The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tokpepijat, 2019-04-17 06:35:14

buku Teks SIRAH Ting 3

buku Teks SIRAH Ting 3

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

" Wahai Aisyah, aku masih terasa bisa makanan ( daging kambing) yang aku makan di
Khaibar. Maka sekarang tibalah masanya aku merasai bagaikan hendak putus urat tengkokku
akibat racun itu." ( Sahih Bukhari 2/641)

SAAT MENUJU TEMAN YANG MAHA TINGGI)‫(الرفيق الأعلى‬

 Saat itu, Usamah bin Zaid (cucu angkat baginda - dilantik ketua untuk operasi ke Mu'tah)
menziarahi baginda. Baginda diam dan tidak dapat bercakap. Baginda mengangkat kedua-dua
tangannya ke langit dan diletakkan tangan baginda di dada Usamah tanda doa untuknya.

 Aisyah membaringkan Rasulullah ke pangkuannya.
 Kemudian masuk Abdul Rahman bin Abu Bakar (saudara lelaki Aisyah) sambil memegang

kayu sugi(miswak). Aisyah menceritakan :
" Aisyah sedang meriba Rasulullah ketika Abdul Rahman masuk sambil memegang kayu sugi..
Lalu aku melihat baginda memandang kearah kayu sugi yang dipegang oleh Abdul Rahman.Aku
tahu baginda suka kepada kayu sugi. Aku bertanya adakah baginda hendak kayu sugi itu. Baginda
mengangguk tanda setuju. Aisyah mengambil daripada saudaranya Abdul Rahman dan
dilembutkan kayu sugi itu kerana ianya keras. Setelah selesai disugikan, baginda mencelupkan
tangannya kedalam bejana air dan menyapu mukanya sambil bersabda :

" ‫ لاَإلهَ إلَاّ الله‬Sesungguhnya bagi kematian itu ada Sakaratul(siksa) "

 Kemudian baginda mengangkat tangannya dan mengisyaratkan serta mendongak
pandangannya ke bumbung. Aisyah mendengar baginda bersabda :

‫َم َع الذين أنْـَع ْم َت َعلَْيِه ْم ِم َن الَنّبِِيّـْي َن وال ِّص ِّديِْقْي َن َوال ُشَهداِء َوال َّصََالِ ِحْي َن‬
‫ َوا ْر َح ْمنِي َواَلْ ِحْقنِ ْي بِالَّرفِْي ِق الأ ْعلَى‬, ‫اللُّه َّم ا ْغِفْر لِ ْي‬

Bersama orang-orang yang diberi nikmat keatas mereka dari kalangan Nabi-Nabi, para Siddiqin,
Syuhada' dan orang-orang Soleh.

Ya Allah, Ampunilah aku, rahmatilah aku dan letakkan aku bersama Teman yang Maha Tinggi
( Sahih Bukhari 2/640, 2/638, 2/641)

 Rasulullah mengulangi kalimat di atas sebanyak 3 kali . Kemudian tangan baginda terkulai
jatuh menandakan baginda telah meninggalkan alam dunia untuk bertemu Teman Yang Maha

Tinggi. ‫إَنّا لله و إنّا إليه راجعون‬

 Saat yang menyedihkan itu berlaku ketika selepas matahari meninggi hari Isnin 12
RabiulAwal Tahun 11 Hijrah ketika usia baginda 63 tahun 4 hari.

MADINAH DILANDA KESEDIHAN
 Ibnu Rajab menceritakan suasana Madinah dikala menerima berita kewafatan Rasulullah :
" Sebahagian kaum Muslimin dalam kebingungan, sebahagiannya terduduk tidak dapat bangun,
sebahagiannya terkunci lidah tidak mampu bercakap dan sebahagiannya pula mengingkari
kematiannya."
 Anas bin Malik berkata :
" Aku tidak pernah melihat hari yang paling baik dan berseri-seri melainkan ketika Rasulullah
sampai kepada kami (hijrah) dan aku tidak pernah melihat hari paling buruk dan gelap melainkan
hari kewafatan Rasulullah."
( Riwayat ad Darimiyy, Mishkah al- Masabih 2/547)
 Puteri baginda Fatimah di saat kewafatan ayahandanya berkata :

151

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

" Wahai ayahandaku kesayanganku yang telah menyahut panggilan Tuhannya, syurga Firdaus
tempat kembalinya dan kepada Jibrail, kami sampaikan berita kewafatannya."
( Sahih Bukhari 2/641)

