The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tokpepijat, 2019-04-17 06:35:14

buku Teks SIRAH Ting 3

buku Teks SIRAH Ting 3

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Kesan daripada Ghazwah Mu'tah, Maharaja Rom (Kaisar) melihat suatu kebangkitan orang
Arab di bawah jajahannya. Beliau melihat orang Arab telah mendapat menilai tentang kekuatan
Rom seramai 200,000 orang yang gagal mengalahkan pihak Islam pimpinan Rasulullah hanya
3,000 orang.

 Kaisar bimbang dengan negeri Arab dibawah jajahannya menuntut kemerdekaan dan turut
menganut Islam. Sebelum berlaku kebangkitan ini maka Kaisar merancang menghapuskan
pengaruh Negara Islam Madinah pimpinan Rasulullah.

 Kaisar mengumpulkan bala tentera Rom dengan gabungan Kabilah Arab seperti Kabilah
Ghassan, Juzam, Lukham dan 'Amilah.

 Kerajaan Rom (Byzantine-juga dikenali dengan Rom Timur) juga mendapat semangat dengan
kemenangan keatas musuh mereka, Farsi ( Kuasa Besar Dunia sebelah timur). Dengan ini
membangkitkan semangat mereka untuk menghapuskan ancaman baru yang bakal menjadi
Kuasa Dunia yang baru iaitu Islam.

 Mereka membuat persediaan untuk menyerang Madinah selama setahun.

MADINAH MENDAPAT BERITA
 Hasil maklumat dari pedagang yang berulang alik antara Madinah-Syam, memberitahu tentang

persediaan Tentera Rom dan sekutunya untuk menyerang Negara Islam Madinah dan mereka
kini sedang berkumpul di Balqa'.
 Berita itu menganggu perasaan penduduk Madinah dan amat membimbangkan hati mereka.
 Bunyi-bunyi yang aneh seperti tiupan angin, kuda dan sebagainya jika didengari oleh
penduduk Madinah akan disangka kedatangan Tentera Rom telah sampai.

BERITA ANGIN TENTANG PENCERAIAN RASULULLAH
 Rasulullah begitu runsing dan bimbang dengan berita rancangan Rom menyerang Madinah. Ini

menyebabkan baginda tiada masa bersama isteri-isteri baginda. Baginda menyendiri selama
sebulan di dalam bilik baginda.
 Oleh kerana para Sahabat tidak mengetahui keadaan sebenar dan menyangka baginda
menceraikan isteri-isteri baginda.
 Umar Al-Khattab menceritakan :
Kami sedang bercakap tentang rancangan Kabilah Ghassan (Rom) menyerang kami.
Kemudian rakanku pergi bertemu Rasulullah. Pada malam hari rakanku mengetuk pintu
rumahku dengan kuat dan memberitahuku ada berita besar sedang berlaku. Aku bertanyanya
adakah tentang kedatangan orang Ghassan(Rom)? Jawabnya tidak bahkan Rasulullah
menceraikan isteri-isterinya. (Sahih Bukhari 1/334)

STRATEGI MENGHADAPI ROM
 Negara Islam Madinah menghadapi ujian getir untuk menghadapi Rom.
 Rasulullah melihat situasi ini suatu yang boleh mengancam keselamatan Madinah.
 Jika dibiarkan Rom datang ke Madinah ianya suatu yang membahayakan. Ini memberi

peluang bergabung dengan saki baki Kabilah yang masih Jahiliyyah dan ancaman yang
lebih membahaya musuh dari dalam iaitu munafik.
 Rasulullah mengambil keputusan untuk menghalang Rom sampai ke Madinah dengan
menjadikan Tabuk yang jauh dari Madinah sebagai medan pertempuran.

UJIAN BERAT KE TABUK
 Rasulullah mengisytiharkan destinasi dan musuh yang bakal dihadapi oleh tentera Islam.

111

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Kebiasaannya baginda merahsiakan demi strategi dan keselamatan. Tetapi untuk ke Tabuk
kali ini, baginda tidak merahsiakannya. Ini kerana memandangkan situasi pada masa itu yang
diambil kira faktornya oleh Rasulullah iaitu :

o Musim panas dan kemarau yang melampau.
o Musim menuai dan memetik hasil buah.
o Keadaan kekurangan makanan.
o Jarak Tabuk yang begitu jauh dan merentasi padang pasir yang terik.
o Konspirasi pihak Munafik dengan Rom secara rahsia dengan pembinaan masjid

Dhirar( pusat pengumpulan maklumat Madinah).

BERLUMBA-LUMBA UNTUK BERJIHAD
 Apabila Rasulullah mengisytiharkan seruan jihad ke Tabuk, maka berlumba-lumbalah para
Sahabat menyumbangkan harta mereka.
 Para kabilah Arab dan yang berjiran dengan Madinah juga datang untuk bersama-sama
berjuang bersama Rasulullah.

PENGORBANAN PARA SAHABAT

i) Abu Bakar Assidiq.
Menyumbangkan semua harta bendanya tanpa sedikitpun baki untuk keluarganya.

ُ‫أبْـَقْي ُت لَُه ُم اللهَ َوَر ُسْولَه‬

Aku tinggalkan bagi mereka(keluarga) Allah dan RasulNya.

ii) Umar Bin Al-Khattab
Menyumbangkan separuh hartanya untuk jihad ke Tabuk.
Ketika Umar membawa sumbangannya kepada Rasulullah sambil berfikir dapat mengatasi

Abu Bakar dari segi banyaknya sumbangan. Kemudian datanglah Abu Bakar dengan semua
hartanya untuk jihad lalu Umar berkata : " Selama-lamanya aku tidak akan dapat atasi Abu
Bakar." (Riwayat Tarmizi,Hakim dan Abu Daud)

iii) Uthman bin Affan
Menyumbangkan 900 ekor unta ( 300 ekor lengkap dengan muatan)dan 100 ekor kuda.
Beliau juga menyumbangkan 10,000 dinar.
Sabda Rasulullah tentang sumbangan Uthman :
" Selepas hari ini, apa sahaja yang dilakukan Uthman tiada memberi mudarat padanya."
( Jami' At Tarmizi 2/211 )

iv) Sahabat-sahabat yang lain
Ramai diantara mereka menyumbangkan senjata,binatang tunggangan, wang, barang kemas,
buah tamar dan kebun tamar.

4 GOLONGAN DALAM PERSIAPAN MENUJU TABUK
 Mukmin yang taat dan berlumba-lumba menyumbang wang,tenaga dan harta.
 Mukmin yang tidak berkemampuan walaupun bersemangat untuk berjihad.
 Mukmin yang lalai oleh keduniaan hingga ketinggalan.
 Munafik yang sememangnya tidak berhajat ke Tabuk, mencipta pelbagai alasan dan
memperlekehkan sumbangan yang disumbangkan untuk jihad.

112

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Munafik yang sedang mengadakan komplot dengan Rom secara sulit dan kemuncaknya
membina masjid.

o Mukmin yang taat dan berlumba-lumba menyumbang.
Mereka seperti Abu Bakar, Umar, Uthman,Abdul Rahman bin 'Auf dan Sahabat-
Sahabat yang lain.( seperti kisah diatas)

o Mukmin yang tidak berkemampuan.
Kisah mereka seperti yang difirmankan oleh Allah Taala :

                         

                      

Dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang
kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu engkau
(Muhammad) berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan
untuk membawa kamu", mereka kembali sedang mata mereka mengalir
airmata bercucuran kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai
sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk berjihad pada jalan
Allah).**
Surat At Taubah ayat 92

** Maksudnya: mereka bersedih hati kerana tidak mempunyai harta yang akan
dibelanjakan dan kenderaan untuk membawa mereka pergi berperang.

o Seramai 7 orang Sahabat menangis kerana keuzuran dari segi kemampuan iaitu :
Salim bin 'Umair, Ulbah bin Zaid, Abu Laila Abdul Rahman bin Ka'ab,
Abdullah bin Al-Mughaffah, Hirami bin Abdullah dan Irba'ad bin Sariyyah.

o Mukmin yang lalai oleh keduniaan
Abu Khutsaimah, Ka'ab bin Malik, Murarah bin Rabi' dan Hilal bin 'Umayyah.
Kesemua mereka adalah orang-orang yang jujur dan tidak ada keraguan dari segi
keislaman mereka.
Abu Khutsaimah pada mulanya orang ketinggalan ke Tabuk. Beliau bersama dua orang
isterinya mengerjakan ladang. Khemah yang direnjis air serta makanan dan minuman
disediakan oleh isteri-isteri Abu Khutsaimah.
Abu Khutsaimah terfikir : " Sekarang ini Rasulullah berada dibawah kepanasan matahari
dan cuaca yang panas membakar sedangkan aku dibawah teduhan khemah yang sejuk
serta makanan yang disajikan oleh isteri-isteriku yang cantik ! Aku tidak akan masuk
khemah ini selagi tidak bertemu Rasululah !
Lalu Abu Khutsaimah pun memecut kudanya menuju Tabuk. Beliau dapat berjumpa
Rasulullah dan baginda mendoakan keimanan untuknya.
Manakala Ka'ab bin Malik, Murarah bin Rabi' dan Hilal bin 'Umayyah dipulaukan oleh
warga Madinah selama 50 hari.

113

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

o Munafik yang mencipta pelbagai alasan.
Di ketuai oleh Abdullah bin Ubai.

Berikut firman Allah Taala tentang perangai buruk orang Munafikin semasa persiapan
Rasulullah menuju Tabuk :

                      

                           

(Orang-orang munafik itu) yaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin
yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak
memperoleh (untuk disedekahkan) selain sekadar kesanggupannya, Maka orang-
orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu,
dan untuk mereka azab yang pedih.
Surah At Taubah ayat 79

                        

                                  

 

Orang-orang yang ditinggalkan (Tidak ikut perang) itu, merasa gembira dengan
tinggalnya mereka di belakang Rasulullah, dan mereka tidak suka berjihad dengan
harta dan jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata: "Janganlah kamu
berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini". Katakanlah: "Api neraka
Jahannam itu lebih sangat panas(nya)" jika mereka Mengetahui.
Surat At Taubah ayat 81

                              

     

Di antara mereka ada orang yang berkata: "Berilah saya keizinan (tidak pergi berperang) dan
janganlah kamu menjadikan saya terjerumus dalam fitnah." Ketahuilah bahawa mereka telah
terjerumus ke dalam fitnah**. Dan sesungguhnya Neraka Jahannam itu benar-benar meliputi
orang-orang yang kafir.
Surah At Taubah ayat 49
*d*engaadnaablaesbaenraapkaanortearnggodmauonlaehfikwaynaintga-wtidaankitamRa1oum1p4aewrgi.i berperang ke Tabuk (daerah kekuasaan Rumawi)

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

o Munafik yang mengadakan komplot dengan Rom.
Mereka diketuai oleh Abu Amir Ar Rahib. Berugama Nasrani. Pergi ke Rom meminta
bantuan untuk memerangi Negara Islam Madinah. Maharaja Rom memberikan segala
kemudahan untuk Abu Amir.
Abu Amir meminta pengikut-pengikutnya di Madinah agar membina sebuah masjid untuk
operasi pengintipan. Masjid itu siap dibina menjelang Ghazwah Tabuk. Pengikutnya
meminta Rasulullah solat di masjid tersebut. Tujuannya supaya warga Madinah melihat
perbuatan Rasulullah itu sebagai pengiktirafan terhadap masjid tersebut.
Baginda menangguhkan untuk solat di situ sehingga balik dari Tabuk.

WAKIL DI MADINAH
 Rasulullah melantik Muhammad bin Maslamah Al-Ansari sebagai pengganti baginda di

Madinah. Setengah riwayat mengatakan Siba' bin 'Arfatah sebagai gantinya.
 Manakala Ali bin Abi Talib ditugaskan Rasulullah menjaga keluarganya.
 Golongan munafik memperlekehkan tugas Ali. Lalu Ali pergi untuk menyertai Rasulullah. Di

pertengahan jalan, Rasulullah mengarahkan Ali pulang semula ke Madinah sambil bersabda :
" Tidakkah kau suka bila kau disisiku seperti Harun di sisi Musa? Cuma tiada Nabi
sesudahku." ( Riwayat Bukhari 4416/ Muslim 2404)

MENUJU TABUK

 Perjalanan jauh seramai 30,000 orang tentera dalam keadaan serba kekurangan menempuh

pelbagai kesusahan. Antaranya berkongsi kenderaan dengan seekor unta ditunggangi secara
bergilir-gilir oleh 18 orang tentera. Ada masanya mereka hanya memakan daun-daun pokok
hingga pecah bibir mereka. Unta juga disembelih untuk dapatkan air minum di bonggolnya.

