The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CISELIA MISOW Moe, 2021-01-18 04:35:35

program semarak kasih -jpn sarawak 2020

program semarak kasih -jpn sarawak 2020

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
9. Apakah yang anda faham dengan konsep demokrasi berparlimen? [2 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Selain itu, rakyat bebas memilih
perwakilan melalui pilihan raya.

Jawapan tambahan

✓ Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
✓ Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat

Soalan Negeri

10. Nyatakan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam sistem demokrasi berparlimen di SARAWAK

Malaysia. [2 markah]

Contoh Jawapan

Suruhanjaya Pilihan Raya berperanan menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya.
Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya juga menjalankan pendaftaran pemilih.

Jawapan tambahan

✓ Mengendalikan pilihan raya umum/ pilihan raya kecil
✓ Menjamin pilihan raya yang adil dan bebas

Soalan Negeri
SARAWAK
11. Suruhanjaya Pilihan Raya perlu memastikan proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan

secara adil dan telus.

Jelaskan pernyataan tersebut. [4 markah]

5

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Contoh Jawapan

Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengemas kini senarai pengundi atau daftar pemilih. Senarai
pengundi atau daftar pemilih disemak dari semasa ke semasa untuk menyingkirkan pengundi yang tidak
wujud seperti orang yang telah meninggal dunia. Selain itu, penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan
penipuan oleh pengundi seperti mengundi lebih dari sekali.

Jawapan tambahan

✓ Tempoh berkempen yang sama kepada semua parti politik
✓ Peti undi “lut sinar” agar boleh melihat secara telus kandungan peti undi

Soalan Negeri
12. Apakah syarat-syarat menjadi calon dalam pilihan raya? [4 markah] PERAK

Sekiranya anda mahu menjadi calon yang bertanding dalam pilihan raya di Malaysia,
[8 markah] SARAWAK
nyatakan syarat-syarat yang perlu anda patuhi.

Contoh Jawapan

Antara syarat menjadi calon dalam pilihan raya ialah calon mestilah warganegara Malaysia yang
berumur 21 tahun ke atas. Selain itu, calon mestilah sempurna akal dan bukan orang muflis.

Jawapan tambahan

✓ Bermastautin di Malaysia
✓ Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
✓ Tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah
✓ Mewakili mana-mana parti politik
✓ Boleh bertanding atas nama parti atau calon bebas
✓ Harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon

6

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
13. Apakah syarat-syarat menjadi pengundi dalam pilihan raya? [4 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Antara syarat menjadi pengundi dalam pilihan raya ialah pengundi mestilah warganegara Malaysia
dan berumur 21 tahun ke atas. Selain itu, pengundi telah berdaftar dengan Senarai Daftar Pemilih yang
dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Pengundi hanya boleh membuang undi di satu kawasan
pilihan raya sahaja.

Jawapan tambahan

✓ Bermastautin atau tidak bermastautin
✓ Pengundi mesti tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau

Dewan Undangan Negeri

Soalan Negeri
14. Jelaskan proses pilihan raya yang dijalankan di negara kita. [6 markah] PERAK

15. Bagaimanakah pilihan raya dilaksanakan di Malaysia? [6 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian. Seterusnya,
penamaan calon diadakan. Parti yang bertanding menyediakan manifesto. Kemudian, pihak yang
bertanding melancarkan kempen pilihan raya. Seterusnya, SPR mengumumkan tempat pengundian dan
tempat pengiraan undi. Pemberian kertas undi kepada pengundi. Kemudian, pembuangan undi dilakukan.

Jawapan tambahan

✓ Pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi
✓ Pengiraan undi
✓ Pengumuman keputusan pilihan raya

7

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
16. Mengapakah pilihan raya penting kepada negara kita? [6 markah] PERAK

Pilihan raya penting kepada warganegara Malaysia yang hidup dalam negara yang SARAWAK
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.

Buktikan kebenaran pernyataan tersebut. [6 markah]

Contoh Jawapan

Pilihan raya penting untuk mengekalkan amalan demokrasi. Selain itu, pilihan raya penting kerana
rakyat berpeluang terlibat dalam pemerintahan negara. Penglibatan rakyat sebagai pengundi amat penting
dalam menentukan bentuk kerajaan yang memerintah. Melalui pilihan raya, rakyat dapat memilih
pemimpin yang berwibawa. Hal ini dapat memastikan pentadbiran negara berjalan lancar dan seterusnya
kedaulatan negara terjamin.

Jawapan tambahan

✓ Menjamin pemerintahan yang adil
✓ Memajukan ekonomi negara
✓ Memastikan kestabilan politik
✓ Pilihan raya merupakan proses keadilan sosial kita
✓ Rakyat menyuarakan kehendak mereka melalui wakil yang dipilih dalam pilihan raya

Soalan Negeri
17. Buktikan pilihan raya di Malaysia dijalankan secara adil dan telus. [8 markah] PERAK

SARAWAK

Contoh Jawapan

Pilihan raya di Malaysia dijalankan secara adil dan telus kerana pilihan raya dikendalikan oleh
sebuah badan bebas iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas daripada tekanan parti pemerintah
atau pembangkang. Anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, warganegara yang berkelayakan boleh mengundi dan menjadi calon. Semua calon atau
parti politik bebas berkempen. Tambahan pula, parti politik boleh menyediakan manifesto untuk
mendapat sokongan. Seterusnya, pengundi hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja. Hal ini demikian
kerana penggunaan dakwat kekal di jari pengundi. Akhir sekali, pengiraan undi dibuat secara terbuka
dan keputusannya direkodkan.

8

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Jawapan tambahan

✓ Pemilihan dilakukan secara sulit
✓ Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang
✓ Keputusan pilihan raya boleh dibantah dalam tempoh tertentu
✓ Wakil parti / calon bertanding dibenarkan hadir dalam bilik mengundi
✓ Pemerhati luar negara dijemput

Soalan Negeri
PERAK
18. Berdasarkan kepada pengetahuan anda, mengapakah segelintir masyarakat di negara kita

melakukan provokasi semasa pilihan raya dan apakah langkah untuk mengatasi masalah

tersebut? [6 markah]

Contoh Jawapan

Segelintir masyarakat melakukan provokasi semasa pilihan raya kerana mereka tidak puas hati
dengan proses pilihan raya. Hal ini demikian kerana mereka dipengaruhi oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Tambahan pula mereka kurang rasa hormat pada pihak kerajaan.

Antara langkah untuk mengatasi masalah provokasi semasa pilihan raya ialah pihak berkuasa perlu
memastikan pilihan raya dilaksanakan secara adil. Justeru itu, pihak berkuasa perlu memastikan tiada
unsur rasuah dalam proses pilihan raya. Selain itu, tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap
mereka yang melakukan provokasi.

Jawapan tambahan
✓ Kurang tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat (Sebab)
✓ Menerangkan kepada umum tentang proses pilihan raya (Langkah)

[Mana-mana jawapan munasabah]

9

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
PERAK
19. Sekiranya anda sebagai ahli Dewan Rakyat, apakah sumbangan anda kepada masyarakat

setempat? [4 markah]

Contoh Jawapan

Sebagai ahli Dewan Rakyat, saya akan menjaga kebajikan rakyat dengan mengambil berat
mengenai masyarakat sekeliling. Saya akan menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.
Misalnya, saya akan memberi sumbangan kepada mangsa banjir. Selain itu, saya juga akan menjadi
saluran rakyat kepada pihak kerajaan untuk menyuarakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat
setempat kepada kerajaan.

Jawapan tambahan

✓ Mengawasi keselamatan penduduk
✓ Menyediakan kemudahan infrastruktur untuk tujuan keselesaan
✓ Merangsang ekonomi setempat seperti IKS (Industri Kecil dan Sederhana)

Soalan Negeri
20. Nyatakan lambang negara Malaysia. [2 markah] KELANTAN

Contoh Jawapan
Jata Negara merupakan lambang negara Malaysia.
Selain itu, Bendera Kebangsaan atau Jalur Gemilang juga lambang negara Malaysia.

Jawapan tambahan
✓ Lagu Kebangsaan/ Lagu Negaraku

10

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan [4 markah] Negeri
21. Apakah kepentingan lambang negara kepada rakyat Malaysia? [3 markah] JOHOR,
[2 markah] KELANTAN,
Mengapakah semua negara di dunia mempunyai lambang negara? MELAKA,
PAHANG,
Nyatakan tujuan lambang-lambang negara diperkenalkan? PULAU
PINANG,
SARAWAK

Contoh Jawapan

Lambang negara merupakan lambang rasmi negara. Selain itu, lambang negara menunjukkan
identiti sesebuah negara. Tambahan pula, lambang negara merupakan lambang kedaulatan negara yang
merdeka. Seterusnya, lambang negara menjadi simbol perpaduan rakyat.

Jawapan tambahan

✓ Lambang kemegahan penduduk
✓ Membangkitkan semangat patriotik rakyat/ perasaan cinta akan negara
✓ Membangkitkan semangat perjuangan untuk negara
✓ Menyemai semangat sanggup berkorban untuk negara
✓ Mengukuhkan kesetiaan kepada raja dan negara
✓ Menimbulkan rasa bangga terhadap negara
✓ Mempertahankan kedaulatan negara
✓ Sentiasa bersemangat

Soalan Negeri
22. Jelaskan kepentingan Jalur Gemilang kepada negara kita Malaysia. [3 markah] SARAWAK

Setiap negara mempunyai lambang negara tersendiri termasuk negara kita. Antara NEGERI
lambang-lambang negara termasuklah jata negara, bendera kebangsaan dan lagu SEMBILAN
kebangsaan yang mempunyai maksud, ciri, nilai dan kepentingan tertentu.

