The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tokpepijat, 2019-04-17 06:35:14

buku Teks SIRAH Ting 3

buku Teks SIRAH Ting 3

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB PERTAMA
Perjanjian Hudaibiyyah

1

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

LATAR BELAKANG

- Rasulullah bermimpi melihat baginda dan para Sahabat masuk ke Masjidil Haram dalam
keadaan aman, mengambil kunci Kaabah lalu bertawaf dan berumrah.

- Lalu baginda memberitahu tentang mimpinya kepada para Sahabat. Mereka semua amat gembira
apabila mendengar khabar mimpi dari baginda. ( Mimpi seorang Nabi adalah benar)

- Seramai 1,500 muslimin yang terdiri dari Muhajirin dan Ansar dapat dikumpulkan untuk
mengerjakan umrah. Rasulullah.

- Rasulullah menunggang untanya Al-Qaswa'. Rombongan baginda meninggalkan Madinah pada
1 Zulkaedah Tahun 6 Hijrah hari Isnin. Ummu Mukminin, Ummu Salamah turut serta bersama
rombongan tersebut.

- Binatang-binatang korban dibawa dan dipasangkan dengan gelang tanda binatang korban.
Tujuannya untuk
membuktikan kepada
Musyrikin Mekah bahawa
kedatangan rombongan
baginda adalah untuk
berumrah bukan untuk
berperang. Begitu juga
senjata. Hanya pedang-
pedang yang bersarung
dibawa tanda bukan tujuan
berperang.

Apabila sampai di 'Usfan ( -

dari Mekah), seorang 90km

pengintip melaporkan

tentang maklumat

perkembangan Musyrikin Mekah. Beliau melaporkan bahawa pihak Quraisy bertekad untuk

menghalang kedatangan rombongan Rasulullah walaupun bertujuan aman(umrah).

MUSYRIKIN MEKAH NEKAD MENGHALANG

- Pihak Musyrikin Quraisy menugaskan Khalid Al-Walid bersama 200 orang tentera berkuda
untuk menghalang kedatangan rombongan Rasulullah.

- Tentera pimpinan Khalid Al-Walid menunggu di Kura'-Al-Ghamim iaitu jalan utama menuju
Mekah. Masing-masing dapat melihat satu sama lain. Bahkan apabila rombongan Rasulullah solat
Zohor, Khalid Al-Walid dapat melihat dengan jelas gerak geri solat tersebut dan beliau merancang
untuk menyerang rombongan Rasulullah ketika solat Asar nanti. Rancangannya gagal kerana
Allah Taala menurunkan wahyu tentang solat Khauf ( dalam ketakutan).

- Bagi mengelakkan berlaku pertempuran, Rasulullah meninggalkan jalan utama ke Mekah
menuju ke Thaniyyah - Al Murar. Di situ unta Rasulullah Al-Qawa' enggan meneruskan perjalanan
dan duduk.Walaupun dipaksa bangun, unta tersebut tetap enggan berjalan.

2

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Rasulullah bersabda : "Al-Qaswa' bukannya enggan berjalan. Itu bukan perangainya. Tetapi ia
dihalang sepertimana Tentera Bergajah dihalang menyerang Kaabah."

- Apabila sampai di Hudaibiyyah, Rasulullah mengarahkan rombongan untuk berkhemah.
Di situ, ahli rombongan mengalami masalah kekurangan air. Lalu mereka mengadu kepada
Rasulullah. Baginda mencabut sebilah anak panah dari sarungnya dan menyuruh mereka meletakkannya
di tempat mata air yang kering. Dengan kuasa Allah, air pun keluar dan mencukupi untuk rombongan
seramai 1,500 orang itu.

MUSYRIKIN MEKAH MENGHANTAR 3 ORANG UTUSAN

- Pihak Musyrikin Quraisy menghantar utusan mereka ke Hudaibiyyah untuk mengetahui tujuan
rombongan Rasulullah ke Mekah.

i) Budhail bin Warqa' Al-Khuzai Beliau kembali ke Mekah dan menyampaikan tujuan
ii) Hulais bin 'Alaqamah Rasulullah. Pihak Quraisy tidak mempercayainya.
Beliau melihat binatang-binatang korban yang
iii) 'Urwah bin Mas'ud Al-Thaqafi diletakkan didepannya.
Beliau kembali ke Mekah dan menyatakan tentang
tujuan Rasulullah dan rombongan ke Mekah.
Pihak Quraisy menempelaknya dengan kata-kata :

" Engkau orang kampung yang tidak mengetahui
tipu muslihat Muhammad."

Beliau menyatakan kepada Rasulullah tentang
keazaman Quraisy menghalang Rasulullah masuk ke
Mekah secara kekerasan selama-lamanya.
Setiap kali bercakap dengan Rasulullah, beliau
memegang janggut baginda. Perbuatan 'Urwah
dihalang oleh Al-Mughirah bin Syu'bah (anak saudara
'Urwah) dengan diketuk tangannya dengan ulu pedang.
'Urwah juga sempat melihat kasih sayang para Sahabat
terhadap Rasulullah.
Apabila beliau kembali ke Mekah dan melaporkan
tentang perjumpaannya dengan Rasulullah.
" Demi Allah! Aku pernah menjadi utusan bertemu
Kaisar, Kisra dan Najasyi. Demi Allah ! Aku tidak
pernah melihat seorang raja diagungkan oleh
rakyatnya sebagaimana Muhammad diagungkan
oleh para pengikutnya.
Kalau dia meludah, ludahnya disambut oleh
sahabatnya untuk disapu di muka dan kulit.Kalau
dia berwuduk, mereka berebut-rebut dapatkan air
wuduknya untuk disapu ke badan. Apabila mereka
bercakap dengannya, mereka rendahkan suara dan
tidak memandang tajam padanya. Terimalah
tawarannya."

3

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

TINDAKAN PEMUDA MUSYRIKIN QURAISY
- Apabila melihat pihak pimpinan Quraisy mula berlembut dengan Rasulullah dan rombongannya,
barisan pemuda Musyrikin Quraisy mula bertindak secara kekerasan.

- Mereka merancang menyerang khemah rombongan umrah itu. Seramai 70-80 orang pemuda
Quraisy bergerak dari Bukit Tanaim turun menuju ke khemah itu tetapi rancangan mereka
digagalkan oleh pasukan kawalan yang diketuai oleh Muhammad bin Maslamah.
Kesemua mereka ditangkap dan dibawa kepada Rasulullah.

- Baginda memaafkan dan membebaskan mereka atas dasar tujuan baginda ke Mekah hanyalah
untuk berumrah bukannya untuk permusuhan.

Sempena peristiwa ini, Allah Taala turunkan firmanNya:

                         

         

Dan Dia-lah yang menahan tangan mereka(Musyrikin) dari (membinasakan) kamu
dan (menahan) tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Mekah
sesudah Allah memenangkan kamu atas mereka, dan adalah Allah Maha melihat
apa yang kamu kerjakan.

AL-FATH ayat 24

UTHMAN MENJADI WAKIL
- Rasulullah mengutuskan Uthman bin Affan untuk berjumpa pimpinan Quraisy Mekah.
Baginda berpesan :
" Beritahu mereka bahawa tujuan kita kemari adalah hanya untuk berumrah
bukannya untuk berperang dan ajaklah mereka kepada Islam."
- Rasulullah juga berpesan kepada Uthman supaya berjumpa dengan orang-orang Islam di
Mekah dan memberitahu mereka tentang khabar gembira bahawa kemenangan semakin dekat.

- Apabila Uthman bin Affan sampai di Mekah, beliau diberi perlindungan keselamatan oleh
Abban bin Saad. Setelah menyampaikan pesanan Rasulullah kepada pimpinan Musyrikin
Quraisy, Uthman ditawarkan oleh mereka untuk mengerjakan tawaf di Baitullah.

- Uthman bin Affan menjawab :
"Aku tidak mahu lakukannya sehingga Rasulullah bertawaf terlebih dahulu".

4

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAI'AH AL-RIDWAN

- Oleh kerana kelambatan Uthman bin Affan pulang ke perkhemahan mereka, menimbulkan
spekulasi bahawa Uthman telah dibunuh.

Lalu Rasulullah bersabda : " Kita tidak -
akan tinggalkan tempat ini melainkan
setelah kita menentang mereka."

Baginda memanggil para Sahabatnya -
untuk berbai'ah bagi menuntut pembelaan
pembunuhan Uthman di bawah sepohon
pokok.

Maka berebut-rebut para Sahabat untuk -
berbai'ah. Rasulullah memegang
tangannya sendiri sebagai tanda tangan
Uthman. Manakala orang yang pertama
berbai'ah ialah Abu Sinan Al-Asadi dan
Salamah bin Al-Akwa' berbai'ah untuk
sanggup mati sebanyak tiga kali.

Setelah selesai semua berbai'ah, tiba-tiba -
Uthman bin Affan kembali dan turut
berbai'ah.

Firman Allah sempena Bai'ah Al-Ridwan :

                             

              

Sesungguhnya Allah Telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka
berjanji setia kepadamu di bawah pohon, Maka Allah mengetahui apa yang ada
dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan
kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya).
AL-FATH 18

5

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

PIHAK QURAISY CEMAS
- Berita tentang Rasulullah beserta 1,500 orang ahli rombongan berbai'ah untuk menuntut

pembelaan Uthman mencemaskan Musyrikin Mekah lalu mereka menghantar Suhail bin
'Amru untuk mengadakan perjanjian dengan pihak Islam.
ISI PERJANJIAN HUDAIBIYYAH
1) Rasulullah dan rombongannya tidak dibenarkan masuk ke Mekah pada tahun ini. Mereka
dibenarkan masuk ke Mekah pada tahun depan (7 hijrah) dengan keadaan pedang bersarung dan
dibenarkan tinggal di Mekah tidak melebihi 3 hari. Manakala pihak Quraisy tidak dibenarkan
menghalang mereka dengan apa cara sekalipun.
2) Gencatan senjata selama 10 tahun. Dalam tempoh tersebut, kedua pihak tidak boleh berperang
antara satu sama lain.
3) Mana-mana pihak bebas mengadakan kerjasama dan ikatan perjanjian samada dengan pihak
Islam ataupun Musyrikin Mekah. Mereka dianggap sebagai sebahagian (sekutu) daripada pihak
tersebut. Menceroboh keatas pihak sekutu bermakna menceroboh ke atas pihak Islam atau
Musyrikin Mekah. ( Kabilah Bani Khuza'ah bersekutu dengan pihak Islam manakala Bani Bakar
bersekutu dengan Musyrikin Mekah)
4) Mana-mana orang lelaki Quraisy yang lari ke pihak Islam wajib dipulangkan kepada pihak
Mekah. Manakala orang-orang lelaki dari pihak Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak akan
dikembalikan.

6

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

PERISTIWA MENANDATANGANI PERJANJIAN

- Rasulullah menugaskan Ali bin Abi Talib untuk menulis perjanjian tersebut.
( Baginda seorang Umiyy tidak tahu membaca dan menulis ) .

- Lalu Ali menulis kalimat " Bismillahirahmanirrahim".

SUHAIL : " Demi Allah ! Kami tidak faham apa yang dimaksudkan dengan "ArRahman".
Sila tuliskan " Bismikallahumma".

Ali menurutinya. Kemudian dia menulis," Inilah perjanjian yang dibuat oleh Muhammad
Rasulullah."

SUHAIL : "Kalaulah kami tahu kamu adalah Rasulullah sudah tentu kami tidak
menghalangmu ke Baitullah dan tidak memerangimu. Tulislah Muhammad bin Abdullah".

RASULULLAH : " Sesungguhnya aku adalah Rasulullah walaupun kamu mendustaiku."
Lalu Baginda menyuruh Ali memadamkan perkataan " Rasulullah".

Ali enggan memadamkannya lalu Rasulullah sendiri memadamkannya dengan tangan baginda.

PERISTIWA ABU JANDAL MENGUJI KESABARAN

- Ketika perjanjian sedang ditulis oleh Ali bin Abi Talib dengan disaksikan oleh Rasulullah
dan Suhail bin 'Amru, tiba-tiba anak Suhail bin 'Amru iaitu Abu Jandal merebahkan diri di
hadapan Rasulullah dan orang Islam sambil merayu dibebaskan dari tahanan Musyrikin.( Abu
Jandal dikurung oleh Musyrikin Mekah kerana memeluk Islam ) .

