The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tokpepijat, 2019-04-17 06:20:02

Buku Teks SIRAH Ting 2

Buku Teks SIRAH Ting 2

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

BAB KESEBELAS

KOMPLOT MEMBUNUH NABI

W arga Mekah masih berkabung atas kekalahan dan kematian warganya dalam Ghazwah

Badar. Dendam membara disetiap sanubari hari warga Mekah.

 Satu komplot untuk membunuh Rasulullah telah direncanakan berhampiran Kaabah.

Ianya dirancangkan oleh :

a) Umair bin Wahb Al-Jumahi .
b) Safwan bin Umayyah.

Umair adalah antara orang paling jahat yang menyakiti Rasulullah dan orang-orang
Islam sebelum hijrah. Anaknya sedang ditahan sebagai tawanan perang Badar.
Safwan adalah anak kepada Umayyah bin Khalaf . Bapanya terbunuh dalam Ghazwah
Badar. Orang yang menyiksa Bilal sebelum Bilal dibeli oleh Abu Bakar.

SAFWAN : " Wahai Umair, aku tidak dapat tidur kerana sedih mengingatkan kematian
ayahku dan saudaraku di Badar. Juga hatiku amat benci kepada Muhammad
dan agamanya jika terkenangkan bagaimana orang Islam memasukkan orang-
orang yang mereka bunuh dalam telaga buta di Badar. Hatiku berazam untuk
membalas dendam atas kematian keluargaku."

UMAIR : " Aku juga sedih dengan kematian mereka berdua. Ayahmu adalah bapa
saudaraku. Dia umpama bapaku sendiri."

SAFWAN : "Demi Allah wahai 'Umair! Hidupku setelah kematian mereka berdua tiada
erti lagi."

UMAIR : " Demi Allah wahai Safwan ! Seandainya aku tiada hutang dan keluargaku ada
orang menanggungnya nescaya aku tunggang unta ini menuju Madinah untuk
membunuh Muhammad. Aku berhak berbuat demikian kerana anakku masih di
sana menjadi tawanan mereka."

SAFWAN : " Kau jangan risau wahai Umair. Hutang kau akan ku jelaskan. Keluargamu
akan tinggal bersamaku dan aku tanggung semua perbelanjaannya ".

 Mereka berdua berjanji untuk merahsiakan rancangan ini. Percakapan mereka berdua

tiada sesiapapun mendengarnya.

 'Umair pun balik ke rumahnya membuat persiapan menuju Madinah. Bersamanya

pedang yang diletakkan racun di matanya.

51

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

MENUJU MADINAH

 'Umair ke Madinah dengan menunggang unta. Apabila tiba di depan masjid, Umar
terpandang dia dan berkata :

" Anjing itu musuh Allah. Sudah tentu kedatangannya ke sini dengan tujuan jahat."

 Umar pun melaporkan tentang kedatangan 'Umair kepada Rasulullah.Baginda mengizinkan
'Umair masuk bertemu baginda.

- Umar membawa masuk 'Umair dalam keadaan berjaga-jaga demi keselamatan Rasulullah.

'UMAIR : " Selamat pagi."

RASULULLAH :
" Allah Taala telah memuliakan kami dengan salam yang lebih baik dari salammu.
Salam ahli syurga iaitu Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh."
Apa tujuan engkau ke sini wahai 'Umair ?"

'UMAIR :
" Aku datang untuk menebus tawananmu iaitu anakku. Layanilah dia dengan baik ."

RASULULLAH :
" Bercakap jujurlah engkau . Apa tujuanmu kesini ?"

'UMAIR :
" Aku datang hanya untuk tujuan ini sahaja."

RASULULLAH :
" Engkau berbohong ! Engkau dan Safwan bin Umayyah duduk dekat di Hijir Ismail
(Kaabah). Kamu bercerita tentang mayat-mayat yang dibuang dalam telaga buta di Badar.
Kemudian kau berkata," Seandainya aku tiada hutang dan tanggungan nescaya aku
pergi membunuh Muhammad. Kemudian Safwan sanggup membereskan semua itu. Allah
menghalang maksudmu itu."

'UMAIR : ( terkejut)
"Aku naik saksi bahawa engkau adalah Rasulullah. Wahai Rasulullah,
dulu kami dustakan kau tentang berita dari langit ( wahyu) yang di turunkan kepada kau.
Rancangan aku dan Safwan tidak diketahui oleh sesiapapun. Demi Allah! Aku yakin
rancangan aku dan Safwan tiada seorangpun memberitahumu kecuali Allah.
Alhamdulillah kerana memberi hidayah kepadaku dengan cara ini.

RASULULLAH:
" Ajarkan dia tentang Islam, bacakan Al-Quran kepadanya dan bebaskan untuknya
tawanan ( anak)."

52

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

 Safwan tertunggu-tunggu berita dari 'Umair. Setiap hari dia menunggu berita dari Madinah.
Ucapan Safwan kepada warga Mekah :
" Wahai penduduk Mekah ! Bergembiralah kalian tidak lama lagi. Khabar gembira yang
membuatkan kamu semua lupa tentang kekalahan kita di Badar."
( Safwan menjangkakan 'Umair dapat membunuh Rasulullah)

 Akhirnya datang berita dari Madinah memberitahu tentang keislaman 'Umair. Safwan

amat kecewa dan bersumpah tidak bercakap dengan "Umair selama-lamanya dan memberi
bantuan kepadanya.

Air memenuhi tempat tawaf ketika banjir melanda Mekah tahun 1960.

Percambahan Minda

Apakah hukumnya memberi salam kepada orang kafir? Apakah lafaznya?
Bincangkan.

53

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KEDUA BELAS
PENGUSIRAN YAHUDI BANI QAINUQA'

54

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

LATAR BELAKANG

 Perkampungan Yahudi Bani Qainuqa' terletak paling dekat dengan Madinah berbanding
dengan perkampungan Yahudi yang lain seperti Yahudi Bani An-Nadhir dan Quraizah.

 Yahudi Bani Qainuqa' kebanyakannya bekerja sebagai tukang emas, tukang besi dan
pembuat pinggan mangkuk.

 Memiliki kepakaran membuat senjata. Kekuatan tentera mereka seramai 700 orang.

KEANGKUHAN YAHUDI

 Setelah kejayaan di medan Badar, Rasulullah mengumpulkan orang-orang Yahudi Bani
Qainuqa' di pasar mereka.

RASULULLAH : " Wahai orang Yahudi ! Islamlah kamu sebelum kamu ditimpa
seperti nasib Quraisy (kekalahan dalam Ghazwah Badar ) ".

YAHUDI : " Hey Muhammad ! Janganlah kau terpedaya dengan kejayaanmu membunuh
orang Quraisy. Mereka itu bodoh, tiada pengalaman dan tidak pandai berperang.
Kalau kau berperang dengan kami, tahulah kau siapa kami yang sebenarnya.
Tiada yang kau temui sehebat kami !".
( Ibnu 'Abbas)

 Jawapan biadap Yahudi itu adalah satu pengisytiharan perang terhadap Madinah.

 Sempena peristiwa itu, turunlah firman Allah :

                     

                                    

                                

12. Katakanlah kepada orang-orang yang kafir: "Kamu pasti akan dikalahkan (di
dunia ini) dan akan dihalau ke dalam neraka jahannam. Itulah tempat yang seburuk-
buruknya".
13. Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu
(bertempur)*. segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir
yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah
mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya.
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang
mempunyai mata hati.
Surah AL-IMRAN ayat 12-13

* pertemuan dua golongan itu - antara kaum muslimin dengan kaum musyrikin - terjadi dalam

PGEhRaIzSwTahIWBaAdaDr.I PASAR QAINUQA'

55

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

 Tingkah laku Yahudi Bani Qainuqa' amat jahat terhadap Negara Islam Madinah. Kelakuan

jahat dan jelek mereka semakin berani dari hari-ke hari. Rasulullah bersabar atas perbuatan
mereka dengan harapan agar pihak Yahudi patuh dan ingat tentang perjanjian Piagam
Madinah.

o Pada suatu hari seorang wanita Islam pergi ke pasar Yahudi Bani Qainuqa' untuk

menjual hasil tenusu. Beliau berhenti berdekatan dengan seorang Yahudi tukang emas.
o Tukang emas Yahudi itu cuba mengkhianati dengan tujuan memalukannya. Apabila

wanita Islam itu bangun , tiba-tiba kainnya terjatuh dan terdedah auratnya.
o Tukang emas Yahudi serta rakannya ketawa beramai-ramai. Ini menyebabkan wanita

itu menjerit dan meminta pertolongan.
o Jeritannya didengari seorang pemuda Islam lalu membunuh tukang emas Yahudi itu.
o Orang-orang Yahudi yang berada di situ terus menyerbu pemuda Islam itu dan

membunuhnya. Keadaan menjadi semakin tegang.

PENGISYTIHARAN PERANG

 Peristiwa itu dilaporkan kepada Rasulullah lalu baginda isytiharkan perang.

 Perbuatan jahat Yahudi Bani Qainuqa' mencabuli perjanjian mereka terhadap Negara
Islam Madinah.

 Rasulullah bersama Tentera Islam menuju perkampungan Yahudi Bani Qainuqa'.
Hamzah bin Abdul Mutalib memegang bendera perang.

 Mereka mengepung perkampungan tersebut selama 15 malam.
 Akhirnya Yahudi Bani Qainuqa' dilontarkan perasaan takut dan gerun oleh Allah

terhadap Tentera Islam lalu menyerah diri.
 Abdullah bin 'Ubai mendesak Rasulullah mengampunkan mereka. Ini kerana Abdullah

bin Ubai adalah sekutu dan rakan karib Yahudi Qainuqa'.
 Rasulullah mengambil keputusan memerintahkan semua Yahudi Bani Qainuqa' dihalau

dari Madinah dan harta benda mereka dirampas.
 Kesemua mereka menuju ke Syam. Kebanyakkan mereka mati di sana setelah tidak

sampai setahun berpindah.

SIFAT KEMUNAFIKAN TERSERLAH

 Sifat biadap dan kurang ajar Abdullah bin Ubai semasa beliau mendesak Rasulullah

memaafkan perbuatan jahat Yahudi Bani Qainuqa'. Perbuatan beliau memasukkan
tangannya ke dalam baju besi baginda menyebabkan Rasulullah amat marah hingga
merah padam muka baginda.

 Abdullah bin 'Ubai ketika itu baru masuk Islam setelah kekalahan Musyrikin Quraisy

dalam Ghazwah Badar.

 Perbuatan Abdullah bin 'Ubai menyerlahkan lagi kemunafikannya.

56

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

Percambahan Minda

Berdasarkan gambar dibawah, beri ulasan tentang perbandingan antara Yahudi Bani Qainuqa'
dengan Yahudi Zionis sekarang dari segi layanan terhadap umat Islam zaman Rasulullah dan
zaman kini di Palestin.

57

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KETIGA BELAS
PEMBUNUHAN KA'AB BIN AL-ASYRAF

 BIODATA
- Ka'ab bin Al-Asyraf seorang Yahudi paling kuat memusuhi dan
menyakiti Rasulullah.
- Kacukan Arab-Yahudi. Ibunya dari Yahudi Bani Nadhir.
- Seorang yang kaya dan kacak.
- Terkenal sebagai seorang Penyair 'Arab.
- Tinggal berasingan dengan Perkampungan Yahudi yang lain.
- Kotanya berhampiran Perkampungan Yahudi Bani Nadhir.

