The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CISELIA MISOW Moe, 2021-01-18 04:35:35

program semarak kasih -jpn sarawak 2020

program semarak kasih -jpn sarawak 2020

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan Negeri
27. Kedatangan British ke Tanah Melayu pada abad ke-19 telah menyebabkan ekonomi KELANTAN

dagangan berkembang pesat dan membawa perubahan terhadap pembangunan
infrastruktur dan sosial.
Mengapakah British memberi tumpuan kepada kegiatan ekonomi dagangan? [4 markah]

Contoh Jawapan

British memberi tumpuan kepada kegiatan ekonomi dagangan kerana kerana Tanah Melayu kaya
dengan bahan mentah iaitu getah dan bijih timah. Revolusi Perindustrian di Britain memerlukan bahan
mentah yang banyak. Keperluan bahan mentah bagi industri pembuatan dan perkilangan di Eropah dapat
dipenuhi. Ekonomi komersial membolehkan pihak British mengaut keuntungan. Ekonomi ini dapat
mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat.

Soalan Negeri
28. Maklumat berikut ialah perubahan yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu. KELANTAN

• Institusi kewangan
• Sistem pengangkutan

Mengapakah British berbuat demikian? [8 markah]

Contoh Jawapan

British menubuh institusi kewangan adalah bertujuan untuk mempercepatkan dan melicinkan
urusan kewangan. Institusi ini juga telah menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur dan
memajukan industri getah dan bijih timah. Di samping itu sistem kewangan moden telah menjana dengan
mengenakan kadar faedah yang tinggi. Dana dari luar dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu melalui
institusi ini.

Sistem pengangkutan dibangunkan oleh pihak British adalah untuk mempercepatkan
pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan. Di samping itu sistem pengangkutan
yang maju diperlukan untuk menghubungkan kawasan perlombongan dengan pelabuhan. Contoh Kuala
Lumpur dengan Port Swettenham/ Seremban dengan Port Dickson / Ipoh dengan Telok Anson.

Selain itu, sistem ini dimajukan oleh British juga bertujuan untuk mengalakkan pembukaan tanah-
tanah baharu serta sebagai satuusaha untuk menggalakkan pelaburan asing melabur di Tanah Melayu.

16

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Jawapan tambahan

Institusi Kewangan
✓ Memainkan peranan sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport.
✓ Menjana pertumbuhan ekonomi dengan melicinkan urusan perniagaan antarabangsa.

Sistem Pengangkutan
✓ Diperlukan oleh pihak pelabur membawa muatan yang banyak dari kawasan ladang atau

lombong ke pelabuhan
✓ Memudahkan mereka berhubung dengan bandar-bandar.
✓ Jalan raya dibina untuk menghubungkan pantai barat dan pantai timur /menghubungkan

Seberang Perai dengan sempadan Siam /menghubungkan Gemas / Pahang / Kelantan
dengan sempadan Siam

Soalan Negeri
KELANTAN
29. Sejauh manakah ekonomi dagangan yang dilaksanakan oleh British meninggalkan kesan

kepada masyarakat Melayu? [8 markah]

Contoh Jawapan

Ekonomi dagangan yang dilaksanakan oleh British telah mengakibatkan kegiatan sara diri yang
diusahakan oleh masyarakat Melayu terpinggir. Penanaman tradisional yang diusahakan oleh mereka
tidak dimajukan oleh pihak British. Keadaan ini menyebabkan taraf hidup orang Melayu rendah dan
kedudukan sosioekonomi orang Melayu semakin rendah. Ini disebabkan mereka tidak berpeluang
menikmati kemudahan asas yang disediakan oleh pihak British.

Golongan Melayu menjadi semakin miskin dan serba kekurangan tambahan mereka dipaksa
membayar cukai yang dikenakan terhadap hasil hutan dalam bentuk wang. Urusan jual beli, sewa tanah /
barang perlu dibayar dengan wang. Orang Melayu kekal sebagai petani. Ini menyusahkan keadaan hidup
orang Melayu

[Mana-mana jawapan munasabah]

17

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan [4 markah] Negeri
30. Terangkan faktor kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu. JOHOR

Contoh Jawapan

Faktor kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu disebabkan kekurangan tenaga buruh tempatan
di ladang getah dan dalam sektor perlombongan. Lantaran itu kerajaan British memberi galakan kepada
buruh asing untuk datang ke Tanah Melayu untuk mengisi kerja dalam kedua-dua sektor sektor ini.

Tambahan pula kedatangan buruh asing ke Tanah Melayu tidak pernah ditentang oleh orang
Melayu. Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu juga disebabkan oleh kestabilan politik di Tanah Melayu.

Soalan Negeri
JOHOR
31. Bagaimanakah buruh dari China dan India datang ke negara ini semasa penjajahan

British? [8 markah]

Contoh Jawapan

Bagi buruh dari China, mereka dibawa masuk melalui sistem tiket kredit. Dalam sistem ini, bakal
imigran dikumpulkan di kampung di negara China oleh Kheh-tau. Kheh-tau dibayar sejumlah wang bagi
setiap imigran yang dibawa. Bakal imigran ini dikenali sebagai Sin Kheh. Mereka ini diletakkan di bawah
pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh.

Golongan Sin Kheh ini perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menyelesaikan
hutang mereka dengan cara bekerja dengan majikan berkenaan dalam sesuatu tempoh yang tertentu.
Mereka dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan
sama ada mereka bebas atau berhutang Sesampai di pelabuhan, Sin Kheh akan diambil oleh pemborong
buruh yang akan bertindak sebagai orang tengah yang akan mendapatkan majikan untuk mereka dengan
bayaran tertentu.

Terdapat tiga sistem yang digunakan untuk membawa kemasukan buruh India ke Tanah Melayu.
Salah satu cara ialah sistem buruh bebas atau merdeka. Buruh ini akan datang sendiri dengan biayaan
masing-masing. Kedatangan mereka diatur oleh orang atau kumpulan. Mereka juga bebas memilih tempat
dan pekerjaan yang mereka kehendaki.

18

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Jawapan tambahan

Buruh Cina
✓ Sistem Pengambilan Kakitangan
✓ Majikan akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.
✓ Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
✓ Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut

sehingga sampai ke tempat majikannya.
✓ Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
✓ pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China
✓ Pegawai tersebut membiayai segala perbelanjaan buruh hingga sampai ke rumah kongsi.
✓ Apabila buruh diserah kepada tuan rumah kongsi, pembawa buruh akan dibayar dengan

kadar yang tertentu

Buruh India
✓ Sistem Kontrak
✓ majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu
✓ sebagai balasannya buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu
✓ 1 hingga 3 tahun dengan bayaran yang paling minima iaitu antara 9 hingga 13 sen sehar
✓ berlaku penindasan terhadap buruh
✓ Sistem Kangani
✓ seseorang kangani akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga

buruh
✓ Kangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh.
✓ Kangani sebagai pengurus agensi membawa masuk pekerja asing.
✓ Sistem ini diharamkan kerana wujud penyelewengan kangani.

Soalan Negeri
JOHOR
32. Kemasukan buruh asing telah memberi impak yang besar kepada sosioekonomi negara.

Beri hujah anda. [8 markah]

Contoh Jawapan

Antara kesan atau impak besar kemasukan buruh asing kepada sosioekonomi negara ialah
penyebaran wabak penyakit contohnya penyakit tibi. Ini disebabkan majoriti pekerja ini tidak mengambil
vaksin. Lantaran itu mereka telah menjangkiti penduduk tempatan terutamanya kanak-kanak. Kanak-
kanak mudah terjangkit kerana mereka mempunyai imunisasi yang lemah. Tiadanya kemudahan klinik
kesihatan serta jaringan jalan raya terutamanya di kawasan pedalaman, menyukarkan lagi kanak-kanak ini
mendapat rawatan dengan segera.

19

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Dalam sektor pekerjaan seperti perladangan dan buruh kasar pula, rata-rata dimonopoli oleh buruh
asing. Akibatnya, penduduk tempatan tidak berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan. Selain itu,
pengaliran luar wang negara akan menjejaskan ekonomi secara umumnya. Begitu juga dalam urusan
perniagaan seperti kedai makan, gerai dan pasar malam, kebanyakannya dikuasai oleh buruh asing yang
diupah oleh penduduk tempatan sendiri. Tindakan ini secara tidak langsung akan menutup peluang
perniagaan kepada penduduk tempatan.

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
JOHOR
33. Masyarakat Melayu telah lama menjalankan sistem ekonomi yang teratur dan mula

menggunakan mata wang sejak Kesultanan Melayu Melaka. Perkembangan ini telah

mendorong kepada penubuhan institusi kewangan dan syarikat insurans yang penting di

negara kita.

Apakah mata wang yang digunakan di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu

Melaka? [4 markah]

Contoh Jawapan

Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, mata
wang yang digunakan ialah mata wang emas, perak dan timah. Ini bertujuan untuk melicinkan urusan
perdagangan. Selain itu, terdapat juga pelbagai mata wang primitif yang digunakan contohnya dinar emas
di Kelantan, wang dan kupang emas di Terengganu dan jongkong tampang di Pahang.

Soalan Negeri
JOHOR
34. Jelaskan peranan institusi kewangan dan insurans dalam perkembangan ekonomi di

Tanah Melayu dari tahun 1859 hingga tahun 1948? [8 markah]

Contoh Jawapan

Peranan institusi kewangan dan insurans dalam perkembangan ekonomi di Tanah Melayu dari
tahun 1859 hingga 1948 dapat dilihat dengan penubuhan bank yang memperkenalkan sistem yang
berorentasikan keuntungan dengan kadar faedah yang tinggi. Dengan itu, dana dari luar negara dapat
disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat. Selain itu, bank juga bertindak sebagai
ejen pembayaran kepada pengeksport dan pengimport contohnya Mercantile Bank, The Chartered Bank,
Hong Kong and Shanghai Bank.

20

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Perkembangan ekonomi dalam perdagangan juga dipertingkatkan hasil perkhidmatan insurans.
Antara perkhidmatan insurans yang penting pada masa itu ialah insurans maritim atau kelautan,
kebakaran, perniagaan dan kemalangan serta insurans nyawa.