 Satu ketika semasa tentera Islam diambang kebuluran, mereka meminta izin agar unta-unta

disembelih untuk dimakan. Setelah Rasulullah memberi keizinan, Umar Al-Khattab memberi
cadangan:
" Wahai Rasulullah, jika disembelih unta-unta itu maka berkuranganlah kenderaan kita.
Suruhlah mereka membawa baki bekalan mereka dan doakan semoga Allah memberi
keberkatan."
Cadangan Umar diterima Rasulullah lalu baginda membentangkan sehelai hamparan dan
meminta mereka membawa bijian dan buah kurma untuk diletakkan atas hamparan. Setelah
berdoa, baginda menyuruh mereka mengambilnya.
Kesemua mereka mengambil dan memakannya hingga kenyang bahkan masih ada yang
berbaki. ( Riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah)
 Saat ketika tentera Islam mengalami kehausan yang amat sangat sehingga mengadu kepada
Rasulullah. Setelah baginda berdoa, Allah Taala mengirimkan awan untuk menurunkan hujan.
Tentera Islam dapat minum air sepuasnya dan memenuhi keperluan lain.

MELINTASI MADAIN SOLEH (al-Hijr)

 Dalam perjalanan menuju Tabuk, tentera Islam melintasi Wadi Al-Qura iaitu bekas

peninggalan perkampungan kaum Nabi Soleh iaitu kaum Thamud.

115

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Rasulullah melarang digunakan air perigi yang terdapat di situ samada untuk masak,minum,
mandi dan wuduk. Bahkan gandum yang diadunkan menggunakan air perigi itu dijadikan
makanan unta. Baginda hanya benarkan air yang diambil dari perigi Nabi Soleh. Ianya adalah
tiada keberkatan hasil peninggalan kaum yang dilaknat dan diazab oleh Allah Taala.

 Ketika Rasulullah melintasi kawasan tersebut, baginda bersabda :
" Janganlah kamu masuk tempat kediaman (rumah) orang-orang yang menzalimi diri
mereka sendiri agar kamu tidak ditimpa sebagaimana yang menimpa mereka. Kamu
hendaklah melintasinya dengan keadaan menangis."
Rasulullahpun menutup kepalanya dan bergerak cepat meninggalkan lembah tersebut.
( Sahih Bukhari 2/637)

Kisah Nabi Soleh dan Kaum Thamud boleh dirujuk dalam Al-Quran :
 Surah Al-'Araf ayat 73,75,77.
 Surah Hud ayat 61, 62, 66, 89.
 Surah Assyu'ara ayat 142.
 Surah An-Naml ayat 45.

116

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BERHAMPIRAN TABUK
 Apabila hampir memasuki Tabuk, Rasulullah berpesan kepada tenteranya yang sampai awal di
mata air Tabuk agar jangan menyentuhnya sehingga baginda sampai.
 Tetapi arahan baginda tidak dipatuhi oleh 2 orang tntera yang sampai awal. Keingkaran
mematuhi arahan itu menyebabkan pengeluaran air dari mata air terlalu perlahan dan sedikit.
 Rasulullah kemudian mencelup ke dalam mata itu untuk membasuh muka dan tangan baginda.
Tiba-tiba pengeluaran air dari mata air itu keluar mencurah-curah sehingga dapat diminum
oleh semua tentera Islam.
 Sempena peristiwa itu, Rasulullah bersabda kepada Mu'az bin Jabal :
" Wahai Mu'az! Jika umurmu panjang nescaya engkau akan dapat melihat di kawasan
ini dipenuhi kebun-kebun."
( Riwayat Muslim dari Mu'az bin Jabal 2/246 )
TIADA MUSUH DI TABUK
 Setelah mengharungi padang pasir sejauh 778 batu dari Madinah dan mengalami pelbagai
dugaan dan kesusahan, tibalah mereka di Tabuk Rasulullah pun membina markas di Tabuk.
Baginda menyampaikan khutbah meniupkan semangat jihad, memberi peringatan dan amaran
disamping menyampaikan khabar gembira kepada mereka yang berjuang menegakkan agama
Allah Taala.
 Pihak Rom pula diresapi perasaan takut oleh Allah Taala semasa perjalanan Tentera Islam
menuju Tabuk. Sabda Rasulullah :
" Aku telah diberi pertolongan dengan musuh(Rom) merasai gerun lagi takut dalam jarak
perjalanan sebulan." ( Riwayat Bukhari)
 Di Tabuk, didapati tiada langsung Tentera Rom. Mereka telah melarikan diri dan balik ke
tempat masing-masing. Ini kemenangan moral bagi Negara Islam Madinah. Namanya menjadi
sebutan kepada seluruh penduduk Semenanjung Tanah Arab yang selama ini begitu
menghormati dan gerun dengan kekuatan Rom.

117

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

MISI DAKWAH
 Tiada pertempuran di Tabuk memberi peluang kepada Rasulullah untuk menyampaikan seruan

Islam kepada penduduk sekitar
Syam.
 Walaupun penduduk di sekitar
Syam tetap menganut agama
Nasrani tetapi mereka mengiktiraf
kerajaan Negara Islam Madinah di
bawah pimpinan Rasulullah.
Antara yang mengikat perjanjian
pendamaian dan membayar jizyah
ialah :

o Yuhannah bin Ru'bah (
pemimpin Ailah).

o Penduduk 'Azrah.
o Penduduk Jarba'.
o Raja Ukaidar bin

Malik** ( pemimpin
Daumah Al-Jandal).

** ditawan oleh Khalid Al-Walid

PANDANGAN UMAR
 Setelah tinggal di Tabuk selama 20 malam, Rasulullah meminta pandangan para Sahabat

tentang langkah seterusnya iaitu meruskan kemaraan ke kawasan Syam yang lebih jauh. Umar
Al-Khattab memberi pandangan :
"Wahai Rasulullah, tentera Rom mempunyai kekuatan yang besar manakala di sana(Syam)
tiada seorangpun yang menganut Islam. Kedudukan mereka hampir dengan kita. Kedatangan
kita telah menggerunkan mereka. Seeloknya pada tahun ini, kita kembali ke Madinah dan
melihat apa bakal berlaku ataupun AllahTaala akan melakukan sesuatu yang dikehendakiNya."
Cadangan Umar diterima Rasulullah.

KEMBALI KE MADINAH
 Rasulullah kembali ke Madinah setelah meninggalkannya pada bulan Rejab dan kembali pada

bulan Ramadhan. Misi Tabuk mengambil masa 50 hari. Selama 20 hari daripadanya baginda di
Tabuk dan selebihnya adalah masa perjalanan pergi dan pulang.
 Baginda perlu menyelesaikan 2 perkara besar selepas Ghazwah Tabuk iaitu :

o Masjid Dhirar binaan orang munafik.
o Masalah Sahabat yang tidak turut serta ke Tabuk tanpa keuzuran.
 Apabila baginda melihat sayup dari jauh Kota Madinah, baginda bersabda:
" Itulah Tobah (nama lain Madinah) dan Bukit Uhud. Bukit yang menyayangi kita dan kita
menyayanginya."
 Penduduk Madinah terdiri para wanita dan kanak-kanak keriangan menyambut ketibaan
Rasulullah bersama tenteranya dari Tabuk.

118

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Bukit Uhud

PERCAMBAHAN MINDA

Pusara Hamzah dikaki Bukit Uhud.

119

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Perkuburan Syuhada Uhud dan Bukit Ar-Rumat dari udara.

BAB KELIMA BELAS
MASJID DHIRAR

111

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

                          
                              
                                     

           

107. Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk
menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah
belahkan antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah
memerangi Allah dan rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak
menghendaki selain kebaikan." dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu
adalah pendusta (dalam sumpahnya).
108. Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya mesjid
yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu
solat di dalamnya. Di dalamnya (masjid itu) ada orang-orang yang ingin membersihkan diri.
Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.
Surat At Taubah ayat 107-108
LATAR BELAKANG

111

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Abu 'Amir Ar-Rahib adalah pengasas Masjid Dhirar. Beliau dari Kabilah Khazraj dan berugama
Nasrani. Seorang yang berpengaruh di kalangan kaumnya sebelum hijrah Rasulullah.

 Abu 'Amir digelar oleh Rasulullah sebagai Abu 'Amir Al-Fasiq manakala Masjid Dhirar
bermakna masjid yang membawa kemudaratan.

 Kedatangan Rasulullah ke Madinah sempena hijrah menyebabkan Abu 'Amir melahirkan sifat
permusuhan dan penentangan
terhadap Rasulullah.

 Beliau melarikan ke Mekah dan
menghasut Musyrikin Quraisy
untuk memerangi Rasulullah dan
Negara Islam Madinah.

 Semasa Ghazwah Uhud, beliau
terlibat menggalikan lubang
memerangkap Rasulullah sehingga
baginda terjatuh kedalamnya.

Tapak bekas Masjid Dhirar bersebelahan Masjid Jumaat.  Apabila 'Amir bin Rahib melihat
perkembangan Islam berkembang
pesat, beliau pergi berjumpa

Herkulis Maharaja Rom untuk meminta bantuan.
 Herkulis memberi layanan istimewa dengan kemudahan tempat tinggal dan perlindungan

keselamatan. Herkulis juga menjanjikan bantuan dan pertolongan kepada Abu 'Amir untuk
menghapuskan Negara Islam Madinah.
 Setelah mendapat layanan istimewa dari Herkulis, 'Amir mula merancang untuk membina sebuah masjid
bagi memecahbelahkan masyarakat Madinah.

PROJEK MASJID DHIRAR
 Abu 'Amir mula memberi arahan kepada pengikutnya di Madinah untuk membina masjid.
 Dibina kira-kira 1 km dari Masjid Quba' dan berdekatan dengan lokasi tempat pertama Rasulullah

solat Jumaat sebelum sampai ke Madinah (Masjid Jumaat) .Pembinaan Masjid Dhirar bertujuan
untuk :
o Memecahbelah masyarakat Madinah kerana mereka inginkan agar orang-orang

beriman tidak mengunjungi Masjid Quba'.
o Pusat kegiatan untuk menguatkan kekuatan orang-orang munafik Madinah.
o Pusat operasi risikan bagi pihak Abu 'Amir dan Rom.
o Tempat perlindungan untuk wakil Abu 'Amir yang datang berkunjung ke Madinah.

 Masjid Dhirar siap dibina ketika umat Islam sedang bersiap sedia menuju Tabuk
 Bagi mengaburi tujuan jahat mereka membina masjid Dhirar, mereka beralasan masjid itu dibina

untuk keselesaan orang-orang yang tua, sakit dan uzur.
 Untuk mendapat pengiktirafan Rasulullah, wakil Abu 'Amir meminta Rasulullah datang ke masjid

mereka untuk bersolat. Tujuannya bagi menunjukkan betapa masjid mereka diiktiraf oleh
Rasulullah. Baginda menangguhkannya sehingga selesai Ghazwah Tabuk.

MASJID DHIRAR DIBAKAR DAN DIRUNTUHKAN
 Setelah selesai Ghazwah Tabuk, Rasulullah dan tentera Islam pun pulang ke Madinah.
 Ketika hampir sampai di Madinah( kira-kira sehari ), Malaikat Jibrail membawa khabar tentang

tujuan jahat golongan Munafik pimpinan Abu 'Amir bin Rahib.

112

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Lalu Rasulullah mengutus Ammar bin Yasir dan Malik bin Ad-Dhaksyam untuk merobohkan dan
membakar Masjid Dhirar ciptaan munafik pimpinan Abu 'Amir Al-Fasiq.

PERCAMBAHAN MINDA

1) Apakah perbezaan peranan antara Abdullah bin Ubai dengan Abu 'Amir Ar-Rahib?
2) Siapakah antara mereka berdua yang LEBIH BAHAYA terhadap Negara Islam Madinah?
Bincangkan.
3) Adakah Masjid Dhirar terdapat di negara kita? Sebutkan ciri-cirinya. Bincangkan.