Inikah wajah Ka'ab bin Al-Asyraf?
Theodor Herzl

Pengasas Gerakan Pengganas
Zionis Sedunia

58

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

 KEJAHATAN KA'AB BIN AL-ASYRAF

1) Apabila Ka'ab mendengar berita kekalahan dan terbunuhnya pimpinan Quraisy
dalam Ghazwah Badar, beliau berkata :
" Benarkah berita itu? Mereka adalah bangsawan Arab bertaraf raja. Jika Muhammad
melakukan perkara ini bermakna ianya satu kejahatan yang besar. Demi Allah ! perut
bumi lebih baik dari belakangnya."

2) Pergi ke Mekah bertujuan meniupkan semangat bagi membalas dendam terhadap
kekalahan di Badar. Mengajak Musyrikin Mekah untuk memerangi Negara Islam
Madinah.

3) Menggubal syair-syair menghina Rasulullah, isteri-isteri Rasulullah Ummu
Mukminin, muslimat dan para Sahabat baginda.

4) Apabila di tanya Abu Sufyan pemimpin Musyrikin Mekah tentang ajaran yang
mana benar antara agama Musyrikin dengan agama Islam. Pertanyaan Abu Sufyan
kepada Ka'ab atas sifatnya Ahli Kitab. Jawab Ka'ab :
" Agamamu benar dan lebih mulia dari agama Muhammad."

Sempena jawapan Ka'ab, Allah Taala turunkan wahyuNya :

                           

                     

Apakah engkau tidak memperhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada
orang-orang yang diberikan sebahagian dari Kitab(Taurat)? Mereka percaya kepada Jibt
dan Toghut *, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekah), bahwa
mereka itu lebih benar jalan ugamanya dari orang-orang yang beriman.
Surah ANNISA' ayat 51

* Jibt dan Toghut ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain Allah s.w.t.

 TAWARAN RASULULLAH

Rasulullah bersabda :

" Siapa yang boleh bertindak keatas Ka'ab bin Al-Asyraf ? Sesungguhnya dia telah
menyakiti Allah dan RasulNya."

- Muhammad bin Maslamah* bangun dan menyahut seruan Rasulullah. Bersamanya Abbas

bin Basyir, Abu Nailah, Al Harith bin Aus dan Abu 'Isa bin Habir.

- Mereka berlima pun merancang untuk melakukan tipu helah semasa mengunjungi Ka'ab

di kotanya.

* Beliau seorang Ansar..Semasa hijrah beliau dipersaudarakan dengan Abu Ubaidah Al-Jarrah. Menyertai semua peperangan
kecuali Ghazwah Tabuk dengan keizinan Rasulullah. Meninggal dunia pada tahun 46 Hijrah.

59

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

- Muhammad bin Maslamah dan Abu Nailah merancang berjumpa Ka'ab untuk berpura-

pura menyatakan seolah-olah mereka berdua tidak menyenangi kedatangan Rasulullah ke
Madinah dan menyatakan kedatangan baginda menyusahkan mereka.

MUHAMMAD : " Wahai Ka'ab! Lelaki ini ( Rasulullah) amat menyusahkan kami. Dia
meminta sedekah dari kami."

KA'AB : " Kamu patut meninggalkannya."

MUHAMMAD : " Kami telah terlanjur mengikutnya. Bolehkah kau pinjamkan kami
sebanyak 60 gantang gandum ?"

KA'AB : " Boleh. Gadaikan kepadaku wanita-wanita atau anak gadis kamu."

MUHAMMAD : " Ianya suatu keaiban kepada kami. Apa kata kami gadaikan senjata
kepada kamu.

Ka'ab bersetuju. Muhammad berjanji membawa senjata pada waktu malam.

- Abu Nailah juga berjumpa Ka'ab dan menyatakan hajatnya membawa kawan-kawannya

berjumpa Ka'ab untuk mengikat tali persahabatan dengannya. Ka'ab bersetuju. Lalu Abu
Nailah berjanji membawa teman-temannya pada waktu malam.

- Bertepatan dengan malam yang dijanjikan oleh Muhammad bin Maslamah kepada Ka'ab.

 MALAM KECELAKAAN BAGI KA'AB

- Pada malam bulan terang bertarikh 14 RabiulAwal Tahun 3 Hijrah , Rasulullah

mengiringi Muhammad bin Maslamah dan kumpulannya ke kota Ka'ab bin Al-Asyraf.

- Apabila sampai di Baqi' , Rasulullah berpesan :
" Pergilah dengan Nama Allah. Ya Allah ! Bantulah mereka."

- Baginda pun pulang ke rumah dan mengerjakan solat dan berdoa agar operasi ini
mendapat kejayaan.

- Apabila sampai di Kota Ka'ab bin Al-Asyaraf, Abu Nailah pun memanggil Ka'ab. Lalu
Ka'ab pun keluar dalam keadaan memakai wangian yang disembur di kepalanya.

- Abu Nailah berpesan kepada rakan-rakanya :
" Apabila dia berjumpaku nanti, aku akan pegang rambutnya dan menciumnya. Saat itu
bunuhlah dia."

- Isterinya yang baru dikahwini melarangnya sambil berkata :
" Kemana kau hendak pergi pada malam begini ? Aku mendengar suara seperti akan
terjadi pertumpaham darah."
Ka'ab tidak mengendahkan kebimbangan isterinya.

61

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

- Abu Nailah memperkenalkan rakan-rakannya dan mengajak Ka'ab bersiar-siar.

- Semasa berjalan-jalan Abu Nailah memuji bau wangian yang dipakai Ka'ab :
" Aku tidak pernah mencium wangian semerbak seperti malam ini."

Jawab Ka'ab :
" Aku memiliki wangian yang terharum dikalangan wanita-wanita Arab."

Abu Nailah berkata :
" Wahai Kaab, boleh aku cium kepalamu ?".

Kaab membenarkannya. Abu Nailah pun memegang kepalanya dan menciumnya. Rakan-
rakannya turut mencium kepala Ka'ab.

- Perbuatan itu berulang hingga tiga kali. Masuk kali ketiga, semasa Abu Nailah memegang
kepala Ka'ab dan memegang erat rambutnya maka serentak rakan-rakannya pun
membunuh Ka'ab.

- Muhammad bin Maslamah bersama kumpulan operasinya segera meninggalkan kota
Ka'ab. Semasa dalam perjalanan, didapati Al-Harith bin Aus tiada bersama mereka.
Mereka menunggu sehinggalah Al-Harith tiba. Kelewatan beliau adalah disebabkan
terkena libasan pedang temannya menyebabkab kecederaan pada Al-Harith. Mereka
mengusungnya pulang.

- Apabila sampai di Baqi', Muhammad bersama rakan-rakannya bertakbir tanda kejayaan
operasi mereka. Takbir mereka didengari oleh Rasulullah lalu baginda juga bertakbir.

- Apabila berjumpa Rasulullah, maka kepala Ka'ab dicampakkan di hadapan baginda.
Baginda memuji Allah atas kejayaan membunuh musuh Allah itu dan baginda pun
meniup ke tempat luka Al-Harith hingga sembuh dan tidak sakit lagi.

- Apabila berita Ka'ab dibunuh tersebar dan diketahui oleh orang-orang Yahudi, ketakutan
dan kegerunan menguasai jiwa mereka. Mereka sedar bahawa Rasulullah dan umat Islam
bukanlah boleh diperhinakan dan dipermainkan.

INFO KOTA
KAAB BIN AL-ASYRAF
Lokasi : 3.8km dari Masjid
Quba'
Panjang : 99 kaki ( 33 meter)
Tinggi : 12 kaki ( 4 meter)
Tebal : 3 kaki ( 1 meter)

Peninggalan Kota Ka'ab
bin Al-Asyraf

61

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

Peninggalan Kota
Ka'ab bin Al-Asyraf

PERCAMBAHAN MINDA

1) Penghinaan Salman Rushdi terhadap Rasulullah dan Ummu Mukminin Aisyah dalam
novelnya adalah sama seperti penghinaan Ka'ab bin Al-Asyraf.
Apakah patut hukuman bunuh dilaksanakan keatasnya ? Bincangkan.
2) Kerajaan Britain menganugerahkan kepada Salman Rushdi dengan gelaran tertinggi "Sir".
Patutkan Kerajaan Britain berbuat demikian ?
Mengapa ? Bincangkan.
3) Beri pendapat anda tentang reaksi Kerajaan Britain dan Amerika seandainya Kerajaan
Malaysia menganugerahkan gelaran tertinggi negara yang membawa gelaran "Tun" kepada
Usamah bin Laden.

62

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KEEMPAT BELAS
OPERASI ZAID BIN HARITHAH

LATAR BELAKANG PERISTIWA

63

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

LATAR BELAKANG PERISTIWA
 Berlaku pada bulan Jamadil Akhir Tahun 3 Hijrah.
 Seperti biasa pihak Musyrikin Mekah akan menghantar konvoi dagang mereka ke Syam

apabila musim panas menjelang.
 Ini menimbulkan masalah kepada mereka kerana jalan dagang mereka sudah dikuasai

oleh pihak Islam.

 Pihak Musyrikin Mekah tidak mahu peristiwa konvoi Abu Sufyan berlaku lagi.

 Safwan bin Umayyah pemimpin Quraisy yang dipilih untuk mengetuai konvoi pada
musim panas kali ini memberi ucapan :
" Sesungguhnya Muhammad dan tenteranya pernah menyerang konvoi dagang kita. Kita
tidak tahu bagaimana menghadapi situasi ini lagi. Kesemua jalan telah dikuasai oleh
mereka. Kalau kita tidak pergi ke Syam bermakna ekonomi kita terjejas. Hidup kita hanya
bergantung kepada perdagangan ke Syam pada musim panas dan ke Habsyah pada
musim sejuk."

 Al-Aswad bin Abdul Mutalib mencadangkan kepada Safwan melalui jalan jauh iaitu Najd
untuk menuju ke Syam. Lalu beliau cadangkan mengambil Furrat bin Hayyan dari Bani
Bakar bin Wa'il sebagai penunjuk jalan kerana beliau mahir tentang jalan baru itu.

 Konvoi dagang pimpinan Safwan bin Umayyah pun secara rahsia bertolak melalui Najd
menuju Syam. Anggaran barang dagangan berjumlah 100,000 dirham.

 Malangnya berita perjalanan konvoi ini bocor dan diketahui oleh Rasulullah. Ini
disebabkan pembocoran oleh seorang Musyrikin yang menceritakan hal konvoi itu dalam
keadaan mabuk. Maka seorang sahabat yang hadir dalam majlis itu pergi berjumpa Rasulullah
dan menceritakannya. (pada masa itu arak belum diharamkan)

 Rasulullah menyiapkan satu pasukan yang berjumlah 100 orang tentera diketuai oleh Zaid
bin Harithah.

 Pasukan Zaid berjaya mengesan konvoi itu di Al-Qardah iaitu satu persinggahan mata air.

 Safwan dan orang-orangnya melarikan diri. Penunjuk jalan, Furrat bin Hayyan serta dua
orang bersamanya dapat ditawan. Kesemua barang dagangan dapat dirampas dan dibawa
ke Madinah. Furrat bin Hayyan memeluk Islam di hadapan Rasulullah.

 Peristiwa itu adalah terburuk yang menimpa Musyrikin Quraisy selepas Badar dan
meletakkan pihak Musyrikin Quraisy berada dalam dilema, ketakutan, kegelisahan dan
penuh kebimbangan.