SUHAIL : " Inilah perkara yang pertama yang aku mahu dipatuhi sebagaimana
terkandung dalam perjanjian."

RASULULLAH : " Kita belum lagi habis lagi menulis perjanjian ini.( belum ditandatangani
)."

SUHAIL : " Kalau begitu aku tidak mahu mengadakan perjanjian denganmu selama-
lamanya."

Walaupun Rasulullah memujuk Suhail agar lepaskan anaknya kepada pihak Islam, Suhail tetap
dengan pendiriannya.
Abu Jandal ditampar oleh bapanya dan diseret untuk dibawa kembali ke Mekah.

ABU JANDAL : " Wahai Muslimin! Apakah kamu semua mahu kembalikan aku kepada
mereka yang menyiksaku kerana menganut Islam ?"

RASULULLAH : " Wahai Abu Jandal, bersabarlah. Sesungguhnya Allah akan jadikan
untukmu dan orang-orang tertindas jalan keluar dan kelapangan.
Sesungguhnya kami telah mengadakan perjanjian dengan mereka dan kami setuju dengan
syarat-syaratnya. Kami tidak boleh khianati perjanjian ini."

7

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Umar menceritakan detik-detik peristiwa tersebut.
Beliau berjalan beriringan dengan Abu Jandal sambil mengucapkan kaya-kata semangat
kepadanya ," Sabarlah Abu Jandal, mereka itu orang Musyrikin yang darahnya seperti
darah anjing."
Lalu Umar dekatkan pedangnya kepada Abu Jandal sambil berharap Abu Jandal ambil
pedangnya dan pukul ayahnya.
Tetapi Abu Jandal mematuhi arahan Rasulullah dan mengikut ayahnya pulang ke Mekah.

KESEDIHAN PIHAK ISLAM

- Peristiwa yang menimpa Abu Jandal membuatkan orang Islam sedih serta terhina dan
merasakan perjanjian Hudaibiyyah itu menghina Allah dan RasulNya.

- Setelah selesai menandatangani perjanjian tersebut, Rasulullah mengarahkan umat Islam
supaya bangun semua dan menyembelih korban
untuk bertahallul daripada umrah. Baginda
mengucapkannya 3 kali tetapi tiada yang menyahut
arahan baginda.

- Lalu Rasulullah masuk ke khemahnya dan
mengadu reaksi orang Islam kepada Ummu
Mukminin Ummu Salamah.

UMMU SALAMAH : " Wahai Rasulullah,
keluarlah kamu, jangan bercakap dengan sesiapa.
Sembelihlah untamu dan panggilkan tukang
cukur untuk cukur rambutmu."

Apabila orang Islam melihat perbuatan Rasulullah,
mereka berlumba-lumba mendapatkan binatang
untuk disembelih dan mencukur rambut mereka.

WANITA TIDAK TERMASUK DALAM PERJANJIAN

- Selepas peristiwa tahallul, Rasulullah didatangi beberapa wanita muslimat yang melarikan
diri dari Mekah untuk minta perlindungan.

- Apabila wakil Quraisy datang kepada Rasulullah untuk dikembalikan wanita-wanita
tersebut, Rasulullah menolak tuntutan tersebut dengan alasan yang kukuh iaitu dalam
butiran isi perjanjian tersebut hanya menyebut lelaki sahaja yang mesti dikembalikan.

8

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Firman Allah Taala :

                              

                          

                           

                                     

                         

Hai orang-orang yang beriman, apabila datang berhijrah kepadamu perempuan-
perempuan yang beriman, maka hendaklah kamu uji (keimanan) mereka. Allah
lebih mengetahui tentang keimanan mereka;maka jika kamu telah mengetahui
bahwa mereka (benar-benar) beriman Maka janganlah kamu kembalikan mereka
kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. mereka tiada halal bagi orang-
orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tiada halal pula bagi mereka. dan
berikanlah kepada (suami suami) mereka, mahar yang telah mereka bayar. dan
tiada dosa atasmu mengawini mereka apabila kamu bayar kepada mereka
maharnya. dan janganlah kamu tetap berpegang pada tali (perkawinan) dengan
perempuan-perempuan kafir; dan hendaklah kamu minta mahar yang telah kamu
bayar; dan hendaklah mereka meminta mahar yang telah mereka bayar.
Demikianlah hukum Allah yang ditetapkanNya di antara kamu. dan Allah Maha
mengetahui lagi Maha Bijaksana. Al-MUMTAHANAH 10

DIALOG UMAR DENGAN RASULULLAH

- Dua persoalan yang menimbulkan rasa tidak puas hati orang Islam terhadap Perjanjian
Hudaibiyyah ialah :
i) Rasulullah telah memberitahu kepada mereka tentang mimpi baginda di mana umat
Islam akan ke Baitullah dan mengerjakan tawaf.
PERSOALANNYA : Mengapa Rasulullah akur dengan isi perjanjian yang
menyatakan tidak dibenarkan mengerjakan tawaf pada tahun ini?

ii) Rasulullah dan Islam adalah benar dan berada dipihak yang betul. Allah pasti memberi
kemenangan kepada baginda dan Islam.
PERSOALANNYA : Mengapa Rasulullah begitu akur dengan isi perjanjian itu yang
seolah-olah pihak Islam tunduk dengan isi perjanjian yang lebih memihak kepada
Musyrikin Quraisy ?

Dua persoalan inilah yang menyebabkan kesedihan dan perasaan mereka terluka.
Umar Al-Khattab adalah antara sahabat yang merasai perasaan tidak puas hati dengan
perjanjian tersebut atas dasar cintakan Allah dan RasulNya.

9

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

UMAR : " Ya Rasulullah, bukankah kita di pihak yang benar dan mereka(Musyrikin) di
pihak kesesatan?"

RASULULLAH : " Ya, benar."

UMAR : " Bukankah kita yang terbunuh masuk dalam syurga dan mereka ke neraka?"

RASULULLAH : " Benar."

UMAR : " Oleh itu mengapa kita serahkan kerendahan dalam agama kita ( akur
dengan perjanjian tersebut)?"

RASULULLAH : " Wahai putera Al-Khattab, aku adalah Rasulullah dan aku tidak
akan menderhakai perintah Allah. Dia tidak akan mensia-siakan aku."

UMAR : " Bukankah engkau memberitahu kami bahawa kita akan mengerjakan tawaf
?"

RASULULLAH : " Ya, tapi adakah aku memberitahu kamu pada tahun ini?"

UMAR : " Tidak."

RASULULLAH : " Engkau pasti dapat masuk Mekah dan mengerjakan tawaf."

-Umar pun pergi pula berjumpa Abu Bakar As-Sidiq mengadu tentang keputusan Rasulullah
menerima perjanjian tersebut.

ABU BAKAR : " Berpegang teguhlah engkau dengan keputusan Rasulullah hingga engkau
mati. Demi Allah ! Dia berada diatas jalan kebenaran."

Lalu turunlah Firman Allah :

          

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. *
AL-FATH 1

* menurut pendapat sebahagian ahli Tafsir yang dimaksud dengan kemenangan itu ialah
kemenangan penaklukan Mekah, dan ada yang mengatakan penaklukan negeri Rum

- RdaansualduallpauhlamyeannggumtuesngsaetoarkaanngpsearhdaambaatiaunnHtuukdbaiebrijyuymahp.ateUtampiakredbaannymakeamncaahkliantafasyirat diatas
bkeerppaenddaanpyaat.bahwa yang dimaksud di sini ialah perdamaian Hudaibiyyah.

UMAR : " Ya Rasulullah, adakah ini kemenangan ?

RASULULLAH : " Ya."

- Umar berpuas hati dan gembira
dengan jawapan Rasulullah. Dia
kesal dengan perbuatannya
terhadap Rasulullah.

Mekah pada
tahun 1910

11

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

- Umar menceritakan bagaimana dia menebus balik atas perbuatannya.

" Disebabkan perbuatanku itu, aku membuat beberapa amalan seperti sedekah, berpuasa, solat
dan bebaskan hamba. Semua itu kerana bimbang dengan kata-kataku itu. Aku mengharapkan agar
amalanku ini diterima sebagai satu kebaikan."
( Sahih Bukhari 1/378 , Muslim 2/140 )

FAJAR KEMENANGAN MULA BERSINAR

- Apabila Rasulullah kembali ke Madinah, seorang lagi orang Islam dapat melarikan diri dari
Mekah ke Madinah. Namanya 'Utbah bin Usaid al-Thaqafi ( Abu Bashir).

- Musyrikin Quraisy menghantar 2 orang wakilnya untuk mengambil Abu Bashir.

- Demi mematuhi perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah menyerahkan Abu Bashir kepada
wakil Quraisy sambil memberikan kata-kata semangat kepada Abu Bashir.

- Apabila wakil Quraisy sampai di Dzu
Hulaifah, Abu Bashir dapat membuat satu
helah dan dapat membunuh salah seorang
wakil Quraisy. Manakala seorang lagi lari ke
Madinah dan melaporkan kepada Rasulullah
peristiwa tersebut.

- Abu Bashir juga menuju ke Madinah dan
berjumpa Rasulullah. Baginda menyuruh Abu
Bashir agar meninggalkan Madinah kerana
jika beliau tinggal di Madinah ianya tertakluk
kepada Perjanjian Hudaibiyyah.

- Abu Bashir meninggalkan Madinah menuju ke
tepi pantai dan tinggal di situ. Lokasi yang
dipilih oleh Abu Bashir adalah laluan jalan
perniagaan kabilah dagang Quraisy ke Syam.

- Kemudian Abu Jandal juga dapat lepaskan diri
dari kurungan Musyrikin Quraisy dan
menyertai Abu Bashir. Lama - kelamaan ramai
orang Islam Mekah yang dapat melepaskan
diri dari siksaan Quraisy menyertai kumpulan
Abu Bashir.

- Kumpulan Abu Bashir mengambil kesempatan menyerang kabilah dagang Quraisy setiap
kali mereka berniaga ke Syam atau kembali ke Mekah. Ini menyebabkan hasil perdagangan
mereka kerugian dan tidak selamat.

- Akhirnya Musyrikin Mekah menghantar surat mohon isi Perjanjian Hudaibiyyah yang
menyatakan sesiapa yang lari ke Madinah mestilah dikembalikan ke Mekah digugurkan.

11

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

- Rasulullah setuju dengan permintaan Musyrikin Quraisy. Baginda juga menghantar utusan
menjemput Abu Bashir dan kumpulannya kembali ke Madinah dan menjadi warganya. (
Sahih Bukhari 1/378 , Muslim 2/105)

 Abu Bashir meninggal dunia ketika masih memegang surat Rasulullah yang meminta beliau tinggal
di Madinah.

PIMPINAN QURAISY MASUK ISLAM
- Seramai 3 orang pimpinan Musyrikin Quraisy memeluk Islam selepas Perjanjian

Hudaibiyyah ditandatangani. Mereka ialah :
 'Amru bin Al-As.
 Khalid bin Al-Walid
 Uthman bin Talhah.

Peristiwa yang berlaku pada awal Tahun ke 7 Hijrah itu disifatkan oleh Rasulullah
umpama : " Sesungguhnya Mekah telah mencampakkan kepingan jantung hatinya
kepada kita."

12

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB KEDUA

ANALISIS ISI PERJANJIAN HUDAIBIYYAH

FASAL PERTAMA : Rasulullah dan rombongannya tidak dibenarkan masuk ke Mekah pada
tahun ini. Mereka dibenarkan masuk ke Mekah pada tahun depan (7 hijrah) dengan keadaan
pedang bersarung dan dibenarkan tinggal di Mekah tidak melebihi 3 hari. Manakala pihak Quraisy
tidak dibenarkan menghalang mereka dengan apa cara sekalipun.

HIKMAH :
- Jika sebelum ini, orang Islam dari Madinah dianggap musuh oleh Musyrikin Mekah. Mereka
juga dilarang berkunjung ke Mekah samada untuk mengerjakan umrah maupun mengunjungi
saudara mara. Begitu juga ketika mereka berhijrah ke Madinah dalam keadaan rahsia dan
meninggalkan hartabenda mereka.
Bahkan ada yang dibunuh, disiksa dan dikurung bagi menegah mereka berhijrah ke Madinah.
Kemudian berlaku Ghazwah Badar, Uhud dan Ahzab. Ini semua menaikkan lagi api kemarahan
dan permusuhan Musyrikin Mekah terhadap Rasulullah dan orang Islam Madinah.
Kini, hasil perjanjian ini umat Islam dibenarkan memasuki Mekah untuk umrah selama tiga hari
tanpa gangguan. Walaupun bukan pada tahun ini tetapi tahun hadapan. Apa yang penting, umat
Islam dapat mengunjungi Mekah tanpa gangguan Musyrikin.
Ini menunjukkan pihak Musyrikin Mekah mengiktiraf kewujudan Negara Islam Madinah dan
mengakui kekuatan Madinah.

