The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tokpepijat, 2019-04-17 06:20:02

Buku Teks SIRAH Ting 2

Buku Teks SIRAH Ting 2

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

BAB PERTAMA

MADINAH SEPINTAS LALU

1

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

SELAYANG PANDANG MADINAH KETIKA HIJRAH

Geografi

Madinah adalah Tanah Lahar Muntahan Gunung Berapi.
Tanahnya subur dengan wadi-wadi(jeram) dan lembah-
lembah.

i) Bahagian pertama
Tanah pertanian dan perkampungan

ii) Bahagian Kedua.
Benteng dan kubu pertahanan.

iii) Kawasan berbatu hitam disebelah timur lebih ramai
penduduk dari kawasan berbukit.

Penduduk i) Ansar ( peribumi)
Agama Gabungan Aus dan Khazraj.
Aliran Politik
ii) Muhajirin.
Ekonomi Penduduk Mekah yang berhijrah ke Madinah.

iii) Yahudi.
3 Golongan Terbesar Yahudi :
Bani Qainuqa' , Bani An-Nadhir dan Bani Quraizah.

i) Islam.
ii) Yahudi.
iii) Musyrikin.

i) Islam :
Patuh dan setia kepada pimpinan Rasulullah.

ii) Yahudi :
Taksub dengan kaumnya. Dengki dengan peralihan
Kenabian dari Bani Israel kepada bangsa Arab.

iii) Munafikin :
Diketuai Abdullah bin Ubai . Bakal ditabalkan sebagai
Raja di Madinah sebelum hijrah. Didokongi oleh mereka
yang dengki dengan kedatangan Islam.

Pertanian : Kurma dan Anggur.
Pertukangan : Emas

Orang Yahudi menguasai ekonomi dengan cara sistem
gadaian, sorok barang dan riba.

2

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

Panorama Uhud
3

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

Pemandangan Madinah dari satelit
" Barangsiapa yang berkemampuan untuk mati di Madinah, maka lakukanlah.
Sesungguhnya aku bersaksi bagi sesiapa yang mati didalamnya ".
(Riwayat Ibnu Majah /3112)

Masjid Nabawi
tahun 1908.

4

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KEDUA
PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM MADINAH

Terdapat 3 asas penting yang diutamakan dalam pembinaan Negara Islam Madinah :
a) Hubungan dengan Allah.
b) Hubungan dengan sesama umat Islam.
c) Hubungan dengan Bukan Islam.

a) HUBUNGAN DENGAN ALLAH

 Langkah pertama Rasulullah setiba di Madinah adalah membina Masjid al-Nabawi.

 Lokasinya ialah ditempat unta Baginda berhenti ketika sampai di Madinah.
Tapak itu kepunyaan dua orang anak yatim. Baginda membelinya walaupun ditawarkan
percuma oleh anak yatim itu.

PEMBINAAN MASJID
 Tempat PEMBINA ROH TAUHID
yang bersih dari pemujaan syirik.
 Tempat penyampaian ILMU dan ARAHAN
dari Allah dan RasulNya.
 Tempat menegakkan SYIAR yang penting
bagi Muslim.
 Tempat menjalinkan IKATAN PERSAUDARAAN
sesama Islam tanpa mengira keturunan, pangkat dan
harta.
 Tempat mendirikan ibadat SOLAT yang merupakan
penyambung antara hamba dan Tuhan.

5

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

b) HUBUNGAN SESAMA UMAT ISLAM

PERSAUDARAAN
ANSAR DAN MUHAJIRIN

1) Kaum Aus dan Khazraj keduanya peribumi Madinah
dipersaudarakan oleh Rasulullah dengan gelaran kaum
ANSAR.

2) Kaum Muhajirin iaitu golongan yang tinggal di Mekah
dan berhijrah ke Madinah . Hilang segala-galanya.
Tiada mempunyai harta, rumah dan pekerjaan. Hijrah
membawa nyawa dan aqidah menuju Madinah.

3) Kaum Ansar mempunyai sifat mengutamakan orang
lain daripada diri sendiri.
Kaum Muhajirin mempunyai sifat tidak mengambil
kesempatan mengambil hak orang lain.

4) Kaum Aus merebut-rebut untuk dipersaudarakan
dengan kaum Muhajirin hingga terpaksa diadakan
undian.

5) Kaum Ansar membahagikan rumah, tanah, ladang
bahkan isteri-isteri mereka sedia diceraikan untuk
dipilih oleh kaum Muhajirin.

Ansar - Muhajirin

Rasulullah - Ali Abi Talib
Hamzah Abdul Mutalib– Zaid bin Harithah
Jaafar Abi Talib - Muaz bin Jabal
Abu Bakar - Kharijah bin Zuhair
Umar Al Khattab – Uthban bin Malik
Abu Ubaidah – Saad bin Muaz
Zubair bin Al-Awwam – Salamah bin Salamah
Uthman bin Affan – Aus bin Shabab
Talhah bin Ubaidillah – Kaab bin Malik
Said bin Zaid – Ubai bin Kaab
Mus'ab bin 'Umair – Abu Ayyub Khali bin Zaid
Ammar bin Yassir – Huzaifah Ibn Yaman
Abu Zar – Munzir bin 'Amru
Hatib bin Abi Balta'ah – 'Uwaim bin Saidah
Salman Al Farisi – Abu Darda Al Ghafiri
Bilal Ar Rabah – Abu Ruwaihah

6

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

Kisah sahabat tawar isteri

                          

                              

              

Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar)
sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Ansar) 'mencintai' orang yang
berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Ansar) tiada menaruh keinginan
dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin);
dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri,
sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran
dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung.
Surah AL HASYR ayat 09

Imam Bukhari meriwayatkan tentang kasih sayang Ansar terhadap Muhajirin.
Saad bin Al-Rabi' (Ansar) : "Aku adalah orang Ansar yang terkaya. Mari kita bahagi

dua hartaku. Aku ada dua orang isteri, pilihlah yang mana
kau paling berkenan dan sebutkan kepadaku. Aku akan
ceraikannya untuk engkau kahwini.
Abdul Rahman bin 'Auf : " Semoga Allah berkati dirimu pada isteri dan hartamu.
Tunjukkan padaku dimana pasar ?".
Abdul Rahman mula berniaga di pasar itu sehingga dapat berkahwin.
Abu Hurairah menceritakan :
ORANG ANSAR : " Wahai Rasulullah, bahagikan kebun-kebun kurma antara kami
dan saudara-saudara kami (Muhajirin) "
RASULULLAH : " Tidak ".
ORANG ANSAR : " Kalau begitu, biarkankan orang Muhajirin bekerja di kebun
kami dan kita kongsi hasilnya."
ORANG MUHAJIRIN : " Kami setuju dan patuh."

7

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

c) HUBUNGAN DENGAN BUKAN ISLAM

Diterjemahkan dalam bentuk PIAGAM MADINAH ( Sahifah Madinah)

Antara isi-isinya :
 Orang Yahudi yang ikut piagam ini berhak mendapat pertolongan dan bimbingan tanpa
dizalimi dan tidak boleh ada pakatan jahat terhadap mereka.
 Orang Yahudi hendaklah memberi perbelanjaan bersama orang Islam semasa dalam
peperangan.
 Setiap warga Madinah samada Muslim, Yahudi dan Musyrik berkewajipan
menentang sesiapa sahaja yang menceroboh Madinah.
 Setiap warga Madinah bebas menganut agama dan mengamalkan ibadat masing-masing.
 Setiap perselisihan dan pertelingkahan hendaklah dirujuk kepada Allah dan RasulNya.

Pemandangan sekitar Masjid Nabawi tahun 1930.

8

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

BAB KETIGA

AZAN DISYARIATKAN

Apabila tiba waktu solat, ia amat memerlukan tindakan untuk menyedarkan dan mengingatkan
orang Islam tentang solat.
Rasulullah berbincang dengan para Sahabat buntuk menentukan cara mengajak orang Islam untuk
mengerjakan solat.
Antara cadangan :

 Mengangkat bendera .
- tidak sesuai bagi orang yang tidur.

 Menyalakan api di tempat tinggi.
- menyerupai orang Majusi.

 Meniupkan trompet.
- menyerupai orang Yahudi.

 Membunyikan loceng.
- menyerupai orang Nasrani.

Allah Taala menolong Rasulullah dan orang Islam dengan menunjukkan cara terbaik menyeru

mengerjakan solat dengan AZAN. Ianya ditunjukkan melalui mimpi kepada Abdullah bin Zaid
Al-Ansari.

Beliau didatangi oleh seorang lelaki lalu mengajarkannya tentang kalimah azan.
Apabila Abdullah terjaga, beliau terus menemui Rasulullah dan menceritakan tentang

mimpinya. Rasulullah mengatakan ianya mimpi yang benar dan menyuruh beliau mengajarkan
kalimah azan itu kepada Bilal Ar- Rabah.

Rasulullah mengatakan Bilal mempunyai suara yang baik lagi kuat.
Tatkala Bilal melaungkan azan, Umar Al-Khattab pun datang menemui Rasulullah sambil

berkata : " Demi Allah, ku juga bermimpi seperti itu ya Rasulullah."

Peristiwa ini berlaku pada Tahun Kedua Hijrah.
Bilal Ar-Rabah adalah Ketua Muazzin sehingga hari Qiamat.

9

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

Percambahan Minda

 Apakah perbezaan diantara NEGARA ISLAM dengan NEGARA UMAT ISLAM ?
Bincangkan.

Perkuburan Syuhada' Uhud Bukit Uhud

Perkuburan Baqi'

Masjid Nabi

A - Bukit Uhud.

B - Perkuburan
Syuhada Uhud.

