sawah padi sebagai panduan.
Produktiviti tanaman telah terjejas disebabkan oleh saiz kawasan penanaman yang kecil dan
masalah pembahagian tanah pertanian oleh generasi kedua (faraid). Pertanian telah menjadi
pekerjaan sekunder memandangkan para petani mampu untuk membayar pekerja luar
supaya menjalankan kerja-kerja sawah. Antara sebab utama lain yang menyebabkan
peralihan sektor pertanian ke sektor lain adalah disebabkan peningkatan dalam sistem
pendidikan. Generasi baharu yang berpendidikan akan mencari pekerjaan yang
menawarkan pendapatan tinggi. Kewujudan trend sedemikian menyebabkan pendapatan di
sektor selain daripada pertanian meningkat dan pelaburan swasta di sektor pertanian pula
semakin berkurangan. Hal ini turut menjejaskan usaha pembangunan dalam bidang
pertanian di mana bidang ini tidak berdaya maju, penggunaan racun serangga secara tidak
optima, pengurusan baja yang tidak cekap serta mengakibatkan kerugian terhadap hasil
tuaian.
Dari segi kewangan, penanaman padi tetap berterusan disebabkan oleh sokongan daripada
kerajaan dalam bentuk pemberian subsidi. Kerajaan juga telah melabur dalam pembinaan
dan pembaikan sistem pengairan, pembangunan teknologi benih, subsidi baja dan program
bantuan subsidi harga. Semua ini dilakukan kerana industri padi dilihat sebagai satu industri
yang berpotensi.

177

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Rajah 5.1: Peta Guna Tanah Perlis  WWiillaayyaahh SSoonnggkkllaa

kkee SSaattuunn,, kkee HHaatt YYaaii,,
TThhaaiillaanndd
TThhaaiillaanndd
WWAANNGG KKEELLIIAANN
PPAADDAANNGG BBEESSAARR

WWiillaayyaahh SSaattuunn KKAAKKII BBUUKKIITT

THAILAND TTaassiikk
TTiimmaahh TTaassoohh

CCHHUUPPIINNGG kkee SSaammnnaakk KKhhaann,,
TThhaaiillaanndd

BBEESSEERRII

MMAATTAA AAYYEERR LLLEEEBBBUUUHHH RRRAAAYYYAAA UUUTTTAAARRRAAA --- SSSEEELLLAAATTTAAANNN (((PPPLLLUUUSSS)))

 BBAANNDDAARR PPAAUUHH PPUUTTRRAA kkee CChhaanngglluunn

KKAANNGGAARR Petunjuk :

PPAAUUHH Hierarki Petempatan

AARRAAUU

LLLEEEBBBBUUUHHH RRRAAAAYYYAAKAKUUUAAAALLAAAA PPPPEEERRRLLLLIISIISS ---CCCCHHHHAAANNNGGGLLLUUUNNN Pusat Separa Wilayah

PPEERRSSEELL Pusat Petempatan Utama

KKUUAALLAA PPEERRLLIISS Pusat Petempatan Kecil

kkee KKooddiiaanngg

DDaaeerraahh kkee AAlloorr SSttaarr KNaKweawawasasDanenPvTeeinmldoabpkaamnngePunentmaAnbarBenagaruunan
KKuubbaanngg PPaassuu DKKaeawwveaaslsoaapnnmPPeemnmbtabAnargneuganua2nna02n300320030
SSIIMMPPAANNGG EEMMPPAATT MKKooarriindidooDrrPePevmeembloabnpagmnugneuannntaUCntaoUmrrtaaidmoar
KKUUAALLAA SSGG BBAARRUU KEDAH
KCaKwoawanastasranonlPPDeememvbbealnogpunmnaaennnTKetraAkwarwealaaaln
Selat Melaka AKKgaawrwicaasusalatnunPrePereatarrtneaiannian
FHHouutrateansnt
KKee AAlloorr SSttaarr RSSuiuvnneggrasai iUtama
KKUUAALLAA SSAANNGGLLAANNGG WBBaaaddtaeanrnAbAiorir/d/EiTemaspk/auRnneggasanenrvoir

CPPeoasanistaitraiPl antai / Laut
KPKarwaowatasesacannteyPdaennAggreDekialilnadnudnangiPemeliharaan

MTPaeAnraDlamAdaanpnPagdaaddniyMPpAaldDaiAnMtaAtiDoAn
FHHouutrtaeannsStSiRmimepaspneanKrvaeenkal (HSK)

Sumber: Rancangan Tempatan Kangar, 2015

178

Bab 5: Strategi Pembangunan Sosioekonomi:
Meningkatkan Kualiti Hidup

Semua usaha bagi meningkatkan produktiviti sektor penanaman padi boleh membawa
keuntungan yang besar kepada golongan petani serta meningkatkan taraf sosioekonomi
mereka. Justeru itu, ETP telah mencadangkan salah satu EPP untuk mempertingkatkan dan
mengukuhkan produktiviti pengeluaran padi di kawasan MADA. Rajah 5.2 menunjukkan
ilustrasi EPP.

Sasaran ETP adalah untuk meningkatkan purata produktiviti tanaman dari 4 tan metrik/ha ke
8 tan metrik/ha. Hasil analisa ke atas isu-isu asas mendapati tiga komponen berkaitan EPP
perlu dilaksanakan, iaitu penambahbaikan intensiti pengairan, pengestetan kawasan
penanaman padi, penggunaan teknologi benih hibrid dan sistem pengeluaran yang lain.

Pengeluaran padi hibrid telah terbukti berjaya sebelum ini, contohnya di negara China. Padi
hibrid sedemikian dapat meningkatkan hasil pengeluaran sebanyak 15% hingga ke 20%.
Beberapa kajian telah dijalankan oleh MARDI terhadap jenis benih-benih tertentu untuk
memastikan jenis benih yang sesuai ditanam di Malaysia terutamanya di kawasan jelapang
padi.

Hasil pendapatan daripada produktiviti sektor pertanian akan meningkat dengan ketara jika
tanaman padi ini digabungkan dengan tanaman lain yang mempunyai nilai tambah tinggi
(seperti mangga dan cendawan) dan aktiviti-aktiviti perladangan (binatang ternakan). PSPP
juga telah memperkenalkan beberapa cadangan projek untuk meningkatkan pengeluaran
tanaman. Projek-projek sedemikian dijangka akan menyumbang kepada pembangunan
ekonomi dengan KDNK sektor pertanian dijangka akan meningkat sebanyak dua kali ganda.

Rajah 5.2: EPP untuk Penanaman Padi

Kini (2011) Program Transformasi Sasaran
4-5 tan metrik Ekonomi (ETP) 8-10 tan metrik
/ha /ha
Pengukuhan Produktiviti
KDNK RM790 juta Penanaman Padi di Kawasan KDNK RM1,500 juta

Muda (MADA) (EPP 10)

Peningkatan Pengestetan Ladang Penerimapakai Teknologi
Intensiti Padi seperti benih hibrid, sistem
Pengairan
pengeluaran clearfield

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

1. Cadangan:

Matlamat EPP adalah untuk menggandakan produktiviti penanaman padi di kawasan MADA.
Pelbagai projek baharu berasaskan makanan pertanian dicadangkan dan ia akan membawa
peralihan ke arah aktiviti pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi. (Bab 3, Seksyen 3.1
Agro-makanan)

179

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Antara yang turut dicadangkan adalah penyelesaian isu berkaitan tanah yang tidak
diusahakan secara produktif dengan cara mendapatkan tanah tersebut dan mengagihkannya
kepada para petani yang sanggup melabur dan meningkatkan produktiviti penanaman. Isu-
isu sedemikian adalah sensitif kerana melibatkan ciri-ciri institusi dan perundangan tanah
pertanian. Hal ini telah menyebabkan pasaran tanah tidak dibangunkan dengan sepenuhnya
seperti yang dijangkakan. Pembangunan pasaran tanah yang lebih cekap adalah penting
supaya kedua-dua pihak iaitu pemilik dan petani mendapat manfaat.

5.4 PEMBANGUNAN MPPB DAN PKS

PKS di Perlis terdiri daripada firma-firma jenis mikro yang ditakrif sebagai firma yang
mempunyai kurang daripada lima pekerja. Kira-kira 93% daripada kesemua PKS di Perlis
adalah tergolong dalam kategori firma mikro berbanding dengan 79% di seluruh negara. Ciri-
ciri utama firma ini adalah perusahaan yang sangat kecil dan kebanyakannya diusahakan
oleh ahli keluarga. Perniagaan ini biasanya membekalkan keperluan kepada penduduk
tempatan dan kadangkala ia beroperasi di tahap sara diri. Pada tahun 2005, terdapat 5,920
firma PKS di Perlis.

Jadual 5.4: Jenis-Jenis PKS di Perlis dan Malaysia

PKS Mikro Kecil Sederhana Jumlah PKS %
Perlis 5,549 340 31 5,920 1.1

Malaysia 434,939 100,608 12,720 548,267 100

Sumber:Jadual berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (2005) Banci Pertubuhan dan Perusahaan

Analisa yang lebih terperinci menunjukkan bahawa PKS tersebut bertumpu kepada sektor
perkhidmatan dan pertanian sahaja. Sebanyak 71% daripada aktiviti di sektor perkhidmatan
adalah peruncitan dan restoran. Dalam sektor pertanian pula, 92% merupakan aktiviti
perladangan. Oleh itu, bantuan perlu diberikan kepada sektor-sektor ini supaya sebahagian
besar segmen PKS di Perlis dapat dibangunkan.

Selain itu, 25,000 atau 30% orang penduduk yang bekerja terdiri daripada pekerja yang
bekerja sendiri atau pekerja di kalangan ahli keluarga yang tidak dibayar. Kadar ini adalah
agak tinggi jika dibandingkan dengan purata negara yang mencatat kurang daripada 20%.

Ciri-ciri ekonomi bagi penubuhan firma jenis mikro adalah jelas, terutamanya dari segi sifat
dan karakter industri. Berdasarkan pandangan beberapa usahawan yang berjaya daripada
senarai institusi yang memberi bantuan seperti AIM dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha
Niaga (TEKUN) mengesahkan bahawa kebanyakan PKS telah dihadkan oleh:

 saiz perniagaannya,
 berkapasiti rendah dalam penggunaan teknologi,
 pasaran tempatan yang terhad,

180

Bab 5: Strategi Pembangunan Sosioekonomi:
Meningkatkan Kualiti Hidup

 kekurangan sumber kewangan,
 kekurangan keupayaan inovatif, dan
 kekurangan sokongan daripada pihak swasta.

Dengan itu, PKS ini lebih bergantung kepada bantuan dan sokongan dari luar. Program
kerajaan yang menyokong MPPB juga amat diperlukan oleh PKS berbanding firma besar
yang lebih berkeupayaan sendiri.
Program utama MPPB di Malaysia boleh dikategorikan kepada tiga komponen utama, iaitu
(i) Pembangunan Kapasiti dan Keupayaan, (ii) Pemilikan Kekayaan/ Ekuiti Swasta dan (iii)
Pekerjaan Berpendapatan Tinggi ditunjukkan dalam Rajah 5.3.
Rajah 5.3: Program MPPB dan Komponennya

MasyaCroamkamt PuenridtyagBaunsginaensDsaannPdeInridnudsutsrtirailaCnoBmumiupnuiteyr(aN(aKteiboannagl)saan)

KCaappaascititiydaannd KCaepuapbailyitayan PoewmnielirksahnipKoef Wkaeyaaltahn// Kerja yang Berpendapatan
PDeemvebloapnmguennat n EPkriuviatiteSEwqausitya HighTinincgogmie job

IDnesvtietluospimpeenmtbFiianyaanacinng CPoerpmoirlaiktaionnEEkquuiittiy GSoyvaerriknamtePnetllainbkuran
pIneimtiabtaivneg(uDnFaI)n (IDF) oKwonreprosrhaipt inBveersktamiteannt Kcoemrapjaanayn
((GGLLICIC) )
-AIM -Equity Nasional (Equinas)
-TEKUN -Petronas -Petronas
-SME Corp -PUNB -Proton
-Agro Bank -KWSP -Telekom Malaysia
-PNB -Sime Darby
EOnrtgreapnriseanseiur -TERAJU (Skim Jejak Jaya
DPeevmebloapnmgeunntan Bumiputera) EPdeuncaajtaioPneSnpdoindsiokran
OUrsgaahnaiswaatinon(E(EDDOO))
WPeenalctihpctareaantiKoenkayaan - TERAJU (Yayasan Pendidikan
-MARA Peneraju)
-Suruhanjaya Koperasi Malaysia Amanah Hartanah Bumiputera
(SKM) Berhad (AHB)
-Institut Keusahawanan Negara
(INSKEN)

IOnrdguasntriysaDsei vPeelompbmaenngtunan
OInrdguanstisrai t(iIoDnO()IDO)

- Hub Halal
- Bio Teknologi
- MDEC

SuSmoubrceer:: 1L0atph MoraalnayPsiealPalnanStrategik Pembangunan Perlis, 2012 , berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-10

Walau bagaimanapun, di negeri Perlis hanya terdapat komponen "Pembangunan Kapasiti
dan Keupayaan". Dua komponen yang lain sama ada lemah atau tidak wujud sama sekali
memandangkan kedua-dua program sokongan tersebut hanya dapat disediakan oleh
syarikat GLC besar.

