Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
KHUBAIB BIN 'ADI
- Beliau di beli oleh Hujair bin Abu Ihab. Hujair ingin membalas dendam atas kematian bapanya
dalam Ghazwah Badar.
- Khubaib di bawa keluar dari Tanah Haram menuju Tana'im. Semasa Khubaib dibawa ke palang
untuk disalib, beliau meminta izin untuk solat dua rakaat. Permintaan beliau diizinkan oleh
Musyrikin Mekah.
- Selesai solat, Khubaib berkata :
" Demi Allah! Kiranya kamu tidak mengatakan aku takut mati, nescaya akan ku panjangkan
solatku. Tidak ku hiraukan ketika aku dibunuh sebagai seorang Muslim walau dibelah
badanku kerana perjuanganku tetap kerana Allah…"
- Ketika Khubaib dikurung di Mekah, sebelum disalib di Tana'im beliau dilihat memakan
segugus buah anggur sedangkan pada masa itu bukan musim anggur di Mekah.
ZAID BIN AL-DASINAH
- Beliau dibeli oleh Safwan bin Umayyah yang ingin membalas dendam atas kematian ayahnya
Umayyah bin Khalaf dalam Ghazwah Badar.
- Disaat beliau dihukum bunuh, Abu Sufyan membuat tawaran kepada Zaid :
" Wahai Zaid ! Mahukah engkau jika Muhammad mengambil tempatmu dan kami
pulangkan kau kepada keluargamu ?"
- Jawab Zaid :
" Demi Allah ! Aku tidak rela sekali-kali walaupun Muhammad sekadar terkena duri
sedangkan aku bersenang-senang dengan keluargaku."( Ibnu Kathir )
- Kata Abu Sufyan :
" Aku tidak pernah melihat seorang manusia pun yang begitu kasih seseorang seperti
kasihnya para sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad." ( Ibnu Ishaq)
TENTERA ALLAH MELINDUNGI JENAZAH 'ASIM BIN THABIT
- Seorang perempuan Musyrikin Mekah bernazar untuk minum arak dari tempurung kepala
'Asim bin Thabit. Begitu juga hajat orang-orang Musyrikin Mekah untuk memotong jenazah
'Asim.
Allah Taala pelihara jenazahnya dengan jagaan sekumpulan lebah.
- Umar Al-Khattab berkata sempena peristiwa itu :
" Allah pelihara hambaNya yang beriman semasa kematiannya sebagaimana dipeliharaNya
semasa hidup." ( Bukhari 2/568 , Zad Al-Ma'ad )
111
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KELAPAN BELAS
TRAGEDI BIR-MA'UNAH
112
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
LATAR BELAKANG
- Berlaku bulan Safar Tahun 4 hijrah.
- Abu Barra' 'Amir bin Malik salah seorang pimpinan Bani 'Amir datang ke Madinah.
- Rasulullah mengajaknya masuk Islam. Dia menolak dengan baik dan mengesyorkan kepada
Rasulullah :
" Wahai Rasulullah, mengapa engkau tidak utuskan sahabat-sahabatmu berdakwah
kepada penduduk Najd. Aku yakin mereka akan menerima dakwah itu."
Jawab Rasulullah : " Aku bimbang keselamatan mereka."
- Abu Barra memberi jaminan keselamatan kepada utusan dakwah. Maka Rasulullah
menghantar 70 orang sahabatnya untuk berdakwah kepada penduduk Najd.
- Rasulullah melantik Al-Munzir bin 'Amru sebagai ketua rombongan. Ahli rombongan
yang dikirim oleh Rasulullah
adalah dari kalangan yang terbaik,
terhormat dan banyak menghafal
Al-Quran ( Al-Qurra).
- Aktiviti waktu siang rombongan
ini mencari kayu api untuk
perbelanjaan membeli makanan
dan waktu malam pula, mereka
membaca Al-Quran dan solat .
- Apabila sampai di Bir-Ma'unah,
suatu tempat antara perkampungan
Bani 'Amir dan Bani Sulaim,
rombongan tersebut berhenti rehat.
Harram bin Milhan dihantar
untuk berjumpa ketua Bani 'Amir
iaitu 'Amir bin Tufail dan
menyampaikan surat Rasulullah .
- Malangnya 'Amir bin Tufail tanpa menerima surat itu terus mengarahkan Jabbar bin Sulma*
menikam Harram dari belakang. Harram syahid dan sempat menjerit :
" Allahu Akbar ! Aku berjaya demi Tuhan Kaabah !"
* Jabbar bin Sulma akhirnya masuk Islam. Antara punca dia masuk Islam adalah daripada peristiwa
tersebut. Beliau menceritakan :
" Pada hari itu ( Bir Ma'unah) aku menikam seorang lelaki dengan tombak. Semasa aku mencabut
tombak itu dari dada lelaki itu, tiba-tiba aku mendengar lelaki itu menjerit :
" Aku berjaya demi Tuhan Kaabah!".
Aku tanya diriku , "Apakah kejayaannya ? Bukankah aku yang berjaya membunuhnya?"
Akhirnya aku diberitahu sesungguhnya dia berjaya mendapat mati syahid.
113
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
SERANGAN AMIR BIN TUFAIL
- Selepas kematian Harram, Amir bin Tufail menyeru Bani 'Amir untuk menyerang rombongan
dakwah. Seruannya tidak disambut oleh Bani 'Amir kerana mereka patuh janji keselamatan oleh
Abu Barra Amir bin Malik dan juga mereka mempunyai perjanjian keamanan dengan Negara
Islam Madinah.
- Kemudian Amir bin Tufail dapat sokongan dari kabilah Ra'il, Zakwan dan 'Usaiyyah.
Mereka terus mara mengepung rombongan dakwah yang diketuai oleh Al-Munzir bin 'Amru.
- Akhirnya kesemua mereka syahid kecuali Ka'ab bin Zaid Al Najjar. Beliau pura-pura mati dan
ditinggalkan oleh penyerangnya.
- Kebetulan ketika tragedi itu berlaku, dua orang Sahabat Rasulullah iaitu 'Amru bin Umayyah al-
Damriy dan Al-Munzir bin Utbah sedang menggembala kambing berhampiran tempat kejadian.
- Mereka berdua melihat burung-
burung berterbangan di kawasan
berhampiran. Lalu mereka berdua
menuju ke arah burung-burung itu.
Apabila sampai di tempat tragedi itu,
Al- Munzir bertempur dengan
musuh dan beliau syahid manakala
'Amru dapat ditawan.
- 'Amru bin Umayyah dibebaskan
oleh 'Amir bin Tufail kerana dia dari
kabilah Mudar.
- Dalam perjalanan pulang ke
Madinah, 'Amru singgah di
Qarqarah. 'Amru berjumpa dua orang lelaki dari Bani 'Amir yang sedang tidur lalu
membunuhnya bagi menuntut bela keatas kematian rombongan pendakwah oleh 'Amir bin Tufail
dan kumpulannya.
- 'Amru tidak menyedari bahawa Bani Amir tidak terlibat dengan pembunuhan itu. Apabila
beliau sampai di Madinah dan menceritakan kepada Rasulullah.
Raslullah menyatakan :
" Kamu telah membunuh dua orang lelaki yang mewajibkan aku membayar diatnya."
- Rasulullah sangat sedih dengan peristiwa Ar-Raji dan Bir-Ma'unah yang berlaku dalam jarak
beberapa hari sahaja. Rasulullah menerima dua berita peristiwa sedih itu dalam malam yang
sama.
- Rasulullah mendoakan kecelakaan bagi kabilah Lihyan, Ra'il, Zakwan dan 'Usaiyyah ketika
qunut solat Subuh selama sebulan. ( Riwayat Bukhari 2/586)
114
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
KRONOLOGI TRAGEDI SEDIH
Peristiwa Ar-Raji' Peristiwa Bir-Ma'unah
Berlaku bulan Safar Tahun 4 Hijrah. Berlaku bulan Safar Tahun 4 Hijrah.
Berlaku di Ar-Raji. Lokasi antara 'Usfan Berlaku di Bir-Ma'unah. Lokasi antara
dan Mekah. Kediaman kabilah 'Adal dan perkampungan Bani 'Amir dan Bani
Qarah. Sulaim.
- Seramai 10 orang rombongan pendakwah - Seramai 70 orang ahli rombongan.
Kebanyakannya ahli mahir dan hafal Al-
yang dihantar oleh Rasulullah kepada Quran.
kabilah 'Adal dan Qarah.
- Diketuai oleh 'Asim bin Thabit. - Diketuai oleh Al-Munzir bin 'Amru.
- Dikhianati oleh kabilah 'Adal dan Qarah - Abu Barra Amir bin Malik memberi
yang mengupah Bani Lihyan seramai 200 perjanjian keselamatan kepada rombongan
orang. ini kepada Rasulullah.
'Amir bin Tufail dari Bani 'Amir
membunuh pembawa surat Rasulullah dan
arahkan kabilah Ra'il, Zakwan dan
'Usaiyyah membunuh kesemua pendakwah.
Bani 'Amir tidak terlibat.
- Kesemua dibunuh di tempat kejadian - Kesemua dibunuh kecuali seorang selamat
kecuali 3 orang ditawan. kerana pura-pura mati.
- Seorang tawanan dibunuh dalam - 2 orang sahabat Rasulullah 'Amru bin
perjalanan ke Mekah. Manakala 2 orang lagi Umayyah dan Al-Munzir bin Utbah dating
dijual kepada Musyrikin Mekah untuk menolong. Al-Munzir syahid dan 'Amru
dibunuh. ditawan . Kemudian dia dibebaskan.
- Allah Taala kurniakan anggur kepada - Dalam perjalan pulang 'Amru membunuh
Khubaib bin 'Adi. 2 orang Bani 'Amir yang tidak terlibat
- Zaid bin Al-Dasinah tolak tawaran Abu dengan pembunuhan itu.
Sufyan. - Rasulullah kena bayar diat atas kematian 2
- Allah Taala hantar sekumpulan lebah orang Bani 'Amir.
untuk lindungi jenazah 'Asim bin Thabit.
Rasulullah terima serentak berita sedih peristiwa Ar-Raji' dan Bir Ma'unah.
Rasulullah baca doa Qunut selama sebulan mohon kecelakaan terhadap Bani Lihyan,
Ra'il, Zakwan dan 'Usaiyyah.
115
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
PERCAMBAHAN MINDA
1) Doa Qunut yang dibaca Rasulullah selama sebulan pada solat Subuh sempena Tragedi Raji'
dan Bir-Ma'unah.
Adakah umat Islam patut membaca Qunut dengan penambahan Qunut Nazilah setiap solat Subuh
memandangkan mereka berada dalam zaman kini yang penuh fitnah dan dizalimi ? Sila
bincangkan.
2) Tuliskan Doa Qunut Nazilah dan maknanya. Bincangkan isi kandungan doa tersebut.
Mekah tahun 1880 semasa pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah Turki.
116
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KESEMBILAN BELAS
PENGUSIRAN YAHUDI BANI AN-NADIR
LATAR BELAKANG
117
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
LATAR BELAKANG
- Pihak Yahudi Bani An-Nadhir diketuai oleh Huyai bin Akhtab yang sememangnya penakut
menaruh perasaan dendam terhadap Rasulullah dan pengikut-pengikutnya .
- Dua peristiwa memberi pengajaran kepada mereka dan menakutkan mereka :
i) Pengusiran Yahudi Bani Qainuqa' dari bumi Madinah.
ii) Pembunuhan Ka'ab bin Asyraf seorang Yahudi yang berpengaruh.
