The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dunmmkps, 2021-08-22 03:27:09

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Cadangan Tanaman Cendawan di Perlis Sawah padi di Perlis

Cadangan rumah cendawan untuk ladang Kilang Pemprosesan Beras di Simpang Empat
cendawan dalam Taman Bioteknologi Pertanian

3.2 INDUSTRI PEMBUATAN

3.2.1 Pengenalan

Sektor industri pembuatan dan pemprosesan 4 adalah salah satu komponen utama bagi
PSPP. Sektor ini menyediakan daya pendorong yang amat diperlukan untuk perubahan di
rantau ini kerana ia banyak dikaitkan dengan aktiviti nilai tambah. Adalah dijangkakan
bahawa sektor ini akan menyumbang sebanyak RM1.81 bilion kepada KDNK negeri. Ini
menghasilkan sebanyak 29% daripada potensi sumbangan KDNK daripada sektor-sektor
yang dicadangkan.

3.2.2 Isu-isu dan Cabaran

Menerusi beberapa perbincangan yang dijalankan dengan pelbagai pihak berkepentingan di
Perlis dan dua sesi bengkel brainstorming, isu-isu dan cabaran berikut telah dikenal pasti:
 Sektor PKS dan asas industri pembuatan yang kecil;
 Nilai tambah yang rendah dan kekurangan inovasi;

4 Laporan Sektor untuk Tonggak Pembangunan Strategik 2: Industri Pembuatan boleh didapati di Lampiran 4.
74

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

 Kadar penggunaan teknologi progresif yang rendah di kalangan industri pembuatan
yang berkaitan;

 Kekurangan penyambungan dan rangkaian pengangkutan yang menghadkan potensi
pertumbuhan ekonomi;

 Kekurangan pertumbuhan nod fokus perindustrian dan industri pembuatan yang
menawarkan insentif yang berdaya saing untuk menarik syarikat-syarikat besar dan
pelaburan asing;

 Penghijrahan tenaga kerja ke negeri-negeri yang lebih maju untuk mencari peluang
pekerjaan dengan pendapatan yang lebih tinggi;

 Kekurangan teras strategik yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan sektor industri
pembuatan di negeri ini;

 Ketidakupayaan negeri untuk menyamakan kedudukan yang strategik di dalam IMT-GT
dan GMSR;

 Kekurangan bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan yang menghadkan
pelaksanaan Rancangan Struktur Perlis; dan

 Keperluan untuk meningkatkan rantaian nilai dalam sektor.

3.2.3 Hala Tuju Strategik: Industri Pembuatan

Hala tuju strategik bagi sektor industri pembuatan akan bertumpu kepada pertanian
(pemprosesan makanan), bioteknologi, tenaga yang boleh diperbaharui dan sektor
perlombongan. Objektifnya adalah untuk meningkatkan nilai tambah dalam kegiatan
pembuatan dengan mengukuhkan industri sedia ada, menggalakkan industri baharu dan
bergerak ke arah industri yang lebih menguntungkan serta nilai tambah yang lebih tinggi.
Sebab utama sektor pertanian menjadi sasaran kerana ia merupakan penyumbang kedua
terbesar kepada KDNK negeri dan boleh dimanfaatkan oleh sektor pembuatan di Perlis.
Kluster sektor pembuatan yang dicadangkan sebagai sebahagian daripada pelan ini akan
mempunyai hubungan secara langsung dengan sektor agro-makanan. Negeri ini perlu
menaikkan rantaian nilai untuk memberi tumpuan kepada produk berteknologi tinggi dan
bernilai tinggi supaya dapat menjana sumbangan KDNK yang lebih tinggi kepada ekonomi.
Hala tuju strategik untuk sektor pembuatan adalah seperti berikut:
 SD1: Menggabungkan pendekatan kluster untuk industri pembuatan
 SD2: Membangunkan dan memanfaatkan rangkaian huluan
 SD3: Memanfaatkan senario ekonomi dunia
 SD4: Membangunkan inisiatif yang didorong oleh permintaan global
 SD5: Memanfaatkan limpahan aktiviti perindustrian serantau
 SD6: Menubuhkan sebuah model operasi syarikat peneraju

75

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

 SD7: Memastikan inisiatif industri pembuatan selaras dengan ETP dan inisiatif
Koridor Utara

 SD8: Mewujudkan pekerjaan yang berpendapatan tinggi di sektor pembuatan dan
membangunkan tenaga kerja yang berkualiti

 SD9: Mengambil peluang daripada trend teknologi "hijau"
 SD10: Bersaing untuk pelaburan di peringkat domestik dan antarabangsa

3.2.4 Senarai Projek
Projek-projek industri pembuatan boleh dikategorikan di bawah kumpulan-kumpulan berikut:
1. Industri Pembuatan Halal yang Bernilai Tinggi (Pusat Makanan Halal)

 HM1: Pusat Makanan Halal
 HM2: Minuman Kesihatan, Makanan Fungsian, Pemprosesan Susu dan Jus
 HM3: Pemprosesan Makanan Snek dan Sos Halal
 HM4: Industri Pembuatan Gelatin Halal
 HM5: Pemprosesan Daging Halal

2. Pusat Pembangunan Perindustrian
 IP1: Taman Teknologi Pauh-Putra
 IP2: Tenaga yang diperbaharui: Ladang solar
 IP6: Teknologi plastik kepada bahan api

3. Taman Bioteknologi Pertanian
 HT1: Taman Bioteknologi Pertanian5
 HT4: Pusat Pemprosesan Bersepadu EBN dengan Program Rumah Burung Walit
 IP3: Loji pemprosesan bioteknologi daripada bahan mentah huluan

4. Lain-lain
 IP4: Pembangunan Perindustrian Pemprosesan Getah Berkelompok (RPIC)
 IP5: Mineral dan sumber-sumber perlombongan

5 HT2 Pertanian Cendawan Huluan dan HT3 Ladang Spirulina adalah di bawah sektor Pertanian

76

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

3.2.5 Huraian Projek

1. Industri Pembuatan Halal yang Bernilai Tinggi (Pusat Makanan Halal)

a) HM1: Pusat Makanan Halal

Pusat Makanan Halal Padang Besar akan memberi tumpuan kepada produk berasaskan
makanan di kawasan pembangunan seluas 89 ha (220 ekar). Kawasan seluas 30 ekar
yang sedia ada kini mempunyai 12 lot kedai.

Pembangunan Pusat Halal akan diawasi oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal
(HDC) untuk memudahkan pembangunan dan menyediakan status HALMAS 6 .
Pengendali dan industri yang beroperasi di Taman HALMAS boleh memohon untuk
mendapatkan insentif Halal yang disediakan oleh HDC dan Kementerian Kewangan
(MOF).

Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
856.1 98

b) HM2: Minuman Kesihatan, Makanan Fungsian, Pemprosesan Susu dan Jus

Kilang pemprosesan akan ditempatkan di Pusat Makanan Halal di Lembah Chuping dan
akan memerlukan tanah seluas 40 ha. Pemprosesan minuman kesihatan, susu dan jus
perlu mematuhi Piawaian Amalan Pengilangan Baik, Titik Kawalan Kritikal dan Analisis
Bahaya dan lain-lain piawaian kesihatan. Minuman yang dipaket dengan status
HALMAS boleh dieksport ke pasaran Halal yang sedia ada.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
128 353.1 40

c) HM3: Pemprosesan Makanan Snek dan Sos Halal

Kilang pemprosesan akan memerlukan lot yang lebih besar dalam Pusat Makanan Halal
kerana ia memberi tumpuan kepada pengeluaran makanan snek dan sos yang halal
dengan bahan-bahan mentah daripada penanaman cendawan huluan dan akuakultur
ikan bernilai tinggi.

Pemprosesan makanan ringan dan sos akan berdasarkan Amalan Pengilangan Baik,
Titik Kawalan Kritikal dan Analisis Bahaya dan lain-lain piawaian kesihatan. Makanan
ringan dan sos dengan status HALMAS boleh dieksport ke pasaran Halal.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
90 181.8 20

6 HALMAS (Halal Malaysia) merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada pengendali Pusat Makanan Halal
yang telah berjaya mematuhi keperluan dan garis panduan yang ditetapkan di bawah Pembangunan Pusat
Makanan Halal HDC yang dikhususkan. Ia juga merupakan satu lambang kecemerlangan untuk produk halal
dengan kualiti, integriti, dan keselamatan yang paling tinggi.

77

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

d) HM4: Industri Pembuatan Gelatin Halal

Kilang pemprosesan akan berada di dalam Pusat Makanan Halal yang memberi
tumpuan terutamanya kepada penghasilan gelatin halal untuk industri pembuatan
bahan-bahan farmasi. Gelatin ini boleh diekstrak dari ternakan yang diternak di Perlis.
Pemprosesan gelatin akan berdasarkan Amalan Pengilangan Baik, Titik Kawalan Kritikal
dan Analisis Bahaya dan lain-lain piawaian kesihatan. HDC dan CCM7 yang merupakan
firma swasta akan memainkan peranan yang penting dalam menyokong penghasilan
gelatin halal untuk industri pembuatan bahan-bahan farmasi kerana mereka lebih
menjurus ke arah penyelidikan dan pembangunan.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
122 137 15

e) HM5: Pemprosesan Daging Halal

Projek ini melibatkan pengimportan produk daging mentah Halal dari Wilayah Satun dan
Songkhla dan tempat-tempat lain. Pemproses daging akan mengimport pelbagai jenis
daging dari sumber yang dikenal pasti dan diiktiraf Halal di selatan Thailand pada harga
yang kompetitif untuk digunakan sebagai bahan mentah dalam pemprosesan sekunder.
Keutamaan akan diberi kepada produk separa proses khususnya produk tanpa tulang
kerana ia memerlukan tenaga kerja yang kurang untuk kerja memotong dan membuang
tulang. Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan JAKIM 8 perlu meluluskan rumah-rumah
penyembelihan dan kilang pemprosesan yang dikenal pasti berdasarkan piawaian Halal
yang ditetapkan di Malaysia.

Pemprosesan akan memberi tumpuan kepada produk makanan Halal yang bernilai
tinggi seperti sate, ketulan daging ayam, burger, sosej, produk gourmet halal, produk
daging kari, gelatin dan kolagen halal.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
121 127.4 14

2. Pusat Pembangunan Perindustrian
a) IP1: Taman Teknologi Pauh-Putra

Taman Teknologi Pauh-Putra terdiri daripada industri sederhana yang akan
menghubungkan akademik, industri dan R&D. Industri berpotensi yang boleh dijalankan
di Taman Teknologi termasuk peralatan penjagaan kesihatan, baja bio, bahan kimia
pertanian dan produk jitu. Pembangunan pusat ini akan dilakukan dalam dua fasa. Fasa
pertama (250ha) akan menempatkan projek-projek yang dikenal pasti dalam PSPP,

7 Syarikat Kimia Malaysia
8 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

78

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

manakala fasa kedua (164ha) adalah untuk pengembangan masa depan dan industri-
industri lain yang memenuhi keperluan industri berasaskan sumber.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)

1515 3,613.4 414

Nota: Jumlah pelaburan yang tinggi adalah termasuk pelaburan industri yang tertarik untuk menubuhkan
kemudahan pengeluaran di Taman Teknologi ini.

b) IP2: Tenaga yang diperbaharui: Ladang solar

Satu pelan untuk membina sebuah ladang tenaga solar 10MW di tapak 25 ha di Taman
Teknologi Pauh-Putra telah dirancang. Projek ini menyasarkan 44,000 modul fotovolta
yang mana 50% daripadanya akan dibeli dari pembekal tempatan.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
86 227.6 25

c) IP6: Teknologi plastik ke bahan api

Syngas@Saham Utama adalah pelabur yang komited dan telah memulakan operasi
R&D mereka dalam bidang teknologi plastik ke bahan api. Syarikat ini akan
menghasilkan mesin yang akan menukarkan sisa-sisa plastik kepada bahan api diesel.
Mesin-mesin ini akan dijual kepada mana-mana syarikat yang berminat. Perkembangan
projek selepas tahun 2020 sudah dapat dijangkakan dan ia akan dijalankan di Taman
Teknologi Pauh-Putra.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
100 224.9 25

3. Taman Bioteknologi Pertanian

a) HT1: Taman Bioteknologi Pertanian

Taman Bioteknologi Pertanian merupakan satu kelompok taman-taman teknologi yang
disediakan untuk produk-produk pertanian tertentu yang menggunakan kaedah
pertanian intensif bioteknologi.

Cawangan Fakulti Bioteknologi Pertanian daripada universiti di kawasan itu akan dapat
meningkatkan R&D dan produktiviti serta membangunkan produk bernilai tinggi.

Taman ini dijangka menempatkan inisiatif rumah hijau seperti rumah-rumah cendawan,
struktur persekitaran terkawal untuk hasil pertanian tertentu seperti mangga Harumanis,
dan pelbagai aktiviti perindustrian yang menggunakan bioteknologi. Projek ini
dibahagikan kepada dua fasa di mana Fasa 1 melibatkan kira-kira 200 ha tanah dan
Fasa kedua pula sebanyak 210 ha tanah.

79

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)

800 3,580.8 410

Nota: Jumlah pelaburan yang tinggi adalah termasuk pelaburan dari industri yang tertarik untuk
menubuhkan kemudahan pengeluaran di Taman Teknologi ini.

b) HT4 Pusat Pemprosesan Bersepadu EBN dengan Program Rumah Burung Walit
Cadangan projek ini melibatkan dua komponen yang saling bergantungan iaitu pusat
pemprosesan bersepadu (IPC) di Simpang Empat, pusat pengumpulan, pemprosesan
untuk sarang burung (EBN) yang diusahakan di Perlis dan di Koridor Utara. Pusat
tersebut boleh berfungsi sebagai pusat pemprosesan sarang burung dan menyediakan
pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti kerja membersih dan memproses produk
sarang burung kepada produk makanan bernilai tinggi. Pusat Pemprosesan Bersepadu
tersebut mempunyai komponen-komponen berikut:

 Kemudahan Pengumpulan dan Pengasingan;

 Kawasan Pemprosesan;
 Kawasan Pembungkusan; dan

 Program Pelabelan dan Penjenamaan.