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki

Apakah kepentingan lambang-lambang tersebut? [6 markah]

11

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Contoh Jawapan

Jalur Gemilang penting untuk membezakan Malaysia dengan negara lain. Selain itu, Jalur
Gemilang dapat membangkitkan semangat perjuangan. Tambahan pula, Jalur Gemilang penting untuk
menimbulkan rasa bangga terhadap negara.

Lambang negara penting untuk menunjukkan semangat kesetiaan kepada negara dan raja. Justeru
itu, rakyat akan menunjukkan ketaatan kepada pemerintah. Selain itu, lambang negara juga penting untuk
menyemai semangat kesanggupan untuk berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.
Seterusnya, lambang negara dapat menanam semangat kecintaan terhadap tanah air supaya rakyat sentiasa
bersemangat tinggi.

Jawapan tambahan

✓ Dikibar dalam majlis dan adat istiadat rasmi
✓ Sebagai simbol perpaduan rakyat pelbagai kaum
✓ Menjadi lambang kemegahan penduduk negara ini
✓ Membezakan Malaysia daripada negara lain
✓ Membangkitkan semangat perjuangan
✓ Sebagai simbol kedaulatan negara

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
23. Jelaskan maksud yang terdapat pada Jata Negara dan bendera kebangsaan / Jalur JOHOR,
KELANTAN,
Gemilang. MELAKA,
PAHANG,
PULAU
PINANG,
SARAWAK

Contoh Jawapan [1 markah]
[1 markah]
(i) Bulan sabit
Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.

(ii) Bintang berpecah empat belas
Gabungan empat belas buah negeri dalam Persekutuan Malaysia
12

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

(iii) Lima bilah keris pada Jata Negara [1 markah]

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

(iv) Dua ekor harimau [1 markah]
Maksud keberanian

(v) Warna biru pada bendera kebangsaan [1 markah]
Perpaduan rakyat berbilang kaum

(vi) Warna merah pada bendera kebangsaan [1 markah]
Maksud keberanian

Jawapan tambahan

Jata Negara
✓ Empat jalur berlainan warna di tengah-tengah perisai melambangkan Negeri-negeri

Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
✓ Warna hitam dan putih melambangkan negeri Pahang
✓ Warna merah dan kuning melambangkan negeri Selangor
✓ Warna hitam, putih dan kuning melambangkan negeri Perak
✓ Warna merah, hitam dan kuning melambangkan Negeri Sembilan
✓ Pokok Melaka melambangkan negeri Melaka
✓ Pokok Pinang mewakili negeri Pulau Pinang
✓ Sabah dan Sarawak dilambangkan dengan jata negeri masing-masing
✓ Bunga raya melambangkan bunga kebangsaan negara kita
✓ Cogan kata iaitu “Bersekutu Bertambah Mutu” bermaksud semangat permuafakatan

akan mengeratkan lagi perpaduan antara negeri di Malaysia

Soalan Negeri
24. Di bawah Jata Negara tertera cogan kata “Bersekutu Bertambah Mutu”. MELAKA

Bagaimanakah anda dapat mengaplikasikan cogan kata tersebut untuk memajukan negara?
[3 markah]

13

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Contoh Jawapan

Slogan “Bersekutu Bertambah Mutu” dapat dijayakan sekiranya rakyat mengamalkan sikap tolak
ansur dan memupuk semangat permuafakatan. Rakyat perlu saling menghormati hak dan kepercayaan
kaum lain dengan tidak membangkitkan isu-isu sensitif, seperti isu agama, bahasa dan kedudukan
istimewa orang Melayu.

Jawapan tambahan

✓ Memantapkan perpaduan
✓ Dapat memajukan Negara / mengekalkan kedaulatan negara

Soalan Negeri
JOHOR
25. Generasi hari ini semakin kurang peka tentang lambang-lambang negara. Cadangkan cara-

cara yang boleh dipupuk dalam kalangan pelajar untuk menghormati lambang-lambang

tersebut. [4 markah]

Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah kita bertanggungjawab menghargai dan PAHANG
menghormati lambang-lambang negara kita. [4 markah]

Bagaimanakah cara anda menunjukkan rasa bangga terhadap bendera kebangsaan? PULAU

[3 markah] PINANG

Bagaimanakah anda menghormati lambang-lambang negara? [2 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Antara cara untuk menghormati lambang-lambang negara ialah kita perlu menyanyikan lagu
Negaraku dengan penuh bersemangat. Selain itu, kita berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku.
Seterusnya, kita mengibarkan Jalur Gemilang semasa bulan kemerdekaan. Kita juga perlu mengetahui
etika menaik dan menurunkan bendera kebangsaan.

Jawapan tambahan
✓ Mewujudkan sudut lambang-lambang negara dalam bilik darjah
✓ Menghiaskan bendera di kelas-kelas

14

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

✓ Menganjurkan pertandingan nyanyian lagu kebangsaan
✓ Menganjurkan pertandingan melukis/ mewarna lambang negara
✓ Tidak mengubahkan corak jata negara/ reka bentuk bendera
✓ Mengambil tahu ciri-ciri Jata Negara / Memahami maksud bendera kebangsaan
✓ Memelihara kesucian lambang negara
✓ Menggantikan lambang negara jika rosak

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri

26. Berikan tingkah laku segelintir masyarakat hari ini yang tidak menghormati lambang KELANTAN

negara. [1 markah]

Contoh Jawapan
Terdapat segelintir masyarakat membakar dan memijak bendera kebangsaan.

Jawapan tambahan

✓ Menaikkan bendera secara terbalik
✓ Tidak memberi hormat ketika lagu Negaraku dimainkan
✓ Mengubah suai Jata Negara

Soalan Negeri
27. Mengapa mereka berbuat di soalan (26)? [3 markah] KELANTAN

Contoh Jawapan

Mereka berbuat demikian kerana mereka tidak mempunyai semangat patriotik. Selain itu, mereka
terpengaruh dengan budaya luar menyebabkan mereka tiada jati diri.

15

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Jawapan tambahan

✓ Kurangnya kesedaran/ pendidikan
✓ Menunjukkan rasa tidak puas hati
✓ Didorong oleh sikap vandalisme

Soalan Negeri
PAHANG
28. Sebagai warganegara Malaysia, cadangkan tindakan-tindakan yang boleh dikenakan

kepada individu yang tidak menghormati lambang negara kita. [3 markah]

Contoh Jawapan

Antara tindakan yang boleh dikenakan ialah individu diberi kaunseling dan motivasi agar
menimbulkan kesedaran menghormati lambang negara. Selain itu, pihak berkuasa perlu
menguatkuasakan undang-undang seperti mendenda individu yang tidak menghormati lambang negara
kita.

Jawapan tambahan
✓ Buang negara
✓ Lucut kewarganegaraan

Soalan Negeri
SARAWAK
29. Terdapat segelintir pihak yang tidak menghormati lambang-lambang negara.

Apakah usaha yang perlu diambil untuk mendidik rakyat Malaysia agar menghormati

lambang-lambang negara? [3 markah]

Contoh Jawapan

Antara usaha yang perlu diambil untuk mendidik rakyat Malaysia ialah pihak berkuasa memberi
kesedaran melalui media sosial dan menjalankan kempen kesedaran di media massa. Selain itu, ibu bapa
perlu menerapkan pengetahuan tentang lambang negara sejak dari kecil. Pihak sekolah pula mendidik
pelajar agar menghormati lambang negara melalui mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan.

16

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Jawapan tambahan

✓ Menjalani sesi kaunseling
✓ Dibicarakan di mahkamah atas tuduhan menghina Negara
✓ Memberi nasihat
✓ Dikenakan khidmat sosial
✓ Dikenakan tindakan tatatertib

Soalan Negeri

30. Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan kejayaan rakyat Malaysia di peringkat NEGERI

antarabangsa. SEMBILAN

Mereka mengibarkan bendera sebagai tanda kejayaan. [4 markah]
Nyatakan rasionalnya tindakan mereka.

Contoh Jawapan

Mereka mengibarkan bendera kerana mereka ingin menunjukkan rasa bangga terhadap kejayaan
yang dicapai dan sebagai tanda penghargaan kepada negara. Selain itu, mereka ingin memperkenalkan
Malaysia di mata antarabangsa dan dunia dengan membuktikan kebolehan rakyat negara ini. Secara tidak
langsung, tindakan mereka dapat meningkatkan imej negara.

Jawapan tambahan

✓ Menaikkan semangat juang
✓ Memberi motivasi kepada generasi muda
✓ Menunjukkan simbol pengorbanan rakyat kepada negara
✓ Menunjukkan semangat cinta /kesetiaan kepada negara

[Mana-mana jawapan munasabah]

17

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri

31. Lambang-lambang negara dapat mempertingkat semangat patriotisme dalam kalangan NEGERI

masyarakat. Buktikan pernyataan tersebut. [6 markah] SEMBILAN

Contoh Jawapan

Lambang-lambang negara dapat menimbulkan semangat perjuangan yang tinggi sehingga rakyat
sanggup berkorban demi negara dan bangsa. Contohnya, rakyat berani mempertahankan kedaulatan
negara daripada penjajahan atau pengaruh kuasa asing. Lambang-lambang negera juga menggalakkan
rakyat bekerjasama antara kaum dan menjalinkan sikap saling menghormati antara satu sama lain. Ini
dapat mewujudkan semangat perpaduan.

Jawapan tambahan
✓ Menjadi identiti negara
✓ Rakyat berbangga dengan lambang
✓ Imej negara meningkat
✓ Rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang harmoni
✓ Menghargai keamanan

[Mana-mana jawapan munasabah]

18

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

BAB 8: PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

Soalan Negeri
KELANTAN
1. Dasar Ekonomi Baru mengandungi Rancangan Malaysia Kedua sehingga Rancangan

Malaysia Kelima.

