The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tokpepijat, 2019-04-17 06:35:14

buku Teks SIRAH Ting 3

buku Teks SIRAH Ting 3

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

MEMINTA PERTOLONGAN DARI MADINAH
 Pihak Bani Khuza'ah menghantar 40 orangnya
menuju ke Madinah untuk mengadu kepada
Rasulullah. Mereka diketuai 'Amru bin Salim.
 Apabila Rasulullah mendengar aduan dari 'Amru,
baginda bersabda :
" Demi Allah! Aku akan pertahankan kamu
sepertimana aku pertahankan diriku."
 Setelah itu, Rasulullah juga mendengar aduan
dari Budhail bin Waraqa' bersama sekumpulan
Bani Khuza'ah yang tinggal di Mekah. Mereka
melaporkan tentang kehilangan jiwa pihak Bani
Khuza'ah dan pembabitan Musyrikin Mekah
dalam serangan tersebut.

KEKESALAN PIHAK MUSYRIKIN MEKAH
 Musyrikin Mekah berada dalam kebimbangan dan ketakutan akibat pencabulan Perjanjian

Hudaibiyyah.
 Lantas mereka mengadakan mesyuarat tergempar antara pimpinan Mekah. Oleh kerana Abu

Sufyan selaku pemimpin tertinggi dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah
(bapa mentua- Ummu Mukminin Habibah) maka ia dipilih untuk diutus berjumpa Rasulullah.
 Tujuannya untuk mempertahankan perjanjian dan menyambung tempoh perjanjian tersebut.
 Abu Sufyan berharap peristiwa pencabulan perjanjian tidak ketahui oleh pihak Madinah.
 Dalam perjalanan menuju Mekah, Abu Sufyan berjumpa Badhil bin Waraqa' yang dalam perjalanan
balik ke Mekah setelah melaporkan peristiwa pembunuhan keatas Bani Khuza'ah.
 Abu Sufyan mensyaki Budhail telah melaporkan kepada Rasulullah berdasarkan kesan najis unta
yang mengandungi bijian Madinah.

REAKSI MADINAH

o Berjumpa Ummu Habibah
Apabila Abu Sufyan hendak duduk diatas hamparan tikar di rumah puterinya Ummu Mukminin
Habibah, tiba-tiba Ummu Habibah menariknya.
ABU SUFYAN :
"Wahai puteriku, adakah engkau tidak suka aku duduk diatasnya atau engkau membenciku?"
UMMU HABIBAH :
"Tikar ini untuk Rasulullah sedangkan kamu seorang musyrik yang najis! "
ABU SUFYAN :
" Demi Allah! Selepas engkau meninggalkan aku, kamu sungguh biadap dan akan ditimpa
keburukkan."
UMMU HABIBAH :
" Allah Taala telah memberiku hidayat Islam.Bagaimana ayah menyembah batu yang tidak
melihat dan mendengar? Sedangkan ayah pemimpin dan pembesar Quraisy?
Hairan sungguh!"
ABU SUFYAN :
" Adakah patut aku tinggalkan agama nenek moyang dan ikut ajaran Muhammad ?"

51

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

o Berjumpa Rasulullah
Abu Sufyan kemudian berjumpa Rasulullah.

ABU SUFYAN :
" Aku ingin melanjutkan tempoh perjanjian kerana aku tidak hadir semasa ianya ditandatangani."
RASULULLAH :
" Adakah sesuatu telah berlaku ?"
ABU SUFYAN :
" Tidak, adakah kita dalam mematuhi perjanjiaan ?".
RASULULLAH :
" Kalau begitu kita tetap dengan tempoh dan perjanjian yang telah dipersetujui."
Rasulullah tidak melayani dan mendiamkan diri apabila Abu Sufyan ingin melanjutkan tempoh
perjanjian.

o Berjumpa Abu Bakar
Abu Sufyan memujuk Abu Bakar supaya Abu Bakar memujuk Rasulullah melanjutkan tempoh
perjanjian.
ABU BAKAR : " Aku takkan lakukan."

o Berjumpa Umar

UMAR : " Apakah aku patut menjadi pak turutmu ? Demi Allah! Jika tiada senjata kecuali debu
pun akan aku memerangi kamu ! "

o Berjumpa Keluarga Ali

ABU SUFYAN :
" Wahai Ali, sesungguhnya engkau rapat tali kekeluargaan denganku. Bolehkan engkau tolong
aku untuk memujuk Muhammad bagi melanjutkan tempoh perjanjian kerana aku tidak mahu
pulang denan kecewa."

ALI :
" Sesungguhnya Rasulullah telah membuat keputusan yang tidak boleh kami berkata apa-apa
lagi."

Abu Sufyan memandang kepada Fatimah dan berkata :
" Wahai Fatimah, bolehkan engkau menyuruh anakmu Hasan( cucu Rasulullah) untuk memujuk
Muhammad agar dia nantik menjadi penyelamat manusia dan ketua orang-orang Arab buat
selama-lamanya."

FATIMAH :
" Demi Allah, anakku masih kecil dan tidak layak memberi perlindungan kepada manusia dan
tiada sesiapapun berhak menganggu keputusan dan urusan Rasulullah."

Abu Sufyan berada dalam keadaan tertekan. Tiada siapapun mempedulikan rayuannya. Dunia
seolah-olah gelap dan sempit baginya. Akhirnya sebagai menyenangkan hatinya, Ali
mencadangkan beliau melaungkan sekuat hati didalam masjid untuk minta pertolongan.
Abu Sufyan ikut nasihat Ali dengar menjerit:
"Wahai manusia! Aku benar-benar minta pertolongan dari kamu semua!".
MISI ABU SUFYAN GAGAL

52

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Apabila Abu Sufyan kembali ke Mekah, pimpinan Musyrikin Mekah berjumpa dengan beliau
untuk mengetahui hasil misi yang dijalankan oleh beliau. Apabila Abu Sufyan menyatakan
kegagalan misinya, pimpinan Musyrikin Quraisy menyatakan beliau dipermain-mainkan oleh
pihak Madinah dan mengkhianati mereka.
Malah menuduhnya telah meninggalkan agama nenek moyang mereka dan memeluk Islam. Abu
Sufyan melakukan korban disisi berhala dan menyembahnya tanda penafian tuduhan tersebut.

RASULULLAH MEMBUAT PERSIAPAN
 Baginda mengetahui peristiwa itu melalui wahyu sebelum kedatangan rombongan Kabilah

Bani Khuza'ah.

i) Melalui Ummu Mukminin Aisyah.
Baginda arahkan Aisyah membuat persediaan perang untuk baginda tiga hari sebelum ketibaan
rombongan Bani Khuza'ah mengadu hal peristiwa pencabulan tersebut.

ii) Melalui Ummu Mukminin Maimunah
Ketika Rasulullah berwuduk di rumahnya, tiba-tiba baginda bersabda :
" Ya! Ya! Ya! Aku dijanjikan kemenangan! " Diulangi 3 kali.

Ummu Maimunah bertanya kepada baginda :
" Mengapa mengulangi tiga kali ? Dengan siapa bercakap?"

Rasulullah bersabda :
" Aku mendengar rayuan Bani Khuza'ah meminta pertolongan."

Keesokkan pagi, datanglah rombongan Bani Khuza'ah meminta pertolongan.

RASULULLAH MENYUSUN STRATEGI DAN KERAHSIAAN OPERASI

 Baginda menyembunyikan rancangannya untuk menuju Mekah. Lalu baginda mengutus
pasukan tentera seramai 8 orang diketuai oleh Abu Qatadah bin Ruba'e menuju ke Batni Adam
yang bertentangan dengan Mekah.

 Tujuannya untuk mengelirukan pihak musuh yang akan menyangka Rasulullah dan tenteranya
menuju ke sana.

PEMBOCORAN RAHSIA OLEH HATIB BIN ABI BALTA'AH

 Hatib bin Abi Balta'ah menulis surat kepada pihak Mekah menceritakan pergerakkan
ketenteraan Rasulullah. Surat dikirim melalui seorang perempuan.

 Allah Taala mewahyukan kepada Rasulullah tentang pengiriman surat itu.
 Baginda arahkan Ali bin Abi Talib , Zubair Al-Awwam dan Al-Miqdad mengejar perempuan

tersebut dan baginda memberitahu tentang tempat yang disinggahi oleh perempuan tersebut.
 Apabila utusan itu sampai di Kebun Khah, lalu mereka perintahkan perempuan itu serahkan

surat yang dikirim oleh Hatib. Pada mulanya dia menafikannya hinggalah Ali mengancam
untuk membuka pakaiannya. Akhirnya surat diserahkan kepada utusan Rasulullah.
 Sampai di Madinah, surat itu dibuka dan dibaca. Rasulullah arahkan supaya Hatib dipanggil.

RASULULLAH : " Apa ini hai Hatib?".

53

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

HATIB : " Janganlah tergesa-gesa menjatuhkan hukuman terhadap saya wahai Rasulullah.
Saya tetap beriman kepada Allah dan RasulNya. Saya tidak murtad. Saya melakukan demikian
semata-mata melindungi keluarga saya di sana. Saya tidak mempunyai hubungan
kekeluargaan sepertimu di Mekah. Saya lakukan untuk mengambil hati mereka agar
melindungi keluarga saya."

UMAR : " Wahai Rasulullah, serahkan dia kepada saya untuk dipenggal kepalanya. Dia telah
khianati Allah dan RasulNya. Dia telah munafik ! ".

RASULULLAH : "Wahai Umar, dia telah menyertai Ghazwah Badar(ahli Badar) . Allah
berfirman: Wahai Ahli Badar! Buatlah apa yang kamu mahu kerana sesungguhnya Aku telah
mengampunkan dosamu."

 Perbuatan mengintip boleh dihukum bunuh. Dalam kes Hatib bin Abi Balta'ah ini, ianya satu
pengecualian kerana Allah Taala mengampunkannya atas sebab Ahli Badar.

 Umar berkata sambil mengalir air matanya:
" Allah dan RasulNya lebih mengetahui." ( Sahih Bukhari 1/422)

 Sempena peristiwa tersebut, Allah Taalah berfirman :

                                 

                               

                                         

          

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu
menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad),
Kerana rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran
yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman
kepada Allah, Tuhanmu. jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan
mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). kamu memberitahukan secara
rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana rasa kasih sayang. Aku lebih
mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. dan barangsiapa di
antara kamu yang melakukannya, Maka Sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang
lurus.
Surah AL-MUMTAHANAH ayat 1

54

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

MENUJU KE MEKAH
 Pada tarikh 10 Ramadhan Tahun ke 8 hijrah, berangkatlah Rasulullah bersama kekuatan tentera
seramai 10,000 orang menuju Mekah.
 Abu Rahan Al-Ghifari dilantik memangku tugas di Madinah. Inilah pertama kali tugas
memangku diserahkan kepada bukan Muhajirin atau Ansar.
 Semasa di Juhfah, Rasulullah berjumpa bapa saudaranya Al-Abbas dan keluarganya. Mereka
dalam perjalanan hijrah menuju Madinah setelah memeluk Islam.
 Di 'Abwa, Rasulullah bertemu dengan Sufyan bin Al-Harith dan Abdullah bin Abu
Umayyah( keduanya sepupu baginda). Keduanya penentang kuat dakwah Rasulullah sebelum
hijrah *.
 Keduanya berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam dan baginda menerimanya dengan
perasaan amat gembira.
 Baginda membaca ayat Al-Quran kisah Nabi Yusuf sempena keislaman sepupunya:

                         

Dia (Yusuf) berkata: "Pada hari ini tak ada cercaan terhadap kamu(disebabkan
perbuatan kamu yang terlanjur itu), Mudah-mudahan Allah mengampuni (kamu),
dan Dia adalah Maha Penyayang diantara para penyayang".
SURAH YUSUF ayat 92

Suasana di sekitar Masjid Nabi semasa zaman Rasulullah.
Gambaran pelukis.