Analisa program di Perlis melalui model rantaian nilai (Rajah 5.4) menunjukkan bahawa
program-program ini terletak dalam lingkungan sokongan yang kecil. Sokongan yang
diberikan tertumpu kepada bahagian operasi, yang biasanya dalam bentuk geran atau

181

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

subsidi untuk membeli peralatan dan mesin. Aktiviti sokongan pula termasuk memberi
bantuan pinjaman dan kewangan.

Pendekatan yang menyeluruh diperlukan untuk program MPPB. Program-program tersebut
harus meliputi keseluruhan rantaian nilai supaya keperluan asas dibekalkan kepada PKS
dan usahawan dan mereka dapat menerima sokongan di pelbagai peringkat perkembangan
dan pembangunan. Keadaan sedemikian didapati tidak wujud kerana agensi-agensi
bertindak atas mandat sendiri tanpa mengambil manfaat daripada kerjasama antara satu
sama lain.

Rajah 5.4: Model Rantaian Nilai: Analisa Program MPPB/PKS

ASkutipvpitoi rt FIinrfmraIsntfrruaskttruurctFuirrme a
Saocktoivnigtiaens HPeunmgaunruressaonuSrcuemmbaenraMgeamneunstia
TPeecmnoblaongigcuanl daenveTelokpnmoleongti

PPreomcuerreomleehnatn

ILnobgiostuiknd
LMoagsisutkics
OOppeerraastii-ons
operasi
LOoutgibstoikund
lKoegliustaircs
PMearmakseatiranng
da&n JSualaleasn

SSeerrvvisces

APkrtiimviatirUy atacmtivaities

Sumber: Michael Porter, Model Analisa Rantaian Nilai, 1985

Kesimpulannya, secara teori program PKS dan MPPB terdapat di seluruh rantaian nilai,
namun program tersebut hanya tertumpu di peringkat tertentu sahaja. Rajah 5.5
menunjukkan peringkat sokongan aktiviti utama iaitu logistik (masuk ke dalam negeri),
operasi, logistik luar negeri, pemasaran dan perkhidmatan.

182

Bab 5: Strategi Pembangunan Sosioekonomi:
Meningkatkan Kualiti Hidup

Rajah 5.5: Program-program dalam Aktiviti Utama dan Jurang antara Aktiviti di Perlis

Aktiviti-aktiviti Utama

Logistik Masuk Operasi-operasi Logistik Keluar Pemasaran dan Servis
Jualan

Pergudangan Alat-alat Mesin Pengangkutan Pengiklanan Perkhidmatan
-Jabatan Pertanian - KEMAS Pemprosesan Order pelanggan
(Bengkel di Wang - (Bantuan Ekonomi Pergudangan  MARDI
Kelian) Kampung)  FAMA (1Malaysia Best)
Pengendalian - MARDI  SEDC (Satu Daerah Satu
Bahan - Jabatan Veterinar Industri)
-Jabatan Veterinar - Jabatan Pertanian
- Jabatan Perikanan PPrroommoossi i
-Jabatan Pertanian
Pembungkusan  MADA
-Jabatan Perikanan  FAMA (‘1Malaysia  FAMA (Jenama
Best’) Agromas dan ‘1Malaysia
Pengangkutan  MADA (Geran) Best’)
Kawalan Inventori  SMIDEC (Geran)  SEDC (Satu Daerah Satu

Pengujian IMndeusntjrui)al
- MARDI (Pusat
Kajian Makanan) Jualan

Pemasangan • FAMA (AgroBazaar K-
Penyelenggaraan Shoppe)

Harga
Saluran
Pengurusan

Program boleh dipertingkatkan dengan penyertaan
syarikat-syarikat swasta atau kerajaan (GLC) di Perlis

Rajah 5.6: Program-program dalam Aktiviti Sokongan dan Jurang antara Aktiviti

Aktiviti-aktiviti Sokongan

Infrastruktur Firma Pembangunan Perolehan Pengurusan Sumber
Teknologi Manusia

Kewangan Penyelidikan & Pembelian Bahan Mentah Pendidikan
Pembangunan  MARA
 MARA  MARDI (Pusat Penyelidikan  Jabatan Veterinar
 KKLW (Skim Pembangunan Teknologi Makanan)  Jabatan Pertanian  Jabatan Pertanian
 Universiti-universiti (cth.  Jabatan Perikanan  Jabatan Perikanan
Usahawan Desa-SPED)  Bahagian Pembangunan  Jabatan Veterinar
 MOA (Skim Usahawan Siswazah UTM, UPM, UNIMAP
mempunyai kepakaran dalam Usahawan (BPU), Pengrekrutan
Tani) bidang Minyak Kelapa Dara) Kementerian Kerja Raya Promosi
 AIM (Pada 2011 sehingga Sistem Ganjaran
Perkembangan Proses Penyewaan Bangunan
November, seramai 3,214ahli dan Produk  MARA (GiatMARA)
 MARDI (Pusat Penyelidikan
mendapat pinjaman berjumlah Teknologi Makanan) Rundingan Kontrak
 MARA (Pusat Pembekal
RM 25 milion) Perkembangan Reka bentuk)  Suruhanjaya Koperasi
 TEKUN (Pada 2011 sehingga
Teknologi Informasi Malaysia (SKM) (Kedai
November, sebanyak 686  MARA (galakan melalui Rakyat 1Malaysia- KR1M)

pinjaman diluluskan berjumlah latihan dan kursus dalam
RM5.7million. Sehingga Nov Teknologi Maklumat)

2011, terdapat seramai 2,901 Program boleh dipertingkatkan dengan penyertaan syarikat-syarikat
swasta atau kerajaan (GLC) di Perlis
usahawan TEKUN sejak 1998)
 SME Bank
 Agro Bank
 NCIA
 Credit Guarantee Corporation

(CGC) (Tabung Projek Usahawan

Bumiputera-I)

Perancangan

•MARDI
•Jabatan Veterinar
•Jabatan Pertanian
•Jabatan Perikanan

183

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Rajah 5.6 menunjukkan jurang antara program-program sokongan. Seperti yang
ditunjukkan, kebanyakan program yang dikenal pasti sebagai penting untuk PKS adalah
tertumpu kepada aspek kewangan.

1. Cadangan:

Tiga cadangan utama telah dikemukakan.

i) Mengembangkan program-program untuk menarik lebih ramai usahawan dan PKS

Ini dapat dicapai dengan menambah saiz dana AIM sebanyak lima kali ganda iaitu dari
RM20 juta kepada RM100 juta untuk tempoh 20 tahun akan datang. Peserta ‘Sahabat’
juga akan bertambah daripada 3,000 orang pada masa sekarang kepada 12,000 orang.
Pelaksanaan secara beransur-ansur akan memastikan perkembangannya adalah
berdasarkan kekuatan program yang memupuk daya maju, kemampanan dan sokongan
kumpulan daripada rangkaian masing-masing. Program perancangan AIM dapat
membantu perniagaan mikro berkembang kepada perusahaan kecil dan sederhana. AIM
juga boleh membantu dalam memberi penilaian secara sistematik dan mengembangkan
program peningkatan kapasiti di kalangan usahawan. Usaha-usaha ini telah pun
dilaksanakan tetapi perlu dipertingkatkan untuk mencapai keberkesanan program.

ii) Meluaskan perkhidmatan lain seperti di sektor logistik, pemasaran, teknologi, dan
perhubungan dengan institusi penyelidikan dan universiti supaya program
sokongan PKS dan MPPB yang lebih menyeluruh dapat disalurkan.

Ini adalah penting untuk membolehkan PKS berkembang daripada perniagaan mikro
kepada operasi firma yang lebih besar. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Malaysia (SME Corp) memainkan peranan yang khusus dalam pembangunan PKS dan
merupakan sebuah institusi yang sesuai untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti seperti ini.
Institusi-institusi lain yang mempunyai peranan khusus adalah dicadangkan supaya
bersama-sama menyelaraskan program mereka untuk mencapai satu hasil yang
menyeluruh dan bukannya hanya untuk memenuhi mandat jabatan masing-masing.

iii) Usaha yang lebih bersepadu diperlukan untuk membangunkan perusahaan
Bumiputera supaya dapat berkembang menjadi firma yang lebih besar.

Program TeraS yang dilancarkan oleh TERAJU-PEMANDU pada bulan Julai 2011
bertujuan untuk membangunkan usahawan Bumiputera menjadi usahawan bertaraf
antarabangsa dalam 12 sektor NKEA. Dana bantuan berjumlah RM2 bilion telah
ditubuhkan di mana RM100 juta daripada jumlah dana itu telah diperuntukkan untuk
pembangunan syarikat Bumiputera di Koridor Utara. TERAJU juga telah menubuhkan
satu pusat sehenti di Pulau Pinang bagi tujuan ini.

Syarat-syarat minimum yang tertentu perlu dipenuhi bagi melayakkan sesebuah firma
mengikuti program ini, seperti membuktikan mereka tidak bergantung semata-mata
kepada kontrak kerajaan, memegang penilaian minimum 3-bintang dari SCORE
(Penilaian Peningkatan Daya Saing dalam PKS), mempunyai taraf kredit baik yang dinilai
oleh Biro Kredit Malaysia dan membuktikan keupayaan membuat keuntungan dan

184

Bab 5: Strategi Pembangunan Sosioekonomi:
Meningkatkan Kualiti Hidup

perkembangan yang ketara. Ini bermakna PKS perlu meningkatkan usaha untuk
memajukan firma mereka supaya dapat bersaing dalam industri ekonomi utama.
Program seperti ini amat bermakna dalam membangunkan golongan usahawan
Bumiputera yang dapat meneraju sektor swasta di Perlis.

5.5 PROGRAM PERUMAHAN DI PERLIS

Menurut UPEN Perlis, masalah setinggan di Perlis perlu diselesaikan sebagai sebahagian
daripada objektif ekuiti sosial negeri. Menurut kajian, dianggarkan terdapat sebanyak 1,832
unit setinggan di Perlis. Taburan setinggan mengikut lokasi ditunjukkan dalam Jadual 5.5.
Program perumahan perlu diperluaskan untuk menangani perumahan setinggan kerana
terdapat permintaan terhadap perumahan kos rendah. Kerajaan Persekutuan juga telah
menggariskan dasar yang dikenali sebagai PR1MA atau Perumahan Rakyat 1 Malaysia,
yang akan membina perumahan mampu milik untuk rakyat.

PR1MA menggunakan konsep Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia dalam
merancang dan menyelaras pembinaan perumahan mampu milik di seluruh negara di atas
tanah yang disediakan oleh kerajaan-kerajaan negeri.

Unit-unit rumah ini akan diagihkan kepada mereka yang layak. Kriteria kelayakan boleh
didapati di laman web18. Salah satu kriteria yang utama dan perlu dipenuhi adalah purata

pendapatan isi rumah pemohon mestilah tidak melebihi RM7,000 sebulan.

Pelaksanaan peringkat pertama bagi program PR1MA adalah di kawasan Lembah Klang
(Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur) dan Seremban. Program ini dijangka dapat
menyediakan sebanyak 42,000 unit rumah mampu milik yang dibina di 20 lokasi yang
strategik. Anggaran kos setiap unit rumah adalah di antara RM150,000 hingga RM300,000.
Pembeli yang berjaya dikehendaki menduduki unit tersebut sekurang-kurangnya 10 tahun
sebelum ia boleh dijual semula.