C - Lokasi
penggalian parit
Ghazwah Ahzab.

D - Masjid Nabi.

E - Perkuburan
Baqi'.

F - Masjid
Quba'

Lokasi Ghazwah Ahzab

Masjid Quba'

11

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KEEMPAT
PERTUKARAN KIBLAT

 Rasulullah dan umat Islam di Madinah solat berkiblatkan Baitul Maqdis (Juruselam) selama 16

bulan. Rasulullah sering berdoa agar Allah Taala mengubah arah kiblat kearah Mekah.
 Doa Rasulullah dimakbulkan .

 Semasa Rasulullah sedang solat zohor bersama umat Islam, setelah selesai 2 rakaat pertama
mengadap Baitul Maqdis maka Allah Taala mewahyukan agar 2 rakaat seterusnya mengadap
Kaabah.

 Tempat dimana peristiwa ini berlaku di namakan Masjid Qiblatain ( Masjid 2 Kiblat) .

 Peristiwa ini berlaku pada bulan Rejab Tahun 2 hijrah, dua bulan sebelum Ghazwah Badar Al-
Kubra.

Masjid Qiblatain

11

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

                              
                                    

                      

Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit *, Maka sungguh Kami
akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. palingkanlah mukamu ke arah
Masjidil Haram. dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. dan
Sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan
Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari
Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.
Surah AL-BAQARAH ayat 144

* maksudnya Rasulullah s.a.w. sering melihat ke langit mendoa dan menunggu-nunggu turunnya
wahyu yang memerintahkan beliau menghadap ke Baitullah.

Pemandangan dalam Masjid Qiblatain:
Mimbar kiblat mengadap Kaabah.

Pemandangan dalam Masjid Qiblatain:
Mimbar kiblat mengadap Baitul Maqdis.

12

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

BAB KELIMA

ALIRAN POLITIK WARGA MADINAH

 Islam
 Munafik
 Yahudi

a) ISLAM

- Mereka terdiri 2 golongan iaitu Muhajirin dan Ansar.

- Muhajirin ialah golongan yang berasal dari Mekah dan mereka berhijrah ke Madinah
sebagai menyahut perintah Rasulullah dan untuk memelihara aqidah mereka.

- Ansar ialah warga peribumi Madinah. Asalnya mereka 2 golongan iaitu 'Aus dan Khazraj.
Kemudian dipersaudarakan oleh Rasulullah dan digelar Ansar ( Penolong Rasulullah).

- Kedua golongan ini dipersaudarakan oleh Rasulullah sebaik sahaja baginda tiba di
Madinah.

- Orang Muhajirin merasai suatu perbezaan yang amat besar sebaik tiba di Madinah.
Antaranya 3 perbezaan yang ketara :

 Di Mekah, mereka ditekan, dizalimi, ditindas dan dihina. Mereka tiada sebarang kekuasaan
untuk membuat keputusan. Kekuasaan di tangan musuh. Di sana mereka hanya memikirkan
tentang perkara menyelamatkan aqidah mereka.

 Sebaik tiba di Madinah, mereka nyaman menghirup kebebasan dan kemerdekaan.
Mereka bebas menentukan urusan hidup mereka. Tiada kuasa musuh menguasai mereka.
Mereka mula mengatur hidup mereka dengan lebih teratur dan aman.

 Bagaimanapun, mereka perlu mulakan kehidupan di Madinah bermula dengan tiada apa-
apa harta. Segala harta benda dan kekayaan mereka ditinggalkan di Mekah bahkan
dirampas oleh Musyrikin Mekah. Mereka berhijrah hanya berbekalkan aqidah mereka.

- Kebijaksanaan Rasulullah mengatur hidup mereka dengan mempersaudarakan antara
Muhajirin dan Ansar.

- Kini fokus mereka tertumpu kepada kearah membentuk dan membina NEGARA ISLAM
MADINAH. Ianya meliputi aspek politik, ekonomi, perundangan, tamadun, sosial,
pembangunan dan sebagainya.

13

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

b) MUNAFIK

- Golongan ini menjadi golongan minoriti di Madinah.

- Punca lahirnya golongan ini adalah kerana iri hati dan dengki dengan perkembangan Islam

di Madinah.

- Ketua mereka, Abdullah bin Ubai bin Salul adalah bakal menjadi Raja di Madinah.

- Sebelum kedatangan Islam, kaum 'Aus dan Khazraj merancang untuk melantik Abdullah

bin Ubai sebagai ketua mereka selepas Peperangan Bu'ath.

- Tetapi setelah 'Aus dan Khazraj mendapat hidayah dan memeluk Islam, maka rancangan

itu turut berkubur.

- Ini membuatkan Abdullah bin Ubai dan pengikutnya marah dan berdendam dengan Rasulullah

dan orang Islam.

- Golongan ini menzahirkan diri sebagai orang Islam tetapi didalam hati mereka penuh

kekufuran.

- Mereka senantiasa menunggu saat terbaik untuk memecah belahkan perpaduan orang Islam di

Madinah.

- Sikap Rasulullah terhadap mereka ialah menerima mereka berdasarkan apa yang mereka

zahirkan (Islam) . Apa yang tersembunyi di hati mereka terserah kepada Allah Taala.

- Walau bagaimanapun, Rasulullah mengambil sikap berhati-hati terhadap mereka. Segala

urusan keselamatan dan kepimpinan Madinah, Rasulullah serahkan kepada mereka yang bersih
dan suci dari sifat munafik.

                             

                         

Di antara orang-orang Arab Badwi yang di sekelilingmu * itu, ada orang-orang
munafik; dan (juga) di antara penduduk Madinah. mereka keterlaluan dalam
kemunafikannya. kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka, (tetapi) Kamilah yang
mengetahui mereka. nanti mereka akan Kami siksa dua kali Kemudian mereka akan
dikembalikan kepada azab yang besar.

Surah AT TAUBAH ayat 101
* Maksudnya: orang-orang Badwi yang tinggal di sekitar Madinah.

14

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

c) YAHUDI

 Bangsa Yahudi mula mendiami Semenanjung Tanah Arab selepas berlaku peperangan dengan
Bangsa Rom pada Tahun 70 Masehi.

 Kesan daripada peperangan itu, bangsa Yahudi kalah dan Rom dapat menakluki Palestin.
Maka bermulalah episode baru bagi bangsa Yahudi di Tanah Arab.

 Di sana mereka mula mengikut cara hidup dan budaya orang 'Arab dari segi pakaian, bahasa,
peradaban dan bahkan berlaku perkahwinan campur dengan bangsa Arab.

 Walaupun mereka mengikut budaya sosial orang Arab, tetapi fahaman perkauman
( Assobiyyah) keyahudian mereka begitu menebal.

LATAR BELAKANG YAHUDI DI MADINAH

i) Agama
- menganut agama Yahudi. Tidak berminat menyebarkan agama mereka kepada selain
bangsa Yahudi.
- menghina bangsa Arab dengan gelaran "umiyyin" buta huruf, mundur, primitif dan
hina).
- menganggap ramalan, sial, jampi mentera sebahagian ajaran agama mereka.

ii) Penduduk
- terdiri 3 golongan terbesar yang mendiami Madinah iaitu:
a) Bani Qainuqa' ( tinggal di dalam kota Madinah)
b) Bani Nadhir ( tinggal di Lembah Buthan, subur dengan tanaman kurma terletak
diluar kota Madinah jaraknya 3 batu dari kota)
c) Bani Quraizah ( tinggal di Mahzur, selatan Madinah)

iii) Ekonomi
- menguasai ekonomi Madinah.
- menguasai pasaran tamar, arak, pakaian, bijian.
- mengamalkan sistem riba, cagaran dan sorok barang.

iv) Politik
- menjadi batu api permusuhan antara bangsa Arab seperti Aus dengan Khazraj.
- mengaut keuntungan hasil permusuhan bangsa Arab dengan pinjaman riba kepada
pihak yang bermusuhan bagi membiayai peperangan serta dapat mengekalkan identiti
Yahudi mereka.

15

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

                             
            

Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal
segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah
mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui? *.
Surah AL-BAQARAH ayat 75

* yang dimaksud ialah nenek-moyang mereka yang menyimpan Taurat, lalu Taurat itu dirobah-
robah mereka; di antaranya sifat-sifat nabi Muhammad s.a.w. yang tersebut dalam Taurat itu.

16

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KEENAM
SIKAP YAHUDI TERHADAP RASULULLAH

a) Kisah Huyai bin Akhtab

Apabila berita kedatangan Rasulullah tiba di Quba' dan singgah di perkampungan Bani 'Amru
bin 'Auf semasa peristiwa hijrah maka pemimpin Yahudi Bani Nadhir, Huyai bin Akhtab
bersama saudaranya Abu Yasir bin Akhtab keluar dari perkampungan Bani Nadhir pada waktu
pagi untuk berjumpa Rasulullah.
Mereka berdua kembali ke perkampungan Bani Nadhir pada waktu malam dalam keadaan
letih, malas dan berjalan lemah longlai.
Ummu Mukminin Safiyyah mendengar perbualan bapanya dengan bapa saudaranya.

Abu Yasir : " Betulkah dia orangnya ( Nabi Akhir Zaman ) ?".
Huyai : " Demi Allah ! itulah orangnya."
Abu Yasir : " Adakah engkau benar-benar yakin dan kenal tanda-tandanya?".
Huyai : " Benar".
Abu Yasir : " Jadi, apakah tindakanmu?".
Huyai : " Demi Allah ! selagi aku masih hidup, aku tetap memusuhinya !".

