Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
1. Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui,
bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". dan Allah mengetahui bahawa
sesungguhnya kamu benar-benar RasulNya; dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya
orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.
2. Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai * lalu mereka menghalangi
(manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.
3. Yang demikian itu adalah kerana bahwa sesungguhnya mereka telah beriman, Kemudian
menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; kerana itu mereka tidak dapat mengerti.
4. Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. dan
jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. mereka adalah seakan-akan
kayu yang tersandar **. mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan
kepada mereka. mereka itulah musuh (yang sebenarnya) Maka waspadalah terhadap
mereka; semoga Allah membinasakan mereka. bagaimanakah mereka sampai dipalingkan
(dari kebenaran)?
5. Dan apabila dikatakan kepada mereka: marilah (beriman), agar Rasulullah memintakan
ampunan bagimu, mereka membuang muka mereka dan kamu lihat mereka berpaling sedang
mereka menyombongkan diri.
6. Sama saja bagi mereka, kamu mintakan ampunan atau tidak kamu mintakan ampunan
bagi mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
7. Mereka orang-orang yang mengatakan (kepada orang-orang Ansar): "Janganlah kamu
memberikan perbelanjaan kepada orang-orang (Muhajirin) yang ada disisi Rasulullah
supaya mereka pergi (meninggalkan Rasulullah)." padahal kepunyaan Allah-lah
perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami.
151
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
8. Mereka berkata: "Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah ***, benar-benar orang
yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah dari padanya." padahal kekuatan itu
hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang
munafik itu tiada mengetahui. SURAH MUNAFIQUN ayat 1-8
* mereka bersumpah bahwa mereka beriman adalah untuk menjaga harta mereka supaya jangan dibunuh
atau ditawan atau dirampas hartanya.
** mereka diumpamakan seperti kayu yang tersandar, maksudnya untuk menyatakan sifat mereka yang
buruk meskipun tubuh mereka bagus-bagus dan mereka pandai berbicara, akan tetapi sebenarnya otak
mereka adalah kosong tak dapat memahami kebenaran.
*** Maksudnya: kembali dari Ghazwah Bani Mustaliq.
- Setelah turunnya firman Allah Taala ini, Rasulullah menghantar seorang utusan untuk
mengkhabarkan berita gembira kepada Zaid. Kata utusan kepada beliau :
" Sesungguhnya Allah telah membenarkan kamu." ( Riwayat Bukhari 1/499)
TINDAKAN ANAK ABDULLAH BIN UBAI
- Anak Abdullah bin Ubai yang bernama Abdullah telah mendengar berita tentang ucapan jahat
bapanya dan kebenaran Zaid bin Arqam lalu beliau mempercepatkan perjalanannya untuk
menunggu bapanya di pintu masuk Kota Madinah.
- Apabila bapanya Abdullah bin Ubai sampai, dia terus menahan bapanya dari masuk ke Kota
Madinah sambil berkata :
" Demi Allah! Engkau tidak boleh masuk kedalam kecuali dengan izin Rasulullah kerana
baginda yang mulia dan engkaulah yang hina."
- Atas sikap bapanya yang jahat, Abdullah pernah meminta izin kepada Rasulullah untuk
membunuh bapanya tetapi Rasulullah menyuruh beliau melayan bapanya dengan baik.
ii) Peristiwa Al-Ifki ( fitnah)
- Peristiwa ini juga berlaku semasa perjalanan pulang Rasulullah bersama Tentera Islam dari
Ghazwah Bani Mustaliq.
- Ummu Mukminin 'Aisyah adalah isteri Rasulullah yang dibawa dalam Ghazwah Bani
Mustaliq.
- Dalam perjalanan pulang ke Madinah setelah selesai urusan ghazwah, Rasulullah singgah di
suatu tempat berhampiran Madinah ketika waktu malam.
- Aisyah pun turun dari unta membuang air.
Setelah selesai, Aisyah dapati kalungnya
hilang lalu pergi semula ke tempat beliau
membuang air untuk mencarinya.
- Apabila Aisyah menjumpai semula
kalungnya lalu ia kembali ke tempat
untanya, didapati rombongannya telah
meninggalkan tempat tersebut.
- Aisyah beranggapan rombongannya akan
kembali mencarinya nanti. Oleh itu dia
menunggu hingga tertidur.
- Apabila terjaga dari tidur, dia mendengar
suara Sofwan bin Mu'attol menyebut :
" Inna lillahi wainna ilai rajiun."
152
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
- Safwan bin Mu'attol adalah seorang yang berakhlak mulia dan telah lama memeluk Islam. Ia
tertinggal dari rombongannya kerana tertidur. Apabila dia mengejar rombongannya, di situlah
Sofwan menemui Aisyah yang sedang tidur. Sofwan mengenali Aisyah kerana pernah
melihatnya sebelum turunnya perintah berhijab.