Jadual 5.5: Bilangan dan Taburan Unit Perumahan Setinggan di Perlis

Blok Lokasi Setinggan Bilangan Unit Luas Tanah
Perancangan 80
Kuala Perlis 1,097
BP1

Bintong 23 2
Titi Tinggi 344 25
BP3 Indera Kayangan 54 4
Sena -
Santan 4 -
-

18Rujuk http://pr1ma.net/eligibility/ , (February 2013)

185

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Blok Lokasi Setinggan Bilangan Unit Luas Tanah
Perancangan

Beseri 56 4

BP4 Sanglang 131 10

Tambun Tulang 67 5

Jumlah 1,832 130

Sumber: Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kawasan Setinggan Utama, Perlis

1. Isu-isu Penting:

 Berapakah harga bagi seunit rumah kos rendah di Perlis?
 Apakah maksud perumahan mampu milik (sewa beli)?
 Apakah jenis penyelesaian perumahan yang mungkin? (sewa, sewa beli, beli)

Salah satu isu utama ialah harga rumah kos rendah. Harga yang ditetapkan untuk seunit
rumah ialah RM25,000 sejak beberapa tahun yang lalu, tetapi dengan kadar inflasi purata
harga bagi seunit rumah kos rendah telah meningkat.

2. Amalan Semasa:

Kebiasaannya penyelesaian bagi isu tersebut adalah dengan penyediaan rumah kos rendah
oleh sektor swasta, supaya masalah kekurangan perumahan dapat ditangani. Namun
demikian, strategi tersebut didapati bukanlah penyelesaian yang terbaik. Ini adalah kerana
sektor swasta akan menyediakan produk yang bersesuaian dengan harganya, dan bukan
memberikan penyelesaian sebagaimana yang dikehendaki.

Rumah kos rendah yang dibina oleh pemaju sektor swasta bertujuan untuk mengurangkan
masalah kekurangan rumah. Perumahan kos rendah dijual pleh pemaju-pemaju pada harga
yang rendah dan menggunakan bahan binaan yang murah. Oleh itu, kebanyakan rumah kos
rendah yang sedia ada adalah berkualiti rendah, bersaiz kecil, mempunyai kos
penyelenggaraan yang mahal, infrastruktur yang kurang baik dan mendatangkan masalah
kepada penghuninya. Perkara ini berlaku disebabkan pemaju swasta telah dibebani dengan
tanggungjawab yang seharusnya ditanggung oleh pihak kerajaan.

3. Cadangan Penyelesaian:

Kajian ini mencadangkan kerajaan negeri memohon agar Perbadanan Program Perumahan
1Malaysia (PR1MA) membina perumahan awam di Perlis. Ini bukan sahaja untuk memenuhi
keperluan setinggan tetapi bagi mereka yang juga memerlukan perumahan dan kehidupan
yang berkualiti. Projek ini bukanlah sekadar untuk membina rumah sahaja, tetapi bertujuan

186

Bab 5: Strategi Pembangunan Sosioekonomi:
Meningkatkan Kualiti Hidup

untuk membina persekitaran hidup yang selesa untuk penduduk miskin dan tidak
berkemampuan.
Beberapa perkara perlu dilakukan oleh Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia (1MH-
Corporation) adalah:
1. Mereka bentuk dan membina perumahan yang berkualiti dalam lingkungan bajet tertentu;
2. Melantik kontraktor dan menyelia pembinaan perumahan awam; dan
3. Mengurus dan menyelenggara perumahan awam untuk memastikan bahawa rumah

yang berkualiti dibekalkan kepada para penghuni.

Program perumahan tersebut akan bermula dengan 2,000 unit perumahan dalam tempoh
lima tahun atau 400 unit setahun. Ini diandaikan bahawa 1MH-Corporation akan mendapat
pembiayaan pada kadar yang rendah (iaitu 4% setahun). Kadar faedah pinjaman yang
rendah bagi tempoh 10 atau 15 tahun ini adalah pinjaman kerajaan asing yang disediakan
kepada Kementerian Kewangan.
PSPP bercadang untuk menetapkan perumahan mampu milik pada harga RM35,000 seperti
yang dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, dan bukannya pada
harga yang dicadangkan oleh PR1MA.
Anggaran lebih kurang RM70 juta diperlukan. Tempoh pinjaman adalah selama 10-15 tahun
supaya 1MH-Corporation dapat membina dan menjual unit-unit perumahan ini, dan
kemudiannya membayar balik pinjamannya. 1MH-Corporation akan mendapat bajet operasi
sebanyak RM100,000 setahun (dengan kadar inflasi 10%) untuk membayar pentadbiran
pejabat dan kakitangannya.
Pembiayaan ini membolehkan 1MH-Corporation menyediakan perumahan mampu milik
kepada penduduk melalui pelbagai kaedah seperti:
 membeli secara langsung,
 membeli di bawah skim gadai janji, atau
 hanya menyewa unit tersebut.

Pilihan bayaran yang dikemukakan kepada penghuni (atau penyewa) yang berpotensi
adalah seperti berikut:
 Sewa beli RM550/bulan untuk 10 tahun
 Sewa beli RM350/bulan untuk 15 tahun
 Beli dengan harga RM35,000

Berasaskan kadar pembayaran ini bersama dengan tiada kelalaian kewajipan diandaikan,
program perumahan dapat dilaksanakan dan seterusnya menangani isu perumahan di Perlis
melalui subsidi pembiayaan kewangan yang khusus daripada Kerajaan Persekutuan

187

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

(Perbendaharaan) dan peruntukan tanah oleh kerajaan negeri. Walaupun program
perumahan ini adalah dibiayai sendiri dengan sepenuhnya tetapi penyertaan kerajaan
diperlukan, seperti pengurusan pembayaran gadai janji, dan penyelenggaraan program
tersebut sepanjang tempoh gadai janji.
Dari segi keperluan tanah, sejumlah 130 ekar tanah diperlukan untuk penempatan semula
perumahan setinggan (Jadual 5.7). Tambahan 12 ekar tanah lagi diperlukan untuk
memenuhi permintaan bagi 168 unit perumahan yang bukan setinggan. Maka, jumlah
sebanyak 142 ekar tanah diperlukan untuk memenuhi keperluan program perumahan di
bawah pelan ini.

5.6 TEBATAN BANJIR

Satu Terusan Lencongan Banjir Timur telah dicadangkan untuk menangani masalah banjir
dengan sepenuhnya. Terusan Lencongan Banjir Barat yang telah diluluskan akan
mengurangkan masalah banjir di Perlis pada masa sekarang, tetapi tidak akan memberikan
perlindungan yang lengkap kerana ia hanya menangani aliran yang berlebihan dari
Empangan Timah Tasoh dan bahagian utara tadahan empangan tersebut. Terusan
Lencongan Banjir Timur akan mampu menangani dan memenuhi keperluan tadahan air yang
tidak mengalir ke dalam Empangan Timah Tasoh.
Terusan lencongan tersebut boleh disediakan dengan ciri-ciri tambahan untuk meningkatkan
kepentingannya. Ini termasuklah:
 Fungsi pengairan untuk membekalkan air pada musim kering dan mengalirkan air pada

musim hujan untuk aktiviti pertanian, termasuk tanaman padi.
 Aktiviti akuakultur dijalankan di kawasan sekitar terusan atau dalam terusan itu, walau

bagaimanapun isu kuantiti dan kualiti air perlu ditangani.
 Kemudahan rekreasi dengan menggunakan terusan sebagai daya tarikan kepada orang

ramai dan lain-lain aktiviti berasaskan air.

Selain daripada terusan lencongan tersebut, JPS juga menjalankan pelbagai projek saliran
(dan pengairan) yang lain termasuk penambahbaikan sungai, skim saliran tempatan dan
skim tebatan banjir yang lain di Perlis. JPS Perlis juga menyelenggara dan mengendalikan
Empangan Timah Tasoh. Projek-projek sokongan tersebut juga memerlukan sumber
pembiayaan yang mencukupi dan akan melengkapi skim-skim lencongan banjir utama yang
dicadangkan dalam pelan ini. Skim tebatan banjir ini dianggar akan memanfaatkan lebih
kurang 500 isi rumah.

188

Bab 5: Strategi Pembangunan Sosioekonomi:
Meningkatkan Kualiti Hidup

5.7 DASAR PEMBANGUNAN BELIA

Matlamat utama strategi pembangunan melibatkan perkembangan prospek ekonomi dan
sosial untuk penduduk di negeri Perlis terutamanya golongan belia. Negeri Perlis telah
mengalami penghijrahan keluar tenaga kerja golongan muda dari tahun 1990 ke 2000.
Sejak tahun 2000, kadar pertumbuhan populasi yang paling besar adalah dari kumpulan
umur 15-19 tahun yang kebanyakannya disebabkan oleh pendaftaran masuk pelajar-pelajar
ke 12 institusi pendidikan tinggi di sini. Lebih daripada 8,000 orang pelajar menamatkan
pengajian dari institusi-institusi ini setiap tahun. Mereka akan terus tinggal di Perlis jika
berjaya mendapat pekerjaan. Jika tidak, mereka akan berpindah ke kawasan bandar lain.
PSPP akan mempercepatkan pembangunan Bandar Pendidikan Pauh Putra dan Taman
Teknologi, yang akan menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk para belia
yang terlatih.

Isu lain yang penting adalah pengangguran di kalangan belia. Langkah yang paling berkesan
untuk menamatkan kadar pengangguran ini adalah dengan meningkatkan kemahiran,
produktiviti dan upah di kalangan belia dalam keluarga yang miskin. Ini harus dijalankan
berdasarkan kajian dan penilaian yang menyeluruh terhadap keperluan latihan oleh
kalangan belia dan kemahiran yang diperlukan oleh para pelabur. Program latihan harus
melibatkan sekolah, pusat kemahiran selepas sekolah, syarikat swasta dan kes isu sosial
yang melibatkan badan bukan kerajaan. Program latihan yang menarik termasuk bengkel
dan program latihan amali akan menggalakkan lebih ramai belia menjadi aktif dan
memanfaatkan enam sektor pertumbuhan yang disasarkan di bawah PSPP.

Cadangan lain adalah memperkembangkan dan mengukuhkan program MPPB/PKS di Perlis
untuk menyediakan peluang kepada usahawan muda yang berpotensi yang boleh
membantu mengembangkan asas PKS di samping menerima manfaat daripada strategi
perindustrian yang luas.

5.8 MENGEKALKAN KEHIJAUAN NEGERI PERLIS

PSPP juga boleh dianggap sebagai satu rancangan yang menyasarkan pembangunan
mampan kerana ia mempunyai elemen utama yang mempromosikan pembangunan hijau.
Negeri Perlis memberi gambaran kepada orang ramai sebagai sebuah negeri yang indah,
bersih dan hijau dengan hampir tiga perempat daripada jumlah tanahnya diliputi oleh
pertanian dan mempunyai populasi yang rendah. Imej ini boleh dijadikan sebagai satu
kelebihan bagi negeri Perlis. Sebuah negeri yang bersih dan hijau bukan sahaja
menyediakan kehidupan yang sihat dan berkualiti tinggi bahkan juga boleh dijadikan sebagai
tema promosi untuk pelancongan yang mesra alam dan mampan, terutamanya pelancongan
yang memanfaatkan kawasan kampung (penginapan “bed and breakfast”), pekan-pekan
kecil (hotel bajet) dan PKS (rombongan pelancongan, restoran dan pengangkutan).