( Ibnu Ishaq daripada riwayat Ummu Mukminin Safiyyah bin Huyai)

b) Kisah Abdullah bin Salam

Abdullah bin Salam adalah seorang pendeta Yahudi paling alim pada masa itu. Di sanjungi dan

dihormati oleh kaum Yahudi. Beliau segera pergi berjumpa Rasulullah semasa Rasulullah

berada di perkampungan Bani Najjar waktu hijrah.

Tujuannya untuk menguji beberapa soalan untuk Rasulullah. Soalan itu hanya dapat dijawab

oleh orang yang bertaraf Nabi. Beliau beriman apabila soalannya dapat dijawab oleh

Rasulullah.

Abdullah bin Salam mengatakan bahawa kaum Yahudi adalah bangsa yang suka berputar belit

dan menyembunyikan kebenaran. Rasulullah pun memanggil orang Yahudi untuk bertanya

tentang Abdullah bin Salam. Rasulullah menyuruh Abdullah menyembunyikan diri.

RASULULLAH : " Apakah kedudukan Abdullah bin Salam disisi kaummu?".

YAHUDI : " Dia orang paling alim, kuat beramal, termulia di kalangan kami

dan anak orang termulia".

RASULULLAH : " Apa pandangan kamu jika Abdullah memeluk Islam ?".

YAHUDI : " Moga Allah lindunginya daripada berbuat demikian." ( diulangi

mereka sebanyak 3 kali)

Kemudian Abdullah pun keluar dan mengucapkan kalimah syahadah.

Serentak itu kaum Yahudi berkata : " Dia orang paling jahat dan anak orang paling jahat di

kalangan kami."

ABDULLAH : " Wahai orang Yahudi ! bertaqwalah kamu kepada Allah.Demi Allah tiada

tuhan selainNya. Sesungguhnya kamu mengetahui bahawa dia Rasulullah dan membawa

kebenaran."

YAHUDI : " Bohong ! ".

( Riwayat Bukhari)

17

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
Percambahan Minda

1) Fahaman Zionisme dan bangsa Yahudi tidak boleh dipisahkan. Melalui internet atau bahan
bacaan dapatkan maklumat tentang fahaman Zionisme. Bincangkan tentang bahaya
fahaman ini.

2) Apakah hubungkait antara Zionisme, Fremason dan bangsa Yahudi ? Bincangkan.

Peninggalan Kubu Yahudi di Khaibar.

Tembok setinggi 25 kaki yang dibina
oleh Yahudi di bumi Palestin kini.
Pemandangan dari udara sebahagian tembok sepanjang 650 km.

18

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

INFO KOTA
KAAB BIN AL-ASYRAF
Lokasi : 3.8km dari Masjid
Quba'
Panjang : 99 kaki ( 33 meter)
Tinggi : 12 kaki ( 4 meter)
Tebal : 3 kaki ( 1 meter)
Peninggalan Tembok Kota Yahudi milik Kaab bin Asyraf
Cuba bandingkan tembok yang dibina Yahudi
zaman Rasulullah dengan zaman kini.
Walaupun terdapat perbezaan, tetapi
matlamatnya sama sahaja iaitu mereka
TAKUTKAN MATI.

Tembok yang dibina Yahudi untuk mengelakkan serangan berani mati pejuang Palestin.
FAKTA

Tembok yang dibina oleh Zionis berukuran
tinggi 8 meter ( 25 kaki) sepanjang 650 km.

19

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

BAB KETUJUH

PROVOKASI MUSYRIKIN MEKAH

 Pihak Musyrikin Mekah masih berdendam terhadap Rasulullah dan orang Islam yang berhijrah
ke Mekah.

 Beberapa provokasi yang mengancam keselamatan Negara Islam Madinah dilakukan oleh
Musyrikin Mekah. Antaranya :

a) Surat kepada Abdullah bin Ubay ( atas sifatnya sebagai Ketua Orang Ansar sebelum
hijrah)

Kandungan surat : " Sesungguhnya kamu telah menyembunyikan seorang dari kaum kami
dan kami bersumpah dengan Nama Allah bahawa kamu mesti memeranginya atau
mengusirnya keluar dari Madinah. Jika tidak, kami akan datang untuk memerangi kamu dan
menghalalkan kaum wanita kamu."

b) Semasa Saad bin Muaz tawaf di Kaabah
Apabila Saad dibawah lindungan Umayyah bin Khalaf tawaf di Kaabah, beliau diancam kata-

kata oleh Abu Jahal :
" Demi Allah, jika engkau tidak bersama Abu Safwan(Umayyah) nescaya engkau tidak dapat
pulang kepada keluargamu dengan selamat."

c) Utusan Musyrikin Mekah
Pihak Musyrikin menghantar utusan menemui orang-orang Islam di Madinah dengan kata-kata

ancaman :
" Jangan kamu berasa selamat kerana terlepas daripada kami menuju Yathrib. Kami pasti akan
datang ( ke Yathrib) untuk hapuskan kamu dan hancurkan kedamaian kamu."

Melihat ancaman Musyrikin Quraisy inilah maka Rasulullah sering berjaga malam dan adakalanya
para Sahabat menjaga baginda setiap malam sehinggalah turun firman Allah Taala :

                                 

                    

Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. dan jika
tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan
amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia *. Sesungguhnya Allah
tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
Surah AL-MAIDAH ayat 67

* Maksudnya: tak seorangpun yang dapat membunuh Rasulullah.

 Keadaan Negara Madinah ketika itu diletakkan dalam suasana darurat. Warganya berjaga setiap
malam dengan senjata masing-masing.

21

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

BAB KELAPAN

KEIZINAN BERPERANG

Dalam suasana tidak aman bagi penduduk Madinah, maka Allah Taala memberikan keizinan

kepada umat Islam untuk berperang. Firman Allah Taala :

                           

Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka
telah dianiaya. dan Sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu.
Surah AL-HAJJ ayat 39

                               

             

(yaitu)Orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka
mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari
perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.
Surah AL-HAJJ ayat 41

Persiapan Jihad :
a) Kemantapan Aqidah

 Para Sahabat Rasulullah telah ditarbiyyah dan diasuh dengan aqidah yang mantap.
Mereka telah diuji di peringkat Mekah. Hasilnya melahirkan satu generasi yang unggul
dari segi aqidah dan pengorbanan untuk agama.

b) Kekuatan Fizikal
 Setelah mereka mempunyai negara sendiri iaitu Madinah, maka kekuatan dan
persediaan dapat dibuat secara teratur. Warga Madinah dapat membuat persiapan dari
segi bilangan tentera, alatan perang dan sumbangan harta benda untuk berjihad.

c) Kebijaksanaan Strategi
 Rasulullah menyusun strategi terbaik untuk menghadapi musuh. Antaranya :

i) Mengurangkan musuh memperbanyakkan kawan. Baginda mengadakan dengan
membuat perjanjian damai dengan kabilah-kabilah yang tinggal di laluan Syam-Mekah.

ii) Membentuk pasukan risikan dan peninjau.

21

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

                        
                           

               

Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan
dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu
menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu
tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. apa saja yang kamu nafkahkan
pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan
dianiaya (dirugikan).
Surah AL-ANFAAL ayat 60

Pusara Ketua Para Syuhada'
Hamzah bin Abdul Mutalib di Uhud.

PERCAMBAHAN MINDA

 Mengurangkan musuh dan meramaikan kawan adalah strategi terbaik dalam
menghadapi musuh. Mengapa? Bincangkan.

22

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

BAB KESEMBILAN

STRATEGI PERTAHANAN MADINAH

Negara Islam Madinah berada dalam suasana tidak aman. Pihak Musyrikin Mekah masih menjadi

ancaman kepada mereka. Rasulullah menyedari perkara ini.
Rasulullah dengan sifat bijaksana( Fatonah) merancang beberapa langkah keselamatan berbentuk
strategi ialtu :

a) Mengadakan perjanjian dengan Non-Muslim dalam dan luaran Madinah.
b) Mengadakan operasi ketenteraan.

a) Mengadakan perjanjian dengan Non-Muslim.

 Perjanjian diadakan dengan Yahudi yang menjadi warga Madinah bertujuan mencegah
sebarang perkhianatan dari dalam terhadap negara.

 Manakala perjanjian dengan pihak luaran berbentuk kerjasama dan tidak menceroboh
antara satu sama lain. Pihak luaran itu ialah kabilah-kabilah yang tinggal berhampiran jalan
perdagangan antara Mekah-Syam.

b) Mengadakan operasi ketenteraan.

Operasi yang dijalankan bertujuan :
i) Menguasai jalan perdagangan Mekah-Syam.
ii) Perang saraf/psikologi untuk menimbulkan kegerunan kepada orang Musyrikin,

Yahudi dan kabilah-kabilah yang tinggal sekitar Negara Islam Madinah.

Antara tempat operasi dijalankan :
 Saiful Al-Bahr, Rabigh, Al-Khirar, Abwa', Waddan, Bawwat, Safuan, Dhi Asyirah dan
Nakhlah.
 Operasi yang dijalankan di Dhi Asyirah inilah yang menjadi punca terjadinya Ghazwah
Badar Al-Kubra.
 Peristiwanya bermula dimana Rasulullah bersama 150 orang tentera keluar dari kota
Madinah untuk menyekat rombongan dagang Quraisy menuju Syam.
 Apabila sampai di Dhi Asyirah, Rasulullah dan tentera Islam dapati rombongan itu
sudah terlepas ke Syam.
 Rombongan Musyrikin Mekah inilah yang apabila kembali semula menuju Mekah, di
tunggu oleh tentera Islam yang menyebabkan berlakunya Ghazwah Badar Al-Kubra

23

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KESEPULUH
GHAZWAH BADAR AL-KUBRA

Ghazwah – Adalah peperangan yang disertai Rasulullah.
Sariyyah - Adalah peperangan yang tidak disertai Rasulullah.