Sebahagian daripada projek ini merupakan program Koridor Utara di mana para peserta
akan diberikan pelan rumah, garis panduan amalan terbaik, bio-keselamatan dan
perjanjian daripada IPC untuk membeli EBN.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
194 108 10

c) IP3 Loji pemprosesan bioteknologi dari bahan-bahan mentah huluan

Loji pemprosesan bio-plastik akan memproses bahan mentah seperti gula tebu, kanji ubi
kayu, kenaf, jagung, gandum dan sebagainya kepada bio-plastik yang memenuhi
keperluan pasaran industri perubatan atau pasaran pembungkusan plastik.

Pembangunan loji pemprosesan akan dilakukan di Lembah Chuping secara
berperingkat. Proses pembuatan sepenuhnya akan dapat dicapai menjelang tahun 2020
dan akan meliputi keseluruhan rantaian nilai.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
114 441.8 50

80

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

4. Lain-lain

a) IP4: Pembangunan Perindustrian Pemprosesan Getah Berkelompok

RPIC memerlukan 100 ha tanah untuk industri yang berkaitan dengan getah. Ini dapat
memanfaatkan pokok-pokok getah yang banyak terdapat di tanah FELDA di utara
Semenanjung Malaysia dan juga selatan Thailand. Ia bakal menarik lebih ramai pelabur
swasta ke dalam industri getah. Pelbagai lot industri boleh disewakan kepada pelabur
swasta bagi memproses getah asli menjadi produk getah yang bernilai tinggi untuk
kegunaan perubatan, industri sarung tangan dan lain-lain.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
220 874.5 100

b) IP5: Mineral dan Sumber-sumber Perlombongan

Projek ini memerlukan kajian kemungkinan yang terperinci mengenai kedapatan mineral
dan sumber-sumber seperti dolomit, emas dan arang batu bagi tujuan perlombongan.
Jabatan Geosains akan menilai sama ada kandungan itu boleh dilombong secara
komersial dan dieksploitasi.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
260 226.4 25

Aktiviti perlombongan (kiri) dan Taman Bioteknologi (kanan) di Sungai Batu Pahat

81

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

3.3 PERDAGANGAN DAN PERKHIDMATAN

3.3.1 Pengenalan

Pada tahun 2010, sektor perkhidmatan9 telah menyumbang sebanyak RM1.71 bilion atau
58.3% daripada KDNK Perlis. Ia kekal sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi
tempatan dengan komponen utama dalam pelbagai pengedaran sub-sektor, pemborong dan
perdagangan runcit. Infrastruktur pengangkutan merupakan pendorong utama bagi
pembangunan perdagangan dan sektor perkhidmatan. Infrastruktur pengangkutan yang baik
akan memberikan kelebihan kepada Perlis berbanding negeri jirannya.

3.3.2 Isu-isu dan Cabaran

Isu-isu dan cabaran utama yang wujud hasil daripada perbincangan dengan pihak-pihak
berkepentingan serta penganjuran bengkel adalah seperti berikut;

 Depoh Padang Besar terlepas peluang ekonomi kerana kekurangan perkhidmatan nilai
tambah.

 Rangkaian pengangkutan yang kurang baik (jalan raya, kereta api) antara bandar-
bandar utama di Perlis menghalang pertumbuhan peniaga-peniaga kecil.

 Masalah pengangkutan jalan raya melalui Bukit Kayu Hitam; lebih senang dan cepat
melalui Pelabuhan Pulau Pinang.

 Perdagangan haram (misalnya penyeludupan diesel) yang mengakibatkan kerugian
kepada peniaga-peniaga dan menjejaskan hasil kerajaan negeri.

3.3.3 Hala Tuju Strategik: Perdagangan dan Perkhidmatan

Hala tuju strategik untuk perdagangan dan perkhidmatan adalah seperti berikut:

SD1: Menjadikan Padang Besar sebagai Zon Ekonomi Khas; menaik taraf kawasan bazar
Padang Besar dan menjadikannya sebagai Zon Bebas untuk pemborong komersial
dan perniagaan runcit yang menyumbang kepada aktiviti industri pembuatan nilai
tambah

SD2 Memanfaatkan sistem landasan kereta api penumpang berkembar dengan
menjadikan Perlis sebagai pusat persinggahan pelancong. Di samping itu,
menawarkan promosi serta pakej pelancongan kepada pelancong transit bagi
menarik minat mereka berbelanja di bandar-bandar sempadan.

9 Laporan Sektor untuk Rancangan Pembangunan Strategik 3: Perdagangan dan Perkhidmatan boleh didapati di
Lampiran 7

82

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

SD3: Mengadakan promosi pelancongan bersama dengan wilayah Satun dalam
mempromosikan produk perikanan dari Adang Archipelago dan Kepulauan Tarutao
dan memasarkan produk-produk tersebut di Pusat Produk Perikanan Kuala Perlis.

SD4: Mengembangkan keupayaan membina dan membaiki bot di Kuala Perlis dan
memanfaatkan perikanan laut dalam dan Rangka Tindakan Pelancongan Langkawi.

SD5: Menarik pelaburan dalam perdagangan, pengangkutan, pembinaan bot, kerja-kerja
penyelenggaraan dan pembaikan selaras dengan inisiatif-inisiatif perdagangan dan
perkhidmatan yang didorong oleh ETP dan Koridor Utara

3.3.4 Senarai Projek: Perkhidmatan dan Perdagangan

 TS1: Zon Perindustrian Bebas (sebahagian daripada Zon Ekonomi Khas)
 TS2: ICD dan pengembangan masa depan
 TS3: Zon borong dan runcit
 MT1: Menaik taraf tapak pendaratan ikan di Kuala Perlis untuk menjadi pusat
pemunggahan perikanan
 MT2: Tapak pembinaan dan pembaikan bot

3.3.5 Huraian Projek

a) TS1: Zon Perindustrian Bebas

Zon Perindustrian Bebas di Padang Besar adalah seluas 153.33 ha termasuk gudang
sedia ada. Kawasan pengembangan ICD masa hadapan dan industri umum terletak
bersebelahan dengan RPIC yang telah dicadangkan di mana ia akan diperuntukkan
untuk industri pembuatan barangan getah bernilai tinggi. FIZ yang dicadangkan adalah
untuk barangan yang dibawa masuk atau dihasilkan dalam FIZ untuk pasaran eksport.
Ini disokong oleh pengeksportan makanan Halal dan lain-lain barangan buatan dari Zon
Ekonomi Khas.

Syarikat-syarikat yang beroperasi di FIZ boleh menikmati pengimportan bahan mentah
bebas cukai termasuk bahan pembungkusan, jentera dan peralatan yang digunakan
dalam pengeluaran produk-produk yang diluluskan dan tercatat dalam lesen pengilang
masing-masing. Pengilang FIZ juga dikecualikan daripada pembayaran cukai jualan, duti
eksais dan cukai perkhidmatan.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
400 568.1 153

83

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

b) TS2: ICD dan pengembangan masa depan

Projek yang dicadangkan adalah untuk mempertingkatkan penggunaan ICD di Padang
Besar untuk lain-lain perkhidmatan selain daripada mengekalkan fungsi asal sebagai
terminal. ICD ini dicadangkan untuk dinaik taraf ke Kelas 1 dengan masa transit di
bawah 6 jam dan perkhidmatan penuh seperti kargo pemisah muatan, pemunggah
muatan, serta penyelenggaraan kontena dan kenderaan.

Ini akan meningkatkan sektor perdagangan di Perlis dengan adanya industri pembuatan
dan aktiviti perindustrian berimpak tinggi yang dicadangkan bagi tempoh 20 tahun yang
akan datang. Insentif khas akan diberikan kepada mereka yang menjalankan
perdagangan dan aktiviti eksport / import memandangkan lokasi ICD ini terletak di Zon
Ekonomi Khas. Infrastruktur seperti kemudahan-kemudahan asas dan utiliti, jalan raya
dan akses yang sempurna perlu disediakan. Selain itu, Pusat Kastam-Imigresen-
Kuarantin (CIQ) dan lapangan kontena perlu dinaik taraf untuk operasi ICD yang lebih
baik.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
100 228.8 38

c) TS3 Zon borong dan runcit

Projek ini telah dicadangkan dalam Rancangan Tempatan Kangar dan ia dijangka akan
membawa perubahan baharu kepada Kompleks Arked Niaga dan Gapura Square
Centre, menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan perniagaan yang selesa
dengan laluan pejalan kaki. Penambahan gerai-gerai akan menjadikan kawasan
tersebut lebih menarik bagi pelancong-pelancong dengan kemudahan tempat letak
kereta, bas pelancongan dan kemudahan asas yang lain. Seterusnya aktiviti perniagaan
dapat dijalankan dengan lebih teratur.

Produk-produk pelancongan berikut akan dibangunkan di zon yang dicadangkan iaitu:

 Buyung Kechor (periuk yang digunakan untuk laksa);

 Cenderamata, misalnya barangan pewter dari dolomit Perlis, rantai kunci, bekas
abu rokok dan sebagainya;

 Tikar, dompet, beg dan lain-lain lagi yang diperbuat daripada buluh dan daun ibus
(sejenis tumbuhan palma);

 Produk-produk ukiran kayu dengan motif Langkasuka seperti yang dilihat di
perhentian bas Perlis; dan

 Barangan kulit yang berkualiti dari Thailand yang kini dijual di Kuala Lumpur
contohnya di Uptown, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sebagainya.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
50 35.6 3

84

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

d) MT1: Menaik taraf tapak pendaratan ikan di Kuala Perlis untuk menjadi pusat
pemunggahan perikanan

Pusat perikanan yang dicadangkan di Kuala Perlis adalah seperti berikut:

 Pangkalan tangkapan ikan bersepadu dengan infrastruktur untuk membolehkan:

 perkhidmatan yang lebih cekap, dapat berlabuh dengan lebih cepat,
perkhidmatan mengisi minyak bagi bot nelayan dan bot dagangan ikan;

 pengendalian pembersihan ikan; dan
 infrastruktur komersial untuk menyokong perdagangan dan pengedaran ikan.

 Pusat perikanan juga perlu menggabungkan:

 infrastruktur komersial yang berorientasikan pelancongan seperti kedai runcit
berkelas tinggi yang menjual produk perikanan, tempat jualan cenderamata dan
restoran makanan laut;

 kawasan perindustrian berasaskan perikanan.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
30 55 11

e) MT2: Tapak pembinaan dan pembaikan bot

Tapak pembinaan dan pembaikan bot dijangka akan merancakkan lagi aktiviti seperti
memberi perkhidmatan kepada kapal perikanan laut dalam, kapal pengumpul produk
ikan dan kapal dagang sistem barter.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
250 750.2 33

Terminal Feri Kuala Perlis (kiri) dan perkampungan nelayan (kanan) di Kuala Perlis
85

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Komplek membeli-belah (kiri) dan ICD (kanan) di Padang Besar

3.4 PELANCONGAN10

3.4.1 Pengenalan
Perlis merupakan pintu masuk Malaysia dari selatan Thailand melalui Padang Besar dan
Wang Kelian serta pusat pemeriksaan jeti Kuala Perlis. Pada tahun 2008, sebanyak 695,681
orang pelancong tiba di Perlis melalui pintu-pintu masuk tersebut. Padang Besar adalah
yang paling popular terutamanya bagi pengunjung dari selatan Thailand.
Perlis mempunyai pelbagai produk pelancongan sedia ada serta aset pelancongan baharu,
masing-masing dengan ciri-ciri keunikannya. Selain daripada menjadi pusat transit
pelancongan, Padang Besar, Wang Kelian dan Kuala Perlis mempunyai potensi untuk
menjadi pusat pelancongan yang berdaya saing. Produk-produk pelancongan bertemakan
warisan, pertanian dan makanan, arkeologi dan geologi serta pelancongan pantai akan
dibangun dan dipromosikan melalui pengurusan11 strategik yang berterusan.

3.4.2 Isu-isu dan Cabaran
Isu-isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh sektor pelancongan di Perlis adalah seperti
berikut:
 Pada masa ini, Perlis terkeluar dari pusat tarikan arus perdana pelancongan utama dan

menghadapi masalah kekurangan promosi serta imej pelancongan yang tidak jelas.
Walaupun Perlis merupakan pintu masuk ke Malaysia dari arah utara, ia lebih banyak
menarik pelancong berpendapatan rendah terutamanya dari selatan Thailand dan
pelancong backpackers antarabangsa.

10 Laporan Sektor terperinci bagi Rangka Pembangunan Strategik 4: Pelancongan boleh didapati di Lampiran 5.
11 Draf RTMPK 2009-2020

86

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

 Walaupun ia tidak mempunyai imej pelancongan yang jelas, Perlis dianugerah dengan
sumber pelancongan semula jadi dan pemandangan luar bandar yang menarik.
Sebagai contoh ia merupakan satu-satunya hutan separa daun luruh di utara Malaysia
(Taman Negeri Perlis), gua dan bukit batu kapur, sejarah perlombongan gua yang unik,
mendapat jolokan ‘Jelapang Padi’ MADA dan sebagainya. Sumber pelancongan ini
perlu dibangunkan dengan mempamerkan ciri-ciri keunikannya dan ini dapat
membezakan Perlis daripada tarikan lain yang terdapat di dalam negara.

 Eko-pelancongan di Perlis terutamanya Taman Negeri Perlis tidak mampu bersaing
dengan tarikan yang sama di negeri-negeri lain seperti Taman Negara (Pahang), Royal
Belum (Perak) dan Tasik Kenyir (Terengganu). Taman Negeri Perlis tidak termasuk di
dalam senarai tapak eko-pelancongan di bawah MMBH, iaitu satu inisiatif ETP untuk
meningkatkan dan mempromosikan tapak eko-pelancongan utama di negara ini.

 Pelancongan bandar sempadan hampir terhad kepada aliran sehala pelancong Malaysia
ke selatan Thailand sahaja. Aliran masuk pelancong ke Wang Kelian yang biasanya
dikunjungi oleh 70 buah bas pelancongan pada setiap Sabtu kini telah berkurangan.

 Kuala Perlis baru-baru ini telah berkembang menjadi pusat transit ke Langkawi tetapi
reka bentuk jalan raya yang kurang baik telah menyebabkan aliran trafik yang perlahan
dan menambah kesesakan pada hujung minggu dan cuti sekolah.