Tambahan pula, kerajaan negeri juga mempromosikan projek pembangunan hijau. Sebagai
contoh, satu cadangan projek tenaga solar telah diterima dan kerajaan negeri kini sedang

189

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

membantu pelaksanaannya. Kerajaan negeri Perlis juga telah menandatangani satu projek
tenaga angin dengan SIRIM. Selain itu, terdapat juga projek teknologi plastik kepada bahan
api yang akan mengitar semula sampah sarap kepada tenaga. Oleh itu, kerajaan negeri
mengalu-alukan projek pembaharuan tenaga yang boleh menggantikan bahan bakar fosil.
Di samping itu, terdapat juga inisiatif-inisiatif lain yang dicadangkan dalam rancangan
tersebut. Salah satu daripadanya adalah projek agro-teknologi yang mencadangkan
penggunaan sisa pertanian sebagai bahan mentah penanaman cendawan. Cadangan ini
memerlukan kawalan dan pengurusan yang baik untuk menghasilkan cendawan yang
berkualiti tinggi sebagai makanan semula jadi, snek dan untuk pasaran makanan halal.
Selain daripada projek-projek ‘hijau’ ini, pembaikan sistem saliran, perumahan,
pengangkutan awam dan pembentungan telah dicadangkan di bawah PSPP. Cadangan
Sesiaran Sungai Perlis, Bandar Pelancongan Wang Kelian dan Terminal Maritim Kuala
Perlis telah digariskan untuk mengeksploit aset semula jadi negeri ini di samping
memulihkan persekitaran kawasan tersebut.
PSPP akan mengekalkan keindahan semula jadi negeri Perlis, termasuk bukit batu kapur
yang terkenal sebagai ikon dan Banjaran Nakawan yang menyediakan pemandangan yang
indah di negeri ini. Seterusnya, kerajaan negeri boleh mempromosikan aset semula jadi ini
dalam menuju ke arah pembangunan mampan.

190

BAB 6

DASAR-DASAR DAN
PROGRAM-PROGRAM STRATEGIK

Bab 6: Dasar-dasar dan Program-program Strategik

6. DASAR-DASAR DAN PROGRAM-PROGRAM
STRATEGIK

6.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan lima polisi dan rancangan yang dianggap penting terhadap
perlaksanaan komponen ekonomi PSPP sebagaimana berikut:
1. Insentif-insentif pelaburan yang boleh menarik pelabur-pelabur ke negeri Perlis;
2. Penghapusan sesetengah kekangan tanah, contohnya memansuhkan Tanah Rizab

Melayu (TRM) untuk menarik pelabur-pelabur;
3. Membina kapasiti institusi-institusi utama kerajaan di negeri Perlis dengan perkhidmatan

yang lebih baik serta suasana yang lebih mesra perniagaan;
4. Kedudukan kewangan kerajaan yang mampan untuk menyokong inisiatif-inisiatif

pembangunan yang dicadangkan; dan
5. Strategi pembangunan serantau yang membolehkan negeri Perlis bekerjasama dengan

jiran-jirannya dalam membentuk satu entiti yang lebih besar dan mempunyai daya saing.

Tiga dasar yang pertama berkait rapat dalam mewujudkan suasana yang mesra pelabur di
negeri Perlis. Dasar yang keempat bertujuan membangunkan kewangan kerajaan dan yang
terakhir adalah untuk membina jalinan serantau yang lebih bersaing. Subseksyen-
subseksyen yang lain menyediakan justifikasi dan rasional untuk dasar-dasar ini.

6.2 INSENTIF-INSENTIF PELABURAN

Insentif-insentif pelaburan adalah perlu demi merangsang pembangunan ekonomi Perlis.
Sektor swasta adalah penggalak utama dalam merangsang pertumbuhan ekonomi
berdasarkan pelaburan dan keusahawanan.
Usaha-usaha terdahulu dalam mempromosikan pelaburan negeri Perlis tidak dilaksanakan
dengan baik. Kedua-dua sektor awam dan swasta memainkan peranan yang penting dalam
menjayakan pelaburan PSPP. PSPP perlu mewujudkan suasana pelaburan yang
membolehkan sektor swasta mengambil alih peranan kerajaan dan menjadi penggerak
utama dalam pertumbuhan ekonomi.

191

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Insentif-insentif pelaburan perlu diberikan sebagai pampasan akibat kegagalan pasaran atau
kos yang tidak menguntungkan. Sebagai contoh, firma-firma akan menanggung kos
pengangkutan yang lebih tinggi kerana negeri Perlis terletak jauh dari pasaran tempatan
atau pasaran eksport utama. Langkah-langkah berikut telah dicadangkan:
 Menggalakkan ciri-ciri nilai tambah kepada industri baharu dan yang sedia ada;

mengubah dan memperluaskan tumpuan sasaran ekonomi - pertanian, pembuatan,
pelancongan, pendidikan dan logistik.
 Jaminan berkembang bersama ekuiti sosial dengan memperkenalkan rancangan-
rancangan yang mempercepatkan pertumbuhan di bidang ekonomi yang disasarkan
seperti MPPB dan PKS.
 Meningkatkan penyertaan sektor awam dan swasta - sektor swasta dipimpin dan
didorong oleh keperluan pasaran.

6.2.1 Insentif-insentif Kewangan

Insentif-insentif cukai langsung dan tidak langsung telah diperuntukkan dalam Akta
Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Kastam 1967, Akta Cukai
Jualan 1972, Akta Eksais 1976 dan Akta Zon Bebas 1990. Akta-akta ini merangkumi
pelaburan dalam sektor pembuatan, pertanian, pelancongan (termasuk perhotelan) dan
perkhidmatan yang diluluskan serta R&D, latihan dan aktiviti-aktiviti perlindungan alam
sekitar.
Terdapat dua jenis insentif cukai yang umum:
1. Insentif-insentif cukai langsung memberikan pelepasan pembayaran cukai

pendapatan sama ada sebahagian atau penuh untuk satu tempoh yang dinyatakan.
2. Insentif-insentif cukai tidak langsung dalam bentuk pengecualian daripada duti import,

cukai jualan dan duti eksais.

Insentif-insentif langsung utama adalah taraf perintis (PS) dan elaun cukai pelaburan (ITA).
Taraf Perintis adalah untuk syarikat-syarikat dalam sektor galakan, misalnya mereka yang
menghasilkan produk berteknologi tinggi (100%) atau mereka yang terlibat dalam aktiviti
berintensif pengetahuan atau "status berasaskan pengetahuan strategik". Secara alternatif,
ITA dikhususkan untuk projek-projek pelaburan modal yang besar dan tempoh pembinaan
yang panjang. Ia biasanya merupakan 60% daripada perbelanjaan modal layak yang
ditanggung dalam tempoh lima tahun.
Insentif-insentif kewangan yang dicadangkan kepada negeri Perlis untuk menggalakkan
syarikat-syarikat menjalankan aktiviti-aktiviti yang digalakkan termasuk pengecualian cukai,
pinjaman mudah, peruntukan, pembiayaan modal teroka, dan pajakan tanah boleh diubah
mengikut budi bicara kerajaan negeri.

192

Bab 6: Dasar-dasar dan Program-program Strategik

Cadangan-cadangan yang dinyatakan di bawah adalah melebihi insentif-insentif sedia ada
yang ditawarkan oleh MIDA. Ia akan dinilai oleh agensi-agensi yang berkenaan dan
menjalani proses kajian semula oleh kerajaan.

6.2.2 Insentif-insentif Kewangan Semasa dan yang Dicadangkan untuk
Sektor-sektor Galakan di Negeri Perlis

1. Pertanian
 Mengukuhkan pengeluaran hasil-hasil pertanian untuk kegunaan dalam negara-

mengurangkan pergantungan terhadap bahan makanan import dan menangani isu-isu
keselamatan makanan
 Menjadi zon makanan moden Malaysia dan meningkatkan kecekapan pengeluaran
makanan negara
 Membolehkan ahli agronomi yang terlatih dan berpengalaman untuk menubuhkan PKS
pertanian moden
 Menggalakkan syarikat-syarikat besar untuk menjalankan aktiviti pertanian dalam sektor-
sektor yang digalakkan

Insentif-insentif yang Dicadangkan
 PS - 100% pengecualian cukai, 10 tahun (*syarikat-syarikat dikenakan cukai pada

tahun tempoh perintis bermula)
 ITA - 100% berkelayakan CAPEX, 10 tahun
 Pengurangan duti impot, cukai jualan dan duti setem, 5 tahun yang pertama

2. Pelancongan
 Menggalakkan projek-projek dengan pelaburan modal yang besar dan melibatkan

tempoh pembinaan yang panjang
 Mempromosikan negeri Perlis sebagai destinasi pelancongan yang unggul-

menawarkan pengalaman yang berkualiti tinggi setanding dengan nilai wang
 Mengurangkan kos menjalankan perniagaan di negeri Perlis

Insentif-insentif yang Dicadangkan
 PS - 100% pengecualian cukai, 10 tahun (*syarikat-syarikat dikenakan cukai pada

tahun tempoh perintis bermula)
 ITA - 100% berkelayakan CAPEX, 10 tahun
 Pengecualian duti impot dan cukai jualan untuk bahan-bahan digunakan dalam

pembinaan, 5 tahun yang pertama
 Pengecualian duti setem ke atas tanah yang diperolehi untuk pembangunan di bawah

PSPP negeri Perlis

193

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

3. Pembuatan dan Pemprosesan
 Menggalak dan menumpukan perhatian pada lokasi industri kelompok yang akan

menjana rangkaian yang luas dan mempunyai impak yang besar ke atas ekonomi
tempatan.
 Meluaskan dan meningkatkan pembuatan dan pemprosesan semasa kepada aktiviti-
aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi
 Menggalakkan pertumbuhan industri-industri baharu yang mampan dan berdaya maju
dari segi kewangan
 Menggalakkan pelaburan dalam bidang yang baharu, misalnya bioteknologi dan
perniagaan tani

Insentif-insentif yang Dicadangkan
 PS - 100% pengecualian cukai, 10 tahun (*syarikat-syarikat dikenakan cukai pada

tahun tempoh perintis bermula)
 ITA - 100% berkelayakan CAPEX, 10 tahun
 Elaun pelaburan semula (RA) - 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang

dilakukan oleh syarikat-syarikat selama 10 tahun berturut-turut dari tahun pertama
pelaburan bermula
 Insentif membangunkan kilang - kerajaan membina dan memajak kilang, kos boleh
dilunaskan melalui pajakan dalam tempoh pelaburan yang ditetapkan
 Pengecualian duti impot, cukai jualan dan duti setem, 5 tahun pertama

4. Zon Perdagangan Bebas
 Mempromosi projek-projek yang berorientasikan eksport dengan modal pelaburan yang

besar
Insentif-insentif yang Dicadangkan

 Status Perintis – 100% pengecualian cukai
 Elaun Cukai Pelaburan - 100% ke atas perbelanjaan modal layak

5. Pendidikan dan Pekerjaan
 Menyediakan pekerja yang berpengetahuan dalam bidang yang diperlukan oleh

pengusaha-pengusaha utama
 Menggalakkan penyelidikan dalam bidang teknologi dan pembangunan baharu
 Menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan-usahawan dan syarikat-syarikat-

menggalakkan kewujudan dan pembangunan syarikat-syarikat baharu dan sedia ada
yang terlibat dalam sektor yang digalakkan.

194

Bab 6: Dasar-dasar dan Program-program Strategik

Insentif-insentif yang Dicadangkan

 PS - 100% pengecualian cukai, 15 tahun
 ITA - 100% berkelayakan CAPEX, 15 tahun
 Kredit cukai guna tenaga kepada syarikat-syarikat yang menggunakan tenaga kerja

tempatan
 Potongan Berganda - perbelanjaan R&D
 Peruntukan dan pembiayaan khas untuk MPPB & PKS – dana untuk melatih

warganegara Malaysia, maksimum RM1 juta

6. Pembangunan Bandar dan Logistik

 Perlu mengesan secara pantas projek-projek yang strategik dan penting
 Mempromosikan negeri Perlis sebagai pusat perhubungan serantau dan pusat

pemprosesan

Insentif-insentif yang Dicadangkan
 PS - 100% pengecualian cukai, 10 tahun (*syarikat-syarikat dikenakan cukai pada

tahun tempoh perintis bermula)
 ITA - 100% berkelayakan CAPEX, 10 tahun

7. Insentif Bukan Kewangan dan Insentif Lain (Kerajaan Persekutuan)

Insentif yang Disyorkan Kementerian/ Agensi

 Pekerja asing dibenarkan dengan syarat  Kementerian Dalam Negeri dan
bahawa 30% pekerja tidak mahir adalah Kementerian Sumber Manusia
pekerja tempatan

 Kebebasan mengupah pekerja yang  Jabatan Imigresen
berpengetahuan dari seluruh dunia

 Rancangan-rancangan khas untuk  MoF dan MITI
usahawan dan pembangunan MPPB

 Tarif untuk sektor pelancongan – Kaji  Kementerian Tenaga, Air dan

semula tarif elektrik untuk hotel-hotel sama Komunikasi

seperti dalam sektor pembuatan

195

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

8. Insentif Kewangan Semasa dan yang Dicadangkan untuk Kerajaan Negeri Perlis

Sektor Galakan Insentif yang Disyorkan Rasional
Pertanian –Tanaman,
Ternakan, Akuakultur  30%-50% pengurangan  Menggalakkan syarikat-

Pelancongan premium penukaran syarikat besar untuk

Pembuatan dan tanah menjalankan aktiviti-aktiviti
Pemprosesan
pertanian yang digalakkan

 30%-50% pengurangan  Mempromosikan projek-

premium penukaran projek besar yang

tanah melibatkan modal

pelaburan besar dan

tempoh pembinaan yang

panjang

 30%-50% pengurangan  Menggalakkan pelaburan

premium penukaran bioteknologi dan

tanah perniagaan tani yang

baharu

6.3 PEMBEBASAN KEKANGAN TANAH

6.3.1 Tanah Rizab Melayu di Nod Bandar Utama

Enakmen Simpanan Negeri Perlis 1353 adalah perundangan yang memperuntukkan
sekatan-sekatan urusan ke atas TRM. Di bawah Enakmen ini, TRM tidak boleh ditukar atau
dipajak kepada sesiapa yang bukan Melayu atau Siam seperti mana yang ditakrifkan dalam
Enakmen. Tanah tersebut tidak boleh diberi milik, dijual, dipajak atau dilepaskan kepada
sesiapa yang bukan Melayu atau Siam. Walau bagaimanapun, institusi tertentu dibenarkan
menjalani urusan di atas TRM, dan ini disenaraikan dalam Jadual C (koperasi) dan D
(institusi kewangan dan perdagangan) dalam Enakmen tersebut. Segala urusan yang
bertentangan dengan peruntukan-peruntukan dalam Enakmen tersebut adalah tidak sah.
Oleh itu, sekatan-sekatan ini mewujudkan pasaran tanah khas secara berkesan untuk TRM
di mana orang bukan Melayu dan Siam dikecualikan.