UMAR KEBINGUNGAN
 Umar Al-Khattab terlalu kasih kepada Rasulullah. Beliau tidak dapat menerima kenyataan

bahawa baginda telah wafat. Lantas memberi amaran kepada sesiapa yang mengatakan
Rasulullah telah wafat:
" Ada beberapa orang munafik mengatakan Rasulullah telah wafat. Sesungguhnya Rasulullah
tidak mati. Tetapi baginda pergi bertemu Tuhannya sebagaimana Musa bin 'Imran yang
menghilangkan diri dari kaumnya selama 40 hari. Kemudian dia kembali kepada kaumnya.
Demi Allah ! Rasulullah juga akan kembali sepertimana Nabi Musa kembali dan akan memotong
tangan dan kaki orang yang mengatakan baginda telah mati." ( Sirah Ibnu Hisham 2/655)

ABU BAKAR YANG TENANG
 Berbeza dengan Umar, Abu Bakar yang mendapat berita kewafatan Rasulullah terus memecut

kuda dari rumahnya di Al Sanah menuju ke masjid.
 Abu Bakar terus masuk ke masjid dan seterusnya ke bilik Aisyah tanpa bercakap sepatahpun

dengan orang ramai.
 Beliau membuka selimut yang menutup wajah Rasulullah . Lalu menangis dan mencium wajah

mulia Rasulullah dan berkata:
" Demi Allah ! Sesungguhnya aku kasihkan mu lebih dari ibubapaku. Sesungguhnya Allah tidak
himpunkan dua kematian keatasmu. Engkau tidak akan merasai kematian lagi selepas ini buat
selama-lamanya."

 Al Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan :
"Ayat ini ( Surat Ali 'Imran ayat 144 ) menunjukkan keberanian Abu Bakar. Sesungguhnya
keberanian itu adalah keteguhan hati dan jiwa ketika menghadapi musibah yang datang. Dan
tidak ada musibah yang maha besar melainkan daripada kewafatan Rasulullah.
Keberanian dan ilmunya(Abu Bakar) terserlah menghadapi suasana orang ramai tidak percaya
Rasulullah wafat termasuk 'Umar. Manakala Uthman diam membisu dan Ali masih dalam
keraguan. Suasana menjadi panik dan kelam kabut. Lalu Abu Bakar yang datang dari Al-Sanah
mententeramkan suasana dengan membaca ayat tersebut."
( Tafsir Imam Al-Qurtubi 4/222)

UCAPAN ABU BAKAR
 Abu Bakar kemudian keluar dari bilik Aisyah menuju ke masjid. Ketika itu Umar masih

berucap mengatakan Rasulullah tidak wafat dan mengancam orang ramai.
 Abu Bakar menyuruh Umar diam dan duduk. Tetapi Umar enggan berbuat demikian dan masih

berucap. Lalu orang ramai berpaling kepada Abu Bakar untuk mendengar Abu Bakar berucap
dan meninggalkan Umar keseorangan. Abu Bakar berucap dengan ucapan yang masyhur:
" Wahai manusia ! Sesungguhnya sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya
Muhammad telah mati. Tetapi sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah tidak
Maha Hidup dan tidak mati. (seterusnya Abu Bakar membaca firman Allah):

                                  

       152                 

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 'Umar menceritakan :
" Demi Allah! Bila aku mendengar Abu Bakar membaca ayat itu maka aku menjadi lemah longlai
sehingga tidak terdaya untuk berdiri. Akhirnya aku rebah ke bumi bila Abu Bakar membaca ayat
Al-Quran tersebut. Kini yakinlah pada diriku bahawa Rasulullah telah wafat."
( Sahih Bukhari 2/640-641)
 Ibnu 'Abbas berkata sempena peristiwa sedih itu :
" Demi Allah! Seakan-akan manusia tidak pernah mengetahui bahawa ayat itu (Surah Ali 'Imran
ayat 144) pernah diturunkan sehinggalah Abu Bakar membacanya. Lantas mereka mengikut sama
membacanya bersama Abu Bakar."
ABU BAKAR DIPILIH MENJADI KHALIFAH
 Orang Muhajirin mencadangkan Abu Bakar menggantikan Rasulullah sebagai pemimpin umat.

Manakala Ahlul Bait (keluarga Rasulullah) mencadangkan Ali bin Abi Talib dan golongan
Ansar mencadangkan Saad bin 'Ubadah.
 Akhirnya kesemua mereka bersepakat melantik dan membai'ah Abu Bakar sebagai Khalifah.
Pemilihan itu berlangsung di Saqifah Bani Sa'idah.

URUSAN PENGENDALIAN JENAZAH RASULULLAH
 Pada pagi Selasa 13 RabiulAwal Tahun ke 11 Hijrah, jenazah Rasulullah dimandikan tanpa

menanggalkan pakaian baginda oleh :
o Al 'Abbas.(bapa saudara Rasulullah)
o Ali bin Abi Talib.( sepupu dan menantu)
o Al Fazal dan Qutham. (anak Al'Abbas)
o Usamah bin Zaid. (cucu angkat Rasulullah)
o Syuqran. (bekas hamba yang dimerdekakan Rasulullah)
o Aus bin Khauli.