 Mereka berada di dua persimpangan. Samada hulurkan pendamaian atau melancarkan
peperangan secara besar-besaran. Akhirnya pihak Musyrikin Quraisy pimpinan Abu
Sufyan memilih jalan peperangan. Mereka merancang menyerang Negara Islam Madinah.

 Itulah puncanya berlaku Ghazwah Uhud.

64

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KE LIMA BELAS
GHAZWAH UHUD

65

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

GHAZWAH UHUD

TARIKH : 8 Syawal Tahun 3 Hijrah
LOKASI : Kaki Bukit Uhud 5 batu dari Madinah.

KEKUATAN TENTERA : ISLAM MUSYRIKIN MEKAH

700-1000 orang 3000 orang

( 300 Munafik menarik diri)

KETUA : Rasulullah Abu Sufyan, Khalid Al Walid

KENDERAAN : 2 orang Tentera Berkuda 100 orang Tentera Berkuda
100 orang Tentera berbaju besi 700 orang Tentera berbaju besi
3000 ekor unta pengangkut

KORBAN/CEDERA 70 syahid 22 terbunuh

FAKTOR PENYEBAB

 Dendam atas kekalahan dalam Ghazwah Badar.
 Pembunuhan pemimpin mereka dalam Ghazwah Badar seperti Abu Jahal dan

Umayyah bin Khalaf.
 Jalan perdagangan mereka ke Syam dikuasai oleh pihak Islam. Ini menjejaskan

ekonomi mereka.
 Rampasan barang dagangan mereka di Qardah oleh Zaid bin Harithah. Anggaran

kerugian sebanyak 100,000 dirham.

PERSEDIAAN MUSYRIKIN MEKAH

Barisan pimpinan mereka Abu Sufyan bin Harb, Safwan bin Umayyah, Ikrimah bin Abu
Jahal dan Abdullah bin Rabi'ah mula melancarkan kempen untuk memerangi Negara Islam
Madinah. Mereka membuat beberapa tindakan awal iaitu :

 Mengumpulkan dana untuk membiayai peperangan.
 Meminta hartawan dan ahli koporat untuk menyumbangkan kewangan.
 Meminta ahli sasterawan seperti penyair untuk menggubal dan membaca syair

untuk meniupkan semangat. Antara penyair hebat mereka seperti Abu 'Izzah.

Firman Allah :

                             

                        

Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi
(orang) dari jalan Allah. mereka akan menafkahkan harta itu, Kemudian menjadi
sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. dan ke dalam Jahannamlah orang-
orang yang kafir itu dikumpulkan.
Surah Al-ANFAAL ayat 36

66

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

 Kempen untuk memerangi Islam berjalan selama setahun.Hasilnya kempen itu berjaya
mengumpulkan :
i) 3000 orang tentera.
ii) 3000 ekor unta .
iii) 200 orang tentera berkuda.

 Mereka juga membawa 15 orang wanita sebagai pemberi semangat dan penghibur(artis)
kepada angkatan tentera mereka.

 Komander angkatan tentera mereka diketuai oleh Abu Sufyan bin Harb manakala
pasukan berkuda diketuai oleh Khalid Al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal.

Para penyanyi wanita mengiringi Tentera Musyrikin Mekah dalam Ghazwah Uhud.

AL-ABBAS MELAPORKAN MAKLUMAT
 Bapa saudara Rasulullah, Al-Abbas bin Abdul Mutalib yang masih musyrik dan tinggal di

Mekah menghantar seorang utusan untuk menyampaikan maklumat kepada Rasulullah.
 Utusan itu memecut kudanya mengharungi padang pasir dari Mekah ke Madinah sejauh

500 km itu dalam masa 3 hari.
 Apabila sampai di Masjid Quba', utusan itu menyampaikan surat maklumat dari 'Abbas

kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah menyuruh Ka'ab bin Ubai membaca dan meminta beliau
merahsiakannya.
 Rasulullah pulang ke Madinah untuk mengadakan mesyuarat tergempar bersama pemimpin
Muhajirin dan Ansar.

67

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

DARURAT DI ISYTIHAR
 Seluruh Kota Madinah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Kawalan keselamatan

dipertingkatkan.

 Orang Ansar membentuk pasukan pengawal untuk menjaga keselamatan Rasulullah.
 Pasukan itu dianggotai oleh Saad bin Mu'az, Saad bin Ubadah dan Usai bin Hudai.

Mereka mengawal setiap malam di depan pintu rumah Rasulullah.

 Rondaan diadakan di setiap lorong dan jalan seluruh Madinah setiap masa siang dan
malam. Setiap orang membawa senjata walaupun ke masjid untuk solat.

MESYUARAT MENYUSUN STRATEGI
 Apabila maklumat perisikan melaporkan tentang pergerakan Tentera Musyrikin menuju

Uhud, maka Rasulullah mengadakan mesyuarat bersama para Sahabat untuk membuat
persiapan terakhir.

Dalam mesyuarat tersebut Rasulullah memberitahu mereka tentang mimpi baginda dan
mentafsirnya :
" Demi Allah , aku mendapat mimpi yang baik. Aku melihat lembu disembelih. Di mata
pedangku ada kesumbingan dan aku masukkan tanganku dalam baju besi yang kukuh."

Tafsirannya :
 Lembu disembelih maknanya beberapa Sahabat akan syahid.
 Pedang yang sumbing bermakna ahli keluarga Rasulullah akan syahid.
 Baju besi yang kukuh bermakna Madinah dapat dipertahankan.

Cadangan strategi peperangan :
i) Rasulullah - cadangkan bertahan di Madinah. Menunggu kedatangan musuh. Ini hanya

cadangan bukan Wahyu. Abdullah bin Ubai ketua Munafik menyokongnya
atas dasar senang melarikan diri.

ii) Hamzah dan kebanyakkan sahabat - cadangkan keluar dari Madinah untuk bertempur
agar musuh tidak melihat orang Islam sebagai
pengecut.

 Ramai di kalangan Sahabat yang tidak berkesempatan pergi berjuang dalam Ghazwah
Badar bersemangat untuk berdepan musuh di luar Madinah.

 Salah seorang sahabat berkata :
" Wahai Rasulullah, kami sangat mengharapkan hari ini. Kami sering berdoa kepada
Allah. Sekarang Allah membawanya kepada kami. Keluarlah untuk berdepan musuh
supaya musuh tahu kita bukan pengecut."

 Hamzah bin Abdul Mutalib turut berkata : " Demi Tuhan yang menurunkan Kitab
kepadamu, aku tidak akan menjamah makanan sehingga aku libas musuh dengan
pedangku di luar Madinah."

 Setelah ramai Sahabat setuju cadangan agar berdepan musuh di luar Madinah, akhirnya
Rasulullah bersetuju dengan cadangan itu.

68

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

PERSIAPAN KE MEDAN PERANG

 Pada 7 Syawal Tahun 3 Hijrah, Rasulullah solat Jumaat dan dalam khutbahnya, baginda
meniupkan semangat juang kepada Tentera Islam.

 Baginda menasihat kepada Tentera Islam supaya bersabar dan tetap pendirian untuk
mencapai kemenangan.

 Selesai solat Asar, Rasulullah masuk rumah untuk buat persiapan. Baginda diiringi oleh
Abu Bakar dan Umar.Mereka berdua menolong baginda memakai serban.

 Manakala di luar, Tentera Islam mula ramai berkumpul dengan persiapan perang.

 Ketika menunggu Rasulullah keluar, Saad bin Muaz dan Usaid bin Hudair merasakan
kesal dengan keputusan untuk bertempur di luar Madinah sedangkan Rasulullah
mencadangkan supaya mereka menunggu musuh di Madinah. Mereka merasakan seolah-
olah memaksa Rasulullah menerima cadangan mereka.

 Akhirnya mereka berkata kepada Rasulullah ketika baginda keluar dengan baju besi :
" Wahai Rasulullah, tidak patut kami tidak terima cadanganmu. Kami tidak mahu

menentang cadanganmu. Jika kau suka bertahan di Madinah, kami akan patuhi."

 Jawab Rasulullah :
" Tidak patut seorang Nabi apabila telah memakai baju besi ( untuk keluar perang) lalu ia
menanggalkannya melaiankan Allah menentukan keputusan antaranya dengan
musuhnya." ( Riwayat Ahmad, An-Nasai dan Al-Hakim)

 Rasulullah membahagikan Tentera Islam kepada 3 pasukan :
1) Pasukan Muhajirin. Benderanya dibawa oleh Mus'ab bin 'Umair.
2) Pasukan Ansar ( Aus). Benderanya dibawa oleh Usaid bin Hudair.
3) Pasukan Ansar ( Khazraj). Benderanya dibawa oleh Al-Hubbab bin Al-Mudhir.

 Apabila Tentera Islam mulai melepasi Thaniyyah Al-Wada', Rasulullah bertemu satu
pasukan tentera Yahudi Bani Qainuqa' ( sekutu Abdullah bin Ubai) yang lengkap
bersenjata. Mereka ingin berjuang bersama Rasulullah.

 Rasulullah menolak pertolongan mereka dan berkata :
" Sesungguhnya kami tidak perlukan pertolongan orang-orang kafir untuk hadapi

orang-orang musyrik."

 Yahudi Bani Qainuqa' mempunyai rekod pengkhianatan terhadap Negara Islam Madinah.
Rasulullah menyuruh mereka pulang dan tidak memerlukan pertolongan mereka.

69

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

TENTERA MUSYRIKIN DI ABWA'
 Tentera Musyrikin menuju ke Madinah dan singgah di Abwa'. Di situ, Hindun binti 'Utbah

isteri Abu Sufyan mencadangkan supaya digali kubur bonda Rasulullah. Cadangan itu
ditolak oleh pimpinan Musyrikin kerana bimbang berlaku sesuatu yang buruk keatas
mereka.
 Hari Jumaat 7 Syawal Tahun 3 Hijrah, pasukan Musyrikin melalui Lembah Al-Aqiq dan
berhenti di Bukit Uhud untuk bermarkas.

PEMBELOTAN MUNAFIK
 Waktu Subuh Rasulullah dan tenteranya sampai di Al-Syauth yang terletak sangat hampir

dengan lokasi musuh. Masing-masing dapat melihat antara satu sama lain.
 Di situlah Ketua Munafik, Abdullah bin Ubai dan 300 pengikutnya menarik diri. Tindakan

mereka bertujuan melemahkan semangat segelintir Tentera Islam. Allah Taala
menyelamatkan mereka :

                           

Ketika dua golongan dari padamu * ingin (mundur) kerana takut, padahal Allah
adalah penolong bagi kedua golongan itu. Kerana itu hendaklah kepada Allah saja
orang-orang mukmin bertawakkal.
Surah ALI IMRAN ayat 122

* Yakni: Banu Salamah dari suku Khazraj dan Banu Haritsah dari suku Aus, keduanya dari
barisan kaum muslimin.

71

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

Lokasi Uhud Perkuburan Syuhada' Uhud
Bukit Rumat(pemanah)

Bukit Uhud

Masjid Nabi
71

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

 Ada para Sahabat cuba menasihati Abudullah bin Ubai dan pengikutnya supaya tidak
menarik diri tetapi usaha itu tidak mendatangkan hasil.