Pada peringkat awal, syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan cawangan atau wakil
syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara, contohnya Boustead & Company. Pada akhir
abad ke-19, barulah ditubuhkan beberapa syarikat insurans tempatan seperti Straits Insurans Limited dan
Khean Guan Insurance Limited. Undang-undang perkhidmatan insurans dikemaskini oleh kerajaan British
pada tahun 1917 seperti insurans nyawa diasingkan daripada insurans kebakaran.

Soalan [8 markah] Negeri
35. Huraikan kepentingan institusi kewangan pada masa kini. JOHOR

Contoh Jawapan

Terdapat beberapa fungsi penting yang dimainkan oleh institusi kewangan. Salah satu daripadanya
ialah penyediaan perkhidmatan kepada orang ramai iaitu perkhidmatan penyimpan dan pengeluaran wang.
Selain itu, institusi kewangan juga menyediakan perkhidmatan dalam bentuk pelaburan seperti Amanah
Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Di samping itu, kemudahan pelan simpanan untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
Pencarum akan diberi pelepasan cukai. Institusi kewangan juga dijadikan sebagai saluran mendapatkan
biasiswa seperti Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP).

Selain itu, perkhidmatan lain yang disediakan ialah seperti pusat penyimpanan dan jual beli emas
seperti Ar-Rahnu. Kemudahan pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman kereta serta pinjaman
perumahan disediakan.

Peranan institusi kewangan dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Sara Hidup
(BSH) melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Juga sebagai penaja utama dalam satu-satu pertandingan
seperti Bank Rakyat.

[Mana-mana jawapan munasabah]

21

TINGKATAN 5

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN
PERKEMBANGAN

NASIONALISME SEHINGGA
PERANG DUNIA KEDUA

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN
BANGSA KE ARAH

KEMUNCULAN NEGARA
MALAYSIA BERDAULAT

TEMA 12 MALAYSIA DAN KERJASAMA
ANTARABANGSA

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

BAB 1: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Soalan Negeri
PULAU
1. Jelaskan konsep imperialisme. [4 markah] PINANG
Jelaskan maksud imperialisme. [4 markah]
PERAK

Contoh Jawapan

Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya demi
kepentingan tertentu. Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi.
Selain itu, kegiatan yang dilakukan oleh negara kuat untuk mengeksploitasi negara lemah.

Soalan Negeri

2. Peta berikut menunjukkan kawasan yang menjadi sasaran penjajahan Barat di Asia MELAKA

Tenggara.

Kawasan penjajahan Barat di Asia Tenggara

Mengapakah kawasan tersebut menjadi pilihan kuasa imperialis meluaskan pengaruhnya?
[4 markah]

Mengapakah Asia Tenggara menjadi sasaran imperialisme Barat? [8 markah] PULAU
PINANG
Pada pandangan anda, apakah keistimewaan di Asia Tenggara yang menyebabkan kuasa
PERAK
Barat datang menjajah? [2 markah]

Contoh Jawapan

Asia Tenggara menjadi sasaran imperialisme Barat kerana mempunyai kedudukan yang strategik
iaitu terletak antara laluan perdagangan India dan China. Asia Tenggara mempunyai penduduk yang ramai
dan pasaran yang luas.

1

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Selain itu, Asia Tenggara mempunyai tanah yang subur dan kaya dengan bahan mentah. Asia
Tenggara kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah.

Jawapan tambahan

✓ Revolusi Perindustrian
✓ mengeluarkan hasil perkilangan secara besar-besaran
✓ memerlukan bahan mentah secara konsisten
✓ memerlukan kawasan pasaran yang baharu

✓ Perkembangan sistem pengangkutan
✓ penciptaan kapal wap
✓ boleh membawa muatan banyak/mempercepatkan perjalanan/menjimatkan kos
✓ pembukaan Terusan Suez
✓ memendekkan perjalanan antara Barat dan Timur

✓ Perkembangan sistem perhubungan
✓ penciptaan telegraf memudahkan perhubungan
✓ arahan dapat diberi dengan cepat dan berkesan
✓ urusan perniagaan mudah dilaksanakan

✓ Persaingan antara kuasa Barat
✓ keluasan tanah jajahan menjadi lambang kekuatan/kekayaan
✓ Slogan yang digunakan
✓ British dan Belanda menggunakan slogan Beban Orang Putih
✓ bertanggungjawab mentamadunkan orang Timur
✓ Perancis menggunakan slogan Tugas Menyebarkan Tamadun
✓ mubaligh Kristian bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian

✓ Tanah yang subur
✓ Sesuai untuk kegiatan pertanian

2

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Soalan Negeri
PULAU
3. Sejauh manakah sistem pengangkutan dan perhubungan memainkan peranan dalam PINANG

misi imperialisme Barat di Asia Tenggara? [8 markah]

Contoh Jawapan

Sistem pengangkutan dan perhubungan memainkan peranan dalam misi imperialisme Barat di
Asia Tenggara iaitu penggunaan kapal wap mempercepatkan perjalanan dan membawa muatan banyak.

Selain itu, pembukaan terusan Suez telah memendekkan jarak dan perjalanan lebih selamat. Di
samping itu, ia dapat menjimatkan kos. Penciptaan telegraf memberi arahan kepada pegawai di tanah
jajahan. Ahli perniagaan dapat berhubung dan kesanya perniagaan semakin pesat.

Soalan Negeri
4. Kuasa Barat mula menggunakan pelbagai slogan seperti “Beban Orang Putih” dan PULAU
PINANG
“Tugas Menyebarkan Tamadun” dalam usaha melaksanakan dasar imperialisme

mereka. Slogan di atas hanyalah muslihat imperialis Barat semata-mata.

Nilaikan pernyataan ini. [8 markah]

Contoh Jawapan

Slogan “Beban Orang Putih” dan “Tugas Menyebarkan Tamadun” hanyalah muslihat
Imperialisme Barat. Niat sebenar mereka hanya untuk kepentingan mereka sahaja seperti mendapatkan
bijih timah dari Tanah Melayu. Bijih timah digunakan untuk industri mengetin dalam Revolusi
Perindustrian di Eropah. Kemudian ia memasarkan dan menjual barangan siap seperti tin makanan ke
negara Asia Tenggara untuk mendapat keuntungan.

Imperialis Barat turut campur tangan dalam politik di Asia Tenggara dangan memperkenalkan
Sistem Birokrasi Barat seperti Sistem Residen di Tanah Melayu dan sistem Encomienda di Filipina. Hal
ini jelas membuktikan bahawa tindakan ini adalah helah Barat semata-mata untuk melaksanakan
imperialisme.

3

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Soalan Negeri
5. Imperialisme merampas kedaulatan negara dan kebebasan masyarakat secara PAHANG

paksa di bawah penjajahan kuasa asing.
Sumber: Wan Abdul Rahman Latif et al.: 1996:285

Mengapakah kita perlu mempertahankan negara kita daripada dijajah? [8 markah]

Contoh Jawapan

Kita perlu mempertahankan negara kita untuk memelihara kedaulatan negara daripada kuasa asing.
Selain itu, kita dapat mempertahankan hak dan menjaga maruah bangsa. Tambahan pula, kita akan
menikmati kesejahteraan dan keamanan hidup di negara sendiri.

Di samping itu, warisan negara serta kekayaan sumber ekonomi dapat dilindungi untuk anak
bangsa. Keadilan dan perpaduan masyarakat dapat dicapai dalam negara yang berdaulat.

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
PERAK
6. Kegiatan imperialisme telah mengubah sistem pentadbiran di Asia Tenggara.

Buktikan penyataan di atas. [3 markah]

Jelaskan kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia TERENGGANU
Tenggara. Gunakan pengetahuan sejarah anda. [4 markah]

Contoh Jawapan

Pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara adalah untuk
menggantikan sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara. Di samping itu, penubuhan kerajaan pusat
hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan juga dilaksanakan. Kesan seterusnya ialah pelantikan
Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan. Selain itu, pelantikan pegawai Barat sebagai
ketua biro dan pengenalan undang-undang Barat.

Soalan Negeri
PERAK
7. Jelaskan persiapan yang perlu lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada

sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan. [4 markah]

Pada pandangan anda, bagaimanakah kita dapat mengekalkan kemerdekaan negara daripada

sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan? [4 markah]

4

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang berkaliber dalam sesebuah negara PAHANG

berjaya mengelakkan daripada penjajahan asing.

Berikan komen anda. [6 markah]

Contoh Jawapan

Persiapan yang perlu lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk
penjajahan pada masa hadapan ialah mengekalkan hubungan baik dengan semua negara dan tidak
mewujudkan persengketaan antara satu sama lain. Selain itu sebagai sebuah negara yang terdiri daripada
masyarakat berbilang kaum, kita perlu menggalakkan amalan atau aktiviti perpaduan bangsa. Contohnya
amalan bergotong royong di kawasan Rukun Tetangga bagi mengeratkan hubungan siraturahim dan ini
sekaligus memperkukuhkan perpaduan bangsa.

Jawapan tambahan

✓ Meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan
✓ Menjadikan negara milik Bersama
✓ Mengelakkan prasangka
✓ Meraikan perbezaan budaya dan agama
✓ Perpaduan menjadi benteng utama negara
✓ Bertolak ansur dalam politik
✓ Mewujudkan kerjasama
✓ Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat
✓ Sanggup berkorban demi kebaikan bersama
✓ Menjaga kedaulatan negara
✓ Merealisasikan dasar-dasar kerajaan
✓ Menjaga nama baik negara
✓ Menjayakan konsep 1Malaysia
✓ Setia kepada pemimpin
✓ Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara
✓ Menjayakan setiap kempen
✓ Bersatu padu
✓ Patuh kepada undang-undang
✓ Mematuhi undang-undang negara

[Mana-mana jawapan munasabah]

5

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Soalan Negeri
8. Jadual 1 merujuk kepada kekayaan sumber utama yang menjadi penyebab imperialisme PERAK

Barat.

Negara Sumber utama

Tanah Melayu Bijih timah

Indonesia Bijih timah

Thailand Bijih timah dan kayu jati

Burma Kayu jati

Filipina Tebu dan kelapa

Jadual 1

Berikan dua kuasa imperialis di Asia Tenggara. [2 markah]

Contoh Jawapan
Dua kuasa imperialis di Asia Tenggara ialah negara Britain dan Belanda.