153

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Al 'Abbas, Ali, Al Fazal dan Qutham membalik-balikkan serta menggosok jenazah Rasulullah.
Usamah dan Syuqran menyucur dan menyimbah air. Aus bin Khauli pula menyandarkan jasad
Rasulullah ke dadanya.

 Kemudian mereka mengapankan jasad Rasulullah dengan 3 helai kain kapas putih tanpa dijahit
dan juga tanpa baju dan serban.( Sahih Bukhari 1/169, Sahih Muslim 1/306)

TEMPAT JENAZAH DIKEBUMIKAN
 Kemudian orang ramai berselisih pendapat tentang tempat untuk dikebumikan jenazah

Rasulullah. Ada memberi cadangan :
o Di sisi mimbar.
o Tempat solat baginda.
o Perkuburan Baqi'.

 Lalu Abu Bakar berkata :
" Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Allah Taala tidak matikan seorang Nabi
melainkan wajib dikebumikan di tempat kematiannya."

Lalu Abu Tolhah al Ansari pun mengangkat kain hamparan di tempat wafatnya Rasulullah dan
menggali tanah di bawahnya seterusnya dibuat liang lahad untuk kubur Rasulullah.

SOLAT JENAZAH
 Selesai dikafankan jenazah Rasulullah, maka solat jenazah dilakukan. Solat jenazah ke atas

Rasulullah dilakukan tanpa diimami oleh sesiapapun(bersendirian).
 Ianya dilakukan secara bergilir-gilir dengan setiap giliran oleh 10 orang.
 Mula-mula oleh ahli keluarga baginda(Ahlul Bait) diikuti golongan Muhajirin, Ansar, wanita

dan akhirnya oleh kanak-kanak.
 Sepanjang hari Selasa itu sehingga malam kaum Muslimin bergilir-gilir masuk ke bilik

Rasulullah untuk solat jenazah keatas baginda.

MASA PENGKEBUMIAN
 Pada waktu malam (Hari Selasa malam Rabu), jenazah Rasulullah dikebumikan.
 Kesemua mereka yang terlibat dengan urusan memandikan Rasulullah turut terlibat dengan

pengebumian baginda. Mereka turun ke dalam kubur untuk menyambut jenazah Rasulullah.
 Rasulullah dikebumikan di dalam lahadnya dengan diletakkan sembilan batu bata di dalam

lahadnya.
 Bilal pula menyiram kubur Rasulullah dengan air. Kubur baginda ditinggikan sekadar

sejengkal dari permukaan bumi.
 Aisyah berkata :
" Kami tidak tahu bilakah Rasulullah dikebumikan sehinggalah kami mendengar bunyi penyodok
tanah di waktu tengah malam pada malam Rabu."
 Ibnu Kathir berkata : " Pendapat yang masyhur ialah Rasulullah wafat pada hari Isnin dan

dikebumikan pada hari Selasa ( malam Rabu)."
 Kewafatan Rasulullah meninggalkan kesan yang besar pada jiwa para Sahabat yang mulia.

Anas bin Malik berkata :
" Kami telah mengebumikan jasad Rasulullah dengan tangan-tangan kami, namun hati-hati kami
masih tetap tidak dapat menerima kewafatannya."

Betapa kasih dan sayangnya para Sahabat terhadap Kekasih Allah.

154

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Rasulullah wafat dengan meninggalkan satu perkara yang tidak akan sesat umat Islam buat selama-
lamanya jika berpegang dengannya iaitu Al-Quran dan As Sunnah.
Baginda juga meninggalkan para Sahabat yang telah ditarbiyyahkan dan sanggup berkorban jiwa
raga untuk meneruskan perjuangan Islam sehingga tertegaknya kalimat Allah di seluruh pelusok
dunia.
Baginda wafat ketika seluruh Semenanjung Tanah Arab dikuasai Islam dan Kuasa-Kuasa Besar
Dunia Rom dan Farsi gerun dan takut dengan kekuatan Islam.
Baginda wafat dalam keadaan mempunyai seekor baghal berwarna putih, senjata dan sebidang
tanah yang disedekahkan. Manakala baju besi baginda masih tergadai ditangan seorang Yahudi.
Baginda telah menunjukkan contoh terbaik kepada umat manusia sebagai:

 Manusia yang paling berakhlak dan bertaqwa..
 Suami yang terbaik.
 Ayah yang paling penyayang terhadap keluarga.
 Pemimpin negara dan politik.
 Pemimpin akar umbi.
 Hakim yang adil.
 Panglima perang.
 Pembangun masyarakat dan keluarga.
 Pendakwah.
 Pakar Diplomasi dan Strategi.