 Industri pelancongan di Perlis pada masa ini tidak mempunyai kapasiti atau kualiti
perkhidmatan untuk mengendalikan aktiviti lawatan yang bermutu. Kebanyakan tempat
peranginan mewah di Langkawi pula sering membawa tetamu mereka ke pusat-pusat
eko-pelancongan di Tasik Kenyir dan Royal Belum kerana pengusaha-pengusaha
pelancongan di Perlis dianggap tidak dapat memberikan perkhidmatan yang baik.

 Keupayaan agensi-agensi pelancongan dan pengusaha-pengusaha di Perlis perlu
dipertingkatkan supaya dapat memanfaatkan industri pelancongan di Pulau Langkawi..
Pada masa ini, kebanyakan pemandu pelancong yang berdaftar di Perlis bertapak di
Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi dan sebagainya. Perlis juga tidak mempunyai
acara-acara khas untuk menarik pelancong walaupun mempunyai ciri-ciri unik seperti
cuaca yang sejuk pada bulan Disember ('musim sejuk Perlis'), masakan tempatan yang
popular dan produk-produk agro-pelancongan.

3.4.3 Hala Tuju Strategik: Pelancongan

Lima teras strategik telah dicadangkan untuk mendorong industri pelancongan di Perlis.
Teras-teras ini akan disokong oleh sepuluh pemacu pembangunan dan enam penggerak.

Teras Strategik 1: Memperkukuh dan meningkatkan keupayaan pengusaha pelancongan
di Perlis untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mewujudkan
kerjasama dengan pengusaha-pengusaha industri di sekitar kawasan
destinasi pelancongan

87

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Teras Strategik 2: Membangun dan mempromosikan imej pelancongan Perlis yang unik
Teras Strategik 3:
Teras Strategik 4: Memanfaatkan peranan utama pelancongan untuk menambah nilai
kepada ekonomi luar bandar Perlis
Teras Strategik 5:
Melengkapkan peranan sedia ada dan masa depan Langkawi sebagai
destinasi pelancongan utama dengan kelebihan dari segi jarak yang
dekat, mudah diakses dan dihubungkan dari Perlis

Mempromosikan Perlis sebagai destinasi utama bagi pelancongan
sukan, kursus bina semangat berkumpulan dan kegiatan aktiviti luar

3.4.4 Senarai Projek

Sepuluh (10) projek utama telah dikenal pasti untuk mendorong pembangunan pelancongan
Perlis, iaitu:

 TM1: Mengubah Sungai Batu Pahat menjadi destinasi pelancongan utama yang
menyeronokkan terutama untuk keluarga dan menswastakan kemudahan-
kemudahan yang sedia ada

 TM2: Membangunkan koridor agro-pelancongan sebagai laluan yang mempunyai
pemandangan indah

 TM3: Menubuhkan perusahaan-perusahaan dan inkubator pelancongan yang berskala
kecil untuk menghasilkan kraftangan bagi pasaran pelancongan Langkawi

 TM4: Membangunkan Bandar Pelancongan Wang Kelian

 TM5: Menubuhkan Kompleks Pelancongan Kuala Perlis

 TM6: Menaik taraf kemudahan-kemudahan untuk pelancong di Taman Negeri Perlis
dan Gua Kelam bagi aktiviti-aktiviti berkumpulan

 TM7: Pembangunan pusat rekreasi perikanan

 TM8: Pembangunan pusat peranginan lereng bukit yang mewah, spa dan kampung
abad ke-21 (Kajian Kemungkinan)

 TM9: Pengendalian acara-acara khas pelancongan yang bertaraf antarabangsa

 TM10: Pembangunan Sesiaran Sungai Perlis

88

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

3.4.5 Huraian Projek: Pelancongan

a) TM1: Mengubah Sungai Batu Pahat menjadi destinasi pelancongan utama yang
menyeronokkan terutama untuk keluarga dan menswastakan kemudahan-
kemudahan yang sedia ada

Cadangan pertama bagi kawasan Sg. Batu Pahat ialah dengan menswastakan tarikan
pelancongan yang sedia ada dan menggabungkannya ke dalam satu pakej
pelancongan. Kedua, pemulihan semula Sg. Batu Pahat akan menawarkan pengalaman
pelancong yang berasaskan "keseronokan keluarga" dengan meningkatkan mutu
persembahan, tafsiran dan perkhidmatan produk pelancongan yang sedia ada.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
300 204 15

b) TM2: Membangunkan koridor agro-pelancongan sebagai laluan yang mempunyai
pemandangan indah

Projek ini bertujuan untuk menghubungkan sumber-sumber agro-pelancongan di dalam
negeri ini melalui laluan yang mempunyai pemandangan indah di samping membantu
golongan miskin (Pro-Poor Tourism). Koridor yang dicadangkan akan mengikut sistem
jalan raya sedia ada untuk membentuk satu pusingan dari Kangar ke Jelapang Padi
MADA, ladang mangga Harumanis dan ladang tebu Chuping. Kemudahan R&R yang
sesuai akan dibangunkan dengan kemudahan untuk para pelancong serta mewujudkan
perniagaan runcit untuk masyarakat setempat mempamer dan menjual produk agro-
pelancongan dan kraftangan tempatan.

Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
40 34.8

Taman Ular (kiri) dan Taman Herba (kanan) di Sungai Batu Pahat
89

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

c) TM3: Menubuhkan perusahaan-perusahaan dan inkubator pelancongan yang
berskala kecil untuk menghasilkan kraftangan untuk pasaran pelancongan
Langkawi

Projek TM3 bertujuan untuk mewujudkan satu rangkaian perniagaan dan inkubator
pelancongan yang berskala kecil untuk memenuhi keperluan pasaran pelancongan di
Langkawi. Projek ini melibatkan penyediaan tenaga kerja kraf yang mahir dan inkubator
kraftangan di dalam Bandar Maritim Kuala Perlis yang dicadangkan.

Inkubator-inkubator ini mempunyai dua fungsi iaitu sebagai pusat tarikan pelancong dan
kedua sebagai pusat pengeluaran kraftangan berkualiti tinggi yang akan dihantar ke
Langkawi melalui Kuala Perlis. Komponen fizikal utama projek ini ialah pembinaan
kompleks kraftangan dalam Bandar Maritim Kuala Perlis yang dicadangkan yang boleh
memuatkan antara 10-20 pembekal/ inkubator kraftangan.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
400 24.2 2

d) TM4: Membangunkan Bandar Pelancongan Wang Kelian

Wang Kelian merupakan penempatan kecil yang terletak di barat laut Perlis. Ia
berpotensi untuk dibangunkan sebagai bandar pelancongan walaupun mempunyai
tanah yang terhad disebabkan oleh bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan
kawasan hutan simpan. Sebagai bandar pelancongan, Wang Kelian akan dilengkapi
dengan kemudahan Kompleks CIQ untuk kegunaan institusi terutamanya untuk tujuan
keselamatan, pentadbiran dan perumahan kakitangan kerajaan. Di samping itu,
kompleks ini juga akan dilengkapi dengan bazar, arked membeli-belah, hotel bajet,
medan selera, rumah kediaman dan pusat perkhidmatan tempatan.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
365 396.9 45

e) TM5: Penubuhan Kompleks Pelancongan Kuala Perlis

Projek ini mencadangkan pembinaan sebuah kompleks pelancongan di Bandar Maritim
Kuala Perlis agar kedudukan Kuala Perlis sebagai pintu masuk utama ke Pulau
Langkawi dapat dimanfaatkan. Sasaran utama adalah pelancong transit yang akan
mengunjungi pelbagai kemudahan pelancongan di kompleks ini. Kompleks tersebut
akan mempunyai pusat maklumat pelancongan, kiosk untuk agensi-agensi
pelancongan dan syarikat-syarikat kereta sewa, hotel bajet, pelancongan berasaskan
PKS dan inkubator, sebuah hab pelancongan makanan yang menawarkan hidangan
tempatan yang unik dan sebuah dewan untuk persembahan kebudayaan.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
150 20.4 1

90

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

f) TM6: Menaik taraf kemudahan untuk pelancong di Taman Negeri Perlis dan Gua
Kelam untuk aktiviti-aktiviti berkumpulan

Projek ini bertujuan untuk menaik taraf kompleks pelancongan yang sedia ada di Taman
Negeri Perlis dengan menyediakan kemudahan untuk aktiviti-aktiviti berkumpulan seperti
aktiviti sukan lasak, kursus bina semangat berkumpulan dan canopy walk. Sebuah pusat
pendidikan alam sekitar yang menyediakan aktiviti-aktiviti dan kemudahan-kemudahan
untuk kumpulan sekolah dan juga kanak-kanak turut dicadangkan. Kerja baik pulih di
Gua Kelam ke atas kemudahan-kemudahan yang sedia ada yang terjejas akibat banjir
amat diperlukan. Apabila kemudahan-kemudahan pelancongan yang sedia ada ini
dibaik pulih, ia dapat dipromosikan sebagai sebahagian daripada pakej Koridor Sungai
Batu Pahat-Gua Kelam.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
50 22 2

g) TM7: Pembangunan pusat rekreasi perikanan

Sebuah pusat rekreasi perikanan bakal ditubuhkan dengan mengambil peluang
terhadap minat penduduk terhadap aktiviti memancing rekreasi serta menyokong sinergi
kegiatan-kegiatan ekonomi. Kompleks ini akan mempunyai dua teras utama:

 sebuah kompleks kolam rekreasi bagi pelancong yang mungkin tidak mempunyai
masa atau kemudahan untuk mengunjungi laut; dan

 sebuah jeti yang membolehkan bot memancing berlabuh. Bot-bot akan
membolehkan aktiviti memancing di luar pesisiran dijalankan.

Kompleks ini berdasarkan model perniagaan medan selera dan terdiri daripada
beberapa komponen aktiviti yang saling berkaitan dan beroperasi secara bebas di
bawah satu pengurusan.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
50 3.3 2

h) TM8: Pembangunan pusat peranginan lereng bukit yang mewah dan kampung
abad ke-21 (Kajian Kemungkinan)

Projek ini mencadangkan satu kajian untuk membina pusat peranginan yang mewah di
Wang Kelian dan sebuah kampung perintis abad ke-21 di Homestay Bukit Ujung.
Komponen utama projek ini adalah pusat peranginan mewah yang mempunyai 100-200
bilik dan memberi tumpuan kepada urutan tradisional Melayu, perubatan alternatif,
aromaterapi, rawatan herba, pengurangan berat badan dan rawatan melegakan
tekanan.

Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
2 10

91

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

i) TM9: Pengendalian acara-acara khas pelancongan yang bertaraf antarabangsa

Projek ini mencadangkan pengendalian acara-acara khas pelancongan yang bertaraf
antarabangsa. Dua acara penting yang telah dicadangkan adalah Acara Sukan
Kembara dan Ekstrem Antarabangsa Perlis, dan Pesta Makanan dan Buah-buahan
Antarabangsa Perlis. Acara pertama adalah gabungan acara-acara sukan,
pengembaraan dan sukan lasak yang diadakan di lokasi tertentu sepanjang tempoh tiga
hari. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berbasikal, berbasikal gunung,
sukan lasak, paintball dan perlumbaan kayak. Contoh terbaik adalah acara Larian
Terbuka Arau yang diadakan baru-baru ini. Manakala Pesta Makanan dan Buah-buahan
Antarabangsa Perlis pula boleh dianjurkan semasa musim menuai dan musim buah
dengan menggabungkan pesta-pesta makanan untuk memperkenalkan makanan Perlis
kepada masyarakat luar.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta)
100 6.3

j) TM10: Pembangunan Sesiaran Sungai Perlis

Sungai Perlis mengalir melalui Pusat Bandar Kangar ke arah laut di Kuala Perlis.
Pemandangan yang menarik seperti jeti perikanan, tempat bot berlabuh, sawah-sawah
padi, perkampungan tradisional, Muzium Indera Kayangan dan tapak bersejarah Kangar
di sepanjang sungai menawarkan peluang besar untuk menarik pelancong. Pada masa
yang sama, tanah yang tidak diguna dengan sepenuhnya dan terbiar di lokasi strategik
boleh digunakan untuk membina perumahan mewah di pinggir sungai. Di samping itu,
rizab sungai boleh dibangunkan sebagai taman pinggiran air untuk meningkatkan
pelbagai aktiviti di pusat bandar.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
520 200.3 12

Papan tanda (kiri) menunjukkan peta di Taman Negeri Perlis dan ‘view point’ (kanan) dari Wang Kelian
92

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

3.5 PENDIDIKAN12

3.5.1 Pengenalan

Perlis mempunyai potensi besar untuk dibangunkan menjadi sebuah hab pendidikan.
Sehingga tahun 2011, terdapat sejumlah 12 institusi pengajian tinggi di Perlis dengan
majoritinya dibiayai dana awam, dua daripadanya merupakan institusi swasta. Daripada
jumlah ini, hanya dua institusi terlibat di dalam aktiviti R&D (iaitu UniMAP dan AUCMS13). Di
samping itu, AUCMS menawarkan program ijazah dengan kerjasama universiti luar negara.
Kesemua 12 institusi tersebut menawarkan 182 kursus dalam 20 bidang pengajian bagi
tahun 2010 dan 2011. Sejumlah 48 daripada kursus yang ditawarkan adalah di peringkat
ijazah, 69 di peringkat diploma dan 44 lagi di peringkat sijil. Seramai 9,137 orang pelajar
telah menamatkan pengajian pada tahun 2011 berbanding dengan 8,628 pada tahun 2010.
Kira-kira 50% daripada graduan adalah di peringkat diploma manakala 25% masing-masing
di peringkat ijazah dan sijil. Berdasarkan jumlah keseluruhan graduan, 30% daripadanya
mengambil jurusan Sains dan Pengurusan Perniagaan. Di peringkat ijazah pula, majoriti
graduan adalah daripada kursus Kejuruteraan dan Pengurusan Perniagaan manakala di
peringkat diploma, kursus-kursus yang dipilih adalah perkhidmatan dan ICT.