Nyatakan matlamat dasar tersebut. [3 markah]

Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru? [4 markah] JOHOR

TERENGGANU

Contoh Jawapan

Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan
menambahkan pendapatan rakyat. Selain itu, DEB juga bermatlamat menyusun semula masyarakat
dengan menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.

Jawapan tambahan

✓ Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah
✓ Menyediakan peluang pekerjaan
✓ Merapatkan jurang ekonomi antara kaum dan wilayah
✓ Mewujudkan perpaduan negara

Soalan Negeri
2. Jelaskan kejayaan yang dicapai melalui Dasar Ekonomi Baru. [3 markah] KELANTAN

Contoh Jawapan

Antara kejayaan Dasar Ekonomi Baru ialah kadar kemiskinan diturunkan. Selain itu, Dasar
Ekonomi Baru berjaya merapatkan jurang perbezaan antara kaum, kawasan dan wilayah. Tambahan pula,
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berjaya ditingkatkan.

Jawapan tambahan

✓ Pendapatan per kapita meningkat
✓ Modal saham bumiputera meningkat

1

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri

3. Penglibatan sektor swasta dapat memacu perkembangan ekonomi negara ke peringkat KELANTAN

global (dunia). Beri ulasan anda. [4 markah]

Contoh Jawapan

Penglibatan sektor swasta dapat meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan dan
barangan. Contohnya, Telekom Malaysia. Selain itu, pelaburan modal dan penggunaan jentera moden
oleh sektor swasta mempercepatkan pembangunan ekonomi negara. Tambahan pula, penglibatan sektor
swasta seperti Sime Darby Plantations dapat memacu peningkatan hasil perladangan sawit ke peringkat
dunia.

Jawapan tambahan

✓ Bebanan kewangan kerajaan juga dikurangkan.
✓ Kerajaan boleh mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain.

Soalan Negeri
JOHOR
4. Apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ke arah mencapai matlamat

pelaksanaan DEB? [8 markah]

Terangkan pendekatan dan langkah yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat dasar TERENGGANU

tersebut. [8 markah]

Contoh Jawapan

Beberapa langkah telah dilaksanakan untuk mencapai matlamat tersebut seperti pembukaan tanah
secara besar-besaran. Penumpuan diberi kepada penanaman getah dan kepala sawit. Selain itu, agensi-
agensi kerajaan telah ditubuhkan seperti RISDA dan PETRONAS.

Bagi mencapai matlamat DEB, kerajaan juga memberi perhatian kepada industri berat dengan
menubuhkan HICOM untuk menguruskan projek industri berat dengan cekap. Seterusnya, Penubuhan
Permodalan Nasional Berhad dengan memperkenalkan Amanah Saham Nasional. Akhir sekali, kerajaan
menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia dengan melancarkan Tahun Melawat Malaysia 1990.

2

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Jawapan tambahan

✓ Menggalakkan pelaburan modal asing
✓ Melancarkan Pelan Induk Perindustrian
✓ Memperkenalkan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia
✓ Menggalakkan industri desa seperti industri kraftangan
✓ Memperluaskan kemudahan kredit dan insentif
✓ Menitikberatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Soalan Negeri

5. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah berjaya mengurangkan masalah TERENGGANU

kemiskinan masyarakat luar bandar.

Buktikan. [8 markah]

Contoh Jawapan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 49.3% kepada
17.1%. Pelbagai agensi ditubuhkan untuk memberi bantuan kewangan, subsidi, pemasaran, baja dan
sebagainya kepada golongan petani seperti LPN, LKIM, RISDA dan sebagainya. Kesannya, pendapatan
petani meningkat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

Tambahan pula, pembukaan tanah secara besar-besaran melalui FELDA juga berjaya
mengurangkan masalah kemiskinan masyarakat penduduk luar bandar. Selain memiliki tanah pertanian,
mereka memperolehi petempatan baru yang dilengkapi dengan kemudahan asas. Penduduk luar bandar
yang miskin dipindahkan ke petempatan baharu. Kesannya, mereka berubah menjadi petani moden.

Jawapan tambahan

✓ Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat
✓ Rakyat mampu memiliki tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit untuk dieksport
✓ Terdapat dalam kalangan anak-anak luar bandar yang berjaya dalam bidang

keusahawanan dan perniagaan melalui peluang pendidikan

3

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
PERAK
6. Mengapakah Dasar Ekonomi Baru memberi fokus kepada pembangunan ekonomi untuk

perpaduan dan kesejahteraan rakyat Malaysia?

Beri hujah anda. [8 markah]

Contoh Jawapan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) memberi fokus kepada pembangunan ekonomi untuk perpaduan dan
kesejahteraan rakyat kerana DEB dilaksanakan untuk mengelakkan rusuhan kaum agar rakyat dapat hidup
aman. Selain itu, DEB memberi fokus dalam pembangunan ekonomi agar dapat mewujudkan keadilan
dalam ekonomi dengan berkongsi kekayaan sumber ekonomi negara antara penduduk berbilang kaum.

DEB dapat membasmi kemiskinan dan meningkatkan kadar pendapatan rakyat. Kesannya, jurang
pendapatan dirapatkan. Tambahan pula, DEB dapat memajukan ekonomi negara dengan mempelbagaikan
sumber ekonomi. Hal ini dapat meningkatkan pendapatan negara dan kemudahan infrastuktur dapat
disediakan oleh kerajaan untuk kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

Jawapan tambahan
✓ Menyediakan peluang pekerjaan

Soalan Negeri
PERAK
7. Kerajaan mula memberi perhatian kepada industri berat bermula pada Rancangan SARAWAK

Malaysia Keempat?

Mengapakah kerajaan memberi tumpuan kepada industri berat? [4 markah]

Contoh Jawapan

Kerajaan memberi tumpuan kepada industri berat untuk menggalakkan penggunaan teknologi
tinggi. Selain itu, industri berat diberi tumpuan untuk melahirkan buruh mahir dan menggalakkan
pelaburan modal yang besar. Kerajaan memberi tumpuan kepada industri berat untuk mengurangkan
kadar import barangan.

Jawapan tambahan
✓ Untuk bersaing dalam bidang industri
✓ Memberi peluang pekerjaan
✓ Mengalih kebergantungan kepada sektor pertanian

4

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
PERAK
8. Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan
SARAWAK
perkembangan sektor perindustrian di Malaysia. [8 markah]

Sektor perindustrian mula diberi tumpuan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara
maju.
Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam merealisasikan hasrat tersebut?

[4 markah]

Contoh Jawapan

Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan perkembangan sektor
perindustrian ialah penubuhan HICOM. Selain itu, kerajaan telah menggalakkan pelaburan modal asing
dan memperkenalkan perusahaan baru di Skudai, Senawang dan Likas. Kerajaan juga memperkenalkan
zon perdagangan bebas di Bayan Lepas, Sungai Way dan Bintulu.

Tambahan pula, kerajaan telah melancarkan Pelan Induk Perindustrian untuk menyediakan hala
tuju pembangunan industri dan strategi pelaksanaan. Seterusnya, kerajaan telah melancarkan Kajian
Dasar Perindustrian Negara untuk mengenalpasti kelemahan dalam struktur perindustrian negara. Akhir
sekali, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan.

Jawapan tambahan

✓ Melonggarkan pelesenan dalam sektor swasta
✓ Melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat
✓ Memperkenalkan Dasar Penswastaan
✓ Mengurangkan beban kewangan kerajaan boleh tumpu dalam sektor perindustrian

Soalan Negeri
9. Bagaimanakah perkembangan perindustrian membawa kepada kemajuan negara? PERAK

[8 markah]

Contoh Jawapan

Perkembangan perindustrian dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Seterusnya,
perkembangan perindustrian dapat meningkatkan pendapatan rakyat. Perkembangan perindustrian juga
menambahkan kadar eksport negara. Seterusnya, perkembangan perindustrian menggalakkan kemasukan

5

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

pelabur asing. Kesannya, pendapatan negara bertambah hasil daripada kutipan cukai dari pelabur luar.
Berikutan peningkatan pendapatan negara, kerajaan dapat membina kemudahan infrustruktur seperti
pembinaan lebuh raya. Secara tidak langsung, negara dapat mencapai kemajuan pengangkutan dan
komunikasi.

Jawapan tambahan

✓ Perkembangan teknologi tinggi
✓ Memberi keselesaan kepada rakyat

Soalan Negeri

10. Selaras Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) Malaysia akan menjadi SARAWAK

destinasi utama industri berteknologi tinggi.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad
Sumber : Berita Harian.com.my
Capaian pada 9 Julai 2019

Apakah cabaran untuk mencapai hasrat Perdana Menteri ini. [8 markah]
Berikan hujah anda berdasarkan pengetahuan anda.

Contoh Jawapan

Antara cabaran untuk mencapai hasrat ini ialah teknologi negara kita rendah. Negara kita masih
bergantung kepada teknologi luar. Selain itu, negara kita juga mengalami kekurangan tenaga buruh mahir.
Hal ini demikian kerana persaingan untuk mendapat buruh mahir.

Tambahan pula, negara kita menghadapi cabaran dari luar iaitu persaingan dengan negara maju.
Rakyat juga tidak berdaya saing. Cabaran seterusnya ialah kualiti pendidikan negara kita masih rendah.
Pendidikan sains dan teknologi masih di tahap sederhana menyebabkan negara kita tidak dapat melahirkan
tenaga kerja yang mahir dalam industri berteknologi tinggi.

Jawapan tambahan

✓ Kekurangan modal
✓ Prasarana masih kurang

6

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
JOHOR
11. Sebagai generasi muda, bagaimanakah anda mampu menjadikan Malaysia negara yang

ulung dalam bidang ekonomi? [8 markah]

Apakah peranan generasi muda dalam usaha membangunkan negara? [8 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Sebagai generasi muda, saya akan sentiasa berfikir secara kreatif dan inovatif untuk menjadikan
Malaysia negara yang ulung dalam bidang ekonomi. Misalnya, saya akan meneroka bidang baharu untuk
memajukan ekonomi negara.