PENUTUP

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah Taala yang memberi kekuatan, kemudahan dan keizinan

bagiku untuk menulis buku ini hingga kini selesai, Sirah Nabawiyyah....mutiara perjalanan mukmin
Siri 3 (Akhir) pada pagi Isnin 29 Ramadhan 1429/29 September 2008 jam 8.45 pagi.

155

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Daku mohon kepada Allah Taala agar diikhlaskan hati ini dan diampuni diriku jika terdapat segala
kesilapan, kesalahan dan kegelinciran pena semasa menulis buku ini. Daku bertaubat kepadaNya.
Daku memohon kepada Allah Taala agar buku ini memberi manafaat yang berpanjangan kepada
saudara-saudaraku seIslam dan mengingati diriku dalam doanya.

                              

      

"Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu
dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-
orang yang beriman; Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha
Penyayang."

29Ramadhan Mubarak 1429/29September 2008
Isnin jam 8.45 pagi



Lampiran 1(Ummu Mukminin)

Bil Nama Catatan
1 Khadijah binti Khuwailid Dikahwini Rasulullah ketika baginda berumur
25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun.
Kesemua putera dan puteri Rasulullah adalah
dari Khadijah kecuali Ibrahim.

156

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Puteri – Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum
dan Fatimah.
Putera – Abdullah dan Qosim (sulung).
Uthman bin Affan mengawini Ummu Kalthum
setelah kematian Ruqayyah.
Ali bin Abi Talib mengawini Fatimah dan
dikurniakan al-Hasan, al – Husin, Zainab dan
Ummu Kalthum.
Kesemua anak Rasulullah meninggal dunia
sebelum kewafatan baginda kecuali Fatimah.
Sepanjang perkahwinan dengan Khadijah,
Rasulullah tidak pernah berkahwin dengan
mana-mana wanita.
Khadijah meninggal pada Tahun ke 10
Kenabian.

2 Saudah binti Zam'ah Dikahwini baginda pada bulan Syawal Tahun
ke 10 Kenabian setelah beberapa hari
kematian Khadijah. Sebelum mengawini
Rasulullah, Saudah adalah isteri kepada Al-
Sakran bin 'Amru(meninggal dunia).
Saudah meninggal dunia di akhir
pemerintahan Umar bin Al Khattab.

3 Aisyah binti Abu Bakar Anak kepada Abu Bakar as Siddiq. Dikahwini
Rasulullah pada bulan Syawal Tahun ke 11
Kenabian. Perkahwinan baginda dengan
Aisyah berlaku setelah setahun berkahwin
dengan Saudah dan 2 tahun 5 bulan sebelum
hijrah.
Aisyah adalah anak dara tunggal yang
dikahwini Rasulullah. Seorang yang paling
tinggi ilmu tentang Al-Quran dan Hadis.
Meninggal pada Tahun 57 atau 58 Hijrah.

4 Hafsah bin Umar Al Khattab Anak kepada Umar bin Al Khattab.
Rasulullah mengahwininya pada Tahun 3
Hijrah. Meninggal dunia pada Tahun 45
Hijrah ketika usia 60 tahun .

5 Zainab binti Khuzaimah Digelar Ummu Masakin kerana amat
menyayangi orang miskin dan penyayang
terhadap mereka. Bekas suami beliau ialah
Abdullah bin Jahsy yang syahid dalam
Ghazwah Uhud. Rasulullah mengahwini
Zainab pada tahun 4 Hijrah. Meninggal dunia
selepas 2 atau 3 bulan berkahwin dengan

157

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

6 Ummu Salamah Rasulullah.
Nama penuhnya Hindun binti Abu Umayyah.
7 Zainab binti Jahsy Bekas suami Ummu Salamah ialah Abu
8 Juwairiyyah binti Al Harith Salamah Abdullah bin Abdul Asad Al
9 Safiyyah binti Huyai Makhzumi. Abu Salamah meninggal dunia
10 Ummu Habibah akibat kecederaan dalam Ghazwah Badar.
Rasulullah mengahwininya pada bulan Syawal
11 Maimunah binti Al-Harith Tahun 4 Hijrah. Ummu Salamah meninggal
dunia pada Tahun 59 Hijrah dalam usia 84
tahun. Merupakan Ummu Mukminin terakhir
meninggal dunia.

Beliau adalah bekas isteri Zaid bin Harithah
anak angkat Rasulullah. Lalu Zaid
menceraikannya. Rasulullah mengahwininya
pada bulan Zulkaedah Tahun 5 Hijrah.
Zainab adalah Ummu Mukminin yang
pertama meninggal dunia. Beliau meninggal
pada Tahun 20 Hijrah.

Anak kepada pemimpin Bani Mustaliq yang
keras menentang Islam. Beliau dibebaskan
dari tawanan dan dikahwini oleh Rasulullah
pada bulan Sya'ban Tahun 6 Hijrah.
Meninggal dunia pada Tahun 50 Hijrah.