* Abu Sufyan bin Al-Harith - pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Rasulullah.
Abdullah bin Abu Umayyah - cabar Rasulullah supaya naik ke langit dan bawa turun Al-Quran dengan
diiringi oleh Malaikat.

55

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BERBUKA PUASA
 Apabila sampai di Al-Kadid, Rasulullah mengarahkan agar Tentera Islam berbuka puasa
kerana baginda dapati mereka mendapat kesusahan daripada puasa yang dilakukan. Baginda
turut berbuka puasa.

OBOR DI NYALAKAN
 Apabila sampai di Marra Al-Zahran

( sebuah lembah berhampiran
Mekah) pada waktu Isya', Rasulullah
arahkan pasukannya menyalakan
10,000 obor-obor api. Tujuannya
untuk menimbulkan ketakutan pihak
Musyrikin Mekah.
 Umar Al-Khattab dilantik menjadi
ketua pengawal.

MUSYRIKIN MEKAH
MENGHANTAR PENINJAU
 Pihak Musyrikin Mekah mendapat

berita bahawa Rasulullah bersama
10,000 tenteranya keluar dari
Madinah tetapi tidak tahu ke arah
mana halatujunya. Ini menimbulkan
tandatanya dan kebimbangan mereka
kerana mereka menjangkakan pihak
Madinah pasti menyerang
disebabkan misi damai Abu Sufyan
gagal.
 Akhirnya mereka menghantar Abu
Sufyan bin Harb, Hakim bin Hizam
dan Budhail bin Warqa' keluar dari
Kota Mekah meninjau-ninjau
pasukan Rasulullah.
 Semasa mereka bertiga melihat
nyalaan obor tentera Islam, Al-Abbas
yang naik kaldai Rasulullah bertemu
Abu Sufyan dan rakannya.

ABU SUFYAN : "Apakah yang sedang
berlaku?"

AL-ABBAS : " Apakah engkau tidak
sedar? Itulah Rasulullah dan
tenteranya. Akan tiba pagi yang buruk
bagi kaum Quraisy !"

ABU SUFYAN : " Apakah yang patut
aku lakukan ?"

AL-ABBAS : " Demi Allah! Jika

56

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

mereka menawanmu nescaya dipancung lehermu!. Ayuh! Naik belakangku untuk ku bawa
bertemu Rasulullah mohon keamanan darinya."

 Apabila kaldai yang ditunggangi oleh Al-Abbas dan Abu Sufyan sampai di penempatan
Tentera Islam, Umar Al-Khattab melihat Abu Sufyan dan berkata :
" Alhamdulillah ! Tuhan yang memungkinkan aku berjumpa musuh Allah tanpa
membuat janji. Serahkan kepadaku untuk dipancung kepalanya."

 Abbas memberitahu kepada Rasulullah bahawa Abu Sufyan dibawah perlindungannya.
 Rasulullah arahkan Abbas membawa Abu Sufyan ke khemahnya dan berjumpa baginda pagi

esok.

HIDAYAT BUAT ABU SUFYAN
 Ibnu Ishaq meriwayatkan kisah Islamnya Abu Sufyan dari Al-'Abbas :

" Aku membawa Abu Sufyan berjumpa Rasulullah pada waktu pagi. Apabila Baginda melihat Abu
Sufyan, baginda bersabda:
" Alangkah ruginya kau wahai Abu Sufyan! Apakah belum tiba masanya untuk kau mengetahui
bahawa tiada tuhan selain Allah?"
Jawab Abu Sufyan :
" Alangkah penyantunnya dan baik hatimu. Sesungguhnya engkau tidak memutuskan
siraturrahim.Sekarang aku yakin kalau ada tuhan selain Allah, tentu aku mendapat
pertolongannya."
Rasulullah bersabda lagi :
" Alangkah ruginya kau wahai Abu Sufyan! Apakah belum tiba masanya kau mengetahui bahawa
aku adalah Rasulullah ?"
Jawab Abu Sufyan : "Sekarang barulah aku tahu."
Al-'Abbas berkata kepada Abu Sufyan :
"Islamlah kau wahai Abu Sufyan! Dan mengakulah bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan
Muhammad itu Rasulullah sebelum ku pancung kepalamu! "

 Abu Sufyan pun memeluk Islam dan mengucapkan kalimah syahadah di depan Rasulullah.
 Al-'Abbas berkata : " Wahai Rasulullah, Abu Sufyan seorang yang suka kemegahan, berikan

sesuatu untuk kemegahannya."
 Rasulullah menjawab : " Sesiapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan maka dia selamat,

sesiapa menutup pintu rumahnya maka dia selamat dan sesiapa yang masuk ke dalam
Masjidil Haram maka dia selamat."

MENUJU MEKAH – pagi Rabu 17 Ramadhan 8 Hijrah

57

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Pada pagi Rabu 17 Ramadhan, Rasulullah dan 10,000 tentera Islam mula bergerak meninggalkan
Marr Al-Zahran menuju Mekah.

 Baginda menyuruh Al-'Abbas membawa Abu Sufyan melihat pergerakkan tentera Islam.
 Abu Sufyan melihat pergerakkan tentera Islam dengan penuh kekaguman. Beliau bertanya kepada

Al-'Abbas setiap kali pasukan pelbagai Kabilah yang bersama Rasulullah melintasi di hadapannya.
 Sehinggalah pasukan Rasulullah bersama Ansar dan Muhajirin dengan berunifom hijau bergerak

melintasi Abu Sufyan. Abu Sufyan terlalu kagum dan berkata kepada Al''Abbas:
" Tiada orang boleh menentang mereka. Demi Allah! Anak saudaramu menjadi raja besar
pada hari ini dan kerajaannya sungguh hebat ! ".
 'Al''Abbas menjawab : "Bukan raja tetapi Kenabian ."
 Apabila ketua golongan Ansar Saad bin 'Ubadah melintasi Abu Sufyan, beliau berkata :
" Hari ini adalah hari pertempuran. Hari ini dihalalkan melakukan pembunuhan di
Kaabah dan Allah menghina Quraisy ! ".
 Abu Sufyan tersinggung dengan kata-kata Saad dan mengadu kepada Rasulullah. Lalu baginda
bersabda :
" Hari ini Allah memuliakan dan mengangkat keagungan Kaabah. Hari ini hari berkasih
sayang dan Allah memberi kemuliaan kepada Quraisy."
 Rasulullah tidak setuju dengan kata-kata penghinaan Saad lalu mengarahkan bendera Ansar
yang dipegang Saad di beri kepada anak Saad, Qays.

ABU SUFYAN PULANG KE MEKAH
 Al-'Abbas menyuruh Abu Sufyan kembali segera ke Mekah untuk mengkhabarkan berita

kedatangan Rasulullah bersama Tentera Islam.
 Setiba di Mekah, Abu Sufyan menjerit dengan kuat :

" Wahai penduduk Quraisy ! Muhammad dan bala tenteranya telah datang. Kamu tidak
mampu menentangnya. Sesiapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan maka dia selamat.
Sesiapa yang masuk ke rumahnya maka dia selamat dan sesiapa masuk Masjidil Haram
maka dia selamat."
 Lalu bertempiaran lari penduduk Mekah mencari perlindungan di rumah Abu Sufyan, rumah
sendiri dan Masjidil Haram.

KEMARAAN Mekah Kini pemandangan
 Kemaraan Tentera Islam melalui empat arah penjuru iaitu : dari udara.

58

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

o Pimpinan Rasulullah sendiri.
o Khalid Al-Walid dari arah selatan .
o Al-Zubir bn Al-'Awwam dari arah utara dan membawa bendera Rasulullah.
o Abu 'Ubaidah Al-Jarrah dan pasukan berjalan kaki dari arah tenggara.
o Saad bin 'Ubaidah dari arah barat Mekah.
 Rasulullah memberi peringatan kepada pimpinan Tentera Islam supaya tidak memerangi
sesiapa kecuali mereka di serang.

59

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

MARA DENGAN TAWADDUK
 Rasulullah dengan memakai serban hitam, menundukkan kepalanya kerana merendah diri kepada

Allah Taala atas kurniaan kemenangan yang dikurniakanNya. Hampir-hampir janggut baginda
mencecah belakang unta tunggangannya sambil baginda mengulang-ngulang bacaan Surah Al-Fath
 Kesemua pasukan mara ke Mekah tanpa tentangan kecuali pasukan yang diketuai oleh Khalid Al-
Walid. Pasukannya terlibat dalam pertempuran kecil melibatkan 2 orang tenteranya syahid manakala
di pihak Musyrikin Quraisy seramai 12 orang terbunuh.
 Kesemua pasukan bertemu di Bukit Al-Hujun. Di sana mereka memacak bendera Rasulullah dan
mendirikan sebuah khemah untuk Rasulullah berehat sementara menunggu ketibaan semua pasukan.

MEMASUKI MASJIDIL HARAM - pagi Jumaat 20 Ramadhan 8 Hijrah
 Rasulullah bersama Tentera Islam memasuki Masjidil Haram dan menuju Hajarul Aswad
lalu menyentuhnya. Kemudia baginda bertawaf sebanyak 7 pusingan sambil menunggang
untanya dan memegang busur panah.
 Kaabah ketika itu dikelilingi 360 buah patung berhala. Rasulullah memukul patung-patung berhala
itu dengan busur panahnya hingga satu demi satu terhumban ke bumi sambil membaca ayat Al-
Quran :

                        

81. Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap".
Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
Surah Al-Isra' ayat 81

                 

49. Katakanlah: "Kebenaran telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan
tidak (pula) akan mengulangi" . *
Surah Saba' ayat 49
* maksudnya ialah apabila kebenaran sudah datang maka kebatilan akan hancur binasa dan tidak

dapat berbuat sesuatu untuk melawan dan meruntuhkan kebenaran itu.

MEMBUKA PINTU KAABAH
 Selesai tawaf, baginda memanggil Uthman bin Talhah (pemegang kunci Kaabah) untuk membuka
pintu Kaabah. Rasulullah masuk ke dalam Kaabah dan mendapati :
o Lukisan gambar Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memegang anak-anak panah untuk
mengundi nasib.
o Patung seekor burung merpati daripada batang kurma.
 Rasulullah bersabda :
" Allah Taala melaknat mereka yang terlibat dengan gambar ini. Demi Allah! Ibrahim dan Ismail
tidak pernah membahagi anak panah untuk undian nasib."
 Baginda memecahkan patung merpati dengan tangan baginda sendiri dan mengarahkan supaya gambar
Nabi Ibrahim dan Ismail dipadamkan.

61

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

SOLAT DALAM KAABAH

 Rasulullah kemudian

menutup pintu Kaabah.

Baginda solat di dalamnya dan

mengucapkan kalimah

Takbir di setiap penjuru

Kaabah. Bersama Rasulullah di

dalam Kaabah ialah Bilal Ar

Rabah dan Usamah bin Zaid.

 Kemudian baginda membuka pintu

Kaabah dan didapati

penduduk Mekah berkumpul di

luar Kaabah menunggu

Rasulullah menjatuhkan

hukuman ke atas mereka.

 Rasulullah berdiri di pintu Pemandangan dalam Kaabah.

Kaabah sambil

menyampaikan ucapan sulung baginda

sempena Pembukaan Kota Mekah .

Antara sebahagian ucapan baginda:

"Tiada Tuhan yang sebenar

melainkan Allah semata-mata dan tiada

sekutu bagiNya. Dia telah

membenarkan janjiNya, menolong

hambaNya dan menewaskan

Tentera-Tentera Ahzab dengan

sendiriNya.

"Penjagaan Kaabah dan memberi

minum jemaah haji tetap berada di

tangan orang-orangnya."

"Wahai kaum Quraisy,

sesungguhnya Allah telah

menghapuskan dari kamu keangkuhan Jahiliyyah dan kesombongan nenek moyang. Semua

manusia berasal dari Adam dan Adam dari tanah."