Masjid Quba' pada zaman era 113
Kerajaan Uthmaniyyah Turki.

              
             
             

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Masjid Quba' kini.

BAB KEENAM BELAS

PEMULAUAN SAHABAT

                                

                                

                                

                                      

               

117. Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan orang-
orang Ansar yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka
hampir berpaling, Kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka,
118. Dan terhadap tiga orang*** yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga
apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun
telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat
lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka
agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah yang Maha Penerima Taubat lagi
Maha Penyayang.
119. Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama
orang-orang yang benar.
Surah At-Taubah ayat 117-119.

*** yaitu Ka'ab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Mararah bin Rabi' kerana tidak ikut berperang.

114

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

LATARBELAKANG PERISTIWA
 Terdapat 4 golongan yang tidak menyertai Ghazwah Tabuk :

o Golongan yang diberi tugas oleh Rasulullah untuk menjaga Madinah sepeninggalan baginda ke
Tabuk. Mereka seperti Ali bin Abi Talib, Muhammad bin Maslamah dan Abdullah bin Ummi
Makhtum.

o Golongan yang tidak mampu untuk ke Tabuk samada keuzuran kesihatan atau tiada kewangan
untuk membeli kelengkapan perang.. Mereka ini mendapat ganjaran disisi Allah Taala kerana
keikhlasan hati.(Rujuk Surah Taubah ayat 91-92)

o Golongan yang mukmin tetapi lalai oleh keduniaan hingga tertinggal untuk bersama
Rasulullah menuju Tabuk. Mereka adalah Ka'ab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan
Mararah bin Rabi'. Kesemua mereka dari golongan Ansar.

o Golongan munafik samada dari golongan Abdullah bin Ubai atau Abu 'Amir ar Rahib.

KEMBALI DARI TABUK

 Sebaik sampai di Madinah, baginda menuju masjid dan menunaikan solat 2 rakaat. Selepas itu

baginda pun menerima kunjungan orang-orang yang tidak sertai Ghazwah Tabuk.

 Golongan munafik seramai 80 orang berjumpa Rasulullah dan mengemukakan pelbagai alasan.

Rasulullah menerima alasan mereka.
 Apabila giliran Ka'ab bin Malik berjumpa Rasulullah, beliau berkata:

"Wahai Rasulullah, Sekiranya aku berhadapan dengan orang lain, tentunya aku akan memberi
pelbagai alasan bagi mengelakkan kemarahannya.
Sesungguhnya aku diberi kelebihan dengan lidah yang petah. Walaubagaimanapun demi
Allah! Aku tahu jika hari ini aku berbohong kepada engkau dan kau percayakannya, tentunya
Allah Taala akan memurkaiku.
Dan jika aku bercakap benar yang menyebabkan engkau marah padaku, biarlah begitu
asalkan aku mendapat pengampunan Allah Taala. Sebenarnya tiada sebarang keuzuran
padaku........."
 Rasulullah bersabda :
" Orang ini bercakap benar. Bangun dan pergilah engkau dari sini! Tunggulah sehingga
Allah Taala memberi keputusan terhadap engkau."
 Apabila Ka'ab keluar dari masjid, kaumnya Bani Salmah mengecamnya kerana tidak memberi
alasan seperti orang lain. Nasib Ka'ab juga dialami oleh Hilal bin Umayyah dan Murarah bin
Rabi' (keduanya Ahli Badar)

PEMULAUAN BERMULA
 Rasulullah melarang warga Madinah dari mendekati dan bertegur sapa dengan ketiga orang

yang dihukum pemulauan.
 Ka'ab bercerita :

" Aku rasakan bumi ini terlalu sempit seolah-olah bukan bumi yang pernah aku kenali."
 Oleh kerana Ka'ab lebih muda maka beliau solat berjemaah di masjid dan membeli di pasar.

Tiada seorangpun warga Madinah berbual dengannya. Suasana pemulauan terhadapnya amat
terasa. Manakala Hilal dan Murarah keduanya orang tua dan mereka berdua tidak keluar rumah
sejak pemulauan. Mereka menangis sepanjang masa menyesali perbuatan mereka.

115

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

UJIAN BESAR UNTUK KA'AB
 Ketika Ka'ab berada di pasar Madinah, beliau didatangi oleh wakil Raja Ghassan yang

berugama Nasrani. Sepucuk surat dari Raja Ghassan untuk Ka'ab berbunyi :
"Kami mendapat tahu bahawa tuan kamu(Rasulullah) telah menyingkirkan kamu, padahal
kamu tidak ditakdirkan untuk dihina. Kamu tidak akan disia-siakan. Berhubunglah dengan
kami. Kamu akan dilayan sebaik-baiknya.........."
 Ka'ab menganggap surat itu sebagai malapetaka kepada imannya lalu membakarnya.

PENGASINGAN DARI ISTERI
 Setelah tempoh pemulauan berjalan 40 hari, datang arahan dari Rasulullah yang

mengarahkan Ka'ab, Hilal dan Murarah tinggal berasingan dari isteri masing-masing.
Lalu Ka'ab pun menghantar isterinya ke rumah keluarga isterinya sambil berkata :
" Pergilah pulang kepada ibubapamu dan tinggal bersama mereka sehingga Allah Taala
memutuskan mengenai perkara ini......"

SAAT PALING GEMBIRA BAGI KA'AB
 Pada hari yang ke 50 tempoh pemulauan, maka Allah Taala menurunkan wahyunya

mengampunkan kesalahan Ka'ab, Hilal dan Murarah. Ka'ab menceritakan detik-detik
kegembiraannya :
"Pada satu pagi semasa aku berada atas bumbung rumah (sutuh) setelah solat Subuh sambil
mengenang sedih nasibku yang bagaikan sempit di dunia. Tiba-tiba terdengar laungan suara dari
Bukit Sala' begitu kuat sekali.
"Wahai Ka'ab ! Bergembiralah!"
Aku pun sujud kepada Allah. Aku tahu segala kesusahan dan kesempitan telah dilapangkan. Aku
mendapat tahu bahawa berita gembira ini telah disampaikan oleh Rasulullah kepada orang ramai
setelah selesai solat Subuh. Allah Taala telah menerima taubat kami."
 Ka'ab telah didatangi oleh seorang sahabat yang menyampaikan berita gembira itu. Selepas
itu beliau pergi ke masjid untuk berjumpa Rasulullah. Ka'ab disambut oleh Tolhah bin 'Ubaidillah
(Muhajirin)yang mengucapkan tahniah kepadanya.
 Ka'ab menceritakan detik-detik kegembiraannya berjumpa Rasulullah :
" Dikala aku memberi salam kepada Rasulullah, wajahnya berseri-seri gembira. Baginda berkata
kepadaku :
RASULULLAH :" Bergembiralah dengan hari-hari bahagia keatas kamu sejak dilahirkan oleh
ibumu."
KA'AB :" Apakah ini(penerimaan taubat) dari engkau atau dari Allah Taala?"
RASULULLAH : " Dari sisi Allah."
Ka'ab begitu amat gembira .
KA'AB : "Untuk lengkapkan taubatku ini, semua hartaku menjadi sedekah kepada Allah dan
RasulNya.Ini semualah(harta) menjadi sebab aku menghadapi ujian ini."
RASULULLAH : "Tinggalkan sebahagian darinya untuk kegunaanmu. Ianya adalah lebih baik
bagimu (dari kesempitan hidup)."

4 PERISTIWA PENTING SELEPAS GHAZWAH TABUK
 Rasulullah mengutus Abu Bakar untuk mengetuai rombongan haji Madinah. Ali bin Abi
Talib turut serta membantu Abu Bakar. Pada musim haji itu diisytiharkan beberapa perkara
penting. Antaranya :
o Tidak dibenarkan berbogel ketika tawaf. (amalan orang Jahiliyyah)
o Orang Musyrikin tidak dibenarkan mengerjakan haji mulai tahun hadapan.

116

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Raja Najasyi meninggal dunia. Rasulullah solat jenazah ghaib keatasnya.
 Puteri Rasulullah Ummi Kaltsum meninggal dunia. Uthman bin Affan mengawininya selepas

kematian Ruqayyah yang juga puteri Rasulullah. Baginda bersabda :
" Seandainya aku ada puteri yang ketiga nescaya akan aku kawinkan dengan
engkau(Uthman)".
 Ketua Munafik, Abdullah bin Ubai meninggal dunia. Rasulullah memohon keampunan dan
solat jenazah keatasnya walaupun Umar Al-Khattab cuba menghalangnya. Allah Taala
membenarkan perbuatan Umar.

                              

                             

           

84. Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka,
dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah
dan rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.
85. Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah
menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa
mereka, dalam keadaan kafir.
Surah At-Taubah

PERCAMBAHAN MINDA

1) Daripada kisah Ka'ab bin Malik, beberapa teladan dapat dikutip. Antaranya :
a) Sifat bercakap benar.
b) Kepatuhan kepada arahan pimpinan.
c) Sujud syukur.
d) Harta sebagai ujian.
Bincangkan.

2) Apakah pemulauan yang dilakukan menyalahi Hadis Rasulullah: "Haram bagi seseorang
muslim itu memulaukan saudaranya lebih daripada 3 malam(hari)..." ? Bincangkan.
3) Dalam organisasi Gerakan Islam, perkara pemulauan ini dinamakan (Gantung Keahlian).
Adakah ianya sama seperti pemulauan keatas Ka'ab dan sahabat-sahabatnya? Bincangkan.

117

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Pemandangan Pusara Rasulullah (Kubah Hijau) dari Perkuburan Baqi'.

BAB KETUJUH BELAS
KETIBAAN ROMBONGAN MEMELUK ISLAM

           
        
         
          

    

Pemandangan Mekah dari
satelit.

118

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

1. Apabila telah datang

pertolongan Allah dan

kemenangan,

2. Dan kamu lihat manusia

masuk agama Allah dengan

berduyung-duyung,

3. Maka bertasbihlah dengan

memuji Tuhanmu dan mohonlah

ampun kepada-Nya.

Sesungguhnya Dia adalah Maha

Penerima Taubat.

Surah Nasr

LATAR BELAKANG PERISTIWA Pemandangan Madinah dari
satelit.

 Dikenali sebagai Tahun Wufud (‫ )عام الوفود‬kerana ramai rombongan datang ke Madinah.

 Ulama Sirah menyebut lebih 70 utusan dari Kabilah-Kabilah Arab berjumpa dengan Rasulullah

samada sebelum Pembukaan Mekah atau selepasnya. Antaranya :
o Farwah bin 'Amru .
o Ka'ab bin Zuhair.
o Bani Thaqif.
o Bani Fazarah.
o Najran.
o Bani Hanifah.
o Bani 'Amir bin Sa'sa'ah.

Farwah bin 'Amru

 Seorang yang berbangsa Arab yang dilantik Pihak Rom sebagai Gabenor bagi

jajahan takluk Rom di kawasan
Arab. Kediamannya di Ma'an dalam
kawasan Syam.

 Farwah memeluk Islam selepas

melihat kehebatan dan keberanian
Tentera Islam dalam Ghazwah
Mu'tah tahun 7 Hijrah. Beliau
menghantar hadiah kepada
Rasulullah berupa seekor kaldai
putih.

 Apabila Rom mengetahui keislaman

Farwah, mereka menangkap dan
memenjarakannya. Pihak Rom
memberi 2 pilihan samada dihukum
bunuh atau murtad. Farwah memilih
kekal dengan Islam.

119

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Farwah syahid disalib dan dipenggal kepalanya di Palestin .

Ka'ab bin Zuhair
 Seorang penyair Arab yang terkenal. Menggunakan syairnya untuk menghina

dan mengejek Rasulullah.
 Setelah Pembukaan Mekah, ramai dikalangan penyair Mekah melarikan diri

kerana takutkan hukuman yang dijatuhkan atas mereka termasuk hukuman mati.
Ini kerana perbuatan mereka yang mengejek dan menyakiti Rasulullah.
 Ka'ab bin Zuhair merasakan bumi ini sempit untuknya melarikan diri lalu beliau
ke Madinah untuk memeluk Islam.
 Ka'ab berjumpa Rasulullah dan meletakkan tangannya di atas tangan baginda.
Rasulullah tidak mengenali Ka'ab. Ka'ab berkata:
" Wahai Rasulullah, sesungguhnya Ka'ab bin Zuhair telah datang dan meminta
keamanan darimu serta bertaubat dan memeluk Islam. Adakah engkau
menerimanya jika aku membawanya bertemumu?"
Jawab Rasulullah : "Ya".