Firman Allah Taala tentang peristiwa itu :

                               

                                  

           

Dan supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang munafik. kepada mereka
dikatakan: "Marilah berperang di jalan Allah atau pertahankanlah (dirimu)". mereka
berkata: "Sekiranya kami mengetahui akan terjadi peperangan, tentulah kami
mengikuti kamu" *. Mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran dari pada
keimanan. Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkandung dalam
hatinya. dan Allah lebih mengetahui dalam hatinya. dan Allah lebih mengetahui apa
yang mereka sembunyikan.
Surah ALI IMRAN ayat 167

* Ucapan Ini ditujukan kepada nabi dan sahabat-sahabat beliau sebagai ejekan, Karana mereka
memandang Nabi tidak tahu taktik berperang, sebab Baginda melakukan peperangan ketika
jumlah kaum muslimin sedikit. Ucapan ini dapat digunakan untuk mengelakkan cercaan yang
ditujukan kepada diri orang-orang munafik sendiri.

700 ORANG MENERUSKAN KEMARAAN

 Dengan berbaki seramai 700 orang, Rasulullah meneruskan perjalanan menuju Bukit
Uhud.

 Rasulullah bersama Tentera Islam terpaksa melalui sebuah kebun milik seorang munafik
yang buta untuk sampai ke tempat yang sesuai dijadikan markas operasi.

 Ketika melaluinya, pemilik kebun itu melontarkan tanah kepada Tentera Islam sambil
berkata :
" Aku tidak halalkan kamu masuk jika sekiranya kamu Rasulullah".

 Apabila Tentera Islam ingin membunuhnya, Rasulullah menegah sambil berkata:
" Jangan bunuh dia! Dia seorang yang buta mata dan buta hati."

Keluasan Bukit Uhud

72

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

PEMILIHAN LOKASI PENEMPATAN TENTERA ISLAM
- Lokasi penempatan Tentera Islam adalah mengadap kota Madinah dan belakangnya

adalah Bukit Uhud. Ini bererti kedudukan Tentera Musyrikin berada antara Tentera Islam
dan Kota Madinah.

PEMBENTUKAN PASUKAN PEMANAH
 Seterusnya Rasulullah membentuk pasukan pemanah.seramai 50 orang. Pasukan ini

diketuai oleh Abdullah bin Al-Jubair Ansari.
 Pasukan ini ditempatkan di tempat strategik iaitu Bukit Ar-Rumat. Jaraknya kira-kira

150 meter (50 kaki) dari penempatan Tentera Islam.
 Pesan Rasulullah kepada Abdullah bin Jubair :

" Kucar kacirkan pasukan berkuda mereka dengan panah-panah kamu supaya mereka
tidak dapat menghampiri kami dari belakang. Tetapkan posisi kamu samada kita menang
atau kalah. Agar musuh tidak mara ke arah kami melalui arah kamu"
 Pesan Rasulullah kepada semua anggota pemanah :
" Kalau kamu lihat kami disambar burung sekalipun maka jangan tinggalkan tempat
kamu. Begitu juga jika kamu lihat kami dapat menewaskan musuh dan memijak-mijak
mereka, jangan sekali-kali kamu tinggalkan tempat kamu sehingga kamu menerima
arahan dariku."
( Bukhari)
 Pesanan Rasulullah menunjukkan bahawa lokasi pasukan pemanah pimpinan Abdullah

bin Jubair ini adalah penentu dan kunci kejayaan dalam misi di Uhud ini.
73

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

PENYUSUNAN BARISAN TENTERA, pagi Sabtu 8 Syawal
 Rasulullah meletakkan sayap kanan diketuai oleh Al-Munzir bin 'Amru. Manakala sayap

kiri diketuai oleh Al-Zubir Al-Awwam dengan dibantu oleh Al-Miqdad bin Al-Aswad.
 Al-Zubir dan Al-Miqdad ditugaskan untuk mengekang kemaraan pasukan berkuda

Musyrikin yang diketuai oleh Khalid Al-Walid.

- Strategi yang diatur oleh Rasulullah membuktikan kebijaksanaan Baginda dalam merangka
strategi peperangan. Antaranya :

 Pemilihan lokasi Tentera Islam. Baginda menjadikan Bukit Uhud sebagai
benteng pertahanan kepada Tentera Islam.

 Penempatan pasukan pemanah. Baginda memilih tempat tinggi sebagai lokasi
paling strategik. Memudahkan tinjauan dan serangan dibuat terhadap musuh.

 Menyusun para Sahabat yang handal seperti Ali, Zubir dan Hamzah di barisan
depan. Ini sebagai menggerunkan musuh dan sebagai menutup kekurangan
bilangan anggota tenteranya. Mus'ab bin 'Umair pula ditugaskan sebagai
pembawa bendera.

74

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

ABU DUJANAH DAN SERBAN MERAH

 Rasulullah menawarkan sebilah pedangnya yang tajam untuk sesiapa yang layak.

 Umar, Ali dan Hamzah telah bangkit untuk mengambilnya tetapi tidak diberikan oleh
Rasulullah. Akhirnya Abu Dujanah bangkit untuk mengambilnya sambil bertanya tentang
tugas hak pedang yang berkat ini.

 Jawab Rasulullah : " Kamu pukul muka musuh dengan pedang ini sehingga
terkulai layu."

 Abu Dujanah yang berserban merah pun mengambil pedang dari Rasulullah dan berjalan
penuh kemegahan dan kesombongan.

 Rasulullah melihat lagak Abu Dujanah dan berkata : " Sesungguhnya lagak
berjalan begitu di murkai Allah Taala kecuali di tempat begini (medan perang)."

MUSYRIKIN MENYUSUN BARISAN

 Abu Sufyan bin Harb meletakkan Khalid bin Al-Walid memimpin pasukan berkuda di
sayap kanan dan Ikrimah bin Abu Jahal di sayap kiri. Pasukan infantri ( berjalan kaki)
diketuai oleh Safwan bin Umayyah.

Musyrikin Mekah bersemangat
menuju medan perang sambil
diringi penyanyi wanita.

Pasukan pemanah bersiap sedia
menghalang serangan Musyrikin
Mekah.

75

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

DI AMBANG PERTEMPURAN

 Terdapat beberapa provokasi oleh Musyrikin terhadap Tentera Islam. Provokasi dicetuskan
oleh Abu Sufyan dan Abu 'Amir bin Al-Rahib( pengasas Masjid Dhirar). Tetapi Tentera
Islam tidak melayannya.

 Pemegang bendera pihak Musyrikin Talhah bin Abi Talhah Al-Abdariy mencabar untuk
beradu satu sama lain. Zubir Al-Awwam menyahut cabaran itu dan memancungnya.

 Rasulullah memuji keberanian Zubir dan berkata :
" Sesungguhnya setiap Nabi itu ada hawari (penolong) dan penolongku ialah Zubir."

( Sirah Al-Halabiyyah 2/18)

 Wanita-wanita Musyrikin yang diketuai Hindun bin 'Utbah meniupkan semangat dengan
memalu gendang, kata-kata semangat dan bersyair kepada barisan tentera mereka.

PERTEMPURAN BERMULA

 Kesemua 6 orang pemegang bendera Tentera Musyrikin dari satu keluarga terbunuh
seorang demi seorang dibunuh oleh pahlawan Islam.

PEMEGANG BENDERA DIBUNUH OLEH Tindakan
1) Talhah bin Abi Talhah Zubir Al-Awwam Ditarik dari unta dan dipancung.
2) Abu Shaibah bin Abi Hamzah Dirobek hingga kelihatan paru-
paru.
Talhah Saad Abi Waqas Dipanah tepat ke kerongkong.
3) Abu Sa'ad bin Abi Talhah 'Asim bin Thabit Dipanah.
4) Musafi bin Talhah Zubir Al-Awwam Bertarung.
5) Kilab bin Talhah Talhah bin Ubaidullah Ditikam.
6) Al-Jallas bin Talhah

 Selepas itu bendera Musyrikin dipegang oleh kabilah mereka, Bani Abdul Dar. Empat
orang dari kabilah mereka yang memegang bendera itu akhirnya terbunuh.

 Akhirnya seorang hamba mereka berbangsa Habsyah memegang bendera hingga terbunuh.
Selepas itu tiada lagi yang memegang bendera.

KEBERANIAN SAHABAT- Kisah Abu Dujanah

 Zubir Al-Awwam menceritakan kisah Abu Dujanah bin Khorisyah :
" Apabila Rasulullah memberikan pedang kepada Abu Dujanah, aku mengekorinya
kemana dia pergi. Aku melihat dia melilitkan kepalanya dengan serban merah. Orang Ansar
berkata itu tandanya "serban maut."
Semasa dalam pertempuran itu, Abu Dujanah tidak melepaskan peluang untuk membunuh
setiap musuh yang ditemuinya.
Abu Dujanah berjaya mengucar- kacirkan pertahanan musuh sehingga dia sampai di
penempatan wanita Musyrikin. Apabila dia mengangkat pedang untuk memancung kepala
Hindun binti 'Utbah.
Tiba-tiba Abu Dujanah tidak jadi membunuhnya kerana menghormati pedang Rasulullah
yang tidak digunakan untuk membunuh wanita.

76

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

PENGHULU PARA SYUHADA'
 Hamzah bin Abdul Mutalib adalah bapa saudara Rasulullah. Di dalam Ghazwah Badar dan

Uhud ini, beliau diletakkan di posisi depan.
 Keberaniannya membuatkan ramai pahlawan Musyrikin Quraisy terbunuh ditangannya. Ini

membuatkan ramai dikalangan mereka berdendam dengan beliau. Antaranya Jubair bin
Mut'im yang kehilangan bapa saudaranya iaitu Ta'imah bin 'Adiy dalam Ghazwah Badar.
 Jubair menjanjikan pembebasan kepada
hambanya Wahsyi bin Harb sekiranya
dia dapat membunuh Hamzah.
 Wahsyi bin Harb seorang Habsyah pun
menuju ke medan Uhud bersenjatakan
sebatang lembing. Dia dapat mengesan
kedudukan Hamzah. Hamzah ketika itu
sedang berjuang dengan penuh semangat
hingga ramai Tentera Musyrikin dapat
dibunuhnya.
 Maka Wahsyi berlindung di balik sepohon pokok dan terus melontarkan lembingnya ke
arah Hamzah secara lontar curi. Lontarannya mengenai sasaran di perut Hamzah. Lalu
Hamzah syahid.
 Wahsyi pun pulang ke Mekah tanpa menyertai pertempuran kerana matlamatnya hanya
untuk membunuh Hamzah. Di Mekah, beliau dibebaskan.

* Wahsyi masuk Islam bersama rombongan penduduk Thaif selepas Ghazwah Taif bulan Syawal 8
Hijrah. Menebus kesalahannya dengan membunuh Musailamah Al-Kazzab ( Nabi Palsu ).Beliau
menggunakan tombak yang sama untuk membunuh Musailamah. Meninggal dunia semasa
pemerintahan Khalifah Uthman.

Pusara Penghulu Para Syuhada' Hamzah di kaki Bukit Uhud.

77

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

PUSINGAN PERTAMA – Musyrikin Tumpas

 Walaupun Hamzah syahid, Tentera Islam dapat menguasai keadaan. Manakala pasukan
pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair dapat menggagalkan 3 kali percubaan
Pasukan Berkuda Khalid Al-Walid untuk
menyerang Tentera Islam dari belakang.

 Pihak Musyrikin berundur meninggalkan markas
mereka. Manakala Hindun binti Utbah bersama
kumpulan wanitanya lari bertempiaran memanjat
bukit berhampiran hingga kelihatan gelang-gelang
kaki yang mereka pakai.

 Tentera Musyrikin meninggalkan senjata dan
banyak harta rampasan. Musnah harapan mereka
untuk membalas dendam.