Seterusnya Rasulullah membaca ayat Al-Quran :

                            

                  

13. Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-
laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang
paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa
diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
Surah Al-Hujurat ayat 13

61

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

TIADA DENDAM TIADA CELAAN
 Seterusnya Rasulullah bersabda :

" Wahai kaum Quraisy! Apakah pandangan kamu tentang tindakan terhadap kamu? "

 Jawab mereka : " Kebaikan ! Kamulah saudara berbudi pekerti mulia dan anak kepada
keluarga pekerti mulia.".

 Akhirnya Rasulullah menjawab :
" Sesungguhnya aku ucapkan kepada kamu sepertimana ucapan Nabi Yusuf kepada saudara-
saudaranya (yang menzaliminya)

                        

92. Dia (Yusuf) berkata: "Pada hari Ini tak ada cercaan terhadap kamu,
Mudah-mudahan Allah mengampuni (kamu), dan dia adalah Maha
Penyayang diantara para penyayang".
Surah Yusof ayat 92
" Pergilah! Kamu semua dibebaskan."

KUNCI KAABAH MILIK UTHMAN BIN TALHAH
 Semasa Rasulullah duduk didalam masjid, Ali bin Abi Talib berjumpa baginda dengan
membawa kunci Kaabah. Ali berkata :
" Wahai Rasulullah, serahkan kepada kami urusan menjaga Kaabah dan urusan memberi
minum jemaah haji kepada kami."

( sebelum Pembukaan Kota Mekah, keluarga Uthman bin Talhah (Bani Abdil Dar/Syaibah) menjaga dan
memegang kunci Kaabah manakala keluarga Rasulullah (Bani Hashim) menguruskan memberi minum
jemaah Haji.)

 Sempena peristiwa tersebut, Allah Taala menurunkan firmanNya :

                          

                             

58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang
berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di
antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah
memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah
adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.
Surah An Nisa' ayat 58

62

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Selepas menerima Wahyu tersebut, Rasulullah pun memanggil Uthman bin Talhah dan

menyerahkan kunci Kaabah kepada beliau sambil bersabda :
" Ambillah kunci ini buat selama-lamanya. Tiada siapapun yang boleh merampas kunci ini
dari engkau melainkan orang yang zalim.
Sesungguhnya Allah Taala telah mengamanahkan
kepada engkau untuk menjaga RumahNya. Oleh itu
makanlah daripada hasil Rumah ini dengan cara
yang baik."

Kunci Kaabah

HUKUMAN MATI UNTUK PENJENAYAH MEKAH
 Seramai 9 orang warga Mekah telah dikenakan

hukuman bunuh oleh Rasulullah atas kesalahan besar mereka terhadap Allah dan RasulNya.
Mereka terdiri :

o Abdul 'Uzza bin Khatal.( dibunuh)
o Abdullah bin Abi Sarah. (masuk Islam)
o Ikrimah bin Abi Jahal. (masuk Islam)
o Al-Harith bin Nufail. (dibunuh)
o Maqis bin Subabah. (dibunuh)
o Habbar bin Al-Aswad.(masuk Islam)
o 2 orang penyanyi wanita bagi Abdul 'Uzza bin Khatal. (salah seorang dibunuh)
o Sarah iaitu perempuan yang membawa surat Hatib bin Abi Balta'ah. (masuk Islam)

ANTARA WARGA MEKAH YANG MASUK ISLAM
o Sofwan bin Umayyah.( beliau minta Rasulullah berikan tempoh masa selama 2 bulan
untuk berfikir tentang Islam tetapi baginda berikan 4 bulan tempoh untuk berfikir)
o Hindun binti Utbah. (isteri Abu Sufyan)
o Muawiyyah bin Abu Sufyan.
o Abu Qahafah ( ayah Abu Bakar)
o Wahsyi ( pembunuh Hamzah dalam Ghazwah Uhud).
o Suhail bin 'Amru.
o Fadalah bin 'Umair . (cuba membunuh Rasulullah ketika tawaf)
o Utbah dan Mu'attib bin Abi Lahab.

MENERIMA BA'IAH (janji setia dan taat setia)

 Semasa Rasulullah berada di Bukit Safa, baginda menerima bai'ah(janji setia) daripada
penduduk Mekah yang kesemuanya memeluk Islam. Dimulai oleh orang lelaki kemudian kaum
wanita. Baginda dibantu oleh Umar Al-Khattab.

 Bai'ah daripada kaum wanita di terima secara perkataan sahaja. Rasulullah tidak berjabat
tangan dengan wanita

 Antara isi bai'ah ialah :
o Tidak syirikkan Allah.
o Tidak mencuri.
o Tidak berzina.
o Tidak membunuh anak-anak.
o Tidak membuat fitnah.

63

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

REAKSI ORANG ANSAR DAN KEBIMBANGAN Satu bentuk jendela rumah orang
MEREKA Madinah.
 Orang Ansar merasa bimbang dan risau kemungkinan

Rasulullah akan terus menetap di bumi kelahiran
baginda, Mekah. Lebih-lebih lagi setelah 8 tahun
meninggalkan Mekah.
 Percakapan sesama orang Ansar di dengari Rasulullah
ketika baginda sedang berdoa di Bukit Safa. Lalu
setelah berdoa, baginda memanggil orang Ansar dan
bertanya tentang percakapan mereka. Orang Ansar
sekadar menafikan kerana tidak mahu menyinggung
perasaan Rasulullah. Akhirnya mereka menceritakan
perasaan dan kebimbangan mereka tentang Rasulullah.
 Rasulullah memahami perasaan mereka dan bersabda :
" Semoga dilindungi Allah Taala. Tempat hidupku
adalah tempat hidup kamu dan tempat matiku adalah
tempat mati kamu."
 Jawapan Rasulullah amat melegakan orang-orang Ansar.

TIADA DISKRIMINASI
 Satu peristiwa masyhur berlaku ketika Pembukaan Kota Mekah, dimana seorang perempuan

anak orang bangsawan Bani Makhzum telah mencuri. Setelah diadili, perempuan itu dijatuhi
hukuman hudud iaitu dipotong tangan.
 Golongan bangsawan Mekah berbincang sesama sendiri untuk bebaskan perempuan tersebut
daripada dihukum. Mereka meminta Usamah bin Zaid selaku cucu angkat Rasulullah (anak
Zaid bin Harithah) berjumpa Rasulullah untuk memohon pembebasan.
 Rasulullah pergi ke masjid dan berucap kepada orang ramai. Antara ucapan baginda :
" Sesungguhnya telah binasa umat zaman dahulu sebelum kamu apabila berlaku di
kalangan mereka orang bangsawan yang melakukan kesalahan mencuri
ditinggalkan(bebas) manakala orang yang lemah yang melakukannya akan dipotong
tangan.
Demi Tuhan yang diriku berada dalam tanganNya, jika anakku Fatimah binti Muhammad
mencuri nescaya akan aku potong tangannya."

AZAN BERKUMANDANG DARI BUMBUNG KAABAH
 Rasulullah menyuruh Bilal Ar Rabah untuk laungkan azan dari atas Kaabah sewaktu masuk

waktu solat.
 Inilah azan pertama yang dilaungkan secara terbuka di Mekah sejak Rasulullah mendapat

wahyu. Inilah juga tanda Mekah secara totalnya kembali semula kepada ajaran allah Taala.

SOLAT TANDA KESYUKURAN ATAS KEMENANGAN

 Pada hari kemenangan tersebut, Rasulullah singgah di rumah sepupunya, Ummu Hani binti
Abi Talib untuk solat 8 rakaat tanda mensyukuri anugerah kemenangan dari Allah Taala.

64

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

PERCAMBAHAN MINDA

1) Rasulullah tidak mengamalkan "politik balas dendam" semasa
peristiwa Pembukaan Mekah. Mengapa?
2) Gerakan Islam perlu mengambil beberapa pengajaran daripada
peristiwa Pembukaan Mekah. Bincangkan.

Antara koleksi kunci-kunci Kaabah yang pernah
digunakan.

65

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB KELAPAN
PEMUSNAHAN BERHALA

 Mekah kini bersih daripada syirik. Atas arahan Rasulullah, penduduk Mekah memusnahkan
semua patung berhala yang terdapat di rumah masing-masing. Sabda Rasulullah :

" Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah biarkan patung
berhala berada dalam rumahnya dan hendaklah memusnahkannya."
 Selama 19 hari Rasulullah menetap di Mekah, baginda membimbing warga Mekah tentang

hidayah,iman dan taqwa.
 Disamping itu baginda melancarkan operasi pembasmian syirik dengan menghantar pasukan-

pasukan pemusnah patung berhala ke sekitar bumi Hijaz. Pasukan itu diketuai oleh :
o Khalid Al Walid.
o 'Amru bin Al-'As.
o Saad bin Zaid Al-Asyhali.

66

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

i) PASUKAN KHALID AL WALID

 Ditugaskan untuk memusnahkan berhala Al-'Uzza di Nakhlah. Pasukan Khalid seramai
30 orang menuju Nakhlah pada 25
Ramadhan 8 Hijrah.

 Berhala Al-'Uzza kepunyaan Quraisy
adalah berhala yang paling besar.

 Apabila selesai memusnahkannya,
pasukan Khalid balik semula ke Mekah.
Setiba di Mekah, Rasulullah bertanya
kepada Khalid :

" Adakah engkau melihat sesuatu ?".
Jawab Khalid : " Tidak ".

Maka Rasulullah berkata :
" Kamu belum memusnahkannya. Pergi
semula ke sana dan musnahkannya."

 Khalid dan pasukannya kembali semula
ke tempat berhala Al-'Uzza. Sampai di
sana muncul seorang perempuan
bogel(syaitan) berkulit hitam dengan
rambut menggerbang. Lalu Khalid
dengan marah melibas pedangnya hingga
terbelah dua tubuh syaitan itu.

 Apabila Rasulullah mendapat berita dari
Khalid tentang peristiwa itu, baginda

bersabda:
" Itulah Al-'Uzza. Dia telah putus asa untuk disembah di negeri kamu buat selama-
lamanya."

ii) PASUKAN 'AMRU BIN AL-'AS

 Rasulullah tugaskan 'Amru bersama pasukannya ke suatu tempat bernama Ruhat kira-kira
3 batu dari Mekah untuk musnahkan berhala Suwa'. Nama berhala ini pernah digunakan
oleh kaum Nabi Nuh.

 Berhala Suwa' kepunyaan kabilah Huzail.
 'Amru terus memusnahkan berhala tersebut walaupun diberi amaran oleh penjaganya.

'Amru berkata:
" Hingga kini kamu masih berpegang dengan kesesatan dan kebatilan. Adakah patung ini
mendengar atau melihat ! "
 Akhirnya penjaga berhala itu memeluk Islam apabila melihat 'Amru dan pasukannya
selesai memusnahkan berhala Suwa' .

67

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

iii) PASUKAN SAAD BIN ZAID AL-ASYAHALI
 Rasulullah mengutuskan Saad dan
pasukannya seramai 20 orang penunggang
kuda untuk memusnahkan berhala Manat
yang terletak di Al-Musyallal berhampiran
Kadid.
 Berhala Manat adalah kepunyaan kabilah
'Aus, Khazraj, Ghassan dan beberapa
kabilah lainnya.
 Seperti Khalid menghadapi 'Al- 'Uzza,
Saad juga menghadapi seorang perempuan
bogel (syaitan) berkulit hitam dan rambut
menggerbang. Saad membunuh syaitan itu
dan beliau kemudian memusnahkan berhala
Manat dengan memecahkannya.