Selain itu, saya juga akan berpandangan jauh dengan meningkatkan kemajuan dalam pelbagai
bidang. Misalnya, kemajuan dalam bidang teknologi tinggi. Tambahan pula, saya akan merancang
strategi dengan berkesan. Misalnya, saya akan mengatur taktik perniagaan untuk menarik pelabur asing
agar pendapatan negara meningkat.

Jawapan tambahan

✓ Meningkatkan perniagaan antarabangsa
✓ Menuntut ilmu sains dan teknologi / ICT
✓ Sikap keterbukaan untuk menerima teguran dan pandangan orang lain

Soalan Negeri
SARAWAK
12. Rancangan Malaya Kedua yang dilaksanakan dari tahun 1961 hingga 1965 merupakan

kesinambungan kepada Rancangan Malaya Pertama.

Jelaskan peranan agensi berikut bagi menjayakan Rancangan Malaya Kedua

• Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). [2 markah]

• Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). [2 markah]

Contoh Jawapan

Peranan FELDA adalah untuk menempatkan semula penduduk luar bandar yang miskin ke
kawasan-kawasan yang baru dibangun di samping meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar.

FAMA berperanan sebagai agensi pemasaran produk agromakanan seperti sayur-sayuran dan
buah-buah serta produk-produk industri asas tani di samping meningkatkan pendapatan pengeluar.

7

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Jawapan tambahan

FELDA
✓ Pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan
✓ Mempelbagaikan jenis tanaman untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian

FAMA
✓ Meningkatkan promosi pasaran tempatan dan eksport
✓ Memastikan produk pertanian dan industri asas tani tersedia dan pada harga mampu

dibayar oleh pengguna

Soalan Negeri

13. Pembangunan ekonomi yang seimbang antara bandar dan luar bandar penting bagi SARAWAK

sesebuah negara. Berikan penjelasan anda. [8 markah]

Contoh Jawapan

Pembangunan ekonomi yang seimbang antara bandar dan luar bandar penting untuk menurunkan
kadar kemiskinan dan seterusnya bilangan isi rumah miskin dikurangkan. Misalnya dalam Dasar Ekonomi
Baru (DEB), kadar kemiskinan telah berjaya diturunkan daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada 17.1%
pada 1990. Selain itu, pembangunan ekonomi yang seimbang juga penting untuk meningkatkan kualiti
hidup penduduk bandar dan luar bandar. Misalnya, peningkatan kesihatan, pendidikan, pemilikan barang,
keperluan asas dan penyediaan infrastruktur awam.

Tambahan pula, pembangunan ekonomi yang seimbang antara bandar dan luar bandar menjamin
pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi yang pesat. Hal ini demikian kerana dapat mencapai kadar
pertumbuhan KDNK yang membanggakan dan seterusnya pendapatan per kapita meningkat.

Jawapan tambahan

✓ Merapatkan jurang antara kawasan
✓ Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kawasan
✓ Mewujudkan perpaduan negara

8

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
PERAK
14. Dasar Kependudukan merupakan dasar pembangunan ekonomi yang diperkenalkan untuk

memenuhi keperluan ekonomi moden yang berteraskan perindustrian.

Apakah yang anda faham tentang Dasar Kependudukan? [4 markah]

Contoh Jawapan

Dasar Kependudukan telah dikemukakan oleh Perdana Menteri pada 29 Mac 1984. Matlamatnya
untuk mancapai sasaran 70 juta penduduk menjelang 2100. Dasar Kependudukan menitikberatkan
keselarasan antara kadar pertambahan penduduk dengan kadar pembangunan sosioekonomi negara,
khususnya berkaitan dengan kemudahan pendidikan, perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan.

Jawapan tambahan

✓ Program pembangunan negara didasarkan pada unjuran jumlah penduduk
✓ Untuk memastikan pertambahan penduduk tidak mendatangkan masalah kepada

negara

Soalan [4 markah] Negeri
15. Apakah rasionalnya Dasar Kependudukan terhadap kemajuan negara kita? PERAK

Contoh Jawapan

Rasional Dasar Kependudukan terhadap kemajuan negara kita ialah penduduk sebagai sumber
penting dalam pembangunan negara. Hal ini demikian kerana pertambahan penduduk memastikan
bekalan tenaga kerja. Selain itu, pertambahan penduduk meningkatkan produktiviti dan meluaskan
pasaran.

Jawapan tambahan

✓ Pertambahan penduduk menyumbang kepada kekuatan politik
✓ Pertambahan penduduk menyumbang kepada keselamatan negara

9

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
16. Pada pendapat anda mengapakah kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia menurun? PERAK

[6 markah]

Contoh Jawapan

Penurunan kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia berlaku kerana masalah kesempitan hidup,
misalnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Hal Ini menyebabkan sebahagian keluarga di
negara ini memilih untuk mempunyai bilangan anak yang sedikit iaitu dua atau tiga orang anak sahaja.

Selain itu, masalah penyakit kronik yang saban tahun bertambah bilangan pengidapnya seperti
darah tinggi, diabetes dan jantung menyebabkan berlaku masalah ketidaksuburan dalam kalangan rakyat
Malaysia. Kesannya, kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia berkurang.

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
PERAK
17. Sekiranya kadar pertumbuhan penduduk melebihi daripada kadar pembangunan

sosioekonomi negara, apakah yang akan berlaku? [6 markah]

Contoh Jawapan

Negara akan mengalami masalah kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan rakyatnya
kerana ketiadaan peluang pekerjaan terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan bandar seperti Kuala
Lumpur. Keadaan ini akan menjejaskan imej negara kerana akan meningkatkan masalah jenayah seperti
meragut dan merompak. Hal ini demikian kerana golongn ini dihimpit dengan keperluan untuk hidup.
Kesannya industri pelancongan negara tergugat dan seterusnya menyebabkan ekonomi negara jatuh.

[Mana-mana jawapan munasabah]

10

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
18. Apakah matlamat pembentukan Rukun Negara? [4 markah] MELAKA

SARAWAK

Contoh Jawapan

Matlamat pembentukan Rukun Negara ialah untuk mengukuhkan perpaduan dan memelihara
corak hidup demokratik. Matlamat seterusnya ialah mencipta sebuah masyarakat yang adil dan menjamin
sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.

Jawapan tambahan

✓ Rukun Negara juga bermatlamat membina masyarakat yang progresif
✓ Melahirkan masyarakat yang menggunakan ilmu sains dan teknologi.

Soalan Negeri
19. Kepercayaan kepada Tuhan adalah prinsip pertama Rukun Negara. SARAWAK
[6 markah]
Jelaskan prinsip tersebut.

Contoh Jawapan

Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan memperlihatkan bahawa masyarakat Malaysia mempunyai
pegangan dan kepercayaan masing-masing dan agama Islam adalah agama rasmi negara. Rakyat yang
beragama mudah diurus dan menjadi manusia yang berakhlak, bermoral dan berbudi bahasa.

Selain itu, masyarakat yang ada pegangan agama boleh menjadi manusia yang bertanggungjawab
dan saling menolong antara satu sama lain. Malah dengan amalan agama masing-masing mampu
menjadikan rakyat Malaysia menjadi manusia yang penyayang.

Jawapan tambahan

✓ Melalui pegangan agama menjadikan juga rakyat Malaysia senang menerima ilmu
✓ Sentiasa berfikiran positif

11

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
20. Jelaskan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara berikut: MELAKA

(i) Kesetiaan kepada Raja dan Negara [8 markah]
(ii) Kesopanan dan Kesusilaan

Contoh Jawapan

Prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara menuntut rakyat Malaysia memberikan kesetiaan
kepada raja dan negara. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Negara dan Raja Melayu merupakan
ketua negeri. Raja sebagai simbol penyatuan rakyat. Selain itu, Raja juga pelindung hak istimewa
peribumi.

Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan menuntut semua rakyat Malaysia bersopan dan bertatasusila.
Kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang
individu. Kesopanan dan kesusilaan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni. Selain itu,
kesopanan dan kesusilaan juga membentuk masyarakat yang penyayang dan saling menghormati.

Jawapan tambahan
✓ Penderhakaan kepada raja bermaksud penderhakaan kepada negara

Soalan Negeri

21. Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda berusaha untuk melaksanakan mesej SARAWAK

yang terkandung dalam Prinsip Rukun Negara? [4 markah]

Contoh Jawapan

Saya melaksanakan mesej yang terkandung dalam Prinsip Rukun Negara dengan sentiasa
mengamalkan ajaran agama saya. Saya juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan diri
dan saling hormat menghormati antara masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, saya juga akan setia kepada
raja dan negara dan menyokong semua dasar kerajaan.

12

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Jawapan tambahan

✓ Bersikap inovatif dan kreatif
✓ Menggunakan hak dalam sistem demokrasi secara rasional
✓ Bersikap penyayang
✓ Mengamalkan akhlak mulia

Soalan Negeri
SARAWAK
22. Prinsip Rukun Negara mampu menjadi alat untuk menyatupadukan penduduk berbilang

kaum di Malaysia.

Berikan hujah anda. [6 markah]

Terangkan kepentingan prinsip-prinsip Rukun Negara untuk mencapai perpaduan negara.
[6 markah]

Contoh Jawapan

Rukun Negara mampu menjadi alat untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum di Malaysia
kerana melalui prinsip pertama kepercayaan kepada tuhan dapat mengukuhkan keperibadian seseorang.
Hal ini dapat membawa kepada perasaan saling menghormati kepelbagaian kaum dan menerima
perbezaan dengan hati yang terbuka.