24

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

GHAZWAH BADAR AL-KUBRA

TARIKH : 17 Ramadhan Tahun 2 Hijrah
LOKASI : Badar 80 batu dari Madinah.

KEKUATAN TENTERA : ISLAM MUSYRIKIN MEKAH

313 orang 900 - 1000 orang

( 86 Muhajirin, 61 Aus, 170 Khazraj)

KETUA : Rasulullah Abu Jahal

KENDERAAN : 2 ekor kuda dan 70 unta 100 ekor kuda dan 700 unta

KORBAN/CEDERA 14 syahid 50 -70 terbunuh
40 -70 ditawan

Punca Berlaku :
- Abu Sufyan bersama 40 orang rombongan lelaki serta 1000 ekor unta sarat membawa

barang dagangan dari Syam menuju pulang ke Mekah.

- Berita kepulangan mereka diketahui oleh Rasulullah melalui pasukan peninjau risikan yang
dihantar baginda untuk meninjau berita kepulangan konvoi dagangan Quraisy.

- Rasulullah menghebahkan berita kepulangan kepada orang Islam dengan bersabda :
" Inilah konvoi dagangan Quraisy yang membawa harta benda mereka, keluarlah kamu

untuk menyerang mereka. Moga-moga Allah jadikan harta rampasan untuk kamu."

- Baginda tidak mewajibkan para Sahabat menyertainya. Sekadar secara sukarela sahaja. Ini
kerana baginda sendiri tidak menyangka akan berlaku satu peperangan yang hebat.

- Ramai para Sahabat tidak menyertainya kerana menyangka ianya hanya satu operasi untuk
merampas harta dagangan Quraisy.

Gambaran pelukis tentang pasukan risikan Rasulullah meninjau konvoi dagangan
Quraisy dalam perjalanan pulang dari Syam.

25

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

26

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

PERSIAPAN TENTERA ISLAM

KEKUATAN TENTERA ISLAM
- Rasulullah ketika itu berusia 55 tahun selaku komander tertinggi perang memimpin seramai
313 orang tentera, 2 ekor kuda yang ditunggang Zubair bin Al-Awwam dan Al-Miqdad bin Al-
Aswad dan 70 ekor unta dengan ditunggang bergilir-gilir.

SUSUNAN TENTERA
- Abdullah bin Ummi Makhtum dilantik menjadi imam dan Abu Lubabah bin Abdul Munzir
menguruskan urusan pentadbiran di Madinah.
- Bendera perang warna putih dipegang oleh Mus'ab bin Umair ( Muhajirin) manakalan
bendera warna hitam dipegang oleh Saad bin Mu'az ( Ansar).
- Zubair Al-Awwam dengan kudanya ditugaskan di sayap kanan manakala Miqdad di sayap
kiri.
- Pasukan belakang dipimpin oleh Qais bin Abi Sa'saah.
- Apabila tentera Islam mula bergerak keluar Madinah, maka diutuskan Bisbis bin Umar Al
Juhani dan Adi bin Abi Al-Zaghba menuju Badar untuk mengintip pergerakan konvoi dagang
Quraisy.

LAPORAN BANTUAN TENTERA
- Apabila Rasulullah dan tentera Islam sampai di Al-Rauha' ( 30 batu dari Madinah), baginda
mendapat 2 berita hasil maklumat perisikan iaitu :
a) Konvoi dagang Quraisy akan sampai di Badar keesokkan hari atau lusa.
b) Bantuan ketenteraan dari Mekah dalam perjalanan menuju Badar.

                           

                            

Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu bahwa salah satu dari dua
golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahwa
yang tidak mempunyai kekekuatan senjatalah * yang untukmu, dan Allah menghendaki
untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang
kafir.
Surah AL ANFAL ayat 7

* maksudnya kafilah Abu Sufyan yang membawa dagangan dari Syam. sedangkan kelompok yang
datang dari Mekkah dibawah pimpinan Abu Jahal.

Bala Tentera Musyrikin Quraisy menuju Badar penuh kesombongan dan keangkuhan.
Gambaran pelukis.

27

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

MESYUARAT BERSAMA TENTERA

- Rasulullah memanggil para Sahabatnya untuk bermesyuarat. Baginda memberi taklimat

tentang perkembangan terkini hasil maklumat perisikan.

- Kesimpulannya beberapa andaian dibuat :
a) Pertembungan secara ketenteraan tidak dapat dielakkan. Ini kerana pasukan
bantuan tentera Musyrikin Mekah dalam perjalanan menuju Badar.

b) Jika dibiarkan iaitu tidak berlaku pertempuran di Badar, maka tentera Musyrikin
Mekah akan mara hingga ke Madinah. Langkah pencegahan perlu dilaksanakan agar
medan pertempuran jauh dari Madinah.

- Ada dikalangan tentera Islam mula takut dan kecut menghadapi situasi ini. Allah Taala

menceritakan dalam wahyunya:

                             

                      

5. Sebagaimana Tuhanmu menyuruhmu pergi dari rumahmu dengan kebenaran *,
padahal sesungguhnya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu tidak
menyukainya,
6. Mereka membantahmu tentang kebenaran sesudah nyata (bahwa mereka pasti
menang), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat
(sebab-sebab kematian itu).
Surah AL ANFAL ayat 5-6

* Maksudnya: menurut Al Maraghi: Allah mengatur pembahagian harta rampasan perang
dengan kebenaran, sebagaimana Allah menyuruhnya pergi dari rumah (di Madinah) untuk
berperang ke Badar dengan kebenaran pula. menurut Ath-Thabari: keluar dari rumah dengan
maksud berperang.

UCAPAN MIQDAD BIN 'AMRU

 Rasulullah meminta pandangan orang Muhajirin tentang langkah seterusnya.

 Abu Bakar dan Umar memberi jawapan yang positif.
 Bangun Miqdad bin 'Amru sebagai mewakili pihak Muhajirin dan memberikan

pandangannya:
" Wahai Rasulullah, teruskanlah apa yang telah ditunjukkan kepadamu oleh Allah.
Kami bersamamu. Demi Allah! Kami tidak akan mengatakan kepadamu sebagaimana Bani
Israel berkata kepada Nabi Musa," Pergilah engkau berjuang bersama Tuhanmu, kami mahu
menanti di sini sahaja."
Tetapi kami berkata," Pergilah engkau bersama Tuhanmu, sesungguhnya kami akan
bersama engkau untuk berjuang..
Demi Tuhan yang membangkitkan engkau dengan kebenaran, kalau engkau membawa
kami ke Bark Al-Ghimad ( satu tempat di Yaman.5 malam perjalanan) nescaya kami
sanggup mengharungi hingga sampai ke sana."

28

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

UCAPAN SAAD BIN MU'AZ

 Rasulullah ingin mendengar pandangan dari kaum Ansar. Sesungguhnya kaum Ansar

adalah majoriti dalam Tentera Islam .
 Dalam janji Setia 'Aqabah tidak dinyatakan syarat berperang di luar kota Madinah.
 Lalu Saad bin Mu'az memahami hasrat Rasulullah dan berucap :
" Sesungguhnya kami beriman denganmu dan membenarkanmu. Kami menyaksikan apa
yang dibawa olehmu adalah benar.
Untuk itu kami memberi perjanjian kami kepadamu untuk kami dengar dan taat.
Wahai Rasulullah, teruskanlah hasratmu, demi Tuhan yang membangkitkanmu dengan
kebenaran.
Kalau kau bawa kami ke lautan lalu engkau mengharunginya nescaya kami juga
mengharungi bersamamu. Tiada seorangpun dari kami akan ketinggalan.
Kami tidak benci sekiranya kau membawa kami bertemu musuh esok hari. Sesungguhnya
kami adalah orang-orang yang sabar ketika berperang dan tidak akan berundur.
Mudah-mudahan Allah tunjukkan kepadamu tentang kami yang dapat mententeramkan
mu.
Mari kita teruskan perjalanan, moga Allah memberkati kita."
 Ucapan Saad menggembirakan Rasulullah. Baginda bersabda :
" Bergeraklah kamu semua. Terimalah berita gembira. Sesungguhnya Allah Taala janjikan
kepadaku salah satu dari dua kumpulan( Abu Sufyan atau Abu Jahal) .Demi Allah , aku
bagaikan nampak kekalahan mereka." ( Ibnu Hisyam)

29

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

PERSIAPAN PIHAK MUSYRIKIN MEKAH

 Abu Sufyan menyedari tentang persiapan Tentera Islam menunggu konvoi dagang

mereka di tengah jalan menuju Mekah.

 Beliau menghantar seorang utusan untuk mendapatkan bantuan dari Mekah.
 Apabila Musyrikin Mekah mendapat berita dari utusan yang diutuskan oleh Abu

Sufyan itu, maka mereka bersemangat untuk memberi bantuan.

 Kesemua pemimpin mereka turut serta kecuali Abu Lahab.
 Abu Jahal dilantik sebagai komander perang dengan diiringi 1300 orang, 100 ekor kuda dan

700 ekor unta.

 Bala tentera Musyrikin Quraisy menuju Badar dalam keadaan penuh kesombongan dan

kebanggaan.

 Mereka penuh yakin Tentera Islam yang diketuai oleh Rasulullah akan dapat ditewaskan

dan ajaran Islam akan berkubur. Mereka akan digeruni oleh bangsa Arab yang lain.