- Walau bagaimanapun Yahudi Bani An-Nadhir kembali bersemangat dan membara untuk
menghancurkan Negara Islam Madinah dan dendam hasad dengki mereka terhadap Rasulullah
dengan tiga peristiwa yang menimpa Negara Islam Madinah iaitu :
Ghazwah Uhud dimana Rasulullah sendiri cedera dan 70 gugur syahid.
Pengkhianatan Ar-Raji' seramai 10 orang syahid..
Tragedi Bir-Ma'unah seramai 70 orang syahid.
- Yahudi Bani An-Nadhir mula membuat hubungan dengan musuh-
musuh Negara Islam Madinah seperti golongan Munafik dan
Musyrikin Mekah.
- Lebih dahsyat lagi mereka membuat komplot membunuh
Rasulullah. Suatu perbuatan jijik yang diwarisi dari nenek moyang
mereka, membunuh rasul-rasul pembawa Risalah Allah.
Mungkinkah ini wajah
Huyai bin Akhtab?
Dan Sesungguhnya Kami telah mendatangkan Al Kitab (Taurat) kepada Musa, dan Kami
telah menyusulinya (berturut-turut) sesudah itu dengan rasul-rasul, dan telah Kami
berikan bukti-bukti kebenaran (mukjizat) kepada Isa putera Maryam dan Kami
memperkuatnya dengan Ruhul Qudus *. Apakah setiap datang kepadamu seorang Rasul
membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu
menyombong; Maka beberapa orang (diantara mereka) kamu dustakan dan beberapa
orang (yang lain) kamu bunuh?
Surah AL-BAQARAH ayat 87
* Maksudnya: kejadian Isa a.s. adalah kejadian yang luar biasa, tanpa bapak, yaitu dengan tiupan
Ruhul Qudus oleh Jibril kepada diri Maryam. Ini termasuk mukjizat Isa a.s. menurut Jumhur
musafirin, bahwa Ruhul Qudus itu ialah malaikat Jibril.
118
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
PAKATAN MEMBUNUH
- Pada suatu ketika, Rasulullah bersama Abu Bakar, Ali dan beberapa Sahabat pergi ke
Perkampungan Yahudi Bani An-Nadhir.
- Tujuannya untuk memungut sumbangan bagi pembayaran diat pembunuhan oleh 'Amir bin
'Umayyah Al-Damry keatas 2 orang lelaki Bani 'Amir ( sila rujuk m/s 103 ).
- Sumbangan oleh Yahudi Bani An-Nadhir adalah wajib mengikut Perjanjian Madinah yang
dipersetujui oleh mereka..
- Apabila Rasulullah berjumpa pimpinan Yahudi Bani An-Nadhir menyatakan tujuan baginda ke
perkampungan mereka, salah seorang daripada pimpinan mereka berkata :
" Wahai Abu Qasim( panggilan kepada Rasulullah), duduklah di sini sekejap, kami hendak
mesyuarat dulu dan akan tunaikan permintaanmu."
- Rasulullah pun duduk bersama rombongannya disebelah dinding rumah mereka untuk
menunggu keputusan mesyuarat pimpinan Yahudi Bani An-Nadhir.
- Tetapi pada hakikatnya, mereka bermesyuarat untuk membunuh Rasulullah. Salah seorang
daripada mereka memberi cadangan :
" Inilah peluang terbaik kita ! Siapa yang boleh naik keatas dan humbankan batu keatas
Muhammad supaya kita semua dapat berehat dari gangguannya."
- 'Amru bin Jahasy bersetuju menunaikan kerja jahat ini. Manakala Sallam bin Misykam
memberi nasihat :
" Jangan kamu lakukan ! Demi Allah, dia (Rasulullah) pasti akan diberitahu tentang
rancangan kamu. Tindakan ini bermakna kita mengkhianati perjanjian dengan Muhammad !".
- Nasihat dari Sallam tidak diendahkan malah mereka tetap untuk meneruskan rancangan jahat
mereka.
- Khabar dari langit disampaikan melalui Jibrail kepada Rasulullah tentang tujuan jahat
Yahudi.
- Rasulullah terus bangun meninggalkan perkampungan Bani An-Nadhir disertai oleh para
Sahabatnya pulang ke Madinah.
ARAHAN KELUAR ATAU DIPANCUNG
- Di Madinah, Rasulullah dengan segera mengarahkan Muhammad bin Maslamah ( Ketua
Operasi Hapuskan Ka'ab bin Al-Asyraf) ke Perkampungan Yahudi Bani An-Nadhir dan
menyampaikan arahan Rasulullah iaitu :
" Keluar dari perkampungan kamu dalam masa 10 hari. Jika mengingkari, kamu semua
akan dipancung kepala ."
- Yahudi Bani An-Nadhir gerun dan takut dengan arahan Rasulullah. Mereka membuat persiapan
beberapa hari untuk berpindah dan keluar dari perkampungan mereka.
119
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
HASUTAN ABDULLAH BIN UBAI
- Abdullah bin Ubai, Ketua Munafik datang ke perkampungan Yahudi Bani An-Nadhir dan
memberi nasihat dan semangat :
" Jangan layan arahan itu ! Lawanlah! Bersamaku ada 2000 orang tentera yang sedia
bersama kamu mempertahankan kamu. Kami sedia mati bersama kamu. Kalau kamu dihalau
keluar, kamu sanggup bersama kamu untuk keluar. Kalau kamu diperangi, kami sanngup
membelamu. Jangan bimbang ! Kamu juga akan dibantu oleh Yahudi Bani Quraizah dan
sekutu kamu Bani Ghatfan."
- Allah Taala menurunkan firmanNya sempena peristiwa ini :
11. Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang munafik yang berkata kepada
saudara-saudara mereka yang kafir * di antara Ahli Kitab: "Sesungguhnya jika kamu
diusir nescaya kamipun akan keluar bersamamu; dan kami selama-lamanya tidak akan
patuh kepada siapapun untuk (menyusahkan) kamu, dan jika kamu diperangi pasti kami
akan membantu kamu." dan Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka benar-
benar pendusta.
12. Sesungguhnya jika mereka diusir, orang-orang munafik itu tidak akan keluar
bersama mereka, dan sesungguhnya jika mereka diperangi, nescaya mereka tidak akan
menolongnya; Sesungguhnya jika mereka menolongnya, nescaya mereka akan
berpaling lari ke belakang; Kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan.
SURAH AL-HASYR ( Ibnu Abbas menamakan surah ini Surah An-Nadhir sempena peristiwa ini)
* Maksudnya: Bani Nadhir.
MANGSA KEJAHATAN YAHUDI :
Ibu-Ibu Palestin memegang gambar
anak kesayangan mereka yang hilang,
dibunuh dan dipenjarakan oleh
Yahudi.
111
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
SEMANGAT BARU HUYAI BIN AKHTAB
- Apabila mendengar jaminan dan janji dari Abdullah bin Ubai, Yahudi Bani An-Nadhir kembali
bersemangat dan mendapat keyakinan baru untuk berlawan.
- Ketua mereka, Huyai bin Akhtab menghantar seorang wakil ke Madinah untuk menyampaikan
pesanan Huyai :
" Kami tidak akan meninggalkan kampung halaman kami.Buatlah apa yang kamu mahu."
- Rasulullah menerima jawapan Huyai bin Akhtab dengan bertakbir dengan disertai oleh para
Sahabatnya.
Tragedi Ar-Raji' dan Bir-Ma'unah dan komplot membunuh Rasulullah menambah
semangat para Sahabat untuk memerangi golongan kuffar.
- Rasulullah mengumpulkan tenteranya dengan menugaskan Ali bin Abi Talib memegang
bendera perang. Manakala Abdullah bin Ummi Makhtum menjadi imam di Madinah.
- Yahudi Bani An-Nadhir berlindung di dalam kubu-kubu. Pokok-pokok kurma dan kebun-kebun
di keliling kubu-kubu mereka menghalang tentera Islam menghampiri kubu-kubu mereka. Batu-
batu dan panah dilontar dari atas kubu-kubu mereka ke arah Tentera Islam.
- Rasulullah memerintahkan supaya pokok-pokok kurma ditebang dan dibakar.
Apa saja yang kamu tebang dari pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau yang kamu
biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknya *, Maka (semua itu) adalah dengan izin Allah;
dan kerana Dia hendak memberikan kehinaan kepada orang-orang fasik.
Surah AL-HASYR ayat 5
* Maksudnya: pohon kurma milik musuh, menurut kepentingan dan siasat perang dapat ditebang
atau dibiarkan tumbuh.
- Di saat pengepungan ke atas kubu mereka, Yahudi Bani An-Nadhir menunggu bantuan
ketenteraan seramai 2000 orang seperti yang dijanjikan oleh Abdullah bin Ubai. Malangnya janji
itu hanya janji kosong.. Manakala jiran mereka, Yahudi Bani Quraizah mengambil sikap berdiam
diri. Begitu juga Bani Ghatfan.
Sesungguhnya jika mereka diusir, orang-orang munafik itu tidak akan keluar bersama
mereka, dan sesungguhnya jika mereka diperangi, nescaya mereka tidak akan
menolongnya; sesungguhnya jika mereka menolongnya, nescaya mereka akan berpaling
PSlEauNrriGakheUbASeILlRa-kAHaNAngS;YKRemauydaita1n2mereka tidak akan mendapat pertolongan.
111
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
- Setelah dikepung selama 6 malam ( setengah pendapat mengatakan 15 malam), perasaan gerun
dan takut dicampakkan oleh Allah Taala dalam hati-hati mereka. Ketua mereka Huyai bin
Akhtab mengambil keputusan menyerah diri.
- Rasulullah mensyaratkan mereka keluar dari perkampungan mereka dengan :
membawa semua kaum keluarga.
membawa harta benda mereka sekadar muatan unta.
tidak membawa sebarang senjata.
- Mereka sendiri merobohkan kediaman mereka supaya ianya tidak didiami oleh orang-orang
Islam. Bahkan mereka membawa bersama tingkap, pintu dan tiang rumah.
- Sebanyak 600 ekor unta digunakan dalam operasi ini. Pimpinan mereka seperti Huyai bin
Akhtab dan Salam bin Abi Al-Haqiq menuju ke Khaibar manakala sebahagian lagi ke Syam.
- Senjata-senjata yang dapat dirampas oleh Rasulullah :
50 baju besi.
50 topi besi.
340 bilah pedang.
- Seramai dua orang Yahudi Bani An-Nadhir memeluk Islam iaitu Yamin bin 'Amru dan Abu
Sa'ad bin Wahb. Mereka berdua tidak dikenakan apa-apa tindakan.
- Kesemua harta benda Yahudi Bani An-Nadhir termasuk rumah dan tanah adalah harta Al-Fai.
Ianya bukan Ghanimah. Perbezaannya :
Harta Ghanimah adalah hasil rampasan musuh selepas berlaku pertempuran.
Harta Fa'I adalah harta rampasan musuh tanpa pertempuran setelah musuh
menyerah diri.
112
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
PERCAMBAHAN MINDA
Kubu Yahudi di Khaibar.
Kubu Yahudi di Palestin.
1) Bandingkan kedua gambar diatas.Sila buat ulasan tentang gambar diatas.
2) Yahudi dan Munafik saling berkait dan bergantungan antara satu sama lain.Dalam isu
peristiwa Bani An-Nadhir, mengapa Yahudi begitu percaya dengan janji Munafikin?
3) Pada pandangan anda, mengapa pihak Abdullah bin Ubai tidak menghantar bantuan seperti
dijanjikan kepada Yahudi Bani An-Nadhir?
113
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KEDUA PULUH
OPERASI BADAR KEDUA DAN DUMAH AL-JANDAL
BADAR KEDUA
- Semasa pengunduran Abu Sufyan bersama bala tenteranya dari medan Uhud, Abu Sufyan
minta perjanjian pertemuan dengan Rasulullah untuk bertempur kali kedua di Badar pada
tahun depan. Rasulullah setuju dengan janji tersebut.