Selain itu, melalui penghayatan Rukun Negara semua masyarakat pelbagai kaum mentaati Raja
dan pemerintah negara. Oleh itu, seluruh masyarakat akan bersama menyokong semua dasar negara dan
memastikan keamanan sentiasa terjamin. Hal ini dapat menjamin perkongsian kuasa antara kaum dalam
sistem pemerintahan negara. Kesannya kesejahteraan negara dapat dipupuk dan disegani oleh masyarakat
luar.

Jawapan tambahan

✓ Rakyat menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan
✓ Semua rakyat hidup aman damai dan bersatu apabila kedaulatan undang-undang

terpelihara
✓ Kesopanan dan kesusilaan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang

dan saling menghormati
[Mana-mana jawapan munasabah]

13

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
MELAKA
23. Peristiwa 13 Mei 1969 telah membawa kepada pembentukan Rukun Negara

Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut? [8 markah]

Contoh Jawapan

Iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 ialah rakyat perlu mengekalkan semangat perpaduan.
Selain itu, rakyat perlu bekerjasama antara satu sama lain. Rakyat juga perlu mewujudkan sikap bertolak
ansur dan toleransi agar tidak bersifat perkauman dan mementingkan diri sendiri.

Seterusnya, iktibar daripada peristiwa tersebut ialah rakyat akan saling memahami budaya, bahasa
dan agama masing-masing. Rakyat akan belajar menghormati antara satu sama lain. Kesannya, tidak
akan wujud prasangka atau curiga-mencurigai. Rakyat juga dapat menyelesaikan masalah secara
berhemah dan musyawarah/ berbincang.

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri

24. Maklumat berikut mengenai dasar pembangunan sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan. PAHANG

Jelaskan matlamat dasar pembangunan sosial tersebut. [6 markah]

Contoh Jawapan

Matlamat Akta Bahasa Kebangsaan adalah untuk mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan menjamin perpaduan rakyat di
Tanah Melayu. Sementara matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah untuk memperkukuh
perpaduan melalui kebudayaan dan memelihara keperibadian kebangsaan. Seterusnya matlamat sukan
adalah sabagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan menyemarakkan semangat patriotik dalam
kalangan rakyat.

14

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Jawapan tambahan

✓ Mengekalkan identiti negara
✓ Mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian
✓ Tidak mengehadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja

Soalan Negeri

25. Bagaimanakah amalan dasar tersebut dapat mencapai matlamat di soalan (18)?[8 markah] PAHANG

Contoh Jawapan

Rakyat perlu memajukan bahasa Melayu untuk mencapai matlamat di atas. Misalnya, penubuhan
sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam
Shah. Selain itu, langkah memajukan bahasa Melayu seperti penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Seterusnya, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah untuk menggantikan bahasa
Inggeris.

Di samping itu, rakyat yang mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan akan memahami
budaya kaum lain dan menerima unsur kebudayaan lain yang sesuai. Kesannya, rakyat mengamalkan
budaya yang sama dan seterusnya menanam perasaan kekitaan dalam kalangan rakyat.

Sukan menjadi alat perpaduan. Hal ini demikian kerana sukan melibatkan penyertaan pelbagai
kaum. Selain itu, sukan sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah dapat memupuk semangat berpasukan
dalam kalangan murid berbilang kaum. Secara tidak langsung, sukan dapat mengeratkan perpaduan antara
kaum.

Jawapan tambahan

✓ Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah
✓ Memupuk identiti kebangsaan sejak kecil
✓ Menganjurkan SUKMA dua tahun sekali
✓ Memberi sokongan terhadap pasukan negara

15

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri

26. Pada pandangan anda, apakah halangan untuk mencapai matlamat tersebut? [8 markah] PAHANG

Contoh Jawapan

Antara halangan untuk mencapai matlamat dasar pembangunan sosial ialah rakyat tidak
mempunyai jati diri dan kurang semangat cinta kepada negara. Selain itu, terdapat segelintir masyarakat
memandang rendah terhadap bahasa kebangsaan kerana menganggap bahasa Melayu tidak mempunyai
nilai komersial. Kebanyakan syarikat swasta dan firma antarabangsa memerlukan kemahiran berbahasa
asing seperti bahasa Inggeris.

Tambahan pula, terdapat masyarakat yang kurang minat untuk mendalami dan mempelajari
budaya kaum lain, terutamanya generasi muda yang tidak tahu budaya kaum lain. Di samping itu,
kepesatan teknologi menjadi penghalang untuk mencapai matlamat tersebut kerana rakyat mudah
terpengaruh dengan budaya Barat. Ini juga menyebabkan budaya sukan perlu bersaing dengan media
hiburan dan sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Kesannya, masyarakat lebih gemar bersosial
berbanding bersukan.

Jawapan tambahan

✓ Kepandaian berbahasa Inggeris menyebabkan seseorang individu dipandang tinggi

oleh sesetengah masyarakat
✓ Gagal memperkasakan satu bentuk kebudayaan Malaysia yang menyatukan setiap

bangsa
✓ Masih terdapat kaum/ etnik yang mempertahankan budaya masing-masing
✓ Kurang dorongan daripada ibu bapa

Soalan Negeri
27. Sejauh manakah sukan mampu menjadi alat perpaduan di negara kita? [6 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Sukan mampu menjadi alat perpaduan di negara kita kerana penyertaan dalam bidang sukan tanpa
mengira ideologi. Selain itu, sukan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.
Misalnya, semua rakyat memberi sokongan kepada pasukan negara dalam pertandingan antarabangsa.
Sukan mampu menjadi alat perpaduan kerana aktiviti sukan terbuka kepada semua yang berminat tanpa

16

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

mengira kaum. Misalnya, Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan dua tahun sekali. SUKMA berperanan
mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri.

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan [3 markah] Negeri
28. Senaraikan tiga usaha kerajaan untuk memajukan Bahasa Melayu. NEGERI
SEMBILAN
29. Nyatakan dua langkah yang diambil oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk
PERLIS
mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. [2 markah]

Contoh Jawapan

Antara langkah untuk memajukan Bahasa Melayu ialah penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP). Selain itu, langkah untuk memajukan Bahasa Melayu ialah pelancaran “Minggu Bahasa” dan
“Bulan Bahasa” serta pelancaran slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”.

Jawapan tambahan

✓ Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977
✓ Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990

Soalan [4 markah] Negeri
30. Mengapakah rakyat Malaysia perlu memartabatkan bahasa kebangsaan? NEGERI
SEMBILAN
PERLIS

Contoh Jawapan

Rakyat Malaysia perlu memartabatkan bahasa kebangsaan kerana bahasa Melayu merupakan
simbol warisan dan tradisi negara. Selain itu, bahasa Melayu juga merupakan lambang dan identiti negara
Malaysia. Tambahan pula, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara dan dapat berfungsi sebagai
alat perpaduan.

17

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Jawapan tambahan

✓ Bahasa pengantar di sekolah
✓ Bahasa ilmu pengetahuan
✓ Meningkatkan semangat nasionalisme/patriotism

Soalan Negeri

31. Bagaimanakah penggunaan bahasa kebangsaan dapat diperkukuh pada masa kini? NEGERI

[4 markah] SEMBILAN

Contoh Jawapan

Antara langkah untuk mengukuhkan penggunaan bahasa kebangsaan ialah kita perlu menyokong
usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menggalakkan kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu. Selain
itu, kita perlu menggunakan bahasa Melayu dalam semua acara rasmi kerajaan. Seterusnya, kita perlu
meningkatkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Jawapan tambahan
✓ Meningkatkan aktiviti penterjemahan dalam bahasa Melayu
✓ Mewajibkan semua surat rasmi ditulis dalam bahasa Melayu

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
PAHANG
32. Apakah usaha yang telah dilaksanakan untuk memajukan bahasa Melayu dalam bidang

pendidikan selepas merdeka? [4 markah]

Contoh Jawapan

Antara usaha untuk memajukan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan selepas merdeka ialah
penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti
Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puteri dan Sekolah Sultan Abdul Halim. Selain itu, bahasa pengantar di
sekolah rendah Inggeris ditukarkan kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat. Seterusnya,
bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris.

18

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Jawapan tambahan

✓ Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
✓ Membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu

Soalan Negeri

33. Jelaskan langkah-langkah kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa SARAWAK

kebangsaan. [8 markah]

Contoh Jawapan

Antara langkah kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ialah
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada tahun
1956. Seterusnya, pelancaran ‘Bulan Bahasa” dan ‘Minggu Bahasa’ untuk menggalakkan penggunaan
bahasa Melayu. Slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ dilancarkan pada tahun 1960.

Kemudian, penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar seperti Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puteri dan Sekolah Sultan Abdul Halim. Di samping
itu, Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967 untuk mengukuhkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Tambahan pula, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris ditukarkan kepada
bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat.

Jawapan tambahan
✓ Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977 telah membuktikan bahasa
Melayu mampu menjadi bahasa ilmu
✓ Mulai tahun 1982, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah
menggantikan bahasa Inggeris
✓ Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990

[Mana-mana jawapan munasabah]

19

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri

34. Bagaimanakah bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan? [8 markah] PAHANG

Contoh Jawapan

Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan dengan dijadikan sebagai bahasa
pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maka, bahasa Melayu menjadi medium pertuturan
di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kesannya, pelajar pelbagai kaum dapat berkomunikasi antara
satu sama lain dengan bahasa Melayu. Seterusnya hubungan antara kaum dapat dieratkan dan akhirnya
mewujudkan perpaduan.

Di samping itu, bahasa Melayu digunapakai dalam majlis rasmi dan tidak rasmi untuk
menggalakkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, bahasa Melayu digunapakai
dalam bidang penyiaran, media massa dan media elektronik. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu
mudah difahami oleh semua peringkat umur dan mudah dipelajari oleh semua kaum. Kesannya,
penggunaan bahasa Melayu menjadi luas dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Jawapan tambahan
✓ Subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
✓ Komunikasi dalam bidang kerjaya
✓ Penguasaan bahasa Melayu yang baik oleh kaum-kaum lain

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
PAHANG
35. Penguasaan bahasa kebangsaan masih kurang diyakini dalam kalangan segelintir

masyarakat negara kita.