3.5.2 Isu-isu dan Cabaran

1. Tiada kesesuaian antara permintaan dan penawaran graduan dalam bidang-bidang
tertentu (di semua peringkat) di Perlis.

2. Pada masa ini, Malaysia sudah mempunyai 25 buah universiti swasta dan 22 kolej
universiti swasta, oleh itu cadangan untuk penubuhan sebuah lagi universiti swasta atau
kolej memerlukan kajian yang teliti. Pelbagai cabaran di bidang operasi, akademik,
kewangan dan pemasaran perlu dipertimbangkan. Kegagalan mengatasi cabaran ini
akan menyebabkan penutupan universiti swasta yang mungkin merosakkan nama baik
negeri dan menghalang pelaburan di masa hadapan dalam bidang pendidikan tinggi.
Oleh itu, pendekatan yang kurang berisiko dari segi kewangan ialah dengan
mengadakan program berkembar dengan kolej atau universiti tempatan yang sedia ada
dan mampu memberi faedah kepada kedua-dua institusi ini. Kolej-kolej atau universiti-
universiti swasta tempatan mungkin tertarik untuk menubuhkan kampus di Perlis, lebih-
lebih lagi jika terdapat insentif dan sokongan daripada kerajaan.

3. Oleh kerana masalah jarak, kursus-kursus yang ditawarkan di Perlis menerima
pendaftaran yang lebih rendah berbanding institusi-institusi di negeri-negeri lain. Oleh itu,

12 Laporan Sektor terperinci bagi Rangka Pembangunan Strategik 5: Pendidikan boleh didapati di Lampiran 6.
13 Universiti Malaysia Perlis and Allianze University College of Medical Sciences

93

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

adalah amat penting bagi institusi pendidikan di Perlis untuk menawarkan kursus-kursus
berasaskan keperluan tertentu.
4. Beberapa institusi penyelidikan dan pembangunan, sama ada yang berkaitan dengan
universiti atau tidak telah ditubuhkan di rantau ini. Antaranya termasuklah: SIME Seed
Centre di Changlun, RB Technology di Putra Pauh, Pusat Penyelidikan MARDI, Pusat
Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Pusat Penyelidikan
UniMAP dan pelbagai pusat lain di Universiti Utara Malaysia (UUM), contohnya
COLGIS14.
5. Sebagai tambahan kepada R&D, terdapat juga beberapa aspek perniagaan seperti
runding cara, khidmat nasihat dan penyelidikan komersial yang boleh membantu sektor
awam atau firma-firma swasta. Khidmat rundingan yang ditawarkan oleh universiti dan
pensyarah mempunyai nilai komersial dan boleh dipromosikan kepada institusi tempatan.
6. Penubuhan sebuah universiti di peringkat akar umbi adalah satu usaha yang amat
mencabar terutamanya dari segi kualiti kerana ia bergantung kepada tenaga pengajar.
Kualiti tenaga pengajar dan reputasi universiti menyumbang kepada status keseluruhan
universiti tersebut. Keadaan yang sama turut dihadapi oleh institusi R&D.
7. Kolej-kolej dan universiti-universiti baharu memerlukan sokongan kerajaan di semua
peringkat misalnya keperluan pelesenan, program akademik, pengambilan staf dan
pelajar, penggunaan tanah, kebenaran untuk membina, pengiktirafan dan sebagainya.

3.5.3 Hala Tuju Strategik: Pendidikan

Perlis dapat memupuk dan mempromosikan hab pendidikan dengan kewujudan 12 institusi
pengajian tinggi yang sedia ada. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah utama.
Pertama, unsur-unsur sebagai sebuah hab tidak dikenali atau tidak jelas menyebabkan ia
jauh ketinggalan. Kedua, ia tidak mempunyai ciri-ciri tertentu yang akan menjadikan pusat
ini berfungsi dengan lebih berkesan, contohnya, hubungan antara industri-akademik. Ketiga,
ia didorong hampir keseluruhannya oleh sektor awam yang menjadikan pusat ini mampu
bertahan selagi ia menikmati sokongan daripada Kerajaan Negeri atau Persekutuan.
Keempat, ia terletak di luar bandar dan ini bermakna ia perlu meluaskan hubungannya ke
luar negeri Perlis. Walau bagaimanapun, masih terdapat faedah hasil daripada penubuhan
pusat pendidikan di Perlis. Ia dapat memberi peluang kepada belia Perlis dan juga pelajar-
pelajar dari kawasan sekitar untuk menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu.

Institusi-institusi sedia ada disarankan supaya mengukuhkan kekuatan akademik dan
kerjasama penyelidikan serta khidmat nasihat dan pakar agar dapat memberi manfaat
kepada industri, kerajaan dan masyarakat. Kesan penggandaan daripada populasi pelajar
yang padat mewujudkan permintaan untuk perumahan, rekreasi, makanan dan
perkhidmatan yang seterusnya menyumbang kepada ekonomi tempatan. Kesan limpahan
ke atas pasaran harta dan aktiviti perniagaan yang lain juga dapat dilihat. Empat projek
berimpak tinggi dicadangkan untuk penubuhan hab pendidikan Perlis.

14 College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia

94

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

3.5.4 Senarai Projek

Empat inisiatif projek yang diperlukan untuk mewujudkan sebuah hab pendidikan di Perlis
adalah:
 ED1: Mewujudkan cawangan universiti antarabangsa yang terkenal
 ED2: Mengukuhkan kerjasama industri-akademia bagi faedah sosioekonomi
 ED3: Latihan dan pembangunan sumber manusia
 ED4: Mewujudkan fakulti cawangan Kampus Universiti Agro-Teknologi

3.5.5 Huraian Projek

a) ED1: Mewujudkan cawangan universiti antarabangsa yang terkenal

Inisiatif ini bertujuan untuk menarik universiti antarabangsa yang diiktiraf dan mempunyai
reputasi tinggi untuk menubuhkan kampus cawangan di negeri Perlis. Peluang untuk
menarik pelajar-pelajar dari kawasan sekitar (contohnya daripada Wilayah Mekong
Besar) adalah amat cerah kerana para pelajar akan memperolehi ijazah yang diiktiraf di
peringkat antarabangsa dengan kos yang lebih murah.

Terdapat ramai pelajar terutamanya dari negara China dan Afrika sedang mencari
peluang untuk mendapatkan ijazah antarabangsa dengan kos rendah. Tanah seluas
173.32 ha yang diperuntukan di Perlis untuk cawangan kampus boleh dibahagikan
kepada dua bahagian di mana salah satu bahagian boleh digunakan untuk penubuhan
kampus tersebut. Sebuah universiti antarabangsa yang ternama akan membolehkan
para pelajar memperolehi ijazah yang diiktiraf pada harga yang berpatutan.
Pengkhususan bidang-bidang tertentu adalah diperlukan, misalnya menawarkan kursus
hospitaliti bagi mempelajari kaedah atau tatacara yang berkesan dalam memenuhi
keperluan pelancong dari Timur Tengah yang berpendapatan tinggi. Akhir-akhir ini,
terdapat banyak universiti luar negara yang sedang mencari peluang untuk membuka
kampus cawangan mereka dan peluang ini harus diteroka sebaik-baiknya.

Universiti-universiti ini berminat dalam meneroka pasaran pelajar tempatan dan
mengembangkan pasaran serantau Asia. Tumpuan diberikan terutamanya kepada
pelajar yang berminat dalam kursus-kursus tempatan dan antarabangsa yang diiktiraf
dan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. Memandangkan Malaysia merupakan perintis
dunia dalam program berkembar, Perlis dengan bantuan Kerajaan Persekutuan,
mungkin dapat menarik universiti antarabangsa ke Perlis dengan mengendalikan
pelesenan, pengambilan pelajar dan menyediakan akses bagi penggunaan tanah.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
1,000 1565.5 205.0

95

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

b) ED2: Mengukuhkan kerjasama industri-akademia untuk faedah sosioekonomi

Institusi-institusi yang sedia ada perlu diselaraskan supaya kursus-kursus yang
berkaitan dengan industri-industri yang terdapat di utara negara ini dapat ditawarkan.
Pusat-pusat R&D yang berkait rapat dengan industri-industri ini boleh ditubuhkan untuk
mewujudkan komuniti usahawan R&D yang berinovatif di Perlis melalui kerjasama
penyelidikan dengan pengusaha-pengusaha industri utama. Ketiadaan perhubungan
antara industri dan akademia adalah disebabkan oleh jurang maklumat dan ini dapat
diatasi dengan inisiatif NCIA dalam penubuhan Pusat “Penyelidikan bagi Industri”.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta)
100 4.8

c) ED3 Latihan dan pembangunan sumber manusia

Usaha yang gigih diperlukan untuk memadankan pendidikan dan latihan dengan
kemahiran yang diperlukan. Ini akan melibatkan analisis keperluan yang terperinci ke
atas kemahiran yang diperlukan oleh firma dan analisis keperluan pelajar-pelajar yang
telah tamat pengajian dan pekerja-pekerja, dan seterusnya penyelarasan semula
pendidikan dan latihan mengikut permintaan industri. Pusat kemahiran yang diterajui
oleh NCIA dan Pusat Kemahiran negeri perlu dibangunkan sebagai institusi kerjasama
antara kerajaan dan industri untuk menaik taraf kemahiran para pekerja. Pusat
Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang yang telah berjaya boleh dijadikan sebagai
contoh.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta)
250 8.1

d) ED4: Mewujudkan fakulti cawangan Universiti Agro-Teknologi
Fakulti cawangan ini harus memenuhi dan melengkapi UiTM Perlis (yang telah
menghasilkan 140 graduan diploma/ ijazah dalam bidang pertanian) dan Kolej Komuniti
Arau (yang melatih 50 orang belia setiap tahun dalam bidang pemprosesan makanan
dan pengawalan kualiti), dengan memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti penyelidikan
dan pembangunan. Ini boleh dilakukan melalui kerjasama dengan :
 Pusat Pembenihan Sime Darby di Changlun, Perlis
 Pusat Penyelidikan MARDI di Kangar, Perlis
 Pusat Penyelidikan FRIM di Kepong, Selangor
 Pusat Penyelidikan UUM (Kedah) COLGIS
 Projek-projek kerjasama UniMAP dengan pelbagai perbadanan, termasuk
Kementerian Pertanian and Perbadanan Bioteknologi Malaysia (Malaysian
Biotechnology Corporation)

96

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

Inisiatif ini memerlukan persediaan yang lebih jelas untuk mewujudkan rancangan hab
pendidikan bagi negeri Perlis terutamanya dalam bidang agro-teknologi. Potensi Perlis
sebagai sebuah negeri yang berasaskan pertanian masih belum diterokai dengan
sepenuhnya. Penyediaan inisiatif bagi industri berpotensi tinggi akan menarik minat
pelabur tempatan dan juga antarabangsa.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
350 252.5 32

BAHAGIAN 2: SEKTOR SOKONGAN

3.6 INFRASTRUKTUR

3.6.1 Pengenalan

Infrastruktur yang baik diperlukan bukan sahaja untuk memperbaiki kualiti hidup tetapi juga
untuk mengukuhkan imej negeri Perlis sebagai negeri "hijau". Sektor infrastruktur 15
merangkumi bekalan air, bekalan elektrik, pembetungan, pengurusan sisa pepejal, gas asli,
saliran dan tebatan banjir. Infrastruktur telekomunikasi dikategorikan ke dalam sektor ICT
(Teknologi Komunikasi dan Maklumat) manakala infrastruktur pengairan (bekalan dan sistem
perparitan) diterangkan secara ringkas dalam beberapa bahagian laporan sektor pertanian di
Laporan Sokongan, Lampiran 1.

Penilaian semula keadaan sub-sektor pelbagai infrastruktur sedia ada di negeri Perlis telah
dijalankan dalam kajian ini. Analisis berkaitan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
telah dijalankan berdasarkan kajian dan perbincangan dengan agensi-agensi dan pembekal-
pembekal perkhidmatan yang berkaitan. Cadangan-cadangan dan strategi-strategi
permulaan juga turut dinyatakan. Projek-projek infrastruktur utama yang diperlukan untuk
menyokong pertumbuhan ekonomi Perlis telah dikenal pasti. Anggaran kos, lokasi dan
kawasan tanah yang diperlukan untuk projek-projek utama dinyatakan dalam laporan ini.

3.6.2 Senarai Projek

Enam inisiatif yang diperlukan untuk memperbaiki sektor infrastruktur adalah seperti berikut:
 EU1: Skim Tebatan Banjir
 EU2: Sistem Pembetungan Berpusat

15 Laporan untuk infrastruktur sebagai penggerak ekonomi di Lampiran 8.

97

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

 EU3: Kemudahan Pelupusan Sisa Pepejal
 EU4: Meluaskan kawasan perkhidmatan gas asli
 EU5: Sistem Bekalan Air
 EU6: Sistem Pengagihan Elektrik
 IT1: MSC Jalur Lebar Pendidikan Perlis (EduNet Perlis)
 IT2: Program Pembangunan Teknologi MSC / ICT Perlis

3.6.3 Saliran dan Tebatan Banjir

a) EU1: Skim Tebatan Banjir

Kebanyakan kawasan di Perlis adalah rendah dan sering dilanda banjir. Banjir yang
berlaku pada tahun 2010 telah menenggelamkan lebih kurang separuh daripada negeri
ini menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur, pertanian dan perdagangan.
Lebih kurang 47,000ha tanah telah dilanda banjir dan 63,000 orang penduduk terjejas.
Kangar juga telah dilanda banjir yang teruk dan hubungan dengan jalan-jalan utama
telah terputus. Menurut JPS, anggaran kerugian yang disebabkan oleh banjir adalah
lebih kurang RM200 juta. Empangan Timah Tasoh mengawal aliran Sungai Perlis
dengan cara melepaskan atau menyimpan air. Semasa hujan lebat, air yang berlebihan
akan dilepaskan dari empangan dan akan menyebabkan banjir di hiliran (Sungai Korok
dan kemudian Sungai Perlis). Terusan lencongan telah dicadangkan oleh JPS untuk
melencongkan aliran air yang berlebihan dengan cara yang selamat. Terdapat dua
terusan lencongan yang dicadangkan iaitu Terusan Lencongan Banjir Timur yang
melencongkan aliran air di timur bandar Kangar ke saluran pengairan di Kedah dan
Terusan Lencongan Banjir Barat yang melencongkan air yang mengalir di barat bandar
Kangar ke Sungai Perlis sebelum mengalir ke laut.

Terusan Lencongan Banjir Barat telah diluluskan oleh kerajaan negeri dan persekutuan
dan reka bentuk terperinci akan dijalankan tidak lama lagi. Anggaran kos untuk Terusan
Lencongan Banjir Barat adalah sebanyak RM260 juta.