PERCAMBAHAN MINDA

68

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

1) Rasulullah melakukan 2 gerakan untuk memantapkan aqidah warga Mekah selepas
Pembukaan Kota Mekah. Yang pertamanya, ketika hari pertama baginda memasuki Mekah
dengan menumbangkan 360 patung berhala dikeliling Kaabah dan dalam Kaabah dan yang
keduanya tindakan Rasulullah menghantar pasukan pemusnah Berhala ke kawasan sekitar
Mekah.
Apakah tujuan Rasulullah melakukan tindakan pantas tersebut dan apakah kesan kepada
warga Mekah. Beri pendapat anda.

Jalan menuju Taif.

69

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB KESEMBILAN
GHAZWAH HUNAIN

GHAZWAH HUNAIN (8 hijrah)

25. Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para
mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (Ingatlah)
peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi congkak
Karena banyaknya jumlah (mu), Maka jumlah yang banyak
itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi
yang luas itu telah terasa sempit olehmu, Kemudian kamu lari
kebelakang dengan bercerai-berai.
26. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada
RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah
menurunkan bala tentara yang kamu tiada melihatnya, dan
Allah menimpakan bencana kepada orang- orang yang kafir,
dan Demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.

SURAH AT TAUBAH ayat 25-26

71

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

GHAZWAH HUNAIN
TARIKH : Syawal Tahun 8 hijrah.
LOKASI : Hunain dekat dengan Taif. Jarak 20 batu dari Mekah.

ISLAM KABILAH HAWAZIN DAN THAQIF

Kekuatan Tentera 12,000 orang Anggaran seramai 20,000 orang

(2,000 orang adalah dari warga Mekah

yang baru memeluk Islam)

Komander Rasulullah Malik bin Auf
Khalid bin Al-Walid

Korban / Cedera 12 orang syahid 70 orang terbunuh
6,000 orang dapat ditawan.

LATAR BELAKANG

 Setelah berlakunya Peristiwa Pembukaan Kota Mekah, ramailah Kabilah-Kabilah yang berjiran
dengan Mekah memeluk Islam.

 Walaubagaimanapun ada juga segelintir Kabilah-Kabilah Arab yang masih degil dan tetap
tidak mahu menerima kebenaran Islam. Bahkan mahu memerangi Rasulullah dan orang-orang
Islam di Mekah. Antaranya seperti Kabilah Hawazin,Thaqif, Nasr, Ju'syum, Saad bin Bakar
dan Bani Hilal.

 Mereka melantik seorang pemuda Malik bin'Auf Al-Nasri berusia 30 tahun untuk mengetuai
operasi memerangi orang-orang Islam.

PERANCANGAN MALIK BIN 'AUF

 Setelah dilantik untuk mengetuai serangan ke atas pihak Islam, Malik dapat mengumpulkan
kira-kira 20,000 orang tentera terdiri dari Kabilah Hawazin, Thaqif dan beberapa lagi Kabilah
Arab.

 Malik juga mengarahkan agar dibawa seluruh ahli keluarga, harta benda dan binatang ternakan.
Tujuannya untuk menaikan semangat juang mereka dan supaya mereka tidak lari dari
pertempuran.

 Strategi Malik bin Auf ini seperti yang dilakukan oleh Musyrikin Mekah semasa Ghazwah
Uhud.

STRATEGI MALIK DITEGUR

 Perancangan Malik ini ditegur oleh seorang veteran perang yang usianya menjangkau 100
tahun dan seorang yang buta. Beliau ialah Duraid bin Al Sommah.

71

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Duraid yang buta kehairanan apabila mendengar bunyi unta, kaldai,kambing,lembu dan suara
kanak-kanak sedangkan mereka sedang menuju medan perang. Lalu dia bertanya kaumnya.
Apabila kaumnya memberitahu tentang arahan dari Malik maka Duraid pun memanggil Malik.

Duraid : " Kamu hendak berperang dengan orang yang sangat hebat. Mereka berjaya
menundukkan Arab( menakluk Kota Mekah), menakutkan Parsi dan kuasa pemerintah di
Syam(Rom). Mereka telah menghalau Yahudi dari Hijaz dengan hinanya.
Wahai Malik! Engkau menjadi pemimpin kaummu hari ini. Mengapa engkau arahkan kaummu
membawa segala ternakan dan ahli keluarga mereka ke medan perang ?"

Malik : " Aku mahu semua orang lelaki(tentera) berjuang bersungguh-sungguh untuk
mepertahankan ahli keluarga dan harta benda mereka yang berada di belakang mereka."

Duraid : " Engkau layak jadi pengembala kambing bukan panglima perang.
Wahai Malik ! Yang manafaat dalam peperangan ialah tentera,pedang dan tombak. Jika kita kalah,
keluarga dan harta benda kamu menerima akibatnya.
Bawalah mereka pulang. Jika kita menang, mereka akan kembali kepada kita dan jika tewas mereka
semua selamat (tidak jadi tawanan) dan engkau pun dapat menyelamatkan keluarga dan harta
bendamu."

Malik : " Demi Allah! Aku tetap dengan perancanganku. Engkau seorang tua yang fikirannya
lemah dan tidak boleh dipakai lagi."

Duraid: "Wahai Kabilah Hawazin! Pandangannya tidak betul. Dia melakukan sesuatu yang amat
merbahaya kepada kamu. Taktiknya mendedahkan kamu kepada serangan musuh. Aku yakin Malik
akan melarikan diri ke Taif untuk menyelamatkan dirinya."

Malik : "Demi Allah! Semua orang Hawazin mesti mematuhi arahan aku atau aku tunggu dengan
pedangku hingga semuanya keluar."

 Dengan ancaman Malik itu, semua Kabilah Hawazin dan Thaqif mematuhi arahan pemimpin
mereka, Malik bin Auf.

 Malik pun menyusun tenteranya dengan meletakkan ahli keluarga di belakang tentera dan
diikuti binatang ternakan.

RASULULLAH MENGUTUS PERISIK
 Abdullah bin Abi Hadrad Al-Aslami diutus oleh Rasulullah untuk meninjau pergerakan tentera

musuh pimpinan Malik bin 'Auf.
 Abdullah berjaya menyusup masuk ke dalam barisan musuh dan tinggal bersama mereka

selama sehari atau dua hari. Beliau mendengar sendiri ucapan Malik bin Auf yang
memperkecilkan kekuatan Tentera Islam.
 Kemudian Abdullah balik semula ke Mekah dan melaporkan kepada Rasulullah.

MENUJU HUNAIN
 Rasulullah bersama 12,000 tentera Islam meninggalkan Mekah menuju Hunain pada 6 Syawal

Tahun 8 hijrah ( hari ke 19 sejak Pembukaan Mekah).
 Daripada 12,000 tentera, seramai 2,000 orang adalah terdiri penduduk Mekah yang baru

memeluk Islam dan 80 orang dari mereka masih musyrik. Ramai dikalangan warga Mekah

72

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

yang menyertai operasi Hunain ini adalah yang lemah iman bahkan bertujuan semata-mata
untuk mendapatkan ghanimah (harta rampasan perang).
 Rasulullah meminjam 100 baju besi dari Safwan bin Umayyah yang masih musyrik.
 'Attab bin Usaid yang berusia 20 tahun dilantik menjadi ketua di Mekah sepanjang peninggalan
Rasulullah .
 Bendera perang dipegang oleh Ali bin Abi Talib,Umar Al-Khattab dan Saad bin Abi Waqqas
mewakili golongan Muhajirin. Manakala bendera Ansar dipegang oleh Habbab bin Al-Munzir
dan Usaid bin Huzair.

DUA PERKARA YANG TIDAK DISENANGI RASULULLAH
 Semasa dalam perjalanan menuju Hunain, terjadi 2 perkara yang amat tidak disenangi oleh

Rasulullah iaitu :
o Pokok Zatul-Anwat
Semasa Rasulullah melalui sebatang pokok bidara yang besar lagi rendang. Ianya diberi
nama Zatul-Anwat oleh golongan Arab Jahiliyyah. Pokok ini dipuja dan dimuliakan
dengan menggantung senjata untuk mendapatkan semangat dan dibuat korban di bawah
pokok tersebut.
Terdapat dari tentera Islam yang baru memeluk Islam(warga Mekah) meminta kepada
Rasulullah agar baginda membuatkan kepada mereka sepohon lagi Zatul-Anwat .
Baginda bersabda:
" Allahu Akbar! Ucapan ini pernah dituturkan oleh kaum Nabi Musa:" Buatlah
untuk kami satu patung Tuhan sepertimana mereka ada banyak patung tuhan."
Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang jahil. Kamu terikut-ikut dengan
kesesatan umart terdahulu."(Riwayat At Tarmizi)

o Bilangan yang ramai
Oleh kerana bilangan tentera Islam yang ramai, maka kedengaran suara-suara sumbang
yang kagum dan angkuh dengan bilangan yang ramai. Antaranya :
" Hari ini kita tidak akan dapat dikalahkan."
Kata-kata tersebut amat tidak disenangi oleh Rasulullah.

                                 

                             

                        

                           

       

25. Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang

banyak, dan (Ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi kagum kerana banyaknya

jumlah (mu), Maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi

yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai.

26. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman,

dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana

kepada orang- orang yang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.

27. Sesudah itu Allah menerima taubat dari orang-orang yang dikehendakiNya. Allah Maha

Pengampun lagi Maha Penyayang.

AT-TAUBAH 25-27 73

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

74

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BERKHEMAH DI TIHAMAH 10 Syawal
 Tihamah suatu kawasan yang berlembah danmempunyai laluan yang berlurah dikiri kanan

bukit bukau. Tentera Isalam bermalam dan berkawal di lembah ini.

PENINJAU MELIHAT TENTERA MALAIKAT
 Pasukan Musyrikin Hawazin dan Thaqif sampai dahulu ke Lembah Hunain. Ketuanya,Malik bin

'Auf pun menyusun barisan tenteranya mengikut posisi:
Barisan hadapan : Pasukan berkuda.
Barisan kedua : Pasukan berjalan kaki dan menunggang unta.
Barisan Ketiga : Wanita, kanak-kanak dan binatang ternakan. (disusun untuk naikkan
semangat juang dan mencegah barisan hadapan dan kedua dari melarikan diri )
 Malik kemudian menghantar 3 orang tenteranya untuk meninjau pergerakan Tentera Islam.
 Pasukan peninjau ini kemudian kembali semula ke markas mereka dalam keadaan ketakutan dan
kegerunan. Mereka melaporkan kepada Malik :
" Kami melihat tentera berpakaian putih dan menunggang kuda-kuda putih dan kami amat gerun
melihat keadaan demikian.Elok kita semua berundur bersama keluarga kita."
Laporan itu menaikkan kemarahan Malik seraya berkata:
" Kamu tentera paling pengecut."
 Malik kemudian mengatur tenteranya di Lembah Hunain dengan menempatkan pasukan pemanah
di celah-celah bukit bukau yang akan dilalui oleh Tentera Islam.

SERANGAN HENDAP

 Pasukan yang diketuai oleh Khalid Al-Walid dan dianggotai oleh Bani Sulaim dan sebahagian

besar yang baru memeluk Islam telah

memasuki Lembah Hunain tanpa

menyedari musuh sedang

menunggu mereka dengan anak panah

yang banyak.

 Dalam kegelapan subuh, sebaik sahaja

mereka memasuki lembah

tersebut, tiba-tiba anak-anak panah

menyambut mereka dari segenap

penjuru. Keadaan menjadi kelam kabut.

Ramai yang berundur dan lari

bertempiaran.

Serangan hendap di Lembah Hunain .
Gambaran pelukis.