FASAL KEDUA : Gencatan senjata selama 10 tahun. Dalam tempoh tersebut, kedua pihak tidak
boleh berperang antara satu sama lain.

HIKMAH :
- Prinsip Islam adalah mengutamakan pendamaian dan mengelakkan dari berlaku pertumpahan
darah. Tanpa peperangan selama 10 tahun, Rasulullah dan umat Islam dapat menfokaskan 2
perkara iaitu :
a) Penyebaran dakwah kepada Maharaja dan Raja-raja sekitar Semenanjung Tanah Arab.
b) Menghapuskan ancaman Yahudi terhadap Madinah.
Penyebaran dakwah tanpa gangguan Musyrikin Mekah dimana utusan-utusan dakwah dapat
bergerak bebas menghantar surat Rasulullah kepada pemerintah-pemerintah seperti Kisra,
Herkulis, Raja Mesir dan Bahrain. Bahkan orang-orang Mekah jika memeluk Islam tanpa rasa
takut dan gerun terhadap ancaman Musyrikin.
Maknanya, Musyrikin Mekah tidak boleh menganggu dan menyentuh walau seurat bulu romapun
orang yang memeluk Islam.
Begitu juga dari segi penambahan umat Islam bertambah hasil penyebaran dakwah. Jika sebelum
perjanjian, bilangan umat Islam sekitar 3,000 orang tetapi semasa Pembukaan Kota Mekah ianya
menjangkau 10,000 orang.
Kekuatan tentera Islam dapat ditumpukan untuk menghapuskan ancaman Yahudi di Khaibar
ddalam keadaan bantuan Musyrikin Mekah kepada Yahudi tidak dapat disalurkan kerana ianya
melanggar perjanjian.
Situasi ini berbeza ketika Pakatan Ahzab mengepung Madinah.

FASAL KETIGA : Mana-mana pihak bebas mengadakan kerjasama dan ikatan perjanjian
samada dengan pihak Islam ataupun Musyrikin Mekah. Mereka dianggap sebagai sebahagian
(sekutu) daripada pihak tersebut. Menceroboh ke atas pihak sekutu bermakna menceroboh ke atas

13

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

pihak Islam atau Musyrikin Mekah. ( Kabilah Bani Khuza'ah bersekutu dengan pihak Islam
manakala Bani Bakar bersekutu dengan Musyrikin Mekah)

HIKMAH :
Fasal ini memberi peluang kepada umat Islam untuk menambahkan rakan sekutu dan
mengurangkan musuh. Strategi memperbanyakkan kawan dan mengurangkan musuh memberi
kelebihan kepada Negara Islam Madinah.
Apabila orang bukan Islam tertarik dengan akhlak umat Islam hasil penyebaran dakwah tanpa
sekatan maka ianya menghasilkan kesan yang positif terhadap penambahan bilangan umat Islam
dan sekutu kepada Negara Islam Madinah.

FASAL EMPAT : Mana-mana orang lelaki Quraisy yang lari ke pihak Islam wajib
dipulangkan kepada pihak Mekah. Manakala orang-orang lelaki dari pihak Islam yang lari ke
pihak Quraisy tidak akan dikembalikan.

HIKMAH :
Rasulullah menyebut : " Barang siapa yang pergi kepada mereka(murtad) dari kalangan kami,
maka Allah menjauhinya. Barang siapa yang yang datang kepada kami dari kalangan mereka(
masuk Islam)maka Allah akan memberikan kelepasan dan jalan keluar kepadanya."
( Sahih Muslim 2/105)
Pada zahirnya seolah-olah memberi keuntungan kepada pihak Musyrikin Quraisy dan kerugian
serta kehinaan kepada pihak Islam. Benarkah begitu?
Seseorang yang murtad( lari ke pihak kafir) adalah lebih baik daripada ia berada terus dalam
masyarakat Islam. Mereka tidak memberi mudarat kepada Islam dan pihak Islam tidak merasa
apa-apa kerugian. Ini memudahkan proses pembersihan Negara islam Madinah daripada anasir
munafik.
Manakala orang Islam yang dikembalikan semula ke pihak Musyrikin, Rasulullah menyatakan
mereka mendapat ganjaran yang besar disisi Allah atas kesabaran menanggung segala kesusahan
dan penderitaan. Baginda juga memberi keyakinan setiap yang susah akan berakhir dengan
kesenangan(jalan keluar) oleh Allah Taala.
Ini terbukti dengan peristiwa Abu Bashir, Abu Jandal dan rakan-rakan mereka yang menyebabkan
pihak Musyrikin Mekah membatalkan fasal keempat ini.

Masjid Nabi di era Kerajaan
Uthmaniyyah Turki.

14

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

KRONOLOGI
PERJANJIAN HUDAIBIYYAH

PIHAK ISLAM PIHAK MUSYRIKIN MEKAH

1 Rasulullah bermimpi bersama umat Islam

mengerjakan umrah.

2 Baginda mengumpulkan kira-kira 1,500

menuju ke Mekah

3 Rasulullah bersama Ummu Mukminin

Ummu Salamah dan rombongan

meninggalkan Madinah tanggal 1

Zulkaedah Tahun 6 Hijrah hari Isnin.

Baginda menunggang untannya bernama

Al-Qaswa'. Binatang korban juga dibawa

bersama.

4 Di 'Usfan( 90km dari Mekah). Seorang Pihak Musyrikin Mekah bertekad untuk

pengintip melaporkan tentang menghalang Rasulullah dan rombongan

perkembangan di Mekah dari memasuki Mekah.

Khalid Al-Walid bersama 200 orang

tentera berkuda bersiap untuk bertempur.

5 Sampai di Kura'Al-Ghamim, Rasulullah Khalid dan tenteranya dapat melihat

dan rombongan solat Zohor. gerak geri solat orang Islam.

6 Rasulullah arahkan rombongan membelok Pihak Musyrikin menghantar 3 orang

menuju ke Thaniyah Al-Murar. Unta wakil secara bergilir-gilir berjumpa

Rasulullah enggan meneruskan Rasulullah. Akhirnya wakil ke 3 pulang

perjalanan. Lalu rombongan berhenti di dan memberitahu kepada pimpinan

Hudaibiyyah dan berkhemah di situ. mereka tentang tujuan rambongan

Rasulullah dan menyeru mereka tidak

menghalang tujuan Rasulullah.

7 Pihak pemuda Quraisy seramai 70-80

merancang menyerang rombongan di

Hudaibiyyah.

8 Muhammad bin Maslamah dan pengawal

dapat menawan kesemua pemuda Quraisy.

Rasulullah memaafkan mereka.

9 Rasulullah menghantar Uthman bin Affan

untuk berjumpa pimpinan Quraisy untuk

menyata hasrat sebenar rombongan

baginda ke Mekah.

10 Kelewatan pulang Uthman menimbulkan

spekulasi beliau dibunuh.

11 Bai'atul Ridwan dibuat untuk membela Pihak Musyrikin dalam kebimbangan lalu

"pembunuhan"Uthman. menghantar Suhail bin 'Amru untuk

mengadakan perjanjian.

12 Uthman kembali dengan selamat dan turut Perjanjian Hudaibiyyah dimaterikan

membuat bai'ah. antara Rasulullah dan Suhail bin Amru.

Sebanyak 4 pasal dibuat.

Ali bin Abi Talib sebagai penulis

perjanjian tersebut.

15

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Percambahan Minda

Perkuburan Baqi '
berlatarbelakangkan Masjid Nabi

1) Mengapakah Ali bin Abi Talib tidak menuruti arahan Rasulullah untuk memadamkan perkataan
"Rasulullah"? Sila beri pendapat anda.
2) Mengapakah Umar Al-Khattab begitu banyak menyoal tanda ketidakpuas hati terhadap isi
perjanjian Hudaibiyyah ? Bayangkan anda berada ditempat Umar pada masa itu. Apa tindakan
anda?
3) Fasal manakah yang menimbulkan rasa ketidak adilan dalam perjanjian tersebut? Mengapa?
4) Perjanjian Hudaibiyyah patut menjadi rujukan kepada Gerakan Islam masa kini yang
menyertai proses demokrasi (pilihanraya)di sesebuah negara. Sila bincangkan.

16

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB KETIGA
Perutusan Dakwah

17

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

LATAR BELAKANG

- Awal Muharram Tahun 7 hijrah.

- Sempena gencatan senjata selama 10 tahun antara Negara Islam Madinah dengan pihak

Musyrikin Mekah sepertimana terkandung dalam Perjanjian Hudaibiyyah maka Rasulullah

mengambil langkah pro-aktif dengan mengutus utusan dakwah kepada raja-raja sekitar

Semenanjung Tanah Arab dan Afrika.

- Cop mohor yang diperbuat daripada

perak terukir dengan perkataan Allah,

Rasul dan Muhammad dibuat oleh

Rasulullah untuk dicop pada setiap

surat tersebut.

- Baginda juga melantik para Sahabat

yang mempunyai pengetahuan dan

pengalaman dalam bidang diplomatic

sebagai utusan yang membawa

perutusan dakwah baginda.

- Berikut Raja-Raja yang dikunjungi

utusan Rasulullah :

 Najasyi Raja Habsyah. Cop Mohor Rasulullah
 Muqawqis Raja Mesir.

 Kisra Raja Parsi.

 Kaisar Herakulis Raja Rom.

 Al-Mundhir Raja Bahrain.

 Haudhah Raja Yamamah.

 Al-Harith Raja Damsyik.

 Jaafar Al-Jalandi Raja Oman.

1) Raja Najasyi Habsyah Wakil Rasulullah membawa
- Namanya yang sebenar ialah Ashamah perutusan dakwah

bin al-Abjar. Surat perutusan Rasulullah
- Rasulullah mengutus 'Amru bin Umayyah kepada Najasyi

al-Damri untuk membawa surat baginda.
- Berikut isi kandungan surat :

" Ini adalah surat dari Muhammad seorang Nabi
kepada Najasyi Al-'Asham pemerintah Habsyah.
Salam sejahtera keatas mereka yang mengikuti
petunjuk dan beriman dengan Allah dan RasulNya.
Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan
tiada sekutu bagiNya. Ia tidak mempunyai isteri dan
anak. Dan aku naik saksi bahawa Muhammad
adalah hamba dan RasulNya. Islamlah kamu!
Nescaya kamu selamat.
Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah
yang bersamaan antara kami dan kamu. Iaitu kita
semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita
tidak sekutukanNya.
Janganlah pula sebahagian kita mengambil
sebahagian yang lain sebagai orang-orang yang
dipuja dan didewa-dewakan selain Allah.

18

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Katakanlah : Saksikanlah kami adalah orang Islam(menyerah diri kepada Allah), maka
jika kamu enggan menerima seruan ini maka kamu menanggung dosa orang-orang
Nasrani dari kalangan kaummu." ( Al-Baihaqi)

- Apabila ' Amru menyampaikan surat Rasulullah kepada Najasyi, lalu Najasyi
mengambilnya dan meletakkan diatas kedua matanya. Beliau kemudian turun dari
singgahsana dan duduk diatas lantai tanda menghormati Rasulullah.

- Seterusnya beliau mengisytiharkan keislamannya dihadapan Jaafar bin Abi Talib yang
sememangnya masih tinggal di Habsyah sejak hijrah pertama dahulu.

- 'Amru juga membawa
pesan dari Rasulullah
supaya kumpulan orang
Islam yang berhijrah ke
Habsyah semasa era Mekah
kembali ke Madinah.
Mereka diketuai oleh Jaafar
bin Abi Talib.

- Raja Najasyi menyediakan
2 buah kapal untuk
membawa mereka pulang.