- Setelah genap setahun, bersamaan bulan Syaban
Tahun 4 Hijrah, Rasulullah bersama 1,500 orang
tentera Islam menuju ke Badar. Sebanyak 10 ekor kuda
mengiringi tentera Islam.
- Ali bin Abu Talib memegang bendera perang
manakala Rasulullah lantik Abdullah bin Rahawah
memangku imam di Madinah.
- Rasulullah bersama tenteranya menetap di Badar
selama 8 hari menunggu ketibaan bala tentera
Musyrikin Quraisy pimpinan Abu Sufyan.
- Sementara itu di Mekah, Abu Sufyan bersama 2,000
orang tentera Musyrikin dan 50 ekor kuda menuju Badar. Mereka keluar dari Kota Mekah
dalam keadaan takut kalah, bimbang harta benda dan tidak bersemangat untuk berjuang.
- Apabila singgah di suatu tempat bernama Mar Al-Zahran, Abu Sufyan mengajak tenteranya
berpatah balik ke Mekah dengan ucapan mengajak tenteranya tidak meninggalkan kemewahan
yang dikecapi di bumi Mekah. Ajakan itu disambut baik tanpa sebarang bangkangan.
- Setelah tinggal di Badar selama 8 hari tanpa kehadiran tentera musuh, Rasulullah pun bersama
tenteranya kembali ke Madinah.
OPERASI DUMAH AL-JUNDAL
- Setelah 6 bulan kembali dari Badar,
Rasulullah mendapat berita tentang jenayah
yang dilakukan oleh kabilah-kabilah Arab
Badwi di Dumah Al-Jandal. Antara jenayah
mereka :
i) merompak sesiapa yang melalui kawasan
mereka.
ii) mengumpulkan kekuatan untuk
menyerang Negara Islam Madinah.
- Oleh kerana tindakan mereka suatu ancaman
terhadap Madinah, maka Rasulullah
mengumpulkan seramai 1,000 orang tentera
untuk menghapuskan ancaman tersebut.
114
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
- Rasulullah bersama 1,000 tenteranya meninggalkan Madinah akhir bulan RabiulAwal Tahun 5
Hijrah. Menuju ke Dumah Jandal yang jaraknya 5 hari perjalanan dari Syam dan 15 hari dari
Madinah.
- Dalam perjalanan,Rasulullah menggunakan taktik berjalan waktu malam dan bersembunyi di
waktu siang. Ini bertujuan untuk membuat serangan mengejut terhadap musuh.
- Apabila hampir ke lokasi musuh, pergerakan Tentera Islam dapat dikesan oleh musuh. Lalu
mereka melarikan diri.
- Mereka meninggalkan kampung halaman sehingga tiada seorangpun yang tinggal.
- Rasulullah tinggal di perkampungan Dauma Al-Jandal selama beberapa hari sehingga keadaan
disitu dipastikan selamat dari ancaman musuh. Kemudian Rasulullah kembali bersama
tenteranya ke Madinah.
- Dalam perjalanan pulang ke Madinah, Rasulullah membuat perjanjian keselamatan dengan
'Uyainah bin Hisn yang mempunyai 1,000 orang pengikut. Baginda memberikan kepadanya
sebidang tanah yang terletak 36 batu dari Madinah untuk ternakan. Tujuannya untuk
menggantikan tanah 'Uyainah yang dilanda kemarau.
Peta Madinah
Tahun 1946.
115
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KEDUA PULUH SATU
GHAZWAH AHZAB
GHAZWAH AHZAB
Syawal Tahun 5 H
116
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
GHAZWAH AHZAB/KHANDAQ
TARIKH : Syawal Tahun 5 Hijrah
LOKASI : Sekitar Madinah. ( Pengepungan selama sebulan)
KEKUATAN TENTERA : ISLAM PAKATAN AHZAB
3,000 orang 10,000 orang
( Yahudi, Quraisy, Kabilah Arab)
Quraisy ( 4,000 tentera, 300 kuda dan 1,500 unta )
KETUA : Rasulullah Abu Sufyan
KORBAN/CEDERA 6 syahid 10 orang terbunuh
PUNCA BERLAKU
- Pada RabiulAwal Tahun 4 Hijrah, Yahudi Bani An- Nadhir telah dihalau keluar oleh
Rasulullah kerana merancang komplot untuk membunuh Rasulullah. Kebanyakkan mereka
menuju ke Khaibar.
- Bibit-bibit permusuhan dan dendam mereka kepada Rasulullah sampai kemuncaknya.
- Pempinan Yahudi Bani An-Nadhir seramai 20 orang diketuai oleh Salam bin Abi Al-Haqiq
bertolak dari Khaibar menuju Mekah.
- Kedatangan mereka adalah untuk membuat
pakatan tentera untuk menghapuskan Negara
Islam Madinah.
SIFAT SEBENAR YAHUDI
- Di Mekah, rombongan Yahudi Bani An-
Nadhir disambut meriah oleh Musyrikin Mekah.
- Oleh kerana agama Yahudi adalah agama
Samawi seperti Islam, maka Musyrikin Mekah
bertanya kepada mereka tentang kebenaran
ajaran yang dibawa Rasulullah :
MUSYRIKIN MEKAH : " Wahai orang
Yahudi , Kamu adalah Ahli Kitab. Kamu tahu
tentang permusuhan kami dengan
Muhammad. Kami ingin tahu daripada kamu
sebagai Ahli Kitab, manakah yang berada
diatas kebenaran samada agama kami atau
agama Muhammad ?"
YAHUDI : " Agama kamulah yang benar!."
117
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
Jawapan oleh pemimpin Yahudi itu menggembirakan dan menaikkan semangat
Musyrikin Mekah untuk memerangi Rasulullah dan Negara Islam Madinah.
- Sempena jawapan Yahudi itu, Allah Taala mendedahkan sifat jahat mereka :
51. Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian
dari Al- Kitab? Mereka percaya kepada jibt dan thaghut * , dan mengatakan
kepada orang-orang kafir (musyrik Mekah), bahwa mereka itu lebih benar
jalannya dari orang-orang yang beriman.
52. Mereka itulah orang yang dikutuki Allah. barangsiapa yang dikutuki
Allah, nescaya kamu sekali-kali tidak akan memperoleh penolong baginya.
53. Ataukah ada bagi mereka bahagian dari kerajaan (kekuasaan) ? jika
ada pun, mereka tidak akan memberikan sedikitpun (kebajikan) kepada
manusia **.
54. Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran
kurniaan*** yang Allah telah berikan kepadanya? Sesungguhnya Kami
telah memberikan Kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami
telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.
Surah AN NISA'
* Jibt dan thaghut ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain Allah s.w.t.
** Maksudnya: orang-orang yang tidak dapat memberikan kebaikan kepada manusia
atau masyarakatnya, tidak selayaknya ikut memegang jabatan dalam pemerintahan.
*** yaitu: kenabian, Al Quran, dan kemenangan.
PENGUMPULAN PAKATAN AHZAB
- Setelah misi di Mekah mendapat sokongan, rombongan Yahudi Bani An-Nadhir menuju ke
perkampungan Bani Ghatfan, Kinanah, Tihamah, Sulaim, Fazarah, Murrah, Asyja', Asad dan
beberapa lagi kabilah Arab Badwi. Kesemua jumlah mereka seramai 6,000 orang.
- Kekuatan Pakatan ini keseluruhannya seramai 10,000 orang tentera mengatasi jumlah
keseluruhan penduduk Negara Islam Madinah.
118
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
RASULULLAH BERMESYUARAT
- Dalam mesyuarat itu, seorang sahabat berbangsa Farsi iaitu Salman Al-Farisi mengemukakan
cadangan :
" Wahai Rasulullah, kami di Parsi akan menggali parit jika kami bimbang dikepung tentera
berkuda."
- Cadangan itu diterima Rasulullah. Strategi dan taktik ini belum pernah digunakan oleh bangsa
Arab dalam mana-mana peperangan sebelum itu.
- Rasulullah memutuskan agar parit itu digali di bahagian utara Madinah. Ini kerana ianya adalah
bahagian yang terbuka dan terdedah kepada serangan musuh. Manakala bahagian timur, barat
dan selatan adalah kawasan yang dilindungi oleh bukit-bukau, penempatan dan kebun kurma.
KAWASAN Utara Madinah
JARAK 5.54 km
DALAM
LUAS 3.3 m ( 10 kaki)
4.6 m ( 14 kaki)
- Rasulullah mengarahkan setiap 10 orang Sahabat menggali parit sepanjang 40 kaki.
- Rasulullah turut serta menggali parit bersama para Sahabat hingga badan baginda turut
dipenuhi dengan tanah dan debu.
- Dengan mukjizat Rasulullah, parit dapat disiapkan dalam masa 6 hari sahaja.
119
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
Lokasi Ghazwah Ahzab:
Terdapat Masjid Abu Bakar, Ali
dan Salman.
121
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
PERISTIWA PENGGALIAN PARIT
- Ketika itu musim dingin yang melampau melanda Madinah. Bekalan makanan terpaksa
dicatukan untuk menggelakkan kebuluran. Mereka makan hanya untuk elakkan dari mati
kelaparan walaupun makanan itu telah basi dan kurang enak baunya.
- Abu Talhah mengadu kepada Rasulullah tentang kelaparan sambil menunjukkan batu-batu
yang diikat diperut oleh para Sahabat menahan kelaparan. Baginda turut menunjukkan 2 ketul
batu di perut Baginda.( Riwayat Tarmizi, Misykah Al-Masabih 2/448)
* Kebiasaannya orang yang bersangatan kelaparan akan mengikat perutnya dengan batu supaya dapat
menegakkan tulang belakangnya.
- Suatu pagi yang amat sejuk, ketika Rasulullah keluar untuk menggali parit dan didapati
golongan Ansar dan Muhajirin sedang menggali parit sejak awal pagi lagi. Baginda mendoakan
mereka :
" Ya Allah, sesungguhnya tiada kehidupan yang sebenar melainkan kehidupan Akhirat.
Ampunilah Muhajirin dan Ansar. "
Golongan Ansar dan Muhajirin menyambutnya dengan ucapan :
" Kamilah orang-orang yang berjanji setia(berbai'ah) dengan Muhammad untuk berjihad
selagi kami masih hidup." ( Riwayat Bukhari dari Anas. 2/397)
BEBERAPA KEAJAIBAN PERISTIWA MENGGALI PARIT
i) Batu berkecai - Rom, Parsi dan Yaman tumbang!
Semasa kerja penggalian parit, terdapat satu batu besar yang tidak dapat dipecah dan dialihkan.
Lalu Salman Al-Farisi memberitahu Rasulullah. Baginda pun mengambil cangkul lalu memukul
batu itu sebanyak 3 kali.
Setiap pukulan, terpancar cahaya kilat yang memancar. Baginda memberitahu para Sahabat
bahawa cahaya kilat itu memancar hingga ke Istana Kisra ( Parsi) , Istana Herkulis (Rom) dan
Istana Sana'a ( Yaman).
Jibrail mengkhabarkan berita gembira kepada Rasulullah bahawa cahaya itu tandanya
kemenangan umat Islam dan kejatuhan Kuasa Besar Dunia Rom dan Parsi dan Kerajaan-
Kerajaan Besar ditangan umat Islam.
Pukulan Pertama Rasulullah ucapkan "Bismillah" lalu dipukul batu tersebut.
Pukulan Kedua Rasulullah ucapkan :
Pukulan Ketiga "Alllahuakbar! Aku dikurniakan kunci-kunci Negeri Syam
(Empayar Rom).
