The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CISELIA MISOW Moe, 2021-01-18 04:35:35

program semarak kasih -jpn sarawak 2020

program semarak kasih -jpn sarawak 2020

SEJARAH

KOLEKSI SOALAN DAN JAWAPAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI

(SEJARAH 1249/2)
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

TAHUN 2020

i

SENARAI NAMA SEKOLAH DAN GURU PANEL PENYUSUN

Bil Nama Sekolah Nama Guru
1 SMK Green Road Jumat Anak Chekut
Poh Sek Fang
2 SMK St Thomas Nurain Humairah Lim Bt Abdullah
3 SMK St Joseph Pui Mee Mee
4 SMK St Teresa Rafidah Bt Abdul Razak
5 SMK Batu Lintang Dayang Naralam Bt Awang Raini
6 SMK DPH Abdul Gapor Cheng Chau Voon
7 SMK Matang Hilir Magdallene Ogahku Ak Siring
Ciselia Misow
8 SMK Matang Jaya Adibah Bt Abdul Latif
Bong Siet Chin
9 SMK Bandar Kuching No.1 Norliza Bt Julai
Cheng Guay Choo
Marliana Bt. Ahmad
Liew Ching Hui
Rohana Bt Salehuddin
Nurul Sahidah Bt Abdullah
Liaw Bee Lan
Hendrew Lee Parnell
Alice Beredai Ak. Ngelai

ii

TINGKATAN 4

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA
TEMA 8
TAMADUN ISLAM DAN
TEMA 9 PERKEMBANGANNYA

PERKEMBANGAN DI EROPAH
DAN KESANNYA TERHADAP

EKONOMI NEGARA

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

Soalan Negeri
SARAWAK
1. Proses pembentukan tamadun manusia bermula apabila manusia mula menyesuaikan diri

dengan alam sekelilingnya.

Namakan dua lokasi bermulanya tamadun awal di dunia. [2 markah]

Contoh Jawapan Lembah /Sungai Tigris-Eupharates
Lembah / Sungai Nil
i)
ii)

Jawapan tambahan

✓ Lembah/ Sungai Hwang Ho/ Sungai Kuning
✓ Lembah / Sungai Indus

Soalan Negeri
2. Jelaskan maksud tamadun/ Jelaskan maksud tamadun mengikut pandangan: SARAWAK

(i) Barat [2 markah]
(ii) Islam [2 markah]

Contoh Jawapan

Maksud tamadun mengikut pandangan Sarjana Barat ialah mengaitkan tamadun dengan
kemajuan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan
pembandaran.

Maksud tamadun mengikut pandangan Sarjana Islam ialah tamadun mestilah merangkumi
pembangunan lahiriah dan rohaniah. Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah kerana
kedua-dua aspek ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat.

1

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Jawapan tambahan

Barat
✓ Menurut Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun

dalam sesebuah masyarakat.
✓ Darcy Riberio dan R. A Buhanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya

menekankan unsur lahiriah dalam proses pembentukan tamadun.

Islam
✓ Menurut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila

yang tinggi dan kebudayaan yang luhur.
✓ Pandangan beliau disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui

bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

Soalan Negeri

3. Peta berikut menunjukkan kedudukan tamadun awal dunia yang bermula di lembah sungai. SARAWAK

Kehidupan masyarakat bermula di lembah sungai sehingga mempengaruhi corak

kehidupan seharian dalam sesebuah tamadun. Buktikan kenyataan ini. [4 markah]

Contoh Jawapan

Bukti kehidupan masyarakat bermula di lembah sungai sehingga mempengaruhi corak kehidupan
seharian dalam sesebuah tamadun ialah sungai dijadikan lokasi petempatan kekal kerana tanah yang rata
dan lanar sesuai untuk petempatan. Selain itu tanah yang subur memudahkan aktiviti ekonomi dilakukan
seperti aktiviti pertanian. Contohnya kegiatan penaman padi.

Jawapan tambahan
✓ Sumber makanan diperoleh dari sungai/ protein/ikan / hidupan akuatik
✓ Sungai sebagai kemudahan pengangkutan dan perhubungan
✓ Sumber air untuk keperluan harian/ penanaman/ minuman
✓ Kedudukan strategik untuk dibina pelabuhan

2

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Soalan Negeri

Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil. Masyarakat Mesir PERAK
Purba telah meninggalkan warisan dan khazanah bangsanya untuk dikaji dan dipelajari. PAHANG

4. Mengapakah Sungai Nil penting kepada tamadun Mesir Purba? [3 markah]

Contoh Jawapan

Sungai Nil penting kepada tamadun Mesir Purba kerana limpahan air Sungai Nil ke tanah yang
gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah dataran
yang subur. Selain itu, tanah lanar yang dibawanya berjaya membentuk delta yang subur untuk pertanian
dan petempatan manusia.

Jawapan tambahan
✓ Sistem pengangkutan/ perhubungan
✓ Keperluan harian penduduk
✓ Bekalan air/makanan
✓ Perikanan/kehidupan air
✓ Keperluan pokok papyrus

Soalan Negeri
5. Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam perkembangan ilmu pengetahuan? PAHANG

[3 markah]

Contoh Jawapan

Sumbangan tamadun Mesir Purba dalam perkembangan ilmu pengetahuan adalah dalam aspek
teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu-bata sehingga mereka berjaya membina piramid.
Sumbangan seterusnya ialah penciptaan kertas dari pokok papyrus. Selain itu sumbangan tamadun Mesir
dalam aspek sistem pendidikan pula, ialah sistem tulisan hieroglif diperkenalkan.

Jawapan tambahan
✓ Ilmu perubatan/ memumia mayat
✓ Kemahiran fizik/ pembedahan/kimia
✓ Ilmu matematik/ algebra/geometri/ asronomi mengawal banjir sungai Nil.
✓ Mencipta kalender 365 hari dalam 12 bulan

3

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Soalan Negeri

6. Bagaimanakah sumbangan Mesir Purba di soalan (5) digunakan oleh masyarakat Malaysia PAHANG

untuk membangunkan negara? [4 markah]

Contoh Jawapan

Sumbangan Mesir Purba di soalan (5) digunakan oleh masyarakat Malaysia untuk membangunkan
negara adalah dengan mengaplikasikan teknik pembinaan bangunan dengan batu-bata bagi membina
bangunan pencakar langit. Hasilnya, Malaysia telah berjaya membina bangunan tinggi seperti Menara
KLCC dan Menara Berkembar Petronas yang menjadi mercu tanda kebanggaan negara. Kesannya,
ekonomi negara berkembang pesat.

Jawapan tambahan

✓ Ilmu matematik/ algebra/ geometri/ asronomi digunakan dalam pembinaan litar

sepang/KLIA
✓ Ilmu perubatan digunakan oleh pakar perubatan di hospital seperti Institut Jantung negara
✓ Ilmu astronomi digunakan dalam misi penghantaran angkasawan negara
✓ Ilmu sistem pengairan digunakan untuk pertanian seperti sistem pengairan Kuala Muda.

Soalan Negeri

7. Tamadun Mesir Purba telah memberikan sumbangan yang penting kepada ketamadunan PAHANG

manusia.

Gambar: Pokok Papyrus
Apakah sumbangan pokok papyrus dalam perkembangan tamadun Mesir Purba?

[2 markah]

Contoh Jawapan
Sumbangan pokok papyrus dalam perkembangan tamadun Mesir Purba ialah penciptaan kertas telah

memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan kepada kepingan batu- bata.
4

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Soalan Negeri
8. Gambar menunjukkan seni bina piramid dalam tamadun Mesir Purba. PERAK
PAHANG

Jelaskan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang seni bina. [2 markah]

Contoh Jawapan

Sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang seni bina ialah pembinaan piramid yang bermula
daripada ilham Imhotep.

Jawapan tambahan
✓ Penasihat penting kepada Firaun Djoser
✓ Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan
✓ Menggunakan batu-bata
✓ Pembinaan piramid Sakkara
✓ Piramid tertua
✓ Binaan batu yang pertama di dunia
✓ Dibina oleh Firaun Djoser

Soalan Negeri
PAHANG
9. Mengapakah bidang sains dan teknologi tamadun Mesir Purba penting kepada

kemajuan ketamadunan manusia? [6 markah]

Contoh Jawapan

Bidang sains dan teknologi tamadun Mesir Purba penting kepada kemajuan ketamadunan manusia
kerana penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan segala khazanah bangsa. Kemajuan dalam ilmu
perubatan telah melahirkan pengamal perubatan. Selain itu, pengetahuan dalam bidang astronomi dan
matematik membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar.

5

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Jawapan tambahan

✓ Kemajuan bidang perubatan perlu untuk proses memumiakan mayat
✓ Perkembangan ilmu matematik dapat mengawal banjir di Sungai Nil
✓ Mencipta sistem pengairan
✓ Menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan yang subur untuk pertanian
✓ Melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pentadbiran
✓ Melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih

Soalan Negeri
10. Bagaimanakah Malaysia boleh mengembangkan bidang sains dan teknologi dalam negara? PAHANG

[4 markah]

Contoh Jawapan

Malaysia boleh mengembangkan bidang sains dan teknologi dalam negara dengan memajukan
bidang perubatan agar mampu mencari vaksin bagi penyakit berbahaya seperti coronavirus yang telah
mengorbankan jutaan nyawa masyarakat dunia. Contohnya, kerajaan menggalakkan pakar perubatan
untuk melakukan kajian dan penyelidikan tentang penyakit berbahaya seperti kanser. Kesannya, tahap
kesihatan penduduk negara akan meningkat.