Wakil Rasulullah
- Antara jasa Najasyi

terhadap umat Islam ialah
melindungi Muhajirin dari
diserahkan kepada Musyrikin Mekah.
- Najasyi juga menjadi wakil Rasulullah untuk perkahwinan Rasulullah dengan Ummu
Mukminin Ummu Habibah binti Abu Sufyan. Ummu Sufyan berhijrah ke Habsyah
bersama suaminya Ubaidillah bin Jahs. Malangnya suaminya murtad dengan menganut
agama Nasrani.
Kematian Najasyi
- Beliau meninggal dunia pada bulan Rejab Tahun 9 Hijrah.
- Rasulullah bersama para Sahabat menunaikan solat jenazah ghaib keatasnya.

Raja Najasyi sedang
mengucapkan selamat jalan
kepada Jaafar bi Abi Talib
bersama rombongannya
untuk kembali ke Madinah.
Gambaran pelukis.

19

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

2) Muqawqis Raja Mesir
- Muqawqis adalah gelaran bagi raja
yang memerintah Mesir pada masa itu.
Nama sebenarnya Huraij bin Mina al-
Qibti. Menganut ajaran Nasrani.
- Hatib bin Abi Balta'ah dilantik
Rasulullah membawa surat baginda
kepada Muqawqis.
- Berikut adalah teks yang terkandung
dalam perutusan Rasulullah :
" Daripada Muhammad hamba Allah
dan RasulNya kepada Muqawqis
pemerintah Orang Qibti. Salam
sejahtera keatas orang yang mengikut
petunjuk.
Sesungguhnya aku mengajak kamu kepada Islam. Islamlah kamu nescaya kamu selamat.
Islamlah kamu nescaya Allah memberi ganjaran dua kali ganda pahala.Tetapi jika engkau
engkar, maka atasmulah dosa-dosa orang Qibti.
Wahai Ahli Kitab! Marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu. Iaitu
kita tidak menyembah kecuali Allah dan kita tidak sekutukanNya dengan sesuatupun.
Janganlah antara kita mengambil yang lain untuk dipuja dan didewakan selain Allah.
Kemudian jika mereka berpaling(enggan menerima Islam) maka katakan kepada mereka:
" Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam."

- Muqawqis tetap dengan agama Nasrani dan tidak memeluk Islam.
- Bagaimanapun

beliau melayan
utusan Rasulullah
dengan baik.
Beliau juga
mengirim hadiah
kepada Rasulullah
dengan hamba
perempuan, kain
terbaik dan seekor
baghal.
- Dua orang hamba
perempuan itu
bernama
Mariyyah dan
Sirin. Baginda
mengawini Mariyyah dan dikurniakan anak bernama Ibrahim.
- Manakala Sirin dikahwinkan dengan sahabat Rasulullah bernama Hasan bin Thabit Al-
Ansari.

21

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

3) Kisra Raja Parsi
- Abdullah bin Huzaifah Al-Sahmi
dilantik menjadi pembawa surat perutusan
dakwah dari Rasulullah kepada Kisra Raja
Parsi.
- Isi teks surat itu berbunyi :

" Daripada Muhammad Rasulullah
kepada Kisra pemerintah Parsi.
Salam sejahtera keatas orang yang
mengikut petunjuk dan beriman
dengan Allah dan RasulNya serta
mempersaksikan bahawa tiada tuhan
kecuali Allah dan tiada sekutu
bagiNya. Muhammad itu hamba dan
RasulNya. Aku menyeru kamu kepada seruan Islam kerana sesungguhnya aku adalah
utusan Allah kepada seluruh manusia untuk memberi peringatan kepada kepada yang
hidup hatinya. Dan benarlah hukuman keatas yang kafir.
Islamlah kamu ! Nescaya selamat. Jika ingkar maka kamu menanggung dosa semua
orang Majusi."

- Surat perutusan itu disampaikan kepada pemerintah Bahrain yang duduk dibawah jajahan
takluk Parsi. Kemudian pemerintah Bahrain menyampaikan kepada Kisra.

- Setelah Kisra membaca surat itu lalu mengoyakkannya dan berkata dengan angkuhnya :
" Hamba yang hina dari rakyatku menulis namanya sebelum namaku."

- Apabila diberitahu tentang perbuatan Kisra, Rasulullah bersabda :

ُ‫َمَّز َق اللهُ ُمْل َكه‬

"Allah mengoyakkan kerajaannya."

- Bukan sahaja mengoyakkan surat Rasulullah, Kisra juga arahkan Bazan pemerintah
Yaman jajahan takluknya untuk menghantar 2 orang panglimanya yang gagah perkasa
membawa surat jawapan Kisra dan juga membawa Rasulullah mengadap Kisra.

- Apabila mereka berdua
berjumpa Rasulullah dan
menyampaikan ancaman Kisra,
baginda menyuruh wakil Kisra
itu berjumpa baginda
keesokkan harinya.

- Pada masa yang sama,
Rasulullah mendapat berita
menerusi wahyu tentang
rampasan kuasa di Parsi.
Malah Kisra turut dibunuh
oleh anaknya Syairawih. Peristiwa itu berlaku pada malam Selasa 10 JamadilAwal
Tahun 7 Hijrah. ( Fathul Bari 8/127 )

- Keesokkan harinya, 2 orang wakil Kisra berjumpa Rasulullah lalu mereka berdua
diberitahu tentang kejadian yang berlaku di Parsi.

- Rasulullah juga memberi pesanan kepada Bazan pemerintah Yaman :

21

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

" Sesungguhnya agama( Islam) dan kekuasaanku akan sampai kemana sahaja kekuasaan
Kisra sampai dan akan berakhir selagi unta dan kuda boleh jejakkan kakinya.
Jika engkau(Bazan) masuk Islam, akan ku serahkan kekuasaan untukmu memerintah
kaummu(Yaman)."
- Apabila utusan itu kembali ke Yaman maka disampaikan pesanan Rasulullah dan berita
pembunuhan Kisra. Pada masa yang sama sampai berita dari Parsi tentang pembunuhan Kisra
yang mengesahkan berita oleh Rasulullah.
- Peristiwa yang dikhabarkan oleh Rasulullah membuktikan kerasulan baginda. Ini
menyebabkan Bazan dan rakyatnya di Yaman memeluk Islam.

4) Herakulis Raja Rom

- Rom adalah Kuasa Besar Dunia di barat. Seperti Parsi, Rom mempunyai Empayar jajahan

takluknya yang luas.

- Dihyah bin Khalifah Al-

Kalbi ditulis oleh Rasulullah

untuk membawa surat kepada

Kaisar Rom iaitu Herakulis.

- Kandungan surat Rasulullah

mengandungi :

" Dari Muhammad hamba

Allah dan RasulNya kepada

Herakulis pemerintah Rom.

Salam sejahtera keatas orang yang

mengikut petunjuk. Islamlah

kamu! Nescaya kamu selamat. MADINAH
Islamlah ! Nescaya Allah

berikan kamu 2 kali ganjaran

pahala. Tetapi jika ingkar, kamu menanggung dosa orang-orang Nasrani.

Wahai Ahli Kitab! Marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan

kamu. Iaitu kita semua tidak menyembah kecuali allah dan tidak sekutukanNya

dengan sesuatu. Jangan pula kita mengambil seseorang untuk dipuja-puja dan

didewakan selain dari Allah.

Jika mereka berpaling(ingkar) katakan:" Saksikan kami dari golongan orang-orang

Islam." ( Sahih Bukhari 1 /4-5)

- Dihyah membawa surat Rasulullah
kepada pemimpin Basrah yang
kemudiannya
diserahkan kepada Herakulis.

- Semasa Herakulis menziarahi
Jeruselam(Baitul Maqdis) tanda
kesyukuran mengalahkan Parsi, beliau
menjemput Abu Sufyan yang
kebetulan sedang berniaga di Syam.

Pembawa perutusan dakwah Rasulullah sedang
menuju destinasi masing-masing.
Gambaran pelukis

22

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

- Berikut dialog antara Kaisar Rom,Herakulis dengan Abu Sufyan dalam satu majlis yang di
hadiri pembesar-pembesar Rom dan rombongan perdagangan Quraisy :

KAISAR : " Bagaimana keturunannya di kalangan kamu?"
ABU SUFYAN : " Dia adalah dari keturunan yang baik.
KAISAR : " Adakah sebelum dia(Muhammad), ada orang yang menyampaikan ajaran
sepertinya ? Adakah dia dari keturunan raja?"
ABU SUFYAN : " Tidak ada dan dia bukan dari keturunan raja."

KAISAR : " Adakah pengikutnya
orang bangsawan atau orang-
orang lemah? Adakah
pengikutnya semakin bertambah
atau sebaliknya?"
ABU SUFYAN : " Pengikutnya
terdiri dari orang-orang lemah
dan semakin hari pengikutnya
bertambah."
KAISAR : " Ada pengikutnya
yang murtad(keluar Islam)
kerana benci agamanya?"
ABU SUFYAN : " Tidak ada."
KAISAR : " Adakah kamu
pernah tuduh dia sebagai
pendusta sebelum dia mengaku
sebagai Nabi? Pernahkah dia
mengkhianati kamu?"
ABU SUFYAN : " Tidak
pernah."
KAISAR : " Adakah kamu
memeranginya?"
ABU SUFYAN : " Ya."
KAISAR : " Bagaimana
keputusan peperangan kamu
dengannya?"
ABU SUFYAN : " Adakalanya
kami menang, dan adakalanya
dia menang."
KAISAR : " Apakah seruannya
kepada kamu?"
ABU SUFYAN : " Dia menyeru
kami agar menyembah Allah dan
tidak sekutukanNya. Tinggalkan
ajaran nenek moyang kami. Dia
menyuruh kami menunaikan solat, bersedekah, bercakap benar, menjaga kehormatan diri
dan merapatkan siraturrahim."

Kemudian Kaisar Rom(Herakulis) mengulang kembali jawapan Abu Sufyan sambil
memberikan hujahnya tentang kebenaran kerasulan Rasulullah.

23

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

KAISAR : " Kalaulah apa yang kamu katakan itu benar, nescaya dia menguasai tempat aku
berpijak(pemerintahan) . Aku memang menyedari bahawa dia akan keluar (Nabi Akhir
Zaman) tetapi aku tidak menyangka dia dari kalangan kamu.
Kalaulah aku mampu bertemunya nescaya
aku bersusah payah bertemu dengannya.
Kalau dia ada di sisiku nescaya akan aku
basuh kedua kakinya."

- Kaisar kemudian membaca surat Surat Rasulullah kepada
Rasulullah. Ini menimbulkan riuh rendah di Herakulis Raja Rom.
kalangan pembesar Rom tanda
protes(bantahan) terhadap sikap Kaisar.
- Akhirnya Kaisar lebih sayangkan
kekuasaan dan pemerintahan daripada
menyahut seruan Islam. Bagaimanapun
utusan Rasulullah dilayan dengan baik
dengan pemberian hadiah dan pakaian.

5) Al-Munzir bin Sawi Raja Bahrain
- Surat perutusan dakwah di bawa oleh Al-'Ala bin Al Hadrami. Al-Munzir menerima ajakan
Rasulullah dengan memeluk Islam.
Jawapan Al-Munzir kepada Rasulullah :
" Wahai Rasulullah, aku telah membaca suratmu
yang diutuskan kepada penduduk Bahrain.
Dikalangan mereka ada yang cinta dan kagum
dengan Islam lalu memeluknya.
Namun ada juga yang membencinya. Di sini juga
ada orang Majusi dan Yahudi. Oleh itu harap
engkau terangkan kepadaku tentang urusanmu."

6) Hauzah bin Ali Raja Yamamah
- Surat perutusan dakwah di bawa oleh Sulait bin Amr. Berikut antara kandungan surat
tersebut :
" Daripada Muhammad Rasulullah kepada Hauzah bin Ali. Salam sejahtera ke atas orang
yang mahu mengikut petunjuk.
Ketahuilah bahawa agamaku akan zahir sehingga ke penghujung tempat yang dijejaki oleh
kuda dan unta. Oleh itu Islamlah kamu nescaya kamu selamat. Aku akan kekalkan semua
kuasa yang ada di bawahmu."

- Surat yang dibawa oleh Sulait bin Amr
dibaca oleh Hauzah. Beliau memberi hadiah
dan pakaian kepada Sulait kemudian
membalas surat tersebut :
" Alangkah indah dan cantiknya seruan

yang engkau bawa. Ramai orang Arab
yang gerun dengan kekuasaan aku. Oleh

itu berikan kepadaku jawatan penting
nescaya aku akan mengikutmu."