Allah Taala menggambarkan mereka dalam firmanNya:

                             

                             

                                      

                      

47. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya
dengan rasa angkuh dan dengan maksud riya' kepada manusia serta menghalangi (orang)
dari jalan Allah. dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan.
48. Dan ketika Syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan
mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari
ini, dan Sesungguhnya aku ini adalah pelindungmu". Maka tatkala kedua pasukan itu
telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), Syaitan itu balik ke belakang seraya
berkata: "Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu, Sesungguhnya aku dapat
melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; Sesungguhnya aku takut kepada
Allah". dan Allah sangat keras siksa-Nya.
Surah AL ANFAL ayat 47-48

31

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

KONVOI ABU SUFYAN TERSELAMAT
- Abu Sufyan menyedari bahaya bakal menimpa konvoi dagangan beliau lalu

mengubah perjalanan konvoi melalui persisiran pantai.
- Hasilnya konvoi itu tidak dapat dikesan dan dipintas oleh Tentera Islam.
- Lalu Abu Sufyan menghantar surat kepada tentera Quraisy yang dalam perjalanan
menuju Badar agar kembali semula ke Mekah kerana konvoi dagangan mereka telah
selamat dari ancaman tentera Islam.
- Arahan Abu Sufyan tidak dipersetujui oleh Abu Jahal sambil berkata :
" Kita tidak akan pulang ke Mekah sehinggalah kita sampai di Badar. Kita tinggal di sana
selama 3 hari. Kita berpesta di sana sambil sembelih binatang, makan, minum arak,
berhibur dan orang 'Arab akan mendengar berita( kemenangan) dari kita dan mereka
selama-lamanya akan gerun dengan kita."
- Pihak Musyrikin Mekah bercanggah pendapat samada teruskan ke Badar atau

kembali ke Mekah.
- Akhirnya Bani Zuhrah dan 'Adawi menarik diri dari Tentera Musyrikin Quraisy.
Jumlah mereka lebih kurang 300 orang.
- Abu Jahal bersama tenteranya yang berbaki 1000 orang meneruskan perjalanan
menuju Badar.

31

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

MAKLUMAT PERISIKAN DAN PENINJAU

- Rasulullah bersama Abu Bakar bertindak meninjau kawasan sekitar untuk mengesan

kedudukan musuh.

- Hasilnya, Rasulullah mendapat maklumat daripada seorang tua yang ditemui tentang lokasi

terkini pihak Musyrikin Mekah.

- Satu lagi pasukan peninjau yang dihantar oleh Rasulullah terdiri daripada Ali bin Abi

Talib, Zubair Al-Awwam dan Saad bin Abi Waqqas. Hasil maklumat yang dapat diperolehi
daripada 2 orang Musyrikin yang ditawan iaitu :

 Kedudukan musuh.
( di balik bukit, tempat bernama Al-'Udwah al-Qaswa )

 Bilangan musuh.
( 900-1000, berdasarkan sembelihan unta setiap hari )

 Nama pemimpin-pemimpin Quraisy yang turut serta.
( antaranya Abu Jahal, Umayyah bin Khalaf, Utbah dan Syaibah bin Rabi'ah )

- Dengan maklumat itu, Rasulullah berkata kepada Tentera Islam :

" Mekah telah campakkan sebahagian jantungnya ( pemimpin Mekah) kepada kamu."

MALAM MENJELANG PERTEMPURAN

- Pada malam hari Khamis waktu Isyak, Rasulullah bersama tenteranya sampai di

Lembah Badar berhampiran mata air dan Baginda merancang untuk berkhemah di
situ.

- Tiba-tiba seorang Sahabat dari kaum Ansar iaitu Habbab bin Al-Munzir* bertanya :

" Wahai Rasulullah, adakah keputusan kita untuk berkhemah di sini satu arahan
dari Allah dan tidak boleh diubah atau satu strategi peperangan ? ".

- Jawab Rasulullah : " Sekadar satu strategi peperangan ."

- Habbab memberi cadangan :

" Di sana lebih sesuai iaitu kawasan mata air yang paling hampir dengan musuh.
Kita bina satu kolam yang besar dan kita musnahkan telaga-telaga berhampiran.
Kita berperang nanti dalam keadaan kita ada bekalan air dan musuh terputus
bekalan air."

- Rasulullah bersetuju dan menyatakan cadangan Habbab itu satu idea yang baik.

- Rasulullah bersama tentera Islam sampai di lokasi yang dicadangkan oleh Habbab

ketika waktu tengah malam.

* Habbab bin Al-Munzir di kenali juga dengan nama Abu 'Amru. Meninggal dunia pada zaman
pemerintahan Umar.

32

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

PENEMPATAN TENTERA DAN PUSAT OPERASI

- Apabila dibina khemah dan persiapan diatur, Saad bin Muaz memberi cadangan kepada

Rasulullah tanda kasih sayang seandainya sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku
berkata :
" Wahai Nabi Allah, izinkan kami didrikan satu khemah untuk kau agar kau boleh duduk
di situ dan kami sediakan kenderaan untukmu .
Biar kami hadapi musuh. Kalau Allah menangkan kita, itu adalah cita-cita kami. Tetapi
jika sebaliknya, kau naiklah kenderaan yang kami sediakan dan mintalah bantuan dari
orang yang tidak menyertai peperangan ini ( Madinah). Mereka juga kasih kepadamu
seperti mana kami kasih kepadamu. Mereka akan patuh arahanmu dan berjihad
bersamamu."

- Rasulullah memuji dan mendoakan untuk Saad bin Mu'az.
- Khemah pun didirikan diatas sebuah bukit kecil. Dari situ, Rasulullah dapat memerhati ke

arah medan pertempuran dan memberi arahan.

- Beberapa pemuda Ansar dipilih untuk mengawal Rasulullah dibawah pimpinan Saad bin

Mu'az.

- Rasulullah pun berjalan ke tempat yang bakal menjadi medan perang sambil

menunjukkan tempat-tempat pemimpin Musyrikin bakal dibunuh. Ianya benar-benar
berlaku.

MALAM JUMAAT, 17 Ramadhan Tahun 2 Hijrah

- Pada malam menjelang pertempuran, Allah mengurniakan kepada tentera Islam perasaan

mengantuk, penuh ketenangan dan ketenteraman.

- Rasulullah solat sepanjang malam berhampiran sepohon pokok di situ. Manakala tentera

Islam tidur dalam keadaan nyenyak.

- Hujan turun pada malam itu serentak. Hujan gerimis untuk membersihkan hati tentera

Islam serta menghilangkan gangguan syaitan. Manakala hujan lebat membawa bencana kepa
pihak Musyrikin sehingga menghalang perjalanan mereka mara ke depan.

- Allah Taala berfirman :

                             

                        

(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenangan
daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk
mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-
gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya
telapak kaki(mu) *.
Surah AL-ANFAL ayat 11

* Memperteguh telapak kaki disini dapat juga diertikan dengan keteguhan hati dan keteguhan
pendirian.

33

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

PAGI JUMAAT, 17 Ramadhan Tahun 2 Hijrah

- Pihak Musyrikin Mekah mula turun dari kawasan tinggi ke Wadi Badar. Ada dikalangan

mereka minum air dari kolam yang dibina oleh Rasulullah bersama tentera Islam. Kesemua
yang minum dari kolam itu terbunuh dalam peperangan itu kecuali Hakim bin Hizam.

- Selepas membuat penempatan dan persediaan, Abu Jahal menghantar seorang peninjau

untuk melihat kedudukan Tentera Islam.

- Peninjau itu memberikan gambaran tentang persiapan dan kesungguhan tentera Islam

menghadapi musuh dalam keadaan serba kekurangan tetapi penuh semangat untuk mati.

- Ini membimbangkan pihak Musyrikin. Lalu seorang pemimpinnya 'Utbah bin Rabi'ah

mencadangkan agar peperangan dapat dielakkan dan mereka kembali ke Mekah.

- Abu Jahal menjawab cadangan 'Utbah dengan berkata : " Demi Allah ! 'Utbah telah

terkena sihir Muhammad. Kita tidak akan balik melainkan Allah memutuskan keputusan
antara kita dan Muhammad."

- Pihak Musyrikin kembali bersemangat untuk meneruskan peperangan.

SITUASI MEDAN TEMPUR
- Kedua pihak mula berhadapan antara satu sama lain dari jauh.
- Rasulullah berdoa : " Ya Allah, inilah orang-orang Quraisy telah datang dengan
sombong dan megahnya. Mereka menentangMu dan mendustakan rasulMu.
Ya Allah. musnahkanlah mereka pagi ini."

34

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

MENGATUR SAF PERANG DAN ARAHAN TERAKHIR

 Ketika Rasulullah membetulkan saf tenteranya dengan menggunakan batang panah, tiba-tiba

seorang tentera Islam bernama Sawad bin Ghaziyah yang dicucuk perutnya bersuara :
" Ya Rasulullah, perbuatanmu ini menyakitiku. Aku ingin membalasnya."
 Rasulullah mengizinkannya dengan menyingkap perutnya untuk dibalas. Tiba-tiba Sawad

memeluk dan mencium Rasulullah sambil berkata :
" Wahai Rasulullah, aku mahu hubungan terakhirku bersamamu ialah dengan
bersentuhan kulitku dengan kulitmu."
 Rasulullah mendoakan kebaikan untuk Sawad.
 Setelah selesai mengatur saf, Rasulullah pun mengeluarkan arahan terakhir kepada Tentera

Islam :
" Bila musuh menyerbu kamu maka panahlah mereka dan bertahanlah dengan panahan
kamu. Jangan gunakan pedang kamu melainkan setelah mereka merempuh kamu."
( Sunan Abu Daud 2/13 )

DOA MUSYRIKIN

 Apabila perang hampir tercetus, maka pemimpin Musyrikin Mekah Abu Jahal pun berdoa :

" Ya Allah, Muhammad telah memutuskan tali siraturahim dengan kami. Dia membawa
ajaran yang kami tidak kenali. Binasakan dia pada hari ini.
Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada mereka yang Engkau suka dan redhai pada
pagi ini."