Buat masa kini, sebahagian besar daripada bahagian barat negeri Perlis adalah di bawah
status Tanah Rizab Melayu. Rajah 6.1 menunjukkan anggaran sempadan TRM yang
berjumlah 36,500 ha atau 45% daripada jumlah keluasan negeri ini. Tanah sekitar Kangar,
Kuala Perlis, Beseri, Simpang Empat dan Kuala Sanglang adalah dalam status TRM. Nod-
nod bandar di Arau, Pauh dan Padang Besar/ Lembah Chuping di sebelah timur negeri ini
adalah di luar kawasan TRM.

196

Bab 6: Dasar-dasar dan Program-program Strategik

Status TRM menjejaskan nilai pasaran dan kebolehpasaran tanah-tanah tersebut. Sebagai
contoh, tanah yang dibangunkan oleh PKENP di Kuala Perlis sukar untuk dijual dan satu lagi
contoh ialah apabila pasaraya besar (Tesco) berminat membangunkan kemudahan tersebut
di Kangar telah dihalang oleh sekatan-sekatan ini.
Keadaan sedemikian juga boleh menjejaskan pelaksanaan PSPP terutama projek-projek
pembangunan bandar yang terletak di atas tanah TRM. Ini kerana nod-nod pembangunan
bandar banyak terdedah kepada sekatan yang dikenakan oleh TRM dan adalah mustahak
supaya tanah-tanah itu dibebaskan dari sekatan-sekatan ini.

1. Penyelesaian dalam Undang-undang
Enakmen Simpanan Negeri Perlis (Seksyen 4) mengizinkan penyahwartaan TRM oleh Majlis
Negeri. Walau bagaimanapun, Perlembagaan Persekutuan (Perkara 89) meminta supaya
TRM yang akan dinyahwartakan tersebut digantikan dengan tanah yang sama dari segi saiz
dan ciri-ciri. Ini adalah untuk memastikan jumlah keluasan tanah di bawah TRM dalam negeri
ini tetap sama.
Kebanyakan kerajaan negeri telah menggunakan cara ini untuk menggantikan TRM di
kawasan-kawasan yang kritikal untuk pembangunan supaya sektor awam atau swasta boleh
mengakses kawasan-kawasan tersebut. Sebagai contoh, tanah TRM di Langkawi yang
dinyahwartakan telah digantikan dengan tanah di Pendang. Penyahwartaan adalah penting
dilakukan sekarang kerana ia akan lebih membebankan dan mahal jika dilakukan selepas
tanah itu dibangunkan.
2. Kawasan yang berpotensi di Negeri Perlis di mana penggantian mungkin

diperlukan
PSPP telah mengenal pasti beberapa kawasan bandar tumpuan utama di sekitar Kangar
dan Kuala Perlis yang tertakluk di bawah sekatan TRM yang turut mempengaruhi
perkembangan bandar-bandar tersebut. Secara ideal semua tanah bandar dalam kawasan
Had Pertumbuhan Bandar yang dikenal pasti dalam Rancangan Tempatan harus
dikecualikan daripada status Rizab Melayu. Antara projek-projek yang telah dikenal pasti
dalam PSPP termasuk Projek Pembangunan Kangar Maya (274ha) dan Projek Terminal
Maritim Kuala Perlis (56ha) (Rajah 6.1).
Terdapat juga cadangan untuk menebus guna tanah di kawasan pesisiran pantai Kuala
Perlis untuk tujuan pembinaan Bandar Maritim dan Terminal Maritim. Adalah penting bahawa
semua tanah yang ditebus guna tidak akan menjadi TRM supaya projek tersebut boleh
dijalankan.
PTG negeri sedang menyediakan kertas dasar bagi mendapatkan keputusan awal daripada
kerajaan negeri ke atas perkara tersebut. Inisiatif ini akan memberi manfaat ke atas tanah-
tanah strategik di tapak pembangunan cadangan dan nod tumpuan.

197

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Rajah 6.1: Tanah Rizab Melayu yang terdapat di Bandar Pintar Kangar Maya

Kangar

Kangar Maya Kangar
Maya

Kangar MayaTo Simpang
Empat
Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

6.3.2 Kaji Semula Dasar Tanah Rizab Hutan
Tapak cadangan pembangunan bandar pelancongan di Wang Kelian adalah bertindih
dengan kawasan Tanah Rizab Hutan. Di bawah Akta Perhutanan Negara 1984, pihak
berkuasa negeri harus menggantikan sebidang tanah rizab hutan kekal yang baharu dengan
keluasan yang sama atau lebih besar jika pihak berkuasa berhasrat untuk membangunkan
tanah rizab hutan yang sedia ada.
Adalah dianggarkan bahawa kira-kira 56 ha tanah diperlukan untuk pembangunan Bandar
Sempadan Wang Kelian (Rajah 4.28).

198

Bab 6: Dasar-dasar dan Program-program Strategik

6.3.3 Pembangunan Tanah di Padang Besar ZEK

ZEK Padang Besar meliputi kawasan seluas 26km2. Proses pembelian tanah harus
dipermudahkan untuk menggalakkan pelaburan asing di ZEK. Tertakluk kepada had yang
dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan ke atas harga pembelian, pihak berkuasa negeri juga
diberikan kuasa untuk mengenakan levi di bawah Kanun Tanah Negara Kod s433B pada
pembeli asing. Dicadangkan supaya tiada levi tambahan dikenakan ke atas mana-mana
tanah dalam kawasan ZEK selain daripada premium tanah dan cukai tanah biasa untuk
menggalakkan pelaburan asing di kawasan itu.

6.4 PEMBIAYAAN MAPAN BAGI KERAJAAN NEGERI

6.4.1 Kewangan Kerajaan Negeri

Sepanjang tempoh 2009 hingga 2011, negeri Perlis berterusan berbelanja lebih daripada
apa yang diperolehi dari segi hasil dan pendapatan negeri. Pada tahun 2011, anggaran hasil
tahunan ialah RM89 juta tetapi perbelanjaan jangkaan dianggarkan sebanyak RM174 juta.
Defisit tahunan telah bertambah dari RM36 juta pada tahun 2009 kepada secara anggaran
RM108 juta pada tahun 2012. Di samping itu, negeri Perlis juga melabur kira-kira RM55 juta
hingga RM88 juta setahun dalam belanjawan pembangunan yang didapati daripada tabung
Kerajaan Persekutuan. Keadaan defisit ini tidak mampan untuk jangka panjang kerana ia
menghalang keupayaan negeri untuk membiayai pembangunannya sendiri. Kedudukan
kewangan kerajaan negeri Perlis ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2: Perbelanjaan Hasil Negeri Perlis, 2009-2012

200

150

100 2010 2011 2012 HRHaeasvislielnue
BEPexelaprbneejnaldaintujaraen
50 NNBeeetrtstih
DDPeeevmvt eblaonpgmuennatn
0
2009

-50

-100

-150

Sumber : UPEN Perlis, 2011

199

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Dari segi pendapatan, cukai langsung hanya menyumbang kira-kira 15% daripada jumlah
keseluruhan hasil. Kira-kira 30% hingga 40% pendapatan adalah daripada pengagihan
semula Kerajaan Persekutuan, iaitu peruntukan penyelenggaraan jalan raya yang
berasaskan bilangan penduduk dan kepanjangan jalan Persekutuan dalam negeri tersebut.
Pendapatan yang lain adalah daripada hasil bukan cukai. Jualan perkhidmatan kerajaan
merupakan bahagian yang terbesar di mana hasil daripada penjualan air memberi
sumbangan yang paling tinggi. Oleh itu, pengagihan semula Kerajaan Persekutuan dan
sumber hasil bukan cukai menyumbang hampir sama dengan jumlah hasil negeri. Berikut
adalah beberapa perkara penting:
 Sebagai sebahagian daripada hasil negeri, cukai tanah langsung di negeri Perlis kekal

stabil pada kira-kira 10% (berubah-ubah daripada 8% ke 13%) sepanjang tempoh;
 Cukai tanah negeri Perlis terletak di tahap pertengahan jika dibandingkan dengan Pulau

Pinang, Kelantan dan Sabah. Bagi Pulau Pinang dan Kelantan, cukai tanah
menyumbang 35% dan 25% daripada jumlah hasil negeri masing-masing, manakala
bagi negeri Sabah adalah sebanyak 2%. Keadaan di negeri Sabah adalah berlainan
kerana ia mempunyai sumber-sumber lain untuk membiayai belanjawan, misalnya hasil
cukai jualan minyak sawit yang menyumbang kira-kira 20% daripada jumlah hasil negeri;
 Dari segi sumber kewangan, adalah jelas bahawa negeri Perlis lebih banyak bergantung
kepada peruntukan persekutuan berbanding dengan negeri-negeri lain (contohnya
Kelantan, Melaka). Hasil negeri Perlis hanya menyumbang lebih kurang 50 % sahaja
daripada keperluan negeri, berbanding dengan 70% untuk Kelantan, Negeri Sembilan
dan Pulau Pinang, dan 60% untuk Melaka. Perlis banyak bergantung kepada
sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan;
 Sumbangan sumber-sumber daripada alam semula jadi kepada KDNK negeri bagi
negeri yang kekurangan sumber alam semula jadi seperti negeri Perlis dan Pulau
Pinang adalah kira-kira RM2,500 per sejuta KDNK berbanding RM12,000 per sejuta
KDNK bagi Sabah;
 Oleh yang demikian, negeri Perlis akan memperolehi lebih banyak pendapatan cukai
jika ia boleh menarik dan menjana lebih banyak aktiviti ekonomi. Pelaksanaan lebih
banyak pembangunan membolehkan lebih banyak hasil cukai langsung dan tidak
langsung dijana tanpa melibatkan kos yang lebih.
 Belanjawan Negeri 2012 menunjukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM181 juta
untuk operasi, dan RM54 juta untuk pembangunan. Ini bermakna terdapat defisit
perbelanjaan sebanyak RM108 dengan hasil kerajaan dijangka bernilai hanya RM73 juta.
 Adalah dijangka bahawa transformasi ekonomi negeri diperlukan untuk memulihkan
kewangan negeri.