 Lalu Ka'ab mengaku : " Sayalah Ka'ab bin Zuhair."
Tiba-tiba seorang Ansar menerpa kearahnya sambil minta kebenaran untuk

memenggal kepala Ka'ab. Rasulullah menegahnya sambil bersabda:
" Biarkan dia. Dia datang sebagai seorang yang bertaubat dan telah
menanggalkan perbuatannya(Jahiliyyah) zaman silamnya."

Utusan Bani Thaqif
 Mereka datang ke Madinah pada bulan Ramadhan Tahun 9 Hijrah.
 Sebelum itu, pada bulan Zukaedah Tahun 8 Hijrah selepas pengepungan Kota

Taif, ketua Bani Thaqif
'Urwah bin Mas'ud
mengekori Rasulullah
semasa baginda dalam
perjalanan balik ke
Madinah. 'Urwah
memeluk Islam dan
meminta kebenaran
Rasulullah untuk
mengajak kaumnya
kepada Islam.
 Rasulullah bersabda : " Engkau akan dibunuh olek kaummu."
 Lalu 'Urwah begitu optimis berkata : " Wahai Rasulullah, aku amat dicintai
oleh kaumku melebihi kasih mereka terhadap kaumnya".
 'Urwah kembali ke Taif dan menyeru kaumnya kepada Islam, tiba-tiba dirinya
dihujani panah sehingga syahid.
 Selepas sebulan peritiwa pembunuhan 'Urwah, Bani Thaqif menyedari kekuatan
Islam yang mengeliling Taif lalu mereka menghantar utusan bertemu
Rasulullah.
 Utusan Bani Thaqif diketuai oleh Abdul Yalil bin 'Amru dan 5 orang
pembantunya termasuk Uthman bin Abu 'Asy yang termuda dikalangan
mereka.

121

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Di Madinah, Rasulullah melayan
utusan Bani Thaqif dengan baik.
Dibina beberapa khemah di tepi
masjid. Tujuannya supaya utusan
itu dapat mendengar bacaan Al-
Quran dan melihat orang Islam
mengerjakan solat.

 Sepanjang tinggal di tepi masjid,
mereka berulang alik bertemu
Rasulullah dan baginda
mengajak mereka kepada Islam.
Rasulullah juga mengunjungi
mereka setiap malam selepas
Isyak dan mengajak mereka memeluk Islam.

 Akhirnya ketua utusan Bani Thaqif, Abdul Yalil bin 'Amru meminta
Rasulullah membuat surat perjanjian damai antara Rasulullah dengan Bani
Thaqif.

 Antara isi surat perjanjian itu, mereka menuntut Rasulullah menghalalkan bagi
Bani Thaqif melakukan 5 perkara berikut iaitu :
o Zina.
o Riba.
o Arak.
o Tidak mengerjakan Solat.
o Tidak memusnahkan patung berhala Al-Lata.

 Kesemua tuntutan mereka di tolak oleh Rasulullah. Tentang pengharaman zina,
riba dan arak, Rasulullah membaca Firman Allah :

                     

Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.
Surah Al-Isra ayat 32

                          

  

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan
tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang
yang beriman.
Surah Al-Baqarah ayat 278

                       

                 

90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum)

khamar, berjudi, (bteerrmkoarsbuak1n2u1pnetrubku)abtearnhalsay,amiteanng. unMdiankaasibjaduehniglaanh
panah, adalah

perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.

Surah Al Maidah ayat 90

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin



 Utusan Bani Thaqif juga meminta Rasulullah mengecualikan solat ke atas
mereka. Baginda menjawab : " Tiada kebaikan dalam satu-satu agama yang
tidak ada solat."

 Apabila Rasulullah menyuruh mereka meruntuhkan patuh-patung berhala,
mereka keberatan sambil berkata :
" Tidak mungkin! Sekiranya patung berhala itu tahu kami yang
meruntuhkannya nescaya ia akan membunuh keluarga kami."

 Umar Al-Khattab memarahi Abdul Yalil selaku wakil Bani Thaqif:
" Celaka engkau wahai Abdul Yalil ! Sesungguhnya batu itu tidak tahu siapa
yang menyembahnya dan yang tidak menyembahnya."

 Permintaan terakhir dari Bani Thaqif meminta Rasulullah menangguhkan
pemusnahan berhala Al-Lata sehingga 3 tahun, 2 tahun, setahun dan akhirnya
sebulan. Kesemuanya ditolak oleh Rasulullah.

 Rasulullah hanya bersetuju dengan permintaan mereka agar pemusnahan patung
berhala Al-Lata tidak dilakukan oleh Bani Thaqif sendiri.

 Akhirnya mereka akur setelah mengakui kehebatan dan kekuatan dakwah
Rasulullah yang sedang melanda ke seluruh Semenanjung Tanah Arab. Mereka
juga tidak mahu Bani Thaqif ketinggalan dalam menerima ajaran Islam.

 Abdul Yalil dan utusannya pun memeluk Islam. Rasulullah melantik Uthman
bin Abu 'Asy ** sebagai ketua mereka. Ini kerana sepanjang penginapan mereka
di Madinah, Uthman menunjukkan minat yang mendalam terhadap Islam dan
Al-Quran.

 Semasa rombongan Bani Thaqif tinggal di Madinah, Uthman ditugaskan
menjaga khemah mereka. Ini kerana beliau yang termuda.Apabila rombongan
itu selesai berjumpa Rasulullah dan berehat di khemah, maka Uthman pun pergi
berjumpa Rasulullah untuk mempelajari Islam dan Al-Quran. Jika didapati
baginda tidur, Uthman pergi ke rumah Abu Bakar.

 Sikapnya yang demikian membuatkan Rasulullah menyayangi beliau.

** Selepas Rasulullah wafat, ramai kabilah Arab murtad. Semasa Bani Thaqif ingin
murtad, Uthman berucap lepada kaumnua dengan ucapan masyhur :
" Wahai Bani Thaqif ! Kamulah manusia yang paling akhir masuk Islam. Maka
janganlah kamu manusia terawal yang murtad." Kata-katanya itu membuatkan Kabilah
Bani Thaqif membatalkan niat mereka dan berpegang teguh dengan Islam. Meninggal
pada Tahun 55 hijrah.

Kembali ke Taif
 Rombongan Abdul Yalil menyembunyikan keislaman mereka semasa mereka

tiba di Taif. Mereka menakut-nakut penduduk Taif dengan ancaman peperangan
dari Rasulullah.

122

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Penduduk Taif tercabar dengan ancaman itu lalu menyiapkan persediaan
perang. Tetapi setelah 2 hari membuat persediaan, Allah Taala campakkan rasa
takut dan gerun dalam jiwa mereka.

 Penduduk Taif menyuruh Abdul Yalil dan
rombongannya kembali ke Madinah dan
memenuhi ajakan memeluk Islam. Ketika
itu barulah rombongan Abdul Yalil
mengisytiharkan keislaman mereka dengan
diikuti penduduk Taif.

Pemusnahan Berhala Al-Lata
 Setelah rombongan Bani Thaqif balik ke

Taif, Rasulullah pun menghantar Khali bin
Al-Walid mengetui pasukan pemusnah
berhala Al-Lata di Taif. Termasuk dalam
pasukan Khalid ialah Mughirah bin
Syu'bah dan Abu Sufyan bin Harb.
 Apabila Mughirah dan rakan-rakannya mula hendak memusnahkan berhala Al-
Lata, keluarlah penduduk Taif sambil menangis dan meratapi berhala mereka.
 Abu Sufyan mengejek dan mengajuk ratapan mereka.
 Mughirah seorang yang suka melawak lalu beliau ketika merobohkan berhala
Al-Lata dengan kapaknya tiba-tiba dia pura-pura jatuh.
 Melihat keadaan Mughirah, penduduk Taif berteriak gembira sambil berkata :
" Allah telah jauhkan Mughirah. Dia dibunuh oleh penunggu berhala. Siapa lagi
berani untuk robohkannya, silakan nescaya kamu tidak dapat robohkannya."
 Mughirah pun bangun dan melompat sambil menempelak perangai mereka :
" Allah Taala mencelakakan kamu wahai Bani Thaqif ! Berhala ini hanyalah
batu yang bisu."
 Kemudian Mughirah dan rakan-rakannya merobohkan berhala Al-Lata hingga
tapak berhala menjadi rata.
 Rasulullah mengarahkan Uthman bin 'Al-Asy selaku ketua Bani Thaqif
membina masjid diatas bekas tapak berhala itu.

Bani Fazarah
 Kedatangan utusan Bani Fazarah seramai 10 orang lelaki berjumpa Rasulullah

pada tahun 9 Hijrah selepas baginda kembali dari Tabuk.
 Selepas memeluk Islam, mereka mengadu kepada Rasulullah tentang kemarau

yang melanda kawasan mereka.
 Rasulullah naik di atas mimbar dan berdoa kepada Allah Taala :

"Ya Allah, turunkanlah hujan untuk negeriMu dan binatang ternakanMu,
sebarkanlah rahmatMu, hidupkanlah negeriMu yang kering kontang.
Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami hujan yang manafaat,
menyenangkan dan menyuburkan, disegerakan dan tidak ditangguhkan,
bermanafaat dan tidak memudaratkan.
Ya Allah, berikanlah hujan rahmat bukan penyeksaan, bukannya
meruntuhkan, bukannya yang menenggelamkan dan bukan yang
menghapuskan.

123

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami dan tolonglah kami menghadapi
seteru-seteru kami." ( Zadul Ma'ad 8/94)
Utusan Najran
 Najran sebuah negeri yang luas terletak jalan menghala ke Yaman.
 Jaraknya dari Mekah kira-kira 330km (7 marhalah) dan ianya memakan masa
satu hari perjalanan dengan kuda yang laju.
 Kekuatan tenteranya adalah 100,000 orang. Penduduknya menganut ajaran
Nasrani.
 Utusan Najran datang ke Madinah pada tahun 9 Hijrah. Seramai 60 orang lelaki.
24 orang daripadanya adalah golongan bangsawan. Rombongan ini diketuai
oleh 3 orang pemimpin iaitu :

o Abdul Masih – potfolio kepimpinan kerajaan.
o Syurahbil bin Wada'ah – potfolio kebudayaan dan politik.
o Abu Harithah bin 'Alqamah – potfolio ugama.

124

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Apabila rombongan itu mengadap Rasulullah, mereka menukar pakaian
kepada pakaian sutera dan bercincin emas. Tujuannya untuk kemegahan dan
memuliakan Rasulullah. (Mereka menyangka Rasulullah seperti Raja yang
perlu dimuliakan.)

 Semasa rombongan Najran ini mengadap Rasulullah, tiba-tiba baginda
memalingkan muka baginda dan tidak melayan mereka.

 Mereka bertanya kepada Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin 'Auf
tentang sikap Rasulullah terhadap mereka. Kedua mereka tidak
mengetahui sebabnya.

 Akhirnya Ali bin Abu Talib memberitahu mereka bahawa pakaian sutera dan hiasan emas yang
dipakai oleh lelaki tidak di sukai oleh Rasulullah. Mereka pun menukar pakaian lain.

 Semasa tiba waktu solat, mereka solat( mengikut agama mereka) dalam masjid mengadap
Baitul Maqdis. Rasulullah membiarkan dan tidak menghalang ibadat mereka.

DIALOG RASULULLAH DENGAN UTUSAN NAJRAN
 Rasulullah mengajak mereka menganut Islam, tapi mereka enggan dan menjawab :

" Kami terlebih dahulu menjadi Islam sebelum kamu."
 Rasulullah menempelak mereka :

" Kamu berdusta! Tiga perkara yang menghalang kamu dari menjadi Islam. Iaitu kamu
menyembah salib, memakan daging babi dan mengatakan Allah itu ada anak ."
 Wakil dari Najran kemudian bertanya tentang Nabi Isa. Rasulullah diam dan menangguhkan
jawapannya sehingga Wahyu turun. Keesokkan harinya, baginda memberitahu mereka tentang
Wahyu yang diturunkan berkaitan Nabi Isa.