Sempena doa Abu Jahal inilah, Allah Taala berfirman :

                                 

                                

Jika kamu (orang-orang musyrikin) mencari keputusan, Maka telah datang
keputusan kepadamu; dan jika kamu berhenti *; Maka Itulah yang lehih baik
bagimu; dan jika kamu kembali **, nescaya Kami kembali (pula) ***; dan
angkatan perangmu sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu sesuatu
bahayapun, biarpun dia banyak dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang
yang beriman.
Surah AL ANFAAL ayat 19

* Maksudnya: berhenti dari memusuhi dan memerangi rasul.
** Maksudnya: kembali memusuhi dan memerangi rasul.
*** Maksudnya: Allah memberi pertolongan kepada rasul.

35

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

PERTEMPURAN BERMULA
 Seorang musyrikin bernama Al-Aswad Al-Makhzumi bersumpah untuk minum di
telaga tentera Islam. Semasa beliau menuju ke telaga tersebut, Hamzah bin Abdul
Mutalib melibas pedangnya menyebabkan kaki Al-Aswad putus.
 Al-Aswad gagal menuju ke telaga Tentera Islam.

Al-Aswad menuju ke
telaga Badar tetapi
dapat dicantas putus

betisnya oleh Hamzah.

 Selepas itu keluarlah pula 3 orang pahlawan berkuda Musyrikin dari satu keluarga.

Mereka ialah Syaibah bin Rabi'ah, 'Utbah bin Rabi'ah dan anaknya Al-Walid bin
'Utbah.

 Mereka bertiga mencabar untuk bertarung secara individu. Maka bangunlah tiga

orang Tentera Islam dari golongan Ansar. Malangnya pihak Musyrikin ingin
bertarung dengan golongan Muhajirin.

 Maka Rasulullah memberi arahan kepada Hamzah bin Abdul Mutalib, Ali bin Abi

Talib dan 'Ubaidah bin Al-Harith bertarung dengan pahlawan Quraisy..

 Hamzah bertarung dengan Syaibah, 'Ubaidah dengan 'Utbah dan Ali bertarung

dengan Al-Walid.

 Hamzah dan Ali dapat membunuh lawannya dengan mudah. Manakala Abu Ubaidah

tercedera dengan terputus sebelah tangannya ditetak oleh 'Utbah.

 Ali dan Hamzah mara membunuh 'Utbah dan menolong Abu 'Ubaidah yang

tercedera.

 'Ubaidah meninggal dunia semasa perjalanan pulang ke Madinah selepas lima

hari Ghazwah Badar.

36

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

 Terbunuhnya tiga orang pahlawan Musyrikin menimbulkan kemarahan terhadap Tentera

Islam. Maka dengan geram mereka menyerbu kearah Tentera Islam untuk serangan besar-
besaran.

 Tentera Islam mengambil langkah bertahan sebagaimana arahan Rasulullah.

 Di saat yang amat genting inilah Rasulullah bermunajat kepada Allah Taala :

" Ya Allah ! laksanakan janjiMu kepadaku. Ya Allah! Aku merayu bantuan dan janjiMu.
Ya Allah ! andaikata kumpulan ini tewas pada hari ini, nescaya Engkau tidak akan
disembah lagi selepas ini….".

 Rasulullah bermunajat penuh pasrah hingga kain di bahu baginda terjatuh. Abu Bakar

mengangkat kembali kainnya sambil berkata :
" Wahai Rasulullah, cukuplah…..engkau terlalu mendesak Tuhanmu."

 Allah Taala makbulkan munajat RasulNya dengan pertolongan Malaikat :

                                        
                    

12. (Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku
bersama kamu, Maka teguhkan (pendirian) orang-orang yang telah beriman". Kelak akan
Aku jatuhkan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, Maka penggallah kepala
mereka dan potonglah tiap-tiap anggota mereka.

                               

9. (Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya
bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu
malaikat yang datang berturut-turut".

BANTUAN TENTERA ALLAH
SURAH AL-ANFAAL

37

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

 Buat seketika Rasulullah terlelap. Apabila baginda terjaga dan berkata kepada Abu Bakar :

" Terimalah berita gembira ini, wahai Abu Bakar, bantuan Allah telah tiba. Malaikat
Jibrail memegang tali kudanya telah datang melalui denai-denai yang penuh debu."

 Rasulullah pun keluar dari khemahnya dengan memakai baju besi sambil melompat dan

berkata :

             

Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang.
Surah AL-QAMAR ayat 45

 Lalu Rasulullah mengambil segenggam pasir dan melontar kearah Tentera Musyrikin.

Ianya mengenai mata, lubang hidung dan mulut mereka.

 Mengenai peristiwa tersebut, Allah Taala berfirman :

                            

                 

Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan
tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar
ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat
demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan
kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Surah AL-ANFAAL ayat 17

artyu Pusara Syuhada'
38 di Badar.

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

SUASANA PERTEMPURAN

 Setelah mendapat perkhabaran kedatangan Tentera Malaikat, Rasulullah menukar

taktik bertahan kepada taktik menyerang.

 Baginda melaungkan kata-kata semangat kepada Tentera Islam :

" Demi jiwa Muhammad ditanganNya ! sesiapa yang memerangi mereka (musuh) pada
hari ini, kemudian terkorban dalam keadaan sabar, mengharapkan keredhaan Allah dan
tidak berundur, pasti Allah memasukkannya ke dalan syurga."
" Bersegeralah kamu berjuang
untuk menuju syurga seluas langit
dan bumi."

 Barisan pertahanan Musyrikin

mula goyah dan kucar-kacir
dengan asakan bersemangat
Tentera Islam.

 Bantuan tentera Malaikat ( tidak

dapat dilihat Tentera Islam tetapi
dapat dilihat oleh Tentera
Musyrikin) mula memberi
mencantas kepala musuh.

 Beberapa gambaran telah

diceritakan tentang penglibatan
Malaikat dalam peristiwa ini :
a) " Pada hari itu ada kepala Musyrikin yang gugur tanpa diketahui siapa yang
memancungnya dan ada tangan yang terpelanting tanpa diketahui siapa yang
mencantasnya." ( Ikrimah )
b) " Aku menyerang seorang Musyrikin untuk membunuhnya tetapi tiba-tiba kepalanya
jatuh sebelum pedangku memancungnya." ( Abu Daud Al-Mazini)
c) " Bukan dia yang menawanku tetapi oleh seorang lelaki yang botak ditepi kepalanya
dengan rupa yang amat kacak sambil menunggang kuda bertompok hitam putih." ( Ibnu
'Abbas)

IBLIS MENARIK DIRI

 Iblis turut berjuang bersama Tentera Musyrikin dalam Ghazwah Badar ini. Ia

menyamar sebagai Suraqah bin Malik.

 Apabila ia mula nampak kedatangan Tentera Malaikat, maka iblis pun melarikan diri .

 Semasa cuba melarikan diri, iblis dihalang oleh Tentera Musyrikin tetapi ia dapat lolos
sambil berkata :
" Aku lihat apa yang kamu tidak lihat. Aku amat takutkan Allah kerana azabNya
amat keras."

 Iblis kemudiannya terjun ke dalam laut dalam keadaan takut.

39

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

KEKALAHAN MEMALUKAN

 Tentera Musyrikin mula melarikan diri. Mereka dikejar oleh Tentera Islam.

 Melihat pasukannya diambang kekalahan, Abu Jahal cuba memberi ucapan semangat

penuh kesombongan :
" Jangan kita kalah disebabkan Suraqah (iblis) telah belot dan ia berpakat dengan
Muhammad. Jangan gentar dengan kematian 'Utbah, Syaibah dan Al-Walid. Mereka
tewas kerana kegopohan mereka. Demi Al-Lata dan Al-Uzza, aku akan pastikan setiap
kita berpeluang membunuh mereka. Tangkaplah mereka segera !".

 Ucapan Abu Jahal tidak memberi kesan. Ramai Tentera Musyrikin melarikan diri, dibunuh
dan ditawan.

KEMATIAN PEMBESAR QURAISY

 Abu Jahal dibunuh oleh dua orang pemuda Ansar bernama Muaz bin Al-Jamuh dan
Mu'awwiz bin 'Afra'. ( Bukhari 1/444)

Ketika nyawa Abu Jahal tinggal nyawa-nyawa ikan, Abdullah bin Mas'ud memancung
kepala Abu Jahal dan membawa kepala itu kepada Rasulullah.
 Apabila Rasulullah melihat tubuh Abu Jahal tanpa kepala, baginda bersabda :
" Inilah Firaun zaman ini".

 Umayyah bin Khalaf dibunuh oleh Bilal Ar-Rabah( bekas hambanya), Ammar bin Yassir
dan orang-orang Ansar.

 Umar Al-Khattab membunuh bapa saudaranya Al 'As bin Hisham Al-Mughirah.
 Abu 'Ubaidah membunuh ayahnya Al-Jarrah.
 Mus'ab bin 'Umair membunuh saudaranya 'Ubaid bin 'Umair dan tidak mengaku

saudaranya 'Aziz bin 'Umair yang ditawan sebagai saudaranya.