200

Bab 6: Dasar-dasar dan Program-program Strategik

Jadual 6.1: Hasil Kerajaan Negeri Perlis, 2009 - 2011

Hasil Cukai 2009 2010 2011
60000 Hasil Cukai
61000 Cukai Langsung 9,278,200 8,700,000 8,950,000
Jumlah Cukai Tanah 12,050,589 11,408,000 11,708,000
(Cth. aliran, tunggakan)
Jumlah Cukai Langsung 0 0 0
(Cth. cukai pengairan dan saliran) 12,050,589 11,408,000 11,708,000
Jumlah Cukai Tidak Langsung 39,086,134 29,598,260 40,476,472
(Cth. hiburan)
Jumlah Hasil Cukai 44,801,108 26,080,270 26,080,270
70000 Hasil Bukan Cukai 95,937,831 67,086,530 78,264,742
Jumlah Hasil Bukan Cukai
(Cth. lesen, permit, perkhidmatan)
80000 Terimaan Bukan Cukai
Jumlah Terimaan Bukan Cukai
(Cth. pulangan balik perbelanjaan am)
Jumlah Besar Hasil Negeri Perlis

Sumber: Belanjawan Negeri Perlis 2011

6.4.2 Belanjawan Pembangunan

PSPP ini juga menganalisa perbelanjaan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMKe-10). Rajah 6.3 menunjukkan peruntukan RMKe-10 untuk negeri Perlis.
Dua perkhidmatan yang utama adalah penjagaan kesihatan (41%) serta pendidikan dan
latihan (29%). Kedua-dua perkara ini telah mencakupi 70% daripada jumlah perbelanjaan
pembangunan. Manakala peruntukan yang akan menyumbang kepada peningkatan daya
saing ekonomi, seperti pelancongan, pertanian dan infrastruktur hanya kira-kira 10%
daripada belanjawan pembangunan. Oleh itu, pemindahan yang ketara dalam belanjawan
pembangunan negeri ke arah projek-projek ekonomi adalah diperlukan untuk melabur dalam
projek-projek pembangunan.

201

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Rajah 6.3: Belanjawan RMKe-10

Peruntukan RMKe-10 bagi Perlis mengikut Sektor dan Peratusan

Sains, Teknologi Pelancongan
2%
Kebajikan dan Industri Keselamatan Infrastruktur
8% Pertanian
1% 5% 11% 0%

Kerajaan

Tempatan

3%

Belia dan Sukan Pendidikan dan
0% Latihan
29%

Kesihatan
41%

Sumber: Perlis Rolling Plan 1, 2011-2012

Tindakan gabungan iaitu meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan untuk
projek-projek keutamaan rendah adalah diperlukan untuk menangani defisit kewangan
kerajaan negeri. Pertama, ia harus memanfaatkan pelbagai institusi persekutuan seperti
NCIA, PEMANDU, EPU, jawatankuasa kebangsaan di IMT-GT, dan institusi sumber
serantau yang lain untuk membantu melaksanakan program-program pembangunan negeri,
terutama institusi yang mempunyai hala tuju yang strategik. Sokongan seperti ini
sememangnya penting untuk melaksanakan rancangan strategik. Kedua, Perlis juga perlu
mempertimbangkan jenis perbelanjaan yang penting melalui amalan pengurusan nilai.
Pengurusan nilai adalah satu proses untuk mendapatkan pulangan yang maksimum
daripada projek melalui pengurusan kos yang baik. Pulangan ini tidak hanya dari segi
kewangan, tetapi juga berfungsi atau memberi manfaat yang mampan kepada pengguna-
pengguna projek tersebut.
Dengan pengurusan kewangan yang lebih baik, hasil negeri akan meningkat. Dengan itu
kerajaan negeri akan dapat menyediakan lebih banyak sumber untuk Pelan Strategik
Pembangunan Perlis 2030.

6.5 PEMBINAAN KEUPAYAAN DAN PENGUKUHAN INSTITUSI

Kejayaan PSPP bergantung kepada kebolehan institusi-institusi negeri untuk melaksanakan
pelan. Jika perlu, institusi-institusi ini harus diperbaharui.
Sistem pengurusan kerajaan negeri adalah sama seperti sistem persekutuan di mana UPEN
diberi tanggungjawab untuk perancangan ekonomi dan penyampaian keputusan ekonomi
melalui pelaksanaan oleh agensi-agensi berkenaan. Perancangan ekonomi adalah satu

202

Bab 6: Dasar-dasar dan Program-program Strategik

tugas yang sukar terutamanya bagi negeri Perlis yang kecil dan kekurangan sumber tenaga
kerja. Tambahan lagi tiada unit khas atau agensi untuk membantu dalam perancangan di
peringkat negeri. Oleh yang demikian, adalah tidak mudah untuk memulakan mana-mana
rancangan pembangunan. Perlis Maju 2015 adalah salah satu daripadanya. Ia mengambil
masa yang lama sebelum jawatankuasa ditubuhkan dan ia masih memerlukan sokongan. Ini
jelas menunjukkan bahawa kapasiti negeri perlu dipertingkatkan demi memenuhi objektif-
objektifnya.

Berikut telah dicadangkan untuk meningkatkan kapasiti dalam negeri Perlis:

 Pertama, ia perlu menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk mengawasi, mengkaji
semula dan menilai kemajuan rancangan pembangunan ekonomi semasa, contohnya
Perlis Maju. Pasukan petugas ini akan menetapkan KPI bagi rancangan tertentu.
Mereka perlu melatih pegawai-pegawai khas untuk melakukan kerja ini secara berkala.
Pegawai-pegawai ini akan menilai kemajuan rancangan-rancangan, mengenal pasti
masalah-masalah dan merangka tindakan-tindakan untuk menyelesaikannya. Pasukan
petugas khas ini akan melapor kepada Menteri Besar yang mempengerusikan pasukan
petugas tersebut.

 Kedua, untuk meneliti dengan lebih mendalam rancangan-rancangan ekonomi, satu unit
penyelidikan perlu ditubuhkan dengan sokongan daripada universiti-universiti tempatan.
Sebagai contoh, UUM mempunyai beberapa fakulti yang boleh menyumbang kepada
kajian-kajian. Unit penyelidikan ini akan menjalankan penyelidikan yang bertumpu di
bidang-bidang yang dianggap kritikal dan penting untuk pembangunan ekonomi Perlis.
Unit ini akan mengenal pasti jenis kajian, menganalisa dan menganggarkan sumber-
sumber yang diperlukan untuk melakukan kerja, dan berhubung dengan pakar-pakar
dari universiti-universiti lain.

 Ketiga, negeri Perlis harus terus memanfaatkan agensi-agensi persekutuan yang
mengambil berat untuk melaksanakan projek strategik, seperti berikut:
o PEMANDU
o NCIA
o Program-program MPPB

 Agensi-agensi persekutuan ini adalah sangat penting dalam memperuntukkan dana
permulaan bagi memastikan proses transformasi strategik bagi negeri Perlis.

 Keempat, pembinaan kapasiti agensi-agensi ekonomi utama di dalam negeri ini
hendaklah diutamakan. Agensi-agensi utama termasuk UPEN, PKN, PKEN, Unit
Pasukan Petugas Perlis Maju, MPK, dan PTG. Amalan membina keupayaan ditumpukan
untuk membangunkan kesedaran di bidang-bidang berikut: penilaian ekonomi dan
kewangan bagi projek-projek dan program-program; memahami kesan-kesan sosial dan
ekonomi; pemahaman terhadap dasar-dasar persekutuan dan cara-cara untuk
memanfaatkan agensi-agensi ini untuk bersama-sama mencapai objektif negeri dan
menghargai pelaburan sektor swasta.

203

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

6.6 KERJASAMA SERANTAU

Terletak di sudut barat laut Semenanjung Malaysia, Perlis dikelilingi oleh gergasi ekonomi
iaitu Pulau Pinang dengan perindustrian dan pelancongan, Langkawi dan juga selatan
Thailand dengan kekuatan pelancongan. Di sini terdapat aktiviti-aktiviti ekonomi dan
perdagangan merentas sempadan yang rancak seperti di Changlun, Danok dan Padang
Besar. Dalam hal ini, satu pendekatan serantau akan membolehkan negeri Perlis
memanfaatkan kekuatan jiran-jiran serantau dan bekerjasama dengan jiran-jiran dalam
usaha untuk memesatkan ekonominya.
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa inovasi dan pengkhususan adalah unsur-unsur
yang diperlukan untuk pertumbuhan bagi wilayah-wilayah kecil. Negeri Perlis mempunyai
institusi-institusi pengajian tinggi yang berpotensi untuk membangunkan inovasi dan
pengkhususan sebagai sebahagian daripada objektif pembangunan wilayah yang lebih
menyeluruh.
Thailand 19 juga terkenal dengan pembangunan pertanian yang telah menghasilkan
pertumbuhan eksport yang memberangsangkan. Malaysia sebaliknya berminat untuk
mendalami asas agro-makanan yang Halal. Gabungan kedua-dua inisiatif ini boleh
mendatangkan kebaikan kepada rantau ini. Apa yang menarik ialah negeri Perlis
mempunyai institusi-institusi pengajian tinggi tetapi kurang pengkhususan di dalam sektor
pertanian berbanding Thailand. Thailand ingin meningkatkan tahap Bahasa Inggeris dalam
pendidikan mereka sedangkan Malaysia pula telah lama mempunyai kelebihan dalam bidang
ini. Oleh itu, terdapat beberapa cara di mana satu strategi pembangunan serantau boleh
dijayakan untuk kedua-dua negara. Jalinan antara semua wilayah iaitu Thailand, Kedah dan
Perlis akan membolehkan akses yang lebih besar kepada keupayaan penyelidikan dan
inovasi di rantau ini.
Rangkaian pengeluaran baharu akan mewujudkan “kelebihan berbanding” atau “comparative
advantage” di kawasan ini. Kelebihan ini boleh dijayakan dengan adanya hubungan fizikal,
rantaian nilai keberkesanan kos, dan kemampuan daya saing yang sihat. Komunikasi yang
lebih baik juga merupakan antara faktor penting. Terdapat beberapa perkembangan penting
yang boleh menyumbang kepada pendekatan serantau ini.

19 Pengeboman yang berlaku pada 31 March 2012 di selatan Thailand amat membimbangkan. Peristiwa seperti
ini tidak memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur. Walau bagaimanapun, pandangan strategik perlu diambil
kira dalam menangani perkara –perkara seperti ini. Peristiwa pengeboman ini terbatas di pusat-pusat bandar dan
tidak merebak ke kawasan luar bandar. Oleh yang demikian, ia adalah isyarat bahawa kerjasama masih boleh
dilakukan di beberapa peringkat.

204

Bab 6: Dasar-dasar dan Program-program Strategik

Rajah 6.4: Hubungan Serantau dengan Pemain Utama

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

Pertama, Perlis telah bekerjasama dalam pelbagai cara dengan jiran-jirannya, iaitu Thailand
dan Kedah. Aktiviti-aktiviti perdagangan sempadan antara Thailand dan bandar-bandar utara
mempunyai ciri-ciri hubungan ekonomi. Sebagai contoh, import produk berasaskan getah
(getah, barangan getah dan kayu getah), dan komponen elektrik dan elektronik dihantar
melalui Padang Besar ke Pulau Pinang. Sektor pelancongan pula menyaksikan pelancong-
pelancong yang melawat Langkawi dan Satun menggunakan Perlis sebagai negeri transit.
Aktiviti membeli-belah di bandar sempadan pula menarik ramai pelancong dari negeri-negeri
jiran. Produk perikanan yang mendarat di Kuala Perlis pula kebanyakannya diperoleh dari
bot nelayan Thai. Walaupun terdapat aktiviti-aktiviti ini, tiada pemetaan menyeluruh ke atas
potensi hubungan yang boleh dimajukan dan diperluaskan dengan lebih lanjut.
Kedua, Kerajaan Persekutuan telah memperakui beberapa inisiatif dengan kerajaan
Thailand melalui forum IMT-GT dan Pembangunan Strategik Bersama (Joint Development
Strategic). Sidang Kemuncak Pemimpin adalah badan membuat keputusan tertinggi di IMT-
GT yang menentukan matlamat utama dan hala tuju asas untuk kerjasama, diikuti dengan
Mesyuarat Menteri, dan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan.