RASULULLAH TETAP
BERTAHAN
 Rasulullah bersama kira-kira 100-300 orang sahabat tetap tidak berganjak. Antaranya Abu

Bakar,Umar, Ali, 'Abbas dan sebahagian golongan Muhajirin. Turut bersamanya juga warga

75

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Mekah yang baru memeluk Islam seperti Sufyan bin Al-Harith bin Abdul Mutalib(sepupu
Rasulullah) dan Mu'attab bin Abi Lahab.
 Rasulullah menyeru kepada tentera Islam:
" Marilah bersamaku! Wahai manusia! Aku adalah Rasulullah!
Aku Muhammad bin Abdullah! Aku hamba Allah dan RasulNya!
Akulah Nabi yang tidak berbohong! Dan aku cucu Abdul Mutalib!
TINGKAHLAKU WARGA MEKAH YANG BARU MEMELUK ISLAM

o Abu Sufyan bin Harb(masih bawa anak panah penilik untuk menilik pihak mana
akan menang)

o Kaldah bin al-Hanbal (hari ini kuasa sihir tidak lagi memberi kesan)
o Syaibah bin Uthman ( ingin mengambil peluang untuk membunuh Rasulullah

tetapi Rasulullah memandangnya dengan senyum dan menyapu dadanya untuk
meneguhkan imannya.)

SERUAN AL-ABBAS
 Dalam keadaan yang kelam kabut dan panik, Rasulullah menyuruh Al-Abbas melaungkan dengan

suara yang kuat agar tentera Islam kembali berkumpul bersama Rasulullah.
 Antara jeritan Al-Abbas :

" Wahai yang berbai'ah dibawah pokok! ((bai'at Ridwan)
" Wahai kaum Ansar!
" Wahai pendukung surah Al-Baqarah!
 Jeritan dari Al-Abbas didengari oleh tentera Islam dari segenap penjuru. Dalam masa yang singkat,
mereka beramai-ramai menuju ke arah Rasulullah dalam keadaan bersesak-sesak dan berkata :"
Kami sahut panggilanmu, kami sahut panggilanmu! "
(Al 'Abbas : Mereka mendengar jeritanku umpama ibu lembu mendengar suara anaknya yang
hilang.)
 Pertempuran pun mula berlaku dengan hebatnya. Rasulullah mengambil segenggam pasir lalu
dilemparkan kearah musuh sambil bersabda:
" Celakalah wajah-wajah ini !"
Dengan izin Allah Taala, pasir-pasir yang dilontar oleh Rasulullah mencari musuh dengan
memasuki mulut, mata dan hidung mereka.
 Rasulullah juga berdoa :
" Ya Allah ! Aku memohon kepada apa yang Engkau janjikan kepadaku.Turunkanlah
pertolonganMu."

MALIK LARIKAN DIRI KE TAIF
 Setelah melihat keadaan tentera Islam kembali bersatu dan bersemangat untuk bertempur, pasukan

tentera Kabilah Hawazin dan Thaqif pimpinan Malik bin 'Auf pun melarikan diri. Mereka
melarikan diri menuju 3 tempat iaitu :

o Taif .( termasuk Malik bin 'Auf sendiri )
o Lembah Autos.
o Nakhlah.

 Jumlah yang terbunuh seramai 70 orang dari Kabilah Thaqif.

76

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

JANGAN MEMBUNUH KANAK-KANAK
 Semasa mengejar musuh, terdapat mayat kanak-kanak dan wanita yang terbunuh. Lalu Rasulullah

memberi peringatan :
" Beritahu Khalid! Jangan membunuh wanita dan yang tidak terlibat dengan peperangan."
 Begitu juga apabila terdapat mayat kanak-kanak terbunuh, baginda bersabda:
" Ingat ! Jangan membunuh kanak-kanak ! (Ingatan ini diulang 3 kali)
 Tiba-tiba Usaid bin Huzair bertanya: " Tidakkah mereka anak-anak Musyrikin? "
 Lalu Rasulullah bersabda :
" Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah(bersih), maka kedua ibubapanya lah
yang menjadikan anak itu Yahudi atau Nasrani."

RAMPASAN PERANG (Ghanimah)

Tawanan perang 6,000 orang
Unta 24,000 ekor
Kambing 40,000 ekor
Wang 4,000 uqiah perak

o Kesemua rampasan perang dipindahkan ke Ja'ranah.
o Rasulullah melantik Mas'ud 'Amru Al-Ghifari menjaganya.
o Rasulullah tidak membahagikan rampasan perang sehingga operasi menghapuskan

musuh selesai.

MEMBURU MUSUH
 Rasulullah menghantar tenteranya ke Nakhlah dan Lembah Autos untuk menghancurkan saki

baki tentera musuh yang melarikan diri.
 Operasi ke Lembah Autos diketuai oleh Abu 'Amir Asyaari. Beliau syahid setelah membunuh 9

orang musuh.
 Setengah ulama Sirah, menyatakan pertempuran di Lembah Autos termasuk dalam Ghazwah

Hunain kerana ianya berdekatan.
 Operasi ke Nakhlah juga berjaya menghancurkan kekuatan musuh. Veteran perang Kabilah

Hawazin, Duraid bin Al-Sommah turut dibunuh oleh Robi'ah bin Rafi'.

77

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

PERTEMPURAN DI TAIF
 Ketua Kabilah Hawazin dan Thaqif, Malik bin

'Auf bersama sebahagian besar tenteranya
melarikan diri ke Taif. Di sana mereka
bergabung dengan penduduk Taif dari Kabilah
Thaqif.
 Bandar Taif adalah bandar ke 3 terbesar
selepas Mekah dan Madinah. Ianya
dilingkungi oleh benteng kota yang kukuh dan
kebun-kebun dan saliran air yang mampu
memenuhi keperluan makanan dan minuman
untuk penduduk Taif.
 Penduduknya terkenal dengan anti-Islam.
Semasa zaman permulaan Islam, Rasulullah
pernah ke Taif untuk berdakwah. Tetapi
pembesar-pembesar Taif menolak seruan
dakwah dan menyuruh kanak-kanak melontar
batu kepada Rasulullah yang ketika itu bersama Zaid bin Harithah.

MENUJU TAIF
 Khalid Al-Walid mengetuai barisan hadapan seramai 1,000 orang menuju Taif.
 Sepanjang perjalanan, benteng-benteng tinggalan Malik bin 'Auf dirobohkan oleh Tentera Islam

atas arahan Rasulullah.
 Sampai di Taif, baginda arahkan supaya Tentera Islam mengepung kota Taif. Semasa

pengepungan itu berlaku pertempuran panah memanah antara dua pihak.
 Tentera Islam mengalami kehilangan 12 orang yang syahid akibat panahan dan lontaran musuh.
 Melihat keadaan sedemikian, Rasulullah arahkan tentera Islam berpindah markas yang agak jauh

dari kota Taif. (Lokasi markas tersebut dibina sebuah masjid pada masa kini)

KEPUNGAN SELAMA 40 HARI
 Khalid Al-Walid mencabar supaya berlangsung perlawanan

satu lawan satu. Tetapi tidak dilayan oleh musuh bahkan
mereka berkata :
" Tiada seorangpun ingin menyahut cabaran kamu. Kami
tetap didalam kubu kami. Kami mempunyai bekalan makan
untuk bertahun-tahun. Kami akan bertempur dengan kamu
apabila bekalan kami habis."
 Kota Taif dikepung oleh Rasulullah dan tentera Islam selama
40 hari. (Imam Muslim)
 Semasa kepungan tersebut, Rasulullah menggunakan 3
teknik untuk memasuki kota Taif dan memaksa musuh
menyerah kalah iaitu :
o Menggunakan manjenik.

78

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

o Menggunakan kereta kebal kayu ( untuk merempuh kubu musuh)
o Membakar dan menebang pohon-pohon anggur dan kurma.
o Membuat tawaran penyerahan diri tanpa syarat.

 Teknik menggunakan manjenik berjaya merobohkan sebahagian dinding kota Taif. Kemudian

tentera Islam menggempurkan untuk

memasuki kota tersebut

menggunakan kereta kebal kayu.

Malangnya, musuh dapat

mematahkan serangan tersebut

dengan melepaskan kepingan besi-

besi panas ke arah kereta kebal

tersebut. Ini menyebabkan ramai

tentera Islam syahid akibat terkena

besi panas tersebut.

 Kemudian Rasulullah arahkan

supaya ditebang pohon-pohon

anggur dan kurma di ladang musuh

yang terletak di luar kota Taif. Manjenik digunakan untuk menembusi
Tindakan ini bertujuan menekan Kota Taif.
musuh supaya menyerah diri. Pihak

musuh menghantar wakil merayu agar tindakan itu dihentikan demi hubungan siraturrahim.

Rayuan pihak Taif diterima oleh Rasulullah atas dasar kemanusiaan.

 Akhirnya Rasulullah menyuruh seorang sahabat melaungkan tawaran pengampunan untuk orang

yang menyerah diri:

" Sesiapa yang menyerah diri, maka dia bebas dan mendapat jaminan keamanan.".

Hasil seruan itu terdapat 23 orang lelaki keluar dari kota Taif menyerah diri.

(Riwayat Bukhari 2/260)

PENDAPAT NAUFAL BIN MUAWIYYAH AL-DAILI*
 Apabila Rasulullah mendapati Bani Thaqif mempunyai pertahanan yang kuat dan tiada tanda-tanda

mereka ingin menyerah diri, maka baginda pun meminta pandangan seorang Sahabat yang arif
tentang kekuatan kota Taif dan perangai warganya. Beliau ialah Naufal bin Muawiyyah Al-Daili.

( * Beliau pernah menyertai Ghazwah Badar dan Khandaq semasa musyrikin. Kemudian memeluk Islam dan
menyertai Ghazwah Hunain dan Taif. Meninggal pada tahun 60 hijrah)

 Naufal memberi pendapatnya :
" Mereka umpama musang di dalam lubang. Jika ditunggu akhirnya dapat ditangkap. Tetapi jika
dibiarkan, ianya tidak memberi mudarat dan tidak membahayakan."

 Pendapat Naufal diterima oleh Rasulullah lalu baginda mengarahkan Umar Al-Khattab supaya
mengumumkan pengunduran tentera Islam dari kota Taif.

 Tentera Islam keberatan untuk berundur kerana mereka belum berjaya menakluk kota Taif.
Kedengaran kata-kata : " Apakah kita berundur dari Taif begitu sahaja tanpa menaklukinya?"

 Apabila mendengar rungutan dari Tentera Islam, Rasulullah arahkan mereka lancarkan serangan
pada pagi esok.

 Serangan mereka terhadap kota Taif dibalas serangan panah bertubi-tubi dari musuh hingga
terpaksa berundur dan ramai tentera Islam cedera.

 Melihat keadaan itu, Rasulullah arahkan mereka bersiap untuk pulang. Arahan dari Rasulullah
pada kali keduanya disambut gembira oleh para sahabat lalu mereka bergopoh-gapah bersiap untuk
pulang. Rasulullah tersenyum melihat gelagat mereka yang cepat berubah.

 Semasa pengunduran untuk pulang, Rasulullah menyeru mereka melaungkan :

79

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

* ‫لاَإلَهَ إلَاّ اللهُ َو ْحده * َص َد َق َو ْع َده * َونَ َصَر َو ْع َده * َوَهَزَم الأ ْحَزا َب َو ْع َده‬

 Baginda juga bersabda :
" Kami kembali dengan memohon pengampunan. Kami bertaubat dan mengabdikan diri
kepada Tuhan kami serta kami memuji memujaNya."

 Ada di kalangan tentera Islam meminta Rasulullah mendoakan kecelakaan keatas warga Taif.
Tetapi Rasulullah berdoa :
Ya Allah ! Berikanlah hidayah kepada Bani Thaqif dan bawalah mereka berjumpaku dalam
keadaan memeluk Islam."

 Inilah kali kedua Rasulullah doakan hidayah untuk Bani Thaqif. Yang pertama ketika Malaikat
bersedia menghempas bukit keatas Taif ketika Rasulullah berdakwah sebelum hijrah.
Doa Rasulullah ketika itu :
" Ku harapkan agar lahir dari keturunan mereka satu generasi yang menyembah Allah Yang
Maha Esa dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu."