Pasukan Pemanah pimpinan Abdullah
bin Jubair sedang rancak memanah
kearah musuh. Gambaran pelukis

Bukit Ar-Rumat

Pasukan Berkuda Khalid Al-Walid mencuba sebanyak 3
kali untuk menembusi benteng pertahanan Islam namun
gagal. Ini kerana lokasi strategik di Bukit Ar- Rumat di
kuasai Pasukan Pemanah Tentera Islam.

78

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

ANGKARA PASUKAN PEMANAH

 Apabila Pasukan pemanah melihat rakan-rakan mereka dibawah sana sedang
mengumpulkan harta rampasan perang, timbul keinginan sama untuk merebut peluang
tersebut.

 Seramai 40 orang dari mereka lupa arahan Rasulullah agar jangan tinggalkan posisi
mereka. Abdullah bin Jubair menegah dan ingatkan mereka tentang arahan Rasulullah
malangnya mereka berkata
:

" Demi Allah! Kami akan
turun ke sana menyertai
mereka dan sama-sama
mengecapi harta rampasan
perang." ( Bukhari 1/426)

SERANGAN MENGEJUT
KHALID AL-WALID

 Apabila Khalid Al-Walid
melihat bilangan Pasukan
Pemanah berkurangan dan
banyak posisi yang kosong. Cuma tinggal 10 orang sahaja. Maka dengan pantas, beliau
bersama tentera berkudanya dapat menguasai lokasi strategik dan melancarkan serangan
balas.

 Hasilnya Khalid berjaya membunuh Abdullah bin Jubair dan rakan-rakannya yang patuh
kepada arahan Rasulullah.

 Seorang wanita Musyrikin dengan segera mengangkat kembali bendera mereka. Tentera
Musyrikin kembali berkumpul dibawah bendera itu tanda bersemangat kembali untuk
lancarkan serangan balas.

PEPECAHAN TENTERA ISLAM

 Tentera Islam kelam-kabut dan mula terkepung dari depan dan belakang.
 Akibat daripada itu, Tentera Islam berpecah kepada 6 kumpulan :

i) Melarikan diri ke arah bukit.
ii) Melarikan diri kembali ke Madinah.
iii) Memasuki barisan Tentera Musyrikin dalam keadaan panik. Ini menyebabkan

ada berbunuhan sesama sendiri kerana tidak dapat bezakan kawan dan lawan.
iv) Mencampakkan senjata dan berhenti bertempur. Ini kerana apabila tersebar

berita Rasulullah terbunuh.
v) Meminta agar perdamaian dengan pihak Musyrikin melalui Abdullah bin Ubai

sebagai orang tengah.
vi) Memikirkan keselamatan Rasulullah lantas bergerak dari barisan depan ke

barisan pertahanan untuk mempertahankan Rasulullah. Antaranya Abu Bakar,
Umar, Ali dan beberapa sahabat yang lain.

Begitu dahsyatnya kedudukan Tentera Islam akibat angkara Pasukan Pemanah.

79

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

81

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

SIKAP TANGGUNGJAWAB RASULULLAH

 Ketika Rasulullah bersama 7 orang Ansar dan 2 Muhajirin sebagai benteng terakhir
pertahanan Tentera Islam sedang memerhatikan tentera-tenteranya mengusir Tentera
Musyrikin, tiba-tiba pasukan baginda dikejutkan kehadiran semula Tentera Berkuda
pimpinan Khalid Al-Walid.

 Baginda mempunyai dua pilihan samada :
i) berundur bersama 9 orang sahabatnya ke tempat yang selamat dan meninggalkan
tentera-tenteranya yang diserang dari belakang oleh Tentera Berkuda.
ATAU
ii) memanggil tentera-tenteranya agar berkumpul dan mencari perlindungan di atas
Bukit Uhud. Risikonya pihak Musyrikin akan mendengar seruan Rasulullah dan
mengetahui lokasi Rasulullah.

Rasulullah memilih yang kedua tanda tanggungjawab ketua kepada tentera-tenteranya.

PENYERBUAN KEARAH RASULULLAH
 Rasulullah meninggikan suara memanggil Tentera Islam supaya datang kepadanya :
" Wahai Tentera Islam! Kemari kepadaku. Akulah Rasulullah ."

 Apabila pihak Musyrikin mendengar suara Rasulullah, maka dengan pantas mereka
menyerbu kearah Rasulullah untuk membunuhnya.

 Kesemua 7 orang Ansar yang mengawal Rasulullah gugur syahid seorang demi seorang.
Yang terakhir syahid bernama 'Umarah bin Yazid Al-Sakan. Beliau syahid dalam keadaan
pipinya diatas kaki Rasulullah. ( Ibnu Hisham)

 Manakala dua orang sahabat dari orang Muhajirin yang masih mempertahankan
Rasulullah dari serangan bertubi-tubi Tentera Musyrikin ialah :
a) Talhah bin 'Ubaidullah.
b) Saad bin Abi Waqas.

 Keperwiraan orang Ansar dipuji oleh Rasulullah semasa baginda berkata kepada Talhah
dan Saad :

" Sesungguhnya kita ( Muhajirin) tidak dapat menandingi sahabat-sahabat kita ini
( orang Ansar)." ( Muslim 2/107)

 Saad dan Talhah bermati-matian mempertahankan Rasulullah. Mereka berdua mahir
memanah. Panahan mereka berjaya menghalang kemaraan Tentera Musyrikin menghampiri
Rasulullah.

 Kepada Saad, Rasulullah bersabda : " Panahlah, tebusanmu bapa dan ibuku." ( Bukhari)

 Kepada Talhah, baginda bersabda : " Siapa mahu lihat orang yang syahid masih
berjalan atas bumi ini, lihatlah Talhah bin 'Ubaidillah." ( Mishkat al-Masabih 2/566)

 Diberitakan Talhah mengalami 35 kesan luka dan jari-jarinya putus akibat menahan
asakan Musyrikin terhadap Rasulullah.

81

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

RASULULLAH TERCEDERA

 Pihak Musyrikin semakin hampir mendekati lokasi Rasulullah. Beberapa Musyrikin
Quraisy berjaya mencederakan Rasulullah . Antaranya :

1) 'Utbah bin Abi Waqqas Memanah kearah Rasulullah. Menyebabkan muka,
gigi patah dan bibir Baginda cedera dan luka.

2) Abdullah bin Syihab Memukul dahi Rasulullah hingga luka.

3) Ibnu Qami'ah Memukul bahu dan kepala Rasulullah. Kemudian
memukul pipi baginda mengakibatkan manik besi di
baju besi baginda tertusuk di pipi.

 Sambil mengesat darah di kepala, Rasulullah berkata :
" Bagaimanakah boleh berjaya kaum yang melukakan wajah Nabi mereka sedang dia
menyeru kepada agama Allah."

 Maka Allah Taala menurunkan wahyuNya :

                         

Engkau tidak berhak sedikitpun(Wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang
ingkar) * samada Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka kerana
sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.
Surah ALI IMRAN ayat 128

* menurut riwayat Bukhari mengenai turunnya ayat ini, Kerana Nabi Muhammad s.a.w. berdoa
kepada Allah agar menyelamatkan sebahagian pemuka-pemuka musyrikin dan membinasakan
sebahagian lainnya.

 Rasulullah juga berkata :
" Telah amat murka Allah kepada kaum yang mendarahi wajah RasulNya."
Kemudian baginda diam seketika, kemudian berdoa :

" Ya Allah, ampunilah kaumku kerana mereka tidak mengetahui."
( Muslim 2/108)

PERTOLONGAN ALLAH

- Saad bin Abi Waqas menceritakan dalam keadaan cemas itu, dia melihat 2 orang lelaki
berjuang dengan hebatnya untuk melindungi Rasulullah. Mereka berpakaian putih. Tidak
pernah melihat mereka sebelum dan selepas itu. Itulah dia Malaikat Jibrail dan Mikail.
( Riwayat Bukhari 2/580)

82

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

ABU BAKAR DAN SAHABAT BENTENGI RASULULLAH
 Abu Bakar adalah sahabat yang pertama tiba ke lokasi Rasulullah. Beliau dapati Rasulullah

cedera manakala enam orang Ansar telah syahid dan seorang cedera parah.Dua orang
Muhajirin pula sedang mempertahankan Baginda.
 Selepas itu Abu Ubaidah Al-Jarrah tiba. Beliau menerpa ke arah Rasulullah dan berusaha
mencabut 2 manik besi yang tertusuk dipipi Rasulullah. Abu Ubaidah mencabut begitu
berhati-hati agar Rasulullah tidak merasai sakit. Beliau berjaya mencabut kedua manik itu
walaupun dua batang gigi beliau tertanggal.
 Selepas itu, Abu Bakar dan Abu Ubaidah merawat Talhah yang cedera.
 Di saat itu, datanglah ramai Sahabat seperti Ali, Umar, Abu Dujanah, Mus'ab dan beberapa
lagi Sahabat. Mereka semua mengerumuni Rasulullah untuk membuat benteng.

83

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

SERANGAN MUSYRIKIN SEMAKIN MEMUNCAK
 Serangan yang bertubi-tubi itu menyebabkan Rasulullah jatuh kedalam lubang yang digali

sebagai perangkap oleh Abu 'Amir Ar-Rahib ( Rasulullah menggelarnya dengan Al-Fasiq).
Ali dan Talhah bin Ubaidillah dapat menarik keluar Rasulullah.
 Abu Dujanah membentengi badannya melindungi Rasulullah daripada panahan musuh.
 Malik bin Sinan menghisap darah dari pipi Rasulullah hingga bersih.

BERITA RASULULLAH DIBUNUH
 Ibnu Qami'ah dan pihak Musyrikin menghampiri lokasi Rasulullah untuk membunuh

baginda. Mus'ab bin 'Umair dapat menghalangnya sehingga tangan kanannya putus,
kemudian ia mengambil bendera dengan tangan kirinya. Tangan kirinya juga ditetak hingga
putus. Mus'ab memaut bendera pula dengan dada dan lehernya sehingga syahid.
 Mus'ab dibunuh oleh Ibnu Qami'ah. Oleh kerana iras wajahnya sama dengan Rasulullah,
maka Ibnu Qami'ah yang membunuhnya menyangka telah membunuh Rasulullah lalu
menyebarkan berita palsu itu.
 Ramai Tentera Islam lemah semangat dan campakkan senjata bila mendengar jeritan palsu
Ibnu Qami'ah.
 Anas bin Nadhar menegur tingkahlaku Tentera Islam yang lemah semangat itu dan
berkata :
" Apakah erti kamu hidup jika Rasulullah telah mati. Bangun dan berjuanglah hingga
mati seperti matinya Rasulullah !."
 Anas berjuang hingga syahid. Beliau menghidu bau syurga di balik Bukit Uhud. Mayatnya
hanya dapat dikenali melalui jari-jarinya sahaja kerana terdapat 80 kesan tetakan
pedang,tikaman lembing dan tusukan anak panah. ( Bukhari 2/579)

Gua di kaki Bukit Uhud – tempat
. perlindungan Rasulullah semasa cedera.

84

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

 Jeritan Ibnu Qami'ah tentang terbunuhnya Rasulullah menyebabkab pihak Musyrikin
mengalih perhatian kearah Tentera Islam yang syahid. Lalu mereka mencicang mayat-
mayat tersebut sebagai tanda membalas dendam.