Buktikan. [8 markah]

Contoh Jawapan

Penguasaan bahasa kebangsaan masih kurang diyakini dalam kalangan segelintir masyarakat
negara kita kerana pengaruh bahasa asing yang digunakan secara meluas. Misalnya, bahasa Inggeris.
Penguasaan bahasa Inggeris lebih dititikberatkan dalam bidang kerjaya. Tambahan pula, perbendaharaan
kata berkaitan sains dan teknologi lebih banyak dalam bahasa Inggeris.

20

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Selain itu, penguasaan bahasa kebangsaan masih kurang diyakini dalam kalangan segelintir
masyarakat kerana sikap masyarakat yang memandang sepi bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan. Hal
ini demikian kerana persepsi masyarakat yang menganggap bahasa ini tidak memberi kemajuan dalam
kehidupan. Seterusnya, perjuangan penggunaan bahasa Melayu hanya dilakukan oleh tokoh-tokoh bahasa
dan sasterawan. Tambahan pula, usaha penterjemahan bahasa asing ke bahasa kebangsaan masih
perlahan.

Jawapan tambahan

✓ Pencemaran bahasa / kesalahan bahasa dari aspek tatabahasa, ejaan dan istilah
✓ Penggunaan bahasa rojak

21

TEMA 12 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Soalan Negeri
1. Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Dunia Kedua (1939-1945) merupakan SARAWAK

konflik antarabangsa yang meninggalkan kesan terhadap sejarah dunia.
Mengapakah berlakunya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua? [8 markah]

Contoh Jawapan

Perang Dunia Pertama berlaku kerana faktor politik dengan kemunculan nasionalisme yang kuat
menyebabkan kuasa besar sanggup berperang membuktikan kekuasaan masing-masing. Selain itu Perang
Dunia Pertama juga disebabkan wujudnya sistem pakatan negara Eropah iaitu Perikatan Kuasa Tengah
dan Pakatan Bertiga. Hal ini kerana negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah
negara bangsa yang lebih besar.

Perang Dunia Kedua pula tercetus kerana kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah
Perang Dunia Pertama dan juga perubahan politik yang berlaku di Jerman. Perjanjian tersebut
menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin terutamanya Jerman yang kehilangan tanah
jajahannya dan terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi. Dari segi ekonomi pula perang berlaku
kerana kemelesetan ekonomi pada awal tahun 1930-an.

Jawapan tambahan

PD1
✓ Faktor Ekonomi
✓ kuasa besar bersaing untuk merebut peluang ekonomi
✓ untuk mendapatkan bahan mentah dan memasarkan barangan siap
✓ Faktor segera mencetusnya perang
✓ Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan

isterinya oleh pengganas Serbia.

PD2
✓ Kemunculan Adolf Hitler dan Parti National Socialist
✓ Hitler mengingkari Perjanjian Versailles
✓ Hitler membina angkatan tentera besar
✓ Perang saudara meletus di Rusia
✓ dimenangi oleh pihak komunis
✓ Pihak komunis mendapat bantuan daripada Amerika Syarikat, Britian, Perancis dan

Jepun
✓ Vladimir Lenin mengembang dan mengukuhkan ideologi komunis di Rusia

1

TEMA 12 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

✓ menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet
✓ Pengambilalihan kuasa USSR oleh Joseph Stalin
✓ Benito Mussolini memimpin Itali menjalankan dasar imperialisme
✓ menjajah Habsyah / Etophia
✓ menceroboh Perancis

Soalan Negeri
2. Jelaskan kesan-kesan Perang Dunia Kedua terhadap keamanan dunia. [6 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Kesan-kesan Perang Dunia Kedua terhadap keamanan dunia ialah kesan politik iaitu negara-negara
Eropah berpecah-belah. Negara Jerman terbahagi kepada Jerman Timur dan Jerman Barat. Kesan lain
ialah runtuhnya sistem imperialisme Barat dengan kemerdekaan satu demi satu tanah jajahan kuasa besar
Eropah. Contohnya Filipina mendapat kemerdekaan daripada Amerika Syarikat.

Kesan seterusnya ialah wujudnya Perang Dingin iaitu perbezaan idealogi dan fahaman politik
dengan kemunculan blok dunia. Muncul Blok Komunis yang diketuai Rusia dan Blok Kapitalis yang
diketuai oleh Amerika Syarikat.

Jawapan tambahan

Kesan Politik
✓ Berlaku pakatan ketenteraan - NATO

Kesan Ekonomi
✓ negara-negara baru perlu menangani masalah ekonomi warisan ekonomi penjajah
✓ perlu membangunkan ekonomi masing-masing

Kesan Sosial
✓ korban nyawa tinggi
✓ menimbulkan kesedaran pentingnya kesejahteraan dan kedamaian
✓ menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggantikan Liga Bangsa

2

TEMA 12 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Soalan Negeri

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah sesebuah negara dapat SARAWAK

mengelakkan berlakunya peperangan? [6 markah]

Contoh Jawapan

Sesebuah negara dapat mengelakkan berlakunya peperangan dengan menjalinkan hubungan baik
dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Hal ini dapat meningkatkan hubungan rapat antara sesebuah
negara. Contohnya, Malaysia menjalinkan kerjasama dengan negara Indonesia.

Selain itu semua negara hendaklah menghormati kedaulatan negara lain dengan tidak menceroboh
negara lain. Hal ini dapat menjamin keamanan dunia dan mengadakan perundingan sekiranya ada
masalah.

Soalan Negeri
SARAWAK
4. Rajah berikut menunjukkan Blok Dunia yang muncul semasa Perang Dingin.

Berikan penjelasan anda mengenai blok-blok berikut:

(i) Blok Kapitalis [4 markah]

(ii) Blok Komunis [4 markah]

Contoh Jawapan

(i) Blok Kapitalis diketuai oleh Amerika Syarikat dan merupakan negara demokratik. Pemilihan
kerajaan adalah melalui pilihan raya. Dalam bidang ekonomi, peluang perniagaan dan pemilikan
adalah persendirian serta menekankan konsep kebebasan individu sepenuhnya

(ii) Blok Komunis diketuai oleh Soviet Union dan pemerintahannya adalah secara diktator. Hanya Parti
Komunis sahaja diiktiraf serta perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan sahaja.

3

TEMA 12 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Soalan Negeri
5. Mengapakah Perang Dingin berlaku. [6 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Kewujudan kedua-dua blok ini membawa kepada Perang Dingin dan berlaku persaingan kuasa
antara kedua-dua blok. Ia merupakan konflik yang tidak melibatkan peperangan bersenjata sebaliknya
melibatkan peperangan ideologi dan perlumbaan senjata.

Kedua-duanya berusaha membuktikan kekuatan masing-masing dan menyebarkan pengaruh di
Eropah dan Asia melalui propaganda, bantuan ekonomi dan bantuan ketenteraan.

Soalan Negeri

6. Malaysia mempunyai bentuk dasar luarnya tersendiri dan dipengaruhi oleh beberapa SARAWAK
PAHANG
faktor yang boleh membawa kebaikan kepada negara dan rakyat seluruhnya.

Jelaskan maksud bentuk hubungan luar di bawah:

(i) Hubungan Bilateral. [2 markah]

(ii) Hubungan Multilateral. [2 markah]

Jelaskan bentuk hubungan luar Malaysia. [4 markah] PERLIS

Contoh Jawapan

(i) Hubungan Bilateral ialah hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu iaitu Malaysia
mengadakan hubungan dengan negara jiran. Contohnya Singapura / Indonesia / Thailand /
Vietnam.

(ii) Hubungan Multilateral ialah hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan
Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Jawapan tambahan

✓ Mengadakan hubungan luar dengan negara-negara Asia lain
✓ Antaranya Amerika Latin/ Afrika/ Asia Barat
✓ Mengadakan hubungan dengan negara maju
✓ Antaranya Britain dan Amerika Syarikat

4

TEMA 12 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Soalan Negeri
7. Maklumat berikut berkaitan dengan asas penggubalan dasar luar Malaysia.
SARAWAK
• Faktor sejarah PAHANG
• Faktor ekonomi
• Faktor demografi

Bagaimanakah faktor tersebut mempengaruhi penggubalan dasar luar negara kita?
[8 markah]

Terangkan faktor penggubalan dasar luar Malaysia. [4 markah] PERAK

Jelaskan asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia. [6 markah] MELAKA

Jelaskan faktor-faktor di atas yang telah menjadi asas kepada penggubalan dasar luar PERLIS

Malaysia. [8 markah]

Terangkan faktor ekonomi yang mempengaruhi dasar luar Malaysia. [4 markah] NEG
SEMBILAN

JOHOR

Mengapakah faktor politik mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia? [4 markah] PULAU
PINANG

Contoh Jawapan

Faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar negara kita ialah melalui faktor sejarah sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka terjalin hubungan perdagangan dengan negara China, Arab, Siam dan
negeri di Kepulauan Melayu seperti Indonesia, Brunei, dan Singapura.

Di dalam aspek faktor ekonomi pula wujud hubungan ekonomi dengan negara maju seperti Britain
dan Amerika Syarikat. Malaysia mengharapkan pasaran dan modal daripada negara maju dalam sektor
perlombongan bijih timah.

Seterusnya dalam faktor demografi pula, negara menjalin hubungan diplomatik dengan negara
Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam dan Malaysia tidak mengadakan
hubungan diplomatik dengan negara Israel.