Anak kepada pemimpin Yahudi Bani An
Nadhir Huyai bin Akhtab. Menjadi tawanan
dalam Ghazwah Khaibar dan dibebaskan lalu
dikahwini oleh Rasulullah pada Tahun 7
Hijrah. Meninggal dunia pada 50 Hijrah.

Nama sebenar Ramlah binti Abu Sufyan.
Anak pemimpin Musyrikin Mekah Abu
Sufyan bin Harb. Mengikuti bekas suaminya
hijrah ke Habsyah. Apabila bekas suaminya
murtad dengan memeluk Nasrani lalu
meninggal dunia di sana. Rasulullah
mengahwininya semasa beliau masih di
Habsyah berwalikan Uthman bin Affan.
Maharnya ditunaikan oleh Raja Najasyi.
Ummu Habibah meninggal dunia pada Tahun
42 Hijrah di Madinah.

Ummu Mukminin terakhir yang dikahwini
oleh Rasulullah. Dikahwini pada bulan
Zulkaedah Tahun 7 Hijrah semasa
mengerjakan Umrah Qada'. Meninggal dunia
pada tahun 51 Hijrah.

158

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Lampiran II ( Kronologi Sirah )

No PERISTIWA MASA/TARIKH CATATAN

1 Kelahiran Rasulullah Hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun

Gajah ( 22 April 570 Masihi )

2 Penyusuan Selepas 2-3 hari kelahiran. Disusukan oleh Thuwaibah

159

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

hamba Abu Lahab.

Umur 4 bulan. Disusukan oleh Halimatus
Sa'diah di Desa Bani Saad.

3 Kematian bondanya, Aminah Umur 6 tahun. Di jaga oleh datuknya Abdul
Mutalib.

4 Kematian datuknya, Abdul Umur 8 tahun. Dijaga oleh bapa saudaranya,
Mutalib. Abu Talib.

5 Perjalanan ke Syam mengikuti Umur 12 tahun. Berjumpa Buhaira dan
Abu Talib. dinasihatkan agar balik ke
Mekah.

6 Terlibat dalam Peperangan Umur 15 tahun. Menolong mengutip batu dan
Fijar. anak panah.

7 Menyaksikan Perjanjian Umur 16 tahun. Menyokong gerakan
Fudhul. menentang kezaliman dan
penindasan.

8 Perjalanan ke Syam sebasgai Umur 22-24 tahun. Bawa barang dagangan
peniaga. Khadijah.

9 Perkahwinan dengan Umur 25 tahun. Tidak mengahwini sesiapa
Khadijah binti Khuwailid. semasa perkahwinan dengan
Khadijah.

10 Menjadi hakim Hajarul Umur 35 tahun. Pemindahan Hajarul Aswad
Aswad. ke tempat asal.

11 Diangkat menjadi Rasul. Pada 17 Ramadhan 13 tahun sebelum Wahyu pertama diturunkan
hijrah ( Julai 610 Masihi). Ketika di Gua Hira'.
berumur 40 tahun.

12 Dakwah secara rahsia dan Lebih kurang 40 orang pengikut. Di rumah Arqam bin Abi
senyap. Arqam Al Makhzomi sebagai
Pusat Dakwah.

13 Pengisytiharaan Bukit Safa. Akhir Tahun ke 3 Kenabian. Di Bukit Safa. Surah Al
Masad diturunkan.
14 Penentangan secara lembut Tahun ke 3 – 5 Kenabian.
dari Musyrikin Mekah. Tentangan secara diplomasi,
tawaran dan hujah.
15 Penentangan secara Tahun ke 5 – 7 Kenabian. Pimpinan Musyrikin bertemu
penindasan dan kekerasan Rejab Tahun ke 5 Kenabian Abu Talib.
dari Musyrikin Mekah.
Penyiksaan dikenakan.
16 Hijrah Pertama ke Habsyah. Antaranya Keluarga Yasir
dan Bilal Ar Rabah.
Kumpulan Pertama seramai
12 orang lelaki dan 4 wanita.
Diketuai oleh Uthman bin
Affan (termasuk puteri
Rasulullah Ruqayyah)
Kumpulan kedua seramai 83
orang diketuai Jaafar bin Abi
Talib.

161

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

17 Islamnya Hamzah bin Abdul Tahun ke 6 Kenabian. Umar masuk Islam selepas 3
Mutalib dan Umar AlKhattab. hari Hamzah memeluk Islam.

18 Embargo keatas Bani Hashim. 1 Muharram Tahun ke 7 Kenabian. Di perkampungan Abu Talib.
(Shi'ib Abi Talib)

19 Berakhirnya Embargo. Tahun ke 9 Kenabian Surat embargo dimakan anai-
anai di dinding Kaabah.

20 Tahun Kesedihan. Bulan Ramadhan Tahun ke 10 Kematian Abu Talib dan
Kenabian. diikuti Khadijah selepas 3
hari kematian Abu Talib.
Usia Khadijah 65 tahun.