Demi Allah, aku melihat istana-istana merahnya disaat ini."
Rasulullah ucapkan :
Allahuakbar!, Aku telah dianugerahkan Parsi.
Demi Allah, aku sedang melihat istana-istana Al-Mada'in yang
berwarna putih sekarang."
Rasulullah ucapkan : "Bismillah" lalu dipukul batu itu hingga hancur.
Rasulullah ucapkan :
" Allahuakbar! Aku telah dianugerahkan kunci-kunci Negeri
Yaman, Demi Allah, aku sedang melihat pintu-pintu gerbang Sana'a
dari tempatku." ( Riwayat Baihaqi dari Barra bin 'Azib Ansari)
121
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
ii) Batu besar hancur menjadi pasir.
Kerja penggalian parit terhalang oleh seketul batu. Akibat 3 hari tidak merasai makanan, para
Sahabat tidak terdaya memecahkannya. Rasulullah dalam keadaan mengikat batu di perut kerana
menahan kelaparan turun ke dalam parit dan memukul batu itu hingga hancur menjadi pasir.
iii) Seekor anak kambing untuk 1000 orang tentera
Jabir bin Abdullah sedih melihat Rasulullah dalam kelaparan lalu dia menyuruh isterinya
menguli tepung manakala dia sendiri menyembelih seekor anak kambing.Apabila makanan
hampir masak, Jabir pergi menjemput Rasulullah dan beberapa orang para Sahabat.
Rasulullah mengajak kesemua mereka yang terbabit dengan kerja penggalian parit. Bilangan
mereka seramai 1000 orang.
Kesemua mereka dapat makan dengan kenyang bahkan masih terdapat lebihan yang banyak
samada lauk dan tepung uli untuk roti sama seperti asalnya.( Riwayat Bukhari 2/588)
iv) Segenggam kurma
Saudara perempuan Al-Nu'man bin Basyir datang membawa segenggam kurma kepada bapa dan
bapa saudaranya di tempat penggalian parit.
Rasulullah meminta buah kurma itu dan diletakkan diatas sehelai hamparan kain. Kemudian
digaul-gaulkan. Baginda kemudian memanggil kesemua mereka yang sedang menggali parit
untuk makan buah kurma itu. Buah kurma itu semakin bertambah dan masih terdapat baki yang
banyak ketika mereka semua selesai makan. ( Ibnu Hisham )
Madinah semasa dibawah Empayar Islam Usmaniyyah Turki tahun 1907.
122
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
MUSUH MENGHAMPIRI MADINAH
- Tentera Musyrikin Quraisy dan sekutunya seramai 10,000 orang tiba di perbatasan Madinah.
- Mereka terkejut dengan parit yang digali didepan mereka. Mengikut pengalaman mereka, inilah
kali pertama mereka menghadapi taktik yang digunakan di bumi Arab.
- Apabila parit menjadi halangan mereka untuk terus maju ke depan, maka pimpinan Tentera
Ahzab mengambil keputusan untuk berkhemah di kawasan sekitar.
- Kedatangan mereka yang ramai serta bersedia menunggu masa untuk menyerbu Madinah,
menguji perasaan orang beriman dan orang munafik.
- Allah Taala gambarkannya dalam firmanNya :
i) Perasaan Orang Beriman .
Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu
itu, mereka berkata : "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya* kepada kita".
dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. dan yang demikian itu tidaklah menambah
kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.
SURAH AHZAB ayat 22
* yang dijanjikan Allah dan rasul-Nya itu ialah kemenangan sesudah mengalami kesukaran.
ii) Perasaan Orang Munafik.
12. Dan (Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang
berpenyakit dalam hatinya berkata :"Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan
kepada kami melainkan tipu daya".
13. Dan (Ingatlah) ketika segolongan di antara mreka berkata: "Hai penduduk
Yathrib (Madinah), tidak ada tempat bagimu, maka kembalilah kamu". dan
sebahagian dari mereka minta izin kepada Nabi (untuk kembali pulang) dengan
berkata : "Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga)". dan
rumah-rumah itu sekali-kali tidak terbuka, mereka tidak lain hanya hendak lari.
SURAH AHZAB ayat 12-13
123
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
PERSEDIAAN RASULULLAH
- Rasulullah menempatkan anggota tenteranya di posisi membelakangkan Bukit Sala dan parit di
depan mereka. Manakala wanita dan kanak-kanak ditempatkan di dalam kubu-kubu batu.
PERLAWANAN SECARA INDIVIDU DAN SERANGAN PANAH
- Pihak Tentera Ahzab berada dalam keadaan marah dan geram kerana perancangan serangan
mereka terhalang oleh parit di keliling Madinah.
- Mereka mengintai dan berpusing-pusing mencari lokasi yang mudah ditembusi. Setiap kali
mereka mencuba mendekati parit, serangan panah Tentera Islam akan menghujani mereka.
- Hinggalah satu ketika beberapa orang Tentera Ahzab berjaya melepasi parit . Mereka terdiri
dari 'Amru bin Abdul Wad, 'Ikrimah bin Abu Jahal, Dirar bin Al-Khattab dan beberapa lagi.
- 'Amru bin Abdul Wad adalah ketua pasukan berkuda Ahzab yang mengandungi 1,000 orang
anggota.
- Beliau mencabar Tentera Islam bertarung dengannya sambil sambil membunuh kudanya tanda
ia tidak akan berundur. Ali bin Abi Talib menyahut cabarannya dan berjaya membunuhnya.
- Kematian 'Amru menyebabkan rakan-rakannya melarikan diri termasuk Ikrimah bin Abu Jahal
yang tertinggal tombaknya.
124
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
LUPUT WAKTU SOLAT
- Dalam suasana yang amat gawat, Rasulullah terluput waktu solat. Jabir bin Abdullah
menceritakan:
" Dalam Ghazwah Khandaq, Umar Al-Khattab datang berjumpa Rasulullah dalam keadaan
memaki orang Musyrikin. Katanya ," Wahai Rasulullah, hampir-hampir aku tidak solat Asar
kerana matahari hampir terbenam."
Jawab Rasulullah : " Demi Allah! Aku juga demikian." . Lalu kami pun turun ke Lembah
Buthan dan berwuduk. Setelah itu Rasulullah solat Asar setelah matahari terbenam dan seterus
nya solat Maghrib. ( Riwayat Bukhari 2/590 )
- Rasulullah berdoa kecelakaan terhadap orang Musyrikin yang menyebabkan orang Islam
ketinggalan solat pada waktunya :
" Semoga Allah memenuhkan rumah dan kubur mereka dengan api kerana mereka
melalaikan kita dari solat Asar sehingga terbenam matahari."
PENGKHIANATAN YAHUDI BANI QURAIZAH
- Pemimpin Yahudi Bani An-Nadhir, Huyai bin Akhtab( telah dihalau ke Khaibar) pergi ke
Perkampungan Yahudi Bani Quraizah.
- Huyai pergi berjumpa Ka'ab bin Asad selaku ketua Yahudi Bani Quraizah. Tujuannya
mengajak Yahudi Bani Quraizah menyertai Tentera Ahzab.
- Pada mulanya apabila Ka'ab melihat kedatangan Huyai, dia terus menutup pintu. Akhirnya
Huyai berjaya memujuk Ka'ab :
" Wahai Ka'ab! Aku datang kepada
membawa kemuliaan zaman silam dan
harapan seluas laut yang melimpah. Aku
membawa Tentera Quraisy termasuk
pembesarnya, Aku juga membawa
Kabilah Ghatfan bersama pembesarnya.
Mereka semua berjanji kepada aku
bahawa mereka tidak akan meninggalkan
tempat ini sehingga dihapuskan
Muhammad dan pengikutnya. "
- Mulanya Ka'ab menolak sambil berkata :
Jahanam kau Huyai! Biarkan aku dengan
keadaan sekarang. Aku tidak ada pilihan
melainkan bersikap benar dan jujur terhadap Muhammad ( menepati dan patuh perjanjian)".
- Akhirnya Huyai bin Akhtab memberi jaminan :
"Wahai Ka'ab ! Jika Quraisy dan Ghatfan pulang tanpa mengalahkan Muhammad dan
pengikutnya, aku akan menetap bersamamu didalam perkampungan kamu sehingga aku sama-
sama menanggung apa yang menimpamu."
125
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
KEBERANIAN SAFIYYAH BINTI ABDUL MUTALIB
- Ibu saudara Rasulullah, Safiyyah binti Abdul Mutalib berada didalam sebuah kubu bersama
wanita dan kanak-kanak.
- Setelah berita pengkhianatan Yahudi Bani Quraizah diketahui oleh Safiyyah, tiba-tiba beliau
melihat seorang Yahudi datang ke arah kubu untuk pengintipan.
- Safiyyah menyuruh Hasan bin Thabit untuk membunuh Yahudi itu. Oleh kerana Hasan seorang
yang terlalu tua maka ia menolak dengan alasan tidak mahir untuk membunuh.
- Safiyyah dengan beraninya turun dari kubu itu lalu mengambil sebatang kayu dan memukul
Yahudi hingga mati.
- Tindakan berani Safiyyah binti Abdul Mutalib itu menimbulkan rasa gerun kepada Yahudi
Bani Quraizah. Mereka menyangka kubu-kubu penempatan wanita dan kanak-kanak Islam itu
dikawal oleh Tentera Islam.
- Akhirnya Yahudi Bani Quraizah mengambil keputusan berundur dari kerja pengintipan.
Mereka hanya menghulurkan bantuan kepada Tentera Ahzab tanda sokongan moral. Antaranya
seperti 20 ekor unta tetapi dapat dirampas oleh Tentera Islam.
TINDAKAN RASULULLAH
- Setelah berita pengkhianatan Yahudi Bani Quraizah diketahui oleh Rasulullah maka Baginda
mengambil 2 langkah pantas :
i) Menghantar pasukan penyiasat untuk memastikan kebenaran berita itu.
Pasukan itu terdiri dari Saad bin Muaz, Saad bin Ubaidah, Abdullah bin Rahawah dan Khauwat
bin Jubair.
Rasulullah berpesan jika benar berita itu, mereka perlu rahsiakan dari pengetahuan umum bagi
mengelakkan suasana panik dikalangan penduduk Madinah.
- Kedatangan pasukan penyiasat dilayan penuh kesombongan dan keangkuhan oleh pihak
Yahudi Bani Quraizah. Mereka memaki hamun dan menghina Rasulullah di depan pasukan
penyiasat sambil berkata :
" Siapa Rasulullah ? Kami tiada apa-apa perjanjian dengan Muhammad !"
ii) Menghantar seramai 500 orang tentera untuk mengawal wanita dan kanak-kanak di
kubu-kubu mereka.
ANCAMAN DARI SETIAP PENJURU
- Warga Negara Islam Madinah menghadapi situasi yang amat cemas. Mereka menghadapi 5
bentuk ancaman yang mencengkam jiwa raga.
o Bala Tentera Ahzab di hadapan.
o Pengkhianatan Yahudi Bani Quraizah di belakang.
o Kesejukan.
o Kelaparan.
o Ketakutan.
- Allah Taala gambarkan suasana itu dalam firmanNya:
10. (yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak
tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke kerongkong dan kamu
menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam prasangka.
11. Disitulah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan
yang sangat dahsyat. SURAH AHZAB
126
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
TAWARAN KEPADA KABILAH GHATFAN
- Bagi mengendurkan suasana gawat dan cemas, Rasulullah bercadang mengadakan perjanjian
dengan Kabilah Ghatfan melalui pimpinan mereka iaitu 'Uyainah bin Hasin dan Al-Harith bin
'Auf.