Jawapan tambahan

✓ Membinaan bangunan-bangunan yang hebat seperti KLCC / Menara Petronas
✓ Melahirkan ramai pakar perubatan bertaraf dunia
✓ Melahirkan tenaga muda yang kreatif dalam bidang astronomi
✓ Mewujudkan bidang pembangunan sains angkasa
✓ Mencipta ubat-ubatan supaya Malaysia dapat menangani pelbagai penyakit

6

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Soalan Negeri
PERAK
11. Huraikan kualiti masyarakat yang diperlukan untuk membangunkan dan memajukan

sesebuah tamadun. [4 markah]

Contoh Jawapan

Kualiti masyarakat yang diperlukan untuk membangunkan dan memajukan sesebuah tamadun
ialah masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan menguasai pelbagai kemahiran. Hal ini
membolehkan masyarakat menyumbang idea dan kepakaran untuk memajukan negara. Contohnya,
masyarakat menyumbang kepakaran dari segi sains dan teknologi bagi meningkatkan ekonomi negara.
Kesannya, negara akan mampu bersaing dengan negara maju yang lain.

Jawapan tambahan

✓ Pemimpin yang berwibawa
✓ Masyarakat yang kreatif dan inovatif

7

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN

Soalan Negeri
1. Gambar berikut merupakan monumen agung yang dibina dalam tamadun manusia. SARAWAK

X Y
Namakan seni bina yang bertanda X dan Y.
[2 markah]

Contoh Jawapan

X: Colloseum
Y: Tembok Besar China

Soalan Negeri

2. Jelaskan keunikan seni bina di soalan (1) kepada perkembangan tamadun berkenaan. SARAWAK

[4 markah]

Contoh Jawapan

Keunikan seni bina tersebut ialah Colloseum dibina oleh Maharaja Flavian pada tahun 70-an
Masihi. Colloseum merupakan tempat pahlawan Rom bertarung dan sebagai teater.

Tembok Besar China pula dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman sejak zaman Dinasti
Chin. Tembok Besar China digunakan untuk pertahanan daripada serangan musuh iaitu orang Gasar/Hun.

Jawapan tambahan

Colloseum
✓ Ketinggiannya ialah 52M dan bergaris pusat luar 545M.
✓ Keluasannya boleh dimasuki 50,000-80,000 penonton.

1

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Tembok Besar China
✓ Panjangnya lebih kurang 5000 km dan lebar 4.5m – 9m.
✓ Pembinaanya melibatkan seramai 30,000 orang tenaga kerja.

Soalan Negeri

3. Negara kita juga mempunyai mercu tanda dan seni bina hebat yang dibina untuk tujuan-

tujuan yang tertentu. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut. [4 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Bukti negara kita mempunyai mercu tanda dan seni bina hebat yang dibina untuk tujuan-tujuan
yang tertentu ialah bangunan yang hebat iaitu Menara Berkembar Petronas. Bangunan tersebut yang
mempunyai 88 tingkat pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan
Taipei 101. Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan yang ke-11 tertinggi di dunia.
Bangunan ini menjadi ikon Kuala Lumpur. Kesannya, bangunan ini menjadi kebanggaan rakyat Malaysia
dan juga sebagai daya tarikan pelancong.

Jawapan tambahan

✓ KLCC menjadi pusat membeli-belah yang terkenal dalam negara dan tumpuan
pelancong dari luar negara.

✓ Bangunan Parlimen yang terletaknya Dewan Rakyat/ Dewan Negara.
[Mana-mana munasabah]

Soalan Negeri

4. Pembangunan pesat menyebabkan banyak binaan dan monumen bersejarah dimusnahkan. SARAWAK
Apakah langkah yang harus diambil bagi memelihara warisan seni bina tamadun awal

dunia?

[8 markah]

Contoh Jawapan

Langkah yang harus diambil bagi memelihara warisan seni bina tamadun awal dunia ialah kerajaan
perlu mendapatkan pengiktirafan daripada badan dunia untuk mewartakan seni bina atau bangunan
bersejarah sebagai Warisan Dunia. Hal ini demikian kerana seni bina tersebut mempunyai nilai komersial
untuk pembangunan. Contohnya, bandar Georgetown, Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai tapak

2

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

warisan dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kesannya, warisan seni bina akan mampu
menjadi tatapan dan kebanggaan generasi akan datang. Selain itu sebagai tempat tarikan pelancong.

Jawapan tambahan

✓ Menjaga struktur binaan bangunan bersejarah
✓ Memuatkan subtajuk tentang bangunan bersejarah dalam buku teks
✓ Melukis mural seni bina di dinding sekolah
✓ Media massa mengadakan dokumentari tentang seni bina negara

[Mana-mana munasabah]

Soalan Negeri
5. Maklumat berikut berkaitan seni bina tamadun China. PAHANG

Jelaskan ciri-ciri seni bina yang terdapat dalam tamadun China. [8 markah]

Contoh Jawapan

Ciri-ciri seni bina yang terdapat dalam tamadun China ialah Tembok Besar China dibina oleh
Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin (221 -208 S.M). Panjangnya lebih kurang 5000
kilometer, lebarnya 4.5meter hingga 9meter dengan ketinggian 7.5 meter.

Kuil pula terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu
dan pusat pemujaan. Ciri seni bina Pagoda pula ialah berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat

Ciri-ciri seni bina Istana Kota Larangan pula ialah menempatkan kediaman maharaja dan
dikelilingi tembok serta mempunyai banyak dewan dan taman.

3

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Jawapan tambahan

Tembok Besar China
✓ Zaman Dinasti Ming tembok ini disambung sepanjang 6400 kilometer
✓ Berfungsi untuk mempertahankan wilayahnya daripada serangan orang Hun (nomad)
✓ Pembinaannya menggunakan tenaga seramai 30 000 orang

Istana Kota Larangan
✓ Dewan berfungsi sebagai balai penghadapan
✓ Tempat hukuman, keraian dan perjumpaan

Kuil dan Pagoda
✓ Mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama
✓ Bentuk itu tidak tetap bagi semua binaan dan tempat

Soalan Negeri
6. Mengapakah masyarakat tamadun China mampu membina monumen-monumen tersebut? PAHANG

[6 markah]

Contoh Jawapan

Masyarakat tamadun China mampu membina monumen-monumen tersebut kerana mereka
mempunyai kemahiran dalam bidang pembinaan. Selain itu, mereka juga mempunyai bahan binaan yang
banyak dan mempunyai teknologi yang baik. Faktor lain ialah tamadun China mempunyai tenaga buruh
yang ramai. Seterusnya, pemerintah yang bijak dan rakyatnya taat kepada pemerintah.

Jawapan tambahan

✓ Kestabilan politik
✓ Kemakmuran ekonomi

4

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Soalan Negeri
7. Mengapakah warisan seni bina di negara kita perlu dikekalkan? [6 markah] PAHANG

Contoh Jawapan

Warisan seni bina di negara kita perlu dikekalkan sebagai lambang kebanggan negara. Hal ini
demikian agar warisan tersebut dapat dijadikan tatapan generasi akan datang. Mereka boleh menjadikan
warisan seni bina tersebut sebagai tempat kajian dan penyelidikan bagi menyiapkan tugasan dan kerja
projek mata pelajaran Sejarah. Contohnya, mereka akan mengadakan lawatan dan melihat sendiri
keunikan dan nilai sejarah yang terdapat pada setiap seni bina negara. Kesannya, akan mampu
menyuburkan semangat patriotisme dalam diri generasi muda.

Jawapan tambahan

✓ Bukti pencapaian sesuatu tamadun
✓ Tarikan kepada para pelancong
✓ Sumber pendapatan negara
✓ Peluang pekerjaan kepada rakyat

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
8. Aktiviti perdagangan yang dijalankan oleh Tamadun India mengalami SARAWAK

perkembangan yang sangat pesat sejak abad ketiga sebelum masihi.

Namakan satu pusat perdagangan Tamadun India. [1 markah]

Contoh Jawapan

Pusat perdagangan tamadun india ialah Karusa.

Jawapan tambahan
✓ Anga
✓ Kalinga

5

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Soalan [2 markah] Negeri
9. Nyatakan dua pusat pelabuhan yang penting dalam Tamadun India. SARAWAK

Contoh Jawapan

i. Tamralipti di Timur
ii. Broach di Barat

Jawapan tambahan
✓ Ghantashala dan Kadura (Timur)
✓ Chaul, Kalyan, dan Cambay (Barat)

Soalan [4 markah] Negeri
10. Jelaskan matlamat penubuhan persatuan perdagangan di India. SARAWAK

Contoh Jawapan

Matlamat penubuhan persatuan perdagangan di India ialah mengawal gaji pekerja serta mengawal
kualiti barangan. Selain itu matlamat lain ialah mengawal harga barangan.

Soalan Negeri
SARAWAK

Maklumat di atas merupakan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia demi menjamin

kemakmuran ekonomi negara pada abad yang ke-21.