Lebuhraya menuju Taif kini. Bayangkan bagaimana
susah payah Rasulullah berjalan kaki untuk berdakwah
kepada penduduk Taif.

PERCAMBAHAN MINDA
1) Sifat penyayang Rasulullah terhadap umatnya terserlah dalam peristiwa Hunain. Sebutkan 2
peristiwa tersebut.
2) Apabila musuh memohon agar Rasulullah hentikan pemusnahan pohon kurma dan anggur, baginda
menerima rayuan tersebut sedangkan ketika itu peperangan masih berlangsung dan ramai sahabat
baginda yang syahid dan cedera. Ini tandanya Islam mementingkan kedamaian dan kasih sayang.
Bincangkan.

81

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB KESEPULUH
PEMBAHAGIAN GHANIMAH HUNAIN

MENUNGGU KETIBAAN KABILAH HAHAZIN
 Di Ja'ranah, Rasulullah tinggal selama 13 hari kerana :
o Menunggu tuntutan semula harta benda dari Kabilah Hawazin.
o Proses pembahagian harta rampasan perang (ghanimah).
 Rasulullah melewat-lewatkan pembahagian ghanimah di Ja'ranah kerana menunggu jika ada
ketibaan Kabilah Hawazin untuk menuntut balik harta benda mereka. Rasulullah akan
mengembalikan semula harta benda mereka jika kesemua mereka memeluk Islam.
 Setelah tiada ketibaan Kabilah Hawazin, barulah Rasulullah membahagi-bahagikan ghanimah
kepada Tentera Islam.

PEMBAHAGIAN RAMPASAN PERANG (GHANIMAH)
 Dari Taif, Rasulullah menuju ke Ja'ranah untuk membahagikan ghanimah kepada tentera
Islam.
 Zaid bin Thabit ditugaskan membuat kiraan dan pembahagian keseluruhan jumlah rampasan.
 Rasulullah mengambil 1/5 (khumus yang diperintahkan dalam Al-Quran) untuk bahagian
baginda. Walau bagaimanapun, Rasulullah kemudian memberikan bahagiannya untuk orang
ramai.
 Rasulullah membahagikan ghanimah kepada 2 golongan iaitu :
o Orang yang baru memeluk Islam. Mereka ini perlu dijinakkan hati.
Kebanyakkannya terdiri dari warga Mekah.
o Barisan tentera yang mengikuti peperangan.

PEMBESAR QURAISY YANG DIJINAKKAN HATINYA

81

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Rasulullah memberikan ghanimah yang banyak kepada warga Mekah terutama golongan
pembesarnya. Antaranya :

Abu Sufyan bin Harb 300 ekor unta dan 40 uqiyah perak.
Hakim bin Hizam 200 ekor unta
Safwan bin Umayyah 300 ekor unta
Al-Harith bin Kildah 100 ekor unta
Aqra bin Habis 100 ekor unta
'Uyainah bin Hisn 100 ekor unta
Abbas bin Mirdas 40 ekor unta

 Selepas selesai pembahagian kepada pembesar dan warga Mekah, Rasulullah membahagikan
ghanimah kepada pasukan tentera Islam :

Pasukan Berjalan kaki 4 ekor unta dan 40 ekor kambing

Pasukan Berkuda 12 ekor unta dan 120 ekor kambing

 Ghanimah juga diberikan kepada puak Kabilah Arab Badwi. Tujuannya supaya hati-hati
mereka jinak dengan Islam.

KATA-KATA ORANG MUNAFIK
 Ada seorang munafik berkata-kata sesama mereka :
" Ini pembahagian tidak adil dan bukan kerana Allah. Pembahagian ini untuk bertujuan
mencari keredhaan Allah."
 Rasulullah amat marah hingga merah mukanya apabila mendapat berita tentang ucapan
seorang munafik itu. Baginda bersabda :
" Siapakah lagi yang berlaku adil kalau Allah dan RasulNya tidak berlaku adil? Allah
Taala mengurniakan rahmat kepada saudaraku Nabi Musa. Sesungguhnya ia telah
dicemuh dengan cara yang lebih menyakiti lalu dia bersabar."
 Umar Al-Khattab dan Khalid Al-Walid meminta izin dari Rasulullah untuk memancung kepala
orang munafik yang mengucapkan demikian tetapi Rasulullah tidak mengizinkan.
 Sabda Rasulullah :
" Semoga dia dikalangan orang-orang yang solat."
 Khalid Al-Walid berkata :
" Ramai dikalangan mereka yang solat tetapi lidahnya tidak sama dengan hati."
 Jawab Rasulullah :
" Aku tidak disuruh untuk menebuk hati manusia dan membelah perut mereka ( untuk
mengetahui iman mereka) ."

Rampasan Hunain dibawa ke Ja'ranah.

82

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB KESEBELAS
AIR MATA ANSAR DI JA'RANAH

Masjid Nabawi dan persekitaran
Madinah tahun 1908 semasa era
Empayar Islam Uthmaniyyah.

LATAR BELAKANG
 Walaupun begitu banyak ghanimah dapat dipungut, tetapi Rasulullah tidak membahagi

langsung kepada golongan Muhajirin dan Ansar termasuk ahli keluarga baginda( ahli bait).
 Golongan Ansar antara golongan yang tidak puas hati dengan tindakan Rasulullah. Bagi

mereka adalah tidak adil cara agihan yang dijalankan sedangkan merekalah yang bersama
Rasulullah di saat kegawatan menimpa tentera Islam.
 Terdapat perbualan sesama mereka :
" Semoga Allah mengampuni RasulNya. Dia memberi (ghanimah) kepada orang-orang
Quraisy sedangkan pedang-pedang kita masih menitis darah-darah mereka. Rasulullah telah
bertemu kaumnya."
 Saad bin 'Ubadah pemimpin Ansar berjumpa Rasulullah mewakili kaumnya untuk
menyatakan perasaan tidak puas hati kaumnya :
" Wahai Rasulullah, kaum Ansar merasa tidak senang dengan pembahagian ghanimah. Kamu
bahagikan kepada kaummu sahaja sedangkan kaum Ansar tidak mendapat apa-apapun."
 Rasulullah bertanya Saad :
" Kamu di pihak mana wahai Saad ?"
 Saad menjawab :
" Tentu aku di pihak kaumku."

83

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Lalu Rasulullah menyuruh Saad bin 'Ubadah mengumpulkan kaum Ansar di suatu tempat yang
lapang untuk berkumpul. Kaum Muhajirin yang ingin bersama diarahkan balik. Perjumpaan ini
khas untuk kaum Ansar.

 Rasulullah berucap :
Wahai orang Ansar ! Aku telah mendengar percakapan antara kamu. Apakah perkara yang
tidak menyenangkan kamu terhadap diriku?
Bukankah aku datang kepada kamu ketika kamu sesat lalu Allah memberikan hidayatNya
kepada kamu melalui aku?
Bukankah kamu dahulu miskin lalu Allah kayakan kamu melalui aku?
Bukankah kamu dahulu bermusuhan lalu Allah jinakkan dan satukan hati-hati kamu
melalui aku ? "
Setiap pertanyaan Rasulullah dijawab oleh kaum Ansar :
" Ya benar! Allah dan RasulNya lebih baik dari segala-galanya."

 Rasulullah menyambung ucapannya :
" Ingatlah! Demi Allah! Jika kamu hendak berkata nescaya kamu dibenarkan, Kamu boleh
berkata apa saja kepadaku dan ianya benar iaitu :

Tidakkah engkau(Rasulullah) datang ke tempat kami dalam keadaan dibohongi dan kamilah
yang mempercayainya ?

Tidakkah engkau (Rasulullah) dizalimi lalu kamilah menghulurkan pertolongan?
Tidakkah engkau (Rasulullah) dihalau lalu kamilah yang memberi perlindungan ?
Tidakkah engkau (Rasulullah) dalam keadaan miskin kamilah menghulurkan keperluanmu?

Wahai orang Ansar! Apakah dalam diri kamu sudah ada sifat cintakan dunia?
Apakah kamu marah padaku kerana tindakanku terhadap harta dunia yang sedikit ini aku
gunakan untuk jinakkan hati manusia supaya memeluk Islam sedangkan keIslaman kamu

benar-benar aku menyakininya?
Apakah kamu tidak suka wahai orang Ansar bahawa dikala orang ramai membawa kambing

dan unta sedangkan kamu pula membawa Rasulullah pulang ke kampungmu?
Demi Allah ! Sekiranya tidak berlaku hijrah, sudah tentu aku adalah salah seorang dari

golongan Ansar.
Sekiranya manusia melalui satu lorong dan orang Ansar pula melalui lorong yang lain

nescaya aku akan melalui lorong yang dilalui oleh orang Ansar!
Ya Allah! Rahmatilah orang Ansar, anak-anak Ansar dan cucu cicit Ansar.

 Airmata orang-orang Ansar bercucuran mengalir membasahi janggut-janggut mereka tanda
keinsafan dan keharuan atas kasih sayang Rasulullah terhadap mereka. Mereka berkata :
" Kami redha Rasulullah menjadi sebahagian daripada kami."
(Ibnu Hisham 2/499 dan Sahih Bukhari 2/260-261)

84

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

PERCAMBAHAN MINDA
1) Rasulullah menunjukkan cara untuk menjinakkan hati-hati manusia
dengan Islam. Kaedah yang digunakan oleh Rasulullah sewajarnya
diamalkan oleh umat Islam zaman ini. Antaranya pengagihan zakat dan
sebagainya untuk memantapkan lagi keislaman seseorang individu yang baru
memeluk Islam. Bincangkan.
2) Perbuatan Rasulullah melebihkan dan mengutamakan pemberian
ghanimah kepada pembesar dan tokoh berpengaruh Quraisy perlu diteladani
oleh Gerakan Islam masa kini.
Gerakan Islam perlu mengambil langkah pro-aktif untuk menjinakkan tokoh-
tokoh sekular menyertai gerakan mereka. Pelbagai cara boleh diambil seperti
kata-kata memuji, pemberian jawatan dan sebagainya.
Bincangkan.
2) Cari hadis-hadis tentang kelebihan orang Ansar.

85

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB KEDUA BELAS

PEMULANGAN HARTA KABILAH HAWAZIN

Kedatangan Zuhair bin Sord
 Setelah selesai urusan pembahagian harta ghanimah, tiba-tiba Kabilah Hawazin muncul di

Ja'ranah menemui Rasulullah. Mereka seramai 14 orang lelaki diketuai oleh Zuhair bin Sord.
Kesemua mereka telah memeluk Islam.
 Seramai 6,000 orang tawanan terdiri wanita dan kanak-kanak yang ditawan oleh tentera Islam
semasa pihak musuh melarikan diri ke Taif. Ada dikalangan mereka adalah wanita dari
Kabilah Saad bin Bakar. Ibu susuan Rasulullah, Halimatus Saadiah adalah dari kabilah ini.

 Zuhair selaku ketua bersyair di depan Rasulullah merayu pembebasan tawanan perang. Antara
rangkap syairnya berbunyi :
Bebaskan kami dengan penuh kemurahanmu wahai Rasulullah......
Bebaskanlah wanita yang sebelum ini engkau pernah disusuinya
Kerana mulutmu pernah dipenuhi air susu mereka........
Pakaikanlah kemaafan untuk mereka yang pernah engkau menyusu daripada ibu-ibumu

 Bait-bait syair yang diucapkan oleh Zuhair mengharukan Rasulullah . Walaubagaimanapun
oleh kerana urusan pembahagian ghanimah telah selesai maka Rasulullah tiada kuasa menarik
balik pembahagian itu.
 Rasulullah memberi dua pilihan iaitu :
o Pembebasan orang tawanan ATAU
o Pengembalian harta ghanimah.
Mereka memilih pembebasan tawanan perang.