Terusan Lencongan Banjir Barat akan dapat mengurangkan masalah banjir. Satu
penyelesaian lagi adalah dengan membina Terusan Lencongan Banjir Timur kerana ia
bukan sahaja akan membawa keluar aliran air berlebihan dari Empangan Timah Tasoh
tetapi juga akan melancarkan aliran air yang datang dari kawasan tadahan bahagian
hulu Perlis yang tidak mengalir ke Empangan Timah Tasoh. Ini adalah kerana
sebahagian besar saliran di kawasan Sungai Perlis terletak di luar kawasan tadahan
Empangan Timah Tasoh. Perancangan dan reka bentuk Terusan Lencongan Banjir
Timur harus dimulakan dalam masa terdekat untuk memastikan negeri ini dilindungi
sepenuhnya daripada banjir besar.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
25 550.3 3

98

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

3.6.4 Pembetungan

b) EU2: Sistem Pembetungan Berpusat

Sistem pembetungan yang sedia ada di Perlis terdiri daripada pelbagai sistem seperti loji
rawatan pembentungan mekanikal (STP), tangki septik komunal, tangki septik individu
dan tandas curah. STP mekanikal boleh didapati di kawasan membangun yang
terancang seperti di pusat bandar dan skim perumahan manakala tangki septik komunal
dan tangki septik individu pula digunakan dalam skim perumahan yang lebih lama. Di
kawasan luar bandar pula, tangki septik dan tandas curah digunakan.

Sistem pembetungan yang sedia ada di Kangar telah dinaik taraf baru-baru ini dengan
pengenalan sistem pembetungan berpusat. Loji yang terletak di Wang Bintong
mempunyai kapasiti semasa sebanyak 30,000 PE (kesetaraan populasi) dan kapasiti
pengembangan masa depan sebanyak 80,000 PE. Ini akan memastikan kebanyakan
premis di dalam kawasan Kangar akan disambungkan kepada sistem pembetungan
pusat dalam masa terdekat. Selain daripada Kangar, bandar-bandar lain di Perlis tidak
mempunyai sistem pembetungan berpusat. Kawasan nod fokus utama Arau-Kuala Perlis
dan Padang Besar dijangka akan dibangunkan secara intensif dan dengan itu
dicadangkan supaya sistem pembetungan berpusat disediakan untuk kawasan-kawasan
ini.

Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
160.3 3

3.6.5 Pengurusan Sisa Pepejal

c) EU3: Membina Kemudahan Pelupusan Sisa Pepejal

Pengurusan kutipan dan pelupusan sisa pepejal di Perlis telah diambil alih oleh syarikat
konsesi Environment Idaman Sdn Bhd. Pada masa ini, jumlah sisa pepejal bagi
domestik, komersial dan perindustrian berjumlah antara 100 hingga 120 tan metrik
setiap hari. Sisa pepejal dilupuskan di tapak pelupusan sampah yang terletak di Padang
Siding, Pauh. Tapak pelupusan ini menggunakan teknik “control tipping” untuk
melupuskan sisa pepejal. Namun, kemudahan pengumpulan larut lesap dan gas,
rawatan dan pelupusan tidak disediakan di tapak tersebut.

Jumlah sisa pepejal yang dihasilkan akan meningkat selaras dengan pertumbuhan
populasi dan ekonomi. Kemudahan pelupusan sisa pepejal yang sempurna diperlukan
bagi negeri Perlis. Satu tapak pelupusan sanitari telah dirancang oleh Jabatan
Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) di Rimba Mas. Ia adalah amat penting untuk
tapak pelupusan sanitari ini beroperasi secepat mungkin.

99

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
120.3 30

3.6.6 Gas Asli

d) EU4: Meluaskan Kawasan Perkhidmatan Gas Asli

Saluran paip Penggunaan Gas Petronas (PGU) membekalkan gas asli kepada Loji
Kuasa Bebas (IPP) yang sedia ada di Kuala Sungai Bharu, Perlis. Dari sini, satu pintu
kawalan telah dibina di Kg. Padang Petani di mana tekanan tinggi di dalam paip
dikurangkan kepada tekanan sederhana untuk diedarkan kepada pengguna. Bermula
dari pintu kawalan, saluran paip gas asli dikendali dan diselenggarakan oleh Gas
Malaysia Sdn Bhd (GMSB). Sebuah syarikat pengeluar sarung tangan getah iaitu
Shorubber Sdn Bhd yang terletak di Taman Perindustrian Jejawi, Perlis merupakan satu-
satunya pelanggan tunggal GMSB. Syarikat ini menggunakan gas asli sebanyak
700,000 m3 sebulan dalam pemprosesan produk mereka.

Pelan ini mencadangkan kawasan perindustrian baharu ditubuhkan di kawasan fokus
Chuping/Padang Besar, Kuala Perlis dan Pauh Putra/Arau. Kawasan-kawasan industri
yang dicadangkan mempunyai saiz yang berbeza. Bagi Chuping/Padang Besar,
kawasan perindustrian yang dicadangkan melebihi 700 ha. Kawasan perindustrian yang
lebih kecil telah dicadangkan di Kuala Perlis dan Pauh. Tanah perindustrian di Kuala
Perlis berjumlah kira-kira 44ha di mana 30.4ha merupakan tapak kemudahan maritim
bersepadu. Tanah perindustrian yang dicadangkan di Pauh adalah sekitar 360ha.
Saluran paip gas asli sedia ada perlu diperluaskan bagi memberikan perkhidmatan
kepada kawasan-kawasan perindustrian baharu ini.

Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
50.3 -

3.6.7 Bekalan Air

e) EU5: Sistem Bekalan Air
Peratusan populasi yang dibekalkan dengan bekalan air paip di Perlis adalah tinggi dan
ia adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan purata bagi Semenanjung Malaysia dan
WP Labuan. Pengeluaran/ permintaan air sebenar di negeri ini melebihi 200 juta liter
sehari (MLD) dan negeri ini mempunyai air yang hanya sekadar cukup untuk memenuhi
permintaan semasa. Kapasiti reka bentuk loji pengolahan di Perlis kini berjumlah 223
MLD.

Cabaran bagi negeri Perlis adalah sumber air yang terhad. Menurut Kajian Sumber Air
Negara (2000-2050), bekalan air per kapita di Perlis akan menjadi kritikal menjelang
tahun 2010. Kekurangan ini dapat diatasi dengan mengimport air dari Kedah.

100

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

Kemungkinan keadaan ini akan berterusan dalam masa terdekat dan Perlis akan terus
bergantung kepada Kedah.

Keperluan air pada masa hadapan bagi Perlis mesti dipenuhi dengan perancangan
berikut:

 Meningkatkan kapasiti bekalan air dalam jangka masa pendek dan sederhana
untuk menangani isu kekurangan bekalan air dengan segera. Ini akan memastikan
permintaan bekalan air dapat dipenuhi bagi program pembangunan yang
dicadangkan; dan

 Mengurangkan kehilangan dalam sistem penghantaran dengan meningkatkan
kecekapan sistem bekalan air dalam jangka masa sederhana dan jangka panjang.
Program pengurangan air tidak terhasil (non-revenue water) biasanya dijalankan
dalam jangka masa beberapa tahun.

Bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air dalam masa terdekat, pembinaan loji
rawatan air tambahan perlu dilaksanakan di Timah Tasoh dan Arau dengan gabungan
kapasiti sebanyak 130 MLD. Ini akan meningkatkan pengeluaran bekalan air negeri
yang telah dirawat kepada 360 MLD yang dijangka dapat memenuhi permintaan segera
dan keperluan bekalan jangka panjang.

Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
200.3 12

Tasik Timah Tasoh merupakan empangan yang berfungsi untuk membekalkan air dan tebatan banjir.

3.6.8 Bekalan Elektrik
f) EU6: Sistem Pengagihan Elektrik

Bekalan elektrik di negeri Perlis dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui
siri pencawang masuk utama, pencawang pengagihan dan rangkaian penghantaran dan
pengagihan. Seratus peratus populasi negeri Perlis diberikan perkhidmatan bekalan
elektrik. Perlis mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk memenuhi permintaan

101

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

semasa dan masa depan. Walau bagaimanapun pengembangan rangkaian pengagihan
untuk perkhidmatan bagi pembangunan baharu diperlukan bagi memastikan bekalan
elektrik yang selamat dan boleh dipercayai dapat disediakan kepada pengguna-
pengguna. Rangkaian pengagihan perlu diperkukuhkan bagi memenuhi jangkaan
permintaan yang tinggi di Padang Besar/Chuping, talian penghantaran elektrik 33 kV
yang sedia ada dari Arau ke Padang Besar perlu dinaik taraf kepada 132 kV dan
pencawang masuk utama 132 kV yang baharu diperlukan di kawasan Padang
Besar/Chuping.

Projek ini terdiri daripada dua komponen utama:

 menaik taraf talian penghantaran atas 33kV yang sedia ada kepada talian
penghantaran atas 132kV dari pencawang masuk utama Chuping ke Padang Besar.
Panjang talian penghantaran atas ini adalah kira-kira 25km dan

 membina pencawang masuk utama 132/33kV yang baharu di Padang Besar dan
menaik taraf pencawang masuk 132kV yang sedia ada di Chuping. Pencawang
132/33kV yang baharu di Padang Besar akan terletak bersebelahan dengan laluan
talian penghantaran atas dan akan direndahkan voltan penghantaran untuk
diagihkan kepada pengguna.

Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
80.3 102

3.6.9 ICT

Demi mencapai aspirasi Perlis untuk menjadi zon MSC, ia telah menerima pakai
Pelan Strategik ICT Negeri Perlis 2011-2015, namun pelaksanaan rancangan
tersebut ditangguhkan kerana ketiadaan agensi yang boleh dipertanggungjawab dan
layak bagi mengurus dan memimpin rancangan ini.

3.6.9.1. Perlis Net

g) IT1: MSC Jalur Lebar Pendidikan Perlis (EduNet Perlis)
Perlis perlu menubuhkan satu rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) untuk
memenuhi keperluan pengguna dan sektor pendidikan. Kewujudan permintaan bersama
dengan potensi pertumbuhan adalah penting bukan sahaja untuk penyediaan
infrastruktur tetapi juga perkhidmatan.
Peluang sebenar adalah untuk penembusan dan penempatan jalur lebar dalam
kumpulan pendidikan kerana pelbagai peluang untuk perkhidmatan jalur lebar dan
inisiatif-inisiatif yang berkaitan dengan ICT dapat digunakan. Satu Rangkaian Akses
Kampus di dalam dan di sekitar pusat pendidikan di Kangar Maya (iaitu kawasan
penginapan pelajar yang padat dan kehidupan luar kampus) akan menjadi satu
permulaan yang munasabah untuk e-pendidikan dan kurikulum dalam talian.

102

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

Insentif akan diperlukan untuk sistem bersepadu dalam memimpin projek tersebut dan
untuk menempatkan infrastruktur di Perlis. Ia memerlukan subsidi dan jaminan untuk
hantaran dari sektor pendidikan (UniMAP, UiTM dan kemudahan-kemudahan
pendidikan yang lain), sewa tanah/ bangunan kerajaan dan kampus secara percuma,
kemudahan sambungan jarak jauh dan aggregat (trunk and aggregation) yang murah
dari Telekom Malaysia. Gabungan dengan projek zon perdagangan bebas,
pembangunan bandar dan ekonomi juga boleh membantu untuk meningkatkan
penggunaan rangkaian HSSB.

Reka bentuk rangkaian perlu terperinci dengan tumpuan terhadap access switches
termasuk komponen-komponen pengurusan dan keselamatan. Reka bentuk rangkaian
kemudiannya digunakan di kawasan pusat kampus dengan peruntukan untuk struktur
alamat IP (IP addressing structure), pemadanan keperluan bangunan khusus untuk
model rangkaian tersebut dan keperluan penentuan pengurusan rangkaian. Keperluan
tertentu perniagaan dan rancangan pusat data juga perlu diambil kira.

Satu Model Opex boleh dibangunkan manakala kos pelaburan untuk rangkaian akses
kampus hendaklah diatur oleh syarikat sistem bersepadu dengan bayaran bulanan
tetap. Sumbangan boleh diperolehi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau
daripada kampus dan pelajar-pelajar sendiri (terikat dan ditolak sebagai sebahagian
daripada yuran), di mana mereka mendapat akses penuh di kampus, bangunan
kerajaan dan tanah/ tapak dengan percuma. Jaminan untuk perkhidmatan dagangan
adalah diperlukan.

Sebuah projek perintis antara UiTM dan sektor swasta seperti YTL Communications
(YES) dan pihak-pihak yang berkelayakan boleh dilancarkan untuk mengkaji kadar
penyertaan di rangkaian kampus khas.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta)
250 50.3

3.6.9.2. Program ICT Perlis

h) IT2 Program Pembangunan Teknologi MSC / ICT Perlis
Penciptaan program teknologi bersepadu dalam bentuk hab pengetahuan sempena
pembangunan zon koridor ekonomi akan menarik perhatian belia-belia dan para pelajar.
Ia boleh dijalankan sama ada melalui inkubator atau makmal khusus. Ini boleh
memajukan sektor pendidikan dan menyumbang kepada sektor strategik dalam bidang-
bidang seperti cloud computing, pembangunan aplikasi serta pembangunan dan
pengurusan pusat data.

Di Kangar Maya, kemudahan dan kelompok sektor pendidikan yang sedia ada di Perlis
boleh menjadi titik permulaan untuk pembangunan kecemerlangan teknologi. Ini adalah
setara dengan inisiatif Bandar Pintar Kangar Maya di mana Komponen Projek termasuk
ICT Inovasi / Inkubator / Pusat Siber.

103

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Penggabungan dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia dicadangkan supaya
peruntukan dana program dipercepat untuk pembangunan akademik dan makmal
inkubator bagi pembangunan aplikasi dan sebagainya. Ini adalah konsisten dengan
kriteria Multimedia Development Corporation untuk Pusat-pusat Siber dan penubuhan
status MSC untuk IPT. Inisiatif yang sama digunakan di kawasan Meru Jaya, Perak.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta)
200 20.3

3.7 PENGANGKUTAN

3.7.1 Pengenalan

Sistem pengangkutan awam yang baik dapat mengurangkan penggunaan kereta,
kemalangan dan pencemaran serta menjadikan Perlis negeri yang lebih mesra alam.
Rangkaian pengangkutan sedia ada di Perlis terdiri daripada jalan raya, kereta api dan
pengangkutan air. Pengangkutan udara adalah melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul
Halim yang terletak di Alor Setar, Kedah, iaitu kira-kira 60km dari Kangar. Perlis tidak
dihubungkan secara langsung dengan Lebuhraya Utara Selatan iaitu lebuh raya utama
negara. Koridor ekonomi utama bagi Kangar dan Padang Besar hanya dihubungkan oleh
jalan-jalan persekutuan.