Jawapan tambahan

✓ Perancis
✓ Sepanyol
✓ Portugal
✓ Amerika Syarikat

Soalan Negeri
9. Mengapakah kekayaan sumber mendorong perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara? PERAK

[4 markah]

Nyatakan dua faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara. [2 markah]

Contoh Jawapan

Kekayaan sumber mendorong perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara kerana kepesatan
revolusi perindustrian di Eropah menyebabkan kuasa imperialis Barat memerlukan bekalan bahan mentah
secara konsisten dan banyak. Selain itu Asia Tenggara mempunyai bahan mentah yang sesuai contohnya
bijih timah diperlukan untuk proses mengetin. Selain itu iklim tidak sesuai untuk tanaman seperti tebu
dan kelapa.

6

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Jawapan tambahan

Faktor-faktor imperialisme lain
✓ Kedudukan Asia Tenggara yang strategik
✓ Memerlukan kawasan pasaran baru
✓ Kemajuan sistem pengangkutan
✓ Penggunaan kapal berkuasa wap
✓ Pembukaan Terusan Suez
✓ Penciptaan telegraf
✓ Persaingan antara kuasa barat
✓ Slogan Beban Orang Putih
✓ Slogan tugas menyebarkan tamadun
✓ Menyebarkan agama Kristian

Soalan Negeri
PERAK
10. Apakah tindakan yang perlu diambil masyarakat di Asia Tenggara untuk memastikan

ekonomi mereka tidak dieksploitasi? [4 markah]

Contoh Jawapan

Tindakan yang perlu diambil masyarakat di Asia Tenggara untuk memastikan ekonomi mereka
tidak dieksploitasi ialah masyarakat mesti mengumpul modal yang mencukupi dan menguasai teknologi
moden dan terkini. Di samping itu, masyarakat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang
terutama dalam bidang sains dan teknologi supaya dapat bersaing dengan negara lain. Masyarakat juga
mestilah mewujudkan perpaduan supaya semua rakyat berganding bahu tanpa mengira kaum untuk
mencapai kemajuan ekonomi.

Jawapan tambahan

✓ Membuat perancangan jangka panjang
✓ Menjalankan R&D
✓ Bijak memilih rakan kongsi
✓ Mengelakkan campur tangan asing
✓ Tidak menyerahkan kawasan/ tanah kepada orang asing
✓ Jangan mudah percaya kepada kuasa asing

[Mana-mana jawapan munasabah]

7

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Soalan Negeri
11. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan kesan penjajahan barat di negara kita. PERAK

[2 markah]

Berdasarkan penelitian anda, apakah kesan imperialisme terhadap negara-negara yang MELAKA

dijajah? [8 markah] PAHANG

Contoh Jawapan

Kesan penjajahan barat di negara kita ialah kewujudan masyarakat majmuk iaitu masyarakat
berbilang kaum di negara kita seperti kaum Melayu, Cina dan India yang melahirkan kepelbagaian bahasa,
budaya dan sistem kepercayaan. Kesan lain ialah kewujudan sistem dwi ekomomi iaitu ekonomi
dagangan di kawasan yang kaya dengan bahan mentah seperti getah dan bijih timah dan kawasan luar
bandar masih mengamalkan ekonomi sara diri atau ekonomi tradisional.

Selain itu, sistem politik tempatan terhakis misalnya raja dan pembesar kehilangan kuasa.
Pembesar diberi pencen dan Pegawai Barat menjawat jawatan penting

Jawapan tambahan

✓ Sistem pendidikan vernakular
✓ Kemiskinan penduduk luar bandar
✓ Jurang pendapatan antara golongan miskin dan golongan kaya
✓ Kewujudan bandar-bandar baru
✓ Pengenalan sistem pengangkutan keretapi
✓ Ekonomi negara dikuasai
✓ Sistem politik tempatan terhakis

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
TERENGGANU
12. Apabila imperialis Barat berjaya menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat

telah diperkenalkan bagi menggantikan pemerintahan tradisional.

Nyatakan ciri-ciri umum sistem birokrasi di Asia Tenggara. [2 markah]

Kedatangan imperialisme Barat telah memberi kesan kepada sistem pemerintahan NEGERI
SEMBILAN
beraja di negara-negara Asia Tenggara dengan memperkenalkan sistem birokrasi

Barat.

Terangkan ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat. [4 markah]

8

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Contoh Jawapan

Ciri-ciri umum sistem birokrasi di Asia Tenggara ialah penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan
wilayah-wilayah di tanah jajahan. Selain itu Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah
jajahan. Seterusnya, pelaksanaan pentadbiran melalui biro atau jabatan. Di samping itu, pelantikan pegawai
Barat sebagai ketua biro.

Jawapan tambahan
✓ Pengenalan undang-undang Barat

Soalan Negeri
TERENGGANU
13. Kedatangan imperialis Barat telah melaksanakan banyak perubahan

khususnya dalam pentadbiran di Tanah Melayu.

Jelaskan perubahan tersebut [4 markah]

Contoh Jawapan

Perubahan yang dilaksanakan oleh imperialis Barat di Tanah Melayu ialah menghapuskan Sistem
Pembesar Empat Lipatan yang telah meruntuhkan atau menghapuskan institusi raja. Imperialis Barat di
Tanah Melayu iaitu British membentuk Negeri-Negeri Selat (NNS) dengan melantik Gabenor sebagai
pemerintah tertinggi NNS dengan dibantu oleh Residen Kaunselor.

Jawapan tambahan

✓ Pentadbiran peringkat kampung diketuai oleh penghulu
✓ Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan Sistem Residen
✓ Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu diperkenalkan Sistem Penasihat
✓ Sistem kehakiman Barat
✓ Pelaksanaan sistem pengutipan cukai
✓ Pembahagian negeri kepada beberapa daerah
✓ Penubuhan balai polis

9

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Soalan Negeri
14. Petikan berita berikut berkaitan dengan penjajahan bentuk baharu. MELAKA

11 Ogos 2016 - KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr
Salleh Said Keruak menyuarakan kebimbangan tentang kemunculan penjajahan baharu
dalam era Internet iaitu berkaitan kawalan terhadap pemikiran masyarakat.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/awasi-
penjajahan-baharu-era-internet-113620

Berikan pandangan anda tentang penjajahan baharu tersebut. [8 markah]

Contoh Jawapan

Penjajahan bentuk baharu ialah penjajahan pemikiran dan minda iaitu terikut-ikut dengan
pemikiran Barat yang lebih terbuka. Ianya mementingkan kebebasan dan tidak terikat dengan adat dan
budaya tempatan seperti penerapan budaya Barat dalam masyarakat tempatan. Akibatnya, ia menolak
kehidupan beragama dan nilai-nilai sosial masyarakat dengan cara hidup Barat diamalkan. Ini seterusnya
mengakibatkan keruntuhan moral dalam masyarakat.

Penjajahan bentuk baharu juga menerusi media sosial seperti penerapan ideologi politik. Ia telah
mempengaruhi penduduk tempatan mengikut pemikiran mereka. Sebagai contohnya, ia menonjolkan
kebaikan ideologi yang dibawa contoh komunis.

Penjajahan bentuk baru juga berlaku dalam bentuk penjajahan ekonomi seperti memonopoli
ekonomi oleh kuasa Barat. Ia membawa harga komoditi utama jatuh dan juga kejatuhan mata wang.

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
15. Pengenalan sistem birokrasi Barat di Thailand berbeza daripada negara lain di Asia PERLIS

Tenggara kerana sistem tersebut diperkenalkan oleh raja-rajanya sendiri.

➢ Raja Mongkut
➢ Raja Chulalongkorn

Jelaskan sistem birokrasi Barat yang dilaksanakan oleh tokoh-tokoh tersebut. [4 markah]

PAHANG

Apakah sistem birokrasi Barat yang telah diperkenalkan di Thailand. [4 markah]

10

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Huraikan sistem pemodenan pentadbiran yang dilakukan oleh Thailand bagi NEGERI

mengekalkan kemerdekaan negaranya. [8 markah] SEMBILAN

Pemodenan dalam pentadbiran yang dilaksanakan oleh pemimpin Thailand telah berjaya PERLIS

mengekalkan kemerdekaan negaranya.

Beri pendapat anda. [8 markah]

Contoh Jawapan

Birokrasi Barat telah diperkenalkan oleh raja Thailand iaitu Raja Mongkut dan Raja
Chulalongkorn. Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan dan
melatih pegawai-pegawai tempatan. Contohnya, Penasihat kewangan, pelabuhan dan polis dibawa dari
Britain. Penasihat kastam dari Amerika Syarikat dan Ketenteraan dari Perancis.

Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi.
Ia merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran negara. Raja Chulalongkorn juga memperkenalkan
Kabinet Menteri yang terdiri daripada golongan berpendidikan Barat yang mengetuai kementerian. Akhir
sekali, juruaudit dari Britain dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara

Jawapan tambahan

✓ Muncul golongan baru terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam

birokrasi moden
✓ berdasarkan tahap pendidikan
✓ Sistem raja berperlembagaan diperkenalkan
✓ Bagi menggantikan sistem raja berkuasa mutlak
✓ Perubahan ini mengurangkan pengaruh pembesar tradisional/institusi raja

Soalan Negeri

16. Sejauh manakah sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan dapat memberi manfaat kepada NEGERI
SEMBILAN
negara pada masa kini? [8 markah]

Contoh Jawapan

Pentadbiran kerajaan pusat dan kerajaan negeri menjadi lancar di bawah pimpinan yang
berwibawa. Malahan sistem pentadbiran negara akan menjadi lebih kemas dan teratur. Penstrukturan

11

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

orrganisasi juga jelas. Dalam sistem ini, agihan kuasa tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja
yang memegang jawatan penting.

Selain itu, bidang kuasa diagihkan mengikut tahap perjawatan. Oleh itu, sistem pentadbiran
negara akan menjadi lebih telus dan amanah. Seterusnya, ekonomi negara akan bertambah pesat dan
bersaing dengan negara-negara maju lain.

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
17. Huraikan perkembangan nasionalisme tahap pertama dan tahap kedua di Thailand. PAHANG

[8 markah]

Contoh Jawapan

Perkembangan nasionalisme tahap pertama di Thailand kerana kegelisahan rakyat dan
penguasaan politik oleh kerabat diraja. Kuasa mutlak dipegang oleh raja. Ia dipengaruhi oleh sistem
pendidikan barat dan fahaman liberal. Akhirnya, Sistem demokrasi raja berperlembagaan
diperkenalkan. Selain itu, rakyat tidak puas hati dengan sikap boros raja Vajiravudh.