 Baginda juga mensyorkan supaya Zuhair dan rakan-rakannya memohon ehsan pembebasan
tawanan dengan membuat pengumuman selepas Solat Zohor.

 Selepas solat Zohor, bangun semua wakil Kabilah Hawazin berucap seperti yang disyorkan
oleh Rasulullah :
"Sesungguhnya kami minta jasa baik semua orang Mukmin dengan perantaraan Rasulullah dan
kami juga minta jasa baik Rasulullah dengan perantaraan orang Mukmin agar sudi
dikembalikan semua orang tawanan kepada kami."

 Rasulullah memulakan dengan dirinya sendiri .Baginda bersabda :
" Bahagianku dan Bani Muttalib aku serahkan semula kepada kamu( Kabilah Hawazin)."

 Langkah Rasulullah dituruti oleh orang Muhajirin dan Ansar dengan ucapan :
" Apa yang kami miliki adalah milik Rasulullah."

 Rasulullah juga menggantikan 6 ekor unta betina kepada setiap pembebasan seorang tawanan
kepada orang-orang yang keberatan untuk membebaskan tawanan. Akhirnya semua tawanan
dapat dikembalikan kepada Kabilah Hawazin.

86

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

MALIK BIN 'AUF MEMELUK ISLAM
 Setelah selesai urusan mengembalikan tawanan perang kepada Kabilah Hawazin, Rasulullah

bertanya tentang ketua mereka iaitu Malik bin 'Auf. Kaumnya memberitahu Malik kini
berada di Taif bersama Bani Thaqif.
 Baginda bersabda :
" Sekiranya dia (Malik) datang kepadaku sebagai seorang muslim, akan aku bebaskan
keluarganya dan pulangkan balik hartanya. Aku juga akan berikannya 100 ekor unta."
 Apabila Malik dimaklumkan tentang tawaran Rasulullah, beliau pun secara rahsia keluar dari
Kota Taif menuju ke Ja'ranah untuk menerima tawaran baginda.
 Baginda juga melantik Malik sebagai ketua Kabilah Hawazin yang memeluk Islam.
UMRAH JA'RANAH
 Setelah berada di Ja'ranah selama 13 hari, Rasulullah berihram(bermiqat) di situ untuk
mengerjakan 'umrah.
 Baginda memasuki Mekah pada waktu malam. Pada malam yang sama selesai'umrah, baginda
pulang semula ke Ja'ranah dan seterusnya kembali ke Madinah.
MELANTIK WAKIL DI MEKAH
 Sebelum meninggalkan Mekah, Rasulullah melantik seorang anak muda berusia 20 tahun bernama
'Uttab bin 'Usaid menjadi wakil baginda di Mekah untuk urusan pentadbiran dan Mu'az bin Jabal
sebagai pengajar ilmu Islam kepada warga Mekah.

87

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

Kronologi Ghazwah Hunain 8 Hijrah

Pihak Muslimin Pihak Kabilah Hawazin

1 Menguasai Mekah. Merancang memerangi Rasulullah dan

orang-orang Islam.

Pengumpulan bala tentera pelbagai Kabilah

seperti Hawazin, Thaqif,Nasr,Ju'syum,Saad

bin Bakar dan Bani Hilal.

Melantik Malik bin 'Auf beusia 30 tahun

sebagai ketua.

2 Seramai 20,000 orang tentera dapat
dikumpulkan.
Membawa semua kaum kerabat keluarga,
binatang ternakan dan harta benda.
Strategi ini bertujuan menaikkan semangat
juang.

4 Veteran perang musyrikin Duraid bin Al
Sommad menegur startegi Malik.
Malik tidak terima teguran Duraid.

5 Rasulullah menghantar Abdullah bin Abi
Hadrah untuk merisik gerakan musuh.
Beliau dapat menyusup masuk ke dalam
pasukan musuh selama sekitar 2 hari.

6 Seramai 12,000 orang tentera pimpinan
Rasulullah keluar dari Kota Mekah menuju
Hunain. Mereka termasuk 2,000 warga
Mekah yang baru memeluk Islam.
'Attab bin Usaid berusia 20 tahun dilantik
ketua di Mekah sepanjang peninggalan
Rasulullah.

7 Sepanjang perjalanan menuju Hunain
terdapat 2 perkara yang tidak disenangi
Rasulullah:
a) Pokok Zatul Anwar.
b) Bilangan yang ramai.

8 Bermalam di Tihamah (10 syawal) Malik dan tenteranya sampai di Lembah
Hunain.
Menyusun barisan untuk serangan hendap.

88

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

9 Selepas solat Subuh, mula memasuki Mula melancarkan serangan hendap dengan
Lembah Hunain. serangan anak panah.

10 Kelam-kabut dan panik. Ramai melarikan
diri.
Hanya tinggal 100-300 orang bersama
Rasulullah.
Rasulullah menyuruh Al-'Abbas melaung
dengan kuat supaya Tentera Islam kembali
ke medan perang.

11 Laungan itu disahut oleh Tentera Islam. Kabilah Hawazin dan lainnya melarikan diri.
Mereka kembali menyusun pasukan dengan Malik bin 'Auf melarikan diri ke Taif.
penuh semangat. Serangan balas Saki bakinya yang lain menuju Lembah
dilancarkan. Autos dan Nakhlah.
Jumlah terbunuh seramai 70 orang di
kalangan Bani Thaqif.

12 Rampasan perang di pindahkan ke Ja'ranah.
Mas'ud bin Amru Al-Ghifari ditugaskan
untuk menjaganya.

13 Rasulullah mengarahkan pasukan menuju Panglima veteran perang, Duraid bin Al-

ke Lembah Autos dan Nakhlah untuk Sommah dibunuh oleh Robi'ah bin Rafi'.

menghancurkan saki baki musuh.

Musuh di Lembah Autos dan Nakhlah dapat

dikalahkan.

14 Rasulullah dan Khalid Al-Walid bersama
1,000 tentera menuju Taif.
Kepungan selama 40 hari.
Seramai 12 orang syahid akibat panahan
musuh.

15 Terdapat 4 cara yang digunakan oleh
Rasulullah untuk memaksa musuh
menyerah diri :
a) Menggunakan manjenik.
b) Menggunakan kereta kebal katu.
c) Membakar dan menebang pohon anggur
dan tamar.
d) Tawaran menyerah diri.

16 Enggan menyerah diri. Sanggup bertahan
hingga setahun dan kemudian akan
berjuang hingga mati.

17 Rasulullah mendapat pandangan Naufal bin
Muawiyyah tentang kekuatan musuh.

89

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

18 Pendapat Naufal diterima Rasulullah.
Baginda arahkan Umar Al-Khattab
mengundurkan tentera Islam dari Taif.
Tentera Islam keberatan berundur tanpa
menakluki Taif.

19 Rasulullah raikan semangat juang mereka Terus melancarkan serangan dari kubu Taif
dan arahkan Tentera Islam terus lancarkan keatas tentera Islam. Mereka berjaya
serangan. mencederakan ramai pihak Islam dan dapat
mengundurkannya

20 Rasulullah arahkan tentera Islam berundur
bagi kali kedua . Arahan baginda disambut
kegembiraan oleh tentera Islam.
Akhirnya Rasulullah dan tenteranya
berundur dan kembali ke Ja'ranah.
Rasulullah doakan hidayah atas penduduk
Taif bagi kali kedua.

21 Pembahagian ghanimah Hunain.

22 Orang Ansar mendapat Rasulullah.

23 Kabilah Hawazin mendapat semula tawanan
Hunain.

91

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

PERCAMBAHAN MINDA

Bumi Taif yang subur.

Kerasnya hati warga Taif untuk menerima Islam sejak Rasulullah bersama
Zaid bin Harithah berdakwah sebelum hijrah hinggalah baginda mengetuai
Tentera Islam mengepung kota tersebut selama 40 hari pada Tahun 8 hijrah.
Warganya tetap menolak seruan Islam.
Bincangkan kaedah yang digunakan oleh Rasulullah menghadapi situasi
berkenaan.

91

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB KETIGA BELAS
UTUSAN DAKWAH DAN PENGAJARANNYA

92

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

LATAR BELAKANG

 Setelah kembali ke Madinah, Rasulullah menerima kedatangan ramai kabilah yang ingin memeluk
Islam. Ini adalah kesan daripada kejatuhan Mekah ke tangan pihak Islam. Begitu juga kemenangan
ke atas pihak Hawazin dan sekutunya di Hunain.

 Rasulullah juga menghantar beberapa pasukan untuk urusan pungutan zakat dan berdakwah.
Antaranya :
o Operasi Bani Tamim.
o Operasi Jeddah.
o Operasi Bani Mustaliq.
o Operasi Bani Toi.

i) Operasi Bani Tamim
 Rasulullah menghantar Bisyir bin Sufyan ke perkampungan Bani Ka'ab daripada Kabilah

Khuza'ah untuk mengutip zakat harta mereka.
 Bagaimanapun tugasan itu di halang oleh Bani Tamim yang berjiran dengan kabilah

tersebut.
 Rasulullah menghantar 'Uyainah bin Hisn Al-Fazari beserta 50 orang tentera berkuda.

Kesemua tentera berkuda itu dianggotai oleh Arab Badwi.
 Hasil operasi oleh 'Uyainah ke atas Bani Tamim dapat menawan 11 orang lelaki, 20 wanita

dan 30 kanak-kanak. Kesemua tawanan di bawa balik ke Madinah.
 Bani Tamim menghantar 10 orang pimpinan mereka ke Madinah untuk menuntut

pembebasan orang tawanan.
 Mereka mengetuk pintu rumah Rasulullah dan memanggil dengan kasar dan kuat apabila

Rasulullah lambat keluar.
 Perbuatan mereka ditegur oleh Allah Taala :

                                

                     

4. Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar bilik(mu)
kebanyakan mereka tidak mengerti.
5. Dan kalau sekiranya mereka bersabar sampai kamu keluar menemui mereka
Sesungguhnya itu lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
Surah al-Hujurat ayat 4-5

 Selepas solat Zohor, Rasulullah mendengar pidato dan syair dari pihak Bani Tamim.
Kemudian Rasulullah menyuruh Thabit bin Qays dan Hasan bin Thabit bagi pihak
Islam menunjukkan bakat mereka kepada Bani Tamim.

 Akhirnya wakil Bani Tamim, Al-'Aqra' bin Habis mengakui kehebatan pemidato dan
penyair Islam :
" Pemidatonya lebih hebat dari pemidato kita dan penyairnya lebih hebat bersyair dari
penyair kita dan kata-kata mereka lebih hebat dan indah dari kita."

 Akhirnya kesemua mereka memeluk Islam. Rasulullah membebaskan tawanan mereka
dan memberikan hadiah kepada mereka.

93

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

ii) Operasi Jeddah

 Rasulullah menghantar Alqamah bin Mujazziz serta 300 tentera menuju ke Jeddah. Ini

kerana maklumat dari penduduk Jeddah tentang kedatangan kapal dari Habsyah

yang meragukan tujuannya.

 Orang-orang Habsyah membuat kubu di sebuah pulau di Laut Merah. Mereka

merancang mengadakan aktiviti rompakan di sekitar Jeddah.

 Alqamah bersama tenteranya menuju ke pulau tersebut. Apabila orang-orang Habsyah

melihat kedatangan tentera Islam, mereka pun melarikan diri.

 Alqamah membentuk satu pasukan bergerak pantas untuk pulang ke Madinah. Beliau

melantik Abdullah bin Huzafah al-Sahmi sebagai ketua pasukan.

 Abdullah al-Sahmi seorang yang suka bergurau. Dalam perjalanan pulang, beliau

menyuruh anggota pasukannya menyalakan api. Selepas itu beliau mengarahkan

tenteranya terjun ke dalam api yang sedang menyala. Beliau berkata :

" Bukankah Rasulullah menyuruh kamu taat kepada ketua?"