Faktor lain yang mempengaruhi penggubalan dasar luar negara ialah faktor politik. Malaysia
mengamalkan sistem demokrasi Berparlimen dan Malaysia berhak menentukan hala tujunya. Oleh itu
Malaysia berpegang kepada prinsip keamanan sejagat dengan memelihara kedaulatan negara lain.
Contohnya, negara Palestin.

5

TEMA 12 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Jawapan tambahan

Faktor Sejarah
✓ Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel
✓ Mengadakan hubungan diplomatik dengan Britain/ Australia/ New Zealand
✓ Ancaman komunis dan konfrontasi dengan Indonesia
✓ Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro barat dan anti komunis

Faktor Ekonomi
✓ Malaysia menggalakan kemasukan pelaburan asing bertujuan untuk meningkatkan

ekonomi negara
✓ Menyediakan peluang pekerjaan
✓ Melalui Dasar Pandang Ke Timur
✓ Pelaburan dari negara Jepun dan Korea diutamakan
✓ Menjalinkan hubungan baik dengan negara membangun/ negara-negara Islam
✓ Bertujuan meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia
✓ Mengadakan pelaburan di negara membangun dan negara Islam

Faktor demografi
✓ Israel menceroboh dan menindas peribumi Palestin
✓ Malaysia tidak mengadakan hubungan dengan Afrika Selatan, Afrika Selatan yang

mengamalkan Dasar Aparteid
✓ Kepelbagaian kaum dan agama di negara ini mempengaruhi dasar luar Malaysia

Faktor politik
✓ berpegang teguh prinsip Piagam PBB
✓ menyokong resolusi PBB di dalam menjaga keamanan dunia.

Soalan Negeri

8. Jadual di bawah berkaitan dengan perkembangan dasar luar Malaysia dari tahun 1957 KELANTAN

sehingga tahun 2003.

Pimpinan Tahap
Tunku Abdul Rahman Tahap Pertama
Tun Abdul Razak Tahap Kedua
Tun Hussein Onn
Tun Dr Mahathir Mohamad Tahap Ketiga

Jelaskan tentang dasar luar Malaysia tahap pertama [6 markah]

6

TEMA 12 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Mengapakah dasar luar Malaysia berbeza pada setiap tahap? [8 markah] PERAK

Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan mengambil kira perubahan JOHOR

kepimpinan negara. [8 markah]

Terangkan mengenai dasar luar Malaysia pada era Tunku Abdul Rahman (1957-1970). MELAKA

[6 markah]

Huraikan perkembangan dasar luar Malaysia semasa era kepimpinan Tun Abdul Razak dan PULAU

Tun Hussein Onn. [8 markah] PINANG

Malaysia telah mengamalkan dasar berkecuali menjelang tahun 1970-an. Bagaimanakah NEGERI

dasar tersebut dilaksanakan? [8 markah] SEMBILAN

Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia pada tahap kedua dan ketiga. [6 markah] KELANTAN

Contoh Jawapan

Dasar luar Malaysia tahap pertama ialah mengamalkan dasar pro-Barat yang anti komunis dan
berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Hal ini kerana ketika itu negara menghadapi ancaman
komunis dan memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel. Oleh itu negara kita
telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) tahun 1956. British akan
memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang.

Selain itu dasar luar tahap pertama, Malaysia menjalankan dasar luar berbaik-baik dengan negara
jiran bagi menangani krisis konfrantasi dengan Indonesia dan Filipina. Oleh itu, negara kita terlibat dalam
perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (MAPHILINDO).

Perkembangan dasar luar Malaysia pada tahap kedua ialah Malaysia mengubah hala dasar luar
dengan mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan ini disebabkan
kurangnya peranan AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur.

Perkembangan dasar luar Malaysia pada tahap ketiga pula ialah Malaysia mengekalkan dasar tahap
kedua iaitu memberi penekanan kepentingan ekonomi berkaitan demgan perdagangan dan pelaburan.
Oleh itu Malaysia menjalin hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN dan memperkenalkan Dasar
Pandang ke Timur pada tahun1982. Malaysia telah menggunakan negara Jepun sebagai model.

7

TEMA 12 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Jawapan tambahan

Tahap Pertama
✓ Malaysia merupakan anggota blok sterling
✓ Menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang pound sterling
✓ Mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada Britain bagi pasaran bijih timah dan

getah
✓ Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia
✓ Mengurangkan pergantungan kepada Britain dengan mengamalkan pasaran bebas
✓ Membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat/

Jepun/ Singapura/ Jerman Barat

Tahap Kedua
✓ Pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dan China
✓ Mengisytiharkan ZOPFAN
✓ Menjalin hubungan ideologi dengan negara berfahaman komunis seperti China
✓ Menjalin hubungan ideologi dengan Vietnam pada 1976

Tahap Ketiga
✓ Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain
✓ Lawatan dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr Mahathir ke negara Afrika,

Amerika Selatan Caribbean dan Pasifik Selatan
✓ Melalui siri lawatan ini, Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan dua hala
✓ Malaysia menjalin hubungan dengan negara Dunia Ketiga

Soalan Negeri

9. Bagaimanakah dasar luar Malaysia pada hari ini memberi manfaat ke arah mengekalkan KELANTAN

kesejahteraan dan keamanan sejagat? [8 markah]

Apakah manfaat yang diperoleh daripada pelaksanaan dasar luar Malaysia? JOHOR

Berikan penjelasan anda. [8 markah]

Apakah manfaat yang diperoleh daripada pelaksanaan dasar luar Malaysia? Berikan MELAKA

penjelasan anda. [8 markah]

Hubungan luar yang luas telah memberi manfaat kepada masyarakat dan negara Malaysia.
[8 markah] SARAWAK
Berikan penjelasan anda.

8

TEMA 12 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Dasar luar Malaysia telah banyak memberi manfaat kepada negara kita. Beri hujah anda. PULAU
[8 markah] PINANG

Apakah kepentingan dasar luar kepada Malaysia? [8 markah] PERLIS

Hubungan luar yang luas telah memberi manfaat kepada masyarakat dan negara Malaysia. PAHANG

Berikan penjelasan anda. [8 markah]

Dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan perkembangan dunia.

Bagaimanakah keadaan tersebut memberi manfaat kepada Malaysia? [8 markah] PERAK

Malaysia telah mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik-baik dengan negara JOHOR

jiran. Jelaskan kepentingannya kepada Malaysia. [8 markah]

Contoh Jawapan

Dasar luar Malaysia pada hari ini memberi manfaat ke arah mengekalkan kesejahteraan dan
keamanan sejagat dengan mengelakkan peperangan dengan cara aman iaitu melalui rundingan. Hal ini
dapat menamatkan peperangan daripada berlarutan sehingga ramai yang terkorban.

Selain itu manfaat dasar luar Malaysia juga dapat saling membantu terutamanya membantu negara
miskin untuk mengelakan kebuluran. Seterusnya melalui dasar luar juga Malaysia bersama-sama
menyumbang dengan menentang dasar diskriminasi dan penindasan ideologi manusia. Malaysia
menggalakkan hubungan diplomatik dengan semua negara tidak kira ideologi dan ini dapat
mempertingkatkan semangat setiakawan dalam hubungan dengan negara luar.

Dasar luar yang diamalkan oleh negara kita juga mampu memupuk sikap saling menghormati
kedaulatan antara negara. Hal ini dapat mengelakkan daripada terlibat dalam pertelingkahan dalaman
negara lain. Oleh itu dasar luar tersebut juga dapat mengukuhkan prinsip keadilan berteraskan undang-
undang serta menghormati Piagam PBB di dalam mengekalkan kemanan sejagat.

Jawapan tambahan

✓ Mengamalkan prinsip berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara
✓ Tidak menyokong mana-mana blok utama dunia
✓ Bekerjasama mengatasi dan mengawal pencemaran alam sekitar
✓ Bersatu padu menghapuskan gejala sosial dan penyalahgunaan dadah
✓ Bersuara lantang membanteras perlumbaan senjata nuklear
✓ Mendukung konsep ZOFPAN

9

TEMA 12 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

✓ Menentang apa saja bentuk penjajahan menentang keganasan Israel ke atas Palestin
✓ Menyertai misi PBB menyelesaikan konflik dunia

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
PAHANG
10. Apakah isu yang dihadapi oleh negara kita pada hari ini dalam melaksanakan dasar luar

negara? [6 markah]

Contoh Jawapan

Isu yang dihadapi oleh negara kita pada hari ini dalam melaksanakan dasar luar negara ialah isu
pertindihan tuntutan wilayah seperti Pulau Batu Putih dengan Singapura. Isu lain ialah masalah tuntutan
perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dengan negara serantau dan China.

Seterusnya isu pencerobohan perairan negara oleh kapal dan nelayan asing seperti kapal peronda
China dan nelayan Vietnam. Di samping itu, masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) seperti
Rohingya turut menjadi isu negara kita dengan negara lain. Begitu juga dengan isu ancaman pengganas
rentas sempadan yang ada berlaku sebagai contoh ISIS. Manakala dari aspek ekonomi pula isu sekatan
terhadap komoditi negara oleh negara luar masih berlaku dan diselesaikan secara baik.

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
PAHANG
11. Beri cadangan anda untuk menjadikan dasar luar Malaysia terus kukuh dan dinamik dalam

kalangan negara serantau. [8 markah]

Sekiranya anda adalah Perdana Menteri Malaysia, apakah langkah yang akan anda ambil NEGERI
SEMBILAN
untuk mengukuhkan dasar luar negara Malaysia. [6 markah]

Beri cadangan anda untuk menjadikan dasar luar Malaysia terus kukuh dan dinamik dalam SARAWAK

kalangan negara serantau. [8 markah]

10

TEMA 12 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Contoh Jawapan

Cadangan saya untuk menjadikan dasar luar Malaysia terus kukuh dan dinamik ialah
menguatkuasakan keselamatan di kawasan sempadan dengan mewujudkan kerjasama dengan negara jiran
seperti Thailand/Indonesia/Filipina/Singapura. Selain itu mewujudkan perkongsian maklumat/bantuan
teknikal bagi menyekat kegiatan penyeludupan/pencerobohan. Hal ini dapat dilakukan dengan
mengadakan perjanjian sempadan negara serantau untuk mengelakkan tuntutan bertindih/pertelingkahan.