24

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

- Apabila Rasulullah membaca surat jawapan dari Hauzah, baginda bersabda :
" Jika dia meminta sekeping tanahpun tidak akan ku berikan. Cukuplah apa yang dia
miliki."
Rasulullah menolak permintaan Hauzah.

- Hauzah meninggal dunia selepas penaklukan Mekah oleh Rasulullah. Berita kematiannya
disampaikan oleh Malaikat Jibrail. Baginda bersabda :
" Akan keluar seorang pembohong yang mengaku menjadi nabi selepas
aku. Dia akan dibunuh setelah kematianku."

- Sahabat bertanya : " Siapa yang membunuhnya?"
- Jawab baginda : " Kamu dan para sahabatmu."

 Peristiwa yang disebut oleh oleh Rasulullah berlaku semasa zaman pemerintahan
Khalifah Abu Bakar As-Sidiq. Pembohong yang dimaksudkan ialah Musailamah.

( Zad al Ma'ad 3/63)

7) Al-Harith bin Abi Syamr Al-Ghassani Raja Damsyik
- Surat perutusan Rasulullah dibawa oleh Syuja' Wahb kepada pemerintah Damsyik Al-
Harith bin Abi Syamr. Isi kandungannya berbunyi :
" Daripada Muhammad Rasulullah kepada Al-
Harith bin Abi Syamr. Salam sejahtera ke atas
mereka yang mahu mengikut petunjuk. Kemudian
beriman dan membenarkannya.
Sesungguhnya aku mengajak kamu supaya beriman
dengan Allah semata-mata yang tiada sekutu
bagiNya. Jika kamu menerimanya nescaya kekallah
kerajaanmu dibawah milikmu."

- Apabila surat itu dibaca oleh Al-Harith, ia berkata
dengan sombongnya :

" Siapa yang berani mencabut kekuasaanku ?
Aku akan menyerangnya!".

- Al-Harith tidak menerima seruan Islam.

8) Jaafar bin al-Julandi Raja Oman*

- 'Amru bin Al-'As dipilih oleh Rasulullah untuk membawa perutusan dakwah kepada Raja
Oman. Suratnya berbunyi :
" Daripada Muhammad bin Abdullah kepada Jaafar dan 'Abd bin al-Julandi. Salam
sejahtera keatas orang yang mahu mengikut petunjuk.
Ada pun setelah itu, sesungguhnya aku mengajak kamu berdua dengan ajakan Islam.
Islamlah kamu berdua nescaya kamu selamat. Kerana sesungguhnya aku adalah
Rasulullah yang diutuskan kepada seluruh manusia untuk memberi peringatan
terhadap orang yang hidup serta memberitahu bahawa janji terhadap orang kafir
adalah benar-benar terjadi.

25

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Jika kamu berdua mengakui Islam, berbahagialah kamu berdua. Tetapi jika kamu
enggan menerima Islam, nescaya musnahlah kerajaan kamu. Kuda-kuda perang akan
sampai ke lapangan kamu dan keNabianku akan menyerlah terhadap kerajaanmu."
- 'Amru berjumpa dengan adik
Jaafar iaitu 'Abd al-Julandi
terlebih dahulu. Ini kerana beliau
seorang yang lembut dan senang
berurusan.
- Setelah 'Abd berpuas hati dengan
jawapan 'Amru tentang Islam
maka dia pun membawa 'Amru
berjumpa abangnya Jaafar.
- Walaupun menunggu beberapa
hari, akhirnya Jaafar dan adiknya
memeluk Islam

(* Surat kepada Raja Oman dihantar oleh Rasulullah setelah pembukaan Kota Mekah)

PERCAMBAHAN MINDA

Rasulullah menghantar utusan-utusan baginda untuk menyeru kepada Islam. Pelbagai
reaksi diterima. Ada menolak dengan biadap, menolak dengan hemah dan ada menerima
seruan Islam.
Positifnya hasil dari penghantaran utusan-utusan ini adalah MESEJ ISLAM dan
DAKWAH dapat disampaikan kepada semua pemimpin negara berkenaan.
Soalnya menerima Islam (hidayah) adalah urusan Allah Taala yang menentukannya.
Apa yang penting mesej kebenaran dapat disampaikan. Bincangkan.

26

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin AL-SYIQ AL-KATIBAH
KATIBAH
BAB KEEMPAT
GHAZWAH KHAIBAR

AL-NATOH

Dumah
Pergunungan Ar-Raji'

27

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

GHAZWAH KHAIBAR
TARIKH : Muharram Tahun 7 hijrah
LOKASI : Khaibar 80 batu dari utara Madinah

Kekuatan Tentera ISLAM YAHUDI
1,400 orang 10,000 orang dan bantuan
Ketua 4,000 orang dari Kabilah Ghatfan
Korban / Cedera Rasulullah Al-Harith bin Abu Zainab
18 orang syahid 93 orang terbunuh

Latar belakang
 Setelah Musyrikin Mekah dapat di"kalahkan" menerusi Perjanjian Hudaibiyyah, Negara
Islam Madinah dapat mengurangkan ancaman keselamatan. Kini tinggal satu lagi ancaman
yang berhampiran iaitu Yahudi di Khaibar.
 Negara Islam Madinah tidak menghadapi tugas sukar untuk menghapuskan ancaman
Yahudi di Khaibar. Ini kerana sekutu Yahudi iaitu Musyrikin Mekah sudah diikat dengan
Perjanjian Hudaibiyyah yang menegah mereka terlibat dengan sebarang peperangan yang
membabitkan Negara Islam Madinah selama 10 tahun.
 Kini Yahudi di Khaibar menghadapi musuh dalam keadaan tiada sekutu yang kuat untuk
membantu. Hanya Kabilah Ghatfan yang boleh membantu mereka.

Jenayah Yahudi Khaibar
 Mereka menghasut Yahudi Bani Quraizah supaya melanggar perjanjian sebagai warga Negara
Islam Madinah. Akhirnya Yahudi Bani Quraizah belot dan mengkhianati perjanjian dengan
Rasulullah dan menyertai Pakatan Ahzab.

Firman Allah sempena peristiwa Khaibar :

                         

                 

Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak* yang dapat kamu
ambil, Maka disegerakan**-Nya harta rampasan Ini untukmu dan dia menahan
tangan manusia dari (membinasakan)mu (agar kamu mensyukuri-Nya) dan agar hal
itu menjadi bukti bagi orang-orang mukmin dan agar dia menunjuki kamu kepada
jalan yang lurus.
Surah Al-Fath ayat 20

* rampasan Khaibar
** Perjanjian Hudaibiyyah

28

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

MENUJU KHAIBAR

 Setelah kembali dari Hudaibiyyah, Rasulullah bersama 1,400 tenteranya menuju ke
Khaibar.

 Tentera yang bersama Rasulullah adalah yang terpilih iaitu yang menyertai misi
Hudaibiyyah sahaja.

Firman Allah Taala :

                            

                     

                    

Orang-orang Badwi yang tertinggal itu akan berkata apabila kamu berangkat
untuk mengambil barang rampasan*: "Biarkanlah kami, nescaya kami mengikuti
kamu"; mereka hendak merubah janji Allah. Katakanlah: "Kamu sekali-kali tidak
(boleh) mengikuti kami; demikian Allah telah menetapkan sebelumnya"; mereka
akan mengatakan: "Sebenarnya kamu dengki kepada kami". bahkan mereka tidak
mengerti melainkan sedikit sekali.
Surah AL-FATH ayat 15

* Maksudnya: berangkat untuk pergi berperang.

 Abu Hurairah memeluk Islam menjelang Ghazwah Khaibar dan turut menyertai misi
menuju Khaibar.

MUNAFIKIN EJEN YAHUDI
 Ketua Munafikin, Abdullah bin Ubai menghantar orang-orangnya ke Khaibar. Pesanan

kepada Yahudi Khaibar :
" Muhammad sedang menuju ke tempat kamu. Berwaspadalah. Janganlah gentar
kerana bilangan dan senjata kamu lebih banyak daripada pihak Muhammad. "

 Setelah mendapat maklumat
daripada Munafikin, pihak Yahudi
menghantar Kinanah bin Abu al-
Huqaiq dan Hauzah bin Qays
berjumpa Kabilah Ghatfan untuk
meminta bantuan.

 Kabilah Ghatfan bersetuju dengan
bersyarat iaitu Yahudi Khaibar
hendaklah menyerahkan separuh
hasil kurma kepada mereka jika
dapat mengalahkan pihak Islam.

29

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

STRATEGI RASULULLAH
 Dalam perjalanan ke Khaibar, Rasulullah tidak terus ke sana tetapi melalui Bukit 'Isr
kemudian Al-Sabha'. Seterusnya baginda singgah di Lembah Ar-Raji'. Tujuannya sebagai
perang saraf terhadap Kabilah Bani Ghatfan. Jarak tempat persinggahan Rasulullah dengan
Perkampungan Kabilah Bani Ghatfan adalah sejauh sehari semalam perjalanan.
 Apabila pihak Ghatfan mengetahui gerakan ketenteraan Rasulullah, mereka membatalkan
rancangan untuk membantu sekutu mereka Yahudi Khaibar. Ini kerana mereka menyangka
pihak Islam juga merancang menyerang perkampungan mereka.
 Strategi Rasulullah menyerang Khaibar bermula dari utara. Iaitu dari arah Syam.
Tujuannya untuk menegah musuh melarikan diri ke Syam.
 Terdapat 4 jalan masuk ke Khaibar iaitu :
i) Huzn ( Kesedihan)
ii) Shash ( Kain pembalut luka)
iii) Hatib ( Pencari kayu)
iv) Marhab ( Selamat datang)
Rasulullah memilih memasuki Khaibar melalui jalan bernama Marhab.

BERADA DI SEMPADAN KHAIBAR
 Sehari sebelum pertempuran, Rasulullah bersama 1,400 tenteranya berkhemah di pinggir
Khaibar tanpa diketahui oleh musuh.
 Menjadi kelaziman Rasulullah
apabila sampai di lokasi
musuh, baginda tidak terus
menyerang melainkan hingga
waktu Subuh. Setelah
menunaikan solat Subuh,
barulah baginda dan tentera
Islam ke lokasi musuh.
 Habbab bin Al-Munzir seorang
pakar menyusun strategi
(terlibat dalam Ghazwah
Badar) bertanya kepada
Rasulullah :
"Wahai Rasulullah, adakah lokasi ini (tempat berkhemah) perintah wahyu atau
pendapatmu?" . Rasulullah mengatakan ianya hanya pendapatnya.
 Habbab memberikan cadangannya :
" Tempat ini sangat hampir dengan Kota Natoh sedangkan semua tentera Yahudi ada
di situ. Mereka dapat melihat pergerakan kita tanpa kita dapat melihat pergerakan
mereka. Panahan mereka sampai kepada kita sedangkan panahan kita tidak sampai
kepada mereka. Kita tidak selamat dari serangan hendap mereka. Tempat ini dilingkungi
pokok kurma dan tanah yang rendah ".
Lalu Rasulullah mencari lokasi yang sesuai.
 Menjelang waktu pagi, keluarlah petani-petani Yahudi dari kota mereka untuk
mengerjakan ladang pertanian. Apabila ternampak kedatangan tentera Islam, keadaan
menjadi panik dan mereka berlari menuju ke kota mereka semula sambil menjerit-jerit :
" Muhammad sudah datang! Tentera Muhammad sudah datang!"

 Setelah hampir dengan Khaibar, Rasulullah perintahkan tenteranya berhenti dan berdoa :

31

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

" Ya Allah, Tuhan yang Empunya tujuh petala langit serta apa yang dipayunginya.
Tuhan yang Empunya tujuh petala bumi dan apa yang ditanggungnya. Tuhan yang
Empunya Syaitan-Syaitan dan apa yang disesatkannya. Sesungguhnya kami memohon
kepadaMu kebaikan tempat ini dan kebaikan penduduknya serta kebaikan apa yang
terdapat padanya. Kami mohon perlindunganMu daripada kejahatan tempat ini dan
kejahatan penduduknya serta kejahatan yang terdapat padanya."
 Lalu baginda menyeru : " Ayuh! Mara dengan nama Allah!".