 Ka'ab bin Malik menjerit kegembiraan apabila beliau melihat Rasulullah masih hidup.
Jeritan itu didengari oleh Tentera Islam lalu mereka berkumpul di lokasi Rasulullah
dengan bilangannya 30 orang.

RASULULLAH BERUNDUR DI KAKI BUKIT UHUD
 Dalam suasana m enuju ke kaki Bukit Uhud untuk mencari perlinsungan, musuh cuba

menghalang tetapi gagal.
 Disaat itulah, pertolongan Allah datang dalam keadaan Tentera Islam mengalami rasa

mengantuk. ( Mengantuk dalam jihad adalah satu anugerah Allah Taala)
 Abu Talhah menceritakan :
" Aku diantara mereka yang mengalami mengantuk dalam Ghazwah Uhud. Beberapa kali
pedangku jatuh dari tanganku kemudian ku ambil lagi dan jatuh lagi dan ku ambil lagi."
( Riwayat Bukhari 2/582)

“Bukit ini(Uhud) mencintai kita dan kita mencintainya.”
( Riwayat Bukhari 3926)

85

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

PERCUBAAN UBAI BIN KHALAF MEMBUNUH RASULULLAH

 Apabila Rasulullah telah selamat dari asakan bertubi-tubi Tentera Musyrikin, baginda
berundur ke kaki Bukit Uhud.

 Ubai bin Khalaf dapat menjejaki baginda lalu menjerit :
“ Dimana Muhammad ! Aku tidak selamat selagi dia masih hidup.”

 Jeritannya didengari oleh para Sahabat lalu mereka meminta kebenaran Rasulullah untuk
membunuhnya. Baginda tidak membenarkannya kerana baginda sendiri akan bertindak
keatas Ubai.

 Apabila Ubai menghampiri Rasulullah, baginda dengan pantas mengambil tombak dari Al-
Harith bin Al-Simmah dan menusuk kearahnya. Kecederaan yang menimpa Ubai hanya
kecil tetapi beliau amat takut kerana teringatkan kata-kata Rasulullah semasa di Mekah
dulu.

( semasa di Mekah sebelum hijrah, Ubai pernah berkata kepada Rasulullah : “ Hai Muhammad ! Aku
mempunyai seekor kuda tua. Aku memberi makan kepadanya sekendi jagung setiap hari.
Tunggulah ! Dari atas kuda ini, aku duduk dan membunuh kau.”
Rasulullah menjawab : “ Akulah akan membunuh kau. InsyaAllah.”)

 Ubai memecut kudanya kembali ke tempat rakan-rakannya sambil berkata:
“ Muhammad telah membunuhku !”.

 Rakan-rakannya dalam kehairanan menjawab :
“ Engkau telah gila ! Tiada kecederaan teruk padamu.”

 Ubai menjawab :
“ Demi Allah ! Seandainya Muhammad meludahiku nescaya aku akan mati.”

 Ubai bin Khalaf mati dalam perjalanan balik ke Mekah.

Pusara Syuhada’ Uhud dan
Bukit ArRumat dari udara.

Rasulullah selalu ziarahi
pusara Syuhada’ Uhud dan
mengucapkan “
“ Salam sejahtera keatas
kamu dengan kesabaran
kamu. Nikmatilah sebaik-baik
tempat tinggal (syurga).

RIWAYAT BUKHARI 1294

86

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

TENTERA MUSYRIKIN DIHALAU
 Abu Sufyan dan Khalid Al-Walid bersama tenteranya cuba menjejaki lokasi Rasulullah di

kaki Bukit Uhud lalu mereka cuba mendaki bukit untuk menguasai lokasi strategik.
 Rasulullah mengarahkan Umar Al-Khatab bersama tentera yang lain mengusir mereka dari

tempat tersebut.
 Begitu juga Saad bin Abi waqas yang terkenal dengan kemahiran memanah berjaya

menghalang Tentera Musyrikin mendaki bukit. Beliau berjaya membunuh dengan panahan
tepatnya ke arah 3 orang musuh. Ini menyebabkan musuh gerun dan lari turun dari bukit.

MENYIKSA MAYAT
 Apabila serangan terakhir Musyrikin gagal, maka mereka mengambil keputusan untuk

berundur. Mereka berkumpul untuk persiapan kembali ke Mekah. Manakala ada juga
dikalangan tentera mereka termasuk pihak wanita sibuk merosakkan mayat para syuhada’.
 Mereka memotong telinga, hidung serta merobek-robek perut para syuhada’. Ada yang
mengambil anggota-anggota tersebut untuk dijadikan gelang kaki dan kalung.
 Hindun binti ‘Utbah merobek jantung Hamzah lalu menelannya. Tetapi allah taala tidak
mengizinkannya lalu dia memuntahkan kembali.
RASULULLAH MENDAPAT RAWATAN
 Puteri baginda Fatimah yang merawat luka baginda. Manakala Ali bin Abi Talib
menuangkan air manakala Fatimah membasuh luka baginda.
 Muhammad bin Maslamah membawa air segar kepada Rasulullah untuk diminum.
 Rasulullah mengimami solat Zohor sambil duduk kerana luka. Begitu juga para Sahabat.

Tentera erkuda Musyrikin Quraisy pimpinan Khalid Al-Walid sedang melintasi Bukit Ar-Rumat untuk
membuat serangan mengejut. Gambaran pelukis.

87

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

KEPASTIAN ABU SUFYAN

 Ketika Tentera Musyrikin mula bersiap untuk pulang ke Mekah, pemimpin mereka
Abu Sufyan menjerit ke arah lokasi Tentera Islam :

ABU SUFYAN : “ Adakah Muhammad masih bersama kamu ?”.
( Rasulullah arahkan Tentera Islam diam )
ABU SUFYAN : “ Adakah putera Abu Qahafah(Abu Bakar) masih bersama kamu?”.
( Rasulullah arahkan Tentera Islam diam)
ABU SUFYAN : “ Adakah Umar masih bersama kamu ?”.
( Rasulullah arahkan Tentera Islam diam)

 Tujuan Abu Sufyan bertanya demikian bagi memastikan berita kematian Rasulullah adalah
benar. Begitu juga beliau berharap Abu Bakar dan Umar juga turut terbunuh.

 Umar tidak dapat menahan perasaan lalu menjawab :
“ Wahai musuh Allah ! Semua nama yang kau sebut itu masih hidup. Allah izinkan
mereka hidup supaya hidup kamu tidak senang! “

Abu Sufyan menjawab : “ Mulia Hubal ( nama berhala) ! “
Rasulullah bertanya kepada Tentera Islam : “ Adakah kamu tidak mahu menjawab?”
Tentera Islam bertanya : “ Wahai Rasulullah, bagaimana hendak menjawabnya?”
Rasulullah menjawab : “ Katakan, Allah lebih tinggi dan lebih agung.”

Abu Sufyan melaung : “ Kami ada ‘Uzza ( nama berhala). Kamu tiada ‘Uzza.”
Rasulullah bertanya kepada Tentera Islam : “ Adakah kamu tidak mahu menjawab?”.
Tentera Islam bertanya : “ Wahai Rasulullah, bagaimana hendak menjawabnya ?”.
Rasulullah menjawab : “ Katakan, Allah pelindung kami sedangkan kamu tiada pelindung.”

ABU SUFYAN : “ Hari ini kami menang sebagai bayaran untuk Badar. Peperangan silih
berganti.”

UMAR : “ Tidak sama ! Orang kami yang terbunuh dalam syurga manakala orang kamu
dalam neraka.”

 Lalu Abu Sufyan memanggil Umar dan bertanya : “ Wahai Umar, adakah kami telah
berjaya membunuh Muhammad ?”.

Umar menjawab : “ Tidak ! Dia sekarang sedang mendengar percakapanmu.”

 Abu Sufyan mengakhirinya dengan janji untuk bertemu di Badar tahun hadapan.

Rasulullah menyuruh sahabatnya menjawab : “ Ya ! Kami bersedia .”

88

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

MENGEKORI TENTERA MUSYRIKIN

 Setelah Abu Sufyan dan tenteranya telah meninggalkan Uhud, Rasulullah mengarahkan Ali
bin Abi Talib ( setengah riwayat menyatakan Saad bin Abi Waqqas) pergi mengekori
mereka untuk menyiasat samada mereka benar-benar berundur kembali ke Mekah atau
sebaliknya.

 Rasulullah memberi panduan iaitu :
i) jika mereka menunggang unta dan mengheret kuda bererti mereka pulang ke Mekah.
ii) jika mereka menunggang kuda dan mengheret unta bererti mereka kembali ke
Madinah untuk menyerangnya.

 Ali dapati mereka menunggang unta untuk pulang ke Mekah.

PENGKEBUMIAN PARA SYUHADA’

 Ada beberapa jenazah syuhada’ dibawa pulang ke Madinah untuk dikebumikan di sana.
Rasulullah mengarahkan agar dikembalikan semula ke Uhud untuk dikebumikan.

 Kesemua para syuhada dikebumikan dalam keadaan berpakaian asal dan tidak dimandikan.
Manakala baju besi mereka ditanggalkan.

 Setiap kubur dikebumikan 2 hingga 3 orang syuhada’. Rasulullah mengutamakan orang
yang paling banyak menghafal Al-Quran untuk didahulukan ke dalam liang.

HAMZAH – pemimpin para syuhada’

 Ibnu Mas’ud menceritakan :
“ Aku tidak pernah melihat Rasulullah menangis seperti menangisnya terhadap kematian
Hamzah.”

 Ketika Safiyyah binti Abdul Mutalib saudara perempuan Hamzah ingin melihat
jenazahnya, Rasulullah mengarahkan Zubir Al-Awwam( anak Safiyyah) menghalangnya
kerana bimbangkan beliau tidak dapat menahan perasaan.

 Safiyyah berkata :
“ Mengapa? Aku telah mendengar berita tentang dirinya dicincang kerana berjuang di jalan
Allah. Aku reda apa yang terjadi atasnya. Aku akan tabah dan sabar. Insya Allah.” Safiyyah
pun pergi melihat jenazah Hamzah dan mendoakan atasnya.

 Khabbat Al-‘Arat berkata :
“ Tiada kain untuk menutupi Hamzah melainkan sehelai selimut warna hitam dan putih.
Bila ditutup kepala, kakinya terdedah dan bila ditutupi kaki kepalanya terdedah. Akhirnya
kaki Hamzah ditutupi daun izkhir.” ( Riwayat Ahmad : Mishkah al Masabih 1/140)

 Rasulullah pun mengarahkan agar Hamzah dikebumikan bersama Abdullah bin Jahsyi.
( sepupunya dan dan saudara susuannya)

89

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

 MUNAJAT RASULULLAH

Setelah pengunduran Tentera Musyrikin, Rasulullah arahkan tenteranya membuat satu barisan di
belakangnya lalu baginda bermunajat :

‫ َولاَ َها ِد َي لَِم ْن أ ْضلَْل َت‬. ‫ َولاَ بَا ِس َط لَِما قَبَ ْض َت‬. ‫ الل ُه َّم لاَ قَابِ َض لَِما بَ َسطْ َت‬.ُ‫الله َّم لَ َك ال َح ْم ُد ُكُلّه‬

Wahai Tuhan ! BagiMu pujian semuanya. Tiada siapa dapat menahan apa yang Engkau berikan. Tiada siapa dapat
memberi apa yang Engkau tahankan. Tiada yang boleh beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau sesatkan.