Perkembangan nasionalisme tahap kedua pula ialah penentangan antara liberal dan tentera,
gerakan anti-Cina dan pembaharuan ekonomi. Rakyat tidak puas hati terhadap penguasaan ekonomi
oleh kapitalis Barat dan orang Cina. Phibul Songram meluluskan undang-undang yang menyekat
kebebasan dan penguasaan ekonomi Cina.

Jawapan tambahan

Tahap Kedua
✓ Sekolah Cina ditutup dan akhbar Cina diharamkan.
✓ Jawatan tinggi kerajaan dikhususkan untuk penganut agama Buddha.
✓ Nama Siam ditukar kepada Thailand yang bermaksud tanah bebas.

12

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

BAB 2: GERAKAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Soalan Negeri
1. Jelaskan sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British? [4 markah] KELANTAN

Contoh Jawapan

Sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British ialah pelaksanaan sistem pentadbiran
Barat yang dipaksa ke atas penduduk tempatan. Contohnya di Terengganu pembukaan tanah baru dengan
kebenaran British menyebabkan Haji Abdul Rahman menentang dan tidak menghiraukan peraturan tanah
tersebut. Tambahan pula, British melaksanakan peraturan bertentangan dengan amalan penduduk
setempat dan menyulitkan kehidupan penduduk

Jawapan tambahan

✓ Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
✓ Dilaksanakan melalui perjanjian dengan pemimpin tempatan
✓ Perjanjian dengan Kedah/ Perak/ Selangor
✓ Saudagar Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan
✓ Perlombongan dan perdagangan bijih timah
✓ Menguasai ekonomi demi kepentingan penjajah
✓ Membangkitkan kemarahan penduduk tempatan

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri

2. Pilih salah seorang pemimpin setiap negeri berikut dan ceritakan penentangan yang berlaku KELANTAN

terhadap British.

i. Sarawak

ii. Terengganu [8 markah]

Contoh Jawapan

Penentangan pemimpin tempatan terhadap pemerintahan James Brooke di Sarawak diketuai oleh
Rentap. James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai
lanun. Rentap menentang kezaliman James Brooke di daerahnya yang dikuasainya. Rentap telah
menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang.

1

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Di Terengganu, Haji Abdul Rahman Limbong tidak puas hati dengan sistem cukai dan
undang-undang tanah yang dilaksanakan. Haji Abdul Rahman mengetuai penduduk membersihkan tanah
di Telemong (1922) tanpa kebenaran British. Tambahan pula, 300 orang penduduk membuka tanah milik
Tengku Nik Maimunah. Ini telah membawa kepada berlakunya penentangan bersenjata di Terengganu.

Jawapan tambahan

Sarawak
Rentap
✓ Rentap Berjaya mengusir James Brooke
✓ James Brooke bertindak balas membakar kampung Rentap
✓ Rentap berundur ke Bukit Sadok
✓ James Brooke menyerang Rentap sekali lagi
✓ Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap
✓ Rentap berundur ke Sg.Entabai
✓ Serangan semakin lemah/Rentap meninggal dunia

Linggir
✓ Linggir enggan menyerahkan daerahnya kepada James Brooke
✓ James Brooke /Kapten Farquhar menghalang pelayarannya di Sg.Saribas
✓ Linggir telah menyerang kapal Nemesis di Batang Lupar.
✓ Linggir tewas

Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur
✓ Menolak penguasaan James Brooke di wilayah Sg. Rajang
✓ Kehilangan kuasa memungut cukai
✓ Kehilangan pengaruh mereka
✓ Membantah tindakan Jmaes Brooke membina kubu di Kanowit
✓ Syarif Masahor serang kubu Brooke di Kanowit
✓ Menyerang James Brooke di Kuching
✓ Serangan itu gagal
✓ Syarif Masahor lari ke Brunei dikembalikan oleh Sultan Brunei kepada British
✓ Datu Patinggi Abdul Gapur lari ke Betawi diserahkan oleh Belanda

Terengganu
Hj. Abdul Rahman Limbong
✓ Menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang
✓ British menggunakan kuasa dan nama sultan
✓ Menghantar tiga pembesar untuk menawan Kuala Berang
✓ Rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada Sultan
✓ Membawa 50 polis dari Singapura

2

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

✓ Menangkap/memburu/ memenjara penduduk terlibat
✓ Membuang negeri Haji Abdul Rahman Limbong ke Makkah

Soalan Negeri
PERLIS
3. Nyatakan sebab penentangan Tok Janggut di Kelantan dan Haji Abdul Rahman Limbong di

Terengganu. [2 markah]

Contoh Jawapan

Sebab penentangan Tok Janggut di Kelantan ialah menentang Sistem Penasihat British dan
menentang sistem cukai. Haji Abdul Rahman Limbong pula menentang kerana British memaksakan
penduduk tempatan dengan memperkenalkan sistem cukai dan menentang undang-undang dan peraturan-
peraturan tanah.

Soalan Negeri
PERLIS
4. Jelaskan kejayaan Tok Janggut di Kelantan dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu

menentang British. [4 markah]

Contoh Jawapan

Tok Janggut menentang British di Kelantan telah berjaya mengalahkan tentera British di Pasir
Putih dan menawannya. Kemudian membentuk Kerajaan dengan mengisytiharkan Engku Besar Jeram
sebagai raja dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai pegawai daerah di Pasir
Putih.

Perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong menentang British di Terengganu pula telah berjaya
mendapat sokongan rakyat dengan tidak menghiraukan peraturan tanah yang diperkenalkan oleh British.
Hj Abdul Rahman amat berpengaruh di kalangan rakyat kerana beliau seorang ulama. Haji Abdul Rahman
Limbong dan penduduk berjaya menduduki pejabat kerajaan dan memusnahkan balai polis di Kuala
Berang sehingga menyebabkan pegawai-pegawai British terpaksa berundur ke Kuala Terengganu.

3

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Soalan Negeri
5. Mengapakah perjuangan pemimpin tempatan bersifat setempat? [8 markah] KELANTAN

Contoh Jawapan

Perjuangan pemimpin tempatan bersifat setempat kerana perjuangan bertujuan untuk menjaga
kepentingan ekonomi di kawalan takluk dan ingin mempertahankan hak serta wilayah mereka daripada
dicerobohi. Selain itu perjuangan pemimpin tempatan bersifat setempat kerana perjuang mereka
menentang pelaksanaan sistem cukai dan peraturan tanah yang dipaksa terhadap rakyat. Penentangan
pemimpin tempatan juga memperjuangkan kuasa dan pengaruh mereka dikembalikan dan taraf hidup
rakyat diperbaiki.

Di samping itu perjuang pemimpin tempatan tidak berorganisasi dan ianya merupakan reaksi
spontan terhadap pencerobohan kawasan oleh penjajah. Selain itu penentangan pemimpin tempatan
bersifat setempat kerana perjuangan mereka bertujuan mempertahankan tradisi dan budaya setempat dan
tidak menuntut kemerdekaan.

Jawapan tambahan

✓ Tidak menyeluruh hanya melibatkan beberapa kawasan tertentu
✓ Tidak berpuas hati dengan tekanan dan desakan Penjajah
✓ Penggunaan senjata mudah /tradisional
✓ Perjuangan berakhir apabila pemimpin ditangkap atau terbunuh
✓ Perjuangan disokong oleh masyarakat setempat

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
PERLIS
6. Wajarkah British mengambil tindakan yang keras terhadap perjuangan pemimpin

tempatan di negara kita? Berikan alasan anda. [4 markah]

Contoh Jawapan

Tindakan British mengambil tindakan yang keras terhadap perjuangan pemimpin tempatan di
negara kita adalah wajar. British mengambil tindakan yang keras terhadap perjuangan pemimpin
tempatan untuk memperkukuhkan kuasa politik di Tanah Melayu. Selain itu British ingin mendapatkan
kuasa dan pengaruh daripada raja dan penduduk tempatan. Oleh itu memudahkan British mengeksploitasi
ekonomi tempatan sekaligus mendapat menguasai ekonomi di negara kita.

4

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Jawapan tambahan

Tidak Wajar
✓ Kerana pemimpin tempatan tidak mempunyai peralatan / senjata lengkap seperti British
✓ Urusan yang boleh dibincangkan dengan pemimpin tempatan
✓ Kekerasan hanya membuatkan British dihormati atas rasa takut
✓ Penduduk tempatan terpaksa akur kepada British
✓ Pemimpin tempatan perlu dihormati kerana mereka merupakan penduduk asal

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
NEGERI
7. Nyatakan dua tokoh wartawan yang terkenal pada tahun 1920-an dan 1930-an di Tanah SEMBILAN

Melayu. [2 markah]

Contoh Jawapan

(i) Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba)
(ii) Dato’ Onn Jaafar

Jawapan tambahan
✓ Abdul Rahim Kajai

Soalan Negeri
8. Berikan dua nama akhbar yang wujud di Tanah Melayu pada zaman tersebut. NEGERI
SEMBILAN
[2 markah] PULAU PINANG

Contoh Jawapan

(i) Warta Malaya
(ii) Lembaga Malaya

5

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Jawapan tambahan

✓ Majlis
✓ Utusan Melayu
✓ Warta Negara
✓ Fajar Sarawak

Soalan Negeri
9. Apakah isu sosial dan pendidikan yang dibangkitkan oleh akhbar ketika itu? NEGERI
SEMBILAN
[4 markah] PULAU PINANG

Contoh Jawapan

Isu sosial dan pendidikan yang dibangkitkan oleh akhbar pada tahun 1920-an dan 1930-an di
Tanah Melayu ialah isu berkaitan dengan memajukan pendidikan tinggi orang Melayu dan menggalakkan
pendidikan untuk anak perempuan. Selain itu isu yang lain yang dibangkitkan ialah menyeru orang
Melayu supaya meninggalkan sikap negatif seperti sikap memilih perkerjaan dan tidak mahu berusaha.