Ali bin Abi Talib pemegang bendera perang
 Malam menjelang pertempuran, Rasulullah bersabda :

" Esok aku akan serahkan bendera kepada seorang lelaki yang Allah dan Rasul
cintakannya. Dan dia juga cintakan Allah dan RasulNya."
 Pagi esoknya, ramailah para sahabat menunggu ketibaan Rasulullah sambil mengharapkan
menjadi pilihan Rasulullah memegang bendera perang.
 Baginda bertanya tentang Ali bin Abi Talib apabila baginda melihat tiada kelibat Ali.
 Para sahabat memberitahu Rasulullah tentang Ali yang sakit mata. Lalu baginda menyuruh
dibawa Ali dihadapannya dan diludah kearah mata Ali yang sakit. Dengan izin Allah,
sembuhlah mata Ali.
 Kemudian bendera perang di serahkan kepada Ali bin Abi Talib.

KUBU YAHUDI DI KHAIBAR
 Ianya terdiri 3 kubu besar dan setiap satu mempunyai beberapa kota pertahanan :

i) Kubu Nitoh ( Kota Na'im, Kota Al-So'bu dan Kota Al-Zubair).
ii) Kubu Al-Syiq ( Kota Ubai dan Kota Nizar).
iii) Kubu Al-Katibah ( Kota Qamus, Kota Salalim dan Kota Watih)

SERANGAN PERTAMA - Kubu Nitoh ( Kota Naim, So'bu dan Zubair)
 Kota Na'im dipunyai oleh pahlawan Yahudi bernama Marhab.
 Kekuatan kota ini dengan seramai 1,000

orang tentera.
 Rasulullah memerintahkan supaya ditebang

pokok-pokok kurma untuk menakutkan
musuh. Setelah hampir 400 pokok ditebang,
tiada tanda-tanda penyerahan diriYahudi
kepada pihak Islam maka Rasulullah arahkan
dihentikan tindakan tersebut.
 Ali bin Abi Talib bersama tentera Islam
menuju ke Kota Na'im. Beliau menyeru
ajakan Islam kepada Yahudi. Malangnya
dibalas dengan mencabar untuk bertarung.
 Cabaran oleh pahlawan Yahudi Marhab
disahut oleh Amir bin 'Akwa seorang penyair
yang didoakan mati syahid oleh Rasulullah.
 Amir akhirnya syahid. Lalu Ali bin Abi
Talib megambil alih tempat Amir.
 Ali berjaya melibas pedangnya tepat
mengenai kepala Marhab hingga mati.
 Terbunuhnya Marhab ditangan Ali bermulanya kemenangan pihak Islam.
 Kota Naim jatuh ke tangan pihak Islam. Yahudi berpindah ke Kota So'bu.

31

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

HABBAB BIN AL-MUNZIR MENAKLUK KOTA SO'BU
 Operasi menawan Kota So'bu diketuai oleh Habbab bin Al-Munzir.
 Selama 3 hari kota tersebut dikepung oleh pihak Islam.
 Semasa mengepung, pasukan Habbab mengalami kekurangan makanan. Mereka
menyembelih kaldai. Apabila Rasulullah mengetahuinya baginda melarangnya.
 Lalu mereka berjumpa Rasulullah mengadu masalah lalu baginda berdoa:
" Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui hal mereka dan mereka tiada kekuatan sedangka
aku sendiri tiada apa-apa untuk diberi kepada mereka. Oleh itu berikanlah
kemenangan untuk menawan kota ini yang mempunyai paling banyak bekalan
makanan."
 Akhirnya dengan izin Allah, keseluruhan Kota So'bu dapat ditawan. Kota ini mempunyai
bekalan makanan dan daging terbanyak di Khaibar.

PERTAHANAN TERAKHIR KUBU NITOH

 Setelah Kota Naim dan So'bu dapat ditawan oleh pihak Islam, pihak Yahudi melarikan diri

ke Kota Al-Zubair.

 Kota Al-Zubair terletak di atas bukit. Pihak Islam mengalami kesukaran untuk memasuki

kota tersebut. Begitu juga pasukan berkuda yang tidak berupaya mendaki bukit.

 Pertolongan Allah tiba. Seorang Yahudi berpaling tadah dan membocorkan rahsia kekuatan

Kota Al-Zubair. Belia menceritakannya kepada Rasulullah:

" Wahai Abu Qasim( panggilan

orang Yahudi kepada

Rasulullah), kalau kau

mengepungnya selama

sebulanpun mereka masih mampu

mempertahankan kota ini. Ini

kerana mereka mempunyai

sumber mata air yang terletak di

bawah tanah. Setiap malam,

mereka pergi mendapatkan

sumber air kemudian kembali

semula ke kota tersebut. Jika

engkau putuskan bekalan air ini

nescaya mereka keluar dari kota ini

untuk bertempur dengan pihakmu."

 Rasulullah menerima cadangan Yahudi itu dan mengarahkan supaya diputuskan sumber air

tersebut.

 Akibat kekurangan bekalan air, tentera Yahudi terpaksa keluar untuk bertempur. Akhirnya

Kota Al-Zubair dapat ditawan. Jumlah kematian seramai 10 orang Yahudi terbunuh dan

seorang dari pihak Islam syahid.

 Dengan jatuhnya Kota Al-Zubair, bermakna Kubu Nitoh dapat ditawan oleh tentera

Rasulullah. Kini tinggal 2 lagi kubu Yahudi di Khaibar.

PENAWANAN KUBU AL-SYAQ ( Kota Ubai dan Kota Nizar)
 Setelah jatuhnya Kubu Nitoh, pihak Yahudi berundur ke Kubu Al-Syaq yang terdiri 2 kota

iaitu Ubai dan Nizar.

32

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

PEMBUKAAN KOTA UBAI
 Di Kota Nizar, 2 orang pahlawan Yahudi

mengajak tentera Islam bertarung.
Cabaran ini disambut oleh Abu Dujanah
Al-Ansari yang terkenal dengan serban
merahnya. Kedua-dua Yahudi itu dapat
dibunuh oleh Abu Dujanah.
 Selepas membunuhnya, Abu Dujanah
dengan berani merempuh masuk ke Kota
Ubai dengan disertai oleh tentera Islam.
Akhirnya Kota Ubai dapat ditawan.

KEJATUHAN KOTA NIZAR
 Kota Nizar adalah benteng terkuat di Kubu Al-Syaq. Di kubu inilah ditempatkan golongan

wanita dan kanak-kanak.
 Pihak Yahudi tidak berani keluar untuk bertempur secara berhadapan. Mereka melancarkan

serangan secara panahan dan lontaran batu.
 Manakala tentera Islam mengalami kesukaran untuk merempuh masuk.
 Rasulullah perintahkan supaya serangan di mulai dengan menggunakan Manjenik. Ianya

merupakan satu senjata umpama lastik yang besar dengan menggunakan batu-batu besar.
 Ternyata strategi Rasulullah berkesan. Serangan manjenik menyebabkan dinding-dinding

Kota Al-Zubair mengalami kerosakan yang teruk. Peluang ini digunakan Rasulullah dan
tenteranya untuk merempuh masuk dan seterusnya menawan kota terkebal dan terkuat itu.
 Tentera Yahudi
mengundurkan diri
dengan meninggalkan
golongan wanita dan
kanak-kanak menjadi
tawanan perang.
 Kini 2 kubu Yahudi di
Khaibar ( Kubu Nitoh
dan Al-Syiq) dapat di
tawan oleh Rasulullah
dan tentera Islam.
 Tumpuan mereka beralih
ke kubu terakhir Yahudi
iaitu Kubu Al-Katibah.

Tentera Islam sedang melancarkan serangan manjenik
ke atas Kota Al-Nizar.
Gambaran pelukis.

MENJELANG KEJATUHAN KHAIBAR
 Kubu Al-Katibah mengandungi 3 kota iaitu Al-Qamus, Salalim dan Watih.
 Rasulullah melantik Ali bin Abi Talib mengetuai serangan ke atas Kota Al-Qamus.

33

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Selama 20 hari kota itu dikepung. Akhirnya

tentera Yahudi di Kota Al-Qamus mengaku

kalah setelah tentera Islam mula menyerang

menggunakan manjenik.

 Apabila Kota Al-Qamus jatuh ke tangan pihak

Islam, pihak Yahudi di Kota Salalim dan

Watih menyerah diri tanpa pertempuran

dengan satu permintaan iaitu dibenarkan

mereka keluar dari Khaibar bersama keluarga

mereka dengan selamat tanpa membawa

sebarang harta benda. Rasulullah setuju

dengan permintaan tersebut dengan syarat :

" Jika kamu menyembunyikan apa-apa dariku, maka terlepaslah kamu dari perlindungan

Allah dan RasulNya."

 Harta rampasan perang (ghanimah)yang dapat daripada Kota Sulalim dan Watih ialah :

Jenis senjata Bilangan

Baju besi 100 helai

Pedang 400 bilah

Tombak 1000 batang

Busar panah 500 bilah

 Tenyata Ketua Yahudi iaitu Kinanah bin Al-Rabi' bin Abu Al-Haqiq berbohong terhadap
Rasulullah. Beliau bersama 2 orang anaknya menyembunyikan barang kemas kepunyaan
Huyai bin Akhtab (dibunuh dalam peristiwa Bani Quraizah).

 Akibat perbuatannya, Rasulullah arahkan Kinanah dan 2 orang anaknya di hukum bunuh.
 Kinanah juga terlibat dalam pembunuhan Mahmud bin Maslamah ketika pembukaan Kota

Naim.

HASIL RAMPASAN KHAIBAR

 Pada mulanya Rasulullah bercadang menghalau orang-orang Yahudi dari Khaibar. Tetapi

apabila melihat keadaan

bumi Khaibar yang luas

dan tidak mempunyai

tenaga dan masa yang

mencukupi untuk

mengusahakan pertanian

di Khaibar, maka

Rasulullah menerima

permintaan orang-orang

Yahudi untuk

mengusahakan pertanian

dengan syarat

menyerahkan separuh Peninggalan Kota Khaibar
hasil tanaman kepada

Negara Islam Madinah.

 Abdullah bin Rawahah ditugaskan menguruskan perkara tersebut.

KEMEWAHAN HASIL MAUSUL KHAIBAR

 Aisyah berkata :

" Setelah penaklukan Khaibar, kami dapat merasai kenyang dengan makan buah kurma."

34

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

( Sahih Bukhari 2/609)
 Ibnu Umar berkata :

" Kami tidak pernah merasai kenyang melainkan setelah penaklukan Khaibar."
 Golongan Muhajirin juga mengembalikan semula harta benda yang dihadiahkan oleh golongan

Ansar semasa hijrah seperti ladang kurma selepas penaklukan Khaibar kerana hasil ghanimah
Khaibar begitu banyak dapat dimiliki oleh mereka termasuk ladang kurma di Khaibar.

PERISTIWA SEMPENA PENAKLUKAN KHAIBAR
i) Kepulangan Jaafar bin Abi Talib dari Habsyah.
ii) Perkahwinan dengan Safiyyah binti Huyai bin Akhtab.
iii) Percubaan membunuh Rasulullah.

 Kepulangan Jaafar bin Abi Talib

- Jaafar bin Abi Talib dan Abu Musa Al-

'Asya'ri beserta rombongan yang hijrah ke

Habsyah kembali ke Madinah semasa

penaklukan Khaibar. Mereka menetap di

Habsyah selama 10 tahun.

- Kepulangan mereka adalah susulan pesanan

Rasulullah melalui utusan pembawa surat

dakwah 'Amru bin Umayyah yang meminta

Raja Najasyi menghantar Jaafar dan

rombongannya yang menetap di Habsyah.

- Raja Najasyi menghantar mereka dengan

menggunakan 2 buah kapal yang memuat

seluruh umat Islam yang berhijrah ke

Habsyah semasa era penyiksaan Musyrikin Lorong yang terdapat
Mekah. dalam Kota Khaibar.
- Turut serta bersama rombongan Jaafar ialah

Ummu Mukminin Ummu Habibah binti Abu Sufyan.*

- Sebagai menghargai pengorbanan mereka yang berhijrah ke Habsyah, Rasulullah turut

memberikan harta ghanimah Khaibar kepada Jaafar bin Abi Talib dan rombongannya.

- Rasulullah amat gembira dengan kepulangan Jaafar. Baginda memeluk dan menciumnya

dan bersabda:

" Demi Allah! Aku tidak pasti yang manakah yang lebih aku gembira samada

penaklukan Khaibar atau kepulangan Jaafar."( Zad al-Ma'ad 2/139)

* Nama sebenarnya Ramlah binti Abu Sufyan.