205

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Rajah 6.5: Struktur Institusi untuk Forum-forum Nasional dan IMT-GT

Sumber: http://www.imtgt.org/Structure.htm

Kemudahan perniagaan dengan rakan-rakan di selatan Thai di pelbagai peringkat yang
berlainan perlu dibangunkan lagi kerana sektor swasta telah dikenal pasti sebagai pemain
utama dalam mempromosikan kerjasama ekonomi di IMT-GT. Majlis Perniagaan Bersama
di peringkat negara dan IMT-GT berperanan sebagai rakan sektor swasta institusi kerajaan
IMT-GT. Antara tugas utama majlis ini adalah untuk merapatkan hubungan dan kerjasama di
kalangan pelbagai kepentingan perniagaan di IMT-GT dan juga menjadi penyokong kepada
penyertaan sektor swasta dalam pembangunan IMT-GT.
Majlis Perniagaan Bersama Peringkat Negeri dan Persatuan Perdagangan dicadangkan
supaya diwujudkan sebagai inisiatif peringkat negeri untuk kerajaan negeri Perlis dan
Thailand bagi mengukuhkan kerjasama serantau. Satu Majlis Perniagaan Bersama baru,
Persatuan Perniagaan dan Perdagangan Perlis - Songkhla/Satun harus diwujudkan dengan
fokus khusus untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua rantau,
sambil menggalakkan penyertaan aktif daripada sektor swasta. Rajah 6.7 menunjukkan
cadangan struktur organisasi bagi persatuan tersebut.

206

Bab 6: Dasar-dasar dan Program-program Strategik

Adalah disyorkan bahawa Persatuan Perniagaan dan Perdagangan Perlis - Songkhla / Satun
mempunyai sepuluh (10) pewakilan dari Perlis dan Songkhla sebagai ahli lembaga pengarah.
Keahlian persatuan itu terbuka kepada individu-individu dan syarikat-syarikat yang
mengambil bahagian dalam jawatankuasa industri tertentu.
Rajah 6.6: Rangka Kerja untuk Pendorongan Pelaburan Merentas Sempadan

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

Peluang-peluang untuk kerjasama serantau boleh diterokai dalam bidang-bidang berikut:
 Pauh-Changlun-Danok: Hab Pendidikan-Perindustrian, Pembuatan
 Padang Besar - Bandar Sempadan: Perdagangan, Pembuatan
 Kuala Perlis-Taratao-Langkawi-Penang: Pelancongan
 Wang Kelian-Thaleban: Pelancongan
 Padang Besar-Satun-Songkhla: Pengedaran – Rangkaian Agro-Makanan Halal

207

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Rajah 6.7: Carta Organisasi Persatuan Perniagaan dan Perdagangan Perlis -
Songkhla/Satun
Persatuan Perniagaan dan Perdagangan Perlis-
Songkhla/Satun

Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa
Infrastruktur & Pertanian
Pelancongan Industri Perdagangan

Ahli-ahli Persatuan
(Individu-individu & Syarikat-syarikat)

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

6.6.1 Pihak Berkuasa Zon Ekonomi Sempadan

Memandangkan negeri-negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan bersempadan dengan
Thailand dan mempunyai jalinan ke Asia Timur dan negara China, satu Zon Ekonomi
Sempadan Khas amat berpotensi untuk dibangunkan. Zon sedemikian boleh
mengeksploitasi kelebihan bandingan di selatan Thailand dan utara Semenanjung Malaysia.
Antara kelebihan yang didapati dalam kekuatan perbandingan: pengeluaran di selatan
Thailand dan pemprosesan dan pengeksportan nilai tambah melalui Malaysia.

Program ini memerlukan kajian terperinci dan perancangan yang teliti melalui usaha
bersama NCIA dan ECERDC. Pihak Berkuasa Zon Ekonomi Sempadan (Border Economic
Zone Authority) boleh ditubuhkan melalui jawatankuasa bersama. Penubuhan tersebut
membolehkan negeri-negeri ini membantu antara satu sama lain dalam menguruskan
peruntukan persekutuan untuk pelaburan merentasi sempadan yang tertentu, menubuhkan
CIQ, dan memastikan keselamatan perdagangan di dalam dan di antara negeri-negeri.

Penubuhan pihak berkuasa bersama membolehkan projek-projek yang dicadangkan dalam
PSPP ini yang mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung dengan
pembangunan sempadan serta cadangan-cadangan yang dicadangkan dalam Koridor Utara
boleh dibangunkan bersama untuk meningkatkan ekonomi keempat-empat negeri tersebut.
Perkembangan ini seterusnya akan menyumbang kepada pertumbuhan dan ekonomi negara
secara holistik. Walau bagaimanapun, kajian tersebut perlu dilakukan di peringkat awal dan
satu rangka kerja dasar harus dihasilkan supaya ia boleh diguna pakai dengan berkesan dan
cekap.

208

Bab 6: Dasar-dasar dan Program-program Strategik

6.7 ZON EKONOMI KHAS MERENTAS SEMPADAN PERLIS

Zon Ekonomi Khas (ZEK) merupakan satu kawasan perusahaan yang beroperasi di lokasi
khas di mana aktiviti-aktiviti ekonomi tertentu digalakkan oleh dasar-dasar khusus.
Bagi kebanyakan negara, ZEK secara tradisional mempunyai rasional dalam kedua-dua
dasar dan infrastruktur. Dari segi dasar, ZEK boleh menjadi alat yang diguna sebagai
sebahagian daripada strategi pertumbuhan ekonomi keseluruhan untuk meningkatkan daya
persaingan industri dan menarik pelaburan langsung asing.
Zon Ekonomi Khas Merentas Sempadan Perlis meliputi kawasan tumpuan aktiviti-aktiviti
pembuatan dan perindustrian. ZEK merentasi sempadan meliputi kawasan Padang Besar
dan Chuping, dan boleh menjadi tuan rumah bagi projek-projek yang memberikan impak
tinggi yang dicadangkan dalam PSPP.
Lokasi ZEK yang dicadangkan ditunjukkan dalam Rajah 6.8. Ia meliputi kawasan seluas
kira-kira 26km2 . ZEK terletak dalam Mukim Titi Tinggi yang mempunyai jumlah penduduk
semasa kira-kira 12,600 orang (2010) dan dijangka akan meningkat kepada 47,800 orang
menjelang 2030.
Rajah 6.8: ZEK Merentas Sempadan Negeri Perlis

Landasan kereta api
yang sedia ada
Lebuh raya yang
dicadangkan

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

209

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

6.7.1 Rasional untuk ZEK dalam Pembangunan Merentas Sempadan Negeri
Perlis

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi kira-kira 5.1% pada tahun 2011,
walaupun keadaan persekitaran ekonomi antarabangsa ketika itu menghadapi kegawatan
kewangan dan kemerosotan, (Rajah 6.9). Setakat ini, pelaksanaan program-program di
bawah Belanjawan 2011 telah mencatatkan kemajuan. Sasaran-sasaran NKRA dan NKEA
juga telah dicapai dalam tempoh masa tersebut.
Berasaskan permintaan semasa, peluang-peluang penggunaan dan pelaburan swasta
disasarkan untuk menyokong pertumbuhan, manakala pembangunan ekonomi dari segi
penawaran pula akan didorong oleh peningkatan dalam teknologi dan produktiviti buruh
serta penggunaan modal yang cekap. Walaupun terdapat ketidaktentuan dalam sektor
luaran, ekonomi dijangka berkembang antara 5% - 6% pada tahun 2012 dengan sokongan
permintaan dalam negeri yang berterusan (Pengurusan Ekonomi & Prospek 2012).
Rajah 6.9: Kelembapan Pertumbuhan KDNK Malaysia Akibat Krisis Ekonomi Sedunia

KDNK Malaysia
sebelum Krisis

Global

KDNK Malaysia
selepas Krisis

Global

Sumber: Kementerian Kewangan: Pengurusan dan Prospek Ekonomi

Harga barangan keperluan yang tinggi, pekerjaan yang stabil dan persekitaran kewangan
yang menyokong mengekalkan pertumbuhan yang kukuh dalam penggunaan swasta pada
separuh tahun pertama 2011. Sokongan juga didapati daripada pembayaran bonus kepada
pekerja-pekerja sektor awam dan rebat tunai bagi subsidi bahan api pada separuh kedua
tahun itu. Keadaan ekonomi sedunia yang semakin teruk bagaimanapun telah menyebabkan
penurunan dalam aktiviti-aktiviti pelaburan swasta pada separuh tahun kedua ini.
Dalam usaha untuk menjadi sebuah negeri maju menjelang 2020 dan sebuah negeri
berpendapatan tinggi menjelang 2030, negeri Perlis perlu meningkatkan produktiviti dan
kecekapannya secara pesat seperti yang diunjurkan oleh petunjuk-petunjuk ekonomi PSPP.

210

Bab 6: Dasar-dasar dan Program-program Strategik

Memandangkan kesan daripada krisis ekonomi sedunia, adalah jelas bahawa sasaran PSPP
tidak akan dapat dicapai pada tahap produktiviti yang dikehendaki tanpa pertumbuhan
ekonomi yang pesat. Oleh itu ZEK Merentas Sempadan Perlis akan menjadi satu konsep
pembangunan inovatif serantau untuk membolehkan negeri Perlis mencapai sasaran PSPP.

6.7.2 Nilai Tambah ZEK Merentas Sempadan Negeri Perlis

PSPP menyediakan rangka kerja panduan untuk pembangunan yang berteraskan misi dan
wawasan dalam bentuk pengagihan pertumbuhan dan kemampanan. Strategi untuk
mencapai wawasan adalah dengan menaikkan rantaian nilai dan memberi tumpuan kepada
inisiatif-inisiatif yang berimpak tinggi. Satu pendekatan bersepadu yang menghubungkan
semua bidang dalam rantaian nilai digunakan. Pendekatan yang merentasi aktiviti-aktiviti
ekonomi utama termasuklah agro-makanan, pembuatan dan pemprosesan, perdagangan
dan perkhidmatan, pelancongan, pendidikan dan latihan serta pembangunan bandar.

Rajah 6.10: Objektif-objektif ZEK Merentas Sempadan Negeri Perlis

PSPP Nilai Tambah ZEK

Pertumbuhan Penumpuan Untuk menarik dan menumpukan pelaburan asing dan tempatan ke
Ekonomi Pelaburan rantau ini

Generasi Pekerjaan Inovasi Institusi khusus untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan bagi
Pengetahuan memenuhi keperluan industri tertentu melalui perkhidmatan

Pembangunan Kesambungan Penghubung yang strategik ke pasaran tempatan, serantau &
Keusahawanan Pasaran antarabangsa yang disokong oleh empat pelabuhan utama dan
pelbagai jenis pengangkutan
Perkongsian Awam- Tumpuan Pasaran
Swasta Untuk memberi tumpuan pasaran bagi kawasan yang lebih besar di
Perlis berbanding dengan nod tunggal dengan pelbagai aktiviti

Produktiviti Rangkaian Infrastruktur terkini untuk menyokong pergerakan orang ramai,
Alam Sekitar Infrastruktur barangan dan perkhidmatan

Diperbaiki Kelulusan segera, insentif khas & pelaksanaan projek ,dibantu oleh
Agensi Pelaksana
Pemacu
Pembangunan

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

Dalam memastikan pelaksanaan bersepadu PSPP, sektor awam termasuk semua pihak
berkepentingan utama dan agensi-agensi perlu memainkan peranan penting dalam
menerajui rancangan tindakan utama manakala sektor swasta pula menguruskan projek-
projek dalam ZEK.

Penyertaan daripada kedua-dua sektor awam dan swasta adalah kunci untuk memastikan
kejayaan dalam perlaksanaan bersepadu PSPP. Berasaskan panduan ini, ZEK Merentas
Sempadan Perlis akan mengukuhkan lagi misi dan wawasan PSPP. Pada dasarnya, ZEK
akan menjadi kawasan di mana pelaburan boleh bertumpu dan pemasaran serta usaha

211

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

promosi boleh dilaksanakan dengan tujuan untuk mempercepatkan perkembangan dalam
negeri Perlis.

Walaupun penekanan diberi ke atas ZEK, semua projek dan program PSPP di luar kawasan
ZEK tetap akan diteruskan seperti yang dirancang. Secara ringkasnya, ZEK adalah
pemangkin untuk mempercepatkan pertumbuhan negeri Perlis.

6.7.3 Model Pembangunan untuk ZEK Merentas Sempadan Negeri Perlis

Melalui pemodelan semula konsep tradisional, ZEK negeri Perlis akan menggabungkan satu
pendekatan pembangunan bersepadu yang terdiri daripada komponen-komponen komersial,
kediaman, pendidikan, perindustrian, perkhidmatan dan pengetahuan. ZEK perlu membina
kapasiti untuk inovasi pengetahuan yang boleh dihubungkaitkan dengan setiap komponen
dalam ZEK.