Jawapan tambahan

✓ Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak
✓ Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu
✓ seperti pertukangan dan kerja tangan
✓ Mementingkan pendidikan Bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
✓ Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi
✓ Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British
✓ Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam
✓ Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

Soalan Negeri
PERAK
10. Mengapakah isu berkaitan ekonomi dan sosial orang Melayu sering dibangkitkan dalam

akhbar dan majalah pada tahun 1930-an? [8 markah]

Contoh Jawapan

Isu berkaitan ekonomi yang sering dibangkitkan dalam akhbar dan majalah pada tahun 1930-an
ialah isu menggalakkan orang Melayu menubuhkan syarikat dan berniaga. Ini bertujuan bagi memajukan

6

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

ekonomi orang Melayu seterusnya dapat membaiki taraf hidup orang Melayu. Selain itu isu ekonomi
yang sering dibangkitkan dalam akhbar dan majalah pada tahun 1930 -an juga berkaitan dengan melarang
orang Melayu menjual tahan dan menyeru orang Melayu berjimat cermat.

Isu sosial orang Melayu yang sering dibangkitkan dalam akhbar dan majalah pada tahun 1930-an
pula berkaitan dengan isu mengekalkan nilai-nilai baik orang Melayu dan gesaan meninggalkan sikap
memilih kerja dan malas.

Jawapan tambahan

Isu Ekonomi
✓ Meminta British mengurangkan kemasukan imigran

Isu Sosial/Pendidikan
✓ Memajukan pendidikan tinggi untuk orang Melayu
✓ Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
✓ Menggalakkan tabungan pendidikan anak-anak
✓ Mementingkan kemahiran tradisional Melayu
✓ Mementingkan pendidikan Bahasa Inggeris
✓ Menyeru perpaduan orang Melayu
✓ Memajukan bahasa dan sastera
✓ Meniupkan semangat cinta akan negara/menentang penjajahan
✓ Memperluas ilmu dalam semua bidang

Soalan Negeri
PERAK
11. Pada pendapat anda, mengapakah media cetak menjadi wadah utama untuk memberi

kesedaran kepada masayarakat. [8 markah]

Contoh Jawapan

Media cetak menjadi wadah utama untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kerana isu-isu
dan berita mudah disebarkan secara meluas dan harganya juga lebih murah. Selain itu masyarakat pada
era 1930-an sudah celik huruf dan berita atau idea boleh disampaikan dalam pelbagai gaya.

Media cetak juga menjadi wadah utama untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kerana
ianya dalam pelbagai bentuk penulisan sama ada prosa atau puisi melalui akhbar, majalah dan novel.

7

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Di samping itu, tulisan dalam media cetak digemari oleh masyarakat pada era tersebut , contohnya
Novel Putera Gunung Tahan atau Anak Mat Lela Gila. Pada era tahun 1930-an juga media elektronik
belum lagi meluas sebarannya.

Jawapan tambahan

✓ Wujudnya mesin pencetak
✓ Menyebarkan idea menentang penjajah
✓ Perkembangan pengaruh kesusasteraan dari negara lain
✓ Contoh novel Kerikil Tajam / Noli Me Tanggere

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri

12. Pada era kemajuan teknologi maklumat masa kini, adakah akhbar masih relevan digunakan NEGERI

sebagai sumber maklumat? Beri alasan anda. [4 markah] SEMBILAN

Contoh Jawapan

Ya. Pada era kemajuan teknologi maklumat masa kini, akhbar masih relevan digunakan sebagai
sumber maklumat kerana harganya yang murah dan mampu dimiliki oleh semua golongan. Selain itu
akhbar juga mudah alih, ringan dan boleh dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil. Malah
akhbar dijual di merata tempat seperti di tepi jalan atau kaki lima.

Jawapan tambahan

✓ Ya/Relevan
✓ Tidak perlu capaian internet/tenaga eletrik
✓ Boleh disimpan/diulang baca
✓ Memuatkan pelbagai berita/maklumat
✓ Keratan akhbar yang sesuai boleh dijadikan bahan PdPC

✓ Tidak/Tidak relevan
✓ Capaian internet meluas ke seluruh negara
✓ Komputer/komputer riba/telefon pintar dimiliki oleh
✓ Semua golongan masyarakat
✓ Maklumat di hujung jari/tanpa had/tiada Batasan
✓ Mudah alih/boleh dibawa ke mana-mana sahaja
✓ Berita diperoleh lebih pantas/terkini

8

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

✓ Tidak perlu melanggan akhbar/membeli setiap hari
✓ Maklumat boleh dikongsi dengan orang lain/global
✓ dalam satu peranti
✓ Boleh digunakan untuk berbagai aplikasi
✓ Video/muzik/facebook/whatapps/google dan sebagainya

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
PULAU
13. Akhbar pada hari ini sedang mengalami zaman suram dan telah dianggap tidak lagi relevan. PINANG

Bandingkan akhbar pada zaman kini dengan akhbar pada masa dahulu? [4 markah]

Contoh Jawapan

Akhbar kini berbentuk cetakan dan digital manakala akhbar dahulu hanya dalam bentuk cetakan.
Selain itu, akhbar kini menggunakan medium internet untuk dicapai oleh para pembaca. Contohnya
Utusan online dan Berita Harian Online. Sebaliknya akhbar dahulu hanya boleh dibaca melalui cetakan
sahaja. Contohnya Warta Malaya dan Utusan Malaya.

Jawapan tambahan
✓ Akhbar kini memuatkan pelbagai isu termasuklah isu dalam dan luar negara
✓ Akhbar dahulu banyak menumpukan kepada isu politik,ekonomi dan sosial dalam
negara sahaja
[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan [4 markah] Negeri
14. Terangkan tema yang dibangkitkan dalam novel Melayu pada ketika itu.? PERAK

Contoh Jawapan

Tema yang dibangkitkan dalam novel Melayu pada tahun 1930an ialah semangat perjuangan
menentang penjajah dan semangat cinta akan tanah air. Selain itu tema berkaitan dengan menghargai
sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka dan warisan bangsa.

9

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Jawapan tambahan

✓ Semangat generasi muda menjaga maruah bangsa
✓ Berbangga dengan kebolehan sendiri
✓ Kebebasan wanita menentukan hala tuju kehidupan
✓ Mementingkan pendidikan
✓ Membuang pandangan negatif yang menghalang kemajuan

Soalan Negeri
15. Nyatakan kejayaan yang dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS)? [2 markah] PAHANG

Contoh Jawapan

Kejayaan yang dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ialah mendesak British memberi
perhatian terhadap kebajikan orang Melayu dan hasilnya KMS mendapat petempatan khas untuk orang
Melayu di Singapura.

Jawapan tambahan

✓ Pemimpin KMS dilantik menganggotai pentadbiran British
✓ Mohd Eunos Abdullah dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri Selat
✓ Menubuhkan cawangan KMS di Negeri Melayu

Soalan Negeri
16. Jelaskan matlamat penubuhan PASPAM. [4 markah] PAHANG

Contoh Jawapan

Matlamat penubuhan PASPAM ialah menggalakkan ahli berkenal-kenalan supaya boleh bertukar-
tukar pendapat untuk memajukan diri dan bangsa. Selain itu menggalakkan perpaduan orang Melayu
seluruh Tanah Melayu supaya dapat membaiki kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.

Jawapan tambahan
✓ Menggalakkan ahli memberi pendapat melalui kegiatan penulisan

10

TEMA 10 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Soalan Negeri

17. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah para nasionalis menubuhkan persatuan
[4 markah] PAHANG
dalam mencapai matlamat perjuangan mereka?

Contoh Jawapan

Pada pendapat saya, para nasionalis menubuhkan persatuan dalam mencapai matlamat perjuangan
mereka kerana persatuan dalam menyatukan orang Melayu. Contohnya Kesatuan Melayu Singapura dapat
menyatukan orang Melayu Singapura untuk berjuang bagi menyuarakan kepentingan dan kebajikan orang
Melayu di Singapura.

Selain itu para nasionalis menubuhkan persatuan bagi memudahkan interaksi dan komunikasi
antara ahli. Contohnya PASPAM yang menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenalan dan bertukar-tukar
pendapat. Oleh itu ahli-ahli dapat berbincang idea-idea berkaitan kemajuan ekonomi dan sosial bagi
kepentingan negara dan bangsa.

Jawapan tambahan
✓ Menyedarkan kepentingan pendidikan
✓ Memelihara adat dan budaya
✓ Memelihara kesucian Islam
✓ Mengadakan persidangan peringkat kebangsaan
✓ Bertukar-tukar pendapat
✓ Merapatkan hubungan antara pemimpin
✓ Memperjuangkan kemerdekaan

11

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

BAB 3: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Soalan Negeri
1. Tokoh-tokoh berikut telah menggunakan amalan realpolitik semasa pembentukan negara

bangsa di Jerman dan Itali pada abad ke-19.

Otto Eduard von Bismarck Camillo Benso di Cavour

Nyatakan dua langkah yang diambil oleh Count Camillo Benso di Cavour untuk membentuk SARAWAK
negara bangsa di Itali. [2 markah]

Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh tokoh tersebut untuk menyatukan negara bangsa PULAU

masing-masing. [4 markah] PINANG

Bagaimanakah amalan realpolitik digunakan untuk membentuk negara Itali dan Jerman?
[8 markah] PAHANG
Beri penjelasan anda.

Contoh Jawapan

Di Jerman, usaha Otto Eduard Von Bismarck ialah mengamalkan realpolitik. Politik darah dan
besi digunakan untuk menyatukan negara Jerman pada tahun 1871. Bismarck menggunakan pelbagai
teknik seperti tipu helah, dan pemalsuan dokumen. Selain itu, beliau juga menggunakan provokasi dan
penipuan. Ugutan juga digunakan untuk mencetuskan peperangan. Tambahan pula, rakyat Jerman
bersedia menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan oleh Bismarck untuk menyatukan Jerman. Selain
itu,Bismarck menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat
rakyat Prussia di medan tempur.

Di Itali pula, Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali sebagai sebuah negara
dengan menggunakan amalan realpolitik. Selain itu, Count Camillo Benso di Cavour menyanjung
penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki. Beliau telah bekerjasama dengan Napoleon III bagi
menentang Austria pada tahun 1860. Pada tahun 1866, wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali
sebagai membalas jasa Itali, dalam membantu Prussia menewaskan Austria.