‫ َولاَ ُمَقِّر َب لَِما بَا َع ْد َت‬. ‫ َولاَ َمانِ َع لَِما أ ْعطَْي َت‬. ‫ َولاَ ُم ْع ِط َي لَِما َمنَ ْع َت‬. ‫َولاَ ُم ِض َّل لَِم ْن َه َديْ َت‬

Dan tiada sesiapa boleh sesatkan mereka yang mendapat petunjukMu. Tiada sesiapa dapat memberi apa yang
Engkau tegahi dan tiada sesiapa dapat menegah apa yang Engkau berikan. Tiada sesiapa yang boleh mendekatkan
apa yang Engkau jauhi.

. ‫ الل ُه َّم ابْ ُس ْط َعلَْينَا ِم ْن بََرَكاتِ َك َوَر ْح َمتِ َك َوفَ ْضِل َك َوِرْزِق َك‬. ‫َولاَ ُمْبِع َد لَِما قَ َّربْ َت‬

Tiada yang boleh menjauhi sesiapa yang Engkau dekatkan. Ya Allah! Berikan keberkatanMu, rahmatMu , kurniaMu
dan rezekiMu.

‫ اللُّه َّم إِنّ ْي أ ْسأَلُ َك الَعْو َن يَْوَم الَعْيلَِة‬. ‫ الّ ِذ ْي لاَ يَ ُحْوُل َولاَ يَُزْوُل‬. ‫الله َّم إِنّ ْي أ ْسأَلُ َك الَنِّعْي َم ال ُمِقْي َم‬

Ya Allah! Aku mohon padaMu nikmatMu yang abadi yang tidak berubah dan hilang. Ya Allah ! Aku mohon
pewrtolonganMu pada hari kesempitan.

. ‫ الَلُّه َّم إِنّ ْي َعائُِذ بِ َك ِم ْن َشِّرَما أ ْعطَْيتَنَا َو َشِّرَما َمنَ ْعتَنَا‬. ‫َوالأْم َن يَْوَم ال َخْو ِف‬

Dan keamanan pada hari ketakutan. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang Engkau jadikan
berlaku atas kami dan dan kejahatan yang Engkau tegah atas kami.

. ‫ َوا ْجَعْلنَا ِم َن الَّرا ِش ِديْ َن‬. ‫ َوَكِّرْه إلَْينَا ال ُكْفَر َوالُف ُسْو َق َو الِع ْصيَا َن‬. ‫الله َّم َحِبّ ْب إلَْينَا الإيَْما َن َوّزيِْنهُ فِ ْي قُلُْوبِنَا‬

Ya Allah! Jadikan kami kasihkan iman dan hiasilah dalam hati-hati kami. Jadikan kami orang yang bencikan
kekufuran, kefasikan dan maksiat. Jadikan kami dari kalangan orang yang mndapat petunjuk.

. ‫الل ُه َّم تََوَفّنَا ُم ْسلِ ِمْي َن َوال ِحْقنَا بِال َّصالِ ِحْي َن غَْي َر َخَزايَا َولاَ َمْفتُ ْونِْي َن‬

Ya Allah! Matikan kami dalam Islam dan hidupkanlah kami sebagai orang Islam dan masukkan kami dikalangan
orang yang soleh bukan hina dan terfitnah.

. ‫ َوا ْجَع ْل َعلَْيِه ْم ِخْزيَ َك َو َع َذابَ َك‬. ‫ َويَ ُص ُّدْو َن َع ْن َسبِْيِل َك‬. ‫الل ُه ّم قَاتِ َل ال َكَفَرِة اَلّ ِذيْ َن يُ َك ِّذبُْو َن ُر ُسلَ َك‬

Ya Allah ! Perangilah orang Kafir yang mendustai Rasul-RasulMu serta menghalang manusia dari jalanMu.
Jadikan azab siksaMu atas mereka.

. ‫ إلَهَ ال َح ِّق‬. ‫الله َّم قَاتِ َل ال َكَفَرِة الّ ِذيْ َن أُْوتُْو ال ِكتَا َب‬

Ya Allah! Perangilah orang-orang Kafir yang diberikan al-Kitab. Engkaulah Tuhan yang sebenar !

Gua di kaki Bukit Uhud – tempat
perlindungan Rasulullah semasa cedera.

91

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

PULANG KE MADINAH – Sabtu 7 Syawal

 Pertempuran Uhud berlaku pada waktu pagi. Pada petang Sabtu 7 Syawal setelah selesai
urusan pengebumian para syuhada' di kaki Bukit Uhud, Rasulullah kembali ke Kota
Madinah.

 Dalam perjalanan pulang, Rasulullah berjumpa beberapa wanita . Perasaan mereka gembira
dan lega apabila melihat Rasulullah selamat.

 Seorang wanita dari Bani Dinar yang kehilangan bapa, suami dan saudaranya dalam
peperangan itu ingin melihat sendiri Rasulullah bagi kepastian keselamatan Rasulullah.
Apabila beliau melihat baginda lalu wanita itu berkata :

" Semua musibah menimpaku adalah kecil apabila aku melihat engkau selamat wahai
Rasulullah."

 Begitu juga ibu Saad bin Mu'az yang kehilangan anak lelakinya 'Amru bin Mua'z. Beliau
menganggap musibah menimpanya kecil sahaja apabila melihat Rasulullah selamat. Ibu
Sa'ad meminta Rasulullah berdoa untuk keluarga yang ditinggalkan para syuhada'.

 Doa Rasulullah :
" Ya Allah, hilangkan kesedihan hati mereka dan gantikan bencana menimpa mereka
dengan perkara yang lebih baik untuk mereka yang ditinggalkan."
( Sirah Al-Halabiyyah 2/47)

MADINAH - Suasana darurat

 Waktu malam di Madinah dalam keadaan darurat. Setiap penjuru diletakkan dalam keadaan
berjaga-jaga dan kawalan ketat oleh Tentera Islam. Dalam keadaan keletihan dan cedera,
mereka mengawal setiap lorong dan memberi kawalan khas kepada Rasulullah.

 Semua langkah-langkah keselamatan diambil memandangkan kemungkinan pihak
Musyrikin datang semula menyerang kerana mereka gagal membunuh Rasulullah dan
mengalahkan pihak Islam secara keseluruhan.

 Disamping mengambil langkah berjaga-jaga pada malam itu, Rasulullah memikirkan
langkah seterusnya untuk memastikan pihak Musyrikin benar-benar kembali ke Mekah.
Baginda sangat bimbang dengan situasi kesudahan peperangan itu yang tidak memberi
kemenangan kepada mana-mana pihak.

91

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

Kepahlawanan dan Pengorbanan Sahabat – suatu teladan

1) Hamzah bin Abdul Mutalib Membunuh pemegang bendera Musyrikin, Abu Syaibah.
Gugur syahid dibunuh Wahsyi. Digelar sebagai " Ketua para
Syuhada".

2) Hanzalah bin Abu 'Amir Anak kepada pengasas masjid Dhirar, Amir ArRahib.
Baru berkahwin dan tidak sempat mandi junub. Jenazah Hanzalah
ditemui dalam keadaan basah. Rasulullah menyatakan Hanzalah
dimandikan oleh para Malaikat.
Digelar " Ghasil al-Malaikah" (dimandikan malaikat)

3) Huzaifah Al-Yaman Kehilangan bapanya Al-Yaman yang terbunuh akibat terkena senjata
sesama Islam. Ini kerana suasana kelam kabut semasa serangan balas
Khalid Al-Walid. Rasulullah hendak membayar diat kepada beliau
tetapi Huzaifah sedekahkan bayaran diat untuk orang-orang Islam.

4) Anas bin al-Nadhar Beliau mencium bau syurga di belakang Bukit Uhud. Jenazahnya
hanya dikenali melalui jari-jarinya oleh saudara perempuannya. Ini
kerana terdapat 80 kesan tikaman lembing. Juga kesan tetakan pedang
dan tusukan panah.

5) Thabit bin Al-Dahdah "Wahai orang Ansar! Sekiranya benar Muhammad telah mati, maka
sesungguhnya Allah hidup dan tidak mati. Berjuanglah kamu untuk
agama ini! Allah pasti beri kemenangan dan pertolongan kepada
kamu."
Beliau syahid ditangan Khalid Al-Walid.

6) 'Umarah bin Yazid al-Sakan Orang Ansar yang terakhir syahid ketika mempertahankan Rasulullah
saat serangan bertubi-tubi Musyrikin. Beliau syahid dalam keadaan
pipinya diatas kaki Rasulullah.

7) Saad bin Abi Waqqas Melindungi Rasulullah dengan panahannya.

8) Talhah bin Ubaidullah Melindungi Rasulullah hingga terputus kesemua jarinya.
Tangannya lumpuh dan terdapat 35 kesan luka.

9) Abu Ubaidah al-Jarrah Mencabut manik besi yang tertusuk dipipi Rasulullah hingga
kehilangan dua batang giginya.

10) Abu Dujanah dan Abu Talhah Membentengi badan mereka sebagai perisai untuk melindungi
Rasulullah dari panahan Musyrikin.

11) Hatib bin Abi Balta'ah Membunuh 'Utbah bin Abi Waqqas yang mematahkan gigi
12) Abdul Rahman bin 'Auf Rasulullah. Beliau melibas pedangnya hingga terpancung leher Utbah.

Kehilangan gigi – gigi hadapannya. Mengalami 20 kesan luka dan
kakinya tempang.

13) Malik bin Sinan Bapa kepada Abu Said Al-Khudri. Menghisap hingga bersih darah
dari pipi Rasulullah yang cedera. Kemudian terus berjuang hingga
syahid.

14) Mus'ab bin 'Umair Pemegang bendera. Memaut bendera dengan dada dan leher setelah
tangan kanan dan kirinya putus. Beliau syahid ditangan Ibnu Qami'ah.
Ketika pengebumiannya, jika ditutup kepalanya maka terdedah kepala
nya. Begitulah sebaliknya. Rasulullah arahkan agar kepalanya ditutup
dengan kain dan kakinya dengan daun izkhir.

92

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

Kepahlawanan Muslimat Memukul Ibnu Qami'ah .
1) Ummu 'Umarah
2) Ummu Mukminin 'Aisyah Membawa dan memberi minum air kepada tentera
3) Ummu Sulaim Islam.
4) Ummu Aiman
Membawa dan memberi air kepada tentera Islam.
5) Hamnah bin Jahsyi
Membaling tanah kepada tentera Islam yang
melarikan diri ke Kota Madinah ketika serangan
balas Khalid Al-Walid. Beliau melaung :
" Berikanku pedang kamu dan pergilah menenun
kain." Laungannya kepada mereka sebagai sindiran
kepada tentera Islam. Ia juga memberi minum
kepada tentera yang cedera.
Beliau syahid dipanah oleh Hibban ibnu 'Ariqah.

Kehilangan saudaranya Abdullah bin Jahsyi, bapa
saudaranya Hamzah bin Abdul Mutalib dan
suaminya Mus'ab bin 'Umair.

Perbandingan Pengorbanan Masuk Islam di saat akhir. Ramai tidak tahu
1) Al-'Usairim Amru bin Thabit keislamannya dan kehadiran ke medan
Uhud. Belum sempat solat walaupun sekali.
2) Quzman Rasulullah mengatakan dia masuk syurga.

3) Mukhairiq Berjaya membunuh 8 orang Tentera
Musyrikin. Beliau berjuang kerana menjaga
nama baik kaumnya. Rasulullah mengatakan
dia ahli neraka.

Seorang Yahudi. Beliau menyeru kaumnya
untuk menolong Rasulullah. Tetapi
kaumnya enggan. Beliau berjihad hingga
syahid. Rasulullah mengatakan beliau
adalah sebaik-baik Yahudi.