Rangkaian kereta api nasional dilanjutkan ke Perlis tetapi ia hanya mempunyai tiga stesen
iaitu Padang Besar (dengan perkhidmatan bagi barangan dan penumpang ke Songkhla,
Thailand), Arau (untuk laluan ke Langkawi) dan Bukit Keteri. Kuala Perlis dihubungkan
dengan Langkawi, Pulau Pinang dan Satun di Thailand dengan feri. Laporan terperinci
sistem pengangkutan sebagai penggerak ekonomi terdapat dalam Laporan Sokongan,
Lampiran 9.

3.7.2 Isu-isu dan Cabaran

Isu-isu dan cabaran boleh dikategorikan kepada tiga unsur utama iaitu isu-isu pengangkutan
jalan raya, jurang perancangan pembangunan semasa dan isu-isu institusi.

a) Isu Pengangkutan Jalan Raya
 Sistem pengangkutan awam yang tidak memuaskan. Pengangkutan awam yang
terhad dan tidak kerap akan menyebabkan pergantungan lebih kepada kenderaan
persendirian dan ini akan menyebabkan penduduk tidak dapat menikmati hak-hak
mereka dalam ekonomi dan sosial.
 Ketiadaan terminal pengangkutan awam bersepadu di Perlis. Mobiliti orang ramai
dan barangan dipengaruhi oleh sistem pengangkutan awam. Sistem pengangkutan

104

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

awam perlu dipertingkatkan untuk menjadikannya sebagai pilihan terbaik
berbanding pengangkutan persendirian.
 Sistem jalan raya di kawasan bandar dan sempadan perlu dinaik taraf.
 Tiada sambungan terus dari Lebuhraya Utara-Selatan ke Kangar, Perlis. Oleh itu ia
menyebabkan perhubungan pengangkutan ke pusat bandar dan destinasi-destinasi
pelancongan menjadi lebih jauh dan kurang efisien. Situasi ini merupakan
kelemahan utama kepada industri tempatan.
 Ketiadaan landasan kereta api melalui Kangar, Perlis. Landasan Keretapi
Berkelajuan Tinggi dapat menjadikan Kangar sebagai pintu masuk bandar/kota.
Kangar perlu dijadikan sebagai hab sebelah utara dengan laluan pengangkutan
yang bersambung ke pelbagai destinasi penting (seperti Langkawi, Bangkok, dll).
b) Jurang Perancangan Pembangunan Semasa
 Cadangan Koridor Utara untuk jalan raya di Perlis melibatkan projek menaik taraf
jalan raya sedia ada. Salah satu projek yang dirancang atau dicadangkan untuk
Perlis oleh NCIA adalah Central Spine yang melibatkan pembinaan jalan baharu,
meluruskan jalan dan melebarkan jalan dari Changlun ke Padang Besar.
 Perlis perlu mempunyai pelan induk rangkaian perkhidmatan pengangkutan yang

menggabungkan perkhidmatan jalan raya, kereta api, laut dan udara di peringkat
negeri.
 Berdasarkan Dasar Rancangan Fizikal Negara 23: Satu rangkaian pengangkutan
nasional yang bersepadu perlu ditubuhkan.
 Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar adalah satu projek
landasan kereta api di sebelah utara Semenanjung sepanjang 329km yang
menggabungkan landasan utama KTM dari Ipoh ke Johor Bahru. Stesen-stesen
utama di Perlis adalah Arau dan Padang Besar manakala stesen kecil adalah Bukit
Keteri. Apabila projek ini siap pada tahun 2013, landasan yang bermula dari selatan
ke utara Semenanjung Malaysia ini akan menjadi sepanjang 968km.
 Kangar sebagai ibu negeri Perlis tidak mempunyai perhubungan kereta api.
 Dasar Rancangan Fizikal Negara 24, memerlukan semua ibu negeri
dihubungkan melalui rangkaian kereta api berkelajuan tinggi dengan stesen
kereta api yang bertindak sebagai tempat tumpuan aktiviti masyarakat dan
pengangkutan.

c) Isu-isu Institusi (Negeri dan sempadan)
Mesyuarat Majlis IMT-GT telah memutuskan supaya lintasan sempadan dihadkan agar
aktiviti penyeludupan dapat dikurangkan. Walau bagaimanapun, masih terdapat
beberapa isu penting yang perlu diselesaikan terutama isu-isu yang berkaitan dengan
rangka kerja institusi sedia ada. Bagi menggalakkan kecekapan pengangkutan
menyeberangi sempadan, undang-undang dan peraturan pengangkutan perlu disemak
semula. Sebagai contoh, menghapuskan kuota pengangkutan antara Thailand dan
Malaysia, khususnya terhadap barang-barang yang mudah rosak, memansuhkan

105

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

peraturan-peraturan ketat untuk memuat naik dan memuat turun barang semasa
menyeberangi sempadan dan seterusnya melalui pengiktirafan bersama perkara-
perkara di bawah:

 Pendaftaran kenderaan jalan raya;
 Lesen operasi pengangkutan;
 Sijil pemeriksaan kenderaan; dan
 Insurans kenderaan untuk menyeberangi sempadan.

3.7.3 Hala Tuju Strategik

Salah satu objektif bagi projek-projek yang dicadangkan adalah untuk meningkatkan tahap
perhubungan pengangkutan antara kawasan-kawasan pembangunan utama di Arau, Kangar
dan Padang Besar dan ke seluruh negara melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Sambungan di
antara Kangar dengan daerah-daerah lain hendaklah seiring dengan rangkaian
pengangkutan jalan raya yang dicadangkan. Projek ini perlu diberi perhatian serius. Ia
bertujuan untuk mengembangkan ekonomi di pedalaman Perlis dengan rangkaian tambahan
ke selatan Thailand.

3.7.4 Senarai Projek

 HW1: Lebuh raya baharu (Alor Setar – Kangar - Padang Besar)
 HW2: Lebuh raya baharu (Kuala Perlis - Satun)
 UT1: Menaik taraf pengangkutan awam melalui Bas Transit (Arau – Kuala Perlis –

Kangar)
 UT2: Jalan Lingkaran untuk Kangar
 UT3: Terminal Pengangkutan Bersepadu (Kangar Sentral)
 UT4: Menaik taraf jalan dari Kaki Bukit ke Wang Kelian (R15)

3.7.5 Huraian Projek

a) HW1: Lebuh raya baharu (Alor Setar – Kangar – Padang Besar)

Cadangan ini adalah untuk menyambungkan Padang Besar yang merupakan sebuah
pusat ekonomi penting dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Lebuh raya sepanjang kira-
kira 70km ini akan memperbaiki tahap perhubungan antara Perlis dan negeri-negeri lain.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
150 693.1 70

106

Bab 3- Strategi Pembangunan Sektor:
Inisiatif dan Projek yang Berimpak Tinggi

b) HW2: Lebuh raya baharu (Kuala Perlis - Satun)

Lebuhraya pantai yang dicadangkan ini akan menghubungkan Kuala Perlis dan Satun
dengan sambungan jalan raya sepanjang 35km iaitu 5km di Perlis dan 30km di
Thailand. Sambungan jalan yang sedia ada menghubungkan Kuala Perlis - Hat Yai -
Wang Kelian - Satun. Apabila jalan ini dimajukan, ia akan meningkatkan tahap
perhubungan antara kedua-dua bandar.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
80 46.2 35

c) UT1: Menaik taraf pengangkutan awam melalui Bas Transit (Arau-Kuala Perlis-
Kangar)

Laluan bas yang dicadangkan adalah kira-kira 26km yang akan merangkumi 20km
Lebuhraya Changlun Kuala Perlis dan 6km jalan R1 dan R3. Tiga stesen utama untuk
laluan bas yang dicadangkan adalah KTM Arau, Terminal Kuala Perlis dan Kangar
Sentral.

Selain stesen-stesen utama ini, beberapa perhentian akan diperkenalkan untuk
memudahkan perjalanan. Stesen-stesen ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan
Park & Ride. Tiga laluan bas yang dicadangkan akan menyediakan jalan khusus untuk
digunakan oleh bas. Laluan bas sama ada dipisahkan dari jalan raya utama atau
sebahagian daripada jalan raya tetapi diasingkan, biasanya terletak di bahu jalan.
Adalah dicadangkan bahawa ia mempunyai dua laluan utama:-

1) Laluan A: Laluan terus dari KTM Arau ke Terminal Kuala Perlis
2) Laluan B: KTM Arau - Kangar Sentral – Laluan Kuala Perlis

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
50 18.3 26

d) UT2: Jalan Lingkaran untuk Kangar

UT2 adalah untuk menampung aliran trafik bagi jangka masa panjang, dua jalan
lingkaran iaitu 'Jalan Lingkaran Luar' sepanjang kira-kira 50 km dan 'Jalan Lingkaran
Dalam’ sepanjang kira-kira 18 km telah dicadangkan. Jalan lingkaran ini diperlukan agar
memenuhi permintaan lalu lintas masa hadapan.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
50 385.3 68

107

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

e) UT3: Terminal Pengangkutan Bersepadu (Kangar Sentral)

Kangar Sentral dirancang untuk menjadi hab pengangkutan yang menggabungkan
perkhidmatan bas dan cadangan perkhidmatan Rel Kelajuan Tinggi. Kangar Sentral
akan mempunyai sistem pengangkutan yang mesra pengguna dan bertindak sebagai
pusat keluar-masuk utama bagi Pusat Bandar Kangar. Ia bukan sahaja akan menjadi
pusat utama tetapi juga sebagai pusat keluar-masuk orang ramai untuk ke tempat-
tempat yang berbeza. Cadangan sistem rel kelajuan tinggi boleh bertindak sebagai
jalinan utama untuk membentuk satu rangkaian pengedaran seluruh negara yang
meluas melalui Kangar Sentral. Perancangan rangkaian pejalan kaki dan reka bentuk
kemudahan pejalan kaki adalah penting bagi sebuah hab pengangkutan. Bahagian
barat Kampung Repoh dicadangkan sebagai lokasi untuk terminal pengangkutan awam
bersepadu, Kangar Sentral.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
50 51.3 2

f) UT4 Menaik taraf jalan dari Kaki Bukit ke Wang Kelian (R15)

Wang Kelian dicadangkan sebagai bandar pelancongan sempadan baharu Perlis. Oleh
kerana Wang Kelian terletak di dalam lembah di Banjaran Nakawan, jalan masuk ke
bandar adalah sempit, berliku-liku, beralun dan terdedah kepada kawasan mudah
kemalangan. Langkah utama yang boleh merangsang pembangunan Wang Kelian ialah
dengan menaik taraf jalan dua lorong (dua hala) sepanjang 12km yang sedia ada
kepada lebuh raya berkembar.

Pekerjaan Pelaburan (RM juta) Keluasan Tanah (ha)
25 123.3 12

108

BAB 4

STRATEGI PEMBANGUNAN SPATIAL:
PEMBANDARAN DAN KAWASAN
PEMBANGUNAN UTAMA

Bab 4- Strategi Pembangunan Spatial:
Pembandaran dan Kawasan Pembangunan Utama

4. STRATEGI PEMBANGUNAN SPATIAL:
PEMBANDARAN DAN KAWASAN
PEMBANGUNAN UTAMA

4.1 PENGENALAN

Seperti yang digariskan dalam Bab 2, rangka kerja asas disediakan untuk merencana
strategi pembangunan spatial untuk negeri Perlis berpandukan perkembangan ekonomi
serantau dan trend urbanisasi negeri ini. Oleh kerana hampir semua aktiviti ekonomi dan
projek memerlukan tanah sebagai asas untuk pembangunan, maka strategi pembangunan
spatial ini hendaklah memastikan integrasi spatial-ekonomi yang cekap dan mengekalkan
kelestarian alam sekitar. Secara khusus, strategi tersebut akan memperuntukkan tanah yang
mencukupi untuk pelbagai kegunaan, seperti industri dan perumahan yang disokong oleh
rangkaian pengangkutan yang berkesan dan infrastruktur yang sesuai untuk memenuhi
keperluan pembangunan pada masa hadapan.

Hartanah Kediaman

Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2010, bilangan unit kediaman di Perlis
meningkat sebanyak 23.6%, dari 50,242 unit pada tahun 2000 kepada 62,114 unit pada
tahun 2010 (Jadual 4.1). Dalam tempoh yang sama, peningkatan bilangan isi rumah
berkurang dengan hanya 8,487 tambahan isi rumah baru, iaitu dari 44,863 pada tahun 2000
kepada 53,350 pada tahun 2010. Purata saiz isi rumah juga menurun dari 4.60 pada tahun
1991 kepada 4.26 pada tahun 2010. Nilai 'K' (isi rumah/unit) turut menurun, ini menunjukkan
tahap kekosongan unit perumahan yang tinggi. Keadaan ini mungkin disebabkan tiada
kesesuaian jenis perumahan dan lokasi. Jumlah stok perumahan sedia ada adalah
mencukupi untuk memenuhi permintaan saiz isi rumah semasa.

Jadual 4.1: Bilangan Unit Perumahan dan Isi Rumah di Perlis, 1980-2010

Tahun 1980 1991 2000 2010
Unit Perumahan 33,605 44,576 50,242 62,114

Isi Rumah 32,009 39,973 44,863 53,350

Purata Isi Rumah / unit (nilai-k) 0.95 0.89 0.89 0.85

Purata Saiz Isi Rumah 4.52 4.60 4.42 4.26

Sumber: Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010

109

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Berdasarkan jenis perumahan, majoriti rumah merupakan rumah kampung tradisional
(63.3%), dan diikuti dengan unit perumahan terancang dalam skim perumahan (28.7%)
(Rajah 4.2).