                             

                              

                                 

     

59. Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Isa di sisi Allah, adalah seperti (kejadian) Adam.
Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah"
(seorang manusia), maka jadilah dia.
60. Perkara yang benar datangnya dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali kamu termasuk
orang-orang yang ragu-ragu.
61. Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan
kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-
anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-ister1i25kamu, diri kami dan diri kamu; Kemudian
marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan
kepada orang-orang yang dusta*.

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Setelah firman Allah dibacakan oleh Rasulullah, mereka tetap enggan menerima keterangan
tentang Nabi Isa dan enggan memeluk Islam.

 Maka Rasulullah mencabar mereka untuk bermubahalah bagi memohon laknat Allah kepada
sesiapa yang berdusta.

 Pada hari untuk bermubahalah itu, Rasulullah membawa bersama cucunya Husin dan Hasan
serta puterinya Fatimah.

 Melihat kesungguhan Rasulullah untuk bermubahalah, timbul rasa kegerunan di hati wakil
Najran. Mereka memohon untuk bermesyuarat sesama mereka.

 Abdul Masih dan Syurahbil bin Wada'ah memberi pandangan :
" Demi Allah! Kalau benar dia seorang Nabi, lalu dia melaknat kita nescaya kita tidak akan
berjaya juga kepada zuriat kita nanti. Bahkan setiap helai rambut dan kuku kita akan binasa di
muka bumi ini."

 Akhirnya mereka setuju untuk berdamai dan membayar jizyah (kerana tidak memeluk Islam)
kepada Negara Islam Madinah. Manakala Rasulullah memberi jaminan keamanan dan keadilan
kepada Najran.

 Ramai ulama Sirah menyatakan Abdul Masih dan Syurahbil memeluk Islam setelah mereka
berdua kembali ke Najran.

Utusan Bani Hanifah
 Rombongan seramai 17 orang lelaki itu datang ke Madinah pada tahun 9 Hijrah.
 Termasuk di kalangan mereka ialah Musailamah Al-Kazzab. Nama sebenarnya Musailamah

bin Thumamah. Di gelar Al-Kazzab (Pembohong Besar) kerana dia mengaku menjadi Nabi .
 Terdapat 3 perkara yang berkaitan dengan perjumpaan Rasulullah dengan Musailamah Al-

Kazzab :
o Mimpi Rasulullah.
o Pelepah kurma.
o Surat perutusan.

 Mimpi Rasulullah
o Rasulullah bermimpi gelang emas berada di tangannya. Keadaan demikian
mengusarkan hati Rasulullah. Lalu diwahyukan supaya baginda meniup kedua gelang
tersebut. Setelah baginda meniupnya, kedua gelang tersebut lenyap. Rasulullah
mentakwilkan mimpi tersebut akan munculnya dua orang pendusta besar yang
mengaku sebagai Nabi semasa baginda masih hidup. Dua orang pendusta besar itu ialah
Musailamah Al-Kazzab dan Tolaihah Al-Ansi dari Yaman.

 Pelepah Kurma

126

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

o Rasulullah memegang sebatang pelepah kurma ketika bertemu Musailamah.
Musailamah meminta baginda menyerahkan kekuasaan baginda kepadanya selepas
kewafatan baginda. Rasulullah menjawab:
" Kalau engkau meminta kepadaku secebis pelepah kurma inipun tidak akan ku
berikan padamu. Jika engkau berpaling tadah, pasti Allah akan membinasakanmu.
Demi Allah! Engkaulah yang aku lihat dalam mimpiku........."
Lalu Rasulullah beredar meninggalkannya. ( Sahih Bukhari 2/627-628)

 Surat perutusan
o Musailamah pernah mengutus surat kepada Rasulullah. Antara isi kandungan surat itu :
"Daripada Musailamah Rasulullah kepada Muhammad Rasulullah. Aku bersamamu
dalam urusan menjadi Rasul. Untuk aku separuh daripadanya tetapi puak Quraisy
bersifat tidak adil (membolot semuanya).............."

Rasulullah membalas surat itu. Antara kandungannya:
" Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Daripada
Muhammad Rasulullah kepada Musailamah Al-Kazzab(Pendusta Besar).
Selamat sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk.................."

 Ramalan Rasulullah terhadap Musailamah benar-benar terjadi. Apabila Musailamah balik ke
Yamamah, beliau mengisytiharkan dirinya menjadi Nabi.

 Musailamah juga menghalalkan arak, zina dan mencipta sajak untuk meniru Al-Quran.
 Ramai penduduk terpedaya dengan ajaran Musailamah kerana beliau juga mengakui

Rasulullah sebagai Nabi.

NOTA : Musailamah dibunuh dalam Peperangan Al-Yamamah semasa pemerintahan Abu Bakar pada
RabiulAwal Tahun 12 Hijrah. Dia dibunuh oleh Wahsyi.
Manakala Nabi Palsu kedua Tolaihah Al-Ansi dibunuh 2 hari sebelum kewafatan Rasulullah. Berita
pembunuhannya diberitahu melalui Wahyu kepada Rasulullah lalu baginda memberitahu kepada para
Sahabatnya.

Utusan Bani Amir bin Sa'saah
 Bani Amir diketuai oleh Amir bin Tufail. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab dengan

peristiwa berdarah Bir Ma'unah yang mengorbankan 69 orang pendakwah. Tragedi itu
berlaku pada tahun 4 Hijrah.
 Setelah melihat ramai kabilah-kabilah Arab berduyun-duyun menuju Madinah untuk memeluk
Islam, maka pimpinan Bani Amir berjumpa ketua mereka Amir bin Tufail untuk mengajak
Amir memeluk Islam. Beliau menjawab dengan angkuhnya :
" Aku telah bersumpah supaya semua orang Arab berada dibelakangku.Adakah patut aku
menjadi pengikut Muhammad dari kabilah Quraisy?"
 Walau bagaimanapun Amir bin Tufail akhirnya bersetuju membawa kaumnya bertemu
Rasulullah di Madinah. Tetapi tujuannya bermotif jahat. Beliau bersama seorang lagi pimpinan
Bani Amir yang bernama Arbad bin Qais berpakat untuk membunuh Rasulullah.
 Amir menyuruh Arbad membunuh Rasulullah semasa beliau sedang berbual dengan
Rasulullah. Arbad berdiri dibelakang Rasulullah dengan jarak sekadar sejengkal.

AMIR : "Wahai Muhammad! Jadikan aku kawan rapatmu."

RASULULLAH : "Tidak! Sehingga kau beriman dengan Allah dan tidak mensyirikkanNya."

AMIR : " Adakah aku akan menggantikanmu menjadi pemimpin?"

127

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

RASULULLAH : " Itu bukan milik mu dan kaummu tetapi milik Allah Taala yang
mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendakiNya."
AMIR : "Sekiranya aku masuk Islam, engkau memimpin penduduk bandar dan aku memimpin
penduduk badwi?"
RASULULLAH : "Tidak! Untukmu apa yang diberikan kepada semua orang Islam dan apa
yang diwajibkan keatas semua orang Islam."
AMIR : " Kalau begitu, aku akan memerangimu dengan bala tentera berkuda dan berjalan kaki !"
RASULULLAH : " Allah Taala akan menghalangmu."

Ketika itu Arbad mengeluarkan pedangnya dari sarung tetapi tidak terdaya mengangkatnya.
Seorang Sahabat bernama Usaid bin Huzair datang kepada Amir dan Arbad dan menepuk kepala
keduanya sambil berkata : " Wahai dua ekor monyet! Keluar dari sini!."

Selepas meninggalkan majlis tersebut, Amir bertanya rakannya Arbad bin Qais.
AMIR : " Mengapa engkau tidak membunuhnya(Rasulullah)?"
ARBAD : " Tangan aku tidak terdaya mengangkat pedang. Bahkan hatiku cenderung untuk
membunuhmu."
 Rasulullah mendoakan kecelakaan untuk Amir bin Tufail dan Arbad bin Qais.
 Allah Taala memakbulkan doa NabiNya dengan mengirim petir yang memanah Arbad dan

untanya terbakar rentung semasa dalam perjalanan pulang. Manakala Amir bin Tufail diserang
penyakit pelik hingga dia diletakkan atas kuda hingga mati dalam keadaan hina.
 Seorang lagi pimpinan Bani Amir yang bernama Jabbar bin Aslam memeluk Islam bersama
kaumnya.

PERCAMBAHAN MINDA

128

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

1) Uslub(cara) Rasulullah mengikut keadaan sesuatu kaum. Antaranya :
a) membina khemah di tepi masjid untuk rombongan Taif.
b) membenarkan rombongan Najran beribadat di dalam masjid mengikut ibadat mereka.
c) mengekalkan jawatan Raja-Raja di Yaman setelah mereka memeluk Islam.

Bincangkan uslub di atas dan beri cadangan uslub-uslub lain yang boleh digunakan untuk
menarik non-muslim memeluk Islam.

129

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB KELAPAN BELAS
UTUSAN KE YAMAN

 Selain menerima utusan-utusan yang datang ke Madinah, Rasulullah juga menghantar para
Sahabat ke kawasan-kawasan lain untuk menerangkan mereka tentang Islam.

 Tugas mereka adalah sebagai pendakwah, pendidik, pemimpin dan juga sebagai Mujahid.
 Muaz bin Jabal dan Abu Musa Al-'Asyaari antara para Sahabat yang diutuskan oleh

Rasulullah. Mereka berdua diutus ke Yaman.
 Muaz diutuskan ke wilayah selatan manakala Abu Musa ke wilayah utara.
PESANAN USLUB DAKWAH RASULULLAH
 Sabda baginda kepada mereka berdua :

" Kamu berdua hendaklah memudahkan dan jangan menyusahkan. Sampaikan berita
gembira dan jangan menjadikan orang lari dari kamu berdua."
( Riwayat Bukhari dan Muslim)

131

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

3 PESANAN BUAT MUAZ BIN JABAL

o Pesanan Pertama
" Sesungguhnya engkau akan jumpa Ahli Kitab(Yahudi dan Nasrani), maka bila temui
mereka ajaklah mereka supaya mengaku Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad
itu Rasulullah.
Apabila mereka mengikutmu dalam perkara tersebut, beritahu mereka bahawa Allah telah
wajibkan keatas mereka solat 5 waktu sehari semalam..
Apabila mereka mematuhimu dalam perkara tersebut, beritahu mereka bahawa Allah
wajibkan keatas mereka zakat yang diambil daripada orang-orang kaya dikalangan mereka
dan dibahagikan kepada orang-orang yang memerlukannya..
Apabila mereka mematuhimu dalam perkara tersebut, maka jauhilah daripada mencabuli
hartabenda mereka yang disayangi.
Takutlah akan doa orang dizalimi kerana tiada hijab(dinding) antara doanya dengan
Allah." ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

o Pesanan Kedua
" Jangan memerangi mereka! Sehingga kamu dakwahkan mereka kepada Islam.
Jika mereka enggan, maka jangan perangi mereka sehingga mereka perangi kamu terlebih
dahulu.
Jika mereka memerangi kamu, maka jangan kamu mulakan serangan sehingga mereka
membunuh salah seorang daripada kamu.
Apabila mereka membunuh salah seorang dari kamu, tunjukkan mayat yang terbunuh itu
kepada mereka dan katakan,"Adakah ini cara yang lebih baik?".
Maka sesungguhnya jika kamu dapat Islamkan seseorang itu dengan hidayah Allah
disebabkan jasamu itu, adalah lebih baik kepadamu daripada tempat naik dan jatuh
matahari."

o Pesanan Ketiga
Semasa Rasulullah menghantar Muaz Bin Jabal menjadi Hakim ke Yaman.

RASULULLAH : " Dengan apakah kamu menghukum?"

MUAZ : " Dengan Kitab Allah (Al-Quran)."

RASULULLAH : " Jika tiada dalam Kitab Allah."

MUAZ : " Saya menghukum dengan dengan apa yang telah dihukum oleh
Rasulullah.(Hadis)."

RASULULLAH : " Jika engkau tidak dapati apa yang pernah dihukum oleh Rasulullah."

MUAZ : " Saya menghukum mengikut ijtihad (pendapat) saya dan tidak cuai."