                               

                             

                              

                         

Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang
dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa,
atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka(yang setia) itu, Allah
telah menetapkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang
datang daripada-Nya. dan dimasukan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redhakan mereka dan mereka redha(serta
bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Mereka itu golongan Allah. Ketahuilah, bahawa
sesungguhnya golongan Allah itu adalah golongan yang beruntung(berjaya).
Surah AL-MUJADALAH ayat 22

41

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

PASCA PERANG
- Seramai 14 orang syahid dari kalangan Tentera Islam ( 6 orang Muhajirin dan 8 orang
Ansar).
- Seramai 70 orang Musyrikin terbunuh dan 70 orang lagi ditawan.
- Rasulullah berdiri mengadap mayat-mayat Tentera Musyrikin dan berkata :
" Buruk sungguh perlakuan kamu terhadap Nabimu. Kamu dustakan aku tetapi ramai
yang lain mempercayaiku. Kamu enggan bantuku tetapi mereka(Ansar) membantuku.
Kamu halau aku tetapi mereka memberi perlindungan kepadaku."
- Baginda pun mengarahkan seramai 24 mayat pembesar Musyrikin Quraisy dicampakkan
kedalam telaga buta. Mereka terbunuh ditempat yang ditunjukkan oleh Rasulullah sebelum
pertempuran.
- Apabila mayat "Utbah bin Rabi'ah dicampakkan ke dalam telaga, air muka anaknya (Abu
Huzaifah) berubah. Rasulullah bertanya tentang sikapnya. Abu Huzaifah menjawab :
" Demi Allah ! Aku tidak meragui kekufurannya, tetapi aku sedih kerana dia mati dalam
keadaan tidak mendapat hidayah seperti yang saya amat harapkan."
- Baginda bersama Tentera Islam tinggal di medan peperangan selama 3 hari sebelum berangkat
pulang ke Madinah.
- Semasa berangkat pulang, Rasulullah berhenti di pinggir telaga buta dimana tempaat
dicampakkan pembesar Musyrikin seraya menyeru :
" Wahai si fulan bin fulan ( disebut semua nama mereka) ! Apakah kamu tidak gembira jika
kamu taati Allah dan RasulNya?. Sesungguhnya kami dapati janji oleh Tuhan kami
adalah benar. Maka adakah janji Tuhan kamu adalah benar?."
- Umar bertanya : "Wahai Rasulullah, adakah mereka ini mendengar ?"
- Rasulullah menjawab :
" Mereka lebih mendengar daripada kamu tetapi tidak berupaya menjawab."

KEHINAAN - Mayat-mayat pembesar Quraisy dihumban di dalam telaga buta di Badar.

Gambaran pelukis.

41

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

HARTA RAMPASAN

 Allah Taala menurunkan wahyunya tentang harta rampasan perang (Ghanimah) semasa
Rasulullah berada di Badar untuk panduan baginda mengagihkan ghanimah tersebut.

                              

                   

1. Mereka menanyakan kepadamu tentang (pembagian) harta rampasan perang.
Katakanlah: "Harta rampasan perang kepunyaan Allah dan Rasul *, oleh sebab itu
bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu; dan
taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu adalah orang-orang yang beriman."

AL ANFAAL 1
* Maksudnya: pembahagian harta rampasan itu menurut ketentuan Allah dan RasulNya.

HUKUMAN PENJENAYAH PERANG

 Dalam perjalanan pulang, Rasulullah memerintahkan supaya 2 orang Musyrikin Mekah

dihukum bunuh. Mereka ialah :

a) Al-Nadir bin Al-Harith – pembawa bendera perang. Orang yang kuat menyakiti
Rasulullah semasa di Mekah. Dipancung oleh Ali bin Abi Talib.
b) 'Uqbah bin Abu Mua'yyit - orang yang mencampakkan uri unta ketika Rasulullah
sedang solat dan menjerut leher Rasulullah dengan niat membunuh. Dipancung oleh 'Asim
bin Thabit.

Mereka berdua dihukum bunuh atas sebab kejahatan dan jenayah mereka yang dilakukan
semasa di Mekah terhadap Rasulullah dan Islam.

MADINAH MENDAPAT KHABAR GEMBIRA

 Rasulullah mengutus dua orang Sahabat untuk menyampaikan berita kemenangan di

Badar. Mereka ialah :
a) Abdullah bin Rawahah.
b) Zaid bin Harithah.

 Penduduk Madinah mendapat khabar palsu daripada orang Yahudi dan Munafik tentang

kekalahan Tentera Islam dan terbunuhnya Rasulullah.

 Seorang Munafik berkata ketika melihat Zaid menunggang unta Rasulullah, Al-Qaswa' :

" Benarlah Muhammad telah terbunuh, ini untanya yang ditunggang oleh Zaid yang datang
seperti orang tewas."

42

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

 Apabila 'Abdullah dan Zaid menyampaikan berita kemenangan kepada warga

Madinah, bergemalah bumi Madinah dengan laungan tahlil dan takbir.

" Berita kemenangan itu sampai ketika kami sedang meratakan kubur Ruqayyah puteri
Rasulullah dimana Rasulullah menyuruh aku dan Uthman menjaganya."
( Usamah bin Zaid)

MEKAH MENDAPAT KHABAR BURUK

 Tentera Musyrikin yang pertama

sampai di Mekah, Al-Haisuman
memberitahu tentang kematian
pemimpin Quraisy seperti Abu
Jahal, Umayyah bin Khalaf serta
beberapa lagi
pemimpin mereka.

 Malangnya ia dianggap tidak Warga Mekah sedang mendengar
berita buruk kekalahan mereka di
siuman oleh Safwan bin 'Umayyah Badar. Gambaran pelukis
(anak Umayyah bin Khalaf).
Al-Haisuman melihat sendiri bapa
dan saudara Safwan dibunuh di
Badar.

 Berita kekalahan Abu Jahal dan bala tenteranya telah diterima oleh warga Mekah dalam

keadaan malu. Maka bagi mengelakkan perasaan malu dan sedih mereka diketahui oleh
orang Islam, maka pimpinan Quraisy mengeluarkan arahan tidak dibenarkan meratap dan
menangis kepada mereka yang terkorban dalam Ghazwah Badar.

HINANYA ABU LAHAB

 Abu Lahab meminta Abu Sufyan menyampaikan perkembangan peperangan, lalu Abu

Sufyan menjawab :
" Perang itu umpama kita hulurkan leher kita untuk dibunuh. Malah mereka dapat
menawan kita. Demi Allah ! Kita juga bertemu lelaki yang berpakaian putih menunggang
kuda bertompok hitam putih yang turun antara langit dan bumi. Kita tidak upaya
menentang mereka."

 Abu Lahab menderita sejak itu. Dia dihinggapi penyakit kudis ( sejenis kudis yang

dianggap jijik dan kotor oleh masyarakat Arab) dan hidup hanya selama 7 hari sejak
peristiwa itu.

 Apabila Abu Lahab mati, anak-anaknya jijik mendekatinya dan membiarkan terbiar

selama 3 hari sebelum menguburkannya dengan menolak mayat Abu Lahab dengan
sebatang kayu dan menimbusnya dengan batu-batu.

43

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
 Sesungguhnya kehinaan terhadap Abu Lahab telah bermula sejak Peristiwa Bukit Safa'.

                        
                   

1. Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan Sesungguhnya dia akan binasa.
2. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.
3. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.
4. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar.
5. Yang di lehernya ada tali dari sabut. Surah AL-MASAD

Mayat Abu Lahab sedang ditolak oleh anak-anaknya masuk ke lubang lahad
Gambaran pelukis.

TAWANAN PERANG

 Apabila di Madinah, Rasulullah berbincang dengan Abu Bakar dan Umar tentang 70

orang tawanan Musyrikin Quraisy. Keduanya memberi cadangan :
ABU BAKAR : " Wahai Rasulullah, mereka itu anak beranak kita. Saya cadangkan kau

ambil bayaran tebusan. Dengan wang itu, ia menbjadiu sumber kekuatan
menghadapi orang-orang kafir. Mudah-mudahan Allah kurniakan hidayah
kepada mereka dan kelak membantu kita."
UMAR : " Demi Allah! Saya tidak setuju cadangan Abu Bakar. Saya cadangkan
serahkan keluarga saya supaya saya pancung kepalanya, serahkan 'Aqil bin
Abi Talib supaya Ali memancung kepalanyas, serahkan saudara Hamzah biar
Hamzah pancung kepalanya. Kita buktikan kepada Allah bahawa tiada
dalam hati kita rasa kasihan kepada orang Musyrikin."

44

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

RASULULLAH : " Sesungguhnya Allah melembutkan hati seseorang hingga lebih
lembut dari susu dan menjadikan hati keras dan tegas lebih keras dari batu.
Wahai Abu Bakar, kau seperti Nabi Ibarahim ketika berkata," Oleh
itu sesiapa yang mengikutiku maka ia adalah dari golonganku dan
sesiapa menentangku maka sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Ibrahim 36)
Wahai Umar, kau seperti Nabi Nuh ketika berkata," Wahai Tuhanku,
janganlah Engkau biarkan seorangpun orang-orang kafir tinggal di
muka bumi." ( Surah Nuh 26)

                    

                              

 Kedua cadangan Abu Bakar dan Umar dipuji oleh Rasulullah. Keduanya bertujuan yang

sama iaitu memuliakan ugama Islam dan menghina orang-orang Musyrikin.

Tawanan Musyrikin Mekah sedang mengajar anak-anak orang Islam. Gambaran pelukis

 Rasulullah menerima cadangan Abu Bakar. Ada tawanan dikenakan wang tebusan kepada

mereka dari golongan bangsawan. Manakala yang miskin dan tidak mampu dikenakan
hukuman mengajar anak- anak orang Islam hingga pandai menulis. Ada juga yang
diampunkan oleh Rasulullah dan dibebaskan tanpa hukuman.
 Ibadat puasa dan zakat difardukan pada Tahun 2 Hijrah.

45

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
 Allah Taala menganugerahkan Hari Raya 'Idil Fitri kepada umat Islam sempena

kemenangan dalam Ghazwah Badar. Gema takbir, tauhid dan tahmid menghiasi ruang
udara bumi Madinah.