1

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Jawapan tambahan

Jerman
✓ Berperang dengan Denmark, Austria dan Perancis

Itali
✓ Count Camillo Benso di Cavour mengadakan pungutan suara dan memperoleh sokongan
✓ majoriti rakyat
✓ Apabila tentera Perancis berundur dari Rom pada 1870, Count Camillo Benso di Cavour

mengambil peluang menyatukan Rom dengan Itali

Soalan Negeri
2. Mengapakah pembentukan negara dan bangsa Malaysia dianggap unik? [3 markah] SARAWAK

Pembinaan negara dan bangsa Malaysia adalah unik kerana tidak menggunakan amalan PULAU
PINANG
realpolitik. Nilaikan pernyataan tersebut. [4 markah]

Contoh Jawapan

Pembinaan negara dan bangsa Malaysia adalah unik kerana tidak menggunakan kekerasan dan
tidak berlaku pertumpahan darah. Pembinaan tersebut terbentuk melalui kebijaksanaan pemimpin yang
berpandangan jauh. Selain itu, pendekatan yang sederhana dipilih bagi pembinaan negara dan bangsa oleh
para pemimpin iaitu menggunakan unsur rundingan dan diplomasi. Pendekatan permuafakatan juga
digunakan. Akhir sekali, pembinaan negara turut mendapat sokongan Raja-Raja Melayu.

Jawapan tambahan

✓ Para pemimpin mengadakan kerjasama politik antara pelbagai parti
✓ Pakatan Murni turut dibentuk
✓ Mewujudkan tolak ansur pelbagai kaum di negara ini sehingga membawa kepada

perpaduan
✓ Perpaduan kaum telah menjadi asas kemerdekaan

2

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
SARAWAK
3. Pembentukan kerajaan Islam Madinah merupakan contoh penyatuan melalui prinsip

Islam. Berikan penjelasan anda. [2 markah]

Prinsip Islam digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam proses pembinaan negara PULAU
PINANG
Islam Madinah. Bincangkan. [4 markah]

Contoh Jawapan

Nabi Muhammad s.a.w. dalam proses pembinaan negara Islam Madinah telah menyusun
perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan. Selain itu, baginda telah menyatukan
penduduk berbilang kaum iaitu Yahudi, orang Kristian dan orang Arab. Baginda juga telah merangka
Piagam Madinah dengan menggunakan diplomasi serta musyawarah. Secara tidak langsung, amalan
kerjasama antara pemimpin dengan rakyat dapat diwujudkan.

Soalan Negeri
4. Buktikan kejayaan yang dicapai hasil daripada pembinaan negara dan bangsa Malaysia. PULAU
PINANG
[8 markah]

Contoh Jawapan

Kejayaan yang dicapai hasil daripada pembinaan negara dan bangsa ialah Malaysia telah muncul
sebagai sebuah negara yang berdaulat dan bebas daripada penjajahan. Tambahan pula, rakyat berbilang
kaum hidup bersama dengan penuh harmoni. Selain itu, Malaysia turut maju dari aspek ekonomi.
Contohnya, negara telah menghasilkan kereta nasional iaitu Syarikat Holdings Bhd (PROTON).

Kereta nasional kita telah dieksport ke luar negara seperti Australia dan United Kingdom. Selain
itu, Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila kita berjaya melancarkan dua
satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan MEASAT II. Hal ini membuktikan kejayaan yang
dicapai oleh Malaysia hasil daripada pembinaan negara dan bangsa.

3

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

Soalan Negeri

1. Mengapakah British bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948? NEGERI

[6 markah] SEMBILAN

Contoh Jawapan

British bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 kerana ketegasan orang
Melayu membantah Malayan Union melalui UMNO di bawah pimpinan Dato’ Onn Ja’afar. Selain itu,
perpaduan dalam kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja dan rakyat dapat mengatasi
pihak lain yang menyokong Malayan Union. Di samping itu, keupayaan orang Melayu memujuk dan
mendesak British untuk menghidupkan semula dasar perlindungan telah membantu mereka menolak
Malayan Union.

Sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Sir Frank
Swettenham dan R.O. Winstedt telah membantu mereka menolak dasar penaklukan Tanah Melayu. Selain
itu, pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent telah menolak dasar
menakluk Tanah Melayu.

Sikap politik orang Melayu yang sederhana telah mendorong British menerima kehendak mareka.
Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, berdemontrasi dan memujuk Raja-raja Melayu supaya
menyokong penentangan terhadap British. Malah mereka tidak mengangkat senjata seperti Parti Komunis
Malaya (PKM).

Jawapan tambahan

✓ UMNO tidak menuntut kemerdekaan
✓ UMNO dan Raja-raja Melayu hanya berunding menolak Malayan Union.
✓ British bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia yang

dikuasai oleh golongan radikal. Contohnya API.
✓ Gesaan Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

(PBB) tidak menggalakkan penjajahan baru.
✓ PBB meminta negara-negara kolonial memberikan latihan kerajaan sendiri kepada

penduduk tempatan.

1

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
2. Jelaskan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948. [6 markah] NEGERI

SEMBILAN

Contoh Jawapan

Antara ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah sebuah persekutuan dibentuk dengan
gabungan sebelas buah negeri. Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
Selain itu, Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan untuk
membantu Pesuruhjaya Tinggi British. Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan. Seterusnya, Senarai
Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk serta Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa
orang Melayu.

Jawapan tambahan

✓ Syarat kewarganegaraan diperketatkan
✓ Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-negeri Melayu

dan Rakyat British bagi Negeri-negeri Selat (Melaka dan Pulau Pinang)
✓ British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan

Tanah Melayu
✓ Sebuah Majlis Raja-raja dibentuk untuk membolehkan Raja-raja Melayu memberikan

pandangan dalam perkara tertentu
✓ Institusi Raja dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam

pentadbiran
✓ Sultan menjadi ketua negeri masing-masing
✓ Sultan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
✓ Majlis Eksekutif Negeri dan Majlis Perundangan Negeri membantu Menteri Besar
✓ Setiap negeri Melayu mempunyai perjanjian/ perlembagaan bertulis dengan British/

Undang-undang Tubuh Negeri

Soalan Negeri

3. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 memberi manfaat kepada penduduk NEGERI

tempatan. Buktikan penyataan tersebut. [8 markah] SEMBILAN

Contoh Jawapan

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memberi manfaat kepada penduduk
tempatan. Ini dapat dibuktikan dengan pengukuhan institusi Raja Melayu. Bidang kuasa Raja Melayu jelas

2

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

dalam pentadbiran dan kerajaan negeri juga telah diberi kuasa. Selain itu, status quo Negeri-negeri
Melayu dilindungi dan orang Melayu berpeluang dalam pentadbiran. Hal ini membuktikan British
mengiktiraf ketuanan Melayu.

Seterusnya, pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah dapat mengekalkan adat istiadat
Melayu serta mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu. Ini dapat dibuktikan apabila Raja berkuasa
dalam pentadbiran negeri maka dapat mengekalkan tradisi tamadun Melayu hingga kini.

Jawapan tambahan

✓ Sultan menjadi ketua negeri
✓ Sultan berkuasa melantik Menteri Besar
✓ Menteri Besar mengetuai pentadbiran negeri
✓ Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
✓ Membentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
✓ Syarat Kerakyatan diperketat/kerakyatan jus soli hanya untuk Rakyat Raja Melayu

(Negeri Melayu) dan Rakyat British (Melaka dan Pulau Pinang)
✓ Ketuanan Melayu diiktiraf semula
✓ Agama Islam dilindungi

3

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Soalan [4 markah] Negeri
1. Berikan maksud pakatan murni? [2 markah] TERENGGANU,
SARAWAK, PAHANG,
Mengapakah Pakatan Murni diperkenalkan di Tanah Melayu? PULAU PINANG

PERAK

Contoh Jawapan

Pakatan murni bermaksud usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan
bertolak ansur dalam aspek politik melalui rundingan antara kaum. Hal ini demikian kerana setiap kaum
mempunyai tuntutan yang tersendiri. Oleh itu, pakatan murni merupakan jalan penyelesaian untuk
menyatupadukan pelbagai kaum.

Soalan Negeri
PERAK
2. Senaraikan dua usaha dalam melahirkan pakatan murni menjelang kemerdekaan di

negara kita. [2 markah]

Jelaskan usaha yang telah dilaksanakan untuk menjayakan pakatan murni sebelum TERENGGANU
terbentuknya Parti Perikatan. [8 markah]

Terangkan usaha penduduk pelbagai kaum mengadakan pakatan murni sehingga tahun PULAU
PINANG
1955. [4 markah]

Contoh Jawapan

Antara usaha yang telah dilaksanakan untuk menjayakan pakatan murni sebelum terbentuknya
Parti Perikatan adalah dengan membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (JHAK). JHAK pada
mulanya dianggotai oleh kaum Melayu dan Cina. Kaum Cina diwakili oleh Dato’ Onn Jaafar dan kaum
Cina diwakili oleh Tan Cheng Lock. Selepas itu JHAK turut dianggotai oleh kaum India, Serani, Sri Lanka
dan Eropah.

Selain itu, JHAK juga mengadakan rundingan dengan UMNO dan bersetuju menubuhkan
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA). JHAK bersetuju melantik Dato’ Onn Jaafar sebagai
pengerusi RIDA serta bersetuju memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar. Di samping
itu, JHAK bersetuju memberi kerakyatan kepada imigran secara Kerakyatan Negeri serta bersetuju
mengadakan pilihan raya pada masa sesuai.

1

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Seterusnya, Dato’ Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan

Melayu. Namun demikian, cadangan beliau ditolak oleh ahli UMNO dan beliau dikecam kerana orang
Melayu tidak bersetuju dengan cadangan beliau. Kesannya, Dato’ Onn meninggalkan UMNO.

Setelah meninggalkan UMNO, Dato’ Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Beliau
membuka keahlian IMP kepada semua kaum. IMP mengutamakan kerjasama kaum dalam satu parti.