131

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

RASULULLAH : " Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang memberi petunjuk kepada
utusan Rasulullah dengan apa yang diredhai oleh Rasulullah."
MUAZ MENANGIS
 Rasulullah sendiri ikut keluar mengiringi Muaz hingga luar Kota Madinah dalam keadaan

baginda berjalan kaki mengiringi Muaz yang menunggang kuda. Sambil berjalan , baginda
berpesan kepada Muaz :
" Wahai Muaz, mungkin engkau tidak akan bertemu aku lagi selepas tahun ini.
Mungkin engkau hanya lalu tepi masjidku dan tepi kuburku."
Muaz menangis kerana tidak dapat menahan perasaan sedih untuk berpisah dengan
Rasulullah.
Muaz berada di Yaman ketika kewafatan Rasulullah. Benarlah apa yang diucapkan oleh
Rasulullah.

132

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

PERCAMBAHAN MINDA

1) Huraikan maksud pesanan Rasulullah kepada Muaz bin Jabal dan Abu Musa Asya'ari.
" Kamu berdua hendaklah memudahkan dan jangan menyusahkan. Sampaikan berita
gembira dan jangan menjadikan orang lari dari kamu berdua."
( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pesanan Kedua untuk Muaz :
" Jangan memerangi mereka! Sehingga kamu dakwahkan mereka kepada Islam.
Jika mereka enggan, maka jangan perangi mereka sehingga mereka perangi kamu terlebih
dahulu.
Jika mereka memerangi kamu, maka jangan kamu mulakan serangan sehingga mereka
membunuh salah seorang daripada kamu.
Apabila mereka membunuh salah seorang dari kamu, tunjukkan mayat yang terbunuh itu
kepada mereka dan katakan,"Adakah ini cara yang lebih baik?".
Maka sesungguhnya jika kamu dapat Islamkan seseorang itu dengan hidayah Allah
disebabkan jasamu itu, adalah lebih baik kepadamu daripada tempat naik dan jatuh
matahari."

2) Berdasarkan pesanan kedua buat Muaz, Islam lebih mengutamakan pendamaian daripada
peperangan. Bincangkan.

3) Apakah maksud IJTIHAD. Apakah syarat-syarat untuk berijtihad ? Bincangkan.
4) Melalui internet, cari kisah tentang Muaz bin Jabal dan Abu Musa Asya'ari.

133

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB KESEMBILAN BELAS
HAJI WIDA' (Perpisahan)

Dan berserulah kepada manusia untuk
mengerjakan haji, nescaya mereka akan
datang kepadamu dengan berjalan kaki,
dan menunggang unta yang kurus* yang
datang dari segenap penjuru yang jauh.
SURAH AL-HAJJ ayat 27

TARIKH: 2 5 Zulkeda hTahun 10  hijrH ahA .J(Im Wu laIDkAe l'u ardariKota Mad in ah)       

pkSPSLJFeDeUUeEOpnAmaRMaRjKunRdeAIrLAnaDSuHbamATSUenyuIHrAIajusHW:ndLenRgeArg-AnuMOHjJagTlIaIMAeuaaNhkDhnnJBaI.aJIbhkhODWe.earAIpNyAjKaaarGdJatlEabaAI2NnB.7NAmKka:LaAknAIiNu,nSsdg:EiaagBnaTrAumaanhGnetuunAknkuiIrn1amg0-:gkeHHainrnaiagjjgrej9aaru0hjtaun,.0klt(a0apW0ney-nia1ddhn4aaag0'p,j,ikaH0,ut0arpn0jujaiasosl*ticrunaalgynyaBgamnadgalmaasdrgyeiahhrsteuaedkrlnaa)ugnruaHdhkaaarpjnijeasltuedusgaluetkannagp
*IsUlanmta. yang kurus menggambarkan jauh dan sukarnya yang ditempuh oleh jemaah haji.
MENUJU MEKAH

 Sejak hijrah ke Madinah, Rasulullah tidak pernah mengerjakan haji. Inilah haji yang
pertama dan terakhir yang dikerjakan oleh Rasulullah sejak tinggal di Madinah selama 9
tahun.

 Pada bulan Zulkaedah Tahun 10 Hijrah, Rasulullah mengumumkan tentang hasrat baginda
mengerjakan haji. Berita itu tersebar di seluruh Semenanjung Tanah Arab. Maka ramailah
umat Islam ingin bersama baginda untuk mengerjakan ibadat haji.
134

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Rasulullah mengajar tentang ibadat haji dari perkara ihram hinggalah perkara wajib dan
sunat kepada umat Islam semasa di Madinah.

 Selepas solat Zohor pada hari Sabtu bertarikh 25 Zulkaedah Tahun ke 10 hijrah,
berangkatlah Rasulullah bersama umat Islam menuju Mekah sambil bertalbiyah :

‫ لاَ َش ِريْ َك لَ َك‬, ‫ إ َّن ال َح ْم َد َوالِنّـ ْع َمةَ لَ َك َوال ُملْ َك‬, ‫ لََبّـْي َك لاَ ِش ِريْ َك لَ َك لََبّـْي َك‬, ‫لََبّـْي َك اللُّه َّم لََبّـْي َك‬

Ya Allah, aku datang menyambut seruanMu, aku datang menyambut seruanMu, tiada sekutu
bagiMu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan hanyalah bagiMu, tiada sekutu
bagiMu.

 Jabir (ra) menggambarkan suasana ketika
mengiringi Rasulullah sepanjang
perjalanan dari Madinah ke Mekah:
" Ketika Rasulullah menunggang untanya,
di hadapannya sejauh mata memandang
ramainya lautan manusia berjalan kaki
dan menunggang kenderaan. Begitu juga
dikiri, kanan dan belakang baginda."

 Rasulullah memasuki Mekah melalui Bab
Bani Syaibah. Semasa baginda melihat
Kaabah, baginda berdoa :
" Ya Allah, tambahkan kemuliaan,
penghormatan, kebesaran, kebaikan
dan kegerunan kepada orang yang
menghormati rumah ini (Kaabah) dari
mereka yang mengerjakan haji dan
umrah." ( Riwayat Tabrani dan Ibn Saad)

 Rasulullah tinggal di Mekah selama 4 hari iaitu Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu (4 Zulhijjah
hingga 7 Zulhijjah).

 Pada 8 Zulhijjah (Khamis) setelah mengerjakan tawaf dan saei, baginda bersama jemaah haji
menuju ke Mina (bermalam semalaman), kemudian melintasi Muzdalifah (tanpa bermalam)
dan akhirnya sampai ke Arafah pada hari Jumaat ( 9 Zulhijjah).

 Di Arafah, Rasulullah singgah di khemah yang disediakan yang terletak di tempat yang
dikenali Namirah. Apabila matahari telah tergelincir, baginda menunggang untanya Al-Qaswa'
menuju ke lembah Arafah ('Uranah). Di situlah Rasulullah bangun dan menyampaikan
Khutbah Wida' kepada lautan manusia yang sedang berkumpul di Arafah.

KHUTBAH WIDA'

" Wahai manusia ! Dengarlah kata-kataku ini. Sesungguhnya aku tidak dapat menentukan
samada aku boleh bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini di tempat ini buat
selama-lamanya.
Wahai manusia! Sesungguhnya darah-darah kamu dan harta-harta kamu adalah haram
kepada kamu seperti haramnya pada hari ini, bulan ini dan di negeri kamu kepada kamu.

135

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Tidakkah segala perkara Jahiliyyah dan darah-darah Jahiliyyah sudah berada dibawah
tapak kaki kamu (dimusnahkan) ? Sesungguhnya pertama-tamanya aku batalkan tuntutan
hutang darah yang dibuat oleh Rabi'ah bin Al Harith bin Abdul Mutalib( beliau dibunuh di
perkampungan Bani Saad oleh kabilah Hudail). Riba' Jahiliyyah semuanya terhapus. Oleh
itu pertama sekali aku membayar tuntutan riba yang dibuat oleh 'Abbas bin Abdul Mutalib.

Wahai manusia ! Sesungguhnya lalai(amalan menangguh) itu menambahkan kekufuran.
Dengan lalai disesatkan oleh orang yang kafir. Maka mereka menghalalkan apa yang
diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Sesungguhnya
masa itu beredar mengikut keadaannya sejak hari Allah jadikan langit dan bumi.
Sesungguhnya bulan disisi Allah adalah 12 bulan. Seperti yang ditetapkan oleh Kitab Allah.
Di antaranya 4 bulan yang diharamkan berperang. Dari 4 bulan itu adalah tiga bulan
berturut-turut dan bulan Rejab yang berada diantara Jamadil Akhir dan Sya'aban.

Wahai manusia! Bertaqwalah kamu dalam soal wanita. Mereka adalah amanah Allah
kepada kamu. Wanita-wanita kamu mempunyai beberapa hak keatas diri mereka. Adalah
menjadi kewajipan keatas diri mereka supaya tidak izinkan sesiapapun masuk ke dalam
bilik tidur kecuali kamu dan jangan benarkan orang yang tidak disukai oleh kamu
memasuki rumah kamu. Jika mereka melakukannya, pukullah mereka dengan pukalan
yang tidak mencederakan mereka. Kamu berkewajipan memberi hak mereka berupa makan
minum dan pakaian secara yang baik. Takutlah kepada Allah dalam perkara wanita dan
asuhlah mereka dengan cara yang betul.
Ingatlah ! Aku telah sampaikan pesan kepada kamu. Ya Allah, Engkaulah saksi atas kami.

Wahai manusia! Orang-orang mukmin adalah bersaudara antara satu sama lain. Oleh itu
mengambil hartanya tanpa izin adalah haram.

Ingatlah ! Aku telah sampaikan pesan kepada kamu. Ya Allah, Engkaulah saksi atas kami.

Oleh itu janganlah selepas ketiadaanku, kamu semua kembali kepada kekufuran dan
berbunuhan sesama sendiri.
Aku tinggalkan kepada kamu satu perkara. Kamu tidak akan sesat selagi berpegang
kepadanya iaitu Kitab Allah.(Al-Quran). ( Sahih Muslim 1/397)

Wahai manusia! Tuhan kamu adalah satu. Keturunan kamu juga satu. Kamu semua
keturunan dari Adam yang dicipta dari tanah. Orang paling mulia disisi Allah diantara
kamu ialah orang yang paling bertaqwa. Tiada istimewa seorang Arab keatas bukan Arab.
Begitu juga sebaliknya. Keistimewaan itu hanya berdasarkan sifat taqwa semata-mata.

Wahai manusia! Sesungguhnya tiada lagi Nabi selepasku. Dan tiada lagi umat selepas
kamu Ingatlah! Sembahlah Tuhanmu. Tunaikan solat 5 waktu, berpuasalah di bulan
Ramadhan, tunaikan zakat hartamu dengan penuh kerelaan, tunaikan haji di Rumah
Tuhanmu dan taatilah para pemimpin yang mengendalikan urusanmu, nescaya kamu akan
dapat masuk syurga Tuhanmu.
Tentu sekali kamu ingin tanyakan tentangku, maka sebutlah apa yang ingin kamu
katakan."

136

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Semua mereka menjawab : " Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan,
menunaikan dan memberi nasihat."

 Lalu Rasulullah mengisyaratkan jari telunjuknya ke langit dan kemudian menghalakan jari
baginda kepada arah jemaah haji dengan bersabda :
" Ya Allah, saksikanlah." (diulang sebanyak 3 kali) (Riwayat Muslim 1/397)

 Rabi'ah bin Umayyah bin Khalaf adalah orang yang mengulang-ngulang ucapan Rasulullah
di Arafah supaya dapat didengari oleh jemaah haji. ( Ibnu Hisham 2/605)

 Sebaik sahaja selesai Rasulullah menyampaikan khutbahnya, turunlah ayat Al-Quran :

                         

…. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu dan Aku telah
cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi ugama
untuk kamu.
Surah Al-Maidah ayat 3

 Umar Al Khattab menangis apabila mendengar ayat Al-Quran dibaca oleh Rasulullah.
Lalu ditanya oleh orang ramai kepadanya mengapa beliau menangis, Abu Bakar pun
menjawab :

" Tidak ada selepas kesempurnaan melainkan akan datanglah kekurangan."
(Yang dimaksudkan kekurangan itu ialah kewafatan Rasulullah).
 Selesai khutbah, Bilal ArRabah pun melaungkan azan. Rasulullah bersama jemaah haji

menunaikan solat Zohor dan Asar secara Jamak Taqdim.
 Baginda wukuf di Arafah hingga terbenam matahari.
 Selepas itu Rasulullah membonceng Usamah bin Zaid menunggang untanya Al Qaswa'

menuju Muzdalifah. Perjalanan mereka ke Muzdalifah diiringi dengan lafaz Talbiyyah.