 Anggota tenteranya menjawab :

" Kami bersama Rasulullah(masuk Islam) untuk melarikan diri dari api neraka,

mengapa kita hendak terjun kedalamnya?"

 Apabila ada sebahagian anggotanya ingin terjun kedalam api sebagai tanda taat arahan

ketua, tiba-tiba Abdullah melarangnya dan berkata :

" Aku hanya bergurau."

 Setiba di Madinah, laporan tentang peristiwa tersebut di laporkan kepada Rasulullah.

Baginda bersabda :

‫لَْو َد َخلُْوَها َما َخَر ُجـْو ِمْنـَها أبَـ ًدا‬
‫لاَ طَا َعةُ لَِم ْخلُـْوٍق ِفي َم ْع ِصـيَِة ال َخـالِِق‬

Jika mereka masuk kedalamnya(api) nescaya mereka tidak keluar buat selama-

lamanya(mati).

Tidak boleh taat kepada makhluk dalam perkara yang maksiat terhadap Pencipta

(Allah).

iii) Operasi Bani Mustaliq
 Rasulullah melantik Al-Walid bin 'Utbah bin Abi Mu'it untuk mengutip zakat

daripada Bani Mustaliq.
 Apabila sampai di perkampungan Bani Mustaliq kedatangan Al-Walid di sambut oleh

20 orang lelaki yang bersenjata serta unta-unta untuk zakat.
 Apabila Al-Walid melihat kedatangannya disambut lelaki-lelaki Bani Mustaliq yang

bersenjata, beliau menyangka mereka ingin menyerangnya. Ini kerana semasa zaman
jahiliyyah mereka bermusuh dengannya.
 Al-Walid bergegas pulang ke Madinah dan melaporkan dakwaan kononnya Bani
Mustaliq ingin memeranginnya.
 Rasulullah menghantar satu pasukan yang diketuai Khalid Al-Walid untuk
memastikan kebenaran dakwaan Al-Walid.
 Mereka merancang melancarkan serangan keatas perkampungan Bani Mustaliq pada
waktu Subuh. Tiba-tiba kedengan suara azan dari perkampungan tersebut.
 Khalid Al-Walid membatalkan rancangan menyerang bahkan dia berjumpa penduduk
Bani Mustaliq dan mendapati mereka beriman dan patuh ajaran Islam.
 Khalid melaporkan kejadian yang sebenar kepada Rasulullah.

94

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Sempena peristiwa Al-Walid, Allah Taala menurunkan firmanNya :

                                  

       

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu
berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah
kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal
atas perbuatanmu itu.
Surah Al-Hujurat ayat 6.

iv) Operasi Bani Toi
 Pada RabiulAwal Tahun 9 Hijrah, Rasulullah mengutus Ali bin Abi Talib mengetuai

satu pasukan ke perkampungan Bani Toi untuk memusnahkan patung berhala bernama
Al-Qalas.
 Operasi tersebut membabitkan seramai 50 orang tentera berkuda dan 100 orang
menunggang unta.
 Operasi tersebut berjaya memusnahkan patung tersebut dan membakarnya.
 Mereka berjaya menawan ramai tawanan perang, unta dan kambing. Antara yang
ditawan ialah Saffanah binti Hatim. Beliau adalah anak perempuan kepada Hatim At-
Toi seorang yang amat pemurah di zaman Jahiliyyah. Saffanah mempunyai seorang
abang yang bernama 'Adi bin Hatim.
 Di Madinah, Saffanah memohon agar dirinya dibebaskan :
" Wahai Rasulullah, saya telah hilang tempat berlindung dan telah putus hubungan
dengan anak-anak. Bapa sudah tidak ada lagi. Saya seorang tua dan tidak mampu
menjadi khadam.
Bebaskanlah saya moga-moga Allah memberikan kurniaNya padamu. Sayalah anak
perempuan ketua kaum kami, ayah saya seorang pelindung bagi orang yang perlu
dilindungi, membantu orang yang susah, memberi makan orang yang lapar memberi
pakaian pada yang memerlukannya, memuliakan tetamu, menjamu makanan dan
tidak mensia-siakan kepada orang yang berhajat. Sayalah anak Hatim At-Toi."
 Rasulullah bertanya pada Saffanah : " Siapa penjagamu?"
 Jawab Saffanah : " 'Adi bin Hatim."
 Rasulullah bersabda : " Dialah yang melarikan dari Allah dan RasulNya."
 Baginda membebaskan Saffinah kerana baginda suka memuliakan orang yang mulia.

'ADI BIN HATIM MEMELUK ISLAM
 'Adi bin Hatim bersama keluarganya lari ke Syam apabila berita kedatangan tentera

Islam ke perkampungan Bani Toi.
 Beliau lari ke Syam kerana di sana mempunyai penganut Nasrani yang ramai.
 Saffanah berjumpa abangnya 'Adi bin Hatim di Syam dan menceritakan kemuliaan

akhlak dan layanan Rasulullah terhadapnya dan tawanan Bani Toi. Rasulullah juga
memuji kemuliaan bapa mereka Hati At-Toi.
 Lalu Saffanah mensyorkan agar 'Adi berjumpa dengan Rasulullah dan memeluk Islam.

95

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 ' Adi bin Hatim bersetuju dengan cadangan adik perempuannya. Lalu beliau ke
Madinah berjumpa Rasulullah.

 Beliau berjumpa Rasulullah di masjid. Baginda memegang tangannya mengajak beliau
ke rumah baginda.

 Dalam perjalanan itu, Rasulullah berhenti untuk mendengar hajat seorang wanita tua.
Peristiwa itu membuatkan 'Adi berbisik di dalam hati :
" Ini bukan sifat seorang raja! ".

 Apabila sampai di rumah Rasulullah, baginda menghulurkan bantal kepada 'Adi untuk
duduk. 'Adi menolak pelawaan Rasulullah. Tetapi baginda tetap menyuruh 'Adi duduk
di atas bantal manakala baginda duduk di atas lantai. Sekali lagi 'Adi berkata dalam
hatinya : " Ini bukan sifat seorang raja! ".

Imam Malik meriwayat berlaku dialog antara Rasulullah dengan 'Adi bin Hatim :

RASULULLAH : " Wahai 'Adi ! Masuklah Islam nescaya kamu selamat !"(3 kali)

'ADI BIN HATIM : " Aku telah mempunyai agama(Nasrani). "

RASULULLAH : " Aku lebih tahu tentang agamamu daripada engkau sendiri."

'ADI BIN HATIM (kehairanan) : " Engkau lebih tahu tentang ugamaku daripada aku
sendiri?".

RASULULLAH : " Ya, bukankah engkau penganut Rakusi (campuran Yahudi dan
Nasrani) ? Bukankah engkau mengambil 1/4 hasil rampasan perang dan itu adalah
tidak dihalalkan dalam ugamamu?"

'ADI BIN HATIM : " Bahkan". ('Adi berkata didalam hati : Demi Allah! Dia memang
seorang Rasul kerana lebih mengetahui tentang agamaku)

RASULULLAH :
" Wahai 'Adi! Yang menghalangmu dari menganut Islam mungkin kerana engkau
melihat ramai orang miskin menganutnya ?
Demi Allah ! Akan tiba masanya engkau melihat akan tiba masanya harta kekayaan
melimpah ruah hingga tidak ada orang mahu mengambilnya.
Mungkin menghalangmu memeluk Islam kerana engkau melihat banyaknya musuh
Islam dan sedikit penganutnya?
Demi Allah ! Akan tiba masanya engkau mendengar berita seorang perempuan keluar
dengan untanya dari Al-Qadisiyyah (Iraq) menuju ke Baitullah untuk haji tanpa rasa
takut.
Mungkin menghalangmu memeluk Islam kerana engkau melihat kerajaan yang
berkuasa hari ini ditangan orang bukan Islam?
Demi Allah ! Akan tiba masanya nanti engkau mendengar penawanan Istana
Putih(Kisra) di bumi Babylon oleh mereka (Tentera Islam).
( Riwayat Ibnu Ishaq dan Imam Ahmad)

96

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

 Imam Bukhari meriwayatkan daripada 'Adi bin Hatim :

Rasulullah bersabda :
" Wahai 'Adi ! Pernahkan engkau melihat negeri Hirah? Kalau umurmu panjang, kau
akan dapat melihat seorang wanita berada dalam tandu( usungan atas unta) datang
dari Hirah bertawaf di Kaabah tanpa perasaan takut kecuali Allah.

Kalau umurmu panjang, kau akan berjaya membuka pebendaharaan kekayaan Kisra.

Dan kalau umurmu panjang, kau akan melihat ada orang memegang ditangannya
penuh dengan emas dan perak sambil mencari-cari orang yang mahu menerimanya
tetapi tiada seorangpun sudi menerimanya." ( Sahih Bukhari 2/524)

o 'Adi bin Hatim sempat melihat 2 peristiwa diatas iaitu perempuan
mengerjakan tawaf tanpa takut dan juga 'Adi terlibat dengan barisan depan
menawan khazanah Kisra di Armuz. Beliau tidak sempat melihat orang
mencari-cari sesiapa yang hendak menerima zakat.

o Pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau pernah menghantar wakil
untuk membahagikan zakat di utara Afrika. Tetapi wakilnya pulang dengan
wang dan harta zakat kerana tiada orang yang mahu menerimanya.

 Ibnu Kathir dan At Tobari meriwayat :
'Adi bin Hatim menceritakan kisahnya berjumpa Rasulullah. Beliau mengadap baginda
dalam keadaan memakai rantai salib daripada emas.
Apabila Rasulullah melihatnya, baginda bersabda :
" Wahai 'Adi! Lemparkan berhala di lehermu!".
'Adi pun melemparkan rantai salib itu ke lantai. Kemudian Rasulullah membaca ayat Al-
Quran dari Surah Taubah ayat 31 :

97

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

                             
                          

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan
selain Allah * dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam,
padahal mereka Hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan
(yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka
persekutukan.

* Maksudnya: mereka mematuhi ajaran-ajaran orang-orang alim dan rahib-rahib mereka
dengan membabi buta, walaupun orang-orang alim dan rahib-rahib itu menyuruh membuat
maksiat atau mengharamkan yang halal.

'Adi menjawab : " Kami tidak menyembah mereka."
Rasulullah bersabda :
" Adakah tidak mereka mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan
menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah ? "
'Adi menjawab : " Ya."
Rasulullah bersabda :
" Itulah ibadat mereka."

PERCAMBAHAN MINDA

1) Mengikut ajaran yang dipinda-pinda oleh rahib atau paderi umpama seperti menyembah
mereka. Bagaimana dengan membuat undang-undang atau hukum hakam yang tiada kaitan
langsung dengan Al-Quran? Bincangkan.
2) Senaraikan beberapa ajaran dalam Kitab Injil yang dipinda oleh para paderi.

98

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

BAB KEEMPAT BELAS
GHAZWAH TABUK

99

Sirah Nabawiyyah 3 Mutiara Perjalanan Mukmin

GHAZWAH TABUK
TARIKH : Rejab Tahun 9 hijrah.
LOKASI : Tabuk yang terletak 778 batu dari Madinah.

Kekuatan Tentera ISLAM ROM (Byzantine)
Komander 30,000 orang 40,000 orang
( termasuk Kabilah Arab berugama Kristian )
Rasulullah

Korban / Cedera TIADA PERTEMPURAN

LATAR BELAKANG
 Dikenali juga dengan nama Ghazwah Al-'Usrah (kesusahan) dan Al-Fadhihah (terbongkar

keburukan).

o Al-'Usrah)‫ – (عُ ْسَرة‬suasana kemarau, panas yang terik, perjalanan yang jauh dan

kekurangan bekalan dan air.

o Al-Fadhihah)‫ (فَ ِضْي َحة‬- membongkarkan keburukan perangai golongan munafik.

111


Click to View FlipBook Version