 Anak kepada Abu Sufyan bin Harb.
 Bapanya seorang pemimpin Musyrikin Qurasy.
 Beliau berhijrah ke Habsyah bersama suaminya. Malangnya suaminya murtad dan meninggal di

sana.
 Rasulullah mengahwini Ummu Habibah berwakilkan Raja Najasyi yang membayar mas kahwin bagi

pihak Rasulullah.
 Meninggal dunia di Madinah pada tahun 44 Hijrah.

 Perkahwinan dengan Ummu Mukminin Safiyyah binti Huyai
- Safiyyah adalah tawanan perang selepas penaklukan Khaibar.
- Beliau adalah anak kepada Huyai bin Akhtab ketua Yahudi Bani Nadhir dan isteri kepada

Kinanah bin Al-Rabi' bin Abi Al-Haqiq.

35

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

- Bapanya dihukum bunuh dalam peristiwa pengkhianatan Yahudi Bani Quraizah selepas
Ghazwah Ahzab. Manakala suaminya dihukum bunuh kerana berbohong dalam perkara
harta rampasan perang Khaibar.

- Rasulullah membebaskan Safiyyah dan mengahwininya.
- Safiyyah pernah mendengar perbualan bapa dengan bapa saudaranya tentang kerasulan

Rasulullah :
Abu Yasir bin Aktab : " Diakah(Muhammad) orangnya? Apakah engkau pasti

tanda kenabiannya?"
Huyai bin Akhtab : " Ya, aku pasti. Tapi aku bermusuh dengannya selagi aku

hidup! "

- Selepas perkahwinannya dengan Rasulullah, baginda melihat kesan lebam pada muka
Safiyyah. Safiyyah menceritakan :
"Wahai Rasulullah, sebelum engkau tiba ke sini (Madinah), aku bermimpi seolah-olah
bulan hilang dari tempatnya dan jatuh ke dalam bilikku. Aku menceritakan peristiwa itu
kepada suamiku(Kinanah). Lalu dia menampar mukaku sambil berkata: " Engkau
berangan-angan untuk mahukan Raja Madinah itu."

 Percubaan membunuh Rasulullah

- Seorang wanita Yahudi bernama Zainab binti al-Harith ingin membalas dendam atas

kematian suaminya Sallam bin Misykam yang terbunuh dalam penaklukan Khaibar.

- Selepas Zainab mendapat maklumat tentang bahagian daging kambing yang paling di sukai

oleh Rasulullah lalu dia pun merancang meletakkan racun pada paha kambing.

- Zainab membawa daging

kambing yang diracun kepada

Rasulullah. Ketika itu Rasulullah

bersama Bisyr bin Al-Barra'.

- Rasulullah sempat mengunyah

daging kambing tanpa

menelannya tetapi

meludahkannya sambil bersabda

:

" Tulang ini memberitahuku

bahawa dia telah dilumuri

racun."

- Tetapi Bisyr sempat Kesan-kesan peninggalan
memakannya dan menelan Kota Khaibar.
daging tersebut.

- Zainab dipanggil mengadap Rasulullah dan disoal siasat . Beliau berkata:
" Jika engkau seorang raja sudah tentu aku selamat( kerana tidak ada yang tahu perkara tersebut)
dan jika engkau seorang Nabi, sudah tentu engkau akan diberitahu tentangnya."

- Pada mulanya Rasulullah memaafkan Zainab. Tetapi apabila Bisyr bin Al-Barra' meninggal
dunia akibat racun tersebut, Zainab dijatuhi hukuman bunuh sebagai pembalasan qisas.
( Sahih Bukhari 1/449, Fathu Bari 7/497)

Penawanan kawasan sekitar Khaibar

Selain Khaibar terdapat 3 lokasi penempatan Yahudi iaitu :
i) Fadak.
ii) Wadi Al-Qura.

36

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

iii) Taima.

 Fadak
- Tiada pertempuran. Pihak Yahudi meminta pendamaian.
- Mereka bersetuju menyerahkan separuh hasil Fadak kepada Rasulullah.
- Harta rampasan Fadak adalah khusus untuk Rasulullah kerana tiada pertempuran berlaku.

 Wadi Al-Qura
- Berlaku pertempuran.

Seramai 11 orang Yahudi
terbunuh.
- Rasulullah tinggal di sana
selama 4 hari.
- Harta rampasan perang
dibahagikan kepada pihak
Islam.
- Manakala hasil pertanian
Wadi Al-Qura dibahagikan
separuh untuk Negara Islam
Madinah sepertimana
Khaibar.

 Taima
- Penduduk Yahudi di Taima

menghantar utusan damai
kepada Rasulullah.
- Mereka dikenakan jizyah.

Kepulangan Rasulullah ke pada
Madinah
- Baginda kembali ke Madinah
penghujung Safar tahun 7 hijrah.

PERCAMBAHAN MISKeNobtaaDhKaghAiaainbakru.bu di dalam

37

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

38

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB KELIMA
'UMRAH QODHA'

              
                
          
                 

         

Sesungguhnya Allah akan membuktikan
kepada Rasul-Nya, tentang kebenaran
mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bahawa
sesungguhnya kamu pasti akan memasuki
Masjidil Haram, Insya Allah dalam keadaan
aman, dengan mencukur rambut kepala dan
mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa
takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada
kamu ketahui dan dia memberikan sebelum
itu kemenangan yang dekat.
(AL-FATH ayat 27)

39

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

LATAR BELAKANG

 Dalam isi Perjanjian Hudaiiyyah dinyatakan umat Islam dilarang mengerjakan umrah pada
tahun tersebut (Tahun 6 Hijrah).

 Setelah genap setahun, Rasulullah pun mengumpulkan umat Islam pada bulan Zulkaedah
Tahun 7 hijrah untuk menunaikan 'Umrah Qodha' ( umrah ganti).

 Kesemua yang terlibat dengan Perjanjian Hudaibiyyah turut serta kecuali yang telah
syahid. Turut serta juga mereka yang tidak terlibat dalam peristiwa Hudaibiyyah, wanita
dan kanak-kanak.

 Jumlah kemua mereka seramai 2,000 orang.( tidak termasuk wanita dan kanak-kanak)
 Abu Zar Al-Ghafiri dilantik memangku tugas Rasulullah di Madinah.
 Sebanyak 60 ekor unta dibawa sebagai binatang korban.
 Rombongan 'Umrah Qodha ini dikawal di barisan depan seramai 100 orang Tentera

Berkuda yang diketuai oleh Muhammad bin Maslamah. Tujuan kawalan adalah sebagai
langkah berjaga-jaga dari pengkhianatan Musyrikin Mekah.

MENUJU MEKAH
 Rasulullah memulakan ihram untuk umrah di Zul Hulaifah.
 Para Sahabat mengingatkan Rasulullah tentang larangan membawa senjata semasa 'umrah

sepertimana terkandung dalam Perjanjian Hudaibiyyah. Baginda menjawab :
" Kita tidak membawa senjata semasa memasuki Mekah tetapi kita letakkannya berdekatan
dengan kita."
 Apabila hampir memasuki Mekah, Rasulullah arahkan semua senjata seperti tombak, panah
dan perisai di tinggalkan dengan kawalan 200 orang diketuai oleh Aus bin Khauli Al-
Ansari.
 Rasulullah menunggang unta bernama Al-Qaswa' serta rombongan memasuki Mekah
dengan keadaan pedang bersarung. Semuanya mengucapkan kalimah Talbiah.

MUSYRIKIN MEKAH KELUAR KE BUKIT

 Sementara itu pihak Musyrikin Mekah keluar dari Mekah menuju Bukit Qa'ayqa'an yang
terletak utara Mekah dan bertentangan dengan Bukit Abu Qubais.

 Mereka tidak sanggup dan benci melihat umat Islam mengerjakan tawaf di Kaabah.
 Mereka memerhatikan dari jauh sambil bercakap sesama mereka dengan kata-kata:

" Orang-orang yang datang ini sudah lemah kerana terkena penyakit di Yathrib."

BERLARI-LARI TANDA KEKUATAN

 Lantaran percakapan Musyrikin Mekah itu, Rasulullah menyuruh para Sahabatnya berlari-
lari anak pada tiga pusingan tawaf yang pertama sebagai tanda kekuatan kepada Musyrikin
Mekah. ( Sahih Bukhari 1/218, Muslim 1/412)

 Baginda juga menyuruh para Sahabat memakai kain ihram secara 'Ibda' iaitu menampakkan
bahu kanan dan menutup bahu kiri semasa tawaf.

SYAIR ABDULLAH BIN RAHAWAH
 Abdullah bin Rawahah bersyair sambil menggalas pedang mengawal Rasulullah . Antara

bait syairnya berbunyi :
Tinggalkan saja anak –pinak orang Kafir itu
Tinggalkan kerana semua kebaikan hanya pada RasulNya

41

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Ar Rahman telah menurunkan di dalam KitabNya
Dalam lembaran yang dibaca kepada RasulNya ……..

 Umar Al-Khattab menegur perbuatan Abdullah :
" Hai anak Rawahah ! Di depan Rasulullah pun kau masih hendak bersyair?"

 Rasulullah bersabda :
" Biarkan dia hai Umar. Syairnya lebih menusuk kepada mereka(Musyrikin) daripada
terjahan panah." ( Riwayat Tarmizi 2/107)

RASULULLAH BERSA'I
 Setelah tawaf, Rasulullah pun bersa'i antara Safa' dan Marwah. Rasulullah menyembelih

korban di Marwah dan bercukur.
 Rasulullah mengarahkan dibuat pertukaran tugas kepada pasukan Aus bin Khauli Al-

Ansari serta 200 orang yang menjaga peralatan senjata. Tujuannya supaya pasukan itu
dapat mengerjakan 'umrah.

BERANGKAT BALIK

 Setelah tiga hari di Mekah, masuk pagi hari keempat pihak Musyrikin menghantar utusan

berjumpa Ali bin Abi Talib :

" Beritahu sahabatmu(Muhammad), sila keluar dari tempat kami kerana tempoh menetap

sudah tamat."

 Rasulullah dan rombongan pun keluar dari Mekah kembali ke Madinah. Baginda amat

gembira kerana umat Islam dapat menyempurnakan tawaf di Kaabah dalam keadaan aman

dan Allah Taala telah mengurniakan apa yang terkandung dalam mimpi baginda.

 Umrah ini juga dikenali dengan nama :

i) Al-Qada'.

ii) Al-Qadiyyah.

iii) Al-Qisas.

iv) Al- Sulh ( Fathul Bari 7/500)

PERKAHWINAN TERAKHIR
 Rasulullah melangsungkan perkahwinan dengan Ummu Mukminin Maimunah binti Al-

Harith al-'Amiriyyah semasa perjalanan mengerjakan 'Umrah Qodha'. Ini adalah
perkahwinan terakhir baginda.

41

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB KEENAM
GHAZWAH MU'TAH

42

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

GHAZWAH MU'TAH
TARIKH : Jamadil Awal Tahun 8 hijrah
LOKASI : Dekat Karak, Jordan dan 68 batu(2 marhalah) dari Baitul Maqdis

Kekuatan Tentera ISLAM ROM
Komander 3,000 orang 200,000 orang
( Tentera Rom 100,000 dan Suku
Zaid bin Harithah Kabilah Arab Kristian 100,000 orang)
Jaafar bin Abi Talib Herkulis
Abdullah bin Rawahah
Khalid bin Al-Walid

Korban / Cedera 12 orang syahid Tiada diketahui

PUNCA PEPERANGAN
 Al-Harith bin 'Umair al-Azdi seorang utusan dakwah yang diutus oleh Rasulullah kepada

pemerintah Busra telah dibunuh
oleh Syurahbil bin 'Amru al-
Ghassani seorang gabenor
wilayah al-Balqa' jajahan takluk
Rom.
 Pembunuhan ini dianggap satu
pencabulan diplomatik dan
jenayah yang besar. Satu
tindakan pengecut.
 Lalu Rasulullah mengerahkan
tentera Islam seramai 3,000
orang menuju Mu'tah untuk
menuntut bela pembunuhan
utusan baginda.. Bilangan tentera
terbesar sejak Ghazwah Ahzab.

PESANAN UNTUK KOMANDER
 Rasulullah tidak menyertai

ghazwah ini. Setengah ulama
sirah menamakannya Sariyyah
kerana Rasulullah tidak
menyertainya. Manakala
sebahagiannya menamakan
ghazwah kerana penyertaan
ramai tentera Islam dalam
peperangan tersebut.