‫ لاَ َش ِريْ َك‬, ‫ إ َّن ال َح ْم َد َوالِنّـ ْع َمةَ لَ َك َوال ُمْل َك‬, ‫ لََبّـيْ َك لاَ ِش ِريْ َك لَ َك لََبّـْي َك‬, ‫َََبّـْي َك اللُّه َّم لََبّـْي َك‬
‫لَ َك‬

Ya Allah, aku datang menyambut seruanMu, aku datang menyambut seruanMu, tiada sekutu bagiMu,
sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan hanyalah bagiMu, tiada sekutu

 Di Muzdalifah, baginda dan jemaah haji menunaikan solat Maghrib dan Isya' secara Jamak
Takhir.

 Setelah bermalam di Muzdalifah dan menunaikan solat Subuh, baginda dan jemaah haji
bertolak ke Mina sebelum matahari terbit.

 Baginda membonceng Al-Fadhil bin 'Abbas semasa menuju Mina.
 Semasa melalui Lembah Muhassar(Al-Mughammis), baginda mempercepatkan unta

tunggangannya kerana disitulah tempat Tentera Bergajah Abrahah ditimpa azab Allah.
 Sampai di Jamrah Al-'Aqabah, Rasulullah menunggu sehingga matahari naik untuk

melontar sebanyak 7 biji anak batu sambil bertakbir.
 Selesai melontar Rasulullah kembali Mina dan berkhutbah. Antara kandungan khutbahnya :

137

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

" .....Sesungguhnya darah, harta benda dan kehormatan kamu adalah haram terhadap
kamu sebagaimana haramnya (kehormatan) hari ini, di negeri ini dan bulan ini.
Kelak kamu semua akan bertemu Tuhanmu dan Dia akan menyoal kamu tentang amalan
yang kamu lakukan.
"Ingatlah! Jangan kamu berpatah balik menjadi sesat setelah ketiadaanku, berbunuhan
antara satu sama lain."
Ingatlah! Bukankah aku telah menyampaikan? ( Jemaah haji menjawab: "Benar".)
Ya Allah! Saksikanlah. Hendaklah orang yang hadir sampaikan kepada yang tidak hadir.
Adakalanya orang yang disampaikan berita kepadanya lebih faham daripada orang yang
mendengarnya sendiri."( Sahih Bukhari 1/234)
 Selepas itu, Rasulullah pun menuju tempat penyembelihan lalu menyembelih 63 ekor unta.

Kemudian Ali bin Abi Talib pula menyembelih bakinya 37 ekor untuk menggenapkan 100
ekor unta korban.
 Selepas itu, baginda menunggang untanya menuju Kaabah untuk tawaf Ifadhah(rukun haji),
solat Zohor dan minum air zam-zam yang disediakan oleh keluarga baginda, Bani Abdul
Mutalib.
 Rasulullah kembali ke Mina dan bermalam di sana. Baginda melontar dimulai dengan
Jamra Al-'Ula, Jamrah Al-Wusto dan Jamrah Al-Aqabah pada 3 hari Tasyrik.
 Setelah berada di Mina selama 3 hari, baginda meninggalkan Mina pada hari 13 Zulhijjah
menuju Mekah untuk Tawaf Wida' pada waktu malam dan seterusnya kembali balik ke
Madinah.
 Sepanjang mengerjakan Ibadan haji, Rasulullah senantiasa mengingatkan jemaah haji
dengan sabdanya:
" Wahai manusia! Ambillah daripadaku cara-cara ibadat haji kamu, maka sesungguhnya
aku tidak tahu mungkin tidak dapat mengerjakan haji lagi selepas ini."

Gua Hira' Lembah Muhassar
MINA
Masjidil Haram
MEKAH 138

Gua Thur

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

PERCAMBAHAN MINDA

Baca semula isi Khutbah Wida' Rasulullah (rujuk muka surat 136/137). Fahami perkataan-perkataan
yang bergaris. Bincangkan.

139

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB KEDUA PULUH
OPERASI KETENTERAAN TERAKHIR

141

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Bulan Safar Tahun 11
Hijrah

LATAR BELAKANG
 Ini adalah susulan dari Ghazwah Mu'tah yang berlaku pada Tahun 8 Hijrah antara Tentera
Islam seramai 3,000 orang menentang Tentera Rom seramai 200,000 orang.
 Dalam ghazwah tersebut 3 orang panglima Islam syahid iaitu :
o Zaid bin Harithah.
o Jaafar bin Abi Talib.
o Abdullah bin Rawahah.

PERSIAPAN TENTERA
 Pada bulan Safar Tahun 11 Hijrah, Rasulullah mempersiapkan barisan Tentera Islam seramai
3,000 orang menuju ke Ubna berhampiran Mu'tah dimana tempat tiga orang panglima Tentera
Islam syahid.
 Rasulullah melantik anak Zaid bin Harithah iaitu Usamah bin Zaid** sebagai ketua Tentera
Islam. Baginda berpesan kepada Usamah :
" Teruskan kemaraan sehingga kamu sampai ke tempat ayahmu dibunuh. Kejutkan mereka
dengan serangan tentera berkuda. Aku melantikmu untuk mengetuai pasukan tentera ini.
Pada waktu pagi, kamu hendaklah menyerang mereka. Segerakan perjalanan supaya
mereka(musuh)

141

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Tidak dapat mengesan kemaraan kamu. Sekiranya Allah Taala mengurniakan kemenangan
kepada kamu, maka jangan tinggal di situ dalam jangka masa yang lama."
 Perlantikan Usamah sebagai ketua dipertikaikan oleh orang ramai. Ini adalah kerana faktor umur.
Bagi mereka umur Usamah yang tidak sampai 20 tahun adalah terlalu mentah untuk memimpin
bala Tentera Islam untuk menghadapi Kuasa Besar,Rom.
 Apabila Rasulullah mendapat berita tentang lantikan Usamah oleh baginda tidak begitu di
persetujui oleh orang ramai, Rasulullah amat marah lalu bersabda :
" Wahai manusia! Apakah maknanya kritikan yang telah sampai kepadaku mengenai
tindakanku melantik Usamah sebagai ketua? Jika kamu mempertikaikan kepimpinannya,
bererti kamu mempertikaikan kepimpinan bapanya sebelum ini.
Demi Allah! Bapanya adalah yang benar-benar layak diserahkan kepimpinan ini dan dia
adalah antara orang yang paling aku sayangi. Sesungguhnya anaknya juga termasuk di
kalangan orang yang paling aku sayangi selepas bapanya." ( Sahih Bukhari 2/1612)
 Baginda sendiri menyerahkan panji Tentera Islam kepada Usamah bin Zaid.
 Tentera Tentera pimpinan Usamah mula meninggalkan Madinah pada bulan Safar lalu
berkhemah sementara di Al Juruf lokasinya pinggir Madinah.
 Usamah menangguhkan perjalanan Tentera Islam menuju destinasinya apabila mendapat berita
tentang keuzuran Rasulullah.

** Usamah bin Zaid meninggal pada tahun 54 hijrah dan dikebumikan di Madinah.

PERCAMBAHAN MINDA

Perlantikan Usamah bin Zaid ( umurnya antara 17-20 tahun) oleh Rasulullah
untuk mengetuai bala Tentera Islam seramai 3,000 orang untuk menghadapi
Kuasa Besar Rom adalah satu pengiktirafan Rasulullah kepada golongan muda.
Baginda yakin dengan kemampuan, kelayakkan dan keberanian golongan ini.
Bincangkan.

142

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

TINGGALAN EMPAYAR KERAJAAN
UTHMANIYYAH TURKI DI MADINAH
Stesen Keretapi (atas) dan Kota Pertahanan
(kanan).

BAB DUA PULUH SATU
ISYARAT KEWAFATAN RASULULLAH

143

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Makam Rasulullah(Kubah Hijau) dan
Perkuburan Baqi'.

TANDA-TANDA AWAL KEWAFATAN RASULULLAH
Antara tanda-tanda isyarat awal kedatangan ajal Rasulullah :
1)

                                

…. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu dan Aku telah
cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi ugama
untuk kamu.
Surah Al-Maidah ayat 3

 Umar Al Khattab menangis apabila mendengar ayat Al-Quran dibaca oleh Rasulullah.
Lalu ditanya oleh orang ramai kepadanya mengapa beliau menangis, Umar pun
menjawab :

" Tidak ada selepas kesempurnaan melainkan akan datanglah kekurangan."
(Yang dimaksudkan kekurangan itu ialah kewafatan Rasulullah).

2)                             

                 

1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
2. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berduyung-duyung,
3. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.
Surah An Nasr

 Surah ini diturunkan di Mina semasa Rasulullah mengerjakan Haji Wida' (Hari
Tasyrik)

 Dinamakan juga sebagai Surah Taudi' (selamat tinggal).
 Diriwayat bahawa Rasulullah wafat selepas 70 hari surah ini diturunkan.
 Umar Al-Khattab pernah bertanya Abdullah bin 'Abbas(Ibnu 'Abbas) tentang surah ini.

Ibnu 'Abbas menjawab : " Surah ini diturunkan sebagai isyarat ajal Rasulullah telah
hampir dan Allah Taala memaklumkan hal tersebut kepada Rasulullah."

144

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

3) Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Ummu Mukminin Aisyah : Suatu hari ketika isteri-isteri
Rasulullah berhimpun disisi baginda, tiba-tiba datang puteri baginda Fatimah. Lalu Rasulullah
memanggil puterinya lalu berbisik. Tiba-tiba Fatimah menangis. Kemudian baginda berbisik sekali
lagi kepada puterinya. Tiba-tiba Fatimah ketawa gembira.
Apabila Rasulullah wafat. Aisyah bertanya Fatimah tentang peristiwa tersebut. Fatimah menjawab :
" Aku menangis kerana Rasulullah memberitahuku tentang kedatangan Jibrail yang
mengulangkaji Al Quran sebanyak 2 kali berbanding tahun sebelumnya sekali sahaja. Ini
tandanya ajal baginda semakin hampir. Adapun aku ketawa kerana baginda memberitahu aku
dilantik menjadi ketua wanita ahli syurga dan aku ahli keluarga pertama akan mengikut jejak
baginda (wafat)." (Sahih Bukhari 2/638)

4) Jabir meriwayatkan semasa Haji Wida' ketika Rasulullah melontar di Jamrah Al-'Aqabah, baginda
bersabda :
" Pelajarilah cara-cara ibadat haji dariku kerana kemungkinan aku tidak berhaji lagi selepas
tahun ini."

5) Pada awal Safar Tahun 11 hijrah, selepas
menziarahi perkuburan syuhada' di Uhud, baginda
naik atas mimbar dan bersabda:
" Sesungguhnya aku akan mendahului kamu dan
aku akan menjadi saksi terhadap kamu. Demi
Allah! Aku benar-benar sedang melihat
kolamku(Al-Kauthar) . Sesungguhnya aku diberi
kunci seluruh kekayaan bumi . Demi Allah! Aku
bukannya bimbang kamu akan syirik selepasku
tetapi aku bimbangkan ialah kamu berlumba-
lumba berebut urusan dunia."
( Sahih Bukhari 2/585)
6) Abu Said Al-Khudri meriwayatkan dari Rasulullah ketika bagPinerdkaubbeurrkanhuStybuahhadaataUshmudimbar :
" Sesungguhnya Allah Taala telah memberi pilihan kepada seorang hambaNya samada beliau
ingin memilih kemewahan dunia atau diberi sesuatu disisi Allah. Lalu dia memilih sesuatu disisi
Allah.."
Abu Bakar menangis bila mendengar khutbah tersebut. Kami (orang ramai) hairan dengan tangisan
Abu Bakar. Rupanya dia lebih tahu daripada kami. ( Sahih Bukhari 3434)

7) Bapa saudara Rasulullah Al-'Abbas melihat dalam mimpinya seolah-olah bumi ditarik ke langit
dengan tali-tali. Lalu beliau bertanya Rasulullah tentang mimpinya . Baginda menjawab :
" Itu tandanya akan berlaku kewafatan anak saudaramu."