11. Pada pandangan anda, bagaimanakah cabaran ini dapat diatasi? [4 markah]

Contoh Jawapan

Pada pandangan saya, cara untuk mengatasi cabaran tersebut ialah meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang agar dapat menyumbang idea dan kepakaran bagi
memajukan negara. Contohnya, kemahiran dalam bidang sains dan teknologi digunakan untuk mencipta
teknologi canggih dalam bidang perubatan. Kesannya, ekonomi negara akan berkembang pesat.

6

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Jawapan tambahan

✓ Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang
✓ Memperbanyakkan universiti tempatan
✓ Meningkatkan kemudahan pusat ekonomi negara
✓ Mengalakkan pelaburan dari luar negara

Soalan Negeri
KELANTAN
12. Peningkatan ekonomi yang berlaku dalam tamadun India dan China bukan sahaja

membawa kemajuan kepada mereka malah turut menyumbang kepada perkembangan

peradaban manusia hari ini.

Mengapakah aktiviti perdagangan dalam tamadun India berkembang pesat pada abad

ketiga S.M? [6 markah]

Contoh Jawapan

Aktiviti perdagangan dalam tamadun India berkembang pesat pada abad ketiga S.M kerana
mempunyai hubungan perdagangan dengan luar. Contohnya, kerajaan Maurya mengadakan hubungan
dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah dan Asia Tenggara.

Selain itu, munculnya pusat perdagangan yang penting iaitu Anga, Kalinga dan Karusa yang
menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian. Faktor lain ialah berkembangnya bidang perusahaan
perusahaan tekstil dan sutera di Bengal dan Benares. Seterusnya, perusahaan yang berasaskan barangan
emas mutiara dan batu permata turut berkembang.

Jawapan tambahan
✓ Terdapat pelabuhan
✓ yang menghubungkan India dengan negara luar
✓ Tamralipti/ Ghantashala/ Kadura/ Broach/ Chaul/ Cambay.
✓ Terdapat persatuan perdagangan (stresthin)
✓ Mengawal harga dan kualiti barang serta mengawal gaji pekerja. persatuan tukang kayu,
tukang logam, tukang kulit.
✓ Terdapat undang-undang perdagangan.
✓ Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan.
✓ Undang-undang diawasi oleh raja

7

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

✓ Menggunakan mata wang sebagai medium jual beli Mata wang emas pada Zaman

Gupta.
✓ Pelaksanaan sistem cukai
✓ Cukai hasil pertanian dan buah-buahan.

Soalan Negeri

13. Bagaimanakah tamadun China mencapai kemajuan dalam bidang pertanian? [6 markah] KELANTAN

Contoh Jawapan

Tamadun China mencapai kemajuan dalam bidang pertanian dengan penggunaan tenggala telah
digunakan untuk membuat batas. Selain itu penggunaan kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik
tenggala kayu kereta kuda dan kereta sorong beroda. Tamadun China juga mencipta penyisir tanah.dan
penciptaan alat kegunaan pertanian bagi memudahkan aktiviti pertanian. Seterusnya tamadun China
mencapai kemajuan dalam bidang pertanian denan pengenalan sistem tanaman bergilir dan penggunaan
sistem teres yang membolehkan kesuburan penggunaan tanah digunakan secara maksimum.

Jawapan tambahan
✓ Pembinaan terusan untuk pengairan.
✓ Kawalan banjir

Soalan Negeri
14. Berdasarkan kegiatan ekonomi tamadun India dan China, pilih satu kegiatan yang KELANTAN

sesuai dilaksanakan di negara kita.
Beri hujah anda. [8 markah]

Contoh Jawapan

Berdasarkan kegiatan ekonomi tamadun India dan China, kegiatan yang saya pilih untuk
dilaksanakan di negara kita ialah dalam bidang pertanian kerana bidang pertanian sesuai dengan iklim di
negara kita. Hal ini demikian kerana negara kita beriklim khatulistiwa iaitu panas dan lembab sepanjang

8

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

tahun sesuai untuk pelbagai jenis tanaman contohnya padi, getah dan sebagainya. Aktiviti ini secara
langsung dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat di negara kita.

Selain itu, negara kita juga kaya dengan bahan mentah pertanian yang dapat digunakan untuk
menghasilkan pelbagai produk makanan dan keperluan harian. Contohnya, Malaysia merupakan negara
pengeluar getah dan kelapa sawit utama dunia. Kelapa sawit digunakan untuk menghasilkan minyak
masak, majerin dan makanan lain. Kesannya, bahan mentah tersebut akan menjana pendapatan negara.

Jawapan tambahan

✓ Saya memilih bidang perdagangan kerana negara kita mempunyai banyak pelabuhan
yang strategik seperti pelabuhan Klang dan Pasir Gudang. Pelabuhan ini juga terletak
berdekatan lautan dalam yang membolehkan kapal-kapal besar berlabuh dengan
sempurna di pelabuhan tersebut. Hal ini dapat menarik pedagang-pedang luar untuk
berlabuh di pelabuhan kita dan secara langsung meningkatkan imej negara di mata
dunia.
[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
SARAWAK
15. Saiz masyarakat yang bertambah besar dalam sesebuah tamadun itu boleh mendatangkan

masalah sekiranya tidak ada peraturan dan sistem yang dapat mengawal segala tindakan

masyarakat.

Tamadun awal China mempunyai sistem perundangannya yang tersendiri. Terangkan

sistem perundangan tersebut. [4 markah]

Contoh Jawapan

Sistem perundangan tamadun China ialah berteraskan dua prinsip iaitu hukuman berat dan
bercorak kolektif. Perundangannya berdasarkan falsafah Legalisme dan digubal Han Fei Tzu seorang ahli
falsafah pada zaman Dinasti Chin.

Sistem perundangan tersebut adalah tegas dan kukuh. Ia dapat mengawal tingkah laku manusia.
Selain itu undang-undang tersebut menjelaskan tidak harus wujud belas kesihan dan penguatkuasaannya
harus dipelihara dalam apa bentuk keadaan.

9

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Jawapan tambahan

✓ Membendung tindakan liar manusia.
✓ Raja mesti mempunyai kuasa yang utuh
✓ Bertentangan dengan falsafah undang-undang Conficius.
✓ Raja perlu ada perkara baik dan jaga harmoni manusia dan masyarakat.

Soalan Negeri
16. Maklumat berikut berkaitan dengan prinsip perundangan Rom. SARAWAK

“Semua manusia sama di sisi undang-undang” [8 markah]

Jelaskan kebaikan prinsip tersebut

Contoh Jawapan

Kebaikan prinsip tersebut ialah undang-undang dapat berteraskan kepada keadilan. Hal ini
bertujuan agar manusia dapat diadili secara sama rata tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Hal ini
mendukung amalan tiada diskriminasi antara manusia. Kesannya masyarakat akan berada dalam sejahtera.

Kebaikan prinsip itu juga ialah golongan yang tidak bersalah dapat dibela dengan cara yang betul.
Hal ini demikian kerana prinsip tersebut tanpa prejudis iaitu tidak didorong oleh hubungan seseorang
individu dengan pihak berkepentingan. Contohnya, sesiapa yang bersalah akan dikenakan hukuman
dengan bukti yang sah. Oleh itu mereka yang dituduh dapat pembelaan yang sewajarnya jika tidak
bersalah. Kesannya semua manusia tidak terlepas daripada undang-undang dan negara akan aman.

Jawapan tambahan

✓ Mengurangkan kadar jenayah
✓ Mendisiplinkan rakyat

[Mana- mana jawapan yang munasabah]

10

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Soalan Negeri
SARAWAK
17. Undang-undang yang dibina oleh masyarakat tamadun awal telah mewujudkan

kehidupan masyarakat yang sejahtera hingga kini.

Buktikan. [8 markah]

Contoh Jawapan

Bukti undang-undang dapat mensejahterakan masyarakat hari ini ialah undang-undang dapat
menjamin keselamatan. Melalui undang-undang kadar jenayah dapat dikurangkan dalam masyarakat. Hal
ini demikian kerana sesiapa yang melanggar undang-undang akan dikenakan hukuman yang setimpal.
Malah ada badan penguatkuasaan undang-undang sebagai contohnya pasukan polis sentiasa berusaha
mengawal jenayah daripada berlaku. Kesannya masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni dan tidak
berada dalam ketakutan.

Bukti lain undang-undang mensejahterakan masyarakat ialah melalui undang-undang
mewujudkan sebuah negara yang aman. Hal ini menjamin kemajuan ekonomi dan pelabur-pelabur sama
ada dari dalam dan luar negara akan datang membuat pelaburan di dalam sektor perindustrian. Sebagai
contohnya pelabur dari Jerman melabur dalam petroleum.Kesannya sumber pendapatan negara akan
bertambah dan negara dapat mencapai status negara maju.

Soalan Negeri
SARAWAK
18. Peningkatan sesebuah tamadun didorong oleh kemajuan dalam bidang pendidikan.