Jawapan tambahan

✓ Pihak British menganjurkan Persidangan Kebangsaan
✓ Ditubuhkan oleh Sir Malcolm MacDonald.
✓ Tujuannya ialah mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perkauman.
✓ Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
✓ Konvensyen dianjurkan bersama MCA
✓ Konvensyen ini disertai oleh pelbagai parti politik

Soalan Negeri

3. Huraikan usaha-usaha menghasilkan kerjasama politik antara kaum di Tanah Melayu SARAWAK

melalui pakatan murni sehingga mencapai kemerdekaan. [6 markah]

Pakatan murni berjaya membawa negara kita mencapai kemerdekaan. MELAKA
Buktikan. [8 markah]

Contoh Jawapan

Usaha pertama yang telah dijalankan bagi menjayakan Pakatan Murni sebelum merdeka ialah
dengan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC). CLC ditubuhkan pada bulan Januari
1949 di Pulau Pinang. Ini merupakan langkah ke arah kerjasama kaum di Persekutuan Tanah
Melayu(PTM). CLC dianggotai oleh dua kaum terbesar iaitu Melayu dan Cina. UMNO diketuai oleh
Dato’ Onn Jaafar manakala MCA diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock. Usaha Dato’ Onn Jaafar ini telah
membawa perubahan kepada UMNO yang bersedia untuk berunding dengan kaum lain demi masa depan
negara.

Hasil daripada Perundingan antara UMNO-CLC, RIDA telah ditubuhkan. Selain itu, imigran yang
lahir di PTM dengan syarat ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu diberi kerakyatan negeri.
Selain itu, Dato’ Onn bin Jaafar juga telah mencadangkan pembukaan keahlian UMNO kepada bukan
Melayu pada tahun 1951. Namun demikian cadangan beliau dikecam hebat kerana orang Melayu enggan

2

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

berkompromi untuk mengubah struktur UMNO. Justeru itu, beliau meninggalkan UMNO dan
menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).

Menurut Dato’ Onn bin Jaafar, dasar Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) akan menggunakan konsep
kerjasama kaum dalam sebuah parti. IMP terbuka kepada semua kaum untuk mencapai kemerdekaan.
Namun demikian, IMP gagal mendapat sambutan orang bukan Melayu kerana perpaduan terlalu asing.

Usaha seterusnya ialah penubuhan Persidangan Kebangsaan pada tahun 1953 oleh Sir Malcom
MacDonald. Persidangan ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mencapai kerjasama politik bagi
mengurangkan perasaan perkauman dalam kalangan penduduk.

Tunku Abdul Rahman telah menganjurkan Konvensyen Kebangsaan bersama MCA. Penganjuran
konvensyen ini dianggap berjaya kerana disertai oleh pelbagai parti dan persatuan politik. Kerjasama ini
menjadi asas pembentukan Parti Perikatan.

Dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952, gabungan UMNO-MCA
telah memenangi 26 daripada 37 kerusi. Seterusnya, dalam pilihan raya negeri, Parti Perikatan telah
memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan.

Pada tahun 1954, Parti Negara, UMNO, MCA, MIC dan pegawai-pegawai Tinggi British telah
mengangggotai Jawatankuasa Pilihan raya Majlis Mesyuarat Perundangan. Dalam pilihan raya Majlis
Perundangan Persekutuan 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Rentetan daripada kemenangan besar ini maka kerajaan ditubuhkan dan kabinet
dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri manakala pembahagian anggota kabinet adalah
daripada pelbagai kaum. Kabinet ini berfungsi sehingga kemerdekaan dicapai. Pada tahun 1956, Tunku
Abdul Rahman mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan.

Soalan Negeri
4. Pakatan Murni amat penting dalam masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu ketika TERENGGANU

itu.
Buktikan kebenaran pernyataan tersebut dalam konteks Malaysia kini. [8 markah]

Mengapakah pakatan murni penting dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia PERAK

yang berdaulat? [8 markah]

Contoh Jawapan

Pakatan Murni amat penting dalam masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu ketika itu kerana
amalan ini dapat mengukuhkan perpaduan serta mewujudkan keharmonian dalam masyarakat.

3

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Selain itu, tindakan orang Melayu menghasilkan satu kerjasama dan bertolak ansur dalam aspek
politik melalui rundingan antara kaum telah dapat mengelakkan pertelingkahan antara kaum demi
kestabilan politik dan menjamin keamanan negara.

Selain itu, masalah yang melibatkan kaum dapat diselesaikan dengan baik serta mengelakkan isu
sensitif dibincang secara terbuka agar imej negara dapat dipertingkatkan.

Soalan Negeri
5. Pada pendapat anda, mengapakah pakatan murni perlu dihayati dan diamalkan? SARAWAK

[4 markah]

Contoh Jawapan

Pakatan murni perlu dihayati dan diamalkan untuk mengekalkan keharmonian antara pelbagai
kaum kerana amalan ini dapat mewujudkan bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti setempat.
Contohnya, kaum Melayu, Cina dan India terlibat dalam aktiviti gotong royong atau persatuan penduduk
setempat. Hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Selain itu, pakatan murni dapat menjaga kestabilan politik negara melalui pemilihan pemimpin
yang berkaliber untuk mentadbir negara. Contohnya apabila memilih wakil rakyat yang amanah dan bijak
untuk menguruskan hal-hal semasa. Kesannya, pemimpin yang mengamalkan rasuah dapat disingkirkan.

Di samping itu, Pakatan murni dapat mengelakkan campur tangan kuasa asing yang akan
menggugat keselamatan negara. Misalnya, Amerika Syarikat yang berusaha untuk campur tangan dalam
urusan pentadbiran negara

Soalan Negeri
SARAWAK
6. Berikan pandangan anda terhadap isu yang menghalang berlakunya semangat pakatan

murni dalam kalangan masyarakat kita pada masa ini. [6 markah]

Contoh Jawapan

Pada pandangan saya, isu yang menghalang berlakunya semangat pakatan murni dalam kalangan
masyarakat kita pada masa ini ialah wujudnya perasaan perkauman. Hal ini kerana isu ini dibangkitkan
oleh segelintir golongan termasuklah parti-parti politik bagi menimbulkan perasaan kebencian antara
kaum.

4

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Selain itu, terdapat segelintir individu yang suka membangkitkan isu-isu sensitif melalui media
sosial seperti menggunakan laman facebook, WhatsApp, blog atau twitter. Hal ini demikian kerana
mereka ingin melaga-lagakan masyarakat seperti menghina kaum dan agama. Mereka juga
mempertikaikan kuasa raja dan keistimewaan orang Melayu. Keadaan ini boleh menimbulkan kemarahan
dan mencetuskan perkauman.

Seterusnya, isu yang boleh menghalang semangat pakatan murni ialah wujudnya jurang ekonomi
antara kaum. Contohnya, hal ini masih ketara berlaku antara kaum Melayu, Cina dan India dan ini
menimbulkan perasaan tidak puas hati antara rakyat.

Soalan Negeri
PULAU
7. Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, mengapakah kita PINANG

perlu menghormati prinsip pakatan murni? [6 markah]

Contoh Jawapan

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, kita perlu menghormati
prinsip pakatan murni kerana prinsip pakatan murni dapat mewujudkan kestabilan politik agar hubungan
erat antara kaum dapat dipupuk. Misalnya hubungan baik antara kaum Melayu, Cina India dan lain-lain.

Selain itu, hasil kerjasama pemimpin dalam pelbagai kaum dapat membawa kepada kemajuan
ekonomi negara. Misalnya, dalam sektor perindustrian, pertanian dan sebagainya

Seterusnya, kerajaan juga dapat melaksanakan dasar dan hala tuju masa depan negara demi
kesejahteraan rakyat. Oleh itu, keharmonian dan keamanan negara dapat berkekalan.

Soalan Negeri
PERAK
8. Bagaimanakah amalan pakatan murni dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat

berbilang kaum di negara kita? [3 markah]

Contoh Jawapan

Amalan pakatan murni dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita
dengan amalan tolak ansur politik antara pemimpin daripada pelbagai parti. Pengabungan pelbagai parti
berasaskan kaum dalam parti perikatan melambangkan kesanggupan para pemimpin untuk
mempertaruhkan hak kaum masing-masing demi mengukuhkan kedaulatan negara. Contohnya,
pembentukan Parti Barisan Nasional dan Pakatan Nasional.

5

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
MELAKA
9. Pakatan murni membawa kepada termaktubnya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

1957. Bincangkan kandungan perjanjian tersebut. [6 markah]

Contoh Jawapan

Pakatan murni membawa kepada termaktubnya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Antara isi kandungan perjanjian ialah sebuah Kerajaan Persekutuan dibentuk. Pemisahan antara kuasa
persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. Seterusnya, institusi
raja dijadikan Raja Berperlembagaan.

Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuatkuasa Undang-Undang, Permohonan dan
Naturalisasi. Prinsip jus soli juga diterima. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan. Agama Islam
sebagai agama rasmi Persekutuan. Tanah Simpanan Melayu dikekalkan. Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara. Pentadbiran negara bersifat demokrasi
berparlimen.

Soalan Negeri
MELAKA
10. Pada pendapat anda, bagaimanakah semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan

warga Malaysia dapat dikekalkan? [8 markah]

Contoh Jawapan

Pada pendapat saya, semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga Malaysia dapat
dikekalkan dengan mengamalkan amalan toleransi antara pelbagai kaum. Hal ini dapat dilihat melalui
gabungan pelbagai parti politik di negara kita.

Selain itu,semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan dapat dikekalkan sekiranya rakyat
menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada pemimpin dan negara. Hal ini dapat dilakukan
dengan cara menghormati undang-undang dan berpegang teguh kepada amalan prinsip Rukun Negara.
Kesannya, keharmonian dan keamananan negara terjamin.

Amalan bantu-membantu yang berterusan antara satu sama lain melalui aktiviti gotong-royong
juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim seterusnya mengekalkan perpaduan. Apabila hubungan
antara kaum semakin erat, sikap hormat-menghormati hak orang lain akan wujud. Misalnya, tidak
menyentuh sensiviti kaum lain.

6

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri

11. Huraikan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Dato’ Onn Ja’afar dalam SARAWAK

merealisasikan pakatan murni. [8 markah]

Contoh Jawapan

Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh Dato’ Onn Ja’afar dalam merealisasikan pakatan murni
ialah dengan mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) kepada British.
CLC dianggotai oleh dua kaum terbesar iaitu Melayu dan Cina. UMNO diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar
manakala MCA diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock. Usaha Dato’ Onn Jaafar ini telah membawa
perubahan kepada UMNO yang bersedia untuk berunding dengan kaum lain demi masa depan negara.