- Tujuannya untuk meminta pihak mereka menarik diri dari pakatan Tentera Ahzab. Sebagai
ganjarannya, Kabilah Ghatfan akan diberi satu pertiga hasil kurma Madinah.
- Sebelum dilaksanakan cadangan itu, Rasulullah bermesyuarat dengan pihak Ansar yang
diketuai oleh Sa'ad bin Mu'az dan Sa'ad bin 'Ubadah.
GOLONGAN ANSAR : " Wahai Rasulullah, jika ianya perintah dari Allah, kami akan
dengar dan patuh. Tetapi jika ianya sekadar cadangan, Demi Allah ! Kami tidak akan beri
apa-apa kepada Kabilah Ghatfan melainkan pedang-pedang ini."
- Jawapan golongan Ansar itu dipersetujui oleh Rasulullah. Ini menguatkan semangat Tentera
Islam.
DOA SA'AD BIN MU'AZ
- Semasa berbalas panahan antara Tentera Islam dengan Tentera Ahzab, Sa'ad bin Mu'az
pemimpin Ansar terkena panah di lengannya menyebabkan urat lengannya putus. Antara doa
Sa'ad dikala ditimpa kecederaan itu :
"Janganlah Engkau matikan aku sehingga aku merasa puas hati dengan pembalasan
terhadap Yahudi Bani Quraizah."
PERTOLONGAN ALLAH TELAH TIBA
- Ketika saat Madinah di kepung segenap penjuru dan perasaan warganya diselubungi takut, tiba-
tiba Allah Taala mengurniakan pertolonganNya.
- Nu'aim bin Mas'ud dari Kabilah Ghotfan memeluk Islam tanpa disedari kaumnya. Beliau
pergi berjumpa Rasulullah dan menawarkan pertolongannya.
RASULULLAH : " Engkau mempunyai kedudukan dan pengaruh di kalangan mereka. Oleh
kerana engkau hanya seorang, buatlah satu helah untuk lepaskan kami dari musuh sekadar
kemampuanmu. Peperangan itu adalah tipudaya."
HELAH NU'AIM TERHADAP MUSUH
- Nu'aim pun pergi berjumpa Yahudi Bani Quraizah . Beliau mempunyai hubungan baik dengan
mereka dan dipercayai. Beliau berkata :
"Wahai saudaraku, kamu tahu sesungguhnya kaum Quraisy tidak sama dengan kamu semua.
Negeri ini adalah negeri kamu. Disinilah terdapat harta benda dan keluarga kamu. Kamu
tidak ada lagi tanahair selain negeri ini.
Orang Quraisy dan Ghatfan hanya datang untuk berperang. Lagipun harta benda dan
keluarga mereka tiada bersama mereka. Jika menang, mereka akan ambil rampasan perang
dan pulang ke tempat mereka.
Tetapi jika kalah, mereka akan balik ke tempat mereka meninggalkan kamu dan sudah pasti
Muhammad akan membalas dendam terhadap kamu semua."
Yahudi Bani Quraizah minta cadangan dan pendapat dari Nu'aim. Jawab Nu'aim :
" Kamu jangan sertai pakatan mereka sehingga mereka setuju mencagarkan 70 orang
pembesar mereka sebagai cagaran."
127
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
- Selepas itu, Nu'aim ke markas Tentera Quraisy dan berkata :
" Wahai saudaraku Quraisy, Orang-orang Yahudi telah menyesal membatalkan perjanjian
dengan Muhammad dan pengikutnya. Mereka berjanji kepada Muhammad untuk menuntut
cagaran dari kamu kemudian cagaran itu akan diserahkan kepada Muhammad.
Selepas itu mereka akan bergabung dengan Tentera Muhammad. Oleh itu, jangan kamu beri
cagaran kepada Yahudi itu semasa mereka datang menuntut."
- Nu'aim juga membuat helah yang sama kepada Kabilah Ghatfan.
- Pada malam Sabtu, pihak Quraisy pergi berjumpa Yahudi Bani Quraizah untuk meminta
bantuan dan juga meminta mereka bersama menentang pihak Islam.
- Pihak Yahudi Bani Quraizah menghantar utusan kepada pihak Quraisy dan Ghatfan
menyatakan mereka sanggup berjuang bersama Pakatan Ahzab dengan syarat cagarkan kepada
mereka seramai 70 orang pembesar Quraisy dan Ghatfan.
- Apabila pihak Quraisy dan Ghatfan menerima jawapan dari Yahudi Bani Quraizah, maka
mereka pun berkata :
" Demi Allah ! Sesungguhnya Nu'aim bercakap benar."
- Pihak Quraisy dan Ghatfan menghantar maklum balas kepada Yahudi Bani Quraizah dengan
menyatakan mereka tidak akan mencagarkan seorang pun pembesar mereka kepada Yahudi.
Malah menyeru Yahudi Bani Quraizah menyertai mereka tanpa sebarang syarat.
- Apabila Yahudi Bani Quraizah menerima jawapan dari pihak Quraisy dan Ghatfan, mereka
berkata :
"Demi Allah ! Nu'aim bercakap benar."
- Bermulanya bibit-bibit pepecahan dalam Pakatan Ahzab. Masing-masing tidak mempercayai
satu sama lain.
DOA RASULULLAH
أ ْه ِزِم الأ ْحَزا ِب, َس ِري َع ال ِح َسا ِب, الل ُه َّم ُمْن ِزَل ال ِكتَا ِب
Ya Allah, Yang menurunkan Kitab, Yang cepat penghitungannya, Binasakanlah Tentera
Ahzab. ( Riwayat Bukhari)
Orang beriman juga berdoa :
َوآِم ْن َرْو َعاتِنَا, الل ُه َّم ا ْستُ ْر َعْوَراتِنَا
Ya Allah, Tuhan kami, Peliharakanlah keselamatan kami dan amankanlah hati kami dari
perasaan takut.
128
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
TENTERA ALLAH MEMBERI BANTUAN
- Allah Taala mengutus Tentera-TenteraNya iaitu :
o Angin kencang yang
meranapkan khemah-khemah
dan menerbangkan periuk-
periuk mereka.
o Malaikat yang
menggoncangkan bumi tempat
mereka berpijak serta
menggerunkan dan
menakutkan hati mereka.
- Pada malam yang amat dingin dan
angin yang bertiup kencang, Abu Sufyan
bin Harb pemimpin Musyrikin Quraisy bimbang dengan pengkhianatan Yahudi Bani Quraizah
yang mungkin mengambil peluang menyerang mereka bersama tentera Islam.
- Lalu Abu Sufyan memberi arahan untuk berundur. Beliau mengarahkan Khalid Al-Walid dan
'Amru bin Al-'As bersama 200 orang tentera mengawasi pengunduran mereka supaya selamat
dari serangan hendap pihak Tentera Islam.
HUZAIFAH BIN AL-YAMAN MENGINTIP PENGUNDURAN TENTERA
AHZAB
- Apabila Rasulullah mendengar bunyi bising dari pihak musuh, lalu Baginda mengarahkan
Huzaifah bin Al-Yaman mengintip pergerakan musuh.
- Huzaifah kembali melaporkan kepada Rasulullah tentang pengunduran bala Tentera Ahzab dari
Madinah setelah mengepung selama 30 hari.
Firman Allah :
25. Dan Allah menghalau orang-orang yang kafir itu yang keadaan mereka penuh
kemarahan( kerana gagal dan hampa), mereka tidak memperolehi apa-apa keuntungan
pun. dan Allah telah menyelamatkan orang-orang mukmin dari peperangan *. dan
adalah Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. ( SURAH AHZAB ayat 25 )
* maksudnya orang mukmin tidak perlu berperang, kerana Allah telah menghalau mereka dengan
mengirimkan angin dan malaikat.
Masjid Nabawi dan
Perkuburan Baqi' .
129
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
GILIRAN KITA AKAN MENYERANG PULA
- Rasulullah dan para Sahabat meninggalkan lokasi parit ( khandaq) pada hari Rabu bersamaan
7 Zulkaedah Tahun 5 Hijrah selepas bermarkas disitu selama sebulan.
( Ibnu Sa'ad)
- Ghazwah Ahzab atau Khandaq ini merupakan peperangan saraf . Lebih kepada kebijaksanaan
penggunaan taktik peperangan. Ianya tidak banyak membabitkan pertempuran secara berdepan
seperti Ghazwah Badar dan Uhud.
- Bermula dengan cadangan penggalian parit oleh Salman Al-Farisi hinggalah tipu helah
memecah-belah kesatuan Pakatan Ahzab oleh Nu'aim bin Mas'ud.
- Kegagalan pihak Musyrikin Quraisy, Yahudi dan Kabilah-Kabilah Badwi untuk
menghancurkan Negara Islam Madinah adalah satu petanda masa depan Islam yang cerah
sebagaimana janji Allah dan RasulNya.
- Kini tiba giliran Islam pula menyerang sebagaimana sabda Rasulullah :
" Sekarang tiba masanya kita pula menyerang mereka, bukan lagi mereka yang menyerang
mereka. Kita akan bergerak ke tempat mereka." ( Bukhari 2/590)
Masjid Fath Lokasi Ahzab Masjid Nabi Baqi'
131
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
KRONOLOGI AHZAB
1 Yahudi Bani An-Nadhir dihalau dari Madinah kerana merancang komplot
membunuh Rasulullah. Kebanyakkan mereka menuju ke Khaibar.
2 Pimpinan Yahudi Bani An-Nadhir seramai 20 orang diketuai oleh Salam bin Abi Al-
Haqiq menuju ke Mekah untuk membuat pakatan Ahzab atas rasa dendam dihalau..
3 Musyrikin Mekah setuju dan mengumpulkan tentera seramai 4,000 orang. Kabilah
Ghatfan bersama kabilah-kabilah lain seramai 6,000 orang.
4 Rasulullah mendapat maklumat tentang pakatan lalu membuat mesyuarat. Cadangan
Salman Al-Farisi diterima iaitu menggali parit di sebelah utara Madinah.
5 Parit sepanjang 5.54 km, sedalam 3.3 meter dan seluas 4.6 meter dapat digali dalam
masa 6 hari.
6 Pakatan Ahzab tiba diperbatasan Madinah. Terkejut kerana pertama kali melihatnya
dalam sejarah perang bangsa Arab. Mereka berkhemah di hadapan parit.
7 Pakatan Ahzab mencuba melintasi parit. Berlaku pertempuran secara panah dan
lontaran tombak sahaja.
'Amru bin Abdul Wad bersama beberapa orang Tentera Ahzab dapat melintasi parit.
Berlaku pertarungan secara individu antara 'Amru dengan Ali bin Abi Talib. Ali
dapat membunuh 'Amru. Rakan-rakannya lari.
8 Huyai bin Akhtab dari Yahudi Bani An-Nadhir berjaya memujuk Kaab bin Asad,
ketua Yahudi Bani Quraizah supaya mengkhianati Negara Islam Madinah.
9 Seorang Yahudi Bani Quraizah berjaya di bunuh oleh Safiyyah bin Abdul Mutalib,
ibu saudara Rasulullah.
10 Saad bin Muaz yang cedera teruk berdoa kepada Allah agar beliau panjang umur
untuk melihat pembalasan pengkhianatan Yahudi Bani Quraizah.
11 Rasulullah mencadangkan supaya ditawarkan ganjaran kepada Kabilah Ghatfan
sebanyak satu pertiga hasil kurma Madinah jika mereka menarik diri dari Pakatan
Ahzab. Pimpinan Ansar menolaknya. Rasulullah terima penolakan tawaran itu.
12 Nu'aim bin Mas'ud dari Kabilah Ghatfan memeluk Islam tanpa disedari kaumnya
dan pakatan Ahzab. Beliau menawarkan bantuan kepada Rasulullah.