Jelaskan sistem pendidikan dalam tamadun Yunani. [4 markah]

Contoh Jawapan

Dalam tamadun Yunani khususnya di Athens, pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang
seimbang dari sudut rohani dan jasmani. Dalam sistem pendidikan Athens menjadi manusia yang
cemerlang ialah manusia yang memenuhi tuntutan mental dan fizikal. Hanya manusia cemerlang dianggap
memberi sumbangan kepada kesejahteraan manusia. Oleh itu, pendidikan sukan, muzik dan berpidato
dititikberatkan.

Jawapan tambahan

Sparta
✓ Pendidikan bertujuan melahirkan warganegara yang sempurna, gagah dan setia kepada

negara kotanya.
✓ Mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata

11

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Athens
✓ Banyak sekolah falsafah ditubuhkan
✓ Di Athens, Thebes, Elea dan Miletus,
✓ Melahirkan sejarawan / pemikir sains / teknologi
✓ seperti Thucydides, Herodotus, Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxoras.

[Mana- mana jawapan yang munasabah]

Soalan Negeri
JOHOR
19. Pendidikan yang seimbang akan melahirkan manusia yang cemerlang dari aspek jasmani

dan rohani.

Bincangkan. [8 markah]

Contoh Jawapan

Pendidikan yang seimbang akan melahirkan manusia yang cemerlang dari aspek jasmani dan
rohani kerana manusia yang menerima pendidikan akan lebih bersikap rasional. Hal ini membolehkan
mereka membuat pertimbangan yang wajar apaila berhadapan dengan pelbagai situasi. Contohnya,
semasa menjalankan urusan perniagaan dengan pihak luar. Kesannya, mereka dapat menangani pelbagai
cabaran dengan jayanya.

Selain itu, seseorang yang menerima pendidikan yang seimbang juga akan mampu memajukan
ekonomi negara secara tidak langsung. Hal ini demikian kerana mereka akan mencipta teknologi moden
tanpa bergantung dengan negara luar. Contohnya, mencipta teknologi dalam bidang aeroangkasa. Oleh
itu, boleh bersaing dengan negara maju.

Soalan Negeri
JOHOR
20. Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa.

Bincangkan. [8 markah]

Contoh Jawapan

Sistem Pendidikan di Malaysia sentiasa berubah dari semasa ke semasa bagi memastikan relevan
mengikut zaman. Hal ini demikian kerana pendidikan akan menentukan hala tuju sesebuah negara.
Contohnya, sebelum merdeka pendidikan berkembang mengikut kaum dan terdapat pelbagai aliran
pendidikan semasa zaman penjajah. Kesannya, perpaduan kaum sukar dicapai. Oleh itu usaha-usaha

12

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

dilakukan untuk menjadikan pendidikan sebagai alat perpaduan di negara kita seperti Penyata
Jawatankuasa pelajaran 1956 dan Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang mengemukakan teras sistem
pendidikan kebangsaan.

Selain itu, pada masa kini, negara mampu berdiri sendiri kerana sistem pendidikan negara semakin
mantap. Pendidikan menjurus ke arah melahirkan generasi yang berdaya saing bagi menghasilkan tenaga
mahir agar tidak bergantung kepada negara luar. Contohnya, pendidikan menitikberaktan kemahiran
teknikal dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan selaras dengan dasar pendidika kebangsaan.
Kesannya, negara mampu mencapai taraf negara maju pada tahun 2030.

13

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

BAB 3: TAMADUN AWAL DI ASIA TENGGARA

Soalan Negeri

1. Kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara boleh dibahagi kepada dua KELANTAN

iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Pembahagian ini berasaskan aspek kedudukan

geografi dan sosioekonomi.

Nyatakan dua kegiatan ekonomi kerajaan agraria [2 markah]

Contoh Jawapan

Kegiatan ekonomi kerajaan agraria ialah menanam padi iaitu padi sawah dan padi huma. Selain
itu kegiatan lain ialah menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran.

Jawapan tambahan

✓ Menghasilkan rempah seperti cengkih dan lada hitam
✓ Mengumpul hasil hutan
✓ Seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan pelbagai

jenis buah - buahan
✓ Mengambil sarang burung dari gua untuk tujuan diperdagangkan
✓ Menangkap ikan di sawah, paya, dan sungai
✓ Mendapatkan kulit kura-kura
✓ Menternak binatang seperti ayam, kambing, lembu dan kerbau
✓ Memasarkan/ membekalkan/ memperdagangkan lebihan hasil ternakan dan tanaman/

pertanian.
✓ Menghasilkan kraf tangan untuk jualan
✓ Menghasilkan ubat-ubatan daripada herba

Soalan Negeri

2. Bagaimanakah pemerintah kerajaan agraria memajukan kegiatan ekonomi mereka? KELANTAN

[4 markah]

Contoh Jawapan

Pemerintah kerajaan agraria memajukan kegiatan ekonomi mereka dengan membina sistem
pengairan yang baik. Contohnya, perkembangan pertanian di Funan dan Angkor adalah disebabkan
terdapatnya sistem pengairan yang bersumber dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. Sistem pengairan
yang baik dapat dilaksanakan kerana raja sendiri terlibat dalam sistem pengurusan sistem pengairan

1

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

tersebut. Contohnya, pada zaman pemerintahan Raja Indravarman 1 (877M). Beliau telah membina
sistem pengairan dan baray yang mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar. Kesannya, hasil padi dari
kawasan tersebut dapat menampung keperluan beras kerajaan Angkor yang merupakan keperluas asas
rakyatnya.

Soalan Negeri
3. Peta di bawah berkaitan dengan kerajaan agraria di Asia Tenggara KELANTAN

Merujuk peta di atas, mengapakah kerajaan Funan dapat berkembang menjadi sebuah

kerajaan maritim di Alam Melayu? [4 markah]

Contoh Jawapan

Kerajaan Funan dapat berkembang menjadi sebuah kerajaan maritim di Alam Melayu kerana
kedudukan pelabuhan Oc-Eo yang terletak di muara Sungai Mekong dan terlindung daripada tiupan angin
dari Teluk Siam. Selain itu kerajaan Funan mempunyai kedudukan yang strategik serta mempunyai
kemudahan pelabuhan seperti kemudahan mendapatkan bekalan minuman dan makanan.

Soalan Negeri

4. Kerajaan Angkor merupakan kerajaan agraria yang kuat dan agung yang terletak di Lembah PERAK
MELAKA
Sungai Mekong.

Jelaskan faktor-faktor perkembangan kerajaan Angkor? [4 markah]

Contoh Jawapan

Faktor-faktor perkembangan kerajaan Angkor ialah perkembangan aktiviti pertanian yang
dipengaruhi peranan raja dalam pembinaan sistem pengairan. Kerajaan bertanggungjawab secara
langsung dalam pengurusan pembinaan sistem pengairan. Contohnya Raja Indravarman I telah membina
sistem pengairan dan baray ntuk mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar.

2

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Jawapan tambahan

✓ Kesannya hasil padi dapat menampung keperluan beras dalam kerajaan Angkor iaitu

keperluan asas rakyatnya.
✓ Kedudukannya berhampiran Tasik Tonle Sap
✓ Tanah di sekitar tasik subur
✓ Iklim panas lembab sepanjang tahun
✓ Sesuai untuk penanaman padi

Soalan Negeri

5. Mengapakah Tasik Tonle Sap mampu menjadikan kerajaan Angkor sebagai sebuah

kerajaan yang kuat? [8 markah] PERAK

MELAKA

Tasik Tonle Sap penting kepada kehidupan masyarakat Angkor. [8 markah] TERENGGANU

Buktikan.

Contoh Jawapan

Tasik Tonle Sap mampu menjadikan kerajaan Angkor sebagai sebuah kerajaan yang kuat kerana
terletak di Lembah Sungai Mekong. Selain itu kedudukannya berhampiran Tasik Tonle Sap dan tanah di
sekitar tasik yang subur. Faktor lain ialah iklim panas lembab sepanjang tahun sesuai untuk penanaman
padi.

Di samping itu terdapat sumber air tawar dari Tasik Tonle Sap. Selain itu, air dari Tasik Tonle
Sap dapat dialirkan ke kawasan penanaman padi dengan menggunakan terusan dan sistem pengairan.
menjadi punca air utama mengairi sawah. Tasik Tonle Sap juga menjadi punca bekalan air minuman dan
berupaya menampung keperluan makanan atau bekalan sumber protein seperti ikan kepada penduduk
sekitar.

Jawapan tambahan

✓ Pada musim banjir limpahan air dari sungai Mekong akan mengalir masuk ke Tasik

Tonle Sap.
✓ Keluasan tasik menjadi 300.78 km persegi
✓ Pada musim kemarau, kawasan sekitar Tasik Tonle Sap menjadi subur
✓ Disebabkan terdapat mendapan lumpur
✓ Sumber air dari tasik
✓ Dapat menampung keperluan penanaman padi
✓ Bagi menyediakan bekalan beras yang mencukupi untuk penduduk Angkor

3

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Soalan Negeri
MELAKA
6. Wajarkah kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan agraria diberikan keutamaan

dalam dunia yang sedang menuju ke arah Revolusi Industri 4.0?