21 Dakwah di Taif. Tahun ke 10 Kenabian. Pergi bersama Zaid bin
Harithah. Dakwah ditolak.
Dilontar batu ketika keluar
dari Taif.

22 Isra' dan Mi'raj. 27 Rejab Tahun ke 10 Kenabian. Solat Fardu diwajibkan.

23 Warga Yathrib menerima Tahun ke 11 Kenabian. Penyebaran dakwah
dakwah. dilakukan semasa musim
haji.

24 Janji Setia Al Aqabah 1 Zulhijjah Tahun ke 12 Kenabian . Berlangsung di Aqabah,
Mina.
Seramai 12 lelaki berjanji
setia. Mus'ab bin Umair
dihantar untuk mengajar
Islam ke Yathrib.

25 Janji Setia Al Aqabah 2 Zulhijjah Tahun ke 13 Kenabian. Seramai 73 lelaki dan 2
(Al Kubra) wanita berjanji setia untuk
i) Dari Mekah – Gua Thur. mempertahankan Rasulullah.
26 Hijrah ke Madinah (Yathrib) 27 Safar Tahun ke 13 Kenabian( 13
September 622 M). Umur Rasulullah Berhijrah bersama Abu
ketika itu ahíla 53 tahun. Bakar. Ali bin Abi Talib tidur
di tempat Rasulullah.
ii) Dari Gua Thur – Quba'.
1 RabiulAwal Tahun ke 13 Kenabian. Labah-labah dan merpati
buat sarang di muka gua.
Dikejar Suraqah bin Malik.
Rasulullah janjikan gelang
Maharaja Kisra.

iii) Tiba di Quba'. Tinggal di Quba selama 4
8 RabiulAwal Tahun ke 13 Kenabian. hari (Isnin, Selasa, Rabu dan
Khamis).
iv) Quba – Madinah (Yathrib) Membina masjid Quba'
Singgah di Perkampungan
Bani Salim bin 'Auf. Solat
Jumaat pertama ditunaikan
bersama 100 orang lelaki.

v) Memasuki Madinah Singgah di rumah Abu ayub

Hari Jumaat 12 RabiulAwal Tahun ke Al Ansari.

13 Kenabian. Membina Masjid Nabi.

161

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

27 Kelahiran Negara Islam RabiulAwal Tahun 1 Hijrah. Piagam Madinah
Madinah i) Membina Masjid.
ii) Persaudaraan Muhajirin
dan Ansar.
iii) Perjanjian dengan
Yahudi.

28 Perkahwinan dengan Aisyah Syawal Tahun 1 Hijrah Aisyah berusia 6 tahun.
Rasulullah bersama dengan
Aisyah ketika Aisyah
berumur 9 tahun.

29 Jihad difardukan. 12 Safar Tahun 2 Hijrah.

30 i) Salman Al Farisi masuk Tahun 2 Hijrah.
Islam.
ii) Permulaan Azan.
iii) Zakat difardukan.

31 Penukaran Kiblat dari Baitul Rejab Tahun 2 Hijrah. Ketika solat zohor (2 raakat)
Maqdis ke Mekah.

32 Puasa difardukan. 1 Ramadhan Tahun 2 Hijrah.

33 Ghazwah Badar Al Kubra i) Bertolak ke Badar. Tentera Islam – 313 orang.

Rabu 8 Ramadhan Tahun 2 Hijrah.

Tentera Musyrikin – 1000

ii) Peperangan berlaku. orang.

Jumaat 17 Ramadhan Tahun 2 Hijrah.

14 Syahid.

iii) Kembali ke Madinah.

Isnin 20 Ramadhan Tahun 2 Hijrah. 70 orang musuh dibunuh dan

70 ditawan.

34 Perkahwinan Ali bin Abi Talib Tahun 2 Hijrah.

dengan Fatimah puteri

Rasulullah.

35 Pengusiran Yahudi Bani Zulkaedah Tahun 2 Hijrah. Kerana mencabul wanita
Qainuqa'. Tahun 3 Hijrah. Islam.
Dikepung selama 15 malam
36 Perkahwinan Rasulullah bermula pertengahan Syawal.
dengan Hafsah binti Umar

37 Perkahwinan Uthman bin Tahun 3 Hijrah.
Affan dengan Ummi Kalthum
puteri Rasulullah.

38 Ka'ab bin Asyraf dibunuh. RabiulAwal Tahun 3 Hijrah. Operasi diketuai oleh
Muhammad bin Maslamah.

39 Hasan bin Ali cucu Rasulullah 15 Ramadhan Tahun 3 Hijrah.
dilahirkan.

40 Ghazwah Uhud i) Menuju Bukit Uhud. Tentera Islam – 700 orang
Jumaat 5 Syawal Tahun 3 Hijrah. setelah 300 munafik menarik
( selepas solat Jumaat) diri.