13 Rasulullah mengarahkan Nu'aim membuat helah agar berlaku pepecahan antara
Pakatan Ahzab.
14 Tipu helah Nu'aim berjaya menimbulkan pepecahan dan prasangka diantara mereka.
15 Abu Sufyan bersama tentera Ahzab berundur setelah berlaku tiupan angin kencang,
kedatangan Malaikat dan kebimbangan serangan Yahudi Bani Quraizah.
Mereka berundur setelah mengepung selama sebulan.
131
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
PERCAMBAHAN MINDA
Pakatan Ahzab Moden
1) Bolehkan kita samakan Pakatan Ahzab zaman Rasulullah dengan Pakatan Tentera Bersekutu
yang diketuai oleh Amerika Syarikat sekarang? Bincangkan.
2) Sebutkan beberapa persamaan antara Pakatan Ahzab dengan Pakatan Tentera Bersekutu.
3) Idea Salman Al-Farisi yang diambil dari teknologi orang Majusi diterima oleh Rasulullah.
Mengapa Rasulullah terima sedangkan teknologi itu hasil kerja orang kafir? Bincangkan.
4) Patutkah umat Islam mempunyai satu pakatan seperti Pakatan Ahzab Moden. Fungsinya untuk
melindungi negara Islam dari menjadi mangsa 'buli' Negara Kuffar? Bincangkan.
132
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KEDUA PULUH DUA
HUKUMAN TERHADAP YAHUDI BANI QURAIZAH
133
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
JIBRAIL BELUM LETAK SENJATA
- Setelah Rasulullah kembali ke Madinah dari lokasi parit, lalu baginda pulang ke rumah Ummu
Mukminin, Ummu Salamah.
- Ketika waktu Zohor, Jibrail datang ke rumah Rasulullah dan berkata :
" Apakah engkau sudah meletakkan senjata? Sesungguhnya para Malaikat belum lagi
meletakkan senjata mereka. Mereka belum balik lagi. Melainkan hendak pergi memburu
kaum itu.
Bangkitlah kamu bersama orang-
orangmu menuju ke perkampungan Bani
Quraizah. Aku akan menggoncangkan
kubu-kubu mereka dan mencampakkan
rasa takut dalam hati mereka."
- Rasulullah melantik Abdullah Ibnu
Ummi Makhtum menggantikan tempat
baginda di Madinah. Bendera perang
diserahkan kepada Ali Abi Talib. Seramai
3,000 tentera dapat dikumpulkan menuju
ke Perkampungan Bani Quraizah.
- Arahan Rasulullah kepada mereka :
" Jangan solat Asar melainkan telah sampai di Perkampungan Bani Quraizah."
Berkenaan arahan Rasulullah itu, tentera Islam memahaminya dengan dua pemahaman :
i) Memahami bahawa arahan Rasulullah itu bermakna supaya percepatkan perjalanan
mereka. Oleh itu mereka solat di pertengahan jalan.
ii) Memahami bahawa arahan Rasulullah itu bermakna apapun terjadi, solat Asar mesti di
Perkampungan Bani Quraizah. Ada kalangan mereka solat Asar pada lewat malam.
Kedua pemahaman ini diterima oleh Rasulullah.
- Pergerakkan Tentera Islam secara berperingkat-peringkat. Rasulullah mengikuti mereka dari
belakang dengan menunggang kaldai.
- Akhirnya, seramai 3,000 tentera Islam sampai di Perkampungan Yahudi Bani Quraizah dengan
kekuatan 30 ekor kuda. Mereka mula mengepung perkampungan tersebut.
- Walaupun pada mulanya Yahudi Bani Quraizah mempunyai bekalan makanan, air dan
pertahanan yang kuat tetapi setelah dikepung selama 25 malam, akhirnya mereka semakin lemah
dari segi mental dan fizikal.
- Bekalan mereka semakin berkurangan dan Allah Taala campakkan rasa gerun dan takut
kedalam hati mereka.
- Yahudi Bani Quraizah menghantar wakil dengan mengemukakan permintaan kepada
Rasulullah :
i) Supaya diizinkan mereka keluar dengan membawa harta benda dan senjata.
( Ditolak oleh Rasulullah).
Lalu mereka membuat permohonan lain :
ii) Supaya diizinkan mereka keluar tanpa membawa harta benda dan senjata.
( Tetap ditolak oleh Rasulullah ).
134
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
KA'AB BIN 'ASAD MEMBERI CADANGAN
- Setelah permohonan mereka ditolak oleh Rasulullah, Ka'ab bin Asad selaku ketua Yahudi Bani
Quraizah memberi 3 cadangan pilihan kepada kaumnya:
i) Mereka memeluk Islam. Ini akan menyelamatkan nyawa, harta benda dan keluarga
mereka.
Kaab juga berkata kepada kaumnya :
" Demi Allah! Dialah Nabi yang diutuskan dan tertulis dalam Kitab (Taurat)kita."
ii) Mereka membunuh semua keluarga mereka. Kemudian keluar berperang dengan Tentera
Islam. Jika mereka kalah, tiada lagi keluarga mereka yang menjadi tawanan perang.
iii) Mereka keluar berperang pada hari Sabtu walaupun agama mereka melarang berperang
pada hari Sabtu. Mereka berbuat demikian dengan andaian Tentera Islam tidak menyangka
mereka diserang pada hari Sabtu kerana hari itu hari mulia bagi Yahudi.
Kesemua cadangan Kaab tidak dipersetujui oleh kaumnya.
ABU LUBABAH MENGIKAT DIRI
- Setelah kesemua cadangan ditolak samada oleh Rasulullah maupun ketua mereka sendiri, maka
Yahudi Bani Quraizah tiada pilihan lain kecuali menyerah diri dan sedia dihukum.
- Mereka meminta Rasulullah menghantar Abu Lubabah dari Bani 'Amir bin 'Auf . Abu
Lubabah adalah sekutu mereka . Tujuan mereka memanggil Abu Lubabah adalah untuk meminta
pandangan beliau tentang hukuman bakal dihadapi.
- Kedatangan Abu Lubabah ke perkampungan mereka
disambut tangisan oleh wanita-wanita dan kanak-kanak.
Ini menimbulkan rasa simpati Abu Lubabah terhadap
Yahudi Bani Quraizah.
- Mereka bertanya tentang hukuman yang bakal dijatuhi
oleh Rasulullah. Lalu Abu Lubabah menunjukkan
isyarat tangannya pada leher tanda hukuman pancung.
- Abu Lubabah merasa bersalah dengan tindakannya Tentera Islam sedang mengepung
mendahului Rasulullah lalu terus meninggalkan kubu Yahudi Bani Quraizah.
perkampungan tersebut dan mengikat dirinya pada
tiang Masjid Nabi. Beliau berkata :
" Aku tidak akan tinggalkan tempat ini (tiang batang
kurma) sehingga Allah Taala terima taubatku. Aku
berjanji tidak akan pijak bumi Bani Quraizah buat
selama-lamanya kerana aku khianati Allah dan RasulNya."
- Setiap kali waktu solat, isterinya membuka ikatan untuk beliau menunaikan solat. Kemudian
mengikatnya semula. Ianya berterusan selama 20 malam .( Ibnu Hisham )
135
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
- Akhirnya Allah Talah menerima taubat Abu Lubabah. FirmanNya :
Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka,
mereka mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang buruk.
Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.
Surah AT-TAUBAH ayat 102
- Rasulullah sendiri membuka ikatan Abu Lubabah ketika waktu solat Subuh.
HUKUMAN TERHADAP PENGKHIANATAN
- Setelah menyedari tiada lagi jalan untuk menyelamatkan diri dalam keadaan dikepung,
akhirnya mereka turun dari kubu mereka menyerah diri kepada Rasulullah dan Tentera Islam.
- Rasulullah perintahkan kesemua tawanan lelaki diikat tangannya. Manakala golongan wanita
dan kanak-kanak dipisahkan.
- Golongan 'Aus yang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi Bani Quraizah berjumpa
Rasulullah dan memohon agar tawanan ini dilayan dengan baik. Harapan mereka supaya
Rasulullah menghukum Bani Quraizah seperti baginda menghukum Yahudi Bani Qainuqa' iaitu
menghalau keluar dari perkampungan mereka.
( Yahudi Bani Qainuqa' mempunyai hubungan baik dengan golongan Khazraj )
- Golongan 'Aus bersetuju dengan cadangan Rasulullah supaya hukuman terhadap pengkhianatan
Yahudi Bani Quraizah dijatuhkan oleh pemimpin golongan 'Aus iaitu Sa'ad bin Mu'az.
Kota Madinah Zaman Empayar Uthmaniyyah Turki pada tahun 1908.
136
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
HUKUMAN OLEH SAAD BIN MU'AZ
- Sa'ad bin Muaz pernah berdoa agar umurnya dipanjangkan untuk melihat pembalasan terhadap
Yahudi Bani Quraizah semasa suasana ketakutan penduduk Madinah bila mendengar berita
pengkhianatan Yahudi Bani Quraizah.
- Sa'ad yang cedera parah dibawa dari
Madinah menunggang kaldai menuju ke
Perkampungan Yahudi Bani Quraizah.
- Dalam perjalanan itu, Sa'ad dipujuk
oleh kaumnya agar menghukum sekutu
mereka dengan hukuman yang ringan.
Sa'ad berkata kepada mereka :
" Sekarang tibalah masanya bagi Sa'ad
tidak gentar dengan celaan orang demi
kerana Allah."
- Sa'ad bin Mu'az menjatuhkan hukuman bunuh keatas semua lelaki dewasa Yahudi Bani
Quraizah. Manakala harta benda mereka dibahagikan(ghanimah), wanita dan kanak-kanak
dijadikan tawanan.
- Mengenai hukuman yang dijatuhkan oleh Sa'ad, Rasulullah bersabda :
" Sesungguhnya engkau menghukum terhadap mereka dengan hukum Allah yang datang
dari tujuh petala langit."
- Hukuman ini juga bertepatan dengan undang-undang perang dalam syariat Bani Israil yang
terdapat dalam Kitab Taurat.
PERLAKSANAAN HUKUMAN BUNUH
- Beberapa parit digali untuk dilaksanakan hukuman pancung. Hukuman dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat.
- Seramai 600-700 orang lelaki Yahudi Bani Quraizah dipancung pada hari itu. Antaranya
termasuklah Huyai bin Akhtab, pemimpin Yahudi Bani An-Nadhir yang turut berkubu dalam
perkampungan itu.
RAMPASAN PERANG
- Berikut antara senjata yang dirampas dari rumah-rumah Yahudi Bani Quraizah:
o Pedang - 1500 bilah.
o Tombak - 2,000 batang.
o Baju besi - 300 pasang.
o Perisai besi - 1,500 buah.
Hasil rampasan senjata dalam jumlah yang banyak ini menunjukkan pihak Yahudi
mempunyai perancangan jahat terhadap Negara Islam Madinah.
137
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
SA'AD MENEMUI TUHANNYA
- Setelah selesai urusan hukuman terhadap Yahudi Bani Quraizah, Sa'ad bin Mu'az dibawa ke
Masjid Nabi. Di sana disediakan sebuah khemah yang dipasang oleh Rasulullah bagi
memudahkan baginda menziarahi Sa'ad.
- Sa'ad menghembuskan nafasnya yang terakhir apabila lukanya pecah. Kematiannya disedari
apabila jemaah masjid melihat lelehan darah mengalir dari khemahnya.
- Rasulullah bersabda :
" Arasy Ar-Rahman bergoncang kerana kematian Sa'ad bin Mu'az ."