Beri hujah anda. [8 markah]

Contoh Jawapan

Kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan agraria diberikan keutamaan dalam dunia yang
sedang menuju ke arah Revolusi Industri 4.0 adalah amat wajar. Hal ini demikian kerana ekonomi
berasaskan pertanian menjadi penyumbang kepada sumber bahan mentah negara yang mampu memenuhi
keperluan industri tempatan. Contohnya, bahan mentah seperti getah dan kelapa sawit akan diproses di
kilang untuk menghasilkan pelbagai produk. Kesannya, produk pertanian yang pelbagai akan dapat
menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Selain itu, ekonomi berasaskan pertanian juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan. Hal ini akan meningkatkan pendapatan penduduk tempatan. Contohnya, mereka terlibat dalam
sektor perladangan getah dan kelapa sawit sama ada sebagai pekerja atau pengusaha ladang tersebut.
Kesannya, taraf hidup penduduk tempatan juga akan meningkat.

ATAU

Kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan agraria diberikan keutamaan dalam dunia yang
sedang menuju ke arah Revolusi Industri 4.0 adalah tidak wajar. Hal ini demikian kerana rakyat tidak
berminat dalam bidang pertanian. Mereka menganggap bidang pertanian tidak menghasilkan pulangan
yang lumayan dan tidak popular. Contohnya, mereka memandang rendah tentang pekerjaan sebagai
petani. Kesannya, sektor pertanian di negara kita akan terus terpinggir.

Selain itu, negara juga semakin kekurangan tanah yang diperukan untuk mengusahakan aktiviti
pertanian dalam skala yang besar. Hal ini demikian kerana tanah banyak digunakan untuk tujuan
pembangunan seperti membina kawasan perindustrian dan perumahan. Kesannya, ekonomi pertanian di
negara kita tidka mampu bersaing dengan negara lain.

Jawapan tambahan

Pendirian: Wajar
✓ Boleh dieksport
✓ Menjadi sumber makanan
✓ Mengurangkan import makanan dari luar
✓ Memajukan teknologi tinggi
✓ Memperkembangkan bioteknologi
✓ Menggalakkan kemasukan pelabur asing
✓ Memajukan sektor perusahaan perkilangan

4

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Atau

Pendirian: Tidak wajar
✓ Kekurangan tenaga mahir
✓ Kerajaan terpaksa menggunakan tenaga mahir dari luar
✓ Kemahiran teknologi yang rendah
✓ Kos buruh semakin meningkat

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
7. Kerajaan awal di Asia Tenggara terdiri daripada kerajaan agraria dan kerajaan maritim.
PULAU
Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat kerajaan agraria? [6 markah] PINANG

Contoh Jawapan

Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat kerajaan agraria ialah menanam padi iaitu padi
sawah dan padi huma. Mereka juga menanam tanaman sampingan seperti jagung dan sayur-sayuran,
menghasilkan rempah seperti cengkih dan lada hitam, mengumpul hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur
barus, dan pelbagai jenis buah-buahan. Tambahan pula kegiatan mengambil sarang burung dari gua untuk
tujuan diperdagangkan selain menangkap ikan di sawah, paya, dan sungai.

Soalan Negeri
PULAU PINANG
8. Kerajaan agraria dan kerajaan maritim dikatakan saling melengkapi antara satu

sama lain.

Jelaskan / Buktikan. [6 markah]

Contoh Jawapan

Kerajaan agraria dan kerajaan maritim dikatakan saling melengkapi antara satu sama lain kerana
kerajaan agraria membekalkan tenaga kerja kepada kerajaan maritim. Kerajaan agraria bergantung kepada
kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan mewah daripada China dan India. Contohnya tembikar
China, tekstil dari India dan China serta pelbagai jenis gelas dan manik.

5

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Kerajaan maritim pula memerlukan makanan seperti beras daripada kerajaan agraria. Kerajaan
maritim mendapatkan bahan mentah seperti kayu untuk membuat kapal dari kerajaan agraria.

Jawapan tambahan

✓ Kerajaan maritim memerlukan gajah untuk kenderaan raja daripada kerajaan agraria

diperoleh dari Burma dan Siam
✓ Kerajaan maritim mendapatkan tukang kayu dan batu daripada kerajaan agraria
✓ Kerajaan agraria membekal barang dagangan
✓ Seperti hasil hutan kepada kerajaan maritim

Soalan Negeri

9. Aktiviti pertanian dapat memberikan sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara.
[8 markah] PULAU PINANG
Buktikan pernyataan ini.

Contoh Jawapan

Bukti aktiviti pertanian dapat memberikan sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara ialah
menjadi sumber pendapatan negara. Hal ini demikian kerana produk pertanian akan dapat
mempelbagaikan hasil eksport negara. Contohnya, negara mengeksport getah, minyak kelapa sawit,
nenas, durian, koko ke luar negara. Kesanya, ekonomi negara akan berkembang pesat.

Selain itu, aktiviti pertanian juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan
dengan pembukaan tanah baharu untuk penanaman getah dan kelapa sawit melalui agensi kerajaan seperti
FELDA, FELCRA dan RISDA. Kesannya, hal ini dapat mengatasi masalah pengangguran.

Soalan Negeri
SARAWAK
10. Kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada

dua, iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim.

Terangkan faktor perkembangan kerajaan agraria dan kerajaan maritim. [6 markah]

Contoh Jawapan

Faktor perkembangan kerajaan agraria ialah kedudukannya yang berhampiran dengan Tasik Tonle
Sap dan Sungai Mekong, tanah dapat menampung keperluan tanaman yang mencukupi bagi penanaman
padi. Sumber dari sungai, tasik dan paya digunakan untuk kegunaan harian. Tanah yang subur iaitu

6

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

tanah pamah dan tanah rata. Kawasan pedalaman, berbukit dan lereng tanah gunung berapi. Kegiatan
masyarakatnya ialah menanam padi sawah dan padi huma selain menanam tanaman sampingan seperti
jagung, pisang, keledek dan sayur- sayuran.

Faktor perkembangan kerajaan maritim ialah semangat masyarakatnya untuk meneroka dan
berdagang dengan masyarakat di luar kawasannya. Mereka mampu belayar untuk berdagang ke kawasan
yang jauh kerana mempunyai kemahiran membina perahu dan kapal layar.

Jawapan tambahan

Faktor perkembangan kerajaan agraria
✓ Kawasan pedalaman, berbukit dan lereng tanah gunung berapi.
✓ Kegiatan masyarakatnya ialah menanam padi sawah dan padi huma
✓ Menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek dan sayur – sayuran
✓ Menangkap ikan
✓ Menternak binatang
✓ Kepandaian masyarakat
✓ Membina teres di lereng-lereng bukit
✓ Membina sistem pengairan
✓ Iklim panas dan lembap sepanjang tahun
✓ Sesuai untuk tanaman padi

Faktor perkembangan kerajaan maritim
✓ Bijak dalam pelayaran
✓ Mampu bertutur dalam pelbagai bahasa
✓ Lokasinya di lembah sungai
✓ Kedudukan strategik iaitu di Selat Melaka/Selat Sunda
✓ Pelabuhan berkembang kepada pelabuhan pembekal
✓ Tempat persinggahan pedagang
✓ Berkembang menjadi pelabuhan kerajaan
✓ Mengadakan hubungan dengan masyarakat luar
✓ Terlindung daripada tiupan angin monsoon

7

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Soalan Negeri
TERENGGANU
11. Berdasarkan pengkajian anda terhadap kedua-dua kerajaan agraria dan maritim tersebut,

nyatakan iktibar yang boleh dijadikan panduan untuk mencapai kejayaan negara dan

bangsa Malaysia. [4 markah]

Contoh Jawapan

Berdasarkan pengkajian saya, terhadap kedua-dua kerajaan tersebut iktibar yang boleh
dijadikan panduan untuk mencapai kejayaan negara dan bangsa Malaysia ialah kita juga boleh maju
sekiranya mampu memanfaatkan kurniaan Tuhan dengan sebaik-baiknya dengan sentiasa berusaha
tanpa mengenal erti putus asa. Contohnya, masyarakat kerajaan agraria telah berusaha menguasai alam
sekitar seperti membina sistem pengairan agar dapat membaiki taraf hidup. Kesannya, kerajaan agraria
mampu menghasilkan beras bagi menampung keperluan asas rakyatnya.

ATAU

Generasi muda haruslah memiliki semangat untuk meneroka sesuatu yang baharu agar dapat
menceburi bidang baharu untuk membangunkan ekonomi negara. Contohnya, meneroka bidang
perdagangan dan kelautan agar aktiviti ekonomi moden negara dapat dipelbagaikan. Kesannya,
Malaysia mampu menjadis sebuah kerajaan maritim yang kuat.

Soalan Negeri

12. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada bidang

pertanian pada masa ini? [6 markah] TERENGGANU

Contoh Jawapan

Kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada bidang pertanian pada masa ini kerana negara kita
merupakan pengeluar bahan makanan utama bagi memenuhi keperluan penduduk tempatan. Contohnya,
Malaysia merupakan pengeluar makanan asas seperti beras yang ditanam secara besar-besaran di Kedah.
Secara tidak langsung, negara dapat mengurangkan kos import bahan makanan dari luar negara.
Kesannya, bidang pertanian mampu menjana pendapatan negara.