162

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin Hamzab bin Abdul Mutalib
syahid.
ii) Peperangan berlaku.
Sabtu 6 Syawal Tahun 3 Hijrah. 70 orang syahid.
ii) Kembali ke Madinah. Pasukan pemanah
Ahad 7 Syawal Tahun 3 hijrah. mengingkari perintah
Rasulullah.
41 Perkahwinan Rasulullah Tahun 4 Hijrah.
dengan Zainab binti Tahun 4 Hijrah. Seramai 10 pendakwah
Khuzaimah. Safar Tahun 4 Hijrah. syahid dibunuh di Ar Raji.

42 Pengharaman secara total Seramai 70 pendakwah
arak. syahid di Bir Maunah.

43 Tragedi Ar Raji' dan Bir Komplot membunuh
Maunah. Rasulullah.

44 Pengusiran Yahudi Bani An Rabiulawal Tahun 4 Hijrah. Tentera Islam – 3,000 orang.
Nadhir. Pakatan Ahzab – 10,000
Zulkaedah Tahun 4 Hijrah. orang.
45 Ghazwah Badar II Rabiulawal Tahun 5 Hijrah. (Madinah dikepung selama
Syawal Tahun 5 Hijrah. sebulan)
46 Ghazwah Daumatul Jandal
Mengkhianati Perjanjian
47 Ghazwah Al-Ahzab. Negara Islam Madinah.
Perkampungan Yahudi Bani
48 Pengusiran Yahudi Bani Zulkaedah Tahun 5 Hijrah. Quraizah dikepung selama 25
Quraizah. malam.

49 Perkahwinan Rasulullah Zulkaedah Tahun 5 Hijrah. Zainab adalah janda kepada
dengan Zainab binti Jahsy. Sya'ban Tahun 6 Hijrah. Zaid bin Harithah.
Sya'ban Tahun 6 Hijrah.
50 Ghazwah Bani Mustaliq. Ummu Mukmini Aisyah
Perkahwinan dengan difitnah oleh munafikin
Juwairiyyah binti Al-Harith. semasa balik dari Ghazwah
Bani Mustaliq.
51 Peristiwa fitnah Al Ifki
Bai'atul Ridwan membela
52 Perjanjian Hudaibiyah Zulkaedah Tahun 6 Hijrah. Uthman bin Affan.
Rasulullah mewakili pihak
Islam dan Suhail bin 'Amru
mewakili pihak Musyrikin
Mekah.

163

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

53 Khalid Al Walid dan Amru Zulhijjah Tahun 6 Hijrah. Perutusan kepada :
bin Al 'As memeluk Islam. Muharram Tahun 7 Hijrah. Najasyi, Rom, Parsi, Mesir,
Bahrain, Yamamah dan
54 Perutusan Dakwah kepada Oman.
Pemerintah Non Muslim.
Tentera Islam – 1,400 orang.
55 Ghazwah Khaibar Muharram Tahun 7 Hijrah. Yahudi – 14,000 orang.
Penghujung Safar kembali ke
Madinah. Oleh seorang wanita Yahudi
bernama Zainab binti Al
56 Perkahwinan dengan Safiyyah Muharram Tahun 7 Hijrah. Harith isteri kepada Sallam
binti Huyai. bin Misykam.

57 Kepulangan Muhajirin dari Muharram Tahun 7 Hijrah. Dikahwini setelah selesai
Habsyah. bertahallul dari umrah.

58 Rasulullah diracuni Yahudi. Muharram Tahun 7 Hijrah. Tentera Islam - 3,000 orang.
Tentera Rom dan sekutunya –
59 Umrah Qodha'. Zulkaedah Tahun 7 Hijrah. 200,000 orang.
Zulkaedah Tahun 7 Hijrah. Seramai 12 syahid termasuk
60 Perkahwinan dengan pimpinan Islam iaitu :
Maimunah binti Al-Harith. JamadilAwal Tahun 8 Hijrah Zaid bin Harithah, Jaafar bin
Abi Talib dan Abdullah bin
61 Ghazwah Mu'tah Rawahah. Akhirnya Khalid
Al Walid memimpin Tentera
62 Pencabuli Perjanjian Rejab Tahun 8 Hijrah Islam.
Hudaibiyah
Sekutu Musyrikin Quraisy
63 Pembukaan Mekah (Fathul i) Bertolak ke Mekah. Kabilah Bani Bakar dengan
Mekah) 10 Ramadhan 8 Hijrah. bantuan Mekah menyerang
sekutu Pihak Madinah
ii) Masuk ke Mekah dengan Kabilah Khuza'ah.
kemenangan.
20 Ramadhan Tahun 8 Hijrah. Tinggal di Mekah
sehingga 9 Syawal Tahun 8
64 Operasi Pemusnahan Berhala Ramadhan Tahun 8 Hijrah Hijrah.
sekitar Mekah.
Berhala Uzza dimusnahkan
oleh Khalid Al Walid.
Berhala Suwa' oleh Amru bin
Al 'As
Berhala Manat oleh Saad bin
Zaid Asyhali.