- Lalu Sofwan pun mendekatkan untanya untuk dinaiki Aisyah. Beliau mengheret unta yang
dinaiki Aisyah . Dia tidak bercakap sepatahpun dengan Aisyah . Sofwan mengheret dengan cepat
unta tunggangan Aisyah untuk menjejaki rombongan mereka.
- Akhirnya rombongan tersebut dapat dijejaki apabila mereka singgah di Nahru Al-Zahirah.
Fitnah bermula
- Apabila sampai di Madinah, Abdullah bin Ubai dan pengikut-pengikutnya menyebarkan berita
fitnah ini dan merebak begitu cepat.
- Sementara itu Aisyah ditimpa sakit apabila sampai di Madinah. Selama sebulan beliau sakit
dalam keadaan tidak tahu tentang berita fitnah terhadapnya.
- Fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Ubai serta golongan Munafik ini menyebabkan
berlaku pepecahan dikalangan orang Islam. Sebahagiannya mempercayai dan ada yang
mempertahankan Aisyah.
- Rasulullah tahu tentang penyebaran fitnah terhadap Aisyah lalu meminta pandangan para
Sahabatnya. Antaranya:
o Ali bin Abi Talib – cadangkan kepada Rasulullah menceraikan Aisyah kerana
ramai lagi wanita sepertinya.
o Usamah bin Zaid - minta Rasulullah tidak mempedulikan fitnah oleh Abdullah
bin Ubai.
o Abu Ayub Al-Ansari – mempertahankan kesucian Aisyah.
o 'Usaid bin Hudai ( pemimpin 'Aus) – mahu membunuh Abdullah bin Ubai.
o Sa'ad bin'Ubadah ( pemimpin Khazraj ) – membela Abdullah bin Ubai atas
dasar Kabilah yang sama.
Aisyah balik ke rumah Abu Bakar
- Akhirnya Aisyah mendapat tahu berita fitnah terhadapnya dari Ummu Mistah .
- Menyedari sikap dingin Rasulullah terhadapnya, Aisyah meminta izin dari Rasulullah untuk
pulang ke rumah bapanya, Abu Bakar.
- Suatu hari Rasulullah datang ke rumah Abu Bakar dan berjumpa dengan Aisyah yang masih
berlinangan air mata :
o RASULULLAH :
" Wahai Aisyah, aku menerima berita tentangmu ( fitnah). Jika engkau benar-benar bersih
dari fitnah itu maka Allah akan menyelamatkan kamu. Sekiranya engkau melakukan dosa,
maka mintalah keampunan dan taubat kepada Allah.
Sesungguhnya jika seorang hamba mengakui dosa yang dilakukan dan ia bertaubat kepada
Allah, nescaya Allah menerima taubatnya."
Aisyah minta ibubapanya menjawab tetapi mereka berdua tidak mampu berkata sepatahpun
perkataan. Lalu Aisyah berhenti menangis dan berkata :
o AISYAH :
" Demi Allah, Sesungguhnya aku mengetahui bahawa kamu mendengar berita tersebut
( fitnah) dan telah mempercayainya.
Sekiranya aku katakan bahawa aku tidak bersalah, tentu kamu tidak mempercayainya.
153
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
Sekiranya aku membuat pengakuan walaupun aku tidak melakukannya ( Allah Maha
Mengetahui), tentu kamu membenarkan pengakuan aku ini.
Demi Allah ! Aku tidak ada perkataan untuk diucapkan kepadamu melainkan perumpamaan
ucapan bapa Nabi Yusuf ( Nabi Yaakub) :"
Maka bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya* . Dan Allah sajalah
yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan."
Surah YUSUF ayat 18
* Maksudnya: dalam hal Ini Yaakub memilih kesabaran yang baik, setelah
mendengar cerita yang menyedihkan itu.
- Selepas mengucapkan demikian, Aisyah pun baring dan berpaling di atas katilnya.
- Ketika itu juga turunlah firman Allah membersihkan fitnah keatas Aisyah.
- Rasulullah gembira dan tersenyum sambil bersabda :
" Allah telah membersihkan kamu."
- Ibu Aisyah menyuruh Aisyah bangun mengucapkan terima kasih kepada Rasulullah .
- Aisyah menjawab :
" Tidak, Demi Allah ! Aku tidak akan bersyukur dan berterima kasih kecuali kepada Allah
yang telah menyatakan kesucian diriku."
Kebenaran telah tiba
154
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan
kamu juga. janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah
baik bagi kamu. tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang
dikerjakannya. dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam
penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.
12. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan
mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata:
"Ini adalah suatu berita bohong yang nyata."
13. Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita
bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada
sisi Allah orang- orang yang dusta.
14. Sekiranya tidak ada kurniaan Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan
di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, keranana pembicaraan kamu tentang
berita bohong itu.
15. (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu
katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu
menganggapnya suatu yang ringan saja padahal dia pada sisi Allah adalah besar.
16. Dan mengapa kamu tidak berkata, diwaktu mendengar berita bohong itu: "Sekali-kali
tidaklah layak bagi kita memperkatakan ini, Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), Ini adalah
dusta yang besar."
17. Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu
selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman.
18. Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu. dan Allah Maha mengetahui lagi
Maha Bijaksana.
19. Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu
tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di
akhirat. dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak Mengetahui.
20. Dan sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua, dan
Allah Maha Penyantun dan Maha Penyayang, (nescaya kamu akan ditimpa azab yang
besar).
21. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.
Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu
menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana
kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorangpun dari kamu
bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah
membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha mendengar lagi Maha
Mengetahui.
SURAH AN-NUR ayat 11-21
155
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
HUKUMAN TERHADAP PENYEBAR FITNAH
- Rasulullah mengarahkan supaya dihukum sebat sebanyak 80 kali keatas penyebar fitnah.
Antaranya :
i) Mistoh Athathah.
ii) Hasan bin Thabit.
iii) Hamnah bin Jahsy.
ABDULLAH BIN UBAI TERLEPAS HUKUMAN
- Walaupun Abdullah bin Ubai yang menjadi ketua penyebar fitnah, terlepas dari dihukum tetapi
pada hakikatnya hukuman dan azab Allah bakal menantinya di Hari Akhirat.
- Pada hikmatnya selepas peristiwa Ifki (Fitnah) telah dibersihkan oleh turunnya Firman Allah,
kalau Abdullah bin Ubai cuba mencipta fitnah yang baru maka kaumnya sendiri mengutuk dan
tidak percaya kepadanya. Moralnya didepan kaumnya sendiri telah jatuh.
- Suatu ketika Rasulullah bertanya kepada Umar Al-Khattab :
" Wahai Umar , apa pandanganmu sekarang ? Demi Allah jika aku benarkan engkau bunuh
dia ( Abdullah bin Ubai) tempoh hari, sudah tentu ramai orang mempertahankannya.
Tetapi lihatlah sekarang, jika aku arahkan kaumnya sendiri membunuhnya, sudah tentu
mereka sanggup membunuhnya."
- Jawab Umar : " Demi Allah ! Aku menyakini bahawa keputusan Rasulullah lebih besar
keberkatannya berbanding keputusanku." ( Ibnu Hisham 2/293)
- Selepas sebulan Negara Islam Madinah dalam suasana muram akibat penyebaran fitnah, maka
kini Madinah aman dari ancaman golongan Munafikin. Warga Madinah kini lebih berhati-hati
mendengar berita-berita dari sumber yang meragukan.
Wallua'lam.
صلى الله على محمد وعلى آله وأصابه أجمعين
17 Ramadhan 1428
29 September 2007
Jam 12.47 tengahari Sabtu
156
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
RUJUKAN
1) MUHAMMAD PEMBINA UMAT - Na'eem Siddiqi
Pustaka Salam 1985
2) FIQH AL-SIRAH - Sheikh Muhammad Ramadhan Al-Buti
Dewan Pustaka Fajar 1988
3) FIQH AL-HARAKAH - Ustaz Abdul Hadi Awang
Dewan Pustaka Fajar 1987
4) SIRAH AnNABAWIYAH - Sheikh Hasan Ali Nadwi Al-Husaini
Pustaka Reka 1997
1) KITAB SIRAH NURUL YAQIN - Sheikh Muhammad Al-Khudhori Bik
Pustaka Salam 1996
6) SIRAH NABI – Pengajaran & Pedoman - Dr. Musthafa As-Syibaie
Pustaka Salam 2004
7) SIRAH NABAWIYYAH - Sheikh Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri
Yayasan Dakwah Islamiah 2004
8) Internet-internet
157
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK Mukasurat
1 1
2 Madinah Sepintas Lalu 5
3 9
4 Penubuhan Negara Islam Madinah 11
5 13
6 Azan Disyariatkan 17
7 22
8 Pertukaran Kiblat 21
9 23
12 Aliran Politik Warga Madinah 24
11 52
12 Sikap Yahudi Terhadap Rasulullah 53
13 57
14 Provokasi Musyrikin Mekah 62
15 64
16 Keizinan Berperang 93
17 98
18 Strategi Pertahanan Madinah
19 121
22 Ghazwah Badar Al-Kubra 126
21 113
22 Komplot Membunuh Rasulullah 115
23 132
24 Pengusiran Yahudi Bani Qainuqa' 142
25 144
Pembunuhan Ka'ab Bin Al-Asyraf 146
156
Operasi Zaid Bin Harithah
Ghazwah Uhud
Operasi Hamra' Al-Asad
Pengkhianatan Ar-Raji'
Tragedi Bir Ma'unah
Pengusiran Yahudi Bani An-Nadhir
Operasi Badar Kedua dan Dumah Al-Jandal
Ghazwah Al-Ahzab
Hukuman Terhadap Yahudi Bani Quraizah
Pembunuhan Sallam bin Abi Al-Haqiq
Operasi Ketenteraan Kecilan
Ghazwah Bani Mustaliq
Rujukan
158
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
159