8

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Jawapan tambahan

✓ Pengeluar bahan mentah
✓ Penting untuk keperluan industri
✓ Penanaman getah (tayar), kelapa sawit (minyak masak, sabun, lilin dan lain-lain)
✓ Pendapatan eksport
✓ Hasil jualan dalam pertanian
✓ Sumber aliran masuk wang asing
✓ Meningkatkan KPDNKK negara
✓ Peluang pekerjaan
✓ Memerlukan bilangan tenaga kerja yang ramai
✓ Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian seperti kumpulan pengeluaran,

perkhidmatan dan pembuatan.

Soalan Negeri
TERENGGANU
Strategi pembangunan pertanian yang bersepadu dan lebih dinamik
perlu digubalkan oleh pihak-pihak berkaitan.

Sumber:
http://eprints.utm.my/id/eprint/5024/1/pertanian.pdf

13. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah strategi pembangunan pertanian yang telah

dilaksanakan oleh kerajaan dalam memajukan sektor utama negara? [8 markah]

Contoh Jawapan

Strategi pembangunan pertanian yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam memajukan sektor
utama negara ialah memperluaskan kawasan pertanian baharu bagi membolehkan pelbagai tanaman
komersial diusahakan secara besar- besaran. Contohnya, tanaman kelapa sawit dan getah ditanam secara
ladang bagi mempelbagaikan sektor pertanian. Kesannya, jumlah eksport pertanian negara dapat
dipertingkat.

Selain itu, penggunaan teknologi moden dalam bidang pertanian juga akan mampu meningkatkan
kualti dan kuantiti produk pertanian. Hal ini dapat dijayakan dengan meningkatkan pembangunan dan
penyelidikan (R&D) bagi menghasilkan produk pertanian yang bermutu tinggi. Contohnya, kajian
dilakukan utuk menghasilkan aiskrim daripada dabai dan terung asam menghasilkan serbuk terung asam.
Kesannya, produk pertanian negara mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

9

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Jawapan tambahan

✓ Menggalakkan graduan menceburi bidang pertanian
✓ Menyuntik dana pertanian/pinjaman kepada pekebun desa
✓ Memperkenalkan Dasar Pertanian Negara (DPN)
✓ Mempromosikan agro pelancongan Malaysia
✓ Penggunaan mesin/jentera pertanian moden
✓ Memperkenalkan tanaman eksport baharu
✓ Pertukaran teknologi/kepakaran pintar dengan negara luar
✓ Menambah baik kaedah pemasaran produk pertanian negara
✓ Memperkasakan kurikulum pendidikan berasaskan aktiviti pertanian
✓ Mengadakan kempen pertanian/Pertanian Satu Perniagaan

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
14. Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan warisan candi yang terkenal di Asia Tenggara PERLIS

yang merupakan monumen kemegahan kerajaan tersebut.

Gambar 1 Gambar 2
Apakah maksud monumen?
[2 markah]

Contoh Jawapan
Monumen ialah binaan atau bangunan yang dibina daripada batu dengan tujuan memperingati

orang ternama atau peristiwa penting.

Jawapan tambahan
✓ Monumen ini boleh berupa candi, iaitu kuil, wat atau stupa, arca dan patung

10

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Soalan [2 markah] Negeri
15. Berikan nama warisan candi di Asia Tenggara. PERLIS

Contoh Jawapan

(i) Candi Angkor Wat diKemboja
(ii) Candi Borobudur di Indonesia

Jawapan tambahan
✓ CandiPrambanan di Jawa Tengah, Indonesia
✓ Candi Chaiya dan Yarangdi Thailand
✓ Candi Lembah Bujang di Kedah

Soalan Negeri
PERLIS
16. Candi merupakan monumen yang penting kepada masyarakat kerajaan zaman tersebut.

Jelaskan. [2 markah]

Contoh Jawapan

Kepentingan candi kepda masyarakat kerajaan zaman tersebut ialah sebagai monumen keagamaan
bagi agama Hindu dan Buddha serta berperanan sebagai rumah ibadat. Candi juga berfungsi sebagai
tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya.

Jawapan tambahan

✓ Tempat menyimpan patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal.
✓ Lambang keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya.

11

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Soalan Negeri
17. Jelaskan kepentingan mengekalkan warisan seni bina seperti candi di sesebuah negara? PERLIS

[4 markah]

Contoh Jawapan

Kepentingan mengekalkan warisan seni bina seperti candi di sesebuah negara adalah untuk
dijadkan warisan generasi akan datang. Hal ini bertujuan supaya warisan seni bina tersebut dapat
dijadikan bahan rujukan dan kajian sejarah pada masa akan datang. Contohnya, murid sekolah akan
membuat penyelidikan dan mendapat maklumat lengkap tentang seni bina yang dikaji. Kesannya, ia akan
dapat memupuk semangat patriotik dalam jiwa generasi muda.

Soalan Negeri
18. Gambar 2 menunjukkan monumen yang terdapat dalam kerajaan awal Asia Tenggara. PERAK

Candi Angkor Wat Candi Lembah Bujang

Jelaskan ciri-ciri yang terdapat pada candi-candi Lembah Bujang. [6 markah]

Contoh Jawapan

Candi di Lembah Bujang bersaiz kecil dan hanya terdapat tinggalan tapak sahaja. Candi agama
Hindu terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian utama iaitu Vimana,iaitu bahagian suci tempat arca
diletakkan. Mandapa ialah bahagian luar candi candi berunsur Buddha pula memiliki pelan jenis
cruciform.

12

TEMA 7 TAMADUN AWAL MANUSIA

Soalan Negeri
19. Mengapakah pemerintah kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara membina candi? PERAK

[8 markah]

Contoh Jawapan

Pemerintah kerajaan awal membina candi sebagai monumen keagamaan Hindu dan Buddha.
Selain itu, candi juga berperanan sebagai rumah ibadat dan tempat menyimpan abu jenazah raja serta
keluarganya. Candi juga berfungsi sebagai tempat menyimpan patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan
awal. Ini adalah lambang keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya. Ta,bahan
pula, candi melambangkan orde-kosmos dan unutk memperingati orang ternama. Contohnya candi
Angkor Wat.

Soalan [8 markah] Negeri
20. Bagaimanakah monumen ini dapat dikekalkan sebagai warisan dunia PERAK

Contoh Jawapan

Monumen ini dapat dikekalkan sebagai warisan dunia dengan mengadakan akta bagi melindungi
monunem tersebut daripada diganggu tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa oleh kerajaan yang
bertanggungjawab. Contohnya, Akta Benda Purba 1976 melindungi monumen di Malaysia yang berumur
melebihi 100 tahun. Kesannya, monumen tersebut akan dapat menjadi tatapan generasi akan datang.

Selain itu, mewartakan bangunan bersejarah tersebut sebagai warisan negara agar dapat dijadikan
tempat bersejarah sekali gus sebagai tapak pelancongan. Contohnya, mendapat pengiktrafan UNESCO
agar monumen tersebut menjadi tapak warisan dunia. Kesannya, akan mampu menjana industri
pelancongan negara.

Jawapan tambahan
✓ Mengehadkan jumlah pelancong memasuki kawasan monumen
✓ Meningkatkan peranan Jabatan Muzium dan Arkib Malaysia
✓ Mengadakan program baik pulih monumen-monumen purba
✓ Mewartakan bangunan bersejarah tersebut sebagai warisan negara
✓ Menjadi tempat bersejarah sebagai tapak pelancongan
✓ Mengecat semula dan memulihkan semua seni bina
✓ Mengkomersialkan sebagai tempat pelancongan
[Mana-mana jawapan munasabah]

13

BAB 4: TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA
KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

Soalan [4 markah] Negeri
1. Mengapakah zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan? [3 markah] NEGERI
SEMBILAN
Zaman jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan. Berikan komen anda. PAHANG

Contoh Jawapan

Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak
menyembah Allah Yang Maha Esa. Mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme. Kehidupan
mereka kucar-kacir kerana tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk. Akhlak
mereka adalah rendah, misalnya mereka bersikap kejam, angkuh dan degil.

Soalan Negeri
2. Jelaskan kehidupan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. [6 markah] KELANTAN

Contoh Jawapan

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti
berjudi, berzina dan minum arak. Lelaki minum arak sehingga mabuk untuk menunjukkan mereka lelaki
yang sempurna. Kedudukan wanita adalah sangat rendah sehingga mereka tidak dapat mewarisi harta
pusaka. Terdapat orang yang menanam bayi perempuan hidup-hidup selepas dilahirkan. Hal ini kerana
mereka menganggap anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga. Tidak ada peraturan dalam
soal perkahwinan. Seorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita sekaligus atau sesiapa yang
disukainya.

Jawapan tambahan
✓ Menjalankan perniagaan berasaskan riba
✓ Merompak dan merampas adalah mata pencarian
✓ Orang kaya mengeksploitasi orang miskin
✓ Mengamalkan cara hidup berpuak-puak / berkelompok

1

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri

3. Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dari segi kepercayaan dan NEGERI

ekonomi. [8 markah] SEMBILAN

Terangkan tentang ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah ketika itu. [6 markah] PERLIS

Contoh Jawapan

Dari segi kepercayaan, masyarakat Arab Jahiliah mempunyai empat bentuk kepercayaan.
Pertamanya ialah agama wathani atau menyembah berhala. Keduanya ialah animisme atau memuja alam
seperti pokok. Ketiganya ialah samawi iaitu agama Kristian dan Yahudi. Keempatnya ialah kepercayaan
khurafat seperti menilik nasib dan sihir.