                          
                      

Dan ingatlah (hai para muhajirin) ketika kamu masih berjumlah sedikit, lagi
tertindas di muka bumi (Mekah), kamu takut orang-orang (Mekah) akan menculik
kamu, Maka Allah memberi kamu tempat menetap (Madinah) dan dijadikan-Nya
kamu kuat dengan pertolongan-Nya dan diberi-Nya kamu rezeki dari yang baik-
baik agar kamu bersyukur.

Surah AL-ANFAAL ayat 26

46

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

KRONOLOGI GHAZWAH BADAR AL-KUBRA

TENTERA ISLAM TENTERA MUSYRIKIN
JamadilAwal/JamadilAkhir 2 H Abu Sufyan bersama 40 ahli rombongan
1) Rasulullah bersama 150 tentera dan 30 dagang dan 1000 ekor unta menuju Syam.
ekor unta menuju ke Dhi Usyairah untuk
memintas konvoi dagang Abu Safyan

2) Gagal memintas kerana terlewat. Selamat sampai di Syam dan berniaga.

3) Rasulullah hantar Talhah bin Ubaidah Konvoi Abu Sufyan mula meninggalkan
dan Said bin Zaid untuk meninjau Syam menuju Mekah.
perkembangan konvoi Abu Sufyan.

4) Maklumat diterima. Rasulullah kerah Abu Sufyan mendapat maklumat tentang
tanpa mewajibkannya 313 orang dengan 2 persiapan tentera Islam untuk merampas
ekor kuda kepunyaan Zubair Al-Awwam muatan konvoi mereka.
dan Miqdad bin Al-Aswad untuk memintas Menghantar utusan minta bantuan
kali kedua konvoi Abu Sufyan . ketenteraan di Mekah.

5) Perjalanan ke Badar. Pasukan tentera Musyrikin Quraisy dibentuk
untuk memberi bantuan.
Ketuai oleh Abu Jahal dengan 1300 orang
tentera dan 100 ekor kuda.
Dibiayai oleh 9 orang orang kaya Mekah.

5) Rasulullah utus peninjau untuk tinjau Abu Sufyan berjaya lepasi ancaman Tentera
perkembangan konvoi Abu Sufyan. Islam. Konvoinya melalui persisiran pantai.
Hantar utusan kepada Abu Jahal agar
tenteranya kembali semula ke Mekah.

6) Abu Jahal tetap rancangannya untuk
berperang dan terus ke Badar. Bani Zuhrah
7) Maklumat perisikan diperolehi : menarik diri. Seramai 300 orang Bani
a) Konvoi Abu Sufyan terlepas. Zuhrah kembali ke Mekah.
b) Abu Jahal bersama 1000 tentera
menuju Badar.
Perang tidak dapat dielakkan.

8) Rasulullah minta pandangan sahabat-
sahabatnya.
Jawapan diperolehi adalah positif.
Ucapan masyhur Miqdad bin Amru dan
Saad bin Muaz.

47

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

TENTERA ISLAM TENTERA MUSYRIKIN

16 Ramadhan (pagi)
9) Rasulullah bersama Abu Bakar membuat

rondaan risikan. Baginda dapat maklumat
dari seorang tua tentang tempat kedudukan

terkini Tentera Musyrikin.

16 Ramadhan (petang)
10) Rasulullah utus Ali, Zubair dan Saad bin

Abi Waqas untuk operasi risikan.
Mereka dapat menangkap 2 orang
Musyrikin.
Maklumat risikan yang diperolehi:
a) Lokasi tentera Musyrikin.
b) Jumlah anggaran tentera Musyrikin.
c) Nama pimpinan Musyrikin yang turut
serta.

16 Ramadhan ( malam) 16 Ramadhan ( malam)
11) Hujan turun. Hujan gerimis untuk Hujan turun. Hujan sangat lebat yang
membersihkanmereka dan menghilangkan menghalang perjalanan dan kemaraan
gangguan syaitan. Meneguhkan kedudukan tentera Musyrikin.
serta hati mereka semakin kental dan Berlaku ketegangan diantara mereka. Utbah
bersemangat. bin Rabiah cadangkan agar Tentera
Membina penempatan tentera serta khemah Musyrikin kembali ke Mekah. Manakala
khas untuk Rasulullah sebagai Markaz Abu Jahal berkeras untuk meneruskan
Arahan dari Rasulullah semasa perang pertempuran.
tercetus. Utbah dituduh Abu Jahal terkena sihir.
Mereka juga membina kolam untuk bekalan
air .Rasulullah mula menyusun kedudukan
tentera juga menunjukkan tempat bakal
terbunuhnya pemimpin Musyrikin.

17 Ramadhan (pagi) 17 Ramadhan ( pagi)
Kedua pihak saling berhadapan Kedua pihak saling berhadapan
12) Rasulullah bermunajat . Abu Jahal berdoa.
Hamzah melibas kaki Al-Aswad hingga Al-Aswad Al-Makhzumi dengan
putus semasa dia cuba pergi ke kolam kesombongan menuju ke kolam Tentera
Tentera Islam sebagai tunjuk keegoan. Islam.

13) Rasulullah memberi arahan kepada Ali, Pimpinan Musyrikin terdiri Utbah bin
Hamzah dan Ubaidah menyahut cabaran Rabiah, Syaibah bin Rabiah dan Al-Walid
berlawan satu sama lain. bin Utbah mencabar Tentera Islam agar
Kesemua mereka berjaya membunuh lawan bertarung satu sama lain.
masing-masing.

48

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

TENTERA ISLAM TENTERA MUSYRIKIN
14) Tentera Islam patuh arahan Rasulullah Kemarahan memuncak akibat kehilangan
pemimpin mereka seramai 3 orang itu
agar bertahan. serentak.
Rasulullah berdoa sepenuh hati hingga kain Arahan serang dikeluarkan.
dibahunya jatuh. Abu Bakar memenangkan
Baginda.

15) Rasulullah terlelap seketika. Baginda
bangun dan mengkhabarkan tentang
pertolongan Allah.

16) Kedatangan Tentera Malaikat. Iblis melarikan diri ke dalam laut.
Serangan balas dilancarkan.

17) Tentera Islam semakin bersemangat. Tentera Musyrikin mula kucar-kacir.
Tentera Malaikat turut bantu. Mereka larikan diri, dibunuh dan ditawan.

18) Dua pemuda Ansar mencari Abu Jahal Abu Jahal dapat dibunuh.
untuk dibunuh.

19) Dua pemuda Ansar laporkan tentang Kepala Abu Jahal dipancung oleh Abdullah
kematian Abu Jahal. bin Mas'ud dalam keadaan nyawa-nyawa
" Inilah Firaun Umat ini" ketika ikan. Kepalanya dibawa kepada Rasulullah.
Rasulullah melihat mayat Abu Jahal.

20) Seramai 14 orang syahid.( 6 Muhajirin, Seramai 70 terbunuh dan 70 orang jadi

8 Ansar) tawanan.

21) Madinah mendapat berita penuh Mekah mendapat berita penuh kedukaan,
kesyukuran dan kegembiran. berkabung dan dendam yang membara.

Abu Lahad sangat sedih dan menderita sakit
kudis.
Mayatnya terbiar selama 3 hari sebelum
dikebumikan.

22) Tawanan dan agihan rampasan perang
diselesaikan.
Tawanan ditebus dengan wang dan ilmu
yang diajar kepada anak-anak Madinah.

23) Kemenangan meninggikan moral umat Memalukan dengan kekalahan ditangan
Islam. Menguatkan keimanan dan keyakinan pihak yang sedikit dan tiada kekuatan yang
kepada pertolongan Allah. seimbang.
Ramai penduduk Madinah yang masih Musuh di luar Mekah juga mulai gerun
kafir masuk Islam termasuk Abdullah bin dengan kekuatan orang Islam pimpinan
Ubai.( masuk secara pura-pura) Rasulullah.

24) Dikurniakan Allah Taala dengan
perayaan Hari Raya 'Idil Fitri.

49

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

Percambahan Minda

1) "Semangat Badar " perlu ada pada setiap umat Islam . Mengapa? Bincangkan.
2) Tulis semula dan baca ucapan masyhur Al-Miqdad bin 'Amru dan Saad bin Muaz. Sila

beri ulasan intipati ucapan tersebut.
3) Beri ulasan tentang "doa" Abu Jahal semasa di ambang peperangan.
4) Tentera Malaikat ada di setiap zaman. Sila kemukakan tentang penglibatan Tentera

Malaikat di zaman moden ini. Di mana ?
5) Apakah pra-syarat untuk mendapatkan bantuan Tentera Malaikat? Bincangkan.
6) Kesudahan Abu Lahab dalam kehinaan. Nyatakan 2 kehinaan yang dialami oleh Abu

Lahab semasa hidup dan ketika mati.
7) Ghazwah Badar adalah medan menguji kasih sayang dan kecintaan kepada Allah.

Mengapa? Berikan contoh dan bincangkan.
8) " Abu Jahal Moden" ada dizaman ini. Nyatakan ciri-cirinya.
9) Ciri-ciri kepimpinan terpuji Rasulullah terserlah dalam Ghazwah Badar. Nyatakan.
10) Sifat terkeji Al Nadir bin Al – Harith dan 'Uqbah bin Mu'ayyit dihukum bunuh oleh

Rasulullah. Adakah hukuman ini boleh dikenakan keatas Salman Rushdie? Bincangkan.

 Perang Arab-Israel pada Ramadhan/Oktober 1973 pernah dinamakan sebagai Perang Badar Moden.
Mengapa?

51


Click to View FlipBook Version