Secara umumnya, trend lepas menunjukkan bahawa harga hartanah kediaman di Perlis
adalah stabil16. Walau bagaimanapun, harga hartanah kediaman di Kangar mencatatkan
peningkatan sebanyak lebih daripada 30% dalam tempoh lima tahun yang lepas (Rajah 4.1).
Purata harga bagi sebuah rumah teres setingkat di Kangar adalah kira-kira RM125,000
manakala harga seunit rumah berkembar setingkat ialah kira-kira RM180,000.

Rajah 4.1: Pergerakan Purata Harga Hartanah Kediaman di Kangar

200 180

150 138 140 150 160 125
92 100 110
100 90

50

0 2007 2008 2009 2010
2006

Rumah Teres Setingkat Rumah Berkembar Setingkat

Sumber: Laporan Pasaran Hartanah 2010, Kementerian Kewangan

Rajah 4.2: Jenis Perumahan Sedia Ada di Perlis

Kampung Kampung Baru, Kawasan
Tersusun, 0.17% 0.21% Setinggan,

Kampung 3.91% Taman
Tradisi, 63.34% Perumahan,
28.67%

Kuarters, 2.22%
Skim Felda,

1.48%
Sumber: Laporan Penemuan, Rancangan Tempatan Kangar, 2009-2020

16 Laporan Hartanah Pasaran 2010, Kementerian Kewangan

110

Bab 4- Strategi Pembangunan Spatial:
Pembandaran dan Kawasan Pembangunan Utama

Berdasarkan unjuran pertambahan penduduk di Perlis, sejumlah 34,885 unit rumah baharu
diperlukan menjelang tahun 2030 (Jadual 4.2). Perkembangan ini memerlukan
pembangunan kawasan perumahan baharu terutamanya di pusat-pusat bandar untuk
memenuhi keperluan rumah bagi isi rumah baharu, menggantikan perumahan yang tidak
sesuai dan pengosongan rumah yang terjejas disebabkan oleh pembangunan,
menempatkan semula penduduk setinggan, dan mengurangkan masalah kesesakan.

Jadual 4.2: Anggaran Tambahan Perumahan Akibat Pertambahan Penduduk,
2010-2030

Tahun 2010 2015 2020 2025 2030

Penduduk 231,500 247,700 265,000 289,800 317,000

Saiz Isi Rumah 4.26 4.18 4.10 4.03 3.96
54,343 59,258 64,634 71,911 80,051
Jumlah Unit Perumahan
Diperlukan (Nilai K=1) - 4,915 5,376 7,277 8,140
1,101 1,233 1,389 1,520 1,650
Unit Tambahan Perumahan yang
diperlukan

Penggantian Biasa

Penggantian Segera 452 0000
Perumahan Usang 1,832 0000
Perumahan Setinggan
6,148 6,765 8,797 9,790
Keperluan Sebenar Unit 3,385
Perumahan 9,533 16,298 25,095 34,885

(dalam 5 tahun akan datang)

Keperluan Perumahan Kumulatif -

Sumber: Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030

Hartanah Komersial dan Perindustrian

Pada tahun 2000 hingga 2008, ruang lantai komersial di Perlis meningkat pada kadar 2.4%
setahun, dari 782,072m2 kepada 937,570m2. Lot kedai merupakan penyumbang terbesar
yang mencakupi 3,066 unit (762,710m2) manakala kompleks membeli-belah dan pejabat
masing-masing menyumbang 8.1% (88,817m2) dan 7.8% (86,043m2).

Bagi hartanah komersial di Kangar, purata harga bagi sebuah kedai dua tingkat ialah kira-
kira RM300,000 (Rajah 4.3). Bagaimanapun, kedai-kedai yang serupa di hab komersial yang
akan datang di Arau akan berharga lebih daripada RM400,000. Antara sebab peningkatan
harga adalah kerana status tanah pasaran bebas dan lokasinya yang berdekatan dengan
beberapa institusi pengajian tinggi seperti Kolej Matrikulasi, UiTM Perlis, Politeknik dan
UniMAP yang membolehkan kedai-kedai tersebut mendapat tawaran harga yang lebih tinggi.

111

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Rajah 4.3: Pergerakan Purata Harga Kedai Dua Tingkat di Kangar, 2006-2010

RM ’000

350
325 325

300 300
300 285

250

200 2007 2008 2009 2010
2006

Sumber: Laporan Pasaran Hartanah 2010, Kementerian Kewangan Malaysia

Bagi hartanah perindustrian, estet perindustrian utama di Perlis kini terletak di Jejawi
(30.7ha), Chuping (26.7ha), Kuala Perlis (32.8ha) dan Padang Besar (13.3ha) (Jadual 4.3).

Selain daripada estet-estet perindustrian yang sedia ada, terdapat juga rancangan-
rancangan untuk membangunkan beberapa kawasan perindustrian baharu seperti
pelaksanaan Fasa 2 Kawasan Perindustrian Kuala Perlis (29ha) dan Taman Teknologi di
Pauh Putra (200ha). Pembangunan Taman Teknologi di Pauh Putra akan membolehkan
Perlis melangkah ke arena industri pembuatan yang berteknologi tinggi dan bernilai tinggi.
Syarikat-syarikat multinasional akan dijemput dan diberi insentif untuk memulakan operasi di
Perlis.

Jadual 4.3: Kawasan Industri di Perlis

Kawasan Kawasan yang Kawasan Bilangan Lot Tempoh Industri
Perindustrian Dibangunkan yang Belum Tersedia untuk Pajakan
Dijual (ekar) (Tahun)
Padang (ekar) Dijual
Besar - 60 Industri Umum
Kuala Perlis 87.62 -

56.08 1.1 Lot 24 60 Industri Umum

Chuping 55.24 Lot 13, 14, 15,16,
8.0 60 Industri Umum

17, 18,19 & 20

Jejawi 27.76 - Industri
- 60 Ringan/

Sederhana

Jumlah 226.7 9.1 9 lots - -

Sumber: Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

112

Bab 4- Strategi Pembangunan Spatial:
Pembandaran dan Kawasan Pembangunan Utama

Lebih banyak pekerjaan baharu dalam sektor perindustrian perlu diwujudkan untuk
menyokong peningkatan populasi penduduk di Perlis antara tahun 2010 dan 2030.
Berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Perlis, pembangunan perindustrian antara tahun
2010 dan 2030 akan memerlukan sebanyak 329ha tanah. Perlis juga akan bergerak
mengikut keadaan rantaian nilai dalam sektor perkhidmatan nilai tinggi selaras dengan ETP.
Dianggarkan sekurang-kurangnya 454,972m2 ruang lantai komersial baharu diperlukan
menjelang tahun 2030, dengan kebanyakannya di pusat-pusat bandar utama seperti yang
digariskan dalam Rancangan Struktur Negeri Perlis dan Rancangan Tempatan Majlis
Perbandaran Kangar.

Jadual 4.4: Anggaran Keluasan Ruang Lantai Komersial dan Tanah Industri, 2010-
2030

Tahun 2010 2015 2020 2025 2030
1,362,830 1,479,180
Jumlah Keluasan 1,024,208 1,112,958 1,243,060
459 545
Ruang Lantai Komersial
(m2)

Jumlah Keluasan Tanah 216 266 361
Industri (ha)

Sumber: Laporan Tinjauan, Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030

Rancangan Struktur Negeri Perlis dan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar
membentuk asas untuk menggubal strategi pembangunan spatial PSPP, dengan status
berkanun (iaitu rancangan penggunaan tanah yang sah) di bawah Akta Perancangan Bandar
dan Desa. Walau bagaimanapun, dengan struktur serta rancangan-rancangan tempatan
yang sedia ada, PSPP akan berusaha untuk mengukuh, memperhalus dan merasionalkan
strategi pembangunan spatial dengan mengambil kira perubahan trend, isu dan cabaran
masa depan. Ini termasuklah Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi, konsep
1Malaysia, ekonomi berpendapatan tinggi, bandar eko, pertumbuhan bandar pintar dan lain-
lain. Di samping itu, ia akan menambah nilai yang lebih banyak (dan lebih tinggi) kepada
rancangan tempatan dan rancangan struktur dengan lebih berorientasikan tindakan. Ini
termasuk penyediaan dokumen ringkasan projek (project identification briefs) dan susun atur
konsep pembangunan bagi cadangan membangun, mengembang dan menambah baik/
mengaktifkan semula bandar baharu.

4.2 KESELURUHAN STRATEGI PEMBANGUNAN SPATIAL

Dalam merangka strategi pembangunan spatial sesebuah negara, perkara-perkara berikut
telah diambil kira: trend pembangunan spatial global, amalan perancangan yang terbaik di
seluruh dunia, dan komitmen-komitmen serta lain-lain sumbangan yang diperlukan.
Walaupun setiap kawasan pembangunan utama berbeza dari segi skala, suasana landskap,
nilai-nilai warisan, biodiversiti, asas ekonomi, campuran pekerjaan dan lain-lain, namun
terdapat satu prinsip perancangan yang boleh diguna pakai di semua kawasan

113

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

pembangunan utama di Perlis. Matlamat keseluruhan ialah menambahkan aktiviti ekonomi
dan menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri berkonsepkan "Bersih, Hijau".

4.2.1 Garis Panduan Prinsip Perancangan Spatial

Strategi-strategi pembangunan spatial dipandu oleh prinsip-prinsip perancangan spatial
seperti berikut:

1. Menyampaikan perancangan dan pembangunan guna tanah yang mampan: Prinsip
teras yang menyokong perancangan spatial adalah pembangunan yang mampan. Ia
merupakan penentu kualiti tempat dan kehidupan rakyat. Misalnya, ia mewujudkan
bandar-bandar yang sesuai didiami, melindungi kawasan luar bandar yang produktif/
sumber asli, serta menyokong ekonomi yang rancak dan makmur.

2. Menumpukan pembangunan di nodus-nodus bandar utama yang sedia ada
dengan potensi pertumbuhan yang lebih besar bersama dengan koridor
pertumbuhan: Ia melibatkan penumpuan pertumbuhan secara terpilih di beberapa
nodus bandar strategik yang lebih besar, mengambil kira bahawa pelaburan tertumpu
adalah lebih efektif bagi mendapatkan kesan kumulatif daripada pelaburan yang
tersebar di beberapa penempatan yang bersaiz sederhana dan lebih kecil. Perlis
menghadapi masalah populasi penduduk yang kecil, bekalan tanah yang terhad dan
kekangan belanjawan. Oleh yang demikian, penggunaan infrastruktur sedia ada perlu
dimaksimumkan. Bilangan penduduk yang kritikal dan permintaan pasaran perlu
dipertingkatkan. Kemudahan awam dan kemudahan sosial yang lebih baik juga perlu
disediakan.

3. Mewujudkan bentuk-bentuk bandar yang padat dan cekap tenaga dengan identiti
tempatan yang jelas: Ini akan membantu untuk menyekat pembangunan bandar yang
tidak tersusun, mencegah pencerobohan ke dalam kawasan Jelapang Padi MADA dan
mencegah kerosakan kepada kawasan sensitif alam sekitar seperti kawasan Tasik
Timah Tasoh dan Taman Negeri Perlis. Tujuannya adalah untuk:
 memudahkan penyediaan sistem pengangkutan awam yang berdaya maju;
 mengurangkan pelepasan gas rumah hijau;
 mempromosikan kecekapan tenaga dan kesejahteraan hidup yang lebih tinggi; dan
 menggalakkan pembangunan semula bandar bagi menambahkan kecekapan dan
kerancakan ekonomi dan memperbaiki imej kawasan-kawasan bandar.

4.2.2 Kerangka Kerja Spatial

Kekangan-kekangan dan peluang-peluang tertentu mempengaruhi penggubalan strategi
pembangunan spatial utama dalam merealisasikan visi dan sasaran Perlis. Sesetengahnya
berada di luar kawalan kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan. Berkenaan dengan
pembangunan bandar dan pusat pekerjaan pada masa depan, kekangan utama yang
dihadapi termasuklah kekurangan tanah yang sedia ada untuk dimajukan kerana saiz negeri

114

Bab 4- Strategi Pembangunan Spatial:
Pembandaran dan Kawasan Pembangunan Utama

yang kecil. Sebahagian besar kawasan adalah sensitif alam sekitar dan kawasan jelapang
padi. Populasi penduduk yang rendah menyebabkan asas pengguna dan tenaga kerja
semakin kecil, sumber kewangan yang terhad, akses yang kurang baik yang mengakibatkan
peningkatan kos untuk pengeluaran dan kos menjalankan perniagaan. Struktur ekonomi
yang lemah disebabkan terlalu bergantung kepada pengeluaran pertanian yang bernilai
rendah, manakala pelaburan swasta adalah rendah dan terdapat persaingan sengit akibat
daripada globalisasi ekonomi dan liberalisasi perdagangan.
Peluang yang sedia ada bagi pertumbuhan dan perubahan bandar termasuklah kerjasama
dan perkongsian ekonomi serantau terutamanya dalam bidang perdagangan, pelancongan
dan industri dengan selatan Thailand, harga tanah yang berpatutan, infrastruktur dan utiliti
yang baik, penambahan jumlah institusi pengajian tinggi untuk menghasilkan pekerja yang
profesional dan berkemahiran, dan insentif kewangan serta peningkatan bantuan
pembangunan terutamanya untuk penyediaan/ menaik taraf infrastruktur yang sesuai.
Bekalan tanah diperlukan untuk memajukan pertumbuhan bandar. Sempadan-sempadan
pertumbuhan bandar yang ditakrifkan merupakan satu keutamaan yang penting bagi
kerajaan negeri. Terdapat bekalan tanah yang sedia dibangunkan, pada harga berpatutan
dengan perkhidmatan yang baik dalam setiap kawasan pembangunan utama yang
ditetapkan. Berasaskan kekuatan daya saing ini, negeri Perlis akan menjadi kawasan pilihan
sebagai tempat tinggal, bekerja dan menjalankan perniagaan.