Dari segi ekonomi, masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perniagaan berasaskan riba dan
penindasan. Peniaga lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata. Kegiatan merompak
merupakan mata pencarian mereka. Kegiatan merompak dikatakan sebagai suatu kewajipan. Selain itu,
golongan kaya akan mengekspoitasi golongan miskin.

Soalan Negeri

4. Sejauhmanakah pengamalan ekonomi masyarakat Arab jahiliah menjejaskan ekonomi NEGERI

negara? [8 markah] SEMBILAN

Contoh Jawapan

Pengamalan ekonomi masyarakat Arab Jahiliah akan menjejaskan ekonomi negara kerana unsur
riba merupakan suatu penindasan. Peminjam dikehendaki membayar jumlah yang lebih tinggi daripada
pinjaman mereka. Kemungkinan peminjam akan diisytiharkan muflis jika tidak mampu membayar
pinjaman. Oleh itu bilangan penduduk yang miskin akan bertambah.

Selain itu merompak merupakan suatu perbuatan jenayah. Jika kegiatan merompak berleluasa,
keamanan negara akan terancam. Masyarakat akan hidup dalam ketakutan kerana keselamatan mereka
terancam. Pelabur asing juga takut datang ke negara kita dan peniaga terpaksa menutup perniagaan
mereka. Terdapat masyarakat yang enggan bekerja kerana lebih mudah mendapatkan wang dengan cara
merompak dan mencuri. Ringkasnya, pengamalan ekonomi masyarakat Arab Jahiliah akan menyebabkan
ekonomi negara kita semakin merosot.

2

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri
PERLIS
5. Jelaskan faktor-faktor kemunculan semangat assabiah dalam kehidupan masyarakat Arab

Jahiliah. [6 markah]

Contoh Jawapan

Antara faktor kemunculan semangat assabiah dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah ialah
amalan sistem kabilah. Sistem kabilah berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok. Setiap
puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan.
Keadaan ini menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal. Mereka juga sanggup menuntut bela demi
mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka. Selain itu, semangat assabiah berkait rapat dengan
keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka di padang pasir. Mereka terpaksa mengatasi masalah
yang dihadapi secara bersama.

Soalan Negeri
6. Perasaan perkauman mempunyai persamaan dengan semangat assabiah. PERLIS

Berikan kesan negatif daripada amalan tersebut terhadap masyarakat negara kita yang

berbilang kaum. [8 markah]

Contoh Jawapan

Antara kesan negatif perasaan perkauman kepada negara kita ialah perpaduan kaum akan tergugat.
Setiap kaum tinggal dalam komuniti sendiri dan tidak berinteraksi dengan kaum yang lain. Mereka tidak
mengenali budaya dan cara hidup kaum yang lain. Wujud perasaan saling mencurigai antara kaum
sehingga boleh mencetuskan ketegangan. Setiap kaum hanya menjaga kepentingan kaum sendiri dan
mengabaikan kepentingan negara. Oleh itu mereka tidak bekerjasama untuk membangunkan negara. Jika
tidak dikawal, rusuhan kaum mungkin akan tercetus. Misalnya peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada
13 Mei 1969. Keadaan ini akan menjejaskan kestabilan politik di negara kita. Ringkasnya, perasaan
perkauman yang menebal hanya akan menggugat keamanan dan kemakmuran negara.

3

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri
7. Amalan jahiliah boleh menjejaskan keharmonian masyarakat. PAHANG

Berikan penjelasan anda. [3 markah]

Contoh Jawapan

Amalan jahiliah boleh menjejaskan keharmonian masyarakat kerana berlakunya keruntuhan
akhlak. Perbuatan minum arak dan berjudi akan menyebabkan masyarakat menjadi kucar-kacir. Kadar
jenayah juga semakin meningkat kerana kes kecurian dan rompakan semakin meningkat.

Jawapan tambahan
✓ Pembunuhan bayi perempuan merupakan perbuatan jenayah
✓ Wanita dipandang rendah
✓ Keruntuhan institusi keluarga
✓ Semangat assabiah menyebabkan peperangan mudah berlaku

Soalan Negeri
8. Nyatakan sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad SAW. [3 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan
Antara sifat terpuji Nabi Muhammad SAW ialah siddiq (berkata benar) dan amanah (dipercayai).

Selain itu Nabi Muhammad SAW memiliki sifat tabliq (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana)

Jawapan tambahan

✓ Ketua keluarga yang patut dicontohi
✓ Pengasih / penyayang
✓ Bertimbang rasa
✓ Merendah diri
✓ Pemaaf

4

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri
9. Jelaskan ketokohan Nabi Muhammad SAW dalam bidang perniagaan. [3 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan
Nabi Muhammad SAW telah mengikut rombongan perniagaan bapa saudaranya ke Syam sejak

berusia 12 tahun. Ketika berusia 20 tahun baginda telah berniaga secara berseorangan dan berkongsi
dengan temannya. Seterusnya, Abu Talib telah mencadangkan agar baginda menjalankan perniagaan
Khadijah bt Khuwailid.

Soalan Negeri

10. Pada pandangan anda, apakah kebaikan yang boleh anda peroleh jika anda mengamalkan SARAWAK

sifat terpuji seperti Nabi Muhammad SAW? [3 markah]

Contoh Jawapan
Jika saya mengamalkan sifat terpuji seperti Nabi Muhammad SAW, saya akan disenangi oleh

semua orang. Selain itu segala urusan saya akan berjalan lancar kerana saya mendapat kepercayaan
daripada orang lain. Saya juga dapat menyelesaikan masalah dengan bijaksana.

Soalan Negeri

11. Mengapakah perubahan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w mendapat tentangan KELANTAN

daripada orang Arab ketika itu? [6 markah]

Contoh Jawapan
Perubahan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW mendapat tentangan daripada orang Arab

ketika itu kerana perbezaan dari segi kepercayaan. Ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah
Yang Maha Esa, sedangkan orang Arab Quraisy menyembah patung berhala dan mempercayai
animisme. Islam juga ditentang kerana menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia.
Manakala masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan
bawahan. Mereka juga menentang konsep persaudaraan Islam yang bertentangan dengan konsep
assabiah yang menjadi pegangan mereka.

5

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Jawapan tambahan
✓ Orang Arab Quraisy mengamalkan akhlak yang keji
✓ Akhlak yang keji dilarang oleh Islam
✓ Orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi
✓ Jika menerima Islam, mereka terpaksa tunduk kepada Nabi Muhammad SAW
✓ Ekonomi mereka tergugat
✓ Perusahaan mengukir patung berhala terjejas dengan penyebaran Islam

Soalan Negeri
12. Berikut ialah wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad

SAW.

Surah Al-Alaq (Ayat 1-5)

Allah memerintahkan umat Islam supaya membaca
Apakah kesan daripada turunnya surah tersebut kepada perkembangan tamadun manusia

sehingga kini? [8 markah] KELANTAN
PAHANG
Jelaskan kesan daripada peristiwa 610M dalam carta tersebut. [2 markah]

Contoh Jawapan

Kesan turunnya wahyu tersebut ialah menjadi titik tolak dalam perkembangan tamadun umat Islam
sehingga sekarang. Ini adalah kerana melalui pembacaan, seseorang akan menambahkan ilmu

pengetahuannya. Selain itu, membaca akan menggalakkan kajian terhadap sesuatu perkara. Seterusnya
sesuatu bangsa akan mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Kita akan mendapat pelbagai maklumat

terkini melalui pembacaan di samping menambahkan ilmu di dada. Seseorang yang berilmu akan
mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif dan analitik. Mereka dapat menyumbangkan idea-idea yang
bernas demi pembangunan negara. Kesimpulannya, masyarakat yang tekun membaca akan mewujudkan

bangsa yang cemerlang dan bertamadun.

Jawapan tambahan
✓ Membaca membolehkan kita mengetahui isu semasa
✓ Perkembangan politik dan ekonomi dalam dan luar negara
✓ Tidak mudah terpedaya dengan tipu helah
✓ Mampu menghasilkan inovasi / ciptaan baharu
✓ Meningkatkan daya saing negara
6

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri
SARAWAK
13. Kelahiran Islam mengubah corak kehidupan dan pemikiran masyarakat Arab Jahiliah.

Buktikan. [3 markah]

Contoh Jawapan
Antara kesan kelahiran Islam ialah masyarakat Arab Jahiliah mula meninggalkan kepercayaan

nenek moyang mereka iaitu animisme dan menyembah berhala. Mereka mula mempercayai Tuhan Yang
Maha Esa. Masyarkat Arab jahilih juga meninggalkan akhlak dan amalan yang keji seperti mencuri,
berzina dan membunuh bayi perempuan. Sebaliknya mereka mengamalkan akhlak yang baik.

Jawapan tambahan
✓ Meninggalkan semangat assabiah
✓ Mengamalkan konsep persaudaraan Islam
✓ Melarang amalan riba dalam perniagaan
✓ Mengamalkan konsep persamaan taraf
✓ Menghormati kaum wanita
✓ Tidak menindas golongan hamba / bawahan

7

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Soalan Negeri
1. Nyatakan dua syarat Perjanjian Aqabah. [2 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Antara syarat Perjanjian Aqabah Pertama ialah suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada
Allah dan Rasul. Mereka juga berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW. Mereka tidak
akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri dan minum arak.