( Riwayat Muslim 2/294)
- Ketika jenazah Sa'ad diusung, orang-orang munafik berkata : " Alangkah ringannya
jenazahnya." Lalu Rasulullah bersabda :
" Sesungguhnya Malaikat turut mengusungnya." ( Riwayat Tarmizi 2/225)
Kedudukan Sa'ad disisi orang Ansar samalah seperti kedudukan Abu Bakar As-
Sidiq disisi orang Muhajirin.
Tinggal Kenangan - STESEN KERETAPI MADINAH Peninggalan Kerajaan Usmaniyyah Turki
138
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
PERBANDINGAN TINDAKAN TERHADAP GOLONGAN YAHUDI DI MADINAH
YAHUDI KETUA KEJAHATAN HUKUMAN RAMPASAN TAHUN
Bani Qainuqa' - i) Mencabul maruah Dikepung selama 15 i) 3 busur panah. Syawal
2 Hijrah
wanita Islam. malam sebelum menyerah ii) 3 bilah pedang.
ii) Membunuh pemuda diri. iii) 3 batang tombak.
Islam. Abdullah bin Ubai
mendesak Rasulullah
dengan biadap agar
sekutunya itu dilayan
baik.
Dihalau dari
perkampungan mereka
tanpa syarat. Kesemua
mereka menuju ke Syam.
Bani An- Huyai bin Merancang membunuh Mulanya dihalau tanpa i) 50 baju besi. Rabiul Awal
Nadhir Akhtab Rasulullah. syarat. Tetapi apabila ii) 50 topi besi. 4 Hijrah
dihasut oleh Abdullah bin iii) 340 bilah
Ubai, mereka enggan pedang.
keluar dari perkampungan
mereka.
Rasulullah mengepung
mereka selama 6 malam.
Mereka menyerah diri
dan dihalau tanpa
membawa senjata dan
hanya membawa
barangan sekadar muatan
unta.
Sebahagian mereka
menuju ke Khaibar
termasuk Huyai bin
Akhtab dan Sallam bin
Abi Haqiq. Manakala
sebahagian bakinya
menuju ke Syam.
Bani Quraizah Ka'ab bin Mengkhianati perjanjian Dikepung selama 25 i) 1500 bilah Zulhijjah
Asad Madinah untuk bersama malam sebelum menyerah pedang. 5 Hijrah
mempertahankan diri. ii) 2000 batang
Madinah dari Pemimpin Ansar, Sa'ad tombak.
pencerobohan musuh. bin Mu'az dilantik oleh iii) 300 baju besi.
Menerima pelawaan Rasulullah menjatuhkan iv) 500 perisai besi.
Huyai bin Akhtab ( ketua hukuman.
Yahudi Bani An-Nadhir Lelaki dewasa mereka
yang dihalau) untuk dihukum bunuh.
menyertai Pakatan Harta benda dijadikan
Ahzab. harta ghanimah.
Wanita dan kanak-kanak
dijadikan tawanan perang.
Mungkinkah ini wajah Mungkinkah ini wajah Mungkinkah ini wajah
Kaab bin Al-Asyraf ? Huyai bin Akhtab? Kaab bin Asad?
RABBI KALISHER RABBI YEHUDA THEODER HERZL
Perintis Gerakan
Perintis Gerakan Zionisme Moden Pengasas Gerakan
Zionisme Moden Zionisme
139
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
PERCAMBAHAN MINDA
1) Yahudi adalah satu bangsa yang tidak boleh dipercayai. Setiap perjanjian yang dibuat, pasti di
mungkiri. Sejak zaman Rasulullah hingga zaman kini terbukti teori ini benar.
Merujuk gambar diatas, bincangkan tentang perjanjian demi perjanjian yang dibuat tetapi
masalah Palestin belum dapat diselesaikan hingga kini. Siapa tipu siapa?
2) Mengapakah Rasulullah melantik Sa'ad bin Mu'az menjadi hakim dalam isu Yahudi Bani
Quraizah?. Bincangkan.
3) Berbanding dengan hukuman keatas Yahudi Bani Qainuqa' dan An-Nadhir, hukuman keatas
Yahudi Bani Quraizah paling keras. Mengapa?
BATU DAN LASTIK : Senjata Palestin lawan penjajah Yahudi Zionis.
141
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KEDUA PULUH TIGA
PEMBUNUHAN SALLAM BIN ABI AL-HAQIQ
141
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
LATAR BELAKANG
- Sallam bin Abi Al-Haqiq dari Yahudi Bani An-Nadhir. Beliau dikenali dengan nama Abu Rafi'
kerana kemahirannya dalam bidang perniagaan.
- Seorang yang kaya raya dan amat berpengaruh keatas penduduk Yahudi di Khaibar.
JENAYAH PERANG SALLAM BIN ABI Al-HAQIQ
o Bertanggungjawab mengadakan Pakatan Ahzab. Bersama 20 orang pimpinan
Yahudi Bani An-Nadhir menuju ke Mekah untuk mengumpulkan Tentera Ahzab.
o Menyumbang harta benda yang banyak kepada Tentera Ahzab untuk memerangi
Negara Islam Madinah.
RASULULLAH MELANCARKAN OPERASI
- Kali ini operasi diamanahkan kepada Golongan Khazraj. Sebelum ini, operasi membunuh
Ka'ab bin Al-Asyraf dijayakan oleh Golongan 'Aus.
- Sesungguhnya Golongan 'Aus dan Khazraj ( disatukan menjadi ANSAR) senantiasa berlumba-
lumba antara satu sama lain untuk membuat kebaikan. Mereka berbangga jika dapat
melaksanakan arahan Rasulullah.
- Setiap kali Golongan 'Aus melaksanakan arahan Rasulullah, maka Golongan Khazraj akan
berusaha melakukan perkara yang sama.
PASUKAN ABDULLAH BIN 'ATIK
- Rasulullah berpesan supaya tidak membunuh wanita dan kanak-kanak ketika menjalankan misi
tersebut.
- Pasukan yang diketuai oleh Abdullah bin Atik disertai oleh :
o Mas'ud bin Sinan.
o Abdullah bin Unais.
o Abu Qatadah bin Al-Harith.
o Khuza'i bin Aswad. ( Ibnu Hisham )
OPERASI BERMULA
- Waktu telah malam ketika Abdullah bersama rakan-rakannya sampai di Khaibar.
- Abdullah arahkan rakan-rakannya bersembunyi di luar kota Khaibar sementara dirinya masuk
ke dalam dengan tipu helah.
- Setelah mempedayakan penjaga pintu Kota Khaibar, Abdullah berjaya memasuki kota tersebut
lalu dia menuju ke kediaman Sallam bin Abi Al-Haqiq.
- Didalam rumah Sallam yang gelap, cubaan pertama Abdullah membunuhnya gagal lalu beliau
keluar rumah seketika dan masuk semula lalu membunuh Sallam dengan menusuk pedangnya
menembusi ke belakang dan berbunyi tulang patah.
- Abdullah kemudian keluar dari rumah itu dan terjatuh lalu patah kakinya. Beliau ikat kakinya
dengan serban.
- Abdullah bersembunyi didalam kota hingga pagi dan terdengar jeritan tentang kematian
Sallam. Maka barulah Abdullah bin Atik keluar dari Kota Khaibar.
- Apabila pasukan Abdullah bin Atik tiba di Madinah, Mereka menyampaikan berita kejayaan
misi mereka kepada Rasulullah.
- Kaki Abdullah yang patah digosok oleh Rasulullah hingga sembuh.
- Abdullah berkata :
" Aku menghulurkan kakiku lalu Rasulullah menggosoknya maka terasa olehku seolah-olah
kakiku tidak pernah sakit." ( Sahih Bukhari 2/577)
142
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
PERBANDINGAN ANTARA SALLAM BIN ABI AL-HAQIQ
DENGAN KA'AB BIN AL-ASYRAF
KA'AB BIN AL-ASYRAF SALLAM BIN ABI AL-HAQIQ
- Kacukan Yahudi-Arab. - Keturunan Yahudi Bani An-Nadhir.
- Terkenal sebagai penyair. - Terkenal sebagai ahli perniagaan.
- Tinggal di pinggir Madinah. - Tinggal di Khaibar.
JENAYAH JENAYAH
1) Pergi ke Mekah untuk meniupkan 1) Pergi ke Mekah untuk membuat Pakatan
semangat balas dendam selepas kekalahan Ahzab selepas Yahudi Bani An-Nadhir
Musyrikin Mekah dalam Ghazwah Badar. dihalau dari Madinah.
2) Menggubal syair-syair yang menghina 2) Menyumbangkan harta benda kepada
Rasulullah, isteri-isteri Rasulullah, wanita- Pakatan Ahzab semasa Ghazwah Ahzab.
wanita Islam dan para Sahabat Nabi.
OPERASI MENGHAPUSKANNYA OPERASI MENGHAPUSKANNYA
Diserahkan kepada Golongan 'Aus. Diserahkan kepada Golongan Khazraj.
Diketuai oleh Abdullah bin Atik :
Diketuai oleh Muhammad bin Maslamah : 1) Mas'ud bin Sinan.
1) Abbas bin Basyir. 2) Abu Qatadah bin Al-Harith.
2) Abu Nailah. 3) Abdullah bin Unais.
3) Al-Harith bin Aus. 4) Khuza'I bin Aswad.
4) Abu 'Isa bin Habir.
TAHUN OPERASI
TAHUN OPERASI Zulkaedah / Zulhijjah Tahun 5 Hijrah
RabiulAwal Tahun 3 Hijrah
KEJAHATAN ZIONIS TIDAK MENGENAL USIA : Mungkinkah keturunan Ka'ab bin Al-Asyraf dan Sallam
bin Abi Al-Haqiq sedang mengganas di bumi Palestin kini?
143
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
Percambahan Minda
Impian Yahudi Zionis adalah mewujudkan " Lingkungan Israel Raya" dan Madinah
termasuk dalam lingkungan itu. Mengapa ? Bincangkan.
Terdapat 2 garisan biru pada bendera Israel. Berikan maksud garisan itu.
144
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KEDUA PULUH EMPAT
OPERASI KETENTERAAN
1) Operasi Muhammah bin Maslamah
Pada 10 Muharram Tahun 6 Hijrah.
- Diketuai oleh Muhammad bin Maslamah bersama 30 Tentera Berkuda.
- Destinasi menuju perkampungan Bani Bakar bin Kilab.
- Berjaya membunuh 10 orang musuh dan merampas unta dan kambing.
- Dalam perjalanan pulang ,mereka berjaya menawan Thumamah bin Asal Al-Hanafi
pemimpin Bani Hanifah dari daerah Yamamah.
- Thumamah sebelum itu ditugaskan
oleh Musailamah Al-Kazzab untuk
membunuh Rasulullah.
- Apabila tiba di Madinah, Thumamah
diikat di tiang Masjid Nabi.
- Selepas 3 hari, beliau dibebaskan dan
masuk Islam setelah melihat akhlak
Rasulullah yang mulia.
- Semasa Thumamah balik ke
Yamamah, beliau singgah di Mekah
untuk mengerjakan umrah dan isytihar
masuk Islam di hadapan kaum
Musyrikin Quraisy.
- Kaum Musyrikin Quraisy takut
menyiksanya kerana mengingatkan
bekalan gandum Mekah diimpot dari
Yamamah.
- Thumamah berkata kepada mereka :
" Demi Allah! Gandum dari Yamamah tidak sebutirpun gandum diizinkan sampai kepada
kamu di Mekah kecuali dengan izin Rasulullah."
- Apabila Mekah mengalami kekurangan bekalan gandum akibat sekatan oleh Thumamah, maka
pemimpin Musyrikin Mekah menghantar surat rayuan kepada Rasulullah agar Baginda dapat
memberi keizinan kepada bekalan gandum ke Mekah. Rasulullah bersetuju dan mengizinkan.