8) Abu Muwahibah ( khadam Rasulullah) menceritakan semasa mengiringi baginda untuk menziarahi
Perkuburan Baqi' pada waktu tengah malam. Baginda diperintah untuk meminta keampunan bagi ahli
Baqi'.
Baginda bersabda :

145

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

" Salam sejahtera wahai ahli kubur! Semoga diringankan siksa keatas kamu kerana dosa yang
telah kamu lakukan seperti yang dilakukan oleh manusia. Fitnah datang satu persatu laksana
malam gelap gelita(tidak dapat dibezakan antara yang benar dan batil ). Hilang satu datang pula
yang lain dan ianya lebih buruk dari yang awalnya."
Kemudian Rasulullah
berpaling kepada Abu
Muwahibah dan bersabda
:
" Wahai Abu
Muwahibah! Telah
dibawa kepadaku kunci-
kunci segala khazanah
dunia dan untukku
kekal didalamnya.
Kemudian dibawa
kepadaku syurga. Aku
memilih untuk bertemu
Tuhanku dan syurga."

Perkuburan Baqi dari udara.

146

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

PINTU
1) AHLI BAIT ( Al-'Abbas, Fátimah Az Zahra, Al Husin bin Ali, Ali bin Husin Zainal Abidin, Muhammad Baqir
dan Jaafar Al Sadiq )
2) IBU SAUDARA RASULULLAH ( Safiyyah binti Abdul Mutalib)
3) PUTERI RASULULLAH ( Ummu Kalthum , Ruqayyah dan Zainab)
4) UMMU MUKMININ ( Aisyah, Saudah, Hafsah, Safiyyah, Juwairiyyah, Ummu Habibah, Zainab bin
Khuzaimah dan Zainab bin Jahsy)
5) Abdullah bin Jaafar Al Toyyar, 'Aqil bin Abu Talib dan Saad bin Abi Waqas.
6) Imam Malik dan Imam Nafi'.
7) Ibrahim bin Rasulullah, Uthman bin Ma'zun dan Abdul Rahman bin 'Auf.
8) Perkuburan Syuhada' Uhud.
9) Uthman bin 'Affan.
10) Halimatus Saadiah.
11) Abu Said Al Khudri dan Saad bin Musa.

BAB KEDUA PULUH DUA
KEWAFATAN RASULULLAH

147

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

RASULULLAH JATUH SAKIT
 Pada hari Isnin 29 Safar Tahun 11 Hijrah, setelah Rasulullah balik dari menghadiri
pengkebumian jenazah di Perkuburan Baqi' ,baginda mula mengalami sakit kepala dan demam.
Suhu badan baginda naik mendadak hingga ke serban baginda.
 Rasulullah sempat solat berjemaah dengan para Sahabat selama 11 hari sepanjang keuzuran
baginda.
 Setelah sakit baginda bertambah tenat, para Ummu Mukminin memberi keizinan kepada
Rasulullah untuk tinggal di rumah Aisyah.
 Abu Bakar ditugaskan oleh Rasulullah menjadi imam solat berjemaah semasa sakit baginda
bertambah tenat.
 Abdullah bin Mas'ud menceritakan keadaan baginda ketika beliau menziarahinya:
" Aku menziarahi Rasulullah ketika sakitnya. Didapati suhu badannya sangat tinggi ketika aku
menyentuh badan baginda.Aku memberitahu baginda tentang suhu badannya yang sangat tinggi."
Baginda menjawab: " Ya. Panasnya sama dengan panas dua orang."
Lalu aku berkata kepada Rasulullah : " Engkau mendapat dua pahala? "
Baginda menjawab : "Ya, benar. Seorang Muslim bila diserang penyakit, Allah Taala gugurkan
dosanya sama seperti gugurnya daun-daun dari pokok." ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

8 RabiulAwal Tahun 11 Hijrah (Rabu)
 Suhu tubuh Rasulullah bertambah panas yang menyebabkan baginda pitam.Baginda meminta
disiram tubuh baginda dengan air dari perigi-perigi yang berlainan sebanyak 7 kali.
" Simbahkan keatasku 7 timba air dari perigi yang berlainan agar aku dapat keluar untuk
berjumpa orang ramai dan menyampaikan amanat kepada mereka."
 Setelah baginda agak lega dengan siraman itu, baginda pun masuk ke masjid dalam keadaan
berbalut kepalanya. Terus baginda naik mimbar dan berkhutbah:
"Allah melaknat keatas orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka menjadikan kubur Nabi-
Nabi mereka sebagai masjid (tempat sembahan)."
(Sahih Bukhari 1/62, Muwatto' Imam Malik m/s 360)
Baginda juga bersabda :
" Jangan jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah." (Muwatto' Imam Malik m/s 65).
Seterusnya Rasulullah menawarkan diri baginda dibalas jika baginda ada melakukan kesalahan
terhadap mereka:

148

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

"Barang sesiapa yang pernah aku pukul belakangnya, maka inilah belakang tubuhku, silalah
membalasnya(pukul). Barangsiapa yang pernah aku jatuhkan maruahnya, inilah maruahku.
Sila balas."
 Kemudian baginda turun dari mimbar dan solat Zohor. Selesai solat, Rasulullah duduk semula

di mimbar dan berkhutbah tentang kelebihan golongan Ansar:
" Sesungguhnya manusia semakin ramai. Sementara orang Ansar semakin sedikit sehingga
seperti garam dalam makanan. Maka sesiapa yang dilantik mengendali urusan pimpinan,jika
seseorang dari orang Ansar melakukan kemudaratan atau memberi kebaikan, maka terimalah
kebaikan mereka dan maafkanlah kesilapan mereka."
( Sahih Bukhari 1/536)
 Seterusnya baginda bersabda :
"Ada seorang hamba yang Allah berikan pilihan kepadanya samada dikurniakan kesenangan
dunia atau memilih apa yang ada disisiNya(mati), lalu hamba itu memilih apa yang ada
disisiNya."
Abu Bakar menangis apabila mendengar sabda Rasulullah itu. Lalu baginda bersabda tentang
kelebihan Abu Bakar :
" Berhentilah menangis wahai Abu Bakar! Kalau aku mengambil teman tersayang selain
Tuhanku, nescaya aku jadikan Abu Bakar teman tersayang. Tetapi hubungan itu sekadar
persaudaraan dan kasih sayang dalam Islam.Tiada berbaki pintu di masjid itu melainkan
kesemuanya ditutup kecuali pintu Abu Bakar."
( Sahih Bukhari 1/22, 1/429, 1/449 dan 2/638)

9 RabiulAwal Tahun 11 Hijrah (Khamis)
 Di saat sakit Rasulullah bertambah tenat, Rasulullah bersabda :
" Marilah cepat! Aku akan tuliskan untuk kamu satu surat yang menjadikan kamu semua tidak
akan sesat selepas ketiadaanku."
 Ketika itu Umar bersama beberapa para Sahabat berada di sisi Rasulullah. Melihat keadaan
Rasulullah yang begitu gering lalu Umar berkata :
" Rasulullah terlalu gering sekarang, sedangkan di sisi kamu sudah ada Al-Quran. Cukuplah
Al-Quran itu untuk kamu semua(panduan)."
 Kata-kata Umar itu menimbulkan kekecohan antara para Sahabat. Ada yang bersetuju dengan
Umar manakala sebahagian lain ingin Rasulullah menulis perkara tersebut.
 Melihat keadaan demikian, Rasulullah meminta mereka semua meninggalkan baginda :
" Bangunlah kamu dari sisiku".
(Sahih Bukhari 2/638)

 Para ulama menyatakan wasiat yang ingin disampaikan oleh baginda ialah :
o Orang Yahudi, Nasrani dan Musyrikin dikeluarkan dari Semenanjung Tanah Arab.
o Menyambut dan melayani tetamu dan utusan yang datang sebagaimana baginda
melayani mereka.
o Wasiat ketiga tidak diingati oleh perawi Hadis. Bagaimanapun terdapat 3 kemungkinan
apa yang diwasiatkan oleh baginda iaitu :
i) Berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah atau
ii) Berpesan supaya misi ketenteraan Usamah bin Zaid diteruskan atau
iii) Berpesan tentang solat dan hamba.

 Pada hari itu Rasulullah solat berjemaah di masjid sehingga waktu Mahgrib. Dalam solat
tersebut baginda membaca surah Mursalat.
( Riwayat Bukhari dan Muslim, Mishkah al Masabih 1/102)

149

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Pada waktu Isya' keadaan sakit Rasulullah bertambah tenat hingga baginda tidak berupaya
untuk ke masjid. Baginda pitam beberapa kali dan setiap kali sedar dari pitam, baginda
bertanya: " Adakah orang ramai telah solat ?"
Mereka menjawab : " Tidak. Kami menunggumu wahai Rasulullah."
Lalu Rasulullah menyuruh Abu Bakar menggantikan baginda untuk menjadi imam solat.

 Abu Bakar sempat mengimami solat sebanyak 17 waktu semasa keuzuran Rasulullah
hinggalah baginda wafat.

10 atau 11 RabiulAwal Tahun 11 Hijrah (Sabtu atau Ahad)
 Pada hari itu, apabila Rasulullah merasa sakitnya agak berkurangan maka baginda ke masjid

untuk solat Zohor. Baginda dipapah oleh 2 orang sahabat.
 Ketika itu Abu Bakar sedang mengimami solat. Melihat kehadiran baginda, beliau mengundur

ke belakang untuk memberi peluang Rasulullah menjadi imam. Rasulullah mengisyaratkan
agar Abu Bakar meneruskan solat. Tetapi Abu Bakar berundur dan mengikuti solat Rasulullah
bersama orang ramai.

11 RabiulAwal Tahun 11 Hijrah (Ahad) SEHARI SEBELUM WAFAT
 Pada hari tersebut, Rasulullah memerdekakan semua hambanya dan bersedekah tujuh dinar

yang ada dalam simpanannya. Manakala perisai (baju besi) baginda masih tergadai kepada
seorang Yahudi.

12 RabiulAwal Tahun 11 Hijrah (Isnin) BERTEMU TEMAN YANG MAHA TINGGI
 Pada hari tersebut, ketika orang ramai solat Subuh berimamkan Abu Bakar tiba-tiba Rasulullah

menyingkap tabir pintu bilik Aisyah dan memandang para jemaah sedang solat.
 Wajah baginda berseri-seri dan tersenyum. Lalu Abu Bakar mengundur ke belakang kerana

menyangka Rasulullah akan keluar dan solat bersama mereka. Mereka juga seolah-olah hendak
hentikan solat kerana gembira dengan menyangka keadaan Rasulullah sudah pulih.
 Rasulullah mengisyarat supaya teruskan solat dan melabuhkan kembali tirai pintu bilik Aisyah
dan masuk semula dalam bilik. ( Sahih Bukhari 1/98, 1/99 dan 2/260)
 Selesai solat, Abu Bakar berjumpa anaknya Aisyah dan berkata :
" Aku melihat Rasulullah sudahpun sembuh dari sakitnya."
Lalu beliau pun pulang ke rumahnya yang terletak di Al-Sanah pinggir Madinah. Begitu juga
orang ramai yang meneruskan kehidupan harian mereka.

PESANAN UNTUK PUTERI , CUCU DAN UMMU MUKMININ
 Puteri Rasulullah, Fatimah dan cucu baginda Hasan dan Husin menziarahi baginda ketika

waktu Dhuha'. Fatimah menangis ketika melihat penderitaan Rasulullah. Baginda bersabda :
" Selepas hari ini, tiada lagi penderitaan keatas ayahandamu." ( Sahih Bukhari 2/641)
 Seterusnya Rasulullah memanggil Hasan dan Husin dan mencium keduanya. Baginda berpesan

agar kedua cucu baginda dijaga dengan baik.
 Kemudian baginda memanggil kesemua Ummu Mukminin dan memberi nasihat kepada

mereka.

RACUN YAHUDI MASIH BERBISA
 Setelah semua beredar, Rasulullah mengadu kepada Aisyah tentang perihal bisa racun daging

kambing yang dikunyah oleh baginda selepas Ghazwah Khaibar. Sabdanya :

151


Click to View FlipBook Version