Cadangan lain ialah semua negara wajib menghormati sempadan ruang udara dan memperakui
kedaulatan negara serantau dan memelihara keamanan di negara serantau menerusi peranan pertubuhan
seperti ZOPFAN. Kesannya kestabilan politik semua negara menjadi lebih mantap dan dikagumi negara
maju.

Soalan Negeri
12. Gambar 1 ialah logo Persatuan Persidangan Islam (OIC). SARAWAK

Nyatakan latar belakang penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam OIC. [2 markah]

Contoh Jawapan

Latar belakang penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam/OIC ialah beribu pejabat di Jeddah,
Arab Saudi dan ditubuhkan pada tahun 1971 hasil idea Tunku Abdul Rahman. OIC bermatlamat untuk
mengeratkan hubungan sesama negara Islam dan bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam.

Soalan Negeri
13. Jelaskan peranan OIC terhadap negara-negara anggota. [4 markah] TERENGGANU

Apakah peranan Malaysia dalam pertubuhan OIC ini sejak ditubuhkan? [6 markah] SARAWAK

11

TEMA 12 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Contoh Jawapan

Peranan OIC terhadap negara-negara anggota ialah mengeratkan hubungan sesama negara Islam
dan bersuara dalam satu nada demi kepentingan umat Islam. Peranan lain ialah mengekalkan perdamaian
dalam segala persengketaan antara negara Islam di samping melindungi tempat-tempat suci Islam agar
tidak dicemari. Seterusnya ialah OIC juga membantu negara-negara Islam yang menghadapi masalah

Jawapan tambahan
✓ Menghantar bantuan perubatan ke Lubnan/ Bosnia/ Afghanistan
✓ Memberi bantuan kewangan kepada negara-negara Islam yang kurang maju/ Sudan/
Nigeri/ Chad
✓ Menubuhkan Bank Pembangunan Islam
✓ Menawarkan pinjaman untuk projek-projek pembangunan/ institusi pendidikan

Soalan Negeri

14. Terangkan sumbangan Malaysia dalam usaha mengekalkan kesejahteraan dan TERENGGANU

keamanan dunia melalui OIC. [8 markah]

Contoh Jawapan

Sumbangan Malaysia dalam usaha mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia melalui OIC
ialah Malaysia berperanan penting dalam pertubuhan dengan Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha
Agung pertama. Selain itu, Malaysia menyumbang sebagai perantara dalam menyelesaikan Perang Iran-
Iraq dan menyokong perjuangan rakyat Palestin iaitu mendapatkan semula tanah mereka daripada Israel.

Sumbangan seterusnya ialah menjadi tuan rumah Persidangan OIC dan menganjurkan persidangan
menentang pengganas dalam kalangan negara Islam. Malah Malaysia juga turut menawarkan biasiswa
kepada pelajar dari negara OIC dan membuka peluang kepada pelajar dari negara OIC belajar di Universiti
Islam Antarabangsa (UIA).

Sumbangan lain ialah mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam pedagangan/ kegiatan
ekonomi dan memperjuangkan hak/ kebajikan negara-negara Islam.

[Mana-mana jawapan munasabah]

12

TEMA 12 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Soalan Negeri

15. Apakah faedah yang telah Malaysia perolehi semasa menjadi ahli pertubuhan OIC? SARAWAK

[6 markah]

Contoh Jawapan

Faedah yang telah Malaysia perolehi semasa menjadi ahli pertubuhan OIC ialah Malaysia
mendapat kemudahan pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam dan juga mendapat bantuan OIC
menubuhkan UIAM. Malah Malaysia turut mendapat penghormatan negara anggota kerana serius
memperjuangkan hak dan kebajikan negara Islam.

Faedah lain ialah negara kita mendapat kepercayaan OIC menjadi tuan rumah persidangan pada
tahun 1974 dan 2003 dan Malaysia menjadi tumpuan pelajar Islam sebagai hub pendidikan bertaraf dunia.
Malah kepimpinan Malaysia diiktiraf sebagai yang terbaik dan ia menjadikan Malaysia menjadi negara
Islam contoh.

Soalan Negeri

16. Sebagai pemimpin masa depan, cadangkan cara untuk meningkatkan peranan OIC pada TERENGGANU

peringkat global? [8 markah]

Contoh Jawapan

Cara untuk meningkatkan peranan OIC pada peringkat global ialah pemimpin OIC perlu bersatu-
padu menangani masalah bersama dan mengukuhkan kerjasama ekonomi antara negara anggota. Cara lain
ialah melalui pertukaran tenaga pakar dan ini dapat mengeratkan kerjasama dalam bidang sains/ teknologi.
Malah OIC sewajarnya bekerjasama dalam pembangunan dan penyelidikan.

Selain itu OIC hendaklah mengekalkan keselamatan dan keamanan negara anggota dengan
mengeratkan kerjasama pertahanan antara negara. OIC juga boleh meningkatkan peranannya dengan
mengamalkan semangat toleransi dan memantapkan semangat muafakat dengan seringkali mengadakan
rundingan jika ada masalah. Di samping itu, OIC haruslah mengelak campur tangan kuasa asing dalam
krisis negara.

[Mana-mana jawapan munasabah]

13

TEMA 12 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Soalan Negeri

17. Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh OIC untuk mengelakkan berlakunya SARAWAK

peperangan di Timur Tengah. [6 markah]

Contoh Jawapan

Antara langkah yang perlu diambil oleh OIC untuk mengelakkan berlakunya peperangan di Timur
Tengah ialah negara-negara OIC perlu bersatu terlebih dahulu dan perlu berunding dengan negara- negara
Barat untuk mengelakkan campur tangan barat di Timur Tengah. Langkah lain ialah negara-negara Islam
terutama negara-negara Arab yang kaya tidak perlu terlalu mementingkan diri dan bersikap sambil lewa
serta bersekongkol dengan negara maju Barat.

Selain itu negara OIC hendaklah menghantar misi keamanan dan menjaga keselamatan negara
yang mempunyai konflik dalaman seperti berlaku di Mesir/Syria. Malah negara tersebut boleh dibantu
dengan menyediakan makanan/ perubatan. Hal ini dapat membuktikan OIC sebagai sebuah pertubuhan
yang kuat dan disegani oleh negara dunia.

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan [4 markah] Negeri
18. Apakah faedah yang diperoleh negara kita dengan menyertai ASEAN. PERAK

Contoh Jawapan

Faedah yang diperoleh negara kita dengan menyertai ASEAN ialah dapat membendung pengaruh
komunis / PKM dan mendapat bantuan dalam bidang ekonomi. Faedah lain ialah dapat menjalin kerjasama
dalam bidang sosial dan mengekalkan keselamatan serta kestabilan politik serantau.

Selain itu negara kita juga dapat menjalin kerjasama dalam bidang sains dan mendapat bantuan
dalam bidang kebudayaan. Malah negara kita juga dapat meningkatkan taraf hidup rakyat melalui
kerjasama dalam bidang pertanian / perdagangan perindustrian. Contohnya membina projek baja urea di
Bintulu. Bukan itu sahaja, negara kita dapat mengadakan hubungan yang erat dengan pertubuhan serantau
dan antarabangsa.

14

TEMA 12 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Jawapan tambahan

✓ Dapat menyertai Sukan SEA
✓ Dapat meningkatkan imej negara
✓ Mengelakkan perlumbaan senjata dalam kalangan negara di Asia Tenggara
✓ Mengelakkan Asia Tenggara dijadikan kawasan laluan pengangkutan senjata nuclear
✓ Membina Pusat Serantau Untuk Sains dan Matematik (RCSAM) di Pulau Pinang
✓ Menyertai festival kebudayaan dan kesenian
✓ Melakukan pertukaran rancangan radio dan televisyen
✓ Melaksanakan kerjasama dalam bidang pelancongan seperti tahun Melawat ASEAN

1992

Soalan Negeri
PERAK
19. ASEAN merupakan salah sebuah pertubuhan serantau yang sangat berjaya di dunia.

Buktikan. [4 markah]

Contoh Jawapan

Bukti Asean sebuah pertubuhan serantau yang sangat berjaya di dunia ialah dengan penubuhan
Zone of Peace, Free and Neutrality (ZOPFAN) telah menjadikan rantau Asia Tenggara tidak bersekongkol
dengan mana-mana blok. Hal ini menjadikan ASEAN kawasan bebas senjata nuklear. Seain itu ASEAN
juga berjaya membentuk kerajaan demokratik Campuran Kampuchea bagi mengatasi pencerobohan
Vietnam ke atas Kampuchea.

Seterusnya penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) telah mengupayakan
ASEAN memperluas kerjasama ekonomi dengan China, Jepun dan Korea Selatan melalui Perundingan
Ekonomi Asia Timur. Hal ini dilihat melalui konsep ASEAN + 3 merujuk kerjasama ASEAN dengan
China/ Jepun/ Korea Selatan. Di dalam aspek ekonomi juga ASEAN membentuk kerjasama ekonomi
dalam projek baja urea di Bintulu/ Acheh.

Jawapan tambahan

✓ Penubuhan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN
✓ Penubuhan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik / RECSAM di Pulau Pinang
✓ Kerjasama dalam festival kebudayaan dan kesenian
✓ Penubuhan Tabung Kebudayaan ASEAN
✓ Pertukaran dalam rancangan radio dan televisyen
✓ Sukan SEA, telah meningkat imej negara

15


Click to View FlipBook Version