( Zadul Ma'ad 2/119 )
145
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
2) Operasi Bani Lihyan
Pada bulan RabiulAwal Tahun 6 Hijrah.
- Diketuai oleh Rasulullah sendiri bersama 200 tentera dan 20 ekor kuda.
- Destinasi menuju ke Ar-Raji'.
- Sebagai taktik mengelirukan
musuh, Rasulullah bersama
tentera Islam menuju ke Syam
kemudian berpatah balik menuju
ke lembah Gharran ( Ar-Raji')
tempat syahidnya 'Asim bin
Thabit dan 9 orang pendakwah
.yang dibunuh oleh Bani Lihyan..
- Disitu Rasulullah berdoa untuk
mereka.
- Apabila berita kedatangan
Rasulullah bersama para Sahabat
untuk menuntut bela atas
kematian pendakwah yang
dibunuh, lalu Bani Lihyan
bertempiaran lari ke bukit-bukit.
- Rasulullah bermarkas selama 2
hari disitu dan juga menghantar
pasukan memburu Bani Lihyan
tetapi gagal menemui walau
seorang pun.
- Akhirnya Rasulullah
meninggalkan tempat tersebut menuju 'Usfan. Dari situ Baginda mengutuskan Abu Bakar
bersama 10 orang Tentera Berkuda ke bukit Kira' Al-Ghamim( 8 batu dari 'Usfan) untuk
menghebahkan kedatangan mereka kepada Musyrikin Mekah.
- Ini adalah perang saraf terhadap pihak Musyrikin Mekah supaya mereka gerun dan takut
dengan keberanian dan kekuatan Tentera Islam.
- Rasulullah dan para Sahabat kembali ke bumi Madinah selepas 14 hari meninggalkannya.
- Selain operasi yang diketuai oleh Muhammad bin Maslamah dan Bani Lihyan, Rasulullah juga
menghantar pasukan yang diketuai oleh Zaid bin Harithah ke Al-Jamum, Al-'Is, Al-Taraf dan
Wadi Al-Qura.
- Begitu juga pasukan Abu 'Ubaidah Al-Jarrah ke Dhi Al-Qissah dan operasi Al-Khabat. Pasukan
'Ukashah bin Mihsan ke Al-Ghamr.
- Kesemua operasi ketenteraan itu adalah bertujuan menghapuskan ancaman terhadap Negara
Islam Madinah dan juga sebagai perang saraf keatas musuh-musuh Islam terutama Musyrikin
Qwuraisy dan Yahudi bagi menunjukkan kekuatan dan semangat Tentera Islam serta
menggerunkan pihak musuh.
146
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KEDUA PULUH LIMA
GHAZWAH BANI MUSTALIQ (Al-Muraisy)
11. Sesungguhnya orang-orang
yang membawa berita bohong itu
adalah dari golongan kamu juga.
janganlah kamu kira bahwa berita
bohong itu buruk bagi kamu
bahkan ia adalah baik bagi kamu.
tiap-tiap seseorang dari mereka
mendapat balasan dari dosa yang
dikerjakannya. dan siapa di antara
mereka yang mengambil bahagian
yang terbesar dalam penyiaran
berita bohong itu baginya azab
yang besar.
Surah An-Nur ayat 11
147
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
LATAR BELAKANG
- Rasulullah mendapat maklumat dari perisikan yang dibuat oleh Buraidah bin Al-Aslami tentang
Kabilah Bani Mustaliq yang diketuai oleh Al-Harith bin Abi Dirar sedang mengumpul
kekuatan untuk memerangi Rasulullah dan Negara Islam Madinah.
- Al-Harith bin Abi Dirar adalah pemimpin Bani Mustaliq yang turut membantu pihak Musyrikin
Quraisy dalam Ghazwah Uhud.
- Rasulullah mengumpulkan para Sahabat yang ramai jumlahnya keluar dari Madinah .Baginda
melantik Zaid bin Harithah mengganti tempat Baginda di Madinah.
- Turut menyertai pasukan ini ialah Ummu Mukminin Aisyah dan Ummu Salamah.
- Golongan Munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai turut serta. Bilangan mereka yang
menyertai ghazwah ini yang teramai berbanding mana-mana ghazwah sebelum ini.
TUJUAN JAHAT MUNAFIK
Penyertaan mereka dalam pasukan tentera Islam kali ini berdasarkan 2 faktor iaitu :
i) Mereka melihat kekuatan Islam telah memuncak. Ini setelah kemenangan Islam dalam
Ghazwah Ahzab dan pengusiran Yahudi Bani Quraizah. Penyertaan mereka dalam
ghazwah ini semata-mata ini mendapatkan rampasan perang yang banyak
memandangkan Kabilah Bani Mustaliq ini adalah kabilah yang mewah dan kaya.
ii) Mereka menyedari kekuatan Islam tidak mampu dikalahkan oleh kekuatan senjata dan
ramai tentera semata-mata. Ini terbukti dalam Ghazwah Ahzab. Penyertaan mereka
dalam ghazwah ini selain mendapat harta rampasan perang juga mencari-cari peluang
untuk menimbulkan pepecahan dalaman antara orang Islam.
PERISIK BANI MUSTALIQ DIBUNUH
- Al-Harith bin Dirar telah menghantar seorang perisik untuk meninjau perjalanan Tentera Islam.
- Malangnya perisik itu dapat dibunuh oleh Tentera Islam semasa bertembung dalam perjalanan.
- Berita pembunuhan perisik Bani Mustaliq menimbulkan rasa gerun dan takut di hati Al-Harith
dan kabilahnya. Ini menyebabkan sebahagiannya melarikan diri.
PERTEMPURAN DI MURAISYI'
- Apabila Rasulullah dan Tentera Islam sampai di Muraisyi' ( kawasan mata air ), baginda
mengatur saf Tentera Islam. Abu Bakar memegang bendera perang.
- Pertempuran bermula secara panah-memanah antara satu sama lain dari jarak jauh. Akhirnya
Rasulullah mengarahkan satu serbuan mengejut ke atas musuh hingga menyebabkan musuh
mengalami kekalahan.
- Serama 10 orang Bani Mustaliq dapat
dibunuh. Rampasan perang(ghanimah)
pula sebanyak 2,000 ekor unta dan 5,000
ekor kambing. Seramai 200 orang wanita
dijadikan tawanan perang.
148
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
KEBIJAKSANAAN RASULULLAH
- Antara yang menjadi tawanan perang ialah anak perempuan Al-Harith bin Dirar iaitu Birrah
binti Al-Harith.
- Rasulullah mengahwini Birrah dan ditukar nama kepada Juwairiyyah. Perkahwinan ini
mendatangkan keberkatan kepada Kabilah Bani Mustaliq iaitu :
o Menyebabkan orang Islam membebaskan dan memerdekakan tawanan perang
kerana menganggap mereka sebagai ipar-ipar Rasulullah yang tidak sepatutnya
menjadi tawanan pihak Islam.
o Bani Mustaliq memeluk Islam dan menjadi penegak agama yang baik.
PERANAN JAHAT ABDULLAH BIN UBAI
Kalaulah mereka keluar bersama kamu( sertai Ghazwah Bani Mustaliq)tidaklah mereka
menambah jumlah kamu melainkan kerosakan. Dan tentulah mereka segera menjalankan
hasutan diantara kamu.( Dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah(kekacauan) dalam
kalangan kamu, sedang diantara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang zalim.
(AT-TAUBAH 47)
- Setelah Negara Islam pimpinan Rasulullah gagal dilemahkan dengan kekuatan senjata dan
ketenteraan, pihak Munafik pimpinan Abdullah bin Ubai mengubah cara penentangan secara :
menghidupkan sentimen perkauman kabilah.
mencela dan menghina Rasulullah.
menyebarkan cerita fitnah dan bohong terhadap Ummu Mukminin.
DUA PERISTIWA SELEPAS GHAZWAH BANI MUSTALIQ
- Selepas selesai Ghazwah Bani Mustaliq, terdapat dua peristiwa berlaku yang hampir
menggugat keharmonian antara umat Islam. Kesemuanya berpunca kerja jahat golongan
Munafik yang sememangnya benci terhadap Rasulullah dan para Sahabat.
i) Peristiwa di Al-Muraisyi'- Seruan Jahiliyah
- Seorang dari golongan Muhajirin ( orang suruhan Umar Al-Khatab) berkelahi dengan seorang
dari golongan Ansar semasa merebut mengambil air lalu masing-masing melaungkan nama
kaum masing-masing.
- Rasulullah menegur mereka berdua dan bersabda :
" Apakah seruan jahiliyyah itu masih kamu laungkan sedangkan aku berada bersama kamu?
Tinggalkanlah kerana ianya suatu yang amat keji dan busuk seperti bangkai".
- Seruan Rasulullah itu dapat mendamaikan kedua-dua mereka.
149
Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
- Apabila berita pendamaian itu sampai kepada Abdullah
bin Ubai yang ketika itu bersama kaumnya golongan
Khazraj, lantas dia amat marah dan berkata :
" Aku tidak pernah melihat kehinaan seperti pada hari ini.
Setelah mereka( Muhajirin) ramai dalam negeri kita,
mereka hendak tunjukkan kekuatan. Mereka dan kita
umpama kata pepatah: Gemukkan anjingmu kemudian
dia memakanmu.
Demi Allah! Sekembali kita ke Madinah nanti, orang mulia
(Munafik) akan menghalau orang yang hina (Muhajirin).
Demi Allah! Inilah akibat perbuatan kamu sendiri. Jika
kamu tidak membantu mereka nescaya mereka tidak akan
datang ke negeri kita.
Kamu izinkan mereka menetap di negeri kamu. Kamu
bahagikan harta benda kamu. Kamu berperang
mempertahankan Muhammad meninggalkan anak-anak
kamu menjadi yatim. Bilangan kamu semakin sedikit
sedangkan bilangan mereka bertambah ! ".
- Itulah ucapan Abdullah bin Ubai yang datang dari hati
yang busuk lagi jijik.
- Kebetulan ketika beliau mengucapkan kata-kata itu, terdapat seorang pemuda yang kuat
keislamannya mendengar ucapan Abdullah bin Ubai. Beliau ialah Zaid bin Arqam. Lalu Zaid
melaporkan kepada Rasulullah. Ketika itu, Umar Al-Khattab turut ada bersama Baginda.
- Umar bin Al- Khattab meminta izin dari Rasulullah untuk membunuh Abdullah bin 'Ubai.
Rasulullah tidak izinkan bagi menggelakkan fitnah yang lebih besar :
" Wahai Umar! Bagaimana sekiranya semua orang berkata Muhammad membunuh
sahabatnya?"
- Lalu Rasulullah arahkan para Sahabat meneruskan perjalanan dari waktu siang hingga malam.
Kemudian meneruskan dari malam hingga ke subuh. Tujuannya supaya para Sahabat keletihan
dan tidak mempunyai masa bercakap tentang kata-kata Abdullah bin Ubai itu.
- Apabila Abdullah bin Ubai mengetahui ucapannya diketahui oleh Rasulullah, lalu dia pergi
berjumpa Rasulullah dan bersumpah menafikan ia pernah berkata demikian.
- Ramai orang Ansar bersetuju dengan penafian Abdullah bin Ubai. Mereka beranggapan Zaid
bin Arqam tersilap dengar atau membuat andaian sahaja.
- Zaid bin Arqam tersinggung dengan kata-kata itu dan berkurung di dalam rumah kerana malu.
seolah-olah dia yang mereka cerita untuk menfitnah Abdullah bin Ubai.
Sempena peristiwa ini, Allah Taala menurunkan firmanNya untuk membenarkan laporan Zaid
kepada Rasulullah :
151