Antara syarat Perjanjian Aqabah Kedua ialah suku Aus dan Khazraj memeluk Islam. Mereka
menjemput Nabi Muhammad SAW dan orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah.

Jawapan tambahan
Syarat Perjanjian Aqabah Kedua

✓ Suku Aus dan Khazraj secara sukarela menyediakan tempat tinggal kepada Nabi
✓ Mereka menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam
✓ Mereka bersedia mempertahankan Islam

Soalan Negeri

2. Perjanjian Aqabah telah memberi kesan terhadap perkembangan dan penyebaran Islam. SARAWAK

Berikan penjelasan anda [4 markah]

Contoh Jawapan

Melalui Perjanjian Aqabah, agama Islam telah berkembang ke Madinah. Hal ini kerana suku Aus
dan Khazraj telah memeluk Islam. Selain itu kekuatan agama Islam telah bertambah kerana suku Aus dan
Khazraj telah mengukuhkan kesetiaan kepada Nabi dan bersedia mempertahankan Islam. Selain itu
Perjanjian Aqabah Kedua telah menyebabkan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam Makkah berhijrah
ke Madinah. Oleh itu agama Islam mula berkembang ke luar Kota Makkah dan ke seluruh dunia.

1

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri

3. Huraikan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa Perjanjian Aqabah. [4 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Antara iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa Perjanjian Aqabah ialah kita haruslah tabah
dan sabar dalam menghadapi cabaran. Selain itu kita haruslah menggunakan kebijaksanaan untuk
menyelesaikan masalah. Pendekatan diplomasi dan perundingan adalah cara terbaik untuk menyelesaikan
masalah. Iktibar yang seterusnya ialah kita haruslah gigih berusaha demi mencapai kejayaan.

Soalan Negeri
JOHOR
4. Berikan dua contoh siri peperangan yang berlaku antara tahun 622M hingga 630M. antara

orang Islam Madinah dan orang Arab Quraisy Makkah. [2 markah]

Senaraikan siri peperangan yang berlaku antara orang Arab Quraisy dan orang Islam antara PERAK

tahun 622M. hingga 630M. [2 markah]

Contoh Jawapan

Siri peperangan yang berlaku ialah Perang Badar dan Perang Uhud. Selain itu, terdapat juga Perang
Khandak dan Perang Tabuk.

Soalan Negeri
5. Berikan dua kerajaan yang menerima perutusan daripada Nabi Muhammad SAW. JOHOR

[2 markah]

Contoh Jawapan

Kerajaan yang menerima perustusan daripada Nabi Muhammad SAW ialah Rom dan Rom Timur
atau Byzantine. Selain itu, Nabi juga menghantar perutusan ke Mesir dan Habsyah.

2

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri
6. Jelaskan reaksi yang ditunjukkan oleh kerajaan di atas terhadap perutusan tersebut. JOHOR

[4 markah]

Contoh Jawapan

Raja Qibti dari Mesir telah menerima baik perutusan tersebut tetapi menolak dakwah Islamiah.
Manakala Maharaja Rom, iaitu Hercules telah membincangkan isi kandungan warkah dengan
pembesarnya. Raja Parsi pula tidak menerima warkah daripada Nabi, malah telah dikoyakkan.

Soalan Negeri
7. Jelaskan prinsip peperangan dalam Islam. [4 markah] JOHOR

Mengapakah peperangan dibenarkan dalam Islam? [3 markah] KELANTAN

Apakah prinsip peperangan yang diizinkan oleh Allah semasa umat Islam sering ditindas PERAK

oleh orang Arab Quraisy. [4 markah]

Mengikut ajaran Islam, apakah tujuan peperangan yang dibenarkan? [2 markah] PERLIS

Contoh Jawapan

Prinsip peperangan dalam Islam ialah umat Islam berperang untuk mempertahankan maruah diri,
agama dan negara. Peperangan dibenarkan apabila umat Islam diserang oleh musuh. Berperang juga
bertujuan untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga. Selain itu peperangan bertujuan untuk
menentang kezaliman dan mempertahankan diri.

Soalan Negeri
8. Jelaskan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan. PAHANG

[4 markah] PERAK
Jelaskan garis panduan yang mesti dipatuhi semasa peperangan menurut pandangan Islam.

[3 markah]

Contoh Jawapan
Garis panduan yang perlu dipatuhi dalam peperangan ialah tentera Islam tidak dibenarkan

membunuh orang yang lemah. Misalnya, orang tua, kanak-kanak, wanita, dan orang yang menyerah diri.
3

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan dan memusnahkan tanaman. Selain itu, tidak dibenarkan
merobohkan tempat ibadat.

Soalan Negeri
9. Jelaskan kesan sekiranya garis panduan peperangan yang ditetapkan dalam Islam dipatuhi? PERLIS

[4 markah]

Contoh Jawapan
Sekiranya garis panduan peperangan yang ditetapkan dalam Islam dipatuhi orang yang tidak

bersalah akan terselamat. Misalnya, wanita, kanak-kanak dan orang tua tidak akan dibunuh. Selain itu,
kerosakan harta benda akan dikurangkan. Apabila binatang ternakan dan tanam-tanaman tidak
dimusnahkan, bekalan makanan akan terjamin. Oleh itu kebuluran dapat dielakkan. Seterusnya, agama
Islam akan lebih dihormati kerana tempat ibadat agama lain tidak dimusnahkan dalam peperangan.

Soalan [4 markah] Negeri
10. Islam tidak berkembang secara paksaan ataupun peperangan. Buktikan. JOHOR

Nabi Muhammad SAW menyebarkan Islam menggunakan diplomasi dan menggunakan PERAK

nilai-nilai yang baik. Berikan ulasan anda. [4 markah]

Walaupun Nabi Muhammad s.a.w. terlibat dalam beberapa siri peperangan, namun Islam

bukanlah berkembang melalui mata pedang. Buktikan. [4 markah]

Contoh Jawapan
Antara bukti bahawa Islam tidak berkembang secara paksaan ataupun peperangan ialah Islam

berkembang secara sukarela dan toleransi. Misalnya dalam Perang Badar, walaupun tentera Islam
memperoleh kemenangan, Nabi Muhammad SAW telah mengampunkan tawanan Arab Quraisy.
Manakala tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan. Hal ini menyebabkan bilangan orang Arab
Quraisy yang memeluk Islam semakin bertambah selepas Perang Badar.

4

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Jawapan tambahan

✓ Nabi Muhammad SAW telah menggunakan pelbagai strategi lain untuk menyebarkan
Islam

✓ Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi dan Mesir
✓ Tidak memaksa mereka memeluk Islam
✓ Menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai baik
✓ Menyeru mereka memeluk Islam menerusi warkah
✓ Mewujudkan persefahaman dengan wilayah luar
✓ Peperangan hanya untuk mempertahankan diri, agama dan negara

Soalan Negeri
PAHANG
11. Peperangan merupakan suatu perkara yang memberikan banyak impak kepada sesebuah

negara. Nyatakan impak negatif apabila berlakunya peperangan. [4 markah]

Contoh Jawapan

Impak negatif apabila berlakunya peperangan ialah banyak nyawa akan terkorban. Orang yang
tidak bersalah seperti wanita, kanak-kanak dan orang tua turut menjadi mangsa. Selain itu peperangan
mengakibatkan kemusnahan harta benda. Contohnya, rumah kediaman, sistem pengangkutan dan hospital
akan dimusnahkan. Hal ini menyebabkan penduduk sukar menjalani kehidupan seharian.

Jawapan tambahan
✓ Mangsa peperangan mengalami trauma
✓ Mendatangkan kecederaan / kecacatan
✓ Penyakit merebak / taraf kesihatan menurun
✓ Kemusnahan alam sekitar
✓ Ekonomi merosot
✓ Penduduk hilang pekerjaan / kemiskinan meningkat
✓ Kos membaik pulih kerosakan yang tinggi

5

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA Negeri
PERAK
Soalan
12. Jelaskan usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan keamanan dunia berkekalan.

[4 markah]

Contoh Jawapan

Antara usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan keamanan dunia berkekalan ialah
menyelesaikan masalah di meja rundingan. Contohnya, pemimpin Korea Utara dan Korea Selatan
haruslah berunding untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, kuasa besar tidak seharusnya campur tangan
dalam politik negara lain. Misalnya, Amerika Syarikat, Rusia dan Iran tidak seharusnya campur tangan
dalam perang saudara di Syria. Hal ini adalah untuk memastikan keamanan dunia berkekalan.

Jawapan tambahan
✓ Pertubuhan dunia memainkan peranan dalam menjaga keamanan dunia
✓ Misalnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Komanwel / OIC
✓ Menghentikan perlumbaan senjata nuklear
✓ Negara dunia harus bekerjasama memelihara keamanan dunia
✓ Mengenakan sekatan ekonomi ke atas pihak yang mencetuskan peperangan
✓ Menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa peperangan
✓ Mengamalkan dasar berkecuali

6


Click to View FlipBook Version