Selain itu, Dato’ Onn Jaafar juga telah mencadangkan pembukaan keahlian UMNO kepada bukan
Melayu pada tahun 1951. Namun demikian cadangan beliau dikecam hebat kerana orang Melayu enggan
berkompromi untuk mengubah struktur UMNO. Justeru itu, beliau meninggalkan UMNO dan
menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).

Menurut Dato’ Onn Jaafar, dasar Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) akan menggunakan konsep
kerjasama kaum dalam sebuah parti. IMP terbuka kepada semua kaum untuk mencapai kemerdekaan.
Namun demikian, IMP gagal mendapat sambutan orang bukan Melayu kerana perpaduan terlalu asing.

Soalan Negeri

12. Sejauh manakah usaha pakatan murni berjaya menstabilkan politik negara masa kini? SARAWAK

[8 markah]

Contoh Jawapan

Pakatan murni berjaya menstabilkan politik negara masa kini dengan tindakan pemimpin-
pemimpin parti politik daripada pelbagai kaum memulakan kerjasama dan bertolak ansur dalam politik.
Contohnya, penubuhan Parti Perikatan. Usaha mereka diteruskan hingga kini di bawah Barisan Nasional.

Selain itu, amalan pakatan murni ini telah berjaya memupuk perpaduan antara kaum melalui
kerjasama UMNO-MCA-MIC. Secara tidak langsung, rakyat turut bersama-sama menjaga keamanan
negara dengan tidak menyentuh sensitiviti antara kaum.

7

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
13. Kejayaan Parti Perikatan terhasil melalui pakatan murni. Buktikan pernyataan tersebut. JOHOR

[8 markah]

Contoh Jawapan

Parti Perikatan sememangnya terhasil melalui pakatan murni. Hal ini dapat dibuktikan dengan
kemenangan besar Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO- MCA dalam pihan raya Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur 1952 setelah memenangi Sembilan daripada dua belas kerusi yang
dipertandingkan. Dalam Pilihan raya Majlis Perbandaran di beberapa bandar utama, gabungan parti
UMNO-MCA telah memenangi 26 daripada 37 kerusi yang dipertandingkan. Semasa Pilihan raya Negeri
1954, Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan itu
telah menunjukkan permuafakatan kaum dalam pelbagai parti dapat diterima oleh penduduk Persekutuan
Tanah Melayu. Kesan daripada itu, Parti Perikatan ditubuhkan dan disertai oleh MIC pada tahun 1955.

Pada tahun 1954, Parti Negara, UMNO, MCA, MIC dan pegawai-pegawai Tinggi British telah
mengangggotai Jawatankuasa Pilihan raya Majlis Mesyuarat Perundangan. Dalam pilihan raya Majlis
Perundangan Persekutuan 1955, Parti Perikatan ini telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Rentetan daripada kemenangan besar ini maka kerajaan ditubuhkan dan kabinet
dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri manakala pembahagian anggota kabinet adalah
daripada pelbagai kaum. Kabinet ini berfungsi sehingga kemerdekaan dicapai. Pada tahun 1956, Tunku
Abdul Rahman mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan.

Soalan Negeri
14. Semangat toleransi sangat penting dalam menstabilkan politik negara. Beri ulasan anda. JOHOR

[8 markah]

Contoh Jawapan

Semangat toleransi sangat penting dalam menstabilkan politik negara kerana sebarang konflik
dapat diselesaikan melalui rundingan dan persetujuan bersama. Semua pihak berpuas hati dan perselisihan
faham dapat dielakkan. Hal ini dapat dilihat melalui amalan pakatan murni dalam kalangan ahli politik di
negara ini sebelum dan selepas merdeka.

Selain itu, semangat tolenrasi juga dapat mengelakkan berlakunya pertumpahan darah. Contoh,
mengelakkan peristiwa 13 Mei daripada berulang. Hal ini dapat dicapai sekiranya wujud kesepakatan
dalam membuat keputusan dan bukannya menurut perasaan. Kesannya, masyarakat dapat menikmati
manfaat dan negara berada dalam keadaan aman dan damai.

8

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
15. Namakan tokoh-tokoh yang menganggotai Suruhanjaya Reid. [2 markah] PERAK

SARAWAK

Contoh Jawapan

(i) Lord Reid (Hakim British)
(ii) Sir Ivor Jennings (England)

Jawapan tambahan

✓ Sir William McKell (Bekas Gabenor Jeneral Australia)
✓ Tuan B. Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
✓ Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

Soalan Negeri
16. Apakah tugas suruhanjaya tersebut (Reid)? [2 markah] PERAK

SARAWAK

Contoh Jawapan

Antara tugas suruhanjaya Reid ialah membincangkan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Jawapan tambahan Perundangan

✓ Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu
✓ Mengkaji isu-isu dalam merangka perlembagaan
✓ Menerima memorandum daripada pelbagai pihak
✓ Menerbitkan cadangan perlembagaan
✓ Menghantar cadangan perlembagaan ke Parlimen British untuk diteliti
✓ Menghantar cadangan perlembagaan kepada Majlis Mesyuarat

Persekutuan untuk disah

9

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri

17. Kerakyatan secara jus soli yang dituntut oleh orang dagang telah diterima oleh Raja-raja PERAK

Melayu dengan syarat-syarat tertentu. Berikan syarat-syarat tersebut. [2 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

(i) Kedudukan istimewa orang Melayu diiktiraf
(ii) Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu diiktiraf

Jawapan tambahan

✓ Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan diiktiraf
✓ Kedudukan Raja-Raja Melayu diiktiraf

Soalan Negeri
18. Apakah kepentingan perlembagaan kepada negara kita? [4 markah] PERAK

SARAWAK

Contoh Jawapan

Perlembagaan penting kepada negara kita kerana Perlembagaan adalah undang-undang yang
tertinggi sesebuah negara dan merupakan panduan dalam pentadbiran negara. Selain itu, perlembagaan
dapat menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Contohnya, kebebasan beragama dan berpesatuan. Di
samping itu, pelembagaan dapat mejaga keharmonian kaum di negara ini agar kedaulatan negara juga
terjamin.

Jawapan tambahan

✓ Melicinkan pentadbiran negara
✓ Membentuk identiti negara
✓ Melindungi hak istimewa orang Melayu
✓ Memelihara kedaulatan institusi beraja

10

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

BAB 7: SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

Soalan Negeri
SARAWAK
1. Sistem Raja Berperlembagaan yang diterajui oleh Yang di-Pertuan Agong merupakan

tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini.

Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dipilih? [2 markah]

Contoh Jawapan

Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan 9 orang Raja-Raja Melayu iaitu daripada 9 buah
Negeri-Negeri Melayu. Yang di-Pertuan Agong dilantik secara bergilir-gilir dan tempoh perkhidmatan 5
tahun.

Jawapan tambahan
✓ Yang di-Pertuan Agong memerintah mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia

Soalan Negeri
2. Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong? [2 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Peranan Yang di-Pertuan Agong ialah baginda merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat
Malaysia. Baginda juga merupakan tonggak negara dan Ketua Utama Negara.

Jawapan tambahan

✓ Yang di-Pertuan Agong mengekalkan sistem pemerintahan beraja mengikut
peruntukan Perlembagaan Malaysia

Soalan Negeri

3. Jelaskan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia. SARAWAK

[4 markah]

1

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Contoh Jawapan

Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ialah mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah
dan Badan Kehakiman. Baginda juga mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen. Malah
baginda merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Bersenjata dan berkuasa mengampun dan
menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan di Mahkamah Tentera.

Selain itu bidang kuasa seterusnya ialah menjaga/ memelihara kedudukan/ hak istimewa orang
Melayu. Yang di-Pertuan Agong turut merupakan ketua agama Islam dan mempunyai kuasa budi bicara
melantik Perdana Menteri.

Jawapan tambahan

✓ Mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan

Menteri
✓ Boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘undang-undang X’
✓ Melantik Pengerusi dan 3 orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya
✓ Melantik Peguam Negara
✓ Mentauliahkan duta-duta negara kita

Soalan Negeri
SARAWAK
4. Yang di-Pertuan Agong merupakan simbol perpaduan rakyat di negara kita. Jelaskan

penyataan tersebut. [2 markah]

Contoh Jawapan

Yang di-Pertuan Agong menjadi tonggak negara dan Ketua Utama Negara Malaysia yang perlu
dihormati kedudukan dan kewibawaannya. Baginda melindungi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum dan menjaga keamanan negara.

Jawapan tambahan

✓ Yang di-Pertuan Agong merupakan institusi yang mengekalkan sistem pemerintahan
beraja mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia yang wajib dipatuhi /dihormati
warga Malaysia.

✓ Baginda diiktiraf kedudukannya oleh Perlembagaan Malaysia.

2

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
5. Rajah 1 menunjukkan struktur badan perundangan di negara kita. TERENGGANU

Rajah 1 [2 markah]
Nyatakan peranan badan perundangan.

Contoh Jawapan
Peranan badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan rakyat.

Jawapan tambahan
✓ Memastikan kesejahteraan rakyat

Soalan [2 markah] Negeri
6. Jelaskan tentang Dewan Negara. TERENGGANU

Contoh Jawapan

Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.
Ahlinya digelar Senator. Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun.

Jawapan tambahan

✓ Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
✓ Mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
✓ Dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya
✓ Taraf senator sama dengan Ahli Parlimen

3

TEMA 11 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Soalan Negeri
TERENGGANU
7. Jelaskan tentang Dewan Rakyat. [2 markah]

Contoh Jawapan

Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting. Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya
umum. Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah lima tahun.

Jawapan tambahan

✓ Tugas utama adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan
Rakyat

✓ Mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara

Soalan Negeri

8. Bagaimanakah usaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran di Malaysia? TERENGGANU

[4 markah]

Contoh Jawapan

Sistem pentadbiran di Malaysia dapat ditingkatkan dengan pengagihan kuasa dan bidang yang
jelas agar dapat melicinkan pentadbiran. Selain itu, kerajaan perlu mengamalkan dan memberikan
perkhidmatan yang cepat dan pantas dengan menggunakan kemajuan teknologi dalam pentadbiran.
Tambahan pula, kerajaan perlu mengamalkan budaya kerja yang mesra pelanggan.

Jawapan tambahan

✓ Memastikan sifar rasuah dalam pentadbiran
✓ Kerajaan perlu memberi keutamaan kerja berpasukan

4


Click to View FlipBook Version