93

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KEENAM BELAS
OPERASI HAMRA' AL-ASAD

94

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

 LATAR BELAKANG

- Lanjutan daripada Ghazwah Uhud, apabila Rasulullah dan Tentera Islam kembali ke Madinah,
mereka mengadakan kawalan yang ketat keatas keselamatan Madinah.

- Ini kerana Rasulullah bimbangkan kemungkinan pihak Musyrikin akan kembali ke Madinah
memandangkan dalam pertempuran Uhud, mereka tidak dapat menghapuskan secara keseluruhan
kekuatan Tentera Islam.

- Kebimbangan Rasulullah berasas kerana pihak Musyrikin Mekah :
 gagal membunuh Rasulullah.
 tidak dapat merampas sebarang harta milik Tentera Islam.
 gagal menawan seorangpun Tentera Islam untuk dijadikan tawanan perang.
 gagal melumpuhkan kekuatan Tentera Islam bahkan mereka berundur secara
tergesa-gesa.

 PAGI Ahad 8 Syawal

- Rasulullah mengumpulkan kembali Tenteranya untuk mengejar dan menjejaki musuh.

- Dalam keadaan keletihan dan cedera, Tentera Islam patuh dan taat kepada arahan Rasulullah.

- Rasulullah hanya membenarkan mereka yang terlibat dengan Ghazwah Uhud sahaja boleh
terlibat dengan operasi ini. Abdullah bin Ubai ingin turut serta tetapi ditegah oleh Rasulullah.

- Rasulullah melantik Ibnu Ummi Makhtum sebagai penggantinya untuk mengimami solat dan
baginda bersama tenteranya bergerak keluar dari Kota Madinah dan berhenti di suatu tempat
bernama Hamra'Al-Asad. Jaraknya 8 batu dari Madinah. Mereka berkhemah di situ.

- Di Hamra' Al-Asad, tiba Ma'bad bin Abi Ma'bad dari Bani Khuza'ah untuk masuk Islam.
Keislaman beliau tidak diketahui oleh pihak Musyrikin Mekah. Baginda menyuruh beliau
melancarkan perang psikologi terhadap Musyrikin Mekah.

 SERANG SEMULA

- Ternyata apa yang dibimbangi oleh Rasulullah adalah benar. Pihak Musyrikin tidak terus
kembali ke Mekah bahkan mereka berhenti di Rauhah', 36 batu dari Madinah.

- Pimpinan mereka berbincang sesama sendiri samada terus kembali ke Mekah atau lancarkan
serangan ke atas Madinah. Timbul kata-kata semangat agar lancarkan serangan :
" Kita tidak dapat apapun. Kita hanya lumpuhkan kekuatan mereka sahaja. Kita biarkan
ketua-ketua mereka masih hidup untuk kumpulkan kekuatan menentang kita. Ayuh! Kita
kembali serang mereka habis-habisan hingga ke akar umbi."

Pendapat ini dipersetujui ramai walaupun dibantah oleh Safwan bin Umayyah :
" Wahai kaumku! Aku bimbang mereka yang tidak sertai perang akan berkumpul semula
untuk menyerang kita. Pulanglah! Biarlah hari ini kita rasai kemenangan. Aku rasa tidak
selamat jika patah balik menyerang mereka. Nanti tiada giliran untuk kita mengecapi
kemenangan."

95

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

 PERANG PSIKOLOGI

- Ketika Abu Sufyan serta tenteranya mula bersiap menuju Madinah, Ma'bad bin Abi Ma'bad pun
tiba dari Hamra'Al-Asad.

- Abu Sufyan bertanya tentang perkembangan di Madinah. Ma'bad berkata :
" Muhammad telah keluar membawa para tenteranya dalam jumlah yang tidak pernah aku
lihat seramai itu. Meluap-luap kemarahan mereka terhadap kamu.
Bahkan mereka yang tidak sertai pertempuran di Uhud pun turut serta. Mereka amat
berdendam terhadap kamu."
Lebih baik kamu tinggalkan tempat ini sebelum kamu lihat sendiri kedatangan mereka
dibalik bukit ini. Ini nasihat dariku."

- Kata-kata Ma'bad menimbulkan rasa gerun dan takut pihak Musyrikin. Bahkan semangat
mereka turut jatuh merudum.

- Pihak Musyrikin mula beredar menuju ke Mekah. Dalam perjalanan pulang, mereka berjumpa
satu kabilah menuju ke Madinah. Abu Sufyan meminta kabilah itu agar menyampaikan
pesanannya jika berjumpa Rasulullah. ( tujuannya untuk menggerunkan Tentera Islam supaya
tidak menjejaki mereka ).

- Apabila kabilah itu sampai di Hamrad Al-Asad lalu menyampaikan pesanan Abu Sufyan.
( Sesungguhnya pihak Musyrikin Mekah telah mengumpulkan bala tenteranya untuk
menghapuskan Rasulullah dan para Sahabat ).

- Pesanan itu menambahkan lagi keimanan mereka :
" Memadailah Allah bagi kami, Dia sebaik-baik pelindung."

Firman Allah sempena peristiwa itu:

                        

                            

              

173. (yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan rasul) yang kepada mereka ada
orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia * telah mengumpulkan
pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka", Maka
perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah
menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung".
174. Setelah(mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah
kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun. Serta mereka
menurut keredhaan Allah. (Dan ingatlah) Allah mempunyai limpah kurnia yang amat
besar.
Surah ALI IMRAN ayat 173-174

* Musyrikin Mekah

96

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

 KEMBALI KE MADINAH

- Rasulullah berada di Hamra'Al-Asad selama 3 hari ( Isnin-Rabu, 10-12 Syawal).

- Sebelum berangkat pulang, Rasulullah berjaya menangkap Abu 'Izzah Al-Jumahi.

- Abu 'Izzah adalah seorang penyair. Pernah menjadi tawanan Badar dan dibebaskan oleh
Rasulullah kerana seorang miskin
dan punyai anak-anak yang ramai.
Beliau juga berjanji tidak
menentang Rasulullah lagi.
- Malangnya dalam Ghazwah
Uhud beliau mengingkari janjinya
dan turut serta menentang Tentera
Islam . Turut mengobarkan
semangat Tentera Musyrikin
dengan syairnya.

- Abu 'Izzah merayu lagi :
" Wahai Muhammad! Maafkan
aku dan bebaskan aku. Beri
peluang sekali lagi padaku. Biar
kanku urus anak-anakku. Aku
berjanji tidak ulangi lagi perbuatan ini."

- Jawab Rasulullah :
" Tidak, Demi Allah! Nanti engkau tepuk pipimu apabila sampai di Mekah dan berkata : Aku
dapat tipu Muhammad dua kali."
" Orang Mukmin tidak akan disengat dua kali dari lubang yang sama!."

- Rasulullah arahkan Zubir Al-Awwam memancung kepala Abu 'Izzat.

 PERISIK DI BUNUH

- Selepas Ghazwah Uhud, Muawiyah Al-Mughirah singgah di Madinah untuk berjumpa anak
saudaranya, Uthman bin Affan. Uthman memberi perlindungan keselamatan padanya.

-Rasulullah mengizinkan Muawiyyah tinggal di Madinah selama 3 hari sahaja dan jika
melebihinya akan dibunuh.

- Apabila Rasulullah kembali dari Hamra'Al-Asad, baginda dapati Muawiyyah masih di situ dan
tergesa-gesa keluar.

- Semasa di Madinah, Muawiyyah menjalankan kerja-kerja perisikan bagi pihak Musyrikin
Quraisy.

- Baginda arahkan Zaid bin Harithah dan 'Ammar bin Yassir mengejar Muawiyah dan dapat
membunuhnya.

97

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

PERCAMBAHAN MINDA

1) Dalam Ghazwah Uhud, Rasulullah memilih cadangan ramai dari Sahabat untuk menentang
musuh di luar Kota Madinah. Beri pandangan kamu 3 kelebihan bertempur di luar Kota
Madinah berbanding menunggu musuh dari dalam Kota Madinah.
2) Penarikan diri 300 orang Munafik dari barisan Tentera Islam tidak memberi kesan kepada
Rasulullah dan Sahabat. Mengapa?
3) Antara daya tarikan Musyrikin Mekah untuk menambah semangat perjuangan mereka ialah
membawa penyanyi wanita mengiringi mereka. Kaedah ini ada digunakan oleh golongan
Jahiliyah pada masa kini ? Sila nyatakan contoh-contohnya..
3) Mengingkari perintah Rasulullah oleh Pasukan Pemanah menyebabkan kekalahan Tentera
Islam dalam pusingan kedua. Ini adalah kerana merebut harta peninggalan Musyrikin.
Sebutkan 3 faktor menyebabkan para pendakwah dan pejuang Islam masa kini gugur di dalam
perjuangan kerana faktor-faktor tersebut.
4) Rasulullah sendiri cedera dan berdarah kepalanya dalam Ghazwah Uhud. Adakah Rasulullah
tiada "ilmu kebal "? Apakah yang anda pelajari dari kecederaan Rasulullah ? Sila nyatakan.

Bukit Uhud

Pusara Syuhada' Uhud

98

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin
BAB KETUJUH BELAS
PENGKHIANATAN AR-RAJI

99

Sirah Nabawiyyah 2 Mutiara PerjalananMukmin

 LATAR BELAKANG
- Ar-Raji' adalah suatu tempat kediaman bagi Kabilah 'Adal dan Qarah.
- Pada bulan Safar Tahun 4 Hijrah, satu rombongan dari kabilah ini ke Madinah . Tujuannya
untuk meminta Rasulullah menghantar satu kumpulan dakwah kepada kabilah mereka.
- Kumpulan dakwah yang diutus oleh Rasulullah seramai 10 orang di ketuai oleh 'Asim bin
Thabit. Mereka akan mengajar Al-Quran dan hukum-hakam agama.
- Pemergian mereka diiringi oleh rombongan Kabilah 'Adal dan Qarah
 PENGKHIANATAN
- Sebenarnya rombongan Kabilah 'Adal dan Qarah ini telah berpakat dengan Bani Lihyan untuk
melakukan pengkhiantan terhadap rombongan dakwah ini.
- Pasukan bersenjata Bani Lihyan seramai 200 orang siap menunggu kedatangan rombongan
dakwah itu.
- Apabila sampai di suatu tempat bernama Huzail dalam kawasan Ar-Raji', tiba-tiba rombongan
dakwah itu dikepung oleh pasukan bersenjata Bani Lihyan.
- Rombongan dakwah yang diketuai oleh 'Asim bin Thabit diminta menyerah diri. Janji pihak
Bani Lihyan :
" Kamu tidak akan diapa-apakan jika menyerah diri."
- 'Asim beserta 6 orang ahli rombongan tidak percaya janji pihak Musyrikin lalu memilih untuk
bertempur hingga syahid. Kesemua mereka gugur syahid dipanah Musyrikin Bani Lihyan.
- Adapun 3 orang ahli rombongan menyerah diri. Mereka terdiri :
i) Abdullah bin Tariq.
ii) Khubaib bin 'Adi.
iii) Zaid bin Al-Dasinah.
- Abdulllah bin Tariq dibunuh ketika cuba melawan di pertengahan jalan menuju Mekah.
Manakala dua orang rakannya dijual kepada pembesar-pembesar Quraisy untuk dibunuh sebagai
tindakan balas dendam kekalahan Ghazwah Badar.

111


Click to View FlipBook Version