Rajah 6.11: Perbandingan Kawasan Industri Tradisional dengan Model ZEK

Taman Industri Tradisional Model Zon Ekonomi Khas

Bandar Infra &
Baru Utiliti

Taman Pelabuhan Komersial
Industri
Konsep
Pengetahuan
Pelancong & Pendidikan Kelompok
-an Perindustri-

an

Pelabuhan Zon Bebas

Tujuan • Menggalakkan industri berasaskan eksport • Pendekatan Pembangunan Bersepadu - Komponen –
Ciri-ciri Komponen Komersial, Kediaman, Pendidikan, Industri,
• Pembangunan diterajui kerajaan Perkhidmatan & Pengetahuan
• Pembangunan kendiri
• Permohonan insentif untuk industri • Perkongsian awam swasta- sektor awam menyediakan
sokongan infrastruktur, sektor swasta akan
berasaskan eksport menjalankan pembangunan
• Orientasi ke atas pelaburan langsung asing
• Tahap penggunaan domestik yang rendah • Titik fokus bagi pertumbuhan ekonomi
• Kesan pembandaran yang perlahan • Pendekatan pasaran berbilang tidak hanya eksport
• Pengambilan tenaga kerja yang berkemahiran • Orientasi ke arah pelaburan tempatan dan asing
• Mempercepatkan pemindahan pengetahuan &
rendah
teknologi
• Peningkatan penggunaan domestik

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

ZEK memberikan tumpuan yang lebih banyak kepada pembangunan bandar tempatan dan
pertumbuhan ekonomi. Komponen pengetahuan dan inovasi akan melengkapkan penduduk
tempatan dengan latihan, pembangunan kemahiran dan peningkatan pendidikan bagi
membolehkan Perlis bergerak sehingga ke tahap yang lebih tinggi dalam rantaian nilai
pengetahuan dan ekonomi.

212

Bab 6: Dasar-dasar dan Program-program Strategik

Bagi memastikan keperluan ekonomi negeri Perlis bergerak ke rantaian nilai yang lebih
tinggi, usaha yang lebih tegas di kedua-dua sektor awam dan swasta diperlukan demi
meningkatkan kualiti sumber manusia. Ini dapat direalisasikan melalui program latihan
kemahiran dengan kerjasama industri-akademia.
Rajah 6.12: Model Peralihan ZEK Merentas Sempadan Negeri Perlis

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

213



BAB 7

RANCANGAN KEWANGAN DAN
PEMFASAAN PROJEK

Bab 7: Rancangan Kewangan dan Pemfasaan Projek

7. RANCANGAN KEWANGAN DAN PEMFASAAN
PROJEK

7.1 PENGENALAN

Objektif keseluruhan pelan ini adalah untuk mempercepatkan pembangunan negeri dan
menjadikan Perlis ‘negeri bandaraya dan berpendapatan tinggi menjelang 2030’. Bab ini
menganggarkan keperluan pembiayaan tahunan bagi PSPP dan pemfasaan projek sehingga
tahun 2030, iaitu tahun terakhir bagi PSPP.
Rancangan kewangan akan mengambil kira keperluan pembiayaan bagi keseluruhan PSPP.
Secara khususnya, rancangan kewangan menganggarkan kos penuh bagi setiap projek dan
membahagikan kos tersebut mengikut perbelanjaan modal (pelaburan) dan perbelanjaan
operasi (OPEX). Oleh kerana projek-projek tersebut dilancarkan pada tempoh yang berbeza,
kos-kos projek juga akan dibahagikan mengikut jangka masa. Rancangan kewangan juga
akan mengenal pasti sumber-sumber pembiayaan, seperti pembiayaan daripada kerajaan
atau sektor swasta serta impak dan ciri-ciri projek. Aliran hasil juga dijangka bagi projek-
projek komersial.
Projek-projek wajar dibahagikan kepada beberapa fasa dalam tempoh beberapa tahun untuk
meminimumkan tekanan inflasi. Sesetengah projek boleh dilancarkan dengan serta-merta
tetapi terdapat juga projek yang mungkin menghadapi kekangan. Kekangan-kekangan
merangkumi pelbagai aspek, dari tanah yang diperlukan dan diserahkan kepada pemaju
projek, hingga kepada pemansuhan sekatan ke atas tanah, memastikan dana melalui kitaran
pembiayaan, memastikan kawalan perancangan atau menempatkan semula penghuni yang
sedia ada di atas tanah tersebut. Oleh itu, pemfasaan projek membolehkan pengurusan
projek yang lebih sistematik supaya manfaatnya boleh dimaksimumkan dan kos sosial
diminimumkan.
Setelah penilaian mengikut sektor dijalankan mengenai isu-isu yang mempengaruhi industri
dan pembangunan di negeri ini, satu set projek yang komprehensif telah dikenal pasti.

7.2 KITARAN PROJEK

Kitaran projek menerangkan turutan tindakan dan aktiviti untuk mencapai wawasan dan
objektif PSPP di mana permulaan sesuatu peringkat bergantung kepada kesempurnaan
penyiapan peringkat sebelumnya. Secara keseluruhan, enam peringkat di bawah
mempunyai impak secara langsung ke atas pelaksanaan rancangan pembangunan strategik,
dan seterusnya rancangan kewangan.

215

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Jadual 7.1: Kod Warna Kitaran Projek
Kajian Kemungkinan/ Kelulusan/ Perancangan : Pencapaian- Pelancaran Projek
Rekabentuk/ Pengambilan Tanah : Pencapaian- Pecah Tanah Projek
Infrastruktur/ Inkubasi : Pencapaian-Daripada infra ke penyiapan tapak
Pembinaan/ Perkembangan Projek : Pencapaian- Penyiapan Projek
Permulaan Hasil
Pengeluaran Hasil /Pelaburan Puncak

1. Kajian Kemungkinan/ Kelulusan/ Perancangan
Peringkat pertama bagi mana-mana proses pembangunan memerlukan tindakan dan
keputusan seperti:
 Mengadakan kajian kemungkinan kewangan
 Perancangan untuk menentukan jumlah masa yang diperlukan untuk sesuatu projek
 Peringkat ini berakhir dengan pelancaran projek

2. Rekabentuk/ Pengambilan Tanah
 Semua kelulusan dan kebenaran perancangan yang diperlukan
 Pengambilan tanah
 Menyelesaikan masalah kekangan tanah, misalnya Tanah Rizab Melayu
 Rekabentuk projek dan komponennya
 Peringkat ini berakhir dengan bermulanya pembinaan

3. Infrastruktur/ Inkubasi
 Inkubasi, pra-operasi atau tempoh perintis
 Semua infrastruktur yang berkaitan dengan tapak projek perlu disiapkan
 Peringkat ini berakhir apabila infrastruktur di tapak disiapkan

4. Pembinaan / Pembangunan Projek
 Permulaan pembinaan projek
 Semua pembangunan projek perlu ditangani pada peringkat ini

5. Permulaan Hasil
 Peringkat ini menunjukkan jangka masa bagi hasil projek

216

Bab 7: Rancangan Kewangan dan Pemfasaan Projek

6. Pengeluaran Hasil/ Pelaburan Puncak
 Ini merupakan peringkat pengeluaran hasil, aliran hasil, apabila semua pelaburan
direalisasikan

7.3 PROJEK BERPOTENSI, JANGKA PENDEK, SEDERHANA DAN
PANJANG

a) Projek berpotensi merupakan projek-projek di mana
 Pelaksanaan yang boleh bermula dalam tempoh RMKe-10 dan/atau sebelum tahun
2015
 Ia mudah dilaksanakan
 Tiada halangan fiskal, kewangan, perancangan dan lain-lain lagi

b) Projek-projek Berpotensi, Jangka Pendek, Sederhana dan Panjang
Bagi projek berpotensi, jangka pendek, sederhana dan panjang, garis masa yang digunakan
adalah seperti berikut:

Tahun 2013 2015 2020 2025 2030

Berpotensi

Jangka Pendek

Jangka Sederhana

Jangka Panjang

 Projek yang boleh bermula pada / sebelum tahun 2015 adalah projek berpotensi
 Projek yang boleh disiapkan sebelum tahun 2020 adalah projek jangka pendek
 Projek yang boleh disiapkan sebelum tahun 2025 adalah projek jangka sederhana
 Projek yang boleh disiapkan sebelum tahun 2030 adalah projek jangka panjang

c) Untuk PSPP, terdapat 26 projek berpotensi, 33 projek jangka pendek, 2 projek jangka
panjang dan 2 projek di bawah kajian kemungkinan.

Semua projek yang dicadangkan diklasifikasikan mengikut kaedah pemfasaan ini. Terdapat
26 projek dikelaskan di bawah projek berpotensi. Senarai projek berpotensi ditunjukkan
dalam Jadual 7.2.

217

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Jadual 7.2: Projek Berpotensi

Kod Projek-Projek Berpotensi

AG1 Mempertingkatkan dan mengukuhkan produktiviti penanaman padi di kawasan
MADA

AG2 Meningkatkan pendapatan pesawah padi di kawasan bukan MADA melalui tanaman
pelbagai luar musim dengan penekanan kepada tembikai dan jagung manis

AG4 Pengeluaran benih padi sah di Jelapang Padi mini di Perlis

AG5 Membina satu Pusat Pembangunan Benih Tropika dan pembangunan kluster buah-
buahan dengan penekanan kepada mangga dan nangka

AG7 Penubuhan Zon Perindustrian Akuakultur di Terusan Lencongan Barat

AG8 Ladang pembiakan baka ayam kampung

AG9 Pembangunan kluster herba dengan tumpuan kepada jenis herba tertentu

ED2 Mengukuhkan kerjasama industri-akademia untuk faedah sosioekonomi

ED3 Latihan dan pembangunan sumber manusia

EU1 Skim Tebatan Banjir

EU3 Sistem pembetungan berpusat

EU4 Meluaskan kawasan perkhidmatan gas asli

EU5 Sistem Bekalan Air

EU6 Sistem Pengagihan Elektrik

HT2 Penanaman cendawan huluan untuk pemprosesan Halal yang mempunyai nilai
tambah tinggi

IT1 MSC Jalur Lebar Pendidikan Perlis (MSC EduNet)

IT2 Program Pembangunan Teknologi MSC / ICT Perlis

TM1 Mengubah Sungai Batu Pahat menjadi destinasi pelancongan utama yang
menyeronokkan terutama untuk keluarga dan menswastakan kemudahan-
kemudahan yang ada

TM2 Membangunkan koridor agro-pelancongan sebagai laluan yang mempunyai
pemandangan indah

TM3 Menubuhkan perusahaan-perusahaan dan inkubator pelancongan yang berskala
kecil bagi penghasilan kraftangan untuk pasaran pelancongan Langkawi

TM6 Menaik taraf kemudahan-kemudahan pelancong di Taman Negeri Perlis dan Gua
Kelam untuk aktiviti-aktiviti berasaskan kumpulan

218

Bab 7: Rancangan Kewangan dan Pemfasaan Projek

Kod Projek-Projek Berpotensi
TM7 Pembangunan pusat rekreasi perikanan
TM9 Pengendalian acara-acara khas pelancongan yang bertaraf antarabangsa
TS3 Zon borong dan runcit
UT1 Menaiktarafkan pengangkutan awam melalui Bas Transit (Arau – Kuala Perlis –
Kangar)
UT4 Menaik taraf jalan dari Kaki Bukit ke Wang Kelian (R15)

7.4 PEMFASAAN PROJEK

Semua projek dan program juga diatur mengikut tempoh-tempoh Rancangan Malaysia dan
mengikut tahun pelaksanaan bagi memudahkan kerja-kerja analisa. Rajah 7.1 hingga 7.9
menunjukkan garis masa bagi setiap projek yang dicadangkan di bawah PSPP. Pemfasaan
yang lebih terperinci mengikut suku tahun memastikan pelaksanaan yang lebih tepat.
Pemeringkatan projek tersebut juga bertepatan dengan proses perancangan bajet
Rancangan Malaysia ke-10, 11, 12 dan 13, iaitu:

 Fasa 1 (2012, 2013, 2014 dan 2015),
 Fasa 2 (2016-2020),
 Fasa 3 (2021-2025), dan
 Fasa 4 (2026-2030).

Ringkasan ini juga mengambil kira projek-projek berpotensi.

219


Click to View FlipBook Version