43

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Rasulullah melantik Zaid bin Harithah sebagai komander dan memberi pesanan berikut :
" Seandainya Zaid syahid, penggantinya adalah Jaafar bin Abi Talib dan sekiranya dia syahid
maka Abdullah bin Rawahah sebagai gantinya." ( Sahih Bukhari 2/611)

ETIKA PEPERANGAN
Pesanan Rasulullah kepada tentera Islam :

o Berperang memerangi musuh Allah dengan Nama Allah.
o Jangan membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua.
o Jangan menebang pokok dan merobohkan bangunan.
o Jangan menganggu paderi-paderi di gereja mereka.

Rasulullah menghantar mereka hingga Thaniyyat al Wada' untuk mengucapkan selamat jalan.

PENGISYTIHARAN MA'AN
 Apabila Tentera Islam sampai di Ma'an, mereka mendapat berita tentang kemaraan tentera Rom dan

sekutunya di Lembah Balqa'. Bilangan mereka mencapai 200,000 orang.
 Dengan nisbah 1:70 ( seorang tentera Islam berlawan dengan 70 orang tentera Rom) menimbulkan

kegerunan pihak Islam.
 Selama 2 malam mereka bermesyuarat. Akhirnya dua cadangan menjadi pilihan terakhir:

i) Minta bantuan tambahan tentera dari Rasulullah.
ii) Berjuang hingga syahid.
 Abdullah bin Rawahah berucap memberi cadangan:
" Wahai kaumku! Demi Allah! Sesungguhnya apa yang kamu tidak sukai(perang) itulah yang
menjadi tujuan kamu keluar ke sini untuk mendapatkannya. Kamu keluar untuk mencari mati
syahid.
Kita memerangi musuh bukan kerana
bilangan mereka yang ramai atau kerana
kekuatan mereka. Kita memerangi mereka
kerana untuk mempertahankan agama ini
yang Allah memuliakan kita dengannya.
Sesungguhnya di hadapan kita terbentang
satu daripada dua kebaikan iaitu menang
atau mati syahid ! ".
Ucapan Abdullah membangkitkan semangat
tentera Islam lalu mereka bertekad untuk
bertempur tanpa meminta bantuan dari
Madinah.

PERTEMPURAN MELETUS
 Berlaku pertempuran yang hebat di Mu'tah. Tentera Islam menghadapi bala tentera Rom dengan

keimanan yang tinggi. Sayap kanan diketuai oleh Qutbah bin Qatadah manakala sayap kiri diketuai
oleh 'Ubadah bin Malik al-Ansari.

44

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

GUGURNYA PARA KOMANDER
 Zaid bin Harithah berjuang dengan hebat sambil memegang bendera putih yang diberikan oleh

Rasulullah di Madinah. Beliau gugur syahid akibat tusukan lembing-lembing musuh.
 Jaafar bin Abi Talib menggantikan beliau sebagai bendera. Dengan memegang bendera Jaafar

terjun dari kudanya untuk bertempur. Apabila tangan kanannya putus ditetak musuh, beliau
memegangnya dengan tangan kiri hinggalah ia mengepit bendera dengan kedua lengan apabila
tangan kirinya putus dilibas musuh. Akhirnya Jaafar syahid akibat pukulan musuh membelah dua
tubuhnya. Ketika ditemui jenazahnya didapati terdapat lebih 90 tikaman lembing dan panah.( Sahih
Bukhari 2/611).
Beliau dikurniakan Allah dengan 2 sayap di syurga. Di gelar Jaafar Al-Toyyar.
 Abdullah bin Rawahah mengambil bendera dari Jaafar yang gugur syahid dan berjuang dengan
beraninya. Abdullah merempuh barisan musuh dengan kudanya dan akhirnya beliau turut syahid.
Dengan syahidnya Abdullah, maka kesemua komander yang ditentukan oleh Rasulullah gugur
syahid.

SIARAN LANGSUNG DARI RASULULLAH syahid.
 Allah Taala menganugerahkan kepada Rasulullah satu
satu
keistimewaan iaitu dapat melihat secara langsung kepada
pertempuran antara Tentera Islam dengan Kuasa Besar
Dunia ketika itu, Rom. Pusara Zaid bin Harithah
 Rasulullah menceritakan detik-detik syahidnya para
komander iaitu Zaid, Jaafar dan Abdullah kepada
penduduk Madinah :
" .....bendera diambil diambil oleh Zaid, kemudian dia
Setelah itu Jaafar mengambilnya pula dan dia syahid.
Kemudian Ibnu Rawahah mengambilnya dan turut
syahid.(disaat itu air mata Rasulullah menitis
kesedihan). Sehinggalah bendera diambil oleh salah
pedang-pedang Allah dan mengurniakan kemenangan
mereka."
( Sahih Bukhari 2/611)

KHALID AL-WALID – Pedang Allah ( Saifullah)
 Disaat tentera Islam kehilangan ketua mereka, terdapat sebahagian mereka ingin berundur.
Lantas 'Uqbah bin 'Amir berteriak :
" Wahai kaumku! Seseorang yang dibunuh ketika berhadapan dengan musuh lebih baik dari
dibunuh dalam keadaan membelakangi musuh."
 Kata-kata semangat 'Uqbah itu membuatkan tentera Islam membatalkan niat berundur malah
mereka melantik Khalid Al-Walid sebagai ketua komander mereka yang baru.
 Khalid Al-Walid ketika itu baru memeluk Islam dan inilah ghazwah pertama beliau.
 Khalid menggunakan kebijaksanaan beliau untuk melepaskan Tentera Islam dari keadaan
mencemaskan itu.
 Pada hari pertama disaat Khalid mengambil alih tugas sebagai komander, beliau dapat membawa
Tentera Islam mampu bertahan dan pihak Rom gagal untuk mengusir mereka.
 Pada hari kedua pula, Khalid mengubah posisi Tentera Islam dengan menukar bahagian depan ke
belakang, sayap kanan ke kiri dan seterusnya yang lain.
 Taktik demikian berjaya menimbulkan ketakutan di pihak musuh. Mereka menyangka Tentera
Islam mendapat bantuan dari Madinah apabila melihat wajah Tentera Islam yang berubah-rubah
setiap hari.

45

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Begitu juga Khalid mengarahkan agar pasukan berkuda bergerak pantas supaya debu-debu
berterbangan untuk melindungi pandangan musuh tentang jumlah Tentera Islam yang sedikit dan
juga menimbulkan kegerunan musuh yang menyangka bantuan ketenteraan dari Madinah telah tiba.

 Setelah bertempur selama 7 hari di Mu'tah, akhirnya tentera Rom menghentikan serangan dan
Khalid dapat mengundurkan Tentera Islam secara berperingkat-peringkat.

 Tentera Rom tidak mengejar Tentera Islam kerana menyangka Khalid Al-Walid sedang merancang
memerangkap mereka di tengah padang pasir.

PENGUNDURAN SUATU STRATEGI
 Ghazwah Mu'tah akhirnya tamat dengan keputusan :

o Bala Tentera Rom seramai 200,000 orang pulang ke negeri mereka tanpa kejayaan
menghancurkan Tentera Islam yang jumlahnya kecil 3,000 orang. Bahkan mereka tidak
berani mengejarnya apabila Tentera Islam berundur.

o Tentera Islam berjaya kembali ke Madinah dengan kehilangan cuma 12 orang yang
syahid termasuk Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.

RASULULLAH MEMUJI PASUKAN KHALID
 Kehebatan Khalid dalam Ghazwah Mu'tah digambarkan dengan kata-katanya:

" Dalam Ghazwah Mu'tah sebanyak 9 bilah pedangku patah dan yang tinggal di tanganku
hanya sebilah pedang dari Yaman."
 Apabila Tntera Islam pimpinan Khalid Al-Walid pulang ke Madinah, mereka disambut oleh
Rasulullah yang mendokong anak Jaafar bin Abi Talib iaitu Abdullah bin Jaafar.
 Penduduk Madinah mengejek pengunduran Tentera Islam dari medan Mu'tah sebagai tindakan
melarikan diri dan tindakan pengecut tetapi Rasulullah melihatnya sebagai tindakan yang bijak dan
tipu helah peperangan malah baginda memuji kepintaran Khalid Al-Walid.
Firman Allah Taala:

                             

                             

         

15. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang
kafir yang sedang menyerangmu, Maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur).
16. Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali bergerak
kearah lain untuk tipu muslihat perang atau hendak menggabungkan diri dengan
pasukan yang lain. Sesungguhnya (orang yang berundur tanpa sebab yang diizinkan
mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah Neraka Jahannam. dan amat
buruklah tempat kembalinya.
SURAH ANFAAL ayat 15-16

46

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

SUATU KEAJAIBAN
 Walaupun Tentera Islam tidak dapat menuntut bela atas pembunuhan Al-Harith bin 'Umair tetapi

kesan peperangan ini menghasilkan beberapa perkara positif terhadap Negara Islam Madinah.
Antaranya :

o Bangsa Arab di Semenanjung Tanah Arab kehairanan dengan kejayaan Tentera Islam
menghadapi serangan Rom yang begitu ramai. Mereka menyangka Tentera Islam seramai
3,000 orang bakal dibinasakan dengan rakus oleh 200,000 Tentera Rom. Tetapi apa yang
berlaku ialah Tentera Islam hanya kehilangan 12 orang sahaja dan Tentera Rom tidak berani
mengejar Tentera Islam ketika pengunduran.

o Peristiwa di Mu'tah membuktikan bahawa Kuasa Besar Dunia ketika itu, Rom bukanlah
kebal dan kuat. Walaupun dengan nisbah 70 : 1, Rom gagal menghancurkan Tentera Islam.

o Negara Islam Madinah membuktikan kepada seluruh Kabilah – Kabilah Semenanjung Arab
bahawa mereka mendapat pertolongan dari Allah Taala yang menolong RasulNya.

o Kabilah -Kabilah Arab mula mempercayai Kerasulan Rasulullah dan masuk Islam seperti
Kabilah Bani Sulaim, Ghatfan, Fazarah, dan lainnya.

o Ghazwah Mu'tah adalah gelanggang pertama bagi Negara Islam Madinah menghadapi Kuasa
Besar Dunia dan mereka mampu menghadapinya dengan kejayaan.

Lembah Mu'tah

47

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Percambahan Minda

48

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB KETUJUH
PEMBUKAAN KOTA MEKAH

49

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

PUNCA BERLAKU

PEMBUKAAN KOTA MEKAH
TARIKH : 20 Ramadhan Tahun 8 hijrah
LOKASI : MEKAH

Kekuatan Tentera ISLAM MUSYRIKIN MEKAH
Komander 10,000 orang Tidak diketahui
Rasulullah
Khalid bin Al-Walid Abu Sufyan bin Harb

Korban / Cedera 2 orang syahid 24 orang terbunuh

PUNCA BERLAKU
 Antara isi Perjanjian Hudaibiyyah ialah Kabilah-Kabilah Arab bebas bergabung dan
mengadakan kerjasama dengan pihak Islam atau pihak Musyrikin Mekah.
 Apabila kabila-kabilah ini bergabung dengan salah satu pihak diatas bermakna mereka
dianggap sebagai sebahagian dari pihak Islam atau Musyrikin Mekah dan terikat dengan
perjanjian Hudaibiyyah yang mesti dipatuhi.
 Kabilah Bani Khuza'ah bergabung dengan pihak Islam manakala Kabilah Bani Bakar
bergabung dengan pihak Musyrikin Mekah.
 Walaubagaimanapun permusuhan lampau dan dendam di zaman Jahiliyyah masih
terpendam di hati kedua-dua Kabilah.
 Maka pada bulan Syaban 8 Hijrah, Naufal bin Muawiyyah dari Bani Bakar bersama
kumpulannya menyerang Kabilah Bani Khuza'ah di suatu tempat bernama Al-Wathir.
Turut serta dengan serangan tersebut beberapa orang Musyrikin Mekah antaranya Safwan
bin Umayyah. Pihak Musyrikin Mekah turut membekalkan senjata dan tentera secara
sulit kepada kumpulan Bani Bakar pimpinan Naufal bin Muawiyyah.
 Serangan itu menyebabkan 20 orang Bani Khuza'ah terbunuh.
 Peristiwa tersebut
mencabuli Perjanjian
Hudaibiyyah yang
ditandatangani pada
Zulkaedah 6 Hijrah.

Mekah di zaman Kerajaan Islam Uthmaniyyah Turki

51


Click to View FlipBook Version