115

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Rajah 4.4: Kerangka Kerja Spatial Masa Depan Perlis

Pusat Sub-Serantau Landasan Keretapi yang Sedia Ada
Pusat Petempatan Major Jalan Raya yang Sedia Ada
Pusat Petempatan Minor Lebuh Raya yang Dicadangkan
Hutan Simpanan
Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012 Kawasan Padi MADA
Kawasan Padi Bukan MADA
116 Kawasan Pertanian Lain
Badan Air
Kawasan Binaan Utama
Koridor Pembangunan

Bab 4- Strategi Pembangunan Spatial:
Pembandaran dan Kawasan Pembangunan Utama

4.3 KORIDOR PEMBANGUNAN UTAMA

Dari perspektif spatial, tidak semua lokasi mempunyai ciri-ciri yang sama (contohnya;
kelebihan lokasi, mudah akses) untuk memangkin pembangunan bandar. Bukti empirik
menunjukkan bahawa sektor bandar di pusat-pusat bandar besar yang terletak dalam koridor
pertumbuhan di sepanjang lebuh raya utama mempunyai kelebihan yang berpotensi untuk
pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, sokongan daripada kerajaan adalah penting, misalnya
dalam penyediaan infrastruktur, polisi-polisi pelengkap dan meningkatkan insentif dalam
Koridor Pembangunan Utama (KPU) yang ditetapkan bertujuan memudahkan inisiatif-inisiatif
swasta.
Sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4, terdapat tiga (3) Koridor Pembangunan
Utama yang telah dikenal pasti di Perlis, iaitu:
 Kangar - Beseri - Padang Besar (melalui Chuping);
 Kuala Perlis - Kangar - Arau - Pauh Putra; dan
 Arau - Mata Ayer - Beseri.

Pada asasnya, lebuh raya utama berfungsi sebagai tulang belakang dan nadi bagi koridor
pembangunan tersebut. Ia bukan sahaja menghubungkan pusat-pusat bandar yang terletak
di sepanjang lebuh raya, tetapi juga menyediakan kemudahan akses yang cekap kepada
koridor pembangunan di negeri-negeri lain dan dunia luar. Dalam setiap KPU, terdapat
pusat-pusat bandar yang saling berkongsi satu fokus bersama (konsep kluster ekonomi).
Penekanan yang lebih akan diberi untuk memupuk dan menggalakkan aktiviti-aktiviti
perniagaan dari rumah berasaskan pembangunan sumber-sumber tempatan dan kelebihan
bandingan (comparative advantage).
Atas dasar ini, koridor-koridor pembangunan utama yang meliputi pusat bandar dan
kawasan tumpuan utama telah dibentuk seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.5.

117

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Jadual 4.5: Koridor Pembangunan Utama Dan Fokusnya

Koridor Pembangunan Pusat Bandar Fokus
Utama

Kuala Perlis - Kangar – Arau - Pauh Putra  Bandar Diraja
Arau - Pauh Putra  Pentadbiran
 Hab pendidikan
 Pembuatan berteknologi tinggi
 Runcit
 Terminal transit

Kuala Perlis - Kangar  Konurbasi bandar
 Pentadbiran
 Perdagangan dan runcit
 E-Dagang
 Industri maritim
 Terminal pengangkutan awam
 Terminal maritim

Kangar - Beseri - Kangar  Pentadbiran
Padang Besar  Perkhidmatan ICT dan multimedia
 Pelancongan bandar

Beseri  Kawasan perumahan
 Pelancongan (Tasik Melati)

Arau – Mata Air – Padang Besar  Perdagangan merentas sempadan
Beseri Arau  Zon bebas
 Zon ekonomi khas
 Industri bioteknologi pertanian
 Pembuatan produk Halal dan

bernilai tinggi
 Pelancongan merentas sempadan

 Runcit
 Pentadbiran

Mata Air - Beseri  Kawasan perumahan

Industri yang berasaskan sumber
mineral

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

Fokus utama pembangunan pusat-pusat lain di luar koridor pembangunan utama boleh
dikategorikan kepada aktiviti pertanian dan aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan.

118

Bab 4- Strategi Pembangunan Spatial:
Pembandaran dan Kawasan Pembangunan Utama

Jadual 4.6: Kawasan di Luar Koridor Pembangunan Utama dan Kawasan Fokusnya

Sektor Pusat Fokus

Pertanian Simpang Empat  Bandar agro-perkhidmatan
Kuala Sanglang  Pusat pemprosesan sarang burung walit

 Perikanan

Pelancongan Sungai Batu Pahat  Agro-pelancongan
 Penanaman herba dan buah-buahan
 Eko-pelancongan
 Bandar agro-perkhidmatan

Timah Tasoh – Kaki  Eko-pelancongan (Gua Kelam)
Bukit  Bekalan air

Wang Kelian  Perdagangan merentas sempadan

 Taman negeri

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

4.4 PUSAT BANDAR STRATEGIK DAN INISIATIF PROJEK
STRATEGIK

Kerangka Kerja Pembangunan Spatial juga memberi panduan bagaimana proses
perancangan struktur setiap KPU (iaitu tapak projek dan sekitar daerah pedalaman yang
berkaitan) dijalankan. Seterusnya, penekanan akan diberikan ke atas pengezonan guna
tanah bersama-sama dengan pembaharuan dalam rangkaian pengangkutan dan
infrastruktur dengan mewujudkan persekitaran yang terbaik untuk mempermudahkan inisiatif
swasta.

Antara lain, setiap KPU hendaklah menangani isu-isu seperti:

 Membentuk pembangunan pelbagai (kediaman, perindustrian, perdagangan,
pembangunan bercampur dan lain-lain) yang sesuai untuk setiap kawasan;

 Lokasi, peranan dan fungsi pusat-pusat bandar;
 Pusat-pusat pekerjaan / kawasan pekerjaan tempatan untuk setiap kawasan;
 Rangkaian pengangkutan yang strategik termasuk sistem pengangkutan awam utama

yang diperlukan untuk menyokong pembangunan bandar supaya mereka yang tinggal
dan bekerja di nodus bandar mampu mengakses pekerjaan dan perkhidmatan;
 Kemudahan infrastruktur strategik dan perkhidmatan yang diperlukan untuk
membolehkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan bandar;
 Integrasi rangkaian ruang terbuka tempatan untuk menyediakan keperluan ameniti dan
rekreasi masa depan bagi nod-nod bandar serta melindungi alam sekitar dengan ciri-ciri
alam semula jadi, biodiversiti dan laluan air bersih dalam bandar;

119

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

 Keperluan untuk mentakrifkan kawasan pinggir di antara pembangunan bandar dan
kawasan jelapang padi, kawasan biodiversiti yang tinggi, landskap atau kepentingan
saliran; dan

 Reka bentuk dan konsep susun atur bagi kawasan pembangunan utama, termasuk
komponen-komponen utama inisiatif projek.

Projek-projek pemangkin ini perlu digalakkan dan diutamakan untuk merangsang
pertumbuhan ekonomi. Galakan dan keutamaan ini diperlukan kerana terdapat inisiatif-
insiatif tertentu seperti pembinaan kompleks hotel dan komersial bersepadu di KPU yang
mempunyai hubungan ekonomi dengan kawasan pedalaman yang bersebelahan, contohnya,
koridor agro-pelancongan.

Jadual 4.7: Kawasan Pembangunan Utama dan Inisiatif Utama

Lokasi Kluster Inisiatif Utama
Kangar Pelancongan/
Perdagangan,  Bandar Pintar Kangar Maya yang menggabungkan
Padang Perkhidmatan dan pembangunan bercampur dan komersial seperti
Besar Logistik Hab ICT, inovasi/ inkubator/ pusat siber, kompleks
komersial bersepadu/ kompleks membeli-belah;
Kuala Perlis Pelancongan/ institusi dan DUN Perlis; kegunaan kediaman
Perdagangan,
Perkhidmatan dan  Sesiaran Sungai Perlis termasuk pelayaran sungai
Logistik dan terminal, perumahan mewah, pembangunan
bercampur, komersial, institusi, dan taman
Pembuatan
 Jalan lingkaran dalam dan luar
Pendidikan  Terminal Pengangkutan Awam Kangar Maya
Pelancongan/
Perdagangan,  Menaik taraf Bandar Sempadan Padang Besar
Perkhidmatan dan yang melibatkan pengembangan ICD dan
Logistik pembangunan zon borong dan runcit termasuk
pusat borong sempadan; laluan dan pusat membeli-
belah; kemudahan ICT; terminal pengangkutan
bersepadu dan stesen kereta api

 Penentuan zon ekonomi istimewa dan zon bebas

 Taman Makanan Halal yang memfokuskan kepada
pembuatan produk halal bernilai tinggi termasuk
pemprosesan minuman kesihatan, makanan
fungsian, susu dan jus, pemprosesan makanan
ringan dan sos, pemprosesan daging, dan
farmaseutikal dan neutraseutikal

 Taman Bioteknologi Pertanian yang
mengkhususkan kilang pemprosesan bioteknologi
untuk pemprosesan getah hiliran, pemprosesan
sumber mineral, kemudahan pemprosesan gula,
dan pemprosesan bagi kluster herba

 Kampus cawangan universiti antarabangsa yang
terkenal

 Terminal Maritim termasuk pelabuhan perikanan
bersepadu, jeti untuk penumpang dan kargo, hotel
dan kedai, perumahan eksklusif, restoran terapung,
dan pusat memancing dan rekreasi memancing

120

Bab 4- Strategi Pembangunan Spatial:
Pembandaran dan Kawasan Pembangunan Utama

Lokasi Kluster Inisiatif Utama

Pauh Putra Pendidikan  Perusahaan pelancongan kecil-kecilan dan
inkubator untuk kraftangan
Pembuatan
 Kompleks Pelancongan Kuala Perlis
Arau Pelancongan/  Terminal Maritim Kuala Perlis
Wang Kelian Perdagangan,  Inisiatif-inisiatif utama yang lain termasuk Pusat
Perkhidmatan dan
Logistik Agensi Penguatkuasaan Marin Malaysia (APMM)
dan Pembangunan Bandar Maritim di kawasan
Pelancongan/ pesisir pantai
Perdagangan,  Pembangunan Bandar Pendidikan Pauh Putra yang
Perkhidmatan dan merangkumi institusi pengajian swasta,
Logistik pembangunan bercampur dan komersial, kediaman,
dan institusi
 Taman Teknologi Pauh Putra memfokuskan industri
pembuatan bernilai tinggi dan Taman PKS dengan
penekanan kepada jentera pengubahan plastik dan
proses pembuatan
 Stesen transit KTM Arau

 Peningkatan kemudahan pelancongan di Taman
Negeri Perlis

Beseri (Batu Pelancongan/  Resort kesihatan dan pusat rekreasi yang
Pahat) Perdagangan, menghadap Tasik Timah Tasoh
Perkhidmatan dan
Logistik  Koridor agro-pelancongan sebagai satu laluan yang
mempunyai pemandangan indah

Simpang Pertanian  Pusat Pemprosesan Bersepadu EBN dengan
Empat Program Rumah Burung Walit
(MADA)

Di Luar Pusat Zon Pertanian MADA  Penambahan produktiviti penanaman padi
Bandar
(Pertanian  Mangga Sala di kawasan MADA
nilai tambah
tinggi)  Tanaman luar musim

 Ladang pembiakan baka ayam kampung

Kawasan Jelapang  Beras wangi dan kemudahan pemprosesan
Padi Mini (di luar  Pengeluaran benih padi sah
MADA)

Zon Agro-makanan  Memfokuskan penanaman cendawan huluan,
dan Bioteknologi penanaman spirulina, pertanian kluster tenusu,
Pertanian Chuping penanaman mangga Harumanis dalam persekitaran
terkawal, ladang pembiakan baka ayam kampung,
Zon Pertanian Batu penanaman herba, kluster buah dengan penekanan
Pahat kepada mangga, nangka, program penanaman
tembikai

Zon Ikan Laut Kuala  Pengeluaran benih ikan marin
Sanglang

Sumber: Laporan Pelan Strategik Pembangunan Perlis, 2012

121

Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030

Berkenaan dengan cadangan pengangkutan strategik, adalah sangat mustahak untuk
menambah laluan baharu Lebuhraya Utara-Selatan dari Alor Setar ke Padang Besar melalui
Kangar. Ia bukan sahaja akan memberi impak yang ketara ke atas perkembangan bandar
terutamanya di Bandar Kangar dan Pembangunan Bandar Baru Chuping, tetapi apa yang
lebih penting ialah meningkatkan pertumbuhan ekonomi Perlis. Satu lagi laluan
pengangkutan baharu yang penting ialah membina/ menaik taraf Lebuhraya Kuala Perlis-
Satun dan menaik taraf jalan Wang Kelian bertujuan meningkatkan perdagangan dan
pelancongan merentas sempadan. Walau bagaimanapun, untuk mengatasi peningkatan
jumlah aliran trafik yang tinggi pada masa hadapan selaras dengan wujudnya lebuh raya
berkualiti tinggi, penukaran PERSEL (landasan kereta api yang dikenal pasti dalam
Rancangan Struktur Perlis) yang dicadangkan iaitu bas transit khas dengan terminal
bersepadu yang menghubungkan Pauh Putra - Kangar - Kuala Perlis, perkhidmatan
pengangkutan awam perlu ditingkatkan.

Jadual 4.8: Mewujudkan Inisiatif Pengangkutan

Kategori Lokasi Projek Sedia Ada Inisiatif Pengangkutan Baharu
Pengangkutan Kangar
Bandar Kuala Perlis Terminal  Jalan lingkaran dalam baharu
Jalan Pengangkutan  Jalan lingkaran luar baharu
Kuala Perlis- Awam Kuala  Kangar Sentral Bersepadu baharu
Bas Wang Kelian- Perlis
Satun-  Membina sebuah lebuh raya
Jalan berliku-liku pantai baharu dari Kuala Perlis ke
Alor Setar - yang sedia ada Satun
Kangar - melalui Taman
Padang Besar Negeri Perlis ke  Melebarkan jalan dan menaik taraf
Wang Prachan di Jalan Wang Kelian
Arau - Kangar Thailand
- Kuala Perlis  Lebuh raya hubungan baharu
Laluan melalui Alor Setar - Kangar -
Persekutuan 7 Chuping Valley - Padang Besar
sedia ada yang
sesak dan tidak  Menukarkan cadangan PERSEL
selamat untuk kepada sistem laluan bas yang
pengembangan menghubungkan 5 stesen bas
selanjutnya berikut:

-  Stesen transit KTM Arau
 Terminal Pengangkutan Awam

Pauh Putra
 Terminal Pengangkutan Awam

Kangar Maya
 Stesen Bas Bandar Kangar
 Terminal Pengangkutan Awam

Kuala Perlis

122


Click to View FlipBook Version