164

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

65 Ghazwah Hunain Syawal Tahun 8 Hijrah Tentera Islam 12,000 orang.
Kabilah Hawazin , Thaqif
66 Pengharaman secara total Tahun 8 Hijrah. dan sekitar – 20,000 orang.
riba. Tahun 8 Hijrah. Diketuai oleh Malik bin 'Auf.
Rejab Tahun 9 Hijrah. Pengepungan Kota Taif
67 Kematian puteri dan putera selama 40 malam.
Rasulullah, Zainab dan Pembahagian harta ghanimah
Ibrahim. di Ja'ranah.

68 Ghazwah Tabuk Tentera Islam 30,000 orang.
Tentera Rom – 40,000 orang.
69 Utusan-utusan masuk Islam Tahun 9 - 10 Hijrah. Tiada pertempuran.
Musim kemarau dan menuai
70 Haji Wida' Zulhijjah Tahun 10 Hijrah. hasil tani.
Masjid Dhirar dibakar.
Pemulauan sahabat.

Lebih 70 utusan mengunjungi
Rasulullah. Antaranya:
Farwah bin Amru, Kaab bin
Zuhair, Bani Thaqif, Bani
Fazarah, Najran, Bani
Hanifah dan Bani Amir.

- Musailamah Al
Kazzab.

- Sumpah mubahalah
Najran.

-- Bertolak dari Madinah
menuju Mekah.
Sabtu 25 Zulkaedah Tahun 10
Hijrah.

- Masuk Mekah.
5 Zulhijjah 10H.

- Menuju Mina.
Khamis 8 Zulhijjah 10H.

- Khutbah Haji di Arafah
Tengahari Jumaat 9
Zulhijjah 10H.

- Menuju Muzdalifah.
Selepas terbenam matahari, 9
Zulhijjah 10 H.
- Melontar di Jamrah.
Se lepas terbit matahari hingga
tengahari 10 Zulhijjah 10 H.

K Khutbah Pertama di Mina.
H 10 Zulhijjah 10 H.

165

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Khutbah Kedua di Mina.
11 Zulhijjah 10 H.

Pulang ke Madinah.
13 Zulhijjah 10 H.
h

71 Operasi Ketenteraan Terakhir 26 Safar Tahun 11 Hijrah. Untuk hadapi Tentera Rom di
Mu'tah.
Tentera Islam – 3,000 orang.
Diketuai oleh Usamah bin
Zaid.
Sebagai susulan dari
Ghazwah Mu'tah.
Usamah menangguhkan
operasi ini setelah berita
keuzuran baginda diterima.
Beliau bersama tenteranya
berkhemah di pinggir
Madinah.

72 Kewafatan Rasulullah - Sakit tenat.
Akhir Safar 11 H.

- Tinggal di rumah Aisyah.
7 hari sebelum wafat.

- Baginda wafat. Ketika usia baginda 63 tahun
12 RabiulAwal Tahun 11 Hijrah. 4 hari.

- Dikebumikan ditempat wafat
rumah Aisyah.

Malam 13 RabiulAwal Tahun 11
Hijrah hari Selasa.

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK Mukasurat
1 Perjanjian Hudaibiyyah 1

166

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin 14
11
2 Analisis Isi Perjanjian Hudaibiyyah
3 Perutusan Dakwah 29
4 Ghazwah Khaibar 41
5 'Umrah Qodha' 44
6 Ghazwah Mu'tah 51
7 Pembukaan Kota Mekah 67
8 Pemusnahan Berhala 72
9 Ghazwah Hunain 82
10 Pembahagian Ghanimah Hunain 84
11 Airmata Ansar di Ja'ranah 87
12 Pemulangan Harta Kabilah Hawazin 93
13 Utusan dakwah dan pengajarannya 100
14 Ghazwah Tabuk 112
15 Masjid Dhirar 115
16 Pemulauan Sahabat 120
17 Ketibaan rombongan ke Madinah 131
18 Utusan Dakwah ke Yaman 134
11 Haji Wida' 140
20 Operasi Ketenteraan Terakhir 143
21 Isyarat Kewafatan Rasulullah 149
22 Kewafatan Rasulullah 157
158
PENUTUP 160
Lampiran 1(Ummu Mukminin)

Lampiran 2 (Kronologi)

167